| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
|
|
Author | Message |
---|
eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 3:43 pm | |
| weii hilang la boring aku.. tgok mcm2 gosip yg hang dapt.. yg aku xtahu.. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 3:44 pm | |
| - eira ariyana wrote:
- sally..
syoknya beti yg hang sebar kan ni.
lagi.. lagi sally.. WEIII...hang sonok ker??? sat sat aku dk cari bahan ni..... aku nk bg citer GEMPAK plak.. |
|
| |
eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 3:46 pm | |
| sonok arr hilang ckit boring ni..weii sally aku rasa hang ni ntah2 mmg wartawan.hahaha mcm2 cite hang ade cepat na sampai.. |
|
| |
meliza_manis Regular Customer
Number of posts : 273 Age : 44 Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur Registration date : 17/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 3:48 pm | |
| suami si anita ni..iza tgk dlm iklan kejap itam kejam cerah..kejap gemuk kejap kurus huhuhuhuh.......kat sn ensem la pulak...
Last edited by meliza_manis on Thu 06 Nov 2008, 4:03 pm; edited 1 time in total |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| |
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 3:52 pm | |
| GOSSIP: NORANIZA IDRIS BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG LAGI?? Akhir-akhir ini gossip yang keluar di’sana pasti akan disertakan nama tanpa perlu peminat meneka-neka dengan sakit kepala. Cerita terbaru adalah berkaitan Ratu Irama Tradisional Malaysia, Noraniza Idris. Al-kisahnya, kawan kepada penulis di JomStar ini melaporkan yang Noraniza Idris sedang asyik masyuk dilamun cinta bersama suami orang. Akan tetapi, apabila ditanya seperti biasa jawapan standard akan keluar bahawa lelaki tersebut hanyalah rakan kongsi perniagaan. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| |
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 4:00 pm | |
| GAMBAR SEKSI FARHAN |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 4:03 pm | |
| KRIS DAYANTIhampir tidak mengenali Krisdayanti apabila melihat gambarnya 10 tahun dahulu.. |
|
| |
xyz Newbie
Number of posts : 23 Age : 42 Registration date : 26/10/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 4:08 pm | |
| [b]salam....semua alahaiii..syok nye msk cni... bleh tau seme citer rtis tu..fuyoooo sally... ... anway i like it... |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 4:08 pm | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 4:09 pm | |
| |
|
| |
cik sara Super Senior
Number of posts : 622 Age : 39 Location : pucHoNg Registration date : 02/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 4:15 pm | |
| kurus pahala pose sunat ku..hehe.. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 4:16 pm | |
| Azharina bahagia hidup menjanda! Status janda yang dipegang penyanyi Elergi Sepi, Azharina Azhar, 23, atau lebih mesra disapa Nina tidak menghalangnya untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Malah bagi penyanyi kelahiran negeri di bawah bayu ini, dia kini semakin tenang dan gembira dengan kehidupan barunya yang kembali ‘single’ itu. Sungguhpun jodohnya dengan bekas suaminya, Datuk Syukri Mohamad yang merupakan seorang peguam dan ahli perniagaan itu tidak panjang namun ia bukanlah petanda berakhirnya hubungan mereka kerana hubungan mereka semakin akrab berbanding ketika berkahwin dulu. “Mungkin inilah yang terbaik untuk kami berdua. Walaupun kami sudah bercerai, tapi hubungan kami masih baik hingga ke hari ini. Secara jujurnya, saya masih sayang dan cintakan dia, tapi sayangnya kami tak ada jodoh untuk duduk sebagai suami isteri. Perkara ini sukar untuk dihuraikan, tapi apa yang boleh saya katakan, kami hanya serasi sebagai rakan baik dan sebagai rakan kongsi perniagaan sahaja. “Sampai sekarang kami masih cinta dan ambil berat antara satu sama lain. Setiap kali saya jumpa dia, saya akan salam dan cium tangan serta cium dahi dia. Biarlah orang nak kata saya gila, asalkan saya selesa dengan cara macam ni. Kadang-kadang, dia (bekas suami) pun pelik dengan kelakuan saya, sebab kami dah bercerai, tapi saya tetap hormat dan layan dia dengan baik,” jelas Nina yang mengenali Datuk Shukri itu sejak usianya 17 tahun. Bagaimanapun perkahwinannya yang dibina pula hanya mampu bertahan selama dua tahun. Diajukan dengan persoalan, tidakkah hubungan baiknya dengan bekas suaminya itu akan mendatangkan perasaan yang tidak senang di kalangan madu-madunya. Dengan tegasnya Nina berkata: “Terpulanglah mereka nak fikir macam mana. Ini antara saya dan bekas suami dan ia tidak ada kena-mengena dengan mereka (bekas madunya). Sepertimana saya boleh terima hakikat yang kami tidak boleh tinggal sebumbung, seperti itulah mereka kena terima situasi ini dan hormat pendirian saya. Saya dan bekas suami ada kepentingan masing-masing, bukan hanya sebagai rakan baik tetapi kami juga rakan kongsi yang harus sentiasa bekerjasama.” Sungguhpun hubungan dengan bekas suaminya itu semakin akrab, namun masih belum terlintas di fikiran Nina untuk kembali bersama dengan bekas suaminya itu. Kata Nina, tidak mungkin mereka akan kembali sebagai suami isteri setelah apa yang dilaluinya sebelum ini dianggap terlalu perit untuk diterima. Namun dia menolak sekiranya tertulis jodoh mereka untuk kembali bersama di kemudian hari. [ b]Berkawan dengan ramai lelaki[/b]Lima bulan menjalani kehidupan sebagai janda, Nina tidak menafikan yang ada kalanya hidupnya terasa sunyi. Bagaimanapun kata Nina, dia masih belum bersedia untuk mencari pengganti, jauh sekali untuk berkahwin lagi. “Saya berkawan dengan ramai lelaki dan dalam tempoh ini saya banyak keluar dengan lelaki, tetapi sekadar kawan sajalah. Buat masa ini hati saya masih belum terbuka untuk sesiapa, tapi berkawan tu ramai. Jadi jangan hairan kalau nampak saya keluar dengan mana-mana lelaki,” kata Nina. Mungkin penyanyi bertubuh genit ini terlupa dengan situasi sedemikian akan membuatkan orang memandang sinis kepadanya, lebih-lebih lagi dia kini memegang status janda. Diajukan hal tersebut, kata Nina, dia percaya yang masyarakat sekarang lebih bijak untuk menilai perkara tersebut. Apatah lagi, dia hanya keluar sebagai rakan biasa dan bukannya dalam keadaan yang bermesra-mesraan. Malah katanya lagi, setiap kali dia keluar, dia pasti akan ditemani oleh pengurusnya dan pasti hal tersebut tidak akan menjadi persoalan. Namun dalam berjaga-jaga, ada juga gosip yang datang menghambat dirinya, malah dia pernah dikatakan menjalinkan hubungan dengan penyanyi Bard (R One). “Saya tak tahu macam mana gosip ni boleh timbul, sedangkan Bard tu pernah digosipkan dengan beberapa artis lain sebelum ini. Mungkin masa tu saya baru jadi janda, dan orang sengaja nak buat cerita. Apa yang saya tahu, orang yang menyebar gambar kami tu ialah kawan Bard sendiri dan dia sengaja nak fitnah kami. Terus-terang saya katakan yang kami hanya rakan baik, lagipun Bard tu sudah bertunang dan saya kenal dengan tunangnya,” jelas Nina. Dalam pada itu, Nina turut memberitahu yang dia lebih senang berkawan dengan ramai lelaki berbanding perempuan kerana dia sendiri sudah hilang kepercayaan terhadap kaum sepertinya itu. “Kalau dibilang, saya berkawan dengan lebih ramai lelaki berbanding perempuan. Kalau seratus lelaki, saya hanya berkawan dengan tiga orang perempuan sahaja. Pada saya berkawan dengan perempuan ni agak leceh, sebab mereka ni lebih suka bergosip dan bercakap benda yang bukan-bukan. Lagipun mereka ni tak boleh percaya sebab mereka suka merampas dan menggoda suami orang malah saya sendiri pernah mengalaminya. Tetapi berbeza dengan lelaki, sebab mereka lebih terbuka dan bila bercakap dengan mereka pun benda yang berfaedah sahaja dan lebih kepada perniagaan,” ujar Nina yang terkenal dengan sikap lantangnya |
|
| |
xyz Newbie
Number of posts : 23 Age : 42 Registration date : 26/10/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 4:17 pm | |
| alahai..so cute je gamba syazira hat bawah ni.....uhuhkkksss tp geram ah ngk shazira ni blakon "kumilikmu" lurus bendol je.... - sally_eiyna wrote:
- EIRA SYAZIRA PENGGANTI MEMEY
Eira Syazira akan mengantikan Memey Suhaiza sebagai pelakon dalam pembikinan drama Issandra. Pihak produksi tidak mampu menanggung risiko jikalau Memey Suhaiza betul-betul dibabitkan dengan kesalahan berkhalwat, dikhuatiri pihak penyiaran akan menolak sebarang drama yang dibintangi oleh Memey Suhaiza. Ha, dalam dunia hiburan ini memang kita tidak boleh membuat kontroversi keterlaluan, tengoklah apa yang sudah terjadi pada Memey Suhaiza. Eira Syazira pernah membintangi drama Sindarella. |
|
| |
eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 4:48 pm | |
| [quote="sally_eiyna"] Azharina bahagia hidup menjanda! mahai ni ke bekas laki dia mcm tak caye je.. dah mcm atok.huhuh dah ci nina ni cantik.. bole dia kawin.heheh(aduh kurus pahala aku ) |
|
| |
ladyzone Regular Customer
Number of posts : 266 Age : 61 Location : johor bahru Registration date : 12/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 5:09 pm | |
| huhu.... kita pun terperanjat berok tengok ex-hubby si azharina ni..... apa2 pun.. no komen lah..... |
|
| |
eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 5:29 pm | |
| k.lady.. teperajat beruk ek, eira dah awal2 terperajat gajah.hahaha |
|
| |
mrs kapcaikokak Regular Customer
Number of posts : 237 Age : 42 Location : ~~ kawasan selatan arr~~~ Registration date : 14/10/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 5:33 pm | |
| |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 6:17 pm | |
| - sally_eiyna wrote:
- Azwan Ali n the most sexiest??
heeeee...ngeri betoi tgk depa ni!!!!!!!!!! |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 6:38 pm | |
| DIA bukannya pesalah ataupun banduan yang terlepas dari penjara, tetapi pemilik nama Pierre Andre ini bagai buruan semenjak namanya terlibat dengan beberapa isu panas akhir-akhir ini. Mengambil jalan mudah dengan berdiam diri dan enggan bertemu pihak media, menyebabkan dia terus dikerumuni wartawan apabila menghadirkan diri di pra-tonton filem terbarunya, Selamat Pagi Cinta, semalam. Tanpa berlengah, Pierre terus saja dihujani satu persatu soalan panas mengaitkan dirinya, yang belum terjawab. Antaranya Pierre dikatakan sedang sakit kerana terkena buatan orang, bercinta dengan wanita yang tidak wujud serta filem terbaru, Jangan Tegur arahannya juga didakwa bermasalah gara-gara masalah peribadinya. Pierre yang kelihatan tenang, menjawab semua soalan tersebut dengan panjang lebar, seperti dia ingin melepaskan sesuatu beban berat yang ditanggung selama ini dalam sidang akhbar di Restoren Lemon, Seri Kembangan ini. "Selepas semua cerita-cerita itu, saya kini menjadi orang baru. Saya tidak akan berdiam diri dan hanya mendengar cakap orang saja. "Perkara ini terjadi mungkin kerana saya terlalu cepat mempercayai orang, kerana itu yang diajar kepada saya. Saya hanya nampak sisi baik setiap orang yang saya jumpa, saya tidak pernah melihat niat buruk orang lain. " Berita dia sakit terkena buatan orang dan tidak pulang ke rumah ibunya juga adalah hal yang karut beritahu Pierre. "Saya tidak pernah sakit, saya tidak kena buatan orang, malah saya pun tidak tahu macam mana sumber cerita ini datang. Memang ibu saya ada bawa saya berubat, tetapi saya tidak sakit seperti didakwa. "Saya ke sana untuk buang apa-apa yang buruk kerana kata mereka banyak orang yang dengki dengan saya, itu saja. Saya juga balik ke rumah mak saya setiap hari, cuma saya susah dihubungi sebab saya tidak pakai telefon, itu memang saya. Kalau ada apa-apa hubungi pengurus saya," terangnya. Bila ditanya pula tentang cinta kontroversinya bersama seorang wanita bernama Maya Darina yang didakwa tidak pernah wujud, Pierre mengakui dia ada berhubungan terus dengan wanita tersebut tetapi hanya ditelefon. "Saya sebenarnya tidak pernah jumpa perempuan itu, saya memang nak jumpa dia tetapi tidak dapat, kami hanya cakap di telefon saja. "Hubungan saya dan dia semuanya bermula kerana ada seorang yang saya kenali mengatakan perempuan ini berminat untuk melabur dalam filem. "Malah, daripada perbualan saya dengannya, saya mendapati dia seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang filem. Kemudian setelah keluar dua artikel mengenai kisahnya, saya sudah mula rasa ini perkara mengarut, dan sejak itu saya tidak hubunginya langsung," katanya lagi. Namun tegasnya, andai benar dia bercinta pun, itu merupakan masalah peribadinya dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak. "Kalau saya bercinta dengan orang halimunan ke, hantu ke, itu masalah saya sendiri. Saya tidak pernah kacau dan ganggu hidup orang lain. "Jikalau perkara ini memang tidak benar, mungkin ada pihak cuba menjatuhkan saya menggunakan cara ini. Dalam isu ini saya rasa menjadi mangsa," ulasnya. Geram dengan semua fitnah yang datang, Pierre telah membuat laporan polis di Balai Polis Brieckfields, Bangsar kerana merasakan dirinya difitnah selepas Aidilfitri yang lalu. Akuinya lagi, dia sudah penat untuk bercerita mengenai cinta kontroversinya yang saban minggu keluar di akhbar. Malah, kini dia tidak ambil pusing mengenai hal ini lagi. "Saya sudah penat dan malas. Lagipun sekarang ini saya rasa lebih baik untuk tidak melayani cerita karut-marut ini. Untuk pengetahuan semua sekarang ini saya tidak bercinta dengan sesiapa dan masih mencari teman istimewa," tuturnya tanpa selindung. Disoal lagi, setiap kali bercinta pasti kisah itu menjadi perhatian, ini kerana setiap sekali percintaan yang dilaluinya pasti saja menemui kegagalan termasuklah dengan selebriti dan pengarah filem Selamat Pagi Cinta, Norliana Samsudin (Yana). "Memang saya akui bila saya bercinta saya curahkan segalanya dan mungkin itu kesilapan dan kelemahan saya. Tetapi kalau saya bercinta pun apa masalahnya? Saya tak kacau sesiapa pun. Mungkin saya perlu belajar untuk membenci atau menjadi budak nakal pula selepas ini, tetapi itu bukan diri saya. Terus-terang saya katakan saya sudah serik bercinta dengan artis, lepas ini saya akan cari orang biasa bukannya artis," beritahunya lagi. Bagaimanapun, dia tidak menolak andai takdirnya untuk bersama Yana semula setelah bekerjasama dalam filem Selamat Pagi Cinta kerana dia percaya jodoh, pertemuan bergantung kepada takdir. "Yana, saya tidak lihat dia sebagai artis. Saya kenal dia sebelum dia bergelar pengarah lagi, tetapi masa itu umur saya baru 19 tahun, belum kenal apa itu cinta. Untuk kembali bersama Yana, saya tidak tahu. Memang kami pernah bersama sebelum ini tetapi sekarang ini kami bekerja secara profesional, mungkin ada hikmah di sebalik perpisahan kami. "Dia kini bergelar seorang pengarah, begitu juga saya. Saya tetap akan sokong dia dari belakang. Kalau bab bercinta semula itu saya tidak boleh cakap apa-apa," katanya. Masalah di lokasi? Bukan itu saja, ada juga pihak mendakwa kerana kegagalannya menghabiskan babak akhir filem arahannya Jangan Tegur menyebabkan hubungannya dan penerbit David Teo berubah menjadi dingin. Bagaimanapun, Pierre menolak sekeras-kerasnya dakwaan itu dan mengatakan hubungannya dengan David seperti biasa, malah tidak ada perkara buruk yang berlaku antara dia dan David yang dianggap seperti gurunya. "David Teo bukannya majikan saya. Kami rakan kongsi hasil kreativiti saya, tetapi saya anggap dia sebagai bos sebab dia banyak beri tunjuk ajar dan beri peluang. "Kami masih baik, saya nampak untuk jangka panjang saya punya masa depan cerah dengannya. Oleh itu saya rasa tidak sedaplah ada pihak mengatakan tidak menyiapkan kerja saya, itu semua fitnah," tegasnya. Jelasnya lagi, kegagalannya untuk menghabiskan babak akhir dalam filem tersebut akibat diganggu oleh wartawan (bukan kumpulan Utusan), semasa sedang bekerja. "Saya mempunyai hak untuk tidak ditemuramah kerana sedang bekerja, mereka datang secara tiba-tiba tanpa kebenaran. Saya pula tidak bersedia. Saya akan bagitahu media, kalau saya mahu buat macam tu. Tetapi kalau saya sedang sibuk, mereka tidak boleh paksa. Kedatangan mereka buat penggambaran tergendala dan saya terpaksa suruh krew balik. Tetapi kemudiannya, ada orang yang baik hati terus mengarah filem saya tanpa persetujuan saya sendiri. "Boleh dikatakan 98 peratus filem ini arahan saya, cuma di bahagian akhir kira-kira 2 peratus bukan hasil tangan saya. Perkara itu yang menyebabkan saya marah, kerana gangguan mereka kerja saya tergendala dan pelbagai masalah yang timbul ekoran itu," jelasnya. Tambahnya, dia kini menumpukan perhatian untuk membersihkan mindanya sebelum memberi tumpuan terhadap pasca produksi filem Jangan Tegur. "Sampai bila saya nak berdiam diri, kalau rasa saya betul, saya akan mempertahankannya. Saya selalu mendapat nasihat daripada ibu kerana itu saya berada di sini hari ini kerana hormat terhadap Yana dan David Teo. "Lagipun, saya tidak pernah menganggap wartawan sebagai musuh, saya memerlukan wartawan lebih daripada saya perlukan udara," jelasnya yang mengakui puas hati setelah meluahkan segala perkara yang terbuku di hatinya. |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 6:53 pm | |
| BUKAN seperti kelazimannya, filem yang kini dalam proses penggambaran, Pisau Cukur tidak menampilkan aktor lelaki bergelar hero, sebaliknya ditunjangi dua heroin. Dua aktres jelita, Maya Karin dan Fazura, yang sememangnya sudah tidak asing lagi daripada pandangan khalayak skrin TV dan layar lebar, kini bersatu sebagai wanita pisau cukur. |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 7:02 pm | |
| Lelaki kulit hitam pertamaPemuda keturunan Afrika-Amerika yang pernah terjebak dalam ‘lorong gelap’ dan datang daripada keluarga yang berpecah-belah, Obama akhirnya membuktikan bahawa perbezaan warna kulit bukan satu halangan untuk menjadi Presiden AS. KETUA Setiausaha Kabinet Jepun, Nobutaka Machimura pernah berkata, Barack Obama tidak akan memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) kerana beliau berkulit hitam. Menurutnya, beliau percaya majoriti rakyat AS bersikap sangat konservatif dan tidak akan menerima Obama. Namun, sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan), Machimura terpaksa menelan kata-katanya itu. Lelaki yang bernama Barack Hussein Obama Jr., merobohkan sentimen perkauman yang masih menebal di kalangan masyarakat AS. Calon Parti Demokrat itu membuktikan warna kulit bukan lagi penghalang kepada sesiapa untuk mencapai kejayaan Semalam selepas apa yang disifatkan pertembungan paling menarik dalam sejarah pilihan raya AS, Obama dinobatkan sebagai Presiden Kulit Hitam Pertama AS apabila berjaya menewaskan calon Parti Republikan, John McCain. Lebih manis lagi, Obama mendapat kemenangan itu dengan penuh bergaya apabila kiraan undi Badan Perwakilan Pemilih (undian elektoral) setakat pukul 7 malam tadi (waktu tempatan) mendapati beliau memperoleh 349 undi lebih sekali ganda meninggalkan McCain yang sekadar mengutip 147 undi. |
|
| |
beefii Regular Customer
Number of posts : 227 Age : 41 Location : JB Registration date : 13/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 7:59 pm | |
| yahooooo...obama menang!!!! |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 8:18 pm | |
| Abby: Tuntutan minta cerai tetap diteruskan
“Saya tidak berminat untuk tahu apa jadi dengan mereka. Nak kahwin, kahwinlah.” Demikian luah aktres popular Abby Abadi (gambar) ketika ditanya perasaannya berhubung kenyataan Norman Hakim bahawa dia tidak menolak untuk menjadikan Memey sebagai isteri keduanya. Tegas aktres berusia 30 tahun itu, apapun yang terjadi, dia tetap akan meneruskan tuntutan cerai daripada suaminya itu secepat mungkin. “Saya sudah nekad dan rasanya itu adalah keputusan yang tepat. Saya tidak mahu komen apa pun tentang hubungannya dengan Memey atau sebarang perancangannya. “Yang penting, saya ingin dapatkan dokumen perceraian yang saya serahkan kepadanya kelmarin secepat mungkin. Saya tahu dia memang ‘liat’ sikit nak serahkan kembali kepada saya, tetapi saya akan tetap usaha dapatkan semula daripada dia,” tegas Abby yang akui sudah kembali tenang sejak adegan ’serang’ suaminya di lokasi penggambaran drama Gerak Khas di Wangsa Maju, Kuala Lumpur kelmarin. Kata ibu kepada tiga orang anak ini, dia akui kurang bersikap rasional pada hari kejadian, namun sebagai seorang isteri, kata Abby, tahap kesabarannya memang benar-benar tercabar dan turut tersinggung dengan kata-kata yang dikeluarkan Norman. “Saya tidak mampu tahan emosi saya hari itu. Saya minta maaf, saya memang rasa bersalah. “Tetapi perasaan bersalah itu untuk diri saya, bukan untuk dia (Norman). Apa yang saya luahkan hari itu sudah lama saya pendam dalam hati. Keluarga dan teman-teman rapat juga menyokong saya untuk teruskan niat saya ini. Saya cuma harap dia berikan kerjasama yang baik untuk selesaikan segera proses perceraian ini. Saya sudah tidak larat nak hadapi semua ini lagi,” kata Abby. Dalam kenyataan terbaru kepada media, Norman akui tidak menolak ketentuan Allah jika ditakdirkan dia dan Memey bertemu jodoh dan sanggup menjadikan pelakon baru itu sebagai isteri keduanya. Namun begitu, tegas pelakon berusia 32 tahun itu, dia sememangnya ketika ini masih menyayangi isterinya, Abby dan sentiasa berdoa agar rumahtangganya masih dapat diselamatkan. |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 8:32 pm | |
| |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 8:47 pm | |
| - ninarahim wrote:
- ohoo......amoih 2 org reporter nih...kalah si Zubir tuh...
Sally.....tak sia2 akak bawak hang masuk nooo... Awin.....ko dok relex kat opis je ker.....ligan anak didik pi cari berita...
Nway...thank you for berita ttg Jovi tuh....akak tgh dok cari cara nak upload utube kat sini....sat noo.. kasi dia wat koje ler kak nina... mamarazzi mude kena koje keras ckit... awin bz ler kat opis... online mlm aje... biaq c sally uruskan citer2 panazz... ni...awin ambik yg suam2 kuku aje udah ler... |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 9:01 pm | |
| LAGU NI MMG SESUAI UTK DRAMA ABBY N NORMAN NI.... Doaku agar kau kan selalu bahagia Agar kau temui insan tulus menyayangimu Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa Ku tinggalkan memori bersamamu Ku undur diri bersama harapanTidak kesampaian cinta kita Ku bawa harapan ku pendam rahsia Ku di kejauhan mendoakan Agar kau bahagia tiada lagi dukaDaku rela mengundur diri Ku pasti dikau kan fahami Tiada penyesalan kasihku korbankan Andai telah tertulis ku terima ini bukannya ku pinta Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku, Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku |
|
| |
mamzie Mod PR
Number of posts : 1497 Age : 56 Location : Kuantan,Pahang. Registration date : 10/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Thu 06 Nov 2008, 9:50 pm | |
| haiyaa...ape azwan wat kat situ.... ngeri den tengok... norman tu dah giler gaknye....bini ok2 je nak cari bdk tak ckp akal tu.... ari ni 1jam abby di whi...puashati..kini tembelang norman dah pecah.... agaknye artis sekarang mmg suka rampas suami sesama sendiri kot... ape kata mereka ni tukar suka sama suka je.... sedap skit bunyinye.... |
|
| |
mrs kapcaikokak Regular Customer
Number of posts : 237 Age : 42 Location : ~~ kawasan selatan arr~~~ Registration date : 14/10/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Fri 07 Nov 2008, 9:02 am | |
| giloz!
norman..norman...nak kene "jitat" dahi dia neh..adeh! |
|
| |
chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Fri 07 Nov 2008, 9:18 am | |
| |
|
| |
eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Fri 07 Nov 2008, 9:53 am | |
| - azwin wrote:
LAGU NI MMG SESUAI UTK DRAMA ABBY N NORMAN NI.... Doaku agar kau kan selalu bahagia Agar kau temui insan tulus menyayangimu Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa Ku tinggalkan memori bersamamu Ku undur diri bersama harapan Tidak kesampaian cinta kita Ku bawa harapan ku pendam rahsia Ku di kejauhan mendoakan Agar kau bahagia tiada lagi duka Daku rela mengundur diri Ku pasti dikau kan fahami Tiada penyesalan kasihku korbankan Andai telah tertulis ku terima ini bukannya ku pinta Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku, Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku ambio k.awin siap kuarkan lagu dah mcm pagarah filem cinta pulak.hahah.. aik mana ci sally ni.. ni msti tgh line x clear.hahah |
|
| |
ninarahim Enterpreneur
Number of posts : 2991 Age : 57 Location : Alor Star Registration date : 25/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Fri 07 Nov 2008, 1:55 pm | |
| Sally???? line tak clear pa pulak.... Ari nie UUM cuti.....tak keje.... |
|
| |
ernihairani07 Enterpreneur
Number of posts : 1317 Age : 46 Location : Subang 2 Registration date : 16/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Fri 07 Nov 2008, 3:00 pm | |
| patutla mamarazzi pun cuti la ............ |
|
| |
aida80 Newbie
Number of posts : 57 Age : 43 Registration date : 08/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Fri 07 Nov 2008, 3:58 pm | |
| |
|
| |
aida80 Newbie
Number of posts : 57 Age : 43 Registration date : 08/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Fri 07 Nov 2008, 3:59 pm | |
| faezah@sofea sutera maya |
|
| |
aida80 Newbie
Number of posts : 57 Age : 43 Registration date : 08/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Fri 07 Nov 2008, 4:01 pm | |
| 1st wedding anniversary e&ee |
|
| |
chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Fri 07 Nov 2008, 5:34 pm | |
| patut le...tak banyak story hari ni....si sally tak kerje lor... |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Fri 07 Nov 2008, 7:02 pm | |
| - chitra77 wrote:
- patut le...tak banyak story hari ni....si sally tak kerje lor...
dia...tgh cr bahan tu... heheee..jgn riso esok mesti byk dia wak mai citer panazzzz.... |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Fri 07 Nov 2008, 8:02 pm | |
| Dah c EKIN plak nak ngikut stail mak ET |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Fri 07 Nov 2008, 8:23 pm | |
| - eira ariyana wrote:
ambio k.awin siap kuarkan lagu dah mcm pagarah filem cinta pulak.hahah..
aik mana ci sally ni.. ni msti tgh line x clear.hahah kak win ni sumer pun nak jadi... eira.. mmg asst aku cuti ari ni... patut ler x de berita hangat, menyengat... |
|
| |
mamzie Mod PR
Number of posts : 1497 Age : 56 Location : Kuantan,Pahang. Registration date : 10/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Fri 07 Nov 2008, 11:29 pm | |
| Norman & Memey... Sepandai2 tupai melompat...akhirnye jatuh ke tanah jugak... Sepandai2 si Norman tu menyorok dalam stor...akhirnye kantol gak dgn pegawai JAIS... Mana hang nak lari.... Tapi pompuan tu tak malulah boleh cakap yg mak Norman suka kat dia.... Hish...hish...hish... Ape komen mak Norman... Mamarazzi pi tolong terjah kat bonda tu.... Betul ke seperti ape pompuan tu kata.... |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Fri 07 Nov 2008, 11:43 pm | |
| - mamzie wrote:
- Norman & Memey...
Sepandai2 tupai melompat...akhirnye jatuh ke tanah jugak... Sepandai2 si Norman tu menyorok dalam stor...akhirnye kantol gak dgn pegawai JAIS... Mana hang nak lari.... Tapi pompuan tu tak malulah boleh cakap yg mak Norman suka kat dia.... Hish...hish...hish... Ape komen mak Norman... Mamarazzi pi tolong terjah kat bonda tu.... Betul ke seperti ape pompuan tu kata.... kak mamzie kes citer 3 segi ni awin udah pas kat my asst.... cik sally dia yg handle... so sally....over to u.... follow citer depa ni...ade permintaan... |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Sat 08 Nov 2008, 12:22 am | |
| Nurul selesa di dunia pengacaraan, Fouziah Gous makin aktif dunia lakonan |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Sat 08 Nov 2008, 12:27 am | |
| PENYATUAN CINTA DUA NEGARA Perkahwinan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari Eksklusif Di TV3!Percintaan penuh sensasi pasangan selebriti dari dua negara, Ashraf Sinclar dan Bunga Citra Lestari akhirnya berakhir di jinjang pelamin. Majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan pada 8 November 2008 di Jakarta berjaya mencuri perhatian peminat dan media masa di Malaysia dan Indonesia. Tidak ketinggalan juga program popular di TV3, Wanita Hari Ini dan Nona turut berjaya mendapatkan hak membuat liputan majlis perkahwinan penuh gemilang pasangan ini khusus untuk memberikan yang terbaik kepada peminat setianya. Wanita Hari Ini akan menyiarkan sedutan khas majlis perkahwinan Ashraf dan Bunga di Jakarta yang dilangsungkan dengan penuh adat Melayu dan Minangkabau pada 12 November 2008. Nantikan juga temubual secara eksklusif untuk mengetahui detik-detik manis persiapan perkahwinan Ashraf dan Bunga pada 18 November 2008 jam 12.00 tengahari. Mankala untuk liputan khas secara menyeluruh dalam majlis akad nikah dan resepsi di Jakarta boleh ditonton dalam program Nona pada 16 November 2008, hari Ahad, jam 2.00 petang. Para peminat TV3 juga berpeluang untuk menyaksikan majlis resepsi pihak lelaki yang akan diadakan di Malaysia menerusi rancangan Nona pada 23 dan 30 November 2008 jam 2.00 petang. Liputan majlis resepsi ini termasuklah majlis yang diadakan untuk rakan-rakannya yang diadakan pada 14 November 2008 di The Saujana, Subang dengan berkonsepkan Inggeris manakala majlis untuk keluarga pula diadakan pada 15 November 2008 bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Bukit Kiara dengan konsep ciri kekampungan iaitu ‘Pulang Ke Kampung Bawa Isteri’. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan liputan perkahwinan Ashraf dan Bunga secara eksklusif di TV3 seperti berikut:-
- WHI – 12th November 2008, Rabu, 12.00 tengahari
(sedutan khas majlis akad nikah di Jakarta)
- Nona – 16th November 2008, Ahad, 2.00 petang
(Liputan khas majlis akad nikah dan resepsi di Jakarta)
- WHI – 18th November 2008, Rabu, 12.00 tengahari
(temubual di studio secara siaran langsung)
- Nona – 23rd November 2008, Ahad, 2.00 petang
(Liputan khas majlis resepsi di Kuala Lumpur)
- Nona – 30th November 2008, Ahad, 2.00 petang
(Edisi Istimewa Persiapan & majlis perkahwinan)
Info Perkahwinan Ashraf Sinclar dan Bunga Citra Lestari:-
- Majlis Akad Nikah pada 8 Nov 08 di Masjid Al-Bina, Senayan, Jakarta diikuti resepsi keesokan harinya di Hotel Sultan, Jakarta, Adat Melayu & Minangkabau
- Tekanan sama turut dirasai Ashraf apabila pertama kali berhadapan media di sana ketika majlis sidang akhbar mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada 12 Oktober lalu.
- Menurut Ashraf, Majlis pernikahan diadakan dalam suasana tertutup dan cukup sederhana dihadiri keluarga terdekat. Dijangka seramai 50 orang rombongan dari Malaysia akan hadir di majlis itu. Keluarga saya besar kerana adik-beradik ibu ada 12 orang sementara adik-beradik ibu Bunga ada 16 orang.
- Sementara majlis resepsi pula dijangka dihadiri 1,000 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, rakan artis dan rakan niaga.
- Di Malaysia majlis resepsi utuk rakan-rakan akan diadakan pada 14 November 2008 di The Saujana, Subang dengan konsep Inggeris. Majlis untuk keluarga pula pada 15 November 2008 bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Bukit Kiara. Kali ini konsepnya ciri kekampungan iaitu Pulang Ke Kampung Bawa Isteri.
|
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Sat 08 Nov 2008, 12:46 am | |
| KEPUTUSAN ANUGERAH SKRIN 2008 Anugerah Skrin 2008 yang diacarakan oleh Adlin Aman Ramli & Nurul Syuhada agak hambar, nasib baik Adlin pandai membuat lawak memerli, hilang lah kehambaran sikit. Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Skrin 2008 : Rancangan Bual Bicara Terbaik - Macam-macam Aznil Lakon Layar Terbaik - Mira Mustafa & Ara (Filem Sepi) Lakon Tv Terbaik - Wasiat Fitrah Drama Komedi Terbaik - Mr. Mama Rancangan Realiti Terbaik - So You Think You Can Dance Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Normah Damanhuri (Tuhan Pun Tahu) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Que Haidar (Tuhan Pun Tahu) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem -Nasha Aziz (Sepi) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Zaefrul (1957 Hati Malaya) Rancangan Hiburan Terbaik - Project Superstar S2 Rancangan Dokumentari Majalah Terbaik - Majalah 3 (Seniman) Rancangan Laporan Khas Berita Terbaik - Buletin Utama (Orang Asli Terancang) Rancangan Muzik Terbaik - Anugerah Juara Lagu 2008 Drama Rantaian Terbaik - Bicara Aur Dengan Tebing Pelakon Wanita Terbaik Drama - Fauziah Ahmad Daud (Suara Saleha) Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Zamarul Hisham (Ihsan) Pelakon Wanita Terbaik Filem - Baizura Kahar (Sepi) Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Rosyam Nor (Kala Malam Bulan Mengambang) Anugerah Khas Juri - Yasmin Ahmad Pengarah Terbaik Filem - Mamat Khalid (Kala Malam Bulan Mengambang) Pengarah Terbaik Drama - Murali Abdullah (Suara Saleha) Filem Terbaik - Kala Malam Bulan Mengambang Drama Terbaik - Suara Saleha Rekod terbaik adalah Filem Sepi = 3 trofiFilem Kala Malam Bulan Mengambang = 3 trofiDrama Suara Saleha = 2 trofiDrama Tuhan Pun Tahu = 2 trofiTahniah kepada pemenang! |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Sat 08 Nov 2008, 1:03 am | |
| KUALA LUMPUR – “Saya tidak pernah bernikah dengan Memey, malah tidak pernah menghantar borang nikah. Ini semua spekulasi.’’ Demikian tegas pelakon popular yang kini dilanda kontroversi, Norman Hakim atau Mohamed Norhakim Zaidon, 32, ketika ditanya mengenai desas desus beliau sudah berkahwin dengan pelakon baru, Memey Suhaiza Suhaimi, 20, yang ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengannya baru-baru ini. Norman lebih rela berserah kepada Tuhan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku sehingga meretakkan hubungan dengan isterinya, Abby Abadi, 30. “Saya enggan komen lanjut pasal Memey, nanti ia akan disalahertikan pula, apa yang pasti keluarga kami tidak pernah berjumpa atau berbincang mengenai pernikahan dan sebagainya. “Ini komen terakhir saya berkenaan isu ini, berikanlah saya ruang untuk menyelesaikan masalah ini sambil mencari penyelesaian terbaik buat kami sekeluarga,’’ katanya kepada pemberita di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan di sini, semalam. Beliau yang ditemani abangnya, Mohd. Sophie, 44, dan sepupunya, Raizan Abd Razak berada di masjid itu untuk melakukan solat hajat dan istiqarah bersama beberapa jemaah lain. Norman juga reda dengan apa yang bakal berlaku termasuk keretakan rumah tangganya sekali lagi. “Namun di sudut hati saya masih tersemat rasa sayang terhadap Abby dan anak-anak. “Kalau Abby nak serang saya secara peribadi sekali pun biarlah, saya tidak akan balas kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan,’’ jelasnya. |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Sat 08 Nov 2008, 1:27 am | |
| PETALING JAYA: Biar apapun usaha dibuat oleh aktor popular Norman Hakim untuk menjernihkan semula rumahtangganya bersama pelakon dan bekas penyanyi, Abby Abadi yang sedang bergolak ketika ini, aktres itu tetap dengan niatnya untuk meneruskan perceraian.
Norman malam tadi telah menunaikan solat hajat dan istikarah di Masjid Nur Hidayah, Kampung Pandan bersama abangnya, Mohd. Sophie, 44, sepupunya, Raizan Abd Razak dan beberapa jemaah lain di situ.
Kesungguhan yang ditunjukkan pelakon popular drama bersiri Gerak Khas itu mengadakan solat hajat untuk memohon hidayah daripada Allah agar rumahtangga mereka dapat kembali tenang seperti sediakala dianggap Abby satu tindakan yang baik sebagai seorang umat Islam.
Namun begitu, tegas Abby, pendiriannya untuk bercerai tetap lagi sama seperti sebelum ini.
"Saya sudah penat untuk bercakap tentang hal ini. Terserahlah kepada dia (Norman) apa saja yang dia ingin buat. Saya sudah penat dengan semua ini.
"Walau apapun yang dia ingin lakukan, saya tetap dengan niat saya untuk bercerai. Kalau boleh selepas ini, saya tidak mahu lagi komen tentang hal ini. Saya minta maaf, ye," kata Abby ketika dihubungi tadi.
Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan gagal memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Isnin lalu setelah dokumen yang dikemukakan tidak lengkap, antaranya termasuklah alamat tempat tinggal Norman bagi memudahkan urusan surat-menyurat mahkamah.
Pergolakan rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian ramai apabila tidak lama dulu Abby pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia seolah-olah tidak dipedulikan oleh Norman lagi, yang lama tidak pulang ke rumah sejak Ramadan lalu.
Namun, aktor itu menafikan hal tersebut ketika hadir pada majlis cukur jambul anak bongsunya kira-kira tiga minggu yang lalu dan menegaskan bahawa dia tidak pulang ke rumah kerana sibuk di lokasi penggambaran, tetapi masih pulang beraya bersama keluarga pada Aidilfitri pertama sebelum balik semula ke lokasi pada hari raya kedua.
Norman juga ketika itu turut menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand tidak lama dulu dan wanita itu dikatakan adalah Memey.
Lebih memburukkan keadaan rumah tangga mereka ialah apabila Norman ditangkap khalwat bersama pelakon baru Memey pada awal Khamis lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar pukul 3 pagi. |
|
| |
mamzie Mod PR
Number of posts : 1497 Age : 56 Location : Kuantan,Pahang. Registration date : 10/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Sat 08 Nov 2008, 1:50 am | |
| Norman Hakim menafikan hubungan dia dgn Memey. Memey pulak mengesahkan mereka mmg ada hubungan dan telah berkawan selama 1 tahun dan menjelaskan lagi yang bonda Norman merestui hubungan mereka... So cakap siapa yang betul |
|
| |
papamia Mod PR
Number of posts : 4415 Age : 59 Registration date : 16/08/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Sat 08 Nov 2008, 2:03 am | |
| dh... jgn amik tau sgt... tau sikit2 aje... |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 | |
| |
|
| |
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 | |
|