Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1 ... 6, 7, 8 ... 11 ... 15  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 4:52 pm

Saya tahu siapa Julfekar

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Hi_03_21
AZHARINA


PENYANYI bersuara serak-serak basah, Azharina Azhar atau mesra disapa Nina juga pernah menjadi anak didik Julfekar, malah namanya juga naik menerusi lagu Elergi Sepi ciptaan komposer berimej botak ini.

Menariknya, Azharina turut melalui episod yang sama dengan Fara apabila hubungannya dengan Julfekar pernah tegang seketika dan dia turut meninggalkan syarikat Millenium Art Sdn. Bhd. Keputusannya itu mengundang banyak cacian daripada pujian.

Bagi mendasari lebih lanjut isu kehilangan Fara, hanya Azharina merupakan orang yang tepat kerana dia juga pernah bekerja dan dididik oleh orang yang sama dengan Fara.

Nina tahu tentang kehilangan Fara?

Saya tidak tahu langsung, terkejut mendengar berita ini.

Nina pasti cukup kenal dengan Julfekar, bagaimana dengan Fara?

Saya kenal siapa Julfekar, cuma Fara saya kenal dia semasa pertandingan di RTM. Masa perkenalan kami agak singkat tetapi saya tahu dia orang yang baik.

Nina pernah duduk di bawah syarikat yang sama, mungkin Nina dapat agak sebab-sebab Fara meninggalkannya?

Saya tidak tahu sebabnya, mungkin sebab Fara tidak sama dengan saya. Saya keluar daripada syarikat itu pun hanya kerana menuntut hak dan pendirian saya sebagai artis, mungkin sudah tiada rezeki saya untuk bekerja bersama Julfekar. Saya pernah dicaci sebagai kacang lupakan kulit sedangkan sehingga hari ini saya tidak pernah lupa jasanya.

Tentang kehilangan Fara, adakah Nina rasa ada kaitan dengan kes 'terlalu' mengongkong, bagai yang diperkatakan?

Saya tak tahu. Lagipun saya sudah lama keluar daripada Millenium Art Sdn. Bhd. Saya juga tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tidak mahu bercakap panjang lebar kerana apa yang berlaku di luar pengetahuan saya. Saya hanya doakan yang terbaik buat mereka berdua.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeSun 29 Mar 2009, 4:54 pm

Pelakon Hamidah Wahab dah bertudung

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Person11


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Cover11Hati begitu teruja tatkala mendapat tahu personaliti cover kali ini adalah Hamidah Wahab. Teringin benar rasanya mahu 慴ertentang?mata dengan wanita ini. Watak bengis dan garang sangat sinonim dengan dirinya. Walaupun usia antara kami jauh berbeza, tetapi tidak salah rasanya jika saya katakan saya amat mengagumi beliau.

Satu Hijrah yang nyata. Orangnya tinggi lampai dan masih lagi cantik. Itulah gambaran pertama yang boleh saya katakan tentang wanita ini. Nyata anak kelahiran Melaka ini sangat peramah dan mudah didekati. Walaupun sedang sibuk dengan penggambaran drama terbaru, namun dia masih lagi sudi meluang sedikit masa berkongsi cerita dengan krew MIDI yang turun ke lokasi penggambaran.

Bermula Sebagai Seorang Model

Mungkin ramai yang tidak tahu, dahulu saya merupakan seorang model. Saya aktif dalam bidang peragaan sejak berusia 18 tahun lagi. Pada waktu itu saya masih lagi menetap di Singapura, Ayah saya bekerja di sana, jadi kami sekeluarga menetap di sana. Pada masa itu saya mendapat tawaran berlakon dengan RTM. Filem pertama lakonan saya adalah Gilagila dari Sabah Filem Production. Sejak hari itu, mula timbul rasa suka dan minat untuk berlakon. Saya senang untuk berlakon dan saya telah menjadikan lakonan sebagai kerjaya wajib saya.

Perubahan Positif


Bercerita mengenai perubahan diri yang kini bertudung, Hamidah lantas berkata, sebenarnya untuk berubah kita perlu ikhlas. Untuk melakukan kebaikan kita tidak boleh berhenti separuh jalan sahaja. Seperti mengenakan tudung atau sebagainya. Sejak dari dulu lagi saya berhasrat untuk bertudung tetapi biarlah hasrat itu disertakan dengan nawaitu yang baik dan bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja. Sebagai seorang pelakon saya perlu bersikap profesional dalam semua aspek. Saya juga ingin menjaga imej wanita bertudung. Jadi saya akan sesuaikan dengan watak yang saya bawa. Kenangan yang tidak dapat saya lupakan adalah sewaktu sesi rakaman Cinta Madinah dan Tetamu Allah di tanah suci Mekah. Pada waktu itu ramai rakan artis yang turut serta.

Perasaan syahdu berada di bumi Allah membuatkan saya merasakan diri sangat kerdil. Saya sentiasa meletakkan diri saya di satu tahap yang sederhana. Saya berlakon, mencari rezekikerana Allah. Saya lakukan yang terbaik untuk semua dan harapan saya agar semua peminat saya di luar sana dapat menerima setiap watak yang saya bawa. Dalam drama terbaru bertajuk Matahari di bawah produksi Ziela Jalil, saya memegang watak Puan Sri Dolly, seorang yang sombong dan angkuh. Untuk mengetahui jalan cerita dengan lebih lanjut, kena lah menonton televisyen jelasnya sambil ketawa
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 9:12 am

[Gambar] - Jasmin Hamid

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 N1391910

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 N1391911

ceria & peramah…

Siapa yang tak kenal dengan Jasmin Hamid. Pelakon yang cukup berbakat dan hebat. Baru2 ini [bh] bertemu dengannya, katanya dia baru sahaja tamat melakonan watak sebagai seorang Emak dalam 2 telemovie iaitu “Suara Dari Kubur” & “Hadiah Cepu Emas”. Kini dia sibuk dengan pengambaran sitkom BONG pula. Sitkom yang ditayangkan setiap Isnin, 9.30 malam di tv9.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 9:32 am

[Gambar] - Rambut baru Anne HotFM

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 2642_110
p/s; nampak bertambah comel pulak bila Anne potong rambut ni..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 9:33 am

baju nikki

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Nikky-10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Nikky-11

Inilah aksi Nikky semasa hadir dalam majlis sidang akhbar AIM ke 16 pada 26 Mac 2009 lalu. Apabila diminta pose bukan main lagi si Nikki ni posing sampai lupa ada sesuatu yang tertonjol di dadanya.


Agaknya Nikky lupa baju yang dipakainya tu jenis kain yang lembut. Bila agak ketat sikit maka, adalah yang tertonjol-tonjol bila badan dibengkokkan.

Ada majlis yang sesuai nak pakai seksi seksi ni dan ada juga yang kurang sesuai. Tapi artis Malaysia ini memang tak kisah dah sebab itulah sekarang ini banyak gambar-gambar aksi hot mereka berjaya dirakam dan disebarkan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 9:35 am

Gambar Fida Bertudung Cantik

Sejak akhir-akhir ini, bintang ciptaan Pantene, Rafida Ibrahim atau Fida (sepupu Siti Nurhaliza) yang bertudung cantik itu semakin menjadi perhatian. Selain berbakat sebagai pengacara Fida juga boleh menyanyi malah menulis buku. Wanita melayu terakhir ni

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Fida10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 9:37 am

Scha Dan Fahrin akan Berpisah

Selepas 5 bulan digosipkan mempunyai hubungan rapat berbaur percintaan, hubungan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai Scha, 25, bersama pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad, 28, kini telah beransur renggang.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 11102010


Perkara itu diakui sendiri oleh Scha. Apakah yang telah berlaku dalam hubungan mereka yang sebelum ini dikatakan mesra dan intim?"Kami bukannya berkrisis tetapi semakin berjauhan kerana bebanan tugas. Kami tidak ada banyak masa untuk berjumpa," kata Scha. Namun dia masih menafikan belum terikat kukuh dengan sesiapa pun termasuklah Fahrin.

"Sampai kehari ini hubungan saya dengan Fahrin sekadar berkawan sahaja. Kami biasanya bertemu ketika di lokasi penggambaran dan majlis hiburan. Itu pun hanya beberapa kali sahaja.

"Saya sebenarnya seorang yang berhati-hati untuk mencari pasangan. Saya tidak suka hubungan sekerat jalan. Kalau saya sayangkan seseorang itu, saya akan sayang dia betul-betul. Masa saya sekarang lebih banyak ditumpukan kepada kerjaya saya," kata Scha lagi.

Scha, baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk filem Dimensi Cinta arahan Eddie Pak yang turut dibintangi Catriona Ross, Awie, Eman Manan, Chaq, Memey Suhaiza, Adam AF2 dan Zarina AF2. Dimensi Cinta merupakan kisah benar mengenai liku-liku hidup yang dilalui seorang ibu tunggal bernama Raja Soffhie lakonan Catriona Ross.

Dari sudut kerjaya, Scha bertuah kerana selepas 2 tahun menjadi pelakon, dia semakin banyk mendapat tawaran drama dan filem. Namanya melonjak dalam siri Awan Dania yang ke udara di Astro.

Dia turut meluahkan rasa terujanya apabila buat pertama kali tercalon dalam senarai Top 5, Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH08). Malam kemuncak anugerah berprestij itu akan berlangsung pada 12 April nanti dan Scha bersaing hebat dengan Stacy, Ayu, Lisa Surihani serta Sari Yanti.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 9:39 am

Agnes Monica dan Dr Neil Bertunang?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Agnes10


Agnes Monica dan Dr Neil bertunang menjadi gosip artis panas sejak kebelakangan ini. Blog ini sempat menulis pacar baru Agnes Monica dan gosip pertunangan ini jadi membuktian kalau Agnes masih seiring dengan doktor asal negera Jepun berkenaan.

Kalau tahun lalu, artis ini juga pernah digosipkan mengenai “Agnes Monica - Salah Potong Rambut” ini masih mahu lagi berbelah bagi soal kriteria kekasih idamannya, kali ini Agnes jesteru menyimpan rahsia setiap ditanya soalan mengenai pasangannya.

“Aku kan udah bilang, tanya apa aja kecuali my personal life“

Pas digasak dengan pertanyaan yang sama, artis comel yang sempat di'tarik' di Malaysia ini cuman menjawab seperti berikut.

“Masalah itu mending saya dan keluarga aja yang tau. Soalnya gini, buat ngegabungin 2 orang aja udah ribut apalagi kami juga punya prinsip hidup berbeda. Malah ribut, apalagi kalo ntar ada orang ketiga, keempat, kedua ratus, ke sejuta sekian. Mending keluarga aja yang tau.”

Tambahan sahaja, makanan kesukaan Agnes, Niku Udon (Japanese Food), terus juga pernah sudah mengikuti kursus Bahasa Jepun, seterusnya nak tunggu apa lagi ya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 9:44 am

Farahdhiya berasa lega

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Ne_05_14
FarahDhiya


KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon jelita, Farahdhiya atau Farah Dhiya Mohd. Amin, 25, yang sebelum ini bernaung dengan syarikat Maestro Talent Sdn. Bhd. (Maestro) masih mampu tersenyum walaupun syarikat itu dikatakan bakal menghentikan operasinya pada 1 April ini.

Ia ekoran, album ketiganya yang menjalani rakaman penuh bersama Maestro sudah siap dan hanya menunggu lampu hijau daripada Ketua Pegawai Operasinya, Freddie Fernandez untuk dipasarkan.

“Saya pada mulanya terkejut bila dapat tahu mengenai penutupan Maestro dan risau mengenai album saya kerana album kedua saya dulu ‘terkubur’ sebab syarikat NAR Record ditutup dan saya tak mahu pisang berbuah dua kali,’’ katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Ne_05_13


Kosmo! kelmarin melaporkan Maestro bakal ‘tutup kedai’ mulai 1 April ini dan akan diambil alih Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB).

Dalam pada itu, tambah Farahdhiya, beliau akan berjumpa Freddie pada minggu depan dan beliau pernah berjanji untuk mengeluarkan albumnya serta menjalankan promosi serta pihak yang bertanggungjawab untuk mengedarkan albumnya itu.

“Saya gembira bila Freddie cakap dia akan keluarkan album saya, tapi kalau dah keluar, promosi tak ada pun tiada makna juga,’’ tambahnya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 9:46 am

MUH muncul terbaik dalam Hits 1 Akhir

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Ne_14_10
KUMPULAN Meet Uncle Hussain (MUH) yang menang dalam dua kategori pada pertandingan Hits 1 Akhir Musim ke-6 di Kuantan, malam semalam.

KUANTAN – “Kemenangan bukan perkara utama.”

Sebaliknya apa yang lebih penting bagi vokalis kumpulan Meet Uncle Hussain, Lan ialah kejayaan memperjuangkan muzik independent atau indie di negara ini.

Perjuangan kumpulan tersebut ternyata berjaya apabila ditabalkan sebagai juara kategori Persembahan Terbaik dan Lagu Untukmu dipilih sebagai Lagu Terbaik pada Pertandingan Hits 1 Akhir Musim ke-6 di sini malam semalam.

Lan berkata, kemenangan kumpulannya pada pertandingan Hits 1 adalah bukti bahawa muzik indie yang diketengahkan kumpulan mereka selama ini kian mendapat tempat di kalangan peminat muzik dan masyarakat tempatan.

“Ia terbukti apabila lagu kami turut menjuarai Anugerah Juara Lagu 23 (AJL23) sebelum ini.

“Bagaimanapun, kemenangan bukan perkara pertama kerana bagi kami adalah memperjuangkan muzik indie di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas pertandingan itu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 9:51 am

Johan potong kuku Ozlynn

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Hi_01_72


SAAT pasangan ini melangkah masuk ke studio Utusan, kemesraan cinta mereka 'ditayang' tanpa disorok lagi, dan tanpa dihalang perasaan segan dan silu.

Apalagi sementara menantikan jurufoto merakam gambar mereka, sempat lagi pasangan ini mengusik sesama sendiri dan saling bermanja tanpa menyedari gelagat mereka diperhatikan ramai.

Seolah-olah mahu menyerlahkan kebahagiaan cinta di mata umum, bekas finalis program realiti Raja Lawak, Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz atau Johan dan pelakon Ozlynn Waty Ismail (Ozlynn) bersikap selamba dan terbuka mengenai hubungan mereka.

Sepanjang sesi fotografi dan sesi temu bual tersebut, kemesraan mereka bagaikan tiada titik noktah. Sering sahaja mereka bergurau senda. Sampaikan Ozlynn sempat juga merajuk sekejap kerana dek gurauan Johan itu.

"Kami memang macam ini. Kalau terasa sikit, masa itu juga kami akan merajuk dan bergaduh tak kira tempat.

"Dan hubungan kami ni brutal ('ganas'). Tapi kalau masing-masing tengah naik angin, jadi brutal terus," ujar Ozlynn dalam tawa apabila menyedari gelagat mereka meraih perhatian.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Hi_01_73
KELUARGA Johan dan Ozlynn memahami betapa hubungan mereka kini sangat intim.


Biarpun sedang ditemu bual, mereka turut menyelitkan lawak jenaka yang hanya difahami mereka berdua. Malah sempat lagi mereka mengambil gambar berdua sendiri.

Dalam pada itu ada kalanya, mereka tidak serius dek kerana gurauan spontan yang dicipta mereka itu. Lebih-lebih lagi Johan yang sememangnya tidak pernah kering idea dalam membuat lawak.

Jelas sekali, cinta mereka begitu mekar sehinggakan sukar untuk mereka selindungkan. Bagi Johan dan Ozlynn, hubungan mereka itu bagaikan isi dan kuku kerana saling memerlukan antara satu sama lain.

Disebabkan keintiman mereka juga, hubungan yang sudah mencecah setahun lebih itu tiba-tiba menjadi kontroversi apabila mereka dikatakan berpeluk dan bercium di khalayak ramai.

"Cinta kami ini sempoi. Semua perkara kami kongsi. Cuma kalau duit saya, saya punya dan duit Johan saya punya juga (ketawa).

"Tapi bila ada orang tak puas hati, mulalah nak jaja cerita yang tak elok tentang kami sampai jadi bualan orang.

"Alhamdulillah, setakat ini kami langsung tak tertekan pun dengan kontroversi itu. Kami cuma buat apa yang kami rasa mahu buat," ujar Ozlynn.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Hi_01_74


Tambah gadis berusia 27 tahun ini, keluarganya juga tidak tergugat dengan kontroversi hubungan intim mereka itu.

Malah, keluarga Ozlynn begitu memahami dan mengetahui mereka sentiasa berdua ke mana-mana sahaja.

"Mak tahu kami sentiasa berdua. Sampaikan mak kata 'ala... buat tak kisah sahaja'.

"Kami tak hairan sebenarnya dengan kata-kata orang. Yang penting keluarga kami faham dan tahu setiap langkah kami," tegasnya.

Anggap orang sekeliling tidak faham

Seperti umum sedia maklum, hubungan Johan dan Ozlynn sering dijadikan isu kononnya, keakraban mereka tidak kena tempat.

Malah, sikap mereka yang saling menyuap makanan antara sesama sendiri juga turut dijadikan bahan cerita oleh mulut-mulut yang nakal.

Apa pun, seperti biasa, mereka langsung tidak mempedulikannya. Sebaliknya, mereka menganggap orang sekeliling tidak faham dengan keadaan mereka.

Ketika ditanya, bersambung-sambung pula jawapan yang diberikan Ozlynn dan Johan.

"Biarlah, orang kata kami sering suap-suap makan. Kalau nak tahu di rumah, mak saya selalu suapkan makan untuk saya," ujar Ozlynn.

Johan pula menyambung: "Dia ni manja. Nampak sahaja badan besar panjang macam ini, tali kasut pun saya kena ikatkan. Malah saya juga yang memotong kukunya.

"(Ketawa) Betul tu. Sebab kalau saya potong kuku sendiri, sampai ke dalam-dalam kulit saya potong. Tapi, bab masak jangan main-main, saya pakar tau."

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Hi_01_75


Sengaja mahu mengusik teman wanitanya, Johan menyampuk lagi: "Masak air! (ketawa). Itu pun air tak masak!"

Bertanyakan pula tentang perancangan ke alam rumah tangga, pasangan ini belum lagi merancang untuk memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.

Namun, perkahwinan yang diidamkan sudah pun ada dalam kotak fikiran mereka.

"Kalau nak cakap tentang sama ada kami sudah bersedia atau tidak untuk berumah tangga, memang saya dah bersedia. Cuma, persediaan untuk kahwin saja belum lagi.

"Biar masa yang menentukan. Tapi kami mahukan perkahwinan yang berbeza, mungkin kami akan buat majlis minum petang. Atau mungkin kami akan nikah dahulu dan bersanding, tengoklah dulu macam mana.

"Keluarga pun tak kisah dengan perancangan perkahwinan kami. Mereka cuma mahu saya cari lelaki yang terbaik," akui Ozlynn.

Sempat juga Johan menyampuk: "Jangan cari yang terbalik!"

Ozlynn sudah ada anak?

Sementara itu, gosip sebelum ini tersebar kononnya Ozlynn sudah pun mempunyai seorang anak.

Ditebak persoalan itu, Ozlynn bagaimanapun enggan mengulas panjang perkara tersebut.

"Tentang anak, saya tak mahu komen. Apa yang boleh saya bagi tahu, saya menjaga seorang anak lelaki yang berusia lima tahun," tegasnya

Sebenarnya, sejak kontroversi mengenai hubungan cinta mereka kecoh diperkatakan, nama Ozlynn baru dikenali umum, walaupun dia sudah 14 tahun bergelar seorang anak seni.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Hi_01_76
BAGAIKAN belangkas. Johan dan Ozlynn tidak segan untuk menunjukkan kemesraan mereka untuk disaksikan pandangan umum.


Ozlynn juga dikatakan mencipta nama atas dasar populariti Johan semata-mata. Namun, kerana kontroversi yang ditimbulkan itu juga, rezekinya semakin melimpah ruah. Begitu juga dengan Johan.

"Sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih kepada orang yang membuat kecoh tentang kami kerana rezeki kami semakin terbuka luas.

"Alhamdulillah banyak tawaran yang kami terima. Sekarang ini kami baru saja selesai penggambaran drama YB, Isteri dan Janda. Sebelum itu, Johan juga berlakon dalam drama Impak Minima.

"Pada masa akan datang, saya akan mengacarakan program memasak pula dan akan pusing satu Malaysia. Kasihan Johan, selama 20 hari saya akan tinggalkan dia," selorohnya.

Mendengar kata Ozlynn, terus Johan berkata sambil membuat mimik muka: "Kenalah ikut sama! Ozlynn sebenarnya ialah pembantu peribadi (PA) saya dan saya juga PA dia.

"Bila dia ada penggambaram, saya akan ikut dia. Begitu juga dengan saya bila ada penggambaran, dia pula akan ikut saya. Tak payah pakai PA."

Sambil mengangguk Ozlynn memberitahu, dengan cara itu kerjaya mereka bertambah mudah. "Lagipun boleh elak benda yang tidak elok," katanya.

"Oh! mahu buat benda yang tak elok di belakang akulah tu?" seloroh Johan pula yang bakal memulakan penggambaran filem Uncle Usin tidak lama lagi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 9:52 am

Shilpa kahwin dengan jutawan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Du_06_10
SHILPA dan Raj (kiri) akan berkahwin pada Oktober depan.

MUMBAI - Aktres Bollywood, Shilpa Shetty mendedahkan bahawa dia akan berkahwin dengan teman lelakinya, Raj Kundra yang merupakan seorang usahawan barangan kemas, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut akhbar berkenaan, mereka akan mendirikan rumah tangga pada Oktober depan dalam satu majlis tradisional di India dengan dihadiri anggota keluarga dan sahabat handai selepas dua tahun menjalin hubungan.

Sebelum ini, aktres berumur 33 tahun itu berdepan tekanan supaya segera bersuami namun dia bertegas mahu menunggu sehingga tiba masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

"Saya memiliki pandangan tradisional tentang perkahwinan. Bagi saya, jodoh ditentukan oleh Tuhan. Apabila saya memutuskan untuk berkahwin, saya berharap ia akan kekal seumur hidup dan saya yakin, Raj adalah jodoh saya," katanya.

Raj, seorang jutawan berumur 34 tahun memiliki perniagaan barangan kemas dan logam yang beribu pejabat di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Shilpa melonjak popular apabila menjadi peserta Celebrity Big Brother di Britain pada 2007.

Sengketa antara Shilpa dan seorang lagi peserta rancangan tersebut, mendiang Jade Goody yang didakwa membulinya mencetuskan kontroversi antara Britain dan India tetapi mereka berdamai selepas program itu berakhir. - Agensi
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 10:45 am

Kecoh karya homo

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Hi_04_16


LEWAT kebelakangan ini, ceritera yang diangkat daripada golongan lelaki homoseksual dan golongan mak nyah dijadikan satu inti pati baru dalam dunia hiburan tempatan. Benar, di luar negara, kebebasan dan penerimaan tanpa halangan agama menjadikan karya-karya sebegini diterima baik.

Di Malaysia, ia melahirkan pelbagai persepsi. Mengikut hukum, homoseksual atau mak nyah tetap haram kerana mereka bercinta dengan kaum sejenis selain berpenampilan seperti perempuan.

Sementara bagi para pengkarya, mereka hanya ingin menyajikan cerita yang mampu memberi pengajaran dan keinsafan kepada khalayak.

Seperti ulasan Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, matlamat tidak menghalalkan cara yang membawa maksud, walau mereka ingin menimbulkan keinsafan, haram tetap haram apabila lelaki berpakaian perempuan dan perbuatan tersebut dilaknat Allah s.w.t.

Sejauh mana pula penerimaan barisan pelakon tentang isu ini selain daripada memberi jawapan klise iaitu mereka hanya melakonkan watak-watak tersebut?

SB: Kenapa ambil watak sebegini - bercinta dengan kaum sejenis atau menjadi lelaki lembut?

R:Ini hanya lakonan dan ia membawa mesej yang baik terhadap gejala sosial yang sedang berlaku. Kita nak timbulkan kesedaran pada khalayak bahawa hal seperti ini memang wujud dalam masyarakat kita sejak dulu lagi. Kita memang ada komuniti lelaki lembut atau lelaki gay. Jadi ini yang kita pertontonkan semula

N: Dari sudut lakonan, saya selalu dapat karakter beruniform, anak orang kaya dan bila datang peluang begini, saya tak nak lepaskan. Jadi bila Sheila Rusly bagi skrip, saya rasa saya perlu cuba. Memang pada peringkat awal saya rasa tepuk dada tanya selera. Ini watak yang sukar, Sebab saya tak ada pengalaman, jiwa kosong. Zee tahap di pertengahan lelaki. Saya fikir tentang kemampuan diri. Persepsi masyarakat akan timbul dan saya tak boleh penuhi kehendak semua orang.

Okey, orang industri akan kata bahawa mereka nak beri mesej. Tapi untuk sampai kepada mesej itu, ia melalui proses komersial dan kontroversi. Maksudnya dalam sejam cerita, barangkali hanya 20 minit pengajaran dan 40 minit lagi sisi komersial. Ia tidak seimbang?



R: Kita memang buat cerita untuk timbulkan kesedaran. Kalau nak cakap pasal mesej di hujung cerita, ia sama macam kita baca buku cerita iaitu kita akan baca jalan ceritanya yang mungkin komersial dan akhir cerita baru dapat mesej.

Cakap pasal kontroversi, macam kes saya, saya kononnya bercium dengan Fizz Fairuz, tapi sebenarnya ia adalah teknik CPR.

N: Pada saya, kita kena tahu ini platform mereka berkarya dan menjana pendapatan. Dan untuk stesen televisyen, mereka perlukan elemen untuk pengiklan. Ini semua bisnes. Ini setara untuk semua orang.

Roslan, dalam drama itu gambarannya kamu syok dengan kaum sejenis?

R: Memang, tapi dalam realiti kehidupan, saya masih suka perempuan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Hi_04_15
TEATER Patung Kertas turut menceritakan kisah hidup mak nyah.


Namun lewat kebelakangan ini, sudah banyak sangat lambakan cerita yang berteraskan golongan ini. Kalau terlalu banyak, ia sudah tak jadi macam satu kesedaran, sebaliknya satu trend dan seperti cuba ambil kesempatan dengan kehangatan isu ini?

R: Saya tak nafikan ini macam satu musim. Saya lihat, musim mengetengahkan watak lembut ini menjadi lebih hangat selepas Rusdi Ramli membawanya dalam filem Waris Jari Hantu.

Saya tak tahu motif sebenar produksi adalah kerana trend atau mahu memberi kesedaran. Tapi saya tahu, masyarakat sudah boleh terima watak sebegini dalam hakikat lakonan.

N: Nampak gaya macam satu musim. Macam masa hangat cerita hantu, semua pun buat cerita hantu. Tapi ini bukan fenomena sebab kita kena ambil kira sensitiviti semua pihak.

Pada saya, sesuatu pembaharuan akan dapat respons yang positif dan negatif. Jadi ia perlu seimbang.

Definisi lelaki lembut pada pandangan kalian?

R: Pada saya, lembut ini ada tiga peringkat. Pertama, lembut dalam menghormati orang lain. Kedua, lembut dalam perwatakan dan tingkah laku dan ketiga lembut kerana berpakaian perempuan.

Saya akui, saya memang lembut. Tapi saya tergolong dalam golongan pertama dan kedua iaitu lembut perwatakan dan tingkah laku serta lembut menghormati orang. Tapi saya tidak berpakaian perempuan.

Walaupun saya lembut, orang tak tahu saya juga pemarah dan panas baran. Saya masih ada sifat lelaki yang kental.

N: Setiap lelaki memang ada sifat feminin dalam diri. Kalau tak, dia tak akan menangis. Saya lelaki sejati. Dan saya percaya memang naluri ini ada sejak kecil. Kita tengok, kita tahu berapa darjah kelembutannya. Lelaki sejati, ada tenaga menjadi ketua. Saya juga bukan jenis metroseksual.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Hi_04_14
ADEGAN ‘cium’ antara Roslan dan Fizz Fairuz mencetus kontroversi.


Bagaimana pula dengan golongan homoseksual, pondan dan mak nyah?

R: Oh, soalan ini agak sensitif untuk dihuraikan. Tapi pada saya, gay, pondan dan mak nyah ini macam satu penyakit diri sendiri. Macam orang sakit buah pinggang. Ia jadi penyakit diri mereka sendiri dan kita tak boleh nak hukum mereka kecuali Allah.

Tapi awak tanya saya, saya melihat perwatakan golongan gay atau homoseksual ini terdiri daripada lelaki macho. Pondan pula berpakaian perempuan sementara mak nyah pula adalah golongan yang sudah menjalani pembedahan. Ini isu sensitif, sebab itu saya kata ia adalah penyakit peribadi.

Tapi menyerupai wanita itu haram dalam Islam.

R: Saya tahu memang haram, tapi kita tak boleh nak hukum orang. Macam saya cakap tadi, saya memang lembut, tapi saya tak menyerupai wanita. Macam inilah, bila Tuhan bagi hidayah, maka dia akan kembali ke jalan yang betul. Dalam dunia, tak ada yang sempurna.

Masyarakat boleh pandang serong, tapi Tuhan beri kelebihan kepada setiap individu tersebut. Sama macam perempuan jadi pengkid. Saya pun tak tahu kalau satu hari saya kahwin, jodoh, siapa tahu. Dan saya masih berminat pada perempuan.

N: Yang penting, dalam diri saya sendiri saya berpegang kepada Rukun Islam yang lima dan Rukun Iman yang enam. Dari sudut niat, saya menjalankan tanggungjawab saya. Kita tak menghalalkan cara, tapi kita cuba cungkil apa yang perlu kita tonjolkan.

Ada diskriminasi terhadap lelaki lembut?

N: Tak ada langsung. Pada saya mereka golongan kreatif. Saya tak ada sebarang diskriminasi. Mereka unik. Jangan pandang kelemahan orang.

Menjalani proses menjadi wanita, bagaimana rasanya?

N: Menderita. Saya bersyukur jadi lelaki. Sebab selama ini, saya berlakon, solek tak sampai lima minit. Sebab jadi perempuan, saya perlu disolek selama dua jam. Dipasangkan bulu mata, pakai rambut palsu. Ini pengalaman yang paling berharga yang buat saya bersyukur dilahirkan sebagai lelaki. Alhamdulillah.

Bila tengok muka, anda rasa anda cantik?

N: Saya tak ada perasaan melihat diri sendiri jadi perempuan. Tapi mak kata saya macam heroin Hindustan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 10:55 am

Mahsuri milik Vee

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Hi_02_42
VEE bakal menjelma sebagai Mahsuri bermula 24 April depan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Hi_02_43
FAUZIAH NAWI


Sudah berbulan lamanya Fauziah Nawi mencari calon untuk memegang watak Mahsuri bagi teater terbaru arahannya yang bakal dipersembahkan Istana Budaya (IB). Dalam proses pencarian itu, dia sebenarnya sudah mempunyai calon tersendiri.

Padanya, dia hanya dapat membayangkan Vanidah Imran (Vee) sebagai Mahsuri dan tuah berpihak kepadanya apabila Vee bersetuju apabila menerima tawaran itu.

Bukan senang bagi seorang aktres untuk meninggalkan kerja lain dan hanya bertumpu pada pementasan teater yang akan mengambil masa persediaan yang lama. Namun, Vee tidak kisah mengorbankan masa hanya untuk bekerjasama dengan Fauziah dan menerima cabaran sebagai Mahsuri.

Walaupun dia pada masa ini sedang sibuk dengan teater muzikal Islamik arahan Erma Fatima, Sirah Junjungan musim kedua sehingga 22 Mac lalu, Vee sebenarnya sudah lama tidak berlakon teater sebagai peneraju utama. Kali terakhir adalah menerusi teater Wangi Jadi Saksi (2006).

"Memang diakui berlakon drama atau filem akan mendapat bayaran lebih tinggi. Tetapi saya bersetuju untuk berlakon dalam teater ini kerana kepuasan diri. Memegang watak Mahsuri dan berganding dengan Fauziah bukannya peluang yang biasa diperoleh.

"Lagipun sudah lama saya tidak memegang watak utama dalam teater. Pentas teater sebenarnya adalah tempat yang membolehkan saya belajar semula dan memperbaiki lakonan saya," kata Vee ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan barisan utama pelakon Mahsuri.

Sungguhpun Vee merupakan pilihan utama pengarah, dia juga diperlukan untuk menghadiri sesi uji bakat bersama calon lain. Tidak mendapat pas mudah, Vee sendiri tidak kisah untuk menghadiri uji bakat kerana melalui proses sama untuk muzikal P. Ramlee dan Puteri Gunung Ledang (PGL).

Sejujurnya Vee mengakui dia tidak begitu mengetahui kisah mengenai Mahsuri. Seperti kebanyakan orang lain, dia hanya mengetahui cerita asas tetapi teater ini akan bercerita daripada sudut suami Mahsuri, Wan Darus.

"Memang saya tidak tahu secara mendalam mengenai Mahsuri tetapi figura itu ialah legenda. Sejak kecil kita sudah belajar dan mendengar ceritanya. Kalau pergi melawat Pulau Langkawi, pastinya semua orang ingin melawat makam Mahsuri.

"Maka, ia adalah satu penghormatan apabila ditawarkan watak ini," tambahnya lagi mengenai teater yang sudah akan bermula 24 April depan.

Diperlukan bersilat dan menyanyi, Vee yang tidak mempunyai sebarang latar belakang dalam seni mempertahankan diri bagaimanapun lebih menggeruni nyanyian. Suaminya, Rashidi Ishak yang pernah ditawarkan watak Wan Darus merupakan guru vokalnya di rumah.

"Rasanya saya lebih senang bersilat di atas pentas daripada menyanyi. Semasa menyanyi di rumah sahaja saya sudah tertekan apabila Shidi memantau nyanyian saya. Nasib baik saya akan menghadiri kelas vokal yang boleh membantu saya," katanya yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia 2007.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Hi_02_44
PASANGAN suami isteri dalam teater Mahsuri, Vee dan Arja.


Berasa seronok di atas pentas dengan emosi berlainan setiap malam, Vee tahu dia kena melakukan yang terbaik kerana ini adalah produksi pertama Fauziah di IB dan Vee inginkan Fauziah berasa bangga dengannya. Maka, dia tidak kisah untuk melakonkan babak 'intim' bersama gandingannya, Azharudin Ramli (Arja) yang memainkan watak Wan Darus.

"Jika bercakap mengenai babak mesra, itu adalah lumrah lakonan. Seperti dalam teater Tun Perak, saya juga terlibat dalam babak sedemikian. Namun, dalam budaya Melayu, saya tahu batasannya. Lakonan itu cuma salah satu cara untuk meluahkan perasaan.

"Ada dua babak seperti semasa Darus ingin pergi berperang dan apabila Darus pulang dan mendapati isterinya telah dibunuh. Kedua-duanya memerlukan babak bersentuhan. Namun, lakonan babak itu tidak pernah mengganggu saya atau saya terbawa-bawa watak saya di luar. Ditambah dengan sokongan suami, ia bukan satu masalah kerana Shidi amat memahami saya," jelasnya lagi.

Baru berjumpa dengan gandingannya, Arja, Vee berharap pelakon baru itu boleh memberi petua dalam nyanyian dan Vee pula boleh membantunya dari segi lakonan. Arja pula masih berasa gementar setiap kali bertentangan mata dengan idolanya, Vee.

"Apabila Fauziah menelefon saya dan menyatakan bahawa saya terpilih, saya berasa amat cemas. Apabila bertemu dengan Vee, saya amat gementar kerana taraf kami sebagai pelakon amat jauh. Dia pernah memenangi pelbagai anugerah dan saya masih baru," katanya yang pernah terlibat dalam muzikal PGL.

Tidak pernah cenderung dalam lakonan dan belum pernah berlakon dalam teater dengan memegang watak utama, Arja yang berlatarbelakangkan muzik mahu cuba berlakon kerana faktor rezeki. Dia juga tahu dirinya yang dipilih kali ini kerana berpotensi sebagai pelakon.

"Apa yang penting adalah jangan takut atau malu. Saya tidak mempunyai masalah untuk menghafal skrip tetapi berdepan masalah pelat huruf R dan S.

"Satu lagi masalah ialah saya sudah biasa menyanyi lagu pop dan kini perlu menyanyi untuk menyampaikan cerita. Walaupun susah, saya gembira kerana dapat mempelajari benda baru," tambahnya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 11:06 am

Jennifer Aniston sembunyi wajah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Du_13_10
GAMBAR menunjukkan Aniston memakai pakaian yang menutup wajahnya ketika meninggalkan sebuah hotel di New York.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Du_13_11
WAJAH sebenar Aniston.


NEW YORK - Aktres Jennifer Aniston sanggup menutup wajahnya daripada dirakamkan oleh kamera selepas hubungannya dengan pemuzik John Mayer berakhir, lapor sebuah akhbar semalam.

Aniston yang pernah berlakon dalam siri Friends menutup kepalanya dengan memakai pakaian seperti berjubah ketika keluar dari sebuah hotel di sini untuk menjalani penggambaran filem The Baster.

Kelmarin, beberapa laporan menyatakan dia meninggalkan Mayer kerana bekas kekasihnya itu ketagih laman blog Twitter.

Aniston berang terhadap Mayer kerana dia menyatakan tidak dapat menjawab panggilan telefonnya kerana terlalu sibuk.

Namun, aktres tersebut kemudian mendapati Mayer sebenarnya sibuk mengemas kini laman blog itu.

Pasangan itu berpisah pada minggu lalu selepas menjalin hubungan selama 11 bulan. - Agensi
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 11:13 am

Fida tunggu Matahari

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Mainp132


APRIL ini, genap setahun, pendatang baru di persada seni tanah air, Rafidah Ibrahim (Fida) bernaung di bawah payung syarikat rakaman tempatan bertaraf antarabangsa.

Namun, sampai sekarang, juara Pertandingan Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene ini rupa-rupanya masih menagih janji syarikat rakamannya untuk muncul dengan single seperti dijanjikan sebelum ini.

"Saya mengikat kontrak selama dua tahun dengan syarikat rakaman berkenaan, April tahun lalu. Namun sampai sekarang, saya seperti 'menunggu buah yang tidak jatuh.' Mengikut perjanjian, mereka sepatutnya buat dua single dan satu album untuk saya. Tapi sampai sekarang, satu single pun tidak ada lagi.

"Syarikat rakaman hanya menabur janji manis dan sampai sekarang, ia hanya tinggal janji saja. Saya ada berbincang dengan syarikat rakaman tapi masih tiada jalan penyelesaian terbaik.

"Justeru, saya memutuskan untuk keluar daripada syarikat rakaman dengan segera sekalipun kontrak dengan mereka belum tamat. Saya terpaksa bertindak sedemikian rupa kerana memikirkan masa depan saya dalam bidang nyanyian," katanya.

Dalam pertemuan dengan Rap di Studio di Balai Berita, baru-baru ini, Fida, 23, mengakui dia bukanlah berasal daripada keluarga berada.

"Saya anak bongsu daripada 12 beradik dan kini tinggal bersama ibu di Kuala Lumpur. Sebelum ini, saya tinggal di Kuantan kerana menuntut di kolej di sana.

"Pada usia sekarang, sudah menjadi tanggungjawab saya menyara ibu selepas bapa meninggal dunia. Adik-beradik lain sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

"Kalau orang lain menjejakkan kaki dalam bidang seni untuk mencari glamor, saya pula sebaliknya untuk menyara hidup dengan menjadi hos dan undangan menyanyi.

"Setakat ini, undangan menyanyi tidak putus diterima. Terbaru, saya akan menjayakan persembahan di booth Harian Metro, sempena Karnival Jomheboh TV3 di Kuantan, Pahang pada hujung minggu ini," katanya.

Kini, kata Fida, impiannya adalah untuk tampil dengan sekurang-kurangnya single terlebih dulu pada tahun ini.

"Saya mengharapkan ada sinar dalam kerjaya seni tahun ini. Terus terang, saya sudah berasa malu nak bercakap soal single ini. Setiap kali ditemu bual pihak media, soalan itulah yang kerap ditanya, bila saya nak keluar single?

"Sebenarnya, lagu untuk single pertama sudah ada berjudul Matahariku ciptaan dan lirik rakan kolej, Mito. Lagu itu sudah lama dihasilkan dan cuma menunggu masa untuk masuk studio.

"Lagu ini juga tiada kaitan langsung dengan lagu dendangan Agnes Monica yang mempunyai judul sama, Matahari. Apabila lagu Agnes keluar, saya terkejut kerana hampir sama dengan judul single saya. Sebenarnya lagu ini sudah lama dihasilkan sebelum Agnes muncul dengan lagunya itu," katanya.

Apapun ujian yang datang dalam hidupnya, Fida yang juga ada kaitan keluarga dengan Datuk Siti Nurhaliza (di sebelah bapa) ini tidak pernah patah semangat untuk menempa nama sebagai penyanyi berjaya pada masa depan.

"Saya percaya, kejayaan boleh dicapai menerusi kerja keras. Cita-cita saya ingin menjadi penyanyi versatil dan boleh menyanyi pelbagai genre lagu sama ada irama Malaysia, balada, pop rock, R&B, soul atau jazz.

"Saya juga ingin mencapai kejayaan dengan usaha sendiri tanpa menumpang nama Siti. Justeru, apabila ada suara sumbang yang mengatakan saya muncul di persada seni tanah air kerana ingin menumpang populariti Siti, ia cukup mengguris hati saya.

"Hakikatnya, saya tidak terlintas pun untuk berbuat demikian. Mungkin wajah dan suara saya mirip dengan Siti tapi ia hanya satu kebetulan saja kerana saya ingin tampil dengan identiti sendiri.Paras rupa dan bakat saya ini adalah anugerah Allah yang tidak ternilai," katanya.

Mengenai bidang pengacaraan pula, kata Fida yang dikenali dalam program program kanak-kanak, Riwayat

Kamil (Astro Oasis) dan Carta Nasyid (TV9), dia juga mengidamkan program bercorak hiburan pula selepas ini.

"Saya sering diberi peluang menjadi hos program bercorak keagamaan kerana imej bertudung ini.

Sebenarnya, saya juga ingin mencuba bakat menjadi hos program lain juga untuk mencari pengalaman dan mengembangkan bakat sedia ada," katanya.

Bakat nyanyian Fida, anak kelahiran Kuala Lumpur ini mula digilap sejak di bangku sekolah lagi. Malah, bekas penuntut Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas ini kerap menyertai pelbagai pertandingan nyanyian di peringkat sekolahnya dulu.

Tidak cukup dengan itu, Fida kerap menyertai pertandingan menyanyi dan nasyid di peringkat kolej ketika menuntut dalam jurusan Diploma Perniagaan Kolej Shah Putra, Kuantan.

Antaranya, persembahan pada majlis penutup jubli perak sempena Keputeraan Sultan Pahang, pementasan Teater Legenda Mahsuri anjuran bersama kolej ShahPutra dan Yayasan Kebudayaan Pahang.

>Profil

NAMA: Rafidah Ibrahim

PANGGILAN: Fida

TARIKH LAHIR: 4 Jun 1986

TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur

AKADEMIK: Penuntut jurusan Diploma Perniagaan, Kolej ShahPutra, Kuantan

STATUS: Bujang

KERJAYA: Model iklan, pengacara dan penyanyi

PROGRAM TV: Perantara Festival Nasyid Kebangsaan ke-18, Carta Nasyid (TV9), Program Astro Oasis: Riwayat Kamil

PENCAPAIAN: Juara Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene

NAMA: Rafidah Ibrahim

PANGGILAN: Fida

TARIKH LAHIR: 4 Jun 1986

TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur

AKADEMIK: Penuntut jurusan Diploma Perniagaan, Kolej ShahPutra, Kuantan

STATUS: Bujang

KERJAYA: Model iklan, pengacara dan penyanyi

PROGRAM TV: Perantara Festival Nasyid Kebangsaan ke-18, Carta Nasyid (TV9), Program Astro Oasis: Riwayat Kamil

PENCAPAIAN: Juara Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 11:15 am

Publisiti demi kebaikan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Mainp133


KEMPEN 60 Earth Hour (Waktu Bumi) akan berlangsung esok, apabila semua penduduk di Malaysia digesa memadamkan lampu atau tidak menggunakan sebarang kuasa elektrik selama sejam bermula jam 8.30 malam.

Kempen dilakukan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dengan kerjasama badan korporat dan media tempatan ini turut disertai penduduk di seluruh dunia, sebagai tanda sokongan untuk mengurangkan pemanasan global, sekali gus melawan perubahan iklim yang disebabkan perbuatan manusia.

Turut terbabit bagi mempromosikan kempen ini beberapa artis ternama dan personaliti televisyen antaranya Maya Karin, Sarimah Ibrahim, Reshmonu, Zainal Abidin, Aishah Sinclair dan pengarah, Yasmin Ahmad.

Begitupun usaha murni cuba dipromosikan rakan artis ini dipandang sinis pelbagai pihak, malah tidak kurang ada yang merungut dengan berkata mengapa mereka harus melakukan perkara dianggap tidak mendatangkan faedah.

Menjelaskan mengenai usaha dilakukan WWF, Maya Karin yang memang sangat dikenali dengan pendiriannya dalam membabitkan isu penjagaan alam sekitar berkata, kenyataan itu diberikan mereka kerana keliru dan tidak faham dengan kempen 60 Waktu Bumi.

"Saya sedar ada orang berkata, usaha yang kami cuba lakukan ini sekadar meraih publisiti dan menyatakan memadam lampu selama satu jam adalah perkara tidak berfaedah serta tidak memberikan sebarang kesan.

"Tidak dinafikan ia sebahagian usaha untuk meraih publisiti, tetapi untuk kebaikan semua manusia di dunia. Kami cuba mewujudkan kesedaran betapa kehidupan di bumi sekarang bergelut dengan pelbagai masalah berpunca daripada pemanasan global.

"Pada waktu sama, kita boleh menjimatkan banyak tenaga. Memang kalau kita seorang tidak akan memberi kesan, tetapi cuba bayangkan jika ia dilakukan semua penduduk tempatan, pasti kapasiti penjimatan dapat diperoleh dalam skala lebih besar," katanya.

Lebih penting, kata Maya, 60 Waktu Bumi mahu mengajak orang ramai melihat masalah yang dialami penduduk dunia secara serius kerana kesannya bukan saja membabitkan alam sekitar atau hidupan liar saja sebaliknya manusia itu sendiri apabila terpaksa berhadapan dengan kemarau dan cuaca tidak menentu.

"Mereka yang bersama-sama kami memadamkan lampu pada Sabtu ini (esok) bermakna benar-benar faham mengenai isu yang cuba diketengahkan. Kami cuma mahu mengajak orang ramai supaya menjadi lebih prihatin," katanya

Jelas Maya lagi, antara kesan besar dalam kempen ini apabila beberapa bangunan besar yang ada di Kuala Lumpur juga turut serta kerana ia mampu menjimatkan tenaga dalam jumlah lebih banyak terutama apabila lampu dan penyaman udara dipadamkan.

"Saya sendiri secara peribadi tertarik dengan iklan disiarkan WWF iaitu segalanya bermula dengan satu suara. Memang benar kalau kita seorang saja melakukan perkara ini ia tidak memberi kesan, tetapi bayangkan di kawasan perumahan atau satu blok apartmen tidak menggunakan elektrik dalam tempoh itu ia pasti membantu," katanya.

Bagaimanapun, ada juga beberapa pihak menyatakan sokongan mereka, tetapi sayangnya ia tidak melakukan seperti apa yang diperkatakan. Contohnya pengacara rancangan Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) sebelum ini, Sarimah Ibrahim menjelaskan pihak produksi rancangan realiti tv itu menyokong kempen 60 Waktu Bumi, tetapi rancangan itu tetap ke udara seperti biasa.

Kata Maya, pada pendapatnya kalau kita sudah menyatakan sokongan kita perlu melaksanakan prinsip itu sepenuhnya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 11:51 am

Pengalaman 45 Saat Bersama Lisa Surihani

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Lisat10


Tuan-tuan & puan-puan serta pembaca budiman lagi di’kasihi sekalian, petang tadi aku ketemu Lisa Surihani buat pertama kali’nya.

Si cantik yang cerdik ini datang atas tiket jelajah Anugerah Bintang Popular 2009 ke Kuantan Parade. Oleh kerana wujud’nya kelibat Lisa Surihani, aku jadi langsung tidak berminat akan selebriti lain yang hadir.

Oleh kerana esok adalah hari lahir beliau, maka adalah menjadi misi utama aku untuk wish face-to-face buat pertama kali’nya. Dan, sebagai rekod, aku tak pernah buat kerja gila ini.

Atas kemahiran berkomunikasi dengan mereka yang bertugas di’belakang pentas, aku dapat masa sedikit bersama Lisa dan jika di’berikan lebih lama lagi, aku boleh pengsan.

Kami berbual sedikit tentang lisasurihani.com yang aku miliki tanpa kebenaran, dan dia okay dengan itu. Bila aku ucapkan selamat hari jadi, tanpa ragu aku’lah manusia terawal. Ha ha!

Terima kasih kepada Sani (Pengurus Pentas), Zubir, Rita (Pengurus Artis) atas sifat kool yang di’tunjukkan. Dan oh ya, gambar di’atas bukan satu-satunya gambar yang aku berjaya rakam, yang lain aku simpan sebagai simpanan eksklusif.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 1:00 pm

Sarimah bina jenama

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Hi_01_77


Tidak sukar untuk berbicara dengannya. Walaupun baru pertama kali bersua muka, sudah ada keserasian untuk terus berbicara mengenai kerjaya, masa depan waima hal peribadi. Sikapnya yang mudah mesra dengan semua membuatkan personaliti ini disenangi ramai. Butir bicaranya yang tidak pernah terhenti menjadikan pertemuan itu begitu menyeronokkan dan membuatkan orang sekeliling menantikan apa lagi yang mahu diungkapkan.

Dia artis yang berbakat. Berilah apa sahaja tugas, semuanya akan dilaksanakan dengan baik. Sungguh besar bakat yang dimiliki oleh empunya badan dan tidak keterlaluan jika dikatakan dia antara artis kita yang berbakat dalam pelbagai bidang.

Mungkin ada yang cemburu melihatkan Sarimah Ibrahim sentiasa menjadi perhatian. Kelebihan yang dimiliki olehnya tidak pernah disalahgunakan. Malah dia tetap bersyukur dengan apa yang dimilikinya sekarang.

Lebih satu dekad mengabdikan diri dalam dunia seni, semua sudah dilakukan. Menjadi pelakon, penyanyi dan pengacara semuanya dilaksanakan tanpa batasan.

Memiliki wajah Pan Asia sememangnya menjadi kelebihan kepada mana-mana artis sekalipun. Bagi Sarimah dia tidak pernah riak dengan kelebihan yang dimilikinya itu, malah dia bersyukur kerana banyak peluang yang muncul untuk dirinya.

Nama Sarimah Ibrahim lebih sinonim dengan konglomerat Astro dan menjadikan dirinya antara artis bertuah di bawah payung konglomerat itu.

Mungkin ada yang melihat itu sebagai satu perkara biasa, tetapi bagi Sarimah peluang yang terhidang di depan matanya tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Tambahan tidak semua insan mendapat peluang keemasan sebegitu.

Apabila mengikat kontrak bersama Astro sudah pasti Sarimah menjadi hak milik Astro. Maka tidak hairanlah jika wajah manis Sarimah memang jarang dilihat di saluran televisyen yang lain.

Bagi Sarimah ia langsung tidak menjadi masalah kepada dirinya kerana dia hanya mengikat kontrak menjadi pengacara di saluran itu bersama dengan AC Mizal, Aznil dan Anita Sarawak.

Sejak musim Akademi Fantasia (AF) yang lalu, nama Sarimah kembali hangat apabila diberi kepercayaan untuk mengendalikan Diari AF. Walaupun bukan sebagai hos konsert tetapi kemunculan Sarimah sedikit sebanyak mencuri tumpuan khalayak yang melihatnya.

Kalau dikira kemunculannya kini bakal melebihi pengacara popular yang lain. Musim yang lalu Sarimah dipertanggungjawabkan mengacara Fail Sulit AF, tetapi pada masa ini dia turut sama menjadi hos kepada Tirai AF7 bahagian pertama dan kedua, Diari AF7 dan Diari INT AF7.

Mungkin ada suara sumbang yang mengatakan pengacara berbakat besar itu hanya popular setahun sekali. Maklumlah, bila musim AF muncul barulah nama Sarimah kembali menjadi sebutan.

Dia tidak kisah dengan apa juga persepsi masyarakat terhadapnya. Baginya itu bukan masalah yang besar sehingga boleh menjejaskan kariernya.

“Saya tak kisah langsung dengan apa yang orang mahu katakan. Apa yang peting saya menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik. Soal popular setahun sekalipun tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada saya.

“Untuk apa saya keluar setiap hari di majalah atau surat khabar jika tak ada isu yang hendak dimainkan. Saya tak mahu menjadi artis yang hanya popular tetapi tidak meninggalkan apa-apa kesan kepada masyarakat,” ujarnya Sarimah tak kala diasak dengan pertanyaan itu.

Seboleh-bolehnya dia mahu melakukan apa sahaja yang mendatangkan kebaikan kepada semua pihak. Tapi, sebagai insan biasa Sarimah juga tak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.

“Bukan mudah untuk menjadi orang terkenal. Semuanya perlu dijaga baik dari segi pakaian, tingkah laku atau setiap perbuatan.

“Ada kalanya saya sendiri terlepas pandang. Bukan mudah dan orang mula bercakap perkara negatif tentang saya,” jelasnya lagi ketika ditemui di Studio Utusan.

Kini sudah hampir lima tahun Sarimah menjadikan bidang pengacaraan sebagai bidang teraju utama berbanding dengan bidang yang lain.

Tidak semua pengacara boleh beraksi secara langsung ketika mengendalikan apa juga anugerah. Sarimah telah membuktikan yang dia juga pengacara yang serba boleh dan bukan sekadar pengacara tempelan.

Sarimah pernah menjadi pengacara Kuala Lumpur International Filem Festival disiarkan secara langsung di Astro Awani, Prelude Kemuncak AIM 2006, Anugerah Juara Lagu TV3 2003 dan 2004, Malaysia Political Talk Show 2003 dan banyak lagi.

l Harapan pada lakonan

Bidang lakonan menjanjikan peluang luas yang kepada mereka yang bersungguh-sungguh. Tapi minat dan keazaman sahaja masih belum dapat menjanjikan kejayaan pada seseorang artis.

Hakikat itu yang terpaksa ditempuhi oleh Sarimah demi merealisasikan cita-citanya menjadi artis serba boleh.

Gerak Khas The Movie 3, MX3 dan Puteri Impian 2 adalah di antara filem yang pernah dibintangi oleh Sarimah. Ketiga-tiga filem ini meledakkan nama Sarimah antara pelapis pelakon wanita pada masa itu.

Tetapi namanya kini sudah kurang dikenali dalam bidang lakonan. Mungkinkah Sarimah sudah berpatah arang dan hanya mahu menumpukan perhatian dalam bidang pengacaraan sahaja?

“Saya saya tidak pernah mematikan minat saya dalam bidang lakonan. Bidang lakonan jugalah yang telah menaikkan nama saya sehingga ke tahap begini.

“Banyak tawaran daripada penerbit yang mahu saya menghadiri uji bakat. Ada juga yang menawarkan watak kepada saya. Kadang kala apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan. Tapi kalau dah bukan rezeki saya, apa boleh saya lakukan.

“Bila saya dah mula menjadi hos AF7 ini, banyak pula tawaran yang datang. Atas faktor kesuntukan masa dan tidak dapat memberikan komitmen terpaksalah saya menolaknya,” jelas Sarimah tanpa berselindung.

Antara kejayaan yang pernah dikecapi oleh Sarimah termasuklah Artis Baru Terbaik, Anugerah Industri Muzik 2001, Artis Baru harapan, Anugerah Era 2001 dan Pengacara Hiburan TV Terbaik, Anugerah Skrin 2005 di samping beberapa anugerah yang lain.

Ini sedikit sebanyak menunjukkan kewujudan Sarimah dalam industri hiburan negara tidak dipandang sepi dan mampu menggugat nama-nama besar yang sedia ada.

Selain berbakat dalam bidang pengacaraan dan lakonan, Sarimah juga pernah menghasilkan album berjudul Sarimah pada tahun 2002.

Lagu Kini Kau Tiada dan Damai menaikkan nama Sarimah antara penyanyi yang popular ketika itu. Walaupun elemen muzik yang dibawa ketika itu jarang didengari, ia tetap melekat di hati peminat setianya.

Minat yang mendalam terhadap bidang muzik masih lagi belum pudar walaupun sudah menyepikan hampir tujuh tahun tanpa sebarang album.

Dalam ketidaktentuan industri seni yang semakin meruncing ini, banyak artis yang sudah tidak berani menghasilkan album penuh. Bimbang dengan keadaan itu Sarimah juga mahu lebih berhati-hati.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 3:17 pm

Cerita 2 janda

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Mainpi10
Azharina (kiri) dan Yuni Shara.


Azharina terbuka berbicara soal hati, Yuni Shara selesa menyimpan rahsia

SETIAP individu menyimpan cerita hidup sendiri. Sebahagian barangkali terbuka untuk berkongsi, manakala sebahagian lagi mahu disimpan sebagai rahsia hati, namun akhir kehidupan setiap insan pasti mendambakan kebahagiaan.

Laluan hidup setiap individu tidak serupa tetapi aturan riwayat juga tidak sentiasa menjanjikan hanya yang manis. Catatan kehidupan dua nama yang mempunyai pengaruh tersendiri, Azharina Azhar dan Yuni Shara juga tidak sentiasa ditemani rona ceria.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Mainpi11


Berbeza Azharina yang lebih terbuka dalam berbicara soal hati, barangkali kerana usianya yang masih membara dan menyala dengan tenaga muda, Yuni pula selesa menyimpan rahsia hidupnya sendiri.

Sikap perahsia Yuni pernah dinukilkan teman baiknya iaitu komposer dan penyanyi popular Indonesia, Melly Goeslaw lewat lagu Sepi yang tepat menggambarkan karakter penyanyi bersuara manja itu.

Pertemuan santai Azharina yang sedang popular dengan lagu Rawan di kediaman dihias cantik sentuhan Inggeris milik penyanyi bertubuh kecil ini di Villa Fatmawati, Lebak Bulus, Jakarta Selatan merungkai sesuatu yang indah untuk dikenang.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Mainpi12


Pertemuan kedua yang mengeratkan hubungan dua anak seni dua negara ini juga mengusir segala rasa gelisah dan gundah Azharina yang selesa disapa Nina, apatah lagi Yuni menerima kehadirannya dengan tulus biarpun tidak mengenali dengan dekat.

“Saya berasa begitu dihargai, malah Yuni juga membuat saya selesa dengan sikapnya yang peramah dan ceria hingga saya tidak kekok biarpun itu kali pertama saya mengunjungi kediamannya.

“Awalnya saya berasa agak gusar, malah tertanya sendiri bagaimana penerimaan artis besar sepertinya namun kedekatan Bill Bora dengan Yuni melenyapkan segala perasaan itu.

“Satu peluang yang cukup berharga tambahan pula Yuni ialah antara penyanyi luar yang saya kagumi kerana pengalaman serta kematangannya hingga mampu bertahan dalam industri sehingga hari ini,” kata Azharina.

Biarpun perbualan mereka lebih banyak berkisar mengenai soal karier, Azharina berkata, dia mengagumi Yuni sebagai wanita yang bersemangat waja apatah lagi selepas rumah tangga yang dibina selama 13 tahun bersama Henry Siaahan menemui noktah, Mei tahun lalu.

“Kami sama-sama menempuh kegagalan dalam rumah tangga. Cuma yang membezakan, Yuni mempunyai dua cahaya mata sedangkan saya hanya menyimpan semua kenangan manis ketika bersama bekas suami dulu.

“Sebagai wanita, saya mengagumi kekuatannya yang tidak pernah mengalah dengan dugaan hidup,” kata anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu mengenai pertemuan yang berlangsung ketika dia ke Jakarta, awal Mac lalu.

Saat berbicara, Yuni tidak lupa menitipkan nasihat berharga supaya Azharina tampil muda sesuai usianya yang baru menganjak 24 tahun pada 11 Mac lalu.

Dek nasihat itu juga membuatkan Azharina kembali mewarnakan rambutnya hitam selepas lebih dua tahun selesa berambut perang.

“Malangnya ada peminat yang kurang gemar malah mereka berkata saya tampak lebih dewasa dengan warna itu. Mungkin pembaharuan yang cuba dibawakan itu memerlukan masa untuk diterima.

“Saya sabar menerima segala reaksi kerana percaya lambat laun peminat akan selesa menerima perubahan itu,” katanya tertawa.

Barangkali pembaharuan itu juga menjadi antara formula awal sebagai persediaan Azharina untuk membawa karier nyanyiannya ke negara jiran itu.

Pemergiannya ke Jakarta sebenarnya turut membawa bersama satu misi besar iaitu mencari pengurusan yang dapat membantu dirinya untuk menembusi pasaran di sana.

“Secara dasarnya ia membuahkan hasil. Ketika ini saya dan pengurusan sedang meneliti beberapa aspek penting terutama berkaitan perundangan sebelum mencapai persepakatan untuk memasarkan lagu nyanyian saya di sana.

“Ada dua tawaran yang membuat saya senang dan sekiranya semua berjalan lancar, Insya-Allah, Rawan akan ke udara di radio Indonesia sekitar Mei atau awal Jun nanti,” katanya.

Lama menanti peluang

BERBICARA mengenai perancangan besarnya itu, penyanyi yang pernah muncul dengan dua album iaitu Azharina (2003) dan Elegi Sepi (2005) berkata, ruang itu sudah dinantinya hampir lapan tahun sepanjang bergelar artis.

Menembusi pasaran Indonesia juga bermakna Azharina cuba mencabar diri untuk membawa karier nyanyiannya ke tahap baru, apatah lagi semua usaha itu dilakukannya sendiri tanpa bantuan syarikat rakaman.

Menerusi Rawan yang dicipta sepenuhnya Hazami, penyanyi itu menjadikannya sebagai platform untuk mengembangkan karier nyanyian dan syarikatnya sendiri, Azharina Entertainment.

“Saya melihat percubaan ini sebagai platform untuk membuktikan saya mampu melakukannya. Biar sulit sekali pun saya akan berusaha untuk menjadikan impian itu sebagai satu realiti kerana sudah terlalu lama saya berharap peluang keemasan itu datang.

“Saya sentiasa memandang jauh dalam karier dan sekiranya percubaan ini tidak membuahkan hasil lumayan, saya tidak akan menyesal dan kecewa.

“Sekurang-kurangnya saya berani untuk mencuba dan tidak akan sesekali mengalah jika ditakdirkan rezeki tidak berpihak kepada saya,” katanya.

Azharina berkata, keberanian itu hadir selepas dia memperdengarkan Rawan kepada beberapa teman rapat di negara itu termasuk penyanyi, Rossa yang melihat keunikan pada susunan lagu dan cara nyanyiannya yang tersendiri.

Usahanya itu menarik perhatian mereka untuk memperkenalkan Azharina di Indonesia membuatkan dia serius merencana peluang itu kerana bukan senang kesempatan begitu datang.

“Saya bukan suka-suka mahu menembusi pasaran di sana, sebaliknya saya serius ingin mencari peluang atas kesungguhan pihak di Indonesia yang melihat potensi besar dimiliki Rawan.

“Saya berdoa semuanya akan berjalan lancar. Cuma saya sudah diberitahu, judul serta beberapa patah perkataan dalam lagu itu akan dipinda kerana Rawan membawa makna yang kurang manis di Indonesia,” kata Azharina.

Saat Rawan melonjak di carta radio di negara ini, Azharina turut menyediakan sebuah single baru, Rasa sebagai kesinambungan untuk terus mempertahankan namanya di ingatan peminat.

Lagu ciptaannya sendiri dan dihasilkan bersama sepupunya itu akan mula diedarkan ke stesen radio bermula April ini, sebelum mini album memuatkan lima lagu termasuk Love itu siap sepenuhnya dan menemui peminat Mei nanti.

Tenang bergelar janda

STATUS sebagai janda bukan sesuatu yang mudah untuk dijalani, apatah lagi artis popular sepertinya sentiasa diintai media yang dahagakan berita panas biarpun ia hanya gosip yang menjadi pemanis cerita.

Semua dugaan itu tenang dihadapi penyanyi yang pernah meledak dengan lagu Mengapa Tiada Maaf. Ketika dikerumuni wartawan saat dia hadir memberikan sokongan kepada pereka Malaysia, Amir Luqman yang menjayakan pelancaran portal hiburan, JomStar.com versi Indonesia, Yuni langsung tidak mengelak.

Saat ditebak dengan persoalan mengenai pernikahannya dengan seorang ahli politik, Yuni yang sudah dua kali menjanda itu tenang mendepaninya.

Dia tidak melatah kerana baginya, dia cuma mahu mencari ketenangan dalam hidupnya. Kakak kepada penyanyi tersohor, Krisdayanti ini berkata, biarpun ketika ini soal kembali berumahtangga tidak bermain dalam fikirannya.

Namun hati wanitanya tidak menafikan dia ingin disayangi dan dicintai.

“Tetapi itu tidak bermakna saya terima saja siapa yang datang. Saya tidak hanya mencari suami sebagai peneman hidup sebaliknya mencari figura yang menjadi contoh yang baik kepada dua anak saya,” katanya.

Cuma satu doa penyanyi yang juga popular dengan lagu Tiada Lagi ini, moga dia dipertemukan dengan lelaki yang masih sendiri tidak kira sama ada jejaka bujang mahu pun sudah bergelar duda.

“Yang penting dia harus seagama kerana sebagai ketua rumah tangga, saya mengharapkan dia untuk membimbing saya dan anak-anak.

“Saya pernah menjalani perkahwinan berbeza keyakinan selama 13 tahun dengan Henry dan pengalaman itu menjadi pembelajaran yang berguna buat saya.

“Saya tidak menyesal melaluinya malah berterima kasih kepada mantan suami kerana membuatkan semuanya menjadi lebih baik untuk saya,” katanya.

Info:

Azharina

Nama Penuh: Azharina Azhar
Tarikh Lahir: 11 Mac 1985
Asal Kota Kinabalu, Sabah
Tinggi: 157 sentimeter
Berat: 53 kilogram
Single: Seandainya (2003), Elegi Sepi (2005), Tsunami Kasih (2007), Rawan (2009)
Pencapaian: Juara Bintang RTM 2001

Yuni Shara:
Nama Penuh: Wahyu Setyaning Budi
Nama Komersial: Yuni Shara
Tarikh Lahir: 3 Jun 1972 (umur 36)
Asal: Malang, Jawa Timur, Indonesia
Tahun aktif: 1990 - sekarang
Perkahwinan: Raymond Manthey (bercerai), Henry Siahaan (bercerai)
Anak: Cavin Obrient Salomo Siahaan dan Cello Obient Siahaaan
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 3:21 pm

Yatt akhiri zaman solo

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Yatt1110
Yatt akhirnya bergelar isteri kepada Abdul Mutalib setelah mengikat tali pertunangan tahun lalu - foto THE STAR oleh UU BAN


DENGAN sekali lafaz, pelakon Haryati Hamzah yang mesra disapa Yatt, 29, akhirnya sah bergelar isteri kepada kekasih hatinya, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 29, pada majlis pernikahan mereka di Seremban, semalam.

Majlis yang bermula sekitar 2.30 petang itu diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, saudara-mara dan kenalan rapat mereka.

Pada majlis bersejarah mereka itu, Yatt menerima mas kahwin sebanyak RM280.80 serta lima dulang hantaran oleh pihak lelaki dan berbalas tujuh oleh pihak perempuan.

Yatt bagaimanapun merahsiakan jumlah wang hantaran yang diberikan oleh suaminya itu.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2 Februari tahun lalu setelah hampir lima tahun mengenali hati budi masing-masing.

Setelah merasakan keserasian antara mereka wujud, Yatt akhirnya yakin jejaka yang bertugas sebagai pengurus SportsPlanet di Ampang itu adalah lelaki yang paling layak bergelar suaminya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Yatt2210


Setelah hampir lima tahun mengenali hati budi masing-masing, Yatt merasakan Mutalib adalah jejaka yang layak menjadi suaminya

Majlis pernikahan mereka semalam akan berlangsung di rumah keluarga Yatt di Seremban, Negeri Sembilan.

Majlis persandingan di sebelah pihak lelaki pula akan dibuat di Dewan Seri Endon, Putrajaya pada 4 April depan manakala persandingan di sebelah perempuan pula akan dibuat di sesi malam pada tarikh dan lokasi yang sama.

Menariknya, hari bersejarah pasangan ini juga turut mendapat tajaan yang melimpah-ruah; bermula dengan kad jemputan perkahwinan, rawatan kecantikan, baju pengantin, pelamin, solekan dan katering.

Butik Lynda Rahim adalah penaja utama sebagai perancang perkahwinan, persalinan dan hiasan majlis persandingan. D&D Beauty House pula akan menaja pelamin nikah manakala hiasan majlis pernikahan itu akan ditaja oleh Butik Pesona Anggun.

Antara penaja lain ialah Saddiq Solutions (kad jemputan), Den Wahab dan Udaimatunnur (persalinan nikah), Amy Janz dan Fiza Zainudin (solekan), Chef Zainal Tanjung Puteri (kek perkahwinan), My Aroma dan KK Cleaning Services (cenderahati), Kickstart Gymnastic (persembahan), Skin Basic (rawatan pelansingan badan) dan Seri Keningau Catering (katering).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 3:23 pm

Erra selamat lahirkan Engku Aleesya

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Erra1110


PETALING JAYA: "Alhamdulillah, Suria FM sudah mempunyai seorang pendengar baru Engku Aleesya, yang selamat dilahirkan pada 11.40 pagi," begitu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin kepada mStar Online sebentar tadi.

Engku Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kg secara normal di Damansara Specialist Center.

Emran jelas amat teruja dengan kelahiran anak sulungnya.

"Erra dan Aleesya dalam keadaan sihat," kata Emran lagi. Pelakon dan penyanyi Erra Fazira dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, pada pukul 11.30 malam tadi setelah mengalami kesakitan.

Pada jam 3 petang nanti, Engku Emran akan mengadakan sebuah sidang akhbar di Damansara Specialist Center.

Erra pernah mengalami keguguran pada awal 2008 ketika usia kandungannya dua minggu.

Erra berkenalan dengan Emran pada Jun tahun lalu. Pasangan itu kemudian memilih 7 September 2007 untuk mengikat tali pertunangan.

Pada 25 Oktober pula, pasangan itu dinikahkan di Restoran Puteri, Sungai Penchala. Erra tidak meminta wang hantaran, sebaliknya meminta senaskah al-Quran sebagai ganti.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 3:30 pm

Popular selepas kahwin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Mainp134


Dua finalis ABPBH 2008 tidak pernah menganggap status perkahwinan menjadi penghalang dalam mengejar kerjaya malah kehadiran insan tersayang mendorong ke arah kecemerlangan karier dalam bidang seni

BAGI segelintir artis terkenal, ikatan perkahwinan itu ada ketikanya dianggap sebagai halangan untuk mengekalkan populariti, malah tidak kurang pula yang beranggapan kononnya 'saham' mereka akan merudum selepas berkahwin dan berkeluarga.

Justeru, tidak hairanlah mengapa ada di antara mereka mengaku bujang apabila ditanya media mahupun peminat mengenai status perkahwinan masing-masing hinggakan sanggup menyembunyikan suami, isteri dan anak-anak mereka. Bagaimanapun, bukan semua artis bersikap demikian, termasuklah aktor kacak, Aaron Aziz, yang begitu terbuka apabila diminta berbicara mengena rumah tangganya yang dibina bersama Diyana Halik sembilan tahun lalu hingga kini dikurniakan dua cahaya mata comel.

Bagi Aaron, tiada apa yang perlu dirahsiakan mengenai status perkahwinannya, malah sering ditemani isteri dan anak-anaknya ketika di lokasi penggambaran, selain menghadiri pelbagai majlis hiburan jika mereka mempunyai kelapangan. "Kehadiran isteri dan anak-anak tidak pernah saya anggap sebagai penghalang kerjaya, malah merekalah yang banyak memberikan dorongan selama ini. Alhamdulillah, rezeki saya melimpah ruah... ini berkat doa isteri dan anak-anak," katanya dalam temubual bersama B*Pop, baru-baru ini.

Bakal bersaing dalam final kategori Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 di Genting Highlands, 12 April ini, beliau menegaskan isu berhubung status perkahwinan itu tidak sepatutnya timbul kerana niatnya menceburi bidang lakonan bukan mahu mengejar glamor.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Mainp135


"Jauh saya berkelana bersama isteri dan anak-anak untuk mencuba nasib sebagai pelakon di Malaysia. Bila sudah berjaya, apakah saya patut mengetepikan mereka (keluarga) yang memberikan sokongan selama ini.

Lagipun, saya cukup bahagia dikurniakan seorang isteri yang memahami dan menyayangi saya, selain anak-anak yang cukup menceriakan kehidupan kami. Sebab itulah, saya cukup berbangga apabila diminta memperkatakan mengenai keluarga saya," katanya yang berasal dari Tampines, Singapura Aaron yang baru kembali ke Kuala Lumpur selepas menjalani penggambaran iklan L'oreal Men di Bangkok baru-baru ini, yakin dengan kedudukannya ketika ini walaupun sudah berkahwin dan berkeluarga kerana tahu peminat lebih menilai bakat dan mutu lakonannya.

"Alhamdulillah, walaupun orang luar, saya diterima dengan baik oleh penonton di sini. Bagi saya, pencapaian itu sudah cukup baik. Sebab itulah, saya lebih mementingkan kepuasan penonton daripada populariti saya. Saya yakin boleh kekal popular melalui lakonan yang bagus," katanya.

Wajah Eksklusif Astro Megadrama ini turut menjadi pelakon berpengalaman, Rosyam Nor sebagai contoh kerana mampu mengekalkan popularitinya walaupun sudah lama menceburi bidang seni, selain berkahwin dan berkeluarga.

"Saya cukup mengagumi kemampuan beliau itu, malah berharap saya berjaya menjejaki langkahnya. Itulah yang selalu saya katakan, saya tidak kisah kalau tewas kepadanya dalam kategori ini (Pelakon TV Lelaki Popular) kerana beliau satu nama besar dalam industri. Lain ceritalah kalau saya tewas pada calon yang tiada nama... itu masalah besar! Sebenarnya, menang atau kalah bukan persoalannya, yang penting berpeluang menjadi finalis sudah cukup baik kerana sekurangkurangnya ada juga peminat yang mengundi saya. Kalau menang, itu kira bonuslah," katanya.

Bakal muncul dengan filem terbarunya, Bohsia, April ini, Aaron yang menyedari karier lakonan ada musim pasang surutnya turut melancarkan koleksi pakaiannya menggunakan label D Cube dan A2 berkonsepkan street wear serta semi-casual.

"Sebenarnya, bisnes ini dikendalikan isteri saya kerana beliau memang meminati fesyen. Saya cuma menjadikan impiannya satu kenyataan, juga sebagai hadiah untuknya. Lagipun, beliau berpengetahuan luas dalam bidang fesyen, malah selama ini pun beliaulah yang menjaga imej dan pakaian saya.

"Bisnes ini dikendalikan secara online melalui laman web www.aaronaziz.com. Namun, jika ada rezeki nanti, memang kami berhasrat membuka butik di Kuala Lumpur. Lebih banyak koleksi boleh ditempatkan di situ nanti," katanya sambil berharap koleksi pakaiannya itu dapat dipasarkan ke peringkat global.

Bagi Sari Yanti Mohd Nazari, 25, pula yang terpilih sebagai finalis Artis Baru Popular, pemilihan itu memang di luar jangkaannya, malah beliau sendiri tidak menyangka boleh ke peringkat akhir, namun tidak meletak harapan tinggi untuk memenanginya.

Katanya, persaingan yang dihadapinya cukup sengit dalam kategori itu, lebihlebih lagi dengan kehadiran Juara Akademi Fantasi Musim Keenam (AF6), Stacy, yang begitu ramai peminatnya, malah turut mempunyai kelab peminat sendiri.

"Bagaimanapun, saya cukup gembira dengan perkembangan ini, malah menganggapnya sebagai kejayaan terbesar dalam karier seni saya. Sebenarnya, saya tidak menyangka ada juga peminat yang mengundi saya. Terima kasih kepada sokongan mereka," katanya.

Seperti Aaron, Sari yang baru dua bulan bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Eddy Casmady Sheikh Hussin, tidak pernah menganggap perkahwinannya sebagai halangan untuk mengecapi populariti, selain membina karier lakonan yang cemerlang.

INFO: Aaron

Nama Penuh: Aaron Mustapha Aziz

Umur: 33 tahun

Tarikh Lahir: 23 Februari 1976

Asal: Tampines, Singapura

Kerjaya: Model, Pengacara, Pelakon, Produser dan Ahli Perniagaan

Status Perkahwinan: Berkahwin

Isteri: Diyana Halik

Anak: Danish Anaqi (5 tahun) dan Dwi Ariana (3 tahun)

Iklan: Lebih 10 (antaranya L'oreal Men dan Celcom)

Drama Bersiri/Telefilem: Lebih 20 (antaranya Cinta Gila, Rahsia Hati, Hana Hunny Strawberry dan Oh! Ibu

Filem: Evolusi KL Drift I & II, Bohsia, Pisau Cukur, Dia Datang, Suaka dan Ransan

Program TV: Pesona Nona TV3

Syarikat: Aaron Aziz Production Pte Ltd

Laman Web: www.aaronaziz.com


INFO: Sari Yanti

Nama Penuh: Sari Yanti Mohd Nazari

Umur: 25 tahun

Tarikh Lahir: 9 November 1984

Asal: Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Akademik: Diploma Pengajian Perniagaan (Universiti Tenaga Nasional)

Kerjaya: Model, Pengacara dan Pelakon

Status Perkahwinan: Berkahwin

Suami: Eddy Casmady Sheikh Hussin

Iklan: Lebih 20 (Palmolive, Hotlink, Tesco dan Sunsilk)

Drama/Telefilem: Lebih 10 (Lima, Kisah Kaisara I & II, Seandainya Aku Siti, Juanna dan Sofea Zahra

Filem: Impak Maksima - The Movies dan Hooperzs

Program TV: Chop!, Gen-X dan Gua.com (Malaysia Hari Ini), Teratak Impian dan TM Cage Futsal
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 3:45 pm

(Gambar) Rosma dan Khai Honeymoon

Khai dan Rosma merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia 1.Cinta yang bermula dari akademi membawa mereka sehingga ke jinjang pelamin tahun lepas.Mereka juga pernah menyertai pertandingan Sehati Berdansa anjuran Astro tidak lama dahulu.

Berikut adalah gambar semasa pasangan ini berbulan madu di Macau

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 130

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 229

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 327

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 425

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 520

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 620

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 718













Bahagia sungguh..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 5:05 pm

Hari Jadi ke-25 - Fasha Sandha buat doa selamat

28 Mac br ni..FS mengadakan doa selamat di rumah nye di Ukay...no more party2 yer...

nway..eppy beday to FS..smoga pjg umur dan murah rezeki...all d best..

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Fasha310
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 5:12 pm

Almy tak kisah Fizz jadi gay

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Almy10


TINDAKAN berani Fizz Fairuz melakonkan watak homoseksual dalam dua buah drama iaitu, ‘Donut’ dan ‘Mabuk Estrogen’ dalam produksi milik pengarah, pelakon dan penerbit Sheila Rusly, sememangnya mengundang pelbagai kontroversi. Dia yang biasanya memegang watak serius yang penuh sifat ‘kejantanan’ tidak disangka pula sanggup menerima watak sedemikian untuk memenuhi tanggungjawabnya sebagai pelakon.

Bukan sahaja sanggup menjadi ‘Mak Nyah’ dalam drama ‘Donut’, tetapi dia juga sanggup melakonkan babak bercium dengan Roslan Shah dalam drama ‘Mabuk Estrogen’. Walaupun ramai yang mengecam tindakannya itu, namun bagi buah hatinya - siapa lagi kalau bukan si cantik manis, Almy Nadia - tidak pula mempengaruhi hubungan mereka.

Bagi Almy, Fizz hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai pelakon dan apa sahaja aksinya dalam kedua buah drama itu hanyalah lakonan semata-mata. Dia yang menyokong sepenuhnya keputusan Fizz untuk membintangi drama yang penuh ‘kontroversi’ itu, juga percaya bahawa imej Fizz tidak akan terjejas dengan hanya lakonan seperti itu.

“Itu cuma lakonan. Sebagai pelakon tak salah dia mencuba watak yang berlainan lagipun sudah menjadi tugasnya untuk berlakon. Saya tak kisah dia nak berlakon apa pun, walaupun jadi ‘Mak Nyah, ‘gay’ atau kena bercium sekalipun. Yang penting, kami percaya antara satu sama lain,” kata Almy ketika dihubungi baru-baru ini.

Seperti mana Fizz sentiasa memberi kebebasan padanya untuk melakonkan apa sahaja watak, kata Almy, dia juga harus bersikap terbuka menerima apa sahaja keputusan kekasihnya bagi mengembangkan lagi bakat lakonan masing-masing. Malah akui Almy, aksi beraninya melakonkan ‘babak panas’ dalam filem seram ‘Rasukan Ablasa’ sebelum ini juga tidak pernah mendapat bantahan dari Fizz.

“Memang dia ada memberitahu saya tentang lakonannya dalam drama Mabuk Estrogen itu, tapi bukannya untuk meminta kebenaran, sebaliknya supaya saya tidak terkejut kalau ia akan menjadi kontroversi nanti. Apa sahaja keputusannya saya terima sahaja.

“Antara kami masih belum ada ikatan apa-apa lagi. Jadi kami tidak mahu mengongkong antara satu sama lain. Kalau boleh saya nak biar dia merasaikan kepuasan berlakon dulu. Lagipun berlakon inilah ‘periuk nasi’ kami. Kalau memilih sangat, nanti hilang pula rezeki. Kalaulah dah bertunang atau berkahwin, lain pula situasinya nanti. Apa sahaja watak kenalah bawa berbincang dulu,” ujarnya.


Soal kahwin ketepikan dulu

Ditanya bila lagi mereka akan mendirikan rumah tangga, kata Almy, baik dia mahupun Fizz masih belum bersedia untuk ke arah itu. Terlalu banyak agenda yang harus mereka laksanakan terlebih dahulu. Selain mahu mengukuhkan karier masing-masing, mereka juga harus memiliki persediaan untuk melangkah ke alam baru itu nanti.

“Sepanjang tiga tahun bercinta, Alhamdulillahlah, hubungan kami semakin baik. Mungkin itulah yang dikatakan ‘tak kenal maka tak cinta’. Dalam tempoh ini juga saya dapat rasakan kami semakin mengenali antara satu sama lain dan yang paling penting, kami serasi. Tapi soal kahwin ni, biarlah dulu dan kami tak pernah rancang. Insya-Allah, Kalau dah tiba masanya, adalah kad jemputan dihantar nanti,” kata Almy dengan nada yang ceria.

Beralih tentang karier seninya, Almy memberitahu dia kini sedang menjalani dua penggambaran drama iaitu Suria Kasandra untuk Samarinda (TV3), dan Agen Gus-Gus untuk siaran Astro.

“Dua-dua drama ini memberikan kelainan pada saya. Dalam drama Suria Kasandra misalnya, saya diberi peluang untuk melakonkan dua watak sekali gus yang mana saya kena melakonkan watak baik dan juga watak jahat dalam satu masa yang sama. Memang susah bawa dua watak ni, sebab saya kena jadi ‘bermuka-muka’ dan banyak bermain dengan ekspresi wajah serta emosi.

“Dalam drama Agen Gus-Gus pula, buat kali pertamanya saya berlakon sebagai wartawan dan akan berkawan dengan ‘Alien’. Terus-terang saya memang ‘enjoy’ berlakon drama ini kerana ia memang menyeronokkan. Maklumlah drama komedi!” kata Almy.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 5:14 pm

Abeslah....bini Ustaz Akhil dah mula menyiasat

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Scan0010

SOSEH SOSEH: Hubungi stesen TV kerana curiga

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Scan0011


DALAM setiap rumah tangga, pastinya berlaku pelbagai cabaran dan liku-liku kehidupan yang perlu ditangani bersama pasangan masing-masing. Malah setiap tindakan dan keputusan perlu dilakukan dengan jujur.

Bagi SS, rumah tangga artis lebih besar cabarannya kerana mereka insan dikenali ramai dan setiap tindak-tanduk mereka mendapat perhatian.

SS ingin berkongsi satu cerita yang dimaklumkan teman SS mengenai sikap isteri penyanyi nasyid terkenal ini. Menurut sumber berkenaan,disebabkan pelbagai gosip membabitkan suaminya bersama seorang teman artis heboh diperkatakan sehingga mencetuskan kontroversi, menyebabkan isterinya tidak senang duduk.

Difahamkan, sebelum ini isteri artis itu langsung tidak pernah mengambil tahu dan boleh dikatakan cukup memahami aktiviti seni suaminya yang selalu sibuk. Namun, selepas mendapat tahu gosip membabitkan suaminya itu, si isteri mula ragu-ragu dan curiga.

Mungkin selepas berdepan dugaan itu, isteri mula bersifat berjaga-jaga malah mengambil berat aktiviti seni suaminya. SS difahamkan, isteri artis itu kerap bertanyakan rakan suaminya mengenai aktiviti dijalankan.

Malah isteri artis itu turut menghubungi stesen televisyen untuk bertanyakan aktiviti suaminya hampir setiap masa. SS faham, sikap cemburu menunjukkan keprihatinannya kepada suami.Bak kata orang, cemburu tandanya sayang.

Bagaimanapun, SS harap isteri penyanyi itu berhati-hati dengan tindakannya jangan keterlaluan sangat nanti dia pula diburukkan orang apabila dituduh 'Queen Control'. Nanti orang berkata-kata di belakang, patutlah suaminya digosipkan sudah bernikah dengan artis itu kerana isterinya yang tidak pandai menjaga suami.

Tindakan isteri penyanyi itu juga boleh disifatkan mengganggu ketenteraman dan urusan orang lain terutama sumber teman SS yang bekerja di stesen televisyen itu.

SS harap pasangan itu dapat berbincang mengenai perasaan tidak puas hati dan apa saja perkara berbangkit. Pada penyanyi berkenaan, jangan sampa imembuatkan isteri risau dengan tindakannya. Jadi, sentiasalah memaklumkan aktiviti seni membabitkan dirinya supaya isteri tidak curiga.
Back to top Go down
xyz
Newbie
Newbie
xyz

Number of posts : 23
Age : 42
Registration date : 26/10/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 6:11 pm

salamm..lama nya x jenguk kt cni...
ade dgr2 era fazira da bersalin
xde ke pic era terbaru n ank nya bb girl hoorey!!
Back to top Go down
xyz
Newbie
Newbie
xyz

Number of posts : 23
Age : 42
Registration date : 26/10/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 6:12 pm

awat nya 2 kali post ni
Back to top Go down
luvly e'in
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
luvly e'in

Number of posts : 5108
Age : 47
Location : under 1 roof
Registration date : 03/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 30 Mar 2009, 11:52 pm

wuih!!!
besarnya baby c erra,smpi 4.04kg affraid
bleh plak 2 bsalin normal,cayalah erra bagus...bagus..
Back to top Go down
http://www.easypha-max.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 31 Mar 2009, 12:32 pm

Erra sebak bercampur syukur selamat lahirkan Aleesya


PERASAAN sebak bersatu tatkala sebelum dan selepas aktres Erra Fazira melahirkan puteri sulungnya Engku Aleesya Engku Emran pada pukul 11.40 pagi semalam di Damansara Specialist Center, Petaling Jaya.

“Saya bersyukur kerana penantian sudah berakhir dan selamat melahirkan Aleesya. Saya tak sangka berat Aleesya adalah 4.04 kg dan melahirkannya secara normal,” luah Erra ketika dihubungi semalam.

Erra bersalin secara normal dengan dibantu oleh Konsultan Obstetrician & Gynaecologist, Dr. Gunasegaran PT Rajan yang dipilih olehnya sendiri.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 01226910
Erra tidak kisah untuk menambah cahaya mata lagi selepas setahun lagi.


Jelas Erra, tipulah jika dia katakan tidak sakit dan mudah untuk bersalin.

Bagaimanapun, semua itu tidak menghalang Erra untuk menambah anak lagi selepas ini.

“Saya tak kisah untuk mempunyai anak lagi tetapi biarlah Aleesya besar sedikit dalam masa setahun lagi.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 01250610
Wajah suami Erra, Engku Emran sentiasa ceria semasa membuat sidang media mengenai kelahiran Engku Aleesya petang tadi di Damansara Specialist Center. -foto The Star oleh KAMARUL ARIFFIN


"Kalau boleh biarlah Aleesya ada pasangan untuk bermain,” beritahunya yang dijangka akan mula bekerja pada Jun depan.

Erra juga mengulas sedikit tentang kenyataan suaminya, Ketua Pegawai Operasi Suria fm, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang kurang bersetuju untuk membenarkan Aleesya berlakon dalam sekuel drama Mertua Vs Menantu.

“Hal ini merupakan persetujuan kami bersama dan saya rasa memang tidak elok untuk anak saya berlakon kerana dia masih kecil.

“Saya juga tak galakkan anak untuk terlibat dalam industri seni ini dan doakan dia meminati bidang lain.

"Bagaimanapun, kami tetap akan sokong apa-apa yang dia minati nanti,” komennya yang akui memilih nama Aleesya kerana nama itu lembut dan sedap didengar selain maksudnya ‘yang dilindungi’.

Sementara itu, Erra juga berharap agar semua pihak bersabar untuk melihat wajah Aleesya yang akan ditunjuk semasa majlis cukur jambulnya nanti.

“Saya menghormati semua orang dan mahu bersikap adil, jadi saya rasa lebih baik kalau kita buat sekali. Tetapi, kalau kawan-kawan terdekat nak tengok, saya tak kisah jika mereka nak datang melawat,” jelas Erra yang lebih gemar jika Aleesya memanggilnya 'mum'.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 31 Mar 2009, 12:39 pm

Emran potong rambut bayar nazar kerana Aleesya

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Erra1111
Erra kini bergelar ibu.


SAMA seperti maksud nama Aleesya iaitu 'yang dilindungi', bayi itu masih disorok daripada tatapan ramai.

Agak sukar untuk umum menatap gambar anak aktres jelita Erra Fazira dan Ketua Pegawai Operasi Suria fm Engku Emran Engku Zainal Abidin selepas Engku Aleesya selamat dilahirkan pada pukul 11.40 pagi semalam.

Walaupun berkali-kali dipujuk, Emran tetap berkeras tidak membenarkan pihak media merakamkan gambar anaknya pada hari ini kerana dia dan Erra telah bersepakat untuk menunjukkan anak mereka semasa majlis cukur jambul selepas Erra selesai berpantang nanti.

“Agak sulit juga untuk saya membenarkan pihak media merakamkan gambar Aleesya hari ini kerana doktor juga menasihatkan kami supaya tidak menganggu keadaan bayi demi menjaga privasinya yang masih kecil,” kata Emran dalam satu sidang media di lobi Damansara Specialist Center, Petaling Jaya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 01250611
Emran ketika dikelilingi oleh rakan media sewaktu melakukan sidang media di lobi Damansara Specialist Center pada petang tadi. -foto The Star oleh KAMARUL ARIFFIN


Tambahnya, Erra dan Aleesya akan berada di hospital dalam tempoh dua hari ini dan dijaga oleh ibunya dan ibu Emran dalam masa dua bulan ini di kediaman mereka.

Ditanya tentang perasaannya setelah bergelar bapa, Emran berkata dia berasa teruja sehingga tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.

"Saya rasa seperti ajaib lebih-lebih lagi apabila melihat satu nyawa dilahirkan di depan mata," ulas Emran yang berada hampir tujuh jam dalam bilik itu.

Tambahnya, dia bersyukur apabila Erra mudah bersalinkan Aleesya dengan mengambil masa kira-kira 20 minit.

Kelahiran Aleesya disambut oleh Konsultan Obstetrician & Gynaecologist Dr. Gunasegaran PT Rajan yang dipilih oleh Erra sendiri.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 01250612
Emran sentiasa tersenyum ceria sewaktu ditemubual.


Engku Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kg secara normal di hospital tersebut.

Emran juga sempat menceritakan tentang pengalaman Erra yang menangis gembira selepas selamat melahirkan puteri sulung mereka itu. Sebelum ini, Emran pernah bernazar untuk memotong rambut pendek selepas Erra selamat melahirkan bayi sulungnya itu. Jadi, dia akan membayar nazarnya itu pada hari ini.

Harap Aleesya jadi anak solehah

Sebelum ini produser David Teo pernah memberitahu niatnya untuk mengambil anak Erra dan Emran berlakon dalam sekuel drama lakonan Erra, Mertua Vs Menantu yang sedang disiarkan di Astro Prima untuk musim akan datang.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 01250613
Emran masih belajar-belajar untuk bergelar bapa.


Erra sebelum ini belum memberikan kata putus kerana mahu produser meminta kebenaran daripada suaminya sendiri.

Ditanya tentang tawaran itu, Emran berkata dia kurang bersetuju dengan tawaran tersebut.

“Saya rasa tak sesuai jika dedahkan Aleesya kerana dia masih kecil. Saya minta produksi supaya mencari bayi lain.

“Kalau boleh saya juga tidak menggalakkan anak untuk menceburi dunia seni ini.

“Biarlah ibunya sahaja yang menjadi artis kerana industri seni ini bukannya manis sepanjang masa.

“Banyak kerja lain lagi yang dia boleh terokai. Selebihnya saya serahkan kepada mak dia untuk nasihatkan.

“Mana tau Aleesya akan bergelar seorang pemain golf yang berjaya kerana ibunya suka bermain golf sewaktu hamil,” luah Emran yang berharap supaya Aleesya menjadi anak yang solehah.

Menurut Emran, Erra dijangka akan berehat selama dua bulan daripada karier seninya.

Erra dimasukkan ke hospital pada pukul 11.30 malam tadi setelah mengalami kesakitan.

Dimaklumkan, sebelum itu Erra dan Emran masih sempat berjalan-jalan di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya sambil menikmati makan malam.

Terdahulu, Emran sempat memberitahu berita gembira kepada mStar Online dalam satu Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) pada pagi tadi: 'Alhamdulillah, Suria FM sudah mempunyai seorang pendengar baru Engku Aleesya, yang selamat dilahirkan pada 11.40 pagi.' Erra pernah mengalami keguguran pada awal 2008 ketika usia kandungannya dua minggu.

Erra berkenalan dengan Emran pada Jun tahun 2007. Pasangan itu kemudian memilih 7 September 2007 untuk mengikat tali pertunangan.

Pada 25 Oktober pula, pasangan itu dinikahkan di Restoran Puteri, Sungai Penchala. Erra tidak meminta wang hantaran, sebaliknya meminta senaskah al-Quran sebagai ganti.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 31 Mar 2009, 12:43 pm

Mariah Carey mengandung?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Mariah10


KHABAR angin yang mengatakan bintang Pop Mariah Carey sedang mengandung merupakan antara topik hangat ketika ini apabila diadikatakan telah membelanjakan sebanyak USD 200,000 di sebuah butik pakaian bayi dan kanak-kanak di San Francisco.

Carey dilihat membeli sebuah katil dan kerusi bayi berwarna merah jambu.

Penyanyi itu dan suaminya, Nick Cannon juga dikatakan merancang untuk meletakkan perabot di rumah baru mereka yang akan dibeli nanti.

"Carey telah pun meminta khidmat seorang pereka hiasan dalaman, Kenneth Bordewick tentang rumah barunya dan dia juga mahukan sebuah bilik kanak-kanak berwarna merah jambu," kata sebuah sumber.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 31 Mar 2009, 12:51 pm

(GOSIP)Yasmin Ahmad Sebenarnya Lelaki?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Yasmin14


Dah lama kami dengar desas-desus yang menyatakan pengarah filem Talentime, Yasmin Ahmad ini merupakan seorang lelaki sebelum ini. Khabarnya Yasmin Ahmad dilahirkan sebagai seorang khunsa (mempunyai kedua-dua jenis kemaluan).

Namun kerana naturenya lebih kepada seorang perempuan, akhirnya Yasmin Ahmad telah memilih untuk menjadi seorang wanita. Mungkin benar atau mungkin gosip ini hanyalah rekaan mereka-mereka yang ingin menjatuhkan pengarah berbakat besar ini.

Namun jika anda berminat untuk melihat gambar Yasmin Ahmad sebelum memilih untuk menjadi seorang wanita (khabarnya namanya ketika itu ialah Zulkifli Ahmad), sila baca artikel ini sepenuhnya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Yasmin15


Jangan lupa nyatakan pendapat anda selepas membandingkan gambar Yasmin Ahmad sekarang dan gambar Yasmin Ahmad semasa bergelar Zulkifli Ahmad.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 31 Mar 2009, 12:59 pm

(Gambar X-Klusif) Bekas Isteri Aziz M Osman - Nor Radhiah Ramli

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Dsc00012

Gambar terbaru Nor Radhiah Ramli, bekas isteri Aziz M Osman kelihatan bersama seorang lelaki yang tidak di’kenalpasti status’nya. Dalam majalah Harmoni, beliau pernah memberitahu bahawa diri’nya tidak mahu berfikir soal kahwin atau sekurang-kurang’nya mengambil masa 5-6 tahun untuk beliau pulih daripada pelbagai kontroversi yang melanda diri’nya. Maka, siapa’kah gerangan lelaki di’sebelahnya? OHBULAN! berfikir positif, mungkin abang saudara atau ipar duai.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 31 Mar 2009, 1:04 pm

Isu Farawahida Hilang : Julfekar Terlalu Mengongkong Atau Mahukan Isteri?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Farawa10


Artikel terbaru daripada akhbar KOSMO memaparkan isu kehilangan Farawahida selepas berlangsungnya Anugerah Juara Lagu 2008 yang lepas. Al-kisahnya, daripada mulut Julfekar sendiri bahawa Farawahida berbuat demikian kerana tidak tahan di’kongkong oleh Julfekar yang merupakan pengurus serta pemilik Millenium Art Sdn. Bhd. Tahap kesabaran Farawahida sampai kemuncak sehingga’lah timbul cerita yang beliau pernah membuat laporan polis akibat tidak tahan di’kongkong.


Menurut Julfekar, Farawahida secara tiba-tiba mengambil berat soal kontrak dan kemudian menghantar notis berhenti 24 jam daripada menjadi artis naungan Millenium Art Sdn. Bhd. Sedangkan, Julfekar sudah pun melabur RM231,000 untuk kos penerbitan album ketiganya yang sepatut di’lancarkan Februari lepas. Namun, dengan kehilangan Farawahida, kos tersebut terpaksa di’tanggung oleh syarikatnya.

Ada juga gosip yang mengatakan Julfekar memaksa Farawahida berkahwin dengan’nya, namun kenyataan itu di’sangkal oleh Julfekar dengan alasan Farawahida banyak berhutang dengan syarikat’nya (Fallacy?).

Apa pun, kita nanti’kan sahaja kenyataan daripada Farawahida.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 31 Mar 2009, 1:12 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Wanchi10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 31 Mar 2009, 1:14 pm

Dengarnya...: Pelakon Kena Gari Di Lokasi

BEBERAPA hari lalu, seorang kawan Cik Normah mendapat panggilan telefon daripada lelaki yang mengaku mempunyai cerita hangat untuk ruangan ini. Kawan Cik Normah yang manja itu pun apa lagi, pasanglah telinga sambil pen laju saja menulis apa yang diceritakan pemanggil budiman itu.

Kononnya, si pemanggil itu ada kena mengena dengan sebuah produksi drama. Tujuan dia menelefon kawan Cik Normah itu adalah untuk berkongsi cerita mengenai seorang pelakon yang juga penyanyi, khabarnya digari dan diangkut oleh sepasukan abang polis dari lokasi penggambaran drama berkenaan, ke sebuah balai polis di Shah Alam.

Bukan setakat artis lelaki itu saja yang ditahan, sebaliknya adik lelakinya kena angkut sekali. Khabarnya, kedua-dua lelaki ini terbabit dalam pergaduhan. Lelaki yang dipukul itu pula ialah suami seorang wanita yang kononnya asyik dibawa oleh adik artis terbabit.

Si suami sudah lama bagi amaran supaya mereka tidak mengusung isterinya ke sana sini. Namun, amaran si suami tidak dipeduli. Lalu, si suami pun pasang strategi dengan mengikut adik artis itu dan isterinya ke mana mereka pergi. Akhirnya, dia sampai di kawasan Bukit Jelutong, di mana dia berdepan dengan adik artis itu dan isterinya. Si pelakon tadi pun ada bersama di sana.

Kedua-dua lelaki tadi dikatakan memukul suami malang berkenaan. Tidak puas hati dengan insiden itu, si suami melaporkan kejadian terbabit kepada pihak polis. Dua hari kemudian, si pelakon yang pernah membintangi sebuah filem popular itu ditahan polis bersama-sama adiknya untuk siasatan.

Difahamkan, penggambaran drama yang dilakonkannya juga terganggu seketika akibat penahanan berkenaan. Tetapi, apabila si pelakon tadi datang semula ke lokasi, lain pula cerita yang dibawanya. Kononnya, si suami tadi sudah meminta maaf daripadanya dan menyesal kerana membuat laporan polis.

Si suami juga, katanya, sudah berhasrat menceraikan isterinya itu.

Kru penggambaran dengar sajalah cerita si pelakon itu walaupun dalam hati mereka mungkin berkata: "Yang kau dua beradik pergi angkut isteri orang ke sana sini, untuk apa? Bukankah ramai lagi perempuan bujang yang wujud di Malaysia?"

Khabarnya, si pelakon dan adiknya mendakwa mereka boleh menjadikan wanita itu seorang pelakon juga, kerana mereka kenal produser filem dan drama. Jadi, si isteri orang itu pun ikutlah dengan harapan untuk menjadi popular, agaknya. Nah, sekarang you all memang popular! Tercapailah cita-cita kan?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 31 Mar 2009, 1:19 pm

Gambar Yatt di Hari Pertunangan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Yatt_t10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 31 Mar 2009, 1:20 pm

Gambar Yatt di Hari Pernikahan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Yatt_k10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 31 Mar 2009, 1:27 pm

Gambar Cute Diana Danielle

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Dd11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Dd211
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 31 Mar 2009, 1:28 pm

Dekna dapat cahaya mata

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Mainp136


TAHNIAH terlebih dulu Cik Normah ucapkan kepada pelakon jelita, Erra Fazira yang selamat melahirkan cahaya mata perempuan, jam 11.40 pagi semalam. Alhamdulillah kerana semuanya berjalan lancar. Malah Cik Normah dapat tahu, kedua-dua ibu dan anak sihat. Tahniah Erra dan suaminya, Engku Emran.

Khabar gembira itu bukan saja diterima pasangan popular itu. Sebaliknya, ada satu lagi pasangan yang turut menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka. Barangkali ramai yang sudah lupa kepada bintang AF5, Dekna atau nama sebenarnya, Aryanna Najwa Ahmad.

Sejak program realiti itu berakhir, Dekna seakan menyepikan diri. Tidak tahu apa yang berlaku, mungkin kecewa dengan perjalanan kariernya, Dekna seakan membawa diri dan perlahan-lahan popularitinya beransur pergi. Cuma kali terakhir, Cik Normah mendapat tahu Dekna melangsungkan perkahwinan dengan anggota polis, Fazli Ayob, tahun lalu.

Terbaru, ketika Cik Normah sibuk membeli belah di Pavilion, Sabtu lalu, tiba-tiba seorang teman menelefon menyampaikan satu khabar gembira mengenai Dekna. Teman itu memberitahu Cik Normah, Dekna selamat menimang cahaya mata beberapa hari lalu.

Kurang pasti pula apa jantina bayi itu. Maklum ketika berita itu disampaikan, Cik Normah asyik membelek sepasang gaun tenun rekaan pereka terkenal untuk digayakan di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 di Arena Of Stars, Genting Highlands nanti.

Dalam perbualan itu, teman Cik Normah turut memberitahu, bintang AF5 itu sedang berehat di kampung kelahirannya di Pulau Pinang. Seronok Cik Normah mendengar berita ini.

Maklum Cik Normah sendiri sudah lama mengimpikan saat untuk bergelar ibu. Mungkin belum rezeki Cik Normah untuk menimang cahaya mata. Tak apa, sekurang-kurangnya Cik Normah masih berpeluang untuk menggayakan gaun sendat seperti yang pernah dipakai penyanyi terkenal Indonesia, Yuni Shara. Jangan ada yang cemburu pula!!!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 31 Mar 2009, 4:26 pm

Ekin Kepingin Anak...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Ekin12
Ekin ngan Malaika, anak Yassin...comel kan...

si Ekin ni kalau tgk camni, nampak cun gak walaupun ada gomak skit...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 31 Mar 2009, 4:30 pm

Zila sibuk dengan Kaseh

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Zila_b10


DIAM-DIAM, Zila Bakarin juga sudah pun selamat melahirkan anak 17 Mac lalu. Anak perempuan seberat 2.9 kg yang diberi nama Kaseh itu selamat dilahirkan di Hospital Ampang, jam 7.30 malam.

Zila mula dimasukkan ke hospital pada 15 Mac kerana pagi tu rasa sakit (kontraksi) dah mula menyerang. Tapi setelah diperiksa bukaan baru 1sm. Doktor kemudiannya memasukkan ubat (indius) tapi bukaan tetap tidak cukup hinggalah keesokan harinya hanya 2 sm dicatatkan walaupun sudah diindius sekali lagi. 17 Mac, jam 3 petang ubat dimasukkan lagi tapi tetap tiada bukaan. Akhirnya Zila dibedah apabila jantung bayi sudah semakin lemah,?imbaunya.

Namun biarpun rasa sakit yang ditanggung demi melahirkan Kaseh masih membayangi fikiran, Zila mengakui momen menjadi ibu cukup manis. Kini sebaik sahaja mata terbuka, perkara pertama yang menerpa ialah si kecil.

Sudah tentulah kehidupan sekarang terlalu jauh berbeza. Malah rasa tak percaya pun ada juga apabila melihat anak. Zila cukup suka mengkaji dan melihat dirinya,?ujar Zila dengan nada ceria.

Dia menjalani proses berpantang di Kuala Lumpur. Selain mengambil pati ikan haruan dan oren, setiap dua hari ibu Zila akan memasakkan ikan yang berkhasiat menyembuhkan luka untuk dirinya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Zila_b11


Sekarang Zila perlu berpantang selama 44 hari. Selepas sembuh betul barulah fikirkan soal berlakon pula. Zila ini jenis yang tak suka kecoh-kecoh kalau tak ditanya, mungkin sebab itu ramai yang tak tahu Zila mengandung dahulu dan kini sudah pun melahirkan anak,?ujarnya mengulas pertanyaan mengapa agak sepi dari publisiti media setelah mendirikan rumah tangga.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 31 Mar 2009, 4:36 pm

Sheila Mambo


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Sheila10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 31 Mar 2009, 4:47 pm

I'm a mother - Erra Fazira

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Hi_02_45
ERRA melalui detik-detik mencemaskan sebelum berjaya bergelar seorang ibu.


PADA tarikh 30 Mac 2009, pukul 11.40 pagi bertempat di Hospital Pakar Perubatan Damansara, lahir seorang bayi perempuan seberat 4.04 kilogram. Banyak hati yang berbunga bahagia untuk menatap bayi dengan ketinggian 51.5 sentimeter itu.

Alasannya cukup relevan. Ini kerana bayi istimewa itu merupakan puteri sulung kepada primadona filem Melayu, Erra Fazira Wan Chik dan suami tercinta, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Sememangnya ramai yang menunggu sekian lama bilakah primadona jelita itu bergelar ibu buat pertama kalinya.

Apatah lagi di kalangan media. Apabila khabar bahawa Erra,35, telah melahirkan zuriat pertamanya yang kemudian diberikan nama yang cukup indah - Engku Aleesya, lima hari lewat daripada tarikh yang dijangka doktor, para wartawan mula berkumpul di hospital berkenaan.

Gerombolan wartawan yang tiba di sana pada pukul 1 petang seolah tidak sabar menatap wajah Engku Aleesya, namun Emran yang ditemui bagaimanapun memohon dengan baik agar dirinya ditemu bual sekitar pukul 3 petang kerana mahu menguruskan hal dua permata hatinya itu.

Selepas ditemu bual, Emran tidak menolak memberi keizinan kepada beberapa teman wartawan untuk menziarahi Erra dan Aleesya.

Namun, Erra dan Emran bagaimanapun tidak mengizinkan wajah puteri mereka dirakamkan. "Kami sudah berjanji dengan keluarga. Jadi saya perlu berpegang kepada janji. Insya-Allah, wajah Aleesya akan dapat disaksikan pada majlis cukur jambul nanti," luah Erra meminta agar semua pihak memahami dan memberi sedikit privasi kepada anggota keluarga barunya itu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Hi_02_46
SELEPAS menempuh pelbagai dugaan, kelahiran Engku Aleesha bakal melindungi dan memastikan kerukunan rumah tangga Erra dan Emran berkekalan selagi hayat dikandung badan.


Tambah pasangan ini, mereka mahu bersifat adil kepada semua media, dan janji untuk 'menayangkan' anak mereka pada majlis cukur jambul selepas 44 hari nanti akan tetap dikotakan.

Meminta maaf kepada semua pihak, Erra sendiri sebenarnya sudah tidak sabar untuk menunjukkan gambar anaknya kepada orang ramai terutama peminatnya.

Erra yang kemudian berkongsi kegembiraannya menyambut kedatangan media dengan nada ghairah menjerit kecil berkata, "I'm a mother (saya seorang ibu)". Cerianya tidak ditahan-tahan.

Malah dalam setiap bicaranya, mata Erra bercahaya. Lambang kebahagiaan tidak terperi.

"Ini satu pengalaman yang seronok dan baik. Lepas bersalin, saya ada rasa pening dan hendak muntah. Tapi itu semua berbaloi. Disebabkan sudah melebihi lima hari, saya tidak mahu mengambil risiko.

"Saya takut bayi terlalu besar dan juga takut tali pusat akan melilit kepalanya. Macam-macam saya fikir, maka saya dinasihatkan melalui prosedur induce (ubat untuk mempercepatkan pembukaan rahim)," ujar Erra.

Memilih nama Engku Aleesya, Erra menyukai maksud Aleesya dan bunyi sebutannya amat lembut. "Saya suka maksud Aleesya. Maksudnya ialah yang dilindungi. Semua ahli keluarga bersetuju dengan nama ini. Kami ada tiga nama lain tetapi nama yang lain pula agak keras nadanya. Kami sukakan nama yang ringkas sahaja," tambah Erra.

Emran yang terlebih dahulu ditemu bual turut berkongsi pengalaman menjadi bapa dengan media. Dia memberitahu, sepanjang proses bersalin, dia berada di sisi Erra dan sempat merakamkan detik-detik paling manis dalam hidupnya dengan kamera video.

"Sebenarnya hari Sabtu lagi Erra sudah sakit. Bila jumpa doktor dan menjalani ujian skrin, doktor mengatakan Erra belum bersedia untuk melahirkan anak lagi. Kemudian, semalam (29 Mac) Erra semakin sakit dan masuk hospital pada pukul 11 malam. Pada pukul 3 pagi, Erra dinasihatkan untuk mengambil suntikan epidural dan dua jam kemudian Erra dimasukkan ke dalam wad.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Hi_02_47
ANTARA reaksi wajah seorang Emran yang baru sahaja bergelar bapa.


"Pintu rahim Erra semakin membesar pada pukul 7.30 pagi dan pada pukul 10 pagi, Erra sudah bersedia untuk bersalin. Tidak sampai 20 minit doktor berada dalam bilik bersalin, Erra selamat melahirkan Aleesya pada pukul 11.40 pagi," jelas Emran mengenai anaknya yang dilahirkan secara normal itu.

Sebak melihat Aleesya

Tidak mengalami sebarang komplikasi, Erra memberitahu dirinya berasa sebak saat anaknya diletakkan atas badannya. Malah pada mulanya dia tidak tahu bagaimana untuk mendukung anaknya yang masih diselaputi bendalir.

Suaminya pula berasa cemas ketika berada di bilik bersalin kerana tidak pernah melihat Erra dalam keadaan yang begitu sakit. "Memang saya berasa cemas dan hiba tetapi saya masih mahu melihat saat anak saya dilahirkan. Rasanya seperti mimpi lagi.

"Ini satu keajaiban yang sangat sukar untuk dijelaskan dalam perkataan. Semasa menyaksikan Erra bersalin juga saya berasa insaf dan semakin menyayangi Erra," kata Emran yang akan bercuti selama seminggu untuk menemani Erra dan Aleesya.

Menyifatkan mulut anaknya seperti mulut Erra yang muncung dan kulitnya berwarna putih dengan sedikit merah jambu, Emran masih belum boleh melihat wajah anaknya itu iras wajahnya atau Erra. Wartawan yang berpeluang melihat anaknya, akui bayi itu memiliki mulut seperti Erra dan memiliki sepasang mata yang bundar.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Hi_02_48
APABILA primadona melahirkan anak sulung. Pihak media terpaksa bersabar selama 44 hari sebelum dapat merakamkan foto Engku Aleesya.


Emran yang sudah bersedia dari segi fizikal dan mental sebenarnya mahu tiga atau empat orang anak. Maka memandangkan usia Erra, Emran mahu Erra lahirkan anak lagi dalam masa terdekat. "Kalau boleh jangan rehat lama sangat. Usia Erra pun bukan muda lagi," terang Emran.

Bakal mengamalkan pantang tradisional di rumah dengan ditemani ibu dan ibu mertua serta nenek Erra, Rahimah Sakul, Erra dan Emran mempunyai pendirian sama untuk tidak mendedahkan anak mereka kepada dunia seni. Jika boleh, pasangan itu mahu anak mereka terlibat dalam bidang lain.

"Ayah dia minat golf. Kalau boleh dia nak anaknya jadi pemain golf profesional. Kami sebenarnya tidak galakkan dia menjadi artis. Namun, jika itu minat dia, kami tidak halang," kata Erra.

Sambung Emran, "Rasanya ibu dia boleh nasihatkan dia baik buruk dunia seni. Kami tahu tidak senang untuk menjadi artis. Saya hanya mahu membawa dia bermain golf."

Erra mahukan anaknya memanggil dirinya, mom dan Emran pula mahu dirinya dipanggil ayah. Bersifat terbuka dalam cara mendidik anak, Emran mahu menghormati anaknya. "Walaupun dia merupakan anak saya, saya akan hormati dia. Anak saya akan mempunyai pendirian dan hak sendiri sebagai seorang manusia."

Terlalu awal untuk bercerita mengenai hal publisiti anaknya, jika berkebolehan, Emran mahu anaknya membesar seperti orang biasa. Erra juga belum lagi bersedia untuk membawa anaknya ke lokasi penggambaran atau tempat kerja.

"Bulan Jun nanti saya akan mula bekerja dengan produksi Mertua VS Menantu. Selepas itu juga saya akan mula merakamkan album baru. Maka, masa itu anak saya masih kecil. Jadi tidak sesuai untuk bawa dia ke lokasi," beritahu Erra mengenai anaknya yang akan dijaga ibu serta ibu mentuanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 31 Mar 2009, 4:51 pm

Lagi peserta wanita tersingkir

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Hi_01_78


Fifi tenang menerima keputusan undian penonton.

SABAN minggu peminat-peminat setia rancangan realiti One In A Million Musim 3 (OIAM 3) menyaksikan penyingkiran demi penyingkiran peserta berlaku.

Penyingkiran peserta dalam program realiti ini bukan merupakan satu perkara yang baru, kerana memang begitu format OIAM ia diperkenalkan lagi.

Berbeza dengan dua musim yang pertama, penyingkiran peserta di OIAM3 dilihat sedikit menarik apabila seorang demi seorang peserta wanita menjadi mangsa disingkirkan daripada program realiti yang menawarkan hadiah wang tunai RM1 juta.

Bermula dengan penyingkiran Ayu, Han, Pija dan Anith, minggu lepas menyaksikan giliran Fifi mengikut jejak langkah kawan-kawannya yang lain apabila diumumkan sebagai peserta yang mendapat undian terendah sebelum persembahan minggu keenam berlangsung.

Penyingkiran Fifi, menjadikan hanya tinggal dua orang lagi peserta wanita berjuang untuk merebut hadiah lumayan yang disediakan iaitu Ester dan Amylea.

Bagi juri tetap OIAM, Paul Moss, tidak terkejut dengan keputusan tersebut, memandangkan persembahan Fifi dengan lagu Pria Terhebat pada minggu sebelumnya paling kurang menyerlah berbanding peserta-peserta lain.

Paul Moss juga tidak menafikan bakat yang ada pada Fifi, memandangkan Fifi pernah membuat persembahan yang boleh dibanggakan terutamanya pada minggu kedua dan ketiga.

"Cuma mungkin persembahan minggu kelima agak kurang memuaskan seterusnya menyebabkan Fifi mendapat undian terendah," ujarnya.

Syafinaz juga turut sependapat dengan rakannya, Paul Moss, dan percaya bakat Fifi mampu mewarnai lagi dunia hiburan kelak.

Ketika diminta mengulas sama ada penonton bias terhadap peserta lelaki berbanding wanita, Syafinaz berkata, banyak kemungkinan yang boleh dijadikan faktor penyingkiran peserta wanita.

"Secara logiknya, peserta wanita kurang menonjol berbanding peserta lelaki. Apatah lagi, peserta lelaki sendiri menunjukkan persembahan yang lebih memuaskan di samping masing-masing mempunyai gaya tersendiri.

"Hasilnya, pengundi-pengundi negara ini menterjemahkan keadaan tersebut dengan memberikan undian terendah kepada peserta wanita.

"Bukan tidak pernah kami ingatkan sebelum ini, namun ada lagi peserta yang tidak menunjukkan peningkatan daripada kualiti suara, gaya dan persembahan pentas serta terus selesa berada di zon selamat." kata wanita tinggi lampai itu.

Bagi Syafinaz, setakat minggu tersebut, hanya Tomok dan Ester yang telah keluar daripada zon selesa mereka dan berani mengambil risiko bermain dengan muzik.

"Persembahan kedua-duanya memang menunjukkan peningkatan dan mereka bijak dalam susun atur muzik yang bakal dinyanyikan.

"Cuma kelebihan Tomok pada malam ini berbanding Ester ialah lebih bertenaga dan berani mengubah lagu Ingin Bersamamu kepada satu genre muzik yang baru.

"Persembahan Ester juga tidak kurang hebatnya, dan saya lebih menggemari melodi yang didendangkan oleh Ester berbanding lagu asalnya," tambahnya.

Kenyataan Syafinaz disangkal oleh Paul Moss yang merasakan persembahan Ester kurang memberikan impak sehingga meninggalkan kesan mendalam untuk diingati penonton.

Bersandarkan itu, Syafinaz, Paul Moss dan pengkritik jemputan, Francesca Peter sebulat suara memilih Tomok sebagai pemegang imuniti.

Minggu lepas juga menyaksikan Tomok sekali lagi berjaya mencuri perhatian penonton dengan persembahan bertenaga menerusi lagu Ingin Bersamamu dendangan pengkritik tetap OIAM, Syafinaz.

Gusar sedikit dengan pilihan Tomok, namun ia dapat ditepis Tomok seawal persembahan sehingga usai.

Nyata kelebihan penyanyi utama kumpulan New Boyz ini terserlah, bukan sahaja memiliki suara yang bagus, tetapi juga bijak berkarya mencorak persembahan.

"Formula saya ialah saya kena menjadikan lagu tersebut seolah-olah milik sendiri terutamanya apabila melibatkan susunan muzik serta persembahan.

"Pemilihan lagu juga penting. Kita perlu menanggung risiko dengan lagu yang dipilih, sama ada ia bakal disukai penonton atau tidak.

"Saya bersyukur kerana mendapat imuniti pada minggu ini dan ia juga berada di luar jangkaan saya," ujar Tomok sambil tersenyum kerana percaturannya berjaya.

Mengimbau kembali persembahan Tomok sepanjang enam minggu ini, Tomok kelihatan lebih selesa membawa lagu yang rancak dengan suntikan elemen rock.

Percubaannya membawakan lagu balada seperti minggu lepas nyata tidak berjaya menarik perhatian pengkritik.

Tomok yang bimbang dilabel sebagai penyanyi yang hanya boleh membawa satu genre lagu, berjanji akan terus cuba mempelbagaikan persembahan pada minggu-minggu akan datang.

Selain Tomok (mempersembahkan lagu Ingin Bersamamu) dan Ester (I Don't Love), lima peserta lain terus berjuang merebut gelaran jutawan baru OIAM 3 ialah Simon (Eternity), Rizu (Naluri Lelaki), Aweera (Enter Sandman), Amylea (Satu Dalam Sejuta) dan Nine (Nakal).
Back to top Go down
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP
eira ariyana

Number of posts : 3481
Age : 42
Location : Kampung Melayu Subang++
Registration date : 09/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 31 Mar 2009, 4:56 pm

dear tempek la pic yat lagi aku nak tgok set bilk tido dia.mcm cantik jek.heheh
takpun tempek kat umah aku ek.heheeh
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 31 Mar 2009, 5:01 pm

]Photos > Majlis pernikahan Yatt-Mutalib

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 01250016

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 01250017

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 01250018

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 01250019

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 01250020

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 01250021
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 31 Mar 2009, 5:05 pm

Abby pujuk produser demi Zul

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Abbyyy10


Wah... wah... kerja Abby Abadi selepas jadi ibu tunggal ni nampaknya semakin sibuk ye? Mana taknya dengar cerita selain pergi cari job sana sini, Abby pun buat kerja part time pegawai promosi kepada “teman tapi mesra”, Zulkifli Ariffin.

Kisah yang Niezam dengar Abby sekarang sibuk mencari peluang berlakon untuk Zul tu. Emmm... Apa maknanya? Jawab sikit Abby? Mesti tengah membunga perasaan cinta tu kan?

Apa yang Niezam dengar, ada satu syarikat produksi ni nak terbitkan sebuah telemovie berjudul Seindah Hati untuk siaran di Astro. Syarikat tu menawarkan satu watak utama kepada Abby.

Mengikut sumber, Abby sudah minta produser syarikat tersebut supaya ambil Zul berlakon sebagai pasangan kekasihnya dalam filem itu.

“Dengar cerita syarikat produksi berkenaan tak berkenan dengan cara Abby. Yalah... si Zul tu bukannya popular sangat pun. Lakonan dia belum tentu bagus lagi.

“Abby tak habis-habis nak suruh produser drama tu ambil juga dia berlakon. Mana boleh macam tu. Dengar cerita gara-gara desakan Abby terus dua-dua sekali kena reject,” kata sumber berkenaan.

Niezam siasat juga cerita tersebut sebab nak tahu kesahihannya. Yalah... kasihan juga dengan Abby dan Zul tu. Dia orang cari rezeki yang halal. Soal peribadi dia orang tu kena tolak tepi la.

Kata sumber lain pula kerana tak sampai hati punya pasal dan memikirkan pujukan demi pujukan Abby tu, produser berkenaan terpaksa juga mengalah dan ambil dia orang berlakon walaupun pada mulanya dah nak cari pelakon lain. Hebat betul kan!

NIEZAM: Wow... khabarnya ada artis akan kahwin dengan anak raja.
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 7 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 7 of 15Go to page : Previous  1 ... 6, 7, 8 ... 11 ... 15  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | Society and Culture | Beauty, Celebrities, Fashion | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions