|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 11 Jan 2009, 9:58 am | |
| Diana tangguh hasilkan album untuk sertai PLKN sesi ke-2 Mac ini ISU aktres jelita Diana Danielle yang menangguhkan penyertaannya di dalam Pogram Latihan Khidmat Negara (PLKN) nampaknya belum reda diperkatakan oleh banyak pihak. Meskipun Diana sendiri telah pun membuat kenyataan bahawa dia tetap akan sertai PLKN bagi sesi seterusnya, masih ada juga pihak yang tetap 'meragui' kata-kata yang dikeluarkan oleh pelakon berusia 17 tahun itu. Perkara tersebut turut ditegaskan oleh pembantu peribadinya, Dilla yang akui bintang muda itu sudah pun mengesahkan penyertaannya untuk sesi kedua PLKN yang akan bermula pada 11 Mac hingga 10 Jun depan. Diana masih lagi dipersoalkan tentang PLKN, tetapi menegaskan tetap akan menyertai PLKN sesi kedua "Kontrak bagi filem lakonannya dengan produksi Merpati Putih akan berakhir pada 22 Januari ini manakala dengan KRU pula dijadualkan akan selesai pada 10 Mac depan, sehari sebelum bermulanya PLKN. "KRU telah berjanji bahawa penggambaran tersebut akan tamat pada 10 Mac dan Diana mungkin perlu menghadiri proses dubbing (memasukkan suara) ketika hujung minggu sewaktu cuti daripada program Khidmat Negara itu. "Memang Diana pastinya akan keletihan ketika itu. Tetapi dia sememangnya bersemangat untuk sertai PLKN. Setakat ini, surat pengesahan masih belum diterima tetapi ibu Diana telah pun berjumpa dengan pihak PLKN dan mereka akan mengeluarkan surat itu pada bulan hadapan. Kata Dilla lagi, syarikat yang menguruskan Diana di Indonesia untuk pembikinan album sulungnya juga telah pun mengadakan perbincangan mengenai kontrak pelakon itu dan bersetuju untuk menunda proses penghasilan albumnya pada bulan Julai atau Ogos tahun ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 11 Jan 2009, 10:00 am | |
| Tini Hot FM Kahwin Nur Sulhi Jasmin 22 Februari IniLagi selebriti Malaysia yang akan berkahwin awal-awal tahun ini. Nampaknya 2009 di’mulakan dengan sesuatu yang baik olrh mereka. Selepas Sari Yanti, Que Haidar-Linda Jasmine, Adlin-Emelda, kini tiba giliran Kartini Kamarul Ariffin atau Tini mengumumkan tarikh perkahwinan beliau. Tini, 30 yang mula jatuh hati dengan Nur Sulhi Jasmin atau Sol,28 ketika membuat liputan sebuah program hiburan terbitan TV3 berkata beliau mengimpikan sebuah majlis perkahwinan ringkas namun praktikal serta memberi keselesaan kepada semua tetamu. Majlis pernikahan akan diadakan pada waktu pagi dan disusuli majlis persandingan (tengah hari) apabila kedua-dua upacara itu akan dilangsungkan di Dewan Perdana Felda. Manakala majlis resepsi sebelah lelaki pula diadakan 28 Februari di Kota Tinggi, Johor. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 11 Jan 2009, 10:02 am | |
| Sama teruja sama gementar HARI memperingati kekasih yang jatuh tanggal 14 Februari ini bukan saja diraikan pasangan kekasih di seluruh dunia, malah menjadi detik paling bersejarah dalam hidup pelakon berbakat, Que Haidar, 29, dan koreografer tarian Linda Jasmine Hashim,36, kerana bakal diijabkabulkan pada tarikh istimewa itu. Seperti pasangan lain yang ingin berkahwin, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar mengakui pelbagai perasaan berbaur dalam dirinya ketika ini."Saya teruja dan pada masa sama gementar menghitung hari bahagia yang bakal tiba. "Debaran semakin kencang setiap kali mengingatkan detik bersejarah itu. Maklumlah, banyak perkara yang nak diuruskan membabitkan urusan perkahwinan kami. "Pada masa sama, saya terpaksa berkejar ke sana sini kerana terbabit dengan pelbagai agenda seni yang memerlukan komitmen termasuk promosi filem baru. "Apapun, kami hanya boleh merancang tapi segalanya ketentuan Tuhan. Setiap rintangan dalam rumah tangga adalah dugaan masing-masing," katanya. Ketika ditemui di pratonton filem Maut lakonannya di GSC Mid Valley Rabu lalu, Que hadir ditemani Linda yang mengenakan baju warna sedondon dengannya semata-mata untuk memberi sokongan moral kepada kekasihnya itu. Kata Que, dia yakin Linda jodoh yang ditentukan Tuhan untuknya. "Sebelum ini, saya berkawan dengan orang lain tapi hati tidak terbuka untuk menjadikannya isteri. Saya memang tiada sasaran nak kahwin pada usia berapa pun. "Saya pernah berkawan dengan seorang gadis (bukan artis) selama empat tahun tapi akhirnya dia tinggalkan saya dan berkahwin dengan orang lain. Memang saya sayang sangat dengannya tapi sudah tiada jodoh. Saya juga tidak bermusuh dengannya sampai sekarang. Kalau berkawan lima atau enam tahun pun belum tentu kita jadi kahwin kalau ia bukan jodoh kita? "Tapi dengan Linda, saya percaya seru saya nak kahwin sudah sampai sekarang. Kami mula berkenalan pada Mei tahun lalu dan sebelum Ramadan saya ajak dia kahwin dan pada Ramadan pula, kami berbincang tarikh majlis akad nikah dan persandingan," katanya. Que juga menyedari ramai kawan rapat yang terkejut apabila mendapat tahu dia ingin menamatkan zaman bujangnya itu. "Mereka mungkin tidak tahu usia saya sudah mencecah 30-an tahun ini. "Terus terang, saya memang sudah bersedia nak kahwin dan tidak berasa terlalu awal atau tergesa-gesa nak kahwin kerana saya juga ingin hidup bahagia seperti orang lain. Biarlah orang nak kata apapun, saya tidak ambil kisah. "Apabila berkahwin, hidup lebih terurus dan saya juga ingin mempunyai anak sendiri nanti. Perbezaan usia kami berdua hanyalah nombor dan ia bukan penghalang untuk kami menemui kebahagiaan diimpikan semua orang," katanya. Que berkata, selain cinta adalah penting perkahwinan itu mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak. "Saya masih ingat lagi ketika bertemu dengan bapa Linda untuk mendapatkan restu berkahwin dengannya. Bapanya memang sudah terima saya tetapi nasihatnya, perkahwinan bukan soal main-main dan bukan untuk sehari dua sebaliknya hingga ke akhir hayat. Saya percaya, kalau saya berkahwin dengan siapa pun, ibu bapanya akan beritahu perkara sama. "Anak Linda juga sudah terima saya dan dia juga memanggil saya 'daddy', seminggu selepas kami buat pengumuman kahwin di kaca televisyen," katanya. Mengikut perancangan, majlis akad nikah dan persandingan pasangan merpati dua sejoli ini akan berlangsung di Bora Ombak, Ampang. Majlis akad nikah selepas solat Asar dan jamuan minum petang akan diadakan. Manakala acara persandingan mereka akan berlangsung pada sebelah malamnya pula. Manakala, majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan berlangsung di Felda Taib Andak, Kulai, Johor pada Mac nanti. Pasangan sama padan ini juga sepakat hantaran kahwin hanyalah senaskhah al-Quran dan tiada dulang hantaran. Mas kahwin juga hanya RM80. Selain itu, acara bertukar cincin antara kedua-dua mempelai ketika majlis membatalkan air sembahyang. Seperti Que, Linda, guru tarian selama enam musim pertandingan Akademi Fantasia dan pengkritik tetap Sehati Berdansa ini juga berdebar menanti hari bahagia yang bakal menjelang. "Saya teruja dan gementar seperti Que kerana banyak perkara yang perlu dibuat membabitkan majlis perkahwinan kami ini. Saya juga perlu bahagikan masa untuk menguruskan studio tarian dan anak yang juga memerlukan perhatian. "Kalau tidak terbabit dengan sebarang projek, saya memang fokus pada studio dan anak di rumah. "Apa yang saya harapkan, cinta kami terus utuh seperti kali pertama kami jatuh cinta dulu. Apabila sudah berkahwin, saya mengharapkan perkahwinan kami kekal hingga ke akhir hayat," katanya. Bercerita lanjut mengenai persiapan kahwin mereka yang berkonsep 'outdoor' itu, kata ibu tunggal kepada Qalif Khan, 8, setakat ini, ia baru mencecah 50 peratus. "Saya akan menggayakan rekaan Kirana untuk baju akad nikah dan Syaiful Baharim untuk majlis resepsi. "Untuk acara potong kek pula, saya bakal menggayakan baju rekaan Calvin Thoo dan Que pula sut dari Lord's Tailor. "Kain yang kami gunakan untuk buat baju adalah dari Jackel manakala solekan untuk semua acara itu nanti oleh Tiar Zainal. "Tidak ketinggalan, kek dari The Blooming Cakes dan jurugambar yang bakal merakamkan hari bersejarah kami nanti dari Camwork. Kami juga mendapatkan khidmat Jeslina Hashim sebagai perancang perkahwinan," katanya. Dari segi kad undangan pula, kata Linda, ia juga baru dihantar untuk dicetak. "Saya harap kami dapat edarkan kad undangan ini secepat mungkin kepada tetamu termasuk pihak media," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 11 Jan 2009, 10:03 am | |
| Hasrat bahagia ayah tak tercapai"IMPIAN saya mahu membahagiakan ayah dan ibu dengan hasil wang menyanyi, tetapi tidak sempat kerana ayah sudah pergi," kata Ahmad Nubhan Ahamad, 22, atau Nubhan ketika dihubungi sebaik jenazah ayahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebing Tinggi, Juasseh, Negeri Sembilan. Bapa kepada penyanyi yang sedang popular dengan lagu Ada Untukmu itu, Ahamad Abdul Rahman, 67, meninggal dunia malam Rabu (7 Januari) kerana serangan sakit jantung.Ahamad dilaporkan menghadiri kenduri doa selamat yang diadakan kenalan di Senawang. Sewaktu menikmati juadah, tiba-tiba Ahamad jatuh pengsan. Ahli keluarga lain yang kebetulan menemaninya, terus membawanya ke hospital. Bagaimanapun, sebaik tiba di Hospital Pakar Senawang, Ahamad disahkan doktor sudah meninggal sewaktu dalam perjalanan. Berita kematian ayahnya, benar-benar membuatkan Nubhan terkejut memandangkan sebelum itu bapanya sihat dan tidak pernah mengalami sebarang komplikasi atau penyakit kronik. "Kali terakhir saya bertemu dengan arwah ayah, dua minggu lalu. Namun waktu itu dia tidak menunjukkan apa-apa tanda. Malah, dia sempat berpesan pada saya agar pandai-pandai menjaga diri apabila pulang ke Kuala Lumpur nanti. "Apa yang berlaku, saya anggap takdir, cuma terkilan dia pergi tanpa saya di sisinya," katanya sambil menahan tangis. Kata Nubhan lagi, pada mulanya, dia berasa terkejut apabila kakaknya, Saadah memberitahu arwah bapanya rebah secara tiba-tiba di majlis kenduri berkenaan. "Waktu itu saya baru saja hendak menikmati makan malam bersama Stacy dan seorang lagi teman. Bagaimanapun, selepas diberitahu saya terus bergegas untuk pulang ke Senawang. "Dalam perjalanan tiba-tiba saya rasa luluh hati apabila kakak memberitahu yang ayah sudah meninggal," katanya. Cerita Nubhan, dia sangat sedih kerana ayahnya pergi di saat kerjayanya baru hendak berkembang dan sebelum itu turut memasang niat untuk memastikan orang tuanya hidup lebih selesa. "Saya bercadang untuk mengambil orang gaji bagi membantu ibu (Badriah Omar, 64) di kampung dan dalam waktu sama saya menyimpan duit untuk menukar kereta yang dipandu ayah. Tetapi segalanya sudah terlambat. "Saya anggap apa yang berlaku ini sudah takdir. Ternyata Allah lebih menyayanginya. Sebagai hambanya saya reda dengan ketentuan-Nya," katanya. Begitupun kenangan manis bersama arwah bapanya membuat Nubhan berasa begitu sedih. Apatah lagi, dia anak bongsu lelaki dan sangat rapat dengan ibu bapanya. "Hendak diikutkan, arwah bapa tidak berapa gemar apabila saya mengambil keputusan untuk menyanyi sepenuh masa. Malah, sebelum ini pun dia ada memberitahu pihak media yang dia tidak tahu saya boleh menyanyi. "Bagaimanapun, apabila melihat kejayaan saya meraih tempat ketiga di Akademi Fantasia musim keenam pertengahan tahun lalu, arwah bapa terus memberikan perangsang. Saya percaya, kejayaan awal yang diraih itu atas doanya. "Kini, saya akan terus merindukan ayah. Tiada apa yang dapat saya ungkapkan selain meminta peminat dan orang di luar sana agar sama-sama membacakan Al-Fatihah untuk arwah bapa dan semoga rohnya ditempatkan bersama orang beriman," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 11 Jan 2009, 10:05 am | |
| Amy mudah sesuaikan diri MULA dikenali sebagai penyanyi, Amy Mastura kemudian mengembangkan bakat seni menerusi lakonan. Filem seperti Tragedi Oktober pada 1996, diikuti Impian, Puteri Impian, KLU, Senario Lagi, Trauma dan Bintang Hati melonjak namanya antara pelakon berbakat besar. Kecuali Senario Lagi, semua filem lakonannya diberi kepercayaan produser untuk watak utama. Biarpun sudah lima tahun Amy menyepi diri dari layar perak, dia sebenarnya masih aktif menyanyi dan mengacara. Selepas muncul sebagai pengacara program Let's Go Cooking di ntv7 dan NuGrow NuFamili (TV3) tahun lalu, kini Amy menyahut cabaran baru mengendalikan program popular, Apa-Apa Aje. Sejak 5 Januari lalu, Amy muncul kali pertama menerusi program itu bersama gandingannya Shamsul Ghau Ghau. Walaupun masih baru untuk menyesuaikan diri dengan program itu, Amy yang menggantikan pengacara terdahulu, Sheila Rusly, profesional dan tidak kelihatan kekok. Katanya, dia senang melakukan tugas apabila mendapat kerjasama mereka yang terbabit dalam program itu termasuk Shamsul sendiri. "Saya dapat tawaran mengacara program ini bulan lalu. Saya syukur kerana pada hari pertama bertugas, segalanya berjalan dengan baik. Ini berkat tunjuk ajar dan sokongan semua yang terbabit dalam program ini. "Buat masa ini saya hanya memberi tumpuan mengacara pada program ini saja. Pada saya, setiap program mempunyai perbezaannya tersendiri. Program Apa-Apa Aje juga mempunyai cara penyampaian berlainan termasuk konsep perbincangan topik yang dibawa. Tidak sukar untuk saya menyesuaikan diri dengan program ini. "Sebelum program bermula, saya bersama Shamsul dan pihak penerbitan berbincang mengenai topik yang ingin dibincangkan. Kami perlu mencari topik bersesuaian kehendak penonton. Ketika berbincang, pengacara juga boleh memberi pandangan dan cadangan mengenai sesuatu topik. "Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai topik yang ingin dibincangkan, kami melakukan kajian sama ada menerusi akhbar, buku atau Internet. Berdasarkan pengalaman awal mengacara program ini, saya berasa seronok dan serasi dengan program ini. "Menariknya dalam program ini, saya mewakili pandangan wanita manakala Shamsul pula memperkatakan perihal lelaki. Jadi ketika bersiaran kami berusaha mempertahankan pandangan masing-masing," katanya. Meskipun sibuk dengan bidang pengacaraan, Amy, 37, masih tidak melupakan hasrat untuk merakam album baru. Amy akan muncul dengan album ketujuh, Happy, menampilkan single Langkah Di Hatimu. Album ini yang mendapat kerjasama komposer berpengalaman seperti Goh Boon Hoe, Panji, Lah VE dan Andry dijangka berada di pasaran pada penghujung bulan ini. Jelasnya, dia masih bersemangat untuk meneruskan karier nyanyian yang dibina lebih sedekad lalu. Saingan penyanyi baru tidak dianggap masalah asalkan setiap penyanyi mempunyai kualiti album yang bagus untuk dijual kepada peminat. Mengenai aktiviti lakonan pula, Amy muncul dengan drama terbaru, Kasut Tumit Tinggi yang ditayangkan di Astro Prima. Menerusi drama itu, Amy melakonkan watak komedi bernama Rose yang menjadi mangsa buli di tempat kerja. Selain itu, tahun ini bakal menyaksikan Amy tampil dengan filem baru, Shhh...Dia Datang arahan Saiful Apek. Walaupun Amy memegang watak pembantu tetapi ia tetap mengubat kerinduan peminat yang ingin melihat dia kembali semula ke layar perak. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 11 Jan 2009, 10:08 am | |
| Tini pilih 22 Februari SETAHUN berjauhan dengan buah hatinya dan tatkala itu dia pasrah andai si jejaka mula berubah hati atau sudah tidak mampu bertahan dengan keadaan yang memisahkan mereka. Baginya, apa yang lebih penting dia perlu melengkapkan pengajiannya peringkat Sarjana Kewartawanan Televisyen di University of London sebaik mungkin kerana pelajaran adalah jaminan masa depan. Namun, setahun yang cukup menguji tidak sedikit pun merubah hati si dia malah saban hari hubungan yang terjalin sebagai sahabat pada mulanya kian intim dan membuahkan rasa cinta mendalam. "Kami sering berhubung menerusi telefon, e-mel dan chatting. Walaupun berjauhan dia tetap mengambil berat sama seperti sebelumnya, ketika saya masih berada di Kuala Lumpur," kata penyampai Hot FM, Kartini Kamarul Ariffin (Tini), 30. Kesetiaan, Nur Sulhi Jasmin (Sol), 28, itu menambat hatinya, lalu sekembali Tini ke tanah air sekitar Ogos 2007, mereka mula memikirkan secara serius ke mana akhirnya arah tujuan percintaan itu. "Memandangkan ada keserasian dan saling memahami, kami mengambil keputusan berkahwin. Syukur, keluarga kedua-dua belah pihak merestui hubungan ini dan tidak menghalang niat baik kami. "2009 adalah tahun yang paling sesuai memandangkan tahun lalu saya tidak sempat merancang apa-apa kerana fokus dan keutamaan adalah pada Hot FM," katanya. Penyampai Menu Muzik Hot FM yang ke udara Isnin hingga Jumaat dari jam 1 tengah hari hingga 4 petang ini memilih 22 Februari 2009 untuk mengakhiri zaman gadisnya. Majlis pernikahan akan diadakan pada waktu pagi dan disusuli majlis persandingan (tengah hari) apabila kedua-dua upacara itu akan dilangsungkan di Dewan Perdana Felda. Manakala majlis resepsi sebelah lelaki pula diadakan 28 Februari di Kota Tinggi, Johor. Tini mengimpikan sebuah majlis perkahwinan ringkas namun praktikal serta memberi keselesaan kepada semua tetamu. Tanpa melupakan adat budaya orang Melayu, harapan Tini agar majlis itu meninggalkan kenangan manis kepada setiap orang. Menyingkap detik perkenalan, Tini mengenali jejaka itu sekitar 2006 ketika terbabit dalam satu tugasan sebuah program hiburan terbitan TV3. Mengenai usia pemuda itu yang dua tahun lebih muda daripadanya juga bukan masalah bagi Tini. "Dia orang dalam industri juga dan terbabit dalam acara pengurusan pentas. Kami kenal sewaktu sedang bekerja. Mengenai perbezaan usia, saya tidak melihat ia sebagai satu isu, yang penting dia matang. "Memanglah kalau boleh, sebagai perempuan mengharapkan pasangan kita itu lebih berusia daripada umur kita tapi kalau jodoh hendak buat macam mana? Walaupun dua tahun lebih muda, saya rasa dia lebih matang kerana seorang yang penyabar dan tenang sementara saya ini agak baran," katanya. Bercerita mengenai perancangan untuk 2009, selain berusaha memantapkan Hot FM dengan menyediakan wadah terbaik, Tini yang turut mengendalikan segmen English Chart Show (20 lagu terbaik antarabangsa) bersama Leya di Hot FM, dia akan kembali mengacara program 3R musim ke-14 yang tampil dengan pelbagai kelainan serta isu lebih hangat. Mengembangkan lagi bakat mengacara, Tini mengintai peluang untuk mengendalikan bercorak travelogue yang lari daripada kebiasaan program kendaliannya. Meminati program 'Travel & Living', Tini cukup tertarik dengan konsep program itu yang memaparkan pelbagai tempat menarik, keunikan budaya serta makanan tradisi sesebuah masyarakat. "Tidak hanya mensasarkan program berbentuk dokumentari, untuk 2009 juga saya akan membabitkan diri secara serius dalam bidang penulisan skrip. Sebelum ini saya pernah menyumbang idea untuk program seperti 3R, bagaimanapun, kali ini saya menulis skrip untuk drama TV. "Proses itu sudah dimulakan dan saya mengharapkan percubaan ini berjaya lantas membuka laluan untuk terus bergiat secara aktif. Insya-Allah, jika ada keizinan daripada-Nya saya juga merancang menerbitkan program sendiri," katanya. >ProfilNama: Kartini Kamalul Ariffin Panggilan: Tini Tarikh lahir: 24 Oktober 1978 Asal: Petaling Jaya Hobi: Bersukan, futsal dan termenung ingat nasib! Siri TV / Drama / Filem: 3R (Respect, Relax, Response, Prelude Kemuncak AIM Ke 15, Gol & Gincu Penyanyi pujaan: Mariah Carey, Dewa 19, Ning Baizura, Anuar Zain Siri TV kegemaran: America's Next Top Model & Travel & Living Channel Filem kegemaran: Gol & Gincu dan Cinta |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 11 Jan 2009, 10:10 am | |
| Mawi-Ekin cipta sejarah tunggang kuda di hari perkahwinan Majlis perkahwinan juara AF3, Mawi-Ekin terus dapat liputan meluas media di negara ini.Foto The Star Oleh: AZMAN GHANI. MEMANG tuah badan bergelar selebriti popular, Asmawi Ani kerana tanpa dipinta banyak pihak yang sudi menaja majlis perkahwinan juara AF 3 ini. Dari majlis pernikahan pada 20 Disember lalu hingga lah kemuncak majlis persandingan ketiga yang akan berlangsung pada 11 Januari ini di Palace of The Golden Horses di Seri Kembangan ini pihak media rata-rata sibuk membuat liputan sepanjang berlangsungnya majlis yang digelar ’Wedding Of The Year’ itu. Ahad ini akan menyaksikan satu lagi sejarah bakal tercipta apabila kedua mempelai, Mawi dan Ekin bakal menunggang kuda diarak dari perkarangan hotel menuju ke dewan tempat persandingan mereka. Difahamkan terdapat beberapa lagi gimik yang disusun oleh pihak hotel akan bakal memberi kejutan antaranya acara menaiki kapal akan turut berlangsung pada majlis persandingan Raja SMS ini. Pada majlis resepsi Ahad ini, Mawi dan Ekin akan menyarung busana rekaan, pereka terkenal negara, Rizalman Ibrahim. Rizalman telah diberi kepercayaan sepenuhnya untuk mereka fesyen pakaian ala-Arab untuk majlis persandingan di hotel terkemuka, Palace of the Golden Horses. Ibaratnya, malam persandingan itu nanti, Mawi umpama seorang pemerintah sari Tanah arab dan juga permaisurinya hadir ke majlis gilang-gemilang. Ada sahaja gelagat pasangan merpati dua sejoli ini yang mencuit hati. Lebih istimewa syarikat tekstil terkemuka di negara ini, Jakel Trading menaja sepenuhnya bagi busana yang bakal digayakan merpati dua sejoli ini pada majlis tersebut. Jakel menaja kain jenis Valentino yang dibawa khas daripada Itali, di man kain tersebut dibawakan khas untuk Mawi dan Ekin sahaja. Semeter kain baju pengantin Ekin berharga RM15ribu dan harga sepasang enam meter jumlahnya adalah RM60ribu. Menurut Pengarah Pemasaran, Jakel Kuala Lumpur, Azlan Abu Bakar, bagi upacara memotog kek, Jakel sekali lagi berbesar hati menaja kain bagi kedua mempelai. Bagi upacara tersebut Ekin bakal menggayakan busana rekaan terkenal dari Indonesia, Yamin. Baju tersebut menggunakan fabrik Lace Marco Lagatolla Italian Beaded Swarosky dengan kombinasi Crepe Morrocan Italian Harvey beserta Satin Shamus Rivoli French Chiffon yang bernilai RM65,000. Ramai peminat Raja SMS ini tidak sabar menyaksikan majlis persandingan ketiga, Mawi dan Ekin pada 11 Januari ini.Sementara Mawi bakal memakai sut rekaan dari pereka terkenal Bon Zainal, denga kain jenis, Italian Linen Emernegzildo Zegna dan Dutches Satin Valentino yang bernilai RM15,000. Mawi dan Ekin akan disandingkan buat kali ketiga di Palace of The Golden Horses pada 11 Januari ini dengan mengetengahkan konsep ‘Timur Tengah’. Dijangka 1500 tetamu VVIP dan rakan artis akan hadir pada majlis resepsi gilang-gemilang pasangan selebriti ini yang akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) bermula pada jam 7:30 malam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 11 Jan 2009, 10:17 am | |
| Bukan cinta gelojohPROGRAM Sehati Sejiwa yang diadakan secara langsung Rabu lalu menerusi TV1 menampilkan pasangan pengantin baru Mawi dan Ekin, namun aksi pengacaranya, Scha turut menjadi perhatian.
Scha sebelum ini menafikan kepada media bahawa Fahrin Ahmad merupakan kekasih hatinya, namun kehadiran lelaki itu dalam program tersebut mula menimbulkan syak wasangka.
Fahrin dilihat memberi bantuan dan penerangan kepada Scha di belakang tabir tatkala program selama sejam itu berhenti menyiarkan iklan selang beberapa minit.
Bahkan, pasangan itu tanpa segan silu memperlihatkan riak kemesraan di hadapan wartawan dan tenaga produksi rancangan itu walaupun menyedari ada mulut yang tidak henti bercakap tentang mereka.
Scha bagaimanapun menjelaskan kepada Kosmo! relevannya ‘kunjungan’ lelaki tampan itu ke set Sejati Sejiwa iaitu bagi membantu dirinya yang bertindak selaku pengacara untuk kali pertama.
“Fahrin datang ke penggambaran Sehati Sejiwa itu bukannya sengaja atau suka-suka, sebaliknya dia membantu saya yang kelam-kabut apabila ditugaskan menjadi hos.
“Memang saya suruh Fahrin datang, malah awal-awal lagi saya sedar pasti ramai yang bakal bercakap tentang kemunculan Fahrin dalam set program berkenaan.
“Saya tidak ambil peduli dengan kata-kata belakang orang lain. Asalkan saya tahu niat baik mengajak Fahrin itu hanya untuk membantu, saya tidak perlu risau dengan gosip yang akan diperkata,” akui Scha tanpa berselindung.
Scha yang menelefon Fahrin memintanya datang sehari sebelum program itu disiarkan menjelaskan, selain Fahrin, dia juga pernah meminta pertolongan rakan lain sewaktu menjadi pengacara sebuah program di stesen TV swasta.
“Sekiranya ada kawan yang lapang, saya akan menghubungi sambil mengajak teman itu untuk menemani saya yang agak gemuruh ketika bersiaran.
“Kalau hendak bercakap soal Fahrin, saya rasa tiada salahnya saya mengajak dia ke set Sehati Sejiwa. Lagipun kami macam adik dan abang yang saling menyokong antara satu sama lain.
“Sekali lagi saya ingatkan, Fahrin sekadar datang untuk menolong saya saja. Tiada maksud lain yang tersembunyi.
“Saya masih waras lagi dalam soal ini. Tidak mungkinlah saya sengaja mengajak Fahrin datang, sedangkan saya mengerti pihak media turut hadir bagi membuat liputan dalam Sehati Sejiwa,” ungkap Scha atau nama lengkapnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir.
Sengaja mengusik, apakah nasihat yang Fahrin berikan buat empunya diri, pantas Scha berkata: “Dia tidak beri banyak nasihat dalam soal ini.
“Sebaliknya Fahrin sekadar menjadi pemerhati untuk saya semasa bersiaran. Kalau saya ada buat sebarang kesalahan, barulah dia akan menegur agar saya memperbaiki diri.
FAHRIN pun nampak gementar dengan penampilan Scha sebagai pengacara.
“Cuma Fahrin sempat cakap kepada saya agar tidak terlalu gementar, malah dia menyuruh saya jadi diri sendiri semasa mengendalikan rancangan itu yang memakan masa selama 60 minit,” beritahu Scha yang menjadi perantara Sehati Sejiwa sebanyak 13 episod untuk siaran TV1.
Paling menarik, setelah Sehati Sejiwa hampir melabuhkan tirainya, Fahrin tidak ketinggalan sempat memegang ubun kepala Scha sebagai tanda berpuas hati dengan kejayaan awal wanita itu mengemudikan program tersebut.
Begitulah lagak kemesraan yang dipamerkan dua individu yang dikatakan sedang ingin bercinta dan menyulam hubungan nan indah itu.
Teruja jadi pengacara
Baru sahaja ingin mempersembahkan bakat dan wajahnya dalam bidang lakonan, kini Scha mula beralih cinta dengan terjun ke dalam dunia pengacaraan.
Barangkali, ada suara-suara nakal yang beranggapan bahawa lakonan belum pun menguji sepenuhnya kredibiliti Scha, tahu-tahu dia kini menceburkan diri sebagai pengemudi program.
“Saya sedar ramai yang akan bercakap perkara sama. Lantas saya ambil keputusan untuk tidak terikat dengan mana-mana produksi lakonan bagi menumpukan sepenuh perhatian dalam pengacaraan buat masa ini.
“Lagipun tiada salahnya kalau saya sekadar hendak mencuba sambil mengembangkan bakat yang ada. Dalam waktu rehat daripada berlakon ini, saya akan lakukan sehabis baik untuk bergelar seorang pengacara.
“Saya dapati banyak perbezaan ketara tentang lakonan dan pengacaraan. Berlakon boleh dilakukan berulang kali, namun mengendalikan program terutama siaran langsung bukannya perkara yang boleh dipandang mudah.
“Kalau ada buat salah, saya kena bijak mengawal keadaan agar tidak dilihat terlampau jelas di pandangan audiens.
“Selepas ini kalau dapat tawaran mengacara, saya akan pilih mana-mana yang bersesuaian dengan diri. Saya enggan buat sesuatu yang berada di luar kemampuan.
“Sebaliknya saya lebih senang menerima tawaran mengacara program yang mudah terlebih dahulu. Biarlah saya mengukur baju di badan sendiri,” akui Scha yang sarat sifat merendah diri.
Sedang ingin bercinta
Minggu ini Scha membuat penafian bahawa Fahrin bukanlah kekasih hatinya seperti mana yang digembar-gemburkan sebelum ini oleh pihak media.
Ada yang terkejut, malah ada pula masyarakat yang sekadar memberikan reaksi bersahaja tentang ceritera cinta dua pelakon ini.
Scha yang telus menjawab setiap pertanyaan menjelaskan, dia dan Fahrin sememangnya bukan sebagai pasangan yang sedang hanyut dibuai api asmara.
“Dia (Fahrin) bukan kekasih saya,” ulang Scha sekali lagi dalam lontaran suara serius.
Sambung wanita berusia 25 tahun itu lagi, dia sedar peminat akan membuat pelbagai andaian, malah mengatakan dia dan Fahrin bersikap hipokrit selama ini.
Namun, itulah kebenaran yang tidak mampu untuk disangkal lagi kerana bagi Scha, Fahrin berada dalam hierarki sendiri dalam hidupnya selagi bergelar manusia biasa.
AKSI spontan pasangan Scha dan Fahrin di set penggambaran yang sempat dirakamkan .
“Kami masih mengenal diri masing-masing. Secara terus terang, kami memang belum bercinta, namun saya akui kami sedang ke arah itu.
“Itu yang betul-betul terjadi. Kami ingin mendalami satu sama lain dulu sebelum bercinta. Memasuki usia tiga bulan kami mula berkenalan dan meneruskan ikatan persahabatan ini.
“Biasalah, kalau ingin mengeratkan satu-satu hubungan akan mengambil masa selama enam bulan. Kami enggan bersikap gelojoh dalam soal ini.
“Kalau ada jodoh, kami tidak akan sesekali menipu peminat dan memberitahu perkara sebenar. Kalau kami betul-betul bercinta manakala Fahrin cuba untuk menyorokkan perihal sebenar, saya sendiri yang akan beritahu,” janji Scha buat sekalian pemuja dirinya.
Sebelum menutupkan kata terakhir, Scha sempat memohon kepada masyarakat agar tidak mengaitkan bermacam kisah tentang dirinya dan Fahrin.
“Saya malu dengan kawan artis lain yang sering menghantar SMS kepada saya bertanya lebih lanjut perkara itu. Malah mereka turut merungut kerana cerita peribadi saya lebih banyak dibentangkan berbanding soal karier.
“Meskipun saya faham isu ini diibaratkan asam garam bergelar insan seni, tetapi saya harap selepas ini biarlah kisah kerjaya saya pula yang diuar-uarkan,” mohon Scha lembut. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 11 Jan 2009, 10:23 am | |
| baju ekin kat palace golden horse.... MELAMPAUNYER HARGAAAJakel menaja kain jenis Valentino yang dibawa khas daripada Itali, di mana kain tersebut dibawakan khas untuk Mawi dan Ekin sahaja. Semeter kain baju pengantin Ekin berharga RM15ribu dan harga sepasang enam meter jumlahnya adalah RM60ribu. Menurut Pengarah Pemasaran, Jakel Kuala Lumpur, Azlan Abu Bakar, bagi upacara memotog kek, Jakel sekali lagi berbesar hati menaja kain bagi kedua mempelai. Bagi upacara tersebut Ekin bakal menggayakan busana rekaan terkenal dari Indonesia, Yamin. Baju tersebut menggunakan fabrik Lace Marco Lagatolla Italian Beaded Swarosky dengan kombinasi Crepe Morrocan Italian Harvey beserta Satin Shamus Rivoli French Chiffon yang bernilai RM65,000. SAMPAI RM120K BAJU AJER... BERTUAH BADAN LER..... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 11 Jan 2009, 10:31 am | |
| Siti rela berundur - turut kehendak suamiSiti, Datuk K mahu saman penyebar fitnah ceraiOleh Farihad Shalla Mahmud SITI dan suami pada sidang media di Balai Berita, semalam. KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, yang mengaku tertekan dengan pelbagai fitnah dan gosip mengenai perkahwinan mereka, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan pembohongan itu. Pasangan itu merayu supaya penyebar gosip melalui internet dan juga akhbar sejak kebelakangan ini kononnya rumah tangga mereka yang dibina sejak dua tahun lalu sedang bergolak, menghentikan segera perbuatan itu. "Jikalau gosip seperti ini berterusan disiarkan, saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada dalang yang menjadi penyebar fitnah itu. Mereka harus membayar harga atas perbuatan itu," kata Khalid, yang ditemani Siti, dalam temu bual di Balai Berita semalam. Oktober lalu, pasangan ini menarik perhatian apabila tersebar berita kononnya Khalid berkahwin dengan seorang pramugari. Sebelum itu, Khalid pernah membuat laporan polis mengenai fitnah kononnya beliau memukul Siti. Terbaru, gosip tersebar luas di internet dan khidmat pesanan ringkas kononnya rumah tangga mereka di ambang keruntuhan. Khalid berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain jika gosip seumpama itu berterusan kecuali mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya dan memastikan kehidupan mereka tidak diganggu. "Saya ahli perniagaan dan bukan artis. Apabila gosip seperti ini timbul, reputasi saya turut tercemar. Apabila berurusan mengenai perniagaan, saya dapat rasakan ada memandang serong seolah-olah saya suami yang jahat. "Saya harap cukuplah menabur fitnah terhadap saya. Letih rasanya apabila terpaksa membuat penjelasan setiap kali gosip tidak berasas ini tersebar," katanya. Khalid berkata, pernah satu ketika kerana terlalu tertekan dengan gosip, hampir saja beliau menyuruh Siti meninggalkan nyanyian. "Saya faham apabila berkahwin dengan Siti secara tidak langsung saya terdedah dengan gosip tapi apabila didiamkan, semakin menjadi-jadi," katanya. Sementara itu, Siti mengaku terkilan rumah tangga mereka sering digosipkan. "Siti ingin diamkan perkara ini kerana sebagai selebriti, ia adalah asam garam. Namun Siti memahami perasaan suami. Sebagai ahli perniagaan, gosip seperti ini menjejaskan reputasinya," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 11 Jan 2009, 10:39 am | |
| Gossip:Datuk terguris tak diundang MawiDatuk terguris tak diundang MawiMalam ini pasangan pengantin paling meletup iaitu Mawi dan Ekin akan mengadakan majlis persandingan ketiga mereka di hotel Palace of The Golden Horses, Kuala Lumpur yang berkonsepkan timur tengah. Kira-kira 200 orang artis telah diundang ke majlis itu termasuklah M.Nasir, Datuk Siti Nurhaliza, Aznil, Anita Sarawak dan kawan-kawan Mawi semasa dia di dalam Akademi Fantasia (AF) dulu. Dalam masa yang sama Niezam dapat tahu ada suara-suara yang tak sedap didengar heboh bercerita kononnya seorang ahli perniagaan bergelar Datuk terguris hati dengan Mawi. Datuk yang dimaksudkan itu dikatakan terkilan kerana tak diundang langsung ke majlis bahagia Mawi dan Ekin itu. Sedangkan Datuk tersebut dikatakan antara orang yang banyak bagi projek itu dan ini kepada Mawi. Malah dia siap lantik Mawi jadi duta produk barangan dia lagi. "Aku hairan kenapa Mawi tak jemput Datuk ni ke majlis sanding dia. Datuk ni memang terasa dan kecil hati sangat dekat Mawi. "Aku dengar cerita lagi gara-gara tak diundang, Datuk tu dah tak nak sambung lagi kontrak Mawi untuk jadi duta produk dia. Yalah, takkan dia nak habiskan beratus ribu lagi pada Mawi sedangkan Mawi tak ingat dia langsung. "Datuk tu pernah jumpa Mawi sebelum ni di Sarawak tapi Mawi boleh buat-buat tak tahu. Apa salahnya kalau dia jemput Datuk tu pergi makan kenduri kahwin dia," kata sumber itu. Dalam masa yang sama Niezam dengar juga cerita, bukan saja Datuk tersebut tetapi ada beberapa nama yang sebelum ni dianggap orang penting dalam kerjaya Mawi turut berasa hati kerana tak diundang. Malah ada juga pereka fesyen yang pernah taja pakaian untuk Mawi dan Ekin sebelum ni tak dapat satu pun kad jemputan. Niezam pun terkejut juga kenapa Mawi tak jemput orang yang banyak tolong dia tu? Tapi bila difikir-fikirkan semula, kadang-kadang tak boleh nak salahkan Mawi juga. Bab-bab kahwin ni pengantin tak boleh nak rancang semua benda. Kalau ada satu dua nama yang tercicir tu perkara biasalah. Lagipun majlis kahwin Mawi ni bukan dia seorang saja yang rancang sebaliknya banyak pihak yang tolong menguruskan. Harap-harap kalau ada pihak yang tak diundang tu tak payahlah nak terasa. Boleh tengok dalam TV malam ni saluran 104 Astro Ria. Orang media pun disebabkan dah kerja, terpaksalah pergi. Kalau tak kerana terpaksa, ramai yang lebih suka duduk di rumah dan depan TV saja. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 11 Jan 2009, 10:45 am | |
| Gambar Elyana zaman hingusan dulu-dulu..gambar ni aku snap masa rancangan Ally aritu.. x nmpak mcm artis pon masa kecik2 dulu |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 11 Jan 2009, 11:05 am | |
| Gambar Sekitar Sidang Media Anugerah Juara Lagu 23 Pada 6 Januari lalu, Budiey ada menghadiri sidang media Anugerah Juara Lagu 23 yang diadakan di Room 1, Tingkat 5, North Wing, Sri Pentas, Bandar Utama. Ramai penyanyi, komposer dan penulis lirik yang hadir untuk mencabut undian giliran untuk buat persembahan pada malam itu. Selain perkenalkan alat make up Stage sebagai penaja utama, majlis pada petang itu juga memperkenalkan juga pengacara malam AJL iaitu Ally Iskandar dan Faizal Ismail. Konsep untuk AJL kali ini ialah Iluminasi yang bererti penataan dan permainan cahaya. Finalis pun ramai yang datang… ada dua tiga artis je yang tak datang. Turut diperkenalkan set pentas pada malam itu. Memang gempak gak la. Yang penting pada malam itu, korang akan saksikan permainan lampu cahaya… ada unsur-unsur visual yang begitu mengkagumkan akan dipersembahkan. Budiey dah tanya persiapan beberapa orang artis. Farawahida nak buat stunt sikit, katanya nak guna tali melayang dari atas pentas… tetapi tak dipersetujui oleh produksi atas alasan keselamatan. Aiman pula nak buat kelainan dari segi muzik yang lebih oriental sikit. Tarian pun terpaksa upah penari dari luar. Takde budjet sebab AJL kali ini dengar ceritanya kurang penaja. Kesian, kan 2009 adalah tahun kegawatan ekonomi. Heliza pun akan buat kejutan bersama Zahid. Kena tunggu sahaja persembahan mereka. Malam mendebarkan bagi penggiat industri muzik tanah air bakal menjelma! 14 buah lagu terhebat hasil nukilan dan garapan komposer, penulis lirik dan alunan penyanyi-penyanyi hebat tanahair bakal dinilai bagi mencari juara antara yang terbaik, lagu terhebat dalam Anugerah Juara Lagu 23. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara dalam Anugerah Juara Lagu 23? Segala-galanya bakal terjawab pada 18 Januari 2009 nanti! Bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Anugerah Juara Lagu 23 akan dibawa secara langsung menerusi TV3 pada jam 9.00malam hingga 11.30malam. 14 buah lagu oleh 13 artis-artis popular solo dan berkumpulan bakal berentap mempamerkan kehebatan vokal masing-masing mengalunkan lagu-lagu yang dicipta oleh komposer-komposer dan penulis lirik terkenal melalui 3 kategori utama, Etnik Kreatif, Balada dan Pop/Rock. Kesemua mereka hanya mempunyai satu matlamat iaitu menjulang trofi Anugerah Juara Lagu 23. AJL sering membawa konsep berlainan setiap tahun dan pada tahun ini konsep ‘Iluminasi’ dipilih sebagai menerapkan sinaran dan keajaiban kepada perjalanan acara gemilang ini. Pada malam berkenaan AJL 23 akan bermandikan cahaya yang akan memberikan impak kepada bukan sahaja persembahan finalis malah secara keseluruhan perjalanan program ini berlangsung. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Dato’ Amrin Awaluddin berkata, ”Anugerah berprestij ini bakal dibuka tirainya dengan acara “Red Carpet” pada jam 7.30malam yang bakal menyaksikan selebriti tanah air berdandan dan berhias rapi menggayakan busana mereka seiring dengan perkembangan dunia fesyen yang dinamik. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 11 Jan 2009, 11:14 am | |
| Sambungan..Saksikan artis-artis dan personaliti kesayangan bergaya penuh keyakinan dengan mengenakan make-up dan dandanan dari Stage Cosmetics, selaku penaja rasmi AJL 23. Acara ‘Red Carpet’ ini akan dibawakan secara langsung melalui website www.tv3.com.my. Selain dari itu penonton juga berpeluang mendapatkan cerita-cerita eksklusif dan sebalik tabir AJL 23 dengan melayari www.gua.com.my.” ”Selain daripada itu, Nyanyian Hangat AJL di HOT.FM juga turut diadakan di Stadium Bukit Jalil bermula pada jam 4.30 petang. Pada acara ’ground event’ ini orang ramai berpeluang untuk menyertai dan menyanyikan lagu-lagu yang berjaya ke AJL dan pemenang akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM1,000, RM500 dan RM300. Disamping itu HOTFM juga akan memberikan peluang kepada orang ramai memenangi 10 tiket VIP pada saat akhir sebelum bermulanya siaran langsung AJL. Khusus menjelang AJL juga, pada 18 Januari 2009 TV3 akan menyiarkan sebuah program khas setengah jam berjudul ’Debaran AJL’ pada jam 5.30petang.” AJL 23 bakal menggandingkan pengacara popular yang tidak asing lagi iaitu Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar yang menjadi nadi penggerak mewarnai lagi majlis gilang-gemilang ini. Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding dengan persembahan yang mantap dan bertenaga, AJL juga turut menjemput penyanyi tersohor M.Nasir, Jamal Abdillah dan Jaclyn Victor dalam persembahan ‘interlude’ selain One Nation Emcees sebagai persembahan pembukaan. Hadiah yang bakal dimenangi oleh finalis AJL 23 adalah seperti berikut:-JUARA LAGU KE 22 Trofi dan wang tunai RM 25,000 JUARA ETNIK KREATIF Trofi dan wang tunai RM 12,000 JUARA BALADA Trofi dan wang tunai RM 12,000 JUARA POP ROCK Trofi dan wang tunai RM 12,000 PERSEMBAHAN TERBAIK Trofi dan wang tunai RM 10,000 VOKAL TERBAIK Trofi dan wang tunai RM 10,000 |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 11 Jan 2009, 11:22 am | |
| Best nyer lagu baru Misha Omar - Cinta Adam & Hawamemang berhantu lagu nih....x sia2 penantian Misha Omar selama ini... Tahniah Misha dgn penghasilan satu karya yang boleh dianggap masterpiece ini.. tahniah juga untuk komposer n penulis lirik(kabarnye ini antara lirik2 terakhir nukilan allahyarham Loloq) Cinta Adam dan Hawa, terbit di syurga terang di jiwa mengerakkan Nurani, mencari kasih suci sehingga kita yang tertinggal saling damba sentiasa rasa sunyi bersendiri mana dia... kekasih hati? mana dia... pujaanku yang sejati dengarlah bisikan asmaraku Cinta Adam dan Hawa, satu bersama, satu terpisah buat diriku tertanya-tanya Cinta Adam dan Hawa satu harapan, satu sandaran, buat diriku rindukan dia. Mana dia... kekasih hati? Mana dia.... Pujaanku yang sejati dengarlah bisikan asmaraku, Cinta Adam dan Hawa, satu bersama satu terpisah buat diriku tertanya-tanya Kau yang aku puja kau yang aku cinta, kasihku di Firdausi.... Cinta Adam dan Hawa terbit di Syurga terang di Jiwa menjadi saksi impian murni Cinta Adam dan Hawa satu bersama satu terpisah buat diriku tertanya-tanya, Cinta Adam dan Hawa.... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 11 Jan 2009, 12:26 pm | |
| Saya minta maaf-memeyMemey Nama Memey meledak panas menghiasi dunia hiburan tempatan selepas insiden tangkap khalwat pada awal pagi 30 Oktober LEBIH dua bulan menjadi 'pelarian cinta' dan buruan media massa, akhirnya pelakon baru, Suhaiza Suhaimi, 20, atau Memey muncul buat pertama kalinya secara eksklusif bersama B*Pop hari ini menerusi satu sesi fotografi khas di Hotel Boulevard Kuala Lumpur pada Rabu lalu. Nama Memey meledak panas menghiasi dunia hiburan tempatan selepas insiden tangkap khalwat pada awal pagi 30 Oktober lalu bersama aktor popular, Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di pejabat pelakon lelaki itu di Ukay Perdana, Selangor. Justeru, industri hiburan terus bergegar gara-gara kontroversi panas itu sehinggalah membawa kepada perceraian Norman dengan isterinya, Abby Abadi, 31, pada 18 Disember lalu apabila pasangan pelakon Gerak Khas itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor. Memey pula terus ‘menghilangkan’ diri apabila tidak mahu keluar dari ‘gua’ persembunyiannya sehinggalah dia didakwa takut untuk membuat sebarang kenyataan media. Memey juga menjadi bahan kritikan media, selain ‘dihentam’ dengan pelbagai tohmahan, kononnya dialah perosak rumah tangga Norman dan Abby, manakala Norman dan Memey pula dikatakan akan bernikah dalam masa terdekat ini. Namun, selepas dipujuk beberapa kali, selain mendapat bantuan daripada rakan karibnya, Wan Cromok yang juga seorang penerbit drama, Memey akhirnya mendapat kekuatan bertentang mata dengan penulis, sekali gus dia muncul pada sesi fotografi dengan wajah berseri-seri, ditambah busana cantik rekaan pereka fesyen terkenal, Michael Shu, menyerlahkan lagi kejelitaannya. “Pertama sekali, saya nak minta maaf kepada pihak media massa kerana gagal memberikan kerjasama sejak berlakunya insiden berkenaan. Saya sedar, sebagai seorang public figure, saya tidak boleh berbuat begitu, namun setiap apa yang kita buat, pasti ada sebab, tujuan dan alasan. Saya memerlukan ketenangan dan kekuatan, apatah lagi saya masih terlalu mentah dalam bidang seni ini. “Saya perlu mencari input dan kekuatan untuk berdepan dengan situasi ini. Justeru, saya mengambil langkah untuk berdiam diri. Pada masa sama, saya mencari ketenangan dan bermuhasabah diri. Menjelang tahun baru, saya rasa sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi ini. Lagipun, saya tidak akan meninggalkan bidang lakonan, maka saya harus bersedia bertemu media, peminat dan masyarakat. “Apabila berlakunya insiden itu, suasana memang hangat dan tegang. Saya bimbang, sebarang kenyataan yang saya buat akan mengeruhkan lagi keadaan. Kini, apabila saya muncul semula selepas sekian lama menghilang, saya harap rakan wartawan, penggiat industri seni, teman artis, peminat dan masyarakat sedia memaafkan saya,” kata Memey yang ternyata sudah mendapat kekuatan berdepan dugaan hidup. Iktibar daripada kejadian hitam itu? “Setiap yang berlaku itu, pasti ada hikmahnya. Bagi saya, apa yang saya lalui itu adalah hari pembelajaran. Apabila melalui sesi pembelajaran itu, saya sebenarnya berdepan pengalaman sama ada manis mahupun pahit. Pengalaman itulah yang mengajar saya menjadi lebih matang pada masa depan. Setiap kritikan yang positif saya jadikan input, manakala tohmahan pula, saya jadikan sebagai pengajaran atau iktibar bagi diri sendiri,” katanya penuh keyakinan. Sebelum ini pada 28 dan 29 Oktober lalu, Norman bersama Memey bermati-matian membuat penafian menerusi media massa bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa sehingga menggugat keharmonian rumah tangga Norman dan bekas isterinya, Abby, namun sehari selepas itu, Norman dan Memey ditangkap khalwat. Keadaan itu memperlihatkan baik Norman mahupun Memey sebenarnya menipu peminat dan orang ramai. Nafi tidur di pejabat Norman "Saya akui, mungkin kenyataan saya yang berdolak-dalik sebelum ini mengguris hati media dan orang ramai. Tapi, seperti saya katakan tadi, setiap apa yang kita buat, pasti ada sebab, tujuan dan alasan. Kini, baru saya sedar hukum karma. Itu juga satu pengajaran bagi saya. Setiap apa yang kita cuba selindung, suatu hari nanti kebenarannya akan terbukti. Sekali lagi saya minta maaf kepada semua,” kata Memey yang kelihatan sedikit sebak. Desas-desus sebelum ini mendakwa, sebelum kejadian tangkap khalwat itu, Memey sebenarnya sudah beberapa bulan tinggal di pejabat Norman di Ukay Perdana itu apabila kereta Memey sering dilihat berada di bawah premis berkenaan. Sejauh mana kebenaran khabar angin itu? “Itu satu tohmahan, saya tak pernah tidur di pejabat Norman! Tapi, saya tak nafikan, saya sering ke situ atas urusan kerja. Saya akui, apabila kami sering bekerjasama, secara tak langsung persahabatan itu menjadi lebih akrab. Keluarga saya tahu, saya ke pejabat Norman atas urusan kerja. Tapi, kita tak sedar, apa yang kita buat kadang-kadang menimbulkan perspektif negatif di mata orang ramai. “Yang penting, keluarga saya tahu. Justeru, apabila terjadi insiden berkenaan, keluarga tidak terus menyalahkan saya,” jelasnya lagi. Memey menambah, perbicaraan kes khalwat dirinya dan Norman akan berlangsung dalam masa terdekat ini. Belum bernikah dengan Norman Sebelum itu, muncul pelbagai spekulasi kononnya Norman dan Memey sudah bernikah secara sembunyi di sempadan Thailand. Selain itu, angin bertiup kencang, khabarnya Norman akan memperisterikan Memey dalam masa terdekat ini, tambahan pula status dirinya yang kini bergelar duda. “Terus-terang untuk pengetahuan semua, saya dan Norman belum bernikah! Apa yang dijaja selama ini hanyalah spekulasi,” tegas Memey. Norman dalam kenyataannya sebelum ini memberitahu, dia akan bertanggungjawab ke atas diri Memey. Justeru, adakah Norman dan Memey ada perancangan untuk berkahwin sedikit masa lagi? “Perkara ini terlalu peribadi untuk diceritakan secara terbuka. Sebarang kenyataan saya bakal mengguris hati banyak pihak. Saya tak mahu isu kahwin ini jadi spekulasi lagi kerana antara kami, tidak pernah ada sebarang perancangan ke arah itu (berkahwin). Apabila Norman pernah memberitahu dia akan bertanggungjawab, itu kenyataannya bukan saya. Bagaimana pula dengan dakwaan kononnya Norman pernah dilihat berkunjung ke rumah keluarga Memey di Kota Tinggi sehingga ada gambar anda berdua sebagai bukti kunjungan berkenaan? Memey pula khabarnya membalas kunjungan itu apabila anda dilihat berada di rumah keluarga Norman di Kuantan, Pahang, baru-baru ini. Desas-desus mendakwa, kedua-dua kunjungan berkenaan membincangkan soal perkahwinan. Apa komen Memey? “Memang benar mengenai kedua-dua kunjungan itu. Tapi, semua pertemuan itu tidak pernah membincangkan soal perkahwinan kami, sebaliknya ia lebih kepada mempereratkan perhubungan silaturahim antara keluarga, memohon maaf di atas apa yang berlaku. Bukan menjadi satu kesalahan, lagipun hubungan saya dan ibu Norman, baik. Kebetulan ibunya tak sihat, jadi saya ke Kuantan menziarahinya. Langsung tak bincang soal kahwin,” katanya berterus-terang. Mohon maaf pada Abby Bagi Memey, keluarganya di kampung memainkan peranan penting kerana mereka bertanggungjawab memberinya kekuatan berdepan dugaan dan ujian dalam meniti kehidupan, selain berdepan kritikan dan cemuhan orang ramai yang maha hebat, keluarga sentiasa berada di belakangnya memberi sokongan supaya dia tidak mudah patah semangat. Memey dikatakan punca keretakan dan orang ketiga dalam kehancuran rumah tangga Norman-Abby, adakah Memey bersedia berdepan kenyataan itu? "Adalah tidak adil untuk mengatakan saya adalah 'pesalah' atau punca utama keretakan rumah tangga mereka. Namun, terpulanglah kepada orang ramai membuat penilaian terhadap diri saya. Saya tak kisah apa mereka nak cakap. Mungkin insiden 30 Oktober lalu sedikit sebanyak menjadi faktor sampingan kepada keretakan rumah tangga mereka, itu saya tak nafikan. Tapi, jangan terus menyalahkan saya, saya juga ada kelemahan. "Apa yang Tuhan tunjukkan kepada saya, itu satu pengajaran. Walaupun pahit, saya perlu reda dengan apa yang berlaku. Maafkan saya," kata Memey yang sekali lagi kelihatan agak sebak. Kata-kata Memey kepada Abby atau mungkin anda sudah bersedia untuk bersemuka dengannya? "Saya mohon maaf secara terbuka, daripada hujung rambut sampai hujung kaki. Sebagai seorang wanita, pasti dia (Abby) ada perasaan marah terhadap diri saya berdasarkan kenyataannya sebelum ini, sekali lagi saya minta maaf. Namun, saya belum bersedia bertemu dengannya, insya-Allah suatu hari nanti, kami pasti akan bertemu," kata Memey. Norman pernah mengakui, dia menyayangi Memey, adakah Memey juga berperasaan yang sama? "Dia hanya cakap kepada media, bukan di depan saya. Jadi, saya tidak mahu mengiyakan atau menafikannya, biarlah masa sebagai penentu," akui Memey penuh makna. Selepas kejadian tangkap khalwat itu juga, Memey mengakui dia terpaksa menolak semua tawaran lakonan kerana dia tidak mahu 'gangguan'. Namun, Skop Productions terus membuka peluang kepada dirinya apabila dia bakal membintangi sambungan drama bersiri, Roda-Roda Kuala Lumpur yang dijadualkan memulakan penggambaran awal Februari ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 11 Jan 2009, 12:31 pm | |
| 10 Bakat Baru Paling Menonjol!!Selain membuat sorotan tentang cerita dan gosip terhangat sepanjang 2008, portal murai.com.myturut memilih 10 bakat baru tempatan yang menjadi perhatian selepaskemunculan mereka dalam industri seni tempatan. Ada yang datang daridunia modeling dan ada yang dicungkil bakatnya menerusi program realitiTV. 1. Nabil Raja Lawak 2 (pelawak, pelakon, pengacara)Selepas menjuarai program Raja Lawak 2, Nabil yang dahulunya hanyalah seorang Mat Despatch kini semakin hot sebagai pelakon dan pengacara selain stand-up comedian. Tahun 2009 bakal menyaksikan Nabil muncul dalam beberapa filem hebat seperti Sifu & Tongga serta Lu Pikirlah Sendiri The Movie. 2. Fouziah Gous (pelakon, model)Hari iniwajah Fouziah Gous ada di mana-mana, menghiasi muka depan majalahhiburan ternama dan dada akhbar utama. Bekas pramugari PenerbanganMalaysia (MAS) ini jelas mempunyai pakej yang hebat sebagai artis.Bakat Fouziah menyinar dalam banyak drama TV tempatan antaranya Cinta Medik, Impak Maksima The Series, Spa Q2, Sitkom Anak Mami dan dia akan muncul dalam filem terbaru seperti Maut, Sifu Tongga, Rasukan Ablasa, Skrip 7707 dan 2 Hati 1 Jiwa. 3. Scha Al-Yahya (pelakon, model)Bekas Dewi Remaja ini muka menjadi sebutan selepas berlakon dalam Awan Dania di Astro. Selain itu namanya juga makin menjulang selepas berlakon dalam filem seram, Histeria selain banyak iklan komersiol. Dalam dunia gosip, Scha dilaporkan intim dengan Fahrin Ahmad selepas pelakon lelaki itu berpisah dengan Linda Onn. 4. Stacy AF6 (penyanyi)Diaadalah gadis kedua yang menjuarai AF selepas Mila. Stacy hebatkerana selain mempunyai vokal yang mantap dia antara artis Malaysiayang handal menari. Keletahnya yang spontan memang menghiburkan. Lagupopularnya yang menaikkan namanya adalah Aku Stacy dan sekarang pula mempertaruhkan Gagap. 5. Nubhan AF6 (penyanyi)Anak kelahiran Negeri Sembilan ini bukanlah juara AF6 tapi dia tetap popular dengan dibantu lagu Ada Untukmu. Selepas AF6, Nubhan semakin menyerlah kerana dibantu Vernon Kedit.Kini gosip cinta antara Nubhan dan Stacy kembali diperkatakan. 6. Kamal Adli (model, pelakon, pengacara)Selepas merangkul gelaran Hero Remaja 2007, Kamal Adli terus ditawarkan menjadi duta produk Sony. Kemudian, Kamal dilamar menjadi pelakon Impian Sunsilk bersama Diana Amir. Rezekinya terus menyinar sehingga menjadi pengacara program Ceritaku Pandanganku dan pelakon utama drama Renjis 2 di samping Elyana. 7. Sari Yanti (model, pelakon, pengacara)Bertubuh kecil dan berwajah jelita, Sari Yanti antara pelapis pelakon wanita tempatan. Kejayaan dalam membawa watak Kaisaradi TV3 membuatkan dia menjadi pilihan ramai. Selain drama, Sari Yantijuga banyak menerima tawaran berlakon filem dan pernah muncul dalamfilem Impak Maksima. 8. Lisa Surihani (model, pelakon)Beauty With Brain.Itulah antara gelaran untuk Lisa kerana memiliki kelulusan dalam bidangundang-undang serta berwajah cantik sebagai pelakon. Selepasmembintangi filem I'm Not Single, bakat Lisa terus bercambah.Terbaru, dia terpilih menjadi duta produk Lipice. Bakat Lisa turutdiiktiraf juri profesional dalam Festival Filem Malaysia lalu sebagai Bintang Harapan. 9. Fizzow Omar (model, pelakon)Bakatnya turut dicungkil melalui pertandingan Hero Remajayang disertai rakannya, Kamal Adli. Walaupun bukan juara, bekas ahlisukan ini semakin laris menerima tawaran berlakon. Selain berlakon,Fizzow sering menjadi model beberapa produk. 10. Remy Ishak (pelakon)Dia mula dikenali dalam filem Indie, Comolot. Kemudian menyerlah dalam filem Anak Halal dan seterusnya, siri TV Sinderela bersama Sharifah Amani. Wajah Remy kerap menghiasi pin-up poster majalah popular tanah air. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 11 Jan 2009, 2:39 pm | |
| Datuk K, Siti Nurhaliza Kecewa Gosip Cerai!KUALA LUMPUR, 9 JAN 2009: Gara-gara kecewa dan tertekan dengan gosip liar perceraiannya dengan Dato' Siti Nurhaliza, usahawan sensasi, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, (Datuk K), tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar khabar angin yang melampau itu. Dalam sidang media di Balai Berita NSTP, di Bangsar, semalam, Datuk K dan Siti merayu supaya penyebar gosip di dalam internet serta media cetak menghentikan penyebaran khabar angin itu yang boleh menjejaskan nama baik mereka. Menerusi laporan akhbar Berita Harian hari ini, Datuk K berkata: "Saya ahli perniagaan dan bukan artis. Apabila gosip seperti ini timbul, reputasi saya turut tercemar. Apabila berurusan mengenai perniagaan, saya dapat rasakan ada yang memandang serong seolah-olah saya suami yang jahat. "Saya harap cukuplah menabur fitnah terhadap saya. Letih rasanya apabila terpaksa membuat penjelasan setiap kali gosip tidak berasas seperti ini tersebar." Di dalam Harian Metro pula Datuk K meluahkan rasa hatinya, "Kalau sebelum ini media pernah mengusik saya dalam ruangan gosip tetapi saya tidak pernah mengendahkannya atau melenting. Bagaimanapun tuduhan kami bercerai sesuatu yang melampau. "Untuk pengetahuan, sepanjang perkahwinan, kami tidak pernah bergaduh kerana Siti seorang yang sangat bertolenrasi. Saya amat menyayangi isteri saya, saya bahagia dan gembira bersamanya. "Untuk lukakan hati dia, nauzubillah, saya tidak akan sekali-kali melakukan perkara itu. Sebab itu saya tidak faham kenapa orang memfitnah saya, kononnnya ada affair dengan perempuan lain sedangkan boleh dikatakan setiap masa Siti ada bersama saya." Bagi Siti pula, dia tidak pernah mencurigai suaminya itu. "Setakat ini Siti belum pernah kerana suami saya seorang yang jujur. Sebelum berkahwin lagi sampailah sekarang dia tidak pernah berahsia dengan saya," kata Siti yang mengakui dia juga tertekan. "Siti sudah lalui banyak benda dan sudah lali dengan gosip. Cuma apabila membabitkan perkahwinan, ia sangat sensitif kerana rumah tangga membabitkan perasaan dua insan, orang yang kita cintai malah mengheret sama nama keluarga kedua-dua pihak. Tambah membuat Siti sedih, isu sebegini diperbesarkan padahal tiada apa-apa yang berlaku," jelas Siti. Disebabkan tohmahan dan fitnah yang melanda, Siti berkata Datuk K ada menyuarakan pandangannya supaya dia berhenti daripada menyanyi. "Suami Siti ada menyuruh Siti berhenti daripada menjadi public figure tetapi Siti memujuk dan meminta dia bertenang. Kemudian kami berbincang bagaimana cara terbaik menghentikan gosip," kata penyanyi yang sudah bergelar Hajjah itu. Baru-baru ini, timbul desas-desus kononnya mengatakan Siti sudah memfailkan penceraiannya dengan Datuk K. Terdahulu, Datuk K digosipkan berkahwin dengan seorang pramugari dan pernah menghadiahkan sebuah kereta BMW kepada pelakon jelita Rozita Che Wan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 11 Jan 2009, 2:41 pm | |
| Alyah Terlantar Kemalangan Jalan Raya! KUALA LUMPUR, 11 JAN 2009: Malang tidak berbau, penyanyi yang sedang popular dengan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan, 28, terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pagoh, Johor, malam tadi, Sabtu.
Mengesahkan perkara itu, pembantu Alyah iaitu Hafiz memberitahu portal murai.com.my tengah malam tadi bahawa tragedi itu berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Alyah dan seorang rakan wanitanya dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru.
"Tiba di Pagoh, kenderaan MPV yang dipandu sendiri oleh Alyah telah tiba-tiba telah dilanggar oleh sebuah lori dari bahagian belakang lalu berpusing 2 kali di tengah lebuh raya.
"Alyah kemudiannya pengsan tetapi rakannya itu tersedar. Selepas dibantu oleh orang ramai sebuah ambulans dikejarkan ke tempat kejadian dan Alyah terus dibawa ke Hospital Sultanah Fatimah, Muar," kata Hafiz.
Beliau bersyukur kerana keadaan Alyah tidak parah tetapi doktor memerlukan kira-kira 18 jam lagi untuk memastikan keadaan dirinya itu benar-benar memuaskan termasuklah memeriksa sebarang kecederaan dalaman.
Alyah baru saja melancarkan album solonya, ALYAH, terbitan Wake The Baby Records dan Maestro Records. Lagu Tak Mungkin Kerna Sayang ciptaan Ajai bersama Habsah Hassan kini semakin popular di corong radio tempatan. Alyah juga turut berduet dengan Riz AF6 dalam lagu Ku Pinjam Satu Bintang dalam album itu.
Sebelum ini pada 15 hingga 17 November 2008 yang lalu, pelancaran album Alyah itu berlangsung dengan meriah di resort percutian terkemuka Avillion, di Port Dickson. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 11 Jan 2009, 2:43 pm | |
| Artis Popular Seronok Layan PeminatKUALA LUMPUR, 11 JAN 2009: Program Hari Terbuka Murai sempena Youth'09 anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), dimeriahkan dengan beberapa artis popular . Pada hari pertama kunjungan artis seperti Adam, Dafi, Farawahida, Aiman, Hafiz Hamidun, Indah Ruhaila, Newboyz, Haziq, Mimi Rahzia, Leeya, Julfekar dan Asri berlangsung dari jam 3 petang hingga 7 petang. Selain mengemas kini profil, mereka di murai.com.my, acara santai ini memberi peluang kepada peminat terutama GengMurai untuk bergambar dan beramah mesra. Sesi soal jawab juga telah diadakan dan ia menampilkan hos program Aksi Murai, Ajieb, selaku pengacara. Selain itu, banyak lagi aktiviti dijalankan sempena Youth' 09 itu seperti pertandingan Battle of The Band yang disertai oleh kumpulan remaja yang berbakat. Pada pertandingan itu, artis jemputan murai.com.my turut membuat persembahan . Farawahida mendendangkan lagu Tanpamu dan Semuanya Ada Di Sini, manakala Indah Ruhaila mempersembahkan lagu Tak Mahu Mengerti dan Lihat Di Baris Tiga daripada album solonya. Semalam, Sabtu, pula, gerai murai.com.my akan menganjurkan aktiviti karaoke bersama selebriti seperti Adam, Indah Ruhaila, Newboyz, Siti Saerah dan Ajieb, bermula jam 8 - 9.30 malam. Aktiviti diteruskan lagi pada hari ini, Ahad dengan acara Pertunjukan Fesyen Murai dan showcase melibatkan Dafi, Adam, Ebi, Syawal, Noni dan Nora. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 8:15 am | |
| Konsep 1001 malam resepsi Mawi, EkinPASANGAN bahagia Mawi dan Ekin pada majlis resepsi perkahwinan mereka di Hotel Palace of Golden Horses, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Acara gimik menaiki bot dan diarak menunggang kuda dari pekarangan hotel menuju ke dewan persandingan menjadi penutup upacara resepsi perkahwinan penyanyi Mawi, 27, dan pasangannya, Ekin, 29.
Majlis resepsi bertemakan 1001 malam itu berlangsung dalam suasana penuh gemilang di Hotel Palace of the Golden Horses di sini semalam dan layak menjadi Wedding of the Year.
Mawi dan Ekin kelihatan berseri-seri dengan menyarungkan sepersalinan busana rona perak rekaan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizalman Ibrahim.
Majlis itu ialah upacara ketiga setelah mempelai tersebut sah menjadi pasangan suami isteri tiga minggu lalu.
Tunku Bendahara Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah menjadi tetamu kehormat memulakan upacara menepung tawar.
Selain itu, majlis turut diserikan dengan persembahan penyanyi Anita Sarawak, Rabbani, Yassin, Zahid AF2, Marsha dan Mila.
Rakan artis yang turut hadir memeriahkan majlis persandingan itu ialah Sazzy Falaq, Stacy, Melissa Saila, Linda Onn, M. Nasir, Ning Baizura dan Ramli Sarip.
Turut hadir ialah bekas tunang Mawi, Nordiana Naim dan suami, Suhaimi Saat bersama anak mereka, Ehmad Hadie Elfardie. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 8:17 am | |
| Jam Richard Mille untuk Siti"DATUK K memerhatikan Siti Nurhaliza selepas mereka membeli jam tangan Richard Mille di Kuala Lumpur semalam. Seutas jam koleksi Richard Mille boleh dibeli pada harga RM197,000 hingga lebih RM1 juta." PENYANYI tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza semalam dihadiahkan jam tangan jenama Richard Mille yang dipercayai berharga ratusan ribu ringgit sempena hari jadinya ke-30.
Jam itu diberi oleh suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Ia dibeli dari sebuah kedai jam terkemuka di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Wartawan yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan gambar Siti yang penuh bangga memakai jam itu di pergelangan tangan kirinya.
Ketika ditanya berapa harganya, Datuk K memberitahu, dua tiga ribu ringgit sahaja.
Bagaimanapun, tinjauan mendapati jam yang paling murah dijual di kedai itu ialah RM197,000 |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 8:21 am | |
| Status Aziz 8 Februari - Sanggup terima Nor Radhiah jika perkahwinan lalu sahWAJAH Nor Radhiah di luar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu semalam. KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menetapkan 8 Februari ini untuk menentukan status perkahwinan pengarah dan pelakon, Aziz M. Osman, 47 dan Nor Radhiah Ramli, 23.
Keputusan itu dicapai selepas kedua-dua pihak mengemukakan afidavit tambahan di hadapan Ketua Hakim Syarie, Datuk Ismail Yahya yang dibicarakan secara tertutup.
Pasangan tersebut yang memakai pakaian sedondon berwarna kuning dilihat hadir ke mahkamah kira-kira pukul 9 pagi dan dipanggil masuk ke bilik Sulh (bilik perbicaraan secara tertutup) kira-kira 10 minit kemudian.
Nor Radhiah yang diwakili peguam, Mukhtar Abdullah hadir ditemani bapanya, Ramli Yusof, 53, ibu tirinya, Sakinah Lop Ahmad, 51, abang Nor Radhiah, Mohd. Ridhuanizam, 29, dan kakak iparnya, Mariana Ibrahim, 25.
Aziz yang diwakili peguam Che Amli Embong ditemani anak lelakinya, Putra Mohd. Aiman, 13.
Nor Radhiah yang ditemui di luar kamar bicara memberitahu, perbicaraan secara tertutup itu dipohon kedua-dua belah pihak supaya kes tersebut dapat diselesaikan dengan lebih cepat.
"Apa juga keputusannya saya serah pada kebijaksanaan hakim.
"Masa depan perkahwinan ini sama ada ia sah atau tidak, saya serah pada Aziz,'' kata guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) itu yang berharap kes tersebut dapat diselesaikan segera.
Bagaimanapun, Nor Radhiah memberitahu, Aziz tidak menghubunginya sejak kes tersebut mula dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah pada 23 November tahun lalu.
Isu perkahwinan pasangan itu tercetus apabila ibu Aziz, Afida Es mengatakan perkahwinan anaknya itu tidak sah kerana Nor Radhiah berkahwin dengan Aziz dalam tempoh edah selepas bercerai dengan suaminya sebelum ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 8:42 am | |
| (Gambar) Rambut Siti Nurhaliza di Majlis HarijadiSaya rasa lebih baik Datuk Siti tidak terus memakai tudung kerana jelas & nyata dia memperlekeh & mempersendakan pemakaian tudung tersebut. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 9:48 am | |
| |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 10:10 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 10:15 am | |
| |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 10:15 am | |
| Pelakon Melayu Pakai Bikini di Air Terjun Yatt in Burqini ( Burqa+Bikini)Impak Maksima’s actress, Yatt is looking for something out of ordinary to model for. She was give a burqini, a muslim swimwear created by local designer. Haryati Hamzah or better known as Yatt is looking radiant in the unusual wear that covers from top to bottom. You can purchase one of these on Jalan Tunku Abdul Rahman’s muslimah shops. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 10:16 am | |
| Elyana dan Kekasih tinggal sebumbung?Saya berasa pelik sebenarnya kenapa Elyana sentiasa menjadi mangsa wartawan media mengenai gossip-gossip yang kadang-kalanya bukan suatu isu yang besar. Sebagai contoh sebelum ini heboh diperkatakan Elyana membuat persembahan dengan berkaki ayam. Pada pendapat saya, itu bukanlah isu yang besar mana, mungkin kerana sebelum isu itu dia dikatakan tidak menghormati artis veteran dan kemudian secara automatik dia seperti di’pulaukan malah cuba dijatuhkan oleh wartawan-wartawan media tanahair. Kemudian apabila Elyana kembali membuat persembahan dengan berkasut, wartawan media seperti menjadikan ia satu benda yang baru dan menjadikan ia artikel yang besar di akhbar. Apakah itu? C’mon dude, seteruk-teruk Elyana berkaki ayam ketika membuat persembahan tapi dia seorang penyanyi & pelakon yang amat berbakat (— yang ini wartawan media jangan cuba menafikan pula.) Malah yang terbaru ini, gossip yang tebal melanda diri Elyana apabila dikatakan kini dia menetap di rumahnya sendiri. Bukan itu sahaja, malah gossip tersebut menambah Elyana kini menetap dirumah sendiri sebagai alasan untuk tinggal berdikari & menetap bersama dengan kekasihnya (— gambar) itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 10:27 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 10:30 am | |
| (Gambar) Along Cham bersama Tunangnya, Zila SeeronAlong Cham (Raja Lawak 2) telah mengikat tali pertunangan pada 9 November 2008 yang lalu dengan pilihan hatinya, Zila Seeron. Along Cham juga baru-baru ini menjadi pengapit belah pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan hangat Mawi & Ekin. Bakal isterinya, Zila ketika ini berusia 20 tahun. Bertuah sungguh Along Cham kerana bakal isterinya itu masih sangat muda. Di’harap perkahwinan mereka kelak akan berkekalan bahagia. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 10:31 am | |
| (Gambar) Lagi Mas Idayu |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 10:31 am | |
| Ujibakat Akademi Fantasia 7 ( AF7 )Anda sudah bersedia untuk menghadapi Akademi Fantasia Musim Ke-7? Ingin jadi kaya raya seperti Mawi? Datanglah ke ujibakat AF7 yang dianjurkan oleh ASTRO! Ujibakat Akademi Fantasia 7 Kuala Lumpur - 17 & 18 Januari, 7 & 8 Februari 2009 Johor Bahru - 24 & 25 Januari 2009 Sabah - 30, 31 Januari dan 1 Februari 2009 Sarawak - 30 & 31 Januari 2009 Lagu Wajib Peserta Lelaki 1) Angan dan sedar - Mawi 2) You raise me up - Josh Groban 3) Ketulusan hati - Anuar Zain 4) Hanya engkau yang mampu - Aizat 5) Ada - M.Nasir Lagu Wajib Peserta Wanita 1) No one - Alicia Keys 2) Kalis rindu - Elyana 3) Dikir puteri - Noraniza Idris 4) Karma - Cokelat 5) Tari Silat Melayu - Aishah Pendaftaran - 9.00 pagi hingga 1.00 petang Bawa - Salinan kad pengenalan & Gambar terkini bersaiz 4R Syarat kelayakan - Berumur 18 hingga 45 tahun pada 1 Januari 2009 |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 10:34 am | |
| ye...ye....Akademi Fantasia 7 dah datang........
adui.....asal hari sabtu je nanti mesti gaduh dgn Husband...dia sibuk nak balik umah mak dia...kite lak nak tengok konsert...hish...ni yang haru ni...ada yang aku pi register astro kat umah mak mertua nih... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 10:41 am | |
| (Gambar) Suami Nur Lydia IbtisamAtas permintaan dari shahsue di entri sebelum ini. Berikut adalah sedikit gambar suami Nur Lydia Ibtisam ketika majlis perkahwinannya. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 10:46 am | |
| tak handsome...he...he...mesti kaya ni.... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 10:48 am | |
| Kemunculan 'istimewa' Ina Naim di resepsi Mawi-Ekin SERI KEMBANGAN: Nordiana Md Naim atau Ina Naim mencuri perhatian ramai apabila muncul di majlis resepsi bekas tunangnya, Asmawi Ani atau Mawi, 27 dengan Nor'Ashikin Rahmat atau Ekin, 29, yang berlangsung meriah dengan konsep Timur Tengah, di Palace of the Golden Horses, di sini, malam tadi.
Menurut Ina yang hadir bersama suaminya, penyanyi nasyid Mohd. Suhaimi Saat dan anak sulungnya Ehmad Hadie El Fardie, 8 bulan, kehadirannya di majlis resepsi ketiga pasangan pengantin itu adalah sebagai memenuhi undangan dan melaksanakan janjinya yang pernah mengeluarkan kenyataan akan hadir ke majlis bersejarah mereka andai kata diundang oleh pasangan tersebut.
Ina bersuami suami, Suhaimi dan anak mereka hadir memeriahkan majlis resepsi Mawi dan Ekin - foto THE STAR oleh SAMUEL ONG
"Hari ini saya dan suami hadir sebagai tanda sokongan dan untuk meraikan kedua mempelai. Lagipun, orang dah jemput, tak eloklah kalau tak datang," kata Ina.
Sementara itu, Suhaimi pula berkata, dia mendoakan Mawi dan Ekin akan memperoleh kebahagiaan sehingga akhir hayat serta tabah menghadapi dugaan dan cabaran di hari mendatang.
Sama cantik, sama padan...pasangan pengantin dengan pakaian bertemakan Timur Tengah
"Saya doakan mereka bahagia dan dapat lahirkan anak-anak yang soleh dan solehah," kata Suhaimi yang juga bekas anggota kumpulan nasyid In-Team.
Selain pasangan ini, antara selebriti yang tidak melepaskan peluang meraikan majlis persandingan Raja SMS ini adalah pengarah terkenal Aziz M.Osman, Julie Dahlan, Jay Jay, Linda Jasmine, Que Haidar, Linda Onn dan Iqram Dinzly.
Tetamu-tetamu kenamaan yang turut menyerikan majlis adalah Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Datuk Seri Tunku Anuar Al-Haj dan isteri, Pengerusi Measat Broadcast Network Systems, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan isteri serta Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan isteri.
Sesuai dengan gelaran ’Wedding of the Year’, pasangan merpati dua sejoli ini terus mencipta sejarah tersendiri di majlis resepsi ketiga mereka apabila kedua mempelai diarak dengan menaiki kereta kuda serta diiringi lima orang pengiring berkuda ke perkarangan hotel Palace of the Golden Horses di Seri Kembangan pada majlis malam tadi.
Beberapa gimik turut disusun oleh pihak hotel sebagai kejutan antaranya acara menaiki bot cruise mengelilingi tasik sekitar hotel berkenaan turut berlangsung pada majlis persandingan Raja SMS ini.
Mawi dan Ekin diarak dengan menaiki kereta kuda
Cukup terpukau sebaik sahaja melangkah masuk ke dewan persandingan apabila tetamu disajikan dengan pemandangan indah singgahsana kedua mempelai yang dihias dengan lampu-lampu menarik bagi memenuhi tema Arab yang dipilih.
Pelamin indah tersebut merupakan rekaan ’wedding planner’ Yamin yang telah menyatukan elemen kontemporari.
Tetamu kenamaan dan pihak media juga tidak melepaskan peluang mengabdikan kenangan bersama pasangan Raja Sehari, Mawi dan Ekin di singgahsana mereka.
Majlis resepsi yang menggabungkan konsep 1001 Malam ini diikuti dengan persembahan menghiburkan daripada artis-artis seperti Anita Sarawak, Yassin, Idayu, Heliza, Akma, Marsha, Amylea, Zahid, Riz dan Rabbani.
Ibaratnya, pada majlis persandingan yang bermula jam 8 malam tadi, Mawi umpama seorang pemerintah dari Tanah Arab.
Ekin dan Mawi tampil bergaya menyarungkan busana bercirikan Arab berwarna putih sedondon rekaan pereka terkenal Rizalman manakala bagi upacara memotong kek pula, Ekin kelihatan cukup jelita dengan menggayakan gaun berwarna merah hati rekaan pereka dari Indonesia, Yamin.
Difahamkan baju tersebut menggunakan fabrik Lace Marco Lagatolla Italian Beaded Swarosky dengan kombinasi Crepe Morrocan Italian Harvey beserta Satin Shamus Rivoli French Chiffon bernilai RM65,000.
Sementara Mawi tampil segak dengan memakai sut rekaan berwarna putih dari pereka terkenal Bon Zainal, denga kain jenis, Italian Linen Emernegzildo Zegna dan Dutches Satin Valentino yang bernilai RM15,000.
Majlis persandingan ketiga ini disusuli sebaik persandingan pertama di Johor Bahru pada 21 Disember dan majlis sambut menantu pada 28 Disember lalu.
Kira-kira 1500 tetamu VVIP dan rakan artis hadir pada majlis resepsi gilang-gemilang pasangan selebriti ini turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104).
Pasangan sama cantik sama padan yang telah bernikah pada 21 Disember lalu ini memilih untuk menghabiskan masa selama seminggu di Korea sebagai lokasi bulan madu mereka. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 10:51 am | |
| Memey tidak tolak jodoh dengan Norman DUA bulan 'bersembunyi' sejak kes dirinya ditangkap berkhalwat dengan aktor popular Norman Hakim pada akhir Oktober lalu, Suhaiza Suhaimi yang mesra disapa Memey ini akhirnya enggan 'melarikan diri' lagi daripada pihak media. Bagi pelakon muda berusia 20 tahun ini, cukuplah tohmahan yang dilempar masyarakat terhadap dirinya ketika dia cuba berdiam diri daripada membuat sebarang kenyataan berhubung kes tersebut. Meskipun gelaran 'perampas' dan 'pemusnah' rumahtangga orang dilabelkan kepada dirinya, Memey sudah tidak mahu lagi memikirkan tentang tanggapan negatif pihak-pihak tertentu buat dirinya. Cukuplah dua bulan masa yang diambilnya untuk menenangkan diri daripada segala kekecohan yang berlaku. Bukan cuba melarikan diri, tetapi kata tuan empunya diri, dia terpaksa berbuat demikian untuk meredakan keadaan yang cukup 'hangat' pada ketika itu. Memey sudah bersedia berdepan dengan media setelah dua bulan 'bersembunyi' Di dalam hati pelakon kelahiran Kota Tinggi, Johor ini, memang terbuku perasaan bersalah bila melihat keruntuhan rumahtangga Norman dan isterinya, Abby Abadi yang berkecai gara-gara kes tersebut, tetapi bagi Memey, dia sendiri tidak sekejam itu untuk memusnahkan kebahagiaan orang. Cuma, akui Memey, dia tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengan masyarakat dan menjelaskan hal yang sebenar memandangkan ketika itu dirinya dianggap sebagai 'orang jahat' di dalam kes rumahtangga Norman dan Abby yang berakhir dengan perceraian bulan lalu. Namun, setelah merasakan diri cukup kuat untuk kembali berdepan dengan pihak media, Memey akhirnya nekad untuk memulakan hidup baru sempena dengan tahun baru 2009 ini. "Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak. Saya tahu, ramai yang mempertikaikan langkah saya berdiam diri ketika kes tersebut hangatdiperkatakan. "Saya tidak pernah menyembunyikan diri atau 'lari' ke mana-mana, cuma saya ketika itu tidak bersedia untuk menjelaskan segala-galanya di depan pihak media. Atas nasihat keluarga juga, saya akhirnya ambil langkah untuk diam dulu sehinggalah keadaan kembali reda. "Saya tahu, tidak guna untuk larikan diri kerana lambat-laun, saya perlu juga berdepan dengan pihak media. Tetapi, saya harap semua mengerti keadaan saya yang cukup tertekan ketika itu. "Sekarang, saya rasa diri ini sudah cukup kuat. Memang ini masa yang tepat untuk saya buka buku baru. Saya ingin bersihkan nama saya kerana sekarang ini orang sudah menghukum saya atas apa yang terjadi. "Saya ingin perkara ini selesai dengan cara yang baik. Saya sedar, ramai orang yang marahkan saya. Saya manusia biasa dan tidak terlepas dari membuat kesilapan," ujar Memey ketika dihubungi. Memey akui Norman seorang yang 'istimewa'Kata pelakon yang popular dengan drama Farah Syakirah ini, sukar untuk menggambarkan perasaannya ketika dua bulan 'bersembunyi', apatah lagi bila membaca kutukan ramai terhadap dirinya menerusi akhbar, majalah dan Internet. Namun, kekuatan diri yang dikumpul selain sokongan padu keluarga terhadap dirinya, Memey cuba 'menelan' kutukan yang dilemparkan meskipun cukup pahit untuk diterimanya. Perasaan bersalah memang menyelubungi dirinya, tetapi Memey tidak mahu dirinya terus dilabel sebagai punca utama keretakan rumahtangga pasangan selebriti itu. "Kalau dikatakan sayalah punca utamanya...entahlah, saya sendiri tak tahu macam mana untuk jelaskan. Sudah tentu saya tidak mahu dianggap sebegitu. Tetapi saya akui, apa yang berlaku pada mereka (Norman dan Abby) memang membuatkan saya rasa bersalah. "Saya tidak marahkan Kak Abby dengan kenyataan yang pernah dikeluarkannya sebelum ini. Saya terima semua itu kerana saya tahu dia sedang marah. Saya minta maaf sangat dengan apa yang terjadi. "Saya sanggup berdepan dengan dia bila masa mengizinkan kelak. Tetapi bukan sekarang. Saya tidak bersedia lagi kerana saya tahu dia juga masih marahkan saya. "Saya hanya berdoa agar perkara ini dapat berakhir dengan cara yang baik," tutur anak ketiga daripada enam beradik ini. Dalam nada tenang, Memey akui banyak pengajaran yang diperolehnya berikutan kes tersebut. Namun begitu, aktres ini enggan lagi menoleh ke belakang. Seboleh mungkin, dia tidak mahu lagi membuka mulut tentang insiden hitam yang berlaku terhadap dirinya ketika ditangkap berkhalwat dengan Norman oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat pelakon lelaki itu di Ukay Perdana, Ampang, Selangor. Untuk menjernihkan namanya, Memey sanggup memberikan kerjasama yang baik dengan pihak JAIS dan bersedia untuk menghadirkan diri ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 20 Januari depan untuk perbicaraan kes khalwatnya itu. "Memang gementar untuk berdepan dengan kes itu, tetapi inilah yang perlu saya lalui. Apapun, saya sudah bersedia. Dan saya memang tidak sabar untuk selesaikan perkara ini dengan segera," tutur Memey. Rela terima Norman sebagai suami jika ada jodohGosip dirinya mempunyai hubungan dengan Norman sebenarnya telah tercetus sebelum mereka ditangkap berkhalwat lagi. Khabar angin hubungannya dengan aktor drama Gerak Khas itu mula bertiup awal tahun lalu apabila mereka dikatakan mula rapat setelah membintangi drama bersiri Pasrah. Malah, mereka juga dikatakan sudah bernikah secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand, namun, kedua-duanya menafikan hal tersebut. Berikutan itu, rumahtangga Norman dan Abby dikatakan bergolak apatah lagi Abby kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa dia seolah-olah tidak dipedulikan oleh Norman lagi, yang lama tidak pulang ke rumah sejak Ramadan tahun lalu. Namun, aktor berusia 32 tahun itu menafikan hal tersebut ketika hadir pada majlis cukur jambul anak bongsunya selepas Hari Raya Aidilfitri dan menegaskan bahawa dia tidak pulang ke rumah kerana sibuk di lokasi penggambaran, tetapi masih pulang beraya bersama keluarga pada Hari Raya pertama sebelum balik semula ke lokasi pada hari raya kedua. Namun, kes khalwat yang membabitkan Norman dan Memey telah mengeruhkan keadaan apabila Abby nekad untuk menuntut cerai daripada suaminya itu. Ketika diajukan tentang sejauhmana hubungannya dengan Norman, Memey tidak lagi dilihat 'berdolak-dalih' seperti mana yang dilakukannya sebelum ini. Akui dia masih lagi "bersahabat" dengan Norman, kata Memey, meskipun mereka berdepan dengan masalah besar ketika ini, dia akui sehingga kini dia masih lagi berhubung baik dengan Norman. Malah, khabar angin yang mengatakan Norman dan keluarganya pernah berkunjung ke rumah keluarga Memey di Johor baru-baru ini dan kelibat Memey yang dilihat turut berada di rumah keluarga Norman di Kuantan selepas itu juga tidak dinafikan oleh pelakon muda ini. "Perkara itu memang benar. Tetapi kunjungan itu bukanlah atas dasar untuk berbincang tentang perkahwinan, seperti mana yang dilaporkan oleh banyak pihak. Kami menganggap kunjungan itu lebih kepada untuk mengeratkan silaturrahim, setelah apa yang berlaku dulu. "Rasanya perkara itu tidak salah. Malah, hubungan saya dan Norman tidak terjejas meskipun kami berhadapan dengan kes besar itu. Dia banyak juga memberikan nasihat kepada saya sewaktu di awal kes itu dulu. "Terpulanglah kepada penilaian masyarakat sendiri," kata Memey yang akui masih lagi bekerja dengan Norman di syarikat aktor itu, MDH Trading & Services. Ditanya apakah dirinya merasakan Norman seorang yang cukup istimewa di hatinya ketika ini, apatah lagi aktor itu dulu pernah membuat kenyataan sedemikian mengenai Memey, sambil ketawa kecil Memey menjawab: "Sepanjang mengenali Norman, saya akui dia seorang lelaki yang baik. Tetapi, banyak hati yang perlu saya jaga. Saya tidak mahu apa yang saya katakan ini akan mencetuskan hal lain pula. "Tetapi, saya akui, saya selesa berkawan dengan dia. Memang dia seorang yang istimewa kerana dia bijak, matang dan yang penting sekali, saya banyak mengutip ilmu baru daripadanya. "Saya tidak menolak jika satu hari nanti ditakdirkan dia adalah jodoh saya. Lagipun, perkara itu Tuhan yang tentukan," kata Memey sambil cuba mengalih kepada topik kariernya pula. Ingin kembali aktif dalam lakonan Sebaik terjebak dengan kes khalwat itu, nasib Memey di dalam dunia lakonan dikatakan akan turut 'terjejas'. Meskipun Memey dilihat sebagai antara bintang baru yang cukup menyerlah, namun begitu episod hitam itu ternyata memberi 'kesan' negatif buat karier seninya. Gara-gara kes tersebut, nama Memey pernah digugurkan daripada sebuah produksi dan digantikan dengan pelakon lain untuk sebuah drama. Namun begitu, kata Memey, dalam tempoh dua bulan mendiamkan diri, masih ada penerbit drama yang terus percaya akan bakatnya dan menawarkannya untuk membintangi drama-drama terbitan mereka. Tetapi, Memey sendiri menolak semua tawaran tersebut untuk 'berehat' seketika memandangkan keadaan ketika itu cukup 'tegang'. "Masih ada yang menawarkan saya untuk berlakon beberapa buah drama ketika itu, tetapi saya sendiri terpaksa menolak dengan baik. Tetapi ketika itu tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk terus berhenti dari bidang seni. "Saya akui, saya 'tergelincir' ketika sedang berusaha untuk memajukan karier saya. Dan inilah masanya untuk saya kembali dengan impian saya selama ini. "Saya sudah bersedia untuk kembali 'all-out' dalam bidang lakonan. Bulan depan saya akan terlibat dengan penggambaran drama bersiri terbitan Skop Productions berjudul Roda-Roda Kuala Lumpur. "Biarlah apa yang berlaku ini saya anggap sebagai satu pengajaran yang cukup bermakna buat saya," kata Memey. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 11:20 am | |
| boleh blah la Memey............hari ni ko buat org...esok lusa ko pulak kena terima.... |
| | | cik sara Super Senior
Number of posts : 622 Age : 39 Location : pucHoNg Registration date : 02/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 11:38 am | |
| benci nye kt memey tu.. tk suke tgk die.. |
| | | mcvitiesbest Newbie
Number of posts : 21 Age : 47 Registration date : 14/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 11:53 am | |
| betui tue... mcm takde jantan lain dah... gedik ngan norman tue ngapa?? |
| | | patzie_girl Super Senior
Number of posts : 767 Age : 43 Location : keramat wangsa Registration date : 09/08/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 12:27 pm | |
| org pon tak suke....perampas.. perasan tak melodi semalam reaksi muka wahid masa menyoal memey...nasib siaran langsung...kalau tak mesti dah kena hambun....muka tak tau malu betul la dia tu...wat malu org johor jerk... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 2:14 pm | |
| Cico dapat anak perempuan & isu gmbr berpelukan Cico sudah bergelar bapa, sejak dua minggu lalu. TAHNIAH diucapkan kepada pelakon Cico Harahap, 31, yang kini sudah bergelar bapa setelah isterinya, Elle atau nama Islamnya, Nur Fuziani Abdullah, 26, telah melahirkan seorang bayi perempuan pada 24 Disember lalu di Hospital Ampang. Ketika temubual dibuat, kata Cico, dia masih menyesuaikan diri dengan anaknya sepanjang 15 hari bergelar bapa. Cico dan Elle, wanita berketurunan Thailand telah bernikah pada 25 Februari tahun lepas di Songkhla, Thailand. Bagaimanapun berita perkahwinan mereka sengaja dirahsiakan oleh Cico atas alasan tersendiri sehingga dia membuat pengakuan kepada pihak media ketika ditemui dalam satu pementasan teater monolog Cinta Julia sekitar Disember lalu. Waktu itu Cico hadir bersama isteri, anak-anak saudara serta ibunya, seniwati Uji Rashid. Buat masa ini, Cico tidak mendedahkan 100 peratus tentang kelahiran bayinya termasuk nama puteri sulungnya itu sehingga dia mengadakan satu majlis kenduri doa selamat selepas isterinya selesai berpantang. Cico jawab isu gambar dengan perempuan. “Insya-Allah, saya akan beritahu semuanya kelak semasa majlis kenduri doa selamat yang akan diadakan dalam masa dua minggu selepas isteri saya berpantang. “Setakat ini, saya sedang mengumpul alamat para tetamu termasuk pihak media yang akan diundang ke majlis tersebut yang juga diadakan bersempena majlis perkahwinan kami. “Kalau boleh saya nak buat majlis itu di rumah baru kami kerana kami sudah tidak tinggal di Bukit Antarabangsa lagi selepas kejadian tanah runtuh baru-baru ini. “Sekarang, buat sementara waktu kami tinggal di rumah sepupu saya. “Dalam masa yang sama, saya juga sedang mencari rumah sewa. Kalau boleh saya nak rumah baru itu terletak betul-betul di kawasan Ampang,” ujar Cico yang juga sedang bersedia untuk berlakon filem Tiga Jalan arahan Aziz M. Osman. Filem Tiga Jalan merupakan filem arahan tiga pengarah termasuk Afdlin Shauki dan Mamat Khalid. Jawab isu gambar mencurigakan di internetSelain berita gembira itu, Cico turut tenang menjelaskan tentang gambarnya berpelukan bersama wanita lain yang tersebar di internet. Menurut Cico, gambar itu dirakamkan pada hujung tahun lalu ketika mereka menghadiri sebuah parti sempena Krismas. “Gambar itu memang sengaja diambil. Gambar itu dirakam selepas tersebar gambar saya bersama seorang wanita yang mengaku ‘girlfriend’ saya di Facebook. Tiba-tiba keluar pengakuan kononnya kami dah kenal lebih kurang setahun dan keluar seperti pasangan-pasangan kekasih lain. “Wanita dalam gambar terbaru itu merupakan adik kawan baik saya. Bukannya satu gambar sahaja yang saya suka-suka peluk perempuan. Gambar itu diambil bersama adik kawan baik dan sepupu saya. “Saya tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan wanita itu. Dia juga tahu yang kami tidak mempunyai apa-apa hubungan termasuk ibu saya. “Itupun, sepupu saya masih tak serik-serik nak ambil gambar berpelukan lagi,” kata Cico. Apabila ditanya tentang perasaannya setelah mendapat tahu gambar tersebut telah tersebar di internet dan ramai pihak mengutuk tindakannya memandangkan dia sudah beristeri, Cico berkata: “Saya tak rasa apa-apa sebab dah tahu orang akan bercakap dan mengambil tahu tentang gambar itu. Lagipun, saya rasa mesti tak terkira gambar lelaki yang peluk kawan-kawan dan sepupunya di luar sana. Tetapi tak semuanya dijadikan cerita. Sebaliknya ia menjadi sesuatu yang besar apabila saya yang membuatnya. “Lepas ni tak tahu pula apa lagi mereka akan kata sebab baru-baru ini saya ada bergambar dengan seorang lagi saudara saya. “Dia bergambar dengan saya sambil duduk di atas riba saya. Kalau orang nak bercakap lagi tak tahulah...Ini siapa yang tak tahu agama dan songsang sekarang?”. Ada dakwaan mengatakan gambar itu dirakam dalam keadaan Cico yang mabuk. “Saya bukan nak mengiyakan atau menidakkan, namun saya nak bertanya semula apa yang mereka rasa dan adakah kehidupan mereka terganggu? Sama ada saya baik atau tidak, saya sendiri yang akan tanggung kelak dan hanya Tuhan sahaja yang tahu,” jawab Cico mengakhiri perbualan itu. Jelas Cico, ini bukanlah pertama kali dia dituduh melakukan perkara tidak baik kerana sebelum ini dia juga pernah dituduh mengambil dadah. Namun, selepas melakukan pemeriksaan doktor, terbukti dia tidak terlibat dengan dadah.[b] |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 2:15 pm | |
| hahahaha... sessi kutuk mengutuk memey n rmai yg pgil dia'NORMIANG' hehehehe |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 2:24 pm | |
| Poster Pedas & Cerita Kahwin Linda OnnKUALA LUMPUR, 11 JAN 2009: Bagi mereka yang pernahmelalui Lebuh Raya MRR2 berhampiran Tesco Ampang, pastinya akan dapatmelihat poster 'pedas' bekas deejay Era FM yang kini bersama Sinar FM,Linda Onn. Poster bersaiz gergasi yang terpampang wajah Linda,berbaju hitam dengan solekannya menggoda itu, pasti membuatkan penggunajalan raya terpesona. Tapi awas... poster itu juga menampilkanLinda dengan sebakul cili merah dengan di tangan kirinya memegangsetangkai cili, sebagai membuktikan betapa 'panas dan pedasnya' dia.Mungkin, itulah tarikan yang cuba dilakukan Linda dalam melariskanlagi perniagaan My Asam Pedas Shop miliknya. "Saya mahu papan tanda itu nampak lain dari kebiasaan. Lagipun restoranini terletak di tepi lebuh raya, jadi biarlah dari jauh orangsenang nampak," katanya. Linda berkata, idea dan konsep posterbesar berkenaan adalah daripada dirinya sendiri bagi mempromosikanhidangan asam pedas yang disajikan di restorannya. Jelasnya,sejak papan tanda itu dipasang, pemilik premis perniagaan bersebelahanrestorannya turut membuat tindakan yang serupa iaitu memasang papantanda yang lebih besar. Linda Onn nak kahwin tahun 2009 ni.. "Alhamdulillah, perniagaan saya berjalanlancar. Sekarang saya sedang sibuk mengurusakan beberapa hal berkenaanperniagaan saya itu. Insya-Allah tak lama lagi, saya akan membukasebuah pejabat di atas restoran ini.," katanya. Menyentuhmengenai azam tahun barunya yang ingin menamatkan zaman bujang tahunini, Linda berkata: "Kalau boleh memang saya bercadang untuk berkahwintahun ini. Sejak 2008 lagi saya sudah bersedia, cuma harap-harapbertemu calon yang sesuai." |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 2:29 pm | |
| Roda Impian kembali....! Kini di Media Prima?Weh... Roda Impian kembali... Korang still ingat x rancangan ni...? Tp skarang kalau tak silap aku, disiarkan kat Media Prima. Ni beberapa pic yg aku cilok dari FB salah sorang peserta kat Roda Impian... Rasanya cam Kieran je jd hos, yg tukang bukak huruf tu x pasti sape... Erk... Da ade ke? Kalau da ade, ampun...! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 12 Jan 2009, 2:31 pm | |
| Shahora belum mahu anakSudah empat bulan pelakon Sharifah Shahora berkahwin dengan jurugambar Raja Mukhriz. Sudah mengandungkah pelakon itu?
Belum lagi... bukan tiada rezeki tapi mereka memang merancang tidak mahu mengandung dalam masa terdekat. Nak tahu kenapa? Kerana mereka belum bersanding lagi.
Pasangan itu bernikah dalam satu majlis sederhana sahaja tahun lalu dan tak sempat bersanding.
"Macam mana nak mengandung... kami belum bersanding lagi," kata Shahora semasa ditemui dalam majlis doa selamat penggambaran drama bersiri Jangan Pandang Belakang baru-baru ini.
Itulah perkahwinan pertama mereka, jadi mahu juga mereka rasa keseronokan bersanding selain mengundang rakan-rakan dan saudara mendoakan kebahagiaan dalam majlis tersebut.
Dia dan suami ingin bersanding tahun ini juga, tapi menanti masa yang sesuai. Perancangan awalnya pada awal tahun ini , tapi apabila banyak pula tawaran berlakon datang, terpaksa ditunda dahulu.
Laris mengacara
Jangan tak tahu Shahora juga semakin laris mengacarakan agenda hiburan pada majlis makan malam dan majlis hiburan lain.
Walaupun belum muncul sebagai pengacara di televisyen, ada pihak yang mengundang kerana pelakon yang sering berlakon watak komedi itu boleh memeriahkan suasana apabila diundang mengacarakan sesebuah majlis.
"Saya banyak kali juga mengendalikan acara yang dibuat oleh rakan-rakan media. Majlis tersebut turut dibuat liputan dan daripada situlah pihak luar mula mengundang saya mengendalikan acara hiburan yang mereka anjurkan.
Itulah keuntungan yang saya dapat apabila banyak rakan media mengundang saya," kata pelakon yang masih tak henti didatangani tawaran berlakon itu.
Sekarang Shahora sedang berlakon drama seram 13 episod, Jangan Pandang Belakang arahan muka baru dalam pengarahan, Abdul Azizi Awang Ghazali.
Dalam drama terbitan MIG Production itu, Shahora bergandingan dengan Ashraff Muslim, Aznah Hamid, Mas Muharni, Wan Hanafi Su, Almy Nadia, Shajiry dan ramai lagi.
Menggunakan judul popular Jangan Pandang Belakang, drama itu pastinmya dinanti-nantikan. Ia bakal ditayangkan di TV2 tidak lama lagi.
Ia membawa kejadian seram yang berlaku di sebuah perkampungan apabila Shakir (Ashraff) anak lelaki kepada seorang pawang Tok Lang tidak mahu mewarisi saka selepas kematian Tok Lang.
Selepas kematian Tok Lang, pelbagai kejadian aneh dan menakutkan berlaku di kampung tersebut. Keluarga Tok Lang iaitu Syakir, Che Puteh (Shahora) dan Kasmiah (Aznah), adik Tok Lang menjadi sasaran orang kampung.
Namun Syakir tetap tidak mahu mengikuti kepercayaan tahyul itu dan menentangnya dengan ilmu agama.
Dia mendapat bantuan Imam Sani dalam menentang kejadian menyeramkan di kampung itu.
Tunggu drama itu ditayangkan nanti ya kalau mahu tahu kesudahannya. Sekarang banyak sungguh drama seram ditayangkan di kaca TV |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 6 of 20 | Go to page : 1 ... 5, 6, 7 ... 13 ... 20 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |