Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1 ... 11 ... 18, 19, 20
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 10:08 am

Bangga Dan Sebenarnya 'dipandang' AF7

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Mainpi55


MALAM ini, jam 9 malam buat pertama kalinya penonton setia rancangan realiti popular Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) menyaksikan 14 pelajar dipilih membuat persembahan di konsert minggu pertama yang akan berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Mereka bakal mendendangkan lagu yang berada dalam senarai permintaan dan antaranya Dan Sebenarnya, dipopularkan pendatang baru yang kini menjadi sebutan ramai, Yunalis Zurai (Yuna), 23.

Lagu yang didendangkan dan dicipta sepenuhnya Yuna sendiri bakal didendangkan peserta dari Kuching, Sarawak iaitu Siti Aishah Bujang atau Aishah.

Sebaik senarai lagu diberikan, timbul cerita kurang menyenangkan apabila produksi AF7 didakwa tidak meminta kebenaran daripada Yuna selaku penulis dan penyanyi lagu Dan Sebenarnya untuk didendangkan Aishah.

Isu sama turut timbul sebelum ini apabila kumpulan Hujan dikatakan meluahkan perasaan tidak puas hati kerana lagu mereka digunakan tanpa kebenaran pada musim lalu.

Isu hak cipta dalam program Akademi Fantasia amat penting dan sensitif, memandangkan lagu digunakan bukan saja didendangkan peserta tetapi ada antaranya turut dirakam dalam bentuk cakera padat atau rakaman video konsert dan dijual kepada umum.

Sewaktu dihubungi, Yuna bagaimanapun menafikan perkara itu berlaku kepadanya dan menjelaskan produksi AF7 menghubunginya bagi berbincang secara hitam putih untuk menggunakan lagu Dan Sebenarnya.

"Perkara itu tidak berlaku kepada saya kerana beberapa hari sebelum konsert berlangsung, mereka menghubungi saya dan mengajak untuk sama-sama menyaksikan konsert bagi menyaksikan Aishah mendendangkan lagu saya.

"Bukan itu saja, mereka turut berbincang secara 'hitam putih' mengenai lagu itu. Sebagai orang baru, saya berbesar hati akan usaha mereka. Sayangnya, saya tidak dapat hadir menyaksikan konsert minggu pertama kerana ke Singapura untuk menjayakan satu persembahan.

"Apapun, mungkin perkara ini ditimbulkan sesetengah pihak kerana produksi AF7 agak lewat menghubungi saya. Bagaimanapun, saya faham kerana mereka terlalu sibuk. Maklum saja, banyak perkara yang perlu mereka beri perhatian dan AF7 berupa produksi besar.

"Paling penting, mereka menghubungi saya dan mahu berbincang lebih lanjut mengenai penggunaan lagu Dan Sebenarnya," katanya.

Sebagai orang baru jelas Yuna, dia gembira apabila karya dihasilkan dipandang produksi AF7 dan didendangkan seorang pelajarnya.

"Saya menghasilkan muzik bukan untuk cari makan tetapi kerana hobi. Saya masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan undang-undang.

"Sebagai orang baru pada saya apabila mereka menggunakan lagu saya, ia satu penghormatan. Saya sendiri seperti tidak percaya dan bertanya dalam hati mengapa Aishah memilih untuk mendendangkan lagu saya. Adakah ia terlalu istimewa?

"Lebih membanggakan, saya sendiri sentiasa mengikuti Akademi Fantasia dari musim pertama hingga sekarang. Untuk AF7, lagu saya pula didendangkan. Saya mengetahui mengenai perkara ini menerusi rakan di kolej yang memberitahu lagu saya bakal dinyanyikan Aishah," katanya.

Selain itu, malam ini antara lagu yang bakal didendangkan peserta ialah Pohon Asmara dinyanyikan Nas Adila Mohd Dan atau Adilla, Sepi (Ismaliza Ismail), Elergi Sepi (Zuzafrini Zulkifli), Sempurna (Claudia Fay Geres), Molek (Nur Fazelah Mohd Tahil) dan Matahariku (Rubisa Tiasin).

Sementara itu pelajar lelaki memilih lagu Phoenix Bangkit Dari Abu dendangkan asal M Nasir dan dinyanyikan Mohd Qhauhd Abdul Rashid, Penghujung Rindu (Mohd Yazid Ibrahim), Terima Kasih Cinta (Mohd Rashidi Mohamad Isa), Lagu Kita (Mohd Hafiz Mohd Suip), Jeritan Batinku (Ahmad Sobri Hasmuni) dan Hatiku Kau Luka (Afiq Hakim Ahmad).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 10:10 am

Evan prihatin alam sekitar

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Mainpi56


SEBAIK melangkah ke sidang akhbar khas di hotel Renaissance, Hollywood & Highland, Los Angelas, puluhan mata wartawan yang didatangkan khas dari seluruh dunia terpaku melihat kecantikan wajah pelakon utama wanita drama bersiri popular Lost, Evangeline Lilly.

Seakan-akan malu dengan perhatian diberikan, bintang kelahiran Fort Saskatchewan, Alberta, Kanada ini cuba mengubah suasana dengan menegur tetamu, sambil mengambil tempat duduk disediakan.

Sepanjang sesi temu bual berlangsung, Evan yang bergaya ringkas menyambut soalan diajukan dengan senyuman. Sesekali wajahnya bertukar serius apabila ada pertanyaan dirasakan perlu dijawab dengan baik agar ia memuaskan hati wakil media yang hadir.

Menarik mengenai Evan dalam sesi berlangsung hampir setengah jam ini, dia tidak banyak bercerita mengenai kerjayanya terutama membabitkan watak Kate Austen yang dilakonkan dalam Lost.

Sebaliknya pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perhubungan antarabangsa dari Universiti British Columbia, itu lebih bersemangat bercerita mengenai hal berkaitan peribadi dan impiannya mahu menyelamatkan keadaan bumi yang disifatkan semakin tenat akibat pencemaran.

"Impian saya mahu menjadi penduduk terawal bumi dengan tiada pencemaran. Saya memang menggemari alam semula jadi dan hidup dalam hijau hutan dan biru laut.

"Pada saya pembangunan keterlaluan dengan kebanyakan negara berebut mahu membina bangunan tertinggi memburukkan lagi keadaan bumi yang semakin uzur. Namun realitinya perkara itu tidak boleh dielak kerana itulah harga sebuah kemajuan yang harus dibayar," katanya

Tambah Evan lagi, dia gemarkan suasana alam semula jadi dan sering berangan dapat menjalani kehidupan seperti apa digambarkan dalam siri cukup popular era 80-an, Little House On The Prairie.

"Saya seronok sekiranya suatu hari nanti dapat membina keluarga yang besar sekiranya sudah berumah tangga. Kalau boleh saya mahu dapat 12 atau 20 orang anak.

"Hakikatnya hal itu tidak mungkin terjadi sekarang kerana sekiranya saya memperoleh ramai anak bermakna keadaan bumi akan bertambah buruk. Bumi tidak mampu lagi menampung penduduk dunia yang sudah semakin sesak.

"Jika manusia bertambah bermakna lebih banyak lagi hutan yang harus dikorbankan untuk pembangunan," katanya.

Menjadi seorang ibu adalah satu kurniaan paling besar diberikan Tuhan kepada wanita dan atas alasan itu dia tidak kisah sekiranya dikurniakan anak yang ramai.

"Saya sudah biasa dengan budak-budak dan punya ramai anak saudara. Lagipun sejak remaja lagi saya sudah bekerja di taska dan pusat jagaan kanak-kanak.

"Selain itu saya turut aktif dalam badan amal kebajikan membabitkan kanak-kanak kurang upaya. Pengalaman diperoleh membuatkan saya yakin mampu menjadi ibu yang baik suatu hari nanti," katanya.

Pelakon yang mempunyai hobi melukis dan mengamalkan hidup aktif ini, mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan selepas ditemui agensi pencari bakat Ford Models dan membintangi iklan di negara kelahirannya.

Kemudian Evan mengambil keputusan meninggalkan dunia glamour untuk menumpukan perhatian pada pelajaran. Tamat belajar rakannya menggalakkan Evan agar kembali menceburi bidang lakonan dengan membintangi drama bersiri Kingdom Hospital dan filem The Long Weekend.

Menerusi dua karya itu Evan dilamar penerbit drama bersiri Lost. Ia turut berjaya mengangkat namanya di Hollywood dan watak Kate yang dilakonkan selama enam musim membolehkan dia memenangi beberapa anugerah termasuk Teen Choice Awards.

Walau sudah bergelar aktres popular namun Evan secara jujur berasa kurang senang sekiranya dirinya diberikan perhatian berlebihan atau menjadi buruan peminat.

"Saya tidak berapa suka sekiranya ada peminat datang dan bertanya mengenai watak lakonan saya dalam Lost. Seboleh mungkin saya cuba mengelak daripada bercerita mengenai industri perfileman apabila berada di luar lokasi," katanya.

Dalam sidang akhbar itu Evan turut menjelaskan mengenai perancangan kerjayanya selepas Lost yang kini ditayangkan setiap Isnin, jam 9.30 malam di 8TV, akan berakhir pada selepas penggambaran musim keenam berakhir pertengahan tahun ini.

"Saya tidak pernah menetapkan sebarang sasaran dan terlalu optimis. Hidup biar realistik dan selalunya saya akan mengikut arus apa yang berlaku pada hari ini dan esok tetapi bukan akan datang.

"Saya juga tidak pernah bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon bertaraf mega. Lakonan pada saya adalah satu kepuasan untuk ekspresi diri. Sekiranya ada tawaran filem dengan watak yang bagus mungkin akan saya pertimbangkan.

"Bagaimanapun saya lebih berminat untuk meneruskan niat membabitkan diri dalam kerja kebajikan terutama membantu badan tertentu mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

"Selain itu saya bercadang membuka pusat penjagaan kanak-kanak dan di samping itu menulis buku yang sudah lama saya rancang mahu melakukannya," katanya.

>Profil

Nama Penuh: Nicole Evangeline Lilly.

Panggilan: Evangeline.

Tarikh Lahir: 3 Ogos 1979.

Umur: 29

Asal: Fort Saskatchewan, Alberta, Kanada.

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Antarabangsa, University Of British Columbia.

Filem: The Lizzie McGuire Movie (2003), Stealing Sinatra (2003), Freddy vs. Jason (2003), The Long Weekend (2005), Afterwards (2008) dan The Hurt Locker (2009).

DRAMA TV: Reviews on the Run (2002), Smallville (2002), Tru Calling (2003), Kingdom Hospital (2004), Lost (2004-2009) dan Punk'd (2007).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 10:11 am

Tidak cari lelaki kaya

DALAM mencari pasangan hidup, setiap orang inginkan calon terbaik buat dirinya. Ada yang inginkan insan serba sederhana, cantik rupa paras, baik budi bahasa, beriman dan ada juga mengejar kekayaan kerana mengharapkan kesenangan hidup.

Bagi pelakon muda meningkat naik, Suhaiza Suhaimi atau Memey, 21, dia tidak kisah jika calon suaminya nanti bukan daripada keluarga berada.

Kata Memey, dia percaya kemewahan harta benda bukanlah menjamin 100 peratus kebahagiaan dalam rumah tangga.

"Keluarga saya juga tidak pernah memandang kebendaan dalam soal memilih jodoh atau calon menantu.

Saya juga lebih suka memilih jodoh lelaki sederhana sebagai calon suami. Lelaki itu tidak perlu mewah atau kaya raya kerana bagi saya jika dia mempunyai pekerjaan tetap dan boleh menyara keluarga pun sudah cukup.

"Jika sudah jodoh, saya perlu terima bakal suami seadanya. Malah, jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan duda beranak tiga pun, saya terima kalau ia sudah jodoh," katanya.

Mengenai hubungan intimnya dengan pelakon Norman Hakim, Memey berkata, dia hanya menyerahkan soal jodohnya dengan Norman kepada Tuhan.

"Saya tidak akan menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengannya, tapi Saya juga enggan mengulas lanjut mengenai hubungan kami kerana kes khalwat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur belum

selesai lagi. Saya juga belum mendapat maklumat sama ada kes itu diteruskan atau tidak," katanya.

Ditanya gosip kelibatnya sering kelihatan di pejabat Norman Hakim dan dikatakan kembali menetap di pejabat kekasihnya itu di Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, Memey mengakui dia memang berkunjung ke pejabat Norman sebelum ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Memey_10


"Saya datang ke pejabatnya kerana urusan kerja dan bukan menetap di pejabatnya. Saya juga ada datang makan di restoran milik Norman sebab itu ada orang nampak kelibat saya di sana.

"Apapun, saya sudah tidak kisah cakap-cakap orang kerana terlalu banyak persepsi disebarkan orang. Apa yang penting, saya dan keluarga tahu hal yang sebenarnya. Orang akan fikir gosip itu betul apabila saya mendiamkan diri tetapi kalau saya beri kenyataan pun, orang bercakap benda yang sama juga," katanya.

Sementara itu, sejak kembali daripada `persembunyian' selama dua bulan, tawaran berlakon juga mencurah buat pelakon berbakat ini.

Bagaimanapun, kata Memey, dia hanya fokus pada dua projek buat masa ini iaitu drama bersiri 52 episod Roda Roda Kuala Lumpur terbitan Skop Productions Sdn Bhd sejak awal Februari lalu dan filem Dimensi Cinta arahan Eddie Pak (awal Mac).

"Saya bawa watak Lans Koperal Haiza dalam Roda-Roda Kuala Lumpur yang juga antara watak utama dalam drama yang menampilkan gabungan tiga pengarah iaitu Faizal Yusof, Majid Salleh dan Kumar.

"Manakala dalam filem Dimensi Cinta, saya bawa watak pembantu, Baby yang tidak kurang menariknya dalam cerita ini," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 10:15 am

Ummi tak kejar glamor

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Ummi10


PEMBABITANNYA dalam bidang seni, sejak tiga tahun lalu bukan untuk suka-suka. Jauh sekali untuk mengejar glamor dan populariti seperti artis lain. Sebaliknya, kata pelakon berbakat, Ummi Nazeera, 19, dia ingin menjadi pelakon berwawasan di persada seni tanah air.

"Minat saya begitu mendalam dalam bidang lakonan. Memang tidak pernah terlintas di hati saya untuk mencari glamor kerana misi saya ingin menjadi pelakon serius dan berilmu pada masa depan.

"Terus terang, saya tidak mahu dikenali kerana gosip atau kontroversi kerana ia bukanlah matlamat saya dalam bidang seni," katanya.

Justeru, dalam usaha menggapai menjadi pelakon berilmu, Ummi Nazeera atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin merancang mengambil kursus jangka pendek dalam bidang drama dan teater di sebuah universiti di New York, Amerika Syarikat pada November nanti.

"Sebenarnya, saya hanya sempat mengikuti pengajian satu semester saja di kolej swasta di ibu kota awal tahun ini kerana jurusan Sebaran Am yang dipilih itu rupa-rupanya tidak menepati minat saya.

"Justeru, saya memutuskan untuk mengambil kursus jangka pendek yang mengambil tempoh tidak sampai setahun di luar negara pada penghujung tahun ini.

"Sepatutnya, saya ke sana pada Ogos (summer course) tapi ditunda pada November (winter course). Sebenarnya, saya tidak bersendirian ke luar negara kerana turut ditemani abang yang turut sama mengambil kursus jangka pendek di sana nanti.

"Apa yang penting, saya keluar negara kerana ingin belajar bagaimana erti hidup berdikari di negara orang dan mencari pengalaman baru di sana. Ia selaras dengan hasrat saya menjadi pelakon yang berilmu dan bukan tampil dalam bidang seni dengan dada yang kosong.

"Minat macam mana sekalipun pada bidang lakonan, saya tetap inginkan pelajaran dan lakonan bergerak seiringan," katanya.

Mengenai perkembangan kerjaya seninya pula, Ummi kini berdebar menanti reaksi peminat pada lakonannya dalam drama Klon Teja arahan Arab terbitan Tall Order Production untuk saluran Astro yang akan menemui penonton nanti.

"Saya tertarik berlakon dalam cerita superhero ini kerana ia ada kesan CGI yang tidak pernah saya lakonkan sebelum ini.Cerita ini dibintangi Hans Isaac (Hang Tuah) dan Vanidah Imran (Tun Teja).Saya bawa watak utama sebagai Yasmin yang juga dari keturunan Tun Teja," katanya.

Selain Bade dan Kabir, Ummi juga mengidam untuk bekerja dengan ramai lagi pengarah yang hebat seperti Osman Ali dan Yasmin Ahmad kerana karya mereka menepati jiwanya.

"Saya suka dengan karya mereka dan berhasrat untuk menimba ilmu lakonan dengan mereka pula.

"Setakat ini, saya baru buat satu filem iaitu Lu Pikirlah Sendiri The Movie. Saya juga tidak kisah buat drama, filem, watak pembantu atau watak kecil sekalipun kerana yang penting ilmu yang saya dapat dari karekter yang diserahkan itu," katanya.

Ketika dihubungi Rap, Ummi berkata, dia sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 26 episod, Kejar arahan Bade Azmi dan terbitan Global Station Sdn Bhd.

"Ini kali kedua saya bekerja dengan Bade selepas drama bersiri 40 episod Dinasti Bilut. Saya suka bekerja dengan Bade kerana dia membimbing saya untuk menjiwai watak diserahkan dengan baik.

"Apa yang menarik, saya bawa dua watak berbeza dalam Kejar iaitu pasangan kembar yang terpisah iaitu Nadia dan Dira. Nadia dibesarkan di rumah anak yatim tapi Dira pula dipelihara oleh ibunya yang juga dari kaum orang asli.

"Nadia yang dibela oleh Sofia juga bekerja di pejabat bapa Rizz yang juga anak Rizal dari isteri pertamanya.

"Sebenarnya, watak Nadia ini penting kerana akhirnya dia yang membantu menyelamatkan keluarga Rizal dari musuh mereka," katanya.

Antara drama lakonan Ummi sebelum ini ialah Ali Din dan memegang watak pembantu dalam drama bersiri Awan Dania untuk Astro. Terbaru, dia juga dapat tawaran berlakon dalam drama Nur Kasih arahan Kabir Bhatia tetapi ia masih belum diputuskan lagi.

"Saya ditawarkan watak pembantu, Siti Sarah yang juga adik kepada Nur Kasih. Jika berjalan seperti direncanakan, saya dijangka berada di lokasi penggambaran pada April nanti," katanya.

Ditanya mengenai hubungan akrabnya dengan pelakon kacak Remy Ishak yang heboh diperkatakan ketika ini, Ummi berkata, dia belum terfikir untuk pergi lebih jauh dalam persahabatan yang terjalin itu.

"Saya belum terfikir soal cinta ataupun berkahjwin lagi. Buat masa ini, fokus saya pada kerjaya lakonan," katanya.

Profil

* NAMA PENUH: Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin

* TARIKH LAHIR: 20 Ogos 1990

* ASAL: Kuala Lumpur

*STATUS: Bujang

* KELUARGA: Anak bongsu daripada dua beradik

* PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

* FILEM: Lu Pikirlah Sendiri The Movie

* DRAMA: Pesona Bintang, Takdir Yang Terindah, Dinasti Bilut, Ali Din,

Awan Dania, Klon Teja dan Kejar
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 10:17 am

Sahabat jadi kekasih

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Mek10


KALAU sudah jodoh tidak ke mana. Begitulah diibaratkan persahabatan yang terjalin antara pengacara dan pelakon berwajah comel, Nik Sayyidah Fatiha Yazib, 26, dan jejaka pilihannya, Mohd Hariff Ghazali, 34.

Siapa sangka selepas empat tahun menjadi sahabat, perasaan itu berubah menjadi cinta lalu mengambil keputusan untuk disatukan sebagai suami isteri.

Pasangan ini akan diijabkabulkan esok (14 Mac) di Masjid Negeri atau dikenali sebagai Masjid Kubang Kerian, Kota Bharu pada jam 9 malam dan akad nikah dilakukan oleh Mufti Negeri Kelantan.

Keesokan hari, majlis persandingan di kediaman Nik Sayyidah di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, manakala persandingan sebelah pihak lelaki diadakan di Kampung Mulong, Wakaf Bharu, Kota Bharu pada 19 Mac.

Nik Sayyidah yang popular menerusi Salam Pantai Timur dan juga pengacara Nasi Lemak Kopi O, kini mula dikenali sebagai pelakon menerusi drama bersiri Julia Juli. Dalam kesibukan membuat persiapan hari bahagianya, Nik yang mesra dengan panggilan Mek tidak lokek berkongsi kisah cintanya dengan Hariff.

"Saya kenal Hariff empat tahun lalu, ketika diundang mengacara majlis di Istana Kelantan. Kebetulan, dia bertugas sebagai Setiausaha Sulit Raja Perempuan Kelantan atau gelaran mengikut protokol adalah Pegawai Kanan di Pejabat Sultan.

"Setiap acara yang diadakan di istana diuruskannya, justeru kami sering berurusan tapi hubungan tidak lebih daripada kawan. Kalau berjumpa, cuma bertanya khabar atau bercakap pasal kerja.

"Bagaimanapun, pada hari raya kedua tahun lalu, dia mengirim SMS yang dia hendak serius dengan saya. Saya faham maksud dia tapi mahukan penjelasan yang lebih lagi.

"Kemudian dia maklumkan, mahu berkahwin dengan saya. Beberapa hari selepas itu dia dan keluarganya bertandang ke rumah sebelum menghantar rombongan merisik pada 28 Oktober tahun lalu sekali gus menetapkan tarikh pertunangan pada 2 Disember," katanya.

Nik berkata, pada mulanya pihak lelaki mahu mempercepatkan perkahwinan tetapi keluarganya meminta tempoh untuk membuat persiapan.

"Kalau ikutkan, kami sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada bulan lalu kerana ketika itu musim cuti sekolah.

"Tapi bapa pula kata alang-alang menyambut Maulidur Rasul pada Mac, eloklah ambil keberkatan bulan baik itu dan pada masa sama, bolehlah adakan majlis untuk Maulud Nabi.

"Apatah lagi, saya anak perempuan tunggal justeru keluarga mahu persiapan perkahwinan diadakan secara teliti. Lagipun, dalam keluarga kami belum pernah adakan majlis kenduri kahwin memandangkan saya anak sulung daripada tiga beradik," katanya.

Akui Nik Sayyidah, Hariff adalah cinta pertamanya kerana sebelum ini tidak pernah mempunyai teman lelaki yang serius.

"Sedari kecil hinggalah besar keluarga adalah kehidupan dan segala-galanya bagi saya. Saya tidak banyak kenalan di luar. Kalau seseorang lelaki sukakan saya atau saya sukakan seseorang selalunya saya akan tanya mama.

"Kalau dia bagi lampu hijau, saya akan teruskan. Jika tidak, saya akan putuskan hubungan. Nampaknya, tiada seorang pun yang mama berkenan sehinggalah bertemu dengan Hariff," katanya.

Secara peribadi, Nik Sayyidah menyifatkan bakal suaminya itu seorang ikhlas dan paling membuatkannya jatuh cinta kerana sifat menghormati orang tua serta pandai mengambil hati ibu bapanya.

"Dalam mana-mana temu bual, saya sering jelaskan mahukan lelaki yang boleh menyayangi keluarga saya sebagaimana dia cintakan saya.

"Malah, saya pernah ke rumahnya untuk beraya dan terharu melihat dia mendukung bapanya yang menghidap penyakit strok untuk dibawa mengurut.

"Saya tengok dia anak yang baik dan peduli ibu bapa. Sifat terpujinya itu meyakinkan saya dia mampu memberikankebahagiaan," katanya.

Menyifatkan Hariff seorang yang pemalu, kali pertama mereka keluar berdua-duaan ketika membeli barang pertunangan di Kota Bharu Mall. Nik buat pertama kali menerima kiriman mesej romantis daripada Hariff apabila mereka sah menjadi tunangan.

Walaupun tidak pernah bekerja di luar Kelantan, bakal suaminya berfikiran terbuka kerana tidak pernah menghalang kerjaya seninya. Bahkan dia memberi sokongan dan dorongan untuk Nik Sayyidah meneruskan minatnya.

"Sebaik berkahwin, saya akan tinggal di Kelantan bersama suami. Namun, dia tidak menghalang saya untuk terus aktif dalam bidang pengacaraan mahupun lakonan asalkan pandai menjaga batas seorang isteri," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 10:20 am

Tak boleh lari jika merajuk

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Sh10


HAMPIR dua bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Sharifah (Shahora) Shahora Syed Akil, 34, dan pengarah fotografi, Raja (Mukhriz) Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin, 36, kini sudah mula berasa selesa hidup bersama sebagai suami isteri.

Walaupun bercinta tujuh tahun, akui Shahora yang ditemui sewaktu menjayakan rancangan Sehati Sejiwa, disiarkan setiap Rabu, jam 3 petang di RTM1, banyak perubahan berlaku dalam hidupnya

"Dulu saya hanya memikirkan diri sendiri tetapi sekarang saya harus mendahulukan suami, terutama menjaga makan dan minumnya. Sebagai pengantin baru sudah tentu kami sedang menikmati keindahan hidup berumah tangga. Bagaimanapun perubahan dalam perhubungan itu sudah dapat saya rasai.

"Mengambil contoh dulu kalau bergaduh untuk menenangkan diri saya boleh melarikan diri daripada Mukhriz dengan mematikan telefon bimbit. Tetapi sekarang tidak lagi, kerana sudah serumah.

"Kalau berselisih faham saya sudah tidak boleh merajuk seperti dulu sebaliknya harus menyelesaikan masalah secepat mungkin. Kerana ke manapun saya cuba melarikan diri akhirnya kami akan tidur sekatil dan perselisihan tidak baik untuk hubungan suami isteri," katanya.

Bergelar isteri tidak menghalang Shahora terus aktif dalam dunia lakonan. Cuma katanya selepas majlis persandingan dua minggu lalu, dia bercuti panjang bagi menyelesaikan pelbagai urusan.

"Persiapan majlis kami diadakan tidak sampai dua bulan dan dalam tempoh itu saya masih lagi sibuk di lokasi. Bagaimanapun apabila sudah selesai majlis saya bercuti untuk menguruskan segala hal tertunda seperti memulangkan barang-barang yang dipakai. Kemungkinan pada akhir bulan ini baru saya akan kembali ke lokasi," katanya.

Bercerita mengenai perancangan membina keluarga, kata Shahora, kerana sibuk menyebabkan mereka tidak dapat menghabiskan masa bersama.

"Bayangkan dari mula bernikah hinggalah selepas bersanding baru sekarang Mukhriz dapat bercuti panjang. Jadi dapatlah kami menghabiskan masa bersama.

"Saya dan Mukhriz mahu memperoleh zuriat. Lagipun usia kami bukan muda sangat. Kalau boleh saya mahu menimang empat cahaya mata.

"Biar ramai sikit agar apabila sudah berusia nanti, sambut hari raya tidaklah sunyi kerana anak-anak boleh bergilir untuk beraya dengan kami di samping berada bersama keluarga isteri mahupun suami mereka," katanya bergurau.

Sementara itu Mukhriz turut menjelaskan sebagai suami dia tidak pernah menghalang Shahora terus aktif memandangkan mereka bergiat dalam bidang sama dan mula mengenali isterinya sewaktu di lokasi.

"Mengapa saya perlu menghalang sedangkan ini rezeki yang dikurniakan Tuhan. Shahora memang berbakat dalam bidang lakonan dan lebih baik dia teruskan selagi ada yang mahukannya.

"Kerja seperti kami ini rezekinya tidak menentu, jadi apabila ada tawaran mengapa harus berhenti. Kami realistik dalam hidup. Maklumlah sebagai isteri selain daripada keperluan yang saya sediakan, Shahora mungkin mahukan barang dibeli dengan hasil titik peluh sendiri," katanya.

Mengenai filem Ransan yang bakal diterbitkan produksi milik pasangan ini, Merah Maya Motion Picture Sdn Bhd jelas Mukhriz pembikinan bukan diberhentikan seperti yang dihebohkan, sebaliknya ia kini sedang di peringkat pra-produksi.

"Cerita yang mengatakan kami menghabiskan duit dana yang diperoleh sehingga pembikinan Ransan tertangguh tidak benar. Memandangkan keadaan pasaran tidak menentu pastinya pembikinan Ransan perlu penelitian. Apatah lagi modalnya menelan belanja RM2.5 juta.

"Pelakon utama filem ini Aaron Aziz dan Scha Al-Yahya masih lagi bersama Merah Maya tetapi buat masa ini kami tidak mengikat mereka dan penggambaran hanya akan dijalankan pada Jun atau Julai nanti. Dalam tempoh itu, pihak produksi sedang sibuk membina set mini bakal digunakan untuk filem ini," katanya.

Menyentuh mengenai belanja Ransan yang agak tinggi kata Mukhriz, dinilai belanja sebenar menghasilkan filem ini ia boleh mencecah RM10 juta.

"Kerana itu pra-produksi filem ini agak panjang kerana kami mahu menjimatkan kos dengan menghasilkan set mini seperti apa yang dilakukan filem Star Wars di awal 80-an. Sekiranya ia menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) kosnya lagi besar," katanya yang turut menjelaskan turut memperoleh dana daripada kerajaan negeri Perak.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 10:48 am

Imuda pantau dua anak

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Untitl16


SEBAGAI bapa, pelakon dan pelukis terkenal, Imuda atau Abdul Rahim Muda, 49, mahu kehidupan yang terbaik bagi anaknya. Bapa kepada dua cahaya mata itu, sentiasa memantau perkembangan hidup anaknya iaitu Raihana, 14, dan Raezal, 8.
Selepas bercerai dengan isterinya, Rozalina Rosli sejak lima tahun lalu kesempatan untuk beramah mesra dengan anaknya agak terbatas. Apatah lagi bekas isteri mempunyai keluarga baru.

Biarpun tinggal berasingan Imuda tetap berkawan baik dengan wanita yang pernah bergelar suri hidupnya malah dia juga kerap bertemu dengan anaknya hampir hujung minggu.

Begitupun, Rozalina Rosli menghidapi penyakit kanser dan menyambut seruan Ilahi pada 23 Disember tahun lalu.

Ikatan keluarga memang tidak dapat dipisahkan malah selepas kematian bekas isteri, dia berharap benar dua anaknya itu dapat menetap bersamanya.

"Sebagai bapa saya memang berhak mengambil berat soal anak-anak. Saya juga tidak berdepan masalah untuk bertemu mereka. Bapa tiri mereka juga tidak kisah apabila saya berjumpa dan membawa mereka bersiar-siar atau makan pada hujung minggu. Memang saya berniat untuk membawa mereka tinggal bersama.

"Begitupun atas beberapa sebab tertentu saya terpaksa memikirkannya semula. Kehidupan anak-anak sekarang jauh lebih selesa dan mewah bersama bapa tiri mereka. Walau bagaimanapun saya tidak menyalahkan anak-anak dalam soal ini," katanya.

Mengakui hubungan bersama anak-anak masih rapat seperti dulu. Biarpun anak-anak kadang kala sibuk dengan aktiviti dan urusan masing-masing.

Pelakon yang popular menerusi sitkom, 2+1 dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu, kini mengembangkan karier dalam dunia lukisannya apabila sudah mempunyai studio khas yang mempamerkan hasil karya lukisan di no 317 A, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur.

Mereka yang berminat untuk mendapat koleksi beliau dan mendapatkan tempahan seperti ilustrasi, karikatur, lukisan potret dan kartun boleh berkunjung ke studio berkenaan atau layari laman web www.imudaart.blogspot.com.

"Sebagai pelukis memang impian saya memiliki studio sendiri. Studio ini baru beroperasi beberapa bulan. Ia terbuka kepada sesiapa saja yang berminat untuk mendapatkan koleksi potret. Saya memilih untuk memberi tumpuan kepada penghasilan potret memandangkan saingan untuk menghasilkan lukisan landscape (pemandangan) agak sengit.

"Kebanyakan lukisan pemandangan mudah didapati daripada negara luar dengan harga yang murah. Lukisan potret pula tidak semua individu mahir melakukannya," katanya.

Imuda turut menghadiahkan lukisan potret bernilai RM3,000 kepada finalis Gadis Melayu TV9, Nurul Khusna Uma (Husna) dan pemenang program berkenaan Khairul Noormaidah Zali (Aida)

Di samping melukis, Imuda juga masih berlakon. Dia turut tampil dengan watak tambahan dalam sitkom komedi, Nana Tanjung, sebagai Pak Kayangan dalam drama bersiri TV3, Julia Juli selain penampilan istimewa dalam filem Shh... Dia Datang terbitan Noradz Production yang dijadualkan menjengah pawagam Jun ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 10:49 am

Hotfm Dulu Kini Teka Lagu - Anda Tahu Jawapannya?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Hotfmk10


Terbakar jugak rasa hati nak cuba teka pertandingan di HotFm, Dulu Kini. Setakat yang kami tahu, voucher membeli belah yang ditawarkan sudah pun mencecah hampir 20 ribu ringgit. Pergh, kalau dapat tue cukup nak belanja barang dapur satu tahun.

Tapi seriously memang susah pun nak teka 2 lagu yang dimainkan oleh Kieran dan AG nie. Klu-klu yang diberikan pun taklah membantu sangat. Yang pastinya kedua-dua lagu ini dinyanyikan oleh artis lelaki berkumpulan.

Anda tahu jawapan bagi Hotfm Dulu Kini? Kongsi-kongsilah kat sini. Mana tahu ada pembaca-pembaca blog BeautifulNara akan jadi pemanggil bertuah dan boleh menang voucher RM20 ribu tue. Boleh kita kongsi sama-sama nanti.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 10:54 am

Pesan Fazura kepada mak datin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Hi_01_39


KALAU dulu tidak keterlaluan saya katakan apabila sebut nama Fazura, ramai yang akan mengangkat kening sebelah. Mana tidaknya, wanita ini sering dikaitkan dengan perkara yang kurang enak.

Dialah kaki gaduh, dialah gadis liar. Pendek kata yang jahat atau tidak baik itu semuanya ditujukan buat Fazura. Menambahkan lagi cakap-cakap orang apabila berlaku kejadian dia didakwa mencederakan seorang surirumah di sebuah kelab hiburan kira-kira lima tahun lalu. Bukan mudah sebenarnya untuk berhadapan dengan tohmahan tersebut jika seseorang itu tidak dikurniakan semangat dan kekuatan yang tinggi.

Sebelum ini Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifudin, 26, pernah berkata hidupnya bagaikan “tersiksa” dek kerana kejadian tersebut.

Tetapi syukur akhirnya semua orang tahu siapa sebenarnya yang bersalah apabila wanita yang gemar membahasakan dirinya Faz ini dibebas dan dilepaskan oleh mahkamah daripada pertuduhan tersebut.

Hari ini Faz membuktikan dia bukanlah wanita murah yang boleh disepak terajang macam bola. Faz yang saya kenali sejak sepuluh tahun lalu menunjukkan peningkatan yang ketara. Dari segi bercakap, pergaulan, kerjaya dan segala-galanya berubah.

Yang ketara kata wanita ini, tatkala usianya sudah menghampiri 26 tahun pada 27 September ini dia merasakan sesuatu. Apa dia? Saya merungkai rahsia itu.

Ketika diminta untuk bergambar mengenakan pakaian kelas pertama rekaan pereka fesyen ternama Rizman Ruzaini, Faz meminta tidak diberikan pakaian yang agak seksi. Seksi dalam erti kata yang terlalu menjolok mata. Pelik? Yalah.. sebelum ini dia tak memilih corak atau jenis pakaian untuk diperagakan.

Tetapi kali ini Faz membuat satu perubahan baru, dia mahu kelihatan lebih sopan? Kenapa? Bukan mengada-ngada tapi kata Faz ada sebabnya. Kata wanita ini dia sudah tidak sesuai untuk bergaya dengan mengenakan pakaian yang sedemikian rupa lagi.

Segala-galanya disebabkan faktor usia kerana Faz merasakan dia sudah tua. Sudah tidak sesuai lagi hendak bergaya macam budak-budak remaja seperti beberapa tahun lalu. Tahun ini ketika usianya melepasi 25 tahun, satu perasaan baru tiba-tiba hadir melintasi hati dan benak fikirannya.

“Tahun ini Faz merasai perasaan yang baru. Yalah, betul kata orang tua apabila dah dewasa, kita akan rasakan sesuatu yang lain.

“Kalau dulu rasa asyik nak enjoy 24 jam tapi hari ini perasaan itu sudah hilang. Entahlah. kawan-kawan semuanya dah kahwin. Ada yang mengandung. Suasana tu dah berbeza sekarang.

“Tak salah Faz kata yang Faz dah tua. Kadang-kadang apabila mencecah usia dewasa ini kita rasa risau semacam,” katanya. Dek kerana kerisauan itu maka Faz mempunyai perancangan lain.

Dia tak mahu mengharapkan rezeki dalam bidang lakonan semata-mata. Nak pula ketika ini ekonomi negara sedang merudum, adalah perlu dia mencari peluang lain untuk meneruskan kesinambungan hidupnya itu.

Dan yang pentingnya bukan mahu meninggalkan bidang seni sebaliknya dia sedang mengintai peluang perniagaan baru. Masih belum dapat dijelaskan apakah perniagaan itu tetapi kata Faz, perancangan kearah perlaksanaan perkara tersebut sedang dirancang.

“Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang mungkin pada tahun ini bisnes Faz tu akan dapat dilaksanakan. Sekarang ni Faz tengah memikirkan bagaimana hendak menguruskannya,” katanya.

“Jangan tuduh sembarangan”

Ramai orang beranggapan sesetengah artis di Malaysia ni hidup atas tajaan orang. Yalah... berlakon tak kemana, menyanyi entah apa-apa tapi boleh hidup senang. Pakai kereta mewah dan boleh beli barang yang kadang-kala tidak terfikir dek akal. Bagi Fazura sendiri dia meminta orang di luar sana ketepikan pemikiran itu dan jangan sesekali beranggapan yang artis di Malaysia ini tidak mampu memiliki segala kemewahan.

Ujar Faz lagi, pendapatan hasil berlakon filem untuk seseorang artis di antara RM30,000 hingga RM50,000 manakala seorang pelakon drama pula boleh memperoleh RM5,000 hingga RM30,000. Dengan jumlah sebegitu besar tidak mustahil artis-artis mampu memiliki barang-barang mewah dari butik terkenal.

“Jangan anggap kami macam ni ya? Kalau ada di antara mereka yang senang lenang itu semua hasil usaha mereka. Kita tengok berapa ramai artis yang berjaya dan mereka boleh beli kereta dan rumah besar? Takkan semua benda hendak ditaja,” katanya.

Ketika bercerita mengenai perkara yang paling dibenci, tanpa berselindung wanita ini memberi amaran kepada mak-mak datin. Bukannya bengang tak tentu fasal tapi dia naik angin apabila terdapat segelintir golongan elit tersebut dengan mudah menuduh golongan artis dilahirkan untuk merosakkan rumah tangga mereka.

Sebagai orang yang sudah masak dalam dunia seni Faz tidak menafikan ada sesetengah individu yang gemar membuat onar di dalam rumah tangga orang lain tetapi dalam hal tersebut artis tidak boleh dipersalahkan.

Kata Faz, mak-mak datin itu harus ingat, suami mereka juga yang kadang-kala menjadi punca kehancuran rumah tangga mereka itu sendiri.

“Faz pernah kena hina dengan mak- mak datin yang menuduh kononnya artis ni kerjanya nak mengurat suami mereka.

“Ehh, tolong sikit ya! Kalau suami dia orang tak layan, tak jadi juga. Nak salahkan artis, salahkan suami sendiri dulu,” katanya.

Bagi Faz sendiri dia siang-siang lagi memang tak suka suami orang. Maaflah kalau ada yang berhajat untuk rapat, jawapannya boleh jalan.

“Masih berkawan dengan kerabat itu”

Suatu ketika dulu kecoh gosip keintiman hubungan Fazura dengan seorang kerabat diraja. Saat diajukan persoalan mengenai hubungan itu, tanpa mahu berselindung si cantik manis ini mengaku mereka masih berkawan baik. Hari ini usia hubungan itu sudah mencecah tiga tahun. Yang penting Faz amat mengagumi si jejaka yang setahun lebih muda daripadanya itu.

“Ya... buat apa nak hipokrit. Memang Faz mengaku berkawan rapat dengan dia. Dia seorang yang baik, beriman dan mempunyai karisma yang diimpikan oleh setiap wanita,” ujarnya.

Tetapi apabila ditanya sejauhmanakah hubungan itu adakah ia akan berakhir di singgahsana indah, terus saja Faz tersenyum.

Katanya, soal kahwin, ataupun jodoh itu biarlah Tuhan yang tentukan kerana Faz percaya dengan apa yang dinamakan ketentuan Allah. Tapi masalahnya sekarang ini banyak tuduhan dilemparkan kononnya Faz sudah berumahtangga dengan kerabat itu dalam diam sedangkan mereka hanya berkawan rapat.

“Faz hairan juga ramai yang kata Faz kahwin. Entahlah... dari mana dia orang dapat cerita pun tak tahu,” soalnya. Masih belum memutuskan untuk berumah tangga dalam waktu terdekat, kata Faz, berilah tempoh di antara dua hingga tiga tahun sebelum dia memikirkan untuk menjadi isteri orang.

Tak kisah dengan sesiapa saja tetapi Faz percaya Allah itu akan mempertemukan dia dengan seorang yang baik. Yang pasti apabila membuat keputusan berkahwin nanti, dia akan meninggalkan terus dunia seni.

“Faz dah puas mengecapi dunia hiburan. Bila kahwin nanti Faz akan bersara dan tumpukan perhatian kepada keluarga. Yalah... takkan lepas kahwin pun nak berlakon lagi?

“Berlakon bukannya mudah. Kadang-kadang kita kena pegang tangan, peluk orang itu, orang ini. Tak semua suami suka isteri macam tu,” katanya.

Walaupun sejak kebelakangan ini jarang membaca kisah Fazura di akhbar mahupun majalah, dia sebenarnya sibuk dengan penggambaran drama.

Dia baru selesai membintangi sebuah telemovie berjudul Sebening Azan Yang Dialun memegang watak seorang pegawai perhubungan pelanggan (GRO).

Dalam masa yang sama Fazura turut menjemput peminatnya untuk memeriahkan Konsert Menjunjung Damai bertemakan Belia Malaysia Cintakan Keamanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 20 Mac ini.

Dalam konsert yang akan berlangsung pukul 8.30 malam itu Fazura akan menunjukkan kebolehannya mendeklamasikan puisi bertujuan menyebarkan perasaan sayang sesama insan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 10:55 am

“Janganlah kurang ajar” – Misha

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Hi_02_22
Misha


Misha dah naik angin! Itu yang boleh disimpulkan apabila penyanyi Bunga-Bunga Cinta ini berang membaca tulisan dalam sebuah blog yang telah mencercanya.

Blog yang dimiliki oleh seorang penulis hiburan itu mendakwa kononnya Misha Omar, 27, sombong, berlagak diva dan sudah lupa asal usul.

Penulis itu juga mendakwa kononnya Misha sudah tidak pandai bercakap loghat Kelantan lagi. Lebih dari itu penulis berkenaan cuba melaga dia dengan penyanyi Siti Sarah dengan mendakwa Misha sengaja mentertawakan Sarah ketika penyanyi genit itu membuat persembahan dalam program akhir My Star LG pada 22 Februari lalu.

Menurut Misha, penulis blog itu sebenarnya berniat jahat dan mahu menjatuhkan maruah dia sebagai penyanyi. Puncanya apabila kakak Misha iaitu Mimi melarang penulis blog itu yang mahu merakamkan gambar Misha mahu memakai baju di belakang pentas dalam sebuah program anjuran stesen radio Hot FM bulan lalu.

Akibat perkara itu, penulis berkenaan turut menyerang secara peribadi dengan mengeluarkan kata-kata kurang menyenangkan di samping cuba melaga-lagakan orang.

“Saya kecewa dengan tuduhan penulis blog yang tak bertanggungjawab itu. Jangan nak cabar kesabaran saya,” katanya ketika dihubungi petang Selasa lalu.

Kepada wartawan NIEZAM ABDULLAH, Misha meluahkan rasa kesalnya.

Panas! Tiba-tiba ada penulis blog buat tuduhan yang bukan-bukan kepada Misha. Apa ceritanya?

Penulis blog itu memang tak bertanggungjawab. Dia tak pernah kenal rapat dengan saya. Tiba-tiba dia buat tuduhan sesuka hati. Apa motif dia yang sebenar saya pun tak tahu.

Apa puncanya?

Entahlah! Dia ada masalah peribadi saya rasa. Sebab itulah dia serang saya dalam blog dia dengan tiada perasaan tanggungjawab. Tak silap saya dalam satu konsert anjuran stesen radio Hot FM, penganjur bagi baju mereka untuk saya pakai. Masa di belakang pentas, saya nak pakai baju tu. Yalah kena hormatlah permintaan penganjur. Tiba-tiba dia masuk bawa kamera dan cuba nak rakam gambar saya secara curi. Nasib baik kakak saya, Mimi nampak dan minta dia tidak buat macam tu.

Masa itu keadaan Misha macam mana? Tidak berbaju ke?


Saya pakai baju kemeja. Cuma nak sarungkan baju T yang diberi penganjur saja. Tapi kalau nak ambil gambar pun beritahulah dulu supaya kita boleh bersedia. Saya takut bila gambar tu tersebar dalam Internet, orang buat macam-macam tuduhan yang tak elok. Sedangkan orang tak tahu. Sebab tulah saya takut ini berlaku. Lepas kakak saya melarang penulis blog itu merakamkan gambar, dia cakap sorry dan terus pergi. Tak sangka pula sehari lepas tu dia tulis dalam blog hina saya macam-macam.

Dia kata apa dalam blog dia?

Penulis tu menceritakan pengalaman dia turut serta dalam konsert tu. Ketika nak ulas mengenai persembahan saya, dia memberitahu dalam blog yang dia tak dapat beri komen sebab dia sudah buang gambar saya gara-gara sikap saya yang berlagak di atas pentas. Malah dia tuduh persembahan saya busuk macam budu dan petai. Bagus ke tulisan macam tu? Elok ke buat macam tu?

Bagaimana kes dengan Siti Sarah pula?

Masa konsert akhir My Starz LG saya ada buat persembahan. Siti Sarah pun ada. Ketika duduk menyaksikan artis menyanyi, saya berada berdekatan dengan beberapa wartawan hiburan. Dia orang (wartawan hiburan) memang rapat dengan saya. Jadi kami ketawa dan gelak-gelak la di situ. Kebetulan penulis blog tu datang belakang kami tengok kita orang ketawa. Dia pun tak tahu apa sebab kami ketawa tapi sedihnya dia sanggup tulis saya ketawakan persembahan Siti Sarah. Kenapa dia tulis macam tu? Kenapa tak tulis wartawan pun ketawakan Siti Sarah kalaulah betul apa yang dia fikirkan dalam kepalanya itu? Ini tidak, kaitkan nama saya seorang saja.

Adakan dia bermotifkan sesuatu?

Saya rasa motif dia nak memburukkan saya. Dalam masa yang sama cuba nak melaga-lagakan saya dengan Siti Sarah. Itu sikap yang kurang ajar. Dia tahu suatu ketika dulu saya dengan Sarah pernah ada krisis. Tapi sekarang dah okey. Mungkin dia cuba nak laga-lagakan kami semula.

Siti Sarah ada cakap apa-apa?

Buat masa ni tak! Tapi saya takut la nanti Sarah fikir yang bukan-bukan pula gara-gara tulisan berniat jahat penulis dia tu. Saya fikir selain nak aibkan saya, sekali gus cuba melaga-lagakan orang. Janganlah kurang ajar.

Kononnya Misha berlagak “diva”. Macam mana pula tu?

Kalau nak jadi “diva”, dah lama dah saya buat macam tu. Bukannya hari ni. Sekarang dah tak ada makna nak “diva-diva” lagi. Itu semua orang yang tak senang dengan kita sebab itulah dia buat tuduhan yang tak masuk akal.

Misha pernah bersua muka dengan penulis blog tu selepas kejadian berkenaan?

Belum lagi. Tapi saya harap sangat nak jumpa dengan dia. Bukan nak serang tapi saya nak tanya apa yang dia tak puas hati sangat dengan saya. Kalau saya pernah buat silap dengan dia, tolong jelaskan supaya saya tahu dan saya boleh minta maaf.

Apa nasihat Misha kepada penulis blog tu?

Nak tulis sesuatu biarlah profesional sikit. Buat kerja biar ada etika. Jangan sampai saya ambil tindakan lain yang boleh menyusahkan dia. Saya cuma nak bagi amaran, lepas ini jangan buat macam tu lagi. Kesabaran saya ada batasnya. Harap dia faham maksud saya ni.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 10:59 am

Nurul Syuhada nak bertunang?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 N10


Ehem... ehem... Dah nak bertunang ke? Tapi itulah berita yang disampaikan seseorang baru-baru ni mengatakan pengacara jelita Majalah 3, Nurul Syuhada, 25, dah nak bertunang.

Menurut khabar angin itu Nurul sedang mengintai beberapa barang keperluan untuk majlis pertunangan nanti. Khabarnya sampai nak pergi Bandung sebab nak cari barang yang boleh dibuat hantaran.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki bertuah yang bakal menjadi calon suami Nurul tu kan? Siapa lagi kalau bukan angkasawan kedua negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed.

Memang padan pun mereka berdua. Nurul baik orangnya dan Faiz pun berbudi bahasa. Eloklah kalau jadi suami isteri.

Menurut si pembawa khabar itu lagi, Nurul dan Faiz akan bertunang dalam tahun ini juga. Bertunang pun katanya tak lama lepas itu terus kahwin. Petang Selasa lalu Niezam telefon Nurul sebab nak tahu bilakah tarikh pertunangan mereka?

Dengan nada yang agak malu-malu kucing, Nurul menafikan mereka akan bertunang pada waktu terdekat. Sebaliknya dia tak menolak sedang buat perancangan ke arah itu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Nn10


“Tak ada tarikh yang sesuai lagi. Baru berangan-angan nak buat majlis tunang. Semuanya masih belum rancang sepenuhnya lagi. Kursus kahwin pun belum pergi lagi,” kata Nurul.

Apa-apa pun Nurul mengaku buat masa ini dia memang berkawan rapat dengan Faiz dan hubungan mereka berada dalam keadaan baik. Kesimpulannya kira dia dan Faiz tengah bahagia.

Tapi Nurul berjanji kalau mereka jadi bertunang dia tidak akan menyembunyikan perkara itu. Cuma sekarang ni kedua-dua mereka agak sibuk. Nurul pun selalu juga out station untuk membuat laporan program Majalah Tiga.

Faiz juga sibuk dengan tugasnya sebagai pegawai kerajaan. Nurul juga memberitahu selain bertunang, dia juga sedang merancang nak sambung belajar. Insyaallah katanya kalau tak di luar negara mungkin di dalam negara sahaja.

Mudah-mudahan hubungan Nurul dengan Faiz terus bahagia dan menjadi suami isteri yang romantik gitu. Tentu peminat Nurul dan Faiz pun suka dengar berita ni.

NIEZAM: Apa jadi dengan Salih Yaakob. Dengar cerita terpaksa tangguh kahwin.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 11:07 am

Remy & Umie dah putus cinta?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Mainpi57


Beberapa bulan lalu heboh orang bercerita keintiman hubungan pelakon berbadan sasa Remy Ishak, 27, dengan Umie Nazira, 19, sampaikan ada yang nampak Umie pegang bahu Remy masa berjalan.

Masa tu dia orang dikatakan tengah angau. Malah Remy pun pernah buat kenyataan kalau ada jodoh dia dengan Umie, tak mustahil mereka akan kahwin.

Tapi dalam dua, tiga hari lepas ada pula sumber mengatakan hubungan intim mereka itu dah putus di tengah jalan. Remy dan Umie dikatakan dah tak semesra dulu lagi. Sebab dan puncanya tak tahulah pula. Mungkin ada sesuatu yang tak kenalah kut? Siapa tahukan?

Yalah, orang yang bercinta memang banyak dugaannya pun selagi tak kahwin. Malah ada yang kata mereka berdua pun dah jarang keluar dating bersama lagi. Kalau sebelum ni ramai juga peminat yang terserempak mereka tapi sekarang dah tak ada lagi dah.

Malas nak dengar cerita orang Niezam tanya Remy sendiri. Masa berborak dengan Remy dia tengah berehat sementara nak tunggu giliran dia masuk set filem Evolusi KL Drift 2.

Kata Remy memang dia mengaku dah jarang keluar dengan Umie tapi bukan bermaksud mereka dah putus. Cuma masing-masing sibuk.

Remy pun tak menolak mungkin ada pihak-pihak tertentu yang sengaja nak sensasikan hubungan mereka.

“Saya tak pernah mengaku Umie tu kekasih saya. Saya cuma kata kami sekadar kawan baik saja. Jadi bila orang tanya betul ke saya putus, susah nak jawab. Sebagai kawan, takkan kita nak putuskan hubungan kot? Lagipun saya tak bermusuh dengan sesiapa,” kata Remy.

Tambah Remy lagi buat masa ini hatinya masih belum terbuka untuk bercinta dengan sesiapa pun. Kalau ada jodoh, dia terima saja wanita yang bakal menjadi isterinya nanti.

Tak kisahlah tu. Kalau putus ke, apa ke, jangan gaduh-gaduh cukuplah ya!

NIEZAM: Sedang ingin bercinta seperti seorang teman yang mendapat sejambak bunga, katanya!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 11:15 am

“Nak tonjol dunia mat rempit” – Ahmad Idham

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Aa10


Ahmad Idham salah seorang penerbit dan pengarah filem dan drama yang aktif. Banyak filem dan drama arahannya mendapat sambutan mengalakkan. Drama terbaru arahannya, Rempit vs Impak Maksima yang mengisahkan anak-anak muda yang terlibat dalam lumba motor dan kereta drift.

Drama terbitan Excellence Pictures itu disiarkan dalam slot Aksi setiap hari Isnin di TV3. Selepas empat episod ditayangkan, ada cakap-cakap mengatakan isi drama itu tidak bermutu.

Malah terdengar juga ada segelintir ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka menonton kerana bimbang dijangkiti gejala tidak baik yang dimuatkan.

Benarkah ada banyak gejala tidak baik dalam drama itu sehingga tayangannya dipantau oleh ibu bapa?

Wartawan ROSLI MANAH menemuramah Ahmad Idham untuk mendengar sendiri apa pandangannya pasal isu gejala negatif dalam drama arahannya itu. Apa pula falsafah Idham di sebalik drama tersebut? Ikuti temu bual tersebut

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 A14


Ada orang kata anda mempromsikan mat rempit?

Idham: Saya bukan mempromosikan mat rempit atau semata-mata mahu mengangkat mat rempit. Sebaliknya melalui drama itu saya cuba menunjukkan cara betul kalau seseorang berminat dengan permotoran. Saya cuba tunjukkan bagaimana seorang pemuda biasa yang suka melanggar undang-undang dan akhirnya menjadi seorang yang berjaya apabila dia memilih cara yang betul. Itulah watak utama yang dilakonkan oleh Iqram Dinzly.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 124


Apa komen bila ada ibu bapa larang anak tonton drama itu?

Idham: Saya dapat tahu ada ibu bapa yang tidak benarkan anak mereka menonton drama Rempit vs Impak Maksima. Pihak kami ada selidik dan mendapati ada yang tidak benarkan anak mereka menonton di kaca TV kerana bimbang dijangkiti pengaruh yang tidak baik. Rupa-rupanya mereka sendiri pun tak tonton dulu sebelum membuat penilaian. Sepatutnya mereka tonton dulu dan tengok apa yang ada dalam itu sebelum membuat hukuman.

Mereka silap kerana selain di TV ia boleh tonton di komputer. Kalau ibu bapa tak benarkan anak tonton di kaca TV, mereka yang berminat akan tonton di komputer.

Tetapi rempit itu sendiri sudah menggambarkan sesuatu yang buruk?

Idham: Itulah masalahnya, apabila sebut rempit, semua orang ingat yang buruk sahaja. Saya tak salahkan mereka. Memang saya akui ada aktiviti buruk yang ditonjolkan kerana kami mahu menunjukkan dunia sebenar, apa itu dunia rempit. Janganlah buat rumusan mudah... asal menunggang motosikal sahaja dilabel golongan tidak baik seolah-olah meletakkan penunggang motosikal sebagai golongan yang tidak baik. Habis tu pak haji yang menunggang motosikal ke masjid itu dikira mat rempit juga ke? Atau penghantar surat itu pun dikira mat rempit juga.

Mungkinkah kerana banyak adegan tidak baik yang ditonjolkan?

Idham: Kita mahu menonjolkan dunia sebenar yang memang ada gejala tidak baik. Kita tunjukkan suasana rumah mereka yang kotor serta ada juga gejala dadah. Tapi dalam masa yang sama ada pengajarannya. Secara tak langsung kita memberitahu anak-anak muda yang tidak mengenal apa itu dunia rempit agar mereka faham sebelum memilih jalan itu.

Mungkin sebelum ini mereka terpengaruh dengan kawan-kawan yang terlebih dahulu terjebak apabila mereka diajak. Mereka yang tidak faham ini akan terus masuk tanpa mengetahui suasana dunia itu.

Adakah mahu mengajar dengan drama?

Idham: Secara tidak langsung, ya. Drama ini juga macam memberitahu kepada ibu bapa kemungkinan perkara yang dilakukan oleh anak-anak mereka yang terlibat.

Ibu bapa akan faham apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka yang terlibat dalam dunia rempit. Dulu mereka tak tahu kerana tidak ada pendedahan yang dibuat pasal perkara ini. Bila ada yang tidak faham, tidak mahu tonton dan menghalang anak-anak menonton, akan mengurangkan sasarannya. Sambutannya setakat ini alhamdulillah, tapi saya mahu lebih ramai lagi yang menonton kerana banyak pengajaran yang ditunjukkan.

Apa pengajarannya?

Idham: Kisah drama ini pasal seorang anak muda (lakonan Iqram) yang tidak ada pekerjaan dan asyik merempit. Dia berubah apabila bertemu dengan seorang wanita (lakonan Zeyna) yang cuba membawanya ke jalan yang betul. Ia menunjukkan jalan, bagaimana mahu berlumba dengan betul. Akhirnya lelaki itu menjadi seorang pelumba dan meninggalkan aktiviti rempit.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Untitl17


Adakah mat rempit marah-marah?

Idham: Saya tak kisah kalau ada golongan mat rempit yang marah apabila saya menerbitkan kisah dalam dunia mereka. Kalau mereka marah bermakna mereka tidak mahu berubah. Biarlah mereka, mereka mungkin sudah hanyut jauh. Saya mahu tunjukkan jalan kepada orang yang mahu berubah dan juga memberi amaran kepada orang yang baru berjinak-jinak dengan dunia ini. Itulah sasarannya dan sebab itulah saya menerbitkan drama ini.

Apa projek terbaru

Idham: Saya sekarang sedang membuat persiapan untuk memulakan penggambaran filem Puaka Niyang Rapik. Setelah drama itu mendapat sambutan menggalakkan, saya ingin membawanya ke filem pula.

Ceritanya sama?

Idham: Ceritanya tak sama dan mungkin pelakonnya juga akan bertukar. Pendekatan filem ini berbeza dengan drama. Kita menerapkan konsep adventure horror. Kalau tiada aral, bulan Mei depan kita akan memulakan penggambaran.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 11:17 am

(Gambar) Azean Irdawaty Kini Bertudung

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Azean-10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Azean-11
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 11:38 am

Majlis Doa Selamat Iqram Dinzly & Fauziah Gous

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 3710

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 11310

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 21010
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 11:39 am

(Gambar) Zahida Rafik dengan siapa tu?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Kekasi10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 11:45 am

Penerbit filem punca Roslin bercerai?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Mainpi59
Roslin dan bekas isterinya, Faizah ketika majlis persandingan.


RAMAIyang terkejut dengan berita perceraian pemain badminton negara, RoslinHashim dan Faizah Mohamad. Usia perkahwinannya hanya bertahan selama 12hari, suatu tempoh yang cukup menyedihkan.

Tak tahulah mana salah dan silapnya hingga Roslin bolehmenceraikan isterinya begitu saja. Macam-macam versi cerita yang Rajadengar tetapi apakan daya, nasi sudah jadi bubur dan bubur pulatertumpah ke lantai. Bingit juga telinga Raja apabila ada yang mendakwasemuanya gara-gara penerbit filem Anu Dalam Botol. Siapa lagi kalaubukan produser kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman.

Umumnya semua tahu, Raja Azmi sudah menganggap Roslin sebagaiadik angkat saja tetapi layanan diberikan macam adiknya sendiri, malahbeliau juga bersusah payah cari pasangan dan menemukan Roslin denganbekas isterinya itu. Khabarnya penerbit itu juga yang pinang gadis ituuntuk Roslin, kemudian dia juga yang banyak meluangkan masa untukmengurus perkahwinan Roslin dulu, takkan beliau nak tengok pulaperkahwinan Roslin hancur begitu saja. Buang masa saja apa yangdilakukan selama ini.

Membaca kenyataan di pihak bekas isteri Roslindalam harian Metro pada Rabu lalu seolah-olah menyalahkan Raja Azmisebagai punca perceraian mereka. Malah bekas isteri Roslin mendakwaRoslin dikongkong pemikirannya. Berhubung kemungkinan ada 'orangketiga' yang mengakibatkan rumah tangga mereka berkecai, Faizah secaratidak sinis tanpa mengia atau menidakkan, seolah-olah membiarkan orangberteka-teki punca kehancuran rumah tangganya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Mainpi58
Raja Azmi


Senang cakap Raja Azmi dan Roslin sering dituduh kononnya mempunyaihubungan sulit, alamak.... takutnya dengan kenyataan itu! Peliklahjuga, kalau mereka ada hubungan istimewa takkan Raja Azmi nak pinang sigadis untuk Roslin. Dan kita juga tahu Raja Azmi adalah isteri orangdan dia memang suka berbaik dengan orang yang kenal rapat dengannya.

Apabila jadi begini, ramailah yang mula berprasangka burukpada Raja Azmi, kasihan juga padanya, tak pasal-pasal dikaitkan denganperkara itu, sedangkan hubungan mereka hanyalah tak lebih ibarat kakakdan adik. Apabila ramai yang terserempak dan nampak kelibat Raja Azmidan Roslin di kaca TV ketika menyaksikan program Raja Lawak akhir,baru-baru ini, macam-macam lagi cerita keluar.

Hai... dari dulu, Raja Azmi dan Roslin ke hulu hilir tiadapula yang nak buka cerita, tapi nampaknya sekarang apa pun yangdilakukan serba tak kena dan jadi medan serangan peribadi pula. Seorangteman rapat Raja sempat bertanya pada penerbit filem itu ketika bertemupada program final Raja Lawak minggu lalu. Raja Azmi akui ramai yangsalah anggap padanya dan menegaskan hubungannya dengan Roslin hanyalahsebagai adik angkat. Bukan hanya Roslin, pemain badminton lain jugarapat dengannya seperti adik beradik.

Tahun lalu, beliau juga menemani Roslin menyaksikan programRaja Lawak sebab si Roslin ni minat habis pada Nabil dan tahun ini,beliau memberi sokongan pada Jihan. Raja Azmi cuba mahu menggembirakanhati Roslin sebab faham keadaannya yang baru bercerai. Yalah, mungkintengok program Raja Lawak sedikit sebanyak boleh tergelak dan dapatmelupakan lara hati. Tak begitu Roslin?

Cuma Raja rasa sikit keliru apabila bekas isteri Roslinmendakwa dirinya tak tahu punca perceraian mereka. Tiada angin, tiadaribut tiba-tiba Roslin datang bersama Raja Azmi dan kawan-kawannyamemutuskan untuk bercerai. Peliknya kenapa Roslin tak bawa ibu bapa dankeluarga, tentu lebih maniskan? Kenapa bawa orang luar untukmenyelesaikan kes besar begini?

Dalam pada itu, ada seorang teman berbisik pada Raja, ibuRoslin sempat berpesan pada bekas isterinya jangan biarkan Roslinterlalu rapat dengan Raja Azmi ketika kenduri kahwin mereka dulu.Khabarnya selepas kenduri, mereka terus pulang ke Kuala Lumpur dan RajaAzmi menjemput mereka di lapangan terbang. Selepas menghantar bekasisteri ke rumah keluarganya di Puchong, Roslin mengikut Raja Azmi dantak pulang-pulang sehingga muncul bersama rombongan untuk menceraikanFaizah, betul ke?

RAJA:Ada desas-desus mengatakan seorang wartawan hiburan popular jugadikatakan mungkin bercerai tak lama lagi. Cuba teka, siapa tu?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 12:03 pm

Rashidah Jaafar The Movie

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Gee_ho10 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Fifi210

Zaiton Sameon The Movie

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Zaiton10 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Ayu_on10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 12:06 pm

SUDIRMAN THE MOVIE

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Sudirm10 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Quehai10

ZAITON THE MOVIE (heroin top 50an)

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Zaiton11 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 30992910
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 12:14 pm

Saya tidak sebodoh itu :: Memey

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Memey-10


“Saya tidak ‘sebodoh’ itu. Setelah apa yang berlaku, mustahil saya
akan mengulanginya. Memang saya ada datang ke pejabat Norman, tapi atasurusan kerja. Saya datang pun bukan seorang, kalau tidak dengan ibuNorman, pasti ada orang lain yang akan menemani kami,” ujar Memey, 22,ketika dihubungi bagi mendapatkan penjelasannya mengenai gosip terbaruyang melandanya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 25414010


Memey yang dikatakan masih bebas ‘keluar masuk’ dari premisperniagaan Norman, MDH Trading, yang terletak di Ukay Perdana itu,bagaimanapun menafikan dia ‘berkampung’ di situ seperti mana dakwaansesetengah pihak. Menurut Memey, dia sudah ‘penat’ melayani gosip yangtidak berasas itu malah katanya ia hanya spekulasi sesetengah pihakyang sengaja mahu mensensasikan lagi hubungannya dengan Norman.

“Memang pada mulanya saya terkejut dengan isu ni, lebih-lebihlagi bila keluarga saya bertanya tentang perkara ini. Tapi mujurlahmereka faham. Kes saya dan Norman pun masih belum selesai, takkan sayanak buat macam tu. Lagipun saya banyak belajar daripada kesilapan laludan semakin berhati-hati mengatur langkah.

“Secara jujurnya, saya masih membantu Norman dalam urusankerja dan ada kalanya kami sering dilihat bersama apabila singgah makandi restorannya yang baru beroperasi di situ. Mungkin dari situ orangsalah faham dan buat andaian macam-macam,” kata Memey.

Nafi ‘dipulau’ peminat

Difahamkan juga, hubungan intimnya dengan Norman yang‘bebas berkepit’ ke sana ke mari, seolah-olah tiada apa yang berlakuitu, turut mengundang kemarahan masyarakat, terutamanya penduduk yangberhampiran di premis itu. Bagaimanapun kata Memey, reaksi sebenar yangditerima, baik dari peminat mahupun masyarakat adalah berbeza dari apayang digembar-gemburkan.

“Saya hairan juga, kalau di internet macam-macam reaksinegatif yang saya terima, tetapi bila saya berdepan dengan orang ramai,situasinya berbeza sekali. Rata-ratanya memberikan sokongan kepadasaya. Bila bertemu, mereka tak pula marah-marah, tetapi boleh senyumdan bercakap baik-baik. Malah ada yang mahu bergambar dengan saya,”kata Memey.

Dalam pada itu, Memey turut bersyukur kerana rezekinya dalambidang lakonan semakin mencurah-curah walaupun berdepan dengankontroversi yang paling sukar untuk dipikul oleh mana-mana wanitasekalipun. Selain membintangi drama Roda-Roda KL, gadis manis ini jugaturut berlakon dalam filem Dimensi Cinta arahan Eddie Pak, malahkatanya banyak lagi tawaran lakonan yang menantinya.

Rapat dengan ibu Norman

Tidak terlepas dari pertanyaan tentang hubungannya dengan IbuNorman yang kini semakin rapat, apatah lagi dia memanggil ibu Normanitu dengan gelaran ‘mak’, kata Memey, dia sudah lama mengenali ibuNorman. Malah Memey juga tidak menafikan yang hubungan mereka sudahrapat sebelum dia dan Norman ‘dicekup’ lagi.

“Memang saya dah kenal lama dengan mak Norman dan sejak dululagi saya pernah ke rumahnya. Tetapi sejak kes itu (kahlwat), hubungankami semakin rapat,” katanya.

Menyentuh tentang hubungannya dengan Norman, Memey berkata diasemakin selesa ‘berkawan’ dengan Norman dan tidak menolak sekiranyadijodohkan bersama kelak.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 12:16 pm

Zahnita dan anaknya (pic terbaru)-Zahnita tidak serik bersalin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Ps_02_14
ZAHRA permata hati Zahnita dan suaminya.


MEMPUNYAI anak pada usia muda adalah satu pengalaman yang menyeronokkan buat pelakon dan model, Zahnita Hussein Wilson, 24. Namun, ada perkara yang dikesalkan iaitu mengambil suntikan epidural semasa hendak bersalin.

Ini kerana, semasa melahirkan Zahrafeena Abdul Zackery atau panggilan manjanya Zahra, 2, Zahnita terpaksa berperang dengan kesakitan selama 12 jam.

"Saya mula rasa sakit hendak bersalin pada pukul 8 malam. Kesakitan yang saya alami berlanjutan sehingga pukul 6 pagi. Manakala, bukaan rahim ketika itu baru empat sentimeter. Akhirnya, saya mengambil keputusan menggunakan ubat penahan sakit.

Menurut Zahnita, suntikan epidural diberi apabila pesakit mula menunjukkan tanda-tanda hendak bersalin. Epidural bertindak sebagai ubat penahan sakit dengan menghalang fungsi saraf buat sementara waktu.

"Tidak sama sekali. Saya ingin bersalin lagi. Walaubagaimanapun, selepas ini saya tidak akan mengambil suntikan epidural. Saya akan cuba bertahan dan melahirkan anak secara semula jadi," katanya yang menganggap kelahiran Zahra adalah satu anugerah yang tidak ternilai.

Apa yang mengagumkan mengenai wanita kelahiran Brisbane, Australia itu adalah biarpun jadual harian kerjanya padat, namun Zahnita lebih selesa menjaga anaknya sendiri.

"Saya tidak ada keyakinan menyerahkan anak di bawah jagaan pembantu rumah. Faham sajalah, banyak kes kita dengar mengenai pembantu rumah sekarang," katanya.

Bagaimana dengan perkembangan Zahra yang kini sudah berumur dua tahun?

"Zahra seorang kanak-kanak yang sangat suka bercakap. Dia juga sangat mesra dengan kawan-kawan mama dan papanya. Setiap kali kawan saya datang dia bukan sahaja mencium tangan mereka, malah mencium pipi dan memeluk mereka," katanya bahawa Zahra amat menggemari gitar. -
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 12:18 pm

Aksi Arni Nazira betulkan tudung..

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Arni10

so sweetttt...makin cantik..sejak bertudung
untung bekas rakan sekolah..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 12:28 pm

erna ni adik ikhwan hotfm ker??

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Untitl18
erna yang baju oren sebelah farawahida..

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Untitl19
erna yang baju purple..

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Untitl20
erna yang baju tshirt hitam

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Untitl21
erna yang baju hijau tuh

spe tau ek psl die.. bru pg td dgr lagu die kt radio.. boleh tahan best.. tapi terlepas ape tajuk lagu nyer.. lom hit lagi kut.. tp
tup2 dgr erna nih adek ikhwan hotfm tuh, btulke?
mcm pnah nmpk die msuk pertandingan nyanyi.. n xsilap berlakon pn pnah si erna nih.. mebi kecik2 dulu.. skunk nih nmpk
cam comel jap cam kiut miut je... semangat gak bdn dier..
dgr lagu die tuh pun mmg sedap sorenye.. and cam nk tgk die berlakon balik..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 12:31 pm

Sani Impression Jutawan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Sani10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 12:33 pm

Minta injunksi halang isteri beri kenyataan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Ne_05_10
ROSLIN hadir ke Mahkamah Tinggi
Syariah Kuala Lumpur semalam.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Ne_05_11
FAIZAH


KUALA LUMPUR - Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Muhammad Roslin Hashim memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang isterinya mengeluarkan kenyataan media berhubung kes perceraian mereka.

Permohonan itu difailkan menerusi peguam syarie, Rosnizam Rahim yang mewakili Roslin pada pukul 10.15 pagi di pejabat pendaftar Mahkamah Syariah di sini.

Roslin, 34, menamakan isterinya, Faizah Mohamad, 32, dan abang iparnya, Zulkifli Mohamad, 35, selaku responden pertama dan kedua dalam permohonan itu.

Menurut writ saman itu, Roslin memohon supaya responden ditegah dan dihalang daripada mengeluarkan kenyataan melalui media mengenai peribadinya dan ahli keluarga yang boleh menjejaskan reputasi serta nama baik.

Responden turut dihalang mengeluarkan kenyataan berkaitan perkahwinan atau apa-apa yang boleh memberi prejudis kepada kes pengesahan lafaz cerai yang telah difailkan.

Sementara itu, Roslin yang turut hadir di mahkamah bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen dan menyerahkan perkara itu kepada peguamnya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 12:36 pm

Azza tidak cemburu lihat Sasha bahagia

Sengaja kali ini kami menemukan dua sahabat yang telah saling mengenali sejaK di bangKusSekolah lagi. persahabatan yang terjalin menjadi lebih erat setelah kedua-duanya menubuhkan kumpulan artis wanita yang popular satu ketika dahulu, Elite bersama tiga lagi anggota asal iaitu Abby, Linda dan Watie.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Terkin14


Di zaman kegemilangan Elite, mereka mula popular dalam arena muzik tanah air apabila album sulung, Catwalk yang memuatkan lagu Di Pintu Syurga dan G.I.G terjual lebih 50,000 unit. Lagu-lagu seperti Trauma, Tamparan Wanita terus menjadi kegilaan anak muda terutama anakanak gadis ketika itu. Namun , entah di mana silapnya, Elite yang dianggotai gadis-gadis jelita ini kehilangan Abby yang membuat keputusan keluar daripada kumpulan ini. Namun ini tidak mematahkan semangat anggota yang lain dengan kemasukan ahli baru. Hana, Fiza dan Sharifah Sofia antara yang pernah menjadi ahli Elite.

Biarpun kumpulan ini terus berkubur, hubungan antara anggota Elite tetap berlangsung dengan baik. Ini dibuktikan melalui sesi fotografi antara Azza dan Sasha yang berlangsung ke diaman Sasha atas perminta annya yang sedang mengalami alahan di awal kehamilan. Walaupun kedatangan Azza sedikit lewat dan Sasha pula menahan loya namun sesi fotografi ini tidak sunyi dengan kisah mereka.

Perkahwinan yang dibina bersama Salyo Priyanto Nutosoemarsono pada 10 November 2007 lalu menjadi satu detik manis buat anak campuran MelayuInggeris ini. Lebih indah apabila Sasha disahkan mengandung dan kini kandungannya mencecah tiga bulan setelah menanti lebih setahun.

“Pada awalnya, saya sendiri tidak menyedari bahawa saya sedang mengandung. Kebetulan ketika itu, saya bertemu doktor untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Walaupun saya sedar bahawa ketika itu, kitaran haid saya agak lambat tetapi saya tidak mahu mengharap kerana sebelum ini saya dan suami selalu berharap namun sayangnya tidak kesampaian.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Terkin15


“Bila doktor mengesahkan kandungan saya berusia enam minggu, saya tidak percaya dan berulang kali bertanya kepada doktor. Saya menangis lantas memeluk Salyo yang juga tidak percaya dengan berita gembira tersebut,” ujar Sasha Sasha kepingin anak perempuan Mempunyai keinginan untuk melahirkan anak secara normal, Sasha dan suaminya begitu berharap untuk mendapat anak perempuan. Namun segala-segalanya diserahkan kepada Allah s.w.t asalkan cahaya matanya nanti sihat dan sempurna.

“Adik-beradik Salyo kesemuanya lelaki. Kalau boleh memang kami mahukan ‘baby girl’ untuk anak pertama ini tetapi mungkin juga rezeki saya anak lelaki. Kalau hendak tahu, berita gembira ini awal-awal lagi telah sampai kepada keluarga di Indonesia. Salyo sangat emosional apabila bercakap dengan bapanya dan kerana teruja, dia menyampaikan khabar ini kepada seluruh keluarga. Pada saya, saya mahu menunggu kandungan lebih besar sebelum diketahui orang lain tetapi Salyo pula mahu berkongsi dengan ramai saudara agar saya dan kandungan mendapat keberkatan doa daripada mereka,” katanya Sasha yang merupakan Pengarah Urusan Mail Boxes Etc (MBE) ini.

Di sebalik cerita bakal menyambut orang baru, Sasha dan Salyo rupa-rupanya masih belum sempat berbulan madu semenjak majlis perkahwinan diadakan. Impiannya untuk ke Bali mungkin akan tercapai tetapi selepas ini, bulannya madunya bukan berdua sebaliknya bertiga. “Jika berpeluang, Sasha mahu melakukan program pelancongan dan antara pengisiannya, bulan madu. Sambil menyelam, minum air.

Sebenarnya selepas berkahwin, masing-masing sibuk dengan tugas. Kami tidak sempat berbulan madu lagi. Jika boleh dari Jakarta terus ke Bali tetapi lagi meriah jika bulan madu kami disertai ramai rakanrakan,” katanya.

Kegagalan rumah tangga bukan penamat hidup

Melihatkan kebahagiaan Sasha yang bakal bergelar ibu, tidak terlintas langsung di hatinya untuk berasa cemburu. Azza juga mahu mengecap keindahan hidup bersama suami dan anak-anak tetapi Azza menerima segala takdir yang telah ditentukan. Kegagalan rumah tangga yang dibina bersama bekas suami, Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Edruce bukan penamat kepada kehidupan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Terkin16


“Hanya mereka yang pernah melalui penceraian sahaja mengetahui bahawa perit apabila rumah tangga yang dibina gagal di tengah jalan. Saya ambil masa untuk pulih namun saya percaya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. “Bukan saya tidak berkeinginan untuk memiliki anak sendiri tetapi Marisa Jannah, empat tahun adalah permata hati saya. Tidak kiralah jika dia tidak lahir dari rahim saya sendiri tetapi apabila Allah S.W.T telah memberikan seorang anak untuk saya pelihara, ia sudah menjadi satu tanggungjawab dan amanah kepada saya untuk membentuknya menjadi anak yang baik.

“Jika dahulu, Azza terlalu sibuk dengan penggambaran tetapi sekarang Azza memperuntukkan banyak masa untuk keluarga. Bagi Azza, tidak ada yang lebih penting melainkan keluarga. Sebagai ibu tunggal juga, rugi rasanya jika Azza ketinggalan melihat proses pembesaran Marisa,” ujarnya yang kini berusia 31 tahun. Azza juga semakin aktif dalam dunia lakonan selepas berehat selama setahun.

Dia yang baru sahaja tamat penggambaran ‘Raja Tomyam’ arahan A.R. Badul untuk tayangan RTM dan ‘Cinta Anak Kedah’ arahan Along Kamaludin menganggap periuk nasinya lebih kepada dunia lakonan. “Jika dahulu saya kerap diberikan watak penggoda dan jahat tetapi sekarang saya mahu lebih memilih terutamanya dari segi skrip.

Dalam industri ini, ada kalanya kita perlu melakukannya demi kualiti dan karier yang dipilih, bukannya kepada bayaran yang diterima. Berlakon ini memang memenatkan. Saya juga sudah semakin kurus kerana kurang berehat. Berbeza dengan menyanyi, sekejap sahaja sudah menanti pendapatan lumayan,” katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 12:50 pm

Bintang Shila OIAM Lebih Menyerlah Dengan Clean&Clear

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Shila10


korang semua dah kenal Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, seorang penyanyi remaja yang terkenal lahir dari program realiti One In A Million musim kedua. Walaupun Shila dinobatkan sebagai naib juara, tetapi aura keayuan remaja lincahnya begitu menyerlah dan terus melangkah maju.

Khabarnya tak lama lagi, Shila akan menyanyi di sebuah konsert mega bersama dengan kumpulan Ran. Menyentuh pasal album pula, Shila telah lahir dengan single terbarunya, Tunjukkan Cintamu pada 4 Februari lalu. Harap-harap, dapatlah tengok Shila lancarkan album penuh pada tahun ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Shila210


Budiey dikhabarkan, lagu Tunjukkan Cintamu telah memasuki beberapa carta lagu popular di Indonesia. Shila memang seronok, happy dan rasa lega apabila peminat di Indonesia dapat menerima suara Shila. Mulanya mereka menganggap Shila penyanyi Indonesia, tetapi apabila diterangkan barulah mereka sedar Shila sebenarnya penyanyi dari Malaysia.

Terbaru, Budiey dapat tahu yang Shila terlibat dengan Clean&Clear Shila Campaign! Wah! Bertuah betul Shila, sekarang ni memang artis yang sentiasa menguntum senyum manis ini begitu laris. Mengapa? Budiey rasa sebab Shila punya attitude yang lincah dan sebagai ikon remaja yang lebih cergas, trend, sihat dan berjiwa matang! Patutlah, Shila ke kuliah tak pakai make up sebab kulit dia memang cantik giler! Shila memang suka natural dan hanya pakai pelembap bibir aje. Tapi yang menonjol, kulit Shila begitu putih bersih. Itulah hasilnya kalau dah guna Clean&Clear Fairness.

Jangan tak tahu, impak yang maksima menggunakan Clean&Clear Fairness memang mengkagumkan dan menjadikan wajah anda punya aura selebriti yang tiada tandingan. Mau kecerahan semulajadi dan kulit lebih gebu dan muda? Ha, masanya sudah tiba untuk bertukar dan buat transformasi yang drastik dalam hidup anda! Ingat Shila, korang pasti ingat Clean&Clear Fairness. Ini lah kesannya menggunakan Clean&Clear Fairness yang semestinya patut dicuba oleh semua remaja! Sesuai untuk jiwa remaja yang masih punya umur yang masih muda!

Baru sekejap tadi, Budiey telah menonton sebuah iklan Shila di kaca TV. Memang gempak jugak video muzik yang menampilkan anak kepada N.D Lala ni. Mempromosikan Clean&Clear Fairness. Ha, kalau korang nak tahu, produk ini sebenarnya istimewa untuk merawat kulit remaja yang inginkan kecerahan, muda dan gebu seperti Shila!

Dulu, pernah sekali la cuba produk nih, masa kat asrama. Pencuci mukanya tidaklah mengeringkan kulit kita malah ianya melembapkan. Yang penting, formula bebas minyak menjadikan kita senang untuk guna setiap hari. Kalau dulu, kulit Budiey berminyak sekarang, dah kurang sikit. Mujarab jugak!

Apa Itu Clean & Clear Clear Fairness “Masa Untuk Menyinar”?
Okayl ah Budiey nak cerita tentang Clean & Clear Clear Fairness “Masa Untuk Menyinar”, satu lagi kempen yang melibatkan penyanyi pujaan ramai ni kepada korang semua.

Sebenarnya, MASA UNTUK MENYINAR adalah satu program realiti show untuk mencari sahabat paling BERBAKAT untuk turut bersama dengan Shila dalam muzik videonya yang baru iaitu HANYA KITA!

Dibawakan secara eksklusif oleh Clean & Clear yang mahukan para remaja membuktikan kepada dunia mereka boleh menyanyi dan menari dengan serentak. Peraduan ini telah dilancarkan pada 20 Oktober 2008 selama 3 minggu untuk mencari pasangan sahabat paling berbakat. Kemudian, 10 pasangan telah disenarai pendekkan dan dipanggil untuk diujibakat. Pada 23 November 2008, satu sesi ujibakat telah diadakan di Media Prima dan kesemua dari 10 pasangan telah lakukan yang terbaik.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 2:15 pm

Tudung Mudah Sarung

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Mainpi62
TUDUNG bermotif sesuai digayakan bersama busana polos.


Trend terkini tampilkan gaya ringkas tetapi cantik

GAYA pemakaian tudung yang sesuai dengan pakaian mampu menyerlahkan lagi gaya wanita sama ada ingin kelihatan anggun, formal atau santai. Selepas tudung bawal, kini tiba pula fesyen tudung mudah sarung yang senang digayakan.

Muka tudung terbentuk dengan penggunaan kain mudah memeri, menjadikan pemakaiannya cukup mudah sekali. Malah sejak sejak isteri penyanyi Mawi, Ekin mengenakan tudung sedemikian, semakin ramai wanita berani menggayakannya.

Bermula dengan hiasan biasa, kini ada pula tudung berhias dengan batu swarovski atau tatahan labuci, menjadikan pemakaian bertambah anggun khususnya menghadiri majlis makan malam.

Baru-baru ini butik tudung, selendang dan pakaian Muslimah, Ariani, menampilkan lebih 200 rekaan dan koleksi tudung eksklusif hasil rekaan perekanya dalamannya yang berpengalaman luas.

Butik milik penuh syarikat Jakel yang menjual fabrik import itu memungkinkan ia menghasilkan tudung daripada fabrik terbaik dan selesa dipakai apatah lagi kebanyakannya buatan Eropah.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Mainpi61
EKIN dilantik menjadi duta Ariani untuk tempoh tiga tahun.


Pegawai Pemasaran, Farah Haryani Mohd Philip, berkata himpunan dibawakan jenama itu mungkin tampak sama dari segi luaran, tetapi sekiranya disentuh, ia menggunakan fabrik lembut seperti sutera.

Hiasan pada bahagian depan dengan tatahan batu swarovski menjadikan sepasang tudung cukup anggun kerana sinar batu berkenaan memberikan impak lebih mewah apabila dibias cahaya malam.

“Setiap helaian agak eksklusif kerana ia hanya menyediakan 100 rona dalam 100 helai saja setiap satu. Hingga kini jenama ini hanya terdapat di butik Ariani saja. Pelanggan yang berkunjung ke butik Ariani atau yang baru berjinak-jinak mempelajari teknik menggayakan tudung, berpeluang mendapatkan khidmat nasihat dari segi pemilihan tudung yang sesuai mengikut penggunaannya serta teknik dan cara pemakaian tudung akan diberikan secara percuma di butik ini,” katanya pada pelancaran koleksi berkenaan baru-baru ini.

Majlis itu turut memperkenalkan Ekin sebagai duta jenama untuk tempoh tiga tahun. Menerusi kontrak yang sudah dipersetujui, Ekin hanya akan menggayakan koleksi Ariani ketika bersama media, di lokasi tertentu dan muncul dalam program di televisyen.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Mainpi60
TUDUNG bermotif dan kontras ronanya menyerlahkan gaya.


Serentak acara itu butik berkenaan akan turut memasarkan cakera padat mengenai cara pemakaian tudung tidak lama lagi.

Tudung berhias swarovski cantik digayakan untuk menghadiri majlis sebelah malam. Ia cantik digayakan begitu saja atau untuk kelihatan lebih anggun, boleh digayakan bersama tudung atau selendang di bahagian luarnya. Ikatan tudung ringkas saja sudah memadai menyerlahkan gaya.

Sekiranya memilih pakaian yang sarat dengan hiasan atau perincian sulaman, tudung tanpa hiasan keterlaluan paling sesuai digayakan kerana ia tidak akan menenggelamkan hiasan pada pakaian. Rona kain tudung yang tidak terlalu garang pula mencetuskan aura feminin.

Selain bermotif, tudung polos yang mudah digayakan bersama lilitan mudah atau lebih rumit boleh anda cuba sekiranya berkunjung ke Ariani. Setiap satu boleh didapati pada harga RM49 ke atas.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 2:21 pm

Tiada penyingkiran untuk Konsert Akademi Fantasia yang pertama

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Af7-ga10


Ramalan ramai pihak bahawa tiadanya penyingkiran dalam konsert sulung Akademi Fantasia 7 (AF7) menjadi kenyataan dengan tidak ada pelajar yang terkeluar selepas kesemua 14 pelajar tamat membuat persembahan malam ahad lepas.

Konsert yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, itu dipancarkan melalui Astro Ria (Saluran 104) dan turut menyaksikan buat musim kedua berturut-turut penampilan AC Mizal sebagai hos. Ia juga mengumumkan secara rasmi bahawa pengkritik tetap baru adalah Edrie Hashim, Dato Khadijah Ibrahim dan Adlin Aman Ramlie.

Barisan pelajar perempuan yang membuat persembahan malam malam tadi adalah Adila dengan lagu Di Bawah Pohon Asmara nyanyian asal Jaclyn Victor, Isma (Sepi/ Yuni Shara), Rini (Elergi Sepi/ Azharina), Claudia (Sempurna/ Andra & The Blackbone), Zizi (Molek/ Elyana), Aishah (Dan Sebenarnya/ Yuna) dan Rubisa (Matahariku/ Agnes Monica).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 2:24 pm

Bowling bersama Mimie Mystarz LG

Baru2 ini (14 March), [bh] dijemput untuk turut serta bersama Mimie & Fans berkumpul di Times Square dan main bowling. [bh] tak melepaskan peluang untuk bersama mereka. Lebih kurang 10 orang hadir pada hari tu, Mimie pun join sekali jugak. Selain dari Mimie, ada juga si Feroq ni, konon2 datang support Mimie lah. [bh] pelik gak, dorang ni rapat semacam je, ada apa2 ke? Bila tanya Mimie, dia jawab kawan je, tanya Feroq pun dia bagi jawapan yang sama jugak. Apa2 pun, jom kita tengok gambar2 yang [bh] amik waktu bowling ni berlansung ;

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Mimie10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Mimie210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Mimie310

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Mimie410
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 2:28 pm

AG & Kieran semakin rapat & serasi bersama

Baru 3 bulan bersama, Ag (Muhd Azmir Selamat) dan Kieran ( Mas Kiran Jakiran ) kini semakin rapat dan serasi. Mereka sama2 ditugaskan untuk mengendalikan segmen HotFM Jam yang diudarakan setiap Isnin - Jumaat, pada jam 4ptg hingga 8malam. Mereka juga telah menubuhkan kelab tersendiri iaitu kelab yang diberi nama Jawa Rangers, dan dengar cerita, mereka bercadang nak tubuhkan website untuk kelab Jawa Rangers. Sama2 lah kita nantikan. Berbalik kepada HotFM Jam, [bh] pun selalu layan celoteh mereka berdua ni kat radio. Walaupun baru 3 bulan mereka bersama, tapi [bh] dapat nampak keserasian mereka berdua ni apabila digandingkan di dalam radio

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Ag10
Jajajawa Rangers!!!

Baru2 ini, [bh] sempat mengadakan sesi fotografi bersama AG & Kieran. Mereka ni memang sama sangat kalau nak dibandingkan di dalam radio dan juga dunia luar. Sama2 nakal, berfikiran terbuka, gila2 sket, dan macam2 lagi lah. Senang cakap, mereka ni memang pandai menghiburkan orang lah. Okay, [bh] tak nak cakap banyak, jom kita lihat gambar2 pose sakan dari AG & Kieran.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Ag210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Ag310

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Ag410
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 3:25 pm

Pija Kick Out

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Pija_o10


Semalam telah berlangsung rancangan One in The Million Top 9…Sebelum bermula pertandingan seperti biasa penyingkiran akan berlaku kepada peserta top 10 pada minggu lepas..Penyingkiran pada kali ini masih lagi melibatkan peserta perempuan iaitu Pija yang mengikuti jejak langkah Ayu dan Han..Saya tidak begitu terkejut kerana daripada persembahan minggu lepas dan sebelumnya pija memang tidak menunjukkan kebolehan dirinya yang sebenar..Dan mungkin bukan rezeki beliau untuk meneruskan pertandingan..Apapun pija tetap penyanyi yang mempunyai potensi besar untuk bersinar pada masa akan datang..

Terus dengan pertandingan top 9..Pesembahan pada malam semalam pada keseluruhannya boleh dikategorikan sebagai sederhana dan mungkin pada pendapat saya graf pada minggu ini menurun sedikit daripada minggu lepas..Peserta menyanyikan lagu dengan kurang keyakinan dan nampak agak gementar..Hal ini boleh dilihat dengan jelas melalui persembahan pertama apabila Aweera mempunyai masalah pada permulaan lagu dan lagu yang dibawanya kurang menyengat..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 3:52 pm

(Gambar) Pertunangan Adlin Aman Ramli & Emilda Rosmila

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Adlin-10


Sebelum ini majlis pertunangan mereka asyik tertangguh kerana jadual kerja yang padat. Memahami perkara yang baik tidak elok tertangguh terlalu lama, Emelda dan Adlin sepakat memilih 14 Mac untuk mengadakan majlis pertunangan itu kerana ia juga hari jadi Emelda ke-29.

Emelda yang mengenakan baju kurung moden rona putih rekaan Kia Conggo kelihatan berseri-seri menanti rombongan peminangan keluarga Adlin dari Kuala Lumpur. Rombongan disertai enam kereta itu yang sepatutnya tiba jam 11 pagi terlewat sedikit kerana kesesakan jalan raya. Pun begitu, debaran Emelda berakhir sebaik melihat rombongan peminangan tiba di halaman rumahnya pada jam 12.30 tengah hari.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Adlin-11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Adlin-12


Rombongan keluarga Adlin diketuai adik ibunya, Rosminah Sidek (Mak Mah) iaitu Rosnan Sidek. Majlis diteruskan dengan acara peminangan, di mana keluarga Adlin menyerahkan tujuh dulang hantaran dan berbalas sembilan daripada keluarga Emelda. Bagaimanapun, jumlah hantaran itu bertambah kerana saudara mara Emelda turut membawa kuih muih untuk diberi kepada bakal pengantin lelaki.

Barang hantaran untuk Emelda termasuk tepak sirih, sepasang baju, coklat, buah-buahan dan kek. Adlin pula menerima buah-buahan, coklat, baulu, biskut, limau bali, tali pinggang dan kemeja-T.

Seterusnya Rosnan menetapkan wang hantaran sebanyak RM29,000 dan mas kahwin berjumlah RM1,001. Atas rasa kesyukuran bakal menerima menantu baru, Mak Mah menambah RM1,000 lagi menjadikan jumlah wang hantaran RM30,000. Tarikh persandingan pula ditetapkan pada 23 Mei ini iaitu sempena hari jadi Adlin ke-37 tahun.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeSun 15 Mar 2009, 4:21 pm

Jangan cabut gigi saya - Os

'Saya menerima lawak itu dengan terbuka. Ini memang konsep komedi yang betul. Saya cuma tak suka balas sebab saya reda. Lagipun kalau saya balas, nanti bertumbuk pula atas pentas.' – OS

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Hi021k10
KERJAYA Os sebagai pemandu teksi mencetuskan program Apa Ke Halnya.


RAMAH sekali bicara pemilik nama sebenar, Mohd Yusof Abdul Hamid atau dikenali dengan nama komersialnya, Os. Biar sesekali irama suaranya turun naik mengikut topik bicara, Os sempat berlawak.

"Jangan cabut gigi saya. Kalau tidak, macam mana saya nak makan," katanya saat ditanya apa yang mahu dia katakan kepada khalayak mengenai kehadirannya sebagai salah seorang pelakon komedi yang disegani.

Malah kerana 'kelebihan' giginya itu, dia sering menjadi bahan lawak fizikal. Tapi kata Os, sedikit pun dia tidak ambil hati kerana lawak sedemikian memang wujud dalam jalur lawak yang sedia ada.

"Saya menerima lawak itu dengan terbuka. Ini memang konsep komedi yang betul. Saya cuma tak suka balas sebab saya reda. Lagipun kalau saya balas, nanti bertumbuk pula atas pentas.

"Biar ada yang masuk, ada yang keluar. Dan saya selalu pegang, bila orang cakap tentang kita, maknanya kita popular," jawab Os realistik.

Lebih daripada itu, lelaki yang berusia 48 tahun ini mahukan kritikan daripada khalayak agar dia mampu memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang dilakukannya dalam program bual bicara pertamanya, Apa Ke Halnya.

Apa Ke Halnya yang bersiaran di TV9 setiap Jumaat hingga Ahad pada pukul 10.30 hingga 11.30 pagi pantas menggamit perhatian. Selain Os, program ini turut dikendali bersama Shamsul Ghau Ghau dan Din Beramboi serta hos jemputan pada setiap Ahad, bekas juara Gadis Melayu, Noormaida.

Kata Os yang pekerjaan tetapnya kini memandu teksi, Apa Ke Halnya merupakan anak sulungnya dan dia bertanggungjawab memberi komitmen terhadap program ini.

Ia juga umpama mimpi yang menjadi kenyataan apabila selepas sekian lama menyepi daripada dunia seni, Tuhan mengizinkan mimpi lamanya direalisasikan.

"Saya memang pernah bercita-cita untuk ada program bual bicara sendiri. Saya selalu tanya diri, kenapa tak ada peluang datang?

"Saya bukan apa, saya nak tunjuk bahawa lawak pun cerdik juga. Kami pun ada ilmu dan fakta yang nak disalurkan melalui cara yang santai.

"Jadi apabila Datuk Seri Farid Redzuan (Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima) bertemu saya dan tanya tentang pekerjaan saya sebagai pemandu teksi yang bertemu banyak ragam manusia, maka tercetuslah program ini," cerita anak Kuala Kangsar, Perak yang cukup terkenal dengan filem seperti Mr. Os, Adik dan O.K (Orang Kampung Otak Kimia).

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Hi_02_25
BERSAMA Din Beramboi dan Shamsul Ghau Ghau.


Begitu komited dan teruja dengan Apa Ke Halnya, kata Os lagi, perkara yang membuatkan dia seronok kembali bekerja dalam industri adalah program ini bersifat santai.

Paling disukainya tentang program ini selain ilmu yang dikongsi bersama khalayak adalah segmen berbicara dengan para penumpang yang menaiki teksi yang dipandunya.

"Saya suka apabila bahasa yang digunakan tidak terlalu formal. Ia menunjukkan program ini memang benar-benar santai dan kami boleh bersembang serta bertukar pandangan tentang pelbagai topik," katanya.

Tidak menolak sebarang tawaran berlakon jika punya kesempatan, Os kini selesa dengan kehidupannya. Sejak tiga tahun lalu, dia setia memandu teksi di sekitar Lembah Klang.

Apabila mula terbabit kembali dengan dunia seni, kata Os, jadual hariannya masih sama. Jika tidak mempunyai sebarang rakaman, dia akan keluar seawal pukul 7 pagi dan bekerja selama lapan jam sehari memandu teksi untuk mencari rezeki.

Kata Os: "Memandu sudah menjadi sebahagian darah daging saya. Saya punya anak ramai untuk disara.

"Saya selesa memandu dan saya tak mahu meraih simpati orang dengan bercerita tentang kerjaya saya. Ini tanggungjawab saya sebagai ketua rumah." - MALIAH SURIP
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeMon 16 Mar 2009, 8:38 am

Nasreen Ngasri bertunang

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Ne_06_10
NASREEN bersama tunangnya, Nor Azlin.


KUALA LUMPUR - Buat pertama kali, pelakon dan penerbit Nasreen Ngasri, 26, 'menayangkan' kekasihnya dalam majlis pertunangannya yang berlangsung di kediaman keluarganya di Jalan Ipoh di sini semalam.

Jejaka yang bertuah itu, Nur Azlin Rahmat, 34, ialah seorang pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Penampilan Nur Azlin sekali gus menolak desas-desus kononnya tunang Nasreen ialah seorang ahli perniagaan bertaraf jutawan.

Nasreen yang lebih dikenali sebagai Darling bersyukur majlis pertunangannya berjalan lancar dan berharap berita pertunangannya itu akan melenyapkan semua kontroversi yang pernah tercetus sebelum ini.

"Dia orang biasa, bukannya orang kaya atau jutawan seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Saya suka dia kerana dia amat memahami dan menerima saya seadanya.

"Malah, pada awal perkenalan kami, dia tidak tahu yang saya ini seorang pelakon, kerana itu dia kenal saya sebagai Nasreen Ngasri bukannya Darling seorang pelakon," ujarnya.

Menceritakan detik perkenalan mereka, Nur Azlin memberitahu, ia terjadi pada tahun lalu apabila mereka diperkenalkan oleh seorang rakan dan setelah itu mereka menjadi rapat.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeMon 16 Mar 2009, 8:39 am

Ekin-Mawi ceria dalam sedih

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Ne_04_11
MAWI dan Ekin masih mampu tersenyum kepada peminat ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu semalam.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Ne_04_12
KERATAN Kosmo! semalam.


KOTA BHARU - Ceria dalam sedih. Mungkin itulah yang boleh ditafsirkan daripada gelagat penyanyi Mawi dan Ekin sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini semalam.

Sebaik keluar dari balai ketibaan, Mawi dan isterinya masih mampu bersalam dan melayani peminat-peminatnya yang setia menunggu di situ.

Pasangan itu dipercayai berkunjung ke negeri ini atas urusan peribadi termasuk menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan mereka.

Mereka bagaimanapun enggan ditemu ramah apabila disapa wartawan Kosmo! yang berada di lapangan terbang itu.

"Nak tanya apa lagi, cukuplah dengan apa yang dah keluar hari ini (semalam)... tak perlu saya cakap lagi," katanya sambil tersenyum.

Malah Mawi juga enggan mendedahkan tempoh dan lokasi mereka akan berada di sini.

Muka depan Kosmo! Ahad kelmarin melaporkan impian pasangan penyanyi popular itu untuk menimang cahaya mata sulung dalam masa terdekat berkecai selepas Ekin keguguran anak pertama mereka.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeMon 16 Mar 2009, 8:41 am

Kelly Clarkson hamil?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Hi_02_27
KELLY CLARKSON


KELLY CLARKSON yang muncul di pentas American Idol musim terbaru dengan single terbarunya, My Life Would Suck Without You, baru-baru ini telah menimbulkan spekulasi dia sedang mengandung.

Ini kerana juara American Idol musim pertama itu muncul dengan badan yang agak berisi berbanding kebiasaan.

Ketika muncul di pentas American Idol musim kelapan pada Rabu lepas dengan mengayakan dres mini berwarna hitam (foto kiri) yang mengikut potongan badannya, spekulasi segera tersebar mengatakan dia berkemungkinan sedang hamil.

Pada 5 Mac lalu, Kelly muncul dengan badan yang kelihatan gempal ketika menerima trofi Women's World Award di Vienna (foto kanan), yang mana ketika itu dia menyarung gaun seksi yang mendedahkan bahagian bahu dan lengannya yang jelas mengandungi lemak yang berlebihan.

Kelly sebelum ini sememangnya memiliki masalah berkaitan berat badan dan mengakui tidak kisah memiliki badan yang gemuk.

Walau bagaimanapun Kelly menafikan dia hamil. "Kelly tidak hamil," lapor akhbar New York Daily News menerusi kenyataan wakil penyanyi itu yang tidak disebutkan namanya.

Ketika muncul di pentas American Idol 8 itu, hos program itu, Ryan Seacrest telah bertanyakan kepada Kelly adakah single terbarunya itu ditujukan kepada insan istimewa dalam hidupnya, Kelly sebaliknya sekadar berkata, dia kini tidak menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeMon 16 Mar 2009, 8:45 am

Atilia Sudah Bercerai

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Atilia10


Cerita pergolakan rumah tangganya sudah kedengaran sejak tahun lalu. Dan hari ini, melalui rancangan ‘Melodi’, terjawablah pertanyaan yang bermain-main di fikiran ramai.

Rumah tangga yang terbina selama 10 tahun itu berakhir dengan perceraian dua bulan lalu. Enggan didedahkan apa yang terjadi kerana ia sesuatu yang peribadi. Bila ditanya adakah ia kerana kehadiran orang ketiga, dia memilih untuk tidak menjawab. Bila ditanya adakah kerana selepas sedekad berkahwin, mereka tidak dikurniai cahaya mata, dia hanya berkata mungkin.

Namun menurut Atilia, 35, masih dicintai lagi bekas suaminya itu dan mereka tetap berkawan baik. Apa yang berlaku diterimanya dengan hati yang redha.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeMon 16 Mar 2009, 8:47 am

(Gempar) Berakhirnya rumah tangga 10 tahun Atilia

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Oharti11


Kalau korang mengikut Melodi semalam (15 March 2009), pasti dah tahu ape yang terjadi dengan rumah tanggan Atilia yang selama ini menjadi rahsia Atilia dan keluarga sahaja. Walaupun desas desus tentang pergolakkan rumah tanggan Atilia dah pun muncul sejak tahu lalu lagi, tapi bau semalam ianya terjawab dari mulut Atilia sendiri. Kata Atilia, dia tahu Melodi ditonton jutaan rakyat Malaysia, dan dia tak perlu cakap soal rumah tangga dia banyak kali. Cukuplah sekali di Melodi.

Rumah tangga Atilia yang terbina lebih sejak tahun 1998, berakhir dua bulan lalu dengan penceraian. Menurut Atilia, dia dan bekas suami masih berkawan baik.

Bila ditanya Melodi samaada dia dan pasangan mempunyai anak atau tidak, Atilia menjawab tidak dan dia tidak menafikan ketiadaan zuriat punca penceraiannya. Namun baginya itu satu hikmah kerana dia tidak mempunyai anak, dan anak-anaknya tak perlu melalui keperitan penceraian kedua ibu bapanya.

Dari kami di Oh! Artis dan seluruh pembaca di sini, mengucapkan all the best buat Atilia dan semoga dapat terus memberikan yang terbaik dalam dunia hiburan tanah air.

Usia Atilia sudah mencecah 35 dan harapannya agak Atilia dapat mencari teman hidup yang mampu mendidiknya dunia dan akhirat.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeMon 16 Mar 2009, 8:57 am

Mengalukan wartawan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Mainpi63
GEMBIRA...Ruminah (kanan) menyarung cincin tunang ke
jari manis Emelda di Tambun, Ipoh, semalam.


IPOH: “Saya tidak mahu masalah wartawan yang biasanya tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan artis lain terjadi pada perkahwinan kami. Asalnya majlis pertunangan ini mahu diadakan secara kecil-kecilan saja, tetapi apabila ada wartawan datang, lain pula jadinya. Kami mengalu-alukan kehadiran mereka yang membuatkan majlis lebih meriah.

“Tiada hasrat untuk menyorokkan pertunangan ini, tetapi sesiapa saja (wartawan) yang datang, kami terima dengan hati terbuka. Perancangan asal, kami mahu menjemput semua kawan wartawan pada majlis perkahwinan nanti,” kata Emelda Rosmila Abdul Hamid, 29, yang mengikat tali pertunangan dengan Adlin Aman Ramli, 37, juga pelakon, pengarah filem dan penulis skrip selepas empat tahun menyulam kasih, di Ulu Kinta, di sini, semalam.

Sebelum ini majlis pertunangan mereka asyik tertangguh kerana jadual kerja yang padat. Memahami perkara yang baik tidak elok tertangguh terlalu lama, Emelda dan Adlin sepakat memilih 14 Mac untuk mengadakan majlis pertunangan itu kerana ia juga hari jadi Emelda ke-29.

Emelda yang mengenakan baju kurung moden rona putih rekaan Kia Conggo kelihatan berseri-seri menanti rombongan peminangan keluarga Adlin dari Kuala Lumpur. Rombongan disertai enam kereta itu yang sepatutnya tiba jam 11 pagi terlewat sedikit kerana kesesakan jalan raya. Pun begitu, debaran Emelda berakhir sebaik melihat rombongan peminangan tiba di halaman rumahnya pada jam 12.30 tengah hari.
Rombongan keluarga Adlin diketuai adik ibunya, Rosminah Sidek (Mak Mah) iaitu Rosnan Sidek. Majlis diteruskan dengan acara peminangan, di mana keluarga Adlin menyerahkan tujuh dulang hantaran dan berbalas sembilan daripada keluarga Emelda. Bagaimanapun, jumlah hantaran itu bertambah kerana saudara mara Emelda turut membawa kuih muih untuk diberi kepada bakal pengantin lelaki.

Barang hantaran untuk Emelda termasuk tepak sirih, sepasang baju, coklat, buah-buahan dan kek. Adlin pula menerima buah-buahan, coklat, baulu, biskut, limau bali, tali pinggang dan kemeja-T.

Seterusnya Rosnan menetapkan wang hantaran sebanyak RM29,000 dan mas kahwin berjumlah RM1,001. Atas rasa kesyukuran bakal menerima menantu baru, Mak Mah menambah RM1,000 lagi menjadikan jumlah wang hantaran RM30,000. Tarikh persandingan pula ditetapkan pada 23 Mei ini iaitu sempena hari jadi Adlin ke-37 tahun.

Meneruskan acara, kakak Mak Mah, Jumaiyah Sidek menyarung cincin emas putih bertakhta berlian ke jari manis Emelda disaksikan Mak Mah. Adlin yang turut hadir segak berbaju Melayu rona sama. Malah, jarinya turut disarungkan cincin perak oleh bakal ibu mentuanya, Rokiah Ibrahim.

Ketika ditemui selepas selesainya majlis pertunangan itu, Emelda berkata, dia gembira dan lega kerana majlis pertunangan berjalan lancar.

“Majlis merisik diadakan pada 8 Ogos lalu dan sepatutnya majlis pertunangan disegerakan, tetapi sering tertangguh kerana jadual kerja yang padat.

“Sekarang Adlin menjadi pengkritik AF7 (Akademi Fantasia musim ketujuh) pula. Emak yang baru sihat selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam pankreas mahu kami menyegerakan majlis pertunangan.

“Jadi saya dan Adlin berasakan tarikh hari jadi saya sebagai tanda kenangan paling manis. Untuk majlis persandingan, kami pilih hari jadi Adlin. Semoga jodoh kami berkekalan sehingga ke akhir hayat,” katanya.

Adlin turut bersyukur kerana mereka selamat ditunangkan dan kini sibuk membuat persiapan untuk majlis persandingan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Majlis kenduri dan persandingan akan diadakan di tiga tempat iaitu di rumah Emelda, di kampung ibu saya di Meru, Klang dan Kuala Lumpur bagi meraikan kawan,” katanya.

Emelda yang terkenal menerusi lakonan mantapnya dalam drama Manjalara dan Kekasih Ku Seru mula mengagumi Adlin selepas menyaksikan lakonannya dalam filem Puteri Gunung Ledang yang memegang watak Sultan Mahmud. Dari situ perkenalan bermula sehingga terbit bunga cinta di antara mereka.

Adlin dan rombongan peminangannya beredar dari rumah Emelda pada jam 3 petang berikutan sebelah malamnya Adlin akan muncul dalam konsert mingguan AF7 yang pertama. Hadir sama, sahabat karib Adlin; pengarah, penerbit filem dan penulis novel, Raja Azmi Raja Sulaiman.

Turut kelihatan pada majlis itu kakak Emelda, Amylia Rosnaida. Bagaimanapun suaminya, AC Mizal tidak dapat hadir kerana membuat persediaan mengacarakan konsert minggu pertama AF7.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitimeMon 16 Mar 2009, 9:06 am

(Siapa?) Anak Penyanyi Terkenal 80-an Ketagih Arak, Amal Seks Bebas

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Mainpi64


KALAU tak tengok dengan mata kepala sendiri, memang susah Zubir nak percaya dengan kisah sensasi yang satu ini. Bayangkan, anak seorang penyanyi pop terkenal era 80-an dan masih aktif sehingga hari ini sebagai komposer bebas, rupa-rupanya mempunyai seorang anak dara yang bermasalah. Cukuplah Zubir memperkenalkannya sebagai Miss X saja. Miss X adalah anak sulung kepada penyanyi berkenaan.

Kata cerita si pembawa mulut, kononnya Miss X adalah seorang gadis liar. Rokok, minuman keras, berparti dan seks bebas sudah menjadi rutin hariannya. Miss X juga bukan saja mengamalkan cara hidup sosial gadis Barat, malah sikap suka meminjam duit di kalangan kawan-kawan tidak disenangi kerana Miss X ini tahu meminjam saja, bila tiba masa nak pulangkan, punyalah payah, kadang-kadang setakat RM30, RM50, kira hangus!

Lebih mengejutkan Zubir, Miss X juga mula berjinak-jinak dengan dadah. Sama ada benar atau tidak, dia pernah meniduri lelaki yang tidak dikenalinya semata-mata ingin mendapatkan RM100 untuk membeli dadah. Harap-harap bab cerita ini sekadar nasi tambah!

Zubir juga kasihan pada penyanyi dan komposer berkenaan kerana Miss X sering tak pulang ke rumah. Apabila Miss X tak balik rumah, mulalah si ayah menelefon kawan-kawan terdekat Miss X bertanyakan di manakah gerangan Miss X sudah beberapa hari tidak tahu jalan pulang ke rumahnya.

Miss X ini juga adalah bekas pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mengikuti pengajian bidang seni. Khabarnya Miss X dibuang kolej kerana dipercayai mencuri! Nak tak nak, si ayah dan ibu terpaksa menebalkan muka datang tengah-tengah malam ke asrama Miss X untuk menyelesaikan masalah anak mereka. Begitulah kasih sayang ayah dan ibu kepada anaknya sekalipun anak perangai macam teeet!

Bukan itu saja yang Zubir dengar, khabarnya Miss X ini kalau tukar boyfriend macam tukar baju saja, tak pernah ada teman lelakinya yang kekal lama. Khabarnya gambar Miss X yang tengah ‘comulot’ (cium mulut) dengan lelaki itu adalah boyfriend terbarunya yang baru saja dikenali tak sampai sebulan.

Zubir sebenarnya tumpang simpati dengan penyanyi terkenal itu dan seluruh keluarganya. Zubir memang kenal penyanyi berkenaan, dia seorang yang amat berbakat dan daripada riak air mukanya, dia mempunyai ciri-ciri seorang ayah yang baik. Tapi, malangnya dia dikurniakan seorang anak yang terlebih nakal. Zubir harap Miss X cepat-cepatlah berubah, peliharalah nama baik ayah awak yang pernah gah suatu ketika dulu dan masih dihormati hingga hari ini.

-------

http://www.pekanrabu.biz/viewtopic.forum?t=1319
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 20 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 20 of 20Go to page : Previous  1 ... 11 ... 18, 19, 20

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions