Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1 ... 5, 6, 7 ... 10 ... 15  Next
AuthorMessage
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeWed 25 Mar 2009, 3:23 pm

cantik sungguh budak heliza ni.....suka den tengok matanya yg besar tu
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeWed 25 Mar 2009, 3:34 pm

Gambar Zarina An-Julie Seksi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 40779610

Penulis Syok Blog hampir muak dengan Zarina An-Julie kerana selalu menghidupkan ‘mulut’ orang lain selepas melihat gambar-gambar beliau.(Gambar Zarina An-Julie Sesi Foto Bersama Jomstar)Baru baru ini,semasa sesi foto untuk majalah online Jomstar,Zarina An-Julie sekali lagi ‘diberi’ peluang untuk menonjolkan ‘bakat’ sedia ada beliau kepada umum.Berikut adalah gambar-gambar Zarina An-Julie semasa sesi pengambaran majalah Jomstar.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 48532110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 49755710

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 52159110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 62303310

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 63257510

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 94331110
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeWed 25 Mar 2009, 3:58 pm

Ponti Anak Remaja Lakonan Liyana Jasmay dan Lisa Surihani Keluaran Media Hustler

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 33654810

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 33654811

Kisah Anak Pontianak bergaul manja dengan orang biasa yang hidup memang sukar amat dibayangkan pada dunia realiti. Tetapi di dunia fantasi, apa-apa boleh berlaku. Termasuk orang jadi kuat selepas makan buah betik. Kalau saya diberi peluang membuat cerita bersiri di slot TV3 atau ASTRO RIA, saya akan buat cerita budak kecik jadi superhero selepas makan bayam..hehehe..anyhow enough of my nonsense. Selepas kontroversi dengan ZARINA ANN JULIE, anak pontianak diberi wajah baru. Kali ini muncul pula dia dengan muka comel gen-y Liyana Jasmay keluaran Media Hustler. Nasib baik Lisa Surihani tidak pergi PLKN, kalau tak susah nak buat promosi cerita ini… heheh.. Ini bukan cerita hantu tetapi cerita lawak ringan yang lebih besh dari RAJA LAWAK. Ke udara setiap Jumaat di Astro Ria. Liyana Jasmay is not an unknown face in MALAYSIA and SINGAPORE. She has acted in movies such as Castello and the popular Kami series and movie.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 33654812

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 33654813
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeWed 25 Mar 2009, 4:05 pm

'Tunggu saja kad jemputan'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Mainp122


SELEPAS dua tahun menyulam cinta, penyampai radio Era bersuara manja, Nurul Hana Che Mahazan, 26, atau Nana dikatakan akan mengakhiri zaman daranya pertengahan tahun ini.

Berita mengenai rancangan Nana untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat bertambah hangat diperkatakan apabila kekasihnya yang dikenali hampir lima tahun lalu memeluk Islam Januari lalu dan menukar namanya kepada Muhammad Raqeem Brian.

Kini bintang yang mula mencipta nama menerusi program Akademi Fantasia musim pertama (AF1) turut dikatakan sedang sibuk membuat persiapan majlis pernikahannya pada Jun ini.

Bagaimanapun, apabila ditemui untuk sesi fotografi khas, Nana cuba mengelak apabila membicarakan perancangannya untuk berkahwin. Namun, dia tidak keberatan bercerita mengenai hubungan cintanya dengan Pengurus Stesen Radio Hitz.FM itu.

"Saya mengenali Brian sewaktu kami sama-sama menyertai AMP Radio. Bagaimanapun, kami tidak pernah bercakap antara satu sama lain. Walaupun di hati ada perasaan meminatinya, saya hanya pandang dari jauh.

"Maklumlah, Brian kacak dan sering menjadi perhatianmalah dalam AMP Radio sendiri dia ada ramai peminat. Kelakarnya, apabila naik lif bersama kakitangan wanita yang turut bertugas di AMP Radio, saya sering mendengar betapa mereka begitu memuja Brian.

"Sehinggalah suatu hari kami naik lif bersama. Kebetulan saya dan dia baru memakai pendakap gigi. Apabila saling berpandangan, dia menegur dan bertanya.

"Sejak itu kami mula berkawan. Hubungan kami menjadi rapat apabila dia ditukarkan bertugas di Era. Waktu itulah bibit cinta bermula," katanya.

Sebaik cuba 'mengorek' cerita mengenai majlis pernikahan dirancang, personaliti berasal dari Muar, Johor ini cepat mengelak dengan berkata, tunggu saja kad jemputannya sampai tidak lama lagi.

"Insya-Allah, jika tiada aral melintang majlis pernikahan itu akan dilangsungkan tahun ini juga, tetapi kalau boleh saya tidak mahu ia dihebohkan terlebih dulu.

"Perkara ini baru dirancang, bimbang kalau dihebohkan awal-awal nanti tidak menjadi seperti dirancang, keluarga saya dan Brian juga akan mendapat malu. Saya harap semua orang sabar menanti kad jemputan saya," katanya.

Nana turut menegaskan keputusan diambil untuk berkahwin dirasakan sesuai memandangkan usianya kini mencecah 26 tahun sementara Brian hendak masuk 30 tahun.

"Bak kata orang, usia saya tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua. Lagipun sudah lama sangat kami berkawan dan rasanya lebih baik kami membuat keputusan baik sekali gus mengelak fitnah," katanya.

Beralih mengenai kerjayanya di Era, tanpa sedar selepas ketiadaan Linda Onn, Nana menjadi penyampai paling senior di stesen nombor satu itu.

"Saya sendiri perasan sampaikan ada penyampai baru seperti Charm dan Ray yang lebih tua berbanding saya, tetapi mereka tetap memanggil saya kakak.

"Walaupun dianggap senior, sebenarnya saya sendiri masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari. Cuma kalau ada perkara yang mereka tanya saya sedia membantu. Pada saya, kejayaan sesebuah organisasi bergantung penuh kepada kerjasama sesama kakitangan," katanya.

Pada waktu sama jelas Nana, dia bersyukur kerana walaupun pernah dikecam sepanjang persembahannya sebagai penyampai radio, masih ada peminat yang mempercayai kemampuannya apabila turut dicalonkan dalam lima senarai Penyampai Radio Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH08).

"Perkara itu membuatkan saya sangat terharu dan tidak sangka. Terima kasih atas sokongan dan ia menjadikan saya lebih bersemangat untuk memajukan diri.

"Begitupun pada waktu sama, saya berkata kepada keluarga supaya jangan mengundi, biarlah peminat yang menentukan sendiri. Pada saya, sudah tercalon dalam lima popular itu pun sudah dianggap bagus," katanya

Menerusi rancangan Carta Era yang dikendalikan Nana bersama Aznil Nawawi sebelum ini, ia mengalami sedikit perubahan tahun ini apabila pengacara rancangan Brek itu digandingkan dengan penyanyi Dina.

"Saya tidak ada masalah bekerja dengannya kerana Dina juga berbakat dalam bidang pengacaraan dan penyampaian radio. Ketika menjalani latihan, saya nampak Dina sangat tekun dan pada waktu sama dia bijak dan cepat belajar apa-apa yang diterangkan kepadanya.

"Dina juga tidak malu bertanya. Pada saya sebenarnya sebagai penyanyi, apabila Dina menjadi penyampai radio dan mengendalikan Carta Era dia mempunyai kelebihan kerana lebih kenal dunia muzik dan cepat memberikan maklum balas apabila penyanyi jemputan bercerita mengenai muzik mereka secara teknikal.

"Secara tidak langsung rancangan kami kendalikan itu kedengaran seimbang," katanya.

Profil

Nama Penuh: Nurul Hana Che Mahazan
Tarikh lahir: 1 Julai 1983
Asal: Muar, Johor
Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik
Kerjaya: Penyampai radio, penyanyi dan pelakon
Album: Evolusi 1
Filem: Sifu dan Tongga, Malaikat Maut dan Gangster
Rancangan TV: Era TV, Brek, Akademi Fantasia Raya dan Dua Dunia.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeWed 25 Mar 2009, 4:06 pm

Eira kurus mendadak

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Mainp123


"SAYA sering mengelamun, lemah, malas, hilang selera makan serta sukar melelapkan mata pada waktu malam sejak dua minggu lalu. Kalau tidur pun, hanya dua atau tiga jam sehari dan saya selalunya akan terjaga ketika menjelang Subuh.

"Berat badan saya juga turun mendadak dari 50 kilogram kepada 45 kilogram saja sekarang," kata pelakon Eira Syazira ketika ditanya mengenai perubahan tubuhnya yang kurus.

Kata pelakon yang popular menerusi drama bersiri Ku Milikkmu ini, ibunya yang mula perasan ada yang tidak kena dengan dirinya dan menganggap penyakitnya itu mungkin kerana terkena buatan orang.

"Emak memang risau melihat perubahan diri saya itu dan terus berjumpa pengamal perubatan tradisional untuk melihat penyakit yang menimpa saya itu, sekali gus mengubati saya.

"Menurut kata pengamal perubatan tradisional itu, ada dua orang yang berniat tidak baik pada saya dan mereka menggunakan khidmat bomoh dari Indonesia.

"Perempuan terbabit adalah orang dalam industri seni sendiri yang ingin menutup periuk nasi saya dan seorang lagi ialah lelaki yang kononnya saya tidak layan sebelum ini," katanya.

Eira yang ditemui ketika pelancaran drama bersiri Embun Mutiara terbitan MIG Beats Sdn Bhd (MIG), baru-baru ini, mengakui agak sukar untuknya mempercayai kata-kata pengamal perubatan tradisional itu.

Apa yang mampu dilakukannya kini ialah lebih berhati-hati dalam setiap perbuatan dan pergerakan.

Katanya,

sebelum tidur dia juga mengamalkan membaca ayat suci Al-Quran sebagai pendinding diri bagi mengelakkan gangguan syaitan.

"Sebagai manusia biasa, saya percaya setiap kejadian yang berlaku dalam hidup kita itu ada hikmah di sebaliknya.

"Mungkin penyakit yang menimpa saya ini ujian yang datang untuk menguji keimanan saya. Apapun, sebagai hamba-Nya yang lemah, saya berdoa semoga Tuhan sentiasa melindungi dan memberkati hidup saya sekeluarga," katanya.

Ditanya sama ada dia mempunyai musuh sepanjang lima tahun berkecimpung sebagai anak seni, Eira yang pernah digosipkan mempunyai skandal dengan suami orang sebelum ini menafikannya.

Katanya, sejak putus cinta dengan anggota kumpulan GTBoys, Isa, dua tahun lalu, dia memang tiada teman istimewa.

"Kami juga putus secara baik, tetapi gosip dengan suami orang itu tidak benar sama sekali. Saya kenal suami orang yang juga penerbit drama itu kerana pernah berlakon dalam projek drama terbitannya sebelum ini. Begitu juga isterinya yang juga seorang pelakon.

"Hubungan saya dan penerbit itu masih baik sampai sekarang kerana kami tahu gosip itu tidak berasas sama sekali. Malah, saya juga akan terbabit dengan projek drama barunya tidak lama lagi," katanya.

Mengenai drama bersiri Embun Mutiara, Eira yang juga pelakon utama drama itu berkata, dia terima tawaran berlakon drama arahan pengarah muda Mohd Heykal Mohd Hanifah itu kerana tertarik dengan judulnya.

"Saya bawa watak Embun, gadis nakal dalam cerita yang memaparkan konflik remaja dua beradik ini. Dia juga mempunyai teman lelaki kacak, Roni (lakonan Awal Ashaari). Sekalipun nakal, dia tetap sayangkan adiknya, Mutiara yang mempunyai perwatakan berbeza sama sekali dengannya.

"Watak Embun juga berbeza daripada lakonan saya dalam siri Sindarella atau Ku Milikmu. Setiap kali dapat tawaran berlakon, saya memang ingin lari dari karakter yang pernah dilakonkan sebelum ini.

"Selain Embun Mutiara, penonton akan melihat saya bawa watak air mata pula dalam drama bersiri Cinta

Balkish arahan Heykal yang diterbitkan untuk slot Akasia, TV3," katanya.

Kata Eira, dia yakin mempunyai keserasian dengan Awal yang juga pasangannya dalam drama Embun Mutiara. Katanya, jika dalam Ku Milikmu penonton dapat melihat keserasiannya dengan Zizan Nin, justeru dalam drama ini Eira pastikan mempunyai keserasian dengan Awal walaupun pertama kali mereka digandingkan dalam drama.

"Bagi saya keserasian itu penting kerana jika tidak, sukar untuk kami menjayakan babak bercinta dalam drama ini," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeWed 25 Mar 2009, 4:08 pm

Interaksi: 'Drama kita keterlaluan'


SENARIO drama di televisyen pada masa kini menyaksikan banyak drama dari luar negara seperti Indonesia, Amerika Syarikat dan Sepanyol ditayangkan.
Biarpun ramai penonton yang menggemari drama asing, ia tidak menghalang produser tempatan untuk menghasilkan drama baru.

Hakikatnya, drama tempatan masih mendapat tempat di hati peminat yang mengharapkan lebih banyak drama baru dan berkualiti.

Kemunculan drama baru bukan hanya memeriahkan perkembangan drama tempatan, tetapi turut memberi peluang dan rezeki kepada pelakon dan kru produksi.

Namun, dalam kerancakan produser tempatan berkarya dengan drama baru, persada hiburan tanah air turut diuji dengan kontroversi apabila produser tempatan lebih ekstrem untuk memaparkan watak dan adegan yang disifatkan lebih berani daripada apa yang pernah dipertontonkan sebelum ini.

Antara yang mencuri tumpuan adalah keberanian produser Sheila Rusly bersama suami, Azman Yahya atau Jinggo menerbitkan dua drama terbaru yang dijangka bakal mengundang kontroversi.

Menerusi drama Mabuk Estrogen, mereka memaparkan adegan 'bercium' dua pelakon lelaki.

Begitu juga dengan drama Donut yang ingin mengangkat kisah homoseksual yang dibawa seorang pelakon lelaki melakonkan watak pondan yang lengkap berpakaian wanita.

Walaupun mereka positif dalam menyelitkan mesej pengajaran dalam dua drama ini, namun segelintir pihak berpandangan drama terbabit mampu menggalakkan perbuatan tidak bermoral yang menjurus pada masalah sosial masyarakat.

Wartawan Rap, ELRAFAEI SAPI (ahmadelrafaei@hmetro.com.my) menemu bual pakar motivasi, Profesor Izzi Ali untuk mendapatkan pandangan beliau.

Profesor Izzi, yang sebelum ini popular menerusi segmen tazkirah di stesen radio Hot FM, berpengalaman selama 17 tahun sebagai pakar motivasi.

Pernah menimba pengalaman selama enam tahun menetap di Amerika Syarikat (AS) ketika menuntut Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda Matematik dari California State University, Fresno, beliau juga aktif membabitkan diri dalam pelbagai ceramah motivasi dan menjadi fasilitator untuk pelbagai kursus bina semangat.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Mainp124


Izzi, 45, kini menjawat jawatan pensyarah kanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), cawangan Terengganu.

SOALAN (S): Apa komen anda mengenai perkembangan drama tempatan kini?

JAWAPAN (J): Saya melihat bermacam jenis drama ditayangkan yang makin menarik perhatian masyarakat untuk menonton.

Bagaimanapun, saya sendiri sebagai penonton bimbang apabila memikirkan impak drama tempatan sebenarnya turut memberi kesan negatif pada penonton.

Apa yang saya lihat, kebanyakan drama kita keterlaluan dari aspek apa yang ingin dipaparkan pada penonton.

Jika produser itu berfikir mahu paparkan masalah sosial atau perlakuan negatif, mereka lebih suka menyampaikan mesej itu secara perlakuan.

Atas alasan itu, pelakon yang terbabit dalam drama itu berani menunjukkan penampilan menjolok mata atau aksi kurang sopan seperti berpelukan, melawan ibu bapa atau remaja yang terjebak dengan masalah sosial hingga tidak tahu batas pergaulan antara lelaki dan wanita.

Walaupun pada pandangan produser, apa yang dipaparkan hanya lakonan, tetapi hakikatnya penonton yang tidak berfikiran matang seperti remaja mudah terpengaruh atau terikut-ikut untuk mencontohi perlakuan sebegini.

S: Apakah impak negatif dari drama tempatan suatu yang serius untuk diberi perhatian?

J: Pada saya, lakonan yang difikirkan boleh mengundang impak negatif pada penonton sepatutnya dikurangkan atau lebih baik, ia dielakkan daripada dipertontonkan pada masyarakat.

Bagi penonton dewasa yang sudah matang, mereka faham apabila menonton sesebuah drama itu bukan ikutan, tetapi sekadar hiburan dan pengajaran.

Sebaliknya, kepada golongan muda seperti remaja yang baru kenal kehidupan realiti orang dewasa atau baru hendak belajar bercinta, mereka akan mengambil drama ini sebagai rujukan.

Meskipun saya sendiri faham niat produser adalah baik untuk menyampaikan mesej positif daripada perlakuan negatif, namun jalan cerita yang keterlaluan atau melampau boleh membuatkan penonton terpengaruh.

S: Bagaimana pula dengan kemunculan watak seperti pondan atau gay yang berani dibawa pelakon kita?

J: Jika dilihat watak sebegini yang dimainkan menerusi drama adalah melampau.

Malah, drama kita makin cenderung untuk mengikut cara drama dari Barat termasuk Indonesia. Makin ramai produser kita suka mengikut cara drama luar negara dalam penerbitan drama mereka.

Andai unsur hasad dengki mahu dipertontonkan, ia menggambarkan watak itu terlalu benci dan mahu membalas dendam pada watak lain.

Begitu juga dengan watak mereka yang menjalinkan hubungan sulit, perlu ada adegan mesra hingga masuk ke dalam bilik.

Saya tidak kisah jika kisah seperti orang tua sanggup berkahwin wanita muda jika benar dia berkemampuan, tetapi pada saya, jika hendak sampaikan mesej pengajaran apa sekalipun ia tidak perlu dibuat secara keterlaluan hingga memaparkan watak atau adegan yang tidak sepatutnya.

Sebenarnya, kita boleh sampaikan mesej secara positif menerusi perkataan atau dialog yang diucapkan pelakon tanpa wajib menyelitkan adegan yang disifatkan keterlaluan.

Sama ada produser mahupun penonton, kita harus fikir dan faham pada tanggungjawab sosial dalam mendidik masyarakat. Antara positif dan negatif, penonton pasti lebih tertarik untuk menyaksikan perkara yang negatif dan akibatnya, ia menjadi ikutan.

Saya faham apabila produser gemar mencipta watak pondan atau gay untuk menarik perhatian penonton menyaksikan drama mereka kerana watak ini diwujudkan berdasarkan kisah yang ingin dikongsi, tetapi seperti yang saya katakan impak pada penonton perlu diberi perhatian.

Jangan sampai penonton berfikir, mereka boleh buat kesilapan atau dosa seperti melawan ibu bapa atau melakukan maksiat dan kemudian meminta maaf pada penghujung cerita.

Itu tidak sepatutnya berlaku dan kita harus tekankan jangan sesekali melakukan perkara negatif kerana ia menjurus pada kehancuran.

S: Apakah pelakon kita boleh membawakan watak kontroversi seperti pondan?

J: Boleh, tapi pelakuan tidak seharusnya dipaparkan secara keterlaluan. Walaupun produser berniat mahu sampaikan mesej positif pada penonton menerusi watak ini, tetapi ia harus digambarkan secara kreatif. Apa yang membimbangkan saya, unsur Barat yang membawa unsur negatif makin menular ke dalam drama kita dan ini boleh memberi kesan pada penonton.

S: Apakah drama atau filem masih memberi impak kuat dalam mendidik penonton?

J: Saya fikir drama mahupun filem masih memberi impak kuat pada penonton. Walaupun ada karya tempatan kita yang mengangkat kisah imaginasi sebagai cerita, tetapi sebenarnya ia turut mempengaruhi kehidupan kita. Drama adalah kehidupan masyarakat dan begitu juga sebaliknya. Lalu, apa yang kita gambarkan dalam drama atau filem juga adalah kehidupan masyarakat kita sendiri.

S: Melihat senario drama tempatan bersikap berani, apakah kualiti drama tempatan kita meningkat?

J: Pada saya, drama tempatan makin matang dari aspek perkembangan dulu hingga kini. Namun, apa yang membuatkan saya bimbang adalah jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan.

Walaupun, apa yang dipaparkan sebenarnya hanya segelintir perkara yang berlaku dalam masyarakat, tetapi ia menjadi kebiasaan pada penonton apabila kerap dijadikan bahan pada drama mahupun filem.

Ketika saya belajar di AS suatu ketika itu, saya menonton drama atau filem dari AS atau Mexico yang menampakkan masyarakat negara mereka tidak matang. Perlu kita ambil tahu, drama sebenarnya turut melambangkan bangsa itu sendiri.

Cuba bayangkan bagaimana masyarakat luar negara apabila menonton drama tempatan kita dan beranggapan adakah kehidupan masyarakat kita juga sama seperti apa yang dipertontonkan. Benarkah golongan korporat atau kehidupan remaja kita mempunyai banyak masalah?

S: Bagaimana dengan tayangan drama luar negara yang banyak memaparkan adegan yang lebih berani?

J: Tidak dinafikan, drama dari luar negara makin banyak ditayangkan di negara kita. Walaupun penonton kita suka menonton drama luar negara, tetapi ia turut mengeksport gaya hidup yang salah pada masyarakat kita.

Saya berpandangan tayangan drama ini boleh mendatangkan impak negatif pada penonton jika jumlah drama yang ditayangkan tidak dikawal. Jika dulu kita pernah melihat drama yang memaparkan adegan lebih berani diklasifikasi dengan 18SX atau 18SG, tetapi kini ia tidak digunakan lagi.

Stesen TV perlu lebih peka dengan drama luar negara agar ia tidak menjadi penyumbang pada masalah sosial yang lebih kronik. Pelbagai cara dapat kita atasi masalah ini dan jika mahu drama luar negara ditayangkan di negara ini, ia perlu menggunakan klasifikasi yang pernah kita gunakan sebelum ini.

S: Apakah cadangan anda pada produser dan masa depan drama tempatan?

J: Sepatutnya unsur agama kerap dimasukkan pada drama atau filem sebagai penyampaian mesej yang paling berkesan. Jangan hanya gunakan unsur agama sempena hari tertentu saja seperti Maulidur Rasul.

Selain adegan solat, banyak lagi adegan atau perkara menarik lain yang boleh ditampilkan.

Apa yang boleh dikongsi, bagaimana pendekatan agama dapat membantu seseorang menyelesaikan masalah yang dihadapi. Stesen televisyen atau Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga perlu memainkan peranan penting dalam mengawasi drama dan filem kita agar tidak terlalu menjurus pada penyampaian impak negatif. Peranan ini perlu dilakukan awal sebelum ditayangkan pada khalayak.

Saya percaya drama tempatan kita boleh maju jika produser dan penggiat seni kita bijak menggunakan kreativiti yang ada. Tidak perlu paparkan adegan negatif semata-mata mahu beri pengajaran pada penonton. Malah, tidak semestinya drama perlu tonjol watak baik dan jahat.

Saya masih ingat filem hindustan popular, Sangam yang hanya memaparkan watak baik kesemuanya tetapi ia tetap menarik perhatian masyarakat untuk menonton kerana kekuatan cerita dan mesej yang ingin disampaikan. Saya percaya jika drama tempatan kita hanya menggunakan watak baik seperti filem Sangam, ia mampu meraih perhatian penonton.

Saya juga berharap drama tempatan lebih realistik. Tidak perlu pelakon kita pakai bulu mata tebal jika mahu melakonkan adegan tidur. Dalam pada itu, produser perlu lebih menekankan tanggungjawab sosial dalam drama mereka agar penonton mendapat manfaat dari apa yang mereka tonton.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeThu 26 Mar 2009, 8:40 am

Fara Fauzana DI London

Fara Fauzana, krew Melodi, media, Noryn Aziz dan lain-lain diterbangkan ke London sempena promosi penerbangan sulung pesawat tambang murah Air Asia ke London pada 13 Mac 2009 lalu.

Semasa di sana sempatlah Fara bekerja juga untuk dimuatkan dalam program Melodi yang dikelolakannya.

Semasa majlis pelancaran perjalanan sulung itu, Noryn Aziz dan Too Phat mengadakan persembahan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Farah-10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Farah-11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Farah-12
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeThu 26 Mar 2009, 8:59 am

Gambar Terbaru Marcell Dan Rima Melati

aH Ha. Pasangan ni memang intim lagi. Dahulu memang mereka berdua ni asyik menjadi perbualan hangat pasal perkahwinan mereka yang penuh kontroversi. Ha yang ni gambar terbaru mereka yang sedang berada di Jakarta. Rima juga belum menunjukkan lagi perutnya 'berisi'.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Marcel10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Marcel11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Marcel12

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Marcel13

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Marcel14
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeThu 26 Mar 2009, 9:02 am

Bekas isteri Aziz M. Osman sokong Puteri Umno

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Bekas_10

BEKAS isteri produser Aziz M. Osman, Nor Radhiah Ramli, 23, dari Kuala Terengganu hadir ke Perhimpunan Agung Umno 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini bagi menyokong barisan Puteri Umno.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeThu 26 Mar 2009, 9:03 am

Gambar Anak Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Beri Sokongan Masa Pemilihan UMNO

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Izzana10

ANAK kepada Timbalan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil iaitu Wan Izran Salleh, 25, dan Wan Izzana Salleh, 22, sanggup 'turun padang' dan melupakan karier masing-masing buat seketika untuk memberikan sokongan kepada ibu mereka.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Izzana11
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeThu 26 Mar 2009, 9:05 am

Siti Nurhaliza giat dengan aktiviti seni, tangguh dulu soal anak

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Siti_n11

MASUK tarikh 1 April ini, genaplah 14 tahun penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 30, dalam industri seni hiburan tanah air.

Tarikh itu juga bersempena dengan pelancaran album pertamanya, Siti Nurhaliza pada 1 April 1996 yang memuatkan lagu popular Jerat Percintaan.

Menurut penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini, mulai 1 April juga dia akan kembali sibuk dengan aktiviti seni dan promosi album yang tertangguh demi menghormati pemergian bapa tersayang, Tarudin Ismail ke Rahmatullah pada 15 Februari lalu akibat serangan jantung.

Difahamkan, antara program yang melibatkan Siti adalah undangan persembahan sempena Keputeraan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra di Kelantan, Anugerah Kajai, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 dan program televisyen Jangan Tidur Lagi di TV3.

“Dalam bulan April ini saya agak sibuk dengan pelbagai aktiviti seni.

“Tambahan pula, bulan depan juga merupakan ulang tahun saya dalam industri ini. Saya merancang untuk menyambut ulang tahun tersebut dengan peminat.

“Dalam masa yang sama, saya sedang dalam perancangan membuat konsert amal secara solo di Istana Budaya yang dijangka akan dilakukan pada bulan Jun nanti,” ulas Siti mengenai konsert yang dianjurkan oleh badan amal Yayasan Nur Jiwa miliknya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa.

Tambah Siti, sebolehnya dia ingin menginspirasikan corak Konsert Celine Dion di Las Vegas ke dalam konsert solonya itu.

“Tetapi saya tahu kosnya agak tinggi dan ‘mengukur ikut baju sendiri’. Saya akan membuat persembahan mengikut standard saya dan pastikan orang akan ingat persembahan itu sampai bila-bila,” ulas Siti.

Disebabkan sibuk memenuhi tuntutan kerja, Siti berkata dia terpaksa melupakan soal anak buat sementara waktu.

“Sekarang, saya nak fokus kepada konsert dan melupakan dulu tentang anak. Lagipun, rezeki anak belum ada lagi.

“Saya nak buat tak tahu sahaja,” ujar Siti yang semakin kurus seperti zaman mudanya dulu.

Diaju tentang perubahan tersebut, Siti berkata dia kurus selepas kembali melakukan latihan di gimnasium.

“Kalau dulu berat saya mencecah 61 kg, sekarang berat saya sudah turun 56 kg.

“Tetapi, saya masih tak puas hati dan mahu berat 55 kg biar nampak ‘maintain’,” katanya ketika sidang media majlis makan tengah hari Minggu Setiausaha 2009 di Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur, semalam.

Secara eksklusifnya, Siti kembali menjayakan Minggu Setiausaha bersama Quality Hotel buat kali keenam.

Siti berkata jika dulu dia selalu menggunakan khidmat pengarah muzik Aubrey Suwito tetapi kali ini Aubrey tidak dapat bersama-sama Siti kerana sibuk dengan program One In A Million.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Siti_n10


“Kali ini saya akan menyanyi tidak lebih daripada 10 buah lagu dari album terbaru termasuk lagu-lagu popular saya dengan bantuan ‘live band’ oleh pengarah muzik Jenny Chin dan lima hingga enam penari.

“Lagu hits saya pula akan mewarnai segmen lagu nostalgia. Saya akan beritahu segmen menarik itu nanti kerana selebihnya peminat perlu datang dan menontonnya sendiri.

“Saya hanya akan melakukan persembahan seorang diri tanpa bantuan artis lain memandangkan kita sudah ada penglipur lara iaitu Dee,” beritahu Siti mengenai majlis yang sekali lagi melantik Dee sebagai pengacara majlis buat kali keenam.

Kali terakhir Siti menyertai majlis tersebut adalah pada dua tahun lalu. Tahun ini, Siti akan menjayakan persembahan tersebut pada 22 April ini manakala penyanyi Indonesia Kris Dayanti pada 21 April di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur.

“Apa yang membuatkan saya terpanggil untuk menyertai Minggu Setiausaha ini disebabkan rindu kerana biasanya saya hanya membuat majlis makan malam.

“Saya juga menerima tawaran ini atas hubungan baik antara saya dan Quality Hotel dan mereka tidak lupa menjemput saya membuat persembahan,” beritahu penyanyi yang sedang popular dengan lagu Dalam Taman Teman, Cinta Ini dan Ada Masa Mata ini yang dimuatkan dalam album Lentera Timur.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeThu 26 Mar 2009, 9:08 am

Rani dan Zinta sudah tak laku kerana Genelia

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Rani110


Rani dan Preity Zinta sudah tidak selaris dulu lagi kerana ada wajah baru seperti Genelia.

AKTRES Rani Mukerji dan Preity Zinta sudah terasa sangat usia mereka yang semakin tua.

Berlainan dengan sahabat mereka Aishwarya Rai yang masih lagi menerima tawaran berlakon yang menarik, Rani dan Zinta terpaksa berhati-hati memilih watak yang mereka akan mainkan.

Ini adalah kerana mereka sudah tidak mendapat tawaran selebat dulu lagi.

Mungkin juga silap Rani sendiri yang 'mengeksklusifkan' dirinya kepada kem ‘Yash Raj’. Sudahlah begitu, Rani juga sudah tidak mendapat endorsemen dari mana-mana pihak, begitu juga dnegan Zinta.

Tempat mereka seperti sudah diambilalih oleh si comel Genelia yang kini menjadi rebutan untuk iklan minyak rambut Vatika dan Fair and Lovely.

Setelah menggantikan Rani untuk komersial Fanta, Genelia kini mengambilalih tempat Zinta pula untuk iklan komersial Cadbury Perk.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeThu 26 Mar 2009, 9:32 am

Dengarnya... Bosan sikap 'Raja SMS'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Mainp125
Mawi wajar lebih berhati-hati jika mahu terus kekal bertahta di hati peminat.


SEJAKakhir-akhir ini, ada beberapa cerita kurang enak yang Cik Normah dengar mengenai penyanyi lelaki nombor satu negara, siapa lagi kalau bukan Asmawi Ani.

Pertama sekali Cik Normah nak minta maaf kepada peminat Mawi,janganlah sensitif sangat dengan teguran Cik Normah kepada penyanyi yang sedang berbahagia dengan wanita bernama Ekin. Cik Normah tegurbukan kerana bencikan Mawi, sebaliknya Cik Normah sayang dan tidak mahu Mawi hanyut dengan populariti yang boleh memamah dirinya.

Baru-baru ini seorang teman mengadu kepada Cik Normah mengenai sikap Raja SMS ini. Katanya, Mawi diundang untuk membuat persembahan pada Konsert Belia Malaysia Cintakan Kedamaian. Dalam kontrak sudah tertera Mawi perlu menyanyi dan membaca puisi bersama isteri tersayang.

Pada hari dijanjikan, Mawi menepati janjinya untukdatang ke konsert berkenaan ditemani isteri tercinta yang turut sama diundang membaca puisi mengenai kedamaian. Tapi apa yang membuatkan penganjur kecewa dengan sikapnya apabila diminta mendendangkan sebuah lagu, Mawi berkeras tidak mahu menyanyi dengan alasan tiada dalam kontrak yang ditandatangani.

Puas juga penganjur memujuk berkali-kali dengan cara baik tetapi Mawi tetap enggan. Dia hanya mahu baca puisi dengan Ekin saja.Teman Cik Normah pun tak tahu kenapa Mawi bersikap begitu. Agaknya diatidak boleh menyanyi kot kalau Ekin tidak ada di sisinya. Kalau tahu macam tu, bawa saja Ekin naik pentas menemani dia menyanyi atau jadi penari latar.

Atau kalau susah-susah sangat, lepas ni kita minta Maestro buat album duet Mawi dan isteri kesayangannya itu. Iyalah, industri hiburan kita ni pun sudah ketandusan penyanyi duet sejak tempat itu dikosongkan pasangan duet Ajai dan Nurul.

Yang membuatkan teman Cik Normah panas, kalau iya pun tak mahu menyanyi, tolaklah secara elok. Ini tidak, sudahlah dia tidak banyak cakap, siap buat muka tak kuasa dengan teman Cik Normah.

Cik Normah bukannya apa, risau juga nanti populariti Mawi merudum, macam mana pula? Lagi pun Cik Normah ada juga dengar cerita tahun ini tiada penganjur yang mahu memanggil Mawi untuk jayakan Minggu Setiausaha. Tak tahu pula Cik Normah apa sebabnya, cuma nasihat Cik Normah kepada Mawi, berhati-hatilah kerana dunia ini ibarat roda ada masanya kita di atas dan tidak mustahil satu hari nanti kita akan berada di bawah. Jadi berhati-hatilah...!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeThu 26 Mar 2009, 9:34 am

Bila gigi besi Nana dah takde...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 12810

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 22110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 31410
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeThu 26 Mar 2009, 11:47 am

Bangganya Awie

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Awiefa10
Awie doakan kebahagiaan Arni


Patah tumbuh hilang berganti, begitulah juga dengan kisah artis-artis popular tanah air kita. Hilang yang lama, sudah pasti ada pelapis yang baru.

Begitu jugalah Awie dan bekas isterinya Arni. Jika Awie sudah lama bertemu penggantinya, baru-baru ini Arni pula mewar-warkan yang dia bakal bertemu jodoh dengan kawan lamanya sendiri. Dan ketika bertemu Awie di lokasi penggambaran filem Dimensi Cinta, baru-baru ini, SINAR HARIAN sempat bertanya reaksinya.

揂lhamdulillah dia telah bertemu jodoh baru. Dia tak bagi tahu pun pada saya yang dia nak berkahwin dengan kawan lamanya. Mungkin jodohnya dah sampai.

揂pa pun saya cuma minta satu perkara. Bila sampai giliran dia ambil anak-anak, tumpukanlah perhatian kepada anak-anak walaupun cuma untuk dua hari (Sabtu dan Ahad) bersama. Saya tak naklah ada sebarang konflik kemudian hari sebab anak-anak sedang membesar. Jangan sampai ke telinga saya apa yang tak patut didengari,?komen Awie jujur.

Menurut Awie, dia tidak kisah sama ada dia akan dijemput ataupun tidak sebaliknya dia mendoakan kebahagiaan Arni. Arni sudah pasti berfikir panjang dan membuat pilihan tepat bagi dirinya.


Terharu pengorbanan isteri

Bila ditanya tentang kehidupannya kini, Awie terus mengatakan yang dia amat bersyukur. Dia semakin bahagia kini dan keserasian semakin baik serta kukuh antara dirinya dengan isteri, Rozana Misbun.

揑steri saya dah semakin memahami saya dan sebagai seorang ibu, dia tak pernah nak bandingkan antara anak tiri dan anak kandung sendiri. Anak-anak saya yang dulu pun rapat dengan mummy mereka tu. Saya suka tengok anak-anak saya membesar di depan mata saya.

揂nak sulung saya, Puteri Aleeya Antasha dah berumur sembilan tahun manakala Puteri Alifa Antasha dah berumur tujuh tahun. Putera saya pula, Putera Ahmad Merah dah berumur dua tahun dan yang bongsu Putera Ahmad Rezzki dah berumur tujuh bulan memang sentiasa berada dalam kawalan saya.


揝aya tengok ada antara anak saya ni suka menyanyi. Merah pun dah pandai 慘ung-Fu?dengan saya dan yang paling menonjol sekali anak kedua tu, dia dah pandai dan boleh menghafal lirik lagu saya. Bagi saya, inilah pengorbanan isteri saya yang tak terbalas dan tak mampu saya nak bayar. Dan kerana itulah, kalau saya cuti, saya pastikan waktu itu 24 jam saya bersama mereka,?kata Awie sambil memuji isterinya.

Menurut Awie, dia tidak menghalang jika satu hari nanti anak-anaknya ingin menceburi bidang hiburan. Baginya itu terpulang kepada rezeki namun apa yang diutamakannya sekarang ialah pendidikan mereka.

p/s..kompius jap..awie bangga dan ber'TQ ngan bini coz anak2 dia suka nyanyi, hapal lirik ngan berkunfu...uwaaaaa...kalau bangga coz ngajar ngaji, berzikir ke hapal quran ke leh la bangga ngan ucap makaseh bagai...
Back to top Go down
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP
eira ariyana

Number of posts : 3481
Age : 42
Location : Kampung Melayu Subang++
Registration date : 09/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeThu 26 Mar 2009, 12:01 pm

hi sally cyg... lama xborak gan hang kan. anybody home??
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeThu 26 Mar 2009, 2:18 pm

btui la eira.......lame xborak...rindunya!! cinta
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeThu 26 Mar 2009, 3:28 pm

Faizal Tahir Minta Maaf kepada Kak Nita

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Faizal10


Semuanya berpunca sewaktu sidang media Minggu Setiausaha yang menggandingkan Faizal dan diva tersohor tanahair, Anita Sarawak yang mana Faizal tiba lewat sejam di sidang media itu, sedangkan Anita yang mesra disapa Kak Nita sampai tepat pada masanya.

Malah, sikap Faizal yang langsung tidak meminta maaf atas kelewatan itu dan terus mengambil tempatnya membuatkan banyak pihak di sidang media tersebut termasuklah wartawan cukup bengang dengan penyanyi ini.
Faizal ketika itu hanya memberikan alasan bahawa dia terperangkap dalam kesesakan lalulintas gara-gara hujan lebat.

"Saya kalau boleh tidak mahu hal ini diperbesarkan. Tetapi, saya ingin jelaskan apa yang terjadi pada hari itu sebenarnya adalah salah faham antara pihak saya dan penganjur.

"Pada awalnya, saya dan pengurus saya diberitahu kami perlu berada di sidang media tersebut paling lewat pun pada pukul 3.30. Saya akui saya sampai di sana terlewat sedikit sekitar jam 3.45, tetapi saya tak sangka pula sebenarnya saya sudah terlewat hampir satu jam.

"Saya terkejut bila baca dalam akhbar beberapa hari kemudian yang mengatakan saya tidak hormat penyanyi senior kerana tiba lewat sejam. Dari situlah baru saya sedar yang sebenarnya sidang media itu sepatutnya bermula pukul 3 petang.

"Kalau saya tahu hal tersebut pada hari itu juga, saya pasti akan minta maaf. Tetapi tidak mengapalah, saya tidak menyalahkan mana-mana pihak pun.

"Ini adalah satu salah faham saja, jadi tidak ada apa yang perlu diperbesarkan. Saya akan minta maaf dengan Kak Nita jika ada kesempatan bertemu dengannya di mana-mana nanti," tutur Faizal yang ditemui pada sidang media sempena Minggu Setiausaha anjuran Me & U Creative di Bora Ombak, Ampang, semalam.

Menurut penyanyi berusia 30 tahun ini, dia tidak mahu lagi mengulas lanjut tentang hal tersebut dan akui akan lebih berhati-hati untuk apa jua perkara selepas ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeThu 26 Mar 2009, 3:49 pm

Gambar Lisa Surihani Tanpa Makeup

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Lisa_s10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Lisa_s11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Lisa_s12

Gambar Lisa Surihani tanpa make up ni aku dapat dari email yang diforwardkan. Tapi gambar Lisa Surihani tanpa make up tu tak menampakkan sepenuhnya kecantikan Lisa Surihani, jadi aku close up kan gambar ni untuk tatapan korang.
Menurut pengforward email, gambar ini adalah gambar Lisa Surihani pada Roadshow Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH 2008) yang berlangsung di Kuantuan baru-baru ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeThu 26 Mar 2009, 3:54 pm

Siti nak buat konsert solo

"Mungkin dah sampai masanya untuk Siti buat-buat tak tahu pula, biarlah ia datang secara sendiri. Itu juga yang disarankan doktor" – SITI

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Hi_01_68


BUKAN April Fool, sebaliknya tarikh 1 April 2009 nanti menjadi tarikh paling bermakna dalam catatan peribadi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin. Menjelang detik itu nanti, genaplah 14 tahun Siti terlibat dalam dunia seni.

"Tarikh itu merupakan tarikh album pertama Siti, album yang mengandungi lagu Jerat Percintaan dilancarkan.

"Bagi Siti, tarikh itu tarikh penting, tanda permulaan langkah Siti sebagai penyanyi," luah Siti dalam senyum menguntum.

Cuba mengagak apa yang tersimpan di benak Siti, penyanyi yang sedang sibuk mempromosikan album terbarunya, Lentera Timur, itu diselidik dalam-dalam. Emosi Siti juga seperti mengizinkan semua perancangannya dapat dikongsi bersama.

Masuk tahun ke-14 bergelar anak seni, banyak sudah ranjau dan 'emas' yang diraih Siti Nurhaliza dan sampai ke tahap ini, Siti masih mempertahankan segala apa yang dimiliki sedaya termampu.

"Banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya menyebabkan banyak benda tertangguh. Sekarang fokus saya ialah kembali kepada karier.

"Bulan April ini Siti kembali sibuk. Pada 1 April, Siti akan ke Kelantan menjayakan konsert keputeraan baginda Sultan Kelantan, kemudian terlibat dengan Anugerah Bintang Popular dan seterusnya Anugerah Industri Muzik," beritahu Siti bersemangat.

Dalam perancangannya juga, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) itu sedang berkira-kira melestari satu impian besarnya, impian muncul dengan konsert solo di pentas gah bernama Panggung Sari, Istana Budaya (IB).

Kata Siti juga, konsert tersebut sememangnya menjadi hasratnya bagi meraikan tahun ke-14 bergelar anak seni.

"Asyik bercerita tentang konsert, tapi kali ini Siti mahukan sebuah konsert solo di IB. Sebelum ini bukan Siti tidak pernah buat konsert di IB. Siti pernah terlibat dengan konsert Sudirman dan konsert P. Ramlee tapi belum pernah ada konsert yang betul-betul diisi dengan lagu-lagu daripada album Siti.

"Jika perancangan itu menjadi, Siti mahu ia menjadikannya sebuah konsert yang benar-benar meninggalkan kesan. Kalau boleh Siti mahu menggunakan segala kecanggihan dan teknologi yang ada di IB bagi memberikan sokongan fizikal terhadap persembahan di sana kelak," jelas Siti yang menjadikan konsert penyanyi pujaannya Celine Dion di Las Vegas sebagai inspirasi konsert solonya di IB kelak.

Alangkah indahnya, kata Siti, jika konsert solonya nanti dapat direalisasikan di pentas persis sebuah muzikal broadway serta lengkap dengan imej di skrin besar.

"Konsert Celine itu sekadar inspirasi tetapi untuk menjayakan nanti, Siti akan ukur baju di badan sendiri. Apa yang termampu oleh Siti sahaja," kata Siti yang akan memulakan penggambaran video klip terbarunya, Di Taman Teman tidak lama lagi.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Hi_01_69
SITI dan pengurusan kanan Hotel Quality City Center Kuala Lumpur sempat merayakan hari gembira mereka.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Hi_01_70
SITI tidak mahu lagi menekan jiwa sendiri dengan keinginan untuk mengandung dalam waktu terdekat.


Daripada butir tuturnya, Siti seperti sudah mengalihkan perhatiannya yang selama ini terlalu memikirkan soal anak.

Persoalan bilakah perkongsian hidupnya bersama Datuk K itu bakal diserikan dengan kehadiran zuriat kandungannya sendiri seperti sudah tidak mahu diendahkan Siti buat sementara waktu.

"Cukuplah. Sekarang Siti tidak mahu tertekan dengan perkara-perkara begitu. Selama ini Siti terlalu fokus dan tumpukan banyak perhatian namun tiada apa-apa yang berlalu.

"Mungkin dah sampai masanya untuk Siti buat-buat tak tahu pula, biarlah ia datang secara sendiri. Itu juga yang disarankan doktor," kata Siti yang kini berazam mahu menurunkan lagi berat badannya.

Pernah satu ketika berat badannya mencecah 61 kilogram, Siti kini agak berpuas hati dengan berat badannya, 56 kilogram.

"Siti nak kurus lagi, kalau boleh nak dapatkan berat 55 kilogram, Siti juga dah mula pergi ke gim," katanya ketika ditemui selepas sidang media pelancaran persembahan eksklusifnya untuk Minggu Setiausaha anjuran Hotel Quality City Center Kuala Lumpur di ibu negara kelmarin.

Kembali meriahkan Minggu Setiausaha

Tahun 2009 menyaksikan kehadiran semula Siti Nurhaliza untuk memeriahkan Minggu Setiausaha setelah dua tahun menyepikan diri dari musim persembahan khas untuk para setiausaha dan majikan yang disambut di seluruh dunia itu.

Bertempat di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE di Jalan Duta, Siti bakal menghiburkan peminat dan pengunjung persembahannya pada 22 April nanti.

Apakah yang membuatkan Siti terpanggil untuk menerima tawaran menjayakan musim persembahan Minggu Setiausaha tahun ini, itu antara yang menjadi persoalan.

"Selama dua tahun lepas, Siti sibuk dengan banyak agenda dan ada urusan lain yang harus diutamakan. Sebenarnya selama tidak menjayakan Minggu Setiausaha, bukannya Siti tidak rindukan suasana berkenaan.

"Konsep persembahan Minggu Setiausaha ini memang menarik dan ia satu konsert khas untuk setiausaha dan para majikan, jadi ia sebuah konsert yang menarik untuk dijayakan," kata Siti yang masuk kali keenam menjayakan Minggu Setiausaha anjuran Hotel Quality City Center.

Bukan Siti seorang, sebaliknya persembahan Minggu Setiausaha anjuran hotel berkenaan turut mengundang penyanyi hebat dari Indonesia, Kris Dayanti untuk menghiburkan para setiausaha dan bos serta peminat.

Meletakkan dua nama besar, Siti dan Kris, Hotel Quality City Center sengaja tidak menyatukan penyanyi itu di atas pentas yang sama.

Alasan pihak hotel, tidak mahu peminat kedua-dua penyanyi berkenaan berasa terkilan kerana tidak puas berhibur bersama idola mereka.

Bahkan, menurut Siti, jika dirinya dan Kris mahu digandingkan di atas satu pentas, tempat yang dipilih dan skala persembahan haruslah lebih besar supaya dapat memuaskan hati semua pihak.

"Memandangkan ini persembahan untuk Minggu Setiausaha dan sekadar sebuah persembahan mini, Siti rasa lebih baik jika hanya seorang penyanyi yang menghiburkan pengunjung untuk sesebuah persembahan dalam satu masa.

"Untuk persembahan Siti nanti, masa yang diperuntukkan sekitar 45 minit tapi biasanya akan meleret sehingga satu jam atau satu jam setengah," kata Siti yang berjanji mahu menyampaikan tidak kurang daripada 10 buah lagu buat semua pengunjung ke persembahan eksklusif Minggu Setiausaha nanti.

Tahun ini juga menjadi tahun ke-10 buat hotel berkenaan menyambut dan menjayakan persembahan Minggu Setiausaha.

Tiket-tiket untuk Minggu Setiausaha eksklusif bersama Siti dan Kris berharga RM280 hingga RM580 kini sudah dibuka untuk tempahan dan jualan. Hubungi 03-2693 9233 untuk maklumat lanjut.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 10:39 am

(Gambar) Ekin di Perhimpunan Agung Umno ke-59

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Ekin210


Kehadiran selebriti, Nora’asikin Rahmat, 29, atau lebih dikenali sebagai Ekin di gerai jualan sempena Perhimpunan Agung Umno ke-59 di sini, semalam, mengundang perhatian bukan saja perwakilan, malah pengunjung serta peniaga.Ekin datang bersama kembarnya, Nora’ain atau Aien, mengakui tidak menyangka keadaan sedemikian kerana tujuannya ke situ hanya mahu melihat gerai jualan di kawasan terbabit.

Dia menjadi bahan usikan kerana masih ramai menganggapnya pengantin baru.

“Keadaan ini menyebabkan saya malu dan tersipu-sipu kerana tidak tahan dengan usikan mereka.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Ekin11


Ekin berkesempatan mempromosikan tudung koleksi Ariani, terutama Tiara Umno yang direka khas sempena perhimpunan itu.

Menurut Penolong Pengarah Urusan syarikat mengeluarkan tudung itu, Norhana Sharkhan, pihaknya menyediakan 200 tudung rekaan khas itu untuk menambat hati perwakilan Wanita dan Puteri selain tetamu kenamaan.

Katanya, tudung itu direka pakar menggunakan batu berkualiti, swarovski yang ditata hias menjadi lambang Umno.

“Kami datangkan dalam dua warna menarik iaitu merah melambangkan Wanita Umno, manakala merah jambu untuk Puteri dengan harga antara RM129 hingga RM149 sehelai bergantung kepada saiz.

“Saya percaya tudung Tiara Umno bakal menarik perhatian perwakilan dan tetamu dijadikan cenderamata,” katanya yang mensasarkan jualan lebih RM50,000 sehari.

Selain Tiara Umno, Ariani menawarkan tudung pelbagai jenis, termasuk selendang dan tudung diperagakan Ekin pelbagai peringkat masyarakat daripada harga serendah RM69 sehingga RM250.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 10:42 am

imej terbaru faizal tahir

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Peja1110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Peja2210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Peja3310

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Peja4410
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 10:45 am

Eira Syazira semakin seksi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Eira-s10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Eira-s11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Eira-s12
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 10:47 am

duit berlakon pondan haram?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Pona10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Pon210
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 10:49 am

Rahsia bob susut

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Bob-ku10


Bob sekarang semakin hari semakin susut badannya. Walaupun belum agi boleh dkatakan langsing namun Bob sudah nampak banyak perubahan.

Apa amalan Bob ya? Jangan pula buat fitnah Bb sedut lemak pula, sia-sia Bob berhempas pulas di pusat kecergasan Finess First.

"Sekarang berat badan saya sekitar 80kg sahaja, dulu saya pernah mencecah 95kg. rahsia saya... saya amalkan dietlah, bukan tak makan nasi langsung, tapi makan juga sekali sekala dalam jumlah yang sikit.

"Saya juga aktif di gym. Kalau tak sibuk, saya akan ke gym lah. Kalau ada banyak kerja sebelah siang, saya ke gym lewat sikitlah," kata Bob yang seronok bercerita pasal berat badannya.

Sekarang Bob sudah boleh bergaya dengan baju yang mengikut susuk tubuh. Bob akui sejak badan semakin kurang berat ini dia boleh bergerak dengan lebih aktif.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 10:51 am

Gosip Eira Syazira Dengan Ryzal?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Eirary10


Pelakon popular yang didakwa menyulam cinta dengan Ryzal iaitu Eira Syazira mengaku dia mula mengenali Ryzal selepas terlibat dalam penggambaran drama bersiri 26 episod, Issandra kira-kira empat bulan lalu.

“Saya memang berkawan dengan Ryzal. Dia adalah seorang lelaki yang peramah dan menghormati orang lain sepanjang tempoh perkenalan kami.“Saya okey sahaja berkawan dengan dia, namun perhubungan kami sekadar macam kawan biasa. Cuma tiadalah sampai ingin bercinta dan mempunyai hubungan istimewa.

“Selebihnya saya enggan komen lebih-lebih kerana saya tidak selesa apabila kisah peribadi saya menjadi tajuk perbualan di media cetak dan elektronik.

“Janganlah masyarakat mensensasikan persahabatan saya dan Ryzal. Saya baru sahaja hendak melibatkan diri dalam lapangan seni sekali gus melakar nama sebagai pelakon.

“Kalau perihal peribadi terlalu diuar-uarkan, tetapi mutu lakonan saya masih belum dapat dibuktikan kepada umum, kesudahannya saya juga yang dapat malu kelak.

“Saya merayu sangat agar gosip ini dihentikan. Berilah ruang kepada saya untuk meneruskan kerjaya lakonan berbanding bercakap bab cinta dan perkara remeh-temeh,” luah wanita berusia 25 tahun itu mohon dimengertikan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 11:31 am

Aktiviti Diana Danielle di PLKN

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Dd10

Wah. Artis remaja seorang ni sedang giat dalam aktiviti di PLKN kem Princess Heliza. Selain dari itu, dalam keadaan kepenatan pun dia masih boleh tersenyum lagi. Apakan tidak, sudah ada pengalaman dalam bidang lakonan. Jadi tiada masalah dalam mengharungi cabaran. Gambar di bawah merupakan diantara aktiviti DD, selain daripada aktiviti kawad, menarik tali dan juga memotong bawang. Ahaks.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Dd110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Dd210
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 12:26 pm

Sampai Seru Serina

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Mainp126


USAH diungkit kisah cintanya yang tidak menjadi. Hakikatnya, pengalaman itu mematangkan hidup gadis ini. Dua kali menyulam kasih yang tidak kesampaian membuatkannya berfikir panjang dalam mencari cinta baru.

Namun, tiada istilah putus asa dalam kamus hidupnya. Nalurinya masih seperti gadis lain yang mahu dibelai insan bernama lelaki. Sekian lama bersendirian, perkenalan dengan seorang jejaka menyinari kembali hidupnya.

Pinta Serina Redzuawan, biar hubungannya kali ini menjadi. Tidak mampu lagi menanggung keperitan cinta tidak kesampaian. Pedihnya bukan kepalang, derita yang ditanggung pula berbulan-bulan menikam diri.

“Alhamdulillah, kini saya mula mengenali hati budi seorang lelaki. Enam bulan berkawan, kami mula serasi. Malah, dia faham kerjaya saya sebagai anak seni meskipun dia tidak terbabit dalam dunia ini. Yang penting, ayah saya juga menyukainya.

“Siapakah gerangan lelaki itu, biar ia dirahsiakan dulu. Yang boleh saya katakan, dia usahawan dan berusia 32 tahun. Insya-Allah, jika ditakdirkan ada jodoh di antara kami, pasti saya akan memberitahu peminat siapa orangnya,” jelas anak gadis selebriti masakan terkenal, Chef Redzuawan Ismail atau Chef Wan ini.

Usia yang menganjak 26 tahun dirasakan cukup ranum untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri. Hatinya juga kuat mengatakan dia bersedia untuk berumahtangga.

“Di kalangan rakan, semuanya bersuami. Ayah juga sering bertanya bila saya mahu berkahwin. Jawab saya berseloroh, walaupun bersedia, lamarannya belum diterima.

“Begitupun, saya harap jodoh kami dipanjangkan hingga ke jinjang pelamin. Dua kali hubungan dijalin tidak kesampaian membuatkan saya serik untuk bercinta lagi. Harap-harap apa yang diusahakan kali ini menjadi,” katanya.

Menyentuh soal kerjaya, Serina tidak canggung bergelar pengacara. Mula mencuba bakat menerusi program muzik Latido, lagak bersahaja yang dipaparkannya menerusi segmen berunsur majalah TV berkaitan program masakan berasaskan koko mendapat perhatian ramai. Kini ia bersambung untuk musim keempat pula.

“Cabaran dan tanggungjawab sungguh besar apabila mahu menarik minat generasi masa kini daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk lebih mengetahui perihal komoditi pertanian ketiga terbesar di negara ini yang banyak menyumbang kepada pendapatan negara.

“Ramai tidak tahu, koko sebenarnya mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan tubuh. Bukan itu saja, malah bahan di dalam koko boleh digunakan untuk membuat produk kosmetik seperti losyen dan sabun,” katanya.

Tambah Serina, rezekinya datang bergolek dalam dunia pengacaraan, lebih-lebih lagi ketika berpeluang menjelajah seluruh negara apabila mengacarakan program berentak pelancongan, Zoom Malaysia.

“Berkesempatan mendaki Gunung Kinabalu, melihat kecantikan semula jadi hidupan laut, kehijauan hutan dan budaya masyarakat Orang Asli mengajar saya pelbagai perkara.

“Saya sungguh puas mengacara program begini, walaupun ia hanya disiarkan dua minit sebelum dan selepas Berita Perdana di RTM. Tambah lagi, pelbagai perkara berguna dapat dipelajari ketika menjelajah negeri orang,” katanya.

Selain itu, Serina turut berpeluang mengacarakan satu lagi program masakan berjudul Sajian Kontemporari untuk siaran RTM.

Terbaru, aktres muda ini mula melangkah kembali dalam dunia teater. Memegang watak Dara, gadis lemah lembut dan dipenuhi dengan emosi di dalam teater berjudul Semerah Padi sungguh berbeza dengan watak yang sinonim dengan dirinya.

Akui Serina, bukan mudah mahu membawa watak begitu, lebih-lebih lagi perilakunya sedikit kasar. Begitupun, apabila menjiwai watak yang diberi, sifat lemah lembut itu lahir dengan sendiri tanpa perlu dibuat-buat.

“Mulanya, memang sukar menjelmakan watak gadis lemah lembut dan sentiasa berendam dengan air mata. Namun apabila mendalami watak berkenaan, ia lahir secara automatik.

“Jika ada yang perasan, teater arahan Khusairy Mahayuddin ini diangkat menerusi filem lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee berjudul sama satu ketika dulu.

“Menariknya, selain dapat memperbaiki mutu lakonan, saya berpeluang mendalami selok-belok agama kerana teater ini mengisahkan perjuangan sebuah kampung bernama Semerah Padi di mana penduduknya sangat patuh dengan ajaran Islam.

“Bagi mereka yang mahu menonton teater ini, kedatangan anda dialu-alukan ke Panggung Bandaraya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula 10 hingga 12 April ini. Menariknya, tiada bayaran dikenakan,” katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 12:27 pm

Giliran Ashraf, Zamaera

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Mainp127


PUAS mencari mereka yang layak bergelar pengacara kids@fgw. Memandangkan ia program pagi dengan rating penonton paling tinggi, penapisan ntv7 perlu lebih ketat.

Fokus utama, mereka harus bijak. Paling penting petah berbicara, kreatif dan berkeyakinan tinggi. Sesi demi sesi uji bakat diadakan, akhirnya gelaran itu menjadi milik Ahmad Ashraf Abdul Rashid dan Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafilen.

Menyelami perasaan mereka, siapa yang tidak gembira terpilih bergelar perantara program berkenaan. Lebih menarik, Ashraf yang tidak pernah menyimpan angan-angan untuk bergelar pengacara.

“Mulanya, seorang rakan yang berhajat mahu mencuba uji bakat itu meminta saya menemaninya. Tanpa berfikir panjang, saya menurut ajakannya itu dan dalam masa sama, nama saya turut dimasukkan dalam senarai calon yang hadir.

“Mahu atau tidak, saya sekadar mencuba. Selepas beberapa minggu, pihak ntv7 menelefon dan memaklumkan saya terpilih untuk sesi kedua. Mulanya, terkejut juga. Lagipun, saya sendiri tidak pernah terfikir akan bergelar pengacara,” katanya.

Tambah anak muda berusia 18 tahun ini, dia memandangnya sebagai rezeki dan medan untuk meluaskan pengalaman serta mempelajari banyak perkara. Katanya, pengalaman itu ilmu terbaik untuk dipelajari.

“Sejak bergelar pengacara dan selepas selesai mengacarakan beberapa siri untuk program ini, minat itu mula timbul. Sedikit demi sedikit saya mula jatuh cinta terhadap bidang ini.

“Ini pengalaman pertama saya. Tiada pengalaman yang dapat membantu saya dan sebab itu saya perlu banyak belajar mengenai bidang ini. Apa yang penting, saya berpeluang mempelajari banyak perkara baru,” katanya.

Bagi Zamaera pula, minat mengacara sudah ada dalam dirinya. Sebelum ini, anak dara berusia 14 tahun ini pernah mengacarakan program Laba Kids untuk siaran RTM.

“Minat mengacara mula timbul apabila saya berpeluang mengacara program kanak-kanak, Laba Kids. Bergelar hos program itu selama dua tahun, banyak yang saya pelajari dalam bidang ini.

“Begitupun, tidak semuanya sama. Setiap satu memberikan pengalaman berbeza. Misalnya, mengacarakan rancangan ini, khalayak penontonnya lebih besar. Jadi, tekanan untuk memberikan yang terbaik sentiasa ada malah lebih banyak yang saya pelajari apabila mengacarakan program berbentuk urban seperti ini,” jelasnya.

Menyentuh soal serasi, Zamaera tidak canggung digandingkan dengan Ashraf. Walaupun ini pengalaman pertama bagi pasangannya itu, lagak spontan, periang dan sifat peramah dimilikinya membuatkan mereka mudah mesra.

“Bagi saya, keserasian itu mudah dibentuk, asalkan kami berfikiran terbuka. Ditambah pula gelagat Ashraf yang petah berbicara malah saya pula ligat di depan kamera menguatkan lagi gandingan ini,” katanya.

Tambah Zamaera, program ini bukan saja menjadi perantara stesen untuk memaklumkan penonton mengenai program kartun yang mewarnai ntv7 dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari. Sebaliknya, ia turut mengetengahkan pelbagai segmen berguna.

“Selain program kartun, rancangan ini memaparkan informasi pendidikan seni, teknologi, lokasi menarik, komuniti dan aktiviti yang terbaik untuk seisi keluarga.

Dalam mencetuskan golongan remaja yang bijak, program ini turut mempunyai segmen peraduan di mana penonton boleh menguji kepintaran mereka,” katanya yang berdarah kacukan Arab di sebelah bapa manakala ibunya Melayu.

Melihat beberapa personaliti yang berjaya mencipta nama dalam dunia seni berlandaskan program ini seperti Lisa Surihani, Rosdiana Rusdi dan Hafidz, dua pengacara ini turut menyimpan impian yang sama.

Jelas Ashraf, walaupun masih baru tidak salah untuk mereka menyimpan impian bergelar artis suatu hari nanti. Begitupun, mengenangkan usia mereka yang masih muda sudah tentu pelajaran menjadi fokus utama.

“Bagi saya, berpeluang meneroka ruang dalam dunia seni ini menjadi satu bonus besar. Begitupun, saya masih baru manakala Zamaera pula terikat dengan pelajarannya.

“Sebab itu, buat masa ini kami mementingkan pelajaran. Sekurang-kurangnya jika berpeluang bergelar artis suatu hari nanti, biarlah kami menjadi artis yang berilmu,” katanya ringkas.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 12:28 pm

CAK: Linda hamil tiga minggu?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Mainp128


DALAM rancak CAK berbual hal gosip dengan rakan sepejabat petang Jumaat lalu, tiba-tiba CAK dihubungi teman lama yang kini menetap di Jengka, Pahang.
Kalau nak tahu, di sekolah dulu dia memang terkenal kerana selalu menjadi orang terawal menghidu gosip.

Kalau tahu satu cerita, habis dicanang satu sekolah. CAK rasa kalau dia jadi wartawan hiburan, pasti namanya popular seantero Malaya. Maklumlah, cerita artis mana yang dia tak tahu. Sebut saja nama, semua dalam poketnya.

Contohnya ketika dia menyampaikan satu berita kepada CAK ini. Dalam nada kecoh dia bercerita keseronokan bertemu Que Haidar dan Ako Mustapha di acara Kembara TV3 yang berlangsung di Jengka, Khamis lalu.

Selepas Jengka, Kembara TV3 bergerak ke Maran dan bernoktah di Jom Heboh Kuantan. Acara ini bertujuan merapatkan lagi hubungan stesen TV popular itu dengan masyarakat.

Katanya, bukan main ‘sporting’ lagi dua aktor itu melayan penduduk Jengka. Macam-macam program menarik dianjurkan TV3, termasuk sukaneka, malah orang ramai berpeluang bergambar dengan artis pujaan mereka itu.

Namun ada berita lebih menarik. Dalam sibuk melayan pengunjung, Que dengan mesra memberitahu sepatutnya dia ditemani isteri tercinta, Linda Jasmine.

Bagaimanapun, guru tari popular itu tidak dapat hadir kerana perlu berehat di rumah memandangkan dia kini hamil tiga minggu.

Rakan CAK apa lagi, sepantas kilatlah dia menghubungi talian panas CAK. Katanya, biar dia jadi orang terawal yang menyebarkan berita mengejut itu.

Pada kesempatan ini, CAK ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Que dan Linda kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Nampak gayanya impian Que untuk memiliki anak secepat mungkin akhirnya tercapai.

Kepada Linda pula, doa CAK moga sihat dan ceria sepanjang proses kehamilan. Segala aktiviti lasak perlu dikurangkan demi menjaga bayi dalam kandungan. Sekali lagi tahniah diucapkah kepada pasangan romantik ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 12:30 pm

Resse ratu suara

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Mainp129


DALAM filem Freeway yang mula menyerlahkan namanya di Hollywood pada 1996, Reese Withersponn, 32, memegang watak remaja 15 tahun, dia kemudian menjadi gadis berambut perang, tetapi pintar dalam dua filem Legally Blonde manakala watak penyanyi country, June Carter Cash dalam Walk The Line pada 2005 menghadiahkannya Oscar.

Nyata sejak menceburi dunia seni seawal usia tujuh tahun sebagai model kemudian terjun ke dunia lakonan melalui The Man in the Moon pada 1991, kerjaya lakonan Reese terus berkembang dan menjadi pilihan produser.

Selepas muncul dalam Just Like Heaven (2005), Penelope (2006), Rendition (2007) dan Four Christmases (2008), Reese meminjamkan suaranya untuk watak gergasi dalam filem animasi 3D, Monsters vs Aliens.

Nyata Oscar dimiliki tidak mengubah diri Reese sebaliknya terus mendapat perhatian pengarah dan produser kerana bakat dimiliki.

Namun ibu dua anak, Ava Elizabeth Phillippe, 10, dan Deacon Reese Phillippe, 6, ini berkata, anugerah lakonan dimiliki memberi kelebihan dan menguntungkan kerjaya apabila berpeluang bekerja dengan karyawan hebat di Hollywood.

Katanya, menggenggam Oscar yang sememangnya menjadi impian semua karyawan filem Hollywood nyata membuka banyak ruang kepadanya untuk bekerja dengan pengarah hebat dan bertemu produser dan penulis skrip berjaya.

"Ia sememangnya tidak pernah mengubah kehidupan saya, tetapi mengubah persepsi orang terhadap saya. Ia mengubah bagaimana orang melihat bakat saya dan ia sesuatu yang sungguh membanggakan.

"Dalam membuat pilihan tawaran berlakon, saya tidak pernah tetapkan suka filem genre drama atau komedi, tetapi apa yang saya pentingkan ialah watak yang akan saya jayakan.

"Selain melihat skrip yang bagus, apabila membaca skripnya saya melihat watak yang ditawarkan itu ada dalam diri saya," katanya.

Mengenai Monsters vs Aliens terbitan DreamWorks dan mula ditayangkan di pawagam Amerika Syarikat mulai 27 Mac, Reese mengakui ada filem diterima kerana bayaran lumayan dan ada pula kerana wataknya yang mencabar hingga ada peluang meraih Oscar.

Bagaimanapun untuk filem animasi itu, dia terima kerana anak-anak.

Katanya, filem itu menjadi satu karya yang mereka boleh tonton dengan gembira sambil memakai cermin mata 3-D kerana jalan ceritanya sangat menarik.

"Ia mengisahkan raksasa yang dilepaskan daripada pengawasan kerajaan untuk menentang ancaman makhluk asing. Walaupun watak saya masih sebagai ibu, tapi peralihan watak Susan kepada Ginormica, raksasa perempuan merupakan satu detik yang memberi banyak pengajaran.

"Selalunya selepas saya membawa anak-anak menonton filem, saya bertanya pendapat mereka mengenai filem yang baru ditonton. Perkara sama saya lakukan selepas menonton Monsters vs. Aliens.

"Anak perempuan saya berusia 10 tahun berkata pada pendapatnya filem itu mengenai jangan biarkan sesiapa pun memandang rendah terhadap diri kita.

"Saya puji komennya itu. Rasanya dia yang lebih layak duduk di sini untuk bercerita mengenai filem ini.

"Kemudian anak lelaki saya pula berkata, pastikan sotong kurita (octopus) tidak makan planet kita. Ternyata budak lelaki tetap budak lelaki. Saya bangga kerana Eva melihat watak contoh pada Susan, wanita yang bertukar kepada sesuatu yang lebih kuat dalam filem ini," katanya.

Kata Reese, watak Susan mempunyai jalan cerita yang hebat. Reese tahu jika dilakukan dengan sebaiknya, dia boleh memberi inspirasi kepada ramai kanak-kanak.

"Dia seorang yang tidak terlalu memberi pandangan peribadi yang tinggi sedari awal cerita malah tidak mengimpikan sesuatu yang besar untuk diri sendiri. Bagaimanapun dia sanggup melalui satu perjalanana mencabar dengan menjadi raksasa dan mula melihat keupayaan dirinya sebagai satu aset yang hebat.

"Saya suka menjadi seseorang yang berhadapan dengan cabaran identiti dirinya sendiri dan saya rasa kanak-kanak lebih dekat dengan keadaan ini.

"Sebenarnya saiz bukanlah persoalannya, tetapi semangat yang dia temui dalam dirinya. Itu yang menariknya mengenai filem ini," katanya.

Mengenai tema semangat wanita dalam Monsters vs Aliens, Reese mengakui sangat mengagumi Diane Keaton kerana lakonannya yang hebat.

Goldie Hawn cemerlang begitu juga Judi Dench.

"Dalam kehidupan peribadi, saya sangat mengagumi ibu dan juga nenek saya kerana peribadi mereka yang sangat kuat memberi semangat kepada saya dalam menjalani kehidupan. "Saya belajar di sekolah tinggi yang semuanya pelajar perempuan dan mempunyai ramai guru perempuan yang hebat," katanya.

Sebab lain Reese bersetuju terima tawaran ini ialah dapat kembali bekerja dengan Paul Rudd selepas bekerjasama dalam Overnight Delivery pada 1998.

Turut menjayakan filem ini ialah Owen Wilson.

Katanya, bekerja dengan Rudd membuatkan keadaan lebih kelakar kerana tiada orang lain mampu mengucapkan dialog sebaik dia.

"Dia tidak takut menjadi bodoh dalam filem ini," katanya.

Selepas ini ada lagi filem lakonan Reese khusus untuk kanak-kanak, The Bear and the Bow yang juga animasi terbitan Pixar.

Kali ini Reese bekerjasama dengan Billy Connolly kerana filem ini berkisar mengenai cerita dahulu kala di Scotland.

"Sebenarnya saya banyak terima tawaran berlakon filem animasi, tetapi saya sendiri tidak tahu sebabnya. Apakah kerana suara saya kelakar? Apapun watak Susan dan Ginormica memberi kepuasan kepada saya dan kini datang pula watak hebat daripada filem animasi Pixar.

"Wataknya, perempuan bangsawan yang ingin menjadi pemanah handal dan saya perlu bertutur dalam bahasa Scotland zaman dahulu. Apakah saya harus tolak peluang baik ini sedangkan saya memang menantikan peluang berlakon watak hebat walaupun filem animasi," katanya yang turut meminjamkan suaranya untuk The Trumpet Of The Swan (2001).

Dalam kehidupan peribadi, Reese yang bercerai dengan aktor Ryan Phillippe, 34, pada 13 Jun tahun lalu, enggan menoleh ke belakang sebaliknya ingin mencari kebahagian baru apabila kini rapat dengan aktor Jake Gyllenhaal, 28.

Katanya, Gyllenhaal lelaki yang mengkagumkan dan dia benar-benar hebat.

Reese dan Phillippe jatuh cinta ketika sama-sama berlakon Cruel Intentions dan tidak mengambil masa lama untuk berkahwin pada 5 Jun 1999.

Bagaimanapun, rumah tangga mereka mula goyah pada 2006 apabila berpisah dan bercerai secara rasmi tahun lalu.

PROFIL

NAMA SEBENAR: Laura Jeanne Reese Witherspoon

TARIKH LAHIR: 22 Mac 1976

TEMPAT LAHIR: New Orleans, Louisiana, Amerika

TINGGI: 156 sentimeter

BAPA: Dr. John Witherspoon (pakar telinga, hidung dan kerongkong)

IBU: Betty Reese (jururawat)

ANAK: Ava Elizabeth Phillippe (9 September 1999), Deacon Reese Phillippe (23 Oktober 2003)

KERJAYA: Pelakon

FILEM: Monsters vs. Aliens (2009), Four Christmases (2008), Rendition (2007), Penelope (2006), Just Like Heaven (2005), Walk The Line (2005), Vanity Fair (2004), Legally Blonde 2: Red, White & Blonde (2003), Sweet Home Alabama (2002), Legally Blonde (2001) dan Little Nicky (2000).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 12:32 pm

Rozita resah digosip

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Mainp130


HANYA ketabahan hati dan sokongan keluarga serta anak membuatkan Rozita Che Wan tenang menghadapi fitnah dan gosip.
Ibu tunggal kepada dua anak itu bersyukur dengan kejelitaan diberikan Allah, tetapi anugerah itu yang kadangkala membuatkan jiwanya resah kerana acapkali dilanda kontroversi.

HANYA ketabahan hati dan sokongan keluarga serta anak membuatkan Rozita Che Wan tenang menghadapi fitnah dan gosip.

Ibu tunggal kepada dua anak itu bersyukur dengan kejelitaan diberikan Allah, tetapi anugerah itu yang kadangkala membuatkan jiwanya resah kerana acapkali dilanda kontroversi.

Kakak kepada pelakon Ayu Raudhah ini boleh menerima apa saja gosip seadanya kerana ia harga perlu dibayar apabila menjadi anak seni.

Tetapi dia bimbang memikirkan persepsi peminat terhadapnya.

Ini kerana mereka mula bosan dengannya yang dikatakan lebih banyak menjual cerita sensasi daripada kerjaya lakonannya.

Awal minggu ini sekali lagi Rozita dikatakan berkahwin dengan seseorang yang berstatus tinggi.

Desas-desus itu disiarkan dalam ruangan Soseh Soseh (SS).

Antara kandungan SS itu, dikatakan ada seorang VIP dilihat kerap ke rumahnya walaupun ketika itu ibunya ada di rumah. Sehubungan itu Rozita tampil memberikan penjelasan.

“Saya tak tahu macam mana cerita ini boleh timbul. Kami adik-beradik tinggal beramai-ramai di pangsapuri milik adik saya, Ruby yang berkahwin dengan Lan Pet Pet.

“Ayu Raudhah pun tinggal di sana juga. Emak saya sekarang yang menetap di KL pun tinggal dengan Ruby. Oleh kerana emak tinggal bersama Ruby, kami selalu berkumpul di sana.

“Adik saya, Jaja yang baru berkahwin juga selalu tidur di rumah itu. Saya juga ada dua adik lelaki lagi.

“Apabila dah kami semua tinggal serumah, kawan-kawan saya dan adik beradik lain pun akan datang ke sana. Sebab itu agaknya orang selalu nampak rumah kami ada tetamu.

“Tetamu yang datang pun pakai plat kereta biasa saja. Hairan, siapalah rajin mengintai rumah kami,” katanya.

Rozita mengakui tidak kisah dengan gosip disebarkan itu kerana ia tidak benar, tetapi kerap sangat digosip katanya, risau juga sangkaan masyarakat terhadap dirinya.

“Saya jarang bercampur dengan orang. Kalau tak ada penggambaran drama atau sesi fotografi dengan media, saya berehat di rumah bersama keluarga.

“Jika tidak pun, saya pergi melawat anak sulung (Ammar Effendy, 13) di MRSM (Maktab Rendah Sains Mara), Pasir Salak, Perak.

“Saya berselang seli dengan bekas suami melawat Ammar. Guru dan pelajar di sekolah itu tahu Ammar anak Rozita Che Wan.

“Apabila saya ke sana, kawannya beramai-ramai datang ke biliknya. Mujurlah Ammar sudah biasa dengan keadaan itu,” katanya.

Pinta Rozita kepada peminat, jangan salah faham dengannya kerana dia sendiri tidak mahu dijadikan bahan gosip. Jelas Rozita, situasi sebegitu membuatkannya serba salah.

“Ada peminat tak puas hati dan minta saya kurangkan kontroversi. Orang jadi muak. Kalau boleh saya sendiri mahu menghentikan segala cerita kontroversi itu, tetapi saya tidak boleh sekat orang menulis.

“Nampaknya saya kena menjaga diri sendiri dengan tidak memberi ruang orang menulis mengenai perkara yang tidak berasas seperti berkahwin dengan VIP.

“Katalah jika suatu hari nanti saya mengaku sudah berkahwin. Orang akan cari saya juga dan bertanya berkahwin dengan siapa, isteri nombor berapa serta menikah kat mana.

“Selepas itu tanya pula saya bahagia ke tidak. Jarang kelihatan bersama suami, dikatakan pula rumah tangga kami sudah tidak bahagia dan macam-macam lagi.

“Perkara ini tidak akan habis begitu saja. Ada saja cerita pasal saya yang akan keluar.

“Hakikatnya, sampai sekarang saya belum berkahwin dengan sesiapa. Kalau kahwin pun, adakah perkahwinan itu akan kekal?

“Memang ramai ‘mengejar’ namun hati belum terbuka untuk bersuami lagi. Sukar hendak menilai sama ada dia jujur berkawan dengan saya. Dalam mencari kawan, saya lebih suka menilai seseorang itu menerusi perbuatan bukan mainan perkataannya.

“Tak kuasa hendak membebankan kepala ini kerana belum tentu perkahwinan itu akan menjanjikan kebahagiaan. Saya bahagia dengan keadaan sekarang dapat melihat anak membesar serta berjaya dalam pelajaran,” katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 12:33 pm

Aizat siapkan album khas

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Mainp131


LAGU Hanya Kau Yang Mampu meletakkan penyanyi muda berbakat, Muhammad Aizat Amdan, 20, atau Aizat semakin dikenali apabila lagu itu mencatat hampir sejuta muat turun menerusi nada dering.
Malah Aizat mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi antara peserta termuda bersaing di Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) Januari lalu menerusi lagu ciptaan sendiri, Lagu Kita.

Namanya juga disenaraikan dalam Top 5 untuk Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH08) yang akan berlangsung di Genting Highlands, Pahang pada 12 April ini.

Aizat mengakui sangat gembira dengan pencapaian itu malah menyifatkan sambutan positif terhadap karyanya mendorongnya untuk berusaha lebih gigih menghasilkan karya bermutu dalam bidang seni.

Kata Aizat, dia kini sibuk mengikuti kempen dan jelajah ABPBH2008 yang dianggapnya sangat menyeronokkan kerana dapat bersama-sama menjayakan program berkenaan. Dia dijangka menyertai promosi ABPBH2008 di Batu Pahat, Johor hujung minggu ini dan Klang pada minggu berikutnya.

"Memang seronok dapat bersama-sama memeriahkan aktiviti promosi berkenaan. Saya tidak kisah sangat soal menang atau kalah pada anugerah itu. Tersenarai dalam kelompok finalis juga sudah cukup bertuah bagi saya.

"Bukan hanya tersenarai dalam kelompok yang bakal menerima anugerah malah kesempatan yang diberikan penganjur untuk menjayakan persembahan pada malam itu sudah satu penghargaan besar buat saya," katanya.

Katanya, dia juga sedang menyiapkan album khas dalam bentuk pembungkusan semula. Album berkenaan mengandungi tujuh lagu daripada album pertama, dua lagu runut bunyi filem Talentime berjudul Pergi versi Melayu dan I Go (Inggeris) karya Pete Teo serta lagu tema drama, Hitam Puteh iaitu Kau Aku. Turut dimuatkan dalam album berkenaan video klip dan lagu karaoke.

"Jika tiada aral album berkenaan dijadualkan berada di pasaran penghujung April ini. Album ini dihasilkan selepas mendapat permintaan dan sambutan positif daripada peminat. Di samping memberi peluang kepada peminat untuk menyanyikan beberapa lagu dalam versi karaoke terutama lagu Hanya Kau Yang Mampu.

"Selain projek album ini, saya juga sudah mula mengumpul bahan untuk album kedua. Setakat ini saya bersama abang (Anas) sedang mempertimbangkan beberapa lagu.

"Di samping mempertaruhkan karya sendiri saya juga sedang berbincang dengan beberapa komposer yang akan terbabit dalam menjayakan album berkenaan.

"Album ini membabitkan 10 lagu. Ia mungkin berbeza daripada melodi lagu daripada album pertama. Mungkin tambah elemen akustik dan lebih mesra pendengar," katanya.

Aizat turut merakamkan lagu duet bersama Liyana Jasmay berjudul Penyelamat Cinta yang juga hasil karyanya. Terlanjur bercerita, Aizat yang dikaitkan mempunyai hubungannya bersama pelakon Histeria itu berterus-terang selesa berkawan dengan Liyana.

"Kami berkawan baik. Walaupun saya buat lagu untuknya, namun kami berkerja secara profesional. Dia juga baik dan peramah walaupun kadangkala bersifat manja dan gila-gila. Saya tidak kisah biarpun digosipkan bersama. Saya menyayanginya sebagai seorang kawan," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 12:38 pm

Lagu Ya Papa curi perhatian

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Lenter10


TAHUN lalu, komposer dan penulis lirik yang menyertai Bengkel Cipta Ekspres (BCE) anjuran Music Authors Copyright Protection (MACP) berhadapan dengan cabaran untuk menghasilkan lagu berkonsep Muzik Irama Malaysia.

Tema itu diperkenalkan bagi mencari lagu bersesuaian untuk menerajui pembikinan, sekali gus diserapkan ke dalam album tradisional Datuk Siti Nurhaliza, Lentera Timur, yang baru saja dipasarkan, baru-baru ini.

Daripada 13 lagu yang diperdengarkan di pusat peranginan Residence Desa Lagoon, Port Dickson pada 16 Januari tahun lalu, semuanya lulus ujian apabila Siti memutuskan untuk menggunakan semua lagu berkenaan.

Namun, disebabkan beberapa masalah yang timbul akhirnya sembilan saja dimuatkan dalam Lentera Timur.

Dalam menampilkan kelainan tahun ini, BCE menggandingkan pencipta lagu baru dan lama untuk menghasilkan lagu dari himpunan 'genre' terkini.

Masih berlokasikan pusat peranginan sama, BEC diadakan selama empat hari bermula 23 hingga 26 Mac lalu.

Presiden MACP, Habsah Hassan berkata, bengkel itu adalah acara tahunan bagi memberi kebebasan kepada komposer dan penulis lirik yang bernaung di bawah badan perlindungan hak cipta itu berkarya mengikut ruang lingkup dan konsep ditetapkan.

Katanya, pada penganjuran kali kelima itu lebih 20 ahli MACP terdiri daripada pencipta, penulis lirik dan penyusun muzik terkemuka hadir manakala M Nasir, Aidit Alfian dan Alfa Booty antara individu berpengalaman dalam bidang muzik yang turut terbabit dalam memberi ceramah sekali gus memantau pertandingan BCE.

"Ada sedikit perbezaan tahun ini apabila komuniti MACP memutuskan untuk menggandingkan komposer atau penulis lirik baru dengan yang lama.

"Mereka dibahagikan kepada 10 kumpulan di mana setiap kumpulan bergabung tenaga menghasilkan lagu baru berkonsepkan muzik terkini. Setiap kumpulan diberi masa tiga hari bermula 23 Mac, siap dengan penyusunan muzik dan lirik.

"Selepas lagu itu siap, komposer dan penulis lirik akan memperdengarkan lagu mereka kepada khalayak yang terdiri daripada komposer serta wartawan sebagaimana dapat dilihat hari ini. Dengan cara ini, diharap dapat terus menjana hasil kerja yang hebat," katanya.

Habsah yang mesra dengan panggilan Kak Chah berkata, gabungan orang baru dan lama sebagai satu cara mengeratkan silaturahim antara orang muda dengan mereka yang berpengalaman.

"Bak kata orang tua-tua, tidak ada yang lama masakan ada baru. Maka dengan itu kami gabungkan dua generasi ini dalam satu kumpulan.

"Selain itu, program ini bertujuan mengenengahkan pelapis baru dalam industri dan mereka yang layak menyertai bengkel ini dinilai berdasarkan sumbangan dan keaktifan mereka mencipta lagu," katanya.

Difahamkan, semua lagu yang dicipta pada bengkel itu disimpan komposer dan terpulang kepada mereka memberikan lagu itu kepada mana-mana artis dan syarikat rakaman.

Terdapat 10 kumpulan melakukan persembahan malam itu, A.M dianggotai Along Exists selaku pencipta lagu manakala Lew Mable (penulis lirik). Mereka mempersembahkan lagu Biarkan Kita Berdua dan Terasa.

Kumpulan Ada Orang Kisah? dianggotai Hafiz Hamidun dan Royce Sa'ayan menyampaikan lagu Cinta Terduga dan Kapal Satu Nakhoda Dua.

Hafiz Hamidun berkata, tugasan kali ini agak mencabar kerana dia terpaksa menghasilkan lagu rock bagi kesesuaian vokal Royce.

"Jika lagu berkonsepkan muzik sejagat, mungkin tidak begitu sukar kerana sudah menjadi makanan saya, tetapi untuk genre rock memang susah sikit apatah lagi hanya diberi tiga hari untuk menyiapkannya.

"Tetapi saya gembira dapat menimba pengalaman baru ini dan berganding dengan Royce yang punya banyak idea.

"Kapal Satu Nakhoda Dua juga istimewa bagi saya kerana muziknya berunsurkan elemen Timur Tengah dan dangdut yang diilhamkan dari bunyi-bunyian unggas serta laut tatkala asyik berlatih," katanya.

Manakala Badhisham (pencipta lagu) dan Ash Bau (penulis lirik) yang menamakan kumpulan mereka Bad Ash membawa lagu Kembalikan Sentora dan Terbiasa.

Niat Ensun yang menampilkan Taja dari kumpulan Meet Uncle Hussein dan pencipta lirik terkenal, Hairul Anuar Harun menyerlah dengan lagu Ya Papa.

Shazzy dan Alim Times yang mewakili Nampak Hebat bergandingan dengan Nurfatima sebagai penulis lirik mempertaruhkan lagu Toksik yang mempunyai unsur-unsur hip hop dan rock.

Sementara Marlin dan Mael yang mewakili kumpulan Tisu Tandas Sudah Habis menghasilkan dua lagu, Bukan Lagi Untuk Mu (slow rock) dan Tisu Tandas Sudah Habis berentak 'up-beat' yang disampaikan Marlin dan Abot.

Nur Fatima yang paling banyak menyumbangkan suara dan liriknya untuk acara itu turut berganding bahu dengan Tony Spider menerusi lagu Kedatangan Mu Tak Ku Alu dan Sedarkah.

Manakala peserta termuda, Sam dari kumpulan Bunkface gembira digandingkan dengan komposer dan pemuzik berpengalaman seperti Musa.

Menamakan kumpulan sebagai Lapd, mereka menghasilkan lagu Percaya dan Legasi yang liriknya ditulis Musa sementara Sam selaku pencipta lagu.

Kumpulan Pariz yang menggandingkan Pam Yuen dan Mohariz Yaakup menghasilkan satu lagu, Cinta Aku Dan Kamu.

Persembahan dimulakan jam 9 malam dan berakhir 12 tengah malam itu diakhiri dengan persembahan Damian Mikhail, Megat Acap dan Rudeboy yang mempersembahkan lagu Seketika.

Komposer dan penghibur dihormati, M Nasir dilantik sebagai seorang penceramah mengakui ada beberapa lagu yang menambat hatinya kerana komposisi dan penggunaan lirik seimbang.

"Namun untuk pertama kali kita dengar, tetapi berjaya menangkap telinga saya adalah Ya Papa. Komposisi muziknya menarik, segar, ada keaslian dan ringkas tanpa mengenepikan keindahan lirik.

"Kisahnya jelas, terdapat mesej dan kesedaran. Lirik ditulis bukan mengikut sedap rasa, tetapi haruslah ada cerita dan seninya.

"Saya juga menyukai lagu ciptaan Tony dan Nurfatima, cuma muziknya sedikit tipikal. Hafiz Hamidun dan Royce Sa'ayan juga menarik perhatian saya dengan lagu Kapal Satu Nakhoda Dua," katanya.

Sementara itu, komposer berpengalaman lain turut tertarik dengan Ya Papa.

Kata penulis lirik Ya Papa, Hairul Anuar, dia cuba mengelak menulis lirik berunsurkan cinta.

Katanya, ilham menghasilkan lirik Ya Papa datang apabila melihat masyarakat atau anak muda sekarang tidak lagi menghormati orang tua.

"Ada cerita sedih di sebaliknya. Ayah saya seorang buta dan dia menjadi begitu sejak tiga tahun lalu akibat diabetes yang memberi kesan pada matanya.

"Sekarang ini dia hanya boleh bercakap. Seringkali saya teringat masa kecil-kecil dan muda dulu kata bapa anak-anak tidak mahu dengar.

"Tapi apabila keadaan sudah sakit, saya mula sedar dan lebih menghargai hidup selain percaya bahawa kata-katanya itu adalah satu keramat," katanya.

Sementara itu, Taja yang menang Anugerah Juara Lagu ke-23 menerusi lagu Lagu Untukmu, cukup terharu dengan karya sentuhan penulis lirik disegani ramai itu.

Katanya, acara seperti ini perlu diteruskan kerana ia bukan sekadar program yang menguji minda dan ketangkasan dalam pembikinan lagu, bahkan mengeratkan silaturahim antara karyawan baru dan lama.

"Program seperti ini penting untuk karier saya sendiri kerana berpeluang menimba ilmu dan bertukar buah fikiran dengan individu yang berpengalaman dalam bidang muzik.

"Jujur saya katakan, sewaktu tiba di sini, hanya beberapa kerat saja yang saya kenal, tetapi tiga hari melewati bengkel ini memberi peluang kepada saya serta peserta lain mengenali individu berpengaruh ini secara dekat," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 12:41 pm

'Hati-hati sebelum kahwin lagi'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Zul-hb10


WANITA mana di dunia ini yang tidak ingin berkahwin dan membina keluarga bahagia. Begitu jugalah dengan pelakon Aida Aris.

Kata Aida, 37, yang kini hangat bercinta dengan Zul (Handy Black), buat masa ini dia belum ada perancangan untuk berkahwin dalam tempoh terdekat ini.

"Biarlah soal jodoh ini saya serahkan kepada ketentuan Tuhan. Memang, saya sudah berkawan dengan Zul selama tiga tahun, tapi sampai sekarang kami masih lagi mengenali hati budi masing-masing kerana bagi saya ia perkara yang wajib dalam sesebuah perhubungan itu.

"Soal kahwin juga bukan perkara yang mudah dan boleh dibuat sambil lewa kerana banyak perkara yang perlu diambil kira. Pengalaman pahit (keruntuhan rumah tangga pertama sebelum ini) banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati sebelum membuat keputusan berkahwin buat kali kedua.

"Perkahwinan juga bukan untuk sehari dua kerana seperti wanita lain, saya mengharapkan ia kekal hingga ke akhir hayat," katanya.

Pada masa sama, kata Aida, dia dan Zul sama-sama sibuk dengan kerjaya seni masing-masing.

"Selain mempunyai produksi sendiri, Zul juga sibuk berlakon drama dan masanya banyak dihabiskan di lokasi penggambaran juga sama seperti saya. Justeru, buat masa ini biarlah kami fokus pada kerjaya masing-masing dulu," katanya.

Jika nak diikutkan, dengan usianya sekarang, Aida mengakui, memang sudah sewajarnya dia mempunyai anak sendiri.

"Apabila melihat ramai artis lain mengambil anak angkat, terfikir juga hendak berbuat demikian.

"Tapi, saya bimbang pula jika tidak dapat menjaganya dengan baik nanti. Maklumlah, saya perlu menjaga kedua-dua ibu bapa yang tinggal bersama saya dan pada masa sama berlakon serta menguruskan produksi sendiri," katanya.

Namun, kata Aida, jika sudah sampai masanya nanti, dia tidak akan menyembunyikan perkara yang baik itu daripada pengetahuan peminat dan media.

"Sebelum ini, saya juga tidak pernah merahsiakan apa-apa daripada peminat. Justeru, kalau saya berkahwin lagi, sudah pasti saya menguar-uarkannya kepada peminat juga," katanya.

Aida ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Embun Mutiara di The Mines, Seri Kembangan, baru-baru ini.

Dalam drama itu. Aida membawa watak pembantu bernama Sara.

Mengenai projek dramanya pula, kata Aida, telefilem Tercipta Untukku yang menampilkan gandingan Aida, Rusdy Ramli dan Ahmad Idham bakal menemui saluran Astro Prima adalah buah tangan sulung produksi miliknya, Cinta Kasih Productions Sdn Bhd yang ditubuhkan sejak 2006.

"Selain drama itu, projek drama untuk TV3, Suram Seri Pengantin arahan Feroz Khan. Saya juga turut berlakon dalam drama ini dan memegang watak pembantu.

"Buat masa ini, sudah ada beberapa projek drama yang dirancang, tetapi belum diputuskan lagi. Saya juga belum merancang untuk buat filem lagi kerana biarlah saya timba ilmu lakonan dan kerja penerbitan sebanyak mungkin sebelum mengembangkan sayap dalam bidang penerbitan pula pada masa depan.

"Biarlah saya fokus kepada apa yang saya buat sekarang ini dulu kerana kalau semuanya hendak dikejar, semuanya tidak akan menjadi nanti," katanya.

Kata Aida, selaku penerbit dan pengarah eksekutif produksi itu, penubuhan Cinta Kasih itu cukup bermakna buatnya kerana ia ditubuhkan dengan duit simpanan hasil titik peluhnya dalam bidang seni sejak dulu.

"Saya tubuhkan produksi ini bersama Zul dan seorang lagi rakan kongsi, Zana Zaharuddin.

"Saya sudah 17 tahun terbabit dalam bidang seni dan sudah sampai masanya menubuhkan produksi sendiri pula. Saya buat semua ini sebab minat dan ia sumbangan untuk memartabatkan bidang seni selain sebagai jaminan masa depan," katanya.

Sekalipun sudah bergelar penerbit, cinta Aida pada bidang lakonan tidak pernah luntur.

"Saya berlakon bukan kejar watak kerana sudah pelbagai watak saya lakonkan. Apa yang penting adalah kepuasan melakonkan sesuatu watak diserahkan dan pengalaman bekerja dalam pasukan produksi terbabit.

"Saya akan terus berlakon selagi termampu dan diberikan peluang. Apa yang penting, saya inginkan lakonan dan produksi saya bergerak seiringan," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 12:45 pm

CAK: Sharmila patah gigi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Wan10


BAIK artis mahupun sesiapa saja sentiasa berisiko dalam menjalankan tanggungjawab kerjanya. Biarpun artis tidak perlu tidak bekerja kuat seperti buruh binaan bangunan, risiko kemalangan boleh berlaku di mana-mana.

Macam yang terjadi kepada bakat baru yang cantik lawa, Wan Sharmila ketika rakaman program Ewah Ewah baru-baru ini. Dalam berkejar-kejar menyelesaikan rutin program yang dikendalikan Raja Azura dan Nabil itu, CAK difahamkan yang Sharmila terjatuh sehingga menyebabkan gigi depannya patah separuh.

Mungkin sakit jugalah sebab tersembam itu, tetapi artis muda ini tetap meneruskan kerjanya sehingga selesai. CAK diberitahu yang keesokan harinya Sharmila perlu pula ke lokasi penggambaran drama tetapi sebelum ke sana, dia mendapatkan rawatan di klinik.

Inilah yang CAK dengar, mungkin Sharmila boleh jelaskan lebih lanjut mengenai hal ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 12:49 pm

CAK: Diddy ikut kursus kahwin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Diddy10


BEBERAPA kali juga CAK dengar cerita kononnya Diddy Hirdy sudah putus tunang dengan buah hatinya, Ellen Norazah. Terbaru dua minggu lalu apabila seorang teman bertanya dalam nada memberikan kenyataan.

CAK nafikan cerita itu, ketika itu juga sebab CAK baru jumpa Diddy sehari sebelumnya dan berceritakan hal yang kebetulan berkaitan.

Pun begitu, bukan itu yang CAK nak katakan di sini. Melalui tajuk di atas, sudah cukup untuk CAK berikan gambaran mengenai kisah selanjutnya. Memang benar penyanyi lagu Sudah ini menghadiri kursus perkahwinan Februari lalu.

Bagaimanapun kursus itu sekadar untuk persediaan, bukan bermakna Diddy akan bergelar suami dalam masa terdekat. Ellen masih bergelar tunangan!

Mulanya CAK difahamkan yang Diddy tidak mahu menghebahkan hal berkaitan kursus wajib untuk bakal pengantin itu, tetapi ceritanya mula diperkatakan sejak pihak syarikat yang menganjur kursus itu menyiarkan dalam laman web mereka.

Dengarnya Diddy terkejut juga apabila diaju soalan itu kerana dia tidak tahu menahu yang syarikat berkenaan ‘melariskan’ nama artis untuk mempopularkan tempat mereka.

Bukan Diddy saja, gambar selebriti lain pun ada. Nasi dah jadi bubur, rahsia itu kini terbuka.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 1:07 pm

Tragedi duka duda, dara

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Duda10


BUAT peminat rancangan percintaan tempatan, TV9 menayangkan sebuah lagi drama hebat lakonan Ako Mustapha, Bienda, Irma Hasmie dan Rozita Che Wan dalam Duda & Dara.

Mengisahkan kehidupan seorang duda bernama Inderasyah yang sudah tiga tahun bercerai. Bekas isterinya, Zeti pula bersetuju memberi hak penjagaan anak mereka, Iradat dan Nina kepada Indera.

Dengan bantuan ibunya, Khaleda Indera berjaya membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang. Pada masa sama, Iradat menjalin hubungan cinta dengan Syanie sejak perpisahan dengan isteri pertama.

Namun, badai menimpa percintaan antara Indera dan Syanie apabila Indera diarah mengetuai sebuah projek di kawasan pedalaman.

Setelah berpindah ke kampung itu, Indera bertemu Ridah, gadis kampung yang penuh dengan ciri-ciri keMelayuan serta berpegang teguh pada ajaran agama.

Indera mula jatuh hati dengan Ridah. Hubungan mereka semakin akrab memandangkan Iradat dan Nina belajar mengaji al-Quran dengan Ridah.

Namun, Khaleda yang menyukai Syanie menentang keras hubungan Indera dan Ridah. Konflik semakin meruncing apabila Zeti kembali menuntut hak penjagaan anak daripada Indera.

Dapatkah Zeti merampas anaknya daripada Indera? Siapa bakal memiliki hati Inderasyah? Adakah Indera akan terus setia dengan Syanie? Atau adakah gadis kampung seperti Ridah berjaya membuka hati Indera?

Untuk mengetahui kesudahan drama bersiri yang mengisi slot Drama Jumaat ini, saksikan Duda & Dara setiap Jumaat, jam 9.35 malam. Drama bersiri sebanyak 13 episod ini bersiaran sejak 13 Februari lalu.

Jangan ketinggalan menyaksikan barisan rancangan menarik yang pasti menyayat hati di samping memberi pengajaran ketika bersantai bersama keluarga dan teman!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 1:18 pm

Alyah tabah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Hi_03_20


Mungkin kerana sudah penat menempuh banyak dugaan, gadis manis bersuara lunak ini hampir menyerah kalah.

Satu persatu kepayahan hadir menguji hidupnya. Sengaja menyingkap perjalanan kariernya, Alyah mula dikenali apabila menjuarai pertandingan Bintang HMI 2000 sebelum merakam album sulung bersama EMI iaitu Permata setahun kemudian.

Alyah yang pernah menyertai pertandingan One In A Million dan bersama kumpulan Fabulous Cat sebelum bergerak secara solo.

Belum puas melakar nama di persada seni, imejnya sedikit tercalar apabila dilabel sebagai artis yang tidak berdisiplin. Ketika itu dia bersama kumpulan One Nation Emcees menyertai Gangstarz musim kedua.

"Semasa saya menyertai pertandingan Gangstarz bersama One Nation Emcees, masalah peribadi pula timbul hingga menyebabkan saya keluar daripada grup tersebut.

"Orang ingat saya keluar sebab nak rakam album, tapi bukan. Ada hal peribadi yang terpaksa saya selesaikan pada masa itu," katanya.

Lebih menyedihkan, ikatan pertunangan yang terbina utuh bersama insan tersayang yang berasal dari seberang terlerai begitu sahaja.

"Saya rasa seperti masalah datang bertimpa-timpa baik dalam kerjaya mahupun hubungan.

"Memang masa itu saya terduduk dan tak mampu untuk berkata-kata. Tapi saya terima semuanya sebagai ketentuan Tuhan," tuturnya sayu.

Peritnya dibiarkan berlalu dan digalas dengan penuh ketabahan. Cuba menyelamatkan diri daripada terus menyerah kalah, Alyah bangkit daripada episod hitam yang pernah menghantuinya.

Terbitnya sinar baru dalam hidup, Alyah kemudian dibantu oleh individu prihatin yang membuka ruang kepadanya untuk menerbitkan album kedua.

Album bergenre pop indo terbitan Label Wake The Baby dan Complete Version itu mendapat sentuhan beberapa komposer terkenal seperti Ajai dan Habsah Hassan.

Di dalam album ini, lapan buah lagu menjadi taruhan Alyah. Sebagai tanda terima kasih kepada peminat-peminatnya, dua buah klip video lagu Tak Mungkin Kerana Sayang dan Ku Pinjam Satu Bintang versi duet bersama Riz (AF6) turut dimuatkan dalam album tersebut.

"Alhamdulillah, album kini masih dalam rangka promosi dan lagu Alyah juga semakin banyak dimainkan di corong-corong radio. Penat lelah saya selama lapan tahun bergelar penyanyi kini berbayar dengan kejayaan yang saya miliki sekarang," ujarnya.

Album terbarunya kini turut tercalon dalam Anugerah Industri Muzik menerusi kategori Album Pop Terbaik.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 1:27 pm

Saya masih isteri orang

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Hi_02_39
--------------------------------------------------------------------------------


PERSONALITI TV1 ini sudah lapan tahun berkhidmat untuk stesen televisyen RTM. Bertugas sebagai wartawan penyiaran, pengacara serta diberikan sebuah program khas untuk wanita di bawah kendaliannya, mungkin ada hati-hati yang cemburu melihat peningkatan kerjaya wanita ini dalam tempoh tidak sampai 10 tahun.

Zamzarina Zambry, 36, ketawa saat ditemui di sidang media Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina Dengan Daily Fresh.

Dia seakan-akan sudah tahu apa yang bakal disoal. Duduk bersilang kaki, dia menyatakan dia tahu tugas wartawan kerana dia juga memikul tanggungjawab yang sama. Namun dia meminta agar lebih banyak dihebohkan tentang kerjayanya berbanding kontroversi dirinya.

Tapi hakikatnya ramai yang mahu tahu akan hal yang berbeza. Namanya menjadi panas bila dikaitkan dengan kes tangkapan khalwat bersama seorang pegawai kanan di Kementerian Penerangan.

Pada 8 Mac lalu, Zamzarina membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields setelah namanya dibabitkan dengan kes khalwat itu.

Pada hari yang sama, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf juga membuat laporan polis di balai yang sama.

Apa perkembangan kes khalwat yang melibatkan anda dan KSU?

Sekarang semuanya berada di bawah siasatan polis. Saya tidak boleh mengulas. Biarlah pihak polis melakukan kerja mereka.

Benar ini satu fitnah?

Jelas sekali kerana sewaktu kejadian didakwa berlaku, saya berada di London untuk menghadiri Majlis Kraf Malaysia. Itulah yang menyebabkan saya membuat laporan polis kerana isu ini boleh menjejaskan nama baik saya dan RTM.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Hi_02_38
BERADA di London sewaktu didakwa berkhalwat dengan Kamaruddin Siaraf.

--------------------------------------------------------------------------------


Sebarang impak untuk diri dan kerjaya anda?

Tidak ada. Saya yakin orang sekarang tidak mudah percaya dengan SMS.

Bagaimana anda mendapat tahu tentang cerita ini?

Saya menerima panggilan daripada seorang. Saya di London dan hanya ketawa bila mendengarnya.

Apa nasihat KSU kepada anda?

Dia kata ini adalah harga yang saya perlu bayar jika mahu melakukan perubahan. Bukan semua orang suka kita. Tapi saya rasa orang bukan sasarkan saya sebenarnya tetapi dia.

Bagi saya, saya perlu gagah dan pekakkan telinga. Saya perlu berani kerana saya berada di pihak yang benar. Kenapa saya perlu lari kalau ia tidak betul?

Malah saya juga mendapat respons daripada para peminat yang menyuruh saya bersabar dan mereka memberi sokongan kepada saya.

Kamu masih berkahwin atau sebaliknya? Bagaimana keluarga anda menerima berita ini?

Saya adalah isteri kepada Adnan Deraman yang bertugas di Majlis Perbandaran Subang Jaya dan ibu kepada tiga orang anak. Suami saya percayakan saya.

Keluarga saya juga bertanya kepada saya tentang kebenaran berita itu. Mereka sudah faham asam garam dunia begini dan mereka juga tahu saya orang yang bagaimana.

Sebelum ini anda kurang dikenali. Adakah isu ini memberi ruang yang besar untuk anda?

Mungkin juga - sesuatu yang dipanggil blessing in disguise.

Adakah anda mangsa kepada perasaan cemburu orang terhadap anda?

Tak boleh nak kata. Pihak polis akan menyiasatnya.

Serapat mana hubungan anda dengan KSU? Mungkin kerana rapat hingga membuatkan ada yang tidak senang?

Rapat yang profesional. Saya terlibat sebagai jawatankuasa yang mendapatkan maklum balas terhadap perubahan yang dilakukan di RTM. Saya berada dalam sebuah kumpulan yang menjalankan tugas itu.

Saya juga adalah staf hakiki di sini dan juga petugas bahagian hadapan di RTM. Saya membantu dari sudut itu.

KSU perlukan staf untuk membuat tugasan itu. Bukan sahaja dia, tetapi saya juga berhubungan dengan menteri lain untuk tugasan saya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 3:24 pm

AF7: Penyingkiran Rini, Obri memang dirancang

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 01249412
ASTRO membuat kejutan menyingkirkan dua pelajar pada konsert AF minggu ke-3 semalam. Foto THE STAR Oleh DARRAN TAN.


WALAUPUN menunjukkan persembahan yang mempunyai peningkatan pada minggu ketiga semalam, nasib tidak menyebelahi Zuzafrini Zulkifli atau Rini, 25, apabila dia disingkirkan daripada program Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7).

Rini tidak keseorangan, sebaliknya pemergiannya turut diiringi oleh peserta lelaki, Ahmad Sobri Hasmuni (Obri), 24, selepas mendapat markah tercorot iaitu 5 peratus manakala Rini ditangga ke-12 dengan undian 6 peratus.

Dalam minggu bertemakan lagu 80-an ini, Rini menyanyikan lagu Seloka Cinta Remaja nyanyian asal oleh Seha Freedom manakala Obri menyampaikan lagu Abang Beca (Broery Marantika).

Rini berkata, walaupun dia terkeluar, tetapi sekurang-kurangnya dia telah melakukan yang terbaik dalam konsert minggu ketiga itu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 01249411
OBRI antara dua orang pelajar kedua tersingkir di konsert AF minggu ke-3


Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, pihak Astro telah merancang untuk menyingkirkan dua orang pelajar pada konsert minggu ketiga itu.

“Memang kami dah rancang dua peyingkiran dari awal kerana seperti biasa AF sentiasa mempunyai kejutan,” ulasnya dalam sidang media selepas program tersebut berakhir.

Sementara itu, Ismaliza Ismail (Isma), 30, mendapat peratusan teratas iaitu 16 peratus, diikuti oleh Mohd. Hafiz Mohd. Suip (Hafiz), 19, dengan 13 peratus dan Siti Aishah Bujang (Aishah), 18, mendapat 8 peratus.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 01249410
GAGAL MEMIKAT HATI JURI..Persembahan Rini yang sederhana membawa padah hingga dia tersingkir di konsert minggu ke-3.


Tangga keempat diduduki oleh Khairil Azam Pilus (Aril), 24, dengan 7 peratus dan turut mendapat peratusan yang sama dengan Aril mengikut kedudukan masing-masing adalah Afiq Hakim Ahmad (Akim), 18, Claudia Fay Geres (Claudia), 24, Nur Fazelah @ Zizie Mohd. Tahil (Zizi), 24, dan Mohd Qhauhd Abdul Rashid (Qhaud), 25.

Dalam pada itu, Rubisa Tiasin (Rubisa), 23, Mohd Rashidi Mohamad Isa (Sidi), 27 dan Mohd Yazid Ibrahim (Yazid), 22, masing-masing mendapat 6 peratus.

Markah peratusan peserta dikira berdasarkan 100 peratus undian penonton.

Selain persembahan oleh 13 peserta, penyanyi Indonesia bertaraf antarabangsa iaitu Anggun turut diundang menyanyi sekaligus membuat persembahan penutup.

Program yang dihoskan oleh AC Mizal ini turut disertai oleh pengkritik tetap Datuk Khadijah Ibrahim dan Adlin Aman Ramli serta pengkritik jemputan iaitu pensyarah muzik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Khairil Johari Johar.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 3:25 pm

OIAM : Fify peserta kelima tersingkir

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 01229911
Walaupun tewas, para juri berpendapat Fify berbakat dan berpotensi besar dalam dunia muzik.


[SEMASA] SHAH ALAM: Fify Emielia Shazlin Ahmad Murshaidi, 19, atau lebih dikenali sebagai Fify menjadi peserta kelima tersingkir daripada program realiti One In A Million (OIAM) minggu keenam, kelmarin.

Peserta berasal dari Terengganu itu mendendangkan lagu Pria Terhebat daripada Sheila on 7 pada minggu kelima pertandingan tersebut.

Bagaimanapun, Fify yang juga finalis Bintang Klasik Nasional Radio Televisyen Malaysia (RTM) 2007 itu gagal memikat hati para penonton sekali gus meraih undi mereka.

Kini, hanya tinggal tujuh peserta meneruskan persaingan merebut hadiah wang tunai bernilai RM1 juta.

Mereka ialah Shah Indrawan Ismail (Tomok), 24; Amylea Azizan (Amylea), 23; Zulqarnain Jaafar (Nine), 27; Muhammad Ridzuan Sharifuddin (Rizu), 19; Nasharul Aweera Noriyissham (Aweera), 18; Simon Christopher (Simon), 25, dan Elizabeth Applunius Chin (Esther), 21.

Semalam, Tomok menerima imuniti buat kali kedua setakat ini dengan menyanyikan lagu Ingin Bersamamu yang dipopularkan juri tetap, Syafinaz Selamat. ‌Ini bermakna dia bebas daripada penyingkiran pada OIAM minggu ketujuh kelak.

Sementara itu, Fify ketika ditanya mengenai perancangannya selepas ini berkata, dia bercadang menyambung semula pengajian Diploma Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada Julai ini.

"Saya sebenarnya telah menangguhkan semester pertama (kerana menyertai OIAM). Pada masa yang sama, saya akan meneruskan cita-cita saya. Saya akan mencari peluang dalam bidang seni ini sebab ini adalah minat saya," katanya sambil menambah dia akan memanfaatkan pengalaman yang diperolehinya di OIAM itu.

Keputusan penyingkiran dibacakan pengacara rancangan, Awal Ashaari dan Marion Caunter yang disiarkan 8TV secara langsung dari Sri Pentas 2.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 3:27 pm

Haziq: ‘Siapalah saya dibandingkan dengan Datuk Siti’

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Haziq10


Haziq mensasarkan untuk bergelar seorang komposer dan penyanyi yang berjaya selepas lima tahun dari sekarang. -foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

“SIAPALAH saya jika ingin dibandingkan dengan Datuk Siti Nurhaliza,” luah penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 4, Hazwan Haziq Rosebi atau Haziq apabila album dan lagunya, Zapin Suri tercalon dalam Anugerah Industri Muzik ke-16 (AIM 16).

Haziq yang popular dengan lagu berirama tradisional tercalon dalam kategori Album Pop Etnik Terbaik menerusi album Zapin Suri yang diterbitkan oleh S. Atan, Pak Ngah, Arab dan Sham Kamikaze serta Lagu Pop Etnik Terbaik.

Dalam kedua-dua kategori tersebut, Haziq bakal bersaing dengan Datuk Siti Nurhaliza atau Siti yang mempertaruhkan album Lentera Timur menerusi lagu Di Kayangan Kita dan Di Taman Teman.

“Saya tak harapkan kemenangan bagi kedua-dua kategori itu kerana mempunyai pesaing seperti Datuk Siti.

“Bagaimanapun, saya merasakan saingan yang sihat kerana sekurang-kurangnya masih ada pihak yang mahu memartabatkan lagu-lagu etnik kreatif. Saya gembira sangat-sangat dengan pencalonan ini,” ujar Haziq yang sedang melanjutkan pengajian di Kolej Lim Kok Wing dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Bunyi.

Menurut Haziq, dia mengikuti pengajian di situ selama dua tahun dan kini baru memasuki semester kedua.

“Walaupun sibuk dengan pengajian, saya masih aktif dengan persembahan nyanyian. Jika ada tawaran menyanyi, saya akan cuba minta ‘excuse’ kelas dan selepas itu saya akan ‘pick up’ balik pelajaran yang tertinggal dengan pensyarah dan rakan-rakan.

Mula belajar cipta lagu

Haziq berkata salah satu matlamatnya mendalami dunia muzik adalah untuk bergelar seorang komposer dan penyanyi yang berjaya selepas lima tahun dari sekarang.

“Sekarang, saya sudah mula mencipta lagu, belajar membaca note lagu, pasal studio, muzik dan ‘wiring’.

“Insya-Allah, saya akan cipta lagu sendiri untuk album baru akan datang.

“Saya juga meletakkan sasaran untuk bergelar seorang komposer dalam tempoh lima tahun lagi,” kata Haziq yang masih berbudi bahasa seperti dulu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 3:31 pm

Nita kumpul duit buat album sendiri

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Nita1110
Kegagalan sebelum ini tidak menghalang Nita untuk menghasilkan album sendiri


SEJAK muncul dengan album sulungnya kira-kira dua tahun lalu, karier nyanyian naib juara Malaysian Idol musim kedua ini dilihat cukup 'suram'.

Single 'Kusut' dan 'Aku' yang dipertaruhkannya juga tidak banyak membantu Norhanita Hamzah atau mesra dengan panggilan Nita untuk melonjakkan lagi karier seninya.

Jika tidak kerana tawaran mengadakan persembahan di majlis-majlis korporat dan makan malam yang banyak membantu penyanyi ini terus 'hidup', Nita sendiri tidak tahu ke mana halatuju kariernya akan pergi.

Meskipun kisah cintanya dengan juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zahid berjaya membuatkan populariti Nita tidak pernah pudar, namun jauh di sudut hatinya, bukan cerita seperti itu yang diharapkan tuan empunya diri untuk terus bertahan di dalam bidang ini.

"Sebab itu saya lebih suka 'mendiamkan' diri saja sejak kebelakangan ini. Ramai juga yang bertanya kenapa saya agak senyap, tetapi saya lebih selesa seperti ini...lagipun album terbaru pun belum ada.

"Saya tidak mahu asyik kisah cinta saja yang keluar, kalau boleh saya lebih suka cerita tentang karier saya yang diperkatakan," ujar Nita yang ditemui pada sidang media sempena Minggu Setiausaha anjuran Me & U Creative di Bora Ombak, Ampang, baru-baru ini.

Namun, anak jati Kuala Lumpur ini tidak patah semangat dengan apa yang berlaku. Malah, tutur Nita, dia tidak pernah menyesal bergelar anak seni dan sanggup meninggalkan karier sebagai penyanyi kelab dulu.

"Saya masuk dalam bidang ini ialah untuk merealisasikan niat ibu saya sendiri dan saya juga ingin lihat sejauhmana saya boleh pergi di dalam industri ini.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana berada di bawah pengurusan 8 Unit yang banyak membantu saya survive. Mereka sentiasa akan carikan show untuk saya setiap bulan," kata Nita.

Tambahnya lagi, dia juga mempunyai perancangan tersendiri untuk menaikkan semula kariernya. Salah satu daripadanya ialah untuk menghasilkan album sendiri sebaik kontraknya dengan syarikat rakaman, Suria Records tamat (SRC) pada bulan Jun depan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Peja4411


Nita akan menjadi artis jemputan pada Minggu Setiausaha anjuran Me & U Creative pada 22 April depan yang menampilkan Faizal Tahir sebagai artis utama

"Sekarang ini saya sedang kumpul duit dan Insya-Allah, jika ada rezeki saya akan cuba hasilkan album sendiri. Rasanya lebih senang lakukan sendiri kerana saya boleh buat ikut kehendak saya.

"Tetapi saya sedar, bukan mudah untuk hasilkan album apatah lagi dengan jualan album yang amat lembab sekarang. Saya pun tidak mahu terburu-buru dan buat album tangkap muat saja.

"Buat masa ini, saya belum terfikir konsep yang macam mana ingin saya ketengahkan. Jika dulu, jiwa saya lebih kepada rock, tetapi memandangkan faktor usia, saya rasa mungkin akan beralih kepada genre yang lain," kata Nita.

Bercerita tentang Minggu Setiausaha yang akan dijayakannya pada 22 April depan pada pukul 8 malam di Dewan Perdana Felda Jalan Semarak, kata Nita, dia bangga kerana berpeluang bergandingan bersama Faizal Tahir untuk acara itu.

"Sejak berkecimpung dalam bidang seni pada tahun 2005, inilah kali pertama saya beraksi di Minggu Setiausaha. Dan saya rasa bertuah sangat kerana digandingkan dengan Faizal, walaupun saya hanya sebagai artis jemputan saja.

"Saya harap, menerusi Minggu Setiausaha ini, ia akan jadi platform untuk saya 'keluarkan' semula diri saya daripada 'kepompong'," kata Nita yang juga merupakan duta produk pelangsingan Natural Cleanx Tea.

Nita akan menyampaikan tiga buah lagu pada malam tersebut manakala Faizal akan mempersembahkan lapan buah lagu.

Majlis yang akan dihoskan oleh Sharifah Shahira itu juga akan menyaksikan dua penyanyi kelahiran program realiti itu berduet sebuah lagu.

Harga meja bagi menyaksikan Faizal beraksi di Minggu Setiausaha anjuran Me & U Creative pada 22 April di Dewan Perdana Felda ialah RM3800 (titanium), RM2800 (platinum) dan RM1800 (emas). Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi talian 013-3134623
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 3:33 pm

Astro mulakan pencarian 'Anak-anak Wayang'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Rusdis10
Dua hos yang akan menjayakan program 'Anak Wayang.'


ASTRO meneruskan lagi kegemilangan dan tradisinya dalam mengekalkan kedudukannya yang terunggul dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya dengan memperkenalkan sebuah projek yang akan mengegarkan industri drama tempatan.

'Anak Wayang' akan memulakan penjelajahannya untuk mencari pelakon-pelakon berpotensi yang layak bergelar anak wayang pada April ini.

"Semenjak Astro memperkenalkan program realiti popular Akademi Fantasia, kami berjaya melahirkan bintang-bintang nyanyian seperti Vince, Zahid, Mawi, Mila, Stacy dan pelawak-pelawak versatil melalui program realiti Raja Lawak Astro seperti Nabil, Johan, Zizan dan yang terbaru kumpulan Sepah.

"Kami melihat Astro berjaya dengan formulanya untuk melahirkan juara-juara bagi program realiti yang bukan sahaja hadir sebagai tempelan tetapi memberi impak besar kepada industri hiburan tanahair.

"Oleh itu, kami yakin sudah tiba masanya bagi pihak Astro untuk melahirkan sebutir lagi bintang yang akan menyinari dunia drama tempatan pula.

"Projek yang dilancarkan ini juga dilihat mendukung hasrat syarikat yang ingin menjadikan Astro sebagai destinasi utama bagi drama-drama terbaik tempatan melalui payung penjenamaan, Astro Megadrama.

"Kami yakin Anak Wayang mampu memberikan gegaran yang luar biasa kepada industri drama tempatan melalui idea dan bakat-bakat baru yang diperkenalkan kelak," ujar Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) Zainir Aminullah.

Projek Anak Wayang ini bakal dijanakan oleh dua buah saluran yang akan berganding bahu; Astro RIA (saluran 104) dan Astro PRIMA (saluran 105) yang masing-masing akan menayangkan program realiti bagi mencari bakat lakonan dan drama bersiri yang akan berlangsung secara serentak.

Projek Anak Wayang yang didukung oleh dua buah saluran ini bakal melihat para peserta bertanding untuk memegang lima watak iaitu jururawat, mekanik, pengelola majlis, gangster dan setiausaha untuk drama bersiri 50 episod yang akan ditayangkan di Astro Prima pada masa yang sama, berjudul Kecuali Cintamu.

Pada setiap minggu, para peserta akan menerima didikan dalam dunia lakonan di bawah bimbingan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang lakonan. Panel juri yang ditetapkan pula akan menilai prestasi mereka dan memilih hanya dua peserta untuk mara ke hadapan.

Nasib dua peserta ini akan ditentukan oleh undian SMS. Bagi mengetahui keputusan undian SMS, penonton perlu menyaksikan drama di Astro PRIMA pada setiap minggu.

”Uniknya projek ini ialah apabila kami akan mencari calon-calon bagi pemegang lima watak utama dalam drama bersiri pada setiap minggu.

"Lima watak tersebut kemudian perlu mengekalkan mutu lakonan mereka dalam drama bersiri di Astro Prima kerana tiga watak akan dimatikan dan memberi pilihan kepada penonton untuk memilih hanya seorang yang layak bergelar Anak Wayang melalui undian SMS.

"Kami percaya projek Anak Wayang ini mampu menarik perhatian ramai pencinta-pencinta dunia lakonan. Bakal juara juga secara automatik akan ditawarkan untuk berlakon dalam drama bersiri 130 episod di Astro Prima," tambah Zainir lagi.

Pelakon lelaki terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20; Rusdi Ramli dan Bintang Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-17; Fazura akan bergilir-gilir mengacarakan rancangan-rancangan berkaitan yang akan diumumkan kelak.

Bagi mereka yang berminat unutk bergelar Anak Wayang yang pertama di platform Astro, anda dijemput hadir ke sesi ujibakat yang telah pun dirangka di tiga buah negeri seperti:

4 & 5 April(Grand Paragon Hotel, Johor Bahru)

11 & 12 April(Bayview Hotel, Penang Pulau Pinang)

18 & 19 April(Shah Alam City Centre, Shah Alam


Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur di antara 18 – 35 tahun dan tidak terikat dengan mana-mana kontrak syarikat produksi drama mahupun pengurusan artis.

Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang) dan menonjolkan kebolehan berlakon secara spontan kepada juri.

Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 9 pagi hingga 1 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.

Projek Anak Wayang ini akan mula bersiaran di Astro RIA pada 22 Mei 2009. Butir-butir lanjut mengenai program-program berkaitan akan diumumkan kelak.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 4:37 pm

Fasha Sandha Kahwin Disember

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Fasha10


ALHAMDULILLAH! Insya-Allah jika ditakdirkan bertemu jodoh, aktres popular – Fasha Sandha merancang untuk berkahwin pada Disember depan dengan seorang ahli perniagaan.

Siapakah ahli perniagaan yang bertuah itu? Ia masih menjadi tanda-tanya.

Fasha membuat pengakuan mengenai perkahwinannya pada hujung tahun ini ketika Mama Juwie menemuramahnya sempena sambutan majlis hari jadinya yang ke – 25 tahun.

Majlis itu diadakan di rumah barunya dekat Ukay Perdana, Ulu Klang pada 28 Mac lalu selepas Maghrib. Ustaz Aizat Shamsul Baharin, 24, seorang hafiz Al-Quran mengetuai majlis bacaan surah Yasin dan Tahlil serta mengimamkan solat Isyak berjemaah.

Lebih 100 tetamu termasuk saudara-mara, rakan-rakan artis dan wartawan turut hadir . Aida Aris bersama kekasihnya, Zul Handy Black, Rosnah Johari dan pelakon baru Hafiz pun hadir

Bakal Suami Yang Kacak
Bakal suami Fasha sudah pun melamar Fasha secara peribadi tetapi belum ada majlis merisik rasmi dilakukan. Majlis pertunangan pula dijangka diadakan sebelum majlis bernikah nanti, Insya-Allah.

Apa yang dijelaskan oleh Fasha ialah bakal suaminya bukanlah lelaki yang pernah digosipkan dengannya selama ini.

Lelaki ahli perniagaan itu tidak ramai yang mengenalinya. Suatu hari nanti, Insya-Allah apabila tiba masanya, Fasha akan perkenalkan kepada peminat-peminat. Orangnya kacak dan muda.

Marilah kita sama-sama berdoa yang baik-baik untuk hamba Allah bernama Fasha Sandha,..semoga Allah merahmati jodohnya dengan pemuda kacak pilihan hatinya itu. Agar hidup Fasha sekeluarga bahagia di dunia hingga akhirat. Amin.

Untuk mengetahui cerita lanjut, ikuti video temuramah Mama Juwie dengan Fasha di rumahnya selepas beliau memotong pulut kuning.

Artkel dari Jomstar.com 28/03/2009
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 4:44 pm

Gambar Mila,Elaine,Irma di rekaan Fesyen di MIFA 2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Elaine10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Irma10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Mila10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 4:46 pm

Mahu menghadap Tuhan begini - Sidek

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Hi_01_71


KETULAN daging seberat satu kilogram yang di pipi kanan menjadi pengenalan diri buat aktor Sidek Husin. Bermula dengan saiz sebesar bola golf, semakin hari, ketulan daging itu makin membesar. Pada sebilangan besar daripada kita, kewujudan ketulan daging itu sudah tentu merimaskan. Sebolehnya, ada yang akan berikhtiar dan berusaha untuk membuangnya. Namun pada tuan punya diri, apa perlu dia 'mengkhianati' kurniaan llahi.

Reda dengan ketentuan itu, Sidek semakin menyedari hikmah yang ada di sebalik apa yang Allah berikan kepadanya. Lalu, dengan penuh rasa yakin seniman berkulit sawo matang mahu mengekalkan 'kelebihan' yang ada pada wajahnya.Paling utama juga, aktor tersohor itu mahu menghadap Yang Maha Esa seadanya tanpa perlu melakukan transformasi.

"Biarlah saya mengadap Tuhan dengan muka begini. Ini pemberian Tuhan dan saya tidak akan mengubahnya," itu ikrar Sidek dalam satu pertemuan dengan Hits baru-baru ini. Pertemuan itu diatur membolehkan kami mendasari suara hatinya.

Sebetulnya, sudah lama hajat kami ingin berkongsi perasaannya mengenai kehidupan yang dilalui sebagai satu-satunya seniman tanah air yang memiliki 'kelebihan' tersendiri. Kata Sidek, dia tidak ada rasional yang kukuh untuk melakukan pembedahan membuang ketulan daging yang tumbuh pada wajahnya memandangkan, ketumbuhan itu langsung tidak menjejaskan kehidupan sehariannya.

"Kalau benda (ketulan) ini menyakitkan atau menyebabkan migrain, mungkin saya jalani pembedahan, tetapi ia langsung tidak menjejaskan kehidupan seharian saya. "Melainkan kalau ia tumbuh di kaki dan menyekat pergerakan mungkin saya akan buang . Saya lebih suka membiarkannya.

"Lagipun senang bila saya mati nanti sudah ada bantal, jadi tak payahlah letak tanah nanti," sempat lagi seniman itu berseloroh pada pertemuan yang berlangsung di kediamannya di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.

Sebetulnya, Sidek dan ketumbuhan di pipinya itu bukanlah cerita baru bagi sebilangan besar masyarakat atau peminat seni tanah air. Cuma persoalannya, benarkah seperti yang diceritakan oleh ramai artis kononnya Sidek enggan membuang ketumbuhan itu kerana berpendapat ia membawa tuah dan rezeki buatnya?

Ada juga yang lebih nakal. Dakwa mereka, Sidek pernah melarikan diri dari hospital kerana takut dibedah!

Mana satu yang betul? Menjawab soalan yang diajukan, Sidek sekadar menggeleng kepala sebelum menyambungnya dengan kenyataan-kenyataan sebegini:

"Mengarut semua cerita itu. Bukan saya tak pernah buang ketulan ini. "Pada tahun 1979 ketika ketumbuhan itu sebesar bola golf, saya menjalani pembedahan di Hospital Sungai Buloh. "Tetapi selepas tiga tahun ia tumbuh balik. Kini setelah 30 tahun ia menghiasi wajah saya, biarlah ia kekal begini. Sekurang-kurangnya Sidek Husin ada identiti tersendiri!" sambungnya lagi.

Biarlah kalau ada yang anggap jijik

Sudah lebih tiga dekad hidup dengan 'kelebihan' pada wajahnya, sebagai manusia yang waras pemikirannya, Sidek tidak pernah berkecil hati jika ada yang takut untuk mendekatinya.

Bahkan, Sidek juga sudah lali dengan pandangan negatif padanya. Kalau sekalipun ada yang berasa jijik untuk berdepan dengan Sidek, pelakon berusia 58 tahun itu tidak langsung terguris.

"Saya tidak kisah jika ada pelakon yang menganggap diri mereka superstar memandang jijik dengan ketulan pada wajah saya. "Ini kerana saya percaya semua yang terjadi adalah dengan kehendak Allah. Lagipun ia (ketulan) tidak kacau orang," ujar beliau menarik perhatian penulis dan jurugambar mengenai pandangan negatif sesetengah karyawan seni padanya.

Benarlah kata Sidek dalam temu bual itu, dia tidak pernah berhenti memohon doa daripada Allah agar memudahkan perjalanan hidup dan kariernya. Suatu hari, hikmah yang dijanjikan padanya hadir tanpa beliau duga sama sekali.

Ketika ada rakan pelakon yang 'geli' melihat ketulan daging di pipinya, dia didatangi sepasang hamba Allah yang mahu membantu memulihkan semula wajah Sidek.

Khuniza Abdullah bersama suami yang menetap di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur merupakan salah seorang peminat Sidek. Selepas menonton lakonan Sidek dalam drama Cantiknya Buruk yang ditayangkan di saluran Ria, Astro pada musim raya tahun lalu, pasangan itu berusaha menjejaki Sidek untuk menaja pembedahannya.

"Bayangkan mereka sanggup bersusah payah mencari saya. Setelah berjumpa, mereka memberitahu yang mereka telah mengatur temu janji dengan doktor untuk pembedahan membuang ketulan daging di pipi saya.

"Bukan itu saja, pasangan itu juga sanggup memberi saya RM25,000 untuk menanggung kos pembedahan dan selebihnya mereka hadiahkan kepada saya untuk menunaikan umrah. "Tapi semuanya saya tolak kerana saya tidak mahu mengambil kesempatan atas anugerah Tuhan kepada saya.

"Saya sarankan kepada mereka agar sedekahkan duit itu kepada mereka yang memerlukan," Sidek berkongsi cerita keluhuran pasangan yang sudah dianggap sebagai rakan baiknya. Sekali lagi Sidek menjelaskan, bukannya beliau enggan membuang ketumbuhan berkenaan.

Sebaliknya, Sidek pernah merujuk kepada doktor pakar di Hospital Kuala Lumpur beberapa tahun lalu. Doktor berkenaan menasihatkan Sidek supaya tidak membuang ketulan daging itu kerana ia akan memberi kesan kepada penglihatannya khususnya pada sebelah mata kanan.

Saranan yang serupa diberikan anak bongsu Sidek, Mohd. Adam yang merupakan penuntut dalam bidang perubatan di Universiti Malaya. Kini, diam tak diam sudah hampir sepuluh tahun ketulan daging pada wajah Sidek sudah berhenti daripada terus membesar.

Jiwa sensitif Sidek

Walaupun dalam drama atau filem, Sidek terkenal dengan watak antagonisnya tetapi mengenali lelaki ini sejak tahun 1982 menerusi drama popular, Anjang Aki, itu bukanlah perwatakannya yang sebenar.

Sidek yang dibenci kerana watak Malek yang memfitnah Anjang Aki hingga dipenjara dalam penjara buluh di hujung kampung, sebenarnya seorang lelaki yang berjiwa sensitif dan romantis.

Barangkali, ramai yang tidak tahu, andai terlihat sesuatu insiden atau tragedi yang menyentuh hati berlaku di depan matanya, air mata lelakinya sudah tentu akan membasahi pipi. Dan bertitik tolak dari jiwanya yang sensitif itulah lahirnya skrip Panggilan Ilahi. Melalui telefilem itu, Sidek yang membawa watak lelaki buta bernama Sudin berjaya membawa transformasi karakter berbanding watak-watak yang pernah dibawanya sebelum ini.

Malah apa yang nyata, seniman berwajah bengis ini berjaya membuat ribuan penonton meratapi 'kematiannya' dalam drama berkenaan. "Saya tahu saya tak handsome... tapi bukan nak cakap besar, saya yakin kalau saya berlakon pasti penonton mengalirkan air mata. Saya juga boleh tepis lakonan pelakon-pelakon popular hari ini,

"Saya juga tak kisah kalau digandingkan dengan pelakon lelaki popular hari ini, saya percaya mereka boleh tenggelam cuma berani atau tidak mereka untuk berlakon dengan saya," kata Sidek yang kini tidak gemar menonton drama di TV kerana katanya drama-drama terbitan hari ini asyik menampilkan wajah pelakon yang sama.

Untuk rekod, Sidek mula berlakon pada tahun 1972 menerusi drama sulung Hujan Batu Di Rantau arahan Allahyarham Roslee Jalil. Menyusul selepas itu, Sidek bersama-sama pelakon seangkatannya, Razali Buyong dan Omar Abdullah sering diberi kepercayaan menerajui drama-drama terbitan RTM ketika itu antaranya drama bersiri Potret Pekerti.

"Sebenarnya saya kecewa dengan senario hari ini, penerbit hanya sanggup membayar bayaran tinggi kepada pelakon cantik, muda dan handsome walaupun lakonan mereka stereotaip. "Pelakon-pelakon macam saya, jangan mimpi nak dapat bayaran yang setimpal dengan bakat dan pengalaman.

"Saya tidak mahu bandingkan diri ini dengan pelakon Hollywood yang semakin tua lagi dihargai, cuma saya mempersoalkan kenapa mentaliti penerbit dan stesen TV tidak berubah?" kata Sidek meninggalkan tanda tanya.

Bulan Jatuh Ke Bumi


Bukan sekadar layanan dingin daripada pengusaha stesen TV atau penerbit drama dan filem sahaja yang diterima, sebaliknya, mungkin juga ada yang terlepas pandang bahawa Sidek juga sering dilupakan dalam pelbagai acara glamor.

Tanpa berselindung, seniman itu meluahkan kebenaran yang beliau tidak pernah diundang menghadiri apa-apa acara anugerah atau festival filem walaupun sudah 26 tahun berlakon.

Justeru, tidak hairanlah kenapa selama hampir sedekad, Sidek membuat keputusan berhijrah ke Ipoh, Perak. Kebetulan isterinya, Sabiah Sulaiman, 54, bertugas di Pos Malaysia cawangan sana. Namun, usaha bersungguh-sungguh sutradara Rashid Sibir menjejakinya di Ipoh membuatkan Sidek tidak mampu menolak tawaran membintangi Cantiknya Buruk.

Kini, minat dan kecenderungan Sidek lebih terarah menulis skrip selain berlakon. Buat masa sekarang, Sidek sedang menyiapkan skrip Sejenis Air Mengalir yang memaparkan kisah percintaan antara jururawat desa dengan pengemudi bot penambang yang berakhir dengan kematian.

"Saya juga akan menulis skrip komedi Bulan Jatuh Ke Bumi yang mengisahkan tiga orang gila yang bercakap mengenai bulan," ujarnya. Bagi Sidek, walaupun sejak muda hingga kini dia menyara hidup keluarganya dengan berlakon namun bersyukur kerana lima orang anaknya berjaya menamatkan pengajian di menara gading.

Empat cahaya matanya daripada perkahwinan pertama iaitu Siti Hajar, 28, lulusan Universiti Teknologi Mara kini bertugas sebagai seorang guru. Kata beliau, Umi Kalsom, 27, juga merupakan seorang pendidik yang menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa.

Sementara Khairul Mizan, 23, pula bertugas di Bank Negara dan Siti Mariam, 22, yang juga lulusan Universiti Teknologi Malaysia bertugas di sebuah syarikat pengiklanan.

Manakala Mohd. Adam, 18, yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang Perubatan dan Pembedahan di Universiti Malaya pula merupakan anak Sidek hasil perkahwinannya dengan Sabiah.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 4:48 pm

Sah, Imran Bersatu Dengan Saerah!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 32620010


KL, 28 MAC 2009: Sebelum ini timbul khabar angin tentang hubungan adik Dato' Siti Nurhaliza, Siti Saerah atau Saerah dengan penyanyi lagu Seribu Tahun, Imran Ajmain.

Malah, gara-gara gosip ini, Murai Batu difahamkan media Singapura telah mengeluarkan berita mengenai ayah Imran yang merestui sekiranya mereka berdua mahu berkahwin. Hai, orang tua Imran dah kasi greenlight nampaknya... mak Saerah juga dah setuju ke?

Jangan marah, Murai Batu sekdar usik-usik saja. Tapi Murai Batu difahamkan, semua cerita gosip tentang Imran dan Saerah bermula apabila mereka berdua menghadiri sebuah majlis anugerah, baru-baru ini. Waktu itu, ada orang kuat dari stesen radio ada terserempak Saerah pegang erat tangan Imran. Jeng Jeng Jeng...

Dari situlah, kecohnya orang bergosip Imran bercinta dengan Saerah. Pun begitu, cerita ini tidak berhenti di situ saja kerana Murai Batu dengar cerita Saerah semakin rapat dengan Imran selepas Saerah kehilangan arwah ayahnya, Pak Taruddin.

Khabarnya, Saerah yang sedang popular dengan lagu Hero Wayang, sering berjumpa Imran dan meminta pendapat tentang dunia muzik. Kemuncaknya, mereka telah bersatu dalam sebuah lagu. Dan lagu yang dimaksudkan itu adalah lagu Jika Engkau Pergi. Amboi judul pun macam ada makna saja.

Cuma apa yang Murai Batu nak pesan, kalau nak berkawan atau bercinta pun, jagalah nama baik keluarga. Kalau dah bercinta, jangan cuba dolak-dalih sebab nanti peminat dan wartawan akan terasa sengal.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 4:51 pm

Jul paksa Fara jadi isteri?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Hi_02_40


KEMESRAAN antara mereka sudahberakhir setelah Fara menghilangkan diri dan mahu dilepaskan sebagaiartis syarikat milik Julfekar.

ISU penyanyi Farawahida menghilangkan diri sejak seminggu selepaspertandingan Anugerah Juara Lagu Ke-23 sudah pun tersebar luassepanjang minggu ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Hi_02_41


Antara sebab utama dia berbuat demikian atas alasan tidak tahan dikongkong oleh komposer yang juga pengurusnya, Julfekar.
Itu pengakuan yang dibuat oleh Fara dalam khidmat pesanan ringkas(SMS) yang diberikan kepada Julfekar (Jul), selain dia sendiri memintatidak lagi menjadi artis naungan Millenium Art Sdn. Bhd., syarikatmilik Julfekar.

Berita keretakan hubungan baik antara mereka sebenarnya telah dihidu Kosmo! sejak Disember tahun lalu, dan Kosmo! telahpun mengeluarkan artikel bertajuk Antara Kahwin dan Bergaduh pada 11 Disember 2008.

Dalam artikel itu, ada menyatakan Fara sudah tidak sebulu denganpengurusnya sehingga dia membuat laporan polis kerana tidak tahandikongkong.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka menafikan berita tersebut danmenyatakan ia sekadar gosip yang ingin menjatuhkan Fara di saat diasedang sibuk melakukan persiapan untuk AJL 23.

Namun, dengan perkhabaran terbaru ini, sudah terang lagi bersuluh,memang benarlah hubungan mereka tidak lagi baik seperti dulu dan inibukan pertama buat Jul kerana sebelum ini dia mempunyai sejarah'berperang' seketika juga dengan anak didiknya iaitu penyanyi Azharina.

Siapa yang bersalah di sebalik kehilangan Fara sehingga kini meninggalkan tanda tanya. Percubaan Kosmo! untuk mendapatkan kenyataan dari mulut Fara sendiri menemui jalan buntu, apabila Fara tidak lagi menjawab panggilan telefon.

Kami mahu memberi peluang kepada Fara untuk menjelaskan segala-galapunca dan alasan yang menyebabkan dia mengambil keputusan drastik itu,namun tidak mendapat kerjasamanya.Soalnya, sampai bila Fara mahu terussembunyikan diri? Kami sendiri jadi pelik.

Malah mereka yang terdekat dengan Fara juga mendakwa langsung tidaktahu di mana penyanyi hitam manis itu berada ketika ini selepasmenghilangkan diri.

Ikuti temu bual antara Kosmo! dengan Julfekar baru-baru ini.

Dulu timbul gosip kalian berkahwin tetapi kali ini Faramenghilangkan diri pula, nampaknya kesalahan semua diletakkan di atasbahu kamu selaku pengurusnya, apa cerita?

Saya pun tidak tahu macam mana, dia hilang macam itu saja, rumahsewa yang dia tinggal bersama emaknya juga kosong, semua barang sudahdiangkut pergi tanpa memberitahu apa-apa pada saya. Memang semua diatas bahu saya, sebab semuanya saya yang kena tanggung. Saya tidaknampak apa salah saya yang cuba menaikkan namanya sehingga diahilangkan diri.

Ada tanda-tanda pelik sebelum dia menghilangkan diri?

Tidak! Dia seperti biasa saja. Cuma dia tiba-tiba sahaja mengambilberat soal kontrak, kemudian dia ada hantar surat untuk berhenti 24 jamdaripada jadi artis Millenium Art Sdn. Bhd. dengan alasan ibu bapanyayang meminta dia berbuat demikian. Dia hantar surat, hantar SMS saja,tak cakap sendiri dengan saya. Cari di rumah dia pun rupa-rupanya diasudah tidak tinggal di situ.

Apa alasan yang diberikan Fara?


Dia kata tidak tahan dikongkong. Itu saja, sebab itu saya tidakfaham, apa yang saya kongkong. Sebagai pengurus, saya jaga amanah yangdiberikan ibu bapanya untuk menjaga dia sebaik mungkin. Selama limatahun dia jadi artis, saya cuba sedaya upaya untuk naikkan namanya, danbila hasil sudah mula nampak dia buat macam ini pula, itu yang sayageram.

Ada cuba hubungi atau cari dia di kampung?

Saya cuba telefon dan SMS, dia hanya balas SMS. Katanya, jangan caridia di kampung sebab keluarganya tidak suka. Keluarganya juga engganmemberikan kerjasama. Apabila saya telefon, dia tidak jawab dan matikantelefon. Berkemungkinan besar dia sudah tukar nombor baru, kerana itusaya tidak dapat hubungi dia.

Kerugian yang terpaksa ditanggung?

Banyak sangat! Semuanya berjumlah RM231,000. Itu termasuk kospembikinan album, klip video dan promosi album ketiganya yangsepatutnya dilancarkan Februari lalu di Indonesia. Disebabkankehilangannya, semua aktiviti terpaksa dibatalkan dan pengeluaran albumdi Malaysia juga terpaksa ditangguhkan, sedangkan saya sudah punmelantik ejen promosi dan mengaturkan semua aktiviti di Indonesia. Jadimemang saya rugi.

Bagaimana dengan kontraknya?

Dia tandatangan kontrak selama lima tambah satu tahun. Sekarangsudah lima tahun, mengikut perjanjian secara automatik syarikat bolehmenambah setahun lagi. Kiranya dia sudah melanggar kontrak.

Banyak versi cerita kurang enak sedang tersebar ekoran kehilangan Fara, kamu tahu tentang itu?

Saya tahu, macam-macam orang kata. Ada yang kata kononnya Fara larisebab saya telah memaksa dia berkahwin dengan sayalah, saya makan duitdia dan macam-macam lagi.

Betul kamu paksa dia kahwin?


Kalau saya paksa dia kahwin, bermakna saya ini sudah hilang akal.Bayangkan, album ketiga dia baru saja nak keluar. Kalau kata saya makanduit dia, dia sendiri pun masih berhutang dengan saya. Selama inisyarikat yang banyak tanggung dia pakaian, makan minum, rumah dansebagainya. Dia juga yang minta saya uruskan kewangannya. Cerita kahwinini hanya gosip, sebab orang memang suka bercerita.

Jika dia tidak muncul juga, apa tindakan selanjutnya?


Bergantung dengan hati saya, tengok apa reaksi dia selepas ini.Sudah sebulan lebih dia menghilangkan diri dan masih ada ruangperbincangan, saya tidak akan membawa hal ini ke mahkamah, kerana sayayakin Fara yang saya kenal bukanlah orang yang kejam. Mungkin, diatermakan cakap-cakap orang.
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 6 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 6 of 15Go to page : Previous  1 ... 5, 6, 7 ... 10 ... 15  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions