|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 2:44 pm | |
| Fara bukan lesbianAssalamualaikum, Fara saya adalah salah seorang peminat Fara. Saya mempunyai beberapa soalan yang barangkali ada peminat lain yang tertanya-tanya tentang perkara yang sama. 1. Bila agaknya Fara akan cuba watak lakonan yang lebih berkarakter, seperti sedih, seram atau apa-apa yang berlainan? 2. Betul ke saya dengar ada orang cakap yang Fara ni lesbian? Nak minta komen sikit la... Maaf jika soalan ini mengguris hati Fara. 3. Apakah rancangan Fara untuk masa hadapan, adakah Fara ada menceburkan diri dalam bidang lain contohnya perniagaan? 4. Sejak persandingan olok-olok Fara tahun lepas, ramai yang nampak keserasian antara Ally dan Fara. Peminat Fara faham yang jodoh adalah sesuatu yang tidak boleh dipaksa, apa pendapat Fara? Apa pun pendapat Fara, saya mengharapkan yang terbaik untuk Fara. All the best! n Fazlin Muda, Selayang, Selangor. Fara Fauzana 1.So far takde lagi produser atau pengarah yang nak bagi peluang macam tu untuk jalan cerita yang penuh. Maksudnya kalau kita tengok cerita tu dari A-Z asyik sedih je. Tapi jangan lupa untuk saksikan Gadis Cuci di Astro dan filem Jin Notti yang mana FF (Fara Fauzana) akan lain daripada yang lain. Awak nak terbitkan drama jangan lupa panggil saya ya. 2. Sikit pun tak mengguris hati. Benda ini dah lama FF tak dengar bukan apa sebab dari dulu lagi orang pernah bercakap benda yang sama. Mungkin sebab FF datang dari sebuah sekolah yang perempuan dan sifat luaran pula kasar berbanding kawan-kawan yang lain. Malah disebabkan FF tiada gosip cinta dengan mana-mana lelaki juga membuatkan mereka berfikir begitu. Mungkin disebabkan itu. Biarkan la mereka dengan andaian mereka dan yang penting kita kenal sapa diri kita. Jadi, lepas ni awak jangan pegang tangan perempuan tau. Nanti takut orang cakap awak macam "L" pula hahaha... Gurau je. 3. Mungkin tapi lebih kepada membuat sumbangan kepada bidang kebajikan. Insya Allah. Emmm awak nak beri sumbangan sikit untuk tujuan ni ke? Heheh nanti FF bagi nombor akaun bank yea 4. Setuju...! Hahahaha... Akhirnya ada yang faham apa yang saya rasa. Tapi tidak benar andai awak ingat si Ally tu tidak menepati ciri-ciri lelaki idaman saya. Cuma pada saya dia saya dah anggap sebagai abang yang nakal dan suka mengusik. Kalau awak nak tahu kalau kita keluar makan, FF yang akan sibuk bagi tahu kalau-kalau ada perempuan yang sesuai untuk dia. Dia tu tak boleh tengok perempuan cantik. Haha. Sorry abang Ally. Awak ada nombor telefon? Single lagi? Boleh saya kenalkan dengan abang Ally. Serah jodoh pada TuhanAssalamualaikum Fara Fauzana, sata merupakan peminat Kak Fara diharap menjawab semua soalan saya. 1. Berapa tahun Kak Fara mengalami masalah kegemukan? Adakah sejak kanak-kanak ? 2. Adakah Kak Fara mendahului bidang lakonan kemudian sebagai penyampai radio kerana kemunculan di dalam Mangkuk Tingkat dan Fatamorgana? 3. Apakah perkembangan terkini dalam bidang lakonan selain sitkom Fara? 4. Kak Fara mengatakan tahun 2007 berazam mencari kekasih, adakah sudah mempunyai calon? n Jefrrishah Charlie , Kluang, Johor. Fara Fauzana 1. Sejak kecil saya tergolong dalam kategori kanak-kanak Somalia hehehe. Sebab kurus sangat. Bila masuk sekolah menengah la bermulanya saat kejadian dan pembentukan budak gemuk FF sehingga mencecah 65KG. Berat awak sama kan? 2. Ya. Sebab FF dah terdedah dengan dunia kamera TV sejak kecil kerana abang FF, Ahmad Fazrideen yang mula-mula terjun ke dalam bidang ini sebagai pelakon iklan kanak-kanak. Awak tengok drama Fatamorgana? Wuaaa kiranya awak tahu la betapa beratnya FF dulu huhu. 3. Baru sahaja habis dengan pengambaran drama bersiri Gadis Cuci 13 episod yang bakal ditayangkan di Astro tidak lama lagi. Menunggu waktu untuk tayangan filem pertama Jin Notti huhuh. Gemuruh la. Nanti kita ajak Jinbara tengok sama-sama ok 4. Hampir ada. Tapi tidak kesampaian kerana hanya gosip yang keluar di akhbar. It's ok, FF percaya pada jodoh dan berserah pada-NYA untuk menentukan bila dan dengan siapa. Awak ada abang ke? Hahahaha Ada orang menyamarAssalamualaikum dan terima kasih banyak-banyak kerana menjawab soalan saya ini. Saya ini adalah peminat nombor satu Kak Fara. 1.Kak Fara ada e-mel, myspace atau friendster tak? 2.Kak Fara tiada teman lelaki atau teman istimewa ke? n Ain Azlina, Subang Jaya, Selangor. Fara Fauzana 1. Takde. Kalau ada pun itu semua auta. Awak tolong bagi tahu kawan-kawan yang lain ye. Itu semua orang mana yang menyamar. Tapi kalau awak tak suka menyamar boleh e-mel kat FF - farafauzana@hotfm.com.my 2. Takde. Mungkin disebabkan FF ada ramai kawan karib lelaki kot sebab itu susah nak ada yang special. Tapi saya suka burger special. Awak nak belanja saya? Suka lagu tradisionalAssalamualaikum. Moga kakak Fara Fauzana sudi menjawab soalan saya. 1. Antara penyampai radio, pengacara dan berlakon mana satukah bidang yang betul-betul melekat di dalam jiwa Kak Fara? 2. Apakah kakak Fara punya bakat dalam bidang nyanyian ? 3. Apakah genre lagu yang diminati oleh kakak Fara? n Noridawaty Mamat Shah Alam, Selangor. Fara Fauzana 1. Radio sebab headphone memang kena dilekatkan di telinga kemudian baru boleh mulakan kerja. Orang cakap kalau dengar di telinga akan terus ke jiwa. Kalau awak tak percaya cuba lekatkan headphone tu kat telinga dan dengar Lagu Jiwa Lagu Cinta. 2. Huhuhuh, I wish. Tapi ada bakat untuk nyanyi dan meniru lagu dan suara penyanyi lelaki terutamanya kumpulan Exist dan Awie. Hahaha, jom karaoke. 3. Jangan terkejut. FF ni suka layan lagu-lagu berunsur tradisional, macam gamelan, dikir barat dan apa-apa la yang berunsur macam tu. Selain tu suka juga irama R&B dan balada. Kena perasan kalau nak cantikAssalamualaikum dan terima kasih kerana menjawab soalan saya. 1. Macam mana Kak Fara mengekalkan kecantikan supaya sentiasa nampak 'maintain' gitu? 2. Berat badan Kak Fara berapa? 3. Kak Fara berasal dari mana, sebab Kak Fara punya suara serak-serak basah la. n Nur Alia Anis, Puchong, Selangor. Fara Fauzana 1. Nak kekal nampak cantik senang je. setiap hari awak kena perasan je yang awak seorang cantik hahaha. Mmmm awak cantik ke? 2. Lebih berat daripada awak. 3. Huh? Asal akan menentukan suara ke? Huhuhu FF asal dari perut mama FF. mungkin masa mengandung tu dia baru lepas menjerit-jerit dan suara dia pun masa tu tengah serak sebab banyak batuk. Malas nak bersolekAssalamualaikum, Kak Fara Fauzana. Terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya. 1. Apakah nama sebenar Fara Fauzana? 2. Siapakah idola Kak Fara dalam bidang seni? 3. Apakah dugaan paling mencabar sepanjang bergelar anak seni? Akhir sekali, saya berharap Kak Fara akan terus berjaya dalam apa juga yang dilakukan. saya sentiasa menyokong Kak Fara. n Insan Terbilang, Kuala Lumpur. Fara Fauzana1. Nama Fara Fauzana la. Kenapa? Tak percaya ke? Insan Terbilang tu nama sebenar awak ke? Tett! 2. Mestilah Ziana Zain sebab warna kulit kami sama. Kulit awak pun sama dengan kita orang ke? Join the club. 3. Dugaan untuk menjadi cantik je. Huhuh bukan apa, FF ni jenis yang sempoi. Pergi kerja memang malas nak bersolek sampaikan ada yang cakap FF ni tak mandi pagi la. Awak pandai bersolek tak? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 2:48 pm | |
| Ujian rumah tangga Mawi & EkinHari ini sudah lebih dua bulan usia rumah tangga Mawi selepas dia mendirikan rumahtangga dengan Ekin pada 20 Disember tahun lalu. Melewati perjalanan hidup sebagai seorang suami isteri akui kedua pasangan ini segala-galanya berbeza. Dan selepas tarikh keramat mereka disatukan, barulah Mawi atau namanya Asmawi Ani,28, merasai nikmat sebenar bergelar seorang suami. Begitu juga Ekin yang nama sebenarnya Nora’ Asikin Rahmat,30, turut mengakui pengalaman hidup menjadi pasangan suami-isteri adalah perkara yang amat berbeza. Dalam tempoh dua bulan itu, tipulah kalau kehidupan itu tidak diuji. Bak kata Ekin, sedangkan lidah seringkali tergigit, inikan pula selepas bergelar suami isteri. Tak dinafikan dalam mencari keserasian dalam berumahtangga itu, terdapat juga beberapa perkara yang tak kena. Kadang-kala ada juga mereka tidak sependapat. Tetapi bagaimana untuk mengatasi segala macam masalah itu terletak kepada mereka berdua bagi menyelesaikannya. “Ekin tak nafikan kadang-kadang ada juga kami gaduh. Gaduh-gaduh manja je. Ala... hidup suami-isteri biasalah. Lidah lagikan tergigit inikan pula kami. Tapi yang seronoknya bila ada masalah, kami dapat atasi benda tu dengan baik,” ungkap Ekin. Di saat mendengar kata-kata itu Mawi terus tersenyum sambil mengangguk-angguk kepalanya sebagai tanda mengiyakan kenyataan isteri tersayang. Sebagai seorang isteri, Ekin mengakui kehidupannya agak sibuk jika dibandingkan semasa mereka berada di alam percintaan dulu. Menjadi kemestian, setiap pagi Ekin akan menyediakan sarapan pagi untuk Mawi selain turut memasak untuk makan tengah hari. Secara terus terang kata Ekin dia amat bersyukur kerana Mawi bukan seorang yang memilih. Dia akan makan apa saja yang akan dihidangkan Ekin tanpa banyak merungut. Jelas Ekin, tanggungjawab sebagai seorang isteri berbeza kerana kerjanya setiap hari untuk memastikan rumah tangga mereka sentiasa harmoni dan terurus. Antara aktiviti Ekin jika berada di rumah ialah melakukan kerja-kerja mengemas, membasuh dan juga memasak. Sementara Mawi pula pada setiap pagi akan memastikan kolam ikan diluar rumahnya berada di dalam keadaan terjaga selain memastikan landskap rumah kelihatan cantik. Walaupun hanya tinggal berdua, mereka tidak gemar untuk keluar makan di luar kerana lebih selesa untuk berdua-duaan di rumah. Dan yang lebih penting Mawi sendiri lebih senang jika dia tidak diperhatikan orang berbanding terpaksa melayan orang ramai ketika dia mahukan privasi ketika di luar. “Tak selesa sangat kalau nak makan kat luar. Orang asyik pandang je. Kalau kat rumah tu boleh la buat apa saja. Kadang-kadang nak juga suasana yang lain,” kata Mawi. Tambah penyanyi itu, dia akui hidupnya sekarang lebih teratur apabila ada orang tolong sediakan segala-galanya setiap hari. Impikan anak kembarTeringin untuk mengandung, kata Ekin dia menyerahkan kepada Allah untuk memberikan zuriat kepada mereka. Bagi Ekin jika sudah sampai rezeki, dia akan menerimanya dengan syukur kerana dalam usia yang sudah mencecah 30 tahun ini, adalah elok mereka dikurniakan penyeri dalam rumah tangga. Bagi Ekin, dia mengimpikan anak kembar kerana mahu merasai bagaimana susah ibunya mengandungkan dia dan adiknya Ain dulu. “Ekin kalau boleh mahu anak kembar. Nak rasa sangat macam mana emak Ekin dulu bersusah dan menjaga kami berdua, puteri kembarnya,” kata Ekin. Mawi dan Allah HabibiSiap merakamkan album terbaru ini sebelum berumahtangga, Mawi amat gembira kerana album Allah Habibi telah terjual melebihi 10,000 unit sejak dipasarkan pada bulan lalu. Allah Habibi merupakan kesinambungan kepada album Qasidah Berzanji dan Doa yang dihasilkan sebelum ini. Allah Habibi memuatkan lapan lagu termasuk dua lagu yang digubah semula. “Kalau album lepas ada doa dan qasidah tetapi kali ini kami menyajikan semua lagu berunsur ketuhanan. Cuma kami gubah semula lagu Seroja dan Tola’al Badrul Alaina,” katanya. Lebih menarik album ini menampilkan satu kelainan dari segi muzik dan ternyata menguji kemampuan Mawi. Katanya, antara lagu yang wajib didengar ialah Allah Habeebi yang dihasilkan oleh Farihin. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 2:52 pm | |
| Intan: Dari Penyanyi Ke Tukang Masak Sejak mendirikan rumahtangga empat bulan yang lalu, Intan Sarafina lebih senang memberi keutamaan pada suami dan keluarga. Maklumlah, bukan mudah mengalas tanggungjawab sebagai seorang isteri. Masa juga diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan peranan baru. Menurut Intan yang di temui di majlis pelancaran drama terbarunya, ‘Yusuff’ semalam, sebagai satu pasangan, kini semua keputusan tidak boleh dibuat sendirian tanpa berbincang dengan suami. Kebenarannya perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu. Selain itu, perlu dipelajari cara memasak. “Sebelum ini, Intan tak berapa pandai masak sebab tak perlu masak untuk sesiapa. Tapi bila dah jadi isteri orang, Intan perlu belajar. And actually sekarang ni, Intan sudah mula minat memasak. Bolehlah masak asam pedas, kari … Suami Intan tak memilih. Apa saja Intan masak dia makan as long as Intan yang sediakan. "Intan pun suka dapat masak untuk dia. Selepas sehari penat bekerja, ada juga hidangan panas menantinya bila dia balik rumah. And he appreciates it. Takde yang susah jika you betul-betul nak buat,” katanya yang merancang untuk berbulan madu dengan suami pada penghujung bulan Mac ini. Lokasinya masih belum ditetapkan. Hidupnya kini lebih bermakna dengan kehadiran suami tercinta di sisi. Dan walaupun pada masa terdekat ini tiada dalam perancangan untuk menambahkan bilangan ahli keluarga, Intan dan suami sedia menerimanya jika ditentukan ia rezeki mereka. Bagaimana pula dengan karier seni Intan? Akan dilepaskan begitu saja? “Suami Intan very supportive dan tidak menghalang asalkan Intan tahu bagaimana untuk mengimbangi kerjaya dan rumahtangga.” Dengan restu suaminya, dia akan melancarkan ‘comeback-nya’ tahun ini. Sudah tujuh tahun dia menyepi dan tidak perlu lagi dia melepaskan rindu dengan menyanyi di karaoke dan membuat persembahan ketika majlis perkahwinan keluarga. Single terbarunya, karya seorang komposer baru yang bernama Zainal, akan dilancarkan sekitar tahun ini. Dedah Intan, single ini akan melihatnya tampil dengan satu imej dan bunyi yang segar, berbeza dari imej pop balada yang lebih sinonim dengan dirinya sebelum ini. Dia juga telah merekodkan tiga buah lagu untuk drama bersiri ‘Suara Hati’, karya Azmeer yang akan dimuatkan dalam album runut bunyi drama tersebut. Bakal disiarkan di Astro Prima pada 16 Mac, ini merupakan projek lakonan pertama Intan sejak kemunculan terakhirnya melalui filem ‘Janji Diana’ pada tahun 2003. Penggambaran dimulakan selepas penyinkirannya dari ‘One In A Million’ tahun lalu dan mengambil masa empat bulan. Digandingkan dengan Ezlynn, Zamarul Hisham dan Watie Elite, drama arahan Faizal Ishak ini mengisahkan tentang Asmara, seorang anak yatim yang tabah menghadapi pelbagai cabaran hidup dan pengorbanan yang terpaksa dilakukannya. Intan, 27, juga bakal menemui peminat pada 4 Mac ini, jam 10.30 malam, melalui drama 25-episod ‘Yusuff’ di TV3. Pengalaman penggambaran kali ini, yang hanya mengambil masa seminggu untuk wataknya, lebih mudah berbanding ‘Suara Hati’ kerana sudah tahu apa yang perlu dilakukan. “Dalam ‘Suara Hati’ saya tidak tahu apa-apa tentang lakonan. Saya masih ingat lagi ketika itu saya terlalu nervous sehingga menggigil. Tetapi dalam ‘Yusuff’, ia lebih senang untuk menjiwai watak Suhana. Babak menangis juga dapat ditangani dengan baik. Jika sebelum ini dalam ‘Suara Hati’ memang susah nak keluarkan airmata, kali ini ia lebih mudah. “Pengarah (Hitler Zami) juga banyak membantu mengeluarkan emosi yang diperlukan untuk watak saya. Sebab itu saya suka bekerja dengannya. Cara kerjanya juga sangat praktikal.” Menempa nama sebagai seorang penyanyi dengan lagu popularnya “Duhai Malam”, anak kelahiran Johor ini tidak menyangka akan menyukai bidang lakonan. Lebih-lebih lagi apabila tidak pernah terlintas di fikiran untuk mencuba. “Sebab pada mulanya memang tak sanggup bila difikirkan kena tunggu lama di set. Tapi selepas dah cuba, I really enjoyed myself. Best lah dapat belajar dari mereka yang lebih berpengalaman, dan memang fun berlakon menjadi orang lain. Saya tidak menolak jika dapat melebarkan sayap saya dalam bidang ini.” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 3:02 pm | |
| Giliran Amylea Mendapat Imuniti Nyaris-nyaris disingkirkan dari pertandingan One In A Million, namun kesudahannya berakhir dengan begitu sempurna sekali buat anak kelahiran Alor Setar ini. Dendangan lagu ciptaannya sendiri, “Akan Tiba” yang ditulis dan diterbitkan untuk Alif OIAM musim pertama, sambil memetik gitar yang lebih besar darinya, dirasakan Paul Moss dan Syafinaz sebagai persembahan yang paling menyerlah malam tadi, sekaligus menjadikan Amylea penerima imuniti untuk minggu ini. Persembahan malam tadi adalah kali pertama Amylea memberanikan diri untuk tampil ke depan dengan memainkan gitarnya. Sebelum ini, dirasakan dirinya tidak mampu memainkan instrumen tersebut. “I never thought I could play sebab jari saya sakit dan gitar itu sebenarnya berat dan dengan ketinggian saya, posisi gitar itu perlu diletakkan lebih rendah dari biasa.” Bukan seorang yang mudah mengalah, Amylea telah menghabiskan masa setiap hari untuk melatih dirinya memegang dan memainkan gitar walaupun jari dan bahunya sakit. Tetapi nampaknya, kesakitan itu berbaloi juga akhirnya. Bila diumumkan bersama Ayu dan Pija sebagai berada di Bottom 3, Tuhan saja yang tahu apa yang dirasainya. Namun, Amylea melihatnya sebagai rangsangan untuk berusaha dengan lebih kuat lagi. Ketika di Akademi Fantasia dulu, Amylea juga sering mendapati dirinya di tangga bawah. “Masa itu, Amylea masih ada berusaha tetapi tanpa ilmu. Di sini, Amylea usaha dengan ilmu. Dan kali ini, tekanannya lebih tinggi bila berada di Bottom 3.” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 3:24 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 3:27 pm | |
| Wana & Nashrin mahu jadi orang popularProgram realiti My Star LG musim kedua baru sahaja berakhir minggu lalu. Umum telah mengetahui Wana merupakan juara pertandingan itu dan sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000 dan sebuah LCD TV 42 inci tajaan LG serta menjadi artis syarikat rakaman Warner Music Malaysia. Bertuah betul gadis yang baru sahaja menginjak usia 23 tahun ini. Legasi penguasaan peserta wanita nampaknya diteruskan oleh Wana setelah berjaya menafikan kebolehan tiga peserta yang lain. Manakala, Nashrin pula mendapat tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM20,000 serta barangan LG, LCD TV 32 inci sumbangan LG. Namun, apakah kesudahan nasib kedua-dua mereka nanti? Dengan lambakan artis realiti yang sedia ada, mereka harus sedar bahawa perjalanan mereka baru sahaja bermula. Bukanlah niat untuk menidakkan keupayaan mereka, tetapi risau mengenai nasib mereka jika tiada usaha keras dilakukan untuk memastikan mereka terus ‘bernafas’ dalam bidang seni ini. Bagi Wana, dia bersyukur dengan kemenangan tersebut dan percaya usaha keras yang dilakukannya sebelum ini membuahkan kejayaan. “Memang Wana terkejut dan tak sangka akan menjadi pemenang pertandingan ini. Walaupun saingan semua peserta pada malam tersebut memang sengit, tapi Wana bersyukur kerana rezeki masih lagi berpihak kepada Wana. “Insya Allah, separuh daripada duit kemenangan tu Wana nak beli rumah di Kuala Lumpur dan sebahagian lagi nak simpan sahaja buat bekalan masa hadapan,” luah Wana tanpa berselindung. Akui Wana, dia sedar halangan yang bakal ditempuhinya apabila bergelar artis nanti. Dalam usia yang masih ‘hijau’ ini, Wana mahu menuntut seberapa banyak ilmu lagi buat bekalan di masa depan. “Kalau boleh memang Wana nak terus berada dalam industri seni memandangkan bakat yang Wana miliki dan bukannya faktor lain. “Tumpuan Wana kini lebih kepada bidang muzik dan biarlah peminat mengenali Wana sebagai penyanyi dahulu barulah Wana menceburi bidang yang lain,” kata gadis kelahiran Johor Bahru yang meminati bidang teater. Mengenai masa depan dalam bidang nyanyian pula, Wana yakin bakal syarikat rakamannya itu mempunyai strategi dan perancangan untuk menerbitkan albumnya nanti. Bagi Wana, minatnya lebih terarah kepada jalur muzik pop sejak dahulu lagi. Dia juga sedar, untuk membuat album penuh bukanlah satu jalan yang mudah memandangkan pasaran album yang tidak menentu ditambah pula dengan ketidaktentuan ekonomi masa kini. “Biarlah perkara itu diuruskan oleh syarikat rakaman nanti. Wana harap peminat dapat menerima diri Wana seadanya,” jelas Wana. Bagi Nashrin pula, dia masih lagi kabur dengan perjalanan kerjaya seninya. Dia sendiri masih lagi keliru sama ada mahu meneruskan minatnya dalam bidang muzik atau meneruskan kerjayanya sebagai pekerja di sebuah bank terkemuka. “Saya masih lagi berfikir tentang perkara itu. Bukan mudah untuk membuat keputusan memandangkan banyak perkara yang perlu diambil kira lantaran perjalanan seni yang baru sahaja bermula. “Bukan menidakkan rezeki dalam bidang seni ini, tapi saya memikirkan yang saya juga memerlukan kerjaya untuk meneruskan kehidupan. Kalau boleh saya mahu memiliki kedua-duanya dalam satu masa,” kata anak muda berusia 20 tahun ini. Bagi Nashrin, bukan mudah untuk bergelar anak seni. Dia tahu bakal menempuhi segala onak dan duri sepanjang bergelar artis kelak tapi itu bukanlah sesuatu perkara yang merunsingkan. “Sebab itu saya perlu menambahkan lagi ilmu pengetahuan supaya dapat menjadi insan seni yang berilmu agar tidak terkeluar daripada landasan. “Saya juga telah bersedia untuk menerima sebarang kritikan mahupun gosip kerana ia sebahagian daripada rencah dunia hiburan selagi ia tidak membunuh karier yang baru sahaja hendak bertapak ini,” ujar Nashrin yang lebih menyukai lagu bercorak ballad dan pop dance ini. Apabila ditanya mengenai habuan yang diterimanya, Nashrin berkata dia masih lagi belum memikirkan apa yang yang patut dibuat dengan wang tersebut. Jelasnya wang tersebut mungkin akan diberikan kepada keluarga yang selama ini banyak memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada dirinya. “Tapi yang penting memang seronok menjadi orang popular. Nampak gayanya saya perlu menjaga tingkah laku selepas ini,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 3:33 pm | |
| Naufara bercinta dengan suami orang?MASIH kenal dengan Naufara Yassin? Ala, kakak Pija peserta One In A Million dan Mentor tu. Dia ini dulu pun menyanyi jugak. Tapi kemudiannya hilang sekejap. Sekarang dah aktif semula dalam bidang seni dan turut kolaborasi dengan adik dia untuk sebuah single. Dah lama tak dengar kisahnya, baru-baru ini Joyah ada menerima satu panggilan telefon nun jauh dari Utara Semenanjung bertanyakan kisah si Naufara ini. Tapi si pemanggil bukan nak tahu sangat tentang kisah seni penyanyi ini tetapi dia nak kepastian hubungan Naufara dengan seseorang. Bukannya apa, kata pemanggil tu, ketika dia menyertai satu program dengan sebuah majalah hiburan, dia sudah ternampak penyanyi itu bukan main mesra dengan seorang lelaki. Ketika itu dia turut menyertai acara sukan ekstrem yang turut disertai Naufara dan beberapa artis popular lain. Khabarnya lelaki yang berstatus suami orang itu merupakan orang kuat sebuah syarikat yang mengendalikan acara sukan melibatkan selebriti serta orang ramai. Joyah dengar lelaki ini memang kaya raya, punya syarikat besar dan yang penting, seorang yang baik hati. Mungkin kerana dia baik kot menyebabkan dia melayan semua orang, kata Joyah kepada pemanggil tu. Tapi pemanggil bersuara manja itu tak puas hati. Sebab katanya, kalau baik seperti seorang kawan, tak kan mereka asyik berkepit sepanjang masa. "Pulak tu, sentiasa berdua dalam kereta. Naufara kelihatan seolah-olah sedang hangat dilamun cinta," katanya. Betul ke hangat bercinta tu Naufara? Bagus la tapi Joyah tak nak pula nanti dengar cerita ada artis 'makan' tapak kasut isteri orang. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 3:36 pm | |
| Anak Jackie Chan tak kisah berlakon filem Bollywood0 BAPA borek anak rintik. Begitulah dengan anak lelaki Jackie Chan, Jaycee Chan yang berusia 26 tahun ini. Seperti bapanya, karier seninya sudah mula menampakkan hasil. Walaupun begitu, Jaycee tidak seberani bapanya yang sanggup membuat stunt yang membahayakan diri. Jaycee akan mulakan projek barunya dengan produksi di Taiwan tidak lama lagi. "Saya tidak berani buat stunt. Sungguh mengerikan kerana saya takut kalau jadi apa-apa pada saya. Dan saya juga tidak mahu family dan kawan-kawan risau pasal saya," kata anak lagenda Jackie Chan ini. Penglibatan Jaycee dalam bidang seni disebabkan pengaruh bapanya. Setelah melihat hasil kerja bapanya yang mangagumkan, Jaycee juga tercabar untuk memberi yang terbaik dalam lakonannya. Namun, dia langsung tidak teruja untuk mengikuti jejak langkah ayahnya untuk menjadi aktor stunt yang terkenal di dunia. Siapa yang tidak kenal dengan kehebatan Jackie yang telah banyak buat filem hebat seperti "Rush Hour" dan "Shanghai Noon". "Tidak mungkin saya akan ikut jejak ayah sebagai aktor stunt. Saya tahu dia bekerja keras untuk berada di tempatnya sekarang. "Apa yang membakar semangat saya ialah keyakinan dan semangat juangnya yang tinggi untuk mendapat apa yang dia hendak tanpa berputus asa," kata Jaycee. Jaycee, juga adalah seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan gitaris. Dia mula melibatkan diri secara serius dalam bidang lakonan pada tahun 2004 dalam filem China, "Twins Effect II". Dia juga telah membintangi filem Taiwan, "Invisible Target", yang juga diedarkan di India. Tidak seperti ayahnya, Jaycee ingin menjadi pelakon versatile. "Saya tidak kisah bawa watak apa saja - baik, jahat, doktor, gangster, kekasih...apa saya janji ianya menghiburkan," katanya. Dan Jaycee juga tidak kisah berlakon dalam filem Bollywood. "Saya suka dengar dan menonton filem India. Semua lagu yang saya dengar membuat saya gembira. Seolah-olah menggambarkan orang India itu selalu gembira. Saya harap saya betul buat persepsi ini. Jaycee pernah bertemu dengan aktres Bollywood Mallika Sherawat, ketika aktres itu berlakon dengan ayahnya dalam filem "The Myth". "Dia amat merendah diri tapi saya tidak tahu sepopular mana dia di India. saya rasa semua bintang Bollywood macam dia juga," kata Jaycee. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 4:04 pm | |
| Sirah Junjungan satu perjuangan sebar syiar Islam IBARAT satu perjuangan menyebarkan syiar Islam begitulah kentalnya semangat pengarah tersohor Erma Fatima apabila tampil untuk kali kedua mementaskan teater muzikal, Sirah Junjungan-Tahajud Cinta di Istana Budaya (IB) pada 9-22 Mac ini. Namun disebalik semangat kentalnya itu, air mata kakak kepada pelakon Umie Aida ini gugur gara-gara ketiadaan dana untuk mementaskan teater muzikal Islam yang diadakan sempena meraikan sambutan Maulidur Rasul. "Ketika kali pertama mementaskan teater ini pada tahun lalu, dua perkara penting berlaku dalam hidup saya, pertama adalah saya kehilangan ayah tercinta ketika sedang membuat persiapan terakhir Sirah Junjungan. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. "Kedua saya mementaskan teater ini tanpa sebarang penajaan kerana ketika itu pilihan raya sedang berlangsung dan saya waktu itu hampir hilang kekuatan. Hingga mendorong saya berjumpa dengan Ketua Pengarah IB, En Johari Shaarani (Abg Jo) untuk menarik diri. "Namun sebaik menatap wajahnya saya tak sampai hati kerana menghancurkan hati Abg Jo sama dengan menghancurkan hati saya. "Sekali lagi pada tahun 2009, kami memulakan persiapan untuk teater ini sejak bulan Oktober tahun lalu di mana kami telah menghantar 40 proposal kepada syarikat-syarikat korporat, Islamic Banking untuk mendapatkan sedikit dana kepada mereka. "Namun apa yang menyedihkan sehingga ke hari ini, kami tidak dapat sebarang penajaan walau daripada satu syarikat korporat sekalipun. Tapi hari ini Sirah Junjungan akan tetap diteruskan. "Jika Rasulullah SAW tetap berkorban untuk agama dan Islam apalah sangant kami yang hanya mempunyai masalah tidak mendapat penaja,” ujar Erma dalam nada sebak. Namun bagi Erma, pada masa yang sama dia tetap memanjatkan kesyukuran kerana pada tahun ini pihak IB dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sekali lagi menjadi penaja utama bagi menjayakan teater tersebut. "Terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat terutamanya IB dan Jakim kerana sudi menghulurkan bantuan serta prihatin terhadap seni dalam Islam. Atas semangat sahabat-sahabat di Yayasan Seni Karya banyak memberi semangat, saya berjanji akan meneruskan teater ini walau apa jua cabaran mendatang,”ujar Erma yang juga Pengerusi Yaysan Seni Karya Prihatin Malaysia. Menurut Erma lagi, teater ini dipentaskan untuk memberi peluang kepada penonton menghayati keindahan dan keagungan Islam ketika zaman Rasulullah SAW. "Saya terharu dengan keikhlasan pelakon yang membintangi teater ini tanpa menerima sebarang pembayaran awal. Begitu juga dengan pemuzik yang sudah dua bulan bersama namun mereka melakukannya dengan ikhlas kerana Allah dan Rasul-Nya. "Ikhlas saya katakan, saya cuma bergantung harap kepada wang hasil penjualan tiket teater ini untuk melunaskan bayaran kepada mereka yang terbabit dalam produksi ini," kata Erma yang ditemui selepas majlis pelancaran teater muzikal Sirah Junjungan musim kedua baru-baru ini. Jelasnya lagi, Sirah Junjungan merupakan satu tanggungjawab dan niatnya untuk memberikan sumbangan kepada agama dan bangsa saya sendiri. “Saya harap mereka menganggap perjuagan mereka ini sebagai satu jihad untuk Islam dan Rasulullah SAW dan kepuasan yang akan diperoleh mereka tiada tolok bandingnya. “Saya dilahirkan sebagai seorang pelakon dan pengarah tapi apa yang saya lafazkan hari ini bukan satu lakonan tapi ia lahir tulus dari naluri hati saya bersama jawatankuasa Yayasan Seni Karya Prihatin yang bertungkus lumus menyiapkan teater ini. Beberapa nama besar akan terbabit dan sudah memberikan pengesahan termasuklah Jamal Abdillah yang beraksi lagi buat kali kedua dan Datuk Siti Nurhaliza, Mawi dan Amy Search turut diundang sebagai penyanyi. "Saya tak nafikan populariti yang ada pada mereka digunakan untuk menarik minat lebih ramai penonton untuk lihat teater ini di IB bila dipentaskan bulan depan. "Kita memang tak boleh nak menolak perkara tersebut. Pada masa yang sama, ia boleh menarik minat pelbagai lapisan masyarakat yang punya minat berbeza untuk menyaksikan teater ini,"ujarnya. Ketika ini, Erma memberitahu dia sedang cuba mendapatkan dua lagi nama besar untuk sama-sama terbabit. "Selain Datuk Siti Nurhaliza yang sudah pasti akan terbabit, saya tengah berusaha mendapatkan Datuk Sheila Majid dan Ahmad Dhani dari kumpulan Dewa. Tapi semuanya masih dalam perancangan kerana kita hanya ada lebih kurang sebulan saja untuk berlatih," katanya. Bagi pementasan kali ini, pelakon seperti Datuk Rahim Razali, Ahmad Yatim dan Vanidah Imran turut sama berlakon. Teater muzikal ini merakamkan segala peristiwa penting dari tarikh keputeraan Rasulullah hinggalah baginda wafat. Sirah Junjungan membawa khalayak menelusuri perjalanan dan perjuangan Nabi Muhammad SAW untuk menegakkan syiar Islam di muka bumi. Teater muzikal Islamik ini merakamkan segala peristiwa penting dari tarikh keputeraan Rasulullah, Sirah Junjungan membawa khalayak menelusuri perjalanan dan perjuangan Nabi Muhammad SAW untuk menegakkan syiar Islam di muka bumi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 01 Mar 2009, 4:17 pm | |
| Sindrom cerai ekspresKUALA LUMPUR: “Sepanjang 2008, saya menerima kehadiran atau panggilan untuk kaunseling lebih 100 pasangan yang mahu berpisah walaupun berkahwin belum sampai setahun. Lebih menggerunkan, ada yang mahu membunuh diri dan semua kes berlaku di Lembah Klang. “Sepanjang dua bulan pertama tahun ini pula, saya terima aduan daripada hampir 50 pasangan yang berdepan masalah sama,” kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah ketika mengulas insiden ‘cerai ekspres’ pemain badminton negara, Roslin Hashim, 34, yang menceraikan isterinya, Faizah Mohamad, 32, hanya selepas 12 hari bernikah. Kenyataan Fadzilah jelas menunjukkan insiden ‘cerai ekspres’ seperti Roslin bukan kes terpencil kerana ia turut membabitkan banyak pasangan pengantin baru lain, namun tidak diketahui umum kerana mereka bukan selebriti atau orang terkenal. “Bagi saya, perkara itu menakutkan kerana semuanya baru melangkah ke alam perkahwinan,” katanya. Beliau turut tidak menafikan beberapa artis mendapatkan kaunseling daripadanya berkaitan masalah rumah tangga, hubungan dengan mentua dan pelbagai lagi berkaitan perkahwinan, tetapi enggan mendedahkan identiti mereka. Menurut Fadzilah, artis juga manusia biasa serta tidak terlepas daripada kesalahan atau kesilapan dan perlu diberi peluang seperti individu lain untuk meneruskan hidup masing-masing. “Ramai juga mendapatkan khidmat kaunseling daripada saya dan masalahnya membabitkan keredaan ibu bapa dan mentua, persekitaran dan pelbagai lagi. “Syukur kerana mereka tekun mengikuti apa yang saya cadangkan dan melakukannya kerana mahu menyelamatkan atau memastikan perkahwinan serta rumah tangga sentiasa dalam rukun damai,” katanya. Beliau berkata, apabila pasangan menganggap perkahwinan itu sesuatu yang mudah, lebih mudah untuk mereka berpisah. “Satu lagi perkara yang sering tidak diambil perhatian oleh pasangan ketika berkahwin ialah restu ibu bapa. Kajian mendapati 80 peratus daripada kadar perceraian di Lembah Klang berpunca daripada perkara itu,” katanya. Menurutnya, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Reda Allah SWT daripada ibu bapa.” “Kerana itu, setiap pasangan digalak mendapatkan restu atau keredaan ibu bapa sebelum berkahwin,” katanya. Selain itu, antara punca pasangan bercerai dalam tempoh singkat ialah kegagalan mendewasakan diri, di mana ada yang masih berperangai seperti ketika bujang, selain gagal atau tidak mahu memahami tanggung jawab sebagai suami atau isteri. Ada kalanya mereka seolah-olah terlupa sudah menjadi menantu orang dan tidak sensitif dengan persekitaran. Contohnya, bertengkar semata-mata mahu menetapkan beraya di kampung siapa, sedangkan ia perkara remeh yang boleh diselesaikan dengan mudah. Selain itu, katanya, perceraian boleh berlaku apabila mentua gemar masuk campur dalam hal rumah tangga anak mereka walaupun tidak perlu melakukannya. “Mentua digalakkan masuk campur jika anak mereka dipersia-siakan atau berlaku perkara yang boleh mendatangkan kecederaan. “Setakat hanya pertengkaran kecil, tidak perlu masuk campur. Beri saja nasihat dengan cara baik dan bukan mengarah menantu melakukan itu atau ini tanpa menyedari ia lebih banyak mendatangkan keburukan,” katanya. Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid, berkata perkahwinan bukan boleh dipermainkan kerana ia membabitkan kepentingan banyak pihak dan pelbagai lagi situasi mendatang yang tidak diketahui. “Oleh itu, jika mahu berkahwin, pasangan dinasihatkan berfikir panjang dan tidak terburu-buru kerana institusi rumah tangga itu konsepnya untuk sepanjang hayat dan bukan suka-suka diruntuhkan,” katanya. Beliau berpandangan bahawa setiap pasangan perlu mengenali hati budi pasangan masing-masing dan jika dari awal lagi tiada persefahaman, perkahwinan tidak perlu diteruskan. “Perkahwinan untuk sepanjang hayat dan itulah konsepnya yang sebenar. Jika tidak dapat mencapai persefahaman dari awal hubungan, lebih baik perkahwinan tidak diteruskan kerana bimbang berlaku perceraian,” katanya. Menurut beliau, bukan mudah melafazkan cerai kerana perlu ada beberapa perkara membabitkan suami atau isteri yang membolehkan ia dilakukan. Tiga perkara yang membolehkan suami menceraikan isteri tetapi selepas ia disahkan iaitu gila, berpenyakit sopak serta kusta dan ia hanya diketahui selepas pernikahan. Jika sebelum bernikah bakal suami baru mengetahui perkara terbabit, seelok-eloknya perkahwinan dibatalkan. “Dua perkara yang membolehkan isteri menuntut fasakh daripada suami pula ialah mati pucuk serta terpotong kemaluan. Bagi mati pucuk, fasakh boleh dituntut selepas setahun suami berubat tetapi gagal pulih kejantanannya. “Ada dua lagi sebab yang khas membabitkan isteri membolehkan suami menuntut fasakh iaitu kemaluan wanita berkenaan tersumbat dengan daging atau tersumbat dengan tulang,” katanya. Mohd Tamyes turut memberi panduan mengikut syarak bagi lelaki mencari isteri seperti wajah wanita berkenaan, tapak tangan, keturunan serta agama. Menurut beliau, wajah yang cantik pada pandangan seseorang lelaki itu menggambarkan keseluruhan fizikal wanita berkenaan, manakala tapak tangan jika bersih dan gebu pula menunjukkan kesuburan atau kesihatan. “Selepas itu, lihat keturunannya sama ada baik atau sebaliknya dan yang akhir, pastikan wanita itu memiliki ilmu agama yang baik kerana agama mampu menjadi perisai kepada perkara keji dan mungkar,” katanya. Mungkin sukar menemui empat perkara itu dalam diri setiap wanita yang mahu dijadikan isteri tetapi jika terlalu sukar, lelaki digalakkan mencari yang beragama kerana ia paling penting. Sama juga pada wanita yang mencari calon suami, di mana mereka perlu memastikan lelaki itu bertanggungjawab, beriman, taat pada ibu bapa dan pelbagai lagi.
Last edited by sally_eiyna on Mon 02 Mar 2009, 9:12 am; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 9:10 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 9:15 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 9:18 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 9:27 am | |
| Tak reti pura-pura SELASA lalu Azizah Mahzan memanjangkan (forward) e-mel kepada penulis yang diterimanya daripada seseorang yang tidak dikenali berkaitan kontroversi yang melanda dirinya sekarang. Beberapa keping gambar ‘mesra manja’ bersama aktor Zaefrul Nadzarine Nordin yang menjadi tontonan terbaru pelayar Internet serta penampilannya di dalam drama Spa-Q yang dikategori seksi antara yang memanaskan industri hiburan ini. E-mel yang bertajuk ‘Nie baru betol, TUA KUTUK TAK SEDAR DIRI... RUMAH KATA PERGI, KUBUR KATA MARI’ antara lain mengisi kata-kata berbunyi: “Sekadar ingin berkongsi peringatan yang saya terima daripada seorang teman. Marilah kita ingat mengingati, jangan kita kutuk mereka tetapi marilah berdoa semoga Allah memberi taufik dan hidayah-Nya kepada mereka dan kita semua. “Kerana sesungguhnya Allah adalah Ar-rahman (Maha Penyayang), Ar-rahim (Maha Pengasih) dan At-tawwab (Maha Penerima Taubat).” E-mel ini disertakan sebuah artikel kecil bertajuk ‘Kerana satu klik, malapetaka berterusan diterima hingga Hari Kiamat’ yang antara lain menyentuh mengenai penyebaran bahan lucah yang berlarutan walaupun penyebar asalnya sudah mati. Menurut pelakon berkarakter berusia 45 tahun itu, sepatutnya penyebar gambar dan memfitnahnya itu menggunakan kemudahan Internet dengan tujuan lebih baik. “Sepatutnya mereka tahu apa yang mereka lakukan. Guna Internet untuk kebaikan,” katanya ketika ditemui di Sri Hartamas, Kuala Lumpur, Rabu lalu. Pelakon ini sedar masyarakat mula memandang serong terhadapnya, tetapi dia mempunyai cerita di sebalik apa yang berlaku. ABIE ABDULLAH (abie@hmetro.com.my) ada kisah untuk dipaparkan. SOALAN (S): Bagaimana Kak Z (panggilan untuk Azizah) melihat kekecohan ini?AZIZAH MAHZAN (AM): Akak tak kisah apa orang nak kata, mereka bukan Tuhan nak menghukum Akak. Bukan mereka yang bagi rezeki pada Akak pun, Tuhan lebih tahu. Kawan, termasuk yang Akak tak kenali, banyak beri kata semangat (melalui SMS) tetapi bagi Akak, tak kisah pun. Mungkin Akak tak tahu membawa diri sebagai artis sebab Akak tak pernah anggap Akak ini artis, orang kenal. Akak hanya jadi diri Akak, itu saja. Akak tak ‘reti’ pura-pura di depan peminat atau orang ramai. Apa yang mereka lihat, itulah Akak. Sebenarnya banyak lagi gambar dirakam, tetapi mengapa gambar itu saja. Bukan Akak dengan Zaefrul saja ketika itu (di Langkawi, November lalu), ramai lagi kru drama Spa-Q. Terus terang Akak katakan, Akak dan Zaefrul memang rapat, malah dengan isteri, Nina (Adelina) dan keluarganya. Jadi Akak tak fikir hal ini boleh merosakkan rumah tangga Zaefrul kerana kami lebih tahu siapa kami sebenarnya. Kami selalu keluar bersama. Malah, kami rancang untuk bercuti ke Pulau Pinang selepas habis penggambaran Spa-Q, tetapi terpaksa dibatalkan bila benda ini kecoh. S: Bagaimana pula dengan keluarga Kak Z?AM: Keluarga Akak tiada masalah langsung, bahkan mereka gelak sebab macam mana gosip cinta boleh timbul di antara Akak dan Zaefrul. Kerapatan Akak dan Zaefrul sebenarnya disalah anggap, tetapi bagi mereka yang mengenali kami, termasuk keluarga dan kru produksi, mereka faham sangat. Kes begini buat mereka ketawakan Akak saja. Akak rasa gambar ini dijadikan isu oleh mereka yang suka mencari isu dan suka buat kecoh, walaupun sebenarnya mereka tak tahu hujung pangkal. Zaefrul mudah mesra dengan sesiapa saja, bukan dengan Akak seorang tetapi orang lain yang dikenalinya. S: Apa kata teman lelaki Kak Z?AM: Eh... mana ada! Akak tak ada kekasih sejak dulu lagi, sejak bercerai 21 tahun lalu. S: Mungkin selepas ini peminat Kak Z akan lari?AM: Begini sajalah, peminat datang dan pergi. Kalau mereka percaya dengan isu ini dan mula membenci Akak disebabkan gambar itu, terpulang kerana Akak tak boleh halang mereka. Akak pun bukan mahu menjadi artis seperti artis lain yang ada peminat. Akak berlakon kerana hobi dan minat, lagipun Akak dulu kerja bank tetapi dek banyak sangat tawaran berlakon, Akak berhenti untuk tumpukan kepada hobi ini. Seperti Akak katakan tadi, Akak tak mampu berpura-pura depan orang atau menjadi orang lain hanya kerana Akak pelakon dan dikenali. S: Kejadian begini sedikit sebanyak terpalit kepada dunia hiburan kita sehingga masyarakat mempertikaikan moral artis.AM: Hanya kerana Akak ada di dalam gemerlapan dunia hiburan! Akak setuju orang kata sebagai artis, kita dianggap idol atau role model. Dan menjadi orang popular pula kononnya perlu bersikap begini begitu, dengan kata lain, kena jadi orang lain. Itulah kelemahan Akak, tak boleh jadi orang lain. S: Macam mana tergamak meletakkan gambar begitu di Facebook?AM: Akak tak letak dan tak tahu pun siapa yang letak. Akak tak tahu macam mana gambar itu tersebar, susah nak ‘trace’ siapa buat. Mungkin ada yang ‘hack’ (godam) facebook Akak. Ia bukan daripada kamera Akak saja, ramai yang rakam gambar ketika itu dan kami kongsi. Semua gambar Akak simpan dalam ‘pen-drive’ dan ada kawan yang minta untuk ‘copy’ (salin) gambar. Itu saja dan tak sangka begini jadinya. S: Kalau ada yang kata yang cara ini memudahkan lagi populariti?AM: Perlu ke? Akak hanya nak berlakon, kalau boleh orang tak kenal pun tak apa sebab senang sikit Akak jadi manusia biasa. Dalam hal ini, jauh sekali nak cari publisiti. Tolonglah! Sejak mula berlakon lagi (1990), Akak belajar daripada teater dan pegang prinsip yang ada dua pilihan — sama ada mahu populariti atau menjadi terbaik dan populariti itu akan mengiringi. Akak mahu yang terbaik, tetapi kalau tak popular pun tak apa. Susah menjadi popular ni sebab susah nak jadi orang biasa. Kalau boleh, Akak nak minta supaya jangan letakkan Akak sebagai artis, tetapi masalahnya ini kerja Akak dan orang kenal itu sebahagian daripada kerja artis. Kalau tak ada penggambaran, Akak takkan mekap atau pakai glamor macam artis. Macam sekarang (ketika ditemubual, Kak Z hanya mengenakan baju lengan panjang, jeans dan topi tanpa mekap). Selesa begini. Mungkin inilah kesilapan Akak sebab fikir orang tak kenal Akak kalau tak pakai mekap. Tetap orang kenal, termasuk nyonya Cina yang tengok Spa-Q. Nak buat macam mana? Nak suruh Akak pura-pura depan orang ramai, Akak tak retilah! Akak jenis orang yang suka pantai, pasir dan laut. Bayangkan ada peminat terserempak dengan Akak yang pakai seluar pendek di tepi pantai dan ingin ambil gambar bersama, takkan Akak nak pergi ke bilik tukar baju mengerlip dulu baru nak bergambar dengan peminat tadi? S: Berkaitan dengan penampilan yang dikatakan seksi di Spa-Q?AM: Apa yang dipakai oleh watak Marlia disediakan oleh pihak produksi. Mula-mulanya terkejut juga, tetapi sebab tiada baju lain dan Akak pula tak mahu bising dan mengada-ngada, pakailah mana yang diberi. Dalam episod 2 Spa-Q, Akak pernah tolak daripada memakai skirt pendek, tetapi terpaksa buat sebab tiada yang lain. Sebenarnya kebanyakan baju penaja dalam Spa-Q, Akak pernah pakai untuk siri drama Amanah Karmila yang ditayangkan di TV2 (penggambaran Amanah Karmila siap lebih dulu daripada Spa-Q) tetapi kenapa tak bising. Ada juga baju yang Akak pakai dalam drama hari raya tahun lalu arahan Rashid Sibir, malah dalam drama itu ada babak Akak dalam tab mandi lagi. Tak kecoh pun! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 9:30 am | |
| Gosip pasangan eksklusif Kamil-LisaKEMESRAAN mereka bukan kepalang. Masing-masing saling bercanda dan bergelak ketawa, malahan sering kali tampil bersama. Mereka ibarat isi dan kuku di mana sahaja majlis hiburan. Walaupun Lisa Surihani sering ditemani ibunya, pelakon kacak bernama Farid Kamil langsung tidak kekok untuk duduk bersama. Farid seperti sudah terlalu lama dialu-alukan dalam keluarga Lisa. Dia boleh berbual rancak dengna bekas isterinya dalam filem I'm Not Single itu tanpa sebarang persoalan. Lama selepas I'm Not Single jauh meninggalkan pentas promosi dan keasyikan filem itu sendiri sudah hampir dilupakan peminat, Lisa dan Farid masih diterpa gosip ekoran kemesraan mereka berdua. Masih ada suara-suara nakal menggelarkan mereka pasangan kekasih biarpun sudah sekian banyak penjelasan diluahkan bahawa mereka hanyalah kawan rapat. Sementelah, kedua-duanya masih bergandingan menerusi filem Rempit V3 arahan Farid sendiri yang kini sedang menjalani proses penyuntingan. Terbaru, Farid dan Lisa disunting Astro menjadi bintang eksklusif stesen TV berbayar itu. Mereka generasi kedua yang menjadi bintang eksklusif Astro selepas Erra Fazira dan Aaron Aziz menjadi perintis pada tahun lepas. Sama-sama bernaung di bawah Metrowealth Movies Production (MIG), bahkan ada yang menggelarkan mereka anak emas David Teo, sama-sama digosipkan, sama-sama bergelar hero dan heroin Rempit V3, kemudian sama-sama dipetik dan dimahkotakan sebagai bintang eksklusif Astro, tidakkah itu satu kebetulan yang dirahmati buat Farid dan Lisa? Tidakkah itu juga petanda bahawa mereka akan terus dilihat berkepit ke sana sini dan terus dihadapkan dengan persoalan yang sama pada kemudian hari? Selesakah Farid dan Lisa dengan pandangan sebegitu? Hanya mereka yang tahu jawapannya. "Saya tak tahu nak cakap apa lagi kerana kami memang rapat. Yang saya pelik, gosip ini tidak hangat diperkatakan ketika filem I'm Not Single ditayangkan, ia datang selepas itu. Mungkin kerana kami dinaungi syarikat yang sama dan selalu dipasangkan bersama. "Saya tak perlu rasa bengang kalau perkara yang diperkatakan tidak benar. Saya juga pernah rimas dengan situasi ini. Saya sedar ini sekadar sebahagian daripada dunia hiburan. Jadi, biarlah... sebab kalau benar kami tak ada apa-apa, orang akan tahu juga," jelas aktres pelapis sinema Melayu itu dalam nada optimis. Jika Lisa sebegitu optimis, Farid juga tidak terusik dengan gosip yang diperkatakan. Baginya gosip itu sekadar usikan, selagi tidak menjejaskan reputasinya, dia tidak pernah merasakan terancam. KAMIL dan Lisa tidak peduli tohmahan orang asalkan mereka berdua diulit kebahagiaan. Penerima Anugerah Bakat Seni Muda Filem pada majlis Anugerah Seni Negara kelapan baru-baru ini menjelaskan, pelantikan dirinya bersama Lisa sebagai bintang eksklusif Astro juga bukan sesuatu yang harus dipersoalkan. "Kalau bukan dengan Lisa, siapa lagi?" getus Farid spontan sebelum perbualannya dilanjutkan lagi. "Saya tiada sebarang persoalan apabila mendapat tahu nama Lisa yang dipadankan dengan saya kerana saya melihat perancangan Astro ini sebagai suatu yang bermatlamat. "Saya sendiri tidak mungkin akan menandatangani sesuatu perjanjian atau kontrak yang tidak berbaloi," ujar Farid yang dijanjikan beberapa telefilem dan drama bersiri untuk siaran Astro sepanjang tempoh setahun pertama menjalani rutin sebagai artis istimewa milik Astro. Cuma ada satu sahaja kekurangannya. Selain penonton filem di pawagam, hanya penonton yang melanggan saluran TV berbayar Astro sahaja yang boleh menikmati dan menyaksikan lakonan Farid di kaca TV selepas ini. "Sebelum ini saya ada berlakon lima buah drama untuk RTM dan TV3, cuma dalam tempoh setahun akan datang ini rasanya tidak salah jika saya mahu sama-sama menjadi seperti Erra Fazira. "Lantaran nilai eksklusifnya menerusi Menantu vs Mertua, drama itu mencatat rating tertinggi. Saya juga mahu lakonan saya menyumbang rating yang tinggi dalam setiap drama yang dihasilkan. "Apatah lagi, manalah tahu kalau-kalau kemasukan saya ke dalam kerabat Astro ini akan memberikan peluang sekali lagi buat saya untuk bekerjasama dengan Erra. Itu yang saya nanti-nantikan, kerana ada satu kualiti yang ada pada diri Erra itu yang tidak ada pada pelakon wanita lain," akui Farid. Lisa sendiri walaupun masih baru dan ada ketika agak kekok di layar perak, namun dia mempunyai ciri-ciri yang dicari untuk menjadi pelapis dalam dunia lakonan. Lantas apabila ditawarkan menjadi sebahagian daripada keluarga istimewa di Astro, Lisa tiada alasan untuk mengetepikan tawaran mahal itu. "Saya sedar saya masih baru dan pencapaian yang saya peroleh masih terlalu jauh untuk dibandingkan dengan Erra Fazira, aktres pertama yang menjadi bintang eksklusif Astro. Tapi saya ambil tanggungjawab ini sebagai satu peluang untuk saya belajar dan mengasah lagi bakat dalam bidang lakonan," beritahu Lisa. Teruja dan rasa dihargai semestinya perasaan yang berbalut di jiwa Lisa. Namun dia sedar bahawa keterujaan itu memberikan satu tanggungjawab untuk menjadi pelakon yang lebih baik agar gelaran bintang eksklusif itu tidak sia-sia. "Saya tahu dalam tempoh ini saya tidak boleh menerima tawaran daripada stesen TV lain. Tapi daripada apa yang dibincangkan dengan pihak Astro, saya ada ruang yang mencukupi untuk membentuk kualiti lakonan saya nanti. "Ia juga satu peluang dan pasti banyak perkara baru yang akan datang dalam karier saya," jelas Lisa yang tidak mahu terlalu memilih watak kerana baginya setiap watak memberikan pengalaman berbeza. KEMESRAAN sejati. Lisa dan Farid kini bergelar pasangan eksklusif Astro Antara drama lakonan Lisa yang sedang menanti tayangan di Astro ialah Pontianak Remaja dan Mataku Nampak Hantu. Lisa dan Farid juga dijanjikan untuk bergandingan dalam produksi berjudul Tiga Janda yang akan memulakan awal Mac ini. Dalam soal watak serta produksi yang bakal dijayakan sepanjang menjadi bintang eksklusif Astro, Farid sebenarnya turut diberi kebebasan untuk memilih karakter serta produksi bagaimana yang mahu dijayakannya. "Sudah tentu saya masih ada kebebasan memilih. Tapi kontrak ini hanya melibatkan lakonan bukannya pengarahan atau penulisan skrip walaupun saya dan David ada perbincangan ke arah itu," jelas Farid yang nampak selekeh dengan imej rambut yang mencecah bahu. Tidak marah dengan teguran itu, Farid membuat pengakuan begini: "Inilah karakter saya dalam filem Evolusi KL Drift 2. Saya kena nampak berserabut kerana watak saya sebagai seorang pelumba drift yang sedang kecewa." |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 9:31 am | |
| Rezeki ketiga Dina BENAR kata orang — saiz bukan ukuran. Kalau sudah berbakat, pasti rezeki terhampar depan mata. Buktinya, naib juara Malaysian Idol 2 ini bukan saja bisa memanjangkan kariernya sebagai penyanyi dan pelakon, bahkan turut bertugas sebagai penyampai radio di stesen radio popular, Era. Sebagai permulaan, dia diberi tugas mengendalikan segmen Carta Era bersama Nana bermula 4 Januari lalu. Sebulan mencatat prestasi cemerlang, dia kemudian diberi peluang mengelolakan segmen sendiri dari jam 2 hingga 6 petang setiap Ahad. Akui Dina, tugas baru yang digalas paling mencabar kerana ia bukan saja menuntut banyak penyelidikan, malah dia perlu bijak berinteraksi dengan pemanggil kerana lain orang lain tahap pemikirannya. “Kali pertama mengendalikan segmen 2 hingga 6 petang, saya panik. Kelam kabut dibuatnya sampai tersalah tekan butang. Mujur Adifashla memantau kerja saya, dialah yang banyak membantu. “Meskipun pening di konti, saya seronok melayan kerenah pemanggil. Dari situ saya sedar, menjadi deejay memerlukan kita pantas dalam tindakan mahupun pemikiran. “Kerjaya ini turut menuntut saya melakukan penyelidikan, banyak membaca dan tahu perkembangan isu semasa,” katanya ketika bertandang ke Metro Ahad, baru-baru ini. Jelas pelantun lagu Malu Tapi Mahu ini, sedari kecil dia memang suka bercakap, tapi langsung tidak menjangka tabiat itu membawa tuah dalam hidupnya. Bahkan, kata Dina, dia tidak pernah terfikir bergelar penyanyi dan pelakon. Apa yang ada dalam genggamannya kini diperoleh secara kebetulan. “Saya tidak menyedari bakat saya jika orang tidak mencungkilnya. Menyanyi misalnya, saya tidak tahu saya boleh menyanyi hinggalah usia 16 tahun. Bakat lakonan pula dicungkil oleh Cat Farish dan Ahmad Idham manakala deejay, pengurusan Era yang melamar saya. “Apapun, keutamaan saya pada nyanyian kerana ia memberi lebih kepuasan. Lakonan pula ada kelebihan tersendiri di mana saya dapat ramai kawan baru. Deejay pula mencabar mentaliti, malah kerjaya ini buat saya berfikir secara lebih intensif,” katanya yang menyambut ulang tahun ke-24 pada 7 Februari lalu. Mengupas lanjut karier di Era, selepas enam bulan tempoh percubaan, Dina akan diserap sebagai penyampai tetap. Setakat ini dia lega pengurusan berpuas hati dengan penyampaiannya, malah menerima maklum balas positif pendengar, peminat dan rakan. “Saya gembira bila peminat cakap suka dengan cara penyampaian saya. Malah bila ikut skuad Era, ramai ingin tahu kenapa saya jadi deejay. Saya jelaskan, ini satu cabang rezeki selain menyanyi dan berlakon. “Sebenarnya, seronok jadi deejay kerana selain rapat dengan pendengar, saya dapat jadi orang pertama dengar lagu baru. Jika lagu itu bagus, saya boleh cadangkan ia diperdengarkan di radio,” katanya yang menjadikan Nana dan Adifashla sebagai rujukan ketika bertugas. Berbicara mengenai karier nyanyian, Dina bakal muncul dengan album single berjudul Satu Untuk Diriku yang turut memuatkan bonus trek Malu Tapi Mahu, Sejauh Ini dan Yall Wit Me. Menurut pelakon drama Rempit vs Impak Maksima dan filem Jangan Pandang Belakang Congkak ini, dia meletak harapan tinggi terhadap single Satu Untuk Diriku, ciptaan Lah Ahmad. Menariknya, lagu ini turut terpilih sebagai lagu tema untuk siri Hartamas yang kini rancak bersiaran di ntv7. “Selain Satu Untuk Diriku, saya turut menyanyikan lagu tema untuk siri Rempit vs Impak Maksima berjudul Laju Lampau. Lagu ini mendapat sentuhan Ahli Fiqir dan Supa. “Ia akan diperdengarkan apabila drama ini dimainkan di televisyen. Ikut perancangan asal, saya akan muncul dengan album penuh Mei depan, tetapi bimbang populariti lagu Satu Untuk Diriku semakin hambar, saya keluarkan dulu album single. “Album penuh nanti akan diberi judul Dua dan diserikan dengan 12 trek lagu bahasa Melayu dan Inggeris. “Selain Lah Ahmad dan Supa, saya menggunakan khidmat Sharon Paul, James Baum, Audi Mok, Johan Nawawi dan Imran Ajmain sebagai komposer album berkonsep pop R&B hip hop ini,” kata pemilik syarikat rakaman dan pengurusan Soulful Symphoney serta studio Purple Houz ini.
Last edited by sally_eiyna on Mon 02 Mar 2009, 9:35 am; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 9:34 am | |
| Nabil nan kecoh DIA tidak bercita-cita tinggi, apa yang bermain di fikiran adalah melangsaikan tugas menghantar surat serta bungkusan (despatch). Naik pangkat atau tidak, itu bukan perkara penting asalkan dapat gaji. Andai permohonan pinjaman bank diluluskan, dia mahu mendirikan rumah tangga. Hari-hari yang dilalui sangat ‘simple’. Namun itu cerita dulu, sekarang lain. Gelaran juara Raja Lawak musim kedua mengubah corak hidup anak muda ini secara drastik. Dia harus mengambil kira pandangan orang ramai sebelum melakukan sesuatu, malah tanggungjawab yang dipikul semakin berat. Rezeki bergolek ini secara tidak langsung menjadikannya lebih matang, bahkan dia mula prihatin akan jatuh bangun masa depannya dan keluarga. Saban hari dia memerah otak mencari idea dan konsep baru bagi memastikan karier terus berkembang. Itulah transformasi insan bernama Ahmad Nabil Ahmad. Dalam tempoh 11 bulan, popularitinya naik mendadak, bahkan dia tidak duduk diam lantaran tawaran datang silih berganti. Bukan saja bergelar pelawak, dia turut diberi peluang mengasah bakat sebagai hos, pelakon dan penyanyi. Mengupas pencapaian membanggakan anak jati Negeri Sembilan ini, dia mendapat kepercayaan pelbagai pihak mengendalikan enam program televisyen, membintangi tujuh filem serta sebuah telefilem dan sebagai penyanyi undangan single terbaru Imran Ajmain, Radio. “Apa yang saya kecapi hari ini tidak ubah seperti mimpi. Tidak pernah terlintas di fikiran, daripada mat despatch, saya kini bergelar anak seni. “Saya berterima kasih kepada Media Prima kerana memberi ruang kepada saya mengacarakan program Ewah-Ewah, Pondok Pondok, Studio Nabil, Hartamania. Tidak lupa Astro kerana mewujudkan program khas Fikirlah Sendiri. “Saya tidak percaya diberi peluang membintangi filem Sifu dan Tongga, Fikirlah Sendiri The Movie, Kecoh Betul, Momok the Movie, Eee... Hantu, Jin Notti dan Pisau Cukur dalam tempoh 11 bulan. Saya juga gembira dapat berlakon di bawah arahan Adlin Aman Ramlie dalam telefilem Sonata Labu Labi. “Terbaru, Primeworks Studio menawarkan saya menjadi hos program Santai Motivasi bersama Datuk Fadilah Kamsah. Diharap dengan adanya saya dapat menarik golongan muda mengikuti program ini,” katanya. Meskipun bakatnya dicungkil oleh stesen berbayar Astro, anak muda ini selesa memilih untuk bergerak sendiri. Ketika mengambil keputusan tidak menandatangani kontrak dengan stesen itu, pelbagai kritikan terpaksa ditelannya, termasuk kononnya dia besar kepala dan termakan hasutan teman rapat. Katalah apa saja, Nabil tetap kental. Dia yakin pilihannya tepat dan ia terbukti apabila tindakan itu tidak mencalarkan hubungan baiknya dengan Astro, bahkan masih bekerjasama hingga ke hari ini. “Memang dari awal saya tidak berminat menandatangani kontrak dengan mana-mana stesen. Saya lakukan ini atas kehendak sendiri dan bukan kerana hasutan orang lain seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini. “Menjadi prinsip saya tidak suka menyusahkan orang lain. Andai ikat kontrak, saya bimbang timbul masalah di kemudian hari andai saya tidak boleh komited. Jika saya melakukan kesalahan, pasti stesen televisyen turut terpalit sama kesannya. Saya tidak mahu itu berlaku. Kalau saya buat salah, biar saya yang tanggung,” katanya. Hampir setahun dalam industri, Nabil semakin matang mengatur kerjaya. Dia kini mengaku lebih selektif, malah punya strategi tersendiri untuk memastikan kedudukannya dalam industri terus stabil. “Tahun lalu saya ambil semua tawaran berlakon sebab mahu mengumpul modal membeli peralatan untuk syarikat saya, Lu Fikirlah Sendiri Sdn Bhd, tetapi tahun ini saya lebih selektif. Sebelum menerima tawaran, saya akan melihat skrip dan watak terlebih dulu. “Saya ada dalam industri bukan kerana mahu mengejar populariti, sebaliknya ia berlaku secara kebetulan. Sebab itu saya tidak pernah berharap diberi layanan istimewa. Dari awal lagi saya biasakan diri supaya tidak menyusahkan orang lain. “Biasanya jika diundang mengacara sesuatu program, saya akan sertakan dengan persembahan setengah jam secara percuma. Atas dasar prihatin, saya turut mengundang rakan dari program Raja Lawak dan AF untuk sama-sama memeriahkan acara. “Pakej ini memberi manfaat besar kepada penganjur. Mereka tidak perlu mengeluarkan wang tambahan membayar persembahan rakan saya, sebaliknya saya bayar dengan duit sendiri. Ini satu cara saya membantu rakan untuk sama-sama terus bertahan dalam industri. “Jika ada persembahan di luar Kuala Lumpur, saya selalu menegaskan kepada penganjur, tidak perlu menyediakan kenderaan atau bilik. Lebih senang begitu, habis persembahan saya boleh terus pulang,” katanya. Mengulas program kanak-kanak terbitan TV9, Pondok Pondok menyediakan tapak untuk kanak-kanak berusia antara empat hingga 10 tahun menonjolkan bakat terpendam mereka. Program yang bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam bermula 15 Februari lalu ini menjanjikan pelbagai segmen menarik dan interaktif seperti masak-masak, fesyen, kahwin-kahwin, cikgu-cikgu, ubah suai, bercerita dan membaca berita. Peserta juga berpeluang menarik, menyanyi dan bermain silap mata. “Saya suka melihat gelagat anak kecil dalam program ini. Ada antara mereka yang menangis, tertidur dan malu bila rakaman bermula, padahal di belakang pentas bukan main lagi mereka bercakap dengan saya. “Bermula 7 Mac ini, penonton setia TV9 dapat menyaksikan Studio Nabil yang ke udara setiap Sabtu, jam 9 malam. Dalam program 13 episod ini, saya tampil sebagai pemilik studio dan dibantu oleh Sharifah Shahirah sebagai setiausaha. “Setiap minggu akan dimeriahkan dengan kemunculan istimewa artis terkenal tanah air, antaranya Meet Uncle Hussein, Faizal Tahir, Mawi, Raja Azura dan ramai lagi. Program komedi ringan ini berkonsep muzikal, di mana semua orang akan menyanyi,” katanya. Dalam diam, anak ketiga daripada tujuh beradik ini bakal menghasilkan album solo yang diterbitkan oleh Ajai. Menerusi projek ini, Nabil diberi peluang menonjolkan kebolehan sebagai penulis lirik. Memuatkan 12 lagu, album ini mengetengahkan pelbagai genre, antaranya balada, pop, hip hop dan komedi. “Kalau ikutkan, saya malu menyanyi, tapi Ajai banyak beri kata-kata semangat. Dia sanggup mengajar saya menyanyi dan katanya projek ini bagus untuk masa depan saya. “Setakat ini kami berjaya menyiapkan tiga lagu dan jika tiada aral, saya akan masuk studio bulan ini. Memandangkan jadual Ajai sangat padat, kami tidak tergesa-gesa menyiapkan album ini. Saya tidak kisah andai ia mengambil masa lama asalkan hasilnya nanti berkualiti dan dapat diterima ramai,” kata Nabil. Sementara itu, Nabil kini giat merancang projek terbaru syarikatnya, Konsert Gala Pecah Usus yang bakal mengumpulkan 10 pelawak terkenal negara, antaranya Afdlin Shauki, Harith Iskander, Saiful Apek, Ali Mamak, Abon, Salih Yaacob, Zizan dan Johan. “Setakat ini saya menunggu keputusan daripada Celcom dan mendapat sokongan TV9. Insya-Allah, ia akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Jun depan. Konsert berkenaan diadakan pada sebelah malam, manakala siangnya kita akan menganjurkan ‘game show’ dan persembahan kumpulan muzik popular tanah air, malah ada banyak gerai jualan,” katanya. Nabil tidak ketinggalan mempromosi perniagaan bekam lintah milik keluarganya. Katanya, perniagaan terapi itu beroperasi di rumah keluarganya di Negeri Sembilan. “Abah saya menternak tujuh kolah lintah di belakang rumah. Alhamdulillah setakat ini ramai mencuba bekam ini dan mereka berpuas hati dengan harga ditawarkan iaitu RM100 untuk 13 lintah. “Terapi ini bagus untuk membuang darah kotor, malah ada pelanggan yang dulunya tidak boleh berjalan, sekarang pulih dan boleh memandu kereta. Sesiapa yang berminat mencuba bekam lintah bolehlah ke rumah abah saya,” katanya. Beralih kepada cerita cintanya dengan Irma Hasmie, tanpa berselindung jejaka ini mengakui pelakon jelita itu memiliki kriteria wanita idamannya. “Saya tidak suka berdolak-dalih. Kami memang rapat, malah selalu menghabiskan masa bersama. Saya tidak malu mengaku kami bercinta, tapi berharap perkara ini tidak diperbesar-besarkan kerana hubungan kami masih baru. “Saya mengenalinya bulan puasa tahun lalu dan rapat selepas sambutan Aidilfitri. Dia gadis yang baik, malah sepanjang mengenalinya saya sangat selesa berdamping dengannya. Mungkin kerana kami dalam industri sama, dia sangat memahami saya. “Kalau boleh, saya mahu menamatkan zaman bujang sebelum usia 30 tahun. Kalau tahun depan, lagi bagus. Siapa yang bakal bergelar isteri saya, itu saya tidak pasti, tapi setakat ini Irma satu-satu gadis yang rapat dengan saya. “Saya tidak takut hilang peminat andai berumah tangga. Macam saya cakap tadi, saya bukan mengejar glamor kerana di penghujung kehidupan, yang kekal setia di samping kita adalah isteri, anak dan amalan kita,” katanya jujur. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 9:36 am | |
| Sejak bila jadi ayu?TELEFON atas meja CAK tak henti-henti berdering. Kejap-kejap berbunyi sampai naik pening kepala dibuatnya. Tak cukup dengan itu, kotak e-mel CAK pun penuh dengan pertanyaan pembaca setia kolum ini. Semuanya gara-gara gambar seorang ‘lelaki lembut’ yang mencuba nasib di uji bakat program realiti One In A Million (OIAM) hangat tersebar di Internet. Yang menarik perhatian ramai, wajahnya saling tak tumpah dengan bekas anggota kumpulan nasyid Saujana. Lebih mengelirukan, nama ‘mereka’ juga sama iaitu Khairul Idzwan Baharin yang khabarnya kini bertugas sebagai doktor. Mula-mula melihat gambar berkenaan, CAK cuba berfikiran positif. Mungkin pelanduk dua serupa kut! Namun bila telefon asyik memekak, terpaksa CAK mencari kebenaran bagi menjawab tanda tanya ramai. Memandangkan Khairul Idzwan tidak lagi bersama Saujana, bukan mudah menjejakinya. Cara paling pantas, CAK merisik dengan beberapa kenalan yang bertugas di belakang tabir OIAM. Kata mereka, gambar itu memang orang sama. Namun CAK tidak mahu terlalu cepat membuat kesimpulan kerana tidak adil buat Khairul Idzwan. Setidak-tidaknya dia perlu diberi peluang untuk membuat penjelasan. Tidaklah jatuh hukum memfitnah jika spekulasi ini tidak benar. Malangnya, ada pula pihak tertentu cuba menghalang usaha CAK menjejaki Khairul Idzwan dengan alasan tidak mahu mencemarkan nama baik Saujana. Apa-apa jelah! CAK bukan nak merosakkan Saujana, cuma mahu mencari kebenaran. Daripada orang terus mengata dan membuat kesimpulan bukan-bukan (mengenai Khairul Idzwan atau Saujana), lebih baik ada penjelasan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 9:40 am | |
| Rosyam terbit program realiti Keghairahan peminat terhadap program berkonsep realiti masih lagi membara. Sebab itu program yang diterbitkan oleh stesen TV jadi bersiri-siri. Program realiti mencari penyanyi, banyak dibuat, namun yang khusus mencari pelakon belum ada lagi. Dulu ada Audition yang juga memerlukan peserta bernyanyi. Walhal banyak peserta program realiti akhirnya menjadi pelakon apabila kemunculan mereka sebagai penyanyi kurang dipedulikan berbanding kehadiran sebagai pelakon. Agaknya itulah yang cuba dilakukan oleh Rosyam Noor apabila syarikatnya bakal menerbitkan sebuah program realiti untuk sebuah stesen TV. Rosyam akan memperkatakan pasal projek barunya dalam satu sesi bersama media pada 5 Mac depan. Tunggu... Apakah format program tersebut belum diperinci lagi. Tapi apabila pelakon terkenal seperti Rosyam yang terlibat, pasti ia akan menjurus ke arah bidang lakonan. Tunggulah nanti apakah dia projek yang Rosyam maksudkan. Rosyam melalui syarikatnya Suhan Movies & Trading banyak menerbitkan drama untuk TV tempatan. Drama terbaru terbitannya yang sedang ditayangkan di TV3 berjudul Rozanna. Rosyam sendiri menjadi pelakon utama bersama Datuk Rahim Razali dan Rita Rudaini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 10:30 am | |
| Apa dah jadi dengan Adibah Noor? Apa dah jadi dengan Adibah Noor? Tukar imej ke? Atau pun Adibah di serang penyakit? Lihatlah dah macam wanita tua pulak dah jadinya. Kesian Adibah. Tak sempat nak bersolek kut. Jangan terkejut... inilah imej terbaru Adibah. Bukan imej terbaru penampilan di atas pentas tapi imej terbaru dalam sitcom Phua Chu Kang yang sangat popular di Singapura. Adibah turut berlakon daam sitcom itu. Kalau lihat dia memegang bulu ayam dan mengemas meja tu, pastilah wataknya sebagai pembantu rumah yang sudah berusia. Oh... pegang watak pembantu rumah rupa-rupanya. Kalau macam ni rupa pembantu rumah, siapa yang takutkan siapa nanti. Majikan akan gerun dan takut nak memperlakukan sesuka hati. Kes Nirmala Bonat tak akan berlaku kalau pembantu rumah datang dalam pakej macam Adibah Noor ni. Jangan tak tahu... selain bersuara sedap Adibah memang kelakar secara semulajadi, jadi pasti pecah perut menontonnya nanti. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 10:31 am | |
| Pengalaman pahit kahwin singkatKUALA LUMPUR: “Macam dalam mimpi. Bayangkan bercinta sembilan tahun tetapi kahwin sekejap saja,” kata pengarah dan pelakon, Shahriza Mahmud. Menurut Shahriza, tatkala terbaca kisah Roslin, ingatannya melayang kepada situasi sama yang dilaluinya 13 tahun lalu. Katanya, walaupun berbeza punca, pada hakikatnya mereka tidak sempat merasai alam rumah tangga. “Roslin dan bekas isterinya baru kenal, tetapi saya dan bekas suami saling mengenali untuk tempoh lama. Ketika mendirikan rumah tangga, saya hanya membayangkan untuk hidup bersama hingga akhir hayat. “Bagaimanapun, dalam situasi ‘darah manis’, saya menjadi separuh gila apabila rahsia suami yang ada perempuan lain terbongkar,” katanya. Shahriza berkata, lebih daripada itu dia menanggung derita berpanjangan apabila bekas suaminya menghilangkan diri selama empat tahun empat bulan sebelum muncul semula untuk ‘melepaskannya’. “Jika hendak berkahwin, berterus teranglah supaya tidak timbul masalah di kemudian hari. Lelaki memang suka berahsia,” katanya yang baru selesai menjalani penggambaran drama berjudul Semanis Janji. Menurut Shahriza, meskipun pengalaman dilaluinya sukar dilupakan, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk membenci perkahwinan. “Tidak pernah saya terfikir untuk tidak berkahwin. Saya masih bersendirian ketika ini kerana belum ada jodoh,” katanya. Dalam pada itu, bekas isteri Aziz M Osman, Nor Radhiah Ramli, 23, tidak pernah menyangka berdepan pengalaman pahit berkahwin dalam tempoh singkat. “Semestinya saya sedih dan kecewa. Tiada siapa di dunia mahu jadi begini (berkahwin dalam tempoh singkat). Bagaimanapun, saya kena hadapi benda yang berlaku,” katanya. Menurut Nor Radhiah, dia mampu melalui dugaan berkenaan berkat doa, sokongan keluarga dan rakan. “Kini saya tenang menghadapi hari mendatang dan menjalani kehidupan seperti orang lain. Hubungan saya dengan abang Aziz pun baik. Kami tidak bergaduh,” katanya. Bagi Farah Asyikin Zulkifli, 30, dia pernah memaklumkan sudah melakukan yang terbaik untuk mempertahankan rumah tangga, tetapi akhirnya gagal. “Tidak perlu Farah nyatakan punca perceraian kami kerana ia terlalu peribadi. Farah terima ketentuan ini dengan reda,” katanya.
Last edited by sally_eiyna on Mon 02 Mar 2009, 11:16 am; edited 2 times in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 10:32 am | |
| Dakwa Roslin keterlaluanKUALA LUMPUR: Kata-kata jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 34, yang mendakwa mempunyai 1,001 sebab untuk menceraikan Faizah Mohamad, 32, menimbulkan rasa kurang senang ahli keluarga bekas isterinya yang menyifatkannya sebagai keterlaluan. Abang Faizah, Zulkifli Mohamad, 35, berkata tindakan Roslin meminta adiknya tidak membuka mulut kepada media adalah tidak munasabah, sedangkan Roslin terlebih dulu menghebahkannya. “Jika benar dia tidak mahu memburukkan mana-mana pihak, mengapa Roslin mengeluarkan pelbagai kenyataan di luar mahkamah sebelum perbicaraan dilakukan. “Dia (Roslin) tidak membenarkan adik saya mengeluarkan kenyataan, namun dia sendiri mendedahkannya kepada Harian Metro minggu lalu,” katanya sambil menunjukkan keratan akhbar yang membuktikan dakwaannya. Zulkifli berkata, sebagai perempuan, adiknya yang sebelum ini tidak pernah menjalin hubungan cinta dengan mana-mana lelaki kini merana dengan pendedahan Roslin. Menurutnya, apa yang didakwa Roslin kononnya dia mempunyai 1,001 sebab untuk menceraikan adiknya turut disifatkan keluarga sebagai tidak munasabah. “Mana mungkin adik saya melakukan begitu banyak kesilapan atau kekurangan dalam tempoh 12 hari hidup bersamanya. Kenyataan itu amat kejam, sedangkan saya mengenali hati budi adik saya,” katanya yang melantik peguam untuk mengendalikan kes berkenaan. Menurutnya, kemelut dihadapi adiknya dan Roslin sebaik-baiknya diselesaikan secara aman tanpa andaian atau kenyataan yang boleh mengguris hati kedua-dua pihak. “Jika dia tidak mahukan Faizah lagi, lepaskan secara baik di mahkamah tanpa memanjangkan isu ini. Saya dan bapa, Mohamad Hussin, 61, serta ibu, Zabidah Raamat, 56, reda dengan apa yang berlaku. “Apa yang mampu kami lakukan kini ialah memastikan adik saya dapat pulih sepenuhnya daripada sejarah hitam yang dialami. Kami akan cuba mencari jalan penyelesaian terbaik untuk memulihkan perasaannya,” katanya. Rabu lalu, Roslin ditemani produser filem, Raja Azmi dan peguam syarie, Roslizam Rahim membuat penjelasan mendakwa terkejut berhubung kenyataan balas Faizah yang mendakwanya terburu-buru melafazkan cerai selepas 12 hari bernikah. Roslin mendakwa mempunyai 1,001 sebab menceraikan Faizah, namun enggan menyatakannya dengan alasan biar ia didedahkan di mahkamah. Dia turut mendakwa kesal berikutan Faizah membuat kenyataan media Selasa lalu, sedangkan kes perceraian itu sudah difailkan di mahkamah. Roslin mendakwa kenyataan Faizah melalui media kelmarin boleh menjejaskan reputasi selain mengundang persepsi buruk masyarakat kepadanya. Difahamkan, Roslin sudah memfailkan perceraian di Pejabat Pendaftar Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin lalu, kerana beranggapan kes itu belum difailkan. Faizah bagaimanapun sudah terlebih dulu memfailkan kes sama di Petaling Jaya pada 20 Februari lalu. Rabu lalu, muka depan Harian Metro melaporkan kenyataan Faizah yang mendakwa Roslin mengambil keputusan terburu-buru menceraikannya walaupun baru 12 hari melayari bahtera hidup sebagai suami isteri. Faizah yang bekerja di bahagian pentadbiran sebuah syarikat di Puchong berkata, kemelut melanda rumah tangga mereka sepatutnya boleh diselesaikan melalui perbincangan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 10:38 am | |
| Former TV3 Newscaster Aziah Jasmin On Image ConsultingNor Aziah Jasmin Azizul is one of the outstanding and well known TV3 newscasters. Somehow she disappeared from TV3 quite a while back away from the limelight. Only now I know that she has spending those time to enrich herself with all sorts of courses and expanding on her business. Aziah is the owner of Star Studio Consulting that provides advice on hairstyling, image consulting, pedicure, manicure, beauty salons and lots more. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 11:33 am | |
| Personaliti Cover-Usia 40 terlalu banyak nikmat untuk disyukuri. Hati saya benar-benar teruja apabila editor meminta saya untuk menjadikan Raja Mazian Raja Mohamed sebagai penghias kulit MIDI kali ini. Sejak di bangku sekolah lagi saya meminati personaliti ini yang bermula sebagai pembaca berita sehinggalah mengendalikan sebuah rancangan berbentuk keagamaan. Selain mempunyai raut wajah yang manis dan petah berbicara nama kami juga seakan-akan sama. Kehadiran Raja Mazian di pejabat Karangkraf pada pagi itu tepat pada masanya walaupun tersesat pada awalnya. Keperibadian wanita ini memang terserlah seperti yang kita lihat di kaca televisyen. Kerjasama yang diberikan sangat baik sehinggakan wanita yang pernah dinobatkan sebagai Penyampai Rancangan Agama Televisyen Wanita Terbaik di Malam Anugerah Media Islam Negara (Amin) sanggup menyarung pakaian yang tersedia agak sedikit lari dari imejnya yang sebenar. Berjihad sambil berniaga Meninggalkan dunia glamor sewaktu nama berada di puncak bukanlah suatu penyesalan bagi wanita gigih ini. Sebaliknya kemanisan iman lebih terasa apabila memulakan perniagaan berlandaskan sabda Nabi S.A.W. iaitu ‘sembilan daripada sepuluh punca rezeki adalah daripada perniagaan.’ “Sebenarnya minat berniaga datang apabila mula bertemu dan bergaul dengan orang yang berkaitan dalam dunia perniagaan ini. Apabila mengetahui ekonomi orang Islam di Malaysia kini terlalu rendah lebih kurang tiga peratus saya berasa terpanggil untuk menyumbang kepada ekonomi orang Islam yang tercinta. Pada mulanya saya tercari-cari apakah jenis perniagaan yang mahu saya perjuangkan. Segalanya tercetus apabila pendakian saya ke Gua Hira’ pada tahun 2006 yang memberi pengertian penuh makna buat diri saya dan suami. Kesempatan bermunajat di tempat yang sempit itu kepada Allah s.w.t. benar-benar bermakna. Selepas mendirikan solat sunat dhuha di tempat wahyu pertama diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. telah mengundang keinsafan lantas mengilhamkan perjuangan yang suci. Sebenarnya masyarakat kita telah dijajah secara saraf sejak dahulu lagi. Saya mahu membantu umat Islam mendapat alternatif daripada produk yang telah dikeluarkan oleh penjajah. Perniagaan yang saya jalankan berlandaskan mencari rezeki yang halal berlandaskan motto mencari keredhaan. Oleh itu, setiap apa yang dijalankan mengikut objektif yang jelas agar ia menjadi jambatan menuju keredhaan Allah s.w.t. dan demi membangunkan ekonomi ummah. Justeru, saya memastikan agar produk yang berlandaskan pemakanan Islam dikeluarkan berlandaskan Islamic Manufacturing Practise (IMP) yang telah ditauliahkan. Bagi saya itulah jihad yang saya perjuangkan,” ujar Raja Mazian bersemangat. “Jihad perniagaan saya sebenarnya baru bermula dan jika diizinkan saya mahu mencapai kepada sesuatu yang selesa dalam dunia perniagaan ini. Tetapi, bukan mudah untuk mencapai kejayaan kerana sudah menjadi mentaliti ‘orang- orang kita’ yang akan membahaskan tentang kebenaran produk yang diusahakan oleh saudara seagama berbanding produk daripada barat. Ini amat mengecewakan saya dan jika mampu saya mahu mengikis pandangan yang sedemikian dalam benak setiap insan. Akhirnya setelah berusaha atas niat saya hanya berserah kepada Allah s.w.t. Alhamdulillah, produk pemakanan yang saya usahakan semakin hari semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia,” ujarnya yang pernah menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak. |
| | | cik Kentang Super Senior
Number of posts : 885 Age : 37 Location : utara semenanjung malaysia Registration date : 29/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 11:56 am | |
| cantiknye siti pakai tudung... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 12:29 pm | |
| Aishah tampil single ‘Yang Ada Hanya Kenangan’ KARIER seni penyanyi versatil Aishah belum lagi terpadam dan dia kini telah menghasilkan sebuah single terbaru berjudul, ‘Yang Ada Hanya Kenangan’. Bagi penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu dan Tiada Lagi Tangisan ini, beliau akan mencetuskan kelainan daripada segi pemilihan lagunya. Menurut Aishah, dengan pemilihan lagunya itu, ia juga sekaligus menunjukkan yang kali pertama Aishah bekerja dengan komposer Azlan Abu Hassan. “Kali ini merupakan kali pertama saya memilih Azlan sebagai komposer lagu Yang Ada Hanya Kenangan. Aishah mempertaruhkan single 'Yang Ada Hanya Kenangan' hasil ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Habsah Hassan. “Lagu ini berbeza dengan lagu-lagu beberapa tahun lalu di mana pendengar kena mendengarnya beberapa kali baru mereka dapat ‘tangkap’ lagu itu. “Ada setengah pendengar terus boleh ‘tangkap’ selepas sekali mendengarnya. Apa-apa pun kita tengok dahulu macam mana kerana sekarang ini saya baru edarkan lagu ini di stesen-stesen radio,” ulas Aishah. Beliau akui yang lagu terbarunya ini mungkin kurang menyengat berbanding lagu-lagu yang dinyanyikan olehnya sebelum ini. “Sebenarnya, saya sengaja memilih lagu seperti ini kerana saya ingin mencuba sesuatu yang baru. Aishah juga sibuk mengendalikan seminar di bawah Jabatan Pembangunan Wanita. “Saya tidak mahu biasakan pendengar hanya mendengar satu kategori lagu seperti yang saya berikan sebelum ini. Jadi, saya nak ‘break whole the pigeon’. “Saya tahu lagu ini agak berlainan. Jadi, saya rasa sedikit bimbang jika orang lain tidak dapat menjangkakan yang lagu itu seperti lagu saya. “Namun begitu, saya berasakan cara muzik itu digarapkan adalah mengikut peredaran muzik kegemaran sekaligus ‘capture’ pasaran sekarang. “Saya nak berikan kejutan kepada pendengar dengan sesuatu yang segar,” jelas Aishah mengenai lagu yang ditulis oleh Habsah Hassan itu. Mengikut perkiraan Aishah, lagu ‘Yang Ada Hanya Kenangan’ mula dirakamkan kira-kira dua bulan lalu. Oleh itu,tidak mustahil sekiranya beliau mahu menghasilkan beberapa buah single lagi sebelum menerbitkan sebuah album. “Jika diikutkan hati, saya tak nak tunggu lama-lama untuk menghasilkan sebuah album. Jadi, mungkin selepas menghasilkan satu hingga dua single lagi, saya mahu terus menyiapkan satu album. “Saya akan cuba mencari lagu-lagu baru. Tetapi dalam masa yang sama, saya juga suaka merakamkan lagu-lagu lama. Jadi, mungkin saya akan masukkan lagu ‘cover’,” cerita penyanyi lagu Melukut Seri Gantang, Kurnia dan Derita Seorang Bonda yang ditulis oleh Dr. Mohd Asri itu. Mengajar menjahitSelain sibuk menumpukan pada nyanyian, Aishah juga sempat membantu golongan wanita dengan mengendalikan seminar di bawah Jabatan Pembangunan Wanita. “Saya mengajar menggunakan silabus sendiri kepada golongan berpendapatan rendah terutama di luar Kuala Lumpur seperti Perak dan Kedah selama dua hari. “Antara silabus yang saya ajarkan adalah menjahit riben, menyulam riben dan benang, membuat aksesori, membuat bunga telur dan bunga rampai. “Saya juga membuat demo kitar semula yang menggunakan botol plastik,” ujar Aishah yang menyertai program ini sejak hujung tahun lalu. Cerita Aishah, beliau memang menggemari aktiviti seperti ini kerana beliau sudah mempraktikkan minat tersebut sejak dahulu lagi dengan menjahit baju ‘show’ sendiri dan membuat aksesori. Tulis buku tentang aksesoriSelain itu, Aishah masih menerima banyak undangan ‘show’. Dalam masa yang sama, jika mempunyai kelapangan, beliau akan menjahit kraftangan sebagai sampel untuk dimasukkan dalam bukunya nanti. “Saya sedang menulis buku tentang aksesori. Sekarang, aksesori-aksesori itu sudah dibuat. Cuma menanti masa untuk mengambil gambar. “Saya belum pasti lagi bila ia akan diterbitkan tetapi setakat ini saya mendapat tahu Karisma Publishing berminat untuk menerbitkan buku saya itu," kata Aishah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 12:36 pm | |
| Ustazah Siti Nurbahyah berjaya buat penonton menitiskan air mata SEKALUNG tahniah kepada pihak yang terlibat di dalam penganjuran Konsert Malam Maulidurrasul 1430 H (MSM) di Stadium Malawati Shah Alam, baru-baru ini, terutama kepada artis-artis yang menjayakan persembahan mereka di mana ia bukan sahaja menghiburkan, bermesej malah telah berjaya membuatkan penonton menitiskan air mata. Cukup menyentuh emosi tatkala mendengar Ustazah Datuk Siti Nurbahyah Mahmood yang bercerita tentang sejarah hidup Nabi Muhammad S.A.W sejak baginda lahir sehinggalah wafat. Siti Nurbahyah tampil di atas pentas sebanyak empat kali untuk menyambung satu demi satu sekuel cerita tentang kisah hidup Nabi yang begitu bermakna buat penonton. Gaya Siti Nurbahyah yang menyampaikan cerita tentang kisah hidup Nabi Muhammad S.A.W dengan penuh bersemangat. -foto The Star oleh AZMAN GHANI Pada mulanya, apa yang diceritakan hanya didengari biasa sahaja memandangkan mereka yang sudah mengetahui tentang sejarah di awal kelahiran Nabi mungkin mendengar tanpa menunjukkan apa-apa reaksi. Namun begitu, ada juga yang sudah mula kusyuk mendengar dan menghayati cerita yang disampaikan dengan penuh bersemangat oleh penceramah bebas itu. Antara penonton yang hadir. Masuk kali kedua, cerita Siti Nurbahyah sudah mula membuatkan ramai hati yang tersentuh begitu juga kali ketiga. Mendengarkan cerita Siti Nurbahyah membuatkan ramai hati yang tersentuh. Masuk kali keempat, ketika Siti Nurbahyah menceritakan tentang saat-saat kewafatan Nabi, beliau telah berjaya membuatkan ramai penonton menitiskan air mata. Begitulah sedikit sebanyak tentang bagaimana dengan penceritaan sahaja, sudah ramai yang tersentuh dan mengalirkan airmata. Isteri Mawi, Ekin turut hadir memberikan sokongan kepada konsert itu di samping menemani suaminya. Bagaimana sekiranya ia divisualkan dan dipertontonkan kepada semua orang. Mungkin lebih ramai yang menginsafi diri dan terharu dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Rasulullah. Amy Search dapat tepukan paling gemuruhAntara ramai-ramai artis yang membuat persembahan nyanyian, Amy Search paling mendapat tepukan gemuruh berbanding Rabbani, Datuk Siti Nurhaliza, Mawi dan Ustaz Akil Hayy. Amy Search (tengah) mendapat tepukan paling gemuruh saat beliau bersuara. Saat Amy keluar ke pentas sahaja, mulalah sorakan dan tepukan bergema di dalam ruang dewan yang menghimpunkan kira-kira 6,000 penonton itu. Semasa persembahan pembuka di mana semua artis yang membuat persembahan menyanyikan lagu ‘Ya Nabi Salam ‘Alaika’, apabila Amy bersuara sahaja terus penonton memberikan tepukan yang luar biasa. Mungkin kerana mereka jarang mendengar Amy menyanyikan lagu bercorak dakwah dan ketuhanan itu di depan khalayak. Amy ketika menyanyikan lagu 'Tiada Lagi'. Selain itu, mereka juga bersorak apabila Amy sekali lagi keluar memberikan persembahan lagu ‘Tiada Lagi’. Amy ketika berduet dengan Rabbani menerusi lagu 'Mentari Merah Diufuk Timur’. Amy juga sempat berduet dengan Rabbani menerusi lagu ‘Mentari Merah Diufuk Timur’. Rabbani saat menyanyikan lagu Intifada. Rabbani selaku ‘tuan rumah’ di dalam konsert ini juga berjaya menghiburkan penonton menerusi lagu popular ‘Intifada’, ‘Selawat Nabi’, Salamun Salam (duet dengan Akil Hayy), dan Saksi (duet dengan Mawi). Mawi menyampaikan lagu Al-Jannah. Mawi pula tidak kurang hebatnya dengan persembahan lagu ‘Al-Jannah’ manakala Akil Hayy menyanyikan lagu ‘Al-Mu’allim’ yang dipopularkan oleh Sami Yusuf. Akil Hayy dengan lagu Al-Mu’allim. Sementara Siti Nurhaliza buat kali pertamanya tampil dengan lagu terbaru, lagu tema filem ‘Perempuan Berkalong Serban’ iaitu ‘Ketika Cinta’ dan turut menyanyikan lagu lamanya dari album ‘Safa’ iaitu ‘Kudus Sinarmu’. Siti mendendangkan dua buah lagu solonya iaitu Ketika Cinta dan Kudus Sinarmu. Konsert yang berlangsung selama sejam setengah itu turut diselang-selikan dengan titipan hadis, tazkirah dan sabda Rasulullah yang di persembahkan melalui persembahan multimedia di skrin putih, diikuti dengan qasidah dan pentorama secara ‘non-stop entertainment’. Konsert yang dipengerusikan oleh Fenda MHI ini diakhiri dengan selawat ke atas Nabi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 12:55 pm | |
| 'Macam anjing menyalak'JURI kecewa dengan persembahan pelajar terutama dari segi pemilihan lagu. Kritikan Syafinaz bakal mengundang kontroversi program realiti OIAM BARU minggu kedua ditayangkan kepada penonton, program realiti One In A Million sudah mula mencipta kontroversi apabila salah seorang juri, Syafinaz Selamat melemparkan kritikan yang agak keras kepada seorang peserta iaitu Aweera. Sebaik saja peserta yang berasal dari Perlis itu selesai menyanyikan lagu She’s Gone, Syafinaz mengkritik cara nyanyiannya itu seperti anjing menyalak. Selama ini, baik Syafinaz ataupun Paul Moss, mereka sudah berdepan dengan pelbagai ragam dan kerenah peserta sama ada sewaktu sesi uji bakat ataupun pertandingan sebenar. Mereka juga mungkin sudah lali dengan corak nyanyian yang berbeza-beza tapi malam itu penyanyi yang pernah popular dengan lagi Ingin Bersamamu naik hantu dan meradang sehingga terlanjur mengeluarkan komen yang kurang enak didengar penonton serta boleh melemahkan semangat peserta. Difahamkan, akibat kritikan spontan itu, Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham terduduk. Walaupun sewaktu sidang media kemudian, Aweera hanya memberikan alasan kurang sihat kerana demam dan tekak berdarah yang menyebabkan persembahannya kurang memuaskan, namun daripada raut wajahnya yang murung itu jelas menunjukkan dia sebenarnya terluka dengan kritikan keras itu. DEMAM dan tekak berdarah membuatkan persembahan Aweera menerima kritikan pedas daripada Syafinaz. Mengulas lanjut kata-kata pedasnya itu, Syafinaz berkata, dia tidak berniat untuk menyakitkan hati peserta berkenaan apabila menyamakan nyanyiannya seperti salakan namun sebagai orang yang berpengalaman dalam bidang nyanyian, teknik yang digunakan Aweera adalah salah dan nyanyiannya memang menyakitkan telinga. “Kalau dalam bahasa Inggeris barking, dalam Bahasa Melayu, maksudnya menyalak. Itulah yang saya dapat rasakan nyanyian Aweera malam ini. Awal-awal nyanyian lagi sudah sumbang. Banyak masalah pitching. “Saya minta maaf andai kritikan itu agak kasar tapi kalau kita tak cakap dengan cara begitu, mereka ini sudah hendak faham. Terus terang, saya tak puas hati dengan persembahan kebanyakan persembahan peserta malam ini,” tegas Syafinaz dalam nada kecewa. Tegasnya, kelemahan paling ketara di kalangan peserta kali ini adalah kebanyakan dari mereka masih menghadapi masalah untuk memilih lagu. NASIB tidak menyebelahi Ayu apabila dia menjadi peserta pertama tersingkir daripada program realiti OIAM 3. “Macam minggu ini, walaupun tema yang diketengahkan adalah memori tercipta di mana setiap dari mereka perlu menyanyikan lagu yang mampu mengembalikan nostalgia dalam diri mereka tetapi biarlah lagu itu bersesuaian dan mampu mencabar kebolehan mereka. “Ini tidak, mereka lebih senang merujuk ibu dan bapa mereka mengenai lagu apakah yang ingin dinyanyikan berbanding merujuknya kepada pengarah muzik iaitu Aubrey Suwito. Aubrey sendiri meluahkan kepada kami mengenai kedegilan mereka ini,” luah juri tinggi lampai ini. Begitupun, pendapat Syafinaz itu disangkal Nine, peserta yang sudah dua kali mendapat komen yang serupa iaitu tidak mampu membuat pilihan lagu dengan baik. “Apabila juri memberikan komen sedemikian, kami sendiri keliru sebenarnya. Kami hanya menyanyikan lagu yang bertepatan dengan tema yang diberi dan kebetulan lagu yang kami pilih itu mempunyai memori tersendiri jadi lagu itulah yang kami nyanyikan,” jelas Nine yang disifatkan Syafinaz sebagai sering berada dalam zon selamat dan tidak berani mencabar kemampuan diri sendiri. Mengenai ada cadangan daripada penonton yang meminta supaya menghapuskan sistem imuniti, kedua-dua juri nyata tidak bersetuju dengan perkara itu. “Dalam program ini, biasanya kita hanya boleh memberi komen tetapi keputusan dibuat penonton. Jadi dengan adanya imuniti ini, secara tidak langsung kita menunjukkan kepada mereka siapakah peserta yang terbaik berdasarkan penilaian juri sendiri,” jelasnya sambil memberitahu hanya seorang peserta yang menunjukkan persembahan terbaik saja yang layak dianugerahkan dengan imuniti. Ayu peserta pertama tersingkir PAUL Moss menyifatkan penyanyi dari Muar, Johor ini sebagai seorang yang mempunyai potensi besar dalam bidang nyanyian. Namun, apabila jari menjadi juri, malam Jumaat lalu menyaksikan Nurhidayu Md Tekhary atau Ayu terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada program realiti itu apabila undian SMS dan talian tetap penonton tidak memihak padanya. Nampaknya lagu Matahari nyanyiannya masih belum dapat menambat hati peminat walaupun dia berusaha sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik. “Saya akur dengan keputusan ini. Walau apapun, perjuangan akan diteruskan dan saya percaya rezeki itu ada di mana-mana,”ujar Ayu yang kelihatan cukup tenang. Selain Ayu, berada di tempat tiga ke bawah seperti yang diumumkan pengacara Awal Ashaari dan Marion Caunter adalah Amylea dan Pija. Pada acara yang dipancarkan secara langsung menerusi saluran 8TV itu, penyingkiran Ayu sekali gus memberi peluang kepada 11 lagi peserta yang tinggal untuk misi bergelar juara OIAM 3. Mereka adalah Pija, Tomok, Han, Rizu, Nine, Amylea, Simon, Esther, Aweera, Anith dan Fify. Jika minggu lalu Esther diberikan imuniti sebagai habuan persembahannya yang berjaya memikat hati juri, namun kali ini, keistimewaan itu menjadi milik Amylea, yang memukau penonton dengan persembahan bersahaja dan memetik gitar ketika menyampaikan lagu ciptaannya sendiri berjudul Akan Tiba. |
| | | meebandung Newbie
Number of posts : 37 Age : 51 Registration date : 14/08/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 1:26 pm | |
| |
| | | meebandung Newbie
Number of posts : 37 Age : 51 Registration date : 14/08/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 1:29 pm | |
| |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 1:58 pm | |
| sweetnya ct btudung litup cam2... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 2:03 pm | |
| Ketiadaan abah masih dirasaiSITI melancarkan buku The Pink Book tulisan Nor Aziah bersama dengan Pengurus Besar Kanan, Berita Publishing, Zaini Zainuddin. Siti Nurhaliza pinjam semangat emak yang sentiasa tenang saat kehilangan orang tersayang AMAT sukar baginya mengikis kenangan lalu. Sehingga kini, wajah bapanya, Tarudin Ismail, 67 yang meninggal dunia lebih dua minggu lalu akibat sakit jantung masih terbayang di depan mata. Bagaikan filem yang berputar, satu demi satu peristiwa manis menjelma di fikiran sekali gus mengundang rindu di dalam jiwa penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. Jujur Siti akui, peringkat awal kehilangan ayah tercinta, dia sendiri seperti tenggelam punca. Perasaan rindu pada lelaki yang menjadi idolanya selama ini, tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Dan ada kala, apabila kerinduan itu bertandang, hanya air mata menjadi teman dan lidahnya tidak henti-henti melafazkan ayat-ayat suci supaya tenang rohnya di sana. “Pemergian abah memang memberi kesan yang mendalam buat diri Siti seperti sampai hilang selera makan kerana dia pergi dalam keadaan mengejut. Ia berlaku tiba-tiba tanpa sempat meninggalkan sebarang pesan buat kami semua. “Situasi itu membuatkan Siti perlukan masa untuk memulihkan kembali perasaan sedih Siti. Kenangan bersama abah akan terus terpahat dalam ingatan ini,” ujar Siti yang sering menghadiahkan al-Fatihah setiap kali bila teringatkan arwah ayahnya itu. Memandangkan kini masih lagi dalam tempoh berkabung, Siti berkata dia terpaksa beberapa menolak undangan pertunjukan pentas dan program yang sudah pun dipersetujui awal seperti Konsert Jom Heboh, Kelab Pop, AC Di sini dan Zoom In...Siti. “Sejujurnya, Siti akui masih belum ada keinginan untuk menyanyi buat masa ini. Begitupun, Siti hanya muncul dalam persembahan berkonsepkan keagamaan seperti Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1430 Hijrah di Stadium Malawati, Shah Alam, malam Sabtu lalu serta Konsert Sirah Junjungan 9 Mac depan. “Bagi Siti sendiri tak ada masalah membuat persembahan untuk kedua-dua konsert itu memandangkan ia bertujuan amal serta bercorak keagamaan,” jelas penyanyi lagu Biarlah Rahsia ini ketika ditemui pada majlis pelancaran buku The Pink Book tulisan bekas personaliti TV3, Nor Aziah Jasmin di Mid Valley petang Jumaat lalu. Ini adalah kemunculan pertama Siti di khalayak selepas bapanya meninggal dunia 15 Februari lalu. Biarpun suaranya sebak ketika menuturkan setiap ayat itu, namun wanita berusia 30 tahun ini masih kekuatan dalamannya masih ampuh apabila setitis pun air matanya tidak tumpah sepanjang sidang media itu berlangsung. Mungkin ketabahan itu dipinjam Siti daripada ibunya Salmah Bachik, 57 yang menurut Siti cukup kuat apabila berdepan dengan situasi itu. “Siti amat mengagumi emak kerana dia seorang yang amat tenang dan langsung tidak menunjukkan kesedihannya di depan kami adik beradik, walaupun Siti tahu dialah yang paling terasa dengan pemergian abah. “Siti ada juga mengajak ibu tinggal bersama, tetapi nampaknya di lebih selesa untuk tinggal di kampung bersama adik,” cerita Siti yang akan berkabung selama 40 hari. Sebagai anak, Siti seboleh mungkin akan cuba memenuhi keinginan arwah bapanya yang tidak kesampaian iaitu membuka perniagaan berasaskan pertanian. “Sebelum ini, arwah abah memang ada memohon untuk membuka syarikat yang dinamakan Saldin Sdn Bhd (singkatan Salmah dan TarudinI dan permohonan itu sudah pun diluluskan. “Malangnya hasratnya itu tidak kesampaian dan Siti bersama suami (Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa) akan berusaha menunaikan hajatnya itu nanti. Untuk itu, kami sudah pun membeli tanah di Kuala Lipis bagi menjalankan projek itu,” katanya Siti yang kelihatan kurus namun kejelitaannya masih tetap terserlah. Tidak kejar wang ringgit WALAUPUN dia pernah tampil dengan konsert berbentuk keagamaan sebelum ini, namun Konsert Sirah Junjungan yang diterbitkan pelakon dan pengarah Erma Fatima adalah konsert pertama yang Siti muncul sebaik saja dia muncul dengan imej baru, iaitu mengenakan tudung ala selendang di kepala. Pada konsert itu nanti, Siti akan menyanyikan lagu yang bercorak ketuhanan, selari dengan konsep persembahan yang dijadualkan akan berlangsung di Istana Budaya, 9 Mac depan. “Ini adalah pertama kali Siti muncul dalam konsert ini walaupun ia sudah memasuki musim kedua penganjurannya.Bagi Siti sendiri, dalam situasi sekarang, bukan wang ringgit yang Siti dikejar.Konsep konsert ini sendiri yang mengetengahkan perjuangan Rasulullah membuatkan Siti sendiri terpanggil untuk sama-sama terbabit dengannya. “Lagipun projek ini dijalankan bersama dengan Yayasan Nur Jiwa, milik suami.Jadi tak salah kalau Siti turut serta dalam konsert arahan kak Erma ini. Mengulas pencalonannya dalam kategori Penyanyi Wanita Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 yang bakal berlangsung 12 Mac depan, Siti menyifatkan pencalonannya itu sebagai pengiktirafan peminat terhadap usahanya. “Seperti yang pernah Siti nyatakan sebelum ini, Siti tidak mengharapkan sebarang kemenangan. Dicalonkan saja sudah mencukupi.Apapun, Siti mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak jemu-jemu menyokong kerjaya Siti dari dulu hingga kini,” tuturnya lembut. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 2:07 pm | |
| Anu Dalam Botol bukan sembarangan RAJA AZMI terpesona dengan penampilan Firdaus sebagai wanita. Raja Azmi angkat kisah benar yang berlaku dalam masyarakat MELIHAT kepada judul filemnya, Anu Dalam Botol, tentu ramai yang beranggapan, penerbitnya, Raja Azmi Raja Sulaiman sengaja hendak mengundang kontroversi. Apatah lagi apabila kontroversi sememangnya sinonim dengan wanita gigih ini. Sejak awal pembabitannya dalam dunia penerbitan dan penulisan, Raja Azmi tidak sunyi daripada pelbagai cerita panas membabitkan kerjayanya. Namun bagi isteri kepada bekas jaguh badminton negara, Jailani Sidek ini, kontroversi sememangnya ada di mana-mana. Persoalannya kini, sama ada kita menyukai kontroversi terbabit atau sebaliknya. "Di rumah sekalipun, kontroversi tetap ada. Saya menganggapnya sebahagian daripada kehidupan. Jika kontroversi tidak wujud, tentu hidup ini membosankan," katanya ketika ditemui pada sesi uji bakat memilih pelakon utama filem keempat terbitannya di Kompleks Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang, baru-baru ini. Bagaimanapun, penerbit itu meminta orang ramai menonton filem berkenaan terlebih dahulu apabila ia ditayangkan kelak, sebelum membuat andaian buka-bukan. ADLIN memperkatakan sesuatu kepada pelakon ketika sesi uji bakat. "Jika dilihat kepada judulnya serta perkataan ‘anu’ itu sendiri, tentulah bunyinya boleh mengundang pelbagai andaian. Sebab itu, saya mahu peminat menontonnya dulu. Tengok apa yang ingin saya tonjolkan menerusi filem berkenaan," kata Raja Azmi yang sekali lagi menggunakan khidmat Shadan Hashim sebagai pengarah. Sebelum ini Shadan pernah mengarahkan dua filem terbitan Pengedaran J.A.S Sdn Bhd, iaitu Cinta 200 Ela dan Haru Biru. Manakala filem pertama terbitannya, Black Widow Wajah Ayu diarahkan U-Wei Haji Shaari. Bukan untuk menonjolkan sisi hitam kehidupan golongan homoseksual, sebaliknya Raja Azmi berminat mengangkat kisah benar itu ke filem bagi berkongsi kesedaran betapa sikap keterlaluan dalam percintaan sehingga boleh membawa musibah yang amat memeritkan. Baginya, filem itu menunaikan impiannya untuk menyalurkan dakwah yang sudah dipendam sekian lama. Anu Dalam Botol bercerita mengenai sepasang lelaki gay yang dilamun cinta, Rubidin dan Ghaus. Rubidin sangat menyintai Ghaus sehingga sanggup berkorban dengan melakukan pembedahan jantina hanya kerana mengesyaki lelaki itu semakin menggemari wanita. Malangnya, Ghaus tidak dapat menerima Rubidin dan menyingkirkan lelaki itu daripada hidupnya. Rubidin yang kecewa kembali ke identiti asalnya iaitu sebagai lelaki. Kemudian, dia jatuh cinta pada seorang gadis, Dina. Gadis itu juga menerima cinta Rubidin dengan seadanya. Namun, kebahagiaan mereka tidak kekal lama apabila Dina mendapati, Rubidin tidak mempunyai anggota kelelakiannya. Dina enggan membuat kesilapan sama seperti Rubidin yang berkorban kerana cinta secara membabit buta. Kini, hanya penyesalan tidak berkesudahan yang menemani hidup Rubidin kerana ‘anu’nya berada dalam balang. Filem serius Raja Azmi berkata, dengan mengetepikan isu perkataan ‘anu’, Anu Dalam Botol mengangkat persoalan yang serius iaitu mengenai amalan kehidupan songsang dalam segelintir masyarakat hari ini. "Ia sebuah cerita cinta yang sangat berat. Ia bukan filem mengenai golongan "adik-adik" sebaliknya judul yang cukup serius. Saya ingin berdakwah menerusi filem ini. Ia memaparkan sisi hitam dalam percintaan apabila kita bersikap berlebihan. “Dalam agama kita sendiri, kita tidak digalakkan berlebih-lebihan dalam melakukan sesuatu perkara. Begitu juga apabila bercinta, usah menjadikannya begitu ekstrim kerana padahnya bukan kecil," katanya. Mengenai pemilihan judul yang dilihat mampu menarik perhatian orang ramai untuk memperkatakannya, Raja Azmi menjelaskan, sudah tentu dia berharap setiap filemnya mendapat perhatian ramai peminat. "Cuma kali ini saya tidak akan menggunakan ahli sukan sebagai pelakon utamanya. Justeru kami mengadakan uji bakat untuk mencari pelakon, tidak kira baru atau lama, bagi memegang watak utama. Satu ketika dulu saya menggunakan Misbun dalam filem pertama, diikuti Rashid dalam filem kedua. Malangnya, kedua-dua filem itu gagal di pasaran. Sekarang saya sedar, orang sukan bukan tarikan yang kuat untuk peminat berpusu ke panggung. "Kemudian saya hasilkan pula Haru Biru, yang menggunakan isu dadah sebagai pertaruhan. Orang bertanya, kenapa saya suka menggunakan unsur negatif? "Bagi saya, unsur negatif boleh menjadi tarikan yang kuat. Lagipun, unsur negatif itu ditonjolkan bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat. Begitu juga dengan Anu Dalam Botol, yang diharap dapat menyedarkan orang ramai betapa jangan bersikap ekstrim dalam bercinta," kata produser ini, yang turut mengalu-alukan syarikat pengeluar kondom untuk bekerjasama dalam penghasilan filem berkenaan.. Mengenai bakat yang diundang ke sesi uji bakat, Raja Azmi memberitahu, dia menjemput beberapa pelakon untuk menghadiri uji bakat khas terbabit. Antara nama yang disebutnya termasuk Jehan Miskin, Farid Kamil, Que Haidar dan Adi Putra. Pada hari berkenaan, Adi kelihatan menghadirinya pada sesi sebelah pagi, manakala pelakon baru, Firdaus (adik pelakon Zul Huzaimy) muncul pada sebelah petang. Selain pengarahnya sendiri, pelakon Adlin Aman Ramlie yang dilantik sebagai pengarah kasting ialah panel penilai sesi uji bakat terbabit. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 2:10 pm | |
| Tuah Mentua VS Menantu BERSAMA mereka yang membantu melonjakkan rating drama bersiri, Mertua vs Menantu. Drama bersiri kekalkan populariti Erra selepas mendapat rating tinggi KERAGUAN yang bersarang di hatinya barangkali sudah berlalu, sebaliknya bakal ibu jelita ini semakin yakin percaturan untuk memulakan langkah sebagai pelakon drama membuahkan hasil. Mula mengecap populariti sejak membintangi Sembilu, 16 tahun lalu, nama Erra lebih sinonim di layar perak. Dengan lebih 30 filem dibintangi sepanjang tempoh itu, pelakon kelahiran Sungai Choh, Rawang ini menghuni selesa kerusi yang tidak pernah goyah. Keampuhan Erra di layar perak melonjakkan dirinya hingga dilabel sebagai primadona filem Melayu baru. Di sebalik ruang selesa itu, Erra memberanikan diri menempuh cabaran baru apabila menandatangani kontrak sebagai Wajah Eksklusif Astro Megadrama bersama Aaron Aziz, lebih setahun lalu. Percaturan berani itu membuahkan hasil positif apabila drama bersiri pertama dibintanginya, Mertua Vs Menantu mencatat rating tertinggi sejak disiarkan Astro Prima, 22 Oktober lalu. “Memang dulu Erra ingin berlakon drama, cuma tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Erra bimbang kerana jika tersalah pilih akan memberikan impak kepada karier lakonan Erra. “Tawaran daripada Astro adalah permulaan yang baik kerana Erra tidak terus menerjah pasaran massa apabila membintangi drama. Alhamdulillah kerana keberanian Erra mencatat kejayaan,” katanya ketika ditemui pada majlis kesyukuran meraikan kejayaan Mertua Vs Menantu di Seri Kembangan, baru-baru ini. Tambah pelakon yang baru meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-35 pada 9 Februari lalu, dia mula terfikir untuk mencari cabaran baru selepas berbelas tahun menumpahkan keringat di layar lebar. Melihat pelakon lain mampu meraih kejayaan apabila mencuba dua medium lakonan berbeza, Erra turut terfikir untuk mempertaruhkan nasib di layar kaca. “Erra melihat tawaran diberikan sebagai ruang yang baik untuk memperluaskan pengalaman Erra sebagai pelakon. Jadi ia tidak pernah menimbulkan masalah besar kepada Erra biarpun percubaan ini memberikan pengalaman berbeza,” katanya yang pernah membintangi telefilem, Faridah & Joe sebelum ke lokasi Mertua Vs Menantu. Drama bersiri terbitan MIG arahan Feroz Kader itu turut dibintangi Aqasha, Rozie Othman, Jehan Miskin, Raja Farah, Almy Nadia dan Sheila Mambo. Berada di bawah naungan Astro, Erra berkata, dia tetap diberi kebebasan untuk memilih produksi yang ingin disertainya. “Biasanya mereka memberikan Erra beberapa skrip untuk dipilih. Terpulang kepada Erra untuk memilih watak yang ditawarkan kerana mereka mahukan keselesaan apabila Erra berada di lokasi. “Ketika membuat keputusan untuk berlakon dalam drama bersiri ini, Erra turut menerima tawaran lain. Bagaimanapun, Erra memilih Mertua Vs Menantu kerana watak serta jalan ceritanya menarik. “Lebih menyeronokkan Erra tidak perlu bersolek tebal. Sudah berbelas tahun asyik berlakon cantik, penampilan sebagai Nurul Ain lebih ringkas dan santai. Lagipun sejak berbadan dua, Erra sudah malas berdandan dan alhamdulillah perhitungan Erra menjadi,” katanya yang akan kembali untuk musim kedua drama bersiri itu Mei depan. Mula berehat PERNAH enam kali merangkul gelaran Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), Erra turut menyatakan rasa bangga kerana masih mendapat tempat di hati khalayak. Erra kembali dicalonkan untuk kategori itu, menerima saingan daripada nama popular lain seperti Vanidah Imran, Maya Karin, Sharifah Amani dan Liyana Jasmay. Biarpun gagal membolosi senarai Top 5 untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular, Erra tidak pernah melihat perkara itu sebagai satu masalah besar. Apa yang penting katanya, membina kepercayaan peminat dan ia berhasil apabila siri Mertua Vs Menantu diterima baik khalayak. Kehangatan siri itu membuatkan Erra tidak dapat berehat lama selepas melahirkan bayi sulung hasil perkahwinannya dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, Mac ini. “Selesai berpantang, Erra akan segera kembali ke lokasi kerana sudah ada beberapa tawaran menanti. Mungkin kerana sudah terbiasa sibuk, Erra sendiri mula terasa kehilangan apabila doktor menasihatkan supaya berehat di rumah sementara menanti detik kelahiran. “Erra tiada masalah untuk kembali bekerja. Mungkin sudah terbiasa dengan jadual yang sibuk membuatkan Erra tidak betah jika tidak melakukan sesuatu. “Cuma yang merisaukan Erra, dapatkah badan kembali ke bentuk asal dalam tempoh singkat itu? Itu yang mendebarkan Erra,” katanya. Ditanya kemungkinan turut membawa bayinya ke layar kaca, apatah lagi untuk musim terbaru watak Nurul Ain dikembangkan sebagai ibu, Erra berkata, perkara itu masih belum dibincangkan. “Semuanya mesti dilakukan atas persetujuan suami. Tetapi rasanya tidak kerana ketika itu bayi masih terlalu kecil. Erra sendiri tidak sampai hati untuk membenarkan bayi berlakon sama kerana faham suasana di lokasi yang sibuk dan kalut,” katanya. Rakam album Mei TETAP jelita meskipun beratnya kini meningkat sehingga 21 kilogram, Erra berkata, Mei ini juga menambahkan kekalutan apabila kembali meneruskan rakaman album yang terpaksa dibekukan dulu selepas dia disahkan mengandung. Hampir setahun tertunda, Erra berkata, dia bersama syarikat rakamannya, Suria Records (SRC) baru berbincang untuk menentukan hala tuju apabila kembali muncul nanti. Apa yang pasti, katanya yang pernah merakamkan enam album sebelum ini, produksi terbaru itu akan menjelmakan Erra Fazira yang baru sebagai seorang penyanyi. “Awalnya, produksi album ini lebih terarah kepada irama rock namun selepas perbincangan semula kami bersetuju melakukan sedikit rombakan. Itu yang membuatkan Erra teruja kerana nampaknya ketika berpantang, Erra sudah mempunyai beberapa misi yang perlu dilunaskan,” kata Erra cuba merahsiakan haluan baru cuba dibawa dalam album yang ditangani penerbit berpengalaman seperti Sharon Paul, Mohariz Yaakop, Along Exists dan Helen Yap. Album sulung bersama SRC itu dijangka berada di pasaran menjelang Ramadan nanti. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 2:14 pm | |
| ABPBH 2008: Masih sempat beramal FARAH tekun memasak burger yang ingin dibeli pengunjung acara amal ABPBH 2008 Untuk Gaza sambil diperhatikan Nabil. Kehadiran kerabat diraja Kedah merancakkan Karnival amal ABPBH 2008 Untuk Gaza di Sungai Petani MEMPERTARUHKAN tiga finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, Nabil, Kenchana Dewi dan Ashraf Muslim, karnival amal ABPBH 2008 Untuk Gaza di taman tema The Carnival, Sungai Petani pada malam Jumaat lalu begitu gamat dengan sambutan memberangsangkan. Ditambah dengan pembabitan penyanyi jemputan, Fazli Zainal, Syazliana, Farah Asyikin, Sheila Abdull dan kumpulan Nitrus, kesinambungan kepada acara jualan dan lelongan amal ABPBH 2008 Untuk Gaza di Buzz R, Amcorp Mall penghujung Januari lalu turut mendapat kerjasama Cinta Sayang Resort. Ia menjadi lebih manis apabila turut dihadiri oleh kerabat diraja Kedah, Tengku Intan Shafinaz yang berkenan mencemar duli dengan melancarkan acara malam itu. Sejumlah RM2,386 berjaya dikumpul untuk disalurkan ke Tabung NSTP Untuk Gaza. Usaha murni yang tak pernah berakhir ini disokong dengan kehadiran lebih 300 orang penduduk sekitar Sungai Petani. Ibarat satu pesta keramaian penuh gemilang, acara ini disifatkan berjaya kerana mencapai misi bermakna. Sambil berhibur, tetamu yang datang juga beramal. Paling jelas, acara ini memberi peluang kepada penduduk sekitar yang jarang berkesempatan menonton persembahan artis secara dekat. Bagi Nabil, yang tersenarai sebagai calon Pelakon Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular ABPBH 2008, dia ternyata berjaya menggamatkan suasana dengan celoteh kelakarnya. Bergandingan dengan Mark selaku hos tuan rumah, selebriti hangat yang meriah dengan tawaran berlakon dan mengacara ini memanjat kesyukuran kerana majlis tempoh hari berjalan dengan jayanya. GELAGAT Sheila Abdull dan Ashraf Muslim menunjuk kemahiran menyediakan ais kacang. “Sambutan sangat meriah dan tetamu yang datang pun selamba dan sangat menyokong. Pada mulanya saya khuatir kalau terikat dengan protokol kerana menghormati tetamu VIP (Tengku Intan Shafinaz). “Beberapa minit kemudian saya cuba membiasakan diri dengan niat untuk menghiburkan tetamu yang hadir,” katanya yang pertama kali dicalonkan untuk anugerah berprestij anjuran akhbar Berita Harian. Tahun lalu, jejaka ini sempat mengikuti siri jelajah ABPBH 2007 di Shah Alam, Selangor. Berbeza tahun ini, Nabil dicalonkan untuk dua kategori dan turun padang ke Sungai Petani yang menjadi lokasi pertama siri jelajah ABPBH 2008. Ditanya mengenai perasaannya tercalon dalam ABPBH 2008, dia amat berbangga dan bersyukur. Kehadirannya di persada seni yang belum pun genap setahun mendapat perhatian selepas menjuarai pertandingan Raja Lawak Astro musim kedua. BERGAMBAR kenangan di hadapan Cinta Sayang Resort yang menjadi penaja penginapan. Terhutang budi dengan Berita Harian yang sentiasa utuh memberi sokongan padu terhadap kerjayanya, lelaki berbakat berusia 26 tahun ini ada alasan untuk menyertai siri jelajah ini. Bagaimanapun, katanya, dia tidak dapat mengikuti siri jelajah seterusnya kerana terikat dengan komitmen kerja. “Dicalonkan dalam dua kategori ini, ia satu penghormatan buat diri saya. Saya masih seperti dulu, insya-Allah kalau menang itu satu bonus. Apabila sudah tercalon atau ditakdirkan menang atau tidak sekalipun, saya sedar jangkaan orang luar dan peminat terhadap saya akan berubah. “Situasi ini menuntut saya untuk bekerja dengan lebih baik dan bimbang kalau hasil seni saya tidak menepati piawaian, pastinya saya akan dihentam. Tipulah kalau saya kata tak terperanjat apabila mendapat tahu nama dicalonkan dalam anugerah kebanggaan Berita Harian ini. Tak sangka peminat akan mengundi saya,” katanya ketika di temu bual di lobi Cinta Sayang Resort. Nabil gamatkan suasana Sepanjang majlis berlangsung, lawak Nabil begitu mencuit hati dan ada saja idea lucu yang menjadi modal menghidupkan suasana. Acara yang diuruskan Persatuan Akademi Muzik Malaysia (AIM) ini juga membabitkan gerai jualan makanan menjual pelbagai makanan. Menariknya selebriti yang hadir turut diberi mandat menjaga gerai terbabit. Dengan menukar wang ke dalam bentuk kupon, tetamu yang hadir pastinya tidak mahu ketinggalan merasai makanan yang dibikin sendiri menggunakan air tangan artis. Sebagai contoh Fazli Zainal ditugaskan menjaga gerai menjual teriyaki, Farah Asyikin pula mencuba bakat menjual burger, Kenchana Dewi dan kumpulan Nitrus menguruskan gerai minuman. Manakala finalis Pelakon TV Lelaki Popular, Ashraf Muslim dan Sheila Abdull menjual ais kacang dan lagak mereka seperti orang yang sudah berpengalaman. Syazliana pula dipertanggungjawabkan menjadi juruwang menerima kupon pembeli (tetamu). Serentak dengan itu, Nabil dan Mark melontarkan suara mereka sekuat mungkin untuk memastikan bahan lelongan terjual. Syazliana, Kenchana Dewi dan Fazli Zainal pun bermurah hati menyerahkan barangan peribadi untuk dilelong.Menariknya semua barangan yang dilelong termasuk koleksi aksesori anting anting dan rantai milik calon kategori Pelakon komedi Wanita Popular, Kenchana Dewi habis disapu bersih oleh peminatnya. Kata pelakon sitkom Puteri itu, barangan lelongan istimewa miliknya antara yang sering digunakannya, Nora Danish dan Intan Ladyana sewaktu penggambaran sitkom arahan Aziz M Osman. Penyanyi Sheila Abdull yang baru saja menyertai label syarikat rakaman Dream Music pun tidak ralat berhabisan RM160 membeli beg golf yang dilelong dengan pakej disertakan pakaian menarik. Semuanya dilakukan demi menderma, malah Farah Asyikin yang semakin meledak dengan lagu Hello tidak lokek membeli kemeja T yang mempunyai tanda tangan artis yang hadir untuk siri jelajah ABPBH 2008 di sini. Kata Farah yang pernah tercalon dalam kategori Artis Baru Wanita Terbaik tahun lalu yang berpihak kepada Mila, dia memuji usaha Berita Harian, Persatuan Akademi Muzik Malaysia, The Carnivall dan Cinta Sayang Resort menjalankan malam amal ini. “Biarpun tidak tercalon dalam ABPBH tahun ini, Farah bersedia untuk turun padang memberikan sokongan kepada Berita Harian. Paling menarik dan berbeza seperti tahun sebelumnya, pelbagai aktiviti dirancang termasuk karnival amal ini dan pertandingan nyanyian Bintang Idola Berita Harian. “Ia menunjukkan kita masih boleh berhibur dan bertemu peminat, selain pada masa yang sama ia mencipta kesedaran kepada masyarakat untuk peka kepada kesengsaraan yang melanda negara lain contohnya seperti di Semenanjung Gaza. Tabung NSTP Untuk Gaza yang diilhamkan penerbitan NSTP menjadi satu tanggungjawab sosial berguna dan contoh terbaik kepada agensi media lain,” katanya yang masih belum bertemu pengganti selepas berpisah dengan bekas suaminya. Dia kini sudah menyertai label syarikat milik komposer Audi Mok, Satu Entertainment. Album kedua bakal menyusul tak lama lagi dan khabarnya juga penyanyi ini juga menyanyikan sebuah lagu tema untuk album runut bunyi sebuah filem. “Selain bidang seni, Farah juga sibuk menguruskan syarikat pembinaan milik bapa iaitu Ika Jaya Industries Sdn Bhd. Sedikit demi sedikit, saya cuba laksanakan ilmu yang ada apatah lagi bapa Farah jatuh sakit sejak Januari lalu. Syarikat itu ditubuhkan sejak 1977. Pada masa yang sama, Farah berjinak-jinak dengan penulisan lagu dan ia lebih kepada koleksi peribadi. Kalau ada yang okey, siapa tahu boleh dipakai di dalam album Farah. Bidang ini sudah lama Farah ceburi,” katanya. Info
*Rakan artis dan media yang terbabit disuruh mengenakan pakaian bertemakan warna putih dan biru.
*Bas tajaan Sinarmas Travel & Tours Sdn Bhd setia membawa artis dan media ke lokasi terbabit.
*Cinta Sayang Resort menaja penginapan artis, staf Akademi, wakil pemasaran NSTP dan media yang semuanya bernilai RM40,000.
*Tuan rumah tidak ketinggalan menampilkan persembahan menghiburkan menerusi tarian Jawa fusion, pertunjukan bunga api, sketsa Pan V’la La Pluie dan tarian cha cha The Sweet Girls.
*Malah persembahan penutup tarian popular, Poco Poco juga dilakukan membabitkan pihak tuan rumah, media dan rakan artis.
*Fazli Zainal turut mengambil peluang mempromosikan single terbaru, Kalbu ciptaan sepenuhnya Azlan Abu Hassan.
*Sheila Abdull mendendangkan lagu Mercy dendangan asal Duffy, Farah Asyikin (Hello) dan Syazliana menerusi lagunya yang mempunyai judul yang sama seperti lagu Rossa iaitu Atas Nama Cinta. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 2:19 pm | |
| Satu matlamatEnggan berbicara lanjut soal cinta tetapi sama-sama simpan impian untuk berjaya dalam dunia lakonan SUATU ketika dulu, pernah terdetik siapa Remy Ishak apabila tiba-tiba saja muncul dalam filem Anak Halal. Namun, hari ini suatu perubahan berlaku dalam hidupnya. Daripada seorang budak kampung yang mengambil upah membuat rumah, pernah bergelar despatch, kemudian mengubah nasibnya sebagai pekerja hotel dan kini dia seorang pelakon yang sedang meniti populariti. Bahkan dia dilabel hero pelapis untuk filem dan drama! Siapa tahu, sedikit masa lagi Remy berpeluang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan hero hebat masa kini seperti Rosyam Nor, Rusdi Ramli, Farid Kamil mahupun Fahrin Ahmad. “Memang sejak kecil lagi, saya ada simpan matlamat nak jadi pelakon. Idola saya ketika itu ialah Eman Manan dan Rosyam Nor. Saya juga pernah melalui detik sukar sebelum mencapai impian hari ini. Saya akhirnya bertemu dengan Osman Ali. “Dia yang membawa saya mengenali dunia lakonan. Selepas percubaan menerusi Anak Halal, alhamdulillah karier lakonan saya terus berkembang. “Cita-cita menjadi pelakon sudah tercapai. Tapi masih banyak yang harus diperbaiki untuk benar-benar layak digelar pelakon. Saya berasakan masih awal sangat hendak dianggap sebagai hero masa depan,” katanya. Namun begitu, kata anak muda bertubuh sasa ini, dia mahu menjadikan gelaran hero pelapis sebagai satu tanggungjawab besar untuk dirinya dengan membuktikan tanggapan itu bukan sia-sia. Baginya, ketika ini apa yang penting ialah bersyukur kerana pembabitannya dalam dunia lakonan seolah-olah mendapat ‘restu’ daripada wartawan. “Syukur, kehadiran saya juga seolah-olah diberi ‘restu’ pihak wartawan, peranan mereka meninggalkan impak begitu besar,” kata Remy. Lumrah bergelar orang dikenali, Remy pasti tidak dapat lari daripada soal cinta dan gosip. Gerak-gerinya juga mula menjadi perhatian. Keakraban Remy dengan dengan bintang baru seangkatannya, Ummi Nazeera menjadi bualan hangat. Detik perkenalan mereka bermula apabila kedua-duanya membintangi drama popular, Awan Dania di Astro Ria. “Saya tidak dapat lari apabila dihambat dengan pelbagai andaian dan pertanyaan. Saya pergi makan dengan Ummi, itu pun sudah jadi buah mulut orang. Saya tak nafikan, memang berkawan rapat dengan Ummi. Namun, usia perkenalan kami masih baru. “Tapi saya tidak menolak kemungkinan, persahabatan kami akan jadi lebih serius suatu hari nanti. “Buat masa ini saya tidak sedia nak lafazkan ayat-ayat cinta. Lagipun usia Ummi masih muda. Kerjaya lakonan pun baru nak bermula. Berilah peluang kepada kami membuktikan kejayaan masing-masing,” kata Remy berterus-terang. Istimewanya Ummi di mata Remy: “Dia pandai ambil hati, ambil berat dan senang bergaul, tak sombong.” Ummi hadir daripada sebuah keluarga berada, anak gadis VIP berstatus Datuk. Tidakkah Remy khuatir cinta terhalang kerana wujudnya antara dua darjat? “Kami tak bercinta. Jadi tak pernah terfikir soal itu. Persahabatan kami disenangi semua pihak. Itu yang penting. Saya terima Ummi sebagai kawan seadanya tanpa memikirkan soal status atau darjat keluarga yang berbeza. Berkawan dengan Ummi sama seperti saya berkawan dengan orang lain, cuma Ummi agak istimewa...,” kata Remy tanpa berselindung. Bukan sayang tapi kasih Sementara itu, Remy sebenarnya tidak bertepuk sebelah tangan apabila Ummi turut melafazkan perasaan yang hampir sama dengan Remy apabila mengakui keakraban yang terjalin selepas membintangi Awan Dania, kini mereka sedang mengenali isi hati masing-masing, sekali gus tidak mahu berselindung, dia dan Remy berkawan rapat dalam usia perkenalan yang kini menjangkau kira-kira tiga bulan. “Apabila berkawan, Remy jujur dan ikhlas. Kalau nak kata Remy kawan istimewa saya, yes! Tapi bercinta, oh tidak! Cinta satu istilah yang sungguh mendalam maknanya. Terus-terang, saya belum bersedia ke peringkat percintaan, masanya belum tiba. Saya tak sedia untuk bercakap pasal cinta lagi,” kata Ummi yang seolah-olah berlapik berbicara soal hati. Cinta tidak boleh dipisahkan dengan perasaan cemburu. Bagaimana pula dengan Ummi? “Saya tidak cemburu, tapi ambil berat mengenai Remy,” katanya lagi. Ummi terus diasak dengan soalan perangkap, adakah dia menyayangi Remy? “Bukan sayang, tapi kasih, sebab saya ambil berat pasal dia,” kata Ummi yang akhirnya melerai suatu andaian mengenai hubungannya bersama Remy. Gadis berusia 19 tahun ini dibesarkan dalam serba kemewahan, jadi kenapa perlu berlakon? Lebih baik dia melanjutkan pelajarannya. “Satu perkataan - minat! Saya cuba nak jadi semua orang apabila bergelar pelakon. Apabila membintangi sesebuah drama atau filem, saya diberi pelbagai watak. Jadi saya cuba merealisasikan setiap watak dan perwatakan itu. Itulah maksud saya nak jadi semua orang. “Namun, saya tidak lupa kepada kepentingan pelajaran. Saya akan ambil kursus jangka pendek supaya dapat beri tumpuan kepada dua bidang dalam satu-satu masa,” kata Ummi. Status anak orang berada, Ummi sering dilabel sombong dan sukar bergaul apabila berada di lokasi penggambaran. Dalam erti kata lain, dia kurang bercampur dengan pelakon dan krew lain. Ummi menjelaskan dia memang mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan orang yang belum dikenalinya dan itu menyebabkan timbul anggapan dirinya sebagai kurang mesra. “Pertama kali jumpa orang yang tak kenal, saya tak cakap banyak. Jadi orang kata saya sombong. Tapi selepas beberapa lama berkawan atau bekerja dengan orang itu, saya boleh jadi rapat. “Memang dalam masa menyesuaikan diri itu, saya akui, orang kata saya ‘kekwat’. Naluri orang, kita susah nak ubah. Saya minta maaf kepada sesiapa yang pernah terasa hati,” kata Ummi. Sebagai remaja, Ummi juga tidak terlepas dengan dakwaan sebagai gadis mentah yang gemar bersosial, melepak, kaki botol, ambil dadah dan lebih panas, dia kononnya mudah ditiduri. “Jangan doakan saya jadi seperti itu,” kata Ummi ringkas menjawab segala tuduhan yang dilemparkan. INFO: Remy Ishak
NAMA PENUH: Mohammad Zalimei Ishak
TARIKH LAHIR: 11 April 1982
ASAL: Masjid Tanah, Melaka
KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sekolah Menengah Ghaffar Baba, Masjid Tanah
FILEM: Anak Halal, Duhai Si Pari-Pari, Hooperz, Akuarium Cinta dan Evolusi KL Drift 2
DRAMA: Sindarela, Awan Dania, Obsesi, Jalan Pintas Ke Neraka dan Iktikaf
KOMERSIAL: Kopi Radix, 5M - Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pelancongan Kuala Lumpur
INFO: Ummi Nazeera
NAMA PENUH: Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin
TARIKH LAHIR: 20 Ogos 1990
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Bongsu daripada dua beradik
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), calon persendirian
FILEM: Lu Pikirlah Sendiri The Movie
DRAMA: Pesona Bintang, Takdir Yang Terindah, Dinasti Bilut, Ali Din, Awan Dania, Klon Teja dan Kejar |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 2:26 pm | |
| Bergerak SoloMengikut jejak Malique dengan menerbitkan lagu, album secara bersendirian JOE Flizzow atau Joe sudah meredah pelbagai kesukaran ketika mengharungi dunia seni selama hampir satu dekad dengan rakan seperjuangannya Malique Ibrahim (Malique) dalam kumpulan Too Phat. Agak membanggakan juga kerana berkat kegigihan mereka itu, Too Phat pernah menimbulkan fenomena tersendiri suatu ketika dulu. Malah, duo ini cukup diingati dengan lagu Alhamdulillah menampilkan aktres seberang, Dian Sastrowordoyo dan Dua Dunia bersama Datuk Siti Nurhaliza. Namun begitu, selepas menghasilkan album Rebirth Into Reality, Joe dan Malique memilih jalan untuk tampil secara solo. Keputusan itu menimbulkan pelbagai spekulasi hingga ada yang menganggap kumpulan hip hop ini sebenarnya sudah berpecah. Misteri kehilangan Malique juga mengundang pelbagai andaian dan paling mengejutkan tahun lalu apabila dia menamatkan zaman bujang dengan model dan pelakon jelita, Melissa Maureen Rizal di Indonesia. LANCAR sudah album sulung Joe berjudul The President. Bagaimanapun, bagi Joe, Too Phat belum berkubur kerana peninggalan seni kumpulan ini tidak akan berakhir dengan begitu saja. Menurutnya, dia ingin terus melihat kumpulan itu melakukan kemunculan semula atau ‘come back’. Katanya, apa yang terjadi kepada Malique memang masih meninggalkan tanda tanya biarpun rakannya itu sempat mengeluarkan album solo terbarunya menampilkan lagu hit, Mantera Beradu bersama M Nasir. Berkat paduan itu juga sudah melayakkan mereka ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 bagi kategori Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular. KELUARGA tersayang tidak jemu memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Joe. “Sebagai aktivis seni, kami merancang untuk kembali tapi tidaklah secepat mungkin. Perihal kami berpecah sudah lama menjadi buah mulut orang hingga ada cerita yang mengatakan kami bergaduh. Ia hanya khabar angin dan Too Phat belum berkubur, cuma masing-masing memberi tumpuan kepada projek sendiri. “Saya dan Malique menubuhkan Too Phat sejak usia saya 19 tahun. Kini sudah sedekad kumpulan hip hop ini bertapak dalam dunia muzik. Takkan semudah itu kami mahu membubarkan Too Phat. Kami berusaha keras mengukuhkan genre hip hop di Malaysia. “Kami menunggu masa sesuai untuk mengembalikan Too Phat. Mungkin juga kami akan menggunakan pendekatan yang selalu menjadi pilihan penggiat seni sekarang iaitu melalui penghasilan lagu single. Lagipun kita semua tahu Malique sudah berkahwin dan dia kini dalam proses untuk menyesuaikan diri untuk menjadi orang sudah berkeluarga atau menjadi ‘family man’,” katanya sewaktu ditemui di Hard Rock Cafe minggu lalu. Di premis hiburan terkenal itu, Joe mengikuti jejak rakannya Malique dengan melancarkan album solo sulungnya diberi judul The President. Album yang cukup bermakna dalam diari hidupnya ini mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. Bagi album itu, Joe bekerjasama dengan teman seperjuangannya dari luar negara seperti Hady Mirza & TerryTyeLee (Singapura), Thaitanium (Thailand), Joeniar Arief (Indonesia, Jin (Amerika Syarikat) dan Phlowtron (Malaysia). Istimewa juga single pertama daripada Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak ialah memuatkan lagu Isabella yang pernah dipopularkan kumpulan Search. Menurutnya, selepas mendapat keizinan daripada kumpulan Search, dia tidak membuang masa untuk menyanyikan semula lagu itu dan terus memasukkan dalam album The President. “Dia (Amy Search) memberi sokongan penuh atas apa yang saya usahakan ini terhadap lagu Isabella. Atas keizinannya, saya melakukannya sepenuh hati. Umum juga tahu nama seperti Search, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Sheila Majid mencipta fenomena di negara jiran kita, selain Indonesia. Mereka sentiasa diingati dan atas alasan itu juga saya ingin menembusi pasaran sana. “Kejayaan Amy memberi inspirasi kepada saya kerana selain dianggap lagenda, dia juga cukup berjaya sebagai usahawan. Selalu kalau berpeluang bertemu dengannya, dia tak lokek memberi nasihat dalam apa yang dilakukan. Saya juga ingin mengikut jejaknya. “Akhir bulan ini saya akan ke Indonesia kerana terbabit dengan persembahan dan apabila sudah berada di sana, saya akan berbincang mengenai usaha membawa album ini ke pasaran negara itu. Jika dulu, saya di bawah label EMI, sekarang mendapat kerjasama Warner pula untuk edaran. Semuanya belum dapat dipastikan,” katanya yang sudah mempunyai kekasih hati. Tiada lagi imej budak hip hopMELIHAT kepada imejnya kini nampak lebih kemas dan tiada lagi imej budak hip hop yang gemar memakai topi, berbaju besar dan seluar pendek yang labuh hingga paras lutut. Malah, ada yang mula melabel dirinya sebagai Jay Z Malaysia. Katanya, seiring dengan usianya yang bakal menginjak 30 tahun pada Oktober ini, ia dilihat sebagai antara peralihan transformasi dunia barunya. Sambil berseloroh, Joe berkata, wajahnya mungkin sekali pandang seiras dengan Jay Z tapi seboleh-bolehnya dia enggan dibayangi dengan jolokan itu. Tambahnya lagi, wajahnya mungkin sedikit kacak daripada penyanyi rap dan usahawan berjaya itu. “Saya tidak boleh menidakkan suami kepada Beyonce Knowles itu banyak memberi inspirasi dan pengaruh bukan kepada saya saja, malah orang lain. “Kesannya cukup besar terhadap saya. Memang saya berharap suatu masa nanti dapat berjumpa dengannya. Mana tahu, saya dapat berkongsi muzik dan ideologi dengannya,” katanya yang tidak kisah berimej memakai kot. Ditanya mengenai kebangkitan band indie yang semakin mendapat perhatian sejak tiga tahun kebelakangan ini, Joe melihat ia sebagai satu perkara yang positif. Katanya, ia juga menandakan bahawa masyarakat Malaysia sudah mula terbuka menerima pelbagai genre muzik. “Ia satu impak yang positif dan sebelum kemunculan Estranged, Meet Uncle Hussain, Hujan dan Bunkface lagi, kita sudah ada kumpulan seperti Butterfingers dan OAG yang juga bermula secara underground. “Perjuangan mereka dalam tempoh yang lama tanpa sebarang perhatian ramai akhirnya berubah serta merta seiring dengan perubahan evolusi muzik di negara kita,” katanya yang masih yakin peminat muzik hip hop masih ada. INFO: Pemahaman Joe terhadap judul albumnya, The PresidentAlbumnya diterbitkan oleh syarikatnya sendiri iaitu Kartel Records yang ditubuhkan sejak 2006. * Dirakamkan ketika negara sedang sibuk menghadapi pilihan raya. Katanya lagi, kerana Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dia hampir menukar judul album ini. Ia ibarat luahan hatinya dan tidak bermaksud untuk mengatakan dirinya sebagai raja atau presiden kepada Hip Hop. Ia merujuk kepada diri, seseorang yang boleh mencipta perubahan, melaksanakan sesuatu dan setiap butir bicaranya sentiasa didengar. Simbol kepada impian Joe sendiri yang mahu mengukuhkan hasil kerja seninya tidak pudar dalam sanubari hatinya. Dalam usaha untuk mencapai kejayaan dan kesempurnaan pasti akan ada halangan yang datang. Sebagai contoh, sewaktu mula menyanyi lagi, isu cetak rompak mula menular. Begitu juga sekarang, dengan kecanggihan teknologi hingga berlaku penyalahgunaan seperti muat turun lagu secara haram. Album ini melakukan proses mastering secara maya di California membabitkan dua studio di Hollywood dengan kos harga RM10,000. Lapan lagu dalam album ini menggunakan teknik muzik yang dipanggil 808s yang sering digunakan penyanyi rap, Timberland. Penerbit yang terbabit untuk album ini tidak pernah langsung terbabit dalam penghasilan album Too Phat sebelum ini. Lebih 80 ke 100 lagu dipilih sebelum ia dikecilkan menjadi 14 lagu pada akhirnya. INFO: Joe FlizzowDilahirkan di Kuala Lumpur pada 16 Oktober 1979. Menyertai Too Phat pada usia 19 tahun Album ini diciptanya ketika Joe ‘keseorangan’ dan ketika kisah ‘kehilangan’ Malique mula diperkatakan. Masih menghubungi dan bertemu dengan Malique. Malah, Malique antara orang pertama ditunjukkan hasil akhir album ini. Anak kepada bekas pembaca berita TV3, Ishak Nengah dan wartawan, Aishah Ali. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 2:28 pm | |
| Lali Dianggap SombongMaria Farida Maria Farida mahu dikenali dengan bakat bukan kisah skandalRAUT wajah jelita milik pelakon Maria Farida atau nama sebenarnya Maria Farida Atienza ini sering kali ditafsir sombong dan membuatkan ibu tunggal seorang anak ini agak sukar didekati. Namun, bak kata pepatah, kalau tak kenal maka tak cinta. Bertemunya sewaktu di lokasi penggambaran filem keenam lakonannya, Senario The Movie Episod 2: Beach Boys pertengahan Februari lalu di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor, dia diberi peranan sebagai Qasidah dan Hip mengambil kesempatan untuk mendekatinya. Ditanya mengenai karakter dirinya, memang dia sudah lali dianggap sombong. Aktres berdarah Melayu (sebelah ibu) dan Filipina (bapa) ini mengakui dirinya lebih bersikap pendiam, merendah diri, lemah lembut dan hanya selesa berbicara dengan orang yang rapat. Ternyata apa yang dipersembahkan menerusi watak lakonannya seperti penggoda dan antagonis, jauh sekali dengan peribadi asalnya. “Saya lebih suka membuat hal sendiri, tak suka mengumpat dan tak suka mengambil tahu atau menyibuk masalah orang lain. Tapi saya memang cerewet terutama hal yang membabitkan kerja. Saya bekerja (berlakon) untuk keselesaan diri dan bukannya untuk kepuasan orang lain mahupun soal glamor. Saya juga mahu dikenali dengan hasil lakonan dan bukannya juga kisah skandal “Malah saya lebih selesa berlakon drama atau filem dengan produksi kawan-kawan yang sudah dikenali. Saya juga akan pertimbangkan watak sebaik mungkin kerana tak nak tangkap muat. Kalau saya rasa watak yang ditawarkan itu mengarut dan tidak yakin untuk dilunaskan, saya tolak. Syukurlah setakat ini ada juga filem yang saya tolak tetapi berkesudahan dengan hasil yang tidak memberangsangkan,” katanya yang mengimpikan watak psiko, teraniaya dan gadis kampung. Lalu apakah gadis kacukan sepertinya mampu membawakan imej wanita kampung? Jawabnya, “Tiada yang mustahil di dalam dunia ini, kalau kena pada solekan dan pemakaian rambut, saya boleh jadi wanita kampung.” Mengintai kerjaya Maria, dia bermula sebagai model pada 1985 dan beberapa tahun kemudian, pelakon berkulit putih gebu ini menyertai bidang tarian menerusi kumpulan Kit Kat Club yang diusahakan Datin Seri Tiara Jacquelina dan pada masa yang sama turut membabitkan diri sebagai pelakon (sekitar 1990). Maria juga pernah menjadi pengacara. Filem pertama lakonannya ialah Queen Control bersama A R Badul dan Raja Ema. Seterusnya diikuti dengan filem Hanny, Femina dan Bisikan Cinta. Tahun lalu, dia dipanggil berlakon dalam filem My Spy arahan Afdlin Shauki. Seingatnya, Roda-Roda Kota Raya arahan Datuk Yusof Haslam ialah drama pertama lakonannya. Kini dunia lakonan adalah kerjaya sepenuh masanya dan pengorbanannya selama ini cukup berbaloi. Rezekinya tidak pernah putus dan sentiasa ada. “Saya menyangkakan 10 tahun lalu, hayat seni saya sudah berakhir. Tapi hingga kini, saya masih ada permintaan dan belum ternoktah. Saya tidak perlu bimbang kerana tawaran kerja datang tanpa diduga. Kehadiran saya masih diingati biarpun jarang mendapat publisiti di majalah dan surat khabar. Saya kena bekerja keras untuk menampung kehidupan. “Saya menikmati dunia seni ini dan yang penting saya berlakon bukan semata-mata kerana ganjaran wang ringgit. Soal bayaran hanya insentif tapi siapalah yang menidakkan kepentingan wang ringgit pada zaman sekarang. Soal bayaran perlu setimpal dengan hasil kerja yang diberikan. Cuma sejak kebelakangan ini, saya rasa harga berlakon semakin menurun. Sedihlah juga, tapi apa nak buat. “Saya pun tak pernah anggap atau nak kata diri ini popular tapi saya lebih gemar menggunakan istilah ‘establish’. Saya tak perlu buktikan soal populariti kerana elemen itu bukan satu kemestian lagi. Lagipun persaingan pelakon baru memastikan legasi seni kita terus bersambung,” katanya yang mungkin akan mempertimbangkan mencari kerja lain andai nasib dalam dunia lakonan tidak lagi menyebelahinya. Bisikan Cinta adalah filem terakhir Maria pada 1995 sebelum mengundurkan diri untuk memberikan tumpuan kepada rumah tangga pada 1996. Namun perkahwinan yang terbina sekian lama tidak cukup kuat untuk dipertahankan dan hanya kehadiran anak yang kini berusia 12 tahun menjadi kenangan cintanya dengan bekas suami. Anaknya, Mizan Ashley kini menetap sekali dengan Maria bersama keluarganya. Situasi ini memudahkannya untuk meninggalkan Mizan tanpa risau di hati demi mencari rezeki di luar. Kata Maria, anaknya sudah menunjukkan kecenderungan untuk mengikuti jejak langkahnya. “Kalau saya terpaksa berjauhan dengannya, mujur ada ‘atuk’ dan nenek menemaninya. Tak dinafikan, memang dia minat berlakon cuma saya sebagai ibunya harap dia akan pilih bidang yang lebih memberi jaminan. Bukan bermaksud dunia seni tidak stabil, maksud saya dunia lakonan ini bukan bersandarkan gaji bulanan dan tetap. “Saya sendiri sudah melalui fasa pergelutan dan keperitan dunia lakonan dalam usaha mencari mata pencarian. Saya tak nak perkara ini berulang kepadanya pula. Atas semangat tegar dan kecintaan terhadap dunia ini, saya masih bertahan. Kalau boleh, saya nak dia fikir panjang sekalipun ingin menjadi seperti saya,” katanya. Memegang status janda atau Miss J bukanlah satu perkara yang mampu membuatkan dirinya berkudis. Biarpun gagal dalam perkahwinan pertama, Maria tidak pernah menolak ketentuan takdir andai satu hari nanti, dia ditemukan dengan lelaki yang layak bergelar suami. Lumrah alam, menjadi perempuan idaman ramai, Maria tak menafikan sering didekati lelaki gatal yang cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya. Tapi awas, Maria bukan semudah itu boleh diperkotak-katikkan. “Status ini bukanlah isu yang perlu diheboh-hebohkan atau diperbesarkan. Saya tak ralat dengan status ini. Kalau ada rezeki saya bertemu dengan lelaki yang tepat, saya tak kisah untuk berkahwin lagi. Soalnya, saya belum bertemu lagi pengganti dan lebih selesa memberi tumpuan kepada kerjaya. Bakal suami saya nanti bukan hanya perlu menerima saya, sebaliknya anak saya. “Saya hanya mengabaikan spesis lelaki sebegitu. Pada peringkat ini, saya sudah masak dengan perangai lelaki. Saya boleh tahu sama ada si polan itu jujur atau sebaliknya. Saya juga tidak akan membuang masa dengan lelaki macam itu. Kalau ada yang okey, saya akan pertimbangkan,” katanya yang tidak menafikan ada berkawan baik dengan beberapa kawan lelaki. INFO: Maria Farida*Pernah mengacarakan program Lagu Popular bersama Azhar Sulaiman. *Rahsia bertahan, kata Maria, mungkin disebabkan disiplin dirinya. Bagi Maria, jika sesebuah produksi melayannya dengan baik, dia tidak lokek untuk melakukan perkara yang sama. Selain itu, Maria mementingkan soal masa, sikap dan semua aspek yang perlu dijaga sebagai pelakon. *Sekali seseorang membuat dajal kepadanya, dia tidak teragak-agak untuk menjauhkan diri daripada pihak sebegitu. *Tidak pernah menganggap lakonannya sudah cukup bagus, cuma dia bersyukur masih mendapat tawaran. *Tips kecantikan, dia hanya melakukan setiap perkara dengan ikhlas. Nawaitu dan hati kena bersih dan jangan hanya mencari kesalahan orang, sedangkan diri sendiri belum tentu sempurna. *Tidak merokok, cuba untuk mendapatkan lena yang cukup dan sebolehnya akan tidur awal. Mengambil vitamin, bergembira dan menikmati kehidupan dengan sewajarnya. *Soal makan, dia makan apa saja yang ingin dimakan. PROFIL: Maria Farida ASAL: Kuala Lumpur STATUS: Ibu tunggal ANAK: Mizan Ashley, 12 KERJAYA: Pengacara, Pelakon DRAMA: Tiga Dara, Spy Baba, Astana Idaman (antaranya) FILEM: Femina, Hanny, Queen Control, Bisikan Cinta SOLEKAN: Elle Rahman (012-2582475) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 2:29 pm | |
| Kareena Timbulkan MasalahKAREENA KAPOOR KAREENA KAPOOR dilaporkan telah menimbulkan masalah apabila gagal melakukan adegan menyelam. Sebenarnya aktres tersohor Bollywood itu telah menyebabkan penggambaran satu babak filemnya di kolam renang Goregaon Sports Club di Mumbai yang sepatutnya mengambil masa tidak sampai satu jam sebaliknya menjadi enam jam! Dia sebelum ini terkenal sebagai pelakon yang berdisiplin dan tidak pernah menimbulkan masalah di set penggambaran filem-filem lakonannya. Namun, ketika menjalani penggambaran babak dalam air bagi filem terbarunya, Kambakkth Ishq, Kareena yang sebenarnya seorang perenang yang bagus telah menimbulkan masalah. “Penggambaran itu merupakan sambungan babak dalam lautan yang sebelum ini dibuat di Itali dan beberapa penyelam telah disediakan bagi membantunya. “Namun, setiap kali dia menyelam, dia akhirnya muncul kembali ke permukaan air,” ujar sumber. Menurut sumber itu lagi, kandungan air dalam kolam mandi itu terpaksa dikurangkan. “(Hero Kambakkth Ishq) Akshay Kumar juga cuba menyakinkan Kareena, namun gagal, dan akhirnya penggambaran bagi babak tersebut menjadi enam jam lamanya,” ujar sumber kepada Glamsham. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 2:32 pm | |
| Tak Betah Duduk DiamCUKUP pakej sebagai pelakon, bidang nyanyian masih di ingatan Elly. Elly Mazlein berpendapat usia muda adalah waktu yang sesuai untuk mengumpul hartaSEBELUM temu bual terhadap seniwati Mariani berakhir, pelakon Elly Mazlein yang selesai memberikan pose menarik buat tatapan jurugambar yang hadir ke majlis ramah mesra pelakon drama Keliwon (siaran TV3) arahan Rashid Sibir, minggu lalu, datang duduk bersebelahan ibu pelakon Melissa Saila ini. Kebetulan giliran Elly untuk ditemubual media pula selepas itu. Sempat juga pelakon bermata cantik yang semakin laris menerima undangan berlakon ini mendengar rintihan dan suara hati pelakon kelahiran Tanjung Pagar, Singapura. Spontan pelakon berusia 28 tahun ini, dalam nada hiba berkata dia amat bersimpati dengan nasib yang menimpa seniwati veteran itu. Malah katanya lagi, dia meminta dijauhkan berdepan dengan situasi yang sama seperti Mariani. Ketika usia muda inilah dia kena beringat dan atas ingatan itu, Elly tidak betah duduk diam dan begitu pantas memahat nama sebagai pelakon. Wajahnya kerap menghiasi kaca TV dan menjadi pilihan penerbit drama. Ujar pelakon yang mula meledak selepas berlakon drama Bella ini, selagi orang masih suka dan mendapat permintaan, inilah peluang terbaik untuk mengumpul harta. Pendek kata, selain mengejar cita-cita yang kini lebih cenderung sebagai pelakon, Elly boleh memulakan persediaan sedikit demi sedikit harta sebelum menamatkan zaman bujang. Bagaimanapun, ungkap pemilik bernama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, dia belum mempunyai sebarang perancangan untuk berkahwin. “Dalam setahun dua ini, memang perancangan berkahwin tidak pernah ada dalam diari hidup Elly. Takkan Elly nak musnahkan kerjaya yang sedang dibina semata-mata untuk berkahwin. Lagipun, Elly ada alasan untuk tidak lagi memikirkan hal perkahwinan. Bayangkan hampir setiap hari masa Elly banyak dihabiskan di lokasi penggambaran dan kalau Elly sudah bersuami, kasihan pula dia nanti. “Nak bercinta macam mana kalau masa pun tak menentu. Tiada ungkapan andartu (anak dara tua) kerana zaman sekarang ini wanita lebih mementingkan kerjaya. Kalau ada rezeki nak kahwin, jodoh datang, Insya-Allah tak ke mana. Elly bersyukur rakan wartawan memahami alasan kenapa tidak mahu berkongsi kisah peribadi yang belum pasti. Elly tak suka bercakap perkara yang belum ada pengesahan dan perjanjian . “Lainlah kalau perkara sudah betul-betul jadi, masa itu Elly akan uar-uarkan kepada semua termasuk rakan media yang memahami pendirian Elly. Itu janji Elly dan sebolehnya Elly impikan perkahwinan pertama ini dalam suasana meriah seperti yang diidamkan pasangan lain. Elly takkan berahsia mengenai hal itu dan paling penting orang tahu. Tak dilupakan, keluarga tersayang turut ada di hari bersejarah Elly,” kata Elly yang mengakui zaman bujang dan berkahwin pastinya memberi perbezaan yang nyata. Teruja jadi pontianak DIAJAK berbual mengenai pengalaman pertamanya memegang watak seram sebagai hantu pontianak untuk sebuah episod drama Keliwon di TV3 arahan Rashid Sibir, ternyata watak ini sedikit sebanyak memberikan anjakan kepadanya yang sering diberikan watak gadis lemah lembut. Selama tiga hari, Elly dan kru produksi ini berkampung di Kepong untuk menyudahkan episod Pontianak. Untuk hari terakhir, penggambaran berlanjutan hingga ke pagi dan terpaksa bergegas ke Cameron Highlands untuk meneruskan penggambaran drama Semanis Janji. “Elly teruja juga dengan watak ini dan ia satu perkembangan positif untuk terus meluncur kerjaya. Untuk babak ‘terbang’, Elly melakukan sendiri dan alhamdulillah, Abang Rashid berpuas hati dengan komitmen yang Elly berikan. Mujur juga sepanjang penggambaran episod ini, tiada sebarang gangguan berlaku dan semuanya berjalan dengan baik. Elly cuma ada pengalaman selepas ‘mengekek’ suara hantu, tiba-tiba di hujungnya ia disahut anjing. “Mungkin ada yang anggap karakter Elly yang lemah lembut menyangkakan Elly sebenarnya penakut. Apabila berada di lokasi, Elly tetapkan minda dan siapkan diri untuk melakonkan watak ini dengan baik. Soal takut atau tidak, semuanya berbalik kepada psikologi. Kalau ada perasaan sebegitu, ia pasti akan mengganggu tumpuan dan kita akan mudah lemah semangat,” katanya yang masih menyanyi memenuhi undangan majlis tertutup dan korporat. Belum ada rezeki ke layar perak, Elly tidak melihatnya sebagai satu isu dan mungkin belum tiba masanya untuk dia ditawarkan peranan dalam filem. Dengan kesibukannya menjadi penggambaran drama Cinta Batu Belah yang sudah habis siarannya di TV3 dan TV9, Elly tidak dapat kembali berlakon dalam drama Spa Q 2 yang kini sedang hangat disiarkan di TV3. Tidak timbul istilah tersingkir daripada terus berlakon Spa Q 2 kerana janji sudah dipegang, lalu Elly terpaksa memberikan tumpuan kepada Cinta Batu Belah. Sedaya mungkin Elly akan cuba menjaga reputasinya sebagai artis kerana tidak mahu dilabel sebagai pelakon yang bermasalah. Bagi anak kelahiran Slim River, Perak ini, disiplin perlu dijaga dan ia ada cermin sikap seseorang yang perlu ada. “Soal masa juga selalu dititikberatkan dan hingga sekarang Elly akan menjaga soal kedatangan. Elly sangat peka soal masa dan sebolehnya Elly akan pastikan datang setengah jam sebelum waktu yang ditetapkan. Kalau lambat sedikit, mulalah Elly sendiri akan rasa gelabah. Elly tak biasakan diri datang lambat kerana bimbang ia akan menjadi kebiasaan dan tabiat. “Semua tahu kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur memang selalu berlaku dan alasan untuk mengatakan masih tersangkut di jalan raya sudah tidak relevan lagi. Kalau sudah tahu akan terperangkap di atas jalan raya, Elly akan keluar awal. Apa yang Elly lakukan ini sebagai rasa tanggungjawab dan hormat kepada pihak yang berurusan dengan kita,” katanya manja. PROFIL: Elly Mazlein Nama penuh: Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi Tarikh lahir: 17 Disember 1980 Tempat lahir: Slim River, PerakHobi: Berenang, menghias rumah Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia Filem: Tangkai Jering Antara drama: Gerak Khas, Sembilu, Spa-Q, Puasa Terakhir, Spa Q, Bella, Amanah Karmila, Pelita Buluh Fesyen pilihan: Ringkas, elegan dan up-to-date Penyanyi pujaan: Datuk Sharifah Aini dan Jennifer Lopez Pelakon pujaan: Datuk Jalaludin Hassan Adik-beradik: Tiga orang dan Elly adalah anak bongsu Album: 1997 - Sutera Kasih 1999 - Satu Persatu2001 - Elly2001 - MTV Karaoke Elly Mazlein 2002 - Best of Elly Mazlein2003 - Atas Nama |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 2:38 pm | |
| Jawablah!: Hairee Hilang, Produksi BimbangFAIRUZ (barisan belakang, empat dari kiri) bersama pelakon dan tenaga produksi filem Dimensi Cinta. Syarikat produksi Harian Inovatif Sdn Bhd teruskan hasrat saman pelakonTEMPOH yang diberi sehingga Ahad lalu sudah pun berakhir. Namun sehingga kini pelakon Hairie Othman masih gagal memunculkan diri untuk bersemuka dengan syarikat produksi yang menerbitkan filem Dimensi Cinta, Harian Inovatif Sdn Bhd bagi membuat penjelasan mengenai misteri kehilangannya itu. Biarpun kontrak sudah ditandatangani lebih sebulan lalu manakala bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus sudah pun diambil, namun Hairie didakwa menimbulkan kekecohan apabila dia gagal dikesan ketika produksi berkenaan sedang bersiap sedia untuk memulakan penggambaran. Kehilangannya itu nyata menimbulkan tanda tanya. Puas menghubungi telefon bimbitnya serta begitu banyak pesanan ringkas ditinggalkan namun Hairie tetap diam seribu bahasa. Dan kehilangan Hairie itu sedikit sebanyak membimbangkan pihak produksi terutama perihal keselamatannya kerana secara tidak langsung, selepas kontrak ditandatangani, pelakon yang pernah membintangi filem sejarah, Leftenan Adnan ini berada di bawah jagaan mereka. Sambil mengakui terkilan dengan tindakan pelakon itu, Ketua Pengarah Kumpulan Harian Inovatif Sdn Bhd Mohd Fairuz Mohd Yusof ketika dihubungi Hip menegaskan Hairie tetap akan dikenakan tindakan undang-undang sebagai hukuman atas perbuatan tidak bertanggungjawab itu. Hip: Sebelum ini pihak produksi ada memberi kata dua kepada pelakon Hairie Othman supaya tampil memberi penjelasan mengenai kehilangannya atau terpaksa berdepan dengan undang-undang. Apakah perkembangan baru perkara itu? Hairee Fairuz: Seperti yang pernah ditegaskan sebelum ini, kami memberi Hairie tempoh sehingga Ahad lalu untuk dia tampil berjumpa dengan kami dan memberikan penjelasan mengenai misteri kehilangannya selama ini. Nampaknya, sehingga hari ini, bayang Hairie tidak kelihatan. Dan lebih merisaukan, panggilan telefon serta kiriman pesanan ringkas kami tidak berjawab sehingga ke hari ini. Kami bukannya apa, cuma risaukan mengenai keselamatannya. Entah apa yang terjadi padanya, siapa yang tahu kan? Sekarang ini kami sedang cuba menghubungi ahli keluarganya untuk mengetahui apa yang berlaku sebenarnya. Berkenaan isu untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Hairie, perkara itu tetap akan diteruskan. Bahagian perundangan syarikat sedang menguruskan perkara itu Hip: Khabarnya Harian Inovatif Sdn Bhd sanggup mewujudkan watak sampingan semata-mata untuk membolehkan Hairie memandangkan watak utama cerita itu sudah diserahkan kepada pelakon lain iaitu Fahrin Ahmad?Fairuz: Sebelum tempoh yang diberikan tamat, memang kami bersedia untuk mewujudkan watak khas buat Hairie. Tapi selepas melepasi tarikh yang ditetapkan dan dia masih tak muncul-muncul jadi perkara itu tak mungkin akan berlaku. Dan saya pasti pengarah juga tak bercadang untuk mewujudkan watak tambahan kerana penggambaran akan bermula bila-bila masa dari sekarang. Hip: Kalau dia mempunyai alasan kukuh mengenai kehilangannya itu apakah pihak Harian Inovatif Sdn Bhd akan terus menyaman Hairie? Fairuz: Perkara ini hanya akan dapat ditentukan selepas Hairie datang berjumpa kami dan memaklumkan apa sebenarnya masalah dia. Jika terus berdiam diri macam ini, sampai bila-bila pun tak akan selesai. Mengenai wang pendahuluan yang sudah diambil, pada kami jika dia tidak menjalankan tugas seperti yang termaktub di dalam kontrak, dia harus memulangkan wang itu. Apapun, kami mengharapkan supaya Hairie dapat keluar dari tempat “persembunyiannya” supaya semua masalah ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Hip: Apakah perbuatan itu mampu menjejaskan reputasi syarikat anda?Fairuz: Dalam hal ini sebenarnya pihak yang terkesan tentunya Hairie sendiri. Pastinya perbuatannya itu akan mengundang masalah pada dirinya di kemudian hari kerana dia dilihat sebagai pelakon yang tidak berdisiplin. Walaupun ini pertama kali syarikat kami menceburkan diri dalam industri perfileman, namun kami sebenarnya sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi seperti ini. Biasalah, dalam apa juga perniagaan, risiko tetap ada. Hip: Dalam filem ini kamu menggunakan khidmat pelakon Catriona Ross. Apakah kamu yakin nama Catriona boleh filem ini dan apakah pengambilan pelakon Memey disebabkan kontroversi yang melanda dirinya?Fairuz: Setiap pelakon yang terpilih untuk membintangi filem ini bukanlah diambil secara tangkap muat saja. Semuanya melalui prosedur biasa seperti uji bakat dan mereka perlu melepasi beberapa uji bakat yang pihak kami jalankan. Dan pemilihan Catriona sebagai pelakon utama, kami yakin dia mampu menarik penonton untuk menyaksikan filem ini kerana Catriona adalah seorang pelakon yang berkarisma dan mampu menghayati watak itu dengan baik. Mengenai pemilihan Memey, seperti juga Catriona dia juga melalui proses uji bakat. Dan bukan saya yang menentukan pemilihan pelakon tetapi ia juga membabitkan pengarah iaitu Eddie Park, jabatan pemilihan pelakon. Lagipun, kami sekadar ingin memberikannya peluang untuk beraksi di layar perak, satu peluang yang amat dinantikan Memey selama ini. [b] |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 2:45 pm | |
| Melissa Bahagia Bergelar Isteri PELAKON jelita ini mungkin masih baru di kalangan peminat seni tanah air. Berdarah kacukan Pakistan - Cina, Melissa atau nama sebenarnya Melissa Maureen Rizal, 28, pernah membintangi filem arahan Bernard Chauly, Gol & Gincu sekitar tahun 2005. Selepas itu, kelibatnya jarang kelihatan di kaca televisyen mahupun di layar perak sehinggalah kebelakangan ini namanya hangat diperkatakan setelah tersebarnya gambar perkahwinan ‘rahsia’ bersama Malique Ibrahim, 31, atau Malique dari kumpulan Too Phat. Bagi Melissa, meskipun melangsungkan perkahwinan secara rahsia, dia kini begitu bahagia melayari alam rumah tangga dan sangat bangga dengan status baru sebagai isteri. Ditanya tidakkah tindakannya merahsiakan perkahwinan bakal mengundang spekulasi negatif serta kemarahan para peminatnya, kata Melissa: “Kenapa mereka nak marah, sedangkan saya sekarang sangat bahagia dengan suami saya. “Apa yang pasti, kami kini telah bergelar suami isteri dan yang penting saya harap para peminat menerima perkahwinan kami serta mendoakan kebahagiaan kami berdua sebab sekarang kami memang bahagia,” luahnya memohon pengertian. Berbicara tentang keistimewaan suaminya itu, kata Melissa, Malique merupakan suami yang begitu menghormati serta sangat memahami kerjayanya sebagai model dan pelakon. “Dia juga banyak memberikan saya kebebasan serta kepercayaan dalam meneruskan kerjaya,” kata duta produk kecantikan Olay White Radiance itu lagi. Ditemui pada sidang media drama online Ceraiya baru-baru ini, Melissa menjelaskan, alasan sebenar dia menyembunyikan perkahwinannya daripada pengetahuan umum. “Bukan tidak mahu hebahkan, cuma saya rasa kalau banyak sangat orang tahu tetapi kalau tidak menjadi nanti apa kata orang,” ringkas jawapan yang keluar dari mulutnya. Melissa selamat diijabkabulkan pada tarikh keramat 8 Ogos lalu di Nusa Dua, Bali, Indonesia setelah tiga tahun mengikat tali pertunangan. Tidak mahu berkongsi lebih lanjut tentang hari bahagianya itu, kata Melissa, biarlah detik itu hanya menjadi kenangan dia dan suaminya sahaja. Menurut Melissa, majlis resepsi yang berkonsepkan perkahwinan tepi pantai yang dihadiri oleh 40 orang tetamu daripada keluarga kedua-dua belah pihak diadakan pada sebelah malam hari pernikahannya itu. Selain dimeriahkan oleh ahli keluarga serta rakan-rakan sekolah pasangan pengantin, ia turut dihadiri oleh penyanyi Joe Flizzow. Berikutan gambar perkahwinannya yang tersebar luas di Internet, kekecewaan Melissa jelas terpancar ketika diajak berbicara tentangnya. “Sebenarnya perkahwinan sangat peribadi kepada saya sebab itu saya buat secara kecil-kecilan supaya tidak diketahui umum. Tetapi tersebar juga di Internet. “Saya tidak mahu ulas banyak tentang perkara ini kerana bukan sahaja melibatkan diri saya tetapi saya perlu fikir bagi pihak Malique juga,” katanya. Berlakon drama onlineMelissa yang telah empat tahun berkecimpung dalam dunia seni bakal muncul dalam drama online Ceraiya (Cerai Raya) yang mula ditayangkan di portal gua.com.my bermula 1 September lalu pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. Selain Melissa, drama komedi yang mengambil masa selama lima minit setiap episod itu turut dibintangi oleh Tony Eusoff. Menurut Melissa, drama yang diterbitkan oleh KL Motion Pictures arahan Azizi ‘Chunk’ Adnan itu memberi cabaran baru baginya kerana itulah pertama kali dia melakonkan watak komedi. “Sebelum ini saya tidak pernah terfikir dapat berlakon komedi sebab bagi saya watak komedi bukan semua pelakon mampu melakonkannya. Bagi saya kalau berlakon cerita sedih dan watak air mata lebih mudah jika dibandingkan dengan watak komedi,” katanya. Melissa yang sebelum ini pernah menjayakan lebih 15 buah drama dan sebuah filem bakal muncul dengan filem terbaru, Hooperz sebagai Wan Zulaika tidak lama lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 3:18 pm | |
| Mawi, Fitri Sertai Pasukan AF7?KL, 2 MAC 2009: Sebelum ini, Murai Batu ada dengar desas-desus mengatakan ada segelintir bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) akan menjadi penasihat atau pun tenaga pengajar untuk AF7 kali ini. Dengar-dengar, Raja SMS yang baru berkahwin tu, Mawi, dikatakan akan terlibat dalam senarai itu. Betul ke? Tapi tak pula Murai Batu pasti pula apa jawatan Mawi kelak. Ada sumber cakap, Mawi akan terbabit dengan Diari AF. Hai, adakah Mawi akan jadi pegawai yang menjaga pelajar lelaki? Sebelum ini model kacak, Syafiq, memikul tugas itu dan dia terus jadi popular gara-gara AF6. Selain nama Mawi, Murai Batu dengar nama bekas pelajar AF2 yang handal dalam selok belok fesyen, Fitri pun disebut-sebut juga. Mana tahu, mungkin penglibatan Fitri nanti lebih ke arah penasihat fesyen pelajar setiap minggu. Dulu kan Fitri yang reka jubah graduan masa final AF2... Kalau ini semua terjadi, bermakna Astro mahu bekas-bekas bintang AF dulu turun padang membantu perjalanan AF7 kali ini kerana mereka lebih dulu makan garam. Bagus juga idea itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 4:07 pm | |
| Bayaran, Masa Punca Zaefrul Tarik DiriMasalah bayaran dan jadual latihan yang panjang adalah punca utama pelakon kontroversi Zaefrul Nadzarine Nordin menarik diri daripada menjayakan pementasan musim kedua Muzikal Ibu Zain. Perkara ini telah dimaklumkan sendiri pelakon drama Spa-Q ini sewaktu dihubungi oleh murai.com.my berhubung statusnya dalam produksi terbitan Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan AMAN Malaysia yang dinaungi oleh Datuk Mukhriz Mahathir itu. "Sebenarnya saya telah tolak tawaran berlakon Muzikal Ibu Zain musim kedua ini sejak sebulan yang lalu. Pada awalnya, memanglah nama saya berada dalam senarai barisan pelakon teater ini. "Malah, saya juga turut hadir sewaktu majlis pelancarannya di Istana Budaya tidak lama dulu. Tapi, apabila melihat jadual latihan serta pementasannya mengambil masa selama 60 hari, saya mula fikir bahawa saya tidak boleh melakukannya. "Ia memakan terlalu banyak masa sedangkan saya juga terikat dengan komitmen lain iaitu penerbitan drama. Tambahan pula apabila masuk saja musim kedua, saya dapati bayarannya kurang berbaloi," katanya. Jelas Zaefrul lagi, dia telah memberitahu produksi terbabit supaya mencari pengganti. "Anda boleh tanya sendiri kepada produksi teater ini. Sebenarnya ada beberapa pelakon lain yang turut ditukar dalam produksi ini selain saya sendiri seperti Catriona Ross. "Jadi, pengunduran saya di dalam teater muzikal Ibu Zain musim kedua ini sememangnya tidak ada kena-mengena dengan penyebaran gambar saya dan Azizah Mahzan itu, sebagaimana yang digembar-gemburkan banyak pihak," katanya lagi. Soal gambar dengan Azizah, memang itu salah saya!Mengulas tentang gambar 'panas' beliau bersama Azizah pula, Zaefrul berkata, dia mengakui bahawa ia satu kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukannya sebagai seorang anak seni. "Sangka saya, tidak ada salahnya bergambar dengan seseorang yang saya anggap seperti seorang kakak. Apatah lagi apabila dia telah diterima dan dikenali di kalangan ahli keluarga saya termasuklah isteri saya sendiri. "Tapi rupanya, persepsi orang adalah berbeza sehingga ia telah menimbulkan cacian dan kejian masyarakat. Kami tidak pernah ada hubungan atau skandal dan ia hanyalah gambar untuk tujuan berposing dengan kawan-kawan sahaja. "Ia dilakukan ketika team produksi Spa-Q mengadakan penggambaran di Langkawi, tidak lama dulu. Tarikhnya bersamaan dengan Anugerah Skrin 2008 lepas. Sebab itu saya tidak hadir untuk mengambil trofi kemenangan saya pada hari itu kerana saya berada di sana. "Bukan saya dengan Azizah berdua saja. Waktu itu, kita semua sedang meraikan hari ulang tahun kelahiran Azizah dan satu masa, dia pula tiba-tiba duduk atas ribaan saya ketika bergambar, " katanya. Seperkara yang membuatkan Zafrul tidak faham adalah mengapa hanya foto beliau dan Azizah saja yang digembar-gemburkan dalam Internet. "Padahal saya pun ada juga bergambar dengan orang lain. Salah seorang daripadanya adalah pengarah drama Spa-Q sendiri. Kalau orang lihat gambar saya dan pengarah itu, pasti mereka akan salah sangka. "Entah-entah ada yang akan anggap kami pasangan gay pula sebab gambar itu menunjukkan saya sedang berpelukan dengan pengarah tersebut dan kebetulan dia pula berperwatakan lemah lembut! "Saya sendiri dah tak tahu nak jelaskan macam mana lagi. Saya tidak pernah berniat menyalahkan mana-mana pihak. Mungkin juga kerana saya berlakon dengan Azizah dalam Spa-Q menyebabkan ada pihak terus membuat andaian kami ada 'apa-apa'," katanya. Apapun kata Zaefrul, dia menganggap apa yang berlaku ini adalah kesilapan daripada dirinya sendiri. "Saya akan lebih berhati-hati di masa depan untuk mengelakkan tanggapan salah. Azizah lebih berusia daripada saya dan saya dah anggap dia macam kakak. Saya juga bahagia dengan perkahwinan saya," ujarnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 4:25 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 4:35 pm | |
| Sazzy Falak Tak Suka DJ “Saya tak nak jadi DJ,” Itulah ucapan yang keluar dari mulut pengacara serba boleh Sazlini Shamsul Falak atau lebih dikenali dengan panggilan Sazzy Falak. Walaupun telah beberapa kali ditawarkan menjadi DJ di beberapa buah stesen radio, anak kelahiran Kuala Lumpur ini tetap tegas dengan pendiriannya untuk... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 4:36 pm | |
| Zarynn Anak Dara Tua yang HOT Jika dahulu fenomena ‘Andartu’ dikatakan hanya melibatkan golongan wanita kolar putih yang terlalu sibuk dengan karier mereka tetapi kini golongan selebriti juga turut menerima bahangnya. Gelaran ‘Anak Dara Tua’ ataupun ‘Andartu’ adalah gelaran yang agak taboo bagi kaum hawa. Ianya seolah-olah satu sindiran terhadap mereka yang belum bertemu jodoh walaupun... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 4:39 pm | |
| Norisz Berlakon Sebab BengangBerlakon sebab bengang, memang pelik bunyinya tapi itulah yang terjadi pada Norisz Ismail, 27, yang menceburi bidang lakonan akibat rasa tidak puas hatinya melihat pelakon lain tidak menjiwai watak yang mereka lakonkan... |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 11 of 20 | Go to page : 1 ... 7 ... 10, 11, 12 ... 15 ... 20 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |