|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 3:29 pm | |
| Aku Masih SetiaBiarpun agak sibuk sebagai pengajar, Dia Fadila tidak mengetepikan kerjaya nyanyian yang diceburi sejak usia 16 tahun TUAH dan masa untuk penyanyi, Dia Fadila, 24, yang baru saja melakar jaya Oktober lalu di Festival Melodi Emas Asean 2008 yang berlangsung di Bandaraya Ho Chin Minh, Vietnam untuk terus menyerlah di bumi sendiri belum terbukti lagi. Bukan tidak pernah berusaha dan jauh sekali berputus asa, cuma belum rezeki Dia untuk terus membuktikan keupayaan sebenarnya. Mula mencambahkan minat menyanyi sejak di usia 16 tahun, khabar indah mendekatinya apabila dapat muncul dengan album sulung berjudul ‘Dia’, tiga tahun selepas itu. Ketika itu, Dia mula diingati dengan lagu Aku Masih Setia dan seterusnya pada tahun 2004, penyanyi tampil dengan album kedua, Na Na Kataku. Namun, ketika album kedua hendak diterbitkan, kontrak rakamannya bersama Warner Music tamat dan ditambah dengan beberapa masalah lain, album itu bagaikan terus ‘mati’ begitu saja. Ketika itu, hanya keredaan yang mengiringi perjalanan seni Dia. Demi menebus kesilapan pihak syarikat rakaman naungannya itu, Dia diberi kesempatan terindah untuk terus menyambung kontrak selama setahun lagi bersama Warner dan atas kesungguhan yang dijelmakan, Dia sudah pun mempunyai album ketiga berjudul Terbaik Dariku sejak 13 Januari lalu yang memuatkan 10 buah lagu dan dua daripadanya adalah lagu baru berjudul Satu Ruang dan Jat Da Da Da. Kini, Dia Fadila sedang rancak mempromosikan lagu single terbarunya berjudul Satu Ruang ciptaan komposer yang juga penyanyi dari seberang, Yunika dan terbaru Jat Da Da Da. Seperti Dia yang mengharap bukan satu tapi lebih banyak ruang untuk terus dikenali, lagu ini juga secara kebetulan hampir menyamai kisah peribadinya. “Melalui perkenalan atas kawan, Dia yang mengesyorkan syarikat rakaman untuk ambil lagu dari Indonesia. Kebetulan Yunika adalah artis Warner Music Indonesia yang popular pada 1997. Satu Ruang menceritakan mengenai hati seorang kekasih yang tidak ingin dipujuk lagi. Biarpun sudah berpisah, dalam hatinya masih ada ruang untuk cinta lain. “Dan hanya kebetulan lagu ini menyerupai apa yang dialami Dia sendiri. Sebenarnya lagu ini diilhamkan daripada kisah kawan baik Yunika. Apabila Dia mendengar melodi dan liriknya, tanpa diduga ia seperti terkena dengan batang hidung sendiri. Syukur juga lagu ini turut menjadi lagu tema filem Selamat Pagi Cinta tahun lalu,” kata Dia sambil tersenyum manja sewaktu bersama Hip dalam satu sesi fotografi. Bagaimanapun baki lapan lagu yang dimuatkan adalah lagu yang dipetik daripada albumnya yang terdahulu. Biarpun tidak dapat muncul dengan sepenuhnya menampilkan lagu baru, Dia Fadila tidak menganggap album ini sebagai kompilasi. Malahan, Dia akur dengan kehendak pasaran yang tidak menentu dan harus bersyukur masih berpeluang muncul dengan buah tangan baru untuk halwa telinga pendengar muzik dan peminatnya. “Inisiatif memuatkan semula lagu terdahulu wajar dipuji dan usaha mengetengahkannya semula adalah satu peluang bagi menghargai karya yang tidak diketahui peminat. Dia tak anggap lapan lagu ini sebagai lagu lama cuma ia tidak berpeluang dimainkan di radio mahu pun TV sebelum ini. “Sayang juga kalau dibiarkan begitu saja dan apa salahnya Dia rakamkan semula untuk berkongsi dengan semua orang,” katanya yang turut melelong pakaian dan kasut di karnival jualan dan lelong amal Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 bagi mengisi Tabung NSTP Untuk Gaza pada 31 Januari lalu. Mahu lanjut pengajian peringkat di UKMENGENAI hasratnya untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang persembahan vokal moden dan juga jazz di United Kingdom yang pernah ditulis di ruangan Dengarnya Oleh Normah Becok, Dia Fadila tidak menafikan cerita itu, cuma ia masih dalam peringkat perancangan. Biarpun sudah memiliki Ijazah Sarjana Muda Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam tahun lalu, niatnya untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi wajar dipuji. “Dia masih melihat pendidikan sebagai antara elemen penting untuk sebuah masa depan yang terjamin. Begitu juga dengan dunia nyanyian dan pengacaraan yang amat Dia cintai. Kalau dapat diseimbangkan dua perkara (nyanyian dan seni) ini juga satu perkara yang baik. Ia sebagai jaminan untuk masa depan, tapi ketika ini semuanya masih dalam perbincangan dan perancangan,” katanya. Sejauh mana kesibukan penyanyi ini melayani permintaan bergelar selebriti, Dia kini harus membahagi masa sebaik mungkin di antara tuntutan kerjanya sebagai penyanyi dan pensyarah. Setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 7.30 pagi ke 4.30 petang, Dia Fadila harus fokus sebagai pensyarah. Memiliki kerjaya yang menjamin masa depan kini dan ditambah dengan kerjaya nyanyian, Dia kini sudah mampu mengumpul aset antaranya seperti rumah dan kereta. Bahkan, penyanyi ini mengaku jika boleh mahu menamatkan zaman bujang, andai jodoh datang cepat. “Alhamdulillah, Dia semakin seronok dengan tugas sebagai pensyarah. Sekarang ini, Dia hanya memberi tumpuan kepada kerja pensyarah dan penyanyi kerana tawaran mengacara semakin berkurangan kebelakangan ini. Tak dinafikan memang rindu untuk kembali mengacara. Tapi kalau diberi peluang, nak jadi pengkritik pula. Dia pernah diundang menjadi pengkritik pertandingan Idola Kecil di TV9. “Kalau boleh, Dia tidak mahu berbicara terlalu mendalam mengenai kisah peribadi. Apa yang boleh dikatakan kehidupan cinta Dia sangat membahagiakan. “Si dia pun berusia 29 tahun dan hubungan kami terjalin sejak setahun yang lalu. Kami masih dalam peringkat mengenali hati budi dan belum pasti apa yang bakal terjadi di kemudian hari,” ungkap Dia yang masih merahsiakan siapa gerangan jejaka idaman hatinya. Sepintas Dia FadilaBeg: Satu kemestian buat dirinya kerana ia sekali gus menonjolkan keperibadian. Kasut: Meningkatkan keyakinan diri dan apabila menyarungkan kasut tumit tinggi, ia secara automatik membuatkan yakin kepada dirinya. Nyanyian: Darah daging dan keghairahannya. Sekalipun, tidak bergelar penyanyi, mungkin akan melakukan kerja yang berkaitan. Pensyarah: Satu tugas mulia seperti seorang guru. Ia tanggungjawab yang berat dan apabila ilmu yang ada dikongsi dengan pelajarnya, ia sangat dirahmati. Tuah: Setiap orang ada tuah masing-masing. Yang pasti, sebagai manusia biasa kita kena sentiasa berusaha dan bersabar. Info Dia FadilaMenerusi pertandingan Festival Melodi Emas Asean 2008, Dia mengungguli Juara Kategori Pop dengan membawakan lagu I’m Telling You yang pernah dipopularkan oleh Jennifer Hudson dalam filem Dream Girls. Bukan setakat itu saja, Dia turut berjaya mendapat tempat kedua menyanyikan lagu Joget Kenangan Manis dendangan asal Allahyarham Sudirman Haji Arshad bagi kategori lagu Tradisional. Dia dan kekasih hatinya berkongsi minat melalui medium yang sama iaitu muzik. Profil
Nur Nadia Fadila Abu Bakar
Usia: 24 tahun
Asal: Selangor
Kerjaya: Penyanyi dan pengacara.
Album: Dia (2004) dan Na Na Na Kataku (2007)
Pengacaraan: Bintang RTM dan Hitz 1.
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Persembahan Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Pencapaian: Artis Baru Wanita Terbaik di APM 2005.
Lagu Popular: Aku Masih Setia, Andai, Tangisan Marhaenis (duet bersama Hattan). |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 3:30 pm | |
| Lara Enggan Sahkan Dino KekasihnyaMUMBAI: Bekas Ratu Universe, Lara Dutta (gambar), terus berdiam diri mengenai hubungan sebenarnya dengan pelakon Dino Morea, sebaliknya menegaskan mereka berkongsi persahabatan menggembirakan kerana saling mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah. “Saya tahu persahabatan dengan Dino banyak mengundang spekulasi tetapi apa yang ingin saya tegaskan ialah saya seronok berkawan dengannya. Kami mengenali satu sama lain sejak saya berusia lima tahun. “Saya tidak akan mengumumkan kami sebenarnya sedang bercinta semata-mata kerana ada orang ingin melihat saya berbuat demikian,” katanya. Lara menegaskan perkahwinan tidak akan berlangsung dalam masa terdekat kerana masih belum menemui calon sesuai selain jadual ketatnya tahun ini yang menyaksikan beliau membintangi empat filem besar termasuk projek yang ditunggu-tunggu terbitan syarikat pelakon Shah Rukh Khan, Billu Barber. Menyentuh tidak banyak wajahnya ditayangkan ketika promosi filem itu walaupun memegang peranan penting, Lara berkata beliau tidak masuk campur dalam strategi pemasaran sesebuah filem. “Dalam dunia yang dikuasai lelaki, yang menyaksikan aktres cuma menambah populariti hero dalam filem, anda sepatutnya berbangga dapat menyertai produk menarik seperti Billu Bar-ber,” katanya. - Agensi Selain sibuk berlakon, Lara juga semakin menyintai bidang penulisan skrip malah sudah menyiapkan tiga skrip untuk filem dan menegaskan ia bukan “berorientasikan wanita”. “Jika saya menulis skrip berorientasikan wanita, tiada seorang pun pelakon popular dalam industri yang mahu bekerja untuk saya,” katanya. Biarpun pernah bergelar ratu cantik, pelakon itu nyata tidak berminat digelar seksi. “Selepas seketika, pasti bosan cuma sekadar menjadi objek tarikan di kalangan lelaki. Saya sukakan imej tomboy dan itu sebabnya saya suka habiskan masa dengan pasangan pelakon seperti Akshay Kumar, Salman Khan dan lain-lain. Mereka membuatkan saya melakukan banyak perkara nakal,” katanya. - Agensi |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 3:49 pm | |
| Jawablah!: Bukan Imej FiraunPAKAIAN Aiman sewaktu Anugerah Juara Lagu ke-23 lalu menjadi bualan hangat. Pakaian Aiman pada AJL ke-23 tonjol ciri maharaja berkaliberHANYA kerana sehelai baju tiba-tiba nama komposer dan penyanyi lagu nasyid, Hafiz Hamidun menjadi panas dan diperkatakan ramai. Kekecohan itu berlaku apabila pakaian yang digayakan Aiman, penyanyi yang membawakan lagunya sewaktu pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu baru-baru ini dikatakan sarat dan menyerupai Firaun. Kata-kata itu berlanjutan hingga ke laman forum sehingga ada yang mendakwa kekalahan lagu Dusta Berkalang yang bertanding atas tiket Etnik Kreatif itu disebabkan oleh pakaian itu. Kononnya, baju yang terlalu sarat itu menyebabkan si penyanyi tidak selesa lantas mengganggu persembahannya pada malam itu. Justeru, sebagai orang yang bertanggungjawab mencipta imej Aiman malam itu, Hafiz adalah orang yang paling layak untuk dipersalahkan. Disebabkan cita rasanya yang cukup tinggi itu maka sehingga kini pakaian Aiman terus dijadikan bahan jenaka. Apakah Hafiz tidak peka ataupun dia sengaja memperdajalkan penyanyinya itu demi kepuasan diri sendiri. Bertemu dengan Hafiz sewaktu majlis Untukmu Palestin anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Hip mendapatkan penjelasannya berhubung isu itu. Hip: Boleh Hafiz komen sikit fasal baju yang dipakai Aiman pada malam AJL lalu kerana ada dakwaan yang mengatakan pakaian itu tidak sesuai buat Aiman? Hafiz: Saya tahu ramai yang memperkatakan perkara itu sehingga ke hari ini. Baiklah, untuk mengelakkan kekeliruan, saya akan jelaskan segala-galanya dalam ruangan ini. Sebelum kami tampil dengan konsep pakaian sebegitu, apa yang tergambar dalam fikiran adalah saya mahukan imej Aiman malam itu seperti seorang Maharaja yang berkaliber. Selepas berbincang dengan penaja pakaian terbabit iaitu Y Productions, maka itulah yang terhasil. Itupun pada hari raptai penuh kami sudah buang separuh aksesori pakaian terbabit kerana kami sedar Aiman kelihatan tidak selesa dengan aksesori itu. Tujuan kami memakaikan Aiman dengan baju seperti itu adalah sekadar ingin memberikan impak terhadap persembahan keseluruhan dan bagi saya pakaian itu bersesuaian dengan konsep lagu berkenaan. Hip: Apakah Hafiz ada berbincang dengan Aiman mengenai konsep pakaiannya pada malam itu?Hafiz: Ya, kami ada berbincang dan dia bersetuju dengan apa yang saya sarankan. Malahan, pihak penganjur iaitu TV3 sendiri sudah menyatakan persetujuannya mengenai konsep pakaian Aiman pada malam itu selepas kami tunjukkan gambar. Tapi itulah, kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Setiap orang ada tanggapan masing-masing yang sudah tentunya memang berbeza. Hip: Tapi apakah Hafiz sedar yang pakaian Aiman itu menyerupai Firaun? Hafiz: Saya ada dengar juga apabila ada orang menyamakan pakaian Aiman malam itu seperti Firaun. Saya menafikan perkara itu kerana pakaian Aiman dan imej Firaun memang jauh berbeza. Kalau Firaun, pakaiannya ada objek ular namun tidak pada Aiman. Lagipun sebelum tampil dengan konsep persembahan seperti ini, saya dan penulis lirik Fedtri sudah mengkaji sejarah. Kami mengambil latar Palestin untuk lagu ini dan ia ada kaitannya dengan lagu Dusta Berkalang ini. Hip: Ada yang mengatakan sebab kekalahan lagu ini ialah Aiman tak selesa menyanyi gara-gara pakaian itu. Ulas sikit?Hafiz: Sebenarnya saya amat berpuas hati dengan persembahan Aiman malam itu dan saya sangkal kekalahan itu berpunca daripada pakaian. Sebagai penyanyi baru, Aiman masih banyak lagi perlu belajar di atas pentas. Penampilan di atas pentas, masih lagi kurang kemas. Dia kena mahirkan diri lagi dalam tarian. Lagipun dia bersaing dengan artis yang sudah bertahap profesional. Pun begitu, dalam tempoh tidak sampai setahun bergelar artis, malam itu Aiman sudah menunjukkan persembahan yang meyakinkan dan saya percaya perubahan positif akan berlaku tidak lama lagi. Hip: Apakah keistimewaan Aiman sehingga Hafiz sanggup mengambilnya bernaung di bawah label milik Hafiz sendiri?Hafiz: Bagi saya Aiman adalah penyanyi baru yang berbakat besar. Sewaktu saya bertemu dengannya di dalam Akademi Nasyid, saya dapat lihat karisma dalam dirinya. Berbanding dengan peserta lain yang saya lihat masing-masing mempunyai pengalaman dalam bidang ini, Aiman adalah peserta paling kosong pengalamannya. Saya melihat Aiman seperti Mawi di Akademi Fantasia suatu waktu dulu. Saya sebenarnya lebih senang membimbing mereka yang tiada pengalaman dan segar kerana ia lebih mudah dibentuk. Walaupun dia bukan juara, namun atas alasan yang disebutkan tadi maka saya tanpa ragu-ragu terus menjadikan dia artis naungan saya. Hip: Hafiz ingin bentuk Aiman jadi penyanyi yang bagaimana sebab melihat kepada konsep lagu dan imej, nampaknya agak tersasar dari konsep nasyid?Hafiz: Aiman masih lagi berkonsepkan nasyid. Cuma nasyid yang dibawakan nanti berbeza sikit. Lagu nyanyiannya ada pelbagai tema termasuk cinta. Namun cinta yang dimaksudkan adalah lebih bersifat positif. Lagipun ia bersesuaian dengan usianya yang mencecah 19 tahun. Dan inilah juga konsep yang dimahukan Aiman. Insya-Allah album Aiman akan berada di pasaran pada Mac akan datang. Harap semua peminat Aiman dapat membeli albumnya yang asli. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 3:51 pm | |
| Soseh Soseh: Memey Pendam Rahsia
DALAM sekelip mata, Memey jadi popular. Tak payah berlakon sejak kecil, nama Memey kini dah sama label pelakon terkenal lain. Bukan nak kata ada pelakon ternama tak pernah wajah mereka terpampang di muka depan akhbar, tetapi Memey ada ‘news value,’ inilah dikata hikmah di sebalik musibah.
Lagipun Memey cantik, tinggi dan tidak katik. Biarpun ramai yang mengecam dirinya berikutan isu ditangkap khalwat dengan Norman Hakim, tetapi kini ramai pula mula memandang positif pada Memey.
Sebabnya, selang dua bulan kemudian Abby Abadi, yang dilihat ‘berpatah arang’ dengan Memey tiba-tiba ‘terkantoi’ bersama pasangan bukan muhrim, pelakon baru, Zulkifli Ariffin di LCCT.
Kedua-duanya menjelaskan baru pulang dari Guangzhou, China, atas urusan bisnes.
Entahlah SS tak berani tuduh, ambil jalan tengah saja. Tetapi yang pasti insiden Abby dan Zul itu, SS perhatikan sedikit sebanyak semakin ramai masyarakat mula bersimpati pada Memey.
Sebabnya dalam usia muda 20 tahun dia sudah berhadapan ujian berat itu. Bukan SS nak kata sememangnya Memey meniti bidang lakonan dengan pelbagai ujian sejak keluar dari Felda, Kota Tinggi.
Dia dibawa dari kampung oleh ibu saudaranya, Darling Ngasri ketika belasan tahun lagi. Dulu ke hulu ke hilir, Memey ikut buntut ibu saudaranya itu. Pendek kata di mana ada Darling, di situlah ada Memey apatah lagi Memey menumpang berteduh di rumah ibu bapa Darling di Jalan Ipoh.
Tiada angin, tak ada ribut tiba-tiba Memey tinggalkan keluarga itu begitu saja. SS difahamkan Memey meninggalkan rumah itu awal pagi ketika keluarga berkenaan sedang nyenyak tidur.
Sebab musababnya siapa pun tidak tahu, kerana soalan ini bila ditanya pada Memey mengapa dia tinggalkan keluarga Darling, dia tidak mahu komen. Bagi Memey, dia mahu memendam rahsia, mengapa dia tiba-tiba mahu berdikari hidup di kota metropolitan ini, sebelum dipertemukan dengan Norman.
Apapun SS harap, Memey cekal dalam bidang lakonan. SS percaya sekalipun dia tidak ditemani ibu atau ayahnya ke hulu ke hilir di lokasi, kerana masing-masing menetap di Felda tetapi siapa tahu berkat ikhlas, tekun dan tunjuk ajar Norman, Memey boleh sukses dalam bidang diceburi.
SS dapat tahu Memey pun bercita-cita menjadi produser, siapa tahu suatu hari nanti dia boleh menjadi rakan kongsi Norman. Cuma pesan SS, jika sudah menjadi rakan kongsi kenalah jujur bersama pasangan, usah tiru tanda tangan, jika tidak bisnes dijalankan tidak mendapat berkat. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 3:54 pm | |
| Roda Impian Kembali LagiKIERAN dan Fouziah serasi. Kieran dan Fouziah Gous kendali program permainan popular di kaca TVDIPERKENALKAN dalam versi tempatan sejak lebih sedekad lalu, Roda Impian yang diadaptasi daripada program permainan popular, Wheel Of Fortune merempuh halangan masa bahkan mencipta auranya yang tersendiri menerusi dua pengacaranya, Halim Othman dan Allahyarham Hani Mohsin Hanafi. Populariti yang dicipta, terutama pengacara pertamanya, Halim Othman belum terhakis dan kerana itu kata pengacara barunya, Maskiran Jakiran atau lebih akrab disapa Kieran, peserta masih tersasul ketika memutar roda dengan menyebut: “Saya putar Halim”. Meskipun Roda Impian bukan rancangan pertama yang dikendalikannya kerana pernah muncul sebagai pengacara untuk program sukan tetapi ia tetap memberikan Kieran debaran kencang. “Saya agak takut kerana nama yang pernah membawa program ini seperti Halim dan arwah Mohsin cukup sinonim dengan Roda Impian. “Bukan perkara mudah untuk mengalihkan minda masyarakat menerima sesuatu yang baru namun saya percaya, lama kelamaan penonton akan terbiasa dan menerima cara saya ketika mengendalikan Roda Impian,” katanya. KIERAN dalam satu segmen istimewa bersama penyampai Hot FM. Ditemui pada majlis pelancaran musim terbaru Roda Impian yang akan menemui penonton TV3 mulai 16 Februari ini, Kieran berkata, dia tidak menyangka peluang seperti itu pantas mendekatinya selepas menyertai keluarga Media Prima Berhad, tiga bulan lalu. Menolak persepsi dia menyertai keluarga besar stesen gergasi itu kerana pelbagai tawaran lumayan menantinya, Kieran berkata, perkara itu tidak pernah terlintas di sudut fikirannya ketika melepaskan kerusi selesanya di Era. Seperti insan lain, Kieran ingin mempelbagaikan kebolehan namun sesekali langkah itu terhalang apabila memikirkan maklum balas orang ramai. “Industri penyiaran sedang melalui proses evolusi. Berbeza dulu apabila penyampai radio jarang mendapat peluang muncul di kaca televisyen tetapi hari ini, semuanya sudah berubah. FOUZIAH makin selesa mengendalikan skrin huruf teka kata Roda Impian. “Pendedahan yang diberikan kepada penyampai radio menerusi akhbar atau TV banyak membantu untuk memperkenalkan lagi stesen, jadi tiada salahnya saya menerima tawaran ini kerana ia juga dapat mengukuhkan lagi populariti Hot FM,’ katanya. Menyedari cabaran besar yang perlu dipikulnya, Kieran melakukan banyak persediaan dan dia bernasib baik kerana pasukan produksi memberikan rujukan sebelum dia melangkah ke set rakaman. “Saya selesa di set Roda Impian cuma agak bimbang memikirkan persepsi penonton. Apakah mereka boleh menerima saya yang berbeza daripada apa yang didengar menerusi radio? Itu yang merisaukan,” katanya. Roda Impian akan disiarkan untuk 65 episod juga menemukan penyampai radio berusia 33 tahun itu dengan pelakon jelita, Fouziah Gous. Pertama kali digandingkan, akui Kieran, pada permulaan mereka memerlukan ruang untuk mencipta keserasian. Hanya selepas beberapa episod, mereka mula memahami rentak masing-masing dan itu membantu melicinkan perjalanan rakaman. “Kami hanya bertemu ketika penggambaran episod pertama hendak dimulakan. Jadi untuk mencari keserasian memerlukan masa. Tapi kami saling membantu untuk memastikan Roda Impian kekal unggul sebagai antara program permainan popular di TV,” katanya. Cabaran berbeza buat FouziahTUGASNYA hanya berdiri di sudut pentas sebelum menyentuh skrin huruf teka kata yang diminta tepat peserta, ramai beranggapan ia kerja mudah apatah lagi untuk Fouziah yang sudah biasa bermain dengan kamera. Bagaimanapun kata Fouziah, itu semua hanya penilaian mata kasar kerana di set rakaman dia turut mempunyai cabarannya sendiri. “Saya perlu fokus dan mendengar isyarat selain berpandu kepada arahan yang diberikan Kieran kerana tidak nampak cahaya skrin yang menyala. “Ditambah dengan pakaian yang glamour, sesekali saya agak terganggu namun saya terpaksa berbuat selamba walaupun ada ketika pakaian yang diberi menyukarkan saya bergerak di set. “Pernah juga beberapa kali penggambaran terpaksa dilakukan semula kerana berbuat silap tetapi saya tidak boleh bersikap sambil lewa. “Bayangkan dalam sehari enam rakaman terpaksa disempurnakan, jika asyik berbuat silap bila semuanya akan selesai?,” katanya. Fouziah berkata, ketika menerima tawaran pada akhir tahun lalu, dia meminta pihak produksi memberikannya ruang untuk berfikir. Dia juga sempat bertanyakan Siti Shahrizah atau Eja yang pernah menggalas tanggungjawab itu dan kata Fouziah, dia menerima tawaran itu atas beberapa sebab. “Saya tidak nafikan bayaran yang diterima memang memuaskan. Semua kita bekerja untuk hidup bukan? Saya bersetuju bukan kerana mahu mencari populariti atau glamour tetapi ini adalah satu tanggungjawab. “Untuk apa saya terima jika saya tidak gembira dengan kerja yang dibuat. Saya tidak mahu paksa diri sekali pun tawaran yang diberikan lumayan. Tetapi dalam Roda Impian, saya percaya kedua-dua pihak akan mendapat faedahnya,” kata Fouziah matang. Sesuatu yang membanggakan Fouziah, sekali pun Roda Impian hanya sebuah program permainan namun ia tetap menyuntik elemen pengetahuan malah membawa budaya tempatan menerusi pakaian yang digayakannya. Info Roda Impian:KEMBALI menemui penonton di TV3 bermula 16 Februari ini, setiap Isnin hingga Rabu jam 5.30 petang. Menemukan gandingan pengacara baru, Kieran dan Fouziah Gous untuk memberi suntikan segar kepada program yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records ini. Bersiaran untuk 65 episod, rakaman Roda Impian dimulakan sejak 10 Januari lalu selama 20 hari. Setiap minggu, tema berlainan ditampilkan seperti minggu bersama selebriti, penyampai radio, personaliti TV3 , Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru dan ulang tahun ke-25 TV3. Antara artis tempatan yang menjayakan program ini ialah Lydia Ibtisam, Kartina Aziz, Shamsul Ghau Ghau, Naz, Azhar Sulaiman, Zizan Nin, Maria Tunku Sabri, Farawahida, Zed Zaidi dan Awal Ashaari. Tiga peserta yang mendapatkan jumlah wang tertinggi bersaing pada pusingan terakhir yang menawarkan hadiah bernilai hampir RM100,000 termasuk kereta Suzuki Swift Sport 1.6 Auto. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 3:57 pm | |
| ‘Biarlah Apa Orang Nak Cakap’REZA masih bertahan dalam bidang seni walaupun pernah hadapi pelbagai kontroversi. Tiada masa untuk berlakon, tetapi Reza makin serasi dengan radio EraUSIANYA bakal menginjak 31 tahun pada 25 Ogos ini dan penyampai radio ERA fm bernama Reza ini berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Mawi dan aktor Hollywood yang cukup sinonim dengan watak James Bond, Sean Connery. Kontraknya bersama Maestro sudah dua tahun tamat dan pembabitannya di radio ERA baru menjangkau tiga tahun. Tuah baginya dilamar stesen radio itu kerana dia masih terus diingati dan tidak dilupakan melalui Akademi Fantasia musim ketiga, bakatnya mula diperhatikan. Biarpun tidak berpeluang membikin album, Reza tidak melihat itu sebagai satu kekurangan kerana katanya, mungkin ada hikmah tersirat di sebalik apa yang terjadi. Kini, selain bergelar penyampai radio, Reza juga petah berbicara sebagai pengacara dan terbaru filem sulung lakonannya arahan Bade, Maut sudah menemui penggemar wayang pertengahan Januari lalu. Itu percubaan sulung Reza di layar perak. Setiap kali muncul babak membabitkan Reza, ia pasti mengundang gelak tawa penonton biarpun watak yang dibawakan bukan watak humor. “Saya suka berlakon juga dan cuma tiada masa untuk bidang itu. Kebetulan sewaktu dua tahun lalu, saya baru saja berjinak-jinak dengan stesen radio dan pengacaraan dan sebagai mencabar diri dengan mencuba sesuatu yang baru, lalu saya menerima tawaran produksi Tayangan Unggul. “Sesuatu yang saya sedar, program realiti Akademi Fantasia (AF) bukan semata-mata untuk menjadi penyanyi, ia juga mendidik dengan ilmu lakonan dan tarian dalam tempoh yang singkat. Pendek kata, dalam misi bergelar penghibur dan menguji bakat terpendam yang ada. “Ilmu yang diterapkan tenaga pengajar AF boleh dipraktikkan dalam kerjaya seni yang diceburi. Sebagai contoh, Marlia Musa mengajar cara untuk berdepan dengan orang ramai dan tahap keyakinan diri amat penting untuk itu,” katanya sewaktu menjadi hos mengacarakan pelancaran Sukaria Ceria bersama Astro Ceria di Bangsar baru-baru ini. Di radio ERA, Reza mengendalikan segmen C30 Malam Era setiap Isnin hingga Jumaat, bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam, dia tidak menidakkan semangat dan daya saing itu tetap ada dalam usaha untuk menaikkan rating stesen radio. Di sinilah pentingnya teguran dan kritikan yang akan menjadi panduan untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Hasratnya satu hari nanti mahu menjadi hos dan penyampai radio yang disegani, malah pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi dijadikan idolanya. Kepuasan tidak pernah ada di dalam kamus hidup Reza, kerana setiap hari umpama satu proses pembelajaran yang perlu diterap sebaik mungkin. “Persaingan tetap ada dan ia perlu dilihat daripada sudut positif di kalangan penyampai radio ERA yang lain. Saya harus rapat dengan semua keluarga ERA dan saya menganggap diri ini masih baru. “Aimee Natasha, penyampai radio XFresh yang dulunya bertugas di ERA pernah menegur kembali kesilapan saya apabila melakukan kembali perkara yang pernah saya nasihatnya sebelum ini. Saya juga manusia biasa, yang ada kala alpa dan sentiasa menerima teguran dengan hati terbuka. “Kalau boleh saya ingin menjadi seperti Aznil Nawawi dan bukan bermaksud meniru dia bulat-bulat. Saya kagum dengan kejayaan yang dikecapinya. Dia boleh menghibur dan diminati setiap golongan masyarakat berbilang bangsa. Saya selalu menyerap apa saja benda dan amalan yang dilakukannya untuk terus mengekalkan hayat di dalam industri. Dia tidak pernah lokek ilmu dan dia juga antara rujukan saya sebelum melakukan sesuatu. Contohnya jika saya menjadi pengacara persembahan makan malam, apa perlu saya lakukan dan dia sudi memberi pandangan,” katanya. Apabila menjadi figura umum, maka setiap tingkah laku sentiasa diperhatikan. Ada juga cakap-cakap belakang yang mengandaikan Reza lelaki ’sesuatu’ dan gedik, namun sebagai manusia biasa, dia hanya menjadi diri sendiri, biarpun sering dicop ‘plastik’. “Biarlah apa orang nak cakap, cuma jangan sampai apa yang disebut itu menjadi doa yang akhirnya terkena batang hidung sendiri cukuplah. Saya adalah saya dan saya seboleh-bolehnya tidak suka berpura-pura dan ada kalanya perlu hipokrit namun harus bertempat. “Apa yang diperkatakan akan saya ambil kisah terutamanya yang membabitkan diri sendiri dan kerja. Ada yang boleh diambil buat pedoman dan kalau tidak sesuai, abaikan sajalah jawabnya. Rezeki tuhan yang beri dan insya-Allah ada di mana-mana,” katanya yang berkawan baik dengan Zainal Alam Kadir dan Nana. Info Reza
-Nama penuh Syaiful Reza Mohamed dan anak kelahiran Sibu, Sarawak.
-Mengacarakan Kelab Pop di Astro Ria
-Pernah mengacarakan program berbentuk kuiz, Durian Runtuh di stesen yang sama.
-Membintangi klip video Mila yang berjudul Gila.
-Pernah panas seketika apabila gambar Reza yang berpakaian menyerupai wanita atau disebut sebagai draq queen tersebar di alam maya dan diperkata.
-Gara-gara kelancangan mulutnya, dua bintang AF6, Lufya dan Stanly pernah dikatakan tersinggung.
-Lima tahun mencari pengalaman menyanyi di kelab hiburan. Dari New World Hotel Kuala Lumpur, saya merantau ke Pulau Pinang, Johor Bahru, Port Dickson dan Labuan, Sabah untuk mengasah bakat.
-Memegang watak Azam di dalam filem Maut. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 3:59 pm | |
| Jualan Kek LarisEJA (kiri) mengajak orang ramai membeli kek untuk disumbangkan kepada Tabung NSTP Untuk Gaza. Ramai pengunjung datang membeli sambil mendermaKESUDIAN beberapa hotel terkemuka di Kuala Lumpur menyumbangkan kek untuk dijual pada karnival amal ABPBH Untuk Gaza yang berlangsung di Buzz-R, Tingkat 3, Amcorp Mall, di Petaling Jaya, Sabtu lalu berbaloi apabila semuanya habis dijual dalam waktu singkat dan berjaya mengumpul RM4,519. Walaupun harga kek yang dijual agak mahal, iaitu RM10 bagi sepotong, pengunjung tetap bermurah hati membeli dengan niat untuk menderma bagi membantu rakyat Palestin, lebih-lebih lagi apabila dimaklumkan semua kutipan akan disalurkan terus ke Tabung Untuk Gaza NSTP. Antara hotel yang menyumbang kek bagi acara berkenaan ialah Hotel Istana, Hotel Renaissance, Hotel Berjaya Times Square, Hotel Palace of Golden Horses, Hotel Nikko, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, Hotel Grand Millennium dan Prince Hotel and Residences. Paling awal tiba ialah Hotel Istana yang diwakili Pengarah Komunikasi Pemasarannya, Hasma Ahmad dengan menyumbangkan 10 kek iaitu kek coklat, kek pisang, kek lobak, kek kurma dan keju mandarin diikuti Hotel Renaissance yang menyumbangkan enam kek coklat. Hotel Berjaya Times Square, Hotel Grand Millennium, Prince Hotel and Residences dan Hotel Nikko menyumbangkan kek coklat, manakala Hotel Palace of Golden Horses dengan kek lobak yang dihias menarik. Sebagai kelainan, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur yang diwakili Pengarah Operasinya, Peter Padman dan Pengurus Komunikasi Pemasaran, Tengku Hana Fira Tengku Muzani dan menyumbangkan 500 kek cawan yang comel dan paling menarik semuanya laris dijual dalam masa sejam. Malah, Hasmah; Pengurus Perhubungan Awam Hotel Renaissance Kuala Lumpur, Nor Aizan Hamid; Pegawai perhubungan Awam Hotel Palace of Golden Horses, Lydia Mohd Noor bersama Chef Ezal dan wakil Hotel Berjaya Times Square, Chef Khairil Azar Badur, Chef Nordin Abdullah dan Eksekutif Perhubungan Awamnya, Julian Arthur turut membantu penganjur yang tidak menang tangan menjual kek. Bagi memeriahkan acara itu, beberapa selebriti tampil membantu menjual jkek, malah mewajibkan peminat yang hendak bergambar dengan mereka untuk membeli sekurang-kurangnya sepotong kek. Sebaik melihat kelibat selebriti pertama yang hadir memeriahkan acara jualan kek, Fauziah Ghouse dan Eja, pengunjung datang menyerbu bagi merakamkan gambar bersama artis kesayangan mereka. Kedatangan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza yang sudi membantu menjual kek menyebabkan suasana kelam kabut apabila peminatnya berpusu-pusu hendak merakam gambarnya sehingga hampir menyebabkan meja kek ditolak. Malah, orang ramai sanggup mengeluarkan duit membeli kek coklat sumbangan Hotel Prince yang dipotong sendiri Siti menyebabkan tidak sampai 10 minit kek berkenaan habis dijual. Personaliti TV3, Azizah Ariffin, Maria Tunku Sabri, Ally Iskandar dan turut menggamatkan suasana dengan menarik orang ramai untuk membeli kek sambil menderma. Turut hadir membantu menjual kek ialah perunding acara, Bill Bora yang banyak membantu acara berkenaan selain selebriti seperti Ainul Aishah, Farawahida, Iqram Dinzly, Diana Danielle, Wan Sharmila, Liyana Jasmay, Intan Ladyana, Kamal Adli, Fizo Omar dan Zizan Nin. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 4:01 pm | |
| Lagu Lama Dalam Album BaruBIARPUN pernah menyuarakan perasaan kecewa terhadap album kedua, Na Na Na Kataku yang dihasilkan dua tahun lalu gagal di pasaran, ia tidak sesekali mematahkan semangat Nur Nadia Fadila Abu Bakar atau Dia Fadila. Bahkan, dia reda menerima. Disebabkan itu, gadis manis kelahiran Selangor ini tetap meneruskan hasratnya tampil dengan album baru yang masih diterbitkan syarikat rakaman pilihan, Warner Music. Malah, album kompilasi Terbaik Dariku itu akan dipasarkan Januari ini. Dia Fadila berkata, walaupun album Na Na Na Kataku gagal di pasaran kerana kekurangan promosi daripada Warner Music dulu, namun dia sedar ketika itu syarikat rakaman terbabit menghadapi masalah pengurusan. Ramai kakitangan berhenti kerja. “Jadi, apabila tenaga kerja tidak mencukupi bagaimana hendak buat promosi? Justeru, itulah yang berlaku pada album saya. Tetapi, sekarang situasi sudah berubah apabila urusan promosi dibuat bertambah baik. Sehubungan itu, saya kembali yakin. “Malah, atas kepercayaan dan jodoh yang kekal bersama Warner Music, saya harap album baru ini akan berjaya. Ia memuatkan lapan lagu lama yang diambil daripada album pertama dan kedua. Tidak ketinggalan, disertakan juga dua lagu baru,” katanya. Berusia 24 tahun, menurut Dia albumnya itu kalau hendak dikatakan kompilasi, tidak juga. Katanya, inisiatif memuatkan lagu lama diambil kerana sedar masih ramai peminat tidak mengetahuinya. Justeru, ia perlu diketengah semula. “Tujuan saya, tidak mahu karya yang bagus berkubur begitu saja tanpa mendapat penilaian pendengar. Oleh itu, apa salahnya ia dirakam semula untuk dikongsi bersama. Lagipun, sayang sangat jika dibiarkan dan itu yang saya tidak mahu berlaku. “Selain itu, saya turut mengambil pendekatan menghasilkan video klip. Bagi saya, sekurang-kurangnya pendengar boleh melihat gambaran lagu itu menerusi klip videonya. Saya percaya, ini akan lebih membuatkan pendengar tertarik dan ingin tahu. “Setakat ini pun, lagu Satu Ruang yang menjadi lagu tema filem Selamat Pagi Cinta sudah diputarkan stesen radio. Begitu juga dengan satu lagi lagu baru saya, Jat Da Da. Melihatkan pada penerimaan itu, saya anggap ia satu ‘bonus’ pada karier,” katanya. Turut bergelar pensyarah di Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), anak sulung daripada dua beradik ini berkata dia juga memberi fokus pada muat turun nada dering. Akuinya, sekarang pendengar memang lebih menjurus ke arah itu. “Saya tahu ada yang berpendapat muat turun nada dering ini memusnahkan industri. Namun, kalau dilihat betul-betul, zaman sudah berubah. Pengaruh teknologi dan komputer lebih besar kerana ia banyak memudahkan dan jimat masa. “Malah, saya dapati muat turun nada dering ini juga membantu pada pendapatan artis terutama ketika pasaran album yang lembap ketika ini. Jadi, dengan sambutan baik diberi menunjukkan artis juga akan mendapat royalti daripadanya. “Contoh yang paling jelas, lihat saja pada lagu Hanya Kau Yang Mampu nyanyian Aizat (AF5) yang jualan muat turun nada deringnya mencecah ratusan ribu. Bahkan, menerusi jumlah itu sudah memberi jawapan pada tumpuan sebenar pendengar sekarang,” katanya. Ditanya pula mengenai dirinya yang senang ditemani ibu bapa di mana berada, Dia berkata semestinya dia berasa lebih selamat seandainya sentiasa ada di sisi keluarga. Malah, diri pun terhindar gosip liar. Katanya bukan gosip tidak bagus buat artis tetapi biarlah berpada. Dalam soal ini, paling penting maruah diri serta keluarga terjaga. Takkan hendak lihat saja orang mengatakan benda buruk yang tidak pernah dibuat. Oleh itu, lebih baik bersama keluarga. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 4:03 pm | |
| Terima Kasih Semua!GELAGAT Chef Wan ketika menjual masakannya. Karnival amal yang julung kali diadakan sempena ABPBH2008 Untuk Gaza mendapat sambutan di luar dugaan daripada artis dan selebriti serta orang ramai. Kerjasama daripada seluruh artis yang terbabit dalam karnival amal ini sangat dihargai oleh penganjur dan peminat TERIMA kasih semua! Hanya ucapan ini saja yang mampu dilafazkan kepada hampir 100 selebriti dan kira-kira 10 ribu pengunjung yang sanggup meredah kesesakan jalan raya serta mengharungi hujan lebat semata-mata untuk memeriahkan acara karnival amal, ABPBH2008 Untuk Gaza yang berlangsung di Buzz-R, Tingkat 3, Amcorp Mall, Sabtu lalu. Tanpa sokongan mereka, pasti acara amal ini tidak semeriah begini. Dan yang lebih menggembirakan apabila hasil kutipan jualan dan lelongan yang bakal disalurkan ke Tabung NSTP Untuk Gaza berjaya mencecah sebanyak kira-kira RM64,000 - satu angka yang cukup membanggakan buat semua pihak yang selama ini bertungkus lumus menjayakan acara. Biarpun sebelum ini dicanangkan acara hanya akan bermula pada jam 10 pagi namun sejak jam 8 pagi kelihatan peminat sudah mula membanjiri pintu masuk ruang karnival amal ini. Malahan ada juga yang mula mencuri tinjau persiapan yang dilakukan selebriti yang terbabit dengan harapan barangan yang diimpikan akan berada dalam genggaman. Antara selebriti paling awal datang untuk membuat persiapan, menyusun atur barangan adalah superstar Anita Sarawak serta tukang masak selebriti, Chef Wan. Sebaik saja Anita atau lebih akrab di sapa Kak Nita menggantung helaian busananya yang cukup glamor itu, sekelip mata gerai milik si penyanyi lagu Seksis ini terus dikerumuni pengunjung yang tidak ketinggalan untuk memiliki koleksi peribadi penyanyi terbabit. Paling melucukan apabila bukan pengunjung yang beriya-iya mendapatkan koleksi penyanyi berkenaan, bahkan petugas karnival juga kelihatan tidak sabar-sabar untuk melaram dengan busana milik Anita yang memang glamor dan vogue itu. AZIZAH Ariffin, Maria dan Ally turut menyerikan karnival. Bukan hanya pakaian yang mereka jual menarik perhatian ramai tetapi penampilan si empunya gerai iaitu Kak Nita dan suaminya abang Mahathir yang cukup mesra melayan pengunjung membuatkan banyak barangannya berjaya berpindah tangan. Lain pula halnya dengan tukang masak bermulut petah, Chef Wan, yang menggamatkan keadaan dengan membunyikan loceng ketika menjual barangan berupa buku masakan kek, mi segera Cintan serta makanan dalam tin jenama Ayamas. Pendek kata, macam-macam cara digunakan ‘peniaga sementara’ ini dalam usaha untuk melariskan barangan jualan mereka. Bazar glamor yang julung-julung kali diadakan ini bukan saja mengetengahkan golongan selebriti sebagai peniaga tetapi juga membabitkan mereka dari bidang lain seperti pereka fesyen. Menjadi satu-satunya pereka fesyen yang sanggup turun padang serta merangkap perunding gaya kepada pelanggan yang ingin membeli koleksi peribadinya, nyata usaha Amir Luqman itu tidak sia-sia apabila kebanyakan barangannya itu habis dibeli pengunjung. Bukan saja cantik tetapi harga yang sangat murah membuatkan hampir semua koleksi milik pereka terkenal ini laku dalam sekelip mata. Selebriti lain yang menyaksikan barangan jualannya juga macam goreng pisang panas ialah Misha Omar yang menjual bingkai gambar, Liyana Jasmay dengan lencana anti peperangan, barisan penyampai radio Hot Fm yang menjual barangan eksklusif mereka serta pelakon Rosyam Noor yang menjual novel. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 4:04 pm | |
| Dimensi Baru JazzSYAFINAZ mempersembahkan dua ciptaan Jimmy Boyle iaitu Gema Rembulan dan Jauh-Jauh. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 4:07 pm | |
| Tak Mudah Jadi PelawakZIZAN (kiri) dan Johan dengan gaya tersendiri. Zizan dan Johan pertingkat pengetahuan elak dilabel merapu SESEKALI nada tawa melatari perbualan serius antara mereka menangkis persepsi dua nama yang mencipta langkah selepas menyertai Raja Lawak Astro musim kedua ini, kurang matang dan terbawa-bawa sikap keanak-anakan setiap kali dipertontonkan kepada khalayak di pentas mahu pun di layar kaca. Antara Zizan dan Johan, kedua-duanya melengkapi serta bersama memainkan peranan supaya jenaka yang dipersembahkan tidak tersasar lalu membangkitkan rasa kurang selesa di kalangan penonton. Umpama yin dan yang, mereka mencipta keserasian malah saling mengawasi antara satu sama lain untuk berjalan seiring tanpa perlu menyimpan perasaan ingin mengatasi apabila berada di pentas. Akur banyak mata yang memerhati, bahkan sentiasa menilai segala gerak geri serta tingkah laku mereka, Zizan dan Johan sentiasa memperkemaskan pengetahuan kerana tidak mahu dikritik berlawak kosong. Banyak kritikan dilemparkan, tidak kurang ada beranggapan lawak mereka berdua kurang matang dan merapu namun baik Zizan mahu pun Johan mempunyai perisai untuk menepis segala pandangan itu. “Apa yang ada dalam diri kami tidak mungkin dapat ditukar sekelip mata. Justeru, kami sentiasa memperkemaskan diri dengan memperbanyakkan bahan bacaan selain menonton bagaimana pengacara sama ada di dalam atau luar negara kendalikan sesuatu program. “Filem juga menjadi sumber rujukan, selain perkembangan terkini serta apa yang berlaku di sekeliling supaya lawak yang dipersembahkan tidak kosong tanpa pengisian,” kata Zizan. Akur bakat yang dimiliki adalah satu anugerah, pemuda kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu yang memiliki nama penuh Mohd Razizan Abdul Razak berkata, lawak bukan sesuatu yang boleh dirancang. “Ia bergantung kepada situasi dan kita harus berada dalam dunia itu. Pelawak yang baik perlu pantas membaca suasana dan pengisian jenaka bergantung kepada mood serta situasi untuk membolehkan kita bertindak balas. “Kelebihan memahami naluri manusia harus dimanfaatkan, jika tidak akan memberi masalah ketika membuat persembahan. “Saya sentiasa memegang pesanan Aznil Nawawi yang memberitahu, untuk menjadi pengacara yang baik jangan gunakan skrip dan semua itu memerlukan latihan dan pengalaman. “Malah dengan pengalaman juga akan membantu untuk mengawal diri apabila di pentas,” kata Zizan, mengakui dia agak tegas berbanding Johan untuk mencipta keseimbangan ketika persembahan. Melihat telatahnya di pentas, khalayak pasti beranggapan dia seorang yang ‘lupa diri’ namun itulah karektor Johan yang membezakannya sebagai seorang personaliti dan dirinya sebenar yang memiliki nama penuh, Mohd Yazid Lim Mohammad Aziz. “Di pentas saya ialah Johan tetapi di rumah saya ialah Yazid yang pendiam, cintakan kedamaian dan gemar mengembara. Johan ialah nama serta karektor yang saya cipta ketika di pentas,” kata Johan, menjelaskan siapa dirinya yang sebenar. Berlawak kata Johan, adalah satu permainan untuk membuat mereka yang menonton percaya dan itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Di luar lingkaran karier, pemuda kelahiran Ampang, Selangor ini akur akan kesukaran untuk membawa watak Johan keluar daripada dirinya kerana itu yang dituntut peminat. Situasi itu katanya, ada kala mengheretnya dalam kekalutan selain menuntut kekuatan luar biasa daripadanya. “Peminat hanya mahu melihat kita bergelak ketawa dan bergurau senda, hakikatnya kami juga berdepan masalah sama seperti orang lain. “Menjadi personaliti bermakna saya harus berani untuk berpura-pura. Ada kalanya kita letih, mengantuk namun semua itu terpaksa saya sembunyikan apabila berdepan dengan peminat untuk tidak mengecewakan mereka,” kata Johan. Satu kata Johan, dia suka melakukan sesuatu mengikut kata hati seterusnya melihat bagaimana reaksi peminat di luar. Andai ada yang beranggapan lawaknya merapu, Johan akan terus melakukannya semata-mata untuk menguji sejauh mana dia mampu berbuat demikian. “Daripada merapu itulah biasanya akan lahir satu cerita. Dari dulu kita disuapkan dengan elemen seperti ini menerusi majalah komedi dan satira namun tiada siapa yang mempertikai. Kita masih menerimanya malah membaca sebagai satu bahan hiburan. “Kenapa apabila saya lakukan perkara yang sama, saya dihentam? Daripada itu saya belajar sesuatu, pelawak seperti kami memang susah menerima pujian,” katanya. Pelawak juga perlu berpengetahuan:PELAWAK yang baik perlu ada pengetahuan dan hal itu diakui dua pelawak generasi muda yang turut berpengalaman mengendalikan program, Jozan dan Raja Lawak Astro musim kedua dan ketiga. Bagi Johan, elemen merapu tidak akan dapat dipadamkan daripada pelawak namun ia harus dialas dengan idea bijak supaya tidak memperbodohkan penonton. “Saya tertarik dengan cara Afdlin Shauki mempersembahkan lawaknya. Dalam lawak perlu ada unsur nasihat dan elemen lain yang membuatkan orang berfikir namun disampaikan dalam bentuk jenaka. “Saya sendiri masih dalam proses belajar dan sedang memahami apa yang sedang dilalui. Semua itu ilmu dan kami sentiasa membawa sikap untuk mendidik khalayak kerana tidak mahu dilihat sebagai pelawak ‘bodoh’,” katanya. Apa yang penting akui Johan dan Zizan, dalam berlawak mereka perlu peka dan tidak boleh terlampau jauh menyentuh hati orang kerana ia akan membuatkan khalayak kurang selesa. “Pelawak perlu petah, pantas mengubah situasi dan spontan. Idea melawak juga perlu sentiasa digali dan diamalkan. Kami tidak akan mengalah kerana apa yang dilalui ini dibuat atas dasar keikhlasan,” katanya. INFO: Zizan
Nama: Mohd Razizan Abdul Razak
Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
Tarikh Lahir: 15 April 1984
Pengalaman mengacara: AC Di Sini, Raja Lawak Musim Kedua/Ketiga, Jozan dan Gempak Selebriti
Penampilan: LawaKing, Pasrah dan GaiaPencapaian: Tempat kedua Raja Lawak Astro musim pertama, mewakili Selangor dalam Pertandingan Drama (Pelakon Terbaik) dan Juara Karaoke 1994 & 1996.
INFO: Johan
Nama: Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz
Asal: Ampang, Selangor
Tarikh Lahir: 13 Jun 1984
Pengalaman mengacara: Raja Lawak Musim Kedua/Ketiga, Jozan dan Gempak Selebriti
Penampilan TV: LawaKing, Pasrah, Papaku Rock dan Rabunnya CintaPencapaian: Tempat ketiga Raja Lawak Astro musim pertama. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 4:13 pm | |
| PROFILNAMA PENUH: Penelope Cruz Sanchez PANGGILAN: Penelope TARIKH LAHIR: 28 April 1974 UMUR: 35 tahun ASAL: Alcobendes, Madrid, Sepanyol ADIK-BERADIK: Anak sulung dari tiga beradik iaitu adik lelakinya seorang penyanyi popular Sepanyol, Eduardo dan adik perempuannya Monica kini turut bergelar pelakon. FILEM: Jamon, For Love, Only for Love Mary, The Greek Labyrinth, El Laberinto, The Rebel, Enza La Ribelle, Alegre Ma Non Troppo, Todo es Mentira, Entre Rojas Lucia, El Efecto, La Celestina, Brujas, Mas que Amor, Love Can Seriously Damage Your Health Younger Diana, El Amor Perjudica, Seriamente la Salud, Open Your Eyes, Live Flesh, Plaza Caballero Carne, The Girl of Your Dreams, All About My Mother, All the Pretty Horses, Woman on Top, Blow, Don’t Tempt Me Carmen Ramos, Vanilla Sky, Waking Up, Fanfan la tulipe Adeline La Franchise, Gothika, Head in the Clouds, Don’t Move Italia, Sahara, Bandidas, Volver, The Good Night Anna, Elegy Consuela Castillo, Vicky Cristina Barcelona PENCAPAIAN: Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Goya menerusi filem La Nina De Tus Ojos (1998) dan Volver (2006), Pelakon Wanita Terbaik Cannes Film Festival menerusi filem Volver
Last edited by sally_eiyna on Thu 05 Feb 2009, 4:22 pm; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 4:16 pm | |
| Kata XX: Pesona Pak LawakDiana Danielle Lima jejaka kaya sense of humour pilihan pelakon, Diana Danielle 1. Johnny Depp.Watak Captain Jack Sparrow yang dilakonkannya dalam filem Pirates of The Carribean paling berkesan. Depp tidak perlu bercakap banyak, bahasa badannya saja membuatkan kita ketawa. Sifat kelakar pelakon kacak ini memang unik! 2. Nabil Raja Lawak.Sebelum berlakon bersama Nabil, saya memang penonton setia program Lu Pikirlah Sendiri. Jenaka spontan Nabil menggelikan hati sesiapa saja. Bagi saya, lawak Nabil boleh dikatakan bijak. Ketika menjalani sesi penggambaran filem komedi Kecoh Betul bersama Nabil, saya tak kering gusi melayan lawaknya sepanjang hari! 3. Saiful Apek. Tengok muka saja boleh membuatkan kita tergelak! Apek sering menampilkan jenaka spontan dan berbeza. Tidak hairanlah jika beliau digelar pelawak nombor 1! 4. Vince Vaughn.Vaughn tidak kacak tapi karakter lucunya mudah membuatkan orang tertarik. Saya suka lakonannya dalam filem Wedding Crasher dan The Breakup. Lawak Vaughn nampak macho! 5. Jackie Chan. Aksi kung fu Chan boleh jadi kelakar apatah lagi jika beliau bertutur dalam bahasa Inggeris. Chan sering menampakkan dirinya seolah-olah bodoh tapi sebenarnya pandai. Gaya lakonan komedi Chan memberi warna dalam industri perfileman antarabangsa. |
| | | ladyzone Regular Customer
Number of posts : 266 Age : 61 Location : johor bahru Registration date : 12/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 05 Feb 2009, 11:02 pm | |
| - sally_eiyna wrote:
- Maya Karin : Artis biasa biasa yang overrated!!
Maya Karin never impressed me in her acting.....bagi aku dia bukan "pelakon" ssb dia terlalu sedikit berlakon....
Dia tak penah muncul berlakon di kaca TV....cuma di filem shj, tu pun setahun ada la satu dua je filem dia...
pelakon2 lain lebih bagus dari dia, pelakon2 lain ramai yg beri lakonan yg berkesan di kaca TV mahupun di layar perak...
Contoh : Umie Aida dan Fasha Sandha,...tgk saje lakonan Fasha Sandha dlm Drama Sanggar Saadah, Kehangatan Lantana, dan lain lain, itu sudahcukup membuktikan bakat besar....begitu juga Umie Aida......Maya Karin boleh ke berlakon watak2 macam tu?? I doubt it....maya karin, she cant even act in Drama... berlakon Filem pun filem2 konsep binatang jadi-jadian...jadi Rimau, jadi Pontianak, jadi ikan Duyong....
Cuma bebabru nih je berlakon drama jadi manusia dlm anak halal...tu pun lakonan overacting, tak konsisten, tenggelam timbul, control ayu, watak tomboi tak menjadi langsung, ckp pekat loghat indon....
Maya Karin cant even sing well...she cant sing....but she wanna be a singer though
CONCLUSION : Maya Karin is SOOO OVERRATED
Tolong la berlaku adil i sokong 100% !!!!!!! |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Fri 06 Feb 2009, 9:39 am | |
| salam.
weei sally napa hang senyap ja ni, aku indu la kat hang da lama tak sembang2.heheh |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sat 07 Feb 2009, 9:00 am | |
| Mas AF2 Sakit JiwaPETALING JAYA: Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2 (AF2), Asma Ghani atau dikenali sebagai Mas, 28, kini ditahan di Wad Neurologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami tekanan jiwa. Ketua Pegawai Operasi Maestro Freddie Fernandez memaklumkan, Mas ditahan di hospital tersebut selepas mengamuk dan ditangkap di sebuah balai polis semalam. "Saya tak pasti sangat tentang sebab dia mengamuk di balai polis itu," kata Freddie ketika dihubungi petang tadi. Jelasnya lagi, "Saya akan cuba membantu Mas untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya. "Saya harap semuanya akan berakhri dengan baik," kata Freddie yang prihatin dengan nasib yang diterima anak buahnya itu |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sat 07 Feb 2009, 9:25 am | |
| Tini Hot fm & Sol Akan Kahwin 22 Feb 09Sol Tini 2009 akan dihiasi dengan perkahwinan artis tempatan kita.Tini,30 akan berkahwin dengan sol atau nama sebenarnya Nur Sulhi Jasmin,28 akan berkahwin pada 22 Februari ini.Walaupun Tini berusia lebih 2 tahun daripada bakal suaminya,tetapi ini tidak menghalang hubungan mereka.Beliau mengimpikan sebuah majlis perkahwinan ringkas namun praktikal serta memberi keselesaan kepada semua tetamu.WTahniah diucapkan kepada mereka. |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sat 07 Feb 2009, 9:31 am | |
| Luahan AC Mizal Tentang Kes NafkahSumber ini aku petik dari laman facebook AC Mizal.Ini luahan beliau tentang kes nafkah.Pada pendapat aku kemungkinan besar AC Mizal ini betul,tetapi siapa tahu kan?Kita orang luar,jangan tuduh sana sini,biar mahkamah tentukan.Betul bukan? Saat bahagia "ok sekarang i nak share dengan u all pasal kes yg dah bertahun menghantui i.KES NAFKAH ANAK.kat sini i nak share yg i ada bukti bank slip n buku bank anak i dulu yg emylia masukkan duit every month.Tu sebabnya baru-baru ni my EX WIFE GAGAL MEMENJARAKAN I DI MAHKAMAH!The reason i senyap bcoz tak nak mengaibkan sesiapa n tak anak jadi mangsa.And at the moment i tengah fight utk dapatkan dua dua anak i yg dulu...so kepada ada yg mengata i ttg kes TAK BAGI NAFKAH NI...alhamdullilah i ucapkan sebab bagi pahala u all kat i...yg understand the situation tq for the support.Ibukan tak nak atau lupa dgn anak dulu TETAPT DI HALANG BERJUMPA DENGAN MEREKA!HP yg i beli pun tak berjawab.And ramai tak tahu yg my EX WIFE dah kahwin lain selepas bercerai dgn i dan bercerai lagi...ok u all fikir sendiri siapa betul n siapa salah!Hanya pesan i TUHAN TAHU SIAPA BETUL,SIAPA SALAH....ALHAMDULLILAH!" "tak de lah i kesian my wife emylia,tak pasal pasal dia kena tempias,every month dia yg masukkan duit nafkah but the other party cakap tak ada,even on hari raya emy masukkan 1000k,but the next week ,keluar article my ex wife ckp tak bagi..tapi kita tetap sabar .Tuhan akan tunjukkan nanti siapa betul siapa salah...hanya mcm i ckp i tak nak mengaibkan walaupun sebenarnya i blh saman malu,sebab kenyataan tak benar.Tq for ur support guys,it was a long 8 years,jaga mahkamah pun dah kenal i....ada parking spot lagi...punyalah lama!" "Doakan utk i...sebab tengah fight utk dapatkan anak....sebenarnya i tak dapat jumpa anak i dah 2 tahun....!I hope u all will understand kenapa i luahkan perasaan ni sebab reporter tak minat nak tulis pasal i,they r more interested in condeming me..tapi tak pe i tawakal je!tq again guys!" |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 08 Feb 2009, 7:54 am | |
| (Panas) Nor Aliah Lee & Tengku Y Akan Berkahwin Hujung TahunMemang sah Nor Aliah Lee atau lebih dikenali sebagai Vee merupakan teman wanita kepada duda anak dua ini, Tengku Y. Walaupun mempunyai anak yang ramai, Vee di’lengkapi rupa paras yang anggun berjaya membuatkan hati Tengku Y jatuh cinta padanya. Mungkin inilah yang di’sebutkan sebagai aura janda berhias (Ingat Mawi sahaja ada aura?) Ada sumber terdekat mengatakan mereka berdua bakal melangsungkan perkahwinan akhir tahun ini. Hubungan cinta mereka telah berputik sejak tahun lepas, dan OHBULAN! mendoakan agar Nor Aliah Lee sentiasa berbahagia bersama yang tersayang. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 08 Feb 2009, 7:56 am | |
| “Saya Bukan Gila, Saya Hanya Mahu Hak Saya” - MAS AF2Demikianlah jeritan Mas AF2 ketika dia di’tempatkan dalam wad psikiatri atas sebab membuat kacau di Balai Polis Pandan Indah, Ampang. Tekanan perasaan yang di’alaminya kerana tidak berjaya menyerlah dalam industri hiburan mendorong beliau untuk bertindak agresif. Perkara ini di’sokong oleh kenyataan teman lelakinya, Rock mengatakan teman wanitanya itu mungkin jadi begitu kerana harapan terlalu tinggi ketika datang ke Kuala Lumpur, di’tambah keinginan mahu mengubah kehidupan keluarganya. Dalam satu akhbar dahulu, dia pernah berkata untuk mengumpul harta di’ KL. Malangnya, harapan tinggal harapan. Memang nyata pihak Maestro jarang menonjolkan Mas AF2, malah publisiti juga tidak menyebelahi dirinya. Kita doakan yang terbaik buat diri Mas AF2, kuatkan semangat ya! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 08 Feb 2009, 7:57 am | |
| Amelina Muncul Setelah Kematian BapaSelepas lebih 8 tahun menghilangkan diri, bekas ratu dangdut, Amelina, akhirnya muncul pada upacara pengebumian bapanya di Kampung Lambar, Labu di’sini semalam. Amelina yang hadir seperti pemakaian gambar di’sebelah kelihatan sebak dan menangis ketika menatap jenazah bapanya di rumah mereka. Bapanya meninggal jam 6.10 pagi akibat sakit jantung di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban (HTJS) di’sini. Dia bagaimanapun enggan ditemuramah media dan beberapa kali cuba mengelak gambarnya dirakam jurugambar sepanjang pengebumian itu berlangsung. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 08 Feb 2009, 8:02 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 08 Feb 2009, 8:45 am | |
| PERMOHONAN BUBAR NIKAH ANAK DITOLAK
HULU KLANG: Mahkamah Rendah Syariah di sini kelmarin menolak permohonan seorang peniaga memfarakhkan (membubarkan) pernikahan anaknya, Cik Siti Fatimah Suberi, 22 tahun, dgn penyanyi dan pelakon Raisuddin Hamzah, 53 tahun. Namun, pada masa yg sama, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad turut menolak permohonan Raisuddin dan Cik Siti Fatimah bagi mengesahkan pernikahan mereka yg berlangsung pada 2 Januari 2007 atas alasan mahkamah tidak ada bidang kuasa kerana ia berlaku di Thailand.
Beliau turut mengarahkan pasangan itu memfailkan permohonan pengesahan nikah mereka di Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia membabitkan isu poligami memandangkan Raisuddin, yg juga bapa penyanyi Siti Sarah, 24 tahun, masih beristeri. Ayah Cik Siti Fatimah, Encik Suberi Abdullah, 48 tahun, telah memfailkan permohonan farakh itu pada 26 Oktober 2007.
Beliau membuat permohonan itu atas alasan Cik Siti Fatimah bermastautin di Selangor dan beliau sebagai wali mujbir tidak dimaklumkan tentang perkahwinan itu. Dalam penghakimannya, Hakim Wan Mahyuddin menjelaskan bahawa Mahkamah Rendah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa utk memutuskan kedua2 kes itu.
Beliau berkata, proses farakh hanya boleh bermula selepas pasangan itu didakwa kerana berkahwin di luar kawasan tanpa kebenaran serta pernikahan tersebut disahkan terlebih dahulu. 'Tindakan plaintif memfailkan permohonan farakh sebelum perkahwinan pasangan ini disahkan adalah menyalahi proses mahkamah. Bagaimanapun, mahkamah tidak menafikan hak plaintif sebagai bapa dan wali mujbir yg mana beliau boleh mengemukakan isu farakh semasa bicara pengesahan nikah kerana ada peruntukan menghendaki wali hadir,' katanya.
Raisuddin hadir bersama Cik Siti Fatimah, manakala Encik Suberi p**a ditemani beberapa orang saudara mara. Selepas prosiding berakhir, Cik Siti Fatimah dilihat menghampiri Encik Suberi dan mencium tangan bapanya sebelum meninggalkan mahkamah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 08 Feb 2009, 9:44 am | |
| Cat pernah dikasari bekas kekasih? PERASAAN pelakon Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross atau Cat, 29, untuk menerima tawaran filem terbarunya semakin meluap-luap lebih-lebih lagi apabila dia tidak akan melakonkan watak stereotaip lagi. Lebih mengujakan, filem yang masih dirahsiakan tajuknya ini meletakkan Cat sebagai tunggak utama. “Watak yang saya lakonkan di dalam filem ini adalah berbeza daripada lakonan saya sebelum ini. “Saya boleh katakan yang watak tersebut bukan watak stereotaip lagi tetapi watak yang akan mencabar kredibiliti saya lebih-lebih lagi saya akan membawakan watak utama. “Saya akan lakonkan karektor yang diambil dari kisah benar yang pernah berlaku dalam hidup seseorang wanita. Catriona dan tunangnya, Shahruddin mementingkan gambar yang menarik apabila melakukan sesi fotografi. -foto ihsan Cat “Saya akui yang sedikit pengalaman di dalam cerita tersebut juga pernah dialami oleh saya iaitu dikasari oleh bekas kekasih ketika bercinta di universiti dulu,” cerita Cat mengenai filem yang bakal diumumkan di dalam pelancarannya pada 18 Februari ini. Menurut Cat, dia terkedu apabila menerima skrip daripada produser dan pengarah filem tersebut kerana karektor yang bakal dilakonnya itu lagi teruk dikasari berbanding pengalaman hidupnya dahulu. “Insya-Allah, saya akan cuba menghayati watak tersebut dengan lebih baik berdasarkan pengalaman yang pernah saya alami dulu,” kata Cat tentang filem yang bakal menjalani pengambaran mulai hujung bulan ini. Ini merupakan filem keempat Cat selepas melakonkan watak pembantu di dalam filem Mistik, Qabil Khusry Qabil Igam dan Chermin. Kata Cat, disebabkan filem ini, dia terpaksa menolak tawaran berlakon Muzikal Ibu Zain yang bakal dipentaskan pada Mac depan setelah terlebih dahulu menandatangani kontrak filem pada Disember lalu. Dilema kerana berwajah kacukan“Saya menerima tawaran berlakon filem ini kerana pengarah dan produsernya memberi 100 peratus kepercayaan kepada saya. “Selama lima tahun saya di dalam industri, buat pertama kalinya pengarah tidak stereotaip dan mengatakan mereka memilih saya sebab saya mempunyai wajah ‘Pan-Asian’. “Kalau dulu, saya selalu dilema berada dalam kalangan berwajah kacukan. Sebelum ini, ada yang cakap mereka tidak boleh mengambil saya kerana saya tidak nampak seperti orang Melayu jadi saya tidak sesuai dengan watak yang mereka ingin tawarkan. “Sedangkan di Indonesia, ramai pelakon berwajah kacukan yang mereka agung-agungkan,” luahnya. Selain filem, Cat juga aktif berlakon puluhan drama, sitkom dan telefilem antaranya Bonda, Cinta Bukan Dusta, Spanar Jaya, Kelas Malam, Sephia, Mek Salmah Dari Scotland, Kartina dan Datin Diaries. Pasangan ini bertunang pada 4 Oktober lalu. Terbaru, Cat baru selesai menjalani pengambaran telefilem Cinta Zara yang bakal disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Pilih rumah sebagai lokasi bersandingSelain itu, Cat sedang membuat persiapan perkahwinan secara sendiri dan selebihnya diserahkan kepada perunding perkahwinan, Amir Firdaus dari WSA Wedding Consultant. “Sekarang, saya sedang mencari ‘door gift’ untuk diberikan kepada tetamu nanti. Saya suka membuat dan menghias sendiri. “Kadangkala, kalau kawan-kawan saya pergi ke Indonesia atau mana-mana tempat yang menjual ‘door gift’ menarik, saya minta mereka mengambil gambar kemudian menghantarnya kepada saya,” cerita tunang kepada Shahruddin Moktaruddin, 30, ini. Selepas ditunangkan pada 4 Oktober lalu, mereka dijangka naik pelamin pada Jun depan. “Saya juga telah membuat kad jemputan yang akan diedarkan sedikit demi sedikit nanti di Kota Bharu. Kira-kira 1500 jemputan yang akan hadir di dalam majlis resepsi tersebut. Cat dan Shahruddin dijangka akan menjalani tiga majlis resepsi prkahwinan. “Saya rancang membuat majlis itu secara kecil-kecilan sahaja di rumah kami dan tetamu akan dihidangkan juadah secara bufet,” tutur Cat. Tambah Cat, dia tidak gemar memilih dewan sebagai lokasi resepsi kerana dia dan tunangnya mementingkan gambar yang menarik apabila melakukan sesi fotografi. Oleh sebab itu, dia dan Shahruddin memilih untuk mengadakan majlis resepsi di banglo milik keluarganya di Kota Bharu, Kelantan. “Kalau kita ambil gambar di dalam dewan atau hotel, gambar itu tidak ‘hidup’ kerana dipengaruhi oleh latar belakang bangunan tersebut. “Jika di rumah, saya mempunyai banyak pilihan untuk bergambar di mana saya bukan sahaja boleh menggunakan latar belakang pelamin malah kami juga boleh keluar bergambar di taman di luar rumah saya. “Selain itu, belakang rumah saya juga mempunyai pemandangan desa. “Dengan lokasi di rumah sendiri, tetamu yang datang juga tidak perlu terburu-buru untuk meninggalkan majlis kerana saya akan buka majlis itu daripada 12 tengah hari hingga ke 6 petang,” ujar Cat. Selepas majlis resepsi di Kota Bharu, Cat berkata dua majlis resepsi lagi akan diadakan di Kuala Lumpur iaitu di pihak pengantin lelaki dan majlis untuk 400 tetamu yang terdiri daripada pihak media dan rakan-rakan yang tinggal di sebelah selatan dan di ibu kota. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 08 Feb 2009, 9:50 am | |
| Nikki langkah bendul tiga kakak SETIAP pasangan yang sedang mempersiapkan diri ke alam rumah tangga pastinya mempunyai perkahwinan impian sebagaimana penyanyi Nikki, 24, yang bakal berkahwin dengan komposer terkenal Audi Mok, 38, pada 27 Jun depan. Jika ramai di kalangan artis lebih gemar memilih konsep taman, Nikki atau Nicolette Louisa Palikat sebaliknya berkata dia bercita-cita untuk membuat majlis resepsi perkahwinan di pantai. "Setakat ini, saya belum pasti bagaimana majlis resepsi saya di Sabah nanti. Tetapi, dari kecil lagi, apa yang saya impikan adalah membuat majlis tersebut di pantai kerana ia lebih santai dan romantik serta ada ombak dan angin. "Saya tak sabar untuk menjalani majlis resepsi seperti ini tetapi semua itu perlukan banyak perancangan. Jadi, semua ini saya akan fikirkan kemudian," luah Nikki yang terlebih dahulu akan menjalani majlis perkahwinan di salah sebuah gereja di Kuala Lumpur pada 27 Jun. Kemudian, Nikki dan Audi Mok akan bergerak ke Melaka untuk menjalani resepsi perkahwinan di sebelah pihak pengantin lelaki pada sebelah malamnya. Nikki dan Audi Mok ketika majlis pertunangan mereka di Sabah pada 26 Disember lalu. -foto oleh Nikki Tambah Nikki, jika boleh beliau inginkan majlis resepsinya di Sabah nanti dihadiri oleh guru-guru dan rakan-rakan taulan di Sekolah Menengah Convent Saint Francis dan Sekolah Rendah Convent Saint Francis, Kota Kinabalu. "Saya sedang cari semula nombor telefon dan alamat emel untuk menghubungi dan menjemput rakan-rakan sekolah semasa di tingkatan 5 Sains menghadiri majlis resepsi saya nanti. "Kalau boleh, saya juga mahu menjemput cikgu di sekolah menengah iaitu Cikgu Jafri yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan Cikgu Nurul yang mengajar subjek Geografi kerana saya amat menyayangi pasangan suami dan isteri ini. "Sementara di sekolah rendah, saya teringin sangat menjemput Sister Collette yang mengajar saya menyanyi dan subjek bahasa Inggeris serta menggalakkan saya menyertai koir dan tidak dilupakan Cikgu Marsiah. "Saya rasa tak sabar untuk menanti dan berjumpa dengan mereka pada hari resepsi perkahwinan itu. "Saya juga berasa teruja sebab dah lama tak jumpa dengan mereka setelah kenal dari kecil lagi. Kira macam majlis ‘reunion’ kami bersama," kata Nikki yang akan turut menjemput rakan artis seperti Amylea AF3, Siti Sarah Raisudin, Dina, Jaclyn Victor dan Saiful dari Malaysia Idol untuk menghadiri majlis resepsi itu nanti. Mula hadiri kursus kahwinBertanya tentang persiapan dan persediaan yang dilakukan, Nikki berkata dia baru sahaja selesai menghadiri sesi pertama kursus perkahwinan di gereja pada Ahad lalu. Jelas Nikki, dia perlu menghadiri tujuh sesi kursus lagi pada setiap Ahad. "Selepas menghadiri kursus kahwin ini, saya mula rasa tenang sedikit. Saya mempelajari banyak perkara ketika menyertai kursus selama dua jam itu. "Antaranya adalah persediaan menghadapi kehidupan berumahtangga. Apa yang saya pelajari iaitu janganlah kita hanya harapkan mahu romantik, berbulan madu dan berada di awang-awangan kerana banyak perkara yang perlu dipikul termasuk risiko dan dugaan selepas berkahwin nanti," cerita anak kelima daripada tujuh beradik ini. Audi Mok dan Nikki bakal dikahwinkan pada 27 Jun depan. Mengenai persiapan lain, penyanyi lagu Selamat Tinggal ini berkata dia telah berjumpa dengan pereka yang menjahit baju pengantinnya. "Saya akan memakai baju cheongsam berwarna merah untuk majlis resepsi di Melaka manakala gaun tradisional putih semasa majlis perkahwinan di gereja direka oleh Jovian Mandagie. "Baju cheongsam itu dijahit menggunakan kain yang Audi beri sebagai hantaran semasa majlis pertunangan kami pada 26 Disember lalu. "Selain kain, Audi juga memberikan kasut, payung, kek dan barang kemas yang diperbuat daripada emas untuk tiga orang kakak saya yang belum berkahwin sebagai adat melangkah bendul," beritahu gadis yang berketurunan kadazan dusun ini. Nikki menambah, dia turut memasang keinginan untuk nampak kelihatan cantik dan berseri-seri semasa majlis perkahwinan nanti. Jadi tidak hairanlah jika dia sanggup berulang-alik ke pusat gimnasium untuk menjalani ‘exercise’ bersama jurulatih peribadinya. Tidak lupa promosi HawaNikki yang kini tampil dengan album Hawa turut tidak ketinggalan untuk mempromosikan album yang mengandungi lagu hits seperti Oh’ My, Cantik dan Hawa. Single pertamanya, Selamat Tinggal telah diputarkan di corong radio dan selepas ini Nikki menjangkakan single Cantik pula akan hits. "Walaupun album ini belum dilancarkan secara rasmi, tetapi ramai peminat saya sudah mengetahuiya melalui laman web saya. "Ramai kalangan mereka yang telah mendapat album itu memberikan respons yang positif dan gemarkan lagu-lagu tersebut. "Saya berharap lagu di dalam album ini dapat dicalonkan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun ini," katanya yang telah menyerahkan borang pencalonan AIM. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 08 Feb 2009, 9:53 am | |
| DATUK SITI NURHALIZA DAN DATO’ SERI KHALID MOHD JIWA : TETAMU UNDANGAN PROGRAM SEHATI SEJIWA DATUK SITI NURHALIZA DAN DATO’ SERI KHALID MOHD JIWA : TETAMU UNDANGAN PROGRAM SIARAN LANGSUNG SEHATI SEJIWA PADA 11 FEBRUARI 2009 DI RTMPenyatuan hati dua jiwa yang membawa ke alam perkahwinan sememangnya momen manis yang diharap-harapkan dalam sesebuah hubungan cinta. Tidak kiralah pasangan itu dikalangan orang biasa atau sebaliknya pasangan artis popular. Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak ketinggalan mahu meraikan dan sekaligus merakamkan detik-detik indah pasangan artis yang bergelar suami isteri menerusi program bual bicara santai, Sehati Sejiwa mengisi slot Degupan, setiap hari Rabu, jam 3.00 petang yang disiarkan secara langsung di TV1 dari Studio IBC, Angkasapuri Kuala Lumpur. Istimewa pada 11 Februari 2009 (Rabu) ini, Sehati Sejiwa menampilkan pasangan suami isteri popular, Datuk Siti Nurhaliza dengan pasangannya Dato’ Seri Khalid Mohd Jiwa sebagai tetamu undangan yang bakal menyambut ulangtahun ke tiga usia perkahwinan mereka 21 Ogos tahun ini. Pastinya Sehati Sejiwa yang menampilkan pelakon muda berbakat, Scha sebagai perantara sepanjang satu jam siarannya bakal menemubual pasangan merpati dua sejoli ini dengan pelbagai topik menarik termasuk pasang surut alam perkahwinan mereka untuk dikongsi sama oleh peminat setia mereka yang mengikuti program siaran langsung ini khas menerusi TV1. Selain itu, Sehati Sejiwa diserikan dengan pengisian klip video artis jemputan, sesi temu bual berkaitan kehidupan berumah tangga, keistimewaan pasangan masing-masing, aktiviti masa lapang serta kegiatan seni yang dilakukan pasangan tetamu undangan. Begitu juga sesekali diselang selikan dengan foto-foto zaman bujang dan perkahwinan pasangan tetamu glamour yang di undang ke studio dalam melengkapkan lagi program santai ini. Malah menariknya menerusi Sehati Sejiwa akan turut diwarnai aktiviti dan kuiz bersama tetamu yang terlibat pada minggu itu. Begitu pun tidak lengkap rasanya program ini tanpa berkongsi dengan perancangan masa depan dan tips rumah tangga yang sememangnya berguna untuk dikongsi bersama pasangan yang melayari bahtera hidup sebagai suami isteri. Sehati Sejiwa diterbitkan oleh Haliza Mat Kharsa, Unit Hiburan TV RTM. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 08 Feb 2009, 10:06 am | |
| Shamsul Ghau Ghau Popularkan Mantop Tidak lengkap Gelanggang Raja Lawak 3 pada setiap minggu tanpa mendengar kata semangat 'mantop' daripada salah seorang juri tetapnya, Shamsul Ghau Ghau. 'Mantop' atau mantap tidak keterlaluan dianggap pembakar semangat kepada setiap peserta untuk melakukan yang terbaik. Kerana kata azimat itu juga, Shamsul bersama 2 lagi juri tetap, Fauziah Nawi dan Zaibo mampu mengubah prestasi peserta setiap minggu. Bagaimanapun, ada juga yang kurang jelas dengan makna sebenar perkataan 'mantop' itu, lantas menganggapnya sekadar kata jenaka semata-mata. Apakah pengertian sebenar mantap pada mata Shamsul? Persembahan peserta yang bagaimanakah yang diingini Shamsul dan dianggap mantap? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 08 Feb 2009, 10:11 am | |
| Farouk Temani Azrul Dalam Warung Kita Sudah lama tidak mendengar cerita terbaru mengenai pelakon, pengacara dan penyanyi Farouk Hussein yang dulunya terkenal dengan siri filem Anak Mami. Terbaru Farouk kembali mewarnai dunia penyiaran dengan menjadi hos program terbaru Warung Kita di Astro Prima . Program 23 episod ini turut menyaksikan anggota kumpulan Cham Raja Lawak, Azrul Zaidi bergandingan sebagai hos. Paling menarik, Warung Kita akan menjelajah seluruh negara dengan mengkaji dengan lebih mendalam tentang juadah lazat tempatan. Selain itu juga, segala salasilah restoran akan ditonjolkan. Warung Kita akan bersiaran setiap Jumaat mulai 6 Februari 2009 pada jam 7.30 malam. Berkongsi pengalaman mengacarakan program ini, Azrul berkata dia terharu kerana berpeluang mengacarakan Warung Kita bersama rakan baiknya itu. "Peringkat awal, saya sepatutnya mengacarakan program ini bersama Along. Namun disebabkan jadual Along yang padat dengan lakonan, saya terpaksa berganding dengan orang lain. "Sebaik saja Along tidak dapat terlibat, pihak produksi terus memberikan senarai nama-nama pengacara yang dirasakan sesuai berganding dengan saya. Antara banyak-banyak nama, saya terus cakap Farouk. "Sebenarnya, dulu saya pernah menjadi pengurus kepada Farouk untuk beberapa tahun. Lagi pun saya tahu dia macam mana dan selesa bekerja dengan dia," jelas Azrul. Sementara itu, Azrul turut menjelaskan bahawa program ini juga buat pertama kalinya memaksa Farouk kembali makan nasi. Sebelum ini, Farouk memang tidak gemar makan nasi. "Saya paling suka episod pertama. Tapi perkara yang paling saya tak suka apabila dipaksa makan benda yang saya tidak suka seperti budu, cincalok dan Nasi Padang. Tapi bila dah terkena saya jadi ketagih pula," katanya. Mengakhiri perbualan, Azrul berkata kumpulan Cham masih lagi wujud. Malah, Azrul dan Cham akan muncul dengan single mereka tidak lama lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 08 Feb 2009, 10:18 am | |
| Mawi-Ekin Bulan Madu Sakan di KoreaBukan main seronok lagi pasangan mempelai Mawi & Ekin berbulan madu di Korea Selatan pada 17 hingga 22 Januari lalu selepas mereka menempuh perkahwinan paling gah di Malaysia. Lihatlah koleksi foto yang dirakamkan dan diterima oleh portal murai.com.my, kelmarin. Mawi & Ekin kelihatan begitu romantis menaiki kereta kabel di pergunungan salji sambil menikmati keindahan bumi Winter Sonata itu. Sekali pandang macam babak dalam filem pun ada. Pakej percutian Mawi & Ekin itu ditaja oleh Korea Tourism Organization (KTO). Mengikut pakej yang ditawarkan, mereka telah terbang ke negara indah itu dengan Korean Air dalam Kelas Perniagaan. Sampai di sana mereka menginap di sebuah suite yang cantik di Hotel Lotte, Seoul dan Hotel Chuncheon Sejong Hotel ketika di Wilayah Gangwon. Antara aktiviti yang telah diatur buat pasangan pengantin baru itu adalah melawat Rice Cake Museum, belayar dengan cruise di Han River, bermain ski di kawasan pergunungan Gangwon, bersantai di Nami Island dan membeli-belah di Dongdaemun. Pastinya bulan madu di Korea Selatan itu meninggalkan kenangan paling indah buat Mawi & Ekin. Mereka juga bercadang untuk menunaikan umrah tidak lama lagi sambil melawat negara Timur Tengah pula. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 08 Feb 2009, 10:19 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 08 Feb 2009, 10:23 am | |
| Freddie, Wartawan Tak Dibenar Jumpa Mas Kekecohan berlaku di luar perkarangan Wad Psikiatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) bermula kira-kira 12 tengahari tadi apabila sekumpulan wartawan hiburan daripada media cetak, online serta elektronik tidak dibenarkan masuk untuk menemui bintang Akademi Fantasia Musim Kedua (AF2), Mas atau Asma Ghani, 28. Padahal kehadiran wartawan di wad terbabit adalah untuk membuat liputan tentang pertemuan antara Ketua Pegawai Operasi Maestro Talent & Management Sdn Bhd, Freddie Fernandez, dengan bintang AF2 kelahiran Tawau, Sabah itu. Keadaan itu bukan saja menimbulkan ketengangan tetapi menyebabkan berlakunya perang mulut di antara wartawan dengan kakitangan pihak HKL tersebut. Lebih-lebih lagi apabila mereka memaklumkan bahawa Mas langsung tidak mahu menemui sesiapa pada hari itu termasuklah Freddie sendiri. Kenyataan kakitangan pihak HKL itu benar-benar menimbulkan tanda tanya sedangkan Mas sendiri sudah pun memaklumkan kepada teman lelakinya, Shahrul Azman Mohd Sharif atau Rock, 35, malam semalam bahawa dia mahu menemui Freddie. Freddie sewaktu ditemui murai.com.my pula berkata, dia sudah berusaha untuk meluangkan masa untuk datang melawat serta menemui Mas pada hari ini. "Kalau boleh saya mahu sangat melihat bagaimana keadaan dirinya. Saya juga mahu tahu apa yang sebenarnya telah berlaku dengan Mas. "Malangnya, sesusah sampai di sini, kita tidak dibenarkan pula berjumpa dengan Mas. Itu pun selepas dimaklumkan sendiri oleh seorang kakitangan HKL. Saya tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku. Saya sendiri tidak tahu sama ada kita boleh percaya kata-kata kakitangan HKL itu atau pun sebaliknya. Mahu tak mahu, kena percaya juga. "Saya juga sudah berusaha untuk memohon kebenaran daripada pengarah hospital ini untuk berjumpa dengan Mas. Tapi, bukan saja pengarah tidak mahu berjumpa dengan saya, malah masih tiada kebenaran yang diberikan kepada saya untuk berjumpa dengan Mas," katanya dengan nada kecewa. Sungguhpun begitu, Freddie berkata, tidak akan berusaha untuk membawa ibu bapa Mas datang ke KL dan melawat bintang AF2 yang memiliki 2 anak itu. "Mungkin, hanya menerusi kedua-dua ibu bapanya saja kita akan dapat mengetahui keadaan sebenar Mas. Dari situ, kita boleh buat apa yang patut untuk membantu Mas. Malah, saya akan cuba menulis surat secara rasmi kepada pihak pengarah HKL untuk membenarkan Mas keluar daripada hospital tersebut," katanya lagi. Sementara itu, Rock yang sudah hampir setahun menjalinkan hubungan cinta dengan Mas pula berkata, dia tidak faham mengapa Mas harus ditahan di Wad Psikiatrik. "Mas normal, bukan tidak waras. Tapi, mungkin dia jadi begitu beremosi hingga hilang kawalan diri kerana tidak punya sesiapa di sini dan pada waktu yang sama, dia terlalu rindukan anak-anak dia. "Dia ada beritahu saya untuk minta pulang. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dia ditempatkan di wad tersebut. Dia sendiri yang cakap dengan saya waktu saya jumpa dia malam tadi. "Dia peluk saya, menangis-nangis, sambil memberitahu dia mahu keluar. Dia juga tanya kenapa dia dipakaikan baju pesakit warna hijau. Sekarang ini pihak hospital pula kata dia tak mahu berjumpa dengan sesiapa termasuklah saya sendiri. "Saya tidak percaya Mas ada cakap macam itu dan beritahu pada mereka begitu. Macam ada sesuatu yang tidak kena berlaku," katanya. Rock juga menafikan bahawa Mas jadi begitu kerana masalah peribadi yang timbul di antara mereka berdua. Malah dia juga menafikan bahawa dia bergaduh dengan Mas serta meminta untuk memutuskan hubungan cinta mereka. Mas telah ditahan di wad sakit jiwa itu sejak 2 hari lalu yang berikutan tindakannya mengamuk secara tiba-tiba di hadapan pihak polis sewaktu membuat laporan di Balai Polis Ampang tentang dakwaan kerugian sebanyak RM20,000 selepas ditipu oleh seseorang. Bintang AF2 kelahiran Tawau, Sabah ini bagaimanapun hilang kawalan diri dan 'naik hantu' secara tiba-tiba sewaktu diminta menyemak kembali laporan yang ditulisnya menyebabkan |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 08 Feb 2009, 10:26 am | |
| Aura Kasih Punca Pasha Ungu Bercerai? Tidak ada angin, tidak ada ribut, vokalis kumpulan Ungu, Pasha dengan isterinya, Okie Agustina, dilaporkan sudah bercerai pada minggu lalu. Perceraian pasangan yang dianggap paling secocok ini telah pun didaftarkan di Pusat Pengadilan Agama Bogor dan ia berlangsung dalam keadaan yang penuh aman. Malah, tidak nampak kesedihan pun pada raut wajah Okie. Sebaliknya, Okie mengakui bahawa dia sangat bersyukur apabila kes cerai itu dapat diselesaikan dengan penuh lancar. "Alhamdulillah kerana semuanya berjalan dengan lancar. Kalau hendak diikutkan memang saya agak sedih dengan semua yang berlaku ini. Kalau boleh saya tidak mahu ia berakhir dengan cara ini (perceraian). "Kenangan selama hidup dengan Pasha pasti tidak akan saya lupakan. saya juga berharap hubungan saya dengan ayah kepada anak-anak saya nanti akan tetap terjalin dengan baik. "Itulah yang sebaik-baiknya. Biarpun sudah bercerai tetapi kami masih mahu berbaik-baik dan kalau boleh, saya tidak mahu hal perceraian ini nanti mencetuskan konflik di antara kami berdua hingga ia mampu menyakiti hati di antara satu sama lain," katanya. Apa yang sensasi, perceraian pasangan Pasha dan Okie dikatakan berpunca daripada kehadiran orang ketiga iaitu penyanyi yang cantik seksi iaitu Aura Kasih. Namun Aura menafikan bahawa dia mempunyai hubungan yang intim dengan Pasha. Malah, dia mengaku hanya mengenali Pasha sewaktu membuat persembahan di pentas saja. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 08 Feb 2009, 10:29 am | |
| Anggun, Ibu Seksi Yang Sibuk Jaga BayiPenyanyi seksi, Anggun kini dikurniakan anak, Kirana Cipta Montana Sasmi yang baru berusia 13 bulan. Demi mendekatkan diri dengan anaknya, Anggun rela menjaganya sendiri. Malah, Anggun tidak ubah seperti seorang pengasuh ketika mendukung anaknya. Ini kerana Anggun mengendong anaknya menggunakan kain batik mengikut adat orang Indonesia! "Ketika anak saya berumur sebulan lagi, saya sudah mendukungnya seperti bakul yang memakai selendang. Banyak orang bertanya... apa yang Anggun kendong? "Saya terus menjawab, ini anak saya. Mereka hairan kenapa saya mendukungnya seperti itu. Sememangnya bayi Asia sudah biasa didukung sebegini. Tidak sama seperti bayi di Eropah," jelas Anggun. Apapun, jadual Anggun sebagai penyanyi lama-kelamaan membuatkan dia terpaksa juga menggaji seorang pembantu. "Sebenarnya, saya sudah ada pengasuh untuk anak saya. Hidup saya di Perancis tak sama dengan Indonesia. Di sana tidak banyak pembantu. Mereka hanya datang 2 kali seminggu. Yang lain, semua perlu dibuat sendiri," ujarnya lagi. Bagaimanapun, penyanyi yang lahir pada 29 April 1974 di Jakarta ini sedang berusaha keras membahagikan masa menjadi ibu dan penyanyi. "Susah nak jadi ibu dan wanita berkarier dalam satu masa. Saya kena jadi superwoman untuk melakukannya," tambahnya lagi. Cipta lagu untuk anakBeralih kepada cerita karier sebagai penyanyi, Anggun baru saja melancarkan album terbarunya di Indonesia. Apa yang menarik, dalam albumnya ini ada tersurat lagu khas untuk anaknya. Tambah menarik, Anggun hanya memerlukan 15 minit saja untuk menghasilkan lagu ini. "Kalau nak buat lagu untuk anak tidaklah susah sangat. Saya buat lagu itu dalam masa 15 minit saja. Aneh juga... mungkin inilah naluri penyanyi yang bergelar ibu," ujarnya. Paling penting, lagu yang dimaksudkan itu bertajuk Selamat Tidur dan Eden In Her Eyes. Kedua-dua lagu ini boleh didapati dalam albumnya bertajuk Elevation. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 08 Feb 2009, 10:31 am | |
| Rock punca Mas tertekanMAS bersama Ghani dan ibunya, Ayuma Watson dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur tidak lama dulu. KUALA LUMPUR - "Saya tak mahu jumpa Rock." Demikian tegas bapa kepada bekas pelajar AF, Asma Ghani atau Mas, Ghani Gibie, 69, yang enggan bersemuka dengan kekasih anaknya, Rock atau nama sebenarnya, Shahrul Mohd. Shahril di sini semalam. Kenyataan itu disampaikan melalui Pegawai Perhubungan Awam Maestro, Othman Mahmood kerana Ghani mendakwa Rock menjadi punca utama artis berkenaan mendapat tekanan perasaan. "Buat masa ini, bapa Mas (Ghani) tidak mahu buat sebarang kenyataan kepada media. Mungkin dalam minggu depan, barulah dia akan memberi kenyataan bersama Mas. "Apa yang penting, dia tidak mahu Rock berjumpa dengan anaknya," kata Othman di pekarangan Wad Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam. Sebelum itu, pihak Maestro membawa Ghani dari Tawau, Sabah dan tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah pada pukul 1.30 tengah hari semalam sebelum ke Wad Psikiatri HKL pada pukul 3.15 petang. Tambahnya, Mas juga telah memberitahu Ghani tentang apa yang berlaku kepadanya sehingga menyebabkan keadaannya menjadi sedemikian. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 08 Feb 2009, 10:37 am | |
| Status Kevin-IntanINTAN Ladyana dan Kevin semakin jarang keluar bersama. DIVA kadang-kadang suka memerhatikan gaya orang di kedai makan. Jadi selalu betul Diva terserempak dengan seorang selebriti berbadan tegap dan berwajah kacak, Kevin Zahri. Dulu kerap juga Diva nampak si jejaka dengan kekasih hatinya yang juga seorang pelakon cantik, Intan Ladyana keluar berdua. Mereka nampak sangat loving dan sesuai bersama. Suka betul tengok mereka berdua ini. Namun kebelakangan ini Diva dah tak nampak mereka keluar bersama. Tapi Diva selalu nampak Kevin keluar dengan teman-teman lelakinya atau dengan beberapa kawan wanita. Tak tahulah pula kalau Intan sibuk dengan penggambaran filem atau drama. Maka sebab itu Kevin lebih banyak kelihatan bersama sahabat yang lain. Diva ini bukan apa, cuma nak tahu status terkini mereka. Sayang kalau tidak lagi berpacaran sebab mereka ini sangat sesuai berdua |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 08 Feb 2009, 10:40 am | |
| Diana rela terima lelaki biasa - Pentingkan kebahagiaan bukan wang ringgitKENDERAAN BMW model X5 yang sama yang dibeli Diana (gambar kecil) baru-baru ini. KUALA LUMPUR - Pelakon remaja, Diana Danielle, yang selama ini dikaitkan dengan lelaki kaya dan berimej mewah rela memilih lelaki biasa sebagai pasangan hidupnya. "Saya tidak kisah kalau lelaki itu dari kalangan orang biasa, bukannya orang kaya atau VIP. "Asalkan dia mampu menjanjikan bahagia buat saya. Bahagia datang kerana kita bahagia, bukan kerana limpahan wang ringgit," katanya dalam satu pertemuan dengan Kosmo! Ahad baru-baru ini. Diana, 18, sebelum ini dikaitkan bercinta dengan Syamsul, 25, yang merupakan anak jutawan filem, Datuk Yusof Haslam. Bagaimanapun perhubungan mereka memanaskan suhu industri hiburan negara baru-baru ini apabila Syamsul didakwa mengasari Diana, Disember lalu. Diana yang berdarah Melayu-Inggeris juga pernah dikaitkan dengan lelaki-lelaki kaya khususnya selepas beliau dilihat menggunakan kenderaan mewah BMW X5 berharga RM250,000, November lalu. Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menjelaskan bahawa kenderaan terpakai itu dibeli sendiri secara pinjaman bank. Sehubungan itu bekas pelajar Sekolah Antarabangsa Sayfol, Kuala Lumpur ini mahu menguburkan sahaja dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan godaan kelompok VIP. "Tidak ramai sedar bahawa Diana juga merupakan seorang model komersial. Dia sudah menjadi model untuk pelbagai jenama dan produk tempatan dan antarabangsa. "Maka, duitnya datang dari situ dan segala yang dimilikinya bukan tajaan orang," celah ibunya yang juga bekas model 80-an, Norsiah Ramli, mempertahankan anaknya. Bagi Diana yang sering dicanang sebagai pelapis Sofea Jane dan Erra Fazira, kemewahan bukan faktor yang ingin dicarinya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 08 Feb 2009, 10:46 am | |
| Cinta tunggu duluDIANA Danielle Dannye Beeson yang duduk di hadapan saya hari ini semakin matang. Bicaranya jelas. Luahan hatinya tepat. Tidak lagi berbicara seperti anak sekolah dua tahun lalu. Pada usia 18 tahun, dia cepat membesar, apa lagi apabila status diri sebagai selebriti membuatkan putaran hidupnya bergerak dua kali ganda daripada remaja seusianya. Lebih-lebih lagi selepas tahun lalu, kisah 'putus cinta' tragisnya dengan Syamsul Datuk Yusof Haslam begitu sensasi. Panas. Sampai perlahan-lahan akuinya, dia tak mahu berteman lagi buat masa sekarang. Penat. "Namun pada masa mendatang, saya tak tahu bagaimana. Cuma untuk masa ini, bercinta tak masuk dalam diari. Dan saya juga tak mahu bercinta dengan anak orang kaya. Takut," kata gadis yang dilahirkan di Houston, Texas, Amerika Syarikat ini. Apabila ditanya mengapa, dia tersenyum tanpa jawapan. Hanya tidak mahu saja, ulangnya lagi sambil berkata: "Lagipun saya muda lagi. Tak fikir hal cinta. Mahu fokus kerja." Menjadi cantik dan 'terdedah' sepertinya bukan hal yang senang untuk mengelak menjadi tumpuan dan buruan lelaki. Lelaki berduit, orang kaya, VIP atau kerabat, banyak yang mengintai. "Saya tak nafikan itu. Lumrah lelaki memang suka wanita. Tapi saya terlalu muda untuk memikirkan tentang hal ini. Tak sedia," katanya lagi. Bagaimanapun dia tahu, menjadi anak seni, dikaitkan dengan lelaki atau gosip memang lumrah. Hanya dia selalu mengingatkan diri untuk berwaspada dalam banyak hal bersangkutan lelaki agar tidak ditimpa gosip liar. Katanya: "Saya faham sangat, jadi artis, risiko terdedah gosip dengan mana-mana lelaki memang mudah. Malah kadang-kadang kita hanya berbual dengan mereka, tetapi disalah anggap. "Ini sebenarnya bergantung kepada persepsi masing-masing. Untuk saya, asal saya jaga diri, tahu batas dalam pergaulan, saya rasa saya tak perlu takut untuk berkawan dengan lelaki." Malah dia yang membina nama menerusi drama Air Mata Maria dan Sembilu Kasih ini memberitahu bahagia tidak datang daripada wang ringgit. "Itu pasti. Bahagia datang kerana kita bahagia, bukan kerana limpahan wang ringgit. Saya tidak perlu," tambahnya lagi sebelum mengajak menukar topik. Pinjam duit bank beli BMW X5Kerana dirinya 'hangat', dia diserang gosip dengan lelaki pelbagai status. Tidak cukup itu, dia juga didakwa mendapat tajaan daripada lelaki-lelaki kaya. Diana yang sedang menanti penggambaran muzikal Magica ketawa sinis. Ibunya, Norsiah menggeleng kepala. Banyak kali dia mengeluh, hatinya cukup terguris. Dia kasihankan Diana apabila terus menerus dilempar fitnah. DIANA sudah bersedia untuk menyertai PLKN pada 11 Mac depan. Sehingga untuk isu mewah ini, Norsiah menjawab bagaimana anak daranya itu mampu membeli sebuah kereta BMW X5 warna kelabu bernilai RM250,000 yang didakwa pemberian seorang VIP. "Diana beli kereta itu pakai duit simpanan dia dan separuh duit lagi merupakan pinjaman daripada bank. Kereta itu juga adalah kereta terpakai. "Mungkin orang mula fikir bukan-bukan sebab Diana muda dan tiba-tiba beli kereta mewah. Orang pun mesti fikir, Diana baru berlakon berapa buah drama dan filem sahaja, jadi mana datang duit dia banyak-banyak, kalau bukan ada orang taja? "Tapi pernah tak mereka terfikir bahawa anak saya ini juga merupakan seorang model. Menjadi seorang model komersial selalu tidak mendapat publisiti seperti berlakon. "Dan dia telah menjadi model untuk pelbagai produk sama ada untuk pasaran tempatan serta antarabangsa. Maka duit dia juga datang dari situ, bukannya ditaja orang," jelas Norsiah panjang lebar mengenai sumber kewangan Diana yang kukuh dan layak memiliki aset yang diingininya. 11 Mac sertai PLKNMasih lagi isu hangat. Tentang kekecohan Diana dan PLKN. Diana dikatakan enggan memenuhi kursus PLKN selama tiga bulan yang diwajibkan kepada semua lepasan pelajar tingkatan lima. Ironinya, bukan dia tidak mahu pergi. Hanya belum sempat dia memberi penjelasan tentang isu tersebut, dirinya telah 'diserang hendap' awal-awal lagi. "Nak pergi sangat. Saya tak sabar nak lakukan pelbagai aktiviti lasak dan kembali menjadi remaja lain. Hanya jadual kerja saya pada waktu itu padat. Jadi saya minta tangguh pada kemasukan kedua. "Bukannya saya menjadikan status pelakon sebagai alasan melarikan diri," terang Diana mengenai salah faham itu. Sewaktu surat tawaran PLKN sampai kepadanya, dia terlebih dahulu sudah diikat dengan produksi filem Kecoh Betul. Kerana itu dia meminta penangguhan. Kini, selepas menyusun semula jadual kerjanya, dia bersedia untuk ikut serta PLKN yang dijadualkan mengambil sesi kedua pada 11 Mac depan. Ini bermakna Diana akan berehat daripada dunia seni selama tiga bulan sebelum kembali ke persada seni sebagai seorang penyanyi, bukan pelakon. Ya, menjadi penyanyi adalah cita-cita awalnya sebelum berlakon. Hanya kerana rezeki berlakon datang terlebih dahulu, dia tidak mahu melepaskan peluang keemasan tersebut. Sekarang, apabila melihat kerjaya lakonannya sudah stabil, dia mahu segera mencapai misi menjadi penyanyi. Sesiapa yang tidak pernah mendengar Diana mengalunkan vokal gemersiknya, pasti mencemuh - bolehkah gadis ini menyanyi? Sedap? Dan bermacam-macam soalan lagi. Diana senyum. Dia tidak ambil hati kalau ramai orang yang sangsi dengan kemampuannya menyanyi. "Yelah, saya bermula sebagai pelakon, tiba-tiba nak menyanyi. "Orang pun tak pernah tengok saya menyanyi, jadi mereka sangsi. Saya tak salahkan mereka. Cuma tunggulah kelahiran album sulung saya nanti. "Saya mahu buktikan bahawa saya memang boleh menyanyi," ikrar gadis yang mendapatkan khidmat Octave, komposer terkenal Indonesia untuk menggarap album sulungnya. Album yang turut mendapat sentuhan komposer dari Malaysia dan bakal diedarkan RPM juga diharap mampu menembusi pasaran Indonesia. Sengaja dia mahu mencipta nama di sana sebagai bukti dan cabaran pada diri sendiri bahawa anak Malaysia juga boleh diterima pasaran republik tersebut yang dianggap tertutup menerima orang luar. "Untuk memastikan album ini benar-benar diterima di sana, saya akan menetap sekurang-kurang empat bulan di sana untuk tujuan promosi. "Saya memang mahu menjadi penyanyi yang berjaya kerana ini cita-cita asal saya. Jadi saya akan lakukan yang terbaik untuk sukses," azam Diana yang turut merancang untuk berlakon untuk sebuah filem di negara tersebut. |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 08 Feb 2009, 10:56 am | |
| sally, buat ler rumah baru....part 6 rmh ni mcm dh nk runtuh jer |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 08 Feb 2009, 11:11 am | |
| Linda Jasmine debar sang pengantinTUJUH hari lagi dia bakal disatukan dengan teruna idaman. Awalnya hanya mahukan satu majlis yang ringkas. Cukup sekadar ijab dan kabul. Tetapi ramai yang mahu melihat mereka disandingkan di pelamin lalu tanpa sebarang bantahan, keduanya sepakat meraikan hari bahagia bergelar suami isteri dalam satu majlis romantis, sesuai dengan pilihan tarikh itu sendiri iaitu pada Hari Kekasih, 14 Februari. Berkonsepkan majlis perkahwinan dalam taman dengan sentuhan ala Bali untuk majlis pernikahan dan resepsi, bakal pasangan mempelai Linda Jasmine Hashim dan Que Haidar memilih untuk meraikan hari bahagia mereka di pusat menjamu selera terkenal Bora Ombak, Ampang, Selangor. Tanpa hantaran - hanya mas kahwin yang tidak mahu dinyatakan jumlahnya serta cincin dan al-Quran - majlis pernikahan mereka bakal berlangsung pada waktu petang diikuti dengan upacara persandingan. "Kami hanya mahukan sebuah acara yang ringkas tapi tak boleh ringkas sangat kerana orang nak datang," ujar Linda yang merupakan guru tari dan pengkritik popular itu. Dan tinggal hanya beberapa hari sahaja majlis penuh bermakna itu, Linda mengakui dia semakin gementar dan risau memikirkan persiapan majlisnya. Biarpun semasa sedang menjadi juri pengkritik program Sehati Berdansa, persiapan majlis perkahwinannya sudah siap 50 peratus namun sebagai seorang yang mementingkan kesempurnaan, selagi tidak nampak hasil di depan mata maka selagi itulah hatinya akan berdebar. Sementelah sejak kebelakangan ini, dia terlalu sibuk. Selepas selesai program Sehati Berdansa, dia yang mempunyai studio tari, Linda Performing Arts juga sibuk menguruskan majlis meraikan ulang tahun perkahwinan ke-50 ibu bapanya. Dalam masa yang sama ahli keluarganya dari Amerika Syarikat juga berkunjung ke mari. "Saya orang yang cepat mahu melihat hasil, selagi tidak nampak, saya tidak boleh relaks. Sebelah pihak lelaki saya tidak perlu risau sebab keluarga dan orang kampung akan bergotong royong. Lagipun tarikhnya masih jauh," ujarnya. Selain itu, untuk majlis perkahwinannya itu, pengantin lelaki menyerahkan segala persiapan kepada pengantin perempuan lantaran sibuk di lokasi penggambaran. Dan Linda sendiri tidak kisah kerana sudah biasa berdikari. Lagipun, tegasnya, mengapa harus menolak rezeki. l Meraikan perkahwinanMasih belum memikirkan lokasi bulan madu lantaran jadual kerja yang menunggu kedua-duanya namun ujar Linda, dia dan Que sentiasa memastikan akan meluangkan masa untuk bersama. Juga tegas Linda, dia tiada perancangan untuk mengurangkan aktiviti kesenian hanya semata-mata telah bergelar isteri memandangkan kehidupannya sejak menyertai Akademi Fantasia (AF) dan terlibat dalam Sehati Berdansa sentiasa sibuk. Apatah lagi dia juga perlu menguruskan studio tanpa melupakan tanggungjawab terhadap anak tunggal kesayangannya, Qalif Khan yang kini berusia lapan tahun. "Kalau ada kerja (tawaran), sayang pula nak tolak rasanya. Tapi ia bergantung kepada keadaan. Kalau selepas ini, kerja kurang pun saya tak kisah. Sebab saya boleh habiskan masa untuk rumah tangga dan studio," kata Linda yang begitu seronok untuk kembali menjadi isteri kerana selepas ini dia bukan sahaja tidak lagi berseorangan malah ada orang tempat untuk bergantung dan mengadu. Memang perhubungan mereka terjalin agak pantas. Menjelang akhir AF musim ke-6, keduanya mulai rapat dan selepas itu segala-galanya begitu ketara. Siapa menyangka, kerana menyertai satu kerja kebajikan yang dilakukan Linda, mereka saling jatuh hati kerana bagi Linda sendiri yang menjemput Que sebagai antara artis yang terbabit dalam kerja kebajikan itu, dia selesa dan gembira saat bersama pelakon berbakat itu. "Sebenarnya saya tak pernah terfikir langsung (untuk jatuh hati) tetapi ia datang secara semulajadi. Dia tanya fasal kahwin dan kemudiannya subjek itu semakin kerap dibincangkan. Ya, keakraban kami itu pantas," ungkap si jelita yang berdarah kacukan ini. Dan selepas bergelar ibu tunggal dan bersendirian hampir lima tahun, Linda mengakui perhubungan itu amat istimewa dan membahagiakan. Tidak menafikan gemar dengan kehidupan solonya tetapi hatinya tidak pernah menolak mahupun tertutup untuk berkahwin lagi. Malah, keinginan untuk menimang cahaya mata lagi begitu meluap-luap. Menyukai kanak-kanak, Linda menyimpan impian untuk memiliki anak perempuan. Biarpun tidak merancang, Linda mengharapkan mampu memperoleh anak secepat yang mungkin daripada perkahwinannya ini. "Segalanya kita serahkan kepada Yang Esa. Saya bersyukur sangat kerana dapat menjadi seorang ibu cuma satu tak cukup," katanya sambil tersenyum manja. Gembira dapat menempuhi alam perkahwinan sekali lagi dan bergelar isteri, Linda tidak pernah sesal dengan pengalaman lalu kerana dia seorang yang sukakan kehidupan yang dipenuhi kasih sayang. "Kami bukan sempurna. Kami (cuma) mahukan kebahagiaan bersama," tegasnya yang walaupun banyak persamaan tetapi perbezaan juga sebenarnya menyatukan mereka. "Ramai orang tanya perbezaan kami dan kami akui kami berbeza. Tapi kami juga percaya, selagi ada kasih sayang, komunikasi dan faham memahami maka semua perkara boleh dilalui bersama. Tak kisahlah sama ada dia orang kampung atau dari mana asal kita," tambahnya. l Perbezaan usiaBerbahagia dan bangga dengan perhubungannya bersama Que, Linda juga mengharapkan selepas mendirikan rumah tangga, keduanya akan terus kekal menghormati keperibadian antara satu sama lain. Tentunya lebih penting, rasa kasih sayang yang berterusan daripada orang yang dicintai. "Belajar daripada kesilapan perkahwinan pertama dan pengalaman lain mendewasakan saya untuk mengharungi perjalanan perkahwinan kali ini," tegasnya. Biar tujuh tahun perbezaan umur - Que, 29 dan Linda, 36 - tetapi ia bukanlah satu faktor membimbangkan bagi kedua-dua pihak. Kerana Linda percaya, persefahaman menjadi kunci keharmonian rumah tangga. Malah kata Linda, dia amat bersyukur kerana penerimaan orang sekeliling khususnya kaum keluarga masing-masing terhadap cinta mereka. "Kita bukan buat salah," ujar Linda selamba. Dan kata Linda lagi, Que adalah pengimbang emosinya. "Saya seorang yang mahu segala-galanya sempurna dan Que selalu buat saya lebih tenang. "Jadi ada keseimbangan di situ," tambahnya sambil tersenyum. Berkahwin dengan seorang pelakon, Linda mengakui harus memahami kerjaya bakal suaminya yang mungkin akan selalu berada di lokasi dan bekerja tidak menentu masa. Bagi Linda, sebagai orang seni, mereka mempunyai pemikiran dan kehidupan yang agak berbeza dan dia tidak kisah dan menerima dengan hati terbuka mengenainya. Orang nak berkarya, kata Linda lagi. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 20 of 20 | Go to page : 1 ... 11 ... 18, 19, 20 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |