|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 10:13 am | |
| Perempuan ‘Misteri’ Depan Rumah Datuk Siti NurhalizaRumah kediaman dua pasangan sejoli Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K menerima tetamu tidak diundang. Lantas dengan itu Datuk K, sebagai ketua keluarga membuat tindakan menghubungi pihak polis demi keselamatan kami sekeluarga. Itu sebagai langkah berjaga-jaga sebelum berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini ujar Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa atau Datuk K yang mengulas kejadian seorang perempuan yang datang menjerit dan membuat kacau di depan kediamannya Isnin lepas. Kejadian terbaru ini dipercayai berlaku rentetan daripada fitnah yang dilemparkan kepada pasangan ini kononnya rumah tangga mereka diambang keruntuhan. Tidak mahu mengulas panjang, Datuk K memohon agar fitnah-fitnah seumpamanya itu dihentikan segera. Mengakui beliau dan isterinya, Datuk Siti Nurhaliza agak tertekan dengan pelbagai gosip mengenai perkahwinan mereka itu, Datuk K memberitahu beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika perbuatan tersebut masih berterusan. Cerita-cerita itu (gosip) sebenarnya banyak menyerang?saya, bukan Siti. Orang ramai bersimpati dengan Siti kerana kononnya saya tidak menjadi suami yang baik kepadanya. Situasi inilah yang mungkin telah menimbulkan kemarahan orang (peminat) yang akhirnya akan bertindak di luar jangkaan, ujarnya kesal. Ahli perniagaan terkenal ini ketika ditemui di majlis pelancaran album terbaru isterinya,Lentera Timur itu turut ditanyakan apakah Siti akan dibenarkan untuk terus berkecimpung dalam bidang seni ini ataupun berundur seperti mana yang pernah disuarakan baru-baru ini. Saya tahu semua orang mahu tengok Siti terus menyanyi. Dia ramai peminat dan saya adalah salah seorang di antaranya. Saya tak pernah minta dia jadi suri rumah pun, hasrat itu tak pernah ada. Cuma bila pelbagai cerita yang tidak betul banyak sangat mengganggu rumah tangga kami, saya sedikit kesal. Apa pun, saya sentiasa berharap dan berdoa janganlah sampai dia mengambil keputusan itu (mengundur diri). Jadi, hentikanlah perkara-perkara yang boleh menyebabkan keadaan itu berlaku,? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 10:15 am | |
| Sheila OIAM Bercita-cita Nak Buka Syarikat SendiriNur Shahila Amir Amzah atau Sheila, mungkin ramai yang tidak mengenali siapa gerangan gadis ini. Namun namanya semakin mekar sejak dia menyertai One In A Million musim kedua (OIAM2) tahun lalu. Lebih manis selepas bergelar Naib Juara OIAM 2, dia terus mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi anugerah emas pada Penang Shanghai World Star Quest (PSWSQ) yang diadakan di Pulau Pinang, hujung April tahun lalu. Bercerita pula mengenai cita-citanya, nyata gadis yang berasal dari Kuala Lumpur ini seorang yang berfikiran jauh dan matang gtue.: “Kalau tanya impian, saya harap satu hari nanti saya ada syarikat yang mengeluarkan jenama pakaian menggunakan label nama saya sendiri. Biarpun itu hanya impian saya akan cuba untuk merealisasikannya. Sebab saya sangat suka berfesyen, nak saya gemarkan sesuatu yang trendy dan funky. Dan Perancangannya itu akan dilaksanakan pada tahun hadapan..“Oleh kerana saya belajar dalam bidang perniagaan jadi saya rasa ilmu yang saya perolehi itu akan dapat membantu saya membina perniagaan yang dicita-citakan satu hari nanti,” katanya yang berazam ingin merealisasikan impiannya itu pada tahun 2010 nanti kepada mStar. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 10:17 am | |
| Iqram Dinzly Cintakan Fouziah Gous?Hubungan rapat antara pelakon Fouziah Gous dan Iqram Dinzly bukan satu rahsia lagi, baik di kalangan artis sendiri mahupun peminat mereka. Kelibat mereka tidak boleh dipisahkan. Di mana ada Fouziah, di situ juga adanya Iqram, terutama pada majlis-majlis besar. Mereka bukan sahaja hadir bersama-sama, malah kadang-kala turut mengenakan pakaian sedondon. “Saya kenal dia sejak tiga tahun lalu, sebelum saya dikenali ramai, waktu itu ada sesi bacaan skrip untuk drama Cinta Medik. Pada awal perkenalan, kami tidak terus baik, biasa-biasa saja, tetapi lama-kelamaan wujud keserasian sebab itu kami terus bersahabat sehingga kini. Tambahan pula, kami terlibat dalam bidang yang sama, rasanya lebih selesa bila kita ada kawan yang satu kepala dan pekerjaan.” ujar Fauziah.. “Memang saya cinta dan sayangkan dia. Kalau tidak macam mana saya boleh berkawan lama dengannya. Walaupun bersahabat, perasaan cinta dan sayang itu perlu ada. Saya harap jangan salah anggap, kerana kami tidak pernah bercinta dan tidak pernah memberitahu orang yang kami sedang bercinta. Andai kata jodoh saya bersama dia, saya terima kerana semua itu ketentuan Ilahi dan tiada siapa yang boleh menghalangnya.” kata Iqram. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 10:19 am | |
| Dengarnya...: Risau kekasih kembali kepada bekas isteri DENGAR cerita, seorang artis kini berada dalam kebimbangan apabila diamendapat khabar, teman istimewanya dikatakan akan berbaik-baik semuladengan bekas isteri.
Kononnya, dia sanggup menelefon dari luar negara semata-matauntuk mencari kebenaran, apakah betul kekasihnya itu akan kembali kesisi buah hatinya. Kerana terlalu risau, waktu sedang bercuti pun diatetap meminta kawannya tolong bacakan cerita yang mengatakan kononnyaada kemungkinan si lelaki pulang ke pangkuan cinta lama.
Iyalah, hati siapa yang tidak risau jika orang tersayangtiba-tiba berubah haluan, bukan? Siapa yang sanggup melihat istanacinta runtuh di tengah jalan. Waktu heboh orang bercerita kononnyamereka akan mengakhiri kisah cinta bersama sebuah ikatan perkahwinan,tup-tup cerita lain pula yang menjelma. Aduh, kalau Cik Normah pun akanpengsan juga.
Tetapi, kalau betul-betul cinta dan kasih sayang lelaki itu hanya untukdirinya, buat apa dia hendak takut atau bimbangkan? Cik Normah selaluberpegang kepada kata-kata itu. Yang penting, Cik Normah tahu prinsipCik Normah dalam berkasih sayang. Kalau kita sudah setia dan dia pulamula pandai main kayu tiga, boleh ‘chow’ la jawabnya.
Kepada artis tadi, Cik Normah harap dia tabahkan hati. Kalaujodohnya dengan si lelaki itu cukup kuat, maka pasti ada masjid yangakan dibina.
P/S : sape lak artis nih .. jom tengok sape yang cam nak kena .. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 10:24 am | |
| Aiman memandu Kereta Mazda RX-8?Syabas dan tahniah diucapkan kepada bintang Akademi Nasyid, Mohamad Aiman Sidek, 19, atau Aiman yang berjaya ke final Anugerah Juara Lagu (AJL) menerusi lagu Dusta Berkalang ciptaan Hafiz Hamidun. Dengar khbar Aiman kini makin kaya. Ada orang nampak dia guna kereta Mazda RX-8 yang berharga hampir RM400,000. Yang orang ni nampak tak pasti sangat namun wajahnya mirip sama dengan Aiman. Aiman ni juga seperti Mawi, dalam pertandingan Akademi Nasyid dahulu, dia juga mendapat undian yang tinggi. Almaklumlah dah juara, mesti hadiah pun gempak-gempak, konsert juga turut dapat sambutan, lebih-lebih lagi kaki nasyid. Soal sponser mungkin amat diketepikan buat masa ini, memandangkan Aiman mampu memilikinya walaupun membayar ansuran bulanan yang cukup tinggi hampir RM 10,000. Ps : Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 10:29 am | |
| Umie Aida Bahagia bersama Anak AngkatUmie Aida adalah diva dalam dunia artis, tak lari di kejar gosip dan juga tak lari dari masalah keluarga. Dan tak lama dengar cerita mengenainya akhir-akhir ini . Walaupun tiada anak kandung, namun Umie lebih selesa dengan anak-anak angkatnya. Dia menganggap mereka ini seperti anak kandung sendiri yang lebih erat hubungannya, ditemu bual baru-baru ini.. : “Mereka (Daniel dan Zulhelmi) datang dalam hidup saya pada ketika orang lain masih bersuka ria. Sebenarnya, dua anak angkat inilah yang mengajar saya menjadi insan lebih bertanggungjawab, bukan saja pada diri sendiri, malah pada keluarga juga,” Lebih bertanggungjawab? maknanya sebelum ini tak bertanggungjawab lah kot. gurau je. Jangan marah yer. Bukan dimaksudkan begitu, tapi mungkin untuk memaksimumkan lagi tugas sedemikian, mungkin dahulu cuma pentingkan kerjaya dan terabai sedikiti beban tanggungjawab. “Sekarang ini mereka dah dewasa, masing-masing sudah berdikari dan bijak dalam bidang pelajaran. Semua kerja mereka buat sendiri, gosok baju, basuh kasut. “Dah dua tahun Umie tak ambil pembantu rumah, Umie yang masak untuk mereka setiap hari, Umie nak tengok mereka berjaya dan pandai berdikari sendiri sebab nanti senang bila Umie dah tak ada satu hari nanti,” ujarnya sayu. Baguslah anak-anak pandai berdikari, kalau tak berdikari susahlah, nak mengharapkan orang lain nak buat kerja, nanti dimanjakan sangat. Umie pandai juga memasak, tak sangka juga kan. Jadilah lelaki kat luar sana yang cuba-cuba nak rapat kat Umie, pastikan anda tahu rahsia ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 10:32 am | |
| Raja Lawak 3 : Yann sudah jadi pengikut Salima ? (tudung - rambut palsu)Sori la kalau dah terlambat bukak thread ni, baru teringat Alkisah, minggu lepas abg dini tertengok la Raja Lawak Astro musim ke-3 Boleh la layan gak sikit-sikit... walaupun menyampah betul dgn Amir tu Untuk makluman, tahun ni ada 2 orang peserta wanita dapat masuk, Yann & Jihan Dua-dua ok, tapi undian selalu rendah... biasala.. yang mengundi pompuan.. mesti undi lelaki yann bertudung, Jihan tidak Nak dijadikan cerita, minggu lepas tetiba Yann ni buat persembahan tak pakai tudung tapi pakai ala-ala rambut palsu camtu Teringat Salima AF5 dulu, berlakon teater pakai rambut palsu kononnya masih tutup aurat Tak sure la rambut palsu atau kain yang menyerupai rambut palsu SALIMA YANN RAJA LAWAK ASTRO |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 10:37 am | |
| Penyanyi Nasyid di Dakwa Buat PenipuanKasihan melihat kepada IT (ibu Tunggal) ini, Hazlindah Hamzah, yang terkena tipu oleh penyanyi nasyid dengan wang sejumlah RM15k lesap begitu sahaja tanpa sebarang hasil yang diharapkan. Pun begitu Hazlindah yang ingin mencapai cita-citanya menjadi seorang penyanyi tidak kesampaian tersebut bertindak dengan membuat laporan polis yang berdekatan sementara mencari peguam untuk membuat perbicaraan di mahkamah nanti. Sementara itu, Penyanyi nasyid berkenaan masih dalam pencarian polis atas dakwaan Hazlindah ini. Penyanyi nasyid berkenaan yang mempunyai profail berikut :-pernah jadi ahli kumpulan nasyid yg popular -janji nak terbit dan pasarkan album -janji kat pompuan ni lagunya mmmg confirmed dibeli syarikat rakaman -Pernah menang Anugerah Carta Nasyid IKIM Agak-agak korang dapat cam tak artis nasyid ini? izyan rasa ‘dia’ amat popular sehinggakan pernah menang dalam Anugerah Carta Nasyid di IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia). |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 10:39 am | |
| Erry Putra Dan Datuk Siti Nurhaliza Berlakon Bersama Wah Datuk Siti Nurhaliza dah mula membuat perubahan yang menarik dunia seni, dari bidang nyayian ke bidang lakonan. Sebelumnya Datuk Siti telah berlakon untuk drama Spa-Q 2 itupun hanya sekejap dan hanya seepisod sahaja. Namun yang terbaru Datuk Siti akan bergandingan dengan Erry Putra (pelakon drama bersiri Saka) dalam filem baru yang masih dalam proses pembuatan iaitu “filem Bunian”. Dikata mengenai filem ini di mStar, Erry Putra mengatakan : “Filem bunian ini macam cerita Lord Of The Ring sikit dan ada unsur-unsur mistik. Ada tiga hero dalam filem ini, saya, Rusdi Ramli dan Beego. Paling menarik adalah kemunculan Datuk Siti dalam filem ini. Apa yang menarik sangat Datuk Siti berlakon di filem ini, sepertinya tidak ada bagi izyan, namun satu kelainan yang mungkin wujud dalam dunia perfileman. Erry Putra menegaskan lagi bahawa : “Datuk Siti akan membawakan watak sebagai Dayang, manakala saya dan dua orang hero lagi akan berlakon sebagai pesilat yang sangat dikenali. “Hinggalah satu hari kami dilantik menjadi duta dan kami dikehendaki pergi ke Gunung Kinabalu, disitulah segalanya bermula apabila Rusdi Ramli hilang apabila terjatuh ke dalam lubang yang dipercayai tempat tinggal orang bunian. Nak tahu apa yang terjadi kena lah tunggu,” Cukup menarik dan penuh kejutan, tak sabar nak lihatnya di pawagam nanti. Semestinya juga tidak sabar untuk melihat Datuk Siti untuk berlakon buat pertama kalinya dalam kerjayanya yang semakin memuncak |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 10:40 am | |
| Ady Putra Punyai Album SoloMelihat perjalanan seninya kini, Ady sudah memiliki syarikat Adi Entertainment sejak dua tahun yang lalu. Selain berlakon, dia juga mempunyai kebolehan menyanyi namun, lakonan tetap menjadi keutamaannya. “Kalau setakat menyanyi nak hiburkan hati itu bolehlah sangat tapi untuk lebih-lebih saya kena pertimbangkan banyak perkara. “Lagipun, keghairahan saya lebih kepada bidang lakonan. Untuk drama Akukah Tanggang dulu saya ada menyanyikan dua buah lagu tema berjudul Warna Dunia dan Kelahiran. Lagu itu ciptaan saya sendiri. “Kebanyakan hasil karya saya termasuk ilham lagu saya salurkan ke syarikat sendiri,” ujar Ady. Menurut Ady, atas dasar minat yang tidak pernah pudar dalam bidang nyanyian telah mendorongnya menghasilkan album solo yang bertajuk “Kelahiran tahun lalu”. Album tersebut memuatkan 10 buah lagu, yang dicipta oleh komposer terkenal seperti Zul 2 By 2 dan Papa Rock, Ramli Sarip. Biarpun agak menyepi namun Ady mengakui dia mendapat sambutan dan maklum balas yang baik daripada penjualan album sulungnya itu. “Saya akui ramai yang tak tahu mengenai album ini. Tapi sambutan yang diterima tetap menggalakkan,” ujarnya ceria. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 10:44 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 10:46 am | |
| Lisa Surihani Suka Angelina JolieSiapa tak kenal dengan pelakon yang serba manis ini, Lisa Surihani Mohmed, 22, minatnya terhadap kerjaya seni tidak pernah disia-siakan, heroin filem I’m Not Single dan yang terbaru drama obsesei di tv3. Namun ianya bukan penghalang baginya bagi melupakan ijazah undang-undang yang diterima dari Universiti Aberystwyth, Wales, United Kingdom. Bagi menguatkan semangatnya dalam dunia seni, Lisa mengambil satu rahsia yang yang boleh membangkitkan rasanya untuk terus giat dalam bidang seni, dipetik dari sumber Kosmo : “Saya memilih Angelina Jolie kerana saya suka cara dia bawakan watak serta karisma yang ditampilkan dalam filem (Tomb Rider) tersebut. “Dia bukannya idola saya tetapi saya hanya menjadikannya sebagai bahan rujukan untuk lebih bersedia,” tegasnya. Wah sememangnya ada idola si manis ini dalam diam. Artis dari Hollywood lagi tu. Namun bakat yang ada pada Lisa tidaklah sama dengan Angelina Jolie, kerana Lisa baru sahaja dalam dunia seni. Walaubagaimana pun tidak salah, satu hari nanti Lisa boleh berjaya dalam bidang yang diceburinya. ps: gaya pemakaian Angelina Jolie jangan ditiru, dedah aurat sana sini. Nanti makin seksi pula Lisa. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 10:48 am | |
| Ally Cerewet Soal Memilih JodohDikala usia menginjak ke angka 32 tahun persoalan mengenai kekasih dan perkahwinan seringkali diajukan kepada jejaka kelahiran Gong Badak, Terengganu ini, namun bagi jejaka kacak ini kesibukan kerja kadang-kadang membuatkan dia seakan lupa mengenainya. “Saya pernah target nak kahwin pada usia 34 tahun tapi sekarang saya tak meletakkan sasaran lagi. Memang saya mempunyai teman istimewa sebelum ini tapi hubungan kami baru sahaja berakhir ketika Aidilfitri lalu. “Terus terang, saya katakan saya memang cerewet dalam soal memilih jodoh kerana sukar untuk mencari orang yang betul-betul faham kerja saya. “Emak juga pernah mencari calon termasuk memperkenalkan saya dengan tiga gadis tapi nampaknya tidak ada yang serasi dengan saya. Saya tidak serik untuk bercinta lagi tapi fokus sekarang adalah kerjaya,”katanya mengkahiri perbualan. Ally pernah digosipkan bercinta dengan pelakon cantik Fasha Sandha satu ketika dahulu dan persoalan tersebut timbul kembali apabila melihat pelakon jelita itu muncul sebagai tetamu jemputan dalam program Ally episod pertama . Namun ketika diajukan soalan tersebut Ally hanya tergelak sambil berkata, dia melihat perkara tersebut sebagai gosip semata-mata. “Dia bukan bekas kekasih saya, kawan rapat ada la,” ujar Ally dalam nada ceria. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 10:51 am | |
| Peragawati didakwa miliki empat pokok ganja - Seorang peragawati didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu memiliki empat pokok ganja dan 10 ketulan mampat bahan tumbuhan jenis dadah kanabis.
Nor Azlina Noor Akhmad, 28, dari Sri Hartamas didakwa memiliki empat pokok ganja di No.12-11-12, Hartamas Regency Condo 1, Persiaran Dutamas, Off Jalan Duta, Sri Hartamas, pukul 11.30 malam, pada 20 Jan lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau sebatan tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.
Nor Azlina juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu memiliki 10 ketulan mampat bahan tumbuhan disyaki dadah jenis kanabis di tempat dan masa yang sama.
Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya yang jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 10 kali.
Dia mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.
Timbalan Pendakwa Raya Noor Aishah K.M. Abu Bakar tidak menawarkan sebarang jaminan kepadanya.
Hakim Mohd Sekeri Mamat menetapkan 20 Mac depan untuk sebutan kes itu. - Bernama
siapakah itu...???? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 10:52 am | |
| Que Haidar Gemparkan Felda Taib Andak Sekali LagiPada 14 Februari depan, seorang lagi anak kelahiran Felda Taib Andak, pelakon Que Haidar bakal menaiki pelamin bersama permaisuri hatinya, koreografer Linda Jasmine. Pasangan yang mengumumkan berita tersebut secara langsung di dalam rancangan Gala TV oleh Astro Awani (saluran 501) pada 13 Disember lalu ini dijangka akan melangsungkan pernikahan di Restoran Bora Ombak, Ampang selepas solat Asar. Selepas majlis penikahan tersebut, Que dan Linda akan menjalani majlis resepsi perkahwinan di restoran yang sama pada sebelah malamnya. Kedua bakal mempelai ini juga berkata, setakat ini mereka sudah menyiapkan hampir 20 peratus persiapan perkahwinan dari urusan pernikahan di pejabat agama hinggalah ke perbincangan dengan pihak-pihak yang menguruskan majlis perkahwinan mereka nanti. Yang menariknya, pakaian pengantin untuk majlis nikah dan resepsi kedua-duanya akan dijahit oleh empat pereka fesyen menggunakan fabrik dari Jakel. Empat pereka tersebut adalah Datin Sharifah Kirana, Saiful Bahrin, Calvin Thoo dan Lord’s Tailor. Untuk majlis nikah, pasangan ini akan mengenakan pakaian pengantin berwarna putih manakala ketika bersanding mereka berkemungkinan memakai warna pink. Sementara untuk upacara memotong kek, pasangan yang telah berkenalan selama enam tahun ini dijangka akan menyarungkan busana pengantin berwarna putih. Kemudian, pasangan ini akan mengenakan baju tradisional pengantin berwarna emas semasa majlis resepsi perkahwinan kedua di Felda Taib Andak, Kulai pada 15 Mac depan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 10:59 am | |
| Maya Karin : Artis biasa biasa yang overrated!!Maya Karin never impressed me in her acting.....bagi aku dia bukan "pelakon" ssb dia terlalu sedikit berlakon.... Dia tak penah muncul berlakon di kaca TV....cuma di filem shj, tu pun setahun ada la satu dua je filem dia... pelakon2 lain lebih bagus dari dia, pelakon2 lain ramai yg beri lakonan yg berkesan di kaca TV mahupun di layar perak... Contoh : Umie Aida dan Fasha Sandha,...tgk saje lakonan Fasha Sandha dlm Drama Sanggar Saadah, Kehangatan Lantana, dan lain lain, itu sudahcukup membuktikan bakat besar....begitu juga Umie Aida......Maya Karin boleh ke berlakon watak2 macam tu?? I doubt it....maya karin, she cant even act in Drama... berlakon Filem pun filem2 konsep binatang jadi-jadian...jadi Rimau, jadi Pontianak, jadi ikan Duyong.... Cuma bebabru nih je berlakon drama jadi manusia dlm anak halal...tu pun lakonan overacting, tak konsisten, tenggelam timbul, control ayu, watak tomboi tak menjadi langsung, ckp pekat loghat indon.... Maya Karin cant even sing well...she cant sing....but she wanna be a singer though CONCLUSION : Maya Karin is SOOO OVERRATEDTolong la berlaku adil |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 11:01 am | |
| Belum rancang bertunang - Pekin BERTUNANG Februari ini? Mana ada. Tahun ini adalah tahun yang sibuk bagi saya dan Ayu. Kalau bertunang pun, mungkin tahun depan." Itu penjelasan jejaka bernama Mohd. Iznan Ibrahim, 27, atau mesra dengan panggilan Pekin saat diajukan soalan oleh Hits mengenainya yang dikatakan akan bertunang dengan pelakon Ayu Raudhah,24, pada Februari ini. Ditemui pada sesi fotografi di studio Utusan, Kuala Lumpur, baru-baru ini, pelakon yang mula mencipta nama sekitar tahun 2000 ini menjelaskan bahawa 2009 merupakan tahun yang cukup sibuk dan mencabar baginya dan juga Ayu. Justeru, jelas Pekin, antaranya dan Ayu mahu memfokuskan terlebih dahulu kepada karier di samping mengumpul duit sebelum disatukan dalam ikatan pernikahan. "Ayu pun masih muda. Biarlah dia kumpul duit banyak-banyak dahulu. "Jika ada rezeki, insya-Allah kami akan bertunang pada tahun depan. "Lagipun, saya sudah tetapkan dalam hati untuk berkahwin pada usia 30 tahun," kata Pekin yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Menurutnya, hubungan perkenalannya dengan Ayu sudah terjalin sejak enam tahun lalu dan membuatkan mereka sudah memahami antara satu sama lain. Ujar Pekin, dalam tempoh itu, dia melihat Ayu sebagai seorang yang baik, mendengar kata, lemah lembut dan manja. "Saya selesa bersama Ayu. Keluarga saya dan Ayu sudah saling mengenali. Lagipun, kami tinggal berjiran di USJ Subang,'' katanya. Kisah Ayu yang dikatakan akan bertunang dengan Pekin, Februari ini mula tersebar beberapa minggu lepas dan disiarkan dalam ruangan Gitu...lah! di sisipan hiburan popular Pancaindera. Menerusi ruangan itu, Ayu dan Pekin merancang untuk 'mengikat' cinta mereka selepas hubungan masing-masing pernah putus satu ketika dahulu. Ayu ketika menjawab mengenai perkara tersebut mengakui menerima dengan hati terbuka andai aktor berkenaan adalah jodohnya. Akui Ayu lagi, dirinya senang berkawan dengan Pekin kerana dia banyak memberinya dorongan dalam kerjaya serta kehidupan. Ayu mula mengenali Pekin di sebuah acara di Bukit Bintang ketika usianya 18 tahun dan Pekin pada waktu itu adalah seorang penyanyi berkumpulan. Sepanjang tempoh bergelar pelakon, Pekin dan Ayu pernah bersama berlakon dalam beberapa drama antaranya Manjalara, Sutera Maya, Jamilah, Cinta Terhalang serta yang terbaru filem pendek berjudul Aku Dan Sesuatu. Berbalik kepada Pekin, tatkala memberi maklum balas mengenai senario pergolakan rumah tangga artis sepanjang 2008, dirinya tidak gentar untuk memilih Ayu sebagai suri hidupnya. "Kalau sudah jodoh, kenapa perlu rasa takut. Hadapi sahaja apa risiko mendatang," ujarnya penuh yakin. Apa perancangan Pekin pada 2009?Sementara itu, kepada satu soalan mengenai perancangannya tahun ini, Pekin menjelaskan bahawa dia akan terbabit dalam pembikinan filem pendek berjudul Aku Dan Sesuatu, Ricce dan Adiwira. Pembikinan filem berkenaan adalah melalui produksi yang ditubuhkan bersama rakannya Shazrol Suhaime iaitu Indeworkshop. Bagi mereka yang ingin menonton filem pendek berkenaan boleh melawat blog Indeworkshop di http://indeworkshop.blogspot.com. "roduksi tersebut telah ditubuhkan beberapa tahun lalu yang memberi fokus kepada penghasilan kesan khas dan 3D. "Menghasilkan filem sendiri memberi saya kepuasan. Filem pendek Aku Dan Sesuatu berkemungkinan akan difilemkan semula untuk ditayangkan di pawagam. "Selain itu, bengkel kereta saya di Puchong juga sudah diperluaskan. Kalau dahulu hanya satu lot sahaja tetapi kini sudah besar sedikit,'' jelasnya. Ujar Pekin, mengimbas tahun 2008, ia merupakan tahun kejayaan baginya yang menyaksikan rezekinya bertambah dalam bidang lakonan. "Tahun lepas juga saya bersyukur kerana dapat membeli rumah dan tukar kereta baru. Bengkel kereta pula semakin maju,'' tambahnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 11:06 am | |
| Datuk CT cover INTREND terbaru |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 11:20 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 11:27 am | |
| Ida Nerina, Rashidi Ishak, Faezah Elai dan Diana Rusdi @ Drama HartamasSIRI KOMEDI HEBAT KINI MENEMUI ANDASemalam (3 Februari), satu sidang media pelancaran drama terbaru di NTV7 iaitu Hartamas telah diadakan di Modestos Desa Sri Hartamas telah diadakan. Mentang-mentang drama pun berjudul Hartamas, sidang media pun kena buat la dekat di Hartamas. Khabarnya, lokasi pengambaran drama ini juga diadakan di Hartamas jugak. Ramai pelakon yang datang… SINOPSIS DRAMA HARTAMASDua keluarga menjadi satu dan berlakulah babak-babak lucu akibat personaliti yang bercanggah namun berakhir dengan kasih sayang antara mereka Apa yang akan berlaku apabila seorang akauntan yang lurus bertemu dengan seorang pereka fesyen yang tegas? Bagi ibu-bapa tunggal seperti Johari dan Amelia, ia merupakan kisah cinta klasik antara dua hati yang berbeza umpama langit dan bumi. Sementara keduanya dilamun angin cinta, kedua anak perempuan mereka – Juita seorang gadis feminin dan Edrina seorang gadis gothik merupakan musuh ketat di kolej mereka. Di bawah bumbung yang sama, percanggahan personaliti mereka yang ketara itu menerbitkan banyak unsur lucu dalam siri drama komedi terbaru ntv7, Hartamas, bersiaran setiap Ahad, 8.30 malam mulai 8 Februari 2009. Sebuah lagi ciptaan pengarah dan penerbit ternama Kabir Bhatia, Hartamas memperkenalkan barisan pelakon yang mantap seperti Ida Nerina, Rashidi Ishak, Faezah Elai dan Diana Rusdi. Ida memegang watak Amelia, pereka fesyen yang bersemangat tinggi dan berwibawa dari butik Lucci dan ibu tunggal kepada Edrina (Faezah Elai). Rashidi ialah Johari, seorang akauntan yang lurus dan bapa tunggal Juita (Diana Rusdi). Dari kisah cinta siber ke pertemuan pertama yang janggal, perhubungan antara Amelia dan Johari berkembang dari tahap ke tahap dan berakhir dengan jinjang pelamin. Johari dan Juita kemudiannya berpindah ke rumah Amelia dan Edrina di sebuah kawasan elit di Hartamas. Sarat dengan saat pahit manis, bermulalah perjalanan hidup sebuah keluarga baru yang mencuit hati sementara mereka berusaha keras untuk menyesuaikan diri dan menyayangi antara satu sama lain. Ketaksuban Edrina pada gitar elektrik Fender beserta imej gothiknya itu cukup berlawanan dengan sifat Juita yang sangat feminin, bergaya dan pandai menambat hati orang ramai, lantas membuatkan mereka musuh yang paling cocok. Dalam pada itu, ibu-bapa mereka turut mempunyai masalah sendiri yang harus diselesaikan dalam mengenali dan mencapai persefahaman antara mereka sebagai suami dan isteri di samping terpaksa mengadili pertelingkahan antara anak-anak. “2009 menandakan sebuah lagi tahun yang hebat untuk ntv7, terutamanya dengan tumpuan yang lebih atas drama tempatan berkualiti seperti Hartamas,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar ntv7. “Dikemudi oleh pengarah terkenal Kabir Bhatia, Hartamas merupakan sebuah drama komedi yang dinanti-nantikan di samping didokong kuat oleh barisan bintang ternama dan jalan cerita yang menarik. Pastinya, ia sesuatu yang akan membuat penonton terhibur.” Tambahnya lagi, “Sebagai sebuah stesen yang dikenali sebagai Saluran Ceria Anda, kami amat berbangga untuk memaklumkan kepada penonton mengenai siri komedi tempatan yang menjanjikan hiburan yang terbaik untuk seisi keluarga. Kami juga turut berterima-kasih kepada sokongan Panasonic sebagai penaja utama dalam usaha terbaru ini. Juga, sekalung terima kasih pada penaja utama lokasi, Taman Tasik Prima Resort Living - Prima Nova.” Sebagai Penaja Utama, Pengurus Besar Panasonic, Unit Peralatan Rumah, Cheng Chee Chung berkata, “Panasonic amat berbangga kerana dapat bekerjasama untuk drama ini selain berpeluang mempersembahkan barangan peralatan rumah yang ditawarkan. Kami turut berharap penonton akan lebih memahami tentang bagaimana produk kami boleh meningkatkan gaya hidup mereka melalui drama ini.” Selain dari babak menarik, kemas dan canggih hasil rakaman video definisi tinggi yang banyak mencirikan karya Kabir, Hartamas turut mempersembahkan format split screen, teknik yang jarang sekali digunakan di siri TV tempatan, kaedah visual yang berjaya menampilkan unsur komik yang lebih mantap pada rancangan. Kemunculan Hartamas tentunya menceriakan dan membahagiakan penonton di hujung minggu. Siri komedi ini memberikan hiburan keluarga terbaik, bersiaran setiap Ahad, 8 Februari 2009 pada jam 8.30 malam. Musim pertama rancangan ini dijangka akan bersiaran untuk 13 episod. Untuk maklumat lanjut atau menonton siaran ulangan di Catch-Up TV, layarilah www.ntv7.com.my |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 11:29 am | |
| Rashidi Ishak sebagai Johari |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 11:30 am | |
| Diana Rusdi sebagai Juita |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 11:30 am | |
| Ida Nerina sebagai Amelia |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 11:31 am | |
| Faezah Elai sebagai Edrina |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 11:37 am | |
| Nur Fatimah & Datin Natasha HudsonGambar ni baru sahaja diambil semalam. Terasa masih hangat untuk ditranfer dari kad memori untuk tatapan pelayar blog semua. Nampak persis Nur Fatimah & Datin Natasha Hudson sedang menyanyi dan berkoir… tapi untuk apa? Jawapannya… kemudianlah. Tengok pada pakaian Datin Natasha Hudson ni, macam baju orang dulu-dulu aje… mmm nak korang teka tajuk teater yang akan dilakonkan oleh penyanyi Selembut Sutera dan pelakon Tipu Kanan Tipu Kiri nih… |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 11:40 am | |
| Erra DiPinang sape ni?? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 11:49 am | |
| Miss Sporty (Mimi Rahzia) dan Miss Trendy (Belinda Chee) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 11:52 am | |
| Allah Habeebi Vs Lentera Timuralbum terbaru mawi Allah Habeebi 2009 ,dah pun dipasaran..kelas sanagt2 album ini yang merupakan album terMAHAL mawi kini dikatakan mendapat jualan paling laris di kaunter jualan CD...Antara lagu terbaik ialah SUJUD, SEROJA dan Serulah Namanya manakala album Lentera timur pula kelihatan seolah2 tidak laku walaupun terjual 10K tapi takat tu jelah kot |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 11:58 am | |
| Sekitar Belakang Tabir Pembikinan Filem Maut - Sherry IbrahimGambar: Sherry sempat pose dengan gaya seorang minah black metalnya. Cakap pasal Sherry, dia ni memang pendatang baru dalam dunia lakonan. Sebelum ini Sherry giat terlibat dalam modelling dan iklan TV dan media cetak. Macam-macam iklanlah yang Sherry dah sebut… satu pun saya dah tak ingat. Lupa! Sorry yer Cherryy… eh Sherry. Mari kita belajar memakai anting-anting. Agaknya cam ginilah gaya minah black metal mengenakan aksesorinya. Anting-anting yang Sherry pakai tak berapa ganas sangat lah! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 12:00 pm | |
| CERITA PASAL NANA Menurut Nana, selepas berlakon dalam filem Gangster (juga arahan Bade Haji Azmi) lebih kurang 4 tahun lalu, Malaikat Maut adalah filem lakonannya yang terbaru. Selepas ini, Nana masih tidak ada perancangan dan tidak mahu menggalas komitmen dan terikat dengan mana-mana filem. Nana katanya akan merakamkan album bersama Zainal Alam Kadir di bawah label Alamorphosis selain sedang sibuk dengan jadual di konti Radio Era. Nana juga mengaku dia tidak mempunyai kecenderungan untuk berlakon filem. Berlakon bukan jiwa sebenar Nana. Padahal saya rasa, Nana ada bakat dan boleh berlakon dengan baik. Mungkin Nana ingin menumpukan kepada bidang pengacaraan. Walau apa sahaja bidang yang Nana pilih, lakukan yang terbaik kerana dikemudian hari, segalanya akan dinilai oleh peminat anda. Ketika ditanya adegan paling sukar untuk dilakonkan dalam Malaikat Maut, Nana mengaku adegan muntah paling mencabar. Nak kena kemam isi makanan dalam mulut dan keluarkan macam orang sedang mabuk. Memang meloyakan. Bukannya senang untuk menjadikan lakonan itu nampak real di layar. Kriteria inilah yang perlu dilaksanakan bagi memuaskan hati pengarah. Selagi pengarah tidak puas hati, selagi itu lakonan perlu dibuat berulang-ulang kali. Setelah menghabis dua shot, Nana melenakan dirinya di atas kerusi. Pengambaran agak memenatkan bagi Nana. Malah bagi mana-mana pelakon pun. Namun, segala penat tidak dirasai sangat sekiranya minat dan keseronokan itu ada. “Bukan penat apa, penat menunggu… nak tunggu kereta tu siap dipasang kamera… lepas tu, kereta tu kena pastikan betul-betul diikat di kren… alahai sikit punya lama. Tapi penat itu berbaloi kalau kita berjaya memuaskan hati pengarah dan penonton.” Apa yang membuatkan Nana tertarik untuk berlakon dalam Maut?“Nana tertarik sebab jalan cerita ni nampak menarik. Tajuknya pun dah menimbulkan rasa seram. Tapi sebenarnya kalau tengok filem ni nanti, ianya bukanlah cerita hantu. Ia cerita pasal mati. Bagaimana mati itu memberi kesan dan menginsafkan kita. Banyak pengajaran dan mesej yang membina boleh diambil dari filem ini. Walaupun you all tengok kitorang bawa watak yang teruk macam ni, tapi yang penting at the end of the story, penonton akan tahu akibat dan kesannya memilih jalan sesat cam budaya black metal ni.” Pengalaman paling seronok sepanjang pengambaran Maut..? Nana kata dia seronok giler dapat kerja dengan pelakon cam Que dan Awal. Diorang sangat profesional dan enjoy sangat-sangat. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 12:01 pm | |
| Antara Diana Danielle dan Juliana EvansKedua-duanya sama cantik dan sama-sama Pan Asian. Kedua-duanya juga mampu menggetarkan naluri setiap lelaki dan juga wanita. Antara kedua-duanya yang mana satu pilihan anda kalau ingin dijadikan awek dan juga bini? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 12:06 pm | |
| Profil Nasha Aziz Nama Penuh:Noraishah Abdul Aziz Tempat Lahir:Kampung Pandan, Kuala Lumpur Tarikh Lahir:14 Mei 1971 Kerjaya:Model dan pelakon Bintang:Taurus Masakan kegemaran:Gulai Asam Pedas Filem:Kad Cinta (1995) Bara (1999) Gerak Khas The Movie (GKTM) (2001) Laila Isabella (2003) Buli (2004) Trauma (2004) Cinta Luar Biasa (2004) Tak Ori Tapi OK (2005) Kemarau Cinta (2005) Buli Balik (2006) Puaka Tebing Biru (2007) Drama:Cik Mala Janda Berhias Inspirion Inikah Cinta Diari Datin - drama 54 episod di TV3 sebagai Datin Sally Teater:Lantai T Pinkie (2006) Pencapaian:i) Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-14, menerusi filem Bara (1999) dan Pelakon Wanita Terbaik di FFM17 menerusi filem Trauma dan ii)Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin TV3 (2005). Selain aktif di bidang perfileman, Nasha juga ligat berlakon drama TV dan drama pertamanya ialah Duit Free, arahan Zainal TJ, dan Inikah Cinta, sebanyak 13 episod menerusi TV1. Nasha juga berlakon drama bersiri 25 episod iaitu Inspirion untuk slot Samarinda TV3. Anugerah:i) Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-14, menerusi filem Bara (1999) ii) Pelakon Wanita Terbaik di FFM17 menerusi filem Trauma ii) Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin TV3 (2005) Trivia:*Nasha menolak tawaran berlakon filem Pasrah. Tempat beliau diganti oleh Wilma. *Nasha menjadi pilihan iklan komersial, antara yang pernah disiarkan di kaca TV termasuklah Nescafe Classic, Avon Colour, Pantene dan Panasonic. *Nasha Aziz memulakan kerjaya dalam bidang permodelan kira-kira 19 tahun lalu, namun hanya bergelar pelakon filem pada 1997 dan Kad Cinta terbitan Julie Dahlan adalah filem pertamanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 2:26 pm | |
| LUNA MAYA MEREMPIT NGAN HANJING.. Dah namanya artis Indonesia, pasti tak kisah dengan pelbagai kontroversi atau yang bertentangan dengan nilai agama. Tapi si Luna tengah buat apa ye ngan hanjing tu?? Merempit khot?? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 2:31 pm | |
| Shila lebarkan sayap ke Indonesia, dipilih duta baru Cornetto JIKA tahun lalu, gandingan dua penyanyi muda, Dafi dan Gita Gutawa sebagai duta Wall's Cornetto dilihat cukup 'serasi', nampaknya naib juara One In A Million musim kedua, Shila dan kumpulan pemuzik dari Indonesia, Ran pula menjadi pilihan jenama aiskrim popular itu sebagai duta baru bagi tahun ini. Dua bakat hebat dari Malaysia dan Indonesia ini dipilih berdasarkan pencapaian mereka dalam arena muzik yang dilihat sesuai bagi kempen Wall's Cornetto yang menumpukan kepada perpaduan menerusi muzik. Bertemakan 'Tunjukkan Cintamu', pelbagai program telah diaturkan oleh pihak Wall terhadap dua duta jenama ini dan salah satu daripadanya ialah gandingan mereka menyanyikan lagu tema, Tunjukkan Cintamu, yang kini telah mula diputarkan di stesen-stesen radio tempatan. Klip video serta iklan komersial produk ini yang membabitkan dua artis muda ini mempromosikan dua perisa aiskrim baru Cornetto, Cornetto Disc Chocolate dan Cornetto Disc Vanilla juga akan mula disiarkan di kaca televisyen tempatan dan bakal menyusul di Indonesia tidak lama lagi. Shila bersama kumpulan Ran dipilih menjadi duta baru Wall's Cornetto Mengulas tentang pemilihannya sebagai duta jenama ini, kata Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, dia melihat peluang itu sebagai satu platform yang baik untuk mengembangkan lagi karier seninya. "Bukan mudah untuk artis baru seperti saya diberi peluang seperti ini, apatah lagi dapat digandingkan pula dengan artis Indonesia. Saya akan cuba gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk lebarkan karier ke Indonesia. "Memandangkan lagu Tunjukkan Cintamu juga sudah mula diputarkan di radio-radio Indonesia sejak Disember lalu, jadi saya rasa ini satu permulaan yang baik. Shila bersama salah seorang ahli kumpulan Ran, Rayi "Sewaktu rakaman klip video lagu ini di Jakarta tidak lama dulu, saya turut ditemubual oleh media Indonesia. "Walaupun mungkin saya tidak begitu dikenali di sana, tetapi buat masa ini memadailah kalau mereka tahu lagu yang saya nyanyikan bersama Ran itu," kata Shila yang ditemui pada majlis pelancaran dan pengumuman duta baru Cornetto di The Curve, semalam. Bercerita lanjut tentang pengalaman bekerja bersama kumpulan trio, Ran yang dianggotai oleh Nino, Asto dan Rayi ini, kata Shila, walaupun sebelum ini dia tidak pernah tahu tentang latar belakang trio tersebut, tetapi dia akui cukup senang mendekati tiga anak muda ini. "Pada awalnya, memang saya tidak mengenali siapa mereka sebenarnya. Kemudian saya buat sedikit 'research' di Internet dan Youtube. Bila sudah berjumpa dan mengenali mereka, memang saya melihat mereka ini cukup 'fun'. "Malah, kami masih menghubungi satu sama lain setelah selesai menjayakan penggambaran klip video dan iklan di Bangkok serta Indonesia tidak lama dulu," kata Shila tentang kumpulan yang mengenengahkan muzik pop itu. Dalam pada itu, ditanya tentang projeknya yang lain, kata anak kepada penyanyi ND Lala ini, dia akan memberi tumpuan kepada 'road tour' anjuran produk Clean & Clear sementara menantikan album sulungnya menjengah di pasaran. "Album sebenarnya sudah siap. Tetapi syarikat rakaman saya tidak mahu keluarkan lagi kerana nak tengok masa yang sesuai memandangkan jadual saya cukup padat dengan pelbagai aktiviti ketika ini. "Malah, saya juga terpaksa menangguh pengajian saya di Kolej Segi yang sepatutnya memasuki semester kedua," kata Shila lagi. Suka lelaki berumurSengaja soalan tentang lelaki diajukan kepada penyanyi cilik ini. Dalam usianya yang mencecah 19 tahun, pasti Shila juga sama seperti gadis-gadis lain yang ingin merasai perasaan bercinta. Tidak lama dulu, dia pernah digosipkan bersama Aliff OIAM. Menegaskan mereka hanya kawan baik, kata Shila, buat masa ini dia masih lagi belum mempunyai kekasih. Ditanya apakah kriteria lelaki yang disukainya, sambil tersenyum dia menjawab: "Saya lebih sukakan lelaki yang lebih tua daripada saya. Bukannya apa, lelaki yang lebih berumur ini lebih matang dalam apa saja yang mereka lakukan," tutur Shila dalam nada ceria. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 2:33 pm | |
| Misha Tidak Terdesak Cari Jodohbertambah cantik plak mihah ni walaupun gigi besi lom tanggal... Berkumandangnya lagu Adam dan Hawa di corong radio menghilangkan kerinduan peminat terhadap penyanyi Misha Omar. Manakan tidak, dikala satu persatu penyanyi dan bakat baru muncul, wajah dan suara Misha seakan sepi dari arene seni. “Kebelakangan ini memang saya tidak keluar di majalah mahupun televisyen. Tetapi saya banyak memenuhi undangan nyanyian di majlis-majlis tertutup. Selepas album terbaru keluar, saya mendapat respons baik daripada ramai orang. Saya tidak sangka ramai juga yang gemarkan lagu Cinta Adam dan Hawa. Walaupun lagu ini agak berbeza daripada lagu-lagu yang pernah saya nyanyi tetapi kelainan itu memberi keistimewaan kepada saya. Memang cukup bagus sambutannya,” ujarnya memulakan bicara. Sungguhpun album yang memuatkan 11 buah lagu ini telah berada di pasaran, namun menurut Misha, dia masih belum sempat untuk mempromosikan album tersebut kerana sibuk dengan jadual aktiviti terkininya iaitu berlakon. Misha sebenarnya sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri 20 episod bertajuk Julia Juli Bintang Tiga untuk slot Lagenda di TV3. Drama tersebut adalah adaptasi dari- pada cerita lama bertajuk Jula Juli Bintang Tujuh. “Memang susah juga berlakon sebab saya perlu beri komitmen yang tinggi. Jika diban dingkan dengan nyanyian, saya dapati berlakon memerlukan kita memahami karakter, jalan cerita dan ‘chemistry’ yang perlu kita bina bersama pelakon-pelakon lain. Sungguhpun begitu, saya seronok berlakon.” Jelas penyanyi yang popular dengan lagu Bunga-bunga Cinta dan Ku Seru ini, dia sememangnya mempunyai minat untuk berlakon. Pertemuan dengan seorang produser yang kebetulan mempunyai idea untuk membuat drama membolehkan impiannya direalisasikan. “Sebelum ini, saya ada juga tertunggu-tunggu akan tawaran ber- lakon. Ketika itu, saya fikir jika ada orang beri peluang, saya mungkin akan terima. Kemudiannya apabila diberi peluang, saya terus ambil.” Tambah Misha, dalam drama bersiri yang bakal ditayangkan pada bulan Mac 2009 nanti, pemilik suara gemersik ini melakonkan watak sebagai Julu, iaitu adik kepada Julia yang dilakonkan oleh Nik Sayyidah dan Juli yang dilakonkan oleh Dynas. Ketika ditanya, adakah dia akan menerima tawaran lain selepas ini, Misha mengatakan bahawa segala-galanya bergantung kepada penerimaan penonton terhadap lakonannya dalam drama itu terlebih dahulu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 2:40 pm | |
| 'Atas nama cinta' Imran-Saerah BULAN Februari sering dikaitkan dengan bulan cinta. Menjelang Hari Kekasih yang bakal menjelang tanggal 14 Februari ini, sengaja mStar Online menggandingkan 'pasangan' gosip terbaru ini untuk berbicara tentang cinta. Baik Siti Saerah mahupun Imran Ajmain, kedua-duanya nyata cukup 'sporting' apabila penulis mengusulkan untuk menggandingkan mereka bersama di dalam sesi fotografi. Sesekali, sepanjang sesi fotografi berlangsung, Imran mahupun Saerah begitu kreatif dan tidak kekok untuk membuat aksi spontan mereka. Keserasian terserlah apabila masing-masing mengeluarkan idea ‘gila-gila’ terutama Saerah yang begitu pandai membawa diri di depan kamera manakala Imran pula sukar membuat banyak pergerakan kerana terbatas dengan ketinggiannya. Sambil bercerita lanjut tentang gosip yang melanda mereka berdua kononnya dikatakan mempunyai hubungan 'istimewa', Imran dan Saerah dalam nada ceria mengaku semuanya mungkin berpunca gara-gara mereka berjalan bersama sewaktu sesi karpet merah di Anugerah Juara Lagu ke-23 baru-baru ini. Mereka dikatakan agak 'mesra' dan ada yang melihat pasangan ini berpegangan tangan. "Saya tidak tahu bagaimana boleh wujud gosip kami berpegangan tangan semasa berjalan pada waktu itu sedangkan kami tidak buat pun. "Kami berjumpa di situ pun secara kebetulan, dan terus bercadang untuk berjalan bersama. Apapun, hubungan saya dan Saerah tidak lebih daripada berkawan sahaja "Saya juga ingin betulkan fakta yang mengatakan kami berpakat memakai pakaian sedondon pada hari itu. Pakaian kami mana ada sedondon..," jelas Imran. Menurut Imran, ini merupakan pertama kali dia menerima gosip hebat yang mengaitkan dirinya dengan artis wanita lain. "Saya rasa ini merupakan gosip pertama saya dikaitkan dengan artis lain. Saya agak terkejut juga apabila membacanya. "Selepas membacanya, saya terus menghubungi kawan Saerah kerana takut dengan pandangan Saerah dan orang ramai serta bimbang sekiranya ia akan menjadi berpanjangan," jelas Imran, 28. Menyelongkar tentang bagaimana mereka ditemukan, Imran dan adik penyanyi Datuk Siti Nurhaliza ini mula berkenalan selepas duduk sebelah-menyebelah ketika menonton Konsert Mingguan Akademi Fantasia 6 (AF6). "Saya menghadiri konsert itu kerana ingin menonton persembahan Stanley AF6 yang menyanyikan lagu saya iaitu 'Sudah Tu Sudah'. "Manakala Saerah pula datang untuk melihat kakaknya, Saida membuat persembahan dalam konsert itu. "Waktu itu, Saerah tidak duduk diam dan hujung kakinya selalu terkena saya. Jadi, selepas kerap kali kaki dia berlaga dengan kaki saya, kerap kalilah Saerah meminta maaf dan dari situlah kami memulakan perbualan. Selepas itu, kami tak pernah ‘keep in touch’. "Lama kemudian, saya menyanyi untuk Hari Lahir Kak Siti Nurhaliza pada 11 Januari lalu sebagai kejutan untuk Kak Siti setelah mendapat tahu dia meminati lagu Seribu Tahun. "Jika benarlah kami mempunyai hubungan semasa AJL baru-baru ini, saya tidak akan pimpin dan pegang tangannya di depan khalayak seperti yang diperkatakan," katanya. Dalam pada itu, Saerah pula berkata persahabatannya dengan Imran tetap diteruskan walaupun ramai yang bercakap mengenai gosip tersebut. "Gosip tidak akan mengganggu hubungan kami sebagai kawan. Mana tahu dengan gosip ini, hubungan kami semakin rapat. "Tetapi semasa mula-mula mendapat tahu tentang gosip ini, saya rasa bimbang jika ia memberikan kesan kepada Imran kerana orang suka bercakap ‘macam-macam’. "Ibu dan bapa saya pun terkejut juga tetapi selepas saya beri penjelasan, baru mereka faham. "Untuk sesi fotografi hari ini pun, saya dah beritahu dan mereka izinkan," kata Saerah. Sambut Hari Kekasih bersama?Ditanya tentang pengalaman bercinta, kedua-duanya bagaikan sukar untuk berkongsi cerita kerana bagi mereka perkara yang berlalu tidak perlulah di hebah-hebahkan. Namun, apabila ditanya tentang status masing-masing, kedua-duanya mengaku masih solo. Kebetulan, mereka juga berkongsi zodiak yang sama iaitu Taurus. Saerah dilahirkan pada 15 April 1983 manakala Imran pula dilahirkan pada 25 April 1981. Menurut Imran, sudah dua tahun dia hidup solo tanpa teman wanita. Sementara Saerah pula berkata dia kembali solo selepas putus tunang dulu. Diusik sama ada Saerah menepati ciri-ciri wanita idamannya, Imran sambil tersenyum berkata: "Saerah mempunyai sedikit ciri-ciri yang saya suka sebab dia merupakan seorang yang ceria dan terlalu peramah. "Saya merupakan seorang pemalu. Jadi apabila dia peramah, persahabatan kami jadi lagi senang kerana orang seperti ini boleh lebih menerima kritikan. "Saya rasa selesa apabila berkawan dengannya. Apabila jumpa di ‘show’, kami boleh ‘sekepala’ dan ‘ngam’ sehingga rasa gugup saya hilang. "Namun, saya tidak suka menetapkan ciri-ciri wanita idaman kerana orang yang membuat seperti itu seolah-olah mereka tidak melihat cermin. Bagai ‘tidak mengukur pada baju sendiri’." Dalam pada itu, Saerah juga mengakui yang Imran mempunyai sedikit ciri-ciri lelaki idamannya kerana mereka sekepala dan membuatkan dirinya tidak kekok apabila bersama dengan Imran. Memandangkan Hari Valentine bakal menjelang tiba pada 14 Februari depan, kita tanya apa pandangan mereka mengenai hari tersebut? Pernah sambut Hari Kekasih?Imran: "Saya tak tahu nak cakap sama ada saya sambut atau tidak kerana kalau kira romantik saya, saya tak perlu menunggu Hari Valentine untuk memberi bunga. "Bagi saya kita tidak perlu tunggu Hari Valentine untuk menunjukkan kasih sayang kerana tiap-tiap hari adalah hari bahagia." Saerah: "Pendapat saya lebih kurang sama dengan Imran. Bukan sebab kami sehati sejiwa tetapi memang saya rasa Hari Kekasih tidak terlalu penting. "Jika saya nak tunjuk kasih sayang, hari-hari saya boleh tunjuk kepada kawan-kawan dengan berjenaka dan membuat orang lain gembira." Pengertian Hari Kekasih?Imran: “Valentine's Day atau Hari Kekasih lebih kepada kepercayaan di mana orang lain meraikannya untuk mencari kebahagiaan.” Saerah: “Hari Kekasih bukan budaya kita dalam masyarakat Islam. Terlalu biasa sangat kalau pasangan kekasih itu keluar dan sekadar meraikannya di luar dengan makan malam dan yang wanita akan diberi bunga ros.” Apa yang akan dilakukan pada Hari Kekasih nanti?Imran: "Sesebuah lagu itu boleh dikaitkan dengan kekasih dan pasangan bahagia. Jadi, saya ingin sangat diundang untuk menyanyikan lagu cinta bergenre balada untuk orang yang sedang bercinta. "Jika saya mempunyai kekasih, saya tidak akan bawa dia keluar makan malam tetapi mungkin kami akan pergi menghadiri kelas puisi, membuat kraftangan atau melakukan aktiviti yang disukai oleh pasangan saya. Itu lagi dikira pengorbanan." Saerah: "Saya setuju dengan Imran. Sekurang-kurangnya, pasangan kita akan lebih menghargai apa yang kita lakukan. Tetapi, disebabkan saya solo, jadi saya akan keluar dengan kawan-kawan sahaja nanti." |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 2:43 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 2:44 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 2:44 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 2:45 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 2:46 pm | |
| Natasha teruja berlakon teater Natasha sebagai Miss Ruth dalam teater Ibu Zain musim ke-2 |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 2:50 pm | |
| Zahida Dah Tak Minat Berlakon?Sudah lama agaknya kita tidak mendengar berita mengenai pelakon yang mempunyai wajah anak mami, Zahida Rafik ini. Baru-baru ini Jomstar.com berkesempatan menemui Zahida yang ketika itu berada di tapak karnival 'Doa Buatmu Palestin'. Ikuti perbualan diantara |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 2:52 pm | |
| Kami Dah Penat Berlakon - Fauzi Nawawi & LisdawatiPasangan selebriti yang tidak perlu dikenalkan lagi dalam industri hiburan tanah air. Masing-masing mempunyai kekuatan dalam menghayati watak yang diamanahkan oleh pengarah kepada mereka. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 2:54 pm | |
| Saya Bukan Anak Tiri Dato' Yusof - Din MaidinShamsudin bin Maidin mungkin ramai tidak kenali, akan tetapi bila di sebut detektif Lingam atau pun Din Gerak Khas mungkin nama ini gah di industri seni tanah air. Berkecimpung dalam hiburan bukanlah baru bagi beliau bermula dari krew filem makanik sehingga beliau menempatkan diri dalam bidang lakonan. Hampir 25 tahun beliau berkecimpung dalam industri seni ini, pelbagai cabaran dan pengalaman membuatkan beliau mampu bertahan sehingga ke hari ini. Ketika ditanya mengenai bidang lakonannya, mengapakah selalu berlakon di bawah arahan Dato' Yusof dan ada yang di antaranya mengatakan bahawa Din Maidin ini umpama dianak tirikan oleh Dato' Yusof, "jelasnya itu tidak benar, saya dan Dato cukup baik dan amat mementingkan prestasi kerja dan saya senang bekerja bersama Dato' jelasnya. Disiplin yang tinggi membuatkan Din Maidin mampu menguruskan masa sama ada ketika di lokasi atau pun urusan di pejabat. Selam 6 bulan saya tidak dapat berlakon dalam drama bersiri Gerak Khas ini kerana mempunyai urusan di luar jelasnya. Bukan saja seorang penghibur tetapi beliau juga mempunyai perniagaan di luar dan syarikat di bawah kelolaan Dato' Razali Hassan itu amat memahami tugas beliau dan tidak pernah menghalang Din untuk berlakon. Katanya beliau akan mengembangkan sayapnya kali ini dan tidak akan berlakon pada satu 'production' sahaja mungkin akan berlakon seperti artis biasa selepas ini. Setiap artis masing-masing mempunyai kelebihan dan cara yang berlainan, "janganlah lupa asal usul sekiranya sudah memenangi sesuatu pingat yang dimilik" tegasnya. Sebarang pertanyaan berhubung karier lakonan Din Maidin bolehlah menghubungi di talian. 013-2979924. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 3:17 pm | |
| Pose Alyah |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 3:23 pm | |
| Memey kuat kerana NormanRamai orang mula bercakap Norman Hakim dan Memey Suhaiza Suhaimi dah macam pasangan pengantin. Tengoklah! Pakaian yang dipakai ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur Selasa lalu memang macam orang nak nikah. Memey memakai pakaian berwarna putih gading dihiasi tudung berwarna hitam sementara Norman memakai baju warna serupa dan berseluar hitam. Ketika melangkah masuk ke perkarangan mahkamah, ada suara-suara yang berkata, “Ini pengantin ke?”. Tanpa menafikan sudah merancang untuk berpakaian sedemikian, kata Norman dia yang menasihati Memey untuk memakai pakaian berwarna putih agar bersesuaian bagi urusan di dalam mahkamah syariah. Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 21, tidak menafikan agak gementar ketika melangkah masuk bagi menghadapi tuduhan kes itu. “Saya mengaku sejak beberapa hari lalu saya agak berdebar kerana ini pengalaman pertama saya. Tapi nak atau tidak, saya perlu menghadapi kenyataan ini,” katanya. Yalah, selepas tiga bulan terpaksa menyorok gara-gara kes ini, akhirnya Memey terpaksa menerima hakikat dia tidak boleh terus dan terus untuk bersembunyi. Memey mengambil keputusan keluar dari tempat persembunyian untuk membuat penjelasan dan memohon maaf kepada bekas isteri Norman iaitu Abby Abadi di atas pendustaan kata-katanya selama ini iaitu cuba menafikan mengenali Norman. Walaupun Memey berkata dia ada sebab untuk berbuat demikian tetapi Memey terpaksa menerima kenyataan orang di luar sana tetap mempertikaikan perbuatannya itu. Yalah... apa nak buat. Benda dah pun berlaku. Walaupun Abby menganggap beberapa alasan yang diberikan Memey selama ini tidak munasabah tetapi yang terjadi itu sudah terjadi. Tak boleh nak buat apa lagi. Yang hanya perlu kita tunggu ialah keputusan mahkamah untuk menentukan sama ada mereka bersalah ataupun tidak. Ada cukup buktiPegawai Pendakwa Syarie, Muhamad Nazri Basrawi memberitahu mahkamah beliau akan membawa enam saksi pada perbicaraan 3 Mac depan untuk membuktikan Norman dan Memey sebenarnya bersalah. Sementara itu Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, tetap dengan keputusannya mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu. Oleh itu Norman dan Memey akan berkongsi peguam bagi membela nasib mereka nanti. “Kami tak salah. Kami mahu membuktikan kepada mahkamah terhadap pertuduhan itu. Jadi, kami akan melantik peguam,” kata Norman. Memey yang tersenyum malu di sisi Norman sepanjang berada di pejabat mahkamah itu juga menolak dia sudah “disentuh” oleh Norman. Dengan raut wajah yang agak kurang selesa, sampuk Memey dia masih waras dan menafikan sekeras-kerasnya persoalan itu. “Saya masih berfikiran waras. Saya tahu batas-batas pergaulan dan masih ada agama. Saya juga ada keluarga. Takkan saya nak melakukan perkara seburuk itu. Dia tak pernah menyentuh saya,” ujar Memey. Akui hubungan semakin rapatMenjadi teka-teki sejauhmanakah hubungan Norman dan Memey itu? Adakah mereka cuba menyembunyikan percintaan ataupun mereka sebenarnya dilamun cinta? Tanpa mahu menafikan perkara yang benar, Memey menolak dia menjalinkan hubungan intim dengan Norman sebaliknya mengaku mereka sebenarnya berkawan rapat. Ia wujud kerana mereka terpaksa bertemu atas urusan kerja yang menyebabkan mata orang di luar sana terus membuat tanggapan kemesraan itu melebihi sebagai seorang teman. Dan bagi Norman pula, kejadian tangkap khalwat yang berlaku itu mempunyai hikmah yang tersendiri iaitu silaturahim kekeluargaan di antara mereka menjadi lebih akrab. “Apabila terjadi kes ini, keluarga saya dan keluarga Memey semakin rapat. Kami selalu berjumpa untuk berbincang bagaimana mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku. Itu hikmahnya,” kata Norman. Tidak menafikan gara-gara kejadian itu, Norman dan keluarganya sudah melakukan kunjungan hormat ke rumah Memey di Felda Tenggaroh, Johor untuk mengeratkan lagi persaudaraan sesama Islam. Bercerita soal kahwinAda yang berkata nak senang, Norman dan Memey kahwin sajalah. Selesai masalah. Kedua-dua mereka turut berhadapan dengan persoalan yang sama tetapi mereka tidak pernah ke tahap untuk memikirkan soal itu. Bagi mereka masih terlalu awal untuk membuat pengesahan sama ada mahu berkahwin ataupun tidak. Dan Norman sendiri mengakui dia mahu kes berkenaan selesai peringkat demi peringkat sebelum memikirkan soal jodoh. Sementara Memey pula ketika bercerita mengenai masa depannya mempunyai pendirian tidak mungkin untuk menamatkan zaman bujang ketika baru melangkah ke usia 21 tahun iaitu masa untuk melihat dunia luar. Ujar gadis ini dia perlu mengatur hidup untuk tempoh yang panjang. Bukannya memilih untuk berkahwin bagi menutup masalah mereka itu. Perkahwinan itu juga bukanlah jalan penyelesaian terhadap kes mereka yang menunggu untuk dibicarakan itu. “Saya masih muda. Saya tak mahu kahwin dalam usia sebegini,” kata Memey. Tetapi ketika ditanya pernahkah Memey mengenai lelaki lain selain Norman sebelum ini, Memey menggelengkan kepala. Maknanya Norman adalah lelaki bertuah dalam hidup Memey kerana terpilih untuk menjadi teman rapat. Tetapi bagi Norman pula jika jodoh sudah sampai, dia tidak menolak ketentuan itu. Yalah... tiada siapa yang boleh menolak suratan takdir. Sementara bagi Memey jika dia mahu membuat keputusan untuk berkahwin biarlah ia atas dasar cinta dan bukannya terpaksa. Terima hakikat kemarahan AbbyApabila sebut saja nama Norman atau Memey di telinga Abby Abadi, tentu saja wanita itu bagaikan seperti nak naik angin. Pada Abby, kalau boleh dia tidak mahu lagi mendengar nama-nama tersebut dalam hidupnya. Begitulah marahnya Abby walaupun dia tidak lagi menjadi isteri kepada Norman. Dan bagi Memey sendiri, Abby ada hak untuk meluahkan kemarahan itu. Malah sebagai perempuan Memey memahami perasaan wanita yang lain. Akuinya, jika dia berada di tempat Abby sekalipun dia mungkin akan bersikap sedemikian. “Ini semua soal hati dan perasaan. Memang Abby marah tetapi saya dah memohon maaf di atas kesilapan saya terhadapnya. “Saya tak boleh nak kata apa-apa lagi kerana apa yang berlaku ini adalah sebahagian daripada penghidupan. “Ia adalah satu pengalaman yang terpaksa saya tempuhi walaupun pahit. Ia satu pengalaman yang amat bermakna apatah lagi saya baru setahun jagung dalam bidang seni,” jelasnya. Orang berhak bercakapTidak menafikan apabila terjadinya peristiwa hitam dalam hidup Memey dan Norman itu, orang akan terus bercakap dan bercakap. Begitulah mulut manusia. Tak boleh ditutup. Walaupun malu tetapi apa nak buat benda dah terjadi. Memey terpaksa juga menghadapi ujian ini selain belajar untuk tidak terus menerima kata-kata orang itu yang boleh menyebabkan dirinya semakin tertekan. Ketika dirinya menjadi longlai dengan cercaan orang, Memey mengaku dia mendapat kekuatan apabila hadirnya Norman untuk memberi semangat bagi menempuh dugaan tersebut. Walaupun kejadian itu agak mengaibkan namun Memey tidak mampu menutup mulut orang untuk terus bercerita mengenainya. “Orang berhak bercakap apa saja dan saya pula perlu ada kekuatan untuk menghadapi kenyataan ini. “Saya bersyukur kerana adanya Abang Norman yang memberi semangat untuk saya menjadi lebih kuat,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 3:25 pm | |
| Cunnyaaa...Nasha Aziz.!!lawa giler.. yg pic belah kiri. ngetop giler. macam omputeh..adei dei..sekali nampak macam artis holiwod ar.. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 19 of 20 | Go to page : 1 ... 11 ... 18, 19, 20 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |