|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 3:26 pm | |
| Hollywood: Live atau miming? MULA-MULA Yo-Yo Ma dan rakan-rakan ketika menjayakan persembahan khas untuk Presiden Barack Obama, kemudian Jennifer Hudson dan Bruce Springsteen di Super Bowl dan terbaru, Beyoncé ketika menjayakan Anugerah Academy ke-81 di Kodak Theatre, Los Angeles, Isnin lalu. Mereka dikatakan bukan menyanyi live sebaliknya miming menggunakan kaedah rakaman terlebih dahulu. Spekulasi di kalangan penonton kini ialah apakah benar penyanyi yang kini popular menerusi lagu If I Were A Boy, menyanyi miming ketika segmen khas tribute untuk filem muzikal pada malam itu. Dengan memakai gaun seksi warna merah dihiasi labuci dan juga bertopi hitam, Beyonce menyanyikan medley bersama hos majlis anugerah, aktor Hugh Jackman serta bintang undangan khas, Vanessa Hudgens dan Zac Efron bersama bintang Mamma Mia!, Dominic Cooper dan Amanda Seyfried. Mereka yakin Jackman dan juga artis lainnya menyanyi live (secara langsung) apabila dapat mendengar tarikan nafas serta ketawa Jackman ketika persembahan itu manakala vokal Beyonce seperti miming. Reaksi peminat Beyonce pula mengatakan tidak kisah sekali pun Beyonce miming pada malam itu kerana tahu penyanyi kesayangan mereka itu sudah terbukti mampu menyanyi live sebelum ini. Penyanyi berusia 27 tahun itu juga antara penyanyi yang membuat persembahan kepada keluarga Obama di Neighbourhood Ball, satu daripada 10 dewan rasmi dikhususkan bagi malam pengisytiharan. Beyonce menyampaikan lagu klasik Etta James, At Last. Juru cakap penganjur, Academy of Motion Picture Arts and Sciences ketika ditanya MTV News semalam, enggan mengulas lebih lanjut apabila ditanya bahagian mana persembahan pada malam itu dibuat live dan mana pula yang dirakamkan. Pengarah Komunikasi Academy, Leslie Unger berkata, dalam setiap majlis secara langsung dengan skala dan skop besar dan prestij seperti Oscar, sememangnya akan ada elemen persembahan yang akan dirakamkan terlebih dahulu. "Bagaimanapun, saya tidak akan beritahu dengan lebih terperinci mengenai bahagian mana dalam persembahan itu dirakamkan," katanya. Juru cakap Beyonce pula tidak memberi sebarang ulasan apabila diminta MTV News untuk mengulas perkara itu. Ini berbeza dengan kes Jennifer dan Springsteen di Super Bowl kerana penganjur memberi penjelasan apabila berita mengenai perkara itu diperkatakan Penerbit persembahan, Ricky Minor menjelaskan, persembahan Jennifer Hudson dan Bruce Springsteen dirakamkan terlebih dahulu atas pelbagai sebab yang disifatkan sebagai di luar kawalan. Persembahan Jennifer dirakamkan untuk mengelakkan 'slightest glitch' yang boleh merosakkan persembahan. Selain isu itu, Unger juga enggan mengulas laporan akhbar New York Post yang disiarkan Isnin lalu mengatakan Rihanna sepatutnya turut menjayakan persembahan Oscar tetapi namanya digugurkan. Katanya, Academy tidak berminat untuk menjelaskan siapa calon-calon artis yang mereka berminat untuk menjayakan persembahan pada malam itu. Sebelum ini ketika Anugerah Grammy pada 9 Februari lalu, Rihanna dijadualkan salah seorang artis yang membuat persembahan tetapi penyanyi yang popular dengan lagu Umbrella dan teman lelakinya juga penyanyi, Chris Brown, tidak muncul pada saat akhir. Ini disebabkan pasangan ini bertengkar selepas meninggalkan majlis khas dianjurkan penerbit album terkenal, Clive Davis pada malam menjelang Grammy. Rihanna dikatakan dibelasah Brown hingga mengalami kecederaan teruk kesan gigitan di lengan, lebam di kedua-dua muka, luka di bibir, bengkak, calar dan berdarah pada hidung. Konsert Rihanna yang dijadualkan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 13 Februari lalu, ditunda kepada satu tarikh yang belum ditetapkan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 3:27 pm | |
| Mayat tergantung, M Nasir terbang BERBULAN-BULAN menyusun strategi serta mengadakan persiapan, Konsert Alam Muzik M Nasir di Istana Budaya (IB) yang bakal dipentaskan, esok di Panggung Sari, IB, pastinya cukup dinanti-nantikan peminat. Masakan tidak, penganjuran konsert anjuran Box Office (M) Sdn Bhd yang diadakan sehingga 29 Februari ini muncul selepas sekian lama penyanyi, komposer, penulis lirik, pengarah, pelakon dan penghibur prolifik tidak menjayakan sebarang konsert. Kali terakhir seniman kelahiran Singapura yang mendapat taraf kerakyatan negara ini mengadakan konsert pada 29 Januari 2000 apabila beliau muncul dalam Konsert Raikan Cinta M Nasir di Stadium Merdeka. Tempoh itu sudah terlalu lama, ia berlaku sembilan tahun lalu. Maka tidak hairanlah, mengapa penganjuran Konsert Alam Muzik M Nasir di Istana Budaya (IB) ini mendapat sambutan cukup hangat sehinggakan tiketnya laris dijual. Menyorot persiapan konsert, Aznan Alias (Nan) yang bertindak selaku pengarah muzik dihubungi Rap, semalam, untuk bercerita lanjut mengenai perkembangannya setakat semalam. Nan yang bermain di posisi gitaris utama berkata, rom bongan pemuzik, kru teknikal dan penyanyi latar yang terbabit dalam konsert ini sudahpun menjalani latihan di IB sejak hari pertama melangkah ke pentas Panggung Sari, Selasa lalu. “Fokus kami pada hari pertama selain latihan adalah tumpuan dari sudut teknikal. Setakat semalam, kami sangat berpuas hati dengan penyediaan penataan bunyi, muzik dan video latar juga berjalan dengan lancar. “Cuma tinggal bahagian M Nasir. Seperti pernah saya maklumkan sebelum ini, berkemungkinan ada beberapa perkara yang akan ditukar pada saat akhir atau diperbaiki sama ada dari segi persembahan atau teknikal kerana Nasir seorang yang sangat teliti. “Bagi saya semua yang terbabit dalam konsert ini, pemuzik mahupun jurutera sudah faham cara kerja Nasir dan daripada pemerhatian, semuanya menjalankan tugas dengan baik. “Bagaimanapun, berdasarkan apa yang kami lakukan tem poh hari, baki persiapan sebenarnya cuma tinggal 20 peratus saja lagi dan ia merangkumi penyediaan pentas dan atur cara konsert secara keseluruhan,” katanya. Selain Nan, pemuzik handalan dan berpengalaman yang terbabit dalam konsert ini adalah Zul Mahad (piano), Ahmad Firdaus Mahmod (keyboard pertama), Eddie Slam (keyboard kedua), Ujang Exists (dram), Pa'ang (perkusi pertama), Hamzah Hashim (perkusi kedua), Mohar Diman (seruling) dan Hanafi Spider (gitar kedua). Dalam temu bual itu, Nan yang mengesahkan M Nasir akan beraksi secara solo sepanjang persembahan tanpa artis un dangan turut memberikan serba sedikit gambaran mengenai perjalanan konsert serta gimik yang bakal menemui pe nonton. “Pentas Istana Budaya secara teknikal sangat dahsyat, justeru dengan kesempatan yang diberikan, kami cuba meman faatkannya. “Selain penggunaan ‘props’ yang pelbagai dan penukaran pentas, turut terdapat beberapa gimik. “Jangan terkejut kalau anda akan lihat mayat tergantung, mungkin juga salah seorang atau M Nasir sendiri akan terbang. Nyata, semua elemen yang digunakan ada mesej di sebaliknya yang hendak disampaikan,” katanya. Antara lagu dendangan M Nasir pada malam itu, Raikan Cinta, Masirah, Sahabat Gua, Phoenix Bangkit, Bila Rumi Menari, Dah Lagu Tu, Melawan Arus, Langgam Pak Dogo, Oh! Anak, Hijab Kekasih, Tari Rimba Cinta, Mistikal, Demi Masa dan Semakin Nyata. Termasuk, Mentera Semerah Padi, Anak Anak Kita, Sen tuhan Listrik, Ada, Perang Yang Lagi Satu, Bukalah Hatimu, Juwita, Balada Seorang Teman, Kias Fansuri, Andalusia, Apokalips, Gong Impian, Keroncong Nostradamus, Hidayah dan Akar Kita. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 3:31 pm | |
| Kelainan Ayu Raudah NAMA pelakon Ayu Raudhah sememangnya dekat dengan watak 'putih' yang dilihat sesuai dengan paras wajah dan penampilannya sebagai gadis lemah lembut. Namun sebagai pelakon, tidak lengkap sekiranya tidak mencuba pelbagai watak yang pastinya mampu membuktikan keupayaan seseorang pelakon itu mencapai tahap versatil. Justeru, pelakon yang terkenal dengan kecantikan tersendirinya ini muncul menerusi drama Bila Syaitan Berbisik terbitan Eurofine (M) Sdn Bhd yang memerlukannya bermain dengan emosi yang menampilkannya memegang watak wanita yang tamak harta dan kekayaan. Lalu demi memenuhi keinginannya itu, dia sanggup melakukan apa saja meskipun tindakannya itu menyebabkan banyak pihak teraniaya. Lakonan menarik Ayu Raudah melalui Bila Syaitan Berbisik ini mengisi slot Citra @ 2, Jumaat ini, jam 8 malam di TV2. Drama yang turut dijayakan Datuk Jalaludin Hassan, Dian P.Ramlee, Remy Ishak dan Hafizudin ini mengisahkan kehidupan Is dan Zulaikha yang bahagia sebagai suami isteri berubah dengan kehadiran Julia, anak kawan baik mereka, Karim. Julia yang sukakan kemewahan menjadi lupa diri apabila mendapat layanan istimewa dari Is dan Zulaikha apabila Julia menetap dengan mereka di Phnom Penh, Kemboja. Julia sanggup meninggalkan Brian kekasihnya kerana perselisihan pendapat dan memperlekehkan Brian yang masih belum stabil dari segi kewangan. Julia bukanlah tidak mampu untuk memperolehi kesenangan hidup dengan titik peluhnya sendiri kerana dia gadis yang pintar tetapi dia memilih untuk mendengar bisikan syaitan dan memilih jalan mudah kerana terlalu teringinkan kehidupan mewah. Begitu juga Is yang bahagia di dalam rumah tangga yang dilayari bersama Zulaikha hampir 21 tahun memilih untuk mengikut hawa nafsunya dan tewas pada godaan Julia. Julia sanggup menghina dan memperkecil-kecilkan Zulaikha yang selama ini menjaganya bagaikan anak sendiri. Kebahagiaan Julia tidak lama apabila Is mati dan meninggalkan Julia yang baru dinikahinya seorang diri dalam keadaan mengandung. Pada masa itu, Zulaikha pulang ke Malaysia untuk tinggal bersama Khalif kerana ingin mengubat hatinya yang luka atas perbuatan Is dan Julia. Julia masih angkuh dengan dirinya walaupun setelah kematian Is. Dia kembali ke Malaysia untuk tinggal bersama bapanya, Karim tetapi bersikap kurang ajar dengan Karim apabila bapanya menyuruh dia meminta maaf dengan Zulaikha. Setelah gagal dan tidak sefahaman dengan bapanya, Julia pergi menemui Brian untuk mendapat sokongan tetapi ditolak oleh Brian yang kini bahagia bersama Tina. Menyedari dirinya kini sebatang kara dan mengandung, Julia bertekad mendapatkan harta Is untuk menampung masa depannya. Alangkah kecewanya Julia apabila usahanya gagal kerana Is tidak mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah di Malaysia. Julia mengalami tekanan yang amat sangat dan kemurungan yang melampau. Namun perangainya masih belum berubah sehinggalah dia terjatuh dan mengalami pendarahan yang menggugat nyawanya. Pada masa itulah Julia mengalami pengalaman Sakaratul Maut yang menyedarkan dia akan segala kesalahan dan dosanya selama ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 3:32 pm | |
| Mendung berlaluMENGIMBAS episod perjalanan seninya yang bertapak sejak lapan tahun lalu, hanya serangkap perkataan mampu menterjemahkan siapakah Alyah iaitu 'gadis berbakat besar yang sentiasa dirundung malang'. Sebelum album terbaru yang memperkenalkan nama komersialnya muncul pada penghujung Disember lalu, Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan, 28, merentasi kehidupan penuh ranjau yang cukup menguji keimanan serta kesabarannya sebagai insan. Cabaran terpaksa ditempuh bukan sekecil-kecil ujian. Kegagalan kerjaya nyanyiannya berlaku bukan sekali dua ekoran berdepan masalah kesihatan dipercayai buatan orang serta mewarisi 'saka' keluarga. Selepas menjuarai pertandingan Bintang HMI 2000, Alyah pernah bernaung di syarikat rakaman EMI dalam tempoh yang singkat. Kemudian, kembali mengasah bakat dengan menyertai pertandingan One In A Million. Bagaimanapun, pada minggu keempat, penyanyi kelahiran Gelang Patah, Johor, ini tersingkir. Kegilaannya untuk menyanyi tidak pernah padam apabila menyertai Fabulous Cats untuk projek album sulung berjudul Fantastik. Bagaimanapun, Alyah menarik diri dan mencuba pula nasib dalam pertandingan pencarian kumpulan terhebat Asia, Gang Starz lalu diserap masuk ke dalam One Nation Emcee. Namun disebabkan masalah kesihatan, dia menarik diri. Bahkan, minat nyanyian turut mendapat tentangan keluarga khususnya bapa serta kisah cinta yang berakhir tatkala membilang hari untuk disatukan sebagai suami isteri. Namun, sebagai wanita Islam yang waras dan berpegang pada agama, segala musibah diharungi dengan tenang dan sabar. Akhirnya, pengorbanannya itu tidak sia-sia kerana kini Alyah bukan saja sembuh daripada penyakit misteri yang merencatkan perjalanan hidupnya sebelum ini. Bahkan nama gadis manis ini juga semakin mekar dan bersinar seperti yang diharapkan. "Keadaan saya bertambah baik, Alhamdulillah. Sekarang ini saya meneruskan amalan membaca ayat-ayat suci al-Quran serta menjaga solat untuk dijadikan pendinding diri, sekali gus mengelak daripada dianiaya orang. "Mungkin perjalanan seni saya sukar dan penuh ranjau sebelum ini, rezeki bagaikan disekat dan sering dirundung malang kerana ada perkara wajib yang saya harus laksanakan, namun saya alpa lantas mengabaikannya. "Maka Tuhan berikan saya bermacam-macam ujian supaya saya terus mengingati dan bermohon pada-Nya. Syukur, selepas bertahun-tahun lelah menempuh ujian, Ilahi memberi saya peluang. "Alhamdulillah, bermula saat pembikinan sehinggalah lahirnya album berjudul Alyah, saya melaluinya tanpa sebarang kesukaran. Tidak keterlaluan saya katakan, prosesnya berjalan lancar," katanya. Alyah menambah, pembikinan album ini turut mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada ahli keluarga apabila abangnya sendiri, Muhammad Fazdil atau Bob mengeluarkan bajet untuk menaja majlis pelancaran album, Disember lalu termasuk promosi album. Jika dulu sewaktu arwah bapanya masih hidup, ahli keluarga tidak begitu menunjukkan sokongan moral demi menghormati perasaan bapa yang melarang sama sekali anaknya berkecimpung dalam bidang seni. "Saya faham, kenapa dulu emak jarang menyebelahi saya kerana sebagai isteri, dia sendiri serba salah dan terpaksa menuruti kata bapa. Namun, sejak pemergian arwah bapa, saya nampak perubahan. "Melihatkan kesungguhan dan semangat saya yang tidak pernah luntur mengejar impian sebagai penyanyi, ibu dan adik-beradik lain mula memberi sokongan. Kalau ikutkan emak, dia suruh saya membantunya menjaga Kafe, tetapi saya merayu berikan saya satu lagi peluang. "Kalau tidak berjaya, saya akan tinggalkan bidang ini selama-lamanya. Tanpa diduga, tuah berpihak pada saya kali ini," katanya. Bercerita mengenai pembikinan albumnya yang diusahakan selama setahun di bawah terbitan syarikat rakaman, Wake The Baby Records, bekas juara Bintang HMI 2000 ini, berbangga dapat menimba pengalaman di bawah komposer terkenal, Ajai yang juga bertindak selaku penerbit. Album mengetengahkan konsep Indo Pop ini memuatkan lapan lagu 'moderate' termasuk balada antaranya Aku Tertinggal dan Episod Bersama serta menampilkan hasil ciptaan komposer terkenal Ajai, Omar dan Azan Ruffedge. Bagaimanapun, Tak Mungkin Kerna Sayang dipertaruhkan sebagai single yang memperkenalkan nama Alyah diikuti Ku Pinjam Satu Bintang hasil gandingan dengan pemenang tempat kedua AF6, Riz sebagai single kedua. "Tak Mungkin Kerna Sayang mendapat maklum balas cukup baik daripada pendengar. Malah, baru-baru ini, ia muncul juara Carta 30 atau dikenali C30 Era selain disenaraikan 10 lagu paling hangat dalam carta Hot FM. "Dengan bantuan penyampai radio dan stesen mereka, secara tidak langsung memperkenalkan nama saya walaupun masih ramai sebenarnya tertanya-tanya yang mana satukah Alya. "Meskipun sudah sembilan tahun melayari dunia seni, saya masih menganggap diri sebagai orang baru. Justeru, sekarang ini saya masih lagi rancak menjalankan promosi dengan mengadakan fotografi bersama media cetak dan menjayakan program televisyen. "Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Izatt Artistic Team kerana sudi melantik saya sebagai artis tetap untuk siri promosi jelajah yang dianjurkan mereka di seluruh Malaysia. "Selain itu, saya juga akan menjayakan program Sahabat Zoo anjuran Kementerian Pelancongan," katanya. Seperkara yang mungkin disedari ramai, lontaran vokal Alyah untuk lagu Tak Mungkin Kerna Sayang dikatakan mirip suara Nurul. Ketika diminta mengulas hal berkenaan, Alyah ketawa sambil berseloroh dengan menyatakan persamaan mungkin disebabkan lagu itu ditulis Ajai, juga bekas suami penyanyi itu. "Selain Tak Mungkin Kerna Sayang, ada juga yang kata vokal saya untuk lagu Ku Pinjam Satu Bintang kedengaran sama dengan penyanyi berpengalaman itu. "Jelas sekali ia bukan perkara yang disengajakan kerana apa yang terhasil dalam album ini daripada pemilihan konsep dan cara nyanyian adalah mencerminkan diri saya sendiri. "Konsep Indo Pop juga dipilih kerana kesesuaian pasaran, namun saya dan abang Ajai pastikan cara nyanyian masih bercirikan Malaysia," katanya. >Profil
NAMA PENUH: Noor Hasliah Abu Hasan
TARIKH LAHIR: 3 Januari 1981
ASAL: Gelang Patah, Johor
HOBI: Berenang, memasak, menyanyi dan mengembara
IDOLA: Celine Dion, Aishah, Sheila Majid dan Anita Sarawak
PENCAPAIAN: Juara wirawan EON (1994), Juara Bintang Pepsi (1996), Juara Suara Johor (1997), Naib Johan Asia Bagus (1998) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 3:34 pm | |
| Esther ada kualiti istimewa MINGGU pertama program realiti tv, One In A Million musim ketiga (OIAM3) menyaksikan finalis dari Kota Kinabalu, Sabah, Elizabeth Applunius Chin atau Esther, 21, dipilih sebagai penerima 'imuniti' pertama iaitu terselamat daripada menerima undian khidmat pesanan ringkas (SMS) keluar pada minggu hadapan. Keputusan itu diumumkan juri tetap, Syafinaz Selamat dalam program yang disiarkan secara langsung menerusi 8TV jam 9.30 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Jumaat lalu. Syafinaz dan Paul Moss juga sepakat memilih Esther kerana dia menampilkan persembahan terbaik ketika menyampaikan lagu Better In Time dendangan Leona Lewis pada malam itu. Ketika ditemui selepas persembahan berakhir, Esther berkata, dia tidak sangka terpilih memenangi imuniti itu kerana persembahannya tidak sehebat mana berbanding finalis lain. "Semua finalis juga menampilkan persembahan yang bagus dan tidak kurang hebatnya. Apa yang penting bagi saya ialah orang boleh nampak impak persembahan saya. "Selama tiga tahun saya menanti untuk menyertai program realiti ini dan baru sekarang impian itu kesampaian. Saya juga sanggup menghadiri uji bakat semata-mata untuk berada dan menjadi sebahagian peserta dalam program ini," katanya. Moss berkata, pemilihan Esther kerana dia berjaya menampilkan persembahan paling maksimum pada malam itu berbanding finalis lain. "Daripada 12 individu yang membuat persembahan, ternyata Esther menyampaikan sesuatu yang 'lebih' kepada penonton pada malam ini. "Dia juga mempunyai kualiti istimewa yang dicari dalam pertandingan ini. Saya juga dapat merasai apa yang disampaikannya dalam persembahannya," katanya. Syafinaz juga sependapat dengan pandangan Moss mengenai pemilihan Esther itu. "Saya juga menyukai suaranya kerana dia begitu komited pada persembahan. Dia juga mempunyai gaya dan bakat serta boleh pergi jauh dalam bidang nyanyian pada masa depan," katanya. Selain Esther, Norafizah Mohd Yasin atau Pija, 20, yang menyampaikan Lagu Untukmu dendangan kumpulan Meet Uncle Hussain juga antara peserta yang menampilkan persembahan terbaik pada malam itu. Malah, persembahannya juga mendapat pujian dari Moss dan Syafinaz. "Selain mempunyai suara yang bagus, persembahan Pija juga bertenaga dan sangat meyakinkan penonton pada malam itu. Cuma Pija tidak boleh terlalu teruja hingga menjejaskan sedikit persembahannya," katanya. Syafinaz berkata, ada finalis yang tidak menampilkan persembahan seperti diharapkan pada minggu pertama itu. "Hanya 90 peratus finalis yang menampilkan persembahan terbaik mereka. Antara kelemahan ketara ialah ada finalis yang gementar dan takut ketika membuat persembahan," katanya. Pija puka berkata, dia juga sudah berusaha memberikan persembahan terbaik pada malam itu. "Saya akan lebih fokus dan yakin pada persembahan minggu depan. Saya berharap tidak ada penyingkiran lagi pada minggu hadapan," katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar berkata, imuniti yang popular dalam rancangan Survivor diperkenalkan bagi meningkatkan elemen drama program berkenaan. "Kami sudah merancang untuk memperkenalkan imuniti ini sejak tahun lalu cuma baru sekarang ia kesampaian. Kami tampilkan imuniti sebagai kelainan untuk memberitahu penonton finalis bagaimana yang dicari pihak juri untuk membawa pulang wang tunai RM1 juta," katanya. Finalis lain yang turut membuat persembahan ialah Amylea Azizan atau Amylea, 22, (Aku Skandal/Hujan); Anith Aqilah Sulaiman Lim atau Anith, 17, (That's What You Get/Paramore); Nasharul Aweera Noryissham atau Aweera, 18, (Aku Dah Bosan/Amy Search); Nurhidayu Md Tekhary atau Ayu, 20, (Matahariku/Agnes Monica). Selain itu, Fify Emielia Shazlin Ahmad Murshadi atau Fify, 19, (If I Were A Boy/Beyonce); Zulqarnain Jaafar (Nine), 27, (Cinta Ini Membunuhku/D'Masiv); Rehana Mohd Yunus atau Han, 22, (Menjaga Hati/Yovie Nuno); Muhammad Ridzuan Sharifudin atau Rizu, 19, (Juwita Citra Terindah/M Nasir); Simon, 25, (Home/Daughtry) dan Shah Indrawan Ismail atau Tomok, 25, (Cuba/Faizal Tahir). Program realiti yang menampilkan gandingan pengacara Awal Ashaari dan Marion Counter ini menemui penonton setiap Jumaat jam 9.30 malam menerusi saluran 8TV. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 3:37 pm | |
| Cubit Rozie benci LatifahBERKESANNYA lakonan Rozie Othman sebagai ibu tiri yang garang dan kejam bernama Latifah dalam drama bersiri Natasha 1 dan 2, membuatkan penonton menyampah sehingga dia pernah dicubit dan dipukul. Kejadian itu membuatkan Rozie takut hendak keluar rumah. Katanya, apabila jumpa masyarakat di luar, mereka cubit lengannya sampai lebam kerana marah dengan watak Latifah. Sambil menahan sakit, Rozie hanya mampu tersenyum dan beritahu mereka dia cuma berlakon dan di luar lokasi bukan macam itu. "Dalam hati geram juga kerana sakit dan saya kata pada anak saya Sofea, 'nasib baik mama pelakon, kalau tak aku balas balik'. Nanti kalau saya ambil serius perkara macam itu, kecoh pula jadinya. Lagipun itu menunjukkan lakonan saya berjaya memberi impak kepada penonton. "Begitu juga lakonan saya sebagai Datin Rocky dalam drama Idaman. Penonton benci betul dengan karektor itu kerana terlalu jahat dan busuk hati," katanya ketika ditemui, di majlis kesyukuran sempena kejayaan drama Mentua vs Menantu mencatat jumlah penonton yang tinggi. Rozie yang turut berlakon sebagai ibu mentua yang tidak sukakan menantunya, Nurul Ain (Erra Fazira) dalam Mentua vs Menantu, berkata watak sebagai Latifah dan Datin Rocky lebih garang dan dibenci. "Dalam Mentua vs Menantu saya masih diberi watak wanita sombong, mementingkan diri sendiri dan tak sukakan menantu pilihan anaknya, Rosyam (Aqasha) tetapi watak Datin Faridah dalam cerita itu agak lembut sedikit kerana drama itu ada unsur komedi. "Sekarang saya banyak terima tawaran watak seperti itu. Susah juga hendak mencorakkan watak tersebut supaya tidak kelihatan sama. Kini setiap kali ada tawaran berlakon, saya tanya dulu watak apa. Tapi saya masih diberi watak sama tetapi hendak menolak, semua tawaran itu tidak boleh. "Apa yang boleh saya buat, pilih mana yang ada kelainan dari segi perwatakan. Apabila dapat tawaran watak Datin Faridah, saya berfikir hendak tampilkan imej dan watak yang macam mana. "Datin Faridah tidaklah sekejam Latifah atau Datin Rocky tapi berhadapan Nurul Ain menantu yang suka melawan dalam diam," katanya. Dalam Mentua vs Menantu juga, wajah Rozie nampak sembab dan tubuhnya agak berisi sehingga dia dikatakan menyuntik botox. "Cuba tengok muka ini dah berkedut, mana ada ambil botox. Penggambaran drama Mentua vs Menantu tidak berhenti selepas siap satu episod, terus ditayangkan di Astro Prima menyebabkan saya kepenatan, lalu saya ambil vitamin yang ada campuran yis. Sudahnya, muka jadi kembang dan selera makan bertambah. "Erra pun hairan kenapa muka saya sembab. Kalau benar saya suntik botox, mana boleh terus pergi penggambaran kerana kesan suntikan itu akan membengkak dan saya kena berkurung beberapa hari sehingga bengkak itu hilang. "Jadi saya berhenti ambil vitamin itu dan muka saya kembali seperti biasa. Badan pun dah susut sedikit," katanya. Rozie yang sudah 26 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan rindu untuk membawa watak orang kampung. Jelasnya, waktu mula berlakon dulu banyak tawaran seperti itu sekarang pengarah suka memberinya watak wanita korporat. "Saya teringin hendak jadi orang kampung semula yang ringkas dari penampilan dan solekan. Dan biarlah watak wanita kampung yang baik. Pun begitu kepada yang mahu melihat saya bawa watak baik, saksikan kemunculan saya dalam drama Cinta Untuk Ain lakonan bersama Nabila Shuhaimi dan Que Haidar," katanya. Di luar lokasi, ibu tunggal dua cahaya mata itu mudah didekati, mesra dan merendah diri. Katanya, dia selesa menjalani kehidupan seperti orang biasa. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 3:52 pm | |
| Adam puas membuli AKTIF sebagai penyanyi sejak menyertai program realiti Akademi Fantasia musim kedua (AF2), lima tahun lalu, Mohd Aizam Mat Saman atau Adam turut dikenali sebagai pelakon. Tiga filem terdahulu iaitu Cinta Fotokopi pada 2005, Main-Main Cinta (2006) dan Diva (2007) menyaksikan Adam diberi kepercayaan membawakan watak utama. Biarpun Adam tidak terbabit dengan sebarang filem tahun lalu, dia sebenarnya masih berminat beraksi di layar perak. Perkembangan terbaru, dia dilamar produksi Harian Inovatif Sdn Bhd bekerjasama dengan Sunday To Sunday Service Sdn Bhd untuk membintangi filem baru, Dimensi Cinta. Filem ini yang akan menjalani penggambaran sejak semalam turut membariskan pelakon popular lain seperti Catriona Ross, Fahrin Ahmad, Eman Manan, Awie, Scha dan Suhaiza Suhaimi (Memey). Menerusi filem arahan Mohd Aliff Najmi Abdullah atau Eddie Pak itu, Adam memainkan karakter ketua kumpulan tarian hip hop yang berhadapan dengan saingan kumpulan shuffle. Kata Adam, dia bukan hanya berlakon, sebaliknya bertanggungjawab dalam memimpin koreografi dua tarian itu. Berbeza dengan lakonan sebelum ini, kali ini dia berpeluang membawakan watak antagonis dan bercinta dengan rakan seangkatan menerusi AF2, Zarina yang turut berlakon. "Saya takut menjadi hero tetapi watak antagonis adalah antara watak yang saya idamkan. Namun, sifat jahat saya dalam filem ini hanya merujuk pada sikap suka membuli mereka yang terbabit dengan tarian shuffle. "Selain fokus pada hip hop, saya juga memantau tarian shuffle. Saya terima tawaran berlakon filem ini kerana ia menampilkan aspek tarian pada watak yang saya bawa," katanya. Di samping aktiviti lakonan terbaru, Adam juga menyatakan dia kini mula menceburi diri sebagai pengarah telefilem Wira Malam yang diterbitkan di bawah syarikat sendiri, Curio Communication Sdn Bhd. Telefilem ini mengisahkan seorang superhero yang mahir menggunakan senjata mempertahankan diri iaitu muchacho, akan menjalani penggambaran pada April depan. "Watak ini adalah serius dan mempunyai kostum khas. Buat masa ini, saya masih mencari pelakon wanita yang sesuai untuk telefilem ini dan saya berharap adegan lawan yang ditunjukkan belum pernah ditonton dalam telefilem tempatan sebelum ini. "Saya sendiri akan memainkan watak utama dan untuk itu, saya kini berlatih sendiri bagaimana menggunakan muchacho dengan mahir. Walaupun saya belum cukup ilmu mengarah tetapi saya ingin belajar dan menimba pengalaman baru. "Sebelum ini, saya pernah mengarah klip video kumpulan Bad Boys yang menjadi artis pertama yang bernaung di bawah syarikat saya sendiri iaitu Aico Entertainment. Memandangkan kegawatan ekonomi melanda kembali, saya fikir penerbitan telefilem ini sebagai menambah pendapat sampingan saya," katanya. Mengenai KRU yang menerbitkan album ketiganya, Robot sejak setahun lalu, dia masih gembira untuk terus bernaung di bawah pengurusan tiga beradik, Norman, Yusry dan Edry. Dalam kesibukan berlakon, Adam turut menyatakan dia akan mengadakan persembahan mini konsert di beberapa lokasi seluruh negara. Selepas Labuan pada 3 Januari lalu, persembahan seterusnya berlangsung di Keningau tidak lama lagi. Menerusi persembahan jelajah ini, Adam juga membawa Bad Boys untuk mengadakan persembahan bersama. Walaupun tiada penaja, dia tetap mahu mengadakan persembahan ini sebagai platform merapatkan hubungan dengan peminatnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 3:57 pm | |
| Respirasi Muzik: Rindu terubat juaAlbum: Menentukan Arah Artis: Sheila On7 AGAK lama peminat setia kumpulan popular dari seberang, Sheila On7 yang pernah melonjak popularitinya di sini dengan lagu Sephia harus menunggu untuk mendengar karya terbaru mereka. Hampir dua tahun Sheila On7 yang dianggotai Akhdiyat Duta Modjo (Duta-vokal), Adam Muhammad Subarkah (Adam-bass), Eross Candra (Eross-guitar) and Brian Kresno Putro (Brian-drums) menyepikan diri. Januari lalu, rindu peminat terubat apabila kumpulan yang mencipta sejarah di tanah kelahiran mereka apabila jualan album Kisah Klasik Untuk Masa Depan dijual mencecah 1.5 juta unit muncul dengan Menentukan Arah dan diedarkan Sony Music Malaysia. Memiliki trak rekod baik dalam industri muzik serantau, sudah tentu menghasilkan album baru memberikan sedikit tekanan kepada anggota Sheila On7, terutama apabila peminat masih membandingkan lagu baru dicipta mereka sendiri dengan karya lama. Kehilangan pemain gitar utamanya, Sakti dan Anton (drum) sebelum digantikan dengan Brian, yang dianggap tulang belakang kumpulan ini turut dikatakan punca kemerosotan mutu karya mereka. Keserasian penting untuk menghasilkan muzik yang baik. Namun hendak dinilai dari mulanya pembabitan Sheila On 7 dalam industri muzik, 'taring' mereka terletak kepada Eross yang banyak mencipta lagu bagus dari sudut mutunya sama ada melodi mahupun lirik. Antara buktinya lagu Sephia dan Berhenti Berharap adalah karya Eross sepenuhnya. Menerusi Menentukan Arah, kumpulan Sheila On7 cuba mencantum formula pernah dilakukan sebelum ini untuk memenangi semula hati peminat. Untuk itu mereka mengetengahkan kembali konsep pop bebas ringan tetapi penekanan lebih diberikan kepada susunan lagu dan permainan instrumen. Bersama anggota baru iaitu Brian, mereka cuba membentuk kembali semangat Sheila On7, dan kesungguhan itu terserlah apabila mereka sanggup berdebat panjang semata-mata bagi mendapatkan 'mood' yang benar dalam menghasilkan lagu Ibu Linda. Mengimbangi pengisian album ini, Sheila On7 menampilkan beberapa lagu yang rancak yang cepat menangkap di pendengaran telinga seperti Lia Lia Lia. Begitupun lagu Bertapa dan Yang Terlewatkan menjadi kekuatan dalam Menentukan Arah. Vokal Duta masih lagi menjadi tunjang dalam setiap lagu apabila lontaran diberikan mantap dan penghayatan cukup mendalam sehingga berjaya membawa pendengar larut dalam melodi dan maksud seni kata ingin disampaikan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 4:10 pm | |
| Gambar Adi Putra sbg Gay film Anu dlm botol揝aya tidak takut dengan kontroversi kerana kehidupan kita sendiri penuh dengan kontroversi. Tanpa kontroversi, hidup kita juga berasa bosan. 揔alau orang kata judul filem ini lucah, mereka perlu menonton filem ini terlebih dulu untuk mendapat mesej yang nak disampaikan. Judul filem ini saja sudah pun mengatasi nama pelakon itu sendiri. 揂pa yang penting, pelakon memegang watak utama nanti dapat sampaikan apa yang saya nak sampaikan kepada masyarakat. Pelakon watak utama ini kena lebih `kuat?kerana kalau tidak dia akan dibayangi judul filem ini,?katanya. Kata Raja Azmi, idea buat Anu Dalam Botol bermula ketika dia bersama tiga rakan, Sutek (pereka fesyen), pengarah Uwei Shaari dan pengarah Shadan Hashim menikmati teh tarik di warung, dua tahun lalu. 揝utek menceritakan kisah benar rakannya, seorang gay yang menjalani pembedahan untuk membuang anunya (za karnya) untuk menjadi perempuan. 揟api, akhirnya dia menyesal atas perbuatan itu apabila ditinggalkan teman lelaki yang dicintai. Selepas itu, dia jatuh cinta dengan seorang perempuan tapi sayangnya semua sudah terlambat kerana dia sekadar dapat melihat anunya dalam botol,?katanya. Katanya, dia terus tertarik untuk menerbitkan filem itu selepas mendengar cerita Sutek. Malah membuat kajian dengan berjumpa lelaki gay itu untuk meminta kebenarannya membuat filem dari kisah hidupnya. 揚embedahan membuang anu itu dibuat di Thailand ketika dia berusia 21 tahun dan dia juga dapat membawa pulang anunya yang disimpan dalam botol ke sini. Pada masa sama, dia juga menahan kesakitan selama enam bulan selepas pembedahan. 揝aya berasa sebak selepas mendengar cerita lelaki gay itu dan terus terbuka hati untuk menghasilkan filem berkenaan. Kini usianya sudah 50 tahun dan dia juga bercerita sambil menangis kerana menyesal apa yang dilakukan dulu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 4:16 pm | |
| Dina Cam Semput jer menyanyi..
Last edited by sally_eiyna on Sun 01 Mar 2009, 7:58 am; edited 1 time in total |
| | | halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sat 28 Feb 2009, 12:08 pm | |
| - sally_eiyna wrote:
- Dina Cam Semput jer menyanyi..
i miss u la... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 8:11 am | |
| (Gambar) Siti Nurhaliza Kurus selepas Kematian ayahKUALA LUMPUR: Sudah dua minggu bapanya meninggal dunia, namun penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 30, masih merinduinya. Perasaan rindu terhadap insan bernama Tarudin Ismail, 67, jelas memberi kesan kepada Siti apabila berat badannya menurun mendadak. Wartawan dan orang ramai yang menghadiri majlis pelancaran buku tulisan Aziah Jasmin Azizul, The Pink Book di MPH, Mid Valley, petang semalam, terkejut melihat susuk badan penyanyi kesayangan ramai itu. Majlis itu yang pertama dihadiri Siti sejak pemergian bapanya ke rahmatullah pada 15 Februari lalu. “Saya memang terasa kehilangannya hingga hilang selera makan. Pemergian abah bukan dalam keadaan yang saya sudah bersedia…ia berlaku tiba-tiba. Saya perlukan masa untuk memulihkan perasaan sedih ini. “Abah tidak pernah muncul dalam mimpi sejak dia pergi, tapi setiap kali teringat, saya cepat-cepat sedekahkan al-Fatihah. Walaupun abah sudah tiada, doa dan ingatan saya terhadapnya menjadi pengganti serta hadiah semoga dia tenang di sana. “Abah tidak pernah saya lupakan dan memori bersamanya juga tidak akan padam,” katanya ketika ditemui di majlis itu. Sebagai menghormati pemergian bapanya, Siti berkabung selama 40 hari, sekali gus menunda pembabitannya dalam pelbagai program dan persembahan yang sudah dipersetujui. Sebahagian daripadanya program televisyen iaitu Konsert Jomheboh (TV3), Zoom In Siti (TV2), AC Disini (Astro) dan Kelab Pop (Astro). Bagaimanapun, untuk Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1430 Hijrah di Stadium Malawati, Shah Alam, malam ini, Siti memberikan komitmen, sekali gus berganding bahu bersama kumpulan Rabbani, Amy Search, Mawi, Akhil Hayy dan Datuk Siti Nurbahyah Mahmud. Kata Siti, konsert itu bersempena Maulidur Rasul, jadi dia tiada masalah mengambil bahagian, apatah lagi konsep persembahan berbentuk keagamaan dan kesedaran. “Kebetulan, konsert berbentuk amal itu saya melihatnya sebagai program yang murni,” katanya yang kagum melihat ibu tercinta, Salmah Bachik, 57, kerana tenang mengharungi detik memilukan. Siti ada mengajak ibu tinggal dengannya di sini, tetapi dia memilih berada di kampung bersama adik. “Siti kagum dengan emak kerana dia tenang, sabar dan langsung tidak menunjukkan kesedihannya di hadapan kami walaupun kami adik-beradik tahu emaklah paling merasai kehilangan abah,” katanya. Bagi memenuhi hasrat arwah yang tidak kesampaian, Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa akan mengusahakan syarikat berasaskan pertanian di Kuala Lipis. “Saya sudah membeli tanah di Kuala Lipis, malah permohonan arwah untuk membuka syarikat yang diberi nama Saldin Sdn Bhd (singkatan Salmah dan Tarudin) juga sudah diluluskan. “Namun hajatnya untuk melihat perniagaan itu diusahakan tidak kesampaian dan sebagai anak, saya mahu merealisasikan impiannya itu,” katanya dengan suara sebak. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 8:19 am | |
|
Last edited by sally_eiyna on Sun 01 Mar 2009, 8:24 am; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 8:23 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 8:28 am | |
| Artis Contoh - NubhanWalaupun sudah popular dan sibuk dengan dunia artisnya, Nubhan masih tidak sombong dan tidak malu untuk makan di gerai-gerai tepi parit. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 8:33 am | |
| Betty Banafe Berkahwin Dengan VIP? - Isteri Kedua Agak lama juga tidak mendengar perkembangan terbaru penyanyi dan pelakon kacukan Arab-Melayu-Jawa (3 in 1) ini. Sesekali, wajahnya dapat dilihat menghiasi drama-drama di kaca televisyen. Namun, perkhabaran yang diterima baru-baru ini kononnnya Betty Banafe telah pun berkahwin dan menjadi isteri kedua kepada seorang kerabat cukup mengejutkan banyak pihak. Menyangkal dirinya belum lagi berkahwin, selebriti berusia 30 tahun ini bagaimanapun mengakui dirinya memang sedang berkawan rapat dengan seseorang. Namun, tegas Betty, dia tidak pernah lupa akan prinsip hidupnya untuk tidak mengambil ‘hak’ orang lain. “Tetapi saya memilih untuk tidak berbuat demikian. Seboleh mungkin, saya tidak mahu suami orang atau golongan VIP. Sudah banyak kali juga sebenarnya saya ‘terkena’ dengan golongan VIP dan VVIP walaupun mereka itu masih bujang. Kalau boleh, saya hanya mahukan orang ‘biasa-biasa’ saja,” Menurut Betty, kegagalan dalam percintaan sebelum ini banyak mengajar dirinya untuk lebih berhati-hati mencari pasangan hidup dan tidak hanya mengejar golongan yang mempunyai nama dan kemewahan sehingga dituduh sebagai perampas kebahagiaan rumahtangga orang. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 8:34 am | |
| Liyana Jasmay jurucakap Maybelline New York yang baru Tahniah di ucapkan kepada Liyana Jasmay kerana telah dipilih sebagai jurucakap Maybelline New York yang baru. Menurut Maybelline pemilihan ini dibuat berdasarkan personalitinya yang penuh keremajaan, berkeyakinan tinggi, trendi serta mempunyai ciri-ciri yang berkualiti untuk menjadi duta Maybelline. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 8:35 am | |
| Kieran dapat anak lelaki Kieran khabarnya baru sahaja mendapat anak lelaki semalam ( 26 februari 2009). tahniah di ucapkan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 8:36 am | |
| Intan kembali 'ligat' setelah bergelar isteri Nasib penyanyi berusia 27 tahun ini cukup baik apabila percaturannya menyertai OIAM membuahkan hasil. Siapa sangka menerusi program itu, rezeki Intan nampaknya lebih banyak ke arah bidang lakonan pula. Alhamdulillah, setakat ini sudah dua drama yang saya lakonkan iaitu Suara Hati dan terbaru, Yusuff yang akan ditayangkan di slot Samarinda. Memang sekarang ini saya sudah rasa semakin selesa untuk berlakon. Ditanya tentang bidang nyanyian pula, kata Intan, ketika ini dia juga di dalam proses menghasilkan single terbaru. "Single itu adalah projek saya sendiri, tanpa pembabitan mana-mana pihak. Setakat ini saya belum rakamkan lagi lagu tersebut, tetapi apa yang pasti ia akan menampilkan konsep yang lebih pop, tidak seperti dulu yang mana saya lebih ke arah balada. "Sebenarnya ada juga tawaran untuk saya jadi artis rakaman. Tetapi, tawaran itu tidak begitu bagus, jadi saya rasa lebih baik saya gerakkan sendiri karier nyanyian saya," kata Intan. Bercerita tentang kehidupan sebagai seorang isteri kini, tutur Intan, dia bersyukur kerana suaminya, Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli amat memahami karier seninya. Malah, kerana kesibukan urusan masing-masing, sehingga kini mereka masih belum sempat berbulan madu di lokasi pilihan mereka, Bali walaupun sudah empat bulan mendirikan rumahtangga. "Akhir bulan Mac ini mungkin baru kami rancang untuk pergi berbulan madu. Tetapi belum pasti lagi di mana lokasinya kali ini," kata Intan yang turut mengimpikan cahaya mata, andai ada rezeki. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 8:39 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 8:50 am | |
| OIAM: Ayu peserta pertama tersingkir Ayu gagal mara ke minggu seterusnya apabila menjadi mangsa penyingkiran pertama OIAM [SEMASA] SHAH ALAM: Impian Norhidayu Md.Tekhary atau Ayu untuk meneruskan perjuangan di dalam One In A Million musim kedua (OIAM) akhirnya berkecai apabila dia menjadi peserta pertama tersingkir dari program realiti popular itu yang berlangsung di Sri Pentas 2, di sini, malam tadi. Persembahannya pada minggu lalu ternyata gagal meraih undian secukupnya daripada penonton untuk memastikan dirinya terus kekal di dalam program itu. Ayu diumumkan tersingkir sebelum bermulanya persembahan minggu kedua itu yang mana penyingkiran tersebut sekaligus turut melenyapkan hasrat peserta berusia 20 tahun itu untuk merangkul wang kemenangan RM1 juta. Ditemui sejurus berakhirnya program itu, Ayu akui persembahannya minggu lepas kurang memberangsangkan setelah mendengar komen yang diberikan oleh juri-juri profesional. "Awal-awal lagi saya memang sudah bersedia andai kata tersingkir. Tambahan pula, minggu lalu saya akui persembahan saya kurang memuaskan dan telah menghampakan pihak juri. "Tetapi, saya tidak mahu menganggap penyingkiran ini sebagai penamat terhadap cita-cita saya untuk meneruskan perjalanan seni yang baru bermula. Mungkin rezeki saya ada di luar sana," ujar Ayu yang aktif menyanyi bersama band bapanya. OIAM musim baru ini masih mengekalkan Syafinaz Selamat dan Paul Moss sebagai juri tetap manakala penyanyi Salamiah Hassan pula telah diundang sebagai juri jemputan. Dengan penyingkiran Ayu, maka 11 peserta yang berjaya meneruskan persembahan pada minggu ini ialah penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Amylea; juara Mentor musim pertama, Pija; Penyanyi Baru Terbaik AIM 2006, Rizu; finalis suara Emas Bintang RTM 2007, Han; vokalis kumpulan New Boyz, Tomok, vokalis kumpulan Coco, Nine serta lima peserta bukan artis iaitu Anith, Aweera, Esther, Simon dan Fify. Amylea turut menerima imuniti daripada pihak juri berdasarkan persembahan menarik yang dilakukannya malam tadi. Imuniti itu secara automatik melayakkan Amylea untuk terus beraksi di minggu seterusnya serta tidak perlu melalui proses undian daripada penonton. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 10:06 am | |
| Betty bersama hero drama Yusuff, Ashraf Muslim |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 10:09 am | |
| Najua berlakon dari watak biasa ke watak ada nama“Pertama kali semasa menyertai Muzikal Ibu Zain, saya dipanggil untuk suatu sesi fotografi sebagai kaum ibu. “Apabila saya berjumpa dengan Cik Ros (Rosminah Tahir), dia bertanya sama ada saya boleh ‘bermajrul’ atau tidak. “Katanya, terdapat satu babak itu melibatkan seorang cikgu yang perlu ‘bermajrul’. Mula-mula saya minta watak Jemaah yang buat dan selepas itu saya mencuba watak Cikgu Munah itu. “Selepas itu, terus Cik Ros kata saya perlu membuat sesi fotografi semula dan membawakan watak Cikgu Munah. “Saya tak sangka dari watak biasa-biasa yang perlu menyanyikan korus lagu, terus saya mendapat satu watak yang ada nama. “Bagi saya, watak itu merupakan satu cabaran buat saya kerana saya tidak pernah mendapat watak seperti itu. “Saya ini kan masih muda dan tiba-tiba mendapat watak orang dewasa dan perlu mempunyai ilmu. “Jadi, saya mungkin akan mempunyai sedikit kesukaran sebab kebanyakan pelakonnya adalah mereka yang pernah terlibat dalam Muzikal Ibu Zain sebelum ini. “Saya kena kejar mereka dan hafal dengan cepat. Saya cuba mengikut apa yang mereka lakukan, mengkaji semula dan selepas itu saya cuba melakukannya kerana perwatakan Cikgu Munah ini kelakar dan kepoh. “Sehingga sekarang, saya masih cuba membawakan watak itu selepas menghadiri latihan selama dua minggu,” jelas Najua dengan panjang lebar. Menurut Najua, ini merupakan kali pertama dia terlibat di dalam Muzikal Ibu Zain dan bekerjasama dengan pengarah Rosminah Tahir. “Saya tak pernah bekerja dengan Cik Rosminah Tahir sebelum ini dan hanya merupakan pelajarnya di Fakulti Teater. “Kali terakhir saya terlibat dalam latihan teater di ASWARA adalah teater klasik Mac Bell. Selain itu, saya juga mempunyai pengalaman teater melalui Sanggar Teater Fauziah Nawi (STEFANI) sejak berusia 10 tahun “Antara teater yang saya telah jayakan adalah Opera Ayu Chendana, Dari Bintang Ke Bintang dan Muzikal Tok Rimau,” cerita anak Allahyarham Nasir P. Ramlee ini. Jelas Najua, sebolehnya dia mahu orang di luar sana mengenali bakat lakonannya . “Saya jarang memegang watak besar dan biasanya hanya bekerja di belakang tabir. Jadi, saya nak cuba buktikan yang saya juga boleh berlakon,” ujar Najua yang turut aktif dalam bidang nyanyian. Terbaru, Najua menyertai nyanyian di bawah team studio milik Linda Jasmine. Saya juga menyanyi di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Taman Budaya dan ASWARA. “Biasanya, saya suka menyanyikan lagu-lagu lama seperti lagu rentak ghazal, lagu Arwah Atuk (Allahyarham Tan Sri P. Ramlee), dan lagu sendiri. “Sebelum ini, saya mempunyai album tetapi tidak menjadi. Antara lagu-lagu yang biasa saya nyanyikan adalah lagu Psurina dan Bukit Bintang. “Saya menyanyi hanya untuk mengisi waktu lapang seperti waktu malam dan hari minggu,” tutur gadis yang turut meminati Silat Landai ini. Saksikan Muzikal Ibu Zain di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang mulai 13 hingga 22 Mac ini, pukul 8.30 malam. Tiket boleh dibeli pada harga RM20, 30 dan 50 di talian 03-6186 6592. Teater ini dibintangi oleh Liza Othman, Nurfatimah, Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Natasha Hudson, dan Avaa Vanja. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 10:29 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 10:34 am | |
| Misha Omar Berlakon Dalam Drama Siri Julia JuliTV3 muncul lagi dengan dram a-drama menarik menanti penonton-penonton setianya melalui slot Lagenda, Akasia dan Sinetron. Terbaru, TV3 akan menyiarkan siri ‘Julia Juli’ yang akan menemui penonton mulai 3 Mac 2009 melalui slot Lagenda. Drama ‘Matahari’ juga akan menemui penonton mulai 30 Mac 2009 melalui slot Akasia, manakala drama bersiri Indonesia, ‘Upik Abu & Laura’ akan menemui penonton juga mulai 30 Mac 2009 melalui slot Sinetron. Pelakon-pelakon siri ‘Julia Juli’ yang membariskan pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Dynas, Misha Omar, Nik Safiyah, Zed Zaidi, Danny, Abby Abadi, Rahim Jelani, Syawal AF, Aqasha, Imuda dan pelakon-pelakon ‘Matahari’ seperti Lisdawati, Fahrin Ahmad, Aida Aris, Fauzi Nawawi, Hamidah Wahab, Syukery Hashim, Arash Mohd, Iqram Dinzly, Jehan Miskin, Erry Putra, Ako Mustapha, Fizow Omar, Sabrina Ali, Nur Khiriah dalam sesi ramah mesra bersama mereka. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 10:36 am | |
| fuhhh fasha...seksi.. Fasha Kantoi Diterjah Dalam Melodi TV3Bukan berniat mahu melaga-lagakan mana-mana pihak, tetapi berdasarkan reaksi Fasha apabila menjawab soalan tentang dia dan Rizal dikatakan bercuti ke Thailand pada 29 Januari hingga 2 Februari lalu, ia seolah-olah mahu mencetuskan suatu sandiwara. Apabila sampai di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, pasangan ini berjalan berasingan lalu Fasha menafikan dia dan Rizal bercuti bersama sebaliknya mengatakan dia dan pengurusnya, Nik Yasmin baru pulang dari Pattaya. Ramai yang berpendapat aktres ini cukup bijak memutarbelitkan fakta, semata-mata untuk ‘menyelamatkan’ diri.“Saya tak mahu cakap ya atau tidak. Apa-apa pun bagi masa kepada saya untuk menjawab soalan itu selepas ini. Fasha juga menafikan dakwaan yang mengatakan dia sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan dengan Rizal. Sumpah, demi Allah, saya tidak pernah membuat persiapan perkahwinan. Saya juga tidak ada berjumpa dengan Rizal.” Dengar cerita you dah bertunang dan nak kawin?“Baru-baru ini memang ada orang datang merisik saya tetapi saya rasa tak perlulah diberitahu siapakah orangnya kerana ia terlalu peribadi. Insya-Allah, saya akan beritahu tentang hal ini nanti. Mungkin dalam tahun ini atau tahun depan.” Fasha turut berjanji untuk memberitahu media tentang soal perkahwinan itu apabila dia betul-betul bersedia nanti. Tambah Fasha, dirinya mungkin sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga namun calonnya belum ada lagi. “Insya-Allah, kalau ada jodoh saya nak kahwin dalam tahun ini tetapi saya sedang melalui proses ‘pemilihan’. Sekarang, semua lelaki yang saya kenali adalah kawan saya kerana saya mahu pastikan yang mana bagus dan sesuai untuk dijadikan suami. Lelaki yang datang merisik itu juga termasuk di dalam kategori kawan saya. Saya dah lama berkawan dengannya.” Sejauh mana artis yang dicalonkan untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 ini bersedia untuk berkahwin, Fasha optimis yang petanda itu menunjukkan ke arah positif. Perkahwinan Fasha Sandha akan diadakan di Kuala Lumpur dan Perlis“Saya tak boleh cakap bila nak kahwin. Tetapi jika ditanya tentang perasaan saya sekarang, memang saya gembira walaupun orang menulis cerita yang baik atau buruk tentang saya,” Olah Fasha, tidak perlulah dia bersedih hati kerana dia telah memilih untuk mengambil pedoman di atas pengalaman lalu. Masih terpilih dalam Top 5 ABP… kira you tak diboikotla kan? “Misalnya, isu sebelum ini membuatkan saya lebih berhati-hati. Saya fikir mesti ada hikmahnya. Saya bersyukur kerana para wartawan telah memberi kemaafan dan menunjukkan tanda-tanda positif kepada saya. Misalnya akhbar BH masih mencalonkan saya sebagai tanda sokongan. Pengalaman lepas banyak memberi ruang kepada saya untuk belajar sesuatu. Insiden lepas memang memberikan tekanan sebab itu membuatkan saya termarah dan beremosi. Sebagai manusia, kita perlu saling bermaafan.” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 10:49 am | |
| (Pening Dah!) Zaefrul Cerita Tipu, Norish Karman Sentap Nama DikaitkanIni berkenaan gambar mesra antara Zaefrul & Azizah Mahzan. Al-kisahnya Zaefrul telah mengaitkan nama Norish Karman & pembantu peribadinya Rabu lepas melalui ruangan Interaksi -Harian Metro. Daripada kenyataan Zaefrul, beliau mengatakan sepanjang berada di’Langkawi mereka tidak pernah keluar berdua. Kalau keluar makan pun mesti beramai-ramai tapi pernah sekali Azizah mengajaknya keluar makan malam tetapi beliau turut mengajak Norish dan pembantu peribadinya sekali kerana tidak mahu ada yang salah sangka andai mereka keluar berdua. Apa pula kata Norish Karman?Katanya, dia berasa kurang selesa sebaik saja membaca kenyataan Zaefrul kerana sepanjang berada di Langkawi selama tiga hari untuk menjalani penggambaran Spa Q, dia sememangnya tiada masa langsung untuk keluar makan malam bersama pelakon dan kru lain. Jadual penggambarannya sangat padat sepanjang tiga hari itu untuk memastikan babak membabitkan dirinya selesai dalam tempoh itu. “Penggambaran bermula awal pagi dan selesai lewat malam. Apabila habis penggambaran, saya terus balik ke bilik untuk berehat dan tidur secukupnya supaya dapat memulakan penggambaran keesokan hari dengan keadaan segar. “Memang saya tidak berpeluang langsung keluar bersama pelakon dan kru lain. Bukan tidak mahu keluar beramai-ramai. Memang saya teringin juga bersuka ria, tapi saya rasa ada komitmen lain yang lebih penting iaitu berehat selepas penat bekerja seharian. Tapi tiba-tiba Zaefrul membuat kenyataan begitu,” katanya. Katanya, dia tidak berniat masuk campur dalam kemelut ini, tapi apabila namanya dan juga pembantu peribadinya turut di’kaitkan, membuatkan dia tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar. Akui Norish, dia tidak menghubungi Zaefrul untuk mendapatkan penjelasan kerana Zaefrul bercakap dengan media dan dia juga menggunakan media untuk membuat penjelasan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 10:55 am | |
| Akhirnya Kahwin Orang Melayu, Katakan Tidak Pada Mat Saleh - Leina HangatPenyanyi Liena Hangat atau nama sebenarnya Norazlina Abdul Rahman, 37, akan berkahwin dengan lelaki Melayu bujang, Mohd. Zaipul Bahri Ghazali, 35, pada 8 Mac ini. Majlis akad nikah akan diadakan pada sebelah pagi di Masjid Negara manakala resepsi perkahwinan mereka di restoran Bora Ombak, Ampang pada sebelah malamnya. Ini merupakan perkahwinan kedua Liena selepas Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2008 membenarkan tuntutan fasakhnya untuk bercerai dengan lelaki Perancis, Muhammad Jamal Delaloy Abdullah.Tuntutan itu dibuat selepas Liena digantung tidak bertali selama empat tahun. Mereka berkahwin pada 21 Ogos 2002 di Pusat Islam, Kuala Lumpur. Selepas habis edah, Liena membuat keputusan untuk berkahwin dengan Mohd. Zaipul yang berasal dari Kok Lanas, Kelantan. Mengenali Liena sejak 16 tahun lalu, saya tidak pernah melihat lelaki Melayu menjadi kekasihnya. “Cita rasa saya tetap dengan lelaki mat salih. Tak akan kahwin dengan orang Melayu,” begitulah kata-kata Liena suatu ketika dulu yang masih saya ingat. Tetapi hari ini Tuhan menemukan beliau dengan lelaki Melayu yang dia tidak pernah impikan. Kenapa? Adakah sudah serik dengan mat salih yang telah menghancurkan hatinya?Liena membuat penjelasan kepada saya, NIEZAM ABDULLAH berhubung perkara itu ketika berkunjung ke pejabat Mingguan Malaysia, Selasa lalu. Mungkin ramai yang tak tahu macam mana Liena boleh jumpa Zaipul?Sebenarnya saya jadi duta untuk Havana Salon di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Zaipul selalu datang ke restoran yang dekat dengan salon tu. Dari situlah kami kenal dan berkawan. Macam mana boleh jatuh cinta?Entahlah… Mula-mula kenal tu tak ada perasaan langsung dengan dia. Yelah… semua orang tahu yang saya ni suka mat salih. Tapi tu la… mungkin Allah nak bukakan hati. Kita tak boleh nak kata apa la. Sebelum ni Liena tak pernah suka orang Melayu (untuk buat suami). Kenapa tiba-tiba pintu hati boleh terbuka? Apa puncanya?Masa saya berborak dengan Zaipul mengenai masalah rumah tangga saya, dia beri jalan. Dialah orang yang suruh saya buat tuntutan fasakh di mahkamah. Dia kata takkan selamanya saya nak jadi macam ni (biarkan digantung tak bertali). Lama-lama bila saya fikir betul juga kata Zaipul ni dan terus buat tuntutan fasakh. Tak lama lepas tu Zaipul kata saya dah tua lebih baik kahwin lain. Entah macam mana nak jadi cerita, Zaipul mengaku yang dia suka dekat saya. Dari situlah pintu hati saya terbuka. Jadi dah boleh terima orang Melayu?Inilah kebesaran Allah. Dia dah buka pintu hati Zaipul dan pintu hati saya. Walaupun pada mulanya hubungan kami selalu saja “panas” dan tak sependapat tapi saya tak kisah. Ini mungkin dugaan terhadap saya. Bukan mudah nak ubah keinginan daripada lelaki mat salih kepada orang Melayu. Benda ni dah lama bersarang dalam hati. Liena tak rasa macam sudah ludah jilat balik? Yalah… dulu tak suka orang Melayu tetapi sekarang orang Melayu juga jadi suami.Saya tak sukakan orang Melayu sebab dalam sejarah percintaan saya, orang Melayu banyak lukakan hati saya. Sebab itulah taste saya beralih kepada orang bangsa asing terutamanya mat salih. Tapi bila kahwin mat salih, tak kekal juga. Mungkin ada hikmah Tuhan temukan saya dengan Zaipul ni. Syukurlah, keluarga dia pun boleh terima saya. Tak rasa Liena dah buat keputusan yang silap dan menyesal dengan ungkapan dulu tu?Keputusan berkahwin kali kedua ni tak silap. Ia keputusan yang baik. Keluarga saya pun bertambah suka. Mengenai ungkapan dulu tu, saya mengaku ia salah saya. Bila fikir balik saya mengaku memang dulu tu memang mulut celupar buat kenyataan yang tak sepatutnya. Benda ni mengajar saya supaya lain kali jangan suka cakap lepas. Kita juga jangan takbur atau angkuh. Itu saja. Apa yang best mat salih berbanding orang Melayu?Banyak beza Melayu dan mat salih. Orang Melayu ni banyak peraturan dan adabnya. Mat salih tak ada macam tu. Tapi mat salih romantik dia lain macam sikit. Tapi nasihat saya kalau nak kahwin mat salih, biarlah dia orang tu tinggal bersama kita di Malaysia. Senang nak ajar dan didik dia. Beza pada orang Melayu pula sebab tak susah sangatlah nak membentuk keluarga kerana agama Islam sudah dipelajari sejak kecil. Adakah selepas digantung tak bertali baru nak serik? Empat tahun pula tu dia buat tak tahu?Bukan soal serik. Kalau boleh pilih pun saya nak juga kahwin mat salih. Cuma ada sebab Allah temukan saya dengan orang Melayu beragama Islam. Manalah tahu kalau dengan bangsa asing hidup kita ni akan terpesong jauh? Cuma selama ni saya berdiam diri sebab saya malu kerana perkahwinan itu tak kekal. Takkan saya nak tipu bagi tahu rumah tangga kami bahagia sedangkan masa tu suami dah tak balik rumah. Orang tua di Johor kata apa bila Liena buat keputusan kahwin kali kedua ni?Mereka gembira sangat. Ayah saya orang yang sangat happy bila saya bagi tahu dia hajat ni. Ayah kata kahwin dengan orang Melayu senang sikit. Dia (bakal suami) boleh ajar agama. Ayah pun pernah juga pesan tak bagi saya berhubung dengan bekas suami sekiranya ditakdirkan lelaki itu nak berbaik semula dengan saya. Adakah selepas mengenali Zaipul ni Liena dah tinggalkan segala-galanya. Maksud saya selama ni Leina sosial sikit.Syukurlah… saya sekarang dah berubah. Dah tak main la nak pergi disko-disko ni. Kita dah tua. Sekarang ni nak kerja, cari duit dan membahagiakan keluarga. Cukup-cukup la benda yang dah lepas tu. Alhamdulillah, Zaipul pun banyak bagi nasihat yang baik buat saya. Apa yang Liena harapkan terhadap perkahwinan ini?Saya mahu perkahwinan ini yang terakhir buat saya. Saya mahu kebahagiaan dalam rumah tangga kali ini. Saya tahu jodoh saya kali ini adalah kerana Allah itu masih sayangkan saya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 11:03 am | |
| “Pergi Jahanam Kontroversi” - Zarina An JulieZarina An Julie mengeluh mengenai tawaran berlakon yang di’terimanya berkurangan sejak kecoh gambar bogel miliknya tersebar di’internet. Walaupun sudah menafikan gambar tersebut bukan miliknya, namun tanggapan umum masih berfikir sedemikian. “You pun tahu kan, lepas kontroversi mengenai foto tu, banyak produser yang tak nak ambil I jadi pelakon, jadi sekarang ni I kena start dari bawah semula.” Ujar Zarina lagi, namanya pernah digugurkan untuk membintangi sebuah filem, walaupun perjanjian telah ditandatangani. Wartawan Jomstar bertanya lagi, adakah dia menjadi lebih berhati-hati selepas kontroversi berkenaan, Zarina menafikan kenyataan tersebut. “Nak berhati-hati buat apa? Saya tak kesah. Bagi saya kalau benda tu dah nak jadi, dia akan jadi juga, walaupun kita berhati-hati”. (Kereknya dia menjawab) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 11:07 am | |
| Lana Nordin.... tayang tet*k plak.. adeh... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 11:11 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 11:12 am | |
| [Gambar] Anak sulong kepada Kieran & YangIni gambar anak Kieran dan juga Yang. Anak lelaki, nama dia ” Muhammad Adam. Buat masa ni, [bh] baru dapat 1 je, insyallah [bh] akan cuba dapatkan banyak lagi gambar anak mereka ni. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 11:15 am | |
| Gambar Faizal Tahir bersama adiknya Kali ni bloghiburan nak tunjuk kat anda gambar Faizal Tahir bersama adiknya, jom kita tengok, sama ke tidak ; Adik kepada Faizal Tahir Faizal Tahir Sama ke tidak? Dengar cerita adik si Faizal Tahir ni pun berbakat juga dalam bidang nyanyian. Rasanya mungkin lepas ni dia akan ikut jejak langkah abangnya pulak. Sama sama kita nantikan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 11:24 am | |
| Gambar Anne & Naz pasangan utk HotFM Zon |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 11:38 am | |
| Nur Fathiah Diaz : Suara watak Upin&Ipinketika telematch hotfm.. “Betul betul betul”, itu lah ayat yang selalu keluar dari mulut ipin di dalam Upin&Ipin mahupun filem geng. Namun di sebalik suara itu, mungkin ada yang tertanya tanya, siapakah yang mengeluarkan suara itu. Sebenarnya suara untuk Upin & Ipin ini dirakamkan oleh adik Nur Fathiah Diaz (10 tahun), anak sulung pasangan Diaz Mohd Bahauddin (34) dan Azlinda Mohd Alias (32). Memang unik kalau kita dengar suara bila adik Fathiah bercakap. bersama adiknya, Mohd Fathi.. Baru2 ini, ketika ditemui, dia mengatakan di sebalik kesibukan merakamkan watak, dan juga mempromosikan Upin&Ipin, dia tidak lupa tanggungjawab kepada 2 orang adiknya iaitu Mohd Fathi Diaz (7) dan juga Nurfarhana Diaz (4). Dia mengatakan yang di lebih selesa jika sentiasa bersama keluarganya. Kemana saja ada adik Fathiah, salah sorang dari ahli keluarganya mesti akan bersamanya. Pernah sekali, sewaktu mempromosikan filem Geng, seluruh keluarganya termasuk datuk dan neneknya turut sama menemaninya. Walaupun sibuk dengan rakaman, event2, dan lain2, adik Fathiah tetap mementingkan pelajarannya, masa dibahagikan sama banyak untuk mengulangkaji pelajaran dan berlatih untuk merakamkan suaranya. krew Les Copaque yang banyak membantu Adik Fathiah mula mengembangkan bakat suaranya sejak umur 8 tahun lagi, ini semua berkat dari ujibakat yang dianjurkan oleh Les Copaque, dia mencuba nasib dan akhirnya berjaya. Jika dulu dia merakamkan watak untuk cerita Upin&Ipin yang hanya disiarkan selama 8 minit di tv, kini dia sudah merakamkan suaranya untuk filem Geng yang telahpun ditayangkan dan mendapat kutipan hampir 2.5 juta setakat ini. bersama keluarganya! Selain dari meminati bidang “alih suara” ini, dia juga meminati bidang lakonan, dan juga nyanyian. Di sekolah, dia tidak malu untuk menyertai sebarang pertandingan yang diadakan, ini semua atas dorongan, semangat yang diberikan oleh keluarganya, guru2, dan juga rakan2 nya. Di sekolah, dia sendiri menyatakan yang dirinya tidak lagi dipanggil sebagai Fathiah, sebaliknya rakan2 dan guru2 lebih suka memanggilnya Upin, walaupun begitu, dia selesa dengan panggilan itu dan merasakan yang siri animasi dan filem ini benar2 memberi impak kepadanya. idola hidupnya! Bila ditanya tentang idolanya, di memberitahu yang ibu bapanya adalah idolanya, kerana tanpa ibu bapa, mungkin dia tidak dapat melihat dan mengenal dunia. Di dalam bidang hiburan pula, dia menjadikan Rosyam Nor, Rita Rudaini, dan juga Siti Nurhaliza sebagai idolanya. Itu sahaja maklumat tentang dirinya, sebelum mengakhiri perbualan, dia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokongnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 11:41 am | |
| Nabil bersama Motor Kesayangan Siapa yang tak kenal dengan Nabil yang popular dengan tagline “Lu Fikirlah Sendiri”, jika dahulu dia selalu meluangkan masa bersama keretanya (Mitsubishi Lancer 2.0 GT), kini dia lebih selesa meluangkan masa bersama motosikal barunya (Kawasaki 750cc). Jom kita tengok gambar Nabil bersama motornya, gambar ini diambil ketika BlogHiburan terserempak dengannya di The Curve, ketika dia sedang dalam perjalanan menuju ke sidang media utk ABPBH. BlogHiburan sempat berbual bersamanya, katanya dia sekarang baru sahaja selesai merakamkan lagu berjudul “Radio” bersama dengan Imran Ajmain dan juga Diana Danielle. nampak bergaya je Nabil dengan moto ni. moto kawasaki 750cc milik Nabil. lu fikir lah sendiri.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 11:47 am | |
| (Gossip) Terkejut Pelakon Bercium Mulut
Belum lagi penggambaran bermula, produser Raja Azmi bikin panas lagi masa dia buat uji bakat untuk cari pelakon Anu Dalam Botol, filem keinsafan pasangan sejenis.
Dalam uji bakat yang diadakan di Finas pada 24 Mac lalu itu, ramai pelakon yang datang antaranya Iqram Dinzly, Adi Putra, Fauzi Nawawi, Calvin Lau, Jessie Lim dan Keifli (AF3). Yang paling panas masa uji bakat tu apabila dua orang pelakon lelaki sanggup melakukan aksi terlampau bercium mulut. Raja Azmi bagi tahu dia terkejut apabila dua pelakon itu sanggup buat lebih daripada yang sepatutnya.
Ingatkan mereka nak melakonkan aksi-aksi sederhana panas tetapi lain pula yang jadi apabila dua orang pelakon itu berlakon terlebih panas.
“Saya ingat dia orang nak peluk-peluk biasa tapi terkejut juga sampai ada yang sanggup bercium mulut. Memang hebat. Dia orang memang menjiwai watak seperti yang saya nak dalam skrip,” katanya.
Raja Azmi turut puji beberapa pelakon yang sanggup datang dan tak malu untuk diuji bakat. Itulah namanya pelakon serba boleh. Dalam ramai pelakon yang diundang itu, ada juga beberapa nama yang menarik diri kerana tak sanggup tanggung risiko berlakon watak gay.
Antara pelakon yang pernah ditawarkan untuk mendukung watak utama dalam filem berkenaan ialah Aaron Aziz, Remy Ishak, Fizo Omar dan Ashraf Muslim.
Berdasarkan kepada rakaman uji bakat itu, Raja Azmi bersama pengarah Shadan Hashim dan Adlin Aman Ramlie akan membuat penilaian dari pelbagi segi sebelum membuat keputusan siapakah yang layak untuk dipilih berlakon filem tersebut panas mengisahkan kehidupan dunia maknyah dan gay itu.
NIEZAM: Temui Azza Elite dan Abby Abadi di gerai barangan kecantikan Warizan Al-Helmy hari ini sempena Karnival Jom Heboh di MITC Ayer Keroh, Melaka. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 11:48 am | |
| (Gossip) Bos, Personaliti TV Kena Cekup
Baru saja senyap kes penyampai berita sebuah stesen televisyen swasta yang kena tangkap kononnya melakukan pesta seks, seorang lagi personaliti televisyen kena cekup.
Mak oi… panas betul stesen televisyen ni. Yalah… macam mana tak panas sebab personaliti tu bukannya kena cekup dengan orang lain tapi bos tempat kerja dia sendiri.
Menurut sumber, bos ni memang minat sangat dekat personaliti tu. Hubungan dia orang satu stesen TV tu dah tahu tapi tak siapa yang berani tegur.
Yalah… banyak cakap nanti alamat kena buang kerja la walaupun dia orang selalu nampak bos dia orang tu kadang-kala dah jadi macam ulat bulu bila berdepan dengan personaliti lawa tu. Personaliti tu pula terpaksa la layan supaya senang dapat perhatian.
“Dengar ceritanya bini bos stesen TV tu mengamuk bila dapat tahu laki dia kena cekup. Selama ni bini dia memang dah tahu laki dia miang tapi tak ada bukti.
“Bila dah kena tangkap, barulah bocor rahsia,” kata sumber. Tengok muka pun bos ni nampak macam boleh tahan juga miangnya. Kalau bercakap tak nak kalah. Dia saja betul.
Tut… tut kena tangkap. Mesti orang stesen TV tu bersorak macam orang tengok bola.
NIEZAM: Siti Jarum kirim salam. Dia tak dapat tulis ruangan dia hari ini. Bercinta ke? Kih… kih… kih..! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 12:00 pm | |
| Pelakon, kru filem Evolusi KL Drift II kemalangan
PUTRAJAYA: Seorang pelakon dan kru filem Evolusi KL Drift II (EKLD II), cedera selepas kereta mereka terbabit dalam kemalangan ketika menjalani penggambaran filem itu berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Rizal Ashraf, 25; cedera di beberapa bahagian badan dan dimasukkan ke Hospital Putrajaya, di sini manakala Rahimi Maidin (Remy), 37 yang cedera di kaki dan bahu kanan hanya dirawat sebagai pesakit luar.
Bagaimanapun, pengarah merangkap pelakon utama filem berkenaan, Syamsul Yusuf yang turut terbabit dalam aksi berkenaan tidak cedera.
Syamsul berkata, ketika kejadian mereka sedang merakamkan aksi lagak ngeri membabitkan dua kereta sebelum kereta Satria yang dipandunya terlanggar kereta Perodua Kancil yang turut beraksi.
“Dalam babak ini, saya yang memandu paling belakang sekali perlu memintas dua kereta yang berada di depan, bagaimanapun saya tidak sempat mengelak dan melanggar kereta Perodua Kancil yang dipandu jurumekap sebelum terbabas.
“Kejadian itu menyebabkan kereta yang saya pandu bersama Rizal dan Remy terbalik dan kedua-duanya cedera akibat terkena serpihan kaca dan hentakan kuat, namun saya bernasib baik kerana tidak cedera,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Kecemasan Hospital Putrajaya di sini, semalam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 12:07 pm | |
| Erra tak mahu dibedahWALAU sedikit mengah ketika berbicara, suara Erra Fazira di corong telefon kedengaran amat ceria. Tawanya meledak apabila bercerita tentang anugerah pertama daripada Tuhan yang akan diperoleh pada bila-bila masa sekitar bulan Mac ini. Mengikut perhitungan doktor, isteri kepada Engku Emran ini diramal bersalin dalam lingkungan tarikh 10 hingga 25 Mac 2009. Bermakna kurang 10 hari lagi, bintang wanita tersohor ini akan menjadi seorang ibu selepas pernah keguguran tahun lalu. Bayi yang dikandung dengan berat lebih dua kilo gram itu pula dikatakan bayi perempuan. Bahagia Erra kini tidak dapat ditahan-tahan lagi. Namun jauh di sudut hati, ada tiga perkara yang selalu membuatkan dirinya dicengkam ketakutan. "Saya takut menghadapi proses melahirkan anak. Kalau diizinkan Tuhan, saya mahu menjalani proses ini secara normal. Saya tak mahu dibedah. "Kemudian saya tak pasti bagaimana hendak menjalani proses berpantang kerana ini juga pengalaman pertama yang bakal saya tempuh. "Dan yang paling saya bimbangkan kelak, mampukah saya menjadi seorang ibu yang baik kepada anak saya? Saya takut tidak mampu memikul tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak dengan baik," luah Erra yang berdoa agar semua ketakutan itu reda dengan rahmat Tuhan kelak. VAZZ hanya mahu berbicara tentang zuriat sulungnya Erra. Erra terus bercerita tentang fasa baru yang bakal ditempuhinya. Hilang sebentar kisah kerjaya dan dunia glamor yang selama ini menjadi topik dirinya. Kemudian Erra menyentuh topik kesukaran bersalin atau komplikasi wanita mengandung pada usia 30-an. Usia Erra pada tahun ini sudah 35 tahun. Satu usia yang terlalu matang untuk menimang cahaya mata sulung. Erra yang tidak menolak kebenaran itu berkata, semuanya bergantung kepada kekuatan mental dan fizikal wanita itu sendiri. "Benar, risiko memang ada, tetapi ia berbalik pada nasib dan kekuatan individu itu sendiri. Kemudian dengan adanya bantuan teknologi yang semakin canggih dan dengan usaha, semuanya tak mustahil berlaku," katanya yang mengambil contoh kebanyakan wanita Barat yang masih mengandung dan melahirkan anak pada usia 40 tahun. Ditanya tentang istilah ibu moden, pantas Erra memberitahu, pada persepsinya, ibu moden harus mampu memahami dan mendidik anak-anak dengan seimbang. Jika boleh, dia tidak mahu menjadi seorang ibu yang terlalu tegas. Dalam masa yang sama, Erra juga tidak mahu terlalu lembut sehingga anak-anak tidak dapat membezakan hal positif atau negatif. Tambahnya: "Yang penting saya mampu menjadi teman dan ibu yang baik kepada mereka kelak." ERRA menghitung hari untuk bergelar ibu. Merancang empat anakTerlanjur bercakap tentang menjadi teman kepada anak, Erra barangkali ibu yang paling gembira menanti anak sulung yang dijangkakan seorang bayi perempuan. Boleh jadi bayi itu kelak akan lebih akrab dengannya. Erra ketawa seraya menyatakan dia tidak kisah jantina bayi yang bakal dilahirkan, asal kesihatan bayi itu baik. Namun jika Allah menganugerahkannya bayi perempuan seperti yang dijangka, itulah rezekinya. Sambil ketawa, Erra berkata: "Kalau sudah dapat bayi perempuan untuk kelahiran sulung ini, kenalah kami carikan pasangannya, bayi lelaki pula. "Memang suami ada cakap mahu anak ramai. Sebab dia hanya ada tiga beradik, saya pula dua, jadi kami mahu sekurang-kurangnya empat anak untuk keluarga kami. "Tapi kali ini kami kena rancang. Sekurang-kurangnya saya nak tempoh dua tahun sebelum melahirkan bayi lagi kerana mahu memberi kasih sayang kepada anak kami. Namun itu semua rancangan kita, kalau Tuhan kata 'sangkut' awal, saya terima." Sudah mempunyai beberapa pilihan nama untuk bakal anaknya, Erra bagaimanapun enggan membuka rahsia nama anaknya. Menurut Erra, yang penting nama anak perempuannya kelak harus mempunyai makna yang baik dan berbunyi komersial. Bertanya hal nama anak kepada suaminya, Emran, lelaki yang tenang dan matang berbicara itu menyatakan tiada pertelagahan sama ada dia ataupun Erra dalam memilih nama anak mereka. Asal kedua-duanya sepakat, dia menerima dengan tangan terbuka. "Yang penting nama yang dipilih itu berkat dan mempunyai maksud yang baik dari segi Islam sebab kita membawa nama itu sehingga kita meninggal dunia," ujar Emran. DIJANGKA melahirkan bayi perempuan, Erra sanggup meninggalkan seketika dunia glamor demi cahaya mata sulungnya itu. Sentiasa berdoa agar kesihatan isteri dan bayinya sentiasa selamat, Emran mahu anaknya mendapat pendidikan yang baik untuk bekalan diri. Dia juga sama pendapat dengan Erra untuk tidak menolak kecenderungan anaknya kelak jika dia berkecimpung dalam dunia seni. Kata Erra: "Saya mahu dia cukup pelajaran dan kalau boleh, tak payah masuk industri seni... ini lebih bagus. Sebagai orang yang makan garam dalam industri ini, banyak fitnah yang melanda. Saya bimbang kelak dia tidak kuat. Tetapi siapalah saya untuk menghalang jika itu takdir Tuhan." Begitu juga Emran yang menekankan: "Saya tidak boleh menjangka masa depannya. Tapi yang penting dia kena ada pendidikan. Dia kena pergi sejauh mana yang boleh kerana pelajaran harus jadi nombor satu." Akan berehat selama dua bulan selepas bersalin, kata Erra, momentum kerjayanya akan dikendurkan demi memberi tumpuan kepada keluarga. Bertanyakan pandangan Emran jika Erra tiba-tiba mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang seni dan memilih menjadi suri rumah tangga sepenuh masa, Emran membiarkan keputusan tersebut di tangan Erra. Sebagai suami, dia akan selalu berdiri di belakang menyokong isteri kesayangannya itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 12:11 pm | |
| Isteri Ezany peserta AF7LIZDA NURYANTI & EZANY Dalam sibuk-sibuk Astro nak buat kejutan dan berahsia siapakah barisan pelajar Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) yang akan disiarkan pada 14 Mac ini, tut-tut rahsia tersebut terbongkar. Mana tidaknya pada pagi Selasa lalu, seorang jurugambar terserempak dengan salah seorang peserta rancangan itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama suaminya, seorang taukeh belacan ternama. Taukeh belacan tu siapa lagi kalau bukan pelakon Ezany Nizariff. Jurugambar yang mahu dikenali sebagai abang X tu kata dia nampak Ezany hantar isterinya Lizda Nuryanti, 27, ke hotel berkenaan untuk proses "kuarantin" sebelum diambil menjadi pelajar AF7. "Memang betul aku nampak Ezany bawa bini ke situ. Bila aku selidik dengan pekerja hotel, memang Astro kumpul 20 pelajar untuk AF7 nanti," katanya. Selepas dapat berita tu Niezam pun hantar SMS kepada Ezany nak minta pengesahan tapi kata Ezany dia tak boleh nak komen apa-apa sebab dah diarahkan mengunci mulut. Maknanya memang betullah Lizda salah seorang daripada 20 pelajar yang akan menyertai rancangan itu? Tapi dalam masa yang sama Ezany tak menafikan isteri dia tu memang minat dan ada kebolehan menyanyi. Alamatnya kena tinggal tiga bulanlah Ezany ya gara-gara isteri masuk AF. Tak apalah. Tak usah nak pening-pening kepala. Tiga bulan tu bukannya lama. Masa Niezam tanya Ezany bila dia nak beli kereta BMW seperti yang dia war-war tempoh hari, dia terpaksa tangguh dulu hajat tu. Bukannya tak ada duit tapi selepas cerita bisnes belacan dia keluar dalam Pancaindera, Ezany dapat banyak tempahan. Bayangkan kalau dulu dia buat 5,000 ketul belacan seminggu tapi kali ni kena tambah kepada 20,000 ketul dalam tempoh tu. Tempahan tak termasuk sos cili, sos tomato dan kicap yang turut dapat sambutan mendadak. "Duit nak beli kereta tu ada tapi takut nanti tak cukup kalau kena tambah produk dalam syarikat saya tu sebab permintaan buat masa ni agak tinggi," kata Ezany. Syukurlah... itu dinamakan rezeki. Manalah tahu kot-kot lepas ni Lizda jadi juara AF7, lebih pada belacan dapat buat. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 12:20 pm | |
| Talya (Histeria) putus cintaNaftalya atau Talya yang dikenali menerusi sitkom bong dan makin meletup menerusi filem hysteria yang telah menjengah pawagam berdekatan tempoh hari baru-baru ini ditemui memberitahu dirinya baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem remp-it v3 arahan farid kamil dan seterusnya menjalani penggambaran sitkom bong buat musim kelima. Daripada cerita kerjaya yang makin melonjak,cerita cinta diujarkan,terdiam dirinya seketika dan mengambil masa untuk mengatur bicara.dirinya mengakui hatinya pernah dimiliki namun dipersia-siakan.agak kecewa akan harapan yang diberi namun dirinya tidak menyalahkan sesiapa.baginya semua ini mengajar lagi dirinya erti sebuah kehidupan dan menjadi matang dalam menempuh arus di dalam sebuah erti percintaan. Syukur dipanjat buatNYA kerna mampu bangun dari seksa lalu dan tidak terdetik di hatinya untuk membenci insan bernama lelaki.kerna baginya tidak semua orang itu sama. Itu cerita cinta terdahulu,ketika ditanya bagaimana cinta sekarang pula? Dia mengakui sebagai manusia,semua punya perasaan untuk dicinta dan dicintai.dia juga tiada bezanya.dia juga ingin punya seseorang yang digelar kekasih.namun buat ketika ini,dia tidak mahu nanti dikata terlalu mengejar cinta yang tak pasti lagi menjadi miliknya.cinta yang saya ada hanya dari keluarga,kawan2 juga kerjaya.si dia?mungkin bila sudah pasti saya bercinta,akan saya beritahu siapa lelaki yang mampu membuat saya terpana,katanya tersenyum sambil mengakhiri perbualan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 12:30 pm | |
| 'Anak bukan pembunuh kerjaya' KUALA LUMPUR - Tanggapan konservatif yang menyatakan artis wanita perlu mengelak daripada mengandung kerana bimbang peminat 'lari' selain kena sentiasa kelihatan cantik kini tidak boleh diterima. Ramai artis kini menganggap mempunyai banyak anak tidak akan menjejaskan karier seni mereka. Malah ketika ini seramai 16 artis wanita tempatan sedang sarat mengandung dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Nur Aliah Lee yang merupakan seorang penerbit dan pelakon memberitahu, anak merupakan satu anugerah yang diberikan Tuhan kepada setiap pasangan dan zuriat yang ramai tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada karier seorang artis. Malah ibu kepada lima orang anak kandung dan seorang anak tiri itu bersyukur kerana dikurniakan anak yang ramai dan mereka tidak pernah menimbulkan masalah kepada kariernya. Bagi Andy Flop Poppy yang mempunyai lima orang anak pula, seseorang artis muncul dalam industri bertujuan untuk menjual produk dan bukannya diri sendiri. Penyanyi popular Faizal Tahir yang baru menimang cahaya mata ketiga kira-kira 10 hari lalu pula berkata, artis pada zaman ini sudah tidak kisah untuk mempunyai anak dengan cepat. "Ini menunjukkan peminat sudah pandai menilai bakat artis yang diminatinya," katanya yang tidak menganggap anak dan keluarga boleh membunuh kerjaya. Bagi Vanidah Imran pula, mempunyai anak ramai adalah impian setiap pasangan. "Peminat di Malaysia tidak taksub dengan seseorang artis sehingga jika artis tersebut sudah berkahwin atau berubah setelah bersalin, mereka tidak akan meminati artis tersebut lagi," katanya yang berhasrat untuk mempunyai lima orang anak. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 12:33 pm | |
| Juliana kritik gambar lucahDIA kelihatan polos dan seperti banyak berada di dalam dunianya sendiri. Namun apabila dilontarkan dengan soalan-soalan berbaur umum, Juliana Sophie Johari Evans punya jawapan yang jujur dan tepat. Petah bicara graduan Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Sunway ini. Jawapannya tidak hipokrit. Dia yang senang digelar Sophie berdarah campuran Inggeris (ayah) dan Melayu (ibu). Dikenali secara lebih dekat selepas membintangi siri Kami The Movies, dia juga muncul dalam filem Hooperz. Sebenarnya, menurut Sophie, selain berlakon dia juga menjadi pengacara. Malah mulai April ini dia akan memulakan tugas sebagai pengacara Bintang RTM. Sedar tidak ramai orang tahu portfolionya sebagai pengacara, pencalonan untuk Anugerah Bintang Popular bagi kategori Pengacara Popular akan memberi satu dimensi baru kepada karier seni Juliana. Sebelum program Remaja, gadis yang lahir pada 5 Julai 1989 ini pernah terlibat dalam program E-Zone dan Bintang Kecil Raya. Selain mengacara, Sophie akan terlibat dalam siri Ghost musim kedua sebagai pelakon undangan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 12:51 pm | |
| Dikejar lelaki mudaANTARA sedar atau tidak, Watie Elite atau nama sebenarnya Norwati Sadali merupakan antara pelakon drama paling laku saat ini. Setiap kali siaran televisyen ditukar, dalam hampir semua drama yang ditayangkan akan membabitkan wanita ini. Nyata kontroversi tidak membunuh dirinya. Pada usia 33 tahun, janda seorang anak yang kini berusia lima tahun, Afif Daniel ini melangkah semakin pantas. Katanya, dia harus lebih giat bekerja demi masa depan anak lelakinya. Sedang sibuk di lokasi drama Sanggar Cinta Raudhah, Watie berkongsi cerita kepentingan duit dan dihimpit lelaki muda. Anda sekarang semakin ligat berlakon drama. Ini bermakna dunia nyanyian sudah memang tak wujud lagi?Alhamdulillah, memang rezeki berlakon tak pernah putus. Hidup saya sekarang memang hanya untuk bekerja, sudah tidak macam dulu lagi. Saya sibuk cari duit. Tapi dalam masa yang sama, saya pun pelik sebab masih ada tawaran menyanyi datang. Saya sudah lama tak menyanyi, tapi ada yang panggil buat persembahan di hotel-hotel untuk majlis tertutup. Jumlah bayaran yang diberikan pun mencecah ribuan ringgit. Seronok juga. Ligat berlakon, sebenarnya apa yang anda kejar? Nama atau duit?Mestilah duit. Saya tak nak hipokrit. Memang saya bekerja untuk dapat duit kerana ia penting dalam kehidupan saya. Lagipun saya ibu tunggal, saya perlu bekerja untuk menampung kehidupan saya. Dulu saya selalu juga selit-selit curi berlakon banyak drama dalam satu masa sebab nak duit lebih. Tapi saya sedar, saya tak boleh pentingkan diri dan menyusahkan orang lain. Jadi sekarang saya hanya fokus pada satu produksi sebelum ambil projek baru. Apa yang buat anda jatuh cinta dengan dunia lakonan?Sebab selain boleh menjadi orang lain dengan karakter-karakter yang diberi, saya juga dapat berasa pergi ke tempat-tempat yang tak akan saya pergi jika tidak berlakon, misalnya masuk dalam penjara. Paling saya suka juga dunia ini banyak memberi pelajaran kepada saya. Saya mengenal banyak warna manusia melalui dunia ini. Bagaimana dengan penerimaan peminat? Maksudnya peminat yang selalu datang kepada anda daripada golongan yang macam mana?Yang ini pelik sikit. Saya rasa ia macam satu kitaran. Banyak peminat yang datang kepada saya ialah lelaki muda. Mereka nak berkenalan dan macam-macam lagi. Kadang-kadang ada yang jurang usia lima hingga 10 tahun lebih muda. Mereka tak tahu ke saya dah tua? Kenapa begitu skeptikal dengan lelaki muda?Saya memang tak boleh. Saya sudah anggap mereka seperti anak buah. Lagipun saya dah penat dengan dunia lama. Saya takut kalau bercinta dengan lelaki muda, yang kurang matang, saya pun jadi macam mereka nanti. Bayangkan kalau waktu itu, saya sudah 40 tahun dan pasangan saya baru 30 tahun, dia baru nak mengenal dunia? Tidak selari. Entahlah saya hanya berdoa kepada Tuhan agar tidak dipasangkan dengan lelaki muda. Jadi selera lelaki anda bagaimana?Saya suka yang abang-abang. Saya suka lelaki yang bercakap dengan lembut. Macam kekasih anda sekarang?Lebih kurang. Kami sudah tiga tahun bersama. Tapi saya tak berani nak cakap lebih-lebih. Malu, takut tak jadi. Dia pun lebih tua daripada saya. Usia dia 36 tahun dan masih bujang. Yang penting dia abang-abang. Mahu kahwin lagi atau sudah serik dengan lelaki?Serik? Ada juga hajat, tapi biarlah Tuhan menentukan jodoh saya kelak. Saya tak kisah sangat hal kahwin sebab saya sudah pernah berasa dua kali berkahwin. Saya pernah jadi isteri dan kini menjadi seorang ibu. Saya dah lalu benda ini, jadi saya serahkan pada Tuhan kelak |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 12:52 pm | |
| Noorkhiriah doa nak anakDALAM pada ramai artis wanita kita sedang berbahagia nak menyambut cahaya mata, pelakon serba boleh Noorkhiriah masih lagi berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Maklumlah, kata Khiriah, sudah tiga tahun dia dan suaminya, Faizul berumah tangga. Malah dia juga pernah mengandung, malangnya Tuhan lebih menyayangi bayi yang dikandungnya dulu. Dia keguguran. Dan sejak itu, pelakon ini tidak pernah mengandung lagi. Maka baru-baru ini sewaktu menjadi tetamu program Semanis Kurma yang dikendalikan pasangan Ustaz Akasyah dan Ustazah Bahyah, Khiriah tidak segan silu meminta tip dan doa khusus dalam usahanya mendapatkan zuriat. "Selepas keguguran dulu, saya tak pernah mengandung lagi. Kata orang tua-tua, mungkin kerana rahim saya sudah kembang akibat tidak berpantang kerana sibuk berlakon selepas keguguran dulu. "Jadi saya nak minta kalau ada doa khusus untuk dapatkan zuriat atau tip-tip untuk saya mengandung. Selain bertemu doktor, saya juga nak ikhtiar cara Islam," kata Khiriah bersungguh-sungguh. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 1:02 pm | |
| Siti Nurhaliza terkilanSITI NURHALIZA dan Aziah pada pelancaran buku The Pink Book di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin terkilan kerana hasratnya untuk bersama-sama dengan bapanya untuk memajukan sebidang tanah di Kuala Lipis, Pahang tidak kesampaian. "Kami merancang untuk memajukan tanah itu dengan aktiviti pertanian di bawah syarikat 'Saldin', tetapi tidak kesampaian kerana Allah lebih sayangkannya,'' katanya. Katanya, hasrat untuk memajukan tanah yang dihadiahkannya itu adalah satu amanat daripada Allahyarham Tarudin Ismail. Siti Nurhaliza menyatakan demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran buku The Pink Book tulisan Aziah Jasmin Azizul Hassan di sini semalam. Buku yang telah berada dalam pasaran berharga RM45 senaskhah itu antara lain memberi maklumat mengenai asas penampilan wanita. Sebanyak RM1 daripada setiap jualan senaskhah buku itu akan didermakan kepada Rumah Anak-Anak Yatim Titian Kasih, Titiwangsa. Allahyarham Tarudin, 67, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri baru-baru ini kerana kompilasi penyakit kencing manis dan buah pinggang. Menurut Siti Nurhaliza, meskipun terkilan dengan pemergian bapa tersayang, beliau berazam untuk tabah dan kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 2:25 pm | |
| Lebih baik tiada publisiti! - Dia"Bidang seni tidak ada sebarang jaminan kukuh yang dapat meyakinkan golongan artis mampu hidup bersenang-lenang seumur hidup." – DIA FADILLA KALAU artis lain sibuk bercerita tentang kekasih hati mereka, lain pula halnya dengan Dia Fadilla. Penyanyi berusia 24 tahun ini seboleh-bolehnya hendak menjauhkan diri daripada bercerita soal peribadi terlalu kerap di media cetak dan media elektronik. Dia memiliki alasan tersendiri untuk mengelak apabila diajukan pertanyaan nakal daripada pihak media yang seboleh-bolehnya ingin mengetahui dengan lebih lanjut gerangan jejaka yang sedang bertakhta di hatinya. "Saya lebih suka tidak mendapat publisiti daripada media kalau setakat mahu berbicara soal teman lelaki atau kisah peribadi," jawab Dia ringkas semasa hadir di pejabat Utusan, di Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini. Kenyataan itu keluar daripada mulut Dia apabila diaju soalan tentang pemuda yang dikaitkan bercinta dengan dirinya. Kalau boleh, Dia enggan mencanang terlalu banyak mengenai kisah peribadi. Dia lebih teruja memperkatakan tentang kehidupan sebagai anak seni serta kerjaya sebagai pensyarah. "Saya enggan cerita cinta serta peribadi menjadi tajuk utama dalam media cetak. Lebih baik saya tidak keluar surat khabar daripada sibuk menjaja cinta dan perkara yang remeh-temeh. "Apa yang boleh saya terangkan di sini, saya dan lelaki ini tengah mengenali hati budi masing-masing. "Dia berusia 29 tahun dan hubungan kami terjalin sejak setahun yang lepas. "Saya tidak boleh bercakap lanjut tentang pemuda ini apatah lagi saya belum pasti perkara yang bakal terjadi kepada hubungan kami di kemudian hari," ungkap Dia yang masih ingin merahsiakan jejaka pujaan hatinya. Lantaran itu, Dia amat berharap agar pihak media memahami dan mengerti pendirian dirinya. "Saya tidak mahu cakap tentang perkara yang tidak pasti terutama apabila membabitkan soal cinta. Biarkanlah saya bercerita tentang karier nyanyian dan hidup saya sebagai pensyarah. "Harap sangat agar semua pihak faham dengan prinsip saya," ucap Dia mohon dimengertikan. Dia tidak merajukSEDAR dunia nyanyian ada pasang surutnya, Dia mencari kerja tetap. Keputusan Dia untuk bergelar pensyarah jurusan muzik di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) bukannya disebabkan dia berkecil hati atau merajuk dengan industri seni tanah air. Memulakan tanggungjawab barunya sejak enam bulan lepas, Dia menjelaskan karier sebagai seorang pensyarah mula berputik selepas memijakkan kaki ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan mengambil jurusan Muzik. Dia mengakui tidak pernah merajuk dengan bidang seni yang seolah-olah terlepas pandang akan dirinya, sehingga Dia terpaksa bertukar profession lain. "Saya tidak merajuk ataupun berputus asa, sebaliknya saya berasa sudah sampai masa untuk saya membuat persediaan bagi menyediakan kehidupan lebih baik pada masa depan. "Bidang seni tidak ada sebarang jaminan kukuh yang dapat meyakinkan golongan artis mampu hidup bersenang-lenang seumur hidup. "Oleh itu, saya perlu menyiapkan diri sejak daripada awal lagi agar saya tidak mengalami kesusahan pada masa depan kalau sudah tidak menyanyi. "Setelah bekerja di ASWARA, saya mula lihat peluang cerah dalam kehidupan. Kalau tidak menyanyi lagi, sudah pasti saya dapat meneruskan hidup," kata Dia. Tidak henti-henti mengucapkan kesyukuran kepada Allah, Dia memberitahu, dalam waktu singkat, sudah pandai menyesuaikan diri dengan tugas baru sebagai pensyarah. "Bayangkan, pada awalnya saya mengalami sedikit kesulitan kerana harus memberikan sepenuh tumpuan bermula pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang setiap Isnin sehingga Jumaat. "Ditambah kalau adanya undangan nyanyian pada hari-hari biasa atau sesi fotografi bersama pihak media, saya kena berkejaran ke sana ke mari. "Memanglah payah, namun lama-kelamaan saya dapat membiasakan diri di antara tuntutan kerja sebagai penyanyi dan pensyarah," jelas penyanyi lagu Andai. Dengan status sebagai seorang artis, maka sudah pastilah kelibat Dia sentiasa dinanti-nantikan para pelajarnya yang enggan terlepas pandang melihat penampilannya di sekitar ASWARA. Dia memberitahu, semasa mula-mula melangkah kaki ke ASRAWA, satu perasaan luar biasa mula menghantui diri. "Saya berasa kekok jugalah semasa kali pertama masuk ke ASWARA. Ada pelajar yang bertanya sama ada saya turut belajar di situ. "Lama-kelamaan, barulah mereka mengetahui bahawa saya bertugas di ASWARA sebagai tenaga pengajar. "Penerimaan pelajar pada mulanya sememangnya sukar sikit kerana mereka memandang saya sebagai seorang artis. Adakalanya saya seakan-akan diperhatikan jika hendak pergi ke mana-mana. "Selepas enam bulan berada di sana, saya tidak lagi berdepan dengan masalah ini. Mungkin para pelajar di ASWARA macam terbiasa melihat muka saya. "Lagipun saya ialah Nur Nadia Fadila Abu Bakar apabila berada di ASWARA, bukan sebagai Dia Fadila," luah Dia tegas. Ditanya tentang kepuasan bergelar seorang pensyarah, Dia mendedahkan, tiada yang lebih membahagiakan apabila anak didiknya mencapai kejayaan yang diimpikan masing-masing. "Saya ada sasaran tertentu untuk pelajar yang belajar di situ. Seboleh-bolehnya saya mahu mendedahkan mereka dunia yang sebenar supaya mampu berdepan dengan realiti kelak. "Contohnya saya akan dedahkan mereka kepada industri seni. Saya menekankan kepada mereka bidang nyanyian mencakupi pelbagai skop dan berbeza di antara satu sama lain. "Saya amat teruja untuk melihat anak didik saya mencapai kejayaan kelak. Mungkin mereka boleh menjadi pelapis penyanyi sedia ada, lantas mengharumkan nama negara," ujar Dia. Muncul dengan album ketigaSetelah hampir tiga tahun tidak mengeluarkan album, tahun 2009 yang muncul memberikan sinar baru kepada Dia yang tampil dengan album ketiga, Terbaik Dariku. "Alhamdulillah, album ini dipasarkan 13 Januari lalu dan album ini menjadi album ketiga milik saya. "Terbaik Dariku memuatkan 10 buah lagu lama manakala dua lagu baru ciptaan komposer luar. "Lagu berjudul Satu Ruang merupakan ciptaan anak seni bernama Yunika dan seratus peratus dibikin di Indonesia. "Jat Da Da Da pula adalah lagu gubahan karyawan Thailand, Chetta Yaroteak yang telah dialih bahasa ke dalam bahasa Malaysia. "Lagu ini sebenarnya pernah dirakam dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Mandarin dan Jepun oleh penyanyi berbeza. "Kali ini giliran saya pula untuk mendendangkan lagu berentak rancak ini," beritahu Dia dalam nada teruja. Dengan kelahiran album ini, Dia mengharapkan ruang supaya terus bernafas dalam industri seni sekali gus dapat diterima dengan baik oleh peminat. "Baki lapan buah lagu yang dimuatkan dalam Terbaik Dariku merupakan lagu yang dipetik daripada album saya yang terdahulu. "Biarpun tidak muncul sepenuhnya menampilkan lagu baru, Dia Fadila tidak menganggap kelahiran album ini sebagai kompilasi semata-mata, sebaliknya ada maksud tersendiri. "Kiranya album ini ibarat mahu memperkenalkan saya semula dalam dunia seni seperti sebelum ini," tutur Dia lagi. Bukan itu sahaja, Dia akur dengan kehendak pasaran yang tidak menentu. Lantas dua lagu baru bagi Dia sudah mencukupi. Dia juga bersyukur masih berpeluang muncul dengan buah tangan baru untuk halwa telinga peminat. "Inisiatif memuatkan semula lagu-lagu terdahulu wajar dipuji dan usaha mengenengahkannya kembali menjadi satu peluang bagi menghargai karya yang tidak diketahui peminat. "Dia tak menganggap lapan lagu ini sebagai lagu lama, cuma ia tidak berpeluang dimainkan di corong-corong radio atau televisyen sebelum ini. "Lagipun, sayang juga rasanya kalau dibiarkan begitu sahaja. Tiada salahnya Dia mahu merakamkan semula lagu-lagu lama ini untuk berkongsi dengan para peminat," akhiri Dia sebelum berlalu pergi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 2:30 pm | |
| Jangan main-main dengan SCHA DUA tahun lalu ketika meninggalkan kerjaya sebagai Pramugari dengan AirAsia Berhad, tidak siapa pun mengenali siapa Scha. Tetapi hari ini nama beliau semakin menjadi sebutan tatkala kisah percintaannya dengan aktor Fahrin Ahmad, 30, menjadi topik perbualan. Ditambah pula ia terjalin ketika aktor itu menghadapi krisis cinta dengan penyampai radio Linda Onn. Semasa mengadakan sesi fotografi dengan Scha minggu lalu, gadis ini banyak bercerita tentang perancangan hidupnya dalam dunia seni. Malah dia juga bersyukur, dalam tempoh penglibatannya itu, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir sudah mendapat peluang berlakon empat buah filem. Terbaru dia turut diberi peranan sebagai pelakon pembantu dalam Evolusi KL Drift 2 yang sedang dalam penggambaran. Lebih dari itu, Scha juga mendapat peluang untuk menjadi pengacara rancangan Sehati Sejiwa terbitan RTM. Sebagai bakat baru, saya melihat peluang yang diperolehi gadis ini terbuka luas. Bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dia berjaya merebut pelbagai peluang itu dengan pantas sekali. Sebenarnya tak semua orang berpeluang mendapat ruang seperti itu jika baru dua tahun terlibat dalam dunia seni. Ketika saya sedang menaip cerita ini, Scha menghantar mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta tajuk muka depan ini tidak mengaitkannya dengan Fahrin. Bukan enggan berkongsi kisahnya itu tetapi akui gadis ini dia mendapat respons daripada orang ramai yang mula muak membaca kisah-kisah hubungan mereka itu. “Kalau boleh jangan buat tajuk mengenai saya dan Fahrin. Orang dah bosan dah bang,” pintanya. Betul juga. Kalau benda yang serupa disajikan kepada pembaca, tentu saja ada yang akan “muntah”. Tetapi mahu atau tidak pada hari ini apabila kisah mereka itu sering menjadi bualan, tentulah ramai yang nak tahu apa yang berlaku seterusnya. Saya menyelami perasaan Scha, gadis berusia 26 tahun ini mengenai kisah cintanya. Dan daripada apa yang diceritakannya, saya dapat membuat kesimpulan bahawa perasaannya terhadap Fahrin masih sukar untuk diramalkan. Bukan berkata mereka tidak ada perasaan tetapi hubungan itu masih lagi baru. Apabila saya bertanya sejauhmanakah kasihnya dia terhadap aktor tersebut, Scha meminta peminat tidak terlalu berharap? Kenapa? Baca pengakuan Scha seterusnya. Perhubungan ikhlasApabila ada “angin” mengaitkan percintaan Scha dan Fahrin, timbul pula cakap-cakap orang kononnya Scha mahu menjadikan Fahrin sebagai tempat untuk meraih populariti. Ia sama macam apa yang orang cakap mengenai hubungan pelakon Abby Abadi dengan pelakon baru Zulkifli Ariffin. Zul dikatakan berjaya mengambil kesempatan terhadap krisis rumah tangga pelakon wanita itu untuk menaikkan kerjayanya. Itu cakap orang! Dan begitu juga dengan Scha yang dikatakan memasang strategi yang sama apabila dia cuba “masuk jarum” untuk menarik perhatian Fahrin menghadapi kehancuran cintanya dengan penyampai radio Linda Onn. Mendengar persoalan itu dia terus tersenyum dan menafikan tanggapan tersebut. Malah dalam hubungan persahabatan dengan Fahrin itu tak ada apa-apa tujuan lain sebaliknya ia merupakan sebuah hubungan yang ikhlas. “Tak pasang strategi apa-apalah. Kalau ada strategi nanti jadi apa-apa perkara yang tak diduga lagi bahaya,” katanya. Cuma kata Scha, jangan terlalu menaruh harapan tinggi dia akan berkahwin dengan Fahrin kerana pada masa ini hubungan mereka itu masih terlalu awal untuk dinilai. Dan yang lebih mustahaknya ujar Shca, dia tak mahu peminat mereka tertunggu-tunggu jodoh itu kerana jika ia tidak menjadi kenyataan, semua pihak akan hampa. Bukan bermaksud hubungannya dengan pelakon itu sudah hancur berkecai tetapi kadang-kala Shca merasakan harapan peminat di luar sana melebihi perasaan hatinya sendiri. Gadis ini mengakui dia sendiri takut dengan harapan menggunung yang seolah-olah mahu melihat hubungan mereka itu berkahir di jenjang pelamin. “Kami senang berkawan tetapi buat masa ini bibit-bibit cinta itu masih terlalu awal untuk diperkatakan. “Scha bimbang kalau putus ke, tak jadi ke, siapa yang susah?” katanya yang tidak menafikan begitu menyenangi Fahrin buat masa ini. Cuma yang boleh dijelaskan oleh Scha dia masih dalam tempoh untuk mengenali hati lelaki itu kerana hubungan mereka masih terlalu awal iaitu baru lima bulan berkenalan. MUDAH MEMBENCI LELAKIMenitikberatkan kejujuran dan kasih sayang, itulah falsafah utama gadis yang berasal dari Sungai Petani, Kedah ini. Menurut Scha suatu ketika dulu semasa bekerja sebagai pramugari dia pernah berkawan dengan seseorang tetapi hubungan mereka itu putus kerana tiada keserasian. Berpengalaman menjalinkan cinta itu, Shca mengakui dia kadang-kala naik bosan dan pening kepala dengan lelaki. Bukannya apa cuma Scha amat membenci jika seseorang lelaki itu suka mengongkong hidup serta sering ada perasaan curiga. Selain itu dia juga membenci lelaki yang tinggi egonya selain suka mengikis. “Scha cuba mengelak kalau berhadapan dengan lelaki yang macam itu. Maaflah,” ujarnya. Berbeza seperti wanita lain, percaya atau tidak Scha merupakan seorang yang panas baran. Tanpa mahu berselidung, Scha mengaku dia pernah “naik tangan” apabila merasakan dirinya dipermain atau dipersendakan. Malahan jika ada sesiapa yang mahu mendekatinya, janganlah sesekali cuba untuk mengambil kesempatan kerana tidak mustahil dia akan bertindak diluar jangkaan. Daripada apa yang dijelaskan itu, ternyata Scha bukan gadis yang sembarangan. Jangan main-main. Nampak sahaja kecil tetapi dia mempunyai semangat dan pendirian yang kuat. “Scha pernah mengamuk apabila ada orang yang cakap bukan-bukan dibelakang. Ini sifat Scha yang tak boleh nak buang iaitu cepat panas baran. “Jangan main-main ya! Scha jenis orang yang tegas dalam satu-satu perkara,” katanya. INGAT TIGA PERKARABersyukur memiliki seorang ibu yang memahami, kata Scha keluarganya kadang-kala kurang selesa apabila terlalu banyak kisah peribadi dibongkarkan. Tetapi Scha faham, apabila menjadi artis, tidak ada perkara yang boleh dianggap rahsia. Ia adalah lumrah yang harus dibayar apabila bergelar artis. Yang paling utama kata Scha dia tak akan lupa pesan ibunya, Junainah Hashim, 48, mengenai tiga perkara. Pertama jangan sesekali kahwin lari, mengganggu rumah tangga orang dan berkahwin lelaki tua. Tiga perkara itu menjadi pegangan Scha agar perjalanan seninya lebih diberkati sekiranya menuruti nasihat seorang ibu itu. “HIDUNG KEMBANG? BIARLAH!”Semasa berborak mengenai trend artis-artis sekarang yang gemar melakukan pembedahan wajah untuk kelihatan lebih cantik, Scha berkata dia sebenarnya bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah kepadanya selama ini. Sebaliknya kalau ada tawaran untuk membuat pembedahan wajah ataupun melakukan suntikan kecantikan, Scha tidak akan sesekali akan terpengaruh. Malah ada juga orang yang mempersendakan beliau dengan berkata hidungnya kembang. Kerana itu dia diajak untuk melakukan pembedahan bagi membuang “kecacatan” itu. Tidak malu mengakui kekurangan itu, gadis ini sedikit pun tidak terasa hati dengan kritikan sebegitu yang dilemparkan. “Biarlah orang nak kata hidung saya ni kembang pun. Saya tak kisah. Kalau nak bedah memang bukan kerja saja,” terangnya. Walaupun begitu Scha amat bersyukur rezekinya agak murah walaupun ada pihak yang melemparkan kata-kata tersebut. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 2:31 pm | |
| Shahora & Mukhriz saling mempercayai Shahora dan Mukhriz bahagia melayari alam rumah tangga. Walaupun majlis persandingan tertangguh sejak disahkan sebagai suami isteri pada 26 Oktober tahun lalu, pelakon Sharifah Shahora Syed Akil dan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin akhirnya dapat melangsungkan resepsi perkahwinan mereka pada 21 Februari lalu. Majlis yang berlangsung pada hari Sabtu itu dihadiri oleh saudara mara, sahabat handai, rakan-rakan artis dan peminat yang tidak jemu menyokong kerjaya seni mereka. Bertempat di Restoren Felda Villa, berhampiran dengan Dewan Perdana Felda, pasangan ini melakukan dua majlis resepsi. Pada sebelah siang dikhususkan untuk saudara mara dan sahabat handai dan pada malamnya pula untuk meraikan rakan-rakan media. Dengan konsep perkahwinan dalam taman, Shahora berterima kasih kerana ramai kenalan yang turut sama menaja majlis resepsinya itu dan dia hanya mengeluarkan belanja sebanyak RM30,000 sahaja. "Alhamdulillah, saya gembira kerana ramai yang sudi menaja majlis kami termasuklah pelamin, cenderahati, baju pengantin dan solekan. "Memang perasaan saya benar-benar lega. Selepas dinikahkan ramai sangat yang bertanya bila pula majlis resepsi akan diadakan. Kadangkala sampai letih nak menjawabnya. "Saya bersyukur sangat kepada Allah kerana apa yang selama ini kami rencanakan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Tambahan pula ramai sahabat handai yang datang meraikan majlis kami," jelas Shahora lagi. Akui Shahora, kesibukan dia dan suami membuatkan mereka tidak dapat melakukan majlis resepsi lebih awal memandangkan kerana terikat dengan penggambaran. Untuk majlis resepsinya itu pun, Mukhriz hanya dapat bercuti satu hari dan keesokannya terpaksa meneruskan kerjanya sebagai pengarah fotografi filem Senario The Movie Episod 2: Beach Boys di Pulau Pangkor. "Memang saya terharu apabila melihat ramai kenalan yang hadir termasuklah rakan-rakan semasa bersekolah dahulu yang sanggup datang dari Johor dan Perak," jelas Shahora. Walaupun sudah melayari bahtera perkahwinan hampir tiga bulan, Shahora yakin mahligai yang dibinanya bersama dengan Mukhriz akan bahagia dan bertahan sampai bila-bila. Ujarnya dia dan suami optimis mereka perlu bersikap profesional semasa bekerja dan seboleh-bolehnya dia tidak mahu apa-apa fitnah melanda bahtera yang baru sahaja bermula ini. "Saya dan suami saling mempercayai. Selama ini banyak onak dan duri yang terpaksa saya harungi sebelum bergelar isteri kepadanya dan kini tiba masanya untuk kami hidup bahagia seperti mana pasangan yang lain. "Bagi saya kesibukan masing-masing bukanlah sesuatu yang menjadi masalah jika saya dan suami tahu peranan masing-masing. Kalau boleh saya juga tak mahu ada fitnah mengenai kami selepas ini," kata Shahora. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 10 of 20 | Go to page : 1 ... 6 ... 9, 10, 11 ... 15 ... 20 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |