Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 11 ... 20  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 10:54 am

KELUARAN KHAS

Tajuk : Eksklusif Mawi & Ekin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Cover10SIAPA Asmawi Ani sebelum ini? Hanya seorang anak muda bertubuh sederhana ada sedikit ilmu agama di dada dan yang pasti dia memang tidak mempunyai keistimewaan dari anak muda lain di kampong kelahirannya kampung Bahagia, Felda Taib Andak, Kulai Johor.

Tetapi selepas berjaya terpilih dalam 20 peserta terbaik untuk ke konsert prelude AF3 kira-kira empat tahun lalu, nama Mawi mula mendapat perhatian. Biarpun lagu 'Intifada' yang dibawanya di konsert prelude gagal tetapi menjadi sedikit isu bila dia terkeluar. Siapa sangka, satu kejutan telah berlaku di konsert pertama AF3 di mana Mawi di panggil kembali atas permintaan penonton ketika itu. Atau mungkin juga atas gimik yang dilakukan oleh pihak ASTRO. Yang pasti... ianya telah berjaya.

Dalam empat tahun bergelar bintang... tidak dinafikan Mawi mungkin sudah boleh digelar sebagai jutawan. Dia mungkin bukan sahaja antara penyanyi lelaki tempatan kita yang menerima bayaran paling tinggi setiap kali pertunjukkan pentas tetapi dia juga banyak menerima pelbagai anugerah sebagai galakannya meneruskan dunia seni ini. Diberi jolokan bintang yang sering mendapat gelaran 'duta' pelbagai produk dan raja SMS, nyata anak muda yang berasal dari felda ini murah rezekinya sejak bergelar penyanyi.

Masih penulis ingat ketika pertama kali bertamu ke rumah Mawi sebelum dia bergelar bintang dan juara dari AF3. Kedatangan tanpa diundang, kami disambut mesra oleh arwah bapanya Pak Ani yang ketika itu memang sihat walafiat.

Di beranda dapur rumah lamanya tersadai motosikal buruk Mawi yang digunakannya sebelum masuk ke AF berulang alik ke Senai untuk bekerja. Ketika itu, sempat kami bertanya, di mana Mawi tidur... Nyata kata arwah bapanya, Mawi tidak ada bilik khas ataupun tilam empuk seperti di rumahnya sekarang. Kini, segalanya sudah berubah... rumahnya lebih besar dan selesa untuk dia sekeluarga tinggal.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Mawi111 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Mawi211 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Mawi310

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Mawi410 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Mawi510 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Mawi610

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Mawi710 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Mawi810 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Mawi910
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 11:00 am

CUN NYA FAZURA..

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Fazura13
Back to top Go down
luvly e'in
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
luvly e'in

Number of posts : 5108
Age : 47
Location : under 1 roof
Registration date : 03/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 11:03 am

Aznil Nawawi Terima Pingat

Pada 2 Februari 2009 yang lalu sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke-35 hos yang disayangi, Aznil Nawawi telah dikurniakan Bintang Kebesaran Wilayah Persekutuan di Istana Negara. Penganugerahan Bintang JOHAN MAHKOTA WILAYAH telah di anugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tahniah Pak Nil!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Az10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Az110
Back to top Go down
http://www.easypha-max.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 11:09 am

Agnes Monica Menari Lupa Dunia?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 118

Siapa tidak kenal dengan beliau?Hampir semua daripada penduduk Indonesia dan sebahagian penduduk Malaysia kenal akan beliau.Artis cantik dari Indonesia,Agnes Monica merupakan penyayi pop di Indonesia,penari dan pelakon.

Beliau mempunyai pelbagai bakat.Kembali kepada gambar diatas.Adakah Agnes Monica lupa akan dunia sehingga menari sampai menunjukkan seluar dalam beliau?Sebagai artis,beliau perlu lebih berhati-hati dengan juru foto diluar sana yang menantikan saat-saat ini.Beliau juga perlu mengenakan pakaian yang lebih sopan semasa mengadakan persembahan.Perhatikan kaki kiri beliau,adakah itu parut?atau mungkin kurap?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 11:10 am

luvly e'in wrote:
Aznil Nawawi Terima Pingat

Pada 2 Februari 2009 yang lalu sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke-35 hos yang disayangi, Aznil Nawawi telah dikurniakan Bintang Kebesaran Wilayah Persekutuan di Istana Negara. Penganugerahan Bintang JOHAN MAHKOTA WILAYAH telah di anugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tahniah Pak Nil!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Az10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Az110

sally dh tempek la citer ni..
cri ler citer yg xde di wartakan lagi kak... eeee..geramnyer
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 11:12 am

Bekas Ratu Cantik Mati Tragis

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 220

SERRA ¨C Seorang bekas peserta ratu cantik Brazil, MarianaBridi kehilangan kedua-dua belah tangan dan kakinya selepas dijangkit isejenis bakteria berbahaya, lapor sebuah akhbar semalam.Bridi, 22, menjalani beberapa pembedahan pada minggu ini selepas dijangkiti kuman tersebut yang merebak ke dalam saluran darahdan diakini berada dalam keadaan kritikal.

Tidak silap aku beliau terkena jangkitan meningitisHarap ia jadi pengajaran kepada artis mahupun bukan artis yang suka memakai pakaian yang tidak sopan,kecantikan hanya sementara.Sampai ketika badan yang anda tayangkang akan mendapatkan bencana.,siapa tahu?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 11:13 am

Liyana Jasmay & Dafi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 318

Kedua pelakon dan penyanyi diatas mempunyai populariti yang amat tInggi.Adakah Liyana Jasmay & Dafi sedang bersama?Atau mereka sengaja mengambil gambar sebagai kenangan?Apa pendapat anda semua?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 11:15 am

Gambar Mawi dan Ekin Superimpose

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Mawi12
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 11:20 am

Cicak Man 2 gagal?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 A48


SElEPAS dua minggu filem Cicak Man 2: Planet Hitam ditayangkan di pawagam, filem tersebut dikatakan gagal mencapai sasaran awalnya iaitu sebanyak RM5 juta.

Jika filem pertama tahun lalu mencatat kejayaan luar biasa apabila pecah panggung sehingga mencatat angka RM6 juta, sambutan untuk kali ini tidak sama.

Justeru ada yang kata Cicak Man 2: Planet Hitam gagal mencapai sasaran diinginkan, selain gagal menandingi rekod pertama yang dicipta.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut disangkal oleh penerbit filem Cicak Man yang juga Ketua Pengarah KRU Studio, Norman Abdul Halim.

Menurut Norman sememangnya benar sasaran asal kutipan tiket yang dijangka adalah lebih daripada RM5 juta, tetapi sehingga kini filem tersebut sudah meraih kutipan sebanyak RM2.7 juta semenjak ditayangkan bermula 11 Disember lalu.

"Filem Cicak Man bukan satu kegagalan, saya percaya selepas tarikh wajib tayang, filem ini akan mendapat kutipan sebanyak RM3.5 juta di panggung dan saya yakin perolehan luar panggung akan capai sehingga RM5 juta.

"Ini termasuklah tayangan di Indonesia dan Filipina tahun depan, selain jualan video serta hak siaran di televisyen," jelasnya kepada Kosmo!.

Walaupun sasaran RM5 juta tidak menjadi, keadaan ini tidak mengecewakan. Ini kerana padanya ini adat orang berniaga tambahan pula, kala filem ini ditayangkan, persaingannya dilihat begitu sengit.

"Saya tidak kecewa, sebab satu faktor filem ini agak perlahan sambutannya kerana penayangan filem Hollywood yang tidak terkawal jumlahnya walaupun kita ada sistem wajib tayang.

"Bayangkanlah satu filem barat ditayangkan setiap minggu, dan filem tempatan pula setiap dua minggu sekali, jadi itu yang menyukarkan kedudukan filem ini," ujarnya.

Tegasnya lagi, jika semua filem mahu disumbatkan dalam satu musim seperti musim cuti sekolah sekarang ini, pastinya menimbulkan masalah terutamanya daripada segi kutipan kerana penonton mempunyai banyak pilihan.

"Kebanyakan filem yang pecah panggung ditayangkan antara bulan Mac atau April, macam filem Duyung memperoleh RM4.7 juta, filem Jangan Pandang Belakang pun begitu juga.

"Kalau filem ini dapat ditayangkan pada bulan Mac atau April, mungkin boleh beri peluang dan kutipan mungkin lebih tinggi kerana tidak ada gangguan filem tempatan yang lain. Ini tidak, musim cuti sekolah inilah semua mahu serbu, macam mana nak capai kutipan yang besar," ulasnya panjang lebar.

Sungguhpun begitu, Norman bukannya mempertikai kewujudan sistem wajib tayang kerana padanya sistem tersebut harus wujud demi memastikan periuk nasi penerbit tempatan lebih terjaga.

Bagaimanapun, tegas Norman, kawalan perlu dilakukan supaya filem tempatan yang ditayangkan tidak bertindih dengan filem tempatan yang lain, sekali gus menyumbang kepada kutipan rendah sesebuah filem.

"Harus diadakan kuota, kita hadkan filem yang masuk wajib tayang kepada empat filem sahaja. Memang ada penerbit besar yang keluarkan filem dengan jumlah yang banyak setahun, tetapi kena adillah kepada penerbit kecil. Saya rasa cadangan itu harus dipertimbangkan dan pada masa yang sama persaingan masih lagi wujud antara filem tempatan dan antarabangsa.

"Apa yang saya boleh katakan, dengan keadaan ekonomi sekarang ini mustahil untuk penerbit filem memperoleh kutipan seperti dahulu," bicara Norman lagi.

Filem Cicak Man 2: Planet Hitam merupakan filem sekuel daripada filem Cicak Man yang diarahkan oleh pengarah yang sama dengan filem Cicak Man terdahulu iaitu Yusry KRU.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 11:22 am

Kontrak Norman ditamatkan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 N10

Natijah daripada kes khalwat baru-baru ini, kontrak pelakon Norman Hakim dalam drama Gerak Khas akan ditamatkan berkuat kuasa pertengahan Disember ini.

Ironinya, sebaik kontrak Norman ditamatkan, isterinya, Abby Abadi pula dikatakan akan kembali semula mewarnai drama bersiri kepolisan popular itu dengan memegang watak sebagai Asisten Supritendan Aleeza.

Abby akan memulakan penggambaran dalam drama terbitan Skop Production itu sekitar Januari depan.

Norman yang memegang watak ASP Aris dalam drama itu terpaksa ‘dibuang’ kerana penerbit tidak mahu berhadapan dengan risiko ‘tekanan emosi’ antara pasangan suami isteri itu di lokasi penggambaran drama berkenaan.

Rumah tangga Norman dan Abby pada ketika ini sedang bergolak ekoran kes tangkapan khalwat membabitkan Norman dengan seorang pelakon baru, Memey Suhaiza pada 30 Oktober lalu.

Kes berkenaan masih dalam siasatan dan kedua-duanya akan dibicarakan tidak lama lagi.

Sebelum ini, Memey turut menerima tekanan apabila namanya digugurkan sebagai pelakon utama drama berjudul Issandra yang sepatutnya memulakan penggambaran pada awal November lalu.

Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam mengesahkan watak Norman tidak lagi dapat disaksikan penonton Gerak Khas bermula Februari depan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 11:34 am

Gambar Atilia dan Salamiah Hassan yang Seksi

Mereka ni digembar gemburkan sebagai anak beranak yang mendapat gelaran ibu dan anak paling seksi di Malaysia, tak tahu lah kalau ada lagi anak beranak seperti mereka. Emaknya, Salamiah lagi dasyat apabila memakai trend yang mengliurkan mana-mana lelaki. Atilia ni terkenal disebabkan nyiyiannya dalam Awan Dania yang membawa lagu Terbang Ke Awan. Peranan seksi yang dimainkan disini cukup mengamit mana-mana pihak yang akan melihatnya

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Atilia10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Atilia11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Salami14
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 11:39 am

Raisuddin gagal sah pernikahan

Siti Fatimah Isteri Kedua Raisuddin Hamzah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Raisud10
Raisuddin dan Siti Fatimah gagal mengesahkan perkahwinan mereka
di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam.


KUALA LUMPUR - "Selama ini saya anggap kami adik-beradik tetapi tak sangka dia sanggup tikam saya dari belakang."

Demikian luahan pilu seorang peniaga apabila gagal dalam permohonannya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam untuk membubarkan perkahwinan anaknya dengan penyanyi dan pelakon 1980-an, Raisuddin Hamzah secara farakh.

Suberi Abdullah, 48, yang datang bersama ahli keluarganya juga terkilan dengan bapa penyanyi genit Siti Sarah itu yang melarikan anaknya untuk berkahwin di Thailand.

Namun, kemarahannya sedikit reda apabila anaknya, Siti Fatimah, 22, berjumpa dan mencium tangannya sebelum beredar meninggalkan mahkamah bersama Raisuddin.

Terdahulu dalam prosiding semalam, Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad menolak permohonan pengesahan nikah oleh Raisuddin, 52, dan isteri atas alasan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan kedua-dua kes itu.

Beliau memerintahkan pasangan itu memfailkan permohonan pengesahan pernikahan mereka di Mahkamah Tinggi kerana ia membabit isu poligami.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 12:21 pm

(gambar)Fizow nakal bersama si seksi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 20251210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 28161610

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 57942610

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 76985810
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 12:42 pm

Watie serik dengan suami orang?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Wati-h10

Watie pernah berkahwin dengan suami orang. Pastinya dia sudah lalui saat-saat yang perit apabila berkongsi kasih. Sebab itu dia tidak mahu lagi tersangkut dengan suami orang.

. Baru-baru ini ada cerita lagi kononnya Watie berkasih lagi dengan suami orang. Benarkah? Watie menafikannya. Kata Watie macam mana mahu bercinta sebab dia sangat sibuk di lokasi penggambaran drama.

"Macam mana nak kata bercinta, tahun lepas rezeki saya murah dan terlalu sibuk di lokasi. Saya tak cari lelaki, tapi lelaki yang datang cari saya, kena yang gatal pasti ambil kesempatan lebih-lebih lagi ibu tunggal macam saya, " kata Watie.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 12:43 pm

Faizal Tahir dan wanita fanatik

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Faizal14

Apabila popular Faizal Tahir turut diburu peminat fanatik. Faizal harus menjaga hati isteri di rumah dan juga dalam masa yang sama tidak mahu mahu mengecewakan peminat-peminatnya. Mereka juga perlu dilayan apabila ada ruang bersama peminat.

Ada ke peminat tergila-gilakan Faizal?

"Peminat saya belum gila dan mereka faham saya suami orang. Saya rasa peminat sekarang minda mereka lebih terbuka dan mereka menggilai bakat bukannya hal peribadi," kata Faizal.

Bagaimana dengan isteri?

"Apa yang saya lihat sekarang dia semakin memahami kerjaya saya saya bersyukur," jelas Faizal.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 2:18 pm

Penghias Kulit

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Coverh10

Liyana kata susah jadi lembik

Liyana Jasmay seorang yang periang dan sentiasa ceria. Tapi dalam filem Maut dia jadi seorang gadis yang ringkas. Liyana akui sudah jadi gadis yang lembik dalam filem.

Hai kini bersaiz lebih kecil. Senang dibawa dan sesuai dengan golongan remaja. Hai kini terbit dua minggu sekali. jadi tunggulah naskhah terbaru anda di pasaran.

Que Haidar tak kisah apa orang kata

Que Haidar dah nak kahwin dengan Linda Jasmine. Sebab Linda lebih tua orang beranggapan negatif, tapi Que tak mahu fikir apa orang kata kerana hatinya terbuka untuk menerima Linda.

Awal mahu cari wanita

Awal belum lagi ada wanita di sini. Tahun ini Awal dah bersedia nak berkasih dan bercinta. Entah-entah Awal dah ada seseorang yang dia dah in love with

"Tahun ini saya nak buka hati untuk diisi oleh wanita. Saya rasa inilah masa terbaik untuk bercinta," kata Awl.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 2:23 pm

Galeri artis minggu ini~Maya Karin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 P0002w10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 P0003o10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 P0004t10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 P0012z10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 P0023o10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 2:32 pm

eira syazira yang seksi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Eira10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 2:33 pm

Sheila Majid pengetua AF7?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 N1658910

beberapa maklumat daripada sumber dalaman penerbitan AF7 itu sendiri.

Difahamkan pada tahun ini Sarimah dan AC Mizal masih lagi dikekalkan sebagai pengacara.

Seperti biasa Sarimah atau lebih popular dengan panggilan Kak Mah Gali akan mengacarakan rancangan Diari, disiarkan setiap hari sementara AC Mizal akan mengendalikan konsert mingguan.

Kata sumber itu lagi, pengacara tidak mungkin akan bertukar kerana masing-masing sudah menandatangani kontrak untuk lima tahun.

Bermakna Aznil tidak akan kembali sebagai pengacara seperti apa yang digembar-gemburkan sebelum ini? Menyentuh mengenai hal itu kata sumber, Aznil tetap akan kembali dalam AF7 tetapi bukan sebagai pengacara atau tenaga pengajar sebaliknya dia diberikan tugas sebagai pengkritik tetap.

Begitupun jawatannya itu boleh ditukar di saat-saat akhir kerana kontrak belum lagi ditandatangani.setakat ini produksi baru yang mengendalikan rancangan ini sudah bertemu dengan ramai calon sesuai termasuklah Datuk Sheila Majid.

Katanya lagi, Sheila tertarik dengan tawaran diberikan untuk menjadi pengetua AF7, bagaimanapun pengesahannya belum lagi diperoleh kerana seperti Aznil, penyanyi digelar ratu jazz itu juga belum lagi diberikan kontrak
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 2:36 pm

Sarah Raisuddin Berang!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Sarahb10

Siti Sarah kali ini ingin di kenali sebagai Sarah Raisuddin, umpama kelahiran baru katanya.

Siti Sarah, 25, kali ini akan muncul dengan imej terbarunya, dan ketika ini Sarah sedang sibuk menghasilkan album terbarunya, yang akan dipasarkan tidak lama lagi.

Anak gadis muda ini sangat lantang ketika disoal mengenai kekejaman Israel terhadap Gaza, "Binatang pun tahu kasih sayang " tegasnya. "Kita perlu membantu meringankan beban bukan menambahkan beban mereka, boikot lah barangan Israel itu saja yang kita mampu bantu, jangan cakap sahaja tapi kita sendiri buat!" jelasnya.

"Sebagai umat islam kita haruslah membantu sesama sendiri, dan janganlah hanya bercakap saja, tetapi tiada perkara yang lakukan atau pun membantu mereka, bukan nak pergi perang tapi bantu setakat yang mampulah" ujarnya.

Anak kelahiran Perak ini tidak gentar untuk berjuang walaupun keadaan ekonomi sedikit teruk namun untuk menghasilkan album terbarunya ini bukan hanya untuk jualan sahaja, tetapi minat dan semangat yang mendalam terhadap nyanyian anak seni ini tidak pernah luntur sama sekali.

Sarah kali ini akan membuat satu kejutan selepas album terbarunya siap dipasarkan, apa pun sama-sama kita nantikkan, kemunculan terbaru Sarah Raisudin.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 3:17 pm

Zahida jadi penerbit drama indonesia

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Zahida13

Sudah lama agaknya kita tidak mendengar berita mengenai pelakon yang mempunyai wajah anak mami, Zahida Rafik ini.Rupanya dia sibuk menerbitkan drama di seberang.

Zahida Rafik telah menjadi penerbit untuk sebuah drama indonesia, tajuk drama ni ialah 'May'. Mengisahkan mengenai nasib orang berbangsa cina di Indonesia yang dihalau keluar dari Indonesia, yang mana mereka ini melarikan diri ke Malaysia & Singapura.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 3:23 pm

Saerah buat album duo dengan Saida

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 01213910

Bercerita tentang album duonya itu, tiga lagu solo dan dua lagu duonya bersama Saida merupakan antara lapan buah lagu yang dimuatkan di dalamnya.

“Setakat ini, saya sudah mempunyai dua buah lagu single iaitu Hero Wayang dan Akhir Cinta. Sekarang, saya masih lagi mengumpul material untuk lagu-lagu lain,” tutur Saerah yang gemarkan konsep pop balada.

Memandangkan dua lagunya telah diputarkan di radio, Saerah berkata dia bersyukur kerana penerimaan pendengar bukan sahaja melibatkan orang tempatan malah turut serta orang Singapura.

“Alhamdulillah, sekarang saya mendapat maklumbalas yang baik dari pendengar di Singapura dan lagu saya juga telah berjaya memasuki carta lagu di radio.

“Ini membuktikan peminat sudah mula menilai dan melihat bakat yang ada. Saya juga berharap tidak akan dikaitkan lagi dengan Kak Siti,” ujar Saerah.

Usaha Saerah tidak sampai di situ sahaja keraan dia sebolehnya ingin cuba merapatkan hubungan dengan peminat dan menarik perhatian orang ramai agar dirinya lebih dikenali.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 3:24 pm

Jeslina urus perkahwinan Linda Jasmine

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Jes10

DI SEBALIK keseronokan membantu sepupunya menyediakan persiapan perkahwinan seperti kad jemputan, bunga telur dan beberapa dekorasi lain, penyanyi lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia, Jeslina Hashim, 31, tidak mampu menyembunyikan perutnya yang semakin memboyot setelah hamil lima bulan.

Ketika menghadiri sesi Linda mencuba gaun pengantin rekaan Syaiful Bahrim untuk upacara persandingannya, Jeslina yang mesra dengan panggilan Jes ini sebolehnya ingin mengelak untuk jurufoto mengambil gambar terbarunya.

Bagaimanapun, Jes tidak lokek untuk bercerita tentang sedikit-sebanyak yang dilakukannya untuk perkahwinan sepupunya, koreografer Linda Jasmine Hashim, 37, dengan pelakon Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar, 30, termasuk kandungannya itu.

Sabtu ini, 14 Februari, Linda dan Que akan bernikah dan mengadakan majlis resepsi di Restoran Bora Ombak, Ampang.

Walaupun sedang hamil lima bulan, Jes masih meluangkan masa membuat hiasan untuk persiapan perkahwinan tersebut.

Jes bukanlah calang-calang orang dalam membuat dekorasi kerana dia mempunyai sebuah syarikat iaitu Polkadotted Creative Solutions, jadi tidak hairanlah jika Linda melantiknya sebagai perunding perkahwinannya.

“Sebelum ini, saya pernah membantu Maya membuat hiasan untuk majlis perkahwinannya.

“Kali ini, saya hanya membuat dekorasi serta menolong sikit-sikit dan mana-mana yang patut.

“Linda ni jenis semuanya dia nak buat sendiri dari yang perkara yang besar hinggalah perkara yang kecil-kecil.

“Jadi, saya menolong Linda menghias bunga telur. Tetapi, saya tidak membuat semua dekorasi sebab meja dan pelamin akan disediakan oleh pihak Bora Ombak,” kata ibu kepada putera sulungnya, Micah Lee Hashim-Vercoe yang berusia setahun empat bulan ini

Jelas Jes, niatnya hanya sekadar hendak menolong untuk membuat dekorasi sahaja namun tidak menyangka pula terus dilantik sebagai perunding perkahwinan oleh Linda
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 3:28 pm

Erti 25 kepada Fasha Sandha

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Fasha_12

"Terus terang Fasha katakan usia 25 tahun merupakan 'target' Fasha untuk mendirikan rumah tangga. Cuma semuanya ini bergantung kepada rezeki dan jodoh," kata Fasha.

Tambahnya lagi, dia sudah bersedia dari aspek fizikal dan mental untuk bergelar isteri dan ibu. Katanya lagi, apa yang penting buat masa ini adalah mencari calon yang sesuai yang dapat memberikan kebahagiaan kepadanya.

"Usia 25 tahun ni hanyalah target, tak tahulah kalau target tak mengena," kata Fasha sambil tersenyum.

Ditanya mengenai gossip yang mengatakan bahawa Fasha bercuti bersama-sama kekasihnya di luar negara, Fasha menolak gossip tersebeut.

"Mana ada Fasha holiday dengan kekasih....memang Fasha tak nafikan yang Fasha ada pergi holiday ke Hanoi bersama teman tapi bukan dengan boyfriend, tetapi dengan kawan baik jer.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 3:30 pm

ziana hamil anak kembar

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 L1369110

Penyanyi dan pelakon terkenal, Ziana Zain, 40, hari ini memberitahu beliau kini hamil tiga bulan dan kandungannya disahkan kembar.

Penyanyi yang popular dengan lagu Menadah Gerimis itu berkata, dia cukup teruja dan tidak menyangka akan mendapat anak kembar.

“Saya juga sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menimang cahaya mata dan ini semua adalah rezeki daripada Allah,” jelasnya dalam nada gembira ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ziana tidak menolak kemungkinan rezeki mengandung anak kembar mewarisi keturunan sebelah ibunya, Robiah Abdul yang juga merupakan pasangan kembar.

“Buat masa ini, semuanya berjalan lancar dan tentang simptom seperti mabuk dan lemah badan, itu perkara yang memang saya tidak boleh elak. Walaupun sudah tiga kali hamil, saya tetap mengalaminya,” ujar pelakon filem Sembilu itu
Back to top Go down
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP
eira ariyana

Number of posts : 3481
Age : 42
Location : Kampung Melayu Subang++
Registration date : 09/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 3:38 pm

wah dah buka umah baru la. hoorey!!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 8:09 am

Mas AF2 balik ke Tawau

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Ne_08_11
MAS bersama Ghani dan ibunya, Ayuma Watson.


KUALA LUMPUR – Setelah lima hari ditahan di Wad Psikiatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Mas AF2 atau Asma Ghani, 28, akhirnya dibenarkan pulang semalam.

Janda beranak dua itu keluar HKL pada pukul 12 tengah hari dan dijemput oleh bapanya, Ghani Gibie, 69, dan Eksekutif Maestro Records, Othman Mahmood.

Beberapa jam kemudian, Mas pulang ke kampungnya di Tawau dengan pesawat AirAsia pada pukul 2 petang bersama Ghani.

“Mas enggan berjumpa dengan sesiapa pun termasuk pihak media. Dia mohon supaya semua pihak memberi ruang kepadanya untuk berehat,’’ kata Othman kepada Kosmo! semalam.

Mas sebelum ini ditahan di wad berkenaan setelah diserahkan oleh polis daerah Ampang Jaya apabila didapati meracau dan menimbulkan kekecohan di balai polis berkenaan awal pagi Khamis lalu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 8:12 am

Erra harap pengurus kembali

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Hi_01_18


TEMPOH lapan tahun Syed Abu Bakar Syed Agil atau lebih dikenali dengan gelaran Syed menguruskan perjalanan seni Erra Fazira, kini kelibat dua individu yang sentiasa bersama tidak lagi dapat dilihat.

Lantaran itu, timbul khabar angin apakah Syed dan wanita jelita yang begitu sinonim dengan gelaran primadona filem Melayu itu berselisih pendapat hingga mencetuskan pertelingkahan.

Erra ketika ditanya Kosmo! baru-baru ini bagaimanapun hanya tertawa kecil, malah menafikan dakwaan yang tidak berasas, kononnya dia dan Syed berbalah.

"Saya tidak ada masalah dengan dia (Syed), cuma barangkali dia yang ada masalah dengan diri sendiri.

"Beberapa minggu lalu saya ada menghantar SMS kepada dia, namun dia mengatakan sedang menghadapi masalah.

"Saya cukup memahami situasi dia, malah saya juga ingatkan mahu memberikan waktu kepada dia menyelesaikan masalah yang dihadapi.

"Dia terus menghilangkan diri, tanpa ada sebarang khabar berita. Saya tidak boleh menunggu lagi kerana perkara ini melibatkan kerjaya seni saya.

"Jadi saya anggap status dia sekarang sebagai menghilangkan diri," jelas Erra yang masih kehairanan dengan situasi tersebut.

Untuk mengelakkan berlaku masalah kemudian hari apatah lagi seseorang pengurus bertindak merencana masa depan selebriti di bawah jagaannya, Erra nekad bergerak sendiri.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Hi_0210
ERRA mengakui masih berasa hairan dengan kehilangan misteri Syed Abu Bakar.


"Memang susah sebab selama ini saya sentiasa ada pengurus sendiri yang membantu melicinkan segala urusan kerja saya.

"Sukar jugalah hendak bergerak sendirian apatah lagi hendak berkejaran ke sana ke mari berseorangan.

"Oleh itu, perjalanan seni saya sekarang adakalanya dibantu oleh Vernon Kedit-Jolly andai saya memang sudah terlampau kelam-kabut.

"Vernon hanya membantu apabila diperlukan, bahkan tidak ada kontrak hitam putih mengatakan Vernon menguruskan saya," terang Erra telus agar tidak disalah anggap oleh sesetengah pihak kemudian hari.

Satu persoalan yang bermain di minda. Sekiranya 'jodoh' Erra dan Syed masih ada, apakah dia akan menerima lelaki berkulit hitam manis itu menguruskan kerjaya seninya seperti sebelum ini?

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek menjawab, dia mengamalkan sikap terbuka kalau Syed benar-benar hendak berkhidmat semula dengannya.

"Saya bakal menerima dengan hati terbuka kalau dia berhasrat mahu menguruskan saya selepas ini, cuma dia kena selesaikan masalah yang dihadapinya terlebih dahulu.

"Kalau tidak selesai lagi masalah dia, saya takut akan ada pula masalah lain timbul kemudian hari," ungkap wanita berusia 35 tahun itu.

Dalam pada itu, penyanyi Fazli Zainal yang juga merupakan individu paling rapat dan pernah bekerjasama dengan Syed mengakui dia telah menyelamatkan Syed dalam satu insiden baru-baru ini.

"Saya hantar Syed ke hospital untuk mendapatkan bantuan setelah dihubungi dan menerima SMS daripada Syed.

"Selepas saya mendaftarkan Syed di hospital dan mendapati dia berada dalam keadaan stabil, maka saya segera pulang ke rumah.

"Saya serahkan segala barang peribadi milik Syed seperti dompet, telefon bimbit dan komputer riba kepada familinya.

"Justeru, dakwaan yang mengatakan saya disoal siasat polis berhubung kejadian tersebut memang tidak benar sama sekali.

"Saya tidak tahu menahu langsung tentang perkembangan terbaru Syed selepas kejadian itu," jawab Fazli telus.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 8:20 am

Debaran menimang cahaya mata

Tidak sampai sebulan setengah lagi, Erra bakal melahirkan bayi yang dikandungnya. Debaran kencang mulai mencengkam diri apabila tiba ke saat mahu bersalin seperti ibu yang lain.

Puas sudah mengusung perut yang memboyot ke sana ke mari selama lapan bulan, kini Erra mula menghentikan kerja seninya bermula awal Januari lalu.

Menurut wanita yang telah pun berkhidmat kepada lapangan seni sejak 15 tahun lalu, aktiviti kerjayanya dihentikan dalam masa seketika bermula bulan lalu apatah lagi suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin agak risau dengan tahap kesihatan isteri bersama kandungannya.

"Sepatutnya bulan Disember tahun lalu suami saya sudah suruh berehat daripada melaksanakan kerja-kerja seni.

"Dengan usia kandungan yang sudah mencecah lapan bulan, maka saya dengan rela hati berehat seketika daripada melakukan kerja.

"Saya bukannya bercuti terus bulan Januari lalu, tetapi masih menghabiskan mana-mana kerja yang belum dilunaskan lagi.

"Contohnya ada penggambaran selama sehari, saya akan pergi juga walaupun kandungan sudah masuk lapan bulan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Hi_0310
ENGKU EMRAN begitu prihatin terhadap keselamatan Erra dan bayi dalam kandungannya.


"Perkara seumpama ini memang tidak boleh dielakkan, tetapi asalkan saya masih terdaya untuk buat, sudah pasti saya akan lakukan," beritahu Erra yang kali terakhir menjadi pengacara program Dunia Wanita sebanyak 13 episod untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum bercuti.

Sikap Erra yang kuat bekerja nampaknya tidak mudah 'serasi' dengan percutian panjang untuk melahirkan cahaya mata yang dijangka bayi perempuan.

"Awal-awal cuti memang saya rasa bosan sangat. Nama sahaja bercuti, tetapi saya tetap pergi ke sana ke mari.

"Boleh dikatakan dalam tempoh seminggu, empat hari saya dipenuhi dengan pergi ke kelas membuat kek, menjahit dan menyulam, menghadiri kelas penulisan skrip dan mencanting.

"Saya sengaja melakukan kerja-kerja yang diminati sebelum ini, tetapi tidak ada waktu yang mencukupi untuk buat semua ini.

"Lagipun saya jenis wanita yang suka bergerak. Pernah saya duduk di rumah selama seminggu, tanpa melakukan apa-apa.

"Kesannya, seluruh badan saya sakit, malah badan dan minda juga seolah-olah tidak mampu untuk bergerak," akui Erra lagi.

Bercakap lebih lanjut tentang kelahiran bayinya kelak, Erra menjelaskan, debaran untuk melahirkan anak mulai terasa di hati apatah lagi waktunya hampir tiba.

"Sudah tentulah saya takut sebab selama ini ada mendengar orang bercerita kesakitan yang dialami sewaktu hendak melahirkan bayi.

"Walaupun gementar serta bimbang, namun saya masih kena melalui proses bersalin nanti. Sekarang saya memperbanyakkan doa agar kelahiran ini dipermudahkan.

"Saya berharap semuanya berjalan dengan lancar, cuma saya kena reda kalau menanggung kesakitan untuk beranak nanti," tutur Era dalam nada pasrah.

Tidak ketinggalan, Erra turut meluahkan kegembiraan apabila keluarga kedua-dua belah pihak saling memberikan motivasi untuk dia berdepan dengan proses sebelum dan juga selepas melahirkan bayi.

"Saya bertuah kerana keluarga kedua-dua belah pihak cukup prihatin tentang kesihatan saya dan bayi yang akan lahir nanti.

"Sudah semestinya saya tidak perlu berasa risau lagi selepas melahirkan anak kerana mereka (keluarga) akan memastikan saya mengikuti segala pantang yang betul," tutur Erra yang mengakui baru mula membeli barang-barang keperluan untuk bayi.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Hi_01_20
PASANGAN yang kini begitu teruja menantikan kelahiran buah cinta sulung mereka.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 8:35 am

Malu, semput dan letih

Bagaimanakah tabiat latah memberi kesan kepada tiga individu yang masih muda ini?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Nor11


REAKSI individu yang melatah adalah pelbagai. Ada yang menari, melompat, mengeluarkan kata-kata kesat, lucah, kotor, meniru aksi orang di sekeliling atau sebagainya. Tingkah laku itu mungkin dianggap satu bentuk hiburan kepada orang lain.

Bahkan, sesebuah majlis perkahwinan atau kenduri kendara seakan-akan hilang serinya tanpa gelagat mereka yang melatah.

Semakin diusik atau disergah, semakin rancak mereka melatah.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, latah bermaksud seseorang (biasanya wanita) tidak sedar apa yang dilakukan, mengikut perbuatan atau suruhan orang lain tanpa disedari, mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu secara tidak sengaja kerana terperanjat.

Ironinya, ramai yang menyangka latah sering berlaku dalam kalangan wanita yang berumur 50 tahun ke atas. Sedangkan hakikatnya, latah juga boleh berlaku dalam kalangan orang muda tanpa mengira jantina.

"Sebelum ini, saya fikir latah hanya berlaku kepada wanita berumur. Tetapi, sangkaan itu meleset apabila saya sendiri mula melatah pada usia 22 tahun.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Nor210
NOOR pernah menampar orang lain ketika melatah
.
"Semua ini berpunca daripada kecenderungan saya mengusik penari senior yang melatah. Pada waktu itu, saya bertugas sebagai penari di Istana Budaya (1997).

"Setiap kali waktu rehat, saya pasti mengganggu mereka. Apa lagi, mulalah mereka melatah dengan menari dan menyebut perkataan yang kurang enak didengar," jelas pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie, 34, ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Damansara Perdana, Petaling Jaya.

Keasyikan mengacau orang melatah akhirnya menyebabkan virus tabiat tersebut 'menjangkiti' dirinya. Peliknya, tatkala penari senior melatah, dia pun akan turut serta. Walaupun menerima sergahan yang perlahan, Noor tetap melatah.

Bukan setakat itu, sikap latahnya semakin menjadi-jadi sejak berkawan rapat dengan pelakon, Siti Haida Abdul Moin (Ieda). Ini kerana Ieda antara selebriti yang paling teruk melatah.

Pantang dicucuk, disergah atau terdengar bunyi mengejut, pantas saja dia melatah.

Justeru, apabila kerap bertemu rakan yang juga melatah, kesannya kedua-dua mereka akan melatah tanpa henti apabila terkejut. Lebih menjadi haru-biru apabila ada orang lain yang mengetahui kelemahan mereka akan mengambil kesempatan yang membuatkan mereka terus melatah.

"Paling melucukan disebabkan latah, kami berdua telah ditawarkan berlakon dalam telefilem bertajuk, Mario Mariono Bros.

"Dalam drama tersebut, saya memegang watak gadis latah yang ingin menjalani kehidupan sebagai gadis normal. Bagi mendapatkan aksi latah yang semula jadi, tenaga produksi telah melakukan pelbagai kejutan supaya kami melatah teruk," ujar Noor yang pernah menampar dahi seorang pelakon kerana terkejut apabila pinggangnya diusik.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Nor310
SIKAP latah Noor (kiri) dan Ida semakin menjadi-jadi apabila bertemu
.
Segelintir masyarakat menganggap latah tidak perlu ditakuti kerana ia dianggap sebagai satu bentuk hiburan yang mencuit hati. Namun begitu, tanpa kita sedari latah boleh menyebabkan individu tersebut berada dalam keadaan bawah sedar, hilang kawalan dan kepenatan.

Walaupun tidak menyedari perkara yang dilakukan ketika melatah, tetapi sebaik sahaja tersedar daripada melatah, Noor yang pernah memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2007 mengakui dia akan mengalami kepenatan yang teramat sangat.

"Latah sungguh memenatkan sehingga berpeluh-peluh dibuatnya. Situasi ini cukup tidak menyenangkan kerana ia mengganggu kerja saya. Atas faktor tersebut, setiap kali menjalani sesi penggambaran, saya akan minta kerjasama tenaga produksi supaya tidak melakukan sebarang perkara yang boleh menyebabkan saya melatah.

"Apabila sudah penat dan tidak bertenaga, ia menyukarkan saya menjiwai watak," luah Noor yang turut memberitahu latah juga mengundang bahaya dan menjejaskan keselamatan seseorang.

Jelasnya, gara-gara melatah dia dan Ieda hampir mengalami kemalangan jalan raya. Kejadian itu berlaku sewaktu mereka dalam perjalanan pulang selepas penggambaran tamat. Secara tiba-tiba, sebuah kereta yang berada di belakang kereta Noor telah membunyikan hon.

Bunyi hon yang kuat itu telah menyebabkan mereka berdua menjerit dan melatah sehingga Noor melepaskan stereng kereta. Mujur, Ieda segera sedar lalu menenangkan Noor supaya segera mengawal kereta yang hampir merempuh pembahagi jalan.

Bukan itu sahaja, Noor juga pernah membaling telefon bimbit dan sikat serta hampir melemparkan pisau yang sedang digenggam akibat melatah.

Memang seronok melihat orang melatah tetapi tindak-tanduk sedemikian sebenarnya mewujudkan rasa malu dan segan kepada golongan ini.

"Saya bukan badut untuk dipermainkan dan dijadikan bahan ketawa," tegasnya yang berjaya mengurangkan latah dengan kaedah mengetap gigi apabila diusik.

Oleh kerana jarang bertemu geng latah, Ieda memberitahu, pelakon Nadia Mustafar, 33, berjaya membantu mengurangkan sindrom latahnya.

Bagaimana pula dengan lelaki? Adakah tabiat latah mereka lebih teruk berbanding wanita?

"Selain saya, mak dan nenek juga melatah. Nenek pernah mengejar orang dengan parang manakala mak pula pengsan hanya disebabkan latah.

"Tak tahulah sampai bila kami akan melatah. Hakikatnya, saya tak mahu lagi menanggung malu, semput dan keletihan," luah jurusolek bebas, Mohd. Firdaus Mohamed Dian, 24, yang meniru aksi orang, menjelirkan lidah dan membuat mimik muka ketika melatah.

Menurut Mohd. Firdaus, dia pernah terjirus air ke muka pengantin perempuan yang disoleknya. Begitu juga pipi pelanggannya turut diconteng dengan gincu bibir apabila pinggangnya dicucuk.

Namun begitu, Firdaus kini menarik nafas lega kerana tidak lagi mengalami latah yang teruk kerana kurang diusik oleh rakan-rakannya. Jika sewaktu berada di tingkatan tiga, rakan sekelasnya tidak pernah lekang mengacau sehingga dia pernah menangis kerana malu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 9:10 am

Syifa suka menari

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Ps_02_10


MEMILIH mendirikan rumah tangga pada usia muda bukanlah satu bebanan buat pelakon dan model, Anita Baharum, 26.

Bergelar isteri pada usia 22 tahun, setahun selepas itu pelakon kecil molek itu menjadi ibu kepada Syifa Dhia Nurina Ismadi, 2.

Yang pasti kehadiran Syifa memberi tuah kepadanya dan suami, Ismadi Ismail, 38.

Menurut anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu, sejak awal perkahwinannya, dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

"Anak adalah pelengkap dan penyeri sebuah rumah tangga. Melihat telatah si kecil membuatkan hati saya gembira. Kehadirannya membuatkan hubungan saya dan suami bertambah erat.

"Mana tidaknya, sekiranya berlaku perselisihan faham antara saya dan suami, anak berperanan sebagai penyelamat rumah tangga.

"Melihat saja wajahnya, hilang segala perasaan sedih dan yang terbuku di hati," ujar Anita.

Bercerita mengenai detik cemas ketika hendak bersalin, jelas Anita, dia melahirkan anak sulungnya itu secara pembedahan.

"Doktor terpaksa melakukan pembedahan disebabkan kandungan saya melebihi tarikh yang dijangka bersalin, sedangkan ketika itu saya tidak ada tanda-tanda hendak bersalin.

"Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan sebaik sahaja melahirkan cahaya mata ialah apabila doktor terus membawa bayi ke pangkuan saya yang ketika itu masih berada dalam keadaan separuh sedar.

"Namun pada waktu itu saya gagal melihat wajah bayi dari jarak dekat memandangkan saya mempunyai masalah rabun.

"Mujurlah suami merekodkan setiap proses kelahiran. Saya sempat bertanyakan kepadanya tentang bentuk wajah bayi sama ada mirip saya ataupun dia," ujarnya dalam nada ketawa.

Kini, Anita lebih selesa dengan kehidupan rumah tangganya. Dia banyak menghabiskan masa bersama si kecil dengan bermain dan melayan segala kerenah anaknya itu.

"Bermain anak patung, masak-masak dan menari adalah rutin harian Syifa. Pantang mendengar lagu, dia terus menari tanpa mempedulikan orang yang berada di sebelahnya."
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 9:24 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Cover11


Yoga pengikat kasih

BAGI Raja Atilia Raja Haron, 35, dan ibunya Salamiah Hassan, 58, minat terhadap amalan yoga yang mendalam membuatkan anak-beranak itu begitu memahami antara satu sama lain.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Ps_01_11
ATILIA dan Salamiah umpama teman baik yang memahami diantara satu sama lain.


Menurut Atilia yang dipanggil Girl oleh ibunya, semasa kecil sehingga remaja dia selalu bertelagah pendapat dengan ibunya. Namun, sekarang, dia dan ibunya begitu memahami sehinggakan dapat menduga perangai masing-masing jika salah seorang daripada mereka mempunyai masalah.

Tambahan pula sejak mereka mempraktikkan yoga bersama, aktiviti sihat yang dilakukan menjadikan hubungan mereka bertambah akrab dan lebih serasi.

“Saya sudah mempraktikkan yoga sejak empat tahun lepas, manakala ibu baru mengikutinya tiga tahun lalu. Jika kami ada kelapangan masa, kami akan lakukan bersama di rumah saya.

“Kesibukan nyanyian dan komitmen masing-masing menyebabkan kami jarang berjumpa. Yogalah pengikat kasih di antara kami.

“Selepas mempraktikkan yoga, hubungan kami menjadi semakin akrab ibarat teman yang tidak boleh dipisahkan. Kami juga menjadi lebih memahami antara satu sama lain,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di kediamannya di Kondominium Metropolitan Square, Damansara Perdana, Selangor baru-baru ini,

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Ps_01_10

Mereka bukan sahaja berkongsi minat yang sama malah wujud hubungan istimewa yang jauh daripada itu. Mereka seperti adik-beradik atau sahabat karib yang boleh berkongsi rasa dan rahsia. Sehinggakan baju dan kasut juga dikongsi bersama dua beranak itu.

“Saya selalu pinjam baju ibu kalau ada pertunjukan atau hendak keluar membeli-belah sebab kami mempunyai cita rasa dan saiz yang sama.

“Bukan itu sahaja, kami juga mempunyai persamaan dari segi selera makan, muzik dan haiwan peliharaan iaitu kucing parsi,” katanya yang manja di samping ibunya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 10:31 am

AF7: AC kekal pengacara

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 21020010

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Af777710

Spekulasi ramai yang mengatakan pengacara sensasi Aznil Nawawi bakal kembali menjadi hos konsert mingguan Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) nampaknya tidak tepat apabila pelakon dan pengacara, AC Mizal terus diberi tanggungjawab itu sekali lagi bagi mengendalikan program realiti popular itu.

Selain AC, Sarimah Ibrahim juga masih kekal sebagai hos bagi program Diari Akademi Fantasia dan sebuah segmen AF baru iaitu, Diari INT AF.

AC ketika diminta mengulas tentang pemilihannya sekali lagi tahun ini berkata, peluang yang terus diberikan oleh Astro bagi menerajui AF7 akan diguna sebaik mungkin untuk memperbaiki kelemahannya ketika mengendalikan AF6 dulu.

Turut diperkenalkan pada sidang media itu ialah barisan tenaga pengajar bagi musim terbaru AF ini.

Selain mengekalkan Siti Hajar Ismail sebagai guru vokal persembahan, Fatimah Abu Bakar selaku guru motivasi dan Bahasa Inggeris serta Syafizawati Sharif sebagai guru vokal teknikal, tiga tenaga pengajar baru turut dipilih iaitu pelakon Ida Nerina sebagai guru lakonan, A.Aris Kadir yang mengambil alih tugas Linda Jasmine selama enam musim sebagai koreografer serta Hashridz Murshim atau Acis selaku Pengarah Muzik.

Bagaimanapun, desas-desus yang mengatakan penyanyi tersohor dan juga isteri kepada Acis, Datuk Sheila Majid bakal dilantik sebagai Pengetua AF7 masih belum disahkan oleh pihak Astro yang hanya akan mengumumkan perkara itu tidak lama lagi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 10:32 am

Konsert Rihanna ditangguhkan?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Rihann11

Konsert Rihanna Live in Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung di Stadium Kuala Lumpur, Jumaat ini terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Perkara tersebut disahkan oleh penganjur konsert tersebut, Pineapple Concerts Sdn Bhd melalui kenyataan akhbar yang diemelkan kepada mStar online hari ini.

Menurut Pengurus Operasi Pineapple Concert Sdn Bhd, Razman Razali pihaknya terpaksa menangguhkan konsert tersebut setelah pihaknya memperoleh kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan Rihanna, William Morris Agency di Los Angeles (LA).

"Dengan perkara terkini yang melanda Rihanna ketika ini, pihak pengurusannya di LA meminta tempoh dua minggu untuk menetapkan semula tarikh baru bagi konsert berkenaan.

Tarikh tersebut juga telah dipersetujui oleh pihak kami sebagai pengajur dan Rihanna sendiri,"

Difahamkan, punca bintang tersebut menarik diri adalah disebabkan kekasihnya, Chris Brown yang ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis selama 90 minit ekoran dituduh menyerang seorang wanita yang tidak dikenali kelmarin.

Brown yang turut tercalon serta dijadualkan membuat persembahan pada Grammy kali ini dikatakan telah pergi ke balai polis untuk disoal siasat dan menurut jurucakap polis, Brown bagaimanapun tidak ditahan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 12:29 pm

HIP Gaya sederhana, sikap humor

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Mainpi55
'Happy' buah tangan terbaru Amy Mastura untuk peminat bagaikan kena dengan dirinya


TAHUN ini masuk 16 tahun artis bertubuh kecil molek, Amy Mastura melayari hidup sebagai selebriti. Merenung dan menyelak laluan panjang ibu kepada dua anak ini, ternyata Amy masih bertahan merentasi graf naik turun dalam dunia yang penuh cabaran.

Amy antara penyanyi yang kalis gosip liar dan kontroversi, malah setiap hayunan langkahnya masih kemas dan tiada sangsi dek pemerhati di luar sana.

Isteri kepada Alvin Tham Sufian hadir ke Balai Berita dengan gaya sederhana namun ada aura menawan yang dapat disingkap. Sikap rendah diri dan sisi humornya masih tebal hingga mampu membuatkan sesiapa yang mendekati atau mengenalinya, mampu tersenyum gembira. Bagaikan kena dengan judul album ketujuhnya berkonsepkan pop, Happy menjadi buah tangan baru dijangka berada di pasaran Februari ini.

Cuba memanfaatkan kipas meja yang kebetulan ada di dalam studio, pelbagai aksi dan mimik muka cuba dilakukan penyanyi yang dikenali dengan lagu Jawapan Kasih dan Meniti Hari ini. Semudah bacaan A hingga Z dan seiring dengan pengalamannya, namakan saja gaya yang diingini, Amy mampu merealisasikan dengan rambutnya mengerbang cantik dihembus angin. Riuh studio gara-gara ketawa pengacara Apa-Apa Aje musim terbaru di TV3 ini menggantikan pengacara asal, Sheila Rusly.

2009 menjadi permulaan yang baik kepada wanita kelahiran Ipoh ini apabila rezeki tidak pernah putus singgah ke dalam diari hidupnya. Dia antara penyanyi wanita era 90-an yang masih dianggap mekar di hati peminat, malah ada saja perkembangan terbaru yang ingin dikongsinya, tidak kira sama ada dalam bentuk lakonan, pengacaraan TV dan lakonan. Menyentuh mengenai lakonan, drama terbaru lakonannya, Kasut Tumit Tinggi sudah mula disiarkan di Astro Prima (saluran 105) sejak 22 Januari lalu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Mainpi56
WAJAH ceria Amy terus melekat di hati peminat.


Drama 13 episod bergenre komedi romantik dan diarahkan Low Ngai Yuen (bekas pengacara program 3R) menggandingkan Amy dengan pelakon hebat seperti Norish Karman dan Nanu Baharudin termasuk bakat baru, Juliana Evans. Terbabit sama di dalam drama yang memakan masa tidak sampai sebulan itu, menjadi satu pengalaman berharga buatnya.

“Ini kali pertama saya berlakon di bawah arahan Low Ngai Yuen dan produksi Double Vision. Menimba pengalaman di produksi berbeza membolehkan saya mengutip banyak ilmu buat bekalan di dada. Apa yang saya dapat katakan satu kelainan dapat berlakon di dalam produksi ini. Saya juga tidak berdepan dengan masalah, malah komitmen pelakon yang terbabit juga menyenangkan.

“Bekerja dengan pengarah (Low Ngai Yuen), dia jenis yang pantas bekerja, tegas dan dia tahu apa yang inginkan. Dia bijak mengawal tahap lakonan setiap pelakon dan memudahkan kepada kita sebagai pelakon untuk memberikan apa yang diingininya. Paling menyeronokkan lagu single pertama saya Langkah Di Hatimu,” katanya ringkas dan drama 13 episod ini boleh ditonton pada setiap Khamis jam 10 malam.

Bakal menginjak usia 38 tahun pada 10 Mei ini, bidang nyanyian kini bukan lagi keutamaan sebaliknya ia diseimbangkan dengan apa saja punca rezeki yang boleh diusahakannya. Kalau dulu sewaktu berjaya muncul dengan album sulung, memang iya, dunia nyanyian sudah memadai buatnya. Namun seiring dengan peredaran masa dan peningkatan kos sara hidup, dia perlu bijak mencuri peluang yang ada di depan mata.

Bersyukur dengan apa yang dilalui

KATA Amy, apa yang diceburinya kini dilakukan atas paksi minat dan suka. Pada tahapnya kini, elemen populariti mungkin bukan segala-galanya, sebalik ia adalah bonus jika masih ada pihak yang menghargai bakat seninya. Katanya lagi, apa yang dilakukan kini atas dasar tanggungjawab dan sumber mata pencarian.

“Saya bersyukur dengan apa yang saya lalui. Kalau ada peluang baru di depan mata, kenapa tidak saya mencabar diri mencubanya. Apa yang bakal berlaku di kemudian hari, tiada di dalam gambaran mata kasar saya. Semuanya sudah ditetap Yang Maha Esa. Begitu juga kisahnya, sewaktu saya diberi peluang mengacarakan Apa Apa Aje bersama Shamsul Ghau Ghau. Saya amat berterima kasih kepada pihak pengurusan TV3 yang menawarkan tugas ini.

“Ia adalah satu cabaran besar apabila diberi tanggungjawab mengambil alih daripada hos asal Sheila Rusly yang memang diakui cukup bagus orangnya. Saya berharap tidak dibandingkan dengannya, Sheila ada caranya tersendiri dan begitu juga dengan saya. Selagi orang memberi kepercayaan untuk kita melakukan kerja, saya akan cuba melakukan sebaik mungkin.

“Di zaman ini juga banyak tawaran berlakon yang kunjung tiba kepada saya. Syarikat produksi juga semakin berkembang dan stesen TV banyak memberi peluang kepada saya. Sama halnya, apabila pihak Sony BMG Music masih berminat untuk membikin dan mengedar album terbaru saya. Ia umpama rahmat bermakna untuk saya terus mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan,” katanya yang bakal muncul dengan filem Hopperz dijangka pada tahun ini.

Membelek episod rumah tangganya di samping suami dan dua anak, Adriana dan Adalia, alhamdulillah bahagia masih erat mendakap kehidupannya. Diusik pertanyaan mengenai hasrat menambah bilangan anak, pintas Amy Mastura sambil berseloroh, anak ketiga belum ada di dalam senarai carta. Masih comel di usia yang hampir larut, Amy tidak mempunyai petua tertentu sebaliknya melalui aturan hidup ini sebagaimana yang sudah ditentukan Tuhan.

“Tiada apa-apa rahsia, mungkin apa yang saya hanya terus bergembira seadanya. Semua manusia di dalam dunia ini akan jadi tua juga pada akhirnya. Itu pasti dan tidak boleh dielak. Ia satu ketetapan yang pasti.

“Gaduh-gaduh manja itu biasalah dalam kehidupan berumah tangga. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita manusia biasa Alhamdulillah, sesibuk mana saya sekalipun, masa dengan anak-anak tetap ada. Setidak-tidaknya kalau saya dapat hantar Adriana ke sekolah, sudah memadai dan menyejukkan hati saya,” katanya yang sentiasa mengalu-alukan kehadiran bakat baru sekali gus memeriahkan persada seni.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Mainpi57


SEPINTAS: Amy Mastura

*Nyanyian: Terapi hiburan yang bercambah di dalam zon minat dirinya.

*Sikap: Janji gembira

*Lakonan: Membolehkan dirinya berasakan bagaimana menjadi diri orang lain dengan tuntutan watak yang diberi.

*Impian 10 tahun: Masih di sini, terus berada di dalam industri yang dicintai sejak sekian lama.

*Nana: Pengurus kepada dirinya, seperti diari bergerak, operator, penunjuk arah jalan dan pendek kata, kalau tiada Nana, sesat jalanlah jawabnya (usik Amy Mastura).

*Happy: Judul album ketujuhnya yang mengandungi 10 buah lagu menampilkan komposer seperti Panji, Lah VE, Goh Boon Hoe dan Andry. Lima lagu yang dimuatkan adalah hasil ciptaan Amy Mastura sendiri iaitu Langkah Hatimu, Happy, Ini Kasihku, Dingin Malam dan Mencapai Bintang. Cuma lagu Mencapai Bintang saja menggunakan lirik nukilan pengurusnya, Nana.

PROFIL:Amy Mastura

Tarikh Lahir: 10 Mei 1971

Keluarga: Anak bongsu dua beradik.

*Diijab kabulkan dengan Alvin Tham Sufian pada 30 Jun 2000 di kediaman keluarganya di Ipoh, Perak dan bersanding di Dewan Bandaraya Ipoh pada 1 Julai 2000.

*Mempunyai dua cahaya mata Adriana, 7 dan Adalia, 3.

*Bertugas sebagai pramugari di MAS selama lima tahun.

*Duta bijirin kesihatan, Quaker Oat, jam Omega, produk Leno dan pusat kesihatan Slim World

*Menjuarai pertandingan Asia Bagus yang ketiga pada 1993 di Jepun Pernah mewakili Malaysia dalam Asian Pop Queen Festival 1994 di Jepun.

*Kejayaan:

-Meraih anugerah Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada 1995.

-Pernah berduet dengan Tommy Page di dalam lagu The Best Part.

-Bekas VJ MTV Syok.

-Pernah menjadi model Shiseido Pureness, Aiwa, Adidas, Omega, Axion Spring Fresh dan Lux.

-Merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM14 pada 1999.

-Pernah berduet dengan Glenn untuk lagu Dengarkanlah.

-Memenangi kategori Pop Rock untuk lagu Bintang Hati dalam Juara Lagu 2000.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 12:34 pm

Dengarnya... Muak gelagat Norman, Abby

BARU-baru ini teman sepejabat Cik Normah menerima e-mel daripada seorang pemerhati industri seni. Halnya masih tak habis-habis memperkatakan mengenai Abby Abadi dan Norman Hakim. Dalam e-melnya, dia boleh cakap Abby dan Norman ini lebih kurang sama perangai, dua kali lima jer. Masing-masing gatal dan nak tunjuk kehebatan boleh mengurat pasangan yang lebih muda.

Ikutkan hati, Cik Normah malas nak ulas lagi mengenai cerita mereka yang agak kurang kedengaran lagi. Sejuk dah kot? Tapi daripada orang nak bersimpati dengan Abby sebab Norman memilih Memey, alih-alih orang dah mula jelak. Cik Normah faham sangat motif Abby mencetuskan hubungan dengan pelakon dan model baru, Zul semuanya sebab nak buktikan kepada Norman, dia juga boleh memiliki kekasih. Tapi kalau Abby tak berbuat sedemikian, Cik Normah yakin sampai ke saat ini, masyarakat akan simpati kepada Abby.

Cik Normah dapat tahu, Abby sekarang pun mengikuti peredaran zaman dengan memiliki akaun Facebook. Amboi, status Facebook Abby sentiasa berubah-ubah ikut mood dia. Cik Normah pun ingat nak buat satulah, boleh Cik Normah kumpul peminat alam maya dengan lebih ramai lagi. Walaupun peminat Cik Normah di alam realiti pun sudah berjuta sampai tak terlayanlah. Nanti boleh Cik Normah jadi kawan Abby ye dan kalau Zul sudi pun okey juga. Trend memiliki akaun Facebook ini sudah menjadi kegilaan ramai orang dan tidak ketinggalan rakan artis di Malaysia pun ada.

Manalah tahu kan, kot ada yang melayari Facebook Cik Normah nanti dan melihat gambar koleksi Cik Normah persis peragawati mesti ada yang terbeliak biji mata dan ajak bercinta. Maaf, ‘cintan-cintun’ Cik Normah tak layan sebab Cik Normah sudah ada suami ye. Tapi kalau nak tawar Cik Normah berlakon, okey jugalah dan bolehlah Cik Normah pertimbangkan mengikut kesesuaian masa. Kesan teknologi canggih ini, rezeki pun turut datang macam pelakon Siti Zie yang ditawarkan berlakon filem CE1 arahan Aziz M Osman. Hebatkan penangan sekarang?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 12:35 pm

Dengarnya... Tabik sikap profesional Erra Fazira
Oleh Normah Becok

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Erra20
KEJUTAN sambut hari lahir Erra Fazira dan sambutan kelahiran bayi bersama yang diadakan baru-baru ini bersama suami tercinta.


MISTERI 'kehilangan' pengurus Erra Fazira, Syed Abu Bakar nampaknya semakin hangat diperkatakan. Macam-macam versi kisah yang Cik Normah dengar mengenai Syed.

Tetapi yang Cik Normah nak sentuh kali ini bukan mengenai Syed, tapi mengenai sikap Erra sendiri yang wajar Cik Normah puji. Dalam kekalutan pihak media mempersoalkan ke mana Syed menghilangkan diri walaupun sebenarnya Syed tak ke mana pun, masih ada di Malaysia, Erra masih tegar berahsia dan menjaga nama baik Syed. Inilah yang Cik Normah suka kerana dalam apa juga keadaan, baik atau buruk, kita tetap cuba untuk tidak membuka pekung sesiapa pun.

Kawan Cik Normah yang pernah bertanyakan Erra mengenai perihal Syed, tapi dibalas dengan jawapan yang profesional tanpa menghiris hati mana-mana pihak. Tak dinafikan dulu Syed antara insan yang menaikkan nama Erra dan terus berada pada landasan yang sebenar. Hubungan mereka memang rapat dan macam adik-beradik. Kalau sebut Erra, nama Syed pasti diingati. Cik Normah yakin jasa Syed terhadap Erra memang banyak.

Tapi apabila mendengar cerita yang timbul membuatkan Cik Normah terkasima seketika. Khabarnya Erra terpaksa membuat langkah berani untuk mendapatkan pengurusan baru termasuk menggunakan khidmat Vernon Kedit Jolly buat sementara waktu. Cik Normah yakin Erra sendiri pasti sedih mengenangkan masalah dan nasib yang terpaksa ditanggung Syed kini. Sayangkan, mereka sama-sama meniti kehidupan dunia seni bersama-sama tapi pengakhirannya lain sekali dan di luar bidang kuasa mereka.

Beginilah, kawan sesama senang mungkin ibarat memetik jari. Tapi kawan sama-sama susah belum tentu boleh dicari. Seburuk mana pun kawan atau orang yang kita sayangi, sewajarnya kita menyembunyikannya sedaya mungkin. Perkara ini dibuktikan Erra yang sedang sarat mengandung dan dijangka melahirkan anak sulungnya pada 25 Mac ini. Kasihan Erra, Cik Normah harap, hal yang dialami Syed tidak akan menjejaskan fikiran dan kandungannya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 12:40 pm

'Jangan kaitkan nama saya'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Mainpi58
Nora baru melahirkan anak sulung, Putra Rayqal 7 Januari lalu.


Nora Danish bengang turut dikatakan tertekan isu cinta Fasha Sandha dengan bekas suaminya

"JANGAN kaitkan nama saya," demikian kata Nora Danish yang dihubungi Hip semalam sebagai membidas kenyataan pelakon Fasha Sandha dalam muka depan akhbar Harian Metro bertajuk 'Fasha akui tertekan'.

Aktres yang banyak menimbulkan kontroversi itu kini digosipkan sedang intim dengan bekas suami aktres dan model comel itu, Rizal Ashram Ramli. Gosip kencang mengenai hubungan mereka yang dikatakan kononnya sudah terjalin sekian lama mula menjadi perbualan dan perhatian ramai yakni sebelum Nora dan Rizal memilih jalan untuk berpisah tahun lalu.

Terbaru yang dianggap mengesahkan hubungannya dengan Rizal, biarpun berkali-kali cuba dinafikan aktres yang sudah masuk kategori kurang popular itu ialah kisah percutian mereka di Thailand 29 Januari lalu hingga program sensasi Melodi berjaya merakamkan kelibat mereka sewaktu di balai ketibaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) biarpun berjalan berasingan. Bagaimanapun, dia menafikan mereka bercuti bersama sebaliknya dia hanya ditemani pengurusnya Nik Yasmin Nik Abdul Rahman bercuti di Pattaya.

Paling melucukan dalam kenyataannya, dia mengakui agak tertekan dengan gosip ini dan membabitkan Nora juga turut merasai tekanan yang sama dengan alasan Nora baru saja melahirkan anak.

Menurut Nora yang baru melahirkan anak sulung, Putra Rayqal 7 Januari lalu, isu dia kini sedang tertekan yang diperkatakan aktres itu tidak timbul sama sekali. Hakikatnya Nora kini sedang bahagia melalui fasa baru bergelar ibu tunggal dan kuntum senyuman tidak pernah lekang di bibirnya. Malah dengan sokongan keluarga, bekas keluarga mentua dan teman tersayang, Nora mengakui cukup bertuah.

“Jelas di sini, saya dan dia (Rizal) sudah tiada apa-apa ikatan dan tidak perlulah mengaitkan nama saya lagi dengannya. Apa saja yang ingin dilakukannya adalah di luar bidang kuasa saya dan itu haknya. Apa juga yang berlaku di antaranya dengan aktres itu atau sesiapa sekalipun, bukan masalah saya lagi,” tegas Nora sambil memberitahu mungkin persoalan selama ini yang bermain di kotak fikiran ramai orang bakal terjawab tidak lama lagi.

Masih rapat dengan bekas suami

MENGAKUI masih rapat dan baik dengan bekas suaminya, pelakon yang cukup terkenal dengan sitkom Puteri ini memberitahu di saat dia ‘berperang’ melahirkan anak, selain ahli keluarga terdekat, Rizal turut hadir memberikan sokongan moral.

Malah, Rizal dan ayahnya (Tan Sri Ramli Ngah Talib) yang melaungkan azan ke telinga anak comelnya. Putera Rayqal dilahirkan tepat jam 11.50 malam di Pusat Perubatan Gleneagles, Ampang dengan berat, 3.05 kilogram. Putera sulungnya disambut sendiri oleh doktor yang bertugas pada malam itu iaitu Datuk Dr Aziz Yahya.

Nora melahirkan anaknya secara normal dan menggunakan proses vakum, sejak jam 11 pagi lagi pada tarikh itu (7 Januari) dia dan keluarga sudah bergegas ke pusat perubatan itu apabila darah mula tertumpah. Namun sekitar jam 4 petang, baru Nora mula berasa kesakitan dan semuanya berakhir sebelum menjelang 12 tengah malam. Kini dengan bantuan ibunya yang menetap bersama selepas Nora bercerai, dia lebih rasa selamat dan terjamin.

“Kalau saya seorang diri saja menjaganya, pengsan juga jadinya. Mujur ibu ada membantu dan mengurangkan beban saya. Hampir setiap malam tidur saya pasti terganggu kerana baby (Putera Rayqal) akan terjaga selang sejam. Penat memang penat, tapi saya gembira dengan kurniaan Tuhan yang tidak ternilai ini. Begitu juga penat menyusukan badan. Saya hanya menyusu badan hingga hari ke-15 dan kini dia hanya meminum susu formula yang disyorkan.

“Pengalaman melahirkan anak ini saya akui terlalu sukar apatah lagi sewaktu mengandung, Nora tidak terlalu aktif dan hanya duduk di rumah. Proses meneran juga sangat sukar untuk digambarkan biarpun hanya mengambil masa 20 minit. Tambahan pula, saya tidak menghadiri mana-mana kelas rasmi untuk belajar (meneran). Tapi yang paling saya tersentuh di saat saya berdepan getir ini, orang yang saya sayangi berada dekat dengan saya,” katanya yang sudah mula merindui dunia seni dan Insya-Allah akan kembali memberi tumpuan pada April nanti.

Kini sahabat baik kepada pelakon Tam dan Intan Ladyana ini sudah mula menyedari tanggungjawabnya kian bertambah dengan kehadiran cahaya mata ini. Keutamaannya kini pasti lebih kepada Rayqal dan kerjaya jatuh nombor dua. Seperti lazimnya yang dilakukan mereka bergelar ibu, Nora yang masih dalam proses berpantang melakukan proses berurut, bertungku dan memakan jamu.

Setiap pantang harus dipatuhinya termasuk dilarang minum ais batu dan makanan berminyak. Kehadiran rakan artis yang datang ke rumahnya seperti Datin Natasha Hudson memberi 1001 manfaat berguna kepada Nora.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Mainpi59


Kata Nora, Natasha banyak membantunya. Nora juga merancang untuk mengadakan majlis cukur jambul pada Mac atau April ini.

“Dia (Natasha) selalu memberi nasihat dan motivasi. Dia juga membeli saya bahan berguna termasuk buku bacaan kepada anak kecil dan kelengkapan bayi. Seiring dengan pengalamannya yang bergelar ibu, dia tak lokek berkongsi petua dan amalan yang dipraktikkan. Terima kasih juga kepada rakan artis dan teman saya yang sudi datang melawat.

“Saya juga bersyukur berat badan saya sudah mula menurun dengan mudah hingga berkurangan 10 kilogram. Berat badan saya kini sudah 49 kilogram dan saya mahu turunkan lagi menjadi 45 kilogram. Paling penting, berat badan Rayqal sekarang sudah mencecah 4.4 kilogram,” kata Nora.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 12:43 pm

Siti Zie 'orang baru' dalam hidup Aziz

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Aziz12
Siti Zie dan Aziz M Osman.


Enggan fikirkan soal peribadi, mahu beri tumpuan kepada anak dan kerjaya

FORMULA berani mengambil risiko dengan mengetengahkan pelapis baru dalam bidang lakonan yang sering dipraktikkan pengarah dan pelakon Aziz M Osman, 47, terus menjadi pegangannya. Malah melalui medium alam maya seperti Facebook dan Myspace, ia antara pendekatan segar yang mula digunakannya untuk melahirkan lebih ramai lagi bakat generasi mendatang.

Bukan sesuatu yang menghairankan pun kerana entiti siber ini antara landasan awal sesetengah orang ‘seni’ untuk memasarkan atau menunjukkan bakat yang ada ke seluruh pelusuk dunia selain menambah kenalan.

Malah ada yang bernasib baik apabila menjadi perhatian hingga mengundang pihak tertentu untuk dilamar menjadi artis rakaman, model atau pelakon. Mengikuti jejak nama seperti Nora Danish menerusi sitkom Puteri dan Sari Yanti (Kisah Kaisara) yang digilap bakatnya oleh Aziz, Siti Zie atau nama sebenarnya Siti Zainab Chia menjadi pertaruhan terbaru untuk watak penting di dalam filem terbaru arahannya iaitu CE1. Tidak timbul soal ada kualiti atau sebaliknya kerana selagi bakat ‘mentah’ ini mempunyai keinginan dan kesungguhan, ia pasti boleh diserlahkan.

Bagi Aziz pendekatan memperkenalkan muka baru sudah menjadi rutin dan kebiasaannya selama ini. Ia wajar dipuji kerana anak kepada pelakon Afida Es ini sanggup melawan arus daripada kebiasaan sesetengah penerbit atau pengarah yang lebih gemar mengambil pelakon yang sama atas dasar keselesaan dan senang bekerjasama hingga wujud istilah kronisme. Soal ini terpulang kepada individu kerana membikin filem atau apa juga pun wadah seni, ia perlu mengambil kira soal keuntungan dan pelaris.

“Saya tidak mahu dikatakan asyik-asyik muka yang sama menghiasi skrin TV atau di layar perak. Setidak-tidaknya industri kita akan terus meriah dengan generasi baru dan boleh membuka peluang kepada mereka untuk berkongsi bakat. Kalau ada sedikit bakat dan diiringi minat, lama-lama kalau dibentuk akan berjaya juga. Seperti biasa, saya akan perkenalkan muka baru dengan pakej yang segar kerana tidak mahu wujud istilah pelakon dominan.

“Pada masa yang sama kita mendidik penonton kepada isi filem dan bukan kepada bintang yang berlakon semata-mata. Melalui Facebook yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini, saya menemui Siti Zie dan kebetulan ciri-ciri yang ada padanya menepati watak yang diingini iaitu seorang gadis Cina yang masih muda remaja.

“Di Facebook juga kita boleh melihat profil dan pengalaman diri seseorang, lalu secara tidak langsung ia ruang terbaik untuk memperkenalkan diri. Selepas diujibakat, bakatnya setakat 50-50. Tapi dengan pakej dan keinginan tinggi untuk menerima cabaran, saya berikan dia peluang untuk membuktikan bakatnya. Ruang sudah diberi dan perlu dimanfaatkan bakat baru sepertinya,” kata Aziz sambil memberitahu selebriti tempatan pun sudah ramai memiliki akaun Facebook termasuk dirinya.

Dia ditemui pada Majlis Perasmian Robofair 2009 minggu lalu di Cineleisure, Damansara dan serentak dengan itu turut dilancarkan filem ke-25 arahannya iaitu CE1 akronim kepada Cyber Engineered 1. Filem cereka bersifat robotik dan sains fiksyen ini sudah lama dirancang sejak 2003 demi mencari ilmu, membuat penyelidikan di samping mendapat sokongan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi, hanya pada 17 Mac ini penggambaran akan dimulakan.

Filem yang dipersembahkan Imagika Sdn Bhd melalui Hez Comm ini dicetuskan sendiri oleh Zaki Zamani sebagai penulis skrip dengan anggaran bajet RM2.5 juta. Biarpun mengambil masa yang lama demi mencari kematangan, pemilihan Aziz yang cukup terkenal dengan cerita fiksyen seperti filem XX Ray I,II, III, dilihat bertepatan dengan pengalaman yang ditimba. Jika di Barat kita boleh berbangga dengan filem Robocop, Transformers, Jurrasic Park, mungkin filem ini mampu membanggakan tanah air kita.

Bagaimanapun beberapa nama pelakon yang bakal membintangi filem ini masih dirahsiakan kerana belum muktamad. Malah watak utama memegang peranan sebagai Zaki juga masih dalam peringkat pencarian. Filem yang watak utamanya lebih kepada pelakon remaja ini sesuai untuk ditonton seisi keluarga akan menggunakan 350 kesan visual CGI dengan khidmat beberapa syarikat animasi untuk melaksanakannya.

“Persediaan sebelum ke lokasi filem ini sudah dibuat dengan rapi dan baik. Ibaratnya kelengkapan untuk berperang sudah ada, cuma menunggu bala tenteranya saja untuk bersedia. Saya harap filem ini mampu menjadi pencetus dan penanda aras untuk pencapaian filem yang boleh dibanggakan untuk arena perfileman kita,” katanya yang turut mendekati pelakon seperti Rosyam Nor, Eman Manan dan Zulhuzaimy untuk diundang berlakon filem ini.

Mengenai status dirinya berkaitan kemelut rumah tangganya dengan Nor Radhiah Ramli, 23, yang menjadi perhatian dan tanda tanya tahun lalu, semuanya terjawab apabila sebutan kes pada 8 Februari lalu yang dilakukan di pihak Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu memutuskan pernikahan pasangan ini sebagai tidak sah. Bagi Aziz, permasalahan yang timbul berpunca daripada soal teknikal ini jauh sekali menimbulkan permusuhan di antara dia dan Nor Radhiah.

Ternyata lega dan bersyukur dengan keputusan itu, Aziz memberitahu yang dia mahu meneruskan kehidupan dan menganggap topik perkahwinan bukan lagi perkara utama di dalam hidupnya. Menurut Aziz, soal dirinya tidak penting kerana anak-anak yang perlu diberi perhatian lebih. Kata Aziz, kes yang mereka hadapi bukan kes perceraian kerana perkahwinan antara mereka tidak wujud sebenarnya.

“Sedikit sebanyak masalah yang saya hadapi ini menjejaskan emosi anak-anak biarpun mereka tidak pernah merungut, air muka mereka jelas menunjukkan fikiran mereka memang terganggu. Tumpuan saya kini lebih kepada anak-anak. Selain itu, saya akan teruskan kerjaya seni seperti biasa.

“Dengan keputusan mahkamah ini, Alhamdulillah semua kesangsian terjawab. Bukan berniat berdiam diri selama ini, cuma sebenarnya saya sendiri tidak arif berhubung hal yang dihadapi saya dan Nor Radhiah. Soal saya (kembali pada Nor Radhiah), saya masih belum boleh memberi jawapan pasti. Tengoklah pada keadaan dan biarlah jodoh yang tentukan kembali,” kata duda anak lima ini.

INFO: Perkembangan terkini Aziz

Kata Aziz, filem Tiga Jalan yang membabitkan dirinya dan dua lagi pengarah iaitu Afdlin Shauki dan Mamat Khalid terpaksa ditunda kerana ketiga-tiga mereka sibuk memanjang dengan komitmen. Apa pun terjadi akui Aziz, filem ini akan menjadi kenyataan.

Filem pembikinan semula Azura yang diuar-uarkan sebelum ini juga bakal direalisasikan . Tapi kata Aziz, tunggu dulu, mungkin selepas filem CE1 siap. Filem ini adalah kerjasama Aziz dan Datuk Yusof Haslam.

CE1 adalah filem arahan pertamanya pada 2009, selepas tiga tahun tidak mengarah. Filem terakhir yang diarahkannya ialah Senario Pemburu Emas Yamashita.

Ditanya mengenai ura-ura bekas isterinya Nor Aliah Lee (Vee) yang dikatakan akan menamatkan zaman bujang dengan seorang kerabat, Aziz dengan selamba berkata dia tidak sabar menunggu Vee menamatkan zaman Miss ‘J’ nya (janda). Kata Aziz lagi, dia tidak sabar nak makan nasi minyak bekas isterinya dan gembira dengan keputusan Vee jika betul khabar angin yang mengatakan Vee akan berkahwin lagi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 12:45 pm

Ketawa kerana 'kasihan'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Ally12
SUASANA lucu ketika Ally ditemani dua tetamu undangan, Jamali Shadat dan Afdlin Shauki.


Datuk Jamali Shadat berpendapat kebanyakan pelawak hari ini ketandusan idea ketika buat persembahan

LAWAK memang dipersembahkan bagi membuatkan orang ketawa. Bagaimanapun, ada juga ketikanya apabila orang ramai tetap ketawa, tetapi bukan kerana kelakarnya persembahan berkenaan, sebaliknya kerana kasihan pada lawak yang tidak menjadi.

Justeru, seseorang pelawak tidak boleh muncul di pentas dengan kepala yang kosong. Sebaik-baiknya mereka tampil bersama idea yang sudah pun difikirkan sebelum itu. Setidak-tidaknya itulah pandangan pelawak veteran, Datuk Jamali Shadat, yang turut disokong pelakon komedi terkenal masa kini, Afdlin Shauki.

Muncul sebagai tetamu rancangan bual bicara Ally, kendalian Ally Iskandar baru-baru ini, Jamali berasakan kebanyakan pelawak hari ini tidak mempunyai idea yang baik sebelum muncul pada sesuatu persembahan.

"Akibatnya, lawak yang dipersembahkan itu kelihatan merapu. Ada masanya, dia berjaya membuat orang ketawa, tetapi mereka sebenarnya ketawa kerana kasihan," ujar Jamali tatkala membincangkan isu lawak pada rancangan minggu keenam program berkenaan.

Kata lelaki yang mempunyai pengalaman kira-kira 40 tahun dalam dunia lawak itu, kebanyakan lawak pada zamannya dulu adalah lawak bersahaja, tetapi bukan ‘saja-saja’. Setiap lawak yang dibuat mempunyai matlamatnya sendiri.

Manakala Afdlin pula berkata, dia berlawak mengikut keadaan dan apabila penonton ketawa mendengar lawaknya, ia bermakna jenaka itu boleh mereka kenali.

"Bagi saya, lawak ialah komentar sosial yang cuba kita ketengahkan. Begitupun, bukan bererti tugas pelawak adalah untuk memberikan mesej berguna kepada masyarakat. Kita tetap seorang penghibur, namun menerusi lawak itulah mesej terbabit disalurkan. Lalu, janganlah lawak yang disampaikan itu lawak kosong. Jangan sekadar suka-suka saja, biar ada benda di dalamnya," tegas Afdlin.

Dia turut berpegang kepada kesesuaian sesuatu tema atau bahan lawak dengan tempat dia mempersembahkan jenaka berkenaan. Seandainya dia mengadakan persembahan untuk kanak-kanak, lawaknya lebih bercorak gerak badan atau gaya, manakala penonton dewasa pula mungkin lebih menghargai lawak situasi atau berdasarkan dialog dituturkan.

Afdlin memberitahu, sejak kecil lagi dia memang suka menghiburkan orang. Mungkin kerana itu, lawaknya hari ini senang menangkap perhatian khalayak.

"Namun, sebagai pelawak, kita mempunyai tanggungjawab. Seboleh-bolehnya, biarlah lawak yang kita berikan itu mampu membuatkan penonton membuka minda mereka kepada sesuatu yang mungkin tidak pernah mereka fikirkan," katanya yang memang dikenali dengan lawak situasi, sebagaimana dapat dilihat menerusi beberapa filem komedi arahannya sebelum ini.

Menyentuh lawak yang menggunakan fizikal seseorang sebagai bahan jenaka, Afdlin berkata, dia sering kali juga menggunakan saiz badannya yang besar itu sebagai bahan lawak. Begitu juga dia ‘mengutuk’ orang lain apabila membuat jenaka.

"Lalu ada orang bertanya, apakah orang yang dikutuk atau dikenakan oleh saya itu tidak marah? Mereka tidak terasa dengan lawak saya apabila golongan yang dikenakan itu terdiri daripada kenalan saya sendiri. Pada masa yang sama, kita juga kenalah bersedia apabila orang lain mengutuk kita pula," jelasnya.

Bagi Jamali, sesetengah pelawak memang dikurniakan keadaan fizikal yang membolehkan peminat ketawa hanya dengan melihat bentuk badan atau mukanya.

"Lalu, pada ketika itu, tidak perlulah dia hendak membuat lawak yang keterlaluan. Janganlah sampai buat lawak ketuk kepala atau tertonggeng terbalik. Ia bukan lagi lawak namanya," kata Jamali yang cukup dikenali bersama lawak Si Atan.

Kedua-duanya juga bersetuju seseorang pelawak tidak patut menggunakan topik sensitif seperti isu perkauman sebagai bahan jenakanya. Kata Jamali, jika boleh, dia cuba mengelakkan daripada mempersendakan sesuatu kaum, manakala Afdlin pula menggesa pelawak agar lebih peka supaya tidak terlepas daripada batasan yang sewajarnya.

"Orang ramai akan lebih menghargai kita apabila kita membuat lawak yang dekat dengan mereka. Lawak yang tidak keterlaluan serta mempunyai elemen kebenaran selalunya lebih disukai semua golongan," kata Jamali yang pernah memenangi pertandingan Bakat TV pada 1971.

Pada pertanyaan bagaimana dia sentiasa tampil dengan idea kelakar, Afdlin berkata, dia melihat dirinya sebagai penyedia kandungan.

"Dengan cara itu, kita akan sentiasa memerhatikan persekitaran serta perlu sentiasa membaca bagi mendapatkan bahan. Apa-apa saja sebenarnya boleh menjadi sumber kepada lawak kita, cuma ia perlu dirangka supaya kelak menjadi jenaka yang menghiburkan," ujar Afdlin yang mengaku, bilik air ialah antara tempat paling banyak memberikannya idea.

Afdlin dan Jamali turut berkongsi pandangan sama, bakat adalah cukup penting bagi seseorang yang ingin menjadikan dunia lawak sebagai karier.

"Namun, jika bakat itu tidak disertakan dengan keinginan untuk menghiburkan orang, ia tidak akan menjadi juga," tegas Afdlin yang menggesa pelawak generasi baru untuk mempelajari cara berlawak menerusi persembahan pelawak lama, di samping sentiasa membaca bagi menambahkan himpunan idea.

Jamali pula melahirkan kesediaan untuk membantu generasi pelawak baru sekiranya mereka melahirkan keinginan untuk mendapatkan ilmu daripada golongan pelawak veteran sepertinya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 12:48 pm

Nekad jadi peguam

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Mainpi60
Lisa Surihani


Lisa Surihani akui bukan perkara mudah bahagi masa untuk belajar, pelakon

BUKAN mudah untuk dia memikul dua kerja pada satu masa. Namun kerana minat yang begitu menebal, dia nekad untuk mencapai kejayaan dalam kedua-dua bidang - perundangan dan lakonan - sekali gus.

Pada ketika dia mengikuti kurus Sijil Amalan Guaman (CLP) yang akan tamat Julai nanti, Lisa Surihani juga aktif di persada lakonan. Satu demi satu, filem mahupun drama televisyen yang dijayakannya. Walaupun mengaku agak sukar untuk membahagikan waktu, dia gagahi juga demi keinginan besar yang ada dalam dirinya.

"Saya tidak mengambil kursus CLP di United Kingdom selepas menamatkan pengajian undang-undang di Universiti Aberystwyth, Wales. Justeru, kursus berkenaan saya ikuti di Kuala Lumpur sejak beberapa bulan lalu. Pada masa yang sama, saya juga banyak dihujani tawaran berlakon filem ataupun drama televisyen.

"Jika boleh, saya mahu cemerlang dalam kedua-dua bidang itu. Lakonan yang saya hanya cuba-cuba pada peringkat awal dulu, kini dilihat mampu memberikan kepuasan yang bukan sedikit. Saya sudah didedahkan pada dunia komersial sejak berusia 11 tahun.

"Undang-undang pula sudah menjadi minat saya sejak di bangku sekolah menengah. Mungkin saya akan kembali ke bidang guaman suatu masa nanti," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran telefilem Ponti Anak Remaja, di Kepong, baru-baru ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Mainpi61
BERSAMA lima pelakon muda yang turut menjayakan telefilem Ponti Anak Remaja.


Baginya, selagi khidmatnya sebagai pelakon diperlukan, sudah tentu dia tidak keberatan untuk bergerak cergas dalam bidang berkenaan. Bagaimanapun, dengan ilmu perundangan serta sijil yang bakal diperoleh nanti, Lisa tidak teragak-agak untuk menjadi peguam sepenuh masa apabila permintaan untuknya bergelar pelakon sudah tidak sekencang mana.

Atas alasan itu dia tetap mahu menamatkan kursus CLP diikutinya ketika ini, bagi memastikan masa depannya lebih terjamin. Siapa yang mampu menduga, andainya Lisa bakal bergelar pemilik firma guaman sendiri, sebagaimana arwah bapanya, Mohmed Mahbob.

"Saya akui berdepan sedikit kesukaran untuk membahagikan masa sebaik-baiknya antara lakonan dan kursus saya ikuti saat ini. Kedua-duanya pula bukan perkara yang boleh dibuat main-main saja kerana masing-masing memerlukan tumpuan yang sepenuhnya," ujar gadis manis berusia 23 tahun ini.

Semakin ligat di lokasi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Mainpi62
LIYANA JASMAY (kiri) dan Dira, yang turut membintangi Ponti Anak Remaja.


SELEPAS menamatkan penggambaran drama bersiri Obsesi untuk slot Samarinda siaran TV3, pelakon cantik ini terus turun ke lokasi sebuah filem bercorak aksi penyiasatan berjudul Cyber X - Ancaman Penggodam, pada Oktober lalu.

Diterbitkan Pentas Opera dan diarahkan Amith Abidin, filem itu turut dilakonkan Razali Hussin, Serina Redzuawan, Datuk Jalaludin Hassan dan Feroz Khan.

Pada November dan Disember lalu pula, dia buat pertama kalinya melakonkan watak penjahat dalam filem komedi Jangan Pandang Belakang Congkak, bersama-sama kumpulan Senario. Filem yang diarahkan Ahmad Idham terbitan Metrowealth Movies Production itu menjalani penggambaran di Perlis.

Kemudian, Lisa mengikuti pula penggambaran sebuah lagi filem aksi, Remp-It V3 yang menyaksikan pelakon Farid Kamil bergelar pengarah buat julung kali. Filem terbabit menamatkan penggambaran pada akhir Januari.

Belum hilang penat di lokasi Remp-It V3, Lisa bergegas pula ke lokasi telefilem arahan Feroz Khan, Mataku Nampak Hantu. Diterbitkan sekali lagi oleh Metrowealth, telefilem berkenaan adalah untuk siaran Astro.

Selesai saja penggambaran telefilem itu, pelakon muda ini menjayakan pula sebuah lagi telefilem, kali ini arahan Ghaz, terbitan The Media Hustler, berjudul Ponti Anak Remaja. Bersama-samanya membintangi telefilem terbitan Nizam Zakaria itu ialah Liyana Jasmay, Farish Aziz, Hairul Azreen, Ammar Alfian Aziz dan Dira Abu Zahar.

Biarpun projek demi projek dijayakannya, Lisa berkata, setiap watak yang diberikan kepadanya amat berbeza. Seandainya dia menjadi seorang wanita jahat dalam Jangan Pandang Belakang Congkak iaitu sebagai pembantu seorang bomoh (lakonan Piee), dalam Remp-It V3, dia muncul sebagai Kamsah, rakan kepada lelaki jahat, Garing (Aqasha).

"Bagi filem ini, saya perlu menyiapkan diri secara fizikal dan mental. Mereka menyediakan seorang jurulatih bernama Ruben sebagai persediaan. Maklumlah, ada adegan yang memerlukan saya membelasah pelakon lain iaitu Farid dan Bront Palarae. Hendak melakonkan watak itu bukannya mudah kerana saya perlu meyakinkan penonton yang saya benar-benar membelasah mereka, menggunakan helah kamera," katanya.

Jadi, Lisa terpaksa mempelajari teknik bertumbuk dengan betul, supaya pelakon yang dibelasahnya tidak tercedera, tetapi pada pandangan penonton, pergaduhan itu nampak benar.

Dalam Mataku Nampak Hantu pula, Lisa memegang watak seorang perempuan yang kasar kelakuannya, tetapi bukanlah tomboy.

"Perlakuan itu ada kalanya terbawa-bawa hingga ke luar drama, sehingga saya terpaksa membuang tabiat berkenaan sebelum memulakan penggambaran telefilem seterusnya," cerita Lisa mengenai drama mengisahkan seorang wanita yang tidak menyedari, dirinya mempunyai keupayaan untuk melihat roh, dan kemudian membantu roh terbabit menunaikan hajat mereka.

Menyentuh mengenai telefilem Ponti Anak Remaja pula, Lisa yang memegang watak Murni berkata, dia diberikan peranan seorang pelajar yang lebih suka menghabiskan masa bersama buku pelajaran.

"Watak itu sebenarnya tidak jauh daripada diri saya yang sebenar. Satu ketika dulu saya pernah memakai kaca mata sewaktu bersekolah," kata Lisa yang menganggap peluang bekerjasama bersama Ghaz dan Nizam umpama mimpi yang menjadi kenyataan.

Begitu juga dia teringin sekali beraksi di samping pelakon remaja, Liyana Jasmay, yang dilihatnya antara pelakon pelapis cukup berbakat ketika ini. Justeru, peluang diberikan rumah produksi terbabit tidak dipersiakan olehnya.

Dalam telefilem itu, Lisa bersama Farish dan Hairul berlakon sebagai tiga pelajar kolej yang ditugaskan menjalankan sebuah uji kaji, yang membawa mereka bertemu seorang gadis misteri, Ponti (Liyana).

Memulakan penggambaran pada 23 Januari, telefilem yang akan disiarkan Astro Ria pada 13 Mac itu tamat rakamannya 10 hari kemudian.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 2:24 pm

Mila dan Rakan Pergi ke 1 Borneo Sabah

Bukan semua bintang-bintang Akademi Fantasia (AF) diberi peluang memasuki bilik uji bakat AF musim ke 7 seperti yang diadakan di pusat beli-belah terbesar di Borneo, 1 Borneo, di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Mila dan rakan-rakannya, Ebi, Nadia, Nubhan, Riz dan Shawal, cukup bertuah kerana selain berpeluang menghiburkan peminat Sabah menerusi mini konsert selama 3 hari uji bakat itu berlangsung, malah diberi peluang keemasan memasuki bilik uji bakat program realiti paling popular itu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Milapx10


Tidak berkelip mata Mila apabila dapat melihat sendiri mutu persembahan salah seorang peserta dari Sabah.

“Apabila diberi peluang seperti ini, ia mengimbau kembali ingatan Mila ketika diuji bakat dulu. Mila tahu sangat bagaimana perasaan mereka yang berada di dalam bilik uji bakat.

“Cara ini sebenarnya memberikan satu motivasi kepada diri kita,” katanya lagi.

Mila berkata, masih lagi terbayang di matanya akan kepayahan menghadiri uji bakat AF5 yang sememangnya memerlukan kesabaran dan komitmen sepenuhnya untuk melepasi tangga terakhir tapisan.

Kata Mila, dia pernah menghadiri uji bakat sebanyak 2 kali ketika AF4, bagaimanapun hanya mampu membolosi kelompok 20 teratas ketika itu. Sudah tentu terpancar perasaan kecewa.

Namun, dia tidak mudah patah semangat. Meskipun masih lagi penat pulang bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab di Pulau Pinang, dia tetap menggagahkan diri ke uji bakat itu sehingga layak bergelar juara AF5.

“Mila nampak, tahun ini ada 4 peringkat yang perlu peserta lalui. Ia berbeza ketika zaman uji bakat Mila. Dulu tak ada tapisan pertama. Mungkin kali ini AF lebih terperinci dalam usaha mereka mencari kualiti dan bakat terbaik.

“AF juga sebenarnya mencari seseorang yang boleh menyanyi, mempunyai personaliti dan berpotensi untuk diperbaiki. Tapi apa yang boleh saya katakan, uji bakat AF7 lebih sukar atau mencabar,” katanya.

Apabila ditanya, apakah yang mahu diperbaiki masa uji bakat boleh diputarkan semula. “Tarian dan cara saya yang bercakap terlalu laju,” kata Mila.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 2:26 pm

Siti Saerah Tindik di Lidah

Siti Saerah kini timbul dengan style yang terbaru, yang sebelumnya mengayakan aksi seksinya di pejabat. Kali ini dia menindik di bahagian lidahnya. Yang lebih sedih lagi tu, dia menyanyikan lagu ketika konsert yang diadakan pada 2 Feb 2009, Karnival Doa Untukmu Palestin dengan berstyle sebegini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Mj2n3010

Kalau dipakai di tempat-tempat lain, penulis rasa, tak jadi masalah tapi di konsert amal sebegini, rasanya kurang elok mata memandang. Lebih-lebih lagi Siti Saerah masih baru lagi dalam industri musik, sepatutnya disiplin mesti jaga dalam usia muda di industri musik. Lagipun Siti Saerah orang muslim, jadi budaya sebegini memang ditegah sekeras-kerasnya. Kakaknya, Siti Nurhaliza dan Siti Nursaida, tidak pernah berpakaian seksi, apatah lagi berbudayakan seperti ini. Tidak di nafikan juga, gejala ini semakin menular di kalangan anak-anak muda sekarang.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 2:50 pm

Kami The Movie

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Kami_m10


LYNN adalah seorang gadis pekan kecil yang mengimpikan peluang untuk mengembara dan menjadi seorang penulis yang terkenal. Berdikari dan pandai membawa diri beliau menjual kerja rumahnya kepada pelajar-pelajar di sekolahnya untuk mencari duit lebih untuk membeli sebuah komputer baru. berbekalkan keyakinan diri dan hasrat yang tinggi untuk berjaya sebagai seorang penulis, Lynn juga menulis majalahnya sendiri - KAMI, menggunakan nama samaran Teka Teki.

ALI, anak seorang usahawan, ingin menceburi diri dalam bidang muzik tetapi kurang berkeyakinan diri untuk meneruskan cita-citanya. Seorang yang suka memendamkan perasaan, Ali telah menjalani program pemulihan dadah dan sedang berusaha untuk mendapatkan kembali kepercayaan ibu terhadap dirinya. Tetapi melihatkan keretakan perkahwinan ibubapanya yang disebabkan oleh kemerosotan urusniaga bapanya dan kedinginan ibu terhadap dirinya mula memberi tekanan kepada Ali.

SOFIE adalah seorang gadis jelita yang ingin diambil serius kerana kepandaiannya dan bukan kerana paras rupanya. Seperti Ali, Sofie juga membesar melihatkan keretakan perkahwinan ibu bapanya. Kini setelah ibunya meneruskan penceraian buat kali kedua, Sofie mula rasa tertekan menurut kehendak ibunya yang ingin membentuk Sofie sebagai isteri yang sempurna. Pengaruh ibunya juga telah menjejaskan hubungan antara Sofie dengan Ali.

ABU ialah kawan setia Ali yang sentiasa boleh diharapkan.Seorang yang suka bergurau dan pandai mengambil hati Abu sebenarnya menyimpan perasaan sedih kerana sikap dingin bapanya disebabkan peristiwa silam. Tetapi penglibatan Abu dalam kecurian dan pergaduhan merenggangkan lagi perhubungan antara dia dan bapanya.

ADII, sepupu Ali, ialah seorang yang ceria perwatakannya dan sentiasa inginkan rakan-rakannya gembira. Walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah pendengaran ibunya yang menimbulkan situasi-situasi yang memalukan, Adii sentiasa cuba bersikap positif. Hubungan yang dijalinkan bersama seorang lelaki yang ditemui menerusi laman web tidak kesampaian apabila lelaki itu menghilangkan diri secara misteri. Tetapi Adii tetap menaruh harapan untuk bertemu dengannya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 3:16 pm

Zaibo kecewa prestasi pelajar Raja Lawak lembab

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Jurirl10


Tiga juri yang ditugaskan untuk membimbing dan memberi teguran kepada peserta Raja Lawak musim ketiga.

Bukan sahaja penyingkiran Yann membuat Ketua Juri Raja Lawak musim ketiga, Zaibo berasa sangat kecewa tapi kelembapan setiap pelajar memberi persembahan terbaik saban minggu membuat pelawak senior itu rasa cukup 'down.'

Zaibo rasa geraf persembahan terlalu sederhana dan lembab jika dilihat sepanjang perjalanan program realiti Raja Lawak musim ini hinggalah ke musim keenam dan tersingkir pula salah seorang peserta wanita Yann

"Saya sendiri rasa dukacita dengan peningkatan pelajar yang 'slow' sangat-sangat. Banyak betul kekurangan yang boleh di diperbaiki," kata Zaibo dalam satu temubual melalui telefon sejurus setelah penamaan Yann sebagai pelajar terkeluar.

Melalui pengamatan Zaibo, beliau berpendapat setiap peserta belum mampu menguasai teknik menyampaikan lawak dengan berkesan dan idea yang dicurahkan pun tidak menarik dan menyerlah.

Prestasi yang menyedihkan ini menyebabkan ramai penonton bagaikan putus harap untuk meneka siapakah juara 'Raja Lawak' pada musim ini. Apa saja kemungkinan boleh berlaku di saat-saat akhir kerana tiada satu pelajarpun yang menonjol.

Tidak seperti pada musim lepas, juga pada musim pertama di mana apabila sampai ke musim keenam, penonton sudah boleh mengagak persaingan antara peserta mana.

Bimbingan yang diberi oleh juri jemputan seperti Adlin Aman Ramlie, Ahmad Idham dan juga Sabri Yunus seakan tidak terkesan langsung. Semua peserta masih dengan persembahan lama, langsung tidak menampakkan perubahan - tidak ubah seperti mencurahkan air di daun keladi.

Perkara penting dalam membuat lawak adalah idea. Peserta masih ketandusan idea dan prestasi mereka nampak lemah sekali sehinggakan persembahan sederhana di kira 'hebat' pada musim ini. Kalau diikutkan, pendedahan peserta kali ini lebih lagi kerana mereka sudah diberi peluang membuat 'public performance' di A Farmosa Resort dan Zoo Negara. Namun pelajar masih bersifat selesa di takuk lama dan beranggapan mereka sudah layak bergelar artis pelawak? "Yang paling ketara, peserta masih terkial-kial untuk menyampaikan lawak mereka secara teratur dan teknik penyampaian juga masih belum dapat dikuasai.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Talamm10
Tiada seorangpun peserta Raja Lawak musim ketiga yang mampu menyerlah...


"Kesannya, sebagai juri saya sendiri tidak puas dengan persembahan mereka," kata Zaibo yang terpilih sebagai juri untuk kali kedua untuk program Gelanggang Raja Lawak yang berlangsung di Studio 1, Astro setiap Jumaat.

Menurut Zaibo, untuk menjadi seorang pelawak, tiga perkara asas yang perlu ialah mencari bahan atau idea, menyusun bahan dan bagaimana menyampaikan sesuatu bahan itu.

"Walaupun pihak penerbitan sudah cuba memberi bimbingan dengan membawa beberapa personaliti ke akademi untuk berkongsi panduan serta tips, rasanya cara ini belum menampakkan kesan lagi tidak seperti musim-musim lalu," jelas Zaibo yang juga terbabit dalam beberapa program masakan untuk tahun ini.

Sambungnya lagi, "Nampaknya kita tidak boleh bergantung kepada bakat peserta saja kerana tidak banyak yang dapat dicungkil. Apa yang kita lihat, itu saja yang boleh mereka 'offer.'

Zaibo juga sependapat dengan prestasi peserta berkumpulan seperti LnJ, Chot dan Sepah yang dilihat lebih baik sedikit berbanding peserta solo.

"Secara keseluruhannya, nampaknya macam itulah...," katanya.

"Tapi silapnya, semua peserta berlumba-lumba untuk mengatasi peserta lain dan cuba mendapat undian SMS sebanyak boleh. Ini salah. Mereka sepatutnya bersaing dengan mereka sendiri. Undian SMS juga terpulang kepada rezeki masing-masing," kata Zaibo.

Ditanya siapakah peserta yang paling menyerlah, Zaibo sendiri tidak dapat meneka.

"Prestasi peserta tidak konsisten. Satu minggu ok, satu minggu lagi entah apa-apa. saya memang menaruh harapan agar satu-satunya peserta wanita, Jihan layak ke peringkat akhir. Tapi undian SMS yang selalunya dari kaum wanita jarang menyebelahi Jihan," kata pelakon teater terkenal itu.

Walaupun begitu Zaibo berharap, pengundi bijak memilih kerana tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum Juara 'Raja Lawak' musim ketiga dinobatkan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 3:19 pm

'Karier saya tak bergantung pada Sheila'

DESAS-DESUS yang mengatakan jawatan Pengetua AF7 mungkin bakal menjadi milik Datuk Sheila Majid nampaknya terus hangat diperkatakan apatah lagi bila suaminya, Hashridz Murshim atau Acis telah dipilih menjadi salah seorang tenaga pengajar AF musim baru ini selaku Pengarah Muzik.

Ada pihak yang merasakan pemilihan Acis itu sebagai 'petanda' oleh Astro bahawa 'kerusi panas' tersebut memang sah menjadi milik penyanyi yang popular dengan lagu Sinaran itu.

Seperti mana pihak Astro terus membiarkan media berteka-teki, Acis yang ditemui pada sidang media pengenalan barisan tenaga pengajar dan pengacara AF7 semalam, juga enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut.

Namun, dia akui kurang senang dengan sesetengah pihak yang merasakan dia dan Sheila adalah satu 'pakej' dan disebabkan itu, Astro memilih kedua-duanya sekali untuk bersama-sama menerajui AF musim baru ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Acis1110
Acis enggan ulas tentang kemungkinan jawatan Pengetua AF7 menjadi milik Sheila


"Kami bukan 'pakej' yang mana jika Sheila dipilih, bermaksud mereka juga perlu mengambil saya. Sepanjang karier saya ini, saya tidak pernah bergantung kepada isteri saya untuk dapatkan 'job'.

"Antara saya dan Sheila, kami cukup profesional bila menyentuh tentang karier. Malah, dia mempunyai pengurusannya sendiri dan saya juga ada pihak pengurusan saya.

"Saya sendiri tidak tahu tentang jawatan Pengetua yang mungkin menjadi miliknya. Itu kenalah tanya kepada pihak Astro dan Sheila sendiri," tutur Acis.

Bercerita tentang jawatan Pengarah Muzik yang dipikulnya itu, kata Acis, tugas itu ditawarkan kepadanya ketika dia dan Sheila mengerjakan haji pada bulan Disember lalu.

"Pihak Astro menghantar SMS kepada saya ketika saya berada di Madinah ketika itu dan menyampaikan hasrat mereka. Setelah saya pulang ke sini, barulah kami berbincang mengenai tawaran tersebut dan tugas yang perlu saya pikul.

"Apa yang saya buat ini bukan untuk meraih populariti. Sudah tentu ini adalah platform yang baik untuk lonjakkan nama saya, tetapi apa yang lebih penting di sini ialah tanggungjawab saya," kata Acis.

Dia akui, bukan mudah untuk mengendalikan muzik sepanjang berlangsungnya konsert mingguan itu. Namun, berbekalkan pengalamannya sebagai pemuzik, Acis akan melakukan tugasnya sehabis baik.

"Saya akan tekankan kepentingan 'live band' yang sebenarnya lebih baik dari menggunakan 'minus one'. Saya akan bawa lima pemuzik bersama saya nanti ketika persembahan mingguan.

"Memandangkan pelajar-pelajar yang terpilih nanti bukannya golongan profesional, jadi saya perlu memastikan susunan muzik untuk mereka bersesuaian," katanya.

Tambah Acis lagi, dia juga sudah bersedia dengan sebarang kritikan yang bakal singgah terhadapnya kelak.

"Kritikan bagi saya adalah perkara biasa memandangkan saya juga adakalanya mengkritik hasil kerja saya sendiri. Asalkan ia adalah kritikan yang membina, saya tidak ada masalah tentang hal itu.

"Cuma kalau boleh, saya tidak mahu dibandingkan dengan pengarah muzik terdahulu sebagai contoh Ramli M.S. Masing-masing ada pendekatan berbeza. Insya-Allah, saya akan lakukan yang terbaik dengan kepercayaan yang diberikan," kata Acis.

AF7 akan bermula dengan Tirai Akademi Fantasia 7 pada 7 Mac depan dan diikuti Diari Akademi Fantasia bermula 9 Mac manakala konsert mingguan akan bermula pada 14 Mac depan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 3:31 pm

Hamil 5 bulan tidak halang Jeslina urus perkahwinan Linda Jasmine

DI SEBALIK keseronokan membantu sepupunya menyediakan persiapan perkahwinan seperti kad jemputan, bunga telur dan beberapa dekorasi lain, penyanyi lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia, Jeslina Hashim, 31, tidak mampu menyembunyikan perutnya yang semakin memboyot setelah hamil lima bulan.

Ketika menghadiri sesi Linda mencuba gaun pengantin rekaan Syaiful Bahrim untuk upacara persandingannya, Jeslina yang mesra dengan panggilan Jes ini sebolehnya ingin mengelak untuk jurufoto mengambil gambar terbarunya.

Bagaimanapun, Jes tidak lokek untuk bercerita tentang sedikit-sebanyak yang dilakukannya untuk perkahwinan sepupunya, koreografer Linda Jasmine Hashim, 37, dengan pelakon Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar, 30, termasuk kandungannya itu.

Sabtu ini, 14 Februari, Linda dan Que akan bernikah dan mengadakan majlis resepsi di Restoran Bora Ombak, Ampang.

Walaupun sedang hamil lima bulan, Jes masih meluangkan masa membuat hiasan untuk persiapan perkahwinan tersebut.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 01052010
Jeslina dan putera sulungnya, Micah.


Kata Jes, jika difikirkan tentang penat, memanglah penat hendak melakukan kerja yang berat-berat namun dengan sedikit bantuan yang diberikan sekurang-kurangnya mampu meringankan beban sepupunya itu.

Lagipun, ini bukan kali pertama Jes membantu membuat kerja ‘orang kahwin’ kerana sebelum ini dia pernah melibatkan diri dalam perkahwinan penyanyi dan pelakon Maya Karin.

Jes bukanlah calang-calang orang dalam membuat dekorasi kerana dia mempunyai sebuah syarikat iaitu Polkadotted Creative Solutions, jadi tidak hairanlah jika Linda melantiknya sebagai perunding perkahwinannya.

“Sebelum ini, saya pernah membantu Maya membuat hiasan untuk majlis perkahwinannya.

“Kali ini, saya hanya membuat dekorasi serta menolong sikit-sikit dan mana-mana yang patut.

“Linda ni jenis semuanya dia nak buat sendiri dari yang perkara yang besar hinggalah perkara yang kecil-kecil.

“Jadi, saya menolong Linda menghias bunga telur. Tetapi, saya tidak membuat semua dekorasi sebab meja dan pelamin akan disediakan oleh pihak Bora Ombak,” kata ibu kepada putera sulungnya, Micah Lee Hashim-Vercoe yang berusia setahun empat bulan ini.

Jelas Jes, niatnya hanya sekadar hendak menolong untuk membuat dekorasi sahaja namun tidak menyangka pula terus dilantik sebagai perunding perkahwinan oleh Linda.

“Sepatutnya saya nak tolong-tolong hias sahaja sebab kalau nak berunding tentang majlis perkahwinan ni agak rumit sedikit dan saya boleh jadi sakit jiwa.

“Apabila ada ‘baby’ ni, saya pun asyik nak selalu bersama dengannya sahaja.

“Kalau boleh saya tak nak buat banyak untuk majlis ini dan selepas ini saya akan berhenti sekejap daripada melakukan kerja ini,” kata Jes yang turut memberitahu tidak menghadapi alahan yang teruk ketika mengandungkan bayi kedua ini.

Terpamer sikap keibuan Jes ketika dia tiba-tiba teringatkan Micah dan terus menghubungi anak kecilnya itu.

Seronok pula mendengar celoteh anak Jes yang petah berkata-kata serta pandai menghiburkan hati ibunya itu.

Walaupun baru ‘setahun jagung’, Micah pandai menyebut sepatah-sepatah perkataan tanpa menggunakan bahasa pelat.

Bercerita mengenai kandungan keduanya itu, Jes berkata, kalau boleh dia inginkan anak perempuan pula.

“Cukuplah sepasang anak sahaja. Kalau boleh kali ini biarlah saya mengandungkan bayi perempuan.

“Setakat ini, doktor belum sahkan jantina anak saya. Tetapi, walaupun belum tahu jantinanya, saya sudah membeli pakaian untuk bayi perempuan,” tuturnya.

Tambah Jes, mungkin disebabkan pembawakan ibu mengandung, sama seperti ketika hamil dulu, kali ini dia mempunyai tabiat untuk menukar susun atur kabinet dan perabot di rumahnya.

“Tabiat saya ketika hamil sekarang ini adalah saya suka mengemas dan mengangkat sendiri perabot-perabot yang terdapat di rumah.

“Semuanya saya nak tukar cara susunannya,” ujar Jes yang dijangka akan melahirkan bayi keduanya ini pada pertengahan Julai depan.

Selepas lama meninggalkan karier seninya, Jes kini meluangkan masa untuk membantu karier suaminya, Dion Riaz Vercoe yang bekerja sebagai pereka dalaman.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 April 2005.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 3:33 pm

Maestro dakwa Rock punca Mas sakit?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Mas-af11
Mas AF2,akhirnya dibenarkan keluar dari hospital setelah genap seminggu ditahan di hospital berkenaan.


[SEMASA] KUALA LUMPUR: Beberapa jam setelah Mas AF2 dibenarkan pulang dari Wad Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur dan kini telahpun berlepas menaiki pesawat pada jam 2.30 petang, pihak Maestro telah mengirim kenyataan melalui emel tentang situasi yang dihadapi oleh Mas.

Pihak Maestro mendakwa punca sebenar Mas sakit adalah berpunca dari teman lelakinya Rock dan bukan disebabkan oleh kelewatan album.

KENYATAAN DARI PIHAK MAESTRO YANG DIKIRIMKAN PADA JAM 3.30PETANG

Mas AF2 ataupun Asma Binti Ghani telah di benarkan pulang daripada Hospital Kuala Lumpur pada pukul 12 tengahari ini, ditemani oleh bapanya dan pegawai daripada Maestro Records En Othman Mahmood.

Beliau akan pulang ke Tawau pada petang hari ini juga yang akan ditemani oleh bapanya. Perjalanan mereka ke Sabah telah diuruskan oleh Maestro Records.

Disamping itu jua Mas ingin meminta kerjasama daripada semua pihak untuk memberi ruang kepada beliau untuk berehat dan menenangkan fikiran di kampung halamannya.

Di sini Mas ingin menyatakan bahawa bukan masalah album yang tertangguh membuatkan ia jadi begini tetapi masalah dalam hubungan dengan teman lelakinya yang dilaluinya yang menjadi punca utama ia menjadi begini.

Beliau ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin terhadap dirinya dan mendoakan kesihatan beliau sepanjang beliau berada di hospital

Mas yang telah ditahan selama seminggu di Wak Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur, akhirnya dibenarkan keluar hari ini lebih kurang jam 11.50 pagi.

Mas yang berpakaian baju hitam dan berseluar jeans dilihat keluar dari wad yang terletak di Tingkat 1 tersebut bersama bapanya, Ghani@Ghani Jivie, 67 dan meninggalkan perkarangan hospital menerusi pintu belakang bangunan tersebut.

Mas, 29 tahun, tidak menunjukkan sebarang reaksi dan wajahnya tampak sedikit polos dan pucat diringi oleh seorang jururawat dan dua orang pengawal keselamatan sehingga ke lif.

Ibu tunggal kepada dua orang anak ini dikatakan mempunyai masalah jiwa minggu lepas setelah membuat kecoh dan meracau-racau di Balai Polis Pandan Indah.

Mas membuat satu laporan polis tanpa menandatangani laporan tersebut dan kemudiannya dimasukkan ke Wad Psikiatri Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) pada awal pagi Rabu lalu.

Kononnya tindakan Mas itu ada kaitan dengan masalah album yang asyik tertangguh. Namun Ketua Pegawai Eksekutif Maestro, Freddie Fernandez mahupun penerbit album berkenaan, Joe Wings menafikan dakwaan ini.

Hubungan cinta Mas dengan duda beranak tiga yang dipanggil Rock atau nama sebenarnya Shahrul Azman Mohd. Shahril, 36, juga menjadi salah satu sebab kenapa emosi Mas dikatakan tidak stabil.

Yang pasti, Mas sehingga saat ini tidak memberi izin kepada pihak hospital membenarkan Freddie mahupun Rock untuk menemuinya.

Sambil berlalu, Ghani hanya berkata:

"Mas berada dalam keadaan sihat. Terima kasih kerana mengambil berat tentang dia. Kami akan bawa dia pulang ke Tawau secepat mungkin," katanya dan terus bergegas keluar.

Ketenangan di kampung halaman diharap mampu memberi kedamaian pada Mas yang selama ini bagaikan menghadapi tekanan untuk terus hidup di bandar Kuala Lumpur yang penuh dengan cabaran.

Menurut sumber dari pihak Melodi TV3, ini adalah kali kedua Mas ditahan di Wad yang sama. Kali pertama ialah pada 4 Disember, 2007.

Sementara itu, sebentar tadi Pegawai Perhubungan Awam Maestro Talent&Management Bhd, yang lebih dikenali sebagai Man berkata Mas dan ayahnya akan pulang ke Tawau dengan menaiki pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang dijangka berlepas pada jam 2:30 petang.

"Saya baru hantar Mas dan ayahnya ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi. Mas nampak ok memang dan tenang masa bersama kami tadi.

"Mas cakap Rock punca masalah yang dihadapinya sehingga ditempatkan di wad berkenaan.

"Ayah Mas,En Ghani yang teman dia (Mas) pulang ke Tawau. Kita biarkan Mas tenang dahulu.

"Insya-Allah kalau Mas sihat nanti dia, memang nak jumpa pihak media untuk beri tahu apa sebenarnya yang berlaku," ujar Man kepada mStar Online sebentar tadi.

Tambah Man lagi, tiket kapal terbang untuk membawa pulang Mas ditanggung oleh saudara Mas sendiri namun pada masa yang sama pihak Maestro turut memberi sedikit sumbangan kepada ayah Mas agar dapat meringankan beban yang ditanggung keluarga bintang realiti terbabit.

Namun mStar Online difahamkan jadual penerbangan bintang realiti itu ke kampung halamannya mengalami sedikit kelewatan selama 2 jam dari waktu pelepasan asal.

Mas serta ayahnya, Ghani tiba di lapangan terbang Tawau pada jam 7 petang tadi.

Dalam pada itu, kekasih Mas,yang lebih dikenali sebagai Rock berkata dia menghormati pendiirian ayah Mas yang tidak mahu berjumpa dengannya.

"Saya terima dan hormati apa jua keputusan ayah Mas.Saya redha walaupun ayah Mas tak benarkan saya jumpa dan cakap telefon dengan Mas lagi lepas ini.

"Saya sangat kecewa bila ayah Mas tuduh saya punca Mas jadi macam tu sedangkan saya yang selamatkan Mas masa kejadian tu.

"Cuma satu yang saya mintak hormati privasi hidup saya.Saya pun ada maruah dan harga diri,"ujar Rock dalam nada sebak.

Tambah Rock lagi,dia sangat kecewa bila ayah Mas mengeluarkan arahan kepada pihak hospital melarangnya bertemu dengan Mas.

"Saya sedih sangat bila dapat tahu dia dah balik Tawau tanpa jumpa saya. Apa salah saya hingga dibuat begini? Saya sangat tertekan bila orang menuduh saya buat Mas masuk wad sakit mental," ujar Rock yang turut berlakon dalam filem terbaru Senario The Movie:Episod 2.

Jelasnya,selepas kekasihnya itu sihat dan mahu mengadakan sidang media untuk menjelaskan apa yang berlaku mungkin dia tidak akan hadir.

"Tak apa saya akan tengok dari jauh sahaja lepas ini.Saya dah jalankan tanggungjawab saya sebagai orang yang rapat dengan Mas sebaik mungkin, yang lain-lain itu terserahlah," katanya mengakhiri perbualan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 3:35 pm

Brad Pitt masih terkenang bekas isteri

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Pitt10


Brad dan Jennifer pernah bersama melayari bahtera perkahwinan selama lima tahun tetapi mereka berceria pada tahun 2005.

SEMAKIN romantis pasangan Brad Pitt-Angelina Jolie, semakin hebat orang mula memperkatakan tentang Brad Pitt kononnya masih menaruh hati terhadap bekas isterinya, Jennifer Aniston.

Menurut seorang teman rapat pasangan ini, pelakon yang membintangi filem 'The Curious Case of Benjamin Button' ini sebenarnya tidak bahagia dengan kehidupanya bersama aktres berbibir seksi, Angelina Jolie.

Dia mendakwa, Brad selalu mengimbau saat-saat manis ketika bersama bekas isterinya itu

"Cara dia bercakap pasal Jennifer membuat kita terfikir adakah dia merindui Jennifer dan seolah-olah menyesal kerana bercerai dengannya," kata teman rapat itu.

"Mungkin juga secara diam dia mengagumi Jennifer yang kelihatan lebih jelita dan seksi setelah menjangkau 40 tahun. Dan tentunya hubungan Jennifer dengan John Mayer sesuatu yang Brad cukup cemburu," katanya lagi.

"Sememangnya hubungan Brad dan Jennifer rapat dan Brad tahu dia selalu selesa bersama Jennifer kerana dia tidak perlu jadi orang lain," kata sumber itu.

Brad dan Jennifer pernah bersama melayari bahtera perkahwinan selama lima tahun tetapi mereka berceria pada tahun 2005
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 3:41 pm

Lydiawati akui rumah tangga bergolak

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Lydiaw10


Pelakon Salina Zainom atau lebih dikenali dengan nama Lydiawati, 43, mengakui mengalami pergolakan rumah tangga hingga terpaksa tinggal berasingan dengan suaminya yang bergelar Datuk.

Katanya, dia dan suami tidak dapat mempertahankan rumah tangga mereka berikutan sering berselisih faham berhubung pelbagai perkara, termasuk berkaitan dua anak perempuannya, Normunira, 23, dan Siti Nuranisah, 7, serta peminat.

“Suami turut beberapa kali menyebut mahu menceraikan saya, tetapi tiada saksi yang melihatnya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Person12


“Justeru, saya perlu merujuk kepada Mahkamah Syariah pada 18 Februari ini untuk mendapatkan status sebenar saya,” katanya yang kesal kerana tidak dapat kembali mengecapi kebahagiaan hidup berumahtangga.Lydiawati menjelaskan bahawa perkahwinan yang baru mencecah enam bulan usianya itu tidak dapat bertahan lama.

Sebaik usia perkahwinannya dua bulan, kata Lydiawati, perhubungannya dengan suami mulai tegang.

“Kami bernikah pada Ogos lalu, namun selepas itu berlaku kejadian benar-benar buat saya sedih. Sebagai isteri saya cuba bersabar.

“Saya dituduh bukan-bukan yang tidak benar,” katanya yang kini menetap dengan ibunya bersama anak di Taman Keramat di sini.

Kata Lydiawati, dia tidak mahu berpisah dengan dua anak perempuannya itu kerana mereka jantung hatinya.

“Keputusan diambil saya dengan tinggal berasingan dengan suami adalah yang terbaik demi kepentingan anak,” katanya.
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 2 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 2 of 20Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 11 ... 20  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Create a forum on Forumotion | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions