|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 10:16 am | |
| (Gambar) Johan Raja Lawak bercinta dengan Ozlynn Waty? Terkeluar dalam majalah menunjukkan gambar kandid ini di’mana Johan (Raja Lawak) sedang memujuk Ozlynm Waty. Sebelum ini dikatakan Ozlynn terperangkap di dalam cinta tiga segi antara dia, Johan dan Acong (Sweet Child). Namun akhirnya segala jelas nampak siapakah di’hati Ozlynn Waty ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 10:46 am | |
|
Last edited by sally_eiyna on Thu 05 Mar 2009, 10:55 am; edited 1 time in total |
| | | halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 10:50 am | |
| hep hep tgn knn sijohan tu kat ne? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 10:58 am | |
| Cari dokumen sendiri - AC Mizal KAJANG - Pengacara Akademi Fantasia, AC Mizal menolak permohonan bekas isterinya supaya mengemukakan dokumen yang dapat membuktikan ketidakmampuan pelakon itu dalam memberi nafkah kepada anak-anak mereka. AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini, 37, juga memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam, jika bekas isterinya, Shafnie Zainudin, 33, selaku plaintif mahukan dokumen-dokumen tersebut, dia perlu mendapatkannya sendiri kerana permohonan itu melanggar hak asasinya. Kenyataan AC Mizal itu terkandung dalam afidavit jawapannya kepada permohonan Shafnie supaya artis itu mengemukakan dokumen yang boleh membuktikan ketidakmampuan memberi nafkah kepada dua anak mereka seperti mana didakwa AC Mizal sebelum ini. Sementara itu, peguam syarie, Azmi Mohd. Rais yang mewakili Shafnie berkata, afidavit jawapan berkenaan baru sahaja difailkan dan diserahkan kepadanya semalam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 11:02 am | |
| Tanpa DJ Sumo - Misi baru The Fabulous Cats mahu menembusi pasaran Indonesia. PERTUKARAN anggota bukan sesuatu yang baru buat kumpulan yang mengusung genre muzik R & B, soul dan hip hop ini. Kumpulan The Fabulous Cats yang pernah muncul dengan dua album Fantastik dan Hyperkosmik bagai sudah serasi dengan situasi keluar masuk anggota baru. Tidak sedikitpun mengganggu konsentrasi mereka terhadap muzik yang diperjuangkan sebaliknya, pertambahan seorang anggota wanita asal Indonesia bernama Wangi Julianda sudah diatur dengan tertib. MISI baru The Fabulous Cats mahu menembusi pasaran Indonesia. Pengunduran DJ Sumo yang sebenarnya mahu memberikan tumpuan terhadap bidang masakan telah memaksa Cat Farish yang juga ketua kumpulan ini untuk mengadakan sesi uji bakat secara tertutup sehingga ke Indonesia. Kemasukan Wangi bukan hanya kerana agenda besar mereka mahu membolosi pasaran negara seberang itu, tetapi juga kerana keserasian vokal dan ideologinya bersama semua rakan sekumpulan. Malah dengan kemasukan Wangi, segala kekeruhan yang pernah melanda kumpulan ini dijangka bakal dibersihkan semula. "Wangi dipilih kerana banyak faktor, bukan kerana Malaysia sudah tidak ada penyanyi yang bagus tetapi semasa sesi uji bakat dijalankan di Malaysia dan CAT FARISH mempunyai sebab kenapa warga Indonesia dipilih menjadi anggota terbaru The Fabulous Cats. Singapura tidak ada satu orang menepati kriteria yang dikehendaki."Jadi, apabila kami terbang ke seberang atas urusan meninjau pasaran, kami telah bertemu dengan Wangi dan dapat rasakan keserasian terutama vokalnya," jelas Cat. Tambah Cat lagi, kemasukan Wangi telah menjadikan kumpulannya lebih menarik, kerana dianggotai oleh ahli dari tiga negara iaitu Cat dan Farhana (Malaysia), Adeep (Singapura) dan Wangi (Indonesia). Kini dengan dua anggota lelaki dan dua anggota wanita, kumpulan ini saling melengkapi untuk mereka meneruskan misi menakluk pasaran tempatan dan juga pasaran seberang. Antara single yang akan dipertaruhkan di Indonesia ialah Bawaku Terbang, Papa Jahat dan Rimas yang ditukar judul kepada Lemas. "Kira ini sudah lengkap, lagu-lagu yang pernah kami nyanyikan sebelum ini turut dirombak terutama bahagian liriknya untuk disesuaikan dengan pasaran seberang. "Ini kerana ada perkataan yang ditulis dalam lirik kami lain ertinya di sana, oleh itu ada sedikit perubahan untuk single yang akan dihantar ke sana," jelas Cat yang akan ke Jakarta pada 9 Mac ini untuk mempromosikan single mereka di sana. Bercakap mengenai kekerapan pertukaran anggota, Farhana memberitahu, mereka semua sudah terbiasa dengan situasi tersebut dan tidak menganggap ia satu masalah besar. "Memanglah daripada pandangan ramai macam kami banyak sangat masalahnya sebab selalu sangat tukar ahli. Orang tidak tahu penukaran ahli kami bukannya sebab bergaduh atau berselisih faham tetapi semuanya kerana terpaksa. "Kami kalau boleh lagi nak kekalkan ahli yang sama sepanjang perjuangan kami tetapi bila keadaan memaksa mereka mengundurkan diri, kami reda dan dengan segera mencari pengganti," ulas Farhana lagi. Adeep yang duduk di sebelah Farhana turut bersetuju dengan apa diperkatakan rakannya itu dan berkata ia hanya satu proses yang harus dilalui untuk menjadi lebih kukuh dan kuat. "Bagi saya memanglah ia satu masalah, tetapi setiap masalah ada penyelesaiannya. Kami bukannya bermasalah, hubungan kami dengan bekas ahli kumpulan masih baik. Malah DJ Sumo hanya berehat untuk seketika, tengoklah kalau dia nak aktif balik kami okey saja. "Saya harap orang nilai kami kerama muzik yang dibawa bukannya hal-hal seperti ini. Harap-harap barisan ahli kali ini akan berkekalan," kata Adeep. Tuah Gadis BandungGadis tinggi lampai kelahiran Bandung ini sering melemparkan senyuman manis saat disoal tentang kemasukannya ke dalam kumpulan hip hop ini. "Saya senang saja, lagi pula muziknya kena dengan jiwa saya sendiri. Kiranya bertuah terpilih, saya juga sudah mula menganggap Malaysia sebagai rumah kedua kerana kekerapan berada di sini. "Jika tiada persembahan, baru pulang dan sambung kuliah di universiti, kalau tidak kebanyakan waktu saya akan habiskan waktu di Malaysia saja," tuturnya. Menurut gadis yang berusia 19 tahun ini, muzik sudah menjadi darah dagingnya kerana sebelum bersama The Fabulous Cats, dia terlebih dahulu menganggotai sebuah kumpulan muzik di Bandung. "Muzik sesuatu yang mendamaikan, bila dapat peluang begini, tidak harus dilepaskan. Walaupun terdapat beberapa masalah seperti bahasa itu tidak apa, boleh dipelajari secara perlahan-lahan. "Lagipun bahasa Indonesia dan juga Malaysia lebih kurang sama saja, jadi untuk lirik lagu yang akan dijadikan single di Indonesia ada menggunakan khidmat saya. Rasanya berbaloi kerana saya bukan saja menyanyi tetapi menyumbang sedikit keringat idea," ujar pelajar jurusan pengurusan ini lagi. Apa yang diharapkan dengan kemasukan Wangi, kumpulan ini tidak lagi berhadapan dengan gerhana. Alangkah baiknya, kalau kumpulan yang cukup berbakat ini terus berkekalan dan fokus khalayak hanya pada kualiti muzik mereka bukannya hal remeh yang hanya mengisi mereka di laman gosip. Ini kerana pada akhirnya kita tidak mahu orang memandang The Fabulous Cats hanya sebagai satu kumpulan picisan yang menjadikan kontroversi buruk sebagai dahan untuk berpaut dalam industri seni. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 11:35 am | |
| AC Mizal buat bantahanKAJANG 4 Mac - Pengacara Akademi Fantasia, AC Mizal membantah permohonan bekas isterinya, Shafnie Zainudin supaya beliau mengemukakan dokumen sokongan berhubung pendapatannya. AC Mizal, 37, dalam afidavit jawapannya menyatakan bahawa beliau tidak setuju dengan permohonan Shafnie, 33, untuk mendapatkan dokumen pendapatan atas namanya dan pengurus peribadi, Amelya Rosnaida yang juga isterinya. Menurut AC Mizal, pengurus peribadinya adalah pihak ketiga dan tiada kaitan langsung dengan tuntutan ini. Beliau menegaskan sekiranya Shafnie memerlukan maklumat tersebut, plaintif perlu mendapatkannya sendiri memandangkan beban bukti terletak di pihak berkenaan untuk membuktikannya. Lantaran itu AC Mizal memohon mahkamah menolak permohonan Shafnie dengan kos kerana ia dilihatnya melanggar hak peribadi selaku seorang manusia. Ekoran bantahan tersebut, peguam syarie Azmi Rais yang mewakili Shafnie memohon mahkamah menetapkan tarikh untuk mahkamah membuat keputusan sama ada membenarkan atau menolak permohonan Shafnie. Sebelum itu, kedua pihak bersetuju untuk memfailkan hujah bertulis mengenai permohonan Shafnie supaya defendan menzahirkan dokumen bagi membuktikan dakwaan AC MIzal tidak mampu membayar nafkah dua anaknya. Permohonan tersebut dibuat peguam yang mewakili Shafnie pada 19 Februari lalu. Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh menetapkan 6 Mei depan untuk membuat keputusan berhubung permohonan Shafnie agar AC Mizal menzahirkan dokumen pendapatannya dan Amelya. Sementara itu, satu lagi kes iaitu prosiding permohonan komital atau notis tunjuk sebab mengapa AC Mizal tidak boleh dipenjarakan kerana gagal menjelaskan tunggakan nafkah sebanyak RM50,000 sejak 2004, akan didengar pada 19 April depan.[center]
Last edited by sally_eiyna on Thu 05 Mar 2009, 11:44 am; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 11:36 am | |
| (Gambar) Fara Fauzana dihadapan Masjid Nabawi, MadinahIni adalah gambar kenangan manis Fara Fauzana semasa melakukan Umrah baru baru ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 11:39 am | |
| Kes saman Nasha 7 Okt.
Perbicaraan kes saman fitnah seorang peniaga, Abdul Aziz Ali terhadap anak kandungnya yang merupakan pelakon dan peragawati terkenal, Nasha Aziz akan mula didengar oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 7 Oktober depan.
Timbalan Pendaftar, Fatimah Rubi'ah Ali menetapkan tarikh tersebut dan 12 Oktober depan untuk perbicaraan semasa pengurusan kes berkenaan di kamar beliau hari ini.
Kes tersebut akan didengar di hadapan Hakim Datuk Abdul Wahab Patail.
Abdul Aziz, 61, selaku plaintif menyaman Nasha atau nama sebenarnya, Noraishah Abdul Aziz, 38, kerana mendakwa pelakon itu memfitnah beliau bukan bapa kandungnya dan telah meninggal dunia dalam satu artikel akhbar Mingguan Malaysia, lima tahun lalu.
Abdul Aziz yang juga seorang guru silat sebelum ini turut menamakan Utusan Melayu (M) Bhd. dan wartawan, Tengku Khalidah Tengku Bidin sebagai pihak defendan.
Bagaimanapun pada Isnin lalu, Utusan Melayu dan Tengku Khalidah berjaya dalam permohonan untuk mengeluarkan nama mereka daripada senarai defendan kes tersebut.
Abdul Aziz menyaman Nasha untuk menuntut ganti rugi atas dakwaan mengeluarkan perkataan fitnah melalui artikel dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 24 Oktober 2004 yang membawa maksud beliau bukan bapa kandung pelakon itu dan telah meninggal dunia.
Nasha dalam pernyataan pembelaannya pula menyatakan bahawa perkataan 'ayah' dalam artikel itu merujuk kepada nama bapa angkat yang juga bapa saudaranya, Allahyarham Abdul Aziz Hathim yang menjaga dan memberi kasih sayang kepadanya sejak kecil hingga dewasa.
Pelakon itu menjelaskan, plaintif sendiri telah menyerahkannya yang ketika itu berusia tiga bulan kepada kakak plaintif, Habibah Mohd. Ali, iaitu isteri Allahyarham. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 11:47 am | |
| |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 11:59 am | |
| - halytobe wrote:
- hep hep tgn knn sijohan tu kat ne?
so olynn kita kenal dia tu mmg magada2, skrg ni dia bercinta gan si achong tu je. dah la kuat jeles si olyn tu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 12:07 pm | |
| Nabil VS ZizanAntara mereka berdua, Nabil dan Zizan, mana satu yang menjadi pilihan anda? Kalau ditanya saya sebagai penulis di Oh! Artis ni, saya lebih prefer Zizan sebab dia lawak dan more handomse.. hihihi.. saya kan Gadis.. Normal la tu.. Ok, Sila komen ye.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 12:09 pm | |
| (Gambar) Buah dada Ina Naim kena ramas Ini gambar lama beberapa tahun dulu. Tapi ape kata kita imbas semula artis wanita yang tidak berapa nak menjadi ni. Oh! Artis menerima email daripada pembaca setia kami yang berbunyi seperti ini… bro, ni pic lama ina naim. time dia kerja kat KL dulu. boleh tahan gak la dorg time tu. cuba bro tgk btol2 tgn minah sorg tu kat mane? syok woo dpt pegang ina pnye ;p Hehe.. So anda nilaikan lah sendiri. Ntah apa kerja diorang ni. Pelik betul. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 12:12 pm | |
| Lambakkan rancangan realiti tvDalam tahun ni saja, Oh Artis rasa tidak kurang dari 10 rancangan realiti disajikan pada masyarakat Malaysia.Semua ini bermula lebih kurang 7 tahun dulu apabila Akademi Fantasia 1 diperkenalkan pada tahun 2003. Sejak dari itu,pelbagai program realiti v menghiasi dada tv-tv seisi rumah di Malaysia.Pelbagai perkara telah berlaku sehingga lahirnya pelbagai gelaran seperti Raja Sms dan macam-macam lagi.Malaysia Idol,My Starz LG,Bintang RTM,Mentor, Ikon,Raja Lawak dan sebagainya adalah sebahgian nama-nama rancangan realiti tv ni.. Tapi apakah signifikan semua program realiti ini semua.Adakah memanfaatkan rakyat Malaysia atau menguntungkan syarikat telco semata-semata dengan undian yang dibuat sms. Secara tidak langsung, ia juga menghakis akhlak remaja di Malaysia ini.Lu orang fikirkan lah sendiri psst:banyak sangat,sampai dah nak naik muak pulak…haha satu lagi baguslah ada realiti tv ni ada bahan nak tulis dalam Oh!Artis ni.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 12:37 pm | |
| Tuntutan Siti Fairuz didengar 28 Mei
Dua tuntutan penyanyi popular tahun 1980-an, Siti Fairuz berhubung mutaah (sagu hati selepas perceraian) dan harta sepencarian dengan bekas suaminya yang dianggarkan bernilai RM200,000 akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 28 Mei depan.
Tarikh itu ditetapkan Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee @ Shaii.
Dalam prosiding hari ini, mahkamah diberitahu oleh peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hasan yang mewakili Siti Fairuz bahawa pihaknya telah memfailkan jawapan kepada pembelaan defendan, Muhamad Zainuddin Kordi, 45, dalam kes mutaah.
Sementara itu Fakhrul mengesahkan, pihaknya baru menerima pembelaan defendan bagi kes harta sepencarian. Pihaknya bercadang mengemukakan pembelaan kepada jawapan defendan.
Bagi menjimatkan masa mahkamah, plaintif dan defendan bersetuju kedua-dua kes itu dibicarakan secara serentak.
Pada 26 November lalu, penyanyi itu memfailkan permohonan untuk menuntut mutaah dan harta sepencarian iaitu 10 harta alih dan tidak alih yang dibeli sepanjang tempoh perkahwinan.
Penyanyi itu yang popular dengan lagu Bila Rindu Ku Sebut Namamu mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Zainuddin yang bertugas sebagai pembantu teknik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada tahun 1988. Hasil perkongsian hidup selama 20 tahun, mereka dikurniakan lima cahayamata.
Pada 14 Julai lalu, Siti Fairuz disahkan bercerai secara taklik dengan Muhamad Zainuddin pada Mac lalu selepas Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya mensabitkan taklik yang dilafazkan suaminya pada tahun 1993.
Lafaz yang berbunyi: "Kalau you nyanyi lagi, jatuh talak," itu yang dibuat kira-kira 15 tahun lalu disabitkan taklik oleh mahkamah kerana ia dengan niat menceraikan Siti Fairuz.
Penyanyi itu dikatakan melanggar taklik tersebut apabila menyanyi di Pentas Lanai Seni di sini kira-kira pukul 8.30 malam, 30 Mac tahun lalu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 12:39 pm | |
| Fara bimbang terlalu terdedahWANITA bernama Fara Fauzana ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Pada usia 28 tahun, dia telah meraih sukses luar biasa. Dihitung dicongak, barangkali dia antara selebriti wanita termuda tanah air yang mempunyai ekonomi dan kewangan kukuh. Namanya dikenali di seluruh negara. Sebut sahaja Fara Fauzana, anak sekecil usia lima tahun juga sudah mengenal siapa empunya diri. Dia disenangi, dipuja dan dijadikan lambang anak muda masa kini yang sarat filosofi. Nyata ini adalah sebuah perjalanan hidup yang tidak pernah dimimpikan. Kata si petah ini, seharusnya jika mengikut kehendak asal, dia seharusnya menjadi seorang penari. Penari irama tradisional, bukannya seorang selebriti. Panjang bicara kami petang itu. Bercampur aduk, antara soal hati, masa depan serta zaman silamnya. Itu yang terkeluar cerita cita-cita asalnya sebelum menjadi seorang deejay. “Betul, saya memang suka menari. Dulu sempat masuk kelas tarian tradisional. Tiba-tiba lepas tamat belajar, jadi deejay pula,” kenangnya sambil ketawa mengekeh. Namun tidak sekali pun dia menyesal. Sebaliknya kerjaya sebagai seorang deejay inilah yang telah membuat dia tumbuh besar dalam industri. Daripada hanya sebagai seorang krew di skuad Perodua Era beberapa tahun lalu, hari ini, Fara menjadi deejay terkenal negara. Tidak cukup dengan jolokan deejay atau penyampai radio sehingga membawa dia menerima anugerah Penyampai Radio Popular ABPBH 2007, Fara sinonim sebagai hos rancangan Melodi selain berdiri megah dengan drama bersirinya, Fara. ENGGAN dilabelkan sebagai artis, Fara mahu dikenali sebagai deejay. Dan kini pada tahun 2008, dia juga membina profil dengan portfolio yang cemerlang. Dia tanya saya: “Maliah kenapa nak fotografi dengan saya?” Saya jawab: “Kerana selepas disenaraikan, awak adalah selebriti paling sukses dan bertahan sepanjang tahun ini. “Sebab itu, sebelum tirai 2008 dilabuhkan, kami mencari seorang artis yang punya profil kerjaya baik, bukan sekadar popular kerana gosip.” Anak kedua daripada tiga beradik ini ketawa dan membalas dengan merendah diri, “Baiklah. Tapi ya, alhamdulillah rezeki saya memang masih murah sepanjang tahun ini. Syukur, semuanya juga berjalan lancar dan hampir semua yang saya rancang, tercapai.” Pernyataan Fara memang benar. Tahun ini juga dia sekali lagi terlibat dalam sebuah filem – Jin Notti. Kemudian turut menjadi duta Nescafe dan ya, wajahnya boleh dilihat di mana-mana. Dia terdedah, sangat terdedah. Namun celah peminat fotografi dan kereta ini, sebenarnya dia bimbang jika terlalu terdedah. Sehingga pada satu tahap, dia berasa tidak mahu keluar dari rumah kerana enggan membuat orang muak asyik melihat Fara Fauzana. “Tapi saya tak boleh nak elak kerana ini adalah pekerjaan saya. Hanya jujur, saya takut juga terlebih terdedah. Misalnya, terlalu kerap keluar TV sebagai hos kerana bila saya meletakkan diri saya sebagai penonton, saya pun rasa saya akan bosan kalau balik-balik asyik muka yang sama sahaja,” ulasnya panjang lebar. Berlakon secara tidak sengajaBagaimanapun, itu tidak bermakna dia lemas dengan publisiti yang diraih lewat komitmen dan kredibilitinya. Hanya sesekali, katanya, dia harus menjadi seorang yang selektif. Maka untuk mengelak dirinya daripada gagal melunaskan amanah yang diberi dengan baik, wanita yang dilahirkan di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor ini merancang setiap hal yang ingin dilakukan. “Saya seorang perancang,” akuinya. Tambah penggemar setia Ziana Zain ini lagi: “Sebab itu setiap perkara yang saya inginkan dalam hidup, akan saya rancang beberapa bulan sebelum itu. “Misalnya, agenda untuk tahun hadapan sudah saya susun sejak bulan Oktober lalu. Insya-Allah jika tiada aral, sehingga bulan Jun 2009, saya sudah tahu apa agenda yang harus saya beri keutamaan.” Mendengar senarai agenda yang sudah diatur, Fara bisa diangkat masuk ke dalam status seorang selebriti. Sementelah dia juga pelakon. Hanya tinggal belum menjadi penyanyi. Tapi pantas dia menepis untuk digelar selebriti. Kerana, katanya, dia masih mahu kekal dengan status seorang deejay. Dia selesa begitu, malah hampir setiap kali harus bekerjasama dengan rakan artis lain, dia akan berasa tidak yakin. “Saya tak tahu, tapi memang perasaan saya tak menentu kalau berhadapan dengan artis. Sebab saya ini hanya seorang deejay dan saya adalah peminat mereka,” katanya yang turut menyatakan lakonan adalah dunia secara tidak sengaja buat dirinya. Perlu lelaki yang boleh kawal dirinyaMelompat ke topik hati, Fara senyum. Ada dua jenis lelaki yang selalu hadir dalam dirinya. Pertama, lelaki seusia yang tidak berani menyatakan perasaan hati terhadap dirinya. Sementara yang kedua pula adalah lelaki berkerjaya yang selalu ingin merapatinya. Dan hati telah terisi? Fara senyum, menjawab belum ada. Malah, katanya, kadang-kadang dia sendiri menanti lelaki-lelaki tersebut meluahkan rasa. Katanya lagi, takkan dia yang mahu membuka mulut melamar. “Malah saya rasa, sejak saya jadi terkenal, banyak kawan lelaki melarikan diri. Saya tak tahu apa yang mereka takutkan. Kerana sebagai wanita biasa, saya hanya memerlukan seorang lelaki yang boleh kontrol dan faham saya. Itu sahaja,” luahnya serius. Jadi deejay tiga tahun lagiSaat ditanya berapa tahun lagi usia dia mahu duduk di posisi deejay, pantas dijawab dua atau tiga tahun lagi. “Saya mahu berada di posisi Sealan Paul dalam jangka masa tiga tahun lagi,” ujar pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini yakin. Tambahnya dia mahu berada pada posisi mampu membentuk reformasi sendiri. Malah dia juga tidak segan silu melahirkan ideologinya tentang dunia penyiaran radio. Selain mengakui seorang deejay harus bijak dan mengenal inti muzik serta mempunyai pengetahuan yang cukup meluas dalam segala aspek, seseorang deejay itu juga perlu mempertahankan informasi yang ingin diberikan kepada pendengar. Misalnya, kata Fara, sesekali seorang deejay tidak perlu terlalu terikat atau akur dengan permintaan pendengar. “Itu reformasi yang saya akan lakukan jika saya punya kuasa. Saya tak mahu selalu mengikut kehendak pendengar. Sebaliknya saya mahu mendidik mereka dengan apa yang akan kami perdengarkan,” katanya bersungguh-sungguh. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 12:41 pm | |
| Biodata Sari Yanti Nama: Sari Yanti Mohamad Nazari Tarikh Lahir: 9 November 1984 Adik-beradik: Tiga orang (anak kedua). Tempat tinggal: Damansara. Pendidikan: Diploma Pengajian Perniagaan, UNITEN. Hobi: Tengok wayang dan bersantai bersama kawan-kawan. Makanan kegemaran: Buah-buahan dan makanan berkaramel. Minuman kegemaran: Air Limau. Warna kegemaran: Warna-warna terang seperti merah, biru dan kuning. Matlamat hidup: Ingin membuka perniagaan dari hasil usaha sendiri. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 12:46 pm | |
| Afdlin ShaukiMemulakan Kerjaya seni sebagai: Hos di Astro & menyertai RAP Production. Usia: 35 tahun ( 2006) Pendidikan: Ijazah dalam jurusan arkitek dari universiti di Amerika Syarikat. Adik-Beradik: Anak sulung dari 10 adik-beradik. Impian sebenar: kerjaya yang mencabar seperti bidang penyiaran Azam: Berbekalkan darah seni yang diwarisi dari ayahnya, seorang pemuzik, Afdlin Shauki mahu menyimpan hasrat mengembangkan bakat yang dianugerah Allah, sebagai anak seni. Kata Afdlin Shauki mengenai idolanya: “ Memang,saya peminat No 1 Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Tak malu saya katakan,Allahyarham adalah mentor saya. Tetapi saya bukan mahu jadi dia Cuma saya mengagumi bakatnay sebagai pelakon,penyanyi ,pelawak,pemuzik,dan sebagainya. Apa yang ada padanya, memang luar biasa”. Kata rakan-rakan seni yang lain mengenai Afdlin Shauki: Afdlin Shauki memiliki bakat seperti Allahyarham Tan Sri P.Ramlee- penulis skrip,pengarah pentas,pelakon,penyanyi, penulis lirik, hos TV,pelukis,pelawak dan sebagainya. Kejayaan kerjaya seninya baru-baru ini: Dinobatkan sebagai Pengarah dan Lakon Layar Filem Terbaik Anugerah Skrin 2006. -Merupakan bekas pelajar St John,Kuala Lumpur. Pengalaman semasa bersekolah: Dia sering menjadi bahan usikan rakan pelajar.Namun tidak pula dirasakan satu penghinaan. Luahan Afdlin Shauki mengenai zaman persekolahannya: “Semasa di sekolah saya selalu jadi bahan usikan mereka. Saya tak marah. Saya sedar siapa saya.Dengan tubuh badan dan latarbelakang dari orang susah, saya rasa terpencil”. Namanya mula popular apabila: 3 Filem arahannya ‘meletup’ di pawagam seperti Buli, Buli Balik, Baik Punya Cilok. Afdlin Shauki pernah muncul dalam: Filem Mimpi Moon,Soal Hati,Soalnya Siapa,Gerak khas The Movie 2 dan lain-lain.Selain itu, beliau pernah muncul sebagai interpreter dalam filem Hollywood-Anna and The King pada tahun 1999. Status: Sudah berkahwin dengan isterinya, Maria Kristina Abdullah dan dikurniakan 2 anak perempuan,masing-masing berusia 7 dan 4 tahun |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 2:13 pm | |
| Dengarnya... Takziah kepada Azean Irdawaty
AJAL dan maut semuanya di tangan Tuhan. Kita tinggal ini hendaklah reda dengan ketentuan Yang Maha Esa tapi pada waktu yang sama, kita perlulah bersedia menghadapi kematian.
Setiap yang bernyawa satu hari nanti pasti akan ke sana juga. Malah setiap hari Cik Normah sentiasa ingat mengenai mati untuk bermuhasabah diri. Maklumlah ada kalanya Cik Normah terleka dengan duniawi. Janganlah ingat ruangan Cik Normah ini hanya untuk menghentam orang semata-mata, tetapi Cik Normah juga seimbangkan dengan cerita yang menginsafkan.
Bercerita mengenai kematian ini, Cik Normah sebenarnya nak mengucapkan takziah kepada Azean Irdawaty yang lebih mesra dengan nama Kak Yan atas pemergian adik bongsu kesayangannya, Balkis ke Rahmatullah kelmarin.
Cik Normah mengirimkan berita itu kepada bos Cik Normah menerusi SMS. Tapi Cik Normah tahu Kak Yan bukanlah hendak meminta adiknya meninggal dunia itu dihebahkan. Cuma sekadar memaklumkan saja.
Kata Kak Yan, Balkis meninggal dunia kerana sakit jantung di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Apa yang boleh Cik Normah katakan kepada Kak Yan bersabar sajalah dengan dugaan ini. Sudahlah dirinya tidak sihat, tup tup ditimpa pula dengan kisah yang menyedihkan ini. Apatah lagi sejak kebelakangan ini banyak betul cerita yang tidak betul mengenai Kak Yan disebarkan. Termasuklah khabar angin mengatakan Kak Yan meninggal dunia pada 31 Januari lalu.
Sabar sajalah Kak Yan. Buat Kak Yan, Cik Normah doakan semoga menghadapi hari-hari mendatang dengan penuh tabah. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada insan yang lebih dulu menyahut panggilan Ilahi.
Cik Normah dan semua kawan-kawan juga mengucapkan salam takziah kepada rakan setugas yang kehilangan orang tersayang apabila abangnya meninggal dunia kerana barah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 2:15 pm | |
| Dengarnya... Janganlah buat fitnah Zamzarina Zambri
BERTALU-TALU mesej pesanan ringkas masuk dalam telefon Cik Normah bertanya siapa personaliti TV yang ditangkap khalwat dengan bosnya. Walaupun ruangan ini orang kata ruangan gosip, tapi Cik Normah tidak tulis sebarangan. Gosip Cik Normah bukan gosip macam orang tebar jala ikan. Apa pun cerita yang Cik Normah nak tulis di sini mesti ada sumber yang dipercayai.
Sebab itulah, apabila ada panggilan telefon daripada seorang pembaca bertanya betul ke personaliti yang dimaksudkan itu ialah Zamzarina Zambri, Cik Normah tidak berani nak terus mengesahkannya. Zamzarina ialah pembaca berita di RTM selain pernah menjadi pengacara beberapa program TV terbitan stesen penyiaran kerajaan.
Disebabkan kurang pasti dengan kesahihan cerita itu, Cik Normah buat tak tau saja. Maklumlah perkara seperti ini bukan boleh dibuat main-main. Ia cerita mengaibkan. Tapi, semakin Cik Normah buat tak tahu, semakin ramai pula yang bertanya.
Cik Normah cuba juga selidik dengan beberapa kenalan di Angkasapuri tetapi semuanya mengunci mulut. Semuanya takut nak cakap atas sebab Cik Normah ini orang surat akhbar. Mungkin takut apa yang mereka cakap nanti disiarkan pula.
Cik Normah sebenarnya memang berapa kenal sangat dengan Zamzarina atau Zam walaupun pernah juga beberapa kali melihatnya di kaca TV. Akhirnya Cik Normah bertanya dengan rakan sekerja yang Cik Normah tahu memang agak rapat dengan Zam.
Kebetulan pula Zam memang ada menghubungi kawan Cik Normah ini. Menurutnya, Zam sepanjang minggu lalu berada di London iaitu ketika banyak pihak di sini sibuk mengatakan dia ditangkap khalwat. Dia di sana kerana mengikut rombongan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan mempromosikan produk kraftangan Malaysia di Harrods, London.
Dia hanya balik pada Ahad lalu bersama rakan setugasnya dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama). Cerita kawan Cik Normah lagi, Zam dikatakan kecewa, malu, marah dan sedih kerana cerita itu benar-benar menjejaskan reputasi dan maruahnya. Katanya, orang yang menyebarkan cerita itu jelas hendak memalukannya. Cerita itu jelas tidak betul apabila ada yang kata Zam ditangkap khalwat di Port Dickson. Lepas itu ada yang cakap di satu tempat di Selangor.
Cik Normah rasa kepada pihak yang menyebarkan cerita ini, janganlah main serkap jarang. Ini namanya nak menganiaya orang. Bayangkan kalau diri sendiri difitnah macam itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 2:20 pm | |
| 'Kalau kahwin, saya mengaku!' WALAUPUN hubungan mesra yang terjalin antara Rozita Che Wan, 36, dan Zizan Nin, 35, seketika cuma, tiada benci di hati masing-masing. Sekalipun hubungan itu sudah berakhir, mereka kekal sebagai kawan.
Ketika ikatan persahabatan masih erat, Rozita sempat menghadiahkan tiga pasang baju Melayu kepada Zizan. namun apabila ditanya, pantas janda lawa itu menjawab mereka hanya berkawan. Selepas beberapa ketika khabarnya tiada lagi hubungan mesra antara mereka.
Sejak itu agak lama mereka tidak bertemu hatta pada majlis hiburan sekali pun. Sekian lama tidak berjumpa dan bertanya khabar, pasangan sama cantik sama padan itu dipertemukan pada majlis Anugerah Filem Pendek Astro Kirana 08/09 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini, bagi mengumumkan satu kategori dipertandingkan.
Pun begitu, mereka berdua kelihatan kekok di pentas dan tiada terdengar dialog dari mulut masing-masing bertanya khabar dan sebagainya. Mereka bagaikan 'orang lain' yang tidak pernah kenal sebelum ini. Terus saja pada malam itu Zizan mengumumkan nama pemenang. Cerita ini dipaparkan dalam ruangan Soseh-soseh, semalam.
Menjelaskan perkara itu, Rozita menafikan tidak selesa digandingkan bersama Zizan. Bahkan katanya, hubungan mereka baik walaupun tidak berjumpa sejak penghujung 2007.
"Apabila dijemput ke majlis anugerah itu, saya tidak tahu akan digandingkan dengan siapa dan tidak bertanya kerana saya tiada masalah digandingkan dengan mana-mana artis atau karyawan seni. Selepas diberitahu pasangan saya malam itu adalah Zizan, saya tidak pula menolak.
"Malah sebaik Zizan tiba ke majlis itu, dia duduk di sebelah saya. Tiada sebab untuk kami bermusuh kerana dulu pun kami cuma kawan. Sebelum ke pentas, Zizan bagi cadangan tidak perlu berceloteh panjang sebaliknya terus umumkan pemenang.
"Memang kami lama tidak berjumpa dan telefon pun tidak tetapi masih berkawan dan tiada apa yang hendak digaduhkan," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama terbaru lakonannya, 3 Janda.
Rozita yang kelihatan semakin langsing dan bergaya, nyata bukan saja menjadi perhatian pengarah serta produser untuk menjayakan drama dan filem hingga membintangi lebih 100 drama.
Malah sepanjang tiga tahun membabitkan diri dalam dunia lakonan, ibu tunggal dua anak ini sering menjadi mangsa gosip dan acap kali dikatakan berkawan malah berkahwin dengan lelaki berstatus VIP.
Terbaru, Rozita dikatakan menikah di luar negara dengan seorang VIP yang sudah beristeri. Seperti biasa, kakak kepada pelakon Ayu Raudhah ini tenang setiap kali dikaitkan dengan gosip panas.
"Buat apa saya hendak melenting tidak tentu pasal dengan cerita seperti itu dan saya tidak perlu takut dengan sesiapa. Kenyataannya, saya tidak berkawan atau berkahwin dengan mana-mana Tan Sri atau Datuk.
"Kelakarnya, ada sesetengah VIP yang digosipkan itu saya tidak kenal langsung. Bertemu muka pun tak pernah jadi macam mana timbul cerita saya berkahwin?
"Kalau sudah berkahwin, tidak payahlah saya berlakon siang malam. Apabila saya cakap macam itu, ada pula kata saya berlakon untuk mengaburi mata masyarakat. Jika benar berkahwin, saya akan mengaku kerana saya perlu jaga maruah diri dan keluarga. Mungkin ada sesetengah watak tidak lagi sesuai dengan saya kalau sudah berstatus isteri.
"Mengenai gosip terbaru kononnya saya berkahwin dengan Datuk Q di London, saya dengar isterinya mengamuk. Macam manalah saya hendak berkahwin dengan suaminya kerana belum pernah sekali pun saya berjumpa Datuk Q.
"Sebelum itu saya dikatakan berkahwin dengan Tan Sri C. Sampaikan ada orang beritahu saya supaya berhati-hati kerana isterinya hendak hantar orang pukul saya.
"Setiap kali ada VIP yang dengarnya akan berkahwin atau hendak berkahwin lagi, pasti orang kaitkan dengan saya. Tetapi saya tidak pernah ambil serius perkara itu dan tak takut pun dengan mana-mana isteri VIP kerana saya tidak pernah kenal suami mereka.
"Saya tahu kononnya saya menikah dengan Datuk Q di London pun apabila wartawan bertanya kesahihan perkhabaran itu. Adakala saya bergurau dengan wartawan dengan bertanya selepas ini saya hendak dijodohkan dengan VIP mana pula? Hakikatnya saya masih tak 'laku' juga," katanya sambil ketawa.
Tahun ini usia Rozita menjangkau 36 tahun dan jika terbuka pintu hatinya hendak berkahwin lagi dia mahu mencari jodoh dalam kalangan lelaki biasa tetapi bukan orang muda atau terlalu tua.
"Lelaki muda tak sesuai dengan saya. Lelaki yang berusia pula, umurnya jangan lebih daripada 45 tahun. Saya jadi cerewet kerana dah lama hidup tanpa suami. Sebenarnya saya selesa dengan keadaan sekarang. Tiada yang mengongkong dan tak ada orang sakiti hati. Kalau saya berkahwin semula, ada hati yang perlu dijaga.
"Tetapi kalau ada jodoh, saya tidak akan menolak ketentuan Allah namun biarlah lelaki itu bujang. Jika ditakdirkan menjadi isteri kedua atau ketiga, saya tetap akan beritahu sudah berkahwin cuma dirahsiakan identiti suami demi menjaga hati pihak lain.
"Anak tak kisah, mereka faham keadaan saya yang selalu menjadi mangsa gosip dan mereka juga tak kisah saya hendak kahwin dengan siapa," katanya.
Wajah jelita dan personaliti menarik Rozita berjaya memancing minat Avon Kosmetik melamarnya menjadi duta Avon Jewellery selama setahun. Dia juga menjadi duta Garnier untuk tiga tahun.
Rozita juga menafikan meletak bayaran tinggi untuk membintangi filem Dimensi Cinta arahan Eddie Pak iaitu sebanyak RM50,000 untuk beberapa babak saja.
"Saya tak tahu menahu pun pasal bayaran kerana sejak awal saya beritahu pihak produksi filem itu tidak boleh terima tawaran mereka kerana pada masa sama ada projek lain. Memang saya pergi pelancaran filem itu untuk memberi sokongan.
"Mei ini saya akan berlakon filem arahan Dr Hatta Azad Khan berjudul Aman dengan Eman Manan. Kami sebagai suami isteri. Ia cerita kelakar dan harap kami berdua ada keserasian," katanya.
Sebelum ini, Rozita pernah tampil dalam filem Misteri Balan Balan, Jangan Tegur, Kantoi dan Sifu & Tonga namun Misteri Balan Balan sehingga kini belum ditayangkan.
Menerusi drama 3 Janda arahan Nor Juaza Rasidi (Joeza) dia ditemukan dengan pelakon muda, Lisa Surihani dan Norliana Samsudin (Yana) sebagai adik-beradik dan ketiga-tiganya janda. Penggambaran drama itu bermula hari ini (5 Mac) di kawasan perumahan Ukay Perdana, Ampang.
Berlakon sama, Awal Ashaari, Farid Kamil Zahari, Ridzuan Hashim dan Khaty Fauziah. Drama itu akan ditayangkan di Astro Prima, mulai 22 April ini, setiap Rabu jam 10 malam. 3 Janda menggantikan Mentua Vs Menantu yang bakal disambung untuk musim kedua selepas Erra Fariza melahirkan anak sulung. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 2:23 pm | |
| Borak Lokasi: Fahrin bukan lagi lelaki baik
SINONIM dengan watak lelaki budiman, Fahrin Ahmad, 32, akhirnya keluar dari zon selesa apabila memilih watak bertentangan karakter yang dimainkan selama ini. Azhar satu watak yang memerlukan jejaka kacak ini menjadi manusia jahil, suami curang dan mengabaikan tanggungjawab kepada isteri yang baru saja mengenali Islam.
"Ia satu watak yang agak negatif. Azhar mengahwini wanita dicintainya iaitu Julia Khadijah yang memeluk Islam atas kerelaan sendiri.
"Namun, Azhar dan keluarga tidak mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan mereka walaupun dilahirkan sebagai Muslim. Justeru, Julia mendalami dan membina kepercayaan terhadap agama suci itu tanpa sokongan Azhar atau mentuanya.
"Azhar terus hanyut dengan dunia khayalannya sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap Julia sebelum musibah yang datang menyedarkan Azhar," katanya.
Fahrin berkata, dia tertarik untuk membintangi drama ini bukan kerana watak semata-mata sebaliknya tertawan dengan keseluruhan jalan cerita.
"Seseorang yang mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap Yang Maha Esa, tawakal dan reda, kehidupannya pasti berkesudahan dengan baik.
"Itulah yang cuba ditonjolkan telefilem Ku Mohon. Setiap hari Julia tidak pernah putus berdoa dan percaya Allah supaya sentiasa mendengar dan ada untuk membantunya.
"Drama ini menyelitkan iktibar bukan saja kepada saudara baru bahkan mereka yang dilahirkan Islam sendiri perlu percaya ketentuan-Nya, sentiasa berdoa dan sabar," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 2:43 pm | |
| Nasir lupa judul drama MUNGKIN tidak banyak publisiti membabitkan pelakon Nasir Bilal Khan sama ada di akhbar mahupun majalah. Namun, Nasir, 46, tetap menjadi pilihan pengarah dan penerbit tempatan untuk beraksi dalam drama mereka dari dulu sampai sekarang. Malah, sudah ratusan drama termasuk beberapa filem dilakonkan sepanjang pembabitannya lebih 25 tahun dalam bidang lakonan.
Nasir popular menerusi filem Perempuan, Isteri dan... bersama Sofia Jane, mengakui sudah lupa judul drama yang dilakonkan sebelum ini kerana banyak sangat.
"Antara drama terbaru, bersama pelakon Vanidah Imran arahan pengarah Rashid Sibir untuk TV3. Itupun saya sudah lupa judulnya," katanya.
Dalam pertemuan dengannya di lokasi penggambaran drama bersiri Kejar arahan Bade Azmi di Seri Kembangan baru-baru ini, Nasir sudi berkongsi rahsianya mampu bertahan sebagai anak seni sampai sekarang.
"Sebenarnya, berlakon adalah satu tanggungjawab kepada masyarakat kerana bagi saya, drama adalah santapan rohani kepada masyarakat. Ia sudah menjadi tanggungjawab saya untuk mendidik masyarakat menerusi lakonan.
"Ada orang berlakon untuk suka-suka sebaliknya saya berlakon dengan penuh kejujuran dan keikhlasan. Apa yang penting, hasil kerja saya itu diterima dengan baik oleh masyarakat.
"Saya berlakon kerana minat dan berlakon juga profesion yang sangat menarik kerana saya berpeluang menjadi pelbagai karakter yang orang biasa tidak dapat lakukan.
"Watak ditawarkan pada saya juga pelik-pelik kerana pengarah fikir hanya saya boleh bawa watak sedemikian," katanya.
Antara drama yang paling meninggalkan kesan pada dirinya ialah Pinggiran arahan Ismail Yaakob dan Cinta Si Penggali Kubur bergandingan dengan pelakon Sheila Rusly.
"Dalam Pinggiran, saya berganding dengan Ida Nerina. Saya bawa watak orang buta dan Ida pula bawa watak gadis pekak. Banyak mesej mendalam tersirat dalam drama ini yang boleh memberi pengajaran berguna kepada masyarakat.
"Selain itu, watak sebagai penggali kubur dalam Cinta Si Penggali Kubur antara satu lagi karakter menarik yang meninggalkan kesan dalam diri saya," katanya.
Bersandarkan pengalaman yang ada, Nasir berkata, dia juga bertuah kerana mendapat semua watak yang didamkan sebagai pelakon.
Katanya, dia dan pengarah saling memahami kemahuan masin-masing.
"Setakat ini, watak yang ditawarkan juga menepati kehendak saya. Selagi tidak dapat skrip yang bagus, saya tidak akan terbabit dalam sesebuah projek drama, filem mahupun teater.
"Terus terang, saya jarang jumpa skrip yang bagus ketika ini dan kalau jumpa yang bagus pun, keadaan pula tidak mengizinkan saya merealisasikan projek itu," katanya.
Sekalipun banyak berlakon drama, Nasir yang seangkatan dengan Sidi Oraza dan Shaharudin Thamby berkata, beraksi di pentas teater lebih memberi kepuasan padanya sebagai anak seni.
"Penggambaran drama perlu disiapkan dalam waktu yang cepat kerana mengejar waktu siaran di televisyen. Idea memang menarik tapi ia tidak dapat direalisasikan seperti dikehendaki pelakon. Malah, saya banyak buat drama kerana ingin menolong kawan-kawan.
"Skrip teater pula lebih menepati kehendak saya dan saya lebih puas berkarya. Sebab itu, saya berasa lebih puas beraksi di pentas teater berbanding drama. Malah, saya pernah terfikir ingin bersara kerana berasa perjuangan saya sebagai anak seni seolah-olah tidak dihargai," katanya.
Mengenai rumah tangganya, selepas bercerai dengan pelakon Azizah Mahzan, Nasir berkahwin buat kali kedua dengan Umi Kalsom Majid.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga anak yang semakin membesar, Mohd Naqib Nasirudin, 14; Mohd Akhalil Aizudin, 12 dan Nur Alia Maisara, 10 tahun.
Bagaimanapun, tambah Nasir, tiga anaknya itu lebih cenderung memilih bidang keagamaan berbanding lakonan.
"Saya juga menghantar mereka ke sekolah agama (pondok) dan impian saya untuk melihat mereka menjadi ulama bila dewasa nanti," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 2:45 pm | |
| Sukarnya puaskan hati orang BIARPUN membawa lawak dengan cara tersendiri, Johan (kiri) dan Zizan mengakui sukar untuk memuaskan hati semua orang. SUDAH menjangkau tiga tahun usia penglibatan dua jejaka ini di dalam gelanggang jenaka dan lawak tanah air. Lahir menerusi program realiti Raja Lawak Astro musim pertama. Biarpun tidak bergelar juara, karier serta populariti mereka berkembang dengan baik. Namun bagi Mohd. Razizan Abdul Razak atau Zizan dan Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz (Johan), tempoh tiga tahun berkecimpung dalam dunia lawak dan bidang seni lain masih belum mencukupi untuk mereka meletakkan diri sebaris insan-insan ternama lain. Bagi mereka, banyak lagi perkara yang perlu dipelajari dan diterokai di samping memperbaiki apa jua kelemahan yang ada. Masakan tidak, bergelar seorang pelawak dan melakukan kerja-kerja sebagai pengacara serta pelakon, Zizan dan Johan mengakui bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang. "Dalam melawak atau apa juga bidang seni yang kami ceburi, tidak semua senang dengan apa yang kami lakukan. "Tetapi walau apa juga kritikan dan ketidakpuasan mereka, bagi saya dan Johan, kami tetap berusaha untuk lakukan yang terbaik. "Setiap daripada kami ada had kemampuan diri masing-masing,'' kata Zizan pada sesi fotografi bersama Hits di studio Utusan baru-baru ini. Ujar Zizan, menjadi pelawak junior yang sering dilempar dengan kritikan merupakan sesuatu yang lumrah. Bagaimanapun katanya, dia harus bersedia menerima segala kritikan itu kerana tanpa kritikan, dia pasti 'buta' untuk menilai kesilapan diri. Kepada satu soalan mengenai nasib masa depan dunia seni lawak, Zizan menjelaskan, semuanya bergantung kepada sokongan masyarakat. "Kalau masyarakat tahu bahawa seni lawak adalah sesuatu yang bermakna, mereka pasti akan menghargainya. "Justeru pelawak juga haruslah dihargai sama,'' katanya. Zizan dan Johan bergandingan sebagai hos bagi rancangan Raja Lawak musim kedua dan ketiga. Kedua-dua mereka dilihat cukup serasi sehingga diberi kepercayaan mengendalikan program Jozan dan Segmen Khas Gempak Selebriti. Johan dikatakan sombongSementara itu, Johan yang bakal muncul dengan filem Bohsia pula berkata, sepanjang tempoh tiga tahun ini dia banyak melalui detik-detik yang mencabar kesabarannya. Perkara paling sukar dilupakan Johan adalah saat dijerit dengan panggilan 'hoi' oleh seorang lelaki ketika dalam sebuah majlis. "Dia jerit panggil saya. Saya pun buat tidak tahu kerana saya ada nama dan bukannya 'hoi'. Terus lelaki itu kutuk dan kata saya sombong. "Memanglah dia hendak melawak tetapi perlulah kena pada tempatnya. Gaya rambut saya juga pernah dikritik. "Ada yang kata saya tidak buat lawak bodoh tetapi kerana rambut, menampakkan saya bodoh. Kritikan begini membuatkan saya tergelak," jelasnya. Ditanya berlawak dengan imej lelaki lembut yang sering dibawa, Johan berkata, personaliti sedemikian ditampilkan antara dia dan Zizan semata-mata ingin menghiburkan khalayak penonton. Katanya, ia hanyalah salah satu bahan jenaka dan yang penting ia tidaklah terlalu melampau. "Kami ada juga bawa watak lain seperti budak-budak. Tetapi semua itu hanyalah sebuah lakonan untuk disesuaikan dengan jalan ceritanya," ujarnya. Komen tentang Raja Lawak 3Dalam pada itu, Raja Lawak Astro musim ketiga bakal melabuhkan tirainya pada 6 Mac ini. Mengimbas sejarah program popular di saluran Prima (saluran 105, Astro), musim pertama menyaksikan Yusri Edoo, dari Perlis berjaya bergelar juara diikuti Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, selaku juara untuk musim kedua. Untuk musim ketiga, sebuah kumpulan dan dua individu bakal berentap untuk menggenggam trofi kejuaraan. Mereka adalah Kumpulan Sepah, Jihan dan Amir. Mengulas mengenai Raja Lawak 3, Zizan meramalkan Kumpulan Sepah bakal menjuarai untuk musim kali ini. "Tetapi perlu diingat bahawa Jihan juga punyai karakter lawaknya yang tersendiri. Isi cerita dan lawak yang ditonjolkan Jihan cukup mudah serta tidak keterlaluan. "Secara keseluruhannya, untuk musim ketiga ini, kebanyakan peserta sudah faham tentang kehendak perjalanan program tersebut,'' katanya. Bagi Johan pula, Jihan telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan saban minggu manakala Kumpulan Sepah tampil dengan lawak yang lebih segar dan baru. "Mereka ada idea dan cerita, tetapi apa yang membezakan adalah sama ada mesej yang diketengahkan sampai atau tidak kepada khalayak,'' jelasnya. Gelanggang akhir Raja Lawak 3 bakal diadakan di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 6 Mac ini, pukul 9 malam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 2:48 pm | |
| Zaleha jalani pembedahan LAGU Gadis Zaman Sekarang, Joget Lama Tak Jumpa dan Jangan Tenung-Tenung pernah melonjakkan nama penyanyi veteran, Siti Zaleha Abdul Hamid atau Zaleha Hamid, 53, di persada muzik tanah air sebagai penyanyi dangdut. Namun, masa berlalu hingga mencecah usia emas, dia turut berhadapan ujian hidup apabila mengalami masalah kesihatan. Sejak setahun lalu, dia disahkan doktor menghidap penyakit ketumbuhan batu dalam hempedu. Sewaktu dikunjungi Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di rumah seorang kenalan di Kompleks Hospital Besar Kuala Lumpur baru-baru ini, Zaleha kelihatan bertambah sihat selepas menjalani pembedahan membuang batu berkenaan pada 27 Februari lalu di Hospital Kuala Lumpur HKL). Zaleha berkata, dia dinasihatkan doktor banyak berehat dan menjaga pemakanan sebelum sihat sepenuhnya. Dia dimasukkan ke wad sehari sebelum pembedahan dan dibenarkan pulang 2 Mac lalu. “Pada Ogos lalu, doktor membuat imbasan pada badan dan menemui ada ketulan batu dalam hempedu. Kata doktor, penyakit ini ada kemungkinan berpunca dari pemakanan. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kesihatan saya sekarang semakin baik dan ini semua berkat doa rakan-rakan yang masih ingat pada saya. “Ketika penyakit ini mula dikesan, saya rasa sakit di ulu hati hingga tidak boleh bernafas. Ia kemudian melarat ke belakang badan dari bawah hingga atas tengkuk. Sebelum ke HKL, saya ada pergi ke klinik swasta berdekatan rumah di Johor Bahru sebanyak dua kali. “Doktor ada berikan ubat tetapi ia hanya bertahan tiga jam. Saya dinasihatkan makan ubat agar batu itu boleh pecah sendiri tetapi selepas sebulan, pemeriksaan semula mendapati batu itu makin besar. Paling teruk ketika Ogos lalu, saya tidak larat berjalan kerana sakit. “Doktor turut mengesan sebenarnya ada tiga batu dalam hempedu saya. Walaupun satu batu dapat dikeluarkan tetapi dua batu lagi melekat di hempedu dan ia kemudian pecah hingga hempedu saya terpaksa dibuang. Buat masa ini, tiada hempedu membuatkan saya berasa pening, susah bernafas dan muntah. “Doktor menasihatkan saya banyak minum air masak sebelum bersedia mengambil air manis atau bubur. Kata doktor juga, saya perlu elak makanan berminyak dan keras,” katanya. Meskipun dinasihatkan berehat, Zaleha menyatakan dia masih aktif menyanyi. Katanya, sejak tiga tahun lalu dia kurang mendapat tawaran persembahan pentas tetapi masih menerima undangan mengadakan persembahan di Singapura. “Mungkin ada penganjur yang ingin berikan tawaran pada saya tetapi tidak dapat hubungi saya atau fikir saya sudah tidak aktif menyanyi. “Kata doktor, saya tidak mempunyai masalah untuk menyanyi semula. Saya harap mereka boleh hubungi saya menerusi Karyawan. “Saya masih bersemangat untuk terus menyanyi. Saya juga berkecil hati bila artis veteran seperti saya menerima bayaran tidak setimpal dengan sumbangan yang diberikan sebelum ini. “Sebagai penyanyi, saya bukan mengharapkan pingat tetapi cukup sekadar peminat mengenang sumbangan saya,” katanya. Presiden Karyawan, Freddie Fernandez pula berkata, sumbangan pada artis veteran difikirkan perlu untuk meringankan beban. “Dia sebenarnya masih mampu menyanyi dan saya berharap selepas ini mendapat lebih banyak peluang mengadakan persembahan. Buat masa ini, Karyawan mempunyai 27 penerima skim pencen. “Mungkin kami akan pertimbangkan menambah penerima baru termasuk Zaleha tetapi apa yang perlu difikirkan, bagaimana usaha untuk mengisi tabung Karyawan agar ia dapat membantu ramai artis veteran dan tidak bernasib baik. “Bagi Karyawan, usaha melaksanakan skim pencen ini bukan mudah kerana ia memerlukan dana mencukupi. Kami juga merancang mencari peluang untuk artis veteran menyanyi semula. Memang senario masa kini menyaksikan peluang persembahan untuk penyanyi veteran berkurangan dan persaingan sengit berlaku dengan penyanyi muda. “Jika ada rezeki, Karyawan akan menjemput penyanyi veteran terbabit sama dalam Malam Bintang Legenda yang mungkin dapat diadakan tahun ini,” katanya. Pada kunjungan itu, Karyawan menyampaikan sumbangan RM1,000 dari tabung persatuan kepada Zaleha. Turut hadir, Datin Paduka Julie Sudiro, Khairil Khamis, Salwa Abd Rahman dan Mas Omar. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 2:50 pm | |
| Pertikaian slip gaji AC Mizal diputus 6 Mei
KAJANG: Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, menetapkan 6 Mei ini untuk keputusan sama ada pengacara popular AC Mizal perlu memberi dokumen termasuk penyata akaun dan slip gaji kepada bekas isterinya.
Hakim Syarie Abdul Malik Soleh menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan peguam Syarie Azmi Rais yang mewakili Shafnie Zainudin, 34, (plaintif) bahawa kedua-dua pihak akan memfailkan hujahan berhubung isu itu.
Ini kerana AC Mizal atau Mizal Zaini, 38, (defendan) membantah permohonan mereka yang memintanya mengemukakan dokumen bagi menyokong pembelaan selepas dia mendakwa tidak mampu membayar nafkah dua anak seperti diminta.
Terdahulu peguam syarie Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal memaklumkan kepada mahkamah anak guamnya membantah permohonan Shafnie dan memintanya mendapatkan dokumen terbabit.
Dalam afidavit balasannya, AC Mizal menegaskan dia tidak berkemampuan untuk memberikan nafkah anak seperti yang dituntut Shafnie.
Dia mendakwa menjadi tugas plaintif sendiri yang menuntut untuk mendapatkan salinan dokumen seperti didakwa dan membuktikan kemampuannya.
Defendan juga tidak bersetuju dengan dokumen diminta daripada pengurus yang juga merangkap isterinya, Emilia Rosnaida kerana wanita itu pihak ketiga dan bekerja dengannya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 2:51 pm | |
| 9,000 saksi konsert Jason Mraz BANGGA...Jason ketika sidang media, semalam.
KUALA LUMPUR: Kemunculan julung kali Jason Mraz di Malaysia, mendapat respon baik daripada peminat di negara ini dan ia terbukti apabila hampir 9,000 penonton membanjiri Stadium Negara Kuala Lumpur untuk menyaksikan persembahan artis itu.
Jumlah yang cukup mengejutkan penganjur, Marctensia Event, bahkan Jason terharu dengan sambutan yang diberikan sehingga melaungkan ‘saya cinta Kuala Lumpur’ berulang kali kepada penonton.
Kehadiran artis itu juga dianggap sebagai pengubat kekecewaan peminat tempatan apabila konsert Rihanna sepatutnya berlangsung dua minggu lalu dibatalkan akibat insiden artis wanita itu yang dibelasah taman lelakinya akibat cemburu.
Malaysia dipilih sebagai satu destinasi konsert jelajah Asia penghibur kelahiran Virginia itu yang diberi nama ‘We Sing We Dance We Steal Thinks’ juga nama sempena promosi judul album ketiganya.
Antara lagu popular yang disampaikan pada konsert bermula jam 8.30 malam itu adalah I’am Yours, Remedy, Geek In The Pink dan Lucky duet bersama Colbie Calliat.
Sementara itu pada jam 12 tengah hari Jason hadir pada sidang media yang diadakan di restoran Delicious, Jalan Tun Razak. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 2:56 pm | |
| Lagu ‘Infiniti’ khas untuk Radhi OAG-Shazlin? Radhi ketika ditemui di majlis pelancaran Festival Filem Malaysia ke-22 semalam. -foto The Star oleh DARRAN TAN PERSENGKETAAN di dalam rumah tangga vokalis kumpulan OAG Mohd. Radhi Razali atau Radhi dengan Shazlin Shariff belum menunjukkan tanda-tanda mereka akan berbaik. Namun,bagaimana jika maksud di sebalik persengketaan itu diterjemahkan ke dalam lirik lagu untuk menjernihkan keadaan? Ini kerana Radhi sedang dalam proses merangka projek solo terbarunya di bawah ‘Radhio’ dengan merakam lagu berjudul ‘Infiniti’. Selepas menyelami lirik lagu tersebut, Radhi akui ia sedikit-sebanyak menyentuh tentang kehidupan yang pernah dilaluinya dengan Shazlin sebelum ini. Menurut Radhi, projek ini dibantu oleh pengarah muzik Edrie Hashim dari Neo Gendang Record. Lagu tersebut dijangka keluar pada bulan depan dan Radhi berharap apa yang dirancang ini akan tercapai. Anggap semua orang ‘cikgu'“Saya tak mampu jaga diri-sendiri. Jadi, saya perlu ada seorang pengurus. Saya harus belajar dengan seseorang dahulu untuk membuat sesuatu itu dengan sendiri. “Sebab itu saya anggap semua orang adalah ‘cikgu’. Misalnya, saya anggap jurutera bunyi, Hadie sebagai ‘cikgu’. “Saya perlukan seseorang untuk membantu saya. Pihak Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) juga suka menolong saya dari segi masalah ‘show’,” tutur Radhi yang pernah menimbulkan kontroversi membuka baju sambil menayang dadanya di hadapan khalayak ketika membuat persembahan sebelum ini. Jawab isu buka bajuSelepas insiden tersebut, Radhi belum sempat membuat penjelasan disebabkan sibuk dengan komitmen lain. Jelasnya, dia tidak pernah mengelak untuk memberikan kenyataan sebaliknya mengambil langkah berdiam diri memandangkan dia tidak ‘digam’ oleh mana-mana pihak. “Saya tak bersalah kerana saya rasa ia tidak melampaui batas. Saya juga tidak ‘digam’. “Semasa hari saya membuat persembahan itu, tiba-tiba butang baju Melayu saya terbuka. Saya memang nak tutup tetapi disebabkan angin yang kuat menolak membuatkan insiden tersebut berlaku. “Kebetulan gambar yang merakam insiden itu semasa butang baju saya terbuka. Saya bukan terus membiarkan butang itu terbuka sebaliknya menutupnya selepas itu. “Saya pakai songkok ketika membuat persembahan bagi menunjukkan yang saya adalah ‘hero Melayu moden’. “Saya rasa tak salah saya nak pakai songkok pada bila-bila masa pun kerana setahu saya orang yang memakai songkok ni dapat melindungi kepalanya daripada ‘diberak’ syaitan. “Saya juga selesa dengan penampilan bersongkok dan berbaju Melayu,” jelasnya yang sedang menantikan tarikh daripada pihak Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya untuk menyelesaikan masalah penceraian yang dituntut oleh isterinya. Enggan ceraikan ShazlinLuah Radhi, kini sudah 14 bulan dia tinggal berasingan dan tidak berjumpa dengan isterinya. “Isteri saya tinggal bersama dengan ibu dan bapanya. Saya ada juga cuba menghubunginya namun dia tidak mahu mengendahkan cakap saya. “Puas saya pujuk supaya dia pulang ke rumah. Kalau dia nak saya berubah, saya akan sanggup buat apa sahaja asalkan dia tinggal sebumbung dengan saya. “Jadi, sekarang ini saya hanya membuat kerja seni sahaja. Saya anggap perselisihan faham antara kami itu adalah perkara ‘natural’. “Saya juga bersyukur apabila anak saya yang mengalami kemalangan sebelum ini berjaya diselamatkan,” ulas Radhi yang berjaya mendapatkan bantuan insurans yang di salurkan Prudential sebanyak RM24,000. Ditanya kenapa dia tidak pernah menghadirkan diri ke mahkamah sebelum ini, Radhi menjawab dia tidak mendapat sapina yang memintanya hadir ke mahkamah. “Saya tak wajib hadir dan tidak mahu bercerai. Saya kahwin hanya sebab dia. Jadi, dia kena percayakan saya. Dia perlu memahami kehidupan artis seperti saya. “Mungkin silap saya kerana pernah sekali mencabar dia pergi ke mahkamah. “Namun, niat nak lafaz cerai tiada sebab setiap kali saya praktis di rumah selalu tak menjadi. “Saya akan tunggu dia. Saya juga akan ceritakan semua yang berlaku sebelum ini selepas projek lagu saya siap,” akhiri Radhi yang turut berharap supaya Shazlin mendengar lagu ‘Infiniti’ apabila ia diterbitkan nanti. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 2:57 pm | |
| 'Anu Dalam Botol' bukan filem 'blue', kata Raja Azmi BERDASARKAN temubual yang dibuat dengan produser Raja Azmi Raja Sulaiman mengenai filem terbarunya, ‘Anu Dalam Botol’, beliau seolah-olah memberikan ‘lampu hijau’ kepada golongan ‘gay’ membuat hubungan songsang itu. Persoalannya, bagaimana beliau boleh menghalalkan hubungan seks yang bakal dipaparkan dalam filem ini tanpa memikirkan kesan negatif yang bakal tercetus kepada penonton. Bagi Raja Azmi, tafsiran mengatakan filem tersebut bakal mengundang maksiat adalah tidak tepat. “Maksiat berlaku di mana-mana dan ia akan berlaku kalau tidak ditonton. “Filem ini boleh mendatangkan maksiat jika menunjukkan persembahan atau lakonan ‘terlampau’. “Kalau terlampau kita kategorikan ia sebagai filem ‘blue’ namun filem ini bukan filem ‘blue’. “Tetapi, gambarannya lebih kepada bagaimana sepasang lelaki sejenis itu bercinta,” jelas Raja Azmi mengenai filem yang sudah mula mengundang kontroversi akibat tajuknya itu. Apabila diajukan tentang kriteria pelakon yang bakal membawakan watak ‘gay’ iaitu Ghaus dan Rubidin, Raja Azmi berkata pelakon yang mempunyai ciri-ciri seorang ‘gay’ tidak semestinya mudah untuk mendapat watak tersebut. “Setakat ini, kita masih mencari pelakon utama filem ini di mana setakat ini kita baru ada sembilan orang yang menghadiri uji bakat. “Tetapi, tidak semestinya mereka yang sudah menghadiri uji bakat itu tidak akan terpilih. “Saya tak berani nak cakap siapa yang menonjol dalam uji bakat setakat ini kerana kita akan senaraipendek pelakon menerusi uji bakat seterusnya. “Lima daripada 20 orang yang menghadiri uji bakat pertama itu akan menjalani uji bakat terbuka di hadapan publik dan dua daripada mereka akan dipilih menerusi suara ramai. “Uji bakat kedua ini akan diadakan pada 15 Mac ini di pejabat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang. “Kami inginkan seorang pelakon yang betul-betul boleh menjiwai watak supaya penonton dapat merasai pahit maung yang dideritai oleh ‘gay’ itu,” kata Raja Azmi. Tambah Raja Azmi, melalui gambaran cerita yang diberikan, pengakhiran filem itu tidak semestinya akan memaparkan ‘anu’ secara betul-betul. “Kita akan buat pelakon itu seolah-olah merenung ‘anu’ tetapi sebenarnya dia memandang benda lain. “Kita akan fokuskan renungannya yang penuh penyesalan. Jadi, pelakon itu perlu mempunyai jiwa yang kental kerana filem ini akan bermain dengan emosi dan melakonkan kehidupan sebenar seorang ‘gay’. “Kita akan paparkan kehidupannya dari sisi gelap dan terang melalui pergerakan dan wajahnya,” cerita Raja Azmi mengenai skrip filem yang ditulis olehnya sejak 2007 dan dijangka berdurasi 90 minit itu. Di sebalik penghasilan filem itu, Raja Azmi menanamkan niatnya untuk ‘berdakwah’ tanpa menghiraukan kegagalan filem-filemnya sebelum ini. Antara filem yang pernah diterbitkan oleh Raja Azmi adalah Black Widow, Cinta 200 Ela, dan Haru Biru. “Saya dah lali dengan filem saya yang tidak ‘laku’. Saya tak kisah lagi tentang ‘box-office’. “Saya hanya hendak berdakwah menerusi filem ini. Saya harap filem ini akan dapat tunaikan niat saya itu. Kalau filem ini mendapat sambutan, Alhamdulillah. “Harap-harap ada orang yang menonton,” akhiri Raja Azmi yang memasang angan untuk membawa filem ini menempa kejayaan seperti filem ‘Slumdog Millionaire’ di Anugerah Academy ke-81 baru-baru ini. Ady Putra ingin cuba kelainanSebelum ini, pelakon Ady Putra, Fauzi Nawawi dan Iqram Dinzly, Calvin Lau, Mers (model dan pelakon drama Cina), Arja Lee, Kefli AF, Jessie Lim dan adik pelakon Zulhuzaimi, Firdaus telah menghadiri ujibakat filem Anu Dalam Botol secara tertutup di pejabat Finas. Uji bakat itu dikendalikan oleh pengarah filem itu, Shadan Hashim bersama Adlin Aman Ramlie selaku pengarah uji bakat. Di dalam uji bakat itu, Ady diminta membuat gerak-geri dan beraksi seperti seorang wanita, cara tenungan dan diuji dari segi dalaman. “Agak berlainan sebab saya sudah diubah menjadi wanita dan bukan senang untuk membawakan watak seorang wanita. “Saya rasa kalau betul-betul tak cukup pengalaman, agak sukar juga kerana saya bukan merupakan golongan ‘gay’. “Cabaran yang paling besar kerana susah untuk kita yakinkan penonton dan ‘transform’ menjadi seorang wanita,” ulas Ady yang menganggap penting untuk dia ‘memberi’ dan ‘menyampaikan’ apa yang dimahukan. Bagi Ady, dia membuat keputusan untuk berlakon dalam filem itu kerana ia memberikan satu kelainan kepada watak yang pernah dilakonkan olehnya sebelum ini. Menurut Ady, dia menganggap tajuk filem itu sebagai satu tarikan yang lain dan ‘gay’ sebagai suatu yang relatif. “Kalau kita nak letakkan ‘gay’ sebagai persepsi, mungkin mereka yang ‘gay’ dan tidak ‘gay’ akan memberikan pandangan yang berbeza. “Jadi, saya ambil kenyataan dan hakikat sebenar yang terjadi dan wujud dalam dunia zaman sekarang sejak dahulu lagi. “Bagi saya benda ni normal,” terang Ady yang pertama kali mengenakan pakaian wanita ketika sesi uji bakat itu. Apabila diaju tentang respons orang lain termasuk isteri dan keluarganya, Ady berkata: “Alhamdulillah, mereka memberikan komen yang positif dan bertanya bila saya nak mula pengambaran filem itu seolah-olah saya sudah terpilih untuk melakonkan watak itu. “Jadi, saya tak berani nak kata apa-apa sebab kata putus terletak di tangan pihak produser.” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 2:59 pm | |
| Aniston bayar 40,000 paun untuk upah dandanan rambut saja? Bekas bintang siri 'Friends' Jennifer Aniston menghabiskan wangnya sehingga hampir 40,000 pound untuk mendapatkan potongan rambut baru dan servis dari pendandan rambutnya. SANGGUPKAH anda membayar sehingga 40 ribu paun untuk membayar servis pendandan rambut anda? Bekas bintang siri 'Friends' Jennifer Aniston menghabiskan wangnya sehingga hampir 40,000 paun untuk mendapatkan potongan rambut baru dan servis dari pendandan rambutnya. Aniston telah mempelawa pendandan rambutnya, Chris McMillan untuk bersamanya selama seminggu di Eropah. Chris telah menaiki pesawat bersama Aniston dari Los Angeles ke London dan duduk di kelas pertama yang berharga 14,400 paun. McMillan juga telah dilayan dengan layanan VIP dan ditempatkan di beberapa hotel selama tujuh hari dengan anggaran perbelanjaan sebanyak 10,000 paun. Beliau juga telah mengenakan caj sebanyak 1,500 paun sehari untuk khidmat kepakarannya. Semua ini menjadikan bil upah dandanan sahaja meningkat sekelip mata hingga 10,500 paun. Walau apapun, Aniston sangat sukakan stail yang disyorkan oleh McMillan. "Saya pernah cuba Botox sekali tapi ianya tidak elok untuk saya. Ia seolah-olah ada bebanan ke atas kepala saya. "Dan saya rasa ia sebenarnya membuat wanita kelihatan lebih tua. Kemanisan wajah juga akan hilang. Anda lihat seorang wanita dan anda tahu dia sudah tua tapi tidak tahu berapa tua. Itu yang membuat saya berhenti menggunakan botox." |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 3:00 pm | |
| Keluarga Kapoor dan Bachchan tidak lagi bermasam muka Abhishek dan Karisma pernah bertunang satu ketika dulu. Selepas mereka putus tunang, kedua keluarga bagaikan bermusuhan. SETELAH lama bermasam muka akhirnya keluarga aktres Bollywood Kareena Kapoor sudah pun berbaik semula dengan keluarga Bachchan. Kedua keluarga ini bermasam muka apabila kakak Kareena, Karisma Kapoor memutuskan pertunangan dengan Abishek Bachchan satu ketika dulu. Sejak itu, kedua-dua keluarga ini sudah jarang berjumpa dan bertegur sapa. Tetapi setelah beberapa tahun berlalu dan Karisma pun sudah menjadi ibu dan Amitabh juga telah mengahwini Aishwarya Rai, nampaknya masing-masing sudah lembut hati dan ingin berbaik-baik. Tambahan pula, Kareena memang terkenal dengan sifatnya yang menghormati orang tua dan pandai mengambil hati. Kisah hubungan dua keluarga yang sudah bertaut semula bukanlah satu gosip semata kerana Amitabh Bachchan ada menulis pasal ksiah ini di dalam blognya baru-baru ini. Ini bermakna laporan dalam sebuah tabloid yang menulis bahawa Kareena tidak bertegur dengan Bachchan adalah dusta semata. Sebelum ini pun, Kareena yang berusaha untuk mendamaikan kedua keluarga berpengaruh ini. Kali terakhir Kareena dipasangkan dengan Abhishek ialah di dalam sebuah filem arahan J.P. Dutta, bertajuk 'Refugee'. Namun, kareena tidak lagi berpasangan dengan Abhishek setelah kakaknya memutuskan pertunangan dengan Abhishek. Begitu juga Abhishek yang enggan dipasangkan dengan Kareena selepas insiden itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 3:05 pm | |
| Populariti PentingKontroversi dan sensasi perlu untuk kembangkan bakat, tetapi janganlah berlebih-lebihan KALAU merujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat 2005, perkataan kontroversi itu ditafsirkan sebagai perselisihan atau pertelingkahan pendapat atau sesuatu perkara yang biasanya berlarutan dan agak meluas diperdebatkan di antara golongan yang berlainan pendirian mahupun fahaman. Dalam kata mudah, ia dianggap sebagai isu yang menjadi perhatian dan memberi kesan sama ada positif atau negatif. Dalam dunia hiburan pula istilah ini bukanlah satu perkara asing, malahan mahu atau tidak, andai salah percaturan elemen panas ini mampu mendekati golongan selebriti. Kontroversi dalam dunia hiburan ini sering dianggap sebagai tidak elok. Tapi kontroversi juga dianggap sebagai cara untuk memanaskan sesuatu isu atau perkara. Apabila sudah jadi panas atau sensasi, ia mula menjadi bualan ramai dan seterusnya mempopularkan individu terbabit. Walaupun ia mungkin perit untuk ditanggung, tapi tidak boleh disangkal sensasi dengan cara ini adalah ramuan terbaik untuk terus popular dan menarik perhatian umum. Sebagai contoh terbaik, Memey Suhaiza yang tak pernah dikenali dalam dunia lakonan pun, tapi disebabkan kes dia disyaki berkhalwat dengan Norman Hakim sudah menimbulkan sensasi. Ini kerana kes itu menjadi kontroversi kerana mencetuskan perbalahan dengan isteri Norman, Abby Abadi sehingga rumah tangga mereka berkecai. Negatif atau positif, akhirnya ia tetap menjadi publisiti yang terus membuatkan masyarakat mengenali seseorang pelakon, penyanyi atau personaliti TV dan radio. Calon akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 menyaksikan ada beberapa pelakon kontroversi berjaya tersenarai dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular seperti iaitu Abby Abadi, Rita Rudaini dan Diana Danielle. Ketiga-tiganya memang hangat dengan kisah kontroversi. Turut menjadi perbualan hangat, apabila muncul nama bukan pilihan yang tidak disangka-sangka berjaya memecahkan penguasaan senarai lima calon popular. Contohnya, personaliti RTM, Nurul Alis, selain Abby Fana dan Sheila Mambo yang masing-masing jarang mendapat publisiti, tetapi masih mendapat perhatian peminat. Jadi, apakah ada calon popular yang dipilih peminat hanya berdasarkan kontroversi semata-mata, bukannya bakat mereka. Hip mendapatkan pandangan empat calon akhir ABPBH 2008, Nabil, Kenchana Dewi, Lan (vokalis Meet Uncle Hussain, MUH) dan Ashraf Muslim mengenai penangan kontroversi daripada kaca mata mereka. Menurut Kenchana Dewi yang sudah dua tahun berturut-turut menjadi calon akhir Artis Komedi Wanita Popular, dia tidak boleh menidakkan yang elemen itu mampu membantu kerjaya anak seni. DARI kiri, Lan, Ashraf, Kenchana dan Nabil. “Tapi janganlah sampai kontroversi itu boleh menjatuhkan imej dan membuatkan orang di luar membenci kita. Kontroversi yang sebegitu cubalah dielak, kerana akhirnya nama kita juga yang tak sedap dipandang. Dalam dunia hiburan, kita tak boleh menghalang kontroversi daripada terus menyerang. Mahu atau tidak, ia mungkin mendekati kita. “Jika kita boleh mengelak daripada kontroversi, teruskan. Tapi tak semestinya kontroversi boleh membuatkan artis menjadi popular sekelip mata. Ia terpulang kepada bagaimana kontroversi itu dilihat dan diterima. Jika buruk, maka buruklah jadinya,” katanya. Kenchana berkata, mungkin ada yang beranggapan kontroversi sebagai jalan pintas untuk mengecapi popular tetapi ia bersifat subjektif. “Sebaik-baiknya, biarlah kita popular dan dikenali dengan bakat yang ada,” katanya yang sudah 18 tahun bergelumang dalam industri seni. Yakin peminat boleh bezakanBAGI pelakon muda, Ashraf Muslim yang pertama kali tersenarai dalam ABPBH menerusi kategori Pelakon TV Lelaki Popular, dia berpendapat peminat yang memangkah borang undian kebelakangan ini sudah semakin bijak menilai. Malahan, pelakon yang begitu intim dengan Sherry Ibrahim ini menyanjung tinggi peranan wartawan yang menjadi perantara menghubungkan artis dan peminat. “Apa yang saya harapkan peminat akan lebih telus memilih artis yang betul-betul layak dipilih dinobatkan sebagai pemenang. Peminat mampu membezakan antara bakat dengan kontroversi. Tak saya nafikan perkataan popular yang ada pada ABPBH itu sendiri mempunyai tafsiran tersendiri. Apabila sesebuah kontroversi artis itu menjadi buah mulut orang, secara langsung dia akan menjadi popular. “Itulah bagusnya kontroversi dan sensasi. Tetapi, kalau ia keterlaluan, reputasi dan nama artis itu jadi buruk. Media pula memenuhi kehendak peminat dan pembaca dengan memaparkan kisah buruk itu seseorang artis sehingga timbul macam-macam kontroversi. Di sini media merungkaikan persoalan kontroversi yang menjadi tanda tanya,” kata Ashraf Muslim yang bersaing dengan nama hebat seperti Aaron Aziz, Aqasha, Fahrin Ahmad dan Rosyam Nor dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular. Sementara itu, bagi Nabil yang tercalon untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular, dia sangat bertuah kerana mempunyai sokongan peminat yang ramai sejak dia mula berada di dalam pertandingan Raja Lawak musim kedua lagi. Baginya, bakat dan kontroversi perlu ada dan perlu dilihat dalam skop yang positif. “Kalau dilihat pada senarai akhir calon top 5 ABPBH 2008, hanya beberapa artis yang berjaya kerana kontroversi panas. Tak semua calon yang diundi peminat kerana kontroversi dan ada yang saya lihat mereka benar-benar berbakat dan wajar disenaraikan termasuk mempunyai rupa paras menarik untuk diundi. “Saya berpendapat, kontroversi ada kalanya mengekori bakat seseorang artis itu. Tak mustahil apabila dikenali, kontroversi datang kemudian. Kalau berbakat, tapi tiada kontroversi, pelik juga jadinya. Kerana apabila menjadi orang yang terkenal, mahu atau tidak secara tak langsung, mesti dirinya akan diperkatakan,” kata Nabil. Bagi Lan yang pernah mencipta kontroversi kumpulan yang dianggotainya MUH, selepas menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-23 terus unggul menguatkan jalur muzik yang diperjuangkan mereka selama beberapa tahun yang lalu. Lagu ‘berhantu’ yang didendangkan kumpulan ini, Lagu Untukmu menjadi sandaran dan kekuatan untuk mereka terus diundi peminat. Kata Lan, dia yakin sokongan peminat terhadap MUH tidak pernah berbelah bahagi biarpun dirinya sendiri yang pernah mencalarkan reputasi kumpulan yang dianggotainya. “Sebagai penyanyi, saya yakin entiti lagu yang menjadi karya untuk membuatkan peminat terus meminati kumpulan kami termasuk kredibiliti sesebuah kumpulan untuk terus bertahan. “Soal kontroversi yang membabitkan saya mungkin hanya sebesar hama yang belum mampu menggugat sokongan peminat terhadap MUH. Kalau pelakon, mungkin mereka dinilai daripada kekerapan berlakon drama dan filem termasuk elemen kontroversi yang hadir dalam hidup mereka. “Apa yang berlaku dan melanda kumpulan saya selama ini akan cuba diperbaiki demi memastikan sokongan berterusan daripada peminat. Saya akui kekhilafan saya sebagai manusia biasa dan akan cuba memperbaiki kelemahan yang ada. Jika ABPBH tahun lalu, nama MUH hanya tersenarai pada calon awal saja dan tahun ini, kami bertuah perjuangan seni kami terus bersinar dan tercalon dalam ABPBH 2008. Insya-Allah,” katanya yang masih sayangkan MUH. INFO: Nabil, Ashraf, Kenchana dan Lan
Nabil pantas dikenali sebagai selebriti selepas menjuarai pertandingan Raja Lawak musim kedua tahun lalu. Selepas itu dikaitkan mempunyai hubungan dengan Irma Hasmie. Kini selain berlakon, Nabil diberi peluang sebagai pengacara program TV.
Nabil kini sudah berlakon tujuh filem dan hanya Sifu dan Tongga sudah ditayangkan. Filem lain adalah Kecoh Betul, Notti, Eee… Hantu, Pisau Cukur, Momok The Movie dan Lu Pikirlah Sendiri De Movie sedang menanti waktu tayangan.
Ashraf Muslim pernah mengikuti latihan ketenteraan di Maktab Tentera Diraja (MTD) selama empat tahun, bermula pada 1994.
Selain drama dan telefilem, Ashraf sudah berlakon dua teater iaitu Patriot dan Patung Kertas. Perjalanan seninya, tidak dirancang. Semuanya berlaku secara kebetulan apabila jejaka ini menyertai pertandingan Cleo 50 Most Eligible Bachelor pada 2006. Tidak menunggu lama, bakat seninya diintai dan Ashraf mula muncul dalam iklan dan drama tempatan.
Kenchana Dewi mula berlakon dalam drama berbahasa Melayu, sebelum ke drama Tamil. Pelakon berstatus ibu ini pernah memenangi dua anugerah iaitu Artis India Paling Popular 2002 dan Aktres Terbaik 2006 yang dianjurkan penggiat seni dari kaum India di Malaysia.
Nama Kenchana jadi sebutan dan popular apabila berlakon dalam sitkom Puteri. Dia ialah ibu kepada tiga anak iaitu Pathieswaran, Tashvetha Devi dan Mishaalin Deevi.
Meet Uncle Hussain (MUH) antara band indie semakin popular bersama-sama Estranged dan Hujan. Mencatat kejayaan bermakna di Anugerah Juara Lagu ke-23 menerusi Lagu Untukmu dendangan kumpulan ini yang memenangi kategori Pop Rock dan Juara Lagu.
Nama vokalis (MUH) mula tercemar apabila dikatakan sudah naik minyak, berlagak dan menimbulkan masalah disiplin. Isu ini terus menjadi kontroversi dan terbaru, Lan sendiri memberitahu yang dia masih sayangkan kumpulan ini dan cuba berubah menjadi lebih baik. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 3:11 pm | |
| Info TV: Drama Bersiri Terbaik Daripada TV3 Bulan IniNORKHIRIAH antara pelakon utama drama bersiri Matahari yang disiarkan menerusi slot Akasia di TV3. PENGGEMAR drama bersiri tempatan pastinya tidak sabar untuk mengikuti cerita terbaru yang bakal mengisi tiga slot utama di TV3 iaitu Lagenda, Akasia dan Sinetron. Ketiga-tiganya menyediakan drama menarik dengan pelakon hebat serta jalan cerita yang pastinya mengasyikkan khusus untuk tontonan penonton TV3. Ketiga-tiga drama tersebut adalah Julia Juli untuk slot Lagenda, Matahari dalam slot Akasia dan drama bersiri Indonesia, Upik Abu & Laura yang bakal disiarkan dalam slot Sinetron. Julia Juli yang diterbitkan oleh Tenview Sdn Bhd. ini diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi iaitu Adam Hamid dan sudah menemui penonton mulai 3 Mac lalu. Siri 20 episod ini disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang. Drama komedi romantik ini membariskan pelakon handalan tanah air seperti Dynas, Nik Safiyah, Zed Zaidi, Danny, Abby Abadi, Rahim Jelani, Syawal AF, Aqasha dan Imuda. Apa yang menarik drama ini turut mengetengahkan penyanyi popular Misha Omar. Julia Juli adalah adaptasi dari sebuah cerita mitos bertajuk Jula Juli Bintang Tiga. Ia diolah semula menjadi drama bersiri sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Drama ini memberi tumpuan kepada tiga beradik yang berasal dari dunia kayangan iaitu Jula, Juli dan Julu. Juli, kakak sulung taksub terhadap fesyen. Satu hari, setelah mengetahui dirinya akan dikahwinkan dengan Putera Adika yang tidak disukai, dia lari turun ke bumi dan terjumpa dengan Arif, seorang lelaki kaya. Arif yang terpikat dengan kecantikan Juli telah mencuri kalung identitinya dari dunia kayangan yang menyebabkan Juli lupa akan asal usulnya. Slot Akasia pula menyiarkan drama bersiri Matahari bagi menggantikan Spa Q 2. Siri 44 episod ini bakal menemui penonton mulai 30 Mac. Drama ini diterbitkan oleh Pena Kreatif Sdn. Bhd dan hasil kerja dari pengarah berpengalaman Mohd Feroz Abdul Kadir Saheb. Ia membariskan pelakon seperti Nisdawati, Fahrin Ahmad, Aida Aris, Fauzi Nawawi, Hamidah Wahab, Syukery Hashim, Arash Mohd, Iqram Dinzly, Jehan Miskin, Erry Putra, Ako Mustapha, Fizo Omar, Sabrina Ali dan Noorkhiriah. Drama Matahari mengisahkan seorang wanita yang terus memburu cinta sejati angkara kecundang dalam cinta pertama. Kisah tragis Matahari, seorang wanita kampung naif yang terpaksa mengharungi pelbagai dugaan musibah hidup dan ini telah menukarkannya menjadi wanita penuh keterampilan. Dengan kekuatan dan kepandaian yang ada pada dirinya, pelbagai tipu muslihat dirancang bagi memenuhi keinginan diri. Apakah kesudahan kisah sendu Matahari ini? Slot Sinetron pula mengetengahkan siri Indonesia Upik Abu & Laura menggantikan Jelita dan bakal disiarkan pada 30 Mac ini. Siri ini mempunyai 103 episod dan mengetengahkan pelakon popular Indonesia seperti Alyssa Soebandono, Cinta Laura dan penyanyi dan pelakon terkenal, Irwansyah. Siri ini mengisahkan permusuhan antara Opie dan Laura, dua orang gadis yang datang dari dua dunia dan latar belakang yang berbeza tetapi kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk hidup. Opie seorang gadis miskin tetapi mempunyai hati yang baik. Dia berusaha untuk mencari tempat berlindung untuk dirinya dan adik-beradik angkatnya selepas diusir dari rumah mereka yang bakal dibangunkan sebagai pusat membeli-belah. Manakala, Laura pula seorang anak manja dari keluarga kaya yang telah ditarik keistimewaannya oleh ayahnya untuk mengajar dia tentang erti kehidupan dengan memaksa dia menjalinkan persahabatan dengan Opie. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 3:15 pm | |
| 3 Mak DAra.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 3:23 pm | |
| Mawi-Ekin> Korea |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 3:30 pm | |
| Gambar NAsha Aziz |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 3:34 pm | |
| Gosip Fasha – Rizal bakal nikah”Biarlah dia sahaja yang memberi komen. Sebarang kenyataan yang keluar tidak berkaitan dengan saya,” kata ibu Rizal, Puan Seri Nora Ashikin, yang juga merupakan bekas ibu mentua Nora Danish.Saya tahu apa yang sedang berlaku – bekas mentua Nora Danish“SAYA kenal anak saya dan saya tahu apa yang sedang berlaku. Saya tidak mahu komen tentang pihak yang satu lagi. Biarlah dia sahaja yang memberi komen. Sebarang kenyataan yang keluar tidak berkaitan dengan saya. “Apa yang pasti, saya hanya mahu memastikan hidup kami sekeluarga aman dan harmoni tanpa sebarang gangguan. Cukupcukuplah dengan apa yang berlaku sebelum ini,” tegas Puan Seri Nora Ashikin, bekas ibu mentua Nora Danish ketika ditanyakan tentang kebenaran gosip mengenai hubungan anak lelakinya, Rizal Ashram Ramli dengan pelakon kontroversi, Fasha Sandha. Sebelum ini Fasha yang ditemui ketika pengumuman calon finalis Anugerah Bintang Popular di Hotel Palace Of The Golden Horses itu baru-baru ini membuat pengakuan dia telah dirisik oleh seseorang dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Oleh yang demikian, ramai yang meneka seseorang yang dimaksudkan Fasha itu adalah Rizal berikutan gosip hangat diperkatakan tentang mereka berdua sejak akhir-akhir ini. Bagaimanapun ketika diajukan persoalan tersebut, Puan Seri Nora Ashikin tidak mahu memberikan sebarang kenyataan. Sebaliknya beliau lebih senang kala diajak berbicara tentang bekas menantunya, Nora Danish. Mengakui masih berhubungan rapat dengan bekas menantunya, malah hampir setiap hari mereka bertemu untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita terutamanya mengenai cahaya mata Nora yang juga merupakan cucunya. “Nora adalah seorang budak yang sangat baik dan saya sayangkan dia macam anak sendiri. Hubungan kami sangat rapat dan saya tidak mahu apa-apa yang tidak baik berlaku ke atasnya,” katanya lagi. Sementara itu, Fasha yang diajukan persoalan tentang Nora pula lebih senang mengunci rapat mulutnya. Tidak mahu lagi terjebak dengan andaian dan prasangka buruk masyarakat terhadapnya. “Biarlah kita bercakap soal kerjaya saya sahaja. Soal-soal lain (gosip cinta dan perkahwinan) kita tolak tepi dahulu. Insya-Allah, jika tiba masa yang sesuai saya akan adakan satu perjumpaan untuk menjelaskan tentang perkara itu,” ujarnya lagi. Fasha rancang kahwin tahun ini Fasha dalam pertemuan yang sama juga turut menafikan telah membuat persiapan perkahwinannya seperti yang telah digembar-gemburkan. Menyifatkan cerita itu sebagai gosip semata-mata, pelakon yang masih mendapat pencalonan di Anugerah Bintang Popular bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular ini mahu peminat menghentikan segera spekulasi tersebut. “Memang saya merancang untuk berkahwin pada tahun ini. Tapi sumpah, saya belum lagi membuat sebarang persiapan sebagaimana yang diperkatakan itu. Tak perlulah berteka-teki tentang siapa jodoh saya. Apa yang pasti, saya gembira dengan kehidupan saya sekarang. “Bagaimanapun, terima kasih kerana masih ada yang prihatin dan mengambil berat tentang diri saya. Apa yang saya harapkan, hanyalah doa dari peminat di luar sana agar apa yang saya rancangkan itu berjalan dengan baik,” kata Fasha sambil tersenyum penuh makna. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 3:38 pm | |
| Juara My Starz LG - Wana tinggalkan kelab malamTIDAK seperti program realiti lain yang mengutamakan undian dari Sistem Pesanan Ringkas (SMS) untuk menentukan pemenangnya, Konsert My Starz LG mempunyai pendiriannya yang tersendiri. Hanya 30% sahaja undian daripada SMS yang diambil kira dalam menentukan pemenang, manakala 70% lagi ditentukan oleh barisan juri profesional yang telah dilantik. Justeru, bukanlah kejutan apabila Wana atau Noriezuana Syed Shafudin, 23, dinobatkan sebagai juara My Starz LG musim kedua ini. Wana berjaya mempamerkan persembahan yang cukup menarik dan bertenaga melalui lagu Ku Pendam Sebuah Duka, Ku Telah Jatuh Cinta dan duet bersama Jamal Abdillah, Kehebatan Cinta. Menurut Hattan yang mewakili barisan juri yang pada malam itu memberitahu, Wana dilihat begitu konsisten dan lebih menonjol berbanding rakan-rakannya yang lain. Wana berjaya membawa pulang hadiah utama berupa kontrak rakaman album di bawah label syarikat rakaman Warner Music, wang tunai RM100,000 dan LCD TV (42’ LG LCD) tajaan LG. “Saya anggap kemenangan ini sebagai penebus kekecewaan lalu. Sebelum ini saya pernah menghadiri uji bakat AF6 tetapi rezeki saya hanya di peringkat top 25 sahaja. Dari situ, saya cuba menggandakan usaha untuk memperbaiki diri. “Alhamdulillah, hari ini saya berada di sini dan mendapat peluang baru untuk mengatur langkah seterusnya dalam mengejar cita-cita saya dalam bidang seni ini,” ujarnya penuh harap. Meneruskan usahanya itu juga, gadis kecil molek ini bertekad untuk meninggalkan kerjaya nyanyiannya di kelab bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada rakaman albumnya selepas ini. Tidak pernah menyesal dengan keputusan yang diambil, Wana mengharapkan agar dia diberi peluang berterusan untuk terus membuktikan bakat yang ada dalam dirinya. Dalam pada itu, wakil syarikat Warner Music, Encik Mokhtaza Ahmad memberitahu, pihak syarikat rakamannya akan memastikan Wana selaku juara My Starz LG kali ini akan merakamkan album dalam tempoh tiga bulan dari sekarang. “Kita tidak akan menunggu lama untuk menerbitkan album Wana sementara orang masih hangat memperkatakan tentang kemenangannya. Kalau tidak album pun, sekurang-kurangnya dia akan muncul dengan single dalam tempoh terdekat ini. Itu janji kami,” katanya sebaik sahaja Wana diumumkan juara. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 3:41 pm | |
| Farah, Ally, Scha-Profesional , Optimis, Positif
Untuk keluaran bulan ini, kami sengaja mencipta sedikit kelainan bagi muka hadapan Maskulin. Selalunya hanya sang jejaka macho tampil secara solo atau pun akan dipasangkan dengan seorang gadis jelita sekali-sekala. Tetapi kali ini kami gandingkan seorang jejaka yang diapit oleh dua gadis jelitawan.
Tergelak besar Ally Iskandar, personaliti TV yang semakin hangat masa kini bila saya menyatakan dia akan digandingkan dengan dua jelitawan yang semakin popular iaitu penyanyi /pelakon Farahdhiya dan pendatang baru dalam dunia lakonan, Scha. Walau pun sibuk dengan perjalanan karier masing-masing, demi Maskulin mereka sanggup meluangkan sedikit masa menghadiri sesi fotografi ini.
Ally Iskandar tidak over expose!
Hampir sedekad yang lalu, saya pernah menemu bual Ally Iskandar Mohd Mardzi, ketika itu dia baru saja berjinak-jinak dalam dunia penyiaran. Kini namanya di dalam dunia penyiaran sudah semakin gah. Ternyata dalam masa hampir 10 tahun ini, Ally benar-benar komited dan berusaha bersungguh-sungguh meletakkan dirinya di platform seperti sekarang. Bukan setakat wartawan penyiaran dan pengacara, kini Ally juga sudah bergelar penerbit. Namun Ally tetap Ally, tiada apa yang mengubah dirinya walau pun semakin dipalit glamor.
Bicaranya masih berbisa. Berbual dengannya tidak boleh setakat topic kosong, perlu berisi. Jika tidak, dia bijak (sebagaimana bijaknya IQ dia) memanipulasikan soalan yang dilemparkan. Bimbang juga akan dikata, soalan merepek pula...
Permulaan bagi satu fasa yang baru
Mengajukan soalan tentang wajahnya yang terlalu kerap muncul di rancangan terbitan TV3 hingga ada sosek-sosek yang mengatakan Ally over expose dan anak emas TV3, Ally punya jawapannya.
“Ini bukan soal anak emas. Di TV3, pengacara lelaki tidak ramai. Saya cuma menjalankan tanggungjawab dan menuruti arahan pihak atasan. Apabila pihak atasan mengarahkan saya untuk mengendalikan sesuatu program, dengan penuh rasa tanggungjawab, saya menggalasnya.
Juga tidak timbul soal over expose. Mungkin penghujung tahun lalu, saya banyak muncul di rancangan-rancangan lain seperti NONA dan MELODI (selain rancangan yang sedia dikendalikan), itu semua sebagai strategi pengenalan atau kempen bagi program talkshow pertama saya, ‘ALLY’.”
Bermula akhir Disember lalu, program bual bicara pertama yang dikendalikan Ally secara solo, ‘ALLY’ mula bersiaran pada setiap rabu jam 11 malam. Tidak ramai pengacara yang bertuah dapat mengendalikan program sebegini. Pastinya memerlukan pengacara yang benar-benar berkaliber dan bijak mengendalikan suasana. Bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem dari Universiti of The Pacific, Stockton, California ini menganggap, peluang yang diberi oleh pihak TV3 ini harus disahut sebagai satu salah cabaran di dalam kariernya.
Seperti mana kebanyakan pengacara yang mendambakan program sebegini, Ally juga begitu dan sebab itulah dia menganggap ‘ALLY’ sebagai satu fasa baru dalam perjalanan kariernya.
Farah bukan gadis sombong. Tak percaya? Cubalah dekat!
Nama Farahdhiya Mohd Amin atau lebih mesra dengan panggilan Farah mula meledak di dalam dunia hiburan selepas lagu “Bertakhta Di Hati” yang dipetik dari album sulungnya 5 tahun yang lalu meletup. Kemudian tahun 2006, dia menghasilkan album kedua, namun sayangnya ramai yang tidak menyedari kehadiran album tersebut kerana tiada promosi dijalankan oleh pihak pengurusannya dulu.
Kecewa dengan perkara tersebut, Farah mencuba dunia lakonan sekadar untuk mengembangkan bakat yang ada dan ternyata ia membuatkan hasil. Melalui drama bersiri “Spa Q” dan “Ku Milikmu”, lakonan Farah diterima ramai membuatkan gadis yang dilahirkan di Sarzana, Itali 25 tahun lalu semakin jatuh cinta dalam bidang ini pula.
Kini Farah bakal muncul dengan album terbarunya. Maestro Talent and Management Sdn Bhd diberi kepercayaan untuk menguruskan perjalanan seni Farah. Pada hari yang sama fotografi ini dijalankan, Farah terpaksa bergegas kerana mempunyai urusan dengan Maestro. Namun dia tetap memberikan kerjasama terbaik untuk Maskulin.
Orang seni tidak boleh mengalah, walaupun makin aktif dalam dunia lakonan, bidang nyanyian tidak pernah dilupakan.
“Jika tidak ada aral melintang, insya’Allah album ketiga Farah akan berada di pasaran tak lama lagi. Walau pun orang tengok Farah makin banyak berlakon, tetapi sebenarnya Farah tidak pernah meninggalkan bidang nyanyian. Dan Farah sangat berharap agar album terbaru ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Singing is my passion.”
Walau pun pasaran album tempatan kurang memberangsangkan, Farah sedikit pun tidak pernah patah semangat. Bagi dia, sebagai anak seni, dia tidak boleh mengalah. Sentiasa perlu berusaha mencari ruang. Bila tawaran melahirkan album ketiga ini muncul, Farah menerimanya dengan penuh rasa bersyukur. Namun begitu, dunia lakonan juga tidak akan Farah lupakan. “Alhamdulillah rezeki dalam bidang lakonan sangat bagus. Satu perkara yang tidak pernah Farah fikirkan sebab masa mula-mula melangkah ke bidang seni, Farah tidak pernah terniat untuk menjadi pelakon. Tapi bila dah sekali mencuba berlakon, terus Farah jatuh cinta.”
“Inilah diri saya!” – SCHA
Mengenali empunya nama sebenar Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir atau lebih mesra dengan panggilan Scha, membuatkan saya sering menggeleng-geleng kepala. Bukannya apa, gadis kelahiran Alor Star ini sangat suka mengusik, suka melawak, bersikap selamba dan gila-gila.
Walau pun dianugerahkan paras rupa yang sangat menawan, Scha bukanlah seorang gadis yang lemah lembut. Dia seorang yang aktif (mungkin hyper active!), memang tak reti duduk diam dan becok mulutnya. Selalunya gadis cantik seperti Scha selalu control ayu. Tidak bagi Scha kerana dia memang tidak suka hipokrit.
“Scha memang senang begini. Sikap dan cara penampilan Scha memang sangat ringkas. Tak kisahlah apa orang nak cakap. Janji Scha tak kacau orang. Lagi pun keluarga dan orang-orang yang dekat dengan Scha kenal diri Scha macam mana,” ujar Scha yang suka mengusik Ally Iskandar ketika ditemu bual.
Tempoh lama yang berbaloi!
Selepas menjuarai Pertandingan Dewi REMAJA 2005/06, Scha lebih senang bekerja di sebuah butik milik kenalannya. Bekas pramugari sebuah syarikat penerbangan tempatan ini mengakui dirinya masih belum bersedia untuk terjun ke dunia glamor. Cuma dia lebih senang menyertai dunia peragaan secara sambilan.
“Dulu Scha langsung tak terfikir untuk menjadi pelakon. Apa yang Scha impikan ialah nak jadi pembaca berita. Cuma dua tahun lepas, apabila Scha mendapat tawaran berlakon filem ‘Antoofighter’, sejak itulah minat dalam lakonan mula timbul. Memang tak percaya akan dapat tawaran tu, saja cuba-cuba pergi uji bakat, tak sangka dapat.
Pada mulanya Scha sendiri tak sedar ada bakat. Bila famili Scha sendiri yang galakkan, barulah Scha tergerak hati untuk mencubanya. Sekarang ni Scha sudah bersedia sepenuhnya menjadi seorang pelakon,” ujar gadis kacukan Melayu, Arab dan Cina ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 3:43 pm | |
| “Saya memang nakal…” – Ainul Aisyah
Belum pernah menonton lakonan gadis manis ini, baik dalam filem mahupun drama. Pertama kali bertemu dan berbual dengannya ketika dia menjalani penggambaran dengan majalah Yezz. Biarpun kami saling tidak mengenali, namun Ainul Aisyah, 23 tahun, begitu ramah menegur. Karakter bersahaja, wajah manis dengan senyuman menawan yang dimiliki menjadi pakejnya sebagai pelakon, dan kami pilihnya untuk menghiasi kolum Wanita Pilihan kali ini.
Menjadi pelakon sememangnya impian sejak dulu lagi. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang. Itu yang cuba digambarkan Ainul apabila suatu hari dia didatangi Profesor Madya Abdul Razak Mohaideen, pengarah filem terkenal tanah air menawarkannya untuk menjadi pelakon. Perasaan gembira dan teruja tidak dapat disembunyikan lagi. Peluang yang datang tanpa diduga itu tidak mahu disia-siakan. Dia mencuba nasib melalui sesi uji bakat. Ternyata tuah menyebelahinya apabila diterima berlakon.
“Satu hari saya dengan kawankawan sedang makan di sebuah restoran. Ketika itu Prof. ada di situ. Dia datang hulurkan kad dan minta saya datang uji bakat. Tak sangka, percubaan pertama saya terus diterima. Kebetulan pula masa itu Prof. ingin membuat penggambaran filem Nana Tanjung,” jelas Ainul mengenai penglibatan awalnya dalam dunia lakonan.
Bercerita tentang lakonannya, Ainul yang pernah berpengalaman menjadi model iklan televisyen dan cetak sejak berusia 14 tahun lagi merasakan terlalu awal untuk dirinya menikmati kepuasan berlakon. Masih banyak yang perlu dipelajari dan masih jauh perjalanan yang perlu ditempuhi. Sebagai seorang pelakon baru, dia sentiasa bersedia menerima kritikan, menelan maki hamun pengarah kerana semua itu dapat memotivasikan dirinya memperbaiki kualiti lakonan.
Ainul yang sebelum ini diberi peranan dan watak gadis remaja, menanam impian untuk melakonkan watak wanita jahat suatu hari nanti. Katanya, peranan itu dilihat lebih mencabar kerana perlu menghayati karakter bukan dirinya sebenar. Selain itu, Ainul berpendapat filem memberinya lebih semangat untuk terus berlakon memandangkan filem mempunyai lebih nilai dan akan kekal lama. Manakala jalan cerita setiap filem yang dihasilkan lebih menarik.
Setakat ini Ainul sudah berlakon dalam lima buah filem termasuk “Nana Tanjung”, “Nana Tanjung 2”, “Otai” dan “Skrip 7707” yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Paling terbaru, “Histeria”, filem seram yang mula menaikkan namanya di persada seni. Selain filem, Ainul juga mengasah bakat melalui drama “Enigma”, “KL Menjerit The Series” dan sitkom “Anak Mami”.
BAKAT MENYANYI
Siapa sangka gadis hitam manis ini turut mempunyai bakat menyanyi. Jika tidak, masakan komposer dan pengarah muzik untuk Puteri Gunung Ledang The Musical, Rozlan Aziz mengkagumi kebolehan, suara dan cara nyanyiannya ketika menghadiri sesi uji bakat untuk teater itu. Ainul turut mengakui, cintanya pada nyanyian bermula sebelum dia bergelar pelakon lagi.
“Sebenarnya saya memang suka menyanyi. Selepas ini, kalau boleh saya ingin mencuba di bidang ini. Jika tidak mencuba mungkin saya tidak tahu sejauh mana kemampuan bakat nyanyian. Kalau boleh saya mahu lakukannya sekarang, tetapi buat masa ini biarlah saya berikan komitmen pada dunia lakonan terlebih dahulu,” ujar Ainul yang menjadikan aktres Natalie Portman dan Fazura sebagai idolanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 3:47 pm | |
| KLDC adakan konsert bersama Rihanna
Bertuah sungguh kumpulan ini apabila terpilih untuk membuat persembahan pembukaan konsert Rihanna nanti.
Walaupun konsert tersebut dah pun ditangguhkan akibat pergaduhan Rihanna dengan kekasihnya ia tidak mematahkan semangat semua ahli kumpulan Kuala Lumpur Drumline Corps (KLDC) untuk menyertai konsert tersebut.
KLDC memang satu nama yang agak asing bagi semua orang. Siapakah gerangan mereka yang bertuah sehinggakan diberikan kepercayaan untuk membuat persembahan tersebut?
Agak sukar untuk melihat persembahan-persembahan mereka ini melainkan jika ada pertandingan pancaragam.
Tapi KLDC ini bukanlah satu kumpulan pancaragam kerana peralatan muzik yang mereka gunakan lebih kepada drum sahaja.
Ia dibahagikan kepada snare drum, bass drum, quad toms, cymbals, percussions dan disc jockey
Menurut Presiden KLDC Raja Zainal Badri, dia memang gembira apabila kumpulan berkenaan terpilih untuk membuat persembahan pembukaan konsert Rihanna nanti.
Walaupun persembahan yang akan mereka lakukan itu bukanlah mengiringi sepenuhnya persembahan tersebut, tetapi dia tetap bersyukur kerana inilah peluang untuk KLDC mempamerkan bakat yang ada pada setiap ahli kumpulan.
“Sebenarnya kami hanya akan mengiringi persembahan penyanyi Arafah Edruce yang terpilih untuk membuat persembahan pembukaan. Selain mengiringi lagu-lagu yang akan dipersembahkan, kami juga diberi peluang untuk membuat persembahan sendiri pada konsert tersebut.
“Kami tidak kecewa apabila konsert ini ditangguhkan. Ini memberi ruang kepada KLDC untuk berlatih bagi memantapkan persembahan nanti,” ujar Presiden KLDC ini.
Mungkin ramai yang akan terkejut apabila dapat melihat wajah cantik Yasmin Hani dalam grup yang ditubuhkan sejak bulan Ogos tahun lalu. Jangan tak percaya Yasmin juga ada bakat terpendam dan bakal membuat persembahan itu nanti.
Menurut Raja Badri, KLDC terbahagi kepada 2 kumpulan yang terdiri daripada drum Geeks@KLDC yang akan bermain drum dan Colorguards@KLDC bertindak sebagai penari yang melatari persembahan.Kebanyakan ahli-ahli KLDC ini terdiri daripada mereka yang terlibat dalam bidang profesional seperti jurutera, arkitek dan pelajar.
“Sambutan yang kita terima setakat ini memang menggalakkan. Apa yang paling membanggakan ialah KLDC merupakan kumpulan pertama yang ditubuhkan seumpamanya di Asia dan perkembangannya juga mengkagumkan.
“Banyak perancangan yang telah kita aturkan untuk memperkasakan KLDC ini. Insya Allah pada tahun hadapan kita akan cuba masuk Kuala Lumpur World Marching Band untuk mencuba nasib.
“Selain membuat persembahan, kita juga telah merancang untuk menembusi pasaran negara jiran seperti Indonesia dan Singapura pada masa akan datang,” jelasnya ketika ditemui di Majlis Pra Tonton Persembahan KLDC di Victoria Institution baru-baru ini.
Raja Badri berkata, mereka yang berminat untuk menyaksikan persembahan KLDC boleh tang menyaksikan mereka melakukan persembahan di Kompleks Rakan Muda, Mont Kiara setiap hari Sabtu jam 3 hingga 6 petang. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 3:57 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 4:05 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 4:11 pm | |
| |
| | | deqlis Super Senior
Number of posts : 869 Age : 43 Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Fri 06 Mar 2009, 7:20 pm | |
| I do try my best to live a normal life : Aishwarya RaiYou’re the beautiful bad girl in this film, how does it feel? Well bad has never been so good. What was your reaction when you first heard about the Pink Panther 2 role? I smiled because that’s what the film evokes. They sent me the offer, but for me to work outside of India my schedule is always a huge deciding factor and back home I’m spoiled for choice and its very easy in India to commit yourself for the next two years. And then when offers come from outside of India you don’t have the time and it becomes difficult to slot it in. However what happened with Pink Panther I got married that year. I got married in the middle of making movies. I was committed to two so I had kept a couple of months off towards the end of the year so that’s how we could squeeze Pink Panther in and my husband was like you have to do this. Its not an intense acting piece, its like a holiday and we’ve all grown up on it. You know you’re nieces and nephews are going to laugh and have a good time and tomorrow my kids. So it was just a laugh and I was happy to be a part of it and a great ensemble cast. Actors who have serious careers and yet here they are here being silly and having fun. It’s a very physical role for you as well. Was that tough? I loved that part. That was the fun. Steve kept saying we all love playing with guns so much we were like kids. It was tough on stilettos. Running on stilettos wasn’t easy. I wouldn’t recommend it but otherwise the climax was so much fun and they were having cake in their face. We were like kids. But was the action difficult at all for you? I enjoy action. I have done a lot of action in Last Legion and that was my first experience of action. Then I did two movies in India, which had action as well but not as much. And I realized that I really enjoy it and in fact on the set they teased me. They were like so you want to play Wonder Woman next. That was what was being talked about until the strike set in. So they were talking about all of that. I think action is a lot of fun. Perhaps it comes so easy to you because you studied dance in your teens? That’s what they said to me in The Last Legion. In that movie I was doing a lot of sword fighting and I didn’t have time to rehearse or train too much because again I was making a film in India. So I literally came in a week before we started rolling. And that’s the first thing the action directors told me. Your basics in dance is really helping you because I took to action like a fish to water because its choreography. I guess I was supple because of dance so it definitely comes in handy. You started out wanting to be an architect right? Well I started out I was a science student and nobody in my family belonged to the movies or showbiz whatsoever. I was very academically orientated and initially I thought it would be medicine and many of my friends are doctors and I do still love the subject. And at 18 you start thinking about life, and that’s’ the time you choose your career and I was thinking is this what I’m going to dedicate myself to for the rest of my life? And I suddenly thought well I love medicine but I’ve always been very emotional and a highly sensitive human being and I thought will I be able to commit to a career as emotionally demanding as this and balance it out with a family in the future? So I suddenly decided to choose architecture. Now architecture was not a childhood dream. It was for me a mix of science and art and I was inclined both ways so I decided to explore this field. And I must say I enjoyed it very much. In the meanwhile I had started doing a bit of modeling on the side. It started with me doing it for a professor who was suffering from cancer. She was also a photojournalist. She passed away soon after but I did one fashion feature for her. That got a lot of attention and so I started to get a lot of offers. Through peer pressure there was this whole idea of doing the pageant which I initially did as a laugh because I was like yeah whatever. So Miss India happened and then after that you get chosen to go to Miss World. Then I won so I had to take a year off so that’s how all that came about. You’re a huge star in India, can you have a normal life there these days? Well I hope I’m normal. But do you need bodyguards for example? It would be irresponsible to go without security. Not just for myself but even for where I’m going to because if things get out of hand. It’s a very if, but situation. You know its just people and so its unpredictable because you never know how people are going to react and so yes we do keep security for that very reason. And I do try my best to live a normal life but I do confess that I can’t just take a stroll in India so when we come out of India we love to walk as and when we can but one in six is an Indian. We are everywhere. So we just say a thank you for the complements. What’s next? Oh my goodness, many films. My schedule is full for the next two years in India. |
| | | deqlis Super Senior
Number of posts : 869 Age : 43 Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Fri 06 Mar 2009, 7:30 pm | |
| KOLEKSI PHOTO AISHWARYA RAI.. Al-maklumlah deqlis peminat Aish..
Last edited by deqlis on Fri 06 Mar 2009, 7:38 pm; edited 1 time in total |
| | | deqlis Super Senior
Number of posts : 869 Age : 43 Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Fri 06 Mar 2009, 7:32 pm | |
|
Last edited by deqlis on Fri 06 Mar 2009, 7:37 pm; edited 1 time in total |
| | | deqlis Super Senior
Number of posts : 869 Age : 43 Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Fri 06 Mar 2009, 7:33 pm | |
| |
| | | deqlis Super Senior
Number of posts : 869 Age : 43 Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Fri 06 Mar 2009, 7:34 pm | |
|
Last edited by deqlis on Fri 06 Mar 2009, 7:38 pm; edited 1 time in total |
| | | deqlis Super Senior
Number of posts : 869 Age : 43 Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Fri 06 Mar 2009, 7:37 pm | |
| KOLEKSI GAMBAR AISHWARYA RAI SEMASA KECIK2 |
| | | deqlis Super Senior
Number of posts : 869 Age : 43 Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Fri 06 Mar 2009, 7:43 pm | |
| Michael Jackson Announces Tour Dates in LondonMarch 05 2009 21:05 PST Poor Michael Jackson just can't seem to get a hold of himself. We feel like we've been hearing a lot more from him than is really necessary. First there was all that drama about him losing his Neverland ranch. Then of course, who could forget his possible flesh eating disease? And after all of that and the thousands of other things that Michael Jackson has put us through-countless plastic surgeries, sham marriages, and babies over balconies, he has announced that after eight years he will be performing some live concerts this July in London. Yep, that's right the King of Pop is trying to make a comeback! Or maybe he's just trying to get himself out of debt. Even though Michael Jackson didn't announce exactly how many shows he would be doing, posters say he's booked for ten of 'em. We're not sure Michael Jackson has any idea what he's getting himself into. But whatever the case, Michael Jackson did make it to London's O2 concert arena Thursday afternoon to make the announcement to some waiting fans. The last time he actually performed a major concert was back in 2001, so we don't know if this is really going to happen or not. And even if it does, will fans really come through and purchase undoubtedly overpriced tickets to see a man that may not be able to deliver a good performance? For ten shows no less! Still sources are predicting that the tickets will sell, but whether or not Michael Jackson's health will hold out is uncertain. So what do our readers think? If you were in London, would you pay to see Michael Jackson perform live? Do you think he'll actually go through with all ten performances and put on a good show? You know what to do, leave us your comments below. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 14 of 20 | Go to page : 1 ... 8 ... 13, 14, 15 ... 20 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |