|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Tue 11 Nov 2008, 4:46 pm | |
| Antara ha'ah, benar dan betul
Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.
"Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?"
Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah"
Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'.
Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul. Masih dalam kebingungan. . melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya..
"Maaf dik.. tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?"
Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar"
Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'.
Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul. Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya
"Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?"
Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."
Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya. . dia bertanya lagi..
"Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya 'ha'ah'.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya 'benar'. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?"
"Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje... Kalau yang menjawab 'benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana," jawab orang dewasa itu...
"Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti anda seorang sarjana ya?" tanya Pelancong lagi..
Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah" |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Tue 11 Nov 2008, 4:49 pm | |
| Jenis-Jenis Motor
Motor yang paling moden … … MODENas
Motor yang ada hon … … … .. HONda
Motor yang paling best … … . Suzuki Best
Motor yang paling bahaya … .. Hurricane (honda)
Motor untuk ahli sukan … … . Yamaha Sport
Motor yang paling elegen … .. Modenas Elegen
Motor yang paling ego … … .. Yamaha Egos
Motor yang asyik menang jer .. Modenas Jaguh
Motor yang paling tajam … … Modenas Kriss
Motor yang lagi tajam … … .. Modenas Kriss II
Motor untuk menteri … … … . Yamaha Pasola (Ala dlm cite P.Ramlee Laksamana Doremi… … … … .. Menteri Pasola)
Motor untuk VVIP … … … … . Modenas Elit
motor paling tajam -> Blade, bukan kriss
motor paling seronok -> Excite
Motor tak guna pistol -> shogun
Motor paling cute -> Comel
Motor paling berahi -> passion
Motor paling jahat -> Bandit
Motor raksasa -> Ducatti monster
Motor paling best -> suzuki best?
Motor pandai karate -> kawasaki ninja
Motor red indian -> tomahawk
Motor cam terminator -> Eliminator
Motor yg lagi tajam dan ganaz dari Blade / Kriss -> FireBlade
Motor paling kaya -> goldwing
Motor kartun -> Yamaha YZF-600R Thundercat <- polis pakai ke motor ni?
motor yang paling lama … … Yamaha Lagenda
motor yang antivirus … … . Norton (motor lama) - symantec
Motor yang ader kelas … … . EX5 Class
motor yang satu kelas … … . EX5 Class 1
motor yang x stabil … … … Honda wave
Motor yang paling laju di atas air ============> Motobot
Motor yang paling lama boleh bercakap==========> Motorola |
| | | mrs kapcaikokak Regular Customer
Number of posts : 237 Age : 42 Location : ~~ kawasan selatan arr~~~ Registration date : 14/10/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Wed 12 Nov 2008, 8:52 am | |
| Ilmu Hitam Pesanan Dari PDRM
Kebelakangan Ini, Sebahagian Kawasan Di Kuala Lumpur Diresahkan oleh Kejadian Mengerikan Yang Terjadi Hampir Setiap Hari. Diberitakan Ada Seorang Pengamal Ilmu Hitam Yang Berkeliaran Di Daerah-Daerah Di Kuala Lumpur, Sebahagian Besar Selangor Dan Juga Negeri Sembilan.
Sasarannya Adalah Wanita, Tidak Kira Muda Atau Tua Dan Tidak Mengira Paras Rupa. Penjahat Ini Berhasrat Untuk Memperkosa 2000 Wanita Agar Dapat Menyempurnakan Ilmunya. Sampai Ke Saat Ini Sudah Beratus-Ratus Mangsa Yang Berjaya Diperkosanya Dan Kebanyakan Terjadi Di Rumah-Rumah Kediaman Wanita-Wanita Tersebut.
Pihak Polis Tidak Dapat Mengesan Penjenayah Ini Karena Kesaktian Ilmunya. Cara Orang Ini Melakukan Kejahatannya Ialah Dengan Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Nyamuk Kecil, Kemudian Menyusup Ke Kamar Wanita Yang Sedang Tidur, Menjelma Semula Menjadi Manusia Dan Dengan Kejam Dan Ganasnya Memperkosa Mangsanya.
Amat Sukar Bagi Pihak Berkuasa Untuk Menangkap Penjenayah Ini Kerana Setelah Selesai Memperkosa Gadis-Gadis Dia Akan Menjelmakan Semula Dirinya Menjadi Nyamuk Dan Ghaib Dari Tempat Kejadian. Sudah Beratus Ahli Ilmu Kebatinan Dari Segenap Ceruk Rantau Termasuk Dari Indonesia Telah Dibawa Untuk Membantu Pihak Polis Mengesan Dan Mengalahkan Penjenayah ini.
Tetapi Malang Sekali Kerana Ilmu Yang Ada Padanya Cukup Tinggi Dan Tak Termampu Untuk Ditandingi Oleh Sesiapa Dan Hingga Ke Saat Ini Dia Dikatakan Masih Berkeliaran Di Sekitar Lembah Kelang Untuk Mencari Korban Seterusnya Sehingga Berjaya Memenuhi Tuntutan Ilmu Hitamnya Iaitu Harus Memperkosa Sehingga 2000 Orang.
Bagi Wanita Yang Sering Tidur Sendirian, Mengunci Pintu Bilik Dan Lain-Lain Pintu Bukanlah Suatu Tindakan Yang Bijak Kerana Dengan Mengunci Pintu Bilik, Orang Lain Tidak Dapat Memberikan Pertolongan Dengan Segera. Seandainya Perkara Yang Tak Diingini Berlaku Keatas Diri Anda. Sekali Lagi Sampai Ke Saat Ini Belum Ada Yang Mampu Untuk Mengalahkan Ilmu Si Siluman Nyamuk Ini Kecuali Hanya Ada Satu Penangkal Yang Sangat Mujarab Iaitu :
RIDSECT Membunuh Serangga Dengan Berkesan.
Sebab aku dah terkena, terpaksa aku forward kat korang… tak kan marah kut?! |
| | | beefii Regular Customer
Number of posts : 227 Age : 41 Location : JB Registration date : 13/07/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Sat 15 Nov 2008, 3:59 pm | |
| Sepasang suami isteri yg hidup saling sayang menyayangi antara satu sama lain... Setelah 20tahun berumahtangga si suami merasakan ada yg tak kena pd isterinya... Apa yg dikatakan oleh si suami perlu diulang berkali2 barulah si isteri menjawab.... “Isteri aku ni dah mula pekak kot” kata suaminya di dalam hati. Dalam diam2, si suami berjumpa doktor untuk menceritakan masalah yg dihadapinya... Suami : tuan doktor,saya rasa isteri saya dah mula pekak laa Doktor : kalau begitu, bawalah dia ke sini untuk diperiksa Suami : tp doktor, saya takut menyinggung perasaannya kalau saya kata dia pekak Doktor : Encik buat ujian ini di rumah dulu... cuba berdiri lebih kurang 5 meter dari dia & bercakap ketika dia membelakangkan encik. Supaya dia tak dpt membaca pergerakan mulut encik. Kalau tiada jawapan dr isteri, bgtau yg dia ada masalah pendengaran. Lepas tu bawa dtg ke sini.... Dengan semangat berkobar2, si suami pun balik untuk menge’test’ isterinya yg tercinta... Setibanya di rumah, si isteri sedang asyik memasak... Setelah berdiri lebih kurang 5 meter di belakang isteri, si suami pun bertanya manja “yang yang, masak apa hari ni yang?”.... senyap.. tiada jawapan... si suami merapatkan 1 meter kehadapan dan bertanya lagi “yang yang, masak apa hari ni yang?” masih senyap... tiada jawapan.... si suami kehadapan lagi 1m dan bertanya “yang yang, masak apa hari ni yang?”.... pun tiada jawapan... si suami mula risau isterinya betul2 dah pekak.... ditanyanya lagi setelah menganjak 1m kehadapan “yang yang, masak apa hari ni yang?”...... Begitu lah seterusnya sehinggalah si suami berada betul-betul 1m di belakang isterinya.... dia bertanya lagi “yang yang, masak apa hari ni yang?”..... masih tiada reaksi dari si isteri.... Si suami dengan lembut menyapa bahu isterinya dari belakang dan bertanya dgn nada memujuk “yang yang, dari tadi abg tanya masakan ayg.... ayg tak dgr ker?” ....... si isteri berpusing mengadap si suami dan menjawab lembut “ abg, dah 5 kali saya jawab saya masak mee goreng kesukaan abg”... pelik plak rasenyer..doktor ckp dia dgr pulak |
| | | beefii Regular Customer
Number of posts : 227 Age : 41 Location : JB Registration date : 13/07/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Sat 15 Nov 2008, 4:45 pm | |
| MEE BANDUNG
Untuk beberapa tahun, Ahmad telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya,Sutina Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung ...
Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...
Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun
Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti manakala Ahmad akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti.
Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru ...
"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.
"Oh, tak pe ... Ayang bacalah poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Ahmad
Norzalina pun membaca poskad itu kepada Ahmad dan muka Ahmad terus pengsan!!
Poskad itu berbunyi ...
"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!" |
| | | mrs kapcaikokak Regular Customer
Number of posts : 237 Age : 42 Location : ~~ kawasan selatan arr~~~ Registration date : 14/10/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Thu 20 Nov 2008, 9:09 am | |
| |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Fri 21 Nov 2008, 2:59 pm | |
| NAK GELAK GAKKK |
| | | mrs kapcaikokak Regular Customer
Number of posts : 237 Age : 42 Location : ~~ kawasan selatan arr~~~ Registration date : 14/10/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Sat 22 Nov 2008, 1:25 pm | |
| PUKUL BERAPA BUKA?
Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering. "Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya. "Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi. "Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa. "TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi. "Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?". "Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"
MANGGA
Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga. Pembeli: "Bang, berapa harga mangga sekilo?" Peniaga: "RM7!" Pembeli: "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!" Peniaga: "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!" Pembeli: "Kalau tak manis, macam mana bang?" Peniaga: "Kalau tak manis, tak payah bayar!" Pembeli: "Kalau macam tu, beri saya yang tak manis 10 kilo!"
SIAPA BANGANG
Seorang lelaki telefon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab telefon lelaki tersebut. Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!" Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?" Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!" Jururawat: "Pulak... "
RAHSIA MENANGKAP IKAN
Adaseorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut... so crew TV9 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan. Crew TV9 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?" Nelayan : "Oh, pakcik guna firasat. Pakcik tengok cara isteri pakciktidur bila pakcik bangun pagi. Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala ke kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan." CrewTV9 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?" Nelayan : "Itu tandanya rezeki depan mata, pakcik tak turun ke laut pagi tu... " CrewTV9 : "O, ye ke... "
MALUNYA
Seorang wanita muda telah terberanak di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan pakar ilmu jiwa untuk pujukdier keluar. Pakar ilmu jiwa tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terberanak itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." pakar ilmu jiwa itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata pakar ilmu jiwa tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak,uhwaaa.. .. !!!" Pakar ilmu jiwa itu tak tahu nak cakap aper.
|
| | | patzie_girl Super Senior
Number of posts : 767 Age : 43 Location : keramat wangsa Registration date : 09/08/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Sat 22 Nov 2008, 3:47 pm | |
| |
| | | patzie_girl Super Senior
Number of posts : 767 Age : 43 Location : keramat wangsa Registration date : 09/08/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Sat 22 Nov 2008, 4:19 pm | |
| Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" ,
anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari.
Ini adalah contoh daripada seorang hamba Allah yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang programmer setiap hari..
Suami: (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."
Isteri: Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami: Bad command or filename.
Isteri: Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami: Errorneous syntax. Abort?
Isteri: Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami: Variable not found...
Isteri: Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami: Sharing Violation. Access denied...
Isteri: Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami: Too many parameters.. .
Isteri: Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami: Data type mismatch.
Isteri: Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami: It's by Default.
Isteri: Macamana pula dengan gaji abang?
Suami: File in use ... Try later.
Isteri: Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai isteri?
Suami: Unknown Virus. |
| | | beefii Regular Customer
Number of posts : 227 Age : 41 Location : JB Registration date : 13/07/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Sat 22 Nov 2008, 4:43 pm | |
| jahat tau...virus lak katenyer....hehe |
| | | candlesmania Enterpreneur
Number of posts : 454 Age : 37 Location : BBB Registration date : 04/07/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Sun 21 Dec 2008, 12:15 am | |
| Kisah kali ini
Tertinggal Sesuatu.
Satu ketika dulu sebuah kerajaan di timur tengah telah merangka untuk membuat satu projek yang menyerupa NASA, meneroka ilmu di bidang angkasa lepas. Selepas berjaya mencipta kapal angkasa sendiri, mereka merancang untuk menghantar tiga orang angkasawan di bidang tertentu selama 4 tahun untuk membuat kajian di angkasa lepas. Bidang yang di pilih adalah bidang bayi tabung uji, ilmu cakerawala dan ilmu kesihatan yang membabitkan rokok.
Maka dipilihlah tiga orang yang paling berkalibar untuk memikul tanggung jawap tersebut. Pertama seorang doktor perempuan yang memang terkenal pakar dalam bidang percantuman bayi tabung uji. Dia berjanji walau pun dia seorang diri mengkaji bidang tersebut, sekembalinya nanti selepas 4 tahun, dia akan membawa pulang sekurang kurangnya sepuluh bayi sihat ke bumi.
Kedua, seorang Prof. Didalam bidang cakerawala, dia berjanji, selepas empat tahun nanti, dia akan memberi penyelesaian bagaimana manusia boleh hidup di planet lain.
Ketiga, seorang penggila rokok, dia dipilih kerana terlalu kuat ketagih menghisap rokok, dia hisap empat kotak 20 batang rokok sehari. Dia berjanji sekembalinya nanti selepas empat tahun, dia kan menghasilkan satu rokok yang akan memberi kepuasan kepada semua penghisap rokok.
Maka sampailah hari yang dinantikan, hari pelancaran dan penghantaran mereka bertiga keangkasa lepas. Maka beribu-ribu orang menghadiri upacara penghantaran tersebut di tapak pelancaran kapal angkasa itu.
Doktor perempuan tadi pergi sambil membawa beratus ratus tabung uji untuk dibuat penyelidikan di angkasa. Si Prof pula membawa beratus-ratus buku dan peralatan untuk tujuan penyelidikannya, manakala si penggila rokok membawa 24 almari yang penuh dengan rokok yang mengandungi 18 jenama rokok berlainan jenis, kesemuanya ditaja oleh syarikat-syarikat rokok dunia. Sangat seronok dia, maklumlah rokok free, sapa tak mahu oi. Mereka pun disorakkan bagai raja semasa pemergiannya. Selang beberapa jam ruang angkasa dipenuhi asap tebal dan bunyi bising tanda pemergian mereka membawa misi besar negara mereka dan rakyat untuk masa depan.
Masa berlalu, orang ramai semakin hari semakin lupa tentang mereka dan akhirnya sampailah masa yang berlalu selama empat tahun. Negara dikejutkan dengan kepulangan mereka pada tarikh tertentu. Maka berduyun-duyunlah manusia berkumpul menantikan kepulangan mereka sebagai wira negara. TV1 hinggalah TV30 berkumpul untuk menemuramah mereka. Tiba-tiba angkasa lepas bergema, kelihatan dari jauh sebuah kapal angkasa menghampiri bumi, sedikit demi sedikit kapal itu kelihatan membesar, menandakan ia semakin hampir. Apabila ia mendarat semakin riuh orang ramai bertepuk tangan. Bila kapal itu berhenti, semakin tidak sabar melihat wajah hero mereka.
Pintu kapal terbuka, doktor perempuan turun mendahului yang lain, terbeliak semua mata yang ada, dia turun bersama 10 kanak-kanak yang kelihatan begitu gembira. Bila kakinya menjejaki lantai lapangan terbang tersebut, wartawan menyerbunya dan bertalu-talu soalan diajukan. Dengan penuh yakin dia menjawap kesemua soalan tersebut. Kedua, muncul Prof. Cakerawala, dia juga diserbu dan diajukan beribu soalan oleh wartawan, tapi dengan penuh yakin dia menjawap kesemua soalan tersebut. Selepas selesai keduanya, semua wartawan dan orang ramai, terutamanya penghisap rokok, tertumpu pada orang ketiga, si Penggila Rokok. Tunggu punya tunggu akhirnya keluarlah Penggila Rokok tersebut, maka bergemuruhlah orang ramai bertepuk, wartawan tanpa berlengah lagi menyerbu ketangga kapal angkasa untuk menemurahnya. Tetapi sesuatu yang agak pelik telah berlaku, si Penggila Rokok bergegas turun, tanpa menghiraukan wartawan yang menyerbunya, dia menolak mereka ke tepi, dengan wajah yang sangat marah, dia bukannya menuruni tangga pesawat tersebut, tapi terjun kebawah sambil menjerit “ Pinjamkan aku lighter!! Aku terlupa bawak lighter, aku nak hisap rokok, empat tahun aku tak hisap rokoooooooooook!!!!!!”… …… … … … .. |
| | | fsyukri Ahli Lagenda
Number of posts : 6826 Age : 39 Location : Dungun, Terengganu Registration date : 08/11/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Mon 22 Dec 2008, 9:26 pm | |
| hahahaha...xtahan betul dengan citer2 kat dalam ni. |
| | | halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Sun 28 Dec 2008, 9:38 am | |
| |
| | | fsyukri Ahli Lagenda
Number of posts : 6826 Age : 39 Location : Dungun, Terengganu Registration date : 08/11/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Mon 29 Dec 2008, 3:54 am | |
| |
| | | halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Mon 29 Dec 2008, 11:19 am | |
| ngak ade yg sudi bagi ke citer baru? |
| | | fsyukri Ahli Lagenda
Number of posts : 6826 Age : 39 Location : Dungun, Terengganu Registration date : 08/11/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Mon 29 Dec 2008, 6:50 pm | |
| - halytobe wrote:
- ngak ade yg sudi bagi ke citer baru?
org lain tgh bz kutip citer kot. |
| | | candlesmania Enterpreneur
Number of posts : 454 Age : 37 Location : BBB Registration date : 04/07/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Wed 31 Dec 2008, 7:00 am | |
| Sakit Seluruh Badan
Ketika waktu rehat, seorang doktor dikejutkan oleh seseorang wanita yang menangis tersedu-sedu sambil berkata "Doktor saya kesakitan, saya tidak mau mati lagi, Doktor".
Disebabkan rasa kasihan, doktor tersebut kembali ke pejabatnya semula dan berkata " Ada apa? cuba ceritakan masalah awak dengan terperinci!"
Lalu dengan tersedu-sedu pesakit wanita itu berkata, "Doktor, jika saya menyentuh mana-mana bahagian tubuh saya, saya akan merasa sakit. Lihat ini doktor!"
Kemudian wanita itu menyentuh bahagian dadanya dengan tangannya, lalu menjerit kesakitan, dia menyentuh pula bahagian kepalanya, kemudian ia menjerit kesakitan lagi, dia terus menjerit kesakitan apabila menyentuh bahagian anggota tubuh yang lain dengan tangannya.
Pesakit itu berkata " Lihatkan Doktor, hampir seluruh badan saya kesakitan, adakah saya akan mati doktor?"
Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata, “Biar saya pereksa dahulu penyakit apa yang awak hidapi”.
Selang beberapa minit, doktor pun berkata, “Saya dah jumpa penyakit awak, jari tangan awak sebenarnya yang patah" |
| | | fsyukri Ahli Lagenda
Number of posts : 6826 Age : 39 Location : Dungun, Terengganu Registration date : 08/11/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Wed 31 Dec 2008, 10:12 am | |
| - candlesmania wrote:
- Sakit Seluruh Badan
Ketika waktu rehat, seorang doktor dikejutkan oleh seseorang wanita yang menangis tersedu-sedu sambil berkata "Doktor saya kesakitan, saya tidak mau mati lagi, Doktor".
Disebabkan rasa kasihan, doktor tersebut kembali ke pejabatnya semula dan berkata " Ada apa? cuba ceritakan masalah awak dengan terperinci!"
Lalu dengan tersedu-sedu pesakit wanita itu berkata, "Doktor, jika saya menyentuh mana-mana bahagian tubuh saya, saya akan merasa sakit. Lihat ini doktor!"
Kemudian wanita itu menyentuh bahagian dadanya dengan tangannya, lalu menjerit kesakitan, dia menyentuh pula bahagian kepalanya, kemudian ia menjerit kesakitan lagi, dia terus menjerit kesakitan apabila menyentuh bahagian anggota tubuh yang lain dengan tangannya.
Pesakit itu berkata " Lihatkan Doktor, hampir seluruh badan saya kesakitan, adakah saya akan mati doktor?"
Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata, “Biar saya pereksa dahulu penyakit apa yang awak hidapi”.
Selang beberapa minit, doktor pun berkata, “Saya dah jumpa penyakit awak, jari tangan awak sebenarnya yang patah" hahahahahaha |
| | | najz Enterpreneur
Number of posts : 866 Age : 53 Location : selangor Registration date : 20/05/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Thu 01 Jan 2009, 12:15 am | |
| kelakar betul |
| | | ninarahim Enterpreneur
Number of posts : 2991 Age : 57 Location : Alor Star Registration date : 25/05/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Thu 01 Jan 2009, 12:31 am | |
| Hye Najz..tak de citer terbaru ka? |
| | | najz Enterpreneur
Number of posts : 866 Age : 53 Location : selangor Registration date : 20/05/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Thu 01 Jan 2009, 12:41 am | |
| - ninarahim wrote:
- Hye Najz..tak de citer terbaru ka?
tak ada lah kak nina...yang terbaru...hari tu kain yang beli dari akak tu najz tergosok dengan temperature panas sangat..terkoyak sikit..punyalah sakit hati..silap sendiri.. |
| | | fsyukri Ahli Lagenda
Number of posts : 6826 Age : 39 Location : Dungun, Terengganu Registration date : 08/11/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Thu 01 Jan 2009, 1:12 am | |
| - najz wrote:
- ninarahim wrote:
- Hye Najz..tak de citer terbaru ka?
tak ada lah kak nina...yang terbaru...hari tu kain yang beli dari akak tu najz tergosok dengan temperature panas sangat..terkoyak sikit..punyalah sakit hati..silap sendiri.. erk..belilah lagi yg lain. |
| | | najz Enterpreneur
Number of posts : 866 Age : 53 Location : selangor Registration date : 20/05/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Thu 01 Jan 2009, 1:25 am | |
| - fsyukri wrote:
- najz wrote:
- ninarahim wrote:
- Hye Najz..tak de citer terbaru ka?
tak ada lah kak nina...yang terbaru...hari tu kain yang beli dari akak tu najz tergosok dengan temperature panas sangat..terkoyak sikit..punyalah sakit hati..silap sendiri.. erk..belilah lagi yg lain. fsyukri belanja kak najz..boleh |
| | | fsyukri Ahli Lagenda
Number of posts : 6826 Age : 39 Location : Dungun, Terengganu Registration date : 08/11/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Thu 01 Jan 2009, 8:58 am | |
| - najz wrote:
- fsyukri wrote:
- najz wrote:
- ninarahim wrote:
- Hye Najz..tak de citer terbaru ka?
tak ada lah kak nina...yang terbaru...hari tu kain yang beli dari akak tu najz tergosok dengan temperature panas sangat..terkoyak sikit..punyalah sakit hati..silap sendiri.. erk..belilah lagi yg lain.
fsyukri belanja kak najz..boleh bules aje..no hallah.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Thu 01 Jan 2009, 9:20 am | |
| KISAH SEORANG PANGLIMA
Tahun 1441- Sebelum memulakanperjalanan menuju ke medan perang, seorang panglima menemui rakan yg cukup dipercayainya.
PANGLIMA: Simpan anak kunci ini! Jika aku tak kembali, kau bukakanlah cawat besi isteri ku. Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg disukainya.
RAKAN : Baiklah sahabat ku.
Menjelang petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat di sebuah lembah, kelihatan di kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu. Setelah hampir, barulah panglima mengenalinya - dia ialah rakan yg cukup dipercayainya itu.
RAKAN : Maaf… panglima bagi kunci yg salah!! (Hhmmh hampeh, dah cuba buka dulu rupanya! hehe) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Thu 01 Jan 2009, 9:22 am | |
| NENEK TUASeorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan- rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Thu 01 Jan 2009, 9:24 am | |
| LAWAK BUDI BAHASA LRT
Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak.
Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda.
Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”.
Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.
Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut.
Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.”
Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Thu 01 Jan 2009, 9:25 am | |
| Salah Faham
Ada dua org anak kembar. namanya tam dan toni.mereka sudah dewasa dan telah beristeri.
Tam mempunyai sebuah perahu yg sangat usang.Kebetulan suatu hari isteri Toni meninggal ketika menaiki perahu Tam.
Beberapa hari kemudian seorang wanita tua berjumpatam, dan secara tidak sengaja menyangkanya Toni yg barukehilangan isterinya.
Wanita itu berkata kpd Tam ” saya turut bersedih atas kehilangan yg anda rasakan.Tentu anda merasa sedih.
“Tam yg menyangka bahawa wanita itu bercakap tentang perahu menjawab, “tak apalah, sebenarnya memang dah lama saya ingin membuangnya… ..dah tua,lagipun memang tak berapa menarik sejak pertama kali melihatnya.
Bahagian bawahnya sudah lapok dan berbau busuk. Bahagian buntutnya dah teruk , lubang bahagian depannya pun dah sangat lebar.
Setiap kali aku menggunakannya, lubangnya bertambah besar dan bocor. ” saya rasa yg paling merosakkanya ialah semasa saya meminjamkannya kepada 4 org kawan.
Saya sudah ingatkan kawan2 keadaannya sudah tidak berapa baik.
Tapi mereka masih juga mahu menggunakannya. Mereka berempat cuba masuk ke ke dalam serentak dan akhirnya ia terbelah ditengah2. Mendengar kata2 itu wanita tua itupun pengsan… .. huhuhu… |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Thu 01 Jan 2009, 9:26 am | |
| Jin Cerek Ajaib
Seorang pemuda yang sedang terdesak di padang pasir yang panas terik, menginginkan sebuah rumah untuknya berteduh. Tetiba lak terjumper satu cerek, (lampu ajaib la konon). Nak dijadikan cerita, bermula la dialog antara dua makhluk tuh.
pemuda 2 pun gosok la cerek 2… (tetiba kuar asap bekepul2 dari cerek tuh)
JIN:ei!! ape gosok2 nih!! geli taw!! pemuda : ek’eleh..kan slalu cengitu. jin : aku jin beriman lar.kasi la salam Pemuda : assalamualaikum jin jin : walaikumsalam.ha mcmtu la.So,ko nak aper nih?cepat sket,aku tgh main psp ni Pemuda : aku nak sebuah rumah. JIN : Hampeh ko! aku pun tinggal kat dalam cerek,ko senang2 je nak mintak rumah.tendang kang,padan muke ngko. |
| | | fsyukri Ahli Lagenda
Number of posts : 6826 Age : 39 Location : Dungun, Terengganu Registration date : 08/11/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Fri 02 Jan 2009, 12:56 am | |
| kah kah kah... tp lawak betul yang psl nenek tu. |
| | | candlesmania Enterpreneur
Number of posts : 454 Age : 37 Location : BBB Registration date : 04/07/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Fri 02 Jan 2009, 1:54 am | |
| |
| | | fsyukri Ahli Lagenda
Number of posts : 6826 Age : 39 Location : Dungun, Terengganu Registration date : 08/11/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Fri 02 Jan 2009, 3:14 pm | |
| |
| | | candlesmania Enterpreneur
Number of posts : 454 Age : 37 Location : BBB Registration date : 04/07/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Fri 02 Jan 2009, 7:31 pm | |
| kalau x bebal,maybe jin spesis kedekut kot... |
| | | fsyukri Ahli Lagenda
Number of posts : 6826 Age : 39 Location : Dungun, Terengganu Registration date : 08/11/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Fri 02 Jan 2009, 8:31 pm | |
| - candlesmania wrote:
- kalau x bebal,maybe jin spesis kedekut kot...
jin kedekut ilmu. |
| | | candlesmania Enterpreneur
Number of posts : 454 Age : 37 Location : BBB Registration date : 04/07/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Sat 03 Jan 2009, 3:56 pm | |
| Wasiat untuk Si Bedol
Seperti biasa Si Bedol sedang duduk disisi katil menemani neneknya yang sakit tenat di wad hospital. Bedol menjaga siang malam, makan dan minum neneknya itu. Sangat sayang si Bedol padanya. Ianya terpaksa dilakukan kerana badan neneknya penuh dengan tiub bantuan makanan, tiub bantuan oksigen, wire itu lah, wire inilah, Bedul sendiri pun tak tahu, kalau nak buang air besar terpaksalah Bedol memapah neneknya bersama wire dan tiub tersebut ke bilik air.
Pada suatu hari keadaan sakit neneknya bertambah teruk, tangannya menggenggam tangan Bedol semakin kuat, ingin bercakap tak boleh pasal dalam mulut pun penuh tiub bantuan oksigen. Mata neneknya memandang tepat pada si Bedol bagaikan ada sesuatu yang ingin diucapkan, tapi suara tidak terkeluar. Bedol pun panik tak tahu apa perlu dibuat, nak panggil doktor hari dah jauh malam, nurse pun dah tidur. Bedol hanya mampu berserah pada takdir. Neneknya terus memandang Bedol dengan penuh kasih dan mulutnya seperti ingin menyampaikan suatu wasiat yang penting, mungkin ingin mengucapkan terima kasih pada Bedol yang bertungkus lumus selama ini menjaganya siang dan malam. Dialah satu satunya cucu yang terbaik yang ada, mungkin didalam dunia ini. Bedollah pemberi semangat, Bedollah cucu yang soleh, Bedollah yang terbaik. Tiba-tiba neneknya mencapai pen dan kertas yang terletak disebelah katilnya. Dia menulis sesuatu, mungkin wasiat yang terakhir untuk cucu tersayang. Dalam keadaan yang sangat payah berjaya juga si nenek menulis wasiat tersebut, tetapi malang sekali tatkala habis saja si nenek menulis wasiat untuk cucu tersayang, dia pun meninggal dunia. Tanpa sempat membaca wasiat tersebut, si Bedol menangis dan meraung dimalam hari tersebut kerana terlalu sedih kehilangan neneknya itu. Sehingga terpaksa ditenteramkan oleh nurse-nurse yang bertugas.
Setelah setelesai pengkebumian Bedol masih menangis tersedu sedan sambil memeluk batu nisan neneknya itu diperkuburan. Setelah seminggu pemergian neneknya barulah Bedol berhenti menangis, tetapi dia masih sugul lagi. Selang beberapa minggu baru Bedol teringat wasiat peninggalan neneknya itu. Bedol bergegas lari ke rumah, mencari di merata tempat, dan akhirnya wasiat itu terjumpa juga dibawah almari di dalam biliknya. Bedol membaca dengan penuh rindu, dia teringat akan neneknya yang dicintai itu. Tetapi bila Bedol membacanya, matanya bagai mahu terkeluar, kerana wasiat itu tertulis, “Bertuah punya cucu, hoi Bedol, kenapa kau pijak nenek punya tiub oksigen, macamana nenek nak nafas bodoh, matilah akuuu”
|
| | | ninarahim Enterpreneur
Number of posts : 2991 Age : 57 Location : Alor Star Registration date : 25/05/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Sat 03 Jan 2009, 5:30 pm | |
| Hihiihiiiii....... |
| | | fsyukri Ahli Lagenda
Number of posts : 6826 Age : 39 Location : Dungun, Terengganu Registration date : 08/11/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Sat 03 Jan 2009, 5:37 pm | |
| oloh, kesiannye nenek die. |
| | | candlesmania Enterpreneur
Number of posts : 454 Age : 37 Location : BBB Registration date : 04/07/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Mon 05 Jan 2009, 7:55 am | |
| Hakim dan Pengembala
Pada suatu hari ada seorang pengembala kambing telah dipanggil ke mahkamah sebagai saksi satu kejadian pembunuhan. Hakim pun memanggil pengembala tersebut berdiri di kandang saksi dan mula bertanyakan soalan-soalan tertentu kepadanya.
Hakim: Wahai Pemgembala Kambing, siapa yang bagi makan kambing kamu?
Pengembala: eeeerrrrr…..Yang hitam ke yang putih tuan hakim?
Hakim: Yang putih?
Pengembala: Saya yang bagi makan tuan hakim.
Hakim: Yang hitam?
Pengembala: Saya juga yang bagi makan tuan hakim.
Hakim: Siapa yang perah susu kambing kamu?
Pengembala: eeerrrr….Yang putih ke yang hitam tuan hakim?
Hakim: Yang putih?
Pengembala: Saya yang perah tuan hakim.
Hakim: Yang hitam?
Pengembala: Saya juga yang perah tuan hakim.
Hakim: ????????
Hakim: Siapa yang sembelih kambing kamu?
Pengembala: Yang putih ke yang hitam tuan hakim?
Hakim (dengan meninggi suara): Saya peduli apa yang putih ke yang hitam, kerana dua dua jawapan kamu sama jugak.
Pengembala (juga dengan meninggi suara): Memang saya kena tanya yang putih ke yang hitam tuan hakim, sebab yang putih tu kambing saya, itu pun tak faham ke!
Hakim: Habis yang hitam tu sapa punya?
Pengembala: Yang hitam tu pun saya punya jugak tuan hakim, he he he, sorry.
Hakim: @#%$&*^!@#+(^%#??????X |
| | | Raine Ahli Familiar
Number of posts : 82 Age : 50 Registration date : 27/11/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Mon 05 Jan 2009, 8:07 am | |
| Hihiii...kalau Rainn jadik Hakim tu.......mmg kena lepuk mamat pengembala tu....buang masa jer.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Mon 05 Jan 2009, 9:45 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Mon 05 Jan 2009, 11:07 am | |
| Cara Jawab Telefon Yang Betul
“Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah… dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).
1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please? Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
2. Soalan: haloo, siapa disana? Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..
3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak? Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323? Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
5. Soalan: haloo, mak ade rumah? Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
6. Soalan: haloo timah, buat ape tu? Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..
7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti? Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kacih.
8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye. Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
9. Soalan: halloo…… Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?
10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya… Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412? Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.
12. Soalan: assalammualaikum… Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Mon 05 Jan 2009, 11:08 am | |
| MALAS KE SEKOLAH
Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.
Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!
Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH!! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Mon 05 Jan 2009, 11:09 am | |
| Pesakit Jiwa Yang Resah
Seorang pesakit jiwa mengadu kepada doktor psikiatri mengenai teman sebiliknya. “Saya sudah tidak tahan lagi, doktor” “Kenapa?”, tanya doktor dengan ramah. “Begini doktor. Teman sebilik saya menganggap dirinya adalah seekor anjing” “Oh ya? Adakah dia menyalak?” “Kalau dia menyalak tak jadi masalah. Masalahnya saya adalah sebatang pohon. Jadi sebentar-sebentar dikencinginya” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Mon 05 Jan 2009, 11:11 am | |
| KERETAMU KERETA KU JUA
Satu malam tu, kawan perempuan ini, dia baru sahaja balik dari party, tak tahu berapa gelas dia minum tapi memang dia betul-betul mabuk.
Semasa dalam perjalanan balik, dia ditahan oleh polis dan diminta lesen memandu.
Pada masa itu, tiba-tiba berlaku satu kemalangan di seberang jalan, agak major jugalah kemalangan itu jadi polis pun bergegas ke tempat kejadian kemalangan.
Perempuan ini pula dah takut dan tak tahu nak buat macam mana, lalu dia pun lari balik ke kereta dan menuju terus ke rumah di Klang.
Pada keesokan pagi, polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, “AWAK PERGI MANA SEMALAM?”
Perempuan ini pula jawab, “TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.”
Polis itu tanya sekali lagi, “BETUL KER???”
Perempuan ini jawab, “BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK PERGI MANA2, TANYALAH DENGAN HOUSEMATE SAYA.”
Polis itu pun kata, “YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR SEKEJAP”
Lepas itu polis itu tunjuk, “HA!!! ITU KERETA SIAPA??”
Perempuan itu macam nak pengsan sebab dia dah terbawa kereta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat kereta dia sebab warna sama - warna putih (wira).
Cuma kereta dia tak ada sticker polis kat tepi pintu. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun. …kuikuikui |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Mon 05 Jan 2009, 11:12 am | |
| Tips untuk mengurangkan kegemukan
TIP UNTUK MENGURANGKAN KEGEMUKAN
seorang wanita yang sangat gemuk pergi berjumpa doktor
wanita : doktor,apekah ubat yang boleh membuatkan saya kurus?
doktor : ooo…kamu x perlu makan ubat pn..cukup geleng2 kepala jer..
wanita : bile saya perlu geleng kepala? pagi, ptg, siang @ malam?
doktor : cukup la mase org bagi kamu makan jer kamu geleng…. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Mon 05 Jan 2009, 11:14 am | |
| Jangan tipu budak kecik!!!…
Seorang pemuda hensome yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya.
Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata,
“Abang, apa abang tutup dengan buku tu?” tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku. Kerana malu, pemuda itu menjawab,
“Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor burung pipit?” Seekor burung pipit?” tanya gadis itu kebingungan.
Betul, hanya seekor burung pipit,” jawab pemuda lebih tegas. Setelah
gadis kecil itu pergi berlalu, si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur.
Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat sangat.
Seorang polis menanyainya,
“Apa yang terjadi?” “Saya tidak tahu. Saya sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di sini. Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya,
“Apa yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?”
Gadis kecil itu menjawab,
“Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar sarangnya!”
nota : jgn cuba temberang budak kecik.. susah nanti… ekekekekek |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Mon 05 Jan 2009, 11:15 am | |
| Ulat Gonggok
Ada seorang budak sekolah darjah 5 ,memberi teka - teki kepada cikgu bahasa melayunya.
Pelajar: Cikgu pandai tak?
cikgu : mestilah pandai, kalau tak, tak jadi cikgu..
pelajar: emm kolo cikgu pandai, cikgu jawap teka - teki ni,
Cikgu : ha, ape dia?
Pelajar : ulat gonggok berapa kaki?
Cikgu : emmm Kolo mengikut kajian 100 kaki. betul?
Pelajar : salah
Cikgu : 99
pelajar : salah!
Cikgu : emm da tu berapa kaki,
Pelajar : cikgu kan pandai, kalau tak mcm mana leh jadi cikgu..
pelajar itu mengenakan cikgunya, lalu cikgunya terdiam.. dan akhirnya dia menyerah..
Cikgu : ok kalau semua salah, apa jawapannya.?
Pelajar : jawapannya, tak sampai satu kaki pun, sebab ulat gonggok pendek je.. hehehe |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Mon 05 Jan 2009, 11:17 am | |
| Pakcik dan Motor
Di sebuah bengkel membaiki motosikal milik Ah Seng.
Pak Cik : Ah Seng, hang tolong tengok motor aku. Aku baru beli bulan lepas, dah mula rosak. Ah Seng : Aiyaa…Ini balu punya motosikal, sudah kasi losak ka. Pak Cik : Ya la, Ah Seng. Talak guna punya tawkeh kedai jual motor. Dia bikin tipu la Ah Seng. Ah Seng : Kenapa lu kata itu macam? Pak Cik : Ini motor ada EMPAT gear, baru satu bulan aku guna GEAR SATU dan rosak. Ah Seng : Kenapa lu guna satu gear sahaja. Pak Cik : Hang pun nak tipu aku jugak ke… Kalau guna semua gear nanti semua gear akan rosak. Jadi aku guna satu je gear sebulan … Ah Seng : Guna satu gear saja satu bulan ka … Pak Cik : Ya la … pergi baiki gear satu dulu. Gear dua aku nak guna tahun depan.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... Mon 05 Jan 2009, 11:19 am | |
| Kahwin
Awal Perkahwinan Isteri : “Jom kita pergi shopping” Suami : “Jom..dari duduk rumah, bosan plak..” Pertengahan Perkahwinan Isteri : “Jom kita pergi shopping” Suami : “Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik lrt ke..drive ke..teksi ke..”
Penghujung perkahwinan Isteri : “Jom kita pergi shopping” Suami : “apa shopping moping..?..aku kompang kang….”
***
Awal Perkahwinan Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..” Suami : “OK..no problem..” Pertengahan Perkahwinan Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..” Suami : “Awak tak boleh masak ke ?” Penghujung perkahwinan Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..” Suami : “awak nikah je lah ngan mamak kedai tu…”
***
Awal Perkahwinan Isteri : “Ayang mengandung..” Suami : “Abang tak sabar nak lihat anak kita..” Pertengahan Perkahwinan Isteri : “Abang tolong buat susu anak..” Suami : “Abang mengantuk laa..ayang buat laaa..” Penghujung perkahwinan Isteri : “Cuba awak tegur anak tu sikit..” Suami : “Haiii..anak awak..memang ikut mak…gerenti bengong nyer…”
***
Awal Perkahwinan Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..” Suami : “OK..no problem..” Pertengahan Perkahwinan Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..” Suami : “Saya penat, awak ajelahh yang buat..” Penghujung perkahwinan Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..” Suami : ” apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer…saya nak kuar ngan maid kita yg baru ni….”..
***
Awal Perkahwinan Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?” Suami : “Apa yang ayang inginkan..” Pertengahan Perkahwinan Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?” Suami : “Setiap tahun saya berikan…tak cukup lagi ke ?” Penghujung perkahwinan Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?” Suami : “kompang nak ?”…
***
Awal Perkahwinan Isteri : “Ayang tak pandai masak..” Suami : “takpe, biar abang masak..” Pertengahan Perkahwinan Isteri : “Ayang tak pandai masak..” Suami : “masak jer la apa2 jer..” Penghujung perkahwinan Isteri : “Ayang tak pandai masak..” Suami : ” bakar je lar dapur tu…”… |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: JANGAN GELAK TAU... | |
| |
| | | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 2 of 8 | Go to page : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |