Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1 ... 6 ... 9, 10, 11 ... 15  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeMon 06 Apr 2009, 10:02 am

Hati Linda mungkin dah dicuri

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Hi_17_10


Bakal menginjak usia 32 tahun pada November ini, penyampai radio Sinar FM, Linda Onn mengakui sudah tiba masanya untuk dia memikirkan soal berumahtangga. Harapan Linda, tahun ini akan ada orang yang bakal melamarnya untuk menjadi isteri.

Menceritakan kisah berumahtangga, Linda agak tersipu-sipu malu. Yalah, tidak dinafikan hari ini hatinya mungkin sudah "dicuri" orang. Siapakah orang itu? Ia masih lagi menjadi persoalan kerana Linda masih tidak mahu berterus terang mengenainya.

Lebih penting lagi umum sudah mendengar desas-desus hubungannya dengan seorang lelaki British, James Gibbs, 32, ahli perniagaan yang dikenalinya sejak Mac lalu.

Masih terlalu awal untuk mengukur hubungan mereka tetapi akui Linda dia berkawan rapat dengan lelaki itu buat masa ini.

Jika itulah jodoh untuknya, Linda akan menerima dengan hati terbuka tetapi dia tidak dapat mengesahkan adakah benar lelaki itu bakal menjadi suaminya seperti yang diperkatakan orang sebelum ini atau tidak.

"Tak boleh nak cakap. Masih terlalu awal untuk memperkatakan hubungan kami. Tapi Linda mengaku dia memang baik dengan Linda buat masa ini," katanya.

Ketika terus didesak agar tidak lagi terus bermain teka teki supaya sejarah lama kisahnya dengan aktor Fahrin Ahmad tidak berulang, personaliti popular ini berjanji tidak akan merahsiakan perkara itu jika ia benar-benar berlaku.

Tetapi seperti yang dijelaskan, Linda masih pada peringkat untuk mengenali hati budi lelaki mat salih tersebut.

"Jangan bimbang, kalau dia adalah orangnya, Linda akan umumkan nanti. Buat masa ini tak boleh nak sahkan lagi kerana kami pada peringkat berkawan," tambahnya.

Bila ditanya bilakah masanya dia ingin berumahtangga jelas Linda kalau ikutkan hati sejak tahun lalu lagi dia sudah bersedia untuk berkahwin. Malah tidak dinafikan hatinya mengharapkan adanya jodoh sebelum ini tetapi sayang sekali ia tidak kesampaian.

Mungkin jodoh untuk Linda agak berat kerana banyak perkara-perkara perlu dilakukan sehingga menyebabkan hasrat itu tidak dapat dilaksanakan.

"Bila sebut soal kahwin, sejak tahun lepas lagi Linda dah bersedia nak kahwin tapi nak buat macam mana tak ada jodoh," tambahnya.

Mengakui hari ini kelukaan hatinya sudah dapat dipulihkan, Linda mengharapkan sinar bahagia itu akan terus kekal berpanjangan. Bukannya apa, sepanjang tahun lalu macam-macam peristiwa meruntuh kalbu menimpa Linda.

Bermula dengan kontroversi kononnya dia enggan menyertai acara karpet merah Anugerah Academy di Los Angeles pada tahun 2007, diikuti dengan kisah sensasi putusnya persahabatan "teman tapi mesranya" dengan Fahrin tahun lalu.

Pada tahun yang sama (2008) juga dia menghadapi satu lagi tekanan apabila ditukarkan daripada menjadi penyampai Radio Era sebagai deejay Sinar FM.

Semua itu cabaran yang sukar dilupakan Linda tetapi akui wanita ini dek kerana itulah dia menjadi kuat dan seorang yang tabah. Selama ini Linda banyak menyembunyikan masalah di dalam hati sehingga raut wajahnya pun kelihatan kusam walaupun bibirnya cuba mengukir senyuman.

Bagaimanapun Linda mendapat jawapan setiap masalah itu haruslah dikongsi dengan mereka yang boleh dipercayai agar ia tidak terus menjadi nanah dalam fikiran.

"Linda hari ini tak macam dulu. Linda dah kuat, dah ceria dan bahagia. Syukurlah! Selama ini Linda banyak menyimpan perasaan tetapi setiap masalah itu tidak boleh disimpan lama. Kita kena luahkan kerana ia mampu menghasilkan sesuatu yang positif kepada diri kita," ujarnya.

Bercakap mengenai lelaki mat salih itu, Linda mengaku mereka memang kerap keluar bersama termasuklah menghabiskan cuti hujung minggu untuk menonton wayang.

Tidak ada bezanya berkawan sama ada dengan lelaki Melayu atau "orang putih" kerana setiap lelaki itu sama jiwanya dan kehendaknya.

Mengenai kursus perkahwinan yang dihadiri Linda baru-baru ini, ia tiada kaitan sama ada majlis kahwin seperti yang diperkatakan orang itu akan diadakan dalam waktu terdekat.

Cuma kursus itu dilakukan sebagai persediaan agar dia tidak menjadi kelam kabut sekiranya jodoh benar-benar sudah sampai.

"Apa salahnya kalau kita pergi kursus kahwin tu awal-awal. Bila dah dapat sijil mudah la sikit jika ada orang nak kat Linda," katanya.

Ketika hatinya sedang bahagia dengan hadirnya seseorang sebagai peneman hidup, Linda juga mampu memperlihatkan kesungguhannya dalam bidang perniagaan.

My Asam Pedas Shop, restoran masakan asam pedas terbarunya yang dibuka sebelah Tecso Ampang sejak Ogos tahun lalu memperlihatkan perkembangan yang amat baik. Restoran itu merupakan restoran keempat Linda termasuk restoran My Chicken Rice yang dibuka di beberapa lokasi di Kuala Lumpur.

Syukur dengan rezeki yang melimpah ruah, ujar Linda dia berhasrat membuka francais restoran My Chicken Rice ke seluruh negara pada tahun ini.

"Linda mengharapkan rezeki Linda akan terbuka luas dan syukurlah restoran asam pedas pun mendapat banyak sambutan daripada orang ramai," jelasnya.

Selain kedai makan, tingkat dua restoran itu akan dijadikan pusat latihan kepada pekerja rangkaian restoran-restorannya sementara pada tingkat tiga akan dijadikan ibu pejabat.

Katanya hasrat untuk mengembangkan perniagaan itu diharap akan mencapai kejayaan kerana impian Linda selain mahu berjaya di dalam bidang seni, dia juga mahu melihat perniagaannya berkembang.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeMon 06 Apr 2009, 10:03 am

Erra – Emran perkenal anak selepas pantang

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Hi_16_10


SEBAK yang membahagiakan. Itu perasaan pertama Erra Fazira tatkala pertama kali puteri sulungnya dihulurkan kepadanya sebaik selamat dilahirkan. Diletakkan di dadanya oleh jururawat bertugas membuatkan dirinya yang masih lemah jadi sayu, gembira dan bangga. Masakan tidak, bayi yang dikandung selama ini kini berada di depan mata.

Bersyukur dengan kurniaan Ilahi terhadap penyatuan cintanya bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin, primadona filem Melayu itu kini sudahpun bergelar ibu.

Ya! Dan dia begitu teruja dengan gelaran terbarunya itu. Gelaran yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata, tidak seperti kala tangannya menggenggam anugerah.

“Saya seorang ibu...” Itulah katanya untuk menggambarkan kegembiraan yang sedang dirasai biar badan masih lelah kerana baru empat jam melahirkan puteri yang dinamakan Engku Aleesya Engku Emran itu.

Biarpun Erra pada awalnya tidak mahu menerima kehadiran tetamu kecuali keluarga dan teman rapat akhirnya tetap membenarkan sekumpulan wartawan menemuinya dengan satu janji - tidak akan merakamkan wajah anaknya.

Pun begitu, Erra yang baru bangun dari tidur ketika ditemui tidak pula menolak untuk ‘memperkenalkan’ permata hatinya kepada kami selepas mendapat persetujuan Engku Emran.

Benar seperti kata suaminya yang juga Ketua Pegawai Operasi Suria fm, mulut anaknya itu sama mongel seperti bibir ibunya yang ketika disorongkan oleh Engku Emran sedang nyenyak tidur selepas menyusu.

Engku Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kilogram dengan panjang 51.5 sentimeter pada kira-kira pukul 11.40 pagi, Isnin lalu di Hospital Pakar Damansara, Kuala Lumpur.

Kelahiran buah hati pengarang jantung Erra-Emran pada tarikh 30 Mac itu lewat lima hari dari jangkaan dan doktor terpaksa menggunakan kaedah induce untuk mempercepatkan proses kelahiran.

Biar pada awalnya mengelak untuk menggunakan kaedah sedemikian namun artis popular itu terpaksa akur bagi mengelakkan sebarang komplikasi terhadap kandungan.

Riang sekali wajah Erra bercerita detik-detik kelahiran anaknya itu sambil sesekali menyuapkan roti ke dalam mulutnya.

“Penat tapi ini pengalaman paling hebat dalam hidup saya,” kata Erra yang sudah mula merasai sakit hendak bersalin sejak Sabtu lalu namun hanya ke hospital pada keesokan harinya. Pada tengah malam Ahad, doktor memberinya ubat untuk mempercepatkan kelahiran namun rahimnya masih tidak terbuka.

Doktor menjangkakan tengah hari Isnin dia akan bersalin selepas memasuki bilik bersalin sejak pukul 5 pagi namun ia lebih cepat dari jangkaan dan Erra bersyukur kerana proses melahirkan Engku Aleesya mudah dan cepat.

“Kira-kira sepuluh minit sahaja proses untuk melahirkan Aleesya,” ujarnya yang memilih beberapa nama untuk bayi perempuan dan akhirnya memilih Engku Aleesya kerana sebutannya lebih lembut selain maksudnya yang indah iaitu ‘yang dilindungi’.

Bakal menjalani tempoh berpantang di kediamannya, Erra yang memilih proses berpantang secara tradisional juga akan dijaga bergilir-gilir oleh ibunya, Azizah Zaik, ibu mertuanya, Toh Puan Salmah Abu Bakar serta nenek Erra, Rahimah Sakul.

>Janji Erra

Teguh dengan pendirian tidak mahu mendedahkan kepada umum wajah Engku Aleesya ketika ini, Erra berjanji mahu ‘memperkenalkan’ Engku Aleesya pada majlis cukur jambul yang bakal diadakan selepas berpantang 44 hari.

Bagi pasangan suami isteri popular ini, itu saat paling sesuai memandangkan anaknya itu juga sudah semakin membesar dan Erra juga sudah bersedia.

Bakal menganjurkan dua sesi majlis cukur jambul - untuk keluarga terdekat dan untuk media - Erra dan Engku Emran juga menolak andaian bahawa mereka memberikan hak eksklusif kepada penerbitan terpilih.

“Bukan begitu dan kalau ada pun saya tidak akan bersetuju,” tegas Engku Emran.

“Saya pun tak sabar nak tunjukkan kepada satu Malaya, pada semua yang berdoa untuk saya tapi saya minta maaf banyak-banyak,” tambah Erra pula.

Bercerita mengenai kegiatan seninya, Erra yang akan kembali aktif selepas Jun ini memberitahu sudah ada beberapa tawaran yang menunggu selain meneruskan pembikinan album terbarunya.

Ini termasuklah meneruskan penggambaran musim kedua drama Mertua vs Menantu selain tawaran mengacara sebuah program pengembaraan.

Biarpun bakal sibuk dengan urusan kerja seninya namun Erra menegaskan tidak akan membawa bayinya ikut serta dalam kegiatannya.

“Saya tidak akan bawa anak ke lokasi penggambaran. Kalau saya bekerja, saya akan hantar Aleesya ke rumah ibu saya dan mak mertua saya secara bergilir-gilir,” jelas Erra.

Memberitahu tidak menggalakkan anaknya itu bergiat dalam bidang seni namun pasangan suami isteri popular ini tidak pula menghalang sekiranya sudah itu minat anaknya.

Nazar seorang bapa

Engku Emran pula memberitahu dia akan membotakkan rambut sebagai membayar nazar ke atas kelahiran anak pertamanya itu.

Dia yang begitu gembira dengan kelahiran Engku Aleesya juga memberitahu, menyaksikan proses kelahiran anaknya itu bukan sahaja sesuatu yang menginsafkan malah menyebabkan perasaan kasih dan sayangnya bertambah kuat kepada Erra.

Apalagi menyaksikan kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh isteri kesayangannya itu memandangkan selama bersama, Erra tidak pernah menunjukkan rasa sakit.

“Saat-saat melahirkan adalah sesuatu yang ajaib. Memang takut tapi saya tetap nak tengok. Saya dapat melihat Erra pun takut.

“Tapi berbanding saya, Erra banyak membuat persiapan mental dengan membaca dan menonton video. Saya pula takut jika Erra tidak berdaya menanggung sakit hendak bersalin.

“Saya tidak tahu penerimaan dia terhadap sakit itu kerana dia memang tak pernah menunjukkan rasa sakit selama saya mengenalinya.

“Tapi dia kuat dan saya mahu bersama memberi sokongan. Ya, memang ada rasa takut dan sedih untuk dia dan itulah yang menginsafkan dan rasa sayang sangat kepadanya,” ujar Engku Emran.

Memberitahu Erra sendiri mahu melahirkan secara normal sebab mahu berbengkung, berurut dan sebagainya, Engku Emran sendiri mengambil cuti selama seminggu untuk meraikan ‘orang baru’ dalam hidup mereka.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeMon 06 Apr 2009, 10:06 am

Aizat hanya kawan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Hi_28_11


Hai Liyana. Harap awak sentiasa sihat dan berjaya dalam bidang seni tanah air. Saya ada beberapa soalan untuk awak jawab.

1. Apa perasaan anda bila dianggap sebagai artis kontroversi bagi tahun 2009 ini?
2. Hubungan awak dengan Aizat rapat, tetapi masih lagi menafikan anda bercinta. Saya beranggapan awak menggunakan peluang itu hanya untuk publisiti selain menaikkan nama Liyana Jasmay lagi. Komen sikit.
3. Bakat anda dalam bidang lakonan masih lagi belum teruji, sekarang sibuk pula nak menyanyi. Apa yang awak cari dalam bidang seni ini sebenarnya?

- Mariah Carey Malaysia,
Pulau Pinang.

LIYANA

1. Memang saya sendiri terkejut dengan apa yang orang jangkakan. Tapi itu semua tak menjadi masalah kepada saya kerana saya melihatnya dari sudut yang positif. Bila orang bercakap tentang diri saya itu menandakan yang orang mengambil berat. Sudah tentu lebih mudah untuk saya mengubah tingkah laku yang negatif melalui teguran peminat.
2. Wah, panasnya soalan. Saya dengan Aizat hanya kawan sajalah. Mana ada kami bercinta. Jadi macam mana nak bagi tahu peminat yang kami bercinta. Lagipun masing-masing ada tugas tersendiri dan saya masih lagi berlakon untuk menaikkan nama saya, begitu juga dia.
3. Saya dah cuba semua watak dan rasanya sudah puas walaupun hanya kini baru nama saya naik. Saya dah mula berlakon sejak usia sembilan tahun lagi dan Alhamdulillah setakat ini sudah banyak watak saya dapat. Mungkin sebab saya ada bakat dalam nyanyian kot. Tak salah rasanya untuk saya menceburi bidang ini. Lagipun industri kita ni bukanlah besar mana.

Sibuk filem Puaka Niyang Rapik

1. Apa drama dan filem terbaru Liyana buat masa ini?
2. Macam mana Liyana boleh menceburi bidang seni?
3. Bagaimana hendak menghubungi Liyana secara terus? Ada e-mel tak?
4. Apa yang sering Liyana lakukan pada waktu lapang?

Saya harap Liyana dapat jauhkan diri daripada gosip dan cinta monyet dan lebih baik tumpukan perhatian pada kerjaya yang baru sahaja bermula ini.

- Peminatmu, Harniza,
Seremban, Negeri Sembilan.

LIYANA

1. Buat masa ini saya sedang sibuk shooting drama bersiri Zati And The Beast sebanyak 20 episod untuk TV3. Filem Puaka Niyang Rapik The Movie juga saya terlibat dan jangan lupa nantikan kemunculan saya.

2. Saya menceburi bidang seni sejak usia sembilan tahun lagi. Dah banyak drama lakonan saya sejak dahulu sehingga kini. Cuma selepas berlakon dalam filem Castello barulah nama saya naik dan dikenali ramai.

3. Bagi peminat yang ingin berhubung terus dengan saya boleh e-mel kepada liyana_loves@yahoo.com atau terus layari www.liyanajasmay.com untuk mengetahui tentang diri saya selanjutnya.

4. Waktu terluang sememangnya waktu yang paling membahagiakan saya. Selalunya saya hanya akan duduk di rumah dan menonton DVD. Jika tak pun saya akan bercuti bersama keluarga saya.

Tak minat jadi pengacara

Assalamualaikum. Saya adalah salah seorang peminat Liyana dan terus mengikuti perkembangan diri Liyana.

1. Ada tak ahli keluarga Liyana yang terlibat dalam bidang lakonan?

2. Bagaimana Liyana boleh menjadi salah seorang pelakon?

3. Bila lagi nak cuba tukar bidang misalnya pengacaraan?

Saya mendoakan kejayaan serta kebahagiaan Liyana dalam apa juga bidang. Amin.

n Una Khai,
Kuala Lumpur.

LIYANA

1. Setakat ini masih belum ada lagi ahli keluarga yang terlibat dalam bidang seni.

2. Semasa umur saya sembilan tahun, saya dah pergi uji bakat. Dari situ kerjaya seni saya berkembang sedikit demi sedikit sehinggalah saya berada pada tahap ini.

3. Memang saya tak berminat dalam bidang pengacaraan. Bagi saya menjadi pengacara memerlukan saya untuk lebih fokus dan dapat mengawal keadaan. Mungkin saya ni jenis yang lain daripada yang lain. Itu yang membuatkan saya memang tidak berminat.

Rambut asli tau

Salam, Liyana.

1. Album Liyana bila nak keluar, ada berapa lagu?
2. Rambut Liyana tu asli atau palsu? Lain macam saja.3. Jika diberi peluang untuk pilih watak berlakon, Liyana nak pilih watak apa?

- Peminat Cilik,
Ampang, Selangor.

LIYANA

1. Kemungkinan besar pada bulan April atau Mei, album terbaru saya akan menemui peminat. Terdapat lima buah lagu kesemuanya dan kali ini saya menggunakan Ajai, AG dan Aizat sebagai komposer. Harap peminat dapat menunggu kemunculannya ya.
2. Wah... Mestilah ini rambut asli. Mana ada palsu.
3. Kalau diberi pilihan, saya ingin sekali membawakan watak pahlawan atau watak superhero wanita yang gagah dan dapat menyelamatkan orang. Tak pun saya nak jadi puteri yang ada aura dan kuasa yang membuatkan orang sayang pada saya. Rasanya itu sahaja watak yang masih belum saya dapat setakat ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeMon 06 Apr 2009, 10:08 am

"Sudah tiada jodoh" - Remy Ishak

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Hi_39_10


Kontroversi mengenai kehidupan pelakon Remy Ishak, 27, semakin panas apabila dia dikatakan berlaku curang terhadap kekasihnya yang dikenali sebagai Nurul Huda Hamidon (berusia 20-an).

Mengikut laporan media, ketika menjalinkan cinta dengan Nurul Huda yang dikenali ketika sama-sama bertugas di sebuah hotel tidak lama dulu, Remy dalam masa yang sama berkawan dengan pelakon Ummi Nazeera, 19.

Malah Remy dikatakan cuba menyembunyikan hubungannya dengan Nurul Huda itu daripada pengetahuan Ummi sehinggalah berita kecurangannya didedahkan di sebuah akhbar.

Ketika diminta menjelaskan perkara itu, Remy tanpa mahu berselindung mengakui dia memang mengenali Nurul Huda ketika mereka sama-sama bekerja di hotel Mandarin, Kuala Lumpur. Ketika itu Remy belum melibatkan diri secara serius dalam bidang lakonan.

Malah pelakon Anak Halal ini juga tidak menafikan Nurul Huda seorang rakan yang baik dan banyak membantunya disaat susah dan senang. Tetapi akuinya, ketika melayari persahabatan itu, hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan.

"Dah tak ada jodoh saya dengan dia, tak boleh nak buat apa lagi. Soal jodoh, hati dan perasaan itu perkara yang harus difahami oleh setiap insan dan tak boleh dipaksa-paksa.

"Saya agak terkejut tiba-tiba keluar cerita kononnya kami bercinta. Sebenarnya tidak seperti yang digambarkan.

"Saya dengan Nurul sebenarnya masih dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing tetapi nampaknya hubungan ke arah itu tak boleh nak diteruskan," kata Remy meluahkan isi hatinya.

Ujar pemuda yang berasal dari Masjid Tanah, Melaka ini, dia dan Nurul Huda hanyalah merancang sesuatu perkara yang baik tetapi Tuhan menentukan soal jodoh itu.

Malah Remy juga mengaku agak terkilan kerana perkara itu menjadi semakin besar sedangkan dia pernah berterus terang kepada Nurul mengenai pendiriannya terhadap hubungan mereka.

"Saya terkejut apabila timbul macam-macam persepsi gara-gara persahabatan saya dengan gadis bernama Nurul. -

"Untuk tidak mencetuskan kemarahan mana-mana pihak, saya ambil pendekatan untuk memohon maaf daripada Nurul seandainya dia terkilan dengan saya selama ini.

"Yang saya mahu katakan, kita tak ada jodoh. Itu saja," ujar Remy yang berhasrat tidak mahu memburukkan sesiapa.

Agak terkilan dengan tuduhan kononnya dia seorang lelaki playboy, tetapi Remy tetap dengan pendiriannya iaitu akan memikirkan soal kahwin ketika usianya mencecah 30-an.

Mengenai hubungannya dengan Ummi Nazeera pula akui Remy mereka masih berkawan tetapi jarang bertemu kerana masing-masing terikat dengan komitmen sebagai pelakon.

l Mengaku degil

Ramai yang memberi macam-macam reaksi mengenai Remy sejak kebelakangan ini. Ada yang mula mencemuh kerana kurang selesa berurusan dengannya. Banyak songel kata mereka.

Tapi kata Remy pula, orang yang mempunyai persepsi itu sebenarnya tidak mengenali siapa dia yang sebenar. Tanpa mahu berselindung, Remy mengaku dia seorang lelaki yang degil dan kadang-kala tidak tahu untuk menyembunyikan kedegilan itu.

"Saya ini jenis kalau tak sukakan sesuatu, saya akan kata tak suka. Begitu juga jika membuat sesuatu keputusan.

"Seandainya keputusan itu saya tak boleh terima, saya akan menolak. Kalau orang terus memaksa, saya tak akan cakap banyak tapi jangan terkejut la kalau selepas tu saya tak bagi kerjasama.

"Dalam satu-satu hal saya mengaku memang saya seorang yang degil. Saya mahu kehendak dan keputusan saya dihormati," katanya.

Selepas penggambaran filem Evolusi Kl Drift 2, Remy akan berlepas ke empat buah negara iaitu Arab Saudi, Indonesia, Australia dan India untuk menjayakan drama Nur Kasih.

Tidak pernah ke luar negara sebelum ini, peluang itu kata Remy amat besar buatnya kerana selepas melibatkan diri dalam bidang lakonan akhirnya dia dapat juga melihat negara orang.

"Satu pengalaman bermakna buat saya apabila jadi pelakon. Selama ini saya tak pernah ke luar negara pun. Tapi syukurlah, hasil kerjaya dalam bidang lakonan ini memperlihatkan sesuatu yang baru buat saya," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeMon 06 Apr 2009, 10:09 am

Finalis mulai menonjol

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Hi_38_10


BUKAN mudah untuk seseorang bakat baru mendapat tempat di dalam industri seni. Ada yang tak tahu bagaimanakah cara untuk mereka mendapat pendedahan awal. Pertandingan Pencarian Kacak Bergaya menjadi salah satu tapak untuk mereka memulakannya. Pendedahan yang diberikan mampu memperkenalkan mereka kepada dunia seni.

Tiga finalis yang dipaparkan minggu ini antara yang mula mendapat perhatian dunia seni. Kini Mohd. Halim Mohd. Shah (Har) dan Hairul Azreen Idris (Hairul) mula mendapat perhatian.

Megat Mohamad Hafifi Megat Yusof (Megat) pula semakin ghairah mencari tapak dalam peragaan. Lakonan Har kini boleh ditonton dalam drama bersiri Cikgu Rubina dan drama-drama lain. Sebenarnya Har banyak dihujani tawaran berlakon, tetapi banyak juga yang ditolaknya.

"Saya masih baru dalam bidang ini dan sekarang saya menjadikannya sebagai kerja sambilan sahaja. Saya belum sedia terima watak utama dalam drama.

"Memang saya dapat tawaran berlakon watak utama, tapi saya tolak kerana komitmen kerja. Saya sekarang bekerja tetap di sebuah syarikat di Kuala Lumpur," kata Har kepada Pancaindera.

Bukan tidak yakin dengan dunia seni sebaliknya beliau tidak mahu berhenti kerja tanpa ada sokongan kerja lain. Sekarang beliau masih bekerja makan gaji, kalau sudah bekerja sendiri nanti, Har akan lebih aktif.

Lain pula cerita dengan Hairul yang kini menjadikan lakonan sebagai kerjaya sepenuh masa. Sejak wajahnya dipaparkan dalam media, semakin banyak tawaran yang diterima oleh jejaka tinggi lampai ini.

Hairul sukakan watak lasak kerana kebolehannya sendiri dalam melakukan aksi lasak dan aksi pergaduhan. Sesuai pula dengan susuk tubuhnya.

Hairul juga banyak melakukan aksi stunt dalam drama dan filem. Aksi stunt dalam drama Puaka Niyang Rapik dan Ponti Anak Remaja dilakukannya sendiri.

"Sekarang saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri Merah Putih. Selepas ini saya akan berlakon sebuah filem, tapi dalam filem itu saya banyak melakukan stunt.

"Saya memang mahu menjadikan lakonan sebagai kerjaya saya, dan dalam masa yang sama saya juga mesih melakukan stunt," katanya.

Hairul juga akan muncul dalam drama Cahaya Lentera yang bakal ditayangkan di RTM tidak lama lagi. Pembabitannya dalam drama itu sememangnya sangat dinanti-nanti kerana banyak aksi lasak yang dilakukan.

"Malah kumpulan stunt saya di bawah bimbingan pelakon Fauzi Nawawi turut terlibat sebagai stuntman dan pelakon dalam drama ini," jelasnya.

Sementara itu Megat pula mula berjinak-jinak dengan peragaan. Beliau sedang berusaha mencari tapak untuk iklan cetak atau iklan televisyen.

"Saya masih belajar, setahun lagi apabila tamat belajar saya ingin lebih aktif dalam bidang peragaan ini.

"Saya sekarang memberi tumpuan di gimnasium untuk mendapatkan susuk tubuh yang lebih menarik. Saya sedar dengan susuk badan saya yang kurus ini.

"Saya ingin mendapatkan susuk dada dan lengan yang lebih nampak maskulin," kata Megat yang menuntut dalam jurusan kejuruteraan di sebuah institut pengajian tinggi.

Megat juga berharap penyertaan dalam Pencarian Kacak Bergaya akan membuka langkahnya dalam dunia peragaan. Bukan sahaja Megat, malah kesemua peserta mengharapkan perkara sama.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeMon 06 Apr 2009, 10:10 am

Rihanna jumpa pengganti Chris?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Hi_18_10


NAMPAKNYA perpisahan sementara di antara penyanyi Rihanna dan kekasihnya, Chris Brown, nampaknya menyerikan hidup penyanyi ini apabila dia dikatakan intim dengan pelakon Wilmer Valderrama. Valderrama yang pernah menjalin hubungan dengan pelakon Lindsay Lohan, menjadi hos mingguan malam karaoke di kelab Geisha House di Hollywood.

Sebaik penyanyi kelahiran Barbados itu tiba, Valderrama, bintang sitkom That 70s Show, seakan-akan terpaku melihat Rihanna.

“Rihanna kelihatan sangat cantik pada malam itu dan Wilmer tidak lepas memandangnya,” kata sumber yang dipetik daripada akhbar The Mirror. Perkenalan ini tidak mengambil masa lama untuk bertukar mesra.

“Mereka berbual dan ketawa seolah-olah sudah kenal lama dan kelihatan seronok serta mesra bersama,” kata sumber.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeMon 06 Apr 2009, 10:12 am

Preity ambil 34 anak angkat

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Hi_21_10


WALAUPUN memiliki populariti dan berwajah jelita, Preity Zinta nampaknya mengambil berat tentang golongan tidak bernasib baik.

Terbaru, Preity, yang

bercadang mengambil anak angkat setiap tahun dengan membesarkan 34 budak perempuan dari rumah anak yatim Mother Miracle di Rishikesh.

"Saya mengambil 34 budak perempuan sebagai anak angkat. Saya akan menanggung semua keperluan mereka membesar dari segi pendidikan, makanan, pakaian dan sebagainya. Anda tidak tahu bagaimana seronok rasanya mendengar cerita daripada mereka," katanya.

Preity yang berazam menjadi ibu terbaik berkata, mereka kini adalah anak dan tanggungjawabnya.

"Saya akan berhubung dengan mereka secara kerap dan melawat mereka dua kali setahun," katanya.

Aktres itu juga berkata, beliau bercadang menambah tanggungjawab sosialnya dan memikirkan apa hendak dibuat untuk membantu golongan tidak bernasib baik terutama budak perempuan.

Sementara itu, Preity sibuk dengan filem terbarunya, Videsh dan berlakon sebagai wanita pendatang, yang baru mengatasi trauma perkahwinan dicemari penderaan.

"Saya sudah mencapai satu tahap dalam kerjaya yang memuncak. Sudah tentu tawaran filem komersial masih mencurah dan ia memang menarik tetapi saya mahukan sesuatu yang lain," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeMon 06 Apr 2009, 12:08 pm

Fizz Fairuz Peluk Norman Hakim?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 11311

Sekali lagi dunia hiburan tempatan digemparkan dengan aksi luar biasa Norman Hakim dan Fizz Fairuz. Tidak seperti dalam suasana lakonan, namun memang ketara dalam aksi bergambar biasa. Tapi tengoklah kemesraan yang mereka lakukan. Agak seperti sepasang kekasih sahaja. Ahaks.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeMon 06 Apr 2009, 12:29 pm

Khalwat? Fitnah...! - Zamzarina

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Hi_01_96
NORHAYATI Ismail (dari kiri) bersama Zamzarina, Ibrahim Seman dan Norhafizah Abdul Rahman pada majlis pengumuman penaja program Apa Kata Wanita di Angkasapuri, baru-baru ini.


BENARLAH kata orang, menjadi orang popular tidak semudah yang disangka dan lebih sukar lagi apabila kita menjadi terlalu popular. Ke mana sahaja kita pergi, kita menjadi perhatian ratusan mata yang memandang dengan pelbagai tafsiran yang kadang-kadang tidak terjangkau oleh fikiran.

Dan apabila populariti mengatasi segala-galanya, bukan sahaja pergerakan menjadi terbatas malah kadangkala tugas juga menjadi perhatian.

Begitulah yang dialami oleh hos program Apa Kata Wanita, Zamzarina Zambri.

Sejak menjadi pengacara program berkenaan, Zamzarina bukan sahaja menjadi popular malah hubungan baiknya dengan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf juga disalah anggap hingga menimbulkan khabar angin kononnya mereka ditangkap khalwat pada awal Mac lalu.

Walaupun khabar angin itu membuat ramai yang percaya, namun bagi Zamzarina ia sedikitpun tidak menjejaskan tugas, kerjaya dan rumah tangganya.

“Saya masih kuat dan tetap meneruskan kerja di sini (RTM) seperti biasa. Apa yang hendak saya takutkan, saya tidak perlu ‘melarikan diri’ ke tempat lain.

“Semua itu fitnah dan biarlah polis jalankan siasatan,” katanya saat diajukan persoalan mengenai isu khalwat ketika ditemui pada majlis pengumuman Daily Fresh sebagai penaja Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina di Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhayati Ismail, Penerbit Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina, Ibrahim Seman dan Pengurus Perkhidmatan Francais Daily Fresh, Norhafizah Abdul Rahman.

Pada awalnya, Zamzarina enggan melayan dakwaan itu tetapi selepas ia dibangkitkan pembangkang di Parlimen, dirinya tampil bersuara untuk membersihkan nama.

Menurut Zamzarina, fitnah yang melandanya sedikitpun tidak menjejaskan tugas hakikinya di RTM selaku Penerbit Rancangan, Wartawan Penyiaran dan Ketua Meja Wanita di Bilik Berita.

Sambil menafikan terlibat dalam dakwaan berkenaan, wanita berusia 36 tahun ini bersyukur kerana keluarga terutama suami, Adnan Derahman mempercayai dan memberikannya sokongan untuk terus berkhidmat di RTM.

“Suami percaya saya. Lagipun, ketika isu itu (tangkap khalwat) kecoh, saya berada di London.

“Saya ke London kerana menjalankan tugas sempena promosi produk kraftangan Malaysia oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

“Dakwaan ini sememangnya mencemarkan nama saya dan polis pun sudah memulakan siasatan,” ujarnya.

Pada 7 Mac lalu, Kamaruddin dan Zamzarina telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfield berkenaan dakwaan khalwat membabitkan mereka berdua.

Meskipun berhadapan dengan fitnah tersebut, bagi Zamzarina ia bukanlah menjadi satu ‘momokan’ untuk berhenti bertugas di RTM.

“Kerja berjalan seperti biasa. Beliau (Datuk Kamaruddin) pun bertugas seperti biasa.

“Apa yang hendak ditakutkan, saya tak bersalah. Sudah lapan tahun saya di RTM dan fokus kerja saya sekarang ini adalah di Meja Wanita,’’ katanya.

Ditanya sejauh mana dirinya rapat dengan Kamaruddin, Zamzarina berkata, hubungan mereka terjalin secara profesional.

“Sebenarnya, saya terlibat dengan satu jawatankuasa yang bertindak sebagai memberi maklum balas tentang segala pembaharuan yang dilakukan di RTM.

“Sebagai kakitangan RTM, adalah menjadi tugas saya untuk melaporkan kepada beliau apa jua maklum balas yang diterima khususnya daripada penonton RTM.

“Disebabkan selalu berurusan, mungkin ada yang salah faham. Mungkin juga ada yang tidak suka dengan perubahan-perubahan yang dilakukan di RTM atas syor yang kami berikan,’’ tegasnya.

Kepada soalan tentang dirinya yang dikatakan tidak boleh ditegur atau ‘disentuh’ gara-gara rapat dengan Kamaruddin, Zamzarina menafikan hal tersebut sekeras-kerasnya.

Hos Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina

Sementara itu, diajak berbicara tentang Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina, ibu kepada tiga orang anak ini berkata, program yang disiarkan secara langsung dari Studio 1, Wisma TV, Angkasapuri pada setiap Jumaat, pukul 9.30 malam, telah memulakan siaran edisi sulung pada 2 Januari lalu.

Jelasnya, ia merupakan salah satu agenda wajah baru program terbitan RTM di samping beberapa lagi program lain.

Apa yang menarik, katanya, program tersebut telah mendapat penajaan daripada Daily Fresh Food Sdn. Bhd., sebuah syarikat francais yang menghasilkan produk makanan seperti sweet cup corn, jus dan wafer serta aiskrim.

Berkonsepkan bual bicara santai, rancangan itu menampilkan tokoh-tokoh wanita berjaya dalam pelbagai bidang sebagai tetamu jemputan pada setiap minggu.

Rencah kehidupan berkeluarga juga turut dimuatkan di samping membawa pakar berkaitan menjawab setiap dilema berhubung peranan wanita dalam kerjaya dan rumah tangga.

Sempena dengan pengumuman Daily Fresh selaku penaja Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina, syarikat francais itu bersama RTM menganjurkan kuiz Daily Fresh & You `Go Lucky’ 2009 yang bermula pada 1 April hingga 31 Julai ini.

Hadiah utama berupa kereta Perodua Viva menanti penonton setia rancangan tersebut.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeMon 06 Apr 2009, 12:35 pm

Dilayan sama saja

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Mainpi14

Calon Pelakon TV Wanita Popular ABPBH 2008 seronok sertai PLKN


"MEMANG saya dijemput untuk menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 pada 12 April ini, tetapi saya tidak pasti sama ada boleh menghadirinya atau tidak," kata pelakon dan model, Diana Danielle yang dicalonkan untuk bertanding dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular.

Pelakon ini ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan stesen televisyen, 8TV di Kem PLKN Princess Haliza di Sepang pada 2 April lalu.

MoU adalah untuk menerbitkan sebuah dokumentari mengenai PLKN yang bakal disiarkan mulai 8 Mei ini.

Diana kini mengikuti PLKN di Kem PLKN Princess Haliza sejak 19 Mac lalu selepas menangguhkannya pada Kumpulan Satu siri 6/2009 kerana sibuk dengan kegiatan seninya.

Mengulas lanjut, Danielle berkata, soal kalah atau menang dalam ABPBH bukanlah perkara pokok yang sedang bermain dalam fikirannya ketika ini kerana terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan PLKN.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Mainpi13


"Saya tidak kisah sekiranya tidak dapat menghadiri majlis anugerah ABPBH di Genting Highlands kerana tahu saya kini terikat kepada peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan PLKN.

"Lagipun, saya seronok tinggal di sini dan sama sekali tidak menyangka segala gambaran negatif yang diperolehi rupa-rupa tidak benar. Malah, saya tidak kisah sekiranya terpaksa tinggal lebih lama di sini," katanya.

Mengenai kegiatan seninya, Diana berkata, beliau tidak pernah terkilan kerana terpaksa melupakan sementara kegiatan seninya hanya semata-mata untuk menyertai PLKN kerana walaupun baru seminggu tinggal di kem itu, banyak perkara yang sudah dipelajarinya.

"Saya tidak sangka tinggal di dalam kem PLKN ini amat menyeronokkan walaupun pada awalnya saya mengakui berlaku sedikit kejutan budaya.

"Namun, berkat sokongan dan bantuan jurulatih dan rakan-rakan pelatih yang lain, semuanya berjaya diatasi kerana faham PLKN bertujuan menjadikan pelatih lebih berdisiplin dan bertanggungjawab," katanya yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Kontinjen Wirawati Kompeni Bravo pada siri kali ini.

Mengenai sama ada beliau menerima layanan berlainan berbanding pelatih lain, Diana berkata, dia dilayan seperti pelatih lain dan tiada sebarang keistimewaan diberikan kepadanya.

"Saya juga pernah ditegur dan dikenakan denda, jadi ini membuktikan saya tidak diberi sebarang keistimewaan. Tapi saya tidak kisah kerana ia dapat mendidik saya menjadi lebih dewasa kerana sebagai anak tunggal, memang saya sering dimanjakan mama," katanya.

alam pada itu, Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan untuk memberi pelepasan kepada Diana supaya beliau boleh menghadiri ABPBH 2008.

Bagaimanapun, katanya, Diana perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan dan buat masanya pihak masih belum menerima sebarang permohonan daripada Diana untuk tujuan berkenaan.

"PLKN memang memberi kelonggaran kepada pelatih untuk keluar daripada kem, sekiranya ada perkara kecemasan khususnya yang membabitkan keluarga. Tetapi pada masa yang sama, pelatih atau keluarganya hendaklah mengemukakan alasan yang kukuh sebelum mereka dibolehkan keluar dari kem sepanjang tempoh menjalani latihan," katanya.

Masa untuk kurangkan berat badan


BEBERAPA hari sebelum mendaftar diri mengikuti program PLKN, si cantik manis ini sudah mula bercakap mengenai betapa dia pasti merindui masakan ibunya, Norsiah Ramli.

Bagaimanapun, ada kebaikannya juga iaitu dia dapat mengurangkan berat badan sepanjang tempoh tiga bulan di Kem PLKN Princess Haliza. Gadis ini mengakui sebelum masuk ke kem, berat badannya bertambah gara-gara melayan selera tekaknya.

Katanya, merindui rakan-rakan adalah sebahagian daripada ketahanan mental yang perlu dilaluinya dan paling penting dia juga harus menyesuaikan diri dengan keadaan dalam kem itu.

“Sudah tentu saya akan merindui mama, adik angkat (Halley Hayden) dan kawan tersayang. Saya juga akan melupakan seketika aktiviti seperti membeli belah, bersukan dan bergosip,” katanya.

Dalam sesi temu bual ini, Diana turut mengambil kesempatan memperagakan pakaian yang dihasilkan oleh pereka fesyen, Irwan Arsbo yang bertanggungjawab mereka busana bertemakan sentuhan tenun untuk digayakan pada malam kemuncak ABPBH 2008.

Maklumlah pelakon Air Mata Maria ini tidak lagi boleh berhubungan dengan Irwan memandangkan komitmennya terhadap PLKN yang harus diberi keutamaan.

“Kesempatan berada di dalam kem seboleh-bolehnya akan dimanfaatkan untuk menguruskan badan. Kalau tak muat pakai baju rekaannya, siapa yang susah?” usiknya yang memuji hasil inovatif dan kreativiti Irwan.

“Semestinya saya berharap mendapat pelepasan sementara waktu daripada komandan kem. Kalau dapat pelepasan saya mahu meraikan kejayaan malam anugerah ini sebagai tanda sokongan kepada akhbar Berita Harian dan peminat yang setia menyokong saya. Apatah lagi, ini kali pertama saya tercalon dalam ABPBH 2008,” katanya.

Busana yang digayakan Danielle berwarna hijau pucuk pisang ini antara contoh yang menepati tema ABPBH kali ini berkonsepkan sentuhan tenun atau songket. Katanya lagi, mujur muat juga baju tajaan Kraftangan Malaysia ini dan tampak terletak di tubuhnya.

“Ini gandingan pertama kami untuk pentas ABPBH 2008. Harapnya hasil rekaannya nanti akan menarik dan menawan hati saya dan paling penting ia menepati tema yang sudah ditetapkan kali ini,” katanya lagi.

Danielle tak cerewet

SEMENTARA itu, Irwan Arsbo, berkata selain Danielle, dia turut bertanggungjawab mereka busana untuk Kenchana Dewi buat kali kedua selepas ABPBH 2007.

Kata anak muda berusia 27 tahun kelahiran Bumi Kenyalang ini, dia mempraktikkan corak kaftan untuk disarungkan pelakon jelita itu.

Sudah tiga tahun berada di dalam arena fesyen tempatan, pelajar Giat Mara dan pemegang diploma Fesyen dari Bunka Fashion School, Kuala Lumpur ini banyak menggunakan bahagian kepala kain terutamanya untuk bahagian kaftan dan kolar untuk rekaan kepada Danielle.

“Penggunaan songket atau tenun digunakan di bahagian korset dengan perincian bunga penuh. Di lengan tangan saya banyak menggunakan butang bungkus. Korset dan kaftan itu akan dipadankan seluar panjang dan seluar itu hanya jelas kelihatan sewaktu Danielle berjalan. Untuk bahagian sisi kaftan saya terangkan kain dengan jahitan ‘baby sim’ termasuk menggunakan batu permata Swarovzki,” kata Irwan.

Ditanya mengenai Danielle, Irwan menjelaskan yang dia tidak mempunyai masalah bekerjasama dengannya. Ini adalah kali kedua mereka mencuri masa untuk berbincang mengenai rekaan bersempena ABPBH 2008 ini. Kali pertama mereka berbincang di rumah Danielle beberapa minggu sebelum ini.

“Dia setuju dengan setiap hasil lakaran awal yang dibentang kepadanya dan saya akan buktikan kerja tangan saya berbaloi untuk sesiapapun. Dia tak cerewet dan menerima cadangan saya dengan hati terbuka. Dia pernah tertarik dengan pakaian rekaan saya tahun lalu ketika Miss Malaysia, Deborah Henry memakainya dalam majlis minggu setiausaha di Hotel Istana,” katanya yang pernah mereka pakaian untuk Ayu Damit ketika Anugerah Planet Muzik tahun lalu.

PROFIL: Diana Danielle

Nama penuh: Diana Danielle Danny Beeson
Tarikh lahir: 22 November 1991
Asal: Dilahirkan di Houston, Amerika Syarikat, namun dibesarkan di Kuala Lumpur sejak berumur dua tahun
Keluarga: Anak tunggal
Drama: Air Mata Maria, Janji Diana, Gol & Gincu The Series dan Farah Syakirah.
Filem: Idola (ketika berusia sembilan tahun), Evolusi KL Drift, Maut, Bohsia*, Setem*, Kecoh Betul* dan Magika* (bertanda * filem lakonannya belum ditayang).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeMon 06 Apr 2009, 12:42 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Ne011110

'Hidup saya lebih teratur'

Ekin akui suaminya, Mawi tak banyak kerenah


BINTANG Paling Popular Berita Harian selama tiga tahun berturut-turut, Asmawi Ani, 28, memberitahu kehidupannya kini lebih sempurna dengan kehadiran suri dalam hidupnya sejak tiga bulan lalu.

Makan, pakai tidak lagi perlu dibimbangi sejak Nora’Ashikin Rahmat, 30, menghuni seluruh ruang hati dan mindanya. Jika dulu, makan, pakai dan jadualnya diuruskan pengurus tetapi kini tugas itu lebih banyak ditangani insan bernama isteri.

Bukan saja menguruskan hal berkaitan rumah tangga, malah ada ketikanya Ekin juga mengambil alih tugas pengurus menghantar Mawi ke sana-sini memenuhi urusan kerja.

“Hidup saya kini lebih teratur sejak adanya Ekin. Tiada lagi baju yang kusut kerana Ekin bijak menguruskan rumah tangga. Kini hidup saya lebih sempurna sejak adanya dia,” kata Mawi yang hadir sedondon bersama Ekin dengan pilihan rona kuning terang.

Hal mengenai pakaian memang tidak diambil pusing anak muda berasal dari Felda Taib Andak, Kulai, Johor kerana perkara itu diserahkan kepada Ekin. Sebaliknya Mawi hanya mengikut apa saja pilihan isteri dan dik kerana itu kebanyakan pakaian mereka sedondon mengikut pilihan Ekin.

Pasangan suami isteri ini hadir di Balai Berita, Berita Harian, baru-baru ini untuk menerima hadiah barang kemas yang dimenanginya sebagai Bintang Paling Popular ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH2007). Barang kemas tajaan Habib Jewels itu disampaikan oleh Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah sambil disaksikan oleh Pengurus Kanan Pemasaran NSTP, Wan Mohd Rapilin Wan Mohd Nor.

Menurut Ekin, dia gemar memilih warna sedondon kerana terbiasa dengan statusnya sebagai anak kembar. Sejak kecil ibunya membelikan pakaian yang sama dengan kembarnya Ain menyebabkan dia terbawa-bawa sikap itu apabila sudah berumah tangga.

“Ekin memang suka baju yang sedondon kerana sejak kecil sudah terbiasa dengan cara ibu. Apabila sudah berumah tangga sikap itu terbawa-bawa kerana Ekin suka melihat pakaian dari warna yang sama. Tapi bukan bermakna semua baju kami dibeli serentak, ada di antaranya koleksi lama kami yang disuai padan saja,” katanya yang baru saja mengalami keguguran pada Januari lalu.

Biarpun sedikit kecewa dengan dugaan itu, Ekin masih bersyukur sekurang-kurangnya dia masih mampu mengandung. Dia yang tidak sedar sedang hamil, hanya mengesyaki sesuatu yang pelik setelah darah haidnya tidak berhenti-henti selama dua minggu.

Pasangan itu berkata, ketika majlis persandingan di Palace Of The Golden Horses pada 11 Januari yang lalu, mereka berdua mengalami rasa loya dan pening namun tidak mengesyaki sesuatu. Namun setelah pulang berbulan madu dari Korea pada 21 Januari lalu barulah Ekin menyedari dirinya hamil.

“Memang tidak dinafikan kami berdua sedih tetapi dalam masa yang sama kami lebih terkejut kerana saya hamil begitu cepat. Saya tidak tahu yang saya mengandung kerana sebelum ini tarikh datang bulan tidak begitu teratur. Bagaimanapun saya bersyukur sekurang-kurangnya saya mampu mengandung.

“Kami tidak kisah berapa pun rezeki yang diberikan. Tapi kalau ikutkan, Mawi mahukan anak kembar kerana saya sendiri juga kembar. Tapi sebenarnya kami terima rezeki yang diberikan dengan tangan terbuka,” kata Ekin yang gembira dengan hidupnya yang juga bertambah lengkap sejak kehadiran Mawi.

Katanya, dia kini tidak lagi kesunyian kerana mempunyai seseorang untuk dikongsi pelbagai kisah suka dan duka. Mawi juga katanya seorang suami yang tidak banyak kerenah, apa saja yang disediakannya tidak dibantah oleh Mawi.

“Jika Mawi sibuk dengan kerja, saya akan tinggal di rumah sendirian. Tapi kalau bosan, saya akan pastikan semua kerja rumah disiapkan terlebih dulu barulah saya akan keluar bersama kembar ataupun pergi meninjau Mawi di lokasi.

“Kebetulan Mawi bukanlah seorang yang suka menghabiskan masa tidak tentu hala, sebaik habis kerja dia akan terus pulang ke rumah. Di rumah biasanya aktiviti kami diisi dengan bersembang-sembang dan bergurau senda.

“Lagipun kami hanya tinggal berdua saja jadi kami mempunyai lebih privasi,” katanya.

Angin perubahan ABPBH2008

TIGA tahun menggalas gelaran Bintang Paling Popular, Mawi tidak lagi menaruh harapan tinggi untuk merebut gelaran itu buat kali keempat. Raja SMS itu sudah melihat angin perubahan yang berlaku di dalam ABPBH 2008 yang menyaksikan ramai nama baru bangkit memonopoli senarai pencalonan.

“Sudah tiga tahun saya menyandang gelaran Bintang Paling Popular, tapi tahun ini tidak tahu lagi apakah nasib akan menyebelahi diri saya. Jika sekali lagi gelaran itu menjadi milik saya bermakna ia adalah satu sejarah buat diri saya.

“Saya tidak meletakkan sebarang harapan kerana pencalonan tahun ini amat sengit dengan kemunculan banyak artis baru yang sedang panas. Lagipun bukan mudah untuk mengalas gelaran itu kerana tanggungjawabnya berat dan saya perlu menjaga tingkah laku. Bagaimanapun sepanjang tiga tahun itu saya cuba menjadi diri sendiri,” katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeTue 07 Apr 2009, 10:51 am

Yatt-Talib masih cari masa sesuai berbulan madu

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Yatt1114
Yatt dan Talib kini bahagia melayari kehidupan berumahtangga - foto THE STAR oleh AZHAR MAHFOF


SAAT manis bergelar 'pengantin baru' masih lagi dirasai oleh pelakon dan pengacara, Haryati Hamzah atau mesra dengan panggilan Yatt. Baru seminggu menjadi isteri, Yatt akui kehidupannya kini sudah banyak berubah.

Tanggungjawab yang dipikul tidak lagi seringan dulu. Namun, dalam nada ceria, aktres berusia 29 tahun ini cukup seronok memegang status baru itu dalam hidupnya.

"Walaupun dalam tempoh seminggu ini saya dan suami sibuk menguruskan persiapan untuk dua majlis persandingan kami, tetapi saya tetap tidak melupakan tanggungjawab sebagai isteri.

"Sempat juga saya memasak untuk suami dalam dua hari ini," kata Yatt ketika ditemui pada resepsinya di De'Seri Endon Puspanitapuri, Putrajaya, Sabtu lalu.

Yatt kelihatan anggun dengan gaun pengantin berwarna putih rekaan Lynda Rahim pada majlis persandingannya dan suami, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 29, yang berkonsepkan moden dan santai itu.

Menarik...pasangan mempelai disandingkan di pelamin indah hasil sentuhan Lynda Rahim dan ditaja oleh D&D Beauty House

Sekitar 500 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan kedua-dua belah pihak hadir menyerikan majlis yang bertemakan warna putih dan ungu itu.

Acara yang bermula sekitar pukul 1.30 petang itu dimulakan dengan majlis persandingan, merenjis dan acara memotong kek. Sesi karaoke juga turut diadakan pada majlis bersejarah mereka itu.

Walaupun diadakan di dalam suasana yang santai, kegembiraan jelas terpancar di wajah pasangan mempelai itu yang akui cukup gembira majlis perkahwinan mereka berjalan lancar.

Resepsi kedua di sebelah pihak Yatt juga turut berlangsung di lokasi yang sama pada sebelah malamnya.

Lebih bertuah lagi, hari bersejarah pasangan ini juga turut mendapat tajaan yang melimpah-ruah; bermula dengan kad jemputan perkahwinan, rawatan kecantikan, baju pengantin, pelamin, solekan dan katering.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Yatt4410
Baru seminggu menjadi isteri, Yatt akui kehidupannya kini sudah banyak berubah


Butik Lynda Rahim adalah penaja utama sebagai perancang perkahwinan, persalinan dan hiasan majlis persandingan. D&D Beauty House pula menaja pelamin nikah manakala hiasan majlis pernikahan mereka sebelum ini ditaja oleh Butik Pesona Anggun.

Antara penaja lain ialah Saddiq Solutions (kad jemputan), Den Wahab dan Udaimatunnur (persalinan nikah), Amy Janz dan Fiza Zainudin (solekan), Chef Zainal Tanjung Puteri (kek perkahwinan), My Aroma dan KK Cleaning Services (cenderahati), Kickstart Gymnastic (persembahan), Skin Basic (rawatan pelansingan badan) dan Seri Keningau Catering (katering).

Walaupun sedar, popularitinya tidak 'sehebat' artis-artis lain, Yatt tetap melahirkan rasa syukur kerana masih ada pihak yang sanggup menjadi penaja perkahwinannya itu.

"Kebanyakan penaja ini sebenarnya adalah rakan-rakan saya dan ada diantaranya pernah bekerjasama dengan saya sebelum ini.

"Jadi, saya anggap ini sebagai tuah kerana mereka sudi menaja majlis saya ini," tambah Yatt sambil tersenyum.

Bercerita tentang perancangannya selepas kahwin, kata Yatt, dia akan kembali aktif berlakon selepas ini. Kesibukan tugas masing-masing itu juga membuatkan pasangan ini masih mencari masa yang sesuai untuk pergi berbulan madu.

"Cuti kami amat pendek, jadi sebarang perancangan untuk berbulan madu masih lagi belum dibuat. Tapi, mungkin kami akan memilih sebuah pulau sebagai destinasi 'honeymoon' nanti," tutur Yatt.

Yatt dan Talib bernikah pada 29 Mac lalu di Seremban, Negeri Sembilan.

Pada majlis pernikahan mereka itu, Yatt menerima mas kahwin sebanyak RM280.80 serta lima dulang hantaran oleh pihak lelaki dan berbalas tujuh oleh pihak perempuan.

Yatt bagaimanapun merahsiakan jumlah wang hantaran yang diberikan oleh suaminya itu.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2 Februari tahun lalu setelah hampir lima tahun mengenali hati budi masing-masing.

Setelah merasakan keserasian antara mereka wujud, Yatt akhirnya yakin jejaka yang bertugas sebagai pengurus SportsPlanet di Ampang itu adalah lelaki yang paling layak bergelar suaminya.

Ditanya tentang perancangan mempunyai anak, Talib yang berada di sebelah Yatt sambil tersenyum berkata:

"Kami tidak pernah merancang untuk mempunyai berapa orang anak. Terserahlah kepada rezeki yang Allah berikan, kami terima saja," kata Talib.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeTue 07 Apr 2009, 3:32 pm

Lisdawati belanja sakan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Mainp151


KETIKA kali pertama berbulan madu bersama suami, Fauzi Nawawi, 36, di Bali selepas sebulan mendirikan rumah tangga, pelakon, Lisdawati Nazarudin, 30, disahkan hamil anak sulung, Nur Aini Farhana yang kini berusia 10 bulan.

Kehadiran si kecil itu benar-benar menumpahkan rezeki buat pasangan suami isteri itu apabila sebaik saja Lisdawati habis berpantang, mereka ditawarkan menyertai program realiti, Sehati Berdansa, terbitan Astro dan muncul juara.

Mereka menerima pakej percutian ke Eropah selama 10 hari dan kereta Kia Optima. Lisdawati yang memang tidak sabar untuk menjejaki bumi Eropah begitu teruja untuk bercuti bersama keluarganya. Segala perancangan sudah diatur pihak Astro maka mereka tiga beranak bertolak ke sana pada 17 Mac lalu dan pulang ke tanah air pada 27 Mac.

Biarpun ketika itu negara yang dituju termasuk London, Paris, Frankfurt, Belgium, Amsterdam dan Switzerland mengalami musim sejuk dengan cuaca sekitar 4 hingga 5 darjah celcius namun pasangan suami isteri tidak sampai hati meninggalkan Farhana bersama neneknya. Ini kerana sepanjang masa mereka bekerja si kecil yang semakin aktif itu dijaga emak Lisdawati yang tinggal bersamanya.

"Memang Farhana belum tahu menghayati keindahan alam bumi Eropah tetapi saya tetap ingin membawanya bercuti kerana saya berasakan apa yang kami perolehi ini adalah kerana tuahnya. Gambar yang kami rakamkan sepanjang perjalanan itu akan disimpan dengan baik untuk Farhana tengok apabila dia dah besar nanti.

"Pasti ia menjadi kenangan amat indah buat Farhana apabila dia dewasa nanti. Dengan suhu yang terlalu rendah, cuaca di kebanyakan negara dilawati sangat sejuk sehingga memaksa saya memakai dua tiga lapis baju sebelum menyarungkan baju panas. Farhana pun saya pakaikan dia beberapa lapisan baju dan bersarung tangan serta kaki.

"Walaupun masih kecil tetapi Farhana tidak banyak ragam. Oleh cuaca yang terlalu sejuk Farhana lebih banyak tidur. Dalam tempoh 10 hari kami habiskan masa di sesebuah negara selama sehari atau dua hari dan kami sempat transit di Bahrain. Meskipun perjalanan itu agak pendek kerana banyak destinasi menarik yang perlu dilawati, saya tetap puas kerana dapat bercuti jauh bersama suami dan anak.

"Paling seronok saya dapat bermain salji di Switzerland yang terkenal dengan keindahan bentuk rupa buminya. Dari Switzerland kami menaiki keretapi ke Amsterdam di mana dalam perjalanan itu hujan. Ia menambahkan lagi kesejukan sehingga ke tulang hitam.

"Syukur Alhamdulillah, dapat juga tengok tempat orang. Sewaktu berada di Paris saya amat mengkagumi seni bina bangunan lama yang masih dilindungi dengan baik. Jika rezeki berlebih saya teringin untuk bercuti di London lagi dan mungkin saya akan berada di sana lama sedikit. Masyarakat di sana juga peramah.

"Pertukaran wang di sana sangat mahal kerana kebanyakan negara menggunakan mata wang Euro. Banyak juga saya berhabis dan dapatlah tiga beg tangan jenama terkenal yang harganya agak murah berbanding di sini. Fauzi juga dapat membeli beberapa barangan yang diidamkannya selama ini.

"Saya 'penjamkan mata' saja membelinya sebagai tanda kenangan dan menganggap pembelian beg tangan itu sebagai hadiah untuk diri sendiri yang penat bekerja. Lagipun kalau saya tidak membelinya, entah bila lagi saya dapat ke sana," katanya.

Selepas berehat sehari dua, Lisdawati sibuk semula di set penggambaran drama 44 episod, Matahari, terbitan Pena Creative milik Ziela Jalil. Drama itu mengisi slot Akasia, setiap Isnin hingga Khamis, 6.30 petang menggantikan Spa Q sejak 30 Mac lalu.

Sebelum pergi bercuti Lisdawati dapat siapkan 13 episod dan terpaksa minta 'break' sekejap dengan produksi kerana pakej percutian itu tidak boleh ditangguhkan lagi.

"Mujur pihak produksi faham dengan keadaan saya. Balik ini, siang malam ke lokasi apatah lagi saya pegang watak utama drama itu sebagai Ariana yang disifatkan sebagai 'matahari'. Menerusi paparan setiap watak dalam drama itu mempunyai tipu muslihat masing-masing dan ada kepentingan sendiri terutama Ariana.

"Ariana mempunyai kakak bernama Arisa (Aida Aris) yang dirogol bapa tiri mereka (Nasir Bilal Khan). Kisah bermula dengan kehidupan Ariana di kampung yang kemudian berhijrah ke kota dengan impian untuk menjadi kaya raya. Matahari ingin memberi teladan kepada penonton agar adat lama jangan ditinggalkan meskipun kita melalui kehidupan moden.

"Bagi seorang wanita, 'dara' amat penting untuk dipelihara dan hanya boleh dimiliki suaminya yang sah. Orang dulu sanggup bercerai pada malam pertama apabila mengetahui isteri yang baru dinikahi tiada dara lagi.

"Itulah yang berlaku kepada Arisa yang diceraikan suaminya (Syed Aiman) pada malam pertama selepas dia berterus terang yang mahkota dirinya sudah musnah. Dengan apa yang berlaku pada Arisa, Ariana mendendami lelaki dan suka mempermainkan perasaan mereka," katanya.

Jelas Lisdawati dia perlu menghabiskan penggambaran sebanyak 25 episod lagi.

"Oleh kerana saya muncul dalam semua episod drama itu, ia memang meletihkan. Untuk datang ke sesi fotografi ini pun saya terpaksa 'lari' sekejap. Kalau tidak, saya tiada masa langsung untuk melakukan kerja lain. Selesai saja fotografi ini saya akan terus bergegas ke lokasi kerana kru menunggu untuk memulakan penggambaran.

"Penggambaran Matahari akan segera disiapkan sebelum berlangsungnya ABPBH2008 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008) pada 12 April ini. Pada hari itu saya dijemput menyampaikan anugerah dan khusus untuk itu saya akan tampil dengan gaya baru. Tunggu saja nanti," katanya. Tambah Lisdawati demi menghayati watak Ariana, dia banyak berhabis duit membeli baju. Nasib baiklah harga baju sekarang tidak mahal dan selalu ada jualan murah.

"Beribu ringgit jugalah saya membeli baju baru tetapi semua untuk kepuasan bekerja. Hendak nampak cantik terpaksa berbelanja lebih. Oleh kerana Ariana adalah penari maka untuk babak tertentu saya mendapat baju tajaan daripada Michael Shu.

"Bagus ada yang sudi menaja tetapi adakala susah menjaga baju tajaan dan ada ketikanya kena berbelanja lebih untuk hantar cuci kering dan sebagainya. Peruntukkan untuk membeli baju sendiri juga bergantung kepada bayaran lakonan diterima daripada produser. Jika bayarannya ciput, tak dapatlah hendak berbelanja lebih.

"Tetapi baju yang dibeli itu tidak rugi kerana boleh dipakai dua tiga kali dalam drama lain pula. Tetapi kenalah pandai suai padankan supaya penonton tidak perasan baju itu pernah dipakai sebelum ini.

"Apabila bercakap soal bayaran, sekarang ada produser main tarik tali kerana sekarang ramai pelakon baru yang bayarannya lebih murah. Untuk terus bertahan dalam bidang ini, pelakon lama macam saya ini kenalah memberi mutu lakonan yang bagus bagi memastikan nama sentiasa ada dalam senarai produser atau pengarah.

"Bukan saja bersaing sesama pelakon tetapi sekarang ramai penyanyi dah jadi pelakon. Bertambah lagi saingan. Apa yang diharapkan penyanyi yang hendak jadi pelakon itu buatlah bersungguh-sungguh jangan sekadar hendak mengambil kesempatan. Ada di kalangan pelakon lama bersungut ramai sangat penyanyi menceburi dunia lakonan sekarang.

"Apa daya kita untuk menghalang rezeki, minat dan bakat orang lain. Apa yang boleh dilakukan, saya mesti terus mempertingkatkan mutu lakonan. InsyaAllah, kalau dah rezeki kita tidak ke mana," katanya yang bakal dilantik menjadi duta produk Rorine daripada Singapura.

Bercerita mengenai Fauzi pula, jelas Lisdawati suaminya itu sekarang banyak terbabit dalam projek stunt dengan menubuhkan kumpulan lagak ngerinya sendiri. Kumpulannya sudah mendapat kepercayaan produser tanah air untuk melakukan aksi lagak ngeri dalam drama dan filem terbitan mereka.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeTue 07 Apr 2009, 3:34 pm

Anugerah Seniman timbul pertikaian

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Mainp152


BANYAK perkara yang tidak kena dengan penganjuran Anugerah Perdana Seniman 2009 (APS09) yang berlangsung selama tiga hari bermula 4 April hingga semalam di Kuching, Sarawak .

Ini kali keempat majlis anugerah anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) diadakan, selepas di Alor Setar, Kedah, Perlis dan Jakarta, Indonesia.

Perkara ini turut menjadi bualan dalam kalangan 180 delegasi membabitkan beberapa artis veteran yang didatangkan khas dari Singapura. Antara rungutan dan rasa tidak puas hati ahli rombongan membabitkan pengurusan dan penyeliaan yang menimbulkan banyak masalah kepada mereka.

Tidak kurang ada beberapa anugerah diberikan pada malam itu menjadi pertikaian dengan beberapa pihak berkata ia majlis untuk seronok sendiri.

Ia bermula apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) diberikan Anugerah Khas Perdana Bintang Seniman Sokongan dan Bantuan Dalam Memartabatkan Industri Filem Tempatan.

Menurut mereka, anugerah itu tidak seharusnya diberikan kepada Finas kerana ia sudah menjadi tanggungjawab badan kerajaan itu membantu penggiat filem sekali gus memastikan industri itu terus hidup dan subur.

Begitupun paling hangat diperkatakan apabila Presiden Seniman, Datuk Mustapha Maarof sendiri diberikan anugerah tertinggi iaitu Anugerah Perdana Seniman Pencapaian Abadi.

Menurut kenyataan yang dicatatkan Bendahari Seniman, Abu Bakar Omar, Mustapha pada peringkat awalnya enggan menerima anugerah itu atas tiga sebab. Pertamanya pembabitan dan sumbangannya dalam bidang seni tidak seberapa jika dibandingkan dengan penerima anugerah sama sebelumnya.

Kedua, Mustapha beranggapan dia sebagai presiden dan sudah tentu ia akan menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak apabila menerima anugerah tertinggi pada majlis anjuran sendiri.

Mustapha tidak mahu dianggap seperti masuk bakul angkat sendiri memandangkan Anugerah Perdana Seniman adalah cetusan ideanya sendiri. Seharusnya jawatankuasa pemilihan penerima anugerah memikirkan semula pendapat yang diberikan Mustapha terhadap anugerah tertinggi yang mahu diberikan kepadanya kerana apa dinyatakan adalah benar.

Begitu pun majlis yang berlangsung di Stadium Perpaduan itu berjalan lancar dengan penerima anugerah lain menghargai usaha dilakukan Seniman.

Berlaku kejutan pada malam itu apabila tetamu kehormat, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud ketika menerima penghargaan Anugerah Perdana Seniman Agung P Ramlee, APS09 mengumumkan kerajaan negeri Sarawak menganugerah Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak membawa gelaran Datuk Amar Bintang Kenyalang kepada Seniman Agung itu.

Menerima anugerah itu bagi pihak Tan Sri P Ramlee adalah warisnya yang juga dramatis, Dian P Ramlee.

Ditemui selepas majlis itu, Dian berkata dia terharu dan tidak menyangka apabila dipanggil untuk tampil ke pentas dan menerima anugerah diumumkan Ketua Menteri Sarawak untuk arwah bapanya.

"Secara jujurnya saya tidak mengetahui apa-apa sebaliknya disuruh datang kerana ada pengumuman hendak dibuat. Mereka tidak memberitahu langsung mengenai anugerah kedua tertinggi daripada Kerajaan Negeri Sarawak kepada arwah bapa.

"Sebagai warisnya sudah tentu saya terharu dan bangga dengan anugerah yang diberikan dan saya tahu ia diberikan kerana sumbangan besar Allahyarham terhadap perkembangan seni negara mahupun dalam kalangan masyarakat di Bumi Kenyalang ini. Malah umum tahu Tan Sri Abdul Taib sendiri adalah peminat setia karya Allahyarham.

"Anugerah ini akan saya serahkan kepada Arkib Negara dan diharapkan dapat dipamerkan di Muzium Peringatan P Ramlee untuk tatapan peminat setianya," katanya.

Anita Sarawak yang pernah mengharumkan rantau Nusantara dengan bakatnya apabila berjaya mencipta nama sebagai penghibur terkemuka di Ceaser Palace, Las Vegas, Amerika Syarikat dan mengadakan konsert jelajah bersama penghibur Asia lain tahun lalu turut terharu dengan penghargaan diberikan Seniman kepadanya.

Ditemui sebaik menerima anugerah yang disampaikan Senator Tan Sri Jins Shamsuddin, Anita yang menerima anugerah bagi kategori Pencapaian Cemerlang Penyanyi Bertaraf Antarabangsa berkata, dia gembira dan tersentuh dengan penghargaan diberikan.

"Sepanjang pembabitan sebagai penyanyi, saya tidak pernah mengharapkan sebarang imbuhan. Saya tidak pernah meletakkan diri sebagai yang terbaik. Selagi bergelar penyanyi, saya terus belajar untuk memperbaiki kelemahan diri. Begitupun, saya berterima kasih kepada Seniman atas anugerah ini," katanya

Yasmin pula yang menerima anugerah Pencapaian Cemerlang Filem Globalisasi, tidak dapat menahan rasa terharu apabila menerima anugerah dalam kalangan artis yang selama ini amat diminati dan dihormati.

"Bayangkan bersama saya menerima anugerah ini, Datuk Aziz Satar, yang memang saya minati dan saya panggil Pak Guru. Saya banyak belajar daripada filem yang pernah dia lakonkan. Ini satu penghargaan cukup manis," katanya yang filem terbaru arahannya Talentime baru ditayangkan.

Turut sama diiktiraf Allahyarham Sudirman bagi kategori Penghargaan Khas Bidang Nyanyian dan Lakonan. Menerima bagi pihak Allahyarham, anak saudaranya, Fazren Adri.

Aziz pula menerima anugerah Pencapaian Cemerlang Komedi Sepanjang Zaman.

Bagi Aziz atau lebih senang dengan panggilan Pak Aziz , walaupun sebelum ini pernah menerima beberapa anugerah, baginya pengiktirafan yang baru diterimanya itu adalah pengalaman sangat manis.

"Saya gembira kerana anugerah ini diberikan rakan saya yang berada dalam Seniman. Sepanjang 60 tahun pembabitan dalam industri perfileman rasanya ini antara kenangan paling manis apabila bakat yang selama ini saya curahkan diiktiraf orang filem sendiri. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka atas penghargaan ini," katanya.

Tidak ketinggalan penggiat filem muda turut diiktiraf Seniman terutama apabila membabitkan bidang teknologi dan kepakaran. Untuk itu anugerah Pencapaian Cemerlang Pengarah Filem Visual Effect diberikan kepada pengarah Cicak-man, Yusry Abdul Halim.

"Pada saya anugerah ini lebih bermakna kerana ia datang daripada orang filem sendiri. Bukan saya tidak hargai anugerah yang datang atas sokongan peminat, tetapi apabila orang filem sendiri yang mengiktiraf karya yang dihasilkan sudah tentu ia lebih bermakna kepada saya secara peribadi.

"Bermakna usaha dilakukan KRU Movies untuk mempertingkatkan industri filem menggunakan kecanggihan teknologi terkini tidak dipandang sepi. Anugerah ini menjadi pembakar semangat untuk saya buktikan dengan kepakaran teknologi yang ada, kita mampu menghasilkan filem dengan lebih baik," katanya yang baru selesai menghabiskan kerja produksi filem terbaru, Magica.

Penerima anugerah lain, Seniwati Mariani Ismail yang mendapat anugerah Penghargaan Khas Bidang Nyanyian dan Lakonan, David Teo (Pencapaian Cemerlang Bidang Penerbitan Filem Malaysia Yang Konsisten dan Box Office), James Lee (Pencapaian Cemerlang Pengarahan Filem Generasi Baru) dan Habsah Hassan (Pencapaian Cemerlang Penulis Lirik Terunggul) .

Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian lagu P Ramlee gabungan artis veteran dan 80-an seperti Hashimah Yon, Salwa Abdul Rahman, Azlina Aziz, Liza Aziz, Musley Ramlee, Ahmad Fauzee, Nassier Wahab dan Hail Amir.

Menggegarkan pentas, persembahan Impak Maksima menampilkan beberapa pelakon asal drama muzikal itu seperti Zarina, Dina dan kumpulan Fabulous Cat.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeTue 07 Apr 2009, 3:36 pm

Soseh Soseh: Chef Wan tidak sabar timang cucu

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Chef110


TAHNIAH kepada Chef Wan yang akan dapat menantu tidak lama lagi. Dalam kiriman SMS tukang masak terkenal itu kepada rakan SS, dia juga dah tak sabar hendak jadi datuk (tok wan).
Begitulah fitrah hidup manusia, walaupun Chef Wan sibuk menjelajah ke seluruh dunia mempromosikan makanan tempatan di luar negara, tetapi dia tetap insan biasa yang tidak sabar hendak menyambut menantu dan menimang cucu.

Bahkan dia juga sudah merancang hendak mengadakan majlis cukur jambul untuk meraikan kelahiran cucunya nanti. Wah! Besar betul hajat tok wan ini. Harap-harap selepas menikah, Serina bunting pelamin supaya cepatlah Chef Wan dapat cucu.

Lepas ini kalau Chef Wan pergi ke mana-mana, SS yakin dia akan membawa balik pelbagai buah tangan untuk cucu kesayangannya itu. Anak Chef Wan pun tak ramai, dua orang saja. Jadi tentu dia merindui tangisan bayi apatah lagi cucu itu daripada anak perempuan tunggal kesayangannya, Serina, yang bertemu jodoh dengan lelaki mat saleh.

SS difahamkan, nama asal bakal menantu Chef Wan itu Gavin, tetapi selepas memeluk Islam setahun lalu iaitu sebelum mengenali Serina, dia menukar namanya kepada Salahuddin.

Jejaka berusia 32 tahun itu khabarnya ahli perniagaan berjaya dan sudah lapan tahun menetap di negara ini. Keluarga Salahuddin juga keturunan baik-baik apabila latar keluarganya kebanyakan menceburi bidang undang-undang dan kakitangan kerajaan berpangkat tinggi.

Baguslah begitu kerana sebelum ini kalau tak salah SS, sudah dua kali Serina putus cinta. Dengarnya Serina berkawan dengan Salahuddin pun tak lama dan mereka terus sepakat mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu akan dinikahkan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 1 Jun ini, jam 10 pagi, sempena ulang tahun Serina ke-25 tahun. Jemputan tak ramai sekitar 100 orang termasuk wartawan dan sanak saudara.

Walaupun kehandalan Chef Wan sudah dikenali satu dunia dan dia sendiri layak dikenali sebagai selebriti antarabangsa, dalam hal nikah kahwin ini, katanya, dia lebih suka bersederhana.

Ini kerana baginya perkahwinan terlalu personal. Malah dia sanggup mengeluarkan semua perbelanjaan untuk persiapan pernikahan anaknya itu termasuk baju pengantin yang ditempah dari Radzuan Radziwill.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeTue 07 Apr 2009, 3:39 pm

Rezeki Ally

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Mainp153


KETIKA Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) ditubuhkan pada 1984, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 33, belajar dalam darjah dua. Oleh kerana keluarganya menetap di Petaling Jaya, selalu juga dia lalu depan bangunan TV3 yang ketika itu di Jalan Liku, Bangsar, Kuala Lumpur dan berazam suatu hari nanti akan bekerja di situ kerana baginya TV3 membawa kelainan dalam dunia penyiaran tanah air.

Meningkat dewasa, TV3 terus menjadi saluran televisyen kegemaran dan bagaikan satu kemestian jika tidak ke mana-mana dia akan menonton rancangan Malaysia Hari Ini (MHI). Timbul pula minat untuk muncul sebagai pengacara MHI. Bagi memenuhi impiannya menyertai bidang penyiaran tanah air, Ally menyambung pengajiannya di Universiti of The Pacific di Stockton, California, Amerika Syarikat dalam jurusan Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem peringkat ijazah sarjana muda selama dua tahun.

"Selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saya tidak menyambung ke tingkatan enam kerana pada saya peperiksaan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) agak sukar. Jadi, saya mengikuti pengajian Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem di luar negara yang dilihat antara kursus yang selari dengan cita-cita saya untuk menceburi bidang penyiaran sekembali ke tanah air.

"Namun, kerjaya awal saya bukan bermula di TV3, tetapi menjadi guru di Sekolah Kampung Tunku, Petaling Jaya dan Sekolah Menengah Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Merasa juga sekejap menjadi pensyarah Kolej Yayasan Pelajaran Mara di Cheras.

"Pada 1999 barulah saya mencuba nasib dengan memohon sebagai wartawan penyiaran di TV3, tetapi saya ditawarkan menjadi pengacara terlebih dahulu. Rancangan pertama saya kendalikan ialah Kuiz Mana Popular dan Famili Ceria selama dua musim. Sebaik selesai Famili Ceria, saya ditugaskan mengacarakan rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan untuk dua musim.

"Meskipun pada mulanya bidang pengacaraan tiada dalam senarai kerjaya impian, tetapi apabila diberi peluang saya buat sebaik mungkin. Alhamdulillah, hasilnya tidak menghampakan.

"Selepas itu baru saya diserap menjadi wartawan penyiaran sepenuh masa di TV3 dan setia sampai sekarang. Saya pun tak sangka tahap kesetiaan saya begitu tinggi dengan stesen televisyen ini.

"Saya juga gembira apabila dapat muncul dalam MHI seperti yang diidamkan dan kini dilantik sebagai penerbit rancangan itu," katanya.

Selepas 10 tahun berkhidmat dengan TV3, minggu lalu, dia diberi peluang mewawancara mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah sempena peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri kelima. Melengkapkan profil kerjayanya, Ally turut diberi kesempatan mewawancara Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Razak. Wawancara itu dibuat di kediaman rasmi masing-masing di Putrajaya.

Wawancara bersama Abdullah sudah disiarkan di TV3 Jumaat lalu manakala wawancara bersama Najib pula disiarkan dua hari selepas itu (Ahad).

"Peluang diberikan majikan suatu penghargaan dan penghormatan tertinggi buat saya yang tidak pernah terbayangkan sebelum ini. Saya mendapat dua peluang sekali gus mewawancara Pak Lah dan Datuk Najib. Wawancara itu pula diadakan secara eksklusif berdua dengan mereka saja.

"Sebagai persediaan, saya belajar dan menyelidik latar diri mereka, sejarah kepimpinan dalam Umno dan pentadbiran negara. Mewawancara mereka tidak sama seperti mengacarakan program lain termasuk program saya sendiri, Ally, yang baru saja habis bersiaran. Segala fakta perlu lengkap dan jelas kerana membabitkan urusan tertinggi negara.

"Saya juga perlu tahu dasar dan kempen yang mereka perjuangkan selama bergelar pemimpin. Melengkapi tugas sebagai wartawan penyiaran, semua bahan bacaan dibaca dan dikaji termasuk buku berkaitan politik dalam serta luar negara, tetapi saya tidak pernah bercita-cita menjadi ahli politik. Saya senang dengan tugas sekarang sebagai penyebar maklumat kepada masyarakat.

"Impian saya ingin terus berjaya dalam bidang penyiaran dan pengacaraan. Setinggi dan sejauh mana saya boleh pergi dalam bidang ini, biarlah masa menentukan," katanya.

Dengan ketinggian yang sederhana, mudah mesra dan memiliki senyuman manis disertai sepasang kaca mata yang tidak pernah berpisah daripadanya, secara tidak langsung dunia penyiaran mengangkat anak muda ini ke dalam dunia selebriti. Masih bujang dan dengan kepetahan berkata-kata, Ally juga mencipta populariti tersendiri sehingga dia turut menjadi sasaran gosip. Fasha Sandha pernah dikatakan intim dengannya dan terbaru, Elyana.

Mengakui pernah terlarut dan hampir hanyut seketika dek tumpuan berlebihan diberikan terhadapnya dan dikaitkan pula dengan artis popular, Ally segera beristighfar dan bermuhasabah diri.

"Saya terkhayal seketika, tetapi cepat mengingatkan diri ini semula apakah tujuan saya menceburi bidang ini. Saya ingin menjadi wartawan penyiaran dan bukannya artis. Saya perlu kenal pasti di mana keutamaan saya.

"Ia membuatkan saya sedar siapa saya sebenarnya. Sebagai wartawan, saya berkenalan dan berkawan dengan ramai orang, tetapi pandangan masyarakat berbeza terhadap saya apabila dilihat rapat dengan artis. Saya tidak boleh memilih kawan, nanti dilabel sombong.

"Saya terima apa saja pandangan masyarakat dan menilai balik perbuatan saya sama ada betul atau tidak. Kenapa saya hendak melatah kerana tidak melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang negara dan adat kita. Saya hanya berkawan dengan mereka dan tidak pergi ke tempat yang menimbulkan kecurigaan masyarakat.

"Jika tiba masanya hendak mencari calon isteri, saya mahukan wanita yang melihat diri saya sebagai Ally Iskandar, bukannya insan yang wajahnya sering terpampang di televisyen. Terima saya sebagai insan biasa.

"Tidak mahu memilih peminat sebagai isteri kerana mereka meminati saya atas kapasiti selebriti. Saya mahukan wanita biasa menjadi 'rakan kongsi' hidup saya. Perkahwinan itu nanti akan melengkapkan diri saya sebagai seorang lelaki. Pun begitu saya tidak terburu-buru mencari calon isteri, kalau ada, adalah," katanya.

Ally baru selesai mengacarakan rancangan bual bicaranya sendiri, Ally. Bersiaran sebanyak 13 episod, Ally mengharapkan rancangan itu bersambung kerana sambutannya bagus. Gayanya yang santai dan bersahaja membuatkan penonton sentiasa menunggu hari siarannya setiap Rabu jam 11 malam.

"Siapa tak seronok ada rancangan bual bicara sendiri dan berharap ada musim baru. Tiga belas minggu bersiaran terasa begitu cepat masa berlalu. Tidak puas berinteraksi dengan penonton," katanya.

>Profil

NAMA: Ally Iskandar Mohd Mardzi

TARIKH LAHIR: 13 Januari 1976

USIA: 33 tahun

TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur

ZODIAK: Capricorn

STATUS: Bujang

KERJAYA: Penerbit dan pengacara

CITA-CITA: Pengamal media prolifik

PENDIDIKAN: Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem University of the Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat

IDOLA: Richard Quest, Ryan Seacrest, Anderson Cooper

MAKANAN KEGEMARAN: Nasi lemak masakan ibu.

MINUMAN KEGEMARAN: Kopi O' dan Neslo

HOBI: Bola keranjang

PENGALAMAN: Antaranya Kuiz Mana Popular, Sinaran Pasport kegemilangan, ResQ, Singgah Sahur, Majalah 3 - edisi khas perkahwinan Aidid dan Norzie,

Tiada Rahsia - Siti Nurhaliza, Anugerah Juara Lagu, Konsert Jomheboh, Malaysia Hari Ini, Wawancara Khas bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi, Wawancara Khas bersama Datuk Seri Najib Razak, Ally, Program Khas sempena Majlis Angkat Sumpah Perlantikan Perdana Menteri keenam.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeTue 07 Apr 2009, 4:04 pm

'Apa salah kami akrab?'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Mainp154


APAPUN persepsi orang, pelakon Abby Abadi tetap mempertahankan hubungan akrabnya dengan pendatang baru di persada seni tanah air, Zulkifli Ariffin (Zul), 23, yang heboh diperkatakan sampai hari ini.

Bagi Abby atau nama sebenarnya, Arbaieyah Abdul Manan, 31, selepas hidup solo, dia bebas untuk berkawan dengan siapa saja yang disukainya.

“Saya akan terus berkawan dengan Zul kerana saya selesa dengannya. Saya juga tidak berasa persahabatan kami ini sebagai beban. Kami juga akan pastikan untuk sama-sama menjaga maruah keluarga masing-masing dalam perhubungan ini.

“Adakah saya melakukan kesilapan untuk terus berkawan dengannya? Setakat ini, Zul tidak beri sebarang masalah pada saya begitu juga sebaliknya. Apa yang penting, kami sama-sama mencari rezeki halal dalam bidang seni,” katanya.

Abby berkata, dia juga kesal kerana ada pihak yang menjaja cerita, penerbit dan pengarah drama menawarkan peluang berlakon kepada Zul semata-mata kerana pengaruhnya yang turut sama berlakon dalam produksi berkenaan.

“Sebenarnya, ia terpulang pada penerbit untuk mengambil pelakon bekerja dalam produksi mereka. Siapalah saya untuk memutuskan perkara seperti itu kerana saya hanya pelakon saja dalam produksi berkenaan.

“Pemilihan pelakon diputuskan penerbit yang sanggup melabur untuk pembikinan drama berkenaan.

Isu ini juga tidak sepatutnya ditimbulkan orang kerana ia menjatuhkan maruah dan imej saya sebagai pelakon,” katanya.

Abby berkata, sebagai pelakon lebih berpengalaman, tiada salahnya dia berkongsi ilmu lakonan dengan Zul yang baru mencari tapak dalam bidang seni.

“Salah ke saya bantu orang baru sepertinya? Bukan semua tawaran berlakon yang Zul dapat kerana bantuan saya.

Bagi saya, Zul juga mempunyai bakat dan kelebihannya tersendiri untuk menarik perhatian penerbit mengambilnya berlakon dalam produksi mereka,” katanya.

Ditanya perancangan untuk berkahwin selepas kembali solo, Abby yang juga ibu kepada tiga anak ini berkata, perkara itu tiada dalam agenda hidupnya buat masa ini.

“Saya berasa seronok untuk kembangkan kerjaya lakonan sedia ada. Sebenarnya, saya juga tidak sangka akan pegang status janda ini (perceraian).

“Justeru, pengalaman pahit masa lalu saya jadikan sebagai pengajaran dalam menempuh hari mendatang. Banyak benda baru yang saya belajar sekarang. Kini, saya reda dengan ketentuan Tuhan dalam hidup saya ini.

“Kalau berkahwin lagi, saya akan pastikan pasangan saya itu lebih baik berbanding dulu dan pada masa sama, lebih menjamin masa depan saya. Maklumlah, perkahwinan itu bukan perkara yang mudah. Saya perlu fikir banyak benda terutama masa depan anak-anak,” katanya.

Mengenai kerjaya seni, Duta Ribena ini berkata, dia bersyukur kerana rezekinya dalam bidang seni tidak pernah putus sampai sekarang.

“Sejak bujang, berkahwin dan selepas itu bercerai, tawaran berlakon tetap ada. Selain berlakon dalam Gerak Khas, saya juga ditawarkan berlakon dalam drama bersiri 26 episod arahan Adlin Aman Ramlie, Jongkang Jongket.

“Sebagai pelakon, saya tidak kisah diberikan watak pembantu dalam drama kerana yang penting ia mencabar. Contohnya, dalam drama bersiri untuk TV3, Segalanya Ku Terima, saya bawa watak pembantu, Datin Sofia yang mempunyai skandal dengan pemandunya sendiri.

“Selain itu, watak saya dalam drama bersiri Yusuff juga watak pembantu tetapi ia menarik kerana saya bawa watak yang sangat jahat,” katanya.

Ketabahan Abby sebagai ibu tunggal juga menjadi contoh kepada wanita senasibnya. Justeru, dia ingin berkongsi suka dukanya dengan masyarakat menerusi seminar bersama Bengkel Mak Dara pada 25 dan 26 April ini di Kuala Lumpur dan Port Dickson.

Abby ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri 13 episod, Segalanya Ku Terima arahan Raja Ahmad Alauddin di Sri Pentas, TV3, di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Zul yang setia menemani Abby petang itu dan turut berlakon dalam drama bersiri berkenaan berkata,

Abby banyak membantunya dalam mencari hala tuju sejak berkecimpung dalam bidang lakonan.

“Saya banyak meminta pandangan Abby dalam bidang lakonan. Kalau orang kata, saya menumpang populariti Abby, ia terpulanglah pada mereka kerana saya tidak boleh halang cakap-cakap orang. Saya juga hanya terima pandangan yang positif dan kalau ia negatif, saya biarkan ia berlalu begitu saja,” katanya.

Zul berkata, setakat ini, dia dan Abby terbabit dalam empat projek drama sama iaitu Gerak Khas, telefilem Angan Si Along, KL Driftt dan terbaru, drama bersiri, Segalanya Ku Terima.

“Saya juga tidak ada masalah untuk berlakon bersama Abby termasuk jika digandingkan bersama dalam drama. Tapi, bukan semua projek drama kami digandingkan bersama. Dalam Gerak Khaspun, kami jarang berjumpa di lokasi.

“Dalam drama Segalanya Ku terima, saya bawa watak pembantu yang tidak kurang menariknya iaitu pemandu yang ada skandal dengan majikan sendiri iaitu Datin Sofia. Apa yang menarik, saya bukan ada skandal dengan Datin Sofia saja tapi juga kawannya, Datin Maimon (lakonan Azizah Mahzan),” katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeTue 07 Apr 2009, 4:07 pm

4 pelakon muda gerun Rosyam

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Mainp155


GELARAN 'hero tua' yang diberikan kepada Rosyam Nor tidak lama dulu pernah mencarik luka di hatinya. Sekian lama berbakti dan menghambakan diri sebagai pelakon, tidak adakah kata-kata yang lebih manis bagi menghargai perjuangan seninya selama 25 tahun?

Namun, berdirinya Rosyam di samping pelakon muda, Aaron Aziz, Aqasha, Ashraf Muslim dan Fahrin Ahmad, yang turut bersaing dalam Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2008), yang bakal berlangsung Di Arena Of Stars, Genting Highlands, 12 April ini jelas membuktikan penangan Rosyam masih berbisa.

Mungkin ada yang memandang enteng persaingan ini atau membuat tanggapan zaman kegemilangannya sebagai pelakon disegani akan berakhir dengan kemunculan serta persaingan sengit bakal diberikan keempat-empat pelakon muda itu.

Bagi yang beranggapan seperti itu, mereka sebenarnya mempunyai pemikiran cetek kerana mengapa tidak menilai bagaimana seorang pelakon senior dan berpengalaman seperti Rosyam mampu mempertahankan popularitinya, sekali gus memboloskan diri dalam kelompok lima terbaik bagi kategori itu?

Sedangkan, ramai pelakon lelaki seangkatan Rosyam dan lebih terkenal daripadanya dulu, bukan saja tidak tercalon malah di manakah mereka hari ini?

Seperkara yang pasti, kehadiran Rosyam dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular amat digeruni bintang muda, Aaron Aziz, Aqasha, Ashraf Muslim dan Fahrin Ahmad yang sebulat suara meramalkannya bakal mendominasi kategori itu.

Bagaimanapun, Rosyam melihat persaingan ABPBH2008 bagi kategori itu sesuatu yang sangat menarik kerana dikelilingi aktor muda berbakat besar yang bakal menjadi pelapis kepada pelakon sedia ada.

"Kalau kita perhatikan kebanyakan finalis dalam kategori ini semuanya pelakon muda. Berbeza dengan penganjuran anugerah sebelumnya, kali ini saya tidak lagi meletakkan sebarang harapan kerana sudah puas dengan pencapaian yang dimiliki.

"Bagaimanapun, saya melihat ia satu persaingan yang menarik dan memberikan cabaran sebenarnya bagaimana mempertahan kedudukan dan populariti tatkala kebangkitan ramai pelakon muda dan berbakat seperti mereka ini.

"Semestinya saya akan lebih memperbaiki diri dari segi lakonan dan hasil kerja yang ditampilkan. Saya sebenarnya sama sekali tidak menyangka akan dicalonkan sekali lagi kerana pemilihan ini dibuat berdasarkan hasil kerja termasuk penayangan drama dan filem yang dibintangi tahun lalu.

"Kalau ikutkan saya cuma muncul dalam dua drama bersiri, dua telefilem dan satu program bual bicara. Barangkali pencalonan ini ada kaitan dengan lakonan saya menerusi drama bersiri Rozana yang mendapat sambutan hangat di TV3.

"Justeru, syukur kerana peminat masih menghargai bakat dan karier lakonan saya termasuk menyokong produk serta drama terbitan syarikat saya, Suhan Movies & Trading," katanya.

Tidak cukup dengan satu pencalonan, Rosyam juga diundi peminat yang melayakkan dirinya menyertai kategori Pelakon Filem Lelaki Popular yang dibarisi pelakon kacak, Farid Kamil, Que Haidar, Rusdi Ramli dan Saiful Apek.

Sepanjang pembabitan dalam ABPBH, Rosyam pernah menerima Anugerah Pelakon TV Lelaki Popular pada 2004, 2005, 2006, dan 2007.

Manakala untuk kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dia berjaya menggondol tujuh anugerah bermula 1997 1998, 2001, 2002, 2003, 2004 dan 2005. Selain itu, Rosyam juga pernah dinobatkan peminat sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular pada 2002.

Manakala Aqasha melonjak menerusi drama Mentua vs Menantu yang dibintangi bersama Ratu Filem Melayu, Erra Fazira, mengakui terkejut dengan pencalonannya itu.

"Saya sudah berlakon sejak 2001, tetapi ini adalah pencalonan pertama saya dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular.

Keputusan yang mengejutkan kerana tidak pernah memikirkannya, namun saya menerimanya sebagai satu penghargaan.

"Jujur saya katakan, tidak kisah kalau tidak tercalon sekali pun kerana saya sering berinteraksi dengan peminat yang mengikuti perkembangan kerjaya seni saya. Justeru, tanpa tercalon pun saya tahu ada peminat yang sentiasa menyokong karier saya.

"Pun begitu, pencalonan ini saya lihat sebagai bonus juga penghargaan peminat di atas kasih yang melimpah ruah sehingga mereka berusaha mengundi dan menempatkan saya dalam senarai lima terbaik.

"Menang atau kalah, saya tidak menaruh sebarang harapan bahkan tidak rasa ada peluang kerana saya sering muhasabah diri supaya terima setiap keputusan dengan hati terbuka. Kalau menang itu satu bonus dan rezeki daripada Yang Maha Esa," katanya.

Baru saja menamatkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Audio di HICOM, pelakon yang terlebih dulu mencipta nama sebagai penyanyi serta popular menerusi lagu Embun ini muncul menerusi drama, Bicara Cinta dan

Kasih Mia arahan Rashid Sibir tahun lalu, termasuk Mentua Vs Menantu.

Dia yang bakal muncul dengan filem Rempit V3 pertengahan tahun ini dijadualkan memasuki sambungan penggambaran musim kedua Mentua Vs Menantu sebaik Erra selesai menjalani proses berpantang.

Sementara itu, pelakon kacak kelahiran Singapura Aaron Aziz antara calon akhir yang disebut menjadi pencabar terdekat Rosyam Nor bagi meraih anugerah bagi kategori berkenaan. Masakan tidak, meskipun tiada sebarang kemunculan istimewa sepanjang tahun lalu, Aaron tetap menerima pencalonan dari peminat.

"Saya terharu dengan sokongan peminat dan terima kasih kerana mencalonkan saya dalam kategori berkenaan untuk dua tahun berturut-turut.

"Saya terkejut dengan pencalonan ini kerana setahu saya tahun sudah tiada sebarang drama lakonan saya ditayangkan atau boleh menjadi batu pengukur serta dinilai untuk melayakkan menyertai anugerah berprestij ini. Memandang tahun lalu terbabit dengan projek drama dan telefilem terbitan Astro yang akan ditayangkan tahun ini.

"Lagipun, apabila difikirkan saya bukannya berasal dari Malaysia justeru menerima penghargaan sebesar ini tidak pernah saya impikan.

"Berbanding finalis lain, saya antara pendatang baru dalam industri ini. Jadi saya tidak mengharapkan apa-apa melainkan sudah cukup bersyukur dengan pencalonan ini," katanya akan muncul dengan telefilem Hang Tuah terbitan Astro.

Terikat dengan penggambaran filem Suaka arahan Pierre Andre dan Dave, wajah ekslusif Astro ini diberi kepercayaan membawakan watak utama sebagai Osman dalam filem seram ini. Dia bergandingan dengan pelakon tinggi lampai juga model, Julia Ziegler sebagai Mastura yang mempunyai kelebihan melihat roh dan alam ghaib.

Dalam kelompok lima terbaik, Ashraff Muslim yang melonjak dengan watak Ustaz Amirul dalam drama bersiri seram, Puaka Niyang Rapik, boleh dikatakan pelakon paling 'junior' jika diukur pembabitannya dalam bidang lakonan.

Namun, kemampuan membawakan watak yang dihormati penonton misalnya, wataknya sebagai Yusuf dalam drama Yusuf

tambahan mempunyai raut wajah yang tampan dilihat sebagai bonus dan memudahkan dirinya dikenali. Ini adalah pencalonan pertama Ashraf sepanjang penganjuran ABPBH.

"Semua calon akhir bagus belaka melainkan saya yang belum cukup pengalaman ini. Tapi syukur Alhamdulillah atas kesudian peminat mengundi dan ia penghargaan besar buat saya.

"Pengiktirafan ini tidak pernah dijangkakan kerana dulu saya menyaksikan anugerah ini sebagai peminat kepada abang Rosyam dan sekarang saya dicalonkan kategori sama dengan pelakon yang cukup saya kagumi itu. Saya rasa amat kerdil dan belum layak berada di sini.

"Apapun, saya sedang belajar menerima kenyataan ini dan sekali lagi terima kasih kepada peminat melihat bakat dan menghargai lakonan saya," katanya.

Seorang lagi calon yang tidak kurang hebat dan pernah mencetuskan kontroversi membabitkan kisah putus cinta dengan penyampai radio, Linda Onn, siapa lagi kalau bukan Fahrin Ahmad.

"Saya harap pencalonan ini tidak hanya menilai populariti semata-mata, tetapi juga menilai bakat seseorang pelakon itu kerana sebagai pelakon saya suka sekiranya peminat terasa kesan daripada lakonan yang saya persembahkan.

"Cuma saya tertarik dengan gabungan pelakon berpengalaman dan baru dalam kategori ini. Bagi saya semua finalis ada kelebihan masing-masing dan saya tidak meletakkan sebarang harapan dan terpulang pada peminat untuk memilih siapa. Tetapi saya merasakan Rosyam Nor memberikan persaingan hebat kepada semua," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeTue 07 Apr 2009, 4:16 pm

Maya sabar



HAMPIR tujuh bulan bergelar isteri kepada Muhammad Ali Abdullah, 38, atau Steven David Shorthose, perjalanan rumah tangga yang dilalui mereka sungguh bahagia. Suasana hidup yang berwarna warni itu menambah rencah hidupnya.
Bagaimanapun, lumrah kehidupan suami isteri itu tidak akan lengkap tanpa kehadiran anak. Akui Maya Karin, naluri kewanitaannya kuat mahukan cahaya mata. Lebih-lebih lagi anak itu anugerah Tuhan yang tidak terhingga besarnya bagi pasangan yang berkahwin.

Namun, mengenangkan liku-liku perjalanan yang harus ditempuhinya buat masa ini, lebih elok dia merancang dulu. Tidak terniat di hatinya mahu melambat-lambatkan proses berkenaan, sebaliknya demi masa depan anaknya, lebih baik ia ditangguhkan dulu.

“Siapa yang tidak mahukan anak. Merekalah yang menjadi penyeri hidup di kala sunyi. Melihat rakan mengecap bahagia bersama cahaya mata masing-masing, sudah pasti jauh di lubuk hati ini tersentuh.

“Begitupun, bagi saya tidak mengapa jika ia dirancang. Lagipun melihat keadaan persekitaran sekarang, keadaan ekonomi yang tidak stabil dan kesibukan kerja membuatkan saya berfikir panjang.

“Saya tidak mahu anak yang dilahirkan nanti terabai dan tidak mendapat kasih sayang yang cukup daripada ibu bapa. Memikirkan masa depan anak membuatkan saya takut untuk memilikinya sekarang,” katanya.

Tambah aktres ini, satu hari nanti pasti impiannya memiliki cahaya mata akan termakbul. Begitupun, biar masa menentukannya.

“Insya-Allah, apabila bersedia sepenuhnya, saat bahagia itu akan datang jua. Saya dan suami juga tidak sabar-sabar untuk menimang cahaya mata pertama kami.

“Apapun, saya mahukan segala yang terbaik apabila dikurniakan anak. Saya melihat bagaimana ibu bapa saya membesarkan saya. Jadi pengalaman itu akan saya gunakan untuk mendidik anak supaya menjadi insan berguna kelak.

“Saya juga mengimpikan sebuah keluarga besar. Lebih-lebih lagi apabila suasana perayaan Aidilfitri dapat diraikan beramai-ramai seperti keluarga Melayu lain,” katanya.

Tahun ini, Maya berazam sendiri. Melupakan seketika kerjaya lakonannya, fokus aktres popular ini beralih kepada bidang seni suara.

Menurut Maya, dia mahu bergelar penghibur disegani. Namun, penerimaan terhadap dua albumnya yang terdahulu melemahkan semangat wanita ini. Kali ini, biarlah apa yang dilakukan menjadi.

“Kini, saya dalam proses mengeluarkan album ketiga. Belajar daripada kesilapan lalu, kini saya bangkit semula. Alhamdulillah, akhirnya Audi Mok bersetuju menjadi produser untuk album baru ini.

“Kali ini biar ia dilakukan dengan baik. Saya tidak mahu main-main dalam bidang ini. Cukuplah dengan maklum balas yang saya terima apabila album pertama, Erti Cinta dan Bukan Qalamaya menerima reaksi negatif,” katanya.

Tambahnya, sebagai wanita, sudah tentu hatinya rapuh apabila diberi komen negatif terhadap kerjayanya dalam seni suara. Mungkin dulu semangatnya hilang entah ke mana, tetapi kini Maya yakin dapat melakukannya.

“Sejak album kedua dikeluarkan tidak lama dulu, pelbagai komen diberi kepada saya. Sejak itu juga saya bagai hilang semangat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian. Tidak dinafikan juga, dulu saya gementar apabila menyanyi di pentas.

“Bagaimanapun, pengalaman itu mematangkan kita. Akhirnya saya berjaya memperoleh keyakinan itu kembali. Terima kasih kepada Audi Mok kerana sentiasa memberi semangat dan dorongan.

“Saya juga sedar, sebagai penghibur kita tidak mampu menghiburkan semua orang. Masing-masing punya cita rasa berlainan dan pandangan berbeza. Selepas ini saya akan melakukan apa yang termampu ikhlas daripada saya,” katanya bersemangat.

Begitupun, Maya tidak berani berjanji bila album terbaru itu akan disiapkan. Katanya, biar ia mengambil masa sedikit asalkan kualitinya terjamin.

“Bukan mudah untuk melahirkan produk berkualiti. Kadangkala ia memakan masa bertahun-tahun lamanya. Namun saya tidak kisah mengenai perkara itu, asalkan album kali ini dapat dilahirkan sebaik mungkin.

“Buat masa ini saya memilih lagu bersama lirik menarik. Audi Mok juga menyediakan enam lagu baru untuk dimuatkan dalam album ini,” katanya.
Back to top Go down
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeThu 09 Apr 2009, 9:47 am

Bagus Diana Daniel ni nak gak pi PLKN..
tak mcm sesetengah orang tu...
bila disuruh pegi..macam2 alasan
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP
eira ariyana

Number of posts : 3481
Age : 42
Location : Kampung Melayu Subang++
Registration date : 09/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeThu 09 Apr 2009, 11:45 am

aik mana sally ni bz ke.
Back to top Go down
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP
eira ariyana

Number of posts : 3481
Age : 42
Location : Kampung Melayu Subang++
Registration date : 09/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeThu 09 Apr 2009, 11:47 am

mamzie wrote:
Bagus Diana Daniel ni nak gak pi PLKN..
tak mcm sesetengah orang tu...
bila disuruh pegi..macam2 alasan

betu.betul2/hehehe
Back to top Go down
xyz
Newbie
Newbie
xyz

Number of posts : 23
Age : 42
Registration date : 26/10/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeSat 11 Apr 2009, 1:14 pm

cinta lama ..akhirnya bersatu kembali..mesti depa bahagia sangat2









makan ati le sawie..bekas janda kui meletup...awat nampak kui lawa la ni berbanding masa ngan sawie tak tau..gamak masa tu serabut hati pikiran selalu kut no...dgn peel sawie..sekarang bahagia tu muka kui jelita
Back to top Go down
xyz
Newbie
Newbie
xyz

Number of posts : 23
Age : 42
Registration date : 26/10/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeSat 11 Apr 2009, 1:15 pm

KUALA TERENGGANU 10 April - Penyanyi Arni Nazira Anuar selamatdiijabkabulkan dengan pasangannya, Wan Mohd. Hazrie Wan Mokhtar, 32, disini hari ini.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh juru nikah Mukim Bukit Besar,Kuala Terengganu, Ahmad Awang dengan mas kahwin RM100 di Masjid Abidindi sini kira-kira pukul 3.40 petang.
Wan Mohd. Hazrie yang merupakan seorang ahli perniagaan, sah menjadi suami Arni Nazira, 31, dengan sekali lafaz.
Majlis akad nikah yang dihadiri kedua-dua keluarga pengantintermasuk kedua-dua anak Arni Nazira, Puteri Aleeya Antasha Ahmad Azhar,9 dan Puteri Aleefa Antasha, 3.
Wan Mohd. Hazrie dan Arni Nazira sedondon memakai baju Melayu dan gaun berwarna putih.
Pihak lelaki membawa sembilan dulang dengan wang hantaran RM7,777.77dan dibalas oleh pihak pengantin perempuan dengan sembilan dulang.
Wan Mohd. Hazrie ketika ditemui berkata, mereka pernah bercintasemasa di sekolah menengah namun kerana tidak ada jodoh ketika itu,Arni Nazira telah berkahwin dengan orang lain.
Bagaimanapun tambahnya, beliau bertemu kembali Arni ketika penyanyi itu datang berjumpa ibunya selepas berpisah dengan suaminya.
''Saya mengambil masa juga untuk membuat keputusan melamar Arnitetapi akhirnya berbuat demikian kira-kira tiga bulan lalu," ujarnya.
Beliau membuat keputusan untuk berkahwin dengan Arni Nazira keranaciri-ciri kewanitaannya yang lemah-lembut dan tidak banyak kerenahselain serasi bersama.
Arni Nazira pula berkata, ciri-ciri Wan Mohd. Hazrie yang berimandan bertanggungjawab menarik hatinya untuk menerima lamaran perkahwinan.
''Keluarga dan kedua-dua anak saya menerima suami saya dengan baik.Malah anak-anak saya semakin rapat dengannya dan memanggilnya papa,"ujarnya
Back to top Go down
xyz
Newbie
Newbie
xyz

Number of posts : 23
Age : 42
Registration date : 26/10/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeSat 11 Apr 2009, 1:16 pm

aikkk..apa pasal gamba x kluar ye ahakz!!!
Back to top Go down
xyz
Newbie
Newbie
xyz

Number of posts : 23
Age : 42
Registration date : 26/10/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeSun 12 Apr 2009, 9:45 am

Anuar Zain kahwin senyap-senyap?



--------------------------------------------------------------------------------



Sebelum ini ada orang sebarkan cerita kononnya penyanyi Anuar Zain buat perancangan nak kahwin. Tiba-tiba minggu lalu tersebar gambar Anuar dengan seorang wanita di atas pelamin memakai pakaian sedondon berwarna putih gading. Maka timbullah cerita yang Anuar kononnya dah kahwin senyap-senyap.

Untuk mendapatkan kepastian, petang Rabu lalu Niezam bertanya sendiri kepada Rohila, pengurus kepada Anuar. Rohila pun mengaku dia tak pernah dengar cerita yang Anuar sudah kahwin seperti yang heboh diperkatakan orang.

Selepas gambar “perkahwinan” itu diberikan kepada Rohila, dia betul-betul terkejut.

Selepas meneliti gambar tersebut, Rohila mengesahkan gambar itu diambil ketika Anuar menghadiri majlis perkahwinan anak kepada seorang pengarah syarikat yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Anuar diundang untuk membuat persembahan pada majlis itu kerana si pengantin memang meminati Anuar. Apabila berita tak betul itu tersebar, kata Rohila dia bimbang perkara itu mungkin akan mencemarkan imej keluarga pengantin.

“Saya berharap semua pihak tolong hentikan daripada menyebarkan e-mel yang tidak bermanfaat seperti ini kerana ia bukan sahaja memburukkan Anuar tetapi isteri orang,” kata Rohila dalam e-melnya.

Itulah akibatnya apabila kemudahan teknologi yang ada sekarang ini dilakukan oleh mereka yang tak bertanggungjawab untuk menyebarkan berita palsu. Yang pasti kalau betul Anuar nak kahwin atau sudah sampai jodohnya, dia tak akan sorok-sorok punya.

Disebabkan Anuar memang ramai peminat, tidak hairanlah dia selalu dijemput membuat persembahan pada majlis-majlis makan malam dan juga resepsi perkahwinan.

Selepas ini kalau tersebar lagi gambar-gambar Anuar dengan mana-mana pengantin, janganlah percaya yang dia nak sorok perkahwinan.

NIEZAM: Hijjaz Legend Travel & Tours akan menganjurkan pakej umrah. Sesiapa yang berhajat ke Tanah
Back to top Go down
xyz
Newbie
Newbie
xyz

Number of posts : 23
Age : 42
Registration date : 26/10/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeSun 12 Apr 2009, 9:47 am

nape eh...gamba asik x kuar je aduhh!
Back to top Go down
Che ab
Admin
Admin
Che ab

Number of posts : 1081
Registration date : 03/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeSun 12 Apr 2009, 3:14 pm

xyz wrote:
nape eh...gamba asik x kuar je aduhh!
save dulu gambar kt image hosting.. (eg: imageshack.us) senyum..
Back to top Go down
http://pekanrabu.biz
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeMon 13 Apr 2009, 11:30 am

x sabar nak tunggu sally upload kan gambo Anugerah Berita harian ni..... hehehee...go go sally go
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeTue 14 Apr 2009, 12:57 pm

Apabila Jue Aziz Mula Bertudung

Jue Aziz bertudung? dah taubat ke dia ni. hikhik. Tak lah, sebenarnya dia tak bertudung pun. Dia bertudung ni ketika lakonannya dalam filem Cerekarama TV3 bertajuk Intan Sayang Manja, pada 25 April 2009 nanti. Memang cantik bila dia bertudung, siapa kata perempuan bertudung tidak cantik. Namun satu jer ler yang dapat disimpulkan disini, pemakaian tudung oleh Jue masih diperingkat awal lagi, jadi kantoi lah nampak telinga Jue bila memakai tudung. Mungkin dia belum dapat tangkap pendengaran bila memakai tudung. Pun begitu, Jue Aziz tetap 'mengancam' bagi kaum Adam walaubagaimanapun pengayaanya

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Jue210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Jue310

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Juezrw10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeTue 14 Apr 2009, 12:59 pm

ABPBH 2008 - Keputusan Penuh BINTANG PALING POPULAR: NABIL RAJA LAWAK

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Mainp136


Tahniah diucapkan kepada Nabil atas kemenangan itu. !!

Nabil memenangi hadiah utama kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas Rafflesia bernilai RM150,000 tajaan Rafflesia The Pearl Centre serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi.

Keputusan Penuh ABPBH 2008 adalah seperti berikut :

Pengacara TV Lelaki Popular —> Aznil Haji Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular —> Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular —>Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular —>Fara Fauzana
Artis Nasyid Popular —> Rabbani
Artis Komedi Lelaki Popular —> Nabil Raja Lawak
Artis Komedi Wanita Popular —-> Noorkhiriah
Artis Baru Lelaki Popular —> Nabil Raja Lawak
Artis Baru Wanita Popular - –>Stacy

Pelakon TV Lelaki Popular –> Rosyam Nor

Pelakon TV Wanita Popular –> Dynas
Penyanyi Berkumpulan Duo Popular —> Meet Uncle Hussain

Penyanyi Lelaki Popular —> Mawi

Penyanyi Wanita Popular –>Siti Nurhaliza

Pelakon Filem Lelaki Popular —> Que Haidar

Pelakon Filem Wanita Popular —> Maya Karin
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat —> Jamal Abdillah

Anugerah Bintang Paling Popular: Nabil Raja Lawak

Top 5 ABPBH 2008

1 - NABIL - 127,524 undi

2 - MAWI - 55,080 undi

3 - DATO SITI NURHALIZA - 29,676 undi

4 - AZNIL NAWAWI - 18,864 undi

5 - MEET UNCLE HUSSEIN - 11,784 undi

Jika dilihat dari jumlah undian, besar betul majoritinya jika dibandingkan dengan Mawi. Apakah ini satu tanda˛ karier Mawi bakal suram? huhu..

Semalam, sesuatu yang mengejutkan semua orang dan bakal menjadi isu kotroversi selepas ini adalah aksi Nabil memeluk Irma Hasmie sebaik saje diumumkan bintang paling popular 2008. Maybe itu tindakan diluar sedarnya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeTue 14 Apr 2009, 1:00 pm

Gambar Perkahwinan Anuar Zain ??

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Nuarje10
Apa?? Anuar Zain dah kahwin?? Siapa perempuan yang bertuah itu??

Sebenarnya gambar itu diambil ketika Anuar Zain menghadiri majlis perkahwinan anak kepada seorang pengarah syarikat yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Anuar diundang untuk membuat persembahan pada majlis itu kerana si pengantin memang meminati Anuar.
“Saya berharap semua pihak tolong hentikan daripada menyebarkan e-mel yang tidak bermanfaat seperti ini kerana ia bukan sahaja memburukkan Anuar tetapi isteri orang,” kata Rohila (pengurus Anuar Zain) dalam e-melnya.

Tentu ramai makcik˛ di luar sana menarik nafas lega. hehe..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeTue 14 Apr 2009, 1:03 pm

Nabil tak menyesal peluk Irma spontan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 01260310

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 34365010

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Img_1910


AKSI spontan Bintang Paling Popular 2008, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil yang memeluk kekasihnya, Irma Hasmie sebaik diumumkan sebagai pemenang utama Anugerah Bintang Popular kali ini cukup mengejutkan banyak pihak.

Ramai yang tidak menyangka Raja Lawak musim kedua itu berani berbuat demikian di hadapan ribuan penonton yang turut boleh disaksikan secara langsung di kaca televisyen menerusi TV3.

Nabil yang turut berjaya dua kemenangan iaitu anugerah Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular bagaimanapun membuat penjelasan tentang hal itu yang mana Irma sendiri sebenarnya turut terkejut dengan tindakan Nabil.

“Saya peluk dia secara spontan, jadi saya tak menyesal sebab itu merupakan cara saya meluahkan perasaan gembira.

"Lagipun, dia merupakan tempat untuk saya meluahkan perasaan, semasa saya susah dan senang,” kata Nabil selepas majlis tersebut berakhir.

Nabil bagaimanapun sedar perlakuannya itu pasti akan menimbulkan satu kontroversi.“Saya minta maaf kalau apa yang orang nampak itu melampaui batas dan terpeluk di tempat yang salah.

“Selepas ini, saya tidak akan buat lagi, sehinggalah dia menjadi isteri saya,” ujar Nabil yang merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh dua tahun lagi.

Seperti yang disaksikan oleh jutaan penonton, Nabil turut mengaku yang itu merupakan pertama kali dia memeluk Irma.

“Orang pernah cakap meluat tengok saya peluk Irma kat Shopping Complex tetapi saya tak pernah buat pun.

“Saya hanya pernah pegang tangan dan bahunya,” akui Nabil.

Sementara itu, Irma turut meluahkan perasaan terkejutnya kerana tidak menyangka Nabil akan memeluknya.

“Namun, Nabil sudah minta maaf dengan saya kerana tidak sengaja. Lagipun, dia terkesima dan terlalu ‘excited’,” luah Irma yang bergaya anggun dengan pakaian berwarna merah rekaan Betty.

Nabil pula mengenakan sut berwarna sedondon dengan Irma rekaan Michael Shu.

Dengan kemenangan sebagai Bintang Paling Popular 2008, Nabil berjaya membawa pulang hadiah berjumlah lebih RM250,000 berupa kereta Nissan Sylphy 2.0 C berharga RM109,000, barang kemas Rafflesia (RM150,000) dan perabot Empayar Classic (RM30,000).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeTue 14 Apr 2009, 1:05 pm

Siti sebak rai kejayaan tanpa arwah ayah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Ct1110


KEMENANGAN setiap anugerah yang diterima penyanyi Datuk Siti Nurhaliza sentiasa diraikan oleh Allahyarham bapanya, Tarudin Ismail.

Namun, malam semalam, Siti sebak apabila dia sudah tidak dapat mendengar ucapan tahniah daripada bapanya.

“Biasanya kalau menang, arwah selalu beri ucapan tahniah kepada saya menerusi telefon sejak dari awal saya menang anugerah dulu.

“Tetapi, walaupun saya tidak dapat mendengar ucapan tahniah dari arwah bapa tetapi saya masih mendapat ucapan tahniah daripada ahli keluarga lain,” beritahu Siti dalam nada sebak.

Siti turut memberitahu dua hari lepas, 11 April adalah ulang tahun Hari Jadi Allahyarham bapanya.

Dalam masa yang sama, Siti turut meluahkan perasaan gembiranya apabila masih diminati sehingga berjaya mengekalkan gelarannya sebagai Penyanyi Wanita Popular buat kali ke-12.

“Mungkin disebabkan saya sentiasa membuat persembahan dengan baik dalam album dan kelebihan saya yang sentiasa berkomunikasi dengan peminat apabila berpeluang.

“Kalau boleh saya sentiasa ingin dekatkan diri dengan peminat dan kekalkan hubungan yang baik dengan mereka,” beritahu Siti.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeTue 14 Apr 2009, 1:06 pm

Kecoh Diana Danielle pitam

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Di1110


KECOH seketika majlis 'post-party' yang berlangsung sejurus berakhirnya Anugerah Bintang Popular 2008 (ABP) di Genting Highlands malam tadi, apabila pelakon muda, Diana Danielle dikatakan pitam ketika ingin mengambil makanan.

Walaupun 'aksi' itu hanya untuk beberapa minit, ramai yang berada di majlis itu tertanya-tanya punca sebenar gadis itu pitam secara tiba-tiba.

Ada juga yang berpendapat, Diana mungkin tertekan gara-gara kepenatan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara yang mana dia perlu kembali meneruskan latihannya di Kem Princess Haliza, Sepang, hari ini.

Mengulas tentang hal tersebut, kata ibunya, Norsiah Ramli, Diana pitam bukan disebabkan oleh tekanan di PLKN, tetapi kerana faktor keletihan dan tidak sempat makan sebelum bermulanya acara ABP.

"Dia letih sangat-sangat. Lagipun jadualnya sepanjang di Genting begitu padat. Beberapa jam sebelum bermulanya ABP dia meluangkan masa ditemubual oleh media dan menghadiri acara sampingan lain.

"Waktu tu, dia memang tidak sempat menjamah makanan. Hanya sempat sarapan saja. Pada pukul lima petang, dia terus bersiap pula untuk malam kemuncak ABP.

"Saya tanya sama ada dia lapar atau tidak, tetapi dia cakap dia ingin makan sewaktu di acara tersebut kerana ada makanan disediakan terlebih dahulu.

"Tetapi dia tak sempat makan juga kerana sibuk dengan hal lain. Mungkin kerana terlalu letih, Diana pitam sewaktu di 'post-party'," kata Norsiah.

Menurutnya, kesihatan Diana bagaimanapun tidak terjejas kerana dia mempunyai masa untuk berehat sebelum pulang ke kem latihannya petang nanti.

"Dia sepatutnya pulang pagi ini. Tetapi saya telah menghubungi komandan kem dan dia dibenarkan pulang lewat sikit hari ini," kata Norsiah.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeTue 14 Apr 2009, 1:08 pm

Era Populariti Mawi Jatuh Menjunam

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Mppb_125


Banyak pihak yang sudah menjangka Mawi tidak akan mencapai kejayaan besar pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008. Dan ramalan tersebut ternyata benar apabila Mawi gagal mempertahankan gelaran Bintang Paling Popular yang pernah dipegangnya selama tiga tahun berturut-turut termasuklah pada ABPBH tahun lepas.

Sebaliknya Mawi hanya berupaya mempertahankan gelaran Penyanyi Lelaki Popular yang memang sudah dijangka menjadi miliknya.

Gara-gara itu banyak pihak yang menyifatkan populariti Mawi kini semakin merudum dan ianya berpunca daripada perkahwinannya dengan pelakon jelita, Nora’Ashikin Rahmat atau lebih dikenali sebagai Ekin.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Mppb_126


Mawi ketika ditemui memberitahu dia menerima segala keputusan yang telah diumumkan itu dengan hati terbuka.

Katanya semua itu adalah ketentuan takdir dan dia tidak kisah dengan tanggapan segelintir pihak yang mengatakan popularitinya semakin menurun. Malah katanya untuk kategori Penyanyi Lelaki Popular sekalipun dia tidak pernah memasang angan-angan untuk mempertahankannya kerana sedar persaingan semakin sengit. Apatah lagi keputusan tersebut seratus peratus dibuat oleh para peminat.

"Saya tak tergugat pun dengan Nabil. Dia seorang pelawak dan saya seorang penyanyi. Kami memang berbeza dan saya tak ada masalah pun kalau dia menang. Malah saya tumpang gembira dengan kejayaannya. Cuma ini soal rezeki dan pada tahun ini giliran Nabil untuk merangkul gelaran Bintang Paling Popular. Ini menunjukkan negara kita mempunyai ramai bakat baru sebagai pelapis dan pada saya ianya adalah satu perkembangan yang sihat," ujarnya yang kelihatan tenang di samping isteri tercinta, Ekin.

Dia juga tidak melihat perkahwinannya sebagai menggugat popularitinya kerana selama ini perkembangan kerjaya seninya masih berjalan seperti biasa. Malah dia tidak putus-putus menerima pelbagai tawaran mengadakan persembahan pentas walaupun pada zaman kegawatan ini.

Tambahnya walaupun Maestro kini sudah ditutup namun kerjaya seninya masih berjalan lancar di bawah sistem pengurusan baru iaitu Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB). Terbaru dia akan mengembara ke Melbourne, Australia dan Itali untuk menghasilkan program ‘Langkah Mawi’ untuk musim yang kedua.

Sementara itu, Ekin yang bersetuju dengan pendapat suaminya itu memberitahu, Nabil seorang pelawak dan pelakon berbakat besar yang sangat disenangi kini. Jadi dia memang berhak untuk merangkul gelaran tersebut dan yakin semua pihak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

"Kami semua dah macam kawan-kawan. Tak kisah siapa yang menang. Bila Nabil menang, saya dan Mawi pun tumpang gembira dan mendoakan kejayaannya.

"Tentang spekulasi segelintir pihak yang mengatakan populariti Mawi semakin menurun, kami menyerahkannya kepada penilaian peminat. Sehingga kini kami menerima banyak respon positif daripada peminat tentang Mawi," jelasnya yang kini bergelar duta jenama tudung Ariani.

Bercerita tentang kehidupan peribadi yang dilalui oleh mereka kini, pasangan romantis ini memberitahu mereka bahagia dengan apa yang dilalui. Namun buat masa ini Ekin masih belum menunjukkan tanda-tanda berbadan dua dan mereka sedang berusaha keras ke arah tersebut.

"Selepas keguguran, saya mahu beri sedikit masa pada diri saya. Namun saya berdoa agar dipercepatkan mendapat anak dan berharap peminat akan sama-sama mendoakan kebahagiaan kami. Buat masa ini kami masih berusaha," katanya sambil tersenyum penuh makna.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeTue 14 Apr 2009, 1:10 pm

Nabil Akhirnya Rampas Gelaran Mawi!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 41320010


Juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil, telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH08) yang sebelum ini disandang oleh Raja SMS, Mawi.

Dengan kemenangan itu, Nail meraih hadiah barang kemas tajaan Rafflesia The Pearl Centre bernilai RM150,000, kereta Nissan Sylphy (2.0) tajaaan Edaran Tan Chong Motor berharga RM109,000, perabot Empire Classic Furniture bernilai RM30,000 serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Hotel Palace of the Golden Horses, selain trofi.

Trofi Bintang Paling Popular 2008 itu disampaikan Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun yang diiringi Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail, di majlis kemuncak ABPBH2008 di Arena of Stars, malam tadi.

Nabil, 26, meraih 127,524 undi sekaligus menewaskan nama-nama besar lain seperti Mawi, Dato' Siti Nurhaliza, Haji Aznil Haji Nawawi dan Meet Uncle Hussain. Dalam majlis itu juga Nabil turut meraih anugerah dalam 2 kategori lain iaitu Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.

Majlis yang bertemakan Sentuhan Tenun itu turut disiarkan secara langsung melalui TV3 serta Hot FM. Anugerah Percapaian Sepanjang Hayat pula diberikan kepada Raja Pop, Jamal Abdillah berdasarkan sumbangan beliau memartabatkan industri muzik tanah air sepanjang pembabitannya dalam dunia seni selama 30 tahun.

Turut mencipta sejarah berulang pada malam tersebut ialah Dato' Siti yang mempertahankan gelarannya selama 12 tahun berturut-turut bagi kategori Penyanyi Wanita Popular sementara Aznil pula terus menjulang trofi Pengacara TV Lelaki Popular bagi 6 kali berturut-turut.

Kumpulan Rabbani juga mencipta kejayaan yang dijangkan apabila mengekalkan kemenangan mereka menerusi kategori Artis Nasyid Popular bagi 8 tahun berturut-turut.

Lebih 5,000 penonton hadir menyaksikan acara lebih 2 jam itu yang dihoskan pasangan pelakon dan pengacara sensasi, Sharifah Shahira dan Adlin Aman Ramlie. Penyanyi yang membuat persembahan ialah Stacy, Aizat, Siti Sarah, Ayu OIAM, Diddy Hirdy, Jeffrydin, L Ramlie, Jamal Abdillah, Dato Siti, Kristal, Farah Asyikin, Faizal Tahir, Anita Sarawak dan Hujan.

ABPBH08 anjuran Berita Harian yang memasuki edisi ke-22 itu terus bertahan sebagai antara majlis pengiktirafan paling berprestij dalam dunia hiburan tanah air kerana menggabungkan semua penggiat seni termasuk dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeTue 14 Apr 2009, 1:21 pm

Sayang Terakhir kisah kedukaan - Seri Bayu luah perasaan tulis lirik lagu di HKL

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Ne_06_12
SERI BAYU terlantar sakit ketika ditemui wartawan Kosmo! di wad
Hospital Kuala Lumpur semalam.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Ne_06_13

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Ne_06_14
Erema



KUALA LUMPUR -Kau pernah berkata esok ada mentari untuk cinta kita, kau pernah berjanji esok ada pelangi untuk rindu ini.

Itulah antara bait lirik lagu Sayang Terakhir hasil nukilanterbaru Seri Bayu atau nama sebenarnya, Jamaluddin Sulik, 43, yangterlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini sejak empat hari lalu.

Menurutnya, nukilan puitis itu tercipta berdasarkan pengalamanhidupnya bersama isterinya, Erema bagi menggambarkan perjalanan hidupyang pernah mereka lalui sebelum ini.

"Awak tulislah, biar orang lain tahu apa isi hati saya ketika ini,segala suka dan duka biarlah saya menanggungnya sendiri," katanya kepada Kosmo! semalam.

Beliau yang dirawat di HKL kerana menanggung derita penyakit saraf motoneuron diseasesebelum ini berhadapan dengan tuntutan perceraian oleh isterinya, Eremaatau nama penuhnya, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, di MahkamahSyariah Petaling Jaya pada awal November lalu.

Seri Bayu bernikah dengan Erema pada 19 Disember 2006 dan juga antara penerbit album sulung penyanyi muda itu.

Dalam pada itu, selain masalahnya dengan Erema dan penyakitnya,beliau juga diuji apabila mendapat tahu, bapa tirinya, Abdul MukteeAbdul Rawi, 71, meninggal dunia pada pukul 6.30 petang kelmarin akibatpenyakit kanser.

"Saya pasrah dengan apa yang berlaku, cuma terkilan tidak sempatmenghadiri pengebumian Allahyarham kerana masih mendapatkan rawatan diHKL," tambahnya.

Menurut Seri Bayu, beliau dihantar oleh seorang kenalannya yangdikenali sebagai Amin ke HKL kira-kira pukul 4 petang Khamis laluberikutan keadaannya yang semakin lemah.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeTue 14 Apr 2009, 1:24 pm

Gambar Isma & Zul melepaskan rindu dendam

maklumlah lama tak jumpa...5 mggu kekdahnya....saksikan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Isma10 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Isma210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Isma310 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Isma410

sedangkan yg somi isteri pon ada yg 'tersentak' inikan pula nabil & irma ngeh3x :82
:
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeTue 14 Apr 2009, 1:35 pm

Diana Danielle, Mawi, Aflin Promote Songket Tenun Malaysia

Diana Danielle @ Olive Event Promoting Malaysian Songket Tenun
http://dianadanielle.yuku.com/topic/184/master/1/

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Mawi18

Comei budak plkn ni. pitam sebab pening banyak kerja dan tak makan rupanya. sian dd. keluar plkn tak rehat. kerja to promote songket tenun lagi. segak jugak bila songket jadi pakaian moden adlin. mawi punya tak nampak sangat la. ni baru lah abp ada kelasssss...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeTue 14 Apr 2009, 1:39 pm

NABIL MENANG ABP INSTEAD MAWI...AKSI SPONTAN NABIL BILA MENANG..HEHE

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 139

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 235

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 330

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 425

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 520

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 616
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 9:46 am

Adegan Panas Shamsul dan Nabila Huda?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Nabila13


Shamsul dan Nabila Huda bersama? wah. Panas ni. Manakan tidak Nabila Huda dicop sebagai pernah bergaul dengan budak bohsia! Masih tidak serik lagikah Nabila yang banyak kontroversi sebelum berkahwin dulu?

Jangan salah anggap.... Nabila bercampur dengan budak-budak bohsia dan mat rempit untuk mendapatkan feel wataknya dalam filem Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul Yusof.

"Untuk menjiwai watak bohsia, saya bergaul dengan mereka. Apabila bercampur dengan mereka, kita akan tahu bagaimanakah cara mereka bercakap.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Nabila14


"Saya akui cara mereka bercakap agak kasar, jadi untuk belajar, kita kenalah bercampur dengan mereka," kata Nabila.Nabila juga memberanikan diri melakonkan sendiri adegan lasak sebagai pembonceng motosikal yang dipandu laju.

Filem tersebut dapat klasifikasi 18PL kerana memuatkan dialog dan babak yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Ia ada unsur seks dan ganas.

Lihatlah adegan berkemban lakonan Nabila sebagai Tasya dalam filem terbitan bersama Skop Production dan Grand Brilliance ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 9:48 am

Kegatalan Farid Kamil Kepada Lisa Surihani?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 20420310

Iskh. Farid Kamil dan Lisa Surihani memang tidak dapat dinafikan bercinta. Dan berita mengenainya dah menjadi liputan atau bualan bulan-bulan yang lepas. Namun tahukah anda disebalik ABPBH ni, ada juga 'kejutan' kecil yang berlaku sekali imbas, namun susah untuk dinampak. Cuma yang nampak adalah jurufoto professional yang menangkap adegan dengan pantas menggunankan teknologi masa kini. Yang ni pula kes Farid Kamil mendekatkan dengan Lisa dengan hanya beberapa cm sahaja. Tidak tahu apa kejadahnya, mungkin Farid tak dengar kata-kata Lisa. Tak mungkin tak dapat dengar, microphone tu satu dewan pun dapat dengar
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 9:56 am

Gambar Pernikahan Arni Dan Hazrie

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Arni11


Jika Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman memilih anak dara, Rozana Misbun sebagai isteri baru selepas bercerai dengan Arni Nazirah Anuar, 31, bekas isterinya pula menjadi pilihan seorang teruna untuk dijadikan pasangan hidup.

Dengan hanya sekali lafaz, Arni sah bergelar isteri kepada bekas kekasih yang juga rakan sekolahnya, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar, 32, dalam majlis akad nikad di sini, petang semalam.Pelakon dan penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Antara Benua itu selamat dinikahkan di Masjid Abidin atau lebih dikenali Masjid Putih di sini tepat jam 3.40 petang oleh Jurunikah Mukim Bukit Besar, Ahmad Awang.

Sebaik doa diaminkan, ibu Arni, Noraini Nong, 50, kelihatan mengesat air mata tanda syukur dan sesekali tersenyum sebelum dilihat menghampiri tetamu mempelawa keluarga kedua-dua pihak yang hadir menjamu selera di rumah pengantin perempuan.

Pasangan itu dinikahkan dengan mas kahwin RM100 dan hantaran RM7,777.77. Pihak lelaki menyediakan sembilan dulang hantaran dan dibalas jumlah sama pihak perempuan.

Arni yang kelihatan anggun berbusana putih sedondon dengan suaminya, berkata walaupun gementar pada mulanya, dia bersyukur kerana majlis berjalan lancar dan kedua-dua keluarga merestui perkahwinan mereka.“Dua anak saya hasil perkahwinan terdahulu, Puteri Aleeya Antasha, 9, dan Puteri Aleefa Antasha, 6, juga menerima baik serta menyukai suami baru saya dan akan memanggilnya papa,” katanya.

Menceritakan mengenai perkenalannya dengan Hazrie, Arni berkata, dia bertemu semula dengan suaminya itu secara kebetulan.

“Kami kenal sejak menuntut di sekolah menengah, tetapi berpisah agak lama sebelum bertemu semula secara kebetulan.
“Saya berkenan dengan Hazrie kerana dia seorang yang bertanggungjawab, beriman dan mengambil berat terhadap saya dan keluarga,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Mengenai kariernya selepas ini, Arni berkata, ia bergantung kepada keadaan serta perbincangan bersama suami dan akan akur dengan sebarang keputusan.

Sementara itu, Wan Mohd Hazrie yang juga seorang ahli perniagaan berkata, walaupun mereka pernah ‘bercinta’ dan putus di tengah jalan, dia mengambil masa hampir dua tahun untuk berfikir menyambung kembali hubungan mereka secara serius.

“Apa yang penting, restu serta sokongan kedua-dua keluarga memberi harapan dan hikmah kepada saya. Saya terima Arni sebagai jodoh kerana dia lemah-lembut, senang berkira dan serasi.

“Saya tak kisah dan tiada masalah dengan status Arni sebagai artis dan mempunyai dua anak. Saya akan menjaga mereka seperti keluarga sendiri,” katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 9:58 am

Gambar Pernikahan Arni Dan Hazrie

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Arni310

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Arni410

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Arni510

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Arni610

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Arni710
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 9:59 am

sambungan...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Arni810

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Arni910

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Arni1010

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Arni1110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Arni1210
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 10:02 am

Mawi Serah Takdir Isu Anak

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Mawi-a12

Sudah beberapa bulan Mawi berkahwin. Sekarang peminatnya tunggu pula, bilakah mereka akan dengar berita Mawi bakal jadi bapa.

Mawi sendiri mengakui teringin menimang anak, malah dia dan isteri, Ekin tidak pernah merancang keluarga.

"Kami memang tidak merancang keluarga, tapi nampaknya belum ada rezeki lagi. Saya tak kisah dan tak mendesak sangat... kalau ada cepat okey dan kalau lewat pun okey," kata Mawi.

Dia sedar sekarang ini ramai yang nak dengar berita pasal anak pula selepas dia berkahwin.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 10:03 am

Cerai Taklik Nash & Wati Tangguh

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 01257310


Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini menangguhkan perbicaraan kes tuntutan cerai taklik pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, Sosilawati Lawiyah, 46, terhadap suaminya, vokalis kumpulan Lefthanded, Nash hingga 26 Mei dan 23 Jun.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Mohammad menetapkan tarikh itu selepas mendapati perbicaraan tersebut dihentikan beberapa kali ekoran siri bantahan peguam syarie defendan, Ahmad Daud terhadap kaedah pertanyaan peguam plaintif kepada Sosilawati.Nash ataupun nama sebenar, Jamaluddin Elias, 49, turut diwakili oleh peguam, Amli Embong.

Hakim tersebut juga mengingatkan kedua-dua peguam plaintif dan defendan agar berhujah secara lebih profesional dan tidak menyamakan mahkamah dengan Dewan Rakyat yang membenarkan perbahasan rancak.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 01257311


Menurut Ahmad, soalan peguam plaintif, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain kepada Sosilawati adalah berbentuk `memimpin' yang hanya memberikan jawapan `ya' atau `tidak'.Pada satu peringkat, Ahmad meminta mahkamah menjalankan budi bicaranya mengenal pasti dokumen yang sering dilihat dibaca oleh Sosilawati semasa menjawab soalan-soalan peguamnya.

Pada 2 Januari lalu, Sosilawati telah memfailkan permohonan cerai secara taklik meskipun pada 12 November 2008, mahkamah yang sama memutuskan bahawa ikatan perkahwinan antara plaintif dengan Nash masih sah.

Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 50 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003. Kes itu telah disebut buat pertama kali pada 12 Januari lalu.

Pasangan berkenaan telah bernikah pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor dengan berwalikan adik kandungnya.

Nash yang terkenal dengan lagu Ku Di Halaman Rindu itu mendirikan rumah tangga buat kali keduanya bersama Sosilawati pada November 2007.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 10:06 am

Bawang Merah Bawang Putih versi lelaki

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Bawang10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Ellyas10


KISAH lagenda Bawang Merah Bawang Putih (BMBP) sudah cukup sebati dalam jiwa masyarakat. Pelbagai produksi juga sudah banyak mengadapatasikan kisah dua beradik tiri ini di dalam bentuk filem mahupun drama.

Namun, bagaimana pula jika cerita itu diubahsuai ke dalam versi lelaki? Itulah kelainan yang ditampilkan di dalam drama bersiri terbaru terbitan Radius One yang telah mula bersiaran di TV3 pada 7 April lalu, Merah Puteh.

Drama bersiri arahan Isma Yusoff yang menyuntik elemen moden itu dibarisi oleh Ellyas Abdullah sebagai Puteh dan Zahiril Adzim sebagai Merah serta pelakon-pelakon lain seperti Dira Abu Zahar, Tania Zainal, Nadia Aqilah, Wan Sharmila dan Ainul Aishah.

Mengulas tentang kelainan Merah Puteh ini, kata Isma, selain menghasilkannya kepada versi lelaki, garapan cerita drama ini juga diolah dengan gaya tersendiri.

"Kalau dalam cerita BMBP, adik-beradik tiri itu tidak mempunyai hubungan yang baik, tetapi berbeza dengan Merah Puteh. Kedua-dua adik-beradik tiri, Merah dan Puteh cukup akrab.

"Konflik antara mereka hanya akan tercetus apabila mereka menyukai wanita yang sama.

"Dalam drama ini, ada juga watak pengamal ilmu hitam bernama Mulan Marishka yang saya gambarkan jauh berbeza dengan daripada karektor tipikal 'witch' yang sering kita saksikan.

"Kalau yang biasa kita lihat, 'witch' sering memakai baju atau jubah hitam dan penuh dengan mantera, tetapi saya rasakan elemen itu tidak relevan dengan drama ini.

"Saya 'modenkan' watak tersebut dan jadikan Mula seperti wanita 'normal'," kata Isma yang ditemui pada majlis ramah-mesra bersama barisan pelakon siri tersebut di Sri Pentas, baru-baru ini.

Merah Puteh mengisahkan dua beradik tiri yang berlainan ibu, Izwan dan Nazlee. Izwan merupakan seorang remaja lelaki yang suka berlawak, ceria, peramah, aktif dan agresif. Dia digelar Merah kerana sewaktu dilahirkan kulitnya berwarna kemerah-merahan.

Nazlee pula mempunyai karektor yang begitu berbeza. Dia seorang pendiam dan suka menyendiri. Dia pula digelar Puteh kerana kulitnya yang cerah ketika dilahirkan.

Merah dan Puteh sentiasa menyokong antara satu sama lain lebih-lebih lagi Puteh yang sentiasa mendapat layanan buruk daripada ibu tirinya, Datin Mastura yang sebenarnya berdendam dengan ibu Puteh, Rahayu yang merupakan isteri kedua Datuk Jehan.

Walaupun Rahayu telah meninggal dunia, dengki Datin Mastura tidak pernah terhenti tambahan pula apabila Datuk Jehan hendak membahagikan sama rata harta antara dua beradik itu.

Satu demi satu konflik muncul dalam hidup Merah dan Puteh yang mana menjadi semakin teruk apabila muncul seorang gadis bernama Anggun di dalam hidup mereka.

Menurut Isma lagi, walaupun ini adalah kali pertama dia berpeluang mengarah drama sendiri, namun dia yakin drama ini mampu menarik perhatian penonton, sama seperti sambutan yang sering diterima oleh drama-drama terbitan Radius One yang lain seperti Sindarela dan Rona Roni Makaroni.

"Dengan sedikit pengalaman yang saya pernah kutip bersama pengarah Shahrulezad (Ezad), saya harap hasil kerja saya dapat diterima ramai.

"Lagipun, saya cukup 'excited' dengan kisah Merah Puteh ini kerana ia berkisarkan tentang adik-beradik lelaki, yang mana saya sendiri mempunyai 11 adik-beradik lelaki," kata Isma yang juga aktif sebagai pelakon.

Dalam pada itu, Ellyas turut melahirkan rasa teruja kerana dapat membintangi drama yang diadaptasikan daripada kisah BMBP dengan karektor yang cukup beremosi.

"Puteh banyak bermain dengan emosi yang mendalam dan bagi saya, karektor ini menarik untuk seorang lelaki bawakan.

"Saya juga tiada masalah bekerja dengan Zahiril walaupun ini adalah kali pertama bergandingan dengannya. 'Chemistry' antara kami memang sudah wujud sejak hari pertama berada di lokasi penggambaran," kata Ellyas yang melonjak namanya menerusi siri Dunia Baru.

Merah Puteh disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang di TV3 dan 8.30 malam di TV9
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 10:08 am

Sidi tersingkir daripada AF7

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Sidi_a10


Sidi tersingkir daripada Konsert Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), selepas mendapat undian terendah pada minggu kelima, semalam.

Sidi atau nama sebenarnya, Mohd. Rashidi Mohamad Isa, 27, yang menyanyikan lagu, Cinta Yang Sempurna (nyanyian asal 6ixth Sense & Noe Letto) dengan pasangan duetnya, Zahid gagal menyerlah.

Ini sekali gus menyebabkannya meraih undi terendah, iaitu 5 peratus daripada jumlah undian para penonton rancangan program realiti hiburan tersebut.

Pengkritik tetap menyifatkan persembahan Sidi masih kurang menyengat kerana vokalnya dikatakan tidak menepati piawaian AF7 minggu kelima dan `dibayangi' gandingan duetnya yang juga Juara AF ke-2.

Semalam, pengkritik tetap ialah Datuk Khatijah Ibrahim serta Edrie Hashim selain pengkritik undangan, Adibah Noor.

Tema minggu kelima konsert hiburan itu adalah duet bersama dengan bekas juara dan bintang AF terdahulu.

Misalnya, Yazid digandingkan dengan Yazer menerusi lagu Terharu (nyanyian asal Jamal Abdillah & Mawi); Aril & Marsha - Aku Dan Dirimu (Ari Lasso & Bunga Citra Lestari); Qhaud & Heliza - Dibius Cinta (Yusry & Melly Goeslow).

Selain itu, Hafiz berduet dengan Mila - Terlanjur Cinta (Rossa & Pasha Ungu); Akim & Farah - Jika Kau Tiada (Erra Fazira & Yusry) dan Claudia & Vince - Kau Muzik Di Hatiku (Jacyln Victor & Vince).

Sementara itu, Aishah beraksi bersama dengan penyanyi popular Singapura Aliff Aziz - Dua Hati Menjadi Satu (Gita Gutawa & Dafi) dan Isma & suaminya, Zahid - Kau Mawarku (Siti Nurhaliza & 2 By 2).

Dengan penyingkiran Sidi, tinggal lapan (Cool pelajar yang masih kekal dalam pengajian di Akademi Fantasia musim ke-7.

Kedudukan pelajar (mengikut peratusan) sebelum undian ditutup:

ISMA - 25; YAZID - 22; HAFIZ - 12; CLAUDIA - 8; AKIM - 8; ARIL - 7; AISHAH - 7; SIDI - 6 dan QHAUD - 5.

Kedudukan pelajar (mengikut peratusan) selepas undian ditutup:

ISMA - 18; HAFIZ - 17; YAZID - 15; AKIM - 10; AISHAH - 10; CLAUDIA - 9; ARIL - 9; QHAUD - 8 dan SIDI - 5.
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 10 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 10 of 15Go to page : Previous  1 ... 6 ... 9, 10, 11 ... 15  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions