|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 1:46 pm | |
| Fesyen berkuda Wan Zaleha Jangan ingat orang berkuda tak boleh bergaya pula. Penunggang kuda juga ada fesyen yang sesuai dengan penampilan mereka, lebih-lebih lagi penunggang kuda wanita.
Lihatlah fesyen yang digayakan oleh Wan Zaleha Radzi dan sekumpulan model wanita ini.
Inilah antara rekaan yang dipersembahkan sempena Stailo British India 2009 yang diadakan di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Wan Zaleha mengetuai barisan model yang memperagakan fesyen terbaru daripada British India itu.
Sememangnya Wan Zaleha seorang pecinta kuda. Malah suaminya juga seorang yang meminati kuda. Mereka mempunyai minat yang sama.
Malah Wan Zaleha juga pernah mewakili negara dalam sukan berkuda. Sehingga sekarang dia masih aktif dengan aktiviti berkuda.
Peminat sukan berkuda ini biasanya terdiri daripada golongan berada, sebab itulah pereka fesyen mereka fesyen yang sesuai untuk mereka.
Sambil bersukan, boleh melaram fesyen menarik dan sesuai untuk bergerak semasa menunggang. Potongan dan fabriknya sesuai dengan aktiviti lasak yang dijalankan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 4:13 pm | |
| Portal SAIFUL APEK Gitu-Gitu hai rakan cg skalian.. ini dia portal saifulapek yang akan muncul tak lama lagi.. tunggu... ala yang gitu2 tu... http://www.saifulapek.com.my |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 4:54 pm | |
| Gossip Intan Ladyana dan Kevin Zahri Berpisah? Baru-baru ini, di satu majlis yang meriah dengan artis, ternampak pasangan selebriti ini sedang duduk makan-makan dan berbual. Kevin Zahri seorang pakar pemakanan dan kecergasan dan pasangannya, Intan Ladyana ternyata begitu santai berborak-borak. Namun, ada gosip terkini yang tersebar mengatakan pasangan ini dah berpisah? Kalau betul dah putus cinta, apa puncanya? Memang tak dapat dipastikan. Tiba-tiba aje berpisah? Hari tu nampak okay je diorang nih. Angin tidak ribut pun tidak tetiba aje clash… |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 4:55 pm | |
| Profil Anggun Cipta Sasmi NAMA SEBENAR: Anggun Cipta Sasmi TARIKH LAHIR: 29 April 1974 TEMPAT LAHIR: Jakarta, Indonesia BAPA: Darto Singo IBU: Dien Herdina STATUS: Berkahwin SUAMI: Olivier Maury (2004) ANAK: Kirana (8 November 2007) GENRE MUZIK: French pop, pop, rock, kontemporari, dance, world music dan R&B KERJAYA: Penyanyi, model, penulis lagu dan lirik ALBUM: Snow On The Sahara (1997), Anggun (1998), Desirs Contraires (2000), Chrysalis (2000), Open Hearts Soundtrack (2002), Luminescence (2005), Luminescence Special Edition (2006), Best Of (2006) dan Elevation (2008) DUTA: Pantene dan Anlene Pengiktirafan dan Anugerah: - Artis Indonesia Paling Popular 1990-1991 - The Best Video Clip dan The Most Favourite Video Clip pada Anugerah Video Muzik Indonesia 1993. - MTV Hot Seat Artist September 1998 - The Cosmopolitan Asia Women Award - The Women Inspire Award daripada The BeaconLight, Singapore - Dilantik sebagai jurucakap kepada pengeluar jenama jam Audemars Piguet. - Best International Artist di Anugerah Muzik Indonesia 2006 |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 4:58 pm | |
|
Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya turut berlakon dalam filem Dimensi Cinta. Filem ini berkonsepkan cinta dan muzik ini ditunjangi oleh Fahrin Ahmad dan Catriona Ross sebagai tunggak utama. Catriona juga dipilih menggantikan tempat Rozita Che Wan yang tidak dapat menjayakan filem ini atas sebab tertentu.
Turut menjayakan filem yang menelan belanja sebanyak RM1.8 juta ini ialah Memey Suhaiza, Adam AF, Zarina AF, Eman Manan dan Awie. Filem arahan Eddie Pak yang merupakan usahasama HISB dan Syarikat Sunday To Sunday Services Sdn Bhd (STSS) itu dijadualkan telah memulakan penggambaran pada 23 Februari lalu.
Scha dengan Fahrin dikatakan agak renggang? Kenapa? Sebenarnya, kata Scha, diaorang okay, tidak ada krisis, cuma masing-masing sibuk dengan tugas. Jadi, bila masing-masing sibuk dengan kerja, takde masa nak berjumpa.
Sehingga ke hari ini, hubungan Scha dan Fahrin hanya kawan biasa sahaja. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 5:04 pm | |
| Menu Muzik Hot FM di TV9PELBAGAI langkah diambil stesen radio tempatan dalam memperkenalkan penyampai mereka bagi menguatkan lagi kemesraan di antara pendengar, penonton serta stesen itu sendiri. Ini sebenarnya adalah langkah bijak yang secara tidak langsung perkembangan industri radio tempatan dapat diangkat sekali gus dimartabatkan ke satu tahap yang lebih tinggi. Penyampaian radio kini yang sudah dianggap sebahagian daripada selebriti tanah air turut mempunyai peranan penting dalam perkembangan industri seni termasuk menyampaikan maklumat terkini kepada pendengar. Sejak Oktober 2006, Stesen radio Hot FM yang memperkenalkan segmen pagi AM Krew yang dikendalikan oleh Fara Fauzana dan Faizal Ismail bukan saja dapat didengar celoteh mereka menerusi Hot FM malah dapat melihat aksi mereka melalui siaran pagi di 8TV. Selepas pembaharuan yang dilakukan Hot FM dalam memperkenalkan selebriti mereka, Fara dan Faizal kini lebih dikenali oleh masyarakat. Perkembangan ini seharusnya dicontohi stesen radio lain dalam memperkenalkan selebriti mereka. Kini Hot FM memperluaskan lagi perkembangan pemasaran selebriti mereka dengan memilih Leya atau Sharifah Aleya yang boleh disaksikan menerusi TV9 bermula 9 Mac lalu setiap Isnin hingga Jumaat melalui segmen Menu Muzik Hot FM dari jam 10 hingga 1 tengah hari. Leya yang kini sedang hamil empat bulan dikenali dengan kepetahan dan karakter beliau yang selamba mendapat maklum balas yang positif daripada pendengar sehingga dipilih untuk menuruti jejak Fara dan Faizal. Langkah sedemikian ternyata mendapat sambutan hangat kerana pendengar setia Hot FM bukan saja dapat mendengar Hot FM melalui corong radio, malah mereka juga dapat menonton setiap aksi penyampai kegemaran mereka secara langsung melalui saluran TV. Malah penonton juga dapat menyoroti cara pengendalian sesebuah segmen radio. Ternyata kolaborasi dengan televisyen dari Rangkaian Media Prima dilihat memberi impak yang sangat dalam di dalam rutin hidup pendengar serta penonton Hot FM. Hot FM disifatkan mencapai matlamat utama apabila berjaya menjadikan stesen itu sebagai satu keperluan peribadi dalam hidup setiap pendengar stesen itu. Sesuai dengan objektif asal yang sentiasa mengambil kira pendapat pendengar, Hot FM yakin kolaborasi ini akan menguatkan lagi kemesraan di antara pendengar, penonton serta stesen itu sendiri. Beliau diberikan kepercayaan untuk menarik lebih ramai pendengar dengan usaha bersama TV9, diyakini mampu melakukan tugas dengan baik juga kemampuan Leya dalam berinteraksi dengan penonton TV. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 5:05 pm | |
| Gambar Terbaru Ziela Jalil Penerbit Drama Ceplon Gambar terbaru Puan Hajah Ziela Jalil, penerbit Drama Ceplos bersama pengarah drama Ceplos, Emi Suffian Abdul Sabhe di sidang media pelancaran drama Ceplos. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 9:05 am | |
| Rizu peserta lelaki pertama OIAM tersingkir
Rizu, 19, menjadi peserta lelaki pertama tersingkir dalam program realiti One In A Million musim ketiga (OIAM) pada minggu ke-7, semalam.
Minggu lepas, dia mendendangkan lagu Naluri Lelaki yang dipopularkan Samson tetapi undian para penonton nampaknya tidak memihak kepadanya.
Menurut Rizu, dia akur dengan keputusan itu dan berhasrat mengeluarkan album yang telah tertangguh selama enam tahun dalam tempoh terdekat.
"Saya menerima keputusan ini. Malah, saya dah set dalam minda jika keluar daripada pertandingan ini, maka saya terima kehendak para penonton.
"Apa yang saya harapkan kawan-kawan saya akan meneruskan perjuangan dalam OIAM ini," katanya pada sidang akhbar selepas berakhirnya program realiti itu.
Dengan penyingkiran Rizu, maka tinggal enam peserta yang meneruskan persembahan pada minggu ini.
Empat peserta lelaki tersebut ialah Tomok yang membawakan lagu Umbrella nyanyian Rihanna (Umbrella - Rihanna), Nine (Cinta Gila - Grey Sky Morning), Aweera (Di Penjara Janji - Awie) dan Simon (Livin' On A Prayer - Bon Jovi).
Manakala peserta perempuan yang kekal bersaing dalam program realiti itu ialah Amylea dan Esther.
Amylea menyanyikan lagu Somewhere Only We Know yang dipopularkan Keane sementara Esther membawakan lagu Sweet About Me nyanyian artis Gabriela Cilmi.
Apa yang lebih `mengejutkan', juri Syafinaz Selamat dan Paul Moss mengumumkan imuniti bagi para peserta secara automatik dimansuhkan bagi minggu ini, iaitu minggu ke-7, dan seterusnya.
Ini bermakna bermula minggu ini, nasib semua peserta akan ditentukan 100 peratus menerusi undian para penonton. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 9:08 am | |
| Siti Nurhaliza : Pak Lah pemimpin lemah-lembut dan berbudi pekerti
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang dihubungi semalam memuji keperibadian Pak Lah dan menyifatkan beliau sebagai pemimpin lemah-lembut dan berbudi pekerti.
“Sebagai bekas pemimpin yang saya hormati selepas pernah beberapa kali berjumpa dan bercakap secara peribadi dan seperti yang semua kenali, dia merupakan seorang yang ‘down to earth’, berhati mulia, mesra rakyat dan melayan tetamu dengan baik.
“Sampai satu masa beliau perlu mengundurkan diri, banyak kenangan yang beliau tinggalkan buat kita.
“Beliau bukan sahaja seorang Perdana Menteri yang pendiam tetapi juga seorang yang lemah-lembut dan berbudi pekerti.
“Saya juga tidak akan lupakan pengalaman ketika bersama dengan pemimpin lain.
“Pak Lah mempunyai cara pemerintahannya tersendiri.
“Sebagai rakyat Malaysia dan mewakili artis, saya mendoakan semoga kehidupan Pak Lah lebih dirahmati.
“Sebelum ini beliau telah melalui satu tempoh berkhidmat untuk rakyat tetapi selepas ini, bolehlah beliau menikmati kehidupan untuk diri-sendiri pula.
“Kita sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagiaan Pak Lah,” ujar Siti yang baru selesai menjayakan persembahan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ke-59 di Kota Bahru pada 1 April lalu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 9:27 am | |
| Datuk Siti Nurhaliza bertemuMenteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
SELEPAS menjayakan persembahan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ke-59 di Kota Bahru, Kelantan pada 1 April lalu, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sempat melawat Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Siti berkata kunjungannya itu bertujuan meluahkan rasa hormatnya terhadap Nik Aziz. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 9:30 am | |
| Gambar Diana dilantik Timbalan Penghulu Wirawati PLKN SUDAH dua minggu pelakon remaja, Diana Danielle, 18, menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 2 Siri 6/2009 di Kem PLKN Princess Haliza di Sepang. Dia kini sudah selesa dan tidak berasa janggal lagi setelah mendapati kawan-kawan dan para jurulatih sebenarnya sangat mesra. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 10:12 am | |
| Yatt seronok jadi isteri Yatt dan Talib kini bahagia melayari kehidupan berumahtangga - foto THE STAR oleh AZHAR MAHFOF
PUTRAJAYA: Meskipun baru seminggu bergelar isteri, pelakon dan pengacara Haryati Hamzah atau mesra dengan panggilan Yatt, 29, akui cukup seronok memegang status baru itu dalam hidupnya.
"Walaupun dalam tempoh seminggu ini saya dan suami sibuk menguruskan persiapan untuk dua majlis persandingan kami, tetapi saya tetap tidak melupakan tanggungjawab sebagai isteri.
"Sempat juga saya memasak untuk suami dalam dua hari ini," kata Yatt dalam nada ceria, ketika ditemui pada resepsinya di De'Seri Endon Puspanitapuri, di sini, hari ini.
Pasangan pengantin cukup ceria ketika diarak ke dewan untuk majlis persandingan mereka
Yatt kelihatan anggun dengan gaun pengantin berwarna putih rekaan Lynda Rahim pada majlis persandingannya dan suami, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 29, yang berkonsepkan moden dan santai itu.
Sekitar 500 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan kedua-dua belah pihak hadir menyerikan majlis yang bertemakan warna putih dan ungu itu.
Resepsi kedua di sebelah pihak Yatt turut berlangsung di lokasi yang sama pada sebelah malam nanti.
Menariknya, hari bersejarah pasangan ini juga turut mendapat tajaan yang melimpah-ruah; bermula dengan kad jemputan perkahwinan, rawatan kecantikan, baju pengantin, pelamin, solekan dan katering.
Butik Lynda Rahim adalah penaja utama sebagai perancang perkahwinan, persalinan dan hiasan majlis persandingan. D&D Beauty House pula menaja pelamin nikah manakala hiasan majlis pernikahan sebelum ini ditaja oleh Butik Pesona Anggun.
Menarik...pasangan mempelai disandingkan di pelamin indah hasil sentuhan Lynda Rahim dan ditaja oleh D&D Beauty House
Antara penaja lain ialah Saddiq Solutions (kad jemputan), Den Wahab dan Udaimatunnur (persalinan nikah), Amy Janz dan Fiza Zainudin (solekan), Chef Zainal Tanjung Puteri (kek perkahwinan), My Aroma dan KK Cleaning Services (cenderahati), Kickstart Gymnastic (persembahan), Skin Basic (rawatan pelansingan badan) dan Seri Keningau Catering (katering).
"Kebanyakan penaja ini sebenarnya adalah rakan-rakan saya dan ada diantaranya pernah bekerjasama dengan saya sebelum ini.
"Jadi, saya anggap ini sebagai tuah kerana mereka sudi menaja majlis saya ini," tambah Yatt.
Yatt dan Mutalib selamat dinikahkan pada 29 Mac lalu di Seremban, Negeri Sembilan.
Pada majlis pernikahan mereka itu, Yatt menerima mas kahwin sebanyak RM280.80 serta lima dulang hantaran oleh pihak lelaki dan berbalas tujuh oleh pihak perempuan.
Yatt bagaimanapun merahsiakan jumlah wang hantaran yang diberikan oleh suaminya itu.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2 Februari tahun lalu setelah hampir lima tahun mengenali hati budi masing-masing.
Setelah merasakan keserasian antara mereka wujud, Yatt akhirnya yakin jejaka yang bertugas sebagai pengurus SportsPlanet di Ampang itu adalah lelaki yang paling layak bergelar suaminya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 10:19 am | |
| Majlis Perkahwinan Yatt dan Abdul Mutalib Yatt dan Talib kini bahagia melayari kehidupan berumahtangga - foto THE STAR oleh AZHAR MAHFOF Pasangan pengantin cukup ceria ketika diarak ke dewan untuk majlis persandingan mereka Menarik...pasangan mempelai disandingkan di pelamin indah hasil sentuhan Lynda Rahim dan ditaja oleh D&D Beauty House |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 10:25 am | |
| Bapa Linda Onn Tak Kisah Soal Jodoh
Tanpa berselindung, pengacara dan penyampai radio popular, Linda Onn akhirnya mengaku dirinya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat.
Bapa Linda, Onn Chik, 76, pula menyerahkan soal jodoh kepada anaknya sendiri, lebih-lebih lagi perkara tentang perkahwinan melibatkan kebahagiaan mutlak Linda sendiri.
"Saya tidak masuk campur dalam soal pemilihan menantu. Siapa sahaja yang Linda pilih, saya menerima dengan hati terbuka dan restu dengan keputusannya.
"Semuanya terpulang kepada Linda, malah saya selalu berdoa kepada Tuhan supaya anak saya mendapat lelaki yang baik hati dan bertanggungjawab.
"Saya tidak boleh cakap suka atau tidak tentang pilihan Linda. Sebagai manusia biasa, masing-masing ada kelemahan sendiri, siapa-siapa sahaja boleh jadi suami Linda," jawabnya jujur.
Sambung Onn lagi, Linda sebelum ini tidak pernah bercerita terus kepadanya tentang lelaki yang bertakhta di hatinya.
"Barangkali dia segan untuk berkongsi cerita dengan saya. Namun, siapa tahu suatu hari nanti apabila dia sudah sedia, kemungkinan dia akan beritahu kepada saya juga," ujarnya.
Apabila ditanya tentang James, bapa Linda pantas menjawab: "Saya tidak mahu komen. Saya cuma mahukan dia dapat jodoh dengan orang baik-baik. Itu sudah memadai untuk saya serta keluarga." |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 10:40 am | |
| Zahida Rafiq Pakai Skirt Pendek ke Majlis Amal Walaupun dah berlalu, namun ianya masih segar lagi diingatan. Manakan tidak Zahida Rafiq, aktres terkenal yang tak seberapa lah juga, membuat kejutan pada Majlis Sirah Junjungan. Ceritanya begini, pada mulanya ini adalah tayangan amal yang diarah oleh Erma Fatima, membariskan pelakon-pelakon yang membintangi kisah-kisah perjuangan Nabi dan bermotifkan agama Islam. Pula dah ada suprizee. Suprizee nyer tu adalah harijadi Erma Fatimah. Dan sekali membawa kek coklat. Datuk Siti pun ada turut datang dan juga turut menyanyikan lagu selamat harijadi kepada Erma Fatima. Tapi yang lebih suprizee, kek yang dibawa tu merupakan Zahida Rafiq yang memakai skirt pendek. Kiranya juga ianya sesuatu yang tidak menghormati majlis amal ini dengan statusnya sebagai artis. Tidak tahulah pula kalau tujuannya nak mendapat publisiti. Tak Caya? tengoklah gambar ni. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 10:43 am | |
| Sarimah Ibrahim Merajuk Tinggalkan Diari AF
AF7 sekarang makin hari atau makin setiap minggu makin panas dengan gosip dek jurinya mahupun pesertanya. Namun lain pula dengan kes mengenai pengacara Diari AF7, Sarimah Ibrahim yang enggan lagi mengacarakan program harian (setiap Isnin - Jumaat) itu.
Kejadian ini berlaku (1/4) apabila Sarimah menghantar SMS kepada Penerbit Eksekutif AF7, Sooraj Nair, ketika mesyuarat mingguan AF berlangsung di Pusat Penyiaran Asia (ABC) petang semalamnya juga.Sooraj pun naik panik dah. Ia terus membuatkan Sooraj meninggalkan mesyuarat itu buat seketika untuk mendapatkan penjelasan daripada Sarimah tentang perkara yang mengejutkan itu.
"April Fool.....!" demikian jerit Sarimah sebaik sahaja mendengar suara penerbit berkenaan di telefon.
Hai, begitulah nakalnya Sarimah yang berjaya mengenakan Sooraj sempena April Fool semalam, iaitu 1 April. Apabila Sooraj kembali semula ke mesyuarat itu, dia terus ketawa dan menggelengkan kepala. Itulah antara mangsa April Fool Sarimah Ibrahim. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 10:48 am | |
| Bila Syafinaz hentam Aidit
DIVA mendapat beberapa respons tentang polemik kecil yang berlaku akibat kritikan Syafinaz terhadap Aidit Alfian.
Syafinaz memberi teguran kepada komposer itu kerana sepatutnya peserta One In A Million (OIAM) diberi lebih kebebasan untuk menyampaikan persembahan mengikut cara sendiri.
Ada yang berpendapat cara Syafinaz menghentam Aidit melalui rancangan siaran langsung itu tidak kena tempat dan memalukan.
Tapi Diva nak tergelak pula apabila dua minggu lalu, Syafinaz menasihatkan Tomok agar jangan terlalu mengubah melodi lagunya. Eh, sudah lain pula ceritanya.
Menurut Aidit Alfian, dia tidak pernah meminta peserta menyanyi seakan-akan penyanyi asal.
Tidak ada sesiapa yang datang bertanyakan hal sebenar daripadanya, kata Aidit dan tiba-tiba dia dapat tahu ramai yang menganggap dia tidak fleksibel dan tidak profesional.
"Saya tidak pula kata susunan lagu tidak boleh ditukar langsung. Cuma mereka masih baru dalam dunia nyanyian.
"Jadi kalau melodi asal tidak boleh dibawakan, apatah lagi mahu memperbaiki melodi sesebuah lagu.
Dan Syafinaz juga tidak begitu gemar apabila melodi lagunya ditukar Tomok, nampaknya.
Diva rasa masing-masing ada hak untuk bersuara tapi mestilah kena caranya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 10:49 am | |
| Anggun pitam
SEBENARNYA Diva nak berkongsi sikit pengalaman jurugambar syarikat Diva bekerja, Jefri Iran yang meluahkan rasa kagum dan terima kasih terhadap penghibur antarabangsa, Anggun.
Memang ramai yang beranggapan Anggun bersikap diva kerana dia sudah terkenal di seluruh dunia.
Namun rupa-rupanya, cerita-cerita yang Anggun besar kepala dan cerewet tidak begitu tepat. Kisahnya, sewaktu Anggun datang ke Malaysia mempromosikan album terbarunya Elevation, dia memenuhi semua permintaan media. Pendek cerita, tak ada media yang tidak mendapat waktu menemu bual Anggun secara eksklusif.
Agaknya sebab terlalu letih dengan jadual yang padat, Anggun telah pengsan sewaktu penggambaran dengan majalah URTV.
“Anggun kata dia nak rehat sekejap. Tup-tup dia baring di kerusi dan terus tak sedarkan diri. Rupanya dia pitam. Mungkin sebab terlalu penat.
“Tapi saya kagum betul sebab dia masih meneruskan penggambaran dan begitu komited terhadap kerjanya.
“Tak macam sesetengah artis yang nama tak besar mana pun, tapi sudah besar kepala dan tidak berdisiplin,” kata Jefri Iran. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 11:04 am | |
| Dulu tak ada orang pandangDulu mungkin saya tak ada rupa, kurang menyerlah, tapi kini saya sudah mampu berdiri setanding artis popular lain IFA RAZIAH mengaku obses kecantikan dan berasa setiap perempuan berhak kelihatan cantik. JIKA ditanya siapakah Saripah Raziah Mustapha, 32, mungkin ramai yang terpinga-pinga. Namun bila sebut Ifa Raziah, sudah tentu akan terbayang di fikiran seorang penyanyi dan pelakon yang sering dibualkan orang. Gayanya yang tersendiri kerap menjadi perhatian, begitu juga kontroversi yang terpercik daripada bintang seksi ini. Daripada selisih fahamnya dengan rakan artis sehinggalah ke penampilan imejnya sentiasa diletakkan di bawah suluhan lampu kamera media. Khalayak juga sudah maklum dengan imej dangdut yang dibawanya. Kini, nama Ifa Raziah bukan saja dikenali sebagai ratu gelek di pentas-pentas persembahan, bahkan menghiasi kaca televisyen selaku pengacara, juga pelakon untuk beberapa drama popular. "Orang mungkin kenal saya sebagai ratu kontroversi dan gemar mencari publisiti murahan. Tapi mereka tak pernah nampak bakat sebenar saya. "Sudah 15 tahun saya merangkak dalam industri ini, sekarang baru nama saya orang iktiraf. "Dulu mungkin saya tak ada rupa, kurang menyerlah, tapi kini saya sudah mampu berdiri setanding artis popular lain," ujarnya yang berlakon dalam drama bingkisannya sendiri, Ratu Cantik di saluran Astro. Dia juga bakal menjalani penggambaran filem bergenre seram pada April ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 11:07 am | |
| TOmok bukan lagi penyanyi leleh
LEWAT kebelakangan ini, nama Tomok kembali hangat. Dalam industri hiburan, siapa yang tidak pernah mendengar nama Tomok. Nama ini selalu dipersenda. Banyak orang yang skeptikal apabila mendengar nama Tomok.
Dia digelar penyanyi dengan suara meleleh. Band yang diasaskan juga, New Boyz dilabelkan sebagai kugiran kampung.
Pendek kata, Tomok dan New Boyz macam satu virus yang menggelikan kelompok yang merasakan diri mereka orang bandar atau pejuang muzik internasional.
Tetapi nama Tomok hari ini disebut dalam nada berbeza. Ramai yang sudah mula kagum dengan penyanyi ini.
Menyaksikan kredibilitinya dalam One In A Million (OIAM), baru ramai menyedari bahawa potensi penyanyi ini bukan sekadar menyanyi lagu leleh dengan suara sedikit sengau. Namun Tomok mempunyai lebih daripada suara lelehnya itu.
Lebih-lebih lagi selepas ramai yang terkesima menyaksikan dia mendendangkan lagu Crazy In Love milik ratu hip hop, Beyonce Knowles. Mendadak terus saham Tomok naik lebih tinggi daripada kebiasaan.
Tomok yang saya temui hujung minggu lalu hanya senyum. Ringkas tapi tepat maksud bicaranya: "Saya tahu, kutukan terhadap saya sudah melimpah ruah. Tak muat ruang lagi dah." Dia ketawa. Sinis.
Dia kemudian menyambung bahawa dia seorang lelaki yang realistik. Selalu dia tanam dalam diri, dalam sejuta yang membencinya, pasti terselit orang yang sukakannya.
Dia juga tidak hidup kerana orang, lantas cacian itu hanya satu asam garam kehidupan.
Enggan pakai nama Tomok
Biarpun dia tahu ramai yang memandang dirinya sebagai penyanyi leleh dan kekampungan, kata Tomok, dia tahu siapa dirinya.
Dia pun tak mahu dilabel begitu, tetapi apabila dilabel dan sering diperkata orang, bermakna dirinya relevan.
GUNA nama Shah Inderawan untuk bergerak solo.
Kerana itu, selepas 10 tahun berada dalam belantika muzik, sarat memikul hinaan orang terhadap vokal dan muzik lelehnya, Tomok berasa sudah masanya dia keluar daripada kepompong.
Lantas OIAM menjadi platform terbaik buat dia mempamer kredibiliti diri. Usia 10 tahun menjadi vokalis band yang pernah menimbulkan fenomena dengan hit Sejarah Mungkin Berulang itu mahu mengulang sejarah baru. Tapi kali ini dalam perjuangannya secara solo.
"Saya mula menyanyi pada usia 14 tahun. Usia 15 tahun, New Boyz muncul dengan album pertama yang terjual ratusan ribu unit. Kami meletup betul pada masa itu.
"Ramai orang yang mengutuk muzik leleh kami. Tapi itu yang pasaran mahukan. Suara saya pun tak pecah lagi waktu itu. Budak sangat lagi.
"Tapi sekarang, saya rasa saya sudah sedia untuk bangkit. Saya mahu buktikan pada semua bahawa saya boleh melakukan lebih daripada apa yang orang pernah lihat saya dalam New Boyz sebelum ini.
"Sebab itu saya sangat berusaha keras memperbaiki diri dan membawa pembaharuan dalam setiap imej dan persembahan saya. Saya mahu orang lihat inilah Tomok yang baru. Yang lebih matang dan lebih bersedia," katanya penuh optimis tentang misi masa depan.
Misi baru, kata Tomok, adalah dengan menaik taraf jenama dirinya sendiri. Mengaku begitu sayang dengan penggunaan nama Tomok, tapi dia mempunyai pemikiran untuk menggunakan nama sebenarnya bagi penjenamaan semula dirinya.
Kata Tomok: "Mungkin orang sudah lupa, malah ada yang tak tahu nama sebenar saya ialah Shah Inderawan. Orang hanya ingat saya dengan nama Tomok.
"Tapi kali ini saya berfikir untuk menggunakan nama Inderawan sebagai pengenalan saya bergerak solo. Saya rasa ia juga sesuai dengan usia 24 tahun dan kematangan saya."
Nak jadi juara OIAM
Mampu tersenyum dengan sokongan positif yang diberi banyak orang, terutama golongan urban, Tomok menyifatkan ia sebagai harga kesabaran dan enggan menyerah kalahnya dalam industri seni.
Sebab itu dia sangat teringin untuk menjadi juara OIAM. Dia tidak malu untuk menyatakan keazamannya itu. Kata Tomok: "Lepas saja saya selamat uji bakat dan dikritik Paul Moss dan Syafinaz, saya terus cakap pada diri sendiri yang saya nak jadi juara.
"Saya tak malu mengaku itu sebab ia membakar semangat saya untuk menjadi orang yang lebih baik.
"Selain sebab peribadi, saya nak buktikan bahawa lelaki juga boleh jadi juara dan saya mahu memecah tembok menjadi artis pertama yang menang pertandingan ini."
Bagai mampu melihat api semangat dalam matanya, misi itu harus dicapai. Sewaktu berbicara tentang masa silamnya, Tomok sesekali tersenyum. Bicaranya cukup sederhana. Sesekali dia mengangguk sendiri.
"Untuk penjenamaan yang saya mahu bina semula sekarang, saya sudah tidak perlukan glamor. Saya sudah rasa dunia glamor itu.
"Dulu masa zaman kegemilangan New Boyz, memang rasa glamor habis. Duit pun banyak. Dan sebagai remaja, tentu seronok. Tapi kemudian, masa berubah, jenis muzik pun berubah.
"Album keenam kami tak berapa menjadi. Pendapatan tidak konsisten dan kontroversi pun datang melanda," ceritanya tentang turun naik kerjayanya.
Tambah Tomok juga, dua tahun lalu, pendapatan New Boyz sangat terbatas. "Tak ada banyak undangan dan kami sempat belasah main di fun fair. Kami tak kisah, janji ada duit.
"Mujur saya juga jenis yang beringat. Alhamdulillah, walaupun dua tahun pendapatan kami tidak berapa baik, saya tidak pernah putus kewangan," katanya lagi.
Meluat perempuan mengada
Sebenarnya, Tomok meminta saya untuk tidak mengulas panjang tentang kisah peribadinya. Kata Tomok, dia mahu khalayak menumpukan perhatian terhadap kerjayanya.
Namun sebagai orang terkenal, peribadi adalah sebahagian rencah anak seni yang ingin diketahui umum.
TOMOK berusaha keras memperbaharui imej dan persembahannya.
Lantas, barangkali pernyataan sudah punya cinta daripada jejaka ini ditunggu peminat.
"Saya sudah ada kekasih. Dia bukan orang seni. Tapi kami selesa bersama kerana dia banyak menyokong kerjaya saya," katanya ringkas dan malu-malu.
Sewaktu diminta memberi kriteria seorang wanita yang boleh menakluk hatinya, Tomok terdiam lama. Mencari ayat yang sesuai agar tidak menyinggung hati wanita.
Selepas lama terdiam, dia akhirnya memilih untuk bercakap telus. Katanya: "Saya tak suka perempuan yang mengada-ngada. Tak perlu tarik perhatian lelaki dengan rengekan atau taktik. Tapi cukup kalau perempuan itu tahu diri dan menjadi diri sendiri." |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 11:10 am | |
| Agnes yakin peminat tak lariAGNES menafikan dirinya sakit akibat penurunan sebanyak sembilan kilogram berat badannya. Sebaliknya, kata Agnes, kesibukan membuat jadual makannya tidak menentu. Penyanyi dan pelakon Indonesia, Agnes Monica, telah dikecam teruk segerombolan golongan yang berasa penyanyi berusia 23 tahun ini tidak sensitif dan menyinggung perasaan rakyat Malaysia dengan lagu berjudul Allah Peduli. Perkataan Allah itu dikatakan tidak seharusnya diguna pakai dalam sebuah lagu. Bertemu dengan Agnes di Plaza Senayan, Jakarta, Indonesia, artis berbangsa Cina yang menganut agama Kristian ini mempunyai jawapan untuk kontroversi yang tercetus. Dalam bicaranya, Agnes yang sedang popular dengan single terbarunya, Teruskanlah, ringkas menyimpul situasi dengan berkata: "Jangan mencari musuh. Lebih enak kita semua berteman walau berbeza agama." Kamu tahu tentang isu Allah Peduli di Malaysia? Apa komen kamu?Ya, saya tahu. Sejujurnya baru tahu. Begini ya. Lagu itu sebenarnya lagu yang dibikin khusus untuk dinyanyikan di gereja. Allah Peduli tidak pernah terkandung dalam mana-mana album saya. Di sini, saya rasa masalahnya timbul kerana bahasa. Dalam agama saya iaitu Kristian, perkataan Allah itu sama maksudnya dengan Tuhan dan Jesus seperti yang terkandung dalam kitab kami. Di Indonesia, ia juga tidak menjadi satu isu kerana penggunaan perkataan Allah itu juga diguna pakai oleh semua orang yang percaya kepada agama mereka. Maksudnya sekarang anda berasa tiada yang salah dalam penggunaan perkataan Allah itu?Ya. Makanya sebab itu saya kata ia adalah masalah bahasa. Begini, kita kalau melihat sisi negatif, maka apa yang kita dapat adalah negatif. Saya bukan tidak sensitif atau peka, tapi itu adalah penggunaan bahasa. Tapi sensitiviti rakyat atau masyarakat Islam di Malaysia itu berbeza dengan di Indonesia?Saya bukan orang yang tidak sensitif. Hanya pada saya, jangan kerana masalah bahasa, ia menggoyang keharmonian kita. Jujur, saya tidak akan meminta maaf kerana kesalahan bahasa. Begini ya, mengapa kita perlu menuding dan cuba mencari kesalahan bahasa ini? Mengapa kita harus membandingkan agama yang kita percayai? Jangan begitu dan membuat perbezaan. Menurut saya, apa pun pegangan atau kepercayaan seseorang itu, jika dia jahat, maka tetap jahat dan begitu juga sebaliknya. Dan paling penting, Allah Peduli bukan sebuah lagu komersial yang dimainkan di corong radio. Sebaliknya Allah Peduli adalah sebuah lagu gereja. Tapi kamu tidak takut kalau peminat kamu di Malaysia lari?Tidaklah, saya percaya peminat saya di Malaysia bijaksana. Saya amat berterima kasih dan menghargai peminat saya. Saya juga tidak pernah menyalahkan pihak yang mengharamkan lagu saya atau menimbulkan isu ini. Cuma pada pendapat saya, daripada memperdebatkan isu ini, lebih baik kita mencari hal positif dan hidup bermasyarakat dengan lebih harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain. Saya juga meminta jasa baik pihak media Malaysia dan semua peminat agar tidak memanjangkan isu ini. Dengan penjelasan ini, saya berharap kekeruhan yang terjadi mampu jernih. Okey, kamu baru muncul dengan album ketiga. Apa yang lebih istimewa tentang Sacredly Agnezious ini berbanding dua sebelumnya?Ia adalah album yang menyaksikan saya menjadi penerbit dan bekerjasama dengan tenaga produksi yang lain. Perasaannya lebih puas kerana saya membikin sendiri karya-karya saya. Ia boleh diklasifikasikan sebagai sebuah album yang lebih energetik dan mempunyai banyak nuansa yang segar. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 11:11 am | |
| Abby Belum Bersedia Nak Kahwin Lagi
Kegagalan rumahtangganya bersama aktor Norman Hakim telah meninggalkan impak besar buat diri Abby Abadi, 33. Setelah kecewa dengan apa yang berlaku, Abby akui dia kuatkan diri untuk bangkit semula apatah lagi memikirkan masa depan anak-anaknya.
Lantaran itu apabila diajukan tentang subjek 'kahwin', sambil tersenyum, Abby berkata, dia belum lagi terlintas untuk berkahwin lagi walaupun gosip hubungannya dengan Zul yang berusia 23 tahun itu masih terus diperkatakan."Masing-masing ada hak untuk berkawan. Saya tidak rasa satu kesilapan besar untuk berkawan dengan Zul. Dia tidak bagi masalah kepada saya pun.
"Tetapi tentang perkahwinan, saya rasa masih jauh lagi untuk saya bercakap tentang hal itu. Ia tidak termasuk dalam agenda saya ketika ini.
"Perkahwinan bukanlan satu perkara yang mudah. Dengan apa yang saya lalui sebelum ini, saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik berbanding dulu.
"Banyak perkara yang saya perlu buat. Saya ingin mengembangkan lagi karier saya," kata Abby. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 11:14 am | |
| 'Masa itu saya sangat marah' Dek sebuah artikel bertajuk Mahyon Naik Risau Hussein Kahwin Lagi, mahligai indah yang dibinanya dengan suami bergolak MAHYON bak primadona pada zaman gemilangnya.
SUATU ketika dahulu, bukan sahaja kejelitaannya menarik perhatian malah lakonannya juga begitu mempesonakan.
Meski waktu berlalu pergi, nama serta gerak-geri seniwati Mahyon Ismail di layar perak tidak pernah luput daripada ingatan. Sebenarnya, dia tidak keseorangan dalam menempuh dunia seni. Pertemuan dengan Hussein Abu Hassan, seorang lagi pelakon kelahiran Singapura, telah melahirkan bibit cinta antara mereka.
Tidak hairanlah apabila darah seni yang mengalir pekat dalam diri pasangan ini tidak putus begitu sahaja dan diwarisi oleh tiga cahaya mata, Faizal Hussein, 42, Fairuz Hussein, 44 dan juga Dilla Hussein, 46.
Memang benar Mahyon bintang lama. Namun bak berlian berkilauan, sinarnya tidak dimamah usia. Walaupun usia telah menjangkau 67 tahun, seniwati veteran ini masih gah melangkah.
Jika dilihat daripada gaya serta pertuturannya, jelas wanita ini pernah melalui zaman kegemilangan. Orangnya juga sangat ramah menyusun kata ketika berbicara.
Menyingkap kembali penglibatannya dalam bidang seni, Mahyon mula dikenali menerusi filem Abu Nawas dan Tun Teja pada awal tahun 1961. Ketika itu beliau hanya berperanan sebagai pelakon tambahan.
"Saya ingat lagi, saya sedang berlatih menyanyi di Merdeka Studio, lepas itu mereka panggil saya berlakon untuk cukupkan watak," imbaunya ketika pertama kali tampil di layar perak.
Antara filem yang pernah menaikkan namanya ialah Bunga Padi Berdaun Lalang (1975), Tiada Esok Bagimu (1978), Dia Ibuku (1980), Senja Merah (1982), Gila-Gila Remaja (1986) dan Pemburu Bayang (1991).
BERLAKON bersama Hussein dalam Bunga Padi Berdaun Lalang.
Berbicara lanjut mengenai perjalanan seninya, Mahyon mengatakan kegigihan, kesungguhan dan kesabaran menjadi inti pati kepada kejayaannya.
"Hidup sebagai anak seni tak menentu. Kena reda. Kalau ada job, adalah rezeki. Kalau tak ada, kena faham dan cari jalan lain untuk tampung kehidupan.
"Pendapatan pun tak tetap. Bayaran dulu bukan macam sekarang. Tapi sebab nak teruskan hidup, saya terima sahaja apa-apa tawaran selagi ia bersesuaian," ujarnya ketika ditemui di kediamannya di Gombak, Selangor.
Pada era 1960-an, Mahyon sempat berkongsi pentas bersama seniman agung Tan Sri P. Ramlee dalam filem hitam putih Nasib Do Re Mi.
"Dia (P. Ramlee) seorang yang membentuk acuan, dan dia tidak mengikut acuan yang tersedia," ulas Mahyon apabila ditanya mengenai individu yang sangat dikaguminya itu.
Bakat lakonan Mahyon juga melangkaui sempadan. Dia juga terlibat dalam sebuah filem seram, The Red Spells, yang menjalani penggambaran di Sarawak keluaran sebuah penerbitan Hong Kong, yang masih diingati ramai.
ALLAHYARHAM Hussein Abu Hassan, lelaki yang pernah bertakhta di hati Mahyon.
Sudah lumrah bergelar artis, kontroversi bagaikan menjadi sebahagian daripada hidup. Dek sebuah artikel bertajuk Mahyon Naik Risau Hussein Kahwin Lagi, mahligai indah yang dibinanya dengan suami bergolak.
"Masa itu saya sangat marah. Mereka kata mereka sengaja buat cerita tu untuk naikkan nama saya.
"Tapi saya katakan pada mereka kalau nak buat kontroversi, buatlah yang elok. Bukan yang tak elok. Itu menjejaskan nama baik keluarga saya," sanggah pelakon ini.
Namun dengan tenang dia menempuh peristiwa itu dan dibiarkannya berlalu.
Bercerita tentang kehidupan terkini, Mahyon banyak menghabiskan masa di rumah dengan menjaga keluarganya. Namun begitu, Mahyon masih mahu menaburkan bakti dalam dunia seni.
Terbaru, beliau sedang sibuk menjalani penggambaran bersama anaknya, Faizal Hussein dalam drama 26 episod terbitan Brand Network, Seharum Kenanga yang bakal disiarkan di saluran RTM. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 11:19 am | |
| Abby, Zul langgar kontrak - Nor Faiz Abby dan Zulkifli Ariffin langgar kontrak.?
Itu yang didakwa produser Nor Faiz Ahmad Helimi, 31, dari produksiAficionado Media Sdn. Bhd. yang berhasrat mengambil tindakanundang-undang terhadap kedua-dua pelakon itu.
Abby Abadi dikatakantidak mahu meneruskan penggambaran drama Paku Di Dinding Hati arahanShahruman Ahmad gara-gara berlaku masalah kecil dengan pihak produksiberkenaan.
Abby mendakwa ada pihak di dalam produksi itu cuba memburukkannamanya dengan Zul sehingga menyebabkan mereka membuat keputusanmenarik diri dari berlakon drama berkenaan selepas tiga hari menjalanipenggambaran.
Khabarnya Abby berkecil hati apabila membaca laporan di dalamruangan pojok Kring Kring Pancaindera minggu lalu kononnya dia telahmendesak seorang produser drama supaya mengambil Zul berlakonbersamanya.
Sebaliknya kata Nor Faiz pula, Abby membuat tuduhan yang tidak tepatselain mengambil tindakan tidak profesional kerana menarik diri secaratiba-tiba.
Nor Faiz ketika menjelaskan perkara itu kepada Pancaindera Rabu laluberkata dia menyerahkan kepada peguamnya, Nor Asmah Hashim dari tetuanFatimah Yong & Associates untuk mengambil tindakan .揝aya akansaman Abby dan Zul kerana mereka telah melanggar kontrak,?katanya.
Sementara itu Zul tidak mahu mengulas apabila diminta memberipenjelasannya berhubung kejadian berkenaan. Abby pula dalam reaksinyaberkata, tidak guna dia meneruskan penggambaran sesebuah dramasekiranya ada pihak di dalam produksi tidak berpuas hati dengannya danmengata di belakang.
Kepada wartawan NIEZAM ABDULLAH mereka menjawabperkara itu.
Apa sebenarnya yang berlaku di antara Abby, Zul dan syarikat saudara sehingga mereka menarik diri dari berlakon drama itu?
Saya pun tak faham. Kisahnya pada hari Ahad lalu. Masa itu kamiada penggambaran drama di FRIM (Institut Penyelidikan PerhutananMalaysia). Lepas baca laporan Pancaindera kononnya seorangproduser terpaksa mengambil Zul berlakon dalam drama tersebut apabiladidesak oleh Abby, terus perkara ini menjadi panas.
Kenapa pula? Apa kena mengena dengan Pancaindera?
Abbymenuduh kononnya produser yang dimaksudkan itu adalah saya. Dia katasaya yang sebarkan cerita untuk memburuk-burukkan dirinya dengan Zul.Terus terang saya katakan yang saya tidak terlibat langsung dalam halitu. Saya tahu Zul dah telefon Niezam untuk mendapat penjelasan. Sayaharap mereka fahamlah apa sebenarnya yang berlaku.
Kenapa Abby tidak mahu berlakon dalam drama itu?
Kisahnyakami dah tiga hari menjalani penggambaran. Dalam drama ni Zul pegangwatak utama dan Abby pelakon pembantu. Masa di FRIM, hanya Zul danbeberapa pelakon lain saja ada. Abby tak datang sebab tak ada watakuntuk dia pada hari itu. Entah macam mana tengah hari Ahad lepas sayadapat mesej daripada Abby, dia kata dia nak tarik diri. Dia tak mahumeneruskan lakonan dalam drama itu lagi.
Ada tak saudara telefon Abby untuk menjelaskan keadaan sebenar?
Saya telefon tapi dia tak angkat. Saya pun malaslah.
Zul pula macam mana?
Masa di lokasi (FRIM) diameneruskan lakonan macam biasa. Yang buat saya terkejut, masa kitaorang nak pindah ke lokasi lain selepas di FRIM tu, Zul takmuncul-muncul. Saya dapat SMS daripada Zul tak lama kemudian. Dia katadia nak tarik diri berlakon drama saya beberapa jam selepas Abbymembuat keputusan yang sama.
Apa reaksi saudara sebagai produser ketika tu?
Lepasbaca SMS Zul, saya malas nak balas. Biarlah. Saya anggap ini semuaujian kepada saya. Dia orang buat tindakan yang salah iaitu membuattuduhan tak betul kepada saya dan nak tarik diri pula. Saya tak bolehnak buat apa-apa lagi.
Apa tindakan Aficionado Media Sdn. Bhd. pula dalam hal ini?
Sayadah serahkan segala-galanya kepada peguam saya iaitu Nor Asmah Hashimdari tetuan Fatimah Yong & Associates untuk mengambil tindakankepada Abby dan Zul. Dia orang dah langgar kontrak. Saya dah serahkansemua kontrak itu kepada pihak peguam untuk tindakan.
Adakah berlaku apa-apa perkara dalam produksi saudara sebelum ini?
Dengansaya tak adalah. Tapi saya tak nafikan Abby ada masalah kecil denganpenolong penerbit saya. Tapi biasalah dalam set penggambaran kalau adamasalah kecil. Mana-mana produksi pun mengalami masalah yang sama. Tapiia bukan isu besar pun kepada saya.
Habis tu siapa yang ganti Zul dan Abby?
Syukurlah Tuhantu nak tolong saya. Saya dah dapat Adi Putra sebagai pengganti Zul danCatriona Ross menggantikan Abby. Saya terpaksa buat penggambaran semulagara-gara Abby dan Zul tarik diri. Tapi saya tak kisah ini mungkinujian untuk saya. Saya terima sajalah.
Komen Zul dan Abby
Apa yang Zul nak katakan dalam hal ini?
ZULKIFLI: Sayatak nak komen apa-apalah. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.Memang saya tarik diri daripada berlakon drama itu. Itu saja yang sayaboleh cakap buat masa ini. Kalau ada apa-apa perkembangan saya akanbagi tahu kepada abang Niezam.
Abby pula macam mana?
ABBY ABADI: Saya sedih bendamacam ini berlaku. Saya mengaku lepas baca Pancaindera Ahad lepas,terus saya buat keputusan nak tarik diri.
Kenapa?
ABBY ABADI: Buat apa nak berlakon kalau dibelakang, ada orang kata macam-macam. Ini semua boleh menjatuhkanmaruah saya. Itu yang buat saya kecewa sangat. Macam mana nak ada moodberlakon kalau benda yang macam ini orang dok bercerita? Tak apalahbang, sekarang saya tak boleh nak cakap banyak sebab tengah adafotografi untuk projek Anugerah Bintang Popular (ABP) ni. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 12:06 pm | |
| Ning Baizura kena panggang? Terkezut tengok gambar terbaru Ning Baizura dalam STYLO 2009. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 12:12 pm | |
| Eksklusifnya gambar anak Erra! Erra dan Engku Emran ketika membeli persiapan bayi bulan lalu.
PERTAMAsekali, Kak Pora nak ucapkan tahniah kepada pasangan popular, ErraFazira dan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku ZainalAbidin kerana cahaya mata sulung yang dinanti-nantikan mereka selamaini akhirnya selamat dilahirkan pada 30 Mac lalu, kira-kira jam 11.40pagi.
Kak Pora tumpang seronok dan gembira. Maklumlah, anak-anakKak Pora pun sudah besar panjang. Teringin juga menimang anak barutetapi sampai sekarang, 'drebar teksi pun tak masuk minang'. He he...teringat dialog dalam filem Melayu klasik, Masam Masam Manis lakonanMinah Hashim. Hai! Lama lagi Kak Pora menjanda nampaknya...
Minggu lalu, Kak Pora ada ulas mengenai detik penantian Errayang akan bersalin dan tekaan Kak Pora bahawa Erra akan bersalin padaIsnin atau Selasa lalu ternyata tepat. Nama anak mereka ialah EngkuAleesya. Amboi, cepat benar mereka pilih nama untuk anak mereka. Barusaja bersalin dah umumkan nama anak pada pihak media. Eloklah juga tu,ada perancangan awal. Tentu nama tu Erra yang pilih. Namun, dalam keseronokan pasangan itumenimang cahaya mata, terdengar pula cerita yang tidak berapa sedap nakdengar bertiup di kalangan wartawan hiburan yang hadir membuat liputansambil menziarahi Erra dan anaknya di Hospital Pakar Damansara. Mengikut beberapa kawan Kak Pora, ramai rakan media yang kecewa danhampa kerana mereka tidak dibenarkan merakam wajah Aleesya atas alasanErra kononnya mahu berlaku adil kepada semua pihak media. Walaupunbegitu pasangan itu masih membenarkan beberapa wakil media melawatAleesya yang ketika itu sedang nyenyak tidur.
Menurut cerita kawan baik Kak Pora, 'bising' juga wartawandan jurugambar pada hari itu. Mana tidaknya! Alasan Erra hendak berlakuadil macam tidak berapa praktikal sebab hampir semua media termasuk TV,radio, akhbar dan majalah utama hadir untuk menyambut kehadiran bayicomel seberat 4.04 kilogram itu.
Sepatutnya Erra bagi alasan lain. Adalah adil kepada wartawandan jurugambar yang bersusah payah datang untuk merakam foto kenanganitu, maklumlah yang lahir pada hari itu ialah Ratu Filem Melayu. Jadi,bagi mereka yang datang ke hospital itu, mereka kecewa kerana tindakanitu sebenarnya adalah tidak adil kepada mereka yang bersusah payahdatang meredah kesesakan lalu lintas, kemudian bayar tol dan parkingtetapi Erra dan Emran tak izinkan. Sedangkan pihak media yang takdatang dan tak ingin buat liputan pada hari itu masih ada peluang untukdapatkan gambar anak Erra nanti, iaitu pada majlis cukur jambul selepas44 hari bersalin.
Tak sangka Kak Pora, eksklusifnya gambar anak Erra. Sukar nakrakam gambar bayi itu. Mungkin bayi comel itu memang cantik macam makdia, patutlah Erra larang wartawan ambil gambarnya.
Agaknya berapa ramailah wartawan hari itu yang kena maraholeh bos masing-masing sebab pulang tangan kosong. Kasihan juga.Terdengar juga cerita yang mendakwa Erra enggan gambarnya dirakamkerana tidak mahu dilihat dalam keadaan kurang cantik. Maklum sajalah,wajah dan keadaan fizikal wanita selepas bersalin 'kembang' di sanasini. Orang biasa macam kita mungkin tiada masalah untuk mengabadikangambar begini namun bila sudah terkenal, rasanya tidak semua yangberani.
Tapi Kak Pora masih ingat wajah gembira Nora, Raja Azura,Amyza Adnan, Abby Abadi, Datuk Sheila Majid dan ramai lagi artispopular mengizinkan gambar mereka dan bayi yang baru dilahirkan dirakammedia. Mereka tak kisah pun. Tiada apa-apa masalah pun, mungkin sebabmereka tidak secantik Erra. Lagi perit telinga bila ada yang bercakap pasangan Erra - Emranlagaknya macam tidak mahu kalah dengan Angelina Jolie - Brad Pitt,begitu juga Tom Cruise - Katie Holmes di Hollywood. Sebenarnya, KakPora pun tidak terkejut jika ada media kita sanggup membeli gambarEngku Aleesya!
Apapun, Kak Pora kasihan juga dengan situasi dihadapiErra-Emran. Maklumlah, bukan mudah hendak memuaskan hati semua orang.Dalam hal ini, semua pihak perlu menerimanya dengan hati terbuka danmenghormati keputusan Erra-Emran. Mungkin itu adalah yang terbaik bukansaja untuk mereka sekeluarga tetapi untuk semua pihak.
Bukankah Erra sudah berjanji, pada majlis cukur jambulAleesya nanti yang akan diadakan sebaik saja Erra selesai berpantang,semua jurufoto dibenarkan merakamkan gambarnya. Sabar sajalah...
KAK PORA: Masih tunggu berita bila agaknya Datuk Siti Nurhaliza nak mengandung... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 12:23 pm | |
| 'Saya bukan lagi bintang' JIKA dulu dia tidak pernahterfikir kerja menggilap kasut, kini ia sudah menjadi rutin Diana(tengah) bersama para pelatih lain di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang.
SEPANG - "Saya tetap kena denda, malah dimarahi oleh jurulatih samamacam pelatih lain kalau buat salah. Saya bukan bintang di sini (KemPrincess Haliza).''
Demikian pengakuan pelakon cantik, Diana Danielle, 18, yang menolaktanggapan sesetengah pihak bahawa status selebriti yang dimilikinyamendorong pengurusan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) memberikeistimewaan kepadanya selama latihan tiga bulan itu.
Diana mengakui dia sama seperti remaja lain, tiada layanan istimewa sejak dua minggu mengikuti latihan.
Pada satu ketika, dia terpaksa menerima hakikat dimarahi jurulatih kerana datang lambat ke sesi latihan.
Namun Diana yang terpilih sebagai Timbalan Penghulu Wirawati di kemitu, bersyukur kerana dapat mengadaptasikan suasana baru yang cukupmenguji ketahanan mental dan fizikal dengan cepat.
Malah dia juga berjaya menangkis tanggapan mereka yang pada mulanyaragu-ragu untuk mendekatinya atas kepercayaan dia mungkin sombong.
Tetapi di sebalik latihan itu, badannya pula bertambah berisi.
"Dulu berat badan saya hanya 55 kilogram tapi setelah dua minggu disini dah 60 kilogram, mana tidaknya, dalam sehari enam kali makan,''katanya.
Ditanya sama ada beliau merindui bidang lakonannya, Diana menjawab:"Tak rindu langsung, saya sudah mula sesuaikan diri di sini dan setiaphari saya tak sabar nak lakukan aktiviti PLKN dan sanggup bangun 5pagi.''
Juara One In A Million (OIAM), Suki atau Low Sook Yee, 20, dan finalis OIAM, Aliff atau Muhammad Aliff Mohd. Satar, 19, turut bangga menjadi pelatih PLKN.
"Bagi seorang artis, bangun seawal pagi bukanlah sesuatu yang biasatetapi di PLKN, semuanya harus ditempuhi dan saya sememangnya sudahsedia mendisiplinkan diri,'' kata Suki.
Bagi Aliff, dia juga sangat teruja dengan semua modul yang disediakan dan tidak sabar-sabar untuk menjalani latihan menembak.
Kesemuanya dijangka menamatkan siri latihan pada 8 Jun ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 1:18 pm | |
| Diana Danielle Tak Rindu Dunia Glamour Mungkin ramai yang menyangka gadis kacukan Inggeris-Melayu ini, yang sentiasa tampak glamor dengan solekan, rambutnya di dandan cantik serta pakaiannya yang penuh gaya, tidak mampu menyesuaikan diri kepada kehidupan di kem.
Berpeluang menjenguk Diana Danielle pagi semalam di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang, dia kelihatan senang dengan kehidupan di sana. Seperti rakan kem lain, dia berpakaian seluar panjang dengan baju lengan panjang labuh, rambutnya diikat sanggul dan kejelitaannya lebih menyerlah tanpa sebarang solekan di muka.
Tidak timbul juga masalah bergaul. Melihat kemesraannya dengan rakan-rakan dorm, dirinya diterima sebagaimana peserta-peserta PLKN (Pusat Latihan Khidmat Negara) lain, seperti seorang remaja biasa. Menurutnya, setelah dua minggu di situ, dia mempunyai ramai kawan, 10 di antaranya sudah dikira sahabat rapat.
Tak rindu rumah, dunia seni
揝emuanya bagus di sini, selesa. Sejak hari pertama, saya tidak berasa janggal, takut ataupun rindukan rumah. Keadaan di sini sangat berbeza dari apa yang saya jangkakan. Pada mulanya, bimbang juga jika cerita-cerita yang saya dengar tentang PLKN benar. Tapi kawan-kawan dan jurulatih di sini semuanya peramah dan banyak menolong. Mereka membuat saya berasa dialu-alukan,?cerita Diana, yang begitu seronok sekali di sini dengan rakan-rakan barunya hinggakan bila ibunya datang melawat disuruhnya pulang.
揟akde kaki buli atau penderaan di sini. The atmosphere here is very 憇tudent-friendly? Bagi saya, dokumentari yang sedang diusahakan 8TV, yang akan merakamkan pengalaman saya, Suki dan Alif di PLKN, cara terbaik untuk menunjukkan kepada masyarakat umum apa sebenarnya yang berlaku di kem. Sampai di sini, kami diajar tentang disiplin, membina perwatakan ?ketika itu baru saya tahu apa itu sebenarnya PLKN.?br />
Tambahnya, remaja hari ini terlalu banyak kebebasan, tidak bertanggungjawab dan berdisiplin. Sekurang-kurangnya melalui PLKN, mereka belajar mengikut cakap. Selain itu, peluang berkenalan dengan rakan-rakan sebaya dari seluruh negara, sesuatu yang tidak patut dilepaskan.
揜asanya, tiga bulan itu tidak mencukupi. Saya tak kisah berada di sini lama. Sebenarnya, saya tak rindu langsung pada dunia seni,?kata Diana yang memberitahu dia tidak terfikir lagi sama ada akan hadir di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 pada 12 April ini di mana dia telah di calonkan sebagai Pelakon TV Wanita Popular. Mengikut peraturan PLKN, peserta boleh memohon untuk keluar dari kem buat beberapa hari.
Belajar uruskan diri
Sebagai bukti penyesuaiannya kepada kehidupan regimen, dia telah dipilih sebagai Timbalan Penghuluwati. Antara tugasnya, memastikan mereka dibawah jagaannya sentiasa berdisiplin, mematuhi jadual yang ditetapkan dan berpakaian lengkap. Menurut Diana, sesiapa yang berminat menyandang jawatan itu boleh meletakkan namanya untuk pertimbangan. Selepas itu, kemahiran mereka berkawad, menjerit sambil memberi arahan dengan baik akan diuji. Dari situ, nama-nama akan di senarai pendekkan dan pemilihan akhir dibuat jurulatih.
揗ula-mula tu, adalah saya 慴reakdown?sebab terus terang saya katakan, saya dimanjakan dengan mama dan semua orang. Di sini tiada sesiapa yang memberikan saya layanan khas. Sebaliknya, sekarang ini saya pula kena menguruskan orang lain, memberikan arahan ... Ia cabaran besar untuk saya.
揟erlalu awal untuk melihat sebarang perubahan yang nyata pada diri saya tapi dalam dua minggu ini sahaja, saya sudah mempelajari banyak benda. Dari segi disiplin, bagaimana menguruskan diri, bagaimana menjadi seorang dewasa, belajar bangun awal sebab sebelum ini saya tak suka bangun awal ??jelas Diana yang tidak melihat aktiviti-aktiviti lasak yang bakal dilakukannya sebagai susah kerana sudah sering melakukan aktiviti-aktiviti seperti merentas desa dan 憆ock climbing?
Pernah di marah, di denda
Menceritakan hari pertamanya di kem, katanya, agak 慼avoc?juga dengan ramai budak-budak menuding jari ke arahnya, tanda mereka mengenali siapa dia. Tapi tegas Diana, tiada layanan istimewa yang diberikan kepadanya. Seperti rakan-rakan lain, dia pernah di marah, di tegur dan di denda.
揂da sekali itu disebabkan saya lambat. Jurulatih sentiasa mengingatkan yang kami bukannya di rumah tetapi di kem, jadi tidak boleh lewat.?/p>
Cerita Diana, selain komen betapa berbezanya wajahnya tanpa solekan, rakan-rakannya di kem memberitahu, pada awalnya di sangkakan dia seorang yang sombong dan tidak akan ingin berkawan dengan mereka.
Makan enam kali sehari Tentang rutin hariannya, Diana memberitahu mereka semuanya bangun seawal jam lima pagi. Selesai sembahyang, mereka melakukan senaman diikuti dengan sarapan pagi. Selepas itu, mereka menghadiri kelas membina perwatakan dan aktiviti-aktiviti lain yang diaturkan di dewan. Makan malam dihidangkan pada pukul 6.30 petang. Sebelum bersurai pada 11 malam, akan diadakan ceramah pada jam 8 malam. Katanya, lebih banyak aktiviti akan diselitkan secara beransur-ansur seperti kawad.
Dan bagi mereka yang menyangka budak-budak di sini tidak terjaga makan minum mereka, Diana mendedahkan mereka di beri makan secukupnya sehingga enam kali sehari!
揝ebelum masuk kem, saya makan banyak sekali. Tapi bila sampai di sini, komanden beri amaran jika tak jaga, berat badan akan naik. Mana tak naik apabila makan sampai enam kali! Mulanya, berat badan saya ada lah naik tapi dah turun balik sikit. Sekarang ni, saya makan dua kali sehari saja.?/ |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 1:29 pm | |
| Nama Baru Diddy...
Hampir 3 tahun lamanya jejaka lelaki tinggi lampai, Diddy menjadi artis selepas mengasah bakatnya dalam Akademi Fantasia 4 (AF4). Sejak itu juga namanya begitu sinonim dengan panggilan Diddy AF.
Bagaimanapun sekarang Diddy ingin membuat suatu perubahan. Dia ingin menambah sedikit panggilan nama komersialnya, bukan lagi Diddy tetapi 'Diddy Hirdy' - sesuai dengan nama penuhnya, Syamsyul Hirdi.
Pengurusnya, Badrul Hashim atau Bad yang kini diminati ramai sejak menjadi blogger Af7 di murai.com.my berkata, penambahan nama berkenaan adalah atas permintaan Diddy sendiri supaya ia lebih mudah diingati dan berdiri dengan sendirinya.
"Bukan bermakna kami mahu mengetepikan perkataan AF. Malah kami memang akui AF adalah batu loncatan yang berjaya memperkenalkan Diddy ke dunia nyanyian.
"Tujuan menambah Hirdi ke atas nama Diddy semata-mata untuk mengelak kekeliruan. Kalau Didie Alias diingat sebagai pelakon, biarlah Didie Hirdy pula dikaitkan dengan bidang nyanyian.
"Lagipun kita bukannya menukar terus nama Diddy, cuma menambahnya kepada 'Hirdi'. Contohnya Faizal Tahir, dulu orang mengenalinya dengan nama Faizal 'One In a Million' (OIAM). Itulah tujuan sebenar kami," katanya ketika dihubungi murai.com.my.
Bad berkata, penambahan nama itu diharap dapat membawa angin baru kepada kerjaya seni Diddy yang semakin berkembang maju. Katanya, sejak nama itu digunakan, penyanyi yang popular dengan lagu Hilang itu semakin mendapat tempat di beberapa stesen TV tempatan.
"Bermula minggu lalu, sudah ada pihak yang mula menggunakan nama Diddy Hirdy, contohnya ketika Diddy menghadiri program jelajah Suria FM di Sungai Petani, Kedah dan juga di Taiping, Perak.
"Malah sudah ada juga pihak media yang menggunakan nama Diddy Hirdi. Bagaimananpun kita tidak pernah memaksa mereka tapi ini adalah sebagai langkah untuk mengajak mereka supaya mengenali Diddy sebagai Diddy Hirdy," katanya.
Menyentuh berkenaan perkembangan artis di bawah pengurusannya itu, Bad berkata selain sibuk dengan rakaman single terbaru, Diddy juga akan membuat persembahan pada malam gemilang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008(ABPBH2008) di Genting Highlands, pada 12 April ini.
Diddy juga turut turun padang menyokong program jelajah ABPBH2008 yang akan berakhir di Klang Parade pada hujung minggu ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 1:39 pm | |
| Azan pengasas Echo Park
Peranan sebagai anggota Ruffedge tidak akan diketepikan
INDUSTRI nyanyian yang kurang memberangsangkan mendorong ramai penyanyi mencari alternatif untuk mengukuhkan taraf ekonomi mereka tanpa terlalu bergantung kepada nyanyian semata-mata.
Kelembapan dunia muzik begitu ketara apabila kebanyakan penyanyi lebih selesa memilih untuk tidak menghasilkan album penuh kerana bimbang penjualan album mereka tidak mampu balik modal.
Pelbagai cara dilakukan untuk meningkatkan taraf ekonomi. Jika kebanyakan artis cenderung kepada perniagaan makanan, anggota Ruffedge, Azan Addin pula memilih cabang berbeza namun mempunyai kena mengena dengan kerjaya nyanyian apabila memilih perniagaan pakaian.
Hubungan baik dengan pengasas pakaian hip hop jenama Echo Park juga memberi kelebihan kepada Azan apabila mendapat kepercayaan pemiliknya Alex Yong untuk membuka cawangan francais jenama berkenaan. Cawangan yang terletak di SACC Mall, Shah Alam adalah cawangan ke 12, Echo Park di seluruh Malaysia.
揚erkenalan kami bermula pada 2002 apabila Echo Park menjadi penaja pakaian Ruffedge. Ia kemudian disusuli dengan usaha sama menghasilkan jenama pakaian Ruffluv. Tahun lalu, saya terfikir kenapa tidak manfaatkan hubungan baik dengan Alex itu untuk menceburi bidang perniagaan pakaian yang ada kena mengena dengan kerjaya nyanyian saya.
揝elepas perbincangan dengan Alex serta abang ipar saya yang juga rakan kongsi dalam perniagaan ini, kami kemudian sepakat mengusahakan francais jenama Echo Park.
揝aya rasa tak salah ceburi perniagaan pakaian asalkan ia masih lagi ada kena mengena dengan kerjaya saya. Sebelum ini pun saya pernah melukis komik dan seni reka. Ada juga beberapa idea unik lain sedang saya fikirkan tetapi masih lagi dalam perancangan. Saya juga yakin keadaan ekonomi sekarang tidak akan menjejaskan perniagaan saya kerana satu hari nanti ia akan pulih juga,?katanya yang ditemui selepas pelancaran butiknya Sabtu lalu.
Antara artis yang hadir memeriahkan acara pada petang ituialah kumpulan Ruffedge, Private Whizz, Rosin, Sheila OIAM, Altimate, Radhi OAG dan ramai lagi.
Menurut Azan lagi, keyakinan untuk terbabit di dalam perniagaan itu juga didorong oleh semangat diberikan oleh Ahmad Izham Omar kepadanya.
揂hmad Izham memberi keyakinan bahawa Ruffedge sudah menjadi satu jenama yang sudah dikenali. Kami sudah berada dalam industri ini selama 11 tahun dan mempunyai pengikut yang tersendiri.
揝elama tempoh itu, Ruffedge belum pernah pudar lagi di mata peminat. Jadi inilah masanya untuk kami menuai hasil yang disemai selama ini,?kata Azan lagi.
Memilih Shah Alam untuk memulakan perniagaannya, Azan berkatadia memilih lokasi berkenaan kerana kedudukannya yang terletak ditengah-tengah antara Kuala Lumpur dan Klang yang akan memudahkan peminat jenama untuk mendapatkan Echo Park tanpa perlu meredah kesesakan jalan raya untuk ke ibu negara.
Walaupun kini komitmen Azan bertambah apabila bergelar usahawan pula, namun dia tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya selaku anggota Ruffedge yang kini dimantapkan dengan kehadiran dua anggota baru Nine dan Iwan serta anggota sedia ada Zain.
Bagaimanapun, Ruffedge yang kini tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman tidak berhasrat untuk menghasilkan album penuh. Sebaliknya Ruffedge turut mengguna pakai kaedah yang popular ketika ini iaitu dengan mempertaruhkan single terlebih dulu. Kumpulan itu baru saja muncul dengan dua single Jangan Berhenti dan Rintihan Pengemis serta bakal muncul dengan single terbaru tidak lama lagi.
Biarpun tidak melakukan promosi untuk dua lagu berkenaan, Azan berkata reaksi yang diterima daripada peminat amat menggalakkan dan akan melakukan promosi yang rancak sempena kemunculan single terbaru Ruffedge nanti. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 4:09 pm | |
| (Gambar) Anak Perempuan Datuk Yusof Haslam Yang Liar Tidak dapat bayangkan hati seorang bapa apabila melihat gambar anak perempuannya yang berkeadaan agak liar yang kini masih di Australia. Gambar ini adalah anak perempuan kepada Datuk Yusof Haslam, seorang jutawan dalam dunia perfileman tanahair kita. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 4:11 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 4:13 pm | |
| (Gossip) Fazura Kekasih Kerabat Raja Johor
Dua snippet yang diterima melalui email di’bawah telah menyokong gossip panas ini di’mana Fazura kini dikatakan sedang hangat berpacaran dengan seorang kerabat di’Raja Johor.
semalam time hubby kawan aku tengah lepak-lepak makan di’restoran Singgah Selalu, berdekatan Danga Bay tu, dalam time-time Buletin Utama bersiaran..adelah 1 meja di’reserved kan. Tak lama lepas tuh ade segerombolan manusia duduk dekat meja tersebut. Dalam ramai-ramai tuh hubby kawan aku ternampak la si Fazura bersama seorang kerabat Johor ni. Aku takutlah nak sebut nama kerabat tu..paham-paham sedirila ek sape..huhuhu.. Tadi aku nampak kerabat Johor dengan pengawal-pengawalnya di’Plaza Pelangi, aku nampak dia bersama seorang perempuan tapi tak perasan pulak berpimpin atau tidak sebab pengawalnya bersepah, aku amati muka perempuan cantik tu dan aku rasa aku kenal sangat perempuan tu, dia adalah Fazura. Wah, bershopping sakan dia dengan kerabat Johor tu ya.
Last edited by sally_eiyna on Sun 05 Apr 2009, 4:54 pm; edited 2 times in total |
| | | marcella08 Super Senior
Number of posts : 904 Age : 51 Location : Hulu Selangor Registration date : 05/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 4:45 pm | |
| emmm byk tul gossip yg br dibaca... apa pun utk sally... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 4:56 pm | |
| AF 7: Cincin ‘kenangan’ Zizi untuk Yazid
Agak mengejutkan, Zizi dan Rubisa tersingkir walaupun membuat persembahan yang menarik di konsert keempat malam tadi.Foto THE STAR Oleh EHFAN SHAH dan SHAARI CHE MAT.
AGAK mengejutkan apabila Nur Fazelah @ Zizie Mohd. Tahil atau Zizi, 24, tersingkir dari program Akademi Fantasia 7 (AF 7) semalam di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Zizi menunjukkan persembahan yang baik pada minggu lalu menerusi lagu Ini Rindu dan minggu ini ketika mendendangkan lagu Aku Dah Bosan.
Gaya tersendiri daripada Zizi ketika mendendangkan lagu 'Aku Dah Bosan'.
Boleh dikatakan hampir saban minggu gadis berasal dari Semporna, Sabah ini mendapat kritikan positif oleh para pengkritik terutama pengkritik tetap, Adlin Aman Ramlie, Edrie Hashim dan Datuk Khadijah Ibrahim.
Begitu juga dengan seorang lagi peserta wanita, Rubisa Tiasin atau Rubisa, 23, yang turut menjadi ‘mangsa’ penyingkiran apabila undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) tidak menyebelahinya.
Rubisa yang mendendangkan lagu Tiada Lagi mendapat undian terendah iaitu 5 peratus manakala Zizi mendapat 6 peratus.
Biarpun mempamerkan persembahan yang bertenanga, Rubisa tidak dapat memikat hati pengundi setia AF 7.
Selepas nama Zizi dan Rubisa diumumkan sebagai pelajar tersingkir oleh hos AC Mizal, terdapat adegan yang mungkin tidak terperasan oleh orang lain tetapi menarik perhatian penulis apabila Zizi menyerahkan cincin ke tangan Mohd Yazid Ibrahim atau Yazid, 22.
Sentiasa memberi kritikan membina..Dua bintang tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search menjadi juri jemputan pada konsert AF 7 minggu keempat.
Sebelum itu, pasangan ini telah diusik oleh AC apabila mereka dilihat agak rapat dan mesra dalam Diari AF yang disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, pukul 9 malam di Astro Ria.
Mengulas tentang pemberian cincin itu, Zizi mengaku memberikan cincin itu kepada Yazid namun menafikan yang mereka mempunyai hubungan ‘istimewa’.
“Saya dan dia tidak mempunyai apa-apa hubungan.
“Saya beri cincin tu sebab Yazid sukakan cincin itu dan sebagai tanda semangat kepadanya.
“Lagipun dalam AF, Yazid tidak rapat dengan ramai pelajar perempuan,” ujar Zizi. Gadis yang sudah bergelar penyanyi sebelum memasuki AF ini akui rapat dan menyenangi sikap Yazid yang suka berkongsi cerita dan masalah dengannya.
“Yazid banyak bercerita hal keluarga dan kegugupannya.
Persembahan Hafiz terus mendapat pujian daripada juri-juri AF 7 di konsert keempat semalam.
“Jadi, cincin itu saya anggap seperti kenangan untuk dia.
“Kalau boleh saya nak beri kepada semua tetapi cincin itu sahaja yang ada pada diri saya,” tambah Zizi yang berbangsa Bajau dan beragama Islam ini.
Zizi menguatkan andaian yang mereka hanya rapat disebabkan Yazid memerlukan pertolongannya ketika mengalami kesukaran untuk menyanyikan lagu Aku Cinta Padamu.
“Kami rapat pun secara kebetulan apabila dia tidak dapat ‘feel’ untuk menyanyikan lagu Aku Cinta Padamu.
“Dia hanya membaca lirik lagu itu lalu meminta tolong kepada saya tentang bagaimana hendak menyanyi dengan santai.
“Abang Asrul pun minta saya supaya memberikan pendapat tentang lagu itu kepada Yazid.
“Jadi, masa itu sahaja kami rapat,” tutur Zizi yang akui agak kecewa dengan penyingkiran tersebut.
Namun, Zizi berkata hidup mesti diteruskan dan sekurang-kurangnya dia telah melakukan persembahan dengan mantap dan ‘all out’.
“Kiranya saya keluar ni dengan bermaruah,” ulasnya yang selesa dengan genre rock dan berhasrat untuk mengeluarkan album rock jika ada rezeki.
Rubisa serik masuk program realiti lagi?
Sementara Rubisa pula berkata dia tidak akan menyertai mana-mana program realiti lagi selepas ini. Adakah kerana serik?
“Saya tidak akan masuk program realiti lagi kerana AF sudah merupakan program realiti yang bagus.
“AF sudah membawa saya ke tahap yang lebih bagus dan jauh.
“Insya-Allah, selepas ini saya hanya mengikut konsep lagu yang diberikan dan rasanya saya boleh menyanyikan semua jenis lagu,” katanya.
Rubisa turut menegaskan yang dia kelihatan sedih dan banyak menangis ketika dalam Diari AF kerana sukar untuk menghayati lagu.
“Saya menangis bersebab dan bukannya hendak mendapatkan perhatian orang,” jelasnya.
Kini, tinggal sembilan peserta yang untuk meneruskan transformasi dalam AF 7 pada minggu kelima ini.
Mereka adalah Ismaliza Ismail atau Isma yang menduduki tangga pertama dengan markah 16 peratus, Mohd. Hafiz Mohd. Suip atau Hafiz (14), Yazid (12), Mohd. Qhauhd Abdul Rashid atau Qhaud (9), Afiq Hakim Ahmad atau Akim (9), Siti Aishah Bujang atau Aishah (, Khairil Azam Pilus atau Aril (, Claudia Fay Geres atau Claudia (7) dan Mohd. Rashidi Mohamad Isa atau Sidi (7).
Konsert minggu keempat adalah tribute kepada dua ikon penyanyi dan penghibur terkenal tanahair, Amy Search dan Datuk Siti Nurhaliza.
Pelajar wanita mendapat lagu-lagu nyanyian Amy Search manakala pelajar lelaki mendapat lagu nyanyian Siti.
Lagu bonus untuk minggu ini ialah Isabella dan Jerat Percintaan (medley).
Siti dan Amy Search turut dijemput selaku pengkritik jemputan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 4:58 pm | |
| Adlin: “Saya beri kritikan agar ‘lecturer’ faham..." ADLIN memberi teguran kepada pelajar-pelajar AF 7 agar mereka tidak ulangi kesilapan yang sama.
SUDAH beberapa minggu pelakon, pengarah dan pengkritik tetap Akademi Fantasia 7, Adlin Aman Ramli menegur perkara yang sama kepada para peserta agar mereka tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pada minggu seterusnya.
Namun, kritikan membina itu seakan-akan kurang mendapat perhatian peserta dan tenaga pengajar apabila masih terdapat peserta yang mengulangi kesilapan tersebut.
“Saya beri kritikan agar ‘lecturer’ faham lagipun saya hanya mempunyai masa kurang dari seminit,” kata Adlin selepas program tersebut berakhir.
Secara keseluruhannya Adlin menginginkan peserta menunjukkan ‘evolution’ dan perlukan usaha lebih kerana mereka terlalu selesa dengan apa yang ada.
Adlin berkali-kali menyebut tentang ‘first round’ dan ‘second round’ lagu seperti yang dikritik kepada Claudia dan Rubisa.
“Aspek dramatik dan elemen dalam persembahan menjadi konsistensi dan fokus saya.
“Mereka tak boleh menunjukkan pengulangan tetapi harus memberikan persembahan yang meninggalkan kesan kepada audiens.
“Saya rasa tenaga pelajar perlu menekankan tentang hal itu dan menerangkan kepada pelajar agar mereka menunjukkan peningkatan pada minggu hadapan,” ulas Adlin.
Adlin juga memberikan komen kepada Isma agar menterjemahkan lagu nyanyiannya dengan cara berbeza berbanding penyanyi asal.
“Komen tentang terjemahan lagu itu bukan sahaja ditujukan kepada Isma tetai juga kepada pelajar lain.
“Ketika menyanyikan lagu orang lain, pelajar tidak pernah ada keberanian untuk menginterpretasinya berlainan daripada penyanyi asal.
“Susunan muzik sahaja yang baru dan bukannya kawalan dan ‘feeling’ lagu itu.
“Pelajar masih menggunakan idea yang lama dan tiada transformasi lagu.
“Misalnya, saya juga mengkritik Qhaud yang terlalu mengikut cara Latif Ibrahim ketika menyanyikan lagu Pilihlah Aku pada minggu ketiga,” beritahu Adlin yang mengaku Mohd. Hafiz Mohd. Suip atau Hafiz masih menjadi peserta kesukaannya.
Dalam kritikannya, Adlin menyifatkan persembahan Hafiz sudah berada di tahap yang tinggi dan berbeza daripada peserta lain. Justeru, dia menginginkan tenaga pengajar memilih lagu yang lebih mencabar untuk Hafiz.
Mungkin ada lagu yang Adlin boleh cadangkan untuk Hafiz?
“Saya rasa tenaga pengajar lebih tahu tentang lagu yang sesuai untuk Hafiz.
“Mereka perlu ‘push’ dan bagi tugasan yang mencabar kepadanya.
“Ada banyak lagu dalam dunia ini. Walau fakulti tekankan AF sebagai konsep famili tetapi ia tetap pertandingan.
“Mereka perlu memberikan task kepada pelajar yang lebih kompetitif.
“Jangan anggap mudah dan rasa selamat.
“Saya nak tengok ‘good fight’,” ujarnya.
Adlin juga menambah yang dia kecewa apabila dua lagi pelajar kesukaannya, Rubisa Tiasin dan Nur Fazelah @ Zizie Mohd.Tahil atau Zizi tersingkir semalam.
Menyentuh tentang transformasi sehingga minggu keempat ini, Adlin berkata dia hanya melihat transformasi pada bentuknya.
“Secara fizikal, pelajar baru merungkai kefahaman dan kreativiti seni persembahan tetapi bukan secara mutlak,” giat Adlin yang kelihatan kurang berpuas hati dengan kritikan balas yang diberikan oleh tenaga pengajar, guru motivasi dan bahasa Inggeris Fatimah Abu Bakar dan guru vokal persembahan Siti Hajar.
“Mereka patut cakap secara ‘detail’ dan sepatutnya memberikan respon dengan kami selepas konsert seperti dalam kelas pembelajaran.
“Let us talk and break them nicely and practically,” ulas Adlin.
Komposer dan pengkritik tetap Edrie Hashim mencelah: “Kami agak ‘tone down’ sedikit untuk memberikan kritikan padahal kami hendak memberikan kritikan yang membina kepada peserta.”
Dalam pada itu, penyanyi dan pengkritik undangan Amy Search pula berkata: “Kami bukan hendak menjatuhkan peserta.
“Mereka memang menyanyi dengan bagus tetapi tiada apa yang nak buktikan kepada penonton.
“What else? Sudah ada kekurangan di situ.”
Seorang lagi pengkritik undangan, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza juga bersetuju dengan ketiga-tiga pengkritik tersebut.
“Kami memang dipanggil untuk mengkritik. Setiap kritikan perlu diterima dengan terbuka.
“Saya rasa mungkin sebab tenaga pengajar sudah selalu dengan pelajar, jadi sebab itu mereka kuat mempertahankan pelajar.
“Kesimpulannya, kami telah menjalankan tugas kami dan mereka membuat tugas mereka,” ulas Siti yang pantas meredakan keadaan setelah cara tenaga pengajar mencelah ketika pengkritik memberikan kritikan didakwa boleh menjatuhkan kredibiliti pengkritik dan membuatkan mereka sukar memberikan lebih banyak kritikan yang ‘tajam’.
Dalam pada itu, Pengurus Saluran Astro Ria Khairul Mizan Shagul menjelaskan tindakan tenaga pengajar itu memang sudah dirancang agar mereka dapat memberikan penjelasan kepada semua pihak.
“Sekurang-kurangnya ia memberikan pengajaran kepada semua dan saya tidak memikirkan konflik akan tercetus jika hal ini dilakukan,” tambahnya yang turut tidak menolak kemungkinan jika ada undian AF masuk selepas ini.
Kata Khairul Mizan: “Tak mustahil jika ada undian AF masuk tetapi kami belum rancang setakat ini.”
Ganti persembahan 1 minit Qhaud
Disebabkan masalah teknikal yang dihadapi ketika Mohd Qhauhd Abdul Rashid atau Qhaud melakukan persembahan, peserta yang menyampaikan lagu Di Taman Teman ini diberikan peluang menyanyikan buat kali kedua.
“Semasa persembahan Qhaud, penonton di rumah tidak dapat menonton dan mendengar nyanyiannya dalam satu minit.
“Jadi, kami membuat keputusan untuk Qhaud menyanyi sekali lagi kerana program ini dibuat secara langsung.
“Atas masalah teknikal ini, sebab itu kami bagi peluang kepada Qhaud,” jelas Khairul Mizan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 5:01 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 05 Apr 2009, 5:21 pm | |
| Ifa Raziah Akui Setanding Artis Popular
Saripah Raziah Mustapha, 32, mungkin ramai yang terpinga-pinga. Namun bila sebut Ifa Raziah, sudah tentu akan terbayang di fikiran seorang penyanyi dan pelakon yang sering dibualkan orang.
"Orang mungkin kenal saya sebagai ratu kontroversi dan gemar mencari publisiti murahan. Tapi mereka tak pernah nampak bakat sebenar saya.
"Sudah 15 tahun saya merangkak dalam industri ini, sekarang baru nama saya orang iktiraf."Dulu mungkin saya tak ada rupa, kurang menyerlah, tapi kini saya sudah mampu berdiri setanding artis popular lain," ujarnya yang berlakon dalam drama bingkisannya sendiri, Ratu Cantik di saluran Astro.
Dia juga bakal menjalani penggambaran filem bergenre seram pada April ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 06 Apr 2009, 9:32 am | |
| Lelaki 'jual' kisah cinta Arni Nazira RM10 LELAKI yang mendakwa rakan kepada pasangan Arni Nazira, Wan Mohd. Hazrie.
KUALA TERENGGANU - Kalau mahu kad kahwin dan maklumat mengenai kisah cinta pelakon, Arni Nazira Anuar, 31, dengan bakal suaminya, sila bayar dahulu.
Taktik itu digunakan seorang lelaki yang mendakwa dia rakan kepada bakal suami artis itu, Wan Mohd. Hazrie Wan Mokhtar, 32, semasa mengunjungi pejabat Kosmo! di sini semalam.
Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Sahar itu berkata, dia sedia memberi maklumat terperinci mengenai kisah cinta pasangan yang dijadual bernikah pada Jumaat ini.
Dakwanya, dia mengetahui secara mendalam percintaan mereka yang terjalin sejak di bangku sekolah.
"Saya boleh bagi kad kahwin dan cerita panjang lebar pasal mereka. Tapi saya nak minta sedikit duit minyak kereta lebih kurang RM30 sebelum saya buka cerita," katanya.
Namun, apabila diberitahu akhbar tidak akan membeli berita daripadanya, lelaki berkenaan berkata, dia rela menerima sebarang jumlah wang.
"Tak apalah RM10 pun tak mengapa," katanya yang berumur awal 30-an dan berasal dari Kuala Terengganu.
Akhirnya selepas diberi RM10, Sahar memberi kad perkahwinan berwarna ungu dan bercerita serba sedikit mengenai pasangan berkenaan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 06 Apr 2009, 9:36 am | |
| Ekoran penutupan Maestro - Agenda Mawi banyak 'terbabas' Secara peribadi saya terkilan. Mereka (Astro) bagi notis secara tiba-tiba, jadi apa sahaja yang sudah dirancang oleh Maestro untuk saya juga terpaksa dibatalkan secara tiba-tiba – MAWI SELEPAS bergelar suami, populariti Mawi bakal diuji tahun ini. MASIH keliru mengenai pelaksanaan kontrak dengan Maestro yang telah ditandatangani sebelum ini. APAKAH karier Mawi mampu bersinar jika terus bernaung di bawah Maestro dengan pengurusan yang baru ini?
EKIN sedikit kurus selepas mengalami keguguran pada bulan lepas.
APABILA syarikat rakaman dan pengurusan artis, Maestro Talent & Management secara tiba-tiba sahaja terpaksa ditutup dan gulung tikar, semua pekerja syarikat itu serta hampir 40 orang artis yang hampir semuanya 'lulusan' Akademi Fantasia (AF) yang bergantung harap kepada 'lembayung' syarikat berkenaan hilang arah.
Hakikat tragis itu terpaksa diterima walaupun masing-masing berdepan dengan kekeliruan.
Kata orang, mungkin hanya artis 'suam-suam kuku' yang akan terjejas dek peralihan pengurusan Maestro yang akan diambil alih oleh Astro Entertainment, namun kepada artis popular yang sentiasa tidak kering tawaran, Mawi umpamanya, penutupan Maestro tetap satu tragedi hitam dalam kamus kariernya.
Apatah lagi, dalam waktu sebelum pintu pejabat Maestro dikunci rapat, dia dijanjikan dengan bermacam agenda.
Selepas operasi Maestro dihentikan secara tergesa-gesa, jadual yang telah dirancang secara teliti oleh Maestro dan Mawi terpadam begitu sahaja.
Mengakui terkesan dek impak penutupan Maestro, Mawi tidak dapat menahan rasa kesal yang bersarang di jiwanya.
"Secara peribadi saya terkilan. Mereka (Astro) bagi notis secara tiba-tiba, jadi apa sahaja yang sudah dirancang oleh Maestro untuk saya juga terpaksa dibatalkan secara tiba-tiba.
"Maestro tutup 1 April sedangkan pada tarikh itu satu majlis pelancaran untuk album terbaru saya sudah dirancang. Kami rancang mahu buat pelancaran ala kenduri doa selamat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tetapi semuanya hangus," ujar Mawi kecewa.
Bukan setakat pelancaran album Qasidah Allah Habeebi terbatal begitu sahaja, bahkan Mawi juga terpaksa melupakan hasratnya untuk meneruskan penggambaran sebuah klip video terbaru yang dijadualkan pada 3 April lalu.
"Banyak benda yang tergendala terutama berkenaan promosi album, semuanya terbatal. Saya terkilan sangat bab pelancaran album yang sepatutnya dijalankan seperti kenduri di pekarangan masjid itu," katanya.
Bukan setakat itu sahaja, apa yang lebih mengelirukan Mawi ialah persoalan tentang pelaksanaan kontrak yang telah ditandatangani sebelum ini.
Apakah pihak Astro Entertainment bakal meneruskan segala kontrak terutama hal berkaitan dengan soal royalti artis sama macam biasa seperti sebelum Maestro ditutup?
"Kegusaran pertama saya ialah soal royalti. Apabila sebuah syarikat rakaman ditutup bagaimana pula dengan royalti penjualan album kami?
"Saya harap semua itu akan dibincangkan secara mendalam menjelang perjumpaan khas dengan pengurusan Astro Entertainment yang akan dibuat tidak lama lagi," ujar Mawi serius ketika ditemui dalam satu majlis meraikan calon Top 5 menjelang Anugerah Bintang Popular (ABP).
Nampaknya Mawi tidak mampu lagi menahan gejolak rasa dek penangan yang diterima selepas Maestro secara rasminya telah 'bungkus'.
Malah, Mawi mengharapkan agar segala perjanjian yang telah dibuat oleh Maestro sebelum ini bakal dilaksanakan oleh syarikat pengurusan baru, Astro Entertainment yang dipimpin oleh Zainir Aminullah.
Mawi tidak sedikit pun memberi reaksi ketika ditanya adakah dia tidak bergantung kepada mana-mana syarikat pengurusan jika diberi pilihan untuk bergerak sendiri.
Akui Mawi, dia masih mahu berada di bawah syarikat pengurusan kerana kurang yakin bergerak sendirian.
Turut simpati mengenangkan nasib teman artis dan kakitangan Maestro yang pernah menyaksikan jatuh-bangun perjalanan dirinya sejak bergelar artis, Mawi bagaimanapun bersyukur setidak-tidaknya, pemenang pencarian program Resume Untuk Mawi, Azman Abdul Manap yang pernah bertugas sebagai kakitangan Maestro kini diterima bekerja di Astro Entertainment.
"Syukurnya Azman terus diberi peluang kerja. Saya sendiri kalau diberi pilihan untuk bergerak sendiri, rasanya susah. Saya tiada pengalaman dan kena betul-betul ada pengurusan profesional.
"Lagipun saya masih terikat dengan kontrak yang masih berbaki sehingga Ogos 2009. Tengoklah nanti macam mana," ucap Mawi yang turut ditemani isteri, Ekin dan pembantu peribadinya, Nasir.
Sedia terima kekalahan
Mengulas tentang persaingan yang sedang dihadapi menjelang kemuncak ABP minggu depan, Mawi sedia berdepan realiti dan apa jua pilihan yang ditentukan oleh peminat.
Kalah atau menang, itu atas kehendak peminat dan dia akur dengan apa juga ketentuan.
Tambahan pula, persaingan yang dihadapinya sengit daripada empat lagi pesaing yang turut tercalon dalam senarai lima teratas iaitu Amy Search, Aizat, Adam dan Nubhan. Mawi menyifatkan setiap penyanyi yang sama-sama tercalon dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular itu ada kelebihan masing-masing.
"Abang Amy Search orang lama tapi datang semula dengan penampilan baru yang bisa menawan ramai peminat baru apatah lagi peminat setianya.
"Aizat pula menunjukkan kerja keras dan usaha sendiri yang sangat mengagumkan. Dia buat lagu sendiri dan terbitkan sendiri album dengan sokongan keluarga, itu maknanya dia bagus.
"Bagi saya, kalau menang lagi, itu satu bonus dan tanda karier saya terus mendapat tempat di mata peminat dan pengundi," tegas Mawi yang terkenal dengan gelaran Raja SMS.
Mampukah Mawi mempertahankan trofi Penyanyi Lelaki Popular dan Bintang Paling Popular yang digenggam selama tiga tahun berturut-turut?
Menjadi persoalan juga, apakah setelah berkahwin dengan Ekin, populariti Mawi langsung tidak terjejas?
Sepanjang perbualan, Mawi kelihatan selamba, jauh sekali untuk tertekan dengan risiko bakal tidak naik pentas untuk menjulang trofi.
Fikirannya lebih banyak terarah terhadap keruntuhan Maestro dan bagaimana rencana masa depannya hendak dilukiskan.
Kelihatan masih dalam emosi berbulan madu, Mawi kelihatan semakin berisi manakala Ekin kelihatan sedikit cengkung gara-gara keguguran yang dialaminya lebih sebulan lepas.
"Saya sihat tapi selepas keguguran tempoh hari, rasanya badan saya semakin kurus," bicara Ekin ceria sambil bertekad tidak mahu 'terlebih aktif' bimbang peristiwa sebulan lepas berulang kembali. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 06 Apr 2009, 9:38 am | |
| Pelakon Bawang Merah sakit
JAKARTA - Seorang pelakon drama Bawang Putih, Bawang Merah, Nia Ramadhani (gambar) terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital setelah dia tiba-tiba sakit di lokasi penggambaran, lapor sebuah akhbar semlaam.
Nia membawa watak Bawang Merah dalam drama itu dihantar oleh krew penerbitan ke Hospital MMC di Kuningan, Jakarta Selatan setelah mengadu sakit pada tengah hari Isnin lalu.
Pengurusnya, Didi mengesahkan pelakon berumur 18 tahun itu dimasukkan ke hospital.
"Dia disahkan menghidap penyakit tifus dan kepenatan," kata Didi kepada akhbar Internet detik.com Selasa lalu.
Nia atau nama sebenarnya, Prianti Nur Ramadhani menginap di bilik untuk tetamu kenamaan (VIP) sambil ditemani ibunya, Chanty Mercia.
Gadis itu mulai terkenal pada 2007 setelah membintangi tiga filem seram.
Dia turut dikaitkan dengan beberapa selebriti Indonesia seperti Ressa Herlambang, penyanyi kumpulan Samson, Bams dan Adnan Yasin Limpo.
Pada pertengahan Oktober lalu, Nia keluar bersama anak ahli politik terkenal Aburizal Bakrie iaitu Ardiansyah Bakrie. - Agensi |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 06 Apr 2009, 9:42 am | |
| Linda mahu terus kahwin LINDA sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri.
TANPA berselindung, pengacara dan penyampai radio popular, Linda Onn akhirnya mengaku dirinya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat.
Penyampai radio Sinar FM itu berkata, dia sudah membuat keputusan untuk berkahwin dengan calon pilihan hatinya.
"Saya sudah ke arah ini (kahwin). Insya-Allah, pada tahun ini kalau ada jodoh. Selebihnya saya tidak berani mahu komen," akui Linda Onn ketika ditemui pada majlis meraikan media di My Asam Pedas Shop di Ampang, Selangor baru-baru ini.
Barangkali niat Linda untuk mendirikan rumah tangga tidak diketahui oleh banyak pihak termasuk pihak media dan juga peminat sebelum ini.
Semuanya bermula apabila gambar Linda tersiar di sebuah laman web kursus praperkahwinan sehingga memaksa tuan punya badan menjelaskan perkara sebenar.
Ya, akui Linda, dia berada di sana untuk mengikuti kelas praperkahwinan di Setiawangsa, Kuala Lumpur sekitar dua tiga minggu lalu.
Tanpa berdolak-dalih, wanita berusia 31 tahun itu menjawab, setelah berpendirian untuk mendirikan mahligai perkahwinan, sudah pastilah dia kena mengikut prosedur yang ditetapkan.
"Apabila ingin kahwin, kita kena ada sijil kursus perkahwinan terlebih dahulu. Ini merupakan persediaan awal supaya saya tidak perlu risau untuk menghadiri kursus kemudian hari.
"Menerusi kursus kahwin ini, saya dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang perkahwinan dan hubungan suami isteri. Paling penting, kalau sudah ada sijil, senang untuk saya kahwin pada bila-bila masa," jawab Linda tergelak kecil.
Lupakan seketika soal kursus kahwin Linda. Sekarang peminat pasti tertanya-tanya dengan siapakah wanita tinggi lampai itu akan menamatkan zaman solonya.
Apakah Linda kini sedang menyulam cinta dengan seorang jejaka kelahiran United Kingdom (UK), James Gibbs?
Linda dan lelaki itu muncul bersama-sama ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan penyanyi popular, Mawi dan Ekin yang diadakan di Hotel Palace of the Golden Horses, Januari lepas.
Linda terdiam seketika sebelum diberi kekuatan untuk menjawab pertanyaan nakal pihak media. Setelah menarik nafas, Linda menjawab: "Setakat ini memang saya keluar dengan dia."
Namun, untuk menjaja lebih terperinci kisah cintanya dengan lelaki itu bukan menjadi 'permainan' Linda sebelum sebarang kata putus dinokhtahkan.
Takut yang dirancang, lain pula jadinya. Lantaran itu, Linda lebih suka menguncikan bibirnya rapat-rapat tentang lelaki yang bakal bergelar suaminya kelak.
MUNGKINKAH ketika ini Linda sedang sibuk dengan persiapan perkahwinannya?
"James merupakan kenalan lama yang saya kenali sejak 10 tahun dulu. Kami kenal di Kuala Lumpur dan dia pernah menjalankan perniagaan di sini.
"Dia datang semula ke Malaysia pada bulan Januari lalu dan boleh dikatakan hubungan kami sudah berada di tahap yang serius sejak dua bulan lalu. Lain-lainnya, saya belum berani untuk beritahu," ujarnya ringkas mohon dimengertikan.
Bijak betul Linda menyimpan rahsia teman lelakinya itu. Dia tidak sesekali mengiyakan atau tidak menidakkan persoalan tentang James, sebaliknya mahu masyarakat menunggu perkembangan selanjutnya.
"Saya enggan membazirkan masa dan wang untuk melakukan majlis pertunangan secara besar-besaran, tetapi saya mahu terus bernikah jika sudah menemui calon yang sesuai," tutur Linda yang mengidamkan sebuah majlis perkahwinan dengan tema dalam taman.
Linda ketika ditanya tentang harapan tentang rumah tangga yang bakal dibinanya tidak lama lagi berkata, setiap manusia sudah tentunya mahukan kebahagiaan dalam melayari rumah tangga.
"Saya tidak mahu gaduh-gaduh, saya mahu suami yang jujur dan setia, beriman dan dapat mengemudikan rumah tangga kami dengan aman dan harmoni hingga ke akhir hayat.
"Setiap manusia juga mahukan impian yang sama bukan?" soal Linda serius.
Bapa terima pilihan
Bapa Linda, Onn Chik, 76, pula menyerahkan soal jodoh kepada anaknya sendiri, lebih-lebih lagi perkara tentang perkahwinan melibatkan kebahagiaan mutlak Linda sendiri.
"Saya tidak masuk campur dalam soal pemilihan menantu. Siapa sahaja yang Linda pilih, saya menerima dengan hati terbuka dan restu dengan keputusannya.
"Semuanya terpulang kepada Linda, malah saya selalu berdoa kepada Tuhan supaya anak saya mendapat lelaki yang baik hati dan bertanggungjawab.
"Saya tidak boleh cakap suka atau tidak tentang pilihan Linda. Sebagai manusia biasa, masing-masing ada kelemahan sendiri, siapa-siapa sahaja boleh jadi suami Linda," jawabnya jujur.
Sambung Onn lagi, Linda sebelum ini tidak pernah bercerita terus kepadanya tentang lelaki yang bertakhta di hatinya.
"Barangkali dia segan untuk berkongsi cerita dengan saya. Namun, siapa tahu suatu hari nanti apabila dia sudah sedia, kemungkinan dia akan beritahu kepada saya juga," ujarnya.
Apabila ditanya tentang James, bapa Linda pantas menjawab: "Saya tidak mahu komen. Saya cuma mahukan dia dapat jodoh dengan orang baik-baik. Itu sudah memadai untuk saya serta keluarga."
Tak pernah marah wartawan
Pihak wartawan dan golongan artis ibarat dua pihak yang saling memerlukan di antara satu sama lain. Sama halnya dengan Linda yang cukup menghargai tugas para media.
Positif atau negatif, hitam atau putih cerita yang ditulis, Linda tidak pernah berdendam dengan mana-mana wartawan. Itulah yang diungkapkan Linda secara berterus terang.
"Kalau ada sebarang cerita negatif tentang saya di media cetak, saya tidak akan mudah melenting.
"Walaupun dalam seharian suntuk hati berdarah membaca cerita yang ditulis, saya masih lihat perkara itu dalam sudut positif.
"Sekurang-kurangnya ia menjadi publisiti untuk saya walaupun ada pro dan kontranya. Senang cerita, saya tidak mengambil hati dan faham bahawa wartawan hanya melakukan kerja mereka serta menulis cerita yang mereka tahu," jelasnya.
Sebagai manusia biasa, Linda mengakui ada kalanya juga dia menjeruk rasa, kecil hati, geram, marah dan merajuk. Namun seboleh-bolehnya dia akan mengawal keadaan daripada menjadi teruk.
Rahsianya, dia hanya perlu berfikir positif dan beranggapan gosip yang terjadi sebagai asam garam bergelar seorang artis.
Bercakap tentang majlis meraikan pihak media, terang Linda, sebelum ini dia ingin mengadakan majlis pelancaran My Asam Pedas Shop yang baru sahaja diusahakannya pada bulan Julai tahun lalu.
"Bagaimanapun, saya dapat idea untuk mengadakan majlis pelancaran restoran dan meraikan pihak media dengan mengadakan malam apresiasi untuk mereka.
"Sekurang-kurangnya, dapatlah juga saya berkenalan dengan pihak media serta berkenalan di antara satu sama lain dengan lebih rapat lagi," katanya.
Majlis tersebut diserikan dengan gelak tawa Salleh Yaakob yang menghiburkan pihak media dengan mendendangkan dua buah lagu.
Pertandingan karaoke turut diadakan yang menampilkan Salleh dan Linda menjadi 'pengkritik' pada malam itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 06 Apr 2009, 9:45 am | |
| Rini rancang terbitkan album RINI tersingkir, tetapi masih ada hati untuk menerbitkan album rakaman bersama kembarnya, Rina yang sekian lama tertangguh.GAYA yang bersahaja dan persembahan yang rancak tidak mampu menyelamatkan Obri. PRESTASI pelajar program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) dilihat sudah menunjukkan peningkatan. Walaupun masih ada bahagian yang kurang tetapi persembahan mereka berbeza dengan membawa tema retro lagu 1980-an pada konsert minggu ketiga Jumaat lalu.
Meskipun begitu, sudah namanya pun program realiti TV penyingkiran tetap ada dan apa yang mengejutkan pada konsert minggu lalu yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil menyaksikan dua pelajar tersingkir sekali gus.
Dua pelajar yang dimaksudkan ialah Zuzafrini Zulkifli (Rini) dan Ahmad Sobri Hasmuni (Obri). Meskipun memberi persembahan yang menghiburkan tetapi undian penonton tidak memihak kepada mereka.
Rini yang menyanyikan lagu Seloka Cinta Remaja, nyanyian asal Allahyarham Seha Freedom dilihat mempamerkan persembahan dengan cukup tenang, lagaknya seperti penyanyi profesional dan mendapat pujian daripada pengkritik, Datuk Khatijah Ibrahim, Khairil Johari Johar dan Adlin Aman Ramlie.
Bagaimanapun, Rini yang ditemui pada sidang akhbar selepas konsert berakhir memberitahu, dia reda dengan keputusan penonton yang tidak memihak kepadanya.
"Saya telah cuba yang terbaik dan semasa dua konsert sebelum ini pun saya hanya tawakal kerana sering berada di tempat tercorot menyebabkan saya bersedia untuk tersingkir sedikit demi sedikit.
"Sedih juga sebab terpaksa meninggalkan rakan-rakan dalam akademi, kami semua sudah macam adik-beradik, saya hanya doakan yang terbaik buat mereka," ujarnya dalam nada sedikit beremosi.
Dia yang sebelum ini pernah mencuba untuk mengeluarkan album bersama adik kembarnya Rina mungkin akan memikirkan kembali perancangan yang pernah tertunggak itu.
"Album itu sudah siap dirakam, cuma keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan membuatkan album itu terperap begitu sahaja. Kalau ada peluang dan rezeki usaha itu akan diteruskan tetapi kenalah lihat dulu bagaimana perancangan pihak pengurusan Astro Entertainment Sdn. Bhd (AESB)," ujarnya.
Obri pula yang dilihat mula menunjukkan peningkatan dan perubahan dengan mendendangkan lagu Abang Beca nyanyian asal Broery Marantika juga menerima takdir yang dia kini tidak lagi bersama AF7.
"Belum rezeki saya. Saya akui tiap minggu ada sahaja kritikan tentang nyanyian saya tetapi semua kritikan negatif yang diterima tidak dianggap sebagai penghinaan, malahan sebagai kritikan membina buat saya.
"Dalam konsert AF inilah kali pertama saya menyanyi kerana saya tak pernah masuk pertandingan nyanyian. Tahap keyakinan saya masih kurang tetapi konsert demi konsert saya semakin yakin.
"Walaupun tersingkir, perjuangan saya tidak akan berhenti sampai di sini. Saya akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan pengalaman bersama AF akan saya kenang sampai bila-bila," luah Obri.
Bercakap mengenai prestasi keseluruhan pelajar akademi pada konsert ketiga, pengetua AF7 Datin Seri Tiara Jacquelina berpuas hati kerana setiap pelajar menunjukkan peningkatan terutama Yazid.
RINI dan Obri terpaksa menerima undian penonton AF7 yang tidak memihak kepada mereka. YAZID (kiri) antara pelajar yang menampakkan perubahan dalam persembahannya.
Menurutnya, bermula minggu lalu, pihak akademi telah menggunakan teknik pengajaran yang sedikit berbeza daripada kebiasaannya.
"Kali ini kami menggunakan teknik pengajaran seperti di teater iaitu mendahulukan penghayatan kemudian baru, vokal dan tarian. Apabila pelajar dapat memahami mesej yang harus disampaikan, barulah mereka dapat buat persembahan dengan baik.
"Minggu ketiga konsepnya retro dan kebanyakan lagu mempunyai jalan cerita, kerana itu saya fikir teknik itu sesuai dan akan dipraktikkan untuk konsert-konsert seterusnya," ujarnya yang bangga dengan pencapaian semua pelajar.
Walaupun begitu, pengkritik yang paling digeruni pelajar, Adlin Aman Ramlie dilihat hanya memuji segelintir pelajar terutamanya Hafiz dan Isma yang memberikan persembahan bertenaga, manakala yang lain ada sahaja kekurangan di mata dan telinganya.
"Bukan saya nak kata apa. Memang ada yang sudah bagus tetapi di minggu ketiga ini juga masih ada yang hancur. Saya tidak tahu apa yang mereka belajar.
"Saya harap mereka akan lebih bersedia bukan sahaja daripada segi vokal tetapi juga persembahan dan penghayatan. Kalau ada lagu yang kena menari mereka harus menari sebaik mungkin bukan mengharap penari latar semata-mata," kata Adlin.
Nampaknya kini hanya tinggal 11 peserta yang akan meneruskan perjuangan dalam AF7. Mereka ialah Claudia, Zizi, Aishah, Rubisa, Isma, Hafiz, Akim, Yazid, Qhaud, Aril dan Sidi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 06 Apr 2009, 9:46 am | |
| Andy Lau batalkan perkahwinan PERCINTAAN rahsia antara Andy Lau dan Carol sudah mencecah 24 tahun lamanya.
DISEBABKAN kekasihnya disahkan tidak mengandung, Andy Lau dilaporkan telah membatalkan majlis perkahwinannya. Kekasih Andy, Carol Zhu Liqian merupakan seorang warga Malaysia.
Perkahwinan itu dijadual berlangsung di Malaysia pada hari jadi Andy yang ke-43 iaitu pada 6 April ini setelah Andy mendapat khabar bahawa Carol sudah hamil.
Namun, Carol dikatakan sebenarnya telah tersilap mengenai fakta kehamilannya itu. Menurut sumber: "Ketika selesai konsertnya di Guangzhou baru-baru ini, Andy telah ditanya mengenai kebenaran dia akan melangsungkan perkahwinan pada 6 April ini. Andy bagaimanapun hanya menggelengkan kepalanya sebagai isyarat perkahwinan tersebut telah dibatalkan."
Namun, sumber tersebut juga membuat spekulasi berkemungkinan Andy sengaja berbuat begitu bagi mengelakkan gangguan media.
Andy dan Carol sebenarnya telah bercinta secara rahsia selama 24 tahun bagi memastikan populariti Andy sebagai bintang terkenal Hong Kong berkekalan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 06 Apr 2009, 9:50 am | |
| Madonna buat rayuan - Tidak dibenar ambil anak angkat SEKUMPULAN jurugambar dan wartawan menunggu di luar bangunan Mahkamah Tinggi Lilongwe, Malawi semalam. GAMBAR fail menunjukkan Madonna bersama anak angkat, Banda.
LILONGWE - Penyanyi pop veteran, Madonna tidak akan dibenarkan mengambil anak angkat kedua dari Malawi iaitu kanak-kanak perempuan berumur empat tahun, Mercy James.
Pendaftar Mahkamah Tinggi di Lilongwe, Ken Manda memberitahu media, permohonan Madonna ditolak kerana bintang pop itu bukan penduduk Malawi.
Dalam keputusan mahkamah itu, Hakim Esimie Chombo memberi amaran berhubung pengambilan anak angkat oleh golongan selebriti dengan menyatakan perbuatan tersebut jika tidak dibendung boleh membawa kepada penyeludupan kanak-kanak.
"Sesiapa sahaja dibenarkan datang ke Malawi dan diberi kelulusan segera untuk mengambil anak angkat dan perbuatan ini mendatangkan kesan buruk kepada kanak-kanak," katanya.
Kecewa dengan keputusan itu, peguam Madonna, Alam Chinula berkata, anak guamnya telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Agung Malawi semalam.
Sebelum ini, permohonan penyanyi berumur 50 tahun yang melonjak popular dengan lagu Material Girl itu mendapat sokongan kerajaan Malawi dan dia disifatkan seorang ibu yang baik kerana membantu 25,000 anak yatim negara itu.
Madonna yang memelihara seorang anak angkat Malawi, David Banda turut merancang untuk membina sebuah sekolah berharga jutaan dolar untuk pelajar perempuan di kampung Chikhota, kira-kira 12 kilometer dari sini. - Reuters |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 06 Apr 2009, 9:53 am | |
| Kehidupan Atilia selepas solo BERSAMA ibu tersayang, Salamiah Hassan yang sentiasa bersama Atilia dalam susah dan senang.
HATI mana yang tidak luluh mengenangkan mahligai yang dibina atas nama cinta akhirnya musnah dan hancur berkecai.
Tetapi, mengenangkan perjalanan hidup yang sudah tertulis di lohmahfuz, siapalah kita untuk menolak kehendak takdir.
Sememangnya kita sebagai manusia dan hamba kepada Allah SWT, kita hanya mampu berusaha dan bertawakal manakala selebihnya diuruskan oleh Allah untuk menentukan apakah yang terjadi sebaliknya.
Begitulah diibaratkan dengan perjalanan hidup penyanyi jazz kontemporari, Atilia yang ternyata menerima ketentuan hidupnya apabila dia kini tidak lagi memegang status sebagai seorang isteri.
Mungkin bagi sesetengah wanita, perkara itu sungguh pahit untuk ditelan tetapi bagi Atilia, dia begitu optimis dengan kehidupannya sebagai seorang wanita dan juga anak seni.
Malah, dia juga tidak mahu lagi membebankan fikirannya dengan kisah perceraiannya tetapi sebaliknya, dia mahu meneruskan kehidupannya sementelah karier seninya juga semakin hari semakin mekar mengharum.
Mengunci rapat rahsia perkahwinannya yang mula bergolak sejak tahun lalu walaupun sudah dapat dihidu oleh pihak media, namun, Atilia bijak menangkis segala-galanya.
Dirinya mengakui ketika itu masih belum bersedia untuk berkongsi dengan masyarakat tentang kisah rumah tangganya dan apatah lagi, dia merupakan seorang artis yang enggan mencampuradukkan perihal kerjaya dan peribadi.
Akhirnya, Atilia membuka cerita itu kepada pihak media setelah dia sendiri merasakan tiada lagi kudrat dalam dirinya untuk terus menyambung ikatan cinta bersama bekas suaminya, Ariff Johan Abdul Aziz.
Namun pun begitu, pemilik nama sebenar Raja Putri Atilia Raja Haron ini tidak mahu bercerita dengan mendalam tentang punca sebenar perceraian dengan lelaki yang dikahwininya atas dasar cinta itu.
"Cukuplah apa yang telah berlaku. Biarlah hanya saya, dia dan Allah sahaja yang tahu. Saya juga tidak mahu mengaibkan sesiapa. Lagipun, saya sudah tidak mahu memanjangkan cerita kerana saya perlu teruskan kehidupan saya.
"Biarpun saya dan Ariff tidak lagi mempunyai ikatan yang sah, namun, kami masih lagi berhubung antara satu sama lain kerana masih lagi menyayangi ikatan persahabatan yang sudah lama terbina ini," luahnya tenang saat dihubungi baru-baru ini.
Menyingkap tirai kenangan mereka berdua, masing-masing mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 1998 selepas hampir enam bulan berkenalan.
Jelas Atilia lagi, dia dan Ariff mula tinggal berasingan sejak tahun lalu dan dalam masa yang sama, mereka berusaha untuk memulihkan hubungan mereka dengan harapan ada sinar untuk menyambung kembali ikatan suci mereka.
melafazkan talak
Tetapi apa kan daya. Baik Atilia mahupun Ariff, kedua-dua tidak lagi mampu untuk hidup bersama dan Januari lalu, menyaksikan Ariff melafazkan talak satu kepada Atilia sambil disaksikan bapa Atilia, Raja Haron Raja Aziz dan menandakan putus sudah kasih sayang antara mereka.
"Hanya Allah sahaja tahu bagaimana perasaan saya ketika itu dan air mata saya mengalir tanpa henti dan begitu juga dengan dirinya. Saya bukanlah jenis yang suka bercerita kepada orang tentang masalah saya kerana saya seorang yang cukup berahsia.
"Saya hanya berkongsi cerita dengan teman-teman rapat serta ibu dan bapa saya. Alhamdulillah, berkat sokongan dan semangat yang diberikan oleh mereka menjadikan saya lebih kuat untuk meneruskan hidup ini," ujarnya yang dilahirkan pada 18 September 1974 itu lagi.
Atilia juga tidak pernah menganggap perceraian ibu dan bapanya sebagai refleksi atas apa yang berlaku ke atas dirinya.
"Siapa yang tidak mahu bahagia dan memiliki perkahwinan yang kekal sehingga ke akhir hayat tetapi semuanya sudah tertulis dan ditakdirkan. Kita harus menerimanya," ungkapnya ringkas.
Ditanya tentang kemungkinan punca perceraiannya disebabkan ketiadaan anak yang menjadi penyeri setiap pasangan suami isteri, Atilia tidak menafikan perkara itu.
Malah, satu-satunya puteri kesayangan penyanyi malar segar, Salamiah Hassan ini turut mengakui punca perceraiannya itu juga datang daripada dirinya sendiri.
"Di awal perkahwinan kami, memang kami merasakan masing-masing belum bersedia untuk menimang cahaya mata lantaran kami masih muda dan masih lagi di peringkat mengenali hati budi masing-masing. Dalam erti kata lain, kami bercinta selepas berkahwin.
"Kemudian, beberapa tahun selepas berkahwin, kami merasakan kami sudah bersedia untuk membina keluarga tetapi tiada rezeki pula untuk kami memiliki anak.
"Saya tidak pernah meletakkan kesalahan mahupun menuding jari kepada Ariff atas apa yang berlaku kerana saya tahu saya juga ada kekurangannya dan tidak menjalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang isteri.
"Mungkin ini semua hikmah untuk saya agar menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab selepas ini dan muhasabah diri saya untuk memperbaiki diri agar menjadi seorang yang lebih baik.
"Andai kata saya bertemu jodoh lagi selepas ini, saya mahu terus menimang cahaya mata dan tidak mahu lagi menangguh kerana saya memang sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu," katanya penuh jujur sambil memberitahu mereka sempat meraikan ulang tahun perkahwinan mereka ke-10 dan ia merupakan momen terindah serta manis buat Atilia.
menemui pengganti
Diusik adakah kini sudah menemui pengganti, sambil ketawa, Atilia memberitahu, dia tidak mahu memikirkan tentang perkara itu walaupun mengakui pernah keluar dengan seseorang.
"Entah, selepas itu, saya rasa belum masanya untuk saya mencari pengganti kerana saya mahu menumpukan perhatian kepada karier dan kerja saya. Itu lebih penting sekarang ini," tegasnya.
Menutup kisah itu, penyanyi yang cukup popular dengan lagu Sangkar ini ternyata lebih teruja untuk membicarakan tentang perjalanan seninya yang sudah menampakkan hasil yang cukup lumayan.
Biarpun namanya tidak popular seperti mana-mana penyanyi wanita yang sedia ada, tetapi, Atilia yang diberi jolokan Ratu Lagu Iklan ini tetap berada dalam kelas serta mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri.
Masih lagi sibuk dengan penghasilan album keduanya yang sudah 50 peratus disiapkan dan akan dipasarkan sekitar bulan Jun ini, Atilia memberitahu dia gembira dengan apa yang dimilikinya sekarang biarpun dia agak lewat memasuki arus perdana industri muzik tempatan.
Sebagai contoh, pada Festival Muzik Antarabangsa Sunburst KL 2009, buat kali kedua, Atilia diberi peluang membuat persembahan dan bergandingan dengan kumpulan popular Indonesia, Maliq & D'Essentials.
Malah, semalam (5 April), sekali lagi, mereka diberi penghargaan untuk membuka tirai persembahan sempena persembahan istimewa penyanyi antarabangsa terkenal, Jamiroquai sempena Grand Prix Formula Satu Malaysia.
"Peluang berkolaborasi dengan Maliq & D'Essentials memberi seribu makna dalam diri saya untuk lebih dikenali di Indonesia. Saya bertuah kerana dapat berkerjasama dengan mereka untuk album kedua saya.
"Saya bersyukur kerana sebelum ini pun, nama dan lagu saya sudah mendapat perhatian oleh peminat di sana.
"Antara lagu yang diminati di sana adalah Sangkar dan Selalu Denganmu. Saya juga akan melancarkan album pertama dan kedua saya serentak di sana nanti," katanya.
Sudah menjadi rezekinya, Atilia yang memiliki suara lunak itu juga mendapat perhatian pengarah tersohor, Yasmin Ahmad apabila suara nyanyiannya dipinjamkan untuk watak Melur lakonan Pamela Chong menerusi filem Talentime yang kini sedang hangat ditayangkan.
"Kedua-dua lagu ciptaan Pete Teo berjudul Kasih Tak Kembali dan Angel dalam dua versi iaitu Melayu dan Inggeris memang begitu indah. Bayangkan, saya menghayati lagu-lagu itu dan merakamkannya dalam keadaan gelap semata-mata untuk mendapatkan penghayatan.
"Saya menangis di penghujung lagu dan hasilnya membuatkan semua berpuas hati. Insya-Allah, lagu Angel versi Melayu yang liriknya ditulis oleh saya akan dimainkan di radio tidak lama lagi," katanya yang bercadang mahu memuatkan lagu tersebut dalam album keduanya nanti. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 06 Apr 2009, 9:56 am | |
| Diana Danielle tak menangis lagi
Gara-gara memohon penangguhan daripada menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), pelakon Diana Danielle,18, dikritik kononnya mendapat layanan istimewa berbanding orang lain.
Ada pihak mempersoalkan kewajaran dia diberi penangguhan tersebut hanya kerana kesibukan tugasnya sebagai seorang pelakon.
Tetapi Diana telah membuktikan dia sebenarnya tidak mahu lari daripada tanggungjawab. Penangguhan itu adalah menghormati kontraknya dengan syarikat produksi yang telah ditandatangani sebelum itu.
Diana yang sepatutnya mendaftarkan diri pada 27 Disember tahun lalu akhirnya meninggalkan bidang seni untuk tempoh kira-kira tiga bulan selepas mendaftarkan diri pada 19 Mac lalu bagi mengikuti latihan di Kem Princess Haliza, Sepang, Selangor.
Dia “dikurung” bersama kira-kira 440 pelatih di kem itu yang kebanyakan mereka datangnya dari Sabah, Sarawak, Selangor dan Kuala Lumpur. Tetapi percaya atau tidak, baru dua minggu berada di kem tersebut, Diana berjaya membuktikan dia seorang yang bersemangat kental.
Manakan tidak, dalam tempoh itu Diana telah dipilih sebagai Timbalan Penghulu Wirawati. Pemakaian pangkat dilakukan oleh Ketua Pengarah PLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.
Bukan mudah untuk mendapat jawatan kedua tertinggi yang diberikan untuk para pelatih itu jika tidak ada disiplin, semangat dan sifat kerjasama. Dengan kepercayaan itu, Diana bertindak membantu ketuanya yang akan mengawasi para pelatih lain termasuklah soal disiplin dan ketepatan masa. Diana juga nanti akan mengajar rakan-rakannya untuk berkawat.
Penglibatan Diana itu membuktikan walaupun dia seorang artis, tidak ada apa yang istimewa sebaliknya mereka semua adalah sama.
Malah Diana juga pernah didenda sama seperti pelatih lain semasa minggu pertama menyertai latihan di kem itu.
“Tak ada istimewanya walaupun Diana artis. Peraturan mesti kena ikut. Diana pun kena denda juga tetapi semua itu menjadikan Diana lebih berdisiplin sehinggakan terpilih menjadi Timbalan Penghulu Wirawati,” katanya.
Hati sayu
Ketika mendaftarkan diri di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Diana menangis. Hatinya sayu sewaktu menaiki bas untuk meninggalkan kebebasan yang dikecapi selama ini. Diana meninggalkan rakan-rakan, dunia hiburan dan juga ibu tersayang, Norsiah Ramli untuk diajar hidup berdikari.
Ketika itu kata Diana, hatinya sungguh sedih. Dia menangis sepanjang perjalanan dari Bukit Jalil ke Sepang yang memakan masa hampir dua jam itu.
Kenapa menangis? Biasalah, selama ini Diana anak manja. Terlalu bergantung harap dengan ibunya apatah lagi sejak kecil dia tidak pernah merasai kasih sayang bapa. Semasa dalam perjalanan juga macam-macam persepsi bermain di dalam fikirannya.
Sebagai seorang selebriti popular, takut nanti dia dipulaukan oleh semua orang. Bimbang nanti dituduh sombong dan macam-macam lagi. Tetapi selepas beberapa hari berada di kem itu, Diana merasakan persepsi itu sebenarnya hanya ilusinya sahaja.
Sebaliknya Diana merasai satu perubahan yang tidak pernah dialami selama ini apabila mendapat layanan yang baik terutamanya daripada peminat-peminat pelbagai kaum.
“Sekarang saya dah ada sepuluh orang kawan rapat. Ada orang Melayu, ada India dan Cina. Memang seronok. Mereka tak anggap saya artis tetapi seorang sahabat,” katanya.
Kalau hari pertama melangkah ke kem itu Diana pernah menangis, tetapi hari ini tidak lagi. Dia gembira kerana dapat melakukan satu perubahan besar hanya kerana PLKN.
Secara jujur kalau dahulu memang sukar menguruskan masa. Susah nak bangun pagi. Tetapi sekarang tidak lagi. Seawal pukul 5 pagi dia sudah mempersiapkan diri untuk menjalani agenda dan modul yang telah diaturkan sehingga menjadikan Diana seorang yang lebih berdisiplin.
“Dulu memang saya susah nak bangun awal. Semuanya mengharapkan bantuan mama. Tapi sekarang saya dah mampu untuk menguruskan diri sendiri,” ujarnya.
Kata Diana kalau sebelum ini dia mahu ibunya selalu datang menjenguk tetapi sekarang perkara itu bukanlah satu kemestian. Dari tutur katanya memang dia gembira mengikuti latihan di kem itu sehinggakan kerisauan yang dipikulnya sebelum ini sudah terhapus.
“Saya pernah pesan kepada mama kalau boleh setiap hari saya nak dia datang melawat. Tapi bila dah dua minggu berada di kem ini, saya pernah bergurau suruh dia balik saja ke rumah sebab saya dah tak sedih lagi macam dulu,” jelasnya.
Bawa “bantal” busuk
Seperti remaja lain, Diana tidak menafikan dia mempunyai tabiat tersendiri iaitu sukar untuk berpisah dengan bantal busuknya. Apa lagi kalau bukan patung beruang atau teddy bear yang menjadi peneman Diana setiap malam.
Teddy bear itu disimpan di bawah katil dan dikeluarkan setiap kali dia ingin tidur.
“Ini barang paling berharga yang Diana tak boleh tinggalkan. Kalau tak ada teddy bear ini alamatnya tak boleh nak tidurlah,” terang Diana. Selain patung beruang itu, Diana juga turut menyimpan gambar ibunya.
Setiap kali kesunyian dan rindukan ibu, Diana pasti akan menatap gambar tersebut. Yalah... Diana tidak dapat berhubung dengan ibunya kerana telefon bimbit tidak boleh digunakan melainkan pada hujung minggu.
Apa yang penting selama menjadi pelatih PLKN itu, Diana berjaya melupakan terus dunia lakonan yang menjadi pekerjaannya selama ini. Bukan bermakna tidak rindukan dunia glamor itu tetapi Diana sekarang ini sedang melalui proses mematangkan diri yang dia tidak pernah terfikir akan melaluinya hari ini.
Menjadi perhatian lelaki
Menjadi orang yang cantik, tentu sahaja dapat mencuri tumpuan orang ramai terutamanya bagi mereka yang tidak pernah melihat gadis kecil ini secara dekat.
Menurut Diana, hari pertama di kem berkenaan tidak semua peserta mengenalinya seorang pelakon kerana dia tidak bersolek.
Tetapi selepas berita mengenai kemasukannya di kem ini mendapat liputan, barulah ramai yang menyedari gadis berkenaan adalah Diana Danielle, seorang pelakon remaja yang popular.
Ketika ditanya tidak adakah pelatih lelaki yang cuba “menghimpit”, Diana tersenyum malu.
“Tentulah ada. Yalah... mereka mungkin teruja dapat berjumpa dengan artis. Tapi saya melayan mereka seperti orang lain juga dan sekali gus menganggap mereka adalah kawan,” katanya.
Saat ditanya tidak adakah mana-mana lelaki yang kacak di mata Diana terdapat dalam kem itu, Diana sekali lagi tersenyum.
Tanpa mahu berselindung, ujar gadis ini seorang lelaki berambut pendek dan bertubuh agak sasa adalah antara lelaki yang paling kacak di kem itu.
“Tengok tu... nampak tak? Yang tengah duduk minum air tu. Handsome tak dia?” tanya dia sambil menunjukkan tangan ke arah lelaki bertuah itu.
Rasanya jika remaja lelaki itu mengetahui Diana sedang memujinya, tentulah akan membuatkan dia angau tak sudah.
Diana, Alif & Suki di 8TV
Selain Diana, Juara One In A Million musim pertama iaitu Suki,20, (Low Sook Yee) dan pemenang ketiga pertandingan itu Aliff, 19, (Muhammad Aliff Mohd. Satar) turut ditempatkan di kem latihan yang sama.
Berbeza dengan Diana, Alif dan Suki akan melaporkan diri pada 8 April ini selepas mendapat kebenaran untuk menangguhkan latihan berkenaan.
Penempatan mereka di satu kem yang sama membolehkan peminat dapat menyaksikan aktiviti ketiga-tiga artis ini sepanjang menjalani latihan.
Projek N.S terbitan 8TV merupakan kerjasama saluran televisyen itu dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara. Projek N.S akan menemui penonton bermula 8 Mei ini pukul 9.30 malam yang bertujuan untuk membolehkan orang ramai melihat sendiri perjalanan latihan untuk pelatih PLKN. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 06 Apr 2009, 9:57 am | |
| Alyah dipertikai SEMUA peminat muzik tanah air sudah pun mengetahui bahawa majlis Anugerah Industri Muzik yang ke-16 (AIM-16) akan berlangsung pada 2 Mei depan. Semua kategori artis yang bertanding dalam senarai akhir sudahpun diketahui termasuklah Alyah, penyanyi lagu popular Tak Mungkin Kerana Sayang yang tersenarai dalam lima terbaik kategori Album Pop Terbaik. Joyah pun kiranya nak ucapkan syabaslah kepada Alyah sebab apa yang Joyah tahu album itu merupakan album solo yang sukses buat Alyah. Apalagi kerana kerana lagu ciptaan Ajai dan lirik oleh Habsah Hassan itulah yang berjaya membuatkan namanya semakin dikenali hari ini. Cuma baru-baru ini ada satu sumber menceritakan kepada Joyah berkenaan satu tulisan dalam sebuah blog yang bertanyakan dalam nada agak keras tentang siapakah Alyah? Sumber itu beritahu Joyah, mungkin tulisan itu menjurus kepada satu pertanyaan sebab Alyah tidaklah sepopular artis lain khususnya yang gagal masuk dalam senarai lima terbaik itu. Sebab dalam kategori Album Pop Terbaik, Alyah bersaing dengan Misha Omar, Aizat, Yasin dan Reshmonu. Sumber itu mengadu kepada Joyah, dia kasihankan Alyah sebab merasakan ada pihak yang seolah-olah menidakkan kelayakan Alyah dalam senarai itu. Joyah rasa, kalau Alyah terbaca tulisan dalam blog itu pun akan berkecil hati. Sebab Alyah sebenarnya bukan artis baru. Apa yang Joyah tahulah, Alyah sudah lapan tahun mencuba berusaha untuk sampai ke tahap ini. Perjalanannya jauh sebelum lagu Tak Mungkin Kerana Sayang itu dapat diterima baik sekaligus membuktikan usahanya berhasil. Sekurang-kurangnya, hari ini orang ramai sudah kenal siapa Alyah. Joyah harap Alyah banyak bersabar menghadapi situasi begini. Anggaplah ini satu ujian dan buktikan bahawa anda memang layak untuk berada di tahap itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 06 Apr 2009, 9:58 am | |
| Umrah bersama Nik Nur Madihah NIK Nur Madihah menerima tawaran pakej umrah daripada wakil Hijjaz Legend Travel & Tour Sdn. Bhd. UNTUNG sekali menjadi pelajar cemerlang. Bukan sahaja dipuji melambung malah dapat pula banyak penajaan serta sumbangan wang ringgit. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal menjadi antara individu paling bertuah kerana sejak bergelar pelajar cemerlang, banyak yang diperolehnya. Bukan sahaja penajaan untuk meneruskan pengajian di tempat yang diimpikan di United Kingdom malah hasrat untuk menjejakkan kaki ke bumi Tanah Suci bakal terlaksana. Pada 7 Mei ini Nik Nur Madihah dan ibubapanya akan ke sana bersama-sama rombongan Hijjaz Legend Travel & Tours Sdn. Bhd. (HLTT) yang menaja pemergian pelajar ini. Hadiah itu sebagai penghargaan kepada Nik Nur Madihah yang selama ini banyak berkorban untuk menjadi pelajar cemerlang dengan memperoleh 19 A1 dan 1 A2 dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu. Ini termasuklah hanya memakan roti dan selalu berpuasa sunat kerana tidak mempunyai cukup wang untuk membeli makanan. Joyah tumpang gembira dengan apa yang diperoleh oleh Nik Nur Madihah dan HLTT yang tidak melupakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Malah HLTT berharap dengan penghargaan yang diberikan kepada Nik Nur Madihah itu akan dapat membuatkan lebih ramai pelajar untuk mengejar kejayaan dan menjadi ilmuwan berjaya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 06 Apr 2009, 10:00 am | |
| Celupar sangatkah.
BAGI artis baru yang mahu mencari tapak dalam dunia seni, publisiti dan sokongan daripada banyak pihak, terutama media massa amat penting. Jika tiada publisiti, maka tiadalah permintaan terhadap produk yang dikeluarkan oleh artis.
Ada juga publisiti yang bermula bagus bagi artis baru, malahan tidak kurang juga bermula dengan kontroversi.
Permulaan Anith Aqilah Sulaiman Lim, 18, sebagai muka baru dunia seni tempatan dikira sangat sensasi kerana awal-awal lagi dia sudah dilabel sebagai bermulut celupar, suka cakap lepas, tidak tahu menghormati orang lain di samping cuba menggatal dan cuba merampas teman lelaki gadis lain.
Kontroversi dan cerita sensasi tentang bakat baru ini bermula dengan slot 'perang dingin' dengan Pija semasa mereka masih berada dalam program realiti One In a Million musim ketiga (OIAM3).
Perjuangan Anith dalam program realiti itu sudah berakhir semasa konsert kelima pada 20 Mac lepas. Dia dikatakan tersingkir dari OIAM3 kerana keceluparannya. Celupar sangatkah Anith? Namun, bakat baru yang dikatakan mempunyai persis wajah Siti Nurhaliza itu merasakan perjuangannya tidak terhenti selepas melangkah keluar dari OIAM3.
Kata Anith, dia tidak menjadikan kontroversi sebagai penghalang bagi mencipta nama dalam dunia seni. Baca cerita Anita kepada EMMA HASSAN:
Selepas dianggap celupar, apakah Anith yakin mampu mencipta nama sebagai artis baru? Awalnya, memang saya rasa terkilan dengan insiden pergaduhan dengan Pija itu, namun semua masalah sudah selesai. Kalau boleh saya tak mahu ingat-ingat lagi. Apa yang telah berlaku, biarlah berlalu. Saya juga rasa kebanyakan tulisan negatif yang tersiar tentang saya bagaikan ditokok tambah. Dari masalah kecil, terus dipandang besar.
Saya tidak mahu masalah itu membantutkan usaha dan perjalanan saya cuba mencari tapak dalam dunia seni. Walau bagaimanapun, saya belajar daripada kesilapan.
Adakah Anith memang celupar?
Memanglah ada timbul perselisihan faham, tetapi saya sudah jelaskan dengan baik. Mungkin, cara percakapan saya yang dianggap kasar oleh orang lain dan tidak boleh diterima. Apa yang disiarkan dalam OIAM3 sebelum ini adalah diri saya sendiri. Namun, sikap dan tindakan saya telah disalah ertikan. Mungkin, saya terlupa yang saya ini sudah berada dalam dunia seni, jadi saya terlupa mengawal percakapan.
Sebabnya, saya jenis yang bercakap jujur. Mungkin disebabkan itulah, banyak pihak salah sangka dan buat andaian negatif terhadap saya. Mungkin, selepas ini saya akan lebih berhati-hati apabila bercakap. Saya ini budak baru, belum tahu sangat bercakap dengan orang ramai.
Benarkah suka Nine?
Ramai yang salah anggap melihat kemesraan saya dengan Nine. Sedangkan saya dan dia macam adik dan abang. Saya tak faham sungguh macam manalah boleh timbul cerita kononnya saya mahu rampas dia daripada kekasihnya.
Semasa dalam OIAM3, saya baik dengan semua orang. Tetapi, kenapa hanya hubungan baik antara saya dengan Nine sahaja yang dijaja? Kenapa tidak dengan para peserta lain dalam program itu?
Adakah Anith tertekan?
Bila banyak sangat keluar cerita kontroversi tentang saya, jadi ramailah yang salah anggap dan menyalahkan saya seorang. Sebenarnya, tiada langsung timbul cinta tiga segi. Saya bukannya mahu rampas Nine daripada sesiapa. Saya kenal dia dan kami berkawan baik dalam program itu.
Tiada sebarang hubungan istimewa. Saya harap sangat perkara ini tidak ditanyakan lagi dan tidak ditimbulkan lagi. Sebab bagi saya, semua masalah sudah selesai.
Sudah patah semangat?
Bila dah banyak sangat orang buat tuduhan melulu, membuatkan saya rasa macam dah lali. Cuma, saya minta, hentikanlah beranggapan negatif terhadap saya. Beri saya peluang untuk meneruskan keinginan membina nama sebagai penyanyi baru. Saya banyak belajar dan terima pendedahan luas dalam OIAM3. Saya terlalu baru dan tidak tahu sangat tentang dunia seni.
Sebelum ini, semasa menyertai program Pentas Idola di TV2 ketika berusia 15 tahun, guru vokal saya ialah Hazami.
Saya mahu terus menyanyi. Saya perlu kuatkan semangat dan tidak cepat berputus asa. Nasib baiklah, keluarga memahami dan banyak beri sokongan. Saya pun muda sangat. Budak lagilah kak.
Adakah masih banyak cerita-cerita negatif tentang Anith?
Saya tak boleh nak hentikan mulut orang lain daripada terus bercakap. Kadang-kadang saya rasa, tak tahu nak buat macam mana lagi untuk menghentikan pandangan negatif orang ramai terhadap saya. Saya tidak tahu macam mana lagi mahu membersihkan nama daripada terus dipandang buruk. Namun, saya berterima kasih atas nasihat yang diberikan. Selepas ini, saya akan cuba memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri.
Apa harapan Anith selepas ini?
Saya sedang berusaha membuktikan pada orang bahawa saya tidaklah seperti yang disangkakan. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 9 of 15 | Go to page : 1 ... 6 ... 8, 9, 10 ... 15 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |