| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
|
|
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 3:24 pm | |
| Nora Danish & Fazura - Harapan Mereka Tahun 2009Apakah harapan Nora Danish & Fazura untuk tahun 2009 yang bakal menjelang tiba?
Sebagai persediaan masa depan, Nora berhasrat mengusahakan restoran berkonsepkan ala kopitiam. Kebetulan, bidang ini bukan asing bagi keluarganya yang sudah 13 tahun berkecimpung dalam dunia masakan dan dia sendiri sudah biasa membantu ibunya menguruskan restoran.
“Ekonomi dunia dijangka mengalami kegawatan pada 2009 jadi eloklah sediakan payung sebelum hujan untuk jaminan masa depan kerana dunia lakonan tidak selamanya menjanjikan pendapatan lumayan.
“Lagipun, selepas ini saya akan menggalas tanggungjawab sebagai ibu juga ketua keluarga dan saya mahu anak saya menikmati ibu yang baik.
Sementara Fazura pula, menganggap 2008 tahun paling menggembirakan kerana sejak disabitkan dengan pertuduhan memukul empat tahun lalu hidupnya tertekan kerana terpaksa berulang alik ke mahkamah.
“Tahun 2009 adalah tahun untuk peminat dan saya akan melakukan yang terbaik untuk mereka dan karier lakonan saya. Saya akan mencuba pelbagai watak yang berlainan untuk menyerlahkan kemampuan saya dan memilih skrip yang benar-benar mencabar.
“Tahun depan saya lebih aktif berlakon drama dan filem. Ini kerana sejak empat tahun lalu saya kurang berlakon kerana tertekan dengan kes. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 3:34 pm | |
| Exclusive! Interview Dengan ‘S’ Kekasih Gelap Cico HarahapPetang Rabu yang berbahagia ini, OHBULAN! berjaya mendapatkan maklumat untuk berhubung terus dengan S yang di’khabarkan kekasih kepada Cico Harahap yang sudah pun berkahwin.
OHBULAN! tidak berminat untuk menulis panjang, apa yang kami bualkan akan kami tampilkan dalam point form, senang nak faham, tak gitu?
Maklumat di’bawah tidak mengikut apa-apa urutan kerana di’update seiring dengan soalan interview yang tidak tersusun. Ala-ala live interview.
#1 S kenal Cico sejak X tahun yang lalu (kemungkinan besar Cico sudah bernikah) & declare hubungan cinta mereka sejak lebih sebulan lalu.
#2 S & Cico Harahap sering berhubung di’laman sosial Facebook. Kini Cico telah block S dari senarai rakan beliau.
#3 Komuniti Facebook sudah mengetahui hubungan S & Cico sekian lama.
#4 Ibu Cico, Uji Rashid mengetahui hubungan Cico & S tetapi merahsiakan dari pengetahuan umum mahupun Nur Fuziana.
#5 Elle (Nur Fuziana) pada awalnya enggan memeluk Islam dan ini membuatkan Uji Rashid lebih menyukai hubungan Cico & S.
#6 Cico selalu mengajak S bertemu dengan ‘mama’nya & S menolak kerana belum bersedia.
#7 Cico juga berhasrat untuk berjumpa dengan ibu bapa S di Kuala Lipis, Pahang.
#8 Dan, mereka sebenarnya merancang untuk pulang bersama Jumaat ini (12 Disember 2008) untuk menghadiri majlis perkahwinan anak buah S.
#9 Kali terakhir mereka berhubung adalah seminggu lalu selepas wartawan ternampak Cico membawa Elle ke pementasan teater monolog Cinta Julia di DBP, Kuala Lumpur.
#10 Pesanan sebelum Cico ke pementasan kepada S,”Manja ..dear kena pergi Melaka sbb ada kerja but balik late evening sbb mama (Uji Rashid) ada function kat DBP”.
#11 Cico masih mengungkapkan kata sayang ketika S bertanyakan tentang Elle. S naik angin bila Cico abaikan soalan yang di’ajukan.
#12 Seorang rakan baik S berkata S terlalu baik orangnya untuk Cico perlakukan begini. Cico sepatutnya berani bersemuka dengan S untuk selesai cara baik. Bukan lari terus dari hidup S.
#13 S & Cico berkenalan di atas padang paintball. Perkenalan yang tidak di’sengajakan atau di’rancang.
#14 S ada menghubungi Cico untuk menyelesaikan secara baik tetapi SMS & panggilan S tidak di’layan sama sekali oleh Cico.
Sebenarnya banyak lagi point yang OHBULAN! dapat dari temubual bersama S yang sememangnya begitu peramah. Ada yang perlu OHBULAN! simpan atas permintaan S. S juga meminta kami tidak siarkan gambar beliau — muka ala-model S ni rupanya!
Meloadi khabarnya akan cover cerita ini tidak lama lagi, anda dapat ianya terus hanya dari OHBULAN! hari ini. Sekarang semua boleh kata, OHBULAN! Rocks! |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 4:11 pm | |
| Zila Bakarin Hamil 2 BulanTAHNIAH ZILA!! |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 4:17 pm | |
| Heliza teringin untuk bercintaKELETIHAN melampau memerangi waktu menjana masa depan di menara gading, selain memenuhi tuntutan kerjaya seni, Heliza akhirnya menemui 'noktah sementara' apabila dia kini bercuti selama sebulan sebaik selesai peperiksaan akhir semester lima pengajiannya di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Tamat peperiksaan, dia bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk 'misi' AJL23, namun usahanya berbaloi apabila berjaya melangkah ke peringkat akhir.
Dalam keghairahannya memahat nama di pentas seni, Heliza tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar yang menjadi harapan keluarga untuk membina masa depan lebih cemerlang. Bukan seperti segelintir artis yang berstatus pelajar, apabila diri semakin dimamah populariti, glamor, mereka semakin alpa, lebih parah apabila seni dan pelajaran terkandas di tengah jalan, akhirnya sekadar menjadi artis tempelan di majalah hiburan!
Tidak keterlaluan jika melabel Heliza sebenarnya tamak, dia ingin berjaya di kedua-dua bidang sekali gus - seni dan pelajaran. Namun, tamak Heliza adalah sesuatu yang wajar kerana kejayaan yang diperoleh setakat ini sudah cukup untuk membuktikan kesungguhannya selepas bergelar bintang AF. Dia tidak tenggelam seperti sesetengah rakan seperjuangannya, namun terus mendapat tempat di hati peminat.
Pun begitu, usaha Heliza untuk berjaya di arena seni dan pendidikan, memerlukan pengorbanan yang bukan kepalang. Usia muda Heliza tidak seperti remaja seusianya yang punya banyak waktu bersama rakan sebaya, malam minggu pula sempat berhibur, namun bagi Heliza dia perlu menghafal 15 lirik lagu, menghayati senaskah skrip filem dan dalam masa sama mentelaah timbunan nota pelajaran. Bayangkan bagaimana otak Heliza bekerja!
Malam keadaan kesihatan saya yang tak menentu apabila disahkan menghidap hyperhidrosis (perpeluhan melampau), memang tak dinafikan, setiap apa yang saya lakukan - menyanyi, mengacara, berlakon atau belajar, ada kalanya mendatangkan keadaan tidak selesa apabila tangan dan kaki sentiasa berpeluh, sampai satu tahap peluh yang keluar umpama air menitis, lebih-lebih lagi apabila saya berada dalam keadaan tertekan.
Setakat ini, penyakit saya tiada ubatnya, justeru inilah dugaan Tuhan dan cabaran yang perlu saya tempuhi. Membuat lebih satu kerja dalam satu masa, memang meletihkan. Kepenatan saya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Fikiran pula berubah sekelip mata, sekejap sebagai penyanyi dan pelakon, sekejap lagi menjadi pelajar apabila teringat nota dan jurnal yang belum dibaca dan dihafal. Kehidupan harian saya sentiasa terkejar-kejar. Maklum sajalah, saya belajar di Sabah, manakala undangan nyanyian lazimnya di Semenanjung. Mungkin satu kebetulan, aktiviti seni saya datang apabila sudah hampir dengan peperiksaan. Bayangkan ketika study week baru-baru ini, orang lain sibuk mentelaah pelajaran, saya pula perlu ke Kuala Lumpur menjayakan proses dubbing filem Syurga Cinta, selain undangan nyanyian di Terengganu selama tiga hari berturut-turut!
Telaah pelajaran dalam penerbangan
Saya pula hanya ada masa baca buku di dalam kapal terbang atau ketika menunggu bagasi di lapangan terbang, di belakang pentas sementara menunggu giliran menyanyi, mahupun di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke destinasi pertunjukan pentas. Begitu juga dengan waktu tidur terpaksa saya korbankan.
Saya hanya tidur jam 5 pagi selepas selesai mengulangkaji pelajaran dan bangun semula dua jam kemudian untuk persediaan ke kelas. Begitulah rutin saya setiap hari sehingga saya susah nak tidur awal setiap malam sekalipun waktu cuti semester. Namun, inilah pengorbanan yang perlu saya lakukan untuk memastikan seni dan pelajaran berjalan seiring menuju kejayaan,?kata Heliza yang semakin manis dengan imej bertudung.
Haliza berduet bersama Mawi dalam Muzik-Muzik ke-23.
Esok, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban dengan penuh rasa keinsafan dan kesyukuran. Bagi Heliza, Aidiladha sungguh bermakna bagi dirinya yang acap kali merelakan pengorbanan demi menggapai cita-citanya supaya menjadi kenyataan.
Pengorbanan untuk segulung ijazah
Terlalu banyak pengorbanan yang perlu saya lakukan untuk menggenggam segulung ijazah dan dalam waktu sama membuktikan saya boleh berjaya di arena seni suara, lakonan dan pengacaraan. Falsafah saya mudah, untuk mencapai kejayaan dalam hidup, pengorbanan memang tidak dapat dipisahkan. Justeru, Aidiladha membuat saya bersyukur, betapa besarnya erti sebuah pengorbanan,?tambah Heliza.
Bagaimana pula dengan cinta dan kekasih, adakah Heliza punya buah hati yang boleh dijadikan sumber inspirasi dalam mengejar cita-cita?
Mencintai diri sendiri pun belum sepenuhnya, inikan pula memberi cinta saya kepada orang lain, memang saya tak mampu. Terus-terang, saya belum bersedia dengan cinta seorang lelaki kerana apabila kita bercinta, biarlah dengan sepenuh hati, bukannya sekadar melepas batuk di tangga apabila terperangkap dengan batasan waktu yang tidak mengizinkan kita mentaati cinta sejati.
Tapi, jika cinta itu hadir juga, saya tidak pernah mencari alasan untuk menolaknya. Berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang bercinta, khabarnya berada di alam percintaan, ia menyeronokkan. Justeru, saya memang teruja untuk bercinta, tapi biarlah rasa cinta itu hadir tanpa paksaan. Paling penting, cinta tidak mengganggu cita-cita saya,?jelas Heliza mengakhiri bicara.
PROFIL: Heliza
NAMA PENUH: Nur Heliza Helmi
TARIKH LAHIR: 3 Februari 1986
ASAL: Kuala Terengganu, Terengganu
KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
PENDIDIKAN: Tahun tiga, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Sains, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah
PENCAPAIAN: Tempat keempat, Akademi Fantasia 5 (AF5) pada 2007
SINGLE: Warna Sendu Tarian Jiwaku (working title) dan Bila (working title)
FILEM: Syurga Cinta, dijangka tayang Februari 2009
PROGRAM TV: Sinar Korea Bersama Mawi & Heliza (Astro Oasis)
PERTANDINGAN: Finalis kategori Etnik Kreatif, Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) menerusi Doa Dalam Lagu, duet bersama Mawi AF3 pada 18 Januari depan |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 4:33 pm | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 4:41 pm | |
| KORBAN 3 REMAJASenario suram dalam industri muzik tidak patahkan semangat finalis kategori Etnik Kreatif Anugerah Juara Lagu ke-23, Farawahida, Heliza dan Aiman
MASIH dalam mood berhari raya, Hip gandingkan tiga finalis yang berjaya melayakkan diri bersaing untuk Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23 bagi kategori Etnik Kreatif.
Mereka adalah Farawahida mempertaruhkan lagu ciptaan Julfekar berjudul Persoalan Cinta, naib juara Akademi Nasyid, Aiman untuk lagu Dusta Berkalang sentuhan Hafiz Hamidun dan lirik, Ahmad Fedtri Yahya dan Heliza, pasangan duet Mawi menerusi lagu Doa Dalam Lagu.
Saat mereka bersedia untuk beraksi di depan kamera, tiba-tiba tercetus idea untuk meminjam konsep gambaran poster sebuah drama dan filem yang bercorak keagamaan seperti Ayat-Ayat Cinta, Taqwa dan Hikmah dari negara seberang.
Konsep babak spontan ini sekali gus membuatkan Farawahida, Heliza dan Aiman dalam karakter yang diingini. Berlaku rekaan cerita semata-mata, kononnya Aiman seorang suami yang ingin berkahwin kali kedua dengan Heliza dan pada masa yang sama dia sudah mengecewakan isteri pertama lakonan, Farawahida.
Adegan ini mengundang hilai tawa sesama mereka dan Aiman sering kali menjadi mangsa usikan Farawahida dan Heliza yang agak kekok memberikan pose terbaik. Maklumlah Aiman masih setahun jagung di dalam arena seni sedangkan yang lain sudah lama bertapak. Pintas Heliza yang bakatnya dicungkil daripada Akademi Fantasia musim kelima, akuinya dulu pun dia ‘keras’ seperti Aiman.
Rupa-rupanya, Farawahida dan Heliza pernah belajar di sekolah yang sama di Taiping Perak iaitu di Sekolah Perempuan Treacher Methodist. Lucunya mereka belajar pada tahun yang berbeza dan tidak pernah terserempak. Mereka dapat tahu pun kerana guru sekolah itu yang memaklumkan hal sebenar. Baik Heliza mahupun Farawahida mereka senang berteman dan masing-masing akan jadi ‘gila-gila’ apabila bertemu mesra.
Berkongsi kisah persiapan mereka untuk berentap di Anugerah Juara Lagu pada 18 Januari nanti, Heliza, Aiman dan Farawahida tidak dapat menyembunyikan debaran menjelang persembahan kemuncak ini. Ikuti kisah mereka yang begitu hebat dengan busana pilihan bersesuaian dengan sambutan Aidiladha. Mereka juga menyuarakan pendapat mengenai irama warisan Melayu kesayangan nenek moyang kita ini yang dianggap kian terkubur.
Korban masa demi cita-cita
PELUANG bercuti semester daripada bidang pengajiannya di Universiti Malaysia Sabah yang berbaki setahun setengah lagi ini dimanfaatkan untuk memberi tumpuan kepada perjuangan seninya termasuklah merencana segala persiapan AJL 23. Pada masa yang sama, Heliza akur yang pasangan duetnya, Mawi juga sedang rancak menghitung hari bahagia bersama Ekin.
Mengakui belum pernah terbabit dengan acara korban haiwan, kata Heliza yang mesra membahasakan dirinya sebagai Liza ini, dia hanya beraya di Kuala Lumpur dan Melaka saja pada tahun ini. Berperang dengan masa, gadis bermata cantik ini memberitahu entiti masa itu sendiri yang perlu dikorbankan demi sebuah cita-cita yang dikejar.
“Sebagai manusia, kita pasti melakukan pengorbanan terutama yang membabitkan hal masa. Saat orang sedang bercuti semester, Liza pula mencari rezeki memenuhi undangan aktiviti seni. Apabila menjadi pelajar, Liza harus fokus termasuklah berdepan dengan peperiksaan.
“Bagi Liza, apa pun terjadi soal akademik yang menjadi keutamaan dan apabila sudah menceburi seni, Liza harus bijak membahagi masa antara kerjaya dan pendidikan. Bak kata pepatah, sambil menyelam kita meminum air, Liza melihat nyanyian sebagai satu terapi untuk Liza melepaskan tekanan sewaktu belajar.
“Jauh lagi perjalanan Liza dan masih belum berpuas hati dengan pencapaian sekarang. Kawan seperjuangan Liza seperti Dafi dan Mila sudah mempunyai album dan semakin dikenali. Satu kelebihan juga kepada mereka kerana lubuk rezeki di Kuala Lumpur sentiasa ada, sedangkan Liza dipisahkan dengan Laut China Selatan. Ada kalanya, tawaran membuat persembahan terpaksa ditolak kerana Liza jauh di Sabah,” katanya yang bakal muncul dengan filem Syurga Cinta digandingkan bersama Awal Ashaari tahun depan.
Bakal tampil dengan dua single ciptaan Aidit Alfian dan Eddie Hamid, Liza melihat senario ketandusan irama etnik kreatif hanyalah persepsi semata-mata. Baginya, perhatian kepada irama ini dikatakan semakin terpinggir apabila lebih ramai orang memberi tumpuan kepada lagu bergenre lain.
Tinggal keluarga cari rezeki
BAGI Farawahida pula dia bakal menggunakan khidmat rekaan busana daripada Azura yang diperkenalkan jurusolek kegemarannya, Heri.
Kata gadis jelita ini, apa yang penting tumpuan lebih perlu diberikan kepada pengawalan pernafasan dan vokal kerana lagu Persoalan Cinta yang memasukkan muzik Oriental ini amat susah untuk dinyanyikannya.
Bakal tampil dengan album ketiga berentak etnik kontemporari pada 2009, album yang sama akan dilancarkan hujung bulan ini di Indonesia. Bezanya untuk pasaran di sana, konsepnya ditukar menjadi pop komersial. Bagaimanapun, lagu Hilanglah Segalanya tetap menjadi pilihan radio di sana sebagai single pertama seperti di Malaysia.
Tinggal bersendirian di rumah, sesekali ibunda tercinta akan datang menemani Farawahida atau Fara. Hidup berdikari juga menjadi pengorbanan terbesar dalam hidupnya apatah lagi usia semakin meningkat, hampir setiap urusan kehidupan dilakukannya sendiri.
“Emak saya juga melakukan pengorbanan terbesar meninggalkan suami dan adik Fara sesekali untuk menemani Fara di Kuala Lumpur. Mujurlah kakak Fara ada membantunya andai emak datang ke sini. Sebagai anak, saya juga terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga demi mengejar cita-cita untuk bergelar anak seni,” katanya tulus.
Melihat permasalahan kekurangan lagu etnik kreatif sebagai satu masalah biasa, Fara berpendapat setiap lagu mempunyai ciri-ciri tersendiri dan jika ia diserap dengan elemen muzik tertentu seperti irama etnik kreatif, pada akhirnya ia tetap akan sedap didengar juga.
“Ia cuma terletak kepada kreativiti komposer untuk menjadikan sesebuah lagu itu lebih kreatif, sedap didengar dan berkualiti. Harapnya lagu berirama sebegini akan diberi ruang dan terus dimainkan di radio,” ungkapnya bersungguh-sungguh. Farawahida sudah tiga tahun tidak pulang menyambut Aidiladha di kampung halaman kerana ada komitmen seni yang perlu dibereskan.
Aiman ikut kehendak pasaran
SENANG berdampingan dengan Farawahida dan Heliza dalam sesi fotografi khas ini, Aiman juga sanggup menangguhkan pengajiannya di Pahang untuk berjuang di dalam liga seni.
Percaturannya agak berbaloi kerana selain berjaya mendapat tempat kedua di dalam pertandingan Akademi Nasyid siaran TV9, lagu nyanyiannya, Dusta Berkalang juga berjaya menarik perhatian juri hingga layak ke peringkat akhir AJL 23.
Mempunyai misi untuk mengembalikan zaman kegemilangan nasyid, namun kini Aiman mengakui sudah berubah haluan. Menyambut raya korban di Terengganu, Aiman berkata tahun ini dia tidak melakukan ibadat korban seperti tahun sebelumnya.
“Sebelum jadi artis, saya bertekad untuk memperjuangkan irama nasyid, namun apabila sudah merentas dunia seni, saya perlu mempertimbangkan misi saya sebelum ini. Mengikut kehendak pasaran, saya mungkin kena beralih ke lagu pop dan pada masa yang sama menyanyikan lagu nasyid.
“Kejayaan saya di separuh akhir muzik-muzik kategori etnik kreatif lalu meniup semangat untuk saya terus berusaha dengan lebih gigih. Saya amat terkejut dan tidak sangka, usia pembabitan saya yang masih baru diberi perhatian. Selain nak jadi penyanyi, saya juga akan pastikan cita-cita untuk bergelar ahli perniagaan akan termakbul. Insya-Allah,” katanya serius.
Menurut Aiman, dia memandang tinggi usaha TV3 menyambung tradisi menerbitkan program Muzik-Muzik dan AJL kerana secara tidak langsung medium ini menjadikan kategori etnik kreatif terus masyhur biarpun ada yang beranggapan irama ini bakal luput. Profil HelizaNama penuh: Nur Heliza Helmi Umur: 22 Tahun Tarikh Lahir: 3 Februari 1986 Tempat Lahir: Kuala Terengganu Hobi: Menyanyi dan membeli-belah Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains, Universiti Malaysia Sabah Pencapaian: Finalis Akademi Fantasia musim kelima Filem: Syurga Cinta (bakal ditayangkan pada 2009) Laman web: www.heliza.com, www.helizabereh.com Emel: lizerdcun@yahoo.com
Profil Aiman Nama penuh: Mohamad Aiman Md Sidek Tarikh lahir: 14 Oktober 1989 Tempat lahir: Kuala Terengganu Hobi: menyanyi dan bermain bola sepak Pendidikan: Belajar di Universiti Tenaga Nasional, Muadzam Shah, Pahang dalam bidang Asas Perniagaan Kejayaan: Naib Juara Akademi Nasyid 2008 Emel: stylomylo_s@yahoo.com
Profil Farawahida Nama penuh: Farawahida Razali Nama Panggilan: Fara Tarikh Lahir: 19 Mac 1985 Asal: Taiping, Perak Pencapaian: Pernah bergelar finalis Wirawan Seni Remaja EON 1995; Finalis Pepsi Young Discovery Challenge 1996; Finalis Sinaran TV3 2000; Finalis Bintang RTM 2001; Finalis Bintang URTV 2002 dan Finalis Suara Jati Malaysia 2003. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 10 Dec 2008, 4:44 pm | |
| Mawi mula berjinak tulis lirikMAWI menunjukkan senarai lagu yang dimuatkan dalam album terbarunya. Barangkali perasaannya terhadap Ekin menjadikan Bintang Paling Popular itu lebih kreatif
CINTA sering kali dikatakan mampu menjadikan seseorang itu insan berbeza. Sama ada mereka yang terperangkap dalam kemelut cinta itu menjadi insan yang leka dengan kemanisan cinta atau mungkin mampu memotivasikan seseorang itu menjadi insan lebih baik.
Di ketika ini, insan bernama Mawi sedang asyik dibuai alunan melodi cinta indah yang dimainkan si kekasih hatinya Ekin. Cerita itu bukan baru tetapi dek kerana panahan asmara, mengubah Mawi menjadi insan kreatif. Anak muda kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu kini mula berjinak-jinak dalam penulisan lirik.
Kali pertama, anak muda itu meluahkan isi hatinya untuk lagu Ayah yang ditujukan khas buat Allahyarham ayahanda tercinta, Ani Ahmad pada Aidilfitri yang lalu. Dan sempena kehadiran album terbaru iaitu album keempatnya berjudul Qasidah Allah Habebbi, Mawi sekali lagi menulis lirik untuk lagu Hijab.
Tersenyum malu pemuda berusia 27 tahun itu apabila diusik kreativitinya itu datang lantaran kebahagiaan yang sedang dikecapi. Bagaimanapun, Mawi yang ditemui ketika majlis pradengar album terbarunya itu menafikan dakwaan berkenaan.
Tiada kaitan dengan cinta kata Mawi, sebaliknya pengalaman yang dikutip sepanjang pengembaraan ke negara orang banyak mengajarnya dan dirasakan sesuai jika dicoretkan dalam lagu. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| |
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| |
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| |
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 8:38 am | |
| (Gambar) Abang Faradhiya Kekasih Hati Norish KarmanSebulan yang lalu, Harian Metro ada melaporkan tentang kisah seorang artis muda yang tidak bersetuju dengan pilihan hati abang beliau & ramai percaya artis muda tersebut adalah Faradhiya. Dan, gambar di’atas dipercayai adalah gambar abang Faradhiya yang kini menjalin hubungan cinta dengan Norish Karman. Faradhiya di’khabarkan tidak berpuas hati kerana merasakan abang’nya layak untuk wanita yang lebih muda & bergaya. Norish Karman ok what? Lagi gambar selepas ini… |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 9:08 am | |
| Penawar VS Pemusnah Abby Abadi PENAWAR VS PEMUSNAH |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 9:11 am | |
| Gambar Kawen Pembaca Berita RTM1 korang kenal x pengantin lelaki ni? alaaa yg baca berita kat rtm1 tu. fathil hidayat bin dato syeikh ghazali. selamat dinikahkan dengan penerbit rncangan sukan rtm johor, zarith sofia hatun bt abd rahman khan.
sweet kan both of them. tema diaorg unik sket. hitam + silver gitu. tema ni smpena warna kelab bolasepak antarabangsa yg diaorg ni minat sgt2 iaitu JUVENTUS. aku smpat la snap beberapa keping untuk kongsi ngan korang. nk masukkan lagi takut korang tak kenal plak. keh3. tenkiu and tumpang lalu yerrr... |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 9:22 am | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 9:33 am | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 9:52 am | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 11:28 am | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 11:38 am | |
|
Last edited by sally_eiyna on Thu 11 Dec 2008, 11:40 am; edited 1 time in total |
|
| |
cik sara Super Senior
Number of posts : 622 Age : 39 Location : pucHoNg Registration date : 02/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 11:38 am | |
| awat mate pat tu cm nk tkluaq..hehe.. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 11:41 am | |
| excited kot dpt tngkap gmbq.. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 11:59 am | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 12:09 pm | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 12:26 pm | |
| MAWI, AZNIL DAN ERRA |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 12:30 pm | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 12:32 pm | |
| Fesyen Apa ni???Farawahida..... |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| |
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 12:46 pm | |
| GAMBAR teuku zacky( kayangan ) kat web ini ada byk pic teuku zacky.. http://www.kapanlagi.com/selebriti/Teuku_Zacky/ |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 12:50 pm | |
| |
|
| |
ninarahim Enterpreneur
Number of posts : 2991 Age : 57 Location : Alor Star Registration date : 25/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 1:38 pm | |
| - sally_eiyna wrote:
- Ini lah pengacara islam hadhari yang memaparkan diri sndri kat utube cara2 memakai tudung.....
dia x pki tudung ke??? x sangka pulak aku, ingatkan dia baik Meknaaaaa....apa citer??? Akak kenai mamat yg sebelah dia tu.....org Aloq Staq..pastu keje kat TV3...pengacara segmen majalah 3 ...... Awat la...sampai kuar fuck...hoe....hisssss....hang elaborate cket... |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 2:10 pm | |
| - ninarahim wrote:
- sally_eiyna wrote:
- Ini lah pengacara islam hadhari yang memaparkan diri sndri kat utube cara2 memakai tudung.....
dia x pki tudung ke??? x sangka pulak aku, ingatkan dia baik Meknaaaaa....apa citer??? Akak kenai mamat yg sebelah dia tu.....org Aloq Staq..pastu keje kat TV3...pengacara segmen majalah 3 ......
Awat la...sampai kuar fuck...hoe....hisssss....hang elaborate cket... sori eh kwn2... tapi yg ayat2 kat pic tu bukan mekna tulis.... mekna ambik kat enjin internet je.. mamat ni kan wartawan majalah tiga, wartawan jejak rasul... |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 2:22 pm | |
| pic Rosnah Johari |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 2:25 pm | |
| AARON AZIZ DAN ISTERI (DIANA) |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 2:29 pm | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 2:34 pm | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 2:37 pm | |
| pic penyanyi Salwa Abdul Rahman terkini |
|
| |
cik sara Super Senior
Number of posts : 622 Age : 39 Location : pucHoNg Registration date : 02/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 2:38 pm | |
| - sally_eiyna wrote:
- Sekitar Sidang Media Drama Sutera Maya
citer ni best .. paling best yang pegang watak Zulaikha sape tu adik Rozita Che Wan tu .. oke la cite lain dari yang lain tapi watak Fasha dlm tu tak best .. Fasha belakon cam same je ngan citer2 lain .. watak lemah gemalai .. syahdu memanjang .. boring.
Para Pelakon mengenakan pakaian serba putih.. ni cite lame la kak sally.. ri ni da las episod da kt tv3.. next week da stat spa Q 2.. de norish karman.. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| |
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| |
| |
cik sara Super Senior
Number of posts : 622 Age : 39 Location : pucHoNg Registration date : 02/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 2:48 pm | |
| - sally_eiyna wrote:
- pic Rosnah Johari
awat die pose kot ni... tk elok nmpk... |
|
| |
cik sara Super Senior
Number of posts : 622 Age : 39 Location : pucHoNg Registration date : 02/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 2:53 pm | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 2:55 pm | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 3:01 pm | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| |
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 3:41 pm | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 3:46 pm | |
| Cantiknya rumah keluarga AIZAT AF5 |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 4:01 pm | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 4:11 pm | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| |
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 4:28 pm | |
| |
|
| |
cik sara Super Senior
Number of posts : 622 Age : 39 Location : pucHoNg Registration date : 02/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 11 Dec 2008, 4:47 pm | |
| comey btol ct pkai tudung leklok cmni..idok le tkua jambul sane cni.. |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 | |
| |
|
| |
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 | |
|