|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 8:12 am | |
| Bukan ciuman lucah BUNGA menganggap adegan ciuman dengan Ashraf tidak keterlaluan dan dilaksanakan atas kehendak skrip.
SEMUANYA gara-gara cinta. Gara-gara cintanya berbunga hanya untuk aktres serta penyanyi jelita Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), nama jejaka kacukan Melayu-Jerman, Ashraf Sinclair tiba-tiba menjadi 'panas' dan menjadi buruan media Indonesia dan Malaysia tidak berada lama dahulu.
Gara-gara cinta juga, daripada sekadar seorang pengacara beberapa program hiburan dan pelakon yang biasa-biasa sahaja, nama Ashraf kini turut sama berbunga di pentas seni di tanah seberang seperti mana suri hatinya, BCL juga.
Tidak sekadar pelakon tamu yang menjayakan satu atau dua babak, nama Ashraf di Indonesia sudah tercatat sebagai anak filem dan tidak lama lagi, bakal menghiasi kaca TV tanah seberang itu menerusi sinetron-sinetron yang mempesona tontonan.
Itu semua kerana cinta. Semua itu diakui sendiri oleh Indrayanto Kurniawan, sutradara pertama yang melihat potensi milik Ashraf untuk diangkat sebagai hero bernama Fredo di sisi Dewi, karakter ciptaan yang dikhaskan untuk BCL menerusi filem pertama karyanya, Saus Kacang.
"Sebenarnya naskhah Saus Kacang sudah ditulis sejak tahun 2004, cuma sekitar tahun lepas sahaja baru dapat dibikin filem. Watak Dewi memang diciptakan untuk BCL, dan ketika penggambaran hendak dimulakan saya masih tercari-cari pasangan Dewi yang sememangnya haruslah bukan pelakon dari Indonesia.
"Sebelum Ashraf dipilih, ramai juga pelakon dari Taiwan, Singapura dan Filipina diteliti tapi belum ada yang diputuskan sehinggalah saya mendapat berita bahawa BCL sedang intim bersama jejaka tampan dari Malaysia bernama Ashraf. Kebetulan Ashraf juga seorang pelakon, dari situlah, pertemuan diatur, kami berbincang dan rasanya, Ashraf layak untuk dijadikan hero filem saya," ujar Indrayanto yang hadir ke Malaysia untuk promosi filem Saus Kacang, baru-baru ini.
Sebagai pelakon yang dipilih ke dalam senarai atas faktor 'tuah' atau secara kebetulan, Ashraf semestinya sangat berterima kasih kepada BCL, kekasih, heroin yang kini bergelar permaisuri hidupnya.
"Ya, semuanya rezeki saya dan rezeki kami berdua. Memang mulanya, saya menerima tawaran filem berkenaan kerana memikirkan itulah peluang untuk saya bertemu, berpacaran serta dapat bekerja bersama teman wanita saya memandangkan saya selalu ke Jakarta untuk menemuinya.
"Yang keduanya, tentulah kerana skrip dan daya penarik yang ada dalam naskhah Saus Kacang sendiri. Apatah lagi, saya melihat itulah satu peluang yang tidak dapat ditolak kerana ia seolah-olah membuka pintu untuk saya masuk ke perfileman, ke dunia hiburan di Indonesia," kata Ashraf yang tidak menyangka filem pertama yang menggandingkan dia dan isterinya itu turut ditayangkan di Malaysia.
PENGARAH muda,Indrayanto (kanan) bercerita tentang jiwa muda melalui dua pelakon yang sudah bergelar suami isteri ini. ASHRAF kini menetap di Indonesia kerana mahu sentiasa di samping isterinya.
Kegembiraan dan keterujaan Ashraf juga berganda memandangkan dia dapat membuktikan kepada peminat hiburan di Malaysia bahawa percubaan dan ketiadaan kelibatnya di Malaysia bukan sekadar pergi berseronok di Jakarta sebaliknya melunaskan kerja seni yang berbaloi.
Tidak hanya Saus Kacang yang kini ditayangkan di Malaysia setelah mendapat kutipan mencecah RM4 juta di Indonesia, dalam jadual Ashraf ada sebuah lagi filem menanti bertajuk The Real Pocong yang bakal ditayangkan di Indonesia tidak lama lagi.
"Saya gembira walaupun berlakon di Indonesia, filem lakonan saya turut ditayangkan di negara ini. Justeru, walaupun saya sudah menetap di negara orang, tetapi masih pulang ke Malaysia untuk mempromosikan hasil kerja saya. Selepas ini saya akan sibuk dengan penggambaran sinetron.
"Harap sinetron itu dapat disiarkan di televisyen di sini seperti sinetron Jelita, Intan yang juga diarahkan oleh Indrayanto. Ketiadaan saya di sini bukan hilang begitu saja.
"Saya bekerja untuk dua negara. Berlakon di Indonesia tetapi disiarkan juga di Malaysia. Tawaran berlakon di sini pun ada untuk saya dan Bunga tetapi masalahnya ialah masa," kata Ashraf dalam dialek bercampur-campur, Malaysia dan Indonesia.
Dari pandangan mata kasar, manisnya Saus Kacang bagi pasangan yang baru menikah pada 8 November 2008 itu kerana ketika di lokasi penggambaran, Ashraf dan BCL sedang asyik dilamun asmara. Lebih enak lagi, merpati dua sejoli itu diberikan watak dua jiwa yang sedang berkasih dan dihangatkan lagi dengan beberapa babak ciuman yang menyentuh rasa.
Di Malaysia sendiri, pasangan itu sendiri pernah mencipta kontroversi ekoran penyebaran gambar-gambar panas dan aksi bercium ketika sama-sama bercuti di Bali.
Akui Ashraf, benar mereka sedang bercinta ketika menjayakan filem itu tetapi adegan cium bukan sengaja dicipta untuk keseronokan atau melariskan filem dengan aksi panas sebaliknya dimasukkan ke dalam skrip untuk memberi gambaran tentang betapa serius dan sejauh mana kemesraan yang terjalin antara Dewi dan Fredo menerusi Saus Kacang.
"Saya minta penjelasan terlebih dahulu adakah adegan itu perlu atau sekadar untuk melariskan filem. Jika ia menjadi keperluan dalam filem ini, saya rela melakukannya tetapi jika sengaja diadakan, saya tidak akan melakukannya.
"Sebenarnya adegan cium itu cabaran bagi saya kerana kali pertama saya melakukannya di skrin untuk tontonan umum," katanya ketika ditemui selepas pratonton filem lakonannya baru-baru ini.
Tambah Ashraf lagi, demi menghidupkan watak dalam Saus Kacang, Ashraf dan Bunga terpaksa membezakan hubungan mereka di luar dan dalam filem.
MASIH dalam suasana berbulan madu.
Mengukuhkan hujah Ashraf, pengarah filem berkenaan, Indrayanto turut memberikan penjelasan.
Kata Indra, ciuman antara Fredo dan Dewi dalam Saus Kacang bukannya bersifat pornografi.
"Saya bukan sutradara filem porno dan ciuman itu langsung tidak menunjukkan emosi ghairah sebaliknya lebih bersifat kasih sayang dan kemesraan antara Fredo dan Dewi.
"Untuk pengetahuan media di Malaysia juga, aksi itu dicipta bukan semata-mata untuk mengambil kesempatan dengan status Ashraf dan Bunga yang sedang berkasih. Ia sudah ada dalam skrip sebelum saya memilih Ashraf sebagai Fredo," ulas Indrayanto enggan disifatkan dirinya sebagai pembikin babak panas semata-mata untuk untuk meraih perhatian.
Tampil dengan potongan rambut pendek dan sedikit susut mungkin kerana kepenatan selepas mengelilingi Indonesia mempromosikan album keduanya, Aku Pasti Datang, BCL atau Bunga bagaimanapun sekadar tertawa dan tersenyum tatkala babak ciumannya bersama Ashraf yang mula diperkatakan.
Seperti juga Ashraf, Bunga sendiri agak sukar juga untuk memisahkan dirinya yang sebenar demi menjiwai watak Dewi.
Menurut cerita Bunga, pernah untuk satu babak dia keberatan dan harus meminta izin daripada kekasih hatinya itu untuk menjayakan adegan menampar muka Ashraf dengan sekuat hati.
"Untuk adegan menampar Ashraf saya terpaksa melakukannya sebanyak lima kali. Indrayanto mengingatkan yang saya adalah Dewi dan Ashraf pula Fredo jadi tamparan daripada saya haruslah benar-benar menunjukkan kemarahan kerana mulanya saya teragak-agak.
"Setiap kali melakukannya saya pantas minta maaf, kemudian disuruh ulang lagi dan lagi sampai pipi Ashraf jadi merah. Kami juga harus banyak bergaduh, menjerit dan menangis, itulah cabaran besar buat kami kerana filem ini sendiri bersifat romantik komedi," kata Bunga.
Dalam Saus Kacang, bekas teman wanita Fredo, Mae lakonan Marsha AF datang menemui Fredo ketika di Bali. Jika secara realitinya pastinya Bunga sendiri merasa sedih atas kecurangan Ashraf namun untuk menjiwa emosi kesedihan dalam filem berkenaan, Bunga langsung tidak mahu mengaitkan adegan itu dengan kehidupan realiti dirinya dengan Ashraf.
"Tidak pernah terbayang di fikiran saya bahawa Ashraf akan curang terhadap saya. Hanya yang terbayang di fikiran hanya Fredo yang bersikap begitu," kata Bunga.
FILEM yang bercerita tentang cinta dan air mata pasangan suami isteri ini ketika mereka sedang di alam perkasihan.
Tentang adegan bercium, Bunga juga sependapat dengan Ashraf. Dia sanggup melakukan apa jua adegan jika adegan itu besar impaknya dan sangat diperlukan untuk jalan cerita sesebuah filem.
"Itu sebelum berkahwin. Ketika itu saya bisa melakukan adegan itu setelah berbincang dengan pengarah tetapi selepas ini memandangkan saya sendiri sudah bergelar isteri, kalau ada lagi adegan sebegitu yang diminta oleh pengarah, saya dan Ashraf akan berbincang terlebih dahulu," kata Bunga yang masih sibuk dengan agenda promosi album keduanya.
Bulan lepas, BCL dijadualkan ke Australia untuk menjayakan satu showcase di sana bersama beberapa nama besar dari Indonesia yang lain.
Di Malaysia filem Saus Kacang menemui penonton di pawagam bermula, 17 Mac 2009.
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 8:13 am | |
| Rani sibuk kuruskan tubuh RANI MUKHERJI
RANI MUKHERJI kini dilaporkan sedang sibuk berusaha memantapkan bentuk tubuhnya sebelum menjalani filem terbaru yang memerlukan dia menghidupkan watak seorang ahli sukan.
Bagi mencapai matlamatnya itu, Rani telah mendapatkan khidmat jurulatih peribadi aktor Aamir Khan, Satyajit Chourasia.
Satyajit memberitahu IANS baru-baru ini: "Rani sedang giat melakukan pelbagai latihan termasuk angkat berat dan yoga untuk menguruskan badannya. Dia juga menjaga pemakanannya dengan lebih profesional."
Tambahnya: "Dalam menu harian Rani, tiada lagi makanan berminyak dan diet pemakanan yang diambilnya cukup seimbang."
Sebelum ini Rani sudahpun memiliki badan yang kurus ketika muncul sebagai pelakon undangan dalam filem, Rab Ne Bana Di Jodi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 8:15 am | |
| Mat Qaypoh Mengakhiri Zaman Bujang 20 Mac 2009 pastinya meninggalkan kenangan manis buat pelakon, model dan pengacara. Syeikh Mohd Yusmal Ghazali, atau lebih mesra dengan panggilan Mat Qaypoh yang suatu ketika dahulu merupakan segmen yang cukup popular dalam rancangan panas Melodi di TV3. Memilih Shawn Dawnniwati Sulaiman sebagai teman sehidupnya, Yusmal berharap mahligai perkahwinan yang dibina atas dasar percintaan dapat berkekalan selama-lamanya. Pada malam tersebut juga, Dewan Merak Kayangan Felda menjadi saksi termetrainya jalinan percintaan antara dua mempelai ini. Mengenakan pakaian sedondon biru muda, Yusmal dan pasangannya tampak kacak dan jelita mengenakan pakaian tradisional Melayu |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 8:17 am | |
| Ozlyn Kahwin Bulan 6?
Satu Malaysia sudah mengetahui yang sememangnya Johan Raja Lawak kini sedang hangat bercinta dengan Ozlyn, pelakon wanita yang sedang meningkat naik namanya.
“Episod cinta kami? Tak tahulah, cuma apa yang boleh saya cakap saya memang selesa dengannya. Dan memang saya suka dengan dia,” kata Ozlyn
Tambah pelakon yang terkenal dengan watak dalam drama bersiri Akademi Polis ini lagi, sikap Johan yang gemar membuat lawak menyebabkan hatinya tertarik dengan Johan.
“Bulan enam kompem kami akan kahwin, cuma tahun sahaja yang kami tak tahu lagi.” Ujar Johan sambil ketawa.
“Doa-doakanlah kami, kalau ada rezeki tahun ni, tahun ni jugaklah kami kahwin, kalau tahun depan, tahun depanlah,” kata Ozlyn pula. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 8:20 am | |
| Erti bahagia buat Salimah KELUARGA bahagia... Salimah bersama anak, menantu dan cucu. Duduk dari kiri, Wadzhihah Zaghlol, Shakira dan Sharieq. Duduk depan dari kanan, Shahrul Rashid, Shariez dan Eskandarian. BAGI anak muda hari ini, nama Salimah Mahmood barangkali terlalu asing buat mereka. Betapa tidak, penyanyi kelahiran Singapura ini yang popular dengan lagu Melati Suntingan pada tahun 1979 menikmati zaman kegemilangannya hanya untuk seketika sahaja.
Ini kerana, dia lebih gembira dengan tugas barunya iaitu menjadi 'duta' ke luar negara.
Bermula dari 1992 sehingga 2004, Salimah yang pernah bernaung di bawah syarikat rakaman WEA (kini Warner Music) lebih banyak memenuhi undangan menyanyi di luar negara di bawah TDC (Perbadanan Kemajuan Pelancongan) di samping rombongan rasmi kerajaan.
Dengan bayaran yang begitu lumayan, memang tidak mudah bagi artis menolak tawaran sedemikian.
Bagaimanapun, berbeza bagi Salimah atau lebih mesra dikenali sebagai Sally.
Keputusannya berkelana ke luar negara bukan disebabkan wang semata-mata.
Sebaliknya, apa yang lebih penting buatnya ialah bertanggungjawab memperkenalkan negara di mata dunia.
Berusia 47 tahun, Salimah yang juga pemegang kerakyatan Malaysia menegaskan, tugas menyanyi di luar negara membuatkan dia merasa dihargai apabila lagu-lagu nyanyiannya dihayati oleh pemimpin di luar negara dan masyarakat di sana.
"Bayangkan ketika saya menyanyikan lagu joget dan zapin mereka terpana, alangkah bahagianya saya. Ketika itu perasaan terharu dan bangga berbunga di hati.
"Siapa tidak bangga dan seronok apabila lagu Zapin Malaysia, Joget Kain Songket dan Si Pinang Muda membuatkan mereka terpesona dan menyanyi bersama dan sebagai penyanyi itulah momen terindah buat saya," cerita Salimah menyingkap kenangan manis ketika seringkali menjadi 'duta'.
Tetapi semua itu cerita dulu. Sesudah 16 tahun berlalu, cerita-cerita itu kini tersimpan rapi di kotak fikirannya.
"Kini semua itu menjadi satu kenangan manis buat saya. Alangkah indahnya jika masa boleh berulang, tapi semua itu mustahil.
"Apa yang dapat saya katakan itulah kenangan indah saya sebagai penyanyi dan 'duta' negara," kata Salimah ketika ditemui di kediamannya di Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ketika itu, bukan hanya Salimah yang sering menjadi pilihan, sebaliknya artis-artis ternama yang lain seperti Azlina Aziz dan Liza Aziz sering diundang menyanyi ke luar negara menyertai rombongan TDC selama 12 tahun.
Selain menyertai rombongan TDC, pada tahun 1992, Salimah juga pernah mengikuti rombongan Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu, Tan Sri Elyas Omar mengadakan persembahan di Casablanca dan Sepanyol.
Bagi Salimah, pengalaman menyanyi di kota-kota hebat dunia seperti London, Cape Town, Tokyo, Dubai serta negara-negara Eropah banyak mendedahkannya pada dunia luar.
Pada masa yang sama, dia sangat gembira kerana dapat melaksanakan tanggungjawab memperkenalkan Malaysia kepada masyarakat antarabangsa.
"Selain bakat dan kebolehan menyanyikan lagu popular setiap negeri, menguasai bahasa Inggeris dengan baik menjadi keutamaan. Itulah sebab utama mengapa saya dan beberapa artis lagi sering dipanggil menyertai rombongan TDC," kata Salimah lagi.
Kini dalam melayari hidup sebagai isteri kepada pemimpin Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Mirza Abdullah, 55, ibu kepada dua orang anak Shakira, 26, dan Eskandarian Mirza, 24, lebih gemar memenuhi masa lapangnya melayani dua orang cucunya, Sharisz Mirza,2, dan Sharieq, lapan bulan.
Kedua-dua cucunya itu adalah anak kepada Shakira dengan Shahrul Rashid.
Kini, Salimah dan Mirza menanti kelahiran cucu ketiga mereka hasil perkahwinan Eskandarian dengan Wadzhihah Zaghlol, 24, yang dijangka lahir bulan depan.
"Kalau tak ada show saya lebih suka menghabiskan masa bersama cucu-cucu pergi berenang atau shopping.
"Seronok bila berjalan dengan cucu, tapi kadang-kadang terkejut juga ada yang masih mengenali saya dan menyangkakan itu anak saya.
"Kalau cucu tinggal sekali dengan saya maka mereka juga selesa memanggil saya mama. Sedangkan mummy dan daddy mereka selalu terbang jauh," cerita nenek moden yang sangat peramah ini lagi.
Salimah mula menempa nama pada tahun 1979 menerusi lagu popularnya, Melati Suntingan ciptaan Husaini Ajmain yang dipetik daripada album pertamanya.
Bermula dari itu, dua album lagi diterbitkan iaitu Setelah Kecewa (1981) dan Mata Bertentang Mata (1982).
Sementara album keempatnya Salimah Mahmood pada tahun 1994 diterbitkan oleh NSR.
Bagaimanapun album keempat, tidak membantunya dalam bidang seni kerana ketika itu memang sukar bagi Salimah untuk memenuhi undangan atau promosi yang mana sedikit sebanyak membantutkan penjualan dan popularitinya.
Walau apa sekali pun yang dilalui sepanjang bergelar anak seni sama ada yang baik atau buruk, semua itu tidak pernah membuatkan Salimah kesal.
Sebaliknya, dia mengakui, kehidupan sebagai anak seni menawarkan kemewahan dalam segenap aspek kehidupannya.
"Dalam hidup ini bukan wang sahaja yang memberi kemewahan kepada kita malah keluarga juga," jelas Salimah mengenai terjemahan kemewahan hidup.
Justeru, katanya, setiap kali ditanya rakan-rakan atau kenalan apakah dia bahagia dengan kehidupannya hari ini tanpa glamor, Salimah sentiasa mengiakannya.
"Saya katakan ia sebab mempunyai suami yang penyayang, anak-anak yang berjaya dan cucu yang comel merupakan kebahagiaan yang dicari oleh seorang wanita yang telah melebihi usia 40 tahun," katanya sambil mesra melayan buah hati kesayangannya, Sharisz dan Sharieq yang tidak pernah lekang dengan nenek mereka. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 8:28 am | |
| Noraniza Idris enggan berlagu duka BUKAN saya tidak percaya kepada perkahwinan lagi tetapi buat masa ini, saya lebih selesa dan bahagia berseorangan. "Saya bahagia bersama adik-beradik dan anak-anak.'' Itu penjelasan penyanyi Noraniza Idris saat ditanya tentang kehidupannya selepas perkahwinan kali kedua yang dibina tahun lalu hanya mampu bertahan untuk beberapa bulan sahaja. Menurut Noraniza atau mesra dengan panggilan Kak Ani, sebaik rumah tangga keduanya musnah, dia sudah malas untuk memikirkan soal mencari seorang lelaki sebagai suami. Apa yang dilalui ketika ini, jelasnya, cukup membahagiakannya di samping adanya sokongan adik beradik serta dua anak hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi Fareez iaitu Mohd. Aliff Haiqal dan Mohd. Alfeeq Haiqal. "Saya pun makin sibuk menguruskan karier sendiri. Bukan sahaja urusan dalam nyanyian dan persembahan, saya kini menceburi bidang latihan dan bengkel kesenian kepada golongan pelajar. "Saya juga sedang mengumpul bahan untuk menerbitkan buku dan cakera padat video (VCD) bagi digunakan dalam bengkel berkenaan,'' katanya ketika ditemui Hits selepas menjayakan persembahan di konsert Heal The World di Universiti Teknologi Kreatif LimKokWing (Universiti LimKokWing), Cyberjaya baru-baru ini. Heal The World dianjurkan oleh para pelajar universiti itu yang terdiri daripada pelajar tempatan dan asing bagi menyuarakan kepada dunia agar mencintai keamanan. Pada tahun lalu, perkahwinan kedua Noraniza bersama seorang ahli perniagaan berusia awal 50-an menemui kegagalan selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga. Noraniza yang dikenali ramai sebagai pejuang lagu-lagu irama tradisional sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Fareez pada 31 Mac 1988 dan disahkan bercerai pada Mei 2006. Mengulas lanjut, Noraniza berkata, selepas bercerai untuk kali kedua, dia mengakui, tidak terlepas daripada dipandang negatif oleh sesetengah pihak. Namun, ujarnya, segala kata-kata negatif itu dianggap sebagai normal kerana memikirkan dirinya adalah artis. "Biasalah perkara macam itu. Saya tidak ambil kisah pun,'' katanya. Berbalik kepada latihan dan bengkel kesenian yang dianjurkannya, Noraniza berkata, buat masa ini, pihaknya melalui Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd. bercadang mengadakan kolaborasi bersama Universiti LimKokWing untuk menyediakan slot kokurikulum yang menjurus kepada kesenian. Jelas Noraniza, pihaknya juga sudah pun menemui ahli lembaga pengarah universiti berkenaan untuk tujuan tersebut. "Setakat ini mereka memberi sokongan. Sebagai permulaan, kita akan memberi tumpuan pada anak-anak Felda yang belajar di universiti itu,'' katanya. Menurutnya, selain pelajar-pelajar universiti, dirinya juga terlibat bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan untuk membimbing golongan penagih yang menjalani pemulihan. "Segala pengalaman hidup yang saya lalui akan saya gunakan untuk menerap pemikiran positif terhadap mereka,'' ujarnya. Single terbaru dan konsert Sementara itu, ditanya soal perkembangan terbaru tentang karier seni, Noraniza menjelaskan, dia bakal muncul dengan single terbaru berjudul Enjut. Apa yang menarik, katanya, Enjut akan dinyanyikan secara duet bersama Cat Farish. "Insya-Allah ia akan dipasarkan pada bulan depan,'' jelasnya. Kata Noraniza, dengan keadaan pasaran album kini, pihaknya terpaksa mengikut aliran semasa dengan menghasilkan single berbanding album. Sungguhpun begitu, katanya, ia sedikitpun tidak menjejaskan impiannya untuk menyemarakkan lagu-lagu etnik dan tradisional. Mengenai konsert pula, Noraniza memberitahu, setiap artis sememangnya berkehendakkan untuk terlibat dalam menjayakan konsert masing-masing. Justeru, jelasnya, penyanyi berkenaan bercadang untuk menganjurkan konsert yang dinamakan Masyhur Malaysia tidak lama lagi. "Untuk konsert itu, saya sedang mendapatkan sokongan daripada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan,'' tambahnya.
Last edited by sally_eiyna on Tue 24 Mar 2009, 10:14 am; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 8:29 am | |
| ABPBH 2008: 'Kalau menang satu bonus'
Nabil Raja Lawak masih berasa bagaikan mimpi apabila namanya dicalonkan dalam dua kategori TANGGAL 14 Mac ini genap setahun jejaka tinggi lampai, Ahmad Nabil Ahmad, 26, berkecimpung dalam arena seni selepas menempa nama menerusi program realiti Raja Lawak musim kedua.
Sepanjang tempoh 12 bulan, jejaka berasal dari Mambau, Negeri Sembilan ini menjadi rebutan penerbit filem dan stesen televisyen tanah air. Selepas program Raja Lawak musim kedua melabuhkan tirainya, Nabil tidak menang tangan menerima pelbagai tawaran filem malah terbaru dia sedang membina kerjaya sebagai pengacara.
Dalam tempoh setahun, tujuh buah filem dijayakannya menandakan betapa besar pengaruh Nabil ketika ini. Sifu dan Tongga, Lu Pikirlah Sendiri The Movie, Kecoh Betul, Notti, Pisau Cukur, Momok The Movie, Eee...hantu antara filem yang membabitkan nama jejaka ini.
Siapa sangka hanya melalui Raja Lawak yang disertai atas dasar suka-suka, mengubah kehidupan Nabil dari seorang budak penghantar surat kepada seorang selebriti yang diminati ramai. Jika tidak masakan Nabil mendapat kepercayaan peminat sehingga namanya tersangkut dalam dua kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 bagi kategori Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular.
Tidak pernah terlintas di benak anak muda ini satu hari nanti akan melangkah di permaidani merah dan bergaya segak bersama sut untuk menghadiri anugerah berprestij memandangkan sebelum ini dia bukanlah pemerhati acara hiburan. Sebelum ini, dia hanya memilih anugerah tertentu untuk ditontoni bergantung siapakah pengacaranya.
“Ketika bertugas sebagai budak penghantar surat, acara anugerah seperti ini tidak memberi sebarang kesan kepada saya. Saya hanya suka menonton jika pengacaranya menarik seperti Afdlin Shauki. Tidak pernah pula terlintas di fikiran saya yang satu hari nanti, saya juga berpeluang hadir ke sebuah acara popular seperti ini.
“Tidak pernah terlintas juga di fikiran bahawa saya akan menjadi salah seorang finalis. Tahun ini saya cuma menjangkakan akan diundang sekali lagi sebagai penyampai anugerah tetapi mengejutkan apabila nama saya dicalonkan dalam dua kategori sekali gus walaupun baru setahun jagung dalam industri.
“Saya tidak mengharapkan kemenangan, jika menang ia bonus buat saya. Walau bagaimanapun, saya tetap bersyukur dan menghargai peminat yang bersusah payah mengundi saya,” kata Nabil yang memilih rekaan Michael Shu sebagai persalinan untuk acara kemuncak ABPBH 2008 yang bakal berlangsung di Genting Highlands 12 April nanti.
Bukan saja namanya dicalonkan dalam dua kategori, ramai mengandaikan anak muda ini berpotensi untuk bergelar Bintang Paling Popular seperti mana yang pernah diraih Raja SMS, Asmawi Ani selama tiga tahun berturut-turut.
Namun, Nabil dengan merendah diri berpendapat namanya masih belum layak untuk diletakkan setinggi itu. Populariti bukanlah tugas yang mudah digalas, popular bermakna dia perlu memikul tanggungjawab berat kerana harapan yang diletakkan peminat ke bahunya pasti berlipat ganda.
“Saya tidak mahu mengejar populariti. Bagi saya apa yang penting tawaran kerja lebih banyak berbanding populariti. Bukan apa, saya cuma bimbang ada pihak yang takut untuk mengambil saya hanya disebabkan populariti,” kata Nabil.
Bina rumah untuk keluarga
KESENANGAN yang dikecapi tidak melalaikan anak muda ini, sebaliknya kesenangan itu turut dikongsi bersama keluarga. Malah, Nabil kini sedang dalam perancangan membina kediaman lebih selesa di tapak asal rumahnya.
Anak ketiga dari tujuh beradik ini pada mulanya berhasrat membeli kediaman baru buat keluarganya tetapi tidak dipersetujui kedua orang tuanya kerana mereka lebih serasi di rumah yang didiami sekarang.
Bagaimanapun sebagai permulaan, hanya bahagian dapur dimulakan dulu. Cadangan anak muda itu juga mahu membesarkan lagi bahagian dapur rumahnya tetapi hasrat itu tidak tercapai kerana bapanya baru saja membina kolam lintah dan ikan keli baru-baru ini sehingga mengehadkan ruang laman yang ada.
Dana membina kolam lintah dan keli itu juga dikeluarkan Nabil bagi membantu mengukuhkan ekonomi keluarganya. Selain bergelar artis, anak muda ini juga perlu mencari alternatif lain bagi menambah pendapatannya.
“Walaupun rumah yang didiami keluarga sekarang boleh dikategorikan selesa tetapi saya tetap ingin membina kediaman baru buat mereka. Sebagai seorang anak, hanya dengan cara ini saja dapat saya membalas jasa kedua orang tua.
“Selain membina rumah, saya juga membantu keluarga menggerakkan perniagaan menternak lintah dan ikan keli. Perniagaan yang kini diusahakan orang tua saya itu semakin mendapat sambutan. Sesiapa yang mahu mendapatkan rawatan bekam lintah, bolehlah mengunjungi rumah keluarga saya di Mambau,” katanya.
Sentuhan Michael Shu jadi pilihan
PERTAMA kali bakal melewati permaidani merah, membuatkan Nabil berasa cukup teruja. Dia tidak sabar untuk merasakan sendiri kemeriahan acara tahunan itu. Bagi menghadiri acara berkenaan, Nabil memilih sut sentuhan pereka yang tidak asing lagi Michael Shu.
Menurut Michael, bagi sut yang direka khas buat artis yang sedang meningkat naik itu, dia memilih fabrik tafeta digabungkan bersama songket yang menjadi tema ABPBH kali ini.
Konsep yang dipilih Michael buat Nabil bercirikan moden dengan pilihan fabrik yang diterbangkan khas dari Hong Kong dan bernilai kira-kira RM3,000 untuk sepasang sut.
“Saya tidak menggunakan fabrik songket sepenuhnya kerana tidak mahu penampilan Nabil tampak sarat. Justeru, saya menggabungkan kain daripada jenis tafeta bersama-sama dengan songket.
“Songket adalah fabrik jenis mewah yang memiliki benang emas, jadi saya perlu berhati-hati memadankannya dengan fabrik yang sesuai supaya ia akan nampak lebih menarik lagi,” kata Michael yang turut mereka untuk beberapa selebriti lain antaranya Irma Hasmie, Iqram Dinzly, Faizal Ismail, Diddy, Kamal dan ramai lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 8:30 am | |
| ABPBH 2008: Gabungan artis lama, baru di pentas ABPBH 2008
SESUATU acara penganugerahan belum tentu berjaya sepenuhnya jika ia tidak dikendalikan oleh hos berkaliber. Bukan saja pengacara perlu bijak mengawal perjalanan majlis, malah dengan suntikan jenaka spontan, acara pasti berlangsung dengan lebih sempurna. Secara tradisi, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) sentiasa mengetengahkan pengacara yang mampu menghidupkan keadaan. Tidak kira lelaki mahupun wanita, sering kali pengacara anugerah ini menyerlahkan kehebatan mereka di pentas tatkala memikul beban yang bukan kecil.
Nama seperti Fauziah Ahmad Daud, Raja Azura, Anita Sarawak, Salih Yaakob dan Sharifah Shahira sememangnya agak sinonim dengan penganjuran anugerah berprestij ini. Mereka pengacara yang cukup dikenali dengan kemampuan menghidupkan suasana dengan gaya penyampaian serta lawak menggeletek jiwa.
Pengacara itu juga sudah tentu berdebar-debar setiap kali berada di pentas utama. Maklum saja, bukan sekadar penonton di arena yang menyaksikan setiap kelakuan mereka, malah jutaan penonton di rumah turut memberikan perhatian. Lalu, profesional mana sekalipun seseorang pengacara, pasti ada sekelumit rasa gementar apabila mereka berdiri di depan khalayak.
Shahira yang terpilih mengendalikan acara kemuncak ABPBH 2008 di Arena of Stars Genting Highlands pada 12 April ini tidak terkecuali. Akui wanita cantik ini, walaupun sudah sekian lama bergelar pengacara, malah kali kedua mengendalikan ABPBH, dia masih lagi tidak dapat menghilangkan debaran di dada terutama apabila diberi kepercayaan mengacarakan anugerah sebesar anjuran Berita Harian ini.
Begitupun, pelakon ini tetap menyahut cabaran yang diberikan, dengan menganggapnya sebagai penghormatan cukup tinggi untuk dirinya.
Pada acara gilang-gemilang bertemakan Sentuhan Tenun itu nanti, Shahira akan berpasangan dengan pelakon Adlin Aman Ramlie. Gandingan mereka pastinya membuatkan peminat ternanti-nanti acara kemuncak, apatah lagi ABPBH 2008 menjadi acara pertama kedua-dua insan popular ini disatukan sebagai pengacaranya.
Apakah nanti Shahira mampu menangkis ‘serangan’ Adlin menerusi jenakanya? Apakah juga dia berjaya memintas lawak spontan si lelaki yang baru saja menjadi tunangan pelakon Emelda Rosmila? Sama-sama kita tunggu acara kemuncak ABPBH 2008 yang akan berlangsung beberapa minggu dari sekarang.
Selain pengacara, tentu sekali artis yang bakal mengadakan persembahan pada malam gemilang itu juga menjadi tumpuan. Jika barisan artisnya kurang memberangsangkan, tentulah peminat berfikir dua kali sama ada untuk terus menonton rancangan berkenaan atau berpindah ke saluran lain.
Justeru, ABPBH sentiasa menampilkan penyanyi atau penghibur terbaik untuk memastikan peminat sentiasa melekat di saluran sama setiap kali ABPBH berlangsung. Formula yang dilihat cukup mengesankan kerana setiap kali berlangsungnya anugerah ini, setiap kali itulah rekod rating tontonan diperbaharui.
Kali ini, sekumpulan penyanyi popular, gandingan baru dan lama, disenaraikan penganjur untuk menghangatkan lagi majlis anugerah.
Penyanyi hebat seperti Datuk Siti Nurhaliza, Anita Sarawak, Jamal Abdillah, Siti Sarah dan kumpulan Kristal sudah semestinya menjanjikan persembahan yang tidak akan dilupakan peminat. Tidak cukup dengan nama besar itu, diundang sama ialah angkatan baru seperti Faizal Tahir, Hujan, Stacy, Aizat, Diddy, Farah Asyikin dan Ayu OIAM.
Lebih menarik, ABPBH 2008 tidak melupakan penyanyi yang terlebih dulu memeriahkan industri muzik tanah air. Lalu, peminat akan bergoyang sama dengan irama merdu dendangan Datuk A Rahman Hassan, Jeffrydin dan L Ramlee. Tentu sekali gabungan persembahan yang amat menarik bakal berlaku pada acara kemuncak nanti.
Tidak lengkap majlis anugerah tanpa kemunculan penyampai yang menghiasi pentas. Pada edisi ke-22 ini, sekali lagi senarai selebriti yang panjang disediakan penganjur untuk menyerikan lagi acara. Mereka mewakili pelbagai bidang seni seperti lakonan, nyanyian, pengacaraan dan penyampaian radio.
Penyampai anugerah kali ini terdiri daripada AG Hot FM, Amy Mastura, Ayu Raudhah, Eizlan Yusoff, Farid Kamil, Fizo Omar, Kieran, Lisa Surihani, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Mawi, Ekin, Maya Karin, Nora Danish, Norish Karman, Que Haidar, Linda Jasmine, Rozita Che Wan, Saida, Saerah, Umie Aida dan Zizie Ezette.
Info:
# MAJLIS pengumuman tema, pengacara, penyampai dan artis persembahan ABPBH 2008 berlangsung dalam suasana cukup meriah di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, 17 Mac lalu.
# PENGACARA majlis, Faizal Ismail dan Anne Hot FM, memperkenalkan barisan pengacara, penyampai dan artis diperkenalkan kepada wakil media. Sebelum itu, dua selebriti jelita, Nurul Alis (Kiki) dan Diana Danielle memperagakan rekaan songket oleh Zack Ismail dan Calvin Thoo.
# DIPERKENALKAN juga ialah barisan pereka fesyen yang akan bersaing sesama sendiri dalam Anugerah Pereka Fesyen Popular ABPBH 2008. Pereka terbabit bertanggungjawab menyerlahkan penampilan selebriti lelaki dan wanita pada acara kemuncak di Genting Highlands nanti.
# TURUT menjadi perhatian hadirin ialah patung dengan pakaian songket dari Kraftangan Malaysia, yang menghiasi beberapa sudut lokasi majlis. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 9:12 am | |
| ABPBH 2008: Mula teruja
PERASAAN teruja menular dalam diri lima selebriti wanita berbeza latar menjelang acara kemuncak, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 yang akan melabuhkan tirainya di Arena Of Stars, Genting Highlands, 12 April ini. Masing-masing tidak sabar untuk melaram sakan pada malam yang yang mengangkat Sentuhan Tenunan’ sebagai tema. Lebih daripada itu, mereka hadir dengan pelbagai tanggungjawab yang tergalas di bahu.
Pada malam penuh gemilang itu, Zizie Ezette, Ayu One In A Million (OIAM), Diana Danielle, Sharifah Shahira dan Farah Asyikin tidak ketinggalan bakal menggayakan pakaian pereka popular tanah air sambil diserikan dengan koleksi mutiara tajaan Rafflesia The Pearl Centre.
Anugerah berprestij yang memasuki tahun ke-22 penganjurannya ini menggandingkan dua nama besar dalam industri iaitu Adlin Aman Ramlie dan Sharifah Shahira sebagai pengacara. Tanggungjawab ini bukan yang pertama buat Shahira kerana sebelum ini dia pernah memikul tugas itu bersama Raja Azura tiga tahun lalu.
"Nampaknya lutut saya akan kembali menggigil kerana mengacarakan acara sebesar ABPBH bermakna semua mata akan bertumpu kepada kita pada malam itu. Begitupun, tentunya pemilihan saya sebagai pengacara kali ini satu penghormatan yang amat tinggi.
"Saya belum pernah bergandingan dengan Adlin sebelum ini. Namun dengan latihan yang bakal diadakan, saya pasti keserasian bakal terjelma nanti. Sehingga kini, saya sendiri belum merancang apa-apa gimik. Kita tengoklah dulu bagaimana bentuk skripnya. Selepas itu, saya dan Adlin pasti akan menambah apa yang patut di dalamnya," katanya.
Kata Shahira, paling penting, dia berusaha mengendalikan acara itu sebaik mungkin bagi memastikan kelancaran rancangan sepanjang lebih dua jam dilangsungkan.
"Sekiranya berlaku sebarang kesilapan, pandai-pandailah kami menjadikannya lawak spontan. Pada ketika itu, adalah cukup penting untuk pengacara bersikap selamba, tetapi tetap memastikan penonton memahami apa saja yang cuba disampaikan," kata wanita yang sedang hamil tiga bulan ini.
Bagi finalis kategori Pelakon TV Wanita Popular, Diana Danielle dia berharap supaya diberi pelepasan untuk sama-sama memeriahkan majlis kemuncak ABPBH 2008 nanti. Mulai 19 Mac ini, pelakon drama bersiri Air Mata Maria itu akan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama tiga bulan di Kem PLKN, Princess Haliza, Sepang.
"Semestinya Diana mahu meraikan kejayaan malam anugerah ini sebagai tanda sokongan kepada akhbar Berita Harian dan peminat yang setia menyokong di belakang.
"Soal menang atau tidak itu perkara kedua kerana yang paling penting, saya dapat bersama-sama dengan penggiat seni tempatan lain," katanya yang pertama kali mengikuti siri jelajah ABPBH 2008 di Terengganu baru-baru ini.
Beralih kepada pelakon berkulit gebu, Zizie Ezette, anugerah ini bukan lagi asing dalam trek pencapaian seninya kerana pernah dicalonkan beberapa tahun dulu. Ketika itu, Zizie dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular.
Katanya yang baru saja selesai penggambaran sebuah drama untuk siaran Astro Oasis, kewujudan ABPBH dilihat sebagai penanda aras mengekalkan legasi dunia seni tempatan.
"Terima kasih kepada Berita Harian kerana sudi memanggil saya sebagai penyampai anugerah. Saya tidak boleh menidakkan kredibiliti ABPBH sebagai pemangkin menentukan tahap populariti seseorang artis.
"Prestij ABPBH dapat disaksikan dengan kehadiran penggiat seni bagi meraikan malam penuh bermakna ini. Paling menarik malam itu, kita juga dapat melihat pelbagai ragam artis bergaya sakan dengan rekaan pilihan masing-masing," katanya yang bakal melaram dengan busana rekaan Sya Syaharani.
Dua penyanyi yang lahir daripada program realiti Ayu dan Farah Asyikin pula buat pertamanya bakal beraksi di pentas berprestij ABPBH 2008. Kedua-duanya amat berbesar hati diberikan peluang yang tidak diperoleh semua penyanyi. Namun pada waktu yang sama, jauh di sudut hati mereka menyimpan debaran yang sama rancaknya dengan finalis. Apatah lagi bagi Ayu yang turut bersaing dalam kategori Artis Baru Wanita Popular.
Ayu yang bakal mendendangkan sebuah lagu milik penyanyi cukup terkenal suatu ketika dulu kini giat berlatih sendirian di rumah walaupun susunan baru lagu berkenaan masih belum diterima.
Kata Ayu, tiada gimik yang akan dilakukan kerana fokusnya hanya kepada lirik dan melodi lagu yang bakal dipersembahkan.
"Pengalaman beraksi di pentas yang besar bukanlah sesuatu yang baru buat Ayu. Sebelum ini Ayu pernah menempuh pertandingan besar seperti OIAM dan Anugerah Juara Lagu (AJL) Januari lalu, jadi sedikit sebanyak perasaan gementar sudah dapat dikawal.
"Bagaimanapun, Ayu hanya dapat katakan yang Ayu berasa amat dihargai kerana diberi peluang menyanyi di atas pentas besar seperti ABPBH. Ayu berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kerana peluang seperti ini dapat membantu memperkenalkan lagi nama Ayu di kalangan peminat dan penggiat industri seni," katanya.
Farah Asyikin juga begitu menghargai peluang diberikan Berita Harian kerana menyedari ABPBH bakal disaksikan berjuta penonton.
Sama seperti Ayu, Farah tidak menjanjikan sebarang kejutan sebaliknya dia hanya menjanjikan sebuah persembahan terbaik pada malam itu nanti.
"Saya akan cuba menampilkan sebuah persembahan yang baik. Ada kalanya peminat lebih mengenali sesebuah lagu berbanding penyanyinya. Jadi inilah masa yang terbaik untuk saya menonjolkan diri.
"Saya tahu pasti ada yang akan mempertikaikan pemilihan saya ke acara sebesar ini, tetapi semua itu saya tolak ke tepi. Saya berasa bertuah kerana penyanyi yang sudah lama berada dalam industri pun belum tentu mendapat peluang seperti ini," katanya yang baru saja muncul dengan single terbaru berjudul E.R.T (Ekonomi Rumah Tangga). |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 9:14 am | |
| Jawablah!: 'Berbisik bukan berpeluk'
Johan mengaku sedang dilamun cinta dengan Ozlyn AKSI mesra pengacara dan pelakon, Johan yang bakatnya dicungkil daripada program Gelanggang Raja Lawak bersama pasangannya pelakon TV, Ozlyn Wati nampaknya terus menjadi bahan bualan ramai. Kedua-duanya didakwa melakukan 'aksi berani' mati seperti bercumbu, suap menyuap dan berpeluk sakan di khalayak ramai walhal antara mereka masih belum ada ikatan yang sah.
Terbaru, beberapa akhbar arus perdana turut mengkritik perbuatan Johan dan Ozlyn yang dilihat kurang manis kerana secara tidak langsung memberi persepsi buruk terhadap golongan artis.
Sudahlah macam belangkas, ke mana pergi asyik bersama, ditambah pula gemar membuat 'wayang percuma', pastinya ia menimbulkan perasaan meluat bagi mereka yang menyaksikannya.
Menurut cerita yang kini tersebar luas, kelakuan sumbang mereka ini dilihat pada dua acara iaitu pada Gelanggang Akhir Raja Lawak musim ketiga baru-baru serta sebuah majlis amal. Merpati dua sejoli ini didakwa bersikap selamba dan tenggelam dengan dunia mereka walaupun ketika itu banyak mata yang memandang.
Hip mendapatkan maklum balas daripada Johan. "Bukan untuk menegakkan benang basah atau cuba mencari publisiti murah," jelas Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohammad Aziz yang pada masa ditemani kekasihnya, Ozlyn di sebelah turut berkata mereka mempunyai alasan kukuh di sebalik peristiwa yang berlaku itu.
Hip: Mungkin ramai yang hendak tahu apa sebenarnya hubungan Johan dengan Ozlyn?
Johan: Terus terang, saya akui memang kami bercinta dan kami memang dalam perancangan mendirikan rumah tangga. InsyaAllah, kami akan berkahwin pada Jun nanti, tapi tahunnya belum tahu lagi. Kami memilih bulan Jun kerana bagus untuk mereka yang berbintang Gemini.
Hip: Sebelum ini Ozlyn pernah bercinta dengan Acong, bekas vokalis kumpulan Sweetchild. Apakah Johan sebenarnya orang ketiga atau perampas dalam hubungan itu.
Johan: Saya tidak merampas sesiapa. Seperti yang pernah Ozlyn tegaskan sebelum ini, dia bukanlah menjadi hak sesiapa, jadi terserah kepadanya untuk berkawan dengan sesiapa yang dia suka. Lagi pun, dalam hubungan ini, terbukti ia lahir dari perasaan suka sama suka dan bukannya ada paksaan. Jadi macam mana hendak dikatakan saya merampas kekasih orang. Mengenai hubungannya dengan Acong, saya tak masuk campur sebab saya kenal Ozlyn selepas dia mengaku yang dia tidak dimiliki oleh sesiapa pada masa itu.
Hip: Sejak kamu bercinta, macam-macam cerita tersebar. Terbaru, Johan dan Ozlyn dikatakan tak tahu malu apabila beraksi kurang sopan di khalayak ramai. Boleh ulas sikit?
Johan: Kami tahu dan kami baca sendiri cerita itu di akhbar. Saya ingin membuat pembetulan di sini bahawa kami sebenarnya bukan bercium atau berpeluk. Apa yang kami buat sebenarnya adalah berbisik. Mungkin perbuatan itu menyebabkan ramai yang menyangka yang kami sebenarnya bercium. Kami berbisik pun ada sebab iaitu pada masa kejadian itu, saya terdengar ada orang yang bercerita hal yang kurang baik mengenai diri kami. Terlanjur individu itu sudah mengata kami, jadi saya sengaja mendekatkan diri di wajah Ozlyn sambil menjerit perkataan I Love You di khalayak ramai. Kira kami berlakon, buat begitu sebab nak bagi individu itu lagi panas dengan kami.
Hip: Tapi tidakkah Johan tahu perbuatan seperti itu kurang manis?
Johan: Saya hairanlah, mengapa apabila kami berbuat begitu, orang pandang serong, tapi bila artis lain buat perkara sama, tidak ada siapa yang pertikaikan. Kami cuma laga pipi, dan perkara ini juga dilakukan artis lain apabila mereka berjumpa. Lagi pun, adalah lebih baik apabila kami, yang memang mengaku bercinta buat begitu, daripada mereka yang tidak mengaku bercinta, tetapi buat perkara yang serupa. Mengenai isu peluk itu, ingin saya jelaskan walaupun kami berpeluk tapi tidak sampai melekapkan dada masing-masing. Ozlyn hanya bergantung di leher saya dan saya sifatkan pelukan itu sebagai pelukan memberi semangat.
Hip: Tak rimas ke bila sentiasa berdua walau ke mana saja?
Johan: Saya tak pernah rimas dan begitu juga dengan Ozlyn. Lagi pun buat apa nak sorok-sorok apabila ada yang sudah tahu bahawa kami sedang bercinta. Kalau saya ada shooting dan Ozlyn ada masa terluang, dia akan menemani saya, begitu juga sebaliknya. Lagi pun keluarga kami sudah mengetahui hubungan kami dan mereka merestuinya.
Hip: Tak takut ditangkap khalwat apabila ada yang mula meluat dengan kelakuan anda berdua?
Johan: Kami tak pernah takut. Kalau ada yang merancang untuk menangkap khalwat kami, silakan sebab kami tidak pernah dating di tempat yang mencurigakan. Kalau kami berjumpa pun, semuanya di tempat awam. Kami tak pernah bercinta di tepi tasik atau mana-mana lokasi yang boleh mengundang padah. Daripada menghabiskan masa bercinta di tempat seperti itu, lebih baik saya balik rumah dan tidur. Itu lebih baik. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 9:15 am | |
| Bintang Idola Berita Harian : Umur bukan halangan
BIBH di Kuala Terengganu dapat sambutan amat menggalakkan USIA emas mencecah 70 tahun bukan penghalang buat Kamal Buyong atau lebih dikenali sebagai Bob Kamal untuk menyertai Pertandingan (BIBH) yang diadakan sempena siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH08) di pasar raya besar Mydin Mall, Kuala Terengganu, Sabtu lalu.
Bapa kepada 12 anak itu yang memiliki kumpulan muzik digelar Alamanda adalah antara lebih 100 peserta yang mengambil bahagian pada pertandingan mencungkil bakat nyanyian anjuran Berita Harian itu, yang mana Kuala Terengganu menjadi lokasi ketiga daripada enam siri jelajah ABPBH 2008.
Kamal berkata, penyertaannya dalam pertandingan itu adalah atas dasar suka-suka bagi memberi suntikan semangat dan cabaran kepada golongan lebih muda daripadanya untuk mengetengahkan bakat nyanyian bagi memeriahkan lagi dunia hiburan tempatan.
"Pak cik masuk pertandingan ini suka-suka, untuk cuba nasib dan menggalakkan orang muda mengambil bahagian. Pak cik memang sering menyanyi di majlis orang kahwin dan buat persembahan di Terengganu Equestrian Resort (TER) secara tetap bersama kumpulan Alamanda.
"Pak cik bangga dengan usaha Berita Harian mengadakan program sebegini kerana kita memang ramai bakat terpendam yang boleh diketengahkan untuk industri hiburan tempatan," kata pembaca setia Berita Harian itu yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang nyanyian.
Seorang lagi peserta warga emas ialah Mohd Jaafar Mohd Ali, 56 dari Batu Buruk, manakala murid darjah Dua Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, di sini, Faris Razali menjadi peserta termuda menyertai pertandingan itu.
Bagi Faris pertandingan itu diharap boleh menjadi landasan untuknya menunjukkan bakat nyanyian dimilikinya sebelum melangkah ke peringkat lebih jauh demi mencapai cita-cita menjadi penghibur terkenal negara seperti idolanya, Allahyarham Sudirman Arshad dan Datuk Siti Nurhaliza kelak.
Bagaimanapun, BIBH di Kuala Terengganu ini dimenangi oleh peserta dari Kedah, Noor Nazanil Farahan Mohd Hussin, 20, yang menerima hadiah tunai RM500. Tempat kedua dimenangi oleh Mohd Azfar Shuhaimi dari Dungun yang menerima wang tunai RM300, dan pemenang ketiga dengan hadiah wang tunai RM200 pula ialah Tuan Izat Izzuddin Tuan Abd Aziz dari Kuala Berang. Mereka juga menerima barangan dan sijil.
Hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu, Wan Abd Hakim Wan Mokhtar. Turut hadir menyaksikan pertandingan BIBH ialah Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Manja Ismail; Pengarah Urusan Mydin Mall, Murad Ali Mydin dan Pengurus Residen Sumai Suite Hotel, Ismail Mad Salleh.
Sementara itu, Pembantu Pengurus Pemasaran Perdagangan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Shamsaini Salim, berkata berbanding dua lokasi terawal iaitu Pasir Gudang, Johor dan Sungai Petani, Kedah yang mengadakan pertandingan BIBH sempena ABPBH 2008, Kuala Terengganu adalah lokasi yang mendapat sambutan paling hangat baik, daripada peserta dan pengunjung.
Katanya, selain BIBH yang diadakan bagi mencungkil bintang baru dalam industri hiburan tempatan, penganjur turut mengadakan aktiviti sampingan seperti peraduan Undi dan Menang, penjualan barangan cenderahati Berita Harian, peluang mengambil gambar dengan logo Berita Harian dan pameran koleksi gambar ABPBH.
"Kita berbangga kerana di Kuala Terengganu ini sambutannya paling baik setakat ini. Acara ini bukan saja membolehkan kita mempromosikan kemuncak ABPBH yang bakal diadakan di Genting Highlands nanti, malah juga mendekatkan Berita Harian dengan pembaca di seluruh negara.
"Seperti BIBH ini, ia sebuah program berkonsepkan rancangan realiti, cuma bezanya ia tidak disiarkan di televisyen, sebaliknya di surat khabar.
“Pertandingan ini diadili oleh juri seperti komposer terkenal Julfekar dan Rosli Mohalim (bekas gitaris Sweet Charity) dan diketuai Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah," katanya.
Beliau berkata, daripada lebih 100 penyertaan, hanya 10 peserta terbaik akan terpilih ke peringkat akhir BIBH yang diadakan bermula jam 11 pagi ini sebelum melangkah ke pusingan akhir di lokasi penamat siri jelajah ABPBH 2008 di Klang Parade, Selangor.
Selain meraih hadiah wang tunai RM2,000 berserta hamper dan sijil, Juara Keseluruhan berpeluang mengadakan persembahan pada Malam Kemuncak ABPBH08 di Genting Highlands. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 10:03 am | |
| Filem Geng catat sejarah
Animasi tempatan pertama ditayangkan lebih sebulan FILEM Geng: Pengembaraan Bermula terbitan Les'Copaque Productions Sdn Bhd boleh dianggap mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila menjadi filem animasi tempatan pertama paling lama ditayangkan.
Sehingga 17 Mac lalu, filem ini sudah ditayangkan selama 34 hari. Filem ini mula ditayangkan sejak 12 Februari lalu dan sehingga kini masih mendapat sambutan baik daripada penonton.
Pengarah Kreatifnya, Muhammad Anas Abdul Aziz berkata, pihaknya mengakui sambutan terhadap filem Geng: Pengembaraan Bermula... memang agak luar biasa dan tidak menjangka boleh berlarutan sehingga musim cuti sekolah.
Menurutnya, disebabkan sambutan yang terus menggalakkan itu menyebabkan pihak panggung masih terus menayangkan filem itu walaupun jumlah dan saiz dewan tayangan terpaksa dikurangkan kerana memberi laluan kepada filem lain.
Muhammad Anas berkata, pihaknya yakin Geng: Penggambaran Bermula kutipan boleh mencecah RM6.5 juta sekiranya filem ini boleh bertahan sehingga 25 Mac.
“Sepatutnya filem ini sudah pun berakhir, namun selepas perbincangan dengan pihak pawagam ,kita dapat melanjutkan tayangan ini sehingga 25 Mac ini sempena cuti sekolah.
“Filem ini sebenarnya masih lagi mendapat sambutan terutama pada hari Sabtu dan Ahad, namun kita terpaksa akur dengan kehendak pawagam yang ingin membawa filem lain masuk.
“Dengan kejayaan itu, kita berharap filem ini akan memberikan nafas baru kepada industri filem tempatan serta menjadi inspirasi untuk karyawan muda tempatan lain untuk menerajui industri animasi tempatan ke hadapan,” katanya.
Upin & Ipin The Movie bakal menyusul
SEMENTARA itu, Mohd Anas berkata, populariti watak dua adik-beradik kembar yang comel, Upin dan Ipin dipergunakan sebaik-baiknya apabila diangkat ke layar perak secara khusus menggunakan judul Upin & Ipin...The Movie.
Katanya, keputusan itu dibuat kerana menerima pandangan daripada orang ramai yang tertarik dengan karakter dua budak kembar itu. Malahan dengan garapan yang lebih kemas, pihaknya yakin filem animasi kedua mereka menjadi karya menarik dan cantik.
Ketika ini, proses awal persiapan untuk pembikinan Upin & Ipin The Movie sedang giat dilakukan. Ia dijangka mengambil masa setahun untuk disiapkan dan mereka berharap dapat ditayangkan kepada orang ramai pada penghujung tahun 2010.
“Kita mengambil kira pandangan orang ramai termasuk media yang membuat ulasan daripada filem Geng. Ramai yang menyatakan watak Upin dan Ipin dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula... terlalu sedikit membuatkan penonton tidak puas menyaksikan telatah mereka.
“Buat masa ini kita juga masih dalam peringkat perancangan awal untuk menghasilkan jalan cerita yang lebih menumpukan kepada watak
Upin dan Ipin bersama rakannya di sekolah tadika.
“Kita juga meramalkan filem animasi kedua ini lebih cepat daripada filem pertama lalu disebabkan segala kelengkapan bagi menghasilkan animasi dan beberapa karakter sudah ada. Cuma kita harus menghasilkan beberapa karakter lagi untuk menguatkan jalan ceritanya,” kata Mohd Anas ketika dihubungi Hip, baru-baru ini.
Beliau berkata, pihaknya menjangkakan filem itu yang akan disiapkan dalam tempoh 12 bulan berbanding hampir 48 bulan untuk menyiapkan filem Geng: Pengembaraan Bermula.
Selain itu, dengan kelengkapan yang sudah ada, kos penerbitannya juga dianggarkan lebih rendah.
Sambutan yang hangat bagi filem Geng; Pengembaraan Bermula ini berikutan dua watak kembar Upin & Ipin menambat hati penonton yang pernah disiarkan menerusi di TV9 sepanjang Ramadan pada tahun 2007 dan 2008.
Bagi menguatkan lagi strategi pemasaran filem Geng, Les' Copaque kini sudah memulakan siri Upin & Ipin musim ketiga yang sedang ditayangkan sejak Februari lalu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 10:09 am | |
| Dengarnya...: Irma reda berpisah dengan anak angkat Irma Hasmie dan Nabil.
TERKEJUT kawan Cik Normah apabila terbaca sebuah artikel di dalam majalah menulis cerita mengenai anak angkat yang dibela kekasih Nabil Raja Lawak, Irma Hasmie sudah dipulangkan kepada keluarga kandungnya atas beberapa masalah yang tak dapat dielakkan. Difahamkan anak angkat Irma itu kini dijaga neneknya.
Cik Normah dapat tahu baru dua bulan Irma mengambil anak angkat yang dipanggil Hanie itu. Sudah melekat kasih dan sayang mereka, apatah lagi Irma berkorban waktu dan kebebasannya apabila menjaga sendiri Hanie.
Sebagai wanita, Cik Normah mengerti sangat perasaan Irma apabila terpaksa berpisah dengan anak angkatnya. Pengacara Chopp di TV9 itu pastinya akur dengan ketentuan ini, biarpun jauh di sudut hati sukar untuk membenarkan perkara itu berlaku.
Baru saja Cik Normah seronok mendengar kisah Irma dan Nabil bergilir-gilir menjaga anak angkat. Masih terbayang betapa terujanya Irma dan Nabil tatkala keluar membeli barang kelengkapan Hanie. Namun, akhirnya mereka terpaksa berpisah.
Sebelum ini, biar sibuk bagaimana sekali pun kasih perhatian terhadap Hanie tidak pernah diabaikan. Jika Irma sibuk dengan komitmen kerja dan Nabil kebetulan lapang, Nabil akan ambil tugas menjaganya. Begitulah sebaliknya.
Cik Normah dapat tahu Nabil memang sayang sangat dekat Hanie. Bahkan kehadiran bayi comel itu membawa rezeki berpanjangan ketika namanya sedang memuncak dalam bidang seni. Hanie juga menjadi pengikat silaturahim mereka.
Dengar cerita, memang Nabil sukakan melayan budak-budak dan dia sampai sudah cekap menukar lampin dan menyediakan susu untuk Hanie.
Gara-gara kerap kelihatan di rumah masing-masing yang kebetulan berdekatan, timbul pula gosip mereka tinggal serumah. Hakikatnya perkara ini sudah dinafikan baik Nabil mahupun Irma dekat kawan Cik Normah yang pernah menemubual mereka beberapa minggu lalu.
Tak apalah, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi ini. Mungkin lepas ini, Nabil yang tercalon dua kategori dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 boleh cepat-cepat melamar Irma. Cik Normah harap Nabil tidak akan mempersiakan Irma dan mohon jodoh mereka kuat ke jinjang pelamin. Insya-Allah.
Haa.. cepat kahwin, Insya-Allah cepat dapat anak sendiri. Jangan tunggu lama-lama Nabil. Silap hari bulan Irma kena 'caras' siapa yang sentap. Cik Normah gurau jer ye Nabil. Buat Irma dan Nabil semoga terus kukuh menjaga hubungan cinta kalian ya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 10:12 am | |
| Sensasi 5 bintang DARI (kiri); LJ, Wangi, Nikki, Farah dan Jac.
Jac, Nikki, Farah, LJ dan Wangimengucapkan terima kasih kepada Rangkaian Hotel Seri Malaysia kerana menaja penginapan kru dan selebriti ABPBH2008
MEREKA cantik dan berbakat. Masing-masing dikurniakan dengan wajah menarik serta keupayaan yang bukan sedikit dalam bidang seni. Kehadiran Jaclyn Victor atau Jac, Nikki, Farah Asyikin, Liyana Jasmay (LJ) dan Wangi Julianda memeriahkan dunia muzik dengan suara serta gaya mereka.
Tidak cukup dengan semua itu, cerita peribadi atau kisah cinta, lebih tepatnya cerita lelaki dalam hidup mereka, turut diperkata. Maklum saja, mereka wanita popular yang semakin mendapat tempat di hati peminat. Lalu, apa saja perkembangan diri, sama ada karier mahupun tidak, ingin juga diketahui semua.
Siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 yang baru saja berlangsung di Kuantan Parade, Kuantan, pada 21 dan 22 Mac lalu menemukan kelima-lima insan terkenal ini. Apa lagi, apabila lima bintang yang menawan ini duduk bersama, pelbagai cerita keluar daripada mulut mereka.
Jac hadir di Kuantan sebagai finalis Penyanyi Wanita Popular, manakala Liyana bersaing dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular. Remaja peramah dari Bandung, Wangi dan rakannya dalam The Fabulous Cats pula berentap merebut trofi Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular di Arena of Stars Genting Highlands, 12 April ini.
Dua lagi artis berbakat, Nikki dan Farah ialah penyanyi jemputan siri promosi ABPBH 2008 bagi edisi Kuantan. Nikki sendiri pernah dicalonkan dalam ABPBH 2006 apabila gandingannya bersama Zahid menerusi lagu Caramu mendapat perhatian ramai peminat. Sementara itu, Farah bakal menggegarkan Arena Of Stars dengan persembahannya pada acara kemuncak di Kota Keriangan nanti.
PEMINAT bertuah bersama artis bergambar kenangan dengan kereta Nissan Sylphy dan Grand Livina.
Sewaktu menyertai siri promosi di Pantai Timur itu, beberapa peminat lelaki nampaknya tidak melepaskan peluang mengusik manja artis wanita pujaan mereka. Dalam hati, mungkin mereka berharap, suatu hari nanti artis ini bisa menjadi suri di hati?
Lupakan saja seandainya peminat ingin menyunting Jac mahupun Nikki. Kedua-duanya sudah pun menjadi tunangan orang dan kini hanya menghitung hari untuk bergelar isteri. Jac sendiri kini tidak selesa sekiranya jari manis yang runcing itu tiba-tiba kosong tidak dililit cincin tanda cinta pemberian Christopher John Bellamy.
Sewaktu menghadiri sesi fotografi di Balai Berita baru-baru ini, umpamanya, dia cepat-cepat bertanya kepada pengurusnya, di mana cincin kesayangan itu sebaik saja dia perasan ada sesuatu yang tidak kena pada jarinya yang sudah biasa dengan kewujudan tanda cincin itu.
Cuma, Jac dan Christopher masih menunggu waktu terbaik untuk kedua-duanya mengakhiri pertunangan dengan sebuah ikatan lebih bermakna, perkahwinan. Apabila tiba waktunya nanti, dia pasti akan memaklumkan pada semua, janji wanita Gemilang ini.
ARTIS sporting bergambar bersama peminat.
Nikki akhiri zaman solo 27 Jun
NIKKI juga nampaknya berdebar menunggu saat dia dan komposer Audi Mok disatukan sebagai suami isteri. Sedikit berbeza dengan Jac, wanita kelahiran Tambunan, Sabah ini bagaimanapun sudah menetapkan 27 Jun depan sebagai detik dirinya menukar status diri.
Kira-kira tiga tahun keluar bersama, pemilik nama asal Nicolette Louisa Palikat ini akhirnya akur cinta Audi padanya cukup kuat untuk dia menerima lelaki itu sebagai suami. Namun begitu, mereka tidak menginginkan sebuah majlis perkahwinan besar-besaran, walaupun kedua-duanya insan popular dalam persada seni.
“Kami mengidamkan sebuah perkahwinan yang sederhana saja. Justeru, kami memilih untuk disatukan di gereja yang sering kami berdua hadiri, Gereja St Francis Xavier di Jalan Gasing. Pada sebelah malamnya, sebuah majlis makan malam diadakan di Melaka.
“Kemudian, kami akan berbulan madu sama ada di Bali ataupun mengikuti percutian di atas kapal. Kedua-duanya kedengaran begitu romantik, sebab itulah kami susah hendak membuat keputusannya,” kata Nikki.
Farah elak topik lelaki
BAGI penyanyi lagu Hello, Farah, ketika ini dia lebih suka memikirkan soal karier yang mula menampakkan sinar hasil kelahiran album pertama yang menggunakan nama sendiri sebagai judul pada 2007. Topik mengenai lelaki, jika boleh, ingin diketepikan dulu sehinggalah dia benar-benar bersedia untuk membuka mulut berbicara mengenai hal itu.
Maklum saja, apabila dirinya kini tidak lagi berpunya, selepas berpisah dengan bekas suami, Dr Fariz Yahya, tentu soalan cepumas apakah dia sudah mempunyai pengganti tidak lekang dari mulut wartawan hiburan, atau peminat sendiri.
Kata Farah berjenaka: “Saya belum ada sesiapa… Kalau sudi, tolonglah carikan calonnya.”
Begitupun, wanita yang popular menerusi program realiti Malaysian Idol dan One In A Million (OIAM) ini tetap menjadi permainan gosip apabila dia dikatakan rapat dengan seorang lagi bekas peserta OIAM, Mark.
Masih muda untuk bercinta
DESAS-DESUS juga kencang melanda pelakon dan penyanyi, Liyana, apabila dia dilihat cukup rapat dengan bintang Akademi Fantasia, Aizat. Lebih-lebih lagi, kedua-duanya masih muda dan sama-sama popular. April ini pula, kedua-duanya akan sama-sama melintasi permaidani merah sebagai finalis ABPBH. Aizat ialah calon Top 5 kategori Penyanyi Lelaki Popular.
Namun Liyana tidak mudah melatah dengan usikan media. Dia tenang berdepan dengan segala gossip mengenai dirinya. Jauh di lubuk hati pelakon yang mula berjinak-jinak dalam dunia nyanyian ini mengetahui, usianya sendiri masih begitu muda untuk memikirkan soal alam rumah tangga.
Lalu, persahabatan bersama Aizat bukanlah titik noktah kepada segala-gala. Ada keserasian dalam persahabatan sesama artis yang dijalin, jadi tidak salah kedua-duanya terus berkawan baik. Katanya, soal jodoh masih terlalu jauh untuk difikir.
Setahun tinggalkan universiti
MANAKALA Wangi yang menyertai The Fabulous Cats kira-kira dua bulan lalu pula mengakui agak serasi dengan anggota sedia ada kumpulan berkenaan. Bahkan, Wangi mendedahkan betapa Cat, Adeep dan Farhana menganggapnya sebagai adik bongsu keluarga muzik itu.
Masih menuntut di sebuah universiti di Bandung dalam bidang pengurusan, Wangi mengaku belum mempunyai kekasih kerana tumpuannya kini adalah pada muzik yang dicintai sejak kecil. Dia pernah mempunyai album kanak-kanak ketika berusia 10 tahun.
“Saya mengambil cuti setahun daripada universiti, semata-mata untuk memberikan tumpuan kepada dunia muzik. Keluarga juga cukup memberikan sokongan kepada keputusan ini,” katanya yang turut mempunyai sebuah kumpulan muzik lain di kota kelahirannya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 10:21 am | |
| ABPBH2008: Kejutan Kuantan
Kuantan Parade bergegar dengan kehadiran finalis mendekati peminat mereka sempene siri jelajah ABPBH2008
KEMERIAHAN pada acara siri jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 berterusan apabila rombongan yang turut disertai 13 artis, solo mahupun berkumpulan, singgah di Kuantan Parade, Kuantan, Ahad lalu.
Mengekalkan status sebagai siri jelajah paling popular, acara promosi di kompleks beli-belah terkenal di Pantai Timur berkenaan berjaya menarik lebih 5,000 penonton menyaksikan pelbagai gelagat selebriti kesayangan mereka.
Sebelum ini, jumlah yang lebih kurang sama turut dicatat pada acara serupa yang berlangsung di Village Mall, Sungai Petani, Kedah, pada 27 dan 28 Februari; Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang, Johor (7 dan 8 Mac); dan Mydin Mall, Kuala Terengganu, Terengganu (13 dan 14 Mac).
Kuantan Parade menjadi persinggahan keempat dalam siri promosi ABPBH 2008 sebelum tibanya acara kemuncak yang akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, pada 12 April nanti. Sebelum itu, siri jelajah ini akan bertandang pula di Batu Pahat Mall, Johor pada 28 dan 29 Mac, diikuti siri promosi terakhir di Klang Parade, pada 3, 4 dan 5 April.
Tidak hairanlah sekiranya setiap kali siri jelajah ini tiba di mana-mana bandar, peminat berpusu-pusu datang memberikan sokongan kerana ia menjadi satu-satunya agenda yang mampu menghimpunkan selebriti daripada pelbagai cabang seni seperti lakonan, nyanyian, pengacaraan dan penyampaian dalam satu acara.
SEORANG peminat menunjukkan gambarnya bersama artis kesayangan.
Di Kuantan, umpamanya, bukan hanya nyanyian artis dan kumpulan terkenal masa kini seperti Jaclyn Victor, Aizat, Farah Asyikin, Nikki, The Fabulous Cats dan Kristal yang dapat disaksikan peminat, malah buat pertama kalinya pelakon remaja, Liyana Jasmay, turut memperdengarkan nyanyiannya menerusi single Aku Tak Percaya Cinta.
Siapa sangka gadis manis yang membuat penonton terpegun dalam filem Histeria dan bakal menghiburkan orang ramai dengan filem Papadom sedikit masa lagi ini berbakat dalam nyanyian? Hanya pada siri promosi ABPBH peminat dapat menyaksikan kehebatannya di pentas muzik.
Mungkin selepas dicalonkan ke peringkat akhir kategori Pelakon Filem Wanita Popular untuk edisi ke-22 ABPBH, tahun depan dia dicalonkan pula dalam kategori penyanyi?
Selain berhibur dengan dendangan lagu popular beberapa kumpulan serta penyanyi terbabit, peminat yang memenuhi setiap inci ruang legar pusat beli-belah berkenaan juga bergelak ketawa dengan sketsa yang dipersembahkan pelakon pujaan mereka seperti Farid Kamil, Lisa Surihani, Fizo Omar, Sari Yanti dan Ashraf Muslim.
KUMPULAN Kristal menghangatkan Kuantan Parade dengan persembahan mereka.
Siapa yang tidak pecah perut apabila Farid dan Lisa mengadakan kelas lakonan untuk menjiwai watak mat dan minah rempit? Apatah lagi apabila pasangan pengacara Along dan Angah membantu dengan jenaka mereka yang tidak pernah membosankan itu.
Petang itu, dapatlah peminat melihat sendiri bagaimana Farid berlakon sebagai perempuan yang cuba digoda serta pelbagai lagi aksi mencuit hati daripada rakan yang lain. Sebelum itu, pasangan pelakon yang masing-masing dicalonkan dalam kategori artis baru, Fizo dan Sari Yanti turut mengajak peminat mereka beraksi dalam drama sebabak mengisahkan bagaimana dua insan bercinta yang bergaduh. Penonton tidak berhenti gelak apabila beberapa peminat turut menunjukkan kebolehan mereka.
Kuantan Parade juga menyaksikan penampilan penyanyi berbakat, Mohd Zaki Zainal, yang mendendangkan lagu Sampai Syurga pada acara promosi terbabit. Dia ialah pemenang Bintang Idola Berita Harian (BIBH) bagi siri promosi di Kuantan, dan akan bertanding pada acara final bersama lima lagi juara peringkat siri promosi di Klang nanti.
BIBH diadakan pada setiap lokasi persinggahan siri promosi ABPBH 2008. Di Kuantan, ia mencatat sejarah tersendiri apabila menyaksikan tiga peserta bukan Melayu turut menghadiri uji bakat dan seorang daripada memboloskan diri ke peringkat akhir yang diadakan pada sebelah pagi, 22 Mac lalu. Ia juga mencatat jumlah penyertaan teramai sehingga kini apabila lebih 100 peserta mendaftar pada sesi uji bakat Sabtu lalu.
Beruntungnya peminat yang datang ke siri promosi di Kuantan Parade kerana mereka bukan hanya dapat menyaksikan kemunculan bintang pujaan masing-masing, malah sebahagiannya pula sempat merakam kenangan bersama penyanyi dan pelakon kesayangan berlatarkan backdrop ABPBH yang kemudiannya dicetak pula untuk mereka. Semua itu menjadi milik peminat dengan harga RM10 saja!
Peminat bertuah pula berpeluang menjawab kuiz spontan ABPBH 2008, seterusnya memenangi pelbagai hadiah istimewa, selain diberikan peluang menaiki kenderaan tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd bersama bintang idola masing-masing.
Kuantan sememangnya tidak pernah mengecewakan apabila peminat sering kali memberikan sokongan padu setiap kali rombongan promosi ABPBH menjejakkan kaki ke bandar ini. Tahun depan, pasti acaranya lebih hebat dan meriah lagi.
INFO:
*ACARA promosi di Kuantan sepatutnya dikendalikan oleh Angah, Along dan Kieran dari Hot FM. Bagaimanapun penyampai popular itu hanya muncul seketika cuma pada awal acara, berikutan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk dia berada lebih lama di pentas tempat acara berlangsung. Namun, dua bekas peserta Raja Lawak itu bijak menghidupkan suasana sepanjang hampir empat jam acara berjalan. Ada saja lawak dan aksi mereka yang memecahkan perut penonton.
*BERCERITA mengenai keadaan kurang sihat, ia turut menimpa anggota kumpulan The Fabulous Cats. Farhana tidak dapat mengikuti tiga anggota lain (Cat Farish, Adeep & Wangi) ke Kuantan apabila dia dikatakan diserang gastrik yang teruk. Begitupun The Fabulous Cats tetap memberikan persembahan hebat tatkala menyanyikan lagu Slot Akasia, Bawaku Terbang dan Papa Jahat. Misi seterusnya, finalis kategori Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular ini akan cuba menawan pasaran Indonesia!
*ANTARA lagu yang dipersembahkan artis pada petang Ahad lalu termasuk Selamat Tinggal dan Cantik oleh Nikki, Hello dan 1000 Penipuan (Farah Asyikin), Gemilang dan Satu Harapan (Jaclyn Victor), Lagu Kita dan Hanya Kau Yang Mampu (Aizat) serta Memburu Impian, Bertemasya, Cinta Tiga Segi dan Basikal Tua (Kristal).
*SEPANJANG dua hari siri promosi diadakan di Kuantan Parade, Pos Malaysia turut membuka gerai mereka di pusat beli-belah terbabit. Ia dikunjungi ramai peminat yang ingin mendapatkan setem istimewa dengan gambar mereka dicetak bersama setem pilihan masing-masing dengan bayaran hanya RM19
*ACARA pembuka tirai siri promosi di Kuantan dilakukan artis baru, Heela, diikuti mainan gitar oleh Rosli Mohalim sambil diiringi nyanyian Izzati serta Fazlin.
*DIFAHAMKAN, sepanjang dua hari di pusat beli-belah itu, beberapa tempahan turut diterima penaja ABPBH 2008, Edaran Tan Chong Motor yang tidak melepaskan peluang mempromosikan kereta Nissan Sylphy serta Grand Livina, yang masing-masing bakal menjadi milik Bintang Paling Popular dan pembaca bertuah.
*KETIKA berada dalam bas persiaran tajaan Sinar Mas Travel & Tours, Fizo serta beberapa artis lain mengaku rindukan pelakon Kenchana Dewi. Kata mereka, Kenchana yang sering mengikuti rombongan promosi sebelum ini seorang penghibur yang menyenangkan hati, kerana dia tidak pernah kering dengan idea untuk menghilangkan kebosanan akibat perjalanan jauh.
*SELEPAS tamat acara di Kuantan Parade, rombongan dibawa menjamu selera di Restoran Aneka Selera Kak Long Ikan Bakar - Tomyam dan Seafood, di Kuantan. Sesudah menghabiskan suapan terakhir, tiba-tiba terdengar nyanyian Selamat Hari Lahir yang ditujukan buat Lisa Surihani. Rupa-rupanya pelakon itu genap berusia 23 tahun keesokan hari iaitu pada 23 Mac. Namun, apabila sudah berkumpul begitu, penganjur tidak lupa memberikan kejutan besar buat pelakon ini. Menggigil jarinya untuk
*memotong kek, apabila lagu hari jadi dinyanyikan berkali-kali oleh Cat dan rakan-rakan lain.
*PENGINAPAN rombongan siri promosi ABPBH 2008 di Kuantan ditaja oleh Rangkaian Hotel Seri Malaysia Kuala Lumpur. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 10:22 am | |
| Nora bersama tiga kakaknya, Nadia (kiri), Rozy (dua dari kanan) dan Cathy (kanan). |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 10:46 am | |
| Empat drama menarik isi slot Cerekapilihan Rita Rudaini
KHUSUS untuk peminat setia drama Melayu, April ini menjanjikan pelbagai tontonan menarik menerusi pelbagai penerbitan menghiasi slot Cerekapilihan. Menemui penonton setiap Jumaat, jam 1.30 tengah hari di TV3, drama ini menyelitkan pelbagai mesej mengenai kehidupan termasuk pengorbanan, teladan, suka, duka dan hiburan.
Empat drama menarik menanti siaran iaitu Di Luar Bukan Syurga, Garisan Luka, Terlerai Kasih dan Seiras menampilkan pelakon terkenal seperti Nabila Huda, Rita Rudaini, Fauzi Nawawi, Rosyam Noor, Rozie Rashid, Azean Irdawaty, Aida Radzwill, Benjy dan Jehan Miskin.
*Di Luar Bukan Syurga (3 April)
SURAYA mempunyai seorang adik bernama Haryati yang tinggal bersama dengannya dan suaminya Johan. Haryati menjalani kehidupan sosial dan perkara ini menimbulkan kebimbangan di hati Suraya dan Johan. Haryati marah dengan sikap Suraya yang baginya mengongkong. Lalu dia cuba untuk memporak perandakan rumah tangga mereka. Haryati memasang strategi bersama Zaki iaitu bekas teman lelaki Suraya. Namun, apabila niatnya itu tidak berjaya Haryati melarikan diri ke Johor bersama Zaki yang ketika itu dikehendaki polis kerana melakukan jenayah berat.
Pelakon: Rashidi Ishak, Nabila Huda, Rita Rudaini, Fauzi Nawawi
*Garisan Luka (10 April)
NANI mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya, Zaidi dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Hafiz. Sejak berkahwin Nani jarang balik ke kampungnya. Hanya apabila usia Hafiz mencecah tiga bulan baru Nani pulang. Itu pun untuk menjemput ibunya, Mak Pah supaya dapat menjaga Hafiz yang selalu tidak sihat. Zaidi tidak suka Mak Pah tinggal bersamanya. Saadiah, ibu Zaidi pula selalu menghasut Zaidi supaya jangan terlalu memberi muka kepada Nani dan Mak Pah.
Pelakon: Rosyam Noor, Rozie Rashid, Shaharuddin Thamby, Khaty Azean, Afida Es
*Terlerai Kasih (17 April)
KEMATIAN suami menyebabkan kehidupan Habibah sekeluarga menjadi susah. Dia terpaksa menanggung segala perbelanjaan rumah dan persekolahan anak-anaknya. Lebih lagi apabila dua anaknya, Usu dan Angah akan menghadapi peperiksaan besar. Anaknya yang sulung, Along pula berhasrat menangguh pengajiannya kerana mahu membantu ibunya menyara keluarga. Bagaimanapun, apabila mendapat tawawan mengajar sambilan di pusat tuisyen berdekatan, Nazri membatalkan hasratnya.
Pelakon: Azean Irdawaty, Aida Radzwill, Benjy, Syukri Hashim
*Seiras (24 April)
KAMARIAH, ibu tunggal kepada dua anak lelaki yang mempunyai paras rupa seiras iaitu Amir dan Amri. Bagaimanapun, karakter mereka berdua agak karakter berbeza. Amir seorang yang pemalu dan mempunyai teman wanita bernama Zura.
Amri pula peramah dan menuntut di luar negara. Kamariah menaruh hati terhadap Pak Ali jirannya yang juga seorang bapa tunggal kepada anak lelaki yang cacat, Keoi. Namun, Pak Ali tidak menunjukkan minatnya terhadap Kamariah kerana dia menyukai jururawat bernama Haizah yang menjaga Keoi. Haizah sering menegur Amir tetapi Amir tidak bersikap mesra lantaran sikapnya yang pemalu.
Pelakon: Jehan Miskin, Aliza Abdullah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 10:50 am | |
| (Gambar) Norman Hakim seperti Mak Nyah
Selepas drama terbaru JS Pictures Sdn Bhd, Mabuk Estrogen didakwa menampilkan adegan `bercium’ antara dua pelakon lelaki utamanya, karya terbaru produksi milik Sheila Rusly, Donut dijangka bakal mengundang kontroversi apabila menampilkan kisah homoseksual dengan pelakon utamanya memegang watak pondan lengkap berpakaian wanita.
Drama itu yang bakal ditayangkan di Astro Ria, menampilkan pelakon yang sebelum ini cukup ‘panas’ dengan isu perceraiannya, Norman Hakim, menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lagi watak utama, Shakir lakonan Fizz Fairuz.
Norman Hakim turut tampil berpakaian wanita dalam satu babak penggambarannya di Peninsular Residence di Jalan Damansara di sini, semalam, dan turut beraksi mesra dengan Fizz.
Bagaimanapun, Norman menafikan watak lelaki homoseksual dalam Donut sebahagian usahanya untuk menarik perhatian bagi memulihkan namanya dalam industri perfileman tempatan selepas diselubungi isu perceraian dengan Abby Abadi dan hubungannya dengan Memey. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 11:04 am | |
| Fazley 'turun padang' sempena Perhimpunan UMNO Fazley dan Yaakob (kanan) memeriksa sayur-sayuran yang akan dimasak sepanjang berlangsungnya Perhimpunan UMNO
SETIAP kali menjelangnya Perhimpunan Agung UMNO, penyanyi popular Dr. Fazley Yaakob adalah antara individu yang paling sibuk memastikan perjalanan majlis tersebut berjalan lancar.
Fazley yang merupakan Pengarah Eksekutif Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) akan bertungkus-lumus meneliti persiapan akhir sempena perhimpunan tersebut bersama-sama ayahnya, Ketua Pegawai Eksekutif PWTC, Datuk Yaakob Mohammad.
Sempena Perhimpunan Agung UMNO ke-59 yang akan bermula esok, Fazley dan Yaakob membuat persediaan akhir, antaranya memeriksa sayur-sayuran yang akan dimasak sempena lima hari berlangsungnya acara tersebut. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 11:05 am | |
| Sarah Raisuddin versi Cleopatra |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 11:16 am | |
| Linda Onn syok sendiri
HAI Diva. Gua nak tegur sikitlah tentang penyampai baru radio Sinar,Linda Onn. Gua bukannya tak suka dia. Gua suka dia beb, sudahlah cun,suara pun sedap. Yang penting, dia masih solo.
Tapi yang buat gua 'potong' dengan minah ini ialah dia asyik bukatopik tentang diri dia saja. Sudah beberapa kali gua dengar dia bukatopik yang semuanya terarah kepada dia.
Paling baru kalau tak silap gua bila dia buka topik lebih kurangbegini: 'Kalaulah Linda duduk di sebelah rumah saya'. Lepas itu, ramaipula pendengar yang melayan dan cakap kalau Linda duduk sebelah rumahdia, mereka nak itu dan ini.
Linda, lu jangan salah faham. Gua sikit pun tak cemburu. Tapi guarasa tak syoklah, bila lu asyik buka topik diri sendiri.
Selama guajadi pendengar setia Sinar FM, tak pernah pula gua dengar deejay-deejayyang lain seperti Najman atau Shubi yang buka topik tentang dirisendiri. Bukan tak boleh, tapi sebab terlalu kerap, gua rasa lu sudahmacam syok sendiri.
Gua tegur lu sebab gua suka lu. Jadi gua harap Linda ambil teguran ini secara positif. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 11:23 am | |
| Ning jual baju lelaki pula NING Baizura bersama Sibourg pada sidang media perasmianMInggu Setiausaha di Pullman Putrajaya Lakeside.
Kesukaran dapatkan pakaian sesuai dengan saiz badan suami beri idea ceburi bidang fesyen HANYAkerana sukar mendapatkan pakaian yang sesuai dengan bentuk badansuaminya, penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura Hamzah mengambilkeputusan menceburkan diri dalam bidang perniagaan koleksi pakaiankhusus untuk lelaki.
Idea berkenaan timbul apabila suami Ning yang berbangsaInggeris, Omar Shariff Christopher Layton Dalton sering berdepanmasalah apabila setiap pakaian siap yang dibeli tidak menepati saizbadan.
揙leh kerana dia seorang lelaki berbangsa Inggeris, memang sukarmendapatkan pakaian yang sudah siap betul-betul mengikut bentuk badan,kadang-kadang apabila bahagian badan sesuai, lengan pula pendek.
揓adi saya mengambil keputusan ini untuk memudahkan merekayang bersaiz besar atau yang berlainan dengan susuk tubuh warga Asiamendapatkan pakaian yang sesuai,?katanya.
Menghadirkan seleksi pakaian di bawah jenama Stun-Ning,keputusan Ning untuk menceburi bidang perniagaan turut mendapatsokongan rakan yang meminati potongan fesyen yang ditampilkan. Ning mengakui biarpun tidak pernah mengikuti sebarang kursus dalam bidangfesyen secara formal, dia sudah lama meminati bidang itu dan hanyamenunggu masa sesuai untuk menceburinya.
Malah, peluang memperagakan fesyen sentuhan pereka baru dipasaran menjadi platform Ning menggarap ilmu sebanyak mungkin untukmenjayakan cita-citanya itu.
揃uat masa ini saya sudah mempunyai antara 10 hingga 20pelanggan di sekitar Lembah Klang dan lebih menumpukan kepada fabrikseperti kapas dan sutera yang sesuai dijadikan corak batik.
揝aya sendiri mencurahkan idea untuk mencorakkan rekaan kaindengan sentuhan batik selain menyediakan perkhidmatan terus kepadapelanggan dengan berjumpa mereka untuk mengukur saiz sebelum diserahkankepada tukang jahit,?katanya. Ningberkongsi harapan dan cita-citanya itu ketika ditemui pada sidang mediaMinggu Setiausaha yang diadakan di Pullman Putrajaya Lakeside,Putrajaya baru-baru ini.
Hadir sama pada sidang media itu, Pengurus Besar Pullman Putrajaya Lakeside, Patrick H Sibourg.
Ning akan menghiburkan kira-kira 350 setiausaha bersama bosmasing-masing di hotel yang baru beroperasi itu pada 23 April nanti.
Penyanyi yang popular dengan lagu Curiga itu menyedari kejayaan tidak akan bergolek tanpa usaha.
Sehubungan itu, Ning yang baru menyempurnakan rakaman singlebersama Altimet menerusi Mimpi mengingatkan semua artis untuk merebutpeluang yang ada.
揝aya sering menjadikan diva Anita Sarawak sebagai idolakerana kagum dengan tenaga dan kreativitinya yang tidak putus-putusmenghasilkan idea baru.
揝elepas hampir 16 tahun berkecimpung dalam bidang senisuara, saya rasakan ini adalah masa yang sesuai untuk memulakan bidangbaru yang amat saya minati," katanya yang tidak menolak kemungkinanmembuka butik satu hari nanti.
Ning yang melangsungkan perkahwinan dengan Omar pada 31Januari tahun lalu berkata, sebagai seorang artis dia perlu melakukanevolusi dan tidak bergantung harap kepada satu bidang semata-mataterutama ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu kini.
揝aya turut mempunyai sebuah studio di Kepong dan memberiperkhidmatan latihan vokal kepada lima pelajar sekali seminggu,攌atanya yang menanam cita-cita untuk menjadi artis serba boleh.
Selain itu, Ning yang baru selesai menjalani penggambaransebuah filem terbitan KRU, Magika, berkata dia turut berjinak-jinakdalam dunia perfileman dengan menuntut ilmu daripada pengarah terkenal,David Teo bagaimana untuk menjadi seorang pengarah yang baik.
揃iarlah apa orang nak kata, kita sebagai artis tidaksepatutnya berhenti daripada mencari peluang yang boleh menjamin masadepan,?katanya.
Mengambil pendekatan `memekakkan telinga' terhadap segalatohmahan orang sekeliling, Ning terus mengorak langkah dalam memastikankejayaan berada dalam genggamannya.
Ditanya mengenai kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumahtangga selepas lebih setahun berkongsi hidup dengan Omar Shariff, Ningberkata, dia belum bersedia untuk menambah ahli keluarga.
揔alau boleh biarlah dulu kerana terlalu sibuk... Sayasendiri tidak dapat membayangkan bagaimana kalau dalam keadaanmengandung saya masih terkejar ke sana ke mari," katanya tertawa. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 11:30 am | |
| ‘Kami masih bersama' HAPPY COUPLE, BOTH IN GREEN COLOURS, DR. SHEIKH MUSZAPHAR & DR. HALINA
KUALA LUMPUR: “Kami masih bersama, cuma masing-masing agak sibuk menguruskan karier,” kata Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 35, berhubung desas-desus hubungannya dengan gadis pilihan hati, Dr Halina Mohd Yunos, berdepan masalah.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, khabar angin itu sama sekali tidak benar, malah dia dan Dr Halina kini sedang mencari tarikh sesuai melangsungkan perkahwinan.
“Tidak benar dakwaan itu...biasalah, orang cakap macam-macam. Hubungan kami seperti biasa, cuma jarang dilihat bersama kerana masing-masing sibuk dengan karier.
“Tahun ini, saya perlu memenuhi undangan seminar di Eropah dan Timur Tengah, malah banyak program lain diatur untuk saya, manakala Dr Halina pula menyambung pelajarannya di peringkat sarjana,” katanya yang dihubungi semalam.
Menurutnya, dia akan memaklumkan mengenai perkahwinan kepada umum selepas mendapat tarikh sesuai.
“Soal perkahwinan bukan sesuatu yang mudah, ia memerlukan perbincangan kedua pihak. Insya-Allah jika sampai waktunya, kami akan maklumkan,” katanya yang menganggap masih terlalu awal untuk meletakkan sasaran tahun bila mereka boleh berkahwin.
Tambahan pula, abang angkasawan negara itu baru melangsungkan perkahwinan, Mac lalu.
Dr Sheikh Muszaphar juga menyatakan setakat ini, Mara ada menawarkan kepadanya untuk mengendalikan program Teknologi Aeroangkasa di Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
“Kami masih berbincang mengenai perkara itu kerana kontrak saya dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) disambung,” katanya.
Hubungan antara angkasawan pertama negara itu dengan Dr Halina, 27, semakin akrab selepas lima tahun menjalinkan persahabatan.
Pasangan dua sejoli itu bertemu buat kali pertama ketika Dr Halina baru memulakan pengajian dalam jurusan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) manakala Dr Sheikh Muszaphar mengikuti pengajian perubatan lanjutan.
Perkenalan awal hanya berkisar mengenai perbincangan pelajaran serta tugasan di makmal dan tidak lebih daripada itu, namun tanpa disedari, lama kelamaan ia membuahkan bibit cinta.
Pasangan itu juga beberapa kali muncul di khalayak menyebabkan ramai tertunggu-tunggu hari bahagia mereka.
Desas-desus mula muncul sejak kebelakangan ini apabila mereka kurang kelihatan bersama hingga ada mengandaikan wujud masalah dalam perhubungan itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 11:42 am | |
| Gambar Imej Baru: Faizal Tahir Rambut Pendek - Masuk Kumpulan Nasyid Semula?
Faizal Tahir just had a new haircut. FAIZAL telah muncul dengan imej berambut pendek di pentas Mystarz LG Ahad lalu. What do you think of his new look? More handsome? OR Just like an old school boy who just finished scout practice? or do you prefer his old hairstyle? Dah masuk nasyid balik ke, FAIZAL? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 11:46 am | |
| Kak Engku, Nabil redah je!
MENGACARAKAN program berdurasi 60 minit tanpa sebarang skrip dan hanya berlandaskan sedikit info mengenai segmen permainan sebagai panduan, bukan tugas mudah. Malah tidak ramai pengacara mampu melakukannya.
Justeru, kemampuan Raja Azura Tengku Ahmad Tajuddin, 37, atau lebih mesra disapa Kak Engku dan Ahmad Nabil Ahmad (Nabil) mengendalikan ‘game show’ Ewah Ewah setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 11 pagi, secara spontan wajar diberikan pujian.
Malah, gandingan pengacara baru dan pengalaman ini antara penyumbang kepada kejayaan program TV3 itu sehingga berjaya memecah tradisi dengan mencatat program pagi paling ramai ditontoni.
Ekoran pencapaian cemerlang itu, TV3 menyambung ra kaman blok keduanya yang kini giat dijalankan di Capital Studio, Bandar Sri Damansara.
Kak Engku berkata, dia pertama kali bergandingan dengan Nabil ketika menjayakan Ewah Ewah Raya tahun lalu yang turut menampilkan Amyza Adnan dan Shamsul Ghau Ghau . Perkenalan seketika itu sudah cukup membuatkan mereka serasi.
“Kami cepat serasi kerana Nabil seorang yang jujur. Ke jujurannya serta sikapnya yang menghormati saya sebagai artis senior dan individu berumur daripadanya membuatkan saya selesa dengannya.
“Apabila dia ikhlas, saya juga ikhlas dan menghormatinya sebagai pendatang baru yang ingin berbakti kepada industri seni,” katanya.
Nabil yang tidak pernah lekang mengusik Kak Engku pula sudah menganggap ibu kepada tiga cahaya itu seperti ‘Kak Long’ sendiri.
“Tengok sajalah dia macam mana. Senang cerita, ma sing-masing mulut macam puaka disebabkan itulah kami cepat serasi. Saya cukup menghormatinya sebagai individu yang berpengalaman dalam industri.
“Keprihatinannya itu tidak terbatas dalam soal kerja bahkan Kak Engku juga sering mengingatkan saya supaya menabung, jangan lupa diri, memberi tunjuk ajar selain mengambil berat ibarat saya ini adik kandungnya.
“Tidak keterlaluan kalau saya katakan dalam arena seni ini dia bagaikan Kak Long saya,” katanya.
Mengendalikan sebuah program tanpa skrip, akui Kak Engku, tugas yang sangat mencabar. Namun, pengalaman lebih 10 tahun dalam pengacaraan menjadikan segala urusan lebih mudah apatah lagi, digandingkan dengan Nabil yang mempunyai banyak idea.
“Nabil bagi saya seorang pelapis bukan saja dalam pe ngacaraan tetapi juga pelawak. Bukan mudah untuk berlawak kerana ia tidak seperti menyanyi yang boleh belajar vokal sebaliknya kebanyakan pelawak mempunyai kelebihan dan bakat anugerah Allah SWT.
“Menerusi Ewah Ewah ini misalnya, tugas saya adalah menerangkan kepada peserta mengenai cara permainan. Sementara Nabil bertindak selaku pembantu saya men jalankan tugasnya meriuhkan keadaan,” katanya.
Sebagai orang baru, Kak Engku tidak menafikan ada kalanya Nabil teragak-agak. Justeru, setiap kali berhadapan situasi itu dia akan menyuntik Nabil dengan isu supaya dia dapat kembangkan jenakanya.
Apa yang menariknya mengenai program ini bukan saja skrip saja secara spontan malah pengacara diberikan ke bebasan untuk menentukan corak denda yang dikenakan kepada peserta.
“Sebagaimana makluman penonton, peserta dibenarkan bermain tipu, namun jika helah mereka itu dapat dihidu markah mereka akan dipotong atau dikenakan denda me ngikut gerak hati kami dan ia menambahkan lagi elemen ‘saspens’,” katanya.
Meskipun jadual hariannya padat dengan komitmen lain, antaranya sebagai penyampai Sinar FM yang memerlukannya berada di konti seawal 6 hingga 11.30 pagi, keseronokan yang diperoleh sepanjang rakaman Ewah Ewah membuatkan dia tidak berasa letih.
Malah, pelakon serba-boleh ini melihat program itu lebih daripada keseronokan kerana selain memupuk semangat antara pasukan ia juga mengeratkan silaturahim antara selebriti veteran dengan yang baru.
Malah, dia bersyukur dan berbangga dengan pencapaian program itu yang kini sudah mencecah 1.2 juta penonton.
“Bermula sekitar 600,000 penonton kemudian jumlahnya meningkat sehingga 1.2 juta. Ia satu pencapaian cukup membanggakan bagi sebuah program yang waktu siarannya sebelah pagi,” katanya.
Manakala Nabil yang menjuarai program Raja Lawak musim ke-2 agak terkejut dengan pencapaian program itu kerana menyangka waktu siaran yang ditetapkan kurang mendapat sambutan penonton.
“Masa pihak produksi maklumkan waktu siaran program ini pada waktu pagi, saya fikir mungkin tidak ramai yang akan menonton kerana secara logiknya ia waktu kerja.
“Jadi memanglah terkejut sangatlah apabila saya diberitahu ‘rating’ Ewah Ewah sekarang ini mencapai 1.2 juta,” ka tanya.
Menyingkap perkembangan seni yang lain, selain mem bintangi Magika sebagai Mak Andir, Kak Engku yang ber gandingan dengan pengacara popular, Aznil Hj Nawawi menerusi filem itu dipilih sebagai hos rancangan realiti, Belai Si Comel Bersama Friskies yang bersiaran mulai 21 Mac lalu, jam 12 tengah hari.
“Ia program realiti membabitkan haiwan peliharaan iaitu kucing. Terdapat lapan episod semuanya dan enam peserta akhir akan dipilih dan diberi kucing terbiar oleh Persatuan Menolong Haiwan (SPCA) untuk dijaga.
“Kucing yang diberi pemakanan sihat dan betul, penjagaan luar serta dalaman yang sempurna berpeluang memenangi hadiah bernilai RM10,000,” katanya.
Nabil yang dicalonkan menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 menerusi kategori Pelakon Komedi dan Artis Baru Popular pula akan kembali merakamkan program Fikirlah Sendiri Nabil musim kedua termasuk menjayakan sebuah lagi program ‘game show’ terbitan TV9 iaitu Harta Mania yang menguji ilmu pengetahuan peserta.
“Saya akan bergandingan dengan Adrus mengendalikan program yang berkonsepkan lanun ini selain kembali men jayakan program Fikirlah Sendiri Nabil yang masih me ngekalkan ‘stand up comedy’.
“Cuma saya akan tampilkan sedikit kelainan. Jika dulu artis jemputan saya terdiri daripada pelakon komedi kali ini saya mahu mengundang pelakon berkarakter yang tidak di sangka-sangka boleh berlawak seperti Fizz Fairuz dan Rosyam Nor.
“Saya sebenarnya sangat tertarik dengan konsep yang diperkenalkan program luar negara ‘Who’s Line Is It’ dan mungkin akan menggunakannya pada musim kedua Fikirlah Sendiri Nabil,” katanya.
>Profil
Nama penuh: Ahmad Nabil Ahmad
Adik-beradik: Anak ketiga daripada tujuh beradik
Umur: 25 tahun
Asal: Mambau, Seremban, Negeri Sembilan
Idola: Jerry Seinfeld dan Afdlin Shauki
Program kegemaran: Jerry Seinfeld Show, Raja Lawak
E-mel: nabiw_tx@yahoo.com dan amatnabil@gmail.com
Nama Penuh: Raja Azura Tengku Ahmad Tajuddin
Nama komersial: Raja Azura atau Kak Engku
Suami: Azmin Osman Aroff
Anak: Megat Muhammad Raziq, 6, Megat Luqman Hakim, 5, dan Puteri Mia
Maizura, 3 |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 11:51 am | |
| Ogy ambil 7 anak didik jadi pelakon CINTA Fauziah Ahmad Daud atau Ogy pada bidang lakonan tidak pernah padam sejak aktif lebih tiga dekad lalu. Sejak mula membintangi filem pertama, Hati Batu arahan M Amin pada 1973 di samping Latifah Omar dan S Azam, dia masih berminat mencurahkan sumbangan kepada persada hiburan tempatan.
Pastinya, kemunculan semula Ogy dalam lakonan menerusi drama Suara Saleha arahan Murali Abdullah mencatatkan kenangan manis buatnya selepas diiktiraf Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Skrin 2008 yang lalu. Ogy yang pernah popular dengan watak Azura menerusi filem Azura pada 1984 dan Asmidar dalam Ali Setan (1986) mewarisi bakat ibu bapanya, Datuk Ahmad Daud Hashim dan Datin Satya Baharom atau Saadiah.
Dikagumi ramai pelakon generasi baru, dalam diam Ogy turut menarik perhatian Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang menjemputnya untuk menjadi pengajar Bengkel Seni Lakon yang diadakan di Finas baru-baru ini. Kata Ogy, dia rasa bertuah dan gembira apabila ditawarkan Finas untuk memberikan tunjuk ajar dalam bengkel itu yang diadakan selama lima hari.
Dalam kursus itu, dia berkesempatan berkongsi pengalaman berlakon dengan 40 peserta yang menjadi anak didiknya. Menariknya, pengalaman pertama kali itu bukan hanya menyaksikan dia mengajar peserta yang berminat menjadi pelakon, tetapi terbabit dalam menyediakan sendiri silibus pembelajaran untuk kursus itu.
"Saya seronok apabila dapat peluang mengajar peserta mengenai aspek lakonan. Apa yang saya lihat, setiap peserta menunjukkan kesungguhan ketika belajar. Ada peserta yang rajin membuat rujukan apabila mendapat tugasan saya berikan.
"Sejak awal bengkel ini bermula, saya tekankan pada mereka supaya kikis sifat malu. Untuk tugasan pertama, saya meminta mereka menulis apakah yang mereka faham dengan destinasi seorang aktor. Lalu, mereka perlu buat pembentangan atas pentas dan dari situ, mereka mula berani untuk bercakap depan khalayak.
"Bagi memberi semangat kepada diri, peserta ini terlebih dulu melalui sesi memanaskan badan apabila diminta melakukan latihan vokal sebelum diberi sebarang tugasan. Sebenarnya latihan sebegini penting dalam mencetuskan mood kepada pelakon supaya tidak gementar atau lupa dialog ketika berlakon.
"Dalam silibus yang saya sediakan, mereka juga perlu menyelesaikan tugasan cara menghayati watak sebagai haiwan. Maksudnya, selepas mereka memilih seekor haiwan, mereka perlu melakonkan suara haiwan itu dan mereka dilatih membuat dialog sendiri serta berlakon secara monolog.
"Selain itu, ada juga tugasan yang memerlukan mereka menjadi wartawan. Mereka bukan hanya menjadi wartawan hiburan sebaliknya mereka perlu lakonkan wartawan bidang lain menggunakan skrip sendiri dan tonjolkan diri sebagai wartawan.
"Tugasan lain, mereka juga diminta memerhati watak manusia yang digemari dan perlu berlakon menggunakan skrip sendiri di samping kostum watak itu sendiri. Saya fikir, apa yang dilalui peserta menerusi bengkel ini adalah keseronokan yang membuatkan mereka ingin mengkaji, bereksperimen dan menggunakan imaginasi serta kreativiti sendiri secara menyeluruh untuk memahami apa itu pelakon dan lakonan," katanya.
Berdasarkan prestasi peserta dalam bengkel itu, Ogy, 46, menyatakan dia tertarik untuk mengambil tujuh anak didiknya sebagai pelakon dalam drama terbaru arahannya, Murabbi. Drama terbitan produksi sendiri, Artistik Triview itu menjalani penggambaran sejak Khamis lalu hingga Jumaat ini dan ia telefilem khas sempena Hari Guru. Pelakon lain yang turut terbabit adalah Sharifah Aleeya; penyanyi anggota kumpulan VE, Lah Ahmad, Siti Fairuz, Zulkifli Ismail dan Rosminah Tahir.
"Walaupun tujuh peserta ini yang menjadi pelakon baru drama saya tidak mempunyai pengalaman lakon sebelum ini, saya berpandangan mereka perlu diberi peluang untuk berlakon.
"Mereka perlu amalkan teori yang mereka belajar dalam bengkel lakon yang lalu.
"Saya lihat mereka berbakat dan berkebolehan untuk faham dengan watak yang perlu mereka bawa. Sebelum berlakon, mereka turut diberi kelas latihan bersama Fatimah Abu Bakar selama dua hari. Sebagai pelakon, saya mahu mereka faham dengan jelas setiap watak dan karakter yang dibawa dan hasilnya di luar jangkaan.
"Lakonan mereka meyakinkan saya sama seperti pertama kali saya berlakon dulu. Saya gembira apabila pelakon baru rajin buat rujukan sebelum berlakon dan berminat untuk hadiri Bengkel Seni Lakon.
"Pada saya, bengkel yang diadakan Finas itu amat menarik dan saya berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang supaya kita dapat mencungkil bakat baru yang akan menjadi pelapis kepada pelakon sedia ada.
"Jika ada peluang mengajar lagi selepas ini, saya tidak keberatan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada dalam diri," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 11:52 am | |
| Jewel pulih tepat pada masanya HAMPIR tiga minggu berehat kerana mengalami kecederaan lutut, akhirnya, penyanyi Jewel Kilcher dilaporkan pulih sepenuhnya dan boleh berjalan semula seperti biasa tanpa menggunakan tongkat.
Menurut laman web RadarOnline.com, penyanyi itu juga sudah boleh keluar membeli-belah dan kelibatnya dilihat di Nordstorm, Hollywood, baru-baru ini.
Jewel, 34, menggunakan tongkat sejak mengalami kecederaan lutut awal bulan lalu ketika membuat latihan intensif, pertandingan yang juga rancangan realiti TV popular terbitan ABC, Dancing With The Stars.
Selepas latihan berkenaan, Jewel memberitahu lututnya mengalami kesakitan yang amat sangat hingga dia tidak boleh berjalan seperti biasa. Selepas berjumpa doktor pakar, dia juga mengambil steroid untuk membantu mengurangkan kesakitannya.
Kerana keadaannya itu, Jewel mungkin ketinggalan latihan beberapa hari tarian pertama, cha cha, dengan pasangannya, Dmitry Chaplin.
Malah, sebelum ini ada ura-ura penyanyi ini dikatakan dipaksa keluar dari pertandingan berkenaan kerana kecederaan yang dialaminya itu.
Sebenarnya, ia kecederaan kedua yang pernah dialami penyanyi ini. Ketika berusia 30 tahun, penyanyi ini pernah berehat selama beberapa bulan selepas cedera akibat terjatuh ketika menunggang kuda.
Bagaimanapun, khabar angin Jewel digugurkan daripada rancangan popular itu tidak benar sama sekali. Laporan terkini, penyanyi ini dilaporkan kembali semula dalam rancangan ini untuk menyampaikan lagu Somewhere Over The Rainbow dalam pertandingan Dancing With The Stars untuk siaran perdana musim kesembilan.
Jewel juga dikatakan pulih tepat pada masanya kerana dia akan bersaing untuk menentang suaminya yang juga bintang Rodeo, Ty Murray pada musim terbaru ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkannya menerusi laman blognya baru-baru ini, Jewel berkata, dia gembira kerana kecederaannya sudah pulih sepenuhnya.
"Saya membuat terapi fizikal sebelum ini dan apa yang boleh saya katakan keadaan bertambah baik. Menurut doktor pakar, saya boleh pulih sepenuhnya jika mendapat rawatan secukupnya dengan segera.
"Sebenarnya, saya benci kerana terpaksa berehat seketika disebabkan kecederaan ini tetapi ia untuk kebaikan kesihatan jangka panjang. Apa yang penting, saya ingin memenangi pertandingan ini," katanya.
Jewel juga berkata, dia sudah bersedia untuk bersaing dengan suaminya dalam pertandingan itu. Katanya, suaminya berpandangan boleh mengalahkannya jika dia mengandung ketika persembahan.
"Saya mungkin berasa penat untuk menari dalam keadaan berbadan dua, tapi saya ada strategi sendiri. Sudah pasti saya tidak kisah jika mengandung sekarang tetapi jika tidak, ia adalah peluang terbaik untuk menang dalam pertandingan ini," katanya.
Mengimbas latarnya, Jewel dilahirkan pada 23 Mei 1974 di Payson, Utah, Amerika Syarikat. Penyanyi yang membesar di ladang di Alaska ini mula dikenali sebagai penyanyi dan pencipta lagu dengan kemunculan album pertama, Pieces of You pada 1995.
Album itu juga mengandungi dua lagu popularnya, Who Will Save Your Soul dan You Were Meant For Me. Malah ada pihak membandingkan bakat besarnya dengan penyanyi Alanis Morissette dan Tori Amos ketika itu.
Album keduanya, Spirit (1998) juga mendapat sambutan ramai ketika itu. Selepas itu, Jewel mempertaruhkan pula lagu Intuition yang turut menaikkan nama dan popularitinya dalam sekelip mata di Hollywood.
Dia juga tampil denga imej seksi dan berani ketika kemunculan album 0304 kerana ingin setanding dengan penampilan bintang pop sedia ada seperti Britney Spears dan Chirstina Aquilera. Pada masa sama, dia cukup berbangga dengan klip video Stand yang diterbitkan baru-baru ini.
Bintang pop itu juga pernah menerbitkan koleksi puisi, A Night Without Armor pada 1998 yang mendapat sambutan ramai satu masa dulu.
Dari segi lakonan pula, Jewel pernah bergandingan dengan pelakon Tobey Mcguire dan Skeet Ulrich dalam filem Ride With the Devil arahan Ang Lee pada 1999. Album lainnya pula koleksi Krismas, Joy: A Holiday Collection (1999) dan This Way ( 2001).
Mengenai perkahwinan, Jewel kini hidup bahagia dengan Ty Murray, 38. Mereka bercinta selama sepuluh tahun dan berkahwin pada Ogos 2008. Pasangan yang percaya pada institusi perkahwinan ini merancang untuk mendapatkan anak secepat mungkin. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 11:59 am | |
| Maya kahwin akhir tahun? MELIHAT akan keseronokan rakan-rakan karibnya bermain dengan anak, tidakkah Maya teringin mendirikan rumah tangga dan menimang cahaya mata? "Siapa yang tidak mahu. Tanyalah semua wanita pasti perkara itu menjadi antara agenda utama hidup mereka. Cuma saya sekarang ini sibuk dengan kerjaya seni. "Tambahan pula tahun ini pelbagai perkara sudah dirangka lebih awal seperti album saya yang kini sudah hampir siap sepenuhnya dan bakal menemui peminat pada pertengahan April ini. "Single pertama Mata yang dicipta Cat Farish juga sudah saya hantar kepada radio untuk diputarkan. Selain itu saya turut merakamkan kembali lagu Matahari dengan diberikan susunan baru. Sebaik dipasarkan saya akan sibuk mempromosikan album dihasilkan. "Setakat ini saya ada beberapa syarikat rakaman berminat untuk mengedarkannya. Selain sibuk dengan album saya turut menerima tawaran berlakon drama tidak putus-putus. Jadi bagaimana saya hendak memikirkan soal berumah tangga," katanya. Begitupun Maya akui dia ada membuat perancangan kemungkinan besar akan berkahwin pada akhir tahun ini, apatah lagi usianya kini mencecah 33 tahun. Maya juga tidak pernah merahsiakan hubungannya dengan seorang jejaka yang juga seorang ahli perniagaan, bagaimanapun, katanya, segalanya diserahkan kepada takdir. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 12:09 pm | |
| 'Bahasa tak perlu jadi isu'
KEMUNCULAN program realiti TV makin mendapat sambutan penonton masa kini. Sejak diperkenalkan enam tahun lalu menerusi program Akademi Fantasia terbitan Astro, sambutan yang diterima berbeza berbanding dengan program TV lain. Apa yang menarik perhatian penonton, konsep realiti yang diketengahkan memberi peluang kepada penonton melihat aksi peserta yang dirakam secara langsung dan tidak terkecuali, pengkritik turut tampil memberi komen.
Bagi penyanyi Syafinaz Selamat yang juga dipertanggungjawab sebagai pengkritik menerusi program realiti, dia mengakui tugas yang digalas bukan mudah kerana memerlukan pengetahuan luas dalam bidang yang dikritik. Malah, katanya pengkritik yang mempunyai latar belakang akademik dalam bidang seni seperti vokal dan muzik ada kelebihan serta kepercayaan penonton untuk menilai setiap kritikan yang dilontarkan sama ada benar atau tidak.
Namun, dia yang kini terbabit dengan program realiti, One In A Million musim ketiga bersama Paul Moss, tidak terlepas daripada pandangan sinis sebilangan penonton yang tidak bersetuju dengan kritikannya.
Katanya, penonton bersikap sedemikian apabila peserta kegemaran mereka tidak mendapat pujian walaupun pada pandangan mereka, peserta berkenaan masih melakukan kesilapan.
Baru-baru ini, Syafinaz turut terbabit sebagai pengkritik Pertandingan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) menerima kritikan apabila dia sering menggunakan bahasa rojak dalam menyampaikan kritikan. Ada sebilangan penonton yang berpandangan sepatutnya dia lebih memfokuskan bahasa Malaysia dalam melaksanakan tugas mengkritik dengan cemerlang. Bagaimanapun, sebagai pengkritik yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang nyanyian dan muzik termasuk mengajar di institusi pengajian tinggi, dia tidak cepat melatah dengan setiap pandangan penonton yang diterima.
"Dalam program realiti yang disiarkan secara langsung, pengkritik akan bercakap apa saja yang difikirkannya. Saya sendiri bukan mengkritik untuk mencari kelemahan peserta, tetapi menyampaikan apa yang saya lihat dan terlintas di fikiran dan sesuai untuk dijadikan bahan kritikan.
"Ketika mengkritik sebenarnya fikiran saya berada antara dua aliran iaitu bahasa Malaysia dan Inggeris. Lalu, cuba bayangkan bagaimana pengkritik perlu menyampaikan setiap pandangan mereka dalam masa tidak sampai 20 saat.
"Apa saja boleh keluar daripada mulut apabila pengkritik perlu cepat memberi komen. Namun, pengkritik tetap berhati-hati dalam memberikan pandangan supaya tidak mengundang perkara sensitif mahupun berbaur lucah.
"Berdasarkan respons yang saya terima sebelum ini, kebanyakan penonton boleh terima cara saya ketika mengkritik. Sebenarnya, ada penonton yang berkata mereka tidak faham apabila saya hanya bercakap dalam bahasa Malaysia atau juga sebaliknya.
"Pada saya, kritikan dalam dwibahasa bukan satu masalah besar yang perlu dijadikan isu. Ketika ini, kebanyakan penonton boleh menerima cara sebegini dan ini memudahkan ramai penonton untuk faham dengan lebih jelas," katanya.
Kata Syafinaz, 35, walaupun dia berusaha mengkritik secara berlapik agar tidak mengguris perasaan peserta dan penonton, tetapi cara sedemikian ada kala tidak difahami penonton. Atas sebab itu, dia percaya setiap kritikan perlu disampaikan secara jelas dan jujur.
"Ada peserta mahupun penonton yang tidak faham apabila pengkritik menggunakan teguran secara berlapik atau sindiran. Sungguhpun segelintir berpandangan kritikan saya dikatakan 'pedas', tetapi saya mahu kekal dengan cara begitu.
"Sebagai pengkritik, apa yang saya titik beratkan, perlu ada kejujuran pada setiap apa yang diucapkan. Ada ketika kritikan perlu 'pedas' agar ia mengejutkan peserta daripada khayalan dan tidak membuat kesilapan sama pada masa akan datang," katanya.
Mengenai kemunculan banyak program realiti TV pada masa kini, dia menganggap ia suatu yang positif terhada perkembangan hiburan tempatan. Syafinaz yang memiliki ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan termasuk berpengalaman sebagai pensyarah vokal di Fakulti Seni Persembahan Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), tidak menolak andaian ramai yang mahu mencuba nasib dalam bidang nyanyian.
Katanya, walaupun peserta program realiti mempunyai kelebihan kerana tidak perlu menimba ilmu di universiti selepas mengecapi populariti mendadak, tetapi dia menyaran artis perlu mencari inisiatif sendiri dalam mendalami ilmu seni.
Katanya, akademik penting sebagai persediaan untuk menjadi artis yang lebih berjaya pada masa akan datang. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 12:14 pm | |
| Lagi-Lagi Tudung Siti
Pada tarikh 26 April 2008, Datuk Siti Nurhaliza telahmembuat pengumuman di satu sidang akhbar eksklusif bahawa beliau akanmengekalkan imej berselendang iaitu menutup sebahagian daripadarambutnya dan bukannya bertudung. Menurut Siti, 揝iti bukanlah memakaitudung tetapi lebih kepada memakai seledang.?br /> 揝oal bertudung ini, Siti sebenarnya ingin lakukannya secaraperlahan-lahan. Siti masih dalam proses menyesuaikan diri denganpenampilan baru ini,?tambah beliau ketika di sidang akhbar berkenaan.
Isu tudung di Malaysia ini merupakan satu topik yang sensitif keranaianya bersangkut-paut dengan tuntutan agama. Keikhlasan Siti dalammengenakan selendang sering dipertikaikan para peminat yang inginkanSiti mengenakan tudung secara sempurna seperti Waheeda, Ekin, Azizah(TV3) dan Sheila Rusly sebagai contohnya.
Ditanya tentang wujudnya cakap-cakap orang yang tidak menggemari carabeliau mengenakan 憈udungnya? Siti mengambil sikap tidak ambil pusing.Katanya 揝emua ini Siti lakukan bukanlah kerana sesiapa tetapi hanyalahkerana Allah.?br /> Masa beredar begitu pantas sekali dan kini sudah menghampiri setahunSiti muncul dengan imej berselendang. Ada ketika penggayaan selendangSiti menampakkan rambut dengan banyak sekali dan ada ketika hanyajambul yang ditonjolkan seperti kebanyakan wanita Iran. Di sepanjangtempoh ini, bertali arus komen dan pendapat yang diluahkan oleh wargaMalaysia tentang imej yang dipertontonkan Datuk Siti Nurhaliza.
Rata-rata ramai wanita dan lelaki yang tidak bersetuju dengan sikap揳cuh tak acuh?Siti dalam mengenakan selendang atau tudung di kepala. Nampaknya majoriti masyarakat Malaysia tidak bersetuju dengan pendirianSiti untuk seolah-olah duduk di atas pagar, tidak mengenakan tudung punbukan dan memakai tudung pun bukan. Mungkin Siti akan membuat keputusanmuktamad dalam satu masa yang terdekat ini, siapa yang tahu?
Buat masa ini, GUA ingin imbas kembali fesyen selendang yang digayakan penyanyi kesayangan Malaysia ini.
Gaya tudung atau selendang tidak menutup leher ini masihmembolehkan Datuk Siti mengenakan anting-anting untuk menambah seripenampilan. Kulit wajah Siti menyerlah dengan selendang merah yang menampakkan sedikit rambut ala ahli politik Malaysia. Sewaktu pelancaran album baru Siti. sebahagian rambut ditonjolkan dengan imej selendang moden yang melilit merentasi tubuh.Berwajah cantik, mengenakan apa sekali pun kecantikanSiti tidak dapat dilindungi, cuma Siti kelihatan berusia denganpenggayaan yang begini.
Mungkin inilah imej yang dinanti-nanti peminat Datuk Siti Nurhaliza di pelusuk Malaysia. Keanggunan Siti tidak dapatdisangkal lagi dengan tudung litup yang cukup sempurna. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 12:19 pm | |
| Aril AF7 Cium Qhaud AF7 Jurufoto Astro, Mazlan Yunos, menjelaskan, aksi spontan dan lucu berlaku selepas dia meminta ke semua pelajar AF7 menunjukkan posing yang bertemakan ‘Keakraban Seorang Sahabat’. “Jadi pada acara itu, mereka perlu mendapatkan seorang kawan untuk berposing dengan tema itu. Jadi dia secara berseloroh telah mencium kepala Ghaud dan itulah jadinya. Janganlah ada yang memandang serong dan berfikir bukan-bukan kerana di situ ada ramai saksi dan pelajar lain. Aduh! mesra betul si Aril dengan si Qhaud ni. Siap cium-cium dahi bagai. Ada ape-ape ke? Aku pon tak tau nak komen apa. Terkejut pon ada jugak. Khabarnya, foto eksklusif ini dirakamkan ketika berakhirnya sidang media untuk pengumuman 20 calon pelajar AF7 dulu. Murai Batu tidak pasti apa yang menyebabkan Aril mengucup dahi Qhaud Jadi agak-agak korang, kenapa si Aril cium dahi Qhaud? Poll tak boleh buat sebab terlalu banyak jawapan. Jadi korang boleh tinggalkan komen kat bawah tuh. He Hee… |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 12:22 pm | |
| Soseh Soseh: Rozita kena gosip lagi
KALAU hendak dikira, dalam setahun entah berapa kali pelakon jelita Rozita Che Wan digosipkan berkahwin dengan pelbagai VIP yang semuanya suami orang. Bagaimanapun, Rozita menepis semua gosip itu dengan cara cukup berhemah. Setiap kali pertanyaan mengenai desas-desus perkahwinannya dengan VIP itu dan ini diajukan kepadanya, dia menjawab dengan senyuman manis terukir di bibir. Bagusnya dia, sedikit pun tidak melatah.
Tetapi itulah, orang cantik jelita tepis macam mana pun orang akan terus memperkatakannya juga. Masyarakat selalu memerhatikannya. SS rasa kalau artis itu menetap di pulau di tengah lautan sekali pun, orang sanggup berkayuh perahu untuk mengintai ceritanya. Begitulah hangatnya kisah artis yang satu ini.
Selepas reda gosip mengatakan Rozita kahwin dengan suami artis terkenal, timbul pula cerita terbaru. Kali ini SS dengar khabarnya Rozita dikatakan berkahwin dengan seorang VIP. Kali ini bukan berstatus Datuk atau Tan Sri tapi lebih tinggi daripada itu dan orangnya pula kerabat diraja.
Apa yang boleh SS katakan, VIP itu kaya raya. Berita Rozita dikatakan berkahwin dengan VIP berkenaan timbul apabila ada yang nampak VIP itu kerap berulang-alik ke rumah pelakon yang menjadi sememangnya menjadi idaman ramai lelaki.
Tambah membuatkan pembawa cerita itu semakin yakin kerana jika ibu Rozita ada di rumah pun, katanya, VIP itu tanpa segan silu bertandang ke rumahnya. Kesimpulannya, sudah tentu hubungan mereka sangat akrab. Kalau tidak, takkan VIP itu berani keluar masuk rumah orang sesuka hati.
Tetapi SS yakin, jika ditanya lagi mengenai 'perkahwinan' terbarunya itu kepada Rozita, pasti ibu dua anak ini menafikannya melainkan ada bukti surat nikah.
Sebenarnya, kalau benar Rozita menikah lagi tiada salahnya kerana dia pun kini bersendirian. Jika benar berkahwin, tak baik menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan ramai.
Sebaliknya kalau sah mereka belum berkahwin, tak manislah VIP itu selalu keluar masuk rumah artis itu. Kelak ia menimbulkan fitnah. VIP itu pun bukan calang-calang orang dan SS rasa bukan selayaknya VIP itu bersikap seperti anak muda lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 12:25 pm | |
| Gambar Terbaru Mamat Sepah Raja Lawak 3 Ada seorang forummer Cari jumpa dia dekat depan CIMB Hypermarket Kulai, katenye sekarang tengah berlakon drama tapi tak tahu lah pulak drama apa. Ok lah tuh keluar Raja Lawak 3 terus dapat tawaran berlakon. Harap-harap Sepah boleh jadi macam Senario. Apa-apa pun harap Sepah terus maju jaya.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 12:29 pm | |
| Gembira suami balik awal tengok anak
KEHADIRAN cahaya mata comel, Qaliff Izham Haszil Izham, yang selamat dilahirkan 3 Mac lalu, menceriakan lagi rumah tangga dibina dramatis, Nadia Mustafa, 32, atau Nadia bersama Hazil Izham Ismail, 35.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Januari 2007.
Kegembiraan menyambut kehadiran orang baru bukan saja dirasai pasangan ini, tetapi ia turut dikongsi bersama rakan artis seperti Siti Haidah Abdul Moin atau Eida Moin dan Mayanaliza Ruslee atau Maya yang suatu ketika dulu cukup dikenali dengan lagu Matahari.
Bagi meraikan Qaliff dan ibunya, wartawan Rap bersama dua teman rapat ini sempat berkunjung ke rumah Nadia yang kini sedang berpantang.
Kebetulan Maya sendiri belum berkesempatan melihat cahaya mata pelakon drama bersiri Refflesia ini kerana kesibukannya di lokasi dan menyiapkan rakaman album terbaru.
Keseronokan jelas tergambar di wajah mereka terutama Eida yang turut membawa anak tunggalnya, Nurdhia Dania Naquib, 10 bulan.
Ternyata Eida tidak kekok apabila memegang Qaliff kerana pengalamannya menguruskan Nurdhia menjadikannya seorang ibu yang cekap menguruskan budak.
Maya sendiri, katanya, tidak menghadapi masalah kerana di zaman remaja dia sudah biasa menguruskan adik-adiknya sewaktu mereka masih kecil dan sesekali membantu kakaknya menguruskan anak saudara apabila mereka berada dalam pantang .
Jelas Nadia sebaik selamat melahirkan Qaliff, dia tidak menghadapi masalah kerana selain mendapat bantuan daripada ibunya dan pembantu, pengalaman menguruskan anak perempuan angkatnya, Mia Kaisara, lapan bulan banyak membantu.
"Hendak diikutkan kami tidaklah terasa kalut dengan kehadiran Qaliff kerana kami mengambil Mia sebagai anak angkat sewaktu dia masih berusia satu hari.
Pada saya pengalaman menguruskan Mia, memberikan kelebihan.
"Setakat ini Alhamdulillah, Qaliff tidak banyak ragam. Malah, dia jarang terjaga malam cuma sesekali apabila lapar dia menangis. Qaliff saya beri susu badan.
"Cuma minggu lalu dia terpaksa ditempatkan di hospital beberapa hari kerana mengalami penyakit kuning. Syukur kini Qaliff semakin sihatm," katanya.
Bagaimanapun apa yang merisaukan Nadia adalah perubahan sikap Mia yang tiba-tiba murung dan enggan bersama dengannya.
"Tidak tahu saya kenapa. Mungkin dia mula terasa hati apabila mengetahui mama dan papanya sudah ada 'baby' baru. Pada saya anak angkat atau anak kandung tidak ada bezanya. Kasih sayang kami tetap sama.
"Sebaik pulang dari hospital dia tidak mahu bersama saya. Perkara itu membuatkan saya terasa sedih.
"Puas dipujuk, tetapi dia tidak mahu. Perkara ini terjadi dalam dua tiga hari. Sudah masuk seminggu lebih barulah Mia berubah kepada sikap asalnya. Tapi tidak sepenuhnya," katanya.
Bercerita mengenai sikap suaminya selepas menimang cahaya mata sendiri, kata Nadia, sekarang ini sebaik habis kerja Hazil terus saja pulang untuk bersama anak-anak.
Tidak seperti sebelum ini dia asyik melepak bersama teman produksi.
Hendak diikutkan Hazil lebih memanjakan Mia berbanding Qaliff.
"Apabila perkara ini saya ceritakan pada orang kata mereka, itu adalah biasa. Anak perempuan memang akan lebih rapat dengan ayahnya," katanya.
Sebagai teman rapat jelas Eida sehari selepas Nadia melahirkan Qaliff dia datang melawat dan sudah menjadi kebiasaan sekiranya ada masa terluang mereka akan berkumpul di samping bermain bersama anak-anak.
Dalam sibuk bercerita Eida menjelaskan di peringkat awal dia kekok menguruskan Dania.
"Bayangkan hendak letak Dania atas telapak tangan saya untuk mandikan dia, saya sudah menggigil. Mujur dalam tempoh pantang ibu banyak membantu. Tapi sekarang ia tidak lagi menjadi masalah, malah saya cekap menguruskan budak," katanya.
Menyentuh mengenai kehidupan berumah tangga yang dibina bersama Mohd Naquib Idris hampir tiga tahun, Eida akui kehadiran Dania dalam hidup mereka telah mengubah segala-galanya.
"Dania mengajar saya untuk menjadi seorang insan lebih penyabar. Sekarang ini kalau berlaku perselisihan faham apabila tengok saja wajah anak pasti masing-masing akan sejuk hati," katanya.
Tambah Eida lagi, pernah terlintas di hatinya sekiranya dia mempunyai kedudukan kewangan yang baik, dia tidak mahu lagi sibuk di lokasi drama dan terus berlakon, sebaliknya mahu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Dania.
"Sayangnya hidup saya tidak begitu. Saya perlu bekerja untuk memastikan masa depan Dania terjamin," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 12:32 pm | |
| 'Saya bahagia' KEHADIRAN Putra Rayqal Rizal Ashram Ramli (Rayqal) yang dilahirkan tanggal 7 Januari lalu begitu bermakna dalam hidup model dan pelakon comel yang popular menerusi sitkom Puteri, Nora Danish.
Rayqal yang kini berusia dua setengah bulan bukan saja pengubat luka di hati Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Haniff sekeluarga, malah memberi kekuatan dan semangat kepada ibu muda ini untuk menempuh cabaran hari mendatang.
Malah, kata Nora, 27, keutamaannya kini untuk membesarkan anak kesayangannya itu sebaik mungkin.
"Ibu yang banyak membantu saya menjaga Rayqal setiap hari.
"Sebenarnya, saya hanya sempat menyusukan Rayqal lima belas hari saja kerana selepas itu saya terpaksa memberinya susu formula kerana kekeringan susu.
"Rayqal juga anak yang baik, tidak banyak meragam dan senang dijaga. Saya dan keluarga bekas mentua cukup rapat sampai sekarang dan kami juga bergilir menjaganya setiap hari termasuk bekas suami.
"Saya juga meluangkan lebih banyak masa dengan Rayqal kerana buat masa ini belum terbabit dengan sebarang penggambaran drama," katanya.
Nora berkata, status sebagai ibu tunggal tidak menghalangnya memberikan yang terbaik buat anaknya itu.
"Seperti ibu bapa lain, sudah pasti inginkan anak saya mendapat kasih sayang secukupnya. Saya ingin dia menjadi orang berilmu. Sebagai ibu, saya akan sentiasa menyokong minatnya dari belakang dan dia juga bebas memilih kehidupannya sendiri apabila dewasa nanti," katanya.
Pelakon comel ini yang mengakui bahagia dengan fasa kehidupannya sekarang juga masih mempertimbangkan beberapa tawaran berlakon yang diterima.
"Jika berjalan seperti direncanakan, saya dijangka kembali ke lokasi penggambaran pada April atau Mei nanti Antara projek yang sudah pasti ialah penggambaran musim baru sitkom Puteri," katanya.
Nora ditemui di majlis cukur jambul anak sulungnya yang berlangsung secara sederhana tapi meriah di kediaman keluarga bekas mentuanya, bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah di Tar Villas, Kuala Lumpur, kelmarin.
Hadir sama, bekas suami, Rizal Ashram Ramli; ibu Nora, Sally Talib, 52, dan anggota keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Antara artis yang hadir ialah pelakon Lisa Surihani dan Diana Johor yang juga isteri kepada adik Rizal, Ramelle.
Majlis cukur jambul itu bermula kira-kira jam 10 pagi dan dihadiri lebih 100 anggota keluarga terdekat.
Acara disemarakkan dengan bacaan marhaban oleh kumpulan Al Firdaus diketuai Maimunah Ali.
Nora juga beruntung kerana Rayqal adalah permata hati keluarga bekas mentuanya kerana dia cucu pertama keluarga bekas suaminya itu.
Menurut Ramli, kehadiran Rayqal mengubah kehidupan mereka sekeluarga.
"Kini, kami tidak keluar rumah pada Sabtu kerana sibuk menjaga orang baru dalam keluarga. Kehadirannya bukan beban sebaliknya tanggungjawab buat kami sekeluarga.
"Rayqal tetap darah daging kami sekalipun ibu bapanya sudah bercerai. Kami akan sedaya upaya pastikan kesejahteraannya menjadi keutamaan kami sekarang.
"Keluarga kedua-dua belah pihak tetap memainkan peranan masing-masing dalam perkara ini. Nora tetap sebahagian anggota keluarga kami kerana dia ibu kandung cucu saya. Hubungan kami sekeluarga dengannya bertambah mesra dengan kehadiran Rayqal," katanya.
Raja Noora Ashikin berkata, kehadiran Rayqal cukup dinantikan kerana dia cucu dan cicit pertama keluarganya.
"Apa yang kami harapkan, Rayqal akan menjadi orang yang berbudi bahasa, merendah diri dan berbakti pada masyarakat apabila dewasa nanti.
"Pada masa sama, saya tetap menganggap Nora sebagai menantu dan anaknya sendiri sampai bila-bila pun.
"Nora wanita yang tabah. Kami sangat mengambil berat keadaannya sekarang.
"Hubungan kami juga sangat rapat. Apa yang berlaku (perceraian) tidak sedikit pun menjejaskan kasih sayang kami sekeluarga kepadanya," katanya.
Katanya lagi, dia tetap memastikan Rayqal mendapat kasih sayang secukupnya daripada mereka sekeluarga.
"Sibuk macam mana sekalipun, saya tetap meluangkan masa dengannya setiap hari terutama pada waktu malam kerana saya bekerja pada waktu siang.
"Kalau Rayqal tidak datang ke rumah, saya sendiri akan ke rumah Nora untuk bersamanya. Setiap malam, Rayqal akan menghabiskan masa dengan datuknya (Ramli) di perpustakaan di rumah kami," katanya.
Malah, kata Raja Noora Ashikin lagi, dia mengambil masa lima hari untuk membuat persiapan majlis cukur jambul berkenaan.
"Semua hiasan untuk majlis ini termasuk buaian untuk Rayqal, saya dan suami juga yang menyiapkannya," katanya.
Sementara itu, bekas suami Nora, Rizal, 38, berkata, dia juga akan memastikan Rayqal mendapat kasih sayang ibu dan bapa secukupnya sekalipun dia dan Nora sudah bercerai.
"Apa yang berlaku itu sudah ketentuan Tuhan. Apapun, saya dan Nora masih berkawan baik cuma jodoh kami saja yang tidak panjang. Saya juga akan mendidik anak saya dengan baik sekali gus melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa," katanya.
Profil
NAMA SEBENAR: Nora Mohd Danish Haniff
PANGGILAN: Nora
TARIKH LAHIR: 7 Mac 1982
ASAL: Kajang, Selangor
KERJAYA: Model dan pelakon
STATUS: Ibu tunggal
ANAK: Putra Rayqal Rizal Ashram Ramli , dua bulan setengah
KOMERSIAL: Sunsilk, Esso, Intimate, Walls Cornetto, Hotlink
SITKOM: Puteri
DRAMA/TELEMOVIE: Pendekar 5, Cinta KLCC dan Celak Pak Andam
FILEM: Gila-Gila Pengantin Popular dan Senario - Pemburu Emas Yamashita |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 12:35 pm | |
| "Ekin Tidak Suka Dibohongi.." - Mawi
Selepas hampir empat bulan melayari bahtera rumahtangga, pasangan popular Mawi dan Ekin sudah semakin serasi bersama. Selepas pulang dari berbulan madu di Korea ternyata Mawi sudahpun memulakan rutin tugasannya yang begitu sibuk sebagai seorang penghibur tanahair. manakala isterinya pula juga sibuk sebagai duta koleksi tudung Ariani dan juga bertindak selaku pengurus kepada kerjaya seni suaminya. Bercerita tentang rumahtangganya, Mawi dengan ceria menjelaskan hidupnya kini begitu sempurna. Kehadiran Ekin memberi seribu kebahagiaan dalam dirinya.
Setiap hari bangun tidur sahaja semuanya sudah tersedia. Baik dari sarapan sehinggalah pakaian saya sudah siap tersedia digosok. Ekin begitu rajin dan suka pada kebersihan. Dia memang ringan tulang dan pantang lihat rumah bersepah mesti dia tidak boleh duduk diam, terang Mawi tentang karenah isteri tercintanya itu. Tambah Mawi lagi Ekin paling tidak suka dirinya ditipu.
Sikap Ekin yang tegas dalam menyusun jadual dan masa memang saya hormati. Selain itu dia juga tidak suka melihat saya rapat dengan orang yang belum dikenali hati budi. Ini kerana dia tidak mahu saya tertipu. Ekin paling pantang dengan orang yang suka menipu. Sikap saya yang cepat percaya pada orang yang baru dikenali seringkali ditegur oleh Ekin, cerita Mawi sambil tersenyum. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 12:39 pm | |
| Sasi terjun industri iklan
SEDIKIT PUN tidak pernah terdetik di hatinya untuk meninggalkan bidang nyanyian. Sebaliknya, penghijrahan yang dilakukan ketika ini dengan menyertai industri pengiklanan sebagai cara menaik taraf dan memajukan arena hiburan.
Ini kerana, Sasidharan Charan atau Sasi The Don (STD) berpendapat bidang ‘hiburan dan pengiklanan’, industri kreatif yang cukup berkait rapat dan jika digabungkan mampu membawa keuntungan yang besar.
Menaungi syarikat pengiklanan terbesar, Momentum- McCann Erickson, sebagai Pengurus Perancang Strategi, STD menggunakan kelebihan dalam bidang hiburan serta hubungan baik dengan media untuk mengembangkan peluang baru kepada pelanggan.
“Saya hasilkan satu idea dan strategi yang membolehkan pelanggan memperkenalkan jenama, produk serta perkhidmatan mereka dengan cara yang mudah sekali gus menepati sasaran pengguna.
“Melalui kajian yang dibuat, elemen hiburan ternyata berjaya meletakkan sesuatu jenama pada kelas yang tersendiri sehingga dikenali ramai.
“Justeru saya melihat elemen hiburan sangat diperlukan dan relevan dengan keadaan semasa kerana kegilaan masyarakat dengan pelbagai produk berjenama,” katanya.
Saya perlu mengenal pasti jenama, barangan dan perkhidmatan serta sasaran pengguna. Saya juga bekerja atas landasan dunia hiburan merangkumi televisyen, radio, sinema, ‘online’ muzik, artis dan sebagainya. Selepas itu saya akan sesuaikan pula idea dan perancangan yang dibuat untuk jenama tertentu.
Untuk berjaya dalam bidang perniagaan ini, kita mesti berkongsi minat dan konsep dengan pelanggan. Selepas berjaya, barulah kembangkan idea dan strategi yang membabitkan dunia hiburan yang merangkumi radio, TV , pawagam, muzik, online, artis, persembahan dan pelaburan.
Justeru, apabila berjaya mencapai persefahaman, kita dapat berurusan dengan pelanggan dengan mudah dan boleh mengenakan yuran berpatutan perkhidmatan yang disediakan.
STD berkata, pendekatan yang digunakan bukan saja menguntungkan pelanggan tetapi mereka yang terbabit dalam bidang showbiz.
Katanya, sistem yang diperkenalkan mampu memberi manfaat serta keuntungan dalam menjana pendapatan mereka khususnya yang terbabit dalam industri muzik.
“Setiap individu yang berbakat dalam industri hiburan adalah aset dalam perniagaan dan saya boleh menggunakan khidmat mereka sebagai idea dan perancangan masa akan datang.
“Sebagai contoh, jika pelanggan mempunyai projek yang memerlukan bakat untuk menyanyi, komersil, penampilan khas atau jurucakap produk saya tahu di mana untuk mencari kelompok ini dan hasilkan satu peluang baru untuk mereka,” katanya.
STD yang juga pemilik ijazah dari Universiti Malaya memilih pengiklanan kerana minat dan keinginan yang ada.
“Sememangnya sejak dulu saya berminat mengkaji kejayaan sesuatu jenama dan akhirnya memperoleh peluang untuk menyediakan perkhidmatan dan memikirkan idea kepada mereka.
“Ini memberi satu perasaan dan pengalaman yang menarik. Kita melihat pelbagai himpunan jenama dan ada sesetengahnya kita gunakan setiap hari. Namun kebanyakan mereka tidak tahu tujuan
“Saya sebenarnya mahu menjadi sebahagian dari jenama dan hari ini saya memperolehi peluang itu. Menyertai industri ini saya boleh berhubung dengan orang yang berkongsi minat dan impian yang sama untuk membuat perubahan.
Pada temubual sama, STD yang mengunjungi Balai Berita dengan dua lagi petugas Momentum turut memaklumkan perancangan album terbaru juga keempat diterbitkannya.
“Ada perancangan buat album baru mungkin sekitar Jun tapi sekarang ini agak sibuk sikit dengan kerja.
“Saya sendiri akan bertindak sebagai penerbit album ini di samping bantuan produser lain seperti Dewana, Navigator dan Malek (Too Phat).
“Ikutkan perancangan ada 15 lagu kesemuanya dalam album ini nanti yang merangkumi enam berbahasa Tamil, enam Inggeris dan tiga dalam bahasa Melayu,” katanya.
Jika dalam album terdahulu STD pernah berduet dengan rocker terkenal, Amy Search dan Zainal Abidin, untuk album terbaru itu dia mahu bekerjasama dengan papa rock, Ramli Sarip dan Jaclyn Victor.
“Kalau Bob Marley masih hidup sudah pasti saya mahu berduet dengannya. Begitulah saya ibaratkan Ramli Sarip kerana dia adalah ‘lagend’ dan papa rock Malaysia.
“Jika tiada halangan kami akan merakamkan lagu yang berkemungkinan besar judulnya Insan yang sekarang ini salam proses menyiapkan lirik.
“Sejak dulu lagi saya memang sukakan muzik dan suara vokalis kumpulan rock 80-an. Bahkan saya adalah peminat fanatik kumpulan Search dan disebabkan itu saya cukup terharu dapat bekerjasama dengan ikon saya itu menerusi Suatu Impian.
“Jaclyn Victor pula saya harus akui dia seorang penyanyi wanita yang memiliki vokal hebat. Namun apa yang menarik di dalam album ini nanti Jac akan menyanyikan lagu Tamil buat pertama kalinya.
“Tajuk lagu itu Devada atau maksudnya ‘angel’. Saya merasakan kolaborasi sebegini penting apatah lagi, agak sukar untuk penyanyi bukan Melayu seperti saya untuk menempatkan diri ,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 12:43 pm | |
| Novel Tris + CD Dayang Nurfaizah
NOVEL Luka, karya sulung penulis baru mencipta sejarahnya tersendiri apabila ia disertakan dengan cakera padat (CD), dilancarkan di Belum Rainforest Resort di Pulau Banding, Perak, baru-baru ini.
Novel cinta berkenaan, yang sesuai untuk bacaan golongan berusia antara 14 dan 25 tahun, dihasilkan Tris Zainol Abidin, seorang graduan undang-undang dari London School of Economics and Political Science (LSE).
Lebih menarik, penyanyi Dayang Nurfaizah menyampaikan dua lagu latar ketika pelancaran novel berkenaan.
Hadir sama ketika pelancaran itu ialah Pengerusi Kumpulan Emkay, Tan Sri Mustpha Kamal Abu Bakar dan Pengurus Besar kumpulan itu, Mazrita Mazlan.
Ketika ucaptama majlis dihadiri lebih 30 wartawan daripada pelbagai media dan majalah itu, Mazrita berkata, pelancaran Luka dan pemilihan Dayang Nurfaizah sebagai penyanyi latar novel
berkenaan bertepatan serta amat strategik dengan objektif Emkay membangunkan Pulau Banding.
“Dayang Nurfaizah adalah duta pemuliharaan dan pengekalan alam semula jadi bagi Pulau Banding Foundation dan Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah.
“Pemilihannya serta kerjasama strategik novel Luka dengan Kumpulan Emkay, amat bertepatan sekali,” katanya.
Mazrita berkata, usaha sama antara novel Luka, Dayang Nurfaizah dan Kumpulan Emkay menjadi satu alternatif baru untuk memberi kesedaran kepada generasi muda supaya lebih mengenali serta prihatin terhadap alam semula jadi.
Katanya, novel Luka juga adalah satu platform baru bagi menarik dan memupuk kembali minat membaca di kalangan golongan muda.
Beliau berkata, golongan berkenaan akan terhibur dengan novel itu yang mempunyai kelebihannya tersendiri dengan mengarahkan pandangan mereka kepada sesuatu yang positif dan konstruktif berbanding dengan aktiviti kurang produktif.
Mazrita berkata, Kumpulan Emkay turut menaja pembikinan dua video klip bagi lagu Luka dan Losing Me yang dirakamkan sepenuhnya di kawasan Hutan Belum, Temenggor dan di Belum Rainforest Resort Pulau Banding.
Sementara itu, Tris berkata, dia juga pernah menghasilkan lirik lagu berjudul Kata nyanyian Hazami yang muncul sebagai Lagu Pop Terbaik pada Anugerah Juara Lagi 2006.
“Mengenai cerita Luka, saya mendapat ilham menulisnya pada hari jadi saya yang jatuh pada Ramadan enam tahun lalu,” katanya.
Tris berkata, penerbitan Luka turut memuatkan dua lagu dalam cakera padat berjudul Luka (versi bahasa Melayu) dan Losing Me (versi bahasa Inggeris) nyanyian Dayang Nurfaizah.
Katanya, muzik lagu latar itu diharap meninggalkan kesan kepada pendengar dan diharap lagu yang
dimuatkan akan dapat menyentuh perasaan pembaca supaya memberikan penghayatan yang lebih mendalam lagi terhadap novel itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 12:46 pm | |
| Depan Mata: Lisa terpelajar, beradab
USIANYA masih muda dan hari ini 23 Mac kebetulan genap 23 tahun. Namun pembabitan Lisa Surihani Mohamed dalam dunia lakonan dan pengacaraan cukup membanggakan kerana memiliki ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari University of Aberystwyth, Wales, United Kingdom (UK).
Tidak salah kalau dikatakan Lisa mewakili wanita muda moden yang berbakat dan berwawasan kerana kerjaya seni gadis kacukan Melayu Inggeris ini berjalan dengan baik.
Bermula sebagai model ketika usia 14 tahun, Lisa kini dikenali sebagai pelakon filem dan drama yang menjadi pilihan penerbit dan pengarah.
Lakonannya menerusi filem I’M Not Single menambat hati juri hingga diangkat Pelakon Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21, tahun lalu.
Lisa juga menjadi pilihan Astro untuk menjadi Wajah Eksklusif Astro untuk 2009 dan turut disenaraikan dalam Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH08) bagi kategori Artis Baru Wanita Popular.
Sememangnya Lisa bertuah. Orangnya cantik, sopan-santun dan berhati-hati menyusun kata ketika berbicara. Apabila tersenyum, kelihatan barisan giginya yang cantik dan putih bersih.
Tidak hairanlah dirinya menjadi pilihan menjayakan iklan untuk Johnson & Johnson Pure Essentials, KFC, Celcom, Ovaltine, Ayamas, Cadbury, Hotlink, Pantene, Clearasil, Lip Ice Lip Balm, Bank Mandiri dan Laurier
Saya sememangnya kurang mengenali Lisa kerana hanya bertemu sekali-sekala dengannya dalam majlis dan hanya mendengar cerita dan membaca artikel mengenai kejayaannya dalam akademik dan lakonan.
Maklumlah, Lisa hadir dalam industri hiburan bukannya ketika saya sibuk mengejar berita mengenai artis tanah air.
Namun kesempatan bertemu Lisa di majlis Pra-Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH08), Selasa lalu, sempat berbual dengan Lisa ketika pelakon muda itu datang bersalam sebelum mengundur diri untuk pulang. Ternyata selain cantik dan popular, Lisa juga berbudi bahasa dan tahu menghormati wartawan.
Saya sempat memuji Lisa pandai menjaga diri dalam dunia penuh glamor kerana bukan popular dengan cerita panas atau kontroversi.
Lebih membanggakan, Lisa mengakui membataskan dirinya dengan aktiviti yang dilihat agak sosial kerana tidak mahu terpalit dengan cerita kontroversi.
Kata Lisa, dia melihat senario dunia hiburan yang penuh dengan cerita kontroversi, malah dengan teknologi moden, dengan mudah gambar memalukan artis menjadi tatapan masyarakat apabila disebarkan melalui Internet.
“Jadi model dan berlakon adalah kerja. Ketika kerja, saya memberikan komitmen sepenuhnya pada kerja dan cuba menjaga kerjaya saya agar tidak terjejas dengan cerita yang bukan-bukan. Kini saya makin selesa berlakon dan makin diterima sebagai pelakon.
“Waktu sama saya terus mengejar cita-cita bergelar peguam bertauliah suatu hari nanti, sekali gus mewarisi firma guaman milik arwah ayah,” katanya.
Lisa juga sedar masa depannya dalam dunia seni bermusim dan cuba mengikut arus.
Ketika dirinya menjadi perhatian penerbit dan pengarah, Lisa tumpukan pada lakonan dan sanggup melupakan seketika untuk mengikuti latihan Sijil Amalan Guaman (CLP).
Sepatutnya Lisa menjalani CLP pada September lalu dan berakhir Julai ini.
Namun kerana tawaran berlakon mencurah-curah hasrat itu terpaksa diketepikan dan Lisa mahu fokus dalam bidang lakonan dulu.
Sememangnya bukan mudah untuk Lisa membahagikan masa untuk kedua-duanya sekali, tetapi Lisa bertekad ambil CLP kerana itu masa depannya dan juga harapan keluarga.
Lisa juga mengakui baru memahami asam garam kehidupan sebagai insan seni hingga apa yang dilakukan menjadi perhatian. Apabila tampil ringkas, dikata tidak sesuai dengan dirinya bergelar artis popular.
Apabila sering digandingkan dengan artis lelaki, timbul pula gosip mengatakan mereka bercinta.
“Saya terima semua itu dengan hati terbuka dan tidak perlu melatah jika apa yang diperkatakan itu tidak benar. Saya terima ia sebagai satu permainan tanpa perlu mengambil hati kerana sedar sudah begitu kehendak industri.
“Saya tidak melihat gosip itu sebagai masalah besar. Saya juga akrab dengan Farid Kamil kerana berada di bawah pengurusan sama, selain berkongsi ideologi dan pengalaman kerana Farid lebih tahu mengenai industri hiburan,” katanya.
Pujian saya pada Lisa tiada udang di sebalik batu, tetapi ikhlas kerana kagum dengan kejayaannya.
Lisa antara contoh artis muda kita yang pandai menjaga diri dan bukan mengejar glamor, tetapi glamor yang mengejar dirinya.
Semoga Lisa tidak hanyut dengan pujian dan kerdipan bintang yang sememangnya membuatkan orang mudah alpa hingga lupa diri. Contohilah rasmi padi, makin berisi makin tunduk.
Jika kini kerjaya seni Lisa berjalan lancar di bawah pengurusan MIG Talent, jangan nanti berubah hati apabila memikirkan hasil penat lelahnya perlu dikongsi syarikat pengurusan hingga mengambil keputusan bergerak sendiri.
Apatah lagi selain pihak pengurusan, Lisa juga membawa ibunya bersama dan mungkin suatu hari nanti berasa diri lebih selesa diuruskan keluarga sendiri. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 12:51 pm | |
| Latest Pic Linda Nanuwil |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 12:58 pm | |
| Bergelar Penerbit - FARA FAUZANA TIDAK MAHU DITIPU
Bermula sebagai skuad, bakat Fara diasah di dalam dunia penyiaran radio seterusnya namanya kian menjadi sebutan. Dikenali sebagai penyampai radio, Fara kemudiannya melebarkan sayap di dalam dunia lakonan sebelum dilamar sebagai pengacara tv. Berpeluang bertemu dengan Fara baru-baru ini di lokasi penggambaran drama bersiri ‘Gadis Cuci’, penulis sempat berbual panjang dengannya. Fara ketika ditemubual, sempat berkongsi tentang pengalaman dan percubaan dunia yang baru dipeloporinya.
“Untuk drama bersiri ini, saya bukan sahaja menjayakan watak Fery tetapi turut bekerjasama sebagai penerbit bersama dengan produksi Nasreen Pictures Sdn Bhd. Saya turut melabur, dalam masa yang sama berada di peringkat pembelajaran selaku penerbit. Jika dahulu, setiap kali datang lokasi saya akan buat hal sendiri selain menghafal skrip tetapi kini saya belajar uruskan kewangan, ‘handle’ pekerja, krew dan pelakon serta Darling juga ajar saya tentang ‘editing’.
Jadi adanya saya di sini bukan sekadar melabur tetapi belajar beberapa teori. “Ini merupakan angan-angan saya sejak kecil lagi dan saya selalu memasang cita untuk memahami lebih mendalam kerjaya sebagai penerbit.“Saya terima tawaran Darling kerana mahu tambah ilmu tapi untuk memiliki syarikat sendiri dan bertindak selaku penerbit belum masanya lagi kerana masih banyak lagi yang perlu saya pelajari. Saya tak mahu jadi penerbit yang sekadar letak duit dan kemudiannya nanti ditipu,” cerita Fara. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 2:05 pm | |
| “BIAR SAKIT TAPI PUAS HATI” - Almy Nadia Setiap kali menjayakan drama mahupun filem dari genre seram yang mana Almy Nadia turut terlibat pada babak berada di dalam alam halus, hampir acap kali juga berlaku insiden Almy Nadia tidak sedarkan diri. Begitu juga peristiwanya yang berlaku pada Almy Nadia apabila dia dan barisan pelakon utama yang lain dibiarkan bertapa di dalam hutan pada tempat-tempat yang berbeza. Almy yang ketika itu cuba mendapatkan semangat bagi menjiwai watak Kim akhirnya tidak sedarkan diri sekalipun sudah selesai tempoh pertapaan yang ditetapkan pengarah, Prof. Razak Mohideen. Selain itu, terkini Almy dikatakan kembali meracau selesai penggambaran yang dijayakannya sekalipun sebelum itu dia dikatakan sudah pulih dari berubat secara tradisional.
Menyentuh tentang ini, penulis sempat bertanya kepadanya tidakkah dia berasa penat dan putus asa apabila sering kali perlu berhadapan dengan situasi begitu apatah lagi apabila sudah sedarkan diri, pasti seluruh tubuh badan akan terasa penat. “Tidak dina kan memang badan akan terasa penat dan sakit tetapi saya tidak pernah kesal untuk menerima tawaran yang sama kerana saya ingin lawan alam halus. Sekalipun saya sedar, setiap kali selesai atau ketika penggambaran saya pasti tidak sedarkan diri tetapi saya nak lawan semua rasa itu kerana hanya yang perlu kita takut adalah yang maha kuasa. Lagi pula, pada saya biar badan terasa sakit tetapi akhirnya nanti saya akan puas hati,” terangnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 2:06 pm | |
| “PERKARA SEBEGINI TIDAK SIHAT...” - KENCHANA DEWI Selepas terjawab segala cerita yang timbul berkenaan konflik dalaman antara Norish Karman bersama Intan Azura, Elly Mazlein dan Ifa Raziah diperkatakan, heboh pula beberapa keping gambar panas membabitkan Azizah Mahzan dan Zaefrul Nadzarine Nordin serta kenyataan dari keduanya. Belum pun reda perihal pelakon-pelakon Spa Q, timbul pula cerita kononnya Norish Karman memalukan Kenchana Dewi di lokasi penggambaran hingga menyebabkan hampir berlakunya pergaduhan. Permasalahan dikatakan timbul apabila Norish Karman menegur kegagalan lenggok percakapan bahasa Inggeris Kenchana Dewi.
“Penggambaran Spa Q selesai sekitar bulan Disember tahun lalu. Hakikatnya, kami tidak pernah bergaduh apatah lagi sukar sekali untuk bertegur sapa. Sumpah saya katakan kami tidak pernah bergaduh seperti yang diperkatakan. Jika benar berlaku pasti perkara ini sudah lama sampai ke pengetahuan wartawan.
“Sepanjang di lokasi, kami buat hal masing-masing. Bagi saya, semua orang ada hak untuk berbuat apa yang diingini ketika berada di lokasi. Saya tak bermusuh dengan sesiapa. Walaupun begitu, saya tak marah mahupun terkilan kerana saya bekerja untuk mencari rezeki dan bukan mengejar populariti. Dalam hal sebegini, saya rasa pihak sana pun tahu kesahihan cerita kerana antara kami tiada masalah. Saya tak tahu nak kata apa sebab kalau saya cakap pun tidak membawa sebarang erti. Jadi tiada apa yang ingin saya perkatakan lagi. Beginilah, saya buat kerja saya begitu juga dengan dia. Perkara sebegini juga tidak sihat dijadikan isu. Saya tak boleh hentikan orang dari terus berkata-kata cuma ingin saya katakan tujuan saya berada di dalam industri ini untuk mencari rezeki,” jelasnya.
Penulis cuba menghubungi Norish Karman bagi mendapatkan penjelasan darinya namun Norish ketika dihubungi berada di luar daerah. Pengurusnya, Toi memaklumkan Norish Karman kini sedang sibuk di lokasi penggambaran. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 2:08 pm | |
| Almy Nadia "Si Gadis Daring"
Sememangnya Almy Nadia terkenal dengan watak sebagai gadis nakal, penggoda & sebagainya. Rasanya ini kali pertama Almy membawakan watak yang lebih daring sebagai penggoda dalam filem pertamanya “Rasukan Ablasa”.
Gadis Daring
Kata Almy, pada permulaannya dia agak sukar membawakan watak gadis penggoda kerana wataknya dalam filem ni sentiasa berubah². Paling sukar sekali apabila babaknya dirasuk & terpaksa bertukar menjadi gadis penggoda. Katanya lagi, menjadi seorang penggoda bukanlah mudah kerana perwatakannya yang sebenar agak berbeza sekali. Tapi demi lakonan, dia sanggup belajar untuk menghayati wataknya untuk filem tu. Atas bantuan Profesor Razak & pelakon² lain, Almy dapat menghayati watak dalam filem ini dengan baik sekali. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 2:13 pm | |
|
Diana Danielle yang baru sahaja pergi ke program Program Khidmat Negara(PLKN) baru baru ini,sebelum beliau pergi untuk 3 Bulan,Diana Danielle meninggalkan gambar beliau untuk santapan kita semua.Kita semua sedia maklum bahawa Diana Danielle memang berkulit putih,tetapi dalam gambar tersebut mungkin gambar ini telah di’edit’ agar menjadi lebih putih.Diana Danielle juga sesuai menjadi model dalam iklan deodorant ketiak kerana ketiaknya yang amat putih.
Selepas PLKN,adakah kulit Diana Danielle masih putih melepak?Pada pendapat Syok Blog,mungkin kulitnya akan menampakkan sedikit gelap daripada sekarang.Apa-apa pun nantikan kepulangan artis muda lagi lawa ini.Semoga Diana Danielle suka akan keadaan di kem PLKN nanti.
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 3:23 pm | |
| Chef Wan ‘Buka Restoran’ Di Udara Bersama AirAsia
Chef Wan nama yag tidak asing lagi di dalam dunia masak-masaknya.Beliau telah dikenali ramai sejak penulis Syok Blog,Alan Marz kecil lagi.Beliau bukan sahaja pandai memasak,bahkan pandai juga membuat lawak,menjadi hos untuk program tertentu dan sebagainya.
Baru-baru ini Chef Wan telah mendapat tawaran untuk menjadi konsultant dan ‘brand ambassador’ untuk menukar menu bagi penerbangan popular ini oleh Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tony Fernandes.Tahniah diucapkan kepada Chef Wan.
Kata Penulis “Tiada siapa yang mahu beri Chef Wang pangkat Datuk ke?Banyak jasa beliau terhadap Malaysia.” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 3:26 pm | |
| [Gambar] - Rakaman Ewah Ewah Program ewah2 adalah sebuah “game show” yang menampilkan selebriti2 tanah air kita. [bh] berkesempatan untuk menghadiri rakaman program itu baru2 ini. Program ini dihoskan oleh Kak Engku & Nabil. Nak tahu apa yang terjadi hari tu, jom kita saksikan gambar2 selebriti yang terlibat hari tu ; pasukan rumah biru, Zarina & Ebi Yus pasukan rumah merah, Shila & Atan Jinbara pasukan rumah kuning selaku JUARA pada hari tu, dianggotai oleh Noni & Erna para2 peserta Erna, Noni, & Zarina Erna & Shila |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 3:29 pm | |
| Nadia : Jangan Boikot! “If you can’t beat them…join them!”. Petikan lirik dari lagu popular kumpulan rock Queen (bersama vokalisnya mendiang Freddie Mercury) itu membawa maksud ‘jika kita tidak mampu melawan mereka…sertailah mereka!’. Secara kebetulan ungkapan itu telah banyak terbukti berkesan. Contoh terbaik ialah berkenaan kolaborasi antara artis Malaysia & Indonesia. RMZ Showbiz merasakan isu asakan populariti artis Indonesia di Malaysia tidak mudah ditangani dengan cara memboikot artis berkenaan. Bagi mereka... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 3:30 pm | |
| Penampilan Kurang Diminati Punca Adila Tersingkir? Adakah rupa paras sebagai seorang gadis yang sederhana menjadi punca kebanyakan peserta terawal Akademi Fantasia tersingkir? Mungkin itu juga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan Adila, peserta dari Johor Bahru kurang mendapat undian dan perhatian... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 3:32 pm | |
| Nasyid Kita Dah Berserabut – Syah Inteam Jika dahulunya apabila kita mendengar sesebuah nasyid, maka yang pastinya kita akan dapat mendengar secara jelas pengaruh muzik tanah arab dalam nasyid tersebut. Namun kini setelah beberapa abad irama nasyid mewarnai dunia muzik Malaysia, irama nasyid Malaysia seperti sudah lari dari konsep asalnya. “Irama nasyid kita kini dah macam... |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 4 of 15 | Go to page : 1, 2, 3, 4, 5 ... 9 ... 15 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |