|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 8:29 am | |
| Gambar Atilia dan Ibunya Salamiah Hassan di Pelancaran ZO Skin Health Hadir bersama dengan ibunya Salamiah Hassan, penyanyi bersuara lunak, Atilia telah menyerikan lagi Pelancaran produk terbaru ZO Skin Health di Metrojaya Mid Valley. Diadakan serba ringkas tapi majlis pada petang itu bagi Budiey penuh dengan informasi terutamanya dalam penjagaan kulit yang telah diterangkan oleh Dr Zein Obagi, pakar kulit atau dermatologist dari Beverly Hills. Ke mana sahaja sentiasa bersama bagaikan sahabat setia, itulah Atilia dan ibu kesayangan yang juga seorang penyanyi dan selebriti yang tidak asing dalam industri seni. Walaupun dah berusia, namun penampilan Salamiah Hassan begitu elegan dan mengikut peredaran zaman. Begitu urban dan savvy juga. Mungkin ramai yang tak sangka, ibu penyanyi lagu Sangkar ini mempunyai Facebook! Atilia sedang menerangkan kesan setelah menggunakan produk ZO. Sentiasa mesra dan mengukir senyuman Salamiah Hassan Menurut Atilia, beliau dan ibunya punya banyak persamaan dan segala rasa kehidupan dikongsi bersama dalam setiap perbualan mereka seperti dalam soal berpakaian, menonton filem dan muzik. Terbaru, pada bulan Jun nanti, impian Atilia untuk berduet dengan ibunya dalam album terkini tertunai sudah. Tajuk lagi duet tu ialah Gelombang dan sudah tentu berentak jazz. Dengan belajar dari sifunya, Roslan Aziz, Atilia ingin menerbitkan album sendiri. Sebanyak 11 buah lagu bakal dimuatkan dalam album terbarunya yang berganding dengan grup dari Indonesia, Maliq & D’Essentials dalam lagu Harus Bagaimana. Selain itu, ada lagu Old Love dan Leka dari ‘P. Ramlee The Musical’. Yang membanggakan 5 darinya dihasilkan oleh Atilia sendiri. Pemilihan kedua selebriti ini untuk ujian dan trial produk dari Dr Zein Obagi ini begitu bersesuaian lantaran perbezaan umur dan perubahan kulit. Ternyata, selepas menggunakan produk ini kedua selebriti ini berpuas hati dengan kesan yang begitu menyerlahkan keanjalan kulit mereka. Kini, produk ZO Skin Health boleh didapati di Pavillion Bukit Bintang dan Metrojaya, Mid Valley. Budiey juga telah dihadiahkan produk ini untuk dicuba. Tengoklah nanti bagaimana kesannya! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 8:38 am | |
| Profile dan Gambar Pelakon Baru Natasha Yasina Nama Sebenar: Natasha Yasina Binti Mohammad Ruslee Nama Komersial : Natasha yasina Lahir di Perak NATIONALITY malaysian RACE malay / korea /thai RELIGION muslim D.O.B 1st of january, 1979 ZODIAK capricorn HEIGHTS 5’6 WEIGHTS 50 kg EDUCATION spm OCCUPATION free lance model / actress uk’s academy artist FAVOURITE Wearing style and fashionable attire / costume TALENTED acting / singing / dancing DRAMAAkademi Polis ( 13 Episod ) PENGARAHYusof Kelana PRODUKSIM.E Communications Sdn Bhd STESYEN TVTV9 NAMA WATAKLing DRAMAGerak Khas, Episod Songsang PENGARAHMajid Salleh PRODUKSISKOP Production STESYEN TVRTM 2 NAMA WATAKMona DRAMAFarah Syakira ( 26 Episod ) PENGARAHMusa Mohamad PRODUKSISKOP Production Sdn Bhd STESYEN TVRTM 2 NAMA WATAKAnis DRAMAGerak Khas, Episod Amira PENGARAHBoy PRODUKSISKOP Production Sdn Bhd STESYEN TVRTM 2 NAMA WATAKSuzy Product models1. Gadis Metro ( Top 10 ), Mei 2004. 2. Gadis Litar di Karnival Trek Proton ( Litar Pasir Gudang dan Sepang ), 2004. 3. Model Video Klip Karaoke. 4. Model Catwalk di Kuantan Parade, 2008. 5. Model Majalah Keluarga ( Karangkraft ) Keluaran September, 2008. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 8:42 am | |
| Ako mengaku berkhalwatAko mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang jurusolek di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam. KUALA LUMPUR - Pelakon Ako Mustapha bakal dijatuhi hukuman pada 21 April depan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini setelah dia mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang jurusolek bukan Islam dua tahun lalu. Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhamad menetapkan tarikh tersebut setelah Ako semalam mengekalkan pengakuan bersalah yang dibuat pada 22 Januari lalu, iaitu sehari selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya. Ako yang terkenal dengan drama Sephia didakwa di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan berhadapan hukuman denda maksimum RM3,000 atau hukuman penjara dua tahun. Wan Mahyuddin memutuskan tarikh tersebut setelah dimaklumkan oleh peguam syarie, Zuri Zabudin Budiman yang mewakili Ako bahawa pihaknya tidak bersedia untuk membuat rayuan pada prosiding semalam. "Saya baru dilantik hari ini. Justeru, saya mohon tarikh sebutan lain bagi menyediakan hujahan bertulis untuk meringankan hukuman," kata beliau yang turut tidak dibantah pihak pendakwa. Pada 21 Januari lalu, Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 38, yang gagal hadir kali keempat ke mahkamah untuk mendengar pertuduhan khalwat telah dikenakan waran tangkap. Ako memberi alasan tidak dapat hadir ke mahkamah kerana pada tarikh sebutan kes itu dia masih berada di Sabah kerana baru bernikah dengan pasangannya, Kartina Shuib, 29, pada 17 Januari lalu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 8:44 am | |
| Norman-Memey mahu dakwaan khalwat dikaji Norman bersama Memey Suhaiza berbincang sesuatu di luar Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam.
KUALA LUMPUR - Aktor Norman Hakim dan pelakon muda Memey Suhaiza telah mengemukakan representasi kes tangkap khalwat mereka kepada Ketua Pendakwa Syarie Selangor untuk dikaji dan diteliti semula.
Perkara itu dimaklumkan peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili kedua-dua artis tersebut kepada Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhamad di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam.
"Representasi tersebut dihantar pada 26 Februari lalu namun kami belum menerima maklum balas," kata beliau.
Pegawai pendakwa syarie, Zusyarafain Yusof pula berkata, pihaknya tidak berhasrat meneruskan perbicaraan sehingga keputusan representasi itu diketahui.
Wan Mahyuddin kemudian menetapkan kes itu disebut semula 7 April bagi memberi peluang kepada Ketua Pendakwa Syarie meneliti representasi berkenaan.
"Tarikh tersebut adalah untuk mengetahui keputusan representasi sama ada kes digugurkan atau tidak, namun jika ada kes, kita akan teruskan perbicaraan," kata beliau.
Norman, 33, dan Memey, 21, yang bukan mahram didakwa berada dalam keadaan mencurigakan pada pukul 3 pagi 30 Oktober 2008 di pejabat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang dekat sini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 9:25 am | |
| Zaleha Hamid lepas buang batu buang hempedu ZALEHA menunjukkan batu yang dikeluarkan dari hempedunya selepas keluar dari HKL semalam. KUALA LUMPUR - Setelah menderita sejak 10 bulan lalu akibat masalah batu dalam hempedu, penyanyi dangdut veteran terkenal sekitar tahun 70-an, Zaleha Hamid, kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan. Zaleha atau nama sebenarnya Siti Zaleha Abdul Hamid, 53, dibedah di Wad Pembedahan 11 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 27 Februari lalu setelah doktor mengesahkan terdapat batu di hempedunya. Menurut Zaleha, batu itu dikesan melalui ujian imbasan yang dilakukan di sebuah klinik swasta di Johor Bahru pada Ogos tahun lalu. "Apabila pembedahan dilakukan di HKL baru-baru ini, doktor mendapati bukan sebiji batu, sebaliknya terdapat dua biji lagi yang bercantum dengan hempedu saya. "Pembedahan segera diteruskan untuk membuang ketiga-tiga biji batu kecil, namun dua batu pecah bersama-sama hempedu saya. "Oleh kerana itu, doktor terus mengambil keputusan untuk membuang hempedu saya bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku,'' jelasnya ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan wang berjumlah RM1,000 daripada Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di Kompleks Kuarters HKL di sini semalam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 10:44 am | |
| Teman istimewa Haziq"Saya tidak kisah untuk berkongsi tentang kisah cinta saya dengan masyarakat. Cuma sekarang saya lebih gemar cakap tentang karier serta pelajaran berbanding perihal cinta" – HAZIQDALAM blog peribadi Hazwan Haziq Rosebi atau lebih dikenali sebagai Haziq, haziqganyut.blogspot.com, secara terang-terangan dia menyebut tentang 'seseorang' yang ditafsir istimewa dalam hidupnya. Barangkali, itu tandanya Haziq sudah ada komitmen bersama teman wanita yang selayaknya digelar kekasih pujaan hati. Bermacam-macam lagi coretan Haziq tentang aktiviti yang dilakukan bersama si dia, termasuk menonton wayang dan keluar bersama-sama. Alahai, tidak ubah ibarat pasangan berkasih. Reaksi anak muda yang baru menginjak usia 21 tahun pada 7 Januari lalu apabila ditemu bual Kosmo! baru-baru ini, sekadar tertawa besar apabila diajukan pertanyaan nakal itu. "Percayalah, saya tidak bercinta dengan sesiapa buat masa ini. Boleh dikatakan kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing, namun ia tidak bermakna kami bercinta. "Saya anggap dia sebagai kawan sahaja, tidak lebih daripada hubungan persahabatan semata-mata," ungkap Haziq enggan berselindung. Terus menyambung bicara, Haziq memberitahu, waktu itu dia sedang gian menulis blog, lantas dia tidak menyangka perkara itu dipandang serius oleh sesetengah pihak yang berprasangka negatif. "Semasa tengah suka tulis blog, saya memang suka menulis macam-macam perkara. Lebih-lebih lagi saya tidak tahu ada orang lain yang akan membacanya kerana saya beranggapan ia milik peribadi. "Saya tidak tahulah pula orang lain akan timbulkan pelbagai spekulasi tentang coretan saya dalam blog ini," akui Haziq sedikit kesal. Bekas pelajar Akademi Fantasia 4 (AF4) itu mengaku dia belum bersedia untuk mempunyai teman wanita istimewa dalam waktu terdekat ini. "Saya masih muda, sedang melanjutkan pengajian dan memerlukan banyak masa lagi bagi menyiapkan diri menjadi penyanyi yang berjaya. "Belum lagi terfikir ke arah ini (bercinta). Biar saya teruskan cita-cita yang diidamkan dalam lapangan seni terlebih dahulu sebelum berbicara perihal remeh-temeh seperti cinta. "Janganlah risau. Andai suatu hari nanti saya bercinta, saya tidak akan sesekali menyorokkan perkara yang baik kepada peminat. "Saya tidak kisah untuk berkongsi tentang kisah cinta saya dengan masyarakat. "Cuma sekarang saya lebih gemar cakap tentang karier serta pelajaran berbanding perihal cinta," akui Haziq yang suaranya jelas kedengaran agak kurang selesa, tatkala persoalan cinta menjadi topik perbualan. Ingin tampil sihatBagai menjadi trend pada masa kini apabila ada sesetengah anak muda, yang sanggup menghabiskan waktu berjam-jam berada dalam gimnasium bagi 'mencantikkan' badan mereka. Haziq juga tidak terkecuali apabila bercakap dalam soal itu. Dia sanggup menghabiskan masa yang panjang demi inginkan badan yang kelihatan menawan. LEBIH KURUS. Haziq ke gimnasium untuk menyihatkan badan. Lihat sahajalah bentuk badan Haziq kini yang semakin kurus berbanding kemunculan awalnya dalam AF4 sejak dua tahun lalu. "Saya pergi ke gimnasium sebenarnya bukan kerana teringin badan yang berketul-ketul, sebaliknya saya ingin badan yang kelihatan seimbang dan sihat. "Selain itu, saya juga mahukan tubuh badan sentiasa terkawal termasuk menerusi penjagaan pemakanan. "Ada perubahan juga setelah saya selalu pergi ke gimnasium. Sebelum ini, berat badan saya dalam lingkungan 70 kilogram, sekarang sudah berkurangan jadi 65 kilogram," katanya yang sering mengunjungi gimnasium yang terletak di Bangsar. Teruja dengan Zapin SuriTiada yang lebih membahagiakan Haziq apabila penantian selama dua tahun untuk punya album sendiri akhirnya termakbul dengan kemunculan album perdana dengan genre muzik pop tradisional, Zapin Suri. Luah Haziq, dia cukup bersyukur kerana akhirnya impian untuk memiliki album tercapai jua walaupun menghampiri waktu dua tahun menanti dengan penuh kesabaran. "Bersyukur dan gembira sangat kerana Zapin Suri menjadi album yang memang saya tunggu-tunggu selama ini. "Puas hati perasaan saya. Sekurang-kurangnya selepas ini kalau saya ingin menjayakan undangan nyanyian, saya sudah boleh nyanyikan lagu sendiri yang peminat biasa terdengar. "Walaupun lambat muncul, tetapi saya tetap okey kerana saya begitu mementingkan kualitinya sebelum keluar menemui para peminat. "Kalau buat cepat-cepat, bimbang pula hasilnya nanti jadi kurang memuaskan. Lebih baik saya tunggu sekejap," ujar Haziq. HAZIQ semakin yakin dengan penampilan terbarunya. Mula memasuki studio sejak tahun 2007, proses pembikinan Zapin Suri kata Haziq, tidak berjalan dengan begitu pantas, sepantas seperti penghasilan album penyanyi lain. "Album saya ini dihasilkan dengan perlahan-lahan. Rakam lagu pertama, kemudian dua atau tiga bulan akan datang barulah saya akan memasuki studio semula bagi merakam lagu-lagu seterusnya. "Setelah album ini berjaya disempurnakan, saya cukup gembira dengan keseluruhan lagu-lagu yang ada di dalam album Zapin Suri. "Ada kelainan yang dapat saya perhatikan. Tidak semua lagu-lagu dalam album ini berunsurkan tradisional sahaja. "Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini akan kedengaran macam irama Pop Melayu pada tahun 70-an dan 80-an, malah lagu dengan rentak balada juga ditampilkan ala-ala lagu pada tahun yang sama. "Proses pembikinan album ini dijalankan dengan penuh teliti, memuatkan pelbagai irama tradisional yang mampu mencuri perhatian seperti joget, zapin dan gurindam, lantas menyerlahkan kepelbagaian penyampaian saya. "Memang album ini lain daripada yang lain ditambah dengan ingin meluaskan sasaran peminat saya," jawab Haziq dalam lontaran suara lembut. Percubaan berani Haziq yang menongkah arus wajar diberi sokongan kerana usahanya memelihara irama tradisional kebanggaan negara daripada lenyap ditelan arus zaman, tidak pernah goyah. Pesona suaranya yang lunak tidak dinafikan berupaya membangkitkan nostalgia apatah lagi dengan sentuhan daripada nama-nama tersohor dalam lapangan seni seperti Pak Ngah, Sham Kamikaze, S. Atan dan Arab demi memberi kekuatan kepada Zapin Suri. Haziq bagaimanapun tidak melupakan terus peminat generasi muda yang kemungkinan mendambakan sesuatu yang berbeza daripadanya. Haziq turut menghadiahkan mereka dengan lagu balada, Lara sentuhan Iryanda Mulia dan Akhirnya karya Sham Kamikaze. Antara produksi terbaik pernah diterbitkan di bawah label Maestro Records, Zapin Suri yang berada di pasaran sejak beberapa minggu lalu juga menghadiahkan peminat himpunan foto menarik Haziq yang mengimbau nostalgia lama. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 10:47 am | |
| Geng perlu pembelaan di pawagam GENG: Pengembaraan Bermula merupakan filem yang sesuai untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat. GENG: Pengembaraan Bermula (Geng) merupakan filem animasi pertama yang berjaya mencipta fenomena dalam industri perfileman tanah air. Buktinya, filem terbitan Les' Copaque Production Sdn. Bhd., (LCPSB) itu merupakan filem tempatan termahal dengan kos hampir RM4 juta. Malah, sejak ditayangkan pada 12 Februari lalu di pawagam-pawagam seluruh negara, Geng berjaya mengaut kutipan tiket lebih RM4 juta. Difahamkan kebanyakan tiket tayangan filem itu pada hujung minggu juga habis dijual walaupun adakala jumlah tayangannya tujuh kali sehari! Ada juga pawagam yang terpaksa menambah jumlah pawagam kerana tidak mampu menampung bilangan penonton yang bertambah. Filem arahan Mohd. Nizam Abd. Razak itu berjaya membuatkan tauke pawagam-pawagam tersenyum lebar kerana sambutan di luar dugaan itu. Namun, agak menghairankan ketika sambutan Geng semakin hangat, pihak pawagam kononnya dikatakan mahu menarik tayangan filem tersebut. Antara alasan tidak masuk akal yang diberi kerana mereka mahu 'memberi laluan' kepada banyak filem lain termasuklah filem tempatan dan asing. Persoalannya, mengapa perlu ditarik tayangan filem yang sedang mendapat sambutan ramai berbanding filem lain yang mereka belum pasti untungnya? Biasanya filem tempatan yang melalui Skim Wajib Tayang dan bermasalah kalau tayangannya di pawagam selama 14 hari tidak mendapat sambutan para penonton. Ini kerana, pihak pawagam boleh menarik tayangan sesebuah filem itu jika sambutannya dingin dan akan digantikan pula dengan filem lain. Bagaimanapun, dalam kes Geng ia terbalik kerana biarpun sambutannya hebat tetapi tayangannya pula mahu ditarik kerana alasan yang tidak logik itu. Secara logiknya, pawagam tentulah akan memanjangkan tayangan sesebuah filem jika sambutannya baik kerana ia akan menguntungkan mereka. Dalam kes ini, seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena apabila masalah seperti itu timbul kerana ia jarang-jarang berlaku dalam industri perfileman tempatan. Pihak-pihak seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) haruslah tampil ke depan bagi membantu masalah yang sedang dihadapi oleh filem seperti Geng. Sebabnya, bukan selalu filem tempatan seperti Geng mencipta fenomena dengan mengalahkan kutipan tiket filem-filem hebat dari luar negara. Geng misalnya, mengutip kutipan tiket RM1.75 juta pada minggu pertama tayangannya mengalahkan filem Hollywood seperti Valkyrie. Dimaklumkan, Geng turut menewaskan filem seperti The Curious Case of Benjamin Button dan Slumdog Millionaire yang turut ditayangkan serentak ketika itu. Apa pun tahniah kepada Finas kerana mewujudkan Skim Wajib Tayang selama 14 hari kepada filem-filem tempatan untuk dipatuhi oleh pihak pawagam. Tetapi nampaknya ia masih belum memadai dan Finas harus mengemaskini skim itu supaya ia bersesuaian dengan keadaan semasa. Finas misalnya, boleh menambah peraturan skim itu dengan mensyaratkan pihak pawagam melanjutkan tayangan filem jika sambutannya baik. Lanjutan tayangan itu boleh diberi kepada filem yang berjaya menarik lebih 30 peratus penonton ke pawagam selepas sahaja tempoh Skim Wajib Tayang tamat. Senario itulah yang berlaku kepada Geng kerana biarpun selepas 14 hari ditayangkan, tetapi filem animasi itu terus mendapat sambutan hebat para penonton. Biarpun selepas tamat Skim Wajib Tayang, namun filem itu masih mampu menarik lebih 30 peratus penonton dalam kapasiti sesebuah pawagam ketika ia ditayangkan. Selain Finas, persatuan seperti Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM) juga sepatutnya tampil ke depan membantu Geng. PFM mahupun Finas seharusnya campur tangan membela filem Melayu seperti Geng dan berdepan dengan pihak pawagam supaya masalah itu dapat diatasi. Tindakan segera perlu diambil kerana filem edaran Grand Brilliance Sdn. Bhd., itu mampu meraih kutipan tiket lebih RM5 juta dalam waktu terdekat ini jika ia terus ditayangkan. Jika tidak, ia bukan sahaja akan merugikan pihak penerbit seperti LCPSB dan pawagam daripada segi kutipan tiket yang bakal mereka raih. Malah, para peminat watak popular Upin dan Ipin dalam filem itu juga akan berputih mata kerana masih ramai lagi yang belum menontonnya di pawagam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 10:57 am | |
| Erma sedih dan kecewa AMAN Graseka (dua dari kanan) membawakan watak Usman dalam Sirah Junjungan.
“SAYA tidak kisah kalau kurang mendapat penajaan. Tetapi, hati saya sedih dan kecewa kerana ada pihak yang sanggup kata jalan cerita pementasan Sirah Junjungan tidak begitu menarik.”
Itu nada kecewa yang diluahkan oleh pengarah teater muzikal Islamik, Sirah Junjungan, Erma Fatima saat diaju soalan tentang perkembangan terkini pementasan teater tersebut.
Menurut Erma, Sirah Junjungan bukannya sama dengan teater muzikal lain dan ia mengisahkan tentang riwayat hidup Rasulullah s.a.w.
Jelasnya, mesej penting yang ingin disampaikan menerusi Sirah Junjungan adalah mengenai perjuangan Rasulullah menegakkan syiar Islam meski dicerca dan mendapat tentangan kaum Quraisy.
“Sudahlah penaja susah hendak dapat. Ini ada pula yang sanggup kata jalan cerita pementasan perjuangan Nabi Muhammad ini tidak menarik.
“Saya sangat kecewa dan sedih,” kata Erma saat ditemui pada sesi latihan Sirah Junjungan di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sirah Junjungan musim kedua terbitan Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia itu bakal dipentaskan di Istana Budaya bermula 9 hingga 22 Mac ini.
Barisan pelakon yang membintangi Sirah Junjungan adalah Vanida Imran selaku Siti Khadijah, Rebecca Nur Al Islam (Hendon), Ahmad Yatim (Abu Talib), Aman Graseka (Usman) serta Mazlan Tahir selaku pencerita dan penyumbang suara untuk watak Muhammad.
Pelakon-pelakon lain, Wong Sip Nen, Shahronizam Noor serta Jessie Lim.
Menyambung bicara, Erma berkata, biarpun kepayahan mendapatkan penajaan dan berhadapan dengan kata-kata pedih terhadap jalan cerita Sirah Junjungan, dia enggan mengalah kerana ini adalah tanggungjawabnya selaku insan seni.
“Kita lihat, Rasulullah bukan sahaja ditentang pada zamannya tetapi sehingga kini, Barat dan media-media mereka menyiarkan propaganda memburukkan Baginda.
“Justeru, sebagai orang Islam dan insan seni, saya harus lakukan sesuatu. Melalui pementasan inilah, saya dapat memperlihatkan hebatnya perjuangan Rasulullah,’’ ujarnya.
Mengenai penajaan, Erma memberitahu, seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, pihaknya telah menghantar sebanyak 40 kertas kerja kepada pihak swasta dan korporat.
Malangnya, kata Erma, sehingga kini, sambutan yang diterima cukup mengecewakan.
“Cuma ada Tabung Haji. Universiti Multimedia pula menaja dalam proses pembikinan visual dan kesan khas selain penaja untuk pakaian. Dapatlah ringankan beban kami.
“Saya juga bersyukur kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sudi menjadi penaung pementasan teater ini dan telah banyak membantu,’’ katanya.
Menurutnya, kepayahan mendapatkan penajaan sedikitpun tidak melemahkan semangatnya dan perjuangan Rasulullah memberinya perangsang untuk bangkit meneruskan pementasan teater berkenaan.
“Bila saya patah semangat, Rasulullah sering kali saya jadikan contoh terbaik untuk tidak mudah menyerah kalah.
“Meski terpaksa bergolok gadai dan keluarkan duit poket sendiri, saya tetap akan teruskan pementasan ini,’’ ujarnya.
Sesi latihan berjalan lancar
Sementara itu, ditanya mengenai sesi latihan, Erma memberitahu bahawa segalanya berjalan dengan lancar.
Katanya, komitmen pelakon yang terlibat dalam pementasan Sirah Junjungan juga cukup baik.
“Kita ada lebih kurang 300 pelakon. Latihan sudah dijalankan sejak dua minggu lalu.
“Selain pelakon ternama, kita menggunakan khidmat artis Istana Budaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa serta Persatuan Silat Makrifat,’’ jelasnya.
Menurut Erma, Sirah Junjungan musim kedua tidak terlepas daripada menjalani proses penambahbaikan seperti set pentas dan beberapa penambahan lain.
“Kalau di musim pertama, ia lebih kepada nyanyian tetapi untuk musim ini kita masukkan tarian.
“Apa yang saya hendak katakan ia lebih hebat berbanding musim lepas,’’ tambahnya.
Selain pelakon ternama, Sirah Junjungan turut menampilkan empat penyanyi undangan iaitu Datin Seri Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah, Amy dan Mawi pada malam yang berbeza.
Tiket-tiket berharga dari RM30 hingga RM200 sudah pun mula dijual dan sebarang pertanyaan bolehlah kunjungi Box Office, Istana Budaya atau hubungi talian 03-4025 5558. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 11:05 am | |
| Lagu tema Keliwon tak kenaSETIAP hari Khamis malam Jumaat, Papa memang tidak melepaskan peluang untuk menonton slot Seram di TV3 yang menayangkan kisah-kisah seram menerusi drama Keliwon. Kisah-kisah dalam drama itu memang cukup menarik dan setidak-tidaknya ia menonjolkan kisah-kisah seram yang selama ini tidak ketahui. Papa percaya juga ada kisah yang ditayangkan itu memang berlaku dalam masyarakat kita terutama apabila melibatkan pemujaan, dendam, dengki dan khianat. Namun, yang tak sedapnya itu, lagu tema Keliwon itu memang tak sesuai langsung dengan cerita itu dan Papa sifatkan pemilihan lagu berjudul Jangan Kau Pergi nyanyian Farawahida macam tidak kena. Judul lagu itu ada kaitan dengan cinta tetapi menjadi lagu tema untuk sebuah drama seram. Papa tidak salahkan Fara tetapi pihak yang memilih lagu itu ternyata telah membuat satu kesilapan. Tidak salah kalau nak letak lagu tema tapi biarlah kena pada tempatnya. Kalau tak ada lagu tema pun Papa rasa okey sebab drama-drama dalam slot Seram sebelum ini pun memang tidak ada lagu tema. Maafkanlah Papa, kalau apa yang Papa tegur di sini mengguris hati sesetengah pihak. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 11:33 am | |
| Rozita kahwin suami artis? SEBENARNYA cerita ini sudah lama dihebahkan oleh rakan-rakan Papa yang terdiri daripada wartawan-wartawan hiburan. Di kalangan mereka, kecoh memperkatakan mengenai aktres cantik Rozita Che Wan yang khabarnya disunting sebagai isteri kedua. Yang menariknya, lelaki yang dimaksudkan sebagai suami Rozita ialah seorang usahawan ternama yang juga suami kepada seorang artis wanita. Kalau sebelum ini, Rozita pernah didakwa menerima hadiah kereta mewah daripada Datuk Khalid Mohammad Jiwa atau Datuk K (yang juga suami Datuk Siti Nurhaliza), kini dia sekali lagi menjadi mangsa spekulasi liar. Kepada Rozita, Papa ajukan soalan tersebut dan seperti sudah dijangka, dia sekali lagi ketawa besar. "Saya hairan betul kenapa asyik saya yang menjadi mangsa gosip. Kalau sebut kahwin suami orang saja, asyik nama saya yang akan timbul. "Kalau dahulu saya dikaitkan dengan Datuk K, kini saya cuba dikaitkan pula dengan seorang lagi suami artis. "Cukup-cukuplah buat cerita yang tak betul. Saya dah penat nak layan gosip yang sebegini. Buat masa sekarang saya masih lagi solo dan tidak terikat dengan mana-mana lelaki terutamanya suami orang," kata Rozita menjawab dakwaan tidak berasas itu. Kepada Papa juga, Rozita berpesan: "Kalau Papa dengar apa-apa cerita pasal skandal terbaru saya, baik Papa telefon saya dan dapatkan pengesahan saya. Tak seronoklah hidup kalau saya asyik menjadi mangsa permainan gosip." Selepas mendengar penjelasan Rozita menerusi perbualan telefon tempoh hari, Papa cuba memahami kedudukannya. M.Nasir's latest video clip Juwita (Citra Terindah). Papa tidak sama sekali menyalahkan Rozita hanya kerana dia cantik, popular dan bergelar ibu tunggal. Ini kerana banyak juga lelaki yang Papa kenal sangat menggemari wanita yang datangnya dari kelompok sebegini. Jadi, kalau Rozita mendapat perhatian mereka, ia bukan salah Rozita. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 11:46 am | |
| Rozita nafi nikah Datuk Seri Effendi SATU demi satu gosip mengaitkan diri aktres Rozita Che Wan dengan orang kenamaan tidak pernah lekang di bibir penggemar media hiburan lebih-lebih lagi apabila pelayar internet kini sedang membincangkan isu Rozita telah bernikah dengan suami produser Datin Seri Tiara Jacquelina iaitu Datuk Seri Effendi Norwawi. Bagaimanapun, Rozita menafikan pernikahan tersebut malah turut menyatakan dia tidak pernah berjumpa dengan Effendi. “Bukan saya yang bernikah dengan Datuk Effendi. Saya bukan sahaja tak pernah jumpa Datuk Effendi, mimpi pun tidak,” jelas Rozita ringkas. Ujar Rozita, masuk kali ini sudah banyak gosipnya dikatakan bernikah dengan ‘Datuk’ atau ‘Tan Sri’ sedangkan dia tiada sesiapa pun. Gosip pertama dahulu adalah Datuk J, seterusnya satu demi satu seperti Tan Sri R, Datuk Seri Khalid Muhd. Jiwa, dan terkini Datuk Seri Effendi. Rozita nafi bernikah dengan suami Tiara, Datuk Seri Effendy seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. -foto The Star oleh MOHD. SAHAR MISNI Kadangkala, terbit di hatinya ‘tidak seronok menjadi Rozita Che Wan’. “Selepas ini saya tak tahu lagi 'Datuk' atau 'Tan Sri' mana lagi yang akan dikaitkan dengan saya. "Apabila timbul gosip-gosip ini, saya rasa seperti orang memandang saya sebagai seorang yang materialistik sebab memilih ‘Datuk’ dan ‘Tan Sri’ sahaja. “Orang tidak habis-habis mengata saya mendapat hadiah kereta, bernikah di London dan macam-macam lagi. “Kalau gosip itu betul, saya takkan berlakon lagi. Saya juga tiada istilah ‘cover line’,” kata wanita berusia 36 tahun ini. Yang memeningkan kepala ibu tunggal ini apabila setiap kali suami artis berkahwin lain, tuduhan itu akan disasarkan kepada dirinya. “Nanti saya kahwin betul-betul, baru tahu,” gurau ibu kepada dua orang anak ini. Disebabkan gosip-gosip itu, Rozita pernah mendapat panggilan telefon yang meminta dirinya berhati-hati. Menurut Rozita, dia telah membujang kira-kira enam tahun dan sehingga kini belum terbuka pintu hati untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua. Rozita juga menjelaskan isu dia menolak tawaran berlakon filem Dimensi Cinta. “Apabila saya sudah terbiasa hidup seorang, mulalah hidup saya menjadi cerewet. Lagipun, saya fikir bila hidup seorang ni tiada siapa yang nak sakitkan hati saya. Namun, semuanya saya mengikut kepada nasib. “Sebelum ini, ada sahaja orang yang menawarkan diri untuk berkenalan dan macam-macam lagi. “Tetapi, kalau ikutkan hati, saya nak pilih lelaki biasa sahaja kerana rasa diri saya tak setaraf dengan orang kenamaan sebab saya jenis orang biasa dan bukan ‘maintain’. “Saya juga mahukan lelaki yang berusia bawah dari 45 tahun dan berstatus bujang,” kata Rozita. Namun begitu, dia redha andai ditakdirkan menjadi isteri kedua. “Saya redha jika terpaksa menjadi isteri kedua tetapi saya tidak akan meminta lebih-lebih. “Kalau saya berkahwin dengan suami orang, saya takkan merahsiakannya sebab saya akan menggalas status seorang isteri,” beritahunya yang baru meraikan perkahwinan adiknya, Jaja di Carcosa Seri Negara pada 28 Februari lalu. Rozita, Lisa (kanan) dan Yana bakal bergandingan di dalam drama 13 episod '3 Janda'. Bukan tolak berlakon filem Dimensi CintaDalam pada itu, Rozita juga menjelaskan isu mendakwa dia sengaja menolak tawaran berlakon filem 'Dimensi Cinta'. “Saya bukan sengaja menolak berlakon filem 'Dimensi Cinta' tetapi kalau boleh saya nak berlakon filem yang memberikan watak berlainan kerana penonton mengeluarkan duit untuk menonton filem lakonan saya. “Lagipun, saya belum menandatangani sebarang kontrak dan berjanji untuk berlakon filem itu. “Semasa datang pada hari pelancaran filem ini dulu, saya juga belum mendapat skrip dan tidak tahu watak yang bakal dilakonkan. Yang saya tahu masa tu adalah watak pembantu,” ulas wanita yang baru mengikat kontrak sebagai duta kosmetik Avon. Dia mengikat kontrak selama setahun mulai tahun ini.Kejelitaan Rozita membuatkan ramai lelaki yang terpikat dengannya. Selain itu, Rozita juga sibuk menjalani pengambaran drama di samping menanti banyak drama lakonannya sebelum ini yang masih belum disiarkan. Menurut Rozita, selepas bergelar pelakon sejak lebih tiga tahun lalu, kini dia sudah menjayakan kira-kira 100 buah drama dan empat buah filem. Antara filem tersebut adalah ‘Jangan Tegur’, ‘Sifu & Tongga’, ‘Kantoi’ dan ‘Misteri Balan-Balan’. Tidak lama lagi, Rozita akan memasuki pengambaran filem ‘Aman’ di bawah arahan Prof. Hatta Azad Khan. Dia akan berlakon di samping kumpulan Senario dan Eman Manan. “Saya akan memegang watak isteri kepada Eman Manan yang suka berhias dengan sanggul di kepala dan ‘glamour’,” cerita Rozita mengenai serba-sedikit filem yang bergenre komedi itu. Menjanda akibat fokus kerja dan abai suamiTerbaru, Rozita akan menjalani pengambaran drama 13 episod ‘3 Janda’ di mana dia memegang watak Kartika Zambri, seorang wanita korporat yang tegas dan garang, fokus kepada kerja sehingga mengabaikan suaminya, Raqib sehingga akhirnya mereka bercerai. Dia merupakan kakak sulung kepada Intan (Lisa Surihani) dan Suria (Norliana Samsudin) yang turut mengalami nasib yang sama dengannya iaitu memegang status janda dengan kisah hidup yang berbeza. “Drama ini mempunyai kena-mengena dengan hidup saya tetapi kehidupan berkahwin dengan lelaki muda itu adalah tidak sama,” ujar Rozita. Drama terbitan MIG Beats Sdn. Bhd. untuk siaran Astro ini akan memulakan pengambaran sekitar Kuala Lumpur mulai 5 Mac ini di bawah arahan Nor Jauza Rasidi (Joeza) yang pernah mengarah drama Renjis musim pertama. Drama ini akan menggantikan drama episod Mertua Vs Menantu dalam slot yang sama mulai 22 April di Astro Prima (saluran 105), setiap Rabu, pukul 10 malam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 11:58 am | |
| Tanya soalan tak cerdikSEBAIK mendengar berita ini, Papa ketawa sampai berguling-guling. Kalau boleh dikategorikan sebagai cerita lucu, Papa fikir soalan yang ditanyakan personaliti tersebut boleh menewaskan filem-filem komedi Prof Madya A. Razak Mohaideen. Mahu tahu ceritanya? Ia berlaku di sebuah majlis pelancaran sebuah buku tulisan personaliti popular baru-baru ini. Seperti mana yang semua orang ketahui, majlis pelancaran buku itu disempurnakan oleh artis popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang baru sahaja kehilangan bapanya, Allahyarham Tarudin Ismail. Selesai majlis pelancaran buku berkenaan, tiba masa untuk sesi temu ramah bersama Siti. Seperti biasalah, artis yang cukup terkenal dengan keramahannya ini bijak menjawab soalan wartawan dengan baik walaupun di wajahnya masih terserlah kesedihan. Semasa sesi soal jawab soalan, tiba-tiba, seorang personaliti popular dari sebuah stesen telah bertanyakan soalan yang membuatkan wartawan lain berpandangan sesama sendiri. Mahu tahu apa bunyi soalan itu? Soalan yang ditanya personaliti itu berbunyi begini: "Lagu apakah yang anda dengar ketika berkabung?" Sebaik selesai bertanya soalan itu, semua wartawan yang menyertai sesi soal jawab itu terdiam seketika. Mahunya tidak, perlukah bertanya soalan yang sedemikian kepada artis yang sedang bersedih di atas pemergian orang tercinta. Mujurlah Siti artis yang berpengalaman dan bijak menangkis setiap soalan yang ditanya. Biarpun kelihatan terkebil-kebil mendengar soalan itu, Siti menjawabnya dengan penuh berhemah. Jawapan yang diberikan oleh Siti kepada soalan personaliti itu ialah: "Saya tidak mendengar apa-apa lagu selain selawat dan berdoa untuk kesejahteraan orang yang sudah pergi meninggalkan kita." Nah, kan dah malu sendiri. Sepatutnya personaliti tersebut lebih peka dan sensitif kepada soalan yang mahu ditanya. Seperti kata Nabil, lu fikirlah sendiri... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 12:13 pm | |
| (Gambar) Landing Sebelah Fauziah Gous Pun Enak Juga - Iqram Dinzly |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 12:20 pm | |
| 'Saya perlu profesional' DUNIA lakonan sudah cukup sebati dengan Nik Shahri'ah Nik Dir, 25 atau Nisha Dirr. Gadis kelahiran Kuala Lumpur pada 7 Disember 1983 ini sudah membuktikan bakat lakonannya apabila membintangi lebih 40 drama dengan membawakan pelbagai watak yang disiarkan di beberapa stesen televisyen. Paling ketara kejayaan membawa watak Tania dalam drama bersiri popular Spa Q (TV3) yang ternyata meninggalkan kesan tersendiri buatnya. Jika musim pertama Nisha diberi peranan wanita gedik dan mengada-gada sehingga membuatkan penonton menyampah melihat aksinya, musim ini perkembangan karakter Nisha membuatkan penonton bersimpati dengan nasibnya. "Berbanding siri pertama perkembangan karakter Tania lebih berbeza. Daripada watak perempuan gedik, Tania mula berubah kepada watak baik dan cukup setia kepada teman lelakinya. "Jika watak musim pertama penonton menyampah melihat watak saya sebaliknya pula untuk musim ini. Dulu orang sentiasa keji dan benci Tania namun kali ini peminat lebih simpati. "Saya sendiri tidak suka melihat aksi lakonan gedik dan mengada-gada. Apatah lagi apabila mengaitkan karakter sebenar di luar yang jauh sekali berbeza. Bagaimanapun, apa hendak buat karakter lakonan memerlukan penampilan begitu. Saya akur dan profesional dalam hal ini kerana ia membabitkan periuk nasi. "Kadangkala saya sendiri takut kalau peminat beranggapan karakter sebenar seperti dalam lakonan. Saya akui cukup penat untuk menjiwai watak jahat berbanding watak gadis baik. Untuk membawakan watak berkenaan saya sering mendapatkan rujukan daripada pengarah. "Saya juga kerap menghabiskan masa menonton beberapa filem atau drama berkaitan karakter yang diberikan," katanya. Pelakon dan model yang menjadikan Nasir Bilal Khan sebagai idolanya ini mengakui gembira dapat bekerjasama dengan kru produksi Spa Q terbitan Global Station Sdn Bhd. Katanya, peluang berlakon dengan beberapa nama besar dan popular seperti Norish Karman, Azizah Mahzan, Zizie Ezette dan Jasmin Hamid memberikan pengalaman cukup berharga buat dirinya dalam meningkatkan mutu lakonan pada masa akan datang. "Saya seronok bekerja dengan barisan pelakon dan kru penerbitan Spa Q. Masing-masing boleh bekerjasama antara satu sama lain. Walaupun penggambaran memakan tempoh yang panjang, tidak timbul soal salah faham atau sebaliknya," kata Nisha yang pernah membuat penampilan khas di layar perak menerusi filem Man Laksa arahan Mamat Khalid. Walaupun karakter lakonan agak feminin, ramai yang tidak tahu gadis yang mula serius dalam bidang lakonan sejak empat tahun dulu ini cukup meminati aktiviti bersukan. Nisha sebelum ini pernah mewakili sekolahnya dalam pertandingan bola jaring selain kerap menghabiskan masa menonton perlawanan bola sepak Liga Kebangsaan bersama teman. "Mungkin orang lihat saya kerap tampil dengan watak gadis sopan santun. Ramai yang tidak menyangka saya meminati bola sepak terutama membabitkan perlawanan pasukan Selangor dan kebangsaan. Jika berkesempatan saya pasti meluangkan masa menyaksikan perlawanan bola sepak bersama rakan-rakan di stadium. "Hendak diikutkan saya memang aktif bersukan ketika menuntut di sekolah menengah lagi. Cuma sekarang ini aktiviti sukan agak terbatas disebabkan terikat dengan jadual perjalanan seni. "Kadangkala saya curi juga waktu untuk melakukan senaman untuk menjaga stamina dan kesihatan sebagai persediaan menempuhi penggambaran yang panjang," katanya. Nisha yang baru saja selesai penggambaran telefilem 1511 yang berbentuk epik dengan membawakan watak Tun Fatimah bersama produksi Magical Teater untuk terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Telemovie khas itu dirakamkan demi memartabatkan tradisi dan budaya masyarakat Melayu. Berbicara lanjut mengenai karier seni, Nisha bersyukur kerana diberi peluang dan kepercayaan oleh pengarah serta produksi tempatan untuk menjayakan watak dalam drama mereka. "Saya sebenarnya tidak kisah sangat ditawarkan watak apa sekalipun. Saya lebih suka versatil dalam menjayakan watak supaya dapat menonjolkan kemampuan dalam lakonan. Setakat ini, saya memang teringin sangat untuk melakonkan watak gila, nakal atau membabitkan aksi pergaduhan. "Saya bersyukur kerana rezeki dalam lakonan tidak pernah putus. Paling lama saya berehat pun sekitar dua minggu. Kesempatan waktu lapang itu akan diluangkan bersama keluarga terutama emak yang berada di Port Dickson. Saya pula cukup manja dengan emak. Setiap kali pulang ke kampung pasti terasa seperti sudah tidak mahu berganjak daripada rumah," katanya. Mengenai pasangan hidup, Nisha yang pernah mengikuti kelas lakonan, vokal, silat wayang dan tarian anjuran Akademi Seniman di bawah bimbingan Aminah Rafor, Siso dan Meor Hashim Manap sekitar tiga tahun lalu memaklumkan belum memikirkan soal jodoh sebaliknya mahu menumpukan karier terlebih dulu. >Profil
NAMA SEBENAR: Nik Shahri'ah Nik Dir
NAMA KOMERSIAL: Nisha Dirr
TEMPAT LAHIR: Hospital Kuala Lumpur
TEMPAT LAHIR: 7 Disember 1983
ZODIAK: Sagitarius
KELUARGA: Anak bongsu dua beradik
KERJAYA: Model dan Pelakon
FILEM: Man Laksa
DRAMA: Misi XX-Ray II, Ha! Cucu Opah Nak Kahwin, Aku Tanpa Cintamu, Dan Jendela Pun Terbuka, Mrs Beckham, Bayangan Wajah, Aku Cinta Aku Rindu, Akademi Cinta, Bisikanmu, Numi Supermodel, Spa-Q I & II, Ku Milik Mu, Nokhtah Dendam dan Paranoid. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 12:22 pm | |
| Erra hamil beri kelebihan BUKAN mudah untuk drama yang disiarkan menerusi saluran berbayar Astro memperoleh rating tinggi mencecah hampir sejuta penonton kerana masih ada pelbagai saluran lain menyajikan cerita menarik tempatan secara percuma. Namun, drama Mentua vs Menantu arahan Mohamed Feroz Kader, 32, dan diterajui pelakon digelar primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira, membuktikan kehebatannya. Ternyata langkah Astro mengambil Erra sebagai wajah eksklusif Astro tahun lalu membawa kejayaan kerana sebelum ini lakonan Erra tidak dapat ditonton di televisyen lain. Feroz yang berusaha melaksanakan tugasnya sebaik mungkin untuk drama terbitan MIG Production Sdn Bhd tidak menyangka drama itu akan menarik perhatian ramai. Namun, dia tidak menafikan drama itu mempunyai banyak elemen menarik termasuk jalan cerita, pemilihan pelakon yang tepat dan konflik menantu dengan mentua sememangnya isu dekat dengan penonton. "Saya memperoleh banyak input daripada penerbit, David Teo dan paling penting pelakon yang dipilih bersesuaian watak dibawa. Erra sebagai Nurul Ain begitu serasi dengan Aqasha (Rosyam). Lakonan Erra sangat bersahaja dan sepadan berlakon sebagai suami isteri dengan Aqasha. "Dia juga dapat menyesuaikan diri dengan ibu mentuanya, Datin Faridah lakonan Rozie Othman. Saya terkejut apabila diberitahu rating Mentua vs Menantu terus meningkat. Ini kerana biasa terjadi kepada sesetengah drama berepisod yang awal siaran mendapat rating bagus kemudian perlahan-lahan merudum. "Ketika mengarahkan drama itu, saya tidak berani meletakkan sasaran jumlah penonton kerana tahu sajalah selera penonton sukar diduga. "Saya yakin elemen yang ditonjolkan dalam drama itu dapat dirasai penonton kerana krisis menantu dengan mentua biasa berlaku dalam masyarakat. Disebabkan itu penonton dapat terima drama ini dengan baik. "Barangkali tuah Erra juga kerana wataknya sebagai isteri mengandung sama dengan keadaan dirinya di luar lokasi yang sarat hamil anak sulung. Jadi pembawaan Erra dalam drama itu adalah dirinya yang sebenar menjadi antara daya tarikan utama drama itu," katanya. Sehubungan itu, drama yang disiarkan di Astro Prima setiap Rabu, jam 10 malam, akan disambung 26 episod lagi untuk musim kedua selepas Erra bersalin pada pertengahan bulan ini. Akui Feroz, cabaran lebih besar menantinya untuk musim baru ini bagi mengekalkan mutu persembahan drama itu supaya lebih menarik dan terus menambat hati penonton. "Pada mulanya drama itu diterbitkan 13 episod kemudian bersambung 13 episod lagi menjadikannya 26 episod untuk musim pertama. Untuk mengembangkan jalan cerita, saya masukkan sub plot baru dan penambahan watak. "Bagi sambungan 26 episod untuk musim baru ini, saya perlu tengok skrip sama ada perlu kekalkan pelakon sedia ada atau tambah watak baru. Buat masa ini skrip belum siap dan belum tahu jalan cerita seterusnya. Dapat saja skrip nanti, saya akan berbincang dengan David," katanya. David pula berkata, dalam kebanyakan drama terbitan MIG selain kejayaan drama Jangan Main Belakang yang disiarkan di Astro Ria, Mentua vs Menantu paling menjadi. "Saya kecewa dengan penerbitan drama D-10 Forensik kerana kesilapan memilih orang yang bertanggungjawab terhadap pembikinannya. Kali ini untuk drama Mentua vs Menantu saya mengambil langkah berhati-hati supaya kesilapan lalu tidak berulang terutama dalam pemilihan pelakon dan pengarah. "Menggunakan penulis skrip berpengalaman untuk Mentua vs Menantu, ia berjaya melonjakkan rating drama ini walaupun ia disiarkan menerusi saluran berbayar. "Sebelum ini ada stesen televisyen tidak percaya saya boleh buat drama yang bagus tetapi Astro memberi kepercayaan menghasilkan drama dan kini kebanyakan drama MIG berjaya mendapat rating tinggi. "MIG turut menerbitkan drama untuk RTM dan TV3 antaranya Biar Rahsia dan Intan Asmara. Kedua-dua drama itu juga mendapat sambutan bagus. Intan Asmara mengisi slot Samarinda TV3 mendapat rating paling tinggi tahun lalu. "Tahun ini MIG dapat banyak slot drama jadi tumpuan tahun ini kepada kedua-dua medium iaitu filem dan drama. Bagaimanapun, sebelum menerbitkan drama atau filem, kita mesti tahu sasaran penonton. Oleh itu saya buat kajian untuk mengetahui cita rasa peminat filem dan drama Melayu. "Begitupun dalam banyak drama yang diterbitkan, saya menganggap Mentua vs Menantu paling sempurna kerana genre yang diutarakan menepati minat penonton kerana apa yang dipaparkan banyak berlaku dalam kehidupan masyarakat. Dalam drama ini kita tonjolkan gelagat mentua dan menantu moden," katanya. David memuji lakonan Erra yang 'hidup' dan perwatakan Aqasha sebagai 'anak emak' juga menjadi. Manakala lakonan Rozie katanya, tidak perlu dipertikaikan lagi. "Semua elemen itu menyuntik kejayaan Mentua vs Menantu. Selepas ini saya akan menerbitkan drama 13 episod Tiga Janda lakonan Lisa Surihani dan Rozita Che Wan. Seorang lagi pelakon yang juga akan pegang watak janda masih dalam pencarian. "Drama lain dalam perancangan, Embun Mutiara dan Suria Kassandra. Oleh kerana penggambaran drama berepisod mengambil masa untuk disiapkan, saya mementingkan pelakon berdisiplin. "Jika kita buat drama berepisod ia mengambil masa sebulan atau lebih. Jadi saya mahu semua yang terbabit dalam pembikinan drama itu berdisiplin. Selagi artis itu dapat memberi kerjasama yang baik, saya akan terus memberi tawaran berlakon drama terbitan MIG," katanya. Erra yang menanti masa untuk melahirkan anak sulung pertengahan bulan ini berkata, dia seronok berlakon dalam Mentua vs Menantu kerana wataknya sebagai Nurul Ain begitu 'sempoi'. Dia bekerja sebagai mekanik di bengkel kereta abangnya dan memiliki perwatakan tenang. "Paling seronok dan relaks berlakon drama ini saya tidak perlu melaram dan tanpa solekan. Sementelah lagi tengah mengandung, malas hendak berdandan. Ini penampilan kedua saya di Astro selepas drama pertama, Joe dan Faridah. "Mentua vs Menantu adalah drama serius tetapi disampaikan dalam bentuk lebih ringan dan senang 'menangkap' hati penonton. "Sebagai artis eksklusif Astro, mereka beri beberapa skrip untuk dipilih tetapi sebagai penampilan awal dalam drama, saya mahukan watak ringan. "Sebenarnya sejak dulu lagi saya teringin hendak berlakon drama tetapi tidak tahu hendak mula macam mana serta bimbang tersalah pilih. "Lalu apabila Astro membuka ruang kepada saya menjadi artis eksklusif mereka, saya percaya inilah jalan terbaik untuk mengorak langkah dalam lakonan drama. "Sekurang-kurangnya ada eksklusif dan tidaklah muka saya kelihatan di mana-mana. Peralihan kepada lakonan drama satu perkara yang baik misalnya Rosyam Nor dan Afdlin Shauki juga pelakon filem dan pada masa sama aktif berlakon drama. "Daripada penilaian itu, saya tidak nampak kekurangan di mana-mana apabila seseorang artis itu berlakon dalam dua medium sekali gus iaitu filem dan drama. Selepas bersalin dan berpantang 44 hari, saya akan menyambung kerja kerana saya memang jenis tidak boleh duduk diam. "Saya akan mulakan penggambaran Mentua vs Mentua untuk musim kedua dan menyambung pembikinan album baru yang agak lama tertangguh kerana mengandung. "Cuma saya bimbang belum berjaya mendapatkan kembali berat badan ideal. Sekarang suami (Engku Emran Engku Zainal Abidin) banyak beri saya makanan protein tetapi orang mengandung susah hendak kawal selera," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 12:26 pm | |
| Soseh Soseh: Rozita - Zizan tidak selesa digandingkan?SS tidak tahulah apakah penganjur sengaja menggandingkan Rozita Che Wan dengan Zizan Nin sebagai penyampai anugerah dalam satu majlis yang berlangsung baru-baru ini. Bukan apa, SS puji mereka berdua kerana begitu profesional apabila tidak keberatan untuk digandingkan bersama sedangkan sebelum ini timbul cerita kononnya pernah dikatakan bercinta. SS tidak tahu sejauh mana hubungan mereka berdua tetapi memang pernah ada gosip mengenai mereka. Tapi seperti biasa, kedua-duanya memberi jawapan hanya kawan biasa dan tidak lebih daripada itu apabila ditanya wartawan. Tapi SS difahamkan, si jejaka memang menyukai pelakon wanita itu tetapi malangnya dia hanya bertepuk sebelah tangan kerana cintanya tidak berbalas. Apabila digandingkan bersama di pentas, tidak nampak pula kemesraan mereka. Itulah yang disampaikan rakan SS yang berada di majlis itu. SS difahamkan, tiada tegur sapa dan kemesraan sebagaimana layaknya dua orang yang digandingkan sebagai penyampai. Sudah menjadi kebiasaan, seorang bertanya khabar dengan orang yang digandingkan dengannya sebelum membacakan senarai calon bertanding seterusnya mengumumkan pemenang. Kata rakan SS, pasangan lain seperti Rosyam Nor dan Fazura, Hans Isaac-Nasha Aziz, Jehan Miskin-Dynas dan Farid Kamil-Lisa Surihani tiada pula masalah itu malah nampak mesra. Berbeza dengan mereka berdua apabila masing-masing membawa haluan. Seorang ke kiri seorang lagi ke kanan. SS tida tahulah apa masalah mereka berdua. Apakah masih menyimpan marah dan sakit hati sampai tidak boleh bersikap profesional ketika di pentas? Persoalannya, kalau tidak boleh bersikap profesional, mengapa bersetuju untuk digandingkan? SS rasa lebih baik berterus terang dengan penganjur mengatakan tidak berapa selesa digandingkan bersama. Mungkin penganjur boleh membantu dengan menggandingkan mereka dengan pasangan lain. Apabila setuju digandingkan bersama kemudian tidak mampu berlakon dengan baik depan penonton, SS rasa perkara itu membuatkan ramai tertanya-tanya mengapa terjadi begitu. Daripada orang tidak tahu kemelut sebenar yang melanda mereka berdua, jadi tahu gara-gara kegagalan menyembunyikan perkara sebenar. Nasib baik majlis itu tidak disiarkan secara langsung. Kalau tidak, satu Malaysia melihat aksi tidak mesra mereka itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 12:34 pm | |
| Solo tapi bukan berpecah PERINGKAT awal pembabitan Damian Mikhail Seet, 31, dalam dunia seni kurang dikenali sehinggalah menganggotai kumpulan VE dan menghasilkan lagu untuk kumpulannya, lima tahun lalu. Sejak itu, popularitinya naik mendadak dan kini karya ciptaannya menjadi pilihan artis terkenal. Datuk Siti Nurhaliza pernah memberi kepercayaan kepada Damian menghasilkan lagu rancak Siti Situ Sana Sini yang turut dipilih sebagai single dalam album Transkripsi. Kini Damian melangkah setapak lagi apabila muncul dengan single terbaru secara solo, Jelita. Kehadiran single ini menguatkan lagi dakwaan kononnya VE sudah berpecah. Kata Damian, dia masih bersama VE tetapi projek solo sudah menjadi ‘trend’ biasa bagi artis berkumpulan di luar negara mahupun di negara jiran Indonesia. “Semua anggota kumpulan Black Eyed Peas dan Destiny Child pernah muncul dengan album solo termasuk kumpulan Dewa sendiri apabila vokalisnya, Once pernah menghasilkan album solo. “Bagi saya pendekatan ini adalah biasa. Sebenarnya saya masih bersama VE cuma masing-masing sibuk untuk membina kerjaya secara individu. “Mudah-mudahan kami akan bergabung kembali untuk pembikinan album terbaru dengan semangat yang lebih kuat berserta kematangan dan idea yang segar selepas semua berjaya dengan bidang masing-masing,” katanya. Aktif menerbitkan lagu untuk VE sebelum ini, Damian mengakui konsep muzik yang diketengahkan dalam Jelita tidak jauh berbeza dengan lagu VE. Katanya, single Jelita dianggap sebagai salam perkenalan untuk projek solonya dan berharap dapat memperkenalkan kemunculannya sebagai penyanyi solo. Lagu yang mula dikarang 14 Januari lalu dan memakan masa dua hari untuk disiapkan, disempurnakan liriknya oleh Cham juga anggota kumpulan VE. “Saya sebenarnya tidak rancang pun untuk muncul dengan single sebaliknya keputusan ini terlintas secara tiba-tiba. Selepas menyiapkan muziknya, saya minta Cham buat lirik dan tidak sangka judul Jelita yang dipilih ‘ngam’ dengan muzik yang dihasilkan. “Namun, cara Cham mengolah maksud Jelita ini agak menarik. Apabila sebut perkataan jelita, orang selalu tafsirkan atau kaitkan dengan wanita cantik tetapi dalam lagu ini mereka yang kurang cantik dari sudut luaran juga akan dipandang jelita jika memiliki hati mulia,” katanya. Jelita yang semakin mendapat perhatian stesen radio tempatan, mula dipasarkan sejak beberapa minggu lalu dan mereka yang berminat mendapatkan single ini boleh membuat pembelian melalui laman web www.hishousemuzik.com atau muat turun di laman web gua.muzik.com.my. Sementara itu Damian yang memeluk Islam penghujung Ogos tahun lalu mengakui hidupnya kini lebih bermakna apatah lagi selepas bertunang dengan gadis pilihan hati, Nadia Dayana Mohd Yahya, 21, pada bulan sama. Damian merancang menamatkan zaman bujang September tahun ini. Katanya, keputusan memeluk Islam dibuat atas kerelaan hatinya kerana sudah tertarik dengan Islam ketika berusia 17 tahun. “Saya berminat pada Islam sejak di tingkatan lima. Waktu itu saya ada seorang teman baik dan selalu ke rumahnya di Bangsar, Kuala Lumpur. Bapanya seorang yang warak dan selalu bercerita kepada saya kelebihan agama Islam. “Kebetulan, saya memang suka baca dan mengkaji setiap agama. Namun, saya melihat Islam sebagai agama yang sempurna dan semua yang berlaku sudah pun termaktub dalam al-Quran. “Saya mengambil masa agak lama untuk terima Islam kerana sebelum ini belum bersedia memandangkan kehidupan yang dilalui membuatkan saya rasa belum layak menjadi Muslim yang baik," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 12:38 pm | |
| Respirasi Muzik: Amylea meyakinkanAlbum: Selepas 3 Gambar: Amylea BERTUBUH kecil tetapi berbakat besar. Lebih penting pemenang tempat ketiga rancangan realiti TV, Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Amylea Azizan tahu apa yang dimahukan dalam industri muzik tempatan. Buktinya, peminat boleh menilai sendiri kemampuan penyanyi berasal dari Alor Setar, Kedah ini menerusi album sulungnya, Selepas 3 yang mula dipasarkan awal Februari lalu. Selepas 3 membawa maksud besar dalam hidup Amylea yang kini mencuba nasib dalam program One In A Million musim ketiga (OIAM3). Dia seperti mengharapkan tuah seperti angka tiga itu mengubah kehidupannya daripada gadis biasa kepada seorang bintang. Sebaik mendengar trak pertama dalam album ini, Luar Biasa ciptaan Audi Mok dan lirik ditulis Amylea sendiri yang berentak dance, ia sudah mampu menarik perhatian. Persembahan vokalnya bersahaja dan sesekali kedengaran seperti berusaha tetapi gaya nyanyiannya selari dengan irama lagu diketengahkan. Menerusi Selepas 3, Amylea turut menunjukkan kebolehannya mendendangkan pelbagai rentak lagu. Begitupun paling menarik perhatian lagu berentak R&B Kontemporari, When We Dance yang turut didendangkan dalam versi Melayu, Menari menampilkan Sona dan Andika. Lagu ciptaan Joe Flizzow ini mampu dipersembahkan Amylea dengan begitu meyakinkan. Sebutan dan penghayatannya bagus sehinggakan jika ia diputarkan di radio tanpa menyebut siapakah nama penyanyinya pasti ada beranggapan ia didendangkan pendatang baru dari Hollywood. Membanggakan juga apabila menerusi album ini Amylea menunjukkan kemampuannya mencipta dan menulis sendiri lirik single popularnya Sinderela yang turut menjadi lagu latar drama bersiri menggunakan judul sama. Penghayatan Amylea terhadap lagu ciptaan dan lirik oleh Pacai iaitu Dari Mula dan pengarah filem kegemarannya Afdlin Shauki menerusi lagu Bukan Cinta (menampilkan Azan Ruffedge) mampu membawanya pergi jauh dalam industri. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 12:42 pm | |
| ‘Masih terlalu awal...’
MASIH terlalu awal bagi penyanyi lagu Seribu Tahun, Imran Ajmain untuk menceritakan sejauh mana hubungannya dengan Siti Nursairah Tarudin (Sairah). Namun akuinya, hatinya terpaut dek sikap mesra dan kelakar adik perempuan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Penyanyi bertubuh tegap berusia 28 tahun itu berkata, dia selesa setiap kali bersama Sairah kerana persamaan antara mereka yang suka bergurau walaupun ada kalanya membabitkan perkara serius.
Malah penyanyi dari Singapura itu tidak berselindung atau cuba mengelak apabila ditanya cerita peribadinya yang kini mendapat perhatian. Pasangan ini mula kelihatan bersama ketika menghadiri Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) di Stadium Putra, Bukit Jalil, Januari lalu.
Kata Imran, dia mula mengenali Sairah ketika konsert AF6 yang turut dijayakan kakaknya, Siti Norsaida (Saida) akhir tahun lalu. Ketika itu mereka berpeluang berbual dan berkongsi banyak cerita dan mereka juga menghadiri AJL23 bersama.
“Saya memang selesa dengan Sairah kerana dia seorang yang peramah malah kelakar, sampaikan apabila berbual perkara serius pun kami boleh ketawa bersama.
“Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk saya memperkatakan hala tuju perhubungan kami ini kerana masih baru. Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami sekadar rakan, tidak lebih daripada itu walaupun tersebar gosip di Internet mengatakan kami hangat bercinta.
“Namun buat ketika ini, sebagai rakan saya rasa perlu memberi sokongan dan dorongan kepada Sairah yang baru kehilangan bapa tersayang, Allahyarham Tarudin Ismail, 67, yang meninggal dunia, 15 Februari lalu.
“Pemergian bapanya itu memberi kesan kepada kerjaya menyebabkan saya sebagai kawan berasa perlu banyak memberi dorongan kepadanya,” katanya ketika ditemui pada sesi ramah mesra pelakon drama Yusuff, baru-baru ini.
Penyanyi berdarah kacukan Melayu-Belanda itu turut berkata, perjalanan seninya masih panjang dan apa yang penting pada masa sekarang adalah tumpuan kepada kerjaya. Namun baginya, jika ada jodoh dia tidak akan menyorokkan perkara baik itu daripada pengetahuan orang ramai terutama peminat.
“Memang ada artis yang tidak suka perkara peribadi sampai ke pengetahuan peminat. Namun bagi saya, tidak ada salahnya, kenapa perlu disorokkan,” katanya.
Mengenai kerjaya, Imran kini sibuk melengkapkan album terbarunya, Punca Dan Tindakan yang akan dipasarkan, April depan. Jika single pertama, Selamat Ulangtahun kini sering diputarkan di radio, single kedua, Jika Engkau Pergi bakal berkumandang setiap kali drama bersiri Yusuff bersiaran di TV3 menerusi slot Samarinda setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam.
Lagu ciptaan Imran itu dipilih Asia Media Content sebagai lagu tema Yusuff. Sebelum ini lagu Seribu Tahun menjadi pilihan Radius One Sdn Bhd untuk lagu tema drama bersiri Kerana Cintaku Saerah. Kata Imran, mungkin tuahnya datang selepas lagu Seribu Tahun menjadi lagu tema drama Kerana Cintaku Saerah.
“Saya sebenarnya tidak pernah menjangka lagu itu akan diangkat sebagai tema drama bersiri tetapi saya amat berterima kasih kepada penerbit dan pengarah Yusuff kerana memilih lagu ini.
“Untuk Yusuff, saya berikan beberapa lagu dan mereka memilih Jika Engkau Pergi. Ia juga single kedua saya selepas Selamat Ulangtahun Sayang.
“Saya melihat kaedah konvensional untuk mempromosikan sesebuah lagu seperti menerusi jelajah atau mengaitkan dengan drama tertentu amat berkesan sebagai medium memperkenal serta mempopularkannya kepada masyarakat.
“Cara itu juga memang berkesan kerana sesebuah lagu itu mudah dikenali sekali gus mampu mempromosikan album,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 12:44 pm | |
| Hani, Suraya satu kepala BERTEMU kerana berlakon dalam drama sama merapatkan hubungan Siti Hani Nurzara Harmie, 27, dengan pelakon baru, Hanez Suraya Abdul Aziz, 25. Malah kini Hani menjadi tempat Suraya mengadu nasib kerana dia belum tahu selok- belok sebenar dunia seni.
Suraya memilih bidang seni kerana minat, sanggup berhenti belajar di sebuah kolej swasta demi mengejar impian menjadi pelakon terkenal.
"Emak yang memahami minat saya dalam bidang lakonan dan mahu saya membuat pilihan untuk meneruskan pengajian atau berhenti. Memandangkan peluang berlakon sudah terbentang depan mata, saya membuat keputusan berlakon sepenuh masa.
"Saya bermula dengan iklan komersial antaranya iklan Digi dan Meps Cash. Penampilan sulung saya dalam filem ialah menerusi Bicara Hati arahan Datin Rosnani Jamil.
"Selepas muncul dalam filem itu saya masih aktif di pentas peragaan tetapi sekarang dengan tawaran berlakon silih berganti saya jarang dapat memperaga dan dunia pengiklanan pun terpaksa ditinggalkan.
"Namun, pengorbanan saya itu tidak sia-sia kerana kemunculan di persada seni semakin mendapat perhatian. Disebabkan itu juga saya tidak berhasrat menyambung pelajaran sebaliknya menumpukan perhatian dalam lakonan.
"Bukan tidak minat belajar lagi tetapi kalau asyik bercuti membazir wang kerana belajar di kolej bayarannya mahal. Insya-Allah jika rajin berusaha, dalam bidang apa pun pasti kita akan berjaya. Saya berjanji untuk membuat yang terbaik dalam bidang lakonan kerana banyak perkara terpaksa dikorbankan demi meneruskan hasrat menjadi anak seni," katanya.
Suraya kini tinggal bersendirian di Kuala Lumpur (KL) kerana ibu bapa dan dua adiknya menetap di Seremban, Negeri Sembilan kerana mengusahakan kedai perabot jati di sana.
"Di samping berlakon saya berminat meneruskan perniagaan keluarga dan apabila cukup modal saya akan membuka cawangan perabot jati di KL. Perniagaan itu akan diusahakan bersama adik saya, Hanez Safira yang sedang menunggu keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).
"Walaupun wanita begitu sinonim dengan perniagaan berasaskan kecantikan seperti butik, salun dan mengeluarkan produk kecantikan serta kesihatan tetapi minat saya tiada ke arah itu. Lebih baik saya meneruskan perniagaan keluarga sementelah lagi saya boleh belajar selok-belok perniagaan itu daripada emak dan ayah," katanya.
Sekalipun baru kali pertama bertemu, Suraya tidak dapat menyembunyikan rahsia hidupnya apabila dia hampir menamatkan zaman solonya awal tahun ini. Segala kelengkapan perkahwinan termasuk baju pengantin siap ditempah namun jodohnya tidak kesampaian.
"Ada yang dengki dengan saya sehingga sanggup menghantar ilmu hitam menyebabkan saya sakit teruk. Kejadian itu terjadi tahun lalu apabila emak nampak perubahan diri saya ketika Ramadan.
"Akibat daripada itu, saya suka bersendiri dan lama tidak berlakon kerana tidak suka bertemu orang ramai. Hendak menjawab panggilan telefon pun malas. Puas berubat baru sembuh.
"Saya tidak berani menuduh siapa yang buat. Asalkan saya pulih seperti sedia kala sudah cukup bagus. Perkara lain saya serahkan kepada Allah. Hubungan saya dengan bakal suami putus selepas Aidilfitri dan sekarang kami membawa haluan masing-masing.
"Apabila pihak lelaki mahu kami segera berkahwin saya bersetuju dengan harapan dapat mengelak daripada gosip, fitnah dan maksiat. Tetapi hendak buat macam mana? Tiada jodoh antara kami. Apabila dikenang, sedih juga tapi pasti ada rahmat di sebaliknya. Daripada terus bersedih, lebih baik saya tumpukan pada kerja," katanya.
Menurut Suraya dia mengenali Hani sewaktu mereka berlakon drama Cinta Dalam Sebiji Durian. Drama lain lakonannya, Ezora, Kain Ketat Isabella, Cahaya Dari Neraka, Suratan Terakhir dan Semanis Janji yang diterbitkan sebanyak 26 episod.
"Drama Cinta Dalam Sebiji Durian menemukan saya dengan Hani dan sejak itu saya menganggapnya seperti kakak dan apabila buntu saya selalu minta nasihat serta pandangannya.
"Saya masih baru dan banyak perkara di belakang tabir dunia lakonan yang saya tidak tahu. Bimbang juga tanpa pengawasan daripada mereka yang berpengalaman terjebak pula dalam gejala tidak baik.
"Hani banyak memberi tunjuk ajar. Saya perlukan seseorang untuk berkongsi cerita. Kelakarnya saya anak sulung dan Hani pula anak bongsu namun kami sekepala dan boleh berkongsi cerita. Hani cekal dan banyak pengalaman kerana keluarganya orang seni," katanya.
Sementara itu, Hani pula terpaksa menunda tarikh pertunangannya kerana dia dan buah hatinya itu sibuk dengan kerjaya serta ingin memantapkan kewangan terlebih dulu.
"Memang usia saya sudah layak untuk berkahwin tetapi selepas difikirkan semula kami perlu mengukuhkan kedudukan kewangan sebelum mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, selama enam tahun berkawan hubungan kami berjalan baik dan dia sangat memahami saya. Demi kesejahteraan pada masa depan, apa salahnya saya menunggu setahun dua lagi," katanya.
Bagaimanapun, apabila bercakap mengenai kerjaya seninya, anak bongsu Julie Dahlan itu agak terkilan kerana perjalanan kerjaya seninya agak perlahan.
"Saya berlakon sejak berusia lima tahun dalam drama Kaca Kaca Terhempas. Kemudian pada usia 11 tahun saya muncul dalam filem Harry Boy dan menerusi filem itu saya mendapat Anugerah Pelakon Kanak Kanak Terbaik pada FFM10 (Festival Filem Malaysia ke-10). Selepas itu saya banyak berlakon drama sehingga sekarang.
"Mungkin belum rezeki saya untuk duduk sebaris dengan pelakon popular sedia ada. Pun begitu selain berlakon drama terbitan syarikat sendiri, JD Productions (Julie Dahlan Production), saya sedia terima tawaran daripada produksi luar. Bagaimanapun, selepas bertahun berada dalam persada seni, lakonan saya dalam drama bersiri Kaizer agak menonjol.
"Watak jahat saya dalam drama itu menjadi sehingga dibenci penonton. Wajah dan perwatakan saya sesuai untuk watak jahat walaupun ada kala teringin membawa watak perempuan baik," katanya.
Terbaru Hani muncul dalam Gerak Khas membawakan watak Detektif Linda. Dia juga tampil dalam drama Laila Majnun, Dua Marhalah, Aku Juga Wanita, Ketupat Penyek, Roda Roda Kuala Lumpur serta telefilem Dendam Adam dan 90 Minit.
"Menerusi drama Dua Marhalah, saya dan Fauzi Nawawi menjadi ibu dan bapa ayam. Cerita itu berkisar kepada pelacur kelas atasan lakonan Zizie Ezette," katanya.
Walaupun jalan yang dilalui Hani berliku tetapi dia tidak berhasrat melupakan bidang lakonan kerana ia sudah sebati dengan dirinya. Katanya, dia minat berlakon sejak kecil lagi dan menjadikan ibunya sebagai idola.
"Walaupun saya anak Julie Dahlan, langkah saya dalam bidang ini sukar. Jadi tidak betul jika ada yang berkata saya menumpang 'nama' mama. Saya berusaha sendiri untuk mencapai segalanya.
"Saya berterima kasih kepada Datuk Yusof Haslam yang kebelakangan ini banyak mengambil saya berlakon drama terbitannya. Saya turut berlakon dalam filem Bohsia arahan anaknya, Shamsul.
"Kalau sebelum ini mungkin ramai ingat saya hanya berlakon dengan syarikat sendiri, sangkaan itu salah kerana mama akan terima saya berlakon jika ada watak sesuai. Saya bukan pelakon tetap JD Productions.
"Untuk mengembangkan bakat, saya sedia bekerja dengan mana-mana produksi. Selain bekerja dengan Skop Production saya juga pernah bekerja dengan Global Station dan Pena Kreatif.
"Demi mengejar sebuah kejayaan saya perlu bekerja dengan ramai pengarah kerana setiap daripada mereka ada cara masing-masing ketika mengarah yang dapat memperkayakan lagi ilmu lakonan saya," katanya.
>Profil
NAMA: Hanez Suraya Abdul Aziz
UMUR: 25
TARIKH LAHIR: 22 Ogos 1985
ASAL: Shah Alam, Selangor
KELUARGA: Anak sulung daripada tiga beradik
STATUS: Bujang
KERJAYA: Pelakon
FILEM: Bicara Hati
DRAMA: Ezora, Kain Ketat Isabella, Cinta Dalam Sebiji Durian, Cahaya Dari Neraka, Suratan Terakhir dan Semanis Janji
IKLAN: Digi dan Meps Cash
HOBI: Membeli-belah
NAMA: Siti Hani Nurzara Harmie
UMUR: 27
TARIKH LAHIR: 24 November 1981
ASAL: Petaling Jaya, Selangor
KELUARGA: Bongsu daripada tiga beradik
STATUS: Bujang
KERJAYA: Pelakon dan Penerbit Eksekutif Julie Dahlan Productions
FILEM: Harry Boy dan Bohsia
DRAMA: Kaca Kaca Terhempas, Gerak Khas, Laila Majnun, Dua Marhalah, Cinta Dalam Sebiji Durina, Din dan Dina, Roda Roda Kuala Lumpur, Dendam Adam dan 90 minit |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 12:47 pm | |
| Dalam proses sesuaikan diri Diskriminasi menjatuhkan aku Reputasi kini menjadi bisu dan aku, ku layu di situ Mengharapkan sesuatu yang baru itulah impian aku
Dan bila kau menghilang Musnahlah, musnah impian Tuk menggapai bintang Terangi hidup ku Ku mahu kau tahu engkaulah, destinasiku dalam ingatanku... oh oh oh...
Kerana diri ini tak daya lagi menempuh hidup yang ku temui dan aku, ku tunggu... oh oh oh di situ
Mengharapkan sesuatu yang baru itulah impian aku ALIRAN muzik baru sedang direkrut, hasil cetusan idea kreatif penggiat muzik bebas atau gelaran komersialnya, indie. Kehadiran mereka umpama satu amaran serta petanda yang sewajarnya dinilai dari sudut yang lebih positif. Ini kerana tatkala industri hiburan ketandusan idea, golongan ini mencuri tumpuan dengan menawarkan gaya serta cita rasa muzik yang berbeza kepada pendengar. Sedar penaklukan berlaku begitu pantas dan merasakan diri mereka hebat barangkali, kebanyakan daripada golongan ini dikaitkan dengan sindrom hidung tinggi. Sedikit masa lalu, Hujan pernah dikatakan menimbulkan masalah dengan pihak media, kini Bunkface pula terjerumus dengan permasalahan sama. Selaku vokalis, Shamsul Annuar atau Sam, 21, berkata melalui permohonan maaf dan penjelasan yang diberikan mereka sebelum ini, Bunkface berharap isu berkenaan tidak dibangkitkan lagi. "Dikatakan sombong dan bermasalah gara-gara tindakan pengurus kami, Zara Ismail menolak permintaan rakan wartawan yang ingin menemubual Bunkface di sebuah majlis saya anggap sudah selesai selepas memberi penjelasan dan membuat permohonan maaf. "Kami masih baru begitu juga Zara. Dia tidak pernah ada pengalaman berhadapan dengan media. Sebagai pemuzik bebas kami akui masih dalam proses menyesuaikan diri dengan cara mereka yang terbabit dalam arena arus perdana. "Ini satu pengalaman baru dan kami bagai terkena kejutan budaya apabila tiba-tiba menjadi perhatian pihak media serta masyarakat. Apapun, apa yang berlaku adalah pengajaran paling bermakna dalam hidup kami dan harap kejadian seumpama itu tidak berulang. "Kami berharap cerita sebegini tidak akan membantutkan perjuangan kami dalam bidang seni dan mengharapkan adanya jalinan serta kerjasama yang baik antara Bunkface dengan pihak media. "Kami akui peranan media sangat besar dalam industri hiburan be gitu juga karier artis. Mungkin apa yang berlaku sebelum ini kerana salah faham. "Bunkface sebenarnya tidak sombong dan tiada sebab untuk berbuat demikian kerana kami menganggap mereka yang menyokong karier nyanyian kami termasuk peminat sebagai sahabat," katanya. Selain Sam, Bunkface dianggotai Muhammad Farouk Jaafar (Youk/bassist), 20, juga pelajar jurusan muzik di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam; Ahmad Farhan Hashim, 22, (Pa'an/gitaris) menuntut dalam jurusan sama di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) dan Alif Suffian Tukimin (Biak/pemain drum), 21. Kumpulan yang mencetuskan fenomena menerusi lagu Situasi, diundang ke Balai Berita untuk menjayakan sesi fotografi bersama RAP (Rentak Artis Popular) baru-baru ini. Bagaimanapun ketika fotografi, Biak tidak dapat hadir kerana terikat dengan pengajian Kejuruteraan Sivil di Politeknik Sabak Bernam. Mereka yang hanya dikenali menerusi radio dan sekali-sekali muncul di kaca televisyen rupanya masih muda remaja. Sekali pandang, siapa sangka lagu sehebat Situasi itu dihasilkan tiga jejaka 'petite' seakan remaja sekolah ini. Benarlah apa dikata jangan menilai buku dari kulitnya. Mengenengahkan konsep 'pop punk' serta bermelodikan muzik Barat, Bunkface menjadikan 'band' terkenal antarabangsa seperti Sum 41, FallOut Boys, Green Day dan Good Charlotte sebagai sumber inspirasi. Percubaan kumpulan berasal dari Klang Selangor ini, menghasilkan single bahasa Melayu nampaknya tidak sia-sia apabila Situasi berjaya melonjakkan nama dan memperluaskan pengaruh Bunkface. Berdarah kacukan Melayu-Inggeris, Sam menambah, dia mulanya mahu menulis lagu ini dalam bahasa Inggeris kerana berasa lebih selesa dan sesuai dengan melodi muzik mereka. "Bagaimanapun Pa'an memberikan idea supaya lirik dikarang dalam bahasa Melayu kerana tidak mahu dikatakan lupa asal-usul. "Untuk mencari lirik yang sesuai, kami duduk berbincang dan sama-sama berkongsi idea. Kami tidak menyangka formula ini berkesan sehingga muzik kami mula diterima masyarakat umum. "Dalam penghasilan lagu, kami mempunyai prinsip iaitu menawarkan pendengar dengan persembahan muzik energetik dan menangkap, lirik yang ringkas tetapi membina serta menghiburkan. "Bunkface berpendapat muzik adalah terapi yang sepatutnya dinikmati dengan cara yang positif dan menyeronokkan. Dalam album EP pertama kami, semua lagu ditulis berdasarkan pengalaman yang dilalui kami sebagai remaja," katanya. Membongkar keistimewaan kumpulan dianggotai empat sekawan yang bersahabat sejak di bangku sekolah, Bunkface juga tidak terkecuali melalui frasa kehidupan yang mengecewakan. Menimba pengalaman melalui persembahan gig, Impian untuk muncul sebagai pemenang pertandingan Blast Off anjuran Hitz.tv pada 2006 tidak kesampaian apabila tersingkir di pusingan ketiga. Namun, kegagalan itu tidak sedikitpun melemahkan semangat mereka bahkan minat terhadap muzik akhirnya bertukar menjadi kerjaya yang serius apabila mereka diberi kepercayaan menghasilkan album EP berjudul Lesson OfThe Season. Memuatkan enam lagu Inggeris, salah satunya Silly Lilly yang memperkenalkan nama Bunkface. Namun, impaknya tidak sehebat atau sepantas populariti yang mereka raih menerusi Situasi yang mengisahkan kehilangan peluang kerana kesilapan diri sendiri. Justeru, sempena kemunculan album sulung mereka, Bunkface yang bakal menjayakan Hot FM Big Jam 2009 di Danga Bay, Johor 1 Mac ini mempertaruhkan lebih banyak lagu berbahasa Melayu. "Sekarang kami sedang dalam proses pembikinan album penuh yang akan memuatkan tiga lagu Melayu antaranya Situasi dan Revolusi yang menjadi single kedua kami termasuk tujuh berbahasa Inggeris. "Proses rakamannya hampir 50 peratus siap dan ia dijalankan di studio 2105, milik kumpulan Pop Shuvit yang berpangkalan di Taman Tun Dr Ismail," katanya. >Profil
Nama sebenar: Shamsul Annuar
Tarikh lahir: 11 Disember 1987
Tempat lahir: Basildon, England
Zodiak: Sagitarius
Adik-beradik: Anak kedua daripada empat beradik
Nama sebenar: Ahmad Farhan Hashim
Tarikh lahir: 24 Ogos 1987
Asal: Butterworth
Zodiak: Virgo
Adik-beradik: Anak kedua daripada empat beradik
Nama sebenar: Muhammad Farouk Jaafar
Tarikh lahir: 15 April 1989
Asal: Kuala Lumpur
Zodiak: Aries
Adik-beradik: Anak tunggal |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 12:49 pm | |
| I'm Sorry... Amir Rasa Bersalah Dengan LNJ
Di kalangan peserta Raja Lawak 3 musim ini, peserta bertubuh kecil dari Kelantan, Amir telah mencetuskan riuh rendah di halaman forum dalam Internet terutama murai.com.my. Walaupun mendapat undian SMS yang tinggi setiap minggu, tidak kurang pula ramai yang mengkritik dan mencemuh Amir dengan pelbagai tohmahan.
Ada menganggap Amir membuat lawak bodoh, syok sendiri dan sukar difahami. Kemuncak kemarahan penonton apabila kumpulan duo LNJ telah tewas minggu lalu sekali gus gagal ke final, Jumaat ini. Dan Amir dipersalahkan lagi dengan keputusan itu walaupun dia tidak pernah menagih simpati sesiapa untuk mengundinya.
Jom ikuti temubual dari hati ke hati bersama Amir yang sinonim dengan tagline "I`m sorry...".
MURAI: Kenapa persembahan Amir minggu lepas macam tak bersedia dan tergagap-gagap?
AMIR: Sebenarnya, sebelum saya naik ke atas pentas, saya dah rasa lain macam, rasa macam nak muntah. Saya rasa kurang bersemangat, tekak saya terasa kering dan perit.
MURAI: Adakah Amir setuju pemilihan Amir ke final itu berpunca daripada undian SMS dan bukannya kerana mutu persembahan?
AMIR: Ya, saya bersetuju. Tapi saya sendiri rasa lawak saya minggu lepas kurang baik kalau dibandingkan dengan minggu sebelumnya.
MURAI: Adakah Amir rasa bersalah dengan kumpulan LNJ?
AMIR: Memang saya rasa bersalah. Saya rasa bersalah sebab saya sudah mengecewakan ramai penonton untuk melihat saya buat yang terbaik dan berbaloi dengan undian SMS mereka. Memang betul, LNJ tonjolkan persembahan yang lebih baik berbanding saya, tapi mereka telah gagal ke peringkat akhir dan sudah tentu peminat mereka kecewa.
MURAI: Kenapa Amir asyik tergagap-gagap?
Sebenarnya... saya cuba kurangkan loghat Kelantan saya.
MURAI: Kenapa?
AMIR: Saya bimbang orang tak faham kalau saya cakap loghat Kelantan dengan pekat. Kalau tak faham, mungkin lebih ramai tidak dapat tangkap apa yang saya nak persembahkan. Jadi saya cuba bercakap loghat KL menyebabkan ia pula jadi tersekat-sekat.
MURAI: Apa tekad dan janji Amir untuk final nanti?
AMIR: Disebabkan saya sudah bersalah dan mengecewakan ramai orang, saya janji akan cuba buat yang terbaik untuk final Jumaat ini. Saya juga ingin minta maaf kepada semua orang dan akan cuba tebus kesilapan saya nanti.
MURAI: Secara peribadi, persembahan yang mana Amir rasakan yang terbaik?
AMIR: Saya rasa minggu pertama.
MURAI: Antara Sepah dan Jihan, siapa persaing terdekat Amir?
AMIR: Dua-dua bagus, tapi Sepah ada kelebihan sebab mereka bertiga dan banyak idea. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 12:52 pm | |
| Lepas geram sepak NormanDIPERMAIN...antara paparan dalam permainan komputer Lepas Geram Kat Norman Hakim. KUALA LUMPUR: Tidak cukup dengan pelbagai kritikan dan tuduhan, pelakon popular, Norman Hakim kini berdepan pula dengan sasaran kecaman dalam bentuk permainan komputer yang dipaparkan dalam sebuah laman web. Permainan komputer menggunakan aplikasi perisian Flash bertajuk Lepas Geram Kat Norman Hakim itu memaparkan watak animasi dengan wajah Norman akan ditendang pemain sejauh mungkin. Tidak dapat dipastikan bila permainan itu direka atau tujuannya, namun sehingga kini ia mencapai lebih 9,000 pengunjung. Pengunjung hanya perlu menekan butang tetikus untuk mengarahkan animasi seorang lelaki menendang Norman sejauh mungkin dan rekod itu akan dicatatkan. Pengunjung juga boleh berkomunikasi menerusi ruang komentar disediakan dan berdasarkan pemerhatian ada di kalangan mereka turut meminta wajah Memey dimasukkan sekali. Kebanyakan pengunjung membuat perbandingan rekod jarak tendangan mereka selepas bermain permainan itu. Mengulas perkara itu, Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 33, berkata dia tidak terguris, malah tidak rasa apa-apa mengenai kewujudan permainan komputer itu. “Saya sudah tengok permainan itu, tapi terus-terang saya tidak rasa apa-apa, malah tersenyum melihat kreativiti perekanya,” katanya yang dihubungi. Menurutnya, terpulang kepada persepsi orang ramai untuk menilai permainan itu sama ada ia baik atau tidak. “Ia terpulang kepada penerimaan orang ramai untuk menilai jika orang anggap positif, maka positif benda itu atau sebaliknya. “Cuma kepada perekanya saya harap salurkan kreativiti ke arah platform betul. Jangan nanti ia menjadi ikutan apabila ada artis lain tidak disukai menjadi mangsa menerusi permainan komputer,” katanya. Mengenai perkembangan kerjayanya, Norman berkata, dia sekarang sibuk dengan penggambaran filem Magika terbitan Kru Studios, drama Kamelia Katrina 26 episod untuk Astro terbitan Asia Media Content dan telemovie untuk slot Cerekarama TV3 bertajuk Restu Mertua terbitan JS Pictures. “Saya juga sibuk menguruskan restoran d’Western Taste @ Naly’s Cafe and Restaurant di Ukay Perdana yang beroperasi sejak awal tahun ini. “Alhamdulillah, setakat ini saya tidak menghadapi masalah mengenai jadual lakonan dan perniagaan walaupun agak sibuk sejak akhir-akhir ini,” katanya. Sementara itu, Suhaiza Suhaimi atau Memey, yang namanya turut dikaitkan dalam permainan komputer itu berharap perbuatan itu dihentikan kerana ia menyentuh peribadinya. “Saya bagaimanapun berpendapat terpulang kepada individu itu untuk bercakap atau menilai saya, yang mana baik saya akan ambil sebagai panduan hidup. “Saya pun tidak mahu memikirkan perkara macam ini kerana ia tidak akan habis, malah saya tahu banyak kritikan dan tuduhan dilemparkan terhadap saya sama ada di Internet atau media. “Bagi saya, mereka seperti mengambil kesempatan untuk menghangatkan lagi suasana,” katanya yang kini sibuk menjalani penggambaran filem Dimensi Cinta arahan Mohd Aliff Najmi Abdullah atau Eddie Pak. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 12:54 pm | |
| GAMBAR SHARIFAH ALEYA @ LEYA HOTFM SEDANG MENGANDUNGHasil dari perkahwinan Leya & Ashraf, kini Leya sudah mengandung 4 bulan, yang bestnya anak dalam kandungan tu kembar. Tak sabar nak nantikan kemunculan anak Leya, mesti comel2 je. Apa tunggu lagi, jom tengok gambar leya. makin membesar dah perut.. jaga baby dalam perut tu baik2 ek |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 2:02 pm | |
| Chef Wan restui 'bakal suami' Serina!Selebritichef terkenal Chef Wan memang cerewet bab memilih menantu. Chefterkenal ini susah untuk berkenan dengan calon menantunya, tidak kirasamada orang itu berharta atau berkedudukan, bujang ataupun duda. Kriteria yang diinginkannya belum tentu dapat dipenuhi oleh temanlelaki anak dara kesayangannya, Serina, aktres popular yang jelita itu. Mungkinkah kerana gaya hidupnya yang sudah mencapai status 'rich danfamous' membuat Wan begitu berhati-hati apabila Serina digosipkan intimdengan lelaki mana sekalipun?. "Walaupun Wan selalu ke luar negara, Serina dan Nadzri selalu berkongsi apa saja masalah dengan Wan. Chef Wan akui cerewet bab memilih menantu. -foto The Star oleh Uu Ban "Tambah pula kalau mereka ada boyfriend atau girlfriend, semuanyaakan diberitahu kepada Wan," kata selebriti yang baru saja genapusianya 51 tahun pada 6 Januari lalu. Tapi sejak akhir-akhir ini, wajah Wan menguntum senyuman bahagia dantampak riak-riak gembira dengan pilihan teman lelaki Serina yang baru,Kevin, seorang pemuda Inggeris kacukan berusia 32 tahun. Ternyata kehadiran Kevin dalam hidup Serina mendapat lampu hijaudari Wan. Bukan setakat itu saja, malah Wan sendiri sudahpun berkenalandengan bakal menantunya, iaitu seorang tokoh perniagaan yang mempunyairangkai pakaian sukan di beberapa negara di rantau ini. Serina dan Kevin mula berkenalan lapan bulan yang lalu dan mereka diperkenalkan oleh seorang teman. Chef Wan restui Kevin melamar anaknya, Serina. Apa yang lebih menambat hati Wan tentang Kevin ialah beliau telah memeluk agama Islam lama sebelum berkenalan dengan Serina. "Apa-apapun agama itu penting kerana sebagai suami dia wajibmendidik Serina. Saya sudahpun berjumpa dan menyelami hati Kevin.Nampaknya inilah lelaki yang paling serasi dengan Serina. "Lagipun dia nampak serius dan mempunyai prinsip hidup yang bolehdibanggakan. Pekerjaannya juga stabil dan orangnya pun boleh tahankacak," kata tokoh chef yang disegani di rantau Asia ini. Menurut Wan, Kevin dan Serina sudah membuat perancangan untukberkahwin pada tahun ini tetapi memandangkan adik Kevin juga akanberkahwin tahun ini, maka tarikh kahwin mereka diinjakkan kepada bulanJanuari, tahun hadapan. Wan sibuk menjelajah serata dunia sebagai 'Duta' Malaysia untuk promosi makanan dari negara ini. "Bakal besan pun saya dah jumpa. Keluarga mereka pun baik-baik danbersifat terbuka. Mereka menerima Serina dengan senang hati," jelas Wanyang berkunjung ke kediaman bakal besannya di United Kingdom baru-baruini. Tambah selebriti yang peramah dan rendah diri ini, sebagai ayah diasendiri rasa resah bila melihat kesesuaian lelaki yang berdampingdengan Serina. "Sebagai ayah, tentulah Wan risau tentang pilihan Serina.Sebolehnya, Wan doa dia dapat suami yang boleh membimbing danmembahagiakannya. "Wan telah cuba beri segalanya pada anak-anak Wan. Jadi bila merekaberumahtangga, tentulah Wan ingin tengok kebahagiaan ini berterusan,"kata Wan yang selalu mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negaraatas sumbangannya sebagai selebriti yang menaikkan martabat Malaysia dimata dunia. Sebagai ayah, Chef Wan sendiri rasa resah bila melihat kesesuaian lelaki yang berdamping dengan Serina. Wan juga tidak menafikan yang dia agak cerewet bila tiba bab pilih menantu. "Memang Wan cerewet. Anak kita, tentulah kita mahukan yang terbaikuntuknya. Teman lelaki Serina yang dulu, sebelum Kevin tu pun ok juga. "Mereka telah berkawan tiga tahun dan tiba-tiba hendak pergi sambungbelajar ke luar negara. Seorang lelaki patut membuat pendirian apa yangdia mahu. "Takkan setelah tiga tahun, dia masih tidak boleh buat keputusan ke mana sudahnya hubungan dia dengan Serina. "Wan bangga Serina bijak buat keputusan yang tepat dan tegas," kataWan yang sibuk menjelajah serata dunia sebagai 'Duta' Malaysia untukpromosi makanan dari negara ini. Perancangan untuk melihat hari bahagia Serina sudahpun bermain di kotak fikiran Wan. "Insya Allah kalau mereka ada jodoh, adalah...," kata Wan yang kinirisau memikirkan kesihatan ayahanda tercinta, Ismail Md Nor, 74, yangkini sedang dirawat di Hospital Lumut kerana mengidap kencing maniskronik. Ayah Wan sudah tiga bulan terlantar di hospital. Disebabkankesibukan tugas yang memaksanya menjelajah ke segenap benua, Wanterpaksa akur. "Setiap masa yang ada, Wan akan luangkan bersama ayah. Kalauberjauhan, Wan akan memantau sekurang-kurangnya tiga, empat kalisehari. Serina dan Nadzri rajin melawat datuknya. "Memang Wan tak senang duduk, selalu risaukan kesihatan ayah Wan. Apa yang termampu, Wan sudah berikan. "Kini apa yang boleh Wan lakukan ialah menyediakan apa sajakeperluan dan nasihatkan ayah supaya ikut cakap doktor kerana biasalahorang tua, agak degil sikit. "Bila terbaca di internet Siti Nurhaliza kehilangan ayah tercinta,bergenang airmata Wan. Terus Wan terkenang ayah Wan yang sakit. Susahjuga bila kita berjauhan dan tiba-tiba rindukan ayah dan keluargatersayang.... "Tapi sedih macam manapun, Wan terpaksa teruskan kerja-kerja Wan.Wan redha dengan segala dugaan ini," kata anak sulung dari tujuhberadik yang memulakan kariernya sebagai akauntan bertauliah satuketika dulu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 2:05 pm | |
| ummi nazeerabaju pink mcm dafi spa Q |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 2:08 pm | |
| (Gambar) OGY-Pelancaran Bulan Dakwah 2009 kat PICC, Putrajaya |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 2:12 pm | |
| Pic amy search n rabbani mase pelancaran bulan dakwah 2009Neh pic yg diupload dari Pelancaran Bulan Dakwah 2009 kat PICC, Putrajaya.. lakonana pendek yg ogy wat mmg besh...sampai ader yg kuorkan air mata.. xlupe gak amy search n rabbani yg mengalaunkan lagu nasyid... *takut gak neh kot2 upload pic tpi pic xkuor... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 2:22 pm | |
| Macam Kenai jer... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 2:25 pm | |
| ZeePort - Zizi AF7's supPorters Profail Pelajar:Nama:Nur Fazelah @ Zizie Binti Mohd Tahil Bangsa: Bajau Asal:i Kota Kinabalu, Sabah. Umur: 24 tahun, Tinggi:5?? Berat: 44kg Hobi: menyanyi, mendengar MP3 Artis diminati: Siti Nurhaliza Kedudukan dalam keluarga: Anak sulung daripada lima beradik. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 2:30 pm | |
| Misha Dituduh Diva oleh Blogger Saya sebenarnya tidak ambil pusing tentang apa yang diperkatakan hinggalah pihak itu menulis yang tidak relevan dan tindak-tanduknya membawa kepada yang negatif. Tidak pula dia datang berjumpa saya untuk mendapatkan penjelasan. Seperti dia membaca cerita orang lain dan dari situ membuat ulasan,?cerita Misha Omar tentang seorang blogger yang tidak dikenalinya tetapi telah menulis perkara buruk tentang dirinya. Tambahnya, telah berlaku beberapa insiden baru, antaranya ketika di Hot FM Big Jam yang berlangsung baru-baru ini di Johor. Blogger tersebut telah mengambil gambarnya tanpa kebenaran atau sebarang amaran ketika dia sedang menyarungkan sehelai baju luaran. Dalam situasi begitu, sudah tentu kakak bertindak. Dia pun meminta maaf dan beredar dari situ. Tapi lepas itu, di blognya pula, diluahkan rasa tidak puas hatinya, menuduh saya berlagak diva.?br /> Sebelum ini, menurut Misha, gambar pertamanya berambut pendek yang diletakkan di Facebook untuk dikongsi dengan rakan-rakan telah diambil untuk diletakkan pada blog individu tersebut. Sebagai seorang blogger, dia bebas menulis apa saja tapi jangan ikutkan perasaan kerana ia akan membawa parah. Kalau ruangan gosip, mungkin sukar dikesan siapa penulisnya tetapi berlainan untuk seorang blogger. Jika perkara ini dibawa ke undang-undang, ia akan membawa padah kepada individu itu. Saya tidak mahu panjangkan isu ini tetapi mata masih memandang. Nasihat saya kepada yang menulis, jangan mudah membuat persepsi. Tulis berdasarkan kebenaran dan fakta. Saya ada tahap kemarahan saya, sekarang ini hanya baru sikit saja.?br /> Tentang tuduhan blogger tersebut yang dia telah ketawakan baju yang dipakai Siti Sarah ketika di konsert akhir MyStarz LG, jelas Misha, tidak akan dia memalukan dirinya dengan berbuat demikian di hadapan umum. Dan jika benarlah itu yang dilakukannya, akan diakuinya perbuatan itu. Misha Digigit Acting Bug?Misha ditemui ketika pelancaran drama pertamanya,Julia Juli?yang bermula siaran petang tadi di TV3, jam 4.30petang. Sebuah adaptasi dari cerita mitos, Jula Juli Bintang Tiga? ia mengisahkan tiga adik-beradik ?Juli, Jula dan Julu ?puteri dari dunia kayangan. Apabila kakak mereka, Juli (lakonan Dynaz), melarikan diri ke bumi untuk mengelak dari berkahwin dengan Putera Adika (Aqasha), Jula (Nik Safiyah) dan Julu (Misha) dicampakkan ke bumi sebagai hukuman. Walaupun jadual penggambaran ketat dan ketika itu perlu juga dilakukan promosi untuk album, Misha Omar?yang telah diriliskan bulan Disember lalu, namun Misha seronok menggalas tugas yang diberikannya. Minat terhadap lakonan sudah lama ada, cuma masa yang menjadi penghalang. Dedah Misha, bidang lakonan telah menambahkan lagi keyakinan dan mematangkan dirinya. Selain itu, pengalaman penggambaran telah memperlihatkan sesuatu yang baru dalam dirinya, yang tidak pernah diketahuinya sebelum ini. Mengakui dirinya seorang yang cepat marah, terkejut bila melihat dirinya mampu bersabar ketika proses penggambaran. Pernah membintangi filem 慓erah Khas 3?(2005) dan 慚ain-Main Cinta?(2006), Misha tidak mahu gopoh menerima tawaran lakonan lain sehingga mendapat maklum balas dari orang ramai terhadap lakonannya dalam 慗ulia Juli? walaupun dia sebenarnya sudah seronok berlakon. 揝aya masih baru dalam bidang ini, dan baru nak belajar. Jika semua tawaran diterima, saya tidak mungkin dapat fokus. Dan saya ada lagi karier nyanyian yang perlu dijaga. Tawaran itu akan diterima jika skripnya baik dan masanya tepat.?/font> |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 3:02 pm | |
| Membawa diri Keputusan berpisah untuk memudahkan masing-masing memberikan tumpuan kerjaya seni yang semakin berkembang
KEPUTUSAN terbaik harus dibuat demi sebuah masa depan yang lebih cerah, lantas pengorbanan nekad diambil biarpun mungkin perit untuk dilakukan. Itu gambaran situasi yang dialami Marsha Milan Londoh ketika di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor, Perak mengenai kesudahan hubungan baiknya dengan Mohamed Zulkefli Mohd Idir atau Kefli.
Biar apa juga andaian orang terhadap status hubungan mereka, jawapan yang sering diberikan cukup membosankan, hanyalah sekadar teman tapi mesra. Hubungan yang hampir mencecah usia empat tahun ini akhirnya berkesudahan dengan baik sejak awal Februari lalu. Mungkin agak mengejutkan kepada kita mengenai berita perpisahan ini, bagaimanapun bagi empunya badan, sebelum ini lumrah seperti pasangan lain, hubungan mereka ada pasang surutnya.
Pemergian gadis berusia 24 tahun ini ke Pulau Pangkor mungkin boleh ditafsirkan seperti membawa diri dan cuba melupakan apa yang terjadi antaranya dengan jejaka berumur 25 tahun itu. Paling jelas, pelakon dan penyanyi berdarah Kadazan-Dusun ini sedang menjalani penggambaran filem Senario The Movie Episod 2: Beach Boys arahan Ahmad Idham.
Ketika waktu terluang, Marsha tidak keberatan untuk menerima permintaan Hip bagi sesi bergambar dan temu bual lebih lanjut mengenai hubungannya dengan Kefli.
Bagi tujuan ini, dia bergaya dengan pareo dan topi sedondon dari rona merah menyala. Di tepi pantai, Marsha menggayakan pelbagai aksi di depan jurugambar. Liuk badannya yang menggiurkan bersama bibir yang menawan menjadikan gayanya dilihat agak seksi.
CANTIK persis model, Marsha kini sedang gigih berusaha untuk bergelar usahawan.
Sesekali, gadis yang dilahirkan di Amerika Syarikat ini berkata: "Bolehlah gambar ini dijadikan sebagai kulit depan album".
Selesai sesi fotografi di sebelah petang, Marsha masuk ke set penggambaran filem Senario The Movie Episode 2: Beach Boys di sebelah malam. Dalam filem ini, dia memegang peranan gadis bernama Zuraidah, tetapi berperwatakan lelaki.
Ketika berehat, barulah Marsha menceritakan lebih lanjut hubungannya dengan Kefli. Katanya, dia terkejut apabila melihat Kefli hadir memeriahkan Karnival Amal ABPBH Untuk Gaza pada hujung Januari lalu.
"Sudah jodoh kami untuk tidak bersama lagi saat ini. Saya masih sayangkan perhubungan ini, cuma saya berasakan masing-masing memerlukan ruang untuk diri sendiri. Kami berpisah secara baik dan banyak perkara yang menjurus kepada terjadinya hal ini. Nak cakap pun susah. Saya sendiri yang meminta untuk tidak meneruskan jalinan hubungan ini," katanya.
Sambungnya lagi, keputusan yang sukar perlu dibuat kerana tidak mahu halangan dan masalah yang dihadapi sepanjang perhubungan itu akan menghalang masa depan kerjaya masing-masing.
"Saya tak mahu hubungan kami ini menjadi penghalang kepada kerjaya kami. Saya masih muda dan banyak lagi yang perlu digapai. Daripada membazir masa memikirkan hubungan kami, lebih baik saya tumpukan pada prestasi kerja.
"Saya sudah nampak peluang di depan mata dan saya perlu bekerja keras untuk menghampiri kejayaan yang diidami. Sekarang," kata Marsha yang mengakui sering terbayang kenangan manisnya bersama Kefli jika duduk bersendirian.
Menurut Marsha , dia sendiri tidak pasti apakah 'perpisahan' ini akan kekal selama-lamanya.
"Tapi siapa tahu, kami akan bersahabat kembali seperti dulu. Ada jodoh, pasti tidak ke mana. Banyak suka dan duka yang kami harungi bersama. Apa yang saya senangi ialah sikap dia (Kefli) yang cukup memahami.
"Dia sentiasa berada di depan mata, pada saat saya memerlukan teman kala susah dan senang. Dia seorang pendengar yang setia. Saya bertuah dikurniakan kawan rapat sepertinya," ungkap Marsha memuji Kefli.
Mengharap ada sinar baru
SELAIN dugaan peribadi ini, Marsha tidak terlepas dibangkitkan mengenai album sulungnya yang sepatutnya sudah diterbitkan. Tiga tahun berada dalam persada seni, dia dilihat seperti hampir berputus asa untuk berbicara mengenai kerjaya nyanyiannya.
Namun selepas puas menunggu, khabar gembira menamatkan penantiannya. Album yang pada awalnya dirancang dengan lapan hingga 10 lagu akhirnya menjadi lima lagu saja.
Kata Marsha, kerjasama antara Maestro dengan Wake The Baby milik komposer Ajai terpaksa dibatalkan. Bagaimanapun, Ajai masih menyumbangkan dua lagu untuk album ini. Hazami, Hadi Hassan dan Sharon Paul juga turut menyumbangkan lagu. Enggan mengulas lanjut mengenai kedudukan kontraknya bersama Maestro, dalam nada bersemangat, dia berharap ada sinar baru dalam dunia nyanyiannya.
"Ikut perancangan album ini siap sekitar bulan ini, tarikh edaran saya belum pasti lagi. Kita tunggu dan lihat saja. Tawaran untuk filem Senario The Movie Episode 2: Beach Boys pun diuruskan Maestro. Apa yang saya dengar, pengarahnya, abang Idham yang mencadangkan nama saya untuk dipanggil berlakon di dalam filem ini.
"Biarpun sudah berlakon dua filem (Misi 15:11 dan Saus Kacang), saya rasa filem ini yang paling besar kesannya. Kalau dulu saya diberikan watak jemputan dan sampingan, kini peranan saya lebih luas.
"Filem Saus Kacang arahan Indrayanto Kurniawan sudah ditayangkan di Indonesia dan jangkanya untuk pasaran Malaysia Mac ini," katanya yang semakin popular dengan lagu duet Sayang bersama Ajai bagi album runut bunyi Sayang You Can Dance.
Selepas ini, Marsha juga akan melebarkan sayapnya ke satu lagi cabang kerja. Dia bakal mengikuti jejak selebriti luar negara seperti Victoria Beckham, Jlo dan Paris Hilton yang mempunyai jenama produk mereka sendiri. Ingin mencari jaminan dalam kehidupan, Marsha kini sedang hebat merangka langkah untuk bergelar usahawan di bawah syarikat Marsha Londoh Entertainment yang ditubuh sejak pertengahan 2008.
"Saya sudah menamakan label seluar denim itu sebagai Marsha by Marsha Londoh. Ketika ini kami sudah menjual beberapa helai seluar itu melalui internet. Seluar itu dijual harga di bawah RM100 dan sesuai untuk golongan wanita dengan pelbagai bentuk potongan.
"Di Malaysia belum ada selebriti yang membabitkan diri dalam perniagaan seluar denim di bawah label sendiri. Saya mula terfikir untuk mengorak langkah dan idea ke arah itu," katanya.
Dalam pada itu, Hip menghubungi Kefli yang sedang sibuk di lokasi penggambaran drama 13 episod berjudul Comel arahan Aziz M Osman. Biarpun pada mulanya agak keberatan untuk memberikan komen, namun apa yang dapat disimpulkan jejaka ini ialah hanya mampu berserah.
"Kalau perkara ini baik untuk dia, maka baiklah untuk saya. Kalau ada jodoh pastinya tak ke mana dan semuanya pasti tertulis. Biarlah kami fokus apa yang kami ingin capai dalam hidup ini," katanya ringkas.
PROFIL: Marsha
NAMA PENUH: Marsha Milan Londoh @ Millon Samingau
TARIKH LAHIR: 6 Disember 1985
KELUARGA: Anak ketiga daripada empat beradik
ASAL: Tamparuli, Sabah (dilahirkan di Amerika Syarikat)
PENCAPAIAN: Pemenang tempat keempat, Akademi Fantasia 3 (AF3) pada 2005
DRAMA ON-LINE: Kerana Karina, Kerana Karina 2 dan Kerana Karina 3 di www.gua.com.my
DRAMA TV: Mega Sekeping Hati (RTM)
FILEM: Saus Kacang terbitan Sinemart, Indonesia dan berlakon bersama Bunga Citra Lestari serta Ashraf Sinclair
LAGU RUNUT BUNYI: Sayang (duet bersama Ajai) dan Bila Aku Cinta (solo) menerusi filem Sayang You Can Dance
DUTA: Spritzer Tinge, Snips dan Nivea |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 3:04 pm | |
| Jawab, jangan tak jawab!: Saya digugurkan?'IQRAM mahu mendapatkan kepastian daripada pihak produksi mengenai kedudukannya sebagai pengacara program Chopp!. SEJAK kebelakangan ini, nama pelakon Iqram Dinzly cukup hangat dengan pelbagai cerita sensasi. Belum surut kisah cinta 'cover line' bersama pelakon Fouziah Gous, muncul pula gosip yang menyatakan Iqram kini sering buat perangai sejak wajah dan namanya semakin popular di media cetak mahupun elektronik. Desas desus mengatakan disebabkan sikapnya yang tidak berdisiplin, Iqram bakal digugurkan dari mengacarakan program Chopp! di TV9. Bukan saja sikapnya yang semakin berubah sejak meniti kemanisan populariti, tetapi Iqram juga didakwa menggunakan statusnya sebagai selebriti untuk berbuat apa saja termasuk tidak mahu membayar selepas berhibur bersama-sama rakan di sebuah pusat karaoke. Bukan bertujuan untuk memburuk-burukkan pelakon yang berasal dari Ipoh, Perak ini tetapi di kalangan teman media, Iqram sudah tidak seperti pada awal kemunculannya. Apakah benar percikan glamor dan hubungan baiknya dengan ‘orang kuat’ stesen TV membuatkan Iqram semakin lupa asal usul? Pun begitu, adalah tidak adil andai perkara ini tidak ditanyakan kepada empunya diri. Ketika dihubungi Hip, Isnin lalu, Iqram akui agak terkejut dengan dakwaan terbaru itu. Dia menafikan dirinya berubah akibat populariti atas alasan perkataan popular itu sebenarnya masih lagi jauh untuk dicapai. Hip: Betulkah Iqram akan digugurkan dari menjadi pengacara program Chopp! angkara masalah disiplin? Iqram: (terkejut) Setakat ini, memang saya tak ada dengar pun cerita yang kononnya saya akan digugurkan dari mengacarakan program Chopp! Apatah lagi dakwaan saya digugurkan kerana masalah disiplin. Apa yang saya tahu, sepanjang mengacarakan program itu sejak Januari lalu, saya memberikan komitmen yang jitu untuk program itu. Cuma saya tak nafikan yang saya pernah lambat hadir ke lokasi penggambaran. Itu pun kerana saya terbabit dengan penggambaran drama lain. Waktu itu, saya akui menang terkejar-kejar dari Ampang ke Bandar Utama. Tapi tak boleh salahkan saya sepenuhnya kerana sebagai pelakon, ada kalanya saya berdepan dengan masalah yang tidak dapat dielakkan. Sebagai contoh, jadual lakonan walaupun sudah ditetapkan tetapi kita tak tahu masalah lain yang mungkin boleh berlaku. Kadang-kadang jadual lakonan lari kerana masalah teknikal dan sebagainya. Berbalik kepada isu digugurkan, terus terang saya memang tidak dimaklumkan mengenai hal itu. Hip: Apakah Iqram akan bertemu dengan pihak produksi untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini? Iqram: Sebenarnya saya sendiri keliru dengan perkara ini kerana apa saja cerita buruk mengenai saya, pasti saya akan dengar dari mulut orang lain. Apabila berdepan, mereka tidak pernah membangkitkan apa-apa isu mengenai saya. Lagi pun, macam mana nak kata saya digugurkan sedangkan saya tidak pernah menandatangani sebarang kontrak dengan mereka. Bukan mereka tak sediakan kontrak tetapi ada beberapa perkara yang saya tak puas hati dan meminta mereka untuk mengkaji semula isi kandung kontrak itu. Beginilah, saya sebenarnya tahu apa yang berlaku di sebalik cerita yang ditimbulkan ini cuma saya tak mahu menuding jari kerana itu bukan cara saya. Biarlah mereka hendak kata apa saja asalkan saya tahu cerita sebenar di sebalik peristiwa itu. Buat masa ini, biarlah saya letakkan segala kesalahan itu di bahu saya. Hip: Apakah ini bermakna Iqram menjadi mangsa keadaan atau disabotaj oleh pihak tertentu? Iqram: Saya ini lebih suka perhatikan kelemahan sendiri daripada hendak meletakkan kesalahan itu pada orang lain. Dalam hal ini saya tak mahu menyalahkan sesiapa dan kalau boleh, biarlah saya bertanyakan dulu kepada pihak produksi kebenaran perkara ini. Saya tidak mahu tersalah memberi komen bimbang ia berlanjutan. Kalau mungkin ada masalah, biarlah perkara itu diselesaikan secara dalaman tanpa membabitkan pihak luar. Hip: Ada suara nakal yang menyatakan Iqram bertindak begini kerana mempunyai hubungan rapat dengan pihak tertentu. Iqram: Terus terang, kejayaan yang saya capai hari ini semuanya adalah atas usaha saya sendiri dan bukannya kerana saya baik dengan orang itu dan ini. Sejak mula membabitkan diri dalam bidang ini, saya lebih senang mengamalkan sikap mempunyai hubungan sama rata dengan semua pihak. Saya tak pernah pilih kasih dan menghormati semua pihak seadanya. Jadi bila ada orang kata, saya gunakan keistimewaan mempunyai hubungan baik dengan orang tertentu untuk bersikap demanding, itu adalah satu andaian yang silap. Hip: Bagaimana pula dengan gosip yang mengatakan Iqram berhibur di pusat karaoke tapi tak mahu bayar? Iqram: Itu memang melucukan. Sepanjang yang saya ingat, kalau saya berhibur di mana-mana pusat karaoke, saya akan bayar. Saya tak pernah guna status selebriti ini untuk kepentingan diri sendiri. Status selebriti, pada saya bukanlah satu tiket untuk berbuat apa saja yang kita suka. Lagipun, saya bukanlah ‘sengkek’ sangat sampai tahap seperti itu. Pada saya gosip itu memang kelakar dan tidak benar sama sekali. Hip: Wajah Iqram sebelum ini banyak keluar dalam majalah, surat khabar dan lakonan pun kerap disiarkan di kaca televisyen. Namun persoalannya, Iqram gagal menembusi pencalonan Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008. Boleh komen sikit? Iqram: Popular ke saya? Sebagai orang baru, saya tidak melihat diri saya begitu popular seperti yang dikatakan. Perjalanan saya masih jauh lagi. Mungkin rezeki saya bukan untuk tahun ini, tetapi untuk yang akan datang. Siapa tahukan? Pun begitu, saya bersyukur kerana banyak muka baru yang dapat masuk senarai Top 5 kali ini, dan sebagai pelakon generasi baru, saya bangga dengan situasi itu. Bagi saya, setakat orang kenal dan tahu kewujudan saya, itu sudah memadai. Dan lebih menggembirakan, sejak menceburkan diri dalam bidang ini dan mengecap nikmat populariti, hubungan saya dengan rakan sekolah yang terpisah kembali terjalin. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 3:16 pm | |
| Layan gosip cintaLISA mengaku akrab dengan Farid kerana berada di bawah pengurusan yang sama dan saling berkongsi idea serta pengalaman. Farid Kamil dan Lisa bersepakat menjadi Bintang Eksklusif Astro Megadrama WALAUPUN sedang membina nama yang selesa di layar lebar, ada sesuatu cuba dicari Farid Kamil Zahari dan Lisa Surihani apabila memberikan kata persetujuan sebagai Bintang Eksklusif Astro Megadrama. Akur kehadiran yang masih hijau dalam arena lakonan, Lisa yang merangkul trofi Pelakon Harapan Wanita, Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM21) mempunyai sebab untuk menggalas tanggungjawab itu. “Saya melihat ia peluang yang baik untuk mengasah bakat. Ini membuatkan saya berasa dihargai apabila terpilih menjadi sebahagian daripada keluarga besar Astro,” kata Lisa mengenai kesempatan berharga itu. Gadis kelahiran Kuala Lumpur berusia 22 tahun itu berkata, dia positif dengan keputusan yang dibuat dan tidak menganggap ikatan yang dijalin itu membataskan bakatnya untuk berkembang. “Saya menerimanya sebagai proses pembelajaran, sekali gus menjadi ruang untuk membentuk saya menjadi pelakon yang lebih baik. Saya cuma mampu mencuba yang terbaik untuk menjadi pelakon yang serba boleh,” katanya. Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 kategori Artis Baru Wanita Popular ini berkata, sukar untuk dirinya meramal akan implikasi sebagai Bintang Eksklusif Astro Megadrama. Namun, akuinya, dia terharu kerana bakatnya diperhatikan dan diletakkan dalam kelompok mereka yang sudah diakui kehebatan di layar kaca dan perak seperti Farid Kamil, Aaron Aziz dan Erra Fazira. Menyentuh mengenai tawaran yang bakal diterimanya, pemegang Ijazah Sarjana Muda Kepujian Undang-Undang dari Aberystwyth University, Wales, United Kingdom ini berkata, semuanya akan terlebih dulu dibincangkan dengan Astro. “Mereka umpama ibu bapa baru kepada saya. Pastinya mereka lebih arif apa yang terbaik dan bersesuaian untuk saya. Jadi saya lebih selesa melakukan sesuatu yang memberi kepuasan kepada kedua-dua belah pihak,’ katanya. Antara produksi pertama Lisa bersama Astro adalah telefilem, Ponti Anak Remaja arahan Ghaz yang akan disiarkan di Astro Ria serta drama bersiri komedi, 3 Janda menggandingkannya dengan Farid Kamil. Lisa juga terbabit dalam drama Mataku Nampak Hantu. Semakin memahami asam garam kehidupan sebagai insan seni, Lisa berkata, dia tidak mampu menepis spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan Farid Kamil. Perkara itu kata Lisa, bukan sesuatu yang diminta mereka berdua kerana sesiapa saja bebas membuat penilaian berdasarkan pandangan mata kasar mereka. Hakikatnya, hanya mereka yang mengerti apa yang bergelora di sudut hati masing-masing. “Saya tidak melatah jika apa yang diperkatakan itu tidak benar. Sudah begitu kehendak industri, jadi saya tidak melihat gosip itu sebagai masalah besar. “Sebaliknya, saya menerimanya sebagai permainan tanpa perlu mengambil hati. Kami akrab kerana berada di bawah pengurusan sama, selain berkongsi ideologi dan pengalaman kerana Farid lebih tahu mengenai industri hiburan,” katanya. Dekat di hati MULA menjadi sebutan sejak membintangi filem Mistik pada 2002, himpunan produksi lakonan aktor muda yang kini turut mengembangkan bakat sebagai pengarah mengangkat kewibawaan Farid Kamil di mata penggiat industri. Pencapaian terbaik apabila menerima Anugerah Bakat Muda Filem (Pelakon) pada malam Anugerah Seni Negara Ke-8, baru-baru ini mengukuhkan kredibiliti pelakon kelahiran Alor Setar, Kedah ini. Berada dalam ruang selesa di layar lebar, namun masih ada kekosongan dalam diri pelakon berusia 27 tahun ini apabila menyentuh soal kepuasan diri. “Saya mahu berada lebih dekat dengan kelompok penonton baru di televisyen,” kata Farid memberikan rasional mengapa dia menerima tawaran Astro itu. Finalis Pelakon Filem Lelaki Popular, ABPBH 2008 itu akur, tindakannya itu bakal membangkitkan perdebatan apatah lagi selama ini wajahnya hanya menghiasi produksi layar lebar. “Berlakon drama bermakna bakat saya dinilai lebih meluas kerana jumlah penontonnya lebih besar, berbanding mereka yang ke pawagam. “Saya juga lebih tertarik untuk mengaplikasikan teknik lakonan yang dikutip daripada filem lalu dibawa ke dalam drama,” katanya. Jelas Farid, pengalaman serta populariti sebagai pelakon juga dapat dimanfaatkan untuk menarik lebih ramai khalayak menikmati lakonannya seperti mana yang diterima Erra Fazira apabila memilih beraksi dalam drama bersiri, Mertua Vs Menantu. “Drama bersiri itu mencatat jumlah tontonan tertinggi untuk saluran Astro Prima. Sebagai pelakon, saya ingin menyumbang bakti dengan membintangi produk yang membantu menaikkan rating stesen televisyen yang saya naungi,” katanya. Turut menyimpan impian untuk beraksi dengan Erra Fazira, Farid berkata, perjanjian awal hanya membabitkan kontrak lakonan. “Ada juga kami mengatur perbincangan mengenai pengarahan namun semuanya masih belum ada kata putus. Saya akur akan kemampuan diri. Mungkin untuk mengarahkan telefilem tidak menjadi masalah kerana strukturnya sama, biarpun menggunakan medium berbeza. “Tetapi saya belum bersedia mengarah drama bersiri kerana banyak aspek perlu dititikberatkan. Ia bukan mudah,” katanya. Sama seperti Lisa, Farid juga positif dengan tindakan yang diambil kerana baginya, persetujuan diberikan selepas mengkaji segala baik dan buruk mengenai implikasi mengikat kontrak sebagai artis naungan Astro. “Tidak perlu dipersoalkan kerana saya percaya, tawaran itu datang bersama pelbagai perancangan yang memberi manfaat kepada kami. Asalkan saya diberi kebebasan berkarya dan melahirkan idea kreatif, saya tak nampak apa sebab untuk menolak tawaran ini,” katanya. INFO: Lisa Surihani
Nama Penuh: Lisa Surihani Mohamed
Nama Komersial: Lisa Surihani
Tarikh Lahir: 23 Mac 1986
Hobi: Membaca, mendengar muzik dan melayari internet
Pendidikan: Sarjana Muda Kepujian Undang-Undang, Aberystwyth University, Wales, United Kingdom
Pencapaian: Pelakon Harapan Wanita FFM21
Iklan: Johnson & Johnson Pure Essentials, KFC, Celcom, Ovaltine, Ayamas, Cadbury, Hotlink, Pantene, Clearasil, Lip Ice Lip Balm, Bank Mandiri dan Laurier
Pengacaraan: X-Fresh (Astro), Down Memory Lane (RTM), Nestle Space Challenge (ntv7), Hello 2006 (RTM), Whoa! (ntv7), Ekspresi
Filem: I’m Not Single, Goodbye Boys, Cyber X: Ancaman Penggodam, Jangan Pandang Belakang Congkak dan Rempit V3
Drama/Telefilem: Ayah Kami, Gergasi, Fobia, Anak Merdeka, Obsesi dan Mataku Nampak Hantu PROFIL: Farid Kamil
Nama Penuh: Farid Kamil Zahari
Tarikh Lahir: 5 Mei 1981
Hobi: Menyanyi dan menunggang motosikal
Pendidikan: Fakulti Seni Persembahan (Pengkhususan Filem), Universiti Teknologi Mara
Drama: Fakulti, Langgam Juru, Faridah & Kawan-Kawan, 5:30 dan Begitulah Cinta
Iklan: Dunhill, Telekom, Pringles
Filem: Mistik, Jutawan Fakir, Cinta Kolestrol, Kuliah Cinta, Potret Mistik, Hingga Hujung Nyawa, 7 Perhentian, Potret Mistik, Lady Boss, Cinta Fotokopi, Anak Mami Kembali, Main-Main Cinta, Chermin, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Remp-it, Anak Halal, Evolusi KL Drift, Apa Kata Hati?, I’m Not Single dan Remp-it V3
Pencapaian: Anugerah Bakat Muda Filem (Pelakon), Anugerah Seni Negara Ke-8. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 3:27 pm | |
| Asmara cabar Intan SarafinaIntan Sarafina Ubah haluan kepada bidang lakonan untuk teruskan kerjaya dalam bidang seni BUKAN impiannya untuk bergelar pelakon tetapi rezeki yang datang tidak mampu ditepis. Kebetulan pula Intan Sarafina juga perlukan sandaran baru untuk meneruskan kesinambungannya sebagai insan seni. Barangkali apa yang dilakukannya ini cuma satu percubaan. Tetapi katanya, tidak mustahil dia akan terus berlakon jika percubaan itu menerima maklum balas positif khalayak. Memegang peranan sebagai Asmara dalam drama bersiri 26 episod, Suara Hati siaran Astro Prima bermula 16 Mac ini, Intan berkata, dia berlakon untuk mencabar dirinya. Akuinya lagi, selepas muncul dalam filem Janji Diana pada 2001, pintu hatinya bagaikan tidak terbuka lagi untuk kembali berlakon. Apatah lagi ketika itu, namanya sedang memuncak sebagai penyanyi membuatkan anak kelahiran Stulang Darat, Johor Bahru ini tidak terlintas untuk memberikan kepelbagaian kepada kerjaya seninya. “Saya terlalu sibuk ketika itu dan bimbang tidak mampu memberikan komitmen, saya terpaksa menolak beberapa tawaran. Tidak benar jika ada berpendapat saya berkecil hati dengan teguran atau kritikan. Semua itu perkara biasa. “Saya tidak pernah ambil hati biarpun dikritik teruk. Cuma waktu itu, nyanyian menjadi keutamaan membuatkan saya tidak terfikir untuk berlakon,” kata Intan menjelaskan alasan utama mengapa dia mengambil masa lama sebelum kembali berlakon. Bagaimanapun, kata Intan, selepas menyertai pertandingan realiti, One In A Million, dia mula terfikir untuk mencari keseronokan baru. Kebetulan tawaran berlakon datang dan melihat watak yang diberikan tidak terlalu berat iaitu sebagai penyanyi, Intan bersedia menerimanya. Tambahan pula karektor Asmara dalam drama yang turut membariskan pelakon seperti Ezlynn, Zamarul Hisham, Watie Sadali, Amyza Aznan dan Riezman Khuzaimi mempunyai sedikit persamaan dengan dirinya, Intan tergerak untuk mencuba. Ternyata tuntutan watak Asmara jauh daripada jangkauan, membuatkan dirinya tercabar terutama apabila sebahagian besar adegan memerlukan dia menangis. “Permulaan memang susah untuk menangis. Saya ambil masa untuk menghayatinya. Apabila sudah sebati dan mula merasai keselesaan di lokasi, saya semakin seronok menjadi pelakon. Tetapi, saya tidak mahu tergopoh-gopoh menerima tawaran baru. “Saya mahu mendengar reaksi dan maklum balas penonton terlebih dulu sebelum bersedia untuk penggambaran drama lain,” kata Intan yang turut beraksi dalam drama bersiri Yusoff untuk slot Samarinda, siaran TV3. Turut diberikan peluang merakamkan tiga lagu baru termasuk Bakawali dan Suara Hati, penyanyi berusia 28 tahun itu melihat percubaan itu sebagai platform untuk dirinya melangkah ke era baru. Apatah lagi, suaminya, Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli tidak pernah menghalang isteri yang dinikahi pada 17 Oktober 2008 ini daripada meneruskan minat dalam bidang seni. “Sementara belum hamil dan dikurniakan, baik saya lakukan sesuatu. Lagipun jika saya sendirian di rumah akan menimbulkan rasa bosan, jadi saya isi masa terluang itu dengan berlakon,” katanya. Akui Intan, ketika menerima skrip dia agak tercabar malah tersimpan sedikit perasaan gusar jika gagal memberikan persembahan terbaik. Bagaimanapun, perasaan gugup dan tidak selesa itu berlalu apabila semua tenaga kerja termasuk pengarah bersedia membantunya. “Tanpa tunjuk ajar mereka saya tidak mungkin mampu membawakan watak Asmara dengan baik. Barangkali disebabkan minat juga membuatkan saya cepat serasi di lokasi biarpun lakonan adalah satu cabang baru dalam hidup saya,” katanya. SINOPSIS: Suara Hati ASMARA yang sedang bergelut dengan kariernya jatuh cinta dan mendirikan rumah tangga dengan Aman tanpa mengetahui lelaki itu sudah beristeri. Selepas rahsia perkahwinan mereka diketahui, Asmara yang hamil menghilangkan diri. Asmara melahirkan Putra yang membesar dengan penuh tanda tanya. Demi kebahagiaan anaknya, Asmara merelakan Putra bertemu bapa kandungnya. Asmara bagaimanapun, enggan bertemu mereka semula jika tiada sebarang persetujuan diikat. Apabila kerinduan terhadap ibunya mula terasa, Asmara melarikan diri. Kekalutan itu mencipta satu insiden besar apabila Putra dilanggar bapanya sendiri. Suara Hati disiarkan setiap Isnin, bermula 16 Mac di Astro Prima, jam 10 malam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 3:47 pm | |
| 8TV pertahan kritikan SyafinazKRITIKAN yang dilemparkan Syafinaz Jumaat lalu mengundang pelbagai reaksi di kalangan penonton. Teguran keras lebih cepat sedarkan peserta untuk perbaiki kelemahan APABILA pengkritik tetap One In A Million 3, Syafinaz Selamat melemparkan kritikan keras dengan menyamakan corak nyanyian seorang pesertanya, itu, Aweera seperti salakan anjing, ramai yang terkejut. Ada juga yang menyifatkan kritikan Syafinaz itu sebagai keterlaluan untuk peserta yang masih lagi hijau dalam bidang seni. Dan sebagai seorang yang berpengalaman serta terikat dengan nilai kesopanan dan adat orang Melayu, tentunya kritikan itu dianggap keterlaluan dan memalukan Aweera. Pun begitu, dakwaan itu disangkal Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar.Sambil menyifatkan tindakan penyanyi bersuara soprano itu sebagai bertepatan dengan tugas yang disandangnya itu. Beliau berharap orang ramai terutama penonton program ini dapat melihat kritikan itu sebagai sesuatu yang positif terutama untuk pembangunan peserta itu sendiri. “Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza dan saya akur dengan perkara itu. Namun, saya melihat kritikan itu sebagai satu pengajaran kepada peserta berkenaan supaya bangkit dan perbaiki kesalahan yang ada. “Kalau masa kita belajar dulu pun, kalau kena marah atau nasihat dengan yang lembut, kita akan cepat alpa dan buat kesalahan serupa pada masa akan datang. Namun ia berbeza kalau kena marah dengan perkataan yang kasar, pasti kita akan ingat dalam fikiran sampai bila-bila,” jelasnya ketika dihubungi Hip, kelmarin. Biarpun dia mengakui terkejut dengan kritikan Syafinaz ketika menonton program OIAM malam Jumaat lalu, namun reaksi spontan itu sebenarnya dia kagum dengan kesungguhan Syafinaz dalam usaha untuk melahirkan penyanyi yang berwibawa. “Memang saya terperanjat bila mendengar komen sedemikian dari mulut Syafinaz tapi pada masa yang sama, saya tahu waktu itu dia (Syafinaz) memang marah sangat dengan Aweera kerana nyanyian yang sumbang dan menyakitkan telinga. “Malah, perkataan menyalak itu bagaikan satu metafora supaya peserta berkenaan tahu akan kesilapan yang dilakukannya. Dia seharusnya menerima kritikan itu dengan hati yang terbuka kerana ini adalah pertandingan yang memberikan hadiah bernilai RM1 juta. “Bukan saja Aweera, tapi semua peserta harus tahu dan sedar akan hal itu,” tegasnya yang mengakui persembahan minggu kedua itu hambar berbanding minggu pertama. Mengulas lanjut perkara itu, Ahmad Izham berkata perkara itu berlaku mungkin disebabkan kebanyakan peserta terlalu memfokuskan persembahan minggu pertama tanpa memikirkan pertandingan ini berlangsung untuk jangka masa panjang dan setiap minggu mereka perlu menghasilkan yang terbaik. “Kalau kita lihat, tenaga kebanyakan mereka untuk minggu kedua agak tumpul sedikit berbanding minggu pertama. Barangkali kerana mereka begitu bersungguh-sungguh untuk meyakinkan semua pihak pada minggu pertama menyebabkan persembahan Jumaat lalu, kelihatan tidak bertenaga dan hambar. “Bagaimanapun, saya kagum dengan persembahan Esther. Dia berjaya membawakan lagu Mengenangmu yang dipopularkan Kerispatih dengan cara tersendiri,” katanya. Ditanya mengenai ada permintaan daripada penonton supaya menghapuskan saja sistem imuniti, Ahmad Izham nyata tidak bersetuju dengan cadangan itu. “Kita tahu, tidak semua penonton mengundi peserta berdasarkan bakat. Ada yang mengundi berdasarkan paras rupa atau sebab lain. Jadi dengan memberikan imuniti kepada peserta yang terbaik untuk sesuatu minggu itu, kita sebenarnya memberikan garis panduan kepada penonton supaya mengundi peserta yang bagaimana yang industri hiburan perlukan,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 3:50 pm | |
| 'Macam tinggal dalam rumah'FAZLI ZAINAL, Nabil, Ashraf Muslim, Farah Asyikin dan Mila tidak melepaskan peluang berkaraoke dalam bas. Artis yang mengikuti siri jelajah ABPBH 2008 ke Sungai Petani mengakui selesa menggunakan bas PERJALANAN menaiki bas dua tingkat tajaan syarikat Sinarmas Travel & Tours Sdn Bhd dari Balai Berita ke Sungai Petani Jumaat lalu bersempena siri jelajah pertama Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 di zon Utara itu bagaikan sebuah pengalaman indah. Apa tidaknya, bas yang dilengkapi set karaoke dengan ruang santai, peti sejuk dan dapur mini menyerupai rumah ini cukup selesa jika dijadikan pilihan mereka yang ingin menggunakan kenderaan awam untuk melancong. Berkali-kali calon finalis ABPBH 2008 bagi kategori Pelakon TV Lelaki Popular, Ashraf Muslim dan Pelakon Komedi Wanita Popular, Kenchana Dewi yang buat kali pertama mengikuti siri jelajah ini memuji keselesaan bas dinaiki mereka. Turut sama menaiki bas ialah artis jemputan Fazli Zainal, Sheila Abdull, Syazliana dan kumpulan Nitrus. “Saya cukup gembira kerana dapat menaiki bas bersama rakan artis yang lain. Apatah lagi ini kali pertama saya mengikuti siri jelajah ABPBH dan dapat pula menaiki bas baru yang sangat selesa. Pengalaman sulung yang ada ini ingin saya manfaatkan sebaik mungkin untuk beramah mesra dengan lebih rapat lagi bersama rakan wartawan dan artis. “Kemudahan yang ada di dalam bas ini pun sangat praktikal. Macam tinggal di dalam rumah. Paling saya suka ialah set karaoke mini. Saya ambil peluang berkaraoke. Biarpun penat pada hari sebelumnya, saya lupakan ia demi kenangan indah ini,” kata Ashraf yang kini wajahnya menghiasi drama Yusof bagi slot Samarinda TV3. ARTIS yang menaiki bas bergambar di pekarangan Balai Berita sebelum bertolak ke Sungai Petani. Cuma Nabil, Mila, vokalis kumpulan Nitrus, Eddie, Farah Asyikin dan kumpulan Meet Uncle Hussain saja menaiki kenderaan sendiri. Rugi juga mereka yang tidak dapat menikmati gaya mewah menaiki bas yang baru beroperasi tidak sampai setahun ini. Terima kasih daun keladi kepada Sinarmas kerana sudi menjadi kenderaan rasmi ABPBH 2008. “Sayang juga saya tak dapat sama menaiki bas kali ini sebab ada komitmen kerja yang memerlukan saya datang menaiki kenderaan sendiri. Saya harus melunaskan kerja memasukkan suara untuk filem Pisau Cukur arahan Bernard Chauly. “Tak dapat naik bas, dapat pose di dalam bas pun kira memadailah. Lepaslah rindu sedikit. Tak apalah Mila dan Farah pun senasib dengan saya sebab datang sendiri ke Sungai Petani,” usik Nabil yang turut menjadi pengacara untuk malam amal ABPBH 2008 Untuk Gaza dan persembahan siri jelajah anjuran Berita Harian dipadatkan kerjasama dengan Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia. Ruang karaoke yang terletak di tingkat satu bas ini menjadi tumpuan artis yang menaiki bas. Apa lagi, inilah masanya masing-masing menguji kehebatan vokal masing-masing. Biarpun tanpa kehadiran Nabil yang mampu menceria suasana, kehadiran Ashraf sudah cukup membuatkan rakan artis dan media tersenyum simpul. Sikap selamba Kenchana Dewi dan Fazli Zainal turut menghidupkan suasana di dalam bas. LAN Meet Uncle Hussain dan Nabil bersantai di ruang karaoke mini. Siapa sangka di sebalik sikap ‘macho’ teman baik kepada pelakon Sherry Ibrahim ini, ada sisi humor yang tersembunyi dan jarang ditunjukkannya. Bukan saja kamera jurugambar Berita Harian yang menjadi ‘mangsa’ bahan uji kajinya, malah tatkala mikrofon berada di tangannya mulalah dia berubah watak. Sekejap jadi ketua pramugara dan sekejap berangan jadi deejay hinggakan gelagatnya dirindui salah seorang staf Sinarmas, Rusiah Ariffin atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ros. “Layanan mesra empat orang staf Sinarmas yang sporting termasuk pemandu bas cukup membuatkan hati saya gembira. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka kerana sudi melayan kami semua,” kata Ashraf dalam nada ceria. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 3:52 pm | |
| Dengarnya... Syazliana diganggu lelaki mat salih Syazliana sewaktu siri jelajah ABPBH 2008 di Sungai Petani. CERITA ini masih lagi hangat dan terjadi di Sungai Petani sewaktu siri jelajah ABPBH 2008 pertama dijalankan. Amboi, Cik Normah ingatkan diri ini saja yang pernah cuba diganggu dan digoda lelaki mat salih dan berketurunan Arab. Rupa-rupanya, penyanyi Syazliana yang turut menjadi artis jemputan siri jelajah itu pun diganggu lelaki mat salih berusia dalam lingkungan 28 tahun.
Sejak Syazliana tiba lagi di Cinta Sayang Resort yang menaja penginapan artis dan media di sana, ada mat salih yang boleh tahan kacaknya cuba bermain mata dengan penyanyi itu. Bukan setakat cuba menggunakan telefon di dalam bilik hotel untuk bercakap dengannya, malahan lelaki itu siap selitkan nota cinta di bawah pintu bilik hotel dengan harapan dapat bertemunya dengan lebih dekat.
Kawan sepejabat Cik Normah yang ditugaskan di sana sempat melihat nota cinta yang ditunjukkan Syazliana sendiri. Nota berbunyi: “What a beautiful lady is doing in Sungai Petani. Woww! I would like to meet you. Call me if you like. 013*******”.
Sampai seram sejuk jugalah perasaan Syazliana apabila dapat tahu ada lelaki cuba mengganggunya. Kawan Cik Normah cakap kejadian sebegitu bukan yang pertama terjadi kepadanya, malah selalu dialaminya.
Dulu pun sewaktu Cik Normah bercuti dan mengikuti kursus modeling di London kejadian yang terjadi kepada dia pernah berlaku kepada Cik Normah. Waktu itu, Cik Normah belum berkahwin dan biasalah kalau jadi wanita cantik, ada saja yang cuba mendekati. Ikutkan hati memanglah jatuh hati Cik Normah apabila melihat lelaki mat salih berbadan sasa dan berwajah meletup itu, tapi hati Cik Normah ketika itu sudah dimiliki seorang lelaki Melayu yang kini adalah suami Cik Normah. Masa itu kami baru setahun berkenalan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 3:54 pm | |
| Dengarnya... Mark OIAM tak mahu menyanyiMark. INGAT lagi tak kepada seorang peserta One In A Million (OIAM) musim kedua bernama Mark. Lelaki kacak dari Sabah yang berwajah mat salih itu pernah hangat namanya gara-gara dikaitkan dengan Farah Asyikin tahun lalu. Kisah terbaru yang Cik Normah dapat tahu ialah Mark sudah tidak mahu menyanyi lagi kerana industri hiburan, terutama bidang muzik dilihat tidak bersesuaian dengan dirinya. Patut pun kebelakangan ini, Cik Normah jarang mendengar kisahnya. Mark kini menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan. Dunia nyanyian hanyalah suka-suka untuknya dan bukan lagi perkara utama di dalam hidupnya. Biarpun suka menyanyi, kini pelajaran adalah keutamaannya. Seorang sumber boleh dipercayai memberitahu Mark mahu fokus kepada pelajaran kerana ingin memberi tumpuan kepada kerjaya perniagaan. Baik Mark dan Farah, mereka masih berkawan baik. Cinta atau tidak, Cik Normah kurang pasti. Cik Normah tak suka serkap jarang dan percaya ikatan persahabatan memang tidak boleh dijual beli. Kini pun, Farah bukan setakat bergelar penyanyi, malah membantu menguruskan syarikat milik ayahnya. Cakap mengenai Farah, Cik Normah suka dengan lagu Hello nyanyian Farah. Tak dinafikan Farah memang serasi dengan lagu berentak rancak. Sebelum ini, Farah popular dengan lagu Seribu Penipuan, sekarang Hello pula. Harapnya syarikat Satu Entertainment milik komposer Audi Mok akan betul-betul memberi perhatian kepada Farah kerana diyakini Farah boleh pergi jauh jika kena pada gayanya. Insya-Allah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 3:56 pm | |
| Dengarnya... Kenchana Dewi disenangi semuaKenchana Dewi dan Mila sudah dua tahun berturut-turut tersenarai dalam ABPBH. CIK Normah diberitahu rakan sepejabat yang mengikuti siri jelajah pertama ABPBH 2008 di Sungai Petani, Kedah pada Sabtu lalu, calon Pelakon Komedi Wanita Popular untuk dua tahun berturut-turut, Kenchana Dewi memang mempunyai ramai peminat. Menurut cerita rakan Cik Normah, sewaktu berada di taman tema The Carnival, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengabadikan gambar mereka bersama pelakon keturunan India ini. Yang minat dia pun orang Melayu juga. Kelas Kenchana. Cik Normah belum berkesempatan bersua muka dengan pelakon sitkom Puteri ini, tapi apa yang diberitahu rakan Cik Normah, memang dia sangat ‘sporting’, ‘gila-gila’ dan boleh cepat serasi dengan artis lain yang sama-sama naik bas Sinarmas Travel & Tours ke Sungai Petani. Pendek kata, pelakon berusia 36 tahun ini memang sejak kecil sudah terbiasa dengan orang Melayu. Maklumlah dibesarkan dan tinggal dalam kejiranan orang Melayu. Paling menarik, dia mula menerjah persada seni melalui drama berbahasa Melayu, sebelum ke drama Tamil. Jangan tak tahu, pelakon berstatus ibu ini pernah memenangi dua anugerah iaitu Artis India Paling Popular 2002 dan Aktres Terbaik 2006 yang dianjurkan penggiat seni dari kaum India di Malaysia. Cik Normah dapat tahu memang Kenchana seronok dan teruja dapat menyertai siri jelajah ABPBH tahun ini. Ramai juga di kalangan media dan artis yang menaiki bas tempoh hari bertemu Kenchana sebab wanita ini pandai membaca horoskop hanya melalui nombor. Kawan Cik Normah cakap, ramalan ini hanya suka-suka dan bukannya untuk dipercayai. Tahun lalu, memang dia tak dapat ikut sebab sibuk dengan jadual penggambaran drama. Peluang yang ada pada tahun ini pastinya akan dimanfaatkan Kenchana untuk bertemu peminatnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 4:01 pm | |
| Konsert penuh penghayatan MAWI (kiri) dan Siti memberikan persembahan mantap.
Nama besar dalam dunia seni tanah air bersatu dan mengalukan puji-pujian ke atas Rasullullah SAW
JARANG sekali kita dapat melihat nama-nama besar dalam industri hiburan tanah air berkongsi pentas dalam sebuah konsert berkonsepkan keagamaan. Namun pada malam Sabtu lalu bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam, Konsert Sinar Maulidurrasul 1430H mereka membuktikan atas nama cinta pada Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW, perbezaan itu sanggup diketepikan.
Walaupun ini adalah kali kedua konsert anjuran Rabbani Productions (M) Sdn Bhd (RPSB) diadakan, namun keterujaan untuk menyaksikannya berlipat ganda kerana bukan mudah untuk melihat empat finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008), iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Mawi, Rabbani dan Amy Search bergabung suara sambil mengalunkan puji-pujian ke atas Rasulullah SAW
Menepati janji mereka sewaktu sidang media lalu, persembahan yang memakan masa lebih dua jam itu berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk membawa perhatian penonton untuk mengenali dengan lebih dekat lagi ikon kepada umat Islam di seluruh dunia itu.
Biarpun mengetengahkan konsep kerohanian, namun penganjur bijak menjadikan konsert itu supaya menarik untuk ditonton dan dihayati apabila ia menggabungkan elemen tazkirah, nyanyian dan persembahan multimedia.
Selama dua jam berada di perut stadium berkenaan, bagaikan tidak terasa dek kerana hiburan yang disajikan.
BARISAN artis popular tanah air mewarnai Konsert Sinar Maulidur Rasul 1430H.
Dalam berhibur, penonton turut dihidangkan dengan tazkirah ringkas tetapi penuh bermakna. Tersentuh hati dan ada juga yang mengalirkan air mata apabila penceramah terkenal, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood, tampil di atas pentas untuk berkongsi cerita mengenai kehidupan awal baginda, perjuangannya serta saat-saat terakhir sebelum baginda wafat.
Dan tarikan utama konsert ini pastinya tertumpu kepada Amy, Siti dan Mawi, yang buat pertama kalinya berkongsi pentas untuk menyanyikan lagu bercorak ketuhanan. Tepukan gemuruh bergema apabila vokalis kumpulan Search ini tampil menyanyikan lagu Tiada Lagi.
Namun Amy tetap Amy, walaupun berpakaian jubah, namun imej rugged yang begitu sinonim dengannya tetap terserlah.
"Saya akui suasana konsert kali ini agak berbeza dengan semua konsert yang pernah saya adakan sebelum ini. Begitupun, penghayatan ketika membawakan sesebuah lagu itu adalah penting supaya penonton dapat memahami mesej yang hendak disampaikan itu.
TAZKIRAH ringkas Siti Nor Bahyah mengenai perjuangan Rasulullah SAW membuatkan ramai penonton menitiskan air mata. "Ia juga memberikan pengalaman berbeza kerana ia bagaikan satu hijrah buat diri saya. Apapun, saya bangga apabila konsert ini mendapat sambutan penonton," kata Amy ketika ditemui pada sidang media sejurus selepas konsert itu berakhir. Persembahan Siti tidak menghampakan Turut tidak menghampakan adalah persembahan nyanyian Siti yang menyampaikan lagu berjudul Ketika Cinta, yang dipetik dari album runut bunyi filem Perempuan Berkalung Sorban. Lagu itu disampaikan Siti secara duet bersama Rabbani. "Ini adalah kali pertama Siti menyampaikan lagu untuk peminat di sini dan tidak salah rasanya Siti membawakan lagu tema filem dari Indonesia itu kerana ia membawa mesej yang selari dengan konsep konsert malam ini. Lagipun Siti sudah berbincang dengan Ustaz Asri dan dia pun sudah memberi persetujuannya,' kata Siti yang juga pencipta asal lagu itu. Lagu lain yang turut dinyanyikan malam itu termasuklah Al-Jannah oleh Mawi, Al-Mu'allim (Akhil Hayy),Mana Milik Kita, Munajat dan Intifada (Rabbani) serta Kudus Sinarmu (Siti Nurhaliza). Manakala lagu Salamun Salam (Akhil Hayy), Saksi (Mawi) dan Mentari Merah di Ufuk Timur (Amy) disampaikan penyanyi itu secara duet dengan kumpulan nasyid popular itu. Sambil melahirkan rasa puas hatinya mengenai kejayaan konsert itu, selaku penganjur, Ustaz Asri berkata kejayaan itu takkan diraih tanpa hasil kerjasama penaja dan juga artis yang membuat persembahan. “Tanpa sokongan penaja iaitu TM, penyiar rasmi iaitu TV3 dan juga artis malam ini, saya rasa tak mungkin konsert ini akan berjaya seperti ini. Contohnya, Siti walaupun baru saja kematian ayahandanya namun dia masih mampu memberikan persembahan yang cukup hebat. “Insya-Allah, kalau masih mendapat penaja, pasti konsert ini akan diadakan secara tahunan. Dan tak mustahil, konsert ini akan menampilkan artis yang sama yang mungkin akan dipanggil Kumpulan Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul pada masa akan datang,” seloroh Asri sambil disahut tawa oleh tetamu yang hadir. Jelas Asri lagi sebagai penganjur, apa yang lebih dititikberatkan adalah penonton mendapat manfaat daripada konsert itu di samping menikmati hiburan. “Maka sebab itu kami menterjemahkan kitab berzanji dalam bahasa Melayu supaya penonton lebih memahami dan mampu menghayati apa yang terkandung di dalam kitab itu,” ujarnya. Konsert tajaan Telekom Malaysia Berhad (TM) ini dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Hadir sama, Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman, bekas Naib Presiden Pasaran Produk TM, Datuk Mohd Taib Hassan dan Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Korporat Media Prima Berhad, Badariah Jalil. Dikendalikan oleh pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Fenda, konsert ini diakhiri dengan selawat ke atas Nabi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 4:04 pm | |
| Faradhiya bercinta dengan VVIP FaradhiyaKETIKA sedang enak menikmati udara segar di Taman Wisata Alam, Gunung Tangkuban Parahu, Bandung, Indonesia bersama ahli Kelab Kebajikan, Sukan & Rekreasi NSTP/BHSB, seorang teman sempat berbisik, penyanyi dan pelakon jelita, Faradhiya kini sedang dilamun cinta. Dan jejaka pilihannya seorang VVIP berusia 50-an. Khabarnya boleh tahan kacak juga kekasih Faradhiya itu, cuma wajahnya sering kelihatan serius. Dan percintaan penyanyi dan pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu kini sudah menjadi bualan ramai. Raja tak dapat nak pastikan sejauh manakah hubungan mereka, tetapi sumber beritahu Faradhiya nampak mesra dengan si dia itu. Raja tak mengenali VVIP itu, sama ada statusnya suami orang atau duda, hanya empunya diri dapat mengesahkan, Raja tak berani nak meneka. Tapi takkan Faradhiya nak pilih suami orang kan? Sejak putus cinta dengan penyanyi Hattan, khabarnya Faradhiya mula rapat dengan VVIP itu. Bermula dengan hubungan seorang teman biasa akhirnya menimbulkan bibit cinta antara mereka. Ketika Faradhiya kecewa, khabarnya lelaki inilah yang menjadi pengubat dukanya hingga akhirnya mereka saling tertarik. Iyerlah, lelaki mana yang tak tertarik dengan Faradhiya, orangnya cantik, kacukan Melayu-Inggeris dan bijak pula menyusun kata. Tentu cair dibuatnya. Walaupun dalam drama TV, Faradhiya sering membawa watak antagonis, tetapi mengenalinya, gadis itu seorang yang peramah. Memang kadang kala meluat juga melihat lakonan jahatnya dalam drama TV terutama dalam drama bersiri Ku Milikmu, tetapi luarannya Faradhiya bukanlah bersikap mengada-ngada begitu. Orangnya sederhana saja dan tidak membanggakan diri dengan apa yang dimiliki. Dia juga datangnya dari keluarga senang dan berpendidikan tinggi, cuma dia tidak menunjuk-nunjuk. Bagaimanapun, yang tak sedapnya apabila ada yang buka mulut dan cakap-cakap belakang mengenainya. Khabarnya Faradhiya kerap juga mengikut kekasihnya ke majlis atau lawatan rasmi ke luar negara. Betul ke ni? Mungkin niat Faradhiya hanya nak bercuti, tetapi anggapan dan pandangan orang berbeza. Melayari hidup sebagai selebriti bukan seperti orang biasa, apa saja yang dilakukan menjadi perhatian. Bila ada yang terserempak dengan Faradhiya bersama VVIP itu di luar negara, tentu mereka fikir bukan-bukan. Memang seronok bila kerap bercuti ke luar negara, tetapi mata dan hati orang sekeliling juga perlu diambil kira. Kalau sudah saling terpesona, eloklah dipercepatkan perkara baik, Faradhiya pun bukan muda lagi. Sekurang-kurangnya dapatlah mengelakkan fitnah dan tohmahan terhadap diri. Bagi Raja, kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang. Apa pun, tak kisahlah siapa pun pilihan Faradhiya, kalau hati sudah suka apa yang nak ditunggu-tunggu lagi. Betul tak? RAJA: Kecoh seketika apabila teman wartawan hiburan Harian Metro, Wan Asrudi Wan Hasan (Odie) tiba-tiba hilang di Bandung. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 4:06 pm | |
| Memey digam stesen TV? Memey SuhaizaDENGAN apa yang berlaku pada Memey Suhaiza, pelakon yang didakwa berkhalwat dengan pelakon Norman Hakim itu seharusnya diberi ruang. Dia masih muda, cantik dan berbakat, sayang jika kerjaya lakonan yang baru bermula berkubur begitu saja. Raja tak dengar pula Memey mahupun Norman digam oleh mana-mana stesen TV, malah khabarnya kini Memey laris menerima tawaran berlakon drama dan filem sejak keluar daripada persembunyiannya. Memey boleh dianggap bertuah walaupun pernah mencetuskan kontroversi yang mencemarkan diri, kelibatnya tetap diterima. Tuah badan... Bagaimanapun, Raja tak pastilah sama ada produser memilihnya sebab bakat atau kontroversi. Seorang produser drama pernah memberitahu Raja, dia memilih Memey membintangi drama kerana kontroversi, sudah tentu mampu menaikkan rating dramanya. Susah nak jangka percaturan produser itu tepat atau tersasar, kita tunggu sajalah nanti. Raja terdengar juga keluhan seorang produser TV yang mencadangkan Memey untuk membintangi dramanya, tetapi apabila diajukan pada orang kuat sebuah TV berbayar, nama Memey ditolak. Puas produser berkenaan memujuk dan merayu tetapi jawapannya tetap 'No'. Macam mana tu? Kalau sudah orang kuat sebuah TV popular pun menolak, bermakna Memey sudah masuk dalam senarai hitam. Memang tiada surat hitam putih yang dikeluarkan, tetapi nampaknya Memey kena 'gam' secara senyap. Khabarnya orang kuat stesen TV berkenaan bimbang penonton akan tutup TV atau alih ke siaran TV lain jika ada kelibat Memey. Yalah bukan semua orang dapat menerima apa yang Memey dan Norman lakukan biarpun berjuta kali Memey tampil mohon maaf. Rambut manusia sama hitam, tapi hati lain-lain. Raja kasihan juga pada Memey mahupun Norman, periuk nasi mereka hanya dalam bidang lakonan. Kalau digam, mereka nak makan apa? Masing-masing sudah tentu banyak komitmen dan sara diri setiap bulan. Bagi Raja, Memey mahupun Norman seharusnya diberi peluang, kes mereka masih dibicarakan, belum tentu mereka bersalah. Yang berlaku sudahpun berlalu, nasi sudah menjadi bubur. Mereka juga manusia biasa yang tak terlepas melakukan kesilapan. Cuma nasihat Raja, jadikan apa yang berlaku sebagai iktibar, jangan tersalah langkah lagi. Ada peniaga berdekatan pejabat Norman menghubungi wartawan memberitahu melihat kelibat Memey di pejabat yang pernah mencatat sejarah hitam itu, betul ke? Hai, takkan tak serik lagi... RAJA: Walaupun mengaku kawan, Memey panggil Norman 'sayang'. Betulke? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 4:07 pm | |
| Farawahida dalam dilema? Farawahida TIADA angin, tiada ribut, khabarnya penyanyi popular, Farawahida baru saja dilamar seseorang. Siapakah agaknya jejaka bertuah itu? Raja dengar penyanyi lagu Hilangkan Segalanya itu kini dalam dilema sama ada nak terima atau tolak lamaran si jejaka itu? Kenapa ye, entah-entah penyanyi kacukan Melayu-Pakistan itu sudah berpunya. Setahu Raja, Farawahida memang belum ada kekasih walaupun usia sudah mencecah 24 tahun. Tak pernah dengar pula Farawahida bercinta. Sejak dulu, Farawahida memang bijak menyembunyikan kisah peribadinya, jangan mimpilah dapat korek apa-apa rahsia. Kadang kala Raja pelik juga takkan usia masuk 24 tahun tiada keinginan nak bercinta atau punya kekasih seperti orang lain. Dulu dalam usia 20-an, Raja sudah puas bercinta dan puas juga putus cinta hinggalah bertemu suami dan berkahwin. Mungkin juga Farawahida sedang rahsiakan sesuatu? Yalah, Raja faham tak semua orang suka berkongsi kisah peribadi mereka. Raja difahamkan Farawahida serba salah apabila si jejaka yang melamar itu mahu mempercepatkan majlis perkahwinan, sedangkan dirinya belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Yalah, Farawahida baru saja mengecapi populariti dan namanya belum seteguh mana walaupun sudah menang beberapa anugerah termasuk Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006. Bagaimanapun, bak kata pepatah Melayu, diluah mati emak, ditelan mati bapa apabila jejaka yang melamarnya itu banyak menabur budi pada dirinya. Siapa agaknya jejaka itu ye? Takkan komposer terkenal, Julfekar, semua orang tahu Julfekar sudah berumah tangga dan mempunyai empat anak dan dah besar panjang. Dulu pun pernah keluar gosip mereka bercinta dan berkahwin secara senyap, tetapi Farawahida dan Julfekar menafikan sekeras-kerasnya. Hubungan mereka hanya sekadar artis dan pengurus. Raja pun tak pasti siapakah gerangan jejaka yang berkawan rapat dengan Farawahida itu. Hanya empunya diri yang tahu. Sukar juga Raja nak meneka sebab Farawahida memang tak pernah tampil dengan mana-mana lelaki kecuali dengan pengurusnya, Julfekar. Khabarnya si jejaka memang menyayangi Farawahida sepenuh hati cuma yang tak sedap dengar si jejaka ajak berkahwin di selatan Thailand. Opps... jadi isteri kedua ke? RAJA: Janganlah ada artis kahwin hingga cetus kontroversi lagi tahun ini.... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 4:10 pm | |
| Jue Aziz buat hal KALAU ikutkan lakonan Jue Aziz belum terbukti lagi, baru berlakon beberapa drama tetapi khabarnya pelakon seksi itu sudah mula demand dan buat hal dengan sebuah produksi drama. Sumber beritahu, sebuah produksi hebat ini menawarkan watak kepada Jue, bagaimanapun pelakon itu meletakkan harga mengalah artis popular yang sudah menang berpuluh-puluh award. Terkedu seketika produksi itu memandangkan harga yang diletak tak balik modal, yalah Jue pun masih baru dalam dunia lakonan. Pujuk punya pujuk akhirnya Jue setuju dengan harga yang ditawarkan. Khabarnya Jue pun teringin nak bekerja dengan produksi yang sudah membolot macam-macam anugerah besar sebelum ini. Bagaimanapun, yang tak sedapnya Jue demand pula nak bilik seorang, katanya nak bawa ibunya sekali. Maklumlah penggambaran dijalankan di sebuah hutan yang jauh daripada kesesakan kota, jadi Jue nak bawa ibunya bercuti sekali. Bukan produksi berkenaan tak mampu nak sediakan bilik untuk Jue seorang, tetapi memandangkan ketika penggambaran waktu cuti umum, jadi bilik yang mereka ada terhad. Jadi Jue kenalah berkongsi bilik dengan teman artis lain. Kalau artis diva boleh berkongsi bilik, takkan Jue tak boleh? Selain itu, Jue juga tunjuk reaksi tak senang apabila artis dan krew kena ke lokasi bersama, maklumlah kalau pergi sendiri tentu sesat barat dalam hutan tu. Mungkin Jue rasa tak kelas kot kena naik van bersama krew. Hai setahu Raja, artis naik kereta pancuan empat roda, krew memanglah naik van. Kalau kena naik sekali dengan krew pun apa salahnya? Bagaimanapun, perjanjian mulut sudah dibuat tetapi bila hari nak tandatangan kontrak, sampai ke sudah batang hidungnya pun tak nampak. Biasalah call tak berjawab, SMS tidak dibalas hingga hari ini. Kan menyusahkan namanya apabila dua hari lagi penggambaran nak bermula, artis buat hal. Khabarnya penerbit drama berkenaan berang dengan tindak tanduk Jue, kalau tak nak terima tawaran, cakap awal-awal, tiada siapa yang nak paksa. Bila jadi macam ni, siapa yang susah. Bukan senang nak cari pelakon dalam tempoh dua hari. Namun produksi berkenaan bernasib baik apabila ada artis yang lebih meletup dan kontroversi daripada Jue menerima tawaran berkenaan. Kepada Jue, jangan menyusahkan orang lagi, awak baru nak naik dalam bidang lakonan. Esok dah kena blacklist dengan produser kan susah nak cari makan. RAJA: Adik lelaki Datuk Siti Nurhaliza juga cuba nasib masuk AF7. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 4:13 pm | |
| Siapa hutang Nabil? MACAM tak percaya pula apabila mendengar cerita ibu seorang pelakon remaja pinjam duit juara Raja Lawak, Nabil. Takkan ibu dan pelakon remaja itu sengkek sangat, sedangkan seantero dunia tahu, mereka bukanlah orang susah. Lagi pun pelakon remaja berkenaan bukan calang-calang, berlakon siang malam sampai tiada waktu berehat, tentu duit berkepok. Ketika berbual dengan Nabil, Raja sempat bertanya desas- desus yang kini hangat diperkatakan di kalangan teman-teman Raja. Terkejutlah Nabil, manusia yang berhutang dengannya bukanlah ibu pelakon remaja itu sebaliknya bekas pengawal peribadinya yang kini sudah dibuang kerja! Kasihan ibu dan pelakon remaja itu, tak pasal-pasal mukanya terpalit malu besar atas perbuatan pengawal peribadi yang tak bertanggungjawab itu. Khabarnya bukan hanya Nabil yang kena ‘pau’, malah teman artis dan krew produksi turut terpedaya. Lebih menyakitkan hati, si pengawal peribadi menggunakan nama ibu dan pelakon remaja itu bila nak pinjam duit. Macam-macam alasan diberikan, nak beli susu anaklah, anak sakitlah tapi peliknya, takkan duit gaji beribu-ribu yang diberikan pelakon remaja itu tak cukup. Memang dasar penipu! Nabil beritahu Raja, dia kasihan pada ibu dan pelakon remaja itu, sudahlah mereka kena tipu ‘hidup-hidup’ dan sekarang dapat malu apabila heboh cerita berhutang dengannya. "Saya nak betulkan kenyataan, bukan ibu pelakon remaja berkenaan yang berhutang, dia tiada kena mengena dalam kes ini sebaliknya bekas pengawal peribadinya yang buat hal. Si bedebah pandai buat muka kasihan apabila kesempitan duit, mula-mula pinjam duit nak beli susu anak, selepas itu, cakap anak sakit pula, jadi saya tak sampai hati dan bagi pinjam RM3,000 padanya. "Tak lama selepas itu, dia menghilangkan diri hingga saya dapat tahu diberhentikan kerja kerana ibu dan pelakon berkenaan juga turut ditipu, sama ada kena tipu duit atau sebaliknya, saya tak pasti. Ingatkan saya dan pelakon itu saja yang terkena, tapi dalam diamnya, rupanya ada juga rakan pelakon dan krew produksi filem yang kena kelentong. Alasan tetap sama, tak cukup duit nak beli susu anak dan anak sakit untuk meraih simpati. "Paling saya tak berkenan apabila si pengawal peribadi membabitkan nama ibu dan pelakon remaja itu, cakap mereka pula yang nak pinjam duit, bukan sikit beribu-ribu tapi bila kawan-kawan dengar tentulah tak kata apa, hulur sajalah nak membantu. Saya berharap dengan penjelasan ini, ibu dan pelakon remaja itu tak dikaitkan lagi dengan kes ini. Biarlah, Tuhan maha kaya, saya percaya esok lusa si bedebah takkan akan terlepas," katanya. Kasihan pula Raja pada ibu dan pelakon remaja itu, tak sudah-sudah terpalit kontroversi. Bawalah bersabar... RAJA: Meluat dengan kenyataan plastik aktres tak sedar diri, tunjuk baik konon! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 8:45 am | |
| Waheeda: Saya sangat menyukai Akhil! Dalam linangan airmata Waheeda bagaikan tidak dapat merungkai masalah dalaman yang sedang dihadapinya - foto MSTAR ONLINE [SEMASA] KONTROVERSI yang melanda dirinya sudah tidak dapat ditanggung lagi oleh tuan empunya diri. Berkali-kali sudah kenyataan dikeluarkan oleh Waheeda berikutan isu hubungan intimnya dengan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy, namun nampaknya perkara itu masih lagi berlarutan. Lebih setahun lamanya dia menanggung 'beban' gara-gara kes panas itu, lebih-lebih lagi apabila dia pernah dikatakan telah pun berkahwin dengan Akhil dan menjadi isteri keduanya. Dalam linangan air mata, Waheeda akui, sejujurnya, cukup perit untuk dirinya terus berdepan dengan isu tersebut. Malah, dari riak wajahnya, penyanyi kelahiran Johor Bahru ini seolah-olah 'menyimpan' sesuatu yang sukar untuk dia sendiri jelaskan. "Macam-macam orang bercakap buruk tentang saya...saya perampas suami orang la, asyik bertukar-tukar lelaki la. Saya sudah banyak simpan 'rahsia' orang. Begitu juga dengan kontroversi yang melanda saya dengan Akhil. "Jangan sampai saya hilang sabar dan buka semua cerita sehingga perlu mengaibkan orang. Selama ini cukup perit saya menanggung semua ini. "Saya telah berkorban banyak demi orang lain. Bukan setakat berkaitan dengan Akhil, tetapi mereka yang pernah rapat dengan saya sebelum ini. Jika saya tidak sekuat ini, tak tahulah apa yang akan jadi," tutur Waheeda yang ditemui pada majlis pelancaran sitkom Nana Tanjung di Sri Pentas, hari ini. Sambil mengesat airmata, Waheeda masih cuba membendung kisah sebenar antara dia dan Akhil. Sukar untuk memahami apa sebenarnya yang cuba diluahkan oleh gadis berusia 30 tahun ini. Tetapi, menerusi kenyataan itu, jelas menunjukkan Waheeda seakan-akan menggambarkan yang perasaannya sendiri sedang bergolak. Cuma, penyanyi dan pelakon popular ini memang dikenali sebagai seorang yang cukup 'perahsia'. Seboleh mungkin, Waheeda tidak mahu mendedahkan apa sebenarnya yang tersirat di sebalik cakap 'teka-teki'nya itu. Ditanya adakah dirinya tertekan kerana label negatif lebih cenderung ke arahnya, berbanding Akhil sendiri gara-gara kisah itu, Waheeda hanya menjawab ringkas: "Saya pun tak tahu. Mungkin dia (Akhil) ni jenis yang terlalu baik atau entahlah....Tetapi, apapun, keluarga saya, keluarganya serta teman rapat Akhil sendiri tahu kisah sebenar." Namun begitu, ketika diajukan soalan adakah hubungannya dengan Akhil masih baik, tutur Waheeda, dia tidak mempunyai masalah dengan persahabatan mereka meskipun ramai yang membuat pelbagai tanggapan terhadap hubungan itu. Malah, sebelum ini dia sendiri pernah bersemuka dengan isteri penceramah itu bagi menjelaskan kedudukan sebenar. "Saya pernah berbual dengan isterinya tentang perkara ini. Memang kami tidak ada masalah. Saya pernah berkunjung ke rumah mereka pada Hari Raya. Malah, isterinya ada juga cuba untuk menjodohkan saya dengan adik Akhil. "Saya sendiri pun tak tahulah macam mana untuk jelaskan tentang hal ini. Setiap kali diajukan soalan sama ada benar saya ada hubungan istimewa dengan Akhil, saya pasti akan jawab 'tidak'...atau mungkin sebenarnya orang nak dengar saya cakap 'ya' walaupun perkara itu tidak benar?. "Tidak ada benda untuk diselindung, malah sekarang ini pun saya dan Akhil tetap pergi makan dan lepak bersama-sama," luah Waheeda yang menambah dirinya dan Akhil sebenarnya turut mempunyai ikatan persaudaraan jauh di sebelah bapanya. Tegas Waheeda, jika ditakdirkan dia benar-benar berkahwin dengan Akhil, dia tidak akan merahsiakan tentang perkara itu meskipun sedar diri akan dikritik hebat. "Sudah tentu saya tidak akan berahsia andai kata memang saya ditakdirkan berkahwin dengannya. Keluarga saya juga bukanlah jenis yang akan merahsiakan perkahwinan anak mereka. "Apapun, saya akui, saya sangat menyukainya (Akhil), tetapi kami tidak bercinta!," kata Waheeda yang juga kemungkinan akan berduet bersama Akhil pada persembahan Maulidurrasul di Dataran Merdeka pada 9 Mac ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 9:27 am | |
| Misha Dituduh Diva Oleh Blogger “Saya sebenarnya tidak ambil pusing tentang apa yang diperkatakan hinggalah pihak itu menulis yang tidak relevan dan tindak-tanduknya membawa kepada yang negatif. Tidak pula dia datang berjumpa saya untuk mendapatkan penjelasan. Seperti dia membaca cerita orang lain dan dari situ membuat ulasan,” cerita Misha Omar tentang seorang blogger yang tidak dikenalinya tetapi telah menulis perkara buruk tentang dirinya. Tambahnya, telah berlaku beberapa insiden baru, antaranya ketika di Hot FM Big Jam yang berlangsung baru-baru ini di Johor. Blogger tersebut telah mengambil gambarnya tanpa kebenaran atau sebarang amaran ketika dia sedang menyarungkan sehelai baju luaran. “Dalam situasi begitu, sudah tentu kakak bertindak. Dia pun meminta maaf dan beredar dari situ. Tapi lepas itu, di blognya pula, diluahkan rasa tidak puas hatinya, menuduh saya berlagak diva.” “Sebagai seorang blogger, dia bebas menulis apa saja tapi jangan ikutkan perasaan kerana ia akan membawa parah. Kalau ruangan gosip, mungkin sukar dikesan siapa penulisnya tetapi berlainan untuk seorang blogger. Jika perkara ini dibawa ke undang-undang, ia akan membawa padah kepada individu itu. Saya tidak mahu panjangkan isu ini tetapi mata masih memandang. Nasihat saya kepada yang menulis, jangan mudah membuat persepsi. Tulis berdasarkan kebenaran dan fakta. Saya ada tahap kemarahan saya, sekarang ini hanya baru sikit saja.” Tentang tuduhan blogger tersebut yang dia telah ketawakan baju yang dipakai Siti Sarah ketika di konsert akhir MyStarz LG, jelas Misha, tidak akan dia memalukan dirinya dengan berbuat demikian di hadapan umum. Dan jika benarlah itu yang dilakukannya, akan diakuinya perbuatan itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 05 Mar 2009, 9:34 am | |
| Konsert Rihanna Akan Diumumkan Pada 12 Mac Penganjur Pineapple Concerts hari ini mengumumkan tarikh baru untuk konsert 'Rihanna Live In Kuala Lumpur' akan diberitahu pada 12 Mac. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 13 of 20 | Go to page : 1 ... 8 ... 12, 13, 14 ... 16 ... 20 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |