Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1 ... 8 ... 12, 13, 14, 15, 16, 17  Next
AuthorMessage
luvly e'in
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
luvly e'in

Number of posts : 5108
Age : 47
Location : under 1 roof
Registration date : 03/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSat 20 Dec 2008, 12:15 pm

Abby & Norman Sah Bercerai

Setelah beberapa minggu spekulasi, pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim hari ini bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur. Norman atau Mohamed Norhakim Zaidon, 32, telah melafazkan talak kepada Abby atau Arbaeyah Abdul Manan, 31, pada pukul 11.20 pagi semalam di hadapan Hakim Wan Mahyuddin Muhamad. Norman dan Abby pernah bercerai talak satu pada 5 Mei 2006. Bagaimanapun, tetapi mereka telah merujuk semula dalam tempoh yang singkat. Well Abby, just be strong k! On the same occassion, Abby has strongly denied rumours about her being so recklessly drunk with the so called “new boyfriend”! The guy rumoured to be the new love of Abby Abadi is Zul Ariffin, the new guy in Gerak Khas. Just like any rumours, normally the gossip-monger has no real proof and always base the story on again, rumours or hearsay. That’s why they sometimes don’t mention names just to cover their asses. Reporters can be the rise and fall of a celebrities

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Eb110
ABBY WALKING OUT OF THE SYARIAH COURT WITH ZUL ARIFFIN IN THE BACKGROUND

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Eb210
ABBY SHOWING THE SIGNED DIVORCE PAPERS

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Eb310
NORMAN HAKIM HAVING A HARD TIME ANSWERING QUESTIONS FROM THE PRESS

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Eb410
TINGGAL KENANGAN...
Back to top Go down
http://www.easypha-max.com
luvly e'in
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
luvly e'in

Number of posts : 5108
Age : 47
Location : under 1 roof
Registration date : 03/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSat 20 Dec 2008, 12:20 pm

Perkahwinan Mawi & Ekin di Johor

Today is the the WEDDING DAY of MAWI & EKIN. Perkahwinan yang digembar gemburkan sebagai WEDDING OF THE YEAR. Well we have Perkahwinan Bunga Cinta Lestari & Ashraf Sinclair already which was also dubbed as Wedding of The Year. They came back to Malaysia in a private jet. Some say Mawi wil surprise many by flying into Stadium Tertutup Johor Bahru using a helicopter. At Syokkahwin.com, we track the events leading up to tomorrow’s BIG DAY. The wedding planner responsible for this big wedding is Nas Andika of Nas Hias Rias of Seri Kembangan, Selangor. Nas was previously in charge of the wedding of Sazzy Falak and Nazril Idrus.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Mw11

“Barang hantaran mereka merangkumi Barang Adat, Barang Makan dan Barang Pakai. Disebabkan Mawi ada darah Jawa, hantarannya menggunakan konsep Jawa iaitu Janur Melati dan hantarannya disebut ’seserahan’. Ia juga lengkap dengan seserahan Kembar Mayang , pengganti Sirih Junjung yang diperbuat daripada daun kelapa. Mawi akan bernikah dengan Ekin di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan bersanding pada malamnya di Stadium Tertutup Johor Bahru.
Back to top Go down
http://www.easypha-max.com
luvly e'in
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
luvly e'in

Number of posts : 5108
Age : 47
Location : under 1 roof
Registration date : 03/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSat 20 Dec 2008, 12:36 pm

Ina Naim Tidak Datang Kenduri Mawi - Ekin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Art_di10

KUALA LUMPUR, 17 DIS 2008: Wanita yang pernah singgah dan bertakhta di hati Mawi satu ketika dulu, Nordiana Naim atau Ina Naim, 23, mengakui tidak akan menghadiri majlis perkahwinan bekas tunangnya itu dengan Ekin, sekalipun bakal diundang untuk majlis persandingan nanti.

"Terima kasihlah kerana bakal pengantin masih ingatkan saya. Tetapi rasanya saya tidak dapat datang. Lagipun kalau saya datang, macam-macam pula spekulasi yang timbul nanti. Sekarang ini pun, apa yang orang tak cakap pasal diri saya.

"Cukuplah dengan segala tohmahan yang saya terima selama ini. Sekarang lebih penting, saya kena jaga hati dan perasaan suami saya (Mohd Suhaimi Saad, bekas anggota In-Team). Saya juga kena hormati kedudukan dia sebagai suami dan ketua keluarga.

Dia sendiri yang bagi nasihat kepada saya supaya usah dikaitkan lagi dengan Mawi. Sebab, kalau boleh, dia tidak mahu lagi melihat hati saya terluka lagi dengan segala tuduhan dan kata-kata yang dilemparkan orang terhadap saya," katanya Ina kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Ina berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mawi yang mahu menjemputnya bersama Suhaimi ke majlis persandingan mereka di Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan pada 11 Januari 2009 nanti.

Bukan itu saja, Ina juga keberatan untuk mengulas apa-apa tentang perkahwinan Mawi & Ekin yang kini mendapat liputan yang begitu meluas daripada pihak media tempatan.

"Maaflah, kalau boleh saya memang tidak mahu beri apa-apa komen lagi tentang hal-hal yang berkaitan dengan Mawi. Cukup-cukuplah mengaitkan saya dengan Mawi lagi. Apa yang berlalu sudah pun berlalu.

"Saya sekarang sudah bahagia dengan kehidupan baru saya dan Mawi saya anggap tidak lebih sekadar rakan artis biasa," katanya yang kini sudah bergelar ibu selepas dikurniakan anak lelaki, Ehmad Hadie Alfardie, 8 bulan.

Menjelaskan mengenai kehidupannya sebagai seorang ibu, Ina berkata, dia kini sibuk memberikan tumpuan dan jagaan terhadap Ehmad.

"Tambah-tambah lagi sekarang ini dia cukup lasak. Memang lelah jugalah hendak mengawal serta menjaganya. Pada masa yang sama, saya turut membantu Suhaimi untuk memasarkan album solo barunya yang berjudul Kalamak serta meluaskan pasaran Kopi Sawda' keluaran Corpora Corporation Sdn Bhd.

"Alhamdulillah penerimaan masyarakat terhadap produk itu baik sekali. Mungkin kerana kelebihannya yang memiliki campuran Habbatul Sawda' iaitu sejenis bijirin hitam bersama Tongkat Ali dan beberapa ramuan herba yang lain.

"Insya-Allah, kalau tidak ada aral melintang, Kopi Sawda' ini akan dipasarkan ke negara Arab tidak lama lagi. Untuk memenuhi permintaan pasaran Kopi Sawda' di sana, produk itu akan ditukarkan namanya kepada Barakah," katanya.

Selain itu, Ina juga kini giat menyertai kursus yang berkaitan dengan perniagan multi-level HPA.

Ina sebelum ini pernah mendapat perhatian pihak media apabila menjadi tunangan Mawi selama lebih kurang 2 tahun bermula 10 Februari 2004 hingga 10 Julai 2006. Sesudah putus tunang dengan Mawi, Ina terus menceburi bidang seni sebagai penyanyi rakaman dan tidak lama kemudian, dia mengahwini Suhaimi pada 12 Ogos 2007.
Back to top Go down
http://www.easypha-max.com
lynie
Ahli Familiar
Ahli Familiar
lynie

Number of posts : 179
Age : 44
Location : Puncak Alam/Kuala Terengganu
Registration date : 30/11/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSat 20 Dec 2008, 3:37 pm

luvly e'in wrote:
lynie wrote:
wah luvly e'in kena cari berita sensani lah semlm dan hari yeeee.. Sally x de 2 hari ni...Bagi cite baik punye yea...

tlg ckit2 jer... cun x? xler shebat sally c mamarazzi 2.x best plak kalo xde gossip nk dbaca btl x? ahakz!!!
xtau ler psl pe xleh upload pic ttiba jer...
ada few pic nk upload gi tp x dpt plak eeee..geramnyer

okkklah tuuu.. luvly e'in... kalu x, x dok cite 2 hari ni.. bosan lah kami semua....Anyway thank u so much bagi kami cite hari ni... Esok mamarazi dah kembaliblh lah luvly e'in berehat kejap
Back to top Go down
http://TudungBawalAsli.blogspot.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 11:46 am

Mawi - Ekin Kini Sah Suami Isteri!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 12202010

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 12202011

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 12202012

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 12202013

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 12202014



JOHOR BAHRU, 20 DIS 2008: Sejarah manis tercipta lagi apabila pernikahan Raja SMS, Asmawi Ani, 27, dan pasangannya, Nora'ashikin Abdul Rahman, 29, selamat disempurnakan dengan penuh istiadat sebentar tadi.

Syukurlah, dengan sekali lafaz, Mawi dan Ekin selamat dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Johor Bahru, Dato' Hj Maahat Mohd Said di Masjid Sultan Abu Bakar yang tersergam indah di Selat Tebrau.

Turut hadir menyaksikan pernikahan ini adalah Kadi Daerah Johor Bahru, As Syeikh Hj Husni Tamrin Md Sharif serta Imam Masjid Sultan Abu Bakar sendiri, Imam Mahadir Yahya.

Pihak Mawi bersaksikan penyanyi dan pendakwah terkenal, Ustaz Akhil Hayy dan Ustaz Dzulkarnain Hamzah Al-Hafiz manakala Ekin pula disaksikan oleh penceramah terkenal, Dato Dr Mohd Fadhilah Kamsah dan Ustaz Dinie Juri.

Pihak Mawi menyerahkan 9 dulang hantaran kepada Ekin berupa Al-Quran, cincin dan peralatan perhiasan diri termasuk wang hantaran sebanyak RM30,000.

Manakala pihak Ekin pula menyerahkan 11 dulang hantaran berupa Al-Quran, kelengkapan solat serta produk keperluan diri kepada Mawi.

Majlis pernikahan Mawi dan Ekin telah disiarkan secara langsung dan eksklusif menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) ke seluruh Malaysia.

Keindahan majlis akad nikah ini dicantikkan lagi dengan persalinan serba putih rekaan Cosry manakala reka bentuk hiasan dan hantaran pula diuruskan Nas Great Idea bersama solekan oleh Saidutul Nisa dan Tona.

Selepas majlis selesai, sidang media untuk pihak wartawan akan berlangsung sebentar lagi. Malam ini pula mereka akan bersanding dalam majlis resepsi yang dijangka lebih meriah di Stadium Tertutup Johor Bahru
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 11:50 am

GAMBAR SEKITAR PERKAHWINAN MAWI&EKIN

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 12202015

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 12202016

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 12202017

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 12202018

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 12202019

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 12202020

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 12202021
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 11:51 am

Bersanding Di Pelamin Paling Indah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 12212010

"Saya memang puas hati. Tak sangka pelaminnya meletop giler!" seloroh Mawi sambil ketawa ketika mengulas tentang majlis resepsi pertamanya dengan Ekin di Stadium Tertutup Johor Bahru, malam tadi.

Sama cantik sama padan, bak merpati dua sejoli, mereka berdua bersanding di atas pelamin berona merah hati rekaan Nas Great Idea. Pelamin gergasi bercorak bingkai gambar itu menggunakan fabrik baldu merah jambu, kuntuman mawar merah asli serta lampu chandelier yang bergemerlapan persis zaman rennaissance.

Bersaksikan lebih 1,500 tetamu terutama daripada sebelah Ekin hadir menyaksikan persandingan bersejarah itu. Kedua-dua mempelai begitu anggun dalam persalinan dari Cosry dan Lord's Tailor serta aksesori tajaan Habib Jewels.

Berikut adalah catatan majlis persandingan Mawi & Ekin malam tadi...

# Jam 9 malam, limosin yang membawa Mawi dan Ekin dari Hotel Grand Paragon iaitu lokasi tempat mereka menginap ke sampai ke perkarangan stadium.

# Berlaku sedikit insiden apabila tanjak Mawi secara tidak sengaja dilanggar oleh seseorang ketika memasuki pintu masuk utama stadium. Begitu juga bahu kiri Ekin yang turut dilanggar seseorang.

# Juadah para tetamu disediakan LC Catering berupa Nasi Beryani Timbus, Ayam Masak Merah, Dalca, Acar Tahun, Agar-agar Berlapis, Tat Buah, Sirap Bandung dan buah-buahan.

# Sebagai pencuci mulut, buah strawberi dicucuk pada nanas sebagaimana istimewanya stawberi coklat ketika persandingan Dato' Siti Nurhaliza dan Datuk K.

# Tiada gimik luar biasa yang dibuat pada majlis persandingan ini kerana sebaik saja kedua mempelai duduk di pelamin, majlis merenjis terus bermula.

# Kerana majlis persandingan ini adalah sebelah pengantin perempuan, maka acara merenjis dimulaidengan keluarga sebelah Ekin dan barulah keluarga sebelah Mawi.

# Sementara mempelai menikmati juadah makan beradab, majlis diserikan dengan persembahan seloka, nasyid dan tarian tradisional Melayu.

# Dua bintang AF iaitu Rosma dan Haziq turut membuat persembahan 3 buah termasuk Joget Cinta Sakti lagu, sementara menanti acara memotong kek.

# Sejak majlis merenjis dan diikuti acara memotong kek, Mawi tidak habis-habis dengan aksi jenakanya yang membuatkan lensa sentiasa tertumpu kea arahnya.

# Alangkah eloknya jika majlis itu dihoskan oleh pengacara yang lebih berpengalaman kerana segala-galanya sudah nampak grand. Sebaliknya celoteh hos yang juga seorang kenalan Ekin, membuatkan majlis nampak biasa.

# Wedding planner sepatutnya memaklumkan kepada pengacara itu bahawa dia tidak sepatutnya terlalu kerap berada di tengah-tengah pelamin kerana ia bukan talkshow tetapi persandingan orang.

# Sesi bergambar selepas bersanding menjadi agak kelam kabut dan terlalu lama. Terlalu ramai tetamu mahu bergambar dengan pengantin sehingga sidang media selepas itu berlangsung lewat.

# Tugas pengawal keselamatan turut dipertikaikan oleh ramai jurugambar kerana mengganggu pandangan tugas mereka merakamkan foto dari sudut terbaik.

# Walaupun kepenatan sehari suntuk, pujian harus diberikan kepada Mawi dan Ekin kerana tetap melayan semua tetamu dengan wajah yang ceria hingga segala-galanya selesai.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 11:57 am

Mawi Kerap Mimpi Arwah Ayah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 12202022

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 12202023

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 12202024

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Mimpi10

Hari ini tentunya hari yang paling bahagia buat penyanyi lelaki terkenal, Asmawi Ani atau Mawi, 27, apabila memperisterikan wanita pilihannya, Nora'ashikin Abdul Rahman, 29.

Namun jauh di sudut hati Mawi terkilan kerana hanya seorang insan sahaja yang begitu dirinduinya yang tidak dapat menyaksikan pernikahannya itu.

Dia tidak lain daripada arwah ayahnya, Pak Ani, yang sudah kembali ke hadrat Ilahi.

Kerinduan terhadap ayahnya itu bagaimanapun terubat apabila asyik termimpikan ayahnya tatkala semakin dekat dengan detik perkahwinannya.

"Sebenarnya apabila bercerita pasal ayah, semakin dekat dengan tarikh pernikahan saya ini, semakin kerap jugalah saya termimpikan ayah. Saya rasakan dia terlalu dekat dengan diri saya.

"Kadang-kadang saya rasa semua itu macam betul, tapi apabila terjaga dari tidur, baru saya sedar, saya sebenarnya hanya bermimpi," katanya kepada wartawan ketika sidang media selepas majlis pernikahannya di sini, tengah hari tadi.

Mawi bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan mimpinya itu, tetapi sempat memberitahu ia berupa perbualan dengan ayahnya.

Namun Mawi tetap bersyukur kerana keluarga yang lain terutama ibunya masih ada di sisi.

"Mak saya baik-baik saja. Sudah tentu dia gembira apabila melihat saya gembira. Cuma pesan mak, saya jangan lupa diri dan menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai seorang suami," katanya yang akan bermulan madu ke Korea Selatan dan kemudian pula ke Syria.

Menyentuh berkenaan perasaannya selepas bergelar suami, Mawi berkata, dia bersyukur kerana akhirnya perancangan untuk memperisterikan Ekin akhirnya termakbul dalam suasana tenang dan lancar. Katanya, ikatan perkahwinan ini adalah bukti rasa cinta mereka berdua selepas sama-sama mengharungi dugaan bersama.

"Syukur alhamdulillah kerana sebelum ini kami banyak menghadapi bermacam dugaan tapi jodoh kami tetap ada. Segala pengorbanan dan kesabaran Ekin akhirnya berbalas. Apa yang orang di luar sana tidak cakap pasal Ekin, tapi saya lebih tahu siapa Ekin dan menerima dia seadanya," kata Mawi bersungguh-sungguh.

Mawi berkata, bagi mengelakkan berlakunya pergolakan yang boleh menjejaskan hubungan mereka sebagai suami isteri, dia sentiasa membawa Ekin ke mana-mana.

"Saya mungkin akan lantik Ekin jadi pengurus dan perunding saya kerana kami sudah kenal hati budi masing-masing," ujar Mawi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 12:02 pm

Galeri Foto Majlis Persandingan Mawi-Ekin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 A101

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 B47

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 C34

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 D28

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 E26

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 F42
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 12:06 pm

Galeri Foto Majlis Akad Nikah Mawi-Ekin 2

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Em310

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Em510

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Em610

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Em710

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Em810

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Em910
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 12:08 pm

Hentikanlah sebar fitnah yang bukan-bukan pada Ekin, kata Mawi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Mae210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Mae410

JOHOR BAHRU: Pengantin baru Mawi dan Ekin menarik nafas lega kerana segala persiapan majlis akad nikahnya berjalan lancar.

Majlis bersejarah pasangan mempelai itu turut dihadiri oleh ibu pengantin lelaki, serta ahli keluarga lain, saudara-mara dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Ketika ditemui selepas majlis akad nikah itu, pasangan merpati dua sejoli ini melahirkan rasa bersyukur setelah hubungan cinta mereka berakhir dengan perkahwinan selepas lebih dua tahun pasangan ini menyulam cinta.

"Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Saya rasa amat gembira sekali kerana yang penting acara akad nikah ini telah pun berakhir.

"Pada masa yang sama saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu kami sepanjang majlis ini berlangsung.

Penyanyi yang popular dengan lagu Aduh Saliha ini juga berharap semua pihak berhenti meyebarkan fitnah dan tohmahan kepada Ekin yang kini bergelar isterinya.

"Dia seorang wanita yang kuat menghadapi semua cabaran sejak kami kenal hingga hari ini. Saya mintak kalau boleh lepas ini semua pihak hentikanlah menyebarkan fitnah yang bukan-bukan kepada dia, sebab semuanya tak betul,” kata bintang AF 3 ini.

Mawi yang terkenal dengan gelaran Raja SMS, berharap semua peminatnya mendoakan kebahagiaan hubungan yang baru dibina bersama Ekin kekal sehingga ke akhir hayat.

Sementara itu, Ekin juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar meskipun mengakui agak gementar ketika saat diijabkabulkan.

Dia juga dilihat tidak dapat menahan sebak ketika mendengar nasihat dan pesanan dari bonda tersayang, Fatimah Saad, selepas upacara penyerahan dan penerimaan tanggungjawab di antara ayahanda Ekin, Rahmat Mohamad kepada Mawi.

Bagi Ekin keakraban hubungan dengan ibunya itu membuatkan dia betul-betul terharu dan rasa seperti kehilangan tempat mengadu.

"Selama ini ibulah tempat saya mencurahkan segala rasa hati. Saya risau tak akan kehilangannya selepas berumah tangga," ujar Ekin ceria.

Menurutnya, beliau rasa lega dan bahagia sekali kerana pelbagai dugaan dan rintangan telah dihadapi bersama Mawi sebelum mereka bergelar suami isteri.

"Terlalu banyak yang dah saya lalui sebelum sampai ke tahap ini. Saya rasa bahagia sangat selepas kawin dengannya (Mawi)," katanya.

Majlis pernikahan juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) ini turut disiarkan secara langsung melalui saluran Astro Oasis (106).

Pada sebelah malam nanti majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru,bermula pada jam 8 malam.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 12:14 pm

GALERI FOTO PERKAHWINAN MAWI-EKIN

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Kkin310
Hantaran berwarna hijau muda pilihan pihak lelaki. Bunga melur dan anyaman berupa daun palas melambangkan si pemberi berasal dari Jawa.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Kkin210
Jenama Gucci menjadi pilihan kedua pengantin. Gubahan dianyam cantik dan terselit unsur Jawa untuk melambangkan si suami berketurunan Jawa.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Kk10
Lambaian dari kedua pengantin baru. Bermulalah episod baru dalam kamus hidup Mawi-Ekin sebagai suami dan isteri.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Kk210
Mawi-Ekin begitu teruja di majlis perkahwinan mereka.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Kk111
Kucupan pertama dari seorang suami. Pihak media tidak ketinggalan mengusik Mawi dan Ekin ketika foto dirakamkan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 12:19 pm

Penceraian Abby-Norman tidak jejaskan imej Gerak Khas, kata Yusof Haslam

"Penceraian Abby-Norman tidak akan jejaskan imej Gerak Khas," kata penerbit drama kepolisian, Gerak Khas, Datuk Yusof Haslam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penceraian Abby dan Norman Hakim semalam.

Pasangan pelakon tersebut bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur semalam.

"Saya lihat apa yang terjadi sebagai masalah peribadi dan mereka tidak lakukan sebarang jenayah.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Abbyce11
Penceraian Abby-Norman dapat liputan meluas daripada pihak media.

"Bagi saya sesebuah drama itu bergantung kepada jalan cerita dan tidak timbul isu terjejas dengan masalah remeh-temeh seperti ini," katanya ketika dihubungi mStar Online semalam.

Tegas Yusof,apa yang berlaku itu merupakan cabaran kepadanya selaku penerbit drama bersiri Gerak Khas yang kini sudah masuk ke musim yang ke-10 dan masih mampu mengekalkan rating yang baik di TV1.


Sebagai orang tua, Yusof berkata beliau sudah banyak kali menasihati kedua-dua pelakon terbabit yang dianggap seperti 'anaknya sendiri'.


"Saya sudah banyak kali menasihati mereka. Saya cakap jika boleh mereka pertahankan rumah tangga itu, pertahankanlah. Jika tidak selesaikanlah dengan cara elok," ujarnya yang juga pemilik syarikat penerbitan Skop Production Sdn Bhd.

Beliau pada masa yang sama meminta semua pihak jangan menunding jari kepada mana-mana pihak selepas apa yang terjadi dalam rumah tangga Abby dan Norman.

"Kita tak tahu apa yang terjadi dalam rumah tangga mereka. Ini soal dalam kelambu, saya harap semua pihak tidak boleh hentam Norman sahaja.

"Mungkin Abby juga ada salah kita tak tahu? Apa yang saya harap kita jangan menunding jari kepada sesiapa dalam hal ini," ujarnya yang pernah digelar 'Six Dollar Man' kerana kejayaan filem Sembililu II arahannya berjaya memecah kutipan box-office dengan memungut RM6 juta ringgit.

Menyorot kepada kes penceraian Abby-Norman, ianya bermula dengan kes tangkapan khalwat Norman dan Memey pada 30 Oktober lalu. Insiden ini menyebabkan hubungan Norman dan Abby menjadi keruh sehingga meretakkan rumah tangga mereka.

Norman dan Memey ditahan khalwat jam 2 pagi oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di pejabat pelakon lelaki itu di Ukay Perdana.

Jelas Yusof, jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah kedua-dua pelakon itu adalah dengan kedua-duanya menerima apa yang berlaku itu sebagai takdir yang telah tertulis.

"Mereka perlu terima ini sebagai qada dan qadar dan hadapi dengan tenang ujian daripada Allah S.W.T," katanya yang kini turut menerbitkan drama Roda-roda Kuala Lumpur, drama yang berkisarkan tentang kehidupan polis trafik.

Menurut Yusof bagi meredakan masalah rumah tangga yang berlaku, Norman telah direhatkan selama tiga bulan bermula pada bulan Januari sehingga Mac depan.

"Saya telahpun rehatkan Norman untuk biar keadaan semua reda, dia pun dapat tenangkan diri.

Menurut penerbit jutawan ini, beliau belum terfikir untuk mengambil pelakon lain bagi menggantikan Norman memandangkan pelakon itu masih dalam tempoh 'bercuti'.

Tambah beliau, selepas bulan Mac tahun depan, barulah pihaknya akan menentukan status Norman dalam Gerak Khas dan pada ketika ini ini dia masih pelakon dalam drama tersebut.

Selain itu, Yusof juga memberitahu, setiap pelakon yang memegang watak sebagai anggota polis dalam drama berkenaan perlu mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa Bukit Aman.

"Kita tidak boleh suka-suka ambil pelakon untuk gantikan pelakon lain dalam Gerak Khas semua kena dapat persetujuan daripada polis di Bukit Aman," katanya.

Yusof berkata kehadiran pendatang baru Zulkifli yang kini digosipkan dengan Abby dalam Gerak Khas sebagai memberi kelainan kepada jalan cerita drama bersiri itu.

"Saya ambilnya (Zulkifli) pun selepas cadangan Abby. Memang dari semasa ke semasa kita kena tampilkan muka baru dan sebelum ini pun kita selalu ambil muka baru berlakon, tidak jadi hal.

"Saya ambillah dia, tetapi watak biasa-biasa saja, bukan utama. Saya juga ingin tegaskan sekali lagi, Zulkifli bukan pengganti Norman dan dia hanya pegang watak kecil saja," katanya lagi.

Skop Production sebelum ini diberitakan 'menamatkan' kontrak Norman Hakim dengan drama bersiri berkenaan buat sementara waktu bagi memberi ruang kepadanya untuk menyelesaikan masalah peribadi.

Sementara itu, pelakon Abby Abadi akan kembali berlakon dalam drama bersiri Gerak Khas pada bulan Januari depan selepas dia direhatkan selama tiga bulan kerana pergolakan masalah rumah tangganya sejak Oktober lalu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 12:22 pm

Sofea sudah fikir 100 kali sebelum berhijrah ke LA

Melihat kepada prospek kerja di dalam industri seni tempatan dengan keadaan ekonomi yang agak merudum sekarang, tidak mustahil jika pelakon cantik Sharifah Sofea ingin mencuba nasib di negara asing.

Berbekalkan semangat untuk membantu menaikkan industri perfileman tanahair, Sharifah Sofea atau Sofea rela berhijrah ke Los Angeles, Amerika Syarikat mulai Hari Natal ini.

Penghijrahannya ke sana bukan sahaja untuk menghabiskan masa cuti selama empat bulan malah turut menggunakan peluang yang ada untuk mempelajari selok-belok kerja produksi.

Namun, jika dia betul-betul dapat menyesuaikan diri dengan kerja di sana, mungkin Sofea akan mengambil masa untuk tinggal lebih lama lagi.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 A102
Sofea sudah fikir masak-masak sebelum membuat keputusan berhijrah ke LA

Sofea dirasakan agak bertuah apabila dia tidak berseorangan sebaliknya ditemani kakaknya yang menetap di sana.

"Saya tak pasti lagi sama ada akan tinggal lama atau tidak di sana. Mungkin lama dan mungkin tidak.

"Saya bertuah kerana kakak saya ada mengenali beberapa orang produksi di sana.

"Namun, saya tidak mahu menggunakan jalan senang dengan menggunakan kakak saya untuk mendapat kerja tersebut tetapi saya turut menghantar resume menggunakan laman web yang membuka peluang kerja di dalam bidang produksi di sana.

"Saya mahu mempelajari kerja-kerja profesional seperti yang dilakukan di Hollywood. Kemudian, saya bercita-cita untuk membawa pengetahuan dan pengalaman tersebut serta mempraktikkannya di sini demi kemajuan industri seni kita.

"Setakat ini, Alhamdulillah, sudah ada tiga buah syarikat produksi yang berminat untuk memberi saya kerja kerana mereka ada memanggil untuk temuduga. "Saya tak kisah diberikan apa-apa kerja belakang tabir sekalipun. Untuk permulaan, saya akan mencuba semua kerja dahulu. Apabila sudah tiba masa yang sesuai dan saya sudah selesa dengan satu-satu pekerjaan itu, barulah saya akan buat keputusan untuk melakukan kerja apa," jelas Sofea.

Tekad Sofea, dalam masa lima tahun akan datang, dia akan cuba memenuhi apa yang dihajati.

“Banyak lagi perkara yang saya nak lakukan. Sekarang, saya sedang mengumpul input, pengalaman dan kepakaran. "Insya-Allah, semua yang saya perolehi ini nanti akan mengubah kehidupan saya kepada yang lebih baik," tutur Sofea yang masih berminat untuk berlakon pada masa akan datang.

Jauh di sudut hati Sofea, dia meminta supaya niatnya itu tidak disalah ertikan kerana sejauh mana anak muda ini melangkah, akhirnya dia akan pulang ke bumi Malaysia jua.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Aa26
Sofea rindukan suasana seperti dulu tetapi terpaksa ke LA demi masa depan

"KL (Kuala Lumpur) adalah tempat tinggal saya. Saya tak boleh tinggalkan KL dan kedua ibu bapa saya.

"Dulu, ibu dan bapa saya tidak menggalakkan saya bekerja di luar negara tetapi sekarang mereka sudah memberikan sokongan jika hal itu membuatkan saya gembira," ujar Sofea yang paling lama tinggal bersama ibu dan bapanya sepanjang hidup ini berbanding dua orang kakaknya yang kini berada di luar negara manakala adik lelakinya, Syed Adney sibuk dengan kerjayanya sebagai pemain bola sepak di sini.

Menyesal tolak tawaran berlakon

Masuk kali ini, sudah masuk dua kali Sofea menolak tuah kerana apabila tiba saat-saat terakhir dia telah membuat keputusan untuk ke Amerika Syarikat, pasti ada tawaran ujibakat lakonan dan membuatkan dia terpaksa menolaknya.

"Saya ada fikir 1,000 kali sama ada nak pergi atau tidak tetapi sebab rasa tak mahu tangguh lagi, jadi akhirnya saya nekad memilih untuk pergi ke sana.

"Saya tidak berharap sangat tetapi sekurang-kurangnya saya akan memperolehi sesuatu di sana. "Saya hanya membuat perkara yang betul. Lagipun, niat saya ke sana juga untuk meluaskan ‘networking’ dan ‘public relationship’ sebab saya ni jenis yang kurang pandai untuk memulakan komunikasi dan mungkin kadangkala orang akan anggap saya ni sombong. "Padahal saya ni jenis tak pandai nak ‘approach’ orang dan memang tak ramai kawan. Salah seorang kawan yang saya susah nak jumpa sepertinya dan setia berkawan dengan saya adalah Stefanie atau Huei. Bayangkan, saya berkawan dengan dia sejak berumur 10 tahun hingga sekarang dan pernah sama-sama belajar di Sekolah Kebangsaan SS 17, Subang dulu," beritahu Sofea sejujurnya.

Rindu kembali seperti dulu

Memandangkan Sofea memulakan karier dalam bidang seni ini sejak usia 16 tahun lagi, dia merasakan seolah-olah tidak puas menikmati dunia sebenar sebelum bergelar artis.

"Apabila sudah menjadi artis, apa yang kita lakukan akan menjadi tumpuan ramai. "Sebelum menjadi artis, saya bebas untuk membuat apa sahaja tetapi kini saya perlu terhadkannya. Kadangkala saya pernah juga fikir untuk kembali semula seperti dulu.

"Kalau tak jaga, nanti orang akan cakap yang bukan-bukan tetapi tidak bermakna saya tak nak buat apa yang diinginkan. Semua tu saya boleh buat tetapi kena ‘sensor’ juga. "Misalnya, orang sanggup ambil gambar saya dan kekasih melalui FaceBook dan sebarkannya di internet tanpa kebenaran saya.

"Jadi, selepas ini, saya bukan kata hendak terlalu berhati-hati tetapi saya akan kekalkan imej yang bersih sebab saya tak suka kontroversi dan gosip. "Alhamdulillah, setakat ini saya belum terkena dengan kontroversi hebat kerana saya tidak suka sorok-sorok.

"Saya juga gembira dengan kehidupan sekarang apabila dikelilingi oleh rakan-rakan, teman lelaki dan keluarga yang tidak jemu-jemu memberikan nasihat yang baik," cerita Sofea dalam nada ceria lebih-lebih lagi apabila menyebut tentang buah hatinya yang dikenali selama dua tahun itu.

Tubuh kelab peminat tahun depan

Apabila pulang ke Malaysia, Sofea ingin pastikan yang dia akan membuat sebuah laman web kelab peminatnya mulai tahun hadapan.

"Insya-Allah, saya akan cuba mencipta sebuah laman web untuk peminat dan mengemaskininya pada setiap enam bulan," akhiri Sofea yang tidak kisah sama ada meneruskan kariernya dalam bidang lakonan atau di belakang tabir.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 12:25 pm

Shafnie ditegur kerana pakaian tak sesuai, kes ditunda tahun depan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Shaff
Pakaian Shafnie ditegur oleh Hakim kerana dirasakan tidak sesuai.

[SEMASA] SHAH ALAM: Selepas gagal menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 21 Oktober lalu, hari ini pelakon dan pengacara AC Mizal sekali lagi gagal menghadiri prosiding kes tunggakan nafkah dua anak lelakinya sebanyak RM50,000.

Disebabkan ketidakhadiran AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 37, bersama peguam syarienya, Siti Aishah Din, Hakim Syarie Saarani Ismail menetapkan tarikh 13 Januari 2009 untuk mendengar keputusan berkenaan notis bantahan awal terhadap permohonan bekas isterinya, Shafnie Zainudin, 33, agar satu perintah komital dikeluarkan menghantar responden ke penjara berhubung kegagalannya menjelaskan nafkah.

Dalam prosiding pagi ini, hanya kelibat Shafnie dan peguam syarienya, Azmi Mohd. Rais yang muncul di mahkamah.

Menurut Hakim Shaarani, prosiding hari ini sepatutnya mendengar hujah antara peguam yang mewakili kedua-dua belah pihak.

Namun, disebabkan peguam Siti Aishah tidak dapat hadir kerana sedang berada di Perlis atas urusan pertauliahan peguam syarie, maka Shaarani memutuskan supaya hujahan kes tersebut didengarkan pada tahun hadapan.

Kata Shaarani, Siti Aishah turut menghantar surat yang difakskan kepada mahkamah mengenai hujahannya untuk prosiding pada hari ini.

Bagaimanapun, peguam Azmi membantah tindakan Siti Aishah kerana Siti Aishah sepatutnya membentangkan hujahan tersebut di dalam mahkamah dan bukannya melalui surat.

"Tindakan Siti Aishah dikira tidak profesional. Namun, semuanya terpulang kepada Hakim untuk membuat keputusan pada hari ini atau menangguh kes ini.

"Jika kes ini ditangguhkan, saya meminta kos prosiding ini ditanggung oleh AC Mizal," ujar Azmi.

Sementara itu, Shaarani memberitahu beliau meminta Siti Aishah membentangkan hujah serentak dengan Azmi pada 13 Januari depan di mana hari tersebut juga mahkamah akan memperdengarkan keputusan berkenaan notis bantahan awal AC Mizal terhadap Shafnie.

Shaarani turut menegur cara berpakaian Shafnie yang tidak sesuai dengan peraturan memasuki mahkamah.

Shafnie memakai kemeja putih berbelang hitam bersama vest berseluar hitam yang agak ketat dan bertudung hitam.

Hasil perkahwinan pertama AC Mizal dan Shafnie, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad Shafiq Iman, 12 dan Muhammad Shabil Iman, 9.

Pasangan ini telah bercerai talak satu pada 17 Oktober 2001.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 12:42 pm

Gambar Pasangan Sehati Berdansa Lisdawati & Fauzi Nawawi @ Karnival SBRia

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 31218510

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 31226810
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 12:45 pm

Gambar Nur Fazura & Nurul Gayakan Rekaan Hatta Dolmat di Mifa 2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 31195110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 31195310

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 31195311
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 2:27 pm

Gambar Terkini Edika Yusof

Masih ingat lagi tak pelakon kacak, seksi, bertubuh sasa dan tinggi lampai, Edika Yusof yang popular sekitar tahun 80-an. Dulu dia pernah berlakon bersama-sama dengan Zeila Jalil dan juga Noreen Noor (— Oh, di’mana dia sekarang)

Di’bawah ini ialah gambar terbaru Edika Yusof yang kini sudah botak!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Edika-10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 2:28 pm

Irma Hasmie di’Peluk oleh 4 Artis Jejaka

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Kekah-10

Saya rasa hanya 3 orang jejaka sahaja kerana Fazli Zainal tidak boleh dikategorikan sebagai jejaka, apabila seorang lelaki memotong bulu keningnya dia bukan lagi diangkat sebagai seorang jejaka. Awwwwww!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 2:31 pm

NABILA HUDA SETELAH BERGELAR ISTERI

Amboi-amboi! Sejak sudah bergelar isteri orang ni, kita kenalah jaga adab kita di’khalayak umum walaupun khalayak itu datang’nya dari penonton televisyen. Tapi lain pula bagi Nabila Huda ini, belum lagi sebulan di’gelar isteri orang pakaian’nya sudah semakin daring

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Nabila20

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Nabila21

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Nabila22

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Nabila23
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 2:34 pm

Darling Ngasri Kembali Seksi Selepas Putus Tunang

CAK pun pernah kecewa dalam bercinta jadi CAK faham perasaan dialami Darling. Tetapi hendak buat macam mana, dah tak ada jodoh. CAK yakin pasti ada hikmah di sebaliknya. Tetapi walaupun sudah putus kasih, CAK tetap ingat segala nasihat bekas kekasih CAK dulu. Jadi tak adalah terlintas di hati CAK hendak buat perkara mengarut dan boleh menjatuhkan maruah.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Darlin16

Tetapi lain benar CAK tengok perubahan diri Darling kini. Ketika cintanya masih berputik, dia sanggup menukar imej seksi kepada penampilan yang lebih sopan dan anggun. CAK pun tumpang bangga kerana dah jelak tengok artis asyik pakai fesyen berkemban. CAK percaya perubahan itu terjadi hasil dorongan buah hati.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Darlin14

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Darlin15

CAK juga yakin mana-mana lelaki pun pasti tidak mahu tubuh kekasih mereka menjadi santapan mata orang lain.

Bagaimanapun sejak ‘cincin tanda’ pemberian sang kekasih dipulang semula oleh keluarganya, Darling tiba-tiba berubah. Fesyen terdedah lengan dan dada kembali menjadi kegemarannya.

CAK dapat saksikan perubahan imej Darling ketika dia menghadiri majlis Anugerah Skrin 2008, November lalu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 2:37 pm

Bulan Madu Mawi Ekin di’taja DCL


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Mawi-e13


Setelah selamat di’ijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri, dengarnya Mawi dan Ekin akan berbulan madu di Korea. Khabarnya lagi mereka akan berbulan madu lebih dari sekali kerana syarikat jualan DCL akan menaja mereka untuk pergi berbulan madu.

Malah DCL juga bukan setakat menaja Mawi dan Ekin berbulan madu tetapi akan diikut sekali dengan wakil-wakil media. Liputan apa pula nanti ya? Jangan liputan x-rated sudahlah ya! Tapi apakah wakil-wakil media ini berminat untuk menyertai mereka setelah dihalau dan dimaki bagai anjing kurap semasa mereka cuba membuat liputan di majlis perkahwinan Mawi Ekin semalam?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 2:38 pm

Adegan ranjang Lana Nordin, again !

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 A103

LAKONAN menerusi drama bersiri popular Gol & Gincu sebagai gadis kampung bernama Ayu yang bermain karakter jahat meninggal kesan mendalam pada penonton. Akui pelakon baru, Lana Nordin, penonton lebih mengenali dirinya dengan watak itu berbanding lakonan dalam drama lain.

Menariknya, dalam watak itu, karakter jahat yang ditunjukkan bukan pada perbuatan, tetapi ekspresi muka dan bahasa tubuh.

Walaupun melakonkan watak sampingan, Lana menggalas tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan gembira dengan hasil yang membuatkan penonton ingat pada lakonannya itu.

"Memang antara drama yang pernah saya lakonkan, saya paling suka dengan watak Ayu kerana ia banyak bermain dengan perasaan. Hanya penonton yang tahu dia jahat sebaliknya watak sekeliling tidak tahu perasaan sebenar yang ada dalam dirinya.

"Walaupun tidak banyak dialog, Ayu sebenarnya banyak berinteraksi dengan penonton. Dari situ, penonton dapat menyelami perasaan sebenar Ayu yang mempunyai niat menyakiti hati Putri (lakonan Nur Fazura). Dalam menghayati watak dengan berkesan, saya perlu cakap dalam hati.

"Apabila saya berasa geram dalam diri, ia secara tidak langsung terpancar pada wajah. Hingga kini dalam kebanyakan drama, saya sering diberi tawaran watak jahat. Saya tidak kisah dengan watak jahat atau baik kerana setiap tawaran yang diterima adalah rezeki.

"Bagaimanapun, apabila saya dicop watak jahat, ia menunjukkan lakonan saya berjaya dan produser berani menawarkan watak yang sama pada saya lagi. Drama lain seperti Sadiq & Co pula, saya tampil sebagai pelakon undangan yang menyaksikan saya berlakon sebagai artis yang pukul wanita dengan kasut tumit tinggi dalam sebuah kelab malam.

"erkembangan terbaru, saya selesai menjalani penggambaran drama Kopitiam yang menampilkan pelakon Aida Radzwill, Rusdi Ramli dan Raja Farah.

"Dalam drama ini, watak saya hanya pelakon pembantu iaitu rakan baik yang banyak beri pendapat. Selain itu, saya terbabit dengan program terbaru, Anak Gemilang untuk tayangan RTM," katanya.

Menerusi Anak Gemilang, Lana mengasah bakat sebagai pengacara. Pernah menimba pengalaman mengacara program Jejak Pulau dan X-Tune, kali ini Lana perlu melakukan tugas menemubual tokoh akademik dan pelajar dari peringkat tadika hingga universiti.

"Berbeza dengan lakonan, tugas mengacara tidak memeningkan kepala hingga perlu tunggu lama di set penggambaran. Sebelum ini, kami sudah selesai empat episod dan tinggal baki sembilan episod untuk dirakam," katanya.

Mengenai projek filem, Lana menantikan filem ketiganya, Gentayangan menemui penonton pada tahun depan. Berkongsi cerita menarik, Lana memberanikan diri melakonkan adegan ranjang bersama Hasnol Rahmat. Katanya, watak Sabrina yang dipegang, pada mula menggoda Hasnol sebagai kekasihnya hingga mereka terlanjur.

Namun, dalam cerita, Sabrina sebenarnya bermesra dengan jelmaan hantu yang menyerupai kekasihnya. Filem arahan Zukiflie M Osman ini turut dibintangi Rusdi Ramli, Nasir Bilal Khan, Abu Bakar Omar, Yasmin Hani dan Afida Es. Dalam menantikan respons penonton terhadap filem ini, adegan ranjang Lana bersama Hasnol dijangka mencetus kontroversi.

Bagaimanapun, Lana berkata dia bersikap terbuka dalam menerima sebarang pandangan yang dilontarkan. Baginya, dia harus positif terhadap komen penonton dan menganggap adegan itu adalah satu amanah kerja yang perlu dilaksanakan dengan baik.

"Saya juga takut dengan respons penonton terhadap lakonan saya itu. Dalam adegan itu yang berlaku di stor, kami ada bertindih badan tetapi saya ada minta bantuan adik saya untuk merakam adegan itu menerusi kamera video sendiri.

"Rakaman itu penting sebagai bukti untuk saya tunjuk pada ibu bapa saya bagaimana adegan sebenar berlaku antara kami berdua. Saya takut mereka salah faham jika tidak lihat sendiri rakaman itu. Saya syukur mereka faham dengan adegan itu. Namun, saya tetap gementar apabila filem itu ditayangkan kelak kerana ramai akan menontonnya,' katanya
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 2:41 pm

Gambar Terbaru Datin Lydiawati


Maklumat terbaru telah di’miliki oleh saya melalui majalah Nona. Datin Lydiawati telah berkahwin dengan Datuk Azhar bin Mohd Zain, seorang ahli perniagaan duda yang mempunyai dua orang anak. dia telah dianugerah’kan dua orang anak lelaki bernama Amar (3 tahun) dan Umar (10 tahun). Dia juga mempunyai seorang anak gadis hasil dari perkahwinan’nya yang lalu. Datin Lydia tanpa segan silu memberitahu Nona bahawa perkahwinan’nya dengan Datuk Azhar adalah perkahwinan’nya yang ke-3.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Datin-10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Datin-11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Datin-12
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 2:46 pm

Kahwin Sembunyi Dengan Aidil Zafuan: Rita Rudaini Sedang Hamil 2 Bulan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Ritagg10

Sisipan hiburan Mingguan Malaysia hari ini ada mengeluarkan berita tentang perkahwinan rahsia Rita Rudaini & Aidil Zafuan. Mereka betul-betul meminta maaf kepada keluarga & juga peminat atas apa yang telah mereka lakukan.

Yang menarik, laporan itu juga menyebut yang Rita Rudaini kini sedang hamil 2 bulan hasil perkongsian hidup bersama Aidil selama ini. Mungkin ini adalah faktor utama kenapa Aidil Zafuan berani untuk menyatakan yang beliau sudah berkahwin kepada keluarga.

Kita doakan pasangan ini cepat-cepat keluar di’public & bersemuka dengan media. Juga doakan kandungan Rita Rudaini akan sihat-sihat sahaja dan akan melahirkan bayi yang comel.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 2:51 pm

(Gambar) Penyerahan Mas Kahwin & Batal Air Sembahyang Mawi-Ekin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 A104

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 B48

Agak kelakar ketika saat Mawi mahu mengucup dahi isteri beliau. Mawi yang terkenal dengan sikap selamba tidak dapat menahan ketawa.

Satu ayat ringkas keluar selepas itu dari mulut Mawi kepada hadirin,”Tak pernah…”. Di’sahut ketawa malu-malu oleh Ekin.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 2:56 pm

sambungan...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 C35

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 D29

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 E27

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 F43

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 G13

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 I19
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 3:01 pm

ALEEZA KASSIM DAMBAKAN CAHAYA MATA..KESIANNNNNNN

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Hi_01_23

MESKIPUN usianya mencecah 37 tahun, Aleeza Kassim tetap berusaha untuk memiliki cahaya mata sebagai penyeri rumah tangganya.

WANITA mana yang tidak mahukan cahaya mata setelah hidup berumah tangga. Kehadiran zuriat bagaikan pelengkap sebuah perkahwinan itu.

Namun, sebagai hambaNya, apa yang mampu seseorang itu lakukan ialah berusaha dan selebihnya bertawakal dan menadah tangan memohon kepada Tuhan agar doa dimakbulkan.

Begitu juga dengan model terkenal yang juga seorang pelakon, Aleeza Kassim, 37, yang mengharapkan kehadiran seorang anak dalam rumah tangganya yang dibina pada 16 Jun 2006 bersama suami tercinta, Mohd. Fauzi Che Rus.

Walaupun sudah menjadi ibu segera kepada dua anak hasil perkahwinan suaminya sebelum ini, Aleeza yang baru pulang daripada mengerjakan umrah beberapa minggu lalu tidak putus berusaha dan berdoa untuk mendapatkan zuriatnya sendiri.

揗alah, sewaktu saya di Tanah Suci, saya tidak henti putus berdoa agar dikurniakan dengan cahaya mata. Saya tidak kisah sama ada anak itu lelaki atau perempuan. Asalkan sihat tubuh badan. Seandainya dikurniakan dengan seorang pun, saya bersyukur dan menerima seadanya,?luah Aleeza yang mula mencipta nama selepas dinobatkan sebagai Dewi Remaja sekitar pertengahan tahun 80-an ini.

Menceritakan pengalamannya sewaktu mengerjakan umrah tempoh hari, Aleeza yang mula menceburkan diri dalam bidang perfileman menerusi filem pertamanya, XX Ray II pada tahun 1995 menjelaskan, ia merupakan pengalaman terindah dan paling manis dalam hidupnya.

揝epanjang hidup saya, tidak pernah saya rasa setenang itu. Tiada apa yang saya fikirkan sewaktu di sana melainkan hanya fokus kepada amal ibadat saya sahaja.

揂lhamdulillah, selama dua minggu di sana saya tidak mengalami sebarang perkara buruk dan semuanya berjalan dengan lancar. Sudah pasti saya mahu kembali ke sana kerana perasaan berada di sana cukup berbeza,?katanya yang tidak bercadang mahu mengambil anak angkat buat masa ini.

Kepulangannya dari Tanah Suci juga membuatkan ramai yang menunggu sama ada dia akan merubah penampilannya yang seksi dan daring.

揝aya masih lagi akan menjadi diri saya. Seandainya, jika saya sudah mengerjakan haji kelak, sudah pasti saya akan mengubah imej saya. Selama hampir dua tahun berkahwin, saya cukup bahagia dan mempunyai segala-galanya. Saya rasa aman dan bahagia. Tidak lagi huru-hara seperti waktu bujang dahulu,?tutur Aleeza yang akan muncul dengan filem Susuk tidak lama lagi setelah beberapa tahun terperap.

Diajak berbual dengan kariernya pula, Aleeza yang pernah mencetuskan kontroversi menerusi lakonan panasnya dalam filem Panas arahan Nurhalim Ismail (1999) memberitahu, dia masih lagi aktif mengusahakan akademinya, Vogue At Work khusus bagi membentuk wanita yang mahu menjadi model sebagai kerjaya yang kini sudah mempunyai 40 orang peserta.

揘amun, apa yang menyebabkan beberapa pihak keliru ialah mereka sangkakan saya mengusahakan agensi pencarian model. Ia cukup berbeza dengan apa yang saya lakukan.

揗ungkin orang di luar sana mempunyai persepsi menyertai akademi yang saya usahakan memerlukan perbelanjaan yang besar. Hakikatnya, tidak sama sekali.

Hanya dengan bayaran RM1,500 untuk tiga bulan, mereka yang menyertai akademi ini akan berpeluang mempelajari selok-belok dunia peragaan dari mula hingga akhir,?jelas Aleeza mengenai akademi model yang diusahakannya selama setahun lalu dan terletak di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, itu.

Hampir dua dekad mendamba diri menjadi seorang model terkenal, Aleeza menjelaskan, dia melihat perbezaan yang cukup ketara berlaku dalam bidang peragaan yang sering kali menjadi igauan anak-anak muda yang mahu dilimpahi kemilau glamor.

揈ra penglibatan saya dulu dengan sekarang bagai langit dan bumi. Sekarang, semuanya sudah terhidang di depan mata oleh para pereka fesyen berbanding saya yang perlu mengangkut sebuah beg besar yang dipenuhi dengan barangan dan pakaian yang diperlukan.

揔esusahan yang saya alami dulu itulah yang saya tekankan dalam akademi saya. Bukan mudah mahu mendidik budak-budak sekarang sebab kalau diajar sebanyak 10 kali pun, bukannya semua akan terima dan aplikasikan apa yang diajar,?ceritanya panjang lebar.

Peragaan

Dia turut memberitahu dunia peragaan di Malaysia sebenarnya mempunyai peluang yang sangat cerah tetapi terikat dengan syarat, seseorang itu haruslah komited dan fokus kepada kerjaya.

Malah, katanya, seseorang itu perlu bijak berdikari, jujur, ikhlas dan tidak sombong dengan orang sekeliling seandainya mahu terus berjaya.

Saat ditanya adakah model berpengalaman sepertinya hanya akan memperagakan koleksi rekaan pereka yang popular dan terkenal sahaja, Aleeza dengan pantas menafikan perkara tersebut.

揝aya tidak kisah memperagakan pakaian rekaan sesiapa pun. Pereka tempatan terutama yang muda perlu diberi sokongan kerana mereka semuanya bagus-bagus belaka. Malah, adakalanya rekaan mereka tidak terjangkau oleh minda kita,?katanya lagi.

Mengimpikan mengendalikan sebuah rancangan realiti berkenaan pencarian model baru mirip America's Next Top Model (ANTM) milik supermodel, Tyra Banks, Aleeza tidak menafikan bahawa dia sudah mempunyai perancangan merealisasikan cita-citanya itu.

揅uma saya kini mencari stesen televisyen yang sanggup dan mahu bekerjasama dengan saya. Idea ini sebenarnya sudah lama saya impikan tetapi tidak ada yang sanggup kerana terikat dengan syarat-syarat tertentu,?ujarnya sambil menguntum senyum.

Berbicara tentang perkembangan seninya pula, Aleeza menjelaskan, bukannya dia melupakan bidang lakonan, tetapi watak-watak yang sering diberikan kepadanya begitu klise dan membosankannya.

揇alam umur saya yang begini, saya sudah tidak sesuai dan layak untuk melakonkan watak seperti mana yang saya lakukan dalam filem Panas dulu. Sekarang ramai pelakon muda dan cantik yang lebih sesuai membawakan watak-watak sebegitu.

揕agipun, saya perlu menjaga hati ibu mertua saya. Berilah saya watak yang mencabar dan lari daripada apa yang pernah saya bawakan sebelum ini. Setidak-tidaknya, dapatlah saya buktikan bahawa saya mampu lakukan lebih daripada itu,?ujar Aleeza lagi.

Sementara itu, Aleeza serta empat model selebriti iaitu Nasha Aziz, Amber Chia, Fadzlon Abas dan Deborah Henry akan turut serta dalam memeriahkan majlis Minggu Setiausaha Rafflesia yang bakal diadakan pada 16 April depan bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur bersama lapan penyanyi wanita yang akan membuat persembahan iaitu Azharina Azhar, Ning Baizura, Ziana Zain, Jaclyn Victor, Erra Fazira, Liza Hanim, Noryn Aziz dan Fauziah Latiff.

Model dan penyanyi yang terlibat akan memperagakan rekaan terbaru 13 pereka fesyen tanah air dalam majlis yang berkonsepkan glam.

Selain persembahan nyanyian serta fesyen, tetamu juga bakal dihiburkan oleh pelakon, pengacara dan pelawak terkenal, Harith Iskander.

Bayaran untuk menyaksikan Minggu Setiausaha Rafflesia ini adalah sebanyak RM650 dan sebarang pertanyaan tempahan, sila hubungi talian 03-2141 9988.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 3:13 pm

`Saya sedar siapa saya' - Ekin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 12202025

JOHOR BAHRU: “Saya bukan anak raja dan saya tahu siapa diri saya,” kata Nora’Asikin Rahmat, 29 atau Ekin menjelaskan mengenai kontroversi tempahan bilik hotel dengan bayaran RM1,500 semalam seperti disiarkan Harian Metro, kelmarin.

Ekin yang ditemui pada raptai untuk majlis akad nikah di Masjid Sultan Abu Bakar di sini, semalam, turut menjelaskan dia sendiri tidak tahu menahu mengenai tempahan bilik itu kerana sepanjang majlis pernikahan dan persandingan berlangsung, penginapan diuruskan sepenuhnya syarikat pengurusan Asmawi Ani atau Mawi, Maestro Talent and Management.

“Selepas berita itu disiarkan, ramai teman menghubungi saya bertanya mengapa perkara seperti itu berlaku. Tidak kurang ada yang mencemuh dengan mendakwa saya terlalu beria-ia sehingga mahu menempah semua bilik satu aras dan mahukan pengawal peribadi. Percayalah, perkara itu tidak pernah berlaku. Saya masih sedar siapa saya.

“Sudah tentu perhatian diberikan lebih kepada Mawi kerana dia yang popular, bukan saya. Jadi apa perlunya saya minta layanan istimewa seperti itu,” katanya.

Ekin berkata, perkara itu mungkin berlaku kerana di peringkat awal, pihak pengurusan Mawi mencadangkan mereka menempah bilik di hotel terbabit supaya mudah bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain sewaktu majlis persandingan berlangsung.

RM1500 satu malam tu kira ok ler...sesekali nak juga rasa idup mewah lebih2 dalam masa sekarang nak kahwin ngan Raja SMS...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 3:22 pm

Rosma Terkejut Disahkan Mengandung



BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 12182010


Siapa sangka, kata-kata jenaka dalam konti radio oleh deejay Radio Era FM, Reza, menjadi kenyataan buat bintang Akademi Fantasia (AF), Rosmayati Sidik, 23 atau Rosma apabila disahkan mengandung.
Ketika ditemubual murai.com.my, suami Rosmah yang juga bintang AF, Mohd Khairul Nizam Mohamad Wahi, 29, atau Khai berkata, berita mengejutkan itu cukup mengembirakan mereka suami isteri.

Khai berkata, semuanya dikenal pasti selepas pemeriksaan ringkas yang dibuat di klinik berhampiran kediaman mereka di Seri Kembangan, Selangor, malam tadi.

Bagaimanapun jelas Khai, pemeriksaan susulan yang lebih teliti akan dijalankan di hospital dalam waktu terdekat bagi memastikan kesihatan dan usia sebenar kandungan berkenaan.

"Alhamdulillah. Memang kami terlalu seronok apabila mendengar berita ini. Sebenarnya kami merancang untuk hanya memiliki cahaya mata tahun depan, tak sangka pula saat yang dinantikan itu berlaku sekarang.

"Memang masin mulut Reza dan sebagai suami, saya sudah bersedia untuk bergelar ayah," katanya yang sedang dalam perjalanan untuk menjalani latihan Sehati Berdansa 2 bagi saingan minggu ini selepas terselamat daripada tersingkir minggu lepas.

Khai berkata, dia dan Rosma terkejut apabila rata-rata pendengar memberi pendapat serupa yang menyatakan Rosma mengandung.

Menyentuh berkenaan pnyertaan mereka dalam Sehati Berdansa 2, Khai berkata tidak ada alasan untuk mereka menarik diri daripada program realiti itu memandangkan tempoh pertandingan hanya tinggal seminggu.

Kata Khai, dia dan Rosma sudahpun memaklumkan berita gembira itu kepada peserta Sehati Berdansa 2 yang ternyata turut gembira dengan perkhabaran itu.

"Semua peserta Sehati Berdansa 2 sudah tahu berita ini, tapi kami belum memaklumkan lagi kepada pihak penerbit rancangan itu. Insya-Allah dalam waktu terdekat, kami akan menghebahkan berita ini kepada pihak media lain.

"Apapun kami akan lakukan yang terbaik untuk Sehati Berdansa 2, mana tahu rezeki menyebelahi kami. Kalau itu berlaku, alhamdulillah, mungkin rezeki anak kami," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 3:28 pm

NIK NELYDIA SPA-Q ...Pergh...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 A105

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Aa27
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 3:35 pm

Istimewanya Bob (AF2)

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 11162010

TERNYATA Mawi terus unggul sebagai artis paling popular apabila buat kali ketiga dipilih peminat meraih Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH07), Ahad lalu.

Walaupun sering dilanda kontroversi dan ramai meluahkan rasa terkilan dan muak, peminat tetap setia menyokong Mawi. Itulah keistimewaan pemuda kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini.

Ketika menyaksikan persembahan ABPBH07 di Arena Of Stars, Genting Highlands, saya paling tertarik dengan persembahan Bob untuk segmen lagu Anuar Zain. Persembahan lima artis rock untuk segmen lagu ciptaan M Nasir, Kepadamu Kekasih menarik juga.

Tapi lenggok suara bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2) ketika mengalunkan lagu Jangan Bersedih Lagi cukup memukau hingga mendapat pujian ramai pada malam itu.

Saya sendiri mengucapkan tahniah apabila pemilik nama sebenar, Yusrizan Usop ini datang bersalaman ketika majlis Post Party. Dalam senyum, Bob tetap merendah diri menerima pujian itu.

Biasanya kalau penyanyi lain cuba membawakan lagu popular, kemampuan mereka akan dibandingkan dengan penyanyi asal. Malah, seringkali kedengaran suara-suara yang mengatakan penyanyi itu merosakkan lagu asal. Tapi berbeza dengan Bob.

Ada yang mengatakan Bob membawakan lagu itu lebih baik daripada penyanyi asal malah ada mengatakan malam itu Bob seperti membawakan lagu sendiri.

Sebelum ini apabila Bob diberi tanggungjawab membawakan lagu Faizal Tahir, Kasih Tercipta di Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22), Bob juga saya sifatkan sebagai penyanyi pengganti paling hebat malam itu walaupun Fiq turut menggantikan Faizal untuk Mahakarya Cinta manakala Sahri menggantikan Kaer untuk Izinku Pergi.

Ternyata Bob membawakan lagu tema filem Waris Jari Hantu itu dengan gaya tersendiri. Tidak pula terasa dia merosakkan lagu asal. Pada malam itu, Bob turut mengejutkan penonton kerana sebelum itu penciptanya, Ajai disebut-sebut bakal menyanyikan sendiri lagu itu.

Difahamkan, Bob pada mulanya sekadar penyanyi gantian ketika sesi latihan kerana Ajai masih berada di Jakarta, Indonesia. Melihatkan kemampuan Bob membawakan lagu itu, orang kuat TV3 dikatakan mahu Bob terus membawa lagu itu pada hari kemuncak AJL22 dan tidak perlu ambil risiko menanti Ajai.

Sememangnya Bob punya bakat besar sebagaimana besarnya tubuh yang dimilikinya. Tapi badan besarnya sering dilihat sebagai satu kekurangan pada dirinya. Itulah hakikat yang tidak boleh disangkal bahawa masyarakat masih meletakkan penampilan sebagai keutamaan.

Lihat saja apa yang berlaku kepada Adibah Noor. Selepas 10 tahun menjuarai pertandingan Suara Pujaan Nescafe, masih tiada pihak bersedia menjadikannya artis rakaman. Akhirnya Adibah yang laris di persembahan korporat dan makan malam, menghasilkan album sulung dengan duit poket sendiri.

Tapi Bob lebih bertuah berbanding Adibah kerana mempunyai album tidak lama selepas keluar AF2 berbanding Adibah terpaksa menanti 10 tahun. Bob juga dikatakan laris untuk menjayakan persembahan makan malam dan juga korporat.

Penyanyi seperti Adibah Noor atau Bob bukan tidak boleh pergi jauh, malah tetap ada masa depan cerah. Tapi mereka perlu 慴ersakit?sedikit dan lipat gandakan usaha berbanding mereka yang lebih kecil.

Apa yang penting, orang tahu bakat Bob dan kekalkan sikap ramah supaya orang terus suka. Kalau popular tapi banyak juga yang benci dan mengeji, lagi susah.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 3:41 pm

Artis popular meriahkan Party Hai Hot FM

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Hai-er10 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Hai-fa10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Hai-je10 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Hai-nu10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Hai-na10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Hai-si10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 3:47 pm

CEREKARAMA TV3-Sebelum Sejadah dibentang (ROZITA CHE WAN) BERTUDUNG

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 A106

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Aa28

nampak comey je kan... senyum..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 3:51 pm

Mawi teringin anak kembar

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Hi_02_22

BAGAI bulan purnama dan bintang bertaburan memancarkan cahayanya, begitu molek rupa pengantin baru, Mawi atau Asmawi Ani, 27, dan Nora' Asikin Rahmat atau Ekin, 29, usai selamat diijabkabulkan pada 20 Disember 2008 seperti yang direncanakan.

Semuanya berjalan lancar tanpa cela. Cerah mentari Selat Tebrau bagai merestui cinta dua tahun yang disemai, dituai penuh bahagia.

Kicau burung bagai menyanyi, mendendangkan tembang cinta di hati mereka. Dan hanya dengan sekali lafaz, atmosfera bahagia ini menyaksikan Mawi sah menyunting Ekin sebagai suri hidupnya.

Ceritera elok ini juga bagai menghapus jejak duka percintaan mereka yang kerap dicemuh dan dibenci khalayak. Terutama Ekin, yang dilabel khalayak sebagai wanita penggoda, hipokrit, membomoh Mawi dan pelbagai nista yang ternyata hanya sebuah fitnah.

Ia juga perhentian terakhir Mawi selepas sebelum ini pernah kecundang dalam ikatan pertunangan yang dibina bersama Ina Naim tidak lama dahulu. Umpama sebuah lembaran baru, dua sejoli ini kini harus menempuh pancaroba baru.

Sentiasa memimpin tangan isterinya, Mawi nampak yakin dan bersemangat. Usai diijabkabulkan oleh Datuk Imam Mahaat Mohd. Said, Imam Besar Masjid Sultan Abu Bakar, di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, Mawi berikrar: "Janji saya adalah untuk membuktikan bahawa saya mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang suami."

Mawi turut menyatakan sebelum bernikah, dia kerap bermimpikan arwah ayahnya, Ani Ahmad. "Ada perbualan antara kami," katanya yang bagaimanapun tidak menyatakan butir lanjut mimpi tersebut.

Sementara Ekin yang menangis sewaktu sah bergelar isteri kepada penyanyi lelaki popular ini menyatakan bahawa tangisannya itu sebagai air mata bahagia.

"Ini air mata paling bermakna dalam hidup saya. Selain sebak kerana berasa akan kehilangan ibu yang merupakan insan paling rapat dengan saya, pernikahan ini juga lambang keikhlasan dan kesabaran saya mencintai Mawi selama ini.

"Bagaimanapun, perkahwinan ini adalah permulaan baru buat saya dan buat kami berdua," ujarnya yang menggayakan busana bernilai RM18,000 ciptaan Cosry dalam sebak yang masih bersisa.

Berbalas sembilan dan 11 dulang hantaran yang antaranya berisi persalinan daripada jenama mewah Gucci, pasangan ini bagaimanapun merahsiakan jenama dan nilai cincin tanda perkahwinan mereka. Dalam tawa, kedua-duanya menggeleng kepala seraya berkata: "Rahsia."


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Hi_02_20
CINTA yang berakhir dengan perkahwinan membuka lembaran baru bagi pengantin glamor Mawi-Ekin.

Mengintai perancangan keluarga, Mawi secara terbuka menyatakan tidak mempunyai rancangan tersebut. Bagaimanapun, katanya mereka menerima dengan tangan terbuka jika Tuhan mengurniakan cahaya mata pada bila-bila masa.

Dalam seloroh, Mawi yang bakal membawa Ekin berbulan madu di Korea Selatan atas tajaan Korea Tourism menyatakan keinginannya untuk menimang cahaya mata kembar.

"Kalau dapat kembar, bagus. Sekali bersalin sudah dua anak. Kalau enam kali, sudah dapat 12 orang anak!" ujar Mawi sambil ketawa besar. - MALIAH SURIP
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 4:04 pm

Penantian berakhir - Mawi & Ekin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Hi_01_24

Saya tak merancang apa-apa. Lepas kahwin ni kalau nak dapat anak berderet pun tak ada masalah sebab saya memang sukakan budak-budak,” katanya.” – Mawi

SELEPAS segala ranjau dan duri diharungi, akhirnya impian bergelar suami-isteri terlaksana sudah. Bertempat di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru semalam, Ekin sah menjadi isteri kepada Mawi, penyanyi yang mencipta satu fenomena luar biasa selepas menjuarai Akademi Fantasia Ketiga (AF3) tidak lama dulu.

Mengenakan baju warna putih gading, wajah kedua-dua mempelai terpancar seri tatkala upacara akad nikah dilangsungkan. Walaupun kelihatan seperti gugup tetapi Mawi dapat melafazkan akad nikahnya dengan lancar.

“Syukur Alhamdulillah, segalanya selesai,” ujar Mawi selepas sah selesai diijabkabulkan. Hari ini, hari pertama mereka bergelar suami-isteri tentu saja hari yang memberi satu suasana baru terhadap kehidupan mereka.

Bukan mudah untuk mereka sampai di tahap ini iaitu perhubungan yang terjalin sehingga ia berakhir di jenjang pelamin. Cakaplah apa saja ujian, semuanya diharungi dengan tabah.

Bukan mudah sebenarnya menjadi Asmawi Ani, 27, kerana tatkala dia ditatang, dalam masa yang sama ada juga insan yang membenci. Begitu juga bagi wanita bernama Nora’ Asikin Rahmat, 29, ini yang tidak lari dari berhadapan dengan tempias apabila dituduh berkahwin dengan Mawi hanya untuk mengambil kesempatan.

Tetapi, sampai bila nak dengar cakap orang. Sampai bila nak termakan kata-kata orang? Akhirnya yang menanggung sengsara mereka berdua juga. Dan kita sebagai peminat, memadailah mendoakan kebahagiaan mereka.

Tatkala majlis santapan bersama keluarga yang diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru malam tadi kedua-duamua bak puteri dan putera raja.

Sambil mendengar lagu-lagu dendangan penyanyi AF iaitu Haziq dan Akma, suasana malam itu cukup bermakna kerana ia merupakan perkahwinan pertama artis yang dibuat di dalam sebuah stadium.

* Pilihan terbaik

Bercerita soal jodoh, tentu ramai yang mahu menyelak kisah silam kehancuran cinta lama Mawi dengan bekas kekasihnya. Tentu saja yang akan membandingkan itu dan ini.

Pinta kedua-dua pengantin baru ini, cukuplah! Jangan disingkap kisah yang telah berlalu. Percayalah kepada suratan takdir iaitu kita yang merancang tetapi Tuhan itu menentukannya.

Malah akui Mawi sebelum dia membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga, sudah banyak kali dia memohon petunjuk daripada Allah biarpun macam-macam kisah yang tidak manis mengenai isterinya cuba dilemparkan. Tetapi Mawi percaya, petunjuk Tuhan itu adalah lebih baik.

“Saya sudah banyak kali membuat sembahyang istikharah dan jalan yang nampak ialah Ekin. Maka saya mengambil keputusan memilihnya sebagai isteri,” katanya.

Ekin juga menganggap jodoh mereka ini adalah pilihan terbaik. Kerana sebagai seorang isteri, Ekin percaya suaminya itu dapat membimbingnya menjadi isteri yang soleh. Cuma harapan Ekin agar semua peminat terus mendoakan kesejahteraan mereka.

* Tak cukup tidur

Biarpun dari A sehingga Z majlis perkahwinan Mawi dan Ekin ditaja sepenuhnya, tipulah mereka sebagai pengantin tidak merasai penat. Sebagai empunya diri yang bergelar raja sehari, akui mereka kadang-kala bagai nak pengsan apabila di saat-saat akhir banyak persiapan yang masih belum sempurna.

Walaupun banyak perkara yang ditaja tetapi Mawi banyak juga mengeluarkan perbelanjaannya menguruskan perkahwinan ini.

“Penat betul... sampai tak cukup tidur. Ingatkan senang nak kahwin ni tapi susah juga,” kata Mawi.

Tapi tak apa... pengalaman pertama seumur hidup tentu saja akan meninggalkan satu nostalgia terindah kemudian hari nanti.

Kata Mawi, baru satu bab iaitu majlis pihak perempuan selesai tetapi dia masih pening kepala kerana majlis sambut menantu yang akan diadakan di Felda Taib Andak pada 28 Disember nanti belum lagi selesai. Apabila habis majlis itu, tentulah Mawi dan Ekin boleh menarik nafas panjang tanda segalanya terlaksana sudah.

Apa yang pastinya Mawi dan Ekin mahu segala-galanya sempurna. Dan kalau boleh semua orang gembira meraikan perkahwinan mereka itu.

* Laksanakan tanggungjawab

Tatkala sah menjadi suami isteri selepas selesai akad nikah, apa yang terlintas di fikiran mempelai ini untuk menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga. Dan akui Ekin, dia merasakan agak “pelik” dengan suasana baru ini.

Jika sebelum ini dia menguruskan segala-galanya untuk kepentingan diri sendiri tetapi mulai hari ini segala-galanya perlu dibuat untuk kepentingan kedua mereka.

Bercerita mengenai hari pertama bergelar isteri, kata Ekin langkah pertama yang dia lakukan ialah menyediakan sarapan pagi untuk suami.

Tidaklah sehebat Chef Wan tetapi Ekin mampu tersenyum lebar apabila Mawi tidak merungut menjamah makanan daripada air tangan seorang isteri.

“Syukur Ekin mendapat suami seperti Mawi yang tak banyak kerenah. Dia makan saja apa yang Ekin masak.

“Hari ini Ekin merasakan tanggungjawab Ekin itu semakin bertambah apatah lagi Mawi sendiri mengaku dia memang menyukai masakan isteri,” kata Ekin yang mahir memasak nasi lemak sambal sotong.

Mawi pula apabila menjadi ketua keluarga berhasrat untuk memperoleh sebuah keluarga bahagia yang aman dan sentosa. Malah mereka mahu mahligai yang dibina itu utuh sehingga ke akhir hayat.

Janji Mawi, dia akan menjadi suami yang baik, bertanggungjawab dan boleh bertolak ansur.

“Semua orang yang berkahwin mahu mengharapkan mereka bahagia. Begitu juga saya dan Ekin.

“Sebagai suami, saya akan jalankan tanggungjawab saya sepenuhnya terhadap isteri dan keluarga,” katanya.

* Mahu ramai anak

Maaflah bukan nak menggatal tetapi hakikatnya baru hari pertama bergelar suami, Mawi sudah berangan-angan untuk mendapat bilangan anak yang ramai.

Dek kerana sifatnya sukakan kepada kanak-kanak, harapan Mawi supaya keluarga yang dibina nanti akan lebih bahagia jika dia memperoleh anak yang berderet.

Bukan apa, anak adalah pengikat keharmonian di dalam rumah tangga. Atas tujuan itu, Mawi berserah kepada Allah untuk memberikan rezeki itu.

“Saya tak merancang apa-apa. Lepas kahwin ni kalau nak dapat anak berderet pun tak ada masalah sebab saya memang sukakan budak-budak,” katanya.

* Terbang ke Korea

Bercuti sehingga 1 Februari tahun hadapan, peluang yang ada akan digunakan sepenuhnya Mawi dan Ekin untuk menyemaikan lagi benih kasih mereka. Akan berangkat ke Korea untuk berbulan madu, tentu saja percutian itu nanti akan merapatkan lagi hubungan mereka sebagai suami isteri.

Tidak ada apa-apa nostalgia memilih negara itu sebagai destinasi bahagia mereka tetapi di sana nanti mereka sama-sama akan merancang masa depan masing-masing tanpa ada sebarang gangguan.

Dan harapan mereka, apabila berada di negara itu, mereka akan dapat menilai kelemahan dan kesempurnaan diri masing-masing untuk meneruskan kehidupan suami-isteri yang penuh mencabar.

“Dalam perkahwinan ini kita perlu ada komunikasi yang baik di antara satu sama lain. Dan ia amat penting untuk kebahagiaan rumah tangga.

“Insya-Allah, kami akan mengharungi apa juga ujian yang datang dan berdoa supaya Tuhan memberi ketabahan terhadap kami,” kata Mawi.

Tidak mengharapkan apa-apa daripada peminat, pinta Mawi hanyalah satu iaitu titipkan doa untuk mereka agar mahligai yang dibina ini akan kekal sehingga ke akhir hayat.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 4:19 pm

Bukan hukuman kepada Linda – Nazri

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Linda15

Dari sebuah Sinar FM, anda ditukarkan ke Era FM. Adakah anda bertanggungjawab menaikkan semula Era yang jatuh?

Syukur, sebelum ditawarkan pada jawatan sekarang saya memang sudah lama kenal Era. Saya tak penah membayangkan akan berada di stesen ini yang tinggi pendengarnya. Saya rasa saya perlu memikul tanggungjawab ini dengan baik.

Apa kriteria Nazri dipilih memimpin stesen radio sensasi ini?

Mungkin syarikat melihat kemampuan saya ketika memimpin Sinar FM dulu. Sebab itu mereka tukarkan saya ke sini (Era). Masa di Sinar FM, syarikat melihat bagaimana saya berjaya membawa stesen itu meraih populariti dan meningkatkan jumlah pendengar. Saya kata, saya meletakkan diri saya sebagai pendengar. Dari situlah saya cuba mencari kelainan di Sinar FM.

Siapa yang membuat keputusan menukarkan Linda?

Memang saya juga terlibat dalam membuat keputusan itu. Tapi jangan salah anggap. Sebelum saya masuk Era lagi sudah ada ura-ura untuk memindahkan Linda semata-mata bagi memantapkan lagi kemampuannya. Saya tak yakin dalam tempoh lima tahun lagi dia dapat bertahan di Era. Sebab itu dia ditukarkan ke Sinar FM untuk memastikan kerjayanya akan lebih cemerlang dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Jadi ia bukan hukuman kerana Linda banyak sangat cerita sensasi dan penuh dengan kontroversi?

Tidak, ini bukan hukuman. Di Astro ini kita ada sembilan buah stesen. Tidak mustahil pada masa akan datang rombakan akan berlaku melibatkan sembilan stesen ini. Sekarang ini kita kena lihat dari sudut bisnes. Macam mana mahu membolehkan stesen radio itu untuk terus bertahan. Caranya ialah dengan apa yang kami lakukan.

Adakah Linda menimbulkan masalah di Era?

Dia ada dedikasi. Dia matang sebagai penyampai radio. Dia dah jadi ikon. Cuma kadang-kala dia sibuk dengan bisnes dia dan komitmen lain. Itu saja. Kami melihat dengan bakat yang ada pada Linda, dia boleh mencapai kemampuan luar biasa jika diberi peluang bertugas di tempat lain kerana dia seorang yang versatil.

Kenapa pendekatan Era untuk tidak mempopularkan deejay?

Era masa mula-

mula dulu kita akui memang mempunyai deejay yang glamor. Kerana pada masa itu Era satu-satunya stesen yang melakukan format tersebut. Tak ada persaingan. Apa yang kita buat semuanya jadi ikon. Tapi pendekatan itu sudah tidak sesuai pada keadaan sekarang.

Kenapa anda melihat glamor itu sudah tak penting?

Lebih baik kita popular dengan apa yang kita buat untuk pendengar. Itu lebih penting daripada kita sibuk nak tempah baju mahal-mahal nak pergi majlis hiburan. Kadang-kala ada deejay yang pening kepala nak beli baju semata-mata nak pergi anugerah tertentu. Saya tak nak mereka pening-pening kepala. Tak payah nak glamor macam tu. Nanti boleh bagi kesan kepada tugas hakiki sebagai penyampai radio.

Ada segelintir deejay yang mempunyai masalah peribadi sehinggakan perangai mereka menjadi buah mulut orang. Anda nampak perkara ini?

Saya mengakui benda itu wujud disebabkan sekarang ini ada banyak kemudahan untuk menyebarkan berita. Ada Internet, blog, laman sembang dan macam-macam lagi. Sebab itulah apa yang berlaku pada deejay kita mudah tersebar dengan cepat. Cuma nasihat saya kepada semua deejay saya supaya jangan lupa diri dalam dunia glamor. Kita jadi orang yang simple dah cukup. Semua orang suka.

Bagaimana deejay yang ada komitmen diluar misalnya jadi pelakon atau pengacara.

Saya tak halang mereka nak cari rezeki. Cuma mereka kena pandai membahagikan masa dan ikut jadual yang diberi. Pendekatan saya mudah saja. Saya boleh bagi kebenaran kepada mereka nak buat kerja lain tapi jadual sebagai deejay kena patuh. Mereka kena ada komitmen untuk Era dulu.

Adakah selama ini deejay Era tak ada komitmen dengan tugas mereka?

Sebelum ini saya tengok mereka sibuk kejar glamor. Sibuk bagi tumpuan dengan kerja luar tapi tugas hakiki mereka tak diberi perhatian sangat. Ia sedikit sebanyak mengganggu tugas mereka itu. Mereka kena faham, tugas sebagai juruhebah ini mesti ada komitmen yang tinggi. Tapi sekarang yang tengok deejay yang ada mampu memberi komitmen 100 peratus kepada bidang mereka. Baguslah.

Apa kesan kalau deejay sibuk mencari kerja di luar?

Saya nak nasihatkan kalau kita tak buat kerja wajib kita dengan betul, takut nanti semua akan hilang pekerjaan. Kalau kita ada komitmen dengan kerja kita, masalah itu tak akan timbul.

Apa sasaran anda bila di Era?

Saya tak nak Era radio nombor satu di Malaysia. Saya mahu Era unggul dengan seadanya. Yang penting ia akan menjadi radio yang terkuat di Malaysia.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 4:21 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Mainpi63
Back to top Go down
lynie
Ahli Familiar
Ahli Familiar
lynie

Number of posts : 179
Age : 44
Location : Puncak Alam/Kuala Terengganu
Registration date : 30/11/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 4:22 pm

wehh sally... saya baru tinggalkan prc 4 jam tapi punye lah cite mcm 4 hari punya citer... x sempat nak baca tau
Back to top Go down
http://TudungBawalAsli.blogspot.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 4:26 pm

Dengarnya...: Fouziah jangan lupa diri

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 89316310

NAMPAKNYA tahun 2008 cukup bertuah dan bermakna kepada Fouziah Gous. Peluangnya dalam bidang lakonan juga semakin cerah. Cik Normah dengar ada saja tawaran diberikan kepada Fouziah sama ada untuk drama atau filem.

Cik Normah tumpang bangga dengan pelakon muda ini. Cuma, Cik Normah nasihatkan Fouziah, jadilah pelakon yang bagus, bukan jadi pelakon yang popular dengan cerita remeh temeh saja.

Satu lagi Cik Normah nak cakap, kalau hendak berlakon, biarlah masa di depan kamera saja. Di depan wartawan ini, usahlah hendak berlakon dengan terkinja-kinja tak tentu fasal. Buat orang menyampah pula.

Kalau hendak ramah dan mesra itu, biarlah ikhlas. Usah dibuat-buat. Cik Normah tahu bezakan antara ramah yang ikhlas dengan dibuat-buat ni.

Cik Normah peduli apa dengan dengan gelagat artis yang lupa diri ini. Kata orang, satu pergi, 10 datang. Sebab itulah, mana-mana artis yang perasan sudah bagus sangat, Cik Normah buat hairan saja. Sebab Cik Normah tahu, satu hari nanti bila bintangnya sudah mula malap atau hidungnya sudah mula hendak menyembah bumi, barulah masa itu mereka ini kenal dengan orang macam Cik Normah juga.

Fouziah janganlah kecil hati dengan teguran Cik Normah. Maklumlah, Fouziah sekarang sudah pilihan utama dikalangan penerbit dan pengarah. Dalam perkara macam ini, Cik Normah cuma nasihatkan pelakon muda ini supaya jangan lupa diri apabila sudah berada di atas.

Biarlah ikhlas dan bersederhana dalam segala tingkah laku. Fouziah ada potensi untuk pelakon baik, jadi sayanglah kalau nanti terganggu dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Cik Normah dapat tahu Fouziah sekarang sibuk menjalani penggambaran filem 2 Hati 1 Jiwa arahan Profesor Madya A Razak Mohaideen. Dalam filem ini Fouziah digandingkan dengan Yasmin Hani, Fahrin Ahmad dan dua pelakon berpengalaman, Ziela Jalil dan Mustapha Kamal.

Semoga tahun 2009 akan menjadi tahun lebih cemerlang kepada Fouziah. Tapi pada masa sama, berhati-hati juga dik! Takut tersalah langkah, baru hendak menyesal, susah pula.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 4:28 pm

lynie wrote:
wehh sally... saya baru tinggalkan prc 4 jam tapi punye lah cite mcm 4 hari punya citer... x sempat nak baca tau

ape lagi...kena tingkatkan mutu pembacaan lynie la!!!hehehe hoorey!!
Back to top Go down
lynie
Ahli Familiar
Ahli Familiar
lynie

Number of posts : 179
Age : 44
Location : Puncak Alam/Kuala Terengganu
Registration date : 30/11/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 4:34 pm

sally_eiyna wrote:
lynie wrote:
wehh sally... saya baru tinggalkan prc 4 jam tapi punye lah cite mcm 4 hari punya citer... x sempat nak baca tau

ape lagi...kena tingkatkan mutu pembacaan lynie la!!!hehehe hoorey!!

ni tgh meningkatkan mutu pembacaan lah ni.. teruskan usaha mu ye sally
Back to top Go down
http://TudungBawalAsli.blogspot.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 4:42 pm

SURIA FM TUKAR TAGLINE

Pada majlis itu, Suria FM telah mengumumkan dengan rasminya pertukaran tagline HIDUP PASTI RANCAK kepada MUZIK TERBAIK TANPA HENTI. Budiey nak ucapkan Syabas dan Tahniah kepada Radio Suria FM atas sambutan ulangtahun pertama mereka. Semoga Radio Suria FM semakin mantap semantap slogan baru mereka.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 A107

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Aa29
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 4:46 pm

Fakta Menarik - Perkahwinan Mawi & Ekin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Dsc00410


Akhbar sisipan Pancaindera telah menemubual pasangan Mawi & Ekin mengenai perasaan mereka setelah selesai upacara perkahwinan. Seperti biasa, Mawi yang terkenal dengan sikap selambanya memberitahu, “Penat betul…sampai tak cukup tidur. Ingatkan senang nak kahwin ni tapi susah juga.”

Terdapat juga beberapa fakta menarik mengenai perkahwinan Mawi & Ekin yang boleh dikongsikan bersama. Antaranya..

*Asmawi Ani atau Mawi, anak peneroka Felda Taib Andak
*Nora Asikin Rahmat atau Ekin lahir di Johor Bahru
*Ekin membuat keputusan bertudung selepas mendapat hidayah melalui mimpi (Mungkin kerana Mawi suka gadis bertudung)
*Mawi melamar Ekin semasa berada di Syria melalui satu panggilan telefon pada 30 April 2008
*Ekin terkejut kerana Mawi bersedia untuk mengahwininya
*Hantaran kahwin Rm30,000 serba satu
*Mawi menghadiahkan sebentuk cincin platinum pada majlis pertunangan rahsia pada Jun 2008
*Hadir kursus kahwin pada 4 November 2008 di Masjid Putra.
*Nikah di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru pada 20 Disember 2008
*Majlis resepsi perkahwinan diadakan di 3 tempat iaitu di Stadium Tertutup Majlis *Bandaraya Johor Bahru, Padang Awam Felda Taib Andak & hotel Palace of The Golden Horses.
*10,000 kuntuman bunga hidup pelbagai jenis untuk hiasan dewan Taib Andak.
*Astro mendapat hak eksklusif penyiaran untuk majlis perkahwinan Mawi & Ekin.
*Artis pertama yang menaiki helikopter untuk sebuah majlis perkahwinan
*Artis kedua selepas Siti Nurhaliza yang mendapat liputan perkahwinan sepenuhnya oleh stesen televisyen
*Memilih Korea sebagai lokasi berbulan madu
Back to top Go down
luvly e'in
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
luvly e'in

Number of posts : 5108
Age : 47
Location : under 1 roof
Registration date : 03/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 8:16 am

Ashraf & BCL Pegang Anjing Dalam Iklan Ponds Flawless White

Not sure if this is just a camera trick. If it is, I am terribly sorry. This is what I found on the youtube this morning. I guess this couple really full of controversy. I guess there are people who subscribe to the idea that holding dogs is ok for Moslems as long as they are clean and dry.



BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 As10
POND’S FLAWLESS WHITE ADVERTISEMENT IN INDONESIA
Back to top Go down
http://www.easypha-max.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 8:20 am

(Gambar) Aksi Ainul Aishah Pelakon Histeria di Katil

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Ainul-10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Ainul-11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Ainul-12


Ainul Aisyah merupakan pelakon filem Histeria yang baru ditayangkan di pawagam pada 18 Disember 2008. ‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah kolej swasta. Tujuh orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Malini, Murni, Maryam, Jenny, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Pink Flamingo’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka bertujuh dikenakan denda, membersihkan kawasan kolej selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Sebelum Zeta diterima menjadi ahli Pink Flamingo, beliau perlu diuji, iaitu bermalam di sebuah makmal berhantu. Tujuh pelajar lain cuba menakut-nakutkan Zeta.

NAMA SEBENAR: Ainul Aishah Azizun

TARIKH LAHIR: 16 April 1985

TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur

PENDIDIKAN: Sarjana Muda Multimedia Kreatif, Universiti Multimedia (MMU)

PROFESION: Pelakon, model

FILEM: Nana Tanjung, Nana Tanjung 2, Otai dan Skrip 7707

DRAMA TV: Mama Rock, Bong

PENCAPAIAN: Calon Akhir Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia Ke-20

1)Trailer Filem Histeria Lakonan Scha, Liyana Jasmay
2)Scha Al-Yahya Di Malam Gala Antoo Fighter
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 8:38 am

Aziz Desa ”Perasan Bagus” in Nasi Lemak Kopi O?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Azizde10

Do you aware Aziz Desa bad attitude in Nasi Lemak Kopi O? I see him like “one-man show” and power hunger. When Aziz Desa talk, he want everybody listen to him and always cut other person conversation. I feel sad to Mek Kelate, she look like a doll with no function in Nasi Lemak Kopi O program. It same happen to Farrah Adeeba. Good thing is Farrah Adeeba very wise to cut Aziz Desa talk. Farrah Adeeba seems very smart controlling Aziz Desa rather than Mek Kelate.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 8:45 am

Gambar Kad Kahwin Sari Yanti & Eddy Casmady

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 31218010

Congrats to Sari Yanti who will be marrying her boyfriend of many years, Eddy Casmady, in January 2009. Despite world is slowly getting into recession, spending on marriage simply has not stopped. Congrats to Eddy for success in stealing Sari’s heart. You are the man! Sari Yanti will not be marrying in Bangkok or Songkhla Thailand, but Kuala Pilah, N9, where she is from. Sari Yanti is such a sweet girl of Malaysia and I have never seen her pictures in nite clubs or bad stories or rumour about her. Wonder where they both going to go for honeymoon? Bali? Phuket? Gold Coast, Australia?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 8:58 am

Girl Power - Apabila Wanita Berumur Kahwini Lelaki Muda!

Selalu teringat saya kepada konsep GIRL POWER yang diperkenalkan oleh Kumpulan Pop Wanita SPICE GIRLS (UK). Menurut Oxford English Dictionary, Girl Power bermaksud: Power exercised by girls; specifically a self-reliant attitude among girls and young women manifested in ambition, assertiveness, and individualism. But could it mean, getting the young boys interested to marry and live with them?Kebelakangan ini terdapat banyak pula yang WANITA yang mengahwini lelaki yang jauh lebih muda. Apakah rahsia mereka sehingga lelaki ini semua tertawan?

Apakah ilmu yang dipakai? Ada yang mengatakan wanita sebegini amat berpengalaman dalam mengendalikan lelaki ini yang selalunya agak manja. Istilah “toy boy” selalu dikaitkan dengan lelaki yang muda ini. Adakah PERKAHWINAN mereka ini benar-benar berdasarkan CINTA SEJATI atau hanya mainan wanita yang berharta? Syokkahwin.com menyingkap kisah dan gelodak asmara disebalik cinta luar biasa ini:

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Wok10

PASANGAN WOOK KUNDUR DAN MOHD NOR - #1 STORY

Beza Umur:

69 tahun

Taktik Memikat:

Mencadangkan Mohd Nor supaya mengahwininya yang pada ketika itu menumpang di rumahnya bagi mengelakkan fitnah orang kampung.Layan tempat tidur suami dengan sebaiknya (ehem2). Benarkan Mohd Nor untuk berkahwin wanita yang muda

RITA RUDAINI DAN AIDIL ZAFUAN

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Rita10

Beza Umur: 11 tahun

Taktik Memikat: Bentuk badan yang seksi dan mantap. Rita juga bersuara manja.

DEJA MOSS DAN AZFENDY

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Deja10

Beza Umur: 6 tahun

Taktik Memikat: Kawan lama dan cinta yang sudah lama terpendam sejak kecil

ROSNAH MAT ARIS DAN TAJUL EFFENDI (BLUE)

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Rosnah10

Beza Umur: 26 tahun

Taktik Memikat: Hmmh I pun confused actually. Adakah sebab rambut blonde Rosnah? Erkk
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 9:13 am

GAMBAR SUSAN MENON DAN ANAK-ANAK

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Family15

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Family16
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 13 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 13 of 17Go to page : Previous  1 ... 8 ... 12, 13, 14, 15, 16, 17  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions