|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Fri 28 Nov 2008, 5:33 pm | |
| mekna..udah2 tu mai tempek cni pulak.... |
| | | mayang Ahli VIP
Number of posts : 1155 Age : 40 Registration date : 08/11/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Fri 28 Nov 2008, 5:49 pm | |
| uiiikk....pantas...cargasss.....sungguh topik sensasi nie... |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Fri 28 Nov 2008, 10:46 pm | |
| amboi amboi amboi amboiiiii dh masuk part 4 plak.congratz to awin & mamarazzi cik selly.... |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sat 29 Nov 2008, 9:29 am | |
| Gambar Aleeza Kassim di Gathering Anniversary Hero Dewi RemajaAduhai, mengeleng kepala gak Budiey tengok gambar Aleeza Kassim ni. Selambak! Fuh… mesti ada yang telan air liur nih. Pergh! Mantap habis! Gambar ni diambil masa Gathering Anniversary Hero Dewi Remaja yang diadakan di Menara KL malam 27 November lalu. Seksi giler wei! Berdiri sebelah Aleeza, bekas dewi Remaja nih, tenggelam Siti Sarah. “jaga-jaga sikit Siti Sarah oi… nak dekat dah tu. Jangan tersondol apa yang terjojol tu dah la.” |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sat 29 Nov 2008, 9:31 am | |
| Drama Bersiri Dewi Cinta Lakonan Lisdawati di TV1Drama Bersiri Dewi Cinta Drama bersiri ‘Dewi Cinta’ ini telah diilhamkan oleh YM Raja Alawiah Idris, Pengarah Urusan Bright Network Sdn Bhd yang kemudian ditulis menjadi skrip drama bersiri oleh pemenang Anugerah Seri Angkasa 2001 dan Anugerah Skrin 2007 iaitu Che Li (Nazli Jaafar). Skrip drama bersiri ini pula akhirnya dizahirkan menjadi sebuah drama bersiri menarik dan penuh emosi oleh Pengarah Hazali Haji Ramli dengan bantuan tiga belas krew produksi. Drama bersiri ‘Dewi Cinta’ ini telah menjalani penggambaran di sekitar Johor Bahru dan Kuala Lumpur bermula pada 9 Februari 2007 dan telah mengambil masa dua bulan dan berakhir pada 23 April 2007. Drama yang mengisahkan tentang percintaan, ikatan kekeluargaan dan kasih sayang ini telah dibintangi oleh para pelakon handalan tanahair seperti Lisdawati, Fauzi Nawawi, Rozie Rashid, Shahrudin Thamby, Fadilah Mansor, Rosnah Mat Aris, Linda Hashim, Kenchana Devi, Badrul Muhayat dan ramai lagi. PELAKON: DEWI Lisdawati NIZAM Fauzi Nawawi KASIM Saharuddin Thamby MAISARAH Fadilah Mansor ASYIRA Rozie Rashid TASHA Rosnah Mat Aris Sinopsis Dewi Cinta Drama bersiri ‘Dewi Cinta’ mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Dewi yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang penuh kasih sayang dan kemewahan. Kehidupan Dewi hanyalah bersama ayah dan ibunya, sehinggakan dia tidak suka berkawan dan menganggap dirinya sahaja betul berbanding orang lain. Sikapnya berterusan sehinggalah dia diterima melanjutkan pengajian ke menara gading. Di kolej, Dewi tidak mempunyai ramai rakan. Namun, setelah kehadiran Nizam, Dewi mula merasai sesuatu. Akhirnya mereka bercinta dan Dewi menyayangi Nizam sepenuh hatinya. Kebahagian Dewi sedikit tercalar apabila ibunya, Asyira, disyaki menghidap barah payu dara. Di saat Asyira bertarung nyawa untuk pulih, hadir pula Maisarah, ibu tunggal memberikan kata-kata semangat, namun kehadiran Maisarah tidak disenangi oleh Dewi. Selepas beberapa bulan Asyira meninggal dunia, Maisarah telah dilamar oleh bapa Dewi, Kasim. Orang pertama yang menghalang perhubungan tersebut adalah Dewi serta Yusri iaitu anak tunggal Maisarah. Kebencian Dewi semakin bertambah apabila ‘terjumpa’ Tasha iaitu seorang pelayan kelab malam yang merupakan rakan Maisarah ketika muda. Demi dendam, Tasha cuba memburukkan nama Maisarah di depan Dewi dan Kassim. Namun, perkahwinan Kasim dengan Maisarah tetap diteruskan. Akibat kecewa dengan keputusan ibunya, Yusri pula membawa diri ke luar negara. Selepas tamat pengajian, Dewi dan Nizam berkahwin. Kemudian Nizam dan Dewi diterima bekerja di syarikat perumahan terkenal. Di pejabat, semua pekerja memuji Nizam kerana melayan Dewi dengan baik dan romantik. Hakikatnya, apabila berada di rumah Dewi dilayan seperti wanita kelas kedua oleh Nizam, dan semua perbuatannya tidak pernah dihargai. Malah, Nizam sanggup membiarkan Dewi melahirkan kedua-dua anak mereka bersendirian. Semenjak itulah, Maisarah menjadi tempat Dewi mencurah perasaan dan buat pertama kalinya, Dewi memanggil Maisarah dengan panggilan ‘ibu.’ Tasha tidak senang dengan perkembangan tersebut dan berusaha untuk memusnahkan keluarga Maisarah. Muncul Linda, anak saudara tasha menggoda Nizam dan akhirnya Dewi diceraikan tanpa belas kasihan. Selepas menikahi Linda, Nizam pula disahkan menghidap barah otak yang kronik. Linda tidak mahu menanggung beban, lalu meminta cerai dan meninggalkan Nizam bergelut dengan penyakitnya sendirian. Nizam mula berasa kesal dan bayangan Dewi mula kembali di dalam mindanya. Dewi pula hidup bahagia bersama Ramli, lelaki yang selalu mengambil berat mengenai dirinya. Namun, setelah mendapat berita mengenai penyakit Nizam, Dewi mula keliru dengan rancangan hidup bersama Ramli atau mahu kembali semula kepada Nizam, lelaki yang amat dikasihi dan juga merupakan ayah kepada kedua anaknya. Adakah Dewi memilih untuk kembali bersama Nizam dan seterusnya melupakan Ramli, lelaki yang abru bertakhta dihatinya? Ikutilah pergolakan hidup Dewi, pengorbanannya sebagai siteri dan anak yang akan muncul di kaca TV tidak lama lagi. Hanya di RTM 1. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sat 29 Nov 2008, 9:34 am | |
| Gambar Anak Sulung Lisdawati & Fauzi NawawiAlahai, comelnya baby baru kepada pasangan pelakon Lisdawati dan Fauzi Nawawi ni, kan? Inilah hasil perkongsian hidup pasangan bahagia yang telah menempuh pelbagai gossip sebelum dan selepas mereka berkahwin pada 9 September 2007. Lisdawati yang kini berusia 29 tahun akur dengan kehidupan mereka sebagai selebriti yang tidak dapat lari daripada gossip liar. Apatah lagi berkahwin dengan seorang duda yang kini berusia 35 tahun dan mempunyai 4 orang anak. Gambar ini dikatakan masih lagi baru diambil. Mmm, cantiknya baju merah jambu yang Lis pakai ni.. baju raya ke Lis? |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| | | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sat 29 Nov 2008, 9:44 am | |
| Gambar Ida Nerina Seksi Pakai BikiniGambar Ida Nerina pakai bikini berwarna putih ini telah disebarkan melalui internet. Budiey ada menerima email daripada seorang pembaca. Pada masa yang sama juga, sekarang ini klip video Ida Nerina melakukan hubungan seks dengan lelaki yang mempunyai raut wajah yang sama dengan Fauzi Nawawi juga telah diletakkan di dalam blog Rumah Tumpangan Sabul. Ada di kalangan forumer yang sempat buat kaji selidik tentang apakah benar Ida Nerina yang sebenar atau pun pelanduk dua serupa atau gambar ini dibuat secara super impose berdasarkan beberapa keping gambar. Mengikut mereka yang memerhatikan dari segi tindik di pusat dan kalung yang dipakai adalah sama dengan beberapa gambar membuktikan jelas bahawa gambar ini adalah milik mutlak pelakon wanita ini. betul ke dia ni hah...hish!!! |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sat 29 Nov 2008, 9:47 am | |
| |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| | | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sat 29 Nov 2008, 10:08 am | |
| Betulkah Lisdawati-Fauzi Dipulaukan?KL, 27 NOV 2008: Setiap minggu, Murai Batu semakin seronok mengikuti kelincahan pasangan Sehati Berdansa 2 menari dengan bimbingan koreografer masing-masing. Lebih-lebih lagi pasangan pelakon popular, Fauzi Nawawi dan Lisdawati yang sudah terkenal dalam bidang lakonan. Siapa sangka mereka juga sanggup mendalami bidang tarian dan setiap minggu memberikan persembahan terbaik. Namun, tiba-tiba Murai Batu terdengar cerita kurang enak tentang pasangan ini. Khabar ramai pasangan peserta lain tidak mesra dan enggan mendekati Lis dan Fauzi. Kenapa pula? Sumber belakang tabir Sehati Berdansa 2 bergosip, pasangan ini seakan-akan 'dipulaukan' ketika masing-masing menunggu giliran di belakang pentas. Kalau perlu sangat, barulah orang akan menyapa mereka. Amboi, takkanlah sampai macam gitu sekali? Apa salah yang Lis dan Fauzi dah buat? Atau memang betul ke Lis dan Fauzi sombong dan perasan bagus? Setahu Murai Batu, Lis dan Fauzi memang baik dan peramah. Takkanlah ada pasangan lain cemburu nak caras kehebatan mereka untuk menjadi juara Sehati Berdansa 2 kot? Kata sumber itu, mungkin juga sebab sejarah hitam Lis penah bergaduh dengan Rita Rudaini di lokasi penggambaran menyebabkan pasangan lain malas untuk baik-baik dengan mereka. Hai, fobia takut kena serang dengan Lis ke? MURAI BATU: Nampak Saida AF6 dan suaminya, Ghazali datang tengok Sehati Berdansa 2, minggu lepas. Hai, nak masuk tahun depan ke? |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sat 29 Nov 2008, 10:19 am | |
| Seri Bayu rela mati di rumahHIDUP penulis lirik lagu terkenal, Seri Bayu kini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Ini kerana, pada 1 Disember ini, isteri beliau penyanyi Erema akan memfailkan tuntutan fasakh terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah, Petaling Jaya, Selangor. Jika tuntutan tersebut diluluskan mahkamah, bererti Bayu akan tinggal sendirian di kediamannya tanpa ditemani isterinya itu lagi. Menurut Bayu atau nama sebenarnya Jamaluddin Sulik, dia tidak akan berganjak dari rumah teres empat bilik yang disewanya di Puncak Jalil, Kuala Lumpur sejak empat tahun lalu walaupun ditakdirkan bercerai. Biarpun ada cadangan supaya diaditempatkan di rumah kebajikan atau tinggal dengan saudara-maranya, Namun tetap dengan keputusannya. “Hidup mati saya sekarang adalah di dalam rumah ini. Saya tidak akan berpindah dari sini biarpun ditakdirkan Erema berjaya menuntut cerai daripada saya. “Banyak kenangan saya di rumah ini yang sukar dilupakan. Saya juga tidak mahu menyusahkan orang lain. “Sebab itu saya lebih rela mati di dalam rumah ini,” katanya ketika ditemui di kediamannya. Keadaan Bayu semakin uzur apabila sejak empat bulan lalu, dia sukar menggerakkan kedua belah tangan dan kakinya. Malah, penulis lirik lagu Kau Lilin Cintaku nyanyian Francissca Peter dan Cintamu Muzik Di Hatiku (Anita Sarawak) ini juga tidak boleh bertutur dengan jelas. Bagi menguruskan kehidupan seharian seperti makan, minum, mandi dan sebagainya, dia dibantu Erema. Sewaktu kunjungan penulis ke rumah penulis lirik berusia 43 tahun ini, apabila sesuatu butiran perkataannya sukar dijelaskan, dia akan menaip menerusi telefon bimbitnya. Ditanya bagaimana urusan kehidupannya jika ditakdirkan bercerai kelak, Bayu menyerahkannya kepada Allah. “Saya ada beberapa keluarga angkat. Mereka sering datang menjenguk saya pada waktu malam. Lima anak saya dengan bekas isteri saya juga ada datang melawat pada hujung minggu. “Ada juga yang minta saya tinggal dengan ibu saya, tetapi dia pula sudah berusia 65 tahun dan uzur. “Selain itu, tiga orang adik-beradik saya yang tinggal di Bangi, Selangor ada juga datang melawat. Mereka semuanya sudah berkeluarga,” ujarnya. Mujurlah kata Bayu, sehingga kini dia masih menerima bayaran royalti hasil lirik-lirik lagu yang masih disiarkan kepada khalayak. Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP) katanya, masih terus membayar royalti kepadanya setiap tahun. “Alhamdulillah setakat ini, setiap tahun saya menerima sekitar RM18,000 daripada MACP. “Duit itulah yang saya guna untuk menyara kehidupan. Selain itu, Persatuan Karyawan Malaysia juga memberi pencen kepada saya RM500 setiap bulan. “Duit pencen itu saya gunakan untuk membayar sewa rumah ini iaitu RM450 sebulan,” katanya dalam nada terketar-ketar. Bayu yang bernikah dengan Erema pada 24 Disember 2006 menganggap penyakit yang dideritai dan dugaan rumah tangganya itu sebagai dugaan Allah. Perjalanan hidup penulis bertubuh kecil ini ibarat mengharap panas hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari. Ketika menemu bual Bayu dan pasangannya itu saat diijab kabul di Masjid Al-Muhsinin, Danau Desa, Kuala Lumpur dua tahun lalu, Bayu menyatakan rasa terharu apabila Erema sudi berkahwin dengannya. Biarpun ketika itu beliau sudah menderita penyakit saraf hingga menyukarkan pergerakannya, tetapi seperti kata pepatah kalau sudah jodoh tidak ke mana. Namun, saat ini Bayu sekali lagi bakal terpaksa menerima takdir terbaru dalam hidupnya apabila menerima tuntutan cerai daripada Erema. “Saya reda dengan apa juga takdir yang akan berlaku seterusnya. Saya juga menyerahkannya kepada pihak mahkamah untuk mengadilinya. “Malam ini (Khamis lalu), saya bersama jiran tetangga saya akan mengadakan solat hajat supaya Tuhan tunjukkan kepada saya kebenaran,” katanya. Biarpun tinggal berdua dengan Erema di rumah tersebut, namun sejak kebelakangan ini Bayu sering tinggal sendirian. Katanya, pada waktu malam Erema akan keluar bekerja di sebuah kelab malam di Shah Alam, Selangor dan hanya pulang pukul 6 pagi. “Biasanya Erema akan keluar bekerja pukul 8 malam dan lewat pagi baru balik. Maka, tinggal saya seorang di rumah. “Saya pula tidak mampu bergerak dan hanya boleh terbaring atas katil atau di kerusi roda ini,” jelasnya. Katanya, paling menyukarkannya ialah ketika mahu makan, pergi ke tandas ataupun bercakap ekoran penyakit yang dideritainya itu. Bagi mengisi masa lapangnya seharian suntuk di rumah, Bayu yang turut menghidap penyakit paru-paru berair itu banyak menghabiskan masanya dengan menulis. Dia kini sedang menyiapkan buku tulisannya berjudul Ratapan Sharlini mengenai kes kehilangan kanak-kanak itu tahun lalu. Biarpun tidak mampu menggerakkan tangan dan jarinya dengan baik, tetapi itu tidak menghalangnya untuk menulis. “Saya taip sedikit demi sedikit tulisan saya itu melalui telefon bimbit saya. Pada sebelah malamnya pula adik angkat saya akan memindahkannya menerusi komputer. “Saya tulis sedikit demi sedikit pada setiap hari sejak dua bulan lalu. Saya jangkakan buku itu akan disiapkan pada hujung tahun ini,” ujarnya. Dua bulan lalu, Bayu sempat bertemu dengan bapa Sharlini dan diberi kebenaran untuk menulis pengalaman sepanjang kes kehilangan kanak-kanak terbabit. Nafi dakwaan suami Sementara itu, Erema yang ditemui di suatu sudut yang lain menafikan dakwaan Bayu mengenai perubahan dirinya. Sebaliknya, dia bukan sahaja telah banyak bersabar menjaga keperluan seharian Bayu, malah tidak pernah menceritakan masalah rumah tangga mereka kepada wartawan. “Cerita saya mahu tuntut fasakh ini pun dia (Bayu) yang hebahkan kepada wartawan. Selama ini saya banyak bersabar melayan kerenah dia. “Bukan setakat dua tahun kami bernikah, tetapi empat tahun sebelum itu pun saya sudah menjaganya,” ceritanya. Ekoran sudah banyak bersabar dan menderita zahir serta batin, Erema kini sudah tidak mampu lagi untuk menanggung penderitaannya itu. Tuntutan cerai yang difailkannya baru-baru ini adalah kemuncak kepada cabaran, penderitaan dan kesabaran yang telah ditanggungnya. “Bayangkanlah selama ini saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab saya sebagai isteri. Contohnya, sebelum pergi kerja saya suapkan makanan ke mulutnya. “Hinggakan saya sakit di bahagian sendi dan belakang badan kerana sering mengangkatnya untuk mandi, ke tandas dan sebagainya. “Sudah banyak berkorban namun saya pula dipersalahkan. Itu yang menyebabkan saya kecewa,” katanya. Sejak beberapa bulan lalu, Erema terpaksa keluar bekerja di sebuah kelab malam di Shah Alam bagi menampung kehidupannya. Selain terpaksa bekerja, dia juga mengakui sudah tidak sehaluan dalam melayari rumah tangga bersama suaminya itu. Sehubungan itu kata Erema, hatinya kini sudah tidak mampu lagi untuk bertahan dan tuntutan fasakh adalah jalan penyelesaiannya. Pada masa sama, Erema atau nama sebenarnya Dayang Zaira Erema Awang Mosdad berkata, dia tidak menyesal dengan keputusannya itu kerana ia sudah lama difikirkannya secara mendalam. “Keputusan ini bukan baru tetapi sudah lama saya pendam. Mungkin sudah sampai masanya saya ambil keputusan ini. “Sebagai manusia, saya simpati atas penderitaan yang sedang ditanggungnya (Bayu). “Saya sudah ambil keputusan mulai 1 Disember ini saya tidak mahu tinggal di rumah ini lagi!” ujarnya mengakhiri perbualan kami pada petang itu. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sat 29 Nov 2008, 10:25 am | |
| 2008: Tahun selebriti cerai... Abby nak bercerai selepas Norman Hakim tertangkap disyaki berkhalwat dengan Memey Suhaiza Nash dan Sosilawati belum disahkan bercerai tapi kini tidak sehaluan. Nasrizal Ngasri sah bercerai talak satu, tapi berhasratnak rujuk semula. Shazlin dan Radhi OAG juga dalam proses nak bercerai. Siti Fairuz kini sah menjanda dan kembali aktif menyanyi Zakiah Anas pula pohon cerai cara baik. Anis Suraya kini bebas tanpa ikatan perkahwinan. Aziz M. Osman tunggu keputusan status perkahwinan. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sat 29 Nov 2008, 1:29 pm | |
| esok mena mesti terkejut...ni udah msk umah baru lagi..... |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sat 29 Nov 2008, 8:09 pm | |
| Kontrak Norman Hakim Dalam Gerak Khas Tamat: Abby Masuk Balik Tiada sebab lain lagi. Dek kerana kes khalwat dengan Memey Suhaiza hujung bulan lalu, Norman Hakim terpaksa melupakan Gerak Khas apabila Skop Production menamatkan kontrak beliau berkuatkuasa pertengahan Disember ini. Ironi’nya, Abby Abadi akan di’serap semula ke’dalam Gerak Khas dengan memegang watak sebagai Asisten Supritendan Aleeza. Abby akan memulakan pengambaran watak beliau bermula Januari depan. Memey Suhaiza juga mengalami nasib yang sama apabila di’gugurkan dari senarai pelakon utama drama berjudul Issandra yang sepatutnya memulakan penggambaran pada awal November lalu |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sat 29 Nov 2008, 8:14 pm | |
| “Saya Bukan Ahli PKR!” - Mawi Minta AMK Kemukakan Bukti Seorang perwakilan di kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa penyanyi popular Asmawi Ani, atau lebih dikenali sebagai Mawi, pernah terlibat membantu PKR dalam pilihanraya umum 1999. “Kita hendak imbas kembali nostalgia beliau (Mawi) panjat pokok kelapa (menampal poster) bersama kita.” Mawi menafikan dakwaan tersebut petang tadi selepas di’temui wartawan di saringan Separuh Akhir Muzik-muzik kategori etnik kreatif di Studio Sri pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sat 29 Nov 2008, 8:17 pm | |
| Erra Fazira & Engku Emran Bakal Menimang Bayi PerempuanNovember 28, 2008 by admin 141 Comments Jika perkhabaran ini benar, Erra Fazira & suaminya Engku Emran bakal menimang anak perempuan dalam bulan Mac nanti. Menurut sumber yang menulis, pelakon cantik itu baru saja menjalani imbasan dan doktor mengesahkan Erra bakal melahirkan bayi perempuan. Dan, sebenarnya pasangan romantis ini tidak kisah akan jantina anak mereka. Yang penting bagi mereka adalah bayi dan ibunya nanti sihat. Tahniah untuk pasangan ini & pasti satu Malaysia tertunggu-tunggu untuk melihat wajah comel anak pasangan ini. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sat 29 Nov 2008, 8:24 pm | |
| Populariti Era Merudum: Linda Onn Bakal Berpindah Ke Sinar FM? Akhbar KOSMO! hari ini melaporkan yang ada desas-desus mengatakan DJ popular radio Era FM bakal di’tukarkan ke Sinar FM sebagai salah satu langkah memberi wajah segar kepada imej Era FM. Pengurus Rancangan ERA, Nazri Noran tidak menolak kemungkinan bahawa ada penyampai radio Era FM yang akan di’tukarkan ke Sinar dalam jangkamasa tertentu. AMP Radio Networks akan mengalami rombakan tidak lama lagi |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sat 29 Nov 2008, 8:34 pm | |
| Lagi Kes Cerai: Suami Zakiah Anas Minta Tangguh Penceraian Mohamad Yusof Mohamad Taib, 46 suami kepada personaliti TV3 Zakiah Anas meminta supaya prosiding permohonan untuk bercerai yang dikemukakan isterinya ditangguhkan bagi membolehkan kes dibincangkan secara baik. Beliau memaklumkan perkara itu kepada Peguam Syarie, Azmi Mohd. Rais yang mewakili Zakiah Anas. Suami Zakiah di’laporkan tidak hadir ke mahkamah untuk prosiding tersebut. Zakiah Anas memfailkan permohonan cerai kerana tiada persefahaman. Tetapi, dari gaya suami beliau, aku faham yang suami’nya itu mahu selesaikan secara baik di’luar demi anak-anak. Mereka di’kurniakan 2 orang anak lelaki sepanjang tempoh perkahwinan |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sat 29 Nov 2008, 8:42 pm | |
| (Gambar) Diana Danielle, Kek Coklat & Kebaya Moden MerahOleh kerana Diana Danielle baru habis SPM, apa kata kita letak gambar Diana banyak-banyak sebagai publisiti selepas sekolah. Selepas ini, bolehlah Diana tumpukan perhatian kepada dunia seni sementara menunggu keputusan SPM yang akan keluar secepat-cepatnya hujung Februari 2009. Tak sabar rasanya hendak lihat Diana Danielle memandu BMW X5 yang di’beli dengan titik peluh sendiri. Jika mampu beli BMW di’usia 17 tahun, SPM hanya sekadar pelengkap syarat untuk Diana |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sat 29 Nov 2008, 9:13 pm | |
| (Gambar) Saiful Apek, Isteri Roslina Abu Hassan & Anak-anakTidak pernah sebelum ini peminat hiburan dapat melihat wajah isteri & anak-anak Saiful Apek dan kehadiran isteri beliau yang bernama Roslina Abu Hassan bersama anak-anak menafikan semua dakwaan sebelum ini terhadap Saiful Apek termasuklah isu bercerai tidak lama dahulu |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sat 29 Nov 2008, 9:26 pm | |
| Along, Zila Jadi Pengapit Mawi Ekin?K.L, 27 NOV 2008: Tahniah Murai Batu ucapkan kepada pasangan secocok Along Raja Lawak dengan bintang Akademi Fantasia 4 (AF), Zila Seeron yang baru saja mengikat tali pertunangan pada 9 November lalu. Murai Batu mewakili m urai.com.my mendoakan agar pasangan ini bahagia sampai ke akhir hayat. Apapun, ketika Murai Batu membelek foto yang dikirimkan Zila kepada teman Murai Batu, ada sekeping gambar yang disertai pasangan popular Mawi dan Ekin. Meriah gitu! Tak sangka Murai Batu, Mawi dan Ekin yang sibuk membuat persiapan kahwin pun sanggup meluangkan masa datang memeriahkan majlis pertunangan kawan mereka yang diadakan di kampung Zila di Negeri Sembilan. Apa apa pun, ada khabar angin mengatakan kedatangan Mawi dan Ekin yang turut disertai Ain itu adalah untuk membalas budi pasangan Along dan Zila secara ' advance' yang bakal menjadi pengapit mereka kelak.
Hai... betul ke? Bertuah Zila dan Along kerana terpilih menjadi pengapit mereka pula. Yalah, antara ramai-ramai teman artis, mereka yang terpilih.
Namun, sebaik saja mendengar pasal desas-desus ini, teman Murai Batu pun terus menghubungi Along untuk mengesahkannya.
"Mana korang dengar pasal benda ni? Setahu saya, Mawi atau pun Ekin belum cakap apa-apa lagi kepada kami. Kedatangan mereka tempoh hari pun atas sebab kawan saja.
"Sebenarnya, saya dengan Mawi dan kenal lama. Sebelum kami jadi artis lagi. Begitu juga Zila dan Ekin yang sudah lama berkawanl. Jadi tidak hairanlah mereka datang. Kebetulan mereka tengah free waktu itu," jelas Along kepada teman Murai Batu.
Apa kes pun, Murai Batu ada dengar cerita lebih menarik, peminat yang bertuah akan berpeluang membuat persembahan pada majlis persandingan Mawi & Ekin nanti. Jadi tunggulah nanti pengumuman syarat-syaratnya dalam murai.com.my tidak lama lagi.
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sun 30 Nov 2008, 8:00 am | |
| wow.....dh pindah umah bru ker???? tp sedih ler......kebanyakkan berita terbaru ade yg telah di wartakan....sblm ni..xpelah..... selama kepermergian sy dua hr..adelah tuk mencari informasi n berita sensasi tuk tatapan warga PRC sekalian.... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sun 30 Nov 2008, 8:02 am | |
| Rindukan Fasha Sandha? Ini Gambar Fasha ‘Paling Dalam’ Sebagai Ubat |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sun 30 Nov 2008, 8:07 am | |
| Adi Putra & Noryn Aziz Ikon Jenama BoniaSeorang kacak, seorang lagi jelitawan. Begitulah rezeki mereka apabila Adi Putra & Noryn Aziz dipilih sebagai ikon untuk jenama yang terkenal dengan hasil beg kulit, iaitu Bonia. Kurangnya kontroversi yang dicetuskan oleh mereka mungkin antara satu faktor yang membuatkan mereka terpilih sebagai ikon Bonia.
Apabila ditanya mengenai bayaran yang diterima,
“Jumlahnya tidaklah tinggi dan tidak sedikit. Cukuplah saya katakan ianya berbaloi. Kalau nak dibandingkan dengan dahulu, saya sukakan barangan BONIA yang ada sekarang. Lebih moden dan mengikut citarasa semasa” ujar Adi Putra.
Ha, kalau nak tahu banyak atau tidak, hanya Lembaga Hasil Dalam Negeri sahaja yang akan tahu jumlahnya. Sila sediakan wang yang mencukupi untuk bayar cukai pendapatan ya! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sun 30 Nov 2008, 8:11 am | |
| wei,eira... jemput ler mai umah baru aku ni. umah lame dh nk roboh......byk perabot sgt,..hahahaha ade ler org yg prihatin kt ku.....wt banglo lak... sape lg klu bkn CEO aku..... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sun 30 Nov 2008, 8:18 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sun 30 Nov 2008, 8:23 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sun 30 Nov 2008, 9:37 am | |
| (Gossip) Rozita Che Wan Sudah Bernikah Tiga Bulan Lalu!!!!!Lagi cerita Rozita Che Wan dan kisah cintanya. Baru sahaja di’gossipkan dengan Datuk K tentang pemberian kereta BMW & kenyataan media yang menyatakan cinta antara Rozita & Zizan Nin masih ada, muncul satu lagi cerita yang menyatakan Rozita Che Wan sudah bernikah — tiga bulan lalu.
Berita tentang pernikahan Rozita dan seorang pegawai eksekutif syarikat telekomunikasi terkenal (confirm bukan Zizan Nin atau Datuk K) hanya di’ketahui oleh orang terdekat & tiada sebarang sebaran di’lakukan
Jika gossip ini benar, yang mana Rozita Che Wan akan jawab beberapa hari lagi dalam tabloid tempatan, maka ini akan menjadi satu kekecewaan buat peminat seni yang mengikuti perkembangan kisah cinta Rozita Che Wan. Lebih kecewa lagi jejaka-jejaka yang mengharap.
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sun 30 Nov 2008, 9:40 am | |
| Penyampai Berita TV1 kahwin - FATHIL HIDAYATtd tgk berita tv1... dia tunjuk mamat ni dh kawen.. aku pon snap |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sun 30 Nov 2008, 9:53 am | |
| Linda Onn Mengamuk Dalam Studio! Suasana kecoh terlihat pada sesi latihan rancangan Sehati Berdansa 2 di Studio 1, Pusat Penyiaran Asia (ABC), Bukit Jalil, petang semalam, apabila pengacara Linda Onn yang sedang menghafal skrip tiba-tiba naik angin, terus mengamuk dan kemudian menandang set pentas sehinggakan kakinya berdarah!
Linda berkelakuan demikian sejurus selepas dimarahi penerbit program itu, Norazian Mohd Zahir, apabila dia dikatakan terlambat hadir untuk membuat latihan itu.
Kata Norazian, bukan itu sahaja, sesi latihan Linda pada hari itu juga tidak menjadi membuatkan dia tidak berpuas hati.
Suasana sekeliling yang panas selepas menyaksikan kelakuan pelik Linda, bagaimanapun tiba-tiba menjadi meriah setelah Norazian datang membawa kek yang berlilin sambil diiringi nyanyian lagu 'Selamat Hari Jadi' oleh semua peserta pasangan Sehati Berdansa 2.
Jangan Tak Lihat » Linda Onn Mengamuk Dalam ...» Kisah Cinta Pasangan Seha...» Betulkah Lisdawati-Fauzi ...» Giliran Mazin-Anisa Mengu...» Ani Mayuni Dan Zairi Terp...
Linda yang naik angin pada ketika itu kemudiannya tergamam dan seterusnya ketawa besar selepas menyaksikan semua itu. Ia rupanya drama yang sengaja dibuat-buat untuk kejutan sambutan hari jadi.
'Drama' tersebut turut disaksikan krew bertugas. Linda berkata, dia tidak boleh menahan perasan marahnya apabila tidak semena-mena dimarahi dengan sedemikian rupa.
"Kalau saya naik angin, memang macam tu! Saya dah tak terfikir apa-apa pun sampai menendang set pentas sehingga pendarahan terjadi di bawah kuku kaki saya ini," katanya.
Sementara itu Norazian menjelaskan bahawa dia sengaja merancang gimik tersebut bagi merapatkan lagi hubungan antara mereka yang bertugas selama berminggu-minggu.
"Tak bestlah kalau kami bawa masuk kek dan menyanyi macam biasa. Tak ada drama. Selepas Linda dapat tahu semua itu gimik, dia terus mengeluh... 'hai... kenapalah korang buat aku macam ni...'. Kesian pula tengok dia," kata Norazian.
Suasana menjadi pulih seperti sedia kala selepas itu tetapi semua orang bersimpati dengan kecederaan sebenar yang dialami Linda pada kakinya itu. Linda... Linda... Happy Birthday To You! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sun 30 Nov 2008, 10:15 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sun 30 Nov 2008, 10:25 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sun 30 Nov 2008, 10:39 am | |
| Bell kantoi... ckp bohong.. padan muka bell... pecah rahsia dia.... and thumbs up for Farah Puteri sebb berani terus terang perangai bell....
“Tak adil rasanya menuduh saya sebagai orang ketiga. Ini kerana dari awal persahabatan antara saya dan Bell sehingga kami menjadi kawan rapat, Bell pernah memberitahu saya, dia sudah pun bercerai dengan Shasha! Justeru, apabila baru-baru ini keluar kenyataan Bell di media massa mendakwa rumah tangganya aman damai, bermakna selama ini Bell menipu saya!
“Saya kecewa kerana dalam usahanya mendapat perhatian saya, Bell sanggup berbuat apa saja termasuk mencari ruang untuk bertemu saya setiap hari tak kira betapa sibuknya saya di lokasi. Bell juga sanggup menunggu saya habis shooting kadang kala sehingga lewat pagi,” kata Farah membongkar segala rahsia yang selama ini tersimpan rapi.
Farah juga berharap masyarakat tidak terlalu cepat menghukum wanita sebagai orang ketiga apabila berlakunya kes seumpama ini, sebaliknya berfikir, situasi seperti itu sebenarnya berpunca daripada sikap si suami yang gemar memperdayakan isterinya demi mencari keseronokan dengan wanita lain di luar rumah!
“Saya tampil dengan penjelasan ini supaya Bell bersikap jujur dan bersedia berdepan kenyataan, sekali gus tidak lari daripada mengakui kesilapannya. Jangan bersikap mementingkan diri sendiri, saya juga ada maruah dan nama keluarga yang harus dipelihara,” kata Farah memberi nasihat kepada Bell |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sun 30 Nov 2008, 10:45 am | |
| Adegan Lesbian Bercium dalam Filem Histeria: Scha al-Yahya & ReannaSatu babak lesbian bercium akan di’paparkan dalam filem Histeria yang akan menemui penonton 18 Disember ini. Dua watak yang terlibat dalam adegan panas ini ialah Alissa (Scha al-Yahya) & Zeta (Reanna).
Namun, menurut pengarah filem ini James Lee, babak ciuman sesama perempuan yang dipaparkan bukanlah satu adegan panas yang boleh dijadikan isu sementelah perkara seumpama ini memang sering berlaku di alam realiti.
Apa ironi watak lesbian?
KEJADIAN pelajar diserang histeria terutamanya membabitkan pelajar perempuan sememangnya sudah acap kali kedengaran.
Histeria ataupun gangguan mental dikatakan sebagai salah satu jalan yang dipilih bagi melegakan tekanan mental dan jiwa yang ditanggung.
Ia boleh terjadi akibat adanya masalah-masalah lama yang menganggu kesejahteraan jiwa dan mental.
Segala-galanya terus terpendam dalam jiwa, minda dan mental, lalu akhirnya mencetuskan tingkah laku histeria.
Menyedari akan ketiadaan penerokaan karya berkaitan histeria, pembikin filem bebas (indie) terkenal, James Lee mengambil peluang itu dengan mengangkat histeria ke layar perak.
Berjudul Histeria, sebelum ini, James Lee pernah menghasilkan beberapa filem indie antaranya Beautiful Washing Machine dan Before We Fall In Love Again.
Membanggakan, dua filem itu telah memenangi anugerah Filem Cereka Terbaik Asean di Festival Filem Antarabangsa Bangkok 2005.
Histeria merupakan filem arus perdana pertama arahannya yang nyata berjaya menghidupkan suasana seram, ngeri dan mendebarkan melalui pembentukan adegan, imej serta teknik pencahayaan.
Malah tidak keterlaluan andai dikatakan suasana seram itu bisa membuatkan penonton bagaikan enggan untuk menatap beberapa adegannya secara terus di skrin.
Menerapkan unsur-unsur filem seram Hollywood ke dalam acuan mistik Melayu, Histeria terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd., dimulakan dengan babak seorang pelajar bernama Murni yang ditemui bersendirian di sekolah dengan kesan calar-balar di badannya.
Menjerit ketakutan saat ditanyakan apa sebenarnya yang telah berlaku oleh Ustazah Fauziah (lakonan Vanidah Imran), Murni kemudiannya mengajak penonton menyelusuri detik-detik permulaan kisah seram dan menyayat hati yang dilaluinya.
Hanya kerana gurauan disampuk makhluk halus selepas Murni membacakan mantera memanggil Jembalang Busut, kemuncak adegan mengerikan berlaku tatkala seorang demi seorang yang berada di kawasan sekolah itu dibunuh secara kejam.
Bermula dengan Junita, ia diikuti kematian tragis Cikgu Helmi dan seterusnya rakan-rakan Murni, tukang kebun termasuk teman lelaki Junita dan Alissa iaitu Riz serta Lentoq.
Ditambah dengan teknik pencahayaan yang menarik, ia juga sangat berperanan bagi menaikkan mood seram Histeria.
Filem ini cukup ringkas dan mudah difahami kerana kebanyakan jalan ceritanya hanya berlegar di sekitar kawasan sekolah tersebut sahaja.
Meskipun begitu, ia tidak lupa menyampaikan amanat berupa peringatan agar kita tidak menjadikan syaitan sebagai teman untuk didampingi.
Penyakit masyarakat juga diperlihatkan di dalam Histeria seperti lesbian serta hubungan terlarang antara guru dan pelajar.
Perlukah babak lesbian?
Dan, satu isu yang turut didebatkan mengenai Histeria juga ialah, James seakan terlupa terhadap sensitiviti isu lesbian di kalangan masyarakat yang ditonjolkan dalam filem itu.
Mengulas isu lesbian dan hubungan terlarang antara guru dan pelajar, James berkata, babak berkenaan tidak seharusnya dimanipulasikan atau dipandang dari aspek yang negatif.
“Secara realiti, ia sememangnya berlaku di kalangan masyarakat. Jika kita tidak tayang pun, ia tetap akan berlaku,’’ ujarnya ringkas sambil membayangkan Histeria bakal diterbitkan kesinambungannya jika mendapat sambutan menggalakkan penonton.
Tiru filem luar?
Sementara itu, seperti yang diperkatakan iaitu penerapan filem seram Hollywood ke dalam Histeria, ia sebenarnya menjangkaui sempadan Hollywood dengan olahan teknik penghasilan filem seram dari Korea serta Thailand.
Diakui sendiri oleh James, ia bagaimanapun memasukkan elemen tempatan terutama penciptaan watak hantunya.
“Saya sendiri telah melakukan penyelidikan histeria sejak beberapa bulan lalu.
“Hantu yang dibawakan dalam Histeria adalah Jembalang Busut yang kurang diketengahkan di mana-mana drama atau filem.
“Oleh itu, pihak kami telah mengambil elemen ini dan menerokai mengenainya,’’ katanya mengenai pendekatan pengarahan filem Histeria.
Menurut James, walaupun karya-karya seram sudah banyak diketengahkan, ia masih mendapat tempat di hati masyarakat.
Dengan kos pembikinan sebanyak RM1.4 juta, Histeria menjalani pengambaran pada Ogos tahun lalu di sebuah sekolah di Kajang, Selangor. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sun 30 Nov 2008, 10:57 am | |
| Gossip: Mawi Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR)??Huhu, Mawi dah tak mengaku jadi ahli PKR. Bagi Budiey, jadi ahli dan jadi penyokong adalah sesuatu yang berbeza. Ada orang tu kan, jadi penyokong tapi tak pernah gi mengundi pun. Lepas tu, ada juga yang mengaku jadi ahli tetapi tak pernah pun menyokong. Pun ada!
Budiey rasa benda-benda macam ni tak payah la nak jadi isu! Lantaklah orang tu nak sokong sape, nak jadi ahli sape.
“Nah, tengoklah aku pangkah apa.”
Mawi: Mana bukti saya ahli PKR?
SHAH ALAM: “Mana ada? Mana bukti?,” begitulah reaksi spontan dari penyanyi popular Mawi ketika diasak dengan pertanyaan benarkah beliau adalah ahli Parti keadilan Rakyat (PKR), seperti yang heboh diperkatakan di sebuah laman web kini.
“Masa bila…?. Lagipun tahun 1999, saya belumpun mendaftar untuk mengundi di SPR. Jadi macam mana saya hendak sertai parti itu?,” jelas Mawi menafikan berita yang tersebar di laman web tersebut. Mawi, yang ditemui di saringan Separuh Akhir Muzik-muzik kategori etnik kreatif di Studio Sri pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam sebentar tadi, terus-terusan menafikan penglibatan beliau dengan parti pembangkang itu. Kenyataan Mawi ini sekaligus menyangkal dakwaan bahawa beliau pernah bergiat bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihanraya umum ke-10 dan menyertai parti itu di bahagian Senai. Dakwaan ini dibuat oleh Timbalan Ketua AMK Johor Zabidie Abas di kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam hari ini.
Zabidie, yang juga pembahas pertama mendakwa bintang paling popular Akademi Fantasia itu pernah menampal poster bersama jentera parti di Kulai. Katanya lagi, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, pernah terlibat membantu PKR dalam pilihanraya umum 1999. Zabidie sewaktu membahaskan ucapan dasar ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin yang bertemakan ‘Memimpin Harapan Rakyat’ dilaporkan berkata:
“Kita hendak imbas kembali nostalgia beliau (Mawi) panjat pokok kelapa menampal poster bersama kita. Saya dari Kulai, Mawi dari Kulai. Tuan-tuan tahu, dulu beliau bersama-sama saya tampal poster. Dia jentera bawah saya,” katanya di hadapan 600 perwakilan pergerakan itu dari seluruh negara.
Namun, menurut Zabidie lagi, nama Mawi tidak ada dalam senarai keahlian yang dikeluarkan PKR tahun ini. Difahamkan, nama Mawi disebut oleh Zabidiesebagai satu saranan agar PKR mengambil sikap mendekati golongan seniman, termasuk penyanyi yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat. Lewat petang tadi, Bernama melaporkan bahawa Zabidie pernah cuba memujuk jiran sekampungnya penyanyi Mawi menganggotai PKR tetapi Mawi enggan. Menurutnya, Mawi memberi alasan ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya seninya selain memilih untuk bersikap neutral dalam politik. - mstaronline
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sun 30 Nov 2008, 11:02 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sun 30 Nov 2008, 11:29 am | |
| GAMBAR DUTA-DUTA MAGGIE SLURRPP......Adam AF, Farah Breeep Breep, Aznil, MAwi dan Faizal Af |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sun 30 Nov 2008, 11:33 am | |
| Saya Lebih Belajar- Pierre Andre Pierre Andre menjadi buruan media gara-gara cinta halimunannya dengan gadis yang tidak pernah dikenalinya. Sikapnya yang menghilangkan diri seketika membuatkan semua pihak tertanya-tanya dan adakah dalam tempoh persembunyian tersebut, Pierre telah belajar mengenai... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sun 30 Nov 2008, 11:35 am | |
| Hanya Sekadar Cakap Sahaja - Farouk Hussain Farouk Hussain meluahkan rasa kekesalannya kepada pihak atasan yang hanya pandai bercakap sahaja tetapi tidak pandai melaksanakannya.Sampai bila ianya akan terus menghantui artis sepertinya? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sun 30 Nov 2008, 11:40 am | |
| Doa Dalam Lagu, Persoalan Cinta dan Dusta Berkalang ke AJL Sally nak ucapkan tahniah kepada tiga buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu: Doa Dalam Lagu (Mawi & Heliza) Persoalan Cinta (Farawahida).Dusta Berkalang (Aiman) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sun 30 Nov 2008, 12:05 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sun 30 Nov 2008, 12:15 pm | |
| Kata XX: Scha tabik lima lelaki!Scha Lima tokoh dihormati pelakon pelapis, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir atau Scha Al Yahya 1 . Angkasawan Malaysia yang pertama, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga apabila Dr Sheikh Muszaphar berjaya menyempurnakan misi penerokaan angkasa lepas yang selama ini menjadi impian negara.
2. Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah. Baginda yang juga lulusan universiti berprestij, University of Oxford, United Kingdom (UK) bukan saja mempunyai latar belakang akademik membanggakan, tapi seorang pembesar di raja yang prihatin. Selain itu, saya sukakan ulasan lantang yang Baginda beri dalam pelbagai isu kebajikan rakyat dan negara.
3. Seniman negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Sumbangan beliau dalam bidang seni meletakkan industri perfileman negara pada tahap lebih baik. Kebanyakan karya garapannya amat saya minati.
4. Ketua Eksekutif Air Asia, Datuk Seri Tony Fernandes. Idea dan usaha beliau menyediakan perkhidmatan penerbangan tambang murah memberi peluang kepada orang ramai melancong. Airasia juga menyebabkan lebih banyak rakyat luar negara mengenali Malaysia sebagai destinasi pelancongan.
5. Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. Pada usia muda, beliau mempamerkan kesungguhan setiap kali mewakili negara dalam kejohanan badminton hingga meraih pingat. Ini memberi inspirasi kepada generasi muda. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sun 30 Nov 2008, 12:18 pm | |
| 5 tanda lelaki penipu mengikut aktres, Irma HasmieIrma Hasmie *Apabila diajak keluar, bermacam alasan diberi untuk menolak. Ada agenda lainlah tu...
*Apabila bercakap mengenai sesuatu perkara, tuturnya tersangkut-sangkut atau mengelak terus daripada memperkatakannya.
*Sentiasa silent telefon bimbit walaupun di luar waktu bekerja. Jika masa bekerja tu masih logik, tapi waktu keluar bersama kita pun hendak silent. Entah siapalah yang akan hubungi dia sampai hendak sorok-sorok sebegitu.
*Jika lelaki jenis selalu keluar malam tetapi tiba-tiba pada satu malam, dia minta kita usah hubunginya kononnya hendak tidur awal. Hendak tidur, tidur sajalah. Tak perlulah beritahu. Tetapi kantoi bila kita hubungi, telefon bimbitnya dimatikan.... Musykil ni.
*Bila kita ajak dia pergi ke sesuatu tempat, cepat saja dia menolak. Mungkin ada sebab tertentu yang membuatkan dia tak mahu dilihat bersama kita di tempat itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sun 30 Nov 2008, 12:21 pm | |
| 5 lelaki bergaya pilihan pelakon, Lisa SurihaniLisa Surihani 1. Awal Ashaari. Awal sentiasa update dengan aliran fesyen terkini, semua yang digayakan kena saja. Awal juga bijak memilih penampilan yang sesuai dengan majlis yang dihadiri. 2. Bront Palarae. Bront bijak memilih pakaian yang sesuai dengan penampilan dirinya yang ringkas dan rugged. Gaya yang ditonjolkan juga sering berbeza. 3. Syamsul Yusof. Gayanya sesuai dengan personaliti diri. Dalam kebanyakan situasi, Syamsul sentiasa kemas. 4. Ashraf Sinclair. Dengan rupa paras tampan dan 'model look', apa saja gaya yang dibawakannya menarik! 5. Ashraf Muslim. Dengan ketinggian yang dimilikinya, Ashraf berani mencuba pelbagai gaya seperti bertopi dan mengenakan suspender. Gaya yang dipilih sepadan dengannya - kemas dan menarik! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sun 30 Nov 2008, 12:32 pm | |
| IMPAK AARON AZIZDari Singapura ke Kuala Lumpur, aura seni Aaron Aziz terbias hingga dirasai ramai pihak. Bakat lakonannya hanyut dalam ketaksuban dan khayalan peminat, menjadikan personaliti ini laris hingga disunting sebagai Duta L'Oreal Paris Men Expert. Bahang jejaka ini dikongsi bersama XY - Ikon Lelaki JADUAL harian Aaron Aziz cukup padat. Bermula awal pagi hingga malam, pelbagai agenda direncanakan dalam meneruskan misi seni yang diterokainya sejak lapan tahun lalu. Siapa sangka anak seni kelahiran kota Singa ini yang dulunya pernah terbabit dalam industri penyediaan makanan sebelum beralih ke dunia peragaan, kini menjadi selebriti popular.
Sekarang, siapa tidak kenal Aaron? Sejak berjinak-jinak dalam dunia lakonan pada 2000, Aaron pantas membina nama hingga menjadi barisan hero baru yang sering diburu produser baik produksi drama mahupun filem.
Menceritakan detik awal bergelar pelakon, Aaron berkata, segalanya bermula apabila beliau mula dikenali dalam dunia peragaan dan menyertai pertandingan Man Hunt Singapura pada 2000. Pertandingan itu juga membuahkan kejayaan besar buatnya apabila terpilih sebagai pemenang Mr Personality dan Mr Charming.
Bertitik tolak daripada pertandingan itu, bakat Aaron mula 'diintai' hingga membawanya terjun ke dunia lakonan menerusi watak tentera dalam produksi drama tempatan.
Ternyata, usaha Aaron meluaskan bakat seni berbaloi apabila beliau diumumkan Artis Paling Popular 2003 serta Pelakon Lelaki Terbaik 2003 di Pesta Perdana Singapura. Kejayaan itu berlarutan untuk tiga tahun berturut-turut! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sun 30 Nov 2008, 2:27 pm | |
| LINA KAMSAN TERBARU |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 1 of 17 | Go to page : 1, 2, 3 ... 9 ... 17 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |