|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 16 Apr 2009, 11:21 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 16 Apr 2009, 11:35 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 16 Apr 2009, 11:38 am | |
| (GAMBAR)Fasha Sandha Di Malam ABPBH 2008
Kesian betul kami dengan Fasha Sandha. Walaupun memang kami tak suka sangat dengan si Fasha Sandha sebab gosip dia dengan bekas suami Nora Danish, tapi rasa sedih jugak kat dia sebab dipulau oleh wartawan.
Tapi Fasha Sandha still maintain professional dengan datang ke malam ABPBH 2008. Perasaan tak dia dah potong rambut jadi pendek? Nampak lawa la pulak.
Nasib baik Fasha Sandha tak menang malam tue. Kalau tak mau bergaduh besar dengan Nora Danish yang jadi pengacara umumkan pemenang. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 16 Apr 2009, 11:42 am | |
| (Lagi Gambar)Malam ABPBH 2008 dua pasangan adik beradik yang glamour..... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 16 Apr 2009, 11:50 am | |
| Ikhwan hos baru “Chopp!!” Program Chopp merupakan sebuah program yang mengambil masa hanya 5 minit untuk memberitahu anda tentang rancangan2 menarik yang akan ditayangkan di tv9, selain itu, terdapat juga video2 menarik untuk dipaparkan dalam program itu. Hos program itu akan bertukar-tukar dari hari ke hari. Antara hosnya ialah Sariyanti, Nadia, Anne HotFM, dan hos yang terbarunya ialah Ikhwan HotFM. Jom kita tengok reaksi Ikhwan sebagai hos baru program ini ; ikhwan berganding bersama sariyanti! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 16 Apr 2009, 11:55 am | |
| RAGAM CAMELIA DAN RAKAN-RAKAN... Amboi bukan main gembira si Camelia berposing ngan rakan-rakan (mungkin gak gambar lama) sampai tak sedar 'terposing' kat meja orang lain. Yelah... tak kan pula Camelia minum minuman cam tu ye tak? Jadi.. lain kali posinglah kat dinding ke, kat tembok ke agar orang tak memfitnah yang bukan-bukan... tak gitu dik..?? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 16 Apr 2009, 11:58 am | |
| NINE PELUK SAKAN NGAN WARTAWAN? Dakwa pengirim gambar ini, peserta OIAM3 iaitu Nine berpeluk sakan dengan aweknya yang merupakan seorang wartawan tabloig harian. Apa yang membuat pengirim marah, katanya selama ini wartawan asyik hentam artis bila berkelakuan tak senonoh... tetapi kali ini wartawan pula yang membuat onar. Namun apa yang boleh myartis katakan, memang wartawan baru zaman sekarang ada segelintirnya yang tak bermaruah dan berlagak bagus. Sebenarnya keadaan ini jauh berbeza dengan zaman wartawan dulu-dulu yang memang serius dalam tugasan yang diberikan. Bagaimanapun, gambar tersebut bukanlah teruk sangatkan? Cuma 'ringan-ringan' je! Itupun kalau betullah wanita tersebut 'wartawan'... mana tahu cuma wartawan pelatih je?? Dalam hal ini, wartawan bukanlah malaikat dan mereka juga tidak dapat lari daripada melakukan dosa. Bak kata orang: dalam setandan pisang, pasti kadangkala ada juga pisang yang busuk. Tak gitu?? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 16 Apr 2009, 12:21 pm | |
| Eira Syazira dipikat VIP & laki orang
Pelakon seksi dan manis macam Eira Syazira ni pasti banyak dugaan kan? Lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan godaan lelaki yang ingin merapatinya. Agaknya kerana Eira sekarang semakin seksi lagaknya.
Ada orang buat cerita kononnya Eira ada affair dengan suami orang. Betul kah?
Eira ada buat pengakuan dengan wartawan majalah Mangga, Norzeha Kasbi. Apa kata Eira?
"Eira pun tak tahu macam mana cerita itu boleh keluar, sedangkan Eira tak tahu apa-apa pun. Sebenarnya lelaki yang dikaitkan dengan Eira itu seorang produser.
"Yang peliknya kenapa cerita itu keluar setelah lama Eira tamat shooting drama dengan produser itu. Eira terperanjat juga apabila dikaitkan macam itu. Eira baik malu dengan isteri produser itu apabila ada tuduhan Eira buat affair dengan suaminya," kata Eira.
Sementara itu ada juga VIP yang cuba mendekati Eira, malah ada yang terus meminang kerana takut terlepasnya.
"Eira ni kalau keluar selalu bawa adik bersama, jadi dia nampak Eira ini ada sifat keibuan dan suka melayan budak-budak," kata Eira.
Mangga berwajah baru
Ceria lanjut pasal Eira dan dunia cintanya ada dalam majalah Mangga keluaran terbaru edisi bulan Mei yang kini sudah ada di pasaran. Hangat sungguh.
Mangga sekarang berwajah baru. Lebih segar dan menarik. Banyak cerita hangat dalam Mangga keluaran terbaru. Ada banyak cerita artis remaja antaranya Stacy, Nubhan, Zoey, Mila, Aweera dan tidak ketinggalan bakat baru yang cantik dan mengancam.
Sementara itu pada 18 April 2009 ini Mangga meraikan ulang tahunnya yang ke-14 di Saloma Bistro, Jalan Ampang Kuala Lumpur. Majlis ulang tahun dimeriahkan lagi dengan pertandingan akhir Mangga Star Search.
Siapa yang bakal jadi bintang Mangga akan terjawab nanti. Anda juga dipelawa memeriahkan acara yang pasti akan meninggalkan kesan manis.
Acara ulang tahun itu turut dimeriahkan olah artis terkenal tanah air serta artis seberang, Rio Febrian. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 16 Apr 2009, 12:22 pm | |
| Nabil jelas isu selalu ke rumah Irma Nabil dan Irma di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008. -foto mStar
BARU-BARU ini, pelakon dan pelawak Ahmad Nabil Ahmad atauNabil telah memohon maaf kepada semua pihak akibat sikap spontannyamemeluk kekasihnya, aktres Irma Hasmie. Nabil juga berkata dia tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi.
Belum selesai isu Nabil memeluk Irma diperkatakan, kini orang ramaimula kembali memperkatakan tentang isu dia mengajuk ucapan yangdiberikan oleh penyanyi Jamal Abdillah selepas menerima anugerahBintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABPBH) 2008.
Ditanya kepada Nabil, dia bagaimanapun hanya menganggap hal itusebagai perkara biasa kerana Jamal sendiri hanya tergelak dengangelagat Juara Raja Lawak Astro musim kedua itu.
揂bang Jamal ok sahaja dengan saya dan hanya gelak-gelak selepas saya memberikan ucapan itu. 揔ami dah buat 憇how?banyak kali dan dia tiada masalah apabila saya berlawak dengannya.
揝aya anggap ajukan itu sebagai bahan lawak dan perkara biasa.Lagipun, bukan saya orang pertama yang mengajuk-ajuk dialog oranglain,?ulas Nabil yang baru ditimpa kemalangan kecil dua hari lalu.
Kata Nabil, dia hanya mengalami kecederaan di pinggang akibat jatuhdaripada motosikal yang dipandunya seorang diri setelah melanggar慶orner?yang licin di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Selain isu ajuk-mengajuk, nama Nabil juga disebut-sebut di dalaminternet kerap bertandang ke rumah Irma sehingga kekasihnya itu diberiamaran oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) di situ.
揝aya datang ke rumahnya waktu dulu semasa Irma masih menjaga anakangkatnya tetapi sekarang 慴aby?itu sudah dipulangkan kepada ibunya.
揟etapi, saya nak jelaskan yang saya bukan masuk ke rumahnya tetapi hanya berjumpa Irma di tempat 憄arking?
揝aya pergi ke situ untuk mengambil 慴aby?dan menghantarnya kerumah ibu pengurus saya di Ampang untuk menjaganya ketika Irma bekerja.
揔ebetulan saya boleh 慳rrange?masa waktu itu. Sekarang kami hanya berjumpa di luar apabila masing-masing ada masa lapang.
揝ekarang, saya sudah jarang berjumpa dengan Irma kerana sibukdengan program Harta Mania di TV9,?kata Nabil yang sedang berehat bagimemulihkan kesakitan yang dialami.
Namun begitu, Nabil menafikan tentang dakwaan Irma dikenakan amaran oleh AJK di situ.
"Irma tak pernah beritahu saya pun tentang amaran itu," ujarnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 16 Apr 2009, 12:25 pm | |
| Pija Mentor konon2 rock.. seksinya.. Kehadiran band indie tidak jejas aliran muzik rock
MUZIK rock tidak terkubur. Muzik ini masih digemari dan ada peminatnya tersendiri walaupun perkembangannya mungkin tidak sehebat dulu. Tapi itu bukan bermakna rock dalam dunia muzik tanah air akan lenyap.
Begitulah pandangan dua bakat muda yang memilih muzik aliran rock, Aweera dan Pija. Menariknya, mereka kini dalam 慸ua dunia?berbeza.
Aweera masih bertahan dalam program realiti One In A Million musim ketiga (OIAM3), sedangkan Pija pula sudah tersingkir pada minggu ketiga program yang sama.
Namun begitu, bagi Pija tersingkir daripada program itu, tidak bermakna semangatnya menjadi pudar. Katanya, dia cukup menggemari jalur muzik yang sudah berdekad lamanya bertapak di negara kita.
揚ija gemarkan muzik rock dan ingin terus memastikan kesinambungannya untuk terus kekal dengan muzik ini. Rock masih ada peminatnya. Tak dinafikan kehadiran band indie menunjukkan fenomena yang agak luar biasa kebelakangan ini. Bakat indie ini memang diakui sangat hebat, malah Pija sendiri tidak sehebat mereka yang boleh bermain instrumen. BAKAT muda ini mahu memastikan muzik rock berterusan.
揔alau ada peluang, Pija nak belajar bermain gitar dan teringin sangat nak bekerjasama dengan anggota Meet Uncle Hussain, Taja. Kalau dapat khidmatnya sebagai komposer pun sudah kira bagus. Pija memandang tinggi kewujudan dan kemampuan band indie,?kata Pija tulus yang pernah dikenali dengan lagu Luka.
Kesempatan berada di OIAM 3 dalam tempoh yang agak singkat bagaikan rahmat bermakna buat pemilik nama sebenar Norafizah Mohd Yasin ini. Walaupun masih tersemat perasaan sedih dan kecewa, penyanyi berusia 21 tahun ini terpaksa akur dengan ketentuan yang cukup perit untuk dikenang kembali.
揚ija sudah mula menyanyikan pelbagai genre muzik ketika menyertai pertandingan nyanyian termasuk Mentor musim pertama. Ketika di pentas akhir Mentor, Pija mula terarah menyanyikan lagu berkonsepkan rock dan ada yang berpendapat, ia sesuai dengan emosi dan perwatakan Pija.
揗enerusi OIAM 3, Pija banyak belajar dan melalui pendekatannya yakni 慍ari suara sendiri? Pija mula mengikut kata hati bahawa muzik rock adalah pilihan betul. Terkeluar dari OIAM3 bukan jadi penamat kepada Pija dalam bidang ini,?katanya. Pija sebenarnya pernah diangkat menjadi Juara program Mentor musim pertama tetapi selepas itu tuah masih belum menyebelahinya.
揃ukan semua orang mempunyai nasib yang sama. Pija sendiri sedar laluan seni ini bukan semudah yang disangka. Apa terjadi Pija tetap ingin meneruskan impian,?katanya.
揗ungkin kalau tak berjaya lagi, Pija terus kahwin sajalah,?sambung Pija lagi dalam nada berseloroh. .
Katanya, selepas tersingkir daripada OIAM3, haluannya kini bersama Datuk Wah Idris.
揝ebelum ini Pija dan kakak (Naufara) ada mengeluarkan single Posh. Kini single solo Pija, Terawal Terakhir pula mengikut giliran. Besar kemungkinan juga lagu itu akan ditukar susunannya. Pija dan kakak bersama syarikat Prima Event & Music milik Datuk Wah Idris untuk kontrak selama tiga tahun,?katanya.
Pilihan tidak sia-sia
Sementara itu, kelibat Aweera di pentas OIAM 3 semakin mendapat perhatian. Tidak keterlaluan dikatakan anak ketiga daripada empat beradik ini boleh menyanyi biarpun suaranya pernah dilabelkan Syafinaz sebagai menyalak (menjerit).
Impak dirinya sudah berbekas, malah katanya, keputusan untuk menyertai pertandingan itu amat berbaloi.
Pernah memenangi imuniti yang ditawarkan di dalam pertandingan siaran 8TV itu, ia memberi penanda aras membuktikan yang dia boleh menyanyi sekali gus menidakkan pendapat sesetengah pihak yang dia hanya menjerit sewaktu menyanyi. Bahkan, ini sebagai simbolik kehadiran anak muda berdarah campuran Belanda dan Melayu ini bukan sekadar tangkap muat dan bersandarkan paras rupa semata-mata.
揝aya mahu buktikan pemilihan sebagai Top 12 dalam OIAM3 ini tidak sia-sia. Saya ingin menunjukkan dan berkongsi bakat yang ada bukan sekadar tempelan semata-mata. Dengan usaha jitu, saya juga yakin boleh jadi yang terbaik,?katanya
Baru berusia 18 tahun, Aweera atau nama penuhnya Nasharul Aweera Noriyissham ini berkata, demi minatnya terhadap muzik rock membuatkan dia sanggup membuat rujukan dan penyelidikan menyelak helaian buku dan melayari laman maya semata-mata untuk mengintai sejarah muzik itu.
揜ock bukan dibuat-buat kerana ia lahir di dalam jiwa dan ia berkaitan soal 慳ttitude? Ada yang beranggapan rock itu kotor, ganas dan macam-macam lagilah. Tapi daripada aspek logik, ia hanyalah muzik selamba dan santai.
揂da lagi tanggapan orang, kalau sebut rock kita kena menjerit. Tapi harus diingat menjerit itu bukan syarat untuk menjadi penyanyi rock kerana untuk mencapai tahap itu bukan mudah. Saya pernah berjoging sejauh 12 kilometer untuk mendapatkan stamina yang baik,?katanya yang selesa dengan Pija dan sudi berduet bersama jika diberi peluang berbuat demikian.
Meminati Awie, Aweera memberitahu dia pernah dipanggil 慉wee?di kalangan rakan atau kenalannya di Perlis. Selain itu, dia turut meminati Amy Search dan vokalis kumpulan Malmsteen, Mike Vescera.
揌ingga sekarang saya masih menggunakan bedak jenama Follow Me yang pernah kelihatan di dalam album VCD konsert Wings pada 1991.
揝ejak zaman kaset hinggalah ke CD, saya tak pernah gagal memiliki album Wings dan Awie. Malah, filem lakonannya juga turut menjadi pilihan saya pada waktu lapang. Selain mengagumi suaranya, saya juga sukakan gayanya yang gemar menaiki motosikal berkuasa besar. Nampak ranggi,?katanya yang sudah memiliki 38 koleksi lagu ciptaan sendiri dengan pelbagai konsep. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 16 Apr 2009, 1:14 pm | |
| Sorak Peminat Penawar Kenchana Dewi
KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2009: Tewas di tangan Noorkhiriah, bukan bermakna Kenchana Dewi terus kalah daripada mendapat sorakan, ucapan serta kata-kata perangsang daripada peminatnya.
Malah kekalahan menggondol gelaran Artis Komedi Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH 2008), Ahad lalu, akhirnya membuka mata Kenchana akan keprihatinan peminat atas nasib yang menimpanya itu.
Mana tidaknya, ramai bagaikan tidak percaya pelakon yang popular dengan siri komedi Puteri itu tewas dalam kategori yang begitu secocok dengan dirinya. Sudahlah Noorkhiriah sendiri tidak hadir, jadi kejayaan itu satu 'pembaziran' buat peminat untuk melihat wajah artis yang menang.
Malah jika melihat kepada kualiti dan kuantiti lakonan komedinya sepanjang 2008, Kenchana sama sekali layak dinobatkan sebagai pemenang, jika mahu dibandingkan dengan Noorkhiriah, yang lebih dikenali sebagai pelakon watak pelakon serius yang sangat hebat. Namun itulah kuasa pengundi seperti mana juga Akademi Fantasia (AF).
"Apa boleh saya buat. Mungkin itu belum menjadi rezeki saya lagi. Mungkin juga ada peminat keliru dengan kategori saya dan Noor (Noorkhiriah). Patutnya dia diletakkan dalam kategori lain yang lebih sesuai dengannya.
"Tapi saya tetap gembira apabila mendengar sorakan paling gemuruh apabila nama saya disebut sebagai finalis. Itu yang membuatkan saya bersemangat sehingga hari ini.
"Bukan itu saja, malah ramai juga mengirimkan SMS dan menelefon saya memberikan kata-kata semangat. Tak kiralah dari Malaysia, Singapura dan Brunei. Ada juga di antara mereka saya sendiri tidak kenal langsung. Terima kasih saya ucapkan atas sokongan peminat semua," katanya ketika dihubungi murai.com.my.
Kenchana berkata, sebagai finalis dia sememangnya meletakkan harapan yang tinggi untuk memenangi kategori berkenaan. Bagaimanapun terpaksa akur dengan undian pembaca akhbar Berita Harian itu.
Katanya, kekecewaan itu membuatkan dia berazam untuk menggandakan lagi usahanya agar lakonannya akan terus melekat di hati lebih ramai penonton.
“Hampa tu memanglah hampa. Tapi Noor juga kawan saya dan secara peribadi saya turut meminati lakonannya. Saya turut gembira dengan kejayaannya Noor. Saya akan buat yang terbaik pada masa akan datang. Lagipun sepanjang menyertai road tour ABPBH 2008 di beberapa lokasi, banyak perkara yang saya pelajari dan tak sangka begitu ramai peminat yang menyokong saya.
“Layanan yang saya terima daripada pihak penganjur juga sungguh istimewa. Itu yang membuatkan saya rindu dan kalau dikurniakan rezeki saya tidak akan keberatan mengambil bahagian mengikuti road tour lagi tahun depan,” katanya.
Berlakon Dengan Anaknya Sendiri
Menyentuh mengenai bidang lakonan, Kenchana kini sedang sibuk dengan beberapa sesi penggambaran drama. Antaranya drama kemerdekaan bertajuk JAR 1975 yang menggandingkannya dengan anaknya sendiri, Pathies Waran atau Patsen, 16.
Drama terbitan Nusantara Production Sdn Bhd akan ditayangkan di Astro dan mempertemukan Kenchana dan anaknya itu sebagai pasangan adik-beradik yakni bukan ibu dan anak!
"Saya dah biasa bila orang cakap kami adik beradik. Malah lagi lucu ada orang sangka dias suami saya mugkin kerana dia tinggi dan saya pula pendek. Jadi bila kami diberikan peranan sebagai adik-beradik, saya tak rasa pelik. Ia satu pendedahan yang baik buat saya dan Patsen untuk menjadi pelakon," katanya.
Kechana berkata, selain drama berkenaan, anaknya itu pernah berlakon dalam beberapa drama terbitan RTM antaranya Rambut, Sugunthiram (Kebebasan) dan juga iklan Bank Rakyat.
Tambahnya, JAR 1975 turut dibintangi Ayu Raudah dan Dato' Jalaluddin Hassan. Kenchana juga akan menyambung penggambaran siri Puteri untuk musim ke-11 dan akan beraksi menerusi drama Chef Jo bersama-sama pelakon komedi, Jaafar Onn. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 16 Apr 2009, 1:29 pm | |
| ‘Tiada niat mahu seksi’ BAGI mereka yang mengikuti siaran langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008) Ahad lalu, pastinya terpukau melihat aksi penyanyi Farah Asyikin ketika menyampaikan lagu Hello.
Namun ada mengatakan persembahan penyanyi yang dicungkil menerusi program One In A Million (OIAM) bersama penari itu agak seksi dan menjolok mata dengan gaun atas lutut hingga mengundang rasa kurang senang penonton yang duduk di barisan hadapan Arena Of Stars, Genting Highlands. Perkara itu dinafikan Farah ketika diminta komennya.
“Saya tidak rasa penampilan saya seksi. Lagipun, saya memakai stokin hitam yang menutupi bahagian kaki. Kalau tengok balik persembahan malam itu di You Tube, anda akan dapat melihat yang warna kulit tangan dan kaki saya berlainan,” katanya.
Apapun, Farah tidak menyalahkan penonton yang mengatakan penampilannya agak seksi mungkin disebabkan pantulan cahaya pentas malam itu hingga menampakkan gayanya dilihat seksi.
“Sebenarnya, saya sudah cuba sedaya upaya untuk tidak nampak seksi ketika menyanyikan lagu Hello. Lagipun, malam itu merupakan persembahan saya yang pertama di majlis berprestij seperti ABPBH dan tidak mungkin saya sanggup merosakkannya dengan populariti murahan.
“Bagaimanapun, saya memohon maaf sekiranya ada yang menganggap pakaian saya ketika menyanyikan lagu Hello menjolok mata kerana saya memang tidak terniat langsung untuk berpakaian seksi,” katanya.
Bagi Farah, persoalan seksi itu bergantung kepada pandangan mata seseorang dan dia bersedia menerima teguran itu.
Sementara itu, katanya, dia kini sibuk menyiapkan beberapa lagu single yang bakal menampilkan kelainan berbanding album pertamanya.
“Sepatutnya album kedua saya keluar awal tahun ini. Namun disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, ia terpaksa ditunda dahulu.
“Disebabkan itu, saya mengambil keputusan mengeluarkan beberapa lagu single sebelum kemunculan album kedua,” katanya.
Mengenai tawaran mengadakan persembahan, kata Farah, dia bersyukur kerana undangan persembahan tidak pernah putus diterima sehingga hari ini.
“Saya akui undangan menyanyi yang diterima kadangkala banyak dan ada kalanya kurang. Namun, alhamdulillah dalam sebulan, saya masih lagi dapat undangan mengadakan persembahan. Terbaru, saya membuat persembahan di Public Mutual dan Sunway Convention Centre,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 16 Apr 2009, 1:30 pm | |
| Ellyas, Zahiril serasi BIARPUN pertama kali digandingkan sebagai pelakon utama, ia tidak menjejas fokus pelakon baru, Ellyas Abdullah dan Zahiril Adzim untuk menunjukkan keserasian ketika berlakon. Mereka dikatakan mempunyai persamaan dan persefahaman yang meyakinkan pengarah baru, Isma Yusoff untuk mengetengahkan bakat mereka menjadi teraju utama drama baru, Merah Puteh.
Sama ada Ellyas atau Zahiril, mereka pernah menimba pengalaman sebagai pelakon pembantu dalam drama lain sebelum ini. Jika Ellyas dikenali menerusi drama Dunia Baru, Zahiril pula pernah membintangi drama Kami.
Namun, menerusi lakonan baru drama Merah Puteh, mereka memegang watak adik-beradik. Menariknya, drama ini diadaptasi daripada filem Bawang Putih Bawang Merah arahan Datuk S Roomai Noor yang ditayangkan pada 1959.
Berbeza dengan versi filem, untuk drama kali ini, kedua-dua watak ini dibawa pelakon lelaki manakala tiada watak jahat seperti yang dipaparkan pada watak Bawang Putih sebelum ini.
Drama ini yang kini ditayangkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang turut menampilkan gandingan pelakon baru seperti Dira Abu Zahar, Tania Zainal dan Nadia Aqilah.
Bercerita pengalaman ketika berlakon, Ellyas menyatakan dia terpikat untuk berlakon drama ini kerana watak Puteh yang dibawa memberikan lebih banyak ekspresi pada bahasa tubuh berbanding percakapan. Selepas tiga tahun menceburkan diri dalam bidang lakonan, dia gembira bila ditawarkan watak utama seperti Puteh.
“Watak saya tetap beri cabaran kerana saya perlu memastikan lakonan saya tidak sama dengan watak versi wanita. Jika difikirkan, watak versi lelaki lebih senang dibawa dan dalam drama ini, saya begitu menyayangi Merah sebagai abang saya.
“Mengenai perwatakan, Puteh tidak banyak bercakap tetapi dia menunjukkan sikap yang sebenar menerusi bahasa tubuh seperti reaksi pada mata dan cara dia berdepan sesuatu masalah. Bagaimanapun, dia bukan pendiam atau pemalu. Dia lebih meminati perkara yang berkaitan seni seperti melukis manakala Merah seorang aktif dan gemar bersukan.
“Dalam belajar karakter masing-masing, kami juga sesuaikan diri ketika berlakon. Nyata, kami mempunyai keserasian dan senang untuk bekerjasama. Mengenai Isma pula, walaupun dia masih baru tetapi dia mempunyai pengalaman kerja belakang tabir dan saya percaya pada kemampuan dia untuk mengarah drama ini mengikut selera penonton.
“Soal tekanan ketika di lokasi penggambaran, saya berpendapat ia tetap wujud tetapi jika pelakon itu faham dengan situasi dan meletakkan kepercayaan pada setiap pelakon, ia mampu diatasi dengan baik,” katanya.
Bagi Zahiril, dia tidak menafikan ada perasaan gementar membawa watak Merah kerana memikirkan tanggungjawab sebagai pelakon utama begitu besar. Katanya, dia berhasrat untuk mencuba watak berkenaan dan mencabar diri membawa watak baru.
“Saya setuju berlakon dalam drama ini memandangkan watak yang ditawarkan berbeza dengan watak yang pernah saya bawa. Sebelum ini, saya pernah terbabit dalam drama Kami dan Seandainya Aku Siti tetapi saya merasakan cabaran berbeza untuk watak kali ini.
“Dalam menjayakan drama ini, saya berpandangan sesebuah drama itu penting agar tidak mengikut corak drama yang pernah diterbitkan produksi yang sama sebelum ini. Apa yang saya maksudkan, pelakon perlu memainkan peranan penting dalam menunjukkan lakonan berbeza daripada apa yang pernah ditonton.
“Bagi memantapkan lakonan, saya bersama Ellyas dan Isma turut mengadakan perbincangan dan bertukar pendapat. Perbincangan seperti ini penting kerana pelakon bukan saja dapat memahami watak dengan jelas tetapi berpeluang membaiki kelemahan pada aspek lakonan,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 16 Apr 2009, 1:39 pm | |
| Nirina tekad SAMA-SAMA menceburi dunia seni yang penuh dengan dugaan dan gosip, namun pelakon dan pengacara Nirina Zubir, 29, yakin dia dan suami, gitaris kumpulan Cokelat, Ernest Cokelat, 30, mampu melayari kehidupan bahagia bersama rumah tangga yang baru dibina.
Pasangan yang bertunang pada 9 November tahun lalu, selamat dinikahkan pada 5 April lalu di rumah yang menjadi kediaman rasmi mereka di Perum Mediterania Cluster Diamond, Jakarta Barat dengan tema Rumah Masa Depan.
Pelakon sinetron Assalamualaikum Cinta dan filem Heart ini berkata, apabila dia dan Ernest bertemu bapanya, H Zubir Amin untuk memaklumkan rancangan mereka untuk hidup bersama, sekali gus meminta restu, bapanya yang juga mantan diplomat, meminta mereka memikirkan semula perkara itu sedalam-dalamnya.
Kata bapanya, mereka perlu berhati-hati sebelum membuat keputusan mengenai kehidupan masa depan mereka, apatah lagi kedua-duanya hidup dalam dunia infotainment yang penuh dengan gosip.
Nirina dan Ernest diminta memikirkan semula keputusan itu dengan matang dan sebaiknya. Apabila sudah pasti, barulah bertemu semula dengannya.
"Beberapa hari selepas itu, kami datang semula dan menyampaikan keyakinan saya untuk berkahwin dengan Ernest. Saya mengaku sudah sedia memikul tanggungjawab sebagai isteri," katanya.
Bapa Nirina juga berpesan, kalau menghadapi masalah rumah tangga, jangan bercerita dengan orang luar kerana ia boleh mengundang bahaya. Sebaliknya, mereka berdua selesaikan dengan cara berbincang dan jangan menggunakan emosi serta belajar daripada-teman artis lain.
Nirina atau nama sebenarnya, Nirina Raudatul Jannah Zubir dinikahkan dengan Ernest atau Ernest Fardiyan Sjarif oleh penghulu dari Kantor Departemen Agama, H Musholi pada 5 April lalu, jam 10 pagi waktu Indonesia Barat, dihadiri keluarga kedua-dua pengantin dan juga sahabat-handai.
Dua perkara menarik mengenai pernikahan mereka, ia diadakan di rumah yang bakal mereka diami bersama dan bukannya di rumah keluarga seperti kebiasaan pasangan lain serta mas kahwin yang diminta Nirina daripada suami berupa komputer riba (laptop).
Nirina berkata, mereka memilih melangsungkan pernikahan di rumah sendiri kerana rumah itu bakal menjadi tempat kediaman mereka selepas ini dan setiap hari boleh mengingati detik bersejarah sumpah pernikahan mereka berdua
"Kami menikah di rumah juga kerana rezeki dan akan selalu mengingati detik penting itu. Setiap bangun pagi, pasti kami ingat pernikahan kami berlangsung di tempat ini.
"Selain itu, selesai pernikahan, ada doa dan rumah ini dapat banyak doa. Jadi rumah ini jadi berkat," katanya.
Mengenai mas kahwin pula, Ernest berkata, ia permintaan Nirina kerana selepas ini mahu memulakan perniagaan sendiri dan komputer riba sangat berguna untuk membantu kelancaran perniagaannya.
"Memang itu yang dipesan Nirina ketika saya bertanya kepadanya mengenai mas kahwin sebagai pemberian saya. Sebabnya, saya mahu biar apa yang diberi itu benar-benar berguna kepadanya.
"Memandangkan Nirina mahu memulakan bisnes sendiri, jadi dia minta dibelikan barang yang sangat diperlukannya," katanya.
Selain komputer riba sebagai mas kahwin, Nirina juga menerima kelengkapan solat dan wang Rp549,000. Apabila ditanya makna di sebalik nilai Rp549,000, Nirina hanya menjawab, "Kalau Rp50 juta boleh beli mobil tetapi yang penting makna pemberian itu."
Pada majlis itu, Nirina anggun dengan kebaya renda putih rekaan Anna Avantie lengkap dengan hiasan kepala mengikut adat Minang. Pada malam harinya, berlangsung majlis resepsi di tempat sama dihadiri ramai rakan artis seperti Bella Saphira, Luna Maya dan Titi Kamal.
Dua hari sebelum pernikahan, diadakan majlis membaca al-Quran di rumah keluarga Nirina di Perumahan Qariyah Thayyibah, Kebun Jeruk, Jakarta Barat diikuti majlis berinai Bainai mengikut adat Minang atau Midodareti (Jawa). Untuk majlis ini, Nirina mengenakan busana serba putih lengkap bertudung biru dan pada kaki dan tangannya diinai dengan corak hiasan Arab.
Untuk majlis ini, Nirina tidak dibenarkan bertemu Ernest tetapi masih berpeluang menyaksikan buah hatinya diinaikan kedua-dua orang tuanya dan juga keluarga tertua daripada keluarga kedua-dua pihak sebagai tanda restu, melalui TV LCD.
Kata Nirina, untuk majlis nikah, dia memilih busana tradisional dan budaya rekaan Avanti manakala majlis resepsi memilih busana mengikut adat Minang Pariaman sebelah bapanya. Nirina juga berganti busana daripada adat Minang Bukittinggi.
Nirina yang dilahirkan di Madagaskar pada 12 Mac 1980 memulakan kerjaya sebagai VJ MTV Indonesia selama beberapa tahun kemudian menceburi dunia lakonan menerusi filem pertama, 30 Hari Mencari Cinta pada 2005 diikuti filem Mirror.
Kerjayanya disifatkan berada di puncak pada 2006 apabila berlakon filem psyco-thriller Belahan Jiwa diikuti filem Heart. Walaupun dalam filem itu, Acha Septriasa memegang watak utama, lakonan berkesan Nirina menambat hati juri untuk anugerah Pemeran Utama Wanita Terbaik di Festival Filem Indonesia 2006.
Melalui filem terbitan PT Kharisma Starvision Plus ini, Nirina bukan saja berlakon di samping kekasih, Ferry Ardiansyah, malah berpeluang menyanyikan lagu Hari Ini, Esok dan Seterusnya untuk soundtracknya bersama Acha dan Irwansyah.
Filem Kamulah Segala-galanya arahan Hanung Bramantyo pada 2007 diikuti Get Married 2008 mengukuhkan lagi nama Nirina apabila menang Pemeran Utama Wanita Terfavorit di Anugerah Filem Indonesian 2008.
Akhir-akhir ini, Nirina mencuba berlakon sinetron menerusi Diva diikuti Assalamualaikum Cinta yang pernah disiarkan TV9 dan baru saja selesai menjalani penggambaran sinetron Dewi.
Ernest pula mula menyertai Cokelat secara rasmi sebagai pemain gitar pada 31 Mei 2003 selepas menimba pengalaman menjadi pengganti Roberto Pieter. Pemuzik kelahiran Bandung pada 9 Januari 1979 ini adalah adik Edwin yang lebih awal menyertai Cokelat.
Percintaa mereka mula diketahui media pada Ramadan lalu dan mengakui mula rapat sejak bertemu di Barbados Café, Kemang, Jakarta Selatan pada 29 September 2006. Sebelum itu, Nirina pernah bercinta dengan Ferry Ardiansyah dan juga Gading Martin.
Selepas pernikahan ini, Ernest hanya diberi cuti sehari kerana 7 April lalu sudah mula bekerja untuk menjayakan program TV One menjelang pilihan raya pada 9 April lalu dan Cokelat juga dijadual mengadakan konsert di Malaysia.
PROFIL
Nama sebenar: Nirina Raudatul Jannah Zubir
Tarikh lahir: 12 Mac 1980
Tempat lahir: Madagaskar
Tinggi: 158 sentimeter
Agama: Islam
Bapa: H Zubir Amin
Ibu: Cut Indria Martini
Suami: Ernest Fardiyan Sjarif
Kerjaya: Pengacara, pelakon
Filem: 30 Hari Mencari Cinta, Mirror, Belahan Jiwa, Heart, Kamulah Satu-Satunya, Get Married
Sinetron: Diva, Assalamualaikum Cinta, Dewi
Last edited by sally_eiyna on Thu 16 Apr 2009, 1:42 pm; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 16 Apr 2009, 1:41 pm | |
| Anita, Stacy Gegarkan ABPBH2008! Gabungan baru dan lama menghangatkan persembahan di malam kemuncak anugerah ke-22 ini KELINCAHAN penghibur berusia 57 tahun, Anita Sarawak di pentas sentiasa memukau. Tenaga serta aura luar biasa yang dimiliki penyanyi hebat ini sentiasa menyalur kehangatan yang sukar diungkapkan dengan perkataan.
Biar bersilih ganti penyanyi datang dan pergi, Anita kekal di hati pencinta bakatnya dan berdiri selesa dalam liga yang tersendiri.
Tidak tercabar, tiada tandingan membuatkan nama yang begitu sinonim dengan lagu rancak seperti Tragedi Buah Epal dan Akhirnya Kini Pasti selain sentuhan balada antaranya Cintamu Muzik Di Hatiku dan Asmara terus mekar dalam sanubari pencinta seni.
Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 di Arena Of Stars, Genting Highlands, malam esok sekali lagi menyenaraikan nama Anita sebagai antara penghibur yang bakal menghangatkan siaran dipancarkan secara langsung menerusi TV3 itu.
Menyuntik kelainan selain meraikan kehebatan aksi dua bintang berbeza era, Anita yang membuka tirai persembahan dengan Akhirnya Kini Pasti akan ditemani Stacy yang membawakan lagu terbarunya, Gagap.
Bertarung kreativiti dan kekuatan koreografi, kedua-dua penyanyi hebat ini akan menghangatkan pentas dengan gerak tari memukau digarap istimewa untuk kemuncak ABPBH 2008.
Seperti kata Stacy, mengadakan persembahan pada kemuncak acara hiburan berprestij seperti ABPBH 2008 sememangnya menjadi impian terutama untuk penyanyi yang sedang bertapak sepertinya.
“Latihan dibuat sekitar dua minggu kerana saya mementingkan kesempurnaan setiap kali menaiki pentas. Biarpun sudah biasa membawakan lagu Gagap, latihan tetap dipergiatkan kerana saya perlu mencari kelainan untuk acara berprestij seperti ABPBH 2008,” katanya.
Selaras dengan objektif penganjuran ABPBH 2008 yang mengiktiraf penggiat seni pelbagai cabang hiburan, peranan peminat yang selama ini menjadi tunggak pemacu industri juga tidak dipinggirkan.
Justeru persembahan yang dirangka memenuhi kehendak serta kepelbagaian cita rasa kelompok pencinta seni berbeza usia dan kegemaran.
Aspek utama yang ditekankan pada ABPBH 2008 adalah sajian lagu menghiburkan, mencakupi kepelbagaian genre yang membentuk acuan kepada industri hiburan.
Keistimewaan lain yang dijangka memberi warna pada malam kemuncak ABPBH 2008 ialah gabungan kumpulan rock generasi baru, Kristal bersama tiga penyanyi terkenal era 60-an, Datuk A Rahman Hassan, L Ramlie dan Jefrydin.
Gandingan mereka dijangka meledakkan lagi kehangatan ABPBH 2008 apabila bersatu membawakan medley popular seperti Ayahku Kahwin Lagi, Kenanganku dan Tak Mengapa.
“Elemen menarik ini mampu memberi warna kepada perjalanan ABPBH 2008, malah dijangka membangkitkan kejutan kerana jarang gandingan seperti ini dibawa dalam acara hiburan yang menerima liputan meluas”, kata Pengerusi Pengelola ABPBH 2008 yang juga Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah.
Jamal, Siti, Faizal Tahir merancakkan suasana ABPBH2008
Membariskan nama terbaik, popular serta terkini, acara gemilang itu turut mengiktiraf kehebatan bakat muda seperti Aizat, Farah Asyikin, Faizal Tahir dan Hujan apabila diberi ruang mempamerkan kelebihan mereka di pentas ABPBH 2008.
Setiap mereka akan mempersembahkan lagu popular dan lebih istimewa, buat pertama kali Faizal memperdengarkan secara eksklusif single terbaru yang sedang hangat mendapat putaran radio, Bencinta.
Edisi terbaru ABPBH kata Hanizam, memberi penghormatan kepada pelapis industri kerana mereka ialah penerus legasi yang dicetuskan oleh penggiat seni terdahulu.
“Tiada yang lama maka tiada yang baru. Dalam gemerlapan kerdipan bintang yang diraikan, ABPBH 2008 tidak sesekali meminggirkan mereka yang berjasa serta memberi sumbangan kepada pembangunan industri.
“Peranan mereka sentiasa dikenang ABPBH dan kerana itu slot persembahan dirangka untuk memberi kepuasan kepada semua,” katanya.
ABPBH 2008 juga bakal menyaksikan persembahan istimewa daripada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza yang mempersembahkan lagu terbaru dipetik daripada produksi Lantera Timur, Di Taman Teman.
Satu segmen khas juga disediakan menyaksikan gandingan penyanyi seperti Jamal Abdillah, Sarah Raissuddin, Ayu (OIAM) dan Diddy yang mempersembahkan medley lagu popular sepanjang zaman.
ABPBH 2008 bakal digamatkan dengan gabungan dua pengacara kreatif, Adlin Aman Ramlie dan Sharifah Shahira yang diberi tanggungjawab berat untuk menerajui program selama dua jam setengah itu.
Ia diserikan dengan kehadiran nama seperti Rozita Che Wan, Ayu Raudhah, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Mawi & Ekin, Lisa Surihani, Farid Kamil, Fizo Omar, AG, Kieran, Zizie Ezette, Nora Danish, Que Haidar & Linda Jasmine, Maya Karin, Eizlan Yusof, Amy Mastura, Norish Karman dan Umie Aida sebagai penyampai trofi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 16 Apr 2009, 3:12 pm | |
| Pak Nil, Zainal Alam Bantu Reza
Rezeki yang datang kepadanya kian mencurah-curah. Dari dalam konti radio Era FM, bakat Reza Mohamed semakin menyerlah sebagai hos rancangan bercorak game show terbitan Astro iaitu Kelab Pop.
Memasuki musim ke-3 dan 4, Kelab Pop yang ditayangkan di Astro Ria dilihat semakin matang dan semakin berjaya dalam menampilkan ramai selebriti hebat tanah air. Namun bagi Reza, dia terasa cabaran yang mendatang semakin kuat. Dia perlu bijak menangani pelbagai kerenah artis jemputan dan situasi semasa supaya rancangan berkenaan sentiasa berada dalam keadaan terkawal tetapi masih menghiburkan.
Oleh yang demikian, kemahiran pengacara berpengalaman seperti Aznil Haji Nawawi (Pak Nil) dan Zainal Alam Kadir memang diperlukan oleh Reza dalam memastikan tugasnya itu berjalan dengan lancar.
Ditemui ketika rakaman Kelab Pop di Wisma Ali Bawal, Petaling Jaya, baru-baru ini, Reza mengakui, dua rakan beliau itu telah banyak membantunya dalam melunaskan kerjayanya sebagai pengacara.
"Berbanding ketika mengendalikan Durian Runtuh di awal pembabitan saya dulu, Kelab Pop membabitkan interaksi bersama peserta di dalam studio. Oleh yang demikian, saya perlu bijak mengawal situasi di dalam studio.
"Bayangkan dalam jangkamasa setengah jam, pelbagai perkara boleh berlaku dan ketika itulah peranan saya diperlukan bagi mengawal situasi dan keadaan agar terus berjalan dengan baik. Nasib baiklah dorongan Pak Nil dan Zainal Alam banyak membantu dan mengajar saya supaya bijak mengawal situasi sepanjang rakaman berjalan.
"Maklum sajalah Kelab Pop menyenaraikan ramai artis dan satu tanggungjawab besar untuk saya mengawal mereka. Terima kasih kepada Pak Nil dan Zainal Alam untuk membawa saya sehingga ke tahap ini," katanya.
Musim ke-3 dan ke-4, menyenaraikan nama-nama popular seperti Mawi, Abby Abadi, Linda Onn, Nora Danish, Nila Kurnia, Nana, Mr Os, Accapan dan Kenchana Dewi
Kelab Pop yang diterbitkan oleh Sazilatul Ahamad turut mengundang portal murai.com.my sebagai perserta yang bertanding dengan tiga artis kontroversi, Linda Onn, Abby Abadi dan Zarina.
Sementara itu, Kelab Pop yang akan memulakan tayangannya Mei ini telah menjalani beberapa pembaharuan dari segi penyertaan dan perubahan beberapa segmen.
Antaranya segmen Suara Buluh Kasap yang menampilkan gadis Rudia yang tidak tahu berbahasa Malaysia namun menyanyi dengan melodi yang didengar daripada alat pendengar. Dalam segmen ini, peserta perlu meneka lagu yang dinyanyikan.
Beberapa segmen menarik seperti Pop Berantai, CD Rosak, Runut Bunyi, Budak Baru Belajar, Goreng Kaw Kaw, Versi Versus, Sekalijehit!, Biar Betul bagi soalan dan jawapan permainan terkandung dalam program ini. Selain itu, Karaoke Maut dan Humming adalah untuk permainan aksi berpasukan manakala Permainan Baru membabitkan Buskers, Tiru Macam Saya dan Mr Saxophone.
"Sebagai pengacara, saya perlu memastikan perjalanan program berjalan lancar, malah saya perlu memastikan masa yang diberikan mencukupi untuk memberi soalan kepada peserta.
"Saya juga seronok kerana diberi peluang mengacarakan program ini untuk musim kedua. Selain mengacara, saya turut berkongsi idea menghasilkan beberapa segmen permainan baru sebagai tarikan untuk program ini," katanya.
Info Kelab Pop
Nama program: Kelab Pop Penerbit: Sazilatul Ahamad Penerbit Eksekutif: Nizam Hamid Pengacara: Reza Mohamed Tarikh siaran : Setiap Rabu, jam 9 malam (bermula 20 Mei 2009) Saluran: Astro Ria (Saluran 104) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 16 Apr 2009, 3:13 pm | |
| Misha Omar Akui Dia Bercinta
Sibuk dengan jadual seni tidak bermakna Misha tiada masa untuk menjalin hubungan dengan seseorang. Ketika ini dia sedang ‘berkawan’ dengan seseorang dan hubungan itu telah pun berlanjutan selama dua tahun.
“Sebagai seorang manusia biasa, saya juga seperti individu lain, ingin mencintai dan dicintai. Ketika ini saya sedang berkawan dengan seseorang dan jika tiada sebarang masalah mungkin hubungan kami ini akan berakhir dengan ikatan perkahwinan. Sebenarnya bukan mudah untuk saya mencari bakal suami. Ini kerana lelaki itu perlu menerima status saya yang sudah pun mempunyai seorang anak angkat. Jika dia tidak boleh menerima Adam, sukar untuk saya menerimanya dalam hidup saya juga,” terang Misha lagi.
Bercerita tentang anak kesayangannya pula, Misha nampaknya cukup teruja berkongsi cerita tentang keletah anaknya yang baru berusia 3 tahun itu. Menurut Misha kehidupannya kini tidak lagi sunyi seperti dahulu kerana sering terhibur dengan dengan keletah anaknya itu.
“Walaupun baru berusia 3 tahun, Adam sudah pun bersekolah dan sejak bersekolah ini saya lihat Adam lebih bijak membawa diri. Perlakuannya juga lebih tertib berbanding dengan kanak-kanak seusia dengannya. Mungkin ada yang tidak setuju dengan tindakan saya menghantar Adam bersekolah pada usia 19 bulan lagi, tetapi saya rasa banyak perkara positif yang telah dipelajari Adam.” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 16 Apr 2009, 3:15 pm | |
| gambar terbaru Fazley, isteri dan anaknya |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 16 Apr 2009, 3:18 pm | |
| BUAH HATI MUMMY & DADDYEizlan Yusof bersama isteri dan anaknya yang sungguh comel. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 16 Apr 2009, 3:19 pm | |
| JOM POSING Dua pelakon cantik, Zahida Rafiq & Amyza Aznan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 16 Apr 2009, 3:20 pm | |
| MACAM ABANG & ADIKMaestro Ramli MS cukup menyenangi keletah Jac dan Ayu OIAM. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 16 Apr 2009, 3:21 pm | |
| PASANGAN DUET Tunggulah nanti kemunculan lagu duet mereka, Ku Pinjam Satu Bintang yang pasti gempak! Itulah Riz dan Alyah (Tak Mungkin Kerana Sayang). |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 16 Apr 2009, 3:24 pm | |
| PASANGAN BARU? Pelakon Rasukan Ablasa, Hafiz dan Sheera yang anggun dengan gaun songketnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 16 Apr 2009, 3:25 pm | |
| MAKIN INTIMAbby Abadi bersama buah hatinya, Zulkifli Ariffin. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 19 Apr 2009, 10:28 am | |
| Jojie sudah ada buah hati? AMIR (kiri) dan Jojie (paling kanan) menghadiri majlis resepsi Rumie Booty baru-baru ini. DIVA tumpang bahagia bila ada orang bercerita yang kakak penyanyi rock Ella, Jojie yang cantik dan bergaya itu sudah berjumpa si buah hati.
Ada teman Diva yang menyuakan sekeping gambar Jojie dan 'kekasihnya' yang menghadiri perkahwinan pemuzik, Rumie Booty.
Kalaulah benar seperti yang disampaikan, Diva sangat gembira. Mereka berdua sama cantik sama padan, hidung pun macam serupa.
Nama jejaka yang putih dan kacak itu ialah Amir. Kata kawan Diva, Jojie dan Amir sedang dalam proses mengenali diri masing-masing dan sering keluar berdua.
Jangan marah ya Jojie sebab Diva keluarkan gambar ini. Mana tahu usik-usik Diva boleh bawa ke jenjang pelamin. Diva doakan semoga bahagia nanti. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 19 Apr 2009, 10:30 am | |
| Aduhai Farah Asyikin JULANGAN Farah yang menyebabkan bahagian kakinya terserlah.
TIADA kejutan dalam keputusan Anugerah Bintang Popular (ABP) di Genting Highlands minggu lalu. Para pemenang sememangnya sudah dijangka. Cuma Diva terkejut bila menonton persembahan penyanyi janda, Farah Asyikin.
Pada malam itu, Farah memakai gaun pendek merah jambu. Betul dia nampak manis, tapi Diva rasa ia tak sesuai langsung dengan konsep lagu yang rancak seperti Hello itu.
Yang jadi tak sedap bila Farah dijulang oleh para penari beberapa kali dengan pakaian yang vogue itu.
Diva yang menonton persembahan Farah dengan teman-teman terjerit kecil setiap kali Farah diangkat barisan penari.
Bukannya apa, takut gaun pendek Farah terselak dan menampakkan seluar dalamnya. Kan tak manis begitu.
Diva rasa Farah boleh memilih fesyen yang lebih sesuai, misalnya memakai legging atau sarung kaki berwarna atau lebih praktikal memakai seluar tetapi masih kelihatan funky.
Taklah kami semua sakit jantung lihat Farah. Tapi, kata Farah, dia rasa selesa dan rasa tak seksi dengan gaun itu. Okeylah kalau tuan punya badan sudah kata begitu, jadi Diva pun hormat perasaan Farah |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 19 Apr 2009, 10:31 am | |
| Suki 'kedekut' kerjasama DIANA DANIELLE, Suki dan Alif di Kem PLKN Princess Haliza di Sepang.
RAMAI betul teman-teman media yang merungut dengan sikap penyanyi, Suki. Kononnya Suki sukar memberi kerjasama sewaktu dia hadir ke Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Princess Haliza di Sepang, Selangor minggu lalu.
Kata mereka, alasan Suki untuk pulang lebih awal dan kesuntukan masa sebagai kurang relevan kerana pihak media dijemput ke kem tersebut untuk mengikuti dokumentari kehidupan tiga selebriti yang sedang menjalani latihan di kem itu selama tiga bulan. Mereka ialah Diana Danielle, Alif dan Suki.
Jadi apabila Suki memberi alasan yang dia kesuntukan masa dan seperti enggan bekerjasama sewaktu gambarnya ingin dirakamkan media, ramai yang berasa Suki tidak menghormati pekerjaannya sendiri.
"Sepatutnya dia tak boleh balik awal dan beri alasan begitu. Dia tahu bahawa pada hari itu dia perlu memberi komitmen untuk dokumentari tersebut.
"Seharusnya Suki sudah mengosongkan jadual hari tersebut dengan agenda itu sahaja. Kalau dia sibuk, kami pihak media tak sibuk ke?" luah seorang teman wartawan Diva yang menganggap tindakan Suki itu sebagai kurang profesional.
Tambahnya lagi, mujur ada Diana dan Alif yang memberi kerjasama baik. Jika tidak, pasti mereka pulang dengan tangan kosong.
Buat Suki, Diva suka nak ingatkan, media tak rugi apa-apa kalau anda sombong. Tapi anda yang rugi kerana merosakkan reputasi sendiri.
Diva: Ada teman mengadu pernah menemu bual Suki yang berbaring dengan alasan penat. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 19 Apr 2009, 10:35 am | |
| Anak tunggu di syurga Ekoran kandungan tujuh bulan Dynaz mati dalam perut DYNAZ ingin segera mengandung lagi dan tidak kisah walaupun dikurniakan 10 anak dan di sebalik musibah yang menimpa, pasangan ini reda dengan ketentuan Tuhan.
BERITA kandungan pelakon tinggi lampai, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 26, mati dalam perut pada usia tujuh bulan menggemparkan dunia hiburan. Tidak sedikit yang bersimpati dan menitipkan doa buat isteri kepada Mohd. Hafizy Hafiz, 37, ini.
Menamakan bayi perempuan dengan nama Emma Malissa sebelum dikebumikan pada tanggal 10 April lalu selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur Dynaz pasrah dan positif tentang hikmah yang Tuhan kurniakan buatnya kelak.
Sebagai seorang Islam, kata Dynaz yang kini berpantang selama 44 hari, dia juga menerima qada dan qadar Tuhan dengan hati terbuka. "Terima kasih atas doa dan sokongan semua pihak," ujar pemenang Pelakon Drama Popular pada satu anugerah baru-baru ini.
Salam takziah Dynaz, maaf mengganggu dengan soalan yang mungkin tidak mahu anda bangkitkan lagi. Tapi mungkin anda boleh berkongsi sedikit tentang kandungan anda yang meninggal dunia dalam perut?
Terima kasih. Tak apa. Saya berasa sakit pada hari Isnin 6 April sebaik saja bangun daripada tidur. Kemudian saya, suami, ibu bapa dan bapa serta ibu mertua ke hospital. Di sana, saya terus ditahan dan doktor mengesahkan bayi perempuan saya sudah meninggal dunia.
Tapi kerana bayi tidak cukup bulan, saya harus menunggu untuk melahirkannya. Selepas empat hari, pukul 9.00 pagi Jumaat 10 April, saya selamat melahirkan Emma Malissa secara normal. Emma kemudian dikebumikan selepas solat Jumaat.
Selama empat hari mengandung bayi yang sudah meninggal dunia, bagaimana rasanya?
Bayi sudah tidak bergerak dan saya tak rasa sebarang tendangan macam biasa. Tapi saya banyak tidur selama empat hari kerana doktor memberi saya ubat supaya bertenang dan tidak tertekan.
Pada tujuh bulan kandungan, adakah bayi itu memang sihat atau doktor sudah memberitahu tentang kebarangkalian meninggal dunia?
Doktor mengesahkan jantung janin saya berhenti berdegup tanpa sebarang komplikasi. Saya melakukan rutin rawatan setiap bulan dan sangat berhati-hati mengikut nasihat doktor.
Maklumlah ini bayi sulung dan saya tidak pernah mengandung atau gugur sebelum ini. Jadi saya mengikut semua aturan. Mungkin bukan rezeki saya dan Tuhan lebih sayangkan dia. Saya reda.
Emma Malissa sudah cukup sifat kala itu? Apakah signifikan nama Emma Malissa?
Sudah cukup sifat. Malah saya juga berasa sakit macam orang bersalin biasa. Nama Emma Malissa diberi suami saya semasa bayi ingin dikebumikan. Saya berasa ia nama yang indah.
Anda melihat Emma sebaik saja dia dilahirkan? Berapa berat bayi dan bagaimana rupanya?
Jujur, saya tidak mampu melihat dia dan tidak mengetahui segala hal tentang dia. Suami yang melihat dan menguruskan dia sehingga dikebumikan. Sehingga kini, saya juga tidak melihat sijil surat beranak dia. Saya tidak mahu.
Adakah doktor memberi jangka waktu untuk membenarkan anda mengandung kembali?
Tidak, selepas habis pantang saya sudah boleh kembali mencuba mendapatkan zuriat semula. Cuma doktor bekalkan saya dengan pelbagai vitamin, menasihatkan saya mengambil lebih banyak makanan organik. Doktor juga mengesahkan saya dan suami sihat.
Anda sendiri serik atau fobia untuk kembali mengandung?
Tidak langsung, malah saya teringin untuk lekas mengandung semula. Kalau Tuhan bagi saya rezeki 10 anak, saya akan terima. Saya tahu Emma kini menunggu saya di syurga.
Bagaimanakah anda mengumpul kekuatan?
Saya tak tahu. Mungkin sebab saya selalu berfikiran positif. Saya belajar banyak benda daripada naik turun kehidupan saya. Namun suami saya tahu dan dia pun baru belajar. Biarpun saya nampak positif, tapi jika tersentuh terlalu dalam, saya akan terkesan.
Bagaimanakah cerita anda keguguran tersebar?
Sebenarnya pada mulanya tak ada orang tahu tentang hal ini kecuali saya, suami, ibu bapa dan ibu bapa mertua saya. Malah adik-beradik lain pun tak tahu.
Tapi banyak sangat orang yang suka ambil tahu hal orang. Saya tidak marah, hanya rasa kurang selesa apabila berita buruk ini menjadi bahan perdebatan dalam forum Internet dan mereka mula berspekulasi yang bukan-bukan.
Sudahlah saya ditimpa dugaan, cakap-cakap begini memberi tekanan buat saya. Tapi sejak dulu, saya belajar bahawa dalam industri ini, apa sahaja mengenai kita, akan dikorek orang. Jadi saya ambil positif.
Hanya saya mohon jasa baik semua pihak agar tidak memperdebatkan hal ini lagi. Bayangkan kalau anda berada di tempat saya. Bagaimana rasanya? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 19 Apr 2009, 10:37 am | |
| Ramai yang kejar harta
Pada awal perjalanan kariernya, dia mengeluh kerana lambat memperoleh tawaran berlakon. Namun sekarang dia semakin mendapat tempat dalam industri filem mahupun lakonan drama.
Ainul Aishah Azizul, 24, pernah membintangi filem Nana Tanjung, Nana Tanjung 2, Otai, Skrip 7707 dan Histeria. Gadis yang memiliki ijazah Sarjana Muda Multimedia Kreatif dari Universiti Multimedia (MMU) ini semakin selesa bermain karakter dan emosi di skrin televisyen.
Kini dia muncul dengan watak gadis gedik yang gilakan harta dalam siri Merah Putih. "Saya seakan-akan badut dalam cerita itu yang membawa kelucuan tersendiri. Saya rasa watak itu melampau dan gedik tapi saya sukakan Jun, watak saya itu."
Komennya jujur, dia tahu semakin ramai gadis di luar sana yang mengejar harta dan sudah tidak begitu endah perihal cinta.
"Banyak perempuan yang sebegitu. Tapi saya lebih pentingkan kebahagiaan daripada itu semua. Buat masa ini saya susah untuk mencari cinta sejati. Malah tidak nampak arah itu lagi. Dunia terlalu moden kini," ujarnya.
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 19 Apr 2009, 11:35 am | |
| Irma cinta Nabil
BUKAN rahsia lagi! Bunga cinta antara pelakon Irma Hasmie dan juara Raja Lawak 2, Nabil semakin mekar dan mengharum.
Biarpun beberapa bulan sebelum ini mereka masih mencari jawapan kepada persoalan hati dan perasaan namun sebaik merasakan bahawa
mereka semakin serasi bersama, Irma dan Nabil tidak pula menyembunyikan hubungan istimewa antara keduanya.
Malah mereka boleh dianggap pasangan artis muda yang begitu terbuka dan yakin sekali untuk mengakui rasa hati terhadap diri masing-masing.
Biarpun hubungan yang baru berputik itu sudah mula disinggahi kontroversi gara-gara aksi peluk Nabil yang terlalu teruja dengan kemenangannya sebagai Bintang Paling Popular 2008 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2008), baik Nabil mahupun Irma tidak mudah melatah.
Memang nama Irma tiba-tiba panas dek kejadian itu. Dan Irma sendiri mengakui terkejut dengan tindakan buah hatinya yang merangkul dirinya di khalayak, dipancar pula secara langsung di kaca televisyen.
Namun Irma bukan sahaja tidak mahu memanjangkan topik yang hangat diperkatakan orang itu malah optimis terhadap hubungannya dengan anak jati Negeri Sembilan yang bernama sebenar Ahmad Nabil Ahmad itu akan berlangsung dalam suasana harmoni.
Tetapi sebagai artis yang lebih senior, Irma turut menasihatkan Nabil agar lebih berhati-hati dengan tindakannya di masa hadapan.
“Nabil sendiri sebenarnya meminta maaf kepada saya kerana perlakuan yang diluar jangkaan itu. Dia kata dia tak sengaja. Mungkin dia terlalu teruja dan lagak itu berlaku spontan dan di luar kawalan,” kata Irma.
Irma yang ditemui pada sesi fotografi bersama Pancaindera Selasa lalu, dua hari selepas kejadian, mengakui dia sendiri malu dengan kejadian yang berlaku.
“Nabil pun dah sedar dan saya tak mahu panjangkan hal ini. Di pihak saya pun, saya mahu minta maaf atas apa yang berlaku,” katanya.
Tidak mahu mengharungi sebuah hubungan yang penuh kontroversi malah menegaskan tidak mahu memperbesar-besarkan kisah hubungan cintanya dengan Nabil secara keterlaluan. Bukan sahaja kerana tidak mahu orang jelak dengan kisah cinta mereka, lebih penting, kata Irma, hubungan mereka baru sahaja hendak berputik.
Masih panjang jalan yang perlu dilalui dan diharungi, ujar Irma tenang.
“Sebagai orang yang rapat dengan dia (Nabil), sudah tentu saya gembira dengan kejayaannya itu. Tapi saya pun malu bila orang bertanyakan perasaan saya atas kejayaan Nabil itu.
“Saya risau, takut peminatnya kurang senang sebab yang menang dia, bukan saya. Takut nanti dikata mengambil kesempatan,” tambah Irma.
l Cinta berputik
Pertama kali bertentang mata ketika kedua-duanya diminta bergambar bersama ketika menjayakan satu majlis anjuran sebuah majalah. Pertemuan kedua pula ketika berkerja bersama untuk program Astro, Gegar Gitu Raya dan sejak itu, Irma mengakui mereka rapat namun masih belum menaruh perasaan.
Saling suka menyukai, Irma mengakui dia menyenangi kehadiran Nabil di sisinya namun kata Irma, oleh kerana masih tidak tahu sejauh mana keakraban mereka, masing-masing lebih senang mendiamkan diri apabila ditanya mengenai status hubungan mereka.
“Kami tak pernah nafi cuma tak tahu nak mengesahkan hubungan itu kerana masih mencari keserasian. Sekarang kami dah temuinya dan kami tak kisah untuk memberitahu kepada khalayak bahawa kami sedang berkawan,” jelas Irma tanpa berselindung.
Menurut pelakon yang mempunyai senyuman manis itu, mereka semakin rapat semenjak Irma mengambil anak angkat pada awal Januari lalu apabila keduanya sama-sama menguruskan proses pengambilannya.
“Sebenarnya saya tak rancang pun nak ambil anak angkat tapi ada orang yang mahu memberi anaknya sebab tidak mampu menjaganya.
“Tanpa pengalaman, saya menjaga bayi yang saya namakan Nur Hanie itu selepas enam hari dilahirkan. Nabil juga tak ada pengalaman tapi dia ringan tulang membantu menjaga bayi itu terutama kalau saya bekerja.
“Bersusah payah dia belajar tukar lampin bayi. Seronoknya, Nabil juga memang sukakan budak. Memang dia ambil berat soal Nur Hanie yang kami panggil Anie,” kata Irma.
l Bukan kelakar macam disangka
Irma juga memberitahu dia menyenangi sikap dan peri laku Nabil kerana pelawak dan pelakon komedi itu selalu fokus dengan apa yang dilakukan.
Malah tegas Irma, dia bukan kelakar yang disangka seperti yang ditonton di dalam filem mahupun program televisyen kendaliannya.
“Kami bermula sebagai kawan dan membina hubungan. Berkawan dengannya, saya dapati dia seorang yang seronok untuk bersama. Ada ketika dia berlawak, dia berlawak, ada yang memerlukan dia serius, dia fokus dengan isu yang diperkatakan.
“Memang saya senang dengan kehadirannya,” kata Irma, 27 yang tua setahun daripada Nabil.
Kerana bagi Irma sendiri, dalam mencari pasangan, dia tidak mementingkan ciri-ciri khusus lelaki idaman sebaliknya mementingkan keselesaan dan keserasian dan dia merasai perasaan itu ketika bersama Nabil.
Sudahpun bertemu keluarga masing-masing, Irma mengakui Nabil suka Irma menemaninya pulang ke kampungnya di Seremban. Selain bertemu keluarga, Nabil kerap pulang ke kampung menguruskan perusahaan ternak dan bekam lintah yang diusahakan oleh ibu bapanya.
“Dia suka balik hari. Itu sebab dia suka saya ikut agar dia ada teman. Saya pun sukakan keluarganya kerana mereka sangat peramah, mudah mesra dan pemurah,” kata Irma yang turut membawa Nabil menemui keluarganya ketika meraikan sambutan hari lahirnya pada Januari lalu.
l Cinta orang seni
Pernah bercinta dan putus cinta dengan aktor Farid Kamil, tidak serikkah memilih orang yang mempunyai kaitan dalam bidang seni lagi?
“Dah lama tak bercinta selepas putus dan apabila bertemu dengan orang yang kita suka, hati terbuka untuk bercinta kembali.
“Bagi saya, artis atau bukan artis bukan persoalan. Namun kerana pernah merasai pengalaman bercinta dengan rakan sealiran membuatkan saya lebih berhati-hati.
“Memang saya akui, saya juga jadi lebih sensitif terhadap sesetengah situasi. Tetapi adakalanya kerana terlalu berhati-hati, kita jadi terlalu emosi. Dan mungkin saya perlu belajar untuk mengawal diri,” ujarnya.
Dan dia menegaskan, biarpun hubungannya masih terlalu hijau malah belum pun mempunyai perancangan ke alam perkahwinan namun hubungan mereka bukan satu perkara yang ‘main-main’.
“Tentunya sebagai seorang yang sedang menjalani kehidupan bercinta, kita sedang berbahagia dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk hubungan ini. Walaupun hubungan ini masih baru, tapi ia bukan satu hubungan yang main-main. Ini zaman untuk fokus masa depan,” jelasnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 19 Apr 2009, 11:37 am | |
| Peluk Irma tak jejas ekonomi negara - Nabil
Seperti yang dijangka, Nabil telah pun dipilih sebagai bintang paling popular. Populariti yang dimiliki oleh Nabil mampu mengalahkan nama-nama besar seperti Mawi, Siti Nurhaliza dan lain-lain. Namun, di sebalik itu ramai yang terkejut apabila melihat Nabil dengan spontan memeluk seorang pelakon yang tidak kurang cantiknya selepas diumumkan sebagai bintang paling popular.
Tindakan Nabil memeluk Irma Hasmie, kekasihnya itu mengundang rasa kurang senang peminat. Ada yang berkata, adakah artis kita sudah jadi artis Hollywood yang tidak tahu adab sopan?
Malah ada juga yang berkata, tindakan beginilah yang merosakkan nama baik artis lain yang jauh lebih bersopan. Ada juga berkata, kasihannya artis kita yang hilang akal.
Walaupun ada yang menyokong tindakan itu, tetapi Nabil juga terus menerima kritikan terhadap tindakannya itu yang dilihat sangat sumbang dan biadab.
Ketika dihubungi, Nabil menjelaskan kepada wartawan SY MUSSADDAD MAHDI apa yang telah berlaku.
Apa komen Nabil bila orang mengkritik perbuatan Nabil memeluk Irma?
Saya dah agak akan menjadi isu. Saya sendiri tak sangka perkara ini boleh berlaku. Seingat saya memang saya terperanjat sangat dengan kemenangan tersebut. Perkara tersebut berlaku secara spontan dan memang tidak dirancang. Tapi tidak menyesal dengan perbuatan itu.
Takkan tak rasa menyesal sedikit pun?
Saya memang tak menyesal berpelukan dengan dia. Memang saya sayang sangat pada dia. Mungkin tempatnya sahaja yang tidak kena.
Saya tak kisah apa orang nak cakap. Lagipun saya dah tahu mesti ada orang yang akan cakap perkara ini selepas ini. Jadi sebelum orang lain cakap-cakap belakang baik saya cakap dulu. Tapi bukan niat saya nak tunjuk kepada orang lain kemesraan kami.
Adakah Nabil akan minta maaf kerana telah mencemarkan nama seorang artis Melayu dan Islam?
Saya tidak membuat kesalahan yang besar. Kalau saya minta maaf orang akan ingat hina sangat perlakuan saya itu terhadap dia. Saya cuba ingin berkongsi perasaan seronok dengan orang keliling sahaja. Kalau peluk lelaki dengan lelaki orang akan cakap benda yang sama juga.
Bukankah ada cara lain untuk meraikan kegembiraan, kenapa berpelukan itu juga yang dipilih?
Betul, tapi semua itu berlaku dalam keadaan terkejut dan dia sendiri berada di sebelah saya. Berpeluk itu hanya sekadar ekspresi perasaan dan tak lebih daripada itu.
Saya bukan berpeluk dalam perasaan yang memberahikan. Dah siaran langsung dalam televisyen, takkan saya nak peluk dan buat hubungan kelamin pula. Saya juga boleh fikir apa kesan yang akan saya terima.
Tidakkah ini akan memberikan kesan yang buruk kepada Nabil nanti?
Saya tak boleh cakap apa-apa kalau tindakan saya itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang sehingga menjejaskan ekonomi negara. Kalau nak diikutkan banyak lagi siaran televisyen yang memaparkan adegan yang tidak sepatutnya di kaca televisyen termasuklah adegan ranjang. Itu sebenarnya lagi buruk daripada apa yang saya lakukan. Saya yakin orang Malaysia mampu berfikir dengan waras dah tidak akan membuat pengadilan yang teruk kepada saya. Bagi saya kanak-kanak akan melihat saya dari sudut yang lain. Jadi mungkin tidak timbul isu seperti yang dinyatakan.
Mungkin penonton fikir Nabil dengan Irma sudah berkahwin sebab itu berpeluk sakan. Apa sebenarnya status Nabil dan Irma sekarang?
Dia kekasih saya. Saya memang sayang sangat dengan dia. Tapi baru empat lima bulan berkawan rapat.
Bila lagi nak kahwin?
Saya rasa belum tiba masa untuk saya kahwin. Kalau boleh saya nak bina dulu kerjaya saya sehingga ke peringkat yang tertinggi. Hidup sebagai insan seni ini ada pasang dan surutnya. Kalau kita tak bersedia terimalah padahnya nanti. Lagipun saya lebih suka menyiapkan keperluan ibu dan ayah serta keluarga terlebih dahulu. Saya nak hantar mereka pergi haji dan selesaikan apa yang patut dahulu.
Adakah keluarga menerima pilihan Nabil?
Keluarga saya tak kisah dengan siapa juga pilihan saya. Mereka tak ada masalah. Memang mereka ada cakap umur macam saya ni dah boleh kahwin. Tapi duit masih tak cukuplah. Biar saya kumpul duit banyak-banyak sebelum kahwin ni. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 19 Apr 2009, 11:38 am | |
| Linda Jasmin bunting pelamin
Debaran untuk disatukan sudah pun selesai. Tanggal 14 Februari 2009 telah menyaksikan penyatuan dua jiwa ini ke jenjang pelamin. Tarikh itu juga menjadi titik permulaan kepada mereka melayari kehidupan berumah tangga.
Kini debaran Que Haidar, 29 tahun dan Linda Jasmin, 36 menantikan kehadiran cahaya mata bukan sekadar mimpi indah malah realiti itu juga yang bakal menjadi penantian.
Ketika bertemu pasangan itu baru-baru ini, masing-masing tidak dapat mengucapkan kata-kata lantaran dek terlalu gembira kerana disahkan hamil.
Bagi Linda sendiri, walaupun ini bukanlah anak pertamanya, namun debaran hatinya tetap sama seperti ibu yang lain yang sedang menantikan kelahiran anak sulung. Perasaan seronok dan teruja tidak mampu dibendung lagi walaupun kandungan Linda baru sahaja mencecah dua bulan.
Ucap Linda, melalui fasa dalam alam rumah tangga merupakan perkara yang paling indah dan membahagiakan tambahan lagi bersama dua insan yang bertakhta di hatinya.
“Perasaan teruja memang ada. Terlalu gembira apabila disahkan mengandung. Setakat ini tidak banyak masalah yang saya hadapi.
“Bila berjumpa dengan doktor, pelbagai nasihat dan yang saya dapat. Sudah lama saya tidak hamil. Dalam jangka selama sembilan tahun tidak mengandung, doktor cakap ia dah macam orang yang baru pertama kali mengandung,” ujarnya tenang.
Sejak disahkan hamil, Linda turut terkena tempias seperti ibu mengandung yang lain. Kini seleranya sudah mula berubah dan sudah tidak seperti dahulu.
“Saya dah tak boleh nak menjamah nasi putih, roti, teh dan kopi. Sampai satu tahap saya sendiri tak mahu langsung melihat makanan tersebut. Muntah dah jadi perkara biasa.
“Semuanya berubah termasuklah selera makan juga. Kini saya lebih berselera terhadap sayur-sayuran dan susu,” jelas Linda tanpa berselindung.
Bila ditanya penerimaan Qalif, anak lelaki Linda dengan suami terdahulu, kata Linda, Qalif sangat teruja dan sudah tidak sabar-sabar menantikan kelahiran adiknya.
Menurut Linda, Qalif mahukan adik lelaki supaya dia mempunyai teman untuk bermain. Manakala Linda dan Que sendiri tidak kisah jika dikurniakan anak perempuan atau lelaki.
“Mungkin sekarang saya masih lagi tidak boleh mengetahui jantina anak kami. Tapi apabila kandungan mencecah empat bulan sahaja, saya akan cepat-cepat membuat pemeriksaan untuk menentukan jantinanya,” jelas bekas guru tari Akademi Fantasia ini.
Bagi Que Haidar sendiri, memandangkan ini adalah anak pertama baginya, sudah tentu debaran untuk menjadi ayah semakin berdegup kencang.
Ujarnya, pengalaman melihat Linda mengandung sememangnya sesuatu yang menakjubkan. Pelbagai perkara yang berlaku dalam tempoh morning sickness ini sememangnya di luar jangkaan Que.
“Kadangkala pelik bercampur gembira melihat perubahan yang berlaku pada Linda. Sampai satu tahap Linda tidak boleh terhidu bau saya sendiri.
“Pengalaman menjadi bapa kelak sememangnya saya tunggu-tunggu. Semuanya macam tak dirancang. Perkenalan dan perkahwinan semuanya berlaku dalam tempoh masa yang singkat.
“Dari segi persediaan pula, saya tidaklah bersedia sangat sebenarnya. Kata orang tua-tua, kita tak perlu beria-ia membuat pelbagai persediaan. Takut yang buruk berlaku pula. Jadi bila masuk sahaja bulan ke tujuh barulah saya mahu menumpukan sepenuhnya.
“Dari segi mental pula memang saya dah bersedia 100 peratus. Kini saya hanya memberikan tumpuan kepada kesihatan Linda dan anak dalam kandungan supaya tidak berlaku apa-apa masalah nanti,” cerita Que lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 19 Apr 2009, 11:39 am | |
| Ashraf & Kelvin jadi maknyah Ashraf dan Kevin pelakon teater Patung Kertas 2.
Ada yang suka, tidak kurang juga yang mengeji. Begitulah pandangan skeptikal masyarakat terhadap golongan maknyah yang wujud pada hari ini.
Maknyah bukanlah satu fenomena baru dalam dunia masa kini malah ia sudah merentas zaman sejak dahulu lagi. Lantaran itu ada yang sanggup untuk mementaskan teater berkaitan dengan golongan ini.
Walaupun sudah dipentaskan pada tahun lalu, teater Patung Kertas masih lagi mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak. Maka tidak hairanlah teater ini akan dipentaskan sekali lagi pada 23 April hingga 3 Mei ini.
Patung Kertas tidak sekadar memaparkan sisi gelap kehidupan golongan maknyah. Tetapi turut sama membuka mata khalayak mengenai apa yang terjadi di sebalik tirai kehidupan mereka selain menyampaikan mesej kepada penonton.
Bagi teraju utama Patung Kertas 2, Ashraf Muslim, teater ini merupakan pementasan yang istimewa bagi dirinya sejak mula berlakon teater itu pada musim pertama. Walaupun agak sukar untuk melakonkan watak Adik Chu, tetapi dia yakin dengan kebolehan dirinya untuk menghidupkan watak tersebut.
“Agak sukar sebenarnya nak menggambarkan perasaan apabila saya masih lagi dipilih untuk sebagai teraju utama kali ini. Susah sebenarnya untuk melakonkan watak Adik Chu ini,” jelas Ashraf.
Akui Ashraf, ada kalanya dia sendiri gusar terhadap pandangan masyarakat terhadap dirinya memandangkan watak tersebut sering dipandang negatif oleh orang ramai.
“Orang sering bertanyakan saya tentang cabaran melakonkan watak Adik Chu. Memandangkan saya bukanlah orang yang sebegitu, agak sukar sebenarnya untuk menjadi selembut ini.
“Sebab itu saya mula membuat kajian semula terhadap golongan ini. Saya terpaksa melihat cara mereka bercakap, senyum, berjalan dan semua sekali perkara yang berkaitan dengan mereka.
“Memang ini cabaran yang terpaksa saya tempuh. Saya tidak pernah menyesal apabila berlakon Patung Kertas, malah berbangga apabila dapat menimba banyak ilmu daripada kru dan pelakon yang ada,” ujarnya lagi.
Untuk menjadi pelakon yang berbakat, semua perkara harus dihadapi dengan tenang. Ashraf sendiri tidak mahu terlalu memilih watak yang ditawarkan walaupun kadangkala di luar batasan.
Bagi Kelvin Lau yang baru pertama kali memegang watak sebegini, dia sendiri takut terhadap penerimaan penonton apabila melihat dia beraksi dalam teater ini.
“Sepanjang 18 tahun bergiat aktif dalam bidang seni, saya akui inilah watak yang paling mencabar diri saya sebagai seorang pelakon.
“Ini bukanlah teater yang pertama lakonan saya tetapi ia adalah teater kedua. Saya akan cuba membawakan watak maknyah Cina sebaik-baiknya.
“Ada kala saya sendiri bimbang kesan negatif yang akan saya terima nanti. Tapi, setiap tindakan yang saya buat ada baik dan buruknya. Kalau takut kesan buruk sampai bila-bila pun tak kan ke mana,” jelas Kelvin yang pernah membintangi teater Ma Ho Huan.
Akui Kelvin, dia sendiri malu sendirian apabila cuba membawa watak maknyah Cina. Dengan berkat usaha dan tunjuk ajar daripada pengarah, semuanya kini boleh dilalui dengan sempurna.
Bagi Kelvin, menjadi seorang pelakon sememangnya memberikan 1001 cabaran yang tak pernah berkesudahan berbanding dengan bidang nyanyian yang sebelum ini telah pun menaikkan namanya.
“Tapi untuk menjadi seorang artis yang serba boleh saya tidak boleh selesa dengan apa yang sudah saya miliki sahaja. Masih banyak lagi perkara yang saya kena belajar selagi sehingga akhir hayat,” ujarnya lagi.
Kini, Kelvin mahu peminat menilai sendiri keupayaannya membawakan watak tersebut. Maklum balas daripada peminat adalah amat penting bagi memastikan dia dapat memperbaiki mutu lakonan dari semasa ke semasa. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 19 Apr 2009, 11:43 am | |
| Berkemban ikut skrip –Nabila
NABILA HUDA banyak kali mencetuskan kontroversi sepanjang penglibatannya dalam bidang seni malah ada yang menganggap perkahwinannya pada usia muda boleh menutup segala kontroversi yang pernah dilaluinya.
Apabila berkahwin, biasanya seseorang pelakon akan berhati-hati menerima watak kerana bimbang bakal mencetuskan rasa tidak puas hati pasangan dan keluarga mereka.
Nabila Huda nampaknya sedia menerima apa sahaja watak yang ditawarkan apabila berasakan watak tersebut kuat dan boleh mengenengahkan bakatnya.
Nabila bakal menghangatkan panggung dengan filem terbaru, Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam yang akan ditayangkan kepada umum 23 April depan.
Adakah Nabila tidak hirau sensitiviti apabila sudah berkeluarga? Dalam filem itu ada aksi panas dan berkemban memakai tuala dalam adegan menjadi mangsa rogol.
Ikuti penjelasan Nabila kepada Pengarang Mangga Online, Rosli Manah pasal adegan hangat dalam filem itu.
Apa yang membuatkan Nabila terima watak hitam ini?
Sebagai pelakon, saya menerima apa sahaja watak yang diberikan. Apabila mendapat skripnya saya rasakan ia satu watak yang mencabar. Saya tahu ramai pelakon lain menolak watak ini, tapi saya terimanya kerana bagi saya ia satu watak yang mencabar kredibiliti saya sebagai pelakon.
Hot juga aksi berkemban?
Adegan saya berkemban itu muncul selepas adegan menjadi mangsa rogol. Ada sebab untuk menunjukkan adegan berkemban, bukanlah saja-saja nak berkemban. Pada saya, kalau ia kena dengan ceritanya, tidak menjadi masalah.
Bagaimana pula kalau aksi berkemban jadi isu?
Saya harap ia tidak akan menjadi isu besar sebab saya berkemban dalam adegan yang sepatutnya. Takkan kita nak berpakaian penuh dalam adegan menjadi mangsa rogol dan di bawah pengaruh dadah. Kalau kita tonton filem Melayu lama, banyak adegan berkemban kerana ia menggambarkan latar masyarakat pada zaman filem itu digambarkan. Pada saya tak ada isu pun bila saya berkemban dalam filem Bohsia.
Biasanya lepas kahwin orang memilih watak yang lebih sopan. Bagaimana dengan Nabila?
Bagi saya tak ada bezanya selepas kahwin atau sebelum kahwin. Saya tidak campurkan lakonan dan rumah tangga. Berlakon ini kerja saya, selepas kahwin atau sebelum kahwin sama saja bagi seorang pelakon. Sebenarnya semasa penggambaran filem itu, saya belum berkahwin lagi.
Nabila pernah hangat dengan isu kontroversi, mungkin ada mengaitkan watak itu dengan diri Nabila?
Saya hanya berlakon, kalau ada yang menuduh saya berkelakuan seperti watak dalam filem ini, itu tandanya saya berjaya melakonkannya. Saya tak kisah apa orang nak kata kepada saya, kerana bagi saya, ia hanya lakonan.
Lagipun saya yakin peminat sekarang boleh menilai antara lakonan dan realiti. Takkanlah apabila kita berlakon watak antoganis, kita akan dicop berkelakuan sebegitu.
Bagaimana menghayati watak?
Saya perhatikan jauh-jauh cara bohsia dan mat rempit bergaul dan bercakap. Cara mereka memang kasar sebab itu saya menunjukkan sifat agresif dalam filem itu. Saya juga tak kisah wajah saya nampak buruk dan rambut kusut dalam filem kerana saya mahu memberikan lakonan yang terbaik. Saya juga gunakan imaginasi sendiri untuk menjadikan watak itu nampak macam realiti.
Sebut saja bohsia orang akan ingat isu tak elok. Bagaimana nak hadapi semua ini?
Itulah masalahnya, apabila menyentuh isu yang tidak baik orang akan pandang ke arah negatif sahaja, sebaliknya kita boleh tengok daripada sudut positif juga. Mengapa ada orang yang terjebak dalam kes seumpama itu. Kita tidak boleh pandang negatif sahaja. Ada juga pengajaran dalam filem Bohsia.
Adakah sedia terima watak hitam lagi?
Tak ada masalah bagi saya untuk berlakon watak antoganis, tapi kalau watak bohsia lagi, tentunya saya tak mahu. Bukan alasan sebab saya dah kahwin tapi, saya tak mahu membuat ulangan perkara yang saya sudah buat. Tapi kalau watak antoganis yang berlainan, saya tidak ada masalah untuk menerimanya.
Apa projek baru?
Sekarang saya sedang menjalani penggambaran drama drama bersiri komedi pula. Inilah kali pertama saya berlakon komedi. Watak saya ada juga sedikit unsur komedi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 19 Apr 2009, 11:46 am | |
| Siti jumpa pakar sakit puan?
ADAKAH Siti Nurhaliza sedang mengandung? Tetapi kalau mengandung masakan dia mampu menari dengan begitu hebat sekali pada malam Anugerah Bintang Popular di Genting Highlands malam minggu lalu.
Tetapi soalan mengenai sama ada Siti mengandung itu adalah pertanyaan daripada seorang pemanggil kepada Joyah pada pagi Isnin lepas.
Bukannya apa, kata si pemanggil yang hanya mahu menggelarkan dirinya Adik S, dia ternampak Siti menemui seorang pakar sakit puan di sebuah hospital swasta di ibu negara.
Siti ke hospital berkenaan pada hari Jumaat minggu lepas dan ketika itu, Adik S memberitahu, dia turut menemui pakar sakit puan yang sama ditemui Siti.
Tetapi katanya, Siti tidak datang bersama suaminya sebaliknya bersama seorang wanita lain yang mungkin saudara mara terdekatnya.
Malah hospital yang dipilih juga bukanlah hospital pakar popular di ibu negara sebaliknya sebuah pusat perubatan yang terletak di pinggir ibu kota.
Kalau Joyah bagi tahu nama hospital itu pun, mungkin tak ramai yang tahu tetapi lokasinya agak berhampiran dengan kediaman lama Siti sewaktu bujang dulu.
Tak tahulah sama ada memang dia mempunyai rekod perubatan di sana. Atau dia sengaja memilih untuk ke hospital pakar itu kerana tempatnya agak tersorok. Tak pastilah Joyah.
“Adakah Siti mengandung atau dia sekadar mendapatkan nasihat pakar sahaja?” tanya Adik S kepada Joyah. Joyah sukarlah membuat telahan kerana pada hemat Joyah yang menonton persembahannya pada malam ABP itu, Siti yang mendapat jolokan penyanyi nombor satu negara itu tidak pula kelihatan seperti orang yang sedang hamil.
Tetapi manalah tahukan, kot-kot Siti Nurhaliza memang sedang berbadan dua. Kita tunggulah apa kata empunya badan. Sebab semua orang pun tahu, dia memang teringin nak menimang cahaya mata.
Iyalah, usia perkahwinan pun nak masuk tiga tahun. Elok benarlah andai rumahtangga itu diserikan dengan kehadiran cahaya mata sendiri. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 19 Apr 2009, 11:48 am | |
| Cabaran tiga Pengacara Pilih Kasih Reza (dari kiri), Raja Azura dan Pasha. SATU lagi fenomena yang melanda industri kreatif negara apabila sebuah program berkonsepkan realiti, Pilih Kasih diterbitkan tidak lama lagi. Program yang akan ditayangkan di RTM 2 itu menekankan aspek seni lakonan sebagai aset persembahan apabila 20 peserta berbakat diserap untuk mengikuti pengajian di akademi tersebut.
Program yang pertama kali diterbitkan di Malaysia ini akan menggabungkan tiga pengacara muka lama dan baru iaitu Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin (Raja Azura) dan Syaiful Reza Mohamed Reza (Reza) untuk siaran perdana manakala Pasha Abdul Rahim (Pasha) bagi jurnal harian.
Pengacara Raja Azura, 37, menyifatkan tanggungjawab yang dipikulnya kali ini amat berat berbanding program yang pernah dikendalikannya sebelum ini. Ini kerana program ini berkait rapat dengan bakat seseorang yang mengetengahkan seni lakonan peserta dan perlu penyelidikan yang lebih.
Apatah lagi untuk mengacara program secara langsung, Raja Azura yang mesra dengan gelaran Kak Engku juga perlu cekap, bijak dan peka dengan suasana yang berlaku semasa program yang berlangsung setiap hujung minggu itu.
“Debaran untuk mengendalikan program ini juga berbeza. Secara peribadi saya merasakan ia adalah cabaran baru dalam kerjaya apabila sudah berkecimpung lebih 20 tahun dalam bidang pengacaraan. Ia tidak seperti mengacara program berunsurkan muzik kerana mengenai hasil lakonan pesertanya,” katanya dalam pertemuan di Chilis, Pusat Membeli Belah Bangsar.
Raja Azura menambah, sebagai pengantara, beliau sendiri juga perlu memberi penilaian menerusi lakonan drama bersiri, monolog dan teater muzikal peserta sepanjang program itu berlangsung dan perlu memastikan terdapat pertalian agar rancangan itu tidak nampak janggal.
Bercerita tentang dunia pengacaraan, apa menjadi kebimbangan semua pengantara adalah dirinya dipersalahkan sekiranya program itu tidak mendapat sambutan atau mendapat kritikan daripada orang ramai walaupun kesilapan bukan berpunca daripadanya.
Sikap berkenaan yang menyebabkan karier seseorang pengacara itu ‘mati’ apabila kesalahan yang kecil itu menjadi ingatan dan diperkatakan sedangkan mereka mempunyai bakat besar untuk disumbangkan dalam industri seni tanah air.
Mengenai gabungan pengacara lama dan baru, Reza yang juga penyampai Radio Era FM ini amat berbesar hati apabila diberitahu menjadi pasangan mengacara bersama Raja Azura dalam program berkenaan. Perasaan gugup dan gelisah terbit pada mulanya tetapi memandangkan pengalaman gandingan itu amat berharga, maka ia dilupakan.
“Sebelum ini, kami hanya bertegur sapa kerana bekerja di tempat yang sama kerana masing-masing sibuk mengejar masa. Tetapi tidak sangka, program Pilih Kasih ini menyatukan kami dan yang pastinya, saya yang paling beruntung kerana dapat menuntut ilmu tentang dunia pengacaraan dengan Kak Engku,” kata anak muda berusia 31 tahun ini.
Beliau percaya sikap terbuka Kak Engku dan kesediaannya untuk berkongsi ilmu dan memberi tunjuk ajar sekiranya diperlukan dapat menjayakan program tersebut.
Pelakon filem Maut ini juga mempunyai pengalaman dalam lakonan teater dan bersedia menerima cabaran menjadi pengacara program secara langsung kerana ia merupakan satu pengalaman berharga buat dirinya.
“Saya tidak memikirkan sangat tentang bayaran kerana apa yang penting nilai bagi pengalaman yang akan dimiliki sekiranya kita mendapat pendedahan mengendalikan satu program secara langsung. Ia juga sekali gus dapat menaikkan darjat seseorang artis menjadi lebih serba boleh di mata masyarakat,” jelasnya.
Bagi pendatang baru dalam bidang pengacaraan, Pasha, 22, pula tidak pernah merasa rendah diri bekerja dengan pengacara yang lebih senior daripadanya. Baginya, apa yang perlu dilakukan adalah kerja keras dalam memastikan mutu pengacaraannya setanding dengan mereka berdua.
Graduan Diploma Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini berkata, dia juga akan menjadikan program Pilih Kasih berbeza dengan rancangan realiti yang ada di negara serta mempunyai pengikut tersendiri.
“Pengacaraan bukan satu perkara yang boleh diambil mudah kerana individu terlibat perlu mempunyai pengetahuan am yang luas dan butiran fakta yang jelas, tepat dan padat. Mereka juga perlu melakukan penambahbaikan agar persembahan tidak bosan dan kesalahan yang sama tidak berulang,” kata anak kelahiran Klang ini.
Program Pilih Kasih diilhamkan sebagai sebuah platform untuk melatih bakat-bakat baru menceburi bidang seni lakon. Ia diterbitkan ekoran kesedaran untuk memberi peluang, ruang dan batu loncatan kepada rakyat Malaysia untuk mengasah bakat mereka dalam seni lakonan.
Lima peserta akhir program itu berpeluang menjadi melakonkan watak utama dalam filem Kekasih diarahkan Bade Azmi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 19 Apr 2009, 11:52 am | |
| Fauzi Nawawi, Lisdawati & Baby bercuti di LondonFauzi Nawawi dan Lisdawati bersama anak mereka bercuti di London. Percutian ini sebenarnya adalah hadiah kemenangan mereka dalam Sehati Berdansa Musim Ke-2 tidak lama dulu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 19 Apr 2009, 4:51 pm | |
| Dynas: Emosi Saya Masih Belum Stabil
Dugaan yang menimpa pemenang Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH 2009), Dynas atau Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, pada Jumaat, 10 April lalu, memberi suatu hikmah paling bermakna buat diri dan suaminya.
Kematian bayi perempuan sulung mereka - dinamakan Emma Malissa - yang dilahirkan tidak cukup bulan, nyata memberi kesan mendalam buat hidup pelakon jelita itu.
Bayi yang dilahirkan Dynas itu telah meninggal dunia pada jam 9 pagi, pada 10 April lalu selepas Dynas dimasukkan ke hospital sejak 6 April lepas. Bayi berusia 7 bulan itu juga telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mont Kiara, di sini, selepas solat Jumaat, pada hari yang sama.
"Sebelum kejadian ini saya pernah merancang untuk melahirkan 2 atau 3 orang anak saja. Tapi sejak kejadian itu, saya mula nampak hikmahnya, bahawa saya tidak sepatutnya meletakkan had untuk berapa ramai orang anak yang Tuhan hendak kurniakan.
"Selepas ini, tak payahlah saya nak merancang. Tak kisahlah berapa ramai orang anak pun, saya akan tetap menerima walaupun saya sudah merasai bagaimana sakitnya melahirkan seorang anak," katanya ketika dihubungi portal murai.com.my, semalam.
Dynas, 26, berkata, sepanjang 7 bulan hamil, dia tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan tetapi minggu lalu, pemeriksaan doktor mendapati degupan jantung kandungannya itu tiba-tiba terhenti.
Masih tertekan dengan kejadian itu, Dynas bagaimanapun tetap bersyukur kerana suami tercinta, Mohd Hafizy Mohd Hafiz, 36, banyak memberi dorongan serta perangsang supaya dia dapat meneruskan hidup tanpa dibayangi kejadian itu.
Apa yang lebih mengejutkannya lagi apabila begitu ramai peminatnya sama ada di Malaysia mahupun Singapura dan Brunei yang melayangkan ucapan simpati menerusi kiriman SMS, Facebook dan blog peribadinya.
"Emosi saya masih lagi belum stabil, bagaimanapun saya perlu lebih positif dalam menghadapinya. Syukur alhamdulliah kerana keluarga saya terutama sekali suami banyak sangat menyokong saya. Meskipun Arwah Emma lahir tidak cukup bulan, dia tetap anak sulung saya kerana ketika dilahirkan, dia cukup sifat.
"Sekurang-kurangnya saya sempat melihat wajahnya yang cantik itu dan ia akan abadi dalam fikiran saya buat selama-lamanya," katanya dengan terharu. Ketika ini Dynas masih berpantang dan mengamalkan segala petua orang bersalin seperti bertungku dan memakai bengkung.
Tidak mampu raikan kejayaan dalam ABPBH2008
Bercerita mengenai kejayaannya di ABPBH 2008, Dynas berkata, dia sendiri tidak menjangka akan berjaya meraih trofi bagi kategori Pelakon Drama Wanita Popular, apatah lagi saingannya cukup sengit.
Meskipun kejayaan memihak kepadanya, Dynas tidak akan mampu meraikan kejayaan berkenaan dalam saat berduka bagaimanapun tetap berterima kasih kepada semua peminat yang sudi mengundinya.
"Saya terkejut dengan kejayaan ini. Ketika acara berlangsung, saya hanya menonton dari rumah saja. Bagaimanapun saya ingin berterima kasih sangat-sangat kepada peminat yang terus mengundi saya. Maklumlah saingan pun sengit-sengit. Contohnya, Diana Danielle yang namanya ketika ini sedang mekar. Begitu juga Abby Abadi yang kembali menyinar.
"Sebenarnya saya dah berangan-angan untuk pergi ke ABPBH itu. Memang dah tempah baju pun. Suami saya sendiri juga berjanji untuk menghantar dan mengambil di Genting Highlands. Tak mengapalah, semua ini ada hikmahnya," kata Dynas dengan nada positif. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 19 Apr 2009, 4:54 pm | |
| Maya Laung Kempen Anti-Beg Plastik
Entah mengapa hati Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008), Maya Karin berdebar-debar menanti tibanya Sabtu, 18 April.
Malah, Duta produk L' Oreal Paris (L'Oreal) ini juga perlu berjaga awal pagi bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar di hadapan 1,000 pelajar sekolah yang akan memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari berkenaan. Ditemui portal murai.com.my ketika pelancaran produk terbaru L'Oreal, Transparence Rosy Whitening Double Essence di pusat beli-belah Pavilion, di sini, semalam, Maya berkata hatinya tidak senang menantikan tibanya acara kemuncak Kempen Anti-Beg Plastik.
"Berdebar saya. Mana tidaknya hanya tinggal 2 hari saja lagi. Teks ucapan pun masih belum buat lagi. Lebih mendebarkan lagi apabila saya perlu berkempen berkenaan Anti-Beg Plastik di hadapan lebih 1,000 kanak-kanak dari 3 sekolah berbeza yang dihimpunkan di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil," ujarnya.
Maya berkata kempen pertama anjurannya yang bersempena sambutan Hari Bumi yang jatuh pada 22 April lalu itu, sangat dinanti-nantikannya malah merupakan antara projek terpenting buatnya tahun ini.
"Saya amat berharap menerusi kempen ini nanti, saya akan berjaya meyakinkan orang ramai khususnya generasi muda akan kepentingan menjaga alam sekitar," katanya. Menyentuh berkenaan komitmennya bersama L'Oreal, Maya berkata dia baru saja menyambung kontraknya bersama jenama kosmetik antarabangsa itu. Selama 5 tahun bersama L'Oreal, tanggungjawab Maya bukan saja tertakluk kepada produk penjagaan wajah seperti Transparence Rosy Whitening Double Essence, malahan juga produk penjagaan rambut.
"Saya sudahpun mencuba Transparence Rosy Whitening Double Essence dalam 2 minggu dan hasilnya sungguh menggembirakan saya. Produk ini mampu mencerahkan wajah secara semulajadi dengan kesan merah jambu. Bagaimanapun untuk mendapat hasil yang lebih berkesan, ia haruslah dipakai selama 8 minggu, barulah kesannya ketara," kata Maya.
Ajak suami bercuti ke Tioman
Maya berkata kesibukannya dengan beberapa projek termasuk kempen berkenaan menyebabkan dia masih belum memikirkan untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat. Kesuntukan masa juga menyebabkan dia jarang mengisi masa terluang bersama suami, Muhammad Ali selepas mendirikan mahligai pada Jun tahun lalu.
Justeru dalam memainkan tanggungjawabnya sebagai isteri, Maya bercadang untuk mengisi masa mesra mereka berdua dengan bercuti ke Pulau Tioman sekitar minggu depan.
"Bukan tak mahu timang anak, tapi buat masa sekarang ini saya masih sibuk dengan penggambaran filem, kempen alam sekitar dan beberapa projek lain termasuk L'Oreal. Lagipun kan susah kalau ada anak sekarang dengan jadual kerja saya yang padat, kesian pada anak saya nanti.
"Tapi suami saya pun mula merungut bila agaknya saya benar-benar lapang. Kami sudah berkawan lebih 7 tahun tapi selepas berkahwin tak ada masa sangat nak bercuti sama-sama. Kalau sebelum ini ke Gunung Kinabalu, mungkin selepas ini ke Pulau Tioman untuk dua atau tiga hari. Cukuplah untuk masa kami bersama," katanya.
Maya berkata, dia cukup bertuah kerana suaminya mempunyai minat yang sama terhadap penjagaan alam sekitar. Oleh yang demikian kunjungan mereka ke pulau indah berkenaan boleh dikatakan cukup bermakna.
"Saya rasa kami berdua perlu mengisi masa bersama dengan percutian seperti ini. Dengan cara ini boleh mengeratkan hubungan kami berdua. Sambil bercuti, kami juga dapat belajar berkenaan penjagaan alam sekitar," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 19 Apr 2009, 4:56 pm | |
| Qhaud Hebat Tapi Sudah Terlambat...
Nasib nyata tidak berpihak kepada Qhaud atau Mohd Qhauhd Abdul Rashid apabila dia menjadi pelajar seterusnya yang tersingkir dalam konsert minggu ke-6 program realiti Akademi Fantasia 7 (AF7), di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Membawakan lagu Seruan bersama kumpulan Lethanded, penyingkiran Qhaud telah diumumkan hos AC Mizal selepas pelajar yang berasal dari Selangor itu menerima jumlah undian terendah menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) daripada penonton.
Persembahan Qhaud pada malam ini bagaimanapun telah mendapat pujian daripada pengkritik tetapi nyata sudah terlambat untuk meraih undian penonton. Tidak keterlaluan dikatakan ia adalah persembahan terbaiknya setakat ini.
Konsert yang bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria (Saluran 104) itu sekali lagi menampilkan kelainan di mana pelajartelah diberi tugasan untuk membawakan lagu daripada band muzik yang popular di Malaysia dan Indonesia iaitu Lefthanded, Estranged, Kristal serta Cokelat.
Sebagai kelainan, kesemua pelajar pada kali ini turut membuat persembahan dengan iringan band muzik itu sendiri. Mereka turut diuji cara berkomunikasi dengan penonton.
Selain Qhaud, persembahan pelajar lelaki malam tadi adalah Hafiz (Resam Pak Belalang/ Kristal), Akim (Aurora/ Estranged), Yazid (Ku Di Halaman Rindu/ Lefthanded) serta Aril (Yang Pernah/ Estranged).
Manakala persembahan pelajar perempuan adalah Claudia (Keindahan Pantai/ Kristal), Aishah (Segitiga/ Cokelat) dan Isma (Salah/ Cokelat). Lagu bonus adalah I Want To Break Free (Queen) dan What I've Done (Linkin Park).
Dengan penyingkiran Qhaud itu, bermakna tinggal 7 lagi pelajar akan meneruskan perjuangan mereka meraih gelaran juara AF7. Pengkritik yang bertugas malam tadi adalah Adlin Aman Ramlie, Edrie Hashim serta Dato' Khadijah Ibrahim.
Bagi menggamatkan suasana, Jozan (Johan & Zizan) turut diundang untuk membuat jenaka mereka bersama pelajar dan AC Mizal. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 19 Apr 2009, 4:58 pm | |
| Bencinta - Benci Campur Cinta
Kalau anda melihat ABPBH 2008 kelmarin, anda mungkin telah melihat imej rambut pendek kemas terbaru Faizal Tahir. Dengan iringan gendang-gendang Cina, Faizal tampil menyanyikan single terbarunya Bencinta dengan cukup bersemangat. Bencinta? Ya... bukannya Bercinta.
"Benci campur cinta atau love and hate. Sudah selalu kita dengar terma itu dalam sesuatu hubungan tetapi kita tidak pernah dengar ia dalam sesebuah lagu. Memandangkan saya sukakan kelainan dalam apa jua perkara, hal yang sama turut saya praktikkan dalam penulisan lirik lagu saya.
"Misalnya dalam lagu Coba. Anda dapat hayati sendiri bagaimana saya membuat interpretasi tentang situasi seseorang yang sanggup bersusah-payah untuk seseorang yang disayanginya tetapi apabila seseorang itu sudah menemui pengganti, dia telah diketepikan begitu saja," katanya.
Jelas Faizal lagi, lirik baginya memainkan fungsi yang penting dalam pembentukan sesebuah lagu.
"Sesebuah muzik yang bagus harus mempunyai lirik yang bagus kerana kedua-dua saling melengkapi di antara satu sama lain. Saya gembira kerana dapat menghasilkan single pertama seperti Bencinta untuk album kedua saya yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.
"Kolaborasi bersama Audi Mok tetap diteruskan tetapi kali ini saya terbabit sepenuhnya dalam pembikinan setiap muzik dan lirik sesebuah lagu dalam album kedua saya. Bukan macam dulu apabila muziknya lebih banyak dibuat oleh Audi dan lirik pula daripada saya," katanya.
Apapun kata Faizal, banyak yang dipelajarinya daripada Audi yang bertindak selaku produser dalam album pertamanya dulu.
"Kali ini bukan saja saya dapat buat muzik dan lirik lagu tetapi juga berpeluang untuk mencetuskan guitar work saya sendiri dalam album ini. Dulu untuk bahagian gitar kita banyak menggunakan khidmat sessionist. Sekarang ini, peluang itu datang pada diri saya sepenuhnya," kata Faizal.
Menceritakan pula tentang proses pembikinan album keduanya, Faizal berkata, buat masa ini dia dan Audi banyak menghabiskan masa di studio rakaman untuk menulis lagu.
Selain itu, Faizal juga mengulas tentang imej rambut pendeknya itu. Dia sedar tidak semua pembaharuan yang dilakukannnya disenangi oleh ramai pihak.
Mungkin ada yang beranggapan bahawa fesyen rambut seperti itu sama sekali tidak begitu kena dengan imej dan penampilan sebagai seorang rocker. Persoalannya, apa motif sebenar Faizal? "Perubahan ini sebenarnya tidak membawa maksud apa-apa sebaliknya, saya hanya mahukan kelainan dan kesegaran. Kalau asyik-asyik dengan rambut panjang pun bosan juga. Sesekali kita kena juga tukar imej. Kebetulan pula, saya baru saja keluar dengan single Bencinta. Jadi, sesuai benarlah dengan waktunya," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 19 Apr 2009, 5:00 pm | |
| Kejutan OIAM3 : Amylea tersingkir Hasrat Amylea untuk mempersembahkan `konsert' miliknya di OIAM tidak kesampaian. -foto MSTAR
SHAH ALAM: Perjalanan Amylea Azizan ke peringkat akhir One In A Million (OIAM) musim 3 terkandas semalam apabila tersingkir oleh undian para penonton.
Keputusan undian minggu kelapan yang dibacakan hos rancangan, Awal Ashaari dan Marion Caunter dan disiarkan 8TV secara langsung dari Sri Pentas 2 itu ternyata mengejutkan para penonton.
Menurut Amylea, dia berasa terkejut berbaur terkilan kerana tidak dapat mempersembahkan `konsert' khas kepada saudara-mara, kenalan dan para penyokongnya.
Amylea terkejut dan terkilan. -foto MSTAR
"Saya tidak akan berasa begini jika keputusan ini diketahui di akhir persembahan saya," katanya dalam nada sebak.
Untuk minggu kesembilan OIAM, tema pertandingan ialah "In Concert" yang membenarkan para peserta OIAM merencanakan konsertnya sendiri.
Amylea sepatutnya mendendangkan adunan tiga lagu Yesterday Once More nyanyian Carpenters, Fallin' (Alicia Keys) dan Love Song (Sarah Bareilles).
Bagaimanapun, Amylea dibenarkan melakukan persembahan terakhirnya hanya menerusi lagu I'm Yours oleh penyanyi antarabangsa terkenal, Jason Mraz.
Keputusan malam tadi adalah berdasarkan 100 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas imuniti ditarik balik pada minggu ketujuh.
Selepas Amylea tersingkir, empat peserta meneruskan saki-baki perjuangan masing-masing dalam OIAM. Esther merupakan satu-satunya peserta wanita dalam kalangan peserta lelaki.
Tiga peserta lelaki pula terdiri daripada Tomok, Aweera dan Nine. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 19 Apr 2009, 5:01 pm | |
| Faizal: Saya takkan tiru sesiapa Persembahan Faizal di ABPBH Ahad lalu dikatakan mirip persembahan penyanyi Agnes Monica
MASIH ingat lagi persembahan penutup penyanyi Faizal Tahir dengan lagu Bencinta yang dinyanyikan semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 baru-baru ini?
Persembahan yang dilakukan dengan iringan gendang Cina itu didakwa mirip seperti persembahan penyanyi Agnes Monica yang boleh ditonton di lawan web YouTube.
Dakwa sumber itu lagi, 'step' yang digunakan oleh Faizal menyerupai 'step' yang dipraktikkan oleh Agnes.
"Setiap persembahan Agnes akan dimulakan dengan tarian, jadi Faizal mungkin mengambil idea setiap persembahan Agnes sedikit demi sedikit," kata sumber itu lagi.
Ditanya kepada Faizal, dia menyangkal dakwaan itu sekaligus berkata dia tidak pernah menonton persembahan penyanyi yang popular dengan lagu Matahariku itu.
"Idea persembahan itu merupakan idea saya sendiri. Insya-Allah, saya takkan tiru sesiapa apabila membuat persembahan.
"Selalunya apabila hendak 'perform', saya sudah tahu visual mengikut konsep lagu sendiri.
"Saya hanya pejam mata dan selepas itu bayangkan untuk mendapatkan apa yang diingikan," jawab Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohd Tahir.
Dalam masa yang sama, Faizal melabelkan dirinya sebagai seorang yang 'membosankan' kerana kepakarannya hanya terletak dalam bidang muzik.
"Kalau nak tahu, Faizal Tahir seorang yang membosankan kerana hanya tahu membuat muzik," katanya yang turut tercalon bagi kategori Pengacara TV Lelaki Popular dalam ABPBH 2008.
Dalam nada merendah diri, dia menganggap faktor 'membosankan' itu yang membuatkan orang ramai kurang meminatinya.
"Saya memang dah rasa yang saya takkan menang dalam ABP. Secara jujurnya, saya bukan seorang yang sibuk hendak mengejar populariti.
"Saya lebih suka jika orang kenal saya apabila saya menghasilkan muzik yang berkualiti.
"Saya rasa saya lebih sesuai diletakkan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) atau Anugerah Juara Lagu (AJL) yang lebih kepada bidang muzik.
"Tetapi tak bermakna saya tak pandang ABPBH. Saya sedar posisi saya dan artis lain. Jadi, saya akan fokuskan kepada bidang muzik sahaja," jelasnya yang tercalon lagi dalam AIM bagi kategori Video Klip Terbaik menerusi lagu Sampai Syurga.
Sebelum ini, Faizal pernah meraih anugerah Artis Baru Terbaik AIM ke-15, Persembahan Vokal Lelaki Terbaik AIM ke-15, Album Rock Terbaik AIM ke-15, Vokal Terbaik dan Juara kategori Balada Anugerah Juara Lagu ke-23.
"Dalam AIM ke-16, saya hanya tercalon bagi kategori video klip.
"Saya tak harap menang dalam AIM kali ini sebab dah menang tahun lepas. AJL pun saya dah menang.
"Secara jujurnya, saya buat apa-apa hanya kerana muzik. Ia datang dari jiwa, tiada target untuk menang award," ujar Faizal.
Walaupun dirinya kurang mendapat pendedahan di televisyen, Faizal sambil tersenyum mengaku dia gembira dengan keadaan sekarang.
"Saya juga gembira dengan muzik saya sekarang ini.
"Saya lebih banyak menghabiskan masa dengan famili.
"Saya juga mahu tonjolkan diri apabila ada persembahan dan tidak berapa suka tonjolkan diri dengan terlalu kerap," ulasnya yang akui nilai eksklusiviti penting seseorg artis.
Duta pakaian Superman yang mengikat kontrak selama setahun lagi dengan jenama tersebut kini sedang sibuk dengan kerja menggubah lagu dan lirik.
"Saya lebih gemar kerja belakang tabir dalam bidang muzik kerana cinta saya kepada bidang itu.
"Ia bergantung, kadangkala saya boleh habiskan masa dalam seminggu dan ada kalanya sehingga sebulan untuk membuat sebuah lagu.
"Sekarang, saya sedang membuat dua hingga tiga buah lagu. Saya tak nak 'push' sangat," akhirinya yang kini telah menerbitkan single terbarunya, Bencinta.
Kata Faizal, maksud Bencinta adalah benci campur cinta.
Lagu tersebut telah diputarkan di corong radio tempatan sejak hampir tiga minggu lalu |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 19 Apr 2009, 5:05 pm | |
| Memey Rampas Buah Hati Sari Yanti
Pasti ramai yang terkejut dengan tajuk berita di atas. Apa tidaknya, pelakon kontroversi Memey buat ‘perangai’ lagi. Kali ini dia cuba menggoda ‘buah hati’ Sari Yanti. Kasihan pula kepada Sari. Dia ini memang seorang yang lemah-lembut dan tidak suka mencari gaduh dengan orang lain. Mungkin sebab itu dia mudah menjadi mangsa buli kepada wanita lain. Tentang Memey, rasanya tidak perlulah penulis terangkan dia ini macamana orangnya. Satu ‘Malaya’ sudah tahu. Agak-agaknyalah, siapa yang akan memang dalam situasi ini?
Sudah tentu ramai yang mahu Sari menang, bukan? Iyelah, bukan ke dia baru sahaja bersatu dengan ‘buah hati’nya itu? Masih dalam suasana berbulan madu lagi. Jangan risau, buah hati yang maksudkan itu bukanlah suami kesayangan Sari, tetapi Ilham, buah hati Sari di dalam drama online terbaru yang berjudul ‘Mingguan Lelaki’.
Memey bukanlah sekeji yang anda fikirkan awal-awal tadi. Perlakuannya itu semata-mata mahu menjayakan watak Farah, seorang penyanyi popular yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan karier seninya terus bertahan.
Sari pula memegang watak Misha, seorang pensyarah ekonomi yang berkawan rapat dengan Ilham sejak kecil lagi. Tanpa pengetahuan Ilham, Misha rupa-rupanya menyimpan perasaan cinta terhadap dirinya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 19 Apr 2009, 5:09 pm | |
| Fizo Omar berdarah gemuruh
SETAHUN yang baru dilalui sebagai anak seni nyata memberi rezeki buat pelakon yang memegang kunci bersabar dan berusaha untuk berjaya ini. Fizo Omar, namanya kini semakin disebut-sebut. Berbekal fizikal dan keupayaannya menyerlah di sebalik himpunan pelakon baru, dia pantas menarik perhatian khalayak.
Jika setahun lalu tidak banyak tawaran datang kepadanya, kini selepas terbabit dalam drama seperti Spa Q 2, Bisikan Cinta dan Bionik, pelakon berusia 24 tahun ini mula menjadi perhatian banyak pengarah.
Semuanya terjadi secara semula jadi. Katanya, dia sendiri tidak perasan sejak bila kepercayaan mula diberi kepadanya.
Mungkin kejayaan itu diraih kerana sikap tidak jemu menjalani uji bakat, jujur selain lakonannya dalam Puteri Salju dan Gadis Merah Jambu tidak lama dahulu.
"Saya bersyukur sangat dengan perjalanan karier yang agak laju sekarang. Maklum, saya tak sangka dalam masa setahun, diari kerja saya sudah mula padat.
"Sedangkan saya menyasarkan untuk sampai ke tahap ini adalah dalam tempoh dua tahun lagi. Agaknya ini juga berkat kejujuran saya untuk berlakon dan berusaha tanpa jemu," luah anak kedua daripada empat beradik ini.
Sedang sibuk sebagai hos Gen X dan juga berkejar ke lokasi penggambaran drama arahan Shuhaimi Baba berjudul La Dolce Amira, Fizo yang kini hangat dengan drama Matahari bagaimanapun mengaku masih mempunyai banyak kelemahan.
Pertuturannya masih tidak jelas dan pergerakannya di depan kamera masih lagi kaku. Dua hal tersebut mahu diatasi dalam proses menjadi pelakon yang baik.
"Sebenarnya saya seorang yang darah gemuruh. Dulu masa mula-mula berlakon, saya cepat panik dan kadang-kadang lupa skrip bila nampak kamera.
"Tapi kini saya belajar mengatasi semua kekurangan itu untuk menjadi pelakon yang baik," katanya yang mendefinisikan setiap hari adalah proses pembelajaran baru.
Biarpun dunia lakonannya makin cerah, Fizo yang juga seorang model mempunyai sasaran hidup sendiri. Malah menyelak profil sebelum ini, Fizo mempunyai pelbagai pengalaman yang begitu kontra dengan dunia hiburan.
Sejak kecil aktif sebagai pemain bola sepak dan pernah mewakili Kelantan kerana memenuhi hasrat bapa, Fizo menjadi graduan dalam jurusan Kejuruteraan Awam untuk membahagiakan ibunya. Kini, kata Fizo, adalah giliran dia mencapai matlamat hidupnya melalui dunia lakonan.
"Saya tak jadi pemain bola profesional atau jurutera awam kerana minat berlakon. Saya bukan nak glamor atau popular, tapi jiwa terhadap bidang ini amat dalam.
"Biarpun tiga perkara ini sangat kontra, tetapi sebenarnya ini ilmu yang tidak ternilai buat saya yang tidak akan saya peroleh jika saya tidak melaluinya.
"Selepas ini, sasaran saya mahu membuka perniagaan pula," katanya yang menegaskan dirinya masih solo |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 19 Apr 2009, 5:23 pm | |
| Gaya Dalam Pantang Inilah fesyen dalam pantang. Salina Saibi tetap hadir majlis tayangan perdana filem Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam lakonannya walaupun masih dalam pantang.
"Ini kira fesyen dalam pantanglah, saya pakai stoking tebal untuk mengelak kesejukan," kata Salina yang baru sebulan melahirkan anak.
Itulah namanya artis komited. Sanggup redah juga walaupun dalam pantang demi tanggungjawab terhadap filem lakonan mereka.
Jangan kelak timbul masalah sudahlah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 20 Apr 2009, 10:24 am | |
| Irma selepas insiden terpeluk Kami sentiasa memperbaiki hubungan dan menjaga diri masing-masing. Jika ada jodoh, mahu kahwin
KEINTIMAN pasangan ini tersebar satu Malaysia gara-gara tindakan di luar kawalan si kekasih. Lensa kamera tepat memanah aksi juara Raja Lawak, Nabil yang memeluk pelakon Irma Hasmie.
Daripada sedikit yang mengetahui, kini ia bukan satu rahsia lagi. Baik hati Irma Hasmie, 27, mahupun Nabil, 26, telah diisi dengan nama masing-masing.
Sama cantik, sama padan malah sama kelakar. Irma tidak kekok bercerita perihal jejaka yang telah berjaya mengisi ruang hatinya yang sudah tiga tahun kekosongan.
Famili faham keadaan
Gadis ini faham orang luar berkata-kata tentang insiden 'terpeluk' di Genting Highlands Ahad lalu yang disiarkan secara langsung di televisyen.
IRMA mengakui hatinya yang sebelum ini kosong kembali terisi sejak mengenali peribadi Nabil.
Namun Nabil telah meminta maaf kerana bertindak begitu. "Tak sengaja," kata Nabil. Irma angguk dan dia faham kegelabahan si jejaka.
"Keluarga saya menegur tetapi mereka sangat faham dengan melihat reaksi muka saya yang terkejut. Jelas kan?
"Malah semasa Nabil merangkul saya, dia tidak memandang muka saya. Dia blur dan saya tahu orang dapat membezakan maksud pelukan tersebut."
Nabil degil sebab itu jatuh motor
"Dia degil sebab itu dia jatuh motor," ujar Irma ketawa mengulas peristiwa Nabil kemalangan di Bukit Jelutong, Shah Alam pada hari Selasa lalu.
Dia tidak hairan jika Nabil terlibat dalam kemalangan kerana Nabil memang suka menunggang laju. Malah ada ketika Nabil memboncengkan Irma ke kampungnya di Port Dickson, Negeri Sembilan pada kelajuan maksimum hingga Irma gerun dan sakit kepala.
INSIDEN ‘terpeluk’ di Genting Highlands disifatkan sebagai tidak sengaja memandangkan reaksi Nabil ketika itu yang tergamam dengan kemenangannya.
Bukan tidak memikirkan keselamatan masing-masing tetapi kata Nabil apa guna membeli motosikal kuasa tinggi kalau hanya ditunggang perlahan.
Namun ketika bercerita tentang sifat sebenar Nabil, mata Isma bercahaya.
"Nabil nampak kelakar di depan khalayak ramai. Dia tidak boleh duduk diam dan akan bergerak dan menyakat. Tetapi apabila bersama saya, dia serius dan tidaklah melawak sepanjang masa."
Saat ditanya kelebihan jejaka yang baru dianugerahkan Bintang Paling Popular itu, Irma menyifatkan Nabil sebagai seorang lelaki yang mampu membuatkan dia ketawa dan berasa hidupnya terisi.
Irma mengakui dia berada dalam aura gembira lantaran sifat Nabil yang sentiasa menjaga dirinya hingga membuatkan dia berasa sangat dihargai. "Dia suka bercerita dan paling penting dia buat hati saya terisi."
Sifat penyayang Nabil tergambar jelas ketika mereka sama-sama 'menimang' cahaya mata. Mengambil Nur Hani Nabila sebagai anak angkat, mereka mengubah persepsi terhadap hidup dan meningkatkan darjah keseriusan mereka.
"Waktu kami sama-sama mengambil Hani sebagai anak kami, saya lihat Nabil punya sifat penyayang yang kuat. Sifat kebapaannya terserlah. Malangnya kami sempat menjadi mummy dan daddy hanya untuk seketika.
"Hani telah diambil semula oleh keluarga mereka. Saya dan Nabil menjaga Hani seminggu selepas dia dilahirkan hinggalah usianya dua bulan. Saya tahu Nabil sedih tapi reaksinya tidak seperti saya.
"Sewaktu Hani pulang, saya menangis teresak-esak. Tetapi ada hikmah di sebalik segala kejadian. Saya semakin mengenali Nabil," ujarnya.
Hani kini selesa bersama keluarga di Kuantan dan, ujar Irma, pengembalian anak itu dilakukan atas kehendak keluarga Hani.
Irma dan Nabil sama-sama berada di luar bilik persalinan sewaktu Hani mahu meilhat dunia dan tujuan mereka adalah untuk membantu keluarga yang dikatakan dalam kesusahan tersebut. Namun jodoh mereka sebagai ibu bapa kepada bayi itu tidak panjang.
Mula daripada teman
Kisah cinta mereka bermula di set drama raya bersama Apek, Gegar Gitu Raya. Satu jalinan persahabatan terjalin dan sejak itu mereka mula keluar sebagai kawan.
"Kami tidak pernah mengisytiharkan kami sebagai kekasih. Cuma kami tahu apa yang ada di dalam hati masing-masing.
"Tapi kami sentiasa memperbaiki hubungan dan menjaga diri. Jika ada jodoh, kami mahu kahwin," ujar Irma.
Pasangan ini rajin bercerita. Biasanya sewaktu bertemu janji mereka akan memberi rebiu terhadap aktiviti yang mereka lakukan hari itu selain bergosip.
Tak terlepas ada pertelingkahan yang berlaku tetapi selalunya ia tercetus gara-gara Nabil yang terlebih menyakat Irma.
Namun sifat sensitif dan kuat merajuk Nabil membuatkan Irma tidak boleh berlebihan menyakat balik. Mereka juga tidak kalis api cemburu.
"Dua-dua kuat cemburu. Selalunya sebab masing-masing menerima panggilan telefon atau SMS daripada orang yang tidak dikenali," ujar Irma ketawa.
Ulasnya lagi, mereka jarang 'bergayut' lama di telefon, cuma kerap membuat panggilan bertanyakan di mana dan aktiviti terkini.
Mereka berperangai seperti pasangan normal yang mahukan privasi ketika bertemu dan melepas rindu. Kebiasaannya mereka memilih tempat yang dikunjungi oleh orang yang tidak pedulikan status pekerjaan mereka.
Sempat saya bertemu Nabil yang mengambil Irma di tempat temu ramah. Dalam bergegas dia dan Irma mahu mengambil kereta Irma yang ditinggalkan di bengkel motor Nabil.
Nabil sempat menyapa: "Jangan risau. Saya kalau bawa Irma naik motor selalunya 60 km/j saja. Keadaan saya juga sudah okey selepas terlibat dalam kemalangan hari itu.
"Cuma kena bayar RM5,000 untuk kos pembaikan motosikal saya," ujarnya yang membantu Irma memakai helmet dan kemudian sama-sama melambai mesra menuju ke destinasi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 20 Apr 2009, 10:39 am | |
| Aqasha 'diracuni' Jehan "Mula-mulanya Jehan Miskinlah yang asyik ‘racun’ saya, lama-lama saya yang ketagih dibuatnya. Bila tengok hasilnya, saya mula puas hati. Tambah lagi badan rasa semakin sihat
SemuanyA gara-gara termakan 'racun' yang disuakan oleh teman seperjuangannya, aktor Jehan Miskin. Akibat sudah diracuni, kini, pelakon tampan Aqasha sudah ketagihan.
Ironinya, racun dan ketagihan yang merasuk Aqasha bukanlah ke arah merosakkan diri sebaliknya, mendatangkan perasaan puas hati dan serta penampilan yang semakin seksi.
Bukan itu sahaja bahkan setiap kali melihat diri di cermin ketika bangkit dari tidur, di fikirannya sudah ada disiplin yang harus diikuti.
Sekal imbas, kenyataan di atas kedengaran sedikit mengelirukan namun tatkala menemu bual Aqasha baru-baru ini, ada perubahan ketara yang dapat disaksikan menerusi penampilan terbaru Aqasha.
Sedikit lebih matang seiring dengan usia yang kini menginjak 27 tahun, bukan usia sahaja yang bertambah kerana Aqasha kini sedang sibuk menambahkan otot-otot pada tubuh sasanya itu.
"Ya, sebenar saya selalu ke gim. Dah masuk bulan keempat sebenar. Mula-mulanya Jehan Miskinlah yang asyik 'racun' saya, lama-lama saya yang ketagih dibuatnya.
"Bila tengok hasilnya, saya mula puas hati. Tambah lagi badan rasa semakin sihat, tinggal lagi kena disiplin sahaja. Saya bukannya nak bikin sampai badan jadi six pack cuma nak dapatkan bentuk, dan penampilan yang saya suka dan saya sendiri semakin berdisiplin dalam bab masa dan pemakanan," luah Aqasha yang tersenyum kala diusik tentang penampilan terbarunya dikatakan semakin 'seksi'.
Ditanya lagi, adakah penampilan barunya itu sebagai meniru gaya mana-mana selebriti lain atau satu pelaburan untuk memancing tarikan mana-mana pihak, sementelah pula, trend untuk diangkat sebagai hero ketika ini bukan sahaja dinilai pada paras rupa tetapi haruslah tampan serta bertubuh sasa.
"Tak, bukan begitu. Saya cuma rasa semakin puas hati dengan perubahan ini, lagipun ia langsung tidak memudaratkan.
"Cuma saya risau, kalau-kalau berhenti ke gim nanti, berat badan akan naik mendadak. Sekarang saya kena pastikan, paling kurang dua atau tiga kali seminggu saya kena pergi ke gim," katanya yang menyimpan harapan untuk terus membina nama dalam industri seni, filem dan drama khususnya.
Kata Aqasha, dia bukannya melupakan terus bidang nyanyian, tetapi permintaan yang datang untuknya lebih memihak kepada lakonan.
Kelibat Aqasha juga sebenarnya agak jarang dilihat di layar lebar, yang kerap hanyalah drama. Untuk filem, selepas Embun, Aqasha tidak banyak diberikan peranan utama, kebanyakannya watak-watak pembantu serta karakter jahat.
"Sebenarnya saya serius dengan setiap apa yang saya ceburi. Sampai ke tahap ini, saya sudah lakukan yang terbaik. Tapi saya sedar, industri lakonan di Malaysia juga agak terbatas. Filem atau drama tidak penting yang penting besar mana impak yang datang. Setakat ini saya perasan, drama bersiri ada potensi yang sangat kuat untuk melekat di hati penonton.
"Tentang nyanyian pula, saya tidak mahu ambil perkara itu sambil lewa. Nyanyian masih jadi minat saya tapi saya tak nak menyanyi kalau setakat main-main sahaja, kalau tidak serius dan betul-betul ada material yang betul-betul bersedia, baik tak payah, nanti kena gelak," beritahunya yang pernah tampil menerusi dua buah album.
Tambah pelakon yang popular menerusi drama Mertua VS Menantu itu juga, untuk bidang seni yang diceburinya seawal usianya 19 tahun, dia tidak mahu digelar 'gajah putih'.
"Saya tak mahu sekadar ada nama tapi tidak ada impak. Saya masih dan sedang berusaha mencapai matlamat itu," katanya yang bakal muncul menerusi filem Rempit V3, arahan Farid Kamil.
AQASHA kini bergelar jurutera bunyi.
Dalam filem berkenaan, Aqasha melakonkan watak bernama Garing, masih lagi karakter antagonis seperti yang pernah dilakonkannya menerusi filem Gengster dan Rempit, beberapa tahun dahulu.
Jarang muncul untuk sesi fotografi dan lebih banyak memberikan ruang untuk bersukan dan beristirehat jika tiada jadual penggambaran, dalam diam Aqasha kini berjinak-jinak dengan dunia penerbitan audio di belakang tabir.
Tanpa diuar-uarkan juga, jejaka tampan kelahiran Kuala Lumpur ini sebenarnya sedang sibuk memburu kepuasan diri sebagai jurutera bunyi. Maklumlah, tahun lepas, dia baru sahaja menerima segulung ijazah jurusan Kejuruteraan Audio dari International College of Mucic atau lebih dikenali sebagai ICOM yang terletak di Jalan Pahang, di ibu negara.
Memulakan pengajiannya secara sepenuh masa sejak tahun 2005, Aqasha kini bergelar pelakon berijazah.
"Saya ambil jurusan kejuruteraan bunyi kerana saya minat dengan nyanyian. Bila ada idea saya cuba buat lagu sendiri. Jadi saya perlukan medium untuk luahkan apa yang ada dalam jiwa saya. Saya perlukan sesuatu yang konkrit untuk kepuasan diri.
"Dalam erti kata lain, saya mencari diri saya. Sekarang saya dekatkan diri dengan kerja-kerja belakang tabir, buat audio, buat susunan muzik dan lagu sikit-sikit," katanya merendah diri.
Sebagai pengenalan kerja belakang tabir pertamanya, Aqasha pernah bertindak sebagai jurutera bunyi untuk penghasilan lagu tema drama bersiri berjudul Joe & Faridah. Sebuah daripada lagu yang dimasukkan ke dalam drama berkenaan ditulis oleh Aqasha sendiri bertajuk Obsesiku.
BAKAL muncul menerusi filem arahan Farid Kamil, Rempit V3.Dalam bulatan, Aqasha bersama Jehan.
Kata Aqasha, itu semua untuk kepuasan peribadi bukannya sebagai alternatif untuk menjual satu lagi bakat yang ada sebagai sumber pencarian.
"Ruang lingkup untuk berjaya dalam bidang berkenaan ada tapi tak boleh buat duit. Sekarang, ada laptop sahaja semua orang boleh buat rakaman sendiri tambah lagi dengan zaman digital yang semakin canggih. Jadi, saya buat sebab saya minat dan kepuasan sendiri," katanya tidak berasa ralat memilih jurusan pengajian kejuruteraan bunyi kerana meminati muzik sejak kecil. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 20 Apr 2009, 10:42 am | |
| AIM pilih bulu? DARI ATAS: AIZAT, Atilia dan ibunya Salamiah Hassan, serta Camelia. JENNIFER THOMPSON
WALAUPUN kuantiti lapan slot yang diperuntukkan untuk para artis melakukan persembahan dalam Anugerah Industri Muzik 16 (AIM 16), namun ia bukanlah satu tanggungjawab yang mudah untuk mengelola majlis berprestij itu.
Dilema itu diakui sendiri oleh Pengurus Besar Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Jennifer Thompson yang harus membuat keputusan bijak tentang pemilihan artis yang akan mewarnai pentas AIM kali ini.
Hanya artis yang benar-benar berkualiti dan cukup bersesuaian untuk ditampilkan melakukan persembahan di pentas AIM akan terpilih.
"Setiap tahun saya dihujani dengan banyak panggilan telefon daripada artis yang cukup teruja hendak membuat persembahan.
"Saya hanya mampu memberi jawapan agar mereka dapat menunggu giliran untuk tahun-tahun berikutnya ditambah dengan pihak kami yang sekadar meletakkan slot dalam bilangan kecil.
"Tidak boleh dengan sewenang-wenangnya melibatkan ramai artis membuat persembahan kerana ditakuti penonton jemu dengan hiburan yang dihidangkan sekali gus membuatkan AIM mengambil masa yang panjang untuk disiarkan.
"Saya sendiri akui bahawa AIM menjadi platform anak-anak seni tanah air untuk mengenengahkan bakat yang dimiliki serta survival mereka sebagai penggiat muzik.
"Namun saya juga perlu ikut prosedur dalam menonjolkan artis. Hanya yang diyakini cukup layak untuk berada di pentas AIM bagi membuat persembahan," katanya ketika ditemui pada sidang media AIM 16 di Hotel Concorde Khamis lalu.
AIM 16 yang akan berlangsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, 2 Mei nanti menyaksikan artis-artis seperti M. Nasir, Misha Omar, Faizal Tahir, Datuk Sheila Majid, Meet Uncle Hussain, Joe Flizzow, Hujan, Chakrasonic, Man Jiang Hong dan Goldkartz, membuat persembahan.
Tidak terkecuali, penyanyi dari negara seberang, Rossa akan muncul dalam AIM 16 sekali gus membuat persembahan yang pastinya bakal memberi kejutan kepada penonton.
Persembahan artis pada malam itu pula akan diiringi oleh kumpulan pemuzik profesional yang dikepalai pengarah muzik terkenal, Ramli MS.
Bukan bermaksud pilih bulu atau menganak-tirikan mana-mana artis, sebaliknya pemilihan artis-artis ini bersandarkan kepada kredibiliti mereka membuat persembahan dan diri mereka yang mencerminkan industri muzik pada tahun lalu.
"Pemilihan mereka selaras dengan hasrat AIM 16 untuk memberi peluang mereka menonjolkan kebolehan masing-masing.
"Jika bercakap tentang kemampuan mereka menarik perhatian penonton, itu bergantung kepada persembahan mereka.
"Kami membuka jalan dan turut yakin barisan artis ini mampu memperlihatkan warna persembahan yang terbaik pada malam itu," beritahu Jennifer yang menyatakan tiada sebarang konsep atau tema diwajibkan bagi setiap persembahan.
Dalam pada itu, AIM juga tidak melupakan kehadiran kumpulan indie yang menjadi trend dalam industri muzik di Malaysia.
"Bahkan mereka cukup berbakat dalam menghasilkan produk sendiri sehingga mendapat sambutan di luar dugaan daripada peminat.
"Lantaran itu, saya harus memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada mereka yang berbakat besar ini untuk terlibat dalam AIM.
"Cuma saya harus berhati-hati dalam soal pemilihan kumpulan yang bakal membuat persembahan kerana AIM punya perbezaan ketara berbanding konsert-konsert biasa apatah lagi majlis penganugerahan ini dipancarkan secara langsung menerusi kaca TV," katanya.
Jennifer sebelum ini pernah memberi peluang kepada sebuah kumpulan indie untuk menyanyi di pentas AIM, namun mereka tidak membuat persembahan seperti yang dijangkakan. Lain yang diharap, lain pula jadinya.
"Secara tidak langsung, ia memburukkan reputasi penganjuran majlis ini," jelas Jennifer yang menjawat jawatan sebagai Penerbit AIM bermula tahun pertama penganjuran acara itu pada tahun 1993 sehinggalah ke hari ini.
Dalam majlis sama, Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengelola AIM 16, Rosmin Hashim turut mengumumkan senarai artis yang bakal menjadi penyampai anugerah serta pengacara.
Masih mempercayai kredibiliti Afdlin Shauki dan Bob Lokman, AIM 16 turut tidak ketinggalan mengundang Adibah Noor, yang menjadi 'bunga' untuk mengemudikan acara itu.
Pihak AIM 16 bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang segmen khas. Sebaliknya Rosmin memberitahu: "Kami mahu memberi kejutan kerana tidak menarik jika diberitahu awal-awal.
"Ada kolaborasi yang tidak disangkakan, malah ada nama artis yang kami sedang difikirkan lagi untuk terlibat dalam persembahan AIM 16."
Selain itu, beberapa nama terkenal dalam industri seni tempatan turut diundang untuk menyampaikan trofi pada malam bersejarah itu.
Antara mereka yang dimaksudkan ialah Aizat, Atilia, Camelia, Dafi, Jaclyn Victor, Leya (Hot FM), Noryn Aziz, Rahim Maarof, Salamiah Hassan dan Syafinaz.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, AIM 16 mewajibkan semua hadirin untuk berpakaian formal atau Black Tie.
Kepada peminat yang ingin menghadiri AIM 16, mereka boleh mendapatkan tiket yang berharga RM50 dengan menghubungi talian 03-40445388. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 20 Apr 2009, 11:17 am | |
| |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 12 of 15 | Go to page : 1 ... 7 ... 11, 12, 13, 14, 15 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |