Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1 ... 6, 7, 8 ... 13 ... 20  Next
AuthorMessage
patzie_girl
Super Senior
Super Senior
patzie_girl

Number of posts : 767
Age : 43
Location : keramat wangsa
Registration date : 09/08/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 12 Jan 2009, 3:21 pm

sally_eiyna wrote:
hahahaha... ngeh3x sessi kutuk mengutuk memey
n rmai yg pgil dia'NORMIANG' hehehehe ahakz!!! ngeh3x

aku suka ngn gelaran tu kat dorang....
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 12 Jan 2009, 3:54 pm

Muda Pada Usia 37

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Amy10


SEMAKINkurus dan mengecil, tetapi tetap comel, itulah yang boleh diluahkansaat bertemu dengan penyanyi, pelakon dan pengacara, Amy Mastura dalamsatu sesi fotografi khas Rabu lalu.

Amy tetap Amy, sama sepertikemunculan sejak 16 tahun yang lalu, tidak sedikit pun dia berubah. Diamasih Amy yang ramah, periang dan suka mengukir senyuman manis di bibirwalaupun barangkali anda hanya mengenalinya sekitar lima minit.

Kalauadapun, perubahan yang paling ketara hanya dari segi usianya yang telahmeningkat ke angka 37 tahun tetapi masih kelihatan muda, selain kerjayaseninya yang semakin berkembang.

Dia bukan lagi Amy Mastura yanghanya bergantung harap hanya pada nyanyian, sebaliknya kini Amy bolehtersenyum puas apabila dia juga diberi kepercayaan sebagai pelakon danjuga pengacara program televisyen.

Sungguhpun begitu, Amy sepidaripada publisiti, seolah-olah dia hilang dan tenggelam daripada duniaseni. Malah dia sendiri mengaku sudah lama tidak muncul di mana-manaakhbar mahupun majalah.

Bukan tidak mahu, jelas isteri kepadaAlvin Tham Suffian dan ibu kepada dua cahaya mata, Adriana dan Adaliaini lagi, dia tidak terfikir untuk mencari publisiti jika tiada produkbaru yang ingin diketengahkan.

"Entahlah, sebelum ini saya sibukjuga, hari-hari keluar bekerja. Kalau tak percaya tanya pengurus saya,Nana. Mungkin saya kurang publisiti dalam surat khabar dan majalah.

"Kalauada produk baru, barulah saya akan terima publisiti. Saya rasa keranaitu sesetengah orang beranggapan saya ini macam sudah tiada dalamindustri hiburan tetapi ada sesetengahnya pula mengatakan saya inisentiasa saja wujud.

"Itu penilaian peminat dan orang ramai, saya tidak ada hak untuk mengatakan saya ini masih popular (ketawa), cukuplah saya masih ada rezeki," luahnya jujur.
Dibayangi Sheila Rusly?

Kini, Amy juga menggantikan posisi Sheila Rusly dalam program santai Ape-Ape Aje yang bersiaran setiap Isnin dan Khamis di TV3 bersama Shamsul Ghau-Ghau.

Bersiaranbuat pertama kalinya sebagai pengacara program berkenaan Isnin lalu,Amy mengaku sememangnya sukar untuk menghilangkan bayang-bayang Sheilamemandangkan nama Sheila cukup sinonim dengan program tersebut.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Amy210


Namun,Amy langsung tidak rasa terbeban dengan perbandingan yang mungkindibuat penonton setia program berkenaan antara dirinya dan juga SheilaRusly.

"Saya tidak terbeban, walaupun saya tahu Sheila memangbagus, dia ada cara dia dan saya ada cara saya sendiri. Kalau samasaja, tidak menariklah program itu.

"Setakat hari ini,alhamdulillah, masa diperlukan hanya satu jam setiap siaran, jadi iatidak mengganggu kerja saya yang lain dan saya juga tidak menerimakomen negatif tetapi tidak tahulah pada masa akan datang macam manapula, harap-harap okeylah," terangnya.

Kasut tumit tinggi

Kasuttumit tinggi memang cukup dekat dengan jiwa wanita, kerana itulah iadipilih sebagai judul drama bersiri terbaru lakonan Amy bersama NorishKarman, Nanu Bharudin dan Juliana Evans.

Drama yang akan muladitayangkan di saluran Astro Prima pada 22 Januari depan ini, kata Amy,cukup berbeza dengan drama lakonannya sebelum ini.

Tambahnya,drama yang mengetengahkan kisah cinta wanita awal 30-an itu merupakandrama pertama yang menggandingkan Amy dengan Norish dan Nanu.

"Seronokdapat berlakon dengan dua pelakon yang bagus macam mereka, tetapi yangkelakarnya dalam cerita ini buat pertama kalinya saya jadi tukang jahittetapi realitinya saya bukanlah pandai menjahit.

"Lagi satu,kami bertiga juga menjadi pembunuh secara tidak sengaja dan cara kamimembunuh orang itu memang agak lucu, kalau nak tahu kena tunggu danlihat," jelasnya yang memegang watak Rose dalam drama tersebut.

Meskipunsemakin dikenali sebagai pelakon daripada kerjaya asal penyanyi, Amytidak kisah, malah dengan lapang hati menerima tanggapan itu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Amy310
PERIBADI Amy sentiasa disenangi oleh peminat dan pihak media.


Sungguhpun begitu, selebriti kelahiran Ipoh, Perak ini tidak pernah sesekali terfikir untuk menutup kamus nyanyiannya.

"Sayatidak kisah kalau peminat kenal saya lebih sebagai pelakon daripadapenyanyi kerana saya adalah orang sama yang cuba skop pekerjaan berbeza.

"Nyanyianpula saya masih teruskan seperti biasa. Tawaran buat persembahan masihditerima, malah sekarang saya dalam proses untuk mengeluarkan albumterbaru berjudul Happy.

"Jadi, tidak ada soal saya sibukdengan lakonan, sehingga saya meminggirkan nyanyian. Mungkin bila albumkeluar awal tahun ini, saya akan kurangkan lakonan untuk memberitumpuan pada promosi album," katanya yang turut menyumbang lima lagudalam album barunya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 12 Jan 2009, 4:02 pm

Ina Naim, Suami

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 11220010
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 12 Jan 2009, 4:04 pm

Dato' Siti, Welcome To Club 30!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 11220011

Rasanya masih belum terlambat saya dan murai.com.my mengucapkan Happy Birthday kepada Dato' Siti Nurhaliza atau Mrs Khalid. Tentu ada yang ingat, semalam, 11 Januari, adalah ulang tahun hari lahir Dato' Siti kita itu yang makin bertambah cantik dan hangat.

Untuk itu kita ingin mengucapkan Welcome To Club 30 buat Siti. Club 30 itu tentunya merujuk kepada usia 30 tahun Siti sekarang. Pantas masa berlalu, Siti dulu hanyalah seorang anak dara sunti dari Kuala Lipis yang pernah menjual kuih dan sekadar mampu berulang alik dengan bas dari kampung ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang menyanyi.

Tapi sekarang, lihatlah siapa Siti Nurhaliza. Seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam mengenali aura mahupun vokalnya yang sungguh hebat itu. Secara selorohnya, Siti kini bukan lagi naik bas tetapi sudah boleh beli

Dikenang-kenang semula, saya bangga dan simpati dengan Siti. Bangga sebab dia anak seni yang merangkak dari bawah dan naik ke atas dengan usaha sendiri. Dulu Siti hanya mampu minta duit dari ibu dan ayahnya, tapi sekarang Siti sedang membalas jasa ibu bapanya dan bergelar seorang hartawan.

Itulah keajaiban yang boleh berlaku dalam dunia seni bersandarkan bakat, usaha dan doa. Dan tuah ini tidak datang selalu dan dikurniakan Tuhan kepada insan-insan tertentu seperti P Ramlee, Sudirman, Siti dan Mawi. Namun semua itu ada hikmah dan tujuannya.

Simpati saya kepada Siti pula disebabkan dia memegang jenama Siti Nurhaliza. Tidak ada yang percumanya dalam hidup ini dan dengan menjadi seorang bintang, Siti mahu atau tidak, terpaksa membayarnya dengan harga yang cukup tinggi, melebihi segala wang dan saham yang dimilikinya selama ini.

Cemuhan, tohmahan dan nista adalah mainan hidup Siti yang terpaksa ditelan kecuali matanya terpejam tidur. Sebagai manusia biasa, saya kira Siti juga mahu mengikut kata hatinya sendiri tetapi itulah yang kadangkala menjadi 'racun' yang memakan diri.

Saya sedar, Siti dalam menjalani kehidupan, perlu menjaga banyak hati di sekelilingnya - keluarga, suami, peminat dan ramai lagi. Bukan senang untuk memuaskan hati semua orang tetapi Siti cuba tangani masalah itu dengan sebaik mungkin.

Selama mengemudi sayap murai.com.my sejak setahun lalu, saya sudah melihat bagaimana sentimen peminat terhadap Siti menerusi komen-komen yang dilemparkan kepada beliau dan juga suaminya, Datuk K, berhubung pelbagai isu.

Bagaimanapun, mereka berdua tetap tenang kerana faham semua itu adalah tanggapan masyarakat. Tidak semuanya benar dan tidak semuanya salah. Yang baik boleh diterima dan yang salah terpaksalah dipekakkan telinga.

Bagaimanapun, isu yang mungkin Siti perlu lihat dan kaji sedalam-dalamnya sekarang adalah tuntutan 'janji' bahawa dia mahu bertudung selepas bergelar Hajjah. Saya faham mungkin hati Siti belum bersedia sepenuhnya tetapi dia tentu sedang berusaha ke arah itu. Janganlah kita terlalu mendesak.

Tentu kita ingat cerita-cerita perjuangan dakwah para Rasul kita dulu yang juga bukan sesuatu yang drastik dan memakan masa. Kita berilah Siti ruang.

Soal rumah tangga Siti pula sentiasa diperkatakan macam orang bersalin baju. Untuk Datuk K, saya harap beliau dapat menerima Siti seadanya. Siti Nurhaliza adalah seorang penghibur dan dia akan terus dikenang dengan title itu sampai bila-bila. Sekali Siti masuk ke dunia seni, dia akan terus diperkatakan dan diperkatakan.

Dengan erti kata lain, saya kurang setuju andai Datuk K pernah terfikir untuk menyuruh Siti bersara dek kerana gosip melampau seperti yang berlaku ketika ini. Ini kerana tatkala Datuk K menyunting Siti sebagai isteri, dia tentu hormatkan kedudukan Siti sebagai milik masyarakat dan public figure.

Mungkin Datuk K kini sedang teruk dilambung ombak kerana dia sudah memilih untuk menghuni di tepi pantai. Inilah juga harganya apabila memperisterikan Siti kerana sejak awal hubungan lmereka lagi ia sudah ditemani kontroversi. Andai kasih sayang mereka begitu kuat, tiada yang dapat menggugat tiang 'masjid' yang mereka telah bina.

Dalam menyambut hari lahir yang penuh dengan dugaan ini, saya harap Siti akan terus menjadi manusia yang tabah. Percayalah, kemanisan akan datang juga sebab Tuhan menguji kita kerana sayangkan umatnya.

Yang jelas, di sebalik senyuman dan renungan mata Siti itu, saya dapat rasakan yang Siti terus menyembunyikan sesuatu. Dan biarlah ia menjadi rahsia.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 12 Jan 2009, 4:07 pm

Memey Balik KL, Dapat Restu Ibu Norman?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 17200910

Haa, ini gosip terbaru tentang pelakon paling panazz.. Memey Suhaimi. Tak kenal Memey Suhaimi? Memey Suhaimi dan Memey Suhaiza tu adalah orang yang sama, iaitu pelakon yang dilaporkan mencetuskan huru-hara dalam konflik rumah tangga Abby Abadi dan Norman Hakim tahun lalu.

Al-kisahnya, spy Murai Batu dah bagi tahu, Si Memey itu telah pun keluar dari sarang persembunyiannya dan kembali ke KL dari Felda Tenggaroh, Kota Tinggi.

Baru-baru ini, ada rakan Murai Batu ternampak Norman dan Memey keluar makan bersama dan selepas itu ada orang lihat mereka berdua hadir ke satu majlis perkahwinan di Ampang.

Sebenarnya, majlis perkahwinan itu membabitkan sepupu Norman Hakim. Jadi faham-faham sajalah kenapa Memey boleh berada di situ. Apa lagi, ramailah tetamu mengambil kesempatan merakamkan foto Norman dengan Memey. Haa, jangan ingat orang sekeliling dah pulaukan mereka sebab masyarakat pun faham, semua konflik sudah berlalu.

Kata sumber, keluarga Norman nampaknya dapat terima kehadiran Memey di situ. Malah, ibu Norman sendiri begitu mesra dengan Memey. Waktu sedang rancak berborak, Memey diapit ibu Norman serta Norman sendiri.

Jadi, janganlah korang semua terkejut kalau selepas ini wartawan mendapat kad perkahwinan mereka pula. Bagi Murai Batu, kalau dah suka sangat dan keluarga pun restu, eloklah Norman dan Memey nikah saja. Sampai bila nak usung ke hulu dan ke hilir, takut pisang berbuah lagi, entahlah berapa kali.

Dalam pada itu, Norman dan Abby akan dipertemukan semula oleh Datuk Yusof Haslam dalam bidang lakonan. Baguslah, janganlah ada dendam dan permusuhan antara mereka. Yang lepas itu lepaslah...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 12 Jan 2009, 4:21 pm

Mawi-Ekin Pohon Restu Dikurniakan Zuriat

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 11220012

SERI KEMBANGAN, 12 JAN 2009: Selepas selamat diijabkabulkan dan bersanding buat kali ketiga di Hotel Palace of The Golden Horses, malam tadi, pasangan Mawi dan Ekin terus memanjatkan doa semoga perkahwinan mereka aman bahagia, berkekalan dan dianugerahkan zuriat yang soleh.

Biarpun terus dihambat dengan kesibukan tugas sebagai anak seni, Mawi dan Ekin sudah bersedia untuk menjadi ayah dan ibu sesegera yang mungkin tanpa mahu menangguhkan niat yang baik.

"Kalau timang anak tahun ini pun kami sudah bersedia kerana kami berdua sukakan kanak-kanak. Saya tak kisah anak lelaki atau perempuan malah kalau anak kembar pun lagi bagus," seloroh Mawi kepada murai.com.my.

Celah Ekin pula, "Betul, Ekin juga sudah bersedia kalau ditakdirkan tahun ini Tuhan bagi kami rezeki (zuriat)."

Bagi tetamu yang hadir di khemah putih gergasi, Le Marquee yang letaknya di laman tasik hotel itu, majlis resepsi malam tadi memang sungguh memukau. Ibarat seorang pemerintah Arab yang duduk di singgahsana bersama puteri nan jelita, Mawi dan Ekin selamat disandingkan dalam suasana Hikayat 1001 malam.

Acara itu turut terselit drama menarik tatkala Ekin tiba dari arah tasik dan berlabuh di jeti. Sekumpulan lelaki yang berkuda tiba-tiba datang menyerang untuk melarikan Puteri Ekin. Namun tanpa berlengah, Putera Mawi terus ke depan menyelamatkan wanita idaman hatinya dan mereka dibawa menaiki sebuah kereta kuda yang dipacu oleh seekor kuda putih bernama Unicorn, menuju ke singgahsana.

Di perkarangan Le' Marquee, suasana kelihatan seperti taman istana apabila kelihatan 'rakyat jelata' menonjolkan beberapa permainan ala gipsi dan sarkis. Ada yang membawa ular sawa, ada yang menyembur api dari mulut dan melakukan aksi akrobatik.

Itulah antara persandingan fantasi yang sudah dirancangkan sejak berbulan-bulan lamanya dengan bantuan wedding planner, CD Advertising. Pengantin mengenakan busana rekaan Rizalman, Bon Zainal dan Yamin. Tidak dinafikan hiasan meja makan dan pelamin dalam marquee itu sungguh indah hasil ilham Yamin.

Gimik Drama Selamatkan Puteri Ekin

Majlis yang bermakna itu dibuka dengan bacaan doa selamat oleh vokalis utama kumpulan Rabbani iaitu Ustaz Asri. Kemudian barulah acara merenjis oleh tetamu diraja dan wakil kenamaan dilangsungkan.

Seterusnya, ketika pengantin makan beradab, rakan-rakan artis Akademi Fantasia (AF) dan artis terkenal tampil membuat persembahan iaitu Anita Sarawak, Yassin, Zahid, Felix, Idayu, Akma, Amylea, Marsha, Eliza dan Ekin.

Apa yang menarik, ketika Akma, Amylea, Marsha, Idayu dan Ekin menyanyikan lagu Cinta Di Akhir Garisan, tiba-tiba muzik latar terhenti tetapi mereka tetap meneruskan persembahan secara acapella dengan bersahaja dan hebat sekali.

Majlis malam tadi diakhiri dengan persembahan fesyen daripada sekumpulan model. Majlis yang gemilang itu turut ke udara secara langsung menerusi Astro Ria (Saluran 104).

Acara itu dihoskan oleh Jimmy Shanley, Dira & Cham sebagai hos karpet merah, Farah & Reza AF (pengacara siaran TV), Dang Suria & Akhtar Sahari (pengacara majlis) serta Hj Aznil Hj Nawawi (pengacara upacara merenjis).

Ramai sekali rakan artis hadir antaranya Bekas Pengetua AF - Freddie Fernandez, Ramli MS, Ramli Sarip, Roslan Aziz - serta Marlia Musa, KRU, Ning Baizura, Sazzy Falak, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Iqram Dinzly, Fouziah Gous, Roslan Shah, Ifa Raziah, Cat Farish, Corrie Abdullah, Aidit Alfian, Tam Spider, Ajai, Azwan Ali, Akhil Hayy, Linda Onn , Aziz M Osman, Salih Yaacob, Mamat Khalid, Fiz Fairuz serta Ina Naim & suaminya, Suhaimi.

Antara tetamu kehormat yang hadir pula adalah YTM Tunku Bendahara Kedah, Dato' Seri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah & isteri, YAB Toh Puan Bendahara Kedah Noorsuzanna Abdullah; Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar, serta Pengerusi Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd, Tun Dato' Seri Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim & isteri, Toh Puan Datin Seri Mazni Mohd Nor.
Back to top Go down
cik sara
Super Senior
Super Senior
cik sara

Number of posts : 622
Age : 39
Location : pucHoNg
Registration date : 02/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 12 Jan 2009, 4:30 pm

sally_eiyna wrote:
Ina Naim, Suami

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 11220010

comeynye anak ina..
bulat matenye..
ina pn makin bseri after kawin ni..
da tader mekap bedak&lipstik tertumpah lg..
ahakz!!! ahakz!!! ahakz!!!
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/ciksara
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 12 Jan 2009, 4:40 pm

(Gambar) Imej Rambut Pendek Baru Bunga Citra Lestari

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 44567910

Lama kita tidak dengar cerita tentang pasangan antara dua negara ini semenjak mereka berkahwin hampir 2 bulan lalu.

Ashraf Sinclair yang kini bahagia bersama Bunga Citra Lestari menetap di Indonesia & di’khabarkan sedang mengembangkan karier beliau di’sana.

Bunga Citra Lestari pula muncul dengan imej terbaru berambut pendek & Ashraf tampak gembira dengan imej baru isteri’nya itu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 49700610

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 78625910
Back to top Go down
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur
chitra77

Number of posts : 1070
Age : 47
Location : Sg. Petani, Kedah
Registration date : 23/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeMon 12 Jan 2009, 8:39 pm

CANTIK BUNGA NI...TAPI SEKSI....SESUAI LE NGAN ASHRAF.... hoorey!!
Back to top Go down
http://www.qistinacollection.blogspot.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 7:56 am

Akhil Hayy Perjelas Isu Kantoi Bersama Waheeda

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Akhilh10

Hafreze.com pernah memaparkan isu Ustaz Akhil Hayy kantoi menonton wayang bersama Waheeda minggu lepas, hari ini dia memberikan penjelasan isu tersebut terhadap media.

Ustaz Akhil Hayy tidak bersetuju penggunaan perkataan ‘kantoi’ menjadi satu fenomena dalam hubungannya bersama Waheeda. Gosip sedemikian membuatkan ramai pihak memandang sinis dan salah sangka dengannya di kalangan peminat hiburan tanah air.

“Lebih-lebih apabila tulisan itu menggunakan perkataan kantoi. Terus-terang, ana katakan, ana tidak bersetuju dengan penggunaan perkataan tersebut. Bagi ana, kantoi itu merujuk kepada sesuatu keadaan di mana seseorang dilihat telah melakukan kesalahan sedangkan ana tidak berada di dalam situasi seperti itu. Jadi kenapa perkataan kantoi itu harus digunakan?

Aku bersetuju dengan kenyataannya, tapikan Ustaz, kalau tak bersalah kenapa perlu elak daripada peminat serta berjalan agak jauh dari Waheeda ketika di tempat parking. Orang yang tak bersalah tidak akan berbuat demikian, bukan?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 7:59 am

“BMW X5 Hadiah Paling Mahal Untuk Saya” - Diana Danielle

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Dianaj10Pulak dah! Isu jam tangan mewah Siti Nurhaliza berharga ratusan ribu itu nampaknya menarik minat semua pihak termasuk Diana Danielle.

Tidak mahu ketinggalan dalam liga penerima hadiah mewah, Diana Danielle menyatakan yang BMW X5 berharga RM560,000 itu adalah hadiah dari ibu tersayang, Norsiah Ramli.

Beberapa bulan lepas, ketika sambutan hari lahir ke-17 beliau, Diana Danielle dengan terang & jelas menyatakan yang pembelian BMW X5 ini menggunakan duit sendiri hasil titik peluh beliau dalam bidang seni.

Antara artis yang turut sama dalam senarai penerima hadiah mewah ini adalah Juliana Banos (Ferrari - RM1 juta), Rozita Che Wan (Jam Tangan - RM18k), & Abby Abadi (Barang Kemas - RMX,XXX).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 8:02 am

Gambar Sekitar Majlis Harijadi Datuk Siti Nurhaliza

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 410

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 510

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 1610

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 2310

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 3110
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 8:03 am

GAMBAR MAYA KARIN DAN SUAMI DI PUNCAK GUNUNG

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 1510
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 8:04 am

(Gambar) Linda Jasmin memakai pakaian dedah belakang

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Linda-10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 8:07 am

Gambar Irma Hasmie dlm RAP akhbar Harian Metro

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Irma-h10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Irma-h11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Irma-h12
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 8:12 am

Erema terima mesej berbaur ugutan oleh Seri Bayu

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Eremas10[SEMASA] PETALING JAYA: Sehari sebelum kes penceraian penyanyi Erema dan suaminya, penulis lirik Seri Bayu dibicarakan, dia telah menerima mesej berbaur ugutan oleh suaminya itu semalam.

Menurut Erema, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) itu berkata: “Awak tengoklah esok (hari ini), siapa yang fitnah siapa.”

Erema atau nama sebenarnya Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 26, hadir di mahkamah bersama rakannya, penyanyi Sharifah Azizah Syed Zain atau Rifa kira-kira pukul 9 pagi tadi manakala Seri Bayu atau Jamaludin Sulik gagal menghadirkan diri kerana masalah kesihatan.

Walaupun penulis lirik berusia 44 tahun itu masih berdegil dan enggan melepaskan isterinya, Erema bagaimanapun nekad dan berharap agar kes penceraian mereka akan menemui titik noktah dalam masa terdekat ini.

“Saya berharap supaya kes penceraian ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini kerana tidak mahu hal ini berlarutan sehingga semua perkara diketahui oleh orang ramai,” luah Erema ketika ditemui selepas perbicaraan kes tersebut di luar mahkamah, di sini, hari ini.

Namun, pihak Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini memutuskan untuk membawa kes penceraian Seri Bayu dan Erema pada 11 Mac depan, pukul 2 petang.

Hakim Syarie Ghazali Ahmad membenarkan permohonan peguam syarie Halipah Abdul Manaf yang mewakili Erema untuk memasukkan penyata pindaan bagi memastikan tuntutan penceraian lengkap dan menguatkan tuntutan permohonan.

Sementara itu, peguam syarie Noorafizah Abdul Aziz yang mewakili Seri Bayu pula menyatakan beliau tidak mempunyai bantahan untuk plaintif (Erema) mengemukakan hujahan itu. Pihak mereka akan menyatakan penyataan pembelaan pada tarikh tersebut.

Apabila ditanya sama ada dia mengetahui tentang keadaan dan kesihatan suaminya sebelum ini, Erema berkata dia ada mendengar berita tentang kesihatan suaminya itu melalui keluarganya.

“Keluarga saya ada memberitahu saya yang Abang Seri Bayu beransur sihat dan sudah boleh bergerak sedikit demi sedikit dengan sendiri. Alhamdulillah..,” kata Erema.

Erema menambah, kini dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan suaminya kerana suaminya dijaga oleh keluarga angkat.

Namun, Erema berkata kadangkala mereka ada juga berhubung melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

“Abang Seri Bayu ada juga menghantar SMS kepada saya seperti bertanya khabar dan ucapan Selamat Tahun Baru baru-baru ini.

“Saya juga menghantar mesej meminta dia lepaskan saya dengan cara yang baik kerana dia akan memfitnah saya yang bukan-bukan apabila terlalu sakit hati dan tertekan.

“Saya faham sangat dengan perangai dia tetapi tak boleh cakap apa-apa,” kata Erema.

Erema memfailkan kes cerai tersebut pada awal bulan November tahun lalu.Seri Bayu bernikah dengan Erema, yang berasal dari Kuching Sarawak pada 19 Disember 2006 di Masjid Al-Muhsinin, Danau Desa, Kuala Lumpur.

Ia perkahwinan kedua buat Seri Bayu selepas bercerai dengan isteri pertamanya pada 2002. Hasil perkahwinan pertama, Seri Bayu dikurniakan lima anak berusia antara 7 hingga 15 tahun iaitu Muhamad Akmal, 13, Muhamad Aiman, 12, Muhamad Aizam , 9, Ally Farjana, 7, dan Muhamad Adham, 5.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 8:17 am

(GAMBAR LAMA )PERKAHWINAN ERRA & EMRAN

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Erra11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Erra210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Erra310

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Erra410

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Erra510

Gambar pengantin yang berkahwin pada 2007 dan akan mendapat anak pada tahun 2009 ialah Erra Fazira dan Engku Emran. Dijangka pasangan ini akan mendapat anak perempuan yang akan lahir pada bulan Mac ini. Semoga selamat melahirkan anak, Erra & EE. hoorey!! hoorey!!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 8:49 am

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sitizone Gathering 2009

Pada jam 12 tengahari hingga jam 3 petang, tanggal 10 Januari lalu seramai 50 orang ahli laman web rasmi Dato’ Siti Nurhaliza www.sitizone.com telah berkumpul di Restoran RSMY House Of Real Beriani, No. 11 & 13, Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur. Khabarnya, ramai juga peminat Siti Nurhaliza dan kelab pelayar Sitizone yang datang termasuklah peminat dari Indonesia, Singapura, Sabah Dan Terengganu.

Kehadiran Dato’ Siti Nurhaliza bersama suami serta Saida menambah seri majlis. Tujuan gathering julung-julung kali ini diadakan untuk berkenalan sesama ahli secara lebih dekat, di samping celebrate besday Dato’ Siti sehari awal. Pelbagai aktiviti diadakan bagi merapatkan lagi hubungan antara ahli Sitizone

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Ct14

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Ct212

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Ct310

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Ct410

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Ct510
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 9:03 am

Gambar Fara Fauzana dan Wahid Senario di Jomheboh Bukit Jalil»

Pada 21 Disember tahun lepas, Budiey dengan bantuan krew Melodi, Azmi Arjuna dan Syazwani, dapat memboloskan diri untuk mengambil gambar dua orang pengacara Melodi, Fara Fauzana dan Wahid Senario. Terima kasih Azmi dan Syaz… dengar cerita Syaz dah tak jadi krew Melodi sebab dah tamat kontrak ek… tak dapat la jumpa lagi lepas ni…

Filem Sifu dan Tongga terbitan Primeworks aka Grand Brilliance turut dipromosikan… dan Budiey akan menghadiri pra tonton filem lakonan yang menggandingkan pelawak freshie dan pelawak senior, Nabil Raja Lawak dan Saiful Apek ini pada 14 Januari ini.

Cuaca panas terik tidak menghalang pengunjung Jomheboh untuk mengerumuni sangkar Melodi. Ketika siaran langsung Melodi, kelihatan Fara Fauzana dan Wahid begitu cool dan ramah melayan peminat walaupun baju mereka lencun dengan peluh.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Fara10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Fara210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Fara310

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Fara410

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Fara510

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Fara610
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 9:08 am

Gambar Dafi Spa Q bersama tunang

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Dafi10

Gambar Fazren Rafi aka Dafi dari siri drama popular TV3, Spa Q bersama tunangnya.. Manis mereka berdua dan semoga selamat sampai ke jinjang pelamin..
Back to top Go down
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur
chitra77

Number of posts : 1070
Age : 47
Location : Sg. Petani, Kedah
Registration date : 23/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 9:51 am

SALLY, ada berita pasal Nora Danish tak? dah bersalin ke belum?
Back to top Go down
http://www.qistinacollection.blogspot.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 9:56 am

Biodata Nubhan AF

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Dsc05110

Nama Penuh : Ahmad Nubhan Bin Hj. Ahamad

Nama Komersial : Nubhan

Tarikh Lahir : 2 April 1986

Umur : 22 tahun

Bangsa : Melayu

Status : Bujang

Asal : Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Tinggi : 180cm

Berat : 70kg

Alamat :
Artistes United Records
33-20-13A Villa Scott
Jalan Scott Brickfields
Kuala Lumpur 50470
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 9:59 am

Nora Danish dapat bayi lelaki

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Norra10KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Gleneagles, Ampang, di sini, pagi semalam.

Difahamkan, pelakon berusia 26 tahun itu telah ditahan di hospital itu sejak malam kelmarin.

Nama pelakon ini cukup hangat menjadi bualan ramai berikutan perceraiannya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 38, pada Ogos lalu.

Mahkamah Rendah Syariah memutuskan kes lafaz cerai bekas suaminya pada Februari dan Jun tahun lalu sah yang mana ketika itu Nora sedang mengandung empat bulan.

Pasangan itu bercerai dengan talak dua.

Nora dan Rizal bernikah pada Jun 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 10:06 am

Erema sedia bergelar janda pada usia muda

JIKA ditanya kepada mana-mana wanita, tiada sesiapa pun yang ingin memegang status janda. Namun, bagi penyanyi Erema, dia sudah bersedia untuk menempa gelaran tersebut pada usia muda jika kehidupannya akan berubah lebih baik pada masa akan datang.

“Siapa yang nakkan rumah tangga bercerai-berai. Tetapi nampaknya jodoh saya hanya sampai setakat ini sahaja.

“Soal janda ni, saya nak buat bagaimana lagi. Jadi, saya kena terima juga. Saya rasa dah banyak perkara yang saya belajar sehingga dewasa kini.

“Saya sudah bersedia dari awal lagi untuk berhadapan dengan pelbagai anasir jahat dan orang yang membuat fitnah terhadap saya selepas ini kerana semua itu sudah saya lalui sebelum ini.

“Pada awalnya, memang saya tak larat untuk menerima semua tohmahan dan fitnah orang. Saya akui susah untuk hadapi setiap fitnah orang.

“Tetapi, sekarang saya dah faham dan latih diri supaya sentiasa bersabar,” jawab Erema atau nama sebenarnya Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 26.

Keperitan yang dilalui dalam tempoh melalui proses penceraian ini memberikan suatu petanda yang suaminya, Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 44, enggan menceraikannya.

Bagaimanapun, Erema tetap dengan pendiriannya yang nekad untuk memohon penceraian tersebut dan hanya berserah kepada keputusan pihak mahkamah kelak.

“Saya akui tempoh untuk menyelesaikan kes penceraian ini mengambil masa berbulan-bulan dan agak lama juga.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Erema110
Erema anggap penceraiannya dengan Seri Bayu kerana mereka sudah tiada jodoh. -foto NITA


“Saya berharap supaya kes penceraian ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini kerana tidak mahu hal ini berlarutan sehingga semua perkara diketahui oleh orang ramai.

“Saya akan teruskan permohonan kes penceraian ini walaupun dia tak nak lepaskan. Saya berhak dilepaskan.

“Apa pun keputusan mahkamah, saya terima seadanya. Saya tetap akan teruskan hidup ini dan tak boleh terus kecewa.

“Alhamdulillah, sekarang kehidupan saya lebih baik dari segala-galanya. Saya juga merasai ketenangan.

“Yang penting, saya tahu batas sebagai isteri orang sebelum bergelar janda,” luah Erema ketika ditemui selepas perbicaraan kes tersebut di luar mahkamah, di sini, semalam.

Erema hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya bersama rakannya, penyanyi Sharifah Azizah Syed Zain atau Rifa kira-kira pukul 9 pagi semalam manakala Seri Bayu gagal menghadirkan diri kerana masalah kesihatan.

Oleh itu, Hakim Syarie Ghazali Ahmad, semalam memutuskan untuk membawa kes penceraian Seri Bayu dan Erema pada 11 Mac depan, pukul 2 petang.

Terima mesej ugutan daripada Seri Bayu

Sehari sebelum kes penceraian penyanyi Erema dan suaminya, penulis lirik Seri Bayu dibicarakan, dia telah menerima mesej berbaur ugutan oleh suaminya itu semalam.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Erema210
Erema tetap mahu dilepaskan secara baik oleh Seri Bayu walaupun suaminya enggan.


Menurut Erema, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) itu berkata: “Awak tengoklah esok (hari ini), siapa yang fitnah siapa.”

Minta cerai bukan kerana pengaruh

Jika dilihat dalam industri seni sekarang, pasangan ini merupakan antara pasangan selebriti yang mendapat liputan meluas mengenai kes penceraian mereka.

Bagaimanapun, Erema tidak menganggap kes cerai ini merupakan trend golongan artis yang mendirikan rumah tangga.

"Saya tidak bersetuju apabila mengatakan penceraian ini kerap kali berlaku di kalangan artis kerana semuanya bergantung kepada jodoh.

"Saya tak pernah terfikir pun sebelum ini yang hubungan kami akan berakhir dengan penceraian.

"Memang saya tak tahan lagi hidup dengannya sejak Hari Raya Pertama Aidilfitri lalu.

"Saya dah banyak bersabar. Saya tak boleh terima dia apabila dia memburuk-burukkan saya dan apa yang saya lakukan sudah tidak dihargai lagi," tegas Erema.

Tahu kesihatan suami melalui keluarga

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Seri2010
Erema berkata kesihatan suaminya dilaporkan semakin baik oleh keluarganya.


Apabila ditanya sama ada dia mengetahui tentang keadaan dan kesihatan suaminya sebelum ini, Erema berkata dia ada mendengar berita tentang kesihatan suaminya itu melalui keluarganya.

“Keluarga saya ada memberitahu saya yang Abang Seri Bayu beransur sihat dan sudah boleh bergerak sedikit demi sedikit dengan sendiri. Alhamdulillah..,” kata Erema.

Erema menambah, kini dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan suaminya kerana suaminya dijaga oleh keluarga angkat.

Namun, Erema berkata kadangkala mereka ada juga berhubung melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

“Abang Seri Bayu ada juga menghantar SMS kepada saya seperti bertanya khabar dan ucapan Selamat Tahun Baru baru-baru ini.

“Saya juga menghantar mesej meminta dia lepaskan saya dengan cara yang baik kerana dia akan memfitnah saya yang bukan-bukan apabila terlalu sakit hati dan tertekan.

“Saya faham sangat dengan perangai dia tetapi tak boleh cakap apa-apa,” kata Erema yang masih bekerja sebagai penyanyi kelab.

Yang paling meninggalkan kesan terhadap Erema, apabila Seri Bayu berkata: “Jangan harap aku akan lepaskan kau.”

Erema memfailkan kes cerai tersebut pada awal bulan November tahun lalu.Seri Bayu bernikah dengan Erema, yang berasal dari Kuching Sarawak pada 19 Disember 2006 di Masjid Al-Muhsinin, Danau Desa, Kuala Lumpur.

Ia perkahwinan kedua buat Seri Bayu selepas bercerai dengan isteri pertamanya pada 2002. Hasil perkahwinan pertama, Seri Bayu dikurniakan lima anak berusia antara 7 hingga 15 tahun iaitu Muhamad Akmal, 13, Muhamad Aiman, 12, Muhamad Aizam , 9, Ally Farjana, 7, dan Muhamad Adham, 5.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 10:11 am

Misi cari cinta sejati dalam 'Kasut Tumit Tinggi'

SEBUAH lagi drama bersiri komedi menarik khusus untuk santapan para pelanggan Astro berjudul Kasut Tumit Tinggi akan mula menghiasi saluran tersebut tidak lama lagi dengan lakonan mantap pelakon-pelakon jelita seperti Nanu Baharudin, Norish Karman, Amy Mastura dan Juliana Evans.

Drama komedi romantik yang mencuit hati ini bakal bersiaran di Astro Prima (saluran 105) pada hari Khamis, jam 10 malam bermula 22 Januari ini.

"Kami di Astro tidak pernah jemu untuk terus membekalkan drama-drama berkualiti yang menghiburkan di samping memberi pengajaran untuk disajikan kepada para pelanggan.

Kasut Tumit Tinggi bakal bersiaran di Astro Prima (saluran 105) setiap Khamis, jam 10 malam bermula 22 Januari ini.

"Pemilihan drama Kasut Tumit Tinggi sebagai salah satu daripada barisan drama Astro Megadrama ini sememangnya tepat kerana selain menghiburkan, mesej-mesej mengenai realiti kehidupan juga turut diselitkan untuk disampaikan sebagai pengajaran yang boleh dijadikan sebagai panduan dan teladan oleh para pelanggan," ujar Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Nanu310
Kasut Tumit Tinggi mengisarkan tentang liku-liku kehidupan empat wanita jelita; Sofia (Nanu Baharudin), Ida (Norish Karman), Ros (Amy Mastura) dan Mai (Juliana Evans) yang berperwatakan menarik di kotaraya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Kasut10
Pelakon utama Kasut Tumit Tinggi. Dari kiri: Juliana Evans, Nanu Baharudin, Amy Mastura dan Norish Karman.


Mereka semua mempunyai banyak persamaan daripada segi personaliti tetapi masing-masing mempunyai nasib yang nyata jauh berbeza daripada segi keluarga, cinta dan karier.

Sofia lakonan Nanu Baharudin berumur 38 tahun, seorang janda yang romantik bekerja dari rumah sebagai seorang penterjemah novel cinta. Dia popular sebagai penasihat cinta yang memberi nasihat cinta dan perhubungan di ruangan akhbar.

Dia seorang yang penyayang dan amat menyayangi anaknya, Mai dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anaknya bahagia.

Watak Mai lakonan Juliana Evans sebagai anak gadis berumur 17 tahun, seorang yang baik hati tetapi bersifat sinis. Hanya dua perkara yang menjadi kesukaannya dalam dunia iaitu ibunya dan cerita penyiasatan. Dia bangga dengan dirinya yang rasional.

Pelbagai kekecohan yang lucu dan menghiburkan berlaku setelah Mai genap berumur 17 tahun apabila Sofia menyatakan hasrat untuk cuba mula menjalinkan hubungan dengan lelaki.

Mai berasa cemburu dan sedih kerana bimbang dengan kehadiran orang baru dalam hidup ibunya. Manakala Sofia pula tersepit di antara perasaan sunyi dan bersalah.

Akhirnya, kedua beranak ini telah membuat perjanjian iaitu mana-mana lelaki yang ingin menjalinkan hubungan dengan Sofia haruslah ditapis dan mendapat kelulusan daripada Mai terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, secara diam-diam Mai telah bertindak lebih cepat dengan cuba menyiasat latar belakang setiap lelaki yang hadir dalam hidup ibunya untuk menilai sejauh manakah keikhlasan mereka.

Manakala watak Ida pula dilakonkan oleh Norish Karman yang berumur 38 tahun, merupakan salah seorang kawan kepada Sofia. Dia dalam proses penceraian selepas mengetahui suaminya curang padanya. Akhirnya, dia teruskan hidup tanpa kepercayaan pada cinta dan lelaki. Tetapi, anaknya, Amir tetap orang yang paling disayangi dalam hidupnya.

Sementara Amy Mastura pula melakonkan watak Ros, seorang wanita berumur 35 tahun yang juga merupakan salah seorang kawan kepada Sofia. Dia tidak pernah keluar dengan lelaki dan bersifat pemalu.

Walau pun keempat-empat mereka berlainan perwatakan, kesemua wanita ini mempunyai misi yang sama dalam mencari cinta sejati.

Drama bersiri romantik komedi ini memaparkan jalan cerita yang banyak menyelitkan adegan-adegan yang diulang tayang semula atau flashback untuk membawa para penonton mengimbau kembali punca jalan cerita sebelum penyelesaiannya didedahkan.

Apakah yang bakal berlaku? Adakah mereka akan menemui cinta sejati yang dicari atau sebaliknya?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 10:14 am

Rina Khan sudah bertudung..!!!!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Rina110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Rina210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Rina311
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 10:21 am

SHAM KAMIKAZE DH KAWIN ?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 13040610

Komposer yang juga bekas anggota kumpulan muzik yang jadi rebutan gadis-gadis cantik selama ini iaitu Sham Kamikaze dengar- dengar ceritanya dah kahwin. Betul ke Sham? Kenapa sonyap je? Takkan nak sorok kot? Kongsi la sikit cerita kalau dah kahwin.

Mengikut berita daripada orang yang mendakwa teman rapat Sham, komposer kacak itu dikatakan bernikah dengan seorang penyanyi latar bernama Linda.

Si Linda ni pernah berkawan dengan anggota kumpulan muzik terkenal sebelum ni. Mengikut cerita tersebut, Sham dan Linda sudah lama kenal semasa mereka sama-sama terlibat dalam satu program hiburan tak lama dulu.

Dari situlah mereka bercinta dan menyemaikan benih kasih sayang sehinggalah mereka menyarung cincin nikah tahun lalu.

"Mereka memang dah bernikah pada tahun lepas. Cuma majlis sanding je tak sempat nak buat lagi. Harap-harap Syam mengakulah ya. Ala... benda yang baik. Buat apa nak sorok bro," kata pemanggil itu.

Kalau betullah berita ni Niezam ucapkan tahniah kepada Syam. Harap-harap dia tak main sorok-sorok la ya sekiranya berita tersebut benar.

Bukannya apa, selama ni Syam antara ahli muzik yang paling digilai remaja. Bila dia kahwin, mungkin ada peminat yang terkejut beruk dan makan hati.

NIEZAM: Selamat hari jadi buat tukang masak nombor satu Chef Wan yang ke-51 tahun pada 6 Januari lalu. Bila nak kahwin?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 10:30 am

Siapa James Gibbs Di Hati Linda Onn?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 11220010

KUALA LUMPUR, 12 JAN 2009: Mungkinkah ini 'jodoh baru' Linda Onn? Dia seorang Mat Salleh dan namanya adalah James Gibbs, 31.

Jejaka kelahiran Wales, United Kingdom (UK) ini hadir menemani Linda, deejay Sinar FM, ketika majlis persandingan ketiga Mawi & Ekin, di Le' Marquee, Hotel Palace of the Golden Horses, malam tadi.

Ketika didekati portal murai.com.my, Linda sedikitpun tidak menunjukkan reaksi kurang selesa apabila ditanyakan beberapa soalan 'cepu emas' berhubung jejaka itu. Malah, tidak sekali Linda menghalang kami daripada bertanyakan beberapa soalan kepada James tentang hubungannya dengan bekas kekasih Linda, Fahrin Ahmad.

"Kami sekadar kawan baik. Kebetulan pula saya tak ada pasangan malam ini, jadi apa salahnya saya bawa dia datang ke sini. Lagipun tiada siapa yang boleh menghalang saya untuk keluar dengan siapa yang saya suka. Siapa yang saya rasa selesa, saya akan keluar bersama," katanya.

Linda berkata, ini bukanlah kali pertama James berkunjung ke Malaysia dan mereka mula kenal pada 1998 dan sejak itu mereka sama-sama meneruskan bibit persahabatan sehingga kini.

"Saya kenal Linda sudah lebih 10 tahun lalu. Apabila Linda jemput saya datang ke majlis ini, saya pun setuju kerana inilah peluang untuk menyaksikan sendiri perkahwinan yang besar. Walau bagaimanapun, ini bukanlah pertama kali saya menghadiri majlis perkahwinan di Malaysia," katanya.

Kehadiran James, seolah-olah menjawab persoalan yang pernah diluahkan Linda sendiri bahawa dia akan berumah tangga tahun ini dan tidak akan menunggu lama sekiranya bertemu jejaka pilihan hati. Malah, wujud persamaan antara Linda dan James, apabila kedua-dua mereka memiliki restoran sendiri.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 10:35 am

Kekasih Aein (kembar ekin)

Memang gah perkahwinan mawi-ekin tambahan pula ade yg sanggup taja heli & kereta mewah. Itu semua adalah tajaan kawan rapat pada kekasih aein, iaitu mohd salleh(yg duduk sblah mawi msa akad nikah). Kekasih aein buat bisnes kereta mewah d kl. Sayangnya gambar kekasih aein ni aku x dpt tempek sb gmbrnya aku dh delete tp sesape nk tau belek la majalah Mingguan Wanita yg depan mawi-ekin pki bju jawa. Orgnya kepala botak pakai sunglass & kemeja kuning pekat berdiri sebelah zila, lg satu gmbr semasa mawi-ekin berjalan keluar dari hotel - lelaki yg tgh engage phone tu...itulah kekasih Aein.namanya Wan. Dari situlah sebenarnya perkenalan mawi ngan tokei sponser kereta mewah tu...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Pictur10

yang duk tgh berckp dgn nset ker?? merajuk la camni..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 10:36 am

'Kami pun dapat hadiah mahal'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Ne_04_10

KUALA LUMPUR - Kisah artis menerima hadiah mahal daripada orang tersayang sebenarnya bukan fenomena baru di Malaysia.

Jika kelmarin penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhalizamenerima hadiah jam tangan Richard Mille bernilai ratusan ribu ringgitdaripada suami tersayang, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, artis-artislain juga rupa-rupanya turut menerima pelbagai hadiah mahal daripadasuami, kenalan atau keluarga tercinta.
Menariknya, hadiah-hadiah yang mereka terima bukan calang-calang kerana ada yang mencecah jutaan ringgit.

Pelakon dan penyanyi popular Juliana Banos, misalnya, pernahmenerima hadiah berupa kereta mewah Ferrari yang dianggarkan mencecahharga RM1 juta daripada keluarga sebelah suami, Mokhtar Ahmad, 35.

"Seboleh-bolehnya saya tidak mahu menguar-uarkan hadiah itu (kereta) kerana saya menganggap ia bersifat peribadi.
"Saya sendiri tidak pernah membuka mulut tentang hadiah kereta itu,sebaliknya pemberian Ferrari itu didedahkan orang sekeliling hinggaberjaya dihidu pihak media," jawab Juliana yang menganggap hadiah yangditerima tanda sayang tidak berbelah bahagi daripada pihak suami.

Pelakon jelita Rozita Che Wan pula menafikan pernah dihadiahkankereta BMW bernilai RM450,000 sebaliknya mendedahkan cenderahati palingmahal yang pernah diterimanya daripada seorang lelaki sekadar bernilaiRM18,000.
Hadiah tersebut merupakan seutas jam tangan Rolex yang dianggapistimewa kerana ia adalah pemberian bekas suami, Anuar EffendyZulkafly, 35, lima tahun lalu.

"Bekas suami menghadiahkan jam tangan kerana mahu memujuk saya yang sedang merajuk pada waktu itu.
"Saya tidak pernah melihat seseorang menerima hadiah mahal secaranegatif, namun saya hanya harapkan agar pemberian barangan berhargadilakukan dengan hati yang ikhlas," ujarnya.

Pelakon muda berbakat besar, Diana Danielle pula mengakui telahmenerima sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 daripada ibutercinta, Norsiah Ramli.

Menurutnya, hadiah istimewa bernilai RM560,000 itu adalah sempena ulang tahunnya yang ke-17 pada 22 November lalu.
Bagi pelakon Abby Abadi, dia pernah menerima barangan kemas pemberian bekas suami Norman Hakim, 32, berharga ribuan ringgit.

"Namun saya bukan wanita yang mengukur hadiah itu melalui harganya," jelas Abby.

Pelakon jelita Eja, 37, atau nama sebenarnya Siti ShahrizahSaifuddin pula memberitahu pernah menerima hadiah berupa gelang tangancukup berharga daripada orang tersayang sebelum ini.

Beliau yang enggan mendedahkan harga gelang tersebut memberitahu,tidak salah untuk menghadiahkan pemberian mahal, asalkan tahu kemampuandiri dan individu itu benar-benar menyayangi dirinya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 10:40 am

Dengarnya... Sasha mengandung

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Mainpi11

CERITA kali ini masih lagi berkisar kepada selebriti hamil. Tapi tuan empunya badan tak adalah buat pengumuman. Cuma kawan-kawan terdekat saja yang tahu. Menurut si pembawa khabar yang gemar berimej seperti penyanyi Mawi ini, dia mendapat tahu bekas anggota Elite, Sasha dan Salyo bakal menimang cahaya mata.

Perkara itu baru saja disahkan beberapa minggu lalu. Pastinya berita ini sesuatu yang menggembirakan buat pasangan yang baru saja menyertai program realiti Sehati Berdansa. Selepas dua tahun berkahwin, baru kini Sasha dikurniakan zuriat. Malah dalam perkahwinannya yang terdahulu pun, Sasha tidak dikurniakan anak.

Itulah yang dinamakan rezeki.

Memandangkan kandungan Sasha masih lagi dalam peringkat awal, Cik Normah harap Sasha tak buat kerja yang berat. Banyakkan berehat dan makan makanan yang berkhasiat. Harapan Cik Normah, biarlah kandungan Sasha itu sihat dan bayi yang dilahirkan nanti comel, sama seperti papa dan mamanya.

Tapi bila diingat-ingat kembali, Cik Normah rasa ada tiga pasangan yang apabila menyertai program Sehati Berdansa, isteri mereka terus hamil. Sebagai contoh, seperti pasangan Mazin & Ida Chairunisa serta Khai dan Rosma.

Isteri mereka juga disahkan hamil sebaik saja menyertai program ini. Mungkin sudah menjadi rezeki mereka. Jadi Cik Normah harap, mana-mana pasangan yang inginkan cahaya mata itu, cuba sertai program menari ini, manalah tahu tiba-tiba lekat. Tak ke seronok?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 10:44 am

'Ramai belum kenal saya' - Ekin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 A18

BANYAK pihak mula meluahkan rasa kurang senang apabila majlis perkahwinan dan persandingan pemenang anugerah paling popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Asmawi Ani atau Mawi dan isterinya, Nora'Asikin Rahmat (Ekin) diberikan perhatian keterlaluan.

Bukan itu saja, kemunculan Ekin dalam rancangan Trek Selebriti terbitan Astro Ria baru-baru ini turut menjadi bahan cemuhan. Mereka mempersoalkan siapa Ekin sehingga diberikan peluang muncul dalam rancangan khas itu?

Apa sumbangan Ekin dalam industri seni tempatan? Adakah Astro sendiri cuba mengeksploitasi pelakon drama bersiri Kawan itu hanya kerana mengahwini penyanyi paling popular?

Pasangan yang akan bersanding sekali lagi di Hotel Palace Of Golden Horses (POGH), Seri Kembangan, 11 Januari ini turut mengakui mengenai perkara itu tetapi menganggap apa yang dilakukan atas permintaan pihak penyiar terbabit dan peminat.

Pasangan ini ketika ditemui menjayakan rancangan baru terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM1), Sehati Sejiwa di Studio IBC, Angkasapuri, kelmarin turut mengakui apabila hubungan cinta dan perkahwinan mereka sering diuar-uarkan sehingga tiada lagi perkara baru dapat dikongsi bersama.

"Seperti rancangan hari ini (kelmarin) kalau hendak diikutkan semua soalan sudah dijawab sebelum ini. Tiada benda baru. Begitupun kami berasa dihargai apabila RTM1 sudi menjemput kami menjadi tetamu pertama dalam program ini.

"Saya difahamkan selepas ini pasangan penyanyi Nora dan komposer, Johan Nawawi akan dijemput menjadi tetamu. Rasanya hubungan suami isteri pasangan ini lebih menarik untuk dikupas kerana mereka sudah lama mendirikan rumah tangga.

"Berbeza dengan kami yang baru masuk dua minggu. Banyak perkara yang belum kami lalui dan rasai. Apapun saya gembira dapat muncul dalam program ini," katanya.

Menyentuh mengenai majlis persandingan di POGH, kata Mawi tidak banyak perkara dapat dikongsi atas permintaan Astro yang akan menyiarkannya secara langsung.

"Sebenarnya saya perlu pulang cepat sebab kami akan mengikuti latihan menunggang kuda untuk majlis persandingan itu nanti. Sebenarnya saya juga tidak boleh bercerita mengenai perkara ini kerana ia sepatutnya menjadi kejutan.

"Tetapi tidak mengapalah sebab majlis akan berlangsung lusa. Selain itu kami akan diarak dengan menaiki bot persiaran," katanya.

Sementara itu Ekin menjelaskan dia bersetuju menjayakan rancangan Trek Selebriti atas kapasiti peminat ingin mengenali dirinya dengan lebih dekat.

"Sebelum ini orang tidak kenal siapa saya yang tiba-tiba saja muncul dalam hidup Mawi. Suami saya orang popular tetapi tidak ramai yang tahu siapa saya.

"Pihak penerbitan Trek Selebriti turut memberikan penjelasan sama kepada saya sebelum penggambaran dilakukan. Pada saya kalau tujuannya baik saya cuba membantu mereka," katanya.

Menyentuh mengenai majlis perkahwinan mereka digelar 'perkahwinan paling meriah tahun ini' jelas Ekin mahupun Mawi sendiri, berasa perkara itu terlalu diperbesarkan sedang mereka sendiri tidak pernah menganggap sedemikian.

Pasangan ini akan bercuti sebaik majlis persandingan di POGH selesai. Mereka akan terbang ke Seoul, Korea, untuk berbulan madu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 11:00 am

Sabar senjata Siti

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Mainpi12

Sudah 14 tahun dalam dunia seni, penyanyi pujaan ramai ini berpegang kepada resmi padi, semakin tunduk makin berisi

KEMBARA seni figura terkenal tanah air ini sudah melewati angka 14 tahun apabila 2009 datang menyingkap tirainya. Sepanjang tempoh itu terlalu banyak kenangan manis dan pahit dilalui penyanyi yang begitu pemurah dengan senyuman ini.

Suka dan duka silih berganti. Gosip, kontroversi, sensasi sentiasa menjadi rempah ratus dalam kehidupannya. Namun biar dilanda badai, nama Datuk Siti Nurhaliza masih tetap ampuh serta teguh berdiri menjadi sebuah monumen.

Datanglah berapa ramai penyanyi baru pun, namun sehingga kini masih belum ada satu pun yang mampu menggantikan tempatnya. Jauh sekali untuk bersaing kerana apa saja yang membabitkan Siti Nurhaliza, rezeki selalu saja berpihak padanya.

Ada apa dengan Siti sehingga dia diangkat sebegitu rupa. Apakah kerana kelunakan suaranya atau kerana personaliti yang dimilikinya membuatkan sehingga kini peminat masih sayang lagi padanya. Duduk bersembang bersama penyanyi itu di satu petang yang hening dan mendamaikan memberi peluang kepada penulis mendasari hati wanita ini.

Banyak yang dibualkan termasuk soal kerjaya dan kisah peribadinya yang sehingga kini masih tidak jemu-jemu didamba peminat. Hadir ditemani pengurus yang juga kakak iparnya, Rozi Abdul Razak serta dua pembantu peribadi, Siti yang sudah siap berdandan begitu rancak bercerita sekali gus membongkar satu demi satu kisah hidupnya sebagai tatapan pembaca setia Hip.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 11:01 am

Sambungan...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Mainpi13

Biarpun ada di antara pertanyaan agak sensitif namun Siti tetap Siti, setiap pertanyaan dijawab sebaik mungkin tanpa sebarang rungutan atau menunjukkan reaksi kurang senang. Barangkali itulah kelebihan Siti membuatkan dirinya terus disenangi dan menjadi kesayangan ramai sehingga kini.

Mencungkil rahsia lebih sedekad bergelar anak seni, Siti berkata pengalaman banyak membantunya menghadapi pelbagai halangan yang merintang. Hanya pengalaman dan berbekalkan kesabaran saja membuatkan dia berjaya merentasi kesukaran itu.

Masih terbayang bagaimana Siti terpaksa berdepan dengan ujian hebat, sejak melangkahkan kakinya ke bidang seni hinggalah berdiri kukuh di tempatnya sekarang. Dari kisah enggan bergambar dengan artis lelaki hinggalah kontroversi rumah tangganya yang dikatakan berantakan, semua itu ditangani Siti dengan penuh ketenangan.

“Siti akui bukan mudah untuk sampai ke peringkat seperti ini. Laluan Siti penuh dengan ranjau dan duri. Pelbagai cabaran terbentang di depan mata. Namun apabila Siti mengambil keputusan untuk mencari rezeki dalam bidang ini, Siti harus bersedia menempuh pelbagai halangan termasuk dilanda pelbagai gosip panas.
“Namun senjata Siti adalah kesabaran. Malah itulah yang Siti praktikkan dari mula-mula menceburkan diri dalam bidang ini sehinggalah sekarang. Kalau bukan kerana sabar sudah lama Siti berundur dalam bidang ini,” ujar Siti mengimbas memori lalu.

Mungkin apa yang dilakukan Siti ini boleh menjadi contoh kepada penyanyi generasi baru supaya mereka tidak lekas melenting apabila ditegur media. Seelok-eloknya pesan Siti, ikutlah resmi padi, makin tunduk makin berisi, bukan resmi lalang, tegak berdiri bukan saja tiada isi tetapi juga tiada pendirian.

Begitupun bukan sekadar kesabaran yang menjadi benteng, kata penyampai lagu Biarlah Rahsia ini kerana beliau juga beruntung dengan apa yang dikecapinya kini adalah berkat daripada kerja keras mereka yang berada di sekelilingnya.

“Syukur alhamdulillah kerana sepanjang perjalanan karier Siti selama ini, semuanya berjalan dengan baik. Siti kuat untuk terus berada dalam bidang ini semuanya kerana mereka yang berada di sekeliling Siti.

“Keluarga Siti, suami, kakitangan SNP, media dan peminat, mereka ini banyak berjasa kepada Siti. Mereka ini menjadi pemangkin dan sayap Siti. Jadi Siti amat berterima kasih pada mereka,” ujarnya dalam nada teruja.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 11:11 am

Album duet dengan Krisdayanti

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 68700610

(-Gambar Lama-)


HUBUNGAN antara Siti dan penyanyi dari seberang ini begitu erat bagai isi dengan kuku, sesuai dengan gelaran diva yang diberikan peminat kepada mereka berdua. Bukan saja cantik, malah mereka berdua juga mempunyai vokal yang cukup hebat dan populariti mereka masih di kemuncak walaupun kedua-duanya sudah bergelar isteri.

Justeru bagi mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin serta mengukuhkan lagi jambatan persahabatan antara mereka, Siti berkata dia dan Kris akan dipertemukan dalam sebuah album duet.

“Album ini macam projek khas dari kami. Sebenarnya sudah lama terdetik untuk menghasilkan album istimewa ini cuma pada ketika itu Kris masih lagi terikat dengan syarikat rakaman Warner Music.

“Kini kontrak dia sudah tamat dan sekarang bernaung di syarikat sendiri. Jadi inilah masanya kami tunaikan impian kami,” ujar Siti mengenai album yang akan diterbitkan secara usaha sama antara komposer Malaysia dan Indonesia ini.

Apa kata Siti Nurhaliza

Tudung dan bertudung - Siti sedar ramai yang mempertikaikan cara pemakaian tudung Siti. Tapi seperti yang pernah Siti katakan sebelum ini, biarlah Siti pakai apa yang Siti rasakan selesa. Mungkin ini satu permulaan buat Siti sebelum Siti membuat perubahan yang lebih besar ke atas tudung Siti

Anak - Sehingga kini Siti dan suami tidak pernah jemu berusaha. Kalau masa mula-mula dulu Siti begitu tertekan dengan soalan mengenai zuriat, kini tidak lagi. Bagi Siti, itu semua urusan tuhan.

Kurus - Siti memang hendak kurus dan ini semua berlaku kerana Siti menjaga pemakanan dan bersenam. Siti tak melakukan proses sedut lemak seperti yang digembar-gemburkan. Ini pun salah satu doa Siti ketika menunaikan haji tahun lalu.

Gosip - Perkara lumrah bagi artis dan Siti sudah bersedia menghadapinya sejak bergelar anak seni. Bagi Siti, gosip tidak akan ada hentinya.

Lentera Timur - Sebuah hadiah yang cukup istimewa untuk peminat selepas empat tahun tidak muncul dengan album berkonsepkan tradisional. Biarpun ia berkonsepkan etnik kontemporari namun ia masih mengekalkan ciri-ciri tradisional di dalamnya.

ABPBH 2008 - Satu acara yang mengangkat populariti artis berdasarkan pilihan pembaca. Perlu diteruskan kerana bukan saja memberi pengiktirafan pada artis tapi turut menjadi medan mengeratkan hubungan artis dengan peminat mereka.[right]
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 11:18 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Gous2210
Fouziah makin ligat terima tawaran berlakon - foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT


"Tertekan juga di awal penggambaran dulu. Tapi lama-kelamaan kamisudah boleh biasakan diri atas bantuan pengarah dan semua krew yangterlibat," ujar Fouziah menceritakan pengalamannya di set 2 Hati 1 Jiwa.

Bercerita lanjut tentang filem tersebut, kata Fouziah, selainkarektornya yang cukup berbeza berbanding watak-wataknya sebelum ini,filem ini juga mempunyai jalan cerita yang menarik meskipun iamempunyai sedikitpersamaan dengan kisah pasangan kembar Iran itu.

"Filem ini masih ada elemen komedi dan sedih. Karektor saya pula menggambarkan seorang gadis yang ceria dan bersifat childish berbanding watak Lina lakonan Hani yang mana kami berdua mempunyai minat yang berbeza.

"Setelah 20 tahun, kami berjaya dipisahkan menerusi pembedahantetapi akan ada konflik selepas itu dimana kami akan jatuh cinta padadoktor yang terlibat dengan pembedahan tersebut.

"Walaupun watak mencabar, tetapi saya memang cukup seronok berlakondi dalam filem ini," kata anak jati Kuala Lumpur ini yang akan sibukdengan aktiviti promosi filem Sifu dan Tonga bulan hadapan.

Jadi 'gadis pembuka kotak' Roda Impian musim baru

Mengulas mengenai projek terbarunya selepas ini, kata Fouziah,selain sibuk dengan penggambaran drama bersiri Spa Q musim kedua, diajuga bakal menjayakan program Roda Impian musim terbaru yang akanditayangkan di TV3 berkemungkinan pada bulan depan.

Menariknya, kali ini, Fouziah bukan menjadi 'gadis pembuka kotak'seperti yang pernah dilakukan oleh aktres jelita, Eja dulu, tetapisesuai dengan kemodenan teknologi masa kini, ia ditukar kepada 'touchscreen' atau skrin sentuh.

"Ramai yang tanya saya, kenapa saya terima tawaran ini. Sejujurnya, ia adalah tawaran yang agak besar buat saya. The offer is good dan saya rasa tidak salah untuk saya terima.

"Lagipun, pihak produksinya iaitu Karya Nusa tidak menghalang sayauntuk buat kerja lain juga pada masa yang sama. Rakamannya akan bermuladalam masa terdekat ini sebanyak 65 episod dan akan dihoskan olehKieran," katanya.

Mahu jauh dari kontroversi

Seligat perjalanan seninya tahun lalu, Pelakon Harapan WanitaPopular Anugerah Skrin 2007 ini juga tidak terlepas dengan kontroversiyang pernah mengaitkan dirinya dengan VIP.

Meskipun begitu, Fouziah tidak pernah lemah semangat. Walaupundihambat dengan gosip liar seperti itu, anak bongsu daripada limaberadik ini tetap memastikan karier seninya berkembang.

Buktinya, Fouziah dilihat antara bintang baru yang cukup menyerlahdi persada seni apabila dia menjadi antara aktres yang cukup 'laku' dikalangan produser drama dan filem.

"Kontroversi seperti itu memang memberikan tekanan kepada saya padaawalnya. Mungkin kerana saya masih baru di dalam bidang ini ketika itu.Tetapi setelah saya berfikir semula, saya bersyukur kerana kontroversiyang datang itu tidaklah sampai menjejaskan kehidupan saya.

"Saya sedar, sebagai anak seni, gosip akan datang dan pergi. Sayaambil semua itu dari sudut positif asalkan ia tidak menjatuhkan saya.

"Alhamdulillah, tahun 2009 ini nampaknya rezeki saya masih tidakputus-putus. Terlalu banyak tawaran yang datang sehinggakan saya tidaktahu untuk pilih yang mana.

"Saya tidak mahu dilihat tamak. Jadi, walau apa saja tawaran yangdatang, saya kena fikir sedalam-dalamnya dan perlu juga melihatkesesuaian watak," tutur Fouziah.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 11:34 am

Kieran bakal jadi hos Roda Impian musim baru bersama Fouziah Gous

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Kieran10

PENGALAMAN membawakan watak kembar yang bercantum di bahagiankepala menerusi filem terbaru lakonannya, 2 Hati 1 Jiwa, sememangnyameninggalkan impak besar buat bintang jelita bernama Fouziah Gous ini.

Dapat merasai cabaran dan kesusahan yang dialami oleh golongan initelah membuka mata pelakon berusia 26 tahun ini untuk lebih menghargaidan bersyukur dengan kesempurnaan fizikal yang dianugerahkan Tuhan buatdirinya.

Akui Fouziah, tatkala menghayati watak Lana di dalam filem terbaruarahan Prof. Madya A. Razak Mohaiden ini, dia terus membayangkan pahitgetir hidup yang telah dilalui oleh pasangan kembar Iran, Ladan danLaleh Bijani yang meninggal dunia pada tahun 2003 setelah menjalanipembedahan memisahkan cantuman di kepala mereka di Hospital Raffles,Singapura.

Malah, berdasarkan kisah tragis itulah sebenarnya yang memberiinspirasi buat Razak untuk menghasilkan filem 2 Hati 1 Jiwa agarmasyarakat dapat menyaksikan sendiri cabaran kehidupan pasangan kembartersebut.

Bergandingan bersama Yasmin Hani yang membawakan watak pasangan kembarnya bernama Lina, tutur Fouziah, banyak pengalaman yang telahdikutip oleh mereka sejak bermulanya penggambaran sehinggalah tamat.
Malah, kata pelakon, pengacara dan model ini, kesakitan yangditanggung oleh mereka ketika proses solekan khas bagi mencantumkankepala yang memakan masa lebih kurang tiga jam sebelum bermulanyapenggambaran itu memang cukup mencabar dirinya.

Namun, sokongan yang ditunjukkan oleh pengarah dan krew produksiserta memikirkan kepercayaan yang diberikan terhadap dirinya untukmemegang watak tersebut membuatkan Fouziah adakalanya lupa tentangkesakitan yang dilalui.

"Proses cantuman itu bukan mudah. Mungkin kelak penonton akan lihatcantuman di kepala tu macam nampak mudah, tetapi prosesnya cukup rumit.Bayangkan betapa sukarnya untuk saya dan Hani bergerak ke mana-manaketika cantuman tersebut.

"Sehinggakan jika salah seorang daripada kami ingin ke tandas,kedua-dua sekali kena masuk. Pada awalnya, memanglah kami jadi kekok.Tetapi inilah cabaran dan satu pengalaman bermakna buat kami
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 11:53 am

Dato' Siti Nurhaliza dalam Spa Q 2

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Siti10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Siti110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Siti210
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 11:55 am

Lagi Gambar Dato' Siti Nurhaliza dalam Spa Q 2..

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Siti310

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Siti410

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Siti510
Back to top Go down
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur
chitra77

Number of posts : 1070
Age : 47
Location : Sg. Petani, Kedah
Registration date : 23/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 1:25 pm

Ingatkan Datok Siti kite betul-betul berlakun...tup...tup...just jadi pak pacak je....ucap...tq coz jemput dia rasmikan spa kat langkawi... eeee..geramnyer
Back to top Go down
http://www.qistinacollection.blogspot.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 2:24 pm

‘Memey tak perlu nak tunjuk baik’

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Abby10

KUALA LUMPUR: “Tak payahlah dia minta maaf dengan saya. Dia juga tidak perlu mohon maaf daripada saya jika semata-mata hendak tunjuk baik kepada masyarakat.

“Saya pun sudah tak kuasa mengambil tahu hal mereka berdua,” kata Arbaeyah Abdul Manan, 30, atau Abby Abadi mengenai kenyataan maaf Memey atau Suhaiza Suhaimi, 20, dalam media, semalam.

Menurut Abby, dia hanya mengetahui mengenai permohonan maaf Memey itu daripada wartawan yang menghubunginya, pagi semalam.

Namun, kata pelakon itu, dia tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Memey dan bekas suaminya, Mohamed Norhakim Zaidon, 32, atau Norman Hakim.

Malah, Abby berkata apa juga keputusan mereka berdua, termasuk hendak berkahwin tiada kena mengena dengannya lagi.

“Begitupun, sebelum Norman mahu membuat keputusan, selesaikan dulu perkara antara kami. Apa perkara itu, tak perlulah saya nyatakan. Banyak lagi perkara belum selesai sebenarnya dan biarlah hanya kami berdua mengetahui.

“Saya harap Memey belajar daripada apa yang saya lalui sebab dia pun perempuan. Saya yakin dia akan harungi juga apa yang saya lalui sekarang,” katanya.

Memey dalam kenyataan pertamanya kepada media selepas dua bulan berdiam diri memohon maaf kepada Abby.

Kata pelakon muda itu, dia tidak berniat melukakan hati Abby.

Abby seterusnya mengakui terasa kehilangan sesuatu selepas bercerai dengan Norman, 18 Disember lalu, tetapi dia tidak mahu mengenang kisah lalu.

Dia hingga kini tidak dapat menjelas atau menggambarkan perasaannya mengenai perceraian dengan Norman.

“Apa yang saya tahu, saya perlu melakukan sesuatu selepas saya tengok rumah tangga kami sukar untuk diselamatkan lagi.

“Bukan saya tak terfikir langsung, tapi saya berusaha untuk membentuk kehidupan baru. Daripada saya terlalu memikirkan mereka berdua, lebih baik saya fikirkan masa depan saya dan anak.

“Saya bahagia dengan apa yang ada sekarang. Rezeki berlakon tidak pernah putus dan gembira melihat anak membesar depan mata. Saya tidak patut menoleh ke belakang lagi. Saya berharap dapat menghadapi masa depan dengan tabah,” katanya yang sibuk di lokasi penggambaran drama Hikayat Putera Shazlan dan Jula Juli Bintang Tiga.

Dia baru memulakan penggambaran drama kepolisan, Gerak Khas bersama pelakon baru yang digosipkan dengannya, Zulkifli Arifin, 22, atau Zul.

Menyentuh hubungan baiknya dengan Zul, katanya, mereka hanya berkawan, tidak lebih daripada itu.

“Jangan sesiapa memandai hendak menjodohkan kami berdua. Zul muda lagi dan masih mengejar cita-citanya dalam bidang seni. Saya pula perlu menumpukan kepada kerjaya dan anak.

“Tidak semudah itu untuk saya berkahwin lagi pada masa terdekat. Azam tahun baru ini, saya ingin menjadi ‘orang baru’ dan perlu menjadi lebih kuat untuk menghadapi cabaran hidup pada hari mendatang,” katanya.

Abby dan Norman bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, 18 Disember lalu.

Hubungan pasangan suami isteri itu tidak dapat diselamatkan lagi apabila Norman ditangkap khalwat bersama Memey di pejabat pelakon Gerak Khas itu di Ukay Perdana, 30 Oktober lalu.

Hampir enam tahun mendirikan rumah tangga, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 6, Marissa Dania Hakim, 4, dan Maria Danisha Hakim, 5 bulan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 2:34 pm

GAMBAR PERSANDINGAN BUAT KALI KE-3 MAWI & EKIN DI HOTEL PALACE OF GOLDEN HORSES

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Mawiek10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Mawiek11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Mawiek12

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Mawiek13
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 2:37 pm

Gambar persandingan kat hotel the palace of golden horses
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 A20

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 B17

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 B17

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 D13

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 E11
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 2:41 pm

Sambungan....

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 11320010

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 11320011

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 11320012

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 11320013

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 11320014
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 2:44 pm

mawi dan ekin~dalam Rancangan SEHATI SEJIWA

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Mawiek14

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Mawiek15

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Mawiek16
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 2:55 pm

Mari tengok PIC celebriti dulu-dulu

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Aleeza10
ALEEZA KASSIM & IRENE SANTIAGO

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Farah10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Didie10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 2:57 pm

SamBUngan...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Image010

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Image011

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Image012
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 2:59 pm

ada Irene santiago,umie aida,jasmin hamid,linda (wife Joe wing)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Dewi10
semua nie finalis DEWI REMAJA 91

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Azwan10
Azwan Ali..

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Esma10
Esma DAnial...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 3:06 pm

Koleksi Gambar Rozita Che Wan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Rozita10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Rozita11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Rozita12

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Rozita13
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 3:42 pm

2009 – Tahun Begitu Bermakna Buat Fifi

Fifi Noor Hafiza Saharuddin atau lebih dikenali sebagai Fifi merasakan tahun 2009 adalah tahun yang memberikan seribu erti bagi dirinya selepas mendirikan rumahtangga bersama Feriz Omar tokoh korporat, yang juga seorang pakar ekonomi dan politik Malaysia pada 8 Ogos 2008 yang lalu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Fifi10

Menunggu Kelahiran Jun 2009

Fifi yang kini mengandung empat bulan menantikan kelahiran putera sulungnya pada bulan Jun 2009 nanti sedang dihujani dengan tawaran pengiklanan sebagai model keibuan untuk beberapa jenama terkenal.

Fifi yang bakal bergelar ibu mengharapkan kelahiran putera sulungnya nanti akan membawa sinar keberkatan kepada keluarganya. Dia juga berkata, “Saya sememangnya amat menyukai kanak-kanak dan saya berasa tidak sabar menantikan kelahiran putera sulung kami, Jun nanti, insyaAllah.”

Pengacara terkenal yang dinobatkan sebagai Ratu Olay 2004 dan kemudiannya menyinar dari program ‘Bersama Mu TV3’ itu juga ditawarkan untuk menyambung kontrak sebagai pengacara utama program ‘Fitrah Kasih’ untuk musim berikutnya di TV1. Ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi perwatakan beliau sebagai seorang personaliti yang lemah lembut, baik hati serta perihatin terhadap kehidupan masyarakat.

“Fifi bersyukur pihak RTM merasakan peranan Fifi masih diperlukan dalam perjuangan membasmi pelbagai masalah sosial rakyat Malaysia. Dalam musim yang baru ini juga, Fifi akan memberikan kelainan dan sentuhan unik sebagai pengacara dalam program tersebut,” katanya.

‘Fitrah Kasih’ adalah merupakan sebuah program yang menyentuh tentang soal kehidupan masyarakat yang terlibat dalam proses menjejaki kasih yang telah hilang serta aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dipelopori oleh pelbagai badan-badan bukan kerajaan (NGO) di dalam usaha mereka menangani 1001 masalah sosial rakyat Malaysia.

Mulanya Detik Kegemilangan Fifi

Melalui strategi korporat suaminya juga, Fifi kini adalah Ketua Pegawai Operasi Chenderong Karya, sebuah entiti produksi karya dan pengurusan bakat di bawah naungan Perkumpulan Chenderong Bersekutu, yang bakal mewarnai industri hiburan dan informasi Malaysia dan negara-negara serantau.

“Fifi berasa kagum dengan suami Fifi yang mempunyai pendedahan korporat yang luas dan pengalaman serta perhubungan dalam pelbagai industri serantau sehingga dapat mencetuskan idea yang membuat Fifi ingin terlibat secara langsung dalam operasi Chenderong Karya.”

Antara lain yang Fifi tidak sabar untuk berkongsi dengan peminat muzik tempatan adalah keluaran album sulung Chenderong Karya bertajuk ‘The E.Z Project’ yang mengetengahkan bakat baru E.Z dengan sentuhan genius muzik Ajai Wake The Baby.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Fifi210

‘The E.Z Project’

E.Z yang mempunyai suara unik adalah merupakan johan pelbagai pertandingan nyanyian di peringkat negeri dan kebangsaan. Berbekalkan bakat luar biasa dan lagu-lagu gemersik sentuhan Ajai, Fifi berharap lagu-lagu E.Z pasti menghambat hati peminat dan sekaligus menjadi siulan anak-anak muda mulai hujung Januari 2009.

Lagu single dari album ‘The E.Z Project’ di bawah naungan Chenderong Karya bakal menemui peminat hujung Januari 2009

Fifi juga dalam ‘The E.Z Project’ memainkan peranan sebagai model utama dalam video-video klip E.Z bertajuk ‘Tak Bisa Ku Lupakan’ dan ‘Engkau Di Sisi’ yang merupakan lagu tema ‘Qasidah Buat Laila’, sebuah telemovie arahan Erma Fatima di mana Fifi memegang watak sebagai Laila dengan rakaman filem di Mekah dan Madinah.

Fifi dan Hesti Purwadinata yang merupakan seorang aktres, model dan pengacara yang semakin menyinar di Indonesia

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Fifi310
Fifi dan jurusolek professional dari Christian Dior Indonesia

Fifi merasakan bahawa rakaman video ‘Tak Bisa Ku Lupakan’ yang dirakamkan di Jakarta, Indonesia baru-baru ini adalah suatu pengalaman segar bagi beliau kerana ia memberi kesedaran beliau terhadap pesakit-pesakit yang mempunyai harapan tipis untuk terus hidup.

Adegan-adegan dalam video klip ‘Tak Bisa Ku Lupakan’ lagu ciptaan Ajai dan
video arahan Hedy Suryawan, produser video klip ternama Indonesia.

“Dalam rakaman video tersebut, Fifi berpeluang berlakon bersama Hesti Purwadinata yang merupakan seorang aktres, model dan pengacara Indonesia yang semakin menyinar. Hesti pernah berlakon bersama Krisdayanti dalam filem ‘Jatuh Cinta Lagi’ dan beberapa video klip artis-artis ternama Indonesia”.

Semasa rakaman di Indonesia, Fifi juga melihatkan betapa beruntungnya dia menjadi rakyat Malaysia yang hidup tanpa kedaifan dan sentiasa dikelilingi dengan pelbagai kemudahan.

Fifi berharap, para peminatnya terus menyokong perjuangan beliau sebagai pengacara program ‘Fitrah Kasih’ yang bersiaran pada setiap Khamis di antara jam 3.00 hingga 4.00 petang bermula pada 8 Januari 2009 di TV1 dan juga semua program serta projek yang didukungi beliau dalam tahun 2009.
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 7 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 7 of 20Go to page : Previous  1 ... 6, 7, 8 ... 13 ... 20  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions