|
| BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 11 Jun 2009, 12:53 pm | |
| Saya amat kecil hati - Almy Nadia
PEMBABITAN awal bintang muda ini sebagai anak seni memang banyak dibantu oleh sutradara tersohor, Prof Madya A.Razak Mohaideen. Tidak dinafikan, pengarah itulah yang telah membuka laluan untuk Almy Nadia mempamerkan bakat lakonannya.
Bertitik tolak dari situ, aktres berusia 23 tahun semakin mula mencuri perhatian ramai produser drama dan filem yang nampak akan bakat semulajadi Almy itu. Dan bermulalah perjalanan seni pelakon ini sehingga dia kini dilihat antara bintang muda yang berpotensi cerah untuk pergi jauh di dalam bidang ini.
Tutur Almy, tatkala industri seni semakin ramai dipenuhi muka-muka baru, dia sendiri tidak menyangka rezekinya sebagai pelakon terus bertambah. Walaupun tuahnya lebih memihak kepada drama berbanding filem, namun bagi anak jati Ipoh, Perak ini, dia tidak melihat itu sebagai satu 'isu' besar buat dirinya.
Selagi diberi kepercayaan oleh produser, dia akan menggalas tanggungjawab itu sebaik mungkin tidak kiralah sekecil mana watak yang diberikan kepadanya itu.
Dan berkat kesabarannya itu juga, Almy kini berjaya ke layar perak buat kali kelimanya apabila dia ditawarkan oleh Razak untuk membintangi filem 4 Madu, bergandingan dengan pelakon-pelakon hebat lain seperti Saiful Apek, Rozita Che Wan, Fasha Sandha, Bienda dan Marsha.
Almy Nadia membawakan watak madu nombor tiga di dalam filem 4 Madu - foto THE STAR oleh CHAN TAK KONG
Ujar pelakon yang pernah membintangi beberapa buah filem seperti Dunia Baru The Movie, Bisikan Ablasa dan terbaru yang bakal ditayangkan tidak lama lagi iaitu Skrip 7707 itu, dia sememangnya gembira apabila menerima tawaran tersebut.
Namun, ada sesuatu yang membuatkan gadis ini amat 'berkecil hati' pada awalnya tatkala ditawarkan watak sebagai madu nombor tiga di dala, filem tersebut.
"Sebenarnya, saya dapat watak itu pun kerana menggantikan tempat pelakon yang tidak dapat membintangi filem tersebut. Kebetulan pula memang jadual saya 'free' ketika ini, jadi saya terima tawaran tersebut walaupun diberitahu pada saat-saat akhir.
"Saya tidak nafikan, pada awalnya saya amat kecil hati juga sebab saya ditawarkan pun sebab untuk menggantikan tempat pelakon lain. Tetapi setelah saya berfikir semula, mengapa perlu saya berfikiran negatif tentang hal ini.
"Lagipun sudah lama saya tidak bekerja di bawah arahan Prof Razak dan saya rasa, peluang ini perlu saya gunakan dengan baik," kata Almy yang kini sedang sibuk dengan penggambaran filem tersebut.
Menurutnya lagi, beberapa buah drama lakonannya juga sedang ditayangkan di kaca televisyen seperti Rumah Mak, Jangan Pandang Belakang dan Suria Kasandra.
Ditanya tentang kepuasan terhadap prestasinya bergelar anak seni sepanjang beberapa tahun terbabit dalam industri ini, kata Almy, dia gembira melihat tahap lakonannya semakin meningkat, tidak seperti di awal-awal pembabitannya dulu.
"Memang kalau nak dibandingkan dengan dulu, saya akui sekarang ini saya semakin yakin dengan kemampuan diri. Tetapi banyak lagi sebenarnya yang perlu saya tingkatkan.
"Apa yang pasti, bukan saja dari segi lakonan, malah pengalaman yang saya kutip sehingga hari ini juga sebenarnya banyak mematangkan diri. Cukup perit sebenarnya bergelar artis.
"Malah, saya selalu menasihati saudara-mara saya yang berminat menjadi pelakon agar fikir semasak-masaknya sebelum menceburi bidang ini.
"Bukan cemburu atau apa, tetapi dengan apa yang pernah saya lalui sendiri, kalau boleh biarlah mereka memilih bidang kerja yang lain," kata Almy.
Harap hubungan dengan Fizz berakhir dengan perkahwinan
Sudah lebih dua tahun Almy dan kekasihnya, Fizz, menjalinkan hubungan cinta. Dalam tempoh itu, kata pelakon ini, dia akui ramai yang bertanyakan bila dia dan Fizz akan mendirikan rumahtangga.
Namun, khabar angin yang bertiup baru-baru ini yang mengatakan dia dan Fizz sudah berpisah nyata mengejutkan dirinya. Ujar Almy, dia tidak tahu bagaimana kisah itu tercetus sedangkan hubungannya dan aktor itu masih seperti biasa.
"Kami masih 'ok' sebenarnya. Biasalah adat berkasih mesti ada pasang surutnya juga. Tapi tidaklah seperti yang dikhabarkan itu.
"Mungkin sebab sejak kebelakangan ini kami jarang menghadiri mana-mana majlis bersama, tidak seperti dulu. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri, malah sekarang ini pun Fizz berada di Bali untuk penggambaran sebuah drama," kata Almy.
Ditanya mungkinkah jalan terbaik 'menghindari' gosip seperti ini ialah dengan membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih 'tinggi', kata Almy:
"Tentang hal perkahwinan, saya tidak mahulah komen panjang. Saya ni perempuan, jadi saya tunggu sajalah. Saya cuma berharap kasih kami seteguh Zamarul dan Diana yang akhirnya berkahwin juga setelah lapan tahun bercinta.
"Bagilah setahun dua lagi...barulah selesa untuk berbicara tentang perkahwinan," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 11 Jun 2009, 12:56 pm | |
| Pic anak Eizlan Yusof-Vie Zaraa!! Tadi aku pegy kat blog zed zaidi..terjumpa link blog eizlan yusof.. so,pegy lah kat blog eizlan yusof..then dlm blog dia..ada tunjuk gambar anak dia.. Vie Zaraa..sangat comel macam mak ngan ayah dia.. Just nak share ngan korg! Semua gambar nie,waktu hari jadi Vie Zaraa baru2 nie.3 May 2009..cukup satu tahun! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 11 Jun 2009, 3:50 pm | |
|
Program Bersama Normala Samsudin selama 26 episod itu sudah mula bersiaran 17 Mei lalu di TV1. Disiarkan setiap Ahad jam 3 petang, program kupasan perihal wanita itu menjadi pertaruhan sulung sebagai bukti comeback yang dimaksudkannya tadi. Selain menjadi hos, Normala turut bertindak sebagai penerbit.
“Menjadi penerbit dan pengacara pada masa yang sama bukanlah perkara yang mudah. Namun Kak Mala bersyukur mempunyai tenaga sokongan termasuk pasukan penerbitan yang baik. Kombinasi semuanya melancarkan apa yang kita rancangkan.
“Apa yang Kak Mala lakukan ini sudah dirancang sejak tiga tahun lalu, namun hanya pada tahun ini, ia dapat direalisasikan. Ketika itu, tidak manis untuk Kak Mala membabitkan diri di saat suami memikul tugas dalam kementerian.
“Program ini hadir bukan semata-mata mahu mencari keuntungan, sebaliknya atas dasar memeriahkan industri. Satu lagi, Kak Mala jenis yang suka berfikir untuk berkarya dan ia dilampiaskan dengan minat bagi kembali bersiaran,” katanya sambil memberitahu jika ada rezeki beliau ingin mengacara program lain pula. Pernah melalui fasa membahagiakan mengecapi populariti, kata Normala, apa yang dilakukan kini bukan untuk mengejar elemen itu. Malahan, apa yang dilaksanakan sekarang bukan kerana kerinduan yang mencengkam jiwa untuk kembali mengacara.
“Secara jujurnya, zaman popular Kak Mala sudah berlalu. Cukuplah setakat itu dan ini adalah permulaan untuk Kak Mala melakukan kembali apa yang pernah dilakukan sebelum ini. Kak Mala juga mahu memanjangkan legasi itu kepada anak dan mereka yang berminat untuk bergelar pengacara.
“Salah seorang anak perempuan Kak Mala sudah menunjukkan potensi untuk mengikut jejak. Bukan soal rindu yang membuatkan Kak Mala kembali. Dunia pengacaraan dan penulisan masih di hati Kak Mala biarpun tidak berada di depan kamera.
“ Kak Mala masih menulis memoir dan manuskrip perjalanan dan pengalaman hidup yang dilalui di rumah. Besar kemungkinan, ia bakal diterbitkan dalam bentuk buku biografi. Ada juga idea yang diluahkan, Kak Mala terjemahkan ke dalam skrip beberapa drama yang tak dapat didedahkan atas permintaan pihak tertentu,” katanya yang setia menerima sokongan dan dorongan suami tercinta. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 11 Jun 2009, 3:58 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 11 Jun 2009, 4:02 pm | |
| Galeri gambar Qi Bekas pengacara Rancangan Destinasi Bajet di 8TV DAN bakal membintangi siri Drama 'Blogger Boy' juga di 8TV.. Nama: Qushairi Mohammed Razali Umur: 32 tahun Tarikh lahir: 8 Ogos 1977 Tempat lahir: Tanjung Bungah, Pulau Pinang Tinggi: 180 sentimeter Berat: 61 kilogram |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 11 Jun 2009, 4:07 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 11 Jun 2009, 4:11 pm | |
| Minyak Urut Mawi…?? Adakah Mawi sekarang sudah bertukar profesion dan meniaga minyak urut pula macam DO RE MI P Ramlee? Ini semua gara-gara penjualan album yang lembap dan glamor yang semaking kurang? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 11 Jun 2009, 4:12 pm | |
| Pelakon Melayu Lari Bogel Elak Tangkap Basah!!
Seorang jejaka MELAYU telah lari tanpa baju (bogel) kerana mengelak dari pasukan tangkap khalwat pejabat agama. Ketika itu, dia cuba ditahan kerana berkhalwat dengan penolong penerbit rancangan itu di sebuah apartmen 10 tingkat, dekat sini, kira-kira jam 3 pagi kelmarin. Pelakon itu dipercayai sudah beberapa kali datang ke apartmen wanita terbabit yang juga tunangnya sejak beberapa bulan lalu. Malah, ketika ditahan wanita terbabit hanya memakai seluar pendek dan singlet yang menampakkan tubuhnya yang mongel dan seksi, selain penemuan seluar dan baju pelakon lelaki berkenaan di biliknya
Penahanan pelakon dan penolong penerbit itu disahkan Ketua Unit Tindakan Khas (UTK) Jais, Shahrom Maarop, yang mengakui pihaknya terpaksa menanti kira-kira 10 minit sebelum wanita terbabit membuka pintu.
Beliau berkata, wanita terbabit yang hanya memakai singlet dan berseluar pendek mendakwa tinggal bersendirian di apartmen itu sebelum penguat kuasa melakukan pemeriksaan dalam bilik. “Anggota penguat kuasa yang curiga dengan pengakuan wanita itu menjumpai seluar dan baju yang menunjukkan ada seorang lelaki turut tidur di situ. “Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan seseorang meloloskan diri melalui balkoni apartmen berkenaan yang dipercayai memasuki rumah bersebelahan,” katanya.
Bagi mengelak pelakon terbabit melarikan diri, Shahrom berkata, anggota penguat kuasa Jais bergegas mengetuk pintu apartmen bersebelahan yang dihuni beberapa lelaki warga asing.
Mereka mendapati ada beberapa warga asing dan kelibat seorang lelaki yang hanya menutup dirinya dengan kain langsir berhampiran balkoni. “Penguat kuasa menjalankan siasatan terhadap lelaki terbabit yang dipercayai cuba menyamar sebagai warga asing bagi mengelak ditahan.
“Bagaimanapun, helah itu tidak menjadi apabila percakapan dan warna kulit pelakon itu berbeza dengan penghuni warga asing di apartmen itu,” katanya. Selepas menyedari helah tidak menjadi, Shahrom berkata, pelakon terbabit mengaku tidur di rumah wanita yang juga penolong penerbit drama yang dilakonkannya selain mengaku mereka sudah bertunang dan akan bernikah tidak lama lagi. Beliau berkata, pasangan terbabit cuba merayu beberapa kali dengan memberi alasan akan berkahwin tidak lama lagi dan terbabit dengan program popular di televisyen. Perempuan terbabit adalah seorang bekas pengacara dan penolong penerbit sebuah drama. [Hmetro] |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 11 Jun 2009, 4:17 pm | |
| Catriona Bahrin Ross Kahwin! Everyone’s favourite, Catriona Bahrin Ross, 28 or better known as KAT will be tying a knot ASTRO’s producer, Shaharuddin Moktharuddin, 29 on 26 June 2009. They were engaged last year. Congrats to both of them. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 11 Jun 2009, 4:20 pm | |
| Separated at Births: Tengku Tiara dan Sosilawati.. Pelandok dua serupa lagi. Montel. Tengku Tiara is the former contestant of One in a Million while Sosilawati is the big boss of Nouvelle Visages. Who is prettier? Don’t they look the same? Hair, cheek and lips especially? Hohoho.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 11 Jun 2009, 4:23 pm | |
| Gelaran Gadis Botox Malaysia. Siapakah yang berjaya dinobatkan sebagai GADIS BOTOX MALAYSIA? Jika gelaran ini ada pastinya ia menjadi saingan hebat di antara ZAHIDA RAFIK dan UMIE AIDA. Siapakah Yang Layak Digelar Gadis Botox Malaysia? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 11 Jun 2009, 4:26 pm | |
| Majlis Berinai dan Persandingan Adlin Aman Ramli dan Emelda Congrats to Adlin and Emelda on their wonderful wedding. When can we expect to see a baby? EMELDA LOOKING SOO SWEET..MAKE UP BY BABY ELLE.. SULTAN MELAKA RAJA OREN NYAMM.. GUESS WHICH ONE IS THE FAMOUS BABY ELLE? FROM LEFT, NURUL SHUKOR, SAIDATUL NISA AND BABY ELLE.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 11 Jun 2009, 4:29 pm | |
| Siapa Lebih Mantepp? Lisa Surihani, Norliana Samsudin atau Rozita Che Wan Ironinya dalam cerita yang tengah hot sekarang di Astro Prima i.e 3 JANDA, yang benar-benar janda adalah ROZITA CHE WAN.. LISA SURIHANI dan NORLIANA SAMSUDIN semua masih single beb! Sungguh menarik…si Farid Kamil terkial-kial ingin tahu nama si Intan tu..heheh..Lisa Surihani jual mahal pula. It’s a funny story to watch especially the one that really tests the acting competence of NORLIANA SAMSUDIN. Pierre is definitely gone from her life. She can stand and dance on her own now and can become more popular than Pierre himself. After Histeria, Norliana has become more prominent and offers simply came pouring in. She’s also in BIONIK, a sci-fi drama from KRU Studios. 3 JANDA telah ke udara sejak 22 April di Astro Prima (saluran 105), setiap Rabu, pukul 10 malam. So between these three JANDA’S which one is the hottest? Siapa Paling Hot?? Lisa Surihani Norliana Samsudin Rozita Che Wan |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 11 Jun 2009, 4:34 pm | |
| Akim Cintai Aishah AF7 It’s true that they are in love. Just look at this picture. Akim dengan penyayangnya memegang tangan Aishah di kelas.. Wooow..Sabar bang..mmawahh mwaahh..heheh..i lap u..u lap me..kita sama-sama bersih.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 11 Jun 2009, 5:03 pm | |
| Gambar Seksi Chaq dan Ayahnya Wah bukan main lagi gaya siapa seksi dua beranak nie, bergambar sambil buka baju, mungkin disebabkan kepanasan kot. Seksi sampai nampak pu**** lagi tu. Hehe. Ikut style kakak ni, Stacy pun seksi juga. Ini gambar Chaq yang dahulu, sekarang dia da famous bcoz menyertai Mentor 3 bersama Ajai, dan sekarang berada di ranking teratas di Mentor. Sabah bulih bha! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 11 Jun 2009, 5:08 pm | |
| Emran & Erra kalut bila Aleesya menangis BERGELAR IBU ADALAH SAAT PALING BERHARGA DALAM HIDUP SESEORANG WANITA. BAGI FAZIRA WAN CHIK ATAU LEBIH TERKENAL DENGAN PANGGILAN ERRA FAZIRA, KEHADIRAN ENGKU ALEESYA, 2 BULAN, NYATA MEMBUATKAN KEHIDUPANNYA BERUBAH. PENGALAMAN SEBAGAI SEORANG IBU CUKUP BERMAKNA, APATAH LAGI KETERUJAAN TERSEBUT TURUT DIKONGSI DENGAN SUAMI TERSAYANG, ENGKU EMRAN ENGKU ZAINAL ABIDIN YANG CUKUP RINGAN TULANG UNTUK MEMBANTUNYA.
Akui Erra, bulan pertama Engku Aleesya dilahirkan cukup ‘menghuru-harakan’ kehidupannya. Apakan lagi, dia masih baru dan tidak memiliki pengalaman dalam menjaga bayi lahir. Tatkala Engku Aleesya menangis dan meragam tanpa sebarang sebab Erra pernah resah dan tertekan.
“Hanya mereka yang melalui saat-saat begini yang tahu betapa indahnya bila diri digelar seorang ibu. Namun, tempoh berpantang bagi Erra agak mencabar, harus melayan kerenah Aleesya yang kadang-kala menangis tanpa sebarang sebab. Pening bila dia menangis sampai kami pernah buntu dibuatnya.
“Maklumlah, saya dan Emran, tidak biasa dengan situasi begini. Tapi Alhamdulillah masuk bulan kedua, Erra sudah boleh mengendalikan Aleesya dengan baik atas pertolongan ibu Erra, ibu mentua. Emran pula memang rajin membantu termasuklah bab menyalin lampin dan membersihkan Aleesya,”cerita Erra ketika di temui dalam majlis cukur jambul anaknya baru-baru ini.
Bercerita tentang detik kelahiran bayinya kata pelakon jelita ini dia tidak menghadapi masalah walaupun Aleesya agak besar. “ Erra tak tahu yang Aleesya besar memandangkan sebelum bersalin, kata doktor beratnya mungkin dalam lingkungan 3.4 kg-3.6 kg. Tapi bila lahir dengan berat 4.04 kg, doktor pun terkejut. Mungkin sebab waktu hamil Erra suka makan, iyalah takut nanti air liur anak meleleh,” seloroh Erra.
“Apa pun alhamdulillah ketika bersalin Erra tak hadapi sebarang masalah. Kebetulan juga Aleesya dah terlebih lima hari, jadi bila sakit, doktor terus cadangkan Erra masuk hospital sebab tidak mahu berhadapan dengan sebarang risiko. “ Ketika Aleesya lahir saja, Erra rasa begitu sebak kerana bakal bertemu dengan nyawa baru. Itulah saat yang Erra dinantikan dan bila sudah bergelar ibu bagi Erra sempurnalah diri sebagai seorang wanita,”sambung nya yang memberi tempoh dua tahun sebelum hamil kembali demi mahu memberi kasih sayang sepenuhnya buat Aleesya.
Tak tahan bau pilis
Seperti ibu bersalin yang lain, Erra turut mengamalkan pantang selama 44 hari selain menggabungkan cara pantang tradisional dan moden. Sepanjang tempoh tersebut juga, katanya dia cuba untuk tidak berdiet memandangkan Aleesya menyusu badan. Kalau sebelum ini dia menganggap tempoh berpantang adalah saat terbaik untuk menurunkan kembali berat badan namun demi Aleesya hasrat tersebut terpaksa dilupakan.
Tapi untungnya ratu filem Melayu ini bakal dibantu oleh Slim World untuk melangsingkan tubuhnya tidak lama lagi. “Ketika dalam pantang, memang Erra ikut betul-betul apa yang bidan cakap terutama sekali bab bertungku. Tapi yang Erra tak tahan cium bau pilis.
Selain itu, Erra juga jaga pemakanan, makanan yang sejuk seperti tembikai dan ais Erra masih elakkan sehinggalah sekarang,” cerita Erra tentang pengalaman berpantangnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 11 Jun 2009, 5:10 pm | |
| Diana Rafar rapat dengan anak tiri Pada majlis yang serba ringkas itu, Diana kelihatan anggun dengan busana rekaan Shahril Nordin, menerima mas kahwin RM165, wang hantaran sebanyak RM16,500 serta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan. Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 100 orang tetamu termasuklah ibu Diana, Zainon Abd Rahman, ibu bapa Zamarul iaitu Mohammad Mohd Zain dan Zaleha Abd Rahman. Turut hadir adalah ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat mereka.
Anak sulung Zamarul, Izzat Haiqal, 10, hasil perkongsian hidup pelakon itu menerusi perkahwinan terdahulu, juga hadir pada majlis tersebut. Ditanya tentang penerimaan dua orang anaknya dengan bekas isteri, iaitu Izzat dan Iqmal Haiqal, 7, tentang perkahwinan ini, kata Zamarul, mereka tidak mempunyai sebarang masalah. Malah, akui pelakon itu, anak sulungnya, Izzat juga amat rapat dengan Diana.
“Izzat ni ibarat ‘kawan baik’ Diana. Memang dia yang mahu sangat kami berkahwin. Malah, dia asyik bertanya bila dia akan dapat adik baru,” katanya yang menambah, dia dan Diana memilih untuk mengerjakan umrah tidak lama lagi. Sementara itu, Diana juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancer dan kini sah bergelar isteri kepada Zamarul. Selepas dinikahkan, pasangan ini turut diraikan pada majlis persandingan berkonsepkan ‘garden wedding’ pada sebelah malamnya di Bougainvilla Garden, Shah Alam manakala majlis resepsi di pihak pengantin lelaki pula diadakan pada 23 Mei di rumah keluarga Zamarul di Bangi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 11 Jun 2009, 5:11 pm | |
| Cinta Ekspres Darling & Nur Azlin Darling dinikahkan sendiri oleh ayahanda tercinta Hj. Ngasri Sain di kediaman mereka di Jalan Ipohtepat jam 2.45 petang dengan disaksikan Ketua Imam Masjid Abu Hurairah, Mukim Batu, Tuan Haji Razab Chik Dollah serta ahli keluarga terdekat yang lain. Turut hadir pada majlis bersejarah kedua mempelai ialah ibu bapa kepada pengantin lelaki. Pada petang tersebut, Darling menerima wang hantaran sebanyak RM22,222,22 dengan mas kahwin RM80 serta sembilan dulang hantaran daripada pihak lelaki. Sementara itu, Darling membalas dengan 11 dulang hantaran berupa sepersalinan pakaian, jam tangan, tiga buah kek berlainan corak, buah-buahan, sirih junjung, senaskhah Al-Quran serta barangan mandian. Untuk majlis pernikahan tersebut, Darling kelihatan ayu dengan persalinan Cosry. Sentuhan wajahnya pula daripada Deqsha, sementara hiasan pelamin dan hantaran daripada Nasgreat Ideas. Ketika ditemui selepas upacara akad nikah, Darling menganggap segala yang berlaku adalah jodoh biarpun ada yang melihatnya seperti terburu-buru. “Biarpun ada yang mengatakan majlis kami ini seperti terburu-buru, pada saya semua itu adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Saya bersyukur sangat kerana semunya telah selamat dijalankan,” ujar Darling. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 11 Jun 2009, 5:14 pm | |
| Perang dingin Syamsul Yusuf vs Zed Zaidi Kisah ’perang dingin’ dua aktor terkenal negara kita iaitu Syamsul Yusuf dan Zed Zaidi hangat diperkatakan. Semuanya bermula apabila Zed Zaidi dikatakan melemparkan kata-kata kurang sopan dan rasa tidak puas hatinya terhadap Syamsul berkenaan beberapa perkara menerusi blog.
Apa kata Syamsul
“Saya pun tidak tahu kenapa dia buat macam tu. Pada saya apa yang dia buat tu salah. Bila saya tanya dia kenapa, dia jawab sekadar kritikan. Bagi saya itu buka kritikan tetapi luahan emosi peribadi darinya. Lagi saya rasa bengang apabila dia masih mempertahankan apa yang dia buat itu adalah betul,” katanya.
Selepas membaca ‘karangan’ Zed di blog, ini SMS yang dikirim oleh Syamsul kepada Zed. “Aku ada buat salah ke?” “Macam ni ke kawan?” Kemudian, ini balasan mesej daripada Zed. “Relaks la bro, sekadar kontroversi. Kita sama-sama artis dan dapat nama”
Mendengar jawapan dan kiriman SMS tersebut, seperti ada masalah yang berlaku antara mereka.
“Saya tidak rasa saya bermasalah dengannya. Kalau nak kata saya marah di lokasi, semua pelakon saya marah. Perlu ada sikap profesional. Di luar lokasi kawan seperti biasa. Sehingga kini, saya masih menanti ucapan maaf darinya.
“Saya tidak akan ‘call’ kerana takut akan jadi lain lagi. Saya bukan seorang yang berdendam dan suka cari masalah dengan orang lain. Kalau dia dah minta maaf, segalanya akan selesai. Boleh terus berkawan seperti biasa.
“Apa yang berlaku ni, saya rasa sedih. Dia seperti kawan yang tikam belakang sehingga sanggup bercerita macam tu di dalam blognya,” tambah Syamsul lagi.
Zed Zaidi mohon maaf
“Apa yang saya tulis di dalam blog tersebut sekadar pandangan peribadi yang saya dengar sendiri daripada rakan-rakan artis yang bercakap mengenainya dalam satu majlis berprestij baru-baru ini. “Mungkin silap saya apabila tidak menyatakan ayat tersebut daripada mereka dan saya hanya menulis dan bercerita. Kalau itu pun dia anggap besar, dan terus sahaja meluahkannya pada media, sedikit sebanyak menunjukkan personaliti sebenar dirinya,” jelas Zed kepada MH.
Zed juga menjelaskan, balasan SMS yang dikirim kepada Syamsul sebenarnya bermaksud lain dan bukannya seperti apa yang dimaksudkannya. “Relaks la bro, sekadar kontroversi. Kita sama-sama artis dan dapat nama.” “Maksud saya menerusi SMS tersebut adalah, cerita-cerita gosip dan kontroversi adalah biasa dalam dunia artis. Nak tak nak kita terpaksa juga terimanya. Sebab kita selebriti, itu yang menjadi lebih hangat. “Diharapkan apa yang saya jelaskan hari ini akan berakhir dan tidak perlu diperbesar-besarkan lagi. Hal ini tersebar luas sebab sikapnya yang salah faham dan terus sahaja bertemu pihak media. Untuk itu, dengan rasa rendah diri andai dia terasa saya minta maaf. Paling tidak pun, saya belajar daripada kesilapan,” tambah Zed lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Sun 14 Jun 2009, 9:23 am | |
| Kes Pergaduhan Haleeda : Shah pula tampil buat kenyataan
“Saya dengan Haleeda hanya rakan sekerja, tidak lebih daripada itu,” kata pelakon Shah Hassan mengenai status hubungannya dengan penyanyi dan pelakon wanita berkenaan selepas insiden serangan dan pergaduhan ketika penggambaran drama bersiri minggu lalu.
Malah katanya, niat meminjamkan kereta kepada Haleeda adalah atas dasar membantu kawan.
“Saya membantu seorang kawan yang saya percaya, tetapi saya tidak sangka ia mengundang perkara buruk sehingga mengaibkan ramai pihak,” katanya dalam pertemuan dengan Harian Metro semalam.
Shah, 37, juga mendakwa Haleeda dan isterinya saling mengenali antara satu sama lain dan soal cemburu tidak sepatutnya timbul.
“Punca kejadian itu disebabkan cemburu buta dan tidak puas hati seorang individu bergelar Datuk,” katanya.
Beliau mendakwa disebabkan perasaan itu, isterinya terpedaya selepas dihasut sehingga menyebabkan berlaku serangan dan pergaduhan.
“Sebenarnya perkara ini dapat diselesaikan dengan berunding, tetapi disebabkan campur tangan Datuk terbabit terjadi perkara memalukan itu,” katanya.
sumber : harian metro
hmm... sape datuk tu ek.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Sun 14 Jun 2009, 9:24 am | |
| Pertunangan Maya (Matahari) dengan Kerabat DiRaja HAMPIR empat tahun berkenalan akhirnya penyanyi dan pelakon Meyanaliza Ruslee, 33, atau Maya dan kekasih hatinya, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz, 38, atau Reza mengambil keputusan bernikah pada 26 Jun ini di Masjid Darul Ehsan, Taman Tengku Abdul Rahman (TAR), Ampang, Selangor.
Last edited by sally_eiyna on Tue 16 Jun 2009, 10:54 am; edited 2 times in total |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Sun 14 Jun 2009, 2:04 pm | |
| Kebetulan atau.. Siapa ada terbaca Utusan Malaysia hari ini (— 13.06.2009). Tajuk di’muka utama bertajuk “Dakwa dua Datuk” dan tagline menulis UMNO mahu SPRM ambil tindakan bagi bersihkan imej parti – Tengku Adnan. Penulis agak kelakar apabila membaca tajuk utama dan tagline tersebut apabila menukarnya sedikit. Apakah yang cuba disampai oleh editor akhbar Utusan kepada kita? Cuba pembaca buangkan UMNO, SPRM dan parti – Tengku Adnan. Ayat tersebut akan bertukar kepada Dakwa dua Datuk – mahu ambil tindakan bagi bersihkan imej. Dan kebetulan juga terdapat dua gambar artis bergelar Datuk iaitu Datuk A. Samad Said dan Datuk Siti Nurhaliza sedang membuat persembahan di Malam Puisi Utusan. Mereka berdua jelas mempunyai masalah dengan imej. Mungkin juga editor Utusan dengan sinis memerli kedua-dua Datuk ini untuk mengubah imejnya. Ya lah, Datuk A. Samad Said walaupun sudah ber’title Datuk tetapi masih berimej comot kerana janggutnya rambutnya yang tidak disikat dan Datuk Siti Nurhaliza pula heboh mengenai caranya berimej tudung dan pakaiannya yang kadang-kadangkala tidak mencerminkan wanita bertudung. Wallahualam. Ini sekadar gurauan sahaja. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Sun 14 Jun 2009, 2:06 pm | |
| Datuk Siti Nurhaliza di Malam Puisi Utusan |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Sun 14 Jun 2009, 2:28 pm | |
| Konsert SATU Siti Nurhaliza: Pelanggan Maxis & Hotlink Dapat Potongan 20% PELANGGAN Maxis & Hotlink NIKMATI POTONGAN 20% UNTUK TIKET “Konsert Eksklusif SATU” Dato’ Siti Nurhaliza. Semua hasil kutipan daripada Malam Gala akan didermakan kepada badan kebajikan. Pada 26 Jun 2009, para pelanggan Maxis dan Hotlink akan menikmati potongan 20% untuk semua tiket sebagai sebahagian daripada Malam Gala Maxis bersama-sama Dato’ Siti Nurhaliza semasa “Konsert Eksklusif Satu” beliau. Pemenang sepuluh kali Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk Penyanyi Vokal Wanita Terbaik itu akan mengadakan persembahan sebagai sebahagian daripada aktiviti kutipan wang untuk kebajikan, daripada 8:30 malam hingga 10:30 malam di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Semua hasil kutipan Maxis akan didermakan kepada Yayasan Nurjiwa, badan kebajikan yang diasaskan oleh Dato’ Siti dan suami beliau, Datuk Khalid Jiwa |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Sun 14 Jun 2009, 5:10 pm | |
| ]Hijjaz Lamar Salima AF4 -"Setakat ini saya merancang untuk menghasilkan album penuh. Terutama membabitkan lagu Arab. Begitupun, saya belum jumpa lagu dan komposer yang sesuai untuk melaksanakannya. Mungkin saya akan memilih lagu irama Timur Tengah untuk single yang akan datang," katanya. Dia yang dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk memberi sokongan kepada salah seorang saudaranya yang menyertai pertandingan nyanyian Bintang Klasik RTM peringkat Zon Utara turut memberitahu mendapat tawaran daripada pihak Hijjaz Records Sdn Bhd sebagai artis rakaman mereka begitupun segalanya masih dalam peringkat perbincangan. "Setakat ini saya sudah ditawarkan menghasilkan album. Malah ada juga beberapa komposer yang mahu bekerjasama begitupun segalanya masih dalam perbincangan," katanya.
Last edited by sally_eiyna on Tue 16 Jun 2009, 10:52 am; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Mon 15 Jun 2009, 9:16 am | |
| Panas!! Lan keluar dari MUH ??- Gelora yang tidak berkesudahan kumpulan indie popular Meet Uncle Hussain (MUH) menjadi semakin parah apabila timbul dakwaan penyanyi utamanya Lan membuat kenyataan mahu membubarkan kumpulan tersebut. Sebelum ini telah timbul isu Lan dikatakan tidak “sekepala” dengan anggota kumpulannya iaitu Taja (bass) dan Afat (gitar). Akibat perkara itu mereka hanya ngam di pentas tetapi selepas persembahan masing-masing dengan hal sendiri ibarat “kau... kau, aku... aku”. Desas desus perpecahan mereka itu sebenarnya sudah lama kedengaran gara-gara Lan selaku vokalis MUH dikatakan sering kali menimbulkan masalah disiplin yang menyebabkan anggota kumpulan yang lain turut terkena tempiasnya. Khabar angin lain turut mengatakan Lan sudahpun menandatangani kontrak secara solo dengan sebuah syarikat rakaman dan mengenepikan tiga lagi anggota asal MUH. Lan ketika dihubungi enggan mengulas mengenai apa yang berlaku mengenai dirinya dan rakan-rakan sebaliknya meminta perkara tersebut ditanya kepada pihak pengurusannya. “Apa yang saya tahu, sebuah portal telah melaporkan berita yang kami berpecah dan dibubarkan. Soalnya siapa yang memberi kenyataan jika bukan Lan? Apa yang pasti itu hanya kenyataan dia dan bukan daripada anggota yang lain,” kata Taja. Sementara itu selaku pengurus kepada kumpulan tersebut Kimi pula enggan mendedahkan apa yang telah berlaku di antara mereka selama ini dan seboleh-bolehnya mahu isu berkenaan diselesaikan secara baik. “Jika diikutkan perancangan, selesai sahaja AIM16 kami dah berpakat untuk berehat dan bercuti. Cuma kami akan membuat persembahan pada 5 Julai nanti di Hard Rock Cafe memandangkan ia sudah dipersetujui sebelum ini. “Tiba-tiba Lan menghantar mesej dan mengatakan ia adalah persembahan terakhir kami dengannya. Mesej itu masih ada lagi dalam simpanan. Ia memberi gambaran seolah-olah Lan tidak mahu bersama MUH lagi. “Semua band ada impian masing-masing tapi kalau Lan dah tak mahu bersama lagi, apa yang boleh kami buat jika dia sanggup tikam dari belakang,” katanya.
Last edited by sally_eiyna on Tue 16 Jun 2009, 11:07 am; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Mon 15 Jun 2009, 9:21 am | |
| almy harap hubungan dengan Fizz berakhir dengan perkahwinan Sudah lebih dua tahun Almy dan kekasihnya, Fizz, menjalinkan hubungan cinta. Dalam tempoh itu, kata pelakon ini, dia akui ramai yang bertanyakan bila dia dan Fizz akan mendirikan rumahtangga. Namun, khabar angin yang bertiup baru-baru ini yang mengatakan dia dan Fizz sudah berpisah nyata mengejutkan dirinya. Ujar Almy, dia tidak tahu bagaimana kisah itu tercetus sedangkan hubungannya dan aktor itu masih seperti biasa. "Kami masih 'ok' sebenarnya. Biasalah adat berkasih mesti ada pasang surutnya juga. Tapi tidaklah seperti yang dikhabarkan itu. "Mungkin sebab sejak kebelakangan ini kami jarang menghadiri mana-mana majlis bersama, tidak seperti dulu. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri, malah sekarang ini pun Fizz berada di Bali untuk penggambaran sebuah drama," kata Almy. Ditanya mungkinkah jalan terbaik 'menghindari' gosip seperti ini ialah dengan membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih 'tinggi', kata Almy: "Tentang hal perkahwinan, saya tidak mahulah komen panjang. Saya ni perempuan, jadi saya tunggu sajalah. Saya cuma berharap kasih kami seteguh Zamarul dan Diana yang akhirnya berkahwin juga setelah lapan tahun bercinta. "Bagilah setahun dua lagi...barulah selesa untuk berbicara tentang perkahwinan," katanya
Last edited by sally_eiyna on Tue 16 Jun 2009, 9:51 am; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Mon 15 Jun 2009, 10:22 am | |
| Saya memang ada sayang seseorang - Ella KIRA-KIRA dua tahun lalu, Ratu Rock Negara ini pernah membuat pengakuan di majlis pelancaran albumnya, Rama-Rama, bahawa hatinya sudah dimiliki seseorang dan berhasrat untuk mendirikan rumahtangga pada tarikh 31 Julai 2007 bersempena dengan hari lahirnya yang ke-41 ketika itu. Tahun silih berganti dan bulan hadapan, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin akan menginjak usia 43 tahun. Dan nampaknya, kisah cintanya itu juga terus 'lenyap' begitu saja. Malah selepas itu penyanyi ini juga dilihat lebih gemar mengelak daripada berbicara tentang cinta apabila subjek itu diajukan oleh media. "Memang saya ada sayang seseorang. Dia tiada kena-mengena dengan industri hiburan, tapi dia memang meminati muzik," luah Ella, ringkas. "Insya-Allah bila masanya tiba, saya akan bagitahu. Bukan sengaja nak berahsia, tapi saya rasa bukan sekarang untuk bercakap tentang ini. "Saya perlu 'respect' keluarga dia dan saya juga. Lagipun rezeki, ajal maut ditentukan Tuhan, jika ada nanti, adalah," ujarnya. Diajukan soalan tentang perancangannya untuk mendirikan rumahtangga, tutur Ella, dia belum terfikir untuk berbuat demikian dalam masa terdekat ini. "Bukannya saya takut dengan perkahwinan. Sudah tentu kalau boleh saya nak kahwin secepat mungkin. Tapi ini semua Tuhan yang tentukan," katanya.
Last edited by sally_eiyna on Tue 16 Jun 2009, 9:50 am; edited 2 times in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Mon 15 Jun 2009, 10:24 am | |
| Gambar Mek Siti di Malam Puisi Utusan Pada Malam Puisi Utusan, ramai juga artis-artis yang hadir, tapi yang lainnya sepertinya banyak sudah khabar berita sana sini, tapi sekali sekala fokuskan kat Mek Siti, penghibur wanita dari Kelante. Sudah melangsungkan pernikahannya dengan orang dalam Istana pada bulan Mac lalu, kini melihat Mek (Nik Sayyidah) apabila membuat persembahan pada malam itu badannya makin slim dan tidak ada tanda-tanda akan berbadan dua
Last edited by sally_eiyna on Tue 16 Jun 2009, 9:47 am; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 9:44 am | |
| Sunday Nite Life : Apa Yang Hangat Mengenai Artis Malaysia? Gosip ahad, semalam boleh di’katakan menarik juga dengan beberapa tajuk berita menjadi perhatian kami di’OHBULAN! Antara kes yang masih tidak padam-padam panas’nya seperti pergaduhan antara Syamsul & Zed Zadi yang kami anggap sangat small matter, di’api-apikan seolah-olah ingin mencari publisiti murahan. Abai’kan mereka. Makin di’layan makin perangai macam budak-budak (si syamsul lah, zed ok jer). Watie buat harta kawan macam harta sendiriSatu kes lagi, Watie Elite di’katakan tidak memulang’kan barangan milik seorang lagi ahli bekas Elite sehingga ada barang kemas yang bernilai Rm15 ribu di’jadikan harta persendirian oleh Watie. Kata si pendakwa itu lagi, beliau sudah menghubungi Watie namun segala panggilan mahupun pesanan ringkas tidak berbalas. Haish, dah sengkek sangat ke Watie? Di’ruangan Kring Kring, konon’nya ada pemanggil yang menghubungi Nizam berkenaan seorang artis yang masih menipu mengenai perkahwinan’nya. Pada hemat kami, setelah di’teliti artikel berkenaan, terlintas di’benak fikiran bahawa artis yang di’maksudkan adalah Fasha Sandha. Antara klu-klu yang di’berikan adalah ‘pelakon wanita cantik kontroversi yang suka ganggu suami orang’, ‘Pelakon ni datang dengan seorang bintang sukan terkenal’ & ‘Cincin tunang yang dia kata tu sebenarnya cincin dia beli sendiri’ . Kenapa Fasha Sandha? Sebab beliau pernah di’kaitkan dengan gosip merampas bekas suami Nora Danish, pernah juga di’katakan bercinta dengan seorang ahli sukan ekuestrian & baru-baru ini’kan dia pernah tayang’kan cincin tunang’nya kepada khayalak. Yeah, koleksi hint-hint yang sangat tepat pada muka Fasha Sandha. Juliana Evans Jual Gosip Cinta?Juliana Evans, artis yang cantik tapi kurang popular berbanding Diana Danielle mengaku bahawa diri’nya sedang bercinta dengan vokalis Bunkface. Diana Danielle pula di’katakan bercinta dengan Farid Kamil. Macam-macam pula artis muda ini, gosip bercinta lagi banyak daripada senarai terimaberlakon. Rusdi Ramli Gagap Jadi PengacaraAgak sedih juga membaca kenyataan rendah diri daripada Rusdi Ramli, di’harapkan Rusdi dapat memperbaiki lagi skill pengacaraan. Walaupun banyak kritikan negatif di’berikan kepada’nya, beliau masih dapat menerima dengan hati yang terbuka & positif. Begini’lah sikap pengacara yang kita mahu, bukan macam pengacara bajet lembut tu, di’maki hamun perkataan ‘hanjing’ kepada pembaca blog. Padan muka kena warning. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 10:24 am | |
| Gambar Hot Ikram Dinzly dan Zeyna Ibrahim |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 10:49 am | |
| morning sume n sally.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 10:55 am | |
| Nabil Irma kantoi di Kapal Terbang? Baru-baru ini dapat satu info pasal kemesraan pasangan Nabil dan Irma Hasmie. Nak tahu kat mana? Di dalam kapal terbang dek belakang! Ada someone ni kebetulan ada dalam pesawat yang sama dinaiki oleh mereka ke Perth, Australia. Benarlah memang Nabil ada penggambaran program TV di sana. Eh! Irma ikut sama ke? Emmm... Lu Pikirlah Sendiri. "Saya ada nampak Nabil dan Irma dalam kapal terbang tu. Mereka duduk di tempat duduk belakang. Agaknya nakkan privasi lah tu. Nabil tu pakai baju yang siap ada tutup kepala dan pakai kaca mata hitam. Agaknya tak mahu dikenali lah tu gamaknya. "Kat dalam kapal terbang tu ramai orang Malaysia, tutup macam mana pun orang akan kenal juga, diakan artis popular," kata kawan Mangga Muda yang menghubungi Mangga Muda. Apabila dah nampak mereka duduk berdua, someone tu pun usha-usha lah mereka. Ada juga ternampak aksi manja Irma yang baring di riba Nabil. Yalah penat agaknya sebab perjalanan ke Perth tu makan masa berjam jam lamanya. Someone tu tak tahupun Nabil ada penggambaran di sana, yalah manalah orang kenal krew production kan. Pada hakikat sebenarnya, Nabil ke sana memang untuk tujuan penggambaran program TV. Nabil... Nabil... ada ada saja ya. Kalau ya pun nak bermanja, janganlah tunjukkan depan orang. Nanti apa pula tanggapan orang. Kalau dah di depan orang boleh beraksi macam tu, apa pula agaknya yang boleh berlaku kalau mereka hanya berdua sahaja. Kan dah boleh menimbulkan syak yang tak baik tu |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 11:01 am | |
| Rini AF7 & tunangnya Rini AF7 & tunangnya, Johanis Nordin |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 11:02 am | |
| Zizi AF7 join Fabulous Cats? zizi menyertai kumpulan the fabulous cats bermula 1 julai ini.fabulous cats sudah empat kali menukar anggota kumpulan wanitanya,mulanya ellie kemudian alya dan terbaru farhana. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 11:04 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 11:09 am | |
| (Gempar) Kencana Dewi Gantung Diri Kerana KecewaPelakon ini mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi. Buat penonton drama seperti Puteri dan Spa Q, pasti dah lama mengenali siapa wanita ini. Rasanya ini pelakon berketurunan India yang paling laris dipasaran drama dan filem melayu. Filem apa? Ingat Dunia Baru the Movie? Hehehe. Kami terkejut beruk, ungka, cipanzi dan segala jenis binatang berbulu lain bila menerima sebuah email dengan gambar Kancana Dewi yang sedang menggantung diri dengan mata terbeliak. Siasat punya siasat, sekali photoshot aje pun. Ingat’kan betul-betul gantung diri (sah la Oh! Artis ni kuat propa lebih). Hahahha! Abaikan soal gambar Kencana Dewi yang ingin menggantung diri, tapi kita cuba lihat mengapa Ibu kepada 3 anak ini makin berani tampil penuh seksi. Habis semua ingin ditayangkan. Kami taknak la cakap yang dia ni tak sedar diri ke, tapi kami nak cakap jugaklah yang dia ni tak sedar diri ke agaknya ye? Bukan nak mengutuk, tapi itu realiti yang tak dapat kami terima. Tapi itu mungkin bagi dirinya sendiri mampu menjadi eset untuk terus popular di dalam industri hiburan tanah air ini. Terpulang pada tuan punya body lah kan. Kami sekadar nak menegur je sebab dah bernanah terlinga ni dengar orang mengata pasal Kencana Dewi ni. Biarlah kita popular kerana bakat yang kita ada. Bukat popular dengan menggadaikan maruah diri. Hurm, sure ramai yang terasa. Any komen Anita Sarawak? Zizie Ezette? Jasmin Hamid? Noryn Aziz? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 11:13 am | |
| Elyana Bakal Bertunang 11 Julai IniElyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal dah compem akan bertunang 11 Julai ini dengan lelaki di dalam gambar di atas. Untuk pengetahuan, Elyana berusia 22 tahun dan lelaki tue berumur 34 tahun. Amik kau beza umur 12 tahun tue. Khabarnya bakal tunang Elyana adalah seorang pengusaha restoran sushi di Damansara. Mesti menangis besar Elly Iskandar dengar cerita nie. Dulu beria canang dia suka kat Elyana. Padan muka ko. Tahniah buat Elyana dan bakal tunangnya. Oh ya bakal tunang Elyana hanya dikenali dengan nama K je. Nama betul tak tahu lagi. Nanti kitorang akan update dari masa ke masa. Ada satu lagi gambar tunang Elyana |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 11:17 am | |
| Perpisahan sementara beri rahmat pada Elyana dan kekasih Elyana bakal bertunang pada 11 Julai ini
HUBUNGAN cinta yang terjalin selama lebih tiga tahun itu pernah dilanda badai. Bagi Elyana, dia sendiri tidak menyangka kasih yang hampir retak itu nampaknya masih utuh. Ternyata dugaan yang melanda itu berjaya menguatkan lagi cinta Elyana dengan jejaka berusia 34 tahun itu.
Tidak mahu menoleh ke belakang lagi, penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu ini akhirnya nekad untuk mengikat cinta mereka dengan tali pertunangan, sebelum diteruskan dengan pernikahan dalam masa setahun ini.
Elyana dan kekasihnya yang bertugas sebagai pengusaha sebuah restoran sushi itu akan bertunang pada 11 Julai depan di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, beberapa hari selepas hari lahirnya yang ke-22, iaitu pada 5 Julai.
"Mungkin pada sesetengah orang, mereka merasakan umur saya ini agak awal untuk bertunang dan kemudiannya berkahwin. Tapi, sejujurnya, saya rasa saya sudah puas 'enjoy' sejak zaman sekolah...dan sekarang saya sudah mula berfikir untuk berkeluarga.
"Lagipun saya sudah mengenali kekasih saya ini lebih tiga tahun. Perkara ini bukan main-main dan saya rasa memang dia adalah orang yang tepat untuk saya hidup bersamanya kelak.
"Mungkin apa yang kami alami sebelum ini telah banyak menguatkan hubungan ini. Saya akui, hubungan kami pernah 'goyah', malah selama beberapa bulan juga kami 'berpisah' akibat perselisihan faham.
"Tetapi, dalam tempoh itu, saya tidak nafikan susah untuk kami ambil keputusan berpisah dan buat haluan masing-masing...kerana perasaan sayang itu masih menebal. Alhamdulillah, nampaknya kami masih dapat mempertahankan juga percintaan kami ini," kata Elyana yang masih ingin merahsiakan nama jejaka tersebut.
Menurutnya yang juga turut popular menerusi drama bersiri Dunia Baru dan Renjis ini, ibu bapa kedua-dua belah pihak juga sudah merestui hubungan itu.
"Ibu bapa saya juga gembira dengan keputusan kami. Memang mereka agak keberatan untuk 'lepaskan' saya bila berkahwin nanti, maklumlah sudah lama saya berada di bawah jagaan ibu bapa saya.
"Insya-allah, saya harap tempoh pertunangan tidak lama. Kalau boleh biarlah dalam masa setahun saja dan terus berkahwin. Lagipun memang orang selalu cakap tak elok bertunang lama-lama," tuturnya yang mendapatkan khidmat Lynda Rahim dan Zery Zamry sempena majlis pertunangannya itu nanti.
Kata Elyana, dia yakin, walaupun dengan usia yang masih muda, dirinya sudah bersedia untuk menggalas tugas sebagai seorang isteri andai kata jodohnya untuk berkahwin tiba dalam tahun ini juga.
"Saya melihat perkara ini sebagai lumrah kehidupan. Tidak semua orang dapat rasakan apa yang saya rasa dan lalui sekarang. Apa yang boleh saya katakan, biarlah fasa baru hubungan ini nanti diberkati Allah," katanya.
Ditanya tentang perkembangan karier seninya pula, kata Elyana, buat masa ini, dia baru saja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Katrina Kamilia yang akan disiarkan di Astro Prima pada bulan depan.
Ujarnya, drama tersebut amat menarik kerana menyaksikannya membawakan watak yang cukup berbeza berbanding watak-watak yang pernah dibawanya sebelum ini.
"Saya memegang watak sebagai seorang kakak yang kejam...suka mendera. Dia juga seorang penggoda. Sebelum ini memang saya tidak pernah bawakan karektor jahat seperti ini. Adik saya di dalam drama ini dilakonkan oleh artis baru, Mira Liana.
"Penggambaran drama ini baru saja tamat. Memang ada tawaran lain yang datang, tapi saya ingin berehat sekejap buat masa ini di samping cuba selesaikan urusan berkaitan pertunangan.
"Saya tidak nafikan, rezeki dalam bidang lakonan nampaknya memang semakin mencurah-curah. Tapi saya suka terima satu demi satu 'job' supaya tidak hilang fokus," kata Elyana yang sedang di dalam perancangan untuk menghasilkan album terbarunya tidak lama lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 11:19 am | |
| Fauzi jadi romantik selepas duduk berjam-jam dengan Osman Fauzi yang biasa berlakon watak antagonis terpaksa menghabiskan masa berjam-jam dengan Osman Ali. -foto Utusan
SELEPAS menandatangani kontrak sebagai pelakon utama filem pendek Buih-Buih Cinta arahan Osman Ali yang diterbitkan oleh Red Communications Sdn. Bhd dan Johnson & Johnson, aktor Fauzi Nawawi melihat mandian susu pasti tersedia di kamar mandi rumahnya sesudah dia terjaga dari tidur.
Suami kepada aktres Lisdawati ini menceritakan tentang detik-detik sejurus selepas dia dan isteri ‘dilamar’ untuk berlakon dalam filem pendek yang berdurasi 1 jam itu.
“Saya fikir, ini memang betul-betul isteri saya nak menjiwai watak kerana bauan itu ibarat permulaan cerita.
“Dalam filem ini, saya berlakon sebagai doktor buat kali pertama dan kali kedua berlakon dengan Osman Ali.
“Semasa berlakon filem pertama dengannya, saya mendapat anugerah pelakon jahat pada 2007 tetapi kali ini saya berlakon watak baik.
“Tetapi saya tetap suka berlakon watak jahat. Jadi, saya terpaksa duduk berjam-jam dengan Osman untuk menjadi romantik kerana dia memang pakar dalam bab romantik.
“Saya juga sudah buat yang terbaik dengan bantuan isteri,” kata Fauzi semasa sidang media dan pra-tonton filem pendek ini di Sheraton Imperial, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ditanya kepada pengarah yang pernah menghasilkan filem Anak Halal dan Bukak Api tentang apa yang dilakukannya kepada Fauzi, Osman berkata dia hanya mengajar dan memberi pemahaman berdasarkan perwatakan seorang suami.
Lisda dan Fauzi bersama Osman (kiri), Lina Tan dan Stanford Guo.
“Saya hanya bagi Fauzi faham watak itu sebab dia selalu berlakon watak ganas. Jadi, saya ‘guide’ dia dari seorang yang agresif kepada tone yang lembut sebagai seorang suami kepada isterinya,” kata Osman.
Osman juga berkata, “Pengalaman sepanjang bekerja dalam filem ini agak menarik kerana ‘chemistry’ antara pasangan pelakon ini (Fauzi dan Lisda) sudah ada seperti penyayang, romantik dan senang menjiwai watak selain komitmen mereka yang sangat baik.
“Cabaran paling besar untuk telefilem ini kerana susah berlakon dengan kanak-kanak (Puteri Qiestina Nisrien Ahmad Nadzri, 20 bulan) di lokasi. Kita kena ikut karenah dia dan pastikan dia cukup tidur terlebih dahulu sebelum memulakan pengambaran.”
Dalam pada itu, Lisdawati pula menyangkal yang suaminya tidak romantik.
“Suami saya sangat romantik cuma dia tidak berani untuk tunjuk di depan orang dan tidak selesa untuk masukkan dalam lakonan.
“Bagi dia, romantik itu adalah suatu privasi,” ujar Lisda yang memegang watak Soraya dalam filem pendek ini.
Sementara itu, penerbit Lina Tan juga menceritakan tentang filem yang mengalami proses pembikinan dalam tempoh lebih dua bulan itu.
“Setelah kami mendapat semua penyertaan, kami terus membuat pemilihan bersama pihak Johnson & Johnson dan melihat dari segi jiwa cerita yang menyayat hati, penjiwaan watak dan kreativiti menggunakan Johnson & Johnson dalam cerita itu sebelum ia dibuat filem.
“Selepas itu, kami terus memilih Osman Ali sebagai pengarah kerana dia merupakan pengarah yang boleh menjiwai watak wanita, jadi pilihan kami amat bertepatan memandangkan filem ini mempunyai dua watak wanita.
“Selain itu, Osman merupakan pengarah hebat yang telah menghasilkan dua buah filem,” tutur Lina.
Filem yang skripnya ditulis oleh Mohd. Nizam Nasir, 40, ini mengisahkan tentang Soraya yang terpaksa makan hati dengan kerenah suami, Sidek (Fauzi Nawawi) dalam beberapa tahun selepas berkahwin.
Sidek yang masih terkenangkan kekasih lamanya, Mila selalu bersikap dingin dengan Soraya meskipun mereka telah mempunyai seorang anak lakonan Puteri Qiestina.
Soraya berasal dari kampung dan selepas berkahwin dengan Sidek, mereka menetap di Kuala Lumpur.
Dalam melayari kesunyian, Soraya telah berkawan dengan jirannya, Diana (Vanidah Imran) yang terlibat dalam bidang fesyen dan produk kesihatan.
Lisda turut memainkan peranan sebagai Lolly yang juga adalah Soraya.
Demi menggembirakan Sidek, Soraya mengikut cakap Diana dengan menggantikan baju kurungnya yang longgar dan menukarnya dengan pakaian trend terkini iaitu rambut palsu dan mekap sehingga dia tampak jauh berbeza.
Filem ini merupakan sebuah filem romantik tentang hubungan suami isteri dalam masyarakat Melayu masa kini yang diinspirasikan daripada cerita yang dihantar oleh wanita Malaysia dalam peraduan Mandi Susu Johnson's Baby Milk Bath 'Suami & Si Manja Semakin Sayang'.
Buih-Buih Cinta memaparkan dua cerita yang diinspirasikan daripada dua pemenang peraduan iaitu Ezna Ahmad Khalili dan Jamakyah Ahmad sekaligus mereka memenangi hadiah percutian ke Bali selain daripada cerita mereka dijadikan filem pendek.
Dalam pada itu, Ezna yang sangat gembira atas kemenangannya berkata:
“Saya tidak pernah menyangka kisah cinta saya dan suami akan dipilih untuk difilemkan.
"Saya juga adalah peminat Lisdawati dan Fauzi, jadi saya rasa bertuah sangat yang mereka akan berlakon dalam cerita yang diinspirasikan daripada cerita saya.”
Sementara Jamakyah juga mempunyai perasaan yang sama dan tidak dapat mengawal kegembiraannya memenangi percutian ke Bali bersama keluarga.
“Saya memang sudah merancang untuk bercuti bersama suami dan anak-anak dan apabila saya menerima berita bahawa saya memenangi peraduan ini, saya tidak sabar untuk ke Kuala Lumpur untuk menerima hadiah dan menoton filem ini. Hadiah ini memang tepat pada masanya,” kata Jamakyah yang berasal dari Kulai. Johor.
Cerita pertama dibintangi oleh Lisdawati dan Fauzi Nawawi yang diilhamkan daripada Ezna yang menceritakan tentang cubaan membuat Pengat Pisang kegemaran suaminya semasa hari jadinya.
Walaupun pengat itu hangus, suaminya memaafkan Ezna dan membuatkan dia sedar bahawa suaminya benar-benar menyayangi dirinya.
Cerita kedua pula ditulis oleh Jamakyah tentang bagaimana dia bertemu dengan suaminya buat pertama kali apabila ‘berlanggar’ secara tidak sengaja di lif.
Impak ‘perlanggaran’ yang kuat itu menyebabkan tangannya lebam dan dia terpaksa mengurut tangannya itu untuk mengurangkan kesakitan.
Apabila ternampak Jamakyah sedang kesakitan, suaminya asyik meminta maaf dan mengambil tangannya untuk cuba mengurangkan kesakitan tersebut. Dalam filem ini, kisah cinta nukilan Jamakyah dilakonkan oleh Vanidah Imran dan suaminya, Rashidi Ishak yang juga bertemu dalam lif.
Dalam pada itu, Pengarah Pemasaran Johnson & Johnson’s Sdn. Bhd., Stanford Guo menerangkan rasional di sebalik penghasilan filem romantik satu jam ini.
“Ramai wanita Melayu bukan hanya menggunakan produk Johnson’s baby untuk bayi dan anak-anak mereka, malah menggunakannya sendiri dalam rutin seharian dan ini benar sekali terutamanya bagi rangkaian Mandi Susu Johnson’s Baby Milk Bath kerana mengandungi kebaikan protein susu semula jadi serta Vitamin A dan E yang baik untuk kulit, menjadikan kulit halus dan secerah kulit bayi,” kata Guo.
Peminat cerita romantik boleh menonton tayangan Buih-Buih Cinta bersama yang tersayang di tayangan “starlight” di dua lokasi pasar raya besar Giant di Semenanjung Malaysia iaitu di Bayang Baru, Pulau Pinang pada 20 Jun dan di Plentong, Johor pada 27 Jun.
Masuk adalah percuma. Penonton dinasihatkan membawa tikar sekiranya mereka tidak dapat duduk di kerusi.
Selepas tayangan di Giant, filem ini akan dijadikan empat siri telefilem yang akan ditayangkan di TV3 pada Julai ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 11:20 am | |
| Yana rindu untuk kembali bergelar pengarah filem
Selepas filem sulungnya Selamat Pagi Cinta, Yana terus mendapat kepercayaan David Teo untuk mengarah filem terbaru terbitan Metrowealth tidak lama lagi
GELARAN pengarah filem wanita paling muda sememangnya cukup besar untuk digalas oleh Norliana Samsudin atau mesra dengan panggilan Yana ini.
Tatkala ada yang menunjukkan rasa kagum terhadap dirinya, Yana tidak terlepas dengan kritikan banyak pihak yang meragui kemampuannya mengarah filem sulungnya iaitu Selamat Pagi Cinta.
Namun, kepercayaan yang diberikan oleh orang kuat Metrowealth, David Teo membuatkan pelakon berusia 25 tahun ini yakin dengan produk yang dihasilkannya itu.
Malah, sambutan yang tidak mengecewakan yang diraih oleh filem lakonan Pierre Andre, Fazura, Sharifah Amani dan Que Haidar itu tahun lalu membuatkan David semakin berkeyakinan untuk sekali lagi memberi tanggungjawab besar kepada Yana sebagai pengarah.
Cinta Alam Maya, sebuah filem bercorak 'romantic thriller' yang berkisarkan tentang penipuan di Internet itu akan terus menguji kewibaan Yana di dalam bidang pengarahan filem.
Akui Yana, dia sememangnya amat rindu untuk kembali mengarah, namun, ujar pelakon yang kini semakin meningkat namanya menerusi drama bersiri 3 Janda ini, kemungkinan filem itu terpaksa ditunda sehingga akhir tahun ini kerana jadual seninya yang padat dan pelakon lain yang terikat dengan komitmen lain.
"Kalau ikutkan, bulan Mei lalu sepatutnya penggambaran bermula. Saya juga sudah rancang untuk mengambil Farid Kamil dan Lisa Surihani sebagai tunggak utama filem ini, tetapi masa mereka pula yang tidak mengizinkan.
"Secara kebetulan pula, jadual saya juga padat dengan penggambaran drama bersiri E-Toyol, jadi nampaknya tak boleh nak buat apa-apa lagi. Setelah saya bincang dengan David, dia bersetuju untuk tunda sehingga akhir tahun.
"Tapi, itu pun masih lagi belum ditetapkan. Jika tidak sempat juga untuk buat akhir tahun ini, berkemungkinan besar saya terpaksa 'hold' dulu projek ini dan memulakan projek filem lain yang juga merupakan tawaran daripada David," kata Yana menceritakan tentang tawaran mengarah filem yang diterimanya.
Menurut Yana, walaupun semangatnya untuk mengarah filem terbaru cukup membara ketika ini, namun dia perlu memberikan tumpuan yang lebih terhadap bidang lakonan terlebih dahulu apatah lagi bila tawaran membintangi drama dan filem nampaknya tidak putus-putus diterimanya.
Lantaran itu, kata graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Layar dari Universiti Teknologi MARA ini, lebih baik memberikan tumpuan terhadap satu demi satu kerja terlebih dahulu daripada merangkul kesemuanya dalam satu masa.
"Kalau boleh, semuanya saya nak buat...berlakon dan kerja belakang tabir. Tapi, saya rasa biarlah selesaikan satu demi satu dulu. Dan nampaknya sejak kebelakangan ini, tawaran berlakon semakin banyak pula yang saya dapat.
"Alhamdulillah, nampaknya semakin ramai yang percaya dengan bakat saya. Inilah yang dinamakan rezeki. Tapi pada masa yang sama, saya sempat juga menghasilkan skrip untuk program bercorak remaja di RTM," tutur pelakon yang sebelum ini juga pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Pierre Andre.
Puas bawa pelbagai jenis watak
Pembabitan Yana sebagai anak seni sudah bermula sejak tujuh tahun lalu. Mungkin tidak ramai yang mengetahui gadis ini terlebih dahulu melangkah di dalam bidang hiburan sebagai seorang penyanyi menerusi album Ceria sebelum 'menyepikan' diri seketika kerana memberi fokus terhadap pelajarannya.
Selain membuat 'kejutan' menjadi pengarah wanita paling muda, nama gadis ini melonjak naik setelah muncul di dalam filem Histeri tahun lalu, apatah lagi menerusi adegan 'kontroversi' yang menyaksikan aktres ini di dalam satu babak 'bercium' dengan pelakon baru, Scha.
Wajah comel Yana juga semakin kerap dilihat di kaca televisyen menerusi beberapa buah drama antaranya Lu'Lu, Bionic Man, 3 Janda dan yang terbaru, E-Toyol yang mula bersiaran di TV3 hari ini.
Mengulas tentang perkembangan karier seninya yang semakin menunjukkan tanda-tanda positif ini, kata Yana, dia sendiri tidak menyangkakan senario ini akan terjadi pada dirinya.
Malah, katanya lagi, dia bersyukur kerana sehingga hari ini, dia sudah berpeluang membawakan pelbagai jenis watak tidak kiralah sama ada di dalam drama mahupun filem.
"Saya dah cuba bawakan watak 'psycho', aksi, gadis 'blur' dan perempuan gedik...semua itu adalah watak yang sukar tetapi cukup puas dapat melakonkannya.
"Tetapi dalam banyak-banyak watak itu, saya rasa watak Suria di dalam 3 Janda ialah yang paling mencabar. Susah betul nak jadi 'gedik' macam tu sebab saya bukanlah orang seperti itu.
"Tetapi saya banyak melihat cara seorang rakan saya yang memang ada banyak persamaan dengan Suria. Dari situlah saya cuba kembangkan karektor itu dengan cara saya tersendiri," kata Yana yang juga baru selesai menjalani penggambaran filem terbaru arahan Ahmad Idham, Remp-It Nan Sempit. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 11:22 am | |
| Perbicaraan saman terhadap Mawi World 2 November KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 2 Nov bagi perbicaraan saman RM1 juta yang dikemukakan oleh syarikat minuman Yassa Sdn Bhd terhadap Mawi World Sdn Bhd bagi pelanggaran hak harta intelek. Tarikh itu ditetapkan di dalam kamar oleh Timbalan Pendaftar Che Wan Zaidi Wan Ibrahim semasa pengurusan kes itu. Saman itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Abang Iskandar Abang Hashim, kata peguam yang mewakili Yassa, Nasrul Hadi Mat Saad kepada pemberita di luar mahkamah. Pada 31 Okt, 2006, Yassa melalui peguamnya Tetuan Abdul Aziz & Associates, memfailkan saman mendakwa Mawi World telah melanggar hak harta intelek dengan memasarkan air galian di bawah jenama "Mawi World", menggunakan kandungan maklumat milik syarikat itu seperti lesen pengeluaran minuman air mineral dan alamat kilang minuman pada botol minuman itu tanpa memperoleh kebenaran syarikat itu. Ia juga mendakwa botol minuman air galian yang menggunakan gambar penyanyi Mawi atau Asmawi Ani, 29, mengandungi maklumat mengenai sumber dan kandungan yang sama dengan air mineral Streamline keluaran Yassa. Pada 14 Feb, tahun lepas, Penolong Pendaftar Kanan Noorasyikin Sahat menolak permohonan Mawi World untuk menggugurkan saman itu dengan kos. Mawi World merayu terhadap keputusan itu, tetapi ia juga ditolak oleh mahkamah pada 18 Jun tahun lepas. Mawi World diwakili peguam Juliana Mohamad. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 11:26 am | |
| Buih-Buih Cinta pamer Lisda makan hati dengan Fauzi Lisdawati melakonkan watak Soraya dan Lolly dalam filem pendek Buih-Buih Cinta. -foto Utusan
SELEPAS dua kali berlakon sebagai pasangan suami isteri, kali ini pelakon Fauzi Nawawi dan isteri, aktres Lisdawati bergandingan sekali lagi dalam filem pendek 'Buih-Buih Cinta'.
Filem ini merupakan sebuah filem romantik tentang hubungan suami isteri dalam masyarakat Melayu masa kini yang diinspirasikan daripada cerita yang dihantar oleh wanita Malaysia dalam peraduan Mandi Susu Johnson's Baby Milk Bath 'Suami & Si Manja Semakin Sayang'.
Filem ini memaparkan dua cerita yang diinspirasikan daripada dua pemenang peraduan iaitu Ezna Ahmad Khalili, 33, dan Jamakyah Ahmad.
Dalam filem arahan pengarah terkenal Osman Ali ini, Lisda menjadi seorang isteri, Soraya yang terpaksa makan hati dengan kerenah suami, Sidek (Fauzi Nawawi) dalam beberapa tahun selepas berkahwin.
Sidek yang masih terkenangkan kekasih lamanya, Mila selalu bersikap dingin dengan Soraya meskipun mereka telah mempunyai seorang anak lakonan Puteri Qiestina Nisrien Ahmad Nadzri, 20 bulan.
Soraya berasal dari kampung dan selepas berkahwin dengan Sidek, mereka menetap di Kuala Lumpur.
Dalam melayari kesunyian, Soraya telah berkawan dengan jirannya, Diana (Vanidah Imran) yang terlibat dalam bidang fesyen dan produk kesihatan.
Lisda turut memainkan peranan sebagai Lolly yang juga adalah Soraya.
Selepas dua kali berlakon sebagai pasangan suami isteri, kali ini pelakon Fauzi Nawawi dan isteri, aktres Lisdawati bergandingan sekali lagi dalam filem pendek 'Buih-Buih Cinta'.
Demi menggembirakan Sidek, Soraya mengikut cakap Diana dengan menggantikan baju kurungnya yang longgar dan menukarnya dengan pakaian trend terkini iaitu rambut palsu dan mekap sehingga dia tampak jauh berbeza.
Walaupun bukan berdasarkan pengalaman sendiri, Lisda berjaya menjiwai watak Soraya sekaligus watak Lolly dengan baik.
Menurut Lisda, dia banyak berbincang dengan pengarah untuk menjiwai watak itu dengan meletakkan dirinya di tempat Soraya.
"Selain saya berkongsi idea dengan pengarah, saya juga membuat 'homework' sendiri.
"Apabila mendapat dua watak iaitu Soraya dan Lolly, saya rasa menarik dan mencabar sebab pertukaran watak terlalu 'obvious'," kata Lisda semasa pra-tonton filem itu di Sheraton Imperial baru-baru ini.
Menurut Lisda, ini merupakan kali pertama dia mendapat watak 'gila-gila' selepas lapan tahun menceburi dunia lakonan.
"Saya agak takut dengan watak Lolly sebab tak pernah lakonkan sebelum ini.
"Sebelum ni, saya selalu bawa watak kampung. Jadi, selepas ini saya nak lari dari bawa watak itu selepas memberikan kelainan kali ini dengan watak Lolly.
"Saya tak akan lepaskan peluang untuk membawakan watak seperti ini lagi," ujar Lisda.
Lisdawati mengaku hubungannya dengan Fauzi masih baik sehingga sekarang sekaligus menidakkan gosip mengatakan rumahtangga mereka berantakan.
Tambahnya, dia selalu melihat karektor yang ada dalam diri pengacara Sarimah Ibrahim seperti yang digambarkan oleh Osman Ali.
"Saya kena buat tiga kali 'over' daripada Sarimah dan fikir macam 'putus wayar' walaupun malu.
"Tetapi saya cuba tutup perasaan malu tu seperti buat-buat 'cover' rambut.
"Abang Osman juga memudahkan kerja saya dengan mengajar saya supaya tidak terlalu ikut dengan dialog. Misalnya saya membuat dialog 'nama saya Lolly dan bukan troli'.
"Saya juga mengambil contoh lakonan Ellie Suriati dalam filem Soal Hati," ceritanya yang mengaku hubungannya dengan Fauzi masih baik sehingga sekarang sekaligus menidakkan gosip mengatakan rumahtangga mereka berantakan.
Jelasnya, dia dan suaminya yang pernah menjuarai Sehati Berdansa musim ke-2 selalu mengelakkan perselisihan faham dan jika ada masalah pun berkaitan dengan kerja.
Lantas dia percaya pada rezeki dan lakukan kerja dengan ikhlas.
"Setiap orang dalam rumahtangga ada rezeki masing-masing dan saya hanya berdiam dan sabar dengan mainan dunia," akhirinya.
Saksikan lakonan Lisda dan Fauzi Nawawi dalam filem pendek Buih-Buih Cinta yang akan disiarkan di TV3 nanti! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 11:27 am | |
| Tomok buktikan dia tidak sombong Tomok dan Isma meraikan peminat mereka selepas kejayaan mereka dalam OIAM3 dan AF7 di kediaman mereka di Cheras baru-baru ini. -foto mStar oleh SITI AZIRA
BARU-BARU ini, juara One In A Million (OIAM) musim ke-3, Shah Indrawan Ismail atau Tomok mengaku kesilapannya yang dikatakan sombong oleh segelintir peminatnya.
Namun begitu, jejaka berusia 25 tahun ini tidak menyalahkan peminatnya semata-mata kerana akur dengan situasi dia tidak mampu memuaskan hati semua pihak apabila berhadapan dengan ribuan orang.
Malah, Tomok masih tidak lepas meraikan peminatnya apabila membuat majlis kesyukuran di kediamannya di Cheras baru-baru ini.
Majlis tersebut turut dilakukan untuk meraikan kejayaan kakaknya, Ismaliza Ismail, 30 selepas mendapat tempat ke-5 dalam Akademi Fantasia (AF) musim ke-7.
Menurut Tomok, majlis itu berlangsung sejak pukul 11 pagi sehingga pukul 8 malam dan mereka menerima kehadiran tetamu yang tidak putus-putus iaitu terdiri dari kalangan ahli keluarga, peminat dan rakan-rakan.
Kata Tomok, makanan yang dihidangkan dimasak sendiri oleh ahli keluarga dan sanak-saudaranya secara gotong-royong.
“Mula-mula nak tempah ‘catering’ tetapi apabila membuat mesyuarat dengan ahli keluarga, kami memilih untuk memasak sendiri sebab ia lebih mengeratkan hubungan antara kami,” katanya.
Tomok dalam nada gembira turut meluahkan yang dia seronok apabila dapat meraikan peminat dan semua pihak yang menyokongnya selama ini.
“Alhamdulillah, selepas kejayaan saya baru-baru ini, sekarang baru saya mempunyai masa untuk meraikan peminat dan semua pihak yang menyokong saya sebagai tanda terima kasih saya kepada mereka.
“Saya berasa seronok apabila ramai yang hadir yang tak terkira jumlahnya sebab mereka datang tidak putus-putus dari pagi sampai malam.
“Selain keluarga, sanak-saudara, peminat dan kawan-kawan, ramai juga rakan artis yang hadir yang kebanyakannya alumni AF dan OIAM seperti Jaclyn Victor, Nine, Anith, Aril, Qhaud, Akim, Rini,” katanya dengan penuh teruja.
Majlis itu berlangsung dalam suasana ceria dan meriah dengan hidangan lauk-pauk yang menyelerakan seperti Nasi Minyak bersama lauk ayam masak merah, rendang daging, acar, mi goreng, apam balik, dan sate.
Selain itu, tetamu turut dihidangkan dengan persembahan nyanyian karaoke oleh ahli keluarga Tomok termasuk ibu dan ayahnya, Isma, abang ipar Tomok, Zul 2 By 2, Akim dan rakan-rakannya.
Ibu dan bapa Tomok begitu ‘sporting’ mendendangkan lagu lama dendangan Broery Marantika manakala Isma dan Zul turut menyanyikan lagu popular ‘Mawarku’.
Tetamu yang hadir bukan sahaja berpeluang mendengar hiburan dan menikmati juadah yang disediakan, malah mereka turut merakamkan gambar dengan Tomok, Isma dan rakan artis yang lain. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 11:31 am | |
| Gambar di majlis kesyukuran Tomok KELUARGA AF7: Aril, Qhaud, Akim, Rini dan Cikgu Shafi turut dijemput memeriahkan majlis. Tomok melayan peminatnya mengambil makanan mereka Walaupun tampak letih, Tomok dan Isma tidak jemu melayan peminatnya.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 11:34 am | |
| Maizawati terkilan ditipu... Maizawati bakal bergelar Duta program BondaMama setelah kontrak ditangani. -foto mStar
“SAYA hampir tertipu..," jelas Maizawati Zainal, isteri Akhil Hayy yang hampir menarik diri daripada bergelar duta program BondaMama oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (YPNH).
Maiza berkata demikian setelah seorang wanita menghampiri beliau baru-baru ini dan memberitahu sesuatu yang menghakis kepercayaannya tentang YPNH.
“Saya agak cemas juga kerana pada waktu itu saya tidak tahu apa-apa dan belum lagi membuat persetujuan.
"Selepas menyiasat dan bersemuka dengan pihak YPNH petang semalam, saya dapati ada salah faham," kata Maiza yang teruja untuk meneruskan khidmatnya sebagai Duta BondaMama.
Program BondaMama merupakan program kerja dari rumah yang diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah bagi membantu ibu-ibu tunggal dan wanita-wanita bekerjaya untuk bergantung antara satu sama lain dalam usaha membimbing, mendidik dan memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak.
Bonda merupakan gelaran kepada surirumah sepenuh masa yang berhasrat untuk menjadi pengasuh bayi dan kanak-kanak di rumah mereka. Oleh itu, mereka akan diberikan latihan khas oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah dengan kerjasama Universiti Malaya di bawah Unit Pendidikan Berterusan.
Sementara Mama pula adalah gelaran kepada ibu bapa yang memerlukan pengasuh untuk anak-anak mereka semasa mereka keluar bekerja.
Ditanya mengapa baru sekarang Maiza berasa gembira dengan perlantikannya berbanding ketika sidang media perlantikannya sebagai duta BondaMama pada 5 Jun lalu.
Presiden YPNH, Ameer Soekre Ishak (dua dari kiri) ketika sidang media perlantikan Maizawati sebagai Duta BondaMama.
“Waktu tu saya tengah ‘blur’ dan hanya terdiam. Sebab itu apabila wartawan tanya tentang kontrak dan bayaran, saya tidak dapat menjawabnya kerana tidak tahu apa-apa.
“Masa tu saya bodoh dan ‘blank’ kerana saya benar-benar tidak tahu apa-apa ketika itu.
“Semuanya berlaku secara mendadak....tiba-tiba saja saya sudah dilantik menjadi duta ibu tunggal. Saya ingatkan hanya menjadi sebagai tetamu khas untuk slot mereka," kata Maizawati yang diperkenalkan dengan YPNH melalui rakannya, Nordin Jaafar (bekas anggota Raihan).
Maiza telah dipanggil menandatangani kontrak pada hari Isnin lalu namun sehingga kini dia masih belum menandatangani kontrak.
"Saya ingin melihat dulu final draf kontrak.Saya akan ikat kontrak selama 1 tahun untuk menjadi duta BondaMama," kata ibu kepada enam orang anak ini.
Dalam pada itu, Pengasas merangkap Presiden YPNH, Ameer Soekre Ishak berkata pihaknya dengan Maiza telahpun berbincang.
"Maiza telah bersetuju dan membuat keputusan muktamad. Kedua-dua pihak juga berpuas hati dengan bayaran kerana kami saling bantu-membantu.
"Kiranya dia boleh dianggap seperti bekerja dengan yayasan," kata Ameer. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 11:40 am | |
| RUMAH SOFEA DI LELONG..?? Dapat cerita ni dari email... entah betul entah tidak! Tetapi, jangan kita mencebik apabila membacanya kerana mungkin hari ni hari dia... hari kita pula mungkin esok atau lusa! Bukan apa, bank bank di Malaysia ni memang cekik darah hinggakan bunga yang mereka makan melampaui batas bayaran. Akibatnya, pembeli terpaksa menanggung kerugian apabila rumah yang dibayar selama bertahun atau berpuluh tahun di lelong disebabkan sifat tamak bank yang mahu mengaut untung... Reserve Price: RM 116,640.00 Descrition : 3 bedroom condominium Address: Unit No. B-2-01, 2nd Floor, Block B, Impian Selatan Condominium, Taman Bukit Mewah, Jalan Bukit Antarabangsa, Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan Land/Floor Area: (approximately in sq. feet)1,281 Sq. Feet. Loan Agreement And Deed of Assignment both dated the 17th day of August 1993 Assignor/Borrower : Sofia Jane Hisham [NRIC No : A2400394] Solicitor : M/S Harcharan S Sidhu & Associates Auction Date: 08/06/2009 Full Name : Sofea Jane Hisham Place of birth : London,England Race : Malay Language : English, Malay Career : Actor |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 11:44 am | |
| Ashraf Muslim, Sherry Ibrahim putus cinta? Ashraf dan Sherry bijak menyembunyikan kisah sedih mereka.
Aktor dan aktres popular dikatakan terlerai kasih kira-kira sebulan lalu
MINGGU lalu Zubir bercerita mengenai percintaan dua pelakonvyang sedang meningkat popular, Fizz Fairuz dan Almy Nadia yang dikatakan terhenti di pertengahan jalan selepas sekian lama menyemai benih asmara. Zubir tidak terkejut andai mereka menafikan gosip berkenaan dan memberi kenyataan sebaliknya kerana bagi Zubir, pokok tak akan bergoyang jika tiada angin yang bertiup! Jadi, renung-renungkanlah dan tunggu kesudahannya.
Kali ini Zubir mendapat perkhabaran yang hampir serupa.Kononnya aktor dan aktres yang sedang ligat di pentas lakonan, Ashraf Muslim dan kekasihnya, Sherry Ibrahim, kini berdepan masalah dalam perhubungan apabila ada desas-desus yang menyebut, antara mereka tiada lagi rasa cinta, kasih dan sayang yang dibenih sejak sekian lama, akhirnya lalang yang tumbuh melata.
Baru-baru ini juga Sherry ada membuat kenyataan, dia rasa bertuah apabila dipertemukan dengan Ashraf kerana pelakon kacak itu banyak membimbingnya sepanjang mereka menjalin hubungan cinta.
"Dalam hubungan percintaan kami, orang mungkin nampak Ashraf ini lembut dan tidak banyak cakap. Sementara saya pula dilihat lebih mendominasi.Padahal, apa yang berlaku sebaliknya. Ashraf sangat tegas dan tahu apa yang dia mahukan.
"Kadang-kadang apabila ada masalah timbul dia akan bercakap sekali saja, tetapi sudah cukup untuk membuatkan saya faham, sekali gus mengelak perselisihan faham yang timbul berpanjangan," kata Sherry kepada Harian Metro, 2 Jun lalu.
Itu temu bual yang dibuat bersama Sherry ketika dia menyertai rombongan Karnival Jomheboh TV3 di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak, baru-baru ini. Pun begitu, ketika Zubir bersama beberapa teman sedang melepak di sebuah pusat karaoke baru-baruini, Zubir dibisikkan dengan perkhabaran sebaliknya. Seorang sumber memberitahu, Ashraf dan Sherry baru saja putus cinta kira-kira sebulan lalu!
Zubir tak pasti apa punca keretakan hubungan cinta itu, namun menurut sumber, api cemburu dikatakan antara faktor perbalahan antara mereka apabila ada insan ketiga yang wujud di celah kebahagiaan yang sedang dibina. Sejauh mana kesahihannya, hanya mereka berdua saja yang tahu!
Tambah sumber yang sama, baru baru ini Ashraf ada meminta cuti dari produksi drama bersiri yang sedang dibintanginya.
"Ashraf minta cuti berlakon, rasanya seminggu. Khabarnya dianak balik kampung memberitahu orang tuanya mengenai status dirinya dan Sherry yang kini hanya tinggal kenangan cinta luka. Maklum sajalah,selama ini percintaan mereka direstui keluarga kedua-dua belah pihak.
"Jadi,mungkin Ashraf rasa bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada keluarganya, antara dia dan Sherry kini sudah tidak ada apa-apa lagi hubungan," kata sumber yang sama.
Zubir dimaklumkan, adalah dalam dua, tiga minggu yang lalu,Ashraf meminta cuti berkenaan. Justeru, memang baru jugalah seandainya benar Ashraf dan Sherry sah putus cinta! Pun begitu, segala kepastian dan kemungkinan, hanya Ashraf dan Sherry mempunyai jawapan mutlak.
Namun, sekiranya mereka berdolak dalik menafikan gosip berkenaan, sekali lagi Zubir ingin tekankan, pokok tak akan bergoyang jika tiada angin yang bertiup!
Pada masa sama, Zubir turut mendengar berita yang tak berapa menarik mengenai Ashraf di lokasi penggambarannya. Entah betul atautidak, Zubir diberitahu, Ashraf menerusi pengurus peribadinya, memberi syarat kepada sebuah produksi drama jika berminat untuk mengambilnya berlakon, Ashraf tidak boleh diganggu pada hari dan waktu tertentu kerana dia akan terbabit dengan aktiviti bola keranjang. Wah! Tahap Brad Pitt ke kau! Atau mungkin sang manager yang lebih sudu daripada kuah!
Seandainya perkhabaran yang Zubir dengar ini satu kesahihan yang benar belaka, Zubir harap Ashraf janganlah mengamalkan sikap begitu. Kalau syarat itu daripada manager, perbetulkan dia. Jangan kerana perangai geli, orang buat muka panjang dengan kita,renung-renungkanlah... |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 6 of 12 | Go to page : 1, 2, 3 ... 5, 6, 7 ... 10, 11, 12 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |