|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 3:33 pm | |
| Salih Yaakob Merajuk? “Saya merajuk dan terkilan,” Itulah luahan hati pelakon, penyanyi, pelakon dan pengacara, Salih Yaakob kepada Jomstar.com ketika ditemui dalam pertandingan golf Amal Selebriti – Tropicana. “Kita terlalu... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 3:34 pm | |
| Liyana Farah Agen Amerika??? Dalam satu majlis yang berlansung baru-baru ini, Liyana Farah Suradi atau lebih mesra dengan panggilan ‘Baby’ memberitahu Jomstar.com dia tidak pernah memiliki Mykad seperti rakyat Malaysia yang lain. “Kalau dah tak ada Mykad, kira I bukan rakyat negara ini,”. “Dan passport I sendiri pun tidak dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia,”ujarnya kepada Jomstar.com. “Tapi tak ramai yang tahu I ni... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 3:35 pm | |
| Nasir Bilal Khan Nak Jadi Pengarah Sebut sahaja nama Nasir Bilal Khan, pastinya ramai diantara kita akan teringatkan watak Amir yang dipegang olehnya dalam filem ‘Perempuan Isteri Dan …’. Setelah hampir sedekad menjadi pelakon, baru-baru ini Jomstar.com berkesempatan bertanyakan mengenai perancangannya untuk ‘terjun’ dalam dunia pengarahan pula. “Kalau nak ikutkan saya memang dah nak... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 3:36 pm | |
| Kecewa Dengan Rock Royce Saa’Yan Jadi Pelakon Bukan seorang pelakon tetapi dipaksa menjadi pelakon. Itulah Royce Saa’yan penyanyi yang jarang menambat hati peminat muzik mainstream yang kini menceburkan diri dalam dunia lakonan pula. “Bukan kerana saya dah tak mahu menyanyi, cuma saya dah ada tawaran... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 3:36 pm | |
| Azharina Pasang Empat Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Elergi Sepi’ Azharina Azhar baru-baru ini telah memaklumkan kepada Jomstar.com bahawa sekarang ini dia sudah ada ‘penjaga’ yang baru. “Bukan seorang sahaja yang menjaga saya, tetapi empat orang,” ujarnya kepada Jomstar.com. Mendengar pengakuan berani Azharina, membuatkan Jomstar.com tertanya-tanya siapakah sebenarnya empat orang yang dimaksudkan oleh penyanyi yang berasal dari Kota Kinabalu ini. Kata Azharina... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 3:39 pm | |
| Watie Elite Dah Ada ‘Kawan’ Baru Agak lama kita tidak mendengar perkembangan terbaru bekas ahli kumpulan Elite, Watie. Baru-baru ini Jomstar.com mendapat berita yang kononnya Watie kini dikatakan intim dengan seorang lelaki yang identitinya masih belum... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 3:40 pm | |
| Susulan Kes Ditipu, Hattan Bengang Baru-baru industri hiburan Malaysia digemparkan dengan isu beberapa orang artis ditipu oleh seseorang individu yang dikatakan menawarkan pembelian saham dalam syarikat rokok antarabangsa. Salah seorang mangsa dalam kes penipuan yang... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 3:41 pm | |
| Kiki Gian Beraksi Seorang wanita yang begitu lincah dan tidak pernah gerun dengan kelajuan, ketinggian, malah ibu kepada tiga orang anak ini mampu terbang tinggi dengan lesen juruterbang yang dimilikinya. Alis Aidil Akhbar atau lebih dikenali sebagai Kiki antara personaliti RTM yang popular. Kiki juga merupakan finalis bagi kategori Pengacara TV Wanita Popular untuk anugerah ABPBH 2009. Kiki memiliki... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 3:42 pm | |
| “Family First” – Natasha Hudson Setelah lama menyepikan diri dari dunia seni tanah air, Natasha Liana Hudson atau Natasha Hudson kini kembali mewarnai pentas teater ‘Ibu Zain’. Memegang watak Miss Ruth dalam teater muzikal Ibu Zain... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 3:46 pm | |
| Senario Jadi 'Beach Boys' Beach Boys merupakan satu lagi filem terbitan Metrowealth (MIG) bagi melengkapkan sasaran 8 buah filem untuk tahun 2009. Filem yang mengekalkan konsep komedi ini sekali lagi akan ditangani pengarah Ahmad Idham. Selepas kejayaan Senario The Movie Episode 1 mengaut kutipan sebanyak RM4.5 juta selepas ditayangkan pada tahun 2008, pihak Metrowealth (MIG) yakin untuk meneruskannya dengan episode ke 2 ini. Sekali lagi akan berkolaborasi dengan pihak Grand Brilliance dan Golden Screen Cinemas. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 3:47 pm | |
| “Saya Cerewet” - Zed Zaidi Kontroversi dan gossip. Dua perkara yang tidak dapat lari dengan dunia artis. Setiap individu yang menceburi bidang ini pastinya tidak dapat lari dengan dua perkara ini sepanjang mereka bergelar anak seni. Namun begitu ianya tidak bermakna apabila seseorang itu menceburi bidang yang penuh glamor ini memerlukan individu itu ‘bermain’ dengan gossip dan kontroversi. Jika seseorang artis itu bijak dalam mengawal perilakunya dan sentiasa berdisiplin maka pastinya kita tidak dapat mendengar sebarang berita yang kurang ‘bagus’ mengenainya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 3:48 pm | |
| Jangan Bandingkan Industri Kita - Sherry Ibrahim "Jangan bandingkan industri kita dengan orang lain." Itu satu kenyataan yang tegas dari Sherry Ibrahim, seorang pelakon yang semakin meningkat naik dalam industri hiburan tanahair. Gadis yang baru saja selesai penggambaran drama Cinta Untuk Ain slot Lestari TV3 ini telah berpeluang untuk bercerita dengan Jomstar.com mengenai perkembangan terkininya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 3:49 pm | |
| Audi Mok Tak Romantik - Nikki “Saya Bergaduh Dengan Audi Mok.” Ramai di antara kita sudah mengetahui bahawa Nikki bakal melansungkan perkahwinannya dengan komposer terkenal tanah air, Audi Mok pada 27 Jun nanti. Baru-baru ini Jomstar.com telah menjemput Nikki dan Audi untuk datang ke studio Jomstar.com untuk satu sesi fotografi dan temuramah. Namun hanya Nikki sahaja yang memberikan ‘lampu hijau’ untuk sesi fotografi berkenaan. “Audi memang macam tu... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 3:50 pm | |
| Perjuangan Gettho One Nation Emcees Bila bercakap mengenai kumpulan muzik yang memperjuangkan irama hip hop, nama-nama seperti Too Phat, The The Tarik Crew dan Ruffedge antara yang terpampang difikiran kita. Namun kebanyakkan kumpulan Hip Hop ini akhirnya berkubur begitu sahaja setelah melahirkan satu dua album. Namun segala kisah sedih yang berlaku terhadap ‘kumpulan senior’ itu, tidak pernah mematahkan semangat One Nation Emcees untuk terus memperjuangkan irama gettho ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 3:58 pm | |
| Coretan Jurnal Aril Akademi Fantasia 7 Tersebar Melalui Email
Semalam, Budiey ada menerima email daripada seorang pembaca yang meminati AF7. Dilampirkan juga coretan diari atau jurnal salah seorang pelajar bernama Aril. Samada betul atau tidak tulisan ini adalah tulisan Aril, masih belum dapat dipastikan lagi.
Baru2 neh me dapat Email-mengatakan tentang aril Af7. Dimana secara terang-terangan beliau ketara tidak menyukai Adam-semasa diberikan tugasan menyanyikan lagu Adam iaitu Robot n Benar2.Ini DIPERKUKUHKAN lagi dengan Bukti ini dimana salah seorang peminat telah copy n paste sedikit coretan daripada Blog Aril Af7 iaitu:
Kitorang bangun pagi macam biasa. Dalam class kitorang senaman dulu dengan cikgu Aris, pastu kelas cikgu Siti Hajar. Kengkonon ada persembahan la.. time kitorang break lunch uh.. Adam AF2 datang buat kejutan.. walaupun aku tak terkejut. Buat la terkejut.. ALAMAKKKKK! Hahahaha Adam bagi tips-tips, macamana nak nyanyi lagu Robot and lagu Benar-Benar tu. Ok lah. Tapi rasanya macam tak membantu sangat pun dari segi tarian dan nyanyian Adam tu.. Cuz Im not the person yang menyanyi dan menari, gerak-gerak biasa bole la wok pastu Adam blah je Nubhan plak dating sebab orang nyanyi lagu Nubhan tu dia bagi tips2 la camne Orite dalam kelas Mis Ida Gorgeous plak kitorang belajar express feeling and ada beberapa permainan yang menyeronokkan kitorang main, then lepas class Miss Ida class Cikgu Aris.. pastu balik.. Huhu.Selain sikap yg dipamerkan semasa dapat lagu Adam & kenyataan dari blog beliau,dia juga memperlihatkan-ketidakgemaran(Ayat Baru.Hehehe) semasa Juri memberi komen & aril berkata -”Toh lar pasal”-jelas sejelas jelasnya tidak hormat pada pelajar senior. Kita juga boleh lihAt sikap Aril yang jelas buat segelintir peminat2 AF geram-apabila menyelesaikan kes Rini & Qhaud-dimana beliau berlagak seolah2 ketua-dan lantang memperkatakan pendapat secara kasar-huhu. Bagi saya-ARil Jelas memperlihatkan-he was so unproffesional.Secara peribadi-dia harus memperlihatkan sikap hormat pada pelajar senior.Saya memperkatakan ini bukan kerana saya minat dengan adam,Tetapi sebagai pengundi pelajar2 akademi fantasia. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 4:01 pm | |
| Happy Birthday Erin Malek Birthday Party pelakon filem Congkak, Erin Malek yang diadakan di Red Box Plus Pavilion, Bukit Bintang. Jadi, tidak terlewat untuk Sensasi Selebriti mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kepada Erin Malek. Semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan, kesejahteraan berpanjangan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 4:02 pm | |
| Gambar Erin Malek di Malam Penghargaan Metrowealth Untuk semua peminat pelakon filem dan dramatis yang kecil molek ini, gambar Erin Malek ini diambil masa berlangsungnya Malam Apresiasi Metrowealth. Ramai betul peminat Erin Malek. Siap diorang ni berchatting tubuh pasukan kelab peminat. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 4:03 pm | |
| Radhi Makan Hati Tapi Bukan Bohjan!
Ketika ini Radhi OAG sedang berdepan dengan masalah rumah tangga. Dia akui sedang makan hati dengan apa yang berlaku tetapi pada masa yang sama enggan 'membohjankan' dirinya. Menyedari perkara itu, Radhi lebih banyak menumpukan kepada tugas mencipta lagu selain mempelajari selok belok kerja rakaman.
"Apa yang boleh saya katakan, sudah 15 bulan saya dan isteri saya tidak tinggal serumah bersama. Dalam tempoh itu, saya telah menghasilkan banyak lagu. Cukup untuk dimuatkan dalam satu album."Semua lagu itu memang berkait rapat dengan emosi, perasaan dan apa yang saya sedang lalui pada masa ini. Senang cakap, saya sekarang ini sedang makan hati. Tengoklah badan saya, makin lama makin kurus.
"Tapi, saya tidak mahu ambil kesempatan ini untuk 'membohjankan' diri saya. Daripada buat macam itu, lebih baik saya habiskan masa saya dengan berkarya. Sekurang-kurangnya ada juga hasil," kata Radhi kepada murai.com.my.
Radhi bagaimanapun mengakui bahawa dia amat berharap supaya dia akan dapat menyelamatkan rumahtangganya.
"Membenarkan isteri saya itu tinggal di rumah ibu bapanya selama 15 bulan lalu sebenarnya boleh dianggap dayus. Tapi, nak buat macam mana, bila dia saya mahu berjumpa dia, dia pula tak mahu berjumpa saya.
"Tapi, semua ini adalah salah saya. Sebab saya selalu cabar dia untuk minta cerai. Sekarang ini bila dia sudah tinggalkan saya, baru saya sedar bagaimana perasaan saya ini terhadap dirinya.
"Apapun percayalah, susah sebenarnya untuk saya lafazkan cerai terhadap dia. Tak sanggup rasanya untuk saya meluahkannya. Saya harap mahkamah akan membenarkan kami untuk kembali hidup bersama. Saya rindu sangat pada isteri dan anak saya," katanya dengan nada insaf. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 4:04 pm | |
| Profil Watie NAMA PENUH: Norwatie Sadeli NAMA KOMERSIAL: Hanna@Watie TARIKH LAHIR: 21 April 1976 TEMPAT LAHIR: Grik Perak ASAL: Sungai Besar, Selangor KELUARGA: Anak keempat daripada lima beradik STATUS: Ibu dua anak, Mohd Adam (Allahyarham) dan Ahmad Afif Daniel. KERJAYA: Penyanyi, Pelakon dan Penari ALBUM: Catwalk, Tamparan dan Idola (bersama Elite) TEATER: Si Tanggang, Mak Yong, Tun Fatimah dan Taming Sari. DRAMA: Astana Idaman 2, Haryati 1 & 2, Jendela Hati Yang Terbuka, Rama-Rama Yang Terkopak Sayapnya, Biar Rindu Berbisik, Lara Maisara, Inai Malam Pengantin, Gelora Di Hati Sara, Iris dan Rozana. MAKANAN MINUMAN DAN MINUMAN KEGEMARAN: Evian dan semua jenis sambal. HOBI: Menyanyi |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 24 Mar 2009, 4:10 pm | |
| Adlin Aman Ramlie dan Sharifah Shahira Pengacara ABP 2008 Pengacara yang akan mengendalikan anugerah paling berprestij Anugerah Bintang Popular 2008 kali ini ialah Adlin Aman Ramlie dan Sharifah Shahira. Apakah kelainan yang akan ditonjolkan. Semoga ABP kali ini tidak akan bosan. Pastinya, lawak-lawak dari hos ini akan menghiburkan peminat. Selamat sukses kepada kedua pengacara ini. Adlin Aman Ramli yang telah bertunang. Pernah mengacarakan Anugerah Skrin. Rezeki Sharifah Shahira semakin lebat. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 8:21 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 8:24 am | |
| Mas Muharni minta pengarah tegur kalau kaku
FILEM 'Wayang' telah menaikkan nama Mas Muharni di mana selepas itu dia ditawarkan berlakon beberapa buah drama.
Drama pertamanya adalah siri Jangan Pandang Belakang.
Walaupun mempunyai pengalaman berlakon di layar lebar dan pentas teater, Mas akui lakonannya menerusi drama tersebut agak kaku dan sebolehnya tidak mahu mengulangi kesilapan itu lagi.
“Saya harap lakonan saya dalam drama kedua, Embun Mutiara nanti tidak kaku lagi seperti lakonan saya dalam drama Jangan Pandang Belakang.
“Saya minta sangat supaya pengarah memberikan teguran jika saya kelihatan kaku.
Mas melakonkan watak Mutiara manakala Eira Syazira selaku Embun dalam drama Embun Mutiara.
“Saya tak kisah ditegur dan jenis mudah terima teguran. Kalau tidak, teruklah lakonan saya nanti.
“Saya berharap lakonan saya di dalam filem dan drama diterima oleh semua dan saya akui banyak perkara lagi yang perlu dipelajari,” ujar Mas atau nama sebenarnya Mas Normuharni Sheikhah Mohd. Sattar, 23.
Dalam drama Embun Mutiara, Mas melakonkan watak Mutiara, berumur 18 tahun, ayu, bertanggungjawab, suka mengalah, matang, penyayang, cepat kasihankan orang, suka menulis dan cerdik serta anak yang patuh dan taat, suka memendam perasaan dan disenangi oleh orang lain.
Embun Mutiara mengisahkan sepasang adik-beradik iaitu Embun (Eira Syazira) dan Mutiara yang dlahirkan dalam tahun yang sama.
Embun tua beberapa bulan daripada Mutiara. Sikap kedua-duanya sangat berbeza sama sekali.
Embun dengan sikap mengarahnya dan suka kepada dunia glamour.
Menurut Mas, apa yang menariknya untuk berlakon dalam Embun Mutiara adalah ceritanya ala-ala remaja dan lebih dekat dengan perangai sendiri.
“Saya suka dengan watak Mutiara yang lembut dan sopan-santun. Selain itu, seronok dapat watak itu sebab saya suka kepada penulisan,” ulas gadis yang berasal dari Sungai Petani, Kedah ini.
Mula berani depan kamera
Mas mula bergelar artis di bawah Metrowealth Production Sdn. Bhd. (MIG) sejak awal tahun ini dan mengikat kontrak selama setahun.
Semasa mula-mula didekati oleh rakan media, graduan Diploma Seni Persembahan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini akui agak kekok untuk ditemubual.
Kini, Mas berkata dia mula berani berhadapan dengan kamera dan para wartawan selepas mendapat nasihat dan tunjuk ajar oleh pihak penguruan MIG.
Walaupun masih ada sedikit perasaan malu-malu dan takut, Mas berjaya menangani masalah tersebut semasa berlakon atas dorongan rakan-rakan, penerbit dan pengarah.
“Saya perlu sentiasa belajar tentang lakonan dan tidak boleh main-main. Sekali saya dan ceburi bidang ini, saya mahu serius.
“Disebabkan saya telah mula berlakon sejak belajar dulu lagi, jadi saya mahu beri tumpuan sepenuhnya dan biarlah orang mengenali saya kerana bakat lakonan,” luahnya yang akan menjalani pengambaran filem komedi, ‘Amman’ arahan pengarah filem Wayang, Prof Dr Hatta Azad Khan.
Selain filem Wayang, anak keempat daripada lima beradik ini juga telah membintangi filem Jangan Pandang Belakang Congkak terbitan MIG. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 8:34 am | |
| YATT tunggu waktu naik pelamin YATT bakal bergelar isteri pada 2009.
"Yatt akui belum sedia berkongsi tarikh hari bahagia bersama tunangnya, Abdul Mutalib"
SUDAH ada yang membisikkan ke telinga, pelakon dan pengacara jelita, Haryati Hamzah atau Yatt, 28, akan menamatkan zaman solo dengan tunangnya, Abdul Mutalib Abdul Shukor pada April 2009.
Jika ada yang masih ingat, ruangan Dengarnya Oleh Normah Becok pernah menulis mengenai kisah itu. Bagaimanapun, Yatt yang ditemui Hip baru-baru belum mampu memberi kata putus mengenai tarikh hari bahagianya.
Menurut Yatt, gara-gara tulisan Cik Normah di dalam ruang itu, dia dihujani panggilan daripada kenalan dan saudaranya untuk bertanyakan kesahihan cerita itu. Apabila direnung kembali, Yatt mengakui agak terkejut bagaimana kisah itu boleh dihidu Cik Normah.
Bagaimanapun Yatt tidak menafikan yang 2009 bakal menjadi saksi dia bakal diijabkabulkan dengan tunangnya.
Bukan bermaksud ingin berselindung mengenai tarikh hari perkahwinannya, tetapi mohon Yatt penuh tulus, dia berharap supaya pendiriannya dihormati kerana bimbang terlalu awal untuk dihebahkan tarikh sebenar kepada umum. Tambah Yatt lagi, apabila sudah mendapat tarikh yang ditetapkan, dia akan memaklumkan perkara itu kepada rakan media.
“Selain ingin menjadi manusia yang berguna kepada diri sendiri dan keluarga, nampaknya Yatt akan bergelar isteri kepada Mutalib tidak lama lagi. Jangan risau, kalau sudah sampai waktunya, Yatt pasti akan beritahu rakan media. Buat masa ini, baik Yatt mahupun tunang, kami hanya menunggu waktu yang sesuai. Kalau umum terlalu awal, gusar juga kalau yang dirancang tidak menjadi.
“Buat masa ini biarlah kami sama-sama kumpul duit untuk masa depan yang lebih baik. Saya berkahwin dengan orang biasa saja dan bukannya dengan VIP. Insya-Allah, saya akan kurangkan sedikit aktiviti pada awal 2009 untuk memberi tumpuan serba sedikit untuk membuat persiapan kahwin. Sebab hal itu, Yatt terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon drama sebab ia mengambil masa yang lama.
“Yatt hanya pertimbangkan berlakon telefilem dan Insya-Allah pertengahan Januari nanti, Yatt akan bergandingan dengan Fahrin Ahmad mengacarakan sebuah program santai secara langsung membabitkan sukan dan selebriti di RTM. Program itu akan dipancarkan secara langsung,” kata Yatt yang bakal mengacarakan program 4C (Ceria, Cantik, Cergas, Cita Rasa) buat musim kedua.
Menyedari status dirinya dan tunang, Yatt tidak mengimpikan majlis perkahwinan yang terlalu besar. Yang penting, ia ditanggung halal dan tak perlu berhutang dengan sesiapa pun. Lebih suka segala-galanya dibayar secara tunai, Yatt menerima dengan tangan yang terbuka mana-mana pihak yang sudi menaja termasuklah Butik Lynda Rahim, Taman Dagang, Ampang.
Mengenai dugaan semasa bertunang, Yatt memberitahu cabaran paling besar datang dalam dirinya dan Mutalib. Dikurniakan susuk tubuh montok dan raut wajah jelita, pasti godaan akan datang singgah dan mampu membuatkan diri wanita kelahiran Muar, Johor ini leka. Namun, atas kekuatan cintanya terhadap Mutalib, semuanya dilalui dengan begitu kental dan jauh sekali untuk menduakan cinta hatinya.
“Setiap godaan dan dugaan ini, saya dan dia harus tepis dengan sebaik mungkin bimbang boleh melukakan hati masing-masing. Pokok pangkal terletak di dalam diri kita dan saya harus ingat nawaitu saya menyertai bidang seni hanya untuk mencari rezeki dan dijauhkan daripada sikap lupa diri,” katanya yang sudah empat tahun membabitkan diri di dalam dunia seni.
Mengenai kononnya artis bermata cantik ini sudah mula tamak dan menimbulkan masalah di beberapa lokasi penggambaran.
Sambil berseloroh, Yatt menetapkan resolusinya pada 2009 untuk menjadi pelakon yang tamak. Bagi Yatt, tidak berkudis langsung dirinya diperkatakan sedemikian kerana dia yakin dia bukan seperti yang dimaksudkan,
“Cakap belakang dan tuduhan itu semuanya tidak berasas. Perkataan tamak itu sendiri membawa maksud yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Saya tidak melihat situasi itu berlaku, tapi sebagai manusia biasa sekalipun, saya harus merebut peluang yang ada kerana dunia seni adalah mata pencarian, periuk nasi saya,” katanya bersungguh-sungguh.
PROFIL: Yatt
Nama: Haryati Hamzah. Lahir: 13 April 1980 di Muar, Johor. Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa dan Pengajian Media (Periklanan) dari UITM Shah Alam. Kerjaya: Model, pengacara dan pelakon. Drama: Nasi Lemak Kukus Lebaran, Rencong, Kaber Hero Kaber Zero, Dunia Baru, Mat Jenin, Bella, Kita Berdua, PR Nani etc. Filem: Impak Maksima dan Kecoh Betul. E-mel: yatgwenz@yahoo.com. Facebook: Taip saja nama Yatt Haryati hamzah di kotak carian laman web ini.
INFO:
*Pernah mengacarakan program Joran Ria, Smart G, Nasi Lemak Kopi O,4C, Selamat Pagi Malaysia dan karpet merah Festival Filem Malaysia yang ke-21.
*Filem Kecoh Betul menjadi filem kedua lakonannya selepas Impak Maksima
*Rapat dengan beberapa nama rakan artis seperti Sherry Ibrahim, Irma Hasmie, Atie AF1, Fauziah Ghous dan Scha.
*Bakal muncul dengan drama bersiri Issandra,Amanah Karmila,Juanna, Cinta Baldis & tele filem Memoir Seorang Lelaki, Hantu Raya, Madu Cinta & Nujum Temberang lakonannya dengan Fizz Fairuz dan Bienda. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 8:38 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 8:43 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 8:49 am | |
| RM5.5j: Maria dapat peluang lagi MARIA mendapat sekali lagi peluang mengemukakan samannya terhadap ahli perniagaan untuk menuntut pampasan RM5.5 juta di Mahkamah Tinggi semalam.
PUTRAJAYA – Personaliti TV3, Maria Tunku Sabri semalam diberi satu lagi peluang untuk percubaan mengemukakan semula samannya di Mahkamah Tinggi terhadap seorang ahli perniagaan kerana mengingkari penyelesaian perjanjian pembayaran pampasan RM5.5 juta selepas lelaki itu gagal menunaikan janji untuk menikahinya.
Mahkamah Persekutuan di sini memberi kebenaran kepadanya untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang enggan mengemukakan semula saman sivil terhadap ahli perniagaan Datuk Wan Johani Wan Hussin.
Hakim Besar Malaya Datuk Arifin Zakaria, yang bersidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Gopal Sri Ram membuat keputusan sebulat suara itu.
Peguam Maria, Karpal Singh berkata, mahkamah harus membenarkan permohonan itu kerana membabitkan persoalan dan isu penting yang timbul buat pertama kali dan keputusan Mahkamah Persekutuan akan membawa faedah kepada orang awam.
Maria, 39, hos program Jalan-Jalan Cari Makan itu, memfailkan tindakan undang-undang terhadap Wan Johani, 56, pada 2004 untuk mendapat perintah mahkamah bagi menguat kuasakan penyelesaian perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua mereka.
Pada 5 Ogos, 2008, Maria gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman asal dan memerintahkan Maria tidak boleh menguatkuasakan penyelesaian perjanjian itu kerana ia tidak sah di bawah Akta Kontrak. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 10:51 am | |
| Haliza Misbun taknak kahwin
BERHENTI seketika degupan jantung Cik Normah apabila seorang teman yang sebenarnya jarang membawa mulut ini bercerita mengenai pelakon Haliza Misbun yang dikhabarkan bagai sudah membuat keputusan untuk tidak mahu berkahwin. Yalah, ketika ramai perempuan lain 'bergedik' hendak berkahwin, Haliza pula tidak mahu jadi isteri.
Haliza dikatakan berkata, dia berasakan dirinya mungkin tidak dilahirkan untuk berkahwin! Namun, dia bukanlah berputus asa, cuma dia menganggap perhubungan atau percintaan itu terlalu sukar buat dirinya.
Aktres itu juga difahamkan berkata, dia seorang wanita yang memang keras hati dan amat mementingkan diri sendiri. Jadi, agak susah untuknya melayari dunia percintaan seandainya si kekasih tidak boleh menerima keadaannya yang sebegini. Dia pun bagai tidak yakin ada lelaki yang mampu mengubah dirinya itu.
Menurut kawan Cik Normah yang berada pada majlis yang sama dihadiri pelakon itu, baru-baru ini, Haliza ialah wanita yang memang 憇entiasa ingin menang?dalam setiap perkara. Jadi, daripada timbul masalah, baiklah dia hidup sendirian. Begitulah lebih kurang cerita yang didengar telinga Cik Normah ni.
Khabarnya juga, cinta Haliza dengan jejaka Perancis dulu tu memanglah sudah putus. Tetapi, wanita kental ini masih lagi berkawan baik dengan pemuda terbabit. Yalah, tak guna kalau gaduh-gaduh selepas putus, sebab esok lusa, pasti kita akan terserempak semula. Jangan jadi macam kawan Cik Normah, apabila putus cinta saja, dia terus tak nak kenal bekas kekasihnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 10:53 am | |
| Dafi bantu bapa berkempenDafi bersama bapanya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob MESKIPUN sibuk dengan aktiviti seni, artis remaja popular, Dafi tidak mahu ketinggalan berkempen untuk bapanya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT). Dafi menunjukkan tag nombor calon bapanya Dafi bersama penyokong-penyokong bapanya hadir ke PWTC hari ini dan turut meraih perhatian ramai yang berada di situ. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 10:59 am | |
| Rosyam Nor mula berdakwah Rosyam bersama abdul latiff (kanan) dan ahmad ikram (kiri) menunjukkan panduan menghantar sumbangan wakaf al-Quran melalui sms.
Bantu Yayasan Restu kempen agar setiap rumah memiliki al-Quran
JANGAN terkejut melihat penampilan Rosyam Nor yang berbeza. Bergaya dengan songkok dan berbaju Melayu putih persis pengacara rancangan agama bukan bermakna pelakon ini sudah beralih angin.
Dia berpenampilan sedemikian kerana usaha murninya membantu mempromosikan Yayasan Restu yang terletak di Seksyen 10, Shah Alam, tempat al-Quran dalam bahasa Melayu dicetak.
Rosyam ketika ditemui pada pagi Jumaat yang penuh rahmat tanpa segan silu memberitahu, dia yang melantik dirinya sendiri sebagai duta tanpa dipinta sesiapa kerana baginya ini saja jalan dakwah untuk insan yang bakal meniti usia setengah abad dalam tempoh lapan tahun lagi sepertinya.
Sejak mengenali yayasan itu lima bulan lalu, hati pelakon yang mula dikenali selepas lakonan mantapnya dalam filem Suami, Isteri dan .... itu langsung terpaut pada yayasan berkenaan yang diperkenalkan oleh seorang rakannya.
Sebagai umat Islam yang dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur dan Selangor, pada mulanya rasa terkilan menerjah kalbu kerana tidak pernah mengetahui kewujudan yayasan yang sudah lima tahun bertapak di situ. Atas kesedaran itu dan mengetahui peranan besarnya sebagai seorang selebriti, Rosyam sendiri mengambil langkah memanggil wartawan hiburan kerana peranan penulisan hiburan ke atas pembaca.
“Saya percaya ramai umat Islam di Malaysia yang tidak tahu mengenai kewujudan tempat ini. Atas kesedaran itu, saya sendiri memanggil wartawan untuk mempromosikan tempat ini. Saya sengaja memanggil wartawan hiburan kerana impak berita hiburan kepada pembaca.
“Perkara itu amat ketara terutama pada hujung minggu. Jika kita lihat kebanyakan orang berebut-rebut untuk mendapatkan sisipan hiburan berbanding bahagian lain surat khabar. Jadi saya amat berharap dengan tersiarnya berita mengenai Yayasan Restu di ruangan hiburan, lebih ramai pembaca yang menyedari mengenai kewujudan yayasan ini dan saya berharap setiap rumah umat Islam di Malaysia memiliki al-Quran cetakan tempatan dengan terjemahan bahasa Malaysia.
“Saya tidak kisah mengatakan bahawa saya sendiri yang melantik diri saya sebagai duta kerana impak artis kepada peminat cukup besar. Mungkin dakwah ini hanya sebesar kuman, tetapi saya tidak mengharapkan sebarang balasan atau bayaran. Hanya yang saya harapkan adalah balasan Allah, sebagai insan yang kerdil kita sering kali tamak dan mahukan pahala yang banyak daripada-Nya,” kata Rosyam yang akan memberikan komitmen kepada yayasan berkenaan andai ada waktu terluang.
Malah dia berminat untuk menyertai aktiviti yang dilakukan Yayasan Restu seperti menghantar al-Quran cetakan Malaysia ke negara luar contohnya seperti ke Nigeria tetapi ia bergantung juga kepada jadual kerjanya yang sentiasa padat.
Turut hadir pada majlis ringkas itu ialah Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Ikram Hussain Abdul Mutalib.
Pada majlis berkenaan, media turut dibawa meninjau tempat percetakan al-Quran serta ruang pameran yang menempatkan pelbagai jenis al-Quran serta seni khat tempatan dan dari Jepun.
Selain mengalu-alukan umat Islam tempatan memiliki al-Quran Mushaf Malaysia, Rosyam juga berkata, peminat boleh mewakafkan wang mereka ke jalan halal dengan menyumbang kepada Wakaf al-Quran iaitu sumbangan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
“Saya berharap lebih ramai yang akan mengunjungi Yayasan Restu berbanding sebelum ini. Hanya inilah saja dakwah dan peranan yang dapat saya lakukan sebagai seorang artis,” kata pelakon yang dicalonkan sebagai Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 11:02 am | |
| Menantu baru Tan Sri Ramli Diana dan Ramelle masih dalam 'mood' berbulan madu.
Ramelle Ashram bernikah dengan pelakon Diana Johor pada 7 Februari lalu
KESEDIHAN yang dialami pasangan ideal, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan isterinya Raja Puan Sri Noora Ashikin Raja Abdullah yang 'kehilangan' menantu sulung, Nora Danish tidak berpanjangan dengan kehadiran menantu baru apabila anak kedua mereka, Ramelle Ashram bernikah dengan pelakon, Diana Johor, 7 Februari lalu.
Bagaikan berkongsi minat dengan abangnya, Rizal Ashram, Ramelle turut memilih anak seni sebagai suri hidupnya selepas hampir lima tahun menyulam cinta. Malah, keruntuhan rumah tangga abangnya dan Nora tahun lalu tidak menjadi penghalang kepada pasangan pengantin baru itu melayari bahtera perkahwinan.
Diana (dua dari kiri) pada majlis cukur jambul anak buahnya, Rayqal.
Ramelle, 31, dan Diana, 28, berkenalan sejak hujung 2004. Diana juga mempunyai persamaan dengan adik Ramelle iaitu dilahirkan sebagai pasangan kembar. Jika Diana mempunyai saudara kembar bernama Lina, pemilik bukti PU3 di The Curve, Damansara, Puteri Azalea dan Puteri Yasmin adalah adik kepada Ramelle.
“Sebelum saya mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang, saya menuntut di Australia dalam bidang Ekonomi dan Kewangan pada 2005. Sebelum ke Australia, saya sudah menjalinkan hubungan dengan suami saya,” katanya sewaktu ditemui Hip pada majlis cukur jambul anak Nora Danish di Ampang, baru-baru ini. Malah Diana dan suaminya juga tidak keberatan untuk bergambar bersama.
Menyedari tanggungjawabnya kini sebagai isteri semakin berat, pelakon yang pernah diperkenalkan Datuk Yusof Haslam di dalam terbitan drama berjudul Sembilu ini seronok dapat berkongsi kebahagiaan dengan kehadiran Rayqal, cucu sulung keluarga suaminya. Saat ditanya mengenai kehadiran ‘orang ketiga’ iaitu anak, dia memberitahu belum lagi bersedia ke arah itu.
“Saya kini sudah mempunyai empat orang anak buah termasuk Rayqal. Seronok juga melayan kerenah anak kecil, tapi saya jujur akui belum terarah ke situ. Kami merancang, lagi pun saya sudah mula sibuk dengan syarikat produksi yang baru saja beroperasi tidak sampai setahun.
“Insya-Allah, akan datang, siapa tahu, rezeki yang Tuhan kurniakan akan menjelma. Saya juga seronok dilayan baik oleh keluarga suami. Keluarga mentua sangat baik dan peramah. Saya tiada masalah dengan mereka,” katanya yang cukup bahagia memiliki suami seperti Ramelle yang sangat mengambil berat.
Ditanya lanjut mengenai kerjaya barunya sebagai penerbit bersama Lina, syarikat Unique Twins Sdn Bhd itu baru saja menerbitkan telefilem Hana Hani Coklat Strawberi yang baru saja disiarkan di stesen TV berbayar. Untuk projek mendatang, Diana berkata, semuanya masih dalam perbincangan.
Buat permulaan, syarikat miliknya akan menumpukan kepada penerbitan drama dan telefilem. Katanya, membikin filem itu masih terlalu jauh untuk difikirkan apatah lagi mereka belum cukup menimba pengalaman. Kini dengan memegang status isteri orang dan penerbit, jelas Diana, dunia lakonan bukan lagi keutamaan.
“Bukan bermaksud saya tidak mahu berlakon lagi dan tak saya nafikan masih lagi merindui dunia ini. Selepas sekian lama tidak berlakon, saya dan Lina turut berlakon sebagai pasangan kembar di dalam Hana Hani Coklat Strawberi.
“Itu pun, selepas mengalami kesukaran mencari pelakon yang dilahirkan kembar. Lagi pun, kami dapat mengurangkan kos kerana berlakon dalam produksi sendiri.
“Fokus saya kini mahu mengasah bakat sebagai penerbit dan saya cukup suka perihal yang berkaitan dengan perkiraan. Lalu, saya manfaatkan ilmu pengajian di Australia dalam kerjaya sebagai penerbit,” katanya mengakhiri perbualan.
Diana mula menerjah dunia komersial ketika usia 14 tahun. Drama lakonan pertamanya ialah Mas Maria, manakala Sembilu 2005 menjadi penguji kemampuannya beraksi di layar perak. Diana dan Lina pernah menjadi duta kembar untuk sebuah jenama kertas A4. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 11:08 am | |
| Jawablah! Farawahida hilang selepas AJL FARAWAHIDA memberikan alasan yang dia tertekan dan terkongkong sejak berada di bawah pengurusan Julfekar.
Hantar SMS mahu berhenti jadi artis Millenium Art, dakwa rasa tertekan, terkongkong
SEPERTI lagu terbaru nyanyiannya, Hilangkan Segalanya, begitulah juga yang berlaku kepada si pelantun lagu itu Farawahida apabila dia secara tiba-tiba menghilangkan diri dari dunia seni. Sejak awal Februari lalu, penyanyi bersuara lantang ini gagal dikesan pengurus dan penerbit albumnya, Julfekar.
Ketika dihubungi Hip petang Isnin lalu, Julfekar mengaku kecewa dengan tindakan anak didiknya itu sambil menyifatkan apa yang dilakukannya itu amat tidak profesional. Bukan saja bengang kerana Farawahida melanggar kontrak yang sudah ditandatangani awal tetapi juga geram kerana penyanyi itu tidak menjelaskan alasan sebenar dia bertindak sedemikian.
Jelas Julfekar, Farawahida hanya mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) padanya mengatakan yang dia ingin berhenti menjadi artis Millenium Art Sdn Bhd kerana tertekan serta dikongkong. Malah apa yang lebih menghairankan, penyanyi itu tidak mahu perkara itu diperbincangkan atau dipanjangkan kepada ibu bapanya.
Pun begitu, walau terpaksa menanggung kerugian serta berdepan dengan pelbagai masalah ekoran tindakan luar dugaan penyanyi itu, Julfekar berkata dia masih boleh bersabar dan mengharapkan pintu hati penyanyi itu terbuka untuk kembali dan meneruskan kembali kerja yang tergendala kerana terlalu mengikut emosi itu.
Hip: Apa yang berlaku sebenarnya antara Julfekar dan Farawahida? Boleh cerita sikit?
Julfekar: Apa yang boleh saya katakan di sini adalah Farawahida sudah menghilangkan diri sejak selepas acara Anugerah Juara Lagu yang lalu. Dia keluar rumah tanpa sebarang pesan. Saya ada cuba menelefonnya tetap tidak pernah berangkat dan kiriman SMS juga tidak berbalas. Malah, apabila saya cuba hubungi orang tuanya, hasilnya turut menghampakan. Jangan tidak dia menghantar surat pada saya pada 16 Februari lalu meminta supaya dia dilepaskan dari syarikat pengurusan Millenium Art. Mustahil perkara ini berlaku kerana kalau mengikut kontrak, dia masih ada setahun lagi dengan syarikat saya dan kontraknya hanya akan tamat pada Februari tahun depan. Perkara ini pun saya dapat tahu menerusi sebuah majalah hiburan yang mengatakan kontraknya sudah tamat sedangkan pada hakikatnya dia masih berhutang setahun dengan saya. Dan dia juga ada mengirimkan SMS mengatakan yang dia tertekan kerana saya banyak mengongkongnya sebelum ini.
Hip: Apa benar Julfekar memang mengongkong Farawahida sehingga dia nekad melarikan diri?
Julfekar: Beginilah, apabila mengambil keputusan untuk menjadi artis, dia harus menjaga penampilan, tak boleh keluar malam, kena banyak membuat latihan kerana bukan senang nak jadi artis. Lagipun saya sekadar menjaga amanah yang diberikan keluarga. Kalau saya banyak berleter atau mengongkong, itu semua untuk kebaikan dia dan dia harus sedar akan hal itu. Tapi, saya kenal Fara, dia tidak akan bertindak sedemikian kalau dia tidak dipengaruhi orang sekeliling.
Hip: Setakat ini ada apa-apa kerugian yang terpaksa Julfekar tanggung akibat perbuatan penyanyi itu?
Julfekar: Bukan ingin mengungkit tetapi terus terang sejak menguruskan Fara iaitu tahun 2003 memang banyak duit syarikat dihabiskan untuk pelbagai perkara. Sewa rumah, perbelanjaan makan minum dan pakaian semuanya syarikat yang tanggung. Tapi tak mengapa kerana kami percaya akan bakat yang dimilikinya dan saya tak jemu-jemu berusaha, mencari peluang untuk mengetengahkan dia sebagai penyanyi. Alhamdulillah, pada penghujung 2006, barulah menampakkan hasil. Dapatlah juga undangan membuat persembahan.
Namun, semuanya itu bagai tidak memberi makna pada dia. Perbuatannya itu bagai orang yang tak kenang budi. Lebih-lebih lagi apabila dia menghilangkan diri ketika ini, banyak kerja yang tertanguh. Umpamanya promosi album di Jakarta terjejas sedangkan saya sudah habis beratus beribu untuk tujuan itu termasuklah kos pembikinan album, promosi dan pengurusan di sebelah sana. Malah, ada dua show di sini yang terpaksa ditolak ekoran kehilangan misterinya itu. Cuma saya ada terdengar juga yang dia ada membuat persembahan secara senyap-senyap di Ipoh. Itu memang jelas sudah melanggar kontrak.
Hip: Nampaknya sejarah berulang lagi dan Julfekar dilihat sebagai komposer yang memang suka bergaduh dengan artis. Komen sikit?
Julfekar: Niat saya baik iaitu ingin memberi peluang kepada artis baru mengetengahkan bakat mereka. Tapi, itulah, sesetengah mereka memang tidak tahu mengenang budi. Dalam kes Farawahida, saya memang ada mendengar dia bercerita benda yang tak baik mengenai saya dan menuduh macam-macam. Walaupun kesal tapi saya tak mahu ambil kisah sangat sebab saya tahu saya di pihak yang benar. Tidak mahu mengatakan serik cuma selepas ini saya tak mahu sangat beri muka kepada anak didik saya. Saya tak mahu mereka menjadi seperti dua anak didik saya sebelum ini yang apabila terlalu diberi muka dan dimanjakan, mereka naik tocang.
Hip: Apakah Julfekar akan mengambil tindakan atas perbuatan Farawahida itu?
Julfekar: Kalau mengikut apa yang tercatat di kontrak, Fara jelas sudah melanggar apa yang dipersetujui awal. Dan lazimnya kalau sudah langgar kontrak memang boleh diambil tindakan mahkamah. Tapi, saya masih lagi memberi peluang padanya untuk bertemu dan berbincang apa sebenarnya yang berlaku. Saya tahu, dia mesti dipengaruhi oleh orang di sekelilingnya. Kalau tidak masakan dia ada bertanyakan pada saya perkara berkaitan kontrak yang dia sendiri tidak jelas mengenainya. Contohnya, apakah album serta lagu dalam album itu menjadi hak miliknya sedangkan kalau ikut hak cipta, sudah tentu ia menjadi milik mutlak saya dan syarikat. Dari situ sudah jelas menunjukkan yang dia sendiri tidak pasti apakah yang dilakukannya itu benar atau sebaliknya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 11:13 am | |
| LUKA Dayang Nurfaizah Jika sebelum ini, peminat novel sekadar hanya membaca, namun novel hasil nukilan Tris Zainol Abidin, ‘Luka’, memuatkan dua buah runut bunyi yang mampu membuai rasa sambil membaca novel tersebut. Ia merupakan album runut bunyi novel yang pertama di Malaysia. Bukan itu sahaja, dua buah runut bunyi itu – lagu saduran, “Luka” dan “Losing You” – dinyanyikan oleh penyanyi popular tanahair, Dayang Nurfaizah.
Berbicara ketika majlis pelancaran novel ‘Luka’ baru-baru ini yang berlangsung di Belum Rainforest Resort, Tasik Banding, Perak, Tris berkata, “Dayang adalah penyanyi pujaan saya. Tambahan pula, saya telah mengenalinya sejak 11 tahun dulu.
“Dayang membuat saya cukup berbangga apabila ada orang Malaysia yang mampu membawa lagu berkenaan dengan baik,” jelas Tris ketika ditanya kenapa Dayang dipilih untuk menyanyikan album runut bunyi novelnya itu.
Untuk rekod, “Luka” ciptaan asal Paulyna Carraz dan Memo Mendez Guiu manakala “Losing Me” karya Mitch Allan, Kara DioGuardi, Diego Gonzalez dan Guillermo Rosas. Lagu tersebut telah diadaptasi ke Bahasa Melayu oleh Tris sendiri. Sementara kedua-dua klip video ini berlatarbelakang keindahan Taman Negara Belum yang berusia 130 juta tahun.
Bagi Dayang, dia cukup terharu dan gembira apabila diberi kesempatan untuk menyumbang dua buah lagu dalam album runut bunyi ini. “Walaupun lagu ini mempunyai konsep berlainan dari yang sering Dayang bawa, tetapi melodinya yang indah membuatkan saya cukup tertawan.”
Keistimewaan novel ini bukan sahaja pada nyanyian Dayang, namun watak Alia di dedikasi khas kepadanya. “Dayang seorang yang cukup merendah diri dan jujur. Selama perkenalan kami, itulah yang saya lihat dan dia tidak pernah berubah,” kata Tris
‘Luka’ yang juga bermaksud ‘cahaya’ mengisahkan tentang Alia yang hanya mampu memendam perasaan terhadap teman baiknya, Luka. Tetapi cinta Luka hanya untuk Rika, pelajar paling popular di sekolah yang juga teman sebilik Alia.
Namun, Luka berjaya menawan hati Rika di alam maya. Apabila cinta internet mereka kecundang, Luka membawa diri ke luar negara dan melalui proses transformasi fizikal yang drastik – demi cintanya kepada Rika.
Tatkala Luka disatukan semula dengan Rika dan Alia, dia mula melihat cinta sebenar. Apakah Luka akan berjaya menawan hati Rika sekali lagi di alam nyata?
Nantikan kemunculan novel ‘Luka’ serta album runut bunyi novel ini di Malaysia pada 23 Mac nanti. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 11:16 am | |
| ABPBH2008: Kagum cara Pos Malaysia Kamil, Fahrin Ahmad, Faizal Ismail, Adam, Aiman, Schab Alyahya, Ayu Damit dan Sariyanti luangkan masa tiga jam di Pos Malaysia Wilayah Persekutuan
JIKA selama ini Pos Malaysia hanya memainkan peranannya di sebalik tabir sepanjang penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), namun edisi ke-22 anugerah berprestij itu menyaksikan syarikat perkhidmatan itu tampil sebagai penaja ABPBH 2008.
Pada 18 Mac lalu, beberapa finalis pelbagai kategori iaitu Farid Kamil, Fahrin Ahmad, Faizal Ismail, Adam, Aiman, Schab Alyahya, Ayu Damit dan Sariyanti berpeluang untuk meninjau proses borang undian ABPBH 2008 yang dihantar pembaca sebelum selamat tiba ke Balai Berita untuk proses pengiraan undi.
Ternyata mereka begitu kagum apabila mendapat peluang melihat sendiri proses penerimaan, pengasingan dan seterusnya penghantaran undian berkenaan dilakukan kakitangan Pos Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sebahagiannya pula kagum dengan kecanggihan teknologi yang digunakan syarikat berkenaan dalam pengendalian mel.
Hampir tiga jam menghabiskan masa di kompleks yang terletak bersebelahan bangunan Daya Bumi, paling tidak selebriti terbabit kini mengerti bagaimana borang undian ABPBH dan surat peminat yang sering sampai ke tangan mereka diselenggara, hasil kerja keras ribuan kakitangan Pos Malaysia.
Kamil, Fahrin Ahmad, Faizal Ismail, Adam, Aiman, Schab Alyahya, Ayu Damit dan Sariyanti bergaya di hadapan Bangunan Pos Malaysia Wilayah Persekutuan.
Pada petang itu, lapan selebriti itu bukan saja dibawa melawat lantai pemprosesan surat di bangunan berkenaan, malah mereka juga mendapat maklumat tambahan apabila menghadiri taklimat yang diberikan Pengurus Negeri WPKL Pos Malaysia, Wan Mohd Zain Wan Mamat.
Sesekali petang hening itu disulam dengan tawa riang apabila sesi taklimat ini turut mewujudkan komunikasi dua hala antara selebriti dan wakil Pos Malaysia. Aktor kacak, Farid Kamil yang dicalonkan dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular ini sempat berseloroh ingin membikin filem memberikan penghormatan terhadap Pos Malaysia.
“Peluang ini satu pengalaman berharga bagaimana kita melihat proses penghantaran ini berkembang daripada menggunakan burung sebagai utusan penghantar surat. Kemudian menggunakan alatan luncur ais, menggunakan basikal hingga ke motosikal. Kaedah menggunakan botol dan dilepaskan ke dalam laut turut dipraktikkan zaman dulu.
“Sebelum ini saya tidak nampak dengan jelas bagaimana surat yang dihantar terus diterima sebaliknya melalui inisiatif BH dan Pos Malaysia saya mula nampak gambaran terperinci. Menarik juga melihat petugas Pos Malaysia mengasingkan surat mengikut pengkelasan tempat dan negeri dengan pantas,” kata Farid.
BERGAMBAR kenangan bersama petugas Pos Malaysia yang begitu teruja dengan kehadiran lapan selebriti calon akhir ABPBH 2008.
Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Pos Malaysia, Datin Rohaiza Hashim dan Ketua Operasi Mel WPKL, Mohd Sairin Ibrahim.
Peluang dekati peminat di Pos Malaysia
SELAIN taklimat dan lawatan ke pusat pemprosesan mel, pelakon, penyanyi dan penyampai radio itu tidak ketinggalan mengambil kesempatan itu untuk beramah-mesra dengan kakitangan syarikat terbabit. Nyata, lapan selebriti ini tidak menang tangan untuk melayan pelbagai permintaan mereka termasuk merakamkan gambar.
Namun, menyedari hakikat bukan selalu pekerja syarikat itu dapat bertemu muka dan bertanya khabar bersama artis popular, kesemuanya memberikan komitmen terbaik untuk memuaskan hati semua pihak. Pujian harus diberikan kepada lapan selebriti ini yang nyata menghiburkan hati kakitangan Pos Malaysia.
Antara kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan selebriti ABPBH 2008 ini tentunya pengalaman melihat sendiri bagaimana seorang kakitangan wanita, Noor Rahayu Shahlan, mengasingkan ratusan surat ke dalam peti masing-masing dalam masa yang begitu singkat.
Selebriti itu juga sempat diberi pesanan berharga supaya memastikan peti surat kediaman mereka berada dalam keadaan baik supaya proses penghantaran surat berjalan dengan lancar. Mungkin juga nasihat ini patut diambil perhatian kepada peminat khususnya pembaca Berita Harian.
Bagi pelakon Fahrin yang dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular, pengalaman bermakna yang jarang didedahkan ini menjadi manfaat berguna kepada mereka.
Katanya, informasi begini perlu didedahkan kepada umum supaya timbul kesedaran mengenai peri pentingnya tugas Pos Malaysia terhadap masyarakat Malaysia.
“Sebenarnya masih ramai yang tidak tahu bagaimana sistem pengedaran surat berjalan. Hakikatnya kita mempunyai sistem penghantaran surat yang sangat baik dan jelas sekali apa yang dipaparkan sewaktu sesi taklimat tadi cukup bererti. Adakalanya kita sendiri sebagai masyarakat yang menyukarkan Pos Malaysia untuk memastikan surat sampai tepat kepada penerima.
“Lihat saja sewaktu paparan persembahan yang dibentangkan Wan Mohd Zain mengenai pelbagai gambar peti surat yang tidak sepatutnya terjadi. Ada yang hanya menggunakan peti akuarium sebagai peti surat dan ada juga yang menempatkan peti surat di tempat yang menyukarkan posmen melakukan tugas mereka. Ini hakikat dan kesedaran serta kepekaan masyarakat kita terhadap perkara ini selalu diambil mudah,” kata Fahrin.
Menurut Scha yang digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan Fahrin pula mengakui sesi itu sebagai satu ruang pembelajaran yang baik. Kata calon Artis Baru Wanita Popular ini, dia banyak belajar dan memperoleh ilmu berguna dalam sesi itu.
Info penting Pos Malaysia terhadap penganjuran ABPBH 2008
-Memberi penajaan sebanyak RM 150,000 serta mengumumkan untuk mengabadikan semua wajah pemenang ABPBH2008 untuk setiap kategori di dalam setem khas. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 11:21 am | |
| Hadiah RM10,000 menanti pencinta kucing RAJA AZURA menjadi pengacara program realiti mengenai kucing.FRISKIES® di atas dasar keprihatinannya terhadap kebajikan kucing, terutama kucing terbiar bekerjasama dengan SPCA dan TV3 buat julung kalinya bagi menerbitkan sebuah rancangan realiti kucing yang pertama di Malaysia, Meow... Belai Si Comel Bersama Friskies®. Program sebanyak lapan episod ini disiarkan di TV3 setiap Sabtu, jam 12.30 tengah hari sejak 21 Mac 2009 dan dihoskan Raja Azura. “Program ini satu komitmen Friskies® untuk bekerjasama dengan SPCA (sebuah perbadanan yang menghalang kekejaman terhadap haiwan) bagi meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab sebagai seorang pemilik binatang peliharaan. Ia juga bertujuan meringankan beban SPCA dengan mengumpul dana melalui pek kebajikan Friskies® dan undian SMS penonton. “Melalui program ini kita dapat melihat bagaimana peserta memberikan kasih sayang dan keprihatinan tanpa batasan kepada kucing terbiar yang diambil dari SPCA. Atas keikhlasan hati mereka, ganjaran sebanyak RM10,000 bakal menanti pemenang utama,“ kata Pengurus Perniagaan Negara, Purina PetCare Sdn Bhd, Tim Wilson. Berbeza dengan pertandingan kucing yang lain, program ini memerlukan sepenuh komitmen peserta yang sanggup memelihara dan menjaga anak kucing terbiar yang diambil dari SPCA seawal bulan pertama kelahiran kucing itu. Peserta program dipilih menerusi uji bakat yang dijalankan di dua lokasi berasingan iaitu di Giant, Seksyen 13, Shah Alam pada 7 dan 8 Februari lalu dan di Giant Kota Damansara pada 14 dan 15 Februari. Hampir 100 orang menyertai sesi uji bakat namun hanya enam yang terpilih berdasarkan minat dan kesungguhan mereka untuk merealisasikan cabaran Meow… Belai Si Comel Bersama Friskies® iaitu Suriana Soria (Sue), Izawati Muhammad (Iza), Sharifah Zuria Syed Abu Bakar Sidik (Sha), Syazwan Khairuddin (Wan), Mohd Kamell Bashah Ibrahim (Kamell) dan peserta paling veteran Zuraidah Darus atau lebih dikenali sebagai Mama. Keenam-enam peserta yang terpilih mempunyai latar belakang yang berbeza dan sememangnya sanggup memelihara kucing terbiar dari SPCA bukan atas dasar ganjaran tetapi kerana keikhlasan hati mereka. Dalam episod pertama, kesemua mereka diberi seekor anak kucing dari SPCA dan mereka akan bertanggungjawab untuk membelai si comel sebaik mungkin sehingga tahap matang. Sementara itu, Penerbit Eksekutif Pepper Media, Ishawati Ishak berkata, sepanjang siri ini Pepper Media selaku penerbit berusaha merakamkan gelagat setiap peserta dan keluarga masing-masing ketika memelihara dan menjaga kucing ‘angkat’ mereka. “Di samping itu kami berharap program ini akan menjadi titik tolak untuk menimbulkan minat khalayak ramai supaya turut sama memelihara kucing-kucing terbiar,” kata Ishawati Selain juri profesional, peserta juga berpeluang untuk bergelar pemenang melalui undian SMS yang akan dibuka bermula episod 2. Menerusi undian SMS, 15 sen akan disalurkan kepada SPCA bagi setiap SMS yang diterima untuk menampung perbelanjaan kucing terbiar yang masih berada di bawah penjagaan SPCA. Di samping berpeluang berkongsi pengalaman membelai kucing peliharaan dengan selebriti tanah air seperti Adibah Noor, Nora, Jue Aziz, Ikhwan HotFM, Azfar OIAM, Dr Fazley dan Farah Asyikin OIAM, program ini juga akan memberikan penonton maklumat dan tips penjagaan kucing yang lebih teratur dan tepat dari pakar veterinar SPCA. Hadiah yang bakal menanti peserta bertuah ialah RM10,000 bagi hadiah utama, RM5,000 untuk tempat kedua dan RM3,000 bagi tempat ketiga. Selain wang tunai, pemenang juga akan menerima bekalan makanan kucing daripada Friskies® selama setahun. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 11:26 am | |
| Teropong Remy dituduh playboy, Ummi perampas? Remy dan Ummi dikatakan pernah bercuti bersama di Genting Highlands. Aktor baru dikatakan ada kekasih bernama Nurul Huda Hamidon tetapi intim dengan aktres popular SANA sini heboh peminat dalam industri hiburan mula bercakap mengenai aktor dan aktres baru yang pernah digandingkan dalam drama bersiri popular, Awan Dania iaitu Remy Ishak dan Ummi Nazeera. Mereka dikatakan sedang hangat bercinta sekalipun acap kali mereka terus menafikannya apabila diasak pertanyaan daripada pihak wartawan. Zubir sendiri pernah menggandingkan kedua-duanya sebagai cover muka depan B*Pop terbitan 1 Mac lalu, namun mereka sekadar mengaku hanya berkawan baik, tapi tidak menolak kemungkinan, suatu hari nanti perhubungan mereka mungkin semakin serius. Pun begitu, apabila mengimbas kembali kenyataan daripada kedua-duanya, besar kemungkinan mereka kini berada di alam percintaan walaupun tidak mengaku secara terbuka, cover line lah tu! Namun, pada awal minggu lalu, Zubir menerima kiriman e-mel daripada seseorang yang memperkenalkan dirinya mendakwa sebagai kawan baik kepada teman wanita Remy iaitu Nurul Huda Hamidon berusia dalam lingkungan awal 20-an. Kwang, kwang, kwang... dah pecah lubang! Cukuplah sekadar Zubir memperkenalkan nama kawan Nurul itu sebagai Miss X saja. Miss X memberitahu Zubir, sebenarnya Remy dan Nurul sudah lama menjalin hubungan percintaan iaitu sejak mereka sama-sama bertugas di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur. Difahamkan, Nurul yang juga anak seorang pesara diplomat yang kini menetap di Putrajaya, bertugas di bahagian meja penyambut tetamu di hotel berkenaan, manakala Remy di bahagian room service (makanan dan minuman). Pun begitu, ketika ini Nurul tidak lagi bertugas di hotel berkenaan, dia sudah berpindah ke hotel lain. Kata cerita Miss X lagi, sewaktu Remy berkawan rapat dengan Ummi, dia masih meneruskan perhubungannya dengan Nurul, fuyoo... memang hebat Remy bercinta dengan dua wanita sekali gus! Sekiranya apa yang disampaikan Miss X ini benar-benar berlaku pada diri Remy, rasanya tak salah kita menggelarkan Remy sebagai playboy musim baru, manakala Ummi tanpa disedarinya menjadi perampas! Zubir kata Ummi jadi perampas tanpa disedari kerana sepanjang perhubungan Remy bersama Nurul, Remy tidak pernah mengaku kepada Ummi, dia sebenarnya sudah ada teman istimewa. Biasalah tu, gila nak mengaku! Pun begitu, apabila media massa menggembar-gemburkan gosip percintaan antara Remy dan Ummi, Remy hanya memberitahu Nurul, semua itu adalah permainan pihak wartawan untuk melariskan jualan akhbar dan majalah hiburan, mmm... bijak sangatlah tu. “Nak dijadikan cerita, baru-baru ini Nurul melawat Remy di rumahnya di Ampang, disebabkan Remy free tak ada shooting, mereka pun pergi lunch di Ampang Point. Selepas makan, Nurul kembali ke rumah Remy sebab adik beradik Remy dari Melaka bertandang ke rumahnya, maklumlah cuti sekolah. Manakala Remy keluar semula sebab katanya ada urusan di Subang Jaya. “Sementara menunggu kepulangan Remy, Nurul ambil kamera kepunyaan buah hatinya itu dan ‘view’ semua gambar yang ada di dalamnya. Alangkah terkejutnya Nurul apabila dia melihat sendiri berlambak gambar mesra percutian Remy bersama Ummi di Genting Highlands pada penghujung Februari lalu. “Apa lagi, terus Nurul desak Remy buat pengakuan dan akhirnya Remy mengaku dia bercinta dengan Ummi! Yang buat Nurul bertambah kecewa apabila Remy tidak pernah menceritakan kepada Ummi akan kewujudan Nurul dalam hidup Remy selepas empat tahun mereka bercinta. Remy curang Zubir! Ummi pula kena kelentong dengan Remy. Sekarang Remy dan Nurul dah break off, itu pun dalam telefon saja,” cerita Miss X, geram! Bagi Zubir, apa yang berlaku dalam kisah percintaan Nurul-Remy-Ummi adalah satu senario biasa. Cuma, pandangan Zubir secara peribadi, apa yang dilakukan Remy tak betul kerana dia menghancurkan satu jiwa yang tidak berdosa. Ummi pula yang tak tahu apa-apa, sia-sia saja dilabel sebagai perampas. Kini, terpulanglah kepada Remy merencanakan masa depan bersama kisah peribadi, maklumlah kariernya baru saja nak bermula. ZUBIR: Pengacara rancangan berunsur keagamaan stesen TV swasta main cinta dengan suami orang sehingga porak peranda rumah tangga. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 11:29 am | |
| Qal pengubat duka Nora
Belum bersedia mencari pengganti, hidup Nora Danish kini lengkap dengan kehadiran anaknya, Putera Rayqal.
'Hot mama' yang baru saja menyambut hari lahir ke-27 pada 7 Mac lalu hanya ingin terus melalui fasa kehidupan seterusnya mengejar cita-cita untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya
APAPUN yang sudah terjadi kehidupan harus diteruskan. Apapun jua dugaan mendatang, mahu atau tidak, ia harus ditempuh selagi masih bernafas. Jika suratan bergelar ibu tunggal muda terpaksa ditempuhi, ketika berusia 26 tahun, ia juga harus diterima dengan penuh keredaan.
‘Hot mama’ yang baru saja menyambut hari lahir ke-27 pada 7 Mac lalu hanya ingin terus melalui fasa kehidupan seterusnya mengejar cita-cita untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Bohonglah jika dikatakan Nora Danish tidak memendam rasa dan makan hati ketika bergelut dengan kemelut keretakan rumah tangga dengan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli tahun lalu. Hati menangis siapa yang tahu, malah pelakon comel bernama penuh Nora Mohd Danish Haniff tidak mahu terlalu mengikut perasaan dengan terus berduka mengenang kisah lalu.
“Apa yang Nora sedang dan bakal lalui ke depan nanti, ia banyak mengajar kita untuk menjadi lebih tabah. Ia membuatkan Nora lebih berhati-hati dan kuat meniti kehidupan. Nora tak boleh terus menghukum perkara yang terjadi, malah kita sendiri tidak tahu nasib yang bakal menerjah,” katanya pada awal perbualan dengan B*Pop sambil mengakui dirinya meletakkan pertimbangan ada hikmah di sebalik yang dihadapinya ketika ini.
Lembaran baru ingin diterokainya. Jika perceraian sudah tertulis itu adalah yang terbaik kepada pelakon sitkom Puteri ini, dia akur. Saat ini, Nora belum tergerak hati langsung memikirkan soal pengganti atau merujuk semula dengan bekas suaminya, apatah lagi kehadiran Putera Rayqal yang bakal mencecah usia tiga bulan sudah cukup memadai melengkapi ruang hidupnya yang menghadapi duka nestapa ketika sarat mengandung dulu.
“Sedikit sebanyak kehadiran Putera Rayqal mampu mengubati hati Nora di kala duka dan kesunyian mencengkam jiwa,” celahnya yang dijangka kembali ke persada seni dirinduinya bulan depan.
Paparan gambar comel anaknya ini sudah lama dinanti-nantikan peminat Nora di luar sana. Ia sekali gus menamatkan penantian orang selama ini yang begitu teruja untuk menatap wajah Qal, panggilan manja yang diberi Nora dan keluarganya. Malah, ibu Nora sempat memberitahu wajah Qal mempunyai iras sama seperti bapanya sewaktu kecil.
Sesi fotografi hari itu menambahkan lagi seri wajah Nora yang comel menerusi padanan anting-anting, rantai tangan, rantai leher dan cincin tajaan Rafflesia The Pearl Centre. Rafflesia menjadi satu antara penaja untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008.
Kata Nora penuh makna, Qal umpama udara untuknya terus bernafas dan jantung yang berdegup. Celah Nora lagi yang membahasakan dirinya sebagai ‘mummy’ untuk Qal, anaknya itu ada mewarisi darah kacukan Myanmar daripada dirinya dan ibu. Fotografi ini berlangsung di kediaman Nora di tengah kota Kuala Lumpur dan riuh rendah jadinya apabila Qal menjadi perhatian untuk didukung serta diusik.
“Kalau keluar rumah sekali pun, Nora pasti tidak sabar untuk kembali ke rumah untuk menemuinya. Dalam apa juga yang dilakukan, Nora sudah mula ingat ada anak untuk dijaga. Seronok dapat melihat dia membesar di depan mata. Ada masa terluang, Nora bawa dia berjalan-jalan ke pusat beli belah Pavilion dan ibu Nora juga banyak membantu dalam selok belok menjaganya.
Nora bakal melaram baju rekaan butik PU3 rekaan bekas adik iparnya, Puteri Yasmin dan Puteri Azalea (gambar kecil).
Mulai berani mandikan anak
“Sekarang Nora sudah mula berani untuk memandikannya. Qal selalu terjaga waktu malam dan paling mengusik hati Nora apabila dalam tidur pun, tiba-tiba dia tersenyum manja. Kami juga berkongsi angka hari lahir yang sama iaitu 7, cuma Nora pada Mac dan Qal, Januari,” katanya yang menetap di kediaman itu bersama ibu dan kakak sulungnya, Rozzy.
Semalam diadakan majlis cukur jambul Qal di kediaman keluarga bekas suami Nora dan akuinya, turut dijemput beberapa orang rakan media sebagai tanda kasih dan sayang. Biarpun sudah berpisah, Nora tidak berkira soal penjagaan anak bahkan hubungannya dengan keluarga bekas suami pun masih baik seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“Nora mahu Qal sentiasa dicurah dengan kasih sayang dan Nora faham ramai yang sayangkan dia termasuk keluarga bekas suami. Jika bapanya berada di Malaysia, dia tak lokek menghabiskan masa bersama Qal di rumah keluarganya. Dia (bekas suami) pun tak lupa menjalankan tanggung jawabnya sebagai bapa. Selalunya, Nora akan menghantar Qal ke rumah keluarga bekas suami. Tidak pun, mereka yang akan datang ke rumah Nora,” katanya yang pernah menjadi Pemenang Pakaian Artis Wanita Paling Glamor ABPBH 2007 menerusi rekaan Azura Mazarudin.
Jadi penyampai trofi ABPBH 2008
Mengintai kerjaya seni Nora, dia mengakui cukup merindui kerjaya yang ditinggalkannya selama setahun lebih terutama bersama rakan pelakon sitkom Puteri yang cukup meledakkan namanya. Nora juga sah menjadi penyampai trofi ABPBH 2008 pada 12 April ini di Arena Of Stars, Genting Highlands.
Pada malam kemuncak itu, Nora akan melaram rekaan bekas adik iparnya yang dilahirkan kembar iaitu Putri Azalea dan Putri Yasmin menerusi label mereka, PU3 yang beroperasi di The Curve, Damansara. Kembar ini anak kesayangan bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.
“Saya dia tidak ada masalah bekerjasama dengan mereka malahan kembar ini juga antara teman berlepak pada waktu lapang. Sudah dua tahun kami mengenali antara satu sama lain. Rekaan kembar ini sangat cantik, mengikuti peredaran zaman dan mereka antara perintis gaya di Malaysia,” kata Nora yang mesra disapa ‘Yong’ oleh Azalea mengikut gaya panggilan lazim orang Perak.
Putri Azalea atau mesra disapa Cho yang turut hadir ketika fotografi ini berlangsung berkata, dia dan kembarnya, Yasmin akan menggunakan pelbagai fabrik untuk Nora. Katanya lagi, gaya yang bakal dipadankan nanti bertentangan dengan kebiasaan Nora. Yasmin tidak dapat hadir ketika fotografi ini dijalankan kerana berada di Indonesia menghadiri majlis perkahwinan temannya.
“Gaya rekaan itu nanti lebih cenderung ke arah Bohemia dengan jalinan fabrik sifon, sutera Satin dan beberapa lagi jenis fabrik. Korset mungkin menggunakan kain songket. Nora akan nampak lebih elegan dan matang,” katanya yang seronok mendapat anak buah baru, Qal dan mengakui hubungannya dengan Nora sentiasa rapat.
Profil Nora
Nama sebenar: Nora Mohd Danish Haniff
Tarikh Lahir: 7 Mac 1982
Asal: Kajang, Selangor
Kerjaya: Model dan Pelakon
Komersial: Sunsilk, Esso, Intimate, Walls Cornetto, Hotlink
Sitkom: Puteri
Drama TV: Pendekar 5, Cinta KlCC, Gadis Cuci dan Celak Pak Andam
Filem: Gila Gila Pengantin Popular dan Senario - Pemburu Emas Yamashita.
Info PU3
Tiada kaitan dengan nama sitkom Puteri dan sebenarnya nama itu diambil daripada nama penuh mereka yang bermula dengan Puteri. Nama penuh mereka ialah Putri Azalea Ashram Ramli dan Putri Yasmin Ashram Ramli, berusia 27 tahun.
Azalea adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa dari American Intercontinental University (AIU), manakala Yasmin graduan Rekaan Fesyen dari Middlesex University of London.
Beroperasi sejak dua tahun lalu, namun kembar ini mula mendekatkan diri dengan atmosfera fesyen tempatan baru setahun di samping menaja pakaian kepada selebriti.
Rekaan mereka mengikut arus zaman dan bergantung kepada cita rasa dan personaliti mereka yang dirasakan bersesuaian. Mengetengahkan koleksi pakaian siap tanpa berpegang kepada tema atau peralihan musim tertentu. Konsep dipilih adalah moden dan kasual, malah kebanyakan rekaan dihasilkan lebih cenderung kepada aliran fesyen yang menjadi ikutan mereka berdua.
Bonda tersayang, Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah adalah pendorong kejayaan mereka.
Jika tahun lalu, mereka berasakan glam rock cukup menonjol tahun manakala tahun ini, gayanya lebih matang, masih glam tetapi sedikit ‘edgy’.
Mensasarkan koleksi pakaian mereka termasuk aksesori bersesuaian daripada umur 16 hingga 50 tahun.
Selain Nora yang gemar menggayakan jenama PU3, Sazzy Falak dan Yasmin Hani antara yang setia berkunjung ke butik mereka jika ada koleksi terbaru. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 11:33 am | |
| 'Saya terpaksa bersuara’' Raja Azmi
Raja Azmi kesal apabila dituduh jadi punca perceraian Roslin dan Faizah
NAMA produser filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman, 50, sekali lagi menjadi sebutan dan kontroversi. Raja Azmi dituduh menjadi punca kehancuran rumah tangga pemain badminton negara, Roslin Hashim, 34, dengan bekas isterinya, Faizah Mohamad, 32, yang hanya mampu bertahan selama 12 hari saja selepas mereka dinikahkan pada 31 Januari lalu.
Bukan itu saja dakwaan dilemparkan terhadap Raja Azmi, malah ada desus-desus menuduh kononnya dia ada perhubungan sulit dengan Roslin, malah kebaikannya bertindak sebagai ‘wedding planner’ Roslin dan Faizah sekadar mengaburi ramai pihak. Raja Azmi juga dikatakan terlalu menyibuk hal rumah tangga Roslin-Faizah apabila berbicara secara terbuka perkara sulit hubungan bekas suami isteri itu menerusi temubual bersama rancangan Galaksi di TV9, baru-baru ini.
Pun begitu, Raja Azmi terpanggil membuat pengakuan secara terbuka apabila tersiarnya gosip dengan judul ‘Penerbit filem punca Roslin bercerai? tulisan Raja Nurfatimah Mawar menerusi ruangan pojok Alkisah... yang disiarkan B*Pop terbitan 15 Mac lalu.
“Maksudnya di sini, perceraian Roslin membuktikan saya ada affair dengan dia? Dari sudut mana mereka memandang begitu? Demi Allah, sekiranya saya membuat kenyataan palsu pada hari ini, Dia akan menghukum saya. Malam sebelum Roslin pergi ke rumah keluarga Faizah, dia ada berbincang dengan saya. Dia menceritakan kepada saya semua perkara kenapa dia nak menceraikan Faizah. Saya menasihati Roslin, jangan!
Saya meminta Roslin berbincang dulu dengan ibu bapanya di Kelantan, tapi dia keberatan kerana dia tahu bapanya tak sihat dan tak mampu datang ke Kuala Lumpur, begitu juga ibunya, kesihatan tidak mengizinkan, tambahan pula mereka baru saja lepas buat kenduri kahwin, masing-masing masih keletihan. Roslin kata, apa saja keputusan dibuat selepas bertemu keluarga Faizah, dia akan ceritakan kepada keluarganya.
Ketika Roslin bertemu Faizah dan keluarganya di Puchong, saya tak pergi. Yang menemani Roslin ialah Sidek’s brothers. Memandangkan ibu bapa Roslin tak datang, jadi apa salahnya keluarga angkat Roslin di sini (Kuala Lumpur) mewakili orang tuanya. Pertemuan dengan Faizah dan keluarganya malam itu menemui jalan buntu apabila bekas isteri Roslin tak mahu beri kerjasama.
Apabila Roslin sampai, Faizah duduk di dapur, tak nak keluar. Dia asyik main komputer riba. Roslin menceritakan kepada saya, sehingga bapa Faizah tiga kali memanggilnya keluar, dia tak mahu juga keluar. Roslin sendiri tak boleh mendedahkan apa sebenarnya berlaku dalam rumah tangganya kerana kes ini belum dibicarakan di mahkamah lagi, dia akan menceritakan segala-galanya di mahkamah tak lama lagi.
Namun, saya terpaksa buka mulut apabila tiba-tiba nama saya terbabit dalam perihal keruntuhan rumah tangga Roslin-Faizah. Saya dapat tahu, Faizah dan abangnya menghebohkan, kononnya Raja Azmi menyebabkan Roslin bercerai dengan Faizah. Jadi, terpaksalah saya masuk campur. Saya dihentam kononnya sebagai punca perceraian, keduanya saya dituduh ada affair dengan Roslin!
Saya dapat tahu perkara ini daripada mereka yang bertugas di sebalik tabir stesen TV menyampaikannya kepada saya. Di belakang tabir, nama saya disebut walaupun apabila muncul dalam TV, dia (Faizah) tak sebut nama saya. Dia mengatakan ada pihak ketiga mengongkong Roslin.
Selepas majlis sanding di Kota Bharu, rasanya selepas hari kelima, Roslin telefon saya dari Kota Bharu. Masa pagi... dia pergi jogging, tapi dia beritahu rasa terkilan kerana isterinya tak mahu temankan dia. Saya tanya kenapa Faizah tak nak temankan, dia kata tak tahu. Kemudian barulah dia mula cerita apa sebenarnya berlaku. Roslin meluahkan perasaannya.
Roslin cerita hal di tempat tidur
Roslin cerita, di tempat tidur macam ni macam ni. Semua hal-hal di tempat tidur, Roslin sendiri yang menceritakan kepada saya, kalau tidak, macam mana saya tahu. Roslin memberitahu, bekas isterinya itu tak mahu bersetubuh dengannya! Saya bukannya sibuk-sibuk nak tahu hal peribadi Roslin-Faizah, tapi Roslin yang bercerita.
Saya terpaksa bercerita lebih-lebih kerana saya pula lebih-lebih dituduh sebagai punca perceraian dan ada affair dengan Roslin, sekarang orang yang menuduh saya ada affair dengan Roslin, mana buktinya? Apa yang Roslin cerita dengan saya, sekalipun dia dan Faizah sudah sah sebagai suami isteri, namun antara mereka tak pernah berlaku persetubuhan! Roslin memberitahu, Faizah langsung tidak menunjukkan keghairahan apabila mereka ingin bersama.
Jadi, di sini saya ingin menafikan, saya bukan punca perceraian Roslin-Faizah kerana perkara itu tak betul! Orang menuduh saya ada affair dengan Roslin, seolah-olah saya tak ada suami. Persoalannya, kenapa baru sekarang? Tahukah anda, Roslin tinggal di rumah saya sejak 2000, dah dekat 10 tahun dia tinggal bersama keluarga saya. Roslin juga hampir-hampir nak bertunang dengan adik Jailani, dia kecewa, kami yang pujuk dia.
Raja Azmi jaga makan minum Roslin
Tapi, saya akui, memang saya rapat dengan Roslin, dia dah jadi sebahagian daripada keluarga saya. Orang lupa ke, suami saya, Jailani, jurulatih Roslin. Begitu juga Datuk Misbun (Sidek), jurulatihnya juga. Misbun tinggal di sebelah rumah saya, kami berjiran. Roslin hari-hari di rumah kami. Sebahagian hidup Roslin adalah badminton!
Apabila sebahagian hidup Roslin adalah badminton, maka sebahagian hidupnya juga adalah Jailani dan Misbun, saya pula isteri kepada Jailani! Saya ambil berat mengenai Roslin sebab Roslin tinggal di rumah saya. Makan, minum dan jadual latihan Roslin, saya jaga. Pada waktu sama, Roslin kaki wayang, begitu juga saya. Kadang-kadang saya nak tengok wayang, Jailani minta Roslin temankan saya tengok wayang! Lazimnya kami pergi ramai.
Tapi, ada kalanya anak saya tengok cerita lain, maka saya dan Roslin masuk panggung berdua. Jadi, apabila orang nampak saya dan Roslin berdua-duaan, memang saya tak nafikan! Begitu juga pada acara final Raja Lawak, tahun lepas, tahun ini kami pun pergi. Kami pergi ramai, adik-adik Roslin dan budak-budak badminton lain pun ada. Namun, apa yang dipaparkan media massa, seolah-olah kami pergi berdua saja.
Saya sedih, saya ambil peluang ini bersuara untuk mempertahankan maruah saya dan suami saya. Bodoh ke Jailani, dayus ke dia, sehingga orang kata isterinya ada affair dengan Roslin hingga keluar surat khabar! Mana letaknya maruah Jailani tu? Saya tak faham, ‘hukuman’ apa yang sedang saya lalui ketika ini. Saya dituduh seolah-olah saya ‘dihukum’ kerana saya baik dengan Roslin. Saya sayangkan Roslin, saya ‘dihukum’ ke?
Bukan untuk ‘cover line’
Biarlah saya ‘dihukum’, tapi saya ada suami, janganlah suami saya pula ‘dihukum’. Padahal, segala tindak tanduk saya dengan Roslin, diketahui dan direstui Jailani.
Berbalik kepada cerita Faizah, dia tidak mahu melakukan hubungan kelamin dengan Roslin, kemungkinan dia ada tekanan. Kalau dia normal, mustahil seorang isteri tidak mahu bersetubuh dengan suaminya. Khabarnya Faizah sanggup bersumpah dia pernah melakukan persetubuhan dengan Roslin, bagi saya biarlah dia bersumpah di mahkamah nanti.
Kalau orang kata saya suruh Roslin kahwin sebab nak cover line, salah... Banyak cara lain saya boleh buat untuk cover line kalau benar saya ada affair dengan Roslin. Buat apa habiskan duit buat majlis perkahwinan, lebih baik saya minta cerai daripada Jailani, saya kahwin saja dengan Roslin! Lebih mudah begitu, apa pasal nak cover line suruh Roslin kahwin, kemudian minta dia ceraikan isterinya.
Tidak dinafikan, hubungan saya dengan Roslin memang terlalu rapat, tapi tidak sampai ke sulit! Saya masih ada pegangan agama. Setakat kami bertepuk tampar, berpegang tangan, itu dah jadi perkara biasa. Kalau Roslin menang main badminton, selepas dia peluk Misbun dan Jailani, Roslin akan peluk saya sebab saya sentiasa ada di tepi gelanggang, semua itu perkara biasa, tak ada apa yang kami nak sembunyikan." |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 11:35 am | |
| Variasi Hijrah ketiga Imran berbaloi Imran Ajmain
Selepas hampir 10 tahun mencuba nasib, penyanyi kelahiran Singapura mula tempa nama di Malaysia
PERJUANGAN seninya melalui pelbagai halangan dan dugaan. Sebelum Imran Ajmain mampu mencipta nama dalam persada seni suara, acap kalinya juga hatinya gundah dan cuma kesabaran yang memberi semula kekuatan. Dua kali percubaannya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menjual bakat, namun penyanyi lagu Seribu Tahun itu gagal dan pulang ke tanah airnya di Singapura dengan perasaan hampa.
Kali ketiga berhijrah ke Kuala Lumpur awal tahun lalu, penyanyi berusia 28 tahun itu hanya berserah pada Yang Maha Esa. Jika rezeki masih belum menyebelahinya, penyanyi berdarah kacukan Melayu-Belanda itu tetap mahu meneruskan perjuangannya hingga ke titisan keringat terakhir.
Sambil tersenyum, Imran akui: "Dulu kali pertama ketika berhijrah ke Kuala Lumpur, usia saya baru mencecah 17 tahun, baru habis sekolah tetapi memang susah saya nak memperjuangkan lagu Inggeris ketika itu. Pada 2002, saya kenal dengan kumpulan Ruffedge dan VE, saya ikut road tour mereka sehingga saya kenal dengan seorang penerbit album.
"Malangnya saya ditipu dan ketika itu, saya sudah merakam empat lagu. Saya masih ingat lagi pada malam raya Aidilfitri, saya pulang semula ke Singapura, mungkin belum rezeki saya. Saya kena sabar walaupun sedih tu memang terasa. Dengan apa yang berlaku, saya tak pernah rasa putus asa, malah saya berazam mahu mengumpul duit dan menghasilkan album dengan duit sendiri.
"Saya tetap menyanyi di Singapura jika menerima undangan, masih ramai yang belum mengenali saya ketika itu. Sehinggalah suatu hari, juara Singapura Idol musim pertama, Taufik Batisha mahu saya mencipta sebuah lagu untuknya dan sejak itu, saya mula dapat semangat dan berjinak secara serius dalam dunia perciptaan lagu.
"Sebenarnya saya bukanlah bercita-cita nak menjadi penyanyi, tapi minat dan kecenderungan saya lebih kepada dunia perciptaan lagu. Saya mahu menjadi penyanyi yang menyanyikan dan menaikkan lagu ciptaan sendiri."
Bagaimanapun, lagu Seribu Tahun ciptaan dan nyanyiannya memberi sinar pada kerjaya seninya. Lebih lagi apabila terpilih sebagai lagu tema drama bersiri Kerana Cintaku Saerah.
"Saya tak terfikir lagu Seribu Tahun akan meletup, saya meletakkan tempoh tiga bulan untuk tinggal di Kuala Lumpur ketika itu. Bagaimanapun, saya tak sangka dalam tempoh percubaan itu, saya diterima dan laluan saya semakin selesa. Kalau tidak, mungkin sudah lama saya bungkus dan pulang ke kota Singapura. Rezeki saya juga melimpah ruah hingga saya tak berkesempatan pulang ke Singapura menjenguk keluarga. Apabila bernaung di bawah syarikat Metadome Sdn Bhd, saya rasakan kedudukan saya semakin kukuh.
"Alhamdullilah, hingga hari ini, lagu Seribu Tahun masih lagi menjadi siulan ramai walaupun saya menghasilkan lagu itu pada penghujung 2006," katanya yang kini sibuk dengan pembikinan album keduanya, Punca Dan Tindakan.
Menyentuh mengenai album Punca Dan Tindakan yang mempertaruhkan single pertama, Selamat Ulangtahun Sayang ciptaan Imran dan lirik oleh Ahmad Feadtri Yahaya, Imran akui sehingga kini, dia sudah merakam tujuh lagu dan masih menunggu rakaman tiga lagu lagi.
Katanya, single keduanya, Jika Engkau Pergi berkumandang dalam drama bersiri Yusuff bersiaran di TV3 menerusi slot Samarinda setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam.
"Single ketiga berjudul Radio cukup istimewa kerana saya berkolaborasi dengan juara Raja Lawak, Nabil dan pelakon Diana Danielle. Lagu berkenaan chorusnya saya selitkan lagu Hanya Di Radio nyanyian Headwind yang begitu popular suatu ketika dulu.
"Saya tahu Nabil tidak boleh menyanyi dan Diana Danielle pula masih belum teruji bakatnya dalam bidang nyanyian, albumnya belum siap. Tetapi gandingan kami ada keserasian, saya bukannya mahu penyanyi bersuara lunak kerana lagu Radio berunsur komedi.
"Saya juga memuatkan dua lagu lama yang saya ubah susunan muziknya bernafas baru iaitu Harapan Kacau nyanyian Datuk Ahmad Jais dan Menimbang Rasa (Oslan Hussein). Mungkin ramai yang tak kenal siapa Oslan Hussein, beliau adalah penyanyi klasik 50-an dari Padang, Indonesia.
"Kalau saya sebut lagu Menimbang Rasa mungkin generasi baru tak tahu tetapi lagu klasik ini kerap diputarkan di corong radio. Saya yakin ramai yang biasa mendengar lagu ini, cuma tak tahu siapa penyanyinya," katanya mengakui lebih berminat mengambil lagu lama yang belum dipopularkan mana-mana penyanyi untuk memperkenalkan lagu itu kepada generasi baru.
"Saya ingin melakukan kelainan dengan memilih lagu lama yang belum popular. Saya hanya memberi nafas baru pada susunan muzik tetapi nyanyian secara klasik tetap dikekalkan. Mungkin ramai yang menganggap album saya lebih kepada muzik urban dan moden tetapi saya tetap kekalkan elemen kemelayuan," katanya yang semakin popular dengan lagu Selamat Ulangtahun Sayang.
INFO: Imran
Nama: Ahmad Imran Husaini Ajmain Usia: 28 Tahun Tarikh Lahir: 25 April 1981 Asal: Hougang, Singapura Album: Sudah Tu Tentu, Dengan Secara Kebetulan, Dengan Secara Kebetulan (Edisi Deluxe) & Punca Dan Tindakan Kerjaya: Penyanyi, komposer & penerbit album |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 11:37 am | |
| Terharu peminat beri sokongan Ayu (kiri) dan Abby Fana.
Dua finalis ABPBH 2008, Abby Fana dan Ayu OIAM berbangga disenaraikan di peringkat akhir
BAK kata orang, tanpa yang lama tak mungkin akan ada yang baru. Kehadiran Abby Fana untuk sekian kalinya menghuni senarai finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) termasuk bagi musim ini menerusi kategori Penyampai Radio Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular nyata menguatkan lagi saingan.
Duduk sebaris dengan rata-rata penyampai radio generasi baru yang segar dan kaya idea semasa seperti Fara Fauzana, Leeya, Linda Onn dan Nana nyata suatu yang membanggakan Habsah Omar atau cukup kita kenali dengan Abby.
“Apa nak ditakutkan sangat dengan budak-budak ni, semuanya sebaya anak-anak saya,” katanya sambil menjeling dan tergelak ke arah gandingannya, Ayu OIAM petang Selasa lalu untuk sesi fotografi khas di Studio Bintang Popular.
Bersyukur masih mendapat tempat di hati pendengar, semangat yang diperoleh setiap kali berjaya ke final bukan untuk memang tetapi lebih kepada menyedarkan dirinya bahawa biarpun sudah pernah beberapa kali beralih angin ke stesen radio termasuk THR, pendengar masih setia dengan nama Abby Fana.
“Usaha Berita Harian yang sudah masuk edisi ke-22 membuktikan mereka cukup berpengalaman luas menganjurkan ABPBH. Ini amat saya kagumi dan sanjung tinggi. Rasanya tidak ada media lain yang mampu mencabar kehebatan Berita Harian menganjurkan anugerah ini dengan tajaan lebih menarik dan hadiah lumayan kepada pemenang. Kematangan ini jelas membuktikan sokongan padu semua pihak
iaitu pembaca, penaja dan artis tanah air,” katanya.
Tambah Abby lagi, kemenangan baginya selepas sekian lama bergelar penyampai radio bukan pada perkara fizikal seperti anugerah, gelaran dan sebagainya tetapi betapa besarnya hati apabila setiap kali ke udara dirinya mampu buat ramai insan yang melalui hari paling teruk tersenyum dan berasa tidak menyesal mendengar SinarFM,” katanya pada masa sama aktif mengendalikan program pagi Malaysia Hari Ini di TV3.
“Bagi orang ramai, radio mungkin antara sumber hiburan paling mudah, murah dan satu cara escapisme, tetapi saya melihat radio lebih sebagai terapi menenangkan. Anggaplah SinarFM sebagai suatu wadah berupa suntikan semangat bagi mengubah rutin kehidupan yang cukup membosankan,” katanya.
Mengendalikan slot SinarFM dari jam 10 pagi hingga 2 petang, antara segmen yang dimuatkan dan sering buat orang tak kering gusi ialah Kuiz Cepu Gangsa, Petua Warisan vs Perghtua, R&R (Rintihan & Respond) Bersama Kak Bedah, Bebola Kristal Lonjong, Sinar Budaya Bahasa, Carta Ya Lah Tu dan Kamus Sorry Bahasa.
Sementara itu, Norayu Damit, 20, atau cukup kita kenali sebagai Ayu tidak dapat melindungi rasa bangganya tersenarai sebagai Top 5 ABPBH 2008.
Menghuni kategori Artis Baru Wanita Popular sebaris dengan Lisa Surihani, Sari Yanti, Scha dan Stacy, juara program realiti One In A Million musim kedua itu mengakui tidak terlalu berharap untuk menang melihatkan senarai artis yang turut bertanding.
“Saya masih hijau lagi dalam industri ini, banyak lagi ilmu dan pengalaman yang perlu ditimba, apapun saya seronok kerana buat pertama kalinya saya dapat turut serta memeriahkan jelajah promosi ABPBH 2008 di Terengganu,” katanya yang sedang sibuk menyiapkan album sulung yang diterbitkan Ahmad Izham Omar.
Katanya lagi, dia menyedari bukan mudah untuk layak ke peringkat final berdasarkan senarai pencalonan awal dulu memang cukup sengit dan ramai nama bersaing. Saya bersyukur dipilih peminat ke final. Di sinilah Ayu menyedari betapa kuatnya sokongan peminat di kalangan pembaca akhbar Berita Harian.
“Hakikatnya masih terlalu jauh bagi saya untuk merangkul anugerah penuh berprestij ini, apapun peminat lebih bijak membuat pemilihan siapa calon terbaik pilihan mereka. Saya tak kisah soal menang atau kalah sebab kejayaan di peringkat ibni pun satu rahmat,” kata Ayu sambil mengucapkan syabas kepada penganjur ABPBH 2008 dan mengakui tidak sabar untuk berada pada malam kemuncak acara itu pada 12 April ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 11:39 am | |
| Meremang bulu roma di lokasi Pelakon Rasukan Ablasa luahkan pengalaman detik seram ketika penggambaran
BERLAKON filem bergenre seram, Rasukan Ablasa memberi pengalaman bermakna buat empat pelakon utamanya. Fouziah Gous, Almy Nadia, Hafiz Hanafiah dan Gambit Saifullah tidak terlepas berdepan dengan pengalaman seram sebelum dan ketika menjalani penggambaran.
Hampir tiga tahun berlalu, mereka masih tak lupa dengan kejadian Almy Nadia dirasuk dan meracau ketika proses orientasi di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor, selain Fouziah, Hafiz dan Gambit sering nampak kelibat menakutkan ketika penggambaran sedang dijalankan di Hutan Lipur Lenggong, Negeri Sembilan.
Filem Rasukan Ablasa arahan Profesor Madya Razak Mohaideen terbitan LineClear Productions dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) menjengah pawagam sejak 26 Februari lalu. Sehingga kini, filem berkenaan makin rancak ditayangkan dan semakin mendapat sambutan memberangsangkan.
Fouziah berkata, perasaan takut dan seram bercampur baur ketika menjalani penggambaran di Hutan Lipur Lenggong selama seminggu. Malah, matanya sentiasa meliar memandang keadaan sekeliling terutama apabila penggambaran dijalankan sehingga tengah malam.
“Saya bukanlah seorang yang penakut tetapi apabila berada dalam hutan dan berlakon pula filem seram, keadaan menjadi lebih seram. Susah nak gambarkan ketakutan saya ketika itu, lebih-lebih lagi apabila saya ternampak pula beberapa kelibat sepintas lalu di sekeliling saya.
“Bagaimanapun, saya tak berani buka mulut bercerita dengan sesiapa walaupun bulu roma meremang ketika itu. Bila balik shooting, saya dapat tak tidur lena dan tidur juga dalam keadaan tersentak walaupun badan saya letih selepas seharian bekerja. Bulu roma saya juga sering meremang ketika menjalani penggambaran di Penjara Pudu, tetapi saya bersyukur tiada kejadian yang tidak diingini berlaku pada saya,” katanya yang memegang watak Elly, gadis remaja yang berperangai kebudak-budakkan dan manja.
Almy pula berkata, keresahannya melakonkan watak Kim memberi gambaran dirinya akan berdepan dengan situasi yang menakutkan, namun kerana keinginan mahu mencuba, dia tetap terima tawaran berlakon filem itu.
“Saya tak sangka ketika proses orientasi lagi, saya sudah kena rasuk. Saya tak sedar apa yang berlaku dan bila terjaga, saya sudah berada di pejabat LineClear Productions. Memang menakutkan bila ditempatkan sendirian di tempat sunyi dalam hutan Bukit Jelutong.
“Yang peliknya, ketika kejadian orang tak nampak saya, sedangkan saya masih berada di tempat mereka letak saya. Puas mereka mencari dan apabila bertemu, saya sudah meracau dan menjerit-jerit tetapi suara lain kedengaran. Sedangkan saya pula rasa seperti sedang tidur lena. Selepas sedar, saya sakit badan dan lemah selama beberapa hari,” katanya.
Katanya, dia membawa watak Kim, gadis happy go lucky yang mengikut teman kolej ke hutan untuk merakam bunyi alam sekitar, bagaimanapun kehadiran mereka membongkar misteri.
“Bila sudah kena rasuk dulu, saya takut kena rasuk lagi lebih lagi bila terpaksa duduk dalam hutan lebih seminggu. Bagaimanapun, Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar dan saya tak berenggang memegang Yasin dan al-Quran untuk mengelakkan gangguan makhluk halus. Saya juga tak terganggu dengan kelibat aneh seperti rakan artis lain, cuma perasaan seram dan berdiri bulu roma sesekali sekala terasa juga,” katanya.
Hafiz berkata, inilah filem pertama yang menampilkannya sebagai watak utama selepas berlakon hampir 20 filem sejak bergelar anak seni. Kekuatan filem itu dilihat dari segi jalan cerita yang berbeza dengan filem seram lain, selain menampilkan wajah baru ketika itu.
“Hampir tiga tahun menunggu, akhirnya filem ini menjengah pawagam. Kami percaya Profesor Madya Razak mempunyai alasan tersendiri menyimpan filem itu selama beberapa tahun. Kami bertuah diberi pelbagai pendedahan sebelum menjalani penggambaran filem di hutan. Sebelum itu, kami diberi motivasi selama dua minggu untuk mempertingkatkan mutu lakonan dan menghayati watak dengan lebih baik.
“Saya memegang watak Jimmy, salah seorang pelajar kolej yang ikut serta ke hutan untuk merakamkan bunyi alam sekitar. Saya tak berdepan dengan pengalaman kena ganggu tetapi ketika melakonkan babak 18, saya seperti kena rasuk, apabila masih menjerit-jerit walaupun pengarah sudah arah `cut’. Gambit yang berada di sebelah saya pelik dan datang menepuk bahu, saya seperti tak sedar.
“Memang kami selalu kena ganggu dengan macam-macam benda apabila berlakon dalam hutan tetapi jika kita kuat iman dan sentiasa membaca ayat al-Quran, Insya-Allah makhluk halus takut nak ganggu. Itulah petua yang sering saya amalkan jika berlakon di lokasi yang agak keras,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 11:56 am | |
| Zizi, Tuah suka membuli Penyampai radio Suria FM, Tuah (kiri) dan Zizi.
Pasangan juruhebah Suria FM makin popular menerusi segmen Breakfast@Suria setiap hari
USIKAN nakal mereka sering menggamatkan keadaan, malah boleh huru hara jadinya apabila Zizi dan Tuah Zuqornain berada di konti. Nyata dua penyampai radio SuriaFM itu semakin serasi bersama dalam mengendalikan segmen pagi, Breakfast@Suria dari jam 6 hingga 10 pagi.
Sebelum ini, Zizi mahupun Tuah tak pernah rapat, malah hanya kenal pada nama saja. Mereka hanya bertemu tahun lalu, ketika digandingkan bersama di konti. Ketika itu, Tuah mengambil alih tugas seorang teman penyampai SuriaFM yang cuti bertugas.
Sambil menjeling Tuah, Zizi akui: "Ketika mula bertugas di SuriaFM, kami hanya bertegur sapa, tak pernah berbual panjang, Tuah pula jeling saya sebelah mata saja. Dalam hati saya terdetik juga `poyo' budak ini. Maklumlah saya orang baru dalam keluarga SuriaFM.
"Bagaimanapun, apabila digandingkan bersama dalam konti, kami dapat rasakan kami ada chemistry. Saya memang kepala gila-gila dan kuat mengusik, Tuah juga begitu. Dari hari ke hari, saya selesa berkawan dengannya. Saya boleh usik apa saja dengan Tuah. Dia pun sama seperti saya, tak lekang mengusik dan mengenakan saya dalam macam-macam hal. Memang kami nampak seperti suka membuli, tetapi tidaklah sehingga menjatuhkan air muka orang lain. Seronok bila dapat pasangan yang satu kepala dan tak pernah kecil hati dengan usikan saya.
"Waktu pagi kami tidaklah mengantuk apabila ada saja perkara lucu yang ditimbulkan. Kalau kami tak menyakat antara satu sama lain, mangsa kami tentunya pemanggil, jadi selama empat jam bersama memang tak terasa. Sedar saja sudah jam 10 pagi dan teman lain pula mengambil tugas."
Zizi berkata, selepas pihak pengurusan SuriaFM mendapati mereka memiliki keserasian, pada tarikh 3 Julai 2008, mereka terus digandingkan bersama dalam segmen pagi.
"Sudah lapan bulan bersama, kami mendapat reaksi positif dari pendengar. Mereka suka pada gelagat kami yang gila-gila dan kuat menyakat. Dan segmen Kacap Terlabik, Itu Aje dan Pasang Telinga antara segmen pagi yang sering mendapat perhatian," katanya anak kelahiran Kuala Lumpur itu.
Tuah berkata, Zizi memang nampak baik tetapi perwatakannya agak nakal. Dia suka mengenakan Zizi tak kira soal peribadi atau kerja, tetapi rakannya itu bijak menepis serangan.
"Saya suka cakap lepas, jadi orang akan lihat saya nakal dan Zizi baik, tetapi sebenarnya yang nakal adalah Zizi. Kalau tak menyakat dan menghuru-harakan keadaan, bukan Zizi namanya. Kami semakin rapat selepas jadi pasangan pagi di konti. Malah ada yang anggap kami pasangan belangkas, kalau ada Zizi, adalah saya, begitu juga sebaliknya. Dari situ, kami saling mengenali dan tahu apa yang berlaku dalam kehidupan seharian.
"Kadang kala apa yang berlaku pada Zizi mahupun saya menjadi topik untuk kami saling mengusik. Seronok juga kadang kala lihat Zizi terpaku sebab tak tahu nak jawab apa. Dulu saya bergandingan dengan Zaf, tetapi banyak perkara yang perlu saya control, bukan apa bimbang ada yang tersalah anggap.
"Tapi dengan Zizi, saya lebih bebas, mungkin sebab kami sama-sama lelaki dan saling memahami," kata anak kelahiran Ipoh, Perak itu.
Tuah berkata, dia juga seronok mengendalikan segmen pagi seperti Kisah 1001 Pagi, Tahu Tak, Apa Tu, Apa Cer, Sumbang Mambang, Nak Tu Jugak setiap pagi dari Isnin hingga Jumaat.
"Pada setiap Khamis, kami akan mengendalikan segmen istimewa, Celebrity Room yang menampilkan artis-artis popular dengan perkembangan terkini. Selain itu, kami ada juga segmen eksklusif, Segmen Bersama Kak V yang memberi pendapat dan nasihat pada pendengar yang bermasalah.
"Saya bersyukur radio SuriaFM kini sudah memiliki lebih 600,000 pendengar dalam tempoh setahun mempunyai frekuensi di seluruh negara. Bukan kerja mudah untuk menaikkan nama stesen radio ini tanpa program berkualiti dan disukai ramai," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 12:06 pm | |
| Gambar Gaya Fesyen Tudung Datuk Siti Nurhaliza Terkini Syok Blog perhatikan Datuk Siti Nurhaliza mempunyai perlbagai fesyen yang dikenankan(Gambar Gaya Fesyen Tudung Datuk Siti Nurhaliza Terkini),pada pos di Syok Blog yang lepas,Datuk Siti Nurhaliza mengenakan tudung dengan cara yang betul,tetapi kali ini cara pemakaian Datuk Siti Nurhaliza semakin ‘merosot’ dengan serkopnya. Apa-apa pun tarikh 1 April ini, genaplah 14 tahun penyanyi nombor satunegara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 30, dalam industri seni hiburan tanah air. Berbeza sekali bukan? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 12:28 pm | |
| Beri peluang pada Scha SCHA PAPA memang cukup bangga apabila melihat kebangkitan pelakon-pelakon muda masa kini yang pandai mengambil peluang untuk mengembangkan bakat mereka.
Baguslah juga setidak-tidaknya, ia mampu mempelbagaikan lagi bakat yang ada dalam diri masing-masing. Mana yang kerjaya asalnya penyanyi, sekarang ini sudah menjadi pelakon mahupun pengacara.
Yang mana bermula dengan berlakon pula sudah beralih menjadi penyanyi. Dan antara artis muda yang meningkat naik sekarang dan menjadi perhatian ialah Scha. Bukan kerana gosip cintanya dengan Fahrin Ahmad tetapi dia semakin popular kerana bakat.
Selain berlakon, Scha juga kini menjadi seorang pengacara untuk program Sehati Sejiwa yang bersiaran di TV1 pada setiap hari Rabu.
Apa yang Papa nak ulas di sini ialah respons daripada salah seorang peminat rancangan itu yang sangat gemar dengan pendekatan program bual bicara terbitan RTM yang disifatkannya cukup berbeza.
Namun, kata peminat yang hanya mahu dikenali sebagai Siti Payung, momentumnya menurun untuk menonton rancangan itu disebabkan Scha yang disifatkannya tidak begitu sesuai mengacarakan program sebegitu.
“Mana tidaknya. program itu berkenaan artis yang sudah berkahwin. Dia orang ambil pengacara yang masih lagi bujang dan pastinya kurang arif mengenai alam perkahwinan.
“Saya tengok Scha tanya soalan pun yang boleh membantutkan artis jemputan untuk menjawabnya,” kata Siti panjang lebar.
Papa pun pernah menonton salah satu episod rancangan itu dan memang benar, Scha agak kekok mengendalikan rancangan itu.
Sebenarnya, untuk menyalahkan Scha juga tidak adil kerana itu adalah peluang pertamanya sebagai pengacara.
Pada Papa, Scha harus diberi peluang dan sedikit masa untuk memperbaiki kelemahannya.
Papa juga percaya RTM ada sebab kenapa memberi peluang kepada artis baru seperti Scha. Mungkin RTM mahu menjadi stesen yang sentiasa membuka peluang kepada anak seni melebarkan kerjaya seni mereka.
Kepada Scha, jadikan kritikan ini sebagai cabaran untuk menempuh kerjaya seninya. Jangan muda melatah okey! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 12:29 pm | |
| Mahu Siti rakam album kerohanian AKSI Siti Nurhaliza sewaktu membuat persembahan dalam Sirah Junjungan, baru-baru ini.
LAMA juga tidak mendengar cerita terbaru tentang penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Selepas pemergian bapanya, Allahyarham Tarudin Ismail pada 15 Februari yang lalu, Siti mahu menumpukan perhatian kepada keluarganya sebelum dia kembali memulakan tugasnya sebagai seorang penghibur.
Cuma, dia hanya terlibat dalam persembahan yang berkonsepkan Islamik dan kerohanian kerana Siti pernah berkata, pembabitannya itu juga merupakan salah satu cara untuk berkabung dan mengingati arwah bapanya.
Apabila nama Siti dipilih sebagai salah seorang penyanyi undangan untuk teater muzikal Sirah Junjungan Tahajud Cinta baru-baru ini, Papa memang teruja untuk menontonnya.
Selain daripada jalan cerita teater itu, Papa mahu mendengar juga alunan indah vokal Siti dalam mengalunkan lagu-lagu berunsurkan kerohanian ini.
Apabila mendengar nyanyian Siti, Papa hanya mampu terdiam dan terpaku kerana begitu terpesona dengan keindahan suara emas Siti melagukan lagu-lagu yang memuji kebesaran Ilahi.
Aduh, memang menusuk kalbu dan tanpa Papa sedari, impak yang terhasil daripada nyanyian Siti telah membuatkan Papa mengalirkan air mata selain ditambah dengan jalan cerita teater itu sendiri.
Papa rasa sudah tiba masanya untuk Siti merakamkan sebuah album yang mengandungi lagu-lagu kerohanian ini dan Papa percaya peminat setia Siti juga akan bersetuju dengan cadangan Papa ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 12:46 pm | |
| Zarina Zainuddin : Dihalang Kahwin Ramli M.S "Kalau you nak jadi penyanyi you tak boleh kahwin." Mungkin itu agaknya ungkapan Ramli M.S kepada selebriti ini suatu ketika dahulu. Mungkin tuntutan industri hiburan pada era 90an ketika itu mahu seorang penyanyi wanita untuk kekal single sepanjang karier mereka. Zarina Zainuddin, selebriti kontroversi mengimbau kenangan lamanya dalam perbualan telefon bersama Jomstar.com. Ketika ditanya adakah dia pernah berhasrat untuk menjadi penyanyi selain dari berlakon, dengan ceria dia memberitahu, “Memang dulu adalah. Masa tu zaman mudalah, kononnya nak jadi penyanyi,” “Time tu... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 12:47 pm | |
| Ilyka Datin Ekstrim Bila bercakap mengenai golongan wanita ber'title' Datin, pasti ada gambaran stereotaip yang bermain di fikiran kita. Tetapi berlainan dengan penyanyi yang terkenal pada era 90an yang kini bergelar Datin iaitu Zuraila Mohd Yasin atau lebih mesra dengan panggilan Ilyka. Walaupun sudah berstatus seorang datin, ianya tidak menjadi halangan pada Ilyka untuk menceburi... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 12:48 pm | |
| Populariti Senario Takkan Jatuh – Lan Pet-Pet Setelah kemenangan Kumpulan Sepah dalam pertandingan akhir Raja Lawak Astro baru-baru ini timbul ura-ura yang mengatakan bahawa Sepah bakal menggantikan Senario sebagai kumpulan lawak no. 1 negara. Baru-baru ini Jomstar.com telah menghubungi salah seorang ahli kumpulan Senario, Lan Pet-Pet, bagi mendapatkan pandangannya mengenai isu berkenaan. “Pada kami, kami rasa kemenangan kumpulan Sepah tidak... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 2:27 pm | |
| (Gambar) Avaa Vanja dengan Kekasihnya Avaa Vanja?Siapa tu?Owh..mesti korang dah lupa nie?Ala..Avaa Vanja yang pernah berlakon dalam drama Sembilu dan pernah berlakon dalam Gerak Khas dahulu. Berikut adalah gambar pasangan yang sedang hangat bercinta.Kekasihnya dipercayai bernama Shahril… Avaa Vanja sekarang ni tengah buat aper sekarang ni?Tak berlakon dah ker? |
| | | yummie_sue Ahli VIP
Number of posts : 1235 Age : 40 Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 2:35 pm | |
| hensem x bf michelle? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 25 Mar 2009, 2:38 pm | |
| Cutenyaaa Heliza AF5!!! |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 5 of 15 | Go to page : 1, 2, 3, 4, 5, 6 ... 10 ... 15 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |