Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1 ... 10 ... 17, 18, 19, 20  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 11 Mar 2009, 11:15 am

Ketika menyanyikan lagu selawat beramai-ramai, Siti tiba-tiba sebak dan menitiskan air mata. Namun, Siti masih bijak mengawal perasaannya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Sira210
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 11 Mar 2009, 11:24 am

Jawablah!: 'Penyebar fitnah mahu lihat Datuk jatuh'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Mainpi39
Zamzarina buat laporan polis bagi membersihkan namanya yang sudah tercemar akibat dakwaan ditangkap khalwat.


Zamzarina terkilan ada pihak sanggup lempar tuduhan tidak berasas

KETIKA si empunya tubuh sedang bertungkus- lumus menjalankan tugas di luar negara, di tanah air sendiri kecoh apabila dirinya dikaitkan dengan isu ditangkap khalwat bersama majikan sendiri. Kalau tidak dimaklumkan sendiri rakannya menerusi telefon, sudah tentu Zamzarina Zambri atau Zamzarina tidak tahu-menahu bahawa dirinya kini menjadi bahan bualan ramai.

Walaupun pada peringkat awalnya, Zamzarina tidak mahu mengambil serius perkara itu, namun apabila hal itu dibangkitkan pihak pembangkang di Parlimen dan namanya dan lelaki yang dikaitkan dengannya itu iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf diumumkan, pengacara program bual bicara Apa Kata Wanita ini merasakan sudah tiba masanya untuk dia bersuara dan membersihkan nama dan reputasinya yang semakin tercemar.

Saat dihubungi Hip petang Isnin lalu, Zamzarina melahirkan perasaan kesal, marah dan kecewa apabila dirinya dikaitkan dengan kejadian yang tidak bermoral itu. Sambil menegaskan peristiwa ditangkap basah itu tidak benar, dia berkata perkara itu sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan kini sedang menunggu hasil siasatan.

Bukan sengaja untuk memperbesarkan perkara itu namun menurut Zamzarina tujuannya bertindak sedemikian adalah untuk mengajar pihak yang menyebarkan fitnah itu supaya bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan sekali gus memberi amaran kepada mana-mana pihak yang selama ini gemar menabur fitnah tanpa memikirkan kesan di kemudian hari.

Hip: Dimana Zamzarina berada ketika isu ditangkap khalwat itu heboh diperkatakan orang.

Zamzarina: Masa kes itu heboh, saya berada di London kerana mengikut rombongan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan mempromosikan produk kraftangan Malaysia di Harrods. Saya pergi ke sana pada 23 Februari dan kembali semula ke Malaysia pada hari Sabtu. Saya memang tak tahu apa-apa sehinggalah kawan saya di Malaysia menelefon dan memaklumkan mengenai perkara itu.

Pun begitu, ketika diberitahu yang kononnya saya ditangkap khalwat bersama majikan saya sendiri, saya malas nak ambil kisah sangat sebab saya tahu yang saya tidak bersalah. Tapi apabila perkara ini dibangkitkan di Parlimen oleh pihak pembangkang dan nama saya disebut sebagai personaliti yang ditangkap basah itu, jadi saya pun mengambil keputusan untuk melaporkan perkara itu kepada pihak polis. Saya buat keputusan untuk membawa perkara itu kepada pihak berkuasa kerana saya mahu membersihkan nama saya yang sudah tercemar. Benda tak berlaku tetapi diada-adakan dan saya tahu siapa yang menjadi dalang di sebalik penyebaran cerita itu. Kalau betul kami ditangkap basah, sila kemukakan bukti, jabatan agama mana dan siapa pegawai yang menangkap kami?

Hip: Apakah Zamzarina rasa yang diri anda dianiaya dan menjadi mangsa sabotaj pihak tertentu yang tidak senang dengan anda?

Zamzarina: Dalam hal ini, saya yakin orang yang menyebarkan fitnah itu sebenarnya ingin melihat Datuk jatuh. Maklumlah, sejak Datuk memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, ramai yang tidak senang dengannya. Iyalah, banyak perubahan yang Datuk lakukan bagi memantapkan lagi pembangunan stesen televisyen terbabit. Secara tidak langsung, perubahan yang dilakukannya itu menimbulkan perasaan tidak senang sesetengah pihak kerana mungkin kepentingan mereka selama ini terancam. Jadi bagi mereka fitnah itu mungkin mampu membuatkan Datuk jatuh. Saya percaya apa yang berlaku adalah sebuah konspirasi dan malangnya saya yang menjadi mangsa.

Hip: Sukar untuk berdepan dengan khalayak akibat fitnah ini?

Zamzarina: Sudah tentu kerana bukan semua orang tahu yang cerita itu tidak benar. Malah keluarga saya sendiri bertanyakan saya untuk mendapatkan kepastian. Sejak cerita itu tersebar, ramai yang memandang serong pada saya tapi saya buat tak tahu saja. Jadi, sebab itulah saya buat laporan polis dan dakwa atas kes jenayah dan bukannya sivil supaya orang yang menyebarkan fitnah itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Terus terang selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields Sabtu lalu, saya rasa lega.

Hip: Tapi ada cerita yang kononnya Zamzarina dan Datuk sebenarnya memang ada hubungan rapat.

Zamzarina: Hubungan kami adalah profesional dan semuanya adalah atas urusan kerja semata-mata. Untuk pengetahuan semua, Datuk mempunyai sebuah kumpulan yang bertindak sebagai pemberi maklum balas kepada segala usaha kementerian sebelum ini dan saya adalah satu-satunya wanita yang terbabit dalam kumpulan itu. Mana mungkin Datuk mampu melihat sendiri perkembangan sesuatu usaha itu dan sebagai wartawan penyiaran, antara tugas saya adalah melaporkan kepada Datuk mengenai maklum balas penonton. Mungkin disebabkan sering berurusan bersama menyebabkan ada pihak menyangkakan yang kami ada hubungan. Saya tak perlu takut dengan tuduhan itu kerana lagipun, isteri Datuk sendiri tahu hubungan kami atas dasar kerja semata-mata.

Hip: Tak gusar dengan reputasi sebagai personaliti yang sudah tercemar gara-gara dakwaan itu?

Zamzarina: Alhamdulillah, setakat ini saya masih bekerja seperti biasa dan mengacarakan program macam biasa. Seperti yang saya katakan tadi, saya berada di pihak yang benar, buat apa nak rasa takut. Soal sama ada reputasi saya sebagai personaliti TV tercemar, saya tidak terlalu memikirkan hal itu. Lagipun saya tak rasa yang diri saya ini selebriti seperti personaliti stesen televisyen swasta lain.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 11 Mar 2009, 11:28 am

HIP Persona Linda

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Mainpi42
SAHUT CABARAN...Antara pereka fesyen yang memeriahkan Anugerah Pereka Popular ABPBH 2008 di sisi Linda Onn, finalis bagi kategori Penyampai Radio Wanita Popular.


Penyampai radio popular yang juga seorang usahawan gigih ini tidak lagi mempermudahkan kehadiran insan bernama pereka fesyen

TAHUN kedua berlangsung, Anugerah Pereka Popular beriringan kerlipan majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 terus menjadi aspirasi dan inspirasi menaikkan nama pereka fesyen tempatan yang masih hijau.

Idea menghasilkannya tahun lalu serentak dengan ABPBH 2007 dilihat mampu menjana serta menyerlahkan potensi insan kreatif ini. Buktinya, tahun ini lebih 25 orang pereka fesyen akan mengambil bahagian dan ini sekali gus menunjukkan graf peningkatan mendadak berbanding tahun lalu 18 orang.

Anugerah yang diwujud serta dicerna publisis popular, Bill Bora bersama sekretariat ABPBH ini bertujuan memberi penghargaan kepada pereka yang baru bertapak atau dianggap baru. Kerjasama pereka fesyen dan selebriti pantas terjalin, malahan peluang yang dibuka ini membuktikan dua entiti ini sebenarnya saling memerlukan.

“Acara permaidani merah dan apa sekali yang digayakan selebriti pasti dinanti-nantikan penggemar fesyen dan peminat yang sering menjadikan golongan ini sebagai perintis gaya. Melalui landasan ini juga membuktikan, dunia glamor yang menerjah ruang seni ini menggambarkan betapa kerjasama erat antara pereka fesyen dan selebriti begitu diperlukan,” kata Bill Bora lewat pertemuan dengannya selepas menjadi orang penting kepada projek ini.

Lalu, istimewa kehadiran penyampai radio Sinar FM tinggi lampai persis peragawati tersohor, Linda Onn dengan gaun labuh rona merah menjerit rekaan Bill Keith dipadankan dengan kain songket dijadikan aksesori tali pinggang seakan meraikan pereka fesyen yang terbabit untuk Pereka Fesyen Popular. Menyerlah personanya ditambah dengan pemakaian cincin, anting-anting dan gelang tangan tajaan Rafflesia The Pearl Centre, koleksi mutiara South Sea Pearls.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Mainpi41
BILL Bora (kanan), orang penting di sebalik projek ini tekun memberi penerangan kepada pereka fesyen.


Mereka yang dimaksudkan dan hadir ketika sesi fotografi ini berlangsung ialah Hatta Dolmat, Razman Din, Azura Mazarudin, Rizman Ruzaini, Calvin Thoo, Faizal Azraf, Kent Khalil, Nurita Harith, Nik Erwan Roseli, Erwan Arsbo, Michael Shu, Hazwani, Nazreen Idris, Zery Zamry, Zack Ismail, Sya Shaharani, Khairy Sufi termasuk penyertaan pasangan kembar Puteri Azalea dan Puteri Yasmin yang memiliki butik PU3 di The Curve, Damansara.

Lagak dan pose mereka semua diibaratkan seperti model baru di dalam pencarian program American Next Top Model. Posisi Linda pula seperti Tyra Banks yang menjadi perintis program ikutan ramai itu. Bertema merah dan hitam, terserlah semangat membara mewakili warna merah dan hitam itu pula perlambangan menawan.

Ungkap Linda yang pernah mencipta kontroversi beberapa tahun dulu kerana gagal muncul di hamparan

permaidani merah di Anugerah Academy ke 79 pada 26 Februari 2007, perkataan ‘pereka fesyen’ itu cukup sinonim dengan dirinya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Mainpi40
Linda Onn


“Sebelum melandanya kes Linda di Los Angeles pada tahun itu, Linda sendiri tak sedar dan perasan sangat kepentingan pereka fesyen. Lagipun, Linda bukan seperti penyanyi yang perlu menukar busana setiap kali membuat persembahan. Kini persepsi Linda sudah berubah dan peranan pereka fesyen membuka mata ramai pihak.

“Linda puji usaha Berita Harian mengadakan pertandingan ini dan boleh dikatakan kehadiran pereka fesyen baru seperti cendawan tumbuh waktu pagi. Cuma, apabila persaingan semakin sengit, setiap pereka fesyen pula tampil kreatif dan tak dinafikan kerjasama mereka dengan selebriti sekali gus menaikkan nama mereka,” kata Linda yang ketika artikel ini ditulis sedang berbincang untuk menggunakan khidmat Nazreen Idris pada malam kemuncak ABPBH 2008 12 April depan.

'Sebati dengan dunia radio'

NAMA Linda masih utuh lagi dan buktinya usahawan premis makanan My Moms Chicken Rice (MMCR) dan My Asam Pedas ini dicalonkan lagi dalam kategori Penyampai Radio Wanita Popular ABPBH 2008. Ironinya, dia yang kini sedang merencana untuk membuka francais MMCR ke seluruh negeri bahkan ke luar negara, sudah lapan kali dicalonkan dalam kategori itu sejak 2001.

Enam kali mengekalkan kejuaraan untuk kategori itu sebelum dipintas pesaing terdekatnya, Fara Fauzana selama dua tahun, Linda melihat saingannya baik Fara, Nana, Leya dan Abby Fana hebat-hebat belaka. Linda yang sudah tiga bulan berhijrah ke Sinar FM ini turut memberikan contoh situasi sokongan yang diterima Fara daripada majikannya begitu jitu berbanding dirinya.

“Tidak bagi saya yang harus balik kepada asas iaitu harus bekerja keras untuk mengukuhkan label nama Linda Onn itu sendiri,” katanya ringkas sambil meninggalkan tanda tanya.

Tambahnya lagi, apa terjadi, biar ribut taufan datang melanda sekalipun, kecintaannya terhadap dunia radio masih belum terhakis.

“Dunia radio sudah cukup sebati sejak saya di bangku sekolah lagi. Ia sukar dipisahkan, malah saya tak boleh katakan, yang saya mungkin akan tinggalkan dunia ini biarpun sudah mempunyai jaminan kerja sebagai ahli perniagaan,” katanya tulus.

Mengintai kisah peribadinya, wanita kelahiran Johor Bahru ini dapat ditafsir sedang melalui fasa yang cukup membahagiakan. Selepas berakhirnya episod ‘teman tapi mesra’ bersama Fahrin Ahmad, dia dikatakan belum bertemu pengganti.

Namun, sehingga Januari lalu sewaktu dia membawa teman, seorang lelaki mat salih ketika menghadiri majlis resepsi Mawi dan Ekin di Hotel Palace Of The Golden Horses, mulalah anda yang memberi andaian lelaki itulah yang dicintainya sekarang.

“Namanya James Gibbs dan dia kawan lama yang Linda kenali sejak 10 tahun dulu. Kami berkenalan di Kuala Lumpur dan dia pernah mempunyai restoran suatu ketika dulu di sini. Dia seorang ahli perniagaan dan apa yang saya boleh katakan hubungan kami di peringkat serius sejak dua bulan lalu.

“Mengenalinya, Linda dapati, dia seorang yang lemah-lembut. Dia juga menghormati golongan wanita, setia dan benak fikirannya selalu pandang ke depan. Linda tahu ada pihak yang mempersoalkan motif tiba-tiba Linda membawanya ke majlis resepsi itu.

“Apa yang boleh Linda katakan, diri ini juga macam perempuan lain yang ada hati nak berkawan. Lagipun, tiada benda yang Linda nak selindungkan. Ada jodoh Linda dengan sesiapa sekalipun, biarlah lelaki itu baik. Insya-Allah, Linda minta jodoh dengan sesiapapun nanti berpanjangan,” katanya yang pernah merencana untuk menamatkan zaman bujang sekitar hujung tahun lalu atau awal tahun ini.

Lalu, persoalan di sini, siapa pula Hans Isaac di dalam hidup Linda. Kesempatan ini diambil Linda untuk merungkaikan gosip yang pernah timbul mengandaikan ada hubungan istimewa di antaranya dengan aktor kacak itu.

“Dia seorang kawan yang baik, malah tak keterlaluan Linda katakan dia seorang pendengar yang baik. Sewaktu berdepan dengan masalah dan perlukan teman untuk meluahkan perasaan, Linda akan bercerita dengannya.

“Kami boleh rapat dan serasi sebab bergelumang dalam bidang seni yang sama. Jika Linda menangis, dialah yang menggembirakan hati. Jangan risau, hubungan kami tak lebih daripada kawan. Linda akui pernah keluar dengannya bersama rakan-rakan lain. Tapi biasalah apabila Linda dan dia saja yang dikenali, maka diandaikan orang kami keluar berdua,” katanya yang mungkin akan mengikuti siri jelajah ABPBH 2008 di Klang. Blog Linda boleh dilayari di www.linda-onn.blogspot.com.

Info menarik Anugerah Pereka Popular ABPBH 2008

=Puteri Azalea dan Puteri Yasmin adalah bekas adik ipar pelakon Nora Danish. Malah kembar ini akan mereka busana untuk Nora Danish bagi malam kemuncak ABPBH 2008 di Arena Of Star, Genting Highlands.

=Anizam Yusof dan Shamsu Yusof turut akan menyertai pertandingan ini. Anizam akan mereka pakaian untuk Scha manakala Syamsu Yusof, Vanidah Imran.

=Pereka fesyen Bill Keith, Jovian Mandagie dan Albert King turut mereka pakaian untuk beberapa orang selebriti terkemuka.

=Setakat ini Calvin Thoo masih belum mempunyai senarai selebriti yang bakal melaram koleksi rekaannya.

=Zack Ismail akan mereka pakaian untuk Nurul Alis atau Kiki, Razman Din (Abby Abadi dan Zul), Azura Mazarudin (Lisa Surihani, Alyah, Ainul Aishah), Rizman Ruzaini (Sariyanti dan Saerah), Faizal Azraf (Nana Era, Ayu OIAM), Kent Khalil (Abby Fana dan Ezlynn), Norita Harith (Juliana Evans), Nik Erwan Roseli (Dynas dan Mila), Erwan Arsbo (Diana Danielle dan Kenchana Dewi), Michael Shu (Adlin Aman Ramli, Nabil, Irma Hasmie, Diddy, Sharifah Shahira dan Faizal Ismail), Hazwani (Aleya dan suami), Nazreen Idris (Linda Onn, Saida dan Intan Ladyana), Zery Zamry (Elyana), Sya Shaharani (Zizie Ezette), Khairy Sufi (Amyza Adnan dan Hatta Dolmat (Siti Sarah dan Nurul Abdul Wahab).

=Anugerah Pereka Popular ABPBH tahun lalu, kemenangan berpihak kepada Hatta Dolmat dan Michael Shu dibantu Lord’s Tailor masing-masing menjuarai kategori selebriti wanita dan lelaki.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 11 Mar 2009, 12:35 pm

Koleksi Gambar Almy Nadia

Agak kurang sambutan mengenai artis ini di’kalangan wartawan-wartawan hiburan kita. Apakah sebabnya? Adakah dia kurang potensi dalam bidang lakonannya? Atau dia mempunyai masalah disiplin di lokasi penggambaran? Atau mungkin Almy Nadia seorang yang low-profile? Anda tentukan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 1810

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 2610

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 3410

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 4110
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 11 Mar 2009, 12:38 pm

AC Mizal menuduh bekas isterinya lesbian

Dalam rancangan Melodi pada hari Ahad yang lepas, AC Mizal akhirnya muncul di’temuramah oleh wartawan Melodi berkaitan isunya bersama bekas isterinya, Shafnie berikutan tuntutan nafkah sebanyak RM50 ribu oleh bekas isterinya itu. Selain memberikan keterangan secara panjang lebar, AC Mizal sudah tidak tahan lagi dengan sikap bekas isterinya lalu mengaibkan bekas isterinya itu dengan menunjukkan gambar bekas isterinya di’apit oleh seorang pengkid.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 1910

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 2710

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 3510
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 11 Mar 2009, 12:40 pm

Ac Mizal: Ex-Isteri Saya Seorang Lesbian

Dalam melodi 8 Mac lalu AC Mizal ade cerita kat krew Melodi pasal bekas isteri die yang suka hubungan sejenis (lesbian la tu) dan die juga ade tunjukkan gambar2 yang diberi oleh peminat beliau yang diorang dapat dari internet, maybe diorang korek dari Friendster or Facebook. Pada pandangan MC, salah ke Shafnie bergambar sesame perempuan? jadi lepas ni Shafnie tak leh bergambar dengan sesiapa la? kalau dengan perempuan dia kata lesbian, kalau dengan lelaki? Tak tau la apa pulak dia pusing cerita. Setakat gambar shafnie balik dari keluar makan malam dan lepas gambar beramai-ramai? boleh jadik isu? korang fikir la sendiri tengok gambar tu, AC cakap Shafnie saje je menangis dalam Melodi… ingat Shafnie terhegeh hegeh kat Melodi tu ke?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Ac3cop10


Yang Shafnie perjuangkan ialah hak anak² dia dengan nafkah Rm 300 + 200 (tambahan tunggakan yg dituntut) boleh ke nak pegi enjoy sakan dengan nilai tu? AC dah lupa ke Shafnie ni kesian kat dia dulu .. .daripada Rm 300 sorang anak yg mahkamah perintahkan, Shafnie kurangkan menjadi RM 150 tapi dengan bersyarat dan dia mesti di lunaskan jika ekonomi dia stabil. Sekarang lah masanya Shafnie tuntut kembali dan 50k itu lah jumlah tunggakan selama 5 tahun yg AC tak bayar, kalau Bank pon payment kereta kita tertunggak 3 bulan kita dah kena kejar bagai nak rak dengan bank, inikan pula bayar nafkah? Shafnie memperjuangkan hak beliau yang termaktub dalam undang-undang Syariah, undang-undang ISLAM wahai AC Mizal!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 11 Mar 2009, 12:46 pm

Nana Tanjung Jadi Drama Bersiri

SAMBUTAN positif terhadap drama bersiri Anak Mami mencetuskan ilham kepada Line Clear Motion Pictures untuk menerbitkan sitkom bersiri kekeluargaan, Nana Tanjung.

Sitkom yang diterajui Pak Piee, Saiful Apek, Sheila Mambo, Waheeda, Ku Faridah, Fouziah Gous serta dua pendatang baru, Ramona dan Alisya Amir disiarkan setiap Isnin jam 10 malam di TV9 sejak 2 Mac lalu. Siri yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini tidak dinafikan mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton di pawagam.

Untuk rekod filem Nana Tanjung 2 terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) dengan kerjasama LineClear Motion Pictures memperoleh kutipan kasar lebih RM1.5 juta selepas tujuh hari ditayangkan bermula 29 November tahun lalu.

Pengarahnya, Profesor Madya A Razak Mohaideen berkata penghasilan sitkom itu memberi peluang kepada pihaknya untuk menampilkan pelbagai isu dan permasalahan yang dilalui seisi keluarga.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Nana10


“Kami masih mengekalkan konsep yang sama. Di samping beberapa pelakon utama seperti Saiful Apek, Piee dan Mak Bee (Sheila Mambo) sitkom kali ini turut menampilkan beberapa pelakon baru. Sitkom ini ternyata berbeza dengan Anak Mami walaupun boleh dikatakan konsepnya agak serupa. Perbezaannya dapat dilihat dari segi pelakonnya dan penceritaannya.

“Sitkom ini mungkin ada elemen gabungan Mami Jarum dan Anak Mami. Setakat ini penggambaran untuk musim pertama sudah selesai. Jika mendapat sambutan sudah pasti kami akan meneruskan penggambaran untuk musim kedua,” katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama pelakon siri berkenaan di Sri Pentas TV3, baru-baru ini.

Kata Razak, sitkom 13 episod itu mengetengahkan beberapa isu yang lebih dekat di hati penonton. Setiap episod mempunyai pecahan dan menampilkan isu yang tersendiri. Penggambaran yang berlangsung di sebuah banglo di Kayangan Height dan sekitar Pulau Pinang awal Januari lalu.

“Selagi ada permintaan saya akan terus kekal dengan formula membawa karya filem kepada drama televisyen. Ikut perancangan asal Apek berlakon dalam sitkom Anak Mami namun disebabkan komitmen lain dia tidak dapat turut serta menjayakan watak berkenaan. Begitupun, disebabkan itu Apek ditawarkan menjayakan Nana Tanjung,” katanya.

Mengulas penampilan dua muka baru dalam sitkom itu, Razak menyifatkan mereka berbakat besar dalam bidang lakonan begitupun perlu diberi ruang untuk melangkah lebih jauh dalam dunia seni.

“Mereka menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi dengan menghadiri sesi uji bakat yang kami anjurkan. Sebagai pendatang baru, saya lihat mereka berjaya melepasi ujian yang diadakan. Ini adalah pendedahan pertama mereka dalam drama. Begitupun, saya percaya jika diberi peluang mereka mampu pergi jauh dalam bidang ini,” katanya.

Sementara itu, teraju sitkom berkenaan Saiful Apek mengakui selesa dapat bekerjasama dengan barisan pelakon yang sudah serasi.

“Seronok dapat menjayakan watak dalam sitkom ini. Watak utama dalam siri ini pastinya Pak Piee. Saya hormat dan sanjung lakonannya. Walaupun pada usia berkenaan dia masih boleh berlakon dengan baik apabila membabitkan babak lakonan yang panjang,” katanya.

Nana Tanjung menceritakan mengenai isu harian yang dialami keluarga Piee. Saiful Apek yang melakonkan watak Akhbar Khan dan juga menantu Piee sering membuat Piee dan Mak Bee pening. Keadaan menjadi semakin gamat dengan telatah dan kerenah tiga anak perempuan mereka.[left]
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 11 Mar 2009, 12:51 pm

Auwwwwwwww!!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Auww10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 11 Mar 2009, 12:52 pm

waheeda dengan sapa tu!!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Waheed13
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 11 Mar 2009, 2:12 pm

Gambar Saiful Apek Dan Jehan Menyamarkan sbg perempuan dlm Filem Nana Tanjung 2

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 120

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 218
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 11 Mar 2009, 2:16 pm

Profile Ally Iskandar

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Ally10
Kawin olok-olok dengan Fara Fauzana

Fakta Tentang Ally Iskandar

*Nama sebenarnya Ally Iskandar Mohd Mardzi merupakan seorang pengacara dan penerbit di Malaysia..

*Dilahirkan pada 13 Januari 1976 di Kuala Lumpur tetapi dibesarkan di Gong Badak, Kuala Terengganu.

*Ally memegang ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat.

*Pernah mengacara rancangan dan acara di TV3 seperti
-Anugerah Juara Lagu ke-20 dan ke-21,
-Konsert Jom Heboh,
-Majalah Tiga Edisi perkahwinan Aidid Marcello dan Norzie Pa’ Wan Chik
-program sensasi tiga episod Tiada Rahsia Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid
Mohd Jiwa,
-Singgah Sahur,
-ResQ dan
-peringkat akhir Pesona Nona.

*Pernah juga beberapa kali dicalonkan ke Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian dalam kategori Pengacara TV Popular.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 11 Mar 2009, 2:28 pm

Jarum Emas: Usah Cabar Gosip

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Allyis10


MELALUI program Ally, Rabu lalu, dramatis jelita, Rozita Che Wan menangkis pelbagai gosip dilemparkan padanya, yang dikata 120 peratus tidak betul. Seorang lelaki dari Johor menelefon secara langsung ‘menembak’ saya betapa gosip itu sebenarnya fitnah dan fitnah itu adalah gosip.

Bukan mahu menegak benang basah, tetapi hakikatnya saya naik jelak nak cakap hal gosip. Selama 20 tahun di bidang kewartawanan ini, gosip seolah-olah senjata artis, golongan intelektual serta kelompok masyarakat yang dikata elit untuk meletak taraf akhbar dan majalah di tahap rendah.

Saya pula nama saja orang lama, tetapi tidak mahir menulis gosip. Saya tidak ingat sejak bekerja di akhbar mingguan, majalah dan akhbar harian seperti di Harian Metro ini, apakah gosip yang pernah saya hasilkan, yang dikira boleh menggegarkan persada seni tanah air kita?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 R10


Tidak seperti rakan wartawan saya pada era 1980-an, masing-masing cekap mereka cipta gosip seperti memadankan seorang artis wanita dengan ahli sukan, yang akhirnya kedua-duanya menjadi suami isteri.

Penulisan saya lebih terarah kepada bentuk kupasan, suntikan idea, pendedahan untuk kebaikan insan seni kita. Kalau pun ada gosip terbaru, saya kira itu bukan gosip tetapi fakta apabila saya menulis berita jaguh badminton, Roslin Hashim yang berkahwin dalam tempoh 12 hari saja.

Saya tidak sangka pengakuan itu menjadi panas dan membara-bara di media cetak dan elektronik. Melalui progam Ally yang dikendalikan pengantara hebat TV3, Ally Iskandar tempoh hari, Rozita Che Wan lebih afdal kita ringkasnya, RCW, meluah rasa kecewa mengapa dia sering jadi sasaran gosip.

Sukar untuk saya menidakkan, mutakhir ini RCW menjadi intipan wartawan. Semua mahu tahu siapa lelaki bakal bertakhta di hatinya. Satu demi satu VIP, daripada ahli politik hingga korporat dikaitkan pada RCW, tetapi seperti dijelaskan melalui program Ally, ia adalah dusta.

Nak tergelak saya dengar cerita RCW ketika kami minum bersama selepas program berakhir, apabila anaknya turut menjadi sasaran di sekolah yang mahu tahu gosip ibunya. Bila ada soalan daripada cikgu, dengan VIP mana ibunya bercinta sekarang, anaknya menjawab, “Adalah..!”

Sebab RCW jadi sasaran media, bagi saya selepas zaman Erra Fazira kita tiada ‘dewi filem Melayu’.

Sama ada dusta atau fitnah, ingin saya jelaskan acap kali artis terlepas pandang membuka ruang dirinya untuk digosipkan. Kita ambil contoh kes Norman Hakim dan Memey, pada waktu sama selepas Norman menceraikan Abby Abadi, bekas isterinya ’seperti roket’ sudah ada pengganti.

Bukan tidak boleh, tetapi Abby harus faham ramai bersimpati padanya selepas diceraikan, namun kian hari simpati itu kian pudar kerana tanpa disedari Abby membiarkan dirinya dihimpit gosip baru.

Bagi artis yang baru bercerai atau putus tunang, jika tidak mahu diri digosip, elak ke majlis atau festival pada waktu terdekat membawa pasangan baru, jika tidak mahu diperkatakan.

Seperti RCW sendiri, sebelum ke udara dalam Ally, jika saya ‘wartawan nakal’ saya boleh mencuit gosip baru terhadap dirinya. Sebabnya, RCW hadir di studio ntv7 di Glenmarie, Shah Alam, Selangor, dengan kereta mewah bersama seorang lelaki. Katanya, lelaki itu adalah ‘drebarnya’.

Saya tidak bertanyakan pun mengapa RCW menggunakan khidmat pemandu, tetapi awal-awal lagi RCW ‘cover line’ sejak ada ‘drebar’ ke hulu ke hilir mudah. Pemandunya pula muda dan macho.

Satu hal lagi yang RCW membuka ruang dirinya digosipkan apabila jarinya berinai. Alasan diberi, dia berinai bagi menghormati majlis pernikahan adiknya baru-baru ini. Bukan tidak boleh, tetapi bagi saya, jika dia RCW dulu ketika di kampung, dia boleh amalkan tradisi berinai beramai-ramai.

Berbeza bila menjadi artis. Inai di jarinya boleh mencetuskan gosip, kontroversi dan pelbagai lagi tanggapan. Lebih baik tidak payah berinai langsung. Kenyataan RCW di majalah mengenai dirinya sudah ada ‘prince charming’ serta di HM pada 5 Mac lalu, “Rozita Tidak Takut Mana-Mana Isteri VIP” sebenarnya boleh ‘menikam diri sendiri’ kerana mencabar untuk dirinya digosipkan.

Ratusan Datin di tanah air kita, saya percaya seorang dua pasti ada yang tersinggung dengan kenyataan RCW. Bersedia saja jika ada gosip baru RCW di You Tube ke, ia bukan rekaan wartawan tetapi hasil reka cipta Datin, Datin bagi mengelak RCW ‘merampas kuasa’ mahligai mereka.

Disedari atau tidak, sejak ledakan teknologi maklumat, gosip di media cetak sebenarnya tidak sehangat di Internet dan media elektronik. Cuba selak laman portal pelbagai gosip artis lebih ganas dan berapi, siap tulis nama terus VIP ke atau VVIP, yang tidak dilakukan di media cetak.

Ada yang gagal bezakan gosip dan fakta, umpamanya berita artis khalwat atau cerai di mahkamah, ia fakta, bukan gosip. Penulis yang ada kolum seperti saya pun dikata penulis gosip.

Pembaca sekarang cerdik menapis sesuatu berita itu, umpamanya satu ketika seorang dramatis wanita bernikah pada pertengahan tahun, penghujung tahun pula keluarga mengadakan cukur jambul.

OK wartawan cuma melaporkan saja berita itu, tetapi melalui e-mel pelbagai reaksi diterima daripada pembaca, yang mempersoalkan status bayi dramatis itu. Jika wartawan seberang sudah ditulisnya perihal “anak luar …” tetapi wartawan kita masih menjaga aib artis tempatan.

Sekalipun artis tidak suka dengan gosip, hakikatnya gosip mendekatkan mereka dengan peminat tempatan. Artis tidak boleh kekang gosip kerana fitrahnya begitu, ada artis adalah gosip.

Natijahnya, satu hal sikap terpuji RCW, begitu juga Datuk Siti Nurhaliza dan Erra, walau pelbagai gosip melanda dirinya, setakat ini mereka dapat menjawab soalan wartawan secara berhemah, sejajar berani kerana benar, takut kerana salah. Artis lain harus ingat, jika diburu gosip usah bersikap telunjuk lurus, kelengkeng berkait kerana hakikatnya jerat tidak pernah lupakan pelanduk.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 11 Mar 2009, 3:07 pm

Apa Cerita…: Siapa Pintar Bersama Alif

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Alif10


SIAPA Pintar? Sebuah lagi rancangan kanak-kanak terbitan TV9 setelah melihat kejayaan Pondok-Pondok. Rancangan permainan yang menampilkan kanak-kanak berusia antara 9 hingga 10 tahun sebagai peserta ini akan menguji keupayaan dan kecerdasan minda mereka dalam memberi jawapan tepat dengan pantas.

Siapa Pintar yang bertujuan menonjolkan kebijaksanaan kanak-kanak di Malaysia turut menyingkap keseronokan permainan teka silang kata dan ejaan, kelebihan belajar melalui cara meriangkan dan suasana berbeza.

Rancangan yang menguji tahap kreativiti dan IQ kanak-kanak ini dibahagikan kepada tiga segmen iaitu anagram dan ejaan; ejaan dan ejaan serta membina ayat melalui satu perkataan.

Tentunya rancangan ini akan menjurus peserta untuk berfikir dengan pantas, seterusnya membina keyakinan diri untuk membuat keputusan dengan cepat dan tepat dalam permainan ini.

Justeru menjadikan Siapa Pintar sebagai pentas untuk kanak-kanak beradu kehebatan minda dalam pertandingan teka silang kata dan ejaan di samping permainan yang dapat mengaktifkan minda mereka.

Tambah meriah apabila Siapa Pintar dihoskan oleh Alif (One In A Million) yang berperwatakan ceria dan dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai telatah serta kerenah peserta.

Interaksi antara peserta dan hos berjaya menghidupkan lagi kemeriahan rancangan ini yang disiarkan pada setiap Isnin hingga Rabu.

Siapa Pintar terbitan Nurul Ashikin Abdul Halim yang disiarkan di saluran Dekat Di Hati ini memulakan tayangan pertama pada 2 Mac lalu pada jam 7 malam selama setengah jam. Manakala penerbit Eksekutifnya adalah Kamarul Zamly Ramli.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 11 Mar 2009, 3:18 pm

Gambar Stacy dan Nubhan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Mainpi43
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 11 Mar 2009, 3:22 pm

Acha Septriasa punya Adik

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Adekac10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Adikna10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Adikna11
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 11 Mar 2009, 3:24 pm

Yus tolak tawaran program TV sebab malu?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Mainpi44
Yus


TAHNIAHCik Normah ucapkan kepada kumpulan Sepah yang menjuarai pertandinganRaja Lawak musim ketiga baru-baru ini. Cik Normah ingatkan Jihan yangmewakili golongan kami akan menang tapi apakan daya, kekuatan Sepahlebih hebat. Apa-apa pun Cik Normah doakan semoga Sepah akan terussukses macam Nabil, juara Raja Lawak musim kedua.

Nabil yang juga calon finalis Anugerah Bintang Popular BeritaHarian (ABPBH) 2008 bagi kategori Pelakon Komedi Lelaki Popular danArtis Baru Lelaki Terbaik ini memang ramai peminat dan tak keterlaluanCik Normah katakan kekasih Irma Hasmie ini laris di pasaran. Tak sampaisetahun berada di dalam industri seni, tak silap Cik Normah sudah tujuhfilem dibintanginya.

Okeylah, Cik Normah nak alihkan tumpuan peminat kepadapemenang Raja Lawak musim pertama, Yus. Anda semua ingat lagi tak?Mesti ada yang sudah lupa dengan penampilan lelaki bertubuh gempalberasal dari Perlis ini. Yus datang dengan bakat yang diasah daripadateater, tapi mungkin dia tidak datang dengan pakej yang baik, lalunamanya terus berkubur begitu saja.

Mungkin ini diskriminasi yang berlaku terhadapanak seni yang tidak hadir dengan wajah menawan. Terbaru, Cik Normahdengar Yus kini bekerja sebagai pemuzik di sebuah universiti utaratanah air. Rupa-rupanya, Cik Normah dimaklumkan hakikatnya Yus memangtak boleh nak sesuaikan diri dengan dunia artis. Kalau boleh memang diatak mahu lagi berada di dalam kelompok orang glamor macam Cik Normahini, biarpun Cik Normah bukanlah artis pun.

Yus ini sebenarnya jenis orang yang low profile. Kawan CikNormah, Lara Kirana Manja pernah beritahu yang Yus pernah dijemputuntuk menjadi tetamu sebuah program bercorak jalan jalan sambil carimakan. Kebetulan yang menjadi pengacara program itu turut dilahirkandalam program yang sama. Bayangkan selepas dia mengesahkan untukmenjadi tetamu program itu, tiba-tiba pada saat akhir Yus bolehbatalkan dengan alasan malu dan tak mahu lagi terdedah di depan kacaTV. Hai! Macam-macam.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 11 Mar 2009, 3:28 pm

Zaibo undur diri jadi juri sebelum penonton bosan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Zaibo110
Zaibo bersyukur diberi peluang selama dua musim untuk menjadi
juri Raja Lawak.


TIDAK seperti sesetengah selebriti yang tidak tahu di manatitik noktah itu berakhir dan bila masa yang sesuai untuk 'angkat kaki'sebelum jemu menguasai penonton, ketua Juri Gelanggang Raja Lawak musimketiga, Zaibo bulat hati tidak akan menerima tugas sebagai juri untuktahun yang ketiga, seandainya ditawarkan lagi tahun hadapan.

Seperti kata orang tua-tua, berhenti sebelum kenyang, Zaibo juga sependapat begitu.

"Biarlah kita putus suap, janji kita jangan terlalu kenyang. Nantimakruh dan mudarat," jelas pelawak terkenal kelahiran Padang Besar,Perlis ini sarat berhemah.

Dan apapun respon positif yang diterimanya dari peminat program RajaLawak, Zaibo bersyukur sekurang-kurangnya dia diberi peluang menjadijuri selama dua musim.

"Cukuplah dua musim saja saya jadi juri. Saya tidak mahu penontonbosan dengan saya. Saya selalu ingatkan diri saya, kalau di musim yangpertama orang mungkin suka tengok kita.

"Tahun kedua, kita semakin selesa. Tapi bila masuk tahun ketiga,orang sudah boleh mencari kelemahan kita kerana semua orang punyakelemahan.

"Eloklah saya berhenti setakat ini saja sementara rapo saya masihelok lagi," kata Zaibo yang mengesyorkan teman-teman seperjuangannyaseperti Abon, Sabri Yunus dan Kartina Aziz untuk mengambil alih tugasjuri untuk musim berikutnya.

Gelanggang Raja Lawak musim ketiga melabuhkan tirainya minggu laludan bagi Zaibo, prestasi program pada musim ini dirasakan lebih meriahberbanding dengan musim lalu.

Kata pelakon teater berusia 53 tahun ini, kemeriahan yang dirasai didalam Dewan Sivik MPPJ hari Jumaat lalu, sudah cukup membuktikan yangprogram ini mendapat tempat di hati penonton.

"Walaupun musim ini kita tidak dapat mencungkil bakat seperti Nabil, enthusiasmsemangatyang ditunjukkan oleh penonton setiap minggu tambahan pula digelanggang akhir cukup memberangsangkan. Sesiapa yang berada di dalamDewan Sivik PJ akan faham apa yang saya maksudkan.

"Begitu gamat sorakan dan sokongan yang ditunjukkan. Bagi saya inisatu petanda baik walaupun saya berharap pihak Astro dapat memperbaikkikelemahan yang ada dalam program ini," kata Zaibo.

Kata Zaibo, kalau boleh format yang digunapakai oleh AkademiFantasia diserapkan dalam Raja Lawak di mana, misalnya, semua pesertadiberi pendedahan tentang seni persembahan, lakonan dan penulisan skripsecara rambang, selama 1 minggu sekurang-kurangnya.

"Ibarat satu crash course. Kita harus sedar semua peserta yang masukRaja Lawak datang dari latarbelakang yang berbeza. Ada yang tidakpernah terdedah pada dunia pentas pun.

"Mungkin pihak Astro dapat kerjasama dengan pihak ASWARA untukmemberi peserta Raja Lawak asas lakonan. Kita kena faham ada pesertayang masuk Raja Lawak kerana mereka rasa mereka berbakat, ada yangmasuk kerana tuntutan glamor.

"Dan ada tu, tak layak naik tangga pentas pun tetapi disebabkankeyakinan diri yang tinggi, mereka berada di atas pentas," kata pelakonteater yang disegani ini.

"Kita tidak dapat membantu mereka seandainya mereka diserapbulat-bulat terus ke gelanggang dan harapkan juri jemputan untukmembantu atau memberi tip kepada mereka," kata pelawak, pengacara danpelakon handal ini.

Mungkin ramai yang tidak faham kriteria untuk menjadi seorangpelawak. Tiga perkara wajib perlu ada iaitu: bijak kumpul bahan,mengolah bahan dan mempersembahkan bahan itu.

"Ketiga-tiga aspek ini hanya boleh dikutip apabila seseorang itudapat menimba pengalaman dan ilmu dari penulisan skrip (cara mendapatpengalaman samada dari pengalaman sendiri atau pengamatan seharian),seni lakon atau persembahan dan bagaimana seseorang itu mengolah bahanyang ada padanya.

"Setidak-tidaknya seorang peserta perlu ada basic knowledge tentangsemua ini. Bila asas ini dicampur dengan bakat yang mereka ada, barulahpersembahan mereka kukuh," jelas Zaibo yang akan dapat dilihat dalam 13episod drama 'Aca Dan Atok' yang diinspirasikan dari kisah kartunisUjang dari majalah Gila-gila.
Ada orang mengatakan lawak tidak dapat diajar.

"They say, you either have it or not....Samada seseorang ituberbakat atau tidak. Tapi kalau ada bakat tapi tak ada dorongan atausokongan yang betul pun tak jadi juga," terang Zaibo yang kini sibukmembuat 'voice-over' untuk program masaknya 'Pelik Tapi Sedap' yangakan ke udara di RTM1 pada bulan Mei ini.

Setelah dua musim Zaibo memegang amanah sebagai juri, kata pelakonyang dibesarkan di Alor Setar, Kedah ini, "sepatutnya tugas juri untukmemberi panduan kepada penonton peserta mana yang lebih berbakat."

"Tapi nampaknya tak jalan juga. Itu kata kita. Pengundi pula mungkinberanggapan, duit aku, aku punya sukalah siapa aku nak undi..."

Senario inilah yang banyak membantutkan sentimen juri yang sepertihilang semangat bila peserta yang tidak layak diundi sampai keperingkat akhir..

"Semua itu akan terpahat dalam otak saya sampai bila-bila. Bilatirai Raja Lawak dilabuhkan, inilah antara kenangan manis yang akanbuat saya tersenyum...melihat telatah peserta dan pengundi," jelaspelawak yang masih bujang ini penuh makna.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 11 Mar 2009, 3:37 pm

Jaafar pergi umrah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Jaafar10


SUDAH sampai 'seru' Jaafar Onn, 58, untuk ke Makkah mengerjakan umrah pada Jun ini bersama kakaknya, Teh Awang dan anaknya, Zurimi.
Sudah lama Jaafar ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci namun baru kali ini dia berpeluang ke sana. Hatinya tidak sabar untuk mengadap Kaabah dan mengabdikan seluruh jiwa raganya kepada Allah SWT.

Menurut Jaafar, pemergiannya ke sana juga untuk memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana mengabulkan doanya untuk melakonkan wataknya sendiri dalam drama 13 episod, Chef Jo, terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd.

"Chef Jo mengisahkan kehidupan saya yang suka masak dan tidak kedekut ilmu mengajar orang memasak. Drama itu juga menunjukkan kehidupan saya sebagai bapa tunggal dua anak.

"Penulis skrip Chef Jo sudah lama mengenali saya dan tahu latar diri saya sejak dulu hingga sekarang. Dalam drama itu, Rosnah Mat Aris sebagai bekas isteri saya yang bongkak.

"Sebahagian jalan cerita Chef Jo adalah kisah hidup saya yang sebenar. Sekian lama menjadi anak seni, menjadi impian saya untuk berkongsi pengalaman hidup dengan peminat dan akhirnya kesempatan itu datang juga.

"Sebelum dapat tawaran berlakon dalam drama ini, saya berjanji kepada diri sendiri sekiranya hajat tercapai untuk melakonkan watak sendiri dalam mana-mana drama, saya akan mengerjakan umrah," katanya.'

Mengenai hasrat ke Makkah, kata Jaafar, dia bersyukur kerana hajatnya termakbul dan semua itu juga secara kebetulan apabila bertemu Siti Murni Datuk Sheikh Ahmad dan suaminya, Mohamad Ismail dari Al-Amin Travel Management & Services Sdn Bhd.

"Daripada pertemuan yang tidak dijangka itu, dia menawarkan saya mengerjakan umrah bersama syarikatnya secara percuma. Begitulah rezeki yang Allah berikan kepada saya. Setiap niat yang baik pasti laluannya menjadi mudah.

"Tidak mahu keseorangan ke sana, saya membawa kakak dan anak sekali. Selepas berbincang, Al-Amin bercadang menjalinkan kerjasama lebih erat dengan melantik saya sebagai duta syarikat itu. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Perkara baik mana saya boleh tolak.

"Siapa tahu selepas ini setiap tahun saya akan mengerjakan umrah. Dengan usia yang kian lanjut, tiba masa mendekatkan diri dengan Allah. Insya-Allah selepas balik mengerjakan umrah, saya bercadang menunaikan fardu haji pula.

"Oleh itu saya turut menjemput semua peminat menyertai Pakej Umrah Bersama Jaafar Onn, 8 hingga 20 Jun ini, pada harga berpatutan. Mereka yang berminat boleh hubungi pembantu saya, Ahmad di talian 012-3062291," katanya.

Sebagai persediaan ke sana, Jaafar membaca buku panduan umrah dan haji serta bertanya kawan yang sudah mengerjakan umrah terlebih dulu.

"Berdebar juga hendak ke Makkah. Maklum saja sebagai hamba-Nya yang lemah, pasti banyak melakukan kesilapan. Saya harap segalanya berjalan dengan baik," katanya.

Sehubungan itu juga, Jaafar mohon maaf dengan kawan-kawan sekiranya pernah tercetus perselisihan faham atau perbalahan dengan mereka.

"Saya sedih kerana ada kawan yang cuba menikam dari belakang. Apabila saya baik dengan orang tertentu, ada pula yang tidak senang dengan hubungan kami. Saya sudah melalui pengalaman hidup yang panjang dan sudah melalui pahit maung sebagai anak seni. Buat apalah saya mencari gaduh dengan orang.

"Apa yang saya mahukan sekarang kehidupan yang tenang dan bahagia. Sekarang saya agak susah hendak percaya dengan kawan. Depan kita baik bukan main, tetapi di belakang kita mengutuk.

"Sepatutnya pada 18 Mac ini saya bercuti bersama pengusaha katering, Kuzie Katering, Pak Engku dan keluarganya ke Perth, Australia tetapi kerana penggambaran drama Chef Jo baru bermula, tak dapatlah pergi sama.

"Saya dan Pak Engku sangat rapat dan kami saling membantu memajukan karier masing-masing. Saya dah anggap Pak Engku seperti kaum keluarga sendiri. Adat dunia, ada juga orang yang tidak 'senang' apabila saya baik dengan Pak Engku," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 11 Mar 2009, 3:43 pm

Oh! Cun gila akak si Heliza. Jatuh hatiku!!

Amacam? mana satu lagi cun? Heliza atau kakak dia? Hurm.. Akak dia cun sangat kan? Almaklumlah, orang tak bertudung ni memang akan nampak cun. Dan yang bertudung selalunya tak dipanggil cun, tapi manis. Betul ke? Tapi bagus lagi yang manis tu sebab bukan sahaja manis pada pandangan manusia, tapi juga manis di sisi Allah SWT. Renung-renungkan dan selamat bergosip..

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Heliza18

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Heliza19


Oh ya, kepada kakaknya Heliza, saja nak kasitahu you yang I single lagi… Hehehe..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 11 Mar 2009, 4:04 pm

‘Kasih pada Roslin pudar’

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Mppb_113


KUALA LUMPUR: “Kasih sayang saya padanya (Roslin) sudah pudar dan jika ditakdirkan bertemu jodoh kembali selepas ini, saya mahukan lelaki yang tidak dikongkong pemikirannya,” kata Faizah Mohamad yang diceraikan pemain badminton negara, Roslin Hashim, selepas 12 hari berkahwin.

Faizah, 32, yang ditemubual dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) dengan tajuk Kahwin Ekspres di Sri Pentas, TV3, semalam, menegaskan dia ingin seorang lelaki beriman, matang dalam pemikiran, sekali gus tidak dipengaruhi sesiapa ketika membuat keputusan.

Dia menyuarakan isi hatinya selepas disoal bertubi-tubi pengantara, Azizah Ariffin, berhubung kemungkinan ada ‘orang ketiga’ yang mengakibatkan rumah tangga yang baru bina itu ‘rebah menyembah bumi’.

Dengan wajah hampa, Faizah tidak terus menjawab soalan itu, sebaliknya secara sinis tanpa mengia atau tidak, seolah-olah membiarkan penonton berteka-teki punca kehancuran rumah tangganya.

Rata-rata pemanggil yang berinteraksi secara langsung bersama Faizah bersimpati termasuk seorang wanita dari Langkawi, yang sebak mengenangkan nasib menimpanya dan minta dia banyak bersabar.

Bagi Faizah, perit untuk dikenang, bahkan ibunya saban hari berendam air mata memikirkan hayat perkahwinannya tidak sampai dua minggu kerana tempoh itu sepatutnya menjadi saat manis bagi setiap pengantin baru menikmati bulan madu serta mengenali hati budi.

Namun, belumpun sempat inai di jarinya hilang, dia dihadiahkan lafaz talak.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Mppb_114


“Sepanjang tempoh itu sepatutnya dijadikan asas untuk kami bersama membina mahligai impian serta mengenali hati budi masing-masing, tapi lain pula jadinya.

“Saya diceraikan di hadapan ibu bapa serta beberapa kenalan rapat Roslin tanpa sebarang perbincangan lanjut mengenai masalah dihadapi rumah tangga kami.

“Terus terang saya katakan perasaan ini sudah tiada lagi untuk Roslin kerana sikapnya yang terburu-buru membuat keputusan tanpa memikirkan perasaan orang di sekelilingnya,” katanya.

Sehingga hari ini, Faizah tidak mengetahui apa kesalahan dilakukannya menyebabkan Roslin menceraikannya tanpa memberi peluang memperbetulkan keadaan.

“Saya masih berasa aneh kerana tidak tahu apa kesalahan dilakukan sepanjang tempoh 12 hari menjadi isterinya.

“Sikapnya yang hanya menurut saja kata orang lain tanpa membuat pertimbangan sendiri menyebabkan saya betul-betul kecewa,” katanya yang bekerja di bahagian pentadbiran sebuah syarikat di Puchong.

Dia pasrah dengan apa yang berlaku dan menganggapnya sebagai suratan takdir.

Menurutnya, selepas kejadian diceraikan itu, Roslin tidak pernah menghubunginya, malah tidak menampakkan sedikit usaha untuk berbaik semula.

Justeru, kata Faizah, keluarganya paling banyak memberikan sokongan dalam mengharungi sejarah hitam itu dan sedikit sebanyak memberi kecekalan untuk mengatasinya.

“Saya faham, ibu bapa mana tak sedih melihat anak sengsara depan mata, tapi mereka tahu jika bersedih sekalipun semua perkara yang berlaku tidak akan berubah,” katanya.

Pasangan itu kini menunggu perbicaraan kes perceraian mereka pada 23 Mac depan.

Harian Metro pada 20 Februari lalu melaporkan Roslin menceraikan isterinya kerana sudah tiada keserasian selepas tiga hari hidup bersama.

Perceraian itu, disifatkan Roslin, berat untuk ditanggung kerana dia bersiap menghadapi kejohanan badminton Terbuka India pada hujung Mac, apatah lagi kedua-duanya belum sempat berbulan madu yang dirancangkan di Perth, Australia.

Roslin dan Faizah mengikat tali pertunangan pada 1 November lalu dan mengikut perancangan, sepatutnya berkahwin pada 25 Disember.

Bagaimanapun, ia terpaksa ditunda kepada 1 Februari lalu kerana Roslin perlu bersiap menghadapi Terbuka Malaysia dan Korea.

Majlis persandingan di rumah pihak perempuan diadakan pada 1 Februari lalu manakala bertandang di rumah keluarga lelaki di Kampung Sirih, Kota Bahru, Kelantan, 8 Februari iaitu tiga hari sebelum Roslin dan Faizah berpisah. Hantaran untuk Faizah RM15,000.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 11 Mar 2009, 4:06 pm

Orang Ketiga Punca Cerai Roslin-Faizah?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 121


Sehingga hari ini, Faizah Mohamad masih tertanya-tanya apa kesalahannya sehingga dihukum sebegini oleh bekas suami, Roslin Hashim. Seingatnya, dalam 12 hari mereka melayari bahtera perkahwinan, banyak masa yang diluangkan bersama tetapi tidak pernah sekalipun Roslin merungut atau memarahinya. Semuanya baik sahaja.

Tiba-tiba dihadiahkan talak satu padanya. Pada malam itu, dia telah menelefon Faizah memberitahu ada perkara yang perlu dibincangkan. Diingatkan Roslin ingin berbincang mengenai perancangan mereka setelah berumahtangga kerana selepas berkahwin mereka tinggal bersama ibu bapa Faizah.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 219


“Malam itu, saya merasakan itu bukan dirinya yang sebenar. Dia datang dalam keadaan marah walhal dia seorang yang lembut, cool. Ibu bapa dan abang saya menasihatkan dia untuk bersabar dan berbincang sebab perkara ini bukan mainan. Mungkin kerana ego atau apa-apa, dia lafaz cerai dan terus balik.” cerita Faizah yang mendedahkan Roslin telah ditemani oleh beberapa anggota keluarga angkatnya.

Terpikat pada Roslin kerana karektornya yang ‘simple’, kelakar dan tidak menunjuk-nunjuk walaupun seorang yang dikenali umum, Faizah memberitahu bekas ibu bapa mertuanya juga terkejut dengan keputusan anak mereka. Sejak insiden itu, ibu Roslin ada menghubunginya, memberikan kata semangat dan sokongan.

Tidak berakhir disitu, tampil pula dia di hadapan media mengeluarkan kenyataan yang Faizah tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, tidak melayan dan menghormatinya sebagai suami, serta tidak wujudnya keserasian diantara mereka. Katanya juga, telah diberikan peluang pada Faizah untuk berubah tetapi selepas seminggu bila dilihat keadaan masih sama, dia sedari rumahtangganya tidak boleh diselamatkan lagi.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 318


“Saya tidak tahu apa maksudnya (tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri). Mengenai keserasian itu, ia boleh dipupuk. Selepas setahun berkahwin pun tiada jaminan keserasian itu akan wujud secara total diantara pasangan. Perkara ini boleh dibincang bersama,” kata Faizah yang mengakui terkejut bila cerita perceraiannya terpampang besar di sebuah akhbar utama. Baginya, jika keinginan Roslin adalah untuk mewar-warkan perkara itu, mengapa ditunggu seminggu selepas kejadian.

Ditanya jika apa yang terjadi akibat buatan orang kerana ada yang mengatakan terdapat perubahan yang nyata pada Roslin ketika majlis persandingan di Kelantan, jawab Faizah, “No komen. Zaman sekarang, kebarangkalian itu ada. Saya berserah saja pada Allah."

Adakah ia kerana kehadiran orang ketiga? “Susah nak cakap. Itu diantara dirinya dan Allah.”

Terdapat cakap-cakap nakal bahawa Roslin sejak kebelakangan ini kelihatan amat mesra dengan seorang produser terkenal. Produser ini jugalah yang dikatakan telah memperkenalkan Roslin kepada Faizah.

“Mereka memang rapat. Hubungan mereka dikatakan seperti kakak dan adik. Serapat mana, wallahualam. Saya berserah pada Tuhan. Dia Maha Mengetahui,” kata Faizah yang ditemui selepas kemunculannya dalam ‘Wanita Hari Ini’ tengah hari tadi.

Walaupun merasakan dirinya teraniaya, namun Faizah redha dan pasrah. Apa yang berlaku dilihatnya sebagai satu ujian dari Allah dan ada hikmah disebaliknya. Tambahnya lagi, tidak wujud perasaan benci terhadap Roslin, dan perasaan sayang itu juga semakin pudar. Yang hadir cuma perasaan geram kerana tidak tahu dimana salah dan silapnya yang dilihat begitu berat sekali sehingga membawa kepada perceraian. Kini, Faizah hanya menunggu tarikh perbicaraan pada 23 Mac untuk mendengar penjelasan Roslin.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 417


Jika ada jodoh, inginkah Faizah merujuk semula dengan cinta pertamanya itu? “Saya serahkan pada takdir tapi saya tak nampak penyelesaian ke arah itu. Selepas dia jatuhkan talak, tidak dihubunginya saya.”

Selepas ini, sambung Faizah, dia akan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan. “Biarlah orang itu beriman, matang dalam membuat keputusan, independent, tidak dikongkong orang lain dan bertanggungjawab.”

Dan kata-kata terakhir buat Roslin?“Semoga dia bahagia selepas ini dan mencapai apa yang dikecapinya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 11 Mar 2009, 4:09 pm

Lisa sedia berubah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Mainpi45


ORANGNYA cantik, santun dan berhati-hati menyusun kata ketika berbicara. Apabila tersenyum, kelihatan barisan giginya yang cantik dan putih bersih. Pada 23 Mac ini genap usianya 23 tahun.

Namun, sayang sekali aura sebagai anak seni yang dikagumi ramai belum menyerlah pada diri Lisa Surihani Mohamed. Penampilannya terlalu ringkas. Lantas dia dilabelkan selekeh kerana tidak tahu bergaya.

Sedangkan kerjaya sebagai anak seni adalah tugas rumit apabila penampilan perlu dijaga dari hujung rambut hingga hujung kaki. Tiada yang terkecuali. Baru-baru ini Lisa dikritik hebat kerana dua majlis dihadirinya dalam masa seminggu, dia menyarung blaus rona sama berturut hari iaitu ungu yang juga warna kegemarannya.

Pun begitu, Lisa tidak berkecil hati dengan teguran itu malah menganggap ia kritikan membina demi melakar kecemerlangan dalam bidang lakonan.

"Saya seorang yang ringkas apatah lagi dalam soal berpakaian. Selepas ditegur, baru saya sedar dalam seminggu, dua kali saya mengenakan blaus warna ungu iaitu ketika pelancaran Megadrama Astro sekali gus mengumumkan saya dan Farid Kamil sebagai wajah eksklusif Astro. Kali kedua saya menyarungkan blaus warna ungu pada pelancaran drama 3 Janda.

"Selain ungu, putih juga kesukaan saya. Setiap kali membeli-belah, cepat saja tangan mencapai baju kedua-dua warna itu. Nampaknya sekarang saya terpaksa mempelbagaikan warna baju dalam almari dan meluaskan cita rasa terhadap pemilihan fesyen.

"Ungu dan putih masih kekal warna kesukaan namun saya tidak boleh membelakangkan kritikan wartawan dan peminat. Saya akui tiada pengetahuan mengenai fesyen. Bahkan saya risau jika saya terlebih melaram. Jadi jalan terbaik saya pakai apa yang dirasakan selesa. Sudahnya saya dicop selekeh," katanya.

Mengakui sebagai anak seni, diri adalah hak masyarakat dan sokongan mereka membantunya membina kerjaya dalam bidang ini.

Kata Lisa, dia mengerti sekarang tidak boleh lagi buat ikut kata hati sendiri dan perlu berubah demi peminat.

"Sungguh tak sangka cara saya yang ringkas itu menjadi perbualan. Ketika saya menghadiri pelancaran drama 3 Janda, saya baru habis sesi 'membaca skrip' drama itu.

"Tanpa berdandan rapi, saya terus ke majlis itu. Saya sangka apabila ke majlis seperti itu, tidak perlulah bersiap macam hendak menghadiri majlis anugerah.

"Rupanya tak kira majlis kecil atau besar, kehadiran saya sentiasa menjadi tumpuan lensa kamera. Ada yang hendak ambil gambar saya sebagai penghias kulit akhbar dan majalah tidak jadi kerana penampilan yang terlalu ringkas pada malam itu.

"Daripada pengalaman itu, selepas ini saya kena bersedia sepanjang masa. Saya juga akan cuba mendapatkan khidmat perunding imej dan bertanya rakan artis yang lama berkecimpung dalam bidang ini dalam memilih pakaian untuk ke sesuatu majlis. Biasanya saya akan berdandan rapi untuk majlis besar saja.

"Saya juga akan membeli banyak majalah fesyen dalam dan luar negara untuk mengetahui perkembangan fesyen terkini serta menjadi ikutan ramai. Saya tidak terasa hati dengan teguran itu kerana ia demi kebaikan saya. Jika tiada siapa yang menegur, selama-lamanya saya dengan cara sendiri," katanya. Lisa juga menyifatkan pemilihannya sebagai wajah eksklusif Astro langkah kanan untuk meningkatkan potensi diri dalam bidang lakonan.

"Pemilihan itu saya anggap satu peluang dan proses pembelajaran untuk mengembangkan bakat saya setinggi yang boleh. Saya masih baru dalam industri ini jadi amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian ahli keluarga Astro. Ini juga bermakna mereka nampak potensi saya dalam bidang lakonan yang boleh digilap.

"Tiada apa yang merugikan kerana Astro menyediakan platfom terbaik buat artis baru seperti saya. Bersama mereka, kerjaya saya lebih tersusun. Astro akan mempertimbangkan skrip yang sesuai dengan saya. Sudah ada beberapa drama dan telefilem yang dipilih untuk saya membintanginya.

"Astro tahu apa yang terbaik buat saya. Saya bersyukur dengan pemilihan ini dan menerima tawaran mereka dengan penuh kerendahan hati kerana masih hijau dalam industri. Saya berjanji akan melakukan yang terbaik," katanya yang terpaksa melupakan seketika untuk mengikuti latihan Sijil Amalan Guaman (CLP).

Jelas Lisa, sepatutnya dia menjalani CLP September lalu dan berakhir Julai ini. Namun, kerana tawaran berlakon mencurah-curah hasrat itu terpaksa diketepikan.

"Saya ingin fokus dalam bidang lakonan dulu. Sukar bahagikan masa untuk kedua-duanya sekali. Insya-Allah saya akan tetap ambil CLP kerana itu masa depan saya dan harapan keluarga. Saya mahu buat yang terbaik, jadi lebih baik tumpukan kepada satu perkara dulu," katanya.

Lisa kini sibuk di lokasi filem, Kapoww arahan Azizi Chunk dan drama 3 Janda yang dirakamkan di Janda Baik, Pahang. Dalam 3 Janda dia pegang peranan sebagai Intan, anak kedua daripada tiga beradik. Berlakon sama, Rozita Che Wan dan Norliana Samsudin. Mereka adalah tiga beradik yang menjanda pada usia muda.

Diam tak diam, Lisa sudah berlakon enam filem termasuk Good Bye Boys, I'm Not Single, Cyber X - Ancaman Penggodam, Jangan Pandang Belakang Congkak dan Rempit V3.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 11 Mar 2009, 4:11 pm

Raja Azmi enggan ambil risiko

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Mainpi46


ANU Dalam Botol (ADB), judulnya saja sudah cukup meloyakan. Belum lagi menyelak keseluruhan jalan cerita yang memaparkan kisah kehidupan golongan homoseksual.

Homoseks sendiri membawa pengertian hubungan sejenis dan barangkali kerana ia dipandang satu isu yang negatif, ramai pelakon lelaki tempatan pada mulanya tidak berani menerima tawaran penerbit filem ini, Raja Azmi Raja Sulaiman untuk menjalani uji bakat bagi memilih pelakon utama filem itu.

Apatah lagi filemnya sebelum ini, Black Widow Wajah Ayu mencetuskan kontroversi kerana mempunyai unsur seks yang bertentangan dengan budaya masyarakat negara ini.

Namun, melalui kerancakan publisiti diberikan media sekali gus menjadi medium buat Raja Azmi menyuarakan keghairahan menerbitkan filem ini dengan tujuan memupuk kesedaran berikutan masalah homeseksual yang sudah menjadi 'bau' dalam masyarakat, akhirnya membuka mata banyak pihak.

Bertempat di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang, Isnin lalu, satu sesi uji bakat khas bersama aktor tempatan dijalankan untuk mencari watak utama ADB iaitu Ruby dan Ghaus.

Tanpa disangka, uji bakat yang dimulakan sejak jam 2 petang hingga 10 malam itu dihadiri ramai aktor berpengalaman iaitu Que Haidar, Zul Huzaimy, Zizan Nin, Faizal Yusoff, Tony Eusoff, Azad Jasmin, Saiful Ridzuan, Rizal dan Aliff AF6.

Untuk sesi uji bakat terdahulu, nama popular seperti Iqram Dinzly, Adi Putra, Jessy dan Firdaus (adik pelakon Zul Huzaimy) hadir untuk beradu nasib.

"Tidak dinafikan, mulanya ramai yang tidak yakin mungkin kerana mereka fikir saya sengaja mahu bikin kontroversi. Namun, selepas menjelaskan matlamat di sebalik pembikinan ADB kepada pelakon itu sendiri termasuk bantuan media, ramai yang mula buka mata.

"Uji bakat ini adalah yang pertama dan terbesar pernah saya adakan. Selalunya produser dan pengarah akan memilih pelakon tanpa menguji bakat mereka.

"Saya pula berasakan uji bakat seperti ini penting kerana ia memberi peluang kepada kami untuk mencari pelakon yang benar-benar bersesuaian dengan watak dicari. Apatah lagi, bukan calang-calang orang yang boleh membawakan watak Ruby.

"Pembabitan pelakon berpengalaman penting dan saya sendiri tidak mahu mengambil risiko dengan memberi watak yang berat seperti itu kepada pelakon baru kerana bimbang apabila di set penggambaran nanti, mereka tidak mampu lakukannya," katanya.

Berdasarkan pemerhatian petang itu, Raja Azmi mengakui sukar untuk dia membuat pilihan dan menyerahkan sepenuhnya kepada pengarah, Shadan Hashim serta pelakon Adlin Aman Ramlie yang dilantik sebagai pengarah kasting.

Jika pelakon utama ADB dikenal pasti, Raja Azmi akan melakukan persiapan membeli kostum dari Universal Studio di Los Angeles yang membabitkan beberapa rambut palsu, buah dada palsu, punggung palsu serta alat solek.

Katanya, ramai cadangkan untuk membeli semua kelengkapan itu di Thailand dan pihaknya sudah berkunjung ke sana tetapi buatannya tidak nampak asli.

"Justeru, saya mengambil keputusan mengeluarkan sedikit bajet untuk menempah kostum itu dari Universal Studio. Kosnya dianggarkan kira-kira RM20,000," katanya.

Selain Ruby dan Ghaus, watak lain yang dianggap penting dalam filem ini adalah Dina iaitu Penolong Peribadi Ruby serta pembantu rumahnya.

Sementara itu, Zul Huzaimy berkata, antara dua watak yang ditawarkan, dia lebih tertarik membawakan watak Ruby kerana menyifatkan ia satu karakter yang kompleks.

"Daripada skrip yang sempat dibaca tadi, saya menyifatkan Ruby watak yang cukup kompleks. Berbeza dengan Ghaus kerana dia hanya berdepan dengan konflik dirinya yang menyukai kaum sejenis tanpa mengubah apa-apa.

"Sebaliknya Ruby kerana ketaksuban terhadap cintanya, sanggup melakukan pembedahan menukar jantina dan akhirnya dikecewakan.

"Kemudian terbit pula perasaan cinta terhadap wanita sedangkan dia sudah tidak mampu. Justeru, saya lihat watak ini lebih memberikan impak dan tentunya kepuasan bagi seseorang pelakon.

"Terus terang, setibanya di sini tadi saya bercakap dalam hati kalau tidak berjaya mendapatkan watak itu pun saya tidak kisah. Bagaimanapun, selepas melalui proses uji bakat, rasa sayang pula hendak lepaskan watak itu.

"Pun begitu, saya sempat berbual dengan pengarah (Shadan), supaya memilih pelakon yang benar-benar layak dan sesuai dengan watak itu dan tidak kisah seandainya tak terpilih," katanya.

ADB mengisahkan percintaan pasangan lelaki gay, Rubidin (Ruby) dan Ghaus berakhir selepas tujuh tahun bersama apabila Ghaus mula didesak keluarga untuk berkahwin.

Membuktikan cintanya, Ruby sanggup berkorban dengan melakukan pembedahan jantina hanya kerana mengesyaki lelaki itu semakin menggemari wanita.

Malangnya, Ghaus tidak dapat menerima Ruby dan menyingkirkan lelaki itu daripada hidupnya. Tambah tertekan apabila dia jatuh cinta kepada seorang gadis, Dina.

Namun, segalanya musnah apabila Dina mengetahui Ruby tidak mempunyai anggota kelelakiannya. Penyesalan yang tidak berkesudahan menghantuinya dan segala kekayaan tidak lagi bermakna. Ruby sedar dia sedang menerima hukuman daripada Yang Maha Esa dan hanya menantikan hari kematiannya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 11 Mar 2009, 4:15 pm

Kebahagiaan Abby Abadi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Abby12


Sebelum ini kehidupan pasangan bahagia, Mohamed Nurhakim Zaidon (Norman Hakim) dan Arbaeyah Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi pernah dilanda kontroversi. Namun berkat kesabaran dan tolak ansur, rumah tangga yang dibina kembali teguh. Malah rezeki mereka dalam bidang seni juga tidak pernah putus.

Terbaru pasangan romantis ini dikhabarkan dengan satu lagi berita gembira. Abby Abadi yang kini semakin sinonim dengan wataknya dalam drama bersiri ‘Vice Versa’ disahkan hamil beberapa bulan. Berkesempatan bertemu dengannya baru-baru ini, Abby Abadi atau lebih selesa disapa Abby seronok bercerita tentang kandungan terbaru serta kehidupan sehariannya.

GUA: Abby dan Norman masing-masing sibuk dengan kerjaya seni. Bila Abby sudah mengandung, apa yang difikirkan oleh Abby dan apa perasaan Abby sekarang?

Abby: Tahun ini, saya dan Norman memang merancang untuk mendapatkan anak yang ketiga. Sebabnya anak-anak saya semakin membesar dan kami fikir sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk menambahkan ahli keluarga. Lagipun umur saya masih muda dan ini merupakan masa yang sesuai untuk saya hamil sekali lagi. Norman juga seronok dan teruja bila mengetahui saya sedang hamil. Adakalanya dia sendiri yang lebih risau tentang diri saya.

Ibu mengandung sering dikaitkan dengan alahan yang teruk di awal kehamilan. Mungkin Abby juga mengalami pengalaman yang sama. Boleh Abby ceritakan sedikit.

Seperti ibu-ibu yang lain, saya turut mengalami beberapa alahan. Saya selalu pening kepala, tidak mampu berdiri lama kerana mudah letih serta selalu rasa tidak sedap badan. Tetapi biasanya bila kandungan saya semakin membesar segala masalah itu akan hilang dengan sendirinya. Saya juga tidak terlalu memikirkannya sebab semasa mengandungkan anak-anak saya dahulu, saya turut mengalami perkara yang sama.

Sepanjang hamil anak ketiga, apa pengalaman yang paling tidak dapat Abby lupakan?

Kalau nak bercerita tentang pengalaman ketika hamil memang banyak. Tetapi antara pengalaman paling tak dapat dilupakan apabila saya terpaksa dimasukkan ke wad selama beberapa hari kerana berat badan saya yang semakin susut. Sepatutnya ketika mengandung berat badan akan meningkat. Tetapi perkara yang sebaliknya berlaku. Ketika di wad, tujuh botol air dimasukkan ke dalam tubuh saya agar saya terus bertenaga. Semuanya gara-gara saya tidak berselera dan tidak boleh makan nasi. Doktor juga banyak menasihatkan saya agar cuba untuk makan dan banyakkan berehat. Mujurlah perkara tersebut tidak berlarutan dan semuanya berjalan lancar selepas saya mendapatkan rawatan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Abby312


Bila Abby di masukkan ke wad, bagaimana pula dengan Norman? Adakah dia banyak membantu dan memberikan sokongan kepada Abby? Untuk kali ini, Abby dan Norman mahukan anak lelaki atau perempuan?

Sebagai seorang suami, Norman menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sekali. Dia selalu risaukan saya kalau dia keluar bekerja. Mujurlah selain Norman saya juga mempunyai ibu serta ibu mertua yang banyak membantu. Tambah membuatkan Norman risau kerana saya pernah dimasukkan ke wad sebelum ini. Bagaimanapun saya dan Norman gembira kerana anak-anak (Mohamed Danish Hakim dan Marissa Dania Hakim) tidak banyak ragam dan memahami keadaan saya. Tentang jantina pula sekarang saya sudah ada sepasang cahaya mata. Jadi saya tak kisah jika anak yang bakal saya lahirkan kelak lelaki atau perempuan. Asalkan semuanya selamat dan sempurna.

Bila sudah mengandung mungkinkah Abby akan berehat seketika dari dunia lakonan atau sekurang-kurangnya sehingga selepas melahirkan anak?

Walaupun mengalami alahan yang agak teruk, saya tetap cuba memberikan komitmen dalam drama terbaru saya ‘Vice Versa’. Dalam drama bersiri 13 episod yang diarahkan oleh Aziz M. Osman itu, saya bergandingan dengan ramai pelakon popular antaranya Fahrin Ahmad, Umie Aida, Jason Chong, Eizlan Yusuf, Julia Ziegler, Nor Aliah Lee dan Aziz M. Osman sendiri. Walaupun saya kurang sihat tetapi penggambaran tetap diteruskan sebab saya tidak mahu menyusahkan orang lain. Saya perlu kuat untuk menangani masalah ini dan saya gembira kerana semua pihak yang terlibat memahami dan memberikan kerjasama kepada saya. Dalam beberapa bulan terawal ini saya mungkin akan berehat seketika tetapi saya tidak mahu penerbit atau pengarah salah faham. Saya bukan nak berehat selamanya cuma beberapa bulan sahaja. Selepas saya sihat, saya akan berlakon kembali.

Selain lakonan, bagaimana dengan syarikat yang ditubuhkan oleh Abby bersama Norman. Maklumlah Abby dan Norman masing-maisng sibuk dan dengar cerita anda berdua tiada masa untuk menguruskan syarikat tersebut. Benarkah?
Siapa cakap begitu? Syarikat tersebut sebenarnya masih berjalan lancar dan semakin

berkembang walaupun saya dan Norman masing-masing sibuk dengan kerjaya seni. Sekarang syarikat kami iaitu MDH Trading yang beribu pejabat di Ukay Perdana diuruskan oleh Norman. Namun sebagai isteri saya tetap memberikan sokongan dan membantu sekiranya keadaan mengizinkan. Saya gembira kerana syarikat kami semakin berkembang dan kini sudah ada orang yang boleh diharapkan untuk menguruskan syarikat itu jika kami berdua sibuk dengan penggambaran drama atau filem. Apa yang penting, orang itu boleh dipercayai dan menjalankan amanah yang diberi dengan baik.

Bagaimana dengan kehidupan Abby dengan Norman sekarang?

Sebagai pasangan selebriti anda berdua sering menjadi tumpuan orang ramai dan pihak media.

Sebenarnya semua orang yang telah berumah tangga akan mengalami masalah dan pasang surutnya. Cuma mungkin masalah yang dialami oleh mereka berbeza-beza. Mengenai saya dan keluarga pula, orang ramai mahu mengambil tahu sebab saya dan suami masing-masing selebriti dan mempunyai peminat.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Aby210


Saya faham akan keadaan itu dan langsung tak pernah salahkan sesiapa termasuklah para peminat dan pihak media. Ini kerana saya sedar dalam kehidupan berumah tangga memang ada pengalaman pahit dan manis. Namun saya bersyukur kerana rumah tangga saya setakat ini bahagia. Apatah lagi dengan kehadiran orang baru yang memang sudah lama kami nanti-nantikan tidak lama lagi.

Apa lagi impian Abby selepas ini?

Saya cuma mahukan keluarga saya terus bahagia dan karier saya dan suami terus dimurahkan rezeki oleh Allah.


Last edited by sally_eiyna on Thu 12 Mar 2009, 8:11 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
deqlis
Super Senior
Super Senior
deqlis

Number of posts : 869
Age : 43
Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam
Registration date : 27/06/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeWed 11 Mar 2009, 8:57 pm

OPPPS!! SALAH INfo... abg jemmm tAK KAHWIN LAGI



BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 74561_10

berita SY nikah ni palsu semata2. Rupanya anak dia yang bertunang. Hahaha.




Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 12 Mar 2009, 8:12 am

deqlis wrote:
OPPPS!! SALAH INfo... abg jemmm tAK KAHWIN LAGI



BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 74561_10

berita SY nikah ni palsu semata2. Rupanya anak dia yang bertunang. Hahaha.





“Kalau tak ada aral melintang dia orang akan kahwin pada 13 Mac ni. Majlis akan dibuat di sebuah hotel terkemuka. Pergilah intai,” kata sumber tu.

Kalau Salih dan wanita itu sah jadi suami isteri, ini bermakna Salih mempunyai empat orang isteri. Dahsyat..

Kali terakhir dia kahwin pada tahun 2007 dengan Norfarawahida Sulaiman di Alor Setar Kedah.
Hebat betul Salih Yaacob ni. Mampu “pasang” empat nampaknya. Ada sesetengah orang tu sampai nak pencen pun tak merasa peluk bini.Baguslah kalau Salih mampu berkahwin. Lagipun ramai perempuan sekarang suka lelaki yang berusia dan berpengalaman.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 12 Mar 2009, 8:17 am

(Gambar) Yasmin Hani

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Yasmin10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Yasmin11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Yasmin12

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Yasmin13
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 12 Mar 2009, 8:18 am

Gambar Salih Yaacob Dan Misha Omar

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Misha10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 12 Mar 2009, 8:19 am

Gambar Salih Yaacob Dan Ning Baizura

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Ning10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 12 Mar 2009, 8:22 am

Hujan diterima baik rakyat Indonesia

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Hujan-10


Minggu lepas, Oh! Artis ada menghubungi Azham Ahmad, iaitu drummer untuk kumpulan Hujan. Hajatnya just nak jadikan hujan sebagai cover-homepage untuk Oh! Artis ni. Dan pada masa tu la si Azham ni cakap sekarang tak boleh sebab diorang ngah siap-siap nak ke Indonesia. Melihat status YM si Azham berbunyi lebih kurang “tak sabar nak berambus”, ingatkan diorang just nak bercuti panjang ke apa. Rupanya ada banyak show dan program yang dirancang di Indonesia.

Petikan dari gua.com.my

Kepada peminat Hujan seadanya, berita terbaru dari seberang amat mengalakkan. Jelajah Indonesia pertama kugiran Hujan kita di bandaraya Jakarta dan Bandung dengar khabar begitu meriah dan disambut dengan hangat sekali oleh muda-mudi indie di sana. Setelah seminggu jelajah berlangsung, pengurusan yang cermat dan efisyen sekali oleh Raingers, yang diketuai anggota asal Hujan sendiri, Hang Dimas, telah serba sedikit menjayakan ‘tour’ sulung mereka ke negera jiran. InsyaAllah, mudah-mudahan Hujan dapat terus rock untuk baki lawatan mereka itu dan mengharumkan nama muzik negara. Kongsi Noh melalui kiriman SMS: “Alhamdulillah! Hujan tak perlu risau sepertimana yang kami risau sebelum ini, rupanya memang ada pengikut dan peminat sini. Fans Hujan di sini memang ramah dan ‘friendly’ belaka, layanan media pun baik dan terbuka saja.Penganjur dan kru Indonesia pun profesional…”

“Memang packed lah aktiviti kami kat sini. Photo shoot dan interbiu semua berjalan lancar, seronok pulak rasanya melebarkan sayap di tempat baru. Sekarang tengah look forward nak layan sejuk di Bandung pulak. Untuk Raingers semua di Malaysia yang tak dapat sama, kita jumpa tak lama lagi!” kirim Noh lagi.Hujan akan pulang ke tanahair pada 19 Mac ini untuk menggegarkan pentas utama Sunburst Festival 2009 di Bukit Kiara dua hari selepas itu.

Oh! Artis pada awal pembukaannya, telah menerima sambutan yang sangat hangat di mana kami ada mengeluarkan satu artikel mengenai kumpulan Hujan. Ramai anti-hujan yang datang ke sini memberi komen dan akhirnya mengundang campur tangan Noh Hujan sendiri untuk menjelaskan keadaan sebenar
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 12 Mar 2009, 8:24 am

Jennifer Lopez samakan nasibnya dengan Britney

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Jennif10


JIKA ada seorang aktres yang benar-benar memahami isi hati dan perasaan Britney Spears ketika dia mengalami trauma penceraian, orang itu adalah Jennifer Lopez.

Lopez begitu simpati dengan nasib yang menimpa Britney dan menghulurkan kata-kata berupa nasihat kepada Britney.

"Saya tahu bagaimana perasaannya ketika itu. Saya cukup sedih melihat keadaannya," kata J.Lo yang kini memilih hidup 'low-profile' setelah berkahwin dengan Marc Anthony dan kelahiran kembarnya.

J.Lo berkata, dia sungguh terperanjat dan risau mengenangkan nasib yang menimpa Britney pada tahun 2008 apabila dia dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah mental.

J.Lo yang juga penyanyi hit 'If You Had My Love' pernah mengalami situasi yang hampir serupa selepas bercerai dengan pelayan kelahiran Cuba, Ojani Noa dan kemudiannya penari Cris Judd.

Kata J.Lo lagi, "Saya faham sangat keadaan Britney. Saya sendiri pernah bercerai, punya duit dan ada ramai tanggungan. Semua ini boleh mengahncurkan anda."

Pada bulan Januari, 2008, selepas penceraian Britney dengan Kevin Federline, masalah peribadinya memuncak hinggakan dia terpaksa membuat keputusan utnuk menyerahkan kedua orang anaklelakinya - Sean Preston (3) dan Jayden James (2) kepada bekas suaminya.

Mujurlah masalahnya semakin pulih kini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 12 Mar 2009, 9:11 am

britney spears dan anak-anaknya

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Bs110

Britney Spears teruja dapat membawa dua anak lelakinya - Preston (kiri)dan Jayden untuk mengikuti siri jelajah 'Circus Tour'nya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 12 Mar 2009, 9:18 am

Erema tuntut fasakh, Seri Bayu fail pembelaan 22 April

[SEMASA] PETALING JAYA: Atas masalah kesihatan, penulis lirik Jamaludin Sulik atau Seri Bayu yang menderita penyakit saraf tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini manakala isterinya, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad juga tidak hadir kerana sibuk dengan pengambaran sebuah program.

Penyanyi yang mesra dengan panggilan Erema ketika dihubungi berkata dia telah membincangkan dengan peguam syarie Halipah Abdul Manaf yang mewakilinya mengenai sebab dia tidak dapat hadir ke mahkamah.

“Saya tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen dengan pengambaran sebuah program yang bermula pukul 9.30 pagi ini.

“Saya sudah memberitahu peguam saya dan dia memberikan pengecualian kepada saya untuk tidak hadir ke mahkamah.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Seri2010
Seri Bayu yang mengalami penyakit saraf tidak hadir ke mahkamah buat kali keduanya disebabkan masalah kesihatan.


“Insya-Allah, saya akan hadir pada sebutan kes akan datang,” beritahu Erema ketika dihubungi pagi tadi.

Dalam pada itu, peguamnya, Halipah memaklumkan hari ini mahkamah hanya menyebut tarikh untuk Seri Bayu memfailkan pembelaan.

“Kami telah memfailkan pindaan penyata tuntutan fasakh pada 23 Februari lalu dan menyerahkan penyata tersebut kepada mahkamah dan peguam Seri Bayu pada 26 Februari.

“Jadi, mahkamah telah menetapkan 22 April, pukul 9 pagi sebagai tarikh sebutan defendan (Seri Bayu) memfailkan pembelaan,” ujar Halipah yang mendengar sebutan kes Erema dan Seri Bayu kira-kira pukul 1.10 petang tadi di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad.

Erema baru pertama kali tidak hadir ke mahkamah kerana sibuk dengan pengambaran sebuah program.

Turut hadir dalam sebutan kes itu adalah peguam syarie Noorafizah Abdul Aziz yang mewakili Seri Bayu.

Kes disebut lebih awal

Sebelum itu, kes Erema dan Seri Bayu dimaklumkan sepatutnya disebut pada pukul 2 petang tadi namun di sebabkan peguam Erema mempunyai komitmen lain, jadi kes itu disebut lebih awal daripada waktunya.

Jelas Noorafizah, selepas Erema menuntut fasakh, dia perlu membuat persediaan untuk memfailkan penyata pembelaan dan tuntutan balas.

Ditanya tentang jenis fasakh yang dituntut oleh Erema terhadap Seri Bayu, Noorafizah enggan mengulas lanjut kerana perkara itu belum diputuskan lagi.

“Dia (Erema) sudah membuat tuntutan dengan alasan tersendiri namun tuntutan itu belum ditetapkan lagi.

“Jadi, saya tak nak ulas sebab ia melibatkan fakta. Apa-apa pun, kita tunggu tarikh sebutan kes ini pada 22 April depan,” kata Noorafizah.

Noorafizah juga memberitahu Seri Bayu meminta pengecualian daripada hadir ke mahkamah pada hari ini kerana masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan penyakit sarafnya.

Kata Noorafizah, ada kemungkinan kes ini akan dibicarakan pada suatu tarikh selepas 22 April depan.

Pada 12 Januari lalu, mahkamah membenarkan permohonan Erema untuk membuat beberapa pindaan berhubung permohonan cerai yang difailkan terhadap Seri Bayu.

Pada 1 Disember tahun lalu, Erema yang berasal dari Kuching, Sarawak telah mengemukakan permohonan untuk bercerai menurut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Erema110
Erema memfailkan kes cerai tersebut pada awal bulan November tahun lalu.Seri Bayu bernikah dengan Erema, yang berasal dari Kuching Sarawak pada 19 Disember 2006 di Masjid Al-Muhsinin, Danau Desa, Kuala Lumpur.


Ia perkahwinan kedua buat Seri Bayu selepas bercerai dengan isteri pertamanya pada 2002.

Hasil perkahwinan pertama, Seri Bayu dikurniakan lima anak berusia antara 7 hingga 15 tahun iaitu Muhamad Akmal, 13, Muhamad Aiman, 12, Muhamad Aizam , 9, Ally Farjana, 7, dan Muhamad Adham, 5.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 12 Mar 2009, 9:22 am

Patung Kertas : Sebelum Dan Selepas

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Jalal10
Datuk Jalaluddin Hassan bakal menerajui teater Muzikal Patung Kertas buat kali keduanya

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Jalal210

Wajah Jalal apabila dimekap untuk membawakan watak Kak Kay semasa berlakon dalam pementasan yang pertama dahulu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 12 Mar 2009, 9:26 am


PREVIEW FILEM TALENTIME

AGENDA: Pratonton filem ketiga Yasmin Ahmad Talentime.
TEMPAT: Cineleasure, Damansara.
TARIKH: 11 Mac 2009

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Dsc01010

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Dsc01011

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Dsc01012
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 12 Mar 2009, 10:39 am

Status bukan halangan mesra

"Kadang-kadang kami ketawa tanpa henti sehingga perlu mengambil masa sebelum memulakan rakaman. Nasib baik rakaman tidak perlu dilakukan berulang-kali walaupun hanya dengan satu kamera" – QUE

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Hi_01_29

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Hi_01_30


HUBUNGAN rapat Que Haidar dan Nabila Huda sebagai kawan akrab tidak pernah luntur walaupun mereka berdua kini sudah mendirikan rumah tangga bersama pasangan masing-masing.

Que baru sahaja bergelar suami kepada Linda Jasmine pada 14 Februari lalu. Nabila dan suaminya, Zaidy Zailani pula disatukan pada 2 Disember lalu.

Maka, apabila mereka digandingkan dalam drama baru arahan Heykal Hanafiah, Cinta Untuk Ain, Que dan Nabila perlu lebih fokus dalam menjayakan watak masing-masing. Bukannya mereka menghadapi kesukaran dalam memainkan peranan yang diberikan.

Tetapi disebabkan hubungan rapat yang dikait selama ini, mereka berdua asyik ketawa di lokasi penggambaran terutama apabila mereka menjayakan watak sebagai pasangan kekasih.

Ditambah dengan perangai 'gila-gila' Nabila, dia sering membuat mimik muka lucu terhadap Que apabila kamera sedang merakamkan syot muka pelakon lelaki itu.

Itu antara pengalaman penggambaran yang berlaku apabila dua orang kawan baik itu 'dipaksa' oleh pengarahnya untuk menjadi pasangan kekasih dalam drama itu.

"Nabila gila. Dia buat benda secara suka hati sahaja. Dia suka kacau saya di lokasi tetapi disebabkan sudah lama mengenali dia, kami senang bekerja.

"Kadang-kadang kami ketawa tanpa henti sehingga perlu mengambil masa sebelum memulakan rakaman. Nasib baik rakaman tidak perlu dilakukan berulang-kali walaupun hanya dengan satu kamera," kata Que ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama itu.

Akui Nabila, dia bukannya memainkan Que tetapi mereka sudah lama mengenali dan ada kalanya meluahkan perasaan kasih sayang amat sukar baginya. Namun, dia bernasib baik kerana kebanyakan babak melafazkan cinta diberikan kepada Que.

"Kita sudah lama mengenali. Jadi saya berasa susah untuk mengucapkan kata-kata cinta terhadap Que. Tapi nasib baik dalam drama ini, Que yang mengurat saya.

"Pengarah juga banyak membantu dan kami adalah pelakon profesional. Bila tidak berlakon, kami adalah kawan baik. Bila berada di hadapan kamera, kami secara profesional akan menjadi pasangan kekasih," ujar Nabila di sisi Que.

Cabaran watak lembut

Terkenal dengan watak nakal dan jahat, Que dan Nabila sering kali ditawarkan dengan peranan antagonis kerana penonton sudah terbiasa melihat mereka sedemikian.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Hi_01_31
TENAGA penting yang menjayakan drama Cinta Untuk Ain bersama pengarahnya Heykal (empat dari diri).


Maka, mereka berdua sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat untuk beralih kepada watak baik. Nabila memberitahu dia sudah lama ingin menjayakan watak lemah lembut yang mampu meraih simpati penonton kerana tidak mahu sentiasa dilabelkan sebagai wanita 'jahat'.

"Memang apabila saya menjayakan watak baik, ramai yang tidak biasa. Tapi saya juga tidak mahu hanya dikaitkan dengan watak jahat. Selepas berlakon dalam filem Bohsia tahun lalu, saya sudah berhasrat untuk memainkan watak baik.

"Namun, ini tidak bermaksud saya memilih watak. Ini adalah apa yang ditawarkan kepada saya. Jika ada watak jahat, saya masih akan menerimanya asalkan memenuhi kehendak saya," jelas Nabila yang sudah bosan menjayakan watak sebagai pelajar kolej.

Memberitahu tawaran watak ini bagaikan impian menjadi kenyataan, Nabila menjayakan watak Ain, seorang gadis yang mempunyai kisah silam yang menyedihkan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Hi_01_32
RUMAH TANGGA tidak menghalang Que dan Nabila berkasih di layar.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Hi_01_33
NABILA semakin rasi dengan hidup sebagai isteri orang.
Trauma dengan insiden yang berlaku kepada hidupnya, Ain hilang ingatan dan bercinta dengan Shahrul (Que).

Apabila mereka bercadang untuk berkahwin, Ain diberitahu Milah dan Rahim yang menjaganya selepas hilang ingatan mengenai sejarah hidupnya. Ain kecewa dan melarikan diri kerana menyangkakan Shahrul tidak akan menerimanya.

"Saya pada mulanya ragu-ragu dengan watak lemah lembut yang melibatkan banyak perasaan cinta. Saya sebenarnya malu dengan Nabila kerana kami sudah lama berkawan. Tapi dengan sokongan pengarah, krew pekerja dan Nabila sendiri, kami bekerja tanpa masalah.

"Kami amat serasi dan seronok sehinggakan pihak krew berasa sedih apabila saya terpaksa bercuti seketika untuk perkahwinan saya," tambah Que yang menghabiskan rakaman drama itu sehingga 20 Februari lalu.

Disifatkan sebagai pasangan kuat yang mampu 'menjual' drama itu, Que menyukai dirinya dalam drama itu kerana berpeluang melakukan perkara-perkara yang tidak dilakukan dalam kehidupan realiti.

"Semasa berjumpa dengan Ain, saya terus jatuh cinta dengannya. Jadi saya menggunakan pelbagai cara manis dan kreatif untuk menyentuh hati Ain. Cerita ini seronok pada mulanya tetapi menjadi semakin serius dengan konflik keluarga," tambah Que.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 12 Mar 2009, 10:54 am

Taruhan terbaru Yasmin Ahmad

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Hi_01_34


YASMIN Ahmad (tengah) bersama barisan pelakon filem Talentime sewaktu di lokasi penggambaran filem itu di Ipoh, tidak berapa lama dulu.

MENGENALI pengarah tersohor ini, dia sememangnya merupakan seorang pengarah yang cukup unik apabila sering kali menampilkan kelainan dalam filem-filem arahannya.

Bermula dengan filem Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan yang terbaru, Talentime yang bakal menjengah pawagam bermula 26 Mac ini, karya Yasmin Ahmad sememangnya cukup ditunggu-tunggu.

Baik peminat mahupun 'musuh-musuh'nya akan menanti untuk melihat apakah kelainan yang akan ditampilkan oleh Yasmin dalam setiap filem arahannya.

Bukan itu sahaja, anak kelahiran Muar, Johor ini juga merupakan seorang pengarah yang cukup berani menentang arus industri perfileman tanah air dengan karyanya yang berbeza dengan sentuhan pengarah yang sedia ada di negara ini.

Namun begitu, entah apa silap Yasmin sehinggakan karya-karyanya sering kali didebatkan dengan pelbagai gelaran yang dilemparkan kepadanya.

Sehingga ke satu saat, Yasmin sendiri bagaikan tidak mengerti dan memikirkan apakah kesalahannya sehingga dia dikecam hebat oleh mereka yang tidak pernah senang dengan kejayaannya.

"Apa yang saya lakukan adalah kerana cinta dan minat saya terhadap bidang ini. Katalah apa saja kerana ia tidak akan membuatkan saya berganjak dari apa yang telah saya mulakan.

"Kalau penonton yang menonton filem saya menerima filem saya dan menerima mesej daripadanya, itu merupakan kejayaan buat saya kerana itulah misi dan visi saya dalam membikin filem.

"Pengiktirafan itu adalah satu bonus tetapi apa yang lebih penting adalah perjuangan saya dalam bidang perfileman ini," katanya membuka bicara sewaktu ditemui, baru-baru ini.

Sebagaimana filem-filemnya sebelum ini, Talentime disifatkan Yasmin sebagai karya yang penuh cinta dan jiwa yang mempunyai pendekatan berbeza dengan apa yang telah dilakukannya sebelum ini.

Kata Yasmin, Talentime merupakan filem yang penuh jujur dengan elemen cinta, kesedihan, harapan dan kekecewaan yang dialami oleh setiap watak yang ditampilkan dalam filem ini.

Menyentuh naluri

Bukan itu sahaja, demi kelainan, seperti judulnya, penonton juga akan dapat menikmati muzik dan lagu yang cukup indah yang mewarnai filem ini. Apa yang pasti, ia mampu menyentuh naluri tatkala melihat dan mendengarnya di layar lebar.

"Dalam setiap jiwa remaja dan kanak- kanak, mereka akan berhadapan dengan situasi yang sebegini. Bukan mereka sahaja, tetapi setiap manusia juga mengalami keadaan yang membuatkan kita bahagia dan berduka.

"Malah, untuk merealisasikan Talentime bukanlah satu perkara yang mudah kerana saya mengambil masa yang lama sebelum saya berpuas hati dengan skrip akhirnya.

"Saya menghabiskan masa dalam lima hingga tujuh hari untuk menyiapkan draf pertama dan tanpa disedari, drafnya diubah sehingga 11 kali.

"Ini kerana terlalu banyak watak dalam filem ini. Saya mahu ia menjadi seringkas yang mungkin agar ia mampu meninggalkan impak kepada penonton.

"Itu yang menjadikan Talentime sebagai sebuah filem yang sarat dengan pelbagai perasaan dan emosi. Saya cukup bertuah kerana mempunyai barisan pelakon yang cukup hebat dan berbakat besar meskipun mereka masih lagi muda," puji Yasmin kepada bintang- bintang yang mewarnai filem Talentime.

Tambahnya, idea menghasilkan Talentime sudah pun berada dalam kotak fikirannya sejak tahun 2007 lagi selepas filem Mukhsin mendapat sambutan yang cukup menggalakkan sehingga mencecah kutipan box-office.

Yasmin yang memang cukup terkenal dengan menampilkan pendekatan filem yang berwajahkan Malaysia sebelum ini, masih lagi mengekalkan formula itu dengan menyelitkan kisah semua kaum di Malaysia dalam filem Talentime.

Jika sebelum ini Sharifah Amani yang dianggap sebagai anak emasnya menjadi pilihan dalam setiap filem-filemnya, kali ini, Yasmin cukup berani mempertaruhkan beberapa muka baru yang cukup mentah dalam bidang lakonan.

Mereka yang dimaksudkan adalah Pamela Chong dan Mahesh Jugal Kishor yang menjadi teraju utama dalam filem ini, selain daripada Mohd. Syafie Naswip dan seorang lagi muka baru, Howard Hon Ka Hoe serta penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor.

Saat ditanya tentang rasionalnya memilih pelakon muda yang tiada nama, Yasmin memberitahu dia cukup kagum dengan karisma dan keperibadian para pelakonnya itu yang berjaya menepati watak seperti mana yang dikehendakinya.

"Mereka mempunyai personaliti yang cukup kuat dan mudah dibentuk mengikut apa yang saya mahukan.

"Malah, saya berpuas hati dengan lakonan mereka. Tidak salah untuk saya katakan, mereka mampu menjadi bintang terkenal satu hari nanti seperti mana Sharifah Amani dan Syafie lalui sebelum ini," katanya jujur.

Belum pun Talentime ditayangkan, perkhabaran gembira sudah diterima Yasmin apabila filem kelima arahannya itu berjaya terpilih sebagai antara 12 calon Filem Terbaik bagi Anugerah SIGNIS dalam Festival Filem Antarabangsa Hong Kong Ke-33 yang akan berlangsung pada 22 Mac ini.

"Seperti biasa, saya tidak menaruh harapan untuk menang dalam festival ini kerana calon-calonnya hebat. Apa pun, saya amat bersyukur kerana filem Talentime berjaya ditempatkan sebagai antara 12 yang terbaik," jelasnya lagi.

Talentime yang menjalani penggambaran selama 12 hari di Ipoh turut menampilkan pelakon-pelakon hebat yang lain seperti Azean Irdawaty, Harith Iskander, Ida Nerina, Adibah Noor, Mislina Mustaffa, Sukarni Venogopal, Noorkhiriah dan ramai lagi.

Malah, beberapa orang selebriti turut membuat penampilan istimewa dalam filem antaranya pengarah filem Ho Yuhang, Tony Savarimuthu, Ng Choo Seong serta pengacara Gala TV, Syazwan Zakariah.

Bicara hati pelakon Talentime

Pamela Chong sebagai Melur

Terlebih dahulu mencuri perhatian bersama kakaknya, Vanessa dalam pertandingan realiti, The Amazing Race Asia musim kedua dan berjaya menduduki tempat kedua, ternyata bidang lakonan membuka lembaran baru dalam hidup Pamela.

Tidak pernah menyangka sama sekali akan terpilih berlakon di bawah arahan Yasmin yang sememangnya di pandang tinggi oleh Pamela. Pengalaman berlakon dalam filem Talentime sememangnya cukup indah buat gadis kacukan Cina-Inggeris ini.

Apatah lagi membawakan watak seorang gadis Melayu bernama Melur, sememangnya ia memberikan satu cabaran dan tanggungjawab berat yang harus digalas sebaik mungkin.

Mengimbas kembali pertemuan pertama kalinya bersama Yasmin, Pamela mengetahui pengarah hebat itu sedang mencari seorang pelakon untuk membawakan watak Melur.

Katanya lagi, Yasmin telah menghubungi ibunya untuk menawarkan satu watak kepadanya dan dalam masa tidak sampai satu jam, mereka bertemu dengan Yasmin.

Tanpa berfikir panjang, Yasmin begitu terpesona dengan personaliti Pamela yang disifatkannya mempunyai ciri-ciri seperti mana watak Melur.

"Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu dan saya rasa ia bagaikan satu mimpi apabila Yasmin menawarkan watak kepada saya.

"Saya memang seronok berlakon dalam filem ini dan semua yang terlibat begitu baik dan sanggup membantu saya di kala saya memerlukan. Apa yang penting adalah perhubungan kami sememangnya akrab dan keserasian antara kami tercipta dengan pantas.

"Bagi saya, Talentime merupakan sebuah filem yang unik kerana ia menampilkan pelbagai bangsa dan kaum yang mencantikkan lagi filem ini," jelas wanita berusia 25 tahun ini lagi.

Ujar adik kepada juara Akademi Fantasia musim pertama, Vince ini lagi, kesukaran membawa watak Melur adalah untuk memastikan sebutannya adalah jelas dan lancar serta mempunyai slanga memandangkan Melur merupakan anak kacukan Melayu-Inggeris.

"Namun, dengan bantuan Yasmin, saya mampu melakukan yang terbaik dan memuaskan hatinya. Saat pertama kali membaca skripnya, saya sudah jatuh cinta dan filem ini memang sebuah karya yang begitu indah kerana pelbagai rasa di dalamnya," katanya penuh makna.

Mahesh Jugal Kishor sebagai Mahesh

Seperti mana Sharifah Amani yang dikesan Yasmin di sebuah tempat makan, begitu juga dengan Mahesh yang menerima undangan serupa daripada Yasmin ketika jejaka itu sedang menikmati makan malam di Restoran Pelita, Bangsar.

Memang dia merupakan seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia sewaktu beraksi dalam filem pertamanya ini, namun, kata Mahesh, dia terkejut apabila Yasmin menawarkannya watak Mahesh kepadanya.

"Bayangkan, saya memang tiada pengalaman berlakon dan apabila menerima tawaran berlakon filem ini, saya memang terkejut. Saya cukup kagum dengan Yasmin dan merupakan peminat serta sering kali mengikuti filem-filemnya.

"Namun, segala masalah itu terlerai apabila kami menjalani sesi latihan lakonan selama tiga minggu untuk menjiwai watak masing-masing. Ternyata, saya mampu melakonkan watak itu seperti mana yang dikehendaki Yasmin.

"Memang satu pengalaman yang cukup manis dan indah buat saya kerana bukan mudah untuk membawakan watak seorang lelaki bisu dan pekak.

"Selain itu, dikelilingi oleh mereka yang begitu komited dengan kerja menjadikan semangat saya begitu kental untuk memberikan lakonan terbaik," jelasnya panjang lebar.

Tambahnya, dia merasakan begitu bertuah dan bersyukur dengan peluang yang diberikan oleh Yasmin.

"Talentime umpama senaskhah novel yang jalan ceritanya begitu menarik dari permulaan sehinggalah ke pengakhiran cerita.

"Saya kagum dengan skripnya apatah lagi beraksi dengan pelakon lain seperti Pamela, Jaclyn dan Syafie menjadikan filem ini begitu kuat. Seronok berlakon di samping mereka," katanya.

Bukan itu sahaja, kata anak jati Kuala Lumpur ini lagi, Talentime membuktikan bahawa semua manusia mempunyai keistimewaan masing-masing.

"Meskipun berbeza darjat, latar belakang dan bangsa, perkara penting adalah semangat setiakawan yang mampu mengeratkan ikatan ukhwah sesama kita," katanya penuh makna.

Jaclyn Victor sebagai Bhavani

Juara Malaysian Idol musim pertama ini pernah mencetuskan polemik apabila dia menolak tawaran berlakon dalam filem Estet arahan Mamat Khalid.

Justeru itu, apabila dikhabarkan Jaclyn Victor atau lebih popular dengan panggilan Jac berlakon dalam filem Talentime, ramai yang mula membuat andaian Jac sudah mula demanding dan hanya mahu beraksi dalam filem yang mempunyai standard tinggi.

"Jangan labelkan saya begitu kerana semua itu tidak pernah berlaku. Ketika itu, jadual saya memang padat dan sebab itu saya harus menolak tawaran berlakon filem Estet.

"Kebetulan, apabila Yasmin datang menawarkan watak Bhavani kepada saya, tidak salah untuk saya terima kerana memang kebetulan waktu itu, jadual saya agak senggang," katanya memohon pengertian.

Bercerita tentang watak Bhavani, Jac menyifatkan wataknya itu penuh warna-warni kerana dia perlu gembira dan sedih dalam satu-satu masa.

"Memang agak sukar pada mulanya sebab saya tiada pengalaman berlakon tetapi Yasmin begitu yakin dengan diri saya untuk membawakan watak Bhavani iaitu kakak kepada Mahesh yang sentiasa berada di sampingnya.

"Ikatan kekeluargaan yang terjalin antara Bhavani dan Mahesh menjadikan hubungan begitu rapat dan seandainya dia bersedih, maka, Bhavani juga akan turut merasai kesedihannya," katanya tentang watak yang dipegangnya dalam filem ini.

Pengalaman berlakon di bawah arahan Yasmin sememangnya merupakan satu perkara yang akan diingati oleh Ja. Dia begitu selesa berlakon di dalam produksi ini.

"Menjalani latihan untuk memastikan kami menjiwai karakter masing-masing memang cukup mencabar diri saya sebagai seorang pelakon baru.

"Malah, untuk membawakan watak sedih misalnya, bukanlah satu tugas yang mudah kerana saya perlu memikirkan benda yang buat saya geram untuk memastikan watak saya itu hidup," ujarnya lagi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 12 Mar 2009, 10:55 am

Mampukah 3 Janda atasi Mertua...?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Hi_02_16


PARA pelakon 3 Janda. (Dari kiri) Ery Sulaiman, Norliana Samsudin, Lisa Surihani, Rozita Che Wan dan Farid Kamil selepas pelancaran drama itu di Restoran Lemon, Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.

SELEPAS kejayaan Mertua vs Menantu, MIG Beats Sdn. Bhd., kini tampil dengan sebuah lagi drama bersiri terbaru mereka berjudul 3 Janda yang akan ditayangkan menerusi saluran Astro Prima tidak lama lagi.

Penerbitan 3 Janda dijangka memberi cabaran besar kerana ia harus membuktikan kemampuannya bagi menyaingi Mertua vs Menantu yang muncul drama bersiri paling tinggi ratingnya di saluran tersebut.

Difahamkan Mertua vs Menantu yang merupakan drama bersiri pertama lakonan Erra Fazira mencatatkan hampir 1 juta penonton sewaktu ia ditayangkan di Astro Prima baru-baru ini.

Menurut penerbit MIG Beats Sdn. Bhd., David Teo, beliau optimis 3 Janda mampu menyaingi Mertua vs Menantu berdasarkan kekuatan jalan cerita dan pengalaman para pelakon yang membintangi drama bersiri itu.

"Kalau boleh kami mahu mencipta sejarah baru bagi mengatasi rekod Mertua vs Menantu daripada segi ratingnya. Biarlah ratingnya kali ini mencecah lebih tujuh angka (lebih sejuta penonton).

"Saya optimis sasaran itu boleh dicapai kerana drama bersiri ini menggabungkan ramai tenaga kerja yang berpengalaman, pelakon yang berbakat dan popular," katanya pada sidang media selepas pelancaran 3 Janda di Restoran Lemon miliknya di Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.

Keyakinan David itu terserlah apabila pihaknya kini secara intensif telah mempromosikan 3 Janda meskipun penggambaran drama bersiri itu baru bermula 5 Mac lalu.

Selain David, pengarah 3 Janda iaitu Nor Jauza Rasidi atau Joeza turut terasa bahangnya apabila mengarahkan drama bersiri itu yang diharap dapat menarik lebih ramai penonton berbanding Mertua vs Menantu.

Kata Joeza, sebagai pengarah baru, beliau harus membuktikan agar drama bersiri arahannya itu mampu menaikkan reputasi drama-drama terbitan MIG Beats Sdn. Bhd., terutamanya menerusi saluran Astro Prima.

"Saya tidak nafikan tekanan seperti itu. Salah satu jalan untuk mencapai hasrat itu, saya dan semua tenaga kerja drama bersiri ini haruslah bekerja kuat.

"Ia bagi memastikan drama yang akan kami hasilkan kelak bermutu dan mampu menghiburkan para penonton Astro Prima. Saya yakin kerana semua tenaga kerja termasuklah MIG Beats Sdn. Bhd., bekerja secara profesional," ujarnya.

3 Janda yang dilakonkan oleh Farid Kamil, Lisa Surihani, Norliana Samsudin, Awal Ashaari, Abu Bakar Omar dan Rozita Che Wan dijangka ditayangkan di Astro Prima pada setiap Rabu pukul 10 malam mulai 22 April ini.

Drama 13 episod itu antara lain mengisahkan tentang tiga adik beradik perempuan iaitu Kartika lakonan Rozita Che Wan, Intan (Lisa Surihani) dan Suria (Norliana Samsudin) yang menjadi janda kerana masalah peribadi.

Bergelar janda

Mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan termasuklah karenah ibu bapa mereka dalam mengharungi kehidupan seharian yang mencabar selepas bergelar janda.

Meskipun berkisar tentang kehidupan janda, Joeza berkata, drama bersiri itu tidak bermaksud mendedahkan kelemahan golongan terbabit.

Sebaliknya, drama bersiri itu yang bergenrekan komedi mempunyai banyak nilai pengajaran yang boleh dititip oleh para penonton saluran televisyen berbayar tersebut.

Jelas Joeza, 3 Janda yang antara lain berdasarkan banyak pengalaman golongan janda hari ini yang terpaksa berdepan dengan cabaran disebabkan status yang mereka galas itu.

"Penulis skrip drama ini iaitu Siti Jasmina banyak mengembangkan jalan cerita drama bersiri ini berdasarkan situasi semasa yang berlaku dalam masyarakat hari ini.

"Walau bagaimanapun jalan cerita hasil cetusan idea Jeanne (isteri David Teo) itu tidak berniat menyindir atau mendedahkan keburukan golongan janda, sebaliknya ia boleh dijadikan iktibar," katanya.

Joeza yang sebelum ini pernah mengarahkan drama seperti Renjis, Hartamas dan Dua Kali Aku Mencintaimu juga yakin unsur-unsur komedi dan pengajaran dalam 3 Janda mampu menambahkan lagi bilangan penonton Astro Prima.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani turut senada dengan harapan David dan Joeza yang mahu melihat semakin ramai penonton menyaksikan drama-drama yang disiarkan menerusi saluran tersebut.

"Kami terima cadangan untuk menyiarkan 3 Janda menerusi Astro Prima selepas mendapati genre drama itu bertepatan dengan konsep saluran ini yang lebih ke arah drama-drama ringan atau komedi.

"Ia berdasarkan kaji selidik penonton yang telah kami lakukan. Biasanya pada hari Rabu (hari tayangan 3 Janda) merupakan hari di mana para penonton ingin bersantai selepas penat bekerja pada hari Isnin dan Selasa," jelasnya.

Pada masa sama kata Nizam, pihak Astro Prima mungkin akan mempertimbangkan memberi sedikit sumbangan kepada MIG Beats Sdn. Bhd. jika 3 Janda mendapat sambutan hangat.

Ini kerana, difahamkan jumlah rating yang tinggi hasil tayangan sesebuah drama yang disiarkan melalui Astro Prima turut mempengaruhi ramai pengiklan untuk mengiklankan produk masing-masing di saluran itu.

"Apa pun semua itu bergantung kepada perjanjian yang akan kami menterai dengan MIG Beats Sdn. Bhd., selepas ini nanti," komennya ringkas.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 12 Mar 2009, 10:58 am

Seniman perkenal Anugerah Khas P. Ramlee

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Hi_03_12


BINTANG Seniman... Dari kiri: Mustapha Maarof, Edd Razhe, Ahmad Idham dan Ik Pahon Joyik menunjukkan pingat Anugerah Perdana Bintang Seniman Malaysia '09 pada sidang media di Finas, Hulu Klang, Selangor, baru-baru ini.

TAHUN ini merupakan kali kelima Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menganjurkan Anugerah Perdana Bintang Seniman Malaysia (APBSM) bagi mengiktiraf sumbangan golongan artis di negara ini.

Golongan penerima bintang itu termasuklah karyawan seperti pelakon, penyanyi, pemuzik dan pengarah filem yang telah berjasa dalam dunia hiburan tanah air di mana ia tidak terhad kepada ahli-ahli Seniman semata-mata.

Sebanyak 18 bintang penghargaan akan disampaikan pada APBSM yang bakal diadakan di Stadium Perpaduan, Petrajaya, Kuching, Sarawak, pada 5 April ini mulai pukul 8 malam.

Presiden Seniman, Datuk Mustapha Maarof berkata, tahun ini persatuan itu akan memperkenalkan sebuah lagi anugerah baru yang dianggap paling berprestij dalam APBSM iaitu Anugerah Khas P. Ramlee.

Katanya, anugerah itu yang akan ditentukan oleh ahli-ahli panel khas Seniman diberi kepada penerimanya berdasarkan sumbangan serta ketokohan seseorang calon itu.

"Anugerah ini terbuka kepada semua cabang karier seni seperti penyanyi, pemuzik dan sebagainya yang mempunyai pencapaian cemerlang.

"Kami sudah ada senarai pendek calon-calon untuk kategori ini di mana pemenangnya dipilih berdasarkan pencapaian mereka yang cemerlang terutamanya di luar negara," katanya pada sidang media anugerah itu di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang, Selangor, baru-baru ini.

Katanya, lima daripada 18 penerima bintang anugerah itu akan dikhususkan kepada anak jati Sarawak yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan bidang seni di Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.

Anugerah itu katanya, sebagai suatu penghargaan kepada Negeri Bumi Kenyalang itu selaku tuan rumah anugerah itu di mana sebelum ini ia telah diadakan di Kangar, Perlis, Alor Setar, Kedah, Kuala Lumpur dan Jakarta, Indonesia.

"Kami akan serahkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi mereka di sana untuk memilih calon-calon yang layak.

"Seniman pula akan membawa 12 penerima pingat anugerah itu dari Kuala Lumpur. Tiket kapal terbang, penginapan dan makan minum akan ditanggung Seniman," ujarnya.

Dijangkakan Seniman dengan kerjasama syarikat penerbangan tambang murah AirAsia akan membawa sekitar 100 ahli rombongan dari Kuala Lumpur, termasuklah wakil-wakil media massa.

Ketika ditanya pemilihan lokasi Kuching untuk penganugerahan bintang kali ini, Mustapha berkata, ia merupakan serampang dua mata persatuan itu bagi merakyatkan bidang seni kepada para penduduk di sana.

Jelasnya, acara itu akan diadakan secara percuma kepada orang ramai.

"Sebab itulah kali ini kami adakan anugerah bintang ini di luar Kuala Lumpur supaya masyarakat di sana dapat mendekati artis-artis kita dengan lebih dekat lagi melalui pelbagai aktiviti yang akan diadakan kelak," kata pelakon berusia 74 tahun ini lagi.

Setakat ini kata Mustapha, Seniman sudahpun mempunyai calon-calon yang akan dianugerahkan pingat itu tetapi senarai pendek serta nama-nama yang berjaya merangkulnya akan diumumkan kemudian.

Selain artis-artis tempatan, anugerah itu juga akan memberi pengiktirafan kepada para karyawan seni yang bergerak aktif dalam arena independent atau bebas.

"Tidak kiralah sama ada mereka itu karyawan indie (independent) ataupun arus perdana kita akan tetap beri bintang berdasarkan pencapaian dan sumbangan mereka dalam bidang seni," jelasnya.

Malah, tambah Mustapha lagi, Seniman juga akan menjemput para pelakon veteran dari Singapura seperti Hashimah Yon, Zaiton dan Wahid Satay ke Kuching bagi memeriahkan lagi anugerah tersebut.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Timbalan Presiden Seniman, Ahmad Idham Ahmad Nazri, wakil AirAsia Berhad, Edd Razhe dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak, Ik Pahon Joyik.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 12 Mar 2009, 11:00 am

Dugaan buat Misha

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Hi_06_10
MISHA OMAR


PAPA bersimpati dengan penyanyi dan pelakon, Misha Omar yang baru-baru ini difitnah oleh seorang penulis blog yang merasakan dirinya adalah hebat dan tersohor.

Dalam blog itu, penulisnya telah membuat kenyataan palsu dan bukan-bukan tentang Misha yang ternyata membuatkan Misha dan pengurusnya, Mimie Omar berang.

Masakan tidak, dalam blog itu, penulisnya mengatakan Misha telah mempersendakan pakaian yang dipakai oleh penyanyi genit, Sarah Raisuddin dalam satu majlis baru-baru ini.

Padahal, Misha hanya bergelak ketawa dengan beberapa orang rakan wartawan yang cukup terkenal membuat lawak jenaka.

Misha bimbang kerana dengan kenyataan itu, seolah-olah mahu melaga-lagakan Misha dan Sarah sedangkan pada hakikatnya, semua itu tidak berlaku.

Seperkara lagi yang membuatkan Misha bengang adalah apabila penulis blog itu telah mengambil gambarnya sewaktu mengenakan pakaian tanpa meminta kebenaran untuk berbuat demikian.

Bila Papa melawat blognya, semua artikel dan gambar Misha yang pernah diterbitkan semuanya sudah tiada. Maknanya, tersentap lah tu!!

Diri sendiri yang buat pasal lepas tu nak sentap tak tentu pasal. Memang biadap sungguh penulis blog itu dan Papa juga pernah terserempak dengannya beberapa kali di majlis. Malah, dia sendiri pernah melabelkan Papa dan rakan-rakan wartawan dari akhbar arus perdana yang lain sebagai diva.

Sedangkan Papa dan teman-teman lain tidak pernah mengenali antara satu sama lain dan sesuka hati dia sahaja untuk melabelkan kami. Dahlah berangan kononnya dia tu wartawan tersohor. Jangan ingat awak ada blog, boleh buat sesuka hati ya!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 12 Mar 2009, 11:03 am

(Gambar) Zul Huzaimy sebagai Gay dalam Anu Dalam Botol

Sebelum ini mediamalaya ada mengeluarkan entri mengenai Adi Putra berperwatakan gay di dalam filem terbaru Raja Azmi, Anu dalam Botol. Kali ini pula, Zul Huzaimy berperwatakan gay untuk filem tersebut. Walaupun filem-filem arahan Raja Azmi tidak mendapat sambutan oleh penonton, mediamalaya yakin filem ini akan menaikkan sedikit namanya kerana pelakon-pelakon seperti Zul Huzaimy dan Adi Putra yang pastinya ngetop lakonan mereka.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 11010
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 12 Mar 2009, 11:10 am

Rozita Che Wan @ ALLY makin perghh..

makin menarik dia ni..

berseri-seri je..

macm baru 18 tahun je ngeh3x hoorey!!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 122
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 12 Mar 2009, 11:13 am

Bercinta dengan tauke kereta mewah

HEBAT sungguh selebriti wanita ini apabila dapat memikat hati usahawan kereta yang muda belia serta kacak bergaya.

Menurut sumber SS, selebriti itu sekarang sibuk menyulam cinta.Melihatkan rupa paras dan usia mereka berdua memang sepadan. SS rasapercintaan mereka pun tiada halangan kerana kedua-duanya masih bujang.

Selepasini jangan terkejut jika ada yang ternampak selebriti itu memandukereta mewah silih berganti. Bagaimanapun sekiranya jika ada jodoh diantara mereka, jejaka itu kenalah mendidik selebriti itu sebaik mungkinkerana ia membabitkan cinta dua bangsa, berlainan budaya dan adatresam.

SS rasa perkara itu tiada masalah kerana sudah sekianlama kita hidup dalam masyarakat berbilang bangsa. Apabila tiba musimperayaan kita saling berkunjungan. Justeru, SS yakin selebriti itudapat memahami budaya hidup teman lelakinya.

Lagipun dah ramaiartis dan selebriti tanah air bertemu jodoh berlainan bangsa sepertiNazrullah dengan Sheahnee yang baru saja keguguran anak sulung mereka.Begitu juga Rusdy Ramli dengan Sharon Paul. Mereka kini bahagiamenjalani hidup sebagai suami isteri.

Si Corrie pula memelukagama Islam dan kini berkahwin dengan gadis Melayu. Wendy Wong jugamengikut jejak langkah Corrie dan menukar namanya kepada Wani Wong.Agaknya ini dia sedang enak berbulan madu dengan jejaka pilihan hatiyang kini menjadi suaminya.

Yang penting saling memahami,menghormati dan mendapat restu keluarga. Apapun SS berharap selebritiitu jujur mencintai si teruna bukan semata-mata terpaut pada hartabendanya.

**yang ni kot....**

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 1112
marion sama nasa

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 11110
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 12 Mar 2009, 11:17 am

Stacy lancar album kat KK, Sabah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Stacyh10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Stacyh12
album Stacy dilancarkan oleh Tan Sri Bernard Dompok, Menteri di Jabatan Perdana Menteri....

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Stacyh11
masa tengah menghiburkan peminat pada majlis pelancaran album beliau di 1Borneo Hypermall
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 12 Mar 2009, 11:18 am

Band Hujan Indie Pertama Duta Myvi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Hujanb10

Caya’lah band hujan, merupakan band indie yang berjaya menarik hati Myvi untuk menjadi duta produk mereka, dan beruntungnya Noh & Am yang telah pun di’berikan setiap seorang sebuah kereta Myvi. Bijak betul Perodua, Myvi banyak di’pakai oleh pelajar universiti, dengan band Hujan menjadi duta produk, secara tidak langsung untuk jangka masa panjang jualan kereta Myvi bakal meningkat. (Penulis sedang berada di’dalam kelas economic analysis, maafkan ya)

Di’khabarkan teman-teman terdekat Noh, bahawa di’sebalik silap faham dan buruk sangka terhadapnya di kanta mata umum, beliau memang rajin bersedekah. Di’kediaman sementaranya di kondominium Prima 16, Petaling Jaya yang di’kongsi bersama bassis Hujan, Jaja, Noh juga biasa menapau berbelas-belas bungkusan teh ais untuk pak guard Myanmar yang bertugas mengawal kondo itu.

Syabas dan terus maju Hujan!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 12 Mar 2009, 11:22 am

`Terlalu awal hukum saya’

KUALA LUMPUR: Tidak sampai seminggu menggalas tanggungjawab sebagai pengetua Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh, sudah ada sesetengah pihak mempertikaikan keupayaan Datin Seri Tiara Jacquelina untuk mengemudikan program realiti popular itu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Tiaraa11


Mereka beranggapan Tiara lebih banyak bergiat dalam bidang lakonan dan teater selain bersikap sinis terhadap kemampuannya menyuntik sesuatu yang baru ke dalam AF kerana program itu lebih kepada persembahan nyanyian.

Namun, bagi Tiara, 41, masih terlalu awal peminat AF menilai serta mentafsir perubahan bakal dilakukan untuk AF7.

“Kita tunggu dan lihat dulu kerana masih terlalu awal, belum masuk minggu pertama pun, tapi saya berjanji akan melakukan terbaik untuk AF,” katanya yang dihubungi semalam.

Sebagai seorang yang berkecimpung dalam dunia seni lebih 20 tahun, kata Tiara, beliau melihat AF sebagai platform terbaik untuk mencurahkan pengalamannya selama ini.

Beliau tidak bersandarkan kepada teori atau buku semata-mata, sebaliknya mencurahkan apa di belajar dan alami mengenai selok-belok dunia hiburan sepanjang bergelar anak seni.

“Saya percaya mampu menggalas tanggungjawab ini. Pihak Astro juga memilih saya berdasarkan pengalaman yang saya ada,” katanya.

Beliau mencipta sejarah baru dalam AF apabila menjadi wanita pertama dilantik sebagai pengetua yang diumumkan menerusi episod pertama Diari Akademi Fantasia di Astro Ria, Selasa lalu.

Tiara berkata, beliau berasa pelik kenapa pelantikannya dipertikaikan sesetengah pihak sedangkan masih terlalu awal untuk membuat penilaian.

“Setiap bidang pembelajaran dalam AF ada tenaga pengajarnya sendiri seperti kelas vokal dan lakonan manakala saya merangkumi semua.

“Saya namakannya kelas tranformasi untuk membentuk dan membimbing pelajar menjadi bintang dan lebih daripada semata-mata seorang penyanyi,” katanya.

Menurutnya, beliau berazam membawa AF7 lebih jauh dengan satu perubahan ketara untuk industri.

“Sehubungan itu, saya memerlukan kerjasama pihak Astro, kru produksi, tenaga pengajar dan pelajar untuk bersama menjadikan AF musim ketujuh sebagai sesuatu yang luar biasa,” katanya yang melihat pelajar AF kali ini mempunyai potensi besar sebagai seorang bintang dengan bimbingan sepenuhnya mampu menyaingi Mawi.

Tegas pelakon yang dikenali sebagai Puteri Gunung Ledang itu, dalam kelas, pelajar bangun seorang demi seorang dan memintanya membentuk mereka sehingga menjadi ikon industri tanah air.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 12 Mar 2009, 11:24 am

Mawi-Ekin bulan madu kedua di Sepanyol?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Ekin1110


Hampir tiga bulan bergelar suami isteri, pasangan ini semakin bahagia melayari bahtera rumahtangga. Terbaru, Mawi dikatakan akan membawa Ekin ke Sepanyol pula pada pertengahan April depan.

Mungkinkah ia merupakan destinasi 'honeymoon' kedua pasangan ini setelah pertama kali berbulan madu di Korea Selatan pada Januari lalu?

"Kami ke sana bukan untuk berbulan madu. Sebenarnya, saya akan menyambung semula program Langkah Mawi terbitan Mawi World dan destinasi pertama yang akan kami pergi ialah Sepanyol.

"Jadi, sudah tentu saya akan bawa Ekin bersama. Tetapi kami ke sana lebih di atas dasar kerja.

"Saya baru saja tamat menjalani penggambaran filem Magika dan ketika ini sedang terlibat dengan teater Sirah Junjungan. Selepas habis teater itu nanti, saya akan tumpukan perhatian sepenuhnya terhadap projek Langkah Mawi ini," kata Mawi yang ditemui pada rakaman program Kelab Pop di Wisma Ali Bawal, Petaling Jaya, semalam.

Menurut penyanyi berusia 28 tahun ini, program Langkah Mawi yang pernah disiarkan pertama kalinya di Astro Ria pada tahun lalu juga akan ke destinasi-destinasi lain selepas itu, tetapi buat masa ini negara yang akan dikunjunginya itu masih belum ditetapkan.

"Seperti yang sebelum ini, Langkah Mawi kali ini masih akan mengupas tentang muzik, fesyen, makanan dan budaya negara-negara tertentu. Buat masa ini, saya hanya terfikir untuk ke Sepanyol dan masih berbincang tentang negara-negara lain.

"Insya-Allah, Ekin juga akan muncul bersama saya di dalam sebuah episod istimewa Langkah Mawi ini," kata penyanyi yang berasal dari Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini.

Sengaja diajukan pula tentang subjek 'anak', Mawi sambil tersenyum hanya menjawab:

"Belum ada rezeki. Rasanya, saya pun belum ada ciri-ciri bapa kot," ujar Mawi dalam nada berseloroh.

Ditanya tentang perkembangan lain karier seninya, Mawi sempat menceritakan pengalamannya membintangi filem muzikal fantasi arahan Edry KRU, Magika yang baru tiga hari tamat penggambarannya.

Turut membintangi filem itu antara lain ialah Diana Danielle, Ziana Zain, Ning Baizura dan Ogy Ahmad Daud.

"Banyak pengalaman baru saya kutip ketika berlakon filem ini. Ia tidak sama seperti yang saya buat untuk filem pertama saya, Jin Notti dulu. Memandangkan filem ini berkonsepkan muzikal, saya perlu menyanyi dan berlakon pada masa yang sama.

"Memang cukup mencabar untuk lakukannya apatah lagi saya perlu juga bermain dengan emosi. Tetapi Edry sendiri banyak membantu saya," kata Mawi yang membawakan watak Badang di dalam filem itu.

Dalam pada itu, ditanya tentang kesihatan ibunya, Ramlah Sarlan yang baru-baru ini dikatakan tenat kerana diserang penyakit darah tinggi, kata Mawi, dia bersyukur kerana ibunya kini semakin sihat.

"Sejak dia sakit tempoh hari, kerap juga saya pulang ke kampung di Kulai. Sudah lebih lima kali saya pulang menjenguk ibu sejak bulan lalu.

"Malah, kelmarin saya dan Ekin sempat balik ke Kulai untuk menyambut hari lahir ibu yang ke-63. Dia nampak cukup gembira dan Alhamdulillah, tahap kesihatannya juga semakin baik.

"Tetapi dari masa ke semasa, dia masih meneruskan rawatan di salah sebuah hospital di sana," kata Mawi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 12 Mar 2009, 11:31 am

Sambut hari jadi ke-57

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Mainpi47


JIKA artis seusianya berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan, diva popular Anita Sarawak pula bertuah kerana dianugerahkan Tuhan kesihatan yang baik sepanjang meniti usia emasnya.

Malah, kata Anita yang akan menyambut hari jadinya yang ke-57 tahun ini berkata, semuanya berkat doa dari peminat yang sentiasa memohon kesejahteraannya saban tahun.

"Setiap hari saya tidak pernah lupa berdoa kepada Tuhan, semoga diberikan kesihatan yang baik dan diberikan kekuatan untuk menempuhi cabaran hari mendatang.

"Apa yang saya harapkan pada usia sekarang diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang murah dalam bidang seni. Saya juga bersyukur kerana tidak pernah berhadapan dengan masalah kesihatan atau penyakit berbahaya setakat ini.

"Apapun, saya beruntung kerana mendapat suami yang penyabar seperti Abang Mahathir (Mahathir Abdullah) yang sentiasa setia menemani di sisi ketika suka dan duka," katanya.

Seperti biasa, kata Anita, dia juga merancang untuk mengadakan kenduri doa selamat bersama keluarga sempena meraikan hari jadinya tahun ini.

"Tapi saya belum merancang untuk mengadakan sambutan majlis hari jadi atau parti nanti," katanya.

Selain kesihatan yang baik, rezeki Anita dalam bidang seni juga semakin murah.

Duta produk kecantikan Silvana Miracle, Jujur Juice dan Empire Classic Furniture ini juga baru menyambung kontrak sebagai Wajah Eksklusif Astro untuk tempoh tiga tahun lagi.

"Saya akan muncul dengan program bual bicara yang baru tetapi masih dalam perancangan lagi. Begitu juga dengan projek drama baru selepas Agensi Melor.

"Selain itu, saya masih kumpul material untuk pembikinan album baru. Sekalipun terikat dengan Astro, saya juga tidak ada masalah untuk menerima undangan persembahan nyanyian terbitan stesen TV lain," katanya.

Anita ditemui ketika sidang media Minggu Setiausaha bersama Anita Sarawak dan Faizal Tahir di PNB Darby Park di sini, baru-baru ini. Pengacara majis yang dijangka menyemarakkan majlis ini nanti ialah Sazzy Falak.

Hadir sama, Penolong Pengurus Eksekutif, PNB Darby Park, Muhammad Taha Zainal.

Mengulas lanjut persembahan sempena Minggu Setiausaha yang akan berlangsung di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara pada 7 April nanti, Anita berkata, persembahan itu adalah eksklusif buat peminatnya yang membabitkan bos dan setiausaha mereka nanti.

"Seperti sambutan Minggu Setiausaha sebelumnya, saya juga menerima banyak tawaran yang lain tetapi saya hanya buat persembahan eksklusif di PNB Darby Park saja.

"Saya juga bersyukur kerana dalam usia mencecah 57 tahun ini, masih ada pihak yang memberikan kepercayaan dan mengundang saya menjayakan persembahan sempena Minggu Setiausaha yang tiba pada setiap April.

"Selain dapat mengubat kerinduan peminat, saya harap, persembahan saya akan buat semua peminat lupa pada masalah mereka. Sebenarnya, saya buat semua ini demi peminat yang sentiasa menyokong saya dari dulu hingga sekarang," katanya.

Bercerita lanjut mengenai persembahannya itu, kata Anita, seperti biasa dia menjanjikan kelainan seperti sebelumnya.

"Sudah pasti saya janjikan yang terbaik untuk menghiburkan bos dan setiausaha mereka nanti. Saya akan menyampaikan lapan lagu pada persembahan itu nanti termasuk lagu popular seperti Seksis dan Akhirnya Kini Pasti.

"Ada juga lagu yang saya pilih nanti tidak pernah disampaikan sebelum ini. Sudah pasti lagu yang dipilih juga lagu yang peminat suka. Sudah namanya, Minggu Setiausaha, paling penting pembabitan penonton pada persembahan saya nanti," katanya.

Tambah Anita, ia juga julung kalinya dia digandingkan dengan Faizal untuk persembahan sempena Minggu Setiausaha itu.

"Faizal akan buat persembahan pembukaan nanti. Selain itu, Pengarah Muzik yang akan mengiringi persembahan kami nanti ialah Acis dan ia juga kali pertama saya bekerja dengannya," katanya.

Bagi Faizal pula, ia juga gandingan pertamanya dengan Anita pada persembahan sempena Minggu Setiausaha.

"Ini tahun kedua saya jayakan persembahan sempena Minggu Setiausaha. Sekalipun sekadar artis undangan, saya berasa bangga kerana dapat digandingkan dengan penghibur hebat seperti Anita dalam persembahan ini.

"Saya akan sampaikan empat lagu pada persembahan itu nanti termasuk lagu popular iaitu Cuba dan Sampai Syurga.

Pada masa sama, saya juga dapat tawaran buat persembahan di tempat lain tetapi ia belum diputuskan lagi," katanya.

Sementara itu, Mohd Taha berkata, ia adalah tahun keempat PNB Darby Park menjayakan sambutan Minggu Setiausaha.

"Persembahan duo popular yang tampil dengan persembahan bertenaga ini dijangka menarik perhatian kira-kira 1,000 penonton nanti. Anita dan Faizal adalah gandingan terbaik kami untuk sambutan Minggu Setiausaha kali ini.

"Selain persembahan hiburan, kami juga menawarkan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama set bilik tidur bernilai RM18,000.00 sumbangan Empire Classic Furniture.

"Penaja lain yang terbabit ialah tujuh set mutiara Rafflesia bernilai RM10,000.00 setiap satu; Jovian Mandagie, Silvana Ultimate dan Emma Lisz. Tema sambutan kali ini ialah warna perak dan hitam," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 12 Mar 2009, 11:33 am

poster syurga cinta

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 33348810

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 33348811

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 33357110
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitimeThu 12 Mar 2009, 11:35 am

Muzikal Patung Kertas 2 cari pelakon bukan Melayu

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Patung10
Antara pelakon Muzikal Patung Kertas 2 adalah Datuk Jalaluddin Hassan (kiri) dan Ku Mohd. Yusri Ku Abd. Rahman atau Adik (tengah) manakala Ashraf Muslim (kanan) yang pernah membintangi muzikal tersebut belum memberikan kata putus untuk turut serta atau tidak. -foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ


PEMENTASAN pertama teater Muzikal Patung Kertas tahun lalu hanya disertai oleh para pelakon Melayu, kali ini ia turut mengalu-alukan penyertaan pelakon bukan Melayu.

Menurut pengarahnya, Lokman Ghani, dia menganggap golongan ‘mak nyah’ di luar sana bukan sahaja terdiri daripada bangsa Melayu malah mereka turut popular di kalangan bangsa Cina dan India.

Atas sebab itu, Lokman merancang untuk menambah pelakon baru dengan mengadakan sesi uji bakat supaya tiada yang ketinggalan.

“Kita akan kekalkan pelakon yang ada dan mengadakan uji bakat untuk dua hingga tiga pelakon baru selepas ini,” ujar Lokman.

Antara pelakon Patung Kertas yang dikekalkan adalah Datuk Jalaluddin Hassan, Zuhairi dan Ebby Yus.

Patung Kertas musim kedua turut memperkenalkan pelakon baru iaitu Ku Mohd. Yusri Ku Abd. Rahman atau Adik yang pernah berlakon dalam drama Sutun.

Mengenai uji bakat untuk mencari pelakon berbangsa Cina dan India, mereka yang berminat boleh menghantar biodata diri ke eja.ski@gmail.com mulai sekarang.

Seperti yang diketahui, Muzikal Patung Kertas musim pertama telah mendapat sambutan menggalakkan.

“Ada yang terkilan sebab tak berpeluang menonton Patung Kertas. Selain itu, kami juga mendapat maklumbalas penonton dari internet dan panggilan telefon yang meminta untuk kami buat semula,” luah Lokman.

Jadi, disebabkan faktor itu, pihak produksi termasuk pihak penerbitan dari Bintang Emas Pictures (M) Sdn. Bhd berminat untuk mementaskan Patung Kertas buat kali kedua.

Kata Lokman, semua golongan penonton disasarkan untuk hadir agar mereka mengenali dengan lebih dekat tentang siapa patung kertas ini sebenarnya.

Tambahnya, mungkin ramai yang mengagak Patung Kertas 2 adalah sekuel dan mengharapkan kesinambungan akan berlaku.

“Apabila dinilai semula skripnya, jalan cerita masih sama cuma ada sedikit pembaharuan untuk menarik penonton seperti terdapat elemen pelbagai kaum, artistik dan penambahan muzik.

“Kami juga akan memperbaiki muzikal kedua ini berdasarkan komen yang diberikan semasa pementasan pertama agar kesilapan tidak berulang lagi.

“Selagi saya berkarya, saya rasa muzikal ini boleh diubah untuk dicantikkan, warnakan dan baikkan lagi.

“Kalau muzikal kali ini menjadi lagi baik, saya akan cuba membuat Patung Kertas 3 pula,” katanya mengenai muzikal yang akan dimulakan latihannya pada hujung bulan ini.

Adik pernah berpakaian wanita

Bagi pelakon baru muzikal ini iaitu Ku Mohd. Yusri atau Adik yang merupakan pelakon utama drama Sutun, dia pernah mempunyai pengalaman berpakaian wanita ketika menyertai persembahan teater semasa belajar dahulu.

Dalam muzikal ini, dia membawakan watak Adik Wan yang mempunyai kehidupan orang bandar dan menetap di Kuala Lumpur.

Adik Wan berpakaian wanita. Dia rapat dan tinggal bersama dengan Abang Long (Datuk Jalaluddin Hassan). Selepas itu, dia berjumpa pula dengan Adik Chu.

“Saya rasa agak susah untuk menjiwai watak Adik Wan.

“Namun, dengan bantuan pengarah dan penolong skrip, saya rasa insya-Allah akan ok,” kata Adik, 25, yang mempunyai Diploma Teater di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Ijazah Seni Persembahan Drama di Universiti Malaya.

Bertanya pandangannya tentang Patung Kertas, Adik berkata:

“Patung Kertas merupakan satu fenomena lain yang sangat mencabar kerana kita tidak tahu penerimaan orang lain.

“Ada yang boleh menerima kita dan ada yang tidak. Kita juga tidak boleh memuaskan hati semua orang.”

Saksikan Muzikal Patung Kertas 2 mulai 23 April hingga 3 Mei depan, pukul 8.30 malam, di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).

Tiket pada harga RM30 dan RM50 sudah boleh dibeli mulai 9 Mac lalu.

Untuk maklumat lanjut atau ingin membuat tempahan, hubungi 03-41433577 dan 03-22875881 atau layari www.boxoffice.my.

Sinopsis

Patung Kertas memaparkan kembara seorang pemuda lembut, Adik Chu yang akhirnya menjadikan dia salah seorang kumpulan patung kertas (paper doll).

Semuanya bermula apabila perhubungan akrab antara dia dengan Abang Long yang menjadi idola Adik Chu.

Melalui Abang Long, Adik Chu berkenalan dengan Adik Wan, Donny dan lain-lain anggota patung kertas dengan berkongsi masalah dan pengalaman dalam mencari realiti kehidupan.

Mereka turut menganjurkan pertunjukan kebajikan untuk membantu pesakit-pesakit kronik hingga membawa perkenalan mereka dengan Abang Yus dan seorang kanak-kanak penghidap jantung kronik.

Bagaimanapun, pergolakan dunia patung kertas yang penuh suka duka itu menimbulkan konflik apabila Abang Long rapat dengan salah seorang ahli baru kumpulan tersebut yang tidak disenangi oleh seseorang.

Tidak setakat itu sahaja, perebutan kawasan bisnes juga menjadikan suasana lebih tegang dan ada antara ahli kumpulan itu terjebak dengan isu tersebut.

Abang Long yang menjadi tunggak dalam kumpulan itu terpaksa menggunakan segala kebolehannya untuk menyelesaikan isu anak-anak buahnya hingga dia ditemukan semula dengan Suhana, gadis sekampung yang pernah mencuri hatinya suatu ketika dahulu.

Ia juga membongkar kenapa Abang Long tiba-tiba meninggalkan kampung sekian lama hingga menjadi tanda tanya masyarakat kampung.
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 18 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 18 of 20Go to page : Previous  1 ... 10 ... 17, 18, 19, 20  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions