Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4 ... 11 ... 20  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 3:42 pm

Shafnie tak setuju permohonan AC

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 27671410


Permohonan pelakon, penyanyi dan pengacara terkenal, AC Mizal untuk mendapatkan hak penjagaan dua anak lelakinya ditangguhkan pada 18 Mei depan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, bagi membolehkan bekas isterinya memfailkan pembelaan.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad menangguhkan kes itu selepas peguam syarie Nor Azmi Mohd Arif yang mewakili bekas isteri pelakon terbabit, Shafnie Zainudin, 34, (gambar) memberitahu pihaknya tidak bersetuju dengan permohonan berkenaan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 27671411


Peguam syarie Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal ketika ditemui di luar mahkamah berkata, selain memohon untuk mendapat hak penjagaan anak, pihaknya memfailkan permohonan bagi menghalang daripada pihak-pihak memberi keterangan kepada media kecuali yang direkodkan mahkamah.

“Anak guam saya tidak mahu membabitkan media dalam masalah ini dan kami akan minta Shafnie dihalang membuat kenyataan kecuali yang direkodkan mahkamah,” katanya.

Bagaimanapun, Shafnie ketika ditemuramah di luar mahkamah mendakwa bekas suaminya sudah dua tahun tidak menjenguk anak-anaknya.

“Sebelum ini, anak saya cari dia (AC Mizal), tetapi tidak dilayan kerana sibuk. Saya hanya memperjuang keadilan iaitu nafkah anak. Ia bukan untuk saya, tetapi untuk anak-anak,” katanya.

Pasangan itu berkahwin pada 24 Jun 1995 dan mendapat dua cahaya mata, Muhammad Shafiq Iman, 12, dan Muhammad Shabil Iman, 9, sebelum bercerai 17 Oktober 2001.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 3:47 pm

Jangan Pandang Belakang Congkak

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Jpbc_a10

Lepas satu-satu bikin filem kali ini Metrowealth (MIG) kini dalam proses menghasilkan filem terbarunya berjudul Jangan Pandang Belakang Congkak arahan Ahmad Idham. Filem bergenre komedi seram ini sedang menjalani pengambaran di sekitar negeri Perlis dan dijangka berakhir di Alor Setar pada 23 Disember ini. Termasuk promosi dan pengedaran Jangan Pandang Belakang Congkak dijangka menelan kos sebanyak RM1.8 juta.

Filem yang telah memulakan pengambaran sejak 25 November 2008 lalu membariskan pelakon seperti Mazlan Pet Pet, Cat Farish, Sam Shaheizy, Lisa Surihani, Azlee Senario, Piee, Dina (Malaysian Idol), Zarina AF, Mas Muharni, Den Wahab, Bob Kuman dan ramai lagi.

Jangan Pandang Belakang Congkak ini merupakan sebuah filem yang akan membawa konsep komedi seram dengan sedikit unsur-unsur percintaan. Keistimewaan filem ini berbanding filem-filem lain yang satu genre dengannya adalah, ia menggabungkan elemen seram dengan komedi. Ini merupakan percubaan pertama bagi filem yang bercorak begini tetapi dirasakan formula ini mampu menarik minat para penonton.

Ditambah pula dengan sejarah filem Jangan Pandang Belakang dan Congkak yang mencapai kutipan box office maka dengan itu dirasakan dengan menggabungkan kedua-dua tajuk menjadi satu - Jangan Pandang Belakang Congkak ini akan menarik lagi minat penonton untuk menyaksikan filem ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 3:48 pm

LAN MUH SAKIT??

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Lan10


KHABAR angin yang mengatakan Lan akan diganti oleh vokalis lain adalah tidak benar,” kata Nik Mustaza Nik Mustapha atau Taja dari Meet Uncle Hussain (MUH) mengenai gosip hangat melibatkan bandnya yang tersebar dalam sebuah akhbar tabloid.

Di sebalik ketenangan yang ditunjukkan oleh Lan, dia juga tidak mampu menyembunyikan keketaran tangannya yang mungkin disebabkan oleh penyakit yang dialami.

Keadaan Lan nampak tidak keruan ketika menjawab soalan yang dilontarkan dan sekali sekala dia akan membuka sebuah buku catitan yang menceritakan tentang penyakitnya itu.

“Sekarang saya ada juga pergi berubat secara tradisional. Saya mendapat tahu saya mengalami penyakit ‘Hyperthyroid’.

“Saya selalu mengalami 'ketar-ketar' dan masalah hendak tidur disebabkan pergerakan nadi yang laju.

“Jadi, apabila terjaga, saya akan bangun dan menyapu minyak panas untuk melegakan urat di seluruh badan saya terutama di kaki saya.

“Kadangkala apabila saya mengalami kesakitan di pergelangan lutut, ia memberikan petanda yang saya tidak boleh bergerak ke mana-mana lagi.

“Kalau saya bergerak, saya mempunyai kemungkinan tidak dapat berdiri lama dan kemudian pengsan di situ serta-merta.

“Saya juga akui yang semua masalah yang ditimbulkan berpunca daripada penyakit yang dialami oleh saya,” cerita Lan serba sedikit mengenai penyakitnya itu.

Tambah Lan, dia juga menghadapi masalah pengurangan berat badan.

“Sakit saya ini tidak menentu. Saya tak tahu dan tidak dapat jangka bila ia nak datang.

“Jadi, saya ada pergi hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut mengenai penyakit ini,” ulas Lan.

“Sekarang memang band kami agak terjejas. Jadi, kami akan mengambil suatu tindakan yang betul untuk menyelesaikan masalah ini dan ia memerlukan suatu tempoh."

“Kami kena rancang jadual untuk berehat selepas ini. Kemungkinan besar kami akan berehat untuk memberi peluang kepada Lan berubat dan selepas itu kami akan menyambung aktiviti seni seperti biasa.

“Buat masa sekarang, kami masih ‘on’ dengan apa yang telah dirancangkan untuk MUH.

“Media memang banyak memberikan sokongan kepada artis tetapi kami yang tak boleh terima dan tidak tahu apa yang akan dilakukan jika memilih waktu berehat.

“Semua yang berlaku ini akan menjadi ikhtibar buat kami. Apabila musibah datang, baru kita nak buka mata. Hal ini membuatkan kami terfikir sejenak dan memikirkan semula apakah objektif dan tujuan kami.”

Dalam pada itu, Lan mencelah dengan berkata penyakit yang dialaminya itu ibarat ujian daripada Tuhan dan apa yang berlaku merupakan lumrah di dalam hidup manusia.
Back to top Go down
luvly e'in
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
luvly e'in

Number of posts : 5108
Age : 47
Location : under 1 roof
Registration date : 03/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeWed 11 Feb 2009, 4:56 pm

sori la sally ek...
ada gak 2,3 news yg sally msk ari ni,akak dh penah post b4 malulah..
Back to top Go down
http://www.easypha-max.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeThu 12 Feb 2009, 8:32 am

Bohong! Saya tak gila – Mas

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Ne_03_10


KUALA LUMPUR – “Bila masa saya bercakap seorang diri? Semua itu bohong, saya tak gila.”

Demikian tegas penyanyi yang baru saja menerima rawatan di wad pesakit mental di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Asma Ghani (gambar) atau Mas, 28, kepada Kosmo! semalam.

Mas yang menafikan berhadapan dengan tekanan emosi keterlaluan juga mengakui masih bingung memikirkan kenapa dia perlu ditahan di Wad Psikiatri HKL selama enam hari.

Dia dimasukkan ke wad itu apabila didapati meracau dan menimbulkan kekecohan di Balai Polis Ampang Jaya awal pagi Khamis lalu.

Penyanyi itu dikatakan berhadapan dengan masalah emosi kurang stabil ekoran pelbagai masalah peribadi, termasuk membabitkan kerjaya dan percintaan.

Bagaimanapun, janda beranak dua itu dibenarkan keluar dari HKL pada pukul 12 tengah hari kelmarin dengan ditemani bapanya, Ghani Gibie, 69, dan pegawai Maestro Records, Othman Mahmood.

Mereka kemudian terus menaiki pesawat AirAsia untuk pulang ke Tawau.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeThu 12 Feb 2009, 12:15 pm

Barisan CIkGu AF-siti hajar dah pakai tudung yek..

Transformasi Akademi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Mainpi63
BARISAN tenaga pengajar dan pengacara Akademi Fantasia musim ketujuh.


Astro yakin format baru, pengajar berpengalaman semarakkan musim ketujuh

MAMPUKAH Akademi Fantasia ke-7 (AF7) mengembalikan detik kegemilangan yang pernah dicatat satu ketika dulu sehingga membangkitkan fenomena dan gelombang tersendiri apabila ia menemui penonton bulan depan?

Kegemilangan AF musim pertama hingga ketiga masih diingati peminat setia program itu, tetapi ‘demam’ AF mula berkurangan sejak musim keempat menyingkap tirainya malah ia berlarutan sehingga AF6, bagaimanapun Astro tetap menegaskan jumlah penontonnya meningkat saban tahun.

Selain jumlah penonton yang menjadi pertikaian, arah tuju pelajarnya sebaik tamat program itu juga sering kali menjadi persoalan, namun Astro tetap tegar menerbitkan program itu saban tahun walaupun ramai mempertikaikan perlunya program itu untuk diteruskan.

Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul ketika sidang media mengumumkan tenaga pengajar dan pengarah muzik AF7 baru-baru ini, yakin pembaharuan format yang kerap serta dengan menyandarkan tenaga pengajar berpengalaman akan menjadikan AF musim ini lebih baik, hebat dan bertenaga.

Slogan Satu Transformasi Akan Berlaku adalah penanda aras satu transformasi besar bakal berlaku bukan saja kepada program, malah Khairul Mizan juga yakin musim ini akan membawa perubahan kepada pelajarnya. Beliau juga berkata, beberapa perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini terhadap bekas pelajar AF tidak akan berlaku kepada bakal pelajar musim ini dengan transformasi besar yang mereka lakukan.

“Janji kami, kerja keras yang dicurahkan tenaga pengajar kepada pelajar dan dengan menggunakan platform Astro, kami yakin dapat memberikan cahaya kepada bakal pelajar musim ini.

“Selama enam musim AF diperkenalkan, kami amat menitikberatkan soal pemilihan barisan tenaga pengajar kerana kami percaya mereka dapat menjadi tulang belakang utama dalam melahirkan bintang AF,” katanya.

Barisan tenaga pengajar yang diumumkan Selasa lalu tidak mengejutkan apabila kebanyakan adalah muka ‘wajib’ dalam program berkenaan. Bagaimanapun, ketiadaan Linda Jasmine sebagai guru kareografi menimbulkan sedikit tanda tanya.

Khairul Mizan bagaimanapun menjelaskan, Linda sudah bersama dengan AF sejak musim pertama dan berjaya membawakan impak besar kepada program berkenaan. Tetapi dengan menggantikan tempatnya dengan tenaga pengajar baru dapat memberikan sesuatu yang lebih segar kepada program itu di samping membawa perubahan kepada AF7.
Tiga wajah baru yang diperkenalkan musim ini ialah Hasridz Murshim Hassim atau Acis yang bertindak sebagai Pengarah Muzik. Ida Nerina pula memikul tugas sebagai guru seni persembahan dan lakonan. Manakala pereka tari yang banyak terbabit dalam pementasan teater, A Aris Kadir pula menggantikan tempat Linda Jasmine sebagai guru kareografri.

Sementara itu tenaga pengajar yang terus kekal ialah Fatimah Abu Bakar sebagai guru motivasi dan bahasa Inggeris, Siti Hajar Ismail sebagai guru vokal teknikal dan Syafizawati Sharif, guru persembahan vokal.

Ida Nerina berkata, walaupun ini tugas baru untuknya, pelakon berpengalaman itu berkata dia tidak sabar dan seronok dapat berkongsi ilmu dengan pelajar AF kelak.

“Saya seronok kerana dapat berkongsi pengalaman dengan bakat baru yang berbakat tetapi tidak tahu ke mana harus menyalurkan bakat mereka. Setakat ini masih terlalu awal untuk saya merancang apakah perkara yang ingin dikongsikan bersama mereka tetapi secara jujurnya saya tidak sabar untuk bertemu dengan mereka,” katanya.

A Aris Kadir pula sedar, Linda Jasmine sudah sinonim di kalangan penonton, justeru dia enggan disamakan dengan bekas tenaga pengajar itu. Dia berkata, setiap tenaga pengajar mempunyai cara dan pendekatan tersendiri untuk membentuk dan berkongsi ilmu dengan mereka.

“Linda ada cara dia dan saya pula ada cara saya. Dari segi persediaan, saya sudah bersedia untuk mencurahkan segala pengalaman yang saya ada kepada mereka,” katanya.

Teka teki hos AF juga terjawab apabila AC Mizal terus dikekalkan untuk mengendalikan konsert mingguan, sementara Sarimah Ibrahim pula

kekal di dalam program Diari Akademi Fantasia dan Diari INT AF7.

AC Mizal berkata, dia bersyukur khidmatnya masih lagi diperlukan di dalam AF walaupun ramai membandingkan kredibilitinya dengan bekas pengacara AF, Aznil Nawawi.

“Saya lebih bersedia mengendalikan AF musim ini bersandarkan pengalaman musim lalu. Saya berterima kasih dan bangga apabila ada yang membandingkan saya dengan Aznil. Kritikan yang diberikan itu saya jadikan iktibar untuk memperbaiki lagi mutu persembahan, kali ini saya lebih yakin kerana tahu bagaimanakah corak perjalanan program ini,” katanya
Back to top Go down
luvly e'in
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
luvly e'in

Number of posts : 5108
Age : 47
Location : under 1 roof
Registration date : 03/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeThu 12 Feb 2009, 5:15 pm

awat ari ni sally x bnyk post....
xde gossip best gi ke? Rolling Eyes
Back to top Go down
http://www.easypha-max.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 8:03 am

(Gambar) Pernikahan Que Haidar & Linda Jasmine

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 27447710

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 38317110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 71396210
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 10:26 am

Linda Jasmine kini milik Que

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Ne_02_10
[i]QUE, Linda dan Qalif Khan ceria selepas pernikahan pasangan itu di Kuala Lumpur semalam. [/i/]


KUALA LUMPUR - Dengan sekali lafaz, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar sah menjadi suami koreografer Linda Jasmine Murad Hashim.

Pasangan itu disatukan oleh jurunikah dari Kampung Melayu, Ampang, Abu Sapian Jasin pada pukul 5.50 petang di Restoran Bora Ombak, Ampang.

Linda yang manis dalam busana putih rekaan Kirana menerima mas kahwin sebanyak RM1,101 dan senaskhah al-Quran sebagai hantaran.

"Saya bersyukur dengan pernikahan ini dan berdoa rumah tangga kami kekal selamanya," ujar Que selepas selamat diijabkabulkan di sini semalam.

Beza usia tujuh tahun di antara Que, 30, dan Linda, 37, tidak membataskan pasangan yang berkenalan pada Mei tahun lalu untuk membina mahligai bersama dan direstui semua pihak termasuk anak sulung Linda, Qalif Khan.

Pernikahan pasangan itu kemudian diraikan dalam resepsi yang dihadiri 400 tetamu di kalangan keluarga dan teman rapat.

Que dan Linda akan mengadakan majlis resepsi di kampung kelahiran Que di Felda Taib Andak, Kulai, Johor pada 15 Mac ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 10:46 am

Isteri Amy hamil lagi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Dv_01_12
AMY dan isterinya, Norish.


KALAU Erra Fazira teruja dan berdebar menanti kelahiran anak sulungnya dengan Engku Emran, dalam diam-diam, isteri vokalis Search, Amy, iaitu Norish juga sedang mengandung. Kalau tak silap, usia kandungan Norish kini sudah dua bulan.

Punyalah gembira Amy dan Norish, sampai tak tercakap apa. Amy yang menginjak umur 51 tahun memang mengimpikan seorang lagi anak.

Perkahwinannya dengan Norish telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Alexender dan Sania.

Nampaknya Tuhan makbulkan doa mereka. Amy sendiri sempat bergurau. Katanya, lagi meriah kalau Nabila pun mengandung tahun ini. Bolehlah dia jadi 'datuk' dan ayah dalam satu masa.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 10:52 am

Saya tak akan rujuk!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Hi_01_23


Apa yang berlaku antara dia dan Rizal bukan masalah saya. Saya tidak mahu terlibat langsung. Kenapa mesti kaitkan saya? - Nora

SUNGGUHPUN artis comel, Nora Danish, 27, telah sah bercerai dengan suaminya Rizal Ashram Ramli setelah Nora selamat melahirkan bayi sulungnya, Putera Rayqal pada 7 Januari lalu, kisah mereka nampaknya tidak tamat di situ saja.

Sebaliknya, bekas suami isteri ini tetap menjadi buruan pihak media apabila ada ura-ura kononnya mereka bakal rujuk semula setelah kelahiran Putera Rayqal.

Kemudian, bekas suami Nora pula menarik perhatian media apabila dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan seorang artis sensasi dan dikatakan pernah bercuti bersama. Kononnya juga hubungan bekas suami Nora dan artis berkenaan bukan lagi satu 'gosip' yang kurang berasas memandangkan mereka dikatakan bakal ke jinjang pelamin tidak lama lagi.

Sejauh mana kebenaran cerita tersebut, hanya waktu yang boleh tentukan. Mungkin pada pandangan orang ramai, Nora merupakan mangsa yang paling hebat menerima kesan daripada kontroversi tersebut. Apatah lagi dalam tempoh berpantang, dia masih lagi dikaitkan dengan kisah cinta bekas suaminya dan juga artis panas itu. Peritnya dugaan, hanya boleh dikongsikan bersama Yang Maha Esa.

Bagaimanapun telahan orang ramai silap, Nora tidak minta dikasihani atau simpati orang ramai akan nasibnya. Ternyata jiwa wanitanya tabah dan masih kental meskipun dihimpit dengan seribu satu dugaan yang tidak pernah dijangka.

Malah, ketika Kosmo! menemubual dengannya baru-baru ini, Nora tidak sedikit pun menunjukkan tanda-tanda tertekan atau sengsara dengan semua kejadian serta kontroversi tersebut.

Dia masih lagi Nora yang dulu, ceria dan bersahaja, serta mampu menjawab soalan demi soalan dengan cukup tenang.

Walaupun begitu, maafkan kami kerana tidak berjaya 'memujuk' Nora untuk memotret gambarnya bersama putera tersayang. Ini kerana Nora memberitahu dia belum bersedia untuk muncul dalam keadaan diri masih dalam proses berpantang.

"Saya janji, selepas kesihatan sudah okey, kita akan ambil gambar baru," katanya dalam bahasa paling sopan menandakan ketinggian darjatnya sebagai seorang

wanita berketurunan baik-baik.

Ikuti perbualan antara Nora dan Kosmo!

NORA tidak pernah berdendam dengan sesiapa termasuk yang dianggap sebagai 'perosak' rumah tangganya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Hi_01_22
WAJAH manis Nora ketika Putera Rayqal masih dalam kandungan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Hi_01_21
KETABAHAN Nora mendepani masalah rumah tangga membuatkan banyak orang jatuh kasih kepadanya.


Bagaimana dengan keadaan Nora dan anak sekarang?

Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik, dapat melihat anak di depan mata, saya rasa seronok sangat. Memang penat sedikit sebab terpaksa berjaga malam, tetapi saya bertuah kerana dibantu ibu dan kakak-kakak yang sentiasa menemani. Mereka ada di sisi saat saya memerlukan.

Rasa sepi?

Tidaklah, saya tidak berseorangan, saya ada kakak-kakak dan emak serta kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Jadi saya tidak pernah sepi, tambahan sekarang hidup saya lebih terisi dengan adanya anak yang sentiasa buat saya tersenyum.

Bagaimana hubungan Nora dengan keluarga bekas mertua?

Kami masih baik seperti biasa. Malah semasa saya bersalin, ibu dan ibu mertua ada sekali dalam bilik bersalin, mereka juga sering melawat Nora. Adik ipar dan keluarga lainpun semua baik.

Ada desas-desus yang mengatakan Nora dan bekas suami, mahu berbaik semula kerana anak. Betul ke?

Mana ada, saya tidak akan rujuk balik! Itu hanya spekulasi yang timbul kerana cerita daripada sebuah akhbar. Orang mungkin salah faham kerana tajuknya Nora bakal rujuk? Sebenarnya tak ada apa-apa. Saya tidak akan rujuk balik. Saya bahagia dengan kehidupan sekarang.

Baru-baru ini, heboh tentang cerita hubungan intim bekas suami Nora dengan seorang artis, malah dikatakan siap pergi bercuti bersama. Betul ke mereka akan berkahwin?

Kalau boleh saya tidak mahu sebut atau sentuh langsung pasal dia. Kami sudah tiada apa-apa hubungan, kami baik hanya kerana anak, itu saja. Selepas ini dia hendak kahwin atau apa saja yang dia buat, tiada kaitan dengan saya lagi. Saya harap semua pihak akan faham.

Apa perasaan Nora, walaupun telah bercerai masih lagi dikaitkan dengan kisah cinta bekas suami, malah artis itu sendiri turut mengheret nama Nora?

Saya nak cakap, jangan sesekali dia (artis) kaitkan atau sebut nama saya lagi. Apa yang berlaku antara dia dan Rizal bukan masalah saya lagi. Saya tidak mahu terlibat langsung. Kenapa mesti kaitkan saya? Di antara saya dan Rizal, kami sudah tidak ada apa-apa hubungan. Jadi tolong berhenti kaitkan saya dengan kisah mereka berdua.

Dalam keadaan masih berpantang, timbul pula isu-isu merimaskan seperti ini, adakah Nora tertekan?

Tertekan? Saya pelik kenapa saya mesti tertekan? Sebenarnya saya langsung tidak tertekan. Menerima kehadiran seorang anak, adalah sesuatu yang membahagiakan. Saya bahagia dengan anak dan hidup saya sekarang ini. Sedikit pun tidak tertekan. Sekarang ini semua sudah terjawab, jadi orang boleh fikir sendirilah apa sebenarnya yang berlaku sebelum ini.

Selepas ini, bagaimana dengan kehidupan Nora?

Saya jalani kehidupan macam biasa. Bercerai bukanlah pengakhiran hidup, banyak lagi benda yang hendak saya lakukan. Lagi pun saya sudah mempunyai anak, dan dia telah membakar semangat saya untuk menjadi lebih kuat. Selepas habis pantang, saya akan kembali bekerja dan berlakon seperti biasa.

Bila mula bekerja?

Mungkin dalam bulan April baru saya mula kerja. Saya ada tempoh lagi dua minggu untuk berpantang dan selepas itu berusaha untuk mengurangkan berat badan. Saya tidak mahu tinggalkan anak yang masih kecil, tunggulah dia berusia tiga atau empat bulan, baru saya rasa lega untuk bekerja. Tambahan sekarang ini berat badan saya bertambah dari 45 kilogram ke 49 kilogram, jadi ada beberapa kilogram lagi saya nak turunkan sebelum benar-benar bersedia bekerja semula.

Buat sebarang senaman untuk dapatkan berat badan yang ideal?

Buat masa ini saya masih lagi dalam pantang dan tidak boleh buat apa-apa termasuklah sebarang senaman. Mungkin penat sebab tidak cukup tidur membuatkan badan saya turun dengan sendirinya. Kalau tidak saya akan memikirkan jalan lain untuk dapatkan semula berat badan ideal saya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 10:55 am

Nash mahu mahkamah sabitkan Sosilawati sebagai derhaka

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Ne_10_10
NASH

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Ne_10_12
SOSILAWATI


KUALA LUMPUR - Bekas vokalis kumpulan Lefthanded, Nash memohon supaya Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini mensabitkan isterinya, usahawan produk kecantikan, Sosilawati Lawiya sebagai nusyuz (derhaka).

Permohonan Nash atau nama sebenarnya Jamaluddin Elias, 50, itu terkandung dalam pernyataan pembelaan dan tuntutan balas yang difailkan menerusi peguam syarie, Amli Embong di mahkamah semalam.

Terdahulu, Amli mengatakan pihaknya selaku defendan tiada bantahan untuk menetapkan tarikh bicara namun memohon plaintif untuk menjawab pembelaan.

Peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang mewakili Sosilawati bagaimanapun memohon diberikan masa untuk meneliti terlebih dahulu dokumen tersebut sebelum memfailkan jawapan kepada pembelaan dan tuntutan balas Nash.

Sehubungan itu, hakim syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad menetapkan perbicaraan kes tuntutan cerai taklid Sosilawati, 46, pada 8 April depan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 10:58 am

Michael dijangkiti penyakit kulit

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Du_02_10
GAMBAR menunjukkan tompokan kemerahan terdapat
di bahagian tangannya ketika dia berada di Los Angeles
baru-baru ini.


LOS ANGELES - Raja Pop, Michael Jackson kini menghadapi penyakit jangkitan kulit akibat pembedahan plastik di hidungnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi yang berumur 50 tahun itu kini dipercayai menerima rawatan perubatan di sebuah klinik terkenal di Beverly Hills.

Jangkitan kulit itu kini merebak ke seluruh tubuh badannya.

Dakwaan itu adalah yang terbaru selepas Michael menafikan laporan media pada Disember lalu dia menghidap penyakit paru-paru pada Disember lalu.

Seorang pakar bedah, Dr. Anthony Youn yang tidak pernah merawat Michael menyatakan kemungkinan jangkitan itu berlaku ketika penyanyi tersebut melakukan pembedahan di bahagian hidung.

Beberapa saksi berkata, kulit di bahagian tangan dan mukanya mempunyai tompokan kemerahan dan ungu.

Pipi penyanyi itu yang pernah popular dengan lagu Beat It dikatakan bengkak.

"Jangkitan itu sudah merebak ke bahagian muka dan tubuhnya manakala doktor berusaha sedaya upaya merawatnya," kata satu sumber.

Jurucakap Michael tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen berhubung berita terbaru itu. - Agensi
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 11:11 am

Hari jadi Erra Fazira

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Hi_02_13

Pada 9 Februari lalu, Erra Fazira menyambut ulang tahun yang ke-35. Teman baiknya, Umie Aida menganjurkan satu majlis kejutan dan Wanda serta beberapa rakan media dijemput meraikannya. Biarpun Erra sudah dapat mengagak adanya kejutan pada hari tersebut kerana tahun lepas Umie turut mengadakan majlis yang serupa namun Erra mengakui, kali ini dia lebih teruja untuk melihat siapa tetamunya yang hadir.

Apalagi ia semakin menyeronokkan apabila Umie dan teman-teman lain yang hadir seperti Zahida Rafik, Betty Benafe, Jasmin Hamid, Noniswara, Zarina Zainuddin, juga chef selebriti, Chef Zam dan penerbit Habsah Hassan dan Raja Alawiyah turut menganjurkan majlis baby shower sempena majlis hari lahirnya untuk menyambut bayi yang bakal dilahirkan Erra Mac nanti.

Tengah hari itu, sibuklah Umie dan teman-temannya menghias bilik tidur bakal bayi perempuan Erra dan Engku Emran ketika pasangan suami isteri itu tiada di rumah.

Dan sebaik Erra pulang bersama-sama suaminya yang juga Ketua Pegawai Operasi stesen radio Suria Fm, dia yang dibawa naik ke tingkas atas kediamannya di Damansara, Petaling Jaya, Selangor nyata begitu terharu dengan usaha yang dilakukan oleh teman-temannya itu.

"Seronok untuk tahu siapa kawan-kawan yang datang, meraikan bersama-sama mereka dan lebih mengujakan melihat bilik bayi yang dihias mereka untuk bayi saya," kata Erra sambil ketawa gembira.

Banyak hadiah untuk bayi yang diterima oleh Erra termasuklah katil bayi, kereta sorong bayi serta pakaian bayi dan banyak lagi.

Erra sendiri kelihatan begitu berseri-seri sejak hamil dan menghadapi saat-saat kelahiran bayinya yang dijangkakan antara 15 Mac hingga 25 Mac itu, Erra mengakui sudah mulai merasa debaran.

Debaran itu, kata Erra, dirasai terutama ketika kandungannya memasuki usia lapan bulan. Namun dalam debaran, Erra mengakui keseronokan untuk menimang cahaya mata sulungnya bersama Engku Emran. Malah memberitahu sudah bersedia memikul tanggungjawab menjadi seorang ibu.

"Apalagi dalam usia yang sudah mencapai 35 tahun ini, saya sememangnya amat menantikan seorang bayi untuk menyerikan lagi rumah tangga yang dibina," katanya.

Menurut Erra, pada bulan pertama kehamilan, dia tidak langsung mengalami alahan malah terus aktif berlakon dan melakukan aktiviti yang lain.

"Seronok merasai pengalaman mengandung dan memang tak sabar menanti kelahirannya. Tapi bila usia kandungan mencecah lapan bulan, dalam seronok itu timbul perasaan berdebar terutama apabila mengingatkan proses nak bersalin itu," ujarnya.

Bagaimanapun, tegas Erra, dengan sokongan suami selain menambah ilmu pengetahuan melalui pembacaan buku mengenai proses melahirkan membuatkan dia sudah bersedia untuk menghadapinya.

"Malah melalui pengalaman yang dikongsi bersama mereka yang telah melalui proses kehamilan dan melahirkan membuatkan saya lebih tenang," jelasnya lagi. Engku Emran pula nyata memang teruja menantikan kelahiran bayi perempuan sulungnya dengan Erra.

Namun dia yang seboleh-bolehnya tidak mahu mengetahui jantina anaknya terpaksa menerima hakikat diberitahu doktor yang membuat pemeriksaan ke atas isterinya itu.

"Saya kalau boleh tak mahu tahu (jantinanya) tapi tak kisahlah. Yang penting, anak dalam kandungan serta isteri saya sihat," kata Engku Emran yang memberitahu akan menemani Erra di bilik bersalin kelak.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 11:44 am

“Seksi bukan telanjang”

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Image10Pelakon Azizah Mahzan, 45, dikaitkan dengan kontroversi apabila berpakaian seksi dalam drama lakonannya Spa Q musim kedua yang sekarang ini disiarkan di TV3. Dalam drama bersiri itu, Azizah memegang peranan seorang wanita korporat.

Ada yang berkata imej yang dibawa Azizah tidak bersesuaian dengan usianya menyebabkan banyak pihak mempertikaikan penampilan tersebut. Imej itu turut mengingatkan kita mengenai pelakon Norlia Ghani yang kontroversi kerana memakai blaus pendek dalam Anugerah Bintang Popular (ABP) tahun 2002.

Bagi Azizah, imej yang ditampil itu hanya dalam lakonan saja tetapi tidak ketika berada di luar set penggambaran. Dalam masa yang sama dia turut berpendapat seksi bukan hanya atas pakaian tetapi bentuk badan seseorang itu. Memakai baju kurung juga boleh kelihatan seksi.

“Yang penting saya bukannya telanjang,” kata ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 25 tahun ini. Selain itu, Pancaindera turut bertanya beberapa perkara termasuklah dia dikatakan bercinta dengan pelakon Zaefrul Nordin apabila gambar-gambar mereka “terlepas” di Internet.

Kepada wartawan NIEZAM ABDULLAH, Azizah yang gemar membahasakan dirinya “Akak” menjawab kisah sensasinya itu.

Selepas habis berlakon Spa Q 2, apa projek terbaru?

Akak sekarang tengah shooting dengan produksi Pesona Picture. Drama 13 episod Dia Kak Teh. Drama komedi, kira sibuk sikitlah dengan drama.

Jadi maknanya banyak dapat tawaran dan ini menunjukkan Akak pelakon yang berjaya. Apa komen Akak?

Alhamdulillah. Semua itu rezeki. Kalau nak ikutkan memang banyak tawaran berlakon. Dah tiga telemovie Akak terpaksa tolak. Akak tak suka nak ambil banyak tawaran. Takut nanti tak boleh bagi tumpuan. Susah pula.

Apa cerita ni? Imej dalam Spa Q 2 bukan main seksi lagi. Ramai orang dah mula bercakap.

Sebenarnya soal pakaian kami berbincang dulu sebelum nak pakai apa-apa baju. Baju yang Akak pakai tu baju penaja. Orang bagi kita pakai sajalah. Takkan nak komen pula.

Masalahnya orang kata Akak dah berusia tapi nak jadi macam orang muda. Itulah sebabnya.

Akak tak ada pilihan. Dah bincang dah dengan krew yang uruskan pakaian. Tapi dia orang tak dapat carikan baju untuk watak wanita korporat yang sesuai untuk akak. Nak tak nak Akak pakailah juga sebab akak ni malas nak timbulkan masalah. Akak kata kepada dia orang, “aku pakai seksi ni kalau ada orang bising kau orang jawablah.”

Ada dengar tak orang komen apa-apa kerana penampilan tu?

Entahlah. Tak dengar apa-apa pun. Tapi bila dapat skrip tu akak dah kata nak bagi orang di luar sana meluat dengan watak itu. Bila ada yang meluat, maknanya menjadilah.

Masalahnya sekarang orang mula kritik imej Azizah Mahzan. Orang kata tak sesuai dah pakai macam tu.

Tak kisahlah orang nak kritik atau tak. Selama ni orang kata yang baik ke, yang buruk ke akak tak pernah tahu. Tapi bila difikirkan-fikirkan kalau ada orang komen pasal kita, itu bermakna mereka ambil berat. Akak bersyukur dia orang ambil berat tentang Azizah Mahzan ni. Terima kasih.

Orang kaitkan dengan usia. Akak sekarang dah umur 45 tahun. Kononnya nak jadi macam remaja tapi dah tak sesuai. Komen sikit.

Kalau nak ikutkan ada mak-mak datin yang umur 47 atau 48 tahun pun keluar rumah pakai seksi juga. Cuma dia orang tak keluar di TV. Yang Akak ini selalu keluar TV, orang ramai pula menonton, sebab tu la jadi bualan. Masa akak berlakon teater Lantai T Pinkie dulu, semua orang tertunggu-tunggu nak tengok akak berkemban sampaikan kena potong watak tu. Sebenarnya kalau sebut bab seksi bukan pasal pakaian. Pakai jubah pun boleh seksi. Baju kurung pun seksi juga. Seksi tu bergantung pada bentuk badan kita. Itu saja. Ada orang pakai seksi orang tak tengok pun ada juga. Ada yang pakai tutup dari atas sampai bawah pun kadang-kala orang renung tak berkelip sebab nampak seksi.

Dari segi imej sebenar, macam mana penampilan Azizah Mahzan ni?

Akak ini simple saja. Keluar pakai jean koyak-koyak pun boleh. Tapi hairannya bila akak muncul dalam Spa Q 2 tu macam-macam pula pandangan. Cuba tengok Tiara (Datin Seri Tiara Jacquelina) dalam Puteri Gunung Ledang tu. Dari mula sampai habis dia berkemban. Orang tak kata apa-apa pun. Pada Akak, seksi tu bukan bermakna telanjang.

Ada pula dakwaan kata Akak kaki disko dan agak sosial. Apa cerita pula tu?

Ha... ha... siapa kata pula? Akak ni jenis tak suka keluar rumah. Pergi disko dulu pun lepas belajar ketika umur 21 tahun. Sekarang ni suka lepak rumah saja tengok VCD. Kalau keluar pun pergi ke Bangsar saja dengan kawan-kawan.

Apa hubungan Akak dengan pelakon Zaefrul Nordin. Gambar mesra dah tersebar dalam Internet.

Dia macam keluarga. Kami kenal sejak kecil lagi. Anggap dia macam adik. Akak pun rapat dengan isteri dia. Dia mengingatkan akak kepada pelakon Hani Mohsein (Allahyarham). Akak baik dengan Hani dulu macam dengan Zaefrul inilah. Tapi masa baik dengan Hani dulu tak ada pula orang buat cerita apa-apa pun? Dalam facebook pun orang kata kami macam ada “apa-apa” tapi sebenarnya tidak. Kami boleh berkongsi banyak benda.

Situasi yang berlaku sekarang ni mungkin kerana Akak tak kahwin lagi. Ada tak usaha ke arah itu?

Tak rasa nak kahwin lagi. Peninglah fikir nak bercinta. Tapi akak gembira dengan kehidupan sekarang ni.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 11:48 am

Umie Aida sambung belajar

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Hi_12_10

SEJAK membuka kafe butiknya, Belicious, masa Umie Aida banyak diluangkan untuk menguruskan perniagaan barunya hingga Joyah dengar semakin kerap aktres popular itu menjelajah ke luar negara mencari produk-produk baru untuk kafe butik yang diuruskan adiknya, Betty itu.

Baguslah begitu kerana kafe butiknya itu juga menawarkan harga yang amat-amat berpatutan untuk pakaian dan makanan yang disediakan. Bayangkan, nak makan makanan barat seperti sphagetti olio pun boleh dengan harga yang jauh lebih murah daripada kafe lain. Harganya hanya RM6.90 di Belicious. Mana nak dapat tu.

Pakaian, kasut, aksesori dan beg tangan juga ditawarkan dengan harga di bawah RM100. Hah! Ada kawan Joyah dengar borong habis pakaian di kafe butik Umie ini. Mana taknya, gaun baby doll pun boleh dapat bawah RM50. Siapa nak kasi.

Joyah dengar khabar, hampir saban malam Umie datang menjenguk ke kafe butiknya itu. Memang dia bersemangat sungguh dengan kerjaya baru sebagai usahawan.

Joyah dengar juga, Umie mahu meluaskan perniagaannya. Banyak lagi pelan perancangan bisnes yang ingin diteroka oleh aktres popular yang satu ini. Namun sebelum melebarkan sayapnya dalam bidang perniagaan, Joyah dengar khabar, Umie Aida mahu menambah ilmu di dada.

Dia mahu luaskan pengetahuan dalam bidang perniagaan sebelum membuka langkah lebih panjang. Iyalah, dia pun kenalah bersedia dengan sepak terajang dunia perniagaan ini.

Dengarnya, dia baru sahaja mendaftar masuk sebagai pelajar di sebuah kolej di ibu kota. Jurusan pilihannya, apalagi kalau tidak berkaitan perniagaan.

Joyah tabiklah dengan Umie kerana ada inisiatif untuk terus memajukan diri walaupun dia sudah bergelar artis popular. Joyah tak sabar untuk melihat perniagaan baru Umie yang akan diceburinya tak lama lagi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 11:52 am

Hamil 2 bulan; Rusdi & Sharon semakin bahagia

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Rusdi10

Setelah hampir tiga bulan mendirikan rumahtangga,Rusdi membuka rahsia dan mengaku yang Sharon sudah hamil 2 bulan.

"memang kami akui dah ada (cahaya mata). Bukan kami sengaja mendiamkan perkara ini tetapi segalanya masih terlalu awal lagi. Tapi, sekarang ni semua dah okay rasanya. Alhamdulillah, kiranya ini rezeki,"kata Rusdi dengan tenang.

Tahniah di ucapkan kepada Rusdi dan Sharon.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 12:03 pm

Abby dituduh gila “anak ikan”

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Inside10

Nampaknya angin kepanasan Abby Abadi masih belum reda. Kali ini bukan sebab Memey yang merupakan punca penceraian dia dengan Norman Hakim tapi kerana seorang artis bermulut jahat.

Nak tahu ke siapa selebriti mulut jahat yang dimaksudkan itu? Rasanya tak payahlah disebut sebab satu Malaya dah nak muntah dengan perangai dia.

Yalah selebriti mana yang tergamak panggil orang dengan nama binatang, hantu, lembu, kerbau melainkan selebriti mangkuk hayun yang seorang ini sebab dia pun macam hantu juga.

Dia menuduh orang lain dengki dengan dia tetapi dia yang dah nak masuk veteran tu tak pernah fikir yang dia pun sanggup bersengketa dengan rakan artis sendiri.

Al kisahnya ada seseorang mengadu kepada Abby yang dia ada baca satu tulisan di dalam blog.

Blog itu ditulis oleh seorang selebriti yang diberi gelaran mulut jahat atau pun MJ.

Dalam tulisan tu MJ secara terus terang tergamak menuduh Abby gila lelaki muda ataupun dalam dunia hiburan dipanggil “anak ikan”.

Maklumlah Abby pernah buat pengakuan dia berkawan dengan pelakon Zulkifli Ariffin, 23. Sebab itulah MJ sanggup tuduh dia gila anak ikan.

Amboi, berani mati mengata orang macam tu sekali? Dia tu pula gila apa agaknya? Gila bapa ikan ke? Ada sumber memberitahu, si Abby pun naik hantu juga bila dapat tahu MJ tu sanggup buat tuduhan kononnya Abby dan Zul yang balik dari China baru-baru keluar dari airport selepas kena halau.

Niezam pun ada tanya Abby pasal perkara tu dan kata Abby dia memang bengang dan teramat bengang dengan si MJ tu. Kerana geram punya pasal, Abby ada hantar SMS kepada dia dan tanya kenapa nak kaitkan Abby dalam blog itu?

“Abby memang sedihlah bila dia buat cerita yang bukan-bukan macam. Nak tulis apa-apa pun, janganlah main bantai sesuka hati saja,” kata Abby.

Tambah Abby lagi si MJ ada telefon dan hantar SMS sebab nak minta maaf tapi Abby malas nak layan. Yalah... buat apa nak layan sebab orang yang buat benda tu dah memang sewel. Sepatutnya disumbat ke dalam setor hospital Tanjung Rambutan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 12:21 pm

Percutian Eizlan Yusof, V Shantie Haroon Dan Anaknya

Anak Eizlan Yusof dan V Shantie dah semakin besar dan sihat. Terbaru mereka sekeluarga meluangkan masa dengan menenangkan fikiran pergi ke Genting untuk bercuti. Sekali sekala sudah menjadi kewajiban untuk mengambil gambar. Dan gambar itu membuktikan juga keluarga mereka masih kukuh dan bahagia sehingga ke hari ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 N1592610

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Vz1hm010

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Vz3ka710

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Vz6ks610
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 12:23 pm

Adik Lelaki Dan Sepupu Datuk Siti Nurhaliza ke Uji Bakat AF 7

Sejak 2 tahun kebelakangan ini, ada saja adik-beradik penyanyi Datuk Siti Nurhaliza datang menghadiri uji bakat program realiti hiburan paling popular Akademi Fantasia (AF).

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 A49


Jika uji bakat AF6 tahun lalu dihadiri kakak serta adik perempuannya iaitu Saida, 33, dan Saerah, 26, uji bakat AF7 kali ini pula didatangi adik lelakinya, Muhammad Ali, 28, serta sepupunya, Rafidah Ibrahim atau Feeda, 23, yang juga adalah Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 B33


Ali dan Feeda ditemani Saerah sewaktu hadir menghadiri uji bakat itu di lokasi terakhir iaitu di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 7 Februari lalu.

Ketika ditemui, Ali berkata, kehadirannya dalam uji bakat AF7 itu tidak lebih semata-mata untuk merasai sendiri pengalaman berdepan dengan juri sewaktu dinilai.

Apa yang penting, kata Ali, dia mahu buktikan kemampuan dirinya sendiri dalam bidang nyanyian.

Feeda pula berkata, ini adalah kali kedua dia menghadiri uji bakat AF, yang mana kali pertama adalah tahun lalu.

Sementara itu Saerah pula yang mengikuti mereka berdua berkata, kehadirannya di Bukit Jalil tidak lebih daripada mahu memberikan sokongan yang padu buat abangnya, Ali, serta sepupunya, Feeda.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 C23


“Tapi, ada juga orang yang fikir saya datang ke sini kerana mahu diuji bakat lagi. Hakikatnya, saya ke sini kerana mahu menemani serta memberikan sokongan kepada Ali dan Feeda.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 12:25 pm

David Arumugam dan Khadijah Ibrahim Terima Gelaran Datuk
David Arumugam dan Khadijah Ibrahim, hari kelmarin (12 Feb) dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun hari keputeraan ke-78 Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada 24 Okt lepas.

David atau nama sebenarnya Thiagarajan K.R. Arumugam dan Khadijah adalah antara 66 penerima darjah DIMP yang menerima anugerah masingmasing daripada baginda dalam satu istiadat di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 David10


David merupakan penyanyi utama kumpulan Alleycats manakala Khadijah berkecimpung lebih 30 tahun dalam industri hiburan tanah air.

Ketika ditemui, David berkata anugerah itu merupakan satu penghargaan kepada kumpulan Alleycats yang telah berkecimpung dalam industri hiburan tanah air selama hampir 40 tahun.

“Anugerah ini adalah untuk para peminat kumpulan Alleycats, terima kasih,” kata David.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 12:26 pm

Mawi Pandai Masak dan Kuat Makan - Ekin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Mawi13


Mawi suami kepada bintang popular, Nora’Shikin Rahmat (Ekin), 29 dikatakan menjadi punca pemberhentian pembantu peribadi Mawi yang dilantik oleh Maestro Talent, Wan atau nama sebenarnya Wan Firdaus Wan Ibrahim. Namun isu ini dapat diselesaiakn dimana Ekin bukan orang yang dimaksudkan oleh Wan.

Selain itu, Si pelantun lagu Aduh Saliha ini sememangnya teruja bergelar suami sejak 20 Disember tahun lalu.

“Memang seronok kahwin, ada orang teman dan masak untuk kita, tapi kena ingat tanggungjawab pun dah bertambah. Dalam masa yang sama kehidupan pun lebih teratur,” kata Mawi.

Ekin yang sentiasa menemani Mawi ke mana sahaja setelah mereka berumah tangga mengakui Mawi seorang yang kuat makan namun dia tidak cerewet dalam soal tersebut.

“Dia memang kuat makan, yang bestnya, Mawi tak cerewet. Kami dua-dua orang Johor, suka makan asam pedas. Jadi saya selalu masak asam pedas ikan, ayam tukar-tukar. Kadang-kadan itu ada juga masak ikan masak kicap. Tengok mood nak masak apa, selalunya tanya jugak kat Mawi dia nak makan apa.

“Yang bestnya, Mawi pun pandai masak, Nasi Goreng Kampung dia memang sedap. Satu lagi Mawi ni kadang-kadang suka bangun pukul dua atau tiga pagi masak jemput-jemput bilis. Dia suka sangat makan kuih tu,” kata Ekin lebih gemar masak sendiri untuk suami tercinta.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 12:50 pm

Sekitar Majlis Pernikahan Que Haidar Dan Linda Jasmine

Dinikahkan keramat pada tarikh 14 Februari 2009, bersamaan dengan Hari Kekasih, maka Que Haidar dan Linda Jasmine Sah bergelar suami isteri dan juga merangkap ibu dan ayah kepada anak Linda Jasmine. Apa-apa pun tahniah ke atas pasangan ini. semoga kekal hingga ke akhir hayat.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 10wy610

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 10332510

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 19332010
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 12:51 pm

lagi-lagi gambar...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 25913610

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 27447711

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 29751110
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 12:53 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 38317111

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 41578110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 71396211

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 98406410
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 12:57 pm

Resepsi ‘bali dalam taman’ Linda-Que

Tiga jam sejurus dinikahkan, pelakon Tengku Iskhan Shah Tengku Hiadar atau Que Haidar, 30, dan koreografer Linda Jasmine Hashim, 37, disandingkan dalam satu majlis resepsi berkonsepkan ‘bali dalam taman’.

Linda yang anggun mengenakan gaun rekaan Syaiful Bahrim manakala Que segak dalam sut rekaan Lord’s Tailor tiba di Bora Ombak, di sini, kira-kira pukul 8.45 malam tadi.

Majlis dimulakan dengan paluan kompang dan seterusnya dibuka dengan persembahan tarian ‘Raikan Kasih’ daripada Ala Dancers.

Kemudian, berkumandang persembahan nyanyian daripada anak didik Linda daripada Akademi Fantasia iaitu Amylea, Farhan, dan Riz. Turut menyanyi adalah Jebat dan Zila

Walaupun sedikit panas, namun majlis yang menggunakan sepenuhnya kawasan luar dan dalam restoran itu berlangsung dalam keadaan baik dan menimbulkan suasana yang romantik apabila disuluhi oleh cahaya suram daripada lampu neon dibantu dengan cahaya lilin.

Dengan pelamin indah bersama banyak kuntuman bunga ros kertas berwarna putih serta beberapa ekor rama-rama hiasan yang direka oleh penyanyi Jeslina Hashim dan dibantu oleh pihak Bora Ombak sendiri, 400 orang tetamu yang hadir turut menyaksikan pasangan ini melangsungkan upacara menepung tawar

Mereka adalah keluarga kedua belah pengantin, rakan taulan termasuk selebriti.

Antara selebriti yang hadir adalah Linda Onn, Dafi AF5, Awal Ashaari, Shasha Bashir, Ramli MS, Lufya AF6, Pamela Chong, dan Fatimah Abu Bakar

Beberapa jam selepas itu, upacara memotong kek tujuh tingkat daripada The Blooming Cake merupakan upacara terakhir sebelum Que dan Linda memberikan ucapan.

Pasangan yang mengenakan busana pengantin rekaan Calvin Thoo untuk upacara tersebut sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada tetamu yang hadir serta pihak yang membantu menjayakan majlis tersebut.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 31267010

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 37938810

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 44382110
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 12:58 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 55386010

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 55723210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 64255310
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 12:59 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 68035210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 85436810

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 87465210
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 1:00 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 99076910

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 97003410
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 1:01 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Ql310

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Ql410
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 1:02 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Ql710

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Ql810

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Ql910
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 2:07 pm

Mama Rina Usaha Sendiri

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Mama10


“Jangan menaruh harapan walau 99% pun pada sesiapa. Buat sendiri,” nasihat Mama Rina bila diminta mengulas tentang kes Mas AF2.

“Mama malas nak komen sebenarnya. Sebelum ni, Mama pernah cakap padanya, jangan berharap sangat pada Maestro tapi dia kata Freddie (Fernandez, pengurus besar Maestro) telah berjanji padanya. Tapi di dalam ‘Melodi’, cerita lain yang keluar. Menurut Freddie, Mas telah diminta meninggalkan Maestro tapi dia tak mahu. Tak malu ke? Orang sudah taknak tapi kamu berkeras nak tinggal.”

Kisah Mas dan Mama Rina selepas terkeluar dari ‘Akademi Fantasia’ (AF) tidak banyak bezanya. Tetapi kekecewaan yang dirasai selepas melihat kerjaya nyanyiannya tidak ke mana dibawah Maestro, Mama Rina mengambil keputusan untuk dilepaskan dari naungan syarikat. Sejak 21 Januari lalu, nenek kepada dua orang cucu ini berusaha keras untuk meneruskan impiannya sebagai seorang penyanyi.

Kehidupan, menurutnya, “so far so good. Bolehlah cari makan sikit”. Selain mengadakan show di Sibu, Sarawak di mana dia banyak menghabiskan masanya, dia kini bersama Ambank menjayakan roadshow mereka di seluruh negara.

Kerja di kelab sudah ditinggalkan. Tapi sekali sekala dia kembali beraksi untuk menolong kawannya.

“Sekarang dah lain, Mama takde gaji tetap. Sebelum ini bila nyanyi di kelab, dua minggu sekali Mama pergi collect cek. Mama faham kita bukan top artis, jadi tawaran show yang ada pun cukup makan saja sampai Mama kena ‘rolling’ baju kelab lama Mama untuk jimat duit,” cerita Mama Rina yang banyak mendapat galakkan dari anak perempuan tunggalnya dalam mengejar cita-citanya.

Perancangan utama untuk tahun ini adalah mengeluarkan single pertamanya. Konsep lagu yang diinginkan rock dangdut. Modal untuk single, katanya, dia kena cari sendiri.

“Tidak ada orang nak sponsor. Nak buat macam mana? Mama buat sendiri. Kalau dapat ‘break’ dengan satu lagu, Mama nak lihat bagaimana layanan mereka.

“Harap-harap Tuhan restukan. InsyaAllah, kena banyak berdoa. Mama taknak lawan sesiapa tapi membuat ini untuk diri sendiri dan rakan-rakan. No point nak lawan orang muda. Mama sudah tua, dah berusia 45 tahun.”
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 2:08 pm

Saya takkan kawin dengan dia - mas

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Mas10


Pelik bila pada mulanya, Rock mengatakan Mas begitu sayang dan mencintainya sehingga tidak sanggup untuk melepaskan lelaki itu. Malah dalam kenyataannya seperti disiarkan akhbar ini pada Sabtu lalu, Rock memberitahu bahawa Mas pernah mengajak dia berkahwin.

Dalam kenyataannya, Rock mendakwa Mas bercadang berkahwin dengannya pada bulan Mac ini. Namun, lain pula cerita Mas. Dengan nada yang agak tegas, Mas memberitahu dia tidak pernah langsung memikirkan untuk berkahwin dengan lelaki itu yang juga merupakan pelakon tambahan.

"Bila saya nak kahwin dengan dia? Sikit pun saya tak pernah merancang untuk berkahwin apalagi dengan lelaki yang bernama Rock. Saya tak pernah merayu kepada seorang lelaki untuk berkahwin dengan saya.

"Bunyinya agak keterlaluan. Seolah-olah saya tak ada maruah dan tidak ada keluarga sehingga dia berani memberi kenyataan begitu. Lagipun macam mana saya nak kahwin dengan dia kalau selama ini saya yang banyak berhabis?

"Untuk pengetahuan semua, baru sebulan saya kenal dia dan bukan setahun seperti yang dikatakannya. Kalau saya kenal dia setahun, rasanya badan saya mesti kurus kering sebab tak ada duit dan bukan berisi macam sekarang," ujar Mas dengan serius.

Enggan berselindung, Mas akui, sejak berkenalan dengan duda beranak tiga itu, hidupnya menjadi bertambah huru-hara. Malah lelaki itu juga yang membuatkan emosi bekas pelajar Akademi Fantasia 2 itu cukup terganggu.

"Saya tak cintakan dia. Banyak benda yang saya buat di luar kesedaran. Saya hanya mengikut apa yang disuruh. Perkara sudah berlalu. Harap-harap saya tidak berjumpa dengannya lagi," tambah Mas.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 2:09 pm

"mulia" sungguh hati fasha

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Fasha210 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Fasha310

Mulia sungguh hati Fasha Sandha apabila sudi memikirkan nasib yang menimpa Nora Danish.

Aku 'terasa sebak' apabila membaca keprihatinan Fasha apabila dia bersimpati dengan tekanan yang diterima oleh Nora apabila Melodi menyiarkan footage kantoi dia dan bekas suami Nora, Jejai, pulang daripada bercuti di Thailand dan gosip lain berkaitan hubungan diaorang.

Kata Fasha, Nora mungkin tertekan apabila membaca gosip dia dan Jejai. Walhal keadaan sebenar, Nora tengah enjoy sakan dengan status barunya sebagai ibu kepada seorang anak lelaki yang comel.

Bukan itu saja, Nora sebenarnya masih disayangi lagi oleh Jejai kerana hubungan dia dan Jejai masih baik selepas kelahiran zuriat mereka.

Tambah pula, bekas ibu mertua Nora makin sayang kepada Nora dan cucunya. Hai, mana nak dapat bekas mak mertua baik macam tu yang jauh panggang dari api daripada Mak Dara dalam filem Ibu Mertuaku! Memang rezeki Noralah sebab hatinya putih.

Aku rasa Fasha cuba alihkan tumpuan wartawan dan peminat daripada cerita footage kantoi Melodi itu kepada isu tiba-tiba cuba bersimpati dan berbaik sangka pula kepada Nora sebab Nora sendiri tak pernah ambik pot pasal isu itu dan dengan siapa Jejai hendak kahwin kelak.

Atau dia sengaja mahu memanaskan semula nama nya yang telah "sejuk" dengan mengatakan yang dia sendiri rasa tertekan. Bukankah semua ini bermula dengan cerita kononnya fasha tertekan, diikuti dengan balasan dari nora danish yang tak heran dengan simpati fasha kepadanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 2:11 pm

Dina dalam jangan pandang belakang congkak

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Mppb_115

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Mppb_116
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 2:12 pm

Christian Sugiono sudah memeluk agama islam?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Christ10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Christ11


Christian Sugiono atau lebih di kenali dengan nama Tian, telah memeluk agama islam pada 31 oktober 2008 dan mengaku telah berkahwin dengan seorang pelakon, Titi Kamal pada awal februari 2009 di Australia.

Tian adalah pelakon filem TIPU KANAN TIPU KIRI.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 2:14 pm

Ikin dan fesyen terbarunya

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Mawi14

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Mawi212
Back to top Go down
juliana
Newbie
Newbie


Number of posts : 54
Age : 43
Location : aloq setaq
Registration date : 06/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 2:21 pm

Teks oleh Roslen Fadzil


KUALA LUMPUR, 15 Februari 2009: Sesudah menjalani pembedahan bypass jantung, ayah penyanyi terkenal Dato' Siti Nurhaliza, Tarudin Ismail, 67, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.50 pagi tadi (Ahad) di Hospital Ampang Puteri.


Allahyarham Tarudin, bekas anggota polis, meninggal dunia akibat serangan jantung serta komplikasi buah pinggang dan penyakit kencing manis.


Mengesahkan berita menyedihkan itu kepada murai.com.my, sebentar tadi, kakak ipar Siti, Rozie, berkata Allahyarham mengembuskan nafas terakhirnya di sisi isteri, Siti Salmah Bachik serta kesemua 8 anak-anaknya.



"Ayah meninggal dunia dengan tenang dan seolah-olah tahu dia akan pergi buat selama-lamanya. Dia juga sempat berkata, ibu (Salmah) akan kehilangan seorang sahabat dan Ayie tidak ada kawan lagi untuk memancing ikan.


"Selain itu, dia turut berpesan kepada Siti (Nurhaliza) agar janganlah menangis," kata Rozie dalam nada terharu.


Kata Rozie, Allahyarham telah menjalani pembedahan bypass jantung tetapi keadaannya bertambah kritikal sejak semalam.


"Pembedahan bypass jantung itu memang berisiko tinggi tetapi ayah sendiri yang mahukan pembedahan itu. Walaupun semua anak-anaknya tidak berani menurunkan tandatangan, ayah tetap rela dibedah. Apapun kami sekeluarga menerima ini sebagai ketentuan takdir," kata Rozie lagi.


Katanya, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di kediaman Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa di Bukit Antarabangsa, Ampang dan akan dikebumikan lewat petang ini.


Takziah dari murai.com.my buat keluarga Dato Siti dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke roh Allahyarham, amin...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 2:25 pm

Sarimah kembali dengan album baru?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Sarima10


IMPIANNYA untuk kembali mewarnai persada muzik tempatan tidak pernah padam. Meskipun Sarimah Ibrahim sudah mampu dilihat 'selesa' berada di dalam liga pengacaraan, dia tidak pernah meletakkan titik noktah terhadap karier nyanyian yang pernah bertapak dalam dirinya kira-kira sembilan tahun lalu.

Walaupun pernah mendapat kritikan ketika muncul dengan album sulungnya ketika itu, Sarimah yang pernah mendapat pengiktirafan sebagai Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik pada tahun 2000 ini tidak lemah semangat.

Setelah menyedari lagu popularnya dulu, Kini Kau Tiada dan Damai mula dimainkan semula di radio dan kembali mendapat sambutan, wanita berketurunan Melayu-Ireland ini mula terfikir untuk kembali melangkah ke bidang nyanyian.

"Masyarakat khususnya peminat muzik sudah semakin berfikiran terbuka. Apa yang saya perhatikan, penerimaan ramai terhadap muzik tempatan sudah semakin meningkat.

"Tidak seperti lapan tahun lalu ketika saya pertama kali hasilkan album. Pendengar tidak mampu menerima muzik yang saya ketengahkan ketika itu. Malah video muzik saya juga dikritik kononnya terlalu 'kebaratan'.

"Tetapi sejak tahun lalu, lagu saya kembali dimainkan semula di radio dan video muzik saya juga banyak disaksikan di Internet.

"Semua ini berlaku tanpa sebarang aktiviti promosi oleh sesiapa pun. Ini membuktikan pendengar sudah semakin bersikap terbuka dengan muzik tempatan," ujar Sarimah.

Menurutnya, dia mungkin akan tampil dengan sebuah single terlebih dahulu untuk melihat semula respon peminat terhadap bidang nyanyiannya sekali lagi.

"Semuanya masih dalam proses perbincangan. Sejujurnya, saya sendiri tidak pasti sama ada untuk terus tampil dengan album penuh atau single saja.

"Tetapi, mungkin single adalah yang terbaik untuk 'test' dulu pasaran dan lihat reaksi peminat memandangkan saya sudah lama tidak beraksi sebagai penyanyi, hanya muncul di kaca televisyen sebagai pengacara saja sejak lapan tahun lalu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 2:28 pm

Bapa Siti Nurhaliza meninggal

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Siti11


[SEMASA] PETALING JAYA: Ayah kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Allahyarham Tarudin Ismail, 67 meninggal dunia hari ini kira-kira pukul 11.50 pagi tadi.

Allahyarham Taruddin meninggal dunia akibat serangan jantung.

Beliau yang dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri sejak tiga hari lalu turut menghidapi penyakit buah pinggang dan kencing manis.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Salmah Bachik dan tujuh orang anak.

Menurut kakak ipar Siti, Rozi Abdul Razak, kematian tarudin disebabkan oleh kompilasi jantung setelah menjalani pembedahan by-pass.

Tambah Rozi, sebelum memasuki bilik pembedahan arwah sempat menitipkan kata-kata terakhir buat anak dan isterinya.

"Tiga hari lepas sebelum masuk bilik pembedahan Siti sudah menangis, namun arwah memujuk Siti supaya jangan menangis sebab katanya 'abah bukan nak mati lagi'.

"Selepas itu arwah pegang pula tangan isterinya dan kata 'lepas ini mak dah atak ada kawan'," kata Rozi.

Malah jelasnya arwah Tarudin sempat bergurau dengan suaminya, Saiful Bahari atau lebih dikenali sebagai Ayie.

"Arwah cakap pada suami saya, 'abang Ayie, nanti abang dah tak ada kawan untuk pergi memancing' sebab mereka selalu pergi memancing berdua," katanya.

Rozi berkata bagaimanapun semasa arwah dibawa masuk ke bilik pembedahan, semua ahli keluarga sudah redha dengan apa yang akan berlaku.

"Doktor juga dah minta kami supaya bersedia jika apa-apa berlaku.

"Jadi sewaktu arwar meninggal isteri dan semua anak-anak ada bersama dengannya," katan Rozi lagi.

Rozi berkata jenazah akan disembahyangkan di rumah suami Siti, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa.

Jenazah akan dikebumikan di Kuala Lipis.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 2:31 pm

Aditya: Kecelaruan hala tuju!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Abb110
Abby Abadi menuntut cerai setelah tidak tahan dengan kecurangan suami.


SELEPAS hampir dua bulan 2009 membuka lembarannya, boleh dikatakan industri hiburan Melayu masih belum menunjukkan sebarang perubahan. Mungkin terlalu awal untuk mengatakan perubahan atau perkembangan yang lebih positif berbanding 2008.

Tiada berita besar mengenai industri yang boleh kita banggakan sebagai industri. Cuma penangguhan konsert Rihanna, itupun bukan disebabkan timbal balas daripada kesan tragis yang berlaku di Semenanjung Gaza tetapi kerana masalah peribadi penyanyi Umbrella itu yang bersengketa dengan kekasihnya, Chris Brown.

Selebihnya industri Melayu masih dihidangkan dengan berita-berita sensasi seperti mana sensasinya dunia politik Perak hari ini. Tahun lalu, kisah peribadi artis yang menjadi bahan tulisan wartawan dan paparan media TV seperti pecah rekod kerana terlalu banyak. Kisah dalam kain lebih besar daripada pencapaian bakat mereka!

Baik yang baru membina masjid, tidak kurang juga ‘meruntuhkan’ mahligai itu lalu menjengah tangga Mahkamah Syariah menuntut kebenaran dan keadilan. Berita-berita ini mensensasikan lagi dunia hiburan Melayu yang belum ke mana pun.

Panjang kisah sensasi itu hingga terheret ke tahun ini. Kisah tiga jiwa yang kini menjadi empat – Abby Abadi – Norman Hakim – Memey Suhaiza – Zulkifli Ariffin terus menjadi jamuan media untuk para penggemar gosip dan cerita dalam kain artis.

Hampir tamat cerita talak satu Abby – Norman, Abby pula ribut dengan mesra belum cinta bersama Zulkifli yang sama-sama berlakon dalam Apa Itu Cinta dan Gerak Khas. Masing-masing tidak mengaku ada cinta di hati mereka tetapi menurut laporan media, mereka macam belangkas. Di mana ada Abby, di situlah ada Zulkifli.

Rita Rudaini dan mentua saling membalas kenyataan di media. Cerita cerai Aziz M Osman dengan wanita yang baru dinikahinya turut disensasikan di muka depan akhbar.

Kisah artis tidak lagi untuk ruangan yang dikhaskan untuk mereka, sebalik mencuri ruang di muka depan yang selalunya untuk orang politik berpolitik atau penjenayah ditembak mati.

Bagaimanapun inilah realiti pentas hiburan kita setakat ini. Pencapaian peribadi nampaknya terus menjadi perhatian masyarakat berbanding kejayaan sebenar hasil kerja seni yang berasaskan bakat.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Mem210
Kisah tiga jiwa yang kini menjadi empat – Abby Abadi – Norman Hakim – Memey Suhaiza – Zulkifli Ariffin terus menjadi jamuan media untuk para penggemar gosip dan cerita dalam kain artis.


Realitinya juga orang seni kita bagaikan ketandusan idea untuk ‘dijaja’ dalam media sedangkan dalam masa yang sama, mereka memerlukan publisiti yang menjadi pemangkin kepada populariti sambil memberitahu masyarakat yang mereka wujud di bumi seni hiburan.

Realitinya hari ini, bukan mudah untuk mempertahankan populariti itu lantaran kemasukan yang tidak terkawal bakat baru yang belum tentu bakatnya ke dalam kelompok artis. Apakah dalam hal ini, pihak media yang harus dipersalahkan kerana terlalu ghairah mencari berita? Sering kali juga hal yang sekelumit pun, apabila disensasikan oleh media massa, bisa menggegarkan seluruh pelusuk dunia seni.

Apakah ini caranya orang media bertanggungjawab dalam menaikkan nama artis atau lebih gempak lagi memartabatkan dunia seni.

Walau bagaimanapun perlu kita sedar yang bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

Bagaikan sireh bertepuk pinang menari, inilah juga media hiburan dengan artis. Mereka saling memerlukan, saling berpakatan dan saling bekerjasama walaupun ada yang bermasam muka serta berjauh hati.

Sesetengah anak seni pula, tidak pernah kisah cerita dalam kainnya disensasikan untuk menjadi bahan tatapan dan lawak jenaka penggemar. Kononnya pada anggapan mereka, peminat menyukai apa yang mereka perkatakan di dalam media.

Walaupun sebenarnya mereka gilakan publisiti waima dalam bentuk apa juga sekalipun.

Dalam mengejar dan mencipta publisiti murahan sebegini, golongan begini selalu terlupa yang bijak pandai pernah menyimpulkan kalau lagi banyak kita bercakap, lagi besar potensi untuk kita membuat salah atau tersilap cakap.

Mereka lupa yang berdiam menutup mulut adalah lebih baik daripada terus ‘menggalakkan’ penggemar hiburan Melayu ini mereka-reka fitnah yang tidak berkesudahan.

Mereka juga lupa yang dunia seni adalah bidang paling mudah untuk mendatangkan fitnah yang tidak bertepi sekiranya tersilap langkah. Biarpun sedikit tergelincir, ia mudah menjerumuskan ke arah kesesatan yang dalam.

Anak seni selalunya tidak hanya berbekalkan bakat dan rupa (yang sering dilabelkan sebagai pakej di Malaysia) malah mereka perlu memilik ‘pendinding’ dari segi kekuatan mental.

Kalau mental tidak kuat, jiwa mudah rapuh dan hati cepat terpengaruh. Nescaya psikologi diri terganggu yang memungkinkan kepada perbuatan yang tidak masuk dek akal.

Jiwa yang rapuh dengan gangguan anasir tidak sihat membentuk moral dan akhlak yang tidak baik. Jauh sekali untuk kita kaitkan dengan peranan anak seni sebagai ‘role model’ di sini.

Jauh! Ini kerana, manusia seni yang digambarkan sebagai manusia yang berjiwa sensitif ini tidak semuanya boleh dibuat contoh.

Tidak perlu Aditya lanjutkan kepada kelemahan psikologi dan kendiri warga seni ini kerana kita sedia maklum dengan pelbagai peristiwa artis di dalam industri.

Sekiranya kekuatan mental tidak ke mana, berlakulah kecelaruan hala tuju mereka sebenarnya di dalam industri.

Niat yang baik selalunya sering ada godaan, jadi mental mesti kuat dan jiwa harus besar. Lainlah awal-awal lagi mereka ingin menjadi anak seni untuk melacurkan diri!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 2:36 pm

GOSSIP!!:sapekah penyanyi ni???noryn ke???

Penyanyi top jadi bini ketiga kerabatSemakin kencang macam angin puting beliung bertiup mengenai statusseorang penyanyi popular ni.

Artis yang dimaksudkan ialah seorangpenyanyi yang pernah kahwin dan kini dah bergelar janda.

Mengikut ceritanya, artis berkenaan yang sedang bahagia denganseorang kerabat diraja ni dah nak tamatkan zaman jandanya tak lama lagi.

Sumber tersebut memberitahu Niezam, si artis dah pun pada tahap serius sehinggalah dia orang rancang nak kahwin.

Yang menjadi masalahnya si artis berkemungkinan akan diambil menjadi isteri nombor tiga kerabat tersebut.

¡°Memang mereka dah nak kahwin. Rombongan meminang dan menyarungcincin akan diadakan tak lama lagi. Minta semua wartawan intai-intaisikitlah,¡± kata sumber itu.

Intai? emmm... tak ada kerja nak intai. Tercabut biji mata barupadan muka. Kalau nak kahwin tu, bagi tahu la dengan jujur lagi senang.

Tak payah la kita orang nak intai celah pintu atau tepi tingkap.

Tambah sumber tu lagi, isteri pertama kerabat tersebut belum tahu suaminya ada hubungan dengan penyanyi berkenaan.

Bini yang nombor dua pula dah dapat menghidu berita itu tapi dia taktahu yang lakinya akan berkahwin dengan seorang penyanyi hebat keranasuami mereka tu pandai menyimpan rahsia.

Wow... jangan berlaku macam perang Iraq sudah! Yalah... orangperempuan kalau bergaduh lebih teruk daripada lelaki yang bertumbuk.

Niezam nak tanya si artis. Tak takut ke jadi orang nombor tiga?

aku teka noryn aziz...tp hebat ke die???atau penyanyi lain ni??? scratch
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 2:47 pm

Nikmat suami muda

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Mainpi64


KUALA LUMPUR: Selepas hangat dengan kes perceraian, kini muncul satu lagi ‘warna-warni’ dalam dunia hiburan tanah air apabila secara kebetulan dan tanpa dirancang ramai artis wanita memilih lelaki muda sebagai suami.

Berdasarkan pemantauan, lima artis dan seorang personaliti televisyen wanita memilih suami yang jarak usia jauh lebih muda berbanding mereka.

Menduduki senarai teratas trend berkahwin dengan ‘pucuk muda’ ialah pelakon, Rosnah Mat Aris, 54, yang memilih lelaki bujang, Tajul Efendie Isa, 28. Perbezaan umur di antara mereka ialah 26 tahun.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Rosnah10


Ini diikuti Khalidah Adibah Ahmad, 52, atau nama komersialnya, Aida Radzwil yang berkahwin dengan Joe Radzwill, 39, pada 2002 (beza 13 tahun).

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Aida11


Mereka disusuli pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar, 33, dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 22, (beza 11 tahun) melalui perkahwinan mereka yang mencetus kontroversi hujung tahun lalu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Rita10


Seterusnya, penyanyi dangdut, Rashidah Hamid atau lebih dikenali sebagai Sheeda, 40-an dan guru, Shukri Hashim 30-an (beza 10 tahun) serta personaliti TV3, Azizah Ariffin, 40, dan Eksekutif Pemasaran di Jabatan Pemasaran TV3, Mohd Khafairil Mohd Khalil 30, (beza 10 tahun).

Pasangan terbaru yang memasuki senarai ialah pelakon Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar, 30, dan koreografer popular, Linda Jasmine Hashim, 37 (beza tujuh tahun), yang selamat mendirikan rumah tangga semalam.

Rosnah ketika dihubungi berkata, tiada bezanya berkahwin dengan lelaki lebih muda kerana tanggungjawabnya tetap sama.

Kata Rosnah, dia berkahwin kerana jodoh dan bukan ada sebab lain yang mendorongnya memilih lelaki muda.

“Jika kahwin dengan lelaki sama usia atau lebih tua dari kita, ia tetap sama. Saya tiada masalah kahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda dari saya.

“Blue (Tajul Efendie) sangat matang walaupun usianya jauh lebih muda dari saya. Justeru, kami mempunyai persefahaman antara satu sama lain,” katanya.

Menurut Rosnah, dia bukan memilih lelaki lebih muda untuk ‘berseronok’.

“Kalau fikir nak seronok, baik saya tak payah kahwin. Perkahwinan memerlukan kita menjaga suami dan melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri,” katanya yang sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila pada awalnya menafikan berkahwin, sebelum akhirnya mengakuinya.

Rosnah berkata, kehidupan suami isteri yang dilaluinya sama dengan pasangan lain dan dia turut mengecapi bahagia.

“Walaupun masing-masing sibuk, dia (Blue) balik malam dan saya juga balik malam, tetapi kami memanfaatkan masa terluang bersama.

“Paling menyeronokkan, kami kerap meluangkan masa masuk ke dalam hutan untuk memburu. Ini pengalaman baru yang belum pernah saya lalui sebelum berkahwin dengannya,” katanya.

Sejak berkahwin dengan Blue, rezeki Rosnah nampaknya semakin bertambah apabila kini dia dan suami memulakan perniagaan produk kosmetik dan kolam ikan. Bagaimanapun, permintaan Metro Ahad untuk mengambil gambarnya bersama suami tidak dapat dipenuhi.

“Suami saya tak mahu glamor,” kata Rosnah.

Bagi Sheeda pula, tidak timbul perasaan bangga dalam dirinya apabila jodoh kali ketiganya ditakdirkan dengan seorang guru yang 10 tahun lebih muda darinya.

“Saya berkahwin dengan suami lebih muda bukan untuk berbangga, tetapi ia jodoh yang ditetapkan. Jika ada yang beranggapan saya mengamalkan petua tertentu untuk memikat lelaki muda, ia tidak benar kerana saya tidak berbuat demikian,” katanya.

Menurut Sheeda, perkahwinannya juga diibaratkan seperti ungkapan ‘cinta tak mengenal usia’ sambil memberitahu, bukan mudah untuk dia dan suami ke jinjang pelamin kerana mereka bukan saja mendapat tentangan keluarga, tetapi masyarakat.

“Lima enam bulan sebelum berkahwin, kami menderita juga. Saya perlu meyakinkan keluarga suami dan suami perlu meyakinkan keluarga saya.

“Saya juga perlu meyakinkan penduduk kampung suami yang pada mulanya memandang serong hubungan kami. Akhirnya berkat kesabaran, bukan saja keluarga suami, tetapi penduduk kampung suami merestui perkahwinan kami. Begitu juga keluarga saya,” katanya.

Sheeda berkata, kejujuran adalah faktor paling penting dalam menjamin kerukunan rumah tangga, apatah lagi apabila berkahwin dengan suami yang lebih muda.

“Kalau tak jujur, apa dilakukan memang tidak akan menjadi. Suami pula meyakinkan saya dengan memberitahu terimalah dia seadanya,” katanya.

Menurut Sheeda, perkahwinan dengan suami ketiganya bagaikan membuka lembaran baru dalam hidupnya.

“Sebelum ini saya bukan orang berniaga, tetapi dia bijak mengajar saya. Kini saya mampu mempunyai produk sendiri, iaitu Kopi Dangdut Kacip Fatimah dan album yang diedarkan sendiri tanpa perantaraan syarikat rakaman,” katanya.

Azizah pula menyifatkan umur hanya angka dan bukan faktor utama yang membolehkan perkahwinan itu berkekalan atau sebaliknya.

Menurutnya, ada isteri mendapat suami agak berumur tetapi tetap berpisah, dan kerana itu dia beranggapan faktor usia tidak boleh dijadikan ukuran keharmonian rumah tangga.

“Saya dan suami tidak pernah ada masalah berkaitan umur ketika mahu melangsungkan perkahwinan hinggalah kami disatukan sebagai suami isteri.

“Saya bersyukur suami seorang yang memahami dan tidak pernah menjadikan faktor umur sebagai tembok pemisah untuk kami hidup bahagia seperti pasangan lain,” katanya.

Menurut Azizah, dia dan suami percaya persefahaman, kesabaran dan perbincangan perlu ada dalam hubungan suami isteri bagi memastikan tiada pihak membuat keputusan yang boleh mengguris hati pihak lain demi keharmonian rumah tangga.

Pada masa sama, Azizah turut memaklumkan, mungkin lelaki muda menerima jodoh bersama wanita lebih berusia kerana sifat tertentu wanita berkenaan yang menambat hati mereka.

“Dalam hal suami saya, saya tahu dia pernah mempunyai teman wanita yang juga lebih berusia darinya.

“Mungkin dia mahukan wanita berusia kerana matang dalam pelbagai perkara. Saya pernah melayari bahtera rumah tangga dan ada sedikit pengalaman boleh digunakan untuk kebahagiaan kami bersama,” katanya.

Berkaitan pandangan masyarakat, Azizah berkata, jika diikutkan apa yang dikatakan oleh orang di sekeliling, pasti semuanya salah dan dia serta suami tidak mungkin bersatu.

Katanya, masyarakat ada sebab sendiri untuk memandang serong atau menyokong sesuatu perkahwinan membabitkan isteri lebih berusia dari suami.

“Ada rakan sekerja saya bercakap bukan-bukan di belakang saya ketika hari perkahwinan sudah hampir, tetapi saya buat tidak tahu kerana yang mahu berkahwin adalah saya, bukan mereka.

“Pada saya, yang penting dalam perkahwinan kami ialah kasih sayang suami isteri serta anak, restu keluarga, saling memahami selain yakin pada jodoh ditentukan Allah SWT kerana kita akan menjadi lebih baik dari semalam jika semua itu ada,” katanya.

Bagi Rita pula, dia pernah memaklumkan sebelum ini bahawa hati kecilnya sedikit pun tidak berdetik rasa kesal kerana baginya menjadi isteri kepada lelaki yang sangat dicintai ibarat mimpi menjadi kenyataan.

“Doa kami berdua akhirnya dimakbulkan Tuhan walaupun banyak rintangan perlu dihadapi membabitkan pelbagai perkara sepanjang tiga tahun bercinta,” katanya.

Suaminya, Aidil juga mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa dia tidak pernah memikirkan soal umur atau statusnya dalam memilih pasangan hidup, asalkan dalam diri wanita itu ada ciri-ciri yang dia mahukan.

“Saya bukan lelaki cerewet walaupun pada zahirnya ada yang membuat andaian begitu. Ada juga yang kata saya memilihnya kerana Rita artis popular.

“Bagaimanapun kalau hendak diikutkan, beristerikan orang popular lagi susah kerana tekanan dari luar lebih banyak. Cuma sepanjang tiga tahun mengenali hati budinya, Rita wanita yang berbeza berbanding gambaran mengenai selebriti yang sering kita dengar,” katanya.

Menurut Aidil, mereka ada beberapa persamaan seperti bersikap sederhana, tidak suka keluar rumah jika tiada urusan kerja dan pelbagai lagi.

Aidil juga yakin mahu memperisterikan Rita kerana dia wanita matang, memahami kerjaya dan dirinya.

“Tanggapan orang bahawa perkahwinan dengan artis tidak menjanjikan kebahagiaan berpanjangan, rasanya tidak benar kerana saya percaya keikhlasan dalam setiap hubungan akan menjadikan kita kuat untuk berdepan apa saja masalah,” katanya.

Bagi aktres, Aida Radzwill pula, hidup dengan berlandaskan hukum agama menjadi pegangannya dalam melayari kehidupan berumah tangga.

“Kahwin lelaki muda, sama usia atau lebih tua, cabarannya tetap sama. Kita perlu jujur dengan diri sendiri dan berpegang kepada ajaran Islam,” katanya yang meniti kehidupan bahagia bersama Joe kira-kira tujuh tahun.

Menurut Aida, dia bersyukur Joe memahaminya dan bersedia untuk mendengar kata-katanya.

“Walaupun dia lebih muda, sikapnya matang. Dia boleh mendengar kata-kata saya dan kami sentiasa berbincang. Segala keputusan dalam sesuatu perkara, kami lakukan bersama,” katanya yang kini bertudung.

Sementara itu, jika ‘rekod silam’ dijadikan perbandingan jarak usia paling jauh di antara suami dan isteri, ternyata Rosnah ‘tewas’ dengan pelakon drama Aripah Damanhuri yang kini berusia 60 tahun.

Ini kerana Aripah pernah berkahwin dengan lelaki bujang yang jarak usia 32 tahun lebih muda darinya.

Aripah berkahwin dengan Norhariman Muhamad pada 21 Mei 1999 ketika dia berusia 50 tahun dan suaminya berusia 18 tahun.

Bagaimanapun, jodoh mereka tidak berpanjangan apabila pada 24 Oktober 2008, mahkamah mengesahkan permohonan lafaz cerai yang difailkan bekas suaminya.

Info

> Azizah Ariffin dan Mohd Khafairil Mohd Khalil atau lebih dikenali sebagai Fairil dinikahkan pada 18 Ogos 2007 di kediaman Azizah di Bandar Utama.

> Rita Rudaini Mokhtar dan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak berkahwin di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008.

> Rashidah Hamid atau lebih dikenali sebagai Sheeda dan Shukri Hashim bernikah pada 7 Oktober 2008 di kampung Sheeda di Kampung Pasir Pekan, Kelantan.

> Rosnah Mat Aris dan Tajul Efendie Isa dinikahkan pada 13 November 2008 di Masjid Al-Khairiah, Taman Sri Gombak, Selangor.

> Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar dan Linda Jasmine Hashim dinikahkan pada 14 Februari di Restoran Bora Ombak, Jalan Ampang.


Last edited by sally_eiyna on Mon 16 Feb 2009, 9:24 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 4:25 pm

Selamat Pengantin Baru Que, Linda!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 21520010

KUALA LUMPUR, 15 FEB 2009: Konsep Bali Dalam Taman menjadi pilihan Tengku Iskhan Tengku Haidar atau Que Haidar, 29, dengan Linda Jasmine Murad Hashim atau Linda Jasmine, 36, sewaktu majlis pernikahan serta persandingan mereka diadakan di restoran Bora Ombak, Ampang, petang semalam.

Pemilihan konsep tersebut berjaya mencetuskan suasana penuh romantis dalam majlis bermakna bagi pasangan mempelai itu yang turut diadakan bersempena Hari Kekasih.

Lebih menarik lagi apabila putih turut dijadikan rona tema bagi keseluruhan majlis ini seolah-olah membawa simbol cinta suci yang telah termeterai antara mereka berdua sehingga menjadi suami isteri.

"Alhamdulillah kerana semuanya berjalan seperti apa yang dirancangkan. Saya juga bersyukur dan gembira kerana telah memperisterikan Linda dalam majlis yang disaksikan ramai tetamu ini.

"Pada awalnya, saya memang rasa sedikit gementar, seram serta gemuruh. Maklumlah bukan senang hendak berhadapaan dengan saat-saat seperti ini. Tapi, apabila segala-galanya selesai, saya rasa cukup lega.

"Saya berdoa agar perkahwinan ini akan kekal hingga ke akhir hayat. Saya tahu ramai di luar sana yang mungkin mempertikaikan tentang perbezaan usia saya dengan Linda. Tapi bagi saya, semua itu bukanlah halangan," kata Que kepada murai.com.my.

Apa yang Que ingin serlahkan kepada semua adalah dia sememangnya cukup menyayangi Linda dengan sepenuh jiwa.

"Atas sebab itu juga saya sanggup mengambil tanggungjawab untuk membesarkan anak Linda, Qalif, bersama-sama. Saya sayang Qalif sebagaimana saya sayangkan Linda. Saya juga sudah memikirkan banyak perkara tentang Qalif - tentang pelajarannya dan persekolahannya. Juga bagaimana untuk membesarkannya dan bagaimana kalau dia sudah ada adik nanti.

"Namun Qalif sememangnya anak yang bijak. Dia juga nakal tapi nakalnya itu adalah yang biasa pada kanak-kanak. Disebabkan kenakalannya itu, dia pandai membuatkan saya terhibur dengan gelagatnya," kata Que yang sentiasa diapit teman baiknya, pengacara Awal Ashaari.

Tentang pemilihan RM1,101 sebagai mas kahwin untuk Linda pula, Que berkata, ia tidak membawa apa-apa makna yang lain kecuali angka yang sering digunakan bagi kalangan kerabat diraja Kedah.

"Saya akui selepas berkahwin tanggungjawab saya sebagai suami akan menjadi lebih besar lagi. Saya harus membimbing Linda dengan sebaik-baiknya. Saya tidak pernah minta dia untuk pakai seksi tetapi apa yang lebih penting saya harap dia pandai menjaga diri, tingkah laku serta pandai menghormati saya, keluarga atau sesiapa saja.

"Saya rasa itu yang lebih penting," kata Que lagi yang mengakui cukup meminati keindahan pantai tetapi masih belum memikirkan destinasi berbulan madu mereka.

Linda mahu cepat-cepat timang anak lagi

Sementara itu Linda yang sentiasa kelihatan cantik dan anggun persis anak dara pula berkata, dia menyukai Que kerana dia seorang lelaki yang baik, jujur, tidak hipokrit, pandai melayannya dengan baik, suka membuat dia tertawa dan secara berseloroh akui, Que tahan mendengar dia membebel!

"Pendek kata, setiap kali bersama dengan Que, saya rasa cukup gembira. Dalam hubungan, saya rasa perkara itu cukup penting sekali. Tidak kira apa kelemahan atau kekurangan diri, kita haruslah terima orang yang kita cintai itu seadanya.

"Sebab itulah saya sedia untuk berkahwin dengan Que. Malah saya juga sudah bersedia untuk menimang anak lagi . Kalau boleh, saya mahu dapat anak secepat mungkin," katanya yang memilih teman baiknya pengacara jelita, Shasha Bashir sebagai pengapit.

Que dan Linda telah dinikahkan oleh jurunikah Abu Sapian Jasin di Bora Ombak, kira-kira jam 5.40 petang. Majlis pernikahan mereka bagaimanapun menimbulkan sedikit kecoh apabila lafaz pertama yang diucapkan Que dianggap tidak sah kerana tidak menyebut nama bapa Linda.

Terdahulu, Abu Sapian tersasul menyebut jumlah mas kahwin RM1,101 yang diberikan pihak lelaki kepada pihak perempuan menyebabkan lafaz pertama tersebut terpaksa diucapkan semula.

Hanya menerusi lafaz kedua, barulah Que dan Linda yang sama anggun dengan busana rekaan Datuk Sharifah Kirana, akhirnya sah disatukan.

Majlis persandingan pasangan ini kemudian diadakan sekitar jam 9 malam di tempat yang sama yang mana, kali ini menyaksikan Que dan Linda mengenakan baju pengantin rekaan Lord's Tailor serta Syaiful Bahrim.

Upacara tepung tawar serta makan beradab turut disertai keluarga kedua-dua pihak. Keluarga Que datang dari Kedah dan Johor, manakala Linda pula dari ibu negara. Majlis perkahwinan Linda dan Que ini turut dibantu oleh sepupu Linda, penyanyi Jeslina Hashim.

Acara potong kek 7 tingkat yang ditaja Blooming's Cake pula menyaksikan Que dan Linda mengenakan pakaian rekaan Lord's Tailor dan Calvin Thoo. Majlis perkahwinan mereka ini turut mendapat tajaan Habib Jewels.

Sebelum ini, murai.com.my adalah media pertama yang melaporkan Que dan Linda akan berkahwin pada 14 Februari 2009 dan pernah menyiarkan video eksklsusif Que membelai rambut Linda di luar set program Sehati Berdansa 2, hujung tahun lalu. Gara-gara video itu, maka terbongkarlah hubungan percintaan mereka dalam Internet dan akhbar.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 4:27 pm

Cincin Dah Beli, Tapi Belum Nikah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 21320010

Selepas tertanya-tanya status wartawan hiburan Berita Minggu, Suzan Ahmad (gambar atas) dan Tiar Jinbara, akhirnya Murai Batu mendapat jawapan sahih tentang hubungan mereka sama ada dah berkahwin atau belum.

"Mereka tu belum kahwin tapi sedang membuat persiapan ke arah itu. Kalau nak tahu, pada 31 Januari lalu, pihak Tiar hendak datang merisik Suzan di Melaka tetapi tarikh itu pula bertembung dengan majlis amal Tabung NSTP Untuk Gaza di Amcorp Mall, PJ. Suzan kena bertugas dan macam mana keluarga Tiar nak berkenalan dengan tuah tubuh.

"Jadi kena tetap satu tarikh lain pula. Tapi barang persiapan kahwin mereka telah pun dibeli dan cincin kahwin juga sudah ada. Tunggulah nanti pengumuman daripada Tiar dan Suzan sendiri," kata sumber yang cukup rapat dengan Suzan.

Suzan, 33, ibu tunggal tiga anak, dan Tiar, 39, telah bercinta sejak tahun lalu. Suzan adalah wartawan akhbar sisipan B*Pop dan pernah mendirikan rumah tangga manakala Tiar belum pernah berkahwin.

"Kalau nak tahu lagi, lagu Patri nyanyian Jinbara itu ditujukan untuk Suzan," kata sumber itu lagi.

Nampak gaya meletus lagilah satu gosip tentang hubungan wartawan hiburan dengan artis. Sebelum ini kecoh sekejap apabila Editor Harian Metro, Adam Salleh putus kasih dengan Darling Ngasri.

Tapi sebelum ini memang ada rekod wartawan hiburan berkahwin dengan artis, antaranya Rozie (Utusan Malaysia) & Ayie Dato CT; Muzlina Abu Bakar (URTV) & pelakon Yusof Wahab; Eena Houzaima (NST) & penyanyi Yassin Mimpi Laila, Jaja (Karangkraf) & Zaff VE serta Terrina Hussein (Malay Mail) & Emmet Butterfingers.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 4:31 pm

Semarak kasih Fazley & Azrene

kEDATANgAN TAhuN 2009 AMAT bERMAkNA buAT PENyANyI DR. FAZLEy. LENgkAPLAh SuDAh kEhIDuPANNyA SEbAgAI SEORANg LELAkI, SuDAh PuNyA ISTERI DAN ANAk. hIDuPNyA bAhAgIA DENgAN kEhADIRAN DuA INSAN TERSAyANg INI DI SISINyA.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Terkin17


“Sukar untuk saya membayangkan perasaan gembira, rasa syukur dan terharu selepas saya bergelar seorang bapa. Kadang-kadang saya rasa s eperti tidak percaya yang saya kini bapa kepada seorang bayi lelaki yang sangat comel,”jelas Fazley ketika ditemui di kediaman keluarganya yang terletak di Bukit Damansara.

Sambil menunggu wajah isterinya Azrene Soraya Abdul Aziz dirias oleh juru solek bagi menghiasi muka depan MW, sempat berbual panjang bersama Fazley. Belum terlambat juga untuk bertanya kepada papa baru ini tentang azamnya sempena kedatangan tahun 2009 yang baru menjengah.

“Ketika masih bujang, azam saya lebih kepada diri sendiri tetapi selepas berkahwin, ia lebih merangkumi isteri dan juga anak kami. Sempena tahun 2009 ini saya berazam untuk menjadi seorang papa yang sempurna. Saya ingin mendidik anak saya dengan memberikan kasih sayang yang secukupnya tetapi dalam masa yang sama kasih sayang saya kepada isteri tetap mekar sebagai penghargaan kerana mengandung dan melahirkan anak saya ke dunia ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Terkin16


Saya mahu mengekalkan kasih sayang kepada Azrene sama seperti sebelum kehadiran anak kami, Payish,” ujarnya. Dalam pada itu kata Perunding Motivasi bagi program Gadis Melayu dan Gang Starz ini kehadiran Ahmad Fariedz Shah atau panggilan manjanya dalam keluarga, ‘Payish’ merupakan pengikat kasih sayang antara dia dan isteri.

“Sebab itulah antara azam saya yang paling utama untuk tahun 2009 ini ialah untuk membina keluarga bahagia di dunia dan di akhirat. Dalam usia begini, Payish memerlukan sepenuh perhatian daripada saya dan Azrene. Sejak dari dalam kandungan lagi saya dan Azrene selalu membacakan ayat-ayat Al- Quran. Hasilnya apabila Payish lahir ke dunia, dia menjadi lebih tenang dan mudah diuruskan. Memang nampak keberkesanannya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Terkin15


“Sehingga kini setiap kali malam Jumaat, saya akan membacakan surah Yassin. Saya akan letak Payish di sebelah saya agar dia dapat mendengar bacaan surah Yassin yang saya baca itu. Tidak dapat dinafi kan bahawa selepas dapat anak, perancangan hidup saya juga berubah. “Apabila sudah menjadi seorang papa, saya dapat merasakan perasaan yang cukup indah sekali.

Melihat wajah si kecil terasa tenang. Hilang segala stres dan juga rasa penat pabila menatap wajah zuriat yang menjadi pewaris hidup kita. Kalau boleh saya hendak hadkan untuk berlakon dan kalau shooting pun saya ingin elakkan daripada pergi ke luar daerah dan jika tidak dapat mengelak saya usahakan untuk pulang pada hari itu juga,” kata Fazley yang juga peng acara program 3 hari 2 malam.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 4:33 pm

Erti Perkahwinan buat Ummi dan Nabil

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Mukade10 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Cvr_pp10


Gandingan dua teruna dan nan satu ini cukup memeriahkan sesi penggambaran di padang ragut Universiti Putra Malaysia, Serdang pada pagi itu. Ummi Nazeera yang datang sejak awal disolek terlebih dahulu sementara menanti Nabil sampai. Ternyata bila mereka berdua digandingkan, suasana cukup santai sesekali diselitkan dengan lawak dari Nabil yang sememangnya dikenali dengan sikapnya yang suka berjenaka. Biarpun baru baru persua pertama kali namun mereka mampu mem-bangkitkan suasana meriah dengan pelbagai usikan serta giat menggiat antara satu sama lain.

Untuk sesi foto penghias muka depan kali ini, Pesona Pengantin menampilkan konsep perkahwinan dalam taman, Ummi kami dandan sebagai gadis sunti yang cukup santun manakala Nabil agak kaku dan malu-malu pada mulanya kembali yakin sebagai ‘bakal pengantin’. Ikuti cerita mereka berdua tentang cinta dan perkahwinan.

Aktiviti anda sekarang?

UMMI: Terlibat dalam pengambaran drama “Klon Teja” 26 episod, terbitan Tall Order . Pengambaranya pula di sekitar Kuala Lumpur. Dalam siri drama itu, Ummi memegang watak “Hana” seorang gadis yang mempunyai kuasa yang luar biasa.
NABIL: Sekarang ini, saya sibuk dengan penggambaran filem terbaru, ‘Kecoh Betul’ dari terbitan White Merpati Entertainment dan filem kedua ‘Momok The Movie’. Antara program Tv yang saya dikendalikan ialah Studio Nabil (TV9), Pondok-Pondok (TV9), Ewah-Ewah (TV3), Hartamania (TV9) dan Lu Pikir La Sendiri Nabil@ Sesion 2 (Astro Prima).

Erti perkahwinan buat anda?

UMMI: Perkahwinan adalah satu perkongsian yg memerlukan tanggung jawab dan pengertian. Namun demikian, buat masa ini soal perkahwinan masih jauh dari lingkup pemikiran.
NABIL: Dua insan yang saling memerlukan antara satu sama lain serta di satukan untuk membina rumah suci Allah (masjid) menjadi satu ikatan perkahwinan. Juga, wajib berkahwin untuk menyambung zuriat yang sihat dan beriman.

Apakah yang menarik tentang Nabil bagi pandangan Ummi?

Nabil seorang lelaki yang kelakar, peramah, baik, bertolak ansur serta senang bekerjasama.

Apakah yang menarik tentang Ummi bagi pandangan Nabil?

Bagi saya, Ummi adalah seorang wanita yang cantik, peramah, sempoi serta senang untuk bekerja sama dalam apa jua bidang. Adakah Ummi akan tetap di dalam industri ini selepas bergelar isteri? Serta apakah perancangan masa depan Ummi? Untuk berada di dalam industri ini selepas bergelar isteri nanti, Ummi bergantung kepada keadaan. Manakala perancangan untuk masa depan pula ialah, membantu mama dalam perniagaan. Ummi juga ingin terus perkembangkan bakat Ummi dalam bidang seni kerana bagi Ummi seni itu adalah sesuatu yang indah.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeSun 15 Feb 2009, 4:37 pm

Engku Emran dedah perangai Erra Fazira

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Cover112Kehadiran cahayamata dalam sesebuah perkahwinan memberikan makna besar kepada insan bergelar suami isteri permata hati disambut riang gembira. Saban hari bertukar ganti, daripada telapak kaki sebesar dua jari hingga mulai belajar berdiri sendiri.

Begitu juga dengan berita gembira yang dimaklumkan Engku Emran dan Erra Fazira di dada media tentang usia kandungan Erra yang ketika itu sudah mencecah tiga bulan. Perkhabaran gembira tersebut sudah tentunya dinanti-nantikan oleh ahli keluarga serta peminat yang tidak henti-henti mendoakan pasangan bahagia, Emran dan Erra dikurniakan cahayamata. Terkini, pertemuan penulis dengan Engku Emran dan Erra Fazira di ‘Malam Puisi Demimu Palestin’ merungkai pelbagai kisah pasangan bahagia ini yang sedang membilang hari menanti kelahiran bayi sulung yang dijangka akan dilahirkan pada bulan Mac ini.

MH : Perkembangan terkini...

ERRA : Sekarang ini saya sudah mula berehat memandangkan keadaan saya sekarang ini yang sedang sarat mengandung. Sekalipun sedang berehat, saya masih aktif menghadiri beberapa kursus yang tidak dapat dilakukan sebelum ini seperti menjahit baju dan manik, belajar buat kek dan menulis skrip.

EMRAN : Baru-baru ini kami sibuk dengan lelong barangan artis yang hasilnya akan didermakan pada rumah kebajikan. Bulan Februari ini pula, Suria.FM membuat peraduan menawarkan hadiah wang tunai kepada pendengar.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeMon 16 Feb 2009, 9:00 am

Siti sayu dan Hiba

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 21520011


Ketika ditemui di kediamannya di Bukit Antarabangsa, petang tadi Siti kelihatan terlalu hiba dan sayu dengan pemergian ayahnya kerana sikap Allahyarham sendiri yang sentiasa ceria, bersemangat dan berfikiran positif hinggalah ke saat-saat akhir sebelum beliau dibedah.

"Siti dan semua adik beradik sempat bertemu abah buat kali yang terakhir sebelum abah dibedah di Hospital Ampang Puteri, Jumaat malam lalu. Walaupun abah sakit, dia masih sempat berjenaka dan berbual seperti biasa dengan Siti. Dia berpesan supaya Siti jangan banyak sangat menangis.

"Siti tak sangka rupanya abah hendak pergi buat selama-lamanya. Siti redha dengan pemergian abah walaupun Siti telah kehilangan seorang abah yang tiada gantinya di dunia ini. Sekurang-kurangnya abah telah melihat kejayaan Siti dari mula hingga ke saat ini," kata Siti. Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa juga kelihatan sibuk mengendalikan segala persiapan bagi menyempurnakan jenazah.

Turut kelihatan adik beradik Siti yang lain termasuk Ayie, Saidah, Saerah dan Ali. Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob turut hadir memberikan penghormatan yang terakhir selain rakan artis seperti Datuk Shah Rezza, Erma Fatima, Noniswara dan produser filem Zaiton Mohd Jiwa yang juga kakak ipar Siti.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa pulang dengan sebuah ambulans ke Kampung Tempoyang di Kuala Lipis, Pahang untuk dikebumikan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitimeMon 16 Feb 2009, 9:05 am

Fida Nafi Cuba Tipu Masyarakat

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 21320011


Apabila juara pertandingan Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007, Rafidah Hj Ibrahim atau Fida mengakui baru-baru ini bahawa dia sebenarnya saudara pangkat sepupu kepada penyanyi tersohor, Dato' Siti Nurhaliza Tarudin, ramai peminat terkejut dan menganggap mereka telah tertipu selama ini.

"Fida rasa dah sampai masa Fida jelaskan semuanya. Pertama sekali Fida sendiri tidak menyangka bahawa kami rupa-rupanya ada pertalian saudara. Ini kerana arwah Pakcik Taruddin (ayah Dato' Siti) ada hubungan saudara dengan ibu Fida (Hajah Norimah Derani) tapi mereka sudah lama renggang daripada keluarga gara-gara bertugas dulu.

"Bukan itu saja, ada seorang makcik Fida juga berkahwin dengan pakcik Dato' Siti. Namun semua persaudaraan ini tidak pernah pun Fida bincang dengan Dato' Siti. Kebetulan ketika pertandingan anjuran Pantene itu, Fida telah memakai tudung menyebabkan Dato' Siti tidak perasankan Fida walaupun Fida pernah berjumpa beliau sebagai peminat ketika tidak bertudung dulu.

"Selama ini Fida tidak pernah mendedahkan hal ini - sama ada mengiya atau menafikannya. Orang juga tidak pernah bertanya Fida hal ini.

"Bagi Fida, segala kemenangan Fida dalam pertandingan itu dulu bukannya pilihan Dato' Siti secara 100 peratus. Ia bergantung kepada keputusan penganjur dan undian SMS. Kalau Fida nak tumpang populariti Dato' Siti, dari awal-awal lagi Fida dah cakap Fida saudara pangkat sepupu kepada Dato' Siti.

"Fida harap pengakuan ini menjawab segala tuduhan yang mengatakan semua ini ada pakatan atau konspirasi. Alhamdulillah, selepas pertandingan itu, barulah Fida ceritakan kepada saudara-mara Dato Siti tentang hal sebenar dan kami semakin akrab.

"Sekarang, Fida juga semakin rapat dengan Ali dan Kak Rozie," jelasnya
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 3 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 3 of 20Go to page : Previous  1, 2, 3, 4 ... 11 ... 20  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions