|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 8:16 am | |
| Cico Terselamat Tanah Runtuh Bukit AntarabangsaApa kata Cico mengenai kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa? “Saya sangat terkejut dan insaf dengan kejadian ini kerana ianya berlaku dalam sekelip mata sahaja. Ini merupakan satu amaran kepada kita dan saya terima sebagai dugaan serta bencana alam yang tidak diduga”. “Melihat tiga mayat yang dibawa keluar di depan mata saya membuatkan saya benar-benar insaf dengan tragedi ini dan merupakan kejadian pertama dialami selepas enam tahun menghuni kediaman itu”. “Dengan keadaan ibu yang tidak berapa sihat membuatkan saya nekad untuk berpindah secepat mungkin walaupun rumah kami tidak terlibat tetapi kami terperangkap dalam kejadian tersebut membuatkan saya berasa bimbang kerana tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini,”katanya yang masih terkejut dengan kejadian tersebut”. Ha, malang memang tidak berbau. Kuasa tuhan melebihi segalanya, dan kita sebagai manusia kena selalu beringat, tidak keterlaluan membina bangunan di kawasan lereng bukit. Ini baru sedikit ujian yang tuhan berikan, dan aku masih teringat kisah tsunami yang mengorbankan ribuan nyawa rakyat Aceh. Al Fatihah untuk yang terkorban |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 8:17 am | |
| Noraniza Idris Buat Hidung?Lain benar rupa Noraniza Idris ni, hidungnya macam dipanjangkan sedikit, hasil cucuk botox atau ilusi mekap semata-mata? Mungkin mata aku yang kero agaknya, apa pendapat kalian? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 8:19 am | |
| Penampilan istimewa Siti Nurhaliza dalam Spa QLAGU Ku Mahu nyanyian penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang menjadi lagu tema drama bersiri Spa Q sedikit-sebanyak telah mempopularkan siri 60 episod itu mulai Oktober tahun lalu. Mulai 15 Disember ini, siri Spa Q musim kedua (Spa Q 2) sekali lagi menggunakan khidmat penyanyi tersohor ini dengan tajuk lagu Pada CintaNya ciptaan Audi Mok dan lirik ditulis oleh Rina Khan dan Siti sendiri.
Siti bukan sahaja menyumbang bakatnya melalui nyanyian malah beliau turut diundang untuk berlakon dalam siri yang turut dijayakan oleh Norish Karman, Zizie Ezette, Azizah Mahzan, Jasmin Hamid, dan Fouziah Gous ini.
Menurut Siti, beliau bakal berlakon dalam sebuah babak sahaja iaitu watak cameo dengan menggunakan nama sebenarnya untuk tatapan para peminatnya.
“Dalam babak itu, saya hanya melancarkan butik Spa Q di Langkawi.Tidak dinafikan, secara kebetulan saya juga terbabit kerana produsernya, kakak suami saya, Zaiton Mohd. Jiwa. Jadi, mereka inginkan kemunculan semula saya, dengan itu saya bukan sahaja diundang menyanyi untuk lagu temanya malah untuk turut berlakon sedikit.
Penampilan istimewa Siti di dalam Spa Q musim kedua pastinya bakal menarik perhatian penonton - foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT
“Kebetulan ada waktu terluang, saya turuti juga kehendak tersebut,” ujar Siti ketika majlis pelancaran drama siri Spa Q 2 untuk slot Akasia di Seri Kembangan baru-baru ini.
Siri sebanyak 60 episod ini akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang. Menyentuh mengenai lagu tema siri tersebut, kata Siti, dia baru sahaja selesai merakamkan lagu tersebut pada dua minggu lalu.
“Saya baru sahaja merakamkan lagu Pada CintaNya pada dua minggu lepas. Saya belum pasti lagi sama ada lagu ini akan dimasukkan dalam album saya akan datang. Namun, kemungkinan untuk masuk itu ada sebab lagu Ku Mahu sebelum ini telah dimuatkan dalam album Hadiah Daripada Hati.
“Apa yang pasti, lagu Pada CintaNya akan dimainkan selalu di radio nanti kerana lagu ini boleh memainkan peranan untuk mempromosikan drama ini. Saya harap lagu dan drama ini akan mendapat sambutan daripada penonton,” kata Siti yang sudah selesai merakamkan lagu untuk album terbarunya berkonsepkan kontemporari.
Setakat ini, beliau sedang menunggu proses ‘mastering’ album yang belum mempunyai tajuk tersebut dan dijangka bakal dipasarkan dalam tahun ini juga.
Antara lagu yang dinyanyikan oleh Siti adalah Ada Masa Mata ciptaan M. Nasir. Selain itu, Siti juga terlibat dengan pembikinan dua buah lagu runut bunyi untuk sebuah filem Indonesia, Perempuan Berkalong Serban.
“Saya juga sedang mencipta dua buah lagu untuk filem Indonesia di mana filem ini ala-ala filem Ayat-Ayat Cinta. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana rezeki masih tidak putus-putus dan orang masih memerlukan khidmat saya untuk memeriahkan industri seni ini.
“Kiranya, saya bukan diam sahaja. Mungkin sebelum ini agak senyap sedikit sebab banyak perkara yang perlu diselesaikan tetapi kini saya sudah kembali memeriahkan industri ini. Selain terlibat dengan pembikinan lagu runut bunyi filem, saya juga masih berbincang dengan pihak penaja untuk menjayakan Konsert Amal Yayasan Nur Jiwa yang dijangkakan dibuat pada tahun depan,” beritahu Siti yang turut menjayakan persembahan bersama Ning Baizura pada minggu ini di Galeri Star hill, Bukit Bintang.
Sebelum ini, Siti juga telah bersetuju untuk menyumbangkan suaranya dalam filem animasi Mamat Khalid, Kelip-Kelip. |
| | | lynie Ahli Familiar
Number of posts : 179 Age : 44 Location : Puncak Alam/Kuala Terengganu Registration date : 30/11/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 8:20 am | |
| cepat betul dapat maklumat ye kak sally.. saya yang sebelum ni kalu tahu apa maklumat pasal artis pun cite tu dah basi tapi sejak join sini cepat jer tahu... Hebat betullah |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 8:23 am | |
| - lynie wrote:
- cepat betul dapat maklumat ye kak sally..
saya yang sebelum ni kalu tahu apa maklumat pasal artis pun cite tu dah basi tapi sejak join sini cepat jer tahu... Hebat betullah yela.....sally bercuti sbb duk kumpul maklumat n bahan la ni..... bkn cuti jer tau... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 8:25 am | |
| Pierre Andre Maki David TeoAndre dikatakan memaki David Teo ketika dipersoalkan akan kegagalannya menghadiri sesi script reading filem terbaru lakonannya, Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC). Kata sumber itu, ketika Pierre sedang bercakap di telefon dengan David, dia mengeluarkan satu perkataan yang begitu ‘sakit’ didengar apabila berlaku pergeseran pendapat antara mereka.
Audio Pierre kepada David lebih kurang begini: “I tak tahu nak panggil you apa, David Teo atau xxxx (mencarut)!”. Ketika perbualan itu, David sempat membuka pembesar suara telefon bimbitnya dan perbualan mereka turut didengar beberapa krew yang berada bersama David ketika itu.
Wartawan terkenal, Zubir lantas menghubungi MMP untuk mendapatkan kesahihan cerita berkenaan dan agak mengejutkan apabila seorang jurucakap MMP mengakui bahawa apa dia dengar daripada sumber, satu kisah benar!
“Betul Zubir, Pierre pernah maki David dalam telefon. Perbualan mereka turut didengar beberapa krew lain. Pierre tak datang script reading JPBC, lalu David mempersoalkan kegagalannya itu kerana dia ada kontrak dengan kami. Disebabkan kejadian itu, kami terpaksa menggugurkan Pierre dan tempatnya diganti Shaheizy Sam iaitu adik kepada aktres popular, Zizie Izette,” jelas jurucakap berkenaan, selain menambah JPBC sudahpun memulakan penggambaran mulai 26 November lalu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 8:28 am | |
| Diana Danielle Nekad Tidak Tarik Laporan PolisDiana mendakwa dipukul selepas berlaku pertengkaran ketika menghantar Syamsul ke rumah. Syamsul akui tidak dapat mengawal emosi, dia telah bertindak kasar terhadap Diana. Cuma yang dipinta Syamsul supaya Diana menarik semula laporan tersebut untuk kebaikan kedua-dua pihak. Sekarang apabila ditanya mengenai perkara tersebut, Diana Danielle bertegas dia tetap tidak akan tarik laporan polis tersebut. Haha you screwed Shamsul! “Saya dapat rasakan kepala saya ni sakit & kesan bonjol pun masih ada lagi” kata Diana Diana Danielle turut menganggap anak jutawan filem itu sekadar teman biasa sahaja. Ha, sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tiada guna. Maka, peringatan kepada lelaki di luar sana, kalau marahkan teman wanita, biar marah mulut sahaja, jangan naik tangan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 8:30 am | |
| Undi 4 Gadis Awan Dania - Siapa Paling Gedik?Dari kiri : Scha Al-Yahya, Farah Alya, Ummi Nazeera & Ika Nabella antara 4 geng Awan Dania, siapakah yang paling gedik? Awan Dania - Siapa paling gedik? ( ) Scha Al-Yahya ( )Farah Alya As'ari ( )Ummi Nazeera ( )Ika Nabella |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 8:34 am | |
| |
| | | lynie Ahli Familiar
Number of posts : 179 Age : 44 Location : Puncak Alam/Kuala Terengganu Registration date : 30/11/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 8:37 am | |
| wah..wah.. sally.... kena buat anugerah reporter paling hebat ni |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 8:37 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 8:40 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 8:43 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 8:47 am | |
| One In A Million, Bukan Hanya Tomok New BoyzGanjaran bernilai RM1 juta bukan sahaja menawan hati Tomok New Boyz, malah ia juga menarik 30 artis lain untuk bersama mencuba uji bakat ini. Antaranya Naufara, Ejad, Amylea AF, Abot, Zhana AF, Rain, Meor, Simon dan Pija. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 8:53 am | |
| (Gambar) Fauziah Ahmad Daud & Anak, Nur Aishah AminahBesar sudah anak Fauziah Ahmad Daud (Ogy) ini, Nur Aishah Aminah sudah setahun lebih umurnya. Anak inilah sahaja ubat kesunyian Ogy kerana terpaksa akur yang jodoh untuk lelaki lain masih belum ketemu.
Ogy mengakui pernah rapat dengan seorang jejaka selepas bercerai dahulu, tetapi jodoh antara mereka tiada. Mungkin tidak serasi atau belum memenuhi citarasa Ogy.
“Tapi, sayangnya, hubungan itu tidak dapat diteruskan kerana saya sendiri melihat kami tidak boleh pergi lebih jauh. Justeru, buat apa nak diteruskan lagi,” kata Ogy kepada wartawan Harian Metro. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 8:54 am | |
| (Gambar) Mawi Dulu & Sekarang |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 8:58 am | |
| Siapa Paling Layak Gantikan Mawi Berduet Dengan Heliza?Lagu duet nyanyian Mawi & Heliza, Doa Dalam Lagu sudah di’ketahui umum akan bertanding di malam akhir Anugerah Juara lagu ke 23 dalam kategori Etnik Kreatif.
Tetapi, dek kerana Mawi sekarang ini sibuk dengan persiapan kahwin & tarikh kemuncak AJL23 masih berada dalam lingkungan mood pengantin baru untuk Mawi, maka ada ura-ura yang mengatakan Mawi tidak akan hadir pada malam tersebut. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 9:00 am | |
| (Gambar) Uji Rashid & Menantu Nur Fuziana di Pusat PemindahanKasihan melihatkan isteri Cico Harahap yang sarat mengandung & ibunya Uji Rashid terputus jalan keluar dalam kejadian tanah runtuh di’Bukit Antarabangsa Sabtu lalu.
Cico yang ketika kejadian berada di’kedai runcit untuk membeli roti hadir menjemput kedua-dua wanita yang di’sayangi itu di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Hulu Klang. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 9:04 am | |
| (Gambar) Watak Fouziah Ghous Dalam Filem Sifu & TonggaNampak aneh ‘kan? Sebenarnya ini adalah sebahagian solekan yang perlu Fouziah Ghous tempelkan di’mukanya demi menjayakan watak Mila dalam filem komedi terbaru arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen, Sifu & Tongga.
Mila & beberapa watak utama lain dalam filem ini bukan dari kalangan bangsa Melayu biasa, maka perwatakan seakan Orang Asli perlu di’serapkan ke dalam kostum mereka.
Filem ini turut di’bintangi Saiful Apek, Erra Fazira & Piee sebagai teraju utama di’samping pelakon pembantu & jemputan lain seperti Rozita Che Wan, Datuk Jalaluddin Hasan, Shamsul Ghau Ghau, Azwan Ali (ada jugak!), Jaafar Onn & Ruminah Sidek.
Trailer dan sinopsis Sifu & Tongga akan menyusul kemudian. OHBULAN! cuma tertarik dengan kening bersambung Fouziah Ghous buat masa ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 9:07 am | |
| (Gambar) Heliza Posing khas untuk PeminatnyaSaya dapati ramai di’sini meminati Heliza AF dan di sini saya mengeluarkan gambar Heliza berposing khas untuk peminatnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 9:13 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 9:16 am | |
| (Jangan Ikut!) Ida Nerina Mengaku Minum Arak Dalam Majalah TIMETidaklah secara direct, tetapi dari segi ayat & recommendation yang di’tulis oleh penulis majalah TIME ini menyatakan yang Ida Nerina gemar berkunjung ke kelab & wine bar di Hotel Hilton Kuala Lumpur.
Dan, sebuah lagi tempat meneguk arak & berhibur yang di’sebut ialah Zeta Bar yang juga berada di Hotel Hilton.
Tak sedap rasanya di’mata OHBULAN! bila pelakon Melayu & Islam (kalau) begini menganjurkan pembaca majalah TIME untuk berkunjung ke’sana. Bukan semua pembaca TIME itu bangsa asing atau bukan Muslim.
Contohi Joe Flizzow yang cadangkan restoran nasi ayam untuk melepak. Bukan’kah lebih Malaysia bunyinya begitu? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 9:26 am | |
| (Gossip) Fasha Sandha Beli Rumah Bernilai RM2.6 juta?Menurut satu tulisan akhbar hari ini, seorang primadona filem berusia pertengahan 20-an & masih belum berkahwin baru sahaja selesai membayar deposit RM260,000 (10%) dari nilai beliau rumah baru beliau.
Rumah mewah tiga tingkat yang terletak di Ampang, Selangor itu di’katakan bakal di’duduki oleh primadona tersebut & juga ahli keluarganya yang lain. Sifat yang harus di’puji pada primadona ini.
Mari kita imbas, siapa primadona yang menguasai filem Malaysia dalam masa 5 tahun kebelakangan ini & masih belum berkahwin? Maya Karin. Erra Fazira. Fasha Sandha! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 9:38 am | |
| Artis cemas hubungi keluarga, sedia berpindahAMPANG: Beberapa artis yang tinggal di sekitar Bukit Antarabangsa di sini, turut cemas sebaik mengetahui berlaku kejadian tanah runtuh yang meragut empat nyawa dan menimbus 14 banglo di Taman Bukit Mewah awal pagi semalam.
Mereka ialah penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, Leina Hangat, Zizie Izzette, Zahid AF2, Amelia AF3, Elly Suriaty dan Azza Elite.
Suami Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa, berkata beliau hanya mengetahui kejadian itu selepas sepupu isterinya yang tinggal di sebuah banglo yang terbabit dalam kejadian malang itu menghubungi mereka kira-kira jam 4.30 pagi semalam.
"Sebenarnya, saya dan isteri tidak sedar pun ada tanah runtuh berhampiran rumah kami sehinggalah sepupunya menghubungi kami kira-kira jam 4.30 pagi yang memaklumkan rumah mereka turut terjejas.
"Saya kemudian menyuruh mereka berpindah ke rumah kami," katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya, beliau sekeluarga sedia berpindah ke tempat selamat jika pihak berkuasa mengarahkan mereka berbuat demikian.
"Kami cemas juga, tetapi sehingga jam 2 petang semalam, saya belum menerima apa-apa arahan daripada pihak berkuasa supaya berpindah," katanya.
Zizie ketika dihubungi, berkata beliau bersyukur kerana ibu dan adiknya selamat kerana rumah yang mereka diami berada agak jauh dari lokasi kejadian.
"Ketika kejadian, saya sedang menjalani penggambaran di Shah Alam. Banyak kali saya cuba menghubungi ibu dan adik tetapi gagal. Akhirnya saya dapat menghubungi mereka. Ibu memberitahu dia dan adik selamat," katanya.
Pengurus Publisiti Puteri Gunung Ledang - The Musical, Eja Ibrahim, ketika dihubungi, berkata beliau bimbang nasib ibu bapanya yang uzur dan kini berada di kondominiumnya berhampiran tempat kejadian.
"Ibu bapa saya masih terperangkap di rumah mereka. Saya bimbang bapa saya kerana dia terlalu uzur dan tidak boleh banyak bergerak. Saya sedang menunggu bantuan helikopter pasukan keselamatan untuk membawa mereka keluar," katanya.
Juara Akademi Fantasia 2 (AF2), Zahid, berkata apartmen yang didiaminya, Oakleaf Park cuma 500 meter dari tempat kejadian, malah sebahagian besar jalan masuk apartmen itu turut mendap.
"Saya pulang ke rumah kira-kira jam 7 pagi. Namun, saya terpaksa melalui hutan, dengan ditemani anggota penyelamat untuk ke unit kediaman saya kerana jalan masuk ke apartmen ini rosak teruk.
"Saya cuma sempat mengambil baju saja, manakala barang kesayangan lain terpaksa ditinggalkan. Saya juga terpaksa membatalkan persembahan khas sempena lawatan Datuk Shah Rukh Khan ke Melaka disebabkan tragedi ini," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 9:39 am | |
| Dengarnya...: Nana bakal tamat zaman bujang 2009?Nana TELEFON bimbit Cik Normah ni memang selalu panas. Hari-hari ada saja yang telefon nak mengadu itu dan ini. Kadang-kadang naik sakit telinga Cik Normah menjawab telefon hingga suami selalu menjeling sebab ada ketikanya mengganggu waktu santai kami. Tapi Cik Normah terpaksa pujuk suami sebab Cik Normah buat semua ini demi tugas.
Baru-baru ini, tengah sibuk-sibuk layan filem Ali Setan, telefon bimbit Cik Normah warna merah jambu bling-bling pemberian suami tu berbunyi. Sebaik saja dengar suara si pemanggil, Cik Normah dah dapat tangkap.
Siapa lagi kalau bukan Cik Sakura Sepi. Bersungguh-sungguh Sakura menyampaikan cerita 慼ot?pasal penyampai radio Era yang masih bergetah, siapa lagi kalau bukan Nana? Kata Sakura, dia dapat tahu yang penyampai Era tu nak kahwin tahun depan.
Terlopong mulut Cik Normah dengar cerita tu. Tapi kalau betul, apalah salahnya. Nana pun bukan muda lagi, elok sangatlah kalau nak bernikah.
Ramai yang sudah tahu siapa pasangan si Nana ni. Siapa lagi kalau bukan bos di AMP Radio Network yang kacak bernama Brian. Sebelum ini dia pernah ditugaskan di Era tapi sekarang sudah ditukarkan ke Hitz FM pula.
Cerita Cik Sakura lagi, khabarnya Brian sedang belajar selok-belok agama Islam sebab nak memeluk Islam tak lama lagi. Kalau betul baguslah. Cik Normah mendoakan semoga rumah tangga yang bakal dibina dengan Brian tidak lama lagi akan berkekalan hingga ke akhir hayat. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 9:46 am | |
| Tragedi cinta tiga wanitaTIGA wanita, satu tragedi. Tragedi cinta yang menyakitkan itu sedang bersembilu dalam relung hati ketika ketiga-tiganya masih bergelar isteri orang.
Antara Wan Norazlin (39 tahun), Abby Abadi (30) dan Erema (25) berlainan tuan badan, tetapi pada hari ini mereka berkongsi perasaan yang sama. Terluka kerana cinta yang disemai berakhir dengan tragedi pahit lagi memilukan.
Ketiga-tiganya sedang berhadapan dengan hempedu perkahwinan yang tidak pernah disangkakan. Begitulah janji hidup. Bahawa yang bahagia tidak selamanya bahagia, yang berduka pula boleh sekelip mata bertukar ceria gembira.
Tambah memburukkan keadaan lagi apabila tragedi malang yang menimpa hidup ketiga-tiganya menjadi mainan di media. Maklum saja, orang popular. Mana mungkin melarikan diri daripada kenyataan yang terbentang. Baik atau buruk mereka banyak mata yang mahu memandang, banyak telinga yang mahu mendengar apa kisah terbaru. Kalau setiap hari jadi berita pun tak apa, janji ada perkara untuk bercerita.
Hari ini, kita menyambut Aidiladha, hari raya korban yang penuh dengan keberkatan. Molek barangkali, kita lupakan seketika amarah atau segala resah yang bertamu di jiwa.
WAN NORAZLIN sehingga ke hari ini tidak sanggup 'bercerai' dengan suami demi masa depan anak-anak.
Kosmo! mengajak ketiga wanita ini untuk bercakap tentang pengorbanan yang masih bersisa di jiwa kala hati disimbah luka.
Kepada Wan Norazlin, pengorbanan paling besar dalam kehidupannya ialah apabila dia meletakkan anak-anak di tempat utama dalam membuat sebarang keputusan.
Mungkin banyak yang kurang jelas bahawa di sebalik kisahnya 'bercakaran' dengan si suami, Wan tidak pernah melafazkan perkataan cerai di bibirnya.
Kepada wanita ini, perkataan cerai tidak pernah ada dalam kamus kehidupannya. Dan ia adalah kerana satu pengorbanan.
"Saya tidak akan sama sekali tuntut cerai. Biarlah bagaimana sekalipun saya dilayan, saya tidak akan sampai untuk menuntut cerai daripada suami. Biarlah saya berkorban demi anak-anak," demikian tekad Wan Norazlin yang saya bahasakan sebagai Wan saja.
Pada pandangan Wan, dia lebih rela memikul segala beban perasaan demi kerana tidak mahu melihat masa depan anak-anaknya terhimpit duri tajam.
Dua putera dan seorang puteri, tidak memungkinkan Wan untuk 'hilang' status sebagai isteri kepada seorang lelaki bernama Mohd. Yazli Yaakob. Lelaki yang sama pernah melafazkan cinta kepada dirinya lebih sepuluh tahun lalu, kononnya mahu membawa ambar kasturi dalam kamar peraduan cinta.
"Kepada saya, dialah suami pertama dan terakhir. Saya tidak akan menuntut cerai walau dengan apa pun yang terjadi. Apa yang saya minta di mahkamah sekarang hanyalah nafkah zahir dan batin sahaja. Hak saya dan anak-anak.
"Nafkah zahir daripada segi kewangan dan harta benda, sementara batiniah pula dari segi kasih sayang. Saya harap supaya suami saya akan pulang ke rumah walau apa sekalipun masalah yang sedang kami hadapi," katanya persis merayu.
Justeru Wan berharap agar segala pengorbanannya tidak disia-siakan dan masih ada ruang untuk mereka saling membaiki diri, demi zuriat yang menjadi lambang perkasihan mereka.
Sedar diri dengan banyak kealpaannya selama ini, derita yang sedang dihadapi menjadi pemangkin kepada perubahan diri.
Sementelah semenjak 1 Rejab bersamaan dengan 4 Julai lalu, dia memilih untuk berhijrah kepada kehidupan yang lebih dekat dengan nilai-nilai yang diinginkan dalam agama.
Wan tampil bertudung, tetapi dalam masa yang sama sedikit kecewa kerana ibunda tercinta, Hajah Aishah@Normah Abdul Ghani tidak sempat menyaksikan perubahan yang berlaku kepada dirinya.
EREMA tidak kisah pandangan orang terhadap dirinya apabila menuntut perceraian daripada Seri Bayu.
"Emak saya meninggal dunia awal Februari lalu. Selepas emak pergi, saya rasa saya sudah buat banyak dosa terhadap ibu bapa selama ini.
"Julai lalu saya nekad untuk pakai tudung sebab banyak tudung-tudung arwah emak yang terbiar, tak ada orang yang pakai. Jadi, sejajar dengan terbukanya pintu hati saya untuk berhijrah, saya merasakan inilah detik yang selama ini saya cari dalam kehidupan.
"Mungkin dengan ujian pahit dan getir dalam rumah tangga saya hari ini menjadi 'pembasuh' kepada segala dosa-dosa yang pernah saya lakukan selama ini. Sebab itu saya reda dengan apa juga cabaran hari ini, kerana saya percaya Allah sangat sayangkan saya, maka diujinya saya dengan keadaan seperti sekarang," katanya lagi.
Darjah korban tertinggi
Kepada Erema pula, usia mudanya menikahi penulis lirik, Seri Bayu adalah darjah pengorbanan paling tinggi dalam kamus hidupnya sebagai seorang wanita.
Benar sekali, siapa di luar sana yang mampu melakukan pengorbanan sama seperti si jelita kelahiran Sarawak ini? Siapa yang sanggup menikahi seorang lelaki, pada ketika dia tahu perlu mengusung duka menanggung masalah kesihatan yang cukup serius?
Sedang usia terlalu muda, Erema sebenarnya boleh melebarkan sayap yang lebih bebas untuk meneroka dunianya yang tersendiri. Sebaliknya dia memilih berada di sisi seorang suami yang kurang upaya. Beritahu saya, siapa senekad Erema?
Justeru, kala dia menghantar permohonan cerai kepada Mahkamah Syariah Petaling Jaya baru-baru ini, ada yang bertanya, "Apa sudah jadi? Kononnya cinta sejati? Sudah habiskah segala apa yang ada dikikis atau sudahkah bertemu dengan seorang pria yang lebih 'ganteng'?" Barangkali itu semua kata-kata mereka yang tidak berhati perut tanpa perasaan.
Katalah apa saja, natijahnya kepada Erema dia nekad dan tidak akan memandang ke belakang lagi.
"Hari ini (temu bual lewat petang Sabtu-6 Disember) Ema mula berpindah untuk keluar rumah. Sikit-sikit bawa keluar barang.
"Tak sanggup lagi terus bersama kalau hati sudah sakit sangat. Ema tahu bukan mudah untuk menuntut perceraian ini, tetapi hati sendiri sudah tidak tahan menanggung segala-galanya," kata Erema membahasakan dirinya Ema.
Pada detik tangannya lancar memegang pena mengisi borang permohonan perceraian, demikian juga hati kecilnya menjadi sekukuh karang di lautan.
Tidak akan berubah dengan apa sekalipun rayuan. Kepada Erema, apabila dia memulakan kes perceraian ini, tak akan ada istilah berpatah balik ke belakang.
"Harap masyarakat mengerti dengan keputusan yang sudah saya buat. Ini hal rumah tangga, orang tak ada di tempat saya tak akan faham. Hendak kata apa pun cakap sajalah. Yang penting ini hidup saya, masa depan saya. Orang mungkin kasihan kepada suami saya sebab dia sakit, tetapi diri saya macam mana? Saya tak mahu terus menderita sampai selama-lamanya,"katanya lagi.
Menurut Erema, bukan mudah untuk dia membuat keputusan. Masa setahun berfikir sudah cukup untuk dia mengenal mana yang terbaik untuk dirinya sendiri dihari muka.
Bercakap soal pengorbanan, dia merasakan dalam kehidupan berkahwin sebelum ini apa yang telah dicurahkan tidak ternilai harganya.
"Dan saya juga rasa pengorbanan saya sudah terlalu banyak dan besar untuk dia selama ini. Kalau hendak dibandingkan antara saya dan dia, saya yang paling banyak berkorban. Korban masa, usia muda, korban perasaan dan segala-galanya," katanya dengan mata bersisik.
Pun tidak pernah ada istilah penyesalan terhadap segala pengorbanan yang telah dia lakukan sebelum ini. Mengahwini Seri Bayu juga bukanlah satu kesilapan, bukan juga penyesalan.
"Ema tak menyesal berkahwin dengan dia. Berkorban untuk dia pun Ema tak pernah menyesal walaupun sekelumit. Tetapi bila dia kata macam-macam, buruk-burukkan Ema, itu yang buat hati rasa menyesal sangat. Kenapa perlu begitu? Bukankah lebih manis kalau kita menyimpan aib dan rahsia rumah tangga meskipun cinta telah berakhir," katanya sambil mengharapkan yang terbaik kepada kehidupan selepas ini.
Bila hati sudah tiada sayang, untuk apa lagi satu penantian? Biar diri menjadi helang, melebarkan sayap kebebasan.
Pun meminta untuk berpisah dengan suaminya, Norman Hakim bukan tiket untuk Abby Abadi memanjangkan langkah atau mahu lepas bebas.
Pelakon wanita yang masih jelita setelah melahirkan tiga anak ini, telah menghantar permohonan untuk bercerai pada Jumaat lalu atas alasan tiada lagi persefahaman dengan suaminya, Norman Hakim.
Menurut Abby, dia membuat keputusan untuk berpisah dengan suami atas dasar pudar sudah kasih sayang.
Apa pun yang berlaku kepada kehidupannya selepas ini, dia nekad mengharungi sendirian, bersama anak-anak tersayang.
"Sekarang apa yang saya fikir hanyalah bekerja, bekerja dan bekerja sahaja. Segalanya demi anak-anak. Kebetulan rezeki semakin baik selepas melahirkan anak ketiga. Rezeki melimpah ruah mungkin sebab dalam masa yang sama diri saya diuji. Dan saya anggap ini semua rezeki selepas hidup saya jadi kucar kacir," katanya.
ABBY mahu sentiasa ceria meskipun sedang berhadapan dengan lara rumah tangga.
Ketika ditanya dari manakah seorang Abby Abadi memperoleh kekuatan, pantas dia berkongsi rasa hati. Meskipun adakalanya dia dilihat begitu teguh berdepan dengan sensasi perkahwinan, Abby mengakui dalam sesuatu keadaan dia juga seperti wanita lainnya.
"Orang selalu anggap saya kuat dari segi fizikal dan mental, tetapi adakalanya saya juga tidak mampu berhadapan dengan cubaan dan dugaan yang datang.
"Tetapi saya bernasib baik sebab ada anak-anak. Apa yang penting dalam keadaan sekarang ialah anak-anak. Merekalah kekuatan untuk diri saya. Bila hati tengah marah, tengok saja anak-anak, saya boleh kembali tenang.
"Apa-apa hal sekalipun sekarang saya sudah semakin kuat untuk berhadapan dengan apa juga yang berlaku dalam kehidupan saya selepas ini," katanya.
Kepada tiga wanita yang menjadi 'bunga' penyeri laman seni ini, hanya satu yang boleh dikhabarkan. Bersabarlah!
Tempuhi segala duga dan uji-Nya dengan sepasrah dan sereda mungkin. Sesungguhnya kita hanya insan biasa yang tidak mampu menduga segala anugerah dan kurnia-Nya disebalik segala nestapa yang singgah dalam kehidupan |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 10:14 am | |
| Mukjizat cahaya IslamJujurnya, Aidiladha yang berkunjung tiba hari ini tidak mendatangkan banyak keterujaan bagi segelintir individu, namun mukjizat Aidiladha sebenarnya sangat manis untuk dikecapi bagi yang tahu menikmati zatnya.
Mengizinkan diri untuk menunaikan ibadat korban dengan menumbangkan binatang peliharaan yang cukup syaratnya untuk dikongsi bersama insan lain adalah pahala yang tidak terhitung banyaknya oleh kita semua.
Itulah tuntutan sebenar Aidiladha, bukan untuk berpesta tetapi tanda kesyukuran atas rezeki daripada Allah.
BERSAMA pegawai Jawi, Ustaz Amir Khusairi sewaktu Wendy mendaftarkan pengislamannya minggu lalu.
Jangan pula, erti Hari Raya Aidiladha ini hendak disamakan dengan 1 Syawal yang telah lebih dua bulan meninggalkan kita. Jangan juga melihat Aidiladha sekadar Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji semata-mata.
Biarpun tidak berkorban lembu atau kambing, dihari kebesaran umat Islam ini, ingin Kosmo! mengajak para pembaca yang budiman leka sebentar dengan pengertian pengorbanan beberapa nama popular. Mereka merasakan Aidiladha ini dekat bersemayam di jiwa, sementelah jalan berliku telah direntasi selama ini.
Lebih dalam lagi, mereka pernah melalui ‘zaman kabur’, zaman sebelum mengenal cahaya Islam dan zaman yang membawa mereka ke arah kedamaian hidup yang mereka cari bergelar mualaf.
Barangkali, di sebalik penghijrahan menemui cahaya Islam itu, ada pengorbanan yang telah mereka lepaskan dan ada kehidupan mereka tinggal-tinggalkan.
Tatapi hati budi dan perasaan beberapa anak seni tempatan ini yang telah melakukan penghijrahan besar dalam kehidupan mereka.
Wani Wendy Wong Abdullah
Nama bukan Islam: Wendy Wong Tarikh masuk Islam: 28 November 2008
“Terasa seperti bayi yang baru lahir,” Itulah perasaan saudara baru Islam di kalangan artis yang terbaru. Perasaan seperti baru saja menjengah dunia itu dirasakan selepas dia mengucap dua khalimah syahadah baru-baru ini.
Satu pengorbanan besar baginya, kerana banyak perkara yang biasa dilakukannya sebelum ini mungkin tidak boleh lagi dibuatnya lantaran arahan agama yang suci.
“Sebelum masuk Islam, saya dikir dua kali sebab banyak perkara yang boleh dan tidak boleh kita buat perlu saya fahami.
“Saya bersyukur sangat kerana menganggap ini sebagai takdir saya untuk meneruskan kehidupan ke arah yang benar.
“Kak Chah (Habsah Hasan) juga banyak menjelaskan tentang Islam sebelum ini dan ia membuatkan hati saya lebih terbuka untuk bertukar agama,” ujarnya yang agak segan untuk menceritakan transisi hidupnya itu.
Tambahnya sebelum ini, Wani pernah diajak untuk berhijrah kepada Islam bersama-sama teman-teman yang lain, cuma mungkin pada ketika itu, hatinya belum terbuka.
“Sepuluh tahun yang dulu, Eddie Pak serta kawan-kawan yang lain yang sudah memeluk Islam mengajak saya untuk bersama dengan mereka. Masa itu saya tak bersedia lagi.
“Sekarang ini saya sudah benar-benar bersedia untuk menjadi seorang Islam. Hidup saya memang berubah dan saya berharap agar lebih banyak yang dapat saya pelajari tentang agama ini. Saya sedar banyak yang perlu saya belajar,” katanya yang akan ke China untuk membuat dokumentari khas mengenai Islam di sana.
--------------------------------------------------------------------------------
Tony Iskandar Alberto (Spider)
Nama bukan Islam: Bernado Alberto Tarikh masuk Islam: Bulan puasa, 2004
Satu pengorbanan yang agak besar buatnya kerana dahulu lelaki ini seorang pemegang agama Katolik yang kuat. Boleh dikatakan dialah pakar kitab Kristian yang sering menjadi rujukan ramai suatu ketika dahulu.
Atas kerana mahu mencari sesuatu yang lebih mendalam mengenai hidup, Tony melepaskan tiang agamanya yang lama menggantikan dengan yang baru iaitu, Islam.
“Terus terang saya katakan, dulu, ketika saya masih beragama Kristian, budaya hidup saya sangat berbeza berbanding sekarang. Bila dah masuk Islam, banyak perkara yang perlu saya adaptasi. Dan ini juga merupakan satu pengorbanan buat saya.”
Memang pada awalnya menjadi seorang Muslim, ada juga perkara yang membuatkan dirinya merasa susah dan gusar. Takut tersalah pilih.
“Tapi kerana percayakan Allah saya teruskan perjuangan saya untuk masuk Islam. Sebelum menjadi seorang mualaf, saya berfikir sekejap, dalam kehidupan ini kita memerlukan undang-undang untuk hidup di landasan yang betul. Apa yang boleh dan tidak untuk dibuat,” ujarnya.
--------------------------------------------------------------------------------
Nazrey Johani (bekas kumpulan Raihan)
Nama bukan Islam: Alexander bin Lajip Tarikh masuk Islam: Disember 1982
Bagi sesiapa yang baru saja mengenali Nazrey, pasti mereka tidak sangka bahawa lelaki ini asal kelahirannya bukan sebagai umat Muhammad. Dia lahir dari kalangan keluarga bukan Islam pada awalnya.
Bagi Nazrey, apabila memasuki Islam, dia bersungguh-sungguh untuk memahami ajaran Islam agar memudahkannya untuk mengamalkan Islam.
Apa yang dirasakan Nazrey, Islam bukanlah satu agama yang sukar difahami, sebaliknya jika dituruti, segala yang dilakukan berjalan dengan mudah.
“Satu perbezaan yang agak besar buat saya selepas memasuki Islam. Jika dulu saya sembahyang hari minggu saja, sekarang ini lima kali sehari.
“Apa yang saya nampak, setelah memahami Islam, tanpa disedari, banyak ibadah yang kita lakukan seperti membantu orang-orang fakir miskin lebih-lebih lagi di hari raya Aidiladha ini.
“Saya bersyukur sangat bila melihat sebilangan artis-artis tempatan kini menjadi sebahagian daripada keluarga kita. Perlu diingat, Islam ini agama kebenaran. Jika ada orang yang sedang mencari agama yang benar, InsyaAllah, Allah akan tunjuk jalan.
“Cuma saya harap, mereka tidak masuk Islam kerana kahwin atau cinta sebab pegangan mereka nanti akan goyah dan tidak akan bersungguh-sungguh untuk belajar,” katanya yang turut mendoakan kepada Allah agar memberi hidayah kepada mualaf-mualaf baru yang lain.
--------------------------------------------------------------------------------
Mohamad Aliff Najmi Abdullah
Nama bukan Islam: Pak Mun Kwong@ Eddie Pak Tarikh masuk Islam: Aidilfitri, 1996
Bila mengenal Islam, perkara biasa yang akan dilalui ialah apabila perubahan hidup akan berlaku sedikit demi sedikit.
Begitu juga dengan Aliff, jika suatu masa dahulu dia sering bersikap mengabaikan keluarga, selepas memeluk Islam perangai negatif itu berakhir sudah.
Aliff mengakui, dengan petunjuk Allah, dia kini lebih fokus kepada keluarganya.
“Dulu saya suka buat hal saya sendiri, tapi sejak masuk Islam, fokus utama saya ialah keluarga, dan saya sanggup berkorban apa saja untuk mereka.
“Menjadi seorang Islam, banyak ilmu yang perlu kita pelajari. Sekarang ini, walaupun saya masuk Islam dah lama, tapi banyak lagi perkara yang saya tidak tahu,” katanya.
Aliff juga tumpang gembira dengan perkembangan terbaru wanita yang pernah menjadi rakan karibnya, Wendy Wong yang baru saja mengikut jejak langkahnya dan rakan-rakan lain, memeluk agama Islam.
Menurut Aliff, dia begitu gembira tentang berita ini.“Alhamdulillah, akhirnya dia masuk Islam. Dulu dia pernah luahkan keinginan untuk berhijrah, tetapi mungkin waktu itu belum sampai masanya lagi.
“Saya suka sangat dengar berita Wendy akhirnya jadi saudara kita. Apalagi bila hampir dengan saat-saat Aidiladha, saya rasa ini satu pengorbanan besar untuk dirinya. Saya mahu berkongsi gembira buat Wendy” tambahnya lagi.
--------------------------------------------------------------------------------
Adam Corrie Lee Abdullah
Nama bukan Islam: Lee Choon Kooi Tarikh masuk Islam: 13 Julai 2007
Bila bercerita mengenai raya haji, dia begitu teruja dengan sambutan ini, apatah lagi bila dapat menyambut bersama isteri tersayang buat pertama kali.
Cuma, apa yang dikesal, dia tidak sempat untuk membuat tempahan lembu korban kerana kesempitan waktu.
“Sebenarnya saya begitu teruja. Cuma tahun ini, bila nak buat tempahan korban, saya dah terlambat. Rasa rugi sangat, mungkin tak ada rezeki agaknya,” katanya.
Menjadi seorang Islam yang baru setahun jagung, banyak perbezaan dialaminya. Di mata kasar umum, mungkin ia sekadar perubahan kecil dilakukannya. Namun perubahan ini adalah satu pengorbanan yang besar buat Corrie.
“Banyak transisi hidup sebelum ini telah saya tukar. Contohnya, sekarang ini saya perlu menjalani ibadat solat lima waktu sehari dan juga pergi sembahyang Jumaat. Dari situ, banyak perkara baru yang saya dapat belajar.
“Kalau anda nak tahu, saya masuk Islam kerana Kaabah. dari dulu lagi (sebelum masuk Islam), saya begitu beria-ia nak pergi ke tanah suci itu. Bila saya melihat kaabah dalam tv, ia seolah-olah memanggil. Dan saya tahu di sana, orang-orang bukan Islam dilarang untuk masuk.
“Lepas itu, bila saya masuk Islam lalu saya pergi membuat umrah, rasa gembira yang sukar untuk digambarkan bila menjejakkan kaki di Masjidil Haram,” jelas Corrie.
--------------------------------------------------------------------------------
Sharon Paul Abdullah
Nama bukan Islam: Sharon Paul Tarikh masuk Islam: 2006
Bertanyakan apakah pengorbanan besar sepanjang hayatnya, Sharon memberitahu: “Bercerita mengenai erti pengorbanan, ia sangat luas untuk di definasikan. Macam saya, kini saya sanggup berkorban untuk keluarga dan juga agama.
“Semua orang tahu bila bertukar agama, banyak transisi kehidupan akan berlaku. Bila saya masuk Islam, saya cuba memahami pengertian Islam itu sendiri. Pernah satu ketika, saya keliru kerana orang selalu campur-aduk antara budaya dan agama.
“Dan banyak orang salah faham tentang agama Islam yang dianggap susah. Tapi bila saya belajar tentang Islam, ia tidaklah sesukar mana. Cuma orang suka kaitkan dengan budaya mereka sendiri dan membuatkan kekeliruan timbul,” katanya.
Baru sahaja mendirikan rumah tangga, wanita ini belajar ilmu tentang agama barunya bersama-sama suami, pelakon Rusdi Ramli.
“Alhamdulillah, saya berjaya membuang kekeliruan itu dengan banyak membaca buku-buka agama, bertanya suami dan kawan-kawan lain,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 10:18 am | |
| Kenapa Norman tak balik rumah?PELAKON Norman Hakim sudah beberapa bulan tidak pulang ke rumah kelaminnya di Ukay Perdana, Kuala Lumpur. Meskipun memberitahu dia masih menyayangi rumah tangga bersama isteri, pelakon Abby Abadi, Norman mengakui sudah sekian lama tidak tidak `tidur’ di rumah yang diduduki bersama isteri dan tiga anaknya itu . Kemesraannya dengan Abby pula berakhir pada hari kelahiran anak ketiga mereka, Maria Danisha Hakim pada 17 September lalu. Selepas itu dia mula membawa haluan sendiri untuk mengubati hati. Dan Norman mengakui kali terakhir dia pulang ke rumah ialah pada majlis cukur jambul anak bongsunya pada 26 Oktober lalu. Itupun hanya selama beberapa jam. Kemudian dia hanya bertemu muka dengan Abby semula pada 3 November setelah isterinya itu datang `menyerangnya’ di lokasi penggambaran drama Gerak Khas. Selepas itu antara mereka tidak lagi bertemu dan berbicara hanya dalam SMS sahaja. SMS? Apalah yang boleh diselesaikan di sebalik mesej bisu tidak berjiwa itu. Barangkali itu yang kita fikir, tetapi kepada Norman, dia mempunyai sebab dan alasan yang cukup kukuh kenapa dan mengapa membuat keputusan untuk tidak pulang ke rumah buat masa sekarang. Pada ketika ini kata Norman dia lebih senang tinggal di rumah saudara mara terdekatnya di sekitar Kuala Lumpur. “Walaupun tidak balik, nafkah dan kebajikan anak-anak saya tidak abaikan. Saya selalu tanya khabar dan abang saya selalu bertemu dan menjenguk mereka hampir setiap hari,” kata Norman. Tidak menafikan, sebagai ayah adakalanya dia dihimpit kerinduan kepada tiga cahaya matanya bersama dengan Abby. Kerinduan itu membuatkan hampir setiap hari lenanya diulit mimpi yang panjang. Pertemuan dengan Abby dan anak-anak yang bahagia hanya boleh berlaku dalam mimpi, meskipun di alam realiti segalanya sangat berbeza. “Ketika ini hanya mimpi yang memberikan kebahagiaan buat hidup saya. Sebab itu setiap kali hendak tidur malam, saya sentiasa berdoa agar diberikan mimpi yang baik-baik, yang manis-manis bersama anak-anak,” katanya. Antara mimpi gembira yang pernah bertamu dalam lena Norman ialah dia didatangi oleh anak sulungnya, Danish di lokasi pejabatnya. “Itu mimpi saya paling bahagia. Danish datang, pandu kereta sendiri untuk jumpa saya. Saya seronok sangat sampaikan bangun dari tidur saya menangis sendirian. Lama saya tak jumpa anak-anak, sampaikan terbawa dalam mimpi,” katanya lagi sambil menahan sebak. Pun begitu, kata Norman dia bukan dengan sengaja mengelak untuk pulang ke rumah. Sebaliknya dia mahu mencari ketenangan dan memperbaiki hubungan buruk mereka dengan caranya sendiri. “Saya bukan tak mahu jumpa isteri saya. Dalam hati tu memang rasa hendak balik, jumpa isteri dan anak-anak. Tetapi rasanya lebih baik saya sendirian dulu macam sekarang. “Ini adalah tempoh untuk kami bertenang. Orang kata ‘cooling period’. Untuk apa saya pulang ke rumah kalau hasilnya kami akan bertengkar dan bertengkar lagi di depan anak-anak? “Eloklah buat masa sekarang saya selesaikan satu persatu. Apa yang penting, saya mahu selesaikan kes tangkapan khalwat dulu (dengan Memey Suhaiza), kemudian akan selesaikan masalah rumah tangga kami pula. Berilah saya ruang untuk selesaikan dengan cara terbaik,” katanya. Ditanya mengenai perasaannya terhadap Abby, menurut Norman sehingga ke hari ini dia masih menyayangi isterinya itu. Malah dia tidak pernah terfikir untuk bercerai atau menerima perceraian yang diajukan oleh isterinya itu. “Saya tak akan lepaskan dia,” katanya nekad. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 10:26 am | |
| Shamsul akui krisis, terkejut ada laporan polisY USOF memperkatakan sesuatu sambil diperhatikan Fatimah mengenai krisis Shamsul dan Diana di rumah mereka di Taman Melawati semalam.
KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengarah muda, Shamsul Yusof, 24, terkejut dengan tindakan drastik keluarga bekas kekasihnya, Diana Danielle, 17, yang membuat laporan polis terhadapnya ekoran insiden pergaduhan mereka minggu lalu.
Menurut Shamsul, dia telah diberitahu oleh Diana sendiri mengenai laporan polis yang dibuat beberapa hari selepas kejadian itu.
"Saya akui memang kami berselisih faham dan bertengkar. Dua-dua pun tengah naik angin sehingga pada satu tahap saya agak berkasar dengannya. Selepas dua hari kejadian itu berlaku, Diana beritahu keluarga dia membuat laporan polis.
"Saya tak sangka sampai jadi macam ini memandangkan selepas insiden itu saya sudah meminta maaf kepada Diana dan ibunya sendiri,'' kata Shamsul ketika ditemui pada sidang akhbar di rumah bapanya di Taman Melawati, Hulu Klang semalam.
Turut bersamanya ialah Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Fatimah Ismail.
Ketika ditanya bentuk kekasaran yang dilakukan terhadap Diana, Shamsul lebih suka Diana sendiri menjelaskannya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 10:33 am | |
| Faizal Tahir Dominasi Kategori BaladaSHAH ALAM, 5 DIS 2008: Dua buah lagu hasil karya Audi Mok, Sampai Syurga dan Cuba nyanyian Faizal Tahir layak ke Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) apabila melepasi saingan separuh akhir kategori Balada sebentar tadi. Faizal yang juga selaku penulis lirik kedua-dua lagu berkenaan nyata terharu dengan keputusan itu sekali gus mengulangi percapaian beliau pada AJL 22 tahun lalu. Turut layak seiringan ialah Bila Nak Saksi dendangan kumpulan Spider hasil ciptaan Tam dan lirik oleh arwah Loloq serta Hanya Di Mercu nyanyian Ayu hasil nukilan Aubrey Suwito dan lirik oleh Habsah Hassan. Malam separuh akhir itu juga menjadi detik terindah buat bintang Akademi Fantasia 5, Aizat yang nyata mencipta kejutan apabila lagu hasil ciptaan sepenuhnya, Lagu Kita melengkapkan senarai 5 buah lagu yang layak ke AJL23 bagi kategori itu. Saingan separuh akhir Muzik Muzik berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral dan dihoskan oleh Cheryl Samad dan Faizal Ismail. Selain 5 lagu berkenaan, lagu yang turut bertanding ialah Dingin - Ziana Zain (Azlan Abu Hassan/Azalea), Sejauh Ini - Dina (Sharon Paul/ Ahmad Fedtri Yahya), Teman Terulung - Anuar Zain (Azalea/ Azalea), Ada Untukmu - Nubhan(Zetty/ Abie Abdullah), Tanpa - 6itxh Sense (Gjie/ Wan), Bila Terasa Rindu - Dafi (Edry Abdul Halim/ Edry Abdul Halim), dan Cinta Terhalang - Bob (Sharon Paul/Shimy).Satu lagi kategori yang akan dipertandingkan selepas ini adalah Pop Rock (12 Disember). Ia akan menyaksikan pertandingan sengit nama-nama popular seperti Mila, Stacy, Meet Uncle Hussein dan Ella berentap. Senarai calon separuh akhir Muzik-Muzik dipilih melalui undian yang dibuat pada setiap minggu, berdasarkan tempoh kedudukan sesebuah lagu dalam carta. Sebanyak 104 lagu daripada 3 kategori ini dicalonkan untuk bertanding namun hanya 34 lagu sahaja berjaya ke pusingan separuh akhir sebelum mara ke final untuk layak digelar juara AJL23 |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 10:38 am | |
| Langkah Tari Kecundang Sasha-SalyoKUALA LUMPUR, 7 DIS 2008: Minggu ke-7 yang juga Malam Bollywood membawa kesedihan kepada pasangan Sasha dan Salyo apabila mereka gagal untuk mara dalam saingan Sehati Berdansa 2. Dalam keputusan yang diumumkan oleh Linda Onn dan Fahrin Ahmad secara langsung di Astro Ria, sebentar tadi, Sasha dan Salyo yang masih dilanda trauma tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pagi semalam terpaksa menerima keputusan juri dan penonton yang tidak memihak kepada mereka. Kedua-dua mereka berada di tangga paling bawah selepas Amyza & Khairul, Lisdawati & Fauzi serta Khai & Rosma. Malam semalam, Sasha & Salyo menarikan lagu Kaho Naa.. Pyar Hai yang pernah menghiasi filem dengan judul yang sama lakonan Hrithik Roshan dan Amisha Patel. "Walaupun kami tersingkir, jiwa kami masih lagi sehati berdansa," kata Salyo. Sekalipun gagal mara ke minggu berikutnya, mereka berdua berjaya mengumpul wang tunai berjumlah RM7,000 untuk pertubuhan kebajikan yang diwakili mereka, Persatuan Diabetis Malaysia. Pada awal program tadi, pihak penerbit juga menayangkan rakaman video kesan tanah runtuh yang sempat dirakamkan oleh Sasha dan Salyo menerusi telefon bimbit mereka, semalam. Mereka sekeluarga menetap di Kondominium Kyoto Garden yang terletak berhampiran tempat kejadian. Sementara itu, 3 pasangan akan meneruskan perjuangan di lantai tari Sehati Berdansa 2. Siapakah yang akan menjadi juara tahun ini? Segala-galanya akan diketahui pada peringkat final, 3 minggu lagi dari sekarang. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 10:52 am | |
| Gambar Ziana Zain Bertudung Bersama Jejaka Mana Ni?Jarang betul kite lihat Ziana Zain pakai tudung. Haaa, kali ini barulah kite dapat tengok, rupanya Ziana Zain memang manis bertudung. Tetapi bila diamati betul-betul, macam tak kena je ni sebab, Ziana pegang tangan mamat nih… kite memang tak suka Ziana buat macam ni… adeh… cam tak caya je Kak Ziana leh buat gini. Tolong selamatkan… selamatkan keadaan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 10:56 am | |
| Dato’ Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Filem Perempuan Berkalong SorbanSuara emas milik Penyanyi No. 1 Malaysia terus menambat hati penerbit filem luar untuk menggunakan suaranya dalam filem. Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza kerana diberi kepercayaan untuk menyanyikan 2 buah lagu untuk filem Perempuan Berkalong Sorban. Mesti gempak ni sebab filem ni satu acuan dengan filem Ayat-Ayat Cinta.
Perkembangan terbaru pula, Siti amat bersyukur kerana syarikat filem dari Indonesia iaitu Starvision (yang sebelum ini menerbitkan filem Ayat-Ayat Cinta), telah memilih Siti menyanyikan dua buah lagu tema untuk filem terbaru mereka iaitu Perempuan Berkalong Sorban. Siti telah siap merakamkan lagu Ketika Cinta (ciptaan Opick) dan Batasku Asaku (ciptaan Siti sendiri) dan video klip lagu Ketika Cinta juga sudahpun siap penggambarannya. Filem ini akan mula ditayangkan di Indonesia akhir bulan Disember atau awal Januari nanti. Bagi Siti ini satu penghormatan buat Siti dan hendaknya berita ini turut memberi kegembiraan buat peminat Siti di Indonesia. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 11:00 am | |
| Abby Failkan Tuntutan Cerai Kali KeduaKUALA LUMPUR: Pelakon wanita popular, Abby Abadi, hari ini memfailkan buat kali kedua tuntutan perceraian ke atas suaminya, Norman Hakim, di Mahkamah Syariah Gombak Timur di sini.
Abby atau Arbaeyah Abdul Manan, 29, tidak hadir di mahkamah kerana menjalani penggambaran, memfailkan permohonan itu melalui peguamnya Ahmad Nazib Johari, mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 iaitu permohonan cerai secara baik kerana tiada persefahaman.
Pada 3 Nov lalu, Abby gagal memfailkan permohonan cerainya kerana dokumen penting tidak lengkap seperti alamat, kad pengenalan, salinan surat nikah dan rujuk ada pada Norman, 32, atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon. Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Ahmad Nazib berkata pihaknya turut menyerahkan surat saman terhadap Norman agar hadir ke mahkamah.
“Kita memohon perceraian ini mengikut Seksyen 47, jika Norman tidak bersetuju, kita akan memohon mengikut Seksyen 50 iaitu bercerai secara taklik atau menuntut fasakh mengikut Seksyen 53,” jelasnya.
Pasangan itu bernikah pada 11 Jan 2002, pernah bercerai talak satu dan rujuk kembali pada 5 Mei 2006. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohd Danish Hakim, 5; Marisa Dania Hakim, 3; dan Maria Danisha Hakim, sebulan 18 hari.
Mahkamah menetapkan 18 Dis ini untuk sebutan semula kes itu. BERNAMA |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 11:03 am | |
| i dear i back..hehe arini baru stad keje la. hang bila stad keje?sonok raya korban.hehe |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 11:04 am | |
| Majlis Ramah Mesra Bersama Artis Aquila Emas Semalam, jam 2 petang telah berlangsung majlis ramah mesra bersama artis Aquila Emas di Saloma Bistro, Jalan Ampang. Antara artis Aquila Emas ialah Betty Benafe, Zizan Nin, Yasmin Hani, Tony Eusoff, Airis Yasmin, Carrie Lee Sze Kei (tidak datang sebab sekarang berada di Hong Kong untuk berlakon selama 5 bulan), Nazim Othman, Lana Nordin (Pamela Anderson Malaysia), Chelsia Ng dan Tania Zara Tania Zara, Lana Nordin dan Airis Yasmin. Hot Babes! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 11:05 am | |
| - eira ariyana wrote:
- i dear i back..hehe arini baru stad keje la.
hang bila stad keje?sonok raya korban.hehe aku pun stat keje hrni gk... ermm nk sonok cner weiii umah mertua....xsama dgn umah mak ayah kte... |
| | | halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 11:08 am | |
| - sally_eiyna wrote:
- Gambar Ziana Zain Bertudung Bersama Jejaka Mana Ni?
Jarang betul kite lihat Ziana Zain pakai tudung. Haaa, kali ini barulah kite dapat tengok, rupanya Ziana Zain memang manis bertudung. Tetapi bila diamati betul-betul, macam tak kena je ni sebab, Ziana pegang tangan mamat nih… kite memang tak suka Ziana buat macam ni… adeh… cam tak caya je Kak Ziana leh buat gini. Tolong selamatkan… selamatkan keadaan. Ni adengan dalam drama Tetamu Allah...yang dilakonkan oleh Ziana sendiri, orang putih tapi tau bahasa melayu tu sebagai suaminya, serta Fahrin Ahmad sebagai ustaz Alwi....sinopsisnya begini...masa sampai diMekah mengerjakan haji, ziana telah jatuh pengsan / koma...dalam masa tu dia mimpi seperti diseksa, dituang api dalam mulut dan juga disebat dgn besi berapi..pastu dia terjaga dia teringat kembali dosa2 yang telah dia lakukan...minum arak, maksiat dan jugak pengguguran anak...so balik tu, hubi mat saleh ni tak sukala perubahan dia...dan akhirnya hubi dia sedar jugak... Tetamu Allah ni ditayangkan hari haji lalu |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 11:09 am | |
| Ziana Zain Dalam Drama Telemovie Khas Aidiladha Tetamu Allah ZIANA ZAIN BINTANGI TELEMOVIE KHAS AIDILADHA : TETAMU ALLAH PADA 08 DISEMBER 2008 DI RTM2 Istimewa sempena sambutan Aidiladha ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan drama menarik Tetamu Allah terbitan Rumah Karya Citra Sdn Bhd yang mengetengahkan peranan penyanyi terkenal Ziana Zain yang berperanan sebagai seorang wanita yang berkahwin dengan bangsa asing dan mengamalkan cara hidup yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam.
Tetamu Allah disiarkan khas sempena Aidiladha pada 08 Disember 2008 (Isnin), jam 10.05 pagi menerusi RTM2 turut dibintangi pelakon Mohd Baitich, Fahrin Ahmad, Vanida Imran dan Khatijah Tan yang pastinya mengundang keinsafan kepada penonton dengan garapan plot cerita yang mantap.
Tetamu Allah mengajak penonton menghayati kisah Juliana, 39, bekas seorang pramugari. Ketika muda Juliana agak sosial dan hanya mahu berkawan dengan lelaki Inggeris sahaja. Buat Juliana lelaki melayu bukanlah kelas dia.
Sehinggalah pada usia 25 tahun, Juliana mengakhiri zaman bujangnya bersama lelaki pilihannya iaitu Micheal dari Switzerland. Perkahwinan mereka sama sekali tidak menunjukan apa-apa perubahan kepada Micheal mahupun Juliana yang sesungguhnya tidak langsung mampu membimbing Micheal menjadi seorang muslim yang baik.
Rumah mereka selalu mengadakan parti dengan minuman keras dan pergaulan bebas. Micheal tidak pernah diajar selok belok tentang Islam terutamanya bab solat dan fardhu ain. Juliana juga mengambil pil perancang setelah 2 kali mengandung dan digugurkan kerana belum bersedia untuk mendapat anak kerana kononnya mahu menghabiskan masa mudanya dengan bersuka-ria.
Akhirnya apabila kali ketiga dia mengandung, Juliana berusaha menggugurkannya dengan memakan ubat dan adakalanya minum minuman keras tetapi anak itu tidak berjaya digugurkan. Doktor juga menasihatinya supaya tidak melalui proses pengguguran itu kerana ianya boleh membawa maut memandangkan usia kandungan sudah masuk 5 bulan dan keadaan Juliana yang tidak berapa sihat. Akhirnya, Juliana selamat melahirkan anak yang dikandungnya tetapi anak itu cacat. Kelahiran anak itu memberi satu tamparan yang amat luarbiasa kepada Juliana.
Pada ketika itu Jualiana terbuka hati untuk mengerjakan umrah. Juliana bersama rombongan jemaah yang mengerjakan umrah sempena bulan puasa baru sahaja sampai ke Madinah. Sebaik sahaja kumpulan jemaah ini turun dari bas, Juliana jatuh pengsan. Riuh rendah suasana di situ yang panik dengan kejadian yang tiba-tiba menimpa Juliana itu. Ketua rombongan Encik Alwi menyarankan supaya Juliana dibawa ke hospital dengan segera. Doktor masih tidak dapat mengesan penyakit Juliana yang kini sudah hampir 2 hari koma. Alwi setia menunggu dan menziarah Juliana. Tiba-tiba setelah 4 hari koma, Juliana terjaga dan dia berada di dalam ketakutan yang amat sangat. Juliana menceritakan bagaimana dia berada di alam lain ketika koma itu.
Sebaik benar-benar pulih dari fobianya, Juliana banyak menghabiskan masanya di hadapan kaabah dan juga di dalam masjid memohon keampunan dari tuhan atas segala dosa-dosanya sebelum ini. Juliana begitu bersyukur kerana ALLAH telah memberinya peluang untuk hidup setelah dikomakan dan diberi merasai keazaban neraka.
Selesai mengerjakan umrah, Juliana nekad pulang dengan satu keazaman untuk membina hidup baru. Malangnya sekembali dia ke rumahnya, dia mendapati Kristina anaknya yang cacat itu telah dihantar oleh Micheal ke Rumah Kanak-Kanak Istimewa. Ini adalah kerana Micheal merasa malu dan tertekan sejak kehadiran Kristina di dalam rumah itu.
Micheal juga tidak dapat menerima perubahan pada diri Juliana yang agak mendadak sejak kebelakangan ini. Penampilan diri Juliana sudah cukup memualkan Micheal. Sejak Juliana mengambil keputusan untuk membina hidup baru, awal-awal lagi Micheal sudah membantah namun Juliana bertekad juga sehingga dia mengambil keputusan untuk mendapatkan hidayah dengan mengerjakan umrah.
Kepulangan Juliana dari Mekkah lebih mendukacitakan Micheal lebih-lebih lagi melihat Juliana sudah bertudung. Micheal masih mahukan kehidupan seperti dulu. Juliana dituduh wanita kolot dan dia tidak lagi mahu membawa Juliana keluar bersamanya terutamanya ke parti-parti sosial.
Alwi menasihatkan supaya Juliana harus bersabar dan terus berusaha andai mahu menyelamatkan rumahtangganya kembali ke jalan ALLAH. Alwi juga menyarankan supaya Juliana mesti bertanggungjawab keatas anaknya Kristina. Anak itu mesti berada dibawah jagaan Juliana dan buat sementara menunggu Micheal berubah, Alwi mencadangkan supaya Kristina diambil semula dan diletakkan sementara di bawah jagaannya. Juliana semakin akrab dengan Alwi dan isteri Alwi, Mai.
Dari Alwi dan Mai jugalah Juliana mendalami ilmu agamanya. Juliana cuba merapatkan Alwi dengan Micheal dengan harapan Alwi dapat merubah Micheal. Berjayakah usaha mereka untuk membimbing Micheal menuju ke jalan kebenaran? Mampukah mereka kembali membina keluarga bahagia menuju jalan Allah seperti yang diharapkan?
Untuk mengetahui kesudahan drama sarat pengajaran ini, jangan ketinggalan menyaksikan Tetamu Allah disiarkan khas sempena Aidiladha pada 08 Disember 2008 (Isnin), jam 10.05 pagi menerusi RTM2.-**best tau citer ni....Fahrin fasih berckp Arab ... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 11:47 am | |
| ND Lala Jutawan? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 11:51 am | |
| Gambar Awal Ashaari-----> Amir Mohamad |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 11:58 am | |
| Ifa Raziah gaduh lagi sebab Spa Q 2? SEBUT sahaja nama Ifa Raziah, mesti orang akan teringat kisah 'persengketaannya' dengan artis dan orang yang terlibat dalam industri ini yang belum terpadam dari ingatan pengikut seni tempatan.
Ifa bukan sahaja pernah mencetuskan kontroversi dengan pengacara sensasi Azwan Ali, malah dia juga sekali lagi dikatakan mempunyai masalah dengan pembantu peribadinya, Nurul Husna.
Sebelum itu, Ifa juga khabarnya bergaduh dengan pelakon utama Spa Q, Norish Karman atau dikenali sebagai NK. Namun, dia bagaimanapun masih meneruskan khidmatnya untuk berlakon dalam drama bersiri yang kini memasuki musim kedua itu.
Ketika menemui pelakon dan penyanyi yang sedang popular dengan lagu Panas ‘sepanas’ cerita terbarunya ini di majlis pelancaran Spa Q 2 di Seri Kembangan, Ifa menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.
"Saya tidak mempunyai masalah dengan NK. Gosip ini tercetus disebabkan orang yang tiada kerja.
“Mereka sahaja nak laga-lagakan saya dan NK sedangkan kami hanya gelak-gelak sahaja di lokasi pengambaran.
“Tidak mengapa, sekurang-kurangnya gosip ini memberi publisiti kepada Spa Q 2,” beritahu Ifa sambil tersenyum.
Tambah Ifa, sepanjang penglibatannya selama 13 tahun dalam industri ini, dia bukanlah seorang yang suka mencari gaduh dengan orang lain.
“Karektor saya berlainan daripada yang disangkakan. Saya takkan marah jika orang tak cari pasal dengan saya. Mungkin orang mudah menyangka yang bukan-bukan apabila melihat karektor saya yang agak peramah dan ‘gila-gila’ ini,” kata Ifa yang memegang watak Khaty dalam Spa Q 2.
Khaty merupakan seorang kakitangan yang terus setia dengan Spa Q dan Qistina (NK), walaupun pelbagai dugaan dan badai melanda Spa Q.
“Dalam drama ini, saya mempunyai karektor ‘gila-gila’ dan suka membuat kecoh dengan semua orang,” ceritanya.
Bukan zaman ‘gila glamour
Menyedari usianya semakin hari semakin meningkat, Ifa yang kini berusia 33 tahun nekad mahu menghentikan setiap tohmahan yang dilemparkan kepadanya kerana sebolehnya dia hanya mahu memfokuskan diri kepada karier dan keluarganya.
“Masa sekarang ini, bukanlah zaman saya nak ‘gila glamour’ sebaliknya saya nak cari duit untuk diri-sendiri dan keluarga melalui kerjaya saya dalam bidang seni ini dan perniagaan produk kecantikan Serifah.
“Saya yakin, glamour akan datang kemudian,” luah Ifa yang turut merasa bersyukur kerana lagu Panas nyanyiannya berjaya mara ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 23 bagi kategori etnik kreatif baru-baru ini.
Walaupun gagal terpilih ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 23, Ifa menganggap penyertaannya dalam peringkat separuh akhir itu sudah cukup bagus baginya selepas kali terakhir mengalami nasib yang sama melalui lagu Ser Ser dalam Muzik-Muzik pada 10 tahun lalu yang turut mempertandingkan penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris itu.
Serik dengan pembantu peribadi
Disebabkan Ifa berhadapan dengan masalah yang menurutnya mula dicetuskan oleh bekas pembantu peribadinya, Nurul Husna, kini dia sudah serik untuk mengupah seseorang untuk menggalas tugas pembantu peribadinya lagi.
“Selama 13 tahun saya dalam industri ini, saya tidak pernah mengupah pembantu peribadi tetapi pada tahun ini saya perlu berbuat demikian kerana suami saya selalu bekerja di luar.
“Selepas percubaan pertama ini gagal, saya rasa cukuplah sampai di sini dan saya rasa serik.
“Tetapi, kalau ada hamba Allah yang baik, mungkin saya akan terima. Tengoklah macam mana nanti,” jelas Ifa.
Masalah tersebut mula timbul apabila Nurul Husna mendakwa Ifa tidak melunaskan gajinya.
Kini, masalah tersebut sudah menjadi kes berat apabila Husna telah membuat laporan polis pada Khamis lalu.
Apabila diminta mengulas mengenai isu tersebut, Ifa bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut kerana katanya ia tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya.
Namun, Ifa hanya menunjukkan bukti salinan slip penyata dari akaun Maybank miliknya di mana dia telah menjelaskan bayaran sebanyak RM405 ke dalam akaun Maybank milik Nurul Husna.
Dia juga telah dinasihatkan mengupah peguam untuk mengambil tindakan ke atas Nurul Husna disebabkan membuat tuduhan palsu terhadapnya.
Di sebalik insiden hitam seperti ini, Ifa berkata dia tidak mudah melatah dan tidak mahu ‘naik angin’.
“Saya pasti kebenaran akan datang juga suatu hari nanti. Berani kerana benar, takut kerana salah..,” tuturnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 12:01 pm | |
| Shahrazat dan Balqis di mata Betty Banafe BESAR dugaan yang ditanggung, makin besar pahala yang diperolehi apabila kita memelihara anak orang asalkan niat tersebut datang dari hati yang ikhlas. Kata orang, bukan mudah untuk memelihara anak yang bukan daripada darah daging sendiri lebih-lebih lagi anak yatim piatu. Namun, hakikatnya aktres, model, pengacara dan penyanyi Betty Banafe berpendapat memelihara anak yatim piatu mungkin lebih mudah dari menjaga anak yang masih mempunyai ibu bapa. Ini kerana, Betty atau nama sebenarnya Ibtisam Abu Bakar Banafe, 30, sedang menjaga dua orang anak perempuan bernama Shahrazat Fais, 2, Balqis, 4, yang diberikan oleh saudara terdekatnya. Kata pelakon yang popular menerusi drama Spa Q ini, dia lebih merasa dugaan membela anak yang masih mempunyai ibu bapa kerana kesan disebaliknya akan membuatkan salah satu pihak tersinggung. “Saya rasa kalau menjaga anak yatim piatu lagi mudah sebab kita tak perlu fikir tentang perasaan orang lain kerana mereka tidak mempunyai sesiapa yang berhak ke atas mereka. “Tetapi apabila saya memelihara anak kepada saudara saya ini, kadangkala saya berasa bersalah juga kerana anak ini seakan boleh melupakan kedua ibu bapanya setelah terbiasa dengan saya. “Namun, saya bukanlah seorang yang kejam kerana saya selalu juga membawa Shahrazat berjumpa dengan kedua ibu bapanya di Johor dan kadangkala keluarga dia ada juga datang. “Bagi saya, tiada istilah anak itu merupakan milik saya seorang,” kata pemilik ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sebaran Am ini. Tambah Betty, dia agak terkejut apabila Shahrazat seolah-olah tidak mengenali ibu dan bapa kandungnya apabila mereka berjumpa. “Apabila Shahrazat tak kenal kedua ibu dan bapanya, saya tengok mereka nampak sedih. “Tetapi mungkin dia jadi macam tu sebab kecil lagi tetapi saya percaya apabila besar nanti, dia akan cari kedua ibu bapanya juga,” tutur Betty yang tidak gemar menganggap Shahrazat seperti anak angkatnya tetapi dianggap sebagai anak sendiri dengan memanggilnya ‘baby’. Jelas Betty, apabila melihat anak kecil itu, dia bagaikan melupakan segala kepenatan kerjanya dan rasa ‘sejuk’ apabila memandangnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 12:04 pm | |
| Faizal Tahir tebus kekecewaan TAHUN lalu, Faizal Tahir gagal beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) meskipun dua buah lagu nyanyiannya, Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta layak ke peringkat akhir bagi kategori Balada program tersebut. Semuanya gara-gara kontroversi yang tercetus setelah dia 'digam' untuk beberapa bulan akibat tindakannya membuka baju di sebuah konsert ulangtahun 8TV awal tahun lalu sehingga membawa padah kepada Faizal yang kemudiannya dilarang muncul secara langsung di kaca televisyen. Naib juara program One In A Million (OIAM) musim kedua ini hanya perlu akur apabila dua buah lagu tersebut dinyanyikan oleh penyanyi lain iaitu Fiq untuk lagu Mahakarya Cinta dan Bob bagi lagu Kasih Tercipta pada malam kemuncak AJL22 itu. Namun itu semua kisah lama. Bagi penyanyi berusia 30 tahun ini dia tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Berpeluang beraksi di pentas AJL23 pada bulan hadapan adalah satu 'hadiah' bermakna buat Faizal setelah peluang pertamanya dulu terpaksa dilepaskan kerana kontroversi tersebut. Barisan artis yang berjaya ke 'final' bagi kategori Balada |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 12:07 pm | |
| Wan Sharmila selesa berlakon bersama Amani BINTANG ini muncul di persada seni tempatan tanpa disedari banyak pihak pada awalnya. Namun, Wan Sharmila berjaya mencuri perhatian ramai setelah muncul menerusi drama bersiri Kisah Kaisara musim pertama kira-kira setahun yang lalu.
Tiada siapa yang menyangka ketika itu, pelakon yang membawakan watak sebagai pelajar berusia 15 tahun di dalam drama tersebut sebenarnya sudah pun berumur 27 tahun dan memegang status isteri kepada penerbit Radius One Sdn Bhd, Fazli Baharom sejak dua tahun yang lalu.
Perlahan-lahan, Sharmila mula mengukir nama di dalam bidang ini setelah muncul pula menerusi drama bersiri Sindarela, musim terbaru Kisah Kaisara dan ketika ini, dia bersama pelakon-pelakon seperti Bront Palare dan Sharifah Amani boleh disaksikan di dalam drama Rona Roni Makaroni di Astro Ria.
Kesabaran Sharmila untuk bertapak di dalam bidang seni ini cukup berbaloi apabila pelakon yang berasal dari Johor Bahru ini dipilih sebagai pemenang Anugerah Shine Pantene pada Anugerah Skrin 2008 (ASK2008)baru-baru ini.
Anugerah yang berdasarkan undian SMS penonton itu membuktikan Sharmila sudah berjaya menambat hati peminat meskipun ada pihak yang turut mempertikaikan kemenangannya pada malam itu dengan alasan finalis lain yang tercalon seperti Jue Aziz, Sherry Ibrahim dan Ayu Raudhah lebih popular dan layak berbanding dirinya.
Meskipun begitu, wanita cekal ini tidak pernah lemah dengan kritikan. Bagi Sharmila, anugerah itu sedikit-sebanyak telah menjadi pembakar semangat untuk dirinya lebih berusaha agar karier seninya dapat terus bertahan.
"Saya tidak mahu 'main-main' lagi dan nekad untuk lebih serius di dalam bidang ini. Bagi saya, selagi mampu saya akan terus menggunakan peluang yang ada dengan bijak.Wan Sharmila kini mula mengukir nama di persada seni |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 12:10 pm | |
| ADAKAH NI SUAMI BARU NONISWARA?? |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 7 of 17 | Go to page : 1 ... 6, 7, 8 ... 12 ... 17 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |