Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6 ... 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeTue 09 Jun 2009, 11:10 am

Adila tabah lepas putus tunang

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Adilla10

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Adilla11


Adila atau Nas Adilla Mohd. Dan kembali aktif menyanyi selepas menyertai pertandingan realiti Akademi Fantasia 7 (AF7).

Namun ada harga yang harus dibayarnya sebaik program itu berakhir. Nas kini sudah bebas tanpa ikatan pertunangan.

"Selepas tamat AF7, saya dah buat keputusan untuk memutuskan pertunangan sebab masalah yang kami lalui tidak dapat diselesaikan.

"Memanglah sedih, tapi saya harus lalui kehidupan seperti biasa. Kini saya tidak mahu fikirkan pasal perkara itru sebaliknya mahu tumpu pada kerja," kata Adila.

Namun sehingga saat ini saya masih menyimpan cincin pertunangan yang diberikan dulu. Adila bertunang pada 26 Oktober 2008.

"Saya dan tak pakai lagi cincin itu kerana kami sudah putus tunang. Tunang saya sudah tahu pasal perkara ini, tapi kami belum sempat mengembalikan kerana ada lagi masalah yang timbul," kata Adila.

Adila mengakui isu kononnya tunangnya, Azizul Azri Baharin sebagai kerabat DiRaja dari Kedah antara punca yang membawa kepada timbulnya masalah itu.

"Selepas bertunang, saya malu apabila isu tunang saya kerabat Di Raja dari Kedah timbul. Apatah lagi ia tidak benar.

"Akibat insiden itu reputasi saya jatuh dan ia menjejaskan kerjaya saya.Saya juga malu dengan kejadian itu.

"Ada juga yang mengutuk saya dengan berbagai kejian. Memang malu, tapi saya juga kena jaga air muka banyak pihak termasuk pihak sebelah tunang saya.

"Selepas itulah mula timbul masalah demi masalah. Ada juga rasa tertipu dengan kejadian itu membuatkan kami menyiasat latar belakang tunang saya," kata Adila.

Dia harap perkara ini dapat diselesaikan secara baik kerana dia tidak mahu perkenalan selama empat tahun itu berakhir dengan perbalahan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeTue 09 Jun 2009, 3:14 pm

Jom Heboh : Pakaian Alyah Tidak Sesuai Untuk Live

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Alyaht10


Malam tadi, aku menonton sejenak rakaman konsert Jom Heboh yang menampilkan Tomok, juara OIAM serta penyanyi wanita baru, Alyah. Sekadar teguran, pakaian yang dikenakan oleh Alyah untuk konsert Live Jom Heboh amatlah tidak bersesuaian untuk tatapan seluruh penonton Tv3. Masakan tidak, pakaian dress pendek paras peha, selain terlalu ketat hingga menampakkan segala susuk tubuhnya boleh memberikan impresi buruk kepada penonton.

Tambahan lagi, ketika Alyah membuat persembahan, kadang-kala beliau seperti terkangkang-kangkang, kalau peha cantik tidak apa juga. Ini penuh dengan selulit je. Pesanan buat Alyah, lain kali jaga sedikit etika pemakaian.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeTue 09 Jun 2009, 3:18 pm

Ayu OIAM Minum Arak??


Katanya ramai berpendapat dari sebuah laman komuniti orang yang dimaksudkan dalam artikel dari salah sebuah media tempatan adalah Ayu OIAM. Tidak tahu benar atau tidak itu adalah Ayu atau orang lain yang berstatus 'gadis' yang pernah muncul juara rancangan realiti TV. Anda baca lanjut artikel berkenaan..

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Ayuoia10


Sebaik muncul juara rancangan realiti tv pencarian bakat dalam bidang nyanyian, penyanyi baru yang berasal dari kampung ini dikatakan menghabiskan wang kemenangan dalam sekelip mata dengan berhibur dikelab malam bersama temannya.

Mujur perkara itu disedari syarikat rakaman tempat dia bernaung dan terus mengambil tindakan pantas dengan mengawal hadiah yang diterima. Terbaru, ada teman artis bercerita mengenai penyanyi baru ini yang masih lagi dengan tabiat lamanya. Kata mereka, penyanyi terbabit sering dilihat mengunjungi kelab malam terkemuka di ibu kota.

Kebanyakan mereka tidak kisah sekiranya dia mahu datang dan berhibur tetapi sikapnya yang 'bersidai' berhampiran bar kerana mabuk akibat minum arak terlalu banyak sangat memalukan.

Kata rakan artis itu lagi, syarikat rakaman tempat penyanyi muda ini bernaung puas membentuk imejnya sebagai gadis kampung yang baik, datang ke bandar untuk mengejar cita-cita menjadi penghibur.

Bagaimanapun apabila yang ditonjolkan penyanyi muda ini di khalayak umum adalah sebaliknya, sudah tentu usaha dilakukan syarikat rakamannya dalam tempoh dua tahun ini dianggap sia-sia.

Perkara itu terjadi kepada penyanyi muda ini kerana kejutan budaya. Maklumlah, dalam sekelip mata dia menjadi 'orang berduit' dan popular, pasti penyanyi ini berasakan hidup dalam syurga dunia.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeTue 09 Jun 2009, 5:04 pm

Dayana Diundi Pemenang Pertama

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 68200910

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 68200911

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 68200913


Selepas 3 hari diberi peluang untuk undian (AWUNDI), akhirnya peminat program realiti TV Anak Wayang memilih Dayana untuk membintangi drama bersiri Kecuali Cintamu di Astro Prima, sekaligus menewaskan saingan terdekatnya, Feeya.

Dayana atau nama sebenarnya, Nur Dayana Kamsun Baharin, 18, yang berwajah iras pelakon Scha Al-Yahya dan Amy Mastura, telah terpilih menerusi undian SMS penonton sejak kelmarin, Jumaat selepas dia dan Feeya dipilih oleh juri profesional iaitu Nasha Aziz, AR Badul dan Rashid Sibir.

Sebelum ini dalam Pentas Anak Wayang, Dayana telah beraksi dengan beberapa tugasan di studio dan sebabak drama sebagai jururawat arahan Prof A Razak Mohaideen.

Selepas terpilih dalam undian SMS, barulah Dayana muncul dalam episod sebenar Kecuali Cintamu yang ke udara di Astro Prima malam tadi. Turut berlakon dalam siri itu adalah Nanu Baharuddin, Haleeda, Aman Shah, Mustapha Kamal, Puspha Narayanan dan Liza Abdullah.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeTue 09 Jun 2009, 5:34 pm

Diana Danielle akui bercinta dengan Farid

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Farid10


Diana tidak menafikan dia dan Farid menjalinkan hubungan istimewa. Namun, gadis ini enggan bercerita lanjut tentang hubungan mereka itu

NADA suaranya cukup girang. Selain gembira dapat kembali ke pangkuan ibu tersayang, Norsiah Ramli, setelah 'berpisah' selama tiga bulan untuk menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), ada 'sesuatu' yang membuatkan gadis berusia 18 tahun ini cukup ceria.

Diusik mungkinkah ada 'seseorang' yang juga tidak sabar menantikan si pemilik nama Diana Danielle ini menamatkan latihannya itu, sambil ketawa, aktres ini hanya menjawab "tak adalah. Saya gembira sangat sebab dapat jumpa Mama".

Tetapi apabila cuba menyelami hati pelakon ini, Diana akhirnya tidak dapat 'menipu' dirinya lagi apatah lagi bila diajukan tentang khabar angin yang bertiup kencang ketika dia masih berada di dalam PLKN, yang mengatakan gadis ini sudah pun mempunyai cinta baru.

Dan jejaka itu dikatakan adalah aktor popular Farid Kamil.

"Memang perkara itu betul...saya tak nafikan dan sebenarnya saya memang tidak jangka langsung. Tapi, saya tak mahu ulas lebih-lebih tentang perkara ini, ye. Cukup-cukuplah apa yang saya belajar menerusi pengalaman yang lalu.

"Kita bercakap tentang perkara lain sajalah," tutur Diana sambil cuba mengalih topik.

Ketika khabar angin itu mula tersebar, ramai yang tidak pasti sejauhmana kebenaran hubungan mereka itu, apatah lagi Farid juga sebelum ini telah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lagi aktres muda, Lisa Surihani.

Malah, tidak pasti pula bagaimana Farid dan Diana dapat 'menjalinkan' hubungan memandangkan Diana sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama tiga bulan sejak Mac lalu dan pastinya sukar untuk berhubungan.

Ibunya yang diajukan tentang hal ini ketika itu juga hanya ketawa membaca kisah anaknya itu yang dikatakan mungkin sedang mengamalkan hubungan cinta 'jarak jauh' dengan aktor tersebut. Menurut Norsiah, dia akui Farid dan Diana memang berkawan baik, namun dia juga tidak tahu adakah mereka benar-benar serius.

Ditanya bagaimana mereka 'menjaga' hubungan tersebut sepanjang Diana berada di PLKN, pelakon ini tetap mengelak untuk menjawab soalan tersebut.

Namun, pelakon yang sebelum ini pernah berkasih dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof itu akui, hubungannya dan Farid pada asalnya memang bermula atas dasar persahabatan.

"Itu saja yang boleh saya cakap. Farid adalah lelaki yang baik. Dia seorang yang 'cool', itulah yang membuatkan saya cukup kagum dengannya," kata Diana yang terus enggan berbicara tentang hal itu.

Menurut pelakon yang popular menerusi drama bersiri AirMata Maria dan Farah Syakirah ini, dia lebih selesa untuk bercakap tentang perancangan karier seninya setelah 'berehat' selama tiga bulan dulu.

"Saya sekarang tengah berehat selepas tamat PLKN pada 7 Jun lepas. Mungkin sebelum saya terima tawaran baru, saya dan Mama akan pergi bercuti dulu, kemungkinan ke Indonesia dan Australia.

"Selepas itu saya akan menyambung pelajaran di University of Nottingham di Semenyih, Kajang bulan depan dalam bidang biosains. Nampaknya, penatlah Mama nak menguruskan jadual seni dan pelajaran saya," kata Diana yang akan cuba membahagikan masa sebaik mungkin antara kerjaya dan pelajarannya.

Katanya lagi, dia juga akan meneruskan projek penghasilan album sulungnya di Jakarta tidak lama lagi yang sudah tertunda agak lama itu.

"Memang banyak sebenarnya benda yang nak kena buat. Album tetap akan diteruskan begitu juga dengan tawaran berlakon yang masih lagi saya pertimbangkan.

"Sekarang ini saya tengah tunggu jadual kelas pengajian saya terlebih dahulu, barulah senang nak merangka aktiviti-aktiviti lain juga," katanya yang berduet dengan Imran Ajmain dan Nabil menerusi lagu Radio yang kini semakin kerap diputarkan di stesen-stesen radio.

Ditanya tentang 'kehidupan' barunya setelah tamat PLKN, kata Diana, dia akui sudah mula rasa rindu terhadap kawan-kawan di kemnya dulu. Namun, tutur Diana, apa yang penting, pengalamannya di PLKN ternyata banyak mengubah hidupnya menjadi seorang yang lebih berdisiplin.

"Sekarang ini saya pantang tengok barang bersepah sebab ketika di kem dulu, kami kena sentiasa pastikan bilik dan tempat tidur kemas. Saya juga dah terbiasa bangun awal pagi sehinggakan Mama cakap "I have a new daughter!".

"Tetapi masalahnya sekarang berat badan saya sudah bertambah 7kg. Maklumlah, asyik makan saja ketika di kem. Tetapi saya tidaklah tertekan sangat kerana saya tahu, bila saya kembali aktif dengan kerja-kerja saya selepas ini, secara automatik berat saya akan berkurangan," kata Diana.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeWed 10 Jun 2009, 10:35 am

Michael Jackson Malaysia?

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Michae10

Gambar terbaru Adam AF yang ala-ala Michael Jackson. Ape la kejap macam Dragonball lepas tu macam Naruto sekarang macam Michael Jackson pula. Adam, mana identiti sebenar kau?!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeWed 10 Jun 2009, 3:13 pm

Malek Noor Dan Cerita Keinsafannya

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Untitl43


Artikel kali nie panjang sikit tapi kami mintak-mintak sangat anda baca. Memang tersentuh jiwa raga baca cerita Malek Noor dan kisah insaf dia.

Patut lebih banyak selebriti-selebriti tampil dan ceritakan seperti apa yang Malek Noor cerita nie. Barulah boleh bagi role model sikit kat rakyat Malaysia.

Baca artikel ini selengkapnya untuk ketahui kisah Malek Noor dan cerita insafnya.


SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.

Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.

Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.

Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.

Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.

“Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.

“Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh,” kata Malek dengan suara sebak.

Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan ‘lembik’ tiba-tiba.

Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.

“Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi…kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.

“Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahnya.

Zaman kanak-kanak

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.

Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.

“Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.

“Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.

“Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.

“Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.

“Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran,” cerita Malek.

Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. “Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.

“Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.

“Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.

“Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.

“Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.

“Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.

“Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi…semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.

“Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah,” kata Malek.

Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.

“Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.

“Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini,” Malek menyambung cerita.

Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.

Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.

“Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.

“enghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini,” kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeWed 10 Jun 2009, 3:51 pm

Pelakon Shukery Hashim meninggal dunia

Pelakon Shukery Hashim, 55, meninggal dunia hari ini di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), akibat kanser pankreas.

Takziah buat keluarga arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat. al-fatihah.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Ke_01_10

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Shuker10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeWed 10 Jun 2009, 3:55 pm

Gambar Anak Anne & Wafi

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Anakan10

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Anakan11

Inilah gambar anak Ngasriah Ngasri atau nama popularnya Anne. Nama anak kedua baju kuning tu Wafrid. Anak pertama yang baju putih tu namanya Muhammad Warits. Ayah diorang atau hubby Anne namanya Wafi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeWed 10 Jun 2009, 4:36 pm

Gambar Sharifah Amani Bertudung

Memang jarang melihat Sharifah Amani bertudung, apatah lagi ketika berada di dalam drama/filem mahupun diluar daripada itu. Tapi baru-baru ini (semalam) Sharifah Amani yang ditemui ketika dijemput ke majlis doa selamat filem Merong Mahawangsa. Lihat banyak kali pun, dress nya dikenakan oleh Amani berbaju kurung dan bertudung seperti gadis orang kampung. Ngeh3.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Sharif11
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeWed 10 Jun 2009, 4:58 pm

Gambar Lisa Surihani Berbaju Kebaya Ketat

Makin ayu pula Lisa Surihani ni. Siap dapat memang untung besar ler dia, bekas pelajar jurusan Undang-undang di luar negara. Selepas menamatkan lakonannya dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak baru-baru ini, kini dia meneruskan kerjayanya di 3 Janda di Astro. Tapi sesiapa tidak dapat melihat aksinya di sana, di sini ada gambar baru nya, dengan berbaju kebaya ketat ditambah seksi meliurkan lagi tue. Ngeh3.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Jun_li10

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Jun_li11

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Jun_li12

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Jun_li13
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeWed 10 Jun 2009, 5:06 pm

Engku Aleesya akan Berlakon?

Sebelum ini penerbit drama Mertua VS Menantu menawarkan anak Erra sendiri berlakon sebagai anaknya dalam musim baru yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi. Alasan penerbit, David Teo, Erra boleh menjaga anaknya sendiri semasa di lokasi.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Erraal10


"Tidak... Aleesya tak akan berlakon dalam drama itu, untuk watak bayi kita boleh ambil budak mana-mana pun. Semasa penggambaran Gugu Gaga Erra saya timbul rasa kasihan melihat Aleesya yang sangat kecil untuk di bawa ke set," jelas Erra.
Sebagai ibu bapa Erra dan suami mahukan anaknya membesar sebagaimana kanak-kanak lain yang jauh daripada dunia yang dilaluinya.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Erraal12


Erra mahu anaknya menjadi seorang yang boleh dibanggakan dalam pelajaran apabila membesar nanti.

Semasa wartawan ditanyakan soalan pasal membawa anak berlakon kepada Erra, Aleesya yang diam tiba-tiba bersuara kuat macam budak-budak tidak menyukainya.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Erraal11


"Kan dia dah bersuara tu," kata Erra berseloroh.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeWed 10 Jun 2009, 7:00 pm

Serang di lokasi

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Mainpi36


KUALA LUMPUR: “Ini serangan terancang bertujuan mahu mengaibkan saya,” kata pelakon Haleeda menceritakan insiden serangan dan pergaduhan ketika penggambaran drama bersiri di sebuah rumah di Bukit Jelutong, Shah Alam, Jumaat lalu.

Haleeda atau nama sebenarnya, Halida Mazlin Badaruddin, 37, menjelaskan kejadian jam 10 malam itu berpunca daripada salah faham dan cemburu buta, namun bertukar serius dan bertambah teruk apabila ada pihak tertentu masuk campur.

“Kejadian mungkin berlaku kerana saya meminjam kereta milik seorang pelakon lelaki berikutan kereta saya dihantar ke bengkel, tetapi saya rasa perkara itu (meminjamkan kereta) tidak diketahui isterinya.

“Apabila isterinya mengetahuinya, dia terus menyerbu ke lokasi (penggambaran) malah menghubungi pihak media untuk datang sekali merakamkan kejadian,” katanya yang ditemui di lokasi penggambaran siri Kecuali Cintamu di Seri Kembangan di sini, semalam
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeWed 10 Jun 2009, 7:02 pm

Jue Aziz jadi gadis sopan

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Mainpi37


SUKAR menidakkan kehadiran wanita yang sinonim dengan imej seksi, Zuliana Ab Aziz, 26, atau Jue Aziz dalam pentas lakonan tanah air.
Bakat lakonannya mendapat perhatian produksi dan pengarah tempatan. Malah tawaran menjayakan lakonan juga tidak pernah putus buat gadis cantik yang diiktiraf Pemenang tempat ketiga, Malaysian Most Beautiful 2006 itu.

Lebih 20 drama dijayakan oleh anak bongsu daripada lima beradik ini antaranya Dua Hati, Impak Maksima The Series, Manjalara, Jangan Main Belakang, Rahsia Cinta, Aku Untukmu dan Orang Minyak Naik Minyak.

Untuk drama terbaru, Jue menjayakan drama bersiri untuk slot Samarinda di TV3, Cinta Itu Milik Kita terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB). Menerusi drama 25 episod itu Jue membawa peranan sebagai Jana.

"Dalam drama ini watak Jana seorang gadis yang sopan dan baik. Dia seorang yang tegas dan suka bekerja. Jana bertugas sebagai pembantu peribadi berdepan dilema dalam kehidupannya. Sebelum ini dia sudah ditunangkan oleh keluarga begitupun dia langsung tidak pernah bersua muka dengan tunangnya itu. Sebaliknya hanya melihat dan mengenali wajah tunangnya melalui gambar.

"Drama ini juga mengisahkan konflik yang berlaku dalam keluarga. Apabila membabitkan ibu bapa yang cuba campur tangan mengenai segala urusan anak mereka termasuk dalam soal pemilihan pasangan hidup," katanya. Nama Jana yang bermaksud cahaya syurga menampilkan Jue seorang gadis sopan dan baik budi pekerti. Di samping Jue turut membintangi drama itu ialah Adi Putra, Dynaz, Fauziah Gous dan Puspha Narayan.

Biarpun dilabel antara artis yang menyerlah dengan penampilan seksi dalam drama lakonannya, Jue menidakkannya, sebaliknya menjelaskan watak yang dijayakan dalam drama mahupun filem dengan karakter yang berbeza dan seimbang.

Dia juga seronok menjayakan watak seorang pendidik dalam siri Cerekarama, Farhana yang disiarkan di TV3 pada 16 Mei lalu.

"Memang satu pengalaman menyeronokkan. Paling terasa ketika menyambut Hari Guru. Ketika menjayakan watak Cikgu Farhana itu saya terharu apabila anak murid merancang satu majlis khas dengan kejutan pada hari berikut. Sebelum ini, saya juga pernah membawakan watak guru namun penceritaannya berbeza dengan telemovie itu.

"Bukan saja imej perempuan seksi atau penggoda malah saya juga pernah membawakan watak gadis sopan bertudung seperti dalam telemovie Takbiratul Ihram untuk siaran Hari Raya ini, Nur Hidayah (RTM) dan Intan Sayang Manja (TV3)," kata Jue yang membuat kemunculan di layar perak menerusi filem Anak Mami The Movie dan Tipah Tertipu.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeWed 10 Jun 2009, 7:09 pm

Haliza, kekasih meluncur air di Australia?


BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Mainpi38 BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Mainpi39
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 9:24 am

Kes ugut: Isteri Jamal ingin tarik balik kes kerana anak

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Jamm210


Penyanyi Jamal Abdillah gagal menghadirkan diri ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi perbicaraannya yang didakwa mengugut isterinya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana sakit.

Fatimatuzahra berkata dia redha dengan keputusan mahkamah pada 28 Julai ini selepas mahkamah menolak permohonannya untuk menarik balik kes.

“Saya memang nak tarik balik kes demi anak, Ahmad Zaki Yamani sebab anak saya semakin membesar dan bukan kerana Jamal,” jawabnya yang turut menafikan dia tiada niat untuk merujuk semula dengan suaminya itu.

Pada 23 April dan 3 September 2008 Fatimatuzahra telah menghantar dua pucuk surat kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya di Selangor untuk memohon supaya pertuduhan terhadap Jamal ditarik balik.

Namun mahkamah pada 20 Februari lalu dimaklumkan oleh pendakwaan bahawa surat representasi Jamal dan Fatimatuzahra telah ditolak Jabatan Peguam Negara.

Jamal terpaksa melalui proses perbicaraan setelah surat representasi yang dihantar Jamal bersama isterinya, Fatimatuzahra Samad selaku pengadu agar pertuduhan itu dipertimbangkan telah ditolak oleh Jabatan Peguam Negara.

Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidullah Ali, 48, didakwa telah mengugut Fatimatuzahra Samad, 26, menerusi SMS.

Dia didakwa menghantar kata-kata ugutan daripada nombor 013-3088080 ke nombor 017-3887258 pada pukul 7.44 pagi 30 April 2007.

SMS itu berbunyi: "Tunggu dan lihat apa akan terjadi."

Jamal yang didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada 30 Ogos 2008, Fatimatuzahra telah membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11 di sini yang mengandungi penjelasan kepada laporan polis pertama yang dibuat sejurus selepas kejadian.

Fatimatuzahra dalam laporan polisnya menyatakan, dia telah tersalah anggap hingga menyebabkan suaminya didakwa di mahkamah pada 21 April 2008. Walhal Jamal, menurut pengadu langsung tidak berniat jahat terhadapnya.

Ditanya tentang perkembangan kes cerainya dengan Jamal, wanita berusia 26 tahun ini berkata dia hanya menunggu keputusan dari mahkamah.

“Saya hanya tunggu keputusan dari mahkamah sebab saya fikir saya mempunyai hak sebagai seorang isteri. Terpulanglah samada jatuh (talak) atau tidak.

“Saya tak pernah minta cerai jadi sebab itu saya bawa kes ini ke tengah untuk mendapatkan keadilan,” jelasnya.

Jamal berkahwin dengan Fatimatuzahra pada Disember 2005 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Zaki Yamani, 2.

Fatimatuzahra dalam keterangannya pula berkata, dia terkejut apabila Jamal tiba-tiba melafazkan cerai itu ketika berada di dalam kereta 15 Mei 2007.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 9:25 am

Isteri tidak sangka gurauan Shukery Hashim tempah kubur satu petanda

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Ne_02_12


KUALA LUMPUR: Balu pelakon Shukery Hashim berkata dia tidak menyangka bahawa gurauan suaminya menempah kubur daripada seorang penjaga kubur di Tanah Perkuburan Islam AU Keramat di sini merupakan satu petanda yang beliau akan pergi buat selama-lamanya.

Kata Faridah Mat Desa, 51, ketika itu Allahyarham menziarahi kubur ibunya pada Mac lepas dan bergurau dengan seorang penjaga di tanah perkuburan itu.

"Saya ingat dia bergurau. Dia (Allahyarham) cakap pada penjaga tu yang dia nak tempah kubur, penjaga tu tanya untuk siapa dan dia cakap untuk dirinya," kata Faridah seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Jenazah Shukery, 55, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Keramat, Ampang kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

Allahyarham Shukery meninggal dunia pada pukul 1.15 petang tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, akibat kanser pankreas yang dialaminya sejak tiga bulan lalu.

Terdahulu, jenazah dimandikan dan disembahyangkan di kediamannya di Taman Fairuza, Ampang.

Shukery pernah dimasukkan ke HUKM pada 4 Mei lalu untuk rawatan lanjut selepas menjalani pembedahan selama enam jam di Hospital Selayang pada 24 April lalu.

Arwah meninggalkan lima orang anak iaitu Nur Syikin, 28, Nur Ezity, 27, Mohd Firdza, 25, Mohd Aidi, 21 dan Mohd Amirul, 14, serta tiga orang cucu perempuan berusia dua tahun, tiga bulan dan dua bulan.

Menurut Faridah, suaminya yang menghidap penyakit itu sejak sekian lama, dimasukkan ke Hospital Ampang pada Mac lepas sebelum dipindahkan ke Hospital Selayang.

"Dia berada di Hospital Ampang sehari sahaja dan dia minta nak balik rumah. Selepas seminggu berada di rumah, dia mengadu sakit dan dimasukkan ke Hospital Selayang pula," katanya.

Faridah berkata pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor menunjukkan terdapat ketumbuhan pada pankreas suaminya, dan Allahyarham meminta untuk menangguhkan rawatan kemoterapi.

Katanya selepas keluar dari hospital beberapa hari, suaminya sekali lagi mengadu sakit dan dimasukkan pula ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Selasa lepas sebelum dipindahkan ke HUKM pada Jumaat.

"Dia tak mahu buat kemoterapi sebab dia nak tengok adik dia buat kenduri kahwin Jumaat lepas. Malam Jumaat lepas dia mengadu sakit kaki dan rasa kebas dan dimasukkan ke HUKM," katanya.

Faridah berkata sebelum menghembuskan nafas terakhir, Allahyarham sempat memohon maaf kepada semua anggota keluarga dan rakanrakannya serta meninggalkan pesan kepadanya untuk memberi perhatian yang lebih kepada anak bongsunya.

Beliau berkata hajat terakhir Allahyarham yang tidak sempat ditunaikan ialah untuk menunaikan umrah hujung tahun ini sebelum menunaikan fardu haji bersama-sama.

Aktor Rosyam Nor pula berkata kali terakhir beliau bertemu dengan Allahyarham ialah semasa Allahyarham keluar dari Hospital Selayang.

"Saya nampak dia tengah tahan sakit. Dia ada cakap pada saya, bila kita sakit semua kita nak makan dan nak rasa nikmat yang Tuhan bagi," katanya.

Rosyam berkata, beliau mengenali Allahyarham sejak berusia 18 tahun dan mereka telah banyak berlakon bersama dalam drama dan filem.

Beberapa orang rakan artis lain yang turut hadir termasuk Datuk Jins Shamsudin, Datuk Mustapha Maarof, Datuk Yusof Haslam, Datuk Aziz Satar, dan Norlia Ghani.

Allahyarham Shukery adalah salah seorang pelakon drama yang popular. Arwah selalu menunjukkan lakonannya yang hidup dan penuh penghayatan.

Antara drama tempatan yang pernah dibintanginya ialah Di Mana Kasihmu, Kau Yang Satu, Cinta Gila dan 3T manakala antara filem yang dilakonkannya adalah Seri Dewi Malam, dan Shh..Dia Datang.

Shukery dilahirkan pada tahun 1954 dan merupakan anak jati Langkawi. Beliau mendapat pendidikan di merata tempat termasuk Sekolah St Michael, Alor Setar dan Sekolah Jalan Raja Muda yang dulunya dikenali dengan Princess Road School.

Walaupun mula berlakon pada 1984, arwah sebenarnya sudah terbabit dalam drama radio sejak 1975 di RTM.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Shukery sudah menerima tiga anugerah yang diiktiraf sebagai terbaik dalam industri seni di Malaysia iaitu Pelakon Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada 1990; Pelakon Drama TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (1994) dan Pelakon TV Lelaki Popular 1994 (1995).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 9:28 am

Sunyi tanpa canda Shukery

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Hi_02_41

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Hi_02_42
SHUKERY bersama Noorkumalasari dalam satu babak filem Rahsia.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Hi_02_43
ANTARA rakan artis yang turut menziarahi Allahyarham Shukery. Dari kiri, Rosyam Nor, Kuswadinata dan Datuk Aziz Satar.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Hi_02_44
PENGHORMATAN terakhir daripada keluarga arwah Shukery, dari kiri, Nurshikin, Faridah dan Mohd. Aidil.


SEPANJANG hayatnya bergelar seorang anak seni, segala macam dugaan yang dialami, namun berkat kesabaran, Mohamad Shukery Hashim, muncul antara nama pelakon yang disegani masa kini.

Beratus sudah drama yang menggunakan khidmatnya. Pelbagai watak juga sudah dibawa tetapi Shukery sering menjadi buruan penerbit untuk membawakan watak orang kaya, golongan korporat, Datuk serta watak komedi.

Namun, segala itu hanya tinggal memori. Sedang drama lakonannya sedang hangat ditayangkan di kaca televisyen menerusi drama Cinta Gila, Shukery telah pergi untuk selamanya-lamanya.

Allahyarham meninggal dunia selepas hampir empat bulan menderita penyakit barah pankreas yang telah merebak ke seluruh tubuhnya termasuk bahagian tulang belakang dan otak.

Semenjak mengetahui penyakit barah sudah berada di tahap keempat pada Mac lalu, arwah hanya berulang-alik dari rumah ke hospital, sehingga berat badannya semakin menyusut akibat selera makan yang semakin berkurangan.

Deritanya meraih perhatian ramai pihak termasuk media dan rakan artis yang berkesempatan melawatnya di hospital. Meskipun dalam kesakitan, masih tergambar senyuman pada wajahnya saat melayani tetamu yang hadir.

Menurut anak keduanya Nurizety, yang ditemui di kediamannya semalam berkata, arwah ayahnya itu merupakan seorang yang cukup suka bergurau sehinggalah dia terlantar sakit di hospital.

"Arwah ayah tidak pernah kering idea untuk membuat kami sekeluarga tertawa, bila dia sakit pun sampat lagi buat lawak. Itu yang saya terasa sangat kehilangannya. Lepas ni rumah kami sunyi tanpa gurau-senda ayah.

"Isnin lepas masa jumpa arwah di hospital, ayah cakap lepas sihat ayah nak pergi Mekah, nak bawa anak cucu berjalan pergi makan angin dan bercerita tentang tempat makan yang arwah ingin pergi.

"Malah, arwah juga menyampaikan hasrat untuk bergambar bersama keluarga dan kami laksanakan hasratnya itu, tetapi tidak menyangka itu kenangan kami yang terakhir," katanya dalam linangan air mata.

Isteri Allahyarham, Faridah Mad Desa, 51, pula menceritakan semenjak arwah suaminya disahkan menghidap penyakit barah pankreas, arwah sentiasa berfikiran positif meskipun doktor memberitahu arwah hanya mampu untuk hidup dalam masa setahun.

Namun, Allah lebih menyayangi arwah, dan arwah pergi sambil ditemani semua anak-anaknya termasuk isteri di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada pukul 1.45 tengah hari semalam.

"Masa dimasukkan ke PPUKM pada pagi Jumaat lalu, apabila arwah mengadu perutnya sakit dan keras dan tidak tahan sakit yang ditanggung.

"Selepas makan ubat, arwah okey dan kata macam sihat pula. Masa itu saya berborak dengannya macam biasa, sampai arwah kata kalau dia pergi dulu dia tunggu saya di syurga," tutur Faridah dalam kesedihan.

Katanya lagi, sebelum arwah sakit kuat, arwah banyak menghabiskan masanya untuk berjumpa rakan-rakan lama, serta minta dihalalkan segala hutangnya.

Selain kaum keluarga, ramai juga sahabat handai termasuk rakan artis yang menziarahi jenazahnya, termasuk aktor Rosyam Nor yang turut terasa kehilangan seorang rakan dan bapa.

"Arwah banyak kali berlakon dengan saya dan saya selalu jadi anaknya dalam drama. Mungkin sebab itu hubungan kami rapat. Saya ada melawatnya semasa arwah pulang ke rumah dan kami berbual tentang banyak perkara.

"Antara katanya yang menyentuh perasaan saya, masa sakitlah baru kita tahu nikmat yang Allah berikan kepada kita. Selama ini makan dan tidur senang tetapi apabila sakit semua perkara itu menjadi sukar. Dan apabila berjaya dilakukan dengan mudah ia bagaikan nikmat," ujar Rosyam yang mengenali arwah sejak dia berumur 18 tahun.

Tambah Rosyam, arwah turut memberitahunya dia berbangga dengan hasil duit lakonan dia berjaya membina rumah dan membesarkan anak-anaknya seramai lima orang.

"Arwah bukan sekadar rakan, dia juga penasihat ekonomi saya. Arwah selalu pesan setiap apa yang dilakukan adalah untuk keluarga, malah, masa saya mula-mula buka syarikat dialah orang pertama yang melawat dan mendoakan agar syarikat saya maju," tutur pelakon dan penerbit ini lagi.

Pengarah drama terkenal, Rashid Sibir yang bergegas ke rumah arwah daripada penggambaran drama Kasih Tercipta memberitahu, dia mengenali arwah secara rapat apabila mengarah drama Mat Despatch pada tahun 1997.

"Apa yang saya kenali, arwah seorang yang merendah diri, tidak ambil pusing tentang orang lain dan tidak pernah merungut kalau penggambaran mula lambat walaupun dia datang awal.

"Kali terakhir saya bekerja dengan arwah untuk drama Keliwon episod Hantu Kopek. Bagi saya pemergiannya terlalu cepat kerana ketika melawatnya di hospital, arwah nampak sihat. Sekarang, kita telah hilang seorang lagi pelakon yang berbakat," katanya.

Selain terkenal sebagai pelakon drama, wajahnya juga pernah diabdikan dalam filem Rahsia (1987), Ujang (1989), Syahadat (1992), Seri Dewi Malam (2001), Janji Diana (2003) dan terbaru, Shh... Dia Datang.

Allahyarham yang meninggalkan seorang balu dan lima orang anak, Nurshikin, 28, Nurizety, 27, Mohd. Firdza, 24, Mohd. Aidil, 21, dan Mohd. Amirul, 14, selamat dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Keramat semalam.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 9:29 am

Kenangan terakhir Shukery Hashim

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Hi_03_15
ARWAH Shukery Hashim ketika menerima sumbangan FINAS baru-baru ini.


TERKEDU Marilyn apabila mendapat khabar pelakon berwibawa, Shukery Hashim telah sampai seru. Arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya, semalam.

Ini kerana macam baru semalam Marilyn mendengar cerita teman sepejabat yang pulang dari melawat arwah ketika dia terlantar di hospital baru-baru ini.

Sememangnya Marilyn terharu, apabila kawan Marilyn bercerita tentang Shukery yang Marilyn tak sangka, rupa-rupanya lucu orangnya.

Dalam keadaannya yang kronik akibat kanser pankreas yang dihidapinya dah masuk tahap kritikal dan kena jalani rawatan kimoterapi ketika itu, sempat lagi dia membuat jenaka sampai semua rombongan media, artis dan FINAS yang datang melawatnya ketawa terbahak-bahak, sampai lupa mereka pergi melawat orang sakit.

Timbul rasa insaf dalam diri Marilyn dan Marilyn rasa itulah kelebihan artis berwibawa seperti arwah. Kerja mereka buat orang terhibur walhal menanggung perit yang bukan kepalang.

Mungkin Shukery buat lawak untuk gembirakan hati ataupun bosan sebab dah lama tak keluar bekerja, justeru bila ada rakan-rakan datang melawat, dia rasa seronok.

Semoga bantuan FINAS sebanyak RM10,000 terhadap arwah dapat digunakan sebaiknya.

Dalam pada itu, Marilyn turut berdoa agar dua orang lagi artis veteran yang turut dirundung malang dari segi kesihatan dan juga diberikan bantuan oleh FINAS sebanyak RM10,000 seorang iaitu Yusof Chong dan Kamal Pendek beransur pulih.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 9:31 am

Enggan tamatkan zaman janda - Azza akui hatinya sudah berpunya

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Hi_01_81


KALI terakhir mendengar khabar berita mengenai bekas penyanyi kumpulan Elite, Azza atau Azzarima Zawari ini ialah ketika dia dikatakan mengalami tekanan emosi sehingga mencetus beberapa kontroversi yang kurang enak didengar.

Semua ini gara-gara penceraian dengan bekas suami, Mohd. Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce dan mula bertambah kisah gosipnya dijaja tanpa henti sehinggakan Azza sendiri tidak dapat menahannya.

Terus, Azza bagai menghilang diri buat seketika. Namun, ketika menemuinya di sebuah majlis baru-baru ini, Azza tampil dengan personaliti yang berbeza.

Dia bukanlah mengubah wajah atau tampil dengan imej yang pelik, cuma kehadirannya yang turut ditemani seorang jejaka, menampakkan pemikirannya lebih matang dan tiada lagi tekanan yang mengganggu.

Azza sendiri akui, pengalaman lalu mengajar dirinya untuk mendapatkan hidup yang lebih sempurna.

"Apa yang berlalu biarlah ia pergi tanpa perlu menyinggah semula di fikiran saya. Biasalah, hidup ini, kadangkala kita berada di puncak dan kadang kala kita boleh tersungkur.

"Lebih-lebih lagi menjadi orang yang dikenali, banyak perkara yang perlu dikorbankan dan perjalanan hidup akan lebih sukar jika tersilap langkah.

"Dan bila orang nampak kesalahan kecil kita, mereka akan bercakap dan ingat sampai bila-bila walaupun tidak tahu hal sebenar. Tetapi saya ambil perkara itu sebagai satu iktibar. Saya tak kecil hati pun jika orang masih mengingati kesilapan lama saya itu," tuturnya yakin.

Kuat kerana cinta

Tatkala penyanyi dan pelakon ini dipenuhi dengan tekanan, ada juga yang sudi hadir untuk membantu menerangi hidupnya semula.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Hi_01_82
KEKASIH Azza, Firhan Yusof memberikan nafas baru kepadanya untuk menjadi seorang yang lebih matang.


Dialah yang sanggup 'turut serta' serta berkorban apa sahaja demi menangani masalah Azza. Lalu, tanpa disedari, bibit-bibit percintaan pula bermula.

"Saya kuat kerana dia (kekasih). Waktu itu memang fikiran saya bercelaru dan hanya anak (Marissa Jannah) dan keluarga yang sentiasa di sisi.

"Tiba-tiba pula dia hadir dan memberi nafas baru dalam hidup saya semula. Saya rasa sangat dihargai dengan apa yang telah dia lakukan," ujarnya.

Jelas wajah wanita ini tampak bahagia sekali bila membicarakan mengenai kekasih hatinya.

Malah, kata Azza, tubuh badannya yang semakin berisi ini juga kerana dia begitu bahagia di sisi buah hatinya itu.

"Perubahan yang ada pada saya hari ini, mungkin sebab saya gembira dengan apa yang saya ada sekarang. Bukan nak menunjuk-nunjuk, tetapi inilah saya. Bukan macam dulu lagi.

"Saya mengenalinya sejak dua tahun lalu. Kahwin? Kami tak merancang apa-apa pun. Saya biarkan cinta kami ini mengikut arus. Kalau ada jodoh, adalah. Doakan yang terbaik untuk kami," katanya.

Mahu buat 'come back'

Biarpun sepi tanpa sebarang lakonan, Azza mula mengatur perjalanan kariernya secara perlahan-lahan.

Untuk memulakan langkah barunya, Azza telah pun melakonkan watak kecil sebagai Doktor Sofea dalam drama bersiri Bio-Nik.

Malah, Azza mula menjinak-jinakkan diri dalam menjadi penerbit selain membantu bapanya berniaga.

"Itu baru permulaan. Walaupun memegang watak kecil, saya tidak kisah. Yang penting watak yang saya bawa itu mampu memberi kesan kepada penonton.

"Lagipun, sekarang ini saya mula menjadi penerbit drama pula dan untuk permulaan, saya telah menerbitkan sebuah drama Aduhai Jiranku arahan Din Glamor, di bawah syrikat saya sendiri iaitu Rentak Angkasa Sdn. Bhd.

"tapi jangan ingat saya dah tak mahu berlakon kerana berlakon juga merupakan salah satu sumber rezeki saya," katanya yang juga masih aktif menyanyi di majlis-majlis tertutup.

Selain itu, Azza turut membantu ayahnya dalam perniagaan kecantikan dan kesihatan wanita, Warizan Al Helmy (WAH).

"Sepanjang penyepian dalam karier seni, saya banyak menghabiskan masa bersama keluarga. Selain itu saya ada jalankan perniagaan kecil-kecilan. Tetapi kebanyakan masa dihabiskan dengan membantu ayah dalam perniagaan WAH.

"Ia juga lebih tertumpu kepada masalah resdung, Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk kami, layarilah warizanalhelmy.com atau e-mel kepada saya, azzarimazawari.blogspot.com," katanya yang turut mengajak peminat-peminatnya untuk melayari laman Facebook untuk berkomunikasi dengannya.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Hi_01_83
AZZA melangkah setapak lagi menjadi penerbit drama serta menjalankan perniagaan.


Dengan semangat baru dalam mengaktifkan semula karier, wanita berusia 31 tahun ini berharap, kepulangannya dalam industri dapat diterima ramai tanpa mengaitkan kisah-kisah silamnya.

"Apa yang lepas, biarlah ia pergi. kalau boleh, saya tak mahu lagi bercerita tentang kisah lalu. Biarlah orang pandang saya di sudut yang positif.

"Dulu mungkin saya tidak matang dan sering beremosi tetapi tidak lagi sekarang. Saya kini bangkit dan tidak mahu pandang ke belakang," ujarnya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 9:33 am

Suki buat hal lagi
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Hi_04_12


ISH... nampaknya tak habis-habis teman Marilyn yang merungut tentang perangai juara, One In A Million musim pertama, Suki. Satu persatu teman wartawan Marilyn yang sudah terkena dengan sikap tak profesional Suki apabila melibatkan soal kerjaya seninya.

Teman Marilyn yang kekal jelita walaupun usianya semakin meningkat, Fasha Clara juga sempat bergosip tentang sikap Suki. Marilyn sendiri terkejut apabila Fasha Clara nak beritahu gosip tentang Suki. Bisik hati Marilyn, apa lagi agaknya yang dibuat oleh si Suki itu.

Kata Fasha Clara, baru-baru ini dia cuba menghubungi Suki untuk mendapatkan cerita susulan tentang kepulangannya dari Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Isnin lalu.

Setelah tiga bulan menjalani latihan di Kem Princess Heliza, Sepang itu, sudah pastilah peminat nak tahu tentang perkembangan terbaru Suki yang Marilyn sendiri rasa mampu mengubah sikap dirinya menjadi seorang anak seni yang lebih berdisiplin, punya kredibiliti dan berwawasan.

Dengan nada sopan-santun sambil mengawal suara manjanya itu, Fasha Clara cuba menelefon Suki. Ada jugalah dalam dua atau tiga kali dia telefon Suki namun tak diangkat.

Tak berputus asa, Fasha Clara terus menghubungi Suki hingga akhirnya dijawab oleh penyanyi tersebut dengan suara yang tak kuasa.

Fasha Clara sempat memperkenalkan diri sebagai wartawan Kosmo! kepada Suki sambil mengucapkan tahniah sebab dia akhirnya menamatkan latihan itu dengan jayanya. Apabila Fasha Clara cakap nak temu ramah, tanpa diduga tiba-tiba sepantas kilat Suki, terus mematikan telefon bimbitnya.

Terpinga-pinga jugalah teman Marilyn itu. Sampaikan kawan di sebelah meja Fasha Clara, Miss Tin Tong juga terkedu apabila melihat Fasha Clara terus terdiam sedangkan sebelum tu dia rancak berbual dengan Suki.

Enggan buruk sangka, Fasha Clara cuba menghubungi Suki semula. Mana tahu kalau telefon bimbitnya itu kehabisan bateri. Suki dihubungi sebanyak 10 kali tetapi masih tidak menjawab panggilan Fasha Clara yang lama-kelamaan sudah naik hantu itu.

Marilyn tak tahu nak cakap apa tentang perkara tersebut. Bahkan tak berani nak salahkan Suki seratus-peratus dalam hal ini. Mungkin dia ada jawapan tersendiri dengan kelakuannya itu. Kalau terjumpa Suki nanti, Marilyn nak tanyakan sendiri tentang hal itu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 9:37 am

(Panas) Saya Pernah Diperkosa Fakhry Sebelum Berkahwin - Manohara

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Untitl44


Agak terkejut mengenai pengakuan Manohara baru-baru ini yang menghadiri temubicara Seputar Indonesia di sana. Manohara yang sebelum ini lebih dilihat seorang yang periang dan sentiasa tersenyum kali ini tidak lagi. Segalanya diluahkan dengan limpahan air mata tidak terhenti. Ada yang mengatakan (di Youtube), mungkin kerana ini Tengku Fakhry dilihat lebih diam dari memberi ulasan. Wallahualam. Ikuti video dan artikel penjelasan berikut.

Sejak terbebas dari suaminya, Tengku Muhammad Fakhry, Manohara Odelia Pinot selalu tersenyum lebar. Mantan model cantik itu tampak sangat bahagia ketika tampil di televisi Indonesia. Ia seperti melupakan siksaan yang pernah dialaminya.

Namun pada Rabu (3/6/2009), saat tampil di ‘Seputar Indonesia’ penampilan Mano sungguh berbeda. Model cantik yang mengaku dianiya suaminya itu berlinang air mata. Mano tidak kuasa lagi menahan tangis saat mengungkapkan perkosaan yang pernah dialaminya.

Ini kali pertama Mano menangis di depan publik. Sebelumnya, dalam sejumlah wawancara di TV, Mano selalu tampil ceria dengan senyum menghiasi wajahnya.

“Saya dulu pernah diperkosa oleh Fakhry sebelum nikah, saya memang baru bicara sekarang,” kata Mano sambil sesenggukan. Ibunda Mano, Daisy Fajarina yang ada di samping Mano tampak menepuk-nepuk pundak putrinya itu.

Dalam ‘Seputar Indonesia’, Mano tampil bersama ibunya, Daisy Fajarina. Sang presenter juga menghadirkan sahabat Fakhry, M Soberi untuk dimintai tanggapan.

Awalnya, perbincangan di acara itu berlangsung biasa saja, nyaris sama dengan dialog yang sebelumnya muncul di TV lainnya. Mano yang mengenakan kaos warna merah menjelaskan tentang siksaan yang didapatnya dari sang suami. Mano juga menjelaskan kisah kaburnya dari Singapura.

Pernyataan Mano lantas dikonfrontir dengan Soberi. Mano dan ibunya pada mulanya berusaha menangkis kata-kata Soberi. Mano tidak bisa berkata-kata saat Soberi terus menerus mencercanya. Soberi mencecar Mano tentang perasaan model cantik itu pada Fakhry.

Menurut Soberi, Mano pernah mengaku cinta dan bersumpah setia menjadi istri putra keempat Sultan Kelantan itu. Pihak televisi meminta Soberi untuk memberi kesempatan Mano untuk berbicara, tapi Soberi tidak mau diam.

Mendapatkan cercaan itu, Mano mengakui ia awalnya sayang pada Fakhry. Mano menegaskan antara sayang dan cinta itu berbeda. Mano membenci Fakhry karena diperlakukan dengan buruk. “He knows that i hate him, but dia tetap tidak mau mendengar,” kata Mano.

Bila kes ini akan selesai? Pemimpin kedua-dua negara tidak mahu ambil port. Tapi tanpa mereka sedari mungkin, hubungan rakyat dengan rakyat dilihat semakin panas dari hari ke hari. Semangat benci-membenci antara bangsa Malaysia dan Indonesia dilihat semakin menebal. Masalahnya sampai bila? Tolong selesaikan kes-kes picisan seperti ini kerana kami sayangkan negara kami dan kami juga sayangkan hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia yang terjalin bertahun lamanya.

Benarkah pengakuan Manohara ini? Atau lebih kepada sinetron indonesia semata-mata.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 9:38 am

Manohara belum siapkan laporan polis

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Du_05_10


JAKARTA - Manohara Odelia Pinot (gambar) iaitu isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry masih belum menyiapkan laporan polisnya berhubung dianiayai suami, lapor sebuah akhbar semalam.

Pihak polis di sini masih menunggu kedatangan Manohara untuk menyiapkan laporan itu.

Sebelum ini, model itu dilaporkan sudah datang ke sebuah pejabat polis untuk membuat laporan berkenaan.

Namun, laporan itu gagal disiapkan kerana ibunya, Daisy Fajarina jatuh sakit menyebabkan dia dihantar ke sebuah hospital pada minggu lalu.

Seorang pegawai polis, Abubakar Nataprawira berkata, Manohara, ibunya dan peguam mereka datang ke pejabat polis pada Khamis lalu.

Namun, Daisy tiba-tiba jatuh sakit dan dibawa ke sebuah hospital, katanya.

Mahohara turut meninggalkan pejabat itu dan menghantar ibunya ke hospital.

Pihak polis masih menunggu kedatangan Manohara untuk menyiapkan laporan itu.

"Kita tunggu sehingga hari Jumaat tetapi dia tidak datang," kata pegawai polis itu.

Menurut akhbar itu, laporan itu boleh digunakan untuk menjalin kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung isu model tersebut.

Manohara mendapat liputan meluas media selepas ibunya mendakwa dia didera oleh suaminya.

Pada 31 Mei lalu, Manohara pulang ke Indonesia dari Singapura ketika beliau berada di negara tersebut bagi menemani suaminya melawat ayahanda putera itu di Hospital Mount Elizabeth. - Agensi
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 9:40 am

Diana kini umpama 'orang baru'

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Ne_03_16
Diana Danielle


KUALA LUMPUR - Selepas tiga bulan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), pelakon Diana Danielle, 18, akhirnya berjalan keluar dari Kem Princess Heliza dekat Sepang kelmarin dengan penampilan mental dan fizikal seperti 'orang baru'.

Walaupun mengakui masih letih, pelakon itu kini lebih bersemangat hasil pengalaman menjalani latihan di kem PLKN.

Timbalan Penghuluwati di Kem PLKN Princess Heliza itu berkata, dia kini lebih jelas mengenai matlamat hidupnya dan apa yang patut disumbangkan kepada negara.

"Kami telah diajar untuk membuang ego, berkhidmat untuk komuniti dan keluar dua kali seminggu untuk aktiviti komuniti.

"Antaranya melawat rumah orang tua dan rumah anak yatim. Saya telah belajar untuk memberi khidmat kepada masyarakat,'' katanya ketika ditemui bersama ibunya, Norsiah Ramli di sini semalam.

Sekilas pandang, tubuh Diana juga semakin berisi dan dia sendiri mengakuinya berat badannya naik tujuh kilogram.

"Siapa kata kita akan kurus di kem PLKN. Tengok badan Diana yang sudah naik. Macam mana tak naik kalau kita diberi makan enam kali sehari? Kadang-kadang, tengah malam kami akan masak mi segera dan makan sebelum tidur.

"Diana menghabiskan RM300 di kedai runcit kem selama tiga bulan hanya untuk membeli makanan untuk dikongsi bersama kawan-kawan," ujarnya.

Diana juga sudah berani menggunting rambutnya sendiri walaupun sebelum ini ia hanya dilakukan di salun sahaja.

Namun, kehidupan umpama asrama dalam kem membuatkan Diana masih berusaha menyesuaikan diri dengan katilnya sendiri di rumah kerana masih terbayang-bayang suasana hidup di kem.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 9:43 am

Sakit badan kerana PLKN

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Hi_01_84


DISEMBER lalu, aktres Diana Danielle mengambil keputusan untuk menangguhkan tarikh penyertaan ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi sesi Januari 2009. Keputusan yang dibuat itu mengundang pelbagai kontroversi kerana ramai yang salah faham bahawa dia ingin mengelak.

Diana bukannya mahu mengingkari arahan tetapi hanya menangguhkan tarikh kemasukannya ke situ kerana terikat dengan kontrak lakonan.

Malah, dia mendapat kebenaran untuk menundakan kemasukan sehingga tahun depan. Namun, disebabkan tidak lagi mahu menangguhkannya lagi, Diana telah menyertai Kem PLKN Princess Heliza, Sepang pada 8 Mac lalu.

Dalam sekelip mata sahaja, tempoh tiga bulan telah berlalu. Diana yang keluar daripada kem PLKN Ahad lalu menangis pada hari terakhirnya di situ apabila memikirkan dia bakal berpisah dengan kawan-kawan yang baru dikenalinya.

'Dibebaskan' sekitar pukul 2 petang, Diana yang disambut ibunya, Norsiah Ramli menjerit memanggil ibunya sambil berpeluk dengan erat saat kembali bersua.

Bertemu dengan Kosmo! sehari selepas keluar daripada kem, Diana yang kelihatan sedikit penat bagaimanapun bercerita mengenai pengalamannya dengan gembira.

Diana mengakui sebelum dia memasuki kem, dia ada memikirkan benda-benda yang negatif dan berasa risau. Tetapi ternyata apa yang dirisaukan sebelum itu adalah sia-sia.

"Memang sebelum saya masuk kem saya ada banyak berfikir. Tapi selama tiga bulan di sana, saya tidak mempunyai sebarang pengalaman buruk.

"Saya tidak dibuli atau didera dan pada bulan kedua sahaja, kami semua sudah menjadi kawan rapat. Saya amat berpuas hati dengan program PLKN," kata gadis berusia 18 tahun itu.

Belajar menghadapi kehidupan dengan lebih berdisplin dan teratur, Diana yang menerima sijil ahli Kehormat kem Princess Heliza tidak kisah jika pada masa akan datang dia diminta untuk menyertai program-progam PLKN.

"Kalau pihak PLKN ingin meminta saya memberikan nasihat, saya tidak kisah. Apa yang saya ingin beritahu di sini adalah saya sendiri juga takut pada mulanya kerana memikirkan PLKN adalah satu latihan ketenteraan.

"Tapi tanggapan itu salah kerana PLKN adalah seperti sebuah sekolah. Kami melakukan aktiviti tetapi tidak lasak dan berdasarkan kemampuan diri. PLKN mengajar remaja mengenai jati diri dan bagi mereka yang bakal menyertai PLKN, jangan risau," ujar Diana yang lebih berisi sekarang.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Hi_01_85
DIANA mempunyai ramai kawan dari Sabah.


Turut dipilih sebagai Timbalan Penghuluwati Kem PLKN Princess Heliza, Diana juga mempunyai pengalaman menjadi 'jururawat' di kem apabila tujuh orang kawannya jatuh sakit.

"Pada pemulaannya, badan saya juga berasa sakit kerana melakukan aktiviti-aktiviti fizikal. Ditambah dengan kawasan itu yang panas kerana mendekati pantai, ramai yang jatuh sakit.

"Saya ada seorang kawan yang sakit tekak selama tiga bulan. Suatu hari selepas hujan lebat, tujuh daripada kawan saya sakit. Saya pula terpaksa menjaga mereka kerana ketika itu tidak cukup pekerja," katanya yang berasa gembira ketika dipilih sebagai penghuluwati.

Dibahagikan kepada tiga bulan, Diana yang kelihatan lebih serius dan matang bercerita sedikit mengenai apa yang dipelajarinya sepanjang tempoh itu.

Dimulakan dengan latihan pembinaan watak, Diana bersama rakan-rakan lain disuruh untuk membuang ego diri.

Bulan kedua pula memberikan peluang kepada mereka untuk menjalani khidmat komuniti. Manakala bulan terakhir memerlukan mereka memasuki kelas kenegaraan.

"Apa yang menyeronokan apabila kami keluar dua kali seminggu pada bulan kedua. Kami melawat rumah orang tua, rumah anak yatim, litar F1 dan Parlimen.

"Pelajaran pada bulan ketiga juga menarik kerana mempelajari sedikit sebanyak mengenai kedaulatan, tanah, menteri dan rakyat. Kini kami lebih peka dengan kepentingan diri kami kepada negara," tambahnya mengenai kem yang disertai 490 peserta.

Teruja dengan konsep pembahagian katil yang dikongsi dengan semua kaum dalam sebuah asrama, Diana turut menyukai saat semasa dia bersama rakan-rakannya membuat persembahan di Angkasapuri, RTM pada 3 Jun lalu.

Menjadi hos bersama Aliff dalam program secara langsung itu, pengalaman memenangi pertandingan dan aktiviti sepanjang tiga bulan juga menjadi sebahagian daripada kenangan manis Diana.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Hi_01_86
SERONOK. Diana berpuas hati dengan aktiviti anjuran PLKN.


Selain mengemas barang-barangnya, antara perkara pertama yang dilakukan Diana ialah mendaftar masuk ke Kolej Universiti Nottingham yang terletak di Semenyih, Selangor pada Isnin lalu.

Ditawarkan untuk menyertai institusi pendidikan tinggi itu oleh pihak Nottingham sendiri, Diana akan mengambil kursus asas Bio-Sains selama setahun setengah sebelum meneruskan ke peringkat Sarjana Bio-Sains untuk tiga tahun.

"Bulan Julai nanti saya akan terus belajar. Sebenarnya saya sendiri memang menyimpan hasrat untuk belajar dan selalu mendapat nasihat untuk sambung belajar. Saya amat meminati biologi dan mahu mempelajari mengenai kehidupan," jelasnya yang bakal disaksikan menerusi filem Kecoh Betul dan Magika.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Hi_01_88
DIANA lebih matang dan serius selepas tiga bulan di dalam kem PLKN


Ada menerima tawaran lakonan, Diana bagaimanapun ingin berehat dahulu kerana mahu menumpukan perhatian terhadap lembaran baru dalam hidupnya iaitu universiti.

Maka, adakah ini bermaksud Diana akan meninggalkan dunia lakonan? Tidakkah Diana berasa rugi apabila kariernya dilihat sedang berkembang sekarang?

"Tak rugi sebab saya meletakkan pelajaran sebagai benda paling penting sekarang. Kalau dari segi lakonan, saya tidak boleh janji sebab saya sendiri tidak tahu perancangan masa depan. Tapi saya tidak akan berhenti begitu sahaja.

"Sekarang saya tidak boleh buat perancangan kerana belum menerima jadual dari Universiti. Kalau sudah ada jadual baru saya boleh membuat perancangan. Kita tunggu dulu sekarang," pinta Diana sambil tersenyum.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Hi_01_88
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 9:49 am

Ayu, tolonglah berubah

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 619


PERTAMA sekali, Papa ingin mengucapkan tahniah kepada juara One In A Million musim kedua (OIAM 2), Ayu yang baru sahaja melancarkan album pertamanya, Inspirasi.

Jangan tak tahu. Papa sudah pun membeli album berkenaan dan kalau nak tahu, semua lagu-lagu dalam album itu memang bagus dan sedap didengar terutama lagu-lagu baladanya.

Sememangnya kekuatan vokal Ayu terletak kepada penyampaian lagu-lagu balada dan tiga lagu dalam album itu yang Papa suka adalah Inspirasi, Cinta dan Hidup serta Ku Miliki Abadi.

Vokal Ayu dalam album itu pun sudah banyak berubah dan kedengaran cukup matang. Malah, kalau mendengar kali pertama, pasti ramai yang tidak menyangka itu adalah suara Ayu.

Seharusnya Ayu bersyukur kerana dikurniakan dengan bakat yang tersendiri dan imej barunya pun memang sesuai dengan dirinya.

Namun, bukan itu yang mahu Papa ulas lanjut.

Sebaliknya adalah sikap Ayu yang Papa rasa tidak menunjukkan sebarang perubahan terutama sekali apabila berdepan dengan wartawan.

Bukan apa. Ada teman Papa yang berkulit gebu dan mulus mengadu kepada Papa, dia agak terkilan dan kurang berpuas hati dengan cara Ayu memberikan jawapan kepada soalan-soalannya.

Katanya, Ayu seolah-olah tidak serius dan tidak tahu apa yang diperkatakannya. Padahal syarikat rakamannya, Monkey Bone sudah pun menyediakan tutor untuk Ayu bagi mengajarnya cara berkomunikasi sebaik sahaja bergelar juara OIAM 2.

Bukan itu sahaja. Apabila disuruh untuk memberikan pose yang menarik ketika penggambaran, Ayu bagaikan mengeluh dan mengatakan begitu sukar sekali untuk bergaya di depan kamera.

Tidak bolehlah macam tu Ayu. Awak masih muda dan waktu inilah untuk awak belajar dan membuat pemerhatian. Kenalah rajin bertanya dan membaca kerana semua itu untuk kebaikan diri awak juga.

Sayang sekali sebab awak ada bakat tetapi kalau ia tidak selari dengan disiplin serta komitmen untuk menjadi seorang artis yang baik, alamatnya memang susah untuk awak kekal lama dalam industri.

Papa harap kalau Ayu membaca ruangan ini, anggaplah ia sebagai satu teguran untuk Ayu dalam membentuk diri menjadi seorang penyanyi yang baik.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 9:51 am

Sheila bangga miliki pejabat sendiri

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Sheila13
TEKUN sungguh Sheila memasak sambil diperhatikan Sofia.


SELAMA empat tahun beroperasi, JS Pictures Sdn. Bhd., (JS Pictures) yang dimiliki oleh aktres serba boleh, Sheila Rusly bersama suaminya yang juga seorang pengarah, AzmanYahya atau Jinggo kini sudah mampu tersenyum bangga.

Masakan tidak, dalam tempoh itu mereka hanya mampu menyewa sebuah pejabat di Gombak Setia, Kuala Lumpur bagi mengendalikan serta menguruskan segala hal ehwal produksi mereka.

Siapa sangka, kepayahan dan kesusahan untuk meletakkan JS Pictures di satu tahap seperti hari ini semuanya berbalas apabila syarikat produksi yang semakin menempa nama itu bakal beroperasi di pejabat yang dimiliki sendiri oleh tuan punya syarikat itu.

Pastinya, Sheila dan Jinggo kini mampu tersenyum puas kerana apa yang diimpikan sejak menubuhkan JS Pictures pada tahun 2005 itu terlaksana seperti mana yang dirancang sebelum ini.

Bukan sekadar gembira dan teruja dengan kejayaan itu, malah mereka cukup bangga kerana dengan adanya pejabat baru itu kelak, ia mampu mengukuhkan lagi nama JS Picture di persada seni tanah air.

Bertemu dengan Sheila sewaktu penggambaran episod terakhir Ketuk-Ketuk Ramadan (KKR) musim kedua bersama pelakon jelita, Sofia Jane di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor baru-baru ini, bibir mungilnya tidak henti melafazkan syukur dengan kejayaan terbarunya itu.

Katanya, apa yang dimilikinya itu tidak datang bergolek sebaliknya ia adalah usaha kerasnya bersama Jinggo yang tidak pernah lelah menghasilkan karya bermutu dalam menyakinkan pihak stesen televisyen di negara ini.

"Dengan adanya pejabat sendiri, ia memberi kami satu semangat baru untuk terus memberikan yang terbaik kepada masyarakat menerusi karya kami," katanya yang enggan mendedahkan harga pejabat yang dibelinya beberapa bulan lalu itu.

Membicarakan tentang JS Pictures, perkara pertama yang terlintas adalah kualiti serta mesej yang diselitkan dalam setiap drama terbitan mereka tidak kira dari genre drama mahupun komedi.

Malah, JS Pictures juga pernah mencipta kejayaan apabila drama Sebuah Ijtihad berjaya merangkul empat anugerah termasuk Drama Terbaik, Pengarah Drama Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik serta Lakon TV Terbaik di Anugerah Skrin Ke-9 pada tahun 2007.

Sudah menjadi adat, apabila berjaya, pasti akan ada yang tidak berpuas hati dan cemburu lantas mulalah cerita-cerita kurang enak disebarkan.

Sheila dan Jinggo juga tidak terlepas daripada diperkatakan orang. Tetapi, kedua-duanya begitu optimis dengan perjuangan mereka dan tidak mahu memikirkan tentang kata-kata mereka yang iri hati dan dengki dengan kejayaan mereka.

Apatah lagi, apabila JS Pictures dikatakan sebagai anak emas TV3 apabila drama-drama terbitan mereka kerap ditayangkan di stesen televisyen swasta pertama negara itu berbanding di RTM dan Astro.

"Semua dakwaan itu tidak benar sama sekali. Saya juga buat drama dan program untuk semua stesen televisyen yang ada di negara ini. Cuma, mungkin kelebihan TV3 adalah rangka promosi yang dijalankan oleh mereka.

"Jujurnya, saya menerima banyak tawaran tetapi saya perlu menolaknya secara baik kerana tidak mahu ia bertimpa dengan projek yang sedang berjalan. Ada kalanya, tawaran itu datang tidak kena pada masanya," jelas anak jati Kuala Lumpur ini dalam nada tegas.

Antara projek terbaru JS Pictures adalah penggambaran drama bersiri Cucu Betong tidak lama lagi yang merupakan kesinambungan daripada Anak Betong yang pernah ditayangkan menerusi slot Legenda di TV3 beberapa bulan lalu.

Bukan itu sahaja, drama Mabuk Estrogen dan Donut yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini juga akan ditayangkan di Astro kelak.

Malah, Sheila juga memberitahu Astro juga ada menawarkannya peluang untuk menerbitkan program dan drama untuk saluran terbaru mereka, Astro Warna dan Astro Citra.

Suasana berbeza

Mengalih perbualan kepada rancangan KKR yang sudah pun memasuki tahun kedua itu, ibu kepada dua orang anak ini juga bersyukur dan berterima kasih kepada RTM kerana masih lagi mempercayai kredibiliti JS Pictures untuk menerbitkan rancangan masakan itu.

Apatah lagi, kali ini KKR mendapat sokongan sepenuhnya daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan penajaan oleh susu sejat Dairy Champ.

Jelas aktres dan penerbit berusia 37 tahun ini lagi, untuk musim ini dia dan Jinggo sepakat untuk membuat perubahan serta pendekatan yang sedikit berbeza berbanding dulu.

Antaranya adalah penggambaran yang dilakukan di pasar-pasar tani terpilih di sekitar Lembah Klang bagi mendapatkan suasana berbeza yang mampu membangkitkan keterujaaan Sheila dan selebriti undangan dalam mempamerkan skil memasak mereka.

Selain itu juga, KKR juga akan menyelitkan maklumat-maklumat berguna khusus buat penonton di rumah dari segi aspek bahan yang digunakan serta aspek penyediaan makanan yang mungkin sebelum ini jarang diketahui umum.

"Bukan untuk penonton sahaja, malah saya sendiri juga mendapat input yang berguna sepanjang menjalani penggambaran KKR. Setidak-tidaknya saya dapat aplikasikan dalam masakan saya," ujarnya tentang rancangan sebanyak 26 episod itu.

Antara selebriti yang terlibat kali ini ialah Dynas, Nabil, Irma Hasmie, Fizz Fairuz, Almy Nadia, Fizo Omar, Pekin dan Iqram Dinzly.

Melihat kepada barisan selebriti yang diundang kali ini sebahagiannya pelakon muda dan baru, jelas Sheila, dia memang sengaja berbuat demikian kerana mahu mengajak golongan remaja dan belia di negara ini turun ke dapur.

Selama lima tahun mengendalikan rancangan masakan, tiga tahun untuk Cita Rasa Selebriti dan dua tahun KKR, Sheila tidak menafikan cabaran yang perlu ditempuhinya dalam menyediakan juadah dalam rancangan tersebut.

Katanya, perkara itu amat dititik beratkannya kerana tidak mahu mengulangi resipi yang sama. Bukan itu sahaja, Sheila juga melakukan kajiannya untuk mengubah suai resipi termasuk penggunaan susu sejat Dairy Champ bagi menggantikan santan dalam sesetengah resipi.

Sementara itu, bagi Sofia pula apabila Sheila menawarkannya untuk beraksi dalam KKR, dia tidak berdaya menolaknya apabila mengenangkan persahabatan yang terjalin sejak sekian lama.

Ini juga bukan kali pertama dia melibatkan diri dalam program masakan terbitan JS Pictures kerana dia pernah menonjolkan bakat memasaknya menerusi rancangan Cita Rasa Selebriti beberapa tahun lalu.

"Kekok juga apabila memasak di depan kamera kerana saya ini seorang yang pendiam (ketawa) dan sukar sekali mengendalikan rancangan sebegini. Mujurlah ada Sheila yang sememangnya bijak menangani masalah yang saya hadapi di lokasi.

"Celoteh dan ligat Sheila di lokasi banyak menutup kelemahan saya sewaktu menjalani penggambaran KKR. Pengalaman memang cukup menyeronokkan walaupun saya hanya menampilkan resipi yang cukup ringkas iaitu Sup Tulang.

"Namun begitu, ia juga bukan satu proses yang mudah kerana saya perlu berdepan dengan masalah ketiadaan bahan asas untuk melazatkan lagi masakan itu tetapi dengan adanya beberapa bahan gantian, kerja semua menjadi mudah," cerita ibu kepada tiga orang anak perempuan ini sambil ketawa.

KKR akan mula ditayangkan di TV1 pada hari pertama puasa yang dijangkakan pada 22 Ogos depan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 9:53 am

Bio-Nik wira baru tempatan

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Hi_02_45
Norman Abdul Halim (berdiri empat dari kanan) bersama barisan pelakon dan krew yang menjayakan drama bersiri Bio-Nik.


KITA sering disogokkan dengan watak-watak wira Barat seperti Superman, Spiderman, Robocop dan Wonder Woman.

Bila difikirkan, watak-watak wira tempatan amat kurang jumlahnya menyebabkan ia kurang melekat di hati penonton.

Atas kesedaran itu, KRU Studios sekali lagi mencipta satu watak wira yang bakal menjadi ikon remaja masa kini selepas Cicakman.

Wira manusia besi yang dimaksudkan ialah Bio-Nik yang kini disiarkan di Slot Aksi di TV3 dan diterajui oleh barisan pelakon remaja yang bakal bersinar.

Drama bersiri berkonsepkan futuristik yang menggunakan teknik CGI mulai menemui penonton pada 18 Mei lalu dan bersiaran setiap Isnin pukul 9 malam selama 26 minggu.

Penerbit Eksekutif Bio-Nik, Norman Abdul Halim berkata, drama bersiri ini merupakan drama bersiri tempatan pertama yang tampil dengan sebegitu banyak shot CGI dan kesan khas audio.

"Kami cuba memberi kelainan melalui kepakaran dalam penerbitan rancangan televisyen dengan penggunaan teknik CGI disamping jalan cerita yang menarik.

"Pendekatan ini diharapkan akan membantu menyumbang ke arah kenaikan taraf penerbitan rancangan televisyen secara keseluruhan," ujarnya ketika majlis pelancaran drama bersiri Bio-Nik di sini baru-baru ini.

Bio-Nik menampilkan Kamal Adli memegang peranan sebagai Nik, remaja yang dicipta menjadi manusia besi oleh ayahnya yang juga seorang profesor setelah dia mengalami kemalangan.

Turut menjayakan Bio-Nik ini ialah Fizzow Omar, Shaz Jazle, Intan Ladyana, Tam, Amanda dan Nor Aliah Lee.

Bio-Nik mengisahkan Kamal sebagai Nik, seorang remaja yang mengalami kemalangan ngeri hingga menyebabkan dia mengalami kecederaan yang serius.

Dia kemudian diselamatkan oleh bapanya yang merupakan seorang saintis dengan mengubah-suai Kamal menjadi manusia separuh robot dan mempunyai kekuatan yang luar biasa.

Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Bakar berkata, permintaan terhadap drama yang bermutu tinggi dengan menggunakan teknologi kesan khas membuatkan mereka bersetuju untuk menerbitkan drama yang memperkenalkan watak-watak wira seperti Bio-Nik.

"Kami percaya dengan menerbitkan lebih banyak drama berunsurkan genre dapat meletakkan Malaysia setanding dengan pengeluaran drama filem negara asing serta memenuhi kepelbagaian permintaan dari penonton.

"TV3 juga menyambut baik percubaan KRU Studios untuk menerbitkan drama bersiri yang menggunakan teknologi kesan khas yang bakal menyumbangkan kejayaan dan pembaharuan kepada industri tanah air," katanya.

Aksi lasak Kamal

Teraju utama yang memegang watak Bio-Nik ini, Kamal Adli mengakui, dia meletakkan harapan yang sungguh tinggi terhadap drama bersiri Bio-Nik..

Kamal yang juga pemenang Hero Remaja 2007/2008 bersama pelakon lain begitu bersungguh-sungguh ketika penggambaran sehingga semua aksi lasak dilakukan mereka sendiri tanpa bantuan pelakon lagak ngeri.

"Pernah sekali watak saya memerlukan saya melompat dari tembok rumah setinggi dua meter.

"Yakin dengan kemampuan, saya lakukan lompatan itu namun sebaik sahaja terjun, saya mendengar bunyi tulang seperti terkehel. Alhamdulillah tiada yang buruk berlaku," ujarnya.

Kamal yang juga pelakon drama bersiri Zeti Dan Mawas berharap, maysarakat dapat menilai lakonannya dalam Bio-Nik.

Menyentuh mengenai gosip cintanya dengan pasangannya dalam Bio-Nik iaitu Intan Ladyana, Kamal berkata, dia enggan dikenali kerana gosip liar tetapi biarlah penonton mengenalinya sebagai pelakon yang berbakat.

Kamal pengganti Kevin?

Dan bagi Intan Ladyana pula, dia mengakui, Kamal adalah kekasihnya.

"Memang saya kekasih Kamal Adli, tetapi cuma dalam drama Bio-Nik sahaja," tangkas jawab Intan Ladyana disaat diajukan soalan berkenaan gosip mereka berdua.

Intan yang baru sahaja putus kasih dengan Kevin Zahri mengakui, dia rapat dengan Kamal namun menyimpulkan hubungan mereka berdua sebagai teman rapat.

Menurut Intan, empat bulan menjalani penggambaran drama bersiri Bio-Nik ini membuatkan dia rapat dengan Kamal dan pelakon-pelakon yang lain.

"Persahabatan saya dengan Kamal disalah erti kerana saya baru putus cinta dengan Kevin," ujar Intan.

Intan yang memegang watak sebagai Aina, gadis yang dicintai Nik, berkata, wataknya tidak begitu mencabar berbanding dengan pelakon lain yang perlu melakukan aksi lasak sendiri.

"Watak saya sebagai seorang gadis yang sentiasa ditimpa kesusahan dan pasti ada seorang wira akan menyelamatkan saya," ujarnya lagi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 10:22 am

Nabil bakal rakam album

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Hi_02_46
NABIL


JUARA Raja Lawak musim kedua ini sememangnya seorang yang cukup murah rezeki.

Mana tidaknya. Sana sini semua orang mahukan Nabil.

Selain di televisyen dan filem, suaranya juga kedengaran menerusi sebuah iklan di radio. Hai, memang beruntung jadi Nabil kan.

Papa percaya Nabil yang kini sedang bahagia berkasih dengan Irma Hasmie tidak akan menjadi seorang yang mudah lupa diri. Betul tak Nabil?

Dalam pada itu, Papa dengar ada sebuah syarikat rakaman sudah pun menyambar Nabil untuk merakamkan sebuah album.

Ha, album? Biar betul? Boleh ke si Nabil ni menyanyi? Album apa pula si Nabil ni nak rakamkan? Sebab selama ini tak pernah pula kita dengar Nabil menyanyi di khalayak.

Cuma yang ada sekarang ini pun hanya membuat kemunculan khas dalam sebuah lagu berjudul Radio nyanyian Imran Ajmain yang turut menampilkan pelakon Diana Danielle.

Album yang bakal dirakamkan Nabil kelak bukanlah sebuah album komedi seperti mana yang pernah dilakukan oleh pelawak terdahulu seperti Salih Yaacob, Poe, Jalil Hamid mahupun Ali Mamak.

Sebaliknya ia adalah sebuah album rap yang akan menampilkan sisi lain Nabil sebagai seorang penyanyi.

Papa percaya peminat-peminat Nabil tidak sabar menantikan album sulungnya nanti? Ha, nanti bila dah keluar jangan tak beli pula albumnya yang tulen. Ini tidak, suka sangat nak muat turun (download).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 10:26 am

"Susah nak senangkan hati orang" -

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Hi_02_47
Erra bersama puteri tersayang Engku Aleesya Engku Emran.


Macam mana Erra sekarang? Masih bercuti lagi?

Sekarang tengah cuti. Tapi dalam minggu depan Erra akan mula kerja. Ada penggambaran dua program untuk Astro termasuklah satu program raya.

Macam mana bila dah anak anak? Meragam tak Aleesya?

Mula-mula tu susah juga sebab tak pernah ada anak. Tengah malam dia buat hal. Pernah sampai lima jam tak tidur. Kita pun bagi susu, dia tak nak. Salin lampin, dia meragam lagi. Rupanya kembung perut. Lepas bubuh minyak barulah dia okey. Sebulan juga la dia buat perangai macam tu tapi sekarang dah tak ada masalah lagi.

Bila dah sibuk nanti siapa nak jaga Aleesya?

Mak Erra dan mak mertua ada. Mungkin Erra akan hantar Aleesya di rumah dia orang. Dia orang kalau boleh setiap hari nak tengok cucu dia orang. Tak ada masalah la bab-bab tu.

Macam mana Erra boleh nak terima tawaran Astro untuk terlibat dalam program Gugu Gaga Erra tu?

Macam ni! Masa Erra mengandung lagi pihak Astro dah jumpa untuk bincang nak buat program tu tapi Erra tak bagi tahu Emran pun. Erra tak rasa penting pun. Tapi satu hari tu pihak Astro tanya benda yang sama lagi. Erra kata apa-apa keputusan kena tanya Emran. Bila tanya Emran tak sangka dia kata okey. Sebab tu terjadinya program ni.

Bukankah Emran seorang yang pemalu?

Memang dia pemalu tapi dalam program ni bukannya kami berlakon. Krew yang datang dia ambil la aktiviti kami menjaga anak-anak secara spontan. Tak ada dialog macam drama pun. Sebab itulah Emran sanggup terima tawaran untuk terlibat dalam program ni. Waktu mengandung dulu pun dia orang datang sehari saja buat penggambaran dan bila lepas pantang sambung balik shooting.

Dulu kata tak nak dedahkan anak. Kenapa sampai terima untuk ditonjolkan dalam program realiti?

Kalau tak tonjolkan anak, nanti orang kata Erra dan Emran ni kedekut anak pula. Bila kita tonjol, orang mengata lain pula. Kadang-kadang pening juga. Cuma macam ni! Erra dan Emran memang merancang nak bagi pendidikan tinggi kepada anak. Kalau boleh tak mahu dia terlibat dalam bidang seni. Bila dah besar dan ada pelajaran, itu hak dia untuk pilih bidang yang dia minat. Impian hati Erra biarlah dia membesar seperti orang biasa. Jangan kita yang paksa dia untuk jadi artis dari zaman kanak-kanak lagi. Itu yang Erra maksudkan tak nak dedahkan anak. Cuma dalam program realiti ni Erra sebagai ibu yang memberi pengetahuan kepada ibu-ibu lain untuk menjaga anak ataupun Erra sebagai ibu baru.

Maknanya dunia artis ni tak baik. Macam tu?

Dunia artis ni hanya glamor sahaja lebih. Kalau tak kuat semangat susah sebab kita akan berhadapan dengan cemuhan orang. Tak semua orang sayang artis. Mana orang yang benci tu dia orang akan benci artis.Itu yang Erra maksudkan.

Apabila Erra tak nak dedahkan anak, maknanya dalam majalah pun samalah? Yalah... kadang-kadang untuk isu-isu tertentu seperti hari ibu, mungkin Erra terpaksa penuhi juga permintaan itu.

Tengok keadaanlah. Untuk isu-isu tertentu mungkin tak ada masalah tapi Erra tak mahu ia dibuat secara berlebihan. Erra tak nak anak-anak Erra nanti membesar dalam keadaan tak normal. Erra tak mahu tumbesaran mereka terganggu dengan perkara-perkara macam tu. Erra nak mereka membesar macam anak-anak orang lain juga. Tapi dalam apa-apa hal Erra tak boleh buat keputusan sendirian. Erra kena buat keputusan dengan suami.

Bila timbul kisah Erra tak nak tonjol anak dan macam-macam hal lain yang dikaitkan, Erra tak rasa tertekan
?

Nak ikutkan bukan mudah nak senangkan hati semua orang. Erra agak terkilan dengan tuduhan orang. Sebelum ni Erra minta tempoh lepas pantang baru nak tunjukkan Aleesya orang kata Erra nak sorok anak. Bila kita tonjolkan anak, orang kata kita ni sibuk nak popularkan anak pula. Fikir la sikit kalau lepas 44 hari (lepas pantang), kesihatan Erra mungkin dah okey sikit. Dalam tempoh pantang memang kita tak sihat sepenuhnya. Akhir sekali Erra fikir biarlah apa orang nak kata asalkan Erra tak langgar undang-undang cukup la.

Masa dalam pantang ada tak Erra hadapi tekanan gara-gara kontroversi?

Dalam pantang Erra tak baca sangat cerita-cerita hiburan. Sebab tu Erra tak begitu terasa. Emran pun tak bagi tahu apa yang keluar dalam surat khabar sebab dia tak mahu fikiran Erra terganggu.

Bagaimana keluarga sebelah Emran menghadapi masalah ni?

Dia orang okey tapi kita kena jelaskan kepada mereka pekara yang sebenar. Apa yang kami harapkan mereka faham.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 10:31 am

Serina tak nak dedah kekasih

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 77379910


Pelakon Serina Redzuan, 26, yang sepatutnya naik pelamin pada 1 Jun lalu mengaku terpaksa tangguh perkahwinan dia kepada 1 Januari tahun depan.

Mengikut perancangan awal Serina nak kahwin pada awal bulan ini sebab nak meraikan bulan Ramadan dan sambut Hari Raya Aidilfitri sebagai suami isteri. Lepas tu baru mereka nak buat majlis sanding.

Malangnya hasrat tu terpaksa ditunda kerana banyak benda yang tak dapat diselesaikan. Nak kahwin bukannya kerja mudah.

Dek kerana dia tunda tarikh tu, Serina terpaksa batalkan sesi fotografi yang telah diatur bersama bakal suaminya, Salahuddin Ghaffar, 33.

Kata Serina, papanya yang juga tukang masak nombor satu Chef Wan awal-awal lagi dah bagi warning. Jangan nak tayang bakal suami sebelum tarikh kahwin. Takut nanti basi.

"Kalau ikutkan saya tak kisah nak tayang bakal suami saya ni tapi bila papa dah cakap macam tu saya tak berani la. Tahu sajalah papa kalau tak dengar cakap dia, mati saya nanti," kata Serina.

Tak apalah yang penting Serina bahagia dengan lelaki mat salih dari Britain tu.

Yang membuatkan cinta Serina semakin erat terhadap Salahuddin kerana ahli perniagaan itu benar-benar nak mendalami Islam.

Kata Serina, lepas kahwin nanti dia orang dah rancang sama-sama nak masuk kelas agama untuk mendalami lagi Islam.

Baguslah macam tu. Mudah-mudahan hubungan Serina dengan Salahuddin akan kekal buat selama-lamanya.

Khabarnya Chef Wan nak spedo (taja) majlis kahwin Serina berkonsepkan ala-ala dalam taman. Mesti best punya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 10:34 am

Kembara Haliza ke Australia

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Hi_11_10
HALIZA menari gembira bersama salah seorang orang kaum Aborigine Australia yang masih memperjuangkan hak mereka sebagai peribumi.


BEKERJA, bercuti dan menimba ilmu serta pengalaman. Itu yang menjadi rencah kembara Haliza Misbun ke Australia baru-baru ini.

Memilih negara kanggaru itu sebagai destinasi Jurnal Kembara musim kedua, ini kerana ramai anak Melayu yang belajar dan bekerja di sana.

Menjayakan program Jurnal Kembara yang musim pertamanya menjelajah ke Eropah, ia sekali gus memberi peluang kepada aktres popular itu makan angin ke sana.

Banyak tempat menarik dilawati pada kunjungannya yang meliputi bandar utama seperti di Perth, Adelaide, Melbourne, Tasmania, New South Wales, New Castle dan Canberra.

Dan kesempatan di sana memberi Haliza peluang merasai kesejukan dan keseronokan bermain salji selain belajar meluncur serta menyaksikan rupa sebenar binatang yang digelar Tasmanian Devil.

"Rupanya binatang itu kecil sahaja. Macam tikus mondok. Tapi memang ganas. Bermesra dengan kanggaru juga menyeronokkan.

"Tapi yang paling tak boleh dilupakan tentunya apabila dapat bermain salji. Iyalah, pertama kali merasa. Macam budak-budak dapat gula-gula ibaratnya.

"Sebenarnya dua kali saya ke Mount Wellington di Hobart sebelum dapat melihat dan merasai salji tapi hari pertama tak ada salji yang kelihatan kecuali angin kencang," cerita Haliza yang ditemui malam Rabu lalu.

Menurut pelakon itu, kembaranya ke negara itu juga membuka matanya tentang sebuah bangsa Melayu yang selama ini sering dianggap lemah dan terkenal dengan julukan 'bangsa subsidi' mampu berdiri sama tinggi dengan bangsa lain.

"Ia tentang survival sebagai orang Melayu yang rajin berusaha selain mempunyai kerjaya yang bagus di negara maju memberikan satu kebanggaan," katanya.

Antara individu yang ditemui Haliza ialah imam besar di sebuah masjid di Tasmania yang bernama Imam Sabri, seorang berketurunan Jawa yang berasal dari Kampung Sijangkang, Selangor.

Dia mendapat gelaran Hero of Tasmanian daripada kerajaan Australia atas penglibatannya sebagai imam besar.

Juga Majistret Siti Mariam A. Kawi yang menetap di Perth, jurutera awam, Adzlina Abdullah di New Castle, doktor perubatan dan doktor pergigian, Dr. Zaki Ibrahim dan Dr. Ramzalinda di Adelaide selain pengurus kilang, Mohd. Rizam Mustapa di New South Wales serta para pelajar kita di sana.

Di Melbourne juga, Haliza bertemu dengan tiga rakyat Malaysia yang isteri masing-masing sedang melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah.

Menariknya, kata Haliza, mereka ini sanggup menjaga anak-anak ketika isteri masing-masing ke kelas selain terpaksa bekerja melontar surat khabar pada setiap pagi bermula pukul tiga hingga tujuh pagi.

"Bukan mereka tiada pilihan tapi itulah pengorbanan mereka untuk melihat kejayaan isteri. Kalau mereka bekerja seperti orang lain, tiada siapa yang akan menjaga anak.

"Dan masa yang ada untuk mereka bekerja hanyalah dari pukul 3 pagi hingga 7 pagi sebagai pelontar suratkhabar sebelum pulang dan menjaga anak pula.

"Dan itulah antara survival orang kita yang saya lihat di Australia yang memberikan satu perspektif baru kepada saya terhadap sebuah kehidupan," cerita Haliza lagi.

Haliza juga memberitahu, satu perkara menarik yang ditemuinya ketika melakukan penggambaran adalah pada setiap rumah yang dikunjungi, tidak ada makanan barat yang dihidangkan sebaliknya mereka akan menjamu tetamu dengan nasi lemak dan roti canai dingin-beku.

"Di Canberra saya menemui Kak Anoi atau nama sebenarnya Hapsah Anoi Mustapha yang bekerja di Pesuruhjaya Tinggi di sana yang akan membuat roti canai sendiri untuk dijamu pada tetamunya. Roti canainya memang sedap," puji Haliza.

Turut berkesempatan melawat sekolah rendah di sekitar Australia, Haliza amat tertarik dengan satu peraturan yang digunapakai oleh setiap sekolah dalam menjamin keselamatan kanak-kanak.

Sekolah rendah di sana, menurut Haliza mewajibkan setiap guru untuk menunggu sehingga ibu bapa setiap kanak-kanak sekolah datang menjemput anak masing-masing selepas selesai sesi persekolahan.

Malah setiap guru mempunyai senarai nama orang yang dibenarkan menjemput kanak-kanak tersebut.

Bagi Haliza peraturan itu seharusnya dipraktikkan di negara ini dalam usaha membendung gejala kanak-kanak hilang.

Baru sahaja pulang pada 30 Mei lalu selepas 21 hari di Australia, Haliza mengakui amat gembira dengan pembabitannya dalam Jurnal Kembara kali ini.

Masakan tidak, kali ini Haliza bukan sekadar bertindak sebagai pengacara dan penerbit malah turut bertanggungjawab sebagai pengarah dan penulis skrip.

Biarpun mempunyai tanggungjawab besar pada penerbitan kali ini Haliza tidak pula menganggap ia satu beban memandangkan setiap tugas yang dipikul saling berkaitan rapat.

Malah dia berasa seronok dengan kerja-kerja di belakang tabir kerana banyak perkara baru yang diterokai terutama ketika melakukan kajian dan temuramah bersama tetamunya.

Bersama-sama rakan kongsi Halle Pictures, Abdullah Ayob Basri, rombongan kali ini turut disertai penyelaras, Nordin Ramly selain seorang jurukamera dan juru audio.

Lebih membanggakan, penggambaran kali ini juga menggunakan peralatan daripada produksinya sendiri yang kini sudah boleh disewakan oleh mana-mana produksi tempatan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 10:37 am

Fahrin & Scha tuntut bayaran

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Hi_01_89


Kemelut yang berlaku di antara penerbit filem Dimensi Cinta iaitu Harian Inovatif Sdn. Bhd., dan juga syarikat perfileman Sunday To Sunday milik Eddie Pak masih belum selesai apabila para artis pula mendesak supaya masalah yang berlaku dapat diselesaikan secepat mungkin.

Pelakon Fahrin Ahmad yang merupakan teraju utama filem berkenaan mengharapkan kedua-dua syarikat tersebut dapat menyelesaikan tunggakan bayaran kepada pelakon dengan segera.

Menurut Fahrin dia sudah menerima 30 peratus bayaran tetapi baki 70 peratus lagi yang mencecah puluhan ribu ringgit masih belum dibayar. Bukan saja Fahrin tetapi pelakon lain seperti Scha, Adam (AF2), Zarina (AF2) dan juga krew terlibat turut menghadapi masalah yang sama.

Bagi melerai masalah berkenaan Fahrin selaku pelakon utama filem itu tidak mempunyai jalan lain sebaliknya bercadang untuk menuntut bayaran yang masih tertunggak itu bersama-sama pelakon lain.

Kata Fahrin, dia telah bersepakat untuk menghantar satu petisyen kepada Harian Inovatif Sdn. Bhd., dan juga Sunday To Sunday agar mereka dapat mencari jalan menyelesaikan masalah berkenaan.

"Saya mahu masalah bayaran yang tertangguh ini dapat diselesaikan dengan kadar segera kerana kami semua memerlukan wang.

"Kami nak bayar sewa rumah, nak bayar kereta dan banyak lagi keperluan lain. Kepada pelakon macam saya mungkin beban itu tak begitu terasa tetapi bagaimana dengan krew yang mengharapkan pendapatan berkenaan bagi menyara hidup?" soal Fahrin.

Menurut pelakon tersebut, dia telah bertemu dengan pihak Harian Inovatif Sdn. Bhd. dan produser syarikat itu telah menjelaskan segala-galanya mengenai prosedur bayaran yang telah mereka buat melalui Sunday To Sunday.

Berpuas hati dengan penjelasan berkenaan Fahrin mengakui bersimpati terhadap nasib syarikat tersebut yang seolah dipermainkan oleh pihak tertentu.

Bagaimanapun Fahrin mengharapkan satu keputusan tercapai oleh pihak-pihak yang terlibat untuk mengatasi kemelut berkenaan.

Kata Fahrin, dia berasa bertanggungjawab mengumpul semua tanda tangan pelakon dan krew untuk diserahkan kepada kedua-dua syarikat tersebut kerana kecewa dengan masalah itu.

"Saya tahu sekarang ini berlaku kemelut di antara dua syarikat tersebut tetapi walau apa pun berlaku lepaskan kami (pelakon) dulu dengan menyelesaikan tunggakan dengan segera," katanya.

Apa yang diharapkan Fahrin kedua-dua pihak dapat mencari jalan memastikan filem berkenaan yang sudah siap penggambaran dapat ditayangkan segera.

Ini kerana dengan cara itu wang kutipan hasil tayangan dapat diberikan kepada pelakon sekiranya pihak-pihak tertentu menghadapi masalah kewangan untuk membayar tunggakan seperti yang telah dijanjikan.

Scha pula yang hanya mendapat 10 peratus sahaja bayaran juga terkejut kerana sehingga hari ini masalah dalaman yang berlaku di antara keua syarikat berkenaan masih belum selesai.

Mengakui agak serik, dia mengharapkan pihak terlibat tidak memungkiri janji seperti yang telah ditandatangani dalam kontrak.

"Saya harap selepas kami menghantar petisyen nanti, pihak yang berkenaan akan dapat mencari jalan menyelesaikan masalah tersebut," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 10:41 am

Amy Mastura selepas 16 tahun

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Hi_27_10



PERJUANGAN 16 tahun Amy Mastura Suhaimi dalam industri seni tanah air kini berbaloi apabila kini bergelar komposer, penyanyi, pelakon, pengacara dan duta produk Quaker, Slimworld dan Omega.

Sepanjang tempoh tersebut pelbagai dugaan yang ditempuh dan apa yang digenggaminya sekarang bukan satu perkara yang mudah dicapai, terutama dalam usaha untuk menambat hati seluruh peminat seni.

Menjadi anak wayang memang idamannya sejak kecil tambahan lagi selepas memenangi pertandingan Asia Bagus di Jepun pada tahun 1993. Ini merupakan tapak permulaan yang mengubah keseluruhan hidupnya.

"Bagi saya, apa yang diperlukan untuk menjadi seorang penghibur adalah niat kita dan diiringi dengan kerja yang ikhlas. Ia merupakan tunggak utama bukan sahaja dalam dunia seni malah dalam bidang lain," kata wanita berusia 38 tahun ini.

Beliau menafikan dakwaan yang mengatakan artis 'veteran' sepertinya itu mempunyai jangka masa tersendiri apatah lagi dengan kemunculan artis daripada program realiti.

"Sebenarnya, tiada apa lagi yang perlu saya cemburukan dengan artis baru. Mereka diperlukan kerana sebagai pelapis kepada penyanyi yang ada sekarang."

"Namun, untuk bersaing dengan mereka, tidak mungkin. Ini kerana kita mempunyai arah tuju yang berlainan dan sepatutnya pada masa sekarang, kita perlu perbaiki kelemahan masing-masing untuk menjadi serba boleh," jelasnya yang akan berundur dalam bidang seni sekiranya tidak diterima lagi oleh peminat dan keluarga.

Baginya, perjuangan seninya ikhlas dan yang membanggakan apabila kebanyakan daripada peminatnya terdiri daripada pelbagai usia turut menyumbang kepada pengukuhan namanya.

Tambahnya, peminat Amy membesar seiring dengan peredaran usianya malah hubungan istimewa itu bertukar menjadi rakan baik.

Kini Amy Mastura lahir dengan album ketujuhnya yang menggunakan konsep happy yang bertepatan dengan jiwanya yang sentiasa dalam gembira, ceria dan nakal.

Apa yang menariknya, antara lagu yang dimuatkan dalam album Happy ini turut melibatkan golongan kanak-kanak dan remaja dari Yayasan Warisan Alam (Yawa) yang turut menyumbangkan kemahiran bermain alatan muzik yang berasaskan dari barangan kitar semula seperti tong, baldi, botol dan lain-lain.

Baginya, pengalaman itu amat berharga sekali kerana dapat berkongsi irama muzik bersama generasi muda yang amat kreatif dan berbakat dan perlu dipupuk di kalangan semua orang.

Mengenai lagu dalam albumnya itu, Amy yang penuh dengan sifat keibuan ini tertarik untuk mengulas mengenai lagu Ini Kasihku apabila liriknya dicipta sendiri khas buat permata hatinya, iaitu Adalia, 4 dan Adriana, 8.

Katanya, lagu itu juga sesuai buat semua ibu dan mesej yang disampaikan dalam lagu ini juga amat bermakna dan mendalam sekali.

Katanya, walaupun jadual kerjayanya amat padat tetapi tetap mencari waktu untuk bersama anak-anaknya kerana mereka adalah penawar kedukaan yang paling mujarab.

"Saya seperti wanita lain yang mempunyai kerjaya dan pada masa yang sama bertanggung jawab untuk membesarkan anak-anak.

Pengalaman membesarkan anak-anak ini hanya dilalui sekali sahaja seumur hidup dan tidak boleh patah balik.

"Jadi, saya akan cuba sedaya upaya untuk berada bersama mereka sebanyak mana yang boleh," kata anak bongsu dari dua beradik itu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 10:44 am

Saya malas berfikir - Ahmad Idham

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Hi_25_10
ASMAT (lakonan Cat Farish) menjadi toyol selepas melihat belakang congkak di rumah datuknya.


AYA mahu pengunjung pawagam berasa puas hati selepas menonton Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC) di pawagam. Biarlah mereka hendak kata filem itu bodoh dan saya secara peribadi rela dikritik kerana mengarahkan filem sedemikian," kata Ahmad Idham penuh yakin.

Pengarah itu juga mengakui filem JPBC memang kelihatan tidak logik dan sengaja mengamalkan elemen 'suka hati' kerana melalui cara itu penonton berasa terhibur selain dapat mengingati setiap lawak yang dibawa oleh pelakon yang membintangi filem berbelanja RM1.85 juta ini.

Apa yang penting baginya, filem yang diarahkan itu dapat membuatkan penonton ketawa kerana perkara itu sebenarnya amat sukar dilakukan melainkan menerusi pengisian dialog atau gerak lakonan yang berkesan.

Filem JPBC menggunakan konsep komedi seram dan tidak mempunyai kaitan dengan filem Jangan Pandang Belakang atau Congkak yang mencapai kutipan box-office sebelum ini.

Walaupun ia menggunakan judul filem yang dikitar semula, Ahmad Idham berkata, ia sememangnya tidak berkaitan dengan sikap dirinya yang malas berfikir untuk mencipta sesuatu yang baru. Bahkan pemilihannya kali ini amat bertepatan dengan cita rasa sasaran penonton yang mahukan sesuatu yang santai.

''Saya mahu cipta fenomena yang membuatkan penonton yang mendengar judul filem saya kemudian terus mengingatinya sampai bila-bila.

''Sebelum ini, filem Jangan Pandang Belakang dan Congkak mendapat perhatian orang ramai. Apa salahnya saya gunakan judul yang sama yang boleh membuatkan semua orang mengingati filem terbaru kali ini," jelasnya yang kini sedang mengarahkan filem terbaru Remp-it dan Sempit.

Tambahnya, ia juga merupakan satu strateginya untuk menarik penonton baru dengan menggabungkan dua judul filem menjadi satu dengan harapan ia menjadi box-office.

Beliau juga menafikan JPBC berbentuk spuf (spoof) yang menggabungkan lima atau enam adegan daripada filem besar. Hakikatnya ia hanya menyentuh dua sahaja.

Sebaliknya, JPBC mempunyai jalan cerita baru sepenuhnya dan tidak berkaitan dengan Jangan Pandang Belakang dan Congkak.

Beliau juga tidak menerapkan sebarang mesej dalam filem ini kerana apa yang ditekankan ialah elemen pop yang amat mencuit hati.

Filem JPBC yang memulakan tayangan bermula Khamis lalu itu menampilkan tiga pelakon komedi iaitu Mazlan Pet-Pet yang melakonkan watak Punai, Cat Farish (Asmat) dan Sam Shaheizy (Johan).

Ia diperkukuhkan dengan penampilan Lisa Surihani (Mustika), Dina Malaysian Idol, (Ziana), Zarina AF2 (Wati), Piee (Pak Sudir), Azlee Jaafar (Pak Mor), Den Wahab (Latiff), Belalang (Megat) dan Mas Muharni (Wawa).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 10:52 am

Sampai jodoh

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Mainpi13
Legenda Budak Setan bawa Farid Kamil dan Shikin ke jenjang pelamin


TIDAK banyak filem di negara ini dibuat berdasarkan novel yang pernah menjadi bacaan popular. Ia berlainan sekali dengan senario perfileman di Hollywood yang menyaksikan sebilangan judul dihasilkan daripada buku terkenal.

Angels & Demons yang masih ditayangkan di pawagam seluruh negara, antara contoh terbarunya. Judul lain termasuk The Da Vinci Code, Marley & Me, Nights in Rodanthe, Curious Case of Benjamin Button, Chronicles of Narnia, Miss Pettigrew Lives for a Day, Confessions of a Shopaholic, House, City of Ember, The Mysteries of Pittsburgh dan Precious, filem terbaru lakonan Mariah Carey dan Mo'Nique.

Di Malaysia, antara filem Melayu era baru berpandukan kisah daripada novel ialah Ranjau Sepanjang Jalan arahan Datuk Jamil Sulong yang diangkat daripada buku berjudul serupa tulisan Shahnon Ahmad serta filem Bicara Hati arahan Datin Rosnani Jamil yang dibuat berdasarkan novel Pelangi Pagi karya Khadijah Hashim.

Baru-baru ini, Astro Shaw dengan kerjasama Nusantara Films dan Tarantella Pictures memulakan penggambaran sebuah lagi filem yang dihasilkan berpandukan novel. Kali ini tulisan popular Ahadiat Akashah, Lagenda Budak Setan, menjadi pilihan syarikat produksi filem terbabit.

Diarahkan Sharad Sharan (Diva, Tipu Kanan Tipu Kiri), filem ini dibintangi Farid Kamil yang memegang watak Kasyah, Lisa Surihani (Ayu), Shikin (Emilia), Fazura (Kate), Que Haidar (Azmi), Nubhan (Sapi), Zoey (Cin Cai), Syed Nabil (Man) dan Raja Farah (Suzana).

Novel berkenaan pernah menjadi bahan bacaan paling popular di kalangan remaja negara ini kerana Ahadiat menulis kisah kenakalan pelajar sekolah, Kasyah serta percintaannya bersama Ayu, sekitar 1985. Dikatakan, 160,000 naskhah novel Lagenda Budak Setan dijual sejak detik itu.

Apabila berita mengenai pembikinan filem Lagenda Budak Setan mula tersebar, ramai di kalangan penggemar novel itu mula menunjukkan pelbagai reaksi di forum pelbagai laman web. Ramai yang tidak sabar menantikan versi filemnya dan ada juga yang bersikap skeptikal. Ia tidak mustahil sebab novel itu sememangnya bahan bacaan ‘wajib’ buat golongan remaja tidak lama dulu.

Farid mengaku, ketika mula ditawarkan watak utama filem itu, dia tidak dapat mengelak daripada dilanda kebimbangan selepas mengetahui filem terbabit diangkat daripada novel cukup terkenal. Tanpa membuang masa, dia mentelaah watak dan cerita tersurat dalam buku berkenaan.

"Secara peribadi, saya kini tidak lagi takut untuk membawakan watak Kasyah kerana sudah mendalami wataknya sebelum turun ke lokasi. Namun, saya mengerti, apabila sesebuah novel diangkat ke filem, banyak kekurangan dapat dilihat dari segi perwatakan. Justeru, saya belajar mengenai watak itu. Lalu, apabila melakukan sesebuah babak, saya dapat membayangkan perasaan dan keadaannya ketika itu," ujar pelakon yang turut bergelar pengarah ini ketika ditemui pada hari terakhir penggambaran filem itu di Langkawi, 31 Mei lalu.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Mainpi14
FARID merubah penampilan membintangi filem ini.


Walaupun kisah dimuatkan dalam novel sudah dipadat dan disingkatkan, namun Farid percaya, penulis skripnya (Ahadiat), memilih babak paling mengesankan untuk dimuatkan dalam versi filem.

Dia juga bersedia untuk menerima kritikan daripada penggemar novel itu apabila filem dan lakonannya dapat ditonton nanti. Katanya, setiap orang mempunyai imaginasi mereka sendiri, apabila membaca sesebuah novel. Lagenda Budak Setan versi filem pula adalah mengikut daya gambaran Sharad, kru filem itu dan pelakon yang terbabit.

Sebelum peminat dapat menonton filem cinta ini, lakonan Farid terlebih dulu dapat disaksikan menerusi beberapa judul lain seperti Papadom, Estet, Remp-It V3 dan Evolusi KL Drift II.

Lisa Surihani bersetuju dengan pandangan Farid, pembaca sesebuah novel sering beranggapan filem yang diangkat daripada novel tidak akan sebagus karya diolah dalam bentuk tulisan.

"Kami pula hanya melakukan yang terbaik, berdasarkan perbincangan bersama pengarah dan penulis bukunya. Inilah interpretasi kami apabila ceritanya diangkat ke filem. Pasti ada perubahan di sana sini. Pastinya saya agak risau mengenangkan penerimaan peminat nanti, tetapi mereka juga perlu bersikap terbuka berhubung filem yang dibuat berdasarkan novel," katanya.

Mengenai wataknya sebagai wanita baik diselubungi cinta, pelakon muda yang kian mencipta nama ini tidak berasakan watak Ayu serupa saja dengan watak dilakonkannya sebelum ini.

"Cara kita membawakan sesuatu watak itulah yang membezakan watak terbabit. Walaupun skopnya agak sama, namun pendekatan diberikan berlainan. Apatah lagi apabila saya menganggap setiap watak diserahkan kepada saya bukanlah mudah untuk dilakonkan. Kita boleh mempelbagaikan lakonan supaya ia tidak kelihatan serupa. Banyak yang boleh dilakukan untuk mencantikkan watak lakonan kita," kata gadis berusia 23 tahun ini.

Sementara itu, ketika ditanya apakah dia berasa dirinya bagai menguasai filem tempatan ketika ini, Lisa tidak berasa sedemikian. Jauh sekali untuk melihat dirinya terlebih pendedahan hasil lakonannya dalam pelbagai judul, sama ada yang sudah mahupun bakal ditayangkan sejak akhir-akhir ini.

Ketika ini, filem lakonannya Jangan Pandang Belakang Congkak ligat ditayangkan. Dia baru saja menamatkan penggambaran filem Kapoww! dan Remp-It V3. Sebelum itu, Lisa juga berlakon dalam Cyber X: Ancaman Penggodam. Lisa bermula dengan filem Good Bye Boys diikuti I’m Not Single.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Mainpi15


"Pada hakikatnya, saya masih lagi seorang pelajar jika berbincang fasal dunia lakonan. Jadi, jauh sekali untuk saya menguasai industri perfileman tempatan. Bahkan, rasanya saya belum berada di mana-mana tempat dalam dunia perfileman kita. Pada masa sama, ramai lagi bintang baru yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan," katanya merendah diri.

Que Haidar yang membawakan watak suami Ayu, Azmi, pula tidak dapat melupakan pengalamannya berlatih bersama Fauziah Ahmad Daud (Ogy) yang dilantik sebagai penasihat lakonan bagi filem itu. Pada satu latihan membabitkan babak pergaduhan, dia memukul aktres itu dengan kuat sehingga Ogy terhantuk ke dinding. Ogy pula secara tidak sengaja mencakar lengannya bagi memberikan gambaran lakonan sepatutnya yang perlu ditunjukkan pelakon baru, Shikin, bagi merealisasikan adegan berkenaan.

Pelakon yang juga suami kepada guru tari Linda Jasmine itu turut melahirkan pandangannya sendiri terhadap watak Azmi. Katanya, biarpun pada pandangan mata kasar, pembaca novel itu menganggap lelaki terbabit seorang yang jahat, namun jauh di sudut hatinya dia lelaki pencinta sebenar.

"Azmi ialah bekas kekasih Ayu. Namun, dia masih sukakan wanita itu selepas ditinggalkan. Dia berusaha mencari Ayu kembali, sehingga mereka akhirnya berkahwin. Walaupun dulu dia dikelilingi wanita lain, namun Ayulah sebenarnya yang bertakhta di hati Azmi. Jadi, apabila isterinya tidak dapat melupakan Kasyah, dia memukul wanita itu," cerita Que.

Sambung pelakon itu, dia sudah membaca novel berkenaan ketika zaman persekolahannya dulu. Baginya, ramai remaja tertarik dengan buku berkenaan kerana mereka berasa dekat dengan watak yang dipaparkan, sehingga mereka juga ingin menjadi seperti Kasyah, pelajar nakal yang popular.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 11:21 am

‘Saya gugup mengacara’

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Rusdi_10


PROGRAM realiti mencungkil bakat lakonan, Pentas Anak Wayang terbitan Astro dikatakan kurang menyengat apabila pengacaranya, Rusdi Ramli, 39, dilihat gagal mengendalikan suasana penonton.

Malah, Rusdi dikatakan sebagai punca merosakkan kelancaran program realiti itu apabila dia sentiasa tersasul dan berada dalam keadaan kelam-kabut sewaktu mengemudinya.

Disebabkan itu, penonton berasa bosan dengan gelagat pengacara Pentas Anak Wayang itu kerana pada hemat mereka Rusdi sepatutnya mampu mengendalikan program itu dengan baik seperti yang disiarkan menerusi ruangan Soseh Soseh, Harian Metro pada 9 Jun lalu.

Mengulas mengenainya, kata Rusdi, dia sama sekali tidak berniat untuk menjejaskan kelancaran program realiti yang julung kalinya diadakan di Malaysia.

Apatah lagi, untuk membantutkan suasana menonton Pantas Anak Wayang.

“Sebenarnya, saya sudah cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik ketika mengendalikan Pentas Anak Wayang.

“Tetapi, mungkin usaha saya tidak sampai ke tahap maksimum kerana inilah pertama kali saya mengacarakan program TV.

“Saya akui walaupun sudah memasuki minggu kedua, namun perasaan gementar itu tetap ada. Justeru, sedikit sebanyak ia mempengaruhi keyakinan saya ketika mengendalikan program itu.

“Namun, saya bersyukur dengan kerjasama yang diberikan semua termasuk penerbit, akhirnya saya dapat mengatasi perasaan gugup walaupun tidak seratus peratus.

“Bagaimanapun, saya mohon maaf dengan apa yang berlaku. Tidak pernah terlintas di fikiran untuk tidak mengambil serius dalam pengendalian Pentas Anak Wayang. Sejujurnya, saya sentiasa berusaha untuk terus memperbaiki kelemahan diri,” katanya.

Menyentuh faktor pengalaman dalam dunia lakonan tempatan yang sedikit sebanyak berupaya membantunya menghadapi senario berkenaan, kata Rusdi, pengacaraan dan lakonan adalah dua bidang yang berbeza.

“Walaupun ia nampak seakan sama, tetapi kedua-dua bidang itu mempunyai aliran tersendiri yang mengasingkannya untuk disatukan.

“Bidang pengacaraan bukan saja memerlukan kemahiran berkomunikasi yang baik malah, ia turut menuntut seseorang itu mahir bermain dengan lensa kamera. Apatah lagi, saya bukan seorang yang mahir bermain dengan kamera.

“Sebaliknya, ketika berlakon saya tidak dibenarkan melihat kamera kerana ia bakal mempengaruhi suasana jalan cerita. Lagipun, ketika berlakon saya hanya berperanan untuk menghidupkan watak yang dipertanggungjawabkan.

“Tetapi, bidang pengacaraan memerlukan pengetahuan dan kemahiran dari semua segi untuk memastikan kelancaran program yang dikendalikan. Bagaimanapun, itu tidak menghalang saya untuk cuba dalam bidang baru ini dan bersikap putus asa dengan apa yang berlaku.

“Lagipun, ini adalah pengalaman baru dan saya percaya hidup sebagai insan seni tidak pernah putus dari sikap untuk sentiasa belajar demi kebaikan diri,” katanya.

Mengenai kurang persediaan, jelas Rusdi, itu tidak mungkin, kerana dia diberi latihan mencukupi untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara Pentas Anak Wayang.

“Tidak timbul isu kurang persediaan kerana saya perlu mengikuti setiap latihan yang diadakan. Lagipun, inilah kali pertama saya diberi peluang mengacarakan program televisyen dan tidak mungkin saya sanggup merosakkan prestasi saya hanya kerana faktor kurang persediaan.

“Cuma, saya yakin faktor gugup yang mempengaruhi kelancaran mengendalikan program itu. Bagaimanapun, saya akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi perasaan gugup,” katanya.

Menerusi Pentas Anak Wayang, penonton dapat mengikuti persembahan pelajar berdasarkan tugasan diberikan, termasuk tugasan secara spontan. Juri bertugas akan menyingkirkan tiga daripada lima peserta berdasarkan penilaian mereka.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 12:05 pm

Zed Zaidi mahu jual kopi

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Zed_za10


PEMBABITAN dalam bidang seni bukan penghalang buat pelakon popular Zed Zaidi menceburi bidang perniagaan sebagai jaminan masa depan.

Malah, kata Zed atau nama sebenarnya, Rozaizi Jamil, 29, yang juga Pengarah Urusan Dzed Resources Sdn Bhd (DRSB), sekalipun keutamaannya kini kepada perniagaan, dia tetap ingin memastikan kedua-dua bidang yang diceburinya itu bergerak seiringan.

"Saya menceburi bidang perniagaan kerana menyedari bidang seni ada pasang surutnya. Apatah lagi, dalam zaman kemelut ekonomi global yang melanda di seluruh dunia sekarang.

"Saya percaya bukan saja artis, tetapi semua orang tidak kira apa saja profession perlu membuat persediaan awal pada zaman kegawatan ini.

"Sampai bila saya akan terus berlakon kerana usia semakin meningkat? Pada masa sama, saya ingin memberi laluan pada bakat baru sedia ada, sekali gus mewarnai persada seni tanah air.

"Apapun, tawaran berlakon tidak pernah putus diterima sampai sekarang. Apa yang penting, saya perlu bijak membahagikan masa antara lakonan dan perniagaan kerana saya tidak mahu prestasi lakonan terjejas kerana sibuk buat bisnes," katanya.

Zed yang juga pemegang Ijazah Pentadbiran dan Undang-Undang (Universiti Teknologi Mara) dan Diploma Sains Komputer (Universiti Putra Malaysia) ini berkata, sebenarnya, dia sudah mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sebelum bergelar pelakon lagi.

"Kini, saya sudah mempunyai tiga syarikat. Selain DRSB, saya juga mengembangkan lagi perniagaan dengan menubuhkan dua lagi syarikat iaitu DMB Kembara Sdn Bhd (DKSB) dan Bintang Dahlia Sdn Bhd (BDSB) yang terbabit dalam pengurusan hartanah.

"DRSB membabitkan pengurusan acara, penyewaan khemah dan sudah beroperasi selama dua tahun. DKSB pula membekalkan barangan saintifik dan peralatan untuk universiti termasuk pengurusan restoran. Terbaru, saya merancang untuk menubuhkan rangkaian produk kopi pula di bawah pengurusan DRSB," katanya.

Mengenai perkembangan kerjaya seni pula, Zed yang turut berlakon dalam drama menarik, Jula Juli dan Samarinda Kisah Yusoff berkata, dia baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri sebanyak 24 episod, Teratak Mahligai untuk saluran RTM.

"Drama ini membabitkan lokasi penggambaran di Lumut dan Pulau Pangkor, Perak. Saya membawa watak Shukri, budak kampung yang bertukar menjadi anak orang kaya. Ia dibintangi Zizan Nin, Dian P Ramlee, Nabila Huda dan Nisha Dirr. Saya juga akan beraksi dalam projek drama untuk Ramadan tidak lama lagi," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 12:06 pm

Amylea panah cinta

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Mainp182


SEMUA orang dahagakan cinta dan apabila disayangi kebanyakan kita berasakan hidup tidak lagi kesunyian kerana ada pihak yang senantiasa mengambil berat.

Sebagai gadis memasuki usia dewasa, penyanyi yang bakatnya dicungkil menerusi rancangan realiti TV popular, Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Amylea Azizan, 23, atau Amylea tidak terkecuali.

Apatah lagi dalam usia yang dianggap sudah memperoleh kunci kebebasan membolehkan gadis berasal dari Alor Star, Kedah ini untuk mengenali dan mengalami nikmat bercinta.

Ditemui sewaktu sesi fotografi khas bersama Rap di kelab M Cicle yang terletak di pusat beli-belah Starhill, Amylea secara jujur mengakui dia mahu bercinta.

"Tanyalah gadis manapun pasti mahu disayangi dan dicintai. Begitu juga dengan saya, tetapi buat masa ini saya belum lagi bertemu dengan jejaka yang mampu memenangi hati ini," katanya.

Bagaimanapun dalam membicarakan soal itu, pengurusnya, Redza Fahmy sempat mengusik meminta agar wartawan Rap terus mencungkil mengenai kisah cinta Amylea yang dikatakan sedang berputik dengan seorang pemuzik.

"Tidaklah. Mana ada saya bercinta. Kalau benar seperti apa yang dikatakan Redza, saya akan mengaku. Buat apa saya mahu menjadi hipokrit dan membohongi peminat.

"Realitinya saya memang tidak bercinta. Kalau adapun itu dulu. Cerita lama, tetapi kami sudah lama putus," katanya yang enggan mendedahkan identiti lelaki dimaksudkan.

Kata Amylea, walaupun kini sibuk dengan kegiatan seni yang semakin rancak, ia tidak seharusnya menghalang dia menikmati kehidupan seperti orang lain.

"Mengapa pula kalau saya sibuk menyanyi tidak boleh bercinta? Bukankah perkara seperti itu memerlukan komitmen? Apa yang penting sekiranya saya menemui lelaki yang sesuai dan menyayangi diri saya sudah tentu saya akan cuba membahagikan masa untuknya.

"Perkara itu boleh dirancang. Kalau saya tidak sempat bertemu dengannya, dia boleh datang berjumpa saya. Kalau bercinta selalu jumpa pun bosan. Kalau sesekali bertemu rasanya ia lebih manis," katanya.

Beralih topik kepada kerjaya seni, Amylea dilihat lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh bercerita mengenai perancangan dilakukan bagi menaikkan kembali namanya dalam persada muzik tempatan.

Apatah lagi selepas tidak bernaung di bawah syarikat pengurusan Maestro Talent and Management (MTAM) yang kini sudah ditutup, Amylea bersama dua pengurusnya iaitu Redza dan James Wong menubuhkan unit pengurusan The Republic Enterprise Sdn Bhd.

"Saya bersyukur kerana ditemukan dengan mereka berdua, di saat hilang arah. James sendiri sebelum ini pernah menjadi pengurus saya. Bagaimanapun saya tidak terasa sangat apabila MTAM ditutup kerana sepanjang bernaung di bawahnya, saya lebih banyak menguruskan kerjaya seni sendiri.

"Hendak dijadikan cerita, rezeki kami untuk bekerjasama kembali datang apabila James sendiri menghubungi saya dan lalu diperkenalkan kepada Redza.

"Saya yakin dengan kemampuan mereka berdua kerana Redza sendiri punya banyak pengalaman dan pernah menguruskan kerjaya seni Liza Hanim," katanya.

Kini Amylea sibuk merangka kembali promosi albumnya, Selepas 3 yang agak lama tertangguh.

"Sayang jika album yang dihasilkan ini tidak dipromosikan kerana kebanyakan lagu dimuatkan dalam Selepas 3 mendapat sambutan.

"Malah, single seperti Sinderella turut menduduki carta 10 lagu paling popular di kebanyakan stesen radio tempatan.

"Selain itu, Selepas 3 amat berharga buat saya kerana banyak usaha sudah dicurahkan.

"Kerana tidak mempunyai wang yang cukup proses pembikinannya mengambil masa tiga tahun dan ia dilakukan secara perlahan-lahan.

"Apabila memperoleh duit hasil wang persembahan, sebahagiannya saya laburkan ke dalam album ini dan ramai rakan membantu termasuklah pengarah, Afdlin Shauki yang memang saya minati," katanya.

Keputusan Amylea menyertai rancangan realiti TV One In A Million musim ketiga (OIAM3) yang berakhir Mei lalu mendapat kecaman daripada peminat.

Ramai kurang bersetuju dengan berkata, pemenang tempat ketiga AF3 itu tidak seharusnya menyertai rancangan corak sama, apatah lagi ia tidak memberikan hasil membanggakan.

Begitupun di majlis pradengar album sulungnya yang diadakan di restoran Bangkok Jazz, Chulan Square baru-baru ini, Amylea menjelaskan dia sedikitpun tidak berasa menyesal dengan keputusan diambil.

Katanya, sewaktu sidang media ringkas diadakan, memang jauh di sudut hati, dia berasa terkilan kerana tersingkir pada minggu kesembilan.

"Sedangkan waktu itu saya hanya mempunyai satu minggu lagi untuk ke konsert akhir. Saya berasa kecewa namun saya anggap sudah bukan menjadi rezeki saya. Begitupun sepanjang membabitkan diri dalam pertandingan OIAM3, banyak perkara baru yang saya pelajari.

"Paling penting apabila menyertai rancangan itu saya tahu yang saya berkemampuan untuk mengubah lagu. Keyakinan saya berbanding sewaktu menyertai AF3 jauh berbeza.

"Saya tidak lagi berasa gementar apabila mahu naik ke pentas menyanyi, sebaliknya seronok dan teruja," katanya.

Keyakinan Amylea terserlah apabila tampil mengadakan persembahan pada majlis diadakan.

Menarik apabila dia turut mendendangkan lagu diciptanya sendiri seperti Sinderella dan Satu Dalam Sejuta yang turut didendangkan di OIAM3.

Persembahannya bertambah menarik apabila Tomok turut tampil berduet dengannya.

Antara peserta OIAM3 turut hadir memberi sokongan, Nine dan Aweera.

>Profil

Nama Penuh: Amylea Azizan

Nama Komersial: Amylea

Tarikh Lahir: 26 November 1986

Umur: 22 tahun

Asal: Alor Star, Kedah

Ahli Keluarga: Sulung dari tiga beradik

Makanan Kegemaran: Roti dan Sambal

Minuman Kegemaran: Milo dan Ribena

Artis Pujaan: Alicia Keys, Afdlin Shauki, Natasha Bedingfield, Dido dan Kumpulan Hujan

Album: Selepas 3

Pencapaian: Pemenang Tempat Ketiga Akademi Fantasia Musim Ketiga (AF3)
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 12:08 pm

Soseh Soseh: Nikki tidak mahu baju pengantin seksi

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Nik-au12


BUKAN mudah membuat persiapan majlis perkahwinan walaupun ia dirancang diadakan secara kecil-kecilan, tetapi banyak sebenarnya perkara yang perlu diberikan penekanan sehingga ada ketika membuatkan bakal pengantin pening kepala.

Itulah yang dirasai penyanyi muda berasal dari Sabah, Nikki Palikat sekarang ini memandangkan majlis perkahwinannya dengan komposer terkenal Audi Mok akan berlangsung 27 Jun ini sudah semakin hampir.

Ramai rakan berasa hairan mengapa Nikki pening kepala menguruskan majlis yang bakal berlangsung di Gereja Khatolik, Petaling Jaya sedangkan mengikut perancangan, dia mahu mengadakan majlis secara ringkas dengan dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan teman rapat.

Teman rapat Nikki yang ditemui baru-baru ini bercerita kepada SS, macam mana bintang yang bakatnya dicungkil menerusi rancangan Malaysia Idol musim pertama (MI) itu tidak pening kepala kalau dia sendiri begitu cerewet.

Cerita teman itu lagi, Nikki bukan saja memikirkan mengenai dirinya yang bakal menjadi pengantin, tetapi turut sibuk mengambil tahu hal-hal lain walaupun dalam waktu sama ada perkara sudah disiapkan atau dibantu ahli keluarganya.

Mengambil contoh awal-awal lagi dia sudah memberikan amaran bahawa pengapit pengantin perempuan harus kelihatan sempurna pada upacara itu.

Dia mahu lihat dulu baju yang bakal digayakan pengapit dan kalau boleh dia mahu solekan mereka cantik sepertinya.

Menyentuh mengenai pakaian pengantin pula, cerita teman itu Jovian Mandagie mengilhamkan sehelai gaun pengantin cukup indah.

Mengikut potongan asal ia agak seksi namun Nikki minta ia tidak terlalu terdedah kerana alasan diberikan seperti penganut Islam, sebaiknya pakaian pengantin perempuan tidak terlalu menunjukkan susuk tubuh sekiranya upacara dilangsungkan di dalam gereja.

Dalam kesibukan, jelas teman itu lagi mujur dekorasi untuk majlis itu dibantu Datuk Farida Hashim yang sebelum ini turut menjadi perancang majlis pernikahan dan persandingan Ning Baizura.

Walaupun perkahwinan Nikki dan Audi ini dibuat secara kecil-kecilan, tetapi SS percaya dengan adanya ahli keluarga termasuk Farida membantu, pasti ia menjadi meriah.

Khabarnya selepas selesai majlis perkahwinan di gereja, pasangan ini akan terus bertolak ke Melaka di rumah orang tua Audi untuk acara resepsi. Kalau ikut adat baba nyonya mesti ada joget lambak. Maknanya majlis itu nanti setaraf majlis Ning.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 12:10 pm

Hari kahwin rupanya hari bekerja

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Mainp183


IKUT perancangan asal pelakon dan pengacara, Serina Redzuaswan, 26, mahu mengadakan majlis perkahwinan serentak dengan sambutan hari lahirnya pada 1 Jun lalu.

Begitupun detik indah yang mahu diabadikan bersama jejaka pilihannya Gavin, 33, atau nama Islamnya, Salahudin terpaksa ditunda pada 1 Januari depan.

Anak gadis kepada tukang masak terkenal, Redzuawan Ismail atau Chef Wan mula teruja mahu mengakhiri zaman solonya.

Menurut Serina majlis berkenaan terpaksa ditunda pada tarikh berikut disebabkan beberapa perkara.

"Majlis perkahwinan sepatutnya berlangsung 1 Jun serentak dengan majlis sambutan hari jadi saya, namun disebabkan tarikh berkenaan jatuh pada hari Isnin ketika hari bekerja kami berasa tidak sesuai diadakan majlis itu. Kami kemudiannya sepakat untuk menunda majlis itu.

"Keluarga Gavin juga tidak mendapat cuti yang panjang. Selepas berbincang semula, hari pertama tahun baru adalah tarikh yang paling sesuai untuk mengadakan majlis itu. Secara tidak langsung bermula fasa hidup yang baru buat diri saya," katanya.

Seperti rakan selebriti yang lain majlis perkahwinan Serina turut mendapat perhatian dan dinantikan banyak pihak. Apatah lagi bapanya, Chef Wan turut melahirkan perasaan teruja untuk melihat puteri kesayangannya mengakhiri zaman solo bersama jejaka Inggeris yang mempunyai perniagaan berkaitan mempromosi sukan bola sepak.

Perkenalan lebih setahun lalu ketika menghadiri satu majlis akhirnya membuahkan bunga cinta pasangan berkenaan.

Bercerita lanjut mengenai detik pertemuan mereka, Serina yang sebelum ini pernah merasa perit bercinta mengakui dia langsung tidak terfikir untuk jatuh hati dengan jejaka yang berasal dari London itu.

"Saya memang tidak memikirkan soal bercinta selepas merasai sendiri pedihnya pengalaman apabila putus dengan seorang jurutera tidak lama dulu. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

"Saya bertemu Gavin ketika menghadiri satu majlis. Dia tiba-tiba datang menegur saya dan memberikan kadnya pada saya. Ketika itu saya sedang cakap dengan seorang pelajar.

"Dia minta nombor telefon bimbit saya, tapi saya cakap saya tidak ada dan kalau hendak juga, saya boleh berikan nombor papa saya.

"Memang kelakar apabila diingatkan kembali detik itu. Dia tidak berani pula ambil nombor papa saya. Hendak dijadikan cerita, saya terjumpa semula kad yang dia berikan dalam seluar jeans ketika sedang mengemas pakaian tidak lama kemudian.

"Saya sendiri tidak mengetahui bagaimana hati ini tergerak untuk menghubunginya," kata Serina ketika ditemui pada majlis pelancaran drama kepolisan, Akademi Polis musim ke-4 di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.

Tambahnya, Gavin akhirnya mengetahui dia adalah seorang artis selepas melihat wajah Serina menghiasi iklan mempromosikan akhbar Harian Metro yang diletakkan di tempat menunggu bas di hadapan sebuah hotel di ibu kota.

Serina mengakui selesa berkawan dengan jejaka itu yang disifatkan seorang yang rendah diri dan pandai membawa diri.

"Saya selesa berkawan dengannya kerana dia tidak melihat saya sebagai seorang artis. Dia juga ada memaklumkan menyukai saya disebabkan karakter saya yang selamba dan boleh berdikari.

"Saya suka berkawan dengannya kerana kami mempunyai keserasian dan berkongsi minat yang sama.

"Malah, dia juga tidak banyak kerenah mungkin kerana sudah lapan tahun menetap di sini.

"Lebih menggembirakan saya apabila melihat dia dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung. "Saya pernah membawanya pulang ke kampung di Sungai Koyan, Pahang dan dia tidak nampak kekok. Dia suka makanan Melayu terutamanya rendang daging.

"Dia memang pandai membawa diri. Sebab itu saya rasa papa juga merestui hubungan kami. Selain seorang yang terpelajar, dia seorang yang sederhana," katanya.

Tambah Serina lagi, dia bersyukur dan gembira apabila keluarga Gavin juga turut menyambut kehadirannya dengan baik ketika berkunjung ke London, baru-baru ini.

"Alhamdulillah, penerimaan mereka baik. Dan jika Allah benar-benar merestui jodoh kami ini, saya akan cuba sama-sama bimbing Gavin dengan agama Islam.

"Saya juga sedar saya bukanlah hebat sangat, tetapi saya akan belajar bersama-samanya.

"Disebabkan itu saya juga menyarankan kepada Gavin supaya rapat dengan pak cik saya yang mahir dalam agama.

"Malah Gavin sendiri sudah lama memeluk agama Islam, sebelum berkenalan dengan saya.

"Dia memang tertarik dengan Islam dan sentiasa ingin tahu mengenai agama Islam. Justeru, tidak timbul banyak masalah," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 12:18 pm

Tomok taja kakak

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Mainp184


TAHUN ini boleh dianggap paling gemilang dalam sejarah hidup dua beradik ini, siapa lagi kalau bukan Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 24, dan Ismaliza Ismail atau Isma, 30.

Meskipun, misi si kakak untuk bergelar juara Akademi Fantasia 7 (AF7) tidak kesampaian walaupun berada di kedudukan teratas selama beberapa minggu sebaik episod AF7 bermula, sekurang-kurangnya kejayaan si adik selaku juara One In A Million (OIAM) musim ketiga sedikit sebanyak dapat mengubat kekecewaan.

Isma sentiasa tak lekang dengan senyuman memulakan bicara, ternyata cukup berbangga dengan pencapaian adik kesayangannya itu yang kini bergelar jutawan segera.

"Saya amat berbangga dengan Tomok. Dia sudah melalui banyak episod duka sepanjang bergelar artis, dihina dan dicaci namun semangatnya tidak pernah luntur memperjuangkan seni. Semuanya kerana minat yang terlalu mendalam.

"Setiap hari, dia tidak pernah jemu memperbaiki kekurangan dan sentiasa berusaha demi kemajuan diri serta masa depan kariernya. Kemenangan itu, saya anggap sebagai ganti atas hasil kerja kuatnya selama ini.

"Meskipun saya tidaklah bernasib baik seperti Tomok, saya tetap berbangga dengan pencapaian sepanjang berada di AF7, apatah lagi menjadi satu-satu peserta wanita layak beraksi di peringkat akhir.

"Bukan mudah untuk bertahan apatah lagi, melangkah ke peringkat akhir. Ditambah pula status saya sebagai ibu beranak lima namun, penonton mengetepikan semua faktor itu dan masih memberikan peluang serta kepercayaan kepada saya membuktikan kemampuan," katanya.

Kekalahan Isma bagi Tomok tidak dapat dinafikan sedikit mengecewakannya apatah lagi, sepanjang mengikuti perkembangan kakaknya yang sentiasa berada di tangga teratas berbanding peserta lain.

"Agak mengejutkan dalam dua konsert terakhir kedudukan Isma berubah begitu drastik daripada tangga pertama berada di tangga terakhir. Sedangkan, pada pemerhatian saya, kedua-dua persembahannya pada konsert akhir bagus.

"Pujian ini bukan kerana dia kakak saya, tetapi jika dibandingkan dengan gaya persembahan dan kemampuannya sebelum ini.

"Tapi hendak buat macam mana, segala keputusan terletak 100 peratus di tangan pengundi. Apapun, perkara ini harus berbalik pada rezeki," katanya.

Akui anak keempat dari enam bersaudara ini, dia paling rapat dengan Isma yang juga anak kedua dalam keluarga. Pernah sedikit masa lalu, ketika dirinya dilanda kontroversi di rumah Ismalah dia mendapatkan ketenangan.

"Isma seorang kakak yang tenang, baik hati serta pendengar yang baik. Jika tidak emak, kakaklah orang yang paling saya selesa berkongsi rahsia.

"Bahkan, sewaktu mengikuti uji bakat OIAM Ismalah yang menghantar saya. Sebenarnya saya ada mengajak dia turut serta dalam uji bakat itu, tetapi dia menolak kerana tidak bersedia.

"Jadi saya pesan pada kakak, kalau ada uji bakat AF7 nanti, jangan lupa pergi kerana tahu sudah lama dia simpan hasrat untuk jadi penyanyi. Tidak sangka dia mendengar saranan saya dan bangga dia berjaya menjadi pelajar sehingga mara ke akhir," katanya.

Celah Isma pula, barangkali persamaan minat iaitu menyanyi membuatkan mereka rapat apatah lagi sebelum menjadi artis sering menjayakan persembahan bersama-sama.

Misalnya, tahun lalu Tomok pernah mengiringi persembahan sewaktu bulan puasa.

"Kalau ikutkan saya rapat dengan semua adik-beradik kerana saya kakak sulung. Mungkin yang membuatkan saya dan Tomok rapat sebab kami berkongsi minat menyanyi. "Tidak dinafikan adik-beradik lain juga suka menyanyi, tetapi tidaklah sampai menjadikan nyanyian bidang yang serius.

"Sebaliknya Tomok dan saya serius. Sejak dulu lagi kami sering menjayakan persembahan berdua termasuk menyertai pertandingan bersama-sama

"Disebabkan itu saya tidak pernah menjadikan status atau usia saya sebagai penghalang. Saya yakin dengan bakat yang ada belum terlambat untuk mencipta nama.

"Mungkin Tomok terlebih dulu berjaya dalam bidang seni melalui kumpulannya New Boyz, tetapi projek album solo selepas kemenangan di OIAM boleh dianggap 'kelahiran baru Tomok.'

"Apakah peminat dapat menerima perubahan imej dan muzik Tomok, semuanya tergantung pada album itu nanti," katanya.

Mengenai perancangan masa depan, Isma memaklumkan, sudah pasti dia ingin memiliki album sendiri bagaimanapun semuanya tergantung pada perancangan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).

Sementara itu, Tomok ditanya sama ada dia sudi menggunakan wang kemenangannya untuk menaja pembikinan album kakaknya memandangkan keadaan pasaran dan jualan album yang tidak menentu lima tahun kebelakangan ini, Tomok jelas tidak keberatan.

"Tidak ada masalah untuk membantu selagi bajet yang diperlukan itu bersesuaian dengan kemampuan saya. Mungkin untuk pembikinan album penuh memakan belanja yang tinggi, mungkin saya boleh bantu kakak terbitkan single atau album mini terlebih dulu. Selain bercadang merakamkan lagu duet dengannya," katanya.

>Profil

Nama sebenar: Shah Indrawan Ismail

Umur: 24 tahun

Tempat lahir: Kuala Lumpur

Tarikh lahir: 17/5/1984

Zodiak: Taurus

Profession : Penyanyi, komposer, produser

Status: Bujang

Genre muzik: Pop rock & rock

Kejayaan: Memiliki lima album bersama kumpulan New Boyz, album pertama bersama kumpulan itu pada usia 15 tahun, Juara One In A Million musim ketiga

>Profil

Nama sebenar: Ismaliza Ismail

Tarikh lahir: 21/5/1979

Umur: 30 tahun

Status: Berkahwin dengan vokalis Zul 2BY2 serta mempunyai lima anak

Pengalaman: Bergelar finalis AF7
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 12:21 pm

Elly tertarik pada kumis Aswad

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Mainp185


CINTA yang disemai sejak dua tahun lalu berakhir di jinjang pelamin apabila bintang yang dicungkil menerusi program realiti popular Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Muhammad Nur Aswad Jaafar (Aswad) memilih gadis pilihan hati, Nur Illina Mohd Tahir (Elly) sebagai pasangan hidupnya.

Dengan sekali lafaz, tepat jam 4.40 petang 5 Jun lalu, Aswad, 29, dari Bayan Baru, Pulau Pinang sah menjadi suami kepada Elly, 23, dengan majlis akad nikah dilakukan bapa Elly sendiri, Mohd Tahir Doon.

Sambil disaksikan Kadi Daerah Bukit Mertajam, Radzi Senapi, Jaafar Othman dan Pauzi Yaakob sebagai saksi, Aswad bersama rombongan pengantin lelaki membawa mas kahwin sebanyak RM1,001, sebentuk cincin, wang hantaran RM9,000 dengan 19 dulang hantaran yang dibalas 21 dulang oleh pihak perempuan.

Aswad yang sinonim dengan tagline Line Clear bertunang dengan Elly pada 11 Oktober tahun lalu.

Selepas lapan bulan bertunang, pasangan ini sepakat untuk diijabkabulkan dalam majlis meriah tetapi sederhana, Jumaat lalu.

Majlis persandingan mereka berlangsung keesokan harinya di teratak pengantin perempuan di Jalan Pengkalan, Bukit Tengah, Seberang Prai Tengah (SPT) dengan dihadiri hampir 4,000 tetamu.

Kedua-dua mempelai tampil segak dan manis berpakaian songket keemasan yang ditaja oleh butik Impian Kasih yang terletak di Prai, Seberang Prai Utara (SPU).

Tepat jam 3 petang, rombongan pengantin lelaki tiba tanpa kehadiran ibu bapa tercinta, Jaafar Salleh dan Ramlah@Maimunah Baiman yang sudah meninggal dunia.

Sejak itu, Aswad hanya mendapat kasih sayang yang dicurahkan dari abang dan kedua kakaknya

Ketika ditemui selepas majlis persandingannya, Aswad berkata, dia yakin sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam kehidupan berumahtangga.

“Soal kahwin bukannya perkara main-main kerana banyak cabaran yang ditempuhi sepanjang tempoh percintaan dan pertunangan kami dulu.

“Apapun, inilah saat paling bahagia dalam hidup kami berdua. Saya juga akan melaksanakan tanggungjawab sebagai suami yang baik dan pada masa sama mengharapkan perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat,” katanya.

Aswad berkata, dia memilih Elly sebagai isteri kerana terpikat dengan sifat kewanitaannya yang sejati.

“Saya juga tertarik dengan segala yang ada pada dirinya. Saya yakin Elly adalah pilihan yang terbaik buat saya.

Saya berharap kami dapat melayari alam perkahwinan ini dengan penuh kejujuran, kesetiaan dan keikhlasan.

“Sebenarnya, saya sendiri tidak dapat membayangkan bergelar suami hari ini kerana sehari sebelum majlis akad nikah, saya cukup berdebar kerana bimbang untuk memikul tanggungjawab yang besar ini.

“Akhirnya, berkat doa dan restu keluarga segalanya berjalan lancar.

“Insy-Allah, majlis persandingan pihak lelaki akan diadakan pada Julai atau Ogos depan di Bayan Baru dan saya berharap semoga peminat mendoakan kebahagiaan kami berdua,” katanya.

Bagi Elly yang bekerja di syarikat guaman berkata, dia tidak pernah mengimpikan untuk bergelar isteri kepada artis mahupun selebriti sebelum ini.

“Bagaimanapun, sifat bertanggungjawab, jujur dan mengambil berat yang ada pada dirinya akhirnya membuka hati saya untuk membina mahligai bahagia bersamanya.

“Saya juga tertarik dengan Aswad kerana kumis di wajahnya itu dan senyumannya yang menawan.

Sebagai isteri, saya sedar tanggungjawabnya berat kerana Aswad, anak yatim piatu.

“Apapun, saya berjanji memberikan kasih sayang sepenuhnya sebagai isteri. Pada masa sama, saya berusaha untuk menunaikan tanggungjawab sebagai isteri sebaik mungkin termasuk memasak masakan kegemarannya sambal tumis telur,” katanya.

Mengenai bulan madu pula, Aswad berkata, mereka memilih untuk ke Bandung, Indonesia.

“Namun, tarikhnya masih dalam perancangan kerana masing-masing sibuk dengan komitmen yang perlu diselesaikan terlebih dulu.

“Jika nak diikutkan, saya berhasrat membawa isteri berbulan madu ke Australia dan Eropah kerana kedua-dua lokasi itu menjadi impiannya sejak kecil lagi,” katanya.

Tambah Aswad lagi, dia juga mengimpikan anak kembar lelaki dan perempuan.

“Bagi saya, mempunyai dua anak iaitu lelaki dan perempuan sudah memadai, tapi jika ada rezeki lebih kami tidak menolaknya pula,” katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 12:22 pm

Beristeri 3 kerana Allah

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Mainp186


BERBICARA saja soal perkahwinan, pastinya cerita membabitkan artis menjadi perhatian. Ditambah lagi, dengan kemelut 'peribadi' yang melanda. Isu ditangkap khalwat, bersantai di tepi pantai dan keluar makan bersama adalah perkara biasa.

Namun, 'biasa' juga jawapan yang didengar ialah 'no komen'. Bagaimanapun, lain pula ceritanya dengan pelakon dan pelawak, Salih Yaacob. Tanpa berselindung, satu negara tahu dia (Salih) mempunyai keluarga besar kerana memiliki tiga isteri.

Hanya bersandarkan satu niat 'kerana Allah', rumah tangga dibina Salih bersama tiga isterinya kekal aman dan bahagia hingga kini. Malah, isteri pertamanya Noriza Mamat, 46, dan Noraha Hamad, 41 (kedua) hidup berjiran walaupun bermadu.

Ketika menghadiri Seminar Kefahaman Poligami di Auditorium Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat, Selangor, Khamis lalu, Salih dalam sesi perkongsian pengalamannya turut bercerita kedua-dua isterinya pernah mengerjakan umrah bersama.

"Saya sendiri pun tidak tahu bila mereka sepakat membuat keputusan pergi umrah bersama. Cuma, bila kedua-duanya meminta izin maka saya benarkan saja. Dalam hati, saya amat bersyukur kepada Allah dengan rahmat diberikan.

"Namun, saya faham bukan mudah mereka menerima situasi masing-masing. Hendak mengamankan poligami ini bukan boleh ambil masa sehari, sebulan atau setahun. Tetapi, ia makan masa bertahun dan bergantung dengan cara mengendalikannya.

"Apapun, saya sangat bersyukur kepada Allah kerana hingga kini hubungan rumah tangga yang dibina berjalan dengan lancar walaupun sudah tiga. Tidak dinafikan bebanan tanggungjawab itu, namun saya percaya pada keberkatan Tuhan," katanya.

Kata Salih lagi, paling penting padanya adalah pengukuhan akidah. Apabila akidah diri sudah benar-benar utuh, pasti dapat membimbing dengan baik. Ia (akidah) boleh diumpamakan 'tapak' dalam hubungan. Macam hendak membina rumah juga.

"Kalau tiada tapak yang teguh, cacak tiang macam mana pun akan rebah. Apa yang dikatakan, bukan hendak menunjuk bagus tetapi itulah tunjangnya (akidah). Hati wanita mudah tersentuh apatah lagi bila suami hendak berkahwin lagi.

"Justeru, saya sangat menerapkan pengetahuan agama dalam diri. Bagi memperolehinya, memang kena banyak belajar dan ilmu itu perlu dicari. Malah, saya juga banyak bergaul dengan orang untuk berkongsi pengalaman hidup berkeluarga.

"Jadi, dalam soal ini apa yang kurang itu diperbaiki. Ditambah lagi, sejak kecil saya sudah didedahkan dengan ilmu agama yang cukup. Sebab itu, saya yakin dengan keputusan diambil kerana inilah jodoh yang ditakdirkan Tuhan," katanya tenang.

Salih yang juga penyampai radio SinarFM berkata wanita yang berkahwin, 'berkatnya' datang daripada suami. Jelasnya, apabila suami reda terhadap isteri maka Tuhan pun memberi berkat juga pada si wanita. Oleh itu, keluarga jadi aman.

Ditanya pula mengenai gosip anak saudaranya, Johan Raja Lawak yang dikhabarkan akan mengahwini pelakon Ozlyn Wati, katanya dia tidak kisah siapa pilihan Johan. Mungkin sudah jodoh pengacara program Jozan itu dengan wanita berstatus janda.

"Dalam soal ini, terpulang pada dia (Johan) untuk membuat keputusannya. Pada saya, asalkan dia seronok sudahlah. Buat apa hendak susah hati pula. Berkahwin itu perkara baik, jadi saya tidak akan menghalangnya. Biarlah Johan melaluinya.

"Bila sudah rasa, baru dia akan tahu. Dari situ, dia boleh belajar mengenai hidup. Lagipun, soal hati dan kasih sayang tidak boleh dipaksa. Oleh itu, tengok sajalah dulu. Pada diri saya, memang tiada masalah untuk menerima sesiapa yang dipilih Johan," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 12:24 pm

Tomok jadi motosikal

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Mainp187


SEBULAN selepas bergelar jutawan segera, perjalanan karier seni Shah Indrawan Ismail atau Tomok, juara program realiti, One In A Million musim ketiga (OIAM3), terus berkembang.
Walaupun dia masih sibuk dalam proses rakaman album sulung, tetapi rezeki Tomok tidak putus.

Bagi peminat Tomok, penyanyi berusia 24 tahun ini membawa berita gembira apabila dia bersetuju membintangi filem baru, Mantera yang akan memulakan penggambaran pada 23 Julai nanti.

Menariknya, kemunculan kedua Tomok di layar perak kali ini berbeza dengan pengalaman ketika menjadi pelakon pembantu filem seram, Makar lima tahun lalu.

Tomok diberi kepercayaan oleh produksi Flare Studios Sdn Bhd yang bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Spacetoon Russia memegang watak utama iaitu superhero dikenali Mantera.

Superhero ini yang turut dikenali sebagai Azman menggandingkan Tomok bersama seorang pelakon wanita dari Russia.

Pelakon tempatan lain yang terbabit adalah Lisa Surihani dan Hairie Othman.

Kata Tomok, dia teruja sebaik mendapat tawaran berlakon filem dan tidak menunggu masa lama untuk memberi persetujuan.

Dia menganggap tawaran filem itu yang hadir selepas dia menang OIAM3 sebagai peluang besar yang tidak seharusnya dilepaskan.

"Saya berpandangan plot filem ini menarik dan mampu memberi tarikan kepada golongan muda untuk menonton. Walaupun saya kurang pengalaman lakon, tetapi saya berusaha untuk berikan lakonan terbaik dan belajar daripada pengalaman pelakon lain.

"Peluang seperti berlakon filem ini tidak datang selalu. Namun, saya tidak lupa dengan matlamat saya dalam bidang nyanyian untuk menyiapkan album solo saya.

"Apa yang saya harapkan, kedua-dua kerjaya ini berjalan lancar," katanya.

Lisa pula menganggap filem itu mempunyai kelebihan dari aspek kerjasama antara kedua-dua negara yang memberi peluang kepada pelakon untuk menimba pengalaman baru dengan produksi luar negara.

Malah, dia percaya pengalaman yang diraih mampu membawa pelakon tempatan ke peringkat global. Mengenai watak, dia melakonkan peranan Dina yang berkawan rapat dengan Azman dan melanjutkan pelajaran dalam bidang robotik di Jepun.

"Secara peribadi, saya suka belajar dan menerokai perkara dan pengalaman baru. Lalu, saya menyahut cabaran untuk berlakon filem ini.

"Tidak dinafikan perasaan bimbang tetap ada untuk menjayakan filem ini kerana sebelum ini, saya tidak pernah terbabit dengan produksi luar negara. Namun, saya fikir, belum cuba belum tahu," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Flare Studios Sdn Bhd, Miza Mohamad berkata pemilihan Tomok sebagai pelakon utama filem itu dianggap tepat dengan karakter yang dibawa.

Filem berkonsep aksi ini yang turut dibantu imej janaan komputer (CGI) mencipta kelainan kerana superhero yang diperkenalkan mempunyai kuasa yang boleh bertukar menjadi motosikal.

Filem itu menelan kos sebanyak RM5.5 juta dan turut mendapat Skim Pinjaman Filem Cereka dari Finas sebanyak RM1.5 juta.

Di samping kolaborasi pelakon tempatan dan Russia, filem berkenaan juga diarah dua pengarah berbeza iaitu Mohd Aliar Ali Tutty dan seorang pengarah dari Rusia.

Kerjasama antara dua negara ini terjalin menerusi majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang diadakan di Finas, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut hadir, Naib Presiden Spacetoon Rusia, Andrey Chirkin.

"Saya cuba hasilkan produk yang dapat dipasarkan ke peringkat antarabangsa dan yang penting, filem kita berpeluang menembusi pasaran negara lain.

"Di Russia, ada 900 pawagam dan ini memberi kelebihan pada filem ini untuk ditonton ramai.

"Watak Mantera merujuk pada maksud manusia jentera. Biarpun filem ini mungkin ada persamaan dengan Transformers atau Ironman, namun filem ini cuba menampilkan superhero yang mempunyai identiti sendiri. Buat masa ini, watak pelakon utama wanita belum dikenal pasti.

"Ada kemungkinan pelakon kita akan dibawa ke Russia untuk sebahagian penggambaran di sana. Biarpun risiko besar untuk menghasilkan filem ini hingga ia dibawa untuk tayangan di luar negara, tetapi berdasarkan kajian yang dibuat sebelum ini, saya yakin filem ini mampu menarik perhatian.

"Apa yang saya harapkan pelakon kita dapat menyerlah bakat sendiri dan filem ini mampu meraih sambutan positif penonton," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 12:28 pm

Rozita Che Wan jadi pengetua sofea dalam Adik Manja 2


ramai yang tahu cerita arahan othman hasham ni mmg best...filem yang lahir pada tahun 1980 ni mengutip 3.5 juta dengan hanya 2 ringgit ketika tu kalau ikut box office zaman sekarang mungkin 18 juta..dengan lakonan yang sungguh mantap dari Dharma,Noorkumalasari dan Shasha(hilang ntah kemana) boleh dikatakan filem ni terbaik pernah dihasilkan di studio di malaysia(studio merdeka)...filem ni mempunyai skrip yang agak terkeluar dari filem malaysia ketika tu dan merubah terus lanskap filem kita kepada satu revolusi baru dalam filem komedi dan percintaan...

akhir tahun ni Adik Manja 2 akan keluar menemui penonton...berjaya ker filem ni menandingi AM? aderkah semua pelakon pelakon ni semua boleh membawa watak yang sebelum ni amat berkesan?..kita tenguk ajer laa nanti...


Adik Manja kembali

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Hi_04_13
Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem Adik Manja Return, dari kiri, Jihan Raja Lawak, Kenchana Dewi, Dharma, Rozita Che Wan, Faezah Elai dan Fida.


MASIH ingatkah anda dengan filem komedi yang mengisahkan kenakalanpelajar-pelajar sekolah perempuan apabila didatangi seorang guru lelakimuda, Cikgu Azmi lakonan Dharma Harun Al-Rashid yang mendapat tentanganhebat daripada rakan setugasnya, Cikgu Bedah (Adibah Amin) dalam Adik Manja?

Filem arahan Othman Hafsham yang diterbitkan 29 tahun lalu itumencipta fenomena tersendiri apabila berjaya memperoleh jumlah kutipanmelebihi RM3.5 juta.

Bukan itu sahaja, filem tersebut ternyata membawa impak yang bukan kecil kepada heronya, Dharma.

Biarpun telah banyak berlakon dalam filem mahupun drama, tetapisehingga ke hari ini ke mana sahaja dia melangkah masyarakat masihmengenalinya kerana filem tersebut.
Filem yang dahulunya turut diterajui oleh Noor Kumalasari, Shashadan Allahyarham Noraini Hashim itu mencipta kejayaan tersendiri di Festival Filem Malaysia pertama (FFM1-1980).

Pada FFM1, filem berkenaan memenangi tiga anugerah iaitu bagikategori Filem Komedi Terbaik, Skrip Terbaik dan Pelakon PembantuWanita Terbaik (Adibah Amin).

Khabar baik kepada peminat filem Adik Manja, kesinambungan filem tersebut iaitu Adik Manja Return di jangka menemui anda di pawagam pada November ini.


Masih lagi mempertaruhkan Dharma sebagai Cikgu Azmi, pelakon lainyang turut terlibat dalam filem yang dijangka menelan kos sebanyakRM1.5 juta ialah Rozita Che Wan (Pengetua Sofia), Scha (Bib), Jihan Raja Lawak (Tam), Faezah Elai (Su), Kenchana Dewi (Mala) dan Fida sebagai Ayu.

Dharma ketika ditemui pada majlis pelancaran filem tersebut yangdihadiri Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, DatukJoseph Salang, baru-baru ini memberitahu, kelainan yang dibawa dalam Adik Manja Returnialah berlatarkan kenakalan dua kumpulan pelajar perempuan di sebuahpusat pengajian tinggi yang sering mendatangkan masalah kepadapengetuanya, Sofia.

"Sebelum ini saya pernah menjalankan beberapa kajian tentangmasalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar dan juga pensyarah dibeberapa buah kolej. Daripada kajian yang dijalankan, memang ramaipelajar yang tidak puas hati terhadap pensyarah mereka.

"Cerita Adik Manja Return ini turut memaparkan tentang isu ketidakpuasan hati para pelajar terhadap pensyarah dan begitu juga sebaliknya," katanya.

Menurut Dharma, Adik Manja Return mengetengahkan dua kumpulantarian, iaitu kumpulan Shuffle yang di ketuai oleh Bib dengan sebuahlagi kumpulan, Hip Hop yang di ketuai oleh Su. Mereka saling bermusuhan.

"Dalam filem Adik Manja orang tak tengok sangat siapa pelakonnya, tetapi yang orang nak tengok ialah watak-watak nakal yang terlibat di dalamnya.

"Sebagai pengarah, sudah tentu saya harapkan kejayaan yang lebih baik daripada filem Adik Manjasebelum ini. Tetapi saya tidaklah mengharapkan anugerah," kata Dharmayang bakal memulakan pengambaran filem tersebut pada 1 Julai ini.

Sebagai orang yang terlibat dengan bisnes, menurut bapa kepada duaanak, Siti Qurraituaini, 21, dan Mohd. Al-Syafiq, 20, dia berharap parapeminat dapat menerima filem pertama arahannya itu.

"Jika kutipan Adik Manja boleh mencecah sehingga RM3.5 jutadengan harga tiket cuma RM2, saya harap filem saya akan mendapat lebihdaripada itu memandangkansekarang tiket dijual pada harga RM10.

"Bagi saya Adik Manja satu jenama yang kuat sebab ke manasahaja saya pergi orang akan ingat saya, sebab itu saya buat bahagiankedua filem ini," kata Dharma yang telah menyiapkan skrip tersebut padatahun 2007.

Menyentuh hakcipta nama filem itu, Dharma berkata, dia telahmemaklumkan kepada pengarah asalnya, Othman Hafsham, mengenai skrip danpenerbitan kesinambungan filem Adik Manja itu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 12:36 pm

Zalina Azman: Menulis buku selepas bersara bukan 'trend'

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Untitl45
Zalina Azman (kanan) bersama rakan seperjuangannya dalam bidang penyiaran, Wan Zaleha Radzi. -foto mStar oleh SITI AZIRA


RAMAI bekas personaliti TV3 yang suka menerbitkan buku sendiri selepas bersara daripada dunia penyiaran kala ini.

Antaranya adalah Aziah Jasmin Azizul Hassan yang tampil dengan buku The Pink Book, Sharifah Shawati Syed Mohd ((Imej - Diri Anda Aset Anda) termasuk Zalina Azman (Mystical Mangla dan V For Vintage).

Walaupun begitu, salah seorang bekas personaliti, Datin Zalina Azman, 45, yang kini juga bergelar penulis buku menyangkal dakwaan bahawa bekas personaliti tidak semestinya akan menulis buku setelah mereka bersara.

Apatah lagi dia telah menulis buku sejak sebelum kedua-dua bekas personaliti itu menerbitkan buku mereka.

“Saya menghasilkan buku bukan disebabkan trend ramai personaliti yang menulis buku sekarang tetapi saya menerbitkan buku sebelum Aziah dan Shawati lagi iaitu bermula 2005.

“Lagipun buku saya keluarkan melihat kepada pasaran yang berbeza.

“Masing-masing mempunyai kelebihan dan stail tersendiri. Misalnya dalam buku ‘V For Vintage’ menceritakan tentang koleksi baju saya seperti baju yang disimpan selama 20 tahun lalu,” kata Zalina yang menghasilkan buku pertamanya, Mystical Mangla.

Buku itu merupakan penghargaan kepada kekayaan sejarah seluruh kawasan Mangla dan ditulis daripada kaca matanya sebagai seorang pengembara.

Selain sibuk dengan penulisan buku, Zalina turut mereka cipta ‘layout’ laman web dan mempromosikan syarikat milik suaminya, Datuk Anuar Adam iaitu Maxcorp Media Sdn. Bhd.

Disebabkan dunia baru yang dilaluinya sekarang, ibu kepada Mikhail Norman, 19, dan Anzarryn, 3, ini enggan beranjak dalam dunia penulisan sekaligus kurang berminat lagi untuk membuat penampilan semula beraksi di hadapan kamera.

“Rindu tu memanglah tetapi saya rasa tak perlu buat ‘comeback’ lagi kerana saya sudah mempunyai kerjaya sendiri.

“Bagaimanapun, saya masih lagi menyokong program-program yang dijalankan oleh TV3 seperti Inspirasi TV3,” kata Zalina yang pernah mengendalikan program Money Matters.

Wanita yang pernah mendapat jolokan 'hos wanita paling glamour' ini juga mempunyai pengalaman menemubual bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela serta selebriti terkenal antarabangsa seperti Beyonce Knowles, dan Britney Spears.

Zalina memulakan tugas di stesen TV itu sejak 1990, bagaimanapun pada 2002, beliau melanjutkan pengajian di dalam peringkat Sarjana Kewartawanan selama setahun di London.

Berdasarkan pengalaman yang Zalina ada, tidak salah jika meminta pandangan atau nasihat yang dia mahu berikan kepada pelapis dalam bidang penyiaran sekarang.

“Saya lihat persaingan sekarang memang kuat berbanding dulu dalam dua hingga tiga orang sahaja yang bersaing dalam industri.

“Sekarang, saya lihat banyak bakat dikalangan remaja yang lahir dari ‘reality show’. Saya harap TV3 mempunyai program yang cukup dan jangan mengecewakan mereka yang ada bakat ini,” ujarnya bersungguh-sungguh yang begitu mengagumi bakat pengacara Ally Iskandar dan Fara Fauzana.

Katanya, Ally mampu mengendalikan program yang berbentuk serius atau santai manakala Fara pula boleh menjadi seorang pengacara yang ‘berwarna-warni’.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 12:46 pm

Penampilan baru Raja Endon Mastura

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Endon10


TEMAN Diva sempat menghadiri sidang akhbar filem pertama arahan Jason Chong, pelakon yang kini sudah pun bergelar pengarah. Filem arahannya yang bertajuk Belukar itu dibintangi oleh Daphne Iking dan Bront Palare sebagai teraju utama.

Sebelum sidang akhbar bermula, teman Diva perasan yang semua mata tertumpu pada seseorang. Rupanya semua sedang memandang seorang wanita yang tinggi lampai dan berambut pendek masuk ke ruang legar Hard Rock Cafe. Sekali pandang macam kenal, dua kali pandang, memang sahlah wanita yang berpakaian seksi itu Raja Endon Mastura yang dahulu pernah menjadi pengacara di saluran Astro Awani.

Lama juga tidak nampak kelibat wanita cantik ini. Mulanya dia enggan gambarnya diambil oleh jurugambar Utusan, Jefri Iran, tapi akhirnya dia sempat memberi pos mesra tapi menutup sebahagian tangannya yang terdedah.

Lain betul penampilannya sekarang. Katanya, dia sekarang terlibat dengan perniagaan dalam bidang teknologi maklumat.

Diva: Dengar Raja Endon pun nak melangsungkan perkahwinan ya?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 12:49 pm

Penampilan Terbaru Siti Nurhaliza

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Anuger10 BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Anuger11

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Anuger12 BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Anuger15
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitimeThu 11 Jun 2009, 12:50 pm

Gambar Terbaru Hazami

Siapa peminat Hazami di sini? angkat kaki. Hehe. Hazami kali ini muncul bukan sebarang muncul. Kemunculannya ini dianggap mengubat luka peminatnya yang sudah berbulan-bulan tidak kelihatan dimana-mana. Dan kemunculannya ini juga dianggap satu hadiah kepada peminatnya kerana dia sendiri telah menerbitkan dua buah album dalam satu. Album bernama Running itu memuatkan lagu-lagu English dan selebihnya lagu bahasa.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Hazami10

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Hazami11
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 5 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 5 of 12Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6 ... 10, 11, 12  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions