Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : 1, 2, 3 ... 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeWed 12 Nov 2008, 7:12 pm

ahakz!!! ahakz!!! baguih sggh asst...aku wat koje...
pas ni blh pencen ler jd mamarazzi
dak pun jd CEo bak kat eira ....

cepat...mai tempek cni plak...
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeWed 12 Nov 2008, 7:28 pm

Joey penyanyi baru Exist


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Hi_01.1



SEBELUM ini, terdapat khabar angin yang mengaitkan Exist berantakan. Vokalisnya, Ezad dikatakan membuat hal, malah ada juga anggota kumpulan itu tidak terkecuali punya ragam tersendiri.
Perihal si Ezad yang kononnya gemar mengambil undangan nyanyian tanpa pengetahuan Exist, malah ada ahli lain rakus melakukan tugasan luar untuk kepentingan peribadi, semua itu menjadi titik awalan pergolakan ini.
Kesempatan bertentangan mata dengan anggota Exist, Musa, semasa mengadakan fotografi untuk kulit album mereka berlangsung di Ada Studio, Bandar Sri Damansara, minggu lepas, menjawab lebih lanjut tentang cakap-cakap kurang enak ini.
Musa dalam nada tenang merungkai, barangkali Ezad kurang mengerti tentang konsep 'solo' yang diterang dalam sebagai syarat Exist sebelum ini.
"Sama ada dia tak faham atau buat-buat tak faham tentang perkara ini. Kami berikan kebenaran jikalau dia (Ezad) ingin menonjolkan diri secara solo, walaupun masih bersama Exist.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeWed 12 Nov 2008, 7:46 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 AEF1652C9BAF4CA9BA8F3A4E0C947D48

by Syaliza Shapiansuri
12 November 2008

Sejak putus tunang, tiada lagi cerita hangat mengenai Siti Sarah Raisuddin yang mendapat liputan media. Insiden itu juga menjadi penamat kepada cerita peribadinya buat seketika.

Apa yang berlaku tidak pernah dikesali si empunya diri. Suratan dan takdir Tuhan tiada siapa mampu melawannya. Kata Sarah, apa yang berlaku kepadanya sudah ditentukan.

“Sebagai manusia Sarah tidak pernah kesal dengan apa yang berlaku. Malah peristiwa itu menjadi pengalaman hidup yang sangat bermakna buat saya. Jika perkara itu tak berlaku, mungkin saya tak belajar mengenai kehidupan,” katanya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeWed 12 Nov 2008, 8:49 pm

Program realiti terbaru dari Tv9, Gadis Melayu akan menemui penonton pada setiap hari Khamis jam 9.30 malam bermula 16/10/2008. Kalian akan menyaksikan pelbagai cabaran yang diberikan kepada finalist setiap minggu seperti kecantikan, cara berkomunikasi, penampilan diri, asas sains rumahtangga, keperibadian, kebijaksanaan, serta seni dan budaya.


Last edited by azwin on Mon 17 Nov 2008, 2:21 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 1:32 am

Badi Filem Yusuf Haslam?


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Norman+Hakim BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Awie
Ini merupakan satu kebetulan terhadap beberapa artis yg penah membintang pilem bang usop aslam kite contohnya Awie, AC Mizal, Norman Hakim dan Erra Fazira,perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian...
Kesemua mereka penah membintang pilem or drama2 terbitan bang usop kan..
HArap2 biar la ni mmg merupakan kebetulan serta takdir Tuhan kan...(Allah Maha Mengetahui)

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Erra+Fazira BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 AC+Mizal

Badi Film ni jgk dikatakan penah terjadi d Hollywood yg mana 2 hero yg membintangi pilem Superman mati dan paralyze selepas berlakon sebagai Superman.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 8:32 am

lor.......kak awin buke part 3 lak.....
ceh makin maju n canggih teknologi skng kan..... x sabar nih!
ape2 pun jnji ler bw cerita2 panazzzzzz artis kte.. hoorey!! hoorey!!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 8:37 am

Gambar Ashraf Sinclair, BCL Turun Jet Peribadi

Blogger Klubbkidd memang best dapat tangkap gambar Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari turun daripada jet peribadi mereka. Dengan berpakaian ‘Just Married’ kedua-dua mempelai kelihatan begitu gembira menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Waa, aku juga ingin turut serta menyambut mereka di situ. Sob sob, tapi siapalah aku, bukan wartawan atau blogger terkenal seperti Klubbkidd dan SultanMuzaffarShah. Apa kata OhBulan mengenai perkara ini? hurmm..

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 A15 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 A211 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 A311
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 8:40 am

Memey Suhaiza Akhirnya Temui Media

Saya tidak sedar Norman pulang ke pejabat pada waktu itu. Apa yang saya tahu, setelah serbuan dibuat, barulah saya sedar Norman berada di aras dua pejabat itu, luah Memey Suhaiza atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi berhubung kes ditangkap khalwat bersama aktor dan suami kepada pelakon Abby Abadi, iaitu Norman Hakim.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Pictur10

Pelakon dan model berusia 20 tahun itu yang enggan memberikan sebarang komen semalam bagaimanapun hari ini tampil untuk menjelaskan perkara sebenar yang terjadi setelah dia dan Norman ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar pukul 3 pagi semalam.

Dalam nada sugul, Memey menceritakan insiden itu sama sekali tidak disangka akan terjadi kepada dirinya yang ketika ini baru saja merangkak untuk mengukir nama di dalam bidang lakonan.

Setelah mesyuarat selesai kira-kira jam 12 malam, Norman keluar dan saya bersama beberapa lagi staf yang lain masih berada di pejabat. Kemudian seorang demi seorang pulang dan akhirnya tinggal saya saja di aras satu pejabat itu kerana saya perlu menyiapkan sedikit lagi urusan lain.

Sehinggalah saya terdengar bunyi ketukan bertalu-talu di pintu, tetapi saya tidak berani untuk keluar lihat. Akhirnya saya hubungi abang Norman, Sophee dan lebih kurang setengah jam selepas itu dia sampai di pejabat.

Barulah saya sedar yang pejabat itu telah diserbu oleh JAIS dan Norman berada di aras dua. Saya amat terkejut dengan apa yang berlaku dan saya akui, sehingga hari ini saya masih lagi bingung.

Memey sanggup berdepan dengan Abby untuk menjelaskan perkara sebenar

Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang komen semalam, bukan kerana ingin menyembunyikan diri, tetapi saya perlu ruang untuk menenangkan fikiran.

Alhamdulillah, setelah mendapat sokongan daripada ibu dan ahli keluarga semua, baru saya rasa saya mampu untuk berdepan dengan pihak media. Malah, ibulah orang pertama yang saya hubungi sebaik ditahan JAIS, kata gadis yang dibesarkan di sebuah felda di Kota Tinggi, Johor ini.

Namun, Memey tidak nafikan perasaan gusar sentiasa menyelubunginya apatah lagi bila memikirkan perasaan isteri Norman, Abby, yang pastinya terguris ekoran kejadian itu.

Lebih memburukkan keadaan, Memey juga sebelum ini dicop menjadi orang ketiga di dalam rumahtangga pasangan itu yang kini dikatakan sedang bergolak, malah sebelum berlakunya insiden itu lagi.

Gosip tentang hubungannya dengan aktor drama Gerak Khas itu mula bertiup awal tahun ini apabila mereka dikatakan mula rapat setelah membintangi drama bersiri Pasrah.

Sehinggalah baru-baru ini apabila khabar angin mengatakan Norman sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand dan wanita itu dikatakan adalah Memey.

Namun, kedua-duanya menafikan hal tersebut.

Saya tidak harap orang akan faham masalah saya, tetapi cuba letak diri anda di tempat saya sekarang, apa yang akan anda buat? Berkali-kali saya menafikan yang saya mempunyai hubungan lebih dari seorang sahabat dengan Norman, tetapi dengan apa yang baru terjadi ini, saya tahu orang akan cakap macam-macam pada saya.

Saya tidak mampu buat apa-apa. Saya sedar, orang akan salahkan saya sebagai perampas mahupun punca pergolakan rumahtangga mereka. Saya hanya berharap saya mampu lakukan yang terbaik untuk membersihkan nama saya.

Sejak semalam, saya asyik memikirkan bagaimana penerimaan ramai terhadap diri saya selepas ini. Saya amat takut jika kes ini akan turut menjejaskan karier saya.

Tetapi setakat ini saya bersyukur, stesen televisyen dan pihak produksi drama yang saya terlibat tidak berhasrat untuk gam saya atau sebagainya setelah saya hubungi mereka semalam, kata anak saudara kepada Darling Ngasri.

Ditanya sama ada dia akan berdepan sendiri dengan Abby untuk menjelaskan hal yang sebenar, Memey berkata:

Saya tiada masalah untuk bersemuka dengannya. Kalau inilah satu-satunya cara boleh jernihkan semula keadaan, saya akan buat. Saya faham buat masa ini, emosi Abby pasti tidak menentu. Masalah sebelum ini pun belum selesai, ditambah pula dengan kes baru.


Seboleh mungkin, saya akan cuba selesaikan masalah ini. Norman ada juga menghubungi saya semalam dan kami berbincang bagaimana untuk membersihkan nama masing-masing.

Saya tidak marah jika Abby rasa terguris dengan saya kerana saya faham perasaan yang sedang dia alami, kata Memey.

Menurut Memey, sewaktu gosip hubungannya bersama Norman bertiup kencang sekitar awal tahun ini, dia sendiri pernah menghubungi Abby dan menjelaskan khabar angin tersebut tidak benar.

Ketika itu, Abby menerima penjelasan saya. Tetapi, sekarang ini, saya tidak tahu macam mana, tutur Memey yang ketika ini sedang sibuk di penggambaran drama Bara Ku Genggam untuk siaran RTM.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 8:44 am

Gadis Melayu Idaman Mawi: Ekin Pandai Mengurut atau Tidak?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Jet6co10

Tengahari tadi aku menonton siaran ulangan konsert Akademi Fantasia 3 yang mana Mawi menyampaikan lagu Gadis Melayu dan mencetuskan fenomena Tsumawi selepas itu. Ketika akhir persembahan, pengacara sensasi Aznil Hj Nawawi bertanyakan ciri-ciri gadis Melayu pada pandangan (atau di’ingini) Mawi.

Salah satunya yang mendapat sorakan gemuruh dari penonton adalah pandai mengurut. Menjelang perkahwinan Mawi-Ekin tidak lama lagi, anda rasa Ekin seorang gadis Melayu yang pandai mengurut atau tidak?

Anda Rasa, Ekin Pandai Mengurut atau Tidak?

Ya! Tangan Ekin Lembut. ( )
Tidak! Tangan Ekin Keras Kayu ( )
Hanya Mawi Yang Tahu ( )
Mawi Ada Mesin Urut Ogawa ( )


Last edited by sally_eiyna on Thu 13 Nov 2008, 8:45 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 8:45 am

haaa...korek lagi mekna...
akak hand over job ni kat ko..
ptg kang akak nengok
hasil koje ko...
bebaik kang kantoi plak
ngan bos ko... ahakz!!!
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 8:46 am

sally_eiyna wrote:
Gadis Melayu Idaman Mawi: Ekin Pandai Mengurut atau Tidak?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Pictur11

Tengahari tadi aku menonton siaran ulangan konsert Akademi Fantasia 3 yang mana Mawi menyampaikan lagu Gadis Melayu dan mencetuskan fenomena Tsumawi selepas itu. Ketika akhir persembahan, pengacara sensasi Aznil Hj Nawawi bertanyakan ciri-ciri gadis Melayu pada pandangan (atau di’ingini) Mawi.

Salah satunya yang mendapat sorakan gemuruh dari penonton adalah pandai mengurut. Menjelang perkahwinan Mawi-Ekin tidak lama lagi, anda rasa Ekin seorang gadis Melayu yang pandai mengurut atau tidak?

Anda Rasa, Ekin Pandai Mengurut atau Tidak?

Ya! Tangan Ekin Lembut. ( )
Tidak! Tangan Ekin Keras Kayu ( )
Hanya Mawi Yang Tahu ( )
Mawi Ada Mesin Urut Ogawa ( )

deknon ni aper citer kisah
ekin ngan mawi gambo daknorman
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 8:47 am

azwin wrote:
haaa...korek lagi mekna...
akak hand over job ni kat ko..
ptg kang akak nengok
hasil koje ko...
bebaik kang kantoi plak
ngan bos ko... ahakz!!!

hehehehe... ngeh3x ngeh3x ok beres!!!
akan cheq jalankan tugas menerjah cerita sensasi lagi kontroversi!! hoorey!! hoorey!!
xpe.....bos hrni smua xde......tgai anak2 buah jer.. :69:
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 8:48 am

azwin wrote:
sally_eiyna wrote:
Gadis Melayu Idaman Mawi: Ekin Pandai Mengurut atau Tidak?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Pictur11

Tengahari tadi aku menonton siaran ulangan konsert Akademi Fantasia 3 yang mana Mawi menyampaikan lagu Gadis Melayu dan mencetuskan fenomena Tsumawi selepas itu. Ketika akhir persembahan, pengacara sensasi Aznil Hj Nawawi bertanyakan ciri-ciri gadis Melayu pada pandangan (atau di’ingini) Mawi.

Salah satunya yang mendapat sorakan gemuruh dari penonton adalah pandai mengurut. Menjelang perkahwinan Mawi-Ekin tidak lama lagi, anda rasa Ekin seorang gadis Melayu yang pandai mengurut atau tidak?

Anda Rasa, Ekin Pandai Mengurut atau Tidak?

Ya! Tangan Ekin Lembut. ( )
Tidak! Tangan Ekin Keras Kayu ( )
Hanya Mawi Yang Tahu ( )
Mawi Ada Mesin Urut Ogawa ( )

deknon ni aper citer kisah
ekin ngan mawi gambo daknorman

silap ler td kak awin......
cheq dh edit dh.....sori atas kesilapan teknikal yg x d sengajakan.... huwaaaa..!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 9:15 am

Tidak kisah jika Norman mahu kahwini Memey

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Abby14
Abby: Tuntutan minta cerai tetap diteruskan

PETALING JAYA:“Saya tidak berminat untuk tahu apa jadi dengan mereka. Nak kahwin, kahwinlah.” Demikian luah aktres popular Abby Abadi ketika ditanya perasaannya berhubung kenyataan Norman Hakim bahawa dia tidak menolak untuk menjadikan Memey sebagai isteri keduanya.

Tegas aktres berusia 30 tahun itu, apapun yang terjadi, dia tetap akan meneruskan tuntutan cerai daripada suaminya itu secepat mungkin.

“Saya sudah nekad dan rasanya itu adalah keputusan yang tepat.

“Saya tidak mahu komen apa pun tentang hubungannya dengan Memey atau sebarang perancangannya.

“Yang penting, saya ingin dapatkan dokumen perceraian yang saya serahkan kepadanya kelmarin secepat mungkin.

“Saya tahu dia memang ‘liat’ sikit nak serahkan kembali kepada saya, tetapi saya akan tetap usaha dapatkan semula daripada dia,” tegas Abby yang akui sudah kembali tenang sejak adegan ’serang’ suaminya di lokasi penggambaran drama Gerak Khas di Wangsa Maju, Kuala Lumpur kelmarin.

Kata ibu kepada tiga orang anak ini, dia akui kurang bersikap rasional pada hari kejadian, namun sebagai seorang isteri, kata Abby, tahap kesabarannya memang benar-benar tercabar dan turut tersinggung dengan kata-kata yang dikeluarkan Norman.

“Saya tidak mampu tahan emosi saya hari itu. Saya minta maaf, saya memang rasa bersalah.

“Tetapi perasaan bersalah itu untuk diri saya, bukan untuk dia (Norman). Apa yang saya luahkan hari itu sudah lama saya pendam dalam hati.

“Keluarga dan teman-teman rapat juga menyokong saya untuk teruskan niat saya ini. Saya cuma harap dia berikan kerjasama yang baik untuk selesaikan segera proses perceraian ini. Saya sudah tidak larat nak hadapi semua ini lagi,” kata Abby.

Dalam kenyataan terbaru kepada media, Norman akui tidak menolak ketentuan Allah jika ditakdirkan dia dan Memey bertemu jodoh dan sanggup menjadikan pelakon baru itu sebagai isteri keduanya.

Namun begitu, tegas pelakon berusia 32 tahun itu, dia sememangnya ketika ini masih menyayangi isterinya, Abby dan sentiasa berdoa agar rumahtangganya masih dapat diselamatkan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 9:18 am

Norman bersedia terima Memey sebagai isteri kedua

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Untitl10

Aktor popular, Norman Hakim buat kali pertama mengakui, dia bersedia menerima pelakon muda, Memey Suhaiza sebagai isteri keduanya jika itu yang ditakdirkan oleh Allah.

Biarpun tidak mengesahkan yang dia mempunyai hubungan serius dengan aktres berusia 20 tahun itu, Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 32, berkata, sebagai umat Islam, dia akur dengan ketentuan qada dan qadar.

”Ketika ini, dalam hati, rasa kasih dan sayang pada isteri saya, Abby begitu menebal. Setiap hari, saya berdoa pada Allah biarlah maut yang memisahkan kami berdua. Saya tidak mahu berpisah dengan Abby melalui perceraian.

”Namun, pada masa yang sama, saya tidak mampu menolak ketentuan andai saya dan Memey bertemu jodoh satu hari nanti,” katanya ketika dihubungi wartawan Utusan Malaysia, SAHARUDIN MUSTHAFA di sini hari ini.

Norman berkata demikian sebagai mengulas dakwaan kononnya dia dan Memey sudah merancang untuk berkahwin.

Bagaimanapun, rancangan tersebut dikatakan terpaksa ditunda berikutan dia dan Memey ditangkap berkhalwat di sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana, Hulu Kelang, Selangor pada 30 Oktober lalu.

Sehubungan itu, pelakon utama drama bersiri Gerak Khas itu berkata, jauh di sudut hatinya, dia berkongsi rasa kasih dan sayang dengan banyak pihak.

”Ada ‘wilayah’ dalam hati yang saya bahagikan pada Allah, pada ibu dan ayah, pada isteri saya, anak-anak dan untuk orang lain juga.

”Bila saya fikirkan masalah yang sedang saya hadapi ketika ini, adalah lebih baik saya berterus-terang berhubung perasaan yang sedang saya alami ketika ini,” jelas Norman yang berkali-kali menyatakan harapannya agar Abby memahami kedudukannya ketika ini.

Menurut Norman, dia tidak mampu untuk menghalang Abby meluahkan emosinya seperti yang berlaku di lokasi penggambaran Gerak Khas semalam.

”Saya mahu mencari penyelesaian terbaik dalam hal rumah tangga saya dengan Abby. Saya cuba memahami keadaannya ketika ini.

”Saya juga menyedari yang Abby seorang ibu yang baik buat anak-anak kami. Saya sangat menyayangi dia.

”Tetapi, kalau sudah tertulis takdir lain, apa daya saya sebagai manusia untuk menolaknya,” ujar Norman lagi.

Ditanya kenapa dia beria-ia mempertahankan Memey dalam kenyataannya semalam, menurut Norman, Memey merupakan ‘penyelamat’ kepada keadaan yang dialaminya ketika ini.

”Abby hadir dalam hidup saya sebagai pembakar semangat. Memey pula hadir sebagai penyelamat dalam kehidupan saya.

”Saya perlu mempertahankan Memey kerana dia juga ada keluarga yang terpaksa melalui episod ini.

”Seperti yang saya kata, ada banyak hati yang perlu saya jaga. Jadi, saya harap Abby benar-benar memahami keadaan saya ketika ini. Saya tahu saya dan dia (Abby) masih ada masa depan demi anak-anak kami,” kata Norman yang berhasrat untuk merujuk kepada pihak yang arif yang boleh menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

Pada masa sama, Norman berkata, dia akan memohon petunjuk daripada Allah dengan solat sunat istikarah.
Back to top Go down
cik sara
Super Senior
Super Senior
cik sara

Number of posts : 622
Age : 39
Location : pucHoNg
Registration date : 02/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 9:22 am

azwin wrote:
Program realiti terbaru dari Tv9, Gadis Melayu akan menemui penonton pada setiap hari Khamis jam 9.30 malam bermula 16/10/2008. Kalian akan menyaksikan pelbagai cabaran yang diberikan kepada finalist setiap minggu seperti kecantikan, cara berkomunikasi, penampilan diri, asas sains rumahtangga, keperibadian, kebijaksanaan, serta seni dan budaya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 2927092675_50d7f8a55fBERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 2927092821_55cb63a9bb
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 2927102955_b5db26bfa7BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 2927103073_67e25eed87
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 2927103195_82eecc14dbBERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 2927103303_af77ddae85
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 2927103597_0147760817BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 2927103743_1d7054db95
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 2927103845_b3c32354dbBERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 2927949460_2be7758400

hehe..yg baju merah tu klasmet kite tu..cm tk caye je die dpt jd finalist..hehe..
dulu len,skrg len sgt2...
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/ciksara
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 9:29 am

Tegar menelan kritikan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Ayu12

KRITIKAN yang diterima bukan menjadikan dirinya seorang yang kalah. Dia sebaliknya bangkit menelan kritikan yang sering dilontarkan terhadapnya.

Dia seorang yang cantik, berbakat dan sanggup bekerja keras. Itu antara faktor yang berjaya melonjakkan dirinya muncul sebagai salah seorang pelakon drama yang dikenali ramai sekarang ini. Drama Sutera Maya, TV3 setiap Isnin-Khamis jam 6.30petang di samping barisan pelakon terkenal yang lain antaranya Fasha Sanda Maria Farida, Faezah Elai, Intan Ladyana, Erry Putra, Lizawati Abdullah, Nasir Bilal Khan dan lain-lain.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Ayu210 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Ayu310
Back to top Go down
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur
chitra77

Number of posts : 1070
Age : 47
Location : Sg. Petani, Kedah
Registration date : 23/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 10:23 am

BOLEH BLAH LA NORMAN.......DAH TERKANTAT BARU nak terngadah....Cakap sayang kat ABBY...kalau sayang tak kan tinggalkan anak bini...tak balik-balik.......Baik bercerai la....kalau teruskan pun esok lusa si Norman tu buat balik...hish....anjing dah biasa makan tahi...tak makan hidu pun dia nak.....emo lak aku.... ahakz!!!
Back to top Go down
http://www.qistinacollection.blogspot.com
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP
eira ariyana

Number of posts : 3481
Age : 42
Location : Kampung Melayu Subang++
Registration date : 09/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 10:25 am

affraid aduhai dah masok part rupanya laju tul
xsempat cheq nak keje.huhuh.apap pun
cheq layannnnn.. hoorey!!
Back to top Go down
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 10:45 am

fuh laju mmg laju dah masuk part 3....... tahniah tuk wartawan hot kita....... x yah dah nak beli majalah bc jer kat sini...jimat ms n wang...hehehehee
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 10:46 am

eira ariyana wrote:
affraid aduhai dah masok part rupanya laju tul
xsempat cheq nak keje.huhuh.apap pun
cheq layannnnn.. hoorey!!

layan...jangan xlayan :69:
Back to top Go down
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur
chitra77

Number of posts : 1070
Age : 47
Location : Sg. Petani, Kedah
Registration date : 23/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 10:47 am

AKO MUSTAPHA BERSAMA TUNANG KARTINA ABDULLAH

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 3026415830_ea5edc06ab

Khabarnya, Kartina yang berasal dari Sabah ini dulunya beragama Kristian dan telah memeluk Islam menjalinkan hubungan cinta dengan Ako. Kartina terpikat dengan sikap gentlemen, baik hati dan saling menghormati dari Ako. Diam-diam je diorang ni bertunang. Tak cakap kat reporter pun.

Kartina juga merupakan pengurus kepada Ako Mustapha. Khabar yang datang ke telinga Budiey, Ako Mustapha akan berkahwin dengan Kartina pada bulan Januari 2009. Tahniah bro! Semoga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 3026415074_83c495ba7f

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 3025587211_c4fc869f23
Back to top Go down
http://www.qistinacollection.blogspot.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 10:47 am

meliza_manis wrote:
fuh laju mmg laju dah masuk part 3....... tahniah tuk wartawan hot kita....... x yah dah nak beli majalah bc jer kat sini...jimat ms n wang...hehehehee

xpayah beli majalah dh sekarang......
buke PRC jer. flower
music
Back to top Go down
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP
eira ariyana

Number of posts : 3481
Age : 42
Location : Kampung Melayu Subang++
Registration date : 09/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 10:49 am

azwin wrote:
haaa...korek lagi mekna...
akak hand over job ni kat ko..
ptg kang akak nengok
hasil koje ko...
bebaik kang kantoi plak
ngan bos ko... ahakz!!!

WAHH K.AWIN DAH KASI ARAHAN JE SKRG.
BAGUIH2 DAH ADE KEMAJUAAN SKRG.. ngeh3x bagus...bagus..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 10:49 am

muka tunang Ako ade iras Jue Aziz ler.........
chitra perasan x?? scratch
Back to top Go down
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur
chitra77

Number of posts : 1070
Age : 47
Location : Sg. Petani, Kedah
Registration date : 23/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 10:52 am

sally_eiyna wrote:
muka tunang Ako ade iras Jue Aziz ler.........
chitra perasan x?? scratch

SIKIT KOT...TAPI JUE NAMPAK LAGI MENGODA...SUKA JUE AZIZ WLW PUN GETIS...HE...HE... ahakz!!!
Back to top Go down
http://www.qistinacollection.blogspot.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 10:54 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 11122010

KUALA LUMPUR, 11 NOV 2008: Berita pernikahan aktor filem Waris Jari Hantu, Rusdi Ramli, 37, dengan komposer Sharon Paul Abdullah telah disambut dengan hati yang yang cukup gembira oleh ibunya, Norlia Ghani.

"Sudah lama sangat dia membujang. Akhirnya dia jumpa wanita pilihan yang sesuai dengannya. Alhamdulillah... sebagai ibu saya tumpang gembira sekiranya perkahwinannya itu berjaya membuatkan dia gembira.

"Sebelum ini saya memang pernah mengharapkan supaya dia menamatkan zaman bujangnya atau lekas-lekas berkahwin. Tapi, Boy (panggilan untuk Rusdi), jenis yang senyap serta tidak banyak cakap.

"Dia juga tidak pernah buka mulut untuk berkahwin sebelum ini. Jadi, apabila kali ini dia cakap dia hendak kahwin, saya rasa gembira sangat," kata Norlia kepada murai.com.my.

Menurut Norlia lagi, dia bagaimanapun tidak terkejut apabila Rusdi menyuarakan hasrat hatinya untuk memperisterikan Sharon.

"Sebelum ini, dia sudah pun perkenalkan Sharon kepada saya. Waktu itu, saya sedang raikan hari ulang tahun kelahiran cucu saya, Arisya. Tapi, tidak pulak dia kata Sharon itu teman wanitanya.

"Tapi, sebagai orang tua, kita dapat rasa Sharon cukup istimewa di hatinya. Sebab sebelum ini, dia tidak pernah bawa mana-mana perempuan datang jumpa dengan saya.

"Jadi, bila dia kata hendak kahwin dengan Sharon, perkara itu bukan sesuatu yang memeranjatkan. Lagipun Sharon bagi saya seorang wanita yang cukup baik," katanya.

Majlis pernikahan serta persandingan Rusdi dan Sharon akan diadakan di sebuah banglo di Shah Alam pada Ahad ini dan hanya keluarga serta rakan terdekat saja yang telah dijemput untuk menghadirinya.

"Kalau hendak diikutkan hati, memang saya mahu panggil ramai kawan-kawan untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka tapi, apakan daya kerana undanganya hanya terhad untuk 26 meja sahaja.

"Saya memang tak puas hati tapi memandangkan semuanya telah diaturkan sendiri oleh Boy, jadi terserahlah pada dia untuk buat apa yang dia mahu. Saya pula hanya datang pasang badan saja," kata Norlia yang baru saja menyiapkan sebuah drama untuk tayangan hari raya Aidiladha, Jangan Tinggal Daku.

Norlia juga mengakui bahawa tidak kisah siapa pun pilihan Rusdi.

"Saya bukanlah seorang ibu yang suka menentukan wanita pilihan mana yang sesuai atau bagus untuk anak saya. Itu sudah jodoh dia, saya terima. Tidak kiralah dia bangsa apapun, janji dia seorang Islam.

"Kebetulan Sharon yang saya ketahui berbangsa Cina sudah pun memeluk Islam sebelum dia mengenali Rusdi dulu," katanya lagi.

Rusdi yang juga Aktor Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-20 berkata, selama ini dia sering menganggap bahawa dirinya akan hidup membujang hingga ke akhir hayat.

"Tapi, mungkin inilah yang dikatakan sebagai takdir dan jodoh," katanya yang sudah menduda selama 15 tahun.

Sungguhpun begitu, Rusdi mengakui bahawa dia dan Sharon mula serius memikirkan soal berumahtangga selepas setahun menjalinkan hubungan.

"Susah untuk saya jelaskan mengapa tiba-tiba saya bersedia untuk berumahtangga sekali lagi serta memilih Sharon sebagai calon isteri. Bagi saya Sharon sangat memahami saya seadanya," katanya yang mengakui bertemu kali pertama dengan Sharon sewaktu menjayakan filem Pontianak Harum Sundal Malam 2.

Bercakap tentang majlis perkahwinannya nanti, Rusdi berkata, majlis pernikahan akan diadakan secara ringkas dan cuma membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Tiada wang hantaran diberikan kepada pihak perempuan kecuali mas kahwin dan senaskhah Al-Quran, " katanya.
Back to top Go down
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur
chitra77

Number of posts : 1070
Age : 47
Location : Sg. Petani, Kedah
Registration date : 23/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 10:55 am

CANTIK TAK IRMA HASMIE NI..???

SUKA TENGOK DIA NI...TERUTAMA DLM CITE AWAN DANIA...NAMPAK MCM BUDAK ALANG-ALANG...DGN POLLY POP...HE...HE...
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 2579346481_08c8549203

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 2579347745_0b63df2a47

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 2580177954_18591c772f
Back to top Go down
http://www.qistinacollection.blogspot.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 10:56 am

chitra77 wrote:
sally_eiyna wrote:
muka tunang Ako ade iras Jue Aziz ler.........
chitra perasan x?? scratch

SIKIT KOT...TAPI JUE NAMPAK LAGI MENGODA...SUKA JUE AZIZ WLW PUN GETIS...HE...HE... ahakz!!!

btui..btui....sy sokong.. lol!
jue ade rupe kit kan..........
Back to top Go down
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur
chitra77

Number of posts : 1070
Age : 47
Location : Sg. Petani, Kedah
Registration date : 23/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 11:01 am

BIODATA SI MEMEY GETIS.....

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 D910873d3ac02d9b81996f31d93aa97d.jpg.th
NAMA SEBENAR: Suhaiza Suhaimi
TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988
TEMPAT LAHIR: Hospital Kota Tinggi, Johor
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PROFESION: Model, pengacara, pelakon
STATUS: Bujang
DRAMA TV: Antaranya - Rahsia Sebuah Pengorbanan, Kalau Kasih Masih Ada, Jaringan, Karipap Istimewa, Pontianak Air Jernih.
PENGACARAAN: Diari Anak Seni Musim 4 & 5

HEK ELEH....SPM JE....
Back to top Go down
http://www.qistinacollection.blogspot.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 11:03 am

PASANGAN LINDA RAFAR-SYED AIMAN

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Mppb_113
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 11:05 am

PASANGAN ADLIN AMAN RAMLI-EMELDA

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Mppb_114
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 11:06 am

chitra77 wrote:
BIODATA SI MEMEY GETIS.....

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 D910873d3ac02d9b81996f31d93aa97d.jpg.th
NAMA SEBENAR: Suhaiza Suhaimi
TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988
TEMPAT LAHIR: Hospital Kota Tinggi, Johor
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PROFESION: Model, pengacara, pelakon
STATUS: Bujang
DRAMA TV: Antaranya - Rahsia Sebuah Pengorbanan, Kalau Kasih Masih Ada, Jaringan, Karipap Istimewa, Pontianak Air Jernih.
PENGACARAAN: Diari Anak Seni Musim 4 & 5

HEK ELEH....SPM JE....

eeeeeeiiiii...tak suke la pompuan gedik ni!! marahnya aku..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 11:09 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Eli10

ALLY ISKANDAR dengan sape tu?????????? scratch
Back to top Go down
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur
chitra77

Number of posts : 1070
Age : 47
Location : Sg. Petani, Kedah
Registration date : 23/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 11:13 am

Noraniza Idris pilih suami orang?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Noranizaidris_051108

Tiada istilah serik bagi penyanyi irama Malaysia, Noraniza Idris ingin mengecapi bahagia yang mungkin menjadi miliknya tidak lama lagi. Berita gembira yang disampaikan kepada peciter baru-baru ini tidak sedikit pun mengejutkan peciter. Artis bercinta dengan suami orang adalah perkara biasa dalam dunia realiti hari ini. Walaupun acap kali mereka menafikannya tapi mata masyarakat sekeliling yang melihat drama yang berlaku membuktikan segala-galanya.

Orang yang sedang dilamun cinta, indahnya tidak terkata dan ini dibuktikan sendiri oleh tuan empunya badan apabila jalan berpimpin tangan keluar daripada salah satu restoran di Jalan Yap Kuan Seng, baru-baru ini. Mungkin Noraniza tidak menyedari gelagatnya sedang diperhatikan oleh mereka yang berada di situ. Jelas terpancar kebahagiaan mereka berdua ketika keluar beriringan menuju kereta Volvo milik insan tersayang.

Namun, kebahagiaan yang sedang dikecapi oleh Noraniza dan pasangannya mungkin akan meragut hati insan lain yang akan terluka dengan mereka. Perlu diingat pasangan yang keluar bersama dengannya adalah berstatus suami orang. Tidak manis jika beliau sanggup melukakan hati wanita lain untuk kali kedua. Sebelum ini, Noraniza pernah berkahwin tetapi menafikannya sehingga bercerai. Adakah beliau tidak pernah serik dengan apa yang pernah berlaku?

Walaupun, Noraniza cuba menafikan apa yang berlaku ketika itu dengan menyatakan bahawa mereka hanyalah rakan kongsi perniagaan mustahil sehingga jalan pun berpimpin tangan. Logiknya perlu ada jika mahu mengeluarkan kenyataan.

Peciter: Tunggu dan lihat...
Back to top Go down
http://www.qistinacollection.blogspot.com
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur
chitra77

Number of posts : 1070
Age : 47
Location : Sg. Petani, Kedah
Registration date : 23/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 11:14 am

sally_eiyna wrote:
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Eli10

ALLY ISKANDAR dengan sape tu?????????? scratch

MCM KAKAK SITI JE...
Back to top Go down
http://www.qistinacollection.blogspot.com
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP
eira ariyana

Number of posts : 3481
Age : 42
Location : Kampung Melayu Subang++
Registration date : 09/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 11:15 am

sally_eiyna wrote:
muka tunang Ako ade iras Jue Aziz ler.........
chitra perasan x?? scratch

ade ke tang mana aku tk napak pun,
lain la, ci jue tu muka dia lebar ckit.huhu
tapi paling cantik jue la dia tu body mantap
n cun pulak.heheh yg bru ni pun cantik gak. ngeh3x
tapi bagus la ci ako tu tak kecoh2 dgr2 dah tunang..
lagipun ci jue tu tak setia sian ako nasib dah temu jodohnya..
Back to top Go down
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur
chitra77

Number of posts : 1070
Age : 47
Location : Sg. Petani, Kedah
Registration date : 23/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 11:16 am

hoorey!!


Last edited by chitra77 on Thu 13 Nov 2008, 11:27 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
http://www.qistinacollection.blogspot.com
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur
chitra77

Number of posts : 1070
Age : 47
Location : Sg. Petani, Kedah
Registration date : 23/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 11:23 am

Jom tengok RUMAH SITI

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Siti_house

“RUMAH Siti sekarang sudah cukup besar,” itu yang dijelaskan oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menafikan cakap-cakap yang mengatakan dia bakal berpindah dari rumah yang diduduki sekarang ke mahligai yang lebih besar dan tersergam indah.

Meskipun Siti dan suami Datuk Khalid Jiwa pramugari kawen (Datuk K) ketika ini menduduki kediaman jenis penthouse, penyanyi ini merasakan rumah berkenaan sudah cukup besar untuk dirinya dan suami serta anak-anak tirinya.

“Siti bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Dalam hati Siti, rumah yang Siti diami sekarang sudah cukup besar dan tidak bercadang untuk berpindah ke mana-mana. Siti bahagia di sini,” katanya lagi.

Akhir-akhir ini, kencang sekali khabar menyampaikan pasangan romantis yang cukup popular ini bakal berpindah ke rumah besar yang pernah didiami oleh Datuk K dan bekas isterinya yang terletak di Bukit Antarabangsa.

Rumah mewah bagaikan mahligai bernilai lebih RM6 juta itu diserahkan kepada empat anak Datuk K, selepas bercerai dengan Tengku Zawyah Tengku Izham.

Bagaimanapun baru-baru ini, tercetus khabar kononnya Siti bakal menduduki mahligai berkenaan bersama suami dan anak-anak tirinya.

Menurut Siti, dia sendiri tidak faham kenapa berita mengenai hasrat untuk berpindah ini boleh timbul sedangkan dia tidak pernah mempunyai sebarang hasrat berbuat demikian.

Juga tidak ada sebarang perbincangan dibuat mengenai perpindahan berkenaan.

“Siti tidak tahu apa-apa. Tetapi diri Siti juga yang kena. Tak apalah, mungkin ada yang suka bercakap dan mereka berhak untuk kata apa saja.

“Soal suami dan kehidupan yang terdahulu, Siti tidak mahu campur. Sejak dulu lagi Siti cakap yang Siti hanya boleh campur dalam urusan keluarga Siti sahaja, bukan kisah masa lampau suami,” katanya mohon dimengertikan.

Malah biarpun rumah berkenaan tidak ’segah’ mahligai di Bukit Antarabangsa itu, Siti tidak pernah menganggap ia kecil.

“Siti tak rasa rumah yang Siti duduk sekarang ni kecil. Malah rumah ni sudah cukup besar untuk Siti. Kalau anak-anak balik, adalah bilik seorang satu, cukuplah bagi Siti,” katanya.

Kata Siti, dia sendiri tidak pernah meminta lebih daripada suaminya. Cukup sekadar tempat yang selesa untuk berteduh dia dan keluarganya, itu saja.

“Apapun Siti sudah cukup sangat selesa dengan pemberian Tuhan. Siti bersyukur sangat,” katanya lagi.

Diterjah dengan soalan bagaimana sekiranya di masa depan ada keperluan untuk dia berpindah ke tempat lain, Siti menyerahkan urusan berkenaan kepada suaminya.

Sebagai isteri dia hanya perlu berada di sisi suami dan mengikut apa saja yang difikirkan molek dan terbaik untuk rumah tangga mereka.

“Urusan itu di luar bidang kuasa Siti. Sebagai isteri, Siti ikut saja apa yang suami sudah aturkan. Tetapi kalau suami hendak balik ke rumah lama, Siti berat hati juga sebab tak mahu orang bercakap macam-macam.

“Siti serahkan semua komen atau apa saja pada suami. Dia yang lebih mengetahui apa yang berlaku,” katanya.

Apa yang penting kata Siti dia mahu memberi tumpuan kepada perjalanan kehidupannya bersama keluarga dengan sebaik mungkin.

Selain memberi tumpuan kepada kerjaya nyanyian yang masih memuncak, Siti akan memastikan dia mampu membahagikan masa antara kehidupan peribadinya dan kerjaya yang dijulang.

Kemesraan jelas terbayang pada wajah pasangan popular ini walaupun terus dihimpit pelbagai cerita negatif

SEPANJANG minggu lalu, industri hiburan digemparkan dengan berita kononnya penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dimasukkan ke hospital kerana dipukul suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali Datuk K selepas hampir setahun pasangan itu mendirikan rumah tangga.

Perkahwinan Siti dan Khalid yang dianggap Wedding of the Decade itu dimulai majlis akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan pada 21 Ogos tahun lalu, diikuti persandingan gilang gemilang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 28 Ogos, seterusnya diakhiri persandingan di Dataran Lipis, Pahang pada 3 September.

Desas-desus turut menyebut Datuk K bertindak begitu kerana dia mahu berkahwin lain. Pun begitu, Siti menafikan kejadian itu menerusi satu laporan akhbar dan menyifatkannya sebagai satu fitnah. Laporan media turut menyatakan, Khalid akan membawa isterinya bercuti ke Bali mulai 14 Julai lalu.

Mungkin kebetulan yang seolah-olah dirancang rapi, namun hakikatnya tidaklah begitu kerana penulis seisi keluarga turut berada di Kuta, Bali pada tarikh berkenaan kerana bercuti.

Sebaik saja menerima kiriman SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) daripada Editor Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah di Kuala Lumpur yang mahu penulis mendapatkan komen mereka, Datuk K terus dihubungi dan akhirnya satu pertemuan eksklusif bersamanya dan isteri diadakan keesokan harinya (15 Julai).

Penulis menerima jemputan makan tengah hari daripada pasangan popular itu di sebuah resort percutian mewah iaitu di Amandari, Desa Kedewatan, Ubud, Bali. Siti bersama suaminya menginap di Asmara Suite yang berharga AS$2,100 semalam. Suite berkenaan juga pernah didiami bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter.

Kedatangan penulis disambut mesra oleh pasangan berkenaan. Khalid juga sempat memberitahu, percutiannya ke Bali bersama Siti kali ini adalah bagaikan ‘pre honeymoon’ mereka, selain menguruskan beberapa hal berhubung perniagaan.

Dalam pertemuan itu, Khalid dan Siti turut ditemani pakar chiropractic dari Jakarta, Indonesia, Dr Anthony K Dawson DC apabila Khalid mendapatkan rawatan susulan urutan bahu sejak mengalami kecederaan selepas Fiesta Media Idola 2007 (FMI’07) di Kuantan, Pahang, April lalu.

“Zubir, tengoklah sendiri muka Siti, kalau ada lebam-lebam,” kata Khalid bergurau sementara menunggu panggilan telefon daripada krew Melodi di Kuala Lumpur yang ketika itu sedang menjayakan lintas langsung menerusi TV3, kira-kira jam 12.50 tengah hari.

Siti ketika diajukan pertanyaan berhubung khabar angin itu, menjelaskan gosip berkenaan tersebar menerusi SMS pada petang Jumaat lalu (13 Julai).

“Siti dapat tahu mengenai perkara itu pada sebelah malamnya. Itupun selepas dihubungi Kak Rozi (kakak ipar). Ketika itu, Siti bersama suami baru saja pulang menghadiri majlis perkahwinan anak Datuk Osman Desa yang turut dihadiri beberapa menteri kabinet termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya.

“Kak Rozi memberitahu, cerita Siti kononnya dipukul suami, sehingga masuk hospital dah kecoh apabila media ke balai polis untuk mendapatkan pengesahan, selain menghubungi pihak hospital. Siti turut dimaklumkan, cerita berkenaan tersebar menerusi SMS dan panggilan daripada orang tidak dikenali kepada wartawan.

“Siti ingin menjelaskan bahawa cerita itu sama sekali tidak benar, kejadian seumpamanya memang tak pernah berlaku. Bagi Siti, orang yang menyebarkan fitnah ini mungkin sakit hati, sakit mata atau mungkin sakit jiwa. Mereka tak boleh tengok Siti bersama suami hidup bahagia.

“Siti pernah melalui gosip yang lebih teruk dari ini, tapi ia membabitkan Siti seorang diri. Tapi, selepas mendirikan rumah tangga, ini adalah gosip pertama yang turut mengheret nama suami Siti, sekali gus membabitkan reputasinya dan maruah keluarga mentua,” kata Siti dalam nada kesal.

Sementara itu, Datuk K mengakui ibu dan ayah Siti tidak senang dengan cerita seumpama itu sehinggakan bapa Siti memintanya membuat laporan polis agar siasatan segera dapat dibuat ke atas pihak yang tidak bertanggung jawab menyebarkan fitnah berkenaan.

“Saya akan berbincang semula dengan bapa mentua. Kalau itu kehendaknya, saya akur. Saya dan Siti sendiri memang nak tahu ini angkara siapa dan dari mana sumbernya. Pun begitu, setakat ini saya belum terfikir nak saman pihak berkenaan. Seandainya tersaman orang terencat akal atau kanak-kanak kecil, tak guna juga.

“Bagi saya, apa yang berlaku ini, orang hendak memberi imej yang buruk terhadap saya, bukannya hendak menjatuhkan Siti sangat. Saya kesal dengan fitnah ini lebih-lebih lagi dalam usia rumah tangga yang baru hendak mencecah setahun bulan depan,” ujar Datuk K lalu meminta diri untuk ke Dream Land, Bali atas urusan perniagaan.
Back to top Go down
http://www.qistinacollection.blogspot.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 11:23 am

NURFARAHIN JAMSARI : LAMA TAK MUNCUL

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Farahi10

Lama tak dengar cerita selebriti TV3, Nurfarahin Jamsari. Malah di TV juga dah jarang wajahnya muncul. Baru-baru ini kamera Mangga Online sempat rakan wajah terbaru Nurfarahin bersama suaminya. Inilah gambarnya.

Mereka datang menonton persembahan Hetty Koes Endang sempena Minggu Setiausaha anjuran Beauty Unlimited di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 11:25 am

chitra77 wrote:
Mustapha Kamal, Isteri & Anak Yang Comel

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 K8u4e25np4kl47xnti9

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 B0l415a7n500yxpeaiik

ala....kak chitra..
cari berita lain ......
gambar family ni cheq dh send dh..... merajuk la camni..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 11:28 am

Fouziah Gous tak kisah cerita gosip

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Fouzia11

Ada artis yang mudah melenting apabila nama mereka menjadi sasaran gosip Lebih-lebih lagi melibatkan hal yang bersifat peribadi.

Ada yang anti wartawan pojok kerana asyik mendedahkan aib yang mereka lakukan. Jenis ini sukar beri kerjasama apabila diminta mengulas.

Tapi ada juga yang menerima dengan tangan terbuka, malah menganggapnya sebagai salah satu punca yang boleh menjadikan mereka lebih dikenali.

Pelakon sensasi Fouziah Gous juga tidak mudah melenting apabila ada gosip pasal dirinya. Malah dia anggap cerita itu juga mampu membantu menaikkan namanya.

"Bila kita semakin dikenali adalah orang yang nak tahu lebih-lebih pasal kita selain drama yang kita lakonkan.

"Kalau asyik cerita pasal drama orang pun tak nak tahu sangat. Sebanyak manapun nak tulis. Saya tak kisah apabila bercerita pasal hal peribadi," kata Fouziah.

Fouziah juga tak mudah melenting apabila namanya dikaitkan dengan cerita berbaur gosip cinta dan dikaitkan dengan nama-nama tertentu.

"Saya boleh menerima bila diri saya kena gosip... saya tak kisah tapi janganlah sampai ada gosip yang boleh menjatuhkan nama saya.

"Saya ada famili yang nak dijaga. Kalau gosip tidak benar seperti mengatakan saya sudah bernikah tu... kira melampaulah.

"Keluarga saya lebih mengenali diri saya dan mereka tahu ke mana saya pergi setiap hari sebab itu saya tak kisah," ujarnya lagi.

Fouziah juga sedar namanya juga terpalit gosip yang mengaitkan dengan VIP. Baginya itu juga asam garam kerana percaya ada orang salah anggap apabila nampak dia dengan seseorang dalam dunia bisnes.

"Sebelum saya jadi pelakon saya pernah bekerja dan ada kawan yang di luar bidang seni dari pelbagai golongan. Janganlah bila nampak saja saya dengan seseorang, terus mengaitkan saya ada hubungan dengan mereka," jelasnya.

Walaupun lebih terserlah kerana cerita hangat, namun jauh dilubuk hatinya, dia mahu dikenali kerana dirinya sebagai seorang pelakon.

"Saya mahu dikenali sebagai seorang pelakon yang sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan dan menjadi semakin baik dalam lakonan dari semasa ke semasa. Saya sentiasa mahu jadi lebih baik," katanya.

Fouziah juga masih meletakkan namanya sebagai artis baru kerana banyak lagi ruang yang harus diisi sebelum dia naik pangkat.

"Sekarang saya anggap diri saya sebagai artis baru kerana banyak lagi yang saya perlu pelajari dalam dunia lakonan ini," akuinya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 11:41 am

Mejar Dr. Faiz Khaleed tidak pernah menafikan beliau berkawan dengan personaliti TV3, Nurul Mejar Dr. Faiz yang peramah
Syuhada Nurul Ain.

Malah beliau mengakui tidak suka berbohong dan menidakkan benda yang benar kerana percaya suatu hari nanti kebenaran akan timbul juga.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Faiz210 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Faiz-n10

"Saya tak pernah menafikan saya berkawan dengan Nurul tapi ada benda-benda yang saya tak boleh saya cakap.

"Ada perkara yang mungkin sensitif ataupun akan melibatkan pihak lain. Apa yang boleh saya katakan, kami kini saling mengenali di antara satu sama lain," kata Faiz semasa melawat pejabat Utusan Karya Sdn.Bhd. baru baru ini.

Faiz akui sejak bergelar selebriti sekarang kehidupannya berubah. Namun beliau masih lagi menjalani kehidupan seperti biasa.

Yang berubahnya ada orang yang akan menegurnya apabila beliau keluark ke mana-mana.

"Saya tak perlu menjadi orang lain kerana sebelum ini pun, di dalam tentera saya juga mengikut disiplin dan sentiasa berpakaian kemas kalau mahu ke mana-mana majlis
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 11:49 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Artisk10

Inilah wajah2 artis yg menjadi IDOLA rakyat MALAYSIA...Apa nak jadi dengan mangkok2 hayun..buat jahanam bangsa aja... marahnya aku..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 11:55 am

Gambar) Isteri Ashraf Sinclair - Bunga Citra Lestari Liar

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 B14 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 B210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 B310 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 B410

Sosial & liar habis isteri Ashraf Sinclair, si Bunga Citra Lestari (bcl) ini. Habis terkangkang dia enjoy, bukan main seksi lagi pakaian dia. Tambahan lagi, dengan rokok & air haram di tangan, apalah nak jadi dengan dia ini. Semoga berbahagia lah perkahwinan Ashraf Sinclair, jangan kahwin sekejap sangat!
Back to top Go down
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 12:05 pm

artis2 kat malaysia ni x der rsnya yg betul2 baguih...... kengkadang kita rs ader artis yg bagus pun disebabkan oleh watak baik yg dibawa dlm lakonan jer...tp realitynya kalu difollow setiap saat jln kehidupan depa2 ni....hampeh..... maaflah kalu sy tersalah ckp....tp setakat ni pd mata sy semuanya............huhuhuhu..... termasuklah artis yg aku minat..... eeee..geramnyer
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 12:09 pm

meliza_manis wrote:
artis2 kat malaysia ni x der rsnya yg betul2 baguih...... kengkadang kita rs ader artis yg bagus pun disebabkan oleh watak baik yg dibawa dlm lakonan jer...tp realitynya kalu difollow setiap saat jln kehidupan depa2 ni....hampeh..... maaflah kalu sy tersalah ckp....tp setakat ni pd mata sy semuanya............huhuhuhu..... termasuklah artis yg aku minat..... eeee..geramnyer

aakak minat kt sape????? scratch
Back to top Go down
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP
eira ariyana

Number of posts : 3481
Age : 42
Location : Kampung Melayu Subang++
Registration date : 09/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 12:22 pm

eh biar betui bukan ke amy search tu warak
skrg? ke tu pic lama..
Back to top Go down
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur
chitra77

Number of posts : 1070
Age : 47
Location : Sg. Petani, Kedah
Registration date : 23/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 12:23 pm

TAK SEMUA ARTIS JAHAT....PERANGAI TAK SENONOH...ADA YANG OK....TAPI BAK KATA PEPATAH...KERANA NILA SETITIK HABIS SUSU SEBELANGA....
Back to top Go down
http://www.qistinacollection.blogspot.com
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP
eira ariyana

Number of posts : 3481
Age : 42
Location : Kampung Melayu Subang++
Registration date : 09/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitimeThu 13 Nov 2008, 12:27 pm

Betui xsume artis tu jahat diorg manusia biasa mcm kita gak
ade kelemahan masing2,beza nama diorg dikenali ramai,
tapi hakikatnya dunia artis mmg mencabar penuh dg duniawi
yg dpt menghayal kan salah langkah hayutla kita.huhu
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 12Go to page : 1, 2, 3 ... 10, 11, 12  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Create a forum on Forumotion | Society and Culture | Beauty, Celebrities, Fashion | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions