|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 9:28 am | |
| Pija & Fara nekad teruskan perjuangan menerusi 'Posh' DUA beradik ini mempunyai persamaan di dalam bidang seni - berbakat,tetapi agak 'terpinggir'.
Naufara Mohd Yasin atau Fara dan adiknya,juara program realiti Mentor musim pertama, Norafizah Yasin atau Pijamemiliki bakat yang bagus di dalam bidang nyanyian tetapi tuah tidakbegitu menyebelahi mereka.
Mengimbas profil seni Fara, dia pernah menghasilkan album sekitartahun 2002 yang turut melonjakkan namanya menerusi lagu Ku BukanSeperti Dulu. Namun begitu, nama Fara kembali 'suram' dan hanya lebihmenjurus kepada undangan menjayakan persembahan saja.
Pija dan Fara pada majlis pelancaran album duet mereka, 'Posh' baru-baru ini.(Foto oleh Shaari Chemat)
Setelah kira-kira enam tahun, barulah peluang sekali lagi muncul buatgadis berusia 26 tahun ini apabila dia dan adiknya Pija ditawarkanoleh komposer terkenal Datuk Wah Idris untuk menghasilkan album singlesecara duet.
Bukan setakat itu, mereka juga menjadi artis pertama bernaung di bawahlabel Prima Music milik Wah sendiri. Satu peluang yang dianggap cukupberharga oleh Fara apatah lagi dia sendiri memang rindu untuk kembaliaktif di dalam bidang ini.
Malah, dia dan Pija juga pernah menyimpan impian untuk menghasilkanalbum bersama dan tidak sangka, hasrat tersebut telah dilaksanakanoleh komposer terkemuka itu.
Mempertaruhkan lagu berjudul Posh, lirik hasil nukilan bersama Pijadan ciptaan Wah, Fara berharap single tersebut mampu membawanyakembali mewarnai industri hiburan tanahair termasuklah sebuah lagusolo nyanyiannya, Julangkanlah.
"Idea untuk menghasilkan album single bersama Pija ini tercetus tahunlalu. Pada mulanya, Datuk Wah 'approach' Pija dulu setelah menyaksikanpersembahannya pada sebuah acara sempena sambutan kemerdekaan tahunlepas. Ketika itu, saya hanya bantu Pija menguruskan karier seninya.
"Datuk Wah kemudiannya mendapat tahu bahawa saya juga pernah menyanyisebelum ini dan dia memanggil saya untuk ujibakat. Saya masih ingatlagi, Datuk carikan saya sebuah 'show' dan dari situ dia menilai tahappersembahan saya.
"Akhirnya, dia sendiri yang cadangkan agar saya dan Pija hasilkan lagusingle bersama. Sejujurnya, saya seronok dan sangat berpuas hati dapatbekerja dengan Datuk Wah. Banyak ilmu yang dia curahkan kepada sayadan Pija," kata Fara.
Fara dan Pija tidak merasa terpinggir biarpun kurang publisiti.(Foto oleh Shaari Chemat)
Namun begitu, Fara menyangkal tohmahan ramai yang merasakan dirinyahanya menumpang populariti Pija yang dilihat lebih menyerlah di dalambidang ini berbanding dirinya.
"Sesiapa saja mempunyai hak untuk bercakap apa saja. Terpulanglahkepada mereka, cuma apa yang boleh saya katakan, saya sentiasaberfikiran positif.
"Tidak timbul isu saya bergantung populariti Pija kerana jika betulsaya seperti yang orang katakan, sudah lama sepatutnya saya buat.Tetapi saya tetap meletakkan usaha sendiri untuk kembali di dalambidang ini," tutur Fara yang kini juga mempunyai sebuah syarikatpengurusan acara, Red Apple Communication yang diuruskan bersama rakankongsinya.
Berbicara tentang album single 'Posh' itu, kata Fara, album tersebuthanya memuatkan tiga buah lagu iaitu Posh (duet bersama Pija),Julangkanlah (solo Fara) dan Terawal dan Terakhir (solo Pija) yangmana kesemuanya merupakan ciptaan Wah sendiri.
"Album ini berkonsepkan pop, rock dan r&b yang mana kami 'create'sebuah genre merangkumi tiga jenis muzik ini dipanggil 'Posh'. Sebabitu, kami sesuaikan dengan lagu Posh yang kami pertaruhkan ini.
"Lagu tersebut turut istimewa kerana liriknya lebih ke arah motivasidari segi personaliti dan gaya hidup," ujar Fara yang bakalmenghasilkan album penuh tidak lama lagi.
Pija lega tamat 'derita
Sama seperti kakaknya, perjalanan karier Pija juga bermula dengansangat baik setelah bergelar juara Mentor musim pertama. Apatah lagi,gadis berusia 23 tahun ini mendapat bimbingan daripada mentorhebatnya, penyanyi tersohor Zainal Abidin.
Namun begitu, entah di mana silapnya, karier nyanyian Pija dilihatterumbang-ambing. Hanya berharap menerusi single sulungnya, Luka,karier Pija bagaimanapun dilihat terus 'lesu'.
Lantaran itu, apabila Wah menawarkan Pija untuk menghasilkan album danmenjadi artis rakaman Prima Music, Pija hanya mampu melahirkanperasaan syukur apabila menyedari masih ada yang menghargai bakatnyaitu.
"Banyak cabaran yang teah saya lalui dan saya amat berterima kasihkepada Datuk Wah yang memberikan peluang ini. Sebenarnya, saya tidak'menghilang' ke mana...Saya telah mengikat kontrak dengan label DreamPark selama tiga tahun setelah saya memenangi Mentor.
"Tapi selama setahun saya bersama mereka, tidak ada apa pun yangmereka lakukan. Sehingga saya jadi cukup fobia untuk terima tawaranlain ketika itu walaupun 'offer' yang saya dapat juga agak banyak.Saya ada mengadu dengan Abang Zainal dan dia juga kasihankan saya dansanggup mencari 'show' untuk saya.
"Tetapi saya terfikir sampai bila saya perlu susahkan dia. Sehinggalahsaya bertemu dengan Datuk Wah yang banyak beri tunjuk ajar kepadasaya.
"Melihat kesungguhannya yang ingin membantu dan tidak mahumensia-siakan bakat saya, sebaik tamat kontrak tidak lama dulu terussaya terima tawaran Datuk Wah," kata Pija.
Katanya, dia berharap percaturannya kali ini bakal membuahkan hasilsetelah 'kegagalan' yang dilalui dulu.
"Dapat 'keluar' semula di dalam industri ini adalah satu peluang yangcukup berharga buat saya. Lebih menggembirakan saya ialah kerana dapatbekerjasama dengan kakak saya sendiri selain dapat bimbingan terusdaripada pemuzik hebat seperti Datuk Wah.
"Kami akan beri tumpuan yang penuh terhadap album ini terlebih dahulusebelum tampil dengan album solo masing-masing kelak. Lebih baiklakukan satu persatu terlebih dahulu," kata Pija yang turutmempertaruhkan lagu solo nyanyiannya, Terawal dan Terakhir yangditulis oleh Pija sendiri. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 9:31 am | |
| Kenangan 9 tahun dengan Gerak Khas gamit Abby beraksi semula Tiada lagi gandingan bersama Abby dan Norman dalam Gerak Khas mulai tahun depan.PETALING JAYA: "Tak patut timbul kata saya suruh Datuk Yusof Haslam keluarkan Norman dari Gerak Khas," tegas aktres Abby Abadi apabila ada orang mengaitkan dirinya dengan penyingkiran suaminya, Norman Hakim dari drama bersiri Gerak Khas.
Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, 29, dia mendapat tawaran daripada pengarahnya, Datuk Yusof Haslam sebelum kes rumah tangganya dengan Norman atau Mohamed Norhakim Zaidon, 32, berantakan lagi.
"Saya dah tahu terlebih dahulu sebelum kes itu berlaku di mana Datuk Yusof nak masukkan saya semula ke dalam Gerak Khas pada awal tahun depan. Bagaimanapun, pengambaran drama tersebut dijangka bermula pada 26 Disember depan.
"Jadi, saya tiada kena-mengena dengan sebab Norman dikeluarkan. Kalau nak tahu, kena tanya Datuklah..," jelas Abby ketika dihubungi hari ini.
Kata Abby, selain dia yang membawakan watak Asisten Supritendan Aleeza, Gerak Khas turut membawa masuk pelakon baru, Zul Ariffin selaku Inspektor Ashraf.
"Walaupun watak ASP Aris telah tiada, ini tidak bermakna Zul menggantikan Norman kerana dia akan membawakan watak yang baru. Zul merupakan antara pelakon baru dan mungkin sudah rezeki dia," ujar Abby yang sudah berlakon dalam Gerak Khas selama sembilan tahun berturut-turut tanpa henti.
Tambah Abby, hubungan akrabnya dengan para pelakon dan krew Gerak Khas membuatkan dia setia dan teruja untuk berlakon dalam drama bertemakan dunia kepolisan dan penyiasatan ini.
"Banyak kenangan saya dengan Gerak Khas sama ada di depan kamera dan di belakang tabir. Bayangkan, hubungan saya dengan drama ini agak lama dan kami sentiasa rasa dekat seperti satu famili," kata Abby yang sedang sibuk dengan pengambaran program Ceria-Ceria Ribena.
Kata Abby, mulai Disember depan, jadual kerjanya padat dengan pengambaran drama Hikayat Putera Shazlan, Kisah Yusof dan Jula-Juli Bintang Tiga.
Apabila diajukan tentang perkembangan kes tuntutan cerainya, Abby berkata kes tersebut sedang diuruskan oleh peguamnya yang dikenali sebagai Syada.
"Ikutkan ramai juga peguam yang menghubungi saya untuk mengendali kes ini tetapi saya lebih suka memilih peguam wanita kerana hanya wanita yang memahami perasaan wanita.
"Peguam saya akan cuba dapatkan kerjasama dengan pihak MDH (syarikat Norman) agar kes ini lebih cepat diselesaikan," tutur Abby.
Selain itu, Abby turut mengatakan Norman masih belum muncul di rumah dan menghubunginya sehingga sekarang.
Dalam pada itu, sebuah akhbar tabloid tempatan melaporkan Pengarah Urusan Skop Production Datuk Yusof Haslam mengesahkan watak Norman tidak lagi dapat disaksikan penonton Gerak Khas mulai Februari depan.
"Memandangkan Abby akan masuk semula dalam Gerak Khas mulai Januari ini, Norman terpaksa direhatkan sebagai salah seorang pelakon.
"Saya buat keputusan ini untuk bagi ruang supaya semua pihak bertenang dan Norman boleh selesaikan masalah peribadinya sendiri dengan cara terbaik," katanya.
Yusof juga tidak menafikan keputusan ini dibuat ada kaitan dengan insiden Norman ditangkap khalwat dengan aktres Memey Suhaiza pada 30 Oktober lalu.
Kes tersebut dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga Abby dan Norman.
Pada 3 November lalu, Abby ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk memfailkan tuntutan penceraian, bagaimanapun dia gagal berbuat demikian kerana tidak menyediakan dokumen yang lengkap.
Selepas itu, pada hari yang sama, Abby menyerang Norman di lokasi pengambaran drama bersiri Gerak Khas di Wangsa Maju untuk bersemuka dengan suaminya bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Menerusi perkahwinan yang berusia enam tahun itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohd. Danish Hakim, 5, Marisa Dania Hakim, 4, dan Maria Danisha Hakim, 2 bulan lebih. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 9:33 am | |
| Cerita artis - dengar boleh, percaya jangan! Alkisah, carilah jawapan kenapa dan mengapa golongan artis paling susah hendak 'membetulkan' lidah mereka.
Mustahil mereka ini tidak ditarbiyahkan supaya berkata benar. Mungkinkah sifat ini satu transformasi atau transisi saja? Atau sudah sedia ada dalam diri sejak mula bergelar artis.
Boleh dibilang dengan jari artis yang suka berterus terang dan lurus percakapan mereka.
Tambahan kalau melibatkan usia dan status. Tidak selesa atau sudah terbiasa tipu umur? Tapi mereka lupa kita ada arkib yang menyimpan semua kisah silam mereka termasuklah biodata ketika mula-mula penglibatan dalam karier seni.
Kak Ros, yang dilaporkan bernikah baru-baru ini dengan pemuda berusia 27 tahun - 'main sembunyi-sembunyi' dengan media?.
Sebenarnya orang media ini baik-baik dan berhemah juga kerana jarang yang suka mengenakan artis.
Ketika pelakon Bell dilaporkan berdusta pada 'bekas' kekasihnya, bukan sedikit yang terpana dengan perbuatan pelakon berbakat ini. Tiba-tiba, semua ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi. Memang sahih lah Bell ada 'kekasih hati' dan pernah 'main-main' melafazkan cerai pada isteri yang setia.
Bila sudah terbongkar dan orang ketiga membuka pekung, jalan paling selamat 'tertidur' dalam mahkamah macam episod dalam drama TV.
Yang kabur tiba-tiba cerah bila bahan bukti tampil buat pengakuan. Nak main silap mata ala David Copperfield pun tak boleh lagi. Pecah tembelang sehingga anak isteri yang tidak berdosa jadi mangsa. Cerai, talak, rujuk, fasakh, sulh' tiba-tiba jadi rujukan. Kalau sendiri londeh hal dalam kelambu, jangan salahkan media. Maka sebab itu bila ada sesiapa yang bertanyakan kesahihan cerita atau gosip artis-artis yang terpampang di dada akhbar, Kakak Tua pesanread in between the lines. Dengar sajalah, percaya jangan. Begitu juga dengan pelakon veteran Rosnah Mat Aris yang dikhabarkan sudah menikah dengan lelaki muda berusia 27 tahun pada 13 November juga tidak terkecuali termasuk dalam senarai ini.
Pengesahan dari Imam dan dua saksi di sebuah masjid di Gombak, siap dengan tarikh dan waktu diijabkabulkan, tidak berdaya membuat Kak Ros angkat bendera putih. Jalan pintas, tutup telefon bimbit jadi sukar wartawan
hendak dapat pengesahan. Kakak Tua faham sangat dilema Kak Ros. Ye lah, bila diri sedang diulit bahagia, kehadiran wartawan merimaskan saja....
Tapi dalam Islam, soal nikah kahwin ini seharusnya dihebahkan supaya tidak timbul fitnah di belakang hari. Bukannya nak suruh canang tiga hari tiga malam, naik kereta kuda keliling Menara KLCC atau buat hebahan di Istana Carcosa, kemudian panggil media atau Melodi buat liputan. Rasanya mediapun tidak mengharapkan sangat undangan kalau pihak pengantin tidak sudi layangkan undangan. Cukup sekadar memberitahu peminat-peminat yang tulus setia, melalui media, tentang khabar gembira itu.
Makin ramai yang dapat penyakit 'siakap senohong' ini termasuklah seorang pengarah agak senior itu. Bila kes pengesahan nikahnya bersama isteri baru, dirisik di Kuala Terengganu, mulalah tak senang duduk.
Setakat 'no komen' sudah biasa didengar tapi 'menyinga' dan hilang 'cool' lagi. Tak sangka pula sampai sanggup menipu dan buat penafian tidak tahu. Kemudian bila terserempak di pejabat agama, terkhilaf lagi jawapan. Kononnya diberitahu pada saat-saat akhir...
Dari simpati terus timbul bermacam prasangka. Isteri muda yang naif pula,yang darah baru setampuk pinang, mendaki baru sekaki, menapak baru setapak, tidak segan silu membuka cerita.
Bila buat perbandingan kenyataan bercanggah antara mereka berdua, kita sendiri akan geleng kepala. Apakah sandiwara yang sedang dilakonkan oleh mereka ini?
Kalau perlukan ruang, cakap saja. Bukan semua wartawan hiburan mewarisi 'lidah syaitan' seperti yang dilabelkan oleh seorang pembaca mStar Online diPulau Pinang baru-baru ini. Ramai yang masih berhemah dan menulis dengan penuh tanggungjawab. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 9:35 am | |
| Babak ciuman lesbian buat Yana gelisah FILEM arus perdana pertama arahan James Lee, Histeria, sememangnya memberikan impak yang cukup besar buat salah seorang pelakon muda yang membintangi filem seram terbitan Tayangan Unggul itu, iaitu Norliana Samsudin atau lebih dikenali dengan nama komersialnya, Yana.
Bukan saja kali pertama diberi peluang memegang antara watak penting di dalam filem, malah adegan 'berani mati' yang membabitkan wataknya bersama seorang lagi pelakon filem tersebut, Scha juga membuatkan Yana resah menantikan reaksi penonton kelak.
Babak ciuman gadis lesbian bernama Zeta yang dilakonkan oleh Yana dengan karektor Alissa lakonan Scha itu dijangka akan 'memanaskan' panggung apabila filem ini mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 18 Disember depan.
Apa yang pasti, babak itu telah pun diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan lantaran itu, kata Yana, dia yakin adegan tersebut tidak perlu dijadikan satu isu apatah lagi LPF sendiri yang meluluskannya.
Cuma kebimbangan itu tetap lahir dalam diri pelakon dan pengarah muda berusia 24 tahun ini kerana risau dengan tanggapan penonton kelak yang mungkin akan mengaitkan dirinya turut mengamalkan gaya hidup songsang itu.
"Sebenarnya ketika ujibakat dulu, saya cuba untuk karektor bernama Kerek yang akhirnya dilakonkan oleh Norisnainy. Tetapi James Lee minta saya untuk turut mencuba watak Zeta dan tidak sangka pula karektor itu yang ditawarkan pada saya.
"Saya amat seronok dengan tawaran tersebut kerana ia lain dari yang lain. Dan menerusi skripnya, saya sedar Zeta adalah seorang lesbian. Tetapi di dalam skrip tersebut hanya menyebut ada adegan saya berpegangan tangan dengan Alisa, bukan ciuman.
"Babak bercium itu sebenarnya diwujudkan secara spontan ketika di lokasi. Tetapi saya harap penonton tidak mengaitkan watak itu dengan diri saya yang sebenar.
"Apa yang saya lakukan dalam filem itu hanya kerana untuk melengkapkan jalan cerita. Saya sanggup buat pun kerana merasakan ia relevan dengan perjalanan cerita itu," kata Yana tentang karektor 'panas' itu.
Yana (kiri) bersama dua pelakon filem Histeria, Ainul Aishah (tengah) dan Scha
Menurut pengarah filem Selamat Pagi Cinta ini, pada awalnya dia dan Scha sangat kekok kerana menyangkakan itu hanya gurauan daripada pengarah.
"Tetapi nasib baik Scha juga 'sporting' dan adegan itu berjaya diselesaikan dalam dua 'take' saja. Apapun, babak itu bukannya dalam aksi ciuman yang mengghairahkan.
"Sebenarnya, kami hanya 'bersentuh' bibir...bukan benar-benar bercium dan babak itu pun hanya beberapa saat. Tetapi, apa yang boleh saya katakan, watak Zeta ini memang benar-benar mencabar emosi saya," tutur penuntut jurusan perfileman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini.
Histeria adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah kolej swasta. Tujuh orang pelajar nakal iaitu Alissa, Tini, Malini, Murni, Maryam, Jenny dan Kerek yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Pink Flamingo’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka.
Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka dikenakan denda, membersihkan kawasan kolej selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan.
Seorang pelajar baru, Zeta juga menyertai mereka. Sebelum Zeta diterima menjadi ahli Pink Flamingo, beliau perlu diuji, iaitu bermalam di sebuah makmal berhantu di mana tujuh pelajar ini turut cuba menakut-nakutkan Zeta.
Namun kejadian menakutkan benar-benar berlaku apabila pelbagai perkara misteri dialami oleh mereka semua. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan kolej tersebut.
Ada yang mati ditusuk gunting, ada pula digantung di tiang bendera, dicekik leher dan sebagainya. Dan yang terselamat hanyalah Murni namun dia dituduh menjadi pembunuh kepada mereka.
Selain Yana dan Scha, turut membintangi filem ini ialah Liyana Jasmay, Ainul Aishah, Norisnainy, Talya serta kemunculan istimewa pelakon-pelakon hebat seperti Vanidah Imran, Adlin Aman Ramlie, Adman Salleh, M.Rajoli, Namron dan Kaza.
Bercerita tentang perkembangan karier seninya ketika ini, kata Yana, selain terbabit dengan siri promosi filem Histeria, dia juga berkemungkinan akan kembali mengarah filem keduanya selepas Selamat PagiCinta, awal tahun depan.
"Insya-Allah, David Teo ada tawarkan saya untuk mengarah sebuah filem baru. Buat masa ini masih lagi di dalam perbincangan, jadi saya tidak mahu dedahkan dengan lanjut tentang projek ini.
"Saya juga masih lagi ingin lihat respon ramai terhadap filem sulung saya yang kini masih lagi ditayangkan di pawagam.
"Saya kurang pasti berapa jumlah kutipannya setakat ini, tetapi sewaktu empat hari ditayangkan di awal dulu, ia telah mengutip sebanyak RM500,000. Bagi saya, jumlah itu sudah cukup baik untuk permulaan," kata Yana yang akui semakin serasi dengan bidang pengarahan dan lakonan yang diceburinya.
Selamat Pagi Cinta telah dibintangi oleh bekas kekasihnya, Pierre Andre, Fazura, Sharifah Amani dan Que Haidar. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 9:37 am | |
| Dynas berhenti berlakon selama sembilan bulan? NALURI keibuan sudah nampak dalam dirinya saat dia memulakan bicara. Dalam nada ceria, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar yang mesra disapa Dynas ini kedengaran cukup bersemangat tatkala menceritakan kandungannya yang kini sudah mencecah usia dua bulan.
Seperti mana wanita-wanita lain, model dan pelakon jelita ini tidak terkecuali berasa teruja menantikan kelahiran cahayamata yang pastinya bakal menjadi penyeri buat dirinya dan suami, Mohd Hafizy Mohd Hafiz.
Namun begitu, luah Dynas, penangan bayi sulungnya itu cukup 'kuat'. Setiap hari, dia akui mengalami keletihan yang melampau dan adakalanya sukar melakukan kerja-kerja berat.
Itu tidak dikira lagi alahan lain termasuklah morning sickness yang dialaminya hampir setiap hari.
Memikirkan keadaannya kini yang tidak mampu seaktif dulu, kata Dynas, dia ingin 'berehat' seketika dari bidang lakonan sehinggalah selamat melahirkan cahayamatanya itu nanti.
"Selepas tamat dengan pementasan Impak Maksima The Musical (IMTM) Sabtu lalu, saya kini lebih banyak berehat saja. Memang ada tawaran drama dari sebuah stesen televisyen swasta yang saya dapat, tetapi saya sendiri belum beri kata putus.
"Jika diikutkan hati, saya memang ingin 'break' sekejap dari bidang inikerana memikirkan keadaan saya sekarang yang selalu letih. Takut pula menjejaskan produksi.
"Memang saya berada dalam keadaan dilema juga kerana mereka memang benar-benar mahukan saya membintangi drama itu dan memberi jaminan ia tidak akan jejaskan kesihatan saya, tetapi saya pula rasa seperti tidak mampu.
"Ada juga saya bertanyakan kepada suami dan dia tidak pernah menghalang. Katanya, dia akan menyokong apa saja keputusan saya dan jika saya rasa saya mampu lakukan, dia pasti akan membenarkan," kata Dynas yang disahkan hamil sehari sebelum pementasan IMTM yang bermula 11 November lalu.
Dynaz tidak sabar untuk bergelar ibu
Ujar wanita berusia 25 tahun ini, dia bersyukur keadaannya sepanjang pementasan dijalankan tidak seteruk seperti sekarang.
"Alhamdulillah, tiada sebarang masalah ketika pementasan berlangsung. Setakat muntah-muntah saja. Selepas tamat pementasan barulah keadaan saya teruk sikit," tambah Dynas yang menerima banyak pujian terhadap tariannya di dalam teater muzikal itu.
Ditanya jantina baby pilihannya, kata Dynas, dia tidak kisah sama ada dikurniakan bayi lelaki atau pun perempuan asalkan sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah.
"Saya tidak kisah perempuan atau pun lelaki. Saya anggap ini sebagai rezeki yang Allah berikan. Tapi, suami saya suka kalau anak pertama kami ialah lelaki.
"Tetapi tidak mengapalah. Yang penting, saya mahu bayi itu nanti sihat. Itu yang utama," katanya yang akui gembira menghitung hari untuk bergelar ibu.
Bercerita lanjut aktiviti yang bakal dilakukannya sementara berehat seketika dari bidang lakonan, kata pelakon yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular awal tahun ini, dia akan terus aktif sebagai duta produk Safi dan Easy Pha-Max dan akan menjalankan program-program anjuran produk tersebut.
Selain itu, dia juga akan menguruskan butik pakaian Dna CelebritiStyle di Sri Hartamas, yang diuruskan bersama rakan artis, Awal Ashaari.
"Ini adalah projek bersama saya dan Awal. Sudah lama sebenarnya kami menjalankan bisnes ini, tetapi kebiasaannya ia dibuat secara online. Butik hanya dibuka jika ada pelanggan yang membuat temujanji.
"Butik ini menjual pakaian dan aksesori moden, sesuai untuk mereka yang berumur 35 tahun ke bawah. Sambutannya setakat ini juga memang cukup baik.
"Jadi, sementara saya tidak aktif di dalam bidang lakonan buat sementara waktu, bolehlah saya beri tumpuan yang lebih pada bisnes ini.
"Bagi yang berminat untuk membeli atau mengetahui lanjut tentang butik ini, boleh layari blog saya di www.dynasmokhtar.blogspot.com atau menerusi laman web facebook di atas nama 'Dna CelebrityStyle', katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 9:44 am | |
| Scha risau dikatakan tumpang populariti Fahrin POPULARITI yang diraih oleh pemenang Dewi Remaja 2005/2006 ini nampaknya semakin memuncak. Jika kira-kira dua tahun lalu, perjalanan seni Sharifah Nor Azean yang mesra disapa Scha ini dilihat agak 'suram', namun tidak lagi sekarang.
Menerusi watak Sofia di dalam drama bersiri Bella, nama Scha mula meningkat naik. Kini, gadis berusia 25 tahun ini mula menjadi perhatian ramai menerusi lakonan selambanya di dalam drama bersiri Awan Dania yang sedang ditayangkan di Astro Ria.
Watak Dania sebagai seorang pelatih pramugari cukup menyerlah apatah lagi bila menyaksikan lakonannya yang begitu 'natural', sekaligus membuatkan Scha semakin hari semakin dikenali dan turut laris di kalangan produser.
Cukup bertuah anak saudara kepada penyanyi Sheril Aida ini kerana dua buah filem lakonannya juga bakal ditayangkan yang nyata bakal melonjakkan lagi nama Scha di persada seni ini.
Filem pertama lakonannya, Antoo Fighter akan muncul di pawagam tempatan bermula Khamis ini manakala Histeria pula akan menyusul bulan hadapan.
Sebuah lagi filem yang dijayakannya, Papadom arahan Afdlin Shauki juga ditayangkan tidak lama lagi.
Namun begitu, luah pelakon dan model kelahiran Sungai Petani, Kedah ini, ada perkara yang agak menggusarkan dirinya ketika ini.
Tatkala namanya dikatakan semakin meningkat, Scha akui ada sesetengah pihak yang merasakan dirinya semakin dikenali kerana terkena 'tempias' populariti yang diraih oleh aktor Fahrin Ahmad.
Semuanya gara-gara gosip hubungan cintanya bersama pelakon tersebut yang kini semakin hangat diperkatakan.
Scha mula menjadi perhatian ramai, terutamanya menerusi watak Dania di dalam drama bersiri Awan Dania
"Secara peribadi, saya tidak nafikan gosip seperti itu sebenarnya sedikit sebanyak turut menaikkan nama saya di dalam bidang ini. Tetapi..yelah, saya kurang senang bila ada yang kata saya tumpang populariti Fahrin.
"Saya pernah bercakap tentang perkara ini dengan Fahrin dan dia beritahu saya tidak perlu risau kerana lama-kelamaan orang akan berhenti bercakap.
"Tetapi, kalau boleh, biarlah bakat lakonan yang membuatkan orang kenal tentang diri saya. Itu lebih selesa," kata Scha.
Scha dan Fahrin dikatakan mula rapat sekitar Ramadan lalu ketika sama-sama membintangi drama Lemas Dalam Cinta. Sejak itu, Scha mula dikatakan akrab dengan bekas kekasih kepada penyampai radio terkenal, Linda Onn itu.
Scha juga akui, rata-rata wartawan lebih gemar bertanyakan tentang hubungannya dengan Fahrin berbanding cerita yang berkisarkan karier, namun begitu, tuturnya, dia tidak kisah memberikan kerjasama selagi mampu.
"Saya pun tidak pernah menafikan tentang diri saya dan Fahrin, cuma buat masa ini saya ingin tekankan bahawa kami berdua masih lagi dalam proses mengenali diri masing-masing.
"Masih terlalu awal untuk bercakap tentang hubungan kami. Kami pun baru saja kenal lebih kurang tiga bulan yang lalu, jadi saya tidak mahu terburu-buru," ujar Scha.
Bagi pelakon ini, dia memerlukan banyak ruang untuk mengenali secara mendalam peribadi aktor popular itu. Namun begitu, Scha akui Fahrin sedikit sebanyak mempunyai ciri-ciri lelaki yang dikaguminya.
"Secara peribadi, saya lihat Fahrin seorang yang merendah diri. Dia tidak pernah berlagak dengan kami pelakon-pelakon baru.
"Dan perasaan suka itu juga terdetik dalam diri saya bila melihat dia sentiasa menjaga solatnya...tidak kiralah sesibuk mana pun dia di lokasi. Itu yang membuatkan saya hormat kepadanya," kata Scha.
Dania terus lonjakkan Scha
Penampilannya sebagai Dania di dalam drama bersiri arahan Azizi 'Chunk' Adnan ternyata berjaya mencuri tumpuan penonton. Aksi selamba dan agresif gadis bernama Dania yang bercita-cita menjadi pramugari sememangnya membuatkan penonton tidak kering gusi.
Scha sendiri akui bahawa drama yang turut menampilkan Nasha Aziz, Hans Isaac, Irma Hasmie dan Ummi Nazeera itu memang berjaya mendapat rating yang baik dan disambung sebanyak tiga episod lagi menjadikannya 16 episod kesemuanya.
Malah, Awan Dania juga mungkin akan diteruskan bagi musim kedua kerana sambutan hangat itu.
"Sebenarnya, Azizi yang banyak membantu saya untuk menghidupkan watak Dania itu. Dia yang ajar saya bagaimana untuk suntikkan elemen komedi di dalamnya.
"Jika diikutkan, saya sepatutnya menolak untuk menjayakan drama tersebut kerana terikat dengan komitmen lain, tetapi akhirnya saya ambil juga peluang tersebut bila lihat Azizi sendiri bersungguh-sungguh untuk ambil saya pegang watak tersebut," kata Scha yang kini masih sibuk di lokasi penggambaran drama itu.
Berbicara tentang filem pula, selain tiga buah filem yang dinyatakan di atas, Scha juga bakal memulakan penggambaran filem terbarunya, Sari Pulang, sekitar Januari depan yang akan turut dibintangi oleh Remy Ishak, Azizan Nin dan Lisa Surihani.
Selepas itu, Scha juga bakal ke lokasi penggambaran filem Ransan, arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin pada bulan April nanti bersama beberapa pelakon lain seperti Farid Kamil, Sharifah Amani, Aaron Aziz dan Jehan Miskin. |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 9:45 am | |
| morning mek..hehehe |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 9:56 am | |
| Bienda mula langkah baru PENGALAMAN getir yang dilaluinya akibat penyakit jantung berlubang tidak lama dulu banyak mengubah diri Nor Razlinda Razli atau lebih mesra dengan panggilan Bienda ini untuk lebih menghargai hidup.
Tidak mudah mengalah dengan nasib yang menimpa diri, Bienda cekal melawan penyakit itu atas bantuan keluarga terutama ibunya, penyanyi dangdut popular, Sheeda.
Atas bantuan banyak pihak yang menghulurkan sumbangan, gadis berusia 22 tahun ini selamat menjalani pembedahan sekitar Januari lalu, walaupun kedengaran banyak suara-suara sumbang yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan bantuan tersebut.
Hampir 10 bulan berlalu, Bienda kini sudah mula mengorak langkah yang baru. Akui tuan empunya diri, dia sudah mampu bergerak aktif semula di dalam bidang seni.
Malah, Bienda turut mempertaruhkan lakonan di dalam filem sulungnya, Budak Kelantan yang telah ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan.
Terbaru, pelakon dan penyanyi ini juga bakal kembali ke studio bagi menyiapkan album terbarunya yang sudah dua tahun tertunda disebabkan masalah-masalah tertentu.
"Saya baru saja selesai merakamkan sebuah lagu baru ciptaan Yasin berjudul Jiwa Sengsara. Lagu ini sebenarnya akan dimuatkan di dalam album kompilasi yang menggabungkan lagu-lagu pop etnik nyanyian artis-artis lain juga.
"Tapi istimewanya, Jiwa Sengsara adalah satu-satunya lagu baru yang akan ditampilkan di dalam album keluaran Nova Music ini.
"Selesai dengan projek ini, saya akan kembali semula ke studio untuk proses pembikinan album solo saya yang terbaru.
Bienda kembali aktif dalam bidang seni
"Sebenarnya, sudah banyak lagu yang telah dirakamkan sebelum ini, tetapi terpaksa ditunda kerana ketika itu saya banyak terikat dengan komitmen lain," kata Bienda yang juga akan menggunakan khidmat komposer Yasin di dalam album tersebut.
Bercerita lanjut tentang album itu, kata artis kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini, kali ini dia dan 'team' penerbitan hanya akan mengubah sedikit susunan muzik di dalamnya selaras dengan perkembangan muzik masakini.
"Lagu sudah banyak dirakamkan dulu dan kali ini saya hanya akan merakamkan beberapa saja lagi. Kita mungkin akan 'touch up' sikit-sikit saja terutamanya dari segi susunan muzik...maklumlah dua tahun lalu mungkin muziknya berbeza sedikit.
"Konsepnya tetap sama, cuma mungkin akan ada sedikit penampilan muzik yang lain. Jika album pertama dulu konsep 'world music' saya lebih ke arah gaya Arab, kali ini ia mungkin akan disuntikkan lebih elemen pop.
"Insya-Allah, mungkin saya juga akan bertindak selaku produser album itu nanti," kata Bienda dalam nada ceria.
Namun begitu, katanya lagi, buat permulaan, album tersebut akan diterbitkan dalam bentuk album mini dulu yang mana hanya empat buah lagu yang akan dimuatkan.
"Kita nak tengok dulu macam mana 'market' album itu nanti. Lepas itu mungkin baru kita akan putuskan tentang penghasilan album penuh pula," ujar Bienda yang menambah album mini itu mungkin akan dipasarkan pada awal tahun depan.
Dalam proses kuruskan badan
Sementara menanti untuk kembali ke studio, kata Bienda, dia kini sedang di dalam proses untuk menurunkan berat badannya.
Akui badannya agak berisi terutamanya selepas selesai menjalani pembedahan tidak lama dulu, Bienda berkata, dia sedang mengamalkan diet sihat agar dapat mengembalikan berat badan yang optimum.
"Sebelum ini, berat badan saya lebih kurang 47 hingga 50kg, tetapi selepas pembedahan, berat saya meningkat hingga 56kg. Perkara ini memang merunsingkan saya.
"Sebab itu sekarang ini saya sedang berusaha untuk turunkan berat badan dengan berdiet dan bersenam. Seminggu sekali saja saya akan menjamah nasi, hari-hari lain saya banyak makan makanan yang berasaskan sayur-sayuran.
"Alhamdulillah, nampak juga hasilnya..ada penurunan sikit. Cuma saya kena terus bersabar dan berusaha," kata Bienda.
Dalam masa yang sama, dia juga masih lagi meneruskan rawatan susulan selepas pembedahan tersebut dan perlu dilakukan dari semasa ke semasa.
"Bulan Januari depan saya akan ada rawatan susulan lagi di Pusrawi. Memang akan ada beberapa lagi rawatan yang perlu saya ikuti kerana doktor perlu pantau keadaan kesihatan saya selalu.
"Tetapi, saya akui kesihatan saya semakin baik sekarang. Saya sudah boleh bergerak aktif, cuma kena sentiasa jaga pemakanan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 9:59 am | |
| Impian si Gadis Merah Jambu di TV9 IMPIAN hidup dan percintaan gadis bernama Zara Zaireen adalah elemen utama yang bakal disaksikan menerusi sebuah mininovela 'Gadis Merah Jambu' yang akan memulakan siarannya di TV9 pada 5 Disember ini.
Mininovela hasil kerjasama produk penjagaan wajah Fair & Lovely ini cukup istimewa kerana ia merupakan adaptasi dari sebuah cerpen hasil karya Nor Farasha Kudhary yang dipilih menerusi peraduan Fair & Lovely MiniNovella Penuhi Hasrat Hatiku yang diadakan bagi mencungkil bakat terpendam penulis-penulis wanita.
Menampilkan bintang baru Sari Yanti sebagai Zara Zaireen, minovela arahan pengarah terkenal Osman Ali ini telah membuat proses pengolahan sebanyak 50 peratus daripada cerpen asal itu untuk disesuaikan dalam bentuk drama.
"Tajuk asal cerpen ini sebenarnya ialah Inspirasi Si Jelik, yang mana ia menceritakan tentang hidup gadis yang cacat rupanya tetapi menanam impian untuk menjadi pereka fesyen.
"Bagi menyesuaikan dengan tema produk Fair & Lovely, kita olah 50 peratus cerpen tersebut dengan bantuan penulis skrip Mohd Nizam Nazir dan saya turut tukar tajuknya menjadi Gadis Merah Jambu.
"Bagaimanapun, watak-watak di dalam cerpen itu tetap kita kekalkan untuk versi mininovela ini," ujar Osman yang ditemui pada majlis pelancaran mininovela tersebut di Sri Pentas, baru-baru ini.
Selain Sari Yanti, turut membintangi mininovela lapan episod ini ialah Wan Hafizol Wan Omar, Mohd Farid Wari, Nadiyatul Nisaa, Zarina Zainuddin dan Maimon Abd Mutalib.
Secara ringkasnya, Gadis Merah Jambut bermula dengan kisah Zara yang merupakan sorang gadis sederhana dan kurang bernasib baik. Memandangkan ibunya dikenali sebagai pembunuh ayahnya, Zara sering menjadi cemuhan penduduk kampung.
Sari Yanti, heroin Gadis Merah Jambu
Zara yang menyimpan hasrat untuk menjadi seorang pereka fesyen berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja di butik kecil ibu saudaranya, Mak Su Rina.
Pelbagai konflik timbul apabila rakan baik ibu saudaranya, Zetty yang tidak senang melihat pencapaian Zara dan Mak Su Rina membuat taktik kotor untuk menjatuhkan mereka. Pada masa yang sama, Zara juga disukai oleh dua jejaka, Badri dan Mail.
Mengulas lanjut tentang pengarahannya di dalam minovela ini, kata Osman, ini merupakan kali pertama dia mengarah drama atau filem yang skripnya dihasilkan oleh orang lain.
"Sebelum ini, kalau saya buat drama atau filem semuanya adalah dari skrip saya sendiri, tetapi kali ini tidak. Saya tidak ada masalah dengan hal ini kerana penulis skrip mininovela ini, Nizam memang hebat.
"Saya senang dengan skrip yang dihasilkannya, memang memuaskan hati saya. Lagipun saya memang berminat untuk mengarah mininovela ini kerana ini merupakan kerjasama kedua saya dengan Fair & Lovely.
"Tahun lalu, saya juga pernah diberi peluang untuk mengarahkan tiga buah mininovela untuk pertandingan yang sama anjuran mereka ini," kata Osman yang turut memuji komitmen yang ditunjukkan oleh bintang-bintang muda yang menjayakan mininovela ini.
Gadis Merah Jambu di mata Sari
Lakonan berkesannya di dalam beberapa buah drama seperti Kisah Kaisara dan Sofea Zahra sememangnya berjaya membuktikan bakat lakonannya yang dilihat mampu menjadi pelapis aktres masa kini.
Terbaru, wajah comel pelakon dan model berusia 24 tahun ini bakal menghiasi kaca televisyen lagi menerusi mininovela Gadis Merah Jambu.
Menganggap karektor Zara yang dipegangnya itu agak mencabar dari segi emosi, kata Sari, dia merasakan mininovela ini cukup istimewa buat dirinya.
"Karektor saya kali ini cukup berbeza dengan Kaisara. Zara di dalam mininovela ini adalah seorang gadis kampung yang hanya bergantung kepada ibu saudaranya dan pada masa yang sama berazam untuk menjadi seorang pereka fesyen.
"Apa yang menariknya juga, watak ini akan menyaksikan Zara sentiasa memakai pakaian berwarna merah jambu, sebab itu tajuknya diletakkan Gadis Merah Jambu.
"Walaupun jalan ceritanya agak ringan, tetapi watak saya ini perlu banyak bermain dengan emosi. Itu yang mencabar sebenarnya," tutur gadis kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini.
Bercerita pula tentang perkembangan karier seninya itu, kata Sari, dia bersyukur kerana bakatnya dihargai dan sentiasa tidak putus dengan tawaran.
Walaupun sentiasa dihambat dengan watak-watak gadis yang baik, Sari tidak mahu terlalu memilih kerana baginya, dia perlu menghargai tawaran dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak-pihak tersebut.
"Saya tidak boleh menyangkal bahawa karektor yang asyik saya bawakan memang watak baik saja setakat ini. Mungkin muka saya dan fizikal saya yang kecil ini membuatkan produser tidak berani untuk tawarkan watak antagonis kepada saya.
"Tetapi, saya tidak mahu pertikaikan apa-apa. Yang penting, apa saja watak yang diberi, saya akan cuba lakukan yang terbaik," kata Sari. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 10:16 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 10:18 am | |
| Zamarul tidak pernah mendabik dada atau demand! Zamarul masih sama seperti dulu biarpun berjaya merangkul anugerah pelakon lelaki terbaik kategori drama pada ASK'08. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 10:27 am | |
| weii sally hang bosan ke? mana bos hang takde ke? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 11:33 am | |
| Mencari Aqasha di sebalik lakonan PENYANYI Firdee Akasya Rosli atau Aqasha yang pernah popular dengan lagu Cahaya Hati ini menjadikan muzik sebagai cintanya semasa mula-mula menceburi industri seni tanah air seawal tahun 2001 dulu.
Namun, selepas terjun ke bidang lakonan pula, Aqasha mula jatuh cinta dengan bidang tersebut kira-kira selang lapan bulan selepas itu.
Aqasha akui bidang lakonan yang diceburi sehingga kini mengajarnya meneroka satu dunia baru yang meningkatkan perikemanusiaannya.
"Lakonan membentuk personaliti dan sahsiah diri saya dari setahun ke setahun sekaligus mengubah hidup saya.
"Sehingga kini, perubahan tersebut menampakkan sesuatu yang positif. Kalau boleh saya ingin terus menjadi Aqasha seperti ini dan cuba tinggalkan kekurangan dulu.[/color[color=indigo]]"Selain itu, dulu ada juga orang menyamakan saya dengan penyanyi Awie. Sekarang, saya sudah tidak dikaitkan dengannya lagi dan mempunyai imej tersendiri," jelas pemuda berusia 27 tahun ini ketika sidang media pelancaran drama bersiri Mertua Vs Menantu di Restoran Bora Ombak, Ampang baru-baru ini.Rozie Othman, Erra dan Aqasha ketika sidang media pelancaran drama bersiri Mertua Vs Menantu di Restoran Bora Ombak, Ampang baru-baru ini. -foto The Star oleh DARRAN TAN |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 11:34 am | |
| - eira ariyana wrote:
- weii sally hang bosan ke?
mana bos hang takde ke? aku bosan dgk keje ler........ bos aku xde......p melawat kwsn... ofis kami ni tgh dlm poses pengubahsuaian..... jd selaku bos kena pntau ler... |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 11:57 am | |
| owh best la hang bos takde kan, aku ni bos x msok lagi tpi karg mucul time tu yg boring jek.huhuh |
| | | meliza_manis Regular Customer
Number of posts : 273 Age : 44 Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur Registration date : 17/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 1:08 pm | |
| assalamualaiku..... banyak hari x masuk ni ...laju sungguh.... x rugi aku kenai PKR ni..... walau dah balik kg (bercuti awal tungu bersalin) nagn kedaan banjir mmg susah nak cr majalah or bahan bacaan lain... bila bukak jer PKR ni ilang boring aku ...huhuhu..... tahniah buat awin + sally n the ganz.... alamatnya nanti dlm pantang pun aku x kan ketinggalan..hehehee..... |
| | | lynie Ahli Familiar
Number of posts : 179 Age : 44 Location : Puncak Alam/Kuala Terengganu Registration date : 30/11/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 1:21 pm | |
| jangan ler risau, sekarang semuanye di hujung jari |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 1:24 pm | |
| BETUI TU...SEMUA NYE MAIN CLICK JE....BELI BARANG PUN SONANG..........SIKIT LAGI...APA NAK MAKAN MAIN ORDER JE..SAMPAI DEPAN PINTU...HE...HE..GULAI ASAM PEDAS SATU!!!....HE...HE... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 2:07 pm | |
| Seelan Paul mahu jumpa AGPERANAN penyampai radio memberikan pengaruh besar kepada masyarakat selaku pendengar. Setiap hari, radio menjadi teman kebanyakan pendengar yang mencari hiburan.
Walaupun radio hanya dianggap sumber hiburan, tetapi kesannya secara tidak langsung mendidik pendengar dengan maklumat yang disampaikan.
Menerusi ruangan Soseh-Soseh (SS) semalam, akhbar ini melaporkan sikap seorang penyampai radio popular Hot FM, Muhammad Azmir Selamat (AG) yang menyindir tugas wartawan hiburan yang dikatakan hanya gemar menulis berita artis membabitkan pergolakan rumah tangga mahupun kes cerai.
AG yang mengundang pendengar untuk menghubunginya di studio turut menyokong kenyataan berkenaan hingga ia menyinggung perasaan ramai wartawan hiburan.
Menjawab isu berkenaan, Pengurus Besar, Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul berkata dia akan bertemu dengan AG untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut. Beliau yang juga terkejut dengan berita SS itu percaya perkara berkenaan boleh diselesaikan dengan cara baik.
“Mungkin apa yang dikatakan AG berlaku secara tidak sengaja atau dia tidak sedar kenyataannya mengguris perasaan wartawan hiburan. Jika boleh, saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan hingga menjadi isu, tetapi lebih baik ditegur dengan cara baik.
“Buat masa ini, saya tidak mahu memperkatakan perkara ini dengan lanjut. Biar saya berbincang dengan AG dulu sebelum tindakan susulan diambil,” katanya.
Sementara itu, AG yang kini ditugaskan bersama Kieran mengendalikan segmen AM Krew pada waktu pagi mula menceriakan suasana pagi di stesen berkenaan.
Sejak seminggu lalu, mereka digandingkan buat kali pertama menghiburkan pendengar dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.
Kemunculan mereka berdua mula menarik perhatian pendengar yang mahukan pembaharuan sama ada program baru mahupun penyampai beralih tugas mengendalikan program penyampai lain.
Namun, gandingan dua penyampai ini yang menggelarkan diri mereka Jawa Rangers ketika bersiaran bukan kekal untuk program itu saja.
Mereka hanya ditugaskan untuk sementara waktu menggantikan Faizal Ismail dan Fara Fauzana yang bercuti selama dua minggu.
Seelan berkata gandingan Faizal dan Fara untuk mengendali program berkenaan terus kekal berdasarkan respons pendengar sebelum ini yang gembira kemunculan dua penyampai ini pada waktu pagi.
Bagaimanapun, mulai minggu depan AG dan Kieran diberi tanggungjawab baru untuk bersiaran jam 4 petang hingga 8 malam.
“Segmen pagi penting kerana ia menarik mood pendengar. Lalu, gandingan AG dan Kieran difikirkan sesuai untuk menggantikan Faizal dan Fara buat sementara waktu.
“Respons awal yang saya terima dari sebilangan pendengar, ada yang menyatakan mereka suka dengan gandingan baru ini. AG dan Kieran mula mencipta suasana baru yang menarik perhatian pendengar setia kami. Buat masa ini, Kieran sudah menyesuaikan diri dengan cara kerja di sini,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 2:21 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 2:28 pm | |
| GAMBAR MEK SITI DAN TUNANGNYA |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 2:31 pm | |
| Siti Maeeva Amin ke ni?semalam aku tgk cite ape ntah kat astro minah ni jadi host rancangan aktiviti lasak pe ntah...nampak muke cam budak baek jer..skali tejumpa gambo nih...yeke ni die ehhh..forumer ape lagi...jom layann!!!! :69: :69: |
| | | lynie Ahli Familiar
Number of posts : 179 Age : 44 Location : Puncak Alam/Kuala Terengganu Registration date : 30/11/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 2:34 pm | |
| Patut ler skrg ni tgk mek siti berseri2... Suka sgt tgk dia kat Nasi Lemak Kopi O |
| | | lynie Ahli Familiar
Number of posts : 179 Age : 44 Location : Puncak Alam/Kuala Terengganu Registration date : 30/11/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 2:35 pm | |
| Sape tu... x kena pun.... seksinyeee |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 2:38 pm | |
| AC Mizal fail pembelaan tuntutan bekas isteri VS A C Mizal fail pembelaan tuntutan bekas isteriKAJANG 2 Dis. - Pengacara popular AC Mizal telah memfailkanpernyataan pembelaan dan tuntutan balas berhubung permohonan bekasisterinya, Shafnie Zainuddin untuk mengubah perintah nafkah dua anaknyayang telah diputuskan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Dalam prosiding hari ini, Shafnie, 33, yang diwakili peguam syarie,Zulkifli Che Yong memaklumkan mahkamah bahawa saman dan pernyataantuntutan telah diserahkan kepada AC Mizal selaku defendan petang ini.
Menurut Zulkifli, pihaknya akan menjawab tuntutan balas pihak defendan dalam masa 14 hari.
AC Mizal, 37, yang diwakili peguam Siti Aishah Din mengesahkan telah menyerahkan satu salinan dokumen kepada plaintif. Hakim syarie, Abdul Malik Soleh menetapkan 19 Februari 2009 untuksebutan semula kes. Beliau mengingatkan seandainya tiada respons kepadajawapan pembelaan, mahkamah akan mendengar perbicaraan permohonanmengubah perintah pihak plaintif.
Sebelum ini, mahkamah memerintahkan terma-terma untuk dipatuhi olehdefendan berhubung nafkah anak-anaknya. Namun oleh kerana pendapatandefendan meningkat, plaintif memohon supaya Mahkamah Rendah Syariah disini mengubah perintah terdahulu bersesuaian dengan keperluanperbelanjaan kehidupan yang semakin meningkat.
Perubahan nafkah melibatkan perbelanjaan bulanan makan minum(RM400), pengangkutan (RM240), insurans pendidikan (RM1,000), pembanturumah (RM200), pengajian al-Quran (RM280), dana amanah pendidikan(RM1,000) dan sewa rumah atau ansuran rumah (RM650).
Perbelanjaan tahunan merangkumi pakaian (RM3,000), perubatan(RM1,500), yuran sekolah atau tuisyen (RM500), aktiviti kokurikulum(RM1,000) dan hiburan serta percutian RM3,000.
AC Mizal juga berhadapan dengan satu perintah komital yang dimohonoleh plaintif di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam supaya defendandipenjarakan kerana gagal menjelaskan tunggakan nafkah sebanyakRM50,000. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 2:42 pm | |
| - sally_eiyna wrote:
- Siti Maeeva Amin ke ni?
MAK OIIII........TERJOJOL....NAK KELUAR SANGAT DAH TUH..... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 2:44 pm | |
| - lynie wrote:
- Sape tu...
x kena pun.... seksinyeee dia dh jadi pengacara sekarang....but she shud just be a model. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 3:22 pm | |
| kalau xsilap si eva ni yg di kaitkan dgn anak Datuk K tu ler..... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 3:31 pm | |
| WEndy Wong Peluk Islam KUALA LUMPUR - Pelakon dan penerbit berjaya, Wendy Wong (gambar) mengakui dirinya sudah memeluk agama Islam sejak 28 November lalu dan hadir ke pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini semalam untuk mendaftarkan pengislamannya. Di pejabat berkenaan, Wendy yang ditemani penerbit, Habsah hassan diberi kad pengakuan keislaman dan surat sumpah oleh pihak Jawi bagi membolehkannya membuat kad pengenalan baru. Menurut Wendy, dia telah melafazkan kalimah syahadah di rumah kediaman Habsah di Taman Tun Dr. Ismail, Damansara dengan disaksikan beberapa rakan dan sebahagian ahli keluarganya. Bagaimanapun ketika dihubungi, Wendy memberitahu, dia belum bersedia untuk berkongsi banyak perkara mengenai pengislamannya. Ia termasuklah merahsiakan nama barunya selepas memeluk agama berkenaan. "Sudah ada nama yang saya pilih, tetapi biarlah jadi rahsia dulu. Saya masih lagi membiasakan diri dengan keadaan sekarang dan saya tahu banyak lagi benda yang saya kena belajar untuk mendalami Islam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 3:44 pm | |
| Ifa Raziah aniaya PA?RAMBUT sama hitam, tapi hati lain-lain. Kadang kala sukar menduga hati manusia, luaran nampak baik, sebaliknya dalaman hanya Tuhan yang tahu. Raja menerima kiriman emel daripada seorang gadis yang mendakwa pernah bekerja sebagai pembantu peribadi (PA) kepada penyanyi dan pelakon, Ifa Raziah. Dalam emel itu, si PA yang mendakwa namanya Nurul Husna meluahkan rasa tak puas hati atas sikap Ifa, selain mendakwa Ifa tidak membayar gajinya sepanjang bekerja dengan penyanyi itu.
Mengenali Ifa sejak dulu, Raja tahu Ifa seorang yang mudah didekati, ramah dan mulutnya boleh tahan laser juga. Antara percaya dan tidak, Raja tak sangka Ifa sanggup bertindak dan menindas pekerjanya. Kalau betullah apa yang diceritakan Nurul, Raja harap Ifa berubahlah. Jangan bertindak melampau ke atas orang lain walaupun dia pekerja sendiri. Sepatutnya Ifa berbuat baik pada pekerja. Raja harap Ifa tak kecil hati jika Raja jentik sikit. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna dalam dunia ini.
Dalam kenyataannya, Nurul meminta Ifa melunaskan gajinya selama bekerja. Walaupun mungkin tak seberapa, tetapi siapa yang tak mahu duit? Sekurang-kurangnya penat lelahnya ketika menguruskan Ifa berbayar.
“Saya sudah tak tahu nak buat apa lagi, langkah terakhir saya adalah mengirimkan emel pada wartawan mohon Ifa bayar gaji saya. Saya dan suami adalah orang yang membantunya menumpangkan bilik ketika dia bergaduh dengan Azwan Ali di Genting Highlands dulu. Dulu saya bekerja separuh masa di sebuah butik sambil belajar tetapi selepas mengenalinya, Ifa beriya-iya mengajak saya bekerja dengannya. Dia berjanji mahu membayar gaji saya lebih kurang dengan pendapatan saya di butik dulu. Selepas bekerja dengannya, dua atau tiga hari sekali, dia menghulurkan duit minyak. Kadang kala saya ambil, ada ketika saya tolak kerana saya nak gaji pada hujung bulan.
“Saya berhenti sekejap kerana mahu mengambil peperiksaan terakhir tapi selepas itu, saya ikut Ifa semula. Masa itu, Ifa sedang shooting drama Spa Q musim dua di Sungai Buloh. Selepas lima hari mengikutnya, saya suarakan pasal gaji sebab saya perlu memandu sendiri ke Sungai Buloh dan bila habis shooting pula, saya terpaksa menghantarnya pulang. Semuanya memerlukan duit. Saya bukanlah berduit, maklumlah baru habis belajar.
“Saya terkejut apabila mengamuk dan cakap benda yang bukan-bukan bila saya minta gaji. Saya tak kisah berapa pun Ifa nak bayar gaji saya, selama ini pun, saya tak pernah tanya. Ifa cakap dia sebenarnya tak nak ambil saya bekerja tetapi dia kasihankan saya, ramai lagi yang nak jadi PA dia. Saya rasa betul-betul terhina apabila dijeritkan begitu rupa.
“Buat pengetahuan semua, saya sudah biasa kena maki, tengking dan marah tak tentu pasal. Paling saya tak faham, kenapa Ifa jerit, maki dan mengeluarkan kata kesat pada saya di hadapan orang, jika saya berdua atau bertiga dengannya suaminya, tidak pula dia marahkan saya,” katanya.
Nurul beritahu lagi, tahap kesabarannya teruji apabila dia memperlakukan saya seperti hamba abdi di lokasi Spa Q.
“Menjerit-jerit kalau memanggil saya. Berlari-larilah saya dan bila saya tercongok di depan muka, dia bercakap kasar, meninggi suara suruh saya buat itu ini. Saya tak kisah, dah memang tugas saya jadi PA menguruskan keperluan Ifa tetapi takkan tak boleh bercakap baik dan bila tengok saya nak menengking, seolah-olah hina sangat saya.
“Saya juga manusia, ada perasaan malu. Takkan nak suruh cari skrip, buat air atau nak cari barangnya yang hilang pun perlu menengking? Saya bukan hanya PA dia malah orang gaji pun ada. Kalau saya ke rumah Ifa, saya siap menyapu, mengemop rumah dan bila ada yang bertanya, dia dengan bangganya cakap, saya adik angkat merangkap orang gaji dan PA sekali. Saya memang terasa. Sudahlah gaji tak dibayar. Bila saya berhenti, dia beritahu krew, saya berhenti sebab Norish Karman menghasut. Tolonglah! Jangan fitnah orang yang tak ada kena mengena. Saya dah tak sanggup, dia layan saya macam binatang. Saya juga tak sanggup nak meletakkan diri saya bawah tapak kaki dia.
“Jadi kepada Ifa Raziah, tolong jelaskan gaji saya. Dan saya juga berharap Ifa berubah dan tak buat pekerja seperti hamba tebusan, tetapi tak bayar gaji,” katanya. Raja tak berani nak komen apa-apa, tepuk dada tanya selera. Kalau benar apa yang dikatakan Nurul, Raja tak sangka... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 3:50 pm | |
| Fesyen Terbaru Siti Nurhaliza |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 3:54 pm | |
| Mahu karya berbekas di jiwa EMPAT tahun yang menyimpan banyak cerita buat penyanyi bersuara lunak, Misha Omar. Lara, manis dan tempoh itu juga menemukan Misha dengan erti cinta sebenar lantas menumbuhkan detik magis untuk dia terus berdiri di lantai seni suara. Terlalu banyak yang berlegar dalam lingkungan seni Misha sepanjang penantian empat tahun itu bahkan turut membekas satu harapan besar di hati penyanyi kelahiran Machang, Kelantan. “Saya ingin sekali mempersembahkan sebuah karya dengan harapan ia akan membekas di jiwa. Sebuah persembahan sederhana namun dilimpahi sejuta warna dan itu yang akan ditemui pencinta suara saya dalam karya terbaru, Misha Omar,” katanya. Samihah @ Aisah Omar atau lebih dikenali sebagai Misha Omar mahu kembali bangkit, malah menerusi album ketiga yang mengangkat namanya sebagai judul memperlihat kelainan yang cuba dibawanya hasil ilham bersama Ramli MS yang bertindak sebagai Penerbit Eksekutif. Memuatkan enam sentuhan terbaru, dua lagu yang pernah dipopularkan dulu manakala tiga lagi dipersembahkan secara minus one, penyanyi berusia 26 tahun itu mempunyai alasan sendiri mengapa album itu dipasarkan semalam. “Empat tahun adalah tempoh yang terlalu panjang. Saya tidak mahu membiarkan peminat terus menanti kerana ia mungkin akan membangkitkan rasa jemu apabila penantian itu tidak juga berakhir. “Justeru, atas perbincangan bersama syarikat rakaman maka kami relakan album ini dipasarkan dulu sebagai permulaan Misha kembali ke dunia nyanyian. “Satu harapan saya album ini akan menjadi permulaan yang baik, seterusnya menyuntik keyakinan untuk terus berkarya kerana jiwa seni saya tidak pernah mati selama tidak melahirkan album baru,” katanya. Barangkali penerbitan yang ditangani nama besar seperti Ajai, Cat Farish, Aidit Alfian, Nur Fatima dan Azmeer akan melontarkan Misha ke satu topik perdebatan, apatah lagi tiga daripada enam sentuhan terbaru dalam Misha Omar sudah dimainkan sejak dua tahun lalu. Nafas Cahaya karya M Nasir umpamanya diiktiraf sebagai Lagu Irama Global Pilihan, Anugerah Era 2007 manakala Sembunyi kolaborasi bersama Andy Flop Poppy membawa mereka ke final Anugerah Juara Lagu Ke-22, Januari lalu. Seakan dapat membaca apa yang bakal diperdebatkan, penyanyi yang mengukir nama menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta itu sudah bersedia dengan jawapan bernas. “Dalam situasi pasaran industri muzik yang lemah, saya bersama syarikat rakaman perlu mencari jalan tengah supaya semua pihak mendapat keuntungan bersama. “Walaupun hanya mempunyai enam sentuhan baru, namun setiap satu lagu yang dimuatkan dalam album ini mempunyai kekuatannya tersendiri. “Barangkali ada yang melihat kekuatan sesebuah produksi kepada jumlah lagu dimuatkan tetapi saya lebih mementingkan kualiti. Enam lagu namun semuanya mempunyai kekuatan yang sama untuk diangkat sebagai single. “Jadi saya melihat penerbitan Misha Omar sebagai satu strategi iaitu menghadiahkan pendengar hanya dengan karya bermutu tetapi pada masa sama, cuba mencuri perhatian mereka bersama koleksi lagu memenuhi selera,” katanya memberikan rasional. Memberikan Misha Omar lebih makna apabila penerbitan produksi ini turut mendapat dokongan insan berpengalaman dalam industri muzik seperti M Nasir, Allahyarham Loloq, Habsah Hassan dan ramai lagi. Gabungan hebat antara nama hebat lama dan baru juga diharapkan Misha akan memberi impak kerana setiap mereka memberikan sentuhan listrik sebagai penguat produksi. “Boleh dikatakan saya berpuas hati, cuma agak kecewa kerana tidak mempunyai masa lebih banyak untuk memberikan yang lebih kepada pendengar. “Tetapi, dengan jumlah lagu yang ada ini juga memberi keyakinan untuk saya terus bertapak kerana setiap satu mempunyai kekuatan, malah memberi landasan kepada saya untuk terus bertapak dalam bidang seni suara,” katanya. Kata Misha mengenai: Jawapanmu Trek pertama dalam album Misha Omar yang terpilih sebagai single ketiga ini pasti membuatkan jiwa anda berasa relaks dan akan mula bergerak mengikut irama tari yang perlahan dan mendamaikan. Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Cat Farish ini dimainkan di pelbagai stesen radio tempatan dan sentiasa menjadi pilihan pendengar. Sampai Di Sini Lagu yang mengisahkan perasaan terluka dalam percintaan ini amat puitis dan begitu mendalam maknanya ini diilhamkan Ajai manakala lirik hasil nukilan Slen. Sembunyi Lagu duet bersama penyanyi yang mempunyai suara serak basah tidak asing lagi iaitu Andy Flop Poppy. Walaupun ini kolaborasi pertama di antara Misha dan Andy, namun gandingan mantap dan keserasian mereka dapat didengar menerusi kejayaan mereka membawanya. Lagu yang dicipta Aidit Alfian dan Allahyarham Loloq ini pernah terbaris sebagai finalis Anugerah Juara Lagu Ke-22 (2008) dan finalis Hits 1 Musim Ke-5 (2008). Cinta Adam dan Hawa Single terbaru album ini diilhamkan Azmeer dan lirik ditulis Loloq. Bermelodikan balada-rock-moden, lagu ini berkisar mengenai percintaan. Nafas Cahaya Single pertama mendapat sentuhan daripada sifu M Nasir dan sekali lagi cetusan kreatif tinta Allahyarham Loloq pernah menjulang trofi Irama Global Pilihan di Anugerah Era 2007. Cinta Suci Lagu cinta memang sinonim dengan Misha, justeru Cinta Suci ini dicipta sepenuhnya oleh Nur Fatima dan Omar K istimewa untuknya sebagai luahan hati kepada mereka yang sedang enak dalam alunan cinta. Profil:Nama Penuh: Samihah @ Aisah Omar Tarikh lahir: 6 Januari 1982 Asal: Kota Bharu, Kelantan Pendidikan: Jurusan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) Album: Misha Omar, Aksara dan Misha Omar Lagu popular: Bunga-Bunga Cinta, Pulangkan dan Ku Seru Filem: Gerak Khas 3 (GK3) dan Main-Main Cinta Pencapaian: Artis Harapan Pilihan Anugerah Era 2003, Anugerah Juara Lagu Ke-18 (Bunga-Bunga Cinta), juara kategori balada & vokal terbaik Anugerah Juara Lagu Ke-19 (Pulangkan), Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2003 dan Anugerah Emas Festival Muzik Asia Ke-6 di Shanghai, China. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 4:32 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 4:35 pm | |
| (Gambar) Sheila AbdullahKasihan artis ini, baru sahaja setahun bergelar artis, syarikat rakamannya pula telah ‘bungkus’, namun saya berpendapat dia boleh pergi jauh lagi dalam bidang seni tanahair kita kerana mukanya yang komersial. Bidang lakonan, mungkin? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 4:37 pm | |
| Ajai 'Cair' Dengan Liyana Jasmay!Kata Liyana Jasmay, Ajai bukan seperti kata kebanyakan orang. Mungkin Ajai nampak garang di mata sesetengah artis baru. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 8:04 pm | |
| SUKA LAgu shila abdul............ |
| | | muslim2u Regular Customer
Number of posts : 240 Age : 46 Registration date : 22/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 11:32 pm | |
| caya la awin n de geng..mmg meletop abis thread nihhh....congratulations to all...lama tk singgah skali tgk terperanjat beruk akakkkk dibuat nyerrr...active tol la mamarazzi2 ni wat keje...kena bg anugerah ni klu camni...haha |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 04 Dec 2008, 12:37 am | |
| - muslim2u wrote:
- caya la awin n de geng..mmg meletop abis thread nihhh....congratulations to all...lama tk singgah skali tgk terperanjat beruk akakkkk dibuat nyerrr...active tol la mamarazzi2 ni wat keje...kena bg anugerah ni klu camni...haha
muslim... ni sume khas utk warga PRC berbyk time kasih utk MEKNA yg byk cari bhn utk thread ni.... tak lupe jgk ahli2 yg yg berkongsi citer n bahan yg sensasi dan terkini... |
| | | deqlis Super Senior
Number of posts : 869 Age : 43 Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 04 Dec 2008, 1:27 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 04 Dec 2008, 8:06 am | |
| Dato’ Siti Nurhaliza di Anugerah Media Islam Negara ke-2DATO’ SITI NURHALIZA SERIKAN SIARAN LANGSUNG ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) KALI KEDUA PADA 24 JULAI 2008 DI RTM1 Malam pengiktirafan Anugerah Media Islam Negara (AMIN) yang memasuki tahun kedua pengajurannya kali ini diserikan persembahan Dato’ Siti Nurhaliza selain meletakkan kepercayaan penuh kepada pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkannya secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi RTM1, jam 09.00 malam pada 24 Julai 2008 (Khamis) yang lalu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 04 Dec 2008, 8:08 am | |
| Gambar Ziana Zain Bertudung Bersama Jejaka Mana Ni? Jarang betul Budiey lihat Ziana Zain pakai tudung. Haaa, kali ini barulah Budiey dapat tengok, rupanya Ziana Zain memang manis bertudung. Tetapi bila diamati betul-betul, macam tak kena je ni sebab, Ziana pegang tangan mamat nih… Budiey memang tak suka Ziana buat macam ni… adeh… cam tak caya je Kak Ziana leh buat gini. Tolong selamatkan… selamatkan keadaan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 04 Dec 2008, 8:13 am | |
| COUPLE IN LOVE - ZIZAN NIN AND ROZITA CHE WAN |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 04 Dec 2008, 8:17 am | |
| Hubungan Shamsul-Diana retak SHAMSUL dan Diana pada satu majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini. KUALA LUMPUR - Gara-gara 'pergaduhan besar' membabitkan orangketiga, cinta antara pengarah muda Shamsul Datuk Yusof dan DianaDanielle kini dipukul badai di tengah jalan.
Insiden pergaduhan dua bintang muda yang membawa kepada terputusnyahubungan yang sudah mencecah usia tiga tahun itu dikatakan berlaku dikediaman Diana di Ampang, pertengahan minggu lalu.
Kejadian itu difahamkan ekoran berlaku kekasaran oleh Shamsulterhadap Diana dalam pergaduhan yang juga disaksikan oleh beberapaanggota keluarga pelakon jelita yang baru menyambut ulang tahun ke-17itu.
Keadaan itu dipercayai menyebabkan salah seorang keluarga Diana yangturut berada di tempat kejadian bertindak membuat laporan polis tidaklama kemudian.
Ibu Diana, Norsiah Ramli, 45, ketika dihubungi semalam bagaimanapunenggan mengulas lanjut mengenai kejadian berkenaan tetapi mengakuihubungan anaknya dengan Shamsul sedang berhadapan dengan masalah.
"Saya tak mahu ulas apa-apa. Kami terperangkap dalam kisahbudak-budak. Bagaimanapun memang ada masalah dalam hubungan mereka,''katanya.
'Kami' dalam kenyataan Norsiah merujuk kepada dirinya serta jutawanfilem Datuk Yusof Haslam beserta isteri, Datin Fatimah Ismail.
Ketika ditanya apakah dia bersedia menarik semula laporan polis yangtelah dibuat terhadap Shamsul memandangkan hubungan mesra yang terjalinantara dua keluarga berkenaan sebelum ini, Norsiah juga engganmemberikan sebarang komen.
"Tak tahulah macam mana lagi. Tolonglah, saya tak mahu ingat bendaitu lagi, berilah peluang kepada Diana untuk merehatkan fikirannya yangtengah bercelaru,'' katanya yang ketika dihubungi berada di LapanganTerbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Jakarta.
Menurut Norsiah, dia dan Diana akan berada di negara jiran itu hampir seminggu bagi mencari ketenangan |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 04 Dec 2008, 8:30 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 04 Dec 2008, 8:31 am | |
| Jehan Miskin dgn ketiak yg basah!!! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 04 Dec 2008, 8:58 am | |
| SAFURA ....DAH SELAMAT BERSALINSaya baru mendpt berita last few days....Safura dah selamat bersalin...anak perempuan. Ini bermakna anaknya 2 perempuan dan 1 lelaki....suami pertama..Perempuan dan 13 tahun, suami kedua dpt anak lelaki dan suami terkini anak perempuan....TAHNIAH....buat Safura dan suami serta keluarga..... |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 04 Dec 2008, 9:01 am | |
| Rumah Sudirman Haji Arshad Musnah Dalam KebakaranRumah penghibur nombor satu Asia, Allahyarham Sudirman Haji Arshad di Kampung Bukit Tok Embun, Mentakab dekat sini musnah dalam kebakaran pukul 4 pagi semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab, Penolong Penguasa Md Yusof Mustafa berkata, kebakaran itu dipercayai berpunca daripada api lilin yang mungkin ditinggalkan oleh penagih dadah yang menjadikan rumah itu sebagai sarang menghisap dadah sejak ditinggalkan kosong beberapa tahun lalu |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 4 of 17 | Go to page : 1, 2, 3, 4, 5 ... 10 ... 17 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |