|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 8:17 am | |
| Roslin fail permohonan sahkan lafaz ceraiGAMBAR perkahwinan Roslin dan pasangannya Faizah di Puchong baru-baru ini. KUALA LUMPUR - Pemain badminton negara, Muhd. Roslin Hashim yang sebelum ini mendakwa telah menceraikan isterinya 12 hari selepas berkahwin memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam. Permohonan itu difailkan peguam syarie, Rosnizam Rahim menerusi Tetuan Nailah Ramli & Partners pada pukul 2 petang. Roslin, 34, bagaimanapun tidak hadir di mahkamah. Permohonan pengesahan lafaz cerai tersebut dibuat mengikut Seksyen 55(a) Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984. Roslin memfailkan permohonan berikutan lafaz cerai luar mahkamah yang dibuat terhadap Faizah Mohamad, 32, pukul 10.50 malam, 11 Februari lalu, hanya 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari. Dakwa jaguh veteran negara itu, lafaz cerai talak satu tersebut dibuat atas kerelaannya sendiri di hadapan mertua di rumah mereka di Puchong. Roslin berkata, setelah tiga hari berkahwin, dia berasakan tiada keserasian dan persefahaman selain mendakwa dia tidak dihormati isterinya itu. Dakwanya lagi, walaupun telah diberi peluang selama seminggu, isterinya tetap tidak mahu berubah.
Last edited by sally_eiyna on Tue 24 Feb 2009, 9:01 am; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 8:19 am | |
| Beego mahu selesai cara baikKUALA LUMPUR - Pelakon sitkom Puteri, Beego menawarkan penyelesaian luar mahkamah kepada isterinya, Intan Shahira Mohd. Shahru berhubung kes tuntutan fasakh yang difailkan pakar perunding sumber manusia itu. Perkara itu dimaklumkan peguam syarie, Marlina Amir Hamzah yang mewakili Intan Shahira, 28, selaku plaintif di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam. Terdahulu, Marlina turut menyatakan pihak peguam defendan (Beego), Md. Nor Md. Din gagal hadir pada prosiding kes itu kerana berada di luar daerah. Beego atau nama sebenarnya, Mohd. Aszerul Nizam Abdullah, 29, juga tidak hadir semalam. Menurut Marlina, pihaknya sebelum itu baru sahaja diberitahu oleh peguam defendan bahawa pihak mereka mahu menyelesaikan kes secara baik di luar mahkamah. "Bagaimanapun, kami dukacita kerana lambat dimaklumkan sedangkan hari ini telah ditetapkan untuk sambung bicara kes tuntutan fasakh yang mana defendan akan menyambung keterangannya," katanya. Jelas Marlina, anak guamnya yang berada di luar negara juga telah mengambil cuti semata-mata untuk menghadiri kes tersebut.
Last edited by sally_eiyna on Tue 24 Feb 2009, 9:03 am; edited 3 times in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 8:24 am | |
| Rashdan Baba pasar kopi tenaga Sekarang macam satu kegilaan pula orang Malaysia kepada kopi. Lihat saja kopitiam semakin bertambah dengan pelbagai jenama dan pelbagai rasa yang dihidangkan. Jenama kopi pra campuran juga semakin banyak. Artis Malaysia juga tak lepaskan peluang mengeluarkan kopi. Pelakon Rashdan Baba juga bakal mengeluarkan kopi jenama sendiri iaitu Radan Plus Pra Campuran yang bakal dipasarkan bulan Mac 2009 ini. "Keistimewaan kopi ini ialah mengandungi campuran tongkat ali dan habbatusauda dan ia dihasilkan menggunakan krimer bukan tenusu," jelas Rashdan. Rashdan juga menjelaskan ia bukan khusus untuk lelaki sebaliknya untuk semua orang kerana fungsinya menambahkan tenaga. "Saya yakin dengan produk kopi kerana ia mempunyai pasaran yang luas," kata pelakon yang berasal dari Kelantan itu lagi. Rashdan Baba Talent AgencyRashdan juga menguruskan Rashdan Baba Talent Agency (RBTA) yang menganjurkan satu konsep sistem latihan dan pengurusan, mencungkil bakat baru dalam bidang lakonan, peragaan dan teknologi Internet. "Saya mahu gunakan pengalaman lebih sepuluh tahun dalam bidang lakonan dan hiburan dan kami menyediakan satu landasan bagi yang berminat dalam bidang seni. "Pada era IT pada masa ini, pendedahan masyarakat berkaitan dengan teknologi maklumat telah meningkat, maka dengan konsep pendedahan bakat-bakat baru menggunakan teknologi ini akan membuatkan mereka lebih berdaya saing," jelas Rashdan lagi. RBTA bekerjasama dengan syarikat iTAGERMEDIA yang mengendalikan bengkel membina laman blog iaitu blogstarz. RBTA juga berperanan dalam memberi khidmat nasihat bagi belia dan peserta baru untuk lebih mengenal pasti sifat dan sikap mereka dalam mencapai sasaran RBTA untuk melahirkan usahawan seni yang berdaya saing. "Kami mensasarkan individu yang ingin menceburi bidang yang penuh dengan glamor ini. Kami tahu ramai anak muda yang berada di luar bandar khususnya tidak mendapat peluang atau ruang untuk menyertai bidang ini. RBTA akan mengadakan jelajah uji bakat ke seluruh Malaysia," jelasnya lagi. Antara modul asas lakonan yang akan dipelajari oleh bakal peserta ialah bengkel lakonan, asas lakonan, penghayatan watak, pengembangan watak dan pembentangan tugasan untuk watak yang diberikan. Dalam peragaan pula peserta akan dapat asas peragaan, cara-cara catwalk, displin, motivasi, praktikal catwalk manakala ilmu IT pula merangkumi asas IT, membina laman blog, peluang dalam bisnes laman blog dan motivasi pasal blog. Yuran untuk bengkel lakonan, peragaan dan membina laman blog sebanyak RM999. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Azam di talian 016-6880636 dan Zack di talian 016-3958849. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 8:46 am | |
| Haiza mengandung ke? Masuk kedai asam... Masa berehat daripada acara Roadtour Soyo URTV 2009 di Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor pada 21 Februari 2009 lalu kelihatan Haiza masuk ke kedai menjual asam. Adakah Haiza sudah hamil sekarang. Yalah... artis lain yang berkahwin tahun lalu sudah sibuk mengandung... tak kan Haiza nak duduk diam pula. Badan Haiza pun nampak berisi sikit. Cuba perhatikan tempat-tempat tertentu di badan Haiza, nampak tak perubahannya. Asam dan orang yang mengandung peringkat awal ni memang sinonim. Tak tahulah, kita tunggulah sikit masa lagi. Perut tu tak boleh disorok sebab ia akan membesar kalau ada bayi di dalamnya. Kata Haiza dia belum lagi mangandung, malah tak ada pulak membuat pemeriksaan. Kalau tak buat pemeriksaan macam mana nak tahu kita mengandung atau tidak. Yalah kalau tak ada pengesahan doktor macam mana dia nak mengesahkannya. Tunggu dan lihat sajalah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 9:08 am | |
| ‘Wasurenagusa’ dari Jepun cinta baru Nani DALAM fikiran anak muda pasangan Fatimah Abu Bakar dan Syed Yahya, Sharifah Amani, 23, hanya mahu memperjuangkan filem Malaysia dengan cara tersendiri sehingga sanggup merentas ke Mexico seorang diri. Mulai Khamis lalu, Amani atau Nani berada di Mexico untuk menghadiri Festival Filem Antarabangsa Mexico (FICCO) ke-6 yang berlangsung dari 17 Februari hingga 1 Mac ini. Nani ke sana mewakili sutradara Yasmin Ahmad untuk mempersembahkan tiga buah filem Yasmin iaitu Sepet, Gubra dan Mukhsin yang terpilih sebagai ‘Guest Film’. “Saya rasa seronok apabila tiga filem lakonan saya iaitu Sepet, Gubra dan Mukhsin di bawa ke Mexico. Alhamdulillah. Saya suka filem-filem Yasmin kerana ia mempunyai banyak maksud dan sebab. Amani merupakan antara pelakon yang lantang bersuara dan pandai berkata-kata. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT “Mungkin kalau filem kita kurang respon untuk dibawa ke luar negara tetapi ada orang yang beri apresiasi, alhamdulillah, saya rasa dihargai. “Misalnya, saya pernah ke festival filem di Perancis, dan Hawai, sekurang-kurang kita boleh mendapatkan maklumbalas daripada mereka disamping boleh memperkenalkan negara kita kepada orang yang tidak tahu tentang Malaysia. “Kadangkala saya rasa sakit hati juga bila orang luar tahu tentang Singapura, Thailand dan negara di sekeliling Malaysia tetapi tidak semestinya tahu tentang kita. “Jadi, saya rasa sangat bangga apabila ke sana sambil membawa nama Malaysia. Sebagai seorang Melayu, saya juga memberitahu mereka yang Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Amani bangga apabila filem lakonannya berjaya di bawa ke luar negara untuk menonjolkan budaya Malaysia. “Begitu juga apabila mereka melihat budaya kita, bersalaman, berpelukan di dalam keluarga, betapa pentingnya keluarga kepada kita. “Misalnya, filem ‘Sepet’ mengisahkan tentang cinta antara kaum Cina dan Melayu manakala di dalam ‘Gubra’ mereka nampak bilal, orang Islam yang mereka jarang nampak kerana media di barat menginterpretasikan orang Islam sebagai pengganas,” luah Nani panjang lebar yang pernah berjumpa dengan aktor filem Dragon: The Bruce Lee Story, Jason Scott Lee di dalam sebuah festival filem. Kecewa 'Mualaf' masih ‘dianaktirikanSetakat ini, tiga buah filem Nani yang diarahkan oleh Yasmin iaitu ‘Sepet’, ‘Gubra’ dan ‘Mukhsin’ telah ditayangkan, cuma sekarang dia masih menunggu filem ‘Mualaf’ yang belum diluluskan untuk ditayangkan di pawagam tempatan. Amani masih mengharapkan supaya filem Mualaf akan dapat ditayangkan di Malaysia pada suatu hari nanti. Jelas Nani, dia pada mulanya sukar untuk memberikan komen lanjut dan sekadar meluahkan perasaan kecewanya apabila filem itu belum ditayangkan di sini tetapi telah ‘berpesta’ di pawagam luar negara seperti Jepun pada November lalu dan bulan berikutnya di Singapura. Malah, lebih menggembirakan, filem 'Mualaf' lakonannya, adiknya, Sharifah Aleysha, Brian Yap, Datuk Rahim Razali dan Ning Baizura itu bakal ditayangkan sekali lagi pada 26 Februari di Singapura atas permintaan ramai. “Susah untuk saya cakap tentang hal ini. Kerja saya untuk berlakon dan berkarya. Kerja saya selesai apabila produksi kata ‘it’s wrap’. “Saya rasa sayang apabila penonton di Malaysia tak dapat tengok dan setiap kali filem Yasmin keluar, ada sesuatu di dalam filem itu yang boleh diperkatakan walaupun ada yang mengatakan ia tidak ‘blockbuster’. “Tetapi, ada ramai juga orang seperti kawan-kawan saya yang nak tengok tetapi tak boleh. Apa boleh buat? Tetapi kadangkala, saya rasa terkilan. “Jadi, alhamdulillah kalau dapat tunjuk di Malaysia kerana sekurang-kurangnya akan ada perkara lain yang boleh dibualkan tentang filem di mana kita tidak mempunyai satu genre filem sahaja seperti aksi, seram, komedi dan sebagainya. “Kita perlu percaya dengan khalayak filem yang cuba menyokong filem-filem kita. Sekarang, penonton kita cukup cerdik untuk menilai mana filem yang baik atau tidak di mana semuanya melibatkan hiburan. “Ini yang perlu kita lakukan dan bukannya terus tarik tanpa menunjukkan kepada penonton terlebih dahulu. Jadi, nanti khalayak kita akan ada satu pemikiran sahaja yang pergi menonton sambil bergelak ketawa tanpa ada sesi berfikir,” tegas Nani yang tidak mengetahui punca filem itu sukar untuk mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF). Tambah adik kepada penyampai Hot FM dan pelakon Sharifah Aleya ini, dia berasa mungkin isu yang dibangkitkan di dalam filem 'Mualaf' agak sensitif. “Bukan filem itu sahaja, malah semua filem arahan Yasmin selalu dianggap sensitif. Kenapa tidak pula mereka fikir yang filem-filem lain mempunyai babak-babak lagi sensitif seperti rogol, cium, dan lesbian tetapi dibenarkan. Sedangkan di dalam filem kami seperti 'Mualaf' tidak mempunyai babak seperti itu. “Adik-adik saya yang pergi tengok di pawagam tentang babak sensitif tadi mempersoalkan tentang hal itu. “Filem kita lebih melibatkan jatuh cinta serta kasih sayang dan bukannya bercium mulut seperti filem lain yang boleh lulus tanpa potongan serta ada perkara yang mengghairahkan, ganas sehingga berlumuran darah, gangster dan kebencian. “Tetapi filem kita yang menunjukkan tentang keamanan dinilai sebaliknya pula. Jadi, saya tidak faham,” persoal Nani dalam nada tidak berpuas hati. Nani juga tertarik apabila Yasmin berkata dia ada menerima emel daripada seorang wanita Jepun, Sawaka yang mempunyai keinginan untuk mengenali al-Quran dan mengetahui lebih mendalam tentang Islam selepas menonton filem 'Mualaf' di Tokyo. Antara babak yang dilakonkan oleh Nani di dalam Mualaf sebagai Rohani. “Bagi saya, filem 'Mualaf' bukan sahaja tentang agama tetapi ia juga tentang kemaafan. “Ada saya mendengar yang ramai orang tertarik dengan watak lakonan saya dan adik saya, Aleysha yang begitu menyerah diri kepada Tuhan. “Walau apa pun tidak terjadi, mereka tidak akan berdendam, benci dan mengetahui semua ini disebabkan sesuatu,” ulas Nani yang memegang watak Rohani di dalam filem tersebut. Giat Nani, dia sebolehnya ingin membangkitkan zaman kegemilangan P. Ramlee dan Shaw Brothers lalu berasa tidak sepatutnya cepat mengaku kalah kerana jika tidak siapa lagi yang akan berjuang untuk industri perfileman negara? “Namun, saya tak boleh marah dan bersikap membenci kerana semua itu negatif. Kalau kita bangkitkan banyak negativiti, jadi hal itu akan menjadi semakin besar,” beritahu Nani. Sibuk dengan ‘Wasurenagusa’ pada SeptemberSelepas berlakon lima buah filem arahan Yasmin iaitu 'Sepet', 'Gubra', 'Mukhsin', 'Mualaf', dan 'Talentime', sebelum September ini Nani dijangka akan sibuk dengan buah tangan terbaru Yasmin iaitu ‘Wasurenagusa’ atau ‘Forget Me Not’. “Kebanyakan babak di dalam filem itu akan menggunakan Jepun sebagai lokasi pengambaran manakala hanya beberapa peratus lagi akan dilakukan di Malaysia. “Hero filem ini adalah pelakon Jepun dan Insya-Allah, saya akan menemani Yasmin ke sana sebelum melakukan pengambaran untuk melihat lokasi dan pelakon-pelakon di sana. Amani tidak sabar berlakon di dalam filem 'Wasurenagusa'. “Saya lupa nama pelakon itu tetapi dia agak kacak,” gurau Nani. Berkongsi tentang sedikit info tentang ‘Wasurenagusa’, Nani berkata filem ini mempunyai jalan cerita yang mudah tetapi agak menarik kerana menunjukkan pertembungan antara dua budaya iaitu Melayu dan Jepun tetapi akhirnya dua insan berbeza budaya ini boleh tertawan. “Menariknya, dalam masyarakat Melayu ni kita suka menonjolkan kasih sayang dan akan bersalam dan mencium pipi apabila berjumpa keluarga sebaliknya di dalam budaya Jepun ni mereka kurang berpelukan dan bersalaman. “Mereka suka ‘bow’ seolah-olah tidak ramah dan tidak mengekspresikan kasih sayang mereka. “Di dalam filem ini, saya melakonkan watak orang Malaysia yang berjumpa dengan seorang lelaki Jepun. “Saya merupakan seorang yang berfikiran terbuka dan terlalu ramah sehingga lelaki tadi perasankan saya sedang bercakap seorang diri dengan bunga seolah-olah mempercayai saya ini tidak waras. “Apabila berjumpa, banyak kenangan antara kami,” cerita Nani mengenai serba sedikit sinopsis filem yang pada pandangannya berkisarkan tentang cinta. Dalam perkembangan lain, Nani juga tidak sabar menantikan reaksi penonton mengenai kemunculan filem 'Sayang, You Can Dance' di pawagam mulai 6 Mac depan. Nani yang baru selesai menjalani pengambaran filem 'Magika' sebagai Bawang Putih, turut menantikan tayangan filem 'Talentime' pada 26 Mac depan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 9:48 am | |
| Photos Celebrity @ Oscar Academy AwardsIni dia gambar pelakon dan selebriti ternama bergaya sakan di parti terbaik tahunan di Hollywood, Anugerah Academy ke-81 atau Oscar di Kodak Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, hari ini. Ada yang jelik dan ada yang pelik… tak kurang ada yang sedap mata memandang… jangan lupa untuk lontarkan komen ya. Tak salah kalau sekali sekala jadi polis fesyen. Budiey suka gaun Heidi Klum, nampak unik, menyerlah dan elegan. (foto AP, AFP, Reuters) Kemunculan Brad Pitt dan Angelina Jolie di Oscar hari ini berjaya mencuri tumpuan ramai Bekas isteri Brad Pitt, Jennifer Aniston juga hadir menyerikan majlis berprestij itu bersama kekasihnya, John Mayer Penelope Cruz |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 9:55 am | |
| Sambungan...Beyonce Alicia Keys Natalie Portman |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 9:57 am | |
| Gambar Anak Erra Fazira dan Engku EmranGambar anak Erra Fazira? Bukan ini cuma kezutan! Wakenabeb! Comelnya anak Erra Fazira. Hehe, jangan terkejut… Erra masih belum lagi beranak. Ini cuma kejutan sahaja di majlis hari jadi Erra. Budiey doakan semoga bayi yang bakal lahir nanti cukup sifat. Kelahiran ini moga akan menambahkan lagi kerukunan dan kebahagian pasangan Erra Fazira dan Engku Emran. Selamat hari lahir dari kami. Khabarnya, Engku Emran dan Erra dah sedia tiga nama untuk anak perempuan yang baru lahir ini. Jantina bayi sudah diketahui mereka sejak kandungan masuk usia empat bulan.“Saya ingin tahu jantina anak bagi memudahkan kami membuat persiapan kerana pertama kali menjadi ibu sudah tentu persiapan awal dapat membantu.” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 10:00 am | |
| Liza Hanim yang membonyot |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 10:14 am | |
| Tini legaTINI dan Sol bagai pinang dibelah dua berjalan ke pelmin. Seorang lagi penyampai radio Hot FM memasuki alam rumah tangga KEPUTUSAN melanjutkan pelajaran dalam peringkat ijazah sarjana ke United Kingdom (UK) selama setahun pada September 2006 menemukan penyampai radio Hot FM, Kartini Kamalul Ariffin atau Tini, 31, dengan cinta yang tulus dan suci. Andai Tini tidak menyambung pengajiannya dalam bidang Kewartawanan Penyiaran ke luar negara, mungkin suaminya Nur Sulhi Jasmin yang dipanggil Sol, 29, akan terus memendam rasa cintanya kepada wanita itu. Bagaimanapun, sebaik mendengar berita pemergian Tini ke UK, Sol tanpa berlengah lagi mengambil keputusan mengajak Tini keluar dan sejak dari itu bermulalah detik perkenalan pasangan yang bekerja di bawah satu bumbung itu. Bermula dengan sekadar memerhati dari jauh, akhirnya pagi semalam percintaan yang disulam Tini-Sol hampir dua tahun diakhiri dengan sebuah ikatan sah. Dengan dua kali lafaz tepat jam 10.40 pagi, status dan tanggungjawab Tini kini bertukar. Pasangan itu yang memakai persalinan sedondon warna kelabu kelihatan cukup tenang saat diijabkabulkan bapa perempuan Datuk Kamalul Ariffin Abdul Rahim dengan disaksikan Imam Masjid Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, Kuala Lumpur, Rahimi Abdul Rajab serta hampir 100 keluarga terdekat. MENERIMA doa kekal bahagia sepanjang hayat. Pada majlis pernikahan di Dewan Perdana Felda itu, Sulhi yang bertugas sebagai Pengurus Acara Hot FM menyerahkan mas kahwin RM80 dan wang hantaran bernilai RM10,000 serta 11 dulang hantaran berbalas 13 daripada pihak pengantin perempuan. Sejurus selepas itu, menyusul majlis resepsi pihak perempuan kerana Tini akan mula bertugas hari ini. Justeru, majlis persandingan harus diadakan pada hari sama. Sementara majlis resepsi bagi sebelah lelaki pula akan diadakan minggu depan di Kota Tinggi, Johor. Tini yang ditemui selepas majlis pernikahan mengakui lega apabila semuanya berjalan lancar. Katanya, hatinya berdegup kencang saat berada dalam lif untuk melangkah ke dewan nikah. BERGAMBAR kenangan dengan rakan setugas. Tiada masa bercuti “Saya lega kerana majlis pernikahan ini berjalan dengan lancar. Saya akan cuba menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik kerana status saya kini tidak lagi sama seperti dulu,” kata Tini yang mula bekerja hari ini selepas bercuti sejak seminggu lalu. Katanya, dia tidak dapat mengambil cuti lama kerana Hot FM bakal mengadakan konsert Big Jam di Johor Bahru. Malah, sehari selepas persandingannya di Kota Tinggi nanti, dia dan Sulhi akan bergegas pula ke Johor Bahru untuk mengikuti konsert itu. Disebabkan jadual kerja yang padat, pasangan ini terpaksa menunda rancangan bulan madu mereka sekitar Mac atau April nanti. Rencana pasangan ini mahu ke pulau dalam negara untuk mendapatkan lesen menyelam yang diidamkan sejak sekian lama. Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai cahaya mata. Tini berkata, setakat ini dia ingin menikmati hidup bersama suami tercinta dulu sebelum memikirkan mengenai zuriat. “Selama ini, saya sudah terbiasa hidup sendiri, saya juga seorang yang suka berdikari. Jadi saya memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan alam rumah tangga. Mungkin ini akan mengambil masa lama sikit dan selepas itu barulah saya akan memikirkan mengenai anak,” kata Tini sambil mengajukan pertanyaan kepada suaminya. Sulhi anak tunggal dalam keluarga juga berpendapat sama soal anak. Sementara itu, dedah Sulhi mengenai keistimewaan Tini, dia tertarik kepada isterinya itu kerana mereka boleh berkongsi banyak perkara bersama. Mereka berkongsi minat sama iaitu gemar mengembara, jika sebelum ini pergerakan mereka agak terbatas kerana tidak bertemu rakan yang memiliki minat sama tetapi dengan adanya Tini, aktiviti itu kini dapat dilakukan lebih kerap dan yang penting bersama. “Pendek kata saya dan Tini boleh ‘ngam’ kerana kami berkongsi hobi sama. Mungkin disebabkan itulah kami ditakdirkan untuk bersama,” kata Sulhi. Bagi majlis resepsi yang diadakan sejurus selepas nikah yang berkonsepkan perkahwinan Melayu tradisional. Tini memilih tema merah hati kerana warna itu adalah warna kegemarannya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 10:17 am | |
| Tercapai impianSelepas lima kali dicalonkan baru sekarang Kate Winslet menggenggam trofi Oscar bagi Aktres Terbaik TANPA perlu membariskan pelakon popular dan dikategorikan sebagai filem murah, Slumdog Millionaire mengulangi kejayaan pernah diraihnya ketika Anugerah Golden Globe ke-66 dan British Academy Film Awards (Bafta) yang lalu apabila dinobatkan sebagai Filem Terbaik Anugerah Academy ke-81 yang berlangsung dalam suasana penuh gilang gemilang di Kodak Theatre, Los Angeles, semalam. Malah, filem arahan David Boyle itu berjaya mengungguli lapan anugerah daripada sepuluh kategori dipertandingkan malam itu. Selain dipilih filem terbaik, Boyle diiktiraf sebagai pengarah terbaik dan filem Slumdog Millionaire dilengkapi Lakon Layar Adaptasi, Skor Asal Muzik, Sinematografi Terbaik, Lagu Terbaik, Adunan Muzik Terbaik dan Suntingan Terbaik. Kemenangan besar filem yang berkisar mengenai kehidupan seorang budak lelaki yatim piatu dan miskin di Mumbai yang kehidupannya berubah apabila dia memenangi program gameshow Who Wants To Be A Millionaire versi India itu bukan sesuatu yang mengejutkan, malah memang disebut-sebut bakal memang besar pada malam itu berdasarkan komen diberikan kebanyakan karyawan seni di Hollywood. Kemarau penantian Kate Winslet yang lima kali dicalonkan dalam Golden Globe begitu juga untuk Anugerah Academy berakhir apabila wanita berusia 34 tahun ini akhirnya berjaya juga menggenggam trofi Oscar bagi kategori Aktres Terbaik. Kate yang diiktiraf bagi peranannya sebagai bekas tahanan kem Nazi dalam filem The Reader kelihatan cukup terharu apabila namanya diumumkan sebagai Aktres Terbaik. Dia mengetepikan empat aktres hebat lain iaitu Meryl Streep (Doubt), Anne Hathaway (Rachel Getting Married), Angelina Jolie (Changeling) dan Melissa Leo (Frozen River). PENERBIT filem Slumdog Millionaire, Christian Colson dikelilingi pelakon dan sebahagian krew apabila filem terbitannya menang besar termasuk Filem Terbaik pada Anugerah Academy ke-81. Biarpun sudah dua kali dia menaiki pentas sebelum ini untuk meraih anugerah sama serta untuk filem serupa, Kate menjadi begitu emosi sedikit kali ini apabila dia mengenang kembali saat dia waktu kecil berangan-angan memegang trofi Oscar sambil bercakap di depan cermin. Sean Penn yang memegang watak sebagai aktivis gay turut menyinar apabila juri sebulat suara memilihnya sebagai pelakon paling layak dinobatkan sebagai Aktor Terbaik, sekali gus menafikan kehebatan empat calon lain iaitu Richard jenkins (The Visitor), Frank Langella (Frost/Nixon), Bradd Pitt (The Curious Case Of benjamin Button) termasuk calon kegemaran Mickey Rourke. Sewaktu memberikan ucapan kemenangan, bekas suami kepada penyanyi Madonna itu berkata, kejayaan ini barangkali adalah kerana kegigihannya meyakinkan juri untuk menghargai segala usahanya selama ini. Seperti dijangka, mendiang Heath Ledger mengungguli kategori Aktor Pembantu Terbaik dalam filem The Dark Knight. Jika pelakon yang memegang watak Joker dalam filem itu masih hidup, pastinya dia akan tersenyum bangga kerana pencalonan kali keduanya ini membuahkan hasil selepas dicalonkan buat kali pertamanya menerusi filem Brokeback Mountain. Ibu, bapa dan adik kepada pelakon itu diberikan penghormatan untuk menerima trofi itu bagi pihaknya. WALL-E memenangi Anugerah Academy kategori Filem Animasi Terbaik Aktres jelita yang juga bekas kekasih kepada aktor Tom Cruise, Penelope Cruz mencatat kejayaan peribadi apabila menjadi pelakon Sepanyol pertama memenangi anugerah pada majlis Academy. Cruz memenangi kategori Aktres Pembantu Terbaik menerusi filem Vicky Cristina Barcelona. Keputusan Penuh Anugerah Academy ke-81
Filem Terbaik: Slumdog Millionaire Pengarah Terbaik: Danny Boyle (Slumdog Millionaire) Pelakon Lelaki Terbaik: Sean Penn (Milk) Pelakon Wanita Terbaik: Kate Winslet (The Reader) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Heath Ledger (The Dark Knight) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Penelope Cruz (Vicky Christina Barcelona) Lakon Layar Terbaik: Milk Lakon Layar Adaptasi Terbaik: Slumdog Millionaire Filem Animasi Terbaik: Wall-E Filem Asing Terbaik: Departures Sinematografi Terbaik: Slumdog Millionaire Suntingan Terbaik: Slumdog Millionaire Kesan Visual Terbaik: The Curious Case Of Benjamin Button Arahan Seni Terbaik: The Curious Case Of Benjamin Button Rekaan Pakaian Terbaik: The Duchess Solekan Terbaik: The Curious Case Of Benjamin Button Suntingan Bunyi Terbaik: The Dark Knight Adunan Bunyi Terbaik: Slumdog Millionaire Skor Asal Terbaik: Slumdog Millionaire Lagu Terbaik: Slumdog Millionaire (Jai Ho) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 10:36 am | |
| Joey vokalis baru ExistBERDIRI dari kiri, Ujang, Musa, Joey dan Along. Ezad pilih haluan sendiri kerana mahu tampil secara solo PADA ketika Ezad mengeluarkan pelbagai kenyataan berhubung perpisahannya daripada Exists, tiga anggota kumpulan muzik terbabit mengambil pendekatan mendiamkan diri. Hanya sesekali kumpulan ini tampil bercerita mengenai isu itu, sebagaimana dapat dibaca peminat dalam majalah atau akhbar. Sewaktu hadir ke Balai Berita untuk mempromosikan album terbaru yang menghimpunkan lagu terbaik kumpulan berkenaan, Keunggulan Exists, mereka tetap ditanya mengenai perkara sama. Pada awalnya, kumpulan ini memang berat hati untuk membuka rahsia. Hanya selepas beberapa kali diminta untuk sekurang-kurangnya memberikan penjelasan, Musa dan Along akhirnya bercerita. Menurut mereka, selepas kontrak Exists bersama syarikat rakaman NAR tamat, kumpulan itu mengintai beberapa peluang untuk bernaung bersama beberapa syarikat lain, sekitar 2007. Dalam proses berkenaan, mereka mendapati sebuah syarikat rakaman gergasi menawarkan kontrak yang dilihat sebagai terbaik. Sayangnya, pada hari kontrak itu hendak ditandatangani, penyanyi utamanya, Ezad, tidak memunculkan diri. Selepas puas mencuba, akhirnya panggilan kepada penyanyi itu berjawab. Alasannya, dia berasakan mereka harus mencari tawaran lebih matang, berbanding kontrak ditawarkan syarikat gergasi tadi. "Bukan saja dia kurang memberikan komitmen tatkala kami bertiga berusaha mencari peluang bersama syarikat rakaman lain, dia juga tidak muncul pada hari kami sepatutnya menurunkan tandatangan bersama syarikat terbabit. Sedangkan, syarikat itu turut bersedia menghasilkan album solonya sendiri, jika itulah juga apa yang Ezad ingini," ujar Along. JOEY menyuntik semangat baru kepada Exists. Rupa-rupanya, Ezad sengaja berdalih ingin mencari kontrak lebih baik apabila dia sebenarnya sudah pun menandatangani kontrak bersama sebuah syarikat rakaman lain. "Kononnya, apabila dia menandatangani kontrak bersama syarikat tadi, mereka fikir kami juga akan mengikut langkahnya bernaung di bawah syarikat sama. "Kami pula bergerak secara kumpulan, lalu apabila dia terlebih dulu mengikat kontrak secara solo dengan syarikat itu, kami tentunya berasa diketepikan," kata Musa. Menurut Musa, Ezad akhirnya mengaku dia sudah mengikat kontrak bersama syarikat rakaman berkenaan selepas ditanya sendiri olehnya. Sebelum itu, dia berulang kali tidak mengaku terikat dengan mana-mana label. Kemudian timbullah cerita kononnya kumpulan itu kini sudah berpecah dan sebagainya. Semua itu ditelan Musa, Along dan Ujang kerana enggan membuka mulut mengeruhkan lagi keadaan. "Malah, ada sebahagian peminat menganggap kami bersikap kejam terhadap Ezad. Pelbagai tuduhan kami terima, sebagaimana yang dapat dibaca di laman web Exists.com.my. Memanglah kalau boleh, kami lebih suka bercerita mengenai produk kumpulan ini, daripada menjaja cerita masalah peribadi. Kita juga semakin dewasa, jadi kenalah pandai-pandai membawa diri," sambung Musa. Setahun Ezad tidak bersama Exist Selepas ketiadaan Ezad, kira-kira setahun juga kumpulan itu tidak aktif pada pertunjukan pentas, membuat kemunculan di televisyen atau majlis anugerah. Tanya mereka, bagaimana kumpulan itu hendak menerima tawaran muncul dalam mana-mana persembahan apabila tidak mempunyai vokalis? "Bercerita mengenai televisyen, pada awal tahun lalu kumpulan ini hampir digam sebuah stesen televisyen gara-gara Ezad lambat muncul pada hari kami sepatutnya mengadakan raptai persembahan. Sebuah stesen penyiaran lain pula menggam kami sejak 2005 dek masalah disiplinnya juga," dedah Along. Semua itu kini tinggal kenangan buat Exists apabila seorang penyanyi lain mengisi kekosongan ditinggalkan Ezad. Bersama penyanyi dikenali sebagai Joey itu, mereka mengaku lebih bersemangat untuk meneruskan langkah dalam industri muzik. "Joey sebenarnya bukanlah orang baru dalam seni. Di samping aktif berlakon, dia juga pernah muncul dengan album solo sekitar 1995, berjudul Beradu Suratan. Dia ialah bekas artis Luncai Emas yang mendapat didikan daripada M Nasir. Dia juga bukan anggota Budak Kaca Mata seperti ditulis dalam sesetengah media massa sebelum ini. "Joey menyertai kami akhir tahun lalu. Ketika itu juga kami merakamkan dua lagu baru, Ada Dengan Mu yang kini mula mendapat tempat di stesen radio dan Cinta Terindah, untuk album kompilasi ini," kata Musa yang sehingga kini memuji disiplin penyanyi itu, yang dikatakan memberikan komitmen sepenuhnya bagi menjayakan aktiviti membabitkan mereka secara berkumpulan. Dedah Along, ketika mereka mencari penyanyi baru selepas Mamat meninggalkan Exists, nama Joey turut tersenarai sebagai calon utama. Namun, ketika itu Joey masih terikat dengan Luncai Emas. Nampaknya, jodoh penyanyi itu bersama Exists amat kuat. Selepas 13 tahun, dia menganggotai kumpulan berkenaan sebagai penyanyinya. Exists sendiri seboleh-bolehnya tidak mahu kumpulan yang sudah pun bergerak aktif sejak 1991 itu berkubur begitu saja dengan peredaran masa. Walaupun bersilih ganti penyanyi, namun mereka ingin sekali melihat Exists sentiasa ada. Bukan sekadar wujud dalam industri, malah mereka berusaha untuk sentiasa hadir bersama karya baru juga. "Kami pasti berasa segan pada peminat kalau Exists hanya wujud pada nama, sedangkan lagu barunya tiada," ujar Musa penuh makna. Dia juga melihat kumpulan itu sudah melalui beberapa fasa sejak penubuhannya. Daripada fasa remaja hingga ke dewasa, semua itu sudah dialami kumpulan berkenaan dan sekarang, mereka muncul lagi dengan fasa seterusnya, berserta dua karya baru serta vokalis yang ketiga. INFO: Album kumpulan Exists
Exist (1992)
Anugerah (1994)
Exist Dulu Dan Sekarang (2003)
Diammu Gunung Berapi (1996)
Jangan Gentar (1997)
Mutan (1998)
Best Of Exists (2000)
Ada (2001)
Seperti Dulu (2003)
Paragon (2004)
Special Edition (2006)
Hits Rakaman Semula (2007)
Keunggulan Exists (Disember 2008)
Anggota Exists: Joey (vokal) Along (gitar) Musa (bes) Ujang (dram) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 10:38 am | |
| Visi dua daraDINA (kiri) berganding bersama Zayana dalam Rempit vs Impak Maksima The Series . Menceburi pelbagai bidang seni untuk kepuasan kerjaya SEKALIPUN bukan orang baru dalam industri hiburan, dua wanita ini, Zayana Ibrahim dan Dina berasa bertuah apabila diberi peluang muncul dalam drama yang disiarkan dalam slot perdana. Lakonan bagi gadis berwajah persis Cina ini bukanlah sesuatu yang asing. Sebelum membintangi Rempit vs Impak Maksima The Series yang disiarkan dalam slot Aksi di TV3 setiap Isnin, sepupu kepada pengacara dan pelakon Sazzy Falak ini pernah membintangi drama bersiri dan filem Kami. Ketika itu, penampilannya berbeza dengan imejnya sekarang hingga hampir tidak mengenalinya. Dulu wanita ini selesa dengan potongan rambut pendek, tetapi kali ini Zayana tampil lebih feminin dengan rambut ikal dibiarkan melepasi bahu. Pertama kali mencuba gelanggang yang lebih meluas penontonnya, Zayana mengakui berasakan perbezaannya dengan Kami. Drama bersiri Kami lebih sesuai untuk golongan remaja, namun skop Rempit vs Impak Maksima lebih meluas dan sering menjadi pilihan penonton dari pelbagai lapisan umur. Bukan saja skop berbeza, wataknya sebagai Farhana dan Adii juga dua watak yang berbeza sama sekali. Adii kata Zayana lebih dekat dengan ciri dimilikinya, sementara Farhan pula memerlukannya menjadi seorang wanita yang tegas dan agresif. PELAKON drama Rempit vs Impak Maksima pada sesi ramah mesra di Sri Pentas Bandar Utama. “Saya perlu bertukar-tukar karakter sekelip mata dalam Rempit vs Impak Maksima dan saya juga perlu melebih-lebih kerana itu adalah apa yang penonton slot perdana mahukan. Watak Farhana bagi saya mencabar kerana inilah pertama kali saya memegang watak utama sehingga saya sentiasa mengingatkan diri apa yang penonton mahukan. “Bagaimanapun, ia satu pengalaman baru bagi diri saya. Jika tiada sepupu saya, Sazzy Falak yang memberikan dorongan supaya saya menceburi dunia lakonan, mungkin saya tidak berada di mana saya sekarang. “Malah, saya juga tidak sangka dapat bekerja di bawah Ahmad Idham kerana semuanya berlaku secara kebetulan apabila sahabat baik saya Nas T mencadangkan nama saya kepada Idham sehari sebelum kontrak ditandatangani,” kata Zayana. Perkara yang paling mencabar buat anak keempat daripada tujuh adik beradik ini apabila membintangi Rempit vs Impak Maksima ialah terpaksa membawa kereta sedangkan dia tidak memiliki lesen. Bagaimanapun, mujur Idham memahami kelemahannya dan menggantikan adegan itu dengan pelakon ‘stand-in’. Gadis berusia 23 tahun ini mempunyai alasan sendiri kenapa tidak memiliki lesen kenderaan. Jika orang lain berlumba-lumba memiliki kereta, dia pula lebih senang menjadikan pengangkutan awam terutamanya teksi untuk bergerak ke mana saja. Adik beradiknya juga sering menjadi mangsa setiap kali hendak ke sesuatu destinasi. Terpaksa cari kerja sampingan APA yang tidak dicubanya. Daripada menyanyi kemudian berlakon teater, diikuti filem Jangan Pandan Belakang, Congkak dan kini bergelar penyampai radio Era FM pula. Kata Dina, dia menceburi pelbagai bidang kerana peluang terbentang di depan mata. Sambil itu, katanya, dia juga segan untuk menganggap dirinya sebagai anak seni jika tidak mencuba pelbagai bidang lain. Bagaimanapun, pada masa sama, Dina mengakui kelembapan industri muzik kini juga menjadi salah satu punca mengapa dia melebarkan sayapnya ke bidang lain dengan peluang yang ada. “Benar disebabkan industri muzik merudum saya harus memikirkan alternatif lain. Tetapi keadaan itu tidak begitu menjejaskan kerjaya nyanyian saya. Oleh kerana saya bekerja sendiri, memang saya dapat merasakan kelembapannya dan nasib sama turut menimpa rakan penyanyi lain. “Kerjaya terbaru saya sebagai pelakon memang sesuatu yang menyeronokkan. Saya belajar benda baru dan tidak kisah jika ada yang mengatakan saya artis Excellent Pictures. Saya akui kerana peluang berlakon dalam drama ini diberikan oleh Ahmad Idham, sebelum ini saya tidak pernah menerima tawaran daripada sesiapapun. “Saya seronok berlakon kerana berasa seperti sebuah keluarga. Keadaan itu amat berbeza sekali dengan nyanyian, bila menyanyi kita ditatang bagai minyak yang penuh. Tapi bila berlakon kebanyakan benda yang dilakukan di lokasi dibuat bersama-sama dan kita tidak berasakan diri kita istimewa,” kata Dina yang turut menyanyikan soundtrack Rempit vs Impak Maksima. Dina membawakan watak Erin, rakan baik kepada Farhana. Erin seorang yang ceria, kelam kabut, kelakar dan manja. Walaupun bersikap gila-gila, dia mengajar Farhana erti tanggungjawab dan menjadi penyokong kepada watak Farhana. Selain Zayana dan Dina, Rempit vs Impak Maksima turut ditangani pelakon lain iaitu Iqram Dinzly (Ijal), Zed Zaidi (Danial), Puteri Fatin Nasuha (Tina) dan Nas T (Bidin) serta ramai lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 10:48 am | |
| Dengarnya... Berhati-hatilah MemeyMemey CIK Normah bukan membenci, cuma rasanya perlu menegur pelakon baru yang tiba-tiba popular gara-gara kes tangkap khalwat dengan aktor, Norman Hakim. Sejak muncul semula selepas menyepi seketika, bukan main lagi si Memey ni menyusun bicara. Sana sini cerita dia keluar. Maklumlah tengah panas ramai yang mencari. Cuma yang Cik Normah tak berkenan apabila dia memberi kenyataan. Memey macam tidak pernah menyesali apa yang menimpanya selama ini. Memang mahkamah belum menjatuhkan hukuman, tetapi rasanya Memey perlu menilai dan memikir terlebih dulu setiap jawapan yang ingin diberikan setiap kali ditemu bual media. Ini tidak, dia seperti berbangga kononnya kes tangkap khalwat itu memberi ‘rahmat’ kepada kariernya. Namanya tiba-tiba meletup, panas meledak sedangkan dulu kehadirannya tidak begitu disedari. Sedikit pun tidak terbit perkataan menyesal atau bertaubat atas kesalahan yang dilakukannya. Nama meletup kerana disyaki tangkap khalwat! Isyyy, kalau Cik Normah memang malu bukan kepalang dan insaf. Lainlah kalau nama meletup sebab menang anugerah atau diberi penghargaan besar daripada mana-mana pihak kerana hasil kerjaya kita. Itu memang Cik Normah boleh tumpang bangga. Tapi tak tahulah mungkin perbuatan berkhalwat itu bagi Memey, bukan satu kesalahan besar. Sebab itu dia anggap macam ‘tak ada benda’. Cik Normah cuma nak ingatkan Memey, jangan terlalu gembira. Apa saja boleh berlaku. Kalau dulu, kena tangkap khalwat terus digam stesen TV. Tetapi Memey bernasib baik kerana stesen TV masih memberinya peluang. Sepatutnya Memey berhenti bercakap soal itu dan menumpukan perhatian kepada karier. Ini tidak ke mana saja menjaja hubungannya dengan Norman. Sudah-sudahlah tu. Mual Cik Normah membacanya. Jangan nanti termakan kata-kata sendiri, diri sendiri yang punah sudah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 10:52 am | |
| Zaefrul Tarik Diri Dari Muzikal Ibu ZainKUALA LUMPUR, 24 FEB 2009: Gara-gara penyebaran gambar intim Zaefrul Nordin bersama Azizah Mahzan menerusi Internet sejak akhir-akhir ini turut membuatkan produser teater Muzikal Ibu Zain, Siti Rohayah Attan atau Roy, tidak senang duduk. Ini kerana banyak pihak telah mendesaknya supaya menggugurkan nama Zaefrul dari pementasan musim kedua itu yang bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), Jalan Ampang mulai 13 -22 Mac ini. Dalam pementasan muzikal arahan Rosminah Tahir ini, Zaefrul ada ditawarkan watak sebagai Allahyarham Dato' Onn Jaafar iaitu tokoh Melayu pertama yang menubuhkan serta memimpin Umno. Mengikut perancangan, ini adalah kali ketiga Zaefrul membawakan watak sebagai pemimpin tersohor itu. Kali pertama menerusi pementasan Muzikal Ibu Zain di Istana Budaya pada tahun lalu. Sebelum itu, Zaefrul juga pernah membawakan watak Dato' Onn dalam filem 1957: Hati Malaya arahan Datuk Shuhaimi Baba. "Namun dengan isu moral yang sedang melanda Zaefrul ketika ini, banyak pihak berasakan Zaefrul sudah tidak sesuai lagi membawakan peranan sebagai Dato' Onn. Ada berpendapat, Zaefrul akan mencalarkan imej pejuang kemerdekaan yang banyak berjasa kepada bangsa dan negara itu. "Walaupun, Dato' Onn hanyalah satu watak lakonan tetapi ia sangat berkaitan dengan sejarah negara kita. Sedikit sebanyak, orang akan diri Dato' Onn dalam diri Zaefrul dan begitulah sebaliknya," kata Roy. Sungguhpun begitu, Roy berkata, mereka bernasib baik kerana sebelum 'gambar panas' Zaefrul dan Azizah itu disebarkan secara meluas menerusi Internet, Zaefrul sendiri sudah pun menarik diri daripada melibatkan diri daripada teater muzikal tersebut. "Sebenarnya, pengunduran Zaefrul ini berlaku secara kebetulan. Ia tidak ada kena-mengena dengan desakan atau penyebaran gambar kontroversi itu, sebaliknya ia disebabkan masalah lain berkaitan produksi. "Lagi pun, dia belum menandatangani apa-apa kontrak dengan kami. Ia cuma tawaran secara lisan. Justeru, Zaefrul berhak untuk menarik diri atau kami juga berhak untuk tidak melibatkan beliau," tegas Roy. Sebenarnya, Zaefrul mahupun Azizah Mahzan bukanlah asing bagi produksi teater terbitan Roy kerana kedua-dua pelakon ini pernah terlibat dalam produksimMuzikal Lantai T.Pinkie pada 2006 di Istana Budaya. Dalam teater tersebut Azizah memegang watak sebagai Nyai Sunarti manakala Zaefrul sebagai Tuan Delarosa dan mereka beraksi sebagai pasangan kekasih. Jelas Roy lagi, secara peribadi, dia mahukan watak yang dimunculkan dari sejarah seperti Dato' Onn dan Ibu Zain ditangani oleh mereka yang dihormati dan diyakini keperibadiannya di kalangan penonton. "Saya bersyukur kerana buat masa ini, barisan pelakon teater ini memenuhi ciri-ciri yang saya cari. Apa yang penting, nakshah sebaik Muzikal Ibu Zain yang digarap oleh pengarah Rosminah Mohd Tahir ini sekurang-kurangnya terpelihara daripada dikaitkan dengan kontroversi, skandal atau gosip liar. "Apatah lagi, majoriti penontonnya adalah mereka yang cintakan sejarah dan semangat patriotik termasuklah pelajar sekolah," katanya. Teater anjuran Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan AMAN Malaysia ini yang dinaungi oleh Datuk Mukhriz Mahathir. Ia mendapat kerjasama CTRA Production, MaTiC, Aswara, Istana Budaya dan De’Media And Event Entertainment. Tiket bagi menyaksikan pementasan ini ialah RM20, RM30 dan RM50. Keterangan lanjut boleh melayari www.ibuzain.blogspot atau telefon 03-6186 6592, 012-2977220 dan 017-2004249. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 10:53 am | |
| 'Saya tahu batasan'
KUALA LUMPUR: “Saya tak boleh salahkan orang lain tapi salahkan diri sendiri. Disebabkan gambar itu, macam-macam cerita keluar,” kata pelakon siri popular TV3 Spa Q, Zafrul Nadzarine Nordin, 43, berhubung penyebaran gambarnya dalam keadaan meriba, Azizah Mahzan, 45, menerusi Internet dan e-mel.
Menurutnya, gambar itu diambil secara ‘posing’ bersama ramai pelakon dan kru produksi Spa Q ketika berehat selepas menjalani penggambaran di Langkawi, tahun lalu.
“Ketika seorang rakan hendak mengambil gambar, Kak Azizah duduk di atas riba saya hanya beberapa saat sebelum kami bergambar dengan orang lain.
“Tapi kini saya terkejut apabila gambar itu tersebar di Internet dan orang mengata macam-macam terhadap saya dan Kak Azizah. Memang kami akrab, tapi umpama adik dan kakak, saya pun tahu batas pergaulan,” katanya yang dihubungi semalam.
Dia berkata, gambar itu mungkin disiarkan di laman web sosial milik seorang rakan hingga tersebar.
Menurutnya, dia menerima gambar itu daripada rakannya, tetapi memadamkannya.
Namun, kata Zafrul, dia tidak mengetahui rakan terbabit memasukkan gambar itu dalam Facebook.
Di sebalik kekecohan itu, Zafrul bersyukur kerana isteri dan tiga anaknya memahami situasi sebenar.
“Mereka mengenali rapat Kak Azizah dan anaknya, malah kami bercuti bersama. Cuma saya kesal kerana tidak menyangka gambar itu menjadi bualan ramai sedangkan tidak ada apa-apa pun,” katanya yang bersiap menjalani penggambaran sebuah telemovie untuk RTM.
Mengenai botol arak di meja ketika gambar itu diambil, Zafrul berkata, arak itu kepunyaan orang lain.
“Selain botol itu, ada banyak lagi minuman ringan lain di atas meja, saya tidak akan sama sekali minum minuman keras,” katanya.
Menurutnya, keakrabannya dengan Azizah hanya sekadar rakan dan menganggap pelakon itu sebagai kakak.
“Kalau saya hendak buat hal, lebih baik saya cari wanita lebih muda. Dia lebih tua daripada saya dan saya hormatnya sebagai kakak,” katanya.
Zafrul berkata, dia juga akan memberi penjelasan mengenai perkara itu dalam program Galaksi di TV9. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 11:28 am | |
| Vokal mantap, gaya hebat KELEBIHAN suara dan gaya persembahan menghiburkan nyata memberi tuah pada peserta dari Johor, Noriezuana Syed Shafudin atau Wana bergelar juara program realiti, My Starz LG musim kedua yang berakhir malam kelmarin. Berbeza dengan cabaran 12 minggu dalam program berkenaan, kali ini empat peserta yang layak ke peringkat akhir termasuk Wan Nashrinie Zafri (Nashrin), Cassandra Daniel Manja (Cassie) dan Mohd Hairi Kenneith (Hairi) diberi kebebasan menyampaikan lagu pilihan mereka secara solo dan duet. Wana yang kelihatan yakin di atas pentas memilih dua lagu solo iaitu Ku Pendam Sebuah Duka yang pernah dipopularkan Khadijah Ibrahim dan Ku Telah Jatuh Cinta (Agnes Monica) untuk segmen pertama sebelum berduet dengan Jamal Abdillah menerusi lagu Kehebatan Cinta. Berbanding persembahan duet, nyanyian solo Wana lebih berjaya menyerlah kehebatan vokal yang dimiliki hingga tiga juri profesional iaitu Hattan, Liza Hanim dan Ajai bersetuju memilih Wana sebagai juara. Sama seperti cabaran pada persembahan mingguan, juri masih bertanggungjawab memberi 70 peratus markah manakala bakinya diambil daripada undian SMS penonton. Selaku juara, Wana berjaya membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai RM100,000 di samping kontrak rakaman album bersama Warner Music Malaysia selain TV LCD 42 inci tajaan LG. Kata Wana, kemenangan juara memberi kejutan pada diri walaupun dia merasakan tiga saingan yang lain turut hebat ketika membuat persembahan. Dia yang pernah menyertai program realiti, Akademi Fantasia musim keenam hingga berjaya ke peringkat Top 25 menganggap kemenangan kali ini menebus kekecewaan lalu. "Saya menganggap kemenangan ini adalah rezeki untuk saya. Sememangnya saya gembira dan tidak menyangka bergelar juara. Pada saya, semua peserta yang layak ke peringkat akhir kali ini sama hebat. "Pastinya, kejayaan ini menjadi pendorong buat saya untuk meneruskan minat dalam bidang nyanyian. Selepas menjadi juara, sudah tentu saya bersedia menjadi artis rakaman kerana ini impian saya sejak kecil. "Sepanjang menyertai program ini, saya belajar banyak perkara mengenai nyanyian dan persembahan pentas. Atas kemenangan ini juga, saya berhasrat berhenti menyanyi di kelab dan mahu memberi sepenuh perhatian pada karier nyanyian saya yang baru bermula ini. "Jika diberi peluang, saya ingin merakam album bergenre pop yang saya fikir sesuai dengan jiwa saya," katanya. Pada persembahan malam itu, Wana dikritik Ajai menerusi lagu duet yang disifatkan lebih teruk berbanding persembahan solo. Mempunyai masalah pada nada suara atau pitching, dia masih mempunyai kelebihan pada pakej sebagai penyanyi. Namun, Hattan memuji persembahan Wana yang berjaya dari aspek konsisten berbanding persembahan sebelumnya. Liza memberikan komen Wana mempunyai persediaan bergelar penyanyi tetapi perlu berkerja keras untuk berjaya. Mengenai kritikan juri, Wana, 22, akui dia terima komen secara terbuka. Katanya, dia tidak meletakkan harapan untuk menang sebelum pertandingan bermula dan tetap gembira andai kalah kerana berpuas hati dengan persembahan sendiri. "Saya tidak mengandaikan saya menang sebaik Nashrin diumumkan pemenang tempat kedua. Jika diikutkan, perasaan saya sebenarnya lebih gementar, apatah lagi Nashrin terlebih dulu menang," katanya. Antara empat peserta yang bertanding, Nashrin turut mendapat sorakan ramai penonton yang hadir dan dilihat memberi saingan kuat pada Wana ketika persembahan antara mereka berlangsung. Jika Wana menyerlah pada persembahan solo, Nashrin pula berjaya dengan persembahan duet bersama penyanyi pujaannya, Misha Omar menerusi lagu Perlu Kamu yang pernah dipopularkan Ajai bersama Kris Dayanti. Nashrin berjaya mendapat kritikan positif juri apabila Hattan menyatakan penghayatannya bagus walaupun pada penghujung lagu itu, suaranya tenggelam dengan kehebatan vokal Misha. Liza memuji persembahan Nashrin yang kelihatan serasi bersama Misha manakala Ajai mengakui penyanyi berusia 19 tahun ini mempunyai pakej sebagai penyanyi. Kata Ajai, vokal Nashrin makin meningkat bagus selepas dibantu Misha yang duet bersamanya. Sungguhpun tewas di tangan Wana, Nashrin masih mampu tersenyum gembira dengan hadiah kemenangan berupa wang tunai sebanyak RM20,000 di samping TV LCD 32 inci LG. Dia tetap menganggap kemenangan kali ini berbaloi dengan segala usaha yang dilakukan sepanjang berada dalam program berkenaan. "Harapan saya pada malam ini hanyalah mahu memberikan persembahan terbaik. Apabila nama saya diumumkan sebagai pemenang kedua, saya sudah berasa gembira dengan kejayaan ini. "Saya akui Misha banyak membantu saya dalam memberi penghayatan mendalam pada nyanyian. Saya memang minat pada Misha dan menjadi impian saya untuk duet bersamanya. Mengenai perancangan selepas ini, saya masih mahu meneruskan kerja asal saya dalam bidang perbankan dan pada masa yang sama, mahu karier nyanyian pergi seiring," katanya. Pemenang tempat ketiga, Cassie pada persembahan pertama menerusi dua lagu, Langit Ketujuh nyanyian asal Sharifah Zarina dan Ku Mahu (Datuk Siti Nurhaliza) dikritik Hattan masih mempunyai kelemahan vokal walaupun mempunyai penghayatan yang baik. Liza pula menyifatkan Cassie 'lembik' pada lagu pertama sebelum kembali bersemangat pada lagu kedua. Ajai turut menyokong pandangan Liza mengenai masalah vokal dan lontaran secara mendatar menyerlah kelemahan diri hingga penghayatan tidak sampai. Untuk persembahan segmen kedua menerusi lagu Mercy duet bersama Siti Sarah, Cassie gagal mengatasi kehebatan vokal pasangan duetnya hingga persembahannya kurang menyerlah. Bagaimanapun, Ajai masih memuji persembahan Cassie kali ini lebih baik berbanding persembahan segmen pertama. Bagi persembahan Hairi, kelemahan sama pada aspek vokal turut membuatkan persembahannya hambar. Dia yang berduet bersama Fiq untuk dua lagu rock, Debunga Wangi (Lefthanded) dan Opera Hidup (Wings) dikatakan gagal menampilkan kehebatan vokal sendiri. Liza memberi komen Hairi dengan Fiq mempunyai keserasian dalam persembahan tetapi vokal Hairi tidak cukup bertenaga. Hattan mengkritik vokal Hairi mendatar manakala Ajai menegur pitching yang masih mempunyai kelemahan. Pada persembahan segmen kedua menerusi Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain) dan Kau Yang Bernama Seri (Handy Black), persembahan Hairi terus dikritik teruk. Liza menyifatkan persembahan kali ini seperti tidak serius dan Ajai memberi nasihat agar Hairi lebih berani melontarkan vokal sebagai penyanyi rock. Mengenai komen keseluruhan, Hattan mengakui persembahan Wana lebih konsisten berbanding tiga peserta lain. Wana dinilai paling menyerlah pada persembahan hingga melayakkan diri menjadi juara musim kedua. Sementara itu, Pengurus A & R Warner Music (M) Sdn Bhd, Mokhtaza Ahmad berkata jaminan tiga bulan diberikan pada Wana untuk menghasilkan album debutnya nanti. "Kami berharap album Wana dapat diterbitkan dalam tempoh tiga bulan ini. Mengikut pasaran muzik, kami tidak boleh terus menghasilkan 10 lagu baru untuk album debutnya tetapi dia juga akan tampil dengan single terlebih dulu. "Kita juga akan berbincang dengan TV3 agar peserta lain masih diberi peluang untuk merakam album. Kami mempunyai perancangan tetapi ia tidak boleh diberitahu buat masa ini," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 11:56 am | |
| Seksi Itu Subjektif - Lana NodinTerkenal dengan jolokkan ‘Pamela Anderson Malaysia’, Lana Nodin tidak pernah mengangap kenyataan yang dikeluarkan oleh sesetengah pihak kepadanya sebagai satu pujian... “Saya dan Pamela jauh berbeza,” kata Lana dengan ringkas apabila ditanyakan mengenai persoalan tersebut. Kata Lana dia tidak tahu siapa dan dari mana yang memberikan gelaran tersebut daripadanya. “Secara jujurnya saya tidak kesah apa orang nak cakap atau nak cap saya. Yang penting saya bahagia dengan apa yang saya lakukan.” Ujarnya. Jomstar.com turut bertanyakan soalan kepada Lana mengenai tanggapan masyarakat yang menganggapkan dirinya seorang pelakon seksi, Lana menjawab; “Bagi Lana, seksi itu perkara subjektif. Seksi tak semestinya terletak pada tubuh badan, kadang-kadang orang pakai baju kurung pun nampak seksi,” “Kadang-kadang seksi pada suaranya. Jadi bagi Lana seksi atau tidak seseorang itu bergantung pada persepsi seseorang itu” Ujar Lana lagi.
Last edited by sally_eiyna on Tue 24 Feb 2009, 2:19 pm; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 12:07 pm | |
| Disney Buka Peluang Untuk Shila Tuhan mengurniakan makhlukNya kejayaan dalam pelbagai cara. Ada yang terus mengecapi kejayaan, ada yang terpaksa berdikit-dikit sebelum kejayaan datang bergolek di depan mata. Itulah yang dialami Nur Shahila Amir Hamzah atau Shila. Sejak menjadi naib juara One In A Million musim kedua (OIAM 2), anak gadis penyanyi ND Lala ini tidak putus-putus menerima pelbagai tawaran. Aksi lincah Shila bukan sahaja digemari kalangan remaja, malah peminat kecil juga tidak kurang yang menyukai gaya serta nyanyiannya. Bukan sekadar menyanyi, kepetahannya berkata-kata menarik minat Disney Channel menyunting Shila untuk menyanyikan semula lagu tema drama bersiri popular, ‘Hannah Montana’, “Best of Both Worlds”, nyanyian Miley Cyrus. Klip video Shila akan disiarkan pada 8 Mac. Lebih istimewa, Disney Channel juga sudah menyiapkan klip video yang menampilkan imej hologram Hannah Montana berduet bersama Shila. Semua ini adalah rangka promosi sempena musim ketiga ‘Hannah Montana’ yang bakal disiarkan pada 22 Mac nanti. “Siapa yang tidak teruja diberikan peluang sebegini. Menyanyikan semula lagu tema sitkom popular ‘Hannah Montana’, malah pihak Disney turut membenarkan saya menyanyi mengikut cara sendiri,” kata Shila yang juga duta aiskrim Wall’s dan rangkaian penjagaan wajah, Johnson’s. Selain menyanyikan lagu tema itu, Shila juga akan muncul dalam dua episod khas yang akan ditayangkan pada 15 dan 22 Mac nanti. Salah satu episod itu akan memaparkan adegan menarik sepanjang musim kedua ‘Hannah Montana’ serta di balik tabir pembikinan klip video terbaru daripada Shila. Tambah menarik, Shila turut bergandingan bersama pengacara nombor satu, Aznil Hj Nawawi sepanjang satu jam mengacarakan rancangan ini. “Memang saya tidak menyangka akan bekerjasama dengan Aznil. Perasaan gementar usah cakaplah, nasib baik Aznil bamyak membantu. Malah kami tidak mengikut skrip yang disediakan agar lebih santai,” akuinya. Mengakui teringin bertentang mata dengan Miley, Shila mula meminati siri ‘Hannah Montana’ selepas puas dipujuk adik agar menontonnya. Sejak itu dia tidak melepaskan peluang menonton jika berkesempatan. “Banyak nilai murni kekeluargaan dipaparkan dalam siri ini, jadi tidak hairanlah ramai remaja dan kanak-kanak seluruh dunia menjadikan Hannah Montana sebagai idola mereka. Malah saya juga mempunyai persamaan iaitu memiliki bapa yang menjadi penyanyi,” kata Shila mengenai siri ‘Hannah Montana’. Tangguh pengajianKesibukan memenuhi setiap undangan menyanyi membuatkan Shila mengambil keputusan untuk menangguh sementara pengajian ijazahnya. Tindakan Shila disokong keluarga yang memahami kesibukan seorang selebriti sepertinya. “Ketika mula-mula mendaftar tidak begitu terasa kesibukan, lama kelamaan agak sukar mengimbangi pengajian dan aktiviti seni. Akhirnya saya membuat keputusan untuk berhenti belajar sementara dan menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang nyanyian,” kata Shila. Album sulung Shila bakal muncul April nanti, memuatkan lagu-lagu daripada Audi Mok, Kieran Kuek dan Aubrey Suwito. “Buat masa ini pemilihan lagu belum lagi dibuat, tapi saya sudah merakamkan lebih daripada 10 lagu. Terpulang kepada Ahmad Izham Omar untuk memilih lagu-lagu terbaik untuk album sulung saya nanti,” tambahnya. Album sulung Shila menekankan konsep pop-dance, sesuai usianya. Peluang yang diberikan Disney Channel sedikit sebanyak mampu memperkenalkan Shila di rantau Asia Tenggara sekaligus melebarkan kerjaya nyanyiannya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 12:11 pm | |
| Anak-Anak Tidak Berdosa Pening kepala Cik Andalusia menonton temubual AC Mizal dengan Michelle di ‘Melodi’ semalam. Tapi dalam kepeningan tu, boleh lagi ketawa melihat AC yang sempat melawak tatkala berhadapan dengan masalah serius iaitu kes tuntutan nafkah termasuk tunggakan (oleh isteri) dan hak penjagaan anak (oleh beliau sendiri). Seperti biasa, it’s all down to “he says, she says”. Shafnie kata AC tidak membayar nafkah kedua-dua anak berjumlah RM200 sebulan menyebabkan tunggakan sebanyak RM50 ribu. AC pula menafikan pernah mengabaikan kedua-dua anaknya, malah sempat ditunjukkan resit-resit deposit duit dan buku bank simpanan yang tercatat jumlah RM8 ribu lebih. Tapi yang Cik Andalusia hairan, kenapa satu deposit saja yang dibuat? Ditambah pula, Shafnie kini meminta nafkah sebanyak RM3,700 sebulan untuk kedua-dua anaknya sesuai dengan kemampuan AC sekarang. Shafnie juga mendakwa AC tidak pernah menghubungi anak-anaknya walaupun tahu dimana mereka berada. AC pula berkata bagaimana dia nak hubungi kerana selepas Shafnie kahwin kali kedua, dia tinggal ditempat lain. Selepas bercerai, lagi lah dia tidak tahu bekas isterinya duduk dimana. Balas Shafnie, bahkan keluarga AC masih menghubunginya kenapa tidak dia. Haih, pening, pening … Cik Andalusia sebenarnya malas nak komen sebab ini masalah rumahtangga orang. Tapi yang Cik Andalusia nak katakan pada AC dan Shafnie, fikirkanlah sejenak akibat perbuatan kamu berbalah di TV untuk tontonan umum pada anak-anak. Apa perasaan mereka melihat ibu dan bapa tersayang cuba mengaibkan sesama sendiri? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 12:52 pm | |
| trend artis mengaku cucuk n mengaku sudah buang...boleh percaya ke??Azza tak mimpi lagi AZZA. PERJALANAN yang panjang, sarat dan berliku itu telah diredahi.Sepanjang perjalanan itu ada kalanya kaki tersadung susuh pengalamanyang perit, cerita suka dan duka yang bersilang ganti. Dalam tujahan hujan suka dan derita, dia masih kekal di sini.Memangnya tidak ada istilah selamat tinggal kepada dunia seni bagiseorang Azzarima. Dan apabila dia hadir ke pejabat saya membawa bersamanya foto-fototerbaru yang dirakamkan untuk dijadikan gambar muka depan albumsolonya, terkesima seketika saya. Malah rakan saya, wartawan Niezamjuga bagaikan kurang percaya yang Azza menunaikan cita-citanya. 揘ah, ini cover album solo adik. Cantik tak??acunya sambil mulutrancak bertanya khabar kami. Memang bukan hanya saya dan Niezam sahajayang terkesima, tetapi banyak juga rakan lain yang bagaikan tidakpercaya. Apabila Azza menyatakan hasratnya untuk menerbitkan album solosendiri hampir empat tahun lalu, banyak yang menganggap ia mungkinhanya sekadar angan-angan kosong. Azza hanya bermimpi di siang hari.Menjadi ke dia ni hendak buat album? Bukan tidak yakin kepada semangat dan kebolehan Azza, tetapi kamitahu buat album rakaman terbaru bukan satu kerja mudah. Ditambah dengankos penerbitan album yang bukan kecil-kecil anak, ia satu beban. Hari ini, setelah hampir empat tahun cerita itu berlalu Azza membuktikan yang dia bukan bercakap kosong. Ini buktinya. 揚esona Azza berada di pasaran Ogos nanti. Tolonglah tengok gambarmana yang sesuai untuk jadi cover itu,?pinta Azza lagi yang sehinggakini sudah usai merakamkan tujuh lagu. Bakinya hanya sebuah lagu yang belum dirakamkan dan menjadikan cerita Azza untuk muncul dengan album solo sendiri hampir pasti. *Bila hati sudah sukaAlbum solo pertama dengan judul Pesona Azza ini diterbitkan sendiridengan kos melebihi RM65,000. Tersasar dari bajet asalnya yangmemperuntukkan kira-kira RM50,000 sahaja. Bukan sedikit masa yang diperuntukkan, bahkan masa selama empattahun adalah tempoh untuk Azza mengumpul wang dan tenaga bagimenjadikan hasrat itu satu realiti. 揂zza sendiri bagaikan tak percaya mampu melakukannya. Sakit kak,untuk keluarkan album ini. Hanya saya yang tahu sukarnya bagaimanasebab kita bukan banyak duit. 揟etapi sebab hati sudah hendak, semuanya saya hadapi juga. Kumpulduit sikit-sikit, lama-lama album ini menjadi juga. Syukur saya kepadaAllah,?kata Azza dalam nada yang cukup bahagia. Pengalaman lalu mematangkan dan kata Azza, dia memilih album solokerana tidak mahu lagi terbeban dengan pelbagai masalah kesan daripersepakatan kumpulan. Bukan tidak mahu mengembalikan semula nostalgia kegemilangan bersamaElite, tetapi kata Azza, biarlah kali ini dia bersendirian merempuhiranjau yang berduri ini. 揈lite kenangan terindah dalam hidup saya. Saya tidak akanmelupakannya sampai bila-bila. Tetapi album solo ini adalah nadi dankekuatan saya sendiri. 揝ebab itu tunggu lama pun saya sanggup. Bukan tidak sedar terpaksabersaing dengan nama-nama baru, tetapi saya percaya kalau kita buatdengan penuh minat, penuh kepercayaan hasilnya akan baik,?katanya lagiyang juga meminjam suara Abby Abadi untuk berduet dalam sebuah laguberjudul Kehadiran. Jangan tidak tahu, sebuah lagu dari Pesona Azzasudah semakin galak diputarkan di radio. Lagu Boleh Jalan ciptaan adik-beradik KRU itu dijamin mampu mengangkat Azza sebaris dengan nama penyanyi wanita solo lain. Apatah lagi kelebihannya di pentas tarian yang sentiasa terserlah,bukan sukar untuk Azza menarik banyak tawaran persembahan selepas ini.KRU juga menyumbang sebuah lagi lagu lain, selain empat antaranyaciptaan Azza sendiri. Azza juga sedang dalam proses akhir memilih sebuah lagu ciptaan komposer Indonesia yang bakal dimuatkan dalam album sama. *Selamat tinggal suntikan wajah Menelaah jauh ke raut wajahnya, saya terkesima. Mana perginya wajahbulat yang bagai dipam itu? Hasil suntikan kolagen bertahun lalu, wajahAzza nampak lain benar, bulat dan berisi. Tetapi hari ini dia kembalike wajah asal. Tiada lagi Azza yang tembam pipinya, dagu meruncing bahkan hidungnyasudah kembali ke saiz asal seperti di tahun awal penubuhan Elite. Apasudah jadi ni Azza? 揝aya dah buang semua benda-benda asing yang masuk ke muka sayasebelum ini. Bebas dari kolagen, tak ambil suntik-suntik macam dululagi dah. Hati lebih senang sekarang,?katanya membuka rahsia peribadi. Azza memilih untuk mengeluarkan semula benda asing yang disuntik kemukanya setahun lalu. Terkesan dari pelbagai fakta negatif yang bakaldihidapi oleh mereka yang membuat suntikan di wajah, Azza memilih untuktidak lagi bertemankan teknik kecantikan moden itu. Dia mengakui ketika trend membuat perubahan wajah melanda kalanganartis dan masyarakat Malaysia, dia sendiri tidak terkecuali. Hatinyameronta kuat untuk mencuba dan hasilnya, dia memilih suntikan di pipikiri dan kanan selain memanjangkan dagu serta sedikit di hidung. 揗asa itu rasa hendak cuba-cuba saja. Orang buat, kita pun hendakbuat juga. Tetapi kemudian saya akui ia tidak sesuai dengan saya. 揝aya jadi bosan, kecewa melihat muka sendiri selepas beberapa kalimembuat suntikan. Wajah saya bukan lagi macam Azza yang dulu, ngeri,攌atanya. Ditambah dengan usikan dan teguran kawan-kawan terdekat, Azzamerasakan dia telah memilih jalan yang salah untuk 憫cantik segera拻suatu masa dulu. 揝aya selalu ingat kenangan yang satu ini. Bila jumpa saja denganseorang rakan wartawan tu. Nama dia Joha (Pengarang majalah Saji). Diaselalu cakap, muka saya tak cantik dah. 揓adi saya tak tahan sangat dah bila dia selalu ulang benda samasetiap kali kami jumpa. Akhirnya saya buat keputusan keluarkan semuabenda asing di muka saya ni dengan segera,拻 katanya sambil ketawamengenang kerenah kawan-kawan baiknya. Perkara pertama yang dilakukan ialah bertemu dengan doktor pakarbagi mendapat nasihat sama ada kolagen berkenaan boleh dibuang atautidak. Setelah positif, Azza tanpa berfikir lagi terus membuatkeputusan melakukannya. Malah dia sanggup mengeluarkan ribuan ringgituntuk memastikan hasrat murni itu tercapai. 揗asa hendak cucuk dulu memang sakit. Tetapi untuk proses buangsemula berganda lagi sakitnya. Lebih mahal pula tu. Tapi tak apalah.Sekarang hati saya sudah senang, tak risau apa-apa lagi dan wajah sayasudah kembali asli macam dulu balik,?katanya lagi. Sementelah dia sudah melalui dua pengalaman istimewa itu, Azza sudiuntuk berkongsi dengan pembaca natijah jika taksub dengan pelbagaiteknik kecantikan terkini yang tidak dapat dipastikan tahapkeselamatannya. Jika ada antara pembaca yang merancang untuk melakukannya, nasihat Azza lupakan saja. 揕epas suntik pun hati kita tak tenang sebab kita tahu kalau cantiksekalipun ia hanyalah buatan. Tiruan dan bukan asli. Nasihat Azza, takpayahlah buat supaya hati lebih tenteram. Rasa cantik dan keyakinandatang dari dalam hati, bukan di luar,?katanya lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 2:21 pm | |
| Anak Erra belum tentu berlakon drama Mertua vs Menantu SEBELUM ini, pernah diuar-uarkan bahawa anak kepada pasangan pelakon Erra Fazira dan Engku Emran Engku Zainal Abidin yang bakal dilahirkan bulan depan, akan turut ditawarkan membintangi drama lakonan Erra yang sedang meletup sekarang di saluran 105 Astro Prima iaitu Mertua vs Menantu. Memandangkan drama yang memasuki musim kedua ini memaparkan lakonan Erra yang sedang hamil sama seperti keadaannya di alam realiti sekarang, jadi tidak hairanlah sekiranya bayi yang dikandungkan itu juga mahu ditunjukkan secara realitinya. Ulas Erra, produser David Teo yang menerbitkan drama itu ada memberitahu hajatnya untuk mengambil anaknya sebagai pelakon drama itu kelak. Bagaimanapun, ketika ditanya kepada bakal ibu itu, Erra sambil tersenyum menjawab kemungkinan untuk anaknya berlakon nanti agak tipis. “Kami merancang akan menyambung penggambaran drama itu dalam bulan Mei nanti. Tetapi bayi saya pula dijangka berusia dalam dua bulan pada waktu itu. Jadi, agak tidak sesuai sikitlah untuk anak saya 'berlakon' masa itu. “Suami saya pun tidak terlalu menggalakkan anak saya untuk dibawa bersama di dalam drama itu kerana dirasakan terlalu kecil,” jelas Erra ketika majlis doa selamat bagi meraikan kejayaan drama 26 episod Mertua vs Menantu musim pertama yang telah berjaya mencapai rating tertinggi dan antara drama tempatan top 10 sekarang ini. Majlis tersebut diadakan di restoran milik David Teo iaitu Restoran Lemon, The Mines, Serdang, semalam. Mertua vs Menantu mengisahkan tentang pergolakan antara seorang ibu mertua (Rozie Othman) dan menantu perempuannya (Erra). Drama berkonsepkan komedi keluarga ini merupakan satu idea bagi mengupas isu ‘anak emak’ (Aqasha) yang berlegar dalam kehidupan sebuah rumah tangga. Drama tersebut disiarkan pada setiap Rabu, pukul 10 malam di saluran 105 Astro Prima. Dengan kejayaan drama tersebut, Erra turut meluahkan rasa senang hatinya apabila mendengar berita gembira itu. “Apabila drama ini meletup, sudah tentu saya berasa gembira kerana ini merupakan skrip drama pertama yang saya rasakan menarik. Erra sedang bersalin lapan bulan dan dijangka bersalin pada pertengahan bulan depan. “Walaupun isu di dalam drama ini agak serius tetapi penyampaiannya bercorak komedi. “Sebelum itu, saya ada juga mendapat tawaran lain untuk berlakon drama episod Rona Roni Makaroni,” luah Erra yang menerima drama Mertua vs Menantu kerana tertarik dengan skrip dan jalan ceritanya yang sempoi. Tambah Erra, dia juga teruja berlakon di dalam drama arahan Feroz Kader itu kerana dia tidak perlu berdandan dan hanya berlakon tanpa mekap. Ditanya tentang keadaan aktres yang sedang menantikan ‘due’ bersalin pada bulan depan ini, Erra berkata keadaannya sekarang agak baik dan tidak sabar untuk melahirkan bayi sulungnya itu. Selepas selesai pengambaran drama ini, Erra akan berehat untuk melakukan persediaan persalinannya mulai 10 Mac depan. “Sekarang ini, berat saya juga semakin bertambah, almaklumlah selera makan semakin bertambah tetapi suami saya selalu pesan supaya saya mengawal pemakanan. “Jadi, dia hanya memberi saya makanan berprotein. Erra bakal sibuk dengan album pula selepas selesai berpantang nanti.“Bukan itu sahaja, kalau dulu ketika membeli-belah, saya suka singgah di butik-butik seperti Zara tetapi sekarang dah tak pandang lagi sebab saya lebih suka ke kedai menjual pakaian bayi,” ujar Erra yang sudah mengetahui jantina bayinya iaitu perempuan. Memandangkan Erra telah mengikat kontrak secara eksklusif selama setahun dengan Astro, jadi, dia hanya perlu menghabiskan projek masternya yang tinggal sebuah telefilem dan sebuah drama 13 episod. Ternyata, Erra merasakan keputusan yang dilakukan sebelum ini berada di jalan yang betul dan tidak dinafikan dia juga berasa selesa walaupun terikat dengan pihak Astro sahaja tanpa diberi peluang untuk bekerjasama dengan stesen televisyen lain. “Kontrak secara eksklusif adalah pilihan saya yang betul dan secara tidak langsung telah memenuhi hajat saya untuk berlakon drama kerana pada mulanya saya tidak pasti bagaimana cara untuk menceburi lakonan drama. “Setelah ditawarkan oleh pihak Astro, saya merasakan ia sebagai suatu saluran yang baik dan diberi tawaran eksklusif merupakan suatu permulaan yang baik,” ulas Erra. Erra di majlis doa selamat drama Mertua vs Menantu di Restoran Lemon, The Mines, Serdang, semalam. Mengenai perancangannya selepas selesai berpantang, Erra berkata dia juga tidak mempunyai masalah untuk bekerja semula. “Saya akan pastikan semasa pantang itu saya akan berehat betul-betul. Semuanya diharapkan tiada masalah cuma yang merisaukan saya adalah ‘naik badan’. “Saya akan fokuskan kepada album pula yang sudah hampir setahun dibekukan. “Setakat ini, saya telah merakamkan empat buah lagu di mana hanya dua buah lagu yang baru selesai diadun dengan muzik. “Selepas ini, pihak label Suria Records (SRC) akan merombak semula pemilihan lagu-lagu saya dengan membikin lagu yang bersesuaian dengan Erra yang baru. “Kami rancang mungkin album ini akan disiapkan sebelum bulan puasa nanti,” jelas Erra mengenai albumnya yang antaranya mendapat khidmat produser Sharon Paul, Along Exist, Helen Yap dan Mohariz Yaakup. Di dalam masa yang sama Erra berasa teruja apabila dia sudah mempunyai misi yang akan dilakukan selepas selesai berpantang nanti. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 2:45 pm | |
| Apa Motif Liza Hanim Pakai baju Tanda salib??Terkejut tgk baju Liza Hanim dkt ulangan Konsert KLCC Countdown 2008 baru kejap ni.. Rasa mcm 1st time je Liza Hanim pakai baju yg sebegitu daring? Baju ala kemban tak berlengan, bareback. Bertambah class lagi.. Kat depan dress dia tu terang2 tertera lambang t-salib warna putih.. Nora dulu pakai baju seakan serupa (berlengan of course!) utk rancangan CIT CAT AZWAN.. bukan main teruk lagi kena condemn dgn press.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 2:51 pm | |
| Faz sempat pose drama tunggu nak start |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 2:53 pm | |
| Ning ngan auntie Aishah, mama Joe Flizzow |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 3:09 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 3:47 pm | |
| Gambar Terbaru Waheeda |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 4:08 pm | |
| Bibiana and Fran - adorable sisters |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 25 Feb 2009, 8:26 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 25 Feb 2009, 8:29 am | |
| wajah terbaru Sabree Fadzil |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 25 Feb 2009, 8:42 am | |
| Rozita sudah pandai demand?TERKEJUT badak juga apabila Papa mendengarkan kisah ini. Mana tidaknya, sebelum ini, tidak pernah pula Papa dengar kisah pelakon jelita, Rozita Che Wan yang cukup Papa kagumi ini meminta yang bukan-bukan. Jangan salah tafsiran pula ya. Maksud Papa adalah Rozita yang kini menjadi rebutan ramai produser filem dan drama dikatakan sudah pandai demand dan meletakkan harga yang cukup tinggi meskipun wataknya hanya sedikit sahaja. Perkara ini terjadi apabila Rozita yang pada mulanya akan berlakon dalam filem terbaru arahan Eddie Pak yang berjudul Dimensi Cinta digugurkan kononnya Rozita meminta bayaran sebanyak RM50,000 hanya untuk enam adegan dalam filem itu. Apabila itu terjadi, terus nama Rozita dipangkah dan digantikan dengan Catriona Ross untuk memegang watak sebagai seorang ibu dalam filem yang diangkat daripada kisah benar itu. Amboi, takkan sampai mahal macam tu sekali bayaran yang diminta oleh Rozita? Papa tahulah sekarang ni Rozita tengah hangat dan menjadi rebutan. Tapi, tak baiklah untuk meminta harga setinggi itu hanya untuk beberapa babak sahaja. Papa harap Rozita memandang teguran ini sebagai satu yang positif untuk memantapkan lagi kerjaya seninya. Bukan apa, bimbang nanti kalau asyik demand, orang dah tak nak ambil berlakon. Oh, ya! Ramai yang bertanya kepada Papa, mana nak beli bulu mata yang sering dipakai Rozita itu? Bukan apa. Memang menggoda apabila mempunyai bulu mata lentik sebegitu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 25 Feb 2009, 11:07 am | |
| Wati Merancang Mahu Kahwin Tetapi Dengan Siapa?Pada jam 2.30 petang semalam (24 Februari 2009), telah berlangsung Majlis Sepetang Bersama Bintang Eksklusif Astro Megadrama dan Tayangan Perdana Suara Hati dan Rahsia Hati di Sultan Lounge, Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur. Dalam majlis itu memperkenalkan dua bintang utama iaitu LIsa Surihani dan Farid Kamil. Ramai pelakon drama datang, antaranya, Budiey sempat berbual dengan Wati, bekas anggota Elite yang kini giat aktif berlakon. Ini pertama kali Budiey bertemu dengan ibu kepada seorang anak lelaki ini. Dalam drama Suara Hati, Wati membawa watak seorang isteri bernama Sarah. Watak nampak macam jahat sebab takut suaminya dirampas oleh perempuan lain. Suami Sarah dilakonkan oleh Zamarul Hisyam bernama Aman. Drama arahan Faizal Ishak ini boleh ditonton mulai 16 Mac setiap Isnin jam 10 malam. Perkembangan terkini Wati sekarang ini masih sibuk berlakon drama Sanggar Cinta Raudhah terbitan Suhan Movies, bergandingan dengan Zizan Nin, Aida Radzwill. Memang agak sibuk, mungkin kerana itu, Watie nampak seperti kurus dengan berat sekarang 52 kg. Tapi masa anak dara dulu, berat Wati 40kg! Sekarang menetap di Bukit Antarabangsa, Wati ingin terus berada dalam industri semampu yang mungkin. Di samping berlakon, pelakon yang berasal dari Selangor ini tidak lupa dengan tanggungjawabnya menjaga anak lelakinya Afif Daniel yang berusia 5 tahun. Dengar cerita, Wati sekarang dalam perancangan untuk kembali berumahtangga. Namun, sekarang ini masih dalam peringkat mengenali pasangannya yang sudah 3 tahun berkenalan. Kalau ada jodoh, adalah. Orang dalam industri jugak ke? Jawab Wati, tidak… hanya orang biasa-biasa aje. Plan masa depan, janda beranak satu ini ingin lebih maju ke hadapan, ingin buka bisnes restoran sebab di zaman kegawatan ekonomi sekarang ini, Wati rasa takut dan perlu bersiap sedia menghadapi apa sahaja kemungkinan. Setakat ini, Wati ada menolak tawaran untuk berlakon filem kerana bayaran tak begitu setimpal. Selain Wati, drama Suara Hati dilakonkan oleh Intan Sarafina sebagai Asmara, Ezlynn sebagai Sheila, Zamarul Hisyam, Dalimawati sebagai Mak Ton, Megat Sharizal sebagai Sham, Riezman Khuzaimi sebagai Fendi, Farah Putri sebagai Atilia, Angah Raja Lawak sebagai Roy, Zarynn Min sebagai Asyura, Liza Shadan sebagai Kak Zah dan Amyza Adnan sebagai Miza. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 25 Feb 2009, 11:09 am | |
| Rosnah Mat Aris Seksi... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 25 Feb 2009, 11:12 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 25 Feb 2009, 11:15 am | |
| Kahwin kerana mahu anak
PAPA memang tidak menyangka pelakon jelita ini yang bakal melangsungkan perkahwinannya tidak berapa lama lagi sanggup berkahwin semata-mata hanya mahu anak sahaja.
Sedangkan, lelaki yang bakal menjadi suaminya itu langsung tidak dicintainya kerana rupanya, pelakon ini mengamalkan cinta songsang.
Malah, kejadian yang pernah menimpanya satu ketika dulu seolah-olah tidak pernah menyedarkan pelakon ini daripada terus melakukan kesilapan.
Sedih juga Papa mengenangkan nasib bakal suaminya nanti apabila mengetahui tujuan sebenar dia mahu melangsungkan perkahwinan.
Entahlah, Papa sendiri pun tidak tahu kenapa pelakon ini sanggup berbuat demikian. Kalau nak sangat anak, ambil jelah anak angkat. Tak payahlah sampai susah nak berkahwin semata-mata mahu mendapatkan anak.
Nanti di masa hadapan kalau ada apa-apa yang terjadi, siapa yang susah dan merana? Tak habis-habis artis kita ni buat perangai. Macam-macamlah...! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 25 Feb 2009, 11:17 am | |
| Soseh Soseh: Dah serempak baru mengaku
SEJAK penghujung tahun lepas sehingga awal tahun ini, ramai artis dan selebriti menamatkan zaman solo masing-masing. Paling terbaru DJ Hot fm, Tini melangsungkan majlis perkahwinannya Ahad lalu manakala Mac nanti Leina Hangat pula bakal mendirikan rumah tangga kali kedua dengan pemuda dari Terengganu. Baru-baru ini SS dapat tahu ada seorang DJ lagi akan mendirikan rumah tangga. Sebelum ini, DJ ini pernah digosipkan bercinta dengan rakan setugas tetapi bermati-matian dia menafikannya. Katanya, mereka cuma berkawan baik.
Tetapi menurut rakan SS, memang benar DJ itu hendak berkahwin dan sekarang ke mana pergi mesti berdua dengan rakan setugasnya itu.
Baru-baru ini rakan SS terserempak dengan DJ itu bersama pasangannya di majlis perkahwinan seorang selebriti dan mereka kelihatan intim sekali. Hai, kalau dah begitu rapat dan mesra, takkan hanya kawan baik saja.
Selepas puas merisik, betullah yang DJ itu akan mengakhiri zaman solo dengan rakan setugasnya itu. Agaknya sambil meraikan majlis persandingan selebriti itu, bolehlah meninjau-ninjau sekali tempat sesuai untuk mengadakan majlis mereka nanti.
Malah SS difahamkan, pasangan ini sudah menempah kad kahwin di satu kedai. Seorang rakan SS nampak pasangan ini berkunjung ke satu kedai tempahan kad kahwin. Mereka dikatakan memilih Jun ini untuk melangsungkan perkahwinan mereka tapi rakan SS tidak pasti tarikh sebenar.
Apa yang membuatkan rakan SS geram, dulu masa ditanya tak mengaku yang mereka bercinta dan sekarang bila dah terserempak dengan rakan SS pada majlis perkahwinan selebriti, mengaku pulak. Tetapi rakan SS kata, pudar juga muka DJ itu. Yelah! suka cakap berdolak-dalik. Kalau sejak mula mengaku bukankah senang.
Dek kerana suka berdolak-daliklah maka sekarang selalu sangat terjadi tak tahu bila menikah tiba-tiba dengar dah bercerai. Kemudian barulah buat pengakuan dia sebenarnya dah berkahwin empat lima tahun sudah dan waktu itu juga baru bagi tahu yang dia dulu isteri kedua atau ketiga seorang VIP.
Selepas satu dunia dah tahu yang dia kini berstatus janda, mulalah beraksi sakan, terdedah sana sini. Status janda digunakan untuk hidup bebas dan akhirnya masyarakat mula pandang serong pada artis janda. Oops! SS tak kata semua artis janda buruk tetapi adalah dua tiga orang. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 25 Feb 2009, 12:40 pm | |
| Gambar Lama :Muke Tensen Mawi Kena Peluk Dgn Nurul |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 25 Feb 2009, 12:43 pm | |
| Rihanna teruskan konsert di KL April ini Rihanna dijangka akan meneruskan konsertnya di Kuala Lumpur, akhir April depan KECEDERAAN teruk yang dialami oleh Rihanna akibat diserang kekasihnya, Chris Brown, baru-baru ini nampaknya tidak menjadi penghalang buat penyanyi popular antarabangsa itu untuk terus mengadakan konsert sulungnya di Kuala Lumpur, berkemungkinan pada akhir April depan. Menurut Pengarah Urusan Pineapple Concerts Sdn Bhd, Razman Razali, agen Rihanna di Los Angeles memberitahu pihaknya bahawa penyanyi berusia 20 tahun itu tidak mahu membatalkan konsert yang sepatutnya berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 13 Februari yang lalu dan ingin melihat tarikh yang sesuai untuk meneruskan konsert tersebut. "Dia masih ingin mengadakan konsert di sini. Pihaknya akan menetapkan tarikh baru itu tidak lama lagi dan kita juga akan meneliti semula lokasi untuk adakan konsert tersebut. "Apa yang pasti, konsert itu tidak dibatalkan. Kita akan maklumkan tentang tarikh baru konsert itu dalam masa dua minggu lagi. Tetapi, berkemungkinan besar ia akan berlangsung pada akhir April depan," kata Razman. Katanya lagi, bagi mereka yang sudah membeli tiket konsert itu sebelum ini dan ingin menuntut bayaran semula, mereka boleh berbuat demikian setelah pengumuman tarikh konsert baru itu dibuat tidak lama lagi. "Mereka yang sudah pun membeli tiket mempunyai dua pilihan, sama ada ingin terus menonton konsert tersebut pada tarikh baru itu nanti atau pun menuntut semula bayaran penuh tiket itu," kata Razman yang menambah penundaan konsert itu dulu tidak langsung menjejaskan jualan tiket setakat ini. Tambahnya lagi, proses untuk menetapkan tarikh baru itu tidak akan memakan masa yang panjang memandangkan pihak Pineapple Concerts sendiri telah pun bersedia bila-bila masa saja untuk mengadakan konsert tersebut. "Bagi pihak kami, memang sudah lama kami bersedia. Malah, sebelum konsert itu ditunda dulu, krew produksi dan teknikal kami memang sudah membuat persediaan, hanya tinggal menunggu Rihanna ke sini," ujar Razman. Kontroversi yang melanda Rihanna dan penyanyi R&B popular, Chris Brown cukup hangat diperkatakan gara-gara kes tersebut. Insiden yang berlaku apabila Brown ditahan polis dua jam sebelum bermulanya majlis Anugerah Grammy pada 8 Februari lalu di atas dakwaan menyerang Rihanna menjadi satu berita yang amat menggemparkan. Difahamkan, pergaduhan tercetus antara Rihanna dan Brown sebaik selesai parti pra-Grammy yang berlangsung sehari sebelum acara berprestij itu. Rihanna telah membuat aduan polis, namun Brown dibebaskan dengan jaminan US$50,000 (RM180,000). Kedua-duanya juga turut menarik diri daripada membuat persembahan pada malam Anugerah Grammy itu. Pergaduhan yang berlaku mengakibatkan kecederaan teruk di beberapa bahagian badan Rihanna. Penyanyi itu juga dikatakan mendapat gegaran yang teruk di kepalanya, serta terdapat bekas gigitan dan pendarahan hidung. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 25 Feb 2009, 12:50 pm | |
| sweet couple: Nubhan dan Stacy Lihat lah kemesraan sweet couple, Nubhan dan Stacy di Media Hiburan Valentine's High Tea Party. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 25 Feb 2009, 2:04 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 25 Feb 2009, 2:29 pm | |
| Bunkface Hangatkan Sunburst KL 2009 Diberi peluang menjayakan festival muzik antarabangsa Sunburst KL 2009 yang bakal berlangsung bulan depan barangkali menjadi salah satu pencapaian terbaik bagi kumpulan Bunkface. Lebih-lebih lagi apabila mereka dapat beraksi bersama barisan artis antarabangsa terkemuka serta beberapa band Indie senior lain iaitu Butterfingers, Meet Uncle Hussain serta Estranged. "Kami rasa seperti tidak percaya apabila pihak penganjur menawarkan kami peluang untuk beraksi dalam Sunburst KL 2009. Maklumlah, kebanyakan artis yang pernah beraksi sebelum ini adalah dari kalangan mereka yang sudah established. "Apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan kami yang masih setahun jagung ini. Tapi, dengan kepercayaan yang diiberikan ini, kami akan cuba sedaya upaya untuk membuat yang terbaik. "Kami akan berusaha keras untuk memastikan persembahan kami nanti mempunyai tahap yang boleh dibanggakan atau pun setidak-tidaknya boleh dianggap setanding dengan band senior lain yang bakal beraksi nanti," kata vokalisnya, Sam. Berbeza pula dengan Butterfingers, kehadiran artis luar terkenal dalam festival muzik tidak sedikit pun membuatkan mereka rasa teruja, sebaliknya mereka lebih menekankan kepuasan peminat menerusi corak persembahan mereka pada malam itu nanti. "Sudah tentulah kami akan rasa seronok jika digandingkan bersama artis luar ini di atas pentas yang sama. Lebih-lebih lagi, kalau artis luar itu adalah Coldplay sebagaimana yang khabarkan sebelum ini. "Tapi, ia bukanlah matlamat utama kami menerima tawaran untuk beraksi dalam Sunburst kali ini. Apa yang kami lakukan ini tidak lebih semata-mata untuk meraikan kemunculan kami bersama album Kembali. Malangnya, untuk persembahan ini, Loque tidak akan dapat bersama-sama dengan kami kerana dia sudah terbang ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pengajiannya di Berklee. "Tentu dia akan rasa cemburu apabila mendapat tahu kami akan beraksi dalam festival muzik besar itu. Bagaimanapun tempat Loque akan digantikan dengan pemuzik lain yang tidak kurang hebatnya," kata vokalisnya, Emmet. Sementara itu, Estranged yang sekali lagi terpilih menganggap bahawa pemilihan mereka itu adalah bukti keyakinan pihak penganjur yang tidak berbelah-bagi terhadap kemampuan mereka selama ini. "Yalah, bukan senang bagi penganjur untuk menawarkan sesebuah band muzik beraksi buat kali kedua berturut-turut. Atas sebab itu, kami ingin mengambil peluang ini untuk menonjolkan sesuatu yang baru atau lain daripada Estranged yang mungkin peminat tidak pernah tahu. "Kami harap kali ini kami akan berjaya tampilkan apa yang ingin kami tampilkan. Itu pun kalau penganjur dapat mengikut tempoh masa show sepertimana yang telah ditetapkan di dalam jadual mereka. "Sebab tahun lalu, penganjur berhadapan dengan masalah untuk menangani perkara ini. Kami tidak salahkan mereka kerana itu adalah percubaan pertama mereka menganjurkan festival muzik Sunburst. Jadi mestilah ada kelemahannya," kata vokalisnya, Rich. Meet Uncle Hussein yang turut diberi peluangkali kedua beraksi dalam Sunburst KL 2009 ini pula berazam untuk memberikan persembahan yang lebih baik lagi berbanding tahun lalu. "Banyak benda yang kalau boleh ingin kami pelajari dalam festival ini nanti. Lebih-lebih lagi bila dapat bergandingan dengan artis luar dalam satu pentas yang sama. Orang selalu kata, kalau kita ingin berjaya, kita harus belajar dari orang yang berjaya," katanya. Sunburst KL 2009 anjuran Pineapple Concerst Sdn Bhd bakal diadakan di Polo Pavillion, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort pada 21 Mac ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 25 Feb 2009, 2:40 pm | |
| Gambar Eira Syazira dan Esma Danial Kahwin?Eira Syazira dan Esma Danial dah kahwin? Apa-apa pun, warna tema biru pun lawa jugak. Mmm… pasangan secocok dan sepadan… |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 25 Feb 2009, 2:53 pm | |
| Duet Jamal & Mawi
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 25 Feb 2009, 3:08 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 7:50 am | |
| ayunya.......mila bertudung!! |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 8 of 20 | Go to page : 1 ... 5 ... 7, 8, 9 ... 14 ... 20 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |