|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 17 Dec 2008, 10:26 am | |
| Gambar Diana Danielle Kenyit Mata Mengoda Oh!Oh, Diana Danielle so seductivePeh, kangkang baik ni. Latihan Diana Danielle sebelum ke PKN.Jangan kata kalian yang lelaki di luar sana tidak tergoda melihat Diana Danielle main kenyit-kenyit mata gitu. Kalau tak, anda gay! Gambar di atas merupakan hasil tangkapan En. Irwandy di Bangsar Shopping Center. Best betul kalau seseorang itu mempunyai DSLR & skil menangkap gambar, sudah semestinya menjadi tumpuan gadis-gadis. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 17 Dec 2008, 10:30 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 17 Dec 2008, 11:02 am | |
| Dengarnya... Perihal tudung SitiDatuk Siti Nurhaliza CIK Normah tahu sangat, kalau Cik Normah sentuh perihal penyanyi yang seorang ini pasti ramai peminatnya akan melenting. Tapi memandangkan Cik Normah tak suka nak pilih bulu atau pilih kasih, jadi Cik Normah tetap hendak paparkan ceritanya dalam ruangan yang boleh tahan glamor ini.
Lagi pun perkara ini juga turut diperkatakan peminat setia ruangan ini iaitu Miss Sukhinova yang mengirimkan e-mel kepada Cik Normah mengadu mengenai tudung penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza yang dilihatnya semakin lama semakin ke belakang sehingga menampakkan sebahagian rambutnya.
Kata Miss Sukhinova lagi, memanglah sebelum ini Siti tidak menutup keseluruhan rambutnya, tetapi tak adalah macam sekarang yang menurut pandangan matanya tidak manis. Bebelnya lagi, kalau begitulah fesyen tudung Siti sejak kebelakangan ini, baik dia buka terus tudung atau selendang yang menghiasi kepalanya itu.
Lagi pun Siti akan lebih cantik jika dia kembali dengan imej terdahulu.
Wah! Panas betul kata-kata yang disiarkan dalam e-mel itu. Banyak juga sebab yang diberikan, cuma Cik Normah tak mahu siarkan saja bimbang ruangan ini terbakar pula. Cik Normah kalau boleh tak mahu ikut campur tangan dalam hal seperti ini.
Cik Normah pun tak bertudung dan masih lagi berkebaya ketat atau kadang-kadang memakai skirt kalau berjalan ke sana sini. Bagi Cik Normah terpulang kepada Siti hendak memakai tudung yang bagaimana. Lagi pun sebelum ini Siti pernah berkata yang dia akan memakai mengikut keselesaan sendiri.
Tak apalah Siti, anggap sajalah teguran itu sebagai sesuatu yang positif daripada peminat setia.
Yang pasti, Cik Normah tak sabar nak dengar album terbaru Siti yang berjudul Lentera Timur. Khabarnya album itu akan berada di pasaran pada 26 Disember ini. Pada peminat Siti tu, jangan lupa dapatkan album itu di pasaran tau. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 17 Dec 2008, 11:07 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 17 Dec 2008, 11:11 am | |
| GAMBAR INTAN LADYANA DAN DIANA AMIR |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 17 Dec 2008, 12:49 pm | |
| Wan Nor Azlin tidak digam - Menteri WAN NOR AZLIN dan Freddie ceria bertemu Shabery di Lobi Parlimen semalam. KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek semalam menafikan desas-desus yang mengatakan pelakon, Wan Nor Azlin Wan Mohd. Hussain, 39, tidak dibenarkan untuk muncul di kaca televisyen dalam apa juga program khususnya di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Menurut beliau, pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan supaya pelakon itu digam sambil menyifatkan perkara yang berlalu dalam kehidupan Wan Nor Azlin merupakan satu titik hitam yang sudah berlalu.
"Rakan-rakan di Karyawan (Persatuan Karyawan Malaysia) meminta saya beberapa nama yang selama ini digam oleh RTM dan bagi saya tak ada masalah kalau sebut nama Wan Nor Azlin. Bagi saya, yang dah lepas, lepaslah.
"Kementerian tak ada masalah sekiranya apa yang dilakukan oleh beliau bersesuaian dan sesiapa yang ingin mengambil beliau untuk berlakon atau menjalankan kerja-kerja dalam bidang kreatif, bidang lakonan dan sebagainya, tak ada masalah," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Wan Nor Azlin dan Presiden Karyawan, Freddie Fernandez di Lobi Parlimen semalam.
Katanya lagi, Wan Nor Azlin tidak pernah digam, namun mungkin disebabkan kejadian hitam tersebut menyebabkan timbulnya stigma di kalangan penerbit dan stesen televisyen untuk tidak mengambil aktres itu berlakon.
Dalam pertemuan itu, Shabery turut memberitahu bahawa beliau dan kementeriannya tidak tahu sekiranya ada antara artis lain yang mempunyai masalah yang sama iaitu digam kecuali kesalahan yang bersifat jenayah atau dadah.
Dalam pada itu, Wan Nor Azlin yang kini sudah boleh menarik nafas lega memberitahu, selepas ini beliau berharap tidak akan timbul lagi sebarang keraguan di mana-mana stesen televisyen atau para penerbit.
"Apa yang dikelirukan selama ini telah dijelaskan oleh menteri sendiri dan saya harap lepas ini akan ada banyak peluang yang diberikan kepada saya," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 17 Dec 2008, 12:50 pm | |
| BUKAN mudah menjadi seorang Wan Nor Azlin Wan Husain. Putaran roda kehidupan terlalu laju buatnya, sehingga membuatkan dia hampir tersungkur seketika.
Baru saja masyarakat ingin melupakan kisah silamnya, mereka dikejutkan pula dengan isu keretakan rumah tangganya dengan suami, Mohd. Yazli Yaacob serta berita dia sekeluarga dikejar ceti haram atau ah long.
Sudah kering air mata, wanita ini mengenangkan nasibnya. Malu apatah lagi, katanya kalau boleh dia mahu menyorokkan wajahnya, tetapi fikirannya masih lagi waras. Dia juga mengerti bahawa dia kini menjadi tunggak keluarga selepas suaminya yang juga seorang peguam menghilangkan diri tanpa khabar berita buat kali kedua.
Justeru itu, mahu tidak mahu, wanita yang mesra disapa Wan ini, terpaksa menggagahkan diri untuk berada tengah-tengah khalayak semula bagi mencari sesuap nasi.
Namun, peluang untuknya aktif semula di kaca televisyen bagai ditidakkan sesetengah pihak dan menyebabkannya kecewa dengan usaha yang dilakukan selama ini.
"Memang saya ada buat silap, saya anggap ini ujian buat diri saya. Sekarang ini suami saya sudah meninggalkan kami tanpa sesen pun dan bila saya ingin bekerja bagai ada satu tembok besar untuk saya.
"Saya tidak pernah tahu saya digam ataupun dilarang untuk muncul di televisyen dan saya tidak pernah menerima apa-apa surat hitam putih," ujarnya kecewa.
Tambahnya lagi, baru-baru ini dia telah ditawarkan watak utama dalam sebuah drama 26 episod untuk siaran RTM. Bagaimanapun penglibatannya ditolak mentah-mentah oleh stesen tersebut atas alasan dia memegang watak utama.
"Itu yang saya kecewa sangat dan keliru. Kalau saya digam beritahulah untuk tempoh berapa lama? Jadi ia tidak akan menyusahkan pihak penerbit dan saya sendiri untuk mencari rezeki.
"Saya rasa serba salah, kalau produk sudah disiapkan dan ia tidak diterima pihak stesen gara-gara kewujudan saya dalam produk tersebut," katanya.
Pelakon yang juga ibu kepada tiga orang anak iaitu Daniel Luqman, 8, Danny Iskandar, 7, dan Dania Camelia, 4 tahun ini mengharapkan kemunculan semulanya diterima dan harap diberikan ruang untuk mencari rezeki.
"Saya tidak mengharapkan untuk popular, tetapi memadai jika saya diberi peluang dan ruang untuk bekerja, itu saja.
"Selagi status diri saya ini tidak dijelaskan pihak berkuasa, selagi itu saya terumbang-ambing sebab penerbit akan berfikir banyak kali sebelum menawarkan watak.
"Sudahlah watak saya terhad kerana faktor usia selain penampilan saya yang kini bertudung, jadi tolonglah beri saya sedikit ruang demi mendapatkan wang untuk kehidupan anak-anak," ungkapnya minta dimengerti.
Kini hanya teman-teman lama yang berani mengambilnya untuk berlakon dalam produksi mereka seperti Sheila Rusly dan Mat Nor Bujang.
"Walaupun tidak banyak, tetapi cukup untuk saya teruskan hidup. Saya bukannya ingin semua lakonan saya sebagai watak utama, kerana saya tidak kisah walaupun watak itu kecil. Cuma kalau watak utama, bayarannya lebih sedikit.
"Walaupun begitu, saya masih bersyukur dengan apa yang saya miliki hari ini, dalam kesusahan masih ada pihak yang sudi membantu terutama rakan-rakan lama," tuturnya.
Selain dibantu rakan-rakan lama, Wan juga dengan kerjasama Persatuan Karyawan untuk berjumpa dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi menjelaskan status dirinya.
"Surat telah dihantar, cuma sekarang ini tengah menunggu balasan serta berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri. Saya berharap dengan penjelasan daripada pihak kementerian, kelak penerbit tidak akan takut serta ragu-ragu menggunakan khidmat saya dalam produksi mereka," balasnya penuh harapan.
Bercerai, tidak sama sekali!
Sungguhpun suaminya meninggalkan mereka sekeluarga serta pelbagai masalah yang datang dan pergi kerana suaminya itu, perasan kasih dan sayang tidak pernah luntur daripada diri Wan terhadap suaminya.
Mungkin ramai orang di luar sana berfikiran lebih baik mereka berdua bercerai, tetapi tidak untuk Wan, kerana padanya penceraian bukan penyelesaian kepada segala masalah yang sedang dihadapinya.
"Saya ingin memberi contoh bahawa perceraian bukan penyelesai masalah. Lagipun kami ada anak-anak yang memerlukan kasih sayang seorang ayah dan saya percaya peluang itu masih ada," ungkapnya.
Kelmarin, Mahkamah Syariah Petaling Jaya telah menetapkan tarikh 28 Januari depan untuk sebutan semula kes tuntutan nafkah sara diri daripada suaminya, Mohd. Yazli Yaacob.
"Saya ke mahkamah untuk tuntut nafkah zahir dan batin. Zahir perbelanjaan kami sekeluarga, manakala batin bukannya hubungan seksual tetapi kasih sayang seorang suami dan ayah kepada saya dan anak-anak. Ingin saya tegaskan, saya ke mahkamah bukan untuk menuntut cerai kerana tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk bercerai.
"Pada saya dialah suami pertama dan terakhir buat saya. Saya percaya manusia boleh berubah, begitu juga dengan dia (suami). Mungkin kami berdua ada silap, saya percaya masalah ini boleh diselesaikan, cuma saya harap dia sedar akan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga," bicaranya lagi yang masih menyayangi suaminya itu.
Sementara itu, dalam satu perkembangan lain, Wan yang ditemui di majlis menandatangani perjanjian persefahaman Konsortium Stars2U bersama syarikat Uptrend Network Sdn Bhd turut meluahkan rasa syukur apabila terpilih antara pelopor Stars2U bersama 15 artis terkemuka yang lain. Ia diwujudkan untuk membantu artis yang ingin mengembangkan rezeki selain sebagai platform memulakan perniagaan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 17 Dec 2008, 2:09 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 17 Dec 2008, 2:11 pm | |
| Sani Impression dgn ferrarinya TENTU ramai anak muda yang cemburu kepada Sani kerana dapat memiliki si merah garang inikan?
BUKAN semua orang mampu mengimpikan sebuah kereta mewah, tambahan pula mobil import berjenama terkenal seperti Ferrari, Lamborghini atau Porsche.
Namun mimpi tersebut kadang-kadang boleh menjadi kenyataan dan salah seorang yang beruntung itu ialah Sani Salleh, yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sani United Sdn. Bhd. (SUSB).
Bagi jejaka berusia 32 tahun yang merupakan bekas anggota kumpulan Impression ini, impian memiliki sebuah kereta Ferrari menjadi kenyataan apabila membeli F 360 Modena sebelum Aidilfitri kira-kira tiga bulan lalu.
Harganya bukan murah, tetapi bagi yang berkemampuan seperti Sani, impian boleh ditukar menjadi kenyataan dengan syarat berupaya membayar RM1.2 juta untuk kereta dua tempat duduk itu.
Mengimbau kembali saat membuat keputusan untuk memiliki sebuah kereta berjenama terkenal buatan Itali ini, Sani berkata, pada satu malam dia bermimpi tentang kereta tersebut. Mimpi memandu dan memegang stereng Ferarri membuatkan dia menjadi tidak keruan lagi.
Apabila terbangun daripada lena, beliau terus membuat keputusan mengunjungi premis jualan kereta itu di Kuala Lumpur pada sebelah paginya.
Dengan deposit RM500,000, kereta berwarna merah darah dengan janaan kuasa enjin V8 itu menjadi haknya tanpa ragu-ragu lagi.
Bagi Sani, jika mampu apa salahnya mengeluarkan wang saku sebanyak RM14,000 sebagai bayaran bulanan asalkan kepuasan memandu kereta berkuasa tinggi.
"Minyak isi penuh RM200, sekadar boleh memandu di bandar Kuala Terengganu untuk dua hingga tiga hari. Jika menuju ke Kuala Lumpur memerlukan kira-kira RM250," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 17 Dec 2008, 2:17 pm | |
| Sharifah Sofia Mahu Ke Hollywood Mencuba Nasib Sebagai PelakonSofia akan membawakan watak Lola, seorang pakar kecantikan di Spa Q yang banyak cakap. Dalam pada itu, Sofia bakal terbang ke Hollywood, Los Angeles pada Hari Krismas ini untuk mengutip pengalaman hidup di’sana.
“Saya akan tinggal dengan kakak dan cuba mencari pekerjaan di sana. Mungkin bekerja dengan produksi atau jika tiada peluang, kerja di McDonald’s pun tak apa,” kata Sharifah Sofia kepada wartawan KOSMO!
Kita doakan Sharifah Sofia dapat mengutip pengalaman berharga walaupun hanya akan tinggal di’sana 3 bulan. Mana tahu, Sharifah Sofia sempat di’lamar untuk apa-apa peranan dalam produksi Hollywood. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 17 Dec 2008, 2:21 pm | |
| STACY, NUBHAN BERCINTA?Sukar meneka rahsia hati mereka, namun hakikatnya Stacy dan Nubhansedang dilamun cinta. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang,nampaknyaStacy mahupun Nubhan bijak menyembunyikan kisah percintaanmereka.
Hubungan intim mereka kini makin menjadi bualan mulut ramai, namunpasangan yangdipertemukan dan mulai jatuh cinta ketika dalam AkademiFantasia(AF)musim lalu itu masih berteka-teki dengan peminat.
Sumber yangrapat dengan mereka memberitahu, Stacy mahupun Nubhan sedangmengenali hati budi masing-masing. Sejauh manakah hubungan mereka takdapat dipastikan, hanya empunya diri yang tahu. Sejak keluar AF,hubunganyang dulu hanya 'teman tapi mesra' kini sudah bertukar menjadipasangan kekasih.
Raja tak menolak kebenaran cerita ini kerana Raja dapat rasakan adacinta di mata Nubhan dan Stacy tatkala Raja bertanyakankebenaranhubungan cinta mereka. Sudah tentu jawapan daripada mulut mereka hanyasekadar teman rapat, tetapi Raja dapat membaca isi hati mereka. Cahayapada mata mereka sudah menjawab segala persoalan.
Pernah suatu ketika Raja menemubual Nubhan, telefon bimbit takberenggang dalam genggaman tangannya. Jari jemarinya sentiasa membalasSMS.Seorang teman berbisik pada Raja, kekasihnya la tu..siapa lagikalau bukan Stacy. Hah,siapa nak jawab?
Kesempatan bertemu Stacy baru-baru ini, Raja tak ketinggalan bertanyasoalan cepuemas padanya.Sejauh manakah hubungannya dengan Nubhan kini?
Stacy beritahu Raja, dia memang menyayangi Nubhan tetapi hingga kini, hubungan mereka hanya sekadar 'teman tapi mesra'.
Kata Stacy:
"Saya dan Nubhan memang rapat. Dan hari ini, dialah temansaya yang paling rapat. Namun hubungan kami bukanlah atas dasar cinta,kami hanya teman tapi mesra. Belum ada bibit cinta di hati saya mahupunNubhan. Sejak AF hingga hari ini, saya memang selesa dengan Nubhan.Mungkin kerana keakraban kami, ramai yang tersalah anggap, ingat kamibercinta. Nubhan pandai mengambil hati saya dan dia tahu apa yang sayasuka dan sebaliknya.Biarlah kami mengenali hati budi dulu, kalauditakdirkan kami bercinta dan bertemu jodoh, saya tak menolak keranabukan mudah nak mencari lelaki baik, ikhlas serta menerima baik buruk saya seadanya.Cuma buat masa ini, saya dan Nubhan lebih selesa berkawandulu. Lagipun kerjaya nyanyian kami baru bermula, biarlah sayamenumpukan perhatian dalam bidang nyanyian. Soal cinta danjodoh,biarlah Tuhan yang menentukan"
Baguslah Stacy,kalau sudah jodoh tak ke mana. Yang penting, tumpuanperhatian padakerjaya nyanyian yang baru bermula. Cinta boleh dicari,kerjaya pula Stacy perlu mencorakkan sendiri. Kalau sudah angaubercinta, esok kerjaya entah ke mana, Stacy pula entah ke mana. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 17 Dec 2008, 3:08 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 17 Dec 2008, 3:20 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 17 Dec 2008, 3:48 pm | |
| |
| | | deqlis Super Senior
Number of posts : 869 Age : 43 Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 17 Dec 2008, 6:00 pm | |
| - sally_eiyna wrote:
- Dengarnya... Perihal tudung Siti
Datuk Siti Nurhaliza
CIK Normah tahu sangat, kalau Cik Normah sentuh perihal penyanyi yang seorang ini pasti ramai peminatnya akan melenting. Tapi memandangkan Cik Normah tak suka nak pilih bulu atau pilih kasih, jadi Cik Normah tetap hendak paparkan ceritanya dalam ruangan yang boleh tahan glamor ini.
Lagi pun perkara ini juga turut diperkatakan peminat setia ruangan ini iaitu Miss Sukhinova yang mengirimkan e-mel kepada Cik Normah mengadu mengenai tudung penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza yang dilihatnya semakin lama semakin ke belakang sehingga menampakkan sebahagian rambutnya.
Kata Miss Sukhinova lagi, memanglah sebelum ini Siti tidak menutup keseluruhan rambutnya, tetapi tak adalah macam sekarang yang menurut pandangan matanya tidak manis. Bebelnya lagi, kalau begitulah fesyen tudung Siti sejak kebelakangan ini, baik dia buka terus tudung atau selendang yang menghiasi kepalanya itu.
Lagi pun Siti akan lebih cantik jika dia kembali dengan imej terdahulu.
Wah! Panas betul kata-kata yang disiarkan dalam e-mel itu. Banyak juga sebab yang diberikan, cuma Cik Normah tak mahu siarkan saja bimbang ruangan ini terbakar pula. Cik Normah kalau boleh tak mahu ikut campur tangan dalam hal seperti ini.
Cik Normah pun tak bertudung dan masih lagi berkebaya ketat atau kadang-kadang memakai skirt kalau berjalan ke sana sini. Bagi Cik Normah terpulang kepada Siti hendak memakai tudung yang bagaimana. Lagi pun sebelum ini Siti pernah berkata yang dia akan memakai mengikut keselesaan sendiri.
Tak apalah Siti, anggap sajalah teguran itu sebagai sesuatu yang positif daripada peminat setia.
Yang pasti, Cik Normah tak sabar nak dengar album terbaru Siti yang berjudul Lentera Timur. Khabarnya album itu akan berada di pasaran pada 26 Disember ini. Pada peminat Siti tu, jangan lupa dapatkan album itu di pasaran tau. INILAH HASILNYA KLU PAKAI TUDUNG SEKADAR BERFESYEN.... NIATNYA MENAMPAKKAN AURAT GINILAH JADIKNYA... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 18 Dec 2008, 9:11 am | |
| Pernikahan rahsia Aidil-Rita tidak direstui keluarga? Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ [SEMASA] PETALING JAYA: Selepas dikejutkan dengan berita perkahwinan rahsia aktor Cico Harahap, kini giliran aktres Rita Rudaini Mokhtar, 32, dan pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan Abdul Radzak, 21, disahkan bernikah di Songkla, Thailand pada 25 Februari tahun ini.
Aidil (kiri) bersama kembarnya, Zaquan Adha.
Hampir 10 bulan Aidil menyembunyikan perkahwinannya dengan Rita daripada pengetahuan keluarganya sehingga bapanya, Abdul Radzak Salleh, 59, mengesahkan berita tersebut, semalam di sebuah akhbar tempatan.
Abdul Radzak Salleh, 59, (tengah) bapa kepada pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan menjawab pertanyaan pemberita sambil ditemani oleh isteri, Azizah Arshat, 56, dan kembar Aidil Zafuan, Mohd Zaquan Adha ketika sidang akhbar di rumahnya di sini, hari ini. -foto BERNAMA
Menurut bapanya, dia redha dengan apa yang berlaku tetapi dalam masa yang sama berasa kecewa dengan Aidil kerana membelakangkan keluarga dalam hal perkahwinan.
“Semua ini ketentuan Tuhan dan apa yang mereka sudah lakukan tidak boleh berpatah balik.
Rita Rudaini berkahwin kali kedua selepas bercerai dengan penyampai berita sukan TV3, Akbar Sahari.
“Saya tak dapat cakap sama ada merestui perbuatan mereka atau tidak kerana perkara itu telah berlaku. Namun, saya terima apa yang berlaku.
“Saya berharap orang lain akan memahami karier Aidil pada masa akan datang kerana pendapatannya merupakan periuk nasi kami sekeluarga,” luah Radzak kepada pemberita ketika melakukan sidang media di rumah anak sulungnya di Coral Heights Seremban, petang tadi.
SEBAK ... Azizah Arshat, 56, ibu kepada pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak menahan sebak ketika ditanya mengenai perkahwinan anaknya itu dengan pelakon, Rita Rudaini Mohktar, 32, ketika sidang akhbar di rumahnya di sini, hari ini. Turut serta kakak Aidil Zafuan, Ruzithana, 37, (kanan).
Sidang media tersebut dilakukan oleh keluarga Radzak tanpa kehadiran Aidil mahupun Rita.
Ketika berita tersebut sampai ke telinganya melalui anak sulungnya, Ruzithana Razak Abdul Radzak, 37, tiga hari lalu, Radzak berkata Aidil ada datang berjumpa dengannya pada 13 Disember lalu.
“Aidil hanya datang jumpa saya untuk meminta pandangan tentang Rita tetapi dia tidak beritahu pula mengenai berita perkahwinannya. Malah, saya tak nampak dia macam sudah berkahwin kerana perangai dia macam biasa,” ujar Radzak.
Walaupun perkara yang dilakukan menyalahi undang-undang, Radzak berkata mereka sekeluarga akan menyokong dan mendoakan kebahagian Aidil serta menasihatkan Aidil supaya menyelesaikan masalah tersebut sendiri.
"Saya harap Aidil teruskan dengan apa yang dirancang demi kebahagiaannya.
"Kami sekeluarga hanya berdoa untuk Aidil dan tidak mahu kariernya terjejas," katanya.
Radzak berkata Aidil pernah menafikan bahawa dia dan Rita sedang bercinta dahulu sebaliknya berkata mereka sekadar kawan biasa.
Selepas mengetahui berita tersebut, dia ada meminta Aidil pulang berbincang dengan keluarga mengenai hal tersebut namun anaknya itu memberikan pelbagai alasan seolah-olah enggan berbuat demikian.
Dalam pada itu, kakak Aidil, Ruzithana berkata dia mendapat tahu berita tersebut pada hari yang sama sebelum Aidil datang bertemu dengan ayahnya.
“Aidil datang berjumpa dengan saya untuk memberitahu hal ini dan turut menunjukkan sijil pernikahannya sebagai bukti.
“Dia juga meminta saya memberitahu ayah tetapi saya enggan sebaliknya menyuruh dia memberitahu sendiri kerana masalah tersebut ditimbulkan olehnya,” kata Ruzithana.
Sementara itu, ibu Aidil, Azizah Arshad, 56, turut meluahkan rasa terkilannya.
"Saya rasa terkilan dengan Aidil, tetapi suka atau tidak, saya terpaksa terima kerana dia anak saya.
"Saya rasa seperti kehilangan Aidil dan hal ini mengambil masa yang lama untuk menenangkan hati saya semula," ujarnya yang turut melaporkan mereka sekeluarga tidak mempunyai perselisihan faham dengan Aidil sebelum ini.
Dalam sidang media tersebut, abang kembar Aidil, Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak, 21, turut memaklumkan yang adiknya tidak pernah memberitahu apa-apa tentang pernikahannya sebelum ini.
Pasangan Rita dan Aidil dikatakan mula akrab sejak Ogos 2006 dan kisah hubungan mereka mula menjadi bualan dua bulan selepas itu.
Spekulasi perkahwinan Rita, pelakon drama bersiri Bagai Aur Dan Tebing itu sudah lama tersebar namun dia menafikannya dan mendakwa berita tersebut sebagai khabar angin.
Ini merupakan perkahwinan kedua Rita selepas menjanda tujuh tahun dan pernah berkahwin dengan penyampai berita sukan TV3, Akbar Sahari tetapi tidak dikurniakan cahaya mata. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 18 Dec 2008, 9:18 am | |
| Dunia tinta Rina Khan! SUDAH lama kita tidak menonton lakonan terbaru Rina Khan, 38, kerana dia kini aktif menulis skrip drama dan telefilem termasuk mengarah telefilem.
Menurut Rina atau nama sebenarnya Sharifah Bibi Farina Sidek, masuk tahun depan bermakna sudah enam tahun dia meninggalkan dunia lakonan.
Lagipun, dia sebolehnya mahu menumpukan kepada bidang penulisan yang lebih diminatinya berbanding lakonan.
Kata Rina, hanya beberapa kali sahaja dia akan turun padang untuk berada di kerusi pengarah.
Hampir enam tahun Rina Khan tidak berlakon. -foto UTUSAN
“Salah satu sebab saya tidak berlakon lagi kerana sibuk memfokuskan diri kepada bidang penulisan.
“Disebabkan semua masa saya diluangkan untuk menulis, jadi saya tidak mempunyai kesempatan untuk berlakon. Selain itu, saya sudah tidak minat berlakon sekarang.
“Pada mulanya dulu, memang saya minat berlakon tetapi lama-kelamaan minat tersebut beralih kepada bidang penulisan pula.
“Secara peribadi, lakonan memang memberikan kepuasan kepada saya tetapi impak yang diberikan tidak cukup. Jadi, saya lebih selesa menulis,” kata Rina yang merupakan penulis skrip dan lirik lagu tema drama bersiri Spa Q untuk dua musim berturut-turut.
Jelas Rina, dia mula menceburi bidang penulisan skrip sejak tahun 1996 selepas berjinak-jinak menulis novel remaja berjudul RM100,000 di mana dia telah menghasilkan skrip drama RM100,000 hasil adaptasi novel tersebut yang disiarkan oleh RTM.
Minatnya dalam bidang penulisan skrip dan novel saling menyaingi antara satu sama lain sehingga dia memutuskan untuk menyiapkan enam novel dalam setahun.
Kebanyakan novel tulisannya seperti Pelangi dan RM100,000 diterbitkan oleh Melati Publishers.
Sementara itu, antara skrip tulisan Rina pula adalah skrip telefilem Jatuh Cinta Sekali Lagi, Bujal, Wira Papaku, drama bersiri Simbiosis dan Bidadari Kota sebanyak 26 episod.
Drama pertama arahan Rina ialah Ilham Karmila. Lain-lain drama arahannya ialah Eksploitasi, Senafas Takbir Terakhir, Harga Sebuah Cinta serta Antara Gunung dan Lautan.
Rina lebih banyak menceburkan diri dalam bidang penulisan skrip drama dan telefilem.
Telefilem terakhir arahannya berjudul Karmila lakonan Haliza Misbun disiarkan oleh Astro.
Ujar Rina, menulis dan mengarah lebih memberi kepuasan kepadanya untuk mendapatkan apa yang diingini melalui imaginasinya.
“Perasaan untuk mengarah itu rentetan daripada penulisan. Apabila saya sudah menulis, saya akan gambarkan dan seterusnya melihat ia divisualkan.
“Kerja sebegini kadangkala memberi cabaran, namun saya berasa puas hati dengan apa yang dilakukan,” luah Rina yang berani mencuba karier tersebut berbekalkan pengalaman dan sokongan rakan-rakannya dalam industri seni ini.
Falsafah Rina dalam ‘Pada CintaNya
Apabila bercerita tentang penulisan lirik pula, Rina yang pernah bergelar penyanyi dengan menghasilkan dua buah album sekitar pertengahan 1990-an, Rina Khan Vol. 1 dan Rina Khan Vol.2. ini mula minat menulis lirik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Setakat ini, saya sudah menulis lirik dua buah lagu untuk Alleycats muatkan dalam album mereka serta dua buah lagu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza iaitu Ku Mahu dan Pada CintaNya sebagai lagu tema drama Spa Q.
“Sebenarnya, saya jarang menulis lirik. Jika ada pun, saya hanya menulis lirik untuk beberapa orang kawan saya dan projek khas sahaja seperti saya mencipta lagu untuk dua musim drama Spa Q.
“Itu pun disebabkan saya menulis skrip untuk drama itu serta lebih menjiwai keseluruhan karektor dan cerita tersebut,” ujar wanita yang lebih gemar berimej rambut pendek.
Rina (kiri) bersama Haleeda dan Aznil Nawawi ketika rakaman program Pop Kuiz sekitar tahun 1993.
Cerita anak sulung daripada enam beradik berasal dari Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur ini, lirik lagu Pada CintaNya merupakan refleksi kepada cerita Spa Q 2 yang menceritakan tentang Qistina (Norish Karman), seorang wanita dilanda dengan pelbagai masalah selepas kematian suaminya, Rizman.
“Saya fokuskan kepada karektor Qistina melalui lirik ‘walau dicerca, walau dihina’ yang membuatkan dirinya lebih kuat dan tabah menghadapi masalah tersebut.
“Namun, tidak semestinya lirik itu ditujukan kepada watak Qistina sahaja.
“Tajuk lagu tersebut telah menggambarkan tentang seseorang yang mencintai sesuatu. Tetapi sekerap mana kita jatuh cinta di dunia ini, akhirnya kita akan kembali kepadaNya,” kata ibu kepada Natasha Khan, 21, dan Alwi Elias, 14, ini.
Rina (kiri) bersama Wohnen, Haleeda dan Azwan Ali ketika Anugerah Juara Lagu 1993.
Rina hampir penuhi semua karier seni
Selepas dia mendirikan rumahtangga dengan jurufoto dan penulis skrip Zaidi Ahmad, 34, kira-kira setahun lalu, suaminya banyak membantu Rina dalam penulisan skrip seperti drama Spa Q 2.
Jika diamati karier Rina sebagai penyanyi, penulis skrip, lirik dan novel, pengarah, pelakon dan pengacara TV, nampaknya dia sudah hampir melakukan semua perkara dalam bidang seni ini.
Sekitar tahun 90-an, Rina sudah melibatkan diri sebagai pengacara program hiburan, Pop Kuiz bersama pengacara popular Aznil Nawawi.
Selepas ini, Rina berkata dia sedang menyiapkan skrip untuk sebuah telefilem dan drama 40 episod yang turut akan diarahkan olehnya.
“Untuk telefilem itu, saya belum boleh berikan tajuknya tetapi untuk drama, ia bertajuk Pengantin Untuk Dijual.
“Saya cuba menulis lebih baik daripada drama Spa Q. Drama Pengantin Untuk Dijual mengisahkan tentang wanita, cinta dan perkahwinan,” ujar Rina.
Anak ikut jejak Rina
Anak sulungnya, Natasha kini turut berjinak-jinak dalam bidang lakonan selepas berjaya menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Seni Persembahan.
“Natasha memang meminati bidang lakonan sejak dia berusia 10 tahun. Jadi, waktu tu sebab nak tolong kawan, saya benarkan dia berlakon dalam drama 13 episod.
“Saya tengok dia ada bakat tetapi waktu tu saya tidak terlalu menggalakkan sebab takut dia tidak fokus kepada pelajaran.
“Saya nasihatkan dia supaya menamatkan pelajarannya dahulu sebelum menceburi bidang seni.
“Jadi, dia mendengar cakap saya. Apabila Natasha melanjutkan pengajian ke universiti, dia sendiri memilih jurusan Seni Persembahan disebabkan minat,” tutur Rina.
Selain muncul dalam drama Spa Q 2, Natasha juga pernah berlakon teater My Bollywood Summer.
Drama bersiri Spa Q 2 yang turut dilakonkan oleh Jasmin Hamid, Fouziah Gous, Azizah Mahzan, Ifa Raziah dan ramai lagi mula disiarkan semalam, 15 Disember, pukul 6.30 petang di TV3. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 18 Dec 2008, 9:20 am | |
| Ina Naim Tidak Hadir Majlis Perkahwinan Mawi & EkinIna Naim mengakui tidak akan menghadiri majlis perkahwinan bekas tunangnya, Mawi dengan Ekin, sekalipun bakal diundang untuk majlis persandingan nanti. Dia berpendapat lebih penting untuknya menjaga hati suami & keluarga, kerana risau akan menerima sebarang tomahan daripada orang ramai.
“Maaflah, kalau boleh saya memang tidak mahu beri apa-apa komen lagi tentang hal-hal yang berkaitan dengan Mawi. Cukup-cukuplah mengaitkan saya dengan Mawi lagi. Apa yang berlalu sudah pun berlalu.
“Suami sendiri yang bagi nasihat kepada saya supaya usah dikaitkan lagi dengan Mawi. Kalau boleh, dia tidak mahu lagi melihat hati saya terluka lagi dengan segala tuduhan dan kata-kata yang dilemparkan orang terhadap saya,” kata Ina |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 18 Dec 2008, 9:23 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 18 Dec 2008, 9:28 am | |
| Anak Seniman Agung P.Ramlee, Nasir Meninggal Dunia Petang TadiAnak seniman agung Tan Sri P Ramlee, Nasir meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 5.10 petang tadi kerana sakit jantung dan buah pinggang. Al-Fatihah & takziah buat keluarga Nasir |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 18 Dec 2008, 9:35 am | |
| Pelaris filem seramTeruja berlakon di bawah arahan James Lee yang dikenali sebagai pengarah angkatan baru FAHAMAN dan pendekatan berbeza daripada James Lee sebagai pengarah filem angkatan baru yang kini mengorak langkah ke arus perdana menerusi filem Histeria, menyuntik semangat buat seperti Liyana Jasmay, Ainul Aishah, Yana dan Talya yang sama-sama terbabit menghidupkan watak di dalam filem ini. Debaran kian memuncak buat mereka kala menanti permulaan tayangan filem lakonan mereka itu yang bermula hari ini (18 Disember). Mampukah filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd itu yang dikategorikan sebagai filem seram versi Hollywood yang popular di era 80-an seperti Evil Dead dan Friday 13th ini menambat perhatian penggemar filem tempatan? Ketepikan isu adegan lesbian yang dipaparkan di dalam filem Histeria yang dihasilkan dengan kos RM1.4 juta ini, kerana ramuan pelakon baru dan senior seperti Vanidah Imran, Ady Putra, Adlin Aman Ramli, Liyana Jasmay, Scha dan ramai lagi mampu menjadi daya tarikan tersendiri mengundang penonton ke pawagam. Agak sukar menggandingkan enam pelakon utama filem ini untuk sesi fotografi, namun kehadiran Liyana, Ainul, Talya dan Yana sedikit sebanyak memberi keceriaan. Ketika fotografi ini berlangsung, Scha masih terikat dengan jadual penggambaran drama Awan Dania manakala dua lagi pelakon sibuk dengan urusan peribadi. Sementara itu, menurut Liyana, James Lee ialah pengarah yang pengalaman dan mempunyai caranya tersendiri dalam mengarahkan filem. Ini dapat dilihat sendiri apabila pengarah itu tidak membazirkan gulungan filem sepanjang penggambaran Histeria dilakukan. Katanya, dia pernah melihat Lee di kolej pengajiannya dan tidak menyangka mendapat peluang berlakon dalam filem di bawah arahannya pula. James Lee juga, tambah Lyana, pernah menjadi antara tenaga pengajar dalam subjek filem dan lakonan di kolej itu. “Saya bangga dan bertuah dapat bekerja dengannya. Dia pengarah pertama berbangsa Cina yang saya pernah bekerja di bawahnya. Saya suka orang yang ada idea berbeza dari yang lain. Dia menukar hampir 50 peratus olahan skrip secara spontan berdasarkan apa yang dia rasa patut dilakukan pada satu-satu masa. “Saya sudah berlakon enam filem dan saya nilai kembali satu cara terbaik bagi sesebuah hasil filem atau produksi berkait rapat kepada kerja pasukan. Bukan saja pelakon dan pengarah, sebaliknya orang di belakang tabir juga memainkan peranan yang penting. “Pelakon tidak boleh bergerak sendiri, sebaliknya perlu tahu soal teknik pencahayaan, kamera dan corak pengarahan pengarah,” katanya yang juga sedang menanti tayangan filem Maut (15 Januari depan), Papadom (Jun 2009), Pisau Cukur dan Duhai Si Pari-Pari. Keluar daripada imej pelakon komedi BAGI Ainul Aishah, 23, peluang berlakon di bawah arahan James Lee memberi satu ruang baru bagi dirinya untuk keluar daripada kepompong pengarah Prof A Razak Mohaideen menerusi tiga filem komedi arahannya iaitu Nana Tanjung 1, Nana Tanjung 2 dan Otai. Katanya, Histeri memberikan kelainan dan peluang bagi pelakon dirinya untuk mempamerkan lakonan yang lebih segar kerana bekerja di bawah pengarah yang berbeza. Mengakui bekerja dengan James Lee amat menyeronokkan dan hanya bercakap apabila perlu, hakikatnya Ainul mengakui saat sukar untuk menambat rentak perangainya pada peringkat permulaan. Menurut Ainul atau Ain, James Lee yang dikenali pada peringkat awalnya ialah seorang yang sangat pemalu. “Dia banyak memberi nasihat dan pada mulanya memang dia tidak banyak bercakap. Dia bercakap apabila perlu saja. Tidak suka marah di set penggambaran. Dia tahu apa yang diingininya dan tidak sukar bekerja dengannya kerana daripada arahannya kita tahu apa yang diimpikannya. “Pada masa sama, Liyana sendiri mengakui amat sukar untuk memahami isi hatinya dan lama kelamaan apabila sudah mula serasi, dia boleh menerima usikan kami,” kata Ainul yang mula berlakon sejak 2006 dan akan muncul dalam drama 13 episod berjudul Keliwon arahan Rashid Sibir. Menggeletar dengan Histeria FILEM Histeria menjadi percubaan pertama Talya atau nama sebenarnya Nurul Aqilah Faiqah Md Noor, 19, ke layar perak. Mula berlakon sejak tiga tahun lalu menerusi drama Misi XX Ray tetapi nama Talya mula mendapat perhatian sejak menjadi antara barisan utama drama keluarga bersiri Bong di TV9. Drama Bong bakal memasuki musim kelima dan penggambaran dijalankan pada Januari depan. Debaran dan getar rasa paling memuncak bagi Talya apatah lagi Histeria adalah filem pertama lakonannya. Perasaannya kini bercampur baur, tetapi peluang berlakon di bawah arahan James Lee di sisi Liyana Jasmay dan idolanya, Vanidah Imran sangat membanggakan diri gadis kelahiran Brunei ini. “Takut pun ada, gementar pun juga menanti maklum balas filem ini. Bagaimanapun, saya seronok dapat bimbingan James Lee, biarpun sudah mereka watak kepada setiap pelakon tetapi kami bebas untuk mewarna serta meluaskan watak yang diberi. Dia boleh dibawa berbincang dengan mudah dan sangat ringkas orangnya. “Peluang berlakon dengan nama yang sudah kukuh membuatkan saya gementar . Namun, Liyana dan kak Vee (Vanidah Imran) sebagai contoh, mereka sangat merendah diri dan membuatkan kita selesa. Mereka tidak wujudkan perbezaan pelakon baru atau lama. Ini membuatkan saya tidak tertekan di set penggambaran,” kata Talya. Jangan jadikan lesbian isu besar Yana atau Reanna, 24, mula membabitkan diri di dalam arena seni sejak 2002 dan turut dikenali sebagai pelakon tambahan dan penyanyi lagu runut bunyi filem terbitan Metrowealth. Filem Histeria menjadi filem pertama yang menampilkannya sebagai penggerak watak penting. Paling mencabar dia memegang watak gadis lesbian bernama Zeta yang menaruh perasaan terhadap Alissa (lakonan Scha). Berlakon di bawah arahan James Lee juga memberi kelebihan kepada Reanna untuk menimba pengalaman apatah dirinya juga bergelar pengarah. Katanya, cara pengarahannya lebih mudah walaupun pindaan sering dilakukan pada saat akhir mengikut kesesuaian situasi. “Watak dan lakonan dalam filem ini ternyata amat mencabar. Apabila berlakon dalam filem Histeria, saya menganggap masih baru biarpun sudah agak lama berada di dalam dunia lakonan. “Harapan saya semoga hal lesbian ini tidak menjadi isu. Penonton boleh membezakan ia hanyalah tuntutan watak yang perlu disesuaikan serta jauh sekali bukan personaliti diri saya yang sebenar. “Bermula sebagai pengarah indie, James Lee tidak kisah status itu. Dia tidak suka melihat monitor utama sebaliknya seperti pembantu pengarah saja. Saya akui banyak berinteraksi dengannya dan teruja menunggu hasilnya,” katanya. SINOPSIS 'Histeria' adalah sebuah kisah seram yang berlaku di sebuah sekolah terpencil. Enam pelajar nakal iaitu Alissa, Tini, Marina, Murni, Junita dan Kerek yang menamakan kumpulan mereka The Pink Ladies, berpura-pura terkena histeria hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Perbuatan itu mengundang masalah lain, apabila mereka didenda membersihkan kawasan sekolah selama seminggu ketika cuti semester. Kehadiran Zeta untuk memastikan mereka menyelesaikan denda secara tiba-tiba dalam kumpulan itu menjadi tanda tanya. Kejadian demi kejadian misteri dan menakutkan dialami oleh mereka semua. Ia bermula selepas Junita mengambil ‘sesuatu’ yang bukan miliknya. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang dibunuh secara kejam. Profil Liyana Jasmay Nama penuh: Liyana Jasmay Asal: Kuantan, Pahang Tarikh lahir: 28 Mac 1988 Kerjaya: Pelakon, pelajar dan sedang mengikuti pengajian Seni Persembahan dan Media di Kolej Universiti Sunway Pencapaian: Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-19 Emel/ facebook: liyana_loves@yahoo.com Profil Talya NAMA PENUH: Nurul Aqilah Faiqah Md Noor NAMA PANGGILAN: Talya TARIKH LAHIR: 25 Ogos 1989 TEMPAT LAHIR: Kotak Batuk, Brunei ADIK-BERADIK: Anak bongsu daripada lapan beradik KARIER: Peragawati fesyen dan pelakon DRAMA: Misi XX Ray, Bong, Puteri, Elly, Kau Bukan Mama, Cahaya Nur Iman FILEM: Histeria Emel: naf.talya@yahoo.com Profil Ainul Aishah NAMA: Ainul Aishah Azizun TARIKH LAHIR: 16 April 1985 ASAL: Kuala Lumpur FILEM: Nana Tanjung 1 dan 2, Otai, Skrip 7707 dan Histeria. DRAMA: KL Menjerit The Series, Enigma dan Anak Mami Myspace: www.myspace.com/ainulaishah Profil Norliana Samsudin Nama komersial: Yana, Reanna Tarikh lahir: 25 September 1984 Tempat lahir: Kluang, Johor Hobi: Membaca, menonton Kejayaan: Menjadi pengarah wanita termuda mengarahkan filem Selamat Pagi Cinta Emel: akira_amoy@yahoo.com ---------------------------------------------------------------------------------------------------------- WATAK PERWATAKAN (tujuh watak utama) Liyana Jasmay sebagai MURNI Murni adalah pelajar sekolah yang berperwatakan lemah lembut, pendiam dan lurus menyebabkan sering dibuli rakan-rakannya. Dia amat menyayangi teman-temannya terutama sekali Alissa. Dia juga mudah tersentuh apabila Alissa membulinya berbanding teman-teman lain. Scha sebagai ALISSA Alissa yang mempunyai seorang teman lelaki bernama Rizz, gemar menghabiskan masa hujung minggu bersama. Alissa seorang murid agak lasak dan kasar yang mengetuai kumpulan ‘The Pink Ladies’. Reanna/Yana sebagai ZETA Zeta seorang gadis remaja yang baru ditukarkan ke Sekolah Menengah Tun Teja, diuji bagi menganggotai kumpulan ‘The Pink Ladies’. Zeta juga seorang berani dan cekal hati menghadapi cabaran. Talya sebagai TINI Walaupun berada dalam satu kumpulan, ‘The Pink Ladies’, Tini sering tidak sependapat dengan Kerek. Dia menuduh Kerek merampas teman lelakinya.. Norisnainy sebagai KEREK Kerek adalah seorang remaja perempuan yang berperwatakan kasar, lasak dan berani ala ‘tomboi’. Yuhana sebagai JUNITA Junita tidak pernah setia dengan teman lelakinya, yang bergelar ‘lentok’, menjalin hubungan mesra dengan Cikgu Helmi. Ainul Aishah sebagai MARINA Marina sering berkongsi masalah dengan Murni, selepas kemasukan ahli baru ‘The Pink Ladies’, Zeta. |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 18 Dec 2008, 10:00 am | |
| layannnn |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 18 Dec 2008, 10:14 am | |
| (Gambar) Tudung Datuk Siti Nurhaliza Tinggal 50% TertutupBukanlah mahu jadikan isu, gambar ini pun sudah seminggu lama’nya. Tetapi M rasa kalau tudung sudah di’pakai sedemikian rupa, lebih baik di’buka terus kan? Bukan juga menggalakkan Siti Nurhaliza mendedahkan aurat, tapi aishh.. you all faham-faham lah sendiri. Entah tinggal berapa lama lagi tudung itu akan melekat di kepala Siti Nurhaliza. Semoga satu hari nanti hati Siti Nurhaliza akan terbuka kembali untuk menutup keseluruhan rambut cantiknya. Yang nampak besar sekarang ialah rantai penghias leher Siti Nurhaliza. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 18 Dec 2008, 10:15 am | |
| Ayu Raudhah Kahwin 2009?Nampaknya semakin ramai artis ingin menamatkan zaman bujang walaupun tahun 2008 dipenuhi dengan cerita kahwin-cerai artis. Cerita terbaru yang sampai ke telinga GUA ialah perihal seorang artis baru, Ayu Raudhah, yang bakal menamatkan zaman bujangnya. Selama hari ini, Ayu sentiasa berdolak dalih mengenai siapa lelaki yang bertakhta di hatinya. GUA dengar Ayu sudah menetapkan April sebagai bulan untuk mengikat tali pertunangan. Kekasih Ayu seorang pelakon yang membintangi drama ‘Sutera Maya’ tayangan TV3. Andai benar informasi GUA ini, tahniah GUA ucapkan. Nampaknya Ayu tidak takut untuk bergelar isteri walau namanya sedang meningkat naik. |
| | | deqlis Super Senior
Number of posts : 869 Age : 43 Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 18 Dec 2008, 1:50 pm | |
| sally..ada berita terkini lagi tak hari nie??? hehe |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 18 Dec 2008, 2:15 pm | |
| SEPULUH bulan lamanya rahsia mereka tersimpan rapi. Namun, sudah adat menjadi orang terkenal, apatah lagi bergelar aktres, pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar atau nama glamornya, Rita Rudaini tidak dapat melarikan diri daripada kenyataan bahawa berita perkahwinannya bersama bintang bola sepak muda yang sedang melakar nama di arena bola sepak negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak.
Jika Rita dikenali ramai, apa kurangnya Zafuan yang merupakan pemain kebangsaan dan pemain Negeri Sembilan untuk musim akan datang.
Biarpun tidak keluar daripada mulutnya sendiri, kerana Rita memilih untuk berdiam diri dengan tidak menjawab panggilan dan SMS yang dilayangkan oleh Kosmo!, namun setidak-tidaknya sidang media yang dibuat oleh keluarga mentuanya menjadi bukti yang sah, aktres jelita ini sudah bergelar seorang isteri sejak 25 Februari tahun ini.
Jarak perbezaan umur sebanyak 11 tahun tidak menghalang jalinan cinta yang utuh antara Rita, 32, dan Aidil Zafuan, 21, untuk diikat oleh tali perkahwinan.
Cuma, pernikahan rahsia mereka ini berlangsung secara rahsia di Songkhla, Thailand.
Ironinya, desas-desus mengenai hubungan kedua-dua mereka bukan lagi rahsia kerana sekitar tahun lepas, foto-foto mesra pasangan yang sama cantik sama padan ini tersebar ke pengetahuan pihak media. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 18 Dec 2008, 2:19 pm | |
| Orang kata saya dayus...SEPANJANG minggu lalu, bersambung-sambung ‘perdebatan’ antara pengarah popular, Shamsul Datuk Yusof dan pelakon, Diana Danielle di dalam akhbar gara-gara insiden pergaduhan besar yang berlaku antara mereka sehingga menjadi kes polis.
Apalagi bila Diana memberi kenyataan bahawa Shamsul menumbuknya sebanyak lima kali dan ini membuatkan Shamsul cukup tersentap dan mengatakan bekas kekasihnya itu suka menambah perisa kepada cerita sebenarnya.
Selain itu yang lebih membuatkan Shamsul bertambah ‘bengang’ apabila Diana turut menafikan mereka sebagai pasangan kekasih. Mudah cerita, Diana tak mengaku Shamsul pernah hadir dalam hidupnya sebagai seorang lelaki istimewa.
Ini membuatkan Shamsul yang selama ini mendiamkan diri terus membalas kenyataannya dengan menyifatkan Diana sebagai penipu besar.
Seperti umum tahu, sebelum kenyataan hal sebenar Shamsul disiarkan, Diana telah ke Jakarta untuk menenangkan fikirannya selain untuk urusan kerja rakaman album sulungnya.
Isnin lalu pula, Kosmo! mendapat perkhabaran Shamsul pula telah membawa diri. Anak bujang jutawan filem, Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail ini dikatakan telah membawa diri ke Bangkok, Thailand mencari ketenangan diri.
Shamsul ke Bangkok untuk menghilangkan segala tekanan yang sedang bersarang di hati selama lebih kurang seminggu, itu yang disampaikan kepada Kosmo!
Apa lagi tanpa melengahkan masa, anak muda ini terus dicari untuk mendapatkan pengesahan. Benarkah sampai sebegitu sekali lara di hati Shamsul sampaikan terpaksa meninggalkan keluarga di Kuala Lumpur.
Ahad lalu, saya menemuinya dan Shamsul tidak menafikan dia akan ke Bangkok keesokan harinya (Isnin lalu).
Pun, kata Shamsul dia terbang ke negara yang sedang bergolak itu bukan atas tiket untuk mencari pengubat cinta lara.
“Saya ke Bangkok sebab kerja,” katanya, bersahaja.
Menurut pengarah muda ini, dia menggalas tanggungjawab untuk proses suntingan filem kedua arahannya, Bohsia di negara berkenaan.
“Dah jadi tanggungjawab. Dalam apa keadaan sekalipun saya kena pergi jugalah ke sana sebab filem ini sudah tertangguh sebelum ini,” akui Shamsul.
Emosi semakin stabil
Dalam pertemuan sehari sebelum berlepas ke Bangkok, emosi Shamsul kelihatan lebih stabil. Malah, wajah kacaknya terserlah di sebalik topi yang tersarung di kepala dan pakaian ringkas, bergaya remaja.
Sempat juga jurufoto, Zakki Jilan mengambil gambarnya di sekitar kawasan rumah yang juga merupakan tempat melepak yang turut menjadi saksi cintanya dengan gadis jelita itu.
Tidak mengiakan ini lokasi percintaan mereka, Shamsul sekadar memberi senyuman sahaja bila ditanya tempat ‘dating’ mereka.
Kawasan itu juga merupakan lokasi drama Farah Syakira yang menampilkan dirinya bersama Diana sebagai pasangan kekasih.
“Tak payah tanya, benda dah lepas. Saya anggap ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku ini,” senyum Shamsul sambil memberi gaya bersahaja kepada jurufoto.
Terima kejutan lagi
Menemubual Shamsul, tidak seperti menemubualnya pada awal kekecohan mereka dulu. Beberapa hari selepas mendapat tahu Diana membuat laporan polis terhadap dirinya, Shamsul tidak banyak bercakap dengan pihak media yang bertandang ke rumahnya.
Dia hanya sesekali menjawab dan selebihnya ‘mengunci mulut’ kemas-kemas supaya tidak membocorkan banyak rahsia.
Pun, dalam kunjungan kedua saya ini, dia menjadi lebih terbuka dan bercerita apa sahaja yang berlaku padanya.
TIDAK mahu terus memburu cinta palsu, Shamsul pasrah dengan kecundang kisah cintanya dengan Diana Danielle.
Bukan kerana mahu memalukan sesiapa, cuma dirinya tidak tahan dengan apa yang berlaku, seolah-olah semua keburukan tertuju ke mukanya.
“Apa yang saya ceritakan sekarang ini sebenarnya mahu menjelaskan segala-galanya. Saya dah malas nak simpan. Selama ni kerana sayang, semua benda yang saya lihat tentangnya baik saja.
“Bila berlaku macam ini, ia seolah-olah membunuh saya dari dalam. Rata-rata orang kata saya dayus dan sebagainya, tapi orang tak tahu apa yang berlaku.
“Awalnya saya tak nak cakap, tapi bila semakin menjadi-jadi, saya tak boleh terima. Segala pengorbanan yang saya buat selama ini, inilah balasan yang saya terima,” katanya berterus-terang.
Selepas kenyataan Diana disiarkan dan dia hanya membiarkan, satu lagi kenyataan yang sukar diterima Shamsul telah disampaikan oleh Diana sendiri kepadanya.
Tidak pun menceritakan hal itu kepada pihak media, Diana memberitahu Shamsul suatu perkara yang menjangkaui fikirannya.
“Selama tiga tahun bercinta, langsung saya tidak tahu rutin sebenar dia. Lepas kami putus baru dia bagi tahu, siapa sebenarnya dia. Ia memang sesuatu yang agak mengejutkan bagi saya. Dan dia sudah biasa dengan perkara yang dilakukannya sejak berumur 12 tahun lagi. Punyalah pandai dia 'cover line',” ujarnya dengan nada kecewa.
Meskipun beberapa kali didesak untuk berkongsi apa rahsia itu, Shamsul hanya memilih untuk berdiam.
Kepadanya, biarlah dia menyimpan segalanya sebagai rahsia peribadi. Tidak mahu memburukkan pihak lain, Shamsul pada akhirnya reda dengan perpisahan yang datang setelah meneliti sedalam-dalamnya.
“Sebab itu orang kata semua benda yang berlaku dalam hidup kita ada hikmahnya. Akhirnya sehari demi sehari saya sudah bertemu dengan hikmah di sebalik segala yang berlaku terhadap diri saya sebelum ini.
“Sekarang saya reda dengan apa yang terjadi. Putus cinta pun saya tak kisah lagi dah sebab saya sudah tahu benda yang saya tak tahu sebelum ini” katanya.
Pencinta yang setia
Sememangnya Shamsul dikatakan mewarisi perilaku bapanya, Datuk Yusof Haslam. Jika ayahnya dilihat dengan karektor tegas, penuh disiplin dan tidak terlibat dengan anasir negatif, Shamsul juga begitu.
Tidak merokok, jarang ke kelab malam untuk berhibur, aktivitinya banyak kepada karya-karya seni, baik di rumah mahupun di pejabat.
Sebab itu apabila bercinta, dia akan menumpahkan sepenuh kesetiaan kepada wanita yang berjaya menambat hatinya.
Justeru, setiap permintaan Diana sebelum, dia pasti akan mendapatkannya. Maklumlah, kerana cinta, dia sanggup berbuat apa sahaja.
“Sebelum ini, segala kemewahan yang diminta saya bagi kerana mahu dia bahagia dan hidup selesa. Sampaikan yuran kelas pengajian dia pun saya beri sebab sayangkan dia sangat-sangat.
“Saya jenis tak pandai bermain kayu tiga atau empat bila suka dengan seorang perempuan. Kalau saya bercinta, memang saya akan sayang seseorang bagaikan menatang minyak yang penuh. Tapi bila berlaku macam ini, saya kecewa sangat. Adakah selama ini dia sekadar bertopeng dengan saya?,” tanyanya.
Siapa yang tidak terasa bila bekas cinta dipadamkan terus dari ingatan. Begitu bencinya gadis itu terhadap Shamsul? Atau seperti kata Shamsul, mungkin inilah caranya agar dapat meneruskan percintaan baru pula?
“Kalau tak nak bercinta dengan saya, tak apalah. Tapi tiga tahun ini apa? Macam ini ke dia nak buat pada saya? Kalau nak kata ada orang lain yang cuba menjadi batu api antara saya dan dia, takkan dia tak boleh fikir sendiri?.” soalnya.
Pertemuan dengan Shamsul kali ini juga mengejutkan saya apabila dia mendedahkan satu lagi perkara yang selama ini hanya dianggap sebagai mainan perasaan orang bercinta.
Mengenai kewujudan orang ketiga sehingga membuatkan hubungann dengan Diana berakhir, Shamsul mengakui ia memang benar berlaku.
“Sebenarnya memang betul ada orang ketiga. Tak perlu cerita pasal sekarang. Sepanjang kami bercinta, banyak kali dia curang dengan saya. Mula-mula memang saya tak percaya. Tapi bila dah lama sangat macam ini, saya mula percaya.
“Masa itu saya masih sayang dan cinta dengannya walaupun macam-macam benda dia dah buat. Dulu dia pernah ‘terkantoi’ dengan saya bila saya membaca mesej dari telefon bimbit dia. Patutlah dia tak suka bagi saya pegang telefon bimbit dia. Tentang dia tengah skandal dengan seorang artis tu, saya percaya ia memang betul.” katanya.
Bertanyakan, adakah dia mungkin serik untuk bercinta lagi, kata Shamsul buat masa sekarang dia mahu bersendirian.
“ Serik? Itu nombor dua. Yang penting setiap percintaan kita perlu jujur dan setia. Kalau tak boleh setia, baik tak payah bercinta,” katanya.
Apapun ini mungkin komen terakhir Shamsul mengenai seorang wanita bernama Diana Danielle. Selepas ini, dia tidak mahu lagi terperangkap dalam jerangkap samar percintaan.
“Biarlah saya tumpukan kepada karya-karya saya. Itu janji saya saya kepada kedua ibubapa saya. Saya harap selepas ini, saya akan menjadi lebih fokus kepada kerja-kerja seni saya, bukan hal-hal berkaitan dengan perasaan lagi,” katanya, penuh tekad. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 18 Dec 2008, 2:21 pm | |
| Ulangan kejutan klise - Ekoran Khai, Rosma terus kekalKHAI dan Rosma sentiasa bersedia mental dan fizikal.
Berbanding pasangan Lisdawati dan Fauzi Nawawi, begitu juga dengan pasangan Amyza Aznan bersama suaminya Khairil, pasangan muda, kedudukan Khai dan Rosma dalam Sehati Berdansa 2 sudah tak ubah seperti telur di hujung tanduk.
Apatah lagi dalam persaingan tiga penjuru di konsert penyingkiran hujung minggu lepas, nama mereka diumumkan 'tersingkir olok-olok'.
Namun keputusan tiada penyingkiran pada minggu kelapan program Sehati Berdansa 2, Ahad lalu sebenarnya sudah dijangka sejak awal-awal lagi. Dan seperti yang diramalkan, pengumuman penyingkiran pasangan Khai dan Rosma itu ditarik semula, melayakkan Khai dan Rosma untuk beraksi lagi di minggu penyingkiran terakhir, Sabtu dan Ahad ini.
Biarpun kejutan itu hampir membuatkan Amyza dan Lisda terkejut, sedih bercampur selesa kerana tiket ke final sudah dalam genggaman, Khai dan Rosma sendiri tidak tergamam seperti yang disangka. Jantung mereka juga masih berdegup seperti biasa kerana sejak beberapa minggu kebelakangan ini, memang kedudukan mereka di tangga terendah.
"Kami memang sudah bersedia mental dan fizikal, memang rasa akan tersingkir bila-bila masa dah.
"Tapi sampai ke tahap ini pun dah terlalu bersyukur sangat. Lagipun pasangan kak Lisdawati dan Fauzi begitu juga kak Amyza dan Khairil mempunyai penghayatan yang tinggi pada setiap minggu persembahan. Mereka pelakon, jadi itu kelebihan mereka berbanding kami, dari segi teknikal mungkin kami lebih sikit," kata Khai sambil diiya isterinya, Rosma.
Buat si Khai dan Rosma juga, diberi peluang untuk beraksi di satu lagi konsert mingguan sebelum, final pada 27 Disember depan ini adalah satu bonus buat mereka.
Bohonglah kalau tiada riak mahu ke final, tetapi kata pasangan penyanyi yang sama-sama lahir daripada program Akademi Fantasia (AF) ini, fokus mereka masih kepada badan kebajikan yang diwakili dan aktiviti sihat dunia suami isteri yang baru mereka langkahi.
Diserapkan semula setelah tersingkir, adakah itu tandanya layanan istimewa yang diterima memandangkan mereka antara artis kelahiran Astro, Khai dan Rosma ada jawapan.
"Itu tetap satu kejutan. Kami sendiri dah agak akan tiada penyingkiran tetapi bila dah siap bagi replika cek, rasa macam betullah akan disingkirkan.
"Sebenarnya, kami masuk program ini bukan kerana kami bekas budak AF, jadi senang nak raih undian. Itu silap dan terpesong daripada tujuan asal kami masuk program ini.
"Tentang undian SMS rendah atau tidak lagi mendapat sokongan pengundi atau ada pengundi yang tidak mahu bekas budak AF ke final, rasanya itu tak boleh nak dijelaskan, sebab ia berdasarkan peratusan undian, tak tahu pun berapa banyak undian yang kami terima sebenarnya," jelas Khai dan Rosma bersilih-ganti.
Untuk persembahan tarian bertemakan Ballroo dan Broadway Jazz minggu lalu, Khai dan Rosma mendapat peratusan undian terendah dengan markah 53.03 berbanding Lisda dan Fauzi dengan 62.60 manakala pasangan Amyza dan Khairil di tangga teratas dengan markah sebanyak 67.78.
Markah tinggi beri tekanan
Sejak dari minggu pertama, kolaborasi Amyza bersama suaminya Khairil yang langsung tiada asas tarian, nampaknya semakin memberikan kepuasan, baik kepada penonton mahupun juri.
ADAKAH dua pasangan yang meraih undian tertinggi ini bakal berentap pada final nanti?
Kredibiliti Lisdawati dan Fauzi pula tidak perlu lagi dipertikaikan kerana setiap kali beraksi dalam konsert mingguan, tarian mereka yang nampak realistik dalam apa jua bentuk tarian yang dipersembahkan.
Biarpun digembar-gemburkan dengan krisis 'nakal', dua pasangan ini sama hebat dan sama ramai peminat yang menyokong dari belakang. Jika tidak, masakan sehingga minggu kelapan, nama mereka masih di tangga teratas. Dan sekali pandang, dua pasangan ini sebenarnya sudah layak untuk ke final.
"Tetapi bila selalu dapat markah tinggi kami jadi takut juga. Memang setiap minggu mahu buat terbaik tetapi takut tak sampai tahap yang juri dan peminat mahukan," luah Amyza yang tidak menolak hakikat, mahu turut bergelar peserta final Sehati Berdansa musim ini.
Memandangkan hanya tinggal tiga pasangan, Amyza dan Khairil tidak mahu memberikan ulasan siapa pesaing terdekat mereka. Walaupun Khai dan Rosma, merasakan pelakon punya tarikan dan daya penghayatan yang kuat semasa membuat persembahan, Amyza pula tidak begitu.
"Entahlah! Yang pelakonnya saya seorang sahaja, suami saya bukan pelakon. Jadi, saya kena banyak beri perhatian pada langkah tari untuk tutup kelemahan suami. Lisda dan Fauzi mungkin ada kelebihan itu sebab mereka sama-sama pelakon," beritahu Amyza yang mewakili Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia.
Untuk minggu penyingkiran terakhir Sabtu ini, tiga lagi pasangan yang masih meneruskan perjuangan di Sehati Berdansa 2 ini akan mempersembahkan dua genre tarian.
Kali ini setiap kareografer diberi kebebasan untuk memilih salah sebuah lagu daripada tarian yang pernah dipersembahkan oleh mereka atau oleh pasangan lain sebelum ini, manakala sebuah lagi lagu bertemakan funky hip hop jazz akan disediakan oleh pihak penerbit. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 18 Dec 2008, 2:24 pm | |
| Nina lali dengan cakap orangKISAH perceraiannya dengan peguam yang juga ahli perniagaan, Datuk Shukri Mohamed, 51, bukan rahsia lagi di kalangan pihak media dan peminatnya. Sekalipun perceraian itu pahit untuk dikenang, namun penyanyi Azharina Azhar atau lebih mesra dengan panggilan Nina, reda dengan ketentuan Tuhan, jodohnya hanya setakat itu saja. Ternyata mahligai yang dibina pada 2006 itu hanya mampu bertahan kira-kira dua tahun.
Kini, sudah 10 bulan, Azharina, 23, hidup sendiri dan memegang status janda muda.
Namun, bekas Juara Bintang RTM 2001 yang mencuri hati peminat dengan lagu popularnya, Elegi Sepi ini mengakui perceraian bukanlah penamat dalam episod kehidupannya.
Malah, kata Azharina, 23, kini dia semakin bersemangat merencana masa depan termasuk menempuh cabaran hari mendatang.
Apatah lagi, kata Azharina yang juga usahawan muda gigih ini, selain kerjaya seni, dia juga menggalas tugas berat menerajui empat syarikat miliknya iaitu Azharina Entertainment, Azharina Interior Design, Top 3 Production (Top 3) dan Axcessible Network Trading (ANT).Top 3 dan ANT juga syarikat yang ditubuhkan bersama rakan kongsinya. "Sebenarnya, saya bukan sengaja menghilangkan diri di persada seni, sebaliknya sibuk dengan kerja belakang tabir produksi.
Sebab itu saya tidak menonjol di khalayak ramai. "Sekalipun selaku pengarah urusan syarikat, saya juga bukan sekadar 'pose cantik' saja sebaliknya sibuk mencari bakat baru dalam bidang seni untuk bernaung di bawah produksi Azharina Entertainment.
"Setakat ini, saya sudah mempunyai dua artis baru iaitu Chen dan Emma yang juga penyanyi kelab dan terbabit sebagai penyanyi latar saya sebelum ini. Buat masa ini, saya terbitkan single saja dulu sekali gus memperkenalkan mereka di persada seni tempatan.
"Misi saya untuk melahirkan artis baru yang bagus dan layak untuk bergelar penghibur sekali gus menyemarakkan industri seni.
"Produksi saya, Top 3 pula banyak terbabit dalam penerbitan program dokumentari untuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional, Filem Negara Malaysia dan National Geographic. Terbaru, produksi saya juga buat program dokumentari untuk Pelancongan Malaysia dan ditayangkan dalam web TV.
"Saya buat semua ini kerana cinta yang mendalam dalam bidang seni. Bidang perniagaan yang diceburi pula sebagai jaminan untuk masa depan saya dan keluarga di kampung.
"Selain buat kerja belakang tabir, saya juga cari makan dengan memenuhi undangan menyanyi untuk majlis makan malam pihak korporat di sana sini. Majlis sedemikian memang tidak ada publisiti daripada pihak media sebab itu publisiti untuk saya kurang sejak kebelakangan ini," katanya.
Bagaimanapun, kata Azharina, hubungannya dengan bekas suami (Datuk Shukri) masih baik sampai sekarang.
"Saya akui dia suami yang baik dan bertanggungjawab sepanjang kami hidup bersama dulu.
Kami bercerai pun kerana sudah tidak boleh hidup sebagai suami isteri lagi. Kami masih berhubung sebagai rakan bisnes kerana saya lebih pentingkan kerjaya seni dan bidang perniagaan yang diceburi berbanding soal yang remeh- temeh.
"Malah, beliau juga penasihat undang-undang yang mewakili syarikat saya.
"Kami bercerai secara baik kerana saya tidak mahu menyelesaikan perceraian kami dulu dengan turun naik mahkamah.
"Orang nak kata apa pun pasal saya, saya tidak kisah kerana sudah lali dengan cakap orang.
"Terus terang, saya bahagia dengan kehidupan sekarang kerana hidup juga lebih tenang berbanding dulu. Kini, saya lebih terbuka mengenai hidup,"
Ketika ditanya mengenai pengganti, Azharina berkata, dia menyerahkan soal jodoh pada ketentuan Tuhan.
"Kalau ada jodoh saya terima, kalau tidak ada pun saya tetap meneruskan kehidupan seperti biasa. Saya tidak bercadang untuk mencari pengganti dalam tempoh terdekat ini kerana masih trauma dan fobia dengan apa yang berlaku dalam hidup saya dulu.
"Apapun, saya tidak serik untuk berkahwin lagi dengan mereka yang bergelar 'Datuk' kerana apa yang penting, calon suami itu bertanggungjawab, beriman, mampu mendidik dan menyara kehidupan saya. Kalau saya pula yang sebaliknya perlu menyara suami, lebih baiklah saya tidak berkahwin dan fokus pada kerjaya dan perniagaan saja," katanya. Dalam pada itu, Azharina juga kini mempertaruhkan single terbarunya berjudul Rawan yang juga ciptaan komposer terkenal Hazami yang sudah pun diputarkan di radio sejak awal bulan ini. Lebih bermakna, kata Azharina, Rawan juga lagu yang dipilih sendiri bekas suaminya untuk menjadi single terbarunya itu.
"Saya dan Hazami sama-sama terbabit dalam proses pemilihan lagu untuk menjadi single terbaru saya. Justeru, apabila Datuk Shukri dengar lagu Rawan, dia juga kata lagu itu sedap didengar dan kami juga memutuskan lagu itu menjadi single terbaru saya.
"Setiap kali dengar lagu Rawan, ia juga mengingatkan kenangan saya ketika hidup bersama dengannya dulu.
"Saya juga berharap lagu ini akan menaikkan kembali nama saya selepas Elegi Sepi. Apa yang penting, peminat saya suka lagu ini.
Buat masa ini, saya juga belum merancang untuk buat album penuh kerana kegawatan pasaran ketika ini.
"Saya percaya mana-mana artis pun tidak berani untuk bikin album baru dalam keadaan kegawatan ekonomi ketika ini kerana risikonya besar," katanya.
>Profil
NAMA PANGGILAN: Nina
UMUR: 23 tahun
TARIKH LAHIR: 11 Mac 1985
TEMPAT LAHIR: Kota Kinabalu, Sabah
STATUS: Janda
TINGGI: 157 sentimeter
BERAT: 53 kilogram
SINGLE: Seandainya (2003), Elegi Sepi (2005), Tsunami Kasih (2007)
ALBUM: Azharina (2003), Nina (2005), album kompilasi Sony-BMG Goreng
Pisang Panas
VIDEO: Seandainya, Elegi Sepi dan Tsunami Kasih
PENCAPAIAN: Juara Bintang RTM 2001 |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 18 Dec 2008, 3:09 pm | |
| Hadiah istimewa birthday Dafi Dafi baru menyambut hari ulang tahun yang ke-20 pada 14 Disember 2008 lalu. Majlis sambutan ulang tahun kelahirannya dijayakan sepenuhnya oleh ahli kelab peminatnya, Dafi Fan Club (DFC). Majlis istimewa itu diadakan di Menara Kuala Lumpur. Temanya Dafi Terbang Tinggi.Bapa turut memeriahkan majlis ulang tahun Dafi.
Sesuai dengan konsep itu, majlis kononnya diadakan di dalam pesawat dan Dafi menjadi kaptennya.
Sebab itulah Dafi hadir dalam seragam seorang kapten pesawat penerbangan.
Apa hadiah istimewa yang Dafi dapat?
Norman, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Berhad menghadiahkan satu hadiah yang amat bermakna buat Dafi.
Hadiahnya ialah pelancaran album sulung Dafi berjudul Seumur Hidup.
Sebenarnya perancangan melancarkan album pada majlis ulang tahunnya dirancang lebih awal oleh pihak KRU dan ahli DFC, hanya Dafi yang tidak diberitahu pasalnya kerana mereka ingin membuat kejutan kepada Dafi.
"Dafi sangat seronok sebab akhirnya album sulung yang Dafi tunggu-tunggu selama ini berjaya dipasarkan dan lebih istimewa apabila ia dipasarkan pada hari ulang tahun Dafi. Ia menjadi satu hadiah yang sangat bermakna.
"Inilah masa yang Dafi tunggu... untuk memiliki album penuh kerana Dafi memang ingin menjadi penyanyi sejak dulu lagi. Ia membuktikan yang Dafi tidak main-main dengan bidang muzik yang Dafi pilih," kata Dafi.
Kapten Gadaffi ke? Dafi juga akan memulakan promosi yang dirangka oleh pihak KRU. Album itu dianggap tepat masa pasarannya kerana dia kini sedang bercuti daripada kolej dan boleh memberi sepenuh tumpuan pada promosi album.
Pada majlis tersebut Dafi turut menghiburkan peminat dengan lagu-lagu terbaru petikan albumnya iaitu Seumur Hidup, Di Antara, Adinda dan Lemah.
Album Dafi juga akan dipasarkan di Indonesia kerana namanya sudah mula dikenali melalui iklan aiskrim Cotrnetto bersama Gita Gutawa. Lagu Dua Hati Menjadi Satu nyanyian duet mereka turut dimuatkan di dalam album selain single Bila Terasa Rindu.
Dafi juga turut merakam lagu ciptaan Badai (Kerispatih) berjudul Di Antara. Lagu-lagu lain termasuk Hanya Namamu Cinta, Inginku, 3 Kata dan Seandainya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 18 Dec 2008, 3:12 pm | |
| Rezeki Farah Asyikin... duta jam Farah Asyikin. Selepas bercerai nampaknya murah pula rezeki penyanyi Farah Asyikin. Dia kini bergelar duta jam tangan Roscani. Farah pun bukanlah jenis yang mudah mengalah apabila rumah tangganya gagal sebaliknya di semakin bersemangat untuk meningkatkan kerjaya seninya. Farah juga semakin seksi akhir-akhir ini. Lebih-lebih lagi apabila menyanyi di atas pentas. Pada majlis pelancaran koleksi terbaru Roscani di Plaza TTDI, Kuala Lumpur baru-baru ini, Farah turut menghiburkan pengunjung. Lihatlah aksi Farah, makin mengancam sekarang. Farah juga semakiin lincah di atas pentas. Roscani dengan Koleksi Trouvaille Ceramic dilancarkan pada majlis tersebut. Ia datang dalam empat rekaan iaitu Classic Rose Gold, Elegant Night Black, Contemporari White dan Modern Rose Gold. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 18 Dec 2008, 3:15 pm | |
| Marcell-Rima kahwin tahun ini Mangga Muda dengar satu khabar pasal pasangan kekasih dua negara seberang, Marcell dan Rima Melati akan berkahwin hujung tahun ini. Tahniahlah sebab mereka tidak mahu bercinta lama-lama, maklumlah kedua-duanya ada pengalaman kegagalan perkahwinan lalu.Sensasikah nanti perkahwinan mereka?Adalah satu sumber yang rapat dengan pasangan itu memberitahu pasal perancangan perkahwinan mereka dalam masa terdekat. Tahun ini juga mereka akan kahwin. Biasalah ada yang terkejut dan ada yang gembira bila dengar perancangan penyanyi Indonesia dan pelakon yang berasal dari Singapura itu mendirikan rumah tangga. Ada yang tanya... sudahkan Marcell memeluk agama Islam kerana Rima tu agamanya Islam dan Marcell pula penganut Budha. "Mereka akan kahwin tapi Marcell tetap dengan agama asalnya," kata sumber tersebut kepada Mangga Muda. Macam mana tu? Nanti timbul cerita sensasi pula. Kalau di Malaysia tak bolehlah mereka berkahwin. Agaknya mereka akan kahwin di Indonesialah. Di Indonesia perkahwinan campur banyak dilakukan dan ia boleh diterima oleh masyarakat sama. Ramai juga artis yang kahwin walaupun mereka berlainan agama. Tunggulah perkembangan Marcell dan Rima pasal perkahwinan mereka nanti. Pasangan sedang bahagia. Marcell kerap juga datang ke Kuala Lumpur untuk bertemu kekasih hati yang berlakon di Malaysia. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 18 Dec 2008, 3:17 pm | |
| Siti kurus balik Badan Datuk Siti Nurhaliza nampaknya kejap langsing sekejap nampak gempal sedikit. Setiap kali muncul dalam majlis, imejnya sering berubah-ubah.
Apatah lagi sejak akhir-akhir ini dia jarang muncul dalam majlis. Apabila sesekali hadir, imejnya nampak ketara berubah.Siti Nurhaliza kembali langsing. Sebagai orang yang sering jadi tumpuan dalam sesebuah majlis, pastilah Siti mahu tampil dengan gaya yang menarik.
Siti akui berat badannya mudah naik dan mudah pula turun bergantung kepada amalan pemakanannya. Kini dia bakal muncul dengan album baru, pastilah bersemangat untuk menurunkan berat badan.
"Sebenarnya semasa bulan puasa lalu dan musim rumah terbuka Hari Raya, Siti jarang menghadiri majlis, jadi itulah masa Siti berdiet," kata Siti pasal dietnya.
Menyentuh pasal album barunya, kata Siti mengikut perancangan ia akan dipasarkan tahun ini juga dan kini prosesnya sudah di peringkat akhir |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 18 Dec 2008, 3:28 pm | |
| TERKINI : Abby dan Norman bercerai lagi dengan talak satu 18 dISEMBER 2008 Pasangan Abby Abadi-Norman Hakim akhirnya bercerai.
[SEMASA] KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim hari ini bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur.
Norman atau Mohamed Norhakim Zaidon, 32, melafazkan talak kepada Abby atau Arbaeyah Abdul Manan, 31, pada pukul 11.20 pagi ini di hadapan Hakim Wan Mahyuddin Muhamad.
Semasa hendak melafazkan talak, Norman dilihat gagal mengawal perasaan, sehingga mahkamah terpaksa ditangguhkan kira-kira 10 minit untuk memberi masa kepada Norman menenangkan diri.
Ketika ditemui di luar perkarangan mahkamah, Norman mengakui beliau gagal mengawal perasaan semasa mula-mula hendak melafazkan talak.
"Bukan mudah saya nak lafazkan cerai kepada dia (Abby) kerana banyak perkara yang telah dilalui bersamanya.
"Saya teringat kembali di awal perkahwinan kami sehingga mempunyai anak-anak, semua ini membuatkan saya gagal mengawal emosi.
"Namun, Alhamdulillah, setelah saya berjaya menenangkan diri, baru saya dapat lafazkan talak kepada Abby," kata Norman dalam nada sedih.
Biarpun sedih dengan perpisahan itu, Norman akur dengan ketentuan takdir dan Ilahi.
"Saya akur dengan ketentuan qada dan qadar. Semoga segalanya berjalan dengan baik selepas ini.
"Saya mengharapkan semuanya akan berjalan dengan lancar, kehidupan dapat diteruskan seperti biasa dan anak-anak tetap dapat kasih sayang daripada bapa dia sendiri," ujarnya.
Ditanya mengenai bagaimana hubungannya bersama Abby selepas berakhirnya rumah tangga mereka, Norman berkata, dia selalu mengharapkan terbaik untuk bekas isterinya itu.
"Kita mengharapkan segalanya yang terbaik. Kita ambil peluang sekali dalam kehidupan ini jadi kita tak nak memutuskan silaturrahim dan kita fikirkan masa depan untuk anak-anak," katanya yang popular dalam drama bersiri Gerak Khas.
Sementara itu, Abby yang ditemui pemberita menyifatkan keputusan yang dicapai pada hari ini sebagai perkara yang terbaik untuk kedua belah pihak.
"Sebagai manusia saya maafkan dia (Norman), tapi saya tak berani janji saya boleh betul-betul baik dengan dia.
"Saya terpakSa ambil keputusan ini kerana Saya tak nampak ruang untuk kami berbaik semula selepas apa yang terjadi."
"Saya hanya berserah dan harap semua pihak termasuk peminat doakan saya dapat jaga anak saya dengan baik," kata Abby yang pernah menganggotai kumpulan Elite.
Jelas Abby selepas penceraian ini dia mahu menumpukan perhatian kepada karier seni dan anak-anaknya dan melupakan kenangan pahit yang berlaku.
"Saya nak jadi orang baru. Saya nak 'refresh' balik apa yang ada dalam diri. Saya memang kena jadi orang baru dan kuat untuk lalui semua di masa akan datang," ujarnya sayu.
Tegasnya, jika diberi peluang beliau tidak mahu semua pihak terus mensensasikan kisah rumah tangganya yang telah hancur.
"Kalau boleh saya tak nak diberi perhatian kepada cerita-cerita rumah tangga sebab saya berada dalam bidang ini untuk mencari rezeki," katanya.
Ditanya mengenai hak penjagaan anak Abby berkata anak-anak masih berada di bawah penjagaannya.
"Tak timbul soal nak rebut anak-anak sebab mereka masih dengan saya dan saya tak ada halangan untuk dia (Norman) berjumpa dengan anak-anak.
"Tentang tuntutan nafkah dan sebagainya akan dibuat dan akan diuruskan oleh peguam syarie saya, Ahmad Nazib. Saya sendiri payah nak selesaikan masalah ini kerana saya susah nak berbincang dengan Norman," ujar Abby yang juga ibu kepada Mohamad Danish Hakim, 5; Marissa Dania Hakim, 3, dan Maria Danisha Hakim, 3 bulan.
Sementara itu, ketika diminta mengulas tentang kedudukan sebenar hubungannya dengan pelakon baru Gerak Khas, Zul Ariffin pula, Abby berkata, hubungan mereka tidak ubah seperti 'kawan baik'.
"Bagi dia ruang. Dia macam kawan baik saya. Dia datang hari ini pun sebab nak beri sokongan moral kepada saya sama macam Shasha dan Wan Norhafiza daripada kumpulan Elite dan saya rasa ini bukan satu isu yang perlu dibesar-besarkan," katanya.
Ibu muda ini turut memberitahu, betapa beliau terkejut membaca ruangan gosip dalam sebuah akhbar baru-baru ini mengenai dirinya yang sedang kemurungan disebabkan masalah peribadinya berfoya-foya di pusat hiburan bersama teman lelaki barunya.
Tegas Abby, gambar gandingan mereka berdua yang disebarkan sebelum ini adalah perbuatan mereka yang punya niat tertentu.
"Saya tak rasa ia salah kalau kita ambil gambar dengan lelaki lain. Lagipun bukan saya sahaja semasa bergelar isteri orang ambil gambar dengan lelaki lain, tidak pula menjadi isu. Tapi bila saya kenapa ia dilihat macam pelik sangat.
"Saya rasa ia tak perlu diperbesarkan lagi. Bagi ruang kepada kami untuk mencari rezeki dalam bidang ini," katanya.
Tambah Abby apa yang penting dia tahu menjaga batas perhubungannya dan dia tidak pernah minum arak serta tak pernah berfoya-foya seperti yang diperkatakan oleh pihak-pihak tertentu.
"Pada saya apa yang ditimbulkan itu keterlaluan dan saya harap hentikanlah daripada menyebar fitnah. Lagipun apa yang diperkatakan itu tidak benar," ujarnya.
Beliau pada masa yang sama berharap agar peminat di luar sana tidak salah sangka dengan apa yang berlaku kerana dia percaya ada pihak yang cuba menggeruhkan lagi keadaan.
Zul yang akan berlakon dalam Gerak Khas musim terbaru tiba perkarangan mahkamah pada jam 9.30 pagi.
Turut hadir memberi sokongan moral kepada Abby adalah teman baiknya, Sasha bersama suaminya Salyo.
Hubungan Abby dengan pelakon kacak berkenaan semakin rancak diperkatakan apabila Zul turut berlakon dalam drama bersiri, Gerak Khas terbitan skop Production itu.
Zul yang ditemui di luar perkarangan mahkamah turut menafikan dia dan Abby mempunyai hubungan istimewa.
"Seperti yang diketahui umum hubungan saya dan dia (Abby) sebagai kawan. Dia banyak bantu saya dan lepas ini kami akan bekerjasama lagi," ujarnya.
Ditanya adakah dia bersedia jika digosipkan dengan Abby selepas penceraian itu berlaku, Zul berkata:
"Itu saya tak tahu lah. Itu hanya gosip. Dan apabila masuk dalam bidang ini saya terpaksa lalui semua benda ini."
Pada 5 Disember, Abby Abadi telah memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Norman Hakim yang baru-baru ini ditangkap khalwat dengan seorang pelakon baru, Memey Suhaiza.
Permohonan tersebut difailkan melalui peguam syarie, Ahmad Nazib Johari di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.
Itu merupakan kali kedua Abby memfailkan permohonan perceraian setelah cubaan kali pertama yang dilakukan sendiri tanpa peguam syarie pada 3 November lalu gagal disebabkan dokumen yang tidak lengkap.
Mahkamah menetapkan hari ini untuk mendengar sebutan kes tersebut untuk mengetahui sama ada Norman yang juga seorang pelakon bersetuju atau sebaliknya terhadap permohonan isterinya.
Jelas beliau, Abby mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga (Negeri Selangor) 2003 iaitu bercerai dengan persetujuan Norman melalui kebenaran mahkamah.
Dalam permohonan itu, kata Ahmad Nazib, Abby memohon perceraian dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka suami isteri.
Abby yang baru menyambut hari jadi yang ke-31 pada 1 Disember lalu sebelum ini pernah menegaskan untuk mengakhiri perkahwinan mereka ekoran krisis yang melanda.
Norman yang juga seorang ahli perniagaan bagaimanapun berharap agar rumah tangga mereka dapat dipertahankan demi kebahagiaan tiga orang anak mereka.
Rumah tangga pasangan artis tersebut dilanda kemelut apabila Norman ditangkap khalwat bersama Memey di sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana dekat sini pada awal pagi 30 Oktober lalu.
Pada 3 November lalu, Abby dinasihatkan oleh pihak mahkamah supaya berbincang dengan Norman terlebih dahulu supaya dapat bercerai secara baik, setelah dia gagal memfailkan perceraian ekoran dokumen permohonan yang tidak lengkap.
Sejurus selepas itu, Abby bertindak nekad berkunjung ke lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas di Wangsa Maju untuk menemui Norman bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.
Pasangan tersebut yang mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2002 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Hakim, 5, Marisa Dania Hakim, 3, dan Maria Danisha Hakim, dua setengah bulan.
Norman dan Abby pernah bercerai talak satu pada 5 Mei 2006. Bagaimanapun, mereka rujuk semula dalam tempoh yang singkat. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 18 Dec 2008, 3:30 pm | |
| Shafnie ditegur kerana pakaian tak sesuai, kes ditunda tahun depan 18 DISEMBER 2008 [ SEMASA] SHAH ALAM: Selepas gagal menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 21 Oktober lalu, hari ini pelakon dan pengacara AC Mizal sekali lagi gagal menghadiri prosiding kes tunggakan nafkah dua anak lelakinya sebanyak RM50,000.
Disebabkan ketidakhadiran AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 37, bersama peguam syarienya, Siti Aishah Din, Hakim Syarie Saarani Ismail menetapkan tarikh 13 Januari 2009 untuk mendengar keputusan berkenaan notis bantahan awal terhadap permohonan bekas isterinya, Shafnie Zainudin, 33, agar satu perintah komital dikeluarkan menghantar responden ke penjara berhubung kegagalannya menjelaskan nafkah.
Dalam prosiding pagi ini, hanya kelibat Shafnie dan peguam syarienya, Azmi Mohd. Rais yang muncul di mahkamah.
Menurut Hakim Shaarani, prosiding hari ini sepatutnya mendengar hujah antara peguam yang mewakili kedua-dua belah pihak.
Namun, disebabkan peguam Siti Aishah tidak dapat hadir kerana sedang berada di Perlis atas urusan pertauliahan peguam syarie, maka Shaarani memutuskan supaya hujahan kes tersebut didengarkan pada tahun hadapan.
Kata Shaarani, Siti Aishah turut menghantar surat yang difakskan kepada mahkamah mengenai hujahannya untuk prosiding pada hari ini.
Bagaimanapun, peguam Azmi membantah tindakan Siti Aishah kerana Siti Aishah sepatutnya membentangkan hujahan tersebut di dalam mahkamah dan bukannya melalui surat.
"Tindakan Siti Aishah dikira tidak profesional. Namun, semuanya terpulang kepada Hakim untuk membuat keputusan pada hari ini atau menangguh kes ini.
"Jika kes ini ditangguhkan, saya meminta kos prosiding ini ditanggung oleh AC Mizal," ujar Azmi.
Sementara itu, Shaarani memberitahu beliau meminta Siti Aishah membentangkan hujah serentak dengan Azmi pada 13 Januari depan di mana hari tersebut juga mahkamah akan memperdengarkan keputusan berkenaan notis bantahan awal AC Mizal terhadap Shafnie.
Shaarani turut menegur cara berpakaian Shafnie yang tidak sesuai dengan peraturan memasuki mahkamah.
Shafnie memakai kemeja putih berbelang hitam bersama vest berseluar hitam yang agak ketat dan bertudung hitam.
Hasil perkahwinan pertama AC Mizal dan Shafnie, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad Shafiq Iman, 12 dan Muhammad Shabil Iman, 9.
Pasangan ini telah bercerai talak satu pada 17 Oktober 2001. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 18 Dec 2008, 3:33 pm | |
| Zizie dibayangi kejahatan Norell DRAMA bersiri Spa Q 2 kembali menemui penonton sejak Isnin lalu, 15 Disember yang disiarkan mulai Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang di TV3.
Drama 60 episod ini meneruskan kesinambungan kisah Qistina lakonan Norish Karman yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai konflik bersama dua orang anaknya Dafi (Fazren) dan Melissa (Zaris Nellydya) selepas kematian suaminya, Riezman.
Selain watak Qistina, Dafi dan Melissa, watak Norell lakonan Zizie Ezette A. Samad turut menjadi perhatian penonton.
Zizie bawa watak Norell di dalam Spa Q 2. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT
Norell merupakan pengurus Spa Q yang diamanahkan oleh Qistina untuk memastikan perniagaannya berjalan lancar memandangkan Qistina semakin sibuk dengan pelancaran Spa Q seluruh negara sehingga ke rantau Asia.
Namun, Norell sanggup mengkhianati Qistina dan akhirnya menjadi pesaing terdekat Spa Q.
Ketika melakonkan watak antagonis itu, Zizie berkata dia hanya membayangkan dirinya sendiri adalah Norell.
“Di dalam lakonan, saya cuba menghayati watak Norell yang suka mengarah, dan dengki dengan orang lain.
“Saya cuba membaca skrip beberapa kali untuk menghayati watak itu,” jelas Pelakon Wanita Drama Terbaik Anugerah Skrin ke-6 ini.
“Saya cuba melakukan kelainan dalam setiap watak jahat yang dilakonkan sebelum ini.
“Misalnya, saya menunjukkan kejahatan pada tahap melampau dalam drama bersiri Emil Emilda.
“Namun, dalam drama Spa Q 2 ini, saya cuba lakukan secara ‘subtle’ dan bukan dibuat-buat,” tutur anak gadis jelita aktres dan pengarah drama Khaty Fauziah ini.
Bercerita tentang lakonan menerusi drama Spa Q 2 yang sedang menjalani proses pengambaran, Zizie berkata dia menyenangi cara kerja pengarah Redza Fahmy.
“Setakat ini, berkerja dengan Redza memang ‘the bomb’ kerana dia boleh menerima pendapat saya.
“Kalau dia suruh buat sesuatu, saya akan pertimbangkan sama ada bersesuaian dengan watak atau tidak.
“Jika saya rasa tak boleh, saya akan beritahu dia dan kami saling bekerjasama dengan baik,” kata Zizie.
Berkahwin ikut kata hati
Sukar untuk mengungkapkan bahasa cinta Zizie, 30, kerana selayaknya hanya dia sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Bagi Zizie, dia mengakui jodoh dan pertemuan itu terletak di tangan Yang Maha Esa, namun jika tersilap langkah, mahligai yang dibina boleh roboh pada bila-bila masa sahaja.
Dia percaya hati dan perasaan turut memainkan peranan yang penting dalam mencetuskan perhubungan melibatkan cinta, kasih dan sayang.
Setakat ini, Zizie berkata dia sedang berkawan dengan seorang lelaki berusia 42 tahun dan merupakan seorang ahli perniagaan.
Ujarnya, walaupun dia sudah banyak kali menggalas watak antagonis, namun Zizie cuba mencetuskan kelainan dalam setiap tugasan yang diberikan.
Cerita Zizie, dia sudah mengenali lelaki berstatus bujang ini sejak tujuh tahun lalu.
Walaupun usia perkenalannya boleh dikatakan sudah mencapai tahap serius, namun banyak perkara lagi yang Zizie rasakan belum layak untuk menerima sang jejaka sebagai suaminya.
Hendak dikatakan lelaki ini serba kekurangan, tidak juga, kerana melalui kaca mata Zizie, si jejaka mempunyai segala-galanya yang didambakan wanita seperti kewangan, kematangan dan layanan yang istimewa.
Namun, Zizie tidak mudah terpukau dengan semua yang ditaburkan itu sebaliknya inilah yang diluahkan olehnya:
“Perkara yang melibatkan perkahwinan ini melibatkan hati. Semasa hati saya betul-betul sudah sedia untuk berkahwin, tiba-tiba ada halangan pula.
“Selepas itu, kami membuat perancangan lagi tetapi sebaliknya hati saya pula yang tidak bersedia waktu itu.
“Saya tak tahu nak huraikan macamana lagi sebab dalam perkahwinan ini, saya tak nak terlalu terburu-buru membuat keputusan.
“Mungkin juga sebab apabila sudah terlampau lama berkawan, hubungan kami ada pasang dan surutnya hingga membuatkan hati saya tak selalu gembira.
“Bukan saya sudah tawar hati, tetapi saya belum bersedia lagi. Tetapi, satu yang saya puji tentang sikapnya yang tidak jemu-jemu mengambil hati saya walaupun dia tahu saya tidak gembira.
“Jadi, sebab itu apa yang saya lakukan nanti, saya bukan sahaja melihat dari segi kewangan dan persediaan lain, malah saya juga akan mengikut kata hati saya.”
Tambah Zizie, dia faham umurnya yang semakin meningkat itu boleh mengakibatkan pelbagai perkara yang tidak sihat dalam perkahwinan seperti masalah lambat mendapat anak namun dia tidak memandang hal itu sebagai penyebabnya.
Apa yang penting bagi Zizie, perkahwinan itu memerlukan lebih kepada komitmen kerana menganggap ia suatu tanggungjawab yang berat untuk dipikul oleh sesiapa sahaja sama ada lelaki atau wanita.
“Bagi saya, perkahwinan bukan sahaja melibatkan penyatuan dua hati di mana kita bukan sahaja inginkan sebuah keluarga bahagia malah ia lebih kepada komitmen kerana perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang berat.
“Misalnya, apabila saya berkeluarga, tugas menjaga anak tidak sepatutnya dilepaskan kepada saya seorang,” tutur Zizie positif.
Mungkin juga pengalaman lalu membuatkan wanita mempunyai bakat semulajadi dalam dunia lakonan ini berfikiran matang sekaligus membuatkan dia nekad untuk betul-betul membuat pilihan sebelum terikat dengan mana-mana lelaki.
“Salah satunya, mungkin juga saya banyak berfikir disebabkan pengalaman penceraian ibu dan bapa saya yang dilihat di depan mata.
“Jadi, selepas daripada itu, saya perlu betul-betul ambil tahu siapa bakal suami yang akan menjaga anak saya.
“Saya tak boleh ambil mudah tentang perkara ini. Saya inginkan lelaki yang stail suka duduk rumah dan pentingkan keluarga,” ujar Zizie yang turut mengiyakan setakat ini temannya itu memenuhi ciri-ciri tersebut.
Harap dibukakan pintu hati
Tahun 2008 dianggap memberikan sirna yang ‘cerah’ kepada Zizie dari segi tawaran berlakon yang tidak putus-putus dan sesungguhnya dia bersyukur dengan apa yang dianugerahkan.
Sementara itu, Zizie mengolah kehidupan cintanya masih belum menemui penghujung dan dianggap berada pada tahap ‘biasa-biasa’ sahaja.
“Jadi, saya harap tahun 2009 nanti membuka lebih banyak peluang dalam karier dan kehidupan saya.
“Saya juga meminta supaya Tuhan bukakan pintu hati yang sudah tertutup ini,” ulas Zizie yang ada menerima tawaran berlakon oleh beberapa produksi mulai Januari 2009.
Last edited by sally_eiyna on Thu 18 Dec 2008, 3:35 pm; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 18 Dec 2008, 3:34 pm | |
| Zizie sewaktu menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama disamping Benji yang menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin ke-6 pada tahun 1993. |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Fri 19 Dec 2008, 8:47 am | |
| Nori Selamat Lahirkan Anak Ke-2Congrats to Nori Abdullah, Pak Lah’s daughter for successfully and safely delivered a baby boy named Timor Abdullah, a namesake of Amir Timur, an Uzbek warrior. How about Tun Mahathir? Surely he has done more for Malaysia. Nori was having a baby at Pantai Medical Centre. Khairy and Nori just had their first baby in September last year named Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar. AMIR TIMUR - UZBEK WARRIOR IDOLISED BY KHAIRY JAMALUDDIN (KJ) |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| | | | ninarahim Enterpreneur
Number of posts : 2991 Age : 57 Location : Alor Star Registration date : 25/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Fri 19 Dec 2008, 12:58 pm | |
| - luvly e'in wrote:
- Nori Selamat Lahirkan Anak Ke-2
Congrats to Nori Abdullah, Pak Lah’s daughter for successfully and safely delivered a baby boy named Timor Abdullah, a namesake of Amir Timur, an Uzbek warrior. How about Tun Mahathir? Surely he has done more for Malaysia. Nori was having a baby at Pantai Medical Centre. Khairy and Nori just had their first baby in September last year named Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar.
1.Timor Abdullah......nanti bila besaq2....kena p duduk di Timor-Timor....... (yg p ambik sempena Pahlawan Uzbek tu pasai pa...isshhh...x paham la......rasa malu kot...ambik nama pahlawan local...kena ambik nama pahlawan obersea gak)2. Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar ---nak panggil apa nie....entah2 boboy ja...penat karang nama aihh... (nama sikit punya panjang..esok bila nak ambik exam...buang masa tang tulis nama saja 10 min) |
| | | marcella08 Super Senior
Number of posts : 904 Age : 51 Location : Hulu Selangor Registration date : 05/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Fri 19 Dec 2008, 1:31 pm | |
| |
| | | mayang Ahli VIP
Number of posts : 1155 Age : 40 Registration date : 08/11/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Fri 19 Dec 2008, 5:17 pm | |
| |
| | | candlesmania Enterpreneur
Number of posts : 454 Age : 37 Location : BBB Registration date : 04/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Fri 19 Dec 2008, 8:11 pm | |
| - ninarahim wrote:
- luvly e'in wrote:
- Nori Selamat Lahirkan Anak Ke-2
Congrats to Nori Abdullah, Pak Lah’s daughter for successfully and safely delivered a baby boy named Timor Abdullah, a namesake of Amir Timur, an Uzbek warrior. How about Tun Mahathir? Surely he has done more for Malaysia. Nori was having a baby at Pantai Medical Centre. Khairy and Nori just had their first baby in September last year named Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar.
1.Timor Abdullah......nanti bila besaq2....kena p duduk di Timor-Timor....... (yg p ambik sempena Pahlawan Uzbek tu pasai pa...isshhh...x paham la......rasa malu kot...ambik nama pahlawan local...kena ambik nama pahlawan obersea gak)
2. Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar ---nak panggil apa nie....entah2 boboy ja...penat karang nama aihh... (nama sikit punya panjang..esok bila nak ambik exam...buang masa tang tulis nama saja 10 min) patut taruk la name mat kilau ke,hang tuah dan adik beradik ok gak...huhuhu |
| | | deqlis Super Senior
Number of posts : 869 Age : 43 Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Fri 19 Dec 2008, 11:43 pm | |
| besa lah org kiter nie suka kagum ngan org luar... "hmm bila cakap pasal hang tuah nie, tak plak dia di beri Datuk oleh Kerajaan Negeri yer??? yg dapat Datuk, Shah Rukh Khan pula..." |
| | | deqlis Super Senior
Number of posts : 869 Age : 43 Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Fri 19 Dec 2008, 11:44 pm | |
| Berita Mawi nikah esok deqlis tunggu nieh.... Sally nak gambor2 semua yerr...hehe demand plak.. yer lah esok tak dapat tgk tv ....deqlis pun g kenduri...nun di Kulim... |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sat 20 Dec 2008, 9:07 am | |
| |
| | | lynie Ahli Familiar
Number of posts : 179 Age : 44 Location : Puncak Alam/Kuala Terengganu Registration date : 30/11/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sat 20 Dec 2008, 9:20 am | |
| wah luvly e'in kena cari berita sensani lah semlm dan hari yeeee.. Sally x de 2 hari ni...Bagi cite baik punye yea... |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Sat 20 Dec 2008, 9:35 am | |
| - lynie wrote:
- wah luvly e'in kena cari berita sensani lah semlm dan hari yeeee.. Sally x de 2 hari ni...Bagi cite baik punye yea...
tlg ckit2 jer... xler shebat sally c mamarazzi 2.x best plak kalo xde gossip nk dbaca btl x? xtau ler psl pe xleh upload pic ttiba jer... ada few pic nk upload gi tp x dpt plak
Last edited by luvly e'in on Sat 20 Dec 2008, 12:32 pm; edited 1 time in total |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 12 of 17 | Go to page : 1 ... 7 ... 11, 12, 13 ... 17 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |