|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 3:12 pm | |
| "Dia bukan kekasih saya..." SCHA Ada gambar pelakon cantik Scha bersama seorang lelaki dan seorang lagi wanita merakamkan gambar dalam aksi berpeluk yang tersebar dalam Internet. Ada yang kata lelaki yang bekerja dengan sebuah syarikat penerbangan itu sebagai kekasih Scha. Betul ke? "Dia bukan kekasih saya. Ya saya akui gambar itu ialah gambar Scha yang dirakam lama dulu. Ia bukanlah dirakam dalam kelab tapi semasa kami makan-makan," kata Scha kepada Mangga Online. Scha sendiri telah melihat gambar yang diperkatakan itu dan berasa hairan dengan niat orang yang menyebarkan gambar itu. "Mungkin niat dia nak menjatuhkan saya kut, tapi saya tak kisah sebab saya dan lelaki itu hanya kawan sahaja," jelasnya lagi. Semua orang bercakap pasal Scha sekarang yang dikatakan bercinta dengan Fahrin Ahmad. Scha tak nafikan dia memang berkawan dengan Fahrin. Mereka rapat selepas berlakon bersama. Selepas itu banyak yang mengaitkan mereka sebagai pasangan kekasih. Apatah lagi semasa keluar dengan Fahrin, pelakon lelaki itu baru sahaja putus hubungan dengan Linda Onn. "Saya tak mahulah nak komen lebih-lebih pasal hubungan saya dengan Fahrin sebab tak mahu melukakan hati orang lain. "Saya dah banyak komen pasal perkara ini dan takut bila cakap lebih-lebih nanti bercanggah pula apa yang saya cakapkan," akuinya jujur. Scha kini semakin popular dan banyak dapat undangan berlakon. Terbaru dia mengacarakan program Sehati Sejiwa di TV1. "Saya mahu kerja dulu nak cari duit, bab kahwin ni belum fikir lagi," kata Scha. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 3:13 pm | |
| Sheila yakin dengan Jerneh Penyanyi terkenal Sheila Majid mengakui sebelum ini dia menggunakan produk berkualiti premier untuk menjaga kecantikan diri. Dia percaya pada kualiti sesuatu produk tanpa mengira harga. Dia pernah membeli produk penjagaan kecantikan berharga ratusan ringgit dalam satu pek yang kecil demi menjaga kecantikan wajah.
Last edited by sally_eiyna on Wed 04 Feb 2009, 3:16 pm; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 3:14 pm | |
| Siti kahwin Mawi hot, Mawi kahwin Siti pula hot Semasa Datuk Siti Nurhaliza kahwin tiga tahun lalu, kecoh dan hot pasal Mawi dan tunangnya pada masa itu, Ina Naim bermasalah. Liputan dunia hiburan pada masa itu hangat dengan cerita perkahwinan Siti dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan kisah Mawi dan Ina putus tunang. Sekarang cerita kahwin Mawi dengan pelakon Ekin masih hangat diperkatakan. Siaran secara langsung majlis perkahwinan Mawi masih diperkatakan oleh peminat. Dalam masa yang sama ada pula gosip yang memperkatakan pasal Siti dan Datuk Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K pula bermasalah. Malah ada pojok gosip dalam akhbar memperkatakan pasal perkara itu. Sebelum ini pernah juga perkara itu disebut-sebut dalam ruangan gosip dan ia berlalu begitu sahaja. Bagaimanapun kali ini perkara itu mendapat liputan meluas apabila Datuk K dan Siti memperkatakan pasalnya. Mereka ke depan dan menafikan perkara tersebut. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 3:19 pm | |
| Berjayakah Liyana Jasmay jadi penyanyi Liyana Jasmay kini salah seorang pelakon remaja yang sedang mendapat perhatian peminat. Lakonannya memang baik dan sentiasa dipuji. Sudah banyak drama lakonannya ditayangkan di kaca TV. Liyana juga dapat tempat berlakon filem. Namanya kini dibariskan sebagai pelakon pelapis yang boleh memeriahkan dunia lakonan. Tahun 2009 ini Liyana ada hajat baru. Hajatnya mahu menjadi penyanyi pula. Kini Liyana sedang menyiapkan lagu untuk dimuatkan di dalam album pengenalan dirinya. Baru-baru ini Liyana muncul buat kali pertama menyanyi di hadapan penonton semasa menyertai rakan-rakan artis lain dalam Parti HAI Hot fm sempena promosi wajah baru majalah hiburan HAI. Liyana masih malu-malu dan nampak rasa gementar dan kekok menghiburkan peminat. Maklumlah itulah persembahan sulungnya sebagai penyanyi di atas pentas. "Selain melengkapkan diri dengan memantapkan vokal, saya juga belajar menari. Nak jadi penyanyi ni, bukan sahaja fokus kepada vokal, malah kena juga ada pakej lengkap tarian dan penampilan diri," kata Liyana. Liyana bersungguh-sungguh mahu jadi penyanyi sebab itu dia memulakan persediaan yang rapi sebelum lagu-lagunya diperdengarkan kepada peminat. Sekiranya tiada aral albumnya akan dipasarkan bulan depan. Bukanlah pula tanda Liyana mahu berehat daripada lakonan sebaliknya anak dara berusia 21 tahun itu mahu menambahkan cabang seni. Apatah lagi menyanyi juga pernah menjadi cita-citanya sejak dulu. "Pertengahan tahun depan saya akan memulakan penggambaraan filem baru. Sekarang pun ada lagi tawaran berlakon drama," jelas Liyana. Berjayakah Liyana menjadi penyanyi yang diminati sebagaimana yang diciptanya dalam bidang lakonan? Tunggulah apabila album dara periang ini berada di pasaran nanti. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 3:44 pm | |
| UMIE Aida - "Saya sudah lama bersedia untuk kahwin" JUMAAT lepas, adalah harijadi pelakon Umie Aida. Tapi tidak ada sambutan besar-besaran kerana kata Umie zaman itu sudah berlalu. Yang ada hanya acara yang diatur secara surprise oleh rakan-rakan karib pelakon ini, iaitu Erra Fazira dalam satu majlis kecil yang menunya hanya pulut kuning dan sebuah kek kecil. Bila ditanya harijadi yang ke berapa, Umie tidak teragak-agak memberitahu, usianya genap 35 tahun. Baguslah Umie, tak perlu nak berahsia tentang umur, tidak macam beberapa artis yang kenal tak pernah mahu menyatakan usia sebenar. Kata Umie, hadiah paling indah baginya tahun ini adalah sekeping kad dari dua orang anak angkatnya Mohd Daniel, 15 dan Mohd Zul, 14 telah menulis sekeping kad berbunyi, “Terima kasih kerana menjaga kami.” “Hati mana yang tidak tersentuh, bila mereka tulis kad sebegitu. Bagi Umie itulah hadiah yang paling indah untuk tahun ini,” kata Umie yang menjaga kedua-dua mereka sejak bayi sewaktu beliau baru berusia 20 tahun. Mohd Daniel dan Mohd Zul beruntung kerana sejak mereka berusia enam bulan, Umie tidak pernah meninggalkan mereka. Jika ada shooting di luar Kuala Lumpur, diangkutnya kedua-dua anak kesayangan itu. “Hanya bila shooting di Kuala Lumpur, Umie tak bawa sebab Umie akan balik rumah menjenguk mereka. Masa terasa cepat berlalu kerana hari ini mereka sudah remaja,” ujar Umie yang menganggap kedua-dua anaknya itu adalah harta yang tidak ternilai baginya. “Kalau tidak jumpa mereka, terasa rindu. Saya bersyukur Tuhan bagi saya perasaan itu, sekalipun saya ini belum pernah berkahwin,” katanya. Kemudiannya cuba merisik aktres popular ini, apakah tidak ada keinginan untuk menjejaki rakan karibnya Erra yang kini menjadi isteri semula. “Bukan tidak mahu, sebenarnya sebelm Erra selamat lagi, Umie sudah punya keinginan untuk menjadi isteri, tapi, apakan daya, semua ini soal jodoh dan jodoh juga yang telah menyebabkan Erra mendahului Umie,’ katanya dengan senyum. Apakah maksud Umie, calonnya ketika ini sudah ada? “Saya tidak nafikan bahada saya kini mengenali seseorang,” katanya. Apakah beliau orang yang istimewa? “Saya hanya akan katakan orang itu istimewa bila dia sudah menjadi suami saya. Saya tidak mahu cakap lebih-lebih tentang ini, Insyaallah kalau ada jodoh, akan adalah hari istimewa kerana pintu hati Umie sudah terbuka, hanya menunggu ketukkan saja,” katanya. Jadi, tahun ini Umie Adia akan makan nasi minyaklah, gitu? “Jika diizinkan Allah, tidak ada yang mustahil,” katanya menyimpul senyuman penuh rahsia. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 3:51 pm | |
| Saman cuai terhadap Amy Search dibatal
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonan penyanyi Amy Search untuk membatalkan saman terhadapnya berhubung dakwaan cuai sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak melecur terkena tom yam panas di Restoran Cheng Ho yang dia mempunyai kepentingan.
Hakim Sabariah Othman membatalkan saman dan tuntutan itu dengan kos setelah mendengar hujah peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar, mewakili Amy, dan peguam Adnan Seman, bagi pihak plaintif.
Amy, atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 50, hadir ke mahkamah seawal 9 pagi, dengan berkaca mata dan berkemeja hitam, ditemani isterinya Nor Hasniza Hassan, 27.
Beliau berkata anak guamnya hanyalah seorang pemegang saham dan ahli lembaga pengarah IconHill.
Sebaliknya, Adnan berhujah bahawa Amy merupakan pemilik sebenar restoran itu berdasarkan laporan akhbar yang disiarkan sebelum ini, yang dilampirkan dalam afidavit balasan pihak plaintif.
“Tidak ada papan tanda di restoran itu yang menunjukkan restoran itu dimiliki oleh IconHill. Juga terdapat keratan akhbar menyatakan isteri defendan mengakui liabiliti sebagai pemilik restoran itu dan bersetuju untuk menyelesaikan masalah berkenaan,” katanya.
Pada 24 September lalu, kanak-kanak itu, Nik Muhammad Zakwan Nik Zahir, 3, memfailkan saman dan tuntutan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil di sini melalui bapanya Nik Zahir Nik Mohd Idris, 31, kerana mendakwa pekerja Restoran Cheng Ho cuai sehingga menyebabkan bahagian belakang badannya melecur.
Pada 6 Oktober lalu, Amy memfailkan permohonan untuk membatalkan saman dan pernyataan tuntutan plaintif itu.
Di luar mahkamah, Amy berkata beliau bersyukur dengan keputusan itu dan berkata: “(Sepanjang) 25 tahun saya dalam bidang nyanyian, saya bukan orang macam itu. Saya pun tak sangka perkara itu akan dibawa sehingga ke sini.”
Adnan pula berkata pihaknya akan merayu di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan itu. - Bernama |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 3:55 pm | |
| Aku Stacy.................... seksiiii......................... |
| | | meliza_manis Regular Customer
Number of posts : 273 Age : 44 Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur Registration date : 17/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 4:04 pm | |
| sally x layan la permintaan ku...huhuhu.....seksinya stacy,.... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 4:15 pm | |
| Karnival Doa Untukmu Palestin Venue : Laman Santai, Istana Budaya, Kuala Lumpur Anjuran : Yayasan Seni Karya Prihatin dengan kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Rakaman sebahagian kecil daripada karnival yang berlangsung selama 2 hari bermula semalam 1/2/09. Kawasan Laman Santai dipenuhi dengan pelbagai gerai yang menjual beranika barangan kegunaan peribadi dan juga gerai2 yang menjual makanan. CT melayan peminat di gerai SNP
Last edited by sally_eiyna on Wed 04 Feb 2009, 4:18 pm; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 4:17 pm | |
| - meliza_manis wrote:
- sally x layan la permintaan ku...huhuhu.....seksinya stacy,....
sorry kak!! terlupe..ala...jgnla cm2.. buat masa skng..berita terkini tntg nora danish n baby... xde liputan lagi...sally dh terjah smua kwsn... nnt dh ade esk2 sally tempek la ek.. tuk tatapan kak meliza yg manis ni.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 4:21 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 4:25 pm | |
| Rafflesia Chinese New Year Gala- Syafinaz |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 4:37 pm | |
| Mimi capai sasaranSELEPAS hampir dua tahun membabitkan diri dalam lakonan, impian untuk melebarkan bakat di layar perak menjadi nyata buat pelakon, Mimi Rahzia Tamin atau Mimi, 26. Gadis jelita kelahiran Brunei ini sudah terbabit dalam lebih 10 drama dan telemovie yang disiarkan di televisyen tempatan. Antara drama yang melonjakkan nama bekas pengacara program berbentuk majalah travelog, Teman (8TV) ialah drama bersiri Iris. Selain penampilan sulungnya memegang watak utama sebagai Intan dalam MiniNovella, Kerana Ayah yang diadaptasi daripada pertandingan cerpen Fair & Lovely MiniNovella Penuhi Hasrat Hatiku anjuran bersama akhbar nombor satu negara, Harian Metro. Mengulas lanjut mengenai perkembangan kariernya, Mimi ternyata bersyukur kerana sasaran dan impian untuk melakonkan watak dalam filem menjadi kenyataan. Pembabitan dalam dua filem berlainan genre iaitu Bunian: Mahkota Seri Helang dan kisah seram, Momok The Movie (MTM) menjadi landasan terbaik untuknya mengukuh nama dalam dunia lakonan. Pemegang ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perakaunan, Universiti Teknologi Sydney-Kolej Taylors ini berkata, tawaran membintangi filem berkenaan ibarat pucuk dicipta ulam mendatang apatah lagi bagi pelakon baru sepertinya. “Hendak dikatakan terlalu awal mendapat peluang melakonkan watak dalam filem tidak juga. Ada sesetengah pelakon yang mendapat tawaran filem dulu sebelum drama. “Saya sendiri meletakkan sasaran penghujung tahun lalu untuk sekurang-kurangnya dapat berlakon dalam satu filem dengan watak yang lebih besar. “Mungkin rezeki saya pada tahun ini. Saya sendiri tidak menyangka dapat mencapai sasaran itu. Biarpun, masih baru dalam bidang lakonan. Saya berazam menampilkan yang terbaik. Apatah lagi diberi peluang bergandingan dengan beberapa pelakon terkenal tanah air,” katanya. Mimi memegang watak Puteri Mawar Putih untuk filem Bunian: Mahkota Seri Helang arahan Zaharil Izham Zainon atau Jantan. Filem pertama terbitan produksi Fantasy Films Sdn Bhd itu dianggarkan menelan perbelanjaan lebih RM3.5 juta turut dibintangi pelakon terkenal, Nasha Aziz dan Rusdi Ramli. Penggambaran filem berkenaan dijadualkan bermula 15 Februari ini. Mimi yang pernah menimba ilmu dengan menyertai Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani) kini dalam rangka persediaan untuk menjayakan watak berkenaan. “Sebagai persediaan, saya melakukan banyak senaman dan aktiviti kecergasan. Ini kerana watak Puteri Mawar Putih banyak membabitkan aktiviti lasak membabitkan penggambaran di hutan dan aksi. “Watak ini turut membabitkan tarian tapi tidak banyak berbanding Puteri Manja Sakti (Nasha Aziz). “Saya sendiri tidak pernah berkesempatan berlakon bersama Nasha dan Rusdi. Tidak dinafikan perasaan teruja dan gemuruh itu ada. Sememangnya kesempatan ini adalah peluang bagi saya untuk menuntut ilmu daripada mereka yang berpengalaman dan pernah memenangi anugerah dalam lakonan seperti Rusdi dan Nasha,” katanya. Mimi turut membawa watak hantu sampuk dalam MTM arahan M Jamil yang memula penggambaran di Temerloh, Pahang, semalam. Filem genre seram itu menyaksikan gandingannya bersama Liz dan Mama Rina Akademi Fantasia (AF6). Filem berkenaan diterajui Nabil dan Faizal AF4 serta pelakon veteran, Datuk Aziz Satar. Menariknya filem terbitan Galaksi Seni Sdn Bhd (GSSB) adalah dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). “Menariknya, filem ini dijangka menampilkan pelbagai jenis hantu. Lokasi penggambaran yang kebanyakan berlangsung pada waktu malam mengambil kisah daripada cerita yang pernah berlaku. Ini juga kali pertama saya berkerja di bawah bimbingan M Jamil. “Penyertaan menerusi filem ini diterima selepas melepasi sesi uji bakat yang berlangsung di Finas, Disember lalu,” katanya. >Profil
NAMA PENUH: Mimi Rahzia Tamin
NAMA KOMERSIAL: Mimi
TEMPAT LAHIR: Brunei
TARIKH LAHIR: 13 Januari 1983
ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada enam beradik
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perakaunan, Universiti Teknologi Sydney-Kolej Taylors
KERJAYA: Pelakon, pengacara dan model
IKLAN: Perodua
PENGACARAAN: Teman (8TV)
TEATER: Lorong Blues
DRAMA: Kerana Ayah, Impian Ilyana, Iris, Dinasti Bilut, Nek Nak, Ritma Kampus, Intan Asmara, Tangisan Bulan Madu, Elit, Cinta Gila, Pasrah, Jula Juli Bintang 3 |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 4:39 pm | |
| Andrea sekadar 'teman rapat' SEJAK putus cinta dengan pelakon Zuliana Abdul Aziz atau Jue pada Mac tahun lalu, Jehan Miskin, 29, kerap dilemparkan soalan mengenai calon penggantinya. Ibarat kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti demikianlah diharapkan setiap individu selepas hubungan yang dibina terkandas di tengah jalan. Malah Jehan dilihat sering hadir dalam majlis tertentu bersama seseorang hingga ada menyangka apakah itu insan istimewa dalam hati Jehan. Namun, pemuda kelahiran Pulau Pinang itu tanpa berselindung mengakui mempunyai ramai kenalan wanita begitupun setakat ini dia tidak memikirkan untuk menjalinkan hubungan yang serius. Saat kerjaya semakin harum mekar, pelakon yang membintangi drama bersiri Mentua VS Menantu (Astro) dan Puteri Salju (TV3) mengakui kadangkala berasa sunyi namun kesibukan kerjaya selain hubungan erat bersama keluarga dan rakan membuatkan dia tidak memikirkan soal menjalinkan hubungan dengan seseorang. Baru-baru ini, pengacara program kesihatan Health Buzz (TV3) bersama Jojo Struyz itu hadir bersama gadis tinggi lampai dalam majlis meraikan barisan pelakon drama dan filem terbitan MIG Productions di Restoran Lemon, The Mines, Seri Kembangan, sempena Tahun Baru Cina, baru-baru ini. Kehadiran Jehan bersama model Andrea Fonseka yang juga Ratu Malaysia Universe 2004 menjadi tumpuan kerana keintiman mereka. Jehan berkata, dia tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa bersama Andrea sebaliknya hanya sebagai kawan rapat yang dikenali sejak sekian lama. "Kami berkawan baik. Saya mengenalinya sebelum menjadi pelakon lagi. Kebetulan pula dia (Andrea) baru pulang ke tanah air selepas melanjutkan pelajaran di Singapura. Jadi saya membawanya bersama ke majlis itu. "Kami sebenarnya selalu berhubung dan berkomunikasi sejak beberapa tahun lalu. Walaupun dia menetap di Singapura, kami juga sering bertemu jika ke sana atau apabila dia pulang ke sini. "Malah kami sering bertanya khabar menerusi telefon. Pada perayaan Tahun Baru Cina yang lalu, saya sempat berkunjung ke rumahnya. "Dia turut terbabit dalam bidang seni. Sepanjang perkenalan kami, saya ada mengikuti perkembangan kerjaya seninya. Ternyata dia seorang yang berbakat. Dia pernah terbabit dalam filem, drama televisyen dan menjayakan program komersial di Singapura. "Kami juga saling membantu dan mendorong kerjaya masing-masing. Sekurang-kurangnya kepulangannya ke tanah air dapat memeriahkan dunia seni tanah air dengan bakat yang ada," katanya. Mengulas perkembangan karier, Jehan baru saja selesai meminjamkan suaranya untuk watak dalam program animasi yang masih dalam peringkat awal untuk diperkatakan. Selain itu menantikan beberapa drama yang belum ditayangkan seperti Nokhtah Pilu, Melukut Yang Gantang dan Taubah yang bakal disiarkan di RTM tahun ini. "Watak Azman dalam Melukut Yang Gantang terbitan produksi Eurofine menarik. Drama arahan Abby Saiful mengisahkan kehidupan seorang pemuda yang dibebani sikap kejam majikan yang tidak berperikemanusiaan dalam membuat keputusan. "Begitupun, kemunculan Azman ternyata merubah sikap majikannya di sebuah syarikat rekaan, Wanda Hashim lakonan Haliza Misbun. Watak dalam drama ini agak ringkas dan bersahaja. Drama genre romantik komedi turut dibintangi Kuza dan Ebi Kornalis," katanya. Dia juga dijangka terbabit dalam penggambaran drama 44 episod untuk slot Akasia, Matahari penghujung Februari ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 4:41 pm | |
| Terkejut terima set barang kemasKESERONOKAN berganda buat Ning Baizura Hamzah, 34 dan suami, Omar Sharif Christophr Layton Dalton, 35 apabila menerima kejutan daripada pengarah Jewellery Circles Sdn Bhd, Winnie Sin. Pasangan ini menerima set barang kemas mencecah RM100,000 sempena menyambut ulang tahun perkahwinan pertama dan ianya disampaikan sehari sebelum majlis makan malam Tahun Baru Cina, Rafflesia dan Mandalay. Majlis berlangsung di Grand Sultan's Ballroom, Le Meridien Hotel, Ahad (1 Februari) lalu. Ia berlangsung dengan meriah dihadiri penghibur bertaraf antarabangsa, Anita Sarawak, Siti Shahrizah (Eja), Nasha Aziz, Lis Dawati dan suami, Fauzi Nawawi; Pushpa Narayan, juara One In A Million; Suki Low, Syafinaz Selamat dan Vanidah Imran bersama suami, Rashidi Ishak. Ning berkata, dia terkejut dengan hadiah diberikan Winnie dan menganggap ia pemberian sangat berharga daripada seorang rakan. "Sebelum hadir di majlis ini, saya sempat bertemu dengan Winnie bagi melihat barang kemas yang mahu ditaja dan digayakan di majlis dianjurkan. Sedang leka membelek, tiba-tiba dia membawa keluar satu kotak aksesori dan katanya ini untuk kami berdua. "Saya terkejut seperti tidak percaya. Sempat juga saya berkata pada Winnie tidak perlulah hadiah mewah itu diberikan kepada kami tetapi dia berkeras dengan alasan sewaktu majlis perkahwinan kami dia tidak dapat hadir. "Sebagai membalas rasa bersalah, dia mahu kami menerima pemberian itu. Saya terharu menerima set barang perhiasan mutiara asli berupa subang, rantai dan cincin sementara Omar menerima kafling," katanya. Dalam pada itu, Ning sempat bercerita mengenai sambutan ulang tahun perkahwinan pertamanya. Kata penyanyi yang bakal membintangi filem Magica memegang watak Puteri Gunung Ledang, dia menghabiskan masa bersama suami di Melaka pada 31 Januari lalu. "Apa yang kami lakukan itu amat menyeronokkan. Kami pergi tidak lama iaitu satu hari satu malam. Di sana kami banyak menghabiskan masa dengan melawat tempat-tempat bersejarah. "Rasa seronok sebab saya sudah lupa banyak perkara mengenai sejarah kesultanan Melayu di Melaka dan penjajahan Portugis. Jadi apabila ke sana, saya dapat mengingatkan kembali apa yang pernah dipelajari sebelum ini. "Pada suami pula dia akan lebih mengenali sejarah negara isterinya. Omar seronok kerana banyak tempat bersejarah dan menarik boleh dilawati di Malaysia sebenarnya. Pada kami ia boleh dikatakan bulan madu kedua," katanya. Mengenai hadiah diterima daripada suami, jelas Ning budaya sambutan menyambut ulang tahun perkahwinan masyarakat di barat dan timur berbeza. "Kalau hendak diikutkan, sebenarnya orang kita mana hendak sambut ulang tahun perkahwinan dan hari jadi kerana ia bukan budaya kita. Pada malam ulang tahun perkahwinan kami, Omar membuatkan saya menangis. "Hadiahnya tidak memerlukan wang yang banyak tetapi perlu berusaha keras dan itu yang membuatkan saya sangat terharu. Mengikut budaya di barat, pada ulang tahun pertama mereka perlu memberikan hadiah berupa kertas dan tidak kira apa bentuknya. "Hendak tahu apa yang Omar lakukan, dia menghasilkan buku kolaj yang menampilkan 100 keping gambar kami sebanyak 20 muka surat yang dikumpul dari zaman kami mula berkenalan, bertunang, berkahwin dan hinggalah sekarang. "Saya pula rasa bersalah kerana tidak sempat menyediakan apa-apa hadiah kerana dalam waktu sama sedang sibuk dengan kerja-kerja rakaman single terbaru dan undangan mengadakan persembahan. Namun saya tebus kembali dengan percutian ke Melaka," katanya. Sementara itu majlis makan malam Rafflesia dan Mandalay sempena perayaan Tahun Baru Cina, Winnie turut menjemput penghibur popular dari Hong Kong, Maria Cordero untuk menghiburkan tetamu. Katanya, majlis diadakan pada malam itu bagi menghimpunkan dan meraikan rakan rapatnya yang banyak menyokong perniagaan dilakukan termasuk teman artis. "Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, sambutan tahun baru ini ibarat menyambut hari jadi setiap hari. Kerana itu saya turut memanggil semua rakan pada malam itu. "Di samping meraikan teman-teman saya turut memperkenalkan koleksi terbaru barangan perhiasan Mandalay Jadette dan Rubbies. Lagipun masyarakat Cina percaya bahawa batu jade membawa tuah dan untuk itu penting bagi mereka mempunyai paling tidak seutas gelang diperbuat daripada batu jade," katanya. Kehadiran Maria dan Anita mahupun Ning yang tampil menghiburkan tetamu pada malam itu tidak dibayar sebaliknya mereka datang untuk bersama-sama menyambut Tahun Baru Cina. "Mereka ini sudah saya anggap teman rapat, malah Maria yang saya mula kenali sewaktu menjayakan konsert Diva Asia empat tahun lalu masih terus berhubungan, kerana itu saya mahu dia hadir di malam majlis istimewa yang saya adakan ini," katanya. Malam itu selain artis popular ini menggayakan koleksi berang kemas menarik dari Rafflesia dan Mandalay, pakaian mereka turut direka khas oleh Carven Ong, Bill Keith, Alvin Tay dan Michael Shu. |
| | | deqlis Super Senior
Number of posts : 869 Age : 43 Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 9:50 pm | |
| tiba2 rajin plak mlm nie nak copy paste citer pasal MAWI dan EKIN nie... ok nie kira utk peminat Mawi dan Ekin ekk.. Romantika Mawi-EkinOleh FAIZAL SAHARUNI mfaizal@kosmo.com.my SIKAP skeptikal sesetengah pihak yang melabelkan golongan artis yang telah mendirikan rumah tangga akan hilang populariti seharusnta dibuang ke tepi. Buktinya, kemunculan Mawi dan isterinya Ekin pada karnival amal mengumpul dana untuk rakyat Palestin yang diadakan di Amcorp Mall, Petaling Jaya, Sabtu lalu, terus mendapat perhatian peminat. Aura anak seni yang popular dengan lagu Aduh Saleha itu dilihat terus terpancar tanpa ada pudarnya walaupun Mawi sudah menjadi suami orang pada 20 Disember tahun lalu. Mawi dan isteri tidak menang tangan melayan peminat yang mengerumuni gerai aiskrim bagi mengutip dana buat rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang menderita akibat sikap tidak berperikemanusiaan Israel. Bukan itu sahaja, peminat turut berebut-rebut untuk bergambar dengan pasangan merpati dua sejoli itu walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM10 bagi disalurkan ke tabung kebajikan Palestin. Mawi yang muncul buat pertama kalinya di khalayak ramai setelah bercuti panjang berbulan madu mengakui terharu dengan sambutan yang ditunjukkan peminat. "Memang berdebar jugalah pada mulanya lebih-lebih lagi ini merupakan pertama kali saya muncul sebagai seorang suami serta ditemani isteri. "Sebelum ini memang ada yang berkata biasanya selepas artis berkahwin mereka akan kehilangan aura dan peminat pula mulai hilang sedikit demi sedikit. "Dalam soal ini, ternyata ia tidak berlaku. Saya cukup bersyukur dengan peminat yang masih menyokong kerjaya seni saya," bicaranya sambil memanjatkan sepenuh kesyukuran dengan rezeki yang berpihak kepada dirinya. Hanya kegembiraan yang terlukis pada wajah anak kelahiran Felda Taib Andak, Johor Bahru itu apabila gerai aiskrim yang mereka 'usahakan' di Amcorp Mall mendapat sambutan di luar dugaan. "Banyak juga aiskrim yang berjaya dijual. Boleh dikatakan berkotak-kotak hingga tidak cukup tangan saya dan isteri dibuatnya. "Mungkin faktor harga yang murah, tiga kotak dijual pada harga RM10, membuatkan orang ramai berpusu-pusu membeli. "Situasi seumpama ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus melakukan kerja amal," kata Mawi yang turut terlibat dalam konsert khas di Istana Budaya pada malam Sabtu lalu. Mawi juga tidak ketinggalan melelong seluar denim jenama Guess miliknya yang masih belum disarungkan dan kasut buatan pereka tersohor antarabangsa, Salvatore Ferragamo. Mawi dan Ekin sebenarnya baru sahaja melangkah kaki kembali ke tanah air pada 22 Januari lalu setelah berbulan madu selama seminggu di Korea. Sebaik pulang ke Malaysia, Mawi dan Ekin bercuti di Tanjung Sedili selama seminggu bagi menghabiskan sisa-sisa percutian panjang mereka setelah diijabkabulkan. Momen romantis di Korea Bercerita lebih lanjut tentang percutian indah di Korea, Mawi berkata, mereka menuju ke destinasi romantis, Nami Island. "Kami sempat menyaksikan beberapa persembahan menarik di sana. Kenangan berada di Nami Island sambil berbulan madu memang tidak dapat dilupakan," beritahu Mawi sambil mengerling manja Ekin yang berada di sisinya. Si isteri yang jelita dan ayu bertudung, yang pada awalnya hanya terdiam, mula membuka mulut. Menurut Ekin yang berpakaian sedondon kelabu sama dengan Mawi, dia cukup seronok dapat melawat Korea. "Kalau sudah namanya pergi berbulan madu, mestilah saya gembira ditambah dapat melihat keindahan negara orang. "Sambil itu saya turut terkenangkan saat dilamar Mawi yang ketika itu berada di Korea. "Kiranya percutian kami ke Korea menjadi pengalaman paling manis sepanjang hidup saya," akui Ekin, 29, sambil tertawa manja. Puas sudah bercuti selama dua minggu, jadual kerja Mawi yang padat semasa zaman bujangnya sebelum ini tidak menampakkan perubahan walaupun sudah bergelar suami. Sebaik sahaja tamat agenda di karnival amal, pemuda berusia 27 tahun itu terus berkejar ke Istana Budaya, Kuala Lumpur bagi menjayakan Rayuan Dana Atas Nama Kemanusiaan yang dinaungi oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Difahamkan, Mawi tidak berapa sihat dan sedikit kepenatan berkejaran ke sana ke mari. Demi tidak menghampakan jemputan yang mengkehendaki dia berada di tempat berlainan, Mawi terus menggagahkan diri. Itulah tanda Mawi masih diperlukan masyarakat meskipun terdapat suara-suara jahat mengaitkan penyanyi bersuara jantan itu akan hilang bintangnya selepas mendirikan rumah tangga. Tampil berbaju putih, Mawi menyampaikan sebuah lagu yang berjudul Allah Habibi dalam majlis yang turut diserikan oleh Misha Omar, Jaclyn Victor, Ramli Sarip dan ramai lagi. Persembahan Mawi di Istana Budaya bagaimanapun tidak mengecewakan kerana dia yang terkenal mendendangkan lagu-lagu berirama tradisional kontemporari dan nasyid berupaya menzahirkan perasaan simpatinya dalam lagu tersebut. Audiens yang hadir seolah-olah terpukau mendengar rintihan dan vokal Mawi pada majlis itu sambil diiringi penari latar. Yang di-Pertuan Agong turut berangkat ke majlis itu. Turut hadir ialah Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun. Paling menggembirakan, kutipan Rayuan Dana Atas Nama Kemanusiaan bagi membantu meringankan beban dan penderitaan rakyat Palestin berjaya mengumpulkan sebanyak RM10.7 juta sejak ia dilancarkan pada 15 Januari lalu. Kumpulan Utusan turut menghulurkan sumbangan sebanyak RM100,000 menerusi Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 7:55 am | |
| - deqlis wrote:
- tiba2 rajin plak mlm nie nak copy paste citer pasal MAWI dan EKIN nie... ok nie kira utk peminat Mawi dan Ekin ekk..
Romantika Mawi-Ekin
Oleh FAIZAL SAHARUNI mfaizal@kosmo.com.my
SIKAP skeptikal sesetengah pihak yang melabelkan golongan artis yang telah mendirikan rumah tangga akan hilang populariti seharusnta dibuang ke tepi.
Buktinya, kemunculan Mawi dan isterinya Ekin pada karnival amal mengumpul dana untuk rakyat Palestin yang diadakan di Amcorp Mall, Petaling Jaya, Sabtu lalu, terus mendapat perhatian peminat.
Aura anak seni yang popular dengan lagu Aduh Saleha itu dilihat terus terpancar tanpa ada pudarnya walaupun Mawi sudah menjadi suami orang pada 20 Disember tahun lalu.
Mawi dan isteri tidak menang tangan melayan peminat yang mengerumuni gerai aiskrim bagi mengutip dana buat rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang menderita akibat sikap tidak berperikemanusiaan Israel.
Bukan itu sahaja, peminat turut berebut-rebut untuk bergambar dengan pasangan merpati dua sejoli itu walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM10 bagi disalurkan ke tabung kebajikan Palestin.
Mawi yang muncul buat pertama kalinya di khalayak ramai setelah bercuti panjang berbulan madu mengakui terharu dengan sambutan yang ditunjukkan peminat.
"Memang berdebar jugalah pada mulanya lebih-lebih lagi ini merupakan pertama kali saya muncul sebagai seorang suami serta ditemani isteri.
"Sebelum ini memang ada yang berkata biasanya selepas artis berkahwin mereka akan kehilangan aura dan peminat pula mulai hilang sedikit demi sedikit.
"Dalam soal ini, ternyata ia tidak berlaku. Saya cukup bersyukur dengan peminat yang masih menyokong kerjaya seni saya," bicaranya sambil memanjatkan sepenuh kesyukuran dengan rezeki yang berpihak kepada dirinya.
Hanya kegembiraan yang terlukis pada wajah anak kelahiran Felda Taib Andak, Johor Bahru itu apabila gerai aiskrim yang mereka 'usahakan' di Amcorp Mall mendapat sambutan di luar dugaan.
"Banyak juga aiskrim yang berjaya dijual. Boleh dikatakan berkotak-kotak hingga tidak cukup tangan saya dan isteri dibuatnya.
"Mungkin faktor harga yang murah, tiga kotak dijual pada harga RM10, membuatkan orang ramai berpusu-pusu membeli.
"Situasi seumpama ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus melakukan kerja amal," kata Mawi yang turut terlibat dalam konsert khas di Istana Budaya pada malam Sabtu lalu.
Mawi juga tidak ketinggalan melelong seluar denim jenama Guess miliknya yang masih belum disarungkan dan kasut buatan pereka tersohor antarabangsa, Salvatore Ferragamo.
Mawi dan Ekin sebenarnya baru sahaja melangkah kaki kembali ke tanah air pada 22 Januari lalu setelah berbulan madu selama seminggu di Korea.
Sebaik pulang ke Malaysia, Mawi dan Ekin bercuti di Tanjung Sedili selama seminggu bagi menghabiskan sisa-sisa percutian panjang mereka setelah diijabkabulkan.
Momen romantis di Korea
Bercerita lebih lanjut tentang percutian indah di Korea, Mawi berkata, mereka menuju ke destinasi romantis, Nami Island.
"Kami sempat menyaksikan beberapa persembahan menarik di sana. Kenangan berada di Nami Island sambil berbulan madu memang tidak dapat dilupakan," beritahu Mawi sambil mengerling manja Ekin yang berada di sisinya.
Si isteri yang jelita dan ayu bertudung, yang pada awalnya hanya terdiam, mula membuka mulut. Menurut Ekin yang berpakaian sedondon kelabu sama dengan Mawi, dia cukup seronok dapat melawat Korea.
"Kalau sudah namanya pergi berbulan madu, mestilah saya gembira ditambah dapat melihat keindahan negara orang.
"Sambil itu saya turut terkenangkan saat dilamar Mawi yang ketika itu berada di Korea.
"Kiranya percutian kami ke Korea menjadi pengalaman paling manis sepanjang hidup saya," akui Ekin, 29, sambil tertawa manja.
Puas sudah bercuti selama dua minggu, jadual kerja Mawi yang padat semasa zaman bujangnya sebelum ini tidak menampakkan perubahan walaupun sudah bergelar suami.
Sebaik sahaja tamat agenda di karnival amal, pemuda berusia 27 tahun itu terus berkejar ke Istana Budaya, Kuala Lumpur bagi menjayakan Rayuan Dana Atas Nama Kemanusiaan yang dinaungi oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Difahamkan, Mawi tidak berapa sihat dan sedikit kepenatan berkejaran ke sana ke mari. Demi tidak menghampakan jemputan yang mengkehendaki dia berada di tempat berlainan, Mawi terus menggagahkan diri.
Itulah tanda Mawi masih diperlukan masyarakat meskipun terdapat suara-suara jahat mengaitkan penyanyi bersuara jantan itu akan hilang bintangnya selepas mendirikan rumah tangga.
Tampil berbaju putih, Mawi menyampaikan sebuah lagu yang berjudul Allah Habibi dalam majlis yang turut diserikan oleh Misha Omar, Jaclyn Victor, Ramli Sarip dan ramai lagi.
Persembahan Mawi di Istana Budaya bagaimanapun tidak mengecewakan kerana dia yang terkenal mendendangkan lagu-lagu berirama tradisional kontemporari dan nasyid berupaya menzahirkan perasaan simpatinya dalam lagu tersebut.
Audiens yang hadir seolah-olah terpukau mendengar rintihan dan vokal Mawi pada majlis itu sambil diiringi penari latar.
Yang di-Pertuan Agong turut berangkat ke majlis itu. Turut hadir ialah Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun.
Paling menggembirakan, kutipan Rayuan Dana Atas Nama Kemanusiaan bagi membantu meringankan beban dan penderitaan rakyat Palestin berjaya mengumpulkan sebanyak RM10.7 juta sejak ia dilancarkan pada 15 Januari lalu.
Kumpulan Utusan turut menghulurkan sumbangan sebanyak RM100,000 menerusi Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin. story ni sally dh tempek la... jgn ulang citer yg sama....... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 7:57 am | |
| (Gambar) Zahida Rafik BertudungSebelum ini, pengunjung Media Malaya telah dihiburkan dengan gambar-gambar Zahida Rafik berpakaian seksi. Kini bagaimana pula jika saya menyediakan gambarnya dengan pemakaian bertudung pula? Tampak ayu, bukan? Sejuk juga mata memandang |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 8:18 am | |
| (Gambar) Terbaru Dynaz Mengandung |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 8:20 am | |
| Mas mengamuk, kini ditahan di Wad Neuro, HKL [SEMASA] PETALING JAYA: Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2 (AF2), Asma Ghani atau dikenali sebagai Mas, 28, kini ditahan di Wad Neurologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami tekanan jiwa. Ketua Pegawai Operasi Maestro Freddie Fernandez memaklumkan, Mas ditahan di hospital tersebut selepas mengamuk dan ditangkap di sebuah balai polis semalam. "Saya tak pasti sangat tentang sebab dia mengamuk di balai polis itu," kata Freddie ketika dihubungi petang tadi. Jelasnya lagi, "Saya akan cuba membantu Mas untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya. "Saya harap semuanya akan berakhri dengan baik," kata Freddie yang prihatin dengan nasib yang diterima anak buahnya itu. Tambah Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) itu, selepas mengetahui berita tersebut, beliau akan melawat penyanyi dan pelakon kelahiran Tawau, Sabah itu di HKL pada pukul 1 petang esok. Justeru, kata beliau, pihak Maestro akan mengadakan satu sidang media tergempar berkaitan dengan kes yang dialami oleh Mas. Dalam pada itu, sumber yang sahih mengatakan berita mengenai seorang bintang realiti mengamuk di Balai Polis Ampang heboh diperkatakan pada awal minggu ini. Bintang realiti berstatus janda serta mempunyai anak itu mengamuk di balai polis gara-gara disaman selepas memandu tanpa lesen dan membuat pusingan ‘U’ di tempat yang dilarang. “Mas memberi alasan kepada polis yang dia membuat pusingan ‘U’ semasa sedang bergaduh dengan kekasihnya namun polis tidak dapat menerima alasannya lalu dia mengamuk kepada polis,” kata sumber itu. Sumber itu juga menambah, ini merupakan kali kedua Mas membuat hal dan mengamuk di balai polis. Mas adalah ibu tunggal kepada Nurfadilah, 10, dan Mohd. Fadzil, 8. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 8:28 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 8:30 am | |
| Que mula rasai gemuruh perkahwinan SEBELUM ini, aktor Que Haidar kurang memberikan reaksi apabila disoal tentang perkahwinannya namun apabila ditanya tentang perasaannya kini, baru bakal suami koreografer Linda Jasmine Hashim ini merasakan debarannya. Perasaan gemuruh Que jelas terpancar ketika beliau melakukan sesi ‘fitting’ sut pengantin di Butik Lord’s Tailor semalam. “Apabila orang lain bertanya tentang perasaan saya sebelum ini, saya jawab saya tak rasa apa-apa tetapi sekarang baru saya rasa berdebar. “Namun, diikutkan perasaan berdebar tu dah mula terasa sejak saya menjalani penggambaran di sebuah masjid. “Ketika itu, berlangsung sebuah upacara akad nikah. Apabila diberitahu oleh rakan produksi tentang upacara tersebut, terus saya pergi dan membayangkan saya sedang berada di tempat lelaki yang akan bernikah itu. “Waktu tu, memang jantung saya berdenyut ‘dup dap dup dap’ dengan laju. “Jika bertanya tentang perasaan saya sekarang, memang saya akui berasa gemuruh, teruja dan seronok. “Perasaan bercampur-baur apabila keluarga dari Johor akan turut serta semasa majlis perkahwinan saya nanti,” ujar Que yang akan menjalani pengambaran sehingga 12 Februari ini sebelum mengambil cuti panjang untuk majlis perkahwinannya di Bora Ombak pada 14 Februari ini dan seterusnya majlis resepsi di Johor pada 15 Mac depan. Menurut Que, tarikh 15 Mac dipilih oleh ibunya sendiri kerana waktu itu musim cuti sekolah. Jadi, semua ahli keluarga Que serta orang kampung dapat ‘turun padang’ untuk sama-sama memeriahkan majlis yang bakal berlangsung di Padang Awam Felda Taib Andak, Kulai. Untuk majlis di Johor, Que serahkan kepada ahli keluarga, jiran tetangga dan pihak AZ Saloon yang bertindak selaku perunding perkahwinannya termasuk menghias pelamin. Tambah Que, kad jemputan sedang dicetak dan dijangka sebanyak 2,500 kad yang akan diedarkan nanti. “Pada malam sebelum majlis resepsi perkahwinan kami, upacara berzanji akan diadakan. “Kemudian pada keesokan harinya, saya akan bersanding pada sebelah siang. Dalam majlis resepsi tersebut, sesi berkaraoke juga akan dibuat,” cerita Que mengenai sedikit-sebanyak tentang majlis resepsi di Johor. Linda pernah ‘reject’ QueKetika seronok berbual, tiba-tiba Que membuka cerita tentang beliau pernah di’reject’ oleh Linda seawal detik perkenalan mereka. Itupun, Que dapat mengetahui tentang hal itu selepas mendengar daripada mulut Linda. “Mula-mula semasa saya berjumpa dengan Que, saya pernah cakap ‘tidak’ kerana dia tidak memenuhi ciri-ciri lelaki yang saya sukai. “Beberapa bulan lalu, dengan perlahan-lahan setelah kami berkenalan, baru saya cakap ‘ya’,” cerita Linda sambil tersenyum di sisi Que. Kini, semua pengalaman tersebut tetap menjadi kenangan manis dan akan diingati oleh Que sampai bila-bila. Dengan perkahwinan yang mendatang ini, Que juga sempat meluahkan harapannya untuk hidup bahagia seperti pasangan suami isteri yang lain. “Saya harap kasih sayang antara kami tidak akan luntur. Jika ada rezeki, saya juga mahu menimang ramai anak,” luah Que yang menjadikan ibunya sebagai idola dalam membesarkan 10 orang anak. Tambah Que, sudah menjadi lumrah dalam perkahwinan, setiap pasangan semestinya inginkan zuriat daripada perhubungan yang dibina, begitu juga dengan dirinya yang inginkan anak. “Kalau Linda tidak mempunyai anak pun, memang saya tetap akan berkahwin dengannya...,” kata Que lagi. Sebelum ini, Que berkata beliau tidak kisah dengan status Linda sebagai ibu tunggal dan lebih tua tujuh tahun daripadanya. Selepas perkahwinan pertama Linda dengan seorang rakyat Malaysia yang berkacukan Cina dan Afghanistan, mereka dikurniakan seorang anak iaitu Qalif Khan, 9. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 8:33 am | |
| Muzikal Ibu Zain 2: Catriona anggap tiada rezeki, Nur Fatimah seronok MUZIKAL Ibu Zain kembali dipentaskan mulai 13 hingga 22 Mac depan di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), Kuala Lumpur di mana terdapat muka lama dan muka baru dalam gandingan musim kedua ini. Mengekalkan teraju utama seperti Liza Othman, Nur Fatimah Abd. Wahab, Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alauddin dan Nurul Syariza Nor Azim sebagai Ibu Zain, turut membintangi pementasan ini adalah Datuk Rahim Razali, Avaa Vanja, Mazin Ameen Siraj, Zaefrul Nordin, Tania Zalina, Sherry Syed Abdullah serta 50 pelakon lain. Bagi aktres Catriona Ross yang tidak dapat turut serta kerana mempunyai komitmen lain terpaksa melepaskan watak Miss Ruth kepada pendatang baru dalam dunia teater, Datin Natasha Hudson. Jika tidak, pastinya Catriona atau Cat akan ‘turun padang’ untuk sama-sama menjayakan muzikal ini. Tunggak utama yang melakonkan watak Ibu Zain iaitu Liza Othman, Nur Fatimah Abd. Wahab, Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alauddin dan Nurul Syariza Nor Azim. Disebabkan tempatnya perlu mempunyai pengganti, Cat terus mencadangkan beberapa nama pelakon yang dirasakan mampu menggantikan tempatnya. “Saya anggap tiada rezeki dan sayang untuk lepaskan watak Miss Ruth sebab saya yang memegang karektor itu di dalam muzikal tersebut dulu. “Saya tidak dapat berlakon untuk musim kedua ini kerana mendapat tawaran berlakon filem di mana saya dah tandatangan kontrak untuk berlakon filem itu sejak bulan Disember. “Jadi, terus saya cadangkan tiga nama iaitu Natasha Hudson, Annahita Bakavoli dan Sharifah Sofea. Selepas itu, mereka memilih Natasha. “Saya rasa tak salah mereka memilih Natasha kerana dia bukan sahaja merupakan kawan baik saya malah turut membuka peluang baru kepadanya yang baru pertama kali menceburi bidang teater,” ujar Cat yang masih merahsiakan tajuk filem lakonannya mulai hujung Februari ini. Filem ini merupakan filem pertama Cat membawakan watak utama selepas berpengalaman melakonkan tiga buah filem lain. Antara filem yang dilakonkan oleh Cat adalah Mistik, Qabil Khusry Qabil Igam dan Chermin. Nur Fatimah seronok diberi kepercayaanDalam pada itu, pelakon, penyanyi, komposer dan penulis lirik Nur Fatimah berasa teruja apabila mendapat tahu tentang berita Muzikal Ibu Zain bakal dipentaskan semula. “Saya berasa seronok sebab diberikan kepercayaan buat kali keduanya. “Walaupun sebelum ini saya mendapat komen positif daripada kawan-kawan, saya merasa susah dan takut juga untuk melakonkan watak yang agak berat iaitu Ibu Zain kerana saya perlu membawakan watak seorang tokoh yang disegani ramai. “Lagipun, saya perlu menyanyi dalam enam hingga tujuh buah lagu dan berdialog secara langsung. “Memanglah saya sudah mempunyai pengalaman sebelum ini tetapi bagaimanapun saya tetap merasakan cabarannya kerana perlu mengekalkan seperti yang diharapkan oleh semua atau berikan lebih lagi daripada itu. “Jadi, saya cuba memberikan komitmen penuh setiap kali menjalankan latihan teater,” kata Nur Fatimah. Beliau akur dengan pertukaran lokasi pementasan muzikal ini kerana sebelum ini Muzikal Ibu Zain di pentaskan di Istana Budaya namun kali ini ia berubah tempat ke MTC. “Dari segi pertukaran set, saya rasakan mungkin di Istana Budaya lagi canggih dan besar. “Namun, saya juga mempunyai pengalaman berlatih teater di MTC sejak zaman kanak-kanak lagi. “Jadi, saya sudah biasa dengan kedua-dua tempat itu. Oleh itu, saya boleh agak dari segi perubahan set dan menyesuaikan diri dengan keadaan di situ. “Bagi saya, jika dipentaskan di Istana Budaya, risikonya amat tinggi apabila set tidak dapat beroperasi dan sebagainya. “Bagaimanapun, kedua-dua tempat ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan sebagai pelakon, memang penting untuk kita sesuaikan diri dengan mana-mana tempat,” ulasnya yang turut melakukan kerja-kerja penerbitan lagu di studio. Terbaru, Nur Fatimah sedang membikin lagu untuk penyanyi Jaafar Onn dan pendatang baru, Hesni yang bakal diterbitkan dalam bulan ini. Sebelum ini, Nur Fatimah juga telah bertindak selaku penerbit lagu Cinta Suci di dalam album terbaru penyanyi Misha Omar. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 8:34 am | |
| Apa Khabar Orang Kampung buka tirai 2009 di Sepang PROGRAM Apa Khabar Orang Kampung (AKOK) membuka tirai 2009 dengan destinasi pertama di Kampung Orang Asli Bukit Bangkung, Sungai Pelek, Sepang, Selangor pada Sabtu lalu dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah dijayakan bersama-sama penduduk setempat. AKOK sekali lagi menyaksikan warga kota bekerjasama dengan penduduk desa untuk merasai kehidupan seharian penduduk di lokasi kampung terpilih. Ini juga merupakan pertama kali acara ini menerokai kawasan perkampungan Orang Asli dan merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Acara padang anjuran TV9 yang ditaja oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) ini turut menerima kunjungan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Senator Tan Sri Datuk Muhammad Muhammad Taib, Ketua Setiausaha, Datuk Abd. Jabar Che Nai dengan diiringi Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda. Nik Sayyidah dan Aziz Desa menemubual Tan Sri Datuk Muhammad Muhammad Taib Ternyata kehadiran program itu di desa tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Malahan pelbagai aktiviti menarik diatur bagi mewujudkan masyarakat bekerjasama yang saling membantu dalam menyempurnakan aktiviti secara bergotong-royong. Antara acara-acara yang dimeriahkan penduduk adalah aktiviti gotong-royong seperti memasak, senamrobik, membersihkan kawasan persekitaran kampung, mengecat kawasan sekolah dan banyak lagi. Tidak ketinggalan, aktiviti kerohanian seperti solat berjemaah, tazkirah, ceramah motivasi, kuliah subuh, sumbangan kemasyarakatan, serta pameran-pameran produk, dianjurkan khas buat penduduk seiring dengan misi TV9 yang mementingkan pembangunan rohani masyarakat dan kemajuan masa kini. AKOK juga turut menyediakan aktiviti santai yang bersifat kekeluargaan seperti sukan rakyat antara pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, penduduk dan masyarakat kampung serta tidak ketinggalan juga warga kerja TV9 di samping persembahan nyanyian daripada beberapa artis tempatan. Turut memeriahkan acara adalah rancangan bual bicara TV9, Nasi Lemak Kopi O yang dihoskan oleh Aziz Desa dan Mek Nik Sayyidah pasti membuka mata penonton untuk sama-sama merasai kemeriahan dan keseronokan Apa Khabar Orang Kampung seawal jam 8 pagi. Acara padang ini turut membawa personaliti-personaliti TV9 seperti Zuhairah, Adruce, Fimie, Azian, Farrah Adeeba, Noraniza Idris, Jefri Din dan Akbar. Seperti biasa, AKOK memberi peluang kepada penonton untuk bersama dengan dua ahli panel jemputan Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Pengarah Institut Kajian Haids, KUIS dan Ustaz Roslan Mohamed, Pensyarah Kanan Universiti Malaya dalam rancangan bual bicara keagamaan Halaqah yang bermula pada jam 9 malam. Rakaman Halaqah yang membincangkan tajuk ‘Berani Gagal’ ini ditemani oleh Ustaz Syukri Yusof sebagai pengacaranya. Seiring dangan hasrat kerajaan yang ingin melihat masyarakat orang asli terus maju, mereka harus membuat perubahan untuk lebih realistik, belajar serta menyahut seruan ini. Stigma kemiskinan, hak dan bantuan bukanlah penghalang untuk bergerak pantas bagi pembangunan ekonomi dan sosial. Justeru, masyarakat ini harus mengadaptasikan kebolehan diri dan menggunakan kekayaan hasil bumi sebagai sumber bagi menampung kehidupan. AKOK juga memberi peluang kepada penduduk kampung mempamerkan barangan hasil kerja tangan ataupun hasil titik peluh mereka untuk dikongsi bersama masyarakat setempat. Justeru, ini membuka peluang pekerjaan kepada pemuda di desa di samping menaikkan nama kampung mereka di mata masyarakat. Usaha untuk memajukan kawasan luar bandar pastinya berhasil sekiranya semua pihak sudi bekerjasama dan melihat rancangan ini dari sudut positif. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 8:36 am | |
| Gelagat selebriti di dalam Bolos musim kedua BAGI menyemarakkan lagi program-program bercorak permainan di Astro pada tahun 2009 ini, Astro bakal menyajikan program popular Bolos yang kini memasuki musim kedua dan akan terus bersiaran di Astro Ria pada setiap hari Ahad, jam 9.30 malam. “Program bercorak permainan yang memasuki musim kedua ini juga bakal menyaksikan penampilan istimewa daripada selebriti-selebriti terkenal tanahair pada setiap minggu. "Pelbagai gelagat dan aksi lucu dapat dilihat apabila para peserta cuba membolosi diri masing-masing menerusi dinding yang terdiri daripada pelbagai jenis bentuk, corak dan saiz lubang," ujar Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan. Terdapat dua kumpulan yang bakal berentap dalam setiap episod. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang ahli. Mereka akan diberi cabaran untuk membolosi setiap dinding yang telah disediakan untuk mengumpul markah. Kumpulan yang berjaya mengumpul markah tertinggi akan mara ke peringkat akhir iaitu Mega Bolos dan berpeluang untuk memenangi wang tunai bernilai RM1000 pada setiap minggu. Jika keputusan adalah seri, salah seorang ahli daripada setiap kumpulan akan dipasangkan bersama untuk menentukan siapakah yang layak untuk mara ke pusingan Mega Bolos. Peserta yang dapat membolosi dinding tersebut akan diumumkan sebagai juara dan layak untuk beraksi dalam Mega Bolos. Program 26 episod yang berdurasi selama 30 minit ini terbahagi kepada empat segmen. Dalam Segmen pertama, salah seorang ahli daripada setiap kumpulan dikehendaki melepasi sebuah dinding yang mempunyai lubang pelbagai bentuk. Seratus markah akan diberikan jika mereka berjaya membolosi dinding tersebut manakala dalam segmen kedua pula dua orang ahli daripada setiap kumpulan dikehendaki melepasi sebuah dinding yang juga mempunyai lubang pelbagai bentuk berbeza dari segmen satu. Tiga ratus markah akan diberikan jika mereka berjaya membolosi dinding tersebut. Dalam Segmen ketiga pula, kesemua ahli daripada setiap kumpulan dikehendaki melepasi sebuah dinding yang juga mempunyai lubang pelbagai bentuk dan berbeza dari segmen satu dan dua. Jika kumpulan mereka berjaya membolosi dinding tersebut, 500 markah akan diberikan. Kemudian, kumpulan yang mengumpul markah tertinggi akan mara ke segmen terakhir iaitu Mega Bolos. Dalam peringkat ini, salah seorang daripada ahli kumpulan akan dipilih untuk mewakili kumpulan mereka. Mata mereka akan ditutup dengan alatan pentas (props), sebagai contoh; dikehendaki berdiri dengan posisi membelakangkan dinding manakala dua orang ahli kumpulan yang selebihnya akan memberikan arahan bagi membimbing rakan mereka untuk membolosi dinding yang disediakan. Jika berjaya, kumpulan tersebut akan memenangi wang tunai bernilai RM1000. Jika gagal, wang terbut akan dibahagikan sama rata kepada pihak lawan. Ini bermakna, setiap kumpulan akan membawa pulang wang tunai bernilai RM500. Pemenang tempat kedua Raja Lawak Astro (musim pertama) Zizan telah diberi kepercayaan untuk memikul sebagai pengacara program ini buat kali kedua dan memperlihatkan cabaran kesemua peserta untuk menyempurnakan cabaran yang diberikan. Nantikan gelagat para peserta dalam program yang mencuit hati ini yang akan bersiaran menerusi saluran Astro Ria (saluran 104) pada setiap hari Ahad jam 9.30 malam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 8:37 am | |
| Ning dan Omar semakin bahagia melayari kehidupan sebagai suami isteri |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 8:39 am | |
| Preity tempelak media kerana sensasikan kisah dirinya Pelakon Bollywood, Priety Zinta berang dengan media di negaranya gara-gara laporan tidak benar mengenai dirinya. AKTRES Bollywood Preity Zinta masih geram dengan berita palsu dalam sebuah stesen televisyen yang memberi laporan seolah-olah polis Mumbai telah 'melepaskannnya' meskipun dia bersalah membuat bising pada malam sambutan hari kelahirannya baru-baru ini. "Memang benar saya mengadakan parti untuk hari jadi saya dan polis telah datang dan minta hentikan muzik. Mereka juga telah mendenda saya dan saya telah membayar denda itu pada malam yang sama. Saya juga masih menyimpan resit untuk denda saya itu. "Dan saya tidak memasang semula muzik seperti yang dilaporkan oleh televisyen sensasi itu," jelas aktres putih gebu yang menyambut hari kelahirannya yang ke-34 pada hari Sabtu lepas. Penduduk setinggan yang tinggal berdekatan flat Preity di bangunan Quantum Park di Bandra telah memfailkan bantahan terhadap muzik kuat yang dimainkan oleh Preity pada awal pagi Ahad itu. Tetapi pihak polis telah bertindak mengarahkan Preity untuk mematikan muzik itu. Preity telah pun didenda kerana membuat kesalahan tersebut. Apa yang membuat dia terus marah ialah sikap media yang suka mensensasikan peristiwa yang berlaku. "Kewartawanan ialah berkenaan dengan penyiasatan dan melaporkan fakta. Perkara seperti saya telah melakukan kesalahan undang-undang dan kisah tiada tindakan diambil kerana saya kaya yang disensasikan di siaran TV tersebut benar-benar membuat saya sedih," jelas Preity. "Seharusnya ada undang-undang yang melarang media mensensasikan sesuatu berita. Saya adalah warga negara yang menjunjung kedaulatan undang-undang.. Jadi, tolonglah siasat dulu fakta awak sebelum menghebahkannya di kaca TV," kata aktres yang berlesung pipit itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 8:42 am | |
| Ogy bawa ulama terkenal ke Malaysia Ogy bersama kiyai Abdullah Gymnastiar dan rakannya Azizan Shuib.Foto The star Oleh:ABDUL RAHMAN SENIN . DALAM meniti usia 46 tahun pelakon berkaliber Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy lebih senang menyibukkan diri dengan aktiviti keagamaan. Terbaru dia sibuk dengan aktiviti ceramah dan telah membawa ulama terkenal, Abdullah Gymnastiar yang sering digelar "kiyai A'a", dari Indonesia untuk berceramah di negara ini. Dengan kerjasama kawannya Azizan Shuib bersama syarikat produksinya, Ogy kini sibuk menguruskan aktiviti yang bersifat keagamaan sebagai kariernya. Ketika diajukan soalan tersebut kepadanya, nyata anak kepada pelakon veteran ternama, Allahyarham Datuk Ahmad Daud ini lebih senang mengisi masanya dengan aktiviti berbentuk keagamaan bagi memantapkan ilmu agama dalam dirinya. “Saya sudah berusia 46 tahun, saya rasa sudah tiba masanya kerana bagi saya adalah lebih baik kita seimbangkan perkara berkaitan dunia dan akhirat. “Dalam apa jua yang kita lakukan kita perlu ingat perkara berkaitan hati jadi dengan ilmu yang kiyai ada tidak salah rasanya kita berkongsi dan menyebarkannya kepada orang lain. “Kami juga cuba membawakan konsep 'management kalbu' yang diterapkan oleh kiyai A’a di Indonesia ke neagara ini. Dengan mengadakan ceramah, seminar dan program bersifat keagamaan seperti qiyamulail saya yakin masyarakat dapat menerima dan menyertai program sebegini. “Saya telah mengikuti perkembangan kiyai sejak tahun 2003 lagi dan saya sangat cara dia berceramah dan mendekati masyarakat. Namun hanya selepas enam tahun saya berjaya bertemu dengannya dan membawa beliau untuk berceramah ke negara ini,” kata Ogy yang juga sepupu kepada penyanyi Rahimah Rahim ini. Kiyai A'a mahu bawa konsep 'Darul Tauhid' ke Malaysia. Menurut Ogy lagi, cara yang digunakan oleh kiyai A’a yang mengetengahkan konsep 'management kalbu' diterima oleh ramai pihak. “Kita mahu masyarakat di sini menerima cara penyampaian yang digunakan olehnya yang sememangnya terbukti berkesan. Kami juga telah adakan ceramah atau usrah agama di Majid Al-Ridhwan dengan tajuk Hidayah. “Semua orang akan mendapat faedah daripada program sebegini. Lebih-lebih lagi semenjak saya bergelar seorang ibu, saya perlu jadi contoh ’role model’ yang baik kepada anak saya sendiri,” ujar Ogy yang mengambil anak angkat perempuan tidak lama dulu. Jelas pelakon yang terkenal dengan watak Asmidar ini dia mengambil masa yang agak lama untuk membawa ulama terkenal itu ke negara ini dan segalanya bermula dengan pertolongan sahabatnya, Haji Azizan. “Kami terpaksa tunggu kiyai habis bertapa dan memuhasabah diri selama tiga tahun barulah kami dapat membawanya ke negara ini. “Insya-Allah kami akan cuba membawa kiyai berceramah ke serata negeri di sini tapi semuanya bergantung kepada kelapangan waktu dan tawaran yang diterima. “Kami masih dalam perbincangan dan ia disesuaikan mengikut program yang akan disertainya. Dari segi skrip semua akan masih dalam peringkat perbincangan lagi dan ia belum di finalize lagi. “Ia mungkin boleh jadi drama, talkshow, dan lain-lain. Dalam masa yang sama kami ada juga perancangan untuk buat animasi seperti Upin dan Ipin pada masa depan,” kata anak kepada pelakon Saadiah. Mahu anak jadi doktorDitanya mengenai perkembangannya sebagai pelakon nyata anak kelahiran singapura ini masih berlakon biarpun sibuk membesarkan anak angkatnya, Nur Aishah Aminah (Aminah) yang sudah berusia setahun dua bulan. “Alhamdulillah terbaru Kak Ogy akan berlakon dalam filem, ’Magika’ terbitan KRU Motion Pictures. Kak Ogy bawa watak emak dalam filem ini. Walaupun tak banyak babak, Kak Ogy seronok berlakon dengan KRU. “Lagi pun filem tu tak ambil masa yang lama saya dapat habiskan masa berharga bersama baby saya. Syukur sangat, kalau boleh memang saya nak tengok dia membesar di depan mata saya. “Saya akan pastikan saya masak untuk dia setiap hari sebelum keluar bekerja dan saya akan tidurkan dia pada waktu malam. Saya akan pastikan punya masa secukupnya dengan Aishah,”ujar Ogy dalam nada ceria. Bagi Ogy dia menganggap Aishah seperti anak kandungnya sendiri lebih-lebih lagi kerana dia tidak punya zuriat sendiri. “Bila menjaga Aishah sering mengingkatkan saya tentang bagaimana arawah ibu saya bersusah-payah menjaga dan membesarkan saya dulu,” kata Ogy sayu. Jelas pelakon yang baru sahaja menggengam trofi pelakon wanita terbaik kategori drama pada Anugerah Skrin 2008 yang lalu, jika diberi pilihan dia tidak mahu anaknya itu menceburi bidang seni. “Memang sejak hari pertama saya jaga dia lagi. Saya memang tak nak Aishah jadi penyanyi atau pelakon. Kalau boleh biarlah dia jadi doktor pakar dan boleh jaga dan rawat bila saya tua nanti,” ujar Ogy ceria. Bakal adakan seminar dengan kiyai A’aMenurut Ogy lagi, dalam masa yang sama juga dia sedang menyusun semula struktur syarikat produksinya, Artisctic Preview dan abangnya akan menguruskan syarikat tersebut. “Dalam soal event management, ceramah dan sebagainya saya berkolaborasi dengan Azizan dengan syarikat Air Borne Management dan syarikat Artictic Preview. “Kerjasama dari stesen televisyen juga senang kerana dia sudah ada nama dan merupakan tokoh terkenal di Indonesia,” kata Ogy yang pernah dikenali dengan watak Azura satu ketika dahulu. Bagi Ogy, syarikatnya juga bakal menganjurkan satu program seminar pada bulan Februari nanti di mana kiyai A’a akan menjadi moderator bagi program tersebut. Jelasnya lagi, pada 30 Februari ini syarikatnya akan mengadakan program berbentuk seminar tiga hari dua malam dan yuran penyertaan yang dikenakan sebanyak RM800 setiap orang dan ia terbuka kepada semua. “Pengisian program tidak banyak ceramah tapi lebih banyak kepada stimulasi dan lebih banyak latihan stimulasi membersihkan hati. “Bagi saya itu lebih baik kerana penyakit hati ini sulit dan tidak boleh dirawat dengan mudah. Nak elak penyakit hati kita ada cara yang sesuai seperti qiyamulail, memuhasabah diri dan membersihkan hati bagi mendekatkan diri kepada Allah. “Salah satu sebab saya ingin bekerjasama dengan ini adalah kerana ramai dikalangan artis sebenarnya mencari aktiviti sebegini untuk kembali ke pangkal jalan," jelasnya. Bagi Ogy sendiri dia bercakap sedemikian berdasarkan pengalamannya sendiri, hinggakan ketika itu dia pernah merasakan adakah dia seorang yang jahat dan tidak layak berubah dan berhijrah. Namun jelas pelakon berkaliber ini apa yang dilakukannya bukan penghijrahan kali kedua tapi ini fasa kedua untuk memantapkan lagi ilmu agama dalam diri. “Saya pun ada menyeru kepada golongan artis supaya beri peluang kepada diri sendiri untuk berubah dan sebagai manusia biasa kita tidak punya apa-apa, kerana hanya Allah yang boleh menilai diri kita. “Kita perlu menilai diri kerana konsep kita bukan mengajar tapi mendidik hati kepada semua. Insya-Allah Amy Search dan isteri pun berminat untuk menyertai program ini nanti,”jelas Ogy. Sementara itu ketika menemubual Ogy, penulis berpeluang menemuramah kiyai Abdullah Gymnastiar yang lebih dikenali dengan panggilan A’a. Nyata kedatangannya ke Malaysia juga punya tujuan dan matlamatnya tersendiri. Menceritakan sedikit biografi mengenai tokoh agama ini,beliau merupakan pemegang Ijazah Kejuruteraan Elektirk di Indonesia. Beliau yang juga dikenali sebagai ulama di negara kelahirannya, Indonesia mengetenghkan konsep penyatuan dan pembersihan hati. “Saya percaya hanya dengan hati yang bersih kita boleh dekat dengan Allah. Dan saya perkenalkan konsep ‘Management Kalbu’ dalam ceramah saya. “Kalau hati dijaga dengan baik.Insya-Allah peribadi kita juga akan jadi baik dan kita akan mudah mendekatkan diri dengan Allah,” kata A’a. Ditanya apakah halangan yang pernah dihadapinya, kiyai berkata dalam apa jua yang dilakukan pasti ada halangan dan ia akan membuat kita belajar dengan mendalam dan dekat dengan Allah. “Teknologi banyak dikuasai oleh barat maka kiblatnya juga banyak menghala ke sana. Sebagai umat Islam kita harus aktif mencari cara penyelesaian yang inovatif agar orang dapat menerima Islam dalam apa jua keadaan. “Kunci pertamanya adalah tauhid kerana ia akan membuat kita mengenal Allah dan hati kita akan jadi tenang,” ujar A’a. Jelasnya, untuk menghindarkan masyarakat Islam dari kiblat negara barat adalah dengan memperkenalkan kaedah Islam yang lebih mudah dipelajari dan diterima oleh masyarakat. “Paling penting pendakwahnya perlu ikhlas dalam menyampaikan sesuatu. Tidak boleh hanya bagus di mulut namun dari sudut perbuatan dia sendiri tidak melakukannya ini tidak betul,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 8:43 am | |
| Michael Jackson disaman lagi Landis telah memfailkan saman terhadap Micahel Jackson di Mahkamah Los Angeles minggu lepas dan menuduh Jackson tidak berkelakuan baik, jahat dan menipu kerana gagal membayar dan membahagi keuntungan yang diperolehi dari video itu selama empat tahun. APALAH malang nasib yang menimpa 'Raja Pop' Michael Jackson. Lepas satu, satu saman yang diterimanya. Kali ini saman dikeluarkan oleh John Landis, pengarah video klasik 'Thriller'. Landis menyaman Michael kerana tidak puas hati dengan sikap penyanyi terkenal itu yang enggan berkongsi keuntungan yang didapatinya untuk penjualan video pop tahun 80an itu. Landis telah memfailkan saman itu di Mahkamah Los Angeles minggu lepas dan menuduh Jackson tidak berkelakuan baik, jahat dan menipu kerana gagal membayar dan membahagi keuntungan yang diperolehi dari video itu selama empat tahun. Writ itu difahamkan adalah lanjutan dari pengedaran video 'Thriller 25' yang dikeluarkan sempena suku abad meraikan muzik video. Ia juga berpunca dari ura-ura pihak ketiga bercadang membuat satu muzikal Broadway selama 14 minit berkisarkan lagu 'Thriller' itu. Landis mendakwa dia berhak mendapat 50 peratus dari keuntungan penjualan video itu. Antara lain, writ tersebut menyatakan,"Selepas satu premier teater yang cemerlang, video 'The Thriller' telah menjadi mega-hit di seluruh dunia dan fenomena pop ikon ini berterusan memberi pulangan dan keuntungan untuk kedua-dua defenden iaitu Optimum Productions dan Michael Jackson, yang telah secara salah gagal membayar dan melunaskan profit tersebut kepada pihak plaintif.' Raja Pop yang popular dengan kontroversi yang pelbagai kini telah memeluk Islam dan menggunakan nama Mikaeel dan menjadi berita panas di Barat pada bulan November tahun lepas. Selebriti berusia 50 tahun ini popular dalam usia semuda 11 tahun sebagai seorang ahli kumpulan The Jackson 5 dan memulakan karier secara solo pada 1971. Kejayaannya dalam bidang nyanyian dikatakan mempunyai impak yang besar dalam muzik dan budaya seluruh dunia. Muziknya merentas sempadan geografi amnya, membawa satu bentuk transformasi seni di Amerika khasnya. Anugerah pada peringkat dunia, termasuk Anugerah Muzik Dunia sebagai artis lelaki dengan penjualan album tertinggi, disenaraikan dalam Guinness World Records bukan hanya kerana pencapaian dalam bidang nyanyian, tetapi juga kerana memberi sumbangan kepada lebih 39 buah organisasi yang memerlukan di dunia, 13 Anugerah Grammy dan penjualan album melebihi 750 juta unit di seluruh dunia. Kejayaannya meletakkan dia sebagai seorang manusia paling popular di dunia. Namun, dalam masa sama Raja Pop ini juga tidak lekang daripada kontroversi yang kurang enak. Daripada isu perbuatan songsang dengan kanak-kanak lelaki, isu muflis dan mengubah wajah melalui pembedahan plastik. Bermula dengan memancungkan hidung dan membentuk alis matanya, transformasi wajah dan kulit Mikaeel didebat serata dunia. Ada yang mengatakan dia mula menjadi ketagih kepada membentuk semula wajahnya, seperti yang dia mahukan dan tiada kaitan dengan penyakit yang dikaitkannya dengannya, iaitu 'vitiligo' dan 'lupus'' iaitu sejenis penyakit kulit kronik yang didiagnos pada 1984. Dia pernah dituduh sehingga empat pertuduhan berkaitan seks dengan kanak-kanak lelaki, namun pada 2005 dia bebas terhadap semua pertuduhan |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 9:14 am | |
| Terima segala kritikan - NabilOleh METRA SYAHRIL MOHAMED metra.mohamed@utusan.com.my NABIL RAJA LAWAK. FILEM berjudul Sifu & Tongga arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen yang mempertaruhkan Saiful Apek dan juara Raja Lawak Astro musim kedua, Nabil sudah mula menemui penonton di pawagam sejak 29 Januari lalu. Berkisar tentang telatah lucu Sifu, lakonan Saiful Apek dan Tongga (Nabil) yang pertama kali memasuki ibu kota Kuala Lumpur selepas bertahun-tahun 'terperap' dalam gua. Kemunculan Nabil di layar perak memang ditunggu-tunggu kalangan peminatnya. Masakan tidak, ini adalah filem lakonan Nabil yang pertama ditayangkan. Sifu & Tongga memulakan latar cerita tentang perkampungan suku Watson yang menyembunyikan diri dalam gua di hutan selepas melarikan diri daripada kekejaman tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Kisah Mila (Fouziah Gous), anak kepada ketua suku Watson (Piee), dilarikan Tammy (Erra Fazira) yang mahu menjadikannya sebagai bahan rencana membuatkan Sifu dan Tongga bertindak menyelesaikan misteri kehilangan Mila. Bermula detik itu, atas bantuan Sifu yang mampu berkomunikasi dengan alam ghaib, mereka kemudiannya bertindak keluar dari kepompong untuk mencari Mila. Namun, sebagai filem pertama lakonannya yang ditayangkan di pawagam, Nabil sememangnya tidak lari daripada menerima apa jua kritikan. Di pihaknya sahaja, kritikan-kritikan yang didengari antaranya mempersoalkan elemen lawak pembawaan Nabil serta lakonannya yang dikatakan kurang mantap. Memberi maklum balas terhadap segala kritikan tersebut, Nabil bagaimanapun menganggapnya sebagai sesuatu yang lumrah. "Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Manusia memang suka mengkritik. Filem luar yang menelan belanja besar dan pelakon ternama Hollywood pun dikritik juga. "Kebolehan manusia ada tahap-tahapnya yang tersendiri. Begitu juga saya. Kita tidak mampu memuaskan hati semua orang,'' katanya saat dihubungi Hits, baru-baru ini. Selain Nabil, Saiful Apek, Fouziah Gous, Erra Fazira dan Piee, Sifu & Tongga turut membariskan pelakon seperti Azad Jazmin, Datuk Jalaluddin Hassan, Along Charm Raja Lawak, Rozita Che Wan, Shamsul Ghau Ghau, Jaafar Onn, Din Beramboi, Ruminah Sidek, Nana AF dan Iqram Dinzly. Menyambung bicara, Nabil berkata, sebagai pendatang baru, dirinya bersedia menerima apa jua kritikan yang pasti akan dijadikan panduan untuk kelangsungan penglibatan seninya selepas ini. "Kalau dapat komen tidak bagus, ini adalah masanya untuk menilai sejauh mana kemampuan kita. "Tetapi, bagi saya, yang penting adalah kepuasan dan enjoy dengan apa jua yang dilakukan,'' tambahnya. Ditanya tentang perkembangan terbaru mengenai dirinya, Nabil memberitahu bahawa dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Momok The Movie dan Kecoh Betul. "Selain terlibat sebagai pengacara Ewah Ewah bersama Kak Engku (Raja Azura), saya turut menjadi hos rancangan Studio Nabil di TV9. "Saya juga baru menerima tawaran untuk berlakon dalam filem Mantera,'' ujarnya. Tidak kisah kahwin sesama artis Dalam pada itu, Hits tidak ketinggalan bertanyakan tentang kisah Nabil yang dikatakan mempunyai hubungan dengan pelakon Irma Hasmie. Ringkas menjawab persoalan tersebut, Nabil menjelaskan hubungannya bersama Irma hanyalah sekadar kawan. Diajukan soalan sama ada dirinya sudah bersedia untuk berkahwin sesama artis, Nabil berkata : "Saya masih belum bersedia untuk kahwin. Tapi kalau ada jodoh sesama artis, apa salahnya. Mereka juga adalah manusia.' |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 9:17 am | |
| Tengok Wayang: Marsha Sanggup Ke JakartaKUALA LUMPUR, 4 FEB 2009: Kalau hendak menonton wayang, di Malaysia pun boleh, tetapi kenapa pelakon cantik dan seksi Marsha Milan Londoh sanggup terbang sampai ke Jakarta? Apakah filem yang ingin sangat ditontonnya di ibu negara Indonesia itu? Sebenarnya, sejak filem Saus Kacang mula ditayangkan di pawagam Indonesia pada penghujung Disember tahun lalu, bintang Akademi Fantasia 3 itu akui dia masih belum sempat menyaksikan lakonannya sendiri dalam filem arahan Indrayanto Kurniawan itu. Ini kerana dia tidak berpeluang menghadiri majlis pra-tonton filem yang diterajui pasangan suami isteri Ashraf Sinclair serta Bunga Citra Lestari Sinclair itu sewaktu ia berlangsung pada 11 Disember lalu. "Ada masalah teknikal dan saya pergi pada saat-saat akhir. Frust juga rasanya sebab saya ingin tahu sangat bagaimana maklum balas orang di sana terhadap lakonan saya," kata Marsha kepada murai.com.my. Sungguhpun begitu, Marsha berkata, bagi mengubati kekecewaannya, dia akan terbang ke Jakarta pada minggu hadapan untuk menyaksikan tayangan Saus Kacang. "Nak tunggu tayangan di Malaysia lambat sangat. Kalau tidak silap saya pada Mac nanti. Jadi, lebih baiklah saya pergi tengok sekarang di sana. Saya akan ke sana bersama kawan baik saya, Shada. "Sambil-sambil itu, saya akan ambil peluang untuk berjalan-jalan serta shopping apa yang patut. Kalau boleh saya hendak cari beberapa barangan yang boleh saya berikan untuk peminat saya. "Dengan kata mudah, ia macam barangan merchandise. Di Jakarta harganya lebih murah. Kalau borong banyak, lagi untung. Semuanya saya lakukan untuk peminat yang dari dulu hingga sekarang tidak henti-henti menyokong kerjaya dan pembabitan saya dalam bidang seni ini," katanya. Tentang albumnya yang sekian lama terperap, Marsha berkata, buat masa ini ia masih lagi dalam pembikinan. "Ada beberapa perubahan yang terpaksa dilakukan dalam album saya nanti. Ia menyebabkan ia mengambil masa untuk dikeluarkan. Saya harap peminat akan bersabar," katanya. Tentang buah hatinya, Kefli pula, Marsha berkata, sejak kebelakangan ini, Kefli sentiasa sibuk dengan shooting. "Saya sendiri pun tak ada banyak masa untuk berjumpa dengan Kefli. Tapi dia OK dan kami berdua masih berkawan," katanya lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 9:24 am | |
| Dengarnya...: Que seram sejuk tengok tok kadiTAK berapa hari saja lagi pasangan selebriti, Linda Jasmine dan Que Haidar akan mengakhiri zaman solo mereka. Pasangan popular itu akan diijabkabulkan pada 14 Februari ini di Bora Ombak, Ampang selepas solat Asar. Membilang detik menjelang saat itu mengundang debaran yang cukup kuat buat mereka berdua. Que sendiri mengaku, sukar untuk menceritakan segala perasaan yang bermain di sudut hatinya. Segala rasa bercampur-baur, namun paling mendebarkan menanti saat menjabat tangan tok kadi. Que ada memberitahu, ketika menjalani penggambaran sebuah drama di sebuah masjid kebetulan di situ ada upacara pernikahan. Melihat bakal pengantin berdebar menanti saat diijabkabulkan, tambahan pula semua mata tertumpu kepadanya membuatkan Que sudah mula seram sejuk. Iyalah, berlakon depan kamera dengan apa yang dilalui sebenar adalah dua perkara sebenar. Disebabkan bimbang terus diburu debaran, Que berlari keluar daripada masjid itu. Namun Cik Normah kagum dengan kesungguhan Que. Biarpun tarikh pernikahannya semakin dekat, Que tetap komited dengan tanggungjawabnya sebagai pelakon Dia hanya akan bercuti bermula 12 Februari ini membuatkan Linda terpaksa menguruskan majlis pernikahan mereka sendirian. Hanya telefon menjadi pengerat hubungan dan tempat Linda meluahkan segala rasa. Biasalah semakin dekat, semakin banyak tekanan terutama apabila menyentuh soal jemputan. Linda bimbang jika ada tetamu berkecil hati jika tidak menerima layanan sebaiknya pada hari itu. Malah fikirannya juga berserabut memikirkan jika ada kenalan yang terasa hati apabila kad jemputan tidak dilayangkan kepada mereka. Cik Normah faham, kalau boleh mereka mahu semua pihak datang meraikan detik bersejarah mereka berdua. Tetapi Cik Normah akur sukar untuk mereka puaskan hati semua pihak. Pesan Cik Normah, buatlah sekadar yang termampu. Yang penting ialah keikhlasan Linda dan Que dalam melayari kehidupan berumah tangga. Cik Normah hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk mereka. Buat Que dan Linda, usahlah terlalu tertekan dan memikirkan yang bukan-bukan. Tenangkan hati menempuh detik baru itu. Cik Normah nak ucapkan selamat pengantin baru dan cepat-cepatlah menimang cahaya mata. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 9:28 am | |
| Ke mana Amelina menghilang?
BARU-BARU ini seorang kenalan saya memberitahu beliau ada berkunjung ke selatan Thailand pada tahun lalu dan sempat meninjau satu pusat hiburan di Golok. Dia terkejut apabila banyak lagu yang disediakan di bilik karaoke pusat hiburan itu berupa lagu dangdut dari Malaysia antaranya ialah dendangan Iwan, Sheeda, Mas Idayu, shikin, Ani Mayuni, Haiza dan Ifa Radziah.
Kata kawan saya itu lagi, dia diberitahu kenalan di pusat hiburan beritahu antara lagu paling kerap dinyanyikan pengunjung ialah lagu dendangan Ratu Dangdut Malaysia, Amelina terutama lagu Asyik dan Rindu, selain lagu duet Amelina dengan Iwan berjudul Memori Daun Pisang.
Kebetulan pada petang Khamis lalu, seorang Eksekutif Perhubungan Awam Warner Music Malaysia, yang dikenali sebagai Anne ada menghulurkan kepada saya satu cakera padat (CD) album kompilasi terbaru syarikat rakaman itu berupa himpunan lagu dangdut yang dinyanyikan oleh Amelina, Mas Idayu dan Sheeda. Album itu berjudul Memori Hit 3D Dangdut yang memuatkan 30 lagu popular penyanyi Malaysia era 1990-an dan awal dekad ini.
Selepas menerima CD album dangdut itu, saya bertanyakan Anne, bagaimana hendak kami hubungi Amelina untuk mengetahui perkembangan terbarunya kerana sudah lama industri hiburan tidak paparkan cerita terkini Amelina, iaitu sejak tahun 2000 lagi. Bayangkan lebih lapan tahun Amelina ‘menyembunyikan diri’ hinggakan langsung wartawan hiburan tidak dapat menghidu di mana dia berada sekarang, apatah lagi untuk menemubualnya.
Amelina juga tidak pernah lagi kelihatan muncul pada mana-mana majlis industri hiburan waima dalam acara berkaitan muzik sejak isu perkahwinannya tersebar. Malah, industri hiburan juga sudah tidak lagi menyaksikan kemunculan kelibat Amelina dalam mana-mana stesen TV dan lebih menghairankan, rakan artis yang pernah rapat dengan Amelina juga tidak tahu ke mana Amelina sekarang dan mereka juga tidak tahu di mana Amelina tinggal.
Yang peliknya, Anne cuma menjawab mereka di syarikat rakaman sendiri pun tidak tahu di mana Amelina berada sekarang dan yang mereka tahu bayaran royalti untuk Amelina hanya dimasukkan ke dalam akaun bank penyanyi itu tanpa mereka langsung dapat berkomunikasi dengan Amelina. Pernah juga wartawan bertanyakan keluarga Amelina tetapi mereka juga bagaikan tidak tahu di mana Amelina tinggal. Cuma ada khabar mengatakan Amelina kini sudah kerap menghubungi dan pulang ke pangkuan keluarganya.
Peminat setia Amelina tentu masih ingat apabila kecoh sejak beberapa bulan pada 1999 dia dikatakan ‘menghilangkan diri’ kerana berkahwin dengan seseorang di selatan Thailand pada Mei tahun berkenaan. Mereka muncul di Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) di Kangar, pada Februari 2000 bagi memohon pendaftaran perkahwinannya selepas kahwin lari di Songkhla. Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina Amir Sharipuddin kini berusia 35 tahun dan suaminya, Reduan Mahamood kini berusia 45 tahun.
Perkahwinan itu mencetuskan kontroversi kerana tidak diketahui oleh ibu bapa Amelina ketika itu hingga beberapa kali ibu Amelina, Hasmah Ramli, 53, yang kini tinggal di Labu, Negeri Sembilan, meluahkan kekecewaan menerusi media massa. Hasmah pernah menangis kerana terkilan apabila sekian lama tidak mendengar perkembangan anak sulungnya itu akhirnya mengetahui menerusi akhbar mengenai berita anaknya mendaftarkan perkahwinan. Pasangan terbabit dibicarakan secara tertutup dalam kamar Kadi Besar Perlis ketika itu, Othman Ismail, lalu masing-masing didenda RM500 kerana kesalahan bernikah di luar negara tanpa izin. Sejak itu Amelina terus menyepikan diri dan mengelak untuk ditemui media massa.
Ini bererti mana-mana wartawan hiburan yang dapat menemubual Amelina selepas ini bererti dia akan mendapat berita eksklusif. Sudah tentu juga ramai peminat Amelina tertanya-tanya ke mana menghilangnya dia? Bagaimana keadaan dirinya, mungkin masih menyanyi secara senyap-senyap untuk persembahan tertutup atau Amelina sudah tutup buku terhadap karier nyanyian. Tentu juga ramai nak tahu sejak Amelina berkahwin, sudah berapa ramai anaknya? Apakah Amelina sekarang sudah bertudung seperti mana kemunculannya di Jaips dulu.
Apa yang pasti, perkara lepas sudah berlalu. Amelina tidak perlu lagi takut dengan bayang-bayangnya dan wajar dia tampil semula dalam industri hiburan untuk bertemu rakan artis dan kenalan media. Sebenarnya ramai peminat termasuk wartawan hiburan merindui dan teringin untuk bersemuka dengan Amelina atas dasar rakan lama. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 9:34 am | |
| Tiga beradik satu misi
Vince, Vanessa dan Pamela.
Vince, Vanessa dan Pamela berharap dapat menghasilkan program realiti keluarga sendiri, Meet The Chongs
BERBANDING Juara Akademi Fantasia Musim Pertama (AF1), Vince Chong, peminat tidak begitu mengenali kakak dan adik perempuannya, Vanessa dan Pamela sehinggalah mereka memenangi tempat kedua siri perlumbaan paling popular, The Amazing Race Asia (Season 2) dua tahun lalu.
Bagi dua beradik jelita ini, siri perlumbaan itu membantu mempopularkan mereka hingga bergelar selebriti terkenal kini, bukan saja di tanah air sendiri, bahkan di negara serantau, terutama negara yang memperoleh saluran televisyen berbayar, AXN.
Ia secara tidak langsung membuka banyak peluang kepada mereka berkecimpung dalam bidang seni, dengan pelbagai tawaran diterima, bukan hanya sebagai pelakon drama dan filem, malah pengacara program TV serta majlis keramaian.
Vanessa, 30, memberitahu B*Pop, beliau sendiri tidak menyangka perubahan itu berlaku secara drastik sebaik siri perlumbaan kegemaran ramai itu berakhir, malah menganggapnya sebagai pencapaian terbaik dalam kehidupan mereka.
“Dulu, saya hanya dikenali sebagai pengurus peribadi Vince. Bagaimanapun, keadaan sekarang sudah jauh berubah, dengan karier seni saya berkembang dalam bidang pengacaraan, selain lakonan apabila ditawarkan membintangi filem komedi, Kecoh Betul, baru-baru ini.
Ia memang di luar jangkaan, malah saya tidak pernah menduga semua perubahan ini berlaku sebegini pantas. Bagaimanapun, saya bersyukur dengan perkembangan ini dan berterima kasih kepada mereka yang memberikan tawaran kepada saya,” katanya.
Sementara itu, Pamela, 25, yang dikenali sebagai hos program alam sekitar, TVIQ Keep it Wild, selain pernah membintangi drama bersiri, Lima Jingga di 8TV, menyifatkan pengalamannya menyertai siri perlumbaan itu cukup menyeronokkan.
“Dulu tiada siapa pun mengenali kami. Kalau sekarang kami ke Singapura, Thailand atau mana-mana negara Asia yang pernah kami jelajahi dulu, pasti ada yang perasan kemunculan kami dalam The Amazing Race Asia musim kedua dulu,” katanya yang turut berlakon dalam filem Talentime arahan Yasmin Ahmad.
Diminta mengimbas kembali kenangan penyertaan mereka dalam siri perlumbaan itu dua tahun lalu, beliau berkata, kejayaan yang diperolehnya dan Vanessa memang di luar jangkaan berikutan saingan hebat peserta lain, terutama peserta lelaki.
“Dalam TV memang nampak senang tetapi perlumbaan itu sebenarnya cukup mencabar yang menduga ketahanan fizikal dan mental, khusus dalam menyelesaikan tugasan diberikan. Bayangkan, dalam kami berlumba itu, kami terpaksa membawa beban (backpack) yang beratnya lapan kilogram.
“Kami tidak cukup tidur hingga kurang stamina semata-mata mahu memastikan tidak tersingkir dari perlumbaan. Jangan sesekali cuba menyertai perlumbaan ini kalau tidak kuat mental dan fizikal,” katanya.
Pamela yang berpengalaman sebagai penari profesional mengakui kenangan itu tidak akan dilupakan sepanjang hayatnya kerana selain mengeratkan hubungan mereka dua beradik, beliau berpeluang mengembara ke banyak negara secara percuma.
Vince, 29, pula yang kini bermastautin di Taipei, Taiwan untuk mendalami bidang kesenian dan kebudayaan Cina, selain cuba mengembangkan bakat seninya di sana cukup seronok melihat perkembangan kakak dan adik perempuannya dalam industri hiburan negara.
“Bertambah lagi ahli keluarga kami terbabit dalam bidang seni. Darah seni memang mengalir dalam keluarga kami. Saya terbabit dalam bidang muzik, manakala Vanessa dan Pamela dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Adik-adik lain pula aktif dalam bidang modelling.
“Ibu bapa kami tidak pernah menghalang minat kami dalam bidang seni. Malah, mereka juga meminati bidang seni, dengan ibu kami aktif dalam seni halus,” katanya yang berharap dapat menghasilkan program realiti keluarganya, Meet The Chongs seakan-akan Meet The Kardshians di Hollywood. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 9:34 am | |
| JAMAL ABDILLAH mendukung Ahmad Zaki Yamani berjalan keluar sambil diiringi Fatimatuzahra di pekarangan Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 9:40 am | |
| Nurul Bakal Duduki Kerusi Juri Tetap AF7?KL, 4 FEB 2008: Pejam celik, pejam celik, AF7 akan menjelma tidak lama lagi. Rasanya macam masih baru lagi Stacy beraksi sebagai juara dalam konsert final AF6 di Stadium Putra Bukit Jalil. Mengikuti putaran jam yang cepat berlalu, pihak Astro sedang rancak membuat sesi uji bakat di seluruh Malaysia. Sebut pasal uji bakat, Murai Batu tengok salah seorang artis yang dipilih menjadi juri bagi membuat tapisan bagi barisan peserta adalah penyanyi lagu Cinta Mencintai Kita, Nurul Huda Ab Wahab atau lebih dikenali sebagai Nurul. Dengar khabar, ada kemungkinan Nurul akan dipilih menjadi juri tetap AF7 kerana komitmennya yang cemerlang dalam mengendalikan kesemua uji bakat itu. Kalau ada rezeki, baguslah. Seingat Murai Batu, Nurul pernah menjadi mentor kepada salah seorang peserta bagi sebuah pertandingan nyanyian sebelum ini. Dia memang gigih melatih anak muridnya untuk bertanding. Bagi AF7, khabarnya juga, produser dan tenaga kerja AF7 sangat seronok bekerja dengan Nurul di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Kinabalu, baru-baru ini. Difahamkan, Nurul sanggup tidak keluar ke mana-mana, sama ada bertemu rakan atau mengambil angin, sebaliknya hanya terperuk di bilik penjurian dari awal pagi hinggalah lewat malam. Semuanya, semata-mata bagi mencari peserta yang benar-benar berkualiti. Murai Batu faham, tugas sebagai juri AF ini bukanlah senang. Kalau tak sabar, silap haribulan boleh rebah. Maklumlah bermacam ragam manusia yang datang uji bakat. Tahniah Nurul. Kalau betul khabar angin ini, akan Murai Batu kirimkan sejambak bunga raya pada Nurul . |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 9:42 am | |
| Jom Sembang Dengan Shila, Ran Di @15KUALA LUMPUR, 4 FEB 2009: Selepas Dafi dan Gita Gutawa, kini giliran Shila One In A Million (OIAM) bersama kumpulan Ran dari Indonesia pula dilantik sebagai duta baru bagi produk aiskrim terkenal, Cornetto. Pemilihan kedua-dua artis Malaysia dan Indonesia ini dilakukan berdasarkan kejayaan yang dikecapi mereka di dalam bidang nyanyian yang diceburi di negara masing-masing. Selain itu, pemilihan mereka juga disifatkan bersesuaian kempen Cornetto Loves Spark yang bakal dijayakan mereka sepanjang Februari ini. Sebagaimana Dafi dan Gita, Shila dan Ran juga akan turut menjayakan konsert Conetto Loves Spark anjuran Cornetto yang bakal diadakan tidak lama lagi. Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah yang juga anak sulung kepada pelakon dan penyanyi ND Lala. Bakat Shila kemudian dicungkil dalam program realiti OAIM musim kedua di mana Shila berjaya dinobatkan sebagai naib juara. Shila akan muncul dengan album solonya tidak lama lagi turut melakar kejayaan manis apabila memenangi anugerah emas dalam pertandingan Penang Shanghai World Star Quest (PSWSQ) di Pulau Pinang, April tahun lalu. Manakala Ran pula adalah sebuah band muzik pop, jazz R & B yang sedang mencipta nama di Indonesia menerusi lagu Pandangan Pertama serta Warna-Warni Dunia. Dianggotai Asta, Rayi dan Nino, band muzik ini baru saja muncul dengan album studio pertama mereka Ran yang disifatkan mampu memenuhi citarasa dan selera muda muda di sana. Bagi anda mahu berkenalan dan berinteraksi bersama Shila dan Ran, jangan lupa bersembang bersama mereka menerusi laman chatting di Saluran @15, Astro, pada Khamis, 5 Feb 2009, bermula jam 3 petang. Anda berpeluang bertanyakan apa saja soalan positif kepada mereka. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 9:43 am | |
| Patutkah Pengetua AF7 Seorang Wanita? KUALA LUMPUR, 4 FEB 2008: Sejak penganjuran Akademi Fantasia (AF) dari musim pertama hinggalah musim yang ke-6 tahun lalu, pengetua yang dilantik sentiasa seorang lelaki. Bermula dengan Freddie Fernandez menerusi AF1, Ramli MS (AF2), M Nasir (AF3), Ramli Sarip (AF4), Roslan Aziz (AF5) serta kembali semula kepada Ramli MS mengemudi AF6, tergambar seolah-olah program realiti TV paling popular itu tidak yakin dengan kemampuan golongan wanita. Padahal kalau hendak dibariskan pencapaian karyawan dan artis wanita, ramai yang berkelayakan berdasarkan pengalaman mereka dalam bidang seni persembahan. Antaranya, Datuk Sheila Majid, Datin Seri Tiara Jacquelina, Datuk Sharifah Aini, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Fauziah Nawi, Fatimah Abu Bakar dan Dato' Siti Nurhaliza. Apa kurangnya mereka? Setidak-tidaknya, kehadiran pengetua wanita dalam program itu akan membawa satu kesegaran dan angin perubahan kepada AF yang terus kukuh. Tidak dinafikan, ada pihak berpendapat bahawa wanita adalah golongan yang lebih beremosi berbanding lelaki. Namun bukankah AF sendiri satu pertandingan realiti yang sangat berkaitan dengan emosi? Dalam erti kata lain, golongan wanita seringkali dianggap memiliki hati yang rapuh dan mudah tersentuh. Bagaimanapun, telah terbukti ramai golongan hawa telah berjaya dalam pelbagai bidang termasuk seni, pendidikan, ekonomi, sukan dan politik. Malah ada yang sudah berjaya menawan khutub yang jauh terpencil. Siapa tahu pengetua wanita boleh membawa kejutan dan menambah X-Factor kepada program itu? Dalam pada itu, ramai meramalkan Pengetua AF pada musim ke-7 ini masih lagi Ramli MS berdasarkan prestasinya sebelum ini. Tidak kurang mengharapkan Hj Aznil Nawawi yang telah begitu masak dengan selok-belok AF. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 9:56 am | |
| NAMA SEBENAR: Hetty Sarlene Abdul Hamid TARIKH LAHIR: 21 April 1983 TEMPAT LAHIR: Singapura PROFESION: Penyanyi, pelakon ALBUM: Hetty Sarlene, Hetty Sarlene Tiada Lain FILEM: Iskandar, Sembilu 2005 DRAMA: Sembilu, Sembilu Kasih |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 9:57 am | |
| NAMA SEBENAR: Farawahida binti Razali TARIKH LAHIR: 19 Mac 1985 TEMPAT LAHIR: Taiping, Perak TINNGI:162CM BERAT:53KG ZODIAK:Pieces HOBI:Memasak, Boling , Window shopping & Chatting PROFESION: Penyanyi STATUS: Bujang ADIK BERADIK: anak ke 4 dari 6 beradik CITA-CITA: Polis & Pengacara ALBUM: Farawahida & Semuanya Ada Di Sini PENCAPAIAN: Artis Wanita Wanita Baru Popular ABP-BH 2006, Finalis Wirawan Seni Remaja Eon 1995, Finalis Pepsi Young Discovery Challenge 1996, Finalis Sinaran TV3 2000, Finalis Bintang RTM 2001, Finalis Bintang URTV 2002, Finalis Suara Jati Malaysia 2003,20 wanita anggun EH 2007,finalis HITS 1 2006(TANPAMU), finalis HITS 1 2007(SEMUANYA ADA DISINI),Finalis AIM 2008 kategori album pop terbaik (semuanya ada disini), finalis anugerah juara lagu23(PERSOALAN CINTA) AZAM TAHUN BARU: SEBENARNYA TIAP2 TAHUN FARA MAHU TAMBAH LEBIH RAMAI LG PEMINAT FARA, LAGI RAMAI LAGI ALHAMDULLILAH, DALAM KEHIDUPAN PERIBADI MAHU MEMBAHAGIAKAN FAMILY, DALAM KARIER MAHU SENTIASA BUAT YG TERBAIK DALAM APA JUA KERJA YG D BERI DAN MENGHASILKAN PRODUK YG LEBIH BERKUALITI WARNA KEGEMARAN: Hitam, Putih, Merah, Oren & Emas MAKANAN KEGEMARAN: Tom yam & Laksa utara MINUMAN KEGEMARAN: Milo & Jus buah JENAMA KEGEMARAN: Guess, Fendi, Nike, Levi's & yg sewaktu denganya MINYAK WANGI: anna sui, body shop , ralph lauren & bau buah2an PENYANYI PUJAAN: Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Azlina Aziz, Ramlee Sarip, Nash, Datuk CT, Faizal Tahir & Anuar Zain PELAKON PUJAAN: Sarimah, Normadiah, Datuk Aziz Satar, Nokhiriah, Elly suriaty & Rosyam Nor FILEM YG DIMINATI: Mann, Cinta Luar Biasa, Titanic & Madagascar CIRI2 LELAKI IDAMAN: Beriman, Bekerjaya & Serba serbi sederhana SIKAP YG TIDAK DISUKAI: Panas Baran, Hipokrit, Penipu, Cakap Besar & sikap2 negatif yg lain TEMPAT YG DIGEMARI: Pulau & Tempat yg sunyi TEMPAT YG INGIN DIKUNJUNGI: Syurga & Tempat yg banyak cahaya lampu d waktu malam MUZIK YG DIGEMARI: Balada & Irama malaysia TENTANG SAYA: Seorang yg suka bercakap, gila2 jugak kekadang, hahah...nk kata pandai |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 9:59 am | |
| Azam Nikki 2009, Berusaha Perbaiki DiriNikki atau nama sebenarnya Nicollette Louisa Palikat tidak asing lagi dikalangan Artis-artis dari program realiti. Nikki kelahiran anak Sabah merupakan salah seorang finalis Malaysia Idol musim ke-2, walaupun gagal untuk memenanginya, namun Nikki berjaya ‘ditarik’ oleh syarikat album untuk merakamkan albumnya sendiri. Namun pun begitu nama Nikki tidaklah segelamour Datuk Siti dah tentu peminat juga tidak ramai. Mungkin ada segelintir peminat Nikki yan berasa teruja bila Nikki berada di atas pentas, lebih-lebih lagi di tempat kelahirannya di Sabah. Dalam pengusahaan album dan kerjayanya pula, Nikki menegaskan.. : “Kalau orang kata saya masih gagal menarik perhatian khalayak walaupun sudah lama dalam industri, tahun ini saya akan lebih berusaha. Banyak perkara telah dirancang hanya tinggal untuk dilaksanakan,” tegasnya penuh semangat. - Kosmo Sesuatu yang perlu untuk mencapai kejayaan mesti ada strategi yang strategik untuk lebih bersedia menanti hari yang mendatang. Usaha Nikki akan membuahkan hasil sekiranya Nikki boleh meletakkan sesuatu atas dasar demi peminat setianya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 10:02 am | |
| Abby Abadi Lakonkan Drama Ceria-Ceria Cikgu RubinaMula ke udara pada 19 Januari lalu pada jam 7.30 malam sehingga 8 malam, drama bersiri Ceria-Ceria Cikgu Rubina ini pasti memberi inspirasi kepada penonton kerana banyak menyelitkan kisah yang memberi contoh teladan. Tambahan pula, drama ini juga diharap dapat memberi motivasi kepada golongan pemuda untuk meningkatkan usaha, tabah menghadapi cabaran dan berusaha gigih dalam mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran dan aktiviti sekolah. Ketua Pemasaran, Nutritisi, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK), Pan Choi Yen, berkata, “Ribena sebagai jenama GSK sentiasa memberikan sokongan terhadap industri hiburan tanah air dalam mengasah bakat selain memberi ‘edutainment’ yang berkualiti kepada orang ramai. Di samping itu, drama bersiri ini amat bertepatan dengan Ribena kerana mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak remaja melalui aktiviti kokurikulum yang membina semangat berpasukan, hubungan baik dan rasa hormat antara rakan pasukan. “Melalui Ceria-Ceria Cikgu Rubina dengan watak utama dibawa oleh Mama Selebriti Ribena itu, kami berhasrat untuk meningkatkan kesedaran tinggi dan membina keutamaan dan motivasi bagi mengamalkan nutrisi yang baik dalam kehidupan seharian,” katanya. Perwatakan Abby Abadi yang penyayang, ceria dan sentiasa bertenaga adalah seiring dengan ciri jenama Ribena yang segar, ceria dan sempurna, dan ini juga berpadu dengan watak Cikgu Rubina. “Saya amat gembira dapat bekerjasama lagi dengan Ribena, minuman warisan terkenal di Malaysia, melalui drama bersiri terbaru ini. Saya juga turut membesar dengan Ribena dan kini ingin memberi segala kebaikannya kepada anak-anak pula dan saya rasa ia setimpal nilai kasih saya buat mereka,” kata Abby. Drama ini berkisarkan mengenai pasang surut kehidupan keluarga kelas pertengahan yang tinggal di bandar Kuala Lumpur yang sentiasa bertali arus; dan mengisahkan bagaimana Cikgu Rubina membahagikan masa antara urusan hal ehwal rumah tangga dan sekolah. Walaupun sentiasa sibuk, dia mampu mengekalkan ikatan perhubungan yang kukuh dengan keluarganya yang terdiri daripada seorang suami yang penyayang, Shah, dan sepasang anak yang comel iaitu Amelia anak sulungnya dan anak bongsunya Amir. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 10:03 am | |
| Rita Rudaini Sedih Mertua MenghinanyaRita Rudaini yang kini sedang mengandung tiga bulan, menjelaskan kenyataan diberikan keluarga mertuanya menerusi media baru-baru ini benar-benar mengejutkannya dan suami. Lebih menyedihkan apabila dakwa pelakon itu, keluarga mentuanya memberikan kenyataan tidak benar hanya semata-mata untuk menjatuhkan maruah keluarganya dan suami. “Perkara ini seharusnya dihentikan, dan sudah-sudahlah mereka menuduh saya dan keluarga mengenai pernikahan ini. Sedangkan keputusan diambil bukan perkara tidak baik. Ia atas kehendak Aidil dan persetujuan saya. “Saya tahu mereka tidak suka dan tidak boleh menerima saya, dan atas alasan itu mentua lebih senang menggunakan media untuk bercakap apa saja asalkan ia dapat memburukkan saya dan keluarga,” katanya dengan penuh seduh. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 10:05 am | |
| Lagu X-ray Nyayian Nabila MeletupTutur pelakon yang baru mendirikan rumahtangga dengan suaminya Zaidy Zailani pada 2 Disember lalu, idea menghasilkan lagu single, “X-ray” itu sebenarnya dibuat atas dasar ’suka-suka’. “Lagu single itu memang sudah lama saya rakamkan. Rasanya lima bulan sebelum saya berkahwin. Itu pun atas cadangan Papa. Kebetulan pula saya memang minat menyanyi, jadi saya ‘try’ sajalah. “Tapi memang tidak terlintas langsung di fikiran saya untuk hasilkan album penuh. Saya tidak bersedia ikut jejak langkah Papa bergelar penyanyi walaupun dia sendiri cukup ’supportive’,” kata pelakon berusia 24 tahun ini. Menurut Nabila lagi, andai kata dia ditawarkan membuat album berdasarkan sambutan yang baik terhadap lagu tersebut, dia tetap akan cuba menolak dengan baik kerana belum bersedia dengan komitmen yang tinggi dalam bidang tersebut. “Sejujurnya, saya memang tidak ada masa untuk hasilkan album. Prosesnya bukan mudah dan memakan masa juga. Lagipun, jadual harian saya memang padat dengan aktiviti lakonan. “Setakat diundang untuk buat ’show’, saya rasa tidak menjadi satu kesalahan. Tetapi apapun, bidang lakonan tetap menjadi keutamaan saya,” kata Nabila |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 10:06 am | |
| Gambar Siti Nurhaliza ketika Sekolah MenengahPada mulanya, Siti digelar “tomboy” disebabkan kelakuannya yang aktif dan kecenderungannya terhadap penampilan bersifat kelelakian. Memasuki Sekolah Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh. Darjah 1 - Darjah 6, memasuki Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford, akhirnya Siti beralih kepada penampilan yang lebih feminin; ibunya telah membesarkan Siti Nurhaliza menjadi seorang gadis Melayu yang berbudi bahasa. Melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis, Pahang (Tingkatan 1 - Tingkatan 5). Sewaktu di sekolah, Siti sangat aktif dalam arena sukan. Ps : cute juga siti time SMK dulu. Mana takde mamat yang nak ngoratnya.. last-last dapat duda.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 10:08 am | |
| Detik Ketika Hendak Bersalin - Nora DanishPengalaman Nora Danish tatkala melahirkan anak sulungnya, Putera Raiqal Ramli Bin Rizal Ashram Ramli, pada 7 Januari lalu. Pengalaman itu diceritakan sendiri oleh Nora kepada seorang rakan baiknya. Kata sumber itu, Nora telah nekad untuk bersalin secara normal, macam ibu-ibu dan nenek-nenek kita di kampung dulu. Pendek kata, sampai ke sudah, Nora yang walaupun bersalin di hospital bertaraf 5 bintang di Kuala Lumpur, tidak mahukan sebarang pembedahan. “Sebabnya, Nora mahu rasakan sendiri bagaimana sakitnya bersalin. Memang sampai satu peringkat, doktor memberikan dia satu peluang lagi untuk ‘push’ kerana jantung anaknya mulai lemah. “Akhirnya dengan penuh tawakkal dan kudrat dalaman, Nora berjaya melahirkan bayi lelakinya yang comel, seberat 3.5 kilogram,” kata sumber itu lagi. Namun apa yang mengejutkan, selepas agak kuat sedikit, Nora terus menghubungi rakan baiknya tadi dan berkata, “Alhamdulillah, semuanya dah selamat. Cuma awak, saya hendak berpesan satu saja… janganlah sekali-kali kita menderhaka kepada ibu kerana baru sekarang saya betul-betul faham bagaimana sakitnya seorang ibu yang hendak melahirkan anak.” Tapi jelas jiwa dan tekad Nora sangat kental. Dalam pada itu, lebih sensasinya dengar-dengar bekas suami Nora, Rizal Ashram (Jejai) pun ada di hospital terbabit pada saat-saat genting itu malah kemudian mengazankan bayi mereka itu. Alhamdulillah, sejuk hati mendengarnya… Apakah mungkin Nora dan Jejai akan rujuk semula demi anak sulung mereka? Selain itu, ibu mertua Nora pun khabarnya tetap rapat dan sangat sayangkan Nora dan cucunya itu. Entahlah, semua ini mungkin ada hikmahnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 10:10 am | |
| Bunkface Bakal Muncul Dengan Album MelayuKemasukan band indie ke persada muzik tempatan berkembang dengan cepat akhir-akhir ini. Lebih mengukuhkan keadaan tersebut apabila muzik yang dibawa oleh mereka semakin diterima oleh peminat-peminat muzik di Malaysia. “Selain daripada itu, muzik indie lebih dikenali dan peminat tempatan mula menerima genre muzik yang kami bawa. Apa pun kami berterima kasih kepada kumpulan Hujan yang telah membuka jalan kepada kami untuk masuk ke dalam industri muzik di sini,” kata Sam yang juga vokalis kumpulan Bunkface. Terbaru kumpulan yang sedang popular dengan lagu Situasi ini, Bunkface, bakal keluar dengan album Melayu mereka tidak lama lagi. “Bukan kami tak mau keluarkan album Melayu tapi sebab minat muzik Inggeris itu yang menyebabkan, EP, pertama kami memuatkan lagu-lagu Inggeris. “Namun bila menyedari lagu-lagu Inggeris agak kurang mendapat perhatian kami sepakat untuk terbitkan album kedua yang memuatkan lagu-lagu Melayu. “Sekarang ini tengah kumpul material untuk album baru ini dan setakat ini dah ada lapan buah lagu. Kami pun tengah sibuk buat recording lagu untuk album tersebut. “Insya-Allah mungkin sebelum bulan Julai atau paling lewat bulan Oktober kami akan keluar dengan album baru,” kata Sam yang merakamkan lagu di Studio 21.05, milik kumpulan Pop Shuvit. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 18 of 20 | Go to page : 1 ... 10 ... 17, 18, 19, 20 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |