|
| BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 10:43 am | |
| "Anu Dalam Botol" Jadi "Botol Dalam Almari" Pula Dengar citer judul filem "Anu Dalam Botol" sudah ditukar namanya kepada "Botol Dalam Almari". Katanya arahan dari pihak JAKIM. “Jakim dah lulus filem Kak Mi. Dia orang kata skrip itu tak ada masalah. Cuma dia orang minta tukar tajuk dari Anu Dalam Botol kepada Botol Dalam Almari. “Kak Mi tak kisah asalkan filem ini diluluskan oleh mereka cukuplah. Syukurlah hasrat Kak Mi nak berdakwah dengan cara yang macam ni tercapai juga,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 10:45 am | |
| Gambar Azza dan kekasihnyaAzza atau Azzarima Zawari (bekas penyanyi kumpulan Elite) tampil bersama kekasihnya Firhan Yusof. Dengar citer diorang dah nak berkahwin. Eloklah tu... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 10:46 am | |
| Manohara tunjuk bukti didera MANOHARA menunjukkan telefon bimbit BlackBerry yang mempunyai gambar-gambar dia didera pada satu sidang akhbar di Jakarta malam kelmarin.
JAKARTA - Manohara Odelia Pinot iaitu isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry menunjukkan bukti dia didera oleh suaminya, lapor akhbar Kompas.com semalam.
Gambar-gambar itu ditunjukkan kepada pemberita pada satu sidang akhbar yang diadakan pada malam kelmarin di sini dan dihadiri oleh peguamnya.
Manohara yang berumur 17 tahun menunjukkan gambar-gambar itu yang disimpan dalam telefon bimbit BlackBerry miliknya.
"Ini baru luka yang ringan," kata peguam bela Manohara, Hotman Paris Hutapea yang merujuk luka terkena benda tajam dan kesan seperti berbentuk zig-zag di sekitar payu daranya.
"Yang lebih buruk ada. Tetapi Manohara berasa tidak sesuai untuk menunjukkannya.
"Itu baru yang paling ringan. Saya hampir mengeluarkan air mata apabila melihat lukanya," katanya.
Manohara mengaku penyeksaannya seperti dicucuh api itu diterimanya sejak pulang daripada mengerjakan umrah pada Mac lalu.
"Itu yang dibakar, tapi kalau yang dipotong-potong mulainya April 2009," kata Manohara.
Sementara itu, laporan berita AFP semalam menyatakan satu pemeriksaan perubatan mengesahkan bahawa Manohara pernah didera secara fizikal.
Pengesahan itu dilakukan oleh doktor forensik di Hospital Cipto Mangunkusumo, Jakarta yang memeriksa tubuh remaja itu, Mun'im Idries.
"Terdapat kecederaan kelaran di kebanyakan bahagian di tubuhnya terutamanya di dadanya. Beberapa kecederaan itu masih baru," katanya.
"Kami masih memeriksa darahnya dan ujian air kencing kerana dia (Manohara) mendakwa dia diberikan suntikan," kata Mun'im.
Manohara yang merupakan seorang bekas model terkenal mendakwa dia dicederakan dengan pisau cukur dan diberikan suntikan dadah sehingga menyebabkan dia muntah darah ketika berada dalam istana.
Sementara itu, seorang lagi peguam Manohara, Farhat Abbas memberitahu anak guamnya itu sudah membuat laporan polis berhubung penderaan yang dialaminya.
Dia berkata, Manohara menamakan enam orang dalam laporan polis itu.
Seorang jurucakap polis Indonesia, Abubakar Nataprawira mengesahkan pihaknya menerima laporan polis Manohara.
"Polis Indonesia tidak mampu melakukan siasatan kerana kes penderaan itu berlaku di Malaysia yang di luar kuasa kami.
"Namun, kami akan membantu dalam melaporkan kes itu kepada polis Malaysia," katanya.
Pada 31 Mei lalu, Manohara pulang ke Indonesia dari Singapura ketika beliau berada di negara tersebut bagi menemani suaminya melawat ayahanda putera itu di Hospital Mount Elizabeth. - Agensi |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 10:52 am | |
| Siti pamer 8 baju kenangan di Konsert Eksklusif ‘SATU’ KONSERT Eksklusif ‘SATU’ Datuk Siti Nurhaliza di Istana Budaya pada 26 hingga 28 Jun ini.
KONSERT Eksklusif ‘SATU’ Datuk Siti Nurhaliza di Istana Budaya pada 26 hingga 28 Jun ini dijangka menjadi lebih menarik apabila penyanyi tersohor itu akan mempamerkan baju kenangannya sepanjang berkecimpung dalam industri ini.
Menurut kakak ipar Siti selaku pengurusnya, Rozi Abdul Razak, sebanyak lapan pasang baju Siti akan dipamerkan di lobi Istana Budaya.
“Kita mungkin akan pamerkan baju-baju kenangan Siti dalam kariernya di lobi dalam seminggu sebelum konsert itu berlangsung.
“Sekurang-kurangnya, penonton yang hadir mempunyai aktiviti sampingan sementara menunggu konsert itu bermula selain membaca info tentang Siti,” kata Rozi.
Memandangkan konsert akan berlangsung dalam masa seminggu lagi, Rozi turut mengulas tentang persiapan Siti dan sambutan konsert sekarang.
“Selepas majlis sidang media pada 19 Mei lepas, Siti mula membuat latihan pergerakan dan muzik.
“Siti juga telah pergi ke butik Jakel untuk memilih kain dan sekarang pereka fesyen sedang menyiapkan baju Siti.
“Sambutan konsert juga agak menggalakkan kerana dalam masa dua minggu sahaja sebanyak 90 peratus tiket sudah dijual,” ujarnya.
Bercerita tentang tiket, Rozi berkata sebanyak 95 peratus tiket berharga dari RM80 hingga RM300 untuk 27 dan 28 Jun ini sudah terjual.
Sementara tiket persembahan pada 26 Jun pula sudah terjual 50 peratus dari harga RM180 dan RM250 selepas ia dibuka kepada pengguna Maxis sahaja mulai 13 Jun lalu.
“Disebabkan Maxis selaku penaja utama, jadi untuk konsert pada 26 Jun ini kami memberikan diskaun sebanyak 20 peratus kepada pengguna Maxis. Mereka hanya perlu menunjukkan telefon bimbit masing-masing di kaunter ticket@2U.Biz pada malam pertama itu.
“Bagi penonton biasa, mereka boleh membeli tiket dengan menghubungi 03-41498600 dari pukul 9 pagi hingga 6 petang dari Isnin hingga Jumaat.
Info mengenai Konsert Eksklusif “SATU”
Konsert sempena Hari Bapa ini juga merupakan konsert amal anjuran badan kebajikan Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan olehnya dan suami pada tahun 2006 serta diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd.
Idea untuk mengadakan Konsert Eksklusif ‘SATU’ ini telah lama dibualkan sejak beberapa tahun lalu namun baru sekarang ia terlaksana.
Kata Siti, konsert ini merupakan persembahan eksklusif solo pertamanya di Istana Budaya (IB) dengan menyampaikan lagu-lagu secara penuh dan medley dari albumnya sendiri bermula daripada album Transkripsi sehingga album Lentera Timur.
Konsert yang ditaja oleh Maxis, Tan Sri Abdullah Ali dan Jakel (kain dan persalinan) ini akan dipersembahkan selama dua jam.
Konsert ‘SATU’ terilham daripada saranan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang memberi inspirasi ‘SATU MALAYSIA’.
Konsert ‘SATU’ juga menyatukan semua elemen yang dipersembahkan di pentas menjadi satu iaitu muzik, efek, tarian, visual, grafik, koreografi dan teknikal.
Menurut Siti, konsert beranggaran lebih setengah juta itu akan menghidangkan lebih kurang 30 buah lagu yang akan disusun semula muziknya oleh Aubrey Suwito selaku pengarah muzik manakala koreografer Pat Ibrahim bertindak sebagai pengarah konsert.
Siti berkata konsert ini menggunakan muzik iringan orkestra tapi bukan semua lagu dipersembahkan dalam bentuk ini kerana ia perlu mengikut kesesuaian lagu juga.
Pat berkata konsert bercorak ‘theatrical’ itu akan direalisasikan dengan bantuan 25 orang penari. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 10:57 am | |
| Road tour ‘lelong amal’ Suria FM
Nubhan lelong baju sejuk. SIRI jelajah promosi Suria FM kembali lagi dengan konsep berbeza di mana selain dapat berhibur dengan persembahan artis, pengunjung juga boleh beramal dengan membeli barangan peribadi artis yang akan dilelong. Baru-baru ini, krew Suria FM telah mengadakan sesi ‘road tour lelong amal di Dataran Pahlawan Melaka' pada 30 Mei (Sabtu) di Dataran Pahlawan Melaka dan 31 Mei (Ahad) di Dataran Teluk Kemang Port Dickson. Stacy lelong kasut tumit tingginya. Acara yang bermula 3 petang itu menyaksikan persembahan artis popular seperti Dayang Nurfaizah, Stacy, Farah Ashikin, Nubhan, dan kumpulan Divine Master. Selain menghiburkan penonton, artis juga turut melelong barangan peribadi mereka seperti pakaian, kasut, aksesori hiasan dan banyak lagi. Sebanyak RM1,616 telah pun berjaya dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Perlindungan Pernim (rumah perlindungan untuk anak anak hiv positif). Dayang lelong tetikus dan dompet. Acara yang berakhir pada jam 6.30 petang bagi kedua-dua hari itu telah pun di kendalikan oleh barisan penyampai Suria Fm seperti Tuah, Zizi, Myra, Zaff, Akhtar, Bob, Naim dan Dj Lin. Sebagai kemuncak, sesi Road Tour Lelong Amal seterusnya akan diadakan di Plaza Alam Central Shah Alam pada 27 Jun ini (Sabtu) bermula 3 petang dengan barisan artis popular seperti Amy Mastura, Dayang Nurfaizah, Ramlah Ram, Elyana, Nurul dan ramai lagi. Selain menghiburkan tetamu dengan 2 buah lagu, setiap artis juga akan turut melelong barangan peribadi mereka untuk disumbangkan kepada Rumah Nur Salam (rumah perlindungan untuk anak-anak terbiar Chow Kit). Farah Ashikin beramah mesra dengan peminat. orang ramai dijemput datang beramai-ramai bagi memeriahkan acara itu nanti. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 11:01 am | |
| Sandra Bullock suka jadi ibu tiri
Sandra suka menjaga anak perempuan suaminya, Sunny apatah lagi bila menyedari dia mungkin tidak berpeluang mempunyai anak sendiri - foto AFP
SANDRA Bullock suka menjaga anak perempuan suaminya, Sunny apatah lagi bila menyedari dia mungkin tidak berpeluang mempunyai anak sendiri.
Bintang Miss Congeniality ini merupakan ibu tiri kepada dua anak Jesse James yang merupakan hasil perkongsian hidup suaminya itu dengan bekas isteri.
Aktres berusia 44 tahun ini tidak langsung mengeluh tentang peranan yang dipikulnya itu.
"Saya mungkin tidak akan mendengar perkataan 'ibu' daripada anak sendiri. Tetapi, untuk menjadi seorang ibu bukan hanya tentang melahirkan anak...ia tentang kasih sayang. Mungkin senang untuk bercakap, tetapi sukar untuk lakukannya.
"Bila kita tidak ada gelaran 'ibu' itu, kita akan menggelabah dan kecewa. Tetapi inilah ujian terbaik untuk menjadi ibu. Saya hanya perlu mengingatkan diri saya supaya tidak peduli tentang apa yang akan saya terima. Saya lebih suka fikir apa yang saya boleh berikan," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 11:03 am | |
| Yana rindu untuk kembali bergelar pengarah filem Selepas filem sulungnya Selamat Pagi Cinta, Yana terus mendapat kepercayaan David Teo untuk mengarah filem terbaru terbitan Metrowealth tidak lama lagi GELARAN pengarah filem wanita paling muda sememangnya cukup besar untuk digalas oleh Norliana Samsudin atau mesra dengan panggilan Yana ini. Tatkala ada yang menunjukkan rasa kagum terhadap dirinya, Yana tidak terlepas dengan kritikan banyak pihak yang meragui kemampuannya mengarah filem sulungnya iaitu Selamat Pagi Cinta. Namun, kepercayaan yang diberikan oleh orang kuat Metrowealth, David Teo membuatkan pelakon berusia 25 tahun ini yakin dengan produk yang dihasilkannya itu. Malah, sambutan yang tidak mengecewakan yang diraih oleh filem lakonan Pierre Andre, Fazura, Sharifah Amani dan Que Haidar itu tahun lalu membuatkan David semakin berkeyakinan untuk sekali lagi memberi tanggungjawab besar kepada Yana sebagai pengarah. Cinta Alam Maya, sebuah filem bercorak 'romantic thriller' yang berkisarkan tentang penipuan di Internet itu akan terus menguji kewibaan Yana di dalam bidang pengarahan filem. Akui Yana, dia sememangnya amat rindu untuk kembali mengarah, namun, ujar pelakon yang kini semakin meningkat namanya menerusi drama bersiri 3 Janda ini, kemungkinan filem itu terpaksa ditunda sehingga akhir tahun ini kerana jadual seninya yang padat dan pelakon lain yang terikat dengan komitmen lain. "Kalau ikutkan, bulan Mei lalu sepatutnya penggambaran bermula. Saya juga sudah rancang untuk mengambil Farid Kamil dan Lisa Surihani sebagai tunggak utama filem ini, tetapi masa mereka pula yang tidak mengizinkan. "Secara kebetulan pula, jadual saya juga padat dengan penggambaran drama bersiri E-Toyol, jadi nampaknya tak boleh nak buat apa-apa lagi. Setelah saya bincang dengan David, dia bersetuju untuk tunda sehingga akhir tahun. "Tapi, itu pun masih lagi belum ditetapkan. Jika tidak sempat juga untuk buat akhir tahun ini, berkemungkinan besar saya terpaksa 'hold' dulu projek ini dan memulakan projek filem lain yang juga merupakan tawaran daripada David," kata Yana menceritakan tentang tawaran mengarah filem yang diterimanya. Menurut Yana, walaupun semangatnya untuk mengarah filem terbaru cukup membara ketika ini, namun dia perlu memberikan tumpuan yang lebih terhadap bidang lakonan terlebih dahulu apatah lagi bila tawaran membintangi drama dan filem nampaknya tidak putus-putus diterimanya. Lantaran itu, kata graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Layar dari Universiti Teknologi MARA ini, lebih baik memberikan tumpuan terhadap satu demi satu kerja terlebih dahulu daripada merangkul kesemuanya dalam satu masa. "Kalau boleh, semuanya saya nak buat...berlakon dan kerja belakang tabir. Tapi, saya rasa biarlah selesaikan satu demi satu dulu. Dan nampaknya sejak kebelakangan ini, tawaran berlakon semakin banyak pula yang saya dapat. "Alhamdulillah, nampaknya semakin ramai yang percaya dengan bakat saya. Inilah yang dinamakan rezeki. Tapi pada masa yang sama, saya sempat juga menghasilkan skrip untuk program bercorak remaja di RTM," tutur pelakon yang sebelum ini juga pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Pierre Andre. Puas bawa pelbagai jenis watak Pembabitan Yana sebagai anak seni sudah bermula sejak tujuh tahun lalu. Mungkin tidak ramai yang mengetahui gadis ini terlebih dahulu melangkah di dalam bidang hiburan sebagai seorang penyanyi menerusi album Ceria sebelum 'menyepikan' diri seketika kerana memberi fokus terhadap pelajarannya. Selain membuat 'kejutan' menjadi pengarah wanita paling muda, nama gadis ini melonjak naik setelah muncul di dalam filem Histeria tahun lalu, apatah lagi menerusi adegan 'kontroversi' yang menyaksikan aktres ini di dalam satu babak 'bercium' dengan pelakon baru, Scha. Wajah comel Yana juga semakin kerap dilihat di kaca televisyen menerusi beberapa buah drama antaranya Lu'Lu, Bionic Man, 3 Janda dan yang terbaru, E-Toyol yang mula bersiaran di TV3 hari ini. Mengulas tentang perkembangan karier seninya yang semakin menunjukkan tanda-tanda positif ini, kata Yana, dia sendiri tidak menyangkakan senario ini akan terjadi pada dirinya. Malah, katanya lagi, dia bersyukur kerana sehingga hari ini, dia sudah berpeluang membawakan pelbagai jenis watak tidak kiralah sama ada di dalam drama mahupun filem. "Saya dah cuba bawakan watak 'psycho', aksi, gadis 'blur' dan perempuan gedik...semua itu adalah watak yang sukar tetapi cukup puas dapat melakonkannya. "Tetapi dalam banyak-banyak watak itu, saya rasa watak Suria di dalam 3 Janda ialah yang paling mencabar. Susah betul nak jadi 'gedik' macam tu sebab saya bukanlah orang seperti itu. "Tetapi saya banyak melihat cara seorang rakan saya yang memang ada banyak persamaan dengan Suria. Dari situlah saya cuba kembangkan karektor itu dengan cara saya tersendiri," kata Yana yang juga baru selesai menjalani penggambaran filem terbaru arahan Ahmad Idham, Remp-It Nan Sempit. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 11:09 am | |
| ((Gambar) Hunny Madu DJ Fly.FM - Berbakat Dalam Penciptaan Lagu Bukan sahaja petah berbicara di konti Fly.FM, Hunny Madu juga berbakat dalam bidang penciptaan lagu. Baru-baru ini, beliau telah melancarkan sebuah EP yang memuatkan 4 buah lagu hasil ciptaan beliau, iaitu Suara, Bila Dunia, That Way & Don’t You Play. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 11:26 am | |
| (Gambar) Aksi Sam Bunkface Hampir Cium Juliana Evans D*mn, don’t ever kiss her! Malam tadi, OHBULAN! terjumpa sebuah rakaman video Youtube yang mungkin akan menguja’kan kaum lelaki. Video ini memang khas untuk wanita yang ingin kelihatan cantik, tapi itu bukan’lah perkara yang kami ingin tekan’kan di’ sini. Tonton video di’ bawah & anda akan faham apa yang kami maksud’kan…cantiknya dia… |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 11:33 am | |
| “Nekad Di Malaysia” - Aaron Aziz Menjadi artis Malaysia / Singapura pertama yang diberikan kepercayaan menjadi jurucakap kepada Loreal membuktikan Aaron Aziz berada di tahapnya yang tersendiri. Namun ianya tidak pernah menjadikan Aaron lupa diri dengan apa yang dimilikinya |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 11:34 am | |
| Isi Hati Siti Menjadi artis wanita nombor satu negara bukan menjadi penghalang bagi Datuk Siti Nurhaliza dari meluahkan isi hatinya kepada pihak media, untuk berkongsi pendapat juga menzahirkan perasaan yang terpendam di dalam sanubarinya |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 11:55 am | |
| Tulang belakang Sinar FM Linda Onn, Abby Fana dan Raja Azura berkongsi cinta, cita-cita dan aspirasi bersama pembaca Hip
TIGA wanita berbeza status Linda Onn, Raja Azura dan Abby Fana lebih daripada sekadar penyeri kepada stesen radio retro Sinar FM.
Linda dan Abby sudah lebih sedekad mewarnai dunia penyiaran radio, sementara Raja Azura atau KE sudah lebih dua tahun mengendalikan slot Sinar Pagi bersama Salih Yaacob dan Kharil Rashid pula kini semakin selesa dengan kerjaya barunya itu.
Mereka ibarat tulang belakang kepada Sinar FM. Celoteh selamba tiga penyampai ini berjaya melonjakkan nama Sinar FM sehingga berada di tangga kedua yang secara tidak langsung membuatkan stesen radio lain 'menggigil'.
Hip usik-usik tiga penyampai wanita ini mengenai isu cinta, kehidupan dan mengenai kerjaya mereka. Ikuti apakah jawapan diberikan ketiga-tiga mereka.
Linda Onn Soalan: Lelaki Melayu vs lelaki Mat Saleh? Yang mana satu jadi pilihan?
Jawapan: Pilihan utama Linda ialah lelaki Melayu kerana mudah bergaul dengan Linda dan keluarga terutama apabila berbicara soal adat dan tradisi serta perihal agama. Lelaki Mat Saleh pula perlu belajar semuanya terlebih dulu tetapi bagi Linda, jodoh adalah ketentuan Tuhan. Linda terima seadanya walau apa bangsa sekalipun asalkan lelaki itu patuh pada agama dan dapat bimbing Linda dan bakal anak mengikut landasan Islam. Di sudut lain, sekiranya lelaki Melayu adalah jodoh Linda, Linda mahu yang tidak terlalu mengongkong dan yang tidak berkasar dengan perempuan (mentang-mentanglah orang Melayu mengatakan lelaki ketua keluarga, maka kebanyakan lelaki Melayu bertindak seperti 'menghambakan' orang perempuan).
Soalan: Apa perkembangan kisah cinta?
Jawapan: Hmm.. kembali solo. Tiada sesiapa di hati buat masa ini dan sedang menanti Mr Right. Kadang kala seronok juga apabila hidup solo. Tiada masalah, perselisihan faham, gaduh, berkecil hati dan makan hati. Namun, ada kalanya terasa sunyi juga apabila tiada teman bergelar kekasih sebagai tempat untuk bermanja dan mengadu. Waktu solo ini Linda gunakan sebaiknya untuk memperbaiki diri supaya apabila tiba lelaki yang bertakhta di hati, biar dia jadi insan yang paling bahagia di muka bumi ini.
Soalan: Bila nak tamatkan zaman bujang?
Jawapan: Bila-bila masa...
Soalan: Perkahwinan impian dan destinasi bulan madu?
Jawapan: Sebuah taman serba hijau dihiasi bunga lili putih dan bunga mawar merah putih, semua set juga berasaskan warna putih. Tetamu juga ada warna tema. Apabila Linda dan pasangan hadir, kami diiringi dendangan lagu oleh seorang penyanyi bersama 'four piece band'. Linda dan pasangan akan menghabiskan malam bersama tetamu yang hadir dengan muzik menenangkan dalam suasana romantis. Destinasi bulan madu pula Linda teringin nak bercuti sebulan dan pergi ke mana saja asalkan bersama suami tersayang.
Soalan; Adakah Linda semakin selesa dengan Sinar FM?
Jawapan: Selesa. Walaupun Linda berasa ketinggalan kerana tidak mesra dengan lagu dan penyanyi lama tetapi layanan Pak Tam selaku bos yang tidak terlalu bekerja di bawah tekanan membuatkan Linda mahu bekerja lebih baik di Sinar FM. Semangat Linda yang luntur suatu ketika dulu, sudah kembali kuat. Apabila Linda di Sinar, Linda dapat rasa seperti bersama Era dulu. Semua bekerja dengan lebih seronok, relaks dan penyampainya matang. Sudah enam bulan Linda di Sinar, bak kata orang alah bisa tegal biasa. Tambahan pula sokongan yang tak henti daripada pendengar yang setia mengikut Linda ke mana saja Linda pergi. Linda harap, jika Linda ke radio mana sekalipun selepas ini, peminat akan bersama. Baru-baru ini, rating Sinar naik dan berada di tempat kedua tidak jauh dari tempat pertama. Ia membuatkan Linda lebih teruja untuk buat yang terbaik.
Soalan: Dakwaan penyampai radio paling kaya?
Jawapan: Syukur Alhamdulillah. Harap masin cakap-cakap mulut orang dan semoga doa mereka jadi kenyataan. Syukur setakat ini Linda dapat apa yang dimahukan hasil kerja keras Linda sendiri kerana tak bergantung hidup pada sesiapa. Apa yang penting Linda dan keluarga kaya dengan kebahagiaan. Dari sudut harta, Linda masih mencari dan berusaha untuk hidup lebih selesa. Linda sentiasa lihat hidup ini ada pelbagai peluang, jadi Linda tidak mahu sia-siakan agar hari tua nanti Linda dapat hidup senang lenang hasil kerja keras sekarang. Namun, Linda tetap bersyukur dengan apa jua kurniaan Allah.
Abby Fana
Soalan: Siapa Abby Fana? Gambarkan diri anda pada peminat. Jawapan: Abby Fana adalah insan biasa dengan cara dan kelebihan yang biasa tetapi amat yakin bahawa dengan biasa itulah saya dapat melakukan sesuatu yang luar biasa. Dalam erti kata lebih mudah, dengan izin Allah SWT, tiada sesuatu yang terlalu sukar jika saya percaya kepada kelebihan dan kekuatan diri sendiri.
Soalan: Selain penyampai radio dan pengacara, apa bakat lain yang terpendam?
Jawapan: Bakat terpendam saya selain boleh tidur dalam kiraan 1, 2, 3, 4 apa lagi ya? Hmmmm... bakat terpendam saya ialah menyanyi dengan merdu (dalam hati) dan menghias halaman rumah dengan bunga-bungaan (sambil ketawa kecil)
Soalan: Lelaki istimewa pada hati Abby?
Jawapan: Bagi kategori famili tentulah ayah serta anak Afiq Nazrin, 19; dan Adli Nazrin, 18. Bagi kategori pasangan hidup - masih terfikir-fikir lagi. Bagi kategori sahabat atau kenalan - siapa juga lelaki yang memandang Abby sebagai seorang insan biasa dan menghormati pandangan serta pendapat Abby, mereka itulah lelaki istimewa.
Soalan: Lelaki muda vs berusia.. yang mana satu jadi pilihan?
Jawapan: Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Abby tidak memilih siapa pun kerana Abby percaya kepada kata orang bijak pandai, sayangkan yang tua, peliharalah baik-baik. Sayangkan yang muda, tunjuklah baik-baik. Ada masa kepintaran orang muda itu amat kita perlu tapi pada masa yang lain, pengalaman si tua itu yang kita harapkan untuk menempuh ranjau duri kehidupan. Soalan: Pernah diganggu (mengurat) peminat?
Jawapan: Hmmmm... kalau ada pun, Abby anggap ia sebagai gurauan peminat kepada Abby saja. Tidak serius mana pun kerana peminat yang sudah lama mengikuti Abby, mungkin sudah faham cara serta gaya Abby ketika bertugas, penuh dengan senda-gurau dan humor yang boleh menceriakan kami bersama. Abby juga selalu menggunakan dialog bernada 'urat-mengurat' juga. Jika peminat ambil serius, matilah Abby. Justeru, hal mengurat ini memang sesuatu yang Abby anggap tak lebih daripada batasan gurauan.
Raja Azura
Soalan: Pernah terjadi sesuatu yang bodoh ketika ke udara?
Jawapan: Terlepas waktu sepatutnya bercakap (talkset) sebab sakit perut sangat akibat duduk terlalu lama dalam bilik termenung. Pengajarannya, jangan cuba makan berlebihan pada subuh hari kalau anda sedang bertugas di radio...
Soalan: Kalau bukan Sinar Pagi, slot mana lagi ingin Kak Engku kendalikan dan kenapa?
Jawapan: Slot tidur di rumah... segmen menghantar anak ke sekolah kerana saya tidak pernah mimpi menjadi penyampai radio pada subuh hari. Sinar Pagi adalah satu-satunya pilihan saya kerana selepas bekerja boleh ambil anak di sekolah. Rutin paling saya suka sejak bergelar ibu kerana seronok mendengar celoteh mereka setiap kali menaiki kereta.
Soalan: Dakwaan mengenai lawak kampung?
Jawapan: Lawak kampung ke, bandar ke, kita orang Malaysia yang penuh dengan adat dan budaya (sambil ketawa besar). Kita semua berasal dari kampung, jangan lupa, sesekali tempat jatuh lagi dikenang. Sebenarnya bukan mudah hendak memuaskan hati semua orang. Yang penting setiap kerja yang kita lakukan perlu ikhlas dan bukan mudah untuk menjadi pelawak. Bakat yang dikurniakan yang tiada pada orang lain.
Soalan: Mahu tinggalkan dunia lakonan?
Jawapan: Mungkin tidak. Walau saya dihalang Tembok Besar Cina sekalipun, akan ku redah gitu!
Soalan. Salih Yaacob dan Khairil Rashid daripada pandangan mata Kak Engku?
Jawapan: Saya menghormati Khairil kerana kerjaya bermula sebagai penyampai radio. Ilmu yang ada padanya perlu saya pelajari. Salih Yaacob pula ibarat harta karun yang amat berharga, perlu dicari gali bakatnya dengan ilmu. Kepada mereka yang ingin menjadi pelawak yang bagus dalam hidup, jangan malu untuk belajar selagi hayat masih ada. Perlu diingat, kalau kita pandai perlu diingat ada orang lain lebih pandai daripada kita... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 11:59 am | |
| Jawab, jangan tak jawab!: Bukan salah pilih artis Eja akui kesilapan berlaku pada malam pertama persembahan
LESU, hambar dan mengecewakan. Itulah yang dirumuskan media terhadap Konsert Untukmu Sudirman di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, dari 4 hingga 6 Jun lalu. Walaupun promosi mengenainya cukup gah kedengaran, namun selepas dipertontonkan kepada khalayak, hasilnya tidak ubah seperti pepatah indah khabar daripada rupa.
Sebagai sebuah konsert yang objektifnya menghargai seorang artis paling banyak menabur jasa dalam bidang hiburan, kebanyakan artis yang membuat persembahan kelihatan tidak begitu bersedia. Buktinya ada yang tampil terlalu ringkas di pentas serta tidak hafal lirik lagu.
Apabila perkara asas seperti itu tidak diambil kira, maka jadilah konsert anjuran Bintang Emas Pictures (M) Sdn Bhd itu sebagai ‘caca marba’ dan tidak sempurna, sekali gus mengecilkan hati banyak pihak termasuk keluarga Allahyarham.
Bagaimanapun, ketika diajukan persoalan kepada penganjur, Penerbit Eksekutifnya, Eja Ibrahim tidak menganggap kritikan dilemparkan sebagai negatif, jauh sekali mengatakan konsert anjuran mereka itu gagal kerana menurut Eja, kesilapan berlaku hanya sewaktu malam pertama pementasan.
Tidak mahu menyalahkan sesiapa, Eja akui apa yang berlaku itu disebabkan kekurangan latihan.
Eja Ibrahim
Pun begitu, katanya, untuk malam kedua dan ketiga, semua artis terbabit berjaya menjalankan tanggungjawab masing-masing, sekali gus menjadikan objektif utama mereka menganjurkan konsert itu dicapai, sekali gus menutup kembali kelemahan berlaku sebelum ini.
Hip: Kebanyakan komen media terhadap Konsert Untukmu Sudirman semuanya berbaur negatif, komen sikit?
Eja: Saya tidak melihat ia sebagai komen negatif kerana mereka hanya menonton konsert pada malam pertama. Saya akui, adalah satu kesilapan apabila mengundang media pada malam pertama pementasan. Maklum sajalah, banyak masalah selalunya berlaku pada malam pertama pementasan. Antaranya masalah teknikal serta perasaan penyanyi itu sendiri. Iyalah ada antara mereka yang buat pertama kali membuat persembahan di Istana Budaya. Tentunya perasaan itu lain sedikit. Ada rasa gementar dan gugup. Sepatutnya saya mengundang mereka pada malam kedua kerana pada masa itu dari segi keseluruhan persembahan, semuanya berjalan lancar. Tidak ada lagi artis yang lupa lirik di atas pentas serta berpakaian selekeh di pentas. Malah, mereka berjaya menunjukkan persembahan terbaik untuk kedua-dua malam itu.
Hip: Komen sikit pasal persembahan Kazar dan Acong yang dilihat sebagai mencacatkan keseluruhan persembahan.
Eja: Saya tak salahkan mereka sebenarnya. Dalam hal ini terutama sewaktu mengadakan persembahan pada malam pertama, mereka memang gugup kerana ia adalah kali pertama mereka membuat persembahan di Istana Budaya. Acong umpamanya, saya akui dia kurang latihan, namun pada masa sama saya puji sikapnya kerana sudi menjayakan konsert ini. Mungkin pada malam pertama persembahannya dan Kazar yang mendapat banyak maklum balas negatif tetapi pada malam seterusnya, mereka nampak sudah semakin selesa untuk membuat persembahan. Macam Kazar, ramai yang merungut kerana dia tampil dengan pakaian tidak sesuai. Itu saya akui silap saya kerana terlepas pandang menyangkakan setiap penyanyi mempunyai tanggungjawab sendiri dalam menentukan apa yang sesuai untuk dipakai. Bagaimanapun, pada malam kedua, saya sudah memeriksa pakaian mereka dan saya puas hati dengan apa yang mereka gayakan pada malam itu.
Hip: Apakah Eja rasa tersalah pilih artis untuk membuat persembahan pada malam itu?
Eja: Saya tak rasa sedemikian kerana apa yang saya tahu, malam itu yang mendapat ulasan negatif cuma Kazar dan Acong, manakala yang lain seperti Adibah Noor, Mila, Haziq semuanya berjaya melunaskan tanggungjawab mereka dengan baik. Pun begitu, bagi kami pemilihan Kazar dan Acong untuk membuat persembahan ini bukanlah satu kesilapan. Kazar, adalah penyanyi asal yang membawakan lagu Milik Siapakah Gadis Ini yang dinyanyikannya dalam filem Hambali Seorang Jeneral. Bagaimanapun, Kazar tidak merakamkan lagu itu. Macam Acong pula, saya lihat dia ada kesungguhan. Walaupun dalam keadaan suntuk serta terpaksa menyanyi menggunakan live band, dia masih boleh mempamerkan persembahan terbaik khususnya untuk malam kedua dan ketiga. Acong sebenarnya dicadangkan oleh Kazar dan berdasarkan kewibawaannya, kami menerimanya sebagai antara artis yang akan membuat persembahan pada konsert itu. Dalam hal ini masalah silap pilih artis tidak timbul kerana semua yang kami cadangkan mendapat persetujuan Istana Budaya.
Hip: Ramai yang mengatakan perjalanan konsert ini agak kelam kabut kerana Eja bertindak sebagai one woman show. Dari hal produksi, artis dan media semuanya Eja yang uruskan. Komen sikit.
Eja: Ya, memang saya akui semua perkara saya yang uruskan. Tapi bukanlah bermakna semuanya saya kena jaga. Saya sudah melantik beberapa kakitangan untuk menguruskan sesuatu tugas itu, manakala saya hanya menyelia dan memastikan semuanya berjalan lancar.
Hip: Untung atau rugi?
Eja: Hendak kata untung sangat itu, tak adalah. Hendak kata rugi pun, tidaklah juga. Tapi jangan risau kepada semua yang terbabit dengan konsert ini, sama ada penyanyi atau kru produksi, bayaran akan tetap dijelaskan selepas segala urusan mengenai konsert ini selesai.
Hip: Apakah Eja serik untuk menganjurkan sebarang konsert selepas ini?
Eja: Oh! Tidak. Perkataan serik tiada dalam kamus saya ketika ini. Sebagai penganjur, saya anggap apa yang berlaku ini adalah cabaran dan untuk berjaya kita kena lalui perkara seperti ini. Ia memberikan kita pengalaman dan menjadikan kita lebih matang. Insya-Allah tahun depan, saya akan muncul dengan projek baru. Cuma kali ini saya akan lakukannya menerusi syarikat saya sendiri SKI Productions. Rasanya lebih mudah untuk membuat keputusan kalau kita sendiri yang mengendalikannya. Apapun secara keseluruhan saya berpuas hati dengan konsert ini kerana kalau mahu dilihat dari segi objektifnya, memang dicapai apabila ramai penyanyi baru sudi menyanyikan lagu Allahyarham seperti dinyatakan sendiri ahli keluarga arwah kepada saya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 12:05 pm | |
| Dua beradik kongsi kemanisan Tomok dan Isma .Kenduri kesyukuran dihadiri 1,000 tetamu mengotakan impian ibu bapa Tomok, Isma BARANGKALI apa yang diberikan tidak sama dengan sokongan serta penghargaan yang diterima hingga menjulang nama mereka di puncak kejayaan. Namun, bagi Tomok yang meraih juara musim ketiga, One In A Million (OIAM) serta Isma yang mengakhiri perjuangan pada kedudukan kelima dalam Akademi Fantasia (AF), ia tetap menyimpan makna istimewa buat diri mereka. Sabtu lalu di perkarangan kediaman mereka di Desa Aman, Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur, dua beradik itu berkongsi kemanisan dalam permulaan kerjaya seni bersama insan tulus menghargai perjuangan mereka. Kenduri kesyukuran dihadiri lebih 1,000 tetamu itu, sekali gus mengotakan impian ibu bapa mereka, Ismail Salim dan Siti Fatimah Haron yang mahu permulaan karier seni dua anaknya itu diberkati serta dirahmati Ilahi. Tomok berkata, jamuan kecil bermula jam 11 pagi hingga 6 petang itu adalah cara mereka berdua mendekati serta mengucapkan terima kasih kepada peminat kerana kejayaan tidak mungkin dikecapi tanpa sokongan diberikan. JACLYN Victor bersama protegenya, kumpulan Evo turut hadir memeriahkan majlis kesyukuran Tomok dan Isma. “Hanya ini yang termampu kami lakukan untuk berterima kasih kepada semua peminat yang menyokong dan menghargai perjuangan kami berdua di OIAM dan AF7 dulu. “Sedapat mungkin saya dan Kak Isma ingin meraikan semua yang membantu merealisasikan impian kami berdua kerana tanpa mereka, kami tidak akan ke mana. “Kenduri kesyukuran ini juga sebagai memenuhi hajat ibu dan ayah yang mahu perjalanan seni kami berdua diberkati dan diredai. Alhamdulillah, hajat itu termakbul hari ini,” kata Tomok. Hujan yang membasahi pada permulaan majlis kesyukuran itu seakan merahmati segala usaha Tomok dan Isma yang menempuh laluan panjang sebelum berjaya menggapai impian. KELUARGA besar Tomok dan Isma. Menatap wajah mereka yang sentiasa mengukir senyuman menterjemahkan betapa Tomok dan Isma menyimpan misi besar untuk cemerlang sebagai anak seni. Petang itu, tidak sesekali mereka mengeluh melayani permintaan tetamu yang hadir walaupun ada ketika terpaksa bergelut dengan kerenah yang pelbagai. Dua adik beradik itu akur, mereka tidak mungkin berdiri selesa tanpa peminat dan kerana itu sedaya upaya Tomok dan Isma cuba untuk tidak mengecilkan hati insan yang meletakkan bakat mereka pada persada seni. Janji Tomok, dia akan sentiasa berhati-hati dalam mengatur langkah supaya tidak timbul lagi isu yang mengguris perasaan pihak lain. Akui Tomok, segala yang dikecapi selepas memenangi wang tunai RM1 juta tidak pernah sesekali mengubah dirinya. Dia tetap Tomok yang dulu. Pemuda bertubuh kurus yang sentiasa merendah diri ini berkata, dia berusaha memperbaiki kekurangan serta kelemahan kerana akur dirinya bukan manusia sempurna. Pinta Tomok, berikan teguran jika ada kesilapan dilakukan kerana kritikan yang dilontarkan bermakna peminat menyayanginya dan mahu dia menjadi lebih baik berbanding hari ini. Pemilik nama penuh, Shah Indrawan Ismail, 25, ini tidak terhiris dengan pandangan sesetengah pihak yang menegur sikapnya yang dikatakan sombong dan berubah sejak bergelar jutawan. “Setiap kali menjayakan persembahan, saya bertemu ramai orang dan kesilapan saya kerana tidak peka membuatkan ada yang berkecil hati serta tersinggung. “Saya minta maaf jika ada yang terguris. Sebagai manusia, saya tidak mampu memuaskan hati semua pihak dan saya cuba memenuhi permintaan selagi termampu. “Jujurnya saya masih Tomok yang dulu. Teguran ini saya jadikan teladan supaya tidak mengulangi kesilapan sama pada masa akan datang. “Mungkin juga ketika mereka mendekati, saya sedang sibuk dengan urusan persembahan membuatkan saya tidak sempat melayani permintaan peminat. “Saya tidak terguris sebaliknya berterima kasih kerana keprihatinan peminat bermakna mereka menyayangi dan berharap saya menjadi insan yang lebih baik,” katanya tenang menerima tohmahan dan kecaman sejak menjuarai OIAM. Utamakan keluarga sebelum keluar bekerja MELIHAT perjalanan sukar Tomok menyedarkan kakaknya, Ismaliza Ismail, 30, perjalanan dunia seni tidak seindah seperti disangkakan. Akui Isma, permulaan langkah dia agak kekok menyesuaikan diri dengan perhatian luar biasa diberikan peminat meskipun bidang itu bukan sesuatu yang baru buat dirinya. Mujur hasil tunjuk ajar suami, Zulkifli Majid yang ternyata berpengalaman selain Tomok, dia meniti permulaan karier nyanyian dengan selesa, malah turut membawa bersama beberapa perancangan. Sebagai pengenalan, Isma yang bernaung menerusi Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) selama enam bulan ditampilkan dulu menerusi single, Bisikan Godaan ciptaan suaminya. “Buat sementara waktu, Isma hanya mengikut segala perancangan AESB kerana ketika ini punya aktiviti sedang dijalankan. “Ikutkan hati memang Isma berharap untuk mempunyai album penuh. Namun, apabila difikirkan mengenai pasaran rasanya lebih baik Isma tumpukan dulu kepada penerbitan single. “Isma mahu terlebih dulu melihat bagaimana sambutan peminat. Andai ada permintaan, Insya-Allah, Isma akan panjangkan usaha untuk merakamkan album sulung,” katanya. Ibu kepada lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 11; Muhammad Haiqal Aydiel, 10; Seri Aida Melissa, 8; Seri Ayreen Marlynda, 5; dan Seri Adryana Marcella, 1; bersyukur kerana cita-citanya itu direstui suami serta anaknya. Restu mereka kata Isma, memudahkan perjalanannya dalam bidang seni, malah dia dan suami sering berbincang bagaimana membahagi masa supaya tumpuan terhadap anak tidak diabai. “Mungkin kerana sudah terbiasa melihat Isma keluar bekerja, anak memahami dan tidak pernah merungut. Cuma bezanya jadual Isma lebih padat berbanding dulu, namun sedaya upaya, Isma tetap utamakan keluarga sebelum keluar bekerja,” katanya. Bersuamikan lelaki yang bertugas sebagai Pengurus Artis & Repertoire di Suria Records barangkali memberi kelebihan kepada Isma untuk membina tapak selesa dalam bidang nyanyian. Bahkan tempias populariti Tomok sedikit sebanyak membantu wanita yang semakin langsing ini untuk pantas meraih perhatian peminat. Bagaimanapun, Isma mempunyai pendapat sebaliknya. Dia tidak menafikan kelebihan dua lelaki yang berdiri di belakangnya sebagai bonus untuk membina tapak. “Tetapi saya tidak boleh mudah selesa kerana dalam apa juga perkara, kerja keras penting. Banyak yang sudah saya korbankan untuk berada di sini membuatkan saya tidak mahu lagi menoleh ke belakang. “Saya berharap dengan bantuan suami serta nasihat adik, ia akan menjadi panduan berguna untuk saya membina platform sendiri di pentas nyanyian. “Suami sendiri menggalakkan saya supaya berusaha menggilap bakat untuk mengejar cita-cita. Atas sebab itu, saya tidak mahu leka kerana persaingan dunia hiburan semakin besar,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 12:25 pm | |
| SOSEH SOSEH: Norish suka menyampuk
PERTAMA sekali, tahniah SS ucapkan buat pelakon Norish Karman kerana melangkah setapak lagi sebagai pengacara selepas dikenali sebagai pelakon.
Malah, Norish juga mencuba nasib sebagai penyanyi tetapi hingga kini, albumnya belum juga dipasarkan walaupun difahamkan sudah lama siap.
Bagi mereka yang tahu, sebenarnya Norish bermula sebagai pengacara apabila menyertai pertandingan Pencarian Pengacara Nona tidak lama dulu tetapi nasibnya lebih menyerlah dalam lakonan apabila ditawarkan berlakon drama.
Sekurang-kurangnya dalam kegawatan ekonomi kerana tawaran berlakon makin kurang ditambah pula kes perceraiannya yang belum selesai, dengan kerjaya baru ini, dapatlah meringankan bebannya menyara tiga anak.
Sejak muncul mengendalikan program bual bicara Wanita Hari Ini (WHI) di TV3, banyak juga suara meluahkan kurang senang dengan cara Norish mengendalikan program itu.
SS tidak bermaksud hendak mengutuk cara penyampaian Norish kerana faham mungkin dia teruja untuk melaksanakan karier barunya. Waktu sama, SS ingin memberi teguran ikhlas mungkin boleh dijadikan panduan untuk memperbaiki gaya pengacaraannya supaya menjadi lebih baik.
Bukan apa, ketika rancak bersoal jawab dalam satu segmen program itu, SS tengok Norish pula yang terlebih cakap daripada tetamu. Bak kata pepatah, lebih sudu dari kuah menyebabkan panel jemputan itu belum sempat menghabiskan luahan hatinya, secara tiba-tiba disampuk Norish.
Kata penonton setiap program itu, bukan sekali dua perkara itu berlaku tapi banyak kali hingga apa yang hendak disampaikan panel jemputan tidak kesampaian. SS juga tidak nafikan perkara itu. Hingga satu ketika SS lihat, gaya Norish asyik menyampuk saja ketika panel jemputan bersuara sambil diperhatikan rakan sejawatnya.
SS tertanya-tanya juga apalah isu sebenar yang ingin dibangkitkan dalam program itu. Sekiranya berterusan begini, penonton yang lain pun akan bengang kerana mereka menonton WHI untuk mengetahui pandangan, pemikiran daripada panel jemputan dan bukannya pengacara.
Bukan maksud SS pengacara tidak boleh memberi pandangan, tetapi biarlah kena pada masanya. Sebagai pengacara, SS fikir 'menyampuk' bukan saja tidak sesuai dengan adat budaya orang Melayu tetapi turut menunjukkan rasa tidak hormat kepada panel jemputan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 12:27 pm | |
| Poster ciplak? sekeping poster filem, menarik jugak. Tajuk gambarnya, ‘Ciplak’! Mula-mula memang Kiah tak ambil pot sangat pasal gambar tu, biasalah bukan sekali dua Kiah dapat emel bergambar macam tu. Esoknya, masuk office Kiah buka peti emel dan tengah sibuk-sibuk membuang emel-emel yang tak bermanfaat, Kiah terbelek semula poster tu. Kemudian barulah Kiah perasan, gambar tu sebiji macam poster filem Apa Kata Hati, muka di poster saja lain…yang lain semuanya macam kembar seiras.Tak percaya, korang tengok sendiri. Hemmm…mungkin kebetulan sama. Apa pun kena tanya pada orang yang reka poster Apa Kata Hati. Kalau pertemuan idea, ada kemungkinan hasilnya sama tak? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 12:32 pm | |
| “Kahwin? Nantilah…” Noryn Aziz
Meskipun bertahun-tahun bergelar janda, tetapi Noryn Aziz mengaku tidak pernah terfikir untuk mendirikan rumahtangga buat kali kedua.Namun, dia menafikan perasaan serik yang membuatkan dia bersikap demikian.
“Saya redha dengan apa yang berlaku dalam perjalanan hidup saya, malah semua yang berlaku ada hikmahnya.”Walaupun sedih dan kecewa dengan apa yang terjadi di masa lalu, tetapi saya tak pernah sesekali menyalahkan takdir.
“Bagi saya, apa yang berlaku sudah ditentukan di sana. Sebagai hambaNya, kita hanya mampu merancang tetapi Dia yang berkuasa menentukan segalanya. Jujur kata, buat masa ini saya tak pernah terfikir untuk kahwin lagi.
“Setakat berkawan tu, memang ada. Tetapi untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius, saya belum bersedia. Dalam kepala saya sekarang, hanyalah untuk tumpukan perhatian pada kerjaya seni. Saya seronok dan bersyukur kerana kemunculan semula yang saya lakukan mendapat maklum balas yang baik,” kata Noryn, bila diminta mengulas soal teman hidup setelah sekian lama hidup menyendiri.
Ujarnya, kemunculannya kali ini terasa lebih bermakna dan membuatkan dirinya teruja serta bersemangat. Situasi itu membuatkan dia tidak berkesempatan memikirkan soal kahwin.
“Sibuk dengan show, fotografi dan latihan, sampaikan hampir tak ada masa nak fikir hal lain. Tapi saya akui, ada ketikanya terdetik juga rasa sunyi. Apa pun, taklah serius sangat memikirkannya.
“Macam saya cakapkan tadi, saya sibuk dengan kerjaya seni. Jadi tak ada masa nak fikir soal kahwin lagi. Kalau sampai seru dan ada jodoh, saya tak tolak. Cuma buat masa ni, saya selesa hidup begini.” jelasnya, ramah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 12:58 pm | |
| Umpan toyol dengan playstation TOYOL versi moden yang lebih comel dilakonkan oleh adik Elfie Haiqal.
Azizi bercerita mengenai cabaran kendali pelakon cilik di lokasi
MENGURUSKAN kerenah dan gelagat budak-budak bukanlah semudah disangka. Silap hari bulan, jika tidak kena pada gayanya golongan kecil itu boleh meragam dan merengek hingga boleh pusing kepala jadinya. Itulah yang terpaksa dilalui pengarah baru, Abdul Azizi Awang Ghazali ketika mengendalikan dua pelakon cilik dalam drama 20 episod arahannya berjudul E-Toyol.com terbitan MIG Beats Sdn Bhd.
Pelakon cilik yang dimaksudkan ialah adik Muhd Azhari Azizam berusia 12 tahun yang memegang peranan utama sebagai Erwan atau Dogol, manakala toyol sentuhan moden ini dilakonkan budak berusia lima tahun dari Sibu, Sarawak bernama Elfie Haiqal. Selain itu, ia turut membariskan pelakon seperti Nurul Huda Abdul Wahab, Fauzi Nawawi, Ifa Raziah, Norliana Samsudin, Erry Putra dan ramai lagi.
Mula bersiaran semalam melalui slot Lagenda di TV3 dan TV9, penggambaran drama yang mengambil masa 55 hari itu sudah dilakukan sejak 15 Mei lalu di sekitar Kuala Lumpur. Hip diundang TV3 ke sebuah restoran di Ukay Perdana, Hulu Klang minggu lalu untuk meninjau proses penggambaran yang dijalankan. Restoran itu menjadi set penggambaran utama drama ini.
Pengarahnya, Azizi berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pelakon dewasa mahupun yang sudah popular. Namun, tegasnya, yang begitu ditekankannya ialah babak yang membabitkan dua pelakon cilik itu. Ia juga menjadi cabaran kepada dirinya sendiri untuk memastikan tempoh penggambaran dilunaskan mengikut perancangan.
"Oleh kerana mengejar waktu tayangan, saya perlu menyiapkan lapan episod terlebih dulu dan alhamdulillah ia siap seperti dirancang. Lalu, saya boleh siapkan baki penggambaran episod yang selebihnya selepas ini. Tipulah kalau saya cakap tidak berdepan dengan pelbagai masalah di lokasi tapi semua itu asam garam perlu ditempuhi. Pelakon saya yang lain ada komitmen lain dan jadual penggambaran pun ada kalanya bertembung. Biasalah itu.
"Begitu juga dengan perihal dua pelakon kecil yang perlu saya berdepan setiap kali penggambaran bermula. Untuk berkomunikasi dengan si cilik ini bukanlah perkara mudah. Bagi watak si toyol, saya perlu bijak menggunakan psikologi untuk memastikan dia memberikan lakonan yang baik termasuk dengan mengumpan menggunakan taktik memberikan biskut, hadiah dan mengizinkannya bermain alat permainan playstation.
"Manakala untuk watak Erwan atau Dogol dia mempunyai masalah membina karakter kerana dia perlu bermain dengan pelbagai emosi dan membezakan tiga karakter yang perlu dilakonkannya. Bayangkan untuk babak membabitkannya, saya mengambil masa dua hingga tiga jam untuk memberi tumpuan kepadanya. Namun, seiring dengan perjalanan masa, ia boleh lakukan itu pun dengan cara 'mendesak'," katanya yang mudah berkomunikasi dengan si cilik yang melakonkan watak toyol kerana dia juga berasal dari Sarawak.
Pada mulanya sebelum menggunakan judul E-Toyol.com, Azizi memberitahu produksinya terlebih dulu mencadangkan judul Dogol yang merujuk kepada watak tradisi pesuruh raja yang lucu. Namun, selepas perbincangan dengan TV3, mereka sepakat menggunakan judul Toyol.
Ditanya mengenai signifikan mengarahkan drama terbabit, jelas Azizi, dia percaya isu kewujudan makhluk itu memang berlaku biarpun ada sesetengah orang yang tidak mempercayainya. Kebiasaannya cerita mengenai perihal itu lebih banyak berlaku di kawasan pedalaman berbanding kota. Lalu, atas alasan itu juga Azizi mencipta situasi cerita toyol yang berlaku di bandar.
WATAK penting dalam drama e-Toyol.com.
"Untuk toyol versi baru dan moden ini, kami cuba lari daripada menonjolkan imej kebiasaan yang sering ditunjukkan seperti berwajah menggerutu dan bergigi tajam. Sebaliknya, toyol kami comelkan wajahnya dengan sedikit suntikan komedi dan tidak nampak seram. Malah, adik Elfie Haiqal juga tidak perlu berdialog dan hanya mengeluarkan bunyi seperti tikus.
"Jika toyol yang selalu dijelmakan sebelum ini diarah tuannya untuk mencuri wang, berlainan dengan toyol kami yang hanya mencuri barang atau gajet elektronik terkini. Kami mengubah bayangan toyol yang selalu diceritakan supaya tidak terlalu klise. Namun, di sebalik plot cerita ini, kami tidak lupa menyelit mesej dan moral yang boleh dicontohi," katanya yang dibantu 22 kru yang lain dengan menggunakan hanya satu kamera.
Ketika ini, Azizi berpuas hati dengan hasil dan komitmen yang diberikan pelakon dan kru. Dia diperkenalkan pengarah Ahmad Idham yang dianggap sebagai sifu dalam bidang pengarahan yang cukup diminatinya. Malah, Ahmad Idham yang mencadangkan nama Azizi kepada David Teo untuk mengarahkan drama ini.
Berusia 35 tahun, Azizi juga pernah menjadi pembantu pengarah kepada Ahmad Idham untuk drama Puaka Niyang Rapik yang disiarkan menerusi slot Seram di TV3. Setakat ini, dia sudah mengarahkan tiga drama iaitu Jangan Pandang Belakang, E-Toyol.com dan Impak Minima (siaran Astro Mustika).
"Saya sudah 15 tahun berada dalam industri dan bermula dengan bekerja di belakang tabir termasuk menjadi 'handyman' dan pembuat air. Atas minat yang jitu terhadap bidang pengarahan, saya sanggup berhijrah ke Kuala Lumpur (dari Kuching) untuk mengejar cita-cita sebagai pengarah. Produksi pertama yang saya bekerja ialah di Take One Productions. Saya banyak belajar daripada Ahmad Idham dan sangat terhutang budi dengannya," katanya.
Sementara itu, adik Muhd Azhari Azizam mula menerjah persada seni sejak usia tiga tahun. Penerbit drama Liza Ismail (isteri kepada pelakon Kalam) yang mula mencetus minatnya untuk berlakon, sekali gus memperkenalkannya ke dalam dunia seni. Drama pertama lakonannya ialah Mencari Sinar dan dia mula diingati menerusi drama Tentang Bulan.
Bagi watak Erwan dan Dogol, Azhari perlu membezakan tiga karakter. Karakter pertama, di sekolah dia digambarkan sebagai seorang pendiam, jarang bergaul dan sering dibuli. Karakter kedua, di rumah dia hidup dengan dunianya yang tersendiri. Karakter ketiga ialah perubahan wataknya yang bertukar menjadi angkuh selepas rancangan diusahakannya berjaya.
"Saya seronok kerana diberi peluang memegang peranan utama biarpun bukan mudah untuk saya merealisasikan watak diamanahkan ini. Karakter saya dengan watak sama daripada aspek umur. Seronok dapat bekerja dengan pengarah (Azizi) biarpun orangnya boleh tahan garang.
"Berlakon dengan Nurul pun saya okey dan begitu juga dengan Fauzi Nawawi. Saya pernah berlakon dengan Fauzi sebelum ini. Untuk menyudahkan baki penggambaran drama ini, saya mendapat pelepasan sekolah selama dua bulan lebih," katanya yang pernah berlakon filem Bilut.
Sinopsis E-Toyol.com
Menurut pengarahnya, E itu merujuk kepada nama watak dipegang adik Muhd Azhari Azizam iaitu Erwan, malah di sekolah Erwan turut dikenali dengan panggilan Dogol merujuk kepada fizikalnya yang comel, berkepala botak dan pendek.
Arwah datuk Erwan bergelar tok dalang wayang kulit dan dia adalah anak kepada pengusaha restoran (lakonan Fauzi dan Nurul Huda). Di sekolah dia sering dibuli kawan nakalnya. Berbeza di rumah, dia hidup dalam dunia ilusi dan fantasi diciptanya sendiri. Biarpun tidak bijak, dia mempunyai kemahiran dalam dunia perkomputeran dan internet.
Dek asyik dibuli, dia mencipta cara tertentu untuk menakutkan kembali orang yang selalu membulinya termasuk pelanggan restoran dengan mencipta sebuah laman web seram yang memberi fokus kepada kisah toyol. Apa terjadi seterusnya apabila cerita rekaan itu mula menjadi kenyataan. Kesudahannya hanya boleh ditonton menerusi slot Lagenda TV3, setiap Isnin hingga Khamis mulai jam 4.30 petang. Ulangannya dapat ditonton pada sebelah malam di TV9. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 1:03 pm | |
| Dengarnya... Elyana bertunang 11 Julai Elyana ALHAMDULILLAH, Cik Normah tumpang seronok apabila mendapat tahu perancangan penyanyi yang terkenal dengan imej berkaki ayam itu akan melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya bulan depan. Baguslah macam itu kerana sebelum ini pun penyanyi yang turut bergelar pelakon itu pernah memberitahu kawan sepejabat Cik Normah yang dia memang sudah bersedia dengan kehidupan berkeluarga. Bagi yang mengenali gadis berusia 22 tahun itu, kisah cintanya dengan seorang pengusaha restoran makanan Jepun yang dikenali dengan huruf pangkal K itu bukan lagi rahsia. Tak silap Cik Normah restoran itu terletak di Bangsar, ala dekat saja dengan pejabat Cik Normah. Malah, sebelum ini pun pemenang Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2002 itu tidak berselindung mengenai kisah peribadinya. Malah, dalam meniti perjalanan cinta mereka, biasalah ada pasang surut sehingga tiba-tiba muncul gosip mengaitkan dirinya dengan pengacara Ally Iskandar. Namun, begitu teguh cintanya terhadap K mereka bakal bertunang pada 11 Julai ini. Majlis itu akan diadakan di sebuah banglo yang diberi nama Jeumpa D’Ramo di Bangsar. Majlis itu besar kemungkinan dilakukan selepas solat Zuhur. Sepatutnya Elyana sepakat memilih hari lahirnya iaitu pada 5 Julai untuk bertunang, namun tarikh itu jatuh pada hari terakhir ibunya mengikuti kursus haji. Lalu mereka nekad mengubah kepada 11 Julai. Sekarang ini, memang Elyana sibuk membuat persiapan pada saat akhir. Biarpun beza usia mereka 12 tahun bukan menjadi alasan untuk diperbesarkan. Sebaliknya, calon finalis Penyanyi Wanita Popular ABPBH 2008 itu percaya kepada jodoh dan kepercayaan yang dibina selama ini mampu mengatasi bilangan nombor usia itu. Terlanjur menyebut kisah kahwin dan tunang ini, teringat Cik Normah dengan kisah seorang pelakon jelita yang sanggup membeli cincin sendiri kononnya dia bakal menamatkan zaman solo. Begitu terdesak sangat pelakon itu sampai sanggup mengaku nak kahwin. Padahal dia buat semua itu kerana nak sakitkan hati bekas kekasihnya dan mendapat publisiti murahan. Iyalah apabila sudah sendu, macam-macam boleh terjadi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 1:08 pm | |
| Tak jemu kutip ilmu Akur program One In A Million banyak suntuk semangat terus memburu cita-cita
TUBUHNYA kecil tetapi tekad wanita muda bernama Amylea Azizan ini amat besar. One In A Million (OIAM) kata penyanyi genit ini banyak mengajar dan menyuntik semangatnya untuk terus memburu cita-cita.
Dia seakan baru lahir dalam industri ini, seorang Amylea yang baru, dengan tekad, cita-cita, semangat dan imej. Enam bulan dalam OIAM, terlalu banyak pengalaman diraih. Biar terpaksa berkorban segala-galanya, undangan persembahan dan wang simpanan, anak sulung daripada tiga beradik ini mengakui puas dapat menimba ilmu yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.
“Sepanjang berada dalam OIAM, saya menolak semua undangan persembahan hanya kerana mahu fokus kepada OIAM. Gara-gara itu, wang simpanan saya habis digunakan untuk menyara keluarga selama enam bulan kerana tiada pendapatan sepanjang tempoh itu.
“Saya tidak berniat untuk meraih simpati sesiapa, cuma mahu berkongsi apa yang dilalui kerana minat pada dunia nyanyian. Namun, saya tidak pernah menyesal dengan jalan dipilih, apa yang penting adalah ilmu yang saya dapat.
“Saya tidak kisah walaupun kerjaya terpaksa bermula dari bawah seperti seorang penyanyi baru. Tekad saya, mahu mendaki tangga demi tangga untuk membina nama yang lebih besar,” katanya yang kini diuruskan bekas pengurus Liza Hanim, Reza Fahmi menerusi syarikat pengurusan The Republic.
GAYA menarik Amylea Azizan.
Hampir sebulan OIAM berlalu, gadis genit itu masih menantikan tawaran persembahan. Ramai berpendapat rezeki akan bertambah murah selepas OIAM, namun Amylea belum merasai tawaran datang melimpah ruah. Biarpun tidak banyak, dia bersyukur sekurang-kurangnya masih menerima tawaran, malah tidak pernah menyesal terpaksa memulakan segala-galanya dari garis permulaan.
Dalam usia baru 23 tahun, gadis kelahiran Alor Setar, Kedah ini tidak hanya berkebolehan menyanyi, bahkan berbakat menulis lagu dan menerbitkan album. Impiannya mahu menjadi seperti dua penyanyi wanita Alicia Keys dan Melly Goeslow yang bukan saja boleh menyanyi tetapi mencipta lagu hingga karya mereka menjadi rebutan penyanyi lain.
Cita-cita itu tidak mustahil dapat digapai penyanyi berkulit hitam manis ini. Bakatnya sudah terbukti dengan terhasilnya lagu Sindarela, Akan Tiba dan Aku & Mimpi yang pernah menjadi pilihan produser untuk dijadikan soundtrack drama. Kebolehan menulis lagu sudah lama dipendam sehinggalah penerbit Radius One, Shahrul Ezad Mohameddin dan Isma Yusoof mengesan kebolehannya dan memberikan peluang kepada Amylea.
Bakat Amylea juga nampaknya mula menarik beberapa penyanyi untuk mendapatkan khidmatnya. Bagaimanapun, Amylea enggan mendedahkan siapakah penyanyinya kerana masih pada peringkat perbincangan. Biarpun ada yang sudah menunjukkan minat kepada sentuhannya, Amylea terpaksa membataskan permintaan penyanyi lain kerana mahu memberikan tumpuan kepada albumnya sendiri.
AMYLEA dan Tomok berduet pada Bangkok Jazz.
“Saya amat berterima kasih kepada OIAM kerana terlalu banyak ilmu yang saya kutip. Kini saya tahu hala tuju dimahukan, saya lebih bebas berkarya, dan saya juga tahu apa yang perlu dilakukan dan muzik bagaimana sesuai untuk saya.
“Saya mahu menjadi penyanyi berbakat dan dikenali. Saya tidak mahu orang kata, oh.. seorang lagi penyanyi baru muncul kemudian lenyap begitu saja. Saya mahu menjadi seorang penyanyi yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan penyanyi lain.
“Walaupun tidak berjaya bergelar juara dan secara tidak langsung impian memiliki studio sendiri berkecai, saya tidak ralat. Saya tahu saya sudah bekerja keras sepanjang berada dalam OIAM, tiada yang menggembirakan selain kreativiti saya mendapat pujian bukan saja peminat tetapi mereka yang arif dalam dunia muzik.
“Sejak di bangku sekolah lagi saya sentiasa memastikan tekad dipasang tercapai. Barangkali darah seni yang mengalir dalam tubuh ibu dan bapa saya menguatkan lagi semangat untuk berjaya dalam bidang nyanyian. Saya tidak akan jemu berusaha untuk melakar kejayaan di gelanggang sendiri tetapi saya juga berazam melebarkan sayap ke arena antarabangsa,” katanya yang baru muncul dengan album sulung Selepas 3, Disember lalu.
Showcase di Bangkok Jazz
EMPAT tahun memperjudikan nasib kepada bidang nyanyian memang mustahil untuk mencapai semua impian itu dalam waktu yang singkat. Namun, Amylea masih beruntung kerana salah satu di antara puluhan cita-citanya termakbul jua iaitu membuat persembahan solo.
Gadis lincah ini buat pertama kalinya mengadakan showcase Aku Amylea pada 5 dan 6 Jun lalu di Restoran Bangkok Jazz.
Katanya, itulah masanya peminat yang mungkin tidak puas dengan persembahannya dalam OIAM menikmati persembahan penuhnya. Dalam showcase selama 90 minit itu, Amylea mendendangkan 12 buah lagu daripada album sulungnya serta lagu popular terkini tanah air.
Lebih istimewa lagi, persembahannya itu diiringi live band diketuai Jaja daripada band Hujan. Bagaimanapun, sebelum showcase, Amylea memperdengarkan lagu daripada album Selepas 3 kepada media pada sesi pradengar hari sama.
“Inilah masanya media dan peminat mengenali saya dengan lebih mendalam. Sudah lama saya berangan-angan untuk membuat showcase seperti ini tetapi akhirnya hasrat itu termakbul juga. Tak dapat hendak saya gambarkan keterujaan untuk membuat persembahan solo buat pertama kalinya,” katanya.
INFO: Amylea
PENYANYI kelahiran Alor Setar, Kedah ini dikesan bakatnya menerusi program realiti Akademi Fantasia 3, empat tahun lalu dan berjaya menduduki tempat ketiga.
BERNAUNG menerusi Maestro sebelum syarikat berkenaan ditutup baru-baru ini dan Amylea kini bergerak bersama syarikat pengurusan baru diberi nama The Republic.
THE Republic diuruskan Reza Fahmi, bekas pengurus Liza Hanim. Reza tertarik menguruskan Amylea kerana melihat bakat gadis genit itu tatkala mempersembahkan lagu Jason Mraz.
AMYLEA adalah artis pertama pengurusan The Repulic. Sebarang urusan mengenai undangan persembahan dan sebagainya boleh hubungi The Republic di 03-91717173.
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 1:17 pm | |
| Mohon ruang tanpa prasangka KEAMPUHAN vokal Stacy, Aizat dan Ayu memberi sinar baru kepada industri muzik.
Aizat, Stacy dan Ayu dianggap pelapis mewarnai industri hiburan tempatan
LATAR hidup mereka barangkali berbeza, namun tiga nama yang mengukir laluan seni menerusi pentas program realiti ini menjadi kebanggaan pencinta seni sebagai pelapis yang mewarnai industri hiburan tempatan.
Mereka membuka mata pencinta hiburan supaya melihat kekuatan serta kelebihan bakat yang dimiliki seterusnya memberikan ruang untuk bertapak selesa tanpa prejudis dan prasangka.
Menempuh gelora dan badai pada permulaan karier ternyata mematangkan bicara tiga anak muda yang bakal menggalas cabaran di pentas Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 di Jakarta, Indonesia pada 18 Julai ini.
Asakan kontroversi serta kritikan tidak mematahkan semangat dan perjuangan mereka, sebaliknya ketiga-tiga mereka menjadikan semua itu sebagai pendorong untuk terus gagah berdiri.
Dalam senyum barangkali ada air mata yang tumpah, namun segala kesedihan dan keperitan itu berbayar apabila usaha serta kerja keras semakin diiktiraf.
Pengiktirafan tidak hanya diterima daripada peminat, malah industri juga melihat kuasa yang ada pada tiga anak muda ini mampu mencipta magis jika terus berlari di landasan benar.
Kerdipan bintang Muhammad Aizat Amdan atau Aizat terus menyerlahkan sinar biarpun perjalanannya dalam program realiti popular, Akademi Fantasia 5 terhenti apabila tersingkir pada pertengahan jalan.
Mei lalu, penyanyi yang masyhur dengan lagu, Lagu Kita dan Fikirlah ini membanggakan nama Malaysia apabila meraih tempat ketiga bagi kategori Lagu Terbaik serta menerima Anugerah Khas Juri pada pertandingan Festival Muzik Pop Antarabangsa - Discovery 2009 di Varna, Bulgaria.
Bakatnya turut diiktiraf industri muzik tempatan apabila penyanyi berusia 20 tahun itu merangkul trofi Vokal Lelaki Terbaik Dalam Lagu pada Anugerah Industri Muzik 16 (AIM16) pada 2 Mei lalu.
Sebuah pencapaian yang disifatkan Aizat di luar jangkaan, malah turut memacu permulaan kerjaya nyanyiannya di tahap lebih selesa.
APM 2009 turut memperlihatkan penguasaan Aizat sebagai artis solo tempatan yang meraih pencalonan besar apabila karya sulungnya, Percubaan Pertama melayakkannya menerima empat nominasi.
Dicalonkan untuk Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki), Artis Lelaki Terbaik, Album Terbaik dan Artis Malaysia Paling Popular adalah penghargaan besar buat Aizat terutama apabila Percubaan Pertama membolosi kategori Album Terbaik.
“Saya melihatnya sebagai penghargaan besar terutama pencalonan bagi kategori Album Terbaik kerana saya akur persaingan hebat yang terpaksa ditempuhi terutama daripada karya Indonesia.
“Pencalonan ini cukup memberi makna, apatah lagi untuk kategori itu hanya saya dan Hujan yang mewakili negara selebihnya pencalonan menjadi milik artis Indonesia.
“Jujurnya saya tidak mahu terlalu memikirkan soal kemenangan kerana saya menyimpan misi lebih besar iaitu melancarkan karier di sana.
“Ia lebih penting dan saya sangat berharap akan diberi peluang membina platform di sana kerana mengembangkan karier nyanyian di Indonesia antara cita-cita besar dalam bidang seni,” katanya.
Sementara itu, juara musim kedua One In A Million, Norayu Damit mengakui, permulaan kariernya berjalan lancar, malah membawanya ke tahap yang menyelesakan biarpun hanya bersandar kepada sebuah lagu, Hanya Di Mercu.
Penyanyi yang baru muncul dengan album penuh pada 28 Mei lalui akur terlalu banyak dugaan ditempuhi sepanjang lebih setahun bergelar artis.
Dari anak kampung yang cuba membawa bakatnya di pentas besar, Ayu bersyukur kehadirannya diterima, malah karier nyanyiannya tidak tenggelam biarpun terpaksa menanti lama untuk melahirkan album sulung.
Akui Ayu, sebelum ini dia sendiri tertanya-tanya ke mana haluan kerjaya nyanyiannya kerana album yang dinanti belum berada di pasaran.
Namun, pencalonan demi pencalonan diterima pada anugerah berprestij seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 dan APM 2008 menyedarkan anak kelahiran Sabah akan tanggungjawab besar yang menantinya.
“Ayu akui sebelum ini berasa agak terpinggir, apatah lagi terpaksa menanti lebih setahun sebelum dapat melihat album sulung berada di pasaran.
“Namun, pencalonan dalam beberapa anugerah besar menukar segala persepsi Ayu terhadap karier yang pada sangkaan Ayu akan suram jika tiada langkah drastik diambil.
“Pencalonan membuatkan Ayu bertambah sibuk, malah secara tidak langsung memperkukuhkan nama Ayu pada hati peminat. Semua ini jauh daripada jangkaan Ayu,” katanya.
Masih belum pasti sama ada akan dapat bersama di Jakarta kerana terikat dengan komitmen lain sehari sebelum itu, Ayu berkata, pencalonan dalam APM 2009 begitu mengujakan.
“Siapa yang tidak teruja, lebih lagi ini pengalaman pertama Ayu bersaing dengan artis dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.
“Pencapaian ini membuka mata Ayu supaya tidak mempersiakan tanggungjawab serta kepercayaan yang diberi,” kata gadis genit yang semakin popular dengan lagu Inspirasi Abadi sentuhan Aubrey Suwito.
Bertubuh kecil namun tenaganya di pentas yang sentiasa menghangatkan suasana memberi kelebihan kepada juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy untuk meraih pelbagai pencalonan pada acara hiburan berprestij.
Seperti Ayu, Stacy juga cuma bersandar kepada single, Aku Stacy sebelum album sulungnya berada di pasaran, namun kekuatan lagu itu melonjakkan nama gadis dari Penampang, Sabah untuk berdiri selesa dalam senarai popular.
APM 2008 memperlihatkan Stacy bersaing dalam dua kategori, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Artis Baru Wanita) dan Artis Malaysia Paling Popular.
Sedang mengulit populariti dengan lagu, Gagap dan Pakai Buang, Stacy berkata, setiap kejayaan yang dikecapi membuatnya lebih berhati-hati dalam mengatur langkah.
Sebagai manusia, pemilik nama penuh, Stracie Angie Anam, 19, juga tidak terlepas daripada perasaan bimbang kejayaan akan membuatnya alpa daripada terus berusaha memperbaiki kelemahan diri.
“Semua itu menguatkan semangat saya untuk melipatgandakan usaha tanpa pantas berpuas hati dengan segala pencapaian diterima.
“Siapa yang tidak mengimpikan kejayaan, namun saya perlu akur hakikat saingan sengit yang terpaksa dihadapi daripada finalis lain.
“Berada dalam senarai akhir adalah penghormatan besar terutama untuk penyanyi yang baru bertapak seperti saya. Besar harapan saya agar pencalonan ini mampu melonjakkan karier saya ke satu tahap baru kerana menembusi pasaran luar adalah impian setiap anak seni tempatan,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 1:22 pm | |
| Belai jiwa dengan kucing DARI kiri; Sazzy Falak, Rafidah, Tini dan Celina pada Pelancaran makanan kucing, Fancy Feast di Bukit Kiara.
Binatang peliharaan ini juga perlukan kasih, sayang penjaganya
SETIAP manusia dibekalkan dengan akal untuk berfikir secara waras. Kelebihan ini hanya diberikan kepada makhluk ciptaan tuhan yang sempurna iaitu manusia. Namun, akal dan fikiranlah yang membezakan manusia dengan makhluk lain ciptaan Allah.
Menerusi akal, kita dapat merasai sifat kasih dan sayang yang bukan saja untuk sesama manusia, malah untuk binatang peliharaan dijaga.
Umum mengetahui binatang peliharaan turut mempunyai sifat kasih dan sayang yang turut merasai dihargai sekiranya diri mereka disayangi.
Kucing adalah salah satu bintang kesayangan Rasulullah, justeru sifat mulia yang dimilikiNya harus diteladani setiap insan di dunia ini.
Hobi memiliki binatang kesayangan seperti kucing tidak semestinya memerlukan modal besar untuk memilikinya, cuma sedikit penjagaan ditambah dengan sifat kasih dan sayang.
Camelia dengan kucing bernama Kitty.
Seperti penyanyi jelita Dayang Nur Camelia Abang Khalid, 34, atau Camelia berkata, perasaan sayang akan tersentuh sebaik dia memeluk kucing.
“Sebenarnya saya suka memeluk kucing kerana bulunya yang gebu membuatkan perasaan sayang itu wujud, lebih lagi kucing ini binatang yang manja dan suka dibelai.
“Namun, sehingga kini saya belum memiliki kucing sendiri kerana bimbang tidak dapat memberi perhatian kepadanya. Tetapi jika rumah keluarga saya di Kuching, Sarawak ada enam kucing peliharaan adik saya.
“Sesekali balik kampung saya tidak akan lepaskan peluang bermain dengan kucing yang menganggapnya sebagai sebahagian daripada keluarga kami,” katanya yang memasang impian untuk memiliki kucing sendiri suatu masa nanti.
GAMBAR atas, Yasmin Hani bersama kucing kesayangannya. Gambar bawah, Sharizan juga pencinta kucing.
Camelia yang ditemui pada majlis pelancaran produk makanan kucing, Fancy Feast, keluaran Purina PetCare (Malaysia) Sdn Bhd (Purina) baru-baru ini menerima undangan merasmikan majlis itu dengan semangat untuk mengenali lebih dekat dunia kucing.
Turut hadir selebriti tanah air lain yang hadir bersama kucing kesayangan mereka seperti Sazzy Falak dan suami, Nazril Idrus; Aishah Sinclair, Atilia, Yasmin Hani, Sharizan, Rafidah Abdullah dan Celina Khor. Tidak ketinggalan, Kartini Hot FM, selaku pengacara majlis.
“Selepas melihat rakan lain sudah memiliki kucing sendiri, perasaan untuk memiliki kucing sendiri tetap ada.
“Sebelum majlis ini diadakan seminggu lalu, saya ditawarkan Pengurus Perniagaan Dalam Negara Purina, Tim Wilson untuk bersama Kitty kucing yang akan saya gunakan pada majlis perasmian produk makanan ini.
“Ia menggalakkan saya mengenali lebih dekat kucing ini kerana untuk membiasakan diri saya bersama kucing itu. Saat itulah saya dapat rasakan betapa seronoknya sekiranya saya memiliki kucing sendiri,” katanya.
Sementara bagi pengacara televisyen, Yasmin Hani mengakui pada peringkat awal dia tidak pernah merancang memelihara kucing di kediamannya, namun selepas rasa simpati dia memilikinya sehingga sekarang.
“Hati saya tersentuh dan bersimpati apabila terjumpa seekor kucing dalam keadaan yang tidak terurus di perhentian bas berhampiran kediaman saya.
“Terdapat kecacatan pada kaki kucing itu, tetapi dia sangat comel, lalu saya mengambilnya dan menamakannya Magic.
“Saya membawa Magic bertemu doktor veterinar untuk mendapatkan rawatan perubatan terlebih dulu sebelum memutuskan untuk memeliharanya.
“Apabila kasihan melihat Magic sering keseorangan di rumah, abang saya, Andre Richardson pula membawa pulang seekor lagi kucing jalanan yang ditemui di bahagian pejabat sekuriti lama berhampiran kediaman kami.
"Kucing itu pula diberi nama Smudge yang juga sakit dan tidak terurus serta kakinya berulat, kami terus membawanya berjumpa doktor dan sepakat untuk sama-sama memeliharanya.
“Kini, Magic dan Smudge berubah menjadi kucing sihat dan comel serta menjadi sebahagian daripada hidup saya, abang dan adik yang sama-sama bergilir menjaganya sampai sekarang,” katanya.
Beza pula bagi Sazzy dan suaminya, Nazril yang sememangnya sehati mencintai binatang peliharaan itu sejak kecil.
“Sehingga kini saya masih memelihara dua kucing selepas berkahwin dengan Nazril iaitu Cinta (betina) dan Coolio (jantan).
“Coolio adalah kucing jenis Maine Coon yang baru berusia setahun, manakala Cinta pula separuh Persian dan kucing biasa. Sebenarnya, saya sudah memelihara Cinta terlebih dulu, sebelum Coolio datang dalam hidup kami berdua.
“Walaupun kami berdua mempunyai jadual harian yang padat, namun kami tidak masalah untuk memberi perhatian yang lebih kepada kucing peliharaan kami kerana kami mempunyai pembantu rumah yang akan menguruskan sekiranya kami bekerja.
“Tetapi sekiranya pembantu rumah kami bercuti, tugas itu akan dipikul suami yang akan menguruskan semuanya termasuk mencuci najis kucing,” katanya yang memperuntukkan RM200 sebulan bagi kos penjagaan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 1:27 pm | |
| Kontroversi tak bantu populariti Nasha akui cerita sensasi lumrah kehidupan Fouziah rimas dengki tahap ekstrim
KALI terakhir model dan aktres terkenal, Nasha Aziz berpeluang beraksi sebagai gadis penghias muka depan B*Pop adalah pada 7 Ogos 2005. Sejak itu, kelibatnya amat jarang muncul di media massa, kecuali jika ada pelancaran mahupun promosi drama atau filem terbarunya, barulah dia sedia menerima pelawaan fotografi serta wawancara, itupun bercakap soal kerjayanya semata-mata.
Pada masa sama, Nasha dilanda pelbagai musibah dan kontroversi dalam mengharungi kehidupan peribadinya termasuklah masalah keluarga, aksi ‘skodeng’ hingga menjadi kes mahkamah ditambah lagi dengan cerita putus tunang, membuatkan Nasha seakan ‘malas’ berbicara isu berkenaan secara terbuka kerana mungkin ia bakal mengundang pelbagai perspektif serta spekulasi negatif orang ramai.
Justeru, usaha mendapatkan Nasha untuk fotografi sering menemui kegagalan, sehinggalah selepas lebih tiga tahun menunggu, dia menyatakan persetujuannya bertemu penulis di lokasi penggambaran drama bersiri terbarunya, Kasih Tercipta arahan pengarah yang sinonim dengan dirinya, Rashid Sibir di sebuah banglo mewah kawasan pedalaman Kuang, Selangor, baru-baru ini.
Hasad dengki ekstrim harus dielak dalam industri hiburan.
Pada awal pertemuan lagi, Nasha sudah meletakkan syarat, dia tidak mahu bercakap soal peribadi di tempat kerja (lokasi penggambaran) dan segala pertanyaan berhubung kehidupan personal, penulis harus menemuinya secara peribadi pada waktu lain. Memang terkejut dengan permintaan Nasha, namun memandangkan dia sudi bekerjasama secara profesional mempromosi Kasih Tercipta, itu sudah cukup baik.
Pun begitu, populariti Nasha tidak pernah tergugat kerana sejak dulu hingga hari ini, permintaan untuk dia beraksi di layar lebar mahupun kaca TV, tidak pernah pudar sekalipun semakin ramai bakat baru menjadi pilihan produser mahupun pengarah memberi saingan kepadanya, namun Nasha tetap bertakhta di kelasnya yang tersendiri. Apa sebenarnya kekuatan yang ada pada diri Nasha sebagai anak wayang?
“Saya rasa kekuatan itu bukan datang daripada diri sendiri, tapi segala perancangan atau strategi yang terhasil dari semua pihak. Apabila kita berada dalam sesebuah perniagaan, apa saja yang kita nak buat, tujuan kita hanya satu, kepuasan bekerja, buat orang rasa gembira. Saya memilih cabang seni ini pun kerana kecantikan seni itu sendiri. Seni itu indah. Seni lakonan, muzik, membuatkan orang rasa gembira dan belajar mengenai hidup.
“Dalam kehidupan di dunia yang sementara ini, apa lagi yang kita cari selain benda yang baik dan cantik. Menerusi drama atau filem yang pernah saya jayakan, ia adalah sebahagian strategi untuk membina kekuatan. Apa yang kita beri baik pada orang, akan datang baik pada diri kita, begitulah sebaliknya,” katanya lagi yang akan menjayakan Kasih Tercipta sebanyak 26 episod sebagai Tona, seorang jurufoto.
Bagaimana dengan cerita sensasi atau kontroversi yang kadang kala membantu menaikkan populariti seseorang artis itu kerana Nasha sebelum ini sering dihambat dengan cerita seumpama itu?
“Itu adalah lumrah kepada semua manusia dan sebahagian daripada kehidupan kita. Setiap daripada kita akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengharungi kehidupan. Kalau tidak, kita bukanlah hamba Allah. Apabila bergelar artis, kontroversi menjadi ‘makanan’ untuk dijadikan bahan berita untuk orang jual. Bagi saya, kontroversi tidak membantu populariti artis. Kontroversi sekadar sebahagian dari kehidupan.
Gandingan bakat baru dan lama cetus keserasian dalam Kasih Tercipta.
“Tipu kalau saya katakan dalam kehidupan, tidak ada kesukaran atau dianiaya,” kata Nasha mensyukuri kehidupannya sebagai anak seni.
Bercakap pula mengenai persaingan daripada muka baru, tidakkah Nasha rasa ruang semakin sempit untuk berkarya dengan kemunculan wajah komersial ini?
“Niat kita apabila berada di satu tempat itu, apa yang kita nak? Kalau kita menceburi bidang itu atas niat untuk bersaing, bersainglah jadinya. Tapi, niat saya tak pernah untuk bersaing. Apa yang ada dalam kehidupan yang sementara ini, buatlah yang terbaik. Hargailah seni. Bagi saya, sesiapa saja bersama saya dalam industri ini, kami sama-sama mencantikkan lagi seni itu. Serlahkan bakat yang ada. Bakat ini dikurniakan Tuhan kepada semua!,” akuinya berterus terang.
Beralih saja kepada kisah cintanya bersama pemuda dikenali sebagai Nur Iman Tang dan hala tuju pengakhiran perhubungan mereka apabila baru-baru ini Nasha mengakui sudah menerima cincin tanda daripada saudara baru itu, terus saja Nasha melemparkan senyuman dengan berkata: “No comment”.
Tak sia-sia tinggal kerjaya pramugari
Sementara itu, aktres yang kini sedang rancak menempa nama, Fouziah Gous pertama kali berlakon di sisi Nasha. Dalam Kasih Tercipta, Fouziah sebagai Nina adik kepada Tona (Nasha). Komen Fouziah mengenai Nasha?
“Nasha sentiasa berusaha menghidupkan karektornya. Dia bukan semata-mata berlakon, tapi penampilan, fizikal, semuanya diambil kira. Ramai yang boleh berlakon, namun tak ramai boleh membawakan karektor yang diminta pengarah dalam diri mereka. Saya selesa berlakon di sisi Nasha, kami ada keserasian. Nasha juga rajin berlatih sebelum masuk ke set, itu yang menjadikan lakonannya kelihatan sempurna,” akui Fouziah atau Poja.
Transformasi dalam kerjaya Fouziah, dari seorang bekas pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), kini aktres yang tak putus-putus dengan tawaran lakonan, adakah dia setuju dengan dakwaan itu?
“Saya akui transformasi yang dimaksudkan, tapi segala-galanya tidak akan tercapai tanpa usaha keras, tak boleh malas-malas apabila menceburi bidang ini. Dulu memang saya tak pandai berlakon, tapi hari demi hari saya belajar dan kini saya dapat rasakan peningkatan itu. Pengorbanan berhenti dari MAS, kini pulangan yang saya peroleh, boleh dikatakan berbaloi, alhamdulillah,” kata Fouziah yang mengakui semakin selesa bersama pasukan kerja Kasih Tercipta terbitan Opera Klasik Sdn Bhd.
Apabila nama semakin dikenali ramai, dengki khianat orang terutama mereka yang sama-sama terbabit dalam industri yang sama, memang tidak dapat dinafikan.
“Saya akui, semakin ramai orang mengenali kita, sebenarnya kita tidak sedar, musuh dalam selimut juga semakin bertambah. Kita boleh berfikir secara matang, terpulanglah kepada individu berkenaan, itu hak mereka. Dalam industri ini, kita sama-sama cari makan. Yang penting, jauhkan diri daripada dengki khianat orang.
“Kalau mendengki sekiranya nak jadi yang lebih baik, itu sesuatu yang sihat, tapi kalau mendengki dengan niat nak menjatuhkan nama dan karier seseorang individu itu, itu yang paling saya takuti. Kadang-kala perasaan hasad dengki ini mencecah hingga ke tahap ekstreme. Kita tak buat salah apa-apa, tak kacau orang pun, tetap tak puas hati, dengki. Tapi, itulah lumrah kehidupan manusia, tak boleh tengok orang lain lebih sikit.
“Kini, alhamdulillah, hari demi hari, saya semakin selesa dan bersemangat untuk bekerja,” kata Fouziah berterus-terang.
INFO: Nasha Aziz
NAMA SEBENAR: Noraishah Abdul Aziz
ASAL: Kampung Pandan, Kuala Lumpur
TARIKH LAHIR: 14 Mei 1971
FILEM: Kad Cinta (filem pertama), Gerak Khas The Movie (GKTM), Laila Isabella, Buli, Cinta Luar Biasa, Tak Ori Tapi OK, Kemarau Cinta, Buli Balik, Puaka Tebing Biru dan Sepi.
DRAMA: Duit Free (drama pertama), Inikah Cinta, Inspirion, Hanya Dikau dan Kasih Tercipta
PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-14 (FFM14) menerusi Bara, Pelakon Wanita Terbaik pada FFM17 (Trauma) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin (ASK) 2008 (Sepi).
INFO: Fouziah Gous
NAMA SEBENAR: Nor Fouziah Mohd Gous
ASAL: Kuala Lumpur
TARIKH LAHIR: 11 Disember 1982
FILEM: Malaikat Maut, Skrip 7707, Rasukan Ablasa, Sifu & Tonggak, Dua Hati Satu Jiwa dan Rasuk
DRAMA: Kasihmu Di Bulan Ramadan, Kepulangan, Sutera Maya, Spa Q 2, Ibu Ampunkan Aku, Kala Rindu, Terlebih Sudah dan Kasih Tercipta
DUTA: Adidas (M) Sdn Bhd. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 1:29 pm | |
| Tidak sia-siakan peluang
Adam, Raja Farah rebut setiap kesempatan yang terbuka di depan mata selagi usia masih muda MINGGU lalu industri hiburan menyambut kehadiran seorang lagi juara Akademi Fantasia bagi musim ketujuhnya (AF7), Mohd Hafiz Mohd Suip, 19, sekali gus semakin bertambah bilangan bintang kelahiran program realiti TV. Persaingan juga semakin sengit apabila peminat dunia seni mempunyai lebih ramai pilihan siapakah bintang yang benar-benar layak digelar penyanyi dan penghibur. Seperti kelazimannya, setiap kali muncul bintang baru AF, bintang lama semakin dilupakan atau nama mereka terus melalui zaman suram kecuali hanya beberapa nama saja yang masih bertahan hingga hari ini. Itupun bersama kegigihan dan usaha keras berterusan memahat nama di hati peminat supaya tidak terpinggir dan dilupakan begitu saja. Selain Asmawi Ani atau Mawi yang masih 'bertaring' hingga hari ini sekalipun tidak setajam dua atau tiga tahun lalu, Mohd Aizam Mat Saman atau Adam, 25, dari AF2 pula terus berusaha mempertahankan namanya agar tidak tenggelam dibawa arus populariti bintang baru yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Supaya peminat tidak bosan dengan dirinya, Adam mencari pembaharuan dan menyuntik pen-jenamaan baru pada karier seninya. Begitupun, Adam masih bernasib baik apabila produk nyanyiannya mendapat sentuhan daripada KRU Studios. Kini dia harus semakin laju memacu kerjaya seninya, selain membuktikan kepada peminat, walaupun Maestro Talent & Management (Maestro) yang sudah tinggal nama dan sejarah manis, namun bagi Adam, dia tidak semestinya turut terkubur dan memberi laluan mudah kepada bintang sedia ada membenam bakatnya! Adam yang sinonim dengan bakat nyanyian, tarian lincah dan berjinak sebagai pelakon, kini dia melangkah setapak lagi apabila bergelar pengarah drama. "Akhirnya saya buat keputusan untuk bergerak sendiri supaya cita-cita tercapai. Menyanyi dan berlakon saya sudah buat, akhirnya saya beranikan diri untuk mengarah drama pula. Dalam hidup ini kita harus berani mencuba, barulah kita tahu sejauh mana kemampuan diri. Bersama tunjuk ajar daripada mereka yang lebih senior, Wira Malam: Bisikan Naga akan menemui penonton di Astro Ria, berkemungkinan Jun ini," kata Adam. Telefilem bergenre aksi dan menampilkan super hero itu adalah terbitan Curio Communications. Selain Adam sebagai tunjang utama, pelakon lain ialah Mimie (finalis MyStarz LG2), Faizal Hussain dan Aaron Aziz. Menerusi telefilem ini juga, Adam memaparkan kebolehannya bermain senjata yang dinamakan 'chako'. Kini, telefilem Wira Malam: Bisikan Naga sedang melalui proses suntingan dan memasukkan kesan khas serta muzik. Adam juga mempunyai produksi sendiri, Aico Entertainment. Buat masa ini dua artis bernaung di bawah syarikatnya, Bad Boys dan Mimie. Adam mengakui, cita-citanya di penghujung karier, dia mahu menjadi seperti KRU yang mampu menerbitkan album, filem dan drama sendiri. Sudah memiliki kekasih hati Tidak lengkap kehidupan Adam sebagai artis jika tidak terpalit kontroversi cinta. Selepas putus kasih dengan model dan pelakon, Juliana Evans, Adam dikatakan menjalin hubungan serius dengan model dan pelajar dari negeri kelahirannya, Sabah. Pun begitu, bukan mudah membuka mulut Adam bercerita mengenai teman barunya itu kerana baginya ia terlalu peribadi dan malu jika hubungan itu tidak menjadi berkekalan. Namun, Adam terus dipujuk untuk menceritakan siapakah gerangan empunya diri, Joanna Sue Henly, 20, gadis berdarah campuran Dusun-Amerika yang berasal dari Kota Kinabalu itu. Joanna atau lebih mesra disapa Anna itu adalah Ratu Keamatan Sabah 2006/2007 dan kini menyertai pertandingan Bintang RTM 2009, selain melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang di sebuah kolej swasta terkemuka di Kuala Lumpur. "Anna adalah kenalan lama saya. Selepas keluar AF2, saya bertemu Anna ketika menjayakan persembahan di Dewan KDCA, Sabah. Kami berkawan rapat hinggalah hari ini, lebih-lebih lagi kami berkongsi minat yang sama, suka menyanyi. Kini, apabila dia menyertai Bintang RTM 2009, saya sentiasa memberinya sokongan," kata Adam lagi. Ada perancangan untuk melamar Joanna sebagai kekasih seterusnya teman hidup? "Orang secantik Anna, tipulah kalau saya tak ada perasaan suka kepadanya. Tapi, saya tak mahu terburu-buru. Segala-galanya saya serahkan pada jodoh. "Lagipun kami masih muda, perjalanan hidup masih jauh. Karier pun masih belum tercapai sepenuhnya. Yang penting, buat masa ini kami selesa sebagai kawan baik, kami tidak pernah bercinta," kata Adam yang masih berteka-teki mengenai hubungannya bersama Joanna. Raja Farah tidak mengalah Sementara itu, Raja Farah, 21 tidak mahu mengalah dengan kemunculan ramai muka baru di bidang lakonan apabila dia terus bekerja keras supaya peluang kerja sentiasa mengintainya. Biarpun sudah enam tahun melayari dunia seni sebagai pelakon dan pengacara, belum ada sebarang anugerah yang dimenanginya sebagai kebanggaan dan sekadar berpuas hati sebagai finalis Pelakon Wanita Harapan pada Festi-val Filem Malaysia ke-19. "Saya akui, rentak kerjaya seni agak perlahan, nama saya tidak melonjak seperti artis lain, orang kata apabila buka saja TV, semua saluran ada muka kita. Bagi saya, terpulang pada rezeki masing-masing. "Ada juga pelakon tambahan, berlakon satu, dua drama, namanya terus naik. Ada juga yang dah berlakon lebih 10 tahun, orang masih tak kenal," kata Farah. Apa komen Farah apabila ada segelintir aktres mendaki ke puncak dengan cara kotor, umpamanya sedia menerima pelawaan penerbit mahupun pengarah filem dan drama untuk ditiduri? "Tidak dinafikan, perkara seperti itu pernah berlaku. Artis tidur dengan pengarah?! Saya malu apabila ada orang bercerita pada saya! Saya kecewa apabila perkara jijik itu berlaku di tempat kita cari makan. Bagi saya, terpulanglah pada individu masing-masing, mungkin mereka rela melakukannya kerana terdesak atas kesempitan hidup atau nak cepat kaya. "Tapi, saya bernasib baik kerana belum ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas diri saya. Mungkin ibu sentiasa menemani saya, mereka tidak ada ruang untuk berbuat sesuatu yang kotor. Janganlah salah guna kuasa yang ada pada kita untuk menindas orang lain semata-mata untuk kepentingan peribadi," kata Farah yang kini mempunyai pembantu peribadi (PA) apabila ibunya hanya memantau pergera-kannya dari jauh. Namun begitu, ketika menjayakan karnival Jom Heboh TV3 di Lumut, Perak, beberapa minggu lalu, ada insiden yang memperlihatkan gelagat kebudak- budakan Farah sehingga menimbulkan ketidakselesaan terhadap rakan artis dan sekumpulan peminat yang mengharapkan dia bersikap lebih matang. "Saya akui, saya masih bersikap kebudak-budakan. Saya bertindak mengikut perasaan tanpa berfikir. Ketika di Lumut tu, ada sesuatu yang buat saya tak puas hati, saya terus melepaskan kemarahan tanpa ber-fikir panjang. "Saya minta maaf kepada mereka yang berkecil hati dengan sikap saya itu. Saya akan berusaha memperbaiki kelemahan diri kerana setiap daripada kita, tak terlepas daripada melakukan kesilapan," kata Farah dengan jujur. INFO: Raja Farah
NAMA PENUH: Raja Farah Raja Aziz
TARIKH LAHIR: 5 Julai 1988
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: nak ketiga daripada empat beradik
PENCAPAIAN: Anugerah Pantene Shine, Anugerah Skrin ke-8 (ASK8) dan finalis Pelakon Wanita Harapan, Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
FILEM: Salon, Anak Halal, Apa Kata Hati, Maut, Eee... Hantu, HAQ, Romance dan Merempuh Karma
DRAMA: Intan Asmara, Mentua vs Menantu, Misi XX Ray, Gadis Dari Bintang, Duranni dan Segalanya Ku Terima
PENGACARAAN: Anugerah Bintang RTM, Riuh @ Satu dan Filem @ 9.
INFO: Adam AF2
NAMA SEBENAR:Mohd Aizam Mat Saman
TARIKH LAHIR: 19 September 1983
ASAL: Inanam Laut, Sabah
KELUARGA: Sulung daripada empat beradik
PENCAPAIAN: Tempat ketiga, Akademi Fantasia 2 (AF2) (2004); Lagu Paling Popular Hits 1, Joget Lambak (2007); Pelakon Lelaki Popular, Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19) (SMS) dan Vokal Duo Terbaik bersama KRU, Terhangat Di Pasaran, Anugerah Era 2004/2005.
ALBUM: Adam, Adam 2 dan Adam 3 (kesemuanya terbitan KRU Studios)
FILEM: Cinta Fotokopi, Main-Main Cinta, Diva dan Dimensi Cinta
TELEFILEM ARAHAN PERTAMA: Wira Malam: Bisikan Naga. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 1:34 pm | |
| 'Syamsul salah faham tulisan saya' Zed bersama keratan akhbar yang mendakwanya 'kawan makan kawan'. Zed akui mungkin ada kesilapan gaya penulisan blognya kerana kurang arif dalam memberi pandangan AKTOR popular, Zed Zaidi tidak pernah mengelak untuk menjawab dakwaan pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Datuk Yusof Haslam, dia umpama ‘kawan makan kawan’ dan tikam belakang. Ini berikutan isu Zed ‘membelasah’ Syamsul dalam blog Zed sendiri. Bukan saja Syamsul yang menjadi mangsa ‘belasahan’ Zed, malah dia turut mengutuk Raja SMS, Mawi. Luahan hati Syamsul disiarkan B*Pop terbitan 24 Mei lalu yang membidas Zed. Kali ini ikuti pula luahan Zed. “Bagi saya, ini satu cabaran bagi seorang artis, dia (Syamsul) kena terima. Kalau benda macam ni pun tak boleh terima, nanti kahwin lagi teruk. Namun, apa yang saya nak cakap ni, saya masih baru dan masih belajar dalam bidang penulisan blog. Daripada pengalaman yang membuatkan kita lebih matang dan profesional dan lebih berhati-hati. Jadi, apa yang saya luahkan di dalam blog, mungkin ada kesilapan saya. Mungkin saya tak tahu gaya penulisan yang betul. Saya sekadar meluahkan sedikit pandangan secara individu kepada individu yang lain. Apa saja yang saya nampak ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 tempoh hari, saya tulis. Saya menulis, kalau tak ada angin, takkan pokok bergoyang. Apa yang saya tulis dalam blog ialah perbezaan Syamsul dulu dan ketika bertemunya pada malam ABPBH 2008. Mungkin dulu, dia muda, sekarang dah bertambah matang. Bagi saya, kalau kita benar-benar profesional, dia tak perlu memperbesar-besarkan isu ini. Cuma, saya kurang setuju apabila Syamsul kata saya, ‘kawan makan kawan’, kawan tikam dari belakang. Kalau saya ni betul-betul kawan dia, saya tak pernah duduk, makan-makan bersamanya. Kecuali hubungan saya dengannya antara pelakon dan pengarah, itu saja. Bagi saya, macam mana dia mengkategorikan saya ni ‘kawan makan kawan’ atau tikam dari belakang, apa projek yang saya nak rampas daripadanya? Saya ada syarikat sendiri. Kalau nak cakap soal profesional, marah kita depan orang ramai, tanpa memikirkan dia mengaibkan kita, lepas tu terus berlalu begitu saja tanpa minta maaf, rasanya profesional ke? Kalau bagi call time jam 8 pagi, jam 7 pagi kami dah sampai, tapi dia sampai jam 4 petang, setiap hari, profesional ke tu? Kalau sekadar sehari dua lambat, kami boleh terima, tapi kalau dah hari-hari? Ini cerita dululah. Itu yang saya tulis, dia ni ‘pra tak matang’. Bagi saya, dulu Syamsul muda dan saya mengharapkan dia melakukan anjakan paradigma. Hari ni saya bertemu dengannya, dah ada perubahan. Dia bertemu saya ketika ABPBH 2008 secara baik, saya tulis dia baik. Saya terkejut melihat perubahan Syamsul! Dulu Mawi salam tak pandang muka Sama juga saya bercakap pasal Mawi. Dulu saya bertemu dengannya, salam pun tak pandang muka! Saya terkilan, saya ni sampah ke? Sedangkan Rosyam Nor apabila bersalam dengan kawan-kawannya, dia tunduk kepala, saya lebih tunduk daripadanya. Bagi saya, apabila Mawi salam macam tu, mana rasa hormatnya? Tapi sekarang, apabila Mawi berjumpa dengan saya di ABPBH 2008, dia dah berubah, tak macam dulu lagi! Saya nak memberikan perbezaan. Apabila umur kita semakin meningkat, kita semakin senior. Sekarang Mawi jumpa saya, dia tegur saya elok saja. Itu yang saya tulis dalam blog, cuma penyampaian tulisan saya, saya tak tahu nak cakap macam mana. Apabila saya kata, ‘muka nak minta penumbuk!’ sebenarnya adalah cakap-cakap yang saya dengar ketika ABPBH 2008. Artis yang duduk di sekeliling saya, nampak saja muka Syamsul, mereka berbisik macam tu. Apabila saya menulis, saya teringat kata-kata itu. Itu adalah kata-kata yang saya dengar daripada rakan artis yang duduk di sekeliling saya, kata-kata itu bukan daripada saya. Itu yang saya maksudkan, saya menulis, kalau tak ada angin, takkan pokok bergoyang. Mungkin Syamsul ada salah faham di sini. Selain itu, Skop Productions adalah produksi filem dan drama yang gah! Saya hormat Skop, Datuk dan seisi keluarganya. Jadi, saya tak nak tengok Skop musnah. Saya sudah bekerja dengan Skop, lima tahun. Jadi, jangan kerana sikap Syamsul yang dulu, boleh membuatkan Skop runtuh. Sebab itu saya tulis, Skop masih relevan tanpa dirinya. 'Kalau tak puas hati, hubungi saya' Tapi sekarang, Syamsul sudah membuktikan, semua filem arahannya, box office! Maknanya dia hebat. Saya percaya dengan sikap Syamsul hari ini, dengan perubahan yang membanggakan, dia boleh mengekalkan empayar Skop! Tapi, kalau Syamsul tak berubah, macam mana Skop nak maju, itu yang saya maksudkan dalam tulisan saya. Mengenai SMS saya pada Syamsul: ‘Releks bro, permainan artis. Kontroversi. Sama-sama dapat nama. Mengkritik tak semestinya membenci bro’. Kita ni sebagai artis, sama saja macam orang politik. Apabila kita masuk bidang ini (hiburan), kita kena terima cabarannya. Bagi saya, ini satu cabaran. Kalau tak boleh dijentik, maknanya individu itu seorang yang manja. Kita perlu kuat bukan saja dari segi fizikal, tapi mental. Bagi saya, apabila timbul isu ini, masing-masing dapat nama. Saya tak tahu, blog saya boleh jadi panas. Seharusnya apabila Syamsul tidak berpuas hati dengan tulisan saya, dia sewajarnya menghubungi saya. Jika sekadar SMS, kita tidak boleh menyampaikan mesej yang sebenar. Itu yang dia tak faham maksud saya. Saya dah counter back tulisan saya dalam blog 22 Mei, tapi artikel Syamsul keluar B*Pop 24 Mei. Beginilah, saya tak mahu memanjangkan isu ini. Di sini, saya dengan rasa rendah diri, saya minta maaf terhadap Syamsul dan Mawi di atas kesilapan saya. Semua manusia ada buat silap. Kesilapan saya sebagai seorang penulis blog yang baru yang tak tahu cara-cara penulisan yang sebenar. Apa yang saya maksudkan mengenai Syamsul dan Mawi adalah dua sikap yang berbeza, dulu dan hari ini." |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 1:36 pm | |
| 'Kalau lelaki mampu berpoligami, kenapa tidak?'
SELEPAS bercerai dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Azman Adnan, Haleeda atau Lyn, 37, pernah digosipkan dengan beberapa lelaki termasuklah aktor terkenal, Eman Manan. Namun semuanya tiada kesudahan apabila gosip berkenaan lenyap begitu saja. Menerusi cerita rakan terdekat Haleeda, Lyn dalam diam sudah lama menjalin hubungan dengan seorang VIP bergelar Datuk.
Terbaru, dia dikatakan menjalin hubungan cinta dengan seorang pelakon yang juga bekas pengurus produksi (PM) drama bersiri Kecuali Cintamu, sekali gus membawa insiden pergaduhan di lokasi drama berkenaan di Bukit Jelutong, Shah Alam, baru-baru ini, apabila isteri PM berkenaan menyerang Haleeda sehingga berlaku aksi tampar menampar.
“Lyn memang berkasih dengan Datuk ini, lama... Proses perkenalan dan bercinta itulah yang memakan masa yang panjang. Sebagai perempuan kita nak tahu, apabila perhubungan itu tiada sebarang ikatan, kepastian, kita ni jadi ke nikah, Datuk sendiri tahu, Lyn sering bertanya hal berkenaan, tapi Datuk sering kata tunggu, tunggu...
Pada masa sama, Lyn akui, Datuk sudah ada isteri. Bagi Lyn, kalau bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi. Lyn tahu, dia ada keluarga, tapi apabila membabitkan soal hati dan perasaan, susah kita nak cakap. Cuma, apabila dalam masa panjang, tidak ada kepastian untuk bernikah, Lyn berfikir juga, sampai bila nak macam ni. Bukan bermaksud Lyn sedia bermain dengan api.
Mungkin rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Pandangan Lyn mungkin begini, orang lain berbeza. Pandangan masyarakat, Lyn bercinta dengan suami orang, ia satu kesalahan besar. Kenapa harus kita memandangnya sebagai satu kesalahan besar. Jika lelaki itu sanggup berpoligami, boleh berlaku adil zahir dan batin, kenapa tidak? Yang penting, isterinya harus dimaklumkan mengenai perkara itu.
Kalau kita bercinta dengan suami orang, nak kahwin kita lari-lari, itu memang menjadi kesalahan. Justeru, selepas sekian lama menunggu antara Lyn dan Datuk, akhirnya tiada kepastian. Sehinggalah pada suatu peringkat, timbul pelbagai insiden yang membuatkan kita berasa jauh hati. Apabila banyak berlaku perselisihan faham, kita tak sedar ada kata-kata yang tak sepatutnya dikeluarkan dan ini membuatkan hati Lyn semakin jauh.
Pada suatu peringkat, apa yang kita cakapkan itu jatuh kepada kategori hinaan, mesti perkara itu mendatangkan bekas mendalam di hati kita. Lyn pernah cakap dengan Datuk, jangan sampai pada suatu masa nanti, hati dan perasan Lyn habis padanya. Datuk tahu, Lyn seorang yang demand mengenai hati dan perasaan, bukannya material.
Lyn kenal Datuk sebelum dia dapat gelaran Datuk lagi. Justeru, tidak timbul cakap-cakap Lyn menyintainya kerana pangkat. Datuk seorang yang kuat bekerja dan mengusahakan perniagaannya sendiri. Datuk juga tidak lokek menghulurkan pertolongan. Lyn rasa selamat apabila di sisinya. Namun, apabila semakin lama bercinta tanpa sebarang ikatan, ditambah dengan pelbagai perselisihan faham, ia membuatkan hubungan kami semakin jauh.”
Tak mahu bercinta lama-lama
“Pada masa sama, Lyn mengenali pelakon ini, itupun atas dasar rakan sekerja. Kami sama-sama berlakon drama Ladang Pak Awang. Lyn perhatikan dia ada kesungguhan untuk berkawan. Kebetulan hubungan Lyn dan Datuk pula semakin jauh, jadi apabila dia datang, kami cuba berkawan dan memelihara persahabatan itu.
Apa yang Lyn cari daripada pelakon itu ialah keikhlasan dan kesungguhannya. Lyn tahu, dia juga sudah beristeri. Sekalipun orang itu sudah beristeri, tapi jika dia ikhlas, bersungguh-sungguh, dia tidak menyembunyikan perkenalan itu. Lyn baru kenal dia, tapi dia begitu bersungguh-sungguh. Kami dalam proses mengenali antara satu sama lain, kalau nak kata bercinta, rasanya belum mendalam lagi.
Saya pernah memberitahu pelakon itu, saya tak mahu bercinta lama-lama, buang masa saja. Kalau betul hubungan ini dia nak serius, kita buat cara betul. Kalau sekadar nak suka-suka, lebih baik jangan. Lyn pernah memberitahunya, berpoligami bukan sekadar untuk menghalalkan perhubungan, tapi jika dia boleh berlaku adil zahir dan batin pada kedua-dua pihak dan mendidik anak-anaknya tanpa tergelincir, kita buat betul-betul.
Tapi, lagi sekali pandangan masyarakat kita, kenapa Lyn dengan suami orang lagi? Dah tak ada orang lain ke? Kenapa tak cari orang bujang? Dah orang bujang tak ada yang berani nak berterus-terang! Bagi Lyn, bukan soal status, tapi bagaimana kesungguhan seseorang itu mendekati kita.”
'Memang Lyn tampar dia'
“Lyn sebenarnya tak tahu menahu, pelakon berkenaan memaklumkan isterinya, keretanya masuk bengkel. Kereta Lyn hilang, dia yang menawarkan keretanya untuk Lyn pinjam untuk memudahkan pergerakan Lyn ke lokasi penggambaran. Dia pun ada kereta lain. Awalnya dia juga bertugas sebagai PM drama Kecuali Cintamu, tapi sekarang dia dah kerja di tempat lain.
Asalnya memang kereta yang Lyn pinjam tu masuk bengkel, tapi mungkin pelakon tadi tidak memaklumkan kepada isterinya kereta itu sudah keluar bengkel dan meminjamkannya pula kepada Lyn. Isteri pelakon tadi sampai ke lokasi adalah di atas maklumat Datuk. Justeru, perkara itu dah jadi satu perancangan.
Datuk sedia menunjukkan kepada isteri pelakon tadi di mana lokasi Lyn berlakon, dia datang nak ambil balik kereta yang Lyn pinjam. Perancangan mereka memang untuk mengaibkan Lyn semata-mata. Apabila dapat tahu dia orang nak datang lokasi, pelakon tadi dari lokasi yang lain sudah bersedia awal-awal di Bukit Jelutong.
Ketika kejadian, Lyn di dalam rumah. Apabila dengar bunyi bising-bising di luar rumah, Lyn rasa macam kenal suara tu, terus tengok apa yang berlaku. Isteri pelakon tadi dah menjerit-jerit. Lyn terus tengking dia, marah dia, buat apa dia datang lokasi? Tak tahu malu ke datang sini, buat kacau tempat orang? Isterinya tak soal pasal kereta, sebaliknya bertanya, lelaki ni siapa, lelaki yang dia tunjuk tu, Datuklah.
Apa masalah kau nak cakap depan orang ramai, lelaki ni siapa, lelaki ni siapa, itu ke tujuan kau? Tapi, sebelum Lyn bertemu dengannya, perempuan tu dah kena lempang dengan suaminya, dua atau tiga kali! Pelakon tadi mempersoalkan kenapa isterinya datang ke lokasi dan membuat perancangan dengan orang yang baru dikenalinya (Datuk)? Pelakon tadi hanya mengajar isterinya, perkara dilakukannya itu tak betul.
Tindakan biadap!
------------------------
Bagi Lyn, tindakan isteri pelakon itu datang menyerang Lyn di lokasi sebagai satu tindakan yang cukup biadab! Apabila dia bertindak begitu, suaminya pun kena pukul dengan Datuk. Apabila suaminya kena pukul, apa yang dia buat, pandang saja! Kau dengan tujuan nak aibkan orang sampai suami sendiri kena pukul, memang Lyn tampar dia! Isu kereta langsung dia tak sebut. Perempuan ni memang kurang ajar, memang Lyn tampar dia!
Orang sekeliling tarik Lyn masuk dalam rumah untuk menenangkan Lyn, apabila Lyn keluar balik, perempuan tu dah tak ada. Polis pun dah datang lokasi, dah kecoh. Lyn minta maaf pada semua pelakon dan krew kerana penggambaran tergendala. Seterusnya Lyn ke Balai Polis Bukit Jelutong buat laporan. Kalau perempuan tu tahu dia pun terbabit, kenapa dia tak nak datang balai polis? Yang buat laporan polis, Lyn, pelakon tadi, Datuk dan beberapa saksi.
Yang jadi kes polis apabila pelakon tadi dipukul oleh Datuk di depan isterinya. Lyn buat laporan polis atas apa yang Lyn nampak dan sebab-sebab keselamatan. Bagi Lyn, apa yang dilakukan ini adalah satu perancangan untuk mengaibkan Lyn. Perempuan tadi lupa, dalam masa sama, dia juga mengaibkan suaminya dan menjatuhkan maruah suaminya apabila suaminya dipukul!
Sekarang apa yang berlaku masih di dalam siasatan polis, Lyn hanya mahu sedikit ruang untuk meneruskan kehidupan dan kerja-kerja lakonan yang belum selesai.”
INFO: Haleeda NAMA SEBENAR: Halida Mazlin Badaruddin ALBUM: Setia Kasih (1992) dan Terkilan (1993) DRAMA: Mengejar Pelangi, Naskhah Latifah, Di Batasan Hati, Ladang Pak Awang dan Kecuali Cintamu PERKAHWINAN: Bernikah dengan bekas pemain bola sepak pasukan Negeri Sembilan dan Selangor, Azman Adnan pada 1995. PERCERAIAN: Berpisah secara rasmi pada 9 Oktober 2003> ANAK: Amirah Amani Azman, 14 tahun. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 1:40 pm | |
| Dakwaan Ayu tak tepat Liza dan Ajai matang dalam menghadapi dugaan dalam berkasih. Kasih sayang Ajai hanyalah untuk Liza seorang MARUAH dan kredibiliti komposer terkenal Faizal Maas atau Ajai seolah-olah 'ditelanjangi' apabila secara tiba-tiba model serta aktres baru dari Kuantan, Pahang, Sharifah Nor Idayu atau Ayu membuat pendedahan mereka pernah bergelar pasangan kekasih dan bukannya perhubungan antara artis dan peminat fanatik seperti didakwa Ajai sebelum ini. Ayu, 22, kelahiran Kota Bharu, Kelantan, selain sepupu kepada aktres terkenal Kuza, Kuna dan Kuni menambah, sepanjang percintaan mereka, Ajai mengaku dirinya masih solo selepas bercerai dengan penyanyi Nurul dan tidak pernah berterus-terang, bekas Ketua Pengurusan Artis dan Bakat, Maestro Talent & Management (Maestro), Norliza Illias adalah kekasihnya, jauh sekali mengakui mereka dalam perancangan untuk berkahwin. Pun begitu, Ajai mahupun Liza tidak pernah 'melarikan diri' daripada media massa. Dua hari selepas artikel berjudul Bekas kekasih dedah cinta Ajai yang disiarkan menerusi B*Pop terbitan 10 Mei lalu, Ajai ditemani Liza muncul di Balai Berita dan bersedia berkongsi apa saja cerita yang bersarang di kepala penulis untuk dikupas bersama. AJAI"SEBENARNYA saya mengenali Ayu menerusi seorang petugas apabila dia mengemaskini laman sembang, myspace saya. Ayu akhirnya terpilih untuk menjadi peminat saya, orang kata sedap mata memandang (ketawa). Dakwaannya mengatakan saya sedang mencari pelakon baru untuk membintangi sebuah filem, bagi saya perkara itu tak pernah berlaku, tapi tak tahulah kalau petugas saya yang berkata begitu kepadanya. Saya akui, apabila mengenali dirinya, saya pernah bertemu dengannya sekali di Kuantan. Lagipun, ketika itu saya ada mesyuarat di sana. Apabila sudah saling mengenali, kami mula berSMS dan bermulalah persahabatan. Dia ada sekali datang ke Kuala Lumpur dan kami makan tengah hari bersama. Bagi saya, persahabatan saya dengannya adalah hak individu. Rasanya tak salah saya berkawan dengan sesiapapun. Tambahan pula saya masih mencari pasangan yang terbaik. Apabila gambar saya dan Ayu sudah tersebar di internet, hal seperti ini saya tak sembunyikan, saya mengaku dengan Liza. Saya beritahu dia, saya keliru mencari mana satu yang terbaik. Bagi saya, jika seseorang itu sayang pada seseorang, lebih baik kita berterus-terang perkara seumpama ini sebelum kita melangkah ke gerbang perkahwinan. Saya tahu, gambar yang tersebar di internet itu, Ayu yang masukkan dalam facebook, mungkin dia nak tunjuk pada orang, dia sedang berkawan dengan saya. Bagi saya tak jadi masalah, kita baru kenal, tak salah kita ambil gambar bersama sebagai kawan. Saya anggap Ayu, kawan. Dia pun pernah cakap, dia suka lagu-lagu saya. Saya akui, ketika peringkat kami berkawan tu, kami ada ber3G dan MMS gambar masing-masing. Pada masa sama, hubungan antara saya dan Liza tidak terlalu serius, kami masih berbincang. Saya ada hak untuk memilih, siapa yang terbaik, lagipun saya tak buat perkara yang salah (berkawan dengan Ayu). Saya tak ada ikatan dengan sesiapa pun termasuklah Liza. Bagi saya, penghujungnya, best woman win! Dakwaan saya 'melamarnya' dalam telefon, saya rasa tak tepat. Saya hanya bertanya, boleh jadi kawan tak? Apabila gambar kami tersebar di internet, saya akui, saya mendiamkan diri agak lama selepas saya dapat tahu, Ayu sudah berkawan dengan kawan saya. Bukannya saya nak lari daripada kontroversi, kawan yang dia berkawan tu, saya kenal. Semua orang melalui situasi yang sama, cuma apa yang saya lalui jadi perhatian kerana saya public figure. Cuma saya tak pernah lari daripada masalah. Saya akui, kebelakangan ini kami berhubungan semula apabila saya dapat tahu dia dah 'putus' dengan kawan saya tu. Saya tanya, boleh ke kita kawan balik? Pada masa sama, saya rasa dia tahu, saya dengan Liza, jadi tak perlu saya memberitahunya lagi. Sekalipun gambar kami pernah tersebar di internet, penerimaan Liza terhadap saya tetap sama, dia sayang saya. Dia boleh terima segala apa yang berlaku. Yang penting, sehingga hari ini saya masih bersama Liza. Orang kata Ayu berkawan dengan saya kerana populariti, saya tak boleh komen, itu hak individu. Kita harus berfikiran matang. Bagi saya, apabila keluar cerita seperti ini, tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan. Seperkara lagi, dakwaan Ayu mengatakan lagu ciptaan saya, Tak Mungkin Kerana Sayang ditujukan kepadanya, perkara tu tak betul, mengarut. Yang menulis lirik lagu berkenaan ialah Habsah Hassan. Segala dakwaannya terhadap saya, saya tak pernah marah pun. Itu hak individu. Dia bebas berkata apa saja, terpulanglah. Sebelum kami melangkah ke gerbang perkahwinan, lebih baik terjadi perkara seperti ini. Saya rasa nak settle down (berkahwin), Insya-Allah tahun ini. Ketika ini saya masih di peringkat akhir proses perceraian dengan Nurul. Perkahwinan bukan perkara mudah, kita nak tanggung anak orang. Saya dan Liza bercinta sejak saya bercerai, tapi kami kenal dah lama, kami bekerja dalam aliran yang sama. Seperti saya jelaskan tadi, semua ini adalah perjalanan hidup setiap orang. Yang penting, saya tidak melakukan perkara yang melampaui batas keagamaan sepanjang berkawan dengannya (Ayu). Dia tetap kawan saya. Buat Liza, saya amat menyayangi dan menyintai dirinya. Best woman win! Tapi, saya kena ingat satu, kesetiaan Liza, itu saya harus hormat." LIZA"SAYA bukannya remaja yang baru nak kenal cinta. Masing-masing sudah terlalu matang untuk berdepan situasi ini. Memang kita rapat, bercinta dan ada perancangan nak kahwin jika ada jodoh, tapi sebelum kita mengikat tali yang sah di sisi agama, dengan siapa pun pasangan kita tu nak berkawan mahupun terpikat dengan sesiapa, bagi saya ia tidak jadi satu masalah. Bagi saya, lebih baik perkara itu terjadi sebelum kita berkahwin. Kalau orang kata saya tak cemburu, memang tipulah. Bagi saya, saya kenal Ajai macam mana. Saya juga pernah tengok gambar Ajai berpeluk dengan ramai lagi kawan perempuannya yang lain. Ajai kahwin muda, jadi apabila dia bercerai, dia perlukan ruang untuk dirinya. Ajai perlu mencari apa sebenarnya yang dia nak. Dia nak mencuba, biarkan dia. Saya ada juga bertanya kepada Ajai, kalau dia nak meneruskan perhubungan ini, kita teruskan. Ajai ada memberitahu, selepas gambar berkenaan tersebar di internet, dia mengakui Ayu adalah kawannya. Ajai seorang yang friendly, dia kalau jumpa kawan baik, mereka berpeluk! Lebih lawa daripada yang ini (Ayu) pun, dia pernah berkawan. Sebelum mereka kenal dan gambar tersebar di internet, sudah terpampang di media massa, saya dan Ajai kami keluar bersama. Jadi, pasti dia (Ayu) dah tahu cerita sebenar. Macam mana nak kata Ajai tak berterus terang? Yang penting, sampai saat ini, saya dan Ajai masih bersama. Memang kami merancang untuk mempercepatkan perkahwinan, tapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. Selagi kita belum kahwin, persahabatan yang jujur, ikhlas dan berterus-terang, itu yang paling penting. Kita sporting, saya sentiasa berfikiran terbuka sebelum kita mendirikan perkahwinan. Kita dalam proses mencari. Walau banyak manapun yang datang, siapa yang kita kawan, tapi satu saja yang kita rasa paling sesuai, orang itu ialah Ajai. Pastinya setiap orang akan keliru untuk memilih yang tepat. Bagi saya, sikap berterus-terang inilah yang menguatkan lagi ikatan percintaan kami. Tak ada benda yang nak dibohongkan, masing-masing tak pernah buat salah. Apabila sudah bergelar suami isteri, itu lain, itu dah tak boleh terbuka dengan siapa pasangan kita berkawan. Kita kena tahu batas pergaulan. Percintaan kami memerlukan restu keluarga kedua-dua belah pihak dan kami sudah memperolehnya. Itu paling penting. Saya tak ambil pusing apa saja yang tersiar di media massa, kadang-kadang perkara itu kecil saja, tapi digembar-gemburkan jadi besar. Apa yang pernah kami lalui bersama sepanjang perkenalan bersama Ajai, kebaikannya masih melebihi segala-galanya. Saya menyintai Ajai dengan sepenuh hati." |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 1:43 pm | |
| Sedar populariti tak kekal lama
Anak Wayang bakal memaparkan sandiwara 25 peserta yang akan bertanding demi merebut gelaran bintang lakonan Anak Wayang Astro menerusi pencarian dalam drama bersiri Kecuali Cintamu, manakala Pilih Kasih yang disiarkan menerusi TV2 akan menampilkan 20 peserta diserap ke akademi lakonan
PROGRAM realiti nyanyian sebelum ini sudah banyak melahirkan bintang baru yang kini bergelar penyanyi, pelakon, pengacara TV dan penyampai radio. Justeru, menyemarakkan lagi industri hiburan tempatan yang ketandusan bintang pelapis, maka wujudlah dua program realiti yang kini berteraskan bakat lakonan semata-mata iaitu Anak Wayang terbitan Astro dan Pilih Kasih yang diilhamkan aktor terkenal, Rosyam Nor.
Anak Wayang bakal memaparkan sandiwara 25 peserta yang akan bertanding demi merebut gelaran bintang lakonan Anak Wayang Astro menerusi pencarian dalam drama bersiri Kecuali Cintamu, manakala Pilih Kasih yang disiarkan menerusi TV2 akan menampilkan 20 peserta diserap masuk ke akademi lakonan untuk melatih bakat baru menjadi pelakon versatil membintangi filem Kekasih dan dua drama bersiri sebagai tugasan mingguan.
Namun, tidak lengkap sebuah program realiti tanpa pengacara yang bijak mengendalikan perjalanannya. Memandangkan Anak Wayang dan Pilih Kasih menampilkan konsep hampir sama iaitu SMS - ‘jari menjadi juri’, maka aktres jelita, Nur Fazura diberi tanggung jawab sebagai hos Anak Wayang, sementara bakat baru dunia hiburan, Pasha diberi kepercayaan mengendalikan Pilih Kasih, sekali gus digandingkan dalam fotografi ini.
Fazura, 26, akan mengendalikan segmen Sesi Anak Wayang setiap Isnin hingga Rabu jam 9.30 malam di Astro Ria dan pasangannya aktor terkenal, Rusdi Ramli dalam Pentas Anak Wayang. Manakala bakat Pasha, 21, boleh dinilai apabila melihatnya muncul dalam Kisah Pilih Kasih, setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang menerusi TV2. Siaran langsung Pilih Kasih pula akan dikendali Raja Azura dan Reza Era FM.
Penulis mula mengenali Fazura ketika dia masih berusia 19 tahun dan hari ini, industri lakonan menyaksikan kemunculan ramai bakat baru. Nama Fazura dikatakan semakin kelam ditenggelami glamor dan populariti artis wajah baru yang menjadi pilihan pengarah serta produser.
“Saya sememangnya sudah lama menjangkakan hal ini, semakin hari, semakin ramai muka baru muncul di pentas lakonan. Ini satu perkembangan yang sihat. Saya buat Anak Wayang pun sebab nak tengok muka baru sebagai pelakon. Aktor mahupun aktres datang dan pergi setiap masa. Ia keadaan yang pasti berlaku dalam dunia lakonan.
“Kita kena terima hakikat dan harus sedar sendiri, industri memerlukan wajah segar. Apabila orang dah tak nak tengok kita di kaca TV mahupun layar lebar, saya sebagai pelakon harus bersedia menghadapinya. Buatlah persediaan sewajarnya menjelang hari mendatang, saat populariti kita semakin dilupai. Kini, saya masih mencari peluang perniagaan sebagai persediaan masa depan,” kata Fazura yang semakin cantik dan ramping.
Suatu ketika dulu, gosip mendakwa Fazura sudah menemui cinta baru. Pemuda yang dikatakan berjaya bertakhta di hati Fazura bukan
insan biasa, sebaliknya kerabat diraja Pahang. Fazura pernah mengaku berkawan dengan Tengku Bakar atau lebih mesra dengan panggilan Tengku Burn atau Tengku B, 24. Difahamkan, Tengku B masih menuntut di Melbourne, Australia. Namun, hari ini tiada lagi cinta antara mereka.
Putus cinta dengan Tengku B
"Selepas dua tahun kami berkawan rapat, hari ini semua itu menjadi kenangan terindah. Saya dah tak ada apa-apa hubungan dengannya (Tengku B). Dia masih belajar, saya pula sudah bekerja. Justeru, saya berasakan hubungan kami seolah-olah tak ada masa depan. Dalam usia hari ini, sewajarnya saya mencari teman hidup yang sudah bekerja,” katanya berterus-terang.
Pada masa sama, Fazura dikatakan berkawan baik dengan seseorang yang sentiasa berada di sisinya selama tiga tahun kebelakangan ini, namun dia tidak menyedari keadaan itu. Fazura juga tidak menyedari pemuda berkenaan menyukainya. Tambah Fazura, pemuda itu menyayanginya kerana dia sebagai Nur Fazura, bukan aktres yang dikenali ramai.
“Memang dia rapat dengan saya, tapi nak kata dia kekasih, biarlah masa menentukannya, saya juga belum bersedia mendedahkan identitinya. Sekiranya kami bercinta, mahupun baru nak bertunang, saya tak nak heboh-heboh. Orang tak berminat nak tahu pun perkara yang belum pasti. Lagipun kalau tak jadi, buat malu saja! Bagi saya, ‘esok’ nak kahwin, baru saya pukul canang berita di media massa,” kata Fazura lagi.
Terdengar desas-desas Fazura pernah ‘perang dingin’ dengan seorang selebriti popular awal tahun ini gara-gara ‘mulut jahat’ orang sekeliling. Sejauh mana kesahihannya?
“Saya sudah melupakan perkara itu kerana selepas diselidiki, dia bukanlah orang yang membawa mulut memburuk-burukkan nama saya. Akhirnya saya dapat tahu ada orang sekeliling yang cuba melaga-lagakan kami, semuanya gara-gara mulut jahat. Saya mengharapkan hubungan dengan selebriti popular itu akan segera pulih.
“Paling penting, saya tak mahu ambil peduli apa orang nak cakap, saya tak nak dengar cakap-cakap orang lain yang bertujuan negatif. Sewajarnya saya fikir yang positif saja, hati pun tak sakit,” kata Fazura mengakhiri bicara.
Pasha sudah berpunya
Sementara itu, kemunculan Pasha dalam industri hiburan segala-galanya baru baginya. Dia tidak pernah terbabit dalam sebarang aktiviti seni sebelum ini, namun Rosyam memberinya peluang. Sesi fotografi bersama Fazura adalah kali pertama baginya untuk beraksi bagi gambar muka depan ruangan hiburan. Pasha tidak pernah bermimpi digandingkan bersama Fazura yang sebelum ini hanya dilihatnya di kaca TV dan filem saja.
“Pilih Kasih adalah jambatan penghubung saya kepada dunia seni. Kepercayaan yang diberikan Rosyam tidak akan dipersiakan. Saya seronok dapat bercakap depan kamera, mengawal mood penonton dan memperoleh banyak ilmu. Selepas habis belajar, barulah saya tahu, pengacaraan adalah jiwa saya dan akan membuktikannya, kerjaya ini boleh memberi jaminan,” katanya yang mengagumi bakat pengacara seperti Datuk Mahathir Lokman.
Bergelar selebriti yang bakal dikenali ramai, Pasha akan berdepan ‘makanan’ anak seni, gosip dan kontroversi. Ia tidak semudah disangka, bukan hanya glamor dan populariti mengejar mereka, tapi jika tersilap langkah, terlanjur kata-kata, tiada siapa menduga, mungkin ia akan dicemuh dan dipulaukan peminat dan pihak dalam industri!
“Harap-harap ia tidak berlaku pada diri saya. Bagi saya, yang penting buat saja kerja kita, jangan kacau orang. Sentiasa jadi diri sendiri dan jangan plastik (berpura-pura),” kata Pasha yang mengakui dirinya sudah berpunya dan hanya mahu memperkenalkan temannya itu sebagai I saja.
Info Fazura
NAMA PENUH: Nur Fazura Sharifuddin
TARIKH LAHIR: 27 September 1983
ASAL: Pekan, Pahang
KELUARGA: Anak ketiga daripada empat beradik
IKLAN: Pantene dan Kalsio Sweets
DUTA: Olay
PROGRAM TV: Teensworld (TV2), MTV Jus, MTV Pop Inc dan Anak Wayang (Astro)
FILEM: Bicara Hati, Qaisy & Laila, Senario XX, Gol & Gincu, Kayangan, Selamat Pagi Cinta!, Kantoi, Pisau Cukur dan Lagenda Budak Setan
DRAMA: Inspirion, Dalam Hati Ada Cinta, Kasih Suci, Datin Diaries, Gol & Gincu The Series, Rendang Untuk Mentua dan Ezora
PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-17 (FFM17)
Info Pasha
NAMA PENUH: Pasha Abdul Rahim
TARIKH LAHIR: 1 Disember 1987
ASAL: Lahir di Kuala Lumpur, namun dibesarkan di Klang, Selangor
KELUARGA: Bongsu daripada dua beradik
PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Selangor
KERJAYA ASAL: Eksekutif Pemasaran di sebuah syarikat perunding pemasaran
PROFESION: Pengacara
PROGRAM TV: Pilih Kasih (TV2) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 1:47 pm | |
| Cincin Tiada, Lisdawati dan Fauzi retak? Ketiadaan cincin perkahwinan di jari manisnya menjadi tanda tanya besar mungkinkah benar perkhabaran masalah rumah tangga yang dialami pelakon drama, Lisdawati Nazarudin, 30, bersama suaminya, Fauzi Nawawi, 36.
Ditanya sendiri mengenai ketiadan cincin pengikat kasih selama hampir 2 tahun mereka mendirikan rumah tangga itu, Lisda berkata cincin berkenaan sebenarnya sedang dibaiki.
"Memang, selalunya Lis akan pakai cincin perkahwinan kami itu. Tapi nak dijadikan cerita cincin itu rosak sedikit dan Lis telah menghantarnya ke Habib Jewels untuk diperbetulkan atau dibaiki," katanya. Dia ditemui ketika pelancaran telefilem arahan Osman Ali bertajuk Buih Buih Cinta di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Lisda berkata lagi, tiada alasan untuk menyembunyikan soal cincin berkenaan. Malah seboleh-bolehnya dia mahu menyarungkan cincin berkenaan meskipun ketika menjalani tugas sebagai pelakon.
"Selalunya Lis akan memakai cincin kahwin mengikut watak yang diberikan. Sekiranya watak itu Lis belum berkahwin, takkanlah Lis hendak memakai cincin itu," katanya. -Murai |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 3:20 pm | |
| Ziema bersyukur BERBANDING lelaki, wanita dikatakan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk membina nama sebagai pelakon. Meskipun bakat menjadi sandaran untuk berjaya dalam uji bakat, sebaliknya wanita yang mempunyai aset kecantikan dianggap satu kelebihan untuk memikat produser.
Bagaimanapun, bakat baru, Ziema Din yang makin menggilap potensi diri di pentas lakonan beranggapan lelaki dan wanita mempunyai peluang sama rata.
Malah, dia percaya pada rezeki seseorang yang ditentukan Tuhan mampu memberi ruang pada pelakon baru sepertinya untuk meraih tawaran berlakon.
Melihat senario kemunculan ramai pelakon baru sama ada di televisyen mahupun filem, ia memberi petanda positif kepada perkembangan bidang hiburan tempatan yang mempunyai pelapis.
Berkongsi pengalaman lakon, Ziema berkata dia pernah melalui satu pengalaman hitam ketika berada di lokasi penggambaran.
Katanya, peristiwa itu berlaku dua tahun lalu ketika dia terbabit menerusi drama Bila Camar Pulang.
Membawakan watak utama sebagai Aida, dia melakonkan karakter isteri yang meninggal dunia ketika melahirkan anak.
“Dalam satu adegan, saya diminta untuk melakonkan watak itu yang dikafankan selepas meninggal dunia. Walaupun, saya hanya dibungkus dengan kain putih biasa dan bukannya kain kafan yang sebenar, tetapi ketika itu, saya sudah terbau kapur barus.
“Apa yang lebih mengerikan saya, ketika ke tandas, jurusolek yang menemani saya secara tiba-tiba berubah cara percakapan hingga keadaannya menakutkan saya. Lalu, saya segera keluar dari tandas.
“Namun, keadaan saya pula sebaliknya bila seperti dirasuk dan kemudian ditenangkan orang sekeliling,” katanya.
Ziema, 26, berkata dia bersyukur kerana masih menerima pelbagai tawaran berlakon walaupun watak yang ditawarkan hanyalah watak pembantu.
Dalam menimba pengalaman baru, dia tidak mahu bersikap terlalu memilih watak, tetapi berusaha menggalas cabaran yang diberikan dengan sebaik mungkin.
“Sebelum menerima sebarang tawaran lakon, saya bertanya pada diri sendiri sama ada saya boleh bawa watak itu atau tidak.
“Saya percaya seorang pelakon itu perlu yakin dengan kemampuan diri untuk menghayati watak kerana ia memberi kesan kepada mutu lakonan.
“Seperti watak Martilah yang bekerja sebagai pembantu rumah menerusi drama bersiri Mentua vs Menantu, saya berusaha untuk buat ulang kaji watak itu. Memberikan cabaran, saya perlu berdialog dalam bahasa Indonesia.
“Sebelum ini, saya tidak pernah mencuba watak seperti ini dan untuk mendapatkan lakonan yang berkesan, saya juga bertanya pada pembantu rumah Indonesia yang tinggal berdekatan rumah saya.
“Berbeza dengan karakter seperti wanita materialistik yang pernah saya lakonkan sebelum ini, saya fikir semua pelakon wanita mampu buat. Bagaimanapun, menghayati Martilah, ia bukan mudah.
“Tidak sangka, drama ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton. Musim baru iaitu ketiga dan keempat dijangka tayangan pada Aidilfitri nanti.
“Untuk musim baru nanti, watak saya berkembang apabila saya pula mempunyai pembantu rumah lain yang baru bekerja dan kali ini, saya pula buli mereka,” katanya.
Sepanjang lima tahun terbabit dalam bidang lakonan dengan pencapaian lebih 35 drama yang dijayakan, Ziema akui dia masih mencari kepuasan dalam lakonan.
Menariknya, dia menyatakan impak watak Martilah sinonim padanya hinggakan ketika di luar lokasi penggambaran, ada peminat yang menegurnya dengan nama watak itu.
“Ada ketika saya pernah ambil dua tawaran lakon serentak. Namun, saya pastikan terlebih dulu jadual antara dua tawaran itu tidak bertindan.
“Saya berpandangan jika tawaran yang saya terima adalah watak pembantu, ia tidak memberikan masalah, tetapi apapun, saya harus berbincang dulu dengan pengarah sebelum bersetuju berlakon drama lain.
“Buat masa ini, saya baru selesai terbabit dengan penggambaran drama RM20 Juta dan 90 Minit.
“Menerusi drama RM20 Juta, saya memainkan watak Tasha yang bersikap materialistik dan ingin merampas harta kekayaan daripada seorang lelaki kaya lakonan Zul Yahya. “Berbeza dengan drama 90 Minit, saya diberi kepercayaan produser Julie Dahlan untuk membawa watak utama sebagai Nur yang menghidap penyakit kanser otak.
“Buat masa ini, saya masih terbabit dengan penggambaran drama baru, 3 Serumah terbitan MIG Production Sdn Bhd. “
“Dalam drama sebanyak 13 episod ini yang berkonsepkan komedi, saya melakonkan watak Renee turut bersikap materialistik dan sering menipu lelaki untuk mendapatkan kesenangan,” katanya.
Mengenai perancangan masa depan, Ziema berhasrat mahu meraih peluang berlakon filem.
Katanya, dia mahu menimba pengalaman baru di layar perak. Jika diberi pilihan, dia ingin mencabar diri dengan watak orang gila yang dinilai memberi ekspresi dan emosi yang mendalam.
“Saya minat berlakon sejak kecil dan suka menonton drama Melayu khusus cerita pendekar yang mempamerkan aksi terbang.
“Ketika itu, saya teringin untuk jadi seperti pelakon dalam drama berkenaan.
“Masa mula berlakon dulu, memang sukar untuk dapat tawaran. Saya berusaha keras hadiri pelbagai uji bakat hingga ditawarkan watak Cina menerusi drama Dewi Cinta Laila. Hingga satu ketika, saya pernah hanya mendapat satu tawaran lakon dalam tempoh enam bulan.
“Namun, kini kehidupan saya bertambah stabil. Saya tetap syukur kerjaya sebagai pelakon sepenuh masa mampu menampung kehidupan saya.
“Dalam meneruskan minat saya pada lakonan, saya percaya berkongsi pengalaman bersama pelakon senior banyak membantu mempertingkat mutu lakonan. Masih banyak perkara yang harus saya belajar dan saya juga mahu terus memperbaiki lakonan menjadi lebih baik,” katanya.
PROFIL
NAMA: Rozima Bidin
NAMA KOMERSIAL: Ziema Din
ASAL: Kuala Kangsar, Perak
TARIKH LAHIR: 9 Mei 1983
UMUR: 26 tahun
STATUS: Bujang
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
DRAMA: Demi Cinta Laila, Bila Camar Pulang, Meniti Bara, Gadis Kosmo, Jangan Pandang Belakang, Jangan Main Belakang, RM20 Juta, 90 Minit dan 3 Serumah |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 3:26 pm | |
| 'Saya jujur dalam seni' BERSTATUSKAN artis pada usia remaja iaitu 21 tahun, boleh dikatakan 'masih mentah' untuk mengenal erti hidup. Namun, disebabkan minat dan bakat dimiliki, akhirnya mengheret Norazila Aminuddin, 43, atau lebih popular dengan nama Ella ke kancah glamor. Hanya berpaksikan muzik rock, siapa sangka wanita kental ini berjaya menempatkan dirinya sebaris artis terkenal era 80-an seperti Allahyarham Sudirman, Nassier Wahab, Zaiton Sameon dan Ramlah Ram. Bahkan, imej rock itu melayakkannya digelar 'Ratu Rock Malaysia'. Sekalipun 'rock' itu melambangkan muzik berat, Ella tetap tampil anggun dengan fesyen bersesuaian irama muziknya. Lagak wanitanya tidak sedikitpun luntur walaupun ketika penampilan awal Ella, rock lebih dikuasai lelaki. Bermula dengan menganggotai kumpulan The Boys, penyanyi yang dibesarkan di Klang, Selangor ini mengambil langkah berani untuk bergerak solo pada 1989. Ternyata, percaturan dilakukannya tepat apabila album solonya, Pengemis Kita yang menampilkan lagu Pengemis Cinta dan Permata Biru laku di pasaran. Sejak itu, Ella mula digilai ramai hingga meraih peluang membuat persembahan di Jepun lebih 10 tahun lalu. Selain menyanyi, Ella juga bergelar pelakon. Tiga filem lakonannya, Bayangan Maut pada 1990 diikuti Pemburu Bayang (1992) dan Hanya Kawan (1997). Sepanjang karier seninya, Ella turut mencatat beberapa sejarah peribadi. Antaranya penyanyi wanita Malaysia pertama mencatat jualan album paling tinggi sebanyak 350,000 unit, menjadi penyanyi Malaysia pertama merakamkan album penuh di Amerika Syarikat serta penyanyi pertama mengeluarkan Album Video di Malaysia iaitu Ella-Mood pada 1991. Ella juga pernah memenangi anugerah Artis Wanita Paling Popular Berita Harian pada 1993 serta mengeluarkan Album Video Ella-Sebuah Dokumentari 30110 (1993). Tidak ketinggalan, dipilih menjadi 'role model' Yayasan Kebajikan Negara untuk mempromosikan pemikiran positif muda-mudi. Pencapaian Ella turut tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagai penyanyi wanita (penjualan album terbanyak pada 1998 dan dia juga menjadi artis tunggal Malaysia menyanyikan lagu tema Sukan Komanwel (1998), Standing In The Eyes Of The World. Ikuti temu bual wartawan Harian Metro, NORHAYATI NORDIN (yati@hmetro.com.my) bersama Ella menyingkap suka dukanya bergelar anak seni serta persoalan mengenai hubungan cintanya. SOALAN (S): Apakah yang membuatkan anda mampu bertahan selama 22 tahun dalam industri inJAWAPAN (J): Mungkin kerana minat yang mendalam pada bidang nyanyian dan kejujuran saya. Dari mula menceburkan diri hingga kini, saya tidak pernah berasa jemu, letih dan berputus asa dengan apa yang dilakukan. Memang minat ini ikhlas yang datang daripada hati saya. Dalam soal ini, bila benar-benar ikhlas melakukannya, sesuatu kerja itu baru 'aura' akan lahir. Justeru, peminat pun boleh menerima dengan jujur. Sebab itu juga, seseorang artis perlu memberikan lagu, susunan muzik dan kulit album terbaik. Bukan apa, secara tidak langsung ia bagus untuk peminat sentiasa ingat pada hasil kerja itu. Bila peminat sudah suka, saya yakin mereka tiada masalah untuk membelinya. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada pihak media kerana sentiasa memberikan sokongan. Menerusi artikel mengenai diri saya yang ditulis wartawan di akhbar dan majalah termasuk laporan televisyen membantu peminat terus mengingati karier seni Ella. Malah, saya juga sangat bersyukur kepada Tuhan kerana semuanya berjalan lancar. S: Tidak dinafikan irama 'rock' sebati dengan anda. Pernah terfikir hendak cuba genre muzik lain?J: Terus terang saya katakan, semua jenis genre muzik saya minat dan suka dengar. Cuma, 'rock' ini yang saya rasa paling sesuai dengan jiwa. Disebabkan itu, saya senang menyampaikannya kepada peminat dan mereka (peminat) pun sudah sinonim. Setiap orang diberikan peluang untuk memilih dan saya ada hak untuk itu. Lagipun, ia kena dengan cita rasa dan saya pasti mahu memberikan yang terbaik buat peminat. Alhamdulillah, sehingga kini peminat terus ingat pada saya berteraskan muzik 'rock'. S: Apakah pandangan anda mengenai perkembangan industri muzik tanah air sekarang?J: Biasalah ada yang baik dan buruk. Begitu juga ada yang positif dan negatif. Namun, macam saya katakan 'kejujuran' lebih penting. Bahkan, seiring dengan arus kemodenan sekarang, saya juga mendapati industri muzik tanah air banyak berubah. Kemajuan dalam perniagaan begitu jelas ditonjolkan menerusi aktiviti muat turut lagu dan nada dering yang kini menjadi pilihan peminat. Boleh dikatakan perkembangan yang berlaku itu sememangnya mengikut 'trend' semasa dan permintaan masyarakat pendengar. Oleh itu, jika mahu hasilkan album, buatlah bersungguh-sungguh. Kalau sekadar mahu kejar glamor atau untuk suka-suka, pada saya ia tindakan yang negatif. Situasi ini tidak baik untuk perkembangan industri seni kerana di sebalik kemodenan itu mesti ada 'keaslian'. S: Kini pasaran album memang bermasalah, pada anda apakah kelemahan di sebalik itu?J: Apa yang saya tahu, masalah kelembapan pasaran album ini berlaku sejak tiga tahun lalu. Kemungkinan disebabkan tumpuan kini lebih fokus pada penjualan secara digital. Bagaimanapun, jualan album di kedai muzik masih lagi diterima ramai. Malah, sudah menjadi resam sekiranya ada lagu bagus dimuatkan, album dihasilkan pun yang baik serta kulit album menarik pasti ia 'berkualiti'. Bila segalanya sempurna mengikut piawaian, saya fikir peminat yang menilai tidak ragu dan sanggup membeli. Seperti penjualan album saya, setakat ini boleh dikatakan semuanya mencatat pencapaian yang bagus. Paling tidak diduga, album yang saya hasilkan sekitar 90-an berjaya meraih jualan tertinggi. Begitu juga dengan album dirakam pada era 2000, penjualannya sangat bagus. Melihatkan keadaan itu, saya cukup seronok. Sekurang-kurangnya, saya sudah memberi yang terbaik buat peminat setia Ella selama ini. Ditambah dengan promosi dan publisiti yang diterima daripada pihak media menjadi pemacu kejayaan saya. S: Pendapat anda mengenai gosip artis?J: Gosip dalam dunia hiburan perkara biasa. Apabila seseorang sudah mengambil keputusan menjadikan seni sebagai karier, perlulah bersedia menghadapi gosip. Cuma, gosip ini ada yang baik dan tidak kurang boleh menjatuhkan reputasi artis. Memang tidak saya nafikan ada gosip yang membantu dan ada juga melampau. Tetapi, selagi tidak menyentuh soal peribadi secara serius dan mengguris hati keluarga, saya boleh terima serta menganggapnya sekadar 'usik-usik' dunia hiburan saja. Sepanjang tempoh saya bergelar anak seni dari dulu hingga kini, gosip yang diterima biasa saja. Mungkin disebabkan saya sangat berhati-hati membawa diri sebagai artis. Apapun, saya berusaha menghindarkan diri daripada gosip kerana itu lebih baik. S: Apakah anda pernah mengalami gosip paling teruk dalam karier?J: Ya, pernah sekali agaknya. Seingat saya dua tahun lalu (2007), apabila klip video lucah yang mengaitkan diri saya disebarkan dengan meluas di Internet. Ia adalah fitnah dan sangat mengaibkan saya. Apapun, sumpah saya tidak buat kerja terkutuk itu. Justeru, saya harap tiada lagi gosip buruk seperti ini menimpa diri. Cukuplah sekali dan saya turut mengharapkan kerjasama media. Usahlah terlalu diuar-uarkan kerana artis dan media saling memerlukan. Ia umpama kerjasama dua hala. S: Bagaimana pula dengan hubungan cinta?J: Ya, saya kini ada menyayangi seseorang. Namun, dia bukan individu di kalangan penggiat seni tetapi minatnya pada muzik sama seperti saya. Sebab itulah kami serasi agaknya dan siapa gerangan si dia 'biar menjadi rahsia'. Sampai masa, saya akan beritahu. Buat masa ini, saya mahu lebih fokus kepada promosi album kompilasi Ella-The Greatest Hits terbitan EMI Records dan edaran Warner Music yang dipasarkan, baru-baru ini. Ia memuatkan 32 lagu termasuk tiga lagu baru dan penting bagi saya kerana sudah lama tidak hasilkan album. Lagipun, album kompilasi ini mengimbau perjalanan seni saya selama 22 tahun ini. Bahkan, saya berharap adanya album ini dapat mengubat rindu peminat. Selain itu, saya kini turut merancang untuk menghasilkan album penuh terbaru. S: Mengapa anda terlalu berahsia mengenai 'percintaan' kali ini? Apakah ada sesuatu yang disembunyikan?J: Saya hanya berahsia tetapi tidak berniat menyembunyikan apa-apa. Seperti saya jelaskan, sekarang bukan masa sesuai untuk berbicara soal ini. Ditambah lagi, saya masih ada keluarga dan perlu menjaga hati insan tersayang supaya tiada siapa yang terguris. Malah, buat masa ini pun, saya tidak bersedia lagi untuk berkongsi cerita. Bahkan, saya sebenarnya menghormati kehendak si dia. Oleh itu, diharapkan rakan media memahami dan berilah saya peluang menyelesaikan urusan promosi album kompilasi ini lebih dulu. S: Bila merancang berkahwin dengan si dia?J: Perancangan perkahwinan, belum buat apa-apa lagi kerana saya pun tidak tahu bila perkara itu (kahwin) akan berlaku. Justeru, sekarang biarlah kami berkasih dulu dan saya sangat percaya kalau sudah jodoh pasti tidak ke mana. Jadi, sama-samalah tunggu. Sebagai manusia biasa, saya amat sedia maklum ajal, maut, jodoh dan pertemuan adalah ketentuan Tuhan. Sebab itu, sebelum tiba masanya, biarlah saya tidak mencanang apa-apa. Terus terang, soal jodoh ini saya senang serahkan segalanya pada Tuhan. S: Harapan anda terhadap industri muzik tanah air? J: Saya harap ia lebih diperkukuhkan lagi. Dalam soal ini, saya sarankan supaya ada pihak sanggup bergandingan memperkukuhkan industri tanah air supaya nasib artis terbela. Terutama, bagi menghulurkan bantuan kepada anak seni yang memerlukan. Bukan apa, saya sangat tersentuh hati apabila membaca dan melihat nasib yang menimpa artis apabila jatuh sakit. Justeru, terlalu sukar untuk mereka mendapatkan bantuan walaupun suatu ketika dulu pernah menabur bakti menghiburkan masyarakat. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 3:36 pm | |
| Dua minit penuh debaran Afzan
DEBARAN program realiti mencungkil bakat lakonan, Pentas Anak Wayang terbitan Astro kian memuncak.
Dengan hanya tinggal tiga watak untuk melihat peserta bertanding merebut peranan pengelola majlis, gangster dan setiausaha bagi drama bersiri 50 episod yang akan disiarkan di Astro Prima dengan judul Kecuali Cintamu.
Minggu lalu, menerusi rakaman Anak Wayang yang dihoskan Rusdi Ramli, menyaksikan tugasan merebut watak mekanik ditawarkan kepada seorang daripada lima peserta yang bertanding.
Mereka yang dimaksudkan itu ialah Afzan A Rahman (Afzan), 27; Amar Mohd Baharin (Amar), 24; Syed Hassan Nabil Al-Habshi (Biel), 21; Mazlan Mokhtar (Lan), 26, dan Lokman Sokran (Lokman), 34.
Bagaimanapun, keputusan juri tidak menyebelahi Amar, Biel dan Lokman apabila mereka disingkirkan pada sesi rakaman itu.
Justeru, hanya tinggal baki dua peserta iaitu Lan dan Afzan untuk dinilai juri khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuka undiannya bermula Jumaat jam 10.30 malam hingga Ahad, jam 12 tengah hari.
Lakonan bersahaja Afzan ketika menjayakan tugasan diberikan berjaya menawan hati pengundi khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memilihnya sebagai pemenang mingguan kedua program realiti itu bagi watak mekanik.
Keputusan diumumkan dan diketahui Isnin lalu menerusi Panggung Anak Wayang: Kecuali Cintamu yang disiarkan di Astro Prima pada jam 8.30 malam.
Afzan mendapat undian SMS sebanyak 59 peratus dan secara tidak langsung menoktahkan impian Lan untuk meneruskan perjuangan apabila hanya memperoleh undian sebanyak 41 peratus.
Satu perbezaan yang tidak jauh ketara, tetapi akhirnya menguburkan impian Lan untuk mengecapi gelaran Anak Wayang.
Ketika ditemui, Afzan dari Pahang berkata, dia sememangnya meletakkan harapan yang tinggi dalam program realiti julung kali itu, Anak Wayang, untuk mengejar impiannya bergelar pelakon berjaya dalam pentas hiburan tempatan.
Apatah lagi, kemunculannya sebelum ini di kaca televisyen sebagai seorang pelakon tidak begitu disedari ramai.
"Hampir setahun lebih saya mewarnai pentas lakonan tempatan. Bagaimanapun, masih ramai yang tidak menyedari kehadiran saya.
"Mungkin, kerana watak yang diberikan sebelum ini lebih terarah kepada pembantu yang menyebabkan pembabitan saya dalam dunia lakonan tidak begitu ketara.
"Namun, ini tidak bermaksud yang saya hanya mengejar glamor menerusi pembabitan dunia ini.
"Bagi saya, glamor juga dikira sebagai satu faktor penting yang perlu dititikberatkan apabila seseorang itu menjadikan dunia lakonan sebagai karier.
"Sekiranya tidak dikenali, bagaimana seorang pelakon itu akan dapat menjana pendapatan mereka? Ini secara tidak langsung, menyukarkan perjalanan seseorang pelakon itu untuk mendapat tawaran berlakon.
"Justeru, apabila mengetahui Astro mengadakan uji bakat Anak Wayang, saya memang komited untuk mencuba peluang ini. Manalah tahu, rezeki saya sebagai pelakon akan menyinar menerusi program ini.
"Walaupun harapan saya menggunung, namun sama sekali tidak menyangka memenangi watak mekanik itu kerana peserta yang lain tidak kurang hebatnya.
"Apatah lagi, apabila tinggal saya dan Lan untuk dinilai oleh juri SMS sebelum diumumkan siapa yang berjaya memenangi watak berkenaan.
"Sejujurnya, Lan mempunyai bakat lakonan yang bagus dan sedikit sebanyak menggugat keyakinan diri. Namun, Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya mendapat watak itu dan secara tidak langsung meneruskan perjuangan dalam Anak Wayang," katanya.
Menyentuh pengalaman selama setahun lebih sebagai pelakon dikira tidak adil kepada peserta lain, kata Afzan, itu semua bergantung kepada rezeki juga.
"Sekiranya mempertikaikan pembabitan saya sebelum ini sebagai pelakon, Biel juga pelakon sepenuh masa seperti saya. Namun, Biel tidak dapat menawan hati juri ketika menjayakan tugasan yang diberikan.
"Saya tidak bermaksud Biel seorang yang tidak bagus berbanding saya atau sebaliknya. Itu semua bergantung pada rezeki. Cuma, kali ini ia adalah rezeki saya," katanya.
Afzan berkata, antara tugasan paling mencabar dalam program realiti itu apabila diberikan tugasan situasi untuk dilakonkan secara spontan selama dua minit dengan dibantu pelakon undangan Nabila Huda dan Liyana Jasmay.
"Walaupun mempunyai pengalaman berlakon, namun itu tidak begitu membantu ketika berhadapan dengan tugasan melakonkan watak secara spontan.
"Perasaan gelisah, gementar, takut semuanya ada kerana memikirkan dalam masa dua minit apa corak cerita yang perlu dipersembahkan untuk menggamit hati juri. "Semua perlu dilakukan dengan pantas di samping tidak kekok di pentas bersama dengan artis undangan.
"Sejujurnya, saya memang tidak boleh menerima tugasan secara spontan, tetapi, apabila diberitahu itu satu syarat program realiti itu, saya berusaha mendapatkan tunjuk ajar dari tenaga pengajar yang terdiri daripada Marlia Musa, Mohd Kamaruzaman Taib, Fauziah Nawi dan Hamzah Tahir.
"Mereka menasihati saya untuk tenangkan diri kerana kekalutan fikiran berupaya merosakkan prestasi di pentas nanti.
"Mereka juga menyarankan saya supaya menarik nafas dulu sebelum menerima sesuatu tugasan kerana itu membantu menyenangkan diri.
"Selain itu, saya bersyukur kerana Nabila, Liyana dan Jasmin Hamid banyak membantu saya di pentas ketika menjayakan tugasan spontan itu.
"Sebagai contohnya, untuk tugasan pertama saya diperlukan untuk melakonkan watak bomoh dan tanpa disedari Nabila dan Liyana sedikit sebanyak memberi idea kepada saya menerusi peranan yang mereka tonjolkan malam itu.
"Manakala, tugasan kedua dalam drama sebabak dalam kereta di layar hijau dalam tempoh satu minit 30 saat, Jasmin banyak membantu saya untuk menghidupkan suasana menonton ketika itu.
"Bayangkan, untuk tugasan kedua bukan saja memerlukan kepantasan berfikir, malah kepekaan kerana mata akan memandang televisyen di depan untuk mengetahui situasi sekeliling bagi menjayakan tugasan kedua itu," katanya.
Biarpun dikatakan sukar menghadapi tugasan spontan itu, lakonan Afzan berjaya menggamit ketiga hati juri apabila mendapat reaksi positif dari mereka.
Menurut juri jemputan, dramatis dan penerbit terkenal, Ziela Jalil, memuji keupayaan Afzan ketika rakaman Anak Wayang berlangsung.
Malah, Ziela juga sudah menguarkan cadangan untuk menarik Afzan berlakon dengan produksinya.
"Dengan apa yang saya lihat, saya yakin Afzan mampu menjiwai watak dengan baik terutamanya yang berbentuk komedi.
"Bukan mudah untuk melakonkan watak komedi, tetapi saya tengok Afzan berjaya melakukannya. Walaupun, bukan seratus peratus sempurna, tetapi saya percaya dengan kebolehan yang ada dan sikap suka belajar, akan membantu Afzan untuk pergi jauh dalam bidang ini," katanya.
Sementara itu, juri tetap, pelakon dan peragawati tinggi lampai, Nasya Aziz menyukai lakonan Afzan yang dilihatnya mempunyai pengetahuan sebelum melakonkan sesuatu watak itu.
"Saya tahu, ini semua dilakukan secara spontan, tetapi, apabila melihat tahap lakonan Afzan, saya percaya sebelum ini dia ada membuat penyelidikan sebelum menjadi peserta Anak Wayang.
"Selain itu, lontaran suara, kreativiti dan gerak badan Afzan juga bagus," katanya.
Bagi seorang lagi juri tetap, penerbit dan pengarah terkenal Rashid Sibir berkata, lakonan Afzan sebagai mekanik dalam babak yang diarahkan Pierre Andre, berjaya mencuit hatinya.
"Saya lihat Afzan berjaya menghidupkan suasana dan dia mempunyai topik atau idea sepanjang menjayakan tugasan secara spontan itu.
"Malah, saya lihat Afzan bukan saja komited, tetapi berupaya menjiwai watak dengan baik," kata Rashid. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 3:41 pm | |
| Bintang RTM wajar diteruskan JAMAL ABDILLAH MESKIPUN berdepan persaingan dengan pertandingan-pertandingan nyanyian lain, bekas juara Bintang RTM seperti Jamal Abdillah menganggap pertandingan itu masih relevan untuk diteruskan. Beliau yang merupakan juara Bintang RTM tahun 1979 menyifatkan pertandingan itu dikategorikan sebagai berprestij kerana ia dianjur serta diiktiraf oleh kerajaan sejak lebih tiga dekad yang lalu. Katanya, adalah sesuatu yang merugikan jika pertandingan itu dihentikan atau dianggap sudah tidak relevan hanya semata-mata kerana tidak berani bersaing dengan pertandingan nyanyian lain yang lebih komersial. "Jangan jadikan alasan pertandingan ini dianjurkan oleh kerajaan, maka RTM tidak boleh bersaing dengan stesen-stesen TV swasta. Sebaliknya, RTM harus lebih bijak mengatur strategi. "Kalau boleh selepas ini Bintang RTM biarlah lebih kontemporari daripada segi lagu-lagu yang dipertandingkan. Kena buat lebih banyak gimik, tarikan, pakaian dan promosi untuk program ini. "Apabila adanya standard dan tarikan yang hebat maka barulah lebih ramai orang akan tertarik untuk menonton pertandingan ini," komennya. Pada masa sama, penyanyi berasal dari Teluk Intan, Perak ini juga menyarankan agar Bintang RTM selepas ini lebih proaktif bagi melahirkan bintang-bintang yang lebih berwibawa. Sebagai contoh katanya, pertandingan itu kini tidak boleh terlalu berharap kepada mutu suara para peserta semata-mata, tetapi bakat mereka haruslah dicungkil secara lebih meluas lagi. "Di sini saya mahu menyarankan agar peserta yang bertanding dalam Bintang RTM pada masa depan supaya diberi peluang mengetengahkan lagu-lagu ciptaan masing-masing. "Keutamaan juga harus diberi kepada para peserta yang boleh bermain alat-alat muzik. Ini akan membantu dan menggalakkan mereka mencipta lagu-lagu sendiri pada masa depan," katanya yang sudah lebih 30 tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian. Penyanyi Ramlah Ram yang pernah muncul juara Bintang RTM tahun 1985 turut bersetuju pertandingan yang telah mengangkat namanya itu terus dipertahankan penganjurannya. Kata penyanyi berasal dari Muar, Johor ini, soal persaingan tidak dapat dielakkan kerana terdapatnya banyak stesen TV swasta yang turut menganjurkan pertandingan seumpama itu. "Bagi mengatasi masalah itu, RTM harus bekerja lebih keras dengan menggunakan segala medium TV dan lebih 30 saluran radio mereka seluruh negara bagi mempromosikan pertandingan ini. "Itu adalah kekuatan RTM sebagai sebuah stesen penyiaran gergasi dan paling lama di negara ini. Ini kerana setiap stesen TV akan mempromosi serta mengutamakan pertandingan mereka sendiri. "Stesen TV mana yang paling banyak melabur, mempromosi serta melakukan pelbagai gimik dalam pertandingan nyanyian, mereka tentunya akan lebih menjadi tarikan ramai," ulasnya. Beliau yang pernah popular dengan lagu Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi ini menambah, RTM juga harus sentiasa peka dengan trend semasa seperti penggunaan interaktif dalam pertandingan itu. Jelasnya, penggunaan teknologi seperti SMS tidak seharusnya diketepikan bagi menarik penyertaan para penonton demi memeriah serta menjadikan Bintang RTM lebih dekat di hati mereka. "Tidak salah menggunakan SMS, contohnya untuk memilih kategori tertentu seperti Bintang Paling Popular. Untuk juara pertandingan ini, RTM haruslah mengekalkan juri profesional sebagai penentunya," katanya. Sementara itu, Juliza Adzlizan yang pernah menjuarai Bintang RTM tahun 1984 berkata, dia yakin pertandingan itu boleh dijadikan sebagai platform para peserta mengembangkan karier dalam bidang nyanyian pada masa depan. Namun beliau tidak menafikan terdapatnya banyak saluran TV swasta sejak akhir-akhir ini menyebabkan ada di kalangan bekas-bekas juara Bintang RTM seolah-olah disisihkan. "Itu perkara biasalah kerana setiap stesen TV tentunya akan memberi keutamaan kepada pertandingan yang mereka anjurkan dan juga para pemenang yang mereka lahirkan. "Saya dapati ada di kalangan bekas juara Bintang RTM yang bukan tidak popular atau kurang berbakat. Tetapi mereka kurang diberi peluang untuk muncul lebih banyak dalam radio atau TV. "Malah, RTM juga tiada agensi sendiri bagi menguruskan aktiviti para peserta yang mereka hasilkan daripada pertandingan-pertandingan yang mereka anjurkan. Selepas Bintang RTM berakhir misalnya, setiap peserta membawa haluan masing-masing," ujarnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 3:42 pm | |
| Rahsia hati Cheryl Samad HATI Cheryl Samad yang kini sedang diuliti bunga-bunga cinta.
PELUANG bersua muka dan menghabiskan masa bersama Cheryl Samad sememangnya cukup menyeronokkan.
Ada sahaja cerita yang dikongsi bersama sehingga tidak sedar masa berlalu begitu pantas ketika sesi fotografi dengannya di Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sudah lama sebenarnya penulis menyimpan hasrat untuk mengadakan sesi fotografi bersamanya dan cuba untuk menyelami hati wanita berwajah eksotik ini.
Ini kerana, pada pengamatan penulis anak jati Kuala Lumpur ini adalah seorang yang cukup misteri.
Mungkin nama Cheryl tidak popular seperti selebriti lain dalam bidang seni ini tetapi Cheryl berdiri di atas kelasnya yang tersendiri sementelah sudah 13 tahun dia terlibat dalam lapangan seni.
Tiap butir bicaranya berisi dan cukup menyerlahkan kematangannya seiring dengan usianya yang sudah mencecah usia 29 tahun pada 23 Mac lalu.
Jika mereka yang mengikuti perkembangan seni wanita ini, pasti ramai yang bersetuju dia di antara selebriti wanita tempatan yang kisah cintanya agak jarang sekali dipaparkan mahupun dijaja di media.
Adakah memang sudah menjadi prinsip hidup Cheryl yang tidak mahu berkongsi tentang cerita cintanya kepada umum atau sememangnya Cheryl yang memiliki nama penuh Cheryl Marina Samad ini seorang yang cukup memilih dalam soal teman hidup?
Saat diajukan tentang perkara itu kepadanya, riak wajahnya langsung tidak menunjukkan sebarang ketidakselesaan.
Malah, dia menjawab semua soalan dengan penuh hemah dan menegaskan tidak pernah memilih dalam soal cinta.
"Sebaik sahaja saya menjejakkan kaki dalam bidang seni, cinta dan kehidupan saya di sebalik nama Cheryl Samad adalah sesuatu yang cukup peribadi.
"Hakikatnya, saya lebih suka untuk membicarakan tentang kerjaya. Tetapi, saya sedar sebagai seorang selebriti perkara itu memang tidak dapat dielakkan.
"Apa yang pasti, saya akan bercerita tentang perkara tersebut (cinta) apabila saya benar-benar bersedia dan percaya hubungan itu sudah mampu untuk dibawa ke peringkat seterusnya," ujar graduan Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam bidang undang-undang ini penuh makna.
Namun Cheryl tidak berahsia tentang hubungan cintanya dan memberitahu dia kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki berbangsa asing yang sudah dikenalinya sejak tujuh tahun yang lalu.
Biarpun sudah lama mengenali antara satu sama lain, jelas Cheryl, cinta hanya terbit dalam diri masing-masing sejak setahun yang lalu dan mengakui cukup selesa berdampingan dengan jejaka yang lima tahun lebih tua daripadanya itu.
Diajukan soalan tentang kesediaannya untuk bergelar seorang isteri dan ibu, Cheryl tidak mahu terburu-buru membuat keputusan itu semata-mata hanya untuk memuaskan hati orang sekeliling.
"Kami baru sahaja menjalin hubungan dan saya tidak fikir saya perlu terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga. Kami perlu mengambil masa dan benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.
"Malah, keluarga saya juga tidak pernah mendesak saya untuk mendirikan rumah tangga. Zaman sekarang cukup mencabar kerana perceraian begitu kerap berlaku.
"Sungguh sedih melihat ada dari kalangan rakan-rakan kami yang tidak lama mengecapi nikmat perkahwinan dan akhirnya bercerai," ujarnya sambil memberikan contoh perkahwinan ibu bapanya yang mampu bertahan lebih daripada tiga dekad.
Menutup cerita cinta, bicara kami petang itu beralih kepada karier seninya yang sudah berusia 13 tahun itu.
Tempoh itu sememangnya sudah cukup matang untuk Cheryl meletakkan dirinya sebagai salah seorang pengacara yang memiliki pesona tersendiri.
Malah, anak kedua dari tiga beradik ini mengakui, perjalanannya dalam bidang seni bukanlah semudah yang disangka kerana dia perlu bermula dari bawah sehinggalah dia dikenali seperti hari ini.
Dek kerana itu jugalah, dia berjaya menjaga dan memelihara nama baiknya sehingga dia sungguh jarang sekali terlibat dalam kancah kontroversi yang mampu menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang anak seni.
"Bidang pengacaraan memang menjadi minat saya sejak dulu lagi dan ini yang saya mahu lakukan sejak sekian lama. Saya sedar saya perlu bekerja keras untuk memiliki apa yang saya mahukan.
"Saya sendiri tidak pernah menyangka sudah 15 tahun saya dalam bidang ini dan saya bersyukur dan bangga kerana dapat mengekalkan kedudukan saya dalam bidang ini.
"Untuk itu, saya akan terus bekerja keras bagi memastikan hasil kerja saya mendapat kepercayaan semua pihak demi kebaikan saya," ujarnya yang turut memiliki syarikat sendiri, Brown Sugar Productions yang sudah dua tahun beroperasi.
Antara program hiburan yang pernah menggunakan khidmat Cheryl sebagai pengacara adalah Malaysian Idol musim pertama dan kedua, Nescafe Kickstart, MTV No Limit, MTV Pulse dan Anugerah Juara Lagu.
Kehebatan Cheryl juga berjaya meyakinkan peminatnya untuk terus meletakkannya dalam senarai lima calon terbaik Pengacara TV Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular untuk beberapa tahun kebelakangan ini.
Bukan itu sahaja, tahun ini juga menyaksikan 'ikatan perkahwinan' Cheryl dengan rancangan carta muzik paling lama, Muzik-Muzik sudah pun memasuki tahun keenam.
"Untuk itu, saya bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk mengacarakan Muzik-Muzik bersama Faizal Ismail dan pengacara baru, Ezlynn. Selagi khidmat saya diperlukan, saya akan bersama Muzik-Muzik.
"Tetapi, saya sedar dengan usia yang bakal mencecah 30 tahun, tidak mungkin saya akan terus mengacarakan rancangan hiburan selama-lamanya kerana saya melakukannya sejak usia saya 16 tahun lagi.
"Saya sebenarnya sudah bersedia untuk melakukan perkara lain jika sampai waktunya kelak dan untuk itu, saya tidak akan sesekali menyesal kerana jalan ini yang saya pilih," ujarnya yang mula mencuri perhatian lewat tahun 1996 menerusi rancangan The Marvelous Hour yang ditayangkan di TV2.
Selain bergelar pengacara, Cheryl juga berjaya mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan dan nyanyian.
Antara drama lakonannya adalah Each Other, Table For Two, Astana Idaman 3, Frontpage, Island FM, RM8888, Impian Ilyana dan Ghost.
Malah, Ghost musim kedua kini sedang hangat ditayangkan menerusi 8TV setiap hari Ahad selama sejam pada pukul 10.30 malam bermula 19 April lalu.
Kembali sebagai wartawan penyiasatan bernama Eza dalam program terbitan Popiah Pictures itu, Cheryl menyifatkan, musim kedua lebih mencabar dirinya sebagai seorang pelakon di samping plotnya yang lebih suspens dan mendebarkan.
"Wataknya kini lebih matang dan dia semakin yakin dengan tindak-tanduknya selepas peristiwa yang dialaminya sewaktu musim pertama dulu.
"Apatah lagi, wataknya juga kini berkembang dengan menjadi seorang yang lebih tegas dan menariknya, Eza perlu menyelesaikan kes yang lebih berat dan mencabar serta mendapat bantuan daripada roh bernama Hanum yang mati dibunuh," ceritanya sambil menafikan Ghost mempunyai persamaan dan mengikut jalan cerita The Ghost Whisperer lakonan Jennifer Love Hewitt.
Selain Cheryl, Ghost musim kedua ini turut dibintangi oleh Fairil Emran, Anding Indrawani, Isma Hanum, Melissa Campbell, Zahiril Adzam dan Colin Kirton.
Malah, dalam musim kedua ini Cheryl digandingkan semula dengan Nazrudin Habibur Rahman sebagai Zack Imran yang muncul sebagai pelakon undangan istimewa.
Impak yang terhasil daripada gandingan mereka berdua dalam Ghost membuahkan hasil apabila mereka dicalonkan untuk kategori Best On Screen Chemistry Award dalam Shout! Awards yang akan diadakan pada 17 Julai ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Mengulas tentang nominasi itu, Cheryl ternyata gembira dan menyifatkannya sebagai satu penghargaan yang cukup bernilai.
"Saya dan Naz memang sudah lama berkawan dan kami mempunyai keserasian itu walaupun bukan di depan kamera. Mungkin itu juga menjadikan kami serasi dalam drama ini dan seterusnya dicalonkan untuk anugerah ini.
"Shout! Awards merupakan satu anugerah yang unik dan menarik kerana anugerah seumpama itu pertama kalinya diadakan di negara ini. Tentang kemenangan, terserah kepada peminat untuk memilihnya," jelasnya yang masih lagi menunggu peluang untuk membintangi filem di bawah arahan Kabir Bhatia. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 3:43 pm | |
| Peluang tonton Hadiah Sastera ANUAR ZAIN JUMAAT minggu lalu, acara memartabatkan puisi iaitu Malam Puisi Utusan anjuran Kumpulan Utusan di Laman Beringin, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur berjalan lancar.
Kehadiran hampir 2,000 penonton menyaksikan acara deklamasi puisi oleh selebriti dan penyair ternama menepati matlamat penganjur.
Kesinambungan acara itu diteruskan pula dengan majlis kemuncak penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2008 yang akan berlangsung pada hari Jumaat ini (19 Jun).
Masih lagi 'berkampung' di IB, namun lokasinya bertukar ke Panggung Sari seiring dengan prestij acara HSKU 2008 yang memasuki tahun ke-24 penganjurannya.
Selain daripada penyampaian anugerah kepada para pemenang serta pelancaran buku Hadiah Sastera oleh tetamu kenamaan, HSKU 2008 juga akan disokong oleh pelbagai aspek persembahan hiburan yang menawan.
Tumpuan kepada HSKU 2008 yang kali pertama diadakan di IB itu sudah tentu sedutan persembahan teater Mana Setangginya arahan Zaifri Hussin yang kini sedang dipentaskan di dewan yang sama.
Acara HSKU 2008 turut mendapat sokongan daripada dua penghibur tanah air, Anuar Zain dan Misha Omar yang akan mengadakan persembahan istimewa.
Majlis tahunan itu juga bakal dihadiri oleh barisan Sasterawan Negara, seniman-seniman tanah air serta pendokong-pendokong kesusasteraan.
Sehubungan itu, HSKU 2008 yang dianjurkan secara kerjasama oleh Kumpulan Utusan, Astro, Exxonmobil dan IB juga mengundang para pencinta sastera untuk sama-sama menyaksikan acara ini secara langsung di dewan serba indah itu.
Mereka yang berminat untuk sama-sama menghayati karya-karya sastera boleh mendapatkan pas percuma yang boleh diambil di kaunter penerangan di ruang legar IB bermula esok (18 Jun) pada pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Pas-pas percuma ini amat terhad jumlahnya dan pastikan anda menjadi orang pertama yang berpeluang mendapatkannya.
Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi urusetia HSKU 2008 di talian 03-9282 7342 atau 03-9287 7777 sambungan 335 dan bercakap dengan Zurina dan Suriati. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 3:44 pm | |
| Ferrari merah Norman KRU
LAMA benar Papa tidak bersua muka dengan kawan baik Papa, siapa lagi kalau bukan Norman KRU.
Selalunya Papa tengok wajah Norman dalam surat khabar saja atau sesekali dalam TV.
Walaupun lama tak jumpa dan berbual dengannya, Papa mendapat khabar terbaru yang membuatkan Papa sangat teruja.
Mahu tak terujanya, khabarnya Abang Long kita sudah memandu kereta mewah Ferrari berwarna merah.
Ferrari! Mak datuk, terbeliak biji mata Papa bila mendengar cerita yang disampaikan oleh seorang rakan Papa yang terserempak dengan Norman sedang membuat urusan pembelian kereta itu.
Papa tak pastilah reaksi orang lain, tapi bagi orang yang tak mewah macam Papa ini, bila dengar artis popular macam Norman beli kereta Ferrari, sudah tentu bangga dan gembira.
Bangga sebab kerja keras Norman dalam bidang seni dibayar dengan rezeki murah yang Tuhan berikan kepada dia dan adik-beradiknya yang lain.
Gembira pula sebab Papa percaya sudah tentu itulah kepuasan yang Norman peroleh dalam hidupnya iaitu memandu kereta berharga lebih RM1 juta.
Cuma yang terus menjadi tanda tanya pada diri Papa ialah, bila pula Norman akan membawa pasangan hidup yang boleh menemaninya memandu kenderaan dengan nombor pendaftaran satu angka itu?
Bercakap pasal Norman, Papa teringat juga pada adiknya, Yusry yang baru saja menyambut ulang tahun kelahiran ke-36 pada Isnin lepas.
Selamat hari lahir Yusry. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta ditemukan jodoh serentak dengan Abang Long ya! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 3:47 pm | |
| Kes Fazura saman akhbar, wartawan didengar 9 Nov.
KUALA LUMPUR 17 Jun – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 9 November ini untuk mendengar kes saman fitnah bernilai RM500,000 oleh pelakon Fazura terhadap penerbit akhbar Mingguan Warta Perdana dan seorang wartawannya.
Penolong Kanan Pendaftar, Nazri Ismail menetapkan tarikh tersebut semasa pengurusan kes berkenaan hari ini.
Fazura, 26, menyaman Syarikat Perdana Production House dan wartawannya, Haslinda Hashim kerana didakwa menyiarkan kenyataan berunsur fitnah di muka hadapan Mingguan Warta Perdana bertajuk ‘Fazura Rela Dipenjara’ pada 29 Mei 2005. - Utusan |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 3:50 pm | |
| Hujah bertulis Norish hari ini
SHAH ALAM 16 Jun - Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan esok sebagai tarikh penghujahan bertulis berhubung tiga isu berkaitan nafkah anak-anak pelakon Norish Karman (gambar) dengan bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 60. Peguam Syarie, Akhbardin Abdul Kader yang ditemui selepas prosiding berkata, plaintif akan turut mengemukakan hujah bertulis bagi memohon perintah mahkamah untuk membekukan semua harta sepencarian sehingga satu keputusan muktamad terhadap tuntutan harta sepencarian yang difailkan oleh artis itu diputuskan. Norish hadir sendirian ke mahkamah, namun mengelak untuk ditemu bual dengan alasan mahu pulang cepat. Sebutan kes didengar oleh Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad. Norish atau nama sebenarnya Nor'asikin Karman, 35, dalam tuntutannya memohon perintah agar Hashimuddin membayar nafkah sebanyak RM1,500 setiap seorang bagi tiga cahaya mata hasil perkongsian hidup mereka. Norish dan Hashimuddin yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan, bernikah pada 11 Januari 1998 di Perlis sebelum bercerai secara sah pada 15 Julai 2008 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Haqiem Armany, 9, Hardy Amieran, 5, dan Putri Hanyz Amanda, 4. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 3:57 pm | |
| Debaran sudah berakhir - Kenali 3 ikon Maskulin
Hampir 5 bulan mereka bersaing dan ‘bertempur’ secara sihat, aras klimaks akhirnya ditempuhi secara positif. Keputusan muktamad daripada juri profesional di pentas akhir diterima dengan perasaan seluas langit terbuka. Dan seperti yang yang diketahui ramai, mereka inilah yang menjadi pemenang 3 tempat teratas di dalam Pencarian Lelaki Maskulin-DASHING (PLM) musim ketiga. Seperti kebiasaannya, wajah mereka akan diabadikan di muka hadapan Maskulin, dan inilah saatnya.
Teruja tidak terhingga. Suatu perkara yang tidak pernah terfikir wajah tampan mereka akan diabadikan untuk sebuah majalah yang telah dijadikan platform untuk mereka mengorak langkah di dalam bidang ini. Namun dengan ruang kesempatan yang diberikan ini, pasti mereka tidak akan lepaskan begitu saja. Bertempat di Pullman Hotel, sebuah hotel baru bertaraf 6 bintang yang terletak di Presint 5, Putrajaya.
Di bawah terik sinaran mentari, Shafiq Isam yang berjaya menggondol kemenangan berganda menerusi gelaran Lelaki Ikon Maskulin 2008/09 dan Lelaki DASHING, digandingkan bersama pencabar terdekatnya, Amrani Amir yang berjaya menduduki tangga ke dua. Juga tidak ketinggalan, Yusoff Sohaimi, jagoan tempat ketiga, turut digandingkan di dalam sesi fotografi ini.
Kembali menjalani rutin seperti biasa
Gandingan mereka bertiga tampak serasi, mungkin kerana sudah terjalin ikatan persahabatan sejak dari awal permulaan PLM 08/09 lalu. Hasilnya lihat saja foto yang dirakamkan lensa kamera jurufoto. Lagak mereka persis model yang sudah berpengalaman, walhal mereka masih terlalu hijau di dalam bidang ini.
Biar pun berpeluang menjadikan PLM 08/09 sebagai platform untuk memburu nasib di dalam dunia lakonan mahu pun peragaan, namun bagi Shafiq, Amrani dan Yusoff, mereka mahu bergerak perlahan-lahan tetapi hasilnya membanggakan. Slow but steady. Usainya PLM 08/09 ini, mereka bertiga menjalani kehidupan seperti dahulu kala. Biasan glamour terpalit sedikit dan itulah yang akan terus mereka rasai seandainya memilih untuk melangkah ke bidang yang nescaya menjadi tumpuan ramai.
“Tetapi ada juga pihak-pihak pengiklanan yang menghubungi kami untuk menghadiri sesi uji bakat untuk iklan. Jadi peluang sebegini tidak kami lepaskan, manalah tahu ada rezeki kami dalam bidang ini,” ujar Amrani mewakili dua kawannya itu. “Buat masa ini, saya sendiri meneruskan rutin seperti biasa. Tidak ada apa-apa yang luar biasa erlaku biar pun kemenangan berpihak pada saya. Masih tetap sama seperti dulu. Cuma kalau ada rezeki untuk pergi jauh dalam dunia lakonan dan modeling, sudah pastinya saya tidak akan lepaskan peluang
Malah semenjak saya menyertai PLM 08/09 ini, saya juga memperoleh banyak peluang perniagaan. Malah perniagaan saya juga semakin berkembang, inilah rezeki namanya. Syukur Alhamdulillah,” celah Shafiq pula. Mengiyakan kenyataan dua sahabatnya ini, Yusoff mencelah, “Saya sendiri masih terlalu baru dalam bidang ini dan masih cetek pengalaman.
Apa pun saya berazam untuk mencuba nasib dalam modeling, manalah tahu ada rezeki. Apa pun saya masih meneruskan pekerjaaan lama di sektor perbankan dan dalam masa yang sama, mengintai peluang untuk menceburi bidang modeling.” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 4:00 pm | |
| Lelaki tidak hipokrit pilihan Stacy
Penyanyi genit ini baru sahaja menerima anugerah Penyanyi Baru Wanita Popular 2008 menerusi Anugerah Bintang Popular. Terbukti bakat dan nyanyian penyanyi berasal dari Panampang, Sabah ini diterima peminat. Biarpun baru setahun jagung dalam industri muzik tanah air, Stacy meluncur laju meredah arus. Dia bersyukur dan menjadikan kemenangannya di Akademi Fantasia 6 sebagai platform terbaik untuk merealisasikan impiannya bergelar seorang penyanyi berjaya.
Serba sedikit kita tahu latar belakang di sebalik perjalanan dan usahanya untuk menjadi seorang penyanyi. Nasib di Gengstarz tidak menyebelahinya, namun dia tidak berputus asa. Dia mencuba pula di Akademi Fantasia dan kejayaan memihak kepadanya. Stracie Angie Anam atau Stacy, 19 tahun, begitu tabah dan tidak mengenal putus asa. Keluarga dan kesusahan hidup masa lalu menguatkan lagi semangat penyanyi ini untuk menggapai impian.
Lagu “Aku Stacy” dan “Gagap” sentiasa berkumandang di radio, kelincahannya menari sambil menyanyi membuatkan kita turut mahu menari. Itulah keunikan bakat yang dia miliki, bukan sahaja mempunyai vokal mantap, malah bertenaga mengatur gerak tari seiring dengan retak muzik. Biarpun terkenal dengan lagu-lagu berentak pop dance ini, namun dia berhasrat untuk memiliki album lagu-lagu berentak balada suatu hari nanti. Untuk tatapan pembaca Maskulin, kami paparkan Stacy sebagai Wanita Pilihan kali ini dengan gaya funky. Ikuti temubual Maskulin bersama penyanyi yang telah muncul dengan single terbarunya “Pakai Buang”.
Pernah ditawarkan untuk menjadi pelakon? S: Pernah, Stacy ingin sangat jadi pelakon. Memang ada beberapa tawaran berlakon tetapi Stacy terpaksa menolaknya buat masa ini kerana jadual persembahan serta nyanyian terlalu ketat.
Penyanyi yang menjadi idola S: Stacy menjadikan Faizal Tahir dan Anita Sarawak sebagai penyanyi idola. Bukan hanya kerana vokal hebat, tetapi persembahan bertenaga mereka di pentas begitu mengagumkan. Stacy gembira sangat apabila pernah diberi peluang untuk berduet dengan Faizal Tahir dulu.
Diberi gelaran “dancing queen era baru”. Komen anda? S: Stacy bersyukur dan berterima kasih sangat-sangat apabila ada pihak yang menganggap Stacy begitu dan samakan kebolehan Stacy dengan penyanyi yang lebih hebat. Sebenarnya Stacy belum layak jika dibandingkan dengan mereka. Masih banyak yang perlu Stacy pelajari.
PENGALAMAN HIDUP LALU
Pandangan anda mengenai kehidupanS: Stacy bersyukur dengan peluang yang diberikan dalam hidup ini. Stacy benar-benar sedar dan mahu mengubah pengalaman hidup lalu kepada yang lebih baik. Stacy ingat kesusahan kami sekeluarga. Sebab itu Stacy berusaha gigih untuk terus diterima, membuat yang terbaik dan sentiasa berhati-hati meneruskan perjuangan dalam bidang seni. Personaliti andaS: Seorang yang happy go lucky (gila-gila) Anda suka…S: Bercakap, menyanyi, menari, ketawa dan berangan Anda tidak suka…S: Menangis/bersedih, ditengking, duduk diam, dituduh bukan-bukan Aktiviti yang dilakukan ketika waktu lapangS: Stacy lebih suka berehat dan bermalas-malas di rumah. Waktu lapang sebeginilah memberi peluang kepada Stacy dan kakak serta abang berkumpul menceritakan hal masing-masing. Kalau kata nak keluar lepak di luar, Stacy tidak suka sangat. Solo atau sudah berpunya?S: Buat masa ini saya masih solo dan rasanya masih terlalu awal untuk Stacy fikirkan soal cinta. Cinta Stacy sekarang ialah pada karier dan keluarga. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 4:07 pm | |
| Cinta angkasawan Negara-Dato’ Dr Sheikh Muszaphar
Dari tanah bumi ini penulis hanya mampu mendongak ke atas menyaksikan keindahan langit ciptaan Allah S.W.T yang amat menakjubk an. Tidak terjangkau mata ini untuk menikmati ciptaan alam semesta yang menyimpan berjuta keindahan dan keajaiban yang mampu meruntun setiap jiwa hati manusia bagi mengetahui pelbagai rahsia di sebalik ciptaanNya. Bertuah buat insan yang terpilih daripada jutaan manusia di Malaysia untuk di bawa merentasi langit biru, mengejar bintang-bintang berkelip dan menikmati kewujudan cakerawala cipt aan yang Esa.
Dato’ Dr Sheikh Muszaphar telah menempa sejarah apabila berjaya di pilih untuk mewakili Malaysia bagi mengenali Alam Semesta dengan lebih jauh dan luas skopnya, bertujuan pula menyelesaikan segala permasalahan untuk dijadikan berjuta-juta kajian dan pencarian atau penemuan (discoveries) bagi mengisi kekosongan jiwa kita ini dengan ilmu yang penuh ketauhidan kepada Allah S.W.T.
Kali pertama penulis bertemu dengannya dua tahun lalu, sewaktu beliau hadir untuk sessi fotografi bagi ruang muka hadapan NONA Edisi Lelaki 06’. Dahulu agak pemalu orangnya, berbeza dengan pertemuan kali ini dari seorang doktor hadir dengan gelaran Dato’ bersama kesan keperibadiaan yang lebih berani dan matang, biarpun di celah raut wajahnya penulis tafsirkan ada aura kepenatan, mungkin terlalu banyak perkara bermain dalam kotak fikirannya. Ya! Keadaan semakin berubah, tanggungjawab berat sedang dipikul olehnya kini.
Namun terima kasih sekali lagi atas kesudian beliau menerima undangan wawancara bersama NONA dan temujanji ini telah diatur sendiri oleh Dr Halina. Sayangnya permintaan untuk menyatukan adam dan hawa ini tidak kesampaian, tentuya mereka mempunyai alas an tersendiri sebelum dipastikan saat menuju hari bahagia bersama.
ANGKASAWAN NEGARA
“Sekarang jadual hidup saya memang padat, sepertinya angkasawan pulang ke gagang. Lifestyle kini punya catatan yang lebih panjang setelah sampai pada dunia yang memerlukan saya mengembalikan segala jasa buat seluruh masyarakat. Untuk itu saya bekerjasama dengan MARA mengadakan ceramah ke seluruh MRSM di Malaysia. Apabila saya memberi ceramah motivasi dan bermesra bersama pelajar, saya sering bertanyakan impian mereka dan ramai yang begitu bersemangat memahat cita-cita menjadi angkasawan. Saya sering menekankan bahawa anda tidak semestinya memilih angkasawan kerana peluang dalam bidang itu adalah terhad, tetapi boleh menjadi saintis, doctor dan jurutera angkasa lepas untuk membuat sumbangan dalam bidang angkasa lepas.”
“Selain itu, saya kini hampir menyiapkan buku Reaching For The Star mengisahkan perjalanan hidup saya dari kecil sehingga berjaya menjadi seorang angkasawan. Buku ini memberi peluang untuk masyarakat lebih mengenali diri saya dan kehidupan sebenar yang dapat di rasai di angkasa lepas. CD latihan angkasa lepas juga bakal dikeluarkan, inilah antara sumbangan kembali saya kepada masyarakat dan negara. Malah saya juga terlibat dengan memberi ceramah untuk semua lapisan masyarakat, dari pelbagai sektor korporat sehinggalah ke masjid sekalipun. ‘This is part of my job!’ Jelas kehidupan hari ini jauh berbeza sekali dengan dahulunya, saya sendiri tidak menjanggakan segalanya mungkin berubah.
Saya cuba elakkan untuk digelar sebagai seorang selebriti kerana saya ingin benar menjadi seorang ikon yang menyampaikan ilmu sains kepada pelajar dan memberi motivasi buat semua,” jelas Dato’ Sheikh yang kini juga sibuk menerima undangan menghadiri pelbagai conference di luar negara dan memberi tumpuan pada perancangan global bagi menyatukan kesembilan ahli angkasawan Islam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 4:09 pm | |
| Scha, mula diterima produser Segala-galanya bermula apabila Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya atau lebih terkenal dengan nama glamornya Scha Al-Yahya memenangi tempat pertama dalam Pencarian Dewi Remaja 2006. Sejak kemenangan tersebut, bakat gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Scha Al-Yahya ini terus bergiat bukan sahaja dalam bidang peragaan, malah dalam bidang lakonan. Jika pelakon lain, hanya mendapat tawaran tertentu sahaja, namun anak kelahiran Kedah ini sering menjadi pilihan pengarah untuk membintangi drama mahupun filem terbitan mereka.
Seminggu selepas memenangi pertandingan tersebut, penulis masih ingat lagi ketika menemubual Scha untuk berkongsi pengalamannya dalam pertandingan yang boleh dikatakan melahirkan banyak bakat-bakat baru seperti Aleeza Kassim, Zed Zaidi, Azhar Sulaiman, Anahita dan ramai lagi dalam bidang seni.
Suara ‘besar’ bawa tuah Sederhana dan selamba. Itulah istilah paling tepat untuk menggambarkan karektor sebenar empunya diri Scha yang pernah bergelar pramugari AirAsia pada sesi penerbangan 2003/2004. Penampilan tersebut memperlihatkan dirinya yang sebenar dan tidak keterlaluan mengatakan dia memang jujur apabila berlakon. Keunikan dimiliki anak saudara kepada Sharifah Sheril Aida dan Syed Sobri ini tentu pada suaranya yang ‘besar’ dan kasar, jauh berbeza dengan wajah comelnya. Malah suaranya yang besar itu boleh dianggap tuah kepada diri Scha dan penampilan pertamanya di layar perak menerusi Antoo Fighter: Amukan Drakulat mendapat perhatian pengarah filem itu, Azizi Chunk Adnan.
Meskipun dia memiliki suara garau seperti lelaki tetapi pelakon cantik ini tidak mahu dirinya dianggap sebagai pengkid, malah sifatnya bukan seperti lelaki sama ada daripada segi fizikal mahupun naluri. “Sebelum mengambil saya berlakon, Azizi kata bukan kerana wajah saya terpilih, sebaliknya karakter ‘boyish’ dan suara yang ‘besar’ ini! Watak saya seorang yang gila-gila. Orang nampak saya ‘boyish’ kerana suara yang ‘besar’, tapi hakikat sebenarnya saya dikurniakan sifat kewanitaan, feminine sepenuhnya dan ‘straight’!” kata Scha dengan ramah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 4:13 pm | |
| Inikah kekasih Baru Acha?? KL, 15 JUN 2009: Menerusi ruangan Jangan Lari! pada 2 Jun lalu, krew murai.com.my telah dapat mengesan bau-bau kekasih baru pelakon filem Heart, Acha Septriasa. Pada pembayang itu, Acha menjelaskan kekasih hatinya itu bukanlah dari kalangan artis tetapi teman rapatnya yang sudah dikenali sejak kecil. Murai Batu pun teruja juga hendak melihat siapakah jejaka yang telah menggantikan tempat Irwansyah. Namun dalam Murai Batu asyik berfikir bagaimana rupa paras kekasih baru Acha itu, tiba-tiba Murai Batu menerima gambar jejaka yang dikatakan teman baru Acha itu. "Waktu saya pergi konsert Jelajah 11 Era di Taiping, Perak, Sabtu lalu, saya dah nampak kelibat jejaka ini bersama Acha. Dalam seronok layan konsert pada malam itu, ada lagi suara berbisik mengatakan Mamat itulah kekasih baru Acha. Pada mulanya saya masih tak percaya tapi selepas melihat babak romantis dan membetulkan rambut di belakang pentas, memang betullah dia ada something dengan Acha," kata sumber Murai Batu itu. Tidak puas hati dengan kata-kata itu, kawan Murai Batu terus bertanya lagi dengan orang yang lebih rapat dengan Acha. Dia juga berkata, itulah buah hati baru Acha. Kalau betullah, Murai Batu harap hubungan Acha dan Si Dia itu akan kekal lama. Selepas gambar ini keluar, bolehlah Acha sendiri menjelaskan segala-galanya. Bisa enggak? MURAI BATU: Baru terima kad jemputan pernikahan penyanyi dan pelakon Maya (Matahari) dengan Tengku Shahreza. Mereka dijadual berkahwin 26 Jun ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 4:23 pm | |
| Belukar filem indie tempatan pertama Tenaga produksi dan pelakon filem Belukar. - foto MSTAR oleh AU YEONG HOW
PERSADA industri hiburan tanahair yang dibanjiri kumpulan pemuzik indie kini dirancakkan lagi dengan kemunculan filem indie.
Syarikat penerbitan filem, Preston Zaidan Productions Sdn. Bhd.mempelopori usaha murni tersebut menerusi filem "Belukar" yang bakalditayangkan pada awal tahun depan.
Pengarah dan penulis skrip filem Belukar, Jason Chong Chia Shienmemberitahu, filem-filem indie sangat kurang mendapat perhatianberbanding kumpulan muzik indie yang semakin diterima ramai.
"Apakah perbezaan dan jurang yang memisahkan perkara ini masihmenjadi tanda tanya dalam pemikiran kami. Dengan itu, tidak salahnyajika pihak kami memulakan langkah dengan mengadakan kerjasama bersamakumpulan indie ini bagi mewujudkan kelainan.
"Lagu-lagu hasil ciptaan beberapa kumpulan indie seperti Coco D'Monday, Kugiran Malay, Rovernation, Enava dan Mr. Irwin. akan menjadilagu runut bunyi bagi filem tersebut kelak," katanya pada majlis ramahmesra pelakon-pelakon filem Belukar bersama media di Hard Rock Cafe,semalam.
Daphne Iking (kiri) dan Bront Palarae menjadi pelakon utama filem Belukar. - foto PZP
Filem Belukar mengisahkan Eva (Daphne Iking) seorang wanita Sabahyang merupakan penipu insuran profesional. Dia berjaya menuntut lebihRM100 juta dan kini Eva sedang disiasat oleh beberapa pihak.
Malangnya, tiada agen penyiasat insurans dapat membuktikan Evabersalah. Tanggungjawab itu kini dipikul oleh Nik (Bront Palarae) iaituseorang penyiasat insurans syarikat ABG.
Dalam proses penyiasatan tersebut, Nik telah jatuh cinta terhadapEva tanpa Eva mengetahui identiti sebenar Nik. Adakah Nik dan Evabergelut dengan cinta, sandiwara atau keikhlasan semata-mata?
Atau seperti yang disimpulkan Jason Chong, filem ini sarat dengan "love action, thriller and many hidden secrets."
Darikiri: Produser Eksekutif Preston Zaidan Productions (PZP) Sdn. Bhd.,Datin Zulhaila Siregar, Pengarah filem, Jason Chong Chia Sen dan ahlilembaga pengarah PZP, Mohd. Khardanie Anwa.
Pelakon-pelakonnya terdiri daripada Bront Palarae sebagai Nik,Daphne Iking (Eva), Azhar Sulaiman (Hassan), Datuk Tamimi Siregar(Farid), Danny (Zailan), Annuar Chew Kin Wah (TKO), Sabrina Hassan(Ivy), Azwan Kombos (Pit), Md. Eyzendy Aziz (Hitam), Ray Redzuan(Momok), Fong U-Shin Xavier (Gong), Ekin AF4 (Norashikin), SharmilaDedy Borhan (Mary) dan Linora Low (Gincu).
Tempoh penggambaran filem ini adalah 24 hari iaitu dari 9 Mac hingga 2 April. Bajet awal adalah RM600,000.
Mengulas lanjut mengenai filem indie tersebut, jelas Jason Chong:"Ia adalah pertama kali saya menulis skrip dan mengarah sebuah filem,menggunakan RedCam untuk mengeksplorasi teknologi digital danpenggambaran filem dibawa ke Labuan.
"Ia juga julung kali Daphne dan Bront memegang watak utama dalamfilem. Kumpulan pemuzik indie akan membawa citarasa berbeza kepadapenonton Belukar... Maka lahirlah, muzik indie, filem indie.
"Pelakon baru akan digunakan bagi mewujudkan generasi pelapis industri perfileman," ujarnya. Lebih menarik, kata Jason Chong, filem arahannya itu mempromosikantempat-tempat menarik di sekitar Sabah dan Labuan, sekali gus menyokongusaha kerajaan mempromosikan Malaysia di seluruh dunia.
"Kota Kinabalu dan Labuan menjadi lokasi utama filem ini. Lebihtepat lagi, 40 peratus di Sabah dan 60 peratus di Wilayah PersekutuanLabuan selain Tuaran dan Ranau," katanya. Ditanya mengenai cabarannyasebagai pengarah, Jason berkata, dia tidak sempat nak "merasai"cabarannya kerana masa begitu suntuk dan semua perkara bergerak dengancepat sekali.
"Ia bermula dari draf pertama memakan masa tiga hari dan kemudian draf kedua, empat hari....," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 4:27 pm | |
| Dato' Ct Beruniform askar... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 4:29 pm | |
| Filem Magica Ada Ramai Superstar!
Semua peminat tahu adik beradik KRU memang serba boleh. Daripada artis rakaman, mereka berjaya meneroka pelbagai cabang seni selain dunia bisnes. Dari segi pemasaran, Norman memang cekap, dari segi pembikinan lagu dan rakaman, Edry cukup handal manakala dalam aspek pengarahan dan lakonan pula, Yusry pula adalah orangnya.
Tapi dalam senyap-senyap, Edry telah mengikuti jejak abangnya Yusry dengan menjadi pengarah filem. Dalam diam-diam KRU telah membuat penggambaran sebuah filem secara undergroud, bermakna tidak mahu heboh-heboh kepada pihak media.
Namun deria Murai Batu ini memang kuat sebab dapat juga menghidu dan mengorek serba sedikit tentang produksi yang cukup hebat dan mahal itu yang dinamakan Magica (atau mungkin Magika?).
Ada sumber beritahu, filem ala Narnia itu mengisahkan dua beradik, seorang lelaki yang bijak dan kakaknya (lakonan Diana Danielle) telah tersesat dalam hutan belantara. Di situlah mereka termasuk dalam dunia Magica dan bertemu dengan pelbagai karektor popular dalam cerita dongeng dan mitos Melayu.
Antara Badang (versi kacak, lakonan Mawi), Bawang Putih & Bawang Merah (Sharifah Amani & Aleya), Puteri Gunung Ledang (versi gemuk lakonan Ning Baizura), nenek kebayan (versi meletup lakonan Ziana Zain) dan bermacam-macam lagi watak lakonan cameo ramai superstar Malaysia.
Sumber itu berkata, filem untuk sasaran kanak-kanak, remaja dan sesisi keluarga ini sungguh menghiburkan, berkualiti dan unik. Mendengar sinopsis dan watak-watak itu saja sudah membuatkan Murai Batu berasa teruja nak tengok.
Syabas diucapkan kepada KRU dan Edry kerana mampu mengangkat watak-watak terkenal dalam dongeng Melayu ke layar perak kerana ia sekurang-kurangnya dapat mengalih seketika tumpuan daripada Sleeping Beauty, Spider-Man, Cinderella, Zorro, Peter Pan dan macam-macam lagi watak rekaan Hollywood.
Dengar kata memang pihak KRU sengaja nak merahsiakan dulu produksi filem ini dan meminta barisan pelakonnya mengunci mulut tetapi Murai Batu memang tak sabar-sabar nak berkongsi cerita menarik ini dengan pengunjung portal ini. Semua ini adalah strategi KRU yang mahu bikin boom apabila filem ini telah siap dibikin. Kita tunggu sajalah.
Selain itu, Murai Batu juga berasa lega kerana KRU hendak filemkan kisah legenda Hikayat Merong Mahawangsa tapi secara bersiri atau chronicles. Hai macam mana KRU lagi pantas daripada Datin Seri Tiara Jacquelina ni? Maklumlah Tiara juga pernah berhajat nak filemkan kisah legenda itu yang berkaitan dengan susur galur nenek moyang kesultanan Melayu khususnya Kedah. Kisahnya sungguh menarik kerana seekor burung Garuda cuba membatalkan niat Putera Rom yang mahu berkahwin dengan Puteri China dan pergolakan itu berlaku di Kedah Purba. Memang kelas!
MURAI BATU: Tabik spring pada visi kenegaraan KRU dan mereka sekarang tengah bina studio perfileman sendiri yang gah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 4:37 pm | |
| Gambar Terbaru Siti Saerahramai yang kata Siti Saerah dah kurus. Dan ade juga yang kata dah makin cun. anda pula bagaimana? layannssss... |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 4:39 pm | |
| hai sally wah da bayk gosip ko terjah ni.heheh |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 4:40 pm | |
| Gambar dan Biodata Fahrin Ahmad Fahrin Ahmad probably a favorite actor among Malaysian producer. Fahrin Ahmad got pleasant personality, tough body and good acting skill and he always be in local Malaysia drama as main actor. Fahrin Ahmad started his showbiz career in 2002 as the host of talk show XY on Astro Ria before he was approached by one of the country’s most respected directors, Rashid Sibir, the following year to star in drama serial Banglo No.1 for TV3. Fahrin Ahmad is so much in demand that he can afford to choose and turn down job offers. And TV stations are not his only destination. As TV stations are increasing their local content, more drama shows are being produced, showcasing young talents whose faces are fast becoming familiar among audiences although the same may not be said of their identity. In fact, Fahrin Ahmad can be placed in the same league as the biggies (meaning they command high fees as they have star value and are favored by both TV stations and advertisers) such as Ako Mustapha, Zamarul Hisham and Hans Isaac. Fahrin Ahmad Biodata/Profile:Full Name: Fahrin bin Ahmad Commercial Name: Fahrin Ahmad Place of Birth: Johore, Malaysia Race: Malay Language: English, Malay Date of Birth: 9 May 1979 Age: 30 Height: 180cm Weight: 86kg Cloth Size: L Pants Size: 32 Shoe Size: 11 Career: Actor, Host, Model Skill: Acting, Host, Model Film Cast: 2009: Lu Pikirlah Sendiri de Movie - (Guests Artist) 2009: Dimensi Cinta - (Main Actor) 2008: Cicakman 2: Planet Hitam - (Guests Artist) 2007: 9 September - (Main Actor) 2007: Puaka Tebing Biru - (Main Actor) 2006: Persona Non Grata - (Supporting Actor) 2005: Qaisy Dan Laila - (Supporting Actor) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 4:41 pm | |
| - eira ariyana wrote:
- hai sally wah da bayk gosip ko terjah ni.heheh
hah tgu lagi....ko tau x dh byk gossip yg ketinggalan tau x..... |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 8 of 12 | Go to page : 1, 2, 3 ... 7, 8, 9, 10, 11, 12 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |