Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 JANGAN GELAK TAU...

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next
AuthorMessage
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeSun 10 May 2009, 6:57 pm

SURAT UNTUK ISTERI TERSAYANG

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL.
Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia
pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada
isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail
isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun
terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di
Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya
selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya.
Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak
e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej
daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas
membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun
pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke
bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai
dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran
mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini
pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail
kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan
aman di sini.. Abang lihat semuanya telah di sediakan
di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga
berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap
perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa
yang telah Abang lalui ketika ini.
Back to top Go down
fsyukri
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
fsyukri

Number of posts : 6826
Age : 39
Location : Dungun, Terengganu
Registration date : 08/11/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeMon 11 May 2009, 11:15 am

hahahaha, maunye ketaq lutut pembaca emel ni.
Back to top Go down
http://www.sismel.com.my
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeMon 11 May 2009, 2:45 pm

Karangan UPSR!! *Pening*


[url=https://servimg.com/view/12836144/96]JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Showle10[/url]

[url=https://servimg.com/view/12836144/97]JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Fsfs3r10[/url]

[url=https://servimg.com/view/12836144/98]JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Dadada10[/url]


moral of the story.....
sentiasalh berkelakuan bagus didepan anak2...kerana setiap apa yg kita lakukan pasti menjadi perhatian & ikutan .......
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeMon 11 May 2009, 2:48 pm

Timah ingin putuskan hubungan dengan boyfriend omputihnya melalui surat!!.



Suratnya berbunyi begini:-

Hi,

My motive write dis letter
to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD
THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis
luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I
don trust u again! U are really CROCDILE LAND! I don want u to
PLAY-PLAY with my LIVER. I hav been crying until no more eye water. I
don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES. SAFE WALK!

The true,

Timah


Terjemahan ayat Huruf Besar:

CUT CONNECTION - PUTUS HUBUNGAN
PLAY WOOD THREE - MAIN KAYU TIGA
PULL MY BODY - TARIK DIRI
COOK-COOK - MASAK-MASAK
CLAP 1 HAND - TEPUK SEBELAH TANGAN
CROCDILE LAND - BUAYA DARAT
BANANA TO FRUIT 2 TIMES - PISANG MASAK 2 KALI
SAFE WALK - SELAMAT JALAN
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeMon 11 May 2009, 2:53 pm

Nenek oh nenek!!!!



Tersebut lah cerita , ada sorang perempuan Petani yang agak berumur
sikit bawak barang dagangan dia, dia cuma jual topi saja (dulukan
orang menuai secara manual..'mengerat' orang Kedah kata, nak elak
dari panas depa pakai topi ni ... diperbuat dari rumput 'menerung'
kering..warna putih kelabu, bentuk dia nak macam topi Mr. Potato sket...)

Jalan la dia dari rumah ke rumah jual topi dia,sampai dia di satu
kampung di pinggir hutan (area Kuala Nerang..)Waktu dah
tengahari 'rembang', jadi dia pun duduk la berehat sat kat bawah satu
pokok yang besar lagi rendang.Topi untuk jualan dia...dia letak la
sebelah sambil mengipas-ngipas badannya.

Kerana terlalu letih, tertidur la dia kat bawah pokok tuu..tiba-tiba
dia terdengar bunyi 'sqoh..sqeh. .sqoh..sqeh' . Terbangun la dia..dia
tengok keliling, tergejut beruk la dia ...'aik!! mana pi topi aku semua?'.

Wahhh..cam na ni, mesti kena marah ngan tokey nanti pasai topi dia
hilang. Lepas tu, dia dengar bunyi sqoh..sqeh.. .sqoh..sqeh' tu kat
atas pokok. Langut la dia ke atas...Ooooooo, makhluk ni rupanya yang
curi topi aku.

Berpuluh-puluh ekor monyet kat atas pokok tu, semua pakai topi sorang
satu.. Ishkk..cam na nak ambik balik ni..pikiaq perempuan tersebut.
Dia ambik galah..jolok- jolok keatas..tak juga dapat topi dia.
Dekat-dekat nak 'give-up' juga la orang tua tu. Tergaru-garu kepala
la dia..aik!! dia tengok monyet-monyet tu pun ikut tiru dia ,dia
lompat, monyet tu pun ikut lompat semua.. Jeng...jeng. .jenggg.. dia
ada satu idea..dia ambik satu-satunya topi kat atas kepala dia ..dia
pun baling ke tanah. So, monyet-monyet tu pun ikut juga baling topi
yang depa pakai ketanah.

Dapat la balik semua topi-topi diaa...Pas waktu dia dah balik
kekampung, dia pun cerita la 'keterer an' dia tu kat anak dia.
Waktu berlalu begitu pantas. Perempuan tersebut dah jadi nenek dah..namun
dia tetap berbangga dengan ketereran dia tipu monyet tu.di ceritakan
la pulak kat cucu dia. Nak dijadikan cerita ,cucu dia ni pun sekolah
tak pandai. jadi berjual topi juga macam nenek dia dulu.

Suatu hari, cucu dia pi menjual topi dikampung yang sama di daerah
Kuala Nerang tuuu. Waktu t/hari, secara kebetulan dia pun berehat di
bawah pokok yang sama. Kerana terlalu letih dia pun tertidur dgn topi-
topi untuk dijual diletakkan di tepi dia. Pas dah dekat petang dah ,
dia pun bangun dari tidur..aikkkk! !! mana pi topi aku semua? Dia pun
terdengar bunyi 'sqoh..sqeh. .sqoh..sqehh' kat atas pokok
tu.....hmmhhh. monyet-monyet tu dah ambik topi dia.

Dia pun buat la macam-macam untuk menakutkan monyet-monyet tu utk
ambik balik topi tuu, tapi tak leh gak. Last-last teringat la dia
ngan cerita nenek dia dulu..diapun test la, dia garu-garu kepala,
monyet2 tu pun garu2 kepala gak, dia lompat, monyet2 tu pun lompat
gak..dia pun naik syok laa, dalam hatinya 'bodoh juga monyet2
ni..'..Lalu dia ambik topi kat atas kepala dia..dia lempaq la ke
tanah dengan harapan monyet2 tu tiru cam dia gak.

Aikkk !!!monyet2 tu semua tengok ke dia..tak sekoq pun yang tiru dia
kali ni utk lempar topi ketanah. Termangu dia sendirian..tiba- tiba
turun seekor anak monyet, tapi sebelum dia turun, dia sangkut dulu
topi tu kat ranting atas pokok tu. Anak monyet tu langsung pi dekat
telinga dia dan berbisik,
"hang ingat, hang aja ada nenekkkkkk.. .?"
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeMon 11 May 2009, 2:57 pm


Surat rasmi - Cara Minta Kahwin Lagi





Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2.
Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini
kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan,
eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi
satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli
yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang
beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia
bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang
selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman
pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi
memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan
dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk
mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan
kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat
saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat
setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah
pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika
tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang
puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai
besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini
sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita
kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan
juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan
akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu
bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari
kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan
ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah
waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku
Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu
saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan
bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan
ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan
permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi
kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini
di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan
tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan
periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang
menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan
sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana
ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita
10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita
akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang
lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi
kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan
oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya
ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan
pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeMon 11 May 2009, 3:13 pm


Kecantikan Yang Akan Kelam





Oleh Dr Tuah Iskandar Al-Haj

Saya teringat satu kisah yang
menimpa seorang ulama sewaktu dia dalam penerbangan. Apabila tiba waktu
solat, dia pun pergilah ke tandas untuk berwuduk. Al maklum, tandas di
dalam kapal terbang memang sempit, maka dia pun terpaksalah membuka
pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala dia sedang mengangkat salah
satu daripada kakinya ke sinki (washing basin), seorang pramugari telah
ternampak perbuatan ulama itu dan segera menegurnya.

Pramugari: (Dengan suara dikeraskan) Tuan tak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki itu.

Ulama: Mengapa?

Pramugari: Kotorlah sinki itu nanti.

Ulama: Tapi tidak disediakan gayung untuk saya mencuci kaki di mangkuk tandas.

Pramugari: Itu bukan alasan membasuh kaki di sinki.

Ulama: Habis, kalau saya hendak membasuh kaki di mana harus saya membasuhnya?

Pramugari: Tak perlu mencuci kaki ketika menaiki kapal terbang.

Ulama: (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari:
Tuan, orang macam saya paling tidak cuci muka sekali atau dua kali
sehari. Takkan tuan tak tahu pramugari macam kami perlu jaga penampilan
wajah. Kami kena rawat wajah kami setiap masa. Kami kena pastikan orang
puas hati walau hanya dengan melihat wajah kami.

Ulama: Saya
mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, satu kali cuci tiga kali
berturut-turut, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

Jawapan
seperti ini bukanlah pula hendak merendah-rendahkan orang lain tetapi
sekadar membuat perbandingan ciri orang beriman bersama bukti dengan
orang beriman tanpa bukti. Orang yang beriman bersama bukti, walau apa
pun keadaannya dia akan lakukan semua kewajipan biarpun susah,
sebaliknya orang beriman tanpa bukti berpegang teguh pada suara hati
tetapi tidak sanggup atau kecundang tatakala diberikan sedikit ujian.
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
fsyukri
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
fsyukri

Number of posts : 6826
Age : 39
Location : Dungun, Terengganu
Registration date : 08/11/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeMon 11 May 2009, 3:41 pm

hahaaha, lawak betul surat ni.
Back to top Go down
http://www.sismel.com.my
Che ab
Admin
Admin
Che ab

Number of posts : 1081
Registration date : 03/05/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeTue 12 May 2009, 1:20 am

ngeh3x ahakz!!! ngeh3x ahakz!!! ngeh3x ahakz!!!
Back to top Go down
http://pekanrabu.biz
fsyukri
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
fsyukri

Number of posts : 6826
Age : 39
Location : Dungun, Terengganu
Registration date : 08/11/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeTue 12 May 2009, 12:31 pm

gelak sakan che ab.
Back to top Go down
http://www.sismel.com.my
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeTue 12 May 2009, 12:45 pm

gelak sampai x terkata2...heeeee
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeTue 12 May 2009, 1:09 pm

Cik Tina

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah
dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya
itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid: Baiklah , ibu!

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeTue 12 May 2009, 1:15 pm

3 Sekawan

3 sekawan iaitu KURA,ULAT dan KATAK.
Pada suatu hari,KURA membuat
satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke
rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT
dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA
bertanya kepada KATAK.

KURA:Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.
KATAK:........patutlah,rokok dah habis lah!
KURA:Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.
KATAK:Ala....kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli.
KURA:Bagus jugak idea kau tu.
ULAT:Aku malas lah nak pergi beli.
KURA:Ala...kau
tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku
dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah.....
ULAT:Ok lah,aku pergi beli sekarang.

10
minit...30 minit...1 jam...berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari
kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada
ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum
pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan
pintu.KURA pun berkata..

KURA:Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?
KATAK:Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik kering ni.
KURA:Rokok yang aku suruh beli tu mana?
ULAT:Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!
KATAK:Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?
ULAT:Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
fsyukri
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
fsyukri

Number of posts : 6826
Age : 39
Location : Dungun, Terengganu
Registration date : 08/11/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeTue 12 May 2009, 1:40 pm

ulat, ulat..mesti gonggok ni.
Back to top Go down
http://www.sismel.com.my
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeTue 12 May 2009, 4:02 pm

yer la tu...yg banyak kaki tu....
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
ladyzie
Ahli Familiar
Ahli Familiar
ladyzie

Number of posts : 173
Age : 46
Location : Negeri di bawa bayuuuu....
Registration date : 05/12/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeTue 12 May 2009, 5:40 pm

aduhh! tu surat nak mintak penamporr tu...he..he.. pirat
Back to top Go down
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeTue 12 May 2009, 5:56 pm

ladyzie wrote:
aduhh! tu surat nak mintak penamporr tu...he..he.. pirat

bukan takat penampor jer....sepak terajang pun semua dapat lah....heeeee
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeTue 12 May 2009, 5:57 pm

Penculik yang bangang!!


Rizal telah menerima panggilan telefon dari seorang yang tidak dia kenali..

Penculik:
Saya telah menculik anak kamu! Kalau kamu mahu dia selamat, serahkan
wang tebusan sebanyak RM1,000,000.00 sekarang juga.

Dengan ragu-ragu Rizal menjawab.

Rizal: Tapi encik, saya belum ada anak. Kahwin pun belum lagi.

Penculik: Kalau macam tu, kamu siasat anak siap yang telah saya culik, dan wang tebusannya kita kongsi dua.

Jawap penculik tanpa rasa bersalah.

hua hua hua.... ngeh3x
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
fsyukri
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
fsyukri

Number of posts : 6826
Age : 39
Location : Dungun, Terengganu
Registration date : 08/11/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeTue 12 May 2009, 6:02 pm

hahahaha, bodoh n bangang punye penculik.
Back to top Go down
http://www.sismel.com.my
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeWed 13 May 2009, 11:35 am

Lawak pendek....sengal!!!


Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adalah sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma,
derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.

Budak : Derma apa, bang?
Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua.
Adik ada apa-apa untuk didermakan?
Budak : Nanti jap, saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ?????
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. Saya dah ada teman baru.
Sebelum tu, awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yan! g mana satu gambar awak.
Nanti awak pilihlah sendiri, yang selebihnya
kembalikan
kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
3 orang menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun, penonggang
motor tersebut tidak berhenti. Katanya, "Tak muat dah Tok.
Kami dah bertiga!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seorang
Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang
terserempak dengan kawan nya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan
kawan nya itu. Dalam perjalanan, kawan nya merasakan Tok Batin hanya
menggunakan gear 1 sahaja. Lalu bertanyalah kawannya tu.

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeWed 13 May 2009, 11:38 am

LAWAK IKAN EMAS

SAM: Kau kata ikan emas peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku jumpa ia mati dalam air!

LAWAK CANDLE LIGHT DINNER

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: kena marah adalah! Api rumah aku dah kena potong lah, lupa nak bayar bil elektrik!

LAWAK "SILA DATANG LAGI"

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"...degil!


ahakz!!! ngeh3x ngeh3x
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
ladyzie
Ahli Familiar
Ahli Familiar
ladyzie

Number of posts : 173
Age : 46
Location : Negeri di bawa bayuuuu....
Registration date : 05/12/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeWed 13 May 2009, 11:52 am

ahakz!!! lawak2...bule ilang2kan tensen kerejo..he.hee
Back to top Go down
fsyukri
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
fsyukri

Number of posts : 6826
Age : 39
Location : Dungun, Terengganu
Registration date : 08/11/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeWed 13 May 2009, 5:02 pm

hahaha..gelak gelak.
Back to top Go down
http://www.sismel.com.my
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeThu 14 May 2009, 1:00 pm

Catatan Harian Isteri dan Suami

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami...jadinya kena selalu berfikiran positif...barulah tercipta rumahku shurgaku!

BUKU HARIAN ISTERI

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,
dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak ada".

Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang.....

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang.....



BUKU HARIAN SUAMI


Hari ini REAL MADRID kalah. SIALLLLL!!!
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeThu 14 May 2009, 1:04 pm

Suami Setuju

Ada sepasang suami isteri tak pernah sependapat dalam banyak hal. Si isteri selalu merungut kepada suaminya disebabkan suaminya tak pernah menyetujui apa juga cadangan yang dibuatnya.

Suatu hari si isteri berkata kepada suaminya..

Isteri: Abang tak pernah ikut kemahuan saya. Semua cadangan saya tak pernah abang setuju.

Suami: Tak semua.. ada juga yang saya setuju.

Isteri: Tidak. Selama kita berkahwin belum pernah lagi abang ikut kemahuan saya

Suami: Tentu ada.. cuma tak kena tempat...

Isteri: Cuba abang cakap apa kemahuan saya yang abang akan ikut.

Suami: Baiklah, katakan ada dua buah bilik untuk menumpang tidur, setiap satu bilik masing-masing ada seorang lelaki dan seorang wanita. Yang mana satu bilik yang awak akan tumpang tidur?

Isteri: Sudah tentulah saya masuk ke bilik yang ada wanita... Tak kan saya masuk bilik yang ada lelaki pulak..

Suami: Haa... saya pun akan masuk bilik yang ada wanita.... Kan saya setuju dengan awak..!!

Isteri: (Nada marah) Dasar lelaki.....!!! Kalau berani buatlah... aku cincang 8 anu' kau..

Suami: Aii.. bila aku setuju awak marah pulak...!!!
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeThu 14 May 2009, 1:17 pm

Alahai menantuku………….


Pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat.

setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. “yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni” “takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat” isterinya berbisik perlahan..

seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir.. seman ikut takbir…lalu pak kasim membaca surah alfatihah.. “bismillahirrahmanirrahim…” seman pun turut membaca bismillah dengan lantang… “bismillahirrahmanirrahim…” aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim.. pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim pelik..

lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. “ish! gila ke menantu aku ni??” pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim.

pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. pak kasim pun terus bertanya kepada seman. “seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?” “ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari..”
Back to top Go down
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeThu 14 May 2009, 5:23 pm

heeeeee...... kalau masuk sini kalau x gelak x sah..hhehe
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeFri 15 May 2009, 2:27 pm

Aiya Cik Siti

(dari filem Ali Baba Bujang Lapok)

Datuk K:
Aiya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak susah sebab sudah tua
Uwang dan ringgit ana tak tak heran
Nanti kawin naik kuda tutup semua jalan

Siti:
Marilah Datuk, oi mari sayang
Ikutlah ana, Datuk jangan bimbang
Mata tak nampak, Siti tunjukkan jalan
Kaki melangkah, oi perlahan-lahan

Datuk K:
Atuk tak nak bimbang Atuk tak nak takut
Tapi ana jalan banyak sangkut-sangkut
Misai hitam lagi banyak gelap
Macam orang Habsyi negeri Arab

Siti:
Oh Datuk sayang, oi jangan susah
Habis kawin wang mas Siti upah
Marilah jalan, Datuk cepatlah cepat
Awas Tuk longkang oi kaki melompat

Datuk, jaga depan ada wartawan

Mana?
Lompat
Haiyaa
Lompat
Haiyaa
Lompat Atuk lompat

Haiyaaaaaa..........
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
lina_nuar
Enterpreneur
Enterpreneur
lina_nuar

Number of posts : 5147
Age : 55
Location : Klang,Port Klang,Shah Alam,Nilai
Registration date : 10/04/2009

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeFri 15 May 2009, 2:36 pm

salam semua..
dahlah saya sakit perut dari pagi tadi.. asik ke toilet jer tapi sempat lagi baca ruangan ni..
sakit perut dok tahan gelak lak... aduiii macam-macam ada...
Back to top Go down
http://www.linanuar2order.portalniaga.com
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeFri 15 May 2009, 2:55 pm

BULAN MADU

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang
sangat disayangi. CT, SERI, MURNI dan SURI.

Suatu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak mereka
serentak. Selepas diijabkabulkan, keempat-empat anaknya
bercadang untuk pergi berbulan madu.

CT berbulan madu ke Pulau Langkawi, SERI ke Pulau Tioman,
MURNI ke Pulau Kapas dan SURI ke Pulau Pangkor.

Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti
jangan lupa hantar berita pada mak dan abah, ceritakan
macam mana bulan madu korang. Tak payah tulis
panjang-panjang, pakai KOD IKLAN aje dah cukup. Ringkas,
padat dan cepat”. Panjang lebar Mak Minah memberi arahan
pada anak-anaknya.

Seminggu kemudian mereka terima surat dari CT yg bertulis
“KFC”. Tercari-carilah kedua suami isteri tu iklan KFC,
bila jumpa tersenyumlah kedua-duanya bila membaca iklan yang
bertulis “HINGGA MENJILAT JARI”. Berbahagialah si CT tu
rupanya kata mereka.

Esoknya terima pula surat SERI yang bertulis “PEPSI”.
Maka mereka pun carilah iklan Pepsi dan tersenyum lagi
keduanya bila membaca iklan yang bertulis “NIKMATNYA
HINGGA KE TITISAN TERAKHIR”. Bahagia juga si SERI
rupanya.

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat MURNI yang
bertulis “STANDARD CHARTERED”. Maka dicarilah iklan
Standard Chartered, sambil tersenyum mereka membaca iklan
tu “BESAR, TEGUH DAN PERAMAH!”.

“Bahagianya si MURNI tu bang,” kata Mak Minah pada Pak
Mat.

Seminggu berlalu tapi masih tiada surat atau perkabaran
dari SURI. 2 minggu, tak ada juga. Pak Mat dan Mak Minah
mula risau dan tertanya-tanya. Masuk minggu ke-3, barulah
mereka menerima surat dari SURI dengan isi kandungannya
yang bertulis “AIR ASIA”. Maka bergegaslah kedua-duanya
mencari iklan penerbangan Air Asia tu, sebab dah tak sabar
nak tahu apa yang berlaku pada anak bongsu mereka.

Tapi, bila dibaca Mak Minah dan Pak Mat terkulat-kulat tak
tau samada nak senyum atau nak nangis.

“Bahagia ke si SURI tu bang?” tanya Mak Minah pd Pak
Mat.

“Ntah…” jawap Pak Mat sambil menerung dan membaca
berkali-kali iklan Air Asia tu.

“APA MOTTO IKLAN TU” tanya Mak Minah lagi.

Dengan selamba dan kuat Pak Mat menjawap “7 KALI SEMINGGU
- 3 JAM SEKALI - NON-STOP!!”
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeFri 15 May 2009, 2:57 pm

Sama jerrrrr...

Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di
Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya
terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang
ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya
tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut
meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa
pasal engkau tumbuk aku ni?"
Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan
di atas pengeboman Pearl Harbor, datuk aku mati pada
masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh!
apa kena mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem
tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina, Burma, Vietnam,
semua sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan
sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru
kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang
padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang
pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic,
moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina
tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa
bodoh..!" jerit sang pengarah lagi.

"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua
sama aje!!!”

hehe...
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeFri 15 May 2009, 2:59 pm

Kenapa Hantu Berambut Panjang?

kita sering melihat dalam tv ,cd internet,atau secara real yang pontianak ni imejnye berambut panjang.pernahkah anda terfikir kenapa pontianak ni rambut panjang.saya yang prihatin akan masalah ini telah menemuramah seekor hantu pontianak akan masalah ini.berikut adalah seasi temu ramah saya


saya: asalamualaikum hantu?

hantu:bodo aku hantu la ..mana bleh jawab salam kang terbakar kang...

saya: oo..sori2..... ni nak tanye ni, kenapa berambut panjang ni

hantu: terima kasih kerana ambil berat tentang saya...sebenarnye awak yang bertanye ni pun dah tak ada soalan lain ke nak tanye? aku kan speasis pontianak..pompuan memang la rambut panjang.lagi satu aku ni jenis keluar tengah malam ,mana ada kedai gunting bukak.kalau bukak pun mau pitam jugak tukang gunting tu...nak suruh hantu lain ,soma bongap cam hantu..ni la delema saya..awak semua ada tak cara masalah nak selesaikan masalah ini. kalau ada tolong yeee...............................
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeFri 15 May 2009, 3:01 pm

Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur
dengan menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang
tua yang duduk disebelahya.

Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada
orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?"
Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada
sesiapapun kan?

Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh
diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja.

Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut.
Diamengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri
tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, Saya hairan
mengapapakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu
menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai
soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra."

Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu.
Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih
mesra?" Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak
gadis dan isetri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun
sama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."
Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Kemudian?"
tanyanya lagi.

"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia
mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah
saya, dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi
rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya.
Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.
Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.

Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan
pertanyaan saya yang pertama?
Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang,
"Masalahnya? SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PONG
TAKDERRR!"
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeFri 15 May 2009, 3:02 pm

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu
bas "Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? " (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau
itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada
pemandu bas itu.
"kenapa awak diam tadi? kesian dia..."

Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau
hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!........"
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya
ejek dia pulak!!!)....
Back to top Go down
jelitaayu
Regular Customer
Regular Customer
jelitaayu

Number of posts : 209
Age : 53
Registration date : 10/10/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeFri 15 May 2009, 5:00 pm

wei..sakit perut aku baca
Back to top Go down
http://katalogshop.blogspot.com    http://zita4771.blogspot.com
fsyukri
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
fsyukri

Number of posts : 6826
Age : 39
Location : Dungun, Terengganu
Registration date : 08/11/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeSat 16 May 2009, 3:05 pm

gelak2...xthn dah..adui
Back to top Go down
http://www.sismel.com.my
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeMon 18 May 2009, 2:44 pm

3 Remaja Bermasalah

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Padd satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...
Back to top Go down
ayuazman
Newbie
Newbie
ayuazman

Number of posts : 61
Age : 49
Location : Penang
Registration date : 07/04/2009

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeMon 18 May 2009, 2:46 pm

ngeh3x ikikik..!
Back to top Go down
http://caelygirl-seriayu.blogspot.com
fsyukri
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
fsyukri

Number of posts : 6826
Age : 39
Location : Dungun, Terengganu
Registration date : 08/11/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeMon 18 May 2009, 5:45 pm

adui....dgn 3 mangkuk tu termasuk tok imam tu same2 xcerdik...adui.
Back to top Go down
http://www.sismel.com.my
orkid
Newbie
Newbie
orkid

Number of posts : 49
Age : 45
Location : Shah Alam
Registration date : 11/05/2009

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeFri 22 May 2009, 10:43 am

hik3...sakit perut gelak
Back to top Go down
http://www.saunaonline.blogspot.com
fsyukri
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
fsyukri

Number of posts : 6826
Age : 39
Location : Dungun, Terengganu
Registration date : 08/11/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeSat 23 May 2009, 12:49 am

mane lg citer?
Back to top Go down
http://www.sismel.com.my
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeMon 01 Jun 2009, 12:22 pm

Alahai menantuku………….

Pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya
yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang
la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau
cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat.

setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya.
setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat
maghrib berjamaah. seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat.
lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. “yang.. camner ni..
abg tak penah solat ni” “takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat”
isterinya berbisik perlahan..

seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim
takbir.. seman ikut takbir…lalu pak kasim membaca surah alfatihah..
“bismillahirrahmanirrahim…” seman pun turut membaca bismillah dengan
lantang… “bismillahirrahmanirrahim…” aisyh! pelik menantu aku ni.
mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati
pak kasim.. pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah.
seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang
budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim pelik..

lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut
berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. “ish!
gila ke menantu aku ni??” pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan
diri dari seman. seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak
kasim.

pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju
ke sawah di tepi rumahnya. seman terus berlari mengejar pak kasim
sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke
dalam sawah padi. seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah
seolah-olah tergelincir. pak kasim pun terus bertanya kepada seman.
“seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?” “ayah.. susah ye nak
solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari..”
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeMon 01 Jun 2009, 12:27 pm

Bilik No.27

Seorang lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan menanyakan kepada penyambut tetamu apakah bilik no. 27 ada pesakitnya.
Penyambut tetamu tersebut lalu memeriksa bilik tersebut, dan segera
kembali menyambung panggilan telefon dan memberitahu lelaki tersebut
bahawa bilik no. 27 itu kosong.

“Bagus sekali!” kata lelaki tersebut.
“Ini bererti aku sudah betul-betul berhasil melarikan diri!”
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeMon 01 Jun 2009, 1:24 pm

Ada juga camni







A taxpayer called up the LHDN (Inland Revenue Board) in
Terengganu, and asked for Form B.


The LHDN clerk who answered the call asked for the address to send the
form to.


The conversation goes:

LHDN CLERK: "Boleh bagi alamat encik?" (Can you give me your address?)

TAXPAYER: "Hantar ke Ranhill Worley." (Send to Ranhill Worley)

LHDN CLERKI: "Ranhill... eja macam mana?" (err... How to spell Ranhill?)

TAXPAYER: "R.. for Rumah... A for Ayam.. N for Nangka... H for Holland ...
I for itik... L for lain-lain...." (Spelling)

LHDN CLERK: "Ok.. nanti kami hantar ke alamat tu" (OK, we will send to
that address...)

After waiting for a week, the form arrived - have a look at
the address on the envelope!!!

[url=https://servimg.com/view/12836144/149]JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Letter10[/url]

dgr kata ini bukan rekaan.. tp benar2 terjadi..
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeMon 01 Jun 2009, 4:57 pm

memo dari seorang boss yang peka terhadap staff

"" Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat
ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara
yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda
contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada
kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau
menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak
simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua,
kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi
tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini
kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara
stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit
sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk
menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:

Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini
kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda
tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di
dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan
tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara
automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka
dan kemera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda
melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja
organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana
anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda
telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail,
chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti
harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3
bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3
bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan
cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen,
aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh
disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih. ""
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
fsyukri
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
fsyukri

Number of posts : 6826
Age : 39
Location : Dungun, Terengganu
Registration date : 08/11/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeTue 02 Jun 2009, 1:10 am

lawak tullll
Back to top Go down
http://www.sismel.com.my
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeTue 02 Jun 2009, 11:19 am

Kembar

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang
rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada
lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak
kembar dua.”“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara
berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu
kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga.
Tahniah!”“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata
lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki
ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar
empat” kata jururawat itu dengan tenang.“Kembar empat! Sungguh saya tak
menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata
lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki
tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,

“Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
fsyukri
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
fsyukri

Number of posts : 6826
Age : 39
Location : Dungun, Terengganu
Registration date : 08/11/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeWed 03 Jun 2009, 2:06 am

hahahahaha...
Back to top Go down
http://www.sismel.com.my
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeWed 03 Jun 2009, 7:18 pm

RAHSIA MENANGKAP IKAN

Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...
so crew TV4 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.

Crew TV4 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"

Nelayan : "Oh, pakcik guna firasat. Pakcik tengok cara isteri
pakcik tidur bila pakcik bangun pagi Kalau dia mengereng ke kiri,.
pakcik tebar jala ke kiri. Kalau dia mengereng ke kanan, pakcik tebar ke kanan."

CrewTV4 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"

Nelayan : "Itu tandanya rezeki depan mata,
pakcik tak turun ke laut pagi tu... "

CrewTV4 : "O, ye ke... "
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitimeWed 03 Jun 2009, 7:20 pm

Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyamar sebagai gay. Wartawan itu dengan senang hati menggayakan pakaian dan cara seorang gay. Setelah seminggu mempelajari tingkahlaku dan gaya seorang gay, akhirnya pada malam minggu itu wartawan itu masuk ke kelab gay tersebut.

Wartawan itu dipasang dengan microphone n camera bersaiz kecil bagi merakam segala aksi dan aktiviti di kelab gay tersebut. Setelah masuk wartawan itu terus menuju ke bar utama dan memesan segelas bir. Dia hanya duduk sambil memerhatikan gelagat-gelagat gay di kelab tersebut. Ada yang menari dan ada yang duduk sambil berpeluk-pelukan sesama lelaki. Wartawan itu merasa geli geleman melihat tingkahlaku mereka.

"Hai...sorang ke bro", tiba-tiba wartawan itu di sapa.

"A'ah, saya tunggu kawan saya. Tak sampai-sampai lagi ni", kata wartawan itu separuh menjerit kerana kebingitan muzik di kelab itu.

Tiba-tiba wartawan itu berasa sakit perut. Rasa seperti ingin kentut sahaja.

"Muzik tengah kuat ni bolehlah aku kentut ni", bisik hati wartawan itu.

Wartawan itu pun melepaskan kentutnya. Satu demi satu. Berturut-turutan. Tiba-tiba muzik rancak itu berhenti kerana DJ nya ingin menukar ke lagu perlahan. Sementara proses pertukaran lagu itu kentut wartawan itu telah di dengari oleh gay-gay yg berhampiran dengan wartawan itu.

"Eh eh... ada dara lagi la kat sini", ujar salah seorang gay di situ sambil memandang wartawan itu.

"A'ah lah.. kat depan kita ada dara", ujar yang lain pula.

Semua gay di situ telah pergi mendapatkan wartawan itu. Semua wajah mereka menunjukkan keghairahan nafsu yang ketara.

"Saya bukan dara lagi la", ujar wartawan itu

"Kalau dah tak dara kenapa kentut. Kuat lak tu. Sempit tuu...", ujar salah seorang gay itu.

Tergamam wartawan itu. Akhirnya dirinya di noda secara bergilir-gilir oleh pengunjung kelab gay itu. Menangis teresak-esak wartawan itu. Akhirnya nikmat kentut sudah tidak akan dapat dirasai lagi sepanjang hidupnya.

Moral kepada lelaki : Jangan berkentut dihadapan GAY. AWAS!
Back to top Go down
Sponsored content




JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Empty
PostSubject: Re: JANGAN GELAK TAU...   JANGAN GELAK TAU... - Page 5 Icon_minitime

Back to top Go down
 

JANGAN GELAK TAU...

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 5 of 8Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Create a forum on Forumotion | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions