Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 8, 9, 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeSun 23 Nov 2008, 10:49 am

'Senaraikan kesalahan saya'-izwan pilus & mas idayu

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Izwanp10

Dek kerana keakraban itu jugalah yang menghimpit dua artis popular ini, Mas Idayu dan Izwan Pilus apabila mereka dikatakan digam sebuah stesen radio Muzik FM.

Kontroversi tercetus, ketika mereka terbabit dengan Konsert Rumah Terbuka Gemilang Mirza bersama stesen radio itu di Papar, Sabah, sebulan lalu.

Sebagaimana disiarkan dalam satu ruangan gosip tidak lama dulu, Mas Idayu, dikatakan bersikap Diva apabila meminta tiket penerbangan MAS, tiga bilik, kenderaan untuk kegunaan peribadi, tidak menyertai rombongan, datang berasingan, tidak menepati masa dan gagal menghadiri latihan.

Atas alasan itu, pihak dikatakan mahu mengambil tindakan gam terhadapnya. Sementara Izwan, turut terpalit gara-gara hubungan akrabnya dengan ratu dangdut 45 darjah itu.

Justeru, bagi mendapatkan kepastian berhubung permasalahan yang timbul Mas Idayu dan Izwan Pilus ditemui bagi meleraikan segala kekusutan.

Mas Idayu berkata, selagi perkara itu tidak dibuktikan secara hitam putih dia tidak mahu terburu-buru untuk mengambil sebarang tindakan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Mas10

Malah, sehingga kini dia masih menanti penjelasan dari pihak yang terbabit untuk mengesahkan sejauh mana kebenaran berita berkenaan.

"Saya berurusan terus dengan pihak penganjur dan mengikuti segala perancangan mereka seperti dipersetujui dalam kontrak. Sama ada membabitkan jadual persembahan, kemudahan yang diberikan termasuk atur cara saya sepanjang beberapa hari konsert itu dijalankan.

"Saya dan tidak tahu pula kalau ada pihak kedua yang menandatangani kontrak dengan pihak pengurusan saya.

"Kalau betul ia berlaku sila kemukakan bukti yang kami melakukan perjanjian dengan mereka selain penganjur yang boleh mensabitkan saya dengan hukuman gam sebagaimana dilaporkan.
"Kalau ada tolong senaraikan apa kesalahan saya sehingga menyebabkan tindakan seperti ini dikenakan terhadap saya. Jika benar cerita ini sahih, lagu saya sudah tidak diputarkan lagi dan mereka memberi alasan barulah saya akan mengambil tindakan susulan.

"Seperkara lagi, mengenai tiket penerbangan MAS itu memang sudah dipersetujui pengurus saya dengan pihak penganjur dan tiket 'business class' saya sendiri yang mengeluarkan wang tambahan untuk menukarnya. Bagi saya, tiada isu yang boleh dibangkitkan di sini," katanya.

Hampir 20 artis menjayakan acara berkenaan, namun Mas Idayu satu-satunya yang berurusan dan menandatangani kontrak secara terus dengan penganjur.

Berhubung, situasi Izwan Pilus yang dikatakan turut digam atas alasan keakraban mereka Mas Idayu melihat ia sebagai satu tindakan yang tidak profesional.

"Bagi pihak Izwan Pilus, cerita dia turut di gam bukan desas-desus yang dibuat-buat. Cerita ini diketahui mereka yang berada di tempat kejadian.

"Jika benar dia menerima hukuman yang sama hanya kerana baik dengan saya, saya menganggap ia satu lagi tindakan salah guna kuasa.

"Apapun saya tidak mahu bercerita banyak mengenainya kerana pengurus saya sedang melakukan sesuatu untuk mengakhiri kemelut ini," katanya.

Sementara itu, Izwan ketika diminta menjelaskan hal ini mengakui berlaku kekecohan sepanjang mengikuti acara berkenaan malah ada mendengar desas-desus dari pihak penganjur yang mengatakan dia juga akan di gam.

"Apabila cerita tu tersebar, saya mengambil inisiatif mengikuti stesen berkenaan dari masa ke semasa dan saya dapati lagu-lagu saya masih dimainkan di radio berkenaan.

"Ada kawan-kawan juga memaklumkan sedemikian. Namun, berhubung lagu Kak Ayu, saya tidak pasti mungkin juga terlepas pandang kerana saya akui tidak setiap masa berpeluang mendengar radio," katanya.

Akui Izwan yang diberi peluang menjayakan persembahan bersama Jim Brickman dan Jeff Timmons baru-baru ini, dia sudah mengenali Mas Idayu sejak sekian lama dan sepanjang menjayakan persembahan belum pernah ada sebarang masalah ditimbulkan penyanyi yang baru muncul dengan album Mas Idayu Kekal 1001.

"Saya sudah lama mengenali kak Ayu. Semasa kejadian saya lihat ramai yang mula menjauhkan diri darinya dan sebagai seorang yang kenal rapat dengannya, apakah anda sanggup membiarkan kawan anda diperlakukan seperti itu.

"Apatah lagi, saya tahu cerita sebenar. Malah, ini bukan persembahan pertama yang saya jayakan bersama kak Ayu dan setahu saya dia tidak pernah menimbulkan masalah," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeSun 23 Nov 2008, 11:00 am

Dee: Jamal Abdillah Lelaki Penyayang

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 11192011

Masalah rumahtangga yang dihadapi Jamal Abdillah menerusi perkahwinan terdahulunya iaitu bersama Nor Aina Yusuf serta yang sedang dilaluinya kini dengan Fatimatu Zahra Samad, ternyata tidak jauh bezanya.

Sekaligus ia membuatkan ramai yang bertanggapan bahawa penghibur sepanjang zaman ini masih lagi dibelenggu masalah dadah serta suka menggunakan kekerasan terhadap kedua-dua wanita yang merupakan ibu kepada dua anak lelakinya - Osama Yamani, 7, daripada Nor Aina dan Ahmad Zaki Yamani, 1 tahun 8 bulan dengan Fatimatu.

Sungguhpun begitu, apakah benar dakwaan yang mengatakan Jamal sebagai seorang yang suami yang tidak bertanggungjawab serta tidak punya rasa kemanusiaan?

Dalam pertemuan bersama bekas isteri pertamanya iaitu Basariah Abdul Latiff atau lebih mesra dengan nama Dee, dia berkata, Jamal adalah seorang lelaki yang baik serta penyayang.

"Dia juga seorang lelaki yang cukup bertanggungjawab, menghormati orang, tidak suka bercakap hal orang, caring serta romantik. Sayangnya dia sering disalahertikan. Mungkin sebab dia selalu tampilkan dirinya sebagai seorang yang dingin serta tidak mudah didekati, jadi ramai salah faham terhadap dia. Tapi ada sebab dia jadi begitu. Dia selalu rasa rendah diri.

"Maklumlah sebab semua orang tahu dia selama ini berhadapan dengan masalah dadah. Jadi, setiap kali berhadapan masyarakat, dia selalu tidak pasti tentang penerimaan orang terhadap dirinya. Sama ada orang itu suka atau sebaliknya atau berpura-pura dengannya.

"Tapi, percayalah kalau anda berusaha mengenalinya dia sedalam-dalamnya, Jamal Abdillah adalah seorang insan yang gemar berlawak, suka bercerita dan banyak bercakap. Itulah sebenar-sebenarnya Jamal yang ramai orang tidak tahu," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical Musim 3 di Restoran Borneo Rainforest di Sunway Pyramid, semalam.


Dee jelas sebab penceraian

Dee yang kini memegang jawatan sebagai Pengarah Kumpulan Perhubungan Korporat & Komunikasi di UEM World berkata, sepanjang berkahwin dengan Jamal juga, dia tidak pernah berhadapan dengan sebarang masalah bersama penyanyi kacak yang memiliki suara emas itu.

"Kami berkahwin selama 8 tahun. Lamakan? Dalam tempoh itu, Jamal tidak pernah pula mengunakan sebarang kekerasan terhadap saya. Sebaliknya, keadaan rumahtangga kami harmoni sekali.

"Mungkin kerana saya ini seorang yang cukup memahami diri dan keadaannya. Tapi, saya rasa bagi sesiapapun yang hendak mengahwini Jamal, dia haruslah memahami bahawa Jamal mempunyai masalah. Sebagai seorang yang mempunyai masalah, sudah tentulah kita perlu berikan sepenuh tumpuan dan perhatian terhadap dia termasuklah memberikan sokongan dan kekuatan dari sudut semangat, emosi, mental serta spiritual.

"Bukannya kita yang perlu minta perhatian dan tumpuan daripada dia. Kalau ada sesiapa yang mempunyai keinginan sebegitu, tolong jangan letakkan harapan untuk berkahwin dengan Jamal dan kalau berkahwin setakat untuk glamor saja... lupakanlah," katanya.

Sekalipun mengharungi rumahtangga yang harmoni bersama Jamal, namun Dee turut menjelaskan mengapa perkahwinannya dengan Jamal hanya mampu bertahan selama 8 tahun saja.

"Masa itukan Jamal terbabit dengan satu kes khalwat. Jadi pada masa itu saya rasa biarlah saya lepaskan dia. Apa yang berlaku sudah pun berlaku dan saya tidak mahu toleh ke belakang lagi. Memang dia ada minta saya untuk kembali pada dia. Tapi saya tetap dengan keputusan saya untuk memilih jalan saya sendiri," jelasnya.

Dee bagaimanapun tidak pasti sama ada penolakannya untuk kembali hidup bersama Jamal membuatkan penyanyi lagi Kekasih Awal & Akhir itu kecewa.

"Tapi, hubungan saya dengan dia masih lagi baik sampai sekarang. Begitu juga dengan keluarga dia. Malah, kalau ada masalah sampai sekarang dia masih lagi hubungi saya dan berbincang dengan saya. Pendek kata dia sudah jadi macam saudara saya sendiri. Saya juga gembira dengan perkembangan barunya sekarang ini. Sejak menetap di Rumah Pengasih, keadaannya nampaknya semakin bertambah baik," ujarnya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeSun 23 Nov 2008, 11:15 am

EKIN FOBIA DENGAN ISU ARTIS BERCERAI

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Mawi_i10

Pasangan suami isteri mana yang tidak fobia dengan hal berkenaan cerai-berai. Sesungguhnya perkataan ini sering menghantui pasangan yang mahu berumah tangga termasuklah Nora'Ashikin Rahmat, 29, atau Ekin yang bakal bersuamikan Raja SMS, Asmawi Ani, 27, atau Mawi.

Sebaik saja tamat kursus perkahwinan di Masjid Putra, Putrajaya, baru-baru ini, krew murai.com.my sempat bertanyakan pendapat Ekin mengenai kes yang berlaku kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi.

Begitu jua kes berkaitan pengarah filem popular, Aziz M Osman. Apa komen Ekin?

Selain itu, Ekin turut menjelaskan tuduhan mengenai perkahwinannya yang dikatakan mahu bersaing hebat dengan penyanyi tersohor, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin bersama Dato' Seri Khalid Muhamad Jiwa.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeSun 23 Nov 2008, 11:22 am

sally_eiyna wrote:
wow...makin meriah nmpknyee umah kte ni kak awin... flower
ade mamarazzi bru..tiehah..thanz tiehah sbb telah menyelamatkan akak..... ngeh3x
dr di marahi oleh CEO..kak awin.. hoorey!! sbb bercuti...
tp xpe...CEO yg turun padang cri citer yg panazz...lg snsasi... bagus...bagus..

haaaa...mekna ko coti x isi pom yeekk....
emmm.sib baik baik akak import baru punya mamarazzi..
ko ni x patut...akak plak yg kena turun pdg semlm...
aduhh! aduhh!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeSun 23 Nov 2008, 11:31 am

azwin wrote:
sally_eiyna wrote:
wow...makin meriah nmpknyee umah kte ni kak awin... flower
ade mamarazzi bru..tiehah..thanz tiehah sbb telah menyelamatkan akak..... ngeh3x
dr di marahi oleh CEO..kak awin.. hoorey!! sbb bercuti...
tp xpe...CEO yg turun padang cri citer yg panazz...lg snsasi... bagus...bagus..

haaaa...mekna ko coti x isi pom yeekk....
emmm.sib baik baik akak import baru punya mamarazzi..
ko ni x patut...akak plak yg kena turun pdg semlm...
aduhh! aduhh!

sori ler kak awin.....
bkn ker kak awin yg lulus cuti sy hr jumaat sabtu tmpoh hr???
luper ler tu... scratch scratch
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeSun 23 Nov 2008, 11:36 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Aida10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Nina10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Ruhil10
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeSun 23 Nov 2008, 11:41 am

sally_eiyna wrote:


haaaa...mekna ko coti x isi pom yeekk....
emmm.sib baik baik akak import baru punya mamarazzi..
ko ni x patut...akak plak yg kena turun pdg semlm...
aduhh! aduhh!

sori ler kak awin.....
bkn ker kak awin yg lulus cuti sy hr jumaat sabtu tmpoh hr???
luper ler tu... scratch scratch[/quote]

erkk..iya ke..
lor maap ler maklum la..CEO hehee
byk koje lupe la tu..
x pa la ni p cari bhn bebyk tempek kat cni..
right..... hoorey!!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeSun 23 Nov 2008, 11:48 am

Cinta kedua yang agung

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 E14

Mawi bukan cinta pertama

"Mawi? Tolonglah. Sinis kawan-kawan mengejek saya dulu. Saya sendiri sempat tak percaya bahawa saya pun akan jatuh cinta pada dia. Mawi, eeii... lebih kurang macam itulah respons saya.

"Tapi kata orang tua-tua, jangan benci sangat pada seseorang. Nanti berjodoh," katanya ketawa mengenang awal jalinan cintanya bersama Mawi kurang dua tahun lalu.

Mengenali Mawi sebagai kenalan biasa, akhirnya dia jatuh hati pada 'kegilaan' dan sifat Mawi di luar kulit seorang penyanyi. Ekin mendefinisikan Mawi sebagai seorang lelaki yang selamba, jujur dan tidak hipokrit.

Katanya, dia temui banyak lelaki dalam hidupnya yang 90 peratus daripada mereka tidak menampilkan sisi sebenar diri mereka. Kata Ekin: "Ada yang suka kontrol macho. Juga kuat cemburu dan suka kontrol. Saya tak gemar yang begitu.

"Saya suka yang macam Mawi. Selamba, jujur dan menghiburkan. Dia, adalah rakan, abang, adik, dan kekasih terbaik untuk saya berkongsi duka dan suka."

Tapi saya kata memanglah Mawi kini menjadi juara, sebab dia bakal bergelar suami. Ekin ketawa dan menjawab: "Macam saya kata tadi, orang yang paling kita benci akan jadi orang yang paling kita sayang."

Dan terlanjur berbicara tentang lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya, saya ajak Ekin membuka cerita tentang lelaki yang pernah mendampinginya.

Tidak hipokrit, dalam dia mengambil nafas sebelum meluahkan cerita tentang lelaki-lelaki yang mengejar, pernah diam di dalam hatinya, juga yang mahu mencuri ruang untuk menakluk hatinya.

Sebelum Mawi, dia pernah menjalin hubungan cinta selama enam tahun sebelum ia terlerai kerana mengerti kalau cinta dua darjat itu tidak akan ke mana.

"Ya, Mawi bukan yang pertama. Dia lelaki kedua yang berjaya mengetuk pintu hati saya. Tetapi Mawi juara kerana dia juga yang telah berjaya membuat saya jatuh cinta dan bernikah dengannya," kata Ekin jujur.

Dan saat menghitung hari bergelar raja sehari, Ekin masih menggamit hati banyak lelaki. Ada yang masih ingin cuba mendampinginya. Sedang seantero Malaya tahu dia milik Mawi.

"Ada juga yang datang kepada saya dan tanya kenapa Mawi? Kenapa tidak? Ada yang kata saya boleh dapat yang lebih hebat, lebih kaya.

"Betul, memang ada lelaki yang lebih kaya dan bermegah dengan kekayaan mereka datang kepada saya. Tapi saya tidak mencari itu semua. Yang saya cari sekarang adalah seorang lelaki budiman, yang memahami dan boleh hidup bersama," katanya lagi.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Ekin11
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeSun 23 Nov 2008, 11:48 am

azwin wrote:
sally_eiyna wrote:


haaaa...mekna ko coti x isi pom yeekk....
emmm.sib baik baik akak import baru punya mamarazzi..
ko ni x patut...akak plak yg kena turun pdg semlm...
aduhh! aduhh!

sori ler kak awin.....
bkn ker kak awin yg lulus cuti sy hr jumaat sabtu tmpoh hr???
luper ler tu... scratch scratch

erkk..iya ke..
lor maap ler maklum la..CEO hehee
byk koje lupe la tu..
x pa la ni p cari bhn bebyk tempek kat cni..
right..... hoorey!![/quote]

ORAIT.....
sally akan menjalankan tugas.....CEO!!!! jom salam!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeSun 23 Nov 2008, 12:10 pm

Adakah Memey, Norman Digam Stesen TV?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 11192012

Gara-gara kes khalwat, Murai Batu dengar ramai produser dah mula saspen untuk mengambil Norman Hakim dan Memey berlakon dalam produksi mereka. Bukan saja takut produksi tersangkut atau kena gam oleh mana-mana stesen TV tetapi juga bimbang kalau-kalau rating jatuh.

Baru-baru ini, Murai batu dengar, produksi drama Issandra menguggurkan nama Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 20, sebab syarikat penerbitan Pro Pictures Sdn Bhd dikatakan tidak mahu tanggung risiko dan perlu mengikut nasihat sebuah stesen TV (RTM). Khabarnya, tempat Memey untuk drama bersiri 26 episod itu digantikan dengan pelakon baru juga, Eira Syazira.

Dalam hal ini, (kalau pun) sebarang tindakan hendak dibuat, janganlah ia diletakkan ke bahu Memey semata-mata. Kata orang, tepuk sebelah tangan mana nak berbunyi. Bagaimana dengan Norman? Murai Batu hendak tahu juga rating untuk Gerak Khas selepas insiden itu berlaku. Makin mencanak ke, makin merudum ke? Benda ini boleh kita tanyakan nanti dengan Datuk Yusof Haslam sendiri.

Apapun, kes Norman-Memey ini belum lagi dibicarakan dan pihak berkenaan tidak seharusnya membuat tindakan membabi buta. Lebih baik siasat dulu supaya tiada pihak yang teraniaya.

Apa yang Murai Batu nampak, kes artis berkhalwat bukan cerita baru dalam dunia hiburan dan kita lihat hari ini, mereka yang pernah terjebak dalam cekup khalwat sudah kembali berjuang seperti biasa kerana lama-kelamaan orang kita akan lupa dan memaafkan mereka. Rasanya anda pun tahu siapa mereka bukan?

Cuma dalam kes artis-artis dulu, ia antara artis bujang dengan bujang tetapi kes Norman ini lain sikit sebab membabitkan pasangan suami isteri artis dan orang ketiga di kalangan artis juga. Dalam hal ini, Memey dilihat sudah menconteng arang ke mukanya sendiri dan orang tuanya walaupun baru masuk umur 20 tahun.

Dalam perkembangan terbaru, Murai Batu difahamkan, Norman dan Abby belum lagi ke Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk menghadiri sebarang sesi kaunseling untuk menyelamatkan rumah tangga mereka. Apakah mereka akan tetap bersama?

Sebenarnya Murai Batu begitu mengharapkan agar Norman dan Abby dapat kembali hidup ceria macam dulu kerana tiada yang hinanya kalau mereka dapat terus bersama demi anak-anak. Malah masyarakat akan tabik lagi kalau mereka dapat menyelamatkan masjid yang sudah dibina itu. Yang tidak elok dulu, jadikanlah pengajaran kerana manusia akan sentiasa melakukan kesilapan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeSun 23 Nov 2008, 12:14 pm

Ibu Ekin: Hentikanlah Tohmahan Itu

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 11202010

Puan Fatimah Saat, bakal ibu mertua kepada penyanyi lelaki nombor satu negara, Mawi, memohon masyarakat supaya janganlah terus-terusan melemparkan tohmahan dan hinaan kepada keluarganya.

Dalam pertemuan eksklusif dengan murai.com.my di kediaman tiga tingkat baru mereka di Senai, petang semalam, Fatimah dengan rasa rendah diri berkata, segala yang berlaku selama ini adalah ketentuan Ilahi dan keluarganya menerima ketetapan Tuhan itu dengan rasa bersyukur.

Fatimah akui tidak pernah berdetik di hatinya rasa untuk bermegah-megah atau berangan-angan apabila anaknya, Ekin atau nama sebenarnya, Nora'Ashikin, dan Mawi saling jatuh cinta sehingga bakal disatukan pada Disember ini.

"Apa yang orang di luar sana tidak cakap tentang keluarga kami. Kononnya, kami berangan untuk mendapat artis macam Mawi. Bagaimanapun, kami tidak bersuara dan tidak bercakap tentang hal ini semua. Bagi saya, Tuhan telah tunjukkan jodoh untuk anak saya, Ekin.

"Saya terima benda ini sebagai cabaran. Apabila mendengar cerita mengutuk, mengata saya satu keluarga, saya memang terasa sebenarnya. Tapi saya ambil iktibar apa yang berlaku dan saya redha.

"Macam-macam tohmahan dan hinaan yang kami dapat. Apabila Mawi betul-betul datang berhajat, beritahu kami sekeluarga untuk meminang anak saya... saya rasa seolah-olah macam bermimpi dan tidak percaya," katanya.

Dalam pada itu, Fatimah turut meminta agar masyarakat berhenti daripada membuat spekulasi tentang kenapa Ekin bertudung.

"Apabila Ekin mahu bertudung, saya tanya Ekin - kamu nak pakai tudung ni ikhlas ke tidak, nak tutup, lepas tu buka? Dia cakap hatinya memang sudah terbuka untuk memakai tudung dan dia berniat pakai tudung hingga ke akhir hayat.

"Mengenai Mawi pula, saya berasa terharu dan bersyukur kerana Allah telah mengurniakan seorang insan yang baik (Mawi) yang mampu membimbing anak saya apabila mereka disatukan tidak lama lagi, Saya berharap rumah tangga mereka dilimpahi rezeki dan diluaskan hidayah. Saya meminta agar Mawi dapat menjaga anak saya baik-baik" kata Fatimah.

Sementara itu, bapa Ekin, Rahmat Mohamed, turut merestui pernikahan anaknya dengan Mawi.

"Apabila mendapat tahu tentang Ekin ingin berkahwin, saya berasa bersyukur kerana sudah tiba masanya untuk mereka berumah tangga. Saya berharap biarlah hubungan mereka ini berpanjangan hingga ke anak cucu, mudah-mudahan mendapat zuriat yang baik.

"Bagi saya, Mawi itu juga insan biasa seperti kita juga, cuma dia popular dan dikenali ramai," katanya
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeSun 23 Nov 2008, 12:24 pm

SEKSINYA ZAHIDA NI!!!.....

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Za10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeSun 23 Nov 2008, 2:33 pm

Suami Hanya Ingin Seorang Anak - Haida

Tidak seperti kebanyakan wanita lain yang sudah bersuami, Haida tidak perlu risau untuk terus mengandung dan menambah bilangan cahaya mata lagi. Suaminya Aminuddin secara terang-terangan tidak mengharapkan Haida berbadan dua lagi kerana terlalu sayangkan anak lelaki tunggalnya yang bernama Muhammad Al-Hafiz!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Haida_10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeSun 23 Nov 2008, 2:35 pm

BMW X5 Hadiah Hari LahirDiana Danielle

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Diana_10

Diana Danielle menyambut hari lahirnya yang ke 17 dengan kereta BMW X5. Siapakah yang bermurah hati menghadiahkan Diana kereta semewah itu?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeSun 23 Nov 2008, 2:45 pm

Saya tidak terlibat - Akhil Hayy

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 A32

KUALA LUMPUR - Penyanyi yang terkenal dengan gelaran Ustaz Rock, Akhil Hayy atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hayy kesal kerana namanya dijaja oleh pihak-pihak tertentu sebagai pengikut ajaran sesat 'Ajaran MLM'.

Sebaliknya beliau menafikan terbabit dengan ajaran itu malah tidak tahu apa-apapun mengenainya.

"Saya benar-benar terkejut dengan dakwaan itu dan ia memberi kesan buruk pada imej saya yang berusaha memantapkan akidah semua umat Islam.

"Sebelum ini saya tidak mengetahui langsung mereka (pengikut Ajaran MLM) menggunakan nama saya kerana tiada sesiapa pun bertanya mengenainya sehinggalah kisah mengenai ajaran ini dikeluarkan media," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Akhil mengulas dakwaan mengaitkan dirinya sebagai salah seorang daripada beberapa selebriti terkenal tanah air yang menjadi pengikut 'Ajaran MLM.'

Kosmo! melalui siri laporannya mendedahkan mengenai ajaran sesat 'Ajaran MLM' yang lebih menjurus memeras ahli memberi sejumlah wang mengikut perkiraan berdasarkan 'formula dosa sepanjang hayat' atas tujuan membiayai sebuah kerajaan Islam yang lebih sahih 'Maahad Al-Zaiton' di Indonesia.
Back to top Go down
tiehah777
Ahli Familiar
Ahli Familiar
tiehah777

Number of posts : 170
Age : 40
Location : kL...
Registration date : 16/08/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeSun 23 Nov 2008, 3:44 pm

sally_eiyna wrote:
azwin wrote:
sally_eiyna wrote:
wow...makin meriah nmpknyee umah kte ni kak awin... flower
ade mamarazzi bru..tiehah..thanz tiehah sbb telah menyelamatkan akak..... ngeh3x
dr di marahi oleh CEO..kak awin.. hoorey!! sbb bercuti...
tp xpe...CEO yg turun padang cri citer yg panazz...lg snsasi... bagus...bagus..

haaaa...mekna ko coti x isi pom yeekk....
emmm.sib baik baik akak import baru punya mamarazzi..
ko ni x patut...akak plak yg kena turun pdg semlm...
aduhh! aduhh!

sori ler kak awin.....
bkn ker kak awin yg lulus cuti sy hr jumaat sabtu tmpoh hr???
luper ler tu... scratch scratch


ala akak... xper...
same2 la kena rajin..baru ler meriah Pekan Rabu nih...
chayok!chayok!! hoorey!!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeSun 23 Nov 2008, 4:14 pm

10 PERKAHWINAN PALING SENSASI

1. Perkahwinan Yang Paling Ditunggu Ramai
Siti Nurhaliza & Datuk Khalid Mohamed Jiwa (21-08-2006)

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Siti3d10

Majlis perkahwinan Siti Nurhaliza Taruddin merupakan perkahwinan yang paling ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia. Siti mula memberi isyarat kepada umum bahawa hatinya sudah berpunya ketika menerima Anugerah Bintang Popular 2005 dengan ucapan, “Ini merupakan hadiah kepada peminat, terima kasih kepada teman-teman seperjuangan dan juga orang yang saya sayangi”. Makan hati seluruh jejaka Malaya apabila mendapat tahu Siti memilih lelaki yang jauh lebih matang dengan misai lebat di bibir! Mulalah ramai lelaki yang menanam misai dengan harapan dapat memikat gadis-gadis yang ayu macam Siti. Kata Siti, dia suka cara Datuk K melayan anak-anak. Nampaknya skill pandai melayan anak juga boleh digunakan sebagai taktik memikat hati wanita. Sudah setahun lebih berumahtangga, Siti dan Datuk K masih mendapat perhatian peminat dan media hingga ke hari ini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. Perkahwinan Yang Diserbu Tetamu Tidak Diundang Paling Ramai
Ziana Zain & Armin Zaharin (2-5-1998)


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Zz13

Artis berpinggang kerengga ini cukup top pada tahun 90-an dengan lagu-lagu bernada tinggi serta diketahui umum sebagai gadis pujaan hati Azwan Ali. Pertunangan Ziana dengan seorang kakitangan MAS tidak dapat dihidu wartawan tetapi apabila dia diijabkabulkan dengan Armin Zaharin di rumah ibubapanya di Subang, majlis perkahwinan Ziana telah diserbu oleh 15,000 peminat yang tidak diundang. Dikhabarkan, bapa Ziana, Pak Zain yang terkenal dengan sifatnya yang baik hati, telah memesan dua lori nasi minyak untuk menampung tetamu yang begitu ramai. Pandai betul Pak Zain cari syarikat yang boleh hantar nasi minyak pakai lori. Perkahwinan beliau juga telah menyebabkan Ogy dan rancangan Melodi disaman Azwan Ali berikutan komen Ogy yang mengatakan Azwan makan hati sengsorang kerana Ziana sudah bernikah. Ziana dikurnia dua orang anak lelaki bersama Armin dan kekal sehingga ke hari ini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
3.Perkahwinan Ditaja Paling Singkat
Erra Fazira & Yusry (15-3-2003)


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Erra_y10

Erra Fazira merupakan pelakon handalan cantik jelita dan Yusry KRU pula ialah seorang artis lelaki kacak bergaya serta kaya. Apabila kedua selebriti ini memutuskan untuk mendirikan rumahtangga, begitu ramai pihak yang mahu menaja kerana pasti perkahwinan ini akan mendapat coverage luar biasa. Tekaan pihak penaja tepat sekali apabila perkahwinan Erra dan Yusry merangkul takhta Wedding of the Year 2003 apabila majlis perkahwinannya dibuat secara besar-besaran di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Run Razak Kuala Lumpur dan dihadiri oleh 10,000 peminat. Nak tambah glamor, kedua mempelai guna banyak angka tiga seperti nikah pada 15-3-03, wang hantaran bernilai 33,333.33, entourage pihak lelaki seramai 33 orang dan mereka kena datang pukul 3.30 petang. Malangnya, pasangan Erra dan Yusry mampu bertahan selama tiga tahun sahaja dan bercerai pada 16-6-06.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

4. Perkahwinan Yang Mempunyai Hantaran Paling Tinggi
Mazuin Hamzah & Pengiran Sufri (11-12-1987)


Kisah cinta penyanyi dan pemain drum kumpulan Quinary M yang kecil molek bernama Mazuin Hamzah, umpama kisah dongeng Cinderella yang dilamar putera raja. Pertemuan pertama Mazuin dengan Pengiran Sufri berlaku pada tahun 1987 dan dalam tahun yang sama, Mazuin menggemparkan Malaysia apabila dipinang oleh Pengiran Muda Sufri Bolkiah dengan hantaran bernilai satu juta ringgit. Tak kiralah bagaimana rupa paras bakal suami atau perangainya, dilamar oleh putera raja dari golongan keluarga diraja paling kaya di dunia, tak rasa nak kahwin pun tiba-tiba jadi rasa. Pada 11 Disember 1987, mereka disatukan secara gilang gemilang di Brunei selepas berbulan-bulan persediaan dilakukan oleh pihak istana. Selepas berkahwin, Mazuin diberi gelaran Pengiran Bini Mazuin dan tinggal di istana. Namun selepas 17 tahun bersama, pasangan ini bercerai dan Mazuin hanya membawa gelaran Hajah Mazuin binti Hamzah sahaja.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

5. Perkahwinan Duda Malaysia Paling Laku
M. Nasir & Marlia Musa (31-08-2000)


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Mnasir10

Komposer dan penyanyi terkenal M. Nasir ialah jenis lelaki semakin tua semakin menarik. Walaupun beliau seorang duda beranak lima, faktor ini tidak menjadi halangan untuk dirinya digilai oleh ramai wanita Malaysia daripada pelbagai lapisan umur. Pada 31 Ogos 2000, beliau memilih untuk bernikah dengan pelakon popular Marlia Musa yang membuat ramai wanita ternganga tidak percaya. Menurut Marlia, M. Nasir merupakan cinta pertamanya dan bagi M. Nasir, Marlia merupakan wanita yang boleh mengisi kekosongan hidupnya dan anak-anak.''Saya suka sesuatu perkara misalnya sejenis kain dan dia (Marlia) ada kain itu,” kiasan yang sukar dimengerti oleh orang biasa. Marlia disunting dengan mas kahwin berupa tiga belas keping wang dinar bernilai RM2,000 termasuk lima anak segera daripada perkahwinan M.Nasir yang sebelumnya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

6. Perkahwinan Tutup Kontroversi
Linda Rafar & Keifli (1-5-1999) vs Edry & Milia Mohamad (5-11-1999)


Linda Rafar, penyanyi kumpulan ala-ala Spice Girls Malaysia yang berada di bawah naungan KRU Records pernah mempunyai hubungan cinta dengan Edry KRU, adik paling bongsu kumpulan tiga beradik KRU. Pada tahun 1999, 11 gambar bogel dengan aksi-aksi lucah yang begitu mirip kepada mereka berdua telah terpampang di Internet. Sejurus selepas kontroversi itu tercetus, Linda dan Edry menutup cakap-cakap orang dan kontroversi yang melanda dengan bernikah dengan pasangan masing-masing. Linda Rafar bernikah dengan pemandu go-kart kebangsaan, Keifli Datuk Othman pada 1 Mei 1999 manakala Edry pula bernikah dengan Milia Mohamad, setiausaha kepada abangnya Norman pada 5 November 1999. Perkahwinan Linda Rafar dengan Keifli mampu bertahan selama lima tahun sahaja setelah mendapat dua orang hero dan mereka bercerai talak satu pada 5 Ogos 2004. Edry pula baru sahaja menimang cahayamata ketiga pada 15 Mei 2007.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

7. Perkahwinan Yang Mengetepikan Wartawan Hiburan
Natasha Hudson & Datuk Shahrin Zahari (4-08-2007)


Natasha Hudson, model terkenal kacukan Melayu-Indonesia-Australia, tidak putus dilanda pelbagai serangan gosip tabloid apabila beliau menamatkan perkahwinannya dengan Mohd Faiz Mohd Raih, seorang anak Datuk yang hanya bertahan selama lima bulan sahaja. Pada 4 Ogos 2007, sekali lagi Natasha menggemparkan dunia hiburan apabila perkahwinannya dengan Datuk Shahrin Zahari, Pengarah Eksekutf Verti Global yang diadakan di Carcosa Seri Negara tidak membenarkan wartawan hiburan masuk untuk membuat liputan. Alasan yang diberi ialah takut nak jemput ramai tak cukup nasi. Ramai wartawan yang hadir kecewa dengan sikap Natasha kerana wartawan datang nak buat liputan, bukan nak makan nasi. Akibat peristiwa itu, wartawan hiburan secara sebulat suara telah memboikot Natasha. Walaupun Natasha sedih kerana disisihkan kerana endiriannya tentang hal peribadi, dia telah pun selamat bernikah dan jelas sekali pilihan Natasha ialah seorang Datuk sebagai pasangan hidupnya dan bukan sekadar anak Datuk.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
8. Perkahwinan Mengubat Hati Luka
Ina Naim & Suhaimi (12-8-07)


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Inanai10

Nor Diana Naim pernah bertunang dengan Mawi, penyanyi tersohor Malaysia sebelum Mawi dijulang sebagai juara Akademi Fantasia ke-3 lagi. Selepas memenangi AF, ramai yang tak sabar-sabar nak tahu siapa tunang Mawi. Mula-mula Ina hanya low profile tetapi apabila Ina berdepan dengan keadaan perhubungan yang semaking meruncing, Ina mendapat liputan meluas daripada wartawan hiburan. Tidak lama kemudian, hubungan pasangan ini terputus dan bertitik tolak daripada kegagalan cintanya dengan Mawi, Ina semakin agresif dengan buku tulisannya dan pembabitannya dalam dunia muzik dengan terhasilnya album sulung beliau yang berjudul “Duhai Hati”. Pada bulan Jun, dunia hiburan dikejutkan dengan berita Ina Naim bertunang dengan bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Mohd Suhaimi Saad dan dinikahkan dua bulan selepas itu pada 12 Ogos 2007. Kalau nak dinamakan jodoh, tak dapat yang paling popular, yang popular sikit pun jadilah.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

9. Perkahwinan Menggunakan Angka Sama Paling Banyak
Eizlan Yusof & Vie Shantie Harun Khan (7-7-07)


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Eizlan11

Apa ada pada nombor? Nampaknya jika anda seorang artis yang mahu berkahwin, nombor yang dipilih kenalah cantik dan unik, barulah ada style! Bagi pasangan pelakon kacak popular, Eizlan Yusof dan model cantik, Vie Shanti Harun Khan, angka tujuh merupakan sejarah bagi diri mereka berdua. Eizlan bernikah pada 7 Julai 2007 (7-7-07) setelah mula berkenalan pada 7 Julai tahun sebelumnya. Eizlan dan Vie dua-dua lahir pada bulan 7, jumlah wang hantaran Eizlan kepada model sambilan ini berjumlah RM77,777.77 yang diiringi 7 dulang barangan. Beliau juga berharap anaknya dilahirkan dalam bulan tujuh juga. Untuk mereka yang ingin mendirikan rumahtangga pada tahun hadapan, cepat-cepat tempah tok kadi pda 8-8-08 supaya rumahtangga anda ‘ong’ selamanya. Kalau tak dapat tarikh tersebut, 18-8-8 atau 28-8-8 juga cantik.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

10. Perkahwinan Dengan Hantaran Paling Istimewa
Erra Fazira dan Engku Emran 25-10-2007


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Erra_e10

Erra Fazira sekali lagi masuk senarai dengan menamatkan zaman jandanya dengan Ketua Pengarah Operasi Suria FM, Engku Emran pada 25 October 2007 lalu. Erra membuat keputusan untuk memilih Emran selepas kononnya berlaku adegan tumbuk menumbuk antara Hans dan Emran di rumah Erra beberapa minggu sebelum itu. Walaupun Emran dikatakan sakit ditumbuk, Hans sakit lagi teruk apabila Erra memilih Emran untuk menjadi suami. Erra membuat pengumuman bahawa bukan harta yang dicarinya tetapi cinta dan kasih sayang, lantas dia hanya mahukan senaskah Al-Quran sebagai hantaran. Untunglah Emran dapat isteri yang bukan sahaja cantik malah baik dan merendah diri. Majlis perkahwinan Erra kali ini dibuat secara sederhana di kalangan keluarga dan teman-teman, bekas suami juga dijemput tetapi Yusry tentu sekali ada komitment lain ketika itu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeSun 23 Nov 2008, 4:15 pm

tiehah777 wrote:
sally_eiyna wrote:
azwin wrote:
sally_eiyna wrote:
wow...makin meriah nmpknyee umah kte ni kak awin... flower
ade mamarazzi bru..tiehah..thanz tiehah sbb telah menyelamatkan akak..... ngeh3x
dr di marahi oleh CEO..kak awin.. hoorey!! sbb bercuti...
tp xpe...CEO yg turun padang cri citer yg panazz...lg snsasi... bagus...bagus..

haaaa...mekna ko coti x isi pom yeekk....
emmm.sib baik baik akak import baru punya mamarazzi..
ko ni x patut...akak plak yg kena turun pdg semlm...
aduhh! aduhh!

sori ler kak awin.....
bkn ker kak awin yg lulus cuti sy hr jumaat sabtu tmpoh hr???
luper ler tu... scratch scratch


ala akak... xper...
same2 la kena rajin..baru ler meriah Pekan Rabu nih...
chayok!chayok!! hoorey!!

ngeh3x bagus...bagus..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeSun 23 Nov 2008, 4:31 pm

“Saya Bukan Gay! Saya Lurus Macam Pembaris” - Yusry KRU

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Fwewng10

Hari ini Bintang Popular menampilkan Yusry KRU & Julia Ziegler sebagai cover untuk sisipan Berita harian yang popular ini. Nampak mesra mereka berdua dalam foto yang di’ambil jurugambar Berita Harian ini.

Yusry KRU di’tanyakan tentang filem terbaru beliau yang akan menemui penonyon Disember ini iaitu Cicakman 2: Planet Hitam, hubungan beliau dengan Julia Ziegler & dakwaan orang ramai yang Yuisry menjalin hubungan ’songsang’ dengan artis di bawah naungan KRU Music Group (KMG).

Respons Yusry kepada wartawan, “Memang saya rasa terguris dan tercabar! Masyarakat di luar sana, apabila membaca dakwaan itu, mereka yang tak kenal saya, akan mempercayainya. Kawan-kawan tahu, saya ’straight’! Lurus macam pembaris! Naluri saya 100 peratus terhadap wanita, tidak ada sekelumit pada lelaki! Tengok gaya pun tahulah, lelaki tetap lelaki.

Orang nak mereka cerita sensasi di internet, tapi wartawan tidak begitu. Sekalipun saya rasa tercabar, tapi saya masih mampu mengawal diri kerana ada orang lain, kena fitnah lebih teruk! Sekali lagi saya nak tegaskan di sini, saya lurus selurus-lurusnya! Namun, saya tidak bermaksud menghina lelaki gay, cuma saya bukan salah seorang daripada mereka. Everyone got gay?s friend!”
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeSun 23 Nov 2008, 4:34 pm

SEKSINYA LISA DAN NORA NI............... marahnya aku..

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 En8in810
Back to top Go down
tiehah777
Ahli Familiar
Ahli Familiar
tiehah777

Number of posts : 170
Age : 40
Location : kL...
Registration date : 16/08/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeSun 23 Nov 2008, 5:26 pm

sally_eiyna wrote:
SEKSINYA LISA DAN NORA NI............... marahnya aku..

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 En8in810

erk..biase jerk... senyum..
Back to top Go down
deqlis
Super Senior
Super Senior
deqlis

Number of posts : 869
Age : 43
Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam
Registration date : 27/06/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeSun 23 Nov 2008, 9:04 pm

bagus lah thread nie..x yah deqlis baca Mangga dh...:-) dah baca page 4-9 dah...:-) mcm2 citer ooo... mekasih..
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeSun 23 Nov 2008, 11:28 pm

bagus...bagus.. bagus...bagus..
baguih mamarazzi2 sekelian.....
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 12:08 am

Rosnah Mat Aris Nafi Nikah Lelaki Muda 26 Tahun


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Rosnahcopysy8
Pelik betul cerita Rosnah Mat Aris kita yang satu ni. Wartawan Harian Metro berjaya dapatkan nama & umur lelaki muda yang di’katakan bernikah dengan Rosnah sekali dengan Penolong Pendaftar Nikah & dua orang saksi tetapi masih menafikan’nya.
Ramli Arifin, 49, yang menikahkan pelakon itu pada 13 November 2008 jam 3.30 petang di Masjid Al-Khairiah, Taman Sri Gombak berkata “Saya mengesahkan perkara ini sebab saya yang menikahkannya. Selebihnya kenalah bertanya kepada empunya diri.”
Lelaki muda tersebut adalah Tajul Efendie Isa, 27 mempunyai perbezaan umur 26 tahun dengan Rosnah yang kini berusia 53 tahun.
Menurut Rosnah, beliau tidak menikah di’masjid tersebut tetapi anak perempuan beliau, Rasnor bernikah di’sana pada 30 Oktober 2008.
Ketika di’hubungi wartawan, Rosnah memaklumkan yang beliau sedang bercuti bersama anak & cucunya di Port Dickson.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 7:46 am

deqlis wrote:
bagus lah thread nie..x yah deqlis baca Mangga dh...:-) dah baca page 4-9 dah...:-) mcm2 citer ooo... mekasih..

jgn beli majalah.....buang duit jer.... ngeh3x
jenguk jer kt umah kteorg ni hah....pasti berita terkini lgi snsasi ooo Basketball Basketball
rjin2 la...... music
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 7:49 am

(Gambar) Sekitar Majlis Hari Jadi Diana Danielle

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Bday1c10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Bday2c10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Bday5c10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 D12

Baru-baru ini bertempat di Chittralada, Menara Great Eastern, pelakon remaja yang baru sahaja tamat mengambil Sijil Pelajaran Malaysia Diana Danielle menyambut hari lahir’nya yang ke-17. Turut sama hadir dalam majlis tersebut ialah media, rakan rapat Diana, Liyana Jasmay, Juliana Evans, Azwan Ali & kenalan artis lain.

“Kereta tersebut saya anggap hadiah hari lahir saya. Ianya merupakan tanda mata yang saya boleh nampak dari hasil kerja dan usaha saya selama ini. Jadi jangan selepas ini ada yang menganggap bukan-bukan. Ianya bukan hadiah dari Shamsul atau pun Dato’ mana. BMW itu saya yang beli dari duit saya sendiri” tegas Diana.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 7:54 am

Kejamnya Erema Terhadap Suaminya, Seri Bayu

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Erema10 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Erema210

Menurut Seri Bayu, Erema yang dikenalinya sejak tujuh tahun lalu banyak berubah selepas dia bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab di Shah Alam, Ramadan lalu.

Dulu dia (Erema) bagus (sebab) dia jaga abang dengan baik. Dulu dia jujur, tetapi sekarang banyak berbohong dan pandai berlakon depan orang. Dia maki…tendang… tolak abang. katanya

Dia lupa diri. Banyak kali dia cakap kalau kau mampus aku senang? katanya yang mengakui mampu menyara kehidupan suami isteri menerusi sumber kewangannya sendiri.

Menurut Seri Bayu, dia yakin isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan orang lain.

Dia ada lelaki lain sebab setiap malam ada orang menjemputnya. Apa yang abang tahu dia habis kerja jam 2 pagi, tetapi selalu balik jam 5 atau 6 pagi,?

Kadang-kadang abang terbaring, jam 5 pagi dia sibuk bermain SMS walaupun abang nampak. Dia main SMS sampai jam 6 pagi. Dengan siapa? katanya.

Sedih pula bila mendapat tahu kisah sebenar tuntutan cerai Erema terhadap Seri Bayu. Sudah lah dia menanggung sakit, isteri pula berfoya-foya dengan lelaki lain. Seri Bayu, kuatkan hati kau, dan ceraikan sahaja isteri mu itu. Kalau tidak, kau akan di cop sebagai lelaki bacul. Memang Erema tidak sesuai untuk kau, tidak mengapa, tuhan akan anugerahkan insan yang lebih baik untuk kau. Insyallah
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 7:59 am

GAMBAR NORYN AZIZ TANPA MAKE-UP

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Noryn-10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Noryn-11
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 8:00 am

GAMBAR TOI, STACY DAN RIZ

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Toi-st10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 8:02 am

Dato’ Siti Nurhaliza Tidak Dapat Join Jom Heboh Penang

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Ct23

Takziah buat Dato’ Siti Nurhaliza dan Datok K di atas kehilangan ayahanda mertuanya yang telah pulang ke rahmatullah pagi tadi, 22 November 2008. Semoga rohnya senantiasa dirahmati Allah dan ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman.

Berikutan dengan itu, Siti Nurhaliza tidak dapat menghadiri dan mengadakan persembahannya di Konsert Jom Heboh Penang pada malam tadi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 8:05 am

Dato’ Siti Nurhaliza Buat Pregnancy Tests?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Ct219

Saya ada dengar juga berita tentang Dato’ Siti Nurhaliza dah pun hamil anak pertamanya. Berita ini dikatakan telah menular setelah ada mata-mata yang melihat penyanyi nombor satu dah suaminya telah berkunjung di sebuah klinik di Klang yang dikhaskan oleh VVIP untuk buat pemeriksaaan kesihatan di situ. Khabarnya pasangan itu telah buat pemeriksaan pregnant test untuk memastikan samada Siti hamil atau tidak.

Betul ke Siti dah hamil ni? Kalau betul, tahniah untuk Siti dan Datuk K.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 8:34 am

Siti Jadik Model Axion

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Ct24

ni gambar lame......hehehe jgn saman sally sudah ler yer!!!!! ngeh3x
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 9:03 am

julia bersama2..teman... huh ade sesuatu disitu.. adakah?auw auw.. taste mak nyah!!!hahaha

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Md_710
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 9:04 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Md_610

gebunya Sofea JAne ni kan........ hoorey!!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 9:12 am

PROFIL NURUL SYUHADA NURUL AIN

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Syud1x10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Syud2x10

Name : Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin
Age : 21 years old
From : Selangor
Education :Graduate from Kolej Universiti Sains & Teknologi Malaysia (Marine Science)
Hobby : Scuba Diving
Nurul adalah pemenang malaysia top host (tv3)
Lokasi gambar : Kustem,Terengganu
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 9:18 am

AJAI KAKI DISKO???

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Ajai10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Ajai210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Ajai310

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Ajai410


*gambar pertama nampak kotak dunhill 20 MY, perghh mesia nyer dunhill
coke ye tp botol tu nampak botol LeRoux (brandy dan whiskey)

*gambar last nampak botol hijau beer murah heineken

*rumusan dari gambar bukan kaki disko tapi kaki party. dia minum arak? tataw sbb tak nampak lam gambar

patut la sampai bercerai dgn nurul.. astaghfirullahalazimm.. astaghfirulahalazimm.... not good.. marahnya aku.. marahnya aku..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 9:35 am

NIK FARIDAH-MODEL SUNSILK

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Sunsil12

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Sunsil13

MELIHAT wajah manis ini pasti anda teringatkan sesuatu. Wajahnya pernah muncul di kaca TV, tapi bukan sebagai pelakon atau penyanyi. Jika anda tenung betul-betul, ingatan anda pasti akan singgah pada satu satu iklan syampu di mana seorang isteri yang menukar beberapa kali tudung kepalanya sebelum pergi ke rumah ibu mentuanya.

Wajah yang pada mulanya agak cemas kerana bimbang tidak selesa dengan pemakaian tudungnya kemudian bertukar menjadi ceria setelah memakai syampu. Sayangnya, si suami pula tidak membawa isterinya ke rumah ibunya tetapi pergi bersiar-siar menikmati panorama malam di tebing bukit disebabkan terlalu terpesona dengan kejelitaan isterinya.

Model iklan yang cantik jelita itu adalah Nik Farideh Yousef Mohd. Khani, 25, berasal dari Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan.

Anak sulung daripada tiga adik-beradik ini mempunyai darah kacukan Iran dari sebelah ayahnya.

Nik Farideh yang berkelulusan Bio-Perubatan, kini sedang meneruskan pengajian Sarjana Lanjutan dalam bidang Psikologi Klinikal, di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dan jangan anda terkejut apabila pasanganya dalam iklan itu adalah suaminya, Dr. Azirul Salihin Anuar, 28.

Pasangan sama cantik sama cemerlang bukan sahaja disatukan di dalam iklan tersebut tetapi juga berkongsi hidup sejak tiga bulan lalu dan pada 18 Jun lalu, mereka disandingkan untuk disaksikan sanak saudara dan rakan taulan.

Azirul, anak kelahiran Kota Bharu Kelantan itu, merupakan seorang doktor perubatan dan kini berkecimpung sepenuh masa dalam bidang perniagaan kejuruteraan dan membabitkan diri dalam bidang peragaan.

Ditanya bagaimana boleh terbabit dalam iklan berkenaan, Nik Farideh mengakui diperingkat awal mereka sama sekali tidak menduga terpilih.

gKami bertemu seorang teman lama yang meminta kami menjalani uji bakat yang sedang dijalankan. Tiga kali kami mencuba dan tidak sangka pula terpilih. Pengambaran dijalankan selama dua hari dengan beberapa pelakon tambahan,'' katanya.

Bagi Nik Farideh, biarpun ini pengalaman pertama kali berlakon filem iklan tetapi beliau dapat menjayakannya dengan baik.

Menurut Nik Farideh, pengalaman itu amat berharga untuk dirinya dan tidak menganggap pembabitannya dalam iklan berkenaan menjadikan dirinya glamor biarpun sering menjadi perhatian apabila keluar rumah.

Ditanya sama ada beliau berminat dengan bidang lakonan, katanya, beliau berminat untuk berlakon asalkan dibenar bertudung.

Dalam pada itu Azirul juga tidak menghalang sekiranya Nik Farideh berlakon asalkan pandai menjaga batas-batas diri sebagai isteri.

Pada waktu ini kata Azirul, Nik Farideh mempunyai banyak masa lapang kerana tidak perlu menghadiri kuliah yang banyak.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Sunsil14

Ditanya keistimewaan isterinya sehingga terpilih sebagai pelakon utama iklan itu, Azirul berkata, Nik Farideh kelihatan cantik dalam tudung berwarna hijau dan menepati cita rasa pihak pengiklan kerana beliau pandai berlakon.

gSaya menjadi pasangan paling sesuai untuk digandingkan dengannya daripada orang lain di dalam iklan berkenaan,ff katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 9:41 am

SUKI - MAKE OVER

BEFORE
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Aa10

AFTER
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 F02suk10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 10:26 am

Kes Aziz M. Osman ke Mahkamah Tinggi Syariah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Aziz11
AZIZ M. OSMAN bersama anak-anaknya, Puteri Nurul Fateha (kiri) dan Puteri Nur Asyiqin keluar dari Mahkamah Syariah Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU - "Saya harap perkara ini dapat diselesaikan dengan lebih cepat lagi untuk menguraikan perkara yang kusut ini."

Itu harapan pelakon dan pengarah, Aziz M. Osman, 46, mengenai status perkahwinannya dengan Nor Radhiah Ramli, 22.

Aziz berkata demikian selepas hakim Mahkamah Rendah Syariah, Kamalruazmi Ismail memutuskan kes yang disebut semalam itu perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini atas tiga alasan.

Alasan itu ialah kerana kes tersebut mendapat liputan meluas pelbagai pihak sebelum kes difailkan dan Mahkamah Tinggi Syariah lebih berupaya mengendalikannya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOR RADHIAH hadir di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu semalam.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Azaiz210

Kedua, katanya, kes tersebut juga melibatkan banyak pihak termasuk pihak yang menguruskan permohonan, mengeluarkan surat kelulusan dan pihak menjalankan upacara pernikahan Aziz dan Nor Radhiah.

Alasan ketiga ialah kerana beliau pernah mendengar kes Nor Radhiah sebelum ini (pengesahan perkahwinan dengan suami terdahulu) dan lebih adil jika kes tersebut dibicarakan oleh pihak lain.

Bagaimanapun, Kamalruazmi menerima permohonan responden untuk menjawab afidavit yang dikemukakan oleh pemohon untuk diserahkan kepada mahkamah Ahad ini.

Aziz yang diwakili peguam, Amli Embong dalam prosiding kelihatan tenang namun Nor Radhiah yang memfailkan permohonan pengesahan perkahwinan itu tidak hadir.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 10:29 am

LISA BAKAL PRIMADONA

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Lisa12

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Lisa210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Lisa310

LISA melihat pencapaiannya dalam bidang hiburan saat ini sebagai rezeki buat dirinya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 10:35 am

GADIS MERAH JAMBU.....

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Fizome10 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Fizome11

Serasi tak gandingan pelakon yang sedang meningkat naik namanya, Fizow Omar dan Sari Yanti ni? Mereka digandingkan dalam drama Gadis Merah Jambu. Sekarang banyak drama bersiri di kaca TV, jadi produser dan pengarah mencari gandingan baru untuk menjayakan projek mereka.

Kalau tidak di cari wajah baru nanti nampak sama saja dramanya. Fizow dan Sari Yanti ni kira pasangan baru jugalah. Tunggulah aksi mereka di TV nanti.Serasi tak Fizow dan Sari Yanti ni?

Sebab drama berjudul Gadis Merah Jambu, Sari Yanti pilih baju berwarna merah jambulah. Barulah kena dengan tajuknya.

Nampak macam serasi pulak mereka berdua ni kan?

Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 11:06 am

BERTUAH DENGAN SI DIA

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Mainpi40
Diana Rafar sentiasa mengharap hubungannya bersama Zamarul Hisyam berakhir dengan kebahagiaan berkekalan

Dalam pertemuan dengan Hip, Diana mengakui, dia dan Zamarul memang pernah merancang untuk berkahwin pada penghujung tahun 2006, namun gosip liar yang menghambat dirinya pada tahun yang sama sudah membantutkan niat mereka.

Justeru, pada saat ini baik Diana mahupun Zamarul, mereka hanya berserah dan berharap impian untuk hidup bahagia sebagai pasangan suami isteri menjadi kenyataan.

Menurut Diana, sejak mengenai Zamarul pada tahun 2002, dia sudah lali diajukan pertanyaan mengenai perkahwinannya dengan pelakon itu.

Bahkan, ada juga yang mengandaikan hubungan mereka sudah terputus di tengah jalan sedangkan hakikatnya cinta mereka masih lancar.

Buktinya, Zamarul sendiri sendiri muncul sewaktu sesi fotografi ini dijalankan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Dd10

"Semuanya saya serahkan kepada soal jodoh dan takdir. Insya-Allah, kalau sampai jodoh kami berdua, kami pasti kahwin. Bukan apa takut pula kalau merancang, bimbang tak menjadi pula. Kami sudah melalui fasa bercinta dalam tempoh yang agak lama dan ada kalanya kesibukan masing-masing membuatkan kami tidak berjumpa.

"Tengoklah sendiri tadi, kalau kami berjumpa depan mata sekalipun, tidak sempat berborak.

"Tapi selalunya masa terluang kami termasuk ahli keluarga saya yang lain banyak dihabiskan di sini (Shah Alam). Tapi saya bertuah kerana dia (Zamarul) seorang yang sangat mengambil berat," kata Diana yang terbabit mengikat kontrak hingga tahun depan sebagai model iklan produk syampu bersama Fouziah Gous.

Kata Diana, kalau Zamarul ada masa terluang, dia memang akan singgah ke premis pusat kecantikan D'Lugano miliknya di Seksyen 13, Shah Alam

Menariknya, bukan Diana saja menjalankan perniagaannya di situ, anak saudaranya membuka butik The Closet, manakala kakaknya, Linda berniaga di Jom Lepak Cafe menjadikan hampir sederet rumah kedai ini seperti 'ditakluki' keluarga Rafar.

Dan, bagi Diana sendiri, rezeki datang tanpa diduga apabila dia kini mengikat kontrak untuk menjadi duta produk kesihatan Al Jabbar bersama Zamarul.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 11:09 am

Info Jangan Pandang Belakang Congkak

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Mainpi41

Kos Penerbitan: RM1.8 juta

Filem ke-31 daripada MIG Productions

Filem MIG Production keenam diarahkan oleh Ahmad Idham selepas Tentang Bulan, Remp-It, Jangan Pandang Belakang, Brainscan dan Congkak.

pelakon lain yang turut terbabit dalam filem ini termasuklah Cat Farish, Pierre Andre, Piee, Lisa Suriani, Den Wahab, Belalang, Dina, Mas Muharni dan ramai lagi.


Sinopsis:

Di sebuah kampung tinggal seorang tua bernama Pak Sudir, yang sangat kaya dan dikatakan memelihara saka. Sering dilihat Pak Sudir di beberapa tempat dalam satu masa. Melihat pada raut wajahnya, tiada siapa menyangka usianya sudah mencecah hampir 125 tahun. Pak Sudir tinggal dengan seorang pembantu iaitu Mustika. Di saat kematian Pak Sudir, pelbagai kejadian aneh berlaku menggemparkan penduduk kampung. Dikatakan Pak Sudir sudah lama meninggal dunia dan terlantar sakit adalah sakanya. Seorang bomoh terkenal, Pak Moh dipanggil untuk menyelesaikan masalah itu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 11:19 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Hans-t10

Pelakon Hans Isaac semakin aktif menerbit drama televisyen. Syarikatnya Tall Order Production mendapat kepercayaan stesen televisyen untuk membekalkan pengisian yang bermutu untuk mereka.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 11:22 am

Saida nekad berusaha jadi artis

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Saida-10

Telah banyak dugaan yang dilalui oleh Siti Nursaida Taruddin semasa dan selepas tamat program Akademi Fantasia 6. Kini masa untuk dia benar-benar memberikan komitmen bahawa dia memang ingin menjadi artis, bukan sekadar suka-suka dan hanya untuk luang masa lapang sahaja.

Saida, 32, akui pada awalnya dia hanya menemani adiknya Saerah untuk menjalani uji bakat. Namun percubaan suka-suka akhirnya membawa dia ke dalam program realiti yang ramai peminat itu. Saida juga mula ada kelompok peminat tersendiri.


Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 11:31 am

Duit Dia Fadila kena kebas

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 D13

PENYANYI Dia Fadila,24, yang top dengan lagu Aku Masih Setia tengah bersedih apabila seorang minah ni dah kebas duit dia. Petang Khamis lalu masa berborak dalam telefon, Dia Fadila mengadu kalau boleh dia nak cari sampai ke lubang cacing seorang perempuan berusia 40-an ni yang dah bawa lari duitnya.

Niezam tanya banyak mana duit yang kena bawa lari tu? Rupa-rupanya banyak juga dalam RM17,000. Al-kisahnya pada bulan April lalu Dia dapat jemputan buat persembahan sempena Minggu Setiausaha di Hotel Impiana, Kuala Lumpur.

Minah tersebut telah dilantik oleh keluarga Dia sebagai orang tengah yang diberi tanggungjawab menguruskan segala urusan pembayaran dan sebagainya. Keluarga Dia boleh mempercayai perempuan tu sebab kenalan lama. Lagipun selama ni dia tak pernah buat hal.

Gamaknya bila dah nampak duit beribu-ribu, mungkin tanduk hantu mula tumbuh atas kepala dia.

Malangnya selepas persembahan, “malaun” tu tak juga bayar duit sehinggalah dua bulan berlalu, keluarga Dia dah syak sesuatu. Bila mereka telefon minah tu nak tanya pasal duit, alasannya hotel tersebut tak jelaskan lagi bayaran.

Akhirnya bila bapa Dia rasa tak puas hati, dia pun siasat dengan pihak hotel. Rupa-rupanya pihak hotel dah jelaskan kesemua bayaran sebaik sahaja Dia habis membuat persembahan.

“Bila puas didesak, akhirnya dia bagi juga RM10,000 dan janji baki RM17,000 nak bayar lepas tu.

“Malangnya bukan saja baki, batang hidung perempuan tu pun dah tak nampak dah sampai sekarang ni,” kata Dia. Yang paling Dia nak mengamuk, perempuan tu pernah menipu kononnya sudah masukkan baki bayaran ke dalam akaunnya.

Selepas tiga hari, akaun Dia masih lagi kering. Lepas diperiksa dengan pihak bank, rupa-rupanya minah tu sudah memohon supaya cek yang dimasukkannya itu ditarik balik.

Gara-gara kes itu, Dia terpaksa buat laporan di Balai Polis Kajang baru-baru ni dan berhasrat nak ambil tindakan terhadap wanita itu.

Sesiapa yang kenal perempuan bernama “S” dan turut bekerja sebagai promoter yang menguruskan artis-artis Indonesia tu supaya berhati-hati. Takut nanti banyak lagi orang yang akan kena tipu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 11:38 am

ERRY PUTRA KEMBALI MENYANYI

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Erry-110

Erry Putra pernah aktif menyanyi semasa bersama kumplan Boy R Us beberapa tahun lalu. Tapi lama sungguh dia tak menyanyi. Maklumlah selepas kumpulan itu membawa haluan masing-masing, Erry pula sibuk berlakon.

Kini semakin popular di kaca TV melalui beberapa drama bersiri yang menampilkannya antaranya drama Dendam yang baru ditayangkan. Dalam drama Saka juga Erry agak menonjol. Nampaknya banyak pula drama seram lakonannya. Malah Erry bakal berlakon filem E... Hantu tidak lama lagi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 11:39 am

CABARAN DRAMA WULAN

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Giovan10
Giovani dan Dhini

Sekarang banyak sungguh drama bersiri dari Indonesia yang ditayangkan di stesen TV negara ini. Semua saluran ada slot drama Indonesia. Bukan sahaja satu slot, malah beberapa slot sebelah petang dan malam.

RTM juga tidak ketinggalan menayangkan drama bersiri dari seberang. Kini TV1 menayangkan drama Wulan. Drama popular di Indonesia itu mencapai lebih 100 episod dan dijadualkan berakhir sehingga hujung tahun ini. Ia membariskan pelakon remaja Giovani L Tobing, Dhini Aminarti dan ramai lagi.

Sememangnya drama yang popular di sana panjang episodnya kerana hanya yang mencapai rating tinggi sahaja yang diteruskan. Stesen TV di sana bersaing sesama sendiri menayangkan drama yang ada pengaruh. Malah jalan cerita juga dirombak berdasarkan rating. Ada drama yang siap disunting beberapa jam sebelum waktu tayangannya.

"Di Indonesia sinetronnya memang bersaing hebat, kadang-kadang cerita dirombak pada saat-saat akhir," kata pelakon Wulan, Giovani L. Tobing.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 11:47 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Nora-c10

kan ayu nora danish lagu ni............ pleaaaaaase...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitimeMon 24 Nov 2008, 11:50 am

Dafi, Gita serasi bersama

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Dafi-g10

Gabungan pasangan penyanyi remaja, Dafi dan Gita Gutawa memang sepadan. Bukan sahaja sebagai pasangan pelakon iklan aiskrim Cornetto Love Sparks, malah cukup serasi apabila berpadu tenaga di atas pentas.
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 9 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 9 of 12Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 8, 9, 10, 11, 12  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Latest discussions