Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1 ... 7 ... 10, 11, 12, 13, 14, 15  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 10:09 am

Angelina Jolie pengsan di lokasi filem

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Angeli11


AKTRES Hollywood Angelina Jolie terpaksa mendapatkan rawatan perubatan setelah bintang itu dikatakan pengsan di lokasi penggambaran filem terbarunya, Salt.

Pelakon itu ketika ini sedang menjalani penggambaran filem bercorak 'thriller' itu di Amerika yang menyaksikannya memegang watak sebagai penyiasat bernama Evelyn Salt

Babak-babak yang membabitkan aksi lasak dikatakan telah membebankan Jolie yang dilaporkan pengsan di lokasi terbabit baru-baru ini.

"Nampaknya, ia sangat membebankan Angelina. Dia pengsan dan mengadu sesak nafas serta pening," kata sumber. "Hakikatnya, ia berlaku apabila dia habis berlakon dalam satu adegan yang lasak. Namun, kami masih terkejut melihat dia jatuh pengsan," sumber itu menambah.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 10:10 am

Faizal Tahir janji baiki 'disiplin'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Faizal17


SEJAK kebelakangan ini, Faizal Tahir nampaknya sering dikaitkan dengan masalah disiplin.

Belum pun habis isu dirinya tiba lewat sejam ketika sidang media Minggu Setiausaha yang menggandingkannya dengan dan diva tersohor tanahair, Anita Sarawak tidak lama dulu, Faizal dikatakan turut tiba lewat pada satu sesi fotografi yang membabitkan beberapa artis lain pula selepas itu.

Gara-gara kes itu, Faizal dilabelkan sebagai artis tidak berdisiplin. Akui penyanyi yang popular menerusi lagu Sampai Syurga dan Mahakarya Cinta ini, perkara sedemikian ternyata memberi tamparan hebat buat dirinya.

Apa yang berlaku, tuturnya, adalah disebabkan salah faham. Namun, dalam nada tenang, kata Faizal, dia tidak mahu memperbesar-besarkan isu tersebut walaupun sedar imejnya pasti terjejas.

Malah, pada satu majlis yang lain, Faizal pernah menyuarakan hasratnya untuk meminta maaf pada Anita Sarawak gara-gara tiba lewat sejam di sidang media Minggu Setiausaha di PNB Darby Park itu, sedangkan Anita yang mesra disapa Kak Nita sampai tepat pada masanya.

Faizal telah membuat penjelasan sebenar tentang kelewatan tersebut yang sememangnya berpunca daripada salah faham dengan pihak penganjur tentang penetapan masa itu.

Dan dia sendiri berjanji untuk meminta maaf pada penghibur tersohor itu jika ada kesempatan bertemu dengannya di mana-mana majlis.

Namun, kata Faizal, dia tidak mampu menghalang jika ramai yang beranggapan dia mempunyai masalah disiplin. Bagi bapa kepada tiga cahaya mata ini, dia akan mengkaji kelemahan diri sendiri agar tidak dilanda masalah yang sama lagi kelak.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 10:11 am

Kes Norman-Memey kelam-kabut - Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak tiba-tiba tarik diri

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Norman10


Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini semalam yang mendengar kes khalwat pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza menjadi kelam-kabut seketika apabila hakim syarie mahkamah itu tiba-tiba menarik diri.

Pengumuman Wan Mahyuddin Wan Muhammad mengejutkan orang ramai yang berada di galeri awam mahkamah tersebut.

Beliau memaklumkan bahawa penarikan dirinya daripada mendengar kes tersebut dibuat setelah dinasihatkan oleh Ketua Hakim Syarie Selangor, Datuk Zohdi Toha.

Mahyuddin memberi alasan terdapat pihak-pihak tertentu yang mengeluarkan spekulasi dan perbincangan secara terbuka berhubung prosiding kes syariah di media cetak dan elektronik yang sepatutnya diadili di Mahkamah Syariah.

"Tindakan itu telah menimbulkan subjudis dan boleh dianggap menghina mahkamah yang mana ia telah mendahului proses perundangan syariah," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pihak-pihak terbabit supaya menghormati perbicaraan dan kod etika kerja masing-masing supaya tidak mengganggu prosiding mahkamah.

Sementara itu, harapan aktor Norman Hakim dan pelakon muda Memey Suhaiza untuk melepaskan diri daripada tuduhan khalwat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini musnah apabila representasi mereka ditolak Ketua Pendakwa Syarie Selangor.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pegawai Pendakwa Syarie, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Muhamad Nazri Basrawi yang mengendalikan pendakwaan terhadap kedua-dua pelakon itu.

"Setelah meneliti kertas pendakwaan, representasi yang dikemukakan peguam syarie tertuduh pada 26 Februari lalu untuk menggugurkan pertuduhan itu ditolak dan kami berhasrat untuk teruskan perbicaraan memandangkan saksi telah hadir hari ini," katanya.

Peguam Syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Norman dan Memey turut mengesahkan perkara itu dan bersetuju supaya perbicaraan kes khalwat yang melibatkan mereka diteruskan.

Norman, 33, dan Memey, 21, yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 3 pagi 30 Oktober 2008 di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang dekat sini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 10:13 am

Datuk K dan Dato Siti Nurhaliza Sertai PAS?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Khalid10


Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa menafikan khabar angin bahawa beliau dan isterinya penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menyertai Pas.

Sambil menyifatkan bahawa ia hanyalah andaian orang ramai, Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K berkata, khabar angin tersebut mungkin berpunca daripada kunjungannya ke pejabat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.

"Merepek betul, ini semua khabar angin... Saya orang UMNO dan menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak,'' katanya ketika dihubungi.

Khalid berkata, kunjungannya dan isteri ke Pejabat Menteri Besar bertujuan melawat Nik Aziz yang dikhabarkan tidak sihat.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 10:15 am

Shamsul ambil risiko demi Bohsia


SETELAH filem sulung arahannya, Evolusi KL Drift melakar sejarah tersendiri buatnya apabila meraih kutipan sebanyak RM4.5 juta, Shamsul Yusof turut mendambakan respon yang sama menerusi filem keduanya, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam.

Meskipun filem yang bakal ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan dan Singapura pada 23 April depan telah diklasifikasikan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk tontonan 18 PL, tetapi Shamsul positif perkara itu tidak menjadi penghalang dari segi kutipan.

"Saya tidak kisah filem ini dilabel 18PL. Memang sejak awal lagi bila saya ingin hasilkan filem ini, saya sudah bersedia dengan sebarang risiko.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Shamsu11
Shamsul berani menghadapi risiko menghasilkan filem Bohsia


"Nak buat filem macam ni kenalah berani untuk tunjukkan perkara yang sebenarnya berlaku dalam hidup golongan seperti ini. At least, saya tetap bersyukur kerana tiada adegan yang dipotong oleh LPF.

"Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu memikirkan tentang kutipan filem ini kerana saya percaya pada rezeki. Sudah tentu kalau boleh, saya berharap dapat kutipan yang balik modal," kata Shamsul yang ditemui pada majlis prebiu filem tersebut di Mid Valley, semalam.

Filem terbitan Skop Productions yang memaparkan kehidupan mat-mat rempit dan gejala bohsia ini dibarisi oleh pelakon-pelakon seperti Nabila Huda, Salina Saibi, Shaheizy Sam, Aaron Aziz, Diana Danielle dan Shamsul sendiri.

Mengulas tentang kepuasannya menghasilkan buah tangan keduanya ini, kata pengarah muda dan pelakon berusia 24 tahun ini, walaupun sudah memberikan usaha 100 peratus terhadap filem ini, Shamsul tetap merasakan secebis rasa kurang berpuas hati.

"Tanyalah kepada mana-mana pembikin filem, pasti mereka akan cakap tidak berpuas hati dengan karya masing-masing. Tetapi, saya telah cuba yang terbaik mengikut kemampuan saya.

"Apa yang pasti, banyak moral yang terselit dalam filem ini. Jika ikutkan, apa yang berlaku di luar sana lebih teruk dengan apa yang saya paparkan di dalam filem ini. Tetapi sudah tentu saya tidak boleh paparkan kesemuanya," kata Shamsul.

Tambah anak teruna kepada penerbit dan pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam ini, untuk memastikan filem ini benar-benar 'menyelami' kehidupan mat rempit dan bohsia, Shamsul turut mengenengahkan gaya bahasa golongan ini yang dituturkan oleh pelakon-pelakon tertentu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Sham311
Shamsul bersama Diana dalam salah satu babak filem ini


"Pelakon-pelakon seperti Nabila mengambil inisiatif untuk belajar sendiri gaya bercakap golongan ini. Kami memang membuat kajian bagaimana gaya sebenar mat-mat rempit dan bohsia," katanya.

Ujar Shamsul, dia turut berpuas hati dengan mutu lakonan pelakon-pelakon filem ini termasuklah 'stuntman' yang terlibat.

"Pada awalnya, saya hadapi kesukaran juga untuk mencari pelakon yang mampu membawakan watak bohsia dengan baik. Tetapi apapun, saya kagum dengan Nabila Huda dan Salina yang berjaya bawakan watak tersebut.

"Begitu juga dengan pelakon-pelakon lain yang cukup komited dengan watak masing-masing. Sebenarnya, ketika penggambaran ada juga babak yang mengakibatkan kemalangan kecil, tetapi ia tidak membabitkan pelakon utama," tutur Shamsul.

Dalam pada itu, ditanya tentang Diana Danielle yang tidak dapat menjayakan promosi filem ini bersama pelakon-pelakon lain kerana menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), kata Shamsul, dia tidak menghadapi masalah tentang perkara itu.

Malah, 'bekas kekasihnya' itu sendiri tidak kisah untuk turun padang mempromosikan filem ini jika tidak terbabit dengan PLKN, walaupun mereka sebelum ini pernah berdepan dengan insiden hitam gara-gara satu pergaduhan sehingga Diana membuat laporan polis kerana mendakwa dia dikasari oleh Shamsul.

"Apa yang saya tahu, bukan untuk filem Bohsia saja yang dia tidak dapat terlibat sama, tetapi ada beberapa projeknya yang lain juga telah ditangguhkan sehingga dia selesai PLKN.

"Tetapi jika tidak terlibat dengan PLKN, dia sememangnya tidak ada masalah untuk bersama-sama mempromosikan filem ini," katanya.

Ditanya sama ada hubungannya dengan aktres jelita itu sudah kembali 'jernih', Shamsul sambil tersenyum menjawab:

"Kami tetap kawan. Saya ada bertemu dengannya di Anugerah Bintang Popular pada Ahad lalu dan ketika itu dia kurang sihat. Terkejut juga saya apabila mendapat tahu dia pitam pada majlis 'post-party' selepas itu," tuturnya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 10:21 am

Tomok: "Saya pastikan konsert setiap minggu jadi milik saya"

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Tom10


Tomok dan kakaknya, Isma sama-sama menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam program realiti yang disertai mereka iaitu AF 7 dan OIAM 3. -foto mStar oleh SITI AZIRA

SEBUT sahaja nama Tomok, ramai yang mengaitkan dirinya dengan program realiti nyanyian One In A Million (OIAM) musim ketiga yang sedang disiarkan di 8TV pada setiap Jumaat, pukul 9.30 malam.

Persembahan yang konsisten oleh Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail pada setiap minggu sehingga minggu ke-8 lalu membuatkan ramai yang meramal vokalis Newboyz ini dapat menjejakkan kaki ke peringkat akhir program ini.

Dari sudut yang lain, kakak Tomok, Ismaliza atau Isma juga mempunyai prestasi yang baik serta meraih kedudukan teratas dalam sebuah lagi program realiti iaitu Akademi Fantasia (AF) musim ke-7.

Ditanya tentang reaksinya apabila mendapat tahu Isma juga berjaya sepertinya, Tomok berkata dia melahirkan perasaan gembira dengan pencapaian mereka setakat ini.

“Saya jarang mengikuti perkembangan Kak Isma. Saya tak tengok ‘live’ dan hanya tengok siaran ulangan Konsert AF 7.

“Jadi, saya tidak pasti tentang pencapaian Kak Isma dalam AF,” kata Tomok selepas program tersebut berakhir di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Jumaat lalu.

Luah Tomok, dia lebih memfokuskan kepada OIAM dalam masa yang sama menanam semangat untuk berjaya.

“Saya tak sangka berada pada tahap ini. Ini semua hasil saya bekerja keras sejak dari sesi ujibakat lagi.

“Setiap kritikan-kritikan saya terima sebagai semangat bagi memastikan konsert pada setiap minggu menjadi milik saya.

“Saya berpuas hati dengan setiap kritikan juri. Setakat ini, saya selesa dengan apa yang dibuat.

“Saya mendapat komen peminat menyukai persembahan saya dan saya akan sesuaikan dengan apa yang mereka minta.

“Misalnya saya selitkan muzik perlahan untuk lagu Aku Cinta Pada Mu pada malam ini (Jumaat lalu) sebelum menyanyikannya dalam nada rancak,” kata jejaka yang berasal dari Kuala Lumpur ini.

Bagaimanapun, Tomok tidak mahu dirinya terlalu mengikut kehendak peminat asalkan ia bersesuaian dengan vokalnya.

“Saya puas dengan apa yang saya buat iaitu menyanyikan lagu pop komersial.Lama-kelamaan saya suka dengan muzik dan ‘enjoy’ dengan apa yang dilakukan.

“Dulu saya banyak mengambil berat kepada vokal dan persembahan tetapi sekarang saya sudah tahu merancang betul-betul tentang apa yang saya nak dibuat,” tuturnya.

Sebagai seorang adik, Tomok tidak lupa untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari selain sama-sama mendoakan kejayaannya dan Isma.

“Pertandingan ini mengajar saya lebih komited, berdisiplin dan fokus. Saya merancang untuk memberikan tumpuan kepada OIAM.

“Saya berharap Kak Isma dan saya sama-sama berjaya dengan apa yang kami lakukan. Kita tengok macamana nanti,” akhirinya.

Selepas Simon disingkirkan pada minggu ke-8 lalu, kini tinggal lima peserta iaitu Tomok, Amylea, Aweera, Esther dan Nine untuk meneruskan perjuangan mereka dalam program yang dihoskan oleh Marion Caunter dan Awal Ashaari.

Bertemakan minggu bersama mentor Sheila Majid, para peserta diberi tugasan untuk menyanyikan lagu-lagu popular Ratu Jazz itu.

Amylea memulakan persembahan dengan lagu Dia, diikuti oleh Nine (Pengemis Muda), Aweera (Antara Anyer dan Jakarta), Esther (Lagenda), dan Tomok (Aku Cinta Pada Mu) manakala lagu Jatuh dinyanyikan secara berkumpulan.

Persembahan mereka dikritik oleh pengkritik tetap iaitu Syafinaz Selamat dan Paul Moss sementara Sheila Majid sebagai pengkritik undangan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 10:22 am

Mawi nafi karier semakin merundum!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mawwi110
Mawi dan imej rambut barunya - foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT


IMEJ botak lebih sinonim dengan Mawi, jadi nampak janggal apabila kepalanya sudah tumbuh banyak rambut.

Ditegur tentang imej barunya itu, suami kepada Nora’Ashikin Rahmat atau Ekin ini menafikan yang rambut barunya dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk isterinya.

"Tiada sesiapa yang meminta saya membuat imej baru ini dan saya anggap ia sebagai stail rambut baru saya.

"Tetapi apabila rambut makin panjang ni, rasa semacam pula dan mahu sahaja saya potong botak," beritahu Mawi.

Masih ada ‘job’

Ditanya tentang perkembangan kariernya, kini Mawi sedang menanti pelancaran Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB) pada hujung bulan ini selepas dia sudah tidak lagi bernaung di bawah syarikat rakaman dan pengurusan artis, Maestro Talent & Management.

"Selepas Maestro ditutup pada 1 April lalu, kini karier saya diuruskan oleh AESB," kata Mawi.

Pelantun lagu Allah Habeebi ini bagaimanapun menafikan yang kariernya semakin ‘merundum’ selepas penutupan Maestro.

"Aktiviti seni saya bukan berkurang tetapi ada beberapa program yang tergendala disebabkan Maestro berhenti secara mengejut.

"Antara program tersebut adalah pelancaran album saya yang sepatutnya diadakan pada 1 April lalu, aktiviti promo album dan pengambaran sebuah klip video terbaru yang dijadualkan pada 3 April lalu," beritahu Mawi.

Akur tidak dipanggil dalam Minggu Setiausaha

Dia juga mengulas tentang sebab belum ada syarikat yang ingin mengambilnya menjayakan Minggu Setiausaha pada tahun ini.

"Banyak syarikat yang kurang menganjurkan majlis Minggu Setiausaha pada tahun ini kerana masalah ekonomi yang dialami sekarang," ujarnya yang telah menjayakan beberapa persembahan sebelum ini.

Antaranya adalah Pesta Air di Tanjung Talam, Desaru, dan teater Muzikal Islam Sirah Junjungan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Mawi turut diundang menjadi penyampai trofi bersama Ekin dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 pada Ahad lalu di Arena of Stars, Genting Highlands.

Agak terasa dengan kemerosotan ekonomi

Dalam kemeriahan menjayakan beberapa aktiviti seni, Mawi akui agak terasa dengan kemerosotan ekonomi sekarang.

"Walaupun kewangan saya masih stabil, tetapi saya perlu juga merancang perbelanjaan apabila keluar membeli-belah.

"Misalnya, saya dan Ekin akan menulis dahulu apa yang patut dibeli.

"Saya bajet dalam RM300 sebulan untuk membeli barang dapur kerana kami hanya tinggal berdua," beritahu Mawi yang gemarkan lauk Ikan Masak Kicap masakan Ekin.

Selain memasak, Mawi berkata semua kerja rumah dilakukan oleh Ekin dan sekali-sekala dia akan turut membantu isterinya itu.

Ajak orang ramai ke Konsert Malam Seribu Karya


Untuk masa akan datang, Mawi akan terikat dengan Konsert Malam Seribu Karya Rock Rohani anjuran Karya Hadani Sdn. Bhd. di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18 April ini, pukul 9 malam.

Menyentuh tentang konsert tersebut, Mawi yang akan berkongsi pentas dengan penaung Karya Hadani, Ustaz Harun Mat Saad, Razak Ahmad, Rahmad Mega, Yantzen, Sham Barongan, dan Ezam Akar.

Turut serta adalah empat lagi artis jemputan iaitu Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Nazrey Johani dan Amy Search.

Mawi berkata kebetulan yang ingin dinyanyikan olehnya iaitu Kian dan Allah Habeebi merupakan lagu pilihan Ustaz Harun semasa konsert itu nanti.

"Saya rasa lagu yang dipilih itu bersesuaian dengan konsep ketuhanan dan kerohanian tetapi lagu saya lebih kepada genre pop dan bukannya rock.

"Apabila melihat harga tiket iaitu RM60 hingga RM200, saya ingin sekali mengajak supaya orang ramai datang dan jangan terlalu fikirkan tentang mahal sebaliknya cuba untuk memahami mesej yang ingin disampaikan.

"Lagipun ada kalangan artis yang berpengalaman dalam konsert ini," tuturnya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 10:25 am

Wan Nor Azlin wanita ‘high-class’?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Az110
Azlin akui dia terbiasa hidup mewah selepas berkahwin dengan Yazli yang jenis ‘high society’. -foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ


BAHANA biasa hidup mewah, aktres Wan Nor Azlin meminta jumlah tuntutan nafkah yang agak tinggi kepada suaminya, Mohd. Yazli Yaacob ketika memberikan keterangan pertama semalam.

Jumlah keseluruhan nafkah untuk diri-sendiri dan anak-anaknya seperti dibacakan semalam mencecah RM22,000 setiap bulan.

Bagi nafkah diri sendiri sahaja, Azlin telah meminta sebanyak RM5,000 setiap bulan untuk kegunaan peribadi seperti pakaian, penampilan diri, mekap dan rawatan muka bayaran telefon bimbit, servis kereta Mercedes, minyak kereta dan tol, mengaji al-Quran oleh Ustazah yang datang mengajar di rumahnya.

Azlin akui dia terbiasa hidup mewah selepas berkahwin dengan Yazli yang jenis ‘high society’.

“Suami saya selalu membeli barang-barang mewah dan kami sendiri duduk di kawasan perumahan elit. Dia sudah manjakan kami dengan kehidupan begitu.

“Jadi, saya akan tuntut seperti apa yang dia telah berikan selama ini. Sama ada dia mampu atau tidak, dia perlu kemukakan kepada mahkamah.

“Dia tidak sepatutnya terus menghilangkan diri dan melaksanakan tugasnya sebagai suami. Selepas dia meninggalkan rumah, banyak perbelanjaan yang perlu saya bayar sendiri,” katanya.

Azlin bagaimanapun tidak kisah sekiranya Yazli tidak mampu untuk melunaskan jumlah yang dituntutnya itu tetapi sekurang-kurangnya bertanggungjawab dengan diri dan anak-anaknya.

“Kalau dia hanya mampu keluarkan RM100 pun saya terima,” luah ibu kepada tiga orang anak ini.

Mereka adalah Danial Luqman, 8, Danny Iskandar, 7, dan Dania Camelia, 4.

Jelas Azlin, dia masih mengharapkan ihsan Yazli walaupun sehingga kini belum menunjukkan respons untuk pulang ke sisinya dan anak-anak.

“Saya memang tiada pilihan lain kerana di mana lagi saya harus mengadu. Kalau ibu tunggal, memang banyak hak tetapi ibu tinggal seperti saya tiada hak untuk diberikan bantuan.

“Sampai bila dia mahu tinggalkan kami sedangkan saya masih isterinya,” tambah Azlin lagi.

Dia akur dengan setiap keputusan mahkamah walaupun tarikh keterangan kedua pada 2 Jun nanti dirasakan agak lama.

“Apa yang saya perlu lakukan. Perbelanjaan harian harus diteruskan. Saya rasa agak kecewa tetapi dalam masa yang sama perlu bersabar,” katanya.

Menyentuh tentang karier seninya, Azlin sedang menjalani pengambaran drama rantaian Cinta Dari Mukah untuk RTM1 dan baru selesai berlakon drama bersiri Comel yang disiarkan di TV3.

Walaupun bekerja, Azlin akui pendapatan yang dimilikinya itu tidak mampu untuk menampung kesemua perbelanjaan harian dan persekolahan anak-anaknya.

“Bayaran lakonan yang saya terima tidak menentu. Sudah tiga minggu saya tidak mempunyai job. Minggu depan baru ada. Kehidupan saya dan anak-anak ibarat kais pagi makan pagi,” jelas Azlin.

Semasa di mahkamah semalam, Azlin memberitahu Yazli ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya.

Mesejnya seolah-olah mahu Azlin memikirkan sendiri apabila meminta Yazli hadir ke mahkamah.

“Saya kecewa dengan responsnya tetapi bagaimanapun saya tetap mahu tahu keputusan mahkamah.

“Mungkin selepas ini saya akan fikirkan keputusan lain pula,” tutur Azlin yang enggan menjelaskan tentang keputusan tersebut.

Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya semalam tetap meneruskan perbicaraan kes tuntutan nafkah Wan Nor Azlin ke atas Yazli dengan mengambil keterangan sebelah pihak setelah Yazli gagal menghadirkan diri.

Azlin, 41, yang diwakili oleh peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan memberikan keterangan pertama pada hari ini di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad.

Keterangan Azlin disambung pada 2 Jun untuk tuntutan nafkah diri-sendiri manakala 24 Jun untuk tuntutan nafkah anak-anak.

Pada 28 Januari lalu, mahkamah tidak membenarkan Azlin mengeluarkan waran tangkap terhadap Yazli disebabkan dia gagal mengecam alamat tempat tinggal suaminya itu.

Pada 15 Disember lalu, Azlin yang pernah menerima ugutan ‘ah long’ enggan melakukan proses Sulh semula seperti yang diminta oleh suaminya sebaliknya dia ingin meneruskan perbicaraan mengenai kes tersebut.

Pada 12 Disember lalu, Yazli hadir ke mahkamah dengan mengemukakan surat permohonan tersebut.

Pada 18 November lalu, proses Sulh Azlin yang difailkan pada 29 Oktober lalu gagal dibicarakan kerana Yazli tidak hadir ke mahkamah.

Sehingga kini, Yazli belum pulang selepas meninggalkan rumah sejak 10 Julai lalu. Pertama kali Azlin dan anak-anaknya ditinggalkan ialah pada tahun 2001 selama 40 hari, manakala pada tahun 2005 selama dua tahun.

Sebelum ini, pada 30 Julai lalu, rumah Azlin telah disimbah cat merah kerana suaminya gagal membayar hutang ‘ah long’.

Pada 14 Ogos lalu, suaminya yang merupakan seorang peguam tampil pada satu sidang akhbar menjelaskan tentang kehilangannya.

Yazli menjelaskan punca dia menghilangkan diri kerana terlalu tertekan akibat diburu 31 ‘ah long’ selepas gagal membayar tunggakan hutang mencecah RM1 juta.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 10:30 am

Nabil menyinar, Siti bertahan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Thumbn10BARU setahun jagung dalam industri, tetapi Ahmad Nabil Ahmad, 26, yang dicungkil bakatnya menerusi program Raja Lawak musim kedua mencatat kejayaan besar pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 yang berlangsung gilang-gemilang di Arena of Stars, Genting Highlands malam kelmarin.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mainp137


Nabil bukan saja menang Artis Baru Lelaki Popular dan juga Pelakon Komedi Lelaki Popular malah anak muda dari Mambau, Negeri Sembilan ini mengalahkan nama besar dalam industri untuk Bintang Paling Popular sekali gus mengetepikan Raja SMS, Asmawi Ani atau Mawi yang mengunggulinya tiga tahun berturut-turut sejak 2005 dan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Bagi Nabil, anugerah itu cukup bermakna kerana ia pengitirafan paling besar dalam kerjayanya sebagai anak seni. Sepanjang pembabitannya, Nabil membintangi tujuh filem iaitu Sifu dan Tongga, Lu Pikirlah Sendiri The Movie, Kecoh Betul, Notti, Pisau Cukur, Momok The Movie dan Eee...Hantu.

Selain itu, dia juga menjadi pengacara dalam program Lu Pikirlah Sendiri dan gandingannya dengan Raja Azura dalam Ewah-Ewah.

"Saya sedar kejayaan ini mendadak sekali kerana dalam tempoh setahun saya dapat tiga trofi sekali gus.

Justeru, sama ada saya mampu mempertahankan trofi Bintang Paling Popular ini pada penganjuran akan datang, semuanya saya serahkan 100 peratus kepada peminat.

"Sebagai artis, saya hanya pastikan sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa saya lakukan," katanya.

Katanya, kejayaan itu khusus buat keluarga, teman istimewa, Irma Hasmie dan peminat yang menyokongnya.

"Ia menyuntik semangat kepada saya untuk bekerja lebih keras dalam memantapkan prestasi lakonan dan pengacaraan dari semasa ke semasa.

"Kejayaan itu tidak sekali-kali menjadikan saya lupa diri dengan populariti dikecapinya. Saya masih Nabil yang dulu. Saya juga tidak akan 'demand' atau menaikkan harga untuk tawaran mengacara atau berlakon semata-mata sebab sudah menang anugerah.

"Dalam krisis ekonomi sekarang, sebenarnya, saya masih boleh pertimbangkan dengan bayaran mengacara serendah RM1,000 atau RM2,000 dalam satu persembahan," katanya.

Mengenai perancangan masa depan, Nabil yang mengagumi pelawak 'stand up comedian' seperti Harith Iskander dan Afdlin Shauki berkata, dia bercita-cita menempa nama sebagai pelawak di peringkat antarabangsa.

"Jika Datuk Siti berjaya mengharumkan nama negara dalam bidang nyanyian di Royal Albert Hall, London pada 2005, saya juga bercita-cita mengharumkan nama negara sepertinya tetapi sebagai pelawak. Cuba bayangkan, orang asing yang tidak tahu bahasa dan budaya kita mendengar lawak jenaka saya.

"Selain itu, saya juga ingin mengembangkan cabang lakonan sedia dalam misi menjadi pelakon versatil pada masa depan. Malah, saya bercadang mengikuti kelas bahasa Inggeris untuk meningkatkan tahap penguasaan sedia ada," katanya.

Jika Nabil menyinar dalam tempoh setahun jagung, Siti yang meraikan ulang tahun ke-14 dalam dunia seni April ini, belum mampu digugat sesiapa untuk Penyanyi Wanita Popular.

Dalam majlis yang disiarkan secara langsung di TV3 jam 9 malam itu, penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang pada 11 Januari 1979 ini mempertahankan gelaran buat kali ke-12 sejak 1996.

Ternyata kontroversi dikaitkan dengan Siti dan status isteri tidak menggugat populariti pasangan kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini sampai sekarang.

Bagi Siti yang anggun dengan busana dari pereka terkenal, Iszal Ismail dan Rizman Ruzaini pada malam itu, dia mampu mempertahankan trofi itu sekian lama kerana kepercayaan peminat.

"Kejayaan ini kerana kerja keras peminat setia yang tidak pernah berbelah bagi menyokong kerjaya seni dari belakang. Sekalipun format pengundian ABPBH sudah berubah tahun ini, nampaknya peminat terutama ahli kelab peminat, CT Zone tetap setia mengundi saban tahun.

"Sebagai penyanyi, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk membaiki aspek persembahan dari semasa ke semasa untuk kepuasan diri dan peminat. Pada masa sama, saya pastikan peningkatan dari segi kualiti album yang dihasilkan saban tahun.

"Contohnya, bingkisan album terbaru, Lentera Timur mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat sejak menjengah pasaran dan fokus saya untuk mempromosikan album ini dengan lebih giat lagi dengan teknologi terkini sedia ada menerusi syarikat sendiri," katanya.

Siti juga sebak ketika menerima anugerah pada malam itu mengenangkan arwah bapanya, Tarudin Ismail yang meninggal dunia pada usia 67 tahun pada 15 Februari lalu.

Mengenai kejayaan Nabil yang mengungguli trofi Bintang Paling Popular ABPBH08, Siti berkata, Nabil berhak mendapat anugerah itu kerana kerja kerasnya sejak setahun lalu.

"Nabil banyak berlakon filem dan banyak buat program sejak tahun lalu. Saya juga menonton program lawak yang dikendalikannya dan menyukai lawak jenakanya," katanya.

Pada malam anugerah itu menyaksikan kejutan bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular kerana menyaksikan kemenangan berpihak pada pelakon Que Haidar apabila menewaskan sifunya dalam bidang lakonan, Rosyam Nor yang mengungguli gelaran itu selama tujuh kali sejak 1997. Mungkin tuah pengantin baru dan bakal bergelar ayah.

Bagi kategori Artis Komedi Wanita Popular, pelakon Norkhiriah berjaya mengambil alih trofi yang dipertahankan pelakon Sheila Rusly sejak 2003, tetapi tahun ini Sheila tidak masuk dalam senarai Top 5 sebaliknya menyaksikan saingan dengan Amyza Adnan, Sheila Mambo, Ruminah Sidek dan Kencaha Dewi.

Bagaimanapun, Norkhiriah yang memikat peminat melalui siri Pepaya, tidak hadir untuk menerima trofi dimenangi begitu juga Dynas yang menang Pelakon TV Wanita Popular untuk dua tahun berturut-turut.

Kategori lain tidak banyak berubah iaitu Mawi mempertahankan trofi Penyanyi Lelaki Popular buat kali keempat sejak 2005, Rosyam (Pelakon TV Lelaki Popular) sejak 2004, Aznil Nawawi (Pengacara TV Lelaki Popular) buat kali keenam sejak 2003 dan Fara Fauzana (Penyampai Radio Wanita Popular), (Pengacara TV Wanita Popular) dan Rabbani (Penyanyi Nasyid Popular) tujuh kali sejak 2001.

Kategori Pelakon Filem Wanita Popular pula menyaksikan kemenangan berpihak kepada Maya Karin yang pernah memenanginya pada 2005 manakala Faizal Ismail dua kali berturut-turut menang Penyampai Radio Lelaki Popular. Kategori lain, Artis Baru Wanita Popular (Stacy) dan Penyanyi Duo/Berkumpulan Popular (Meet Uncle Hussain).

Penyanyi Jamal Abdilah menerima anugerah khas, Anugerah Sepanjang Hayat kerana kecemerlangannya sebagai penyanyi sejak menjuarai Bintang RTM 1979.

Secara keseluruhannya, majlis dikendalikan dua pengacara popular, Sharifah Shahirah dan Adlin Aman Ramlie dengan tema Sentuhan Tenun itu menghiburkan. Antara yang menarik ialah persembahan Siti dengan lagu dari album Lentera Timur, Di Taman Teman.

Kumpulan Kristal berkolaborasi dengan artis Pop Yeh Yeh, Datuk A Rahman Hassan dengan lagu Tak mengapa, L Ramlie (Ayahku Kahwin Lagi) dan Datuk Jeffrydin (Kenanganku).

Selain itu, persembahan segmen khas untuk Jamal melalui Siti Sarah (Kekasih Awal dan Akhir), Diddy (Azura) dan Ayu OIAM (Perjalananku). Sarah dan Ayu juga berduet dengan Jamal menerusi Sandarkan Pada Kenangan (Sarah) dan Kehebatan Cinta (Ayu). Tidak ketinggalan, persembahan penutup Faizal Tahir dengan lagu Bencinta. Persembahan lain, Diva Anita Sarawak dengan lagu Akhirnya Kini Pasti, Stacy (Gagap), Aizat (Hanya Kau Yang Mampu), Farah Asykin (Hello) dan Hujan (Dugaanku).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 10:31 am

Artis raikan Sentuhan Tenun

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mainp138


JIKA sebelum ini Anugerah Bintang Popular Berita Harian mengetengahkan Batik Glam sebagai tema ABPBH07, kali ini Sentuhan Tenun yang melambangkan kehebatan budaya Melayu diangkat sebagai tema.

Atas dasar tanggungjawab memartabat dan mempopularkan kembali pemakaian kain tenun yang tercatat dalam sejarah sebagai persalinan golongan istana, Berita Harian selaku penganjur mengambil inisiatif mempopularkan kembali warisan ini. Untuk memeriahkan lagi tema ini, Fiesta Fesyen Kuala Lumpur (FFKL) turut diadakan menjelang ABPBH08.

Majlis yang berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands, Pahang, malam kelmarin menyaksikan artis dan selebriti popular bergaya hebat mengikut tema. Ia dipermudahkan lagi dengan bantuan pereka fesyen yang sudah dimaklumkan lebih awal mengenai tema tahun ini.

Antaranya Datuk Siti Nurhaliza nampak memukau dengan rekaan Riezman Ruzini, Maya Karin (Albert King), Sazzy Falak (Anizam Yusuf), Jaclyn Victor (Khairi Sufi), Atilia (Butik Puri Pesona) dan Iqram Dinzly (Michael Shu).

Maya yang merampas trofi anugerah Pelakon Filem Wanita Popular yang pernah dimenanginya pada 2005, mengatakan cukup teruja dengan keunikan rekaan yang dipilih kebanyakan selebriti wanita malam itu.

"Siapa kata songket dan tenunan tidak boleh dijadikan 'high fashion'. Pada malam ini, saya lihat busana yang diperagakan kebanyakan artis cukup menarik dan hebat," katanya.

Apa yang menarik, ada dalam kalangan selebriti yang tidak mendapat tajaan, namun membuat percubaan berani melalui hasil kreativiti sendiri.

Penampilan Zizie Ezette memperagakan busana rekaan Siti Nur Syuhada Shaharuni menarik perhatian juri terdiri daripada editor fesyen, sekali gus diiktiraf Pakaian Wanita Terbaik manakala perincian dan keunikan sentuhan Hatta Dolmat untuk kot panjang digayakan peserta One In A Million, Iz mengungguli Pakaian Terbaik Lelaki.

Pemenang, artis dan pereka fesyen berkongsi hadiah barangan kemas tajaan Rafflesia bernilai RM10,000.

Zizie berkata, dia hadir untuk menyempurnakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai penyampai yang diamanahkan penganjur. Selebihnya, mahu berseronok dan memberi sokongan kepada semua artis yang terbabit sama ada yang membuat persembahan, calon akhir mahupun pemenang.

"Justeru, saya sangat terkejut apabila diumumkan Pakaian Wanita Terbaik kerana saya lihat ramai selebriti yang hadir malam ini melaram sakan dan rekaan mereka hebat-hebat semuanya.

"Sebenarnya, ini kali pertama saya memakai baju Sya selepas diperkenalkan Bill Bora. Jika kebanyakan artis lebih tertumpu kepada pereka fesyen yang sudah ada nama, saya pula gemar mencuba rekaan pereka fesyen muda kerana bagi saya idea mereka lebih segar dan kreatif," katanya.

Rekaan untuk Zizie, Syuhada memilih biru tua kerana ia adalah warna sedang menjadi ikutan sekarang. Rekaannya juga tidak terlalu tradisional atau terlalu moden, tetapi mengekalkan ciri-ciri kemelayuan tenunan itu dengan rekaan sopan, tetapi praktikal.

Bagi Hatta, kejayaan seumpama ini bukan pertama diraihnya di ABPBH kerana sebelum ini gaun yang diperagakan Erra Fazira tiga tahun lalu muncul Pakaian Terbaik Wanita. Tahun lalu, Hatta menerima pengiktirafan cukup peribadi sepanjang pembabitannya dalam industri fesyen apabila dianugerahkan gelaran Pereka Fesyen Paling Popular menerusi pakaian diperagakan model dan pelakon muda, Julia Ziegler.

Kali ini Hatta lebih teruja kerana pertama kali hasil rekaannya untuk selebriti lelaki mendapat pengiktirafan di ABPBH.

"Orang sering menganggap fesyen untuk lelaki sangat terhad dan dapat kita lihat di majlis anugerah seperti ini kebanyakan selebriti lelaki tertumpu pada tuxedo mahu pun sut yang pada saya terlalu biasa.

"Disebabkan itu, tahun ini saya tampil kelainan dengan mengetengahkan konsep bercirikan antarabangsa, moden dan terkini iaitu kot 'trench' atau kot panjang. Kemudian digabungkan sedikit songket pada bahagian tertentu untuk menyerlahkan gaya si pemakai.

"Ditambah dengan perincian aksesori seperti manik dan batu untuk kelihatan 'blink blink'. Jika menggunakan songket sepenuhnya, ia tampak sarat dan terlalu tradisional," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 10:34 am

Soseh Soseh: Diana jual mahal?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 27499410


ANTARA mereka pernah wujud perasaan cinta. Maka tidak hairanlah walau pernah bersengketa sehingga membawa kepada perpisahan, rasa sayang tetap ada apabila kembali bertemu kekasih lama. Begitulah SS ibaratkan pasangan remaja yang pernah menjalinkan cinta, Syamsul Yusof dan Diana Danielle.

SS difahamkan, Diana yang kini mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Princess Haliza, Sepang, Selangor, turut hadir memeriahkan majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008) yang berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands, Ahad lalu.

Pelepasannya selama tiga hari bermula 11 April itu ehsan PLKN kerana menyedari Diana adalah calon akhir bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular yang turut menyaksikan empat lagi peserta, Abby Abadi, Fasha Sandha, Rita Rudaini dan Dynas yang muncul sebagai pemenang.

Hendak dijadikan cerita, ketika Diana berbual-bual dengan wartawan di belakang pentas Arena Of Stars, SS difahamkan Syamsul hanya memperhatikan dari jauh.

Namun, akhirnya Syamsul datang menyapa Diana. Mungkin rindu agaknya. Maklumlah, sejak perselisihan faham yang membawa pergaduhan besar hujung tahun lalu sehingga Diana mendakwa dicederakan lalu membuat laporan polis, sejak itu Syamsul tidak lagi menemuinya.

Justeru, di ABPBH2008 barangkali saat terbaik buat Syamsul melepaskan rindu atau kembali menjernihkan hubungan mereka yang sudah terlalu keruh.

SS difahamkan beberapa teman yang memerhati, Diana kurang selesa dengan tindakan bekas teman lelakinya itu menghampiri dan cuba mengajak berbual.

Dia sebenarnya bukanlah tidak sudi berbual dengan Syamsul, tetapi enggan orang salah faham dan isu kembali diperkatakan. SS dimaklumkan lagi, Diana tidak kisah menerima Syamsul sebagai kawan, tetapi untuk kembali seperti dulu mungkin tidak.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 10:38 am

Aweera, Tomok sama-sama setia

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Aweera10 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Tomok11


BERTENTANGAN karakter, namun berkongsi cita rasa hampir sama kerana kedua-duanya adalah peminat muzik rock. Bezanya, muzik pilihan Shah Indrawan Ismail, 24, atau Tomok, lebih terarah kepada pop rock sementara Nasharul Aweera Noriyissham (Aweera), 18, menjurus metal rock.

Pun begitu, di sebalik sedikit percanggahan itu, personaliti Tomok dan Aweera di luar gelanggang One In A Million (OIAM) sebenarnya tidak banyak beza. Sama-sama memiliki perwatakan sopan dan boleh dikategorikan sebagai mamat 'cool'.

Lebih daripada itu, kedua-dua pemuda ini sebenarnyaberkongsi misi sama dalam memburu kemenangan menerusi program popular terbitan TV8 ini. Perjuangan mereka bukan untuk kepentingan sendiri sebaliknya membawa bersama semangat berkumpulan.

Tomok berkata, pembabitannya dalam OIAM bukan bermakna dia meninjau peluang bergerak solo sebaliknya 'platform' ini digunakan untuk kebaikan New Boyz sendiri.

"Sudah 10 tahun saya bersama New Boyz, banyak kenangan pahit dan manis kami lalui bersama. Melaluinya saya membesar, mengenal keindahan muzik dan selagi mampu bertahan, saya akan cuba pertahankannya. Apatah lagi, barisan pemuzik New Boyz yang ada sekarang adalah terbaik.

"Andai suatu hari nanti saya muncul dengan album solo sekalipun, itu tidak bermakna NB dilupakan. Bagi saya, album projek khas yang diperkenalkan ramai artis berkumpulan antarabangsa dan Indonesia bukan lagi fenomena baru," katanya.

Tomok berkata, seiring kematangan dan peningkatan usia, anggota New Boyz sepakat menggunakan jenama NB sebagai nama kumpulan. Katanya, sebelum menyertai OIAM, dia sempat menyiapkan dua single bersama NB iaitu Kau Pergi dan Terima Kasih Hero.

Menceritakan pengalaman yang ditimba melalui OIAM, jelas ia satu langkah yang bijak kerana melalui platform yang disediakan Tomok dapat menonjolkan bakatnya sebagai pemuzik yang sebelum ini tidak disedari sesetengah pihak.

"Rancang masuk OIAM sejak musim kedua lagi, tetapi masa itu saya masih ada kontrak dengan SRC Records. Sekarang ini New Boyz sudah bebas sepenuhnya daripada syarikat rakaman, jadi senang untuk bergerak.

"Berbeza dengan NB, OIAM memberi saya ruang dan peluang menonjolkan kelebihan dan kemampuan yang ada. Bersama NB, bukan kami sengaja membataskan idea cuma apabila terikat dengan syarikat rakaman bermakna artis tidak bebas membuat keputusan.

"Di OIAM, saya tumpukan pada persembahan. Apa yang menarik mengenai program ini peserta terpaksa harus menghadapi cabaran menjadikan sesebuah lagu seperti lagu sendiri.

"Di sini, menunjukkan kewibawaan peserta serta daya kreativiti mereka dalam penyusunan dan komposisi lagu. Dari segi vokal juga banyak berubah. Kalau sebelum ini nyanyi main belasah, sekarang lebih lancar.

"Kalau hendak dibandingkan dengan dulu, imej saya sekarang sudah lain. Dulu mana ada pakai celak macam ni. Yang penting, saya mahu penonton tahu saya bukan lagi anak-anak kecil sebagaimana mereka kenali dulu," katanya.

Akuinya, perjuangan dalam industri muzik adalah serius bahkan lega kerana mutakhir ini sering menerima maklum balas positif daripada penonton yang seakan menghargai usahanya.

Mengenai pembabitan kakaknya, Ismaliza Ismail (Isma), 30, dalam program realiti Akdemi Fantasia 7 (AF7), yang sedang berlangsung kini, Tomok berkata, kakaknya sememangnya layak berada di situ.

"Saya sebenarnya ajak dia masuk OIAM sebab tahu dia ada bakat cuma tidak pernah ada peluang ketengahkan diri. Tapi, katanya, dia malu. Jadi, terkejut jugalah apabila dapat tahu kakak mengikuti uji bakat AF7.

"Dia maklumkan kepada saya yang dia lulus semua peringkat ujian dan akhirnya dipilih antara 20 peserta terbaik. Sejak itu kami tidak dapat berhubung sampailah sekarang," katanya.

Sama seperti Tomok, Aweera juga mahu meneruskan perjuangannya bersama kumpulan Metronome selepas tamat program ini selain muncul dengan album solo.

"Album solo bersifat lebih peribadi daripada seseorang artis manakala album berkumpulan menghimpunkan idea pelbagai pihak. Jika diberi peluang, saya mahu mencuba kedua-duanya.

"Jujur saya katakan, saya lebih suka membuat persembahan di atas pentas secara berkumpulan kerana ia memberi satu kepuasan yang sukar digambarkan," katanya.

Mula mengasah bakat menyanyi seawal usia 12 tahun, peserta berasal dari Utara negara ini menjadikan Awie dari kumpulan Wings sebagai ikonnya.

Mahu mencipta fenomena sebagai penyanyi lelaki memiliki nada suara paling tinggi, Aweera, mempelajari teknik nyanyian tanpa sebarang pendidikan formal sebaliknya usaha keras selama enam tahun.

"Enam tahun saya berlatih untuk mendapatkan suara seperti hari ini. Saya berjoging sejauh 11 kilometer seminggu sekali untuk mengumpul stamina.

"Ramai orang tidak faham kenapa saya mahu menjadi penyanyi memiliki nada suara paling tinggi. Sebenarnya saya berasakan ia satu kelebihan selain mahu cipta sesuatu yang baru dalam industri nyanyian.

"Terpulang pada orang jika mereka yang anggap saya mengarut tetapi, pada saya ia adalah satu kepuasan," katanya.

Pernah memenangi beberapa pertandingan peringkat negeri dan daerah, anak ketiga daripada empat beradik ini bertuah kerana minatnya mendapat sokongan padu keluarga.

"Keluargalah yang banyak memberi sokongan. Saya tidak pernah terfikir pun untuk menyertai OIAM tetapi kerana desakan merekalah saya mencuba," katanya.

Mengakui setiap peserta adalah pesaing apatah lagi kesemua yang masih kekal mempunyai ciri khas tersendiri dan kekuatan masing-masing.

"Semua orang pasti ingin menang begitu juga saya. Jika nasib tidak menyebelahi sekalipun, pengalaman yang ditimba melalui program ini sudah cukup besar ertinya.

"Di sini juga persahabatan terjalin dan peserta lelaki khususnya sudah seperti adik-beradik ," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 11:25 am

Berkat penantian 10 tahun

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mainp139


JIKA sudah jodoh, cepat atau lambat pasti bersatu. Itulah ketentuan Ilahi bagi pasangan pelakon dan penyanyi, Arni Nazira Anuar, 31, yang mendirikan rumah tangga dengan bekas kekasihnya, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar, 32.

Perkenalan mereka di sekolah menengah yang membuahkan bibit cinta, pernah terputus apabila Arni berkahwin dengan vokalis kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman pada 10 Disember 1998 dan dikurniakan dua anak perempuan, Puteri Aleeya Antasha, 9, serta Puteri Aleefa Antasha, 6.

Sejak itu masing-masing membawa haluan sendiri dan Wan Mohd Hazrie pernah bercinta dengan gadis pilihannya. Dari situ, dia hanya mengikuti perkembangan Arni dari jauh sebagai artis.

Apabila rumah tangga Arni dan Awie berakhir dengan perceraian pada 16 Oktober 2006, ini memudahkan mereka menyambung kembali cinta yang terputus di tengah jalan.

Nyata tiada siapa dapat menyangkal takdir Ilahi apabila hubungan mereka bertaut kembali sehingga disatukan ke jenjang pelamin selepas lebih 10 tahun berpisah dan hanya tiga tahun selepas Arni menjanda. Dengan sekali lafaz, Arni sah menjadi milik Wan Mohd Hazrie.

Pasangan berkenaan dinikahkan Jurunikah Mukim Bukit Besar, Ahmad Awang dengan mas kahwin RM100 dan hantaran RM7,777.77 di Masjid Abidin atau lebih dikenali Masjid Putih, Kuala Terengganu, Terengganu jam 3.40 petang Jumaat lalu. Pihak lelaki menyediakan sembilan dulang hantaran dan dibalas dengan jumlah sama oleh pihak perempuan.

Arni yang kelihatan anggun berbusana rona putih sedondon dengan suaminya, menitiskan air mata kegembiraan selepas akad nikah, manakala Wan Mohd Hazrie menunaikan solat kesyukuran.

Kata Arni, walaupun gementar pada mulanya, dia bersyukur kerana majlis berjalan lancar dan kedua-dua belah keluarga merestui perkahwinan mereka.

"Aleeya dan Aleefa juga menerima baik serta menyukai suami baru saya ini dan akan memanggilnya sebagai papa.

"Kami kenal sejak menuntut di sekolah menengah lagi, tetapi berpisah agak lama sebelum bertemu semula secara kebetulan.

"Saya memilih Hazrie sebagai suami kerana dia seorang yang bertanggungjawab, beriman dan mengambil berat terhadap saya dan keluarga," katanya.

Mengenai kariernya selepas ini, Arni yang popular dengan lagu Cinta Antara Benua dan pernah berlakon filem Bara dan Nafas Cinta berkata, ia bergantung kepada keadaan serta perbincangan bersama suami selepas mereka menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

Sekiranya keadaan memerlukannya berehat dari dunia seni, dia akur dengan keputusan itu. Kata anak kelahiran Kuantan, Pahang pada 12 Julai 1978, dia dan suami belum memutuskan perkara itu.

Malah katanya, mereka juga belum sempat merancang untuk berbulan madu ke mana-mana destinasi kerana terlalu sibuk dengan persiapan perkahwinan.

Sementara itu, Wan Mohd Hazrie yang juga ahli perniagaan berkata, walaupun mereka pernah 'bercinta' dan putus di tengah jalan, dia mengambil masa hampir dua tahun untuk berfikir menyambung kembali hubungan secara serius.

Katanya, mereka mula kenal sejak 1992 sebagai rakan sekolah sebelum cinta berputik. Sejak Arni berkahwin, mereka membawa hal masing-masing. Tetapi dalam masa sama, Wan Mohd Hazrie ada mendengar suara nakal mengatakan dia masih menunggu Arni dan setia dengan cintanya itu, walhal dia sudah mempunyai teman wanita.

Malah ketika Arni berdepan kontroversi mengenai kes penjagaan anak selepas Awie berkahwin dengan pasangan baru, Rozana Misbun, Wan Mohd Hazrie sentiasa menjadi pendamping setia memberi dorongan dan semangat.

Cinta mereka diikat dengan pertunangan yang diadakan secara sederhana dihadiri saudara terdekat pada Januari lalu manakala tarikh 10 April dipilih untuk pernikahan diikuti persandingan mereka pada 11 dan 12 April.

"Apa yang penting, restu serta sokongan kedua-dua belah keluarga memberi harapan dan hikmah kepada saya. Saya terima Arni sebagai jodoh kerana dia seorang yang lemah-lembut, senang berkira dan serasi.

"Saya tidak kisah dan tiada masalah dengan status Arni sebagai artis dan mempunyai dua anak. Saya akan menjaga mereka seperti keluarga sendiri," katanya.

Mengenai karier Arni selepas ini, Wan Mohd Hazrie agak keberatan untuk membenarkan isterinya itu aktif dalam bidang lakonan dan nyanyian. Tetapi katanya, sekiranya perkara dilakukan Arni tidak bertentangan dengan hukum syarak, dia boleh meneruskannya seperti menjadi model pakaian Islamik.

Sebagai meraikan kedua mempelai, keluarga Arni mengadakan majlis ringkas di kediamannya di Kampung Bukit Depu, sejurus selesai akad nikah untuk keluarga terdekat.

Persandingan pihak lelaki diadakan di Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu kelmarin manakala majlis persandingan pihak perempuan untuk tetamu luar diadakan di Anjung Pantai, Seberang Takir, semalam.

Untuk persandingan sebelah lelaki, pasangan ini memilih warna ungu manakala majlis di sebelah perempuan dengan konsep dalam taman dengan pelamin kayu yang unik. Ia dihadiri lebih 1,600 tetamu terdiri daripada sanak-saudara dan sahabat-handai.

Sementara itu, ibu pengantin lelaki, Nor Hayati Mansor, 54, berkata, dia sudah lama mengenali ibu Arni, Noraini Nong, 55, dan sering berkunjung ke rumahnya sebelum ini.

"Saya bersyukur sangat Wan Mohd Hazrie bertemu jodoh dengan Arni yang memang sudah kami kenal dan datang dari keluarga baik-baik.

"Saya harap biarlah jodoh mereka berpanjangan hingga ke akhir hayat dan cepat mendapat zuriat. Kami sekeluarga amat mengalu-alukan kehadiran menantu sulung dan menganggap kedua anak Arni sebagai cucu sendiri," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 11:26 am

Soseh Soseh: Amy Mastura kini komposer

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Amy13


SS tumpang bangga apabila mendengar cerita, Amy Mastura kini sudah bergelar komposer dan dia mencipta hampir setengah daripada lagu yang dimuatkan dalam album terbarunya, Happy. Album itu bakal dipasarkan syarikat rakamannya, Sony BMG Music pertengahan tahun ini.
Perkembangan ini bagi SS cukup membanggakan kerana Amy yang mula bergelar penyanyi pada 1993 kini sudah mengorak langkah apabila mampu mencipta lagu sendiri selepas 16 tahun bergelar artis rakaman.

Menarik apabila Amy sendiri memberitahu rakan sekerja SS, Happy dapat disudahkan dalam masa singkat berbanding album yang pernah dihasilkan sebelum ini. Sebabnya, Amy tahu apa yang dimahukan.

SS sendiri sebenarnya sentiasa mengikuti perkembangan kerjaya Amy yang turut aktif berlakon dan mengacarakan Apa-Apa Aje.

Percubaan pertamanya mencipta lagu dalam album terdahulu, Puteri menggunakan judul sama menjadi titik permulaan. Menerusi album Lebih Baik, Amy bekerjasama dengan Anuar Zain dan Hazami menghasilkan lagu popular Cinta.

Daripada cerita teman, SS dimaklumkan, sepanjang proses penerbitan album terbarunya ini, dia berpeluang kembali bekerja dengan rakan lama yang banyak menyumbang kepada kejayaannya sebagai penyanyi sebelum ini.

Untuk Happy, Amy bekerjasama dengan Gan Boon Hoe yang banyak menyusun semula lagu dihasilkan. Untuk menghasilkan kulit muka album, dia turut mendapatkan khidmat Amri Ginang sementara pengarah filem kesayangannya, Aziz M Osman menghasilkan klip video.

Ibaratnya, Happy menjadi album menyatukan semula mereka yang pernah bekerja dengan penyanyi berasal dari Ipoh, Perak ini.

SS tidak sabar hendak mendengar karya terbaru dihasilkan Amy dan sekurang-kurangnya apabila penyanyi sendiri mencipta lagu didendangkan, royalti muat turun daripada telefon bimbit akan diterima mereka sendiri.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 11:29 am

Buku baru Scha

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Scha11


AKUI Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir atau Scha, dia penat dikaitkan dengan Fahrin Ahmad. Pintanya, sebagai orang baru dalam dunia seni, beri dia ruang untuk membina nama atas kekuatan diri sendiri.

“Serik rasanya apabila media sering memaparkan cerita kononnya saya bercinta bersama Fahrin. Buat masa ini kami masih berkawan. Lagipun, saya tidak mahu nanti orang kata saya menumpang atas populariti aktor itu.

“Apabila nama saya selalu dikaitkan dengan Fahrin, sedikit sebanyak ia boleh mempengaruhi impak yang saya terima. Takut nanti, orang kenal saya berdasarkan Fahrin dan bukan kerana bakat sendiri. Saya harap selepas ini tiada lagi cerita mengaitkan kami,” katanya.

Hampir tiga tahun dalam dunia seni, Scha mengakui baru kini dia dikenali ramai. Namun, gadis ini tidak menolak kontroversinya turut mempengaruhi popularitinya.

“Sejak dikaitkan dengan Fahrin, saya sedar saya semakin dikenali ramai. Itu yang saya takutkan. Saya tidak mahu dikatakan menumpang populariti orang lain.

“Namun apa yang saya mampu lakukan, lebih-lebih lagi cerita begini sememangnya menjadi buruan media. Cuma selepas ini, saya mohon tumpuan lebih diberi kepada kerjaya. Saya harap, buku lama ditutup dan kita buka pula yang baru,” katanya.

Menyedari kerjaya seninya baru bermula, pelakon dan pengacara berusia 26 tahun ini sedar masih banyak yang perlu dipelajari. Selain dunia lakonan, karier yang dibina menerusi pengacaraan harus dititikberatkan.

“Sejak dulu saya menyimpan angan-angan untuk bergelar pengacara. Alhamdulillah, hajat itu akhirnya tercapai apabila saya berpeluang mengacarakan program Sehati Sejiwa dan Chop!.

“Menariknya, sebagai orang baru, saya berpeluang mengacarakan dua program ini yang disiarkan secara langsung. Walaupun sukar, saya yakin saya boleh melakukannya.

“Begitupun, masih banyak perlu saya pelajari mengenai bidang ini. Dunia pengacaraan terlalu luas, malah banyak perkara boleh saya pelajari daripada kerjaya ini,” katanya yang mengimpikan program sendiri satu hari nanti.

Scha turut mengakui kaget apabila berdepan kamera sebagai pengacara. Tanpa pengalaman, dia perlu petah berbicara dan pantas membuat keputusan. Bagaimanapun, mengenali pelakon ini, secara peribadi orangnya tidak banyak berbicara.

“Jika bersama rakan, saya tidak banyak bercakap. Kalau mahu disamakan karektor di depan kamera dan di luar, saya orang berbeza.

“Sebenarnya persiapan untuk mengendalikan rancangan Sehati Sejiwa ini dibuat pada saat akhir. Mulanya, saya kurang yakin dengan kebolehan sendiri. Namun kerana mahu mencuba, saya tekadkan niat dan fokus kepada apa yang saya lakukan.

“Lagipun, dua program ini diadakan secara langsung. Pada saya, hanya mereka yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun mampu melaksanakan tugasan seperti itu,” katanya.

Tambah bekas pramugari ini, dia selesa mengacarakan dua program berkenaan, lebih-lebih lagi pihak penerbit mahukan program berkenaan berkonsepkan ‘gila-gila’.

“Secara peribadi, saya memang ‘gila-gila’. Jadi, mengacarakan program ini tidak memberi masalah kepada saya. Sekurang-kurangnya, saya tidak perlu menjadi orang lain.

“Namun, saya tidak mahu kedua-dua program ini disamakan. Selaku pengacara, saya mahu membina identiti sendiri supaya penonton dapat melihat perbezaannya dengan jelas,” katanya.

Menyentuh soal lakonan pula, Scha bakal menjayakan Awan Dania musim kedua tidak lama lagi. Selain itu, dia kini sibuk dengan pembikinan filem KL Drift 2.

“Watak saya dalam Awan Dania kekal seperti musim pertama dulu iaitu Dania. Begitupun, jalan ceritanya diubah sedikit untuk menambah tarikan dan perbezaan daripada musim terdahulu.

“Bercerita mengenai KL Drift 2 pula, saya sebagai pemandu wanita. Memandu kereta yang diubah suai dengan laju menjadi cabaran besar buat saya. Lagipun kereta yang dipandu itu bukan seperti kereta biasa, tetapi bahagian itu yang paling menyeronokkan,” katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 11:33 am

Azwan cari tapak

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Azwan13


SEJAK berhijrah ke Kuala Lumpur, perjalanan ditempuhi Azwan Kombos sungguh sukar. Kedatangannya ke kota besar ini untuk mencari sesuap rezeki, tetapi onak duri yang perlu ditempuhi bagai meragut kekuatan hatinya.

Akuinya, sejak dulu lagi dia mahu bergelar pelakon. Perasaan ingin muncul di kaca TV memegang pelbagai watak menjadi impian buatnya.

Begitupun, kerana tidak tahu bagaimana mahu menempatkan diri dalam dunia lakonan membuatkan jejaka ini melupakan hasrat itu.

Katanya yang selesa disapa Azwan, semua itu lumrah anak rantau sepertinya. Namun, atas berkat usaha sendiri, anak jati Sabah ini berjaya menempatkan dirinya dalam dunia lakonan.

“Mulanya, saya melakukan pelbagai jenis kerja sejak datang ke Kuala Lumpur. Satu demi satu pekerjaan saya cuba untuk meneruskan hidup di negeri orang. Akhirnya, baru saya tahu ada syarikat mencari dan menguruskan bakat baru lalu mencubanya.

“Alhamdulillah, tidak lama selepas itu saya berpeluang memegang watak pembantu dalam telefilem Anak Merdeka arahan Feroz Khadir. Dari situ saya mula menimba pelbagai pengalaman baru dan berusaha untuk terus mengembangkan bakat.

“Lagipun, sebelum ini saya sememangnya bercita-cita mahu bergelar pelakon. Bukan kerana mahu mengejar populariti dan glamor, sebaliknya ia menjadi keghairahan utama saya. Ketika berlakon saya puas dengan apa yang saya lakukan, walaupun saya sedar masih banyak perlu saya pelajari,” katanya.

Selepas Anak Merdeka, aktor berusia 24 tahun ini mula mendapat perhatian pengarah tempatan.

“Selain telefilem berkenaan, saya berlakon dalam drama Julia Juli dan Kekasihku Seru. Kemudian, baru saya berpeluang memegang watak sampingan dalam filem Lu Fikirlah Sendiri The Movie dan terbaru, Belukar.

“Alhamdulillah, walaupun watak digalas bukan antara watak utama, semua itu memberi pengalaman kepada saya. Banyak yang saya peroleh apabila mengikuti produksi yang berlainan. Terima kasih kepada semua kerana memberi saya peluang,” katanya.

Menyentuh mengenai filem terbarunya, Azwan menjelaskan, watak Arip yang diamanahkan kepadanya memang mencabar. Tambah aktor ini, watak sebagai lelaki yang berpakat bersama Eva (Daphne Iking) untuk menipu pelbagai syarikat insurans adalah di luar zon selesanya.

“Selama ini saya diberi watak pelajar kolej dan remaja. Kali ini, filem pertama arahan Jason Chong betul-betul menguji kredibiliti saya.

“Tidak dinafikan, sebagai orang baru, watak itu memang sukar. Namun terima kasih kepada Jason dan Danny (penerbit) kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.

“Selepas apa yang dilalui bersama mereka, kini saya bersedia untuk apa jua watak. Selaku pelakon baru, saya tidak mahu memilih kerana segala-galanya akan menjadi pengalaman buat saya,” katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 11:50 am

Bukan hina jongang

SELALU sangat diberi watak air mata kecewa cinta sehingga nama Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar (Sheera) bagaikan sinonim sebagai pelakon kategori sedemikian.
Bagaimanapun, dia cepat mencantas daripada gelaran itu terus melekat melalui beberapa drama yang menampilkan kelainannya, termasuk telefilem Halimah Jongang, Cucuk Sanggul Selendang Rubiah dan Si Capik.

Sekali imbas, mungkin ramai tidak mengenali gadis bergigi jongang di halaman Selebriti ini, tetapi itu yang membuatkan Sheera gembira. Malah, katanya, ketika di lokasi luar Halimah Jongang, orang ramai yang menyaksikan penggambaran produksi ini tidak mengenalinya.

“Ini yang saya suka sebab karakternya lain daripada yang pernah saya buat. Mulanya sukar untuk bercakap sebab tak biasa. Saya diberi gigi itu sehari sebelum penggambaran dan sepanjang masa ke lokasi, saya akan pakai sebab nak biasakan.

“Memang tak selesa, rasa nak muntah pun ada, tetapi saya anggap ia cabaran. Ketika bawa kereta ke lokasi pun saya pakai dan menyanyi serta bercakap seorang diri untuk biasakan.

“Hari ketiga sudah OK. Saya boleh bercakap, cuma kena berhati-hati sebab takut tergigit. Kalau orang pakai gigi palsu, ia dilekatkan pada gusi. Sedangkan saya terpaksa berlapis dua,” katanya yang mengakui gusinya sakit selepas menanggalkan gigi palsu itu.

Telefilem berkonsepkan muzikal cinta terbitan A Aida Production dan arahan Malek Rahman ini bakal ditayangkan di Astro Prima pada Mei depan.

Menurut A Aida, penerbitan Halimah Jongang bukan berniat untuk menghina, tetapi mereka sebahagian daripada masyarakat kita juga.

“Jangan salah sangka, tetapi mesej yang cuba saya selitkan di sini, jangan memandang hina atau mentertawakan manusia bergigi jongang kerana mereka juga makhluk Tuhan. Lagipun, setiap kejadian-Nya mempunyai keistimewaan sendiri seperti yang saya tampilkan melalui drama ini.

“Di akhir cerita, Halimah berubah menjadi lebih cantik, tetapi kita kena tahu nilai kecantikan sebenar,” kata A Aida yang turut aktif menjalani bisnes e-dagang bersama ND Lala.

Halimah Jongang yang ditulis bersama A Aida dan Zaini Kosnin berkisar kepada Halimah yang bercuti di kampung atuknya dan jatuh cinta dengan Ali (lakonan Johan Raja Lawak) tetapi pemuda itu menggilai Esah (Julia Ziegler).

Drama yang dimantapkan lagi dengan lagu tema ciptaan Eddie Hamid itu mula menjadi konflik apabila Ali tidak disukai ibu Esah kerana Ali orang tak berduit. Ali menggadai tanah ibunya dan mengusahakan ternakan kambing sehingga berjaya.

“Selepas kaya, baru Ali diterima dan Halimah yang mengajar Ali mengenai bisnes kambing itu kecewa apabila Ali memilih Esah. Ali tidak sedar yang Esah hanya mahukan kekayaannya.

“Selepas setahun, Halimah kembali ke kampung itu dengan berpenampilan cantik dan Ali kembali tergila-gilakan Halimah.

“Drama ini diinspirasikan daripada Ugly Betty, tetapi dengan sentuhan tempatan,” katanya yang turut mengajak surirumah menyertai e-dagang dengan menghubunginya di 012-2280166.

Sementara itu, Sheera menyatakan keseronokannya berganda kerana Halimah Jongang mempertemukannya dengan pelawak berpengalaman, Os buat pertama kali di layar. Dia akui, Os yang memegang watak sebagai atuknya banyak mengajar selok belok lakonan.

“Alhamdulillah, rezeki semakin banyak dan yang bagusnya, banyak pula diberi karakter luar biasa, termasuk sebagai gadis terencat akal dalam Cucuk Sanggul Selendang Rubiah. Seronok jadi orang lain,” katanya yang akan menyambut usia ke-24 pada 18 April ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 3:24 pm

Bukan lagi anak manja

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mainp140


BEBERAPA jam meninggalkan Kem Princess Haliza, Sepang, yang menjadi lokasi menjalani kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), pelakon muda berbakat besar Diana Danielle, 18, mulai rindu suasana meriah dikelilingi rakan sebaya.

Sebagai anak tunggal, suasana sebegitu hanya dapat dirasai tatkala dia ke sekolah, selebihnya jika tidak menjalani penggambaran drama atau filem, dia dan ibunya akan meluangkan masa di rumah.

"Saya mula merindui kawan-kawan di kem. Mana tidaknya, setiap malam sebelum tidur kami akan berbual-bual berkongsi pengalaman.

"Hari pertama pulang ke rumah saya rasa sunyi. Tetapi yang seronoknya, dapat berbual dengan mama dan menceritakan pengalaman menarik yang saya lalui.

"Sebenarnya saya tidak pernah sangka dapat berjauhan dengan ibu dalam tempoh yang lama sebabnya dari kecil tidak pernah berpisah dengannya," katanya.

Diana yang muncul sebagai artis undangan sempena majlis eksklusif Lord's Tailor bersama 10 selebriti lelaki juga calon akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008), yang diadakan di Olive, Hotel Genting, Ahad lalu, masih dalam tempoh kursus PLKN.

Bagaimanapun, atas permintaan penganjur, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memberikan kebenaran pelepasan selama tiga hari bermula 11 hingga 13 April kepada Diana untuk persediaan menghadiri Anugerah ABPBH 2008 yang dilangsungkan di Arena Of Stars, Genting Highlands, Ahad lalu.

Apatah lagi, dia tercalon sebagai finalis Pelakon TV Wanita Popular bersaing dengan Abby Abadi, Rita Rudaini, Fasha Sandha dan Dynas yang muncul sebagai pemenang bagi kategori berkenaan.

Rancak berkongsi pengalamannya sebagai Timbalan Penghuluwati, Diana berkata, dia memikul tugas berat di mana harus memastikan setiap pelatih mengikuti arahan yang ditetapkan.

"Pada awalnya tidak mudah kerana ada antara pelajar yang cuba menguji kesabaran saya. Tetapi lama kelamaan semuanya berada dalam keadaan terkawal. Mereka mula memberikan kerjasama dan menghormati tugas saya.

"Tidak seperti mula-mula dulu, saya kini diterima seperti kebanyakan pelajar lain. Minggu pertama, jika ada yang menyapa saya untuk bergambar, sekarang tidak lagi. Saya tidak rasa seperti selebriti dan mampu menjalani tugas serta aktiviti dengan tenang.

"Sebulan mengikuti PLKN membentuk saya menjadi invididu yang berdisiplin. Dulu, bukan tidak berdisiplin tetapi sekarang tambah berdisiplin.

"Seawal jam lima pagi saya sudah bangun dan mengejutkan rakan-rakan. Selepas mandi, kami akan bersolat.

"Tidak kira yang beragama Islam mahupun bukan Islam semuanya akan bangun awal.

"Jam 6.20 pagi kami akan ke padang kawad untuk bersenam dan berkawad. Aktiviti di sana langsung tidak membosankan, baru-baru ini misalnya ada perlawanan antara divisi. Kemeriahannya sama saja seperti di sekolah, cuma bezanya tidak pulang ke rumah atau erti kata lain ibarat tinggal di asrama penuh," katanya.

Ditanya, selain menjadi perhatian di kalangan pelajar lelaki, mungkinkah jurulatih juga mengusiknya dengan selamba Diana menjawab, dia yang selalu mengusik mereka.

Berhubung pembikinan album dan tawaran lakonan, Diana memaklumkan, berkemungkinan besar sebuah filem bakal dijayakan pada September.

"Pembikinan album pula, buat masa ini terpaksa ditunda dulu kerana tidak mahu buat kerja separuh jalan. Selepas tamat kursus PLKN nanti, barulah saya memikirkannya," katanya.

Sementara itu, Norsiah Ramli, 45, mengakui berbangga dengan pencapaian Diana dan akuinya daripada seorang anak manja, Diana kini menjadi gadis yang cukup berdikari sejak mengikuti PLKN.

"Banyak perubahan yang saya lihat. Selain lebih matang, dia sekarang semakin berdikari. Dulu, kalau selepas makan dia biarkan pinggan di atas meja tapi sekarang, dia akan angkat ke dapur dan membasuhnya.

"Dia begitu bukan kerana manja, tetapi sejak dari kecil sudah dilatih sebegitu kerana kami ada pembantu rumah yang akan mengemas selepas makan.

"Tetapi saya perasaan sejak pulang, dia tidak lagi membiarkan pembantu rumah mengangkat pinggannya. Oleh kerana dia hanya mendapat pelepasan selama tiga hari, tidak banyaklah kerja yang dapat dilakukan.

"Saya pun faham dia mungkin kepenatan dengan aktiviti PLKN yang padat termasuk persediaan untuk ABPBH2008. Pun begitu, nampaknya dia gembira berada di sana.

"Banyak benda baru yang dilalui dan dipelajari. Semua itu tidak pernah terjangkau di fikiran saya, apatah lagi mempercayai dia berjaya mengatasi segala rintangan. Maklumlah, dia kan anak manja," katanya.

Norsiah menambah lagi, jika dulu Diana cukup cerewet terutama dalam bab pemakanan kerana hanya makan daging dan ayam, namun sejak mengikuti kursus berkenaan, dia mula mengambil hidangan protein yang lain seperti ikan dan makanan laut.

"Tengoklah badan dia, semakin berisi. Ingatkan tidak lalu makan rindukan kita, rupanya bertambah seronok di sana," seloroh ibunya.

Profil

Nama penuh: Diana Danielle Danny Beeson

Panggilan: Diana

Tarikh lahir: 22 November 1991

Zodiak: Sagitarius

Asal: Dilahirkan di Houston, Amerika Syarikat, namun dibesarkan di Kuala Lumpur sejak berumur dua tahun

Keluarga: Anak tunggal

Komersial: Lampin Merries (ketika berusia sembilan bulan), Milo, Telekom Malaysia (TM), Hazeline Snow dan Fair & Lovely

Antara Drama: Air Mata Maria, Janji Diana, Gol & Gincu The Series dan Farah Syakirah.

Filem: Idola (ketika berusia sembilan tahun), Evolusi KL Drift, Malaikat Maut, Bohsia (belum tayang) dan Setem (belum tayang).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 3:27 pm

Interaksi: 'Peminat adalah majikan saya'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mainp141


TANGGAL 12 April lalu, melakar sejarah manis buat Raja Pop unggul tanah air, Jamal Abdillah kerana menerima pengiktirafan tertinggi dalam sejarah kerjaya seninya apabila diangkat penerima Anugerah Sepanjang Hayat, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 edisi ke-22 sebagai menghargai jasa dan sumbangannya sebagai anak seni sejak 30 tahun lalu.
Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, dilahirkan pada 7 Mei 1959 di Teluk Intan, Perak.

Bakat besar Jamal mula digilap selepas menjuarai Bintang RTM 1979. Namanya mula mendapat tempat di hati peminat selepas kejayaan album sulungnya, Perpisahan Tanpa Relamu yang dihasilkan pada 1980 bersama syarikat rakaman Warner Music.

Sepanjang bersama syarikat rakaman itu, Jamal sudah menghasilkan 19 album dan semua album yang dihasilkan juga tidak pernah gagal di pasaran.

Antara album dihasilkan ialah Derita Cinta (1981), Hatiku Luka Kembali (1982), Layang-layang (1983), Mati Hidup Semula (1986), Untukmu (1988), Sepi Seorang Perindu (1989), Seniman Menangis dan Sendiri (1990), Jamal (1991), Penghujung Rindu (1994), Suratan Kasih (1996), Penawar Kasih (1997), Samrah Mentari (1998), Segala Cinta (2002), Raja Pop Kompilasi (2003), Aku Penghibur (2005), Raja Cinta-kompilasi (2006) dan Live Istana Budaya (2007).

Terkini, legasi anak seni versatil ini diteruskan dengan kemunculan bingkisan album terbarunya yang juga album ke-20 bersama Warner Music, Tak Hilang Cinta yang menjengah pasaran tempatan sejak 16 April lalu.

Ikuti temu bual wartawan Harian Metro, RAMLAH ZAINAL bersama Jamal yang mencecah usia 50 tahun bulan depan mengenai pengiktirafan yang diterima, perkembangan terkini kerjaya seninya sekali gus berkongsi suka duka sebagai anak seni sejak tiga dekad lalu.

SOALAN (S): Apa perasaan anda selepas menerima anugerah ini?

JAWAPAN (J) : Anugerah ini adalah pengiktirafan tertinggi dalam sejarah pembabitan saya yang sudah tiga dekad dalam industri seni. Ia cukup bermakna apabila akhirnya orang menghargai bakat saya selepas sekian lama menghambakan diri dalam bidang seni. Sebenarnya, saya tidak sangka orang nak menghargai saya kerana dari dulu sampai sekarang saya tidak pernah harap apa-apa penghargaan atau trofi. Saya juga ikhlas menjadi anak seni kerana menceburi bidang seni bukan untuk kejar glamor, populariti atau anugerah kerana saya percaya, selepas kita bekerja keras untuk menghasilkan yang terbaik buat peminat, glamor itu akan datang kemudian.

S: Apa cabaran paling besar anda hadapi sepanjang berkecimpung sebagai anak seni?

J: Sebenarnya, apa yang saya kecapi hari ini tidak mudah untuk dicapai kerana cabarannya juga sangat besar. Saya pernah mengalami kejatuhan dalam hidup sebelum ini, tapi saya melihatnya sebagai proses perjalanan hidup sebagai manusia biasa. Kehidupan juga memerlukan ketabahan, kesabaran dan sikap tidak kenal erti putus asa. Antara cabaran dihadapi untuk melupakan sejarah hitam dulu yang masih menghantui sampai sekarang. Maklumlah, saya baru mengamalkan cara hidup positif dua tiga tahun lalu kerana selama ini sudah puluhan tahun terbabit dengan gejala negatif (penagihan dadah).

S: Bagaimana pula pengorbanan yang anda lakukan sehingga mampu berada pada tahap sekarang?

J: Anak seni itu perlu sabar dan reda kerana mereka adalah hak masyarakat. Peminat (pendengar) adalah majikan kita kerana mereka adalah pembeli album. Menyedari diri adalah hak masyarakat, saya sanggup berkongsi apa saja dengan peminat termasuk cerita negatif, positif atau peribadi dari dulu sampai sekarang. Saya jujur dengan peminat sebab itu mereka masih sayang dan menyokong kerjaya seni sampai hari ini sekalipun ada sejarah hitam dulu.

S: Kekuatan utama anda sebagai anak seni?

J: Kekuatan itu sebenarnya datang dari dalam diri sendiri. Selain itu keinginan, minat serta tidak putus asa dalam hidup.

Malah, saya pernah jatuh dulu, tetapi kerana cinta yang mendalam dalam bidang seni, saya bangkit kembali untuk membina hidup baru dan mendapat semula kepercayaan peminat.

S: Pernah terfikir untuk bersara dan memberi laluan kepada muka baru?

J: Saya akan terus menyanyi selagi masih bernafas di dunia ini. Saya juga berdoa semoga Tuhan memberikan kesihatan yang baik untuk terus memberi sumbangan kepada bidang seni.

S: Apa perkembangan terkini kerjaya seni sekarang?


J: Buat masa ini saya fokus pada promosi bingkisan album baru yang dilancarkan baru-baru ini. Saya juga akan menjayakan konsert rock rohani `Malam Seribu Karya' di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor 18 April nanti. Memang saya berminat untuk mempromosikan album baru ini di serata tanah air, tapi semuanya masih dalam perancangan syarikat rakaman, Warner Music yang akan menguruskannya. Saya akui sudah lama tidak buat sesi bertemu peminat di luar Kuala Lumpur.

S: Dalam zaman kegawatan ekonomi ini, syarikat rakaman yang berfikir banyak kali untuk buat sesi bertemu peminat untuk mempromosikan album artis mereka di serata tanah air kerana memikirkan bajet besar yang terpaksa dikeluarkan? Adakah syarikat rakaman anda menghadapi masalah sedemikian?

J: Saya difahamkan syarikat rakaman saya tidak ada masalah untuk buat sesi jelajah saya bersama peminat di luar Kuala Lumpur kerana sebagai penyanyi yang sudah ada nama, saya mempunyai peminat setia yang menyokong kerjaya seni sejak dulu. Begitu juga dengan penjualan album, setakat ini sambutannya menggalakkan dan ia tidak terjejas pada zaman kegawatan ekonomi ketika ini.

S: Selain album, ada perkembangan terbaru konsert solo anda di Istana Budaya (IB) yang diuar-uarkan sebelum ini?

J: Konsert ini dianjurkan syarikat sendiri dan mendapat kerjasama dengan IB. Konsert secara besar-besaran, berjudul Kembara Seni (Seniman) Jamal Abdilah yang akan berlangsung pada 5 hingga 9 Ogos nanti di IB. Bagaimanapun, kami masih mencari penaja sama ada dari syarikat korporat mahupun swasta yang berminat untuk membiayai konsert ini nanti kerana kami memerlukan bajet sebanyak RM200,000.

S: Ramai artis yang ada nama besar pun sukar untuk mendapat penaja bagi menjayakan konsert mereka. Justeru, jika tidak dapat penaja anda masih ingin meneruskan konsert ini?

J: Konsert ini adalah impian saya sebagai anak seni. Jika kami gagal mendapatkan penaja korporat untuk konsert ini nanti, saya juga sanggup menggunakan duit simpanan sendiri semata-mata untuk merealisasikan konsert ini nanti.

S: Mungkin anda terfikir untuk berkahwin lagi selepas bercerai?

J: Mungkin dulu saya yang mencari jodoh, tetapi sekarang fokus saya pada bidang seni. Jika saya tidak boleh menjaga diri sendiri, bagaimana saya ingin menjaga orang lain?. Kesian jika orang lain menjadi mangsa nanti. Soal jodoh ini ketentuan Tuhan. Soal sama ada saya ingin rujuk kembali dengan bekas isteri, Fatimatuzahra Samad, 26, biarlah masa yang akan menentukannya. Buat masa ini, keluarga saya adalah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) yang sentiasa mengambil berat kebajikan saya sampai sekarang.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 3:29 pm

Lagi Gambar Yatt & Talib Kahwin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 _dsc9510

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 _dsc9511

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 _dsc9512

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 _dsc9513

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 _dsc9610
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 3:33 pm

Soseh Soseh: Dynas gembira dalam sedih

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Dynaz12


DI sebalik kegembiraan menerima anugerah Pelakon TV Wanita Popular pada majlis Anugerah Bintang Popular-Berita Harian 2008 yang baru berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, Ahad lalu, Dynas Mokhtar menerima dugaan yang tidak disangka apabila anak yang dikandungnya meninggal dunia.

Tidak salah SS, kandungannya itu sudah berusia tujuh bulan. Patutlah Dynas tidak muncul pada malam anugerah itu kerana mungkin ketika itu dia sudah berasa tidak 'sedap' badan.

SS faham perasaan Dynas dan suaminya yang memang tidak sabar menantikan kelahiran anak sulung mereka. Khabarnya segala kelengkapan menyambut kelahiran si kecil itu sudah dibeli. Namun Allah lebih menyayangi si kecil itu dan pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Waktu masih hamil, Dynas yang sentiasa tampil anggun dan bergaya bercerita dia dilayan bak puteri oleh suami tercinta. Apa saja kemahuannya dituruti. SS harap Dynas banyakkan bersabar dan semoga cepat dapat pengganti. Walaupun si comel tiada di sisi, namun Dynas tetap kena berpantang selama 44 hari. Tabahkan hati untuk melalui detik sukar ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Dynaz212


Dynas pun muda lagi, ruang untuk mendapatkan anak masih terbentang luas. Siapa tahu selepas ini, Dynas hamil kembar pula mengikut jejak langkah Ziana Zain dan Sharifah Aleya yang mengandung anak kembar.

Sebenarnya sebaik saja mendengar berita itu pagi kelmarin, rakan SS cuba menghubungi Dynas, namun panggilan telefon tidak bersambut.

Mungkin dalam keadaannya yang sedang bersedih, Dynas mahu bersendirian dulu. Tentu saja pertanyaan daripada wartawan dan kawan-kawan tambah melukakan hatinya.

SS faham, kerana selama tujuh bulan hamil, pasti setiap hari Dynas dapat merasakan tendangan si bayi dalam perutnya. Tiba-tiba ia ditakdirkan pergi dulu sebelum sempat melihat dunia dan berjumpa mama papanya.

Jika Dynas kehilangan bayinya, Noorkhiriah yang menang Anugerah Artisi Komedi Wanita Popular pada majlis pula disahkan hamil. Sebelum ini, Noorkhiriah juga pernah keguguran dan alhamdulillah, Allah sudahpun memberi pengganti kepadanya.

Begitulah kehendak Yang Maha Esa, tiada siapa yang dapat menghalang ketetapan-Nya. Sesungguhnya Dia lebih tahu apa yang baik buat hamba-Nya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 3:36 pm

Kemenangan pengubat duka

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mainp143
Berita kejayaan sebagai Pelakon TV Wanita Popular kali kedua berturut-turut mengurangkan perasaan sedih


APABILA Zizie Ezzete dan Nora Danish tersenyum lebar mengumumkan Dynas sebagai Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008), semua mata tertumpu kepada tempat duduk finalis anugerah ini.

Selang beberapa saat, selepas pasti pelakon ini tidak berada dalam Arena of Stars Genting, Zizie akhirnya mengambil trofi itu bagi pihak Dynas. Walaupun acara diteruskan, pastinya ada segelintir penonton tertanya-tanya kenapa Dynas tidak muncul dalam anugerah yang penuh berprestij ini.

Sekurang-kurangnya apabila Norkhiriah tidak muncul untuk menerima trofi Pelakon Komedi Wanita Popular, dia sempat meninggalkan pesanan kepada Sharifah Shahirah untuk memaklumkan dirinya menghadapi alahan atau morning sickness kerana baru disahkan hamil sehari sebelum acara kemuncak ABPBH 2008 berlangsung.

Apa yang pasti ketiadaan Dynas pada ABPBH 2008 memang menjadi tanda tanya kerana beberapa hari sebelum itu, suaminya Mohd Hafizy Hafiz sudah pun mengesahkan isterinya akan hadir untuk memberi sokongan.

Malahan untuk tujuan itu, Dynas sudah bersetuju menggunakan khidmat pereka fesyen, Nik Erwan Roseli. Hip juga pernah mengadakan sesi fotografi membabitkan perbincangan pelakon dan pereka fesyen itu pada 1 April lalu di butik miliknya bersama Awal Ashaari iaitu DnA Celebrity Style di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mainp142
GAMBAR kenangan Dynas sebelum keguguran kandungan yang sudah berusia tujuh bulan.


Ketika itu, dia begitu teruja untuk hadir memberikan sokongan biarpun sarat mengandung tujuh bulan dan memuji hasil kreativiti pereka muda itu.

Tapi, siapa sangka di saat dia sedang menanti khabar gembira untuk bergelar ibu, ada berita duka yang ingin dikongsi pelakon yang menjawab kepada persoalan mengenai ketiadaannya pada malam Ahad lalu.

Ketika Hip untuk mengucapkan tahniah di atas kemenangannya sebagai Pelakon TV Wanita Popular bagi dua tahun berturut-turut, Dynas pula menyambutnya dengan berita sedih iaitu dia mengalami keguguran.

Jawapan itu sudah cukup untuk menjelaskan mengapa dia tidak dapat hadir pada malam kemuncak ABPBH 2008. Ini adalah kali kedua Dynas keguguran. Kali pertama pada tahun lepas.

"Saya keguguran pada Jumaat minggu lalu," katanya dalam suara sayu.

"Saya menganggap semua ini sebagai ujian daripada Tuhan. Bayi sudah berusia tujuh bulan itu dikeluarkan secara normal dan dikebumikan selepas solat Jumaat. Baju Nik Erwan pun sudah siap, cuma saya tidak sempat memakainya," sambungnya lagi dengan nada perlahan.

Berita kemenangannya di ABPBH 2008 sedikit sebanyak dapat mengubati kedukaan yang sedang ditanggungnya. Dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular kali ini, Dynas disaingi oleh Abby Abadi, Diana Danielle, Fasha Sandha dan Rita Rudaini.

Dynas berterima kasih kepada peminatnya seperti di laman sembang, Facebook yang begitu erat menyokong rentak kerjayanya.

Keguguran kali kedua

"Saya tidak sangka akan menang lagi pada tahun ini. Alhamdulillah biarpun berdepan dengan calon yang hebat, masih ada peminat serta pelanggan dan penggemar butik DnA.

"Ini menjadi langkah seterusnya untuk saya daki ke peringkat yang lebih baik, untuk saya terus kuat hati dan perasaan biarpun baru saja mengalami peristiwa duka," katanya lagi.

Kata Dynas, dia percaya setiap perkara yang berlaku ada hikmah yang terselindung. "Saya sendiri tidak sangka akan keguguran lagi kali ini. Mujurlah suami begitu memahami keadaan yang dialami.

"Ingat lagi sewaktu saya disahkan hamil, dialah insan yang paling gembira. Kami akur menerima ketentuan ini dengan hati terbuka biarpun sedih juga untuk dikenang.

"Kami reda dan menganggap bukan rezeki kami lagi untuk menimang cahaya mata," katanya yang sedang menjalankan proses berpantang selama 44 hari seperti ibu yang lain.

Mengenai kejayaan dan laluannya untuk terus mengungguli kategori itu, Dynas dalam kenyataannya sebelum diberitahu sudah keguguran sebenarnya harus melalui saingan sengit nama-nama calon 'panas' yang lain.

"Menang atau kalah, semuanya adalah rezeki masing-masing. Setiap dugaan yang diterima pasti ada hikmah terselindung. Saingan Top 5 ini memang sengit belaka dan semuanya terpulang kepada peminat untuk memilih siapa yang mereka rasa layak untuk menang.

"Mungkin kejayaan saya tercalon itu kerana rezeki anak dalam perut. Begitu juga dengan Rita Rudaini pesaing kategori sama yang turut berbadan dua. Saya tak sangka tercalon lagi tahun ini dan satu bonus kalau saya dapat pertahan kejuaraan kategori ini. Sekarang ini pun drama Julia Juli lakonan saya sedang disiarkan di TV3 & TV9," katanya.

Sebelum itu, kesempatan berada di butik DnA kira-kira dua minggu lalu memberi peluang kepada Hip untuk merakamkan pelbagai pilihan barangan dan aksesori yang dijual.

Sesekali kalau ada kelapangan, Dynas tak betah duduk diam dan dia akan meluangkan masa menguruskan butik yang sudah lapan bulan beroperasi di kawasan elit itu. Belum pun sampai setahun, butik yang diusahakan bersama Awal itu sudah mula menarik perhatian ramai pengunjung terutamanya peminat mereka yang menggemari corak fesyen terkini.

Kata Dynas, minatnya mula bercambah untuk bergelar usahawan sewaktu dia mendapat tajaan baju untuk sesi fotografi daripada Awal yang lebih dulu menceburi jualan pakaian secara online, Mannequeen. Lagi pun Dynas memang suka berniaga mengikut resam keluarganya.

"Memang keluarga Dynas berorientasikan bisnes. Bayangkan sejak kecil, saya memang suka menjual. Sebagai contoh, kalau pergi ke pusat beli-belah, saya sanggup meminta mama membelikan pensil di dalam kuantiti yang banyak supaya boleh dijual kepada kawan di sekolah," katanya.

PROFIL: Dynas


Nama Penuh: Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar

Tarikh Lahir: 8 Mac 1983

Asal: Petaling Jaya, Selangor

Pendidikan: Diploma Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Pencapaian: Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007.

Suami: Mohd Hafizy Hafiz, 37, (Berkahwin pada pada 15 Mac 2008).

Drama: Di Bawah Ketiak Isteri, Ezora, Ai Di Beijing.

Filem: Impak Maksima, Haru Biru, Kayangan, Apa Kata Hati.

Laman web D&A Celebrity Style: www.dna.com.my (boleh dibeli secara online).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 3:38 pm

"Saya tidak sengaja"

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Nabil14
NABIL dan Irma menjadi tumpuan pada ABPBH 2008.


Nabil mengaku silap dan tindakan itu dibuat secara spontan

TINDAKAN spontan Nabil memeluk buah hatinya, Irma Hasmie tatkala namanya diumum Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, Ahad lalu, menjadi isu yang hangat dipersoalkan peminatnya.

Tidak sampai beberapa saat menjulang kejayaan, Nabil hampir mencalarkan nama baiknya sendiri. Ada yang tidak kisah dengan tindakannya itu, namun ramai juga yang tidak gemar dengan gelagat spontan yang bagi mereka melanggar batas agama.

Akibat kontroversi kecil itu, awal pagi Isnin lalu telefon bimbit anak muda berusia 26 tahun ini tidak henti-henti dihujani panggilan telefon daripada media yang mahukan penjelasan mengenai tindakan yang disifatkan tuan punya badan sebagai aksi spontan kerana terlalu gembira dek kemenangan besar yang tidak disangka-sangkanya itu.

Bintang Paling Popular yang turut menerima anugerah Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular itu berkata, perkara itu berlaku dengan tidak sengaja. Namun, dia tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu.

“Saya peluk semua yang ada berhampiran saya. Ia berlaku secara spontan kerana saya terlalu terkejut dan gembira dengan kemenangan besar pada malam itu. Saya harap isu ini tidak diperbesarkan lagi kerana saya memeluk Irma ibaratnya tidak sampai satu kerlipan mata pun.

“Saya minta maaf kepada peminat jika mereka merasakan tindakan itu sebagai keterlaluan pada pandangan mereka. Tindakan itu berlaku secara spontan kerana orang yang saya peluk adalah orang yang saya sayang.

“Saya tidak menyesal memeluk dia kerana Irma tempat saya mengadu dan berkongsi pelbagai perkara suka dan duka

“Cuma apa yang membuat saya tertanya, kenapa isu itu hendak diperbesar-besarkan. Bagaimana pula dengan pelakon yang melakonkan adegan berpelukan? Namun, saya mengaku kesilapan saya dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi,” kata Nabil berkali-kali memohon kemaafan daripada peminat.

"Sudah peluk, kenalah kahwin cepat"

KATA Nabil, bukan saja peminat yang terkejut dengan keterlanjurannya memeluk Irma, tetapi juga keluarganya. Malah teguran pertama yang diterima adalah daripada ibunya sendiri ketika dia menelefon keluarga untuk berkongsi kegembiraan.

Bagaimanapun, kata Nabil, ibunya seorang yang terbuka dan menegur sikapnya itu dengan cara berlawak.

“Mak adalah orang pertama yang menegur tindakan saya itu. Dia kata, dah peluk anak dara orang kenalah kahwin cepat-cepat. Keluarga tahu hubungan kami dan mereka merestui.

“Saya sedar saya sudah menyinggung hati banyak pihak, terutama peminat yang seusia dengan ibu saya. Saya benar-benar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perkara itu lagi. Peminat yang berusia mungkin tidak dapat menerima adegan peluk itu dan saya betul-betul rasa bersalah kepada mereka yang bersusah payah memangkah nama saya.

“Tetapi peminat seusia mungkin menganggap perkara itu biasa. Ada juga rakan-rakan menghantar SMS menyatakan mereka tidak menganggap isu itu sesuatu yang besar. Bahkan ada juga nombor yang saya tidak kenali menyatakan mereka suka melihat kami berdua,” kata Nabil yang masih sempat berseloroh.

Nabil yang berjanji tidak akan mengulangi kesilapan serupa berharap peminat akan terus memberinya ruang dan peluang. Masih sempat berlawak walaupun dirinya ditimpa kontroversi, kata anak muda itu, jika peminat mahu melihat sama ada dia akan mengulangi perkara sama atau tidak, mereka harus mengundinya lagi tahun depan.

“Debaran yang saya rasakan malam itu 17 kali ganda lebih hebat daripada Raja Lawak. Mungkin sebab itu saya tidak sedar dengan tindak-tanduk saya, termasuklah terlupa mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Berita Harian serta rakan-rakan wartawan yang selama ini banyak menyokong kerjaya saya.

“Saya berterima kasih kepada media kerana menyokong dan sentiasa positif dengan tulisan mereka terhadap saya. Saya juga berterima kasih kepada peminat, saya tidak sangka walaupun baru setahun dalam industri ini, saya sudah mendapat kepercayaan mereka. Peminat sekarang ternyata lebih bijak menilai antara bakat dan juga rupa seseorang artis,” katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 3:40 pm

Jawablah! Jangan nilai pada tajuk

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mainp145
SYAMSUL mahu masyarakat tidak cepat menghukum filem Bohsia kerana filem terbarunya itu sarat dengan elemen moral.


Syamsul dakwa perkataan Bohsia digunakan supaya tema filemnya difahami secara jelas

BOHSIA, judulnya saja sudah mampu mengundang kontroversi. Itu belum lagi menyaksikan filemnya kerana khabarnya, bersesuaian dengan judul serta kerana ingin memaparkan isu yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dulu, filem arahan anak pengarah terkenal, Datuk Yusuf Haslam iaitu Syamsul, padat dengan adegan ranjang.

Malah keberanian pelakonnya melakukan aksi panas itu membuatkan ramai percaya bahawa Syamsul sebenarnya mempertaruhkan adegan seperti itu semata-mata kerana ingin menarik perhatian penonton untuk menyaksikan buah tangan terbarunya itu.

Andai benar itulah tujuan asalnya, ternyata Syamsul berani bermain api kerana sudah pasti Bohsia bakal mencetuskan kontroversi serta polemik yang berlarutan. Silap percaturan, kredibilitinya sebagai pengarah muda tentu akan tercalar.

Namun ketika diajukan pertanyaan ini kepada si empunya diri, Syamsul meminta supaya masyarakat tidak lekas menjatuhkan hukuman ke atas filemnya sebelum menyaksikannya sendiri.

Hip: Bohsia, tajuknya saja sudah cukup kontroversi. Boleh komen sikit?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mainp144
SYAMSUL sempat bertanya khabar Diana Danielle pada ABPBH 2008.


Syamsul: Sebelum saya bercerita dengan lebih panjang lebar lagi, ingin saya jelaskan di sini bahawa Bohsia bukan filem yang hanya memaparkan kisah Bohsia semata-mata tetapi ia turut membongkar kisah mat rempit, lumba haram yang selama ini memang wujud dalam masyarakat kita. Sebenarnya tajuk filem ini bukan saja Bohsia tetapi ada sambungannya iaitu Jangan Pilih Jalan Hitam. Jangan menilai buku itu berdasarkan muka depannya semata-mata. Apa yang boleh saya katakan filem ini padat dengan mesej serta ada moral di sebalik apa yang berlaku. Apabila mengarahkan filem ini, saya terlebih dulu membuat kajian, turun ke Dataran Merdeka jam 2 atau 3 pagi untuk melihat terbabit sendiri bagaimana kehidupan mereka yang terbabit dalam gejala sosial seperti ini.

Hip: Masyarakat kita hari ini selalunya tidak begitu kisah dengan elemen moral yang diselitkan. Bagi mereka melihat adegan ranjang atau aksi panas pelakon filem ini memberi kepuasan buat mereka. Apakah Syamsul mengambil kesempatan dalam hal ini atas nama komersial?

Syamsul: Saya akui, filem ini memang ada memaparkan dengan ranjang. Malah filem ini turut diklasifikasikan sebagai 18PL. Ia pertama kali diberikan memandangkan filem ini padat dengan adegan ganas. Tidak dinafikan adegan ranjang dalam Bohsia memang panas. Tapi ini bukanlah rencah utama untuk menarik penonton ke pawagam tetapi apa yang dipaparkan itu adalah bersesuaian dengan jalan cerita terbabit.

Hip: Ketika filem ini dibuat, Syamsul dan Diana Danielle, masih lagi pasangan kekasih. Apakah dengan situasi sekarang akan menjejaskan promosi filem itu?

Syamsul: Semua tahu Diana sedang mengikuti Program Khidmat Latihan Negara (PKLN). Ia hanya berakhir pada Jun ini. Dalam keadaan itu saya akur memang agak sukar untuk dia hadir dalam promosi filem ini. Tapi bukan untuk filem ini saja, filem lain yang membabitkan dia juga turut berdepan masalah serupa. Mujurlah dalam filem ini dia hanya pelakon pembantu, jadi kalau dia tak ada, tak kisah sangat. Mengenai ketidakhadiran Diana sewaktu majlis pratonton Bohsia kelmarin, saya dimaklumkan dia terpaksa pulang ke kem pada hari yang sama kerana dia hanya mendapat surat pelepasan untuk menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2008) saja.

Hip: Bagaimana hubungan kalian ketika ini selepas apa yng berlaku?

Syamsul: Hubungan kami macam biasa. Kami tetap kawan. Bagi saya, apa yang berlaku biarlah berlaku. Kalau boleh saya tak mahu ingat kembali cerita lama dan mahu memadamkannya dari kotak ingatan. Apabila berkaitan soal kerja, saya tetap profesional. Malah, kalau saya mengarahkan filem baru dan ada watak yang sesuai untuknya, tidak mustahil saya menawarkan watak itu padanya.

Hip: Sudah ada pengganti?

Syamsul: Belum. Buat masa ini saya lebih senang bersendiri. Bukannya serik tetapi kerana saya ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya saya yang semakin rancak. Saya tidak mahu mencari dan sekiranya ada jodoh, biarlah ia datang dengan sendiri.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 3:59 pm

Melaram dengan pelbagai rekaan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mainp146
DARI kiri, rekaan Zack Ismail agak berat digayakan Kiki. Gaya Sari Yanti. Datuk Siti selesa dengan sentuhan Rizman Ruzaini. Rozita Che Wan dengan rekaan Calvin Thoo.


Tidak hilang serinya bagi setiap artis yang menggayakan busana berlatarkan Sentuhan Tenun

BERTEMAKAN Sentuhan Tenun, kemuncak acara berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 menyaksikan kerdipan bintang yang menyinari persada hiburan di permaidani merah Arena Of Stars, Genting Highlands.

Jurugambar Hip terdiri daripada Yahya Hashim dan Surianie Mohd Hanif memaparkan sebahagian gaya selebriti yang mewarnai ABPBH 2008 pada detik bersejarah yang menobatkan Nabil sebagai Bintang Paling Popular.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 4:02 pm

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Petang ABP2008


Biasanya, kalau Dato’ Siti Nurhaliza menang, pastinya kegembiraan itu dikongsi bersama ayahnya. Tapi, ABP kali ini, kejayaan penyanyi popular membolot kali ke-12 kemenangannya untuk kategori Penyanyi Wanita Popular diraikan tanpa arwah bapanya, Tarudin Ismail. Ketika berucap, rasa sebak itu terpancar jelas dari wajah dan ucapan Siti.

“Biasanya kalau menang, arwah selalu beri ucapan tahniah kepada saya menerusi telefon sejak dari awal saya menang anugerah dulu. Tetapi, walaupun saya tidak dapat mendengar ucapan tahniah dari arwah bapa tetapi saya masih mendapat ucapan tahniah daripada ahli keluarga lain.”

Gambar ini diambil ketika Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid berada di hadapan Arena of Stars, Taman Tema Genting pada petang sebelum berlangsung ABP2008.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 34421410 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 34421411

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 34421412 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 34421413
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 4:06 pm

Gambar Stacy di Anugerah Bintang Popular 2008

Gambar bintang Akademi Fantasia yang kian menyinar, Stacy di Anugerah Bintang Popular 2008. Stacy anggun dan seksi, persembahan pada malam tu pun semakin mantap. Syabas atas kemenangan, Stacy. Moga sukses!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Stacy13

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Stacy210
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 4:09 pm

Upin & Ipin popularkan Nur Fathiah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Hi_07_10


NAMA Nur Fathiah Diaz menjadi popular secara mendadak selepas dia meminjamkan suaranya untuk watak Upin dan Ipin dalam filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula (Geng).

Dengan lengguk suaranya yang manja dan keanak-anakan, ramai penonton yang terhibur melalui watak Upin dan Ipin yang dilakonkannya dalam filem arahan Mohd. Nizam Abd. Razak itu.

Menurut Nur Fathiah,10, dia tidak menyangka filem Geng telah mengangkat nama dan suaranya sebagai ikon baru di kalangan kanak-kanak terutama dalam industri perfileman tempatan.

"Sekarang ini ramai orang yang sudah kenal dengan nama dan suara saya. Sampaikan di sekolah pun semua orang tahu yang suara Upin dan Ipin itu adalah suara saya.

"Saya rasa seronoklah," katanya ketika ditemui pada majlis kesyukuran kejayaan Geng mengaut kutipan tiket RM6.3 juta yang ditayangkan di 55 pawagam seluruh negara sejak 12 Februari lalu.

Turut diraikan pada majlis itu ialah penganugerahan sijil daripada Malaysia Book of Records apabila muncul sebagai filem animasi 3D yang pertama diterbitkan di negara ini.

Filem terbitan Les' Copaque Production Sdn. Bhd., (LCPSB) itu tamat tayangannya pada 8 April lalu selepas lebih sebulan ia ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Jelas Nur Fathiah, dia tidak menduga suara yang dipinjamkannya untuk watak Upin dan Ipin diminati ramai biarpun baru pertama kali meminjamkan suaranya menerusi filem.

Namun pelajar darjah empat Sekolah Kebangsaan Telok Menegon, Klang, Selangor, ini tidak menghadapi masalah untuk melakonkan dua watak itu dengan bantuan banyak pihak.

"Abang Nizam antara yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana untuk melakonkan watak Upin dan Ipin. Tetapi saya kena tukar suara supaya suara dua watak itu tidak sama.

"Untuk melakonkan watak Ipin, saya kecilkan suara saya. Kalau untuk watak Upin pula, saya besarkan suara saya supaya nampak lain sikit," ujar anak sulung daripada dua beradik ini.

Pada majlis itu, Nur Fathiah ditemani oleh ibu bapanya iaitu Azlinda Mohd. Alias dan Diaz Muhammad yang banyak memberi sokongan moral kepadanya dalam bidang lakonan.

Selain Nur Fathiah, pelakon kanak-kanak, Kannan Rajan yang meminjamkan suaranya untuk watak Rajoo juga menjadi perhatian ramai kerana kepetahan suaranya yang sering mencuit hati.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Batu Caves, Selangor, ini turut tidak menyangka akan dikenali kerana filem dengan kos RM4 juta itu.

Apatah lagi jelas Kannan, dia menyertai sesi uji bakat meminjamkan suaranya untuk watak Rajoo hanya untuk mencuba bakat selain mengisi masa lapang selepas penat belajar.

Bagaimanapun kata pelakon berusia 13 tahun ini, dia rasa berbaloi apabila kesukarannya melakonkan watak Rajoo menyebabkan namanya menyerlah dalam waktu yang singkat.

"Bukan sahaja di sekolah, tetapi kalau saya pergi ke mana-mana pun, ramai orang yang kenal saya. Mulanya orang kenal suara saya sahaja, tetapi sekarang ini muka saya pun orang kenal.

"Saya seronok kerana walaupun susah melakonkan watak Rajoo tetapi akhirnya orang suka dengan suara saya. Abang Anas (LCPSB) banyak ajar saya cara berlakon.

"Saya kena baca skrip banyak kali selepas itu barulah saya boleh menyebut setiap dialog dengan betul. Memang susah sebab ini filem pertama lakonan saya," jelasnya.

Kannan yang mengambil masa hampir tiga tahun sejak terbabit dari awal sehingga Geng tamat penerbitannya secara tidak langsung membuka pengalaman baru buatnya.

Ini kerana selepas membuktikan bakatnya dalam bidang lakonan, dia telah menerima banyak undangan berlakon di mana yang terbaru menerusi drama Tamil berjudul Nasam.

"Kali ini bukan pinjamkan suara, tetapi saya akan berlakon dalam drama itu. Penggambarannya dalam waktu yang terdekat ini," katanya yang bercita-cita mahu menjadi ahli perniagaan.

Upin & Ipin The Movie

SELEPAS kejayaan Geng mencatat sejarah filem animasi tempatan paling berjaya kutipan tiketnya setakat ini, LCPSB akan mengembangkan lagi watak Upin dan Ipin dalam filem tersebut.

Pengarah Urusan LCPSB, Burhanuddin Md. Radzi berkata, sebuah filem berjudul Upin & Ipin The Movie akan menyusul bagi meneruskan kesinambungan Geng pada masa depan.

"Kemungkinan besar, filem Upin & Ipin The Movie akan diterbitkan pada hujung tahun depan. Kos pembikinannya mungkin lebih murah atau lebih mahal bergantung kepada keperluan.

"Ia bergantung kepada teknologi yang akan kami gunakan nanti. Mungkin, kami akan gunakan teknologi 3D digital yang memerlukan para penonton memakai cermin mata," katanya.

Kata Burhanuddin, setakat ini pos produksi untuk Upin & Ipin The Movie sudahpun bermula di mana ia menampilkan jalan cerita yang lebih ceria serta berbeza daripada Geng.

"Jalan cerita filem animasi terbaru kami itu bukan sahaja berbeza, malah ia juga lebih fokus kepada watak Ipin, Upin dan kawan-kawannya. Ia berkisar tentang kehidupan kanak-kanak.

Futuristik

"Kalau cerita Geng berkisar di kampung, tetapi Upin & Ipin The Movie mungkin berada di luar Bumi. Ia lebih kepada unsur-unsur futuristik dan berada di luar jangkauan penonton," ujarnya.

Kejayaan Geng di Malaysia menyebabkan filem itu turut menjadi bahan bualan para peminat di Indonesia di mana ia juga akan ditayangkan di negara seberang itu tidak lama lagi.

Tambah Burhanuddin, Geng yang telah ditonton oleh 813,000 penonton di negara ini akan ditayangkan di beberapa buah bandar utama di Indonesia seperti Jakarta dan Bandung.

"Kami jangkakan Geng akan ditayangkan di Indonesia menjelang Hari Raya Aidil Fitri ini. Kami akan menggunakan dua rangkaian pawagam di sana iaitu Mega Blizz dan Studio 21.

"Pawagam Mega Blizz merupakan pawagam yang mengenakan harga tiket sekitar RM17 terletak di Jakarta dan Bandung, sementara harga tiket Studio 21 pula sekitar RM10.

"Tetapi Studio 21 merupakan rangkaian pawagam paling banyak di Indonesia. Selepas habis tayangan di Indonesia barulah kami akan keluarkan Geng dalam format DVD," jelasnya.

Pada masa sama, beliau turut melahirkan rasa gembira kerana sebelum Geng ditayangkan di Indonesia, ia akan ditayangkan terlebih dahulu di pawagam-pawagam di Brunei pada Jun ini.

Semasa majlis itu, Burhanuddin menerima sijil daripada buku Malaysia Book of Records (MBOR) apabila dicatatkan sebagai filem animasi 3D tempatan pertama dalam buku tersebut.

Sijil pengiktirafan itu disampaikan oleh Pegawai Penyelidik MBOR, Ricky Yap sambil disaksikan oleh para pelakon dan krew yang terbabit dalam penerbitan Geng di Restoran Geng Corner, Shah Alam, Selangor.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 4:11 pm

Adibah tegur persembahan Isma

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Hi_02_33
AKSI Isma ( kanan) dan Zul yang menjolok mata ketika berduet menyanyikan lagu Kau Mawarku pada konsert minggu kelima AF7 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


PENGKRITIK jemputan program Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) pada konsert minggu kelima malam Sabtu lalu, Adibah Noor merupakan antara yang paling peka dan berterus terang dalam menyuarakan kritikannya.

Pada konsert itu misalnya, peserta pertama yang mengadakan persembahan, Isma ditegur kerana gaya persembahannya yang dianggap kurang manis kerana berlaga pipi, berpelukan dan menerima ciuman daripada suaminya, Zul sewaktu mereka berduet lagu berjudul Kau Mawarku.

Sungguhpun mereka merupakan pasangan suami isteri, namun adegan-adegan seperti itu boleh mengundang rasa kurang senang para penonton, apatah lagi ia disiarkan secara langsung menerusi kaca TV hinggalah ke Brunei.

Adibah Noor secara berterus-terang mengkritik persembahan Isma dan Zul kerana kurang senang terhadap perlakuan mereka itu.

"Walaupun awak pasangan suami isteri, tetapi kenalah juga jaga persembahan sebab masyarakat kita tidak biasa dengan adegan-adegan 'ganas' macam itu.

"Lagipun rancangan ini ditonton oleh seisi keluarga termasuk kanak-kanak," komen Adibah secara spontan sejurus selepas Isma selesai mengadakan persembahan itu.

Isma dan Zul yang memperlihatkan adegan-adegan yang sangat romantis itu mungkin bagi melepaskan rindu masing-masing selepas beberapa minggu terpisah gara-gara program realiti TV tersebut.

Biar apapun alasan mereka termasuklah mungkin untuk menarik perhatian para penonton, simpati pengundi khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun bagi menguatkan lagi gaya persembahan, tetapi ia bukanlah suatu idea yang bernas kerana ia dianggap kurang sopan.

AF7 dilihat sama seperti musim-musim sebelumnya di mana program TV realiti yang ditentukan para pemenangnya menerusi undian SMS itu seolah-olah menjadi medan untuk melepaskan rindu para pesertanya.

Selain Isma dan Zul, Astro turut mengubat kerinduan seorang lagi pesertanya iaitu Claudia apabila membawakan anak lelakinya, Christian naik ke pentas selepas beliau menyanyikan lagu Kau Muzik Di Hatiku berduet dengan Vince AF1.

Gimik kerinduan yang sama turut dipersembahkan buat Aril apabila Astro membawakan dua barangan peribadi peserta itu iaitu bantal peluk dan beruang Teddy untuk dipersembahkan kepadanya.

Astro sepatutnya memikirkan gimik-gimik lain dan tidak gimik-gimik murahan seperti itu bagi mengelakkan para penonton berasa mual kerana ia merupakan adegan-adegan 'kitar semula' yang popular dalam AF sejak dari dulu.

Mungkin dengan adanya gaya dan gimik persembahan Isma itu ia sedikit sebanyak telah membantu mempertingkatkan undian SMS peserta terbabit.

Menerusi konsert itu, Isma berada di carta teratas dengan menerima undian SMS 18 peratus diikuti Hafiz (17 peratus), Yazid (15 peratus), Akim (10 peratus), Aishah (10 peratus), Claudia (9 peratus), Aril (9 peratus), Qhaud (8 peratus) dan Sidi (5 peratus).

Ekoran menerima peratusan undian SMS terendah, Sidi yang berduet menyanyikan lagu Cinta Yang Sempurna dengan Zahid AF2 tersingkir daripada meneruskan perjuangan ke final AF7.

Sidi yang mengadakan sidang akhbar selepas konsert itu tidak menafikan gandingannya bersama Zahid agak goyah kerana kurang menyerlah berbanding aura yang dimiliki oleh juara AF2 itu.

"Saya akui emosi diri banyak mempengaruhi kelemahan saya ketika mengadakan persembahan. Cabaran itu makin kuat apabila konsert AF7 memasuki minggu keempat. Selain itu, saya juga kurang bergaul dengan orang lain.

"Itu adalah antara punca kelemahan saya. Saya juga sebelum ini tidak pernah berpisah dengan isteri saya terlalu lama. Saya misalnya, tidak diberi peluang membuat panggilan telefon kepada isteri saya selama berada dalam AF.

"Cuma Jumaat lepas, barulah saya mendapat peluang itu. Mungkin saya rindu, lama tidak jumpa isteri saya. Itu adalah antara cabaran saya di AF," ujarnya.

Hafiz dan Aril jadi pilihan?

SEPERTI biasa, AF7 juga mempunyai peserta-peserta kegemaran ramai penonton termasuklah di kalangan pengkritik program itu sendiri.

Adibah Noor contohnya, mengakui tertarik dengan bakat serta personaliti yang dimiliki oleh dua peserta AF7 iaitu Hafiz dan Aril yang dilihatnya mampu untuk mara hingga ke final.

"Saya nampak dua orang peserta AF7 iaitu Hafiz dan Aril mungkin mempunyai harapan cerah untuk mara ke final. Tetapi pertandingan ini ditentukan oleh SMS dan para penonton. Siapa pun boleh memang," komennya.

Selain Adibah, dua lagi pengkritik pada konsert AF7 ialah penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim dan komposer serta pemuzik, Edrie Hashim.

Konsert minggu kelima AF7 dilihat sedikit mencabar berbanding konsert minggu-minggu sebelumnya kerana ia menampilkan persembahan duet setiap peserta dengan penyanyi undangan yang kebanyakannya adalah peserta AF terdahulu.

Pengetua atau principal AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina tidak menafikan cabaran yang terpaksa dilalui oleh anak-anak muridnya dalam persembahan konsert minggu kelima itu.

"Untuk konsert minggu kelima, fokus lebih kepada komunikasi dua penyanyi yang berduet. Ia umpama 'perbualan' dua penyanyi di atas pentas seperti mereka sedang 'berdialog'. Sebab itu, faktor emosi cukup dititiberatkan ketika berduet.

"Konsep ini masih baru dalam AF7 di mana ia merupakan cabaran buat para peserta. Kalau ada kelemahan, itu perkara biasa buat para pelajar AF7 yang masih baru beberapa minggu dalam akademi ini.

"Ini kerana, kalau belajar di kelas performing arts ia mengambil masa tiga tahun, tetapi para pelajar AF7 baru belajar satu minggu untuk berduet," jelasnya.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul berkata, buat masa ini pihaknya belum bersedia mengumumkan hadiah-hadiah yang akan diraih oleh para pemenang AF7 kelak.

"Buat masa ini, kami masih lagi berbincang dengan pihak-pihak penaja tentang hadiah-hadiah yang bakal diperolehi oleh para pemenang AF7. Apabila tiba masanya kelak, kami akan umumkan apakah hadiah-hadiah tersebut," komennya.

Isu berhubung hadiah-hadiah yang bakal diterima oleh para pemenang AF7 menimbulkan tanda tanya kerana ini merupakan kali pertama program TV realiti itu gagal mengumumkan hadiah.

Paling mencetuskan persoalan ialah apabila para peserta AF7 masih belum mengetahui hadiah-hadiah yang bakal mereka perolehi biarpun konsert program TV realiti itu kini sudah pun diadakan sebanyak lima kali!

Dengan penyingkiran Sidi atau nama sebenarnya Mohd. Rashidi Mohamad Isa, 27, AF7 kini diteruskan oleh lapan lagi pesertanya iaitu Claudia, Aishah, Isma, Hafiz, Akim, Yazid, Qhaud dan Aril.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 4:13 pm

Cubaan berani Ananda

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Hi_01_67


BAGI anda yang merupakan peminat filem-filem bercorak seram dari Thailand, seperti The Coffin, Shutter dan Kohn Sang Pea, pasti tidak terlepas menyaksikan bagaimana aksi pelakon kacak berbakat besar kelahiran Thailand, Ananda Everingham ini dalam menjiwai setiap babak lakonannya.

Jika sebelum ini jejaka yang bakal menginjak ke angka usia 27 tahun pada penghujung Mei ini lebih selesa diuliti babak-babak cemas filem seram, kini dia mahu mencuba sesuatu yang baru apabila memulakan langkah beraksi dalam filem aksi, Queens Of Langkasuka.

Filem yang begitu mendapat tempat di hati peminat di Thailand apabila ditayangkan pada Oktober tahun lalu itu telahpun menemui peminat filem tempatan mulai 9 April lalu.

Pertama kali beraksi di set filem aksi tidak langsung menggetarkan jiwanya.

Bagi pemuda berdarah kacukan Thailand-Australia itu apa sahaja watak yang diberikan, ingin dilunaskan sebaiknya dan buktinya dalam filem Queens Of Langkasuka, Ananda memberi penghayatan sepenuhnya sebagai pemuda berjiwa berani yang penuh dendam iaitu Pari.

"Ini merupakan filem pertama saya yang bercorak aksi, berlainan dengan sebelum ini saya lebih banyak beraksi dalam filem seram.

"Memang pengalaman melakonkan filem seram dengan filem aksi begitu berbeza. Tambahan pula, filem Queens Of Langkasuka merupakan sebuah filem epik yang mengisahkan peperangan antara dua puak.

"Dua puak tersebut ialah kerajaan Langkasuka yang dinaungi tiga puteri iaitu Puteri Hijau, Biru dan Ungu dengan puak lanun yang ingin merampas kuasa daripada Langkasuka. Semua itu memerlukan saya fokus untuk berlakon dengan lebih 400 orang pelakon lain," katanya.

'Direndam' dalam air sehingga enam hari bagi menjayakan penggambaran babak dalam air mungkin bagi sesetengah orang kelihatan begitu sukar namun, tidak bagi Ananda yang telah didedahkan dengan aktiviti menyelam sejak berusia 12 tahun.

Menggunakan pengalaman menyelam yang ada padanya hampir 15 tahun, memudahkan pengambaran filem tersebut disempurnakan dengan jayanya.

"Kami menjalani penggambaran babak dalam laut selama enam hari. Bagaimanapun, saya berasa selesa melakonkan watak Pari biarpun terpaksa berada dalam kolam yang dalam sepanjang hari.

"Sejak kecil bermula usia 12 tahun saya memang telah didedahkan dengan aktiviti selam skuba.

"Mungkin juga sebab itu saya tidak rasa kekok sebaliknya berasa selesa dan sehingga sekarang saya rasa seronok berada dalam air," katanya.

Selain dipadatkan dengan aksi lagak ngeri yang dilakonkan sendiri oleh Ananda, aliran filem tersebut diperkemaskan lagi latar perkampungan nelayan yang dibina khas untuk produksi gergasi tersebut.

Selain menghasilkan perkampungan nelayan, yang dibina di sekitar Ban Chang, wilayah Rayong, set bagi adegan peperangan di tembok Istana juga di bina di Gua Sra Yuan Thong, di Wilayah Krabi.

Selain padat dengan adegan peperangan, 1,000 shot imej kesan khas janaan komputer (CGI) juga digunakan bagi mengukuhkan lagi keaslian dan realistik cerita.

Sekilas mengenai filem tersebut, kisah bermula pada era 400 tahun lalu di mana Raja Bahadul Syah yang memerintah Kerajaan Langkasuka, sebuah kerajaan merdeka telah mati dibunuh.

Dinasti tersebut tidak mempunyai pilihan selain memasyhurkan Puteri Hijau, puteri sulung baginda sebagai Permaisuri Langkasuka.

Meskipun Puteri Hijau memerintah kerajaan dengan saksama namun, wilayah-wilayah di sekitar begitu juga dengan pemberontak dan lanun-lanun berlumba-lumba untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan hanya kerana hasil mahsul negerinya yang kaya raya.

Sehinggalah apabila Janis Bree, seorang guru persenjataan berbangsa Belanda yang mengembara bersama-sama anak muridnya berbangsa Cina yang bijak mereka cipta, Lim Kium, tampil menawarkan senjata ulung, sebuah meriam gergasi.

Sekumpulan lanun termasuk Black Raven, seorang ahli sihir Du-Lum, menyerang hendap bagi merampas meriam gergasi tersebut dan mengebom bahtera Belanda milik Janis Bree.

Janis Bree terbunuh manakala meriam tersebut tenggelam ke dasar laut dan satu-satunya orang yang terselamat adalah Lim Kium.

Kejadian tersebut berlaku pada masa yang sama dengan kelahiran Pari, seorang anak nelayan dengan kebolehan istimewa yang mampu mempelajari ilmu Du-Lum dengan pantas.

Lim Kium, yang telah menyelamatkan Pari ketika kejadian menyembunyikan dirinya di sebuah perkampungan nelayan sambil mereka cipta pelbagai jenis senjata hebat.

Dia turut menubuhkan sebuah pasukan bagi menggugat kumpulan lanun yang bermaharajalela di laut.

Peperangan dahsyat tercetus apabila lanun-lanun telah berjaya memperolehi semula meriam gergasi legenda tersebut dari dasar laut. Langkasuka merupakan sasarannya.

Hanya dengan kewujudan perwira yang berani seperti Yarang, bersama-sama kebijaksanaan Lim Kium, dan Ungu bersedia untuk mengorbankan nyawa dan cintanya demi negeri tercinta, dibantu oleh kuasa mistik Du-Lum milik Pari yang mampu melawan asakan kumpulan lanun tersebut.

Filem aksi yang mengambil kisah benar yang berlaku di Langkasuka suatu masa dahulu ditambah dengan beberapa elemen fantasi yang menggambarkan kehebatan ilmu Du-Lum, memberi impak berbeza dalam filem tersebut.

Naskhah itu turut menerima sentuhan pengarah dan penerbit berpengalaman hampir sedekad dalam perfileman, Nonzee Nimibutr.

Nonzee pernah melengkapkan profil seninya dengan menghasilkan karya-karya berkualiti seperti Nang Nak, Jan Dara dan Dang Bireley and the Young Gangsters.

Bagi Nonzee, selama berkecimpung dalam perfileman, Queens Of Langkasuka umpama hadiah sambutan ke-10 terbesar buatnya.

"Ia sebuah projek yang hebat dengan gambaran menakjubkan serta jalan cerita yang menarik, lakonan, senjata, dan segala-galanya.

"Justeru, saya menebus keletihan yang dirasakan serta pengalaman mengumpul maklumat selama lima tahun dengan berkongsi pengalaman merasai sesuatu yang berbeza menerusi filem ini.

"Queens Of Langkasuka merupakan filem terbesar yang pernah saya arahkan seumur hidup saya. Dan saya yakin masanya sudah tiba untuk menghasilkan projek sebesar ini. Ia memerlukan pengorbanan masa dan tenaga jadi kami harus lakukannya ketika masih mampu.

"Jika saya ingin mengharapkan sesuatu daripadanya, saya akan memberitahu diri saya bahawasanya filem ini merupakan filem terakhir saya jadi pastinya saya akan berhempas pulas memberikan yang terbaik," katanya.

Tunggu tawaran dari Malaysia


Berbalik kepada Ananda, dia bakal memulakan pengambaran filem aksi keduanya bersama produksi Thailand, Red Eagle yang bakal memulakan penggambarannya pada Ogos ini.

Pada sesi temu bual itu juga, Ananda turut melahirkan keinginannya beraksi dalam mana-mana produksi Malaysia yang berminat mengambilnya berlakon.

"Setakat ini, saya masih belum menerima apa-apa tawaran dari Malaysia.

"Jika ada, sudah tentu saya berminat untuk berlakon sebab saya suka berkerja dengan produksi di Malaysia.

"Pernah beberapa kali saya ke Malaysia, ternyata penduduknya semua baik-baik belaka," katanya sebelum mengakhiri perbualan.


Last edited by sally_eiyna on Wed 15 Apr 2009, 4:34 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 4:19 pm

“Ekin tidak mengawal saya” -Mawi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Hi_02_35
kata Mawi, dia selesa ekin menjadi pengurus peribadinya kerana isterinya itu memahami perangainya.


APABILA mahu membicarakan tentang penyanyi lelaki popular yang seorang ini, ada kalanya sukar juga untuk diluahkan.

Ini kerana hakikatnya sudah terlalu banyak kisah tentangnya terpampang di media baik sewaktu dia masih bujang mahupun selepas mendirikan rumah tangga dengan wanita pujaannya, Nora’Asikin Rahmat atau Ekin pada 20 Disember tahun lalu.

Menjadi seorang artis popular seperti Asmawi Ani atau Mawi memang begitu sukar sekali kerana apa sahaja yang dilakukan sering kali menjadi perhatian dan perbualan mulut orang sekeliling.

Sudah menjadi adat manusia, ramai yang suka dan tidak kurang pula yang mengeji dan bagi Mawi sendiri, dia sudah tidak kisah dengan apa yang diperkatakan tentang dirinya dan isteri tercinta.

Kisah Ekin yang kelihatan setiap masa bersama Mawi mungkin boleh dianggap sebagai satu kisah menarik untuk dikupas.

Masakan tidak, hampir setiap masa dan dalam apa jua majlis sekalipun, kelibat Ekin akan tetap ada untuk berada di samping suaminya sehingga ramai yang sudah jelik melihatkan gelagat mereka.

Sehinggakan ada yang mendakwa Ekin mengawal Mawi dari semua aspek sehingga tiada lagi kebebasan untuk Mawi menguruskan dirinya sendiri.

Bukan itu sahaja, ada juga kata-kata nakal yang singgah di telinga bahawa kaki dan tangan Mawi sudah dikunci rapat isterinya.

Tidak kurang pula yang dengan nakal merumuskan Mawi kini hidup di bawah ketiak isterinya sehinggakan langkah Mawi akan dituruti oleh Ekin.

Semua itu menimbulkan perasaan kurang selesa orang sekeliling terutama sekali peminat fanatik Mawi.

Banyak juga maklum balas yang diterima Hits yang memperkatakan tentang gelagat Ekin sehingga mereka sendiri berasa mual dan mempersoalkan kredibiliti Ekin sehingga mampu untuk bersama Mawi setiap masa.

Kata mereka, jika hendak diukur kejayaan, sumbangan dan populariti Ekin dalam bidang seni, bagaikan langit dan bumi dengan pasangan selebriti lain.

Mengajukan persoalan ini kepada Mawi dan Ekin sewaktu sesi fotografi yang berlangsung di studio Utusan petang Jumaat lalu, Mawi tenang menjawab setiap dakwaan yang dilemparkan kepadanya.

Kalau sudah namanya suami, sudah tentu Mawi akan menyebelahi isterinya.

Malah, Mawi berpendapat, segala dakwaan itu bukanlah satu perkara yang seharusnya diperbesarkan kerana apa yang dilakukan tetap ada batasnya.

Setidak-tidaknya, kata Mawi, kehadiran isterinya itu adalah bertujuan untuk mengelakkan fitnah mahupun kata-kata dusta dilemparkan kepadanya.

“Saya tidak pernah ikut telunjuk Ekin mahupun dikawal olehnya seperti mana yang diperkatakan. Dia tahu tanggungjawab dia sebagai seorang isteri. Malah, saya senang apabila dia ada bersama untuk menjaga penampilan dan pakaian saya.

“Bayangkan kalau dia tidak ada bersama saya, orang boleh berkata macam-macam kepada saya dan seterusnya akan sampai ke telinga isteri saya,” katanya memulakan perbualan.

Menurut jaguh SMS itu juga, setiap kali Ekin di sisinya, banyak manfaat yang mereka peroleh.

Paling utama, Mawi dan Ekin dapat mengelakkan fitnah daripada mereka yang mungkin kurang senang dengan kebahagiaan yang sedang mereka kecapi.

“Ini adalah tentang soal kehidupan peribadi saya dan saya tahu apa yang saya lakukan. Tidak perlu untuk mereka di luar sana untuk menentukan tindakan yang perlu saya buat.

“Minta maaf, saya tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Malah, saya kini sudah tidak kisah lagi apa yang orang mahu perkatakan tentang diri saya,” luah Mawi lembut namun sarat dengan maksud yang mendalam.

Ekin yang tenang di samping suami tercinta juga menyuarakan pendapatnya dan sebagaimana Mawi, dia juga tidak peduli dengan kata-kata nista orang sekeliling.

Baginya, perkara itu sudah menjadi lumrah dalam hidupnya sejak dia mula berkawan dengan Mawi hampir tiga tahun lalu.

Ekoran itu, dia sering kali menjadi mangsa ketidakpuasan masyarakat sekeliling terutama peminat Mawi yang melihat dirinya sebagai satu ancaman.

Bahkan, kegusaran orang lain terhadap mereka dianggap Ekin sebagai permainan dunia seni kerana wanita itu sedar apa dilakukannya.

Kata Ekin, bukan selalu dia mendampingi Mawi, kalau ada sekalipun kehadiran mereka berdua sebagai memenuhi undangan.

Begitu juga dengan dakwaan Ekin menumpang populariti Mawi juga diibaratkan sebagai tidak masuk akal.

“Saya terlibat dalam bidang seni pun bukan atas kehendak saya tetapi kerana kembar saya, Aein yang mengheret saya sekali sewaktu membintangi drama Kawan. Jadi semuanya, atas nama kebetulan,” kata Ekin mempertahankan dirinya tentang isu kehadirannya bersama Mawi yang menjadi buah mulut orang.

Pemilik vokal lagu Aduh Saliha dan Angan dan Sedar ini turut disoal tentang popularitinya yang dikatakan jatuh merudum sejak bernikah dengan Ekin dan ternyata anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini begitu optimis terhadap jawapannya.

Apatah lagi, namanya juga tercicir daripada menjadi pilihan pihak penganjur bagi menjayakan persembahan sempena Minggu Setiausaha tahun ini.

Sedar diri

Sebagai manusia yang waras akal fikirannya, Mawi tidak cepat melatah dengan perkembangan itu, sebaliknya, dia sangat realistik dan percaya semua itu kerja Yang Maha Esa.

Menyalahkan Ekin kerana popularitinya merudum tidak pernah terlintas di fikiran Mawi.

“Saya seorang yang sentiasa sedar diri. Saya tahu tidak selamanya saya akan berada di atas, satu hari nanti saya akan berada di bawah,” kata Mawi menyambung perbualan.

Pada masa yang sama, Mawi tidak pernah putus memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana ketika orang lain merungut akibat terasa tempias kegawatan ekonomi, undangan untuk dia mengadakan persembahan masih ada.

“Alhamdulillah, tawaran untuk persembahan masih lagi ada walaupun saya akui, dengan keadaan ekonomi sekarang, ia sedikit sebanyak terkesan juga kepada saya.

“Tetapi, satu yang pasti, saya kini mempunyai masa yang banyak untuk melakukan aktiviti yang tidak mampu saya lakukan dulu sama ada bersendirian mahupun bersama Ekin,” tuturnya yang kelihatan semakin berisi selepas berumah tangga.

Satu yang pasti, Mawi juga kini berjinak-jinak dalam bidang penulisan skrip apabila dia kini dalam proses menyiapkan skrip telemovienya yang pertama.

“Ini merupakan langkah baru saya selain daripada menyanyi. Yang pasti, bukan saya dan Ekin akan berlakon kerana saya tidak mahu jadi syok sendiri. Insya Allah, banyak lagi perancangan yang saya mahu lakukan menerusi syarikat saya, MW Entertainment Sdn. Bhd.,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mawi yang kini popular dengan lagu Sujud kolaborasinya bersama kumpulan KRU turut menyatakan keterujaannya apabila baru sahaja mengikat kontrak selama setahun sebagai duta makanan segera, Marrybrown selama setahun.

Selain itu, anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai Johor ini juga menjelaskan, dia akan kembali ke lokasi untuk menjayakan musim terbaru Langkah Mawi yang akan membawanya mengembara ke Melbourne, Hong Kong dan Itali.

Sementara itu, Mawi juga menyatakan rasa gembira apabila album terbarunya, Allah Habeebi berjaya membolosi tembok kebal Anugerah Industri Muzik ke-16 apabila menerima empat pencalonan dalam dua kategori.

Pencalonan itu merangkumi tiga pencalonan untuk Lagu Nasyid Terbaik bagi lagu Allah Habeebi, Serulah Namanya dan Teman Hakiki selain kategori Album Nasyid Terbaik.

“Alhamdulillah, pengorbanan dan pelaburan semuanya berbalas. Saya gembira dengan penghasilan album ini yang saya sifatkan sebagai sebuah album yang menarik dari segi lagu dan susunan muziknya.

“Menang atau kalah, itu adat pertandingan. Saya tidak kisah,” ujarnya yang akan terlibat dengan Konsert Rock Rohani pada 18 April ini di Shah Alam, Selangor.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 4:36 pm

(Gambar) Mesranya Memey Suhaiza & Norman Hakim Sambut Birthday!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mailgo10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 18884210
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 4:39 pm

(Gambar) Mila AF5 Rupanya Ibu Ayam..

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mila15

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mila210
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 4:40 pm

(Gossip) Restoran Milik Liyana Jasmay - Harganya Cekik Darah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Jo_01_10


Ini lagi satu kes, sudah buka restoran, tapi harga’nya melampau mahal sehingga mencekik darah. Terbaru, ramai pengunjung mengadu bahawa mereka pernah berkunjung ke Restoran Ikan Sungai, Desa Melawati milik pelakon Liyana Jasmay dengan hasrat untuk menikmati hidangan seafood setelah menerima publisiti yang meluas dalam akhbar. Namun, amat mengecewa’kan tatkala harga yang perlu di’bayar adalah sangat mahal, malah adakala’nya lebih mahal daripada makan di’ hotel terkemuka.

Beberapa Forumer Cari mengadu mengenai harga cekik darah yang mereka alami di’ thread ini. Kes pertama telah di’adukan oleh Shilin04 mengenai pengalaman’nya di’sana.

Menurut’nya, beliau makan bersama 3 orang yang lain di’ restoran tersebut, antara menu yang di’minta adalah Asam Pedas Ikan Jelawat, Kerabu, Air Kelapa & 2 jenis lauk biasa. Harga yang perlu di’bayar adalah RM280! Rupa’nya, harga sepinggan ikan jelawat seberat 200-300 gram itu adalah RM150, mahal bukan?

Kes 2 - Willy_Wonka :

Beliau & 4 orang yang bersama’nya di’kena’kan harga RM397. Menu utama yang di’minta adalah gulai tempoyak ikan patin.

Kes 3 - Amy_lee :

Beliau makan ikan patin sepotong kecil berharga RM35. Menurut’nya lagi, sudah’lah mahal, ikan patin tersebut tidak terlalu masak, masih ada bahagian yang berdarah di’dalam’nya.

Kes 4 - boyz_86 :

Beliau pernah makan berdua di’kena’kan harga RM179, mengalah’kan harga di’hotel!

Kes 5 - revolusi_30 :

Beliau makan berdua 3 minggu lepas, antara menu yang di’minta adalah Udang Galah Bakar seekor, Patin Tempoyak sepotong, Ikan Bakar seekor, Sayur Pucuk semangkuk. Harga yang di’kena’kan adalah RM400. Menurut’nya, kebetulan beliau mempunyai kredit kad, kalau tak memang berpeluh nak membayar.

Apa ni Liyana Jasmay? Kalau terdesak mahu’kan duit pun, jangan’lah kena’kan harga yang melampau terhadap pembeli. OHBULAN! berasa kasihan terhadap forumer yang di’kena’kan harga yang melampau, sedang’kan makan di’hotel 5 star pun tidak terlalu mahal.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeWed 15 Apr 2009, 4:41 pm

(Gossip) Dengar Cerita Ajai & Liza Akan Berkahwin Julai Ini

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Ajai12

Forumer Cari, (The Leaker) menerima sumber yang boleh di’percayai yang mengata’kan komposer terkenal Ajai akan melangsung’kan perkahwinan bersama Liza pada bulan Julai tahun ini. OHBULAN! tidak pasti akan kesahihan berita ini, namun andai betul, penulis ingin mengucapkan tahniah kepada Ajai kerana akhir’nya beliau menamat’kan juga zaman duda’nya. Harap jangan tidak jadi pula.

Teringat kata-kata anak tunggal Ajai, Ayu Nazirah satu ketika dahulu, “Ayu suka Auntie Liza… dia baik.”
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeThu 16 Apr 2009, 9:48 am

Dynaz: Tuhan lebih sayangkan Emma

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Dynaz111
Dynaz redha dengan keguguran yang dialaminya pada Jumaat lalu


DARI suaranya yang bernada perlahan, jelas membuktikan dia masih lagi berduka akibat keguguran yang dialami Jumaat lalu, tatkala usia kandungannya sudah pun mencecah tujuh bulan.

Namun, Wan Intan Edrinaz Wan Mokthar yang mesra dengan panggilan Dynaz ini akui, pasti ada hikmah di sebalik titik hitam yang berlaku dalam dirinya.

Ketika sedang meratap kehilangan bayi sulungnya itu yang belum sempat merasa belaian daripada seorang ibu, terubat sedikit kesedihan itu apabila dia menerima berita kemenangannya Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABP) yang berlangsung di Genting Highlands, Ahad lalu.

Tutur pelakon berusia 28 tahun ini, dia menganggap kemenangannya adalah rezeki anak yang dikurniakan oleh Allah. Dia sendiri sepatutnya berada di majlis anugerah itu, tetapi nampaknya keadaan tidak mengizinkan.

"Sebenarnya, sejak Isnin minggu lalu saya selalu rasa 'cramp' di perut. Kemudian saya mula mengalami sedikit pendarahan. Suami saya akhirnya membawa saya ke Pusat Perubatan Prince Court.

"Ketika itu, degupan jantung 'baby' amat lemah. Dan nampaknya, tuhan lebih sayangkannya. Tetapi bayi saya itu dapat dikeluarkan secara normal," kata Dynaz yang sebelum ini juga pernah mengalami keguguran pada tahun lalu.

Menurut Dynaz, bayi perempuan itu dikebumikan oleh ayah dan suaminya di Tanah Perkuburan Bukit Kiara pada hari yang sama, Jumaat lalu.

Akui pelakon filem Impak Maksima ini, pada awalnya dia sememangnya amat kecewa dengan keguguran itu. Namun, sokongan si suami, Mohd Hafizy Hafiz dan ahli keluarga yang lain membuatkan Dynaz akhirnya akur dengan takdir tuhan dan cuba berfikiran positif.

"Sudah tujuh bulan saya mengandungkannya, memang cukup pilu apabila doktor kata dia sudah tiada.

"Walaupun saya dan suami belum membeli persiapan bayi, tetapi kami sudah pun sediakan nama untuknya, iaitu Emma Malissa. Nama itu jugalah yang kami letakkan di batu nisannya.

"Saya tahu, suami juga sedih. Tetapi saya kagum dengannya yang pandai kawal emosi untuk cuba tenteramkan hati saya. Banyak juga mesej-mesej takziah yang saya terima dari rakan-rakan dan peminat.

"Ramai yang cakap saya masih muda dan boleh cuba dapat anak lagi. Terima kasih banyak-banyak kerana memahami keadaan saya.

"Banyak juga ucapan tahniah yang saya terima atas kemenangan saya di ABP tempoh hari," kata Dynaz yang ketika ini sedang menjalani pantang selama 44 hari.

Mengulas tentang kemenangannya itu pula, kata Dynaz, dia sememangnya tidak menyangka mampu meraih anugerah itu untuk kali kedua berturut-turut, apatah lagi bila melihat saingan hebat daripada calon-calon lain iaitu Abby Abadi, Rita Rudaini, Fasha Sandha dan Diana Danielle.

"Saya langsung tidak letak harapan tinggi. Ini adalah satu penghargaan yang istimewa buat saya.

"Saya sendiri tidak tahu di mana kelebihan saya, mungkin juga kerana saya selalu berinteraksi dengan peminat-peminat menerusi Internet dan itu membuatkan mereka rasa 'dekat' dengan saya," kata Dynaz yang akan kembali aktif berlakon selepas habis berpantang nanti.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeThu 16 Apr 2009, 9:49 am

Que suka lihat bentuk badan Linda ketika hamil


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 01198610KEKEBALAN yang dimiliki oleh aktor Que Haidar mampu merealisasikan cita-citanya untuk bergelar seorang jurulatih lakonan.

Seawal kemunculannya dalam industri seni sejak tahun 2003, bakat Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar mula dihidu sehingga dia telah diiktiraf sebagai Pelakon Harapan Lelaki dalam Festival Filem Malaysia ke-19 pada tahun 2006.

Que menerima anugerah tersebut atas keberkesanan lakonannya sebagai ketua sindiket dadah bernama Sepet dalam filem Castello.

Selang dua tahun selepas itu, Que diiktiraf pula sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama dalam Anugerah Skrin 2008.

Kehebatan lakonannya dalam drama Tuhan Pun Tahu tidak perlu disangkalkan lagi untuk memenangi anugerah tersebut.

Sabtu lalu, nama Que diumumkan memenangi anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008.

Que sudah berlakon lebih dari 15 buah filem seperti Bilut, Castello, Syaitan, Cinta, Badai Pasti Berlalu (Indonesia) KL Menjerit 1, Zombi Kampung Pisang dan Maut.

Jadi, tidak mustahil jika kekebalan yang dimilikinya itu mampu merealisasikan cita-citanya itu sekaligus membawanya ke satu tahap yang lebih tinggi daripada sebelum ini.

Namun begitu, Que berkata dia belum bersedia untuk berada di kerusi pengarah.

“Saya mempunyai impian untuk memasuki bidang pengarahan tetapi bukan sekarang.

“Saya ada terfikir juga tetapi banyak lagi perkara yang saya perlu belajar.

“Jadi, apa yang saya fikirkan sekarang, saya teringin hendak mengendalikan kelas lakonan dan bergelar seorang ‘acting coach’ seperti Cikgu Fatimah Abu Bakar.

“Saya rasa saya boleh melakukan kerja itu. Saya belajar dari pengalaman berlakon yang dikumpul sejak 12 tahun lalu,” kata Que yang akui mula menceburi dunia lakonan sejak tahun 1997 menerusi teater 'A Midsummer Night’s Dream'.

Suka lihat perubahan badan isteri

Diam tak diam, kini sudah masuk dua bulan Que mendirikan rumah tangga dengan koreografer Linda Jasmine.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 01220810
Linda dan Que bakal menimang cahaya mata hujung tahun ini.


Que dan Linda juga bakal menimang cahaya mata dalam hujung tahun ini selepas Linda disahkan hamil hampir dua bulan.

“Selepas berkahwin, saya berasa gembira, tenang, kehidupan lebih teratur dan perasaan berbunga-bunga.

“Saya pastikan sebaik mungkin, hari demi hari untuk curahkan kasih sayang kepada Linda dan Qalif (anak pertama Linda dengan bekas suaminya).

“Kadangkala, Linda rasa bersalah kerana saya perlu menjaganya siang dan malam tetapi saya rasa menarik pula semasa menjaganya seperti semasa waktu makan.

“Saya juga gemar melihat perubahan bentuk badan Linda yang menarik selepas dia hamil,” ulas Que yang turut menolak tawaran berlakon disebabkan mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama isterinya.

Menurut Que, dia lebih suka menerima tawaran berlakon yang memilih lokasi pengambaran dalam Kuala Lumpur.

Selain itu, dia sedang menunggu filem lakonannya ditayangkan di pawagam dalam tahun ini iaitu Setem, Papadom, Duhai Si Pari-pari, Skrip 7707 dan My Spy.

Kata Que, dia juga bakal memasuki pengambaran filem ‘Romance’ pada hujung bulan ini.

Que juga berkata dia belum mendengar cerita tentang filem Merempuh Karma yang sepatutnya memulakan pengambarannya pada Mac lalu.

Filem tersebut diterbitkan oleh Secondlife Picture Sdn. Bhd. yang telah menerbitkan filem Gentayangan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeThu 16 Apr 2009, 9:51 am

Diana diawasi dua jurulatih JLKN semasa ABPBH?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Dsc_1810
Diana seronok mengikuti latihan di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang.


PERGERAKAN aktres Diana Danielle, 18, yang diberikan pelepasan untuk menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 pada Sabtu dan Ahad lalu diawasi oleh dua jurulatih Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)?

Namun menurut Timbalan Komandannya yang dikenali sebagai Tuan Hasan, kedatangannya bersama seorang lagi lelaki yang dikenali sebagai Cikgu Pet merangkap Timbalan Ketua Jurulatih itu adalah atas jemputan pihak penganjur majlis itu.

“Kebetulan kami mendapat undangan majlis ini, jadi sebab itu kami datang. Bukan bermakna setiap pelatih yang mendapat pelepasan akan diawasi oleh kami,” jelasnya.

Pelepasan ‘istimewa’ yang diberikan kepada Diana telah menimbulkan kontroversi kecil dan menganggap pihak JLKN telah mewujudkan ‘double standard’.

Dalam kesempatan itu, Hasan turut memberitahu bahawa pihak JLKN tidak pernah menghalang pelatih untuk keluar jika mempunyai kecemasan atau acara penting.

“Para pelatih dibenarkan keluar tetapi bergantung kepada syarat yang ditetapkan. Lagipun, Diana keluar pada hari Sabtu dan Ahad,” beritahunya.

Dalam pada itu, Diana meminta supaya orang ramai tidak salah faham dengan apa yang berlaku itu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Sf_dan10


“Saya tahu sudah banyak tanggapan negatif yang orang perkatakan kepada diri saya.

“Tentang isu saya diberikan pelepasan, saya sudah mengikut prosedur dan menghantar surat untuk keluar selama dua hari sebelum saya menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan JLKN tiada masalah tentang permohonan saya itu,” kata Diana.

Aktres yang popular menerusi drama Air Mata Maria dan Sembilu Kasih ini juga memaklumkan bahawa pelepasan diberikan bukan kerana dia mempunyai ‘keistimewaan’.

“Pelepasan ini bukan kerana keistimewaan saya dan bukan diberikan kepada saya sahaja malah pelatih lain juga boleh keluar kalau mereka ada hal.

“Lagipun hari Sabtu dan Ahad memang merupakan hari lawatan keluarga,” jelas Diana yang biasanya hanya menghabiskan hari hujung minggunya untuk berehat dan mengemas ‘dorm’.

Diberikan peluang menyertai majlis berprestij itu, Diana berkata dia bersyukur apabila dapat kembali ke dunianya yang dulu.

“Saya bersyukur dapat datang ke majlis ini. Saya juga berasa seronok apabila dapat berjumpa dengan kawan-kawan artis yang lama tidak jumpa serta dapat masuk balik ke dunia artis.

“Saya rasa gembira tetapi dalam masa yang sama saya rasa nak balik kem semula

Kini, sudah masuk sebulan Diana berada di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang. Diana menetap di kompeni Bravo berbeza dari kompeni dua rakan artis iaitu Alif Satar (kompeni Delta) dan Suki (kompeni Charlie).

Diana bakal menghabiskan masa tinggal sebulan setengah lagi sekaligus memangku tanggungjawabnya sebagai Timbalan Kontinjen Wirawati.

Ketika menjalani latihan dalam program tersebut, Diana didedahkan dengan kelas ‘Character Building’, ‘flying fox’, ‘water confidence’, ceramah dan kawad kaki.

“Antara banyak-banyak aktiviti, saya paling suka aktiviti berkawad, dan ‘flying fox’.

“Selain itu, saya suka pakai celoreng (uniform biru) dan berkenalan dengan ramai kawan,” kata Diana.

Bercerita tentang sedikit pengalaman menarik Diana, pada mulanya dia dan pelatih di situ malu-malu untuk bertegur sapa tetapi selepas minggu kedua, mereka menjadi semakin rapat.

“Saya seronok berada di dalam kem tersebut. Misalnya, kami mulai rapat apabila terlibat sekali dalam projek Kontrak Kita Janji (KKJ).

“Dalam masa 1 minggu dulu sahaja saya akan mendapat perhatian mereka tetapi selepas itu masing-masing dah serasi.

“Di dorm pula, saya seronok dan selesa tinggal dengan 27 pelatih yang lain. Sebelum tidur, saya dan kawan-kawan akan menari-nari dan bersembang,” cerita Diana yang akui turut diusik oleh pelatih lelaki.

Menurutnya tidak lama jejaka yang cuba memikatnya kerana Diana berkata: “Selepas minggu kedua, tiada siapa yang berkenan dan yang saya berkenan kerana selepas itu masing-masing membuat hal sendiri.”
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeThu 16 Apr 2009, 9:52 am

Dira popular hanya selepas bergelar ibu

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Dira2210
Nama Dira mula melonjak naik setelah membintangi drama Rona Roni Makaroni - foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT


MELIHAT kepada tubuh langsing si tuan empunya diri, pasti ramai yang tidak menyangka pemilik nama Khaidhirah Abu Zahar yang mesra disapa Dira ini sebenarnya sudah mempunyai seorang cahaya mata, Tengku Anggun Deandra berumur setahun setengah.

Dira dalam nada ceria turut akui, tidak ramai yang tahu dirinya sudah lama bergelar isteri.

Namun, pelakon berusia 25 tahun ini tidak pernah menyembunyikan status dirinya yang sebenar.

Tutur Dira, jika ada yang bertanya, dia tidak pernah sesekali menafikan dirinya sudah berumahtangga sejak awal 2007 lagi dengan pemain keyboard kumpulan Bau, Tengku Shafiz-Rullah atau Ash.

Mungkin status sebagai isteri dan rezeki anak memberi tuah buat Dira apabila namanya kini mula menjadi sebutan ramai sejak muncul di dalam drama terbitan Radius One Sdn Bhd, Rona Roni Makaroni memegang watak Gia, walaupun pembabitannya di dalam bidang ini sudah bermula sejak beberapa tahun lalu.

Lantaran itu, anak jati Melaka ini tidak pernah merasakan dia agak 'lewat' bergiat aktif di dalam bidang lakonan ini yang baru mula menaikkan nama saat dirinya sudah pun berkeluarga.

"Bagi saya, status isteri itu bukan lagi isu besar di kalangan artis-artis tempatan. Saya bersyukur diri saya tetap diberi peluang oleh produser dan kebanyakannya pula sudi menawarkan watak utama kepada saya.

"Tetapi, saya amat berterima kasih kepada produksi Rona Roni Makaroni yang membuatkan banyak pihak mula menaruh kepercayaan kepada saya untuk membintangi drama-drama lain," kata Dira yang ditemui pada majlis ramah-mesra bersama barisan pelakon siri tersebut di Sri Pentas, baru-baru ini.

Bekas pengacara Jom Ronda Bersama Proton dan Fulus Mania ini sama sekali tidak menyangka peluang yang diberikan oleh pengarahnya, Shahrulezad Mohameddin atau Ezad membawa sinar terhadap karier lakonannya.

Lakonan cemerlang di dalam drama tersebut akhirnya turut membuatkan Radius One sekali lagi mengambil Dira untuk membintangi drama bersiri terbaru mereka, Merah Puteh, yang diarahkan oleh Isma yusoff.

Drama yang diadaptasikan daripada kisah Bawang Merah Bawang Putih dan diubah ke dalam versi lelaki ini telah pun mula bersiaran pada 7 April lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang di TV3 dan 8.30 malam di TV9.

Memegang watak utama sebagai Anggun yang menjadi rebutan dua beradik tiri lelaki bernama Merah dan Puteh, Dira akui cukup seronok diberi peluang sekali lagi oleh produksi tersebut dengan membawakan karektor yang berbeza.

"Saya suka karektor Anggun...seorang gadis biasa dan cukup 'simple'. Watak ini memang jauh berbeza dengan watak Gia, seorang 'diva' yang saya bawa dalam Rona Roni Makaroni.

"Dari segi cabaran, saya tidak nafikan Gia lebih sukar untuk dibawakan kerana ia amat jauh berbeza dengan karektor saya yang sebenarnya.

"Tetapi kedua-duanya tetap banyak bermain dengan emosi," kata Dira yang turut membintangi beberapa buah drama lain seperti Delima dan Cinta Tanpa Suara.

Selain Dira, drama bersiri yang menyuntik elemen moden itu dibarisi oleh Ellyas Abdullah sebagai Puteh dan Zahiril Adzim sebagai Merah serta pelakon-pelakon lain seperti Tania Zainal, Nadia Aqilah, Wan Sharmila dan Ainul Aishah.

Merah Puteh mengisahkan dua beradik tiri yang berlainan ibu, Izwan dan Nazlee. Izwan merupakan seorang remaja lelaki yang suka berlawak, ceria, peramah, aktif dan agresif. Dia digelar Merah kerana sewaktu dilahirkan kulitnya berwarna kemerah-merahan.

Nazlee pula mempunyai karektor yang begitu berbeza. Dia seorang pendiam dan suka menyendiri. Dia pula digelar Puteh kerana kulitnya yang cerah ketika dilahirkan.

Merah dan Puteh sentiasa menyokong antara satu sama lain lebih-lebih lagi Puteh yang sentiasa mendapat layanan buruk daripada ibu tirinya, Datin Mastura yang sebenarnya berdendam dengan ibu Puteh, Rahayu yang merupakan isteri kedua Datuk Jehan.

Walaupun Rahayu telah meninggal dunia, dengki Datin Mastura tidak pernah terhenti tambahan pula apabila Datuk Jehan hendak membahagikan sama rata harta antara dua beradik itu.

Satu demi satu konflik muncul dalam hidup Merah dan Puteh yang mana menjadi semakin teruk apabila muncul seorang gadis bernama Anggun di dalam hidup mereka.

Mengimbas pembabitan awalnya di dalam bidang seni, kata anak bongsu daripada enam beradik ini, dia bermula sebagai pekerja sambilan di Astro dan bertugas di radio X-Fresh sebagai deejay sebelum menjadi wartawan penyiaran program Beat TV.

"Ketika masih menuntut di UiTM dalam bidang Perundangan Universiti Teknologi Mara beberapa tahun lalu, saya pasti akan bekerja sambilan di Astro setiap kali tiba cuti semester.

"Dari situlah saya mula jatuh cinta dengan bidang penyiaran. Saya hanya mula menyertai bidang lakonan sekitar tahun lalu menerusi drama Cinta Tanpa Suara," kata Dira yang turut mengendalikan syarikat milik keluarganya, Irah Arts & Events Management.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeThu 16 Apr 2009, 9:53 am

Lan MUH perkenal kekasih, cadang bertunang tahun ini

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 01252810
Anggota Meet Uncle Hussain (ikut arah jam): Afat, Taja dan Lan


SEMASA majlis ‘post-party’ Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 pada Sabtu lalu, ramai kalangan artis yang membawa pasangan masing-masing.

Antaranya adalah vokalis Meet Uncle Hussain (MUH), Lan, 27, yang membawa seorang gadis seusia dengannya iaitu Normala Hassan, 27.

Teman wanita yang baru dikenalinya beberapa bulan lalu itu nampak malu-malu ketika disapa dan memintanya bergambar dengan Lan.

Bagaimanapun, senyuman yang tidak lekang dari bibirnya dan tingkah lakunya kelihatan tertib sekali.

Seperti yang diakui oleh Lan, dia menyenangi sikap Normala yang sempoi, menyenangkan, beradap dan hormat kepada orang tua.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Lans10
Lan disamping kekasihnya, Normala. -foto mStar


Walaupun mereka baru mengenali hati budi masing-masing, Lan berkata tidak mustahil jika dia membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan dengan Normala.

“Saya tak kisah sama ada lama atau sekejap kami berkawan, saya ingat nak bertunang dengannya dalam tahun ini. Lagipun, saya nak tunggu apa lagi,” beritahunya.

Dalam ABPBH 2008 lalu, MUH berjaya memenangi anugerah Penyanyi Berkumpulan/ Duo Popular.

Ini bermakna ia merupakan pencapaian drastik yang dikumpul oleh MUH sejak memenangi Lagu Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke-23 serta Lagu Terbaik Hits 1 dan Persembahan Terbaik di Pertandingan Akhir Hits 1 musim keenam.

Yang pasti, kejayaan yang datang bergolek lebih memberikan semangat yang berkobar-kobar kepadanya dan seluruh anggota MUH untuk terus berjuang dalam industri muzik tanahair.

“Kami akan sentiasa memberikan persembahan yang berbeza kepada penonton.

“Kami juga berhajat untuk menerbitkan album pertama kami dengan pengisian lagu-lagu yang baru. Insya-Allah,” ujar Lan yang akan turut serta menggubah lagu untuk album terbaru MUH nanti.

Setakat ini, Lan telah mencipta lagu Pari-Pari Bawah Angin.

“Pengalaman telah mengajar saya untuk membuat lagu dan kini sedang menunggu lagu baru untuk siap.

“Saya tak mahu beritahu lagi tetapi setakat ini saya mempunyai beberapa buah lagu untuk diterbitkan,” kata Lan yang turut popular dengan lagu Putihnya Lukisan di corong-corong radio sekarang.

Selepas kejayaan yang diraih, Lan berkata dia mahu bercuti dan berehat seketika dari aktiviti seni.

Namun, Lan menafikan yang dia dan anggota MUH iaitu Taja dan Afat sedang dilanda konflik.

“Saya dah anggap anggota MUH yang lain seperti keluarga dan adik-beradik. Tetapi biasalah kadangkala ada yang saya tersalah cakap dan membuatkan mereka terasa.

“Bagi saya, normal jika kami ada konflik. Di atas pentas, kami bekerja bersama tetapi apabila di luar kami akan buat hal masing-masing.

“Band kami masih wujud. Saya anggap perjuangan kami seperti sia-sia dulu tetapi sekarang tidak.

“Saya rasa tahun ini merupakan tahun untuk Meet Uncle Hussain,” ulas Lan mengenai perjuangan bandnya yang sudah mencecah usia 9 tahun itu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeThu 16 Apr 2009, 9:57 am

Zizi AF Nafi Bercinta dengan Yazid

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Zizi10


Penyingkiran mengejutkan gadis dari Sabah, Nurfazelah@Zizie Md Tahir atau Zizi mengecewakan ramai peminat setia Akademi Fantasia 7 (AF7). Malah, ada suara meminta agar pihak berkenaan mewujudkan semula AFMasuk (Afundi Masuk) untuk memberi peluang pada Zizi untuk terus menjadi pelajar AF7.

Bagaimanapun, Zizi yang ditemui, baru-baru ini tidak pernah kecewa dan merima keputusan tersebut dengan hati terbuka. Pun begitu, Zizi tidak dapat menahan perasaan ingin kembali sekiranya sistem ini diwujudkan semula.
Ditanya mengenai hubungannya bersama Yazid, Zizi terus tergelak dan menafikan sehabis mungkin tentang dirinya dikatakan bercinta dengan pelajar yang baru menerima ibu baru iaitu Yazid.

"Mana ada Bang. Saya tak bercinta pun dengan Yazid. Saya sebenarnya sudah ada teman lelaki. Bagaimanapun, saya memang suka berborak dengan Yazid dan anggapnya macam adik sendiri. Setahu saya, Yazid ni jenis orang yang lurus sikit," katanya.

Menyentuh tentang pengalamannya sepanjang bergelar pelajar AF7, gadis ini mengakui ia tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

"Tak pernah terlintas difikiran saya untuk masuk AF7 untuk cari glamor. Apa yang saya tahu, dari awal lagi saya sudah ada niat masuk AF sebab nak belajar. Tapi saya tidak boleh nafikan, tempias glamor itu memang ada memandangkan AF merupakan satu program yang paling top," jelas Zizi yang berminat untuk bertemu Anuar Zain.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeThu 16 Apr 2009, 10:06 am

Nana Era FM Buat Majlis Kahwin Besar-besaran

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Nana_110


Sebelum ini timbul cerita mengatakan penyampai radio Era, Nurul Hana Che Mahazan atau Nana, tidak mahu majlis pernikahannya dihebohkan kerana ia akan dilakukan secara kecil-kecilan.

Peserta Akademi Fantasia musim pertama (AF1) yang bakal mendirikan rumah tangga dengan Pengurus Saluran Hitz FM, Mohammad Raqeem Brian Abdullah itu juga dikatakan tidak mahu menjemput wakil media pada hari bersejarahnya itu.
Bagaimanapun, baru-baru ini sewaktu perkara itu ditanyakan kepada Nana sendiri, personaliti berasal dari Muar, Johor itu menafikannya.

Katanya, tidak mungkin majlis dirancang itu akan diadakan secara kecil-kecilan kerana bapanya sendiri ingin menjemput tetamu seramai mungkin.

Terang Nana lagi, kalau hendak diikutkan dia dan Brian memang mahu mengadakan majlis pernikahan dan persandingan secara sederhana, namun pada waktu sama dia sedar sebagai anak perempuan tunggal dalam keluarga sudah tentu bapanya mahu tengok kemeriahannya turut dikongsi bersama saudara dan sahabat handai.

Bayangkan, cerita Nana, bapanya yang bertugas sebagai pegawai polis turut merancang menjemput rakannya yang pernah bertugas bersama di balai atau jabatan di seluruh Malaysia untuk hadir ke majlis bakal diadakan.

Katanya lagi, dalam hal ini tak mungkin dia tidak mahu menjemput rakan media yang banyak menyokong kerjaya seninya. Kalau boleh dia mahu mereka turut sama meraikannya.

Sebelum ini apabila ditanya mengenai tarikh majlis pernikahan dan persandingan dipilih, Nana merahsiakan dengan alasan ia belum ditentukan lagi.

Bagaimanapun, seperti yang diketahui umum, baru-baru ini Brian menjelaskan mereka memilih untuk bernikah pada Jun ini. Apa-apa pun penulis mengharapkan segala perancangan dilakukan pasangan ini berjalan lancar dan tidak sabar rasanya untuk menyaksikan hari bersejarah mereka berdua.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeThu 16 Apr 2009, 10:56 am

gambar-gambar di ABPBH 2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 2846_710

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 3048_110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 3048_111

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 41420010

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 41420011

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 41420012
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeThu 16 Apr 2009, 10:58 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 41420013

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 41420014

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 41420015

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 41420016

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 41420017

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 41420018
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeThu 16 Apr 2009, 10:59 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 41420019

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 41420020

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 41420021

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 20420311

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 20420510

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Fss10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeThu 16 Apr 2009, 11:02 am

Gambar 'Red Carpet' ABPBH2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Lj_pic10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mainp147

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mainp148

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mppb_127

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mppb_128

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mppb_129
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeThu 16 Apr 2009, 11:06 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mppb_130

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mppb_131

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mppb_132

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mppb_133

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mppb_134

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mppb_135
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeThu 16 Apr 2009, 11:08 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mppb_136

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mppb_137

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mppb_138

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mppb_139

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mppb_140

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mppb_141
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeThu 16 Apr 2009, 11:09 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mppb_142

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mppb_143

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mppb_144

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mppb_145

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mppb_146

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Mppb_147
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitimeThu 16 Apr 2009, 11:13 am

Nabil Raja Lawak Nyaris Maut Kemalangan

Alahai.. Malangnya kau Nabil. Baru beberapa hari bergelar juara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 dan gembira berpeluk sakan dengan Irma, dah kemalangan pula. Nasib bukan kemalangan dengan kereta baru yang dimenangi pada ABPBH2008 yang lalu. Nabil dikatakan tercampak daripada motosikalnya dan terkena penghadang jalan bagaimanapun hanya cedera ringan pada bahagian siku dan kaki.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Nabil-13


Berikut adalah petikan lengkap dari Utusan Malaysia:

KUALA LUMPUR 15 April - Juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil nyaris maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di Bukit Jelutong, Shah Alam petang semalam.

Nabil, 26, yang baru memenangi Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular 2008 Ahad lalu, tercampak daripada motosikalnya dan terkena penghadang jalan bagaimanapun hanya cedera ringan pada bahagian siku dan kaki.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, Nabil juga bernasib baik kerana tidak dilanggar oleh sebuah lori yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian sebaik sahaja dia melepasi Plaza Tol Bukit Jelutong.

“Ketika itu saya sedang menuju ke Studio ntv7 di Glenmarie untuk menjalani rakaman program Harta Mania yang bakal ditayangkan di TV9 pada 1 Jun ini.

“Selekoh selepas plaza tol tersebut licin dan berminyak sehingga membuatkan saya tidak dapat mengawal motosikal lalu terbabas.

“Saya kemudian menghubungi Irma Hasmie yang terus membawa saya ke Hospital Darul Ehsan untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Nabil, doktor mengesahkan dia tidak mengalami sebarang kecederaan parah selepas menjalani pemeriksaan sinar-X.

”Saya dibenarkan keluar dan kini berehat di rumah. Ini merupakan kemalangan kedua saya tahun ini.

”Tiga minggu lalu, kereta yang saya pandu terlibat dalam kemalangan di Kerinchi Link,” katanya.

Ditanya mengenai rakaman Harta Mania, Nabil berkata, dia sepatutnya menghabiskan baki rakaman terakhir iaitu tujuh episod program itu semalam dan hari ini.

“Tetapi terpaksa ditangguhkan dahulu sehingga saya benar-benar sihat,” jelasnya.
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 11 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 11 of 15Go to page : Previous  1 ... 7 ... 10, 11, 12, 13, 14, 15  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Create a forum on Forumotion | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions