|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 12 Mar 2009, 11:40 am | |
| Winnie suka dibelai WANG bukanlah segala-galanya dalam hidup. Wang juga tidak mampu membeli kebahagiaan atau kasih sayang dan kerana itulah jiwa manusia terasa sepi jika tanpa cinta. Meniti kehidupan penuh glamor dan sentiasa sibuk, sekali sekala tentunya diri mahu dibelai dan dimanjakan sang kekasih. Dalam usia mencecah 28 tahun pada 16 Mac ini, penyanyi Winnie Kok yang kini mahu dikenali sebagai Winnie K, masih mencari cinta sejati. Sejak putus kasih dengan jagoan badminton Indonesia, Taufik Hidayat, dua tahun lalu, Winnie masih mencari cinta. Difahamkan, Winnie sempat menjalin cinta dengan Taufik beberapa bukan tetapi perhubungan bermula pada September 2005 itu tidak ke mana. Sebaliknya Taufik melangsungkan perkahwinan dengan Ami Gumelar pada 4 Februari 2006 dan kini mempunyai anak perempuan yang lahir pada Ogos 2007. Tidak cukup dengan itu, anak kelahiran Kuala Lumpur dan dibesarkan di Kuala Lipis, Pahang itu dikatakan pernah menjalin hubungan istimewa dengan pemain gitar kumpulan popular Indonesia, Ungu iaitu Oncy, sehingga menjadi berita hangat serta mendapat liputan meluas media tempatan dan Indonesia. Hubungan yang diistilahkan Winnie sebagai teman rapat itu juga tidak ke mana. Senyap seketika, timbul pula gosip baru kononnya Winnie kini menjalin hubungan cinta dengan pemain regu lelaki (badminton) negara, Koo Kien Keat yang sering berganding dengan Tan Boon Heong. "Dia bukan teman istimewa tetapi kawan baik saya. Saya mengenalinya sudah lama malah, di kalangan pemain badminton sendiri tahu kami berkawan baik. "Koo juga kenal bekas teman lelaki saya. Sebenarnya, sejak di bangku sekolah lagi saya memang meminati badminton dan sanggup membeli tiket untuk menyaksikan pertandingan itu. "Mungkin kehadiran saya dalam satu pertandingan badminton baru-baru ini menimbulkan persoalan lebih-lebih lagi melihat kami rapat. "Pada usia sebegini saya memang mengharapkan kehadiran teman istimewa kerana saya suka dibelai dan dimanjakan. Kalau sakit ada orang tanya khabar. "Tapi mungkin belum ada jodoh selain masih banyak perkara yang perlu saya korbankan demi karier seni. Jika satu hari nanti menemui lelaki idaman, saya mungkin akan mengehadkan pembabitan seni kerana mahu berkahwin dan mempunyai anak," katanya. Hampir setahun menembusi pasaran Indonesia, album sulung berbahasa Melayu Winnie akhirnya dapat diperdengarkan kepada peminat serta penggemar muzik tanah air. Pada majlis pelancaran album Kau Ada Di Mana baru-baru ini, jelas sekali tiada kata mampu diungkapkan si pemilik nama asal, Kok Mui Kuan, 27, ini. Kegembiraannya itu, sekali gus menutup emosi yang sedang berperang dengan ketidakstabilan diri yang kurang sihat kebelakangan ini kesan perubahan cuaca yang tidak menentu, sekejap hujan dan sekejap panas. "Hari ini adalah hari yang cukup bermakna buat saya. Selepas sekian lama menunggu akhirnya dapat juga album ini dilancarkan di sini. Pasti ramai yang tertanya-tanya, mengapa ia dipasarkan di Indonesia kemudian baru disusuli Malaysia. "Ada cerita di sebaliknya. Sejak dulu lagi saya memang mengimpikan sebuah album Melayu kerana saya bukan saja mendapat pendidikan di sekolah kebangsaan malah sejak kecil lagi meminati lagu dan artis Melayu. "Justeru, dengan bajet sendiri saya menampung pembikinan album yang dimulakan sejak tiga tahun lalu. Ramai komposer tempatan yang terbabit antaranya Ajai, Cat Farish, Tam Spider dan Audi Mok. "Sememangnya, saya juga sudah merancang untuk memuatkan satu atau dua lagu berkonsepkan 'pop dance' hasil ciptaan komposer Indonesia. Atas bantuan seorang kenalan di sana saya diperkenalkan kepada orang kuat syarikat rakaman Trinity Optima," katanya. Melalui usaha syarikat rakaman juga, Winnie mengenali komposer terkenal Dwikorama Yudis dan Dewiq. Kebetulan lagu Kau Ada Di Mana ciptaan Dewiq sebuah lagu sangat menangkap dan sesuai dijadikan single pertama. Winnie berkata, tujuan ke sana pada mulanya untuk bekerjasama dengan produser dan komposer Indonesia. Namun, sebaliknya berlaku apabila syarikat itu menawarkan kontrak rakaman kepada Winnie. Melihat ia sebagai peluang keemasan, Winnie tidak mengambil masa lama untuk menyatakan persetujuan menyertai syarikat yang menaungi ramai artis popular Indonesia, antaranya Rossa dan kumpulan Ungu. Apatah lagi, Trinity Optima bersetuju enam daripada tujuh lagu ciptaan komposer Malaysia dikekalkan dalam album ini. Bagaimanapun lagu Di Taman Magis ciptaan Tam Spider dan lirik nukilan Allahyarham Loloq tidak dimuatkan kerana mereka tidak memahami lirik lagu itu. "Saya tidak pernah terfikir semua ini akan berlaku dalam hidup saya. Ia bagaikan mimpi jadi kenyataan. Sebelum ini saya mendengar banyak rungutan daripada penyanyi dan pemuzik Malaysia yang terkilan kerana sukar untuk memasarkan album terbitan mereka di Indonesia. "Saya akui industri muzik Indonesia sangat besar dan kompetitif namun bertuah kerana kalau orang lain susah dapat peluang, jalan saya pula sangat mudah. Saya berasa sangat bertuah," katanya. Lagu yang dimuatkan menerusi album Melayu pertama Winnie itu ialah Kekasih Gelapmu, Tak Bisa Memilih, Ke Akhirnya, Sampai Bila, Hatiku Tak Tahan Lagi, Untuk Kita Bersatu, Excuse Me, Kehadiranmu dan Cahayakan Cinta. Pada sidang media itu, Winnie turut menjelaskan keputusannya menukar nama Winnie Kok kepada Winnie K. Katanya, Kok adalah nama keluarga dan alam album Mandarin dulu, dia menggunakan nama Winnie Kok tapi bersempena album Melayu ditukar kepada Winnie K. "Melihatkan 'trend' sekarang ramai yang guna nama singkatan Datuk K, Datuk S, jadi saya guna Winnie K supaya lebih mudah disebut. Saya mahu kekal dengan nama ini," katanya. PROFIL
NAMA SEBENAR: Kok Mui Kuan
TARIKH LAHIR: 16 Mac 1981
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
PENDIDIKAN: Diploma Lanjutan Pengurusan Perniagaan
PROFESION: Penyanyi & model
IKLAN KOMERSIL: Duta Pepsi (2001),
Cokelat Cadbury (2002) dan produk kesihatan di China (2003),
Cool Fever, Follow Me, Yoko Yoko dan GardeniaALBUM: Lian Ai Kuai Le
(Mandarin-1999), Change (Mandarin-2001), Chang (Mandarin bersama satu
lagu Melayu berjudul Kau Dan Aku - 2003) dan Kau Ada Di Mana (2007)
FILEM: Potret Mistik
PENCAPAIAN: Juara Asia Bagus di Singapura
(1993), Top Ten Artis Cina Malaysia (selama lima tahun berturut-turut
sejak 2001) dan Anugerah Best Artis dan Malaysia Most Highly Supported
Best Artis Global Chinese Golden Art Award (2005) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 12 Mar 2009, 11:47 am | |
| Vee cuak dengan Erma Fatima Rabecca takut, penat dengan watak agresif Hendon JARANG sekali melihat aktres Rabecca Nur Al-Islam Ahmad, 23, melakonkan watak antagonis sekejam Hendon dalam teater Muzikal Islam Sirah Junjungan Tahajud Cinta. Teater yang mengangkat kisah hidup Nabi Muhammad S.A.W ini sedang dipentaskan di Istana Budaya mulai 9 hingga 22 Mac, pukul 8.30 malam. Babak semasa Hendon lakonan Rabecca yang mengamuk selepas kematian bapanya lalu membunuh dan mengunyah jantung Saidina Hamzah sebagai membalas dendam menarik perhatian penonton. Aksi Rabecca ketika membawakan watak Hendon dalam Muzikal Sirah Junjungan Tahajud Cinta. Jika pementasan yang pertama pada tahun lalu, Ellie mengaku dia memakan hati mentah seperti yang diarahkan oleh pengarah. Namun, kali ini Rabecca memaklumkan yang dia hanya diberikan bantal kecil bagi menggantikan hati mentah. “Memandangkan hari ini merupakan hari pertama pementasan, saya merasa sedikit ‘nervous’ tetapi tidaklah sehingga menghampakan ramai pihak dan pengarah. “Kalau boleh saya tidak mahu menghampakan harapan semua orang yang hadir. Jadi, saya akan lakukan yang terbaik kerana mungkin ada kesilapan yang tidak nampak. “Apabila difikir semula, saya berasa takut juga dengan watak sendiri. Bagaimanapun, saya puas apabila penonton tepuk tangan dan ada rakan-rakan yang menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) memuji lakonan saya kerana orang dapat menilai apa yang saya buat,” katanya. Jelas Rabecca, dia hanya sempat berlatih membawakan watak tersebut kira-kira tiga minggu lalu. “Walaupun saya hanya melakonkan dua babak, watak saya agak agresif dan terasa penat juga. “Saya rasa susah juga untuk menghayati watak ketika meminta Washi membunuh Hamzah. Jarak kami agak jauh waktu itu. Jadi, saya perlukan tenaga yang lebih untuk melontarkan suara. “Jadi, saya perlu elakkan meminum ais dan banyakkan minum air mineral,” ujar ibu kepada Nor Adam Daniel, 10 bulan ini. Vee cuak dengan ErmaDalam pada itu, Vanida Imran yang melakonkan watak Siti Khadijah Khuwailid berkata dia masih gemuruh tatkala menapakkan diri ke atas pentas. Vee merasakan watak Siti Khadijah memberikan kesan bermakna walaupun wataknya kecil sahaja. Luah aktres yang mesra dengan panggilan Vee ini, perasaan takut semakin menyerbu diri lebih-lebih lagi apabila bekerjasama dengan pengarahnya, Erma Fatima. “Saya perlu pastikan suara yang dikeluarkan tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Syahadah yang dialunkan juga kena betul. Semuanya memerlukan saya bekerja lebih kuat. “Walaupun orang tak nampak ekspresi muka saya, tetapi saya perlu melakukan sesuatu agar orang boleh rasa apa yang saya sampaikan,” ulas Vee yang merasakan watak Siti Khadijah memberikan kesan bermakna walaupun wataknya kecil sahaja. Pembaharuan bantu Taiyuddin dalami watakSementara Taiyuddin Bakar yang memegang watak Bilal bin Rabah berkata karektor tersebut tidak memberikan kesan kepadanya memandangkan dia pernah membawakan watak tersebut di dalam Muzikal Sirah Junjungan yang pertama dahulu. Namun begitu, persekitaran, kualiti muzik, dan latar set sedikit-sebanyak membantunya untuk menghayati watak dengan tersebut dengan lebih baik. Taiyuddin (baring) membawakan watak Bilal yang selalu diseksa. -foto The Star oleh AZHAR MAHFOF “Kata orang, persekitaran, kualiti muzik dan latar set memberi sedikit perubahan kepada dalaman saya. Benda tu memberi kesan,” ujar Taiyuddin yang turut seronok apabila berlakon dengan para pelakon yang lebih ramai kali ini. Menurut pihak penganjur, Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia, seramai 250 orang pelakon yang menyertai Muzikal Sirah Junjungan Tahajud Cinta ini. Keperibadian dan ketokohan Saidina Ali pikat SyukorTaiyuddin (depan) ketika babak Bilal mengalunkan azan. Aktor Syukor Ibrahim pula diberikan watak sahabat Nabi Muhammad, Saidina Ali. Pertama kali ditemukan dengan Eirma, Syukor yang pernah membintangi Muzikal Patriot sebelum ini pada mulanya ditawarkan untuk membintangi salah satu daripada dua watak yang kosong ketika itu. “Selepas itu, Kak Eirma berkata saya patut mengambil watak Saidina Ali. Syukor (tiga dari kanan), Rabecca (empat dari kanan) dan Vee (dua dari kiri) bersama pelakon dan pengarah Sirah Junjungan Tahajud Cinta. “Jadi, saya menerimanya kerana keperibadian dan ketokohan yang dimiliki oleh Saidina Ali. “Yang keduanya, watak tersebut pernah dilakonkan oleh pelakon hebat iaitu Azri Iskandar. Tanggungjawab itu amat besar untuk dipikul oleh saya. “Jadi, saya cuba membawakan watak itu sebaik mungkin,” tutur Syukor. Giat Syukor, kesan daripada lakonannya, dia semakin dekat dengan watak dan perjuangan Saidina Ali. “Watak tersebut juga membantu saya meningkatkan syiar Islam. “Saya berharap supaya mereka yang menonton teater ini pada tahun lepas supaya tidak nampak perbezaan antara saya dan Azri. Saya akan bawa watak Saidina Ali dengan cara tersendiri. “Saya akui yang Azri merupakan seorang pelakon yang versatil manakala saya masih baru di dalam industri untuk membawakan watak seberat ini,” beritahunya yang teruja apabila diberi peluang membawakan watak tersebut. Jelas Syukor, walaupun sumbangannya dianggap kecil, namun dia tetap berniat untuk membantu memperingati perjuangan Rasulullah. Cerita Syukor, antara babak yang mencabar dirinya ketika dia menggantikan tempat tidur Nabi Muhammad. “Waktu itu, Abu Talhah mencabar Nabi berperang. Saya perlu menunjukkan gestur dalam keadaan membela Nabi dengan penuh kemarahan. “Susah juga saya hendak berteriak ‘hei, Talhah yang sombong.’. “Namun, dengan input dan bantuan pelakon lain seperti Jeganathan, Jesse Lim, Wong Sip Neng, Aman Graseka, Yus Waisar dan Sahronizam, saya mampu menghidupkan watak,” tambahnya yang sempat berlatih kira-kira tiga minggu lalu. Saksikan Muzikal Islam Sirah Junjungan Tahajud Cinta mulai 9 hingga 22 Mac di Istana Budaya, Kuala Lumpur, pukul 8.30 malam. Tiket dijual pada harga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 12 Mar 2009, 11:59 am | |
| Dafi caras Samuel dan Amani dalam 'Sayang You Can Dance' Lakonan Dafi begitu bersahaja sekali sebagai sepupu kepada Mia (lakonan Sh Amani). ADA beberapa perkara yang akan membuat anda terkesan sekiranya anda sedang menonton sebuah filem yang 'bermasalah'. Tema yang keliru dan jalan cerita yang membosankan adalah salah satu petandanya. Selepas 10 minit mengikuti perjalanan cerita filem 'Sayang You Can Dance' hasil kerja terbaru Bjarne Wong bagaikan satu penantian yang berpanjangan. Dan semuanya seperti sudah boleh dijangkakan apa yang akan terjadi di kesudahan filem ini. Pasangan kekasih Mia dan Remie nampak serasi dalam filem ini. Ceritanya berkisar anak tunggal, Mia (Sharifah Amani) orang berada, yang minat akan tarian hip-hop. Dengan pertolongan sepupunya Danial (Dafi AF5), Mia telah masuk ke kelas tarian DanceStarz. Di kelas inilah Mia menjadi tumpuan cinta tiga segi, antara Robby (Ebi Kornelis AF5) dan Remie (Samuel Rizal). Mia dan Remie saling mencintai tapi mendapat tentangan dari ayahnya. Di sinilah timbul konflik 'Antara Dua Darjat' yang klise dan masih berlaku di zaman ini? Samuel dan Amani saling melengkapkan cuma lakonan Amani yang kadang-kala 'buat-buat manja' boleh membuat kita sedikit jemu. Samuel, walaupun dengan loghat Indonesianya telah memberikan sebuah lakonan yang meyakinkan. Begitu juga dengan lakonan pendatang baru Dafi yang tidak menghampakan. Tidak sangka pula Dafi boleh berlakon dengan begitu bersahaja sekali. Sebagai orang baru, Dafi ada harapan cerah untuk pergi jauh dan sikapnya sebagai 'big brother' kepada Mia boleh diberi pujian. Geng DanceStarz yang diketuai oleh Remie (Samuel)berhempas pulas untuk memenangi pertandingan tarian. Dafi banyak membantu perjalanan cerita ini. Tanpa Dafi, mungkin jalan cerita yang longgar dan tidak ke mana ini, akan menjadi lebih hambar. Dafi juga adalah seorang penari yang baik sekali. Tidak keterlaluan jika dikatakan, Dafi dan Samuel adalah penyelamat filem ini. Ebi pula, harapkan rambut ala Bob Marley sahaja, sedangkan lakonannya yang kayu dan tutur dialognya yang kaku dan tidak berperasaan membuat watak yang dibawanya tidak bermaya. Andaikata dia bukan Ebi, tidak mungkin orang akan memberi perhatian langsung kepada watak Robby yang dibawanya. Babak yang dia jatuh cinta kepada Mia paling hambar sekali. Mungkin adegan dia bertumbuk dengan Remie ketika berebutkan kasih Mia membuat wataknya hidup sekejap. Apa yang harus diberi pujian ialah filem ini berjaya memartabatkan bahasa dan negeri Sarawak. Dari susunkata, sinematografi dan juga pertuturan orang sana membuat kita rasa bangga yang mereka ini adalah dari kelompok yang sama tapi sudah lama dipinggirkan dalam sinema kita. Mia banyak mengadu kepada sepupunya, Danial mengenai kisah cintanya dengan Remie.Watak pembantu lain seperti yang dimainkan oleh Carmen Soo, Alam, Smyth Wong Azim dan Dominique Chiu tidak mencacatkan jalan cerita. walaupun kadangkala peranan mereka tidak lebih dari nasi tambah saja, ada kalanya peranan mereka hidup dan membuat filem ini rasa segar seketika seperti adegan mereka berkelah dan bersantai bersama. Babak ini berjaya menghidupkan keakraban di antara semua anggota DanceStarz ini. Tapi yang sedikit melemahkan cerita ini, keazaman merebut hadiah besar DanceStarz untuk menolong Remie yang sedang bergelut dengan maut tidak logik langsung. Penyakit Remie yang serius dan keadaannya yang lemah tidak mungkin membuat dia kuat untuk masuk kemuncak pertandingan tarian ini. Apa sebenarnya yang hendak dipaparkan dalam filem ini? Kelincahan tarian atau cinta Mia-Remie atau kedua-duanya. Cara pengarah menyulam kedua-dua aspek ini membuat kita rasa bosan. Robby (Ebi) dan Remie (Samuel) berkawan rapat tetapi disebabkan perasaan cemburu mereka bertelingkah.Sudahlah garapan cerita tidak kemas, lembab pula. Mustahil, kita dapat mengikuti keseluruhan filem ini tanpa merungut. Lagu-lagu latar dalam filem ini tidak membantu mengujudkan mood romantik, sedih atau sebagainya. Sebaliknya ia menjadi satu hiburan biasa, yang kadangkala merimaskan. Walaupun begitu, lagu-lagu yang disajikan ada nilai komersialnya tersendiri walaupun tidak sesuai dimasukkan di dalam filem ini. Dan apa sebenarnya penyakit Remie? Di akhir cerita apabila tertulis, 6 bulan kemudian, baru lah penonton diberitahu, Remie ialah budak montel yang menyimpan hati dengan Mia semasa zaman kanak-kanak dulu. Dan ayah Remie pula ialah pemandu keluarga Mia. Semua kekeliruan dirungkai satu persatu, tapi masih tidak mencukupi bila penonton diberitahu, bapa Mia berdendam dengan bapa Remie kerana keluarganya terlibat dalam satu kemalangan. Babak antara Carmen dan kekasihnya, perkelahian antara bekas kekasih Carmen dan beberapa teman DanceStarz bercakap di dalam kelas dalam bahasa Cina? Kenapa semua babak ini tidak disediakan sarikata dalam bahasa Malaysia? Sehingga kita terpingga-pingga memikirkan apa sebenarnya yang dituturkan mereka. 'Sayang You Can Dance' adalah filem Melayu pertama Bjarne Wong, yang menggunakan khidmat kru daripada Hong Kong. Seebelum ini, pengarah berpotensi ini pernah menerbitkan filem The Legend Of The Red Curse dan Possessed sebelum ini. Percubaan pertama Wong mungkin terselit beberapa kelemahan tapi dari aspek lain seperti sudut cinematografi, pengarahan dan pacing, Wong tidak menghampakan sangat. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 12 Mar 2009, 12:29 pm | |
| Gwen dan suami syorkan mandi bersama Pasangan penyanyi terkenal Gwen dan Gavin syorkan semua famili mandi bersama bagi menjaga alam sekitar. GWEN Stefani dan suaminya Gavin Rossdale telah secara spontan mengaku yang mereka mandi bersama untuk mengelakkan pembaziran air dan menjaga alam sekitar. Gavin, yang mempunyai dua orang anak lelaki dengan Gwen - Kingston, 2, dan Zuma, 6 bulan, mengesyorkan semua famili mencuba teknik mereka untuk menjaga alam sekitar. "Semua keluarga patut mandi bersama. Itu paling minima yang mereka boleh lakukan," kata penyanyi terkenal Gavin. Sementara itu, Gwen pula mendedahkan yang dia dan suaminya sudah mula memberi nama baru untuk anaknya Kingston yang kini melalui fasa yang sukar. "Kingston kini agak agresif. Gavin memanggilnya dengan nama 'Sid Vicious'. "Dia ada sikap yang agak pelik. Berbeza sekali dengan adiknya Zuma yang tenang dan cool. Begitulah sikap kedua anak kami. Benar-benar berbeza?" jelas Gwen. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 12 Mar 2009, 12:34 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 12 Mar 2009, 12:37 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 12 Mar 2009, 3:25 pm | |
| (Indonesia) Pelakon Wulan, Hanny Mati diBunuhPelakon sinetron Indonesia yang juga pemilik agensi model, Hanny Wahab (53), dipercayai dirogol sebelum dibunuh di rumahnya di Cengkareng, Jakarta Barat, semalam (11/3). Tubuh pelakon ibunda Aline di dalam sinetron Wulan itu ditemui dalam keadaan tanpa pakaian. Mayatnya ditemui di bilik oleh anak keduanya, Ahmad Sutrisno pada pukul 11.30 pagi. Ahmad yang sudah siap untuk ke sekolah hairan kerana belum bertemu ibunya. “Sebelum meninggal, terjadi kerosakan pada alat kelamin korban, sudah rosak dan di robek. Ada cairan sperma kering,” kata petugas HCM yang enggan disebutkan namanya di HCM, Jakarta Pusat, Rabu (11/3/2009) - detiknews.com Apabila dibuka pintu bilik tidur, Ahmad terkejut melihat ibunya berbujur tanpa pakaian di atas katil dengan kesan luka di kepala. Pesuruhjaya Polis Metro Jaya, Zulkarnain Adinegara berkata, setakat ini enam orang telah dipanggil bagi diambil keterangan. Berdasarkan kenyataan Ahmad, katanya, Hanny ada di datangi tiga lelaki pada pukul 10 malam kejadian dan polis sedang menyiasat kemungkinan mereka terlibat dalam kejadian itu. Hingga kini, ujar beliau, polis belum mempunyai suspek pembunuhan janda beranak tiga itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 12 Mar 2009, 3:27 pm | |
| (Gambar) Rozie Othman Bertudung Tapi Pakai Baju… Rozie Othman sememangnya seorang pelakon veteran yangs serba boleh. Selalu memegang watak yang jahat dan juga bersifat keibuan. Namun terkejut penulis apabila tanpa sedari baju yang dipakai Rozie Othman ketika majlis pelancaran Drama Cinta Untuk Ain di Sri Pentas bulan lepas, rupa-rupanya menembusi badannya sehinggakan menampakkan colinya. Tak tahu lah kalau Rozie tak perasan dengan pemakaiannya sedemikian, iyalahkan camera digital zaman sekarang makin canggih, flash yang dikeluarkan mengalahkan lampu di rumah-rumah kampung dan bandar jadi kita sendiri pun tak sedar walaupun baju berkenaan tidak seperti yang bakal terjadi kelak. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 12 Mar 2009, 3:29 pm | |
| Zee Avi Rakam Album di ASZee Avi, siapa tu? Zee Avi bukanlah seorang bintang yang lahir dari program realiti AF, Malaysian Idol , OIAM, Mentor dan sebagainya tetapi seorang yang mempersembahkan bakat nyanyiannya melalui YouTube sahaja dan kemudian bakatnya di kesan oleh syarikat rakaman AS sehingga mereka menawarkan Zee Avi merakamkan album untuk pasaran antarabangsa! Zee Avi berasal dari Miri, Sarawak yang kini menetap di Kuala Lumpur. Zee Avi pernah membuat beberapa gigs di KL dengan menggunakan nama Kokokaina. Video youtube di bawah adalah video Zee Avi sedang rakam album di AS. Bakal release pada 19 Mei nanti kat AS. Inilah adalah juga tamparan bagi semua artis-artis di Malaysia, yang angan-angan mahu pergi ke US. Laman web rasminya ialah http://www.zeeavi.com . |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 12 Mar 2009, 4:04 pm | |
| Nama makanan pelik GANDINGAN Farouk dan Azrul menceriakan program Warung Kita di Astro Prima.
Warung Kita paparkan keunikan menu di Malaysia
BAGI sesetengah orang, mungkin ramai tidak pernah mendengar nama makanan yang bunyinya pelik dan berasakan seperti agak geli tekak hendak merasai dan menelannya.
Antaranya seperti belangkas, siput gonggong, kopi musang, keropok kulit lembu, teh tarik dangdut, petis, pais dan banyak lagi. Hakikatnya, walaupun nama makanan ini pelik tetapi sedap pula apabila dimakan.
Jadi, keunikan dan keistimewaan setiap makanan itu dipaparkan menerusi program Warung Kita di Astro Prima. Sudah tentu ramai yang ingin mengetahui apakah bentuk makanan dan rasanya apabila melihat pengacaranya Farouk Hussain dan Azrul Zaidi mencuba makanan yang mereka ditemui menerusi program ini.
Warung Kita bukan seperti program jelajah mencari makanan seperti biasa, ia berkonsepkan maklumat yang boleh memberikan manfaat kepada penonton mengenai tempat sekitar.
Penampilan Farouk dan Azrul yang santai dan bersahaja, program ini pastinya disulami dengan gelak ketawa spontan kerana sambil menikmati juadah, ia turut memaparkan tempat yang boleh dikunjungi.
Menurut Farouk, dia ditawarkan mengendalikan program Warung Kita atas cadangan Azrul.
“Saya dipilih mengendalikan program ini disebabkan Azrul yang mencadangkan nama saya daripada beberapa nama yang disenaraikan Astro.
“Sebelum ini Azrul diminta Astro untuk mengendalikan program ini bersama ahli kumpulan Raja Lawaknya, iaitu Along. Tetapi disebabkan Along pula sibuk dengan penggambaran filem, namanya harus diganti.
“Memang saya dan Azrul sudah lama mengenali, lebih lagi Azrul pernah menjadi pengurus saya sebelum ini dan saya sangat faham caranya dan dia amat faham cara saya,” katanya.
Farouk berkata, persefahaman dan keserasian penting walaupun Warung Kita mungkin dilihat sebagai program kembara yang ringan dan santai saja.
Katanya, apabila kedua-dua faktor itu wujud, ia dapat membantu menjadikan sesebuah program itu menarik dan menghiburkan.
“Kerjasama penting. Apabila kita digandingkan untuk mengendalikan sesebuah program, janganlah ada yang cuba hendak menonjolkan dirinya sendiri.
“Namun bagi saya, Azrul mempunyai keistimewaan tersendiri dalam mengendalikan program ini kerana kami sama-sama memahami cara sendiri,” katanya.
Katanya, biarpun tidak semua 23 episod dia harus bersama Azrul, namun akui gandingannya dalam beberapa episod mendapat reaksi positif daripada penonton.
“Saya dan Azrul akan digandingkan dalam beberapa episod saja terutama membabitkan sekitar Lembah Klang dan selebihnya kami akan dipisahkan. Saya akan mengendalikan program ini di Kelantan, Terengganu atau Pahang, Azrul pula di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
“Ini kerana terlalu banyak tempat di negara ini yang mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk dilawati sambil menikmati juadah yang pelik,” katanya.
Sementara itu, Azrul pula berkata, Warung Kita dianggap unik kerana ia bukan saja menumpukan kepada menu istimewa pada sesebuah gerai itu semata-mata, tetapi turut menyelongkar rahsia resipi, tempat menarik yang boleh dilawati pengunjung serta panduan kesihatan.
“Negara kita ini terlalu banyak makanan yang pelik dan saya bersama Farouk akan berpecah untuk mencari tempat yang menarik untuk menikmati juadah dan melawat.
“Selain itu juga, kelainan yang ditonjolkan dalam program ini adalah penyampaiannya disampaikan secara santai dan kadang-kadang ia turut disertakan dengan sketsa dan penceritaan menarik.
“Setiap episod ada konsep tersendiri, malah kami memaparkan keistimewaan makanan setempat, misalnya Johor yang kaya dengan makanan Jawa, Melaka pula Baba Nyonya dan Negeri Sembilan dengan hidangan masakan Minang.
”Bagi menceriakan lagi program ini, kami turut mengundang jemputan dari kalangan selebriti, ahli politik dan pelajar. Antara selebriti terbabit
adalah Noris, Abon, Ebi Yus dan Ali Mamak,” katanya.
Kata Azrul, menariknya dalam Warung Kita, mereka akan berkunjung ke gerai yang menjadi tumpuan orang ramai, tetapi belum mendapat publisiti meluas. Gerai itu mesti bersih dan menyediakan makanan unik, berkualiti, harganya berpatutan dan resipi istimewa yang tiada di tempat lain.
“Penggambaran bagi program ini akan meliputi juadah untuk sarapan, tengah hari, minum petang dan makan malam,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, Warung Kita bakal diperluaskan skopnya sekiranya dipersetujui oleh pihak atasan yang akan melewati ke beberapa negara di Asia.
“Buat masa ini kita akan fokus kepada masakan tempatan saja. Sebenarnya banyak masakan tempatan yang belum diketahui ramai. Ia biasanya popular di sekitar kawasan saja sekiranya tidak didedahkan.
“Sekiranya program ini mendapat sambutan yang menggalakkan kita memasang berhasrat untuk menjelajah ke negara Asia bagi mencungkil rahsia masakan halal Asia.
“Tetapi kami juga harus memikirkan nama yang bersesuaian kerana judul Warung Kita sudah agak tidak relevan untuk digunakan sekiranya kita menjelajah ke luar negara,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 12 Mar 2009, 4:07 pm | |
| Dengarnya...: Empat calon ABPBH 2008 berbadan duaRITA RUDAINI antara artis yang kini sedang hamil anak sulung. TAHUN ini Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 menyaksikan beberapa selebriti tanah air yang tercalon dalam beberapa kategori sedang berbadan dua. Sebelum ini, Cik Normah ada menulis mengenai finalis ABPBH 2008, Erra Fazira, Aleya dan Dynas yang mengandung. Erra kini sedang menghitung hari untuk melahirkan anak dijangka bayi perempuan pada 25 Mac ini. Leya lambat lagi rasanya, Dynas pula dijangka melahirkan bayi perempuan juga pada 4 Julai ini. Tak silap Cik Normah, Dynas dan Leya kemungkinan besar akan tetap hadir pada malam kemuncak ABPBH 2008 pada 12 April nanti walaupun terpaksa berdepan dengan kedinginan suhu di Genting Highlands. Dynas akan melaram baju rekaan Nik Erwan Roseli, manakala Leya dan suaminya menggunakan khidmat Hazwani. Nik Erwan dan Hazwani juga antara pereka yang terbabit dalam Anugerah Pereka Popular pada tahun ini. Asyik dok sebut Erra, Dynas dan Leya, Cik Normah terlupa pula kepada Rita Rudaini yang juga sedang berbadan dua dan tersenarai sebagai Pelakon TV Wanita Popular. Maafkan Cik Normah ye Rita, terlupa pula nama you. Tapi apa pun, Cik Normah ucapkan selamat berjaya kepada semua calon dalam setiap kategori ABPBH 2008. Sebelum terlupa, Cik Normah ucapkan tahniah kepada pelakon Nadia Mustafar yang baru saja melahirkan anak lelaki pada 3 Mac lalu. Bayi seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan secara normal di Hospital Pantai, Cheras. Bayi itu adalah hasil perkongsian hidupnya dengan Hazil Izham. Ramai lagi selebriti tempatan yang disahkan berbadan dua. Ziana Zain pun Cik Normah dapat tahu bakal mendapat anak kembar seperti Aleya. Rezeki berganda tu dan Cik Normah tumpang seronok. Liza Hanim, Sasha Saidin, Melissa Saila dan Balkish Semundur Khan (Kiss) pun sedang mengusung perut. Rosma isteri kepada Khai pun mengandung empat bulan dan semasa terbabit dalam siri jelajah ABPBH 2008 di Pasir Gudang minggu lalu, dia masih suka bergaya memakai kasut platform. Jaga-jaga dik, jangan sampai membahayakan kandungan cukuplah. Akhir kata, Cik Normah juga yang tak ada rezeki untuk berbadan dua. Reda sajalah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 12 Mar 2009, 4:12 pm | |
| Datuk S mahu gegar IndonesiaATILIA, Noryn, Genervie Kam dan Maznah Zulkifli turut menyerikan pelancaran JomStar.com versi Indonesia. Portal hiburan JomStar.com dapat reaksi positif, kumpul dua juta pelanggan dari negara jiran KOMITMEN untuk membangunkan industri hiburan Asia, seterusnya mencipta kegemilangan di peringkat antarabangsa menjadi pencetus semangat kepada Presiden JomStar.com, Datuk Shafik Rizal Saaban untuk memperluaskan majalah online pertama tempatan itu dalam versi Indonesia. Biarpun menempuh persaingan terutama ketika era ledakan teknologi maklumat yang memudahkan pengguna mengakses informasi tanpa sekatan, Shafik atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk S percaya, usaha yang dicetuskan itu akan membuahkan kejayaan berdasarkan pencapaian awal portal hiburan berkenaan. Sejak diperkenalkan kepada pembaca Indonesia, majalah hiburan online itu sudah mengumpul dua juta pelanggan dan reaksi positif itu meyakinkan Shafik untuk memperluaskan rangkaian penerbitannya di beberapa negara Asia lain. Antara negara yang sedang diintai termasuk Filipina, Thailand dan Hong Kong sebelum mengembara lebih jauh untuk menembusi pasaran Amerika Syarikat yang menjadi impian besarnya. “Indonesia menjadi sasaran pertama untuk memperluaskan konsep majalah online ini berdasarkan sambutan yang diberikan ketika kami mengabadikan Marcell sebagai penghias muka depan, tidak lama dulu. DATUK S dan Dewi Sandra. “Sambutan yang diberikan di luar jangkaan malah lebih mengejutkan apabila 1.6 juta pembaca datang dari negara ini. Menyedari potensi besar terhadap usaha yang dilakukan ini membuatkan kami berusaha untuk menembusi pasaran Indonesia dan alhamdulillah, ia akhirnya menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran yang disempurnakan di Dragon Fly, Graha BIP, Gatot Subroto, Jakarta, Rabu lalu. Shafik juga menyimpan harapan pelancaran JomStar.com juga menjadi titian yang mengakrabkan lagi hubungan antara penggiat seni dua negara, bahkan menjadi jambatan untuk memperkasakan nama anak seni berbakat dari Malaysia di negara luar. Katanya, Malaysia mempunyai ramai anak seni berbakat yang wajar ditonjolkan di pentas besar. Malangnya, hanya beberapa nama yang mendapat tempat di Indonesia sedangkan kita membuka pintu seluasnya untuk mereka mencari rezeki di negara ini. “Justeru saya menggabungkan hiburan dan informasi teknologi untuk menyebarkan mesej ini, selain ingin melihat lebih ramai anak tempatan menembusi pasaran luar tidak hanya di Indonesia sebaliknya menjelajah dunia menerusi siri promosi yang betul,” katanya. MARCELL dilantik sebagai jurucakap JomStar.com versi Indonesia. Wadah yang disediakan JomStar.com memberi peluang kepada pelanggan untuk mengakses berita hiburan dalam dua versi iaitu Malaysia dan Indonesia, sekali gus membuka ruang kepada peminat hiburan Indonesia untuk lebih mendekati penggiat seni tempatan. Sebagai mana majalah fizikal, JomStar versi Indonesia juga dihiasi halaman seperti muka depan, berita eksklusif, liputan acara, gosip, pelancaran album dan filem serta beberapa ruangan lain yang akan dikembangkan mengikut kesesuaian serta peredaran industri hiburan. Memahami keghairahan peminat untuk mendapatkan berita terkini, muka depan majalah online itu akan berganti setiap dua minggu dengan dimuatkan pelbagai berita menarik dalam tempoh itu. “Saya berharap kehadiran JomStar.com akan menjadi sahabat kepada semua penggiat industri hiburan, tidak kira di Malaysia mahu pun di Indonesia,” katanya. Majlis pelancaran JomStar.mom turut diserikan dengan kehadiran Ketua Editor Asia Pasifik, Jomstar.com, Ridzuan Omar, Pengarah Urusan Kumpulan SNC Associate Sdn Bhd Murizam Musa serta Timbalan Presiden Perhubungan dan Komunikasi Korporat Jomstar.Com, Josman Mohamad. Ia juga dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada bintang terkenal dua negara iaitu Noryn Aziz, Marcell, Dewi Sandra, Atilia dan Jaclyn Victor. Acara pelancaran itu turut menampilkan peragaan busana ilham Amir Luqman yang sedang membina empayar rekaannya di Indonesia. Menceritakan perancangan di Indonesia, Shafik berkata, pelantikan penyanyi terkenal, Marcell sebagai jurucakap JomStar.com versi Indonesia turut membantu untuk memperkasakan nama mereka di negara seberang. “Kami ingin melihat kerjasama serumpun ini akan berjalan lebih jauh serta menyaksikan anak seni Asia mencatat kejayaan besar, tidak hanya di negara sendiri bahkan di peringkat dunia,” katanya. Dengan tenaga kerja seramai sembilan orang, siri promosi majalah online itu akan diperluaskan di beberapa daerah lain seperti Bandung dan Surabaya untuk memastikan JomStar.com bercambah baik di Indonesia. “Seperti mana Yahoo.com dan Google.com yang mempunyai pelbagai versi, besar harapan saya untuk melihat JomStar.com juga mampu mencatat kejayaan yang sama. “Semua itu tidak mustahil jika kita berusaha keras untuk merealisasikan impian ini. Tidak semua yang diimpikan datang bergolek dan ketika ini, kami sedang berusaha untuk menjadikan impian besar itu satu kenyataan,” katanya. Tenaga positif industri hiburan MARCELL ketika ditemui, berterima kasih atas perlantikannya sebagai jurucakap JomStar.com dan melihat kerjasama itu membuka ruang persahabatan yang lebih penting berbanding perkara lain. Kata suami kepada pelakon dan pengacara, Rima Melati Adams, pelawaan itu diterima berangkat daripada kerisauan terhadap laporan berita hiburan terutama di internet yang acap disogokkan dengan laporan negatif. “Saya seorang yang sering melihat sesuatu daripada sudut positif dan apabila dilamar JomStar.com, saya tertarik kerana fokusnya yang menjurus kepada penyiaran berita positif mengenai industri hiburan. “Perkongsian informasi antara artis dua negara juga membuatkan saya berbangga menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini kerana Malaysia umpama rumah kedua yang tidak pernah saya lupakan. “Saya teruja sekali untuk memainkan peranan itu kerana saya percaya dunia hiburan juga membawa perkara positif mengenai penggiat seni yang terbabit dalam bidang ini,” katanya. Pada majlis itu, Marcell yang mula mencipta nama di negara ini menerusi lagu duet bersama Shanty, Hanya Memuji pada 2002 turut melontarkan alunan vokalnya dalam dua lagu romantis, Candu Asmara dan Berhenti Berharap. Sementara itu, penyanyi genit yang lincah di pentas, Dewi Sandra pula berkata, dia sering percaya muzik mampu membawa tenaga positif yang menyatukan insan di dunia ini. “Dengan adanya portal ini, hubungan penggiat dan pencinta seni antara dua negara menjadi lebih akrab dalam dunia yang semakin sempit dan penuh pergolakan. “Saya ingin sekali melihat persahabatan yang terjalin ini akan berkekalan malah menyatukan rumpun anak seni yang memperjuangkan muzik Melayu di rantau ini,” katanya. Pandangan yang sama turut dikongsi Noryn, Jaclyn dan Atilia yang memuji keberanian JomStar.com meneroka pasaran baru, sekali gus mendedahkan mereka ke dunia berbeza selepas mencipta populariti di negara sendiri. |
| | | mamzie Mod PR
Number of posts : 1497 Age : 56 Location : Kuantan,Pahang. Registration date : 10/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 12 Mar 2009, 8:34 pm | |
| Wow...banyak citer menarik... |
| | | missflora Ahli Familiar
Number of posts : 121 Age : 42 Registration date : 08/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 12 Mar 2009, 10:01 pm | |
| Bagus betul la ader topik camni... x yah susah2 nk kuar beli majalah... :69: :69: :69: |
| | | mamzie Mod PR
Number of posts : 1497 Age : 56 Location : Kuantan,Pahang. Registration date : 10/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Fri 13 Mar 2009, 7:44 am | |
| iye tak payah susah nak beli majalah... semua berita panaz dan terkini ada dihujung jari...tit...tit |
| | | yummie_sue Ahli VIP
Number of posts : 1235 Age : 40 Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Fri 13 Mar 2009, 11:21 am | |
| |
| | | yummie_sue Ahli VIP
Number of posts : 1235 Age : 40 Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Fri 13 Mar 2009, 11:53 am | |
| Bunga tanpa make-up... |
| | | yummie_sue Ahli VIP
Number of posts : 1235 Age : 40 Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Fri 13 Mar 2009, 3:17 pm | |
| HArd Rock Cafe,KL dibom tadi...sumber dari member di TV3... wallahua'lam betul xbetul la.tp itu yg sue bru dgr.... |
| | | yummie_sue Ahli VIP
Number of posts : 1235 Age : 40 Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Fri 13 Mar 2009, 4:15 pm | |
| *teett....sori..ralat..,just now my bos call owner Hard Rock Cafe.and the bos said its not true..... wat suspen je sori...ralat...doa2 lah Malaysia dijauhkan dr bende2 mcm ni.. |
| | | deqlis Super Senior
Number of posts : 869 Age : 43 Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Fri 13 Mar 2009, 10:05 pm | |
| haahhh.. tekejut deqlis dgr... nasib x betui.. |
| | | deqlis Super Senior
Number of posts : 869 Age : 43 Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sat 14 Mar 2009, 6:43 pm | |
| Salleh tak pasti kahwin keempatKUALA LUMPUR - Pelakon, pengacara, penyanyi dan pelawak popular, Salleh Yaacob yang dilaporkan sepatutnya bernikah dengan seorang gadis anak Tan Sri pada malam tadi terpaksa menangguhkan hasratnya itu. ( hmm rupa2nya betui gak ura2 yg kita dgr abg jemm nak kahwin tu yerr..? cuma gambar yg di pos tu salah..yg mula2 tu gambar anak dia bertunang..macam2..abg jemm abg jemmm.)Sebaliknya, beliau yang ditemui Kosmo! masih bersantai di rumah isteri pertamanya, Norliza Mamat, 46, di Desa Pandan di sini berkata : "Benar kami akan bernikah namun pernikahan tersebut tidak dilaksanakan malam ini (malam tadi) kerana timbul masalah peribadi di pihak keluarga perempuan yang saya sendiri tidak tahu puncanya.'' Salleh, 48, yang telahpun mempunyai tiga orang isteri berkata, walaupun anak Tan Sri berumur 29 tahun itu tidak pernah ditemui dan dikenalinya, beliau menerima dengan tangan terbuka apa sahaja keputusan yang bakal diberikan oleh keluarga gadis berkenaan memandangkan perancangan perkahwinan itu datangnya daripada keluarga gadis itu sendiri "Jodoh yang datang pasti ada sebab tertentu dan saya mahu mengetahui penamat kisah pertemuan gadis yang dianggap misteri ini. Sejak sebulan lalu kami hanya berhubung menerusi telefon dan SMS sahaja. "Asalnya dia peminat setia saya dan pendengar setia Sinar.FM. Hanya pembantu peribadinya sahaja yang datang menemui saya. Sebelum heboh diperkatakan media, semua isteri saya tahu tentang hubungan kami dan merestuinya," kata penyampai radio Sinar.FM ini yang mempunyai 10 orang anak ini. Norliza dan isteri kedua Salleh, Noraha Hamat, 40 kini menjalani ibadah umrah di Mekah manakala Nor Farawahida Sulaiman, 31, kini sedang hamil lima bulan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 8:14 am | |
| Adlin-Emelda bertunang, bakal disatukan 23 Mei ini Emelda bersama bakal ibu mertuanya, Rosminah Sidek pada majlis pertunangan itu EMPAT tahun pasangan kekasih ini menyulam cinta. Dalam tempoh itu, pelakon, pengarah dan penggiat teater popular Adlin Aman Ramli dan kekasih hatinya, aktres Emelda Rosmila cukup gemar bersikap 'low-profile' daripada berbicara tentang kisah cinta mereka, meskipun hubungan mereka itu bukan lagi rahsia. Pasangan selebriti ini akhirnya mengikat tali pertunangan tengah hari semalam, bertempat di kampung halaman Emelda sendiri iaitu di Ipoh, Perak. Hari yang pastinya membawakan kebahagiaan berganda buat Emelda kerana dia turut menyambut hari lahirnya yang ke-29 semalam. Jika kali ini giliran Emelda 'diraikan', Adlin pula akan merasai kegembiraan yang sama pada 23 Mei depan apabila kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengadakan majlis perkahwinan pasangan itu pada hari tersebut bersamaan dengan hari lahir Adlin yang ke-37. Pada majlis pertunangan mereka semalam, Emelda menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang daripada pihak perempuan. Setelah empat tahun bercinta, Adlin dan Emelda akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka 23 Mei depan Turut hadir pada majlis tersebut ialah ibu Adlin sendiri, aktres Rosminah Sidek dan rakan artis, Afdlin Shauki. Wang hantaran juga telah ditetapkan iaitu sebanyak RM30,000 serta mas kahwin berjumlah RM1001. Walaupun baru selesai mengadakan majlis pertunangan, nampaknya itu tidak manghalang Adlin untuk meneruskan tugasnya apabila muncul sebagai pengkritik tetap Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria, malam tadi. Sepanjang berlangsungnya program itu, Adlin dengan wajah ceria dilihat acapkali memberitahu dirinya sudah bertunang! Mungkin masih terasa bahang kegembiraan setelah majlis pertunangannya berjalan lancar. Tahniah untuk Adlin dan Emelda! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 8:15 am | |
| MAIS mahu lagu Agnes Monica diharamkan Lagu nyanyian Agnes berjudul Allah Peduli didakwa menyentuh sensitiviti yang membabitkan soal agama [SEMASA] SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mahu agar tindakan diambil mengharamkan sebuah lagu Indonesia berjudul "Allah Peduli" kerana liriknya antara lain menyebut "...sebab Allah Yesusku mengerti." Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata walaupun beliau belum pernah mendengar lagu itu, tindakan mengharamkannya wajar diambil memandangkan ia menyentuh sensitiviti yang membabitkan soal agama. "Kita umat Islam dalam perakuan kepercayaan kepada Allah yang maksudnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, jelas mengakui Allah itu Esa, maka larangan penggunaan Allah oleh agama selain Islam adalah untuk mengelak kekeliruan di kalangan orang Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai lagu berkenaan nyanyian penyanyi Indonesia, Agnes Monica. Dalam lagu berkenaan, perkataan Allah diulang beberapa kali manakala perkataan 'sebab Allah Yesus ku mengerti' kedengaran pada bahagian akhir lagu selama tiga minit 40 saat itu. "Ada sesetengah dari kita yang tidak faham dengan kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi. Lirik ini secara senyap memesong keimanan dan akidah," kata Mohamad Adzib. Beliau berkata MAIS akan mengambil tindakan mengharamkan lagu itu serta menarik semua edaran album yang mengandungi lagu berkenaan sebaik kajian dan penelitian dibuat. "Kita minta pihak yang berkenaan di peringkat kerajaan pusat turut memantau isu lirik lagu ini dan mengambil langkah sewajarnya demi memelihara kesucian agama Islam," katanya. BERNAMA |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 8:37 am | |
| 'Aku Stacy, bukan Agnes Monica' DIA digelar Agnes Monica Malaysia. Aksi lincah Stracie Angie Anam atau mesra dipanggil Stacy tatkala beraksi di pentas sememangnya mengingatkan kita dengan persembahan bertenaga yang sering dipamerkan oleh penyanyi popular Indonesia itu. Namun, Stacy adalah Stacy. Walaupun gelaran itu sudah sinonim dengan dirinya, juara Akademi Fantasia musim keenam ini tidak merasakan dirinya sudah 'setaraf' dengan bintang Indonesia itu. "Saya tidak nafikan, dari segi konsep, memang ada sedikit 'dipengaruhi' oleh Agnes. Lagipun, saya memang suka melihat gaya persembahannya. Tetapi tidaklah sehingga ingin meniru Agnes. "Mungkin kami banyak persamaan kerana sering menyanyi sambil menari di pentas, tetapi jika dilihat dari segi lagu dan cara nyanyian kami, ia jauh berbeza. Stacy mempertaruhkan album sulungnya, Aku Stacy"Apapun, saya bersyukur dengan gelaran itu, cuma kalau boleh, janganlah terus samakan saya lagi dengan dia," kata Stacy yang ditemui pada majlis pra-dengar album sulungnya, Aku Stacy, di pejabat Maestro, semalam. Menurut Stacy, walaupun sedar label 'Agnes Monica Malaysia' itu pasti akan terus singgah terhadap dirinya, namun itu tidak menghalang gadis kelahiran Sabah ini untuk terus kekal dengan konsep 'pop dance' yang cukup diminatinya itu. Malah, daripada lima buah lagu baru yang dimuatkan dalam album pertamanya itu, hanya sebuah saja lagu berentak balada ditampilkan. "Saya minat menyanyi sambil menari. Kadang-kadang lagu yang tidak begitu rancak pun saya akan menari juga. Sebab itu saya puas hati dengan album ini yang menampilkan lebih banyak lagu rancak. "Album ini memang benar-benar mencerminkan diri saya. Malah, peminat-peminat saya juga lebih suka saya menyanyikan lagu rancak. "Tetapi, 'at least' saya ada juga memuatkan sebuah lagu 'slow' dalam album ini berjudul Cinta Yang Ku Duga ciptaa Ajai. Mungkin kelak, jika ada kesempatan, saya akan tampilkan lebih banyak lagu balada untuk album yang akan datang," kata penyanyi berusia 18 tahun ini dalam nada ceria. Aku Stacy yang dilancarkan oleh Tan Sri Bernard Dompok di Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Mac lalu memuatkan tujuh buah lagu yang mana lima daripadanya adalah lagu baru. Meskipun dilabel Agnes Monica Malaysia, Stacy tidak menganggap dirinya setaraf penyanyi popular Indonesia itu Dua buah lagu lagi ialah Aku Stacy versi 'live' dan Cinta Khayalan, sebuah lagu yang pernah dinyanyikan oleh Stacy pada konsert AF6 dulu. Antara komposer yang terlibat di dalam album ini ialah Audi Mok, Kieran Kuek dan Edry KRU. Ketika ini, dua buah single nyanyiannya, Aku Stacy dan Gagap telah pun dimainkan di radio. Stacy dijangka akan mempertaruhkan single ketiganya, Pakai Buang ciptaan Edry KRU tidak lama lagi. Ditanya tentang penampilan atau imej yang ingin diketengahkan, kata penyanyi yang tercalon di dalam kategori Artis Baru Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular 2008 ini, dia lebih gemar dengan penampilan yang dirasakan selesa untuk dirinya. "Sejujurnya, saya mungkin tidak begitu bagus dalam segi imej. Nasib baik saya sering dibantu oleh kakak, saudara dan adakalanya, pihak Maestro sendiri akan membantu saya dari segi penampilan. "Tetapi, saya lebih senang pakai apa yang saya selesa memandangkan ketika di pentas, saya perlu tampil dengan pakaian yang senang untuk saya bergerak dan menari," kata Stacy. Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maestro, Freddie Fernandez berkata, walaupun pasaran album amat lembab ketika ini, namun itu tidak menghalang Maestro untuk menerbitkan album juara AF6 itu. "Ketika ini, kami memang lebih senang menghasilkan single saja untuk artis-artis di bawah label ini. Tetapi memandangkan Stacy adalah juara AF6, kami rasa apa salahnya hasilkan album penuh untuknya. "Itupun kami terpaksa rendahkan kos penerbitan dengan mengurangkan bilangan lagu di dalam album ini. Apa yang saya harapakan, dengan cara ini, 'at least' semua lagu baru dalam album ini akan dapat diberi perhatian oleh stesen radio. "Tetapi apa yang boleh saya katakan, album ini menampilkan lagu-lagu yang sesuai dengan imej remaja Stacy. Dan saya yakin, album ini mampu menjadi batu loncatan untuk Stacy menjadi penghibur yang baik," kata Freddie. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 8:39 am | |
| Julia seksi kerana Pierre Julia melakonkan watak Natasya iaitu isteri kepada Kamal (Pierre). SETIAP apa yang dipakai dan dilakukan oleh pelakon dalam filem atau drama pastinya menjadi perhatian penonton termasuklah ‘mini spagheti’ yang tersarung di tubuh aktres Julia Ziegler dalam filem Jangan Tegur. Apabila diajukan kepada Julia, gadis berwajah Pan Asian ini mengatakan pengarahnya, Pierre Andre yang memintanya berpakaian seperti wanita ‘urban’. “Pakaian seksi itu merupakan arahan daripada pengarah sebab saya dan Pierre berlakon sebagai pasangan suami isteri yang mempunyai ‘lifestyle’ British India. “Jadi, saya perlu kelihatan seperti wanita ‘urban’. “Saya faham apabila orang kata pakaian saya seksi,” jawab gadis berusia 25 tahun ini. Namun begitu, adakah dengan hanya memakai ‘mini spagheti’ dan singlet yang mendedahkan lengan dan menampakkan pangkal dada boleh memaparkan ciri-ciri wanita ‘urban’? Ikutkan, Julia boleh menggunakan pakaian lain yang lebih sesuai dan manis untuk tontonan umum seperti baju tidur ‘pyjamas’ atau baju yang tidak mendedahkan lengan dan dada. Ini cerita sayaDalam filem ini, Julia melakonkan watak Natasya iaitu isteri kepada Kamal (Pierre). Jangan Tegur mengisahkan Natasya yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis, Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki hilang sejak dua tahun secara misteri tanpa khabar berita. Jangan Tegur mengisahkan Natasya yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk halus. Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura. Daya penglihatan Natasya tidak membataskan dia melihat makhluk halus itu. “Ini cerita saya. Secara kebetulan, filem ini menceritakan tentang pengalaman saya yang pernah dirasuk akibat dibomoh dan koma akibat kemalangan jalan raya,” kata Julia memulakan perbualan. Kata Julia, disebabkan dia pernah dirasuk pada tahun 1995 selama setahun sehingga tidak dapat bersekolah, ibu dan bapanya pada mulanya agak berat hati untuk melepaskannya berlakon watak kena rasuk dalam filem ini. “Tetapi selepas meyakinkan ibu dan bapa saya, mereka membenarkan saya berlakon watak tersebut dan ada menjenguk saya dilokasi lebih-lebih lagi semasa babak saya dirasuk. “Mereka juga siap menyediakan seorang ustaz jika berlaku sesuatu kepada saya. “Alhamdulillah, semasa dan selepas saya berlakon filem ini, tiada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku,” ujarnya yang merasakan semua yang dilaluinya dalam filem Jangan Tegur seperti mimpi. Tambah Julia, semasa mula-mula sedar dari koma selepas kemalangan dulu, dia juga pernah mengalami kejadian yang dialami oleh Natasya iaitu dapat melihat makhluk halus. “Hal ini susah saya nak jelaskan tetapi kadangkala pada malam Jumaat, saya akan nampak makhluk halus. “Namun, saya cuba elakkan daripada melihat bayang-bayang dan pada malam Jumaat saya hanya duduk rumah,” ceritanya yang menganggap filem ini merefleksi dirinya. Simpati dengan PierreBerbalik kepada filem Jangan Tegur yang mengandingkan dirinya dengan Pierre selaku penulis skrip dan pengarah filem itu, Julia berkata dia bersimpati dengan situasi yang dilalui oleh sahabatnya itu. “Saya berasa sedih apabila Pierre tidak ada bersama kerana kalau boleh saya nak kami mula dan habiskan filem ini bersama-sama. “Saya anggap apa yang berlaku ini sebagai ketentuan Tuhan. “Hal itu timbul disebabkan masalahnya dengan produksi. Mungkin Tuhan nak duga kita. “Saya hanya terpulang kepada mereka dan tak boleh ikutkan kata hati,” ulasnya yang masih menghubungi Pierre. Namun, Julia akui hubungan mereka sudah tidak serapat dahulu. “Pierre gembira dengan kehidupannya sekarang. Apabila dia menonton ‘thriller’ filem ini, Pierre kata dia dah mula suka. “Saya jawab balik ‘Filem itu di bawah arahan ‘you’,” akhirinya yang sangat menghargai jasa Metrowealth International Group (MIG) Production Sdn. Bhd. dan Pierre yang memberikan peluang kepadanya untuk berlakon dalam filem ini. Julia juga berharap agar lakonannya dalam filem Jangan Tegur tidak dihentam teruk setelah digelar pelakon kaku menerusi filem pertamanya, Kayangan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 8:42 am | |
| Anita, Faizal Tahir kongsi pentas Minggu Setiausaha Faizal Tahir dan Anita Sarawak akan menjayakan Minggu Setiausaha PNB Darby Park pada 7 April ini SEORANG merupakan diva tersohor dan seorang lagi adalah penyanyi yang cukup menyerlah bakatnya pada masa kini - gandingan mantap dua bintang hebat ini pastinya akan menghangatkan Minggu Setiausaha anjuran PNB Darby Park yang akan berlangsung di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara pada 7 April ini. Anita Sarawak dan Faizal tahir akan menghiburkan kira-kira 1,000 tetamu dengan persembahan bertenaga mereka dengan diiringi barisan pemuzik di bawah pimpinan Pengarah Muzik, Acis. Selain persembahan hebat dua bintang ini, tetamu yang hadir pada Minggu Setiausaha itu juga akan turut membawa pulang cenderamata menarik dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang cukup hebat. Hadiah utama cabutan bertuah itu ialah merupakan set bilik tidur bernilai RM18,000 tajaan Empire Classic Furniture. Turut menjadi penaja ialah Rafflesia, Jovian Mandagie, Silvana Ultimate dan Emma Lisz. Bertemakan warna perak dan hitam, tetamu yang tampil dengan pakaian yang menarik akan berpeluang dinobatkan 'Pakaian Terbaik'. Harga untuk menyaksikan Minggu Setiausaha bersama Anita Sarawak dan Faizal Tahir adalah RM450++ dan RM280++ seorang. Tempahan boleh dibuat di talian 03-74903333/579/696/443. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 8:44 am | |
| Teks mesej seks punca Rihanna-Brown gaduh besar? Benarkah Rihanna cemburu setelah membaca teks mesej di telefon bimbit Brown?. TEKSmesej berunsur seks didakwa menjadi punca Rihanna cemburu dan mengamuk justru mengakibatkan pergaduhan besar dengan kekasihnya Chris Brown. Dakwaan ini heboh diperkatakan di beberapa laman web di Amerika kini. Mesej yang dikirim oleh pengurus Brown, Tina Davis, itu didakwa menyebabkan Rihanna dipukul teruk oleh Brown apabila pergaduhan meletus di antara mereka. Menurut satu website di Amerika, kejadian pergaduhan bulan lepas, yang berkahir dengan Rihanna dibelasah teruk oleh Brown, berpunca dari teks mesej sebanyak tiga mukasurat yang diterima oleh Tina Davis, yang berusia 40 tahun. "Mesej itu dihantar ke Brown dan membawa maksud yang mereka ingin bersama," lapor satu sumber. Dokumen-dokumen yang difailkan oleh pihak polis pula mendapati teks mesej itu adalah dari seorang wanita misteri "yang mana pernah menjalin hubungan seks dengan Brown." Namun dakwaan ini dinafikan oleh Brown. Menurut penyanyi rapper ini, hubungannya dengan Tina adalah profesional dan tidak lebih dari itu. Brown, berusia 19 tahun, telah mencederakan Rihanna dengan begitu teruk sekali hingga mengakibatkan bibirnya pecah, hidung berdarah dan bekas gigitan di kedua tangannya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 8:45 am | |
| Posh teringin anak perempuan Walaupun kepingin mendapat anak perempuan, Posh belum bersedia kerana Beckham berada di Itali. SETELAH David Beckham menyatakan hasrat berpindah ke AC Milan, isterinya Victoria Posh enggan meneruskan niatnya untuk hamil. Posh tidak suka akan idea dia mengandung sedangkan suaminya berada di Itali walaupun dia sememangnya mengharapkan untuk mendapat anak keempat bagi mencukupkan ahli keluarganya sekarang. Becks, 33, begitu teruja untuk menambahkan ahli keluarganya dan harapannya untuk mendapatkan seorang anak perempuan setelah tiga orang anaknya bersama Beckham semuanya lelaki. Anak-anak pasangan ini ialah Brooklyn, 10, Romeo, 6, and Cruz, 4, kini berada di Los Angeels, Amerika bersama Posh. "Isu mendapatkan bayi ini agak sensitif. Bagi Posh, masanya tidak sesuai sedangkan masa depan David di Los Angeles Galaxy belum pasti lagi. Jadi, merancang untuk mendapatkan anak baru, tidak ada dalam perancangannya sekarang. "Seperkara lagi mereka juga perlu pastikan di mana mereka perlu tinggal untuk jangka masa lama," kata satu sumber. Keenganan Posh menyebabkan David tidak senang hati kerana dia rasa hidupnya kini berada di landasan yang betul. "Apa yang akan melengkapkan famili ini ialah kelahiran seorang anak perempuan," jelas sumber itu lagi. David baru saja mendapat tempat di AC Milan dan dia mahu menjadikan perjanjian ini sebagai kekal. Namun, Posh enggan membawa anak-anaknya berpindah ke Itali. Dia lebih gembira tinggal di Los Angeles kerana kesemua anak lelakinya gembira bersekolah di situ. Dan dia sendiri sedang berusaha mencipta nama dalam kerjaya fesyen. Meskipun begitu, Posh memang teringin sangat anak perempuan. "Kalau jadi macam tu, memang saya gembira sangat. Anda tidak boleh memilih apa yang anda ada. Tapi setelah mendapat tiga anak lelaki, saya idamkan anak perempuan," kata Posh. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 8:46 am | |
| John Mayer menanti masa sesuai untuk melamar Jen Mayer bercadang untuk melamar Jen tidak lama lagi.
SETELAH menanti sekian lama, akhirnya penyanyi John Mayer sudah bersedia untuk melamar teman wanitanya Jennifer Aniston.
Keintiman antara John Mayer dan Aniston sudah diektahui ramai dan merupakan antara pasangan ideal.
Baru-baru ini, sebuah akhbar telah melaporkan yang John dilihat berkunjung ke kedai emas terkemuka Lorraine Schwartz. Penyanyi Jennifer Lopez dan Beyonce Knowles juga pernah membeli cincin perkahwinan mereka di sini.
"Wang bukanlah masalah besar untuk John. Dia mahu mereka sendiri cincin yang mempunyai ciri vintaj dan klasik untuk Jen.
"Dia juga sedang meneliti sebuah cincin 18-karat. Dia mahu benar-benar bersedia apabila melamar Jen.
"Dia mahu sebentuk cincin yang akan membuat Jen benar-benar terpukau dan tidak mungkin akan menolak lamarannya. John hanya menunggu masa yang sesuai untuk melamar. Hanya kesibukan tugas sahaja yang menghalangnya." |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 8:48 am | |
| Tomok Pegang Imuniti Sudah dijangka ramai yang imuniti minggu ini akan jatuh ke tangan Shah Indrawan atau lebih dikenali dengan panggilan Tomok. Daya kreativitinya dalam menyusun semula melodi “La La La Kerjalah”, sebuah lagu yang bukan sahaja dikenali umum tetapi ramai yang mungkin tidak dapat membayangkan cara pembawaan yang lain selain Lan’s, memang patut dipuji. Hasilnya - diluar jangkaan. Tomok berjaya memberi nafas baru kepada lagu lama ini. Dan begitu menyeluruh sekali penghayatannya hinggakan telah dibiarkan misai dan janggutnya tumbuh kerana ingin kelihatan seperti seorang yang tidak mempunyai pekerjaan, tidak terurus walaupun masih berpakaian cantik. “Saya cuba buat yang terbaik untuk malam ini. Saya tidak sangka akan mendapat imuniti kerana kesemua peserta telah memberikan persembahan yang bagus. Saya perlu berterima kasih kepada Taja kerana memberi kebebasan kepada saya untuk melakukan apa yang saya inginkan dengan lagunya. Malah dia juga menasihatkan saya untuk membawanya lain dari yang dilakukan oleh Lan.” Ditanya jika seperti Nine, Simon dan Amylea, dia juga merancang untuk menunjukkan bakatnya dalam memainkan alat muzik, jelas Tomok, pada sesi ujibakat dulu dia telah dikritik Paul Moss yang mengatakan dia kelihatan seperti seorang ‘busker’ dengan gitarnya. “Saya fobia sebenarnya main di atas pentas. Kini, saya mendapati saya lebih selesa dengan penampilan sebegini kerana dapat melakukan lebih banyak pergerakan di atas pentas.” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 8:49 am | |
| Anak Riezman kena bedah akibat gegaran
WAJAH pasangan pelakon, Riezman Khuzaimi dan Kartina Ayob kelihatan lesu ketika ditemui di Pusat Perubatan Gleaneagles Intan, Ampang semalam. Manakan tidak, dalam kesibukan mengejar penggambaran dan urusan kerja lain mereka juga perlu berulang alik ke hospital untuk menjenguk anak bongsu, Ruzain Nars yang baru genap berusia 6 bulan hari ini.
Ruzain sudah lebih sepuluh hari dimasukkan ke wad. Pada mulanya Riezman dan Kartina menyangka keadaan anak mereka yang kerap muntah selepas diberikan susu dan mengalami ketegangan berpunca daripada masalah bronkitis yang pernah dialami sebelum ini. Justeru, mereka terkejut apabila dimaklumkan doktor bahawa Ruzain perlu dibedah segera kerana terdapat darah beku yang perlu dikeluarkan di kepalanya. Keadaan ini disyaki berpunca daripada gegaran ataupun goncangan yang kuat.
“Jika sekarang ini badannya kelihatan berisi, sebelum ini berlebih-lebih lagi. Syukurlah Ruzain kini sudah kembali aktif tetapi dia masih tidak mahu makan. Tidurnya juga tidak nyenyak dan sering tersentak, mungkin akibat trauma,” ujar Kartina yang jelas sugul dengan tragedi yang menimpa keluarganya itu.
Kini, dia dan Riezman menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak berkuasa.
Apa pun, pasangan ini sempat melahirkan rasa terharu kerana ramai rakan termasuk di kalangan artis sudi meluangkan masa untuk datang melawat dan memberikan sokongan. Antaranya Deja Moss, Ahmad Idham serta Den Wahab dan isteri.
Dalam pada itu, Riezman bercadang untuk membawa pulang Ruzain buat sementara waktu bagi menyempurnakan kenduri kesyukuran yang dirancang secepat mungkin.
Kenduri itu bakal berlangsung di rumah baru mereka yang terletak di Kemensah, Ulu Kelang sebagai tanda memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 8:50 am | |
| (SPM) Hanya 2A 5B untuk Diana Danielle setelah keputusan SPM diumumkan, Diana Danielle telah mendapat 2A dan 5B.Pelajar Sekolah Menengah Sri Inai, Hulu Klang ini memperoleh dua A dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dan lima B membabitkan mata pelajaran Sains dan Teknologi, Kimia, Fizik, Bahasa Melayu dan Geografi. Menurut ibu Diana, Diana tidak berpuas hati dengan keputusannya ini kerana dalam percubaan, Diana mendapat 5A. ibunya Norsiah Ramli memberitahu walaupun keputusan diterima Diana boleh dianggap memuaskan, namun pelakon utama drama bersiri Janji Diana tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehnya itu. “Sebaik menerima keputusan itu, dia kecewa kerana tidak dapat mencapai apa yang disasarkan. Mengikut daripada pencapaian peperiksaan percubaan dia memperoleh lima A. Bagaimanapun, peperiksaan percubaan tidak sama dengan SPM sebenar dan saya sebagai ibu tetap bersyukur kerana dia sudah melakukan yang terbaik,” katanya. Tambah Norsiah lagi, sebaik menerima keputusan itu dia berpuas hati kerana ketika berhadapan persiapan untuk menghadapi peperiksaan sebelum ini, Diana sibuk di lokasi penggambaran |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 8:53 am | |
| Anith makin kerek, Pija tak mahu bercakap?
Bagi mereka yang sempat menonton ‘OIAM Diaries’ pada 5 Mac lalu, sudah tentu anda ada menyaksikan ‘drama’ yang telah timbul akibat perangai Anith yang dikatakan tidak menghormati orang lain. Begitu bengang dan kecewa sekali Pija terhadap sikap Anith yang dianggap seperti adiknya sendiri, Pija telah mengatakan dia tidak akan melayan atau bercakap dengannya lagi.
Perkara ini, khabarnya, sudah lama berlaku. Tapi makin orang bersabar, makin menjadi-jadi perangainya. Dari kutukan ke atas Amylea hingga sesuatu buruk yang diperkatakan kepada teman lelaki Pija namun tidak diakuinya ada bercakap demikian, akhirnya ‘meletup’ lah Pija.
Bila diminta penjelasan dari mereka berdua, ini jawapan yang diberikan.
“Dah lama benda ini berlaku. Ia cuma satu salah faham. Anith tidak tahu, I was just playing. Tapi tak sedar orang mungkin tidak boleh terima. Mereka tegur dan Anith tengok kesalahan Anith dan Anith meminta maaf. Anith tak sedar apa yang Anith cakapkan,” jelas gadis berusia 18 tahun ini.
Tambah Pija, “Anith ini sebenarnya manja dan terlalu kebudak-budakkan. Dia tak boleh control perangainya dan adakalanya annoying lah. Tapi semuanya sudah diselesaikan |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 8:56 am | |
| JANGAN TEGUR.. SINOPSIS FILEM JANGAN TEGURJangan Tegur mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri tanpa khabar berita. Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk-makhluk halus. Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura. Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu. Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya iaitu Kamal. Kamal (Pierre Andre) pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda khurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri. Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura. Siasatan yang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menganggu Baizura seperti dalam mimpinya. Apakah yang berlaku kepada Baizura? Mengapakah Natasya dibayangi dengan kemunculan Baizura? Apakah kaitan mereka berdua? Saksikan kemunculan filem Jangan Tegur yang bakal menemui anda nanti.. Pelakon lain yang turut menjayakan filem ini adalah Almy Nadia, Ellie Suriati, Azri Iskandar, Kaza dan ramai lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 8:59 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 9:00 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 9:05 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 9:07 am | |
| Azwan Ali Bangga Dapat 250 Juta Pelawat ke BlognyaPenulis tak tahulah apa nak jadi dengan artis seorang ni. Katanya dan diakuinya, dia memang ramai musuh, tapi musuh yang macamana? itu penulis tidak tahu, namun terpulang kepada Azwan sendiri nak tanganinya dan selesaikannya. Pada dasarnya memang ramai orang tidak suka dengan Azwan Ali ni, yalah rata-rata menyampah dengan gelagat yang dipamerkan olehnya. Terbaru, dia dengan bangganya mengumumkan blog rasminya, telah mencecah pelawat sebanyak 250 juta! biar betul. Anda percaya? baca potongan artikel yakni pengakuannya yang dilampirkan di blognya ini.. Ha….TERJOJOL lah BIJIK BIJIK MATA MUSUH MUSUH AZWAN ALI kan???? Bila BLOG NO 1 DUNIA SENI HIBURAN NEGARA ni TERUS mendapat SAMBUTAN HANGAT….walaupunnnnnnnnnnnnnn ADA YANG DAKWA …..BLOG ni dah HAUSS !!!!! Hauus TAK HAUSS…………..EH HELLO???? Dah PUN CECAH 250,000 JUTA PELAYAR wokay???? DI ULANGI???? 250,000 JUTA….JUTA PELAYAR !!!! AKU BUKAN BUDAK BINGAI tak HABIS SEKOLAH……ini BAHASA AZWAN ALI jer…..PAHAM???? 250,000 ribu …..tetapi DENGAN SENGAJA aku PANGGIL…..’250,000 JUTA’……!!!! SALAH KER???? SUKA hati aku lah…..SAJE SAJE BEDAH ooi….UNTUK SEMARAK KAN SEMANGAT SI LASER NO 1….DIVA PALING GEBUSS pastinya???? AZWAN ALI…..macam lah aku ni TAK SEKOLAH kan???? RIBU dengan JUTA pun AKU TAK TAHU???? EXCUSE ME…….u juzz got the wrong number wokay???? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 9:10 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 9:12 am | |
| Gambar) Budak Melayu Pakai Lambang Salib?Sedih melihat gambar budak Melayu yang jahil ni. Bermegah bergambar dengan loket salib di dada. Di dinding belakangnya terpampang khat tulisan Allah. Gambar diambil apabila dia menangkap gambar berkenaan melalui webcam pc miliknya. Mungkin benar orang Islam tiada kekuatan jatidiri, mudah sangat terpengaruh dengan budaya asing. Semasa saya di asrama dahulu ada juga budak Melayu Melaka yang memakai loket salib walau pun dia mengaku masih Islam. Pakai salib hanya untuk berfesyen dan kononnya orang Serani. Last-last kena sound dengan senior, menggigil lutut. Ps : Ya Allah, jauhikanlah kami dari tipu daya syaitan, matikanlah kami dalam Islam. Semoga budak ni bertaubat nasuha dan kembali kepada ajaran Islam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 9:14 am | |
| 'Roslin-Faizah bagai tak pernah kahwin
Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak bantahan awal Faizah Mohamad, isteri bekas jaguh badminton negara, Muhammad Roslin Hashim berhubung permohonan suaminya untuk mendapatkan perintah injunksi menghalang dia dan abangnya mengeluarkan kenyataan kepada media.
Hakim Syarie, Mohamad Shakir Abdul Hamid bagaimanapun membenarkan Faizah, 32, mengemukakan bantahan secara bertulis dan dimasukkan ke dalam afidavit jawapan kepada permohonan injunksi tersebut dalam tempoh 14 hari.
Sehubungan itu, Mohamad Shakir menetapkan 10 April depan untuk mendengar kedua-dua belah pihak berhujah secara lisan berhubung permohonan itu.
Terdahulu, peguam syarie, Musa Awang yang mewakili Faizah memaklumkan pihaknya selaku responden membantah permohonan Roslin untuk mendapatkan injunksi kerana ia tidak memenuhi Seksyen 45 dan Seksyen 46 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
"Kami juga baru menerima notis permohonan ini pada pukul 8 malam kelmarin, jadi kami memerlukan masa untuk membuat bantahan berkenaan bidang kuasa syariah sama ada mahkamah ada kuasa untuk keluarkan perintah injunksi itu," kata Musa.
Bagaimanapun, peguam Roslin, Roslizam Rahim mendakwa, ketika permohonan itu difailkan, notis perakuan segera telah disertakan sekali dengan menyatakan alasan mengapa kes itu perlu disegerakan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 9:21 am | |
| Syurga Cinta-Lakonan Pertama Heliza Di Layar PerakAik..asyik-asyik Heliza.. Mengenai Heliza, mengikut perkhabaran terbaru Heliza dijangka akan muncul di layar perak tidak lama lagi dalam filem Syurga Cinta. SinopsisPengarah: Ahmad Idham Pelakon: Awal Ashaari (Irham), Heliza Helmi (Syuhadah), Hadziq (Ikmal), Hisham Ahmad Tajuddin (Datuk), Mustafa Kamal (Tan Sri Zakaria) dan Dian P.Ramlee (Pn. Sri Mahani). SinopsisIrham, berusia lewat 20-an anak kepada Tan Sri Zakaria dan Pn. Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan berkerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang Muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupum hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ‘misi’nya. Melihat ‘ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari dia telah menunaikan tanggunjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat. Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma “suka-suka” dan bukanya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah. Bagaimana Irham menangani perasaan tersebut? Berjayakah Irham memenangi hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang telah berlaku?? Segalanya bakal terjawab dalam SYURGA CINTA….Mei ini.. Antara babak dalam filem ini: |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 9:29 am | |
| Ekin gugur selepas bulan madu GAYA manja Ekin di samping Mawi.
KUALA LUMPUR - Impian pasangan penyanyi popular Asmawi Ani, 28, dan Nora' Asikin Rahmat atau Ekin, 30, untuk menimang cahaya mata sulung dalam masa terdekat berkecai selepas Ekin keguguran anak pertama mereka.
Pasangan yang bernikah pada 21 Disember 2008 itu dikatakan tidak menyedari tentang kehadiran 'orang ketiga' tersebut sebelum Ekin mengalami keguguran.
"Ya, saya keguguran kandungan pertama selepas pulang daripada berbulan madu di Korea bulan lalu,'' ujar Ekin ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Keguguran tersebut berlaku pada awal Februari lalu selepas Ekin mengalami pendarahan selama dua minggu tanpa henti. Bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku, Mawi membawa Ekin ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.
"Bila pergi ke klinik, barulah saya tahu saya mengandung. Darah yang keluar itu bukan darah haid seperti yang saya sangkakan, tapi darah janin yang baru nak jadi.
"Menurut doktor, keguguran terjadi kerana saya terlalu aktif dan barangkali berpunca daripada tekanan menaiki kapal terbang sewaktu pulang dari Korea, beberapa hari sebelum itu," cerita Ekin lagi.
Beritahu anak kelahiran Johor Bahru itu lagi, sewaktu keguguran, kandungannya baru berusia antara dua hingga tiga minggu.
"Saya pun tak tahu saya mengandung. Jadi saya menjalani aktiviti harian saya seperti biasa. Doktor kata, antara sebab saya keguguran adalah kerana terlalu aktif," jelas beliau.
Sementara itu, Mawi ketika ditanya mengenai perkara itu berkata, keguguran yang dialami isterinya bukan alasan untuk mereka tidak mempunyai anak. Beliau berdoa untuk mempunyai cahaya mata secepat mungkin.
"Saya kecewa dan sedih tetapi reda... sudah tak ada rezeki. Ada hikmah yang Tuhan selitkan di sebalik keguguran isteri saya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 9:30 am | |
| Emelda kini tunangan Adlin EMELDA dan Adlin Aman ceria menunjukkan cincin pertunangan mereka di Ipoh semalam. BERTUNANG. Selepas empat tahun menganyam cinta, pelakon Emelda Rosmila semalam sah menjadi tunangan Adlin Aman Ramli. Tambah manis apabila mereka ditunangkan pada hari ulang tahun kelahiran Emelda yang ke-29 di rumah pusaka milik keluarganya yang sudah setahun ditinggalkan di Kampung Melayu, Batu 8, Ulu Kinta, Ipoh. Selain bertukar hantaran lima belas dulang berbalas tujuh, Emelda yang anggun berbaju kurung moden berwarna putih disarung cincin pertunangan oleh ibu saudara Adlin, Jumaiyah Sidek di atas pelamin indah bertema putih dan hitam. Pasangan tersebut sepakat untuk melangsungkan pernikahan pada hari ulang tahun kelahiran Adlin ke-37 pada 23 Mei ini dengan mas kahwin RM1,001 dan wang hantaran RM30,000. Turut hadir pada majlis pertunangan mereka ialah ibu Adlin, pelakon veteran, Ruminah Sidek, kakak Emelda, pelakon Emylia Rosnaida, produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman dan sanak keluarga terdekat. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 9:38 am | |
| Pernikahan satu ibadat - Salih sedia lengkapkan kuota empat isteri SALIH bersama isteri ketiganya, Nor Farawahida. Isteri pertama dan keduanya sedang mengerjakan umrah. NAMA pelakon, pelawak dan penyanyi Salih Yaacob tiba-tiba menjadi hangat gara-gara dikatakan akan bernikah dengan seorang anak ahli perniagaan bergelar Tan Sri. Mereka dijadualkan berkahwin kelmarin (13 Mac) di ibu kota.
Rancangan perkahwinan itu menjadi panas dan heboh kerana jika ia berlangsung, ia membawa makna Salih akan bernikah buat kali keempat. Kata orang, Salih cuba melengkapkan kuota empat isteri selepas mempunyai tiga isteri iaitu Norliza Mamat, 46, Noraha Hamat, 40 dan Nor Farawahida Sulaiman, 31.
SensasiBintang berbicara dengan Salih, 48, bapa kepada 11 orang anak mengenai rancangan perkahwinan itu. Dalam temu bual itu, tutur bicaranya amat tersusun. Salih menjernihkan gosip tersebut selain bercakap tentang poligami yang telah menjadi darah dagingnya sejak berbelas tahun lamanya.
SensasiBintang: Sejauh manakah kebenaran gosip minggu lalu yang mengatakan anda akan bernikah dengan seorang anak Tan Sri?
SALIH: Memang ada kebenaran. Kita memang ada merancang, tapi ada masalah yang tidak dapat dielakkan berlaku. Jadi kita tunda pernikahan itu. Bagi saya, pernikahan adalah satu ibadat.
Jadi bila sebenarnya anda berkahwin lagi?
Sebenarnya, itu hanya satu perancangan. Saya juga nak beritahu, saya tidak pernah berjumpa dengan wanita yang akan saya kahwini ini. Kami baru berkenalan selama sebulan lebih.
Kami hanya berhubung menerusi telefon dan saya hanya pernah melihat gambarnya. Asalnya, dia ialah peminat saya. Kemudian dia terlibat dalam kemalangan dan koma. Dia hanya mendengar suara saya di Sinar FM.
Terus terang saya katakan, perkahwinan ini diatur oleh keluarganya. Saya menerima dengan hati yang terbuka kerana percaya ini adalah takdir dan kerja Tuhan.
Bagaimanapun, selepas gosip tersebut tersebar, kami terputus hubungan. Dia tidak lagi menghubungi saya. Jadi saya tak berani nak cakap bahawa kami akan berkahwin. Kita lihat sajalah nanti.
Jika tidak kenal, bagaimana anda boleh bersetuju untuk berkahwin?
Saya tidak menolak takdir. Apa yang Tuhan beri kepada saya, saya terima. Mungkin ini cara Tuhan tolong saya beribadat.
Adakah anda berkahwin sebab ingin menolong, bukan kerana cinta?
Jujurnya, saya bukan tak ada peminat lain yang macam itu. Tapi mungkin sebab Tuhan nak bagi saya rezeki dengan cara berkahwin dengan dia. Kalau perkahwinan ini boleh membantu dan memulihkan dia, apa salahnya.
Apa kata ketiga-tiga isteri anda sekarang? Adakah mereka izinkan anda berkahwin empat pula?
Mereka izinkan dan tidak membantah. Perjalanan saya pun sudah tiga. Jadi kalau menyambungnya menjadi empat pun tak salah. Hanya saya perlu memilih orang yang ada pegangan yang sama dengan saya.
SALIH bersama sebahagian daripada sepuluh anaknya hasil tiga perkahwinannya.
Apakah cara anda menjaga keharmonian berpoligami?
Iman. Percaya pada Rukun Iman. Itu sahaja kunci saya. Dulu, masa nak kahwin isteri pertama, saya bercinta dengan orang lain, saya bertunang dengan orang lain dan akhirnya berkahwin dengan isteri saya. Sejak kecil, saya memang berpegang kepada iman.
Katakan kalau ada jodoh dan ditakdirkan berkahwin kali keempat, adakah anda mampu memikul tanggungjawab besar itu?
Selama ini memang saya seorang yang menanggung keluarga. Semua isteri saya tidak bekerja dan saya mempunyai 11 orang anak. Yang sulung sudah berusia 24 tahun, yang nombor 11, insya-Allah akan lahir dalam masa empat bulan lagi.
Saya percaya setiap keluarga yang saya bina ada rezeki masing-masing. Alhamdulillah, berbelas tahun saya kahwin, rahmat Allah terus bersama saya.
Apakah pandangan anda tentang berlaku adil, mengimbangi dan bertanggungjawab dalam hubungan dengan isteri?
Mengimbangi isteri-isteri umpama sejadah buat saya. Mereka adalah amanah dan ibadat buat saya. Dari dulu, saya tak pernah kejar apa-apa dalam hidup. Saya pun tak rancang untuk beristeri banyak. Tapi saya menerima ketentuan Tuhan untuk berpoligami. Kalau cakap tentang tanggungjawab, sebenarnya kalau nak fikir satu pun belum tentu mampu. Tapi ini kerja Allah, maka ia akan jadi mampu.
Ada persepsi kononnya lelaki yang berpoligami lebih menjurus kerana nafsu?
Saya tak kahwin sebab nafsu semata-mata. Pernikahan adalah ibadat, ini rezeki dan ilmu saya. Kita di dunia, sama-sama dipinjamkan, jadi jagalah semuanya dengan baik.
Apakah tip anda untuk orang yang mahu berpoligami?
Saya tidak ada tip, sebab setiap orang mempunyai takdir berbeza. Jangan berpoligami untuk merosakkan iman. Ingatlah Tuhan memberi kepada orang yang mampu.
Adakah anda ada hasrat untuk menghimpunkan semua isteri anda sebumbung?
Kalau saya kaya raya sekali pun, saya tak akan kumpulkan semua isteri saya serumah. Saya kena jaga hati semua orang. Dalam setiap rumah tangga saya, saya harus berlaku adil. Jangan tunjuk hebat untuk himpun semua isteri satu rumah kerana ini bukan tuntutan agama. - MALIAH SURIP |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 9:51 am | |
| Bagi Tiara, tiada yang mustahil DIPERSEMBAHKAN Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai pengetua musim ketujuh Akademi Fantasia (AF). Pengumuman tersebut telah membuahkan pelbagai persepsi - banyak yang mengomel tentang kredibiliti wanita itu yang cukup sinonim dengan karakter Gusti Putri Retno Ajeng Dumillah dalam teater Puteri Gunung Ledang. Apakah kelayakan Tiara sehingga diangkat menjadi pengetua AF7 atau panggilannya kini Principal? Dia dikatakan bukan seorang penyanyi yang baik. Juga bukan seorang pelakon berprofil tinggi. Jauh sekali bijak bermain alat muzik atau begitu sejiwa dengan dunia muzik. Maka, pemilihan Tiara dilihat serba canggung, kononnya. Tapi wanita yang hatinya penuh semangat yang mengalahkan api itu sedikit pun tidak berasa berkudis dengan persepsi-persepsi nista tersebut. Saat bersetuju untuk mengisi kekosongan kerusi panas AF7, dia sudah menetapkan satu matlamat. Matlamat itu mesti dicapai. "Ya, saya mungkin bukan seorang penyanyi yang bagus. Atau penari dan pelakon yang hebat. Tapi saya tahu saya ialah pemimpin yang mempunyai kredibiliti. Sebab itulah saya berada dalam posisi Principal ini," jelas Tiara penuh semangat saat ditemui di kediamannya di Sentul, Kuala Lumpur pada petang Jumaat lalu. Dia memberi contoh terdekat: "Jose Mourinho dan Alex Ferguson ialah pengurus pasukan bola sepak terkenal. Mereka bukan pemain bola yang hebat tetapi dapat mengurus kelab bola sepak dengan baik." Bahang seminggu menjadi pengetua AF7 juga mula dirasai melalui kritikan dalam blog dan forum pencinta AF. Dia akur dengan sikap masyarakat di sebuah negara demokratik yang bebas bersuara. Cuma dia kesal kerana sebilangan orang yang bersuara itu tidak mengenali atau menggali tentang siapa dirinya yang sebenar. Tiara yang sudah lama makan garam dalam industri seni sudah lama merasa pahit dan manis daripada pelbagai sudut. "Orang yang bercakap itu tidak pernah berada di tempat yang saya duduk. Makanya mereka hanya boleh berkata tanpa merasai pengalaman yang sama," ujarnya. MENURUT Tiara, dalam AF7 para pelajar akan diberi meja sendiri dan diwajibkan memakai kasut. Murah senyuman, mudah mesra dan sentiasa ghairah terhadap apa yang dilakukannya dalam hidup, isteri kepada Datuk Seri Effendi Norwawi dan ibu kepada dua permata iaitu Hani Karmila dan Erdani itu lancar berhujah. Menurut Tiara, selaku pengetua, tanggungjawabnya harus sentiasa memberi motivasi dan meningkatkan keyakinan para pelajar AF7 untuk mencapai matlamat bergelar juara. Tiada apa yang mustahil bagi wanita kecil berjiwa besar itu. Baginya, segala bermula daripada mimpi dan itulah medium yang akan menimbulkan satu perkara magis yang bakal terjadi dalam kehidupan. Memberikan contoh idola yang pernah mewujudkan rekod terhebat dunia dalam pelbagai bidang seperti Usain Bolt yang menentang rekodnya sendiri sebagai lelaki terpantas di dunia dan Cristiano Ronaldo yang hebat di lapangan bola sepak, semua cita-cita bagi Tiara mampu terlaksana dengan misi dan visi yang tinggi. "Kita mahu menjadi yang terbaik. Tidak mahu nama kita disenaraikan dalam 'dan lain-lain'," ujarnya sambil tersenyum manis. Transformasi besar Selama 20 tahun mencari pengalaman dan bergelumang dengan kesenian yang membina dan membentuk imej, tidak salah jika kepakaran itu disalurkan untuk sebuah platform terbesar pencarian bakat di Malaysia. Malah proses membina hero bukan baru dalam dunia Tiara. Sudah banyak nama berjaya menjadi bintang di bawah bimbingan dan tangannya. Sofia Jane, Maria Farida, Linda Jasmine, Aida Razwill, Nasha Aziz malah Azhar Sulaiman ialah bekas 'pelajar-pelajar' Tiara yang kini membina nama yang bukan calang-calang. Lantas memilih Tiara sebagai pengetua sudah menunjukkan aras awal transformasi besar dalam formasi AF kali ini. Alang-alang berubah biar berbeza segalanya. Itu jua yang bakal ditonjolkan Tiara. Perancangan dan matlamat merupakan langkah awal yang paling utama dititikberatkannya. Perkara utama yang ditanam dalam minda anak-anak didiknya adalah mentaliti positif, yakin dan berani bermimpi. Tanpa prinsip itu mereka hanya akan berasa selesa kerana sudah berjaya berada dalam program realiti popular tersebut. "Mereka harus yakin dan ada mentaliti yang positif bahawa hanya akan ada satu pemenang daripada 14 peserta yang ada sekarang. Jadi untuk mencapai matlamat itu, mereka harus berani bermimpi," jelas Tiara lagi. Berdasarkan pengalamannya, Tiara seakan-akan telah ternampak sosok seorang yang bakal bergelar bintang dalam AF7. Tiara seakan-akan sudah dapat mengimbas personaliti orang itu. "Geram juga saya melihat pelajar AF. Sudah ada dalam kepala saya tentang corak imej baru mereka. Cuma saya biarkan mereka dulu untuk minggu pertama. "Biar penonton melihat dan kenal diri mereka yang sebenar," ujarnya yang mengakui sudah melihat 12 daripada 14 peserta yang mempunyai potensi untuk digilap jika mereka konsisten dan fokus dalam mencapai matlamat. Ditanya apa yang sudah diubah Tiara dalam tempoh seminggu menjadi 'pemandu' AF7, kata Tiara dalam ketawa, dia merubah tertib mereka secara profesional. Jika selama enam musim sebelum ini para peserta tidak memakai kasut di dalam akademi dan belajar dengan duduk bersila di atas lantai, di bawah tampuk pimpinannya, dia mengubah imej itu. Kasut harus dipakai dan setiap pelajar mempunyai meja ketika menimba ilmu. "Saya mahu semuanya berjalan secara profesional. AF7 ialah sebuah akademi, bukannya rumah. Maka mereka harus faham bahawa dalam akademi, disiplin dan profesionalisme itu penting," katanya yang turut mementingkan persembahan pentas untuk mereka muncul di hadapan khalayak. Direstu suamiPENTAS yang dilalui Tiara dilihat begitu indah. Semua yang dihajatkan menjadi realiti. Itu semua, kata Tiara, berkat mimpi luar biasa yang dipasang setiap kali dia mahu mencapai sesuatu. TIARA bersama Affendi. Di sebalik kerja kuat, restu suami menjadikan Tiara hari ini masih berdiri megah dan enak melayari perjalanan seninya. “Saya amat mementingkan restu daripada suami. Jika dia tidak merestui apa yang saya lakukan sekarang, tak mungkin saya akan berjaya,” luahnya penuh bahagia. Malah menjadi isteri kepada orang ternama dan hidup mewah juga bukan satu pasport buatnya untuk hidup goyang kaki. Bukan itu prinsip hidup wanita penuh energi ini. Tiara mengakui, jika sehari tidak membuat pekerjaan, dia akan berasa gelisah. Katanya: “Memang ada kawan-kawan yang cakap mengapa saya perlu berkerja lagi sedangkan kemewahan sudah mengulit kehidupan saya? Tapi saya ialah orang yang tidak akan berhenti melakukan sesuatu kerana saya suka untuk terus berkembang.” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 9:54 am | |
| -Kontroversi kucupan Fizz-Roslan Shah - Saya bukannya berbogel! - FizzSEJAUH mana hangatnya babak bercium antara Fizz Fairuz dan Roslan Shah dalam Mabuk Estrogen? APABILA pelakon perempuan memegang watak tomboi, peminat filem atau drama tempatan boleh menerimanya dengan penuh terbuka. Namun, berbeza pula penerimaannya apabila pelakon lelaki memegang watak perempuan, mak nyah atau lelaki homoseksual (gay). Sungguhpun apa yang ditampilkan sekadar lakonan semata-mata dan langsung tiada kaitan dengan kehidupan sebenar pelakon yang melakonkan watak sebegitu, namun mereka tetap menerima tempiasnya. Terutama jika watak yang dilakonkan cukup berkesan, pasti ada sahaja mata yang memandang serong terhadap pelakon itu, walhal mereka hanya cuba menguji kemampuan bakat lakonan yang dimiliki. Sama juga hal yang berlaku terhadap pelakon Fizz Fairuz. Dia biasa memegang watak antagonis dan serius serta penuh sifat maskulin dalam setiap drama serta filem lakonannya. Namun, disebabkan mahukan pembaharuan, Fizz menerima lamaran Sheila Rusly dan suami Sheila, Jinggo selaku pengarah telefilem berjudul Mabuk Estrogen. Menerusi telefilem tersebut, Fizz bukan memegang watak lelaki lembut ataupun mak nyah tetapi dia dicintai oleh lelaki lembut atau dalam bahasa mudah dia dipancing untuk bercinta sesama jenis. Apa yang menariknya, terdapat beberapa adegan 'panas' dalam telefilem yang akan ditayangkan pada 17 April depan di Astro Ria, antaranya adegan Awang, lakonan Fizz menyelamatkan Vee yang dilakonkan oleh Roslan Shah daripada lemas dalam tasik. Khabarnya bagi menghidupkan babak tersebut mengikut kehendak skrip Mabuk Estrogen, Fizz dan Roslan sanggup berkucupan. Benar atau tidak perkhabaran itu, ikuti temu bual antara Fizz dan Kosmo! baru-baru ini. Ceritakan sedikit mengenai telefilem Mabuk Estrogen?FIZZ FAIRUZ: Ia mengisahkan kehidupan tiga orang perempuan yang masing-masing dilakonkan oleh Sheila Rusly, Memey dan Noraliah Lee. Watak lakonan Sheila Rusly digambarkan sebagai memiliki masalah dengan suaminya. Watak yang dibawakan Memey pula bermasalah dengan suami orang, dan watak lakonan Noraliah Lee merupakan seorang wanita yang takut dengan lelaki. Saya pula menghidupkan watak seorang renjer yang bekerja di sebuah hutan simpan dan kebetulan seorang tetamu bernama Vee (Roslan Shah) bercuti di resort tempat saya bekerja dan dia kemudian jatuh cinta pada saya. Maknanya berlaku cinta terlarang?Ya, kiranya cinta sejenis. Tetapi dalam cerita ini saya lelaki tulen dan cuba mengelak daripada digoda oleh Vee. Dengar cerita ada beberapa adegan panas seperti berkucupan, betul ke?Bukan berkucupan, mana ada. Sebenarnya itu adegan saya selamatkan Vee daripada lemas dan perlu melakukan teknik bantuan pernafasan dari mulut ke mulut (CPR). Ia suatu prosedur biasa kalau orang lemas, kenalah selamatkan dan kalau perlu, CPR dilakukan. Itu bukan berkucupan atau berciuman, tetapi ia hanyalah prosedur menyelamat. Tidak takut ke nanti orang labelkan Fizz sebagai lelaki homoseksual selepas melakonkan watak Awang?Tidaklah, saya bukan macam itu (homoseksual) buat apa nak takut. Memanglah cerita ini (Mabuk Estrogen) agak kontroversi tetapi saya melakonkan watak mengikut skrip sahaja. Watak saya pun lelaki tulen, bukannya lelaki homoseksual. FIZZ menerima tawaran yang diberikan Sheila untuk membintangi Mabuk Estrogen atas dasar mahu mencuba watak yang berlainan dan mencabar kredibiliti lakonannya. Sudah bersedia dengan kontroversi yang bakal timbul nanti?Memang telefilem ini ada sedikit kontroversi di bahagian akhir. Rasanya saya sudah sedia. Saya bukan buat salah pun. Kita bukannya hidup di negara Barat dan saya bukannya berbogel atau melanggar batasan. Ia hanya satu karakter yang terlalu menarik untuk saya tolak. Watak saya bukannya jatuh cinta pada lelaki tetapi lama dia kasihan pula pada lelaki yang asyik mengejar cintanya. Mungkinkah Fizz berlakon telefilem ini untuk cepat glamor?Populariti di mana-mana pun boleh dapat. Itu hanya pandangan masyarakat, pada saya berani buat berani tanggung. Ia bukan soal populariti tetapi kepelbagaian dalam lakonan. Kalau selepas ini orang buat tohmahan saya tidak kisah, saya cuma nak tahu maklum balas penonton saja. Boleh ke mereka terima watak baru saya ini? Misalnya selepas ini orang tawarkan watak lelaki homoseksual atau mak nyah, Fizz terima ke? Kalau dapat watak lelaki homoseksual atau lelaki lembut, saya mungkin terima jika watak itu tidak keterlaluan dan masih berada di landasan yang betul. Apa yang Fizz dapat (pengajaran) selepas berlakon dalam Mabuk Estrogen?Kalau melebih-lebih sampai tukar jantina, meninggal dunia nanti apa jadi? Telefilem ini bukan sekadar hiburan tetapi penuh dengan unsur pengajaran, bukan nak kata golongan homoseksual ini jahat tetapi ia terpulang pada diri masing-masing. Saya hanya menjalankan tugas sebagai seorang pelakon. Pandangan peribadi Fizz sendiri tentang golongan homoseksual ini? Pada saya tidak ada masalah. Itu atas diri masing-masing, lagi pun mereka bukannya jahat, malah kebanyakan mereka mempunyai kerjaya yang bagus. Cuma cara hidup mereka berbeza. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 9:56 am | |
| Lagu Allah Peduli diharam AGNES MONICA
SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengharamkan lagu Allah Peduli nyanyian penyanyi terkenal Indonesia, Agnes Monica kerana liriknya mengelirukan dan boleh memesongkan akidah.
Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa menegaskan, ini kerana pihaknya berpendirian penggunaan kalimah Allah hanya untuk orang Islam sahaja.
Katanya, walaupun beliau belum pernah mendengar lagu penyanyi Indonesia yang beragama Kristian itu dan tidak pasti sekiranya ia ada diputarkan di negeri ini, namun hakikatnya lagu itu boleh diharamkan.
"Penggunaan kalimah Allah diwartakan di bawah Bahagian I Jadual kepada Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 sebagai perkataan yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.
"Mana-mana orang bukan Islam yang menggunakan perkataan Allah dalam kitab agama atau penerbitan agama bukan Islam melakukan kesalahan dan boleh didakwa di bawah enakmen tersebut," katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan beberapa laman blog yang mengecam dan mengutuk lagu penyanyi Indonesia itu yang kini popular dalam siri drama yang ditayangkan stesen televisyen popular.
Berdasarkan lirik lagu tersebut, perkataan Allah diulang beberapa kali di bait-bait awal lagu tersebut, manakala perkataan 'Sebab Allah Yesus ku mengerti' di lirik akhir lagu tiga minit 40 saat itu.
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 9:57 am | |
| Marsha tinggalkan Kefli PASANGAN pelajar Akademi Fantasia, Marsha dan Kefli, memang tak pernah mengaku mereka bercinta. Selalunya, jawapan yang mereka berikan mesti hanya teman rapat. Diva pun bosan dengan jawapan-jawapan klise macam itu. Tapi baru-baru ini satu sumber memberitahu Diva bahawa hubungan mereka memang lebih daripada sekadar teman biasa. Khabarnya Marsha dan Kefli sudah tiga tahun menjalin hubungan cinta. Sayangnya, hubungan mereka berakhir kira-kira dua minggu lalu. Menurut sumber Diva lagi, punca hubungan mereka putus tidak diketahui. Tapi didakwa Marsha sudah tidak mahu menyambung hubungan mereka lagi apabila tidak mahu bercakap atau menjawab panggilan telefon daripada Kefli. Ini membuatkan Kefli terpinga-pinga. Sehingga kini, puas Kefli cuba menghubungi Marsha, tapi tidak dilayan. Kata sumber Diva, kali ini Marsha memang serius ingin berpisah. Hai, entahlah. Diva pun tak tahu nak cakap apa. Cuma kalau ada masalah, lebih baik berbincang, daripada senyap seribu bahasa. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 15 Mar 2009, 10:07 am | |
| Iqram, Fouziah buat doa selamat PADA Aidilfitri lalu, mereka mengadakan rumah terbuka bersama dan malam kelmarin, sekali lagi pasangan pelakon muda, Iqram Dinzly, 27, dan Fouziah Gous, 27, bergabung tenaga membuat majlis doa selamat sempena Maulidur Rasul yang baru disambut Isnin lalu.
Sebelum ini keakraban mereka ditafsirkan sebagai pasangan bercinta kemudian timbul pula cerita mereka hendak 'coverline'. Namun apa yang dapat dikatakan, kemesraan antara mereka hanya sebagai sahabat karib. Sama ada Iqram mahupun Fouziah, mereka tidak kisah apa orang hendak kata asalkan mereka dan keluarga tahu perkara sebenar.
Majlis doa selamat itu juga diadakan bagi memohon kepada Allah supaya dijauhkan segala malapetaka, fitnah manusia dan kerjaya mereka berjalan dengan baik untuk tahun ini dan pada masa akan datang.
Ia diadakan di kediaman keluarga pengurus mereka, Amira Hani, di Subang Jaya, Selangor. Jemputan di kalangan kaum keluarga, jiran tetangga dan insan yang rapat dengan mereka kerana jelas Iqram yang segak mengenakan jubah putih dari Makkah, majlis itu dibuat kecil-kecilan saja.
Memulakan perbualan, kata Iqram awal tahun ini banyak sangat dugaan menimpanya sehingga membuatkan fikirannya terganggu. Mana tak runsing memikirkannya, katanya, perkara yang tiada diadakan sehingga dia terpaksa menjelaskan kepada masyarakat dia tidak terbabit sama sekali dalam perkara yang diperkatakan itu.
"Entah macam mana boleh timbul isu saya tidak bayar pusat karaoke sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku. Kemudian orang buat cerita saya panas baran. Ingin saya jelaskan di sini, cerita pasal baran itu timbul apabila saya 'dikenakan' untuk satu program televisyen. Saya memang tidak tahu mengenai perkara itu.
"Kononnya ada produser tawarkan saya berlakon dan mereka mahu saya bertemu dengan pelakon baru (perempuan) yang bakal digandingkan dengan saya untuk mewujudkan keserasian. Tiba-tiba datang seorang lelaki menarik rambut perempuan itu yang kononnya teman wanitanya.
"Dia cemburu melihat 'teman wanitanya' bersama saya. Sebagai lelaki, saya cuba membantu pelakon baru itu. Rupanya saya sengaja 'dikenakan' kru produksi rancangan itu. Akibatnya, orang kata saya panas baran.
"Hakikatnya, saya dijadikan 'bahan' untuk rancangan itu tetapi saya pula dituduh macam-macam. Memanglah kecewa tetapi selepas difikirkan semula, saya anggap ia dugaan daripada Allah," katanya.
Akui Iqram, selama tiga tahun berlakon inilah dugaan paling besar dihadapinya. Namun katanya, dia terpaksa terima meskipun imej tercalar dan hati pedih.
"Bingung juga hendak menanganinya dengan kerja yang banyak dan pada masa sama timbul pula hal macam ini. Sukar untuk saya menghadapinya bersendirian, jadi jalan terbaik saya terpaksa menggunakan khidmat pengurus.
"Saya dah tak mampu buat semua kerja seorang. Apabila penat bekerja, adakala emosi terganggu tetapi saya bukan panas baran. Apabila ada pengurus, saya boleh melepaskan sebahagian kerja saya kepadanya.
"Amira kenalan lama Fouziah, jadi kami bersetuju berkongsi pengurus. Majlis doa selamat ini juga sebagai bermulanya kerjasama kami bertiga dan biarlah ia dimulakan dengan cara yang paling diredai Allah SWT.
"Bukan senang hendak mencari pengurus yang boleh percayai. Macam setiausaha yang menyimpan rahsia ketua dan syarikat, pengurus artis pun mesti bersikap sama dengan menyimpan segala rahsia artis dan bersikap jujur serta telus," katanya.
Sebelum ini jelas Iqram, apabila dia tidak menjawab panggilan telefon kerana ada penggambaran atau keletihan, orang mula kata dia sudah pandai demand'.
"Harap dengan adanya pengurus, tidak lagi dilemparkan dengan tuduhan seperti itu. Apapun, saya jadikan apa yang berlaku sebagai iktibar. Barangkali kala sibuk bekerja, saya terlupa kepada Yang Maha Esa. Setiap dugaan yang datang mendekatkan diri kita semula kepada-Nya.
"Saya pun sudah lama tak balik kampung bukan kerana tak ingat lagi kepada tanah kelahiran tetapi banyak kerja. Semoga selepas ini dengan bantuan Amira, saya boleh mengatur jadual harian saya semula dengan lebih baik dan ada masa untuk diri sendiri serta keluarga di kampung," katanya.
Iqram juga menjelaskan hidup di muka bumi ini perlu ada teman untuk berkongsi suka duka dan dia amat serasi berkawan dengan Fouziah.
"Biarlah orang hendak kata apa, dah penat kami menjelaskannya. Apabila tidak mengaku bercinta kami dikatakan 'coverline' pula. Sebagai orang yang merantau mencari rezeki di sini (Kuala Lumpur) saya perlukan kawan kerana keluarga jauh.
"Kami hendak 'coverline' untuk apa dan daripada siapa. Saya suka berkawan dengan Fouziah kerana walaupun perangainya 'gila-gila', dia baik hati dan pandai jaga diri. Dia berjaya dalam bidang lakonan kerana usahanya sendiri.
"Kami tak sanggup menipu dan mengampu bagi mendapatkan sesuatu benda. Apa yang kami ada sekarang atas usaha sendiri," katanya.
Fouziah yang sangat comel berjubah dan bertudung hitam juga kesal kerana tak habis-habis dituduh mempunyai hubungan dengan orang penting dunia penyiaran tanah air.
"Serba salah dibuatnya. Mereka menuduh saya sengaja rapat dengan Iqram untuk mengaburi mata masyarakat yang saya sebenarnya ada hubungan intim dengan orang lain.
"Saya dengan Iqram dah macam adik-beradik. Saya tak faham kenapa orang dengki dengan kami. Sekiranya benar saya ada hubungan dengan orang itu, kenapa kebanyakan drama lakonan yang disiarkan menerusi stesen televisyen itu saya tidak diberikan watak utama.
"Drama lakonan saya ada juga disiarkan di stesen televisyen lain tetapi orang tak kata apapun. Tetapi apabila orang nampak wajah saya muncul menerusi stesen televisyen yang satu ini, macam-macam orang kata.
"Selalu juga apabila pihak produksi mencadangkan nama saya untuk drama yang bakal disiarkan di stesen televisyen itu, mereka tolak. Mungkin kerana watak tidak sesuai. Saya berjuang dalam industri ini sama seperti orang lain. Bekerja keras mencari peluang. Tiada yang menaja saya, masih pakai kereta lama.
"Saya terpilih menjadi gadis pembuka kotak Roda Impian pun selepas diuji bakat. Stesen televisyen itu tidak terima saya begitu saja. Saya berbelanja di LA (Los Angeles), dua tahun lalu, ada juga yang kata saya ditaja. Susah payah abang saya bagi duit belanja, orang lain pula dapat nama. Kecil hati dibuatnya," katanya.
Fouziah yang diberi watak gadis ayu dalam kebanyakan drama lakonannya, sekarang mencuba watak komedi dalam sitkom Anak Mami dan Nana Tanjung. Perubahan wataknya itu turut dikritik kerana dikatakan tidak sesuai dengannya.
"Wartawan yang mengkritik tetapi peminat suka dengan watak saya sebagai pembantu rumah bernama Dewi dalam sitkom itu. Ketika pergi ke Jomheboh TV3 di Melaka pengunjung di situ beramai-ramai meniru cara saya ketawa dalam sitkom itu yang bunyi macam anak kuda.
"Dalam Facebook pun peminat memuji lakonan saya. Jika saya tak berani mencuba watak lain, nanti dikatakan lakonan saya stereotaip pula. Bukan semua pelakon baru mahu bawa watak komedi. Saya ingin menjadi pelakon serba boleh dengan mencuba semua watak dan bukan asyik bawa watak yang 'control' cantik.
"Sitkom Anak Tanjung akan disambung untuk musim kedua dan watak Dewi dikekalkan. Selagi penonton suka dengan watak itu saya akan buat," katanya.
Menyedari setiap manusia akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini, betapa sakit pun hati mereka berdua, Iqram dan Fouziah rela memaafkan kesalahan sesiapa saja yang berniat jahat terhadap mereka.
"Saya tak suka berdendam dengan orang kerana ia buat hati saya lebih sakit," kata Iqram yang akan memulakan drama baru Lado Cik Amira dan Fouziah pula akan ke lokasi telefilem, Mana Arah Kiblat Ku. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 19 of 20 | Go to page : 1 ... 11 ... 18, 19, 20 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |