Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1 ... 8 ... 12, 13, 14 ... 16 ... 20  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 11:23 am

Penangan mengandung anak sulung: Dynas kurang selera makan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 01045511
Dynas sanggup berehat seketika dari bidang lakonan demi menjaga kesihatan kandungan sulungnya.


PASTI ramai yang bakal merindui wajah aktes jelita tinggi lampai, Dynas yang popular dalam drama seram Susuk satu ketika dahulu. Bukan kerana merajuk dengan bidang lakonan yang diceburinya sejak tiga tahun lalu namun isteri kepada Mohd Hafizy Hafiz ini, terpaksa berehat sementara demi menjaga kesihatan kandungan sulungnya yang sudah mencecah usia empat bulan ketika ini.

"Memang saya rasa cepat penat dan badan mudah rasa letih dan tak bermaya. Mungkin inilah penangan mengandung anak sulung," ujarnya Dynas memulakan bicara.

Gara-gara perkara tersebut akhirnya Dynas nekad berehat seketika sehingga dia selamat melahirkan bayi sulungnya pada awal bulan Julai nanti.

"Masa mula-mula saya cuba kuatkan semangat juga, sebab dah biasa bekerja sebab rasa tak boleh duduk diam kalau tak buat apa. Tapi bila pregnant ni rasa lain sikit, cepat letih sangat, lagi-lagi bila baru balik shooting.

"Fizy pun dah nasihatkan saya suruh berehat masa pregnant dan kalau boleh dia mintak saya berhenti berlakon sementara waktu sebab risau tengok keadaan saya yang cepat letih," katanya yang masih lagi menjadi duta produk kecantikan Safi Balkis ini.

Kurang selera makan

Adat orang mengandung pasti ada ragam dan karenah pelik yang dilalui si ibu, lantas Dynas juga tidak telepas daripada perkara tersebut.

Jelas Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, perkara pelik yang terjadi kepada dirinya lewat kebelakangan ini adalah sikapnya yang kurang selera makan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 01045510
Dynas akui dirinya kurang selera makan ketika mengandung.


"Saya pun pelik, selalunya bila mengandung, akan jadi kuat makan tapi saya terbalik. Selera makan saya makin kurang dan saya makan pun kerana terpaksa sebab bimbang bayi dalam kandungan ini sakit. Itu sahaja.

"Kadang-kadang itu paksa diri untuk telan makanan biarpun sikit. Namun saya rasa beryukur sangat selama saya mengandung ini tak de la mengidam benda yang pelik-pelik.

"Cuma saya gemar makanan snek ringan dan ada sekali tu bila saya mengidam nak makan asam pedas ikan pari, alhamdulillah Kakak Fizy masakkan untuk saya.

"Dapat juga saya merasa, almaklumlah saya ni tak reti masak, nasib baik, kakak Fizy tinggal dengan kami," kata pelakon yang pernah membintangi filem Kayangan ini.

Pada masa yang sama Dynas yang berasal daripada Petaling Jaya ini mengakui tidak sabar untuk bergelar ibu.

"Saya akui memang teruja sangat masa dapat tahu mengandung pada bulan Oktober tahun lepas dan suami saya, Fizy pun sibuk membuat persiapan. Namun kami tidak la beli semua kelegkapan bayi sekarang, sikit-sikit dahulu.

"Lagipun kami tak tahu lagi jantina bayi dalam kandungan saya. Nanti kalau beli banyak barang warna merah jambu keluar baby boy susah pulak," ujar Dynas ceria.

Sibuk dengan butik Dna CelebrityStyle

Ditanya mengenai azamnya pada tahun 2009 ini, nyata bakal ibu muda ini punya matlamatnya yang tersendiri.

"Yang utama tentulah saya tak sabar nak jadi ibu dan saya berharap baby yang akan lahir ini sihat. Pada masa yang sama juga saya luangkan lebih banyak masa dengan keluarga," katanya.

Menurut pelakon berbintang Pisces ini dia juga mahu butik pakaian Dna CelebritiStyle, yang diusahakan bersama bersama pelakon, Awal Ashaari berjaya dan mendapat sambutan yang lebih daripada peminat-peminatnya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Awal210
Dynas sibuk dengan perniagaan butik, Dna CelebrityStyle. bersama Awal.


"Ini adalah projek bersama saya dan Awal. Sudah lama sebenarnya kami menjalankan bisnes ini, tetapi kebiasaannya ia dibuat secara online. Butik hanya dibuka jika ada pelanggan yang membuat temujanji.

"Butik ini menjual pakaian dan aksesori moden, sesuai untuk mereka yang berumur 35 tahun ke bawah. Sambutannya setakat ini juga memang cukup baik.

"Sementara saya tidak aktif di dalam bidang lakonan buat sementara waktu, bolehlah saya beri tumpuan yang lebih pada bisnes ini.

"Bagi yang berminat untuk membeli atau mengetahui lanjut tentang butik ini, boleh layari blog saya di www.dynasmokhtar.blogspot.com atau menerusi laman web facebook di atas nama 'Dna CelebrityStyle',” katanya.

Bagi mengubat kerinduan peminatnya, Dynas bakal muncul dalam slot drama Lagenda, Jula Juli yang akan disiarkan pada bulan Februari depan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 11:26 am

OIAM musim ketiga bermula Jumaat ini

BAHANG One In A Million (OIAM) kian terasa. Program realiti popular ini bakal disiarkan pada setiap Jumaat jam 9.30 malam bermula esok, di saluran 8TV.

Penonton bakal menyaksikan perjalanan OIAM dari sesi ujibakat sehingga ke malam final nanti.

“Musim ketiga OIAM pastinya lebih menghiburkan! Kami menjanjikan lebih banyak kejutan untuk semua penonton 8TV. Anda bukan sahaja bakal menyaksikan bakat-bakat baru malah akan terpukau dengan kehebatan vokal peserta-peserta musim ini.

“Kami telah menjelajah ke 5 buah kota bagi mencari peserta-peserta yang bukan sahaja mempunyai vokal yang baik malah mempunyai pakej lengkap sebagai penghibur. Kami percaya untuk musim baru ini kami telah berjaya menemui peserta-peserta yang pastinya akan memberikan cabaran antara satu sama lain.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Sya110
Gandingan mantap pengkritik Paul Moss dan Syafinaz Selamat akan dapat disaksikan lagi bila OIAM musim ketiga ke udara pada hari Jumaat ini
.

“Kami menerima sambutan hangat di setiap lokasi ujibakat yang telah kami adakan. Ini merupakan satu petanda positif bahawa program realiti masih lagi relevan dan diminati oleh masyarakat. Juri juga turut mengalami kesukaran untuk memilih peserta-peserta yang layak ke peringkat Top 12,” ujar Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Lam Swee Kim.

Menurut Kim lagi, episod yang akan disiarkan Jumaat ini (23 Januari 2009) menampilkan sesi ujibakat yang telah diadakan di Kuching, Kota Kinabalu, Penang, Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Ujibakat di Kuching menyaksikan 502 orang peserta yang hadir untuk sesi ujibakat manakala ujibakat di Kota Kinabalu dengan 537 penyertaan. Penang dan Johor Bahru menyaksikan penyertaan yang tidak kurang hebatnya iaitu 515 di Penang dan 727 di Johor Bahru. Kuala Lumpur tetap menjadi pilihan utama para peserta dengan penyertaan melebihi 1000 orang yang membanjiri Berjaya Times Square.

Episod seterusnya akan menyaksikan penyingkiran yang akan dilalui oleh peserta-peserta sebelum sampai ke pusingan Top 12. Pertarungan sengit peserta-peserta Top 12 akan berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral yang akan diadakan setiap minggu bermula akhir bulan depan. Persembahan secara langsung yang merangkumi 15 episod termasuk malam final akan menyaksikan pertarungan sengit peserta-peserta untuk merebut wang bernilai RM1,000 000 ini. Seperti musim sebelumnya, seorang peserta bakal disingkirkan seorang demi seorang setiap minggu.

Malam final akan disiarkan pada 1 Mei 2009 yang akan menyaksikan tiga orang peserta berentap untuk merebut gelaran OIAM sekaligus membawa pulang bernilai RM 1,000 000!

Seperti musim yang sebelumnya, para peserta perlu hadir dengan pakej yang lengkap dengan vokal nyanyian yang mantap dan mempunyai personaliti yang mampu memikat hati penonton. Peserta juga harus fokus dan bersedia dari segi fizikal dan mental untuk berhadapan dengan juri dan proses penyingkiran.

Nasib para peserta terletak pada juri-juri profesional yang cukup berkaliber. Paul Moss dan Syafinaz Selamat akan bersama-sama dengan peserta setiap minggu untuk membantu mereka dengan memberikan komen-komen positif dan membina. Awal dan Marion pula masih lagi diberi kepercayaan sebagai pengacara OIAM untuk tahun yang ketiga berturut-turut.

Untuk mengetahui laporan terkini OIAM, sila layari www.8tv.com.my
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 11:42 am

Catriona mula sibuk buat persiapan kahwin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 00628110
Biarpun berdarah campuran Melayu-Inggeris, Catriona tidak suka membawakan watak, 'Minah Saleh'.


DETIK untuk bergelar isteri semakin ligat dihitung oleh aktres jelita ini. Meskipun majlis bersejarahnya itu bakal berlangsung pada penghujung Jun nanti, Catriona Ross yang mesra dipanggil Cat ini akui semakin berdebar menantikan hari tersebut.

"Cat memang teruja sangat dan setakat ini hampir 80 peratus persiapan dah siap.Memang penat tapi Cat bersyukur sangat sebab ada pihak yang sudi menaja perkahwinan Cat ini.

"Cat rasa bertuah sangat sebab orang ini sudi taja pelamin dan dekorasi dalam dewan masa majlis resepsi Cat nanti,” ujarnya ceria.

Ditanya mengenai tema majlis perkahwinannya nanti, nyata Cat tidak lokek berkongsi cerita untuk peminat-peminatnya.

"Cat sebenarnya malu nak cerita sebab lama lagi. Tapi tak apa la. Sebenarnya tema majlis perkahwinan Cat ialah ’Romance and Dreaming’, Cat nak semua orang yang datang akan rasa in lovedalam suasana yang begitu romantis untuk dikenang.

"Sebab itu dekorasinya akan dihias dengan warna-warna dan perhiasan yang bertemakan cinta dan kaih sayang,” ujar Cat.

Menurut Cat lagi, majlis akad nikah akan berlangsung di kediaman keluarganya di Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan.

Si dia banyak memberi kata-kata semangat

Diusik mengenai tunangnya yang merupakan penerbit program TV di Astro, Shaharuddin Mokhtaruddin, 30, nyata Cat sangat menyintai bakal suaminya itu.

Cat berkata, dia tertarik dengan ciri-ciri yang dimiliki Shaharuddin antaranya sentiasa memberi kata-kata semangat untuk terus bangun daripada trauma akibat kemalangan ngeri yang dialaminya pada April 2007.

"Saya tak ada rasa apa-apa pun masa mula-mula kenal dengan Shaharuddin, yang bezanya dia kerap hubungi saya selepas pertemuan kali pertama itu.

"Percaya atau tidak, sepanjang tempoh lima bulan pertama perkenalan itu kami hanya berhubungan melalui telefon sahaja atau istilahnya perkenalanan jarak jauh.

"Ketika itu saya di Kota Bharu kerana menjalani rawatan susulan di sana sedangkan Shaharuddin di Kuala Lumpur.

"Alhamdulilah, berkat doa semua yang ingin lihat saya kembali seperti biasa memberi kekuatan kepada saya untuk bangkit semula walau pun pada mulanya agak sukar," ujar Cat.

Namun, putik cinta mereka bermula di Astro setahun setengah yang lalu, apabila Shaharuddin yang pemalu orangnya, bertindak berani menyapa Cat selepas mengacarakan program Wayang Kita.

"Shaharuddin memberi keyakinan bahawa saya akan sembuh sepenuhnya dan bermula dari situ kami berkawan rapat sehingga dia melamar saya tahun lalu," kata Cat.

Katanya, ramai pihak hanya melahirkan simpati tetapi Shaharuddin bertindak lebih daripada itu dengan memberikan kata semangat bahawa dia akan sembuh sepenuhnya.

"Dia menarik hati saya kerana amat mengambil berat terutama ketika saya dalam proses pemulihan selepas kemalangan jalan raya pada bulan April dua tahun lalu.

"Ketika saya masih belum sembuh akibat kemalangan itu dan masih bertongkat, dia adalah satu-satunya teman yang selalu mengambil tahu pada diri saya. Kesungguhannya berjaya menambat hati saya," akui Cat.

Cat berkata, buat masa sekarang, beliau akan meneruskan kerjayanya sebagai pelakon dan Shaharuddin tidak menghalang kerana sudah fahami dengan dunia ini.

"Bagaikan ada keserasian antara kami berdua, saling memahami serta sealiran dalam kerjaya," katanya yang pernah menjadi model iklan Milo satu ketika dahulu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 11:44 am

Tolak watak Minah Saleh

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 00753110


Nama Cat sememangnya sudah begitu sinonim dengan drama-drama Melayu seperti Sephia, Bonda, Bagasi Biru.

Gadis berdarah campuran Melayu (emak) dan Scottish (ayah) ini mula menceburi bidang lakonan setelah menjadi pengacara rancangan Wayang Kita (Astro RIA) pada awal 2004.

Satu demi satu drama lakonannya, sama ada episod, cerekarama atau telemovie, dipertontonkan di kaca TV.

Nyatalah gadis jelita ini memang tidak janggal membawakan apa saja watak yang diberikan kepadanya.

Berilah apa sahaja watak kepadanya, gadis kampung, gadis nakal, isteri yang tabah sehinggalah kepada perempuan tua, pasti Catriona yang lebih mesra dengan panggilan Cat tidak menolaknya.

Tetapi jika diberi watak perempuan mat salih, selagi boleh dia pasti akan menolaknya.

"Cat tidak mahu membawa watak yang begitu stereotaip bagi pelakon-pelakon seperti Cat yang berwajah Pan Asian.

"Jika adapun Cat bawa watak sebagai gadis mat salih ia hanyalah dalam drama Mek Salmah Dari Scotland dan filem Mistik.

"Bila penerbit dan pengarah menawarkan Cat watak perempuan mat salih Cat tolak kerana bagi Cat tidak adil hanya kerana wajah Cat mirip perempuan mat salih, maka Cat mesti membawa watak yang sama," cerita Catriona.

"Pada masa yang sama pelakon yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini melahirkan kekecewaanya dalam industri perfileman di negara ini.

"Hanya kerana Cat punya wajah Pan Asian, mereka tak boleh beri watak gadis kampung. Cat rasa stereotaip itu perlu ditukar di zaman sekarang ini,"tegas Cat.

Namun ia ibarat hadiah tahun baru apabila Cat ditawarkan membawa watak utama dalam sebuah filem yang masih boleh diumumkan kerana sebab-sebab tertentu.

Menurut Cat dia sangat gembira dengan ketika mendapat tawaran tersebut.

"Cat akui gembira sangat bila dapat tawaran bawa watak utama, sebab sebelum ini Cat pernah kecewa setiap kali pergi casting filem pengarah akan cakap muka Cat tak sesuai bawak watak kampung dan naif,” ujarnya.

Dalam filem yang bertemakan kekeluargaan ini Cat bakal membawakan watak utama.

Filem yang bakal memulakan penggambaran pada penghujung bulan Februari ini menjadikan Cat tidak lagi dibelenggu stigma pelakon berwajah campuran yang hanya layak membawakan karakter urban saja.

Azam 2009

Masih belum terlambat untuk bertanya azam gadis jelita yang berdarah manis ini, ketika diajukan soalan mengenainya Cat berkata dia mahu menumpukan lebih perhatian kepada kerjaya lakonan disamping memberikan yang terbaik dalam setiap watak yang diberikan kepadanya.

"Cat nak tumpukan perhatian pada bidang lakonan dan dalam masa yang sama Cat juga nak persiapkan diri dengan ilmu rumahtangga.

"Kalau tanya pasal perancangan mengenai anak, Cat tak kisah, Cat terima kalau dapat anak cepat ke lambat.Tapi kalau ada rezeki Cat nak empat orang anak,” ujar anak sulung daripada tiga beradik ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 11:45 am

Siapa Nabil di hati Irma?

CUKUP senang untuk mendekati pelakon berusia 27 tahun ini. Sikap periang dan ramah yang dimiliki oleh Irma Hasmie membuatkan banyak pihak tidak kekok untuk mendekatinya walaupun baru pertama kali bertemu. Mungkin sikap itu juga yang berjaya 'menawan' hati Raja Lawak musim kedua, Nabil yang kini dikatakan begitu intim dengan aktres muda ini.

Hanya gelak tawa yang terbit dari dalam diri Irma tatkala menceritakan tentang dirinya dan pelawak muda yang semakin meningkat naik itu. Tidak pula mengaku mahupun menafikan, namun dari tutur kata pelakon itu, jelas terpancar nada ceria apabila topik tentang 'Nabil' diperkatakan.

"Masih terlalu awal lah nak cakap tentang perkara ini. Kami pun baru kenal sejak membintangi program Gegar Gitu Raya pada Oktober lalu. Masih baru berkawan.

"Tetapi, saya tidak nafikan memang saya amat selesa berkawan dengan Nabil. Tentang hal-hal jodoh ini, saya hanya mampu serahkan kepada Allah," tutur Irma dalam nada perlahan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Irma2210
Irma akui selesa berdampingan dengan Nabil yang diakui mula rapat dengannya sejak kira-kira tiga bulan lalu


Bagi pelakon yang popular menerusi drama-drama seperti Awan Dania dan Bella ini, dia cukup senang berdampingan dengan jejaka tersebut apatah lagi bila melihat perangai masing-masing yang tidak jauh bezanya.

"Dia tu gila-gila orangnya dan selamba. Boleh 'ngam' dengan saya. Saya tidak nafikan, kami sering keluar bersama sekadar lepak minum di mana-mana.

"Selalunya, saya akan bawa anak angkat saya yang belum pun mencecah usia sebulan keluar bersama dengan kami. Saya tahu ramai yang nampak sebab ramai juga yang memperkatakan hal ini di internet. Rasanya, perkara itu tidak jadi masalah.

"Tetapi, satu perkara yang saya lihat pada Nabil, dia sebenarnya seorang yang cukup serius, walaupun khalayak lebih mengenali dia dengan karektor kelakar dan gila-gila.

"Sebagai artis baru, ada juga dia meminta nasihat atau tips daripada saya walaupun saya juga bukanlah terlalu berpengalaman dalam bidang ini," luah Irma tentang diri 'sahabat' barunya itu.

Namun, keakraban yang terjalin itu, tutur Irma, belum boleh diklasifikasikan sebagai 'cinta'. Dalam nada lembut, pelakon ini berkata, dia lebih senang meletakkan cintanya terhadap karier seni yang semakin berkembang, selain menggalas tugas sebagai seorang ibu.

Meskipun hanya sebagai ibu angkat, bagi Irma, tanggungjawab yang dipikulnya itu tidak jauh bezanya dengan ibu-ibu yang lain.

Namun begitu, tatkala diajukan tentang perihal 'baby girl' yang dijaganya itu, Irma bagaimanapun menolak untuk bercerita lanjut tentang bayi itu.

Bukan untuk menyorokkan identiti, tetapi kata Irma, buat masa sekarang dia lebih selesa untuk tidak terlalu mendedahkan kisah tentang hal tersebut.

"Kalau boleh, memang saya tidak mahu terlalu bercakap tentang perkara ini. Tetapi, memandangkan ada yang sudah terserempak dengan saya bersama bayi itu, saya kena bagi tahu juga status sebenar bayi tersebut.

"Saya ambil dia beberapa hari selepas dia dilahirkan akhir Disember lalu. Seorang kenalan yang tanyakan pada saya sama ada saya sudi untuk menjaga bayi tersebut.

"Saya pula memang sukakan kanak-kanak. Tidak pula saya rasa beban walaupun saya tinggal bersendirian dan perlu menjaganya seorang diri. Ibubapa saya juga bersetuju dan mereka sendiri cukup gembira bila dengar saya nak ambil anak angkat.

"Sebab itu saya cuba perlahankan sedikit karier lakonan saya buat masa ini untuk bagi tumpuan pada dia sebab dia pun masih kecil lagi.

"Kalau ada 'shooting', saya akan bawa pembantu ke set penggambaran untuk menjaganya seketika," jelas Irma yang turut terlibat dengan filem terbarunya, 2 Hati 1 Jiwa, arahan Prof Madya A.Razak Mohaideen.

Bercerita tentang perkembangan terbaru karier seninya, selain terlibat sebagai pengacara program Chopp di TV9, Irma juga sedang menjalani penggambaran telemovie, Rahsia Gambar arahan Yeop Hitler bersama aktres jelita, Rozita Che Wan.

Kata Irma, dalam telemovie tersebut, dia membawakan watak roh seorang isteri yang tidak tenteram setelah dibunuh.

"Seronok bawa watak yang sebelum ini memang tidak pernah saya lakonkan. Tetapi, saya sebenarnya masih menantikan mana-mana produser yang ingin tawarkan watak antagonis kepada saya.

"Sudah lama saya pasang impian untuk bawakan watak jahat, tetapi mungkin juga orang belum nampak lagi kemampuan saya untuk watak-watak seperti itu," kata Irma yang juga pernah muncul di layar perak menerusi beberapa buah filem seperti Cinta Fotokopi dan Main-Main Cinta.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 11:47 am

Cinta Nasha pada Iman Tang

JARANG sungguh melihat kelibatnya di mana-mana majlis kebelakangan ini. Malah, cerita terbarunya juga sudah lama tidak dipaparkan di mana-mana akhbar mahupun majalah. Bukan satu perkara yang menghairankan tentang pemilik nama Nasha Aziz ini apatah lagi dia sememangnya cukup mendambakan kehidupan yang 'low-profile' meskipun bergelar selebriti.

Malah, ketika dia dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik kategori Filem di Anugerah Skrin yang berlangsung pada November tahun lalu, Nasha juga tidak muncul untuk menerima trofi kemenangan tersebut.

Berpeluang menemui aktres dan model berusia 37 tahun ini pada pelancaran filem 'Bunian: Mahkota Seri Helang' semalam, dalam nada ceria, Nasha menjelaskan dirinya tidak pernah 'menyepikan' diri selama ini.

Akui sibuk dengan penggambaran drama dan bidang peragaan, tutur Nasha, dia lebih senang bebas dari sebarang publisiti andai tiada perkembangan terbaru tentang karier seninya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Nasha210
Nasha bersama dua lagi pelakon utama Bunian:Mahkota Seri Helang, Rusdi Ramli dan Mimi Rahzia - foto THE STAR oleh MOHD SAHAR MISNI


"Setelah berlakon dalam filem Sepi, saya tidak lagi berlakon mana-mana filem. Memang saya sendiri yang buat keputusan untuk muncul dengan filem itu saja tahun lalu.

"Bagi saya, itu adalah yang terbaik buat karier saya. Saya ingin lakukan sesuatu perkara atas dasar 'passion'. Saya adalah seorang yang perlu benar-benar jatuh cinta dengan sesuatu perkara itu, barulah saya akan lakukan.

"Selepas filem Sepi, saya hanya berlakon dalam dua buah drama iaitu Monalisa dan Awan Dania. Selebihnya, saya banyak tumpu kepada bidang peragaan. Saya banyak menjayakan 'fashion show'.

"Tahun ini barulah saya tertarik untuk menerima tawaran berlakon filem lagi iaitu Bunian: Mahkota Seri Helang setelah melihat kepada jalan cerita yang menarik," kata Nasha yang juga telah menyambung kontrak sebagai duta produk Avon dan Polo.

Bercerita lanjut tentang wataknya di dalam filem epik terbitan Fantasy Filem milik komposer tersohor, Adnan Abu Hassan itu, jelas Nasha, watak puteri bunian bernama Puteri Manja Sakti yang bakal dilakonkannya itu cukup istimewa dan berjaya menambat hatinya untuk bergandingan bersama Rusdi Ramli dan pendatang baru, Mimi Rahzia di dalam filem tersebut.

"Buat masa ini, saya tidak dapat buat kajian begitu mendalam lagi kerana masih belum berbincang dengan lanjut bersama pengarah, Zaharil Izham atau Jantan. Tetapi, bagi saya perkara ini semuanya bergantung kepada kreativiti.

"Secara dasarnya, watak saya ini serupa saja dengan orang biasa. Cuma berbeza dari segi fizikal memandangkan dia ialah seorang puteri bunian.

"Tetapi, apapun, saya melihat filem mampu melonjakkan industri pelancongan kita kerana ia akan memaparkan keindahan alam semulajadi negara kita.

"Walaupun ia berkisarkan tentang kisah cinta puteri bunian yang menyelamatkan seorang jejaka dari alam nyata, tetapi pada masa yang sama, filem ini akan berlatarkan kecantikan gunung-ganang, sungai dan budaya negara kita," tutur Nasha.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM3.5 juta itu akan memulakan penggambaran pada bulan hadapan di Kundasang, Sabah dan sekitar Kuala Lumpur.

Menariknya, filem ini juga akan dibuat di dalam bentuk trilogi, mengambil idea yang dibuat menerusi filem antarabangsa, Lord of the Ring.

Cinta kukuh terhadap Iman

Beralih kepada topik yang lebih 'peribadi' buat Nasha, sambil tersenyum dia memulakan bicara dengan mengakui hidupnya kini cukup bahagia dikelilingi mereka yang tersayang seperti keluarga dan teman-teman.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Nasha110
Nasha makin bahagia diulit cinta...

Bila diajukan pula soalan tentang cinta hatinya, seorang pemuda Cina yang kini telah menganut agama Islam dan menukar namanya kepada Nur Iman Tang, reaksi wajah Nasha semakin ceria.

Jarang aktres jelita ini menceritakan hal-hal berkenaan kisah cintanya sebelum ini. Jika ada pun, hanya sesekali saja dia meluahkan kepada pihak media.

Kata Nasha, ketika ini, Iman yang juga merupakan seorang promoter konsert, masih lagi mengikuti kelas agama anjuran Perkim sejak dia memeluk agama Islam pada Ramadan tahun lalu.

Namun begitu, pelakon yang pernah memenangi pelbagai anugerah ini sedar, pasti banyak pihak yang merasakan Iman memeluk agama Islam disebabkan oleh Nasha, bukan kerana keinginannya sendiri untuk mendalami agama ini.

"Saya jemput dia untuk menjadi saudara Islam disebabkan melihat dia sendiri yang bangga dengan keindahan Islam itu sendiri. Dia seorang yang mementingkan kebersihan, sopan dan tidak bermegah-megah yang memang ditekankan dalam Islam.

"Saya sedar tentang hal ini pun ketika bulan puasa tahun lalu. Waktu itu, saya sering mengerjakan sembahyang Terawih dan ketika itu dia rasa cukup 'terasing'.

"Kemudian baru saya sedar apabila dia ke Perkim untuk belajar tentang Islam dan bertanyakan kepada saya nama yang sesuai untuknya kerana dia ingin memeluk agama Islam.

"Saya terus cadangkan Iman kerana nama itu 'simple' dan di dalam Islam pun apa yang kita lakukan, pokok pangkalnya adalah iman," kata Nasha yang menambah, Iman memeluk Islam pada minggu kedua Ramadan.

Menurutnya lagi, Iman juga sering bertanyakan hal-hal yang tidak difahaminya tentang Islam dan perkara tersebut selalunya akan dijelaskan oleh Nasha sebaik mungkin.

"Saya juga sentiasa ingatkan dia bahawa dia kini kena lebih disiplin dan kuatkan iman. Dan dia menerima dengan cukup positif," katanya.

Ditanya adakah selepas ini mereka akan terus membawa hubungan yang terjalin itu ke gerbang perkahwinan, sambil ketawa, Nasha berkata:

"Tentang masa depan, saya tidak boleh bercakap lagi. Sudah tentu semua orang ada impian tersendiri. Saya hanya ingin fokus apa yang ada di depan mata terlebih dahulu. Bila lahirnya 'future' itu, barulah saya berani untuk bercakap," tutur Nasha.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 11:51 am

Memey: “Kemesraan kami ‘bertempat’”

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 01204510
Memey mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalawat bersama Norman Hakim. Foto The Star Oleh: TEH ENG HOCK.


GARA-GARA dilihat mesra ketika sesi sidang media selepas kedua-dua pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza menjalani prosiding kes khalwat mereka di Mahkamah Syariah Gombak Timur, semalam, Memey menganggap kemesraan yang terbit bukanlah disengajakan tetapi ‘bertempat’.

“Saya dan Norman tidak terlalu rapat. Mungkin tadi disebabkan kami ditemuramah berdua.

“Bukan bermakna saya rapat kerana sentiasa bersama dengan dia tetapi disebabkan ada urusan-urusan yang inginkan kami berbincang antara satu sama lain. Disebabkan kami saling mengenali takkan saya nak berdiam diri,” ujar Memey.

Ketika menjalani prosiding kes tersebut di dalam mahkamah, Norman mahupun Memey tidak mengaku bersalah atas tuduhan khalwat tersebut.

Disebabkan itu, perbicaraan lanjut akan dilakukan pada 3 Mac depan, pukul 9 pagi.

Bagaimanapun, kedua-duanya dikehendaki membayar ‘denda’ mahkamah sebanyak RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin yang bekerja sebagai kakitangan awam bagi mengelakkan mereka melarikan diri daripada perbicaraan kelak.

Apabila bertanya siapakah yang membayar ‘denda’ untuk dirinya, Memey dalam acuh tak acuh mengaku dia sendiri yang membayarnya.

Memey juga mengatakan yang dia dan Norman akan melantik seorang peguam bela kerana mereka mengaku tidak bersalah dalam kes khalwat pada 30 Oktober lalu di pejabat Norman, Ukay Perdana, Kuala Lumpur.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 01204511
Memey masih rapat dengan Norman Hakim.


“Setakat ini, kami belum tahu siapa lagi peguam itu dan masih mencari peguam yang boleh membela kami. Apa yang berlaku hari ini pun kami tak tahu apa-apa tentang prosedurnya.

“Saya ingatkan apabila kami mengatakan tidak mengaku, kami akan terus dilepaskan tetapi sebaliknya kami perlu membayar bon jaminan,” ujar Memey.

Menceritakan tentang perasaannya ketika berhadapan dengan kes perbicaraan semalam, Memey berkata debarannya kian memuncak memandangkan hari yang dinantikan telah tiba.

“Saya berasa berdebar kerana inilah hari yang saya nantikan. Kalau boleh saya tak nak berdepan dengan keadaan ini tetapi selagi saya tak lalui nak merasainya, selagi itu takkan ada satu perasaan yang tak lepas yang membuatkan saya akan rasa berdebar-debar.

“Apabila melaluinya hari ini (semalam), pelbagai perasaan takut dan risau timbul serta-merta kerana tidak tahu pengalaman dan situasi itu. Tetapi, Alhamdulillah kerana semuanya berjalan dengan lancar,” luah Memey.

Gadis berusia 22 tahun ini mengharapkan kes tersebut menemui jalan penghujungnya namun sebaliknya yang berlaku tidak menimbulkan sekelumit perasaan kecewa malah dia lebih tabah dalam mengharungi setiap perkara yang mendatang.

“Saya pun mengharapkan perkara ini segera selesai pada hari ini tetapi nampak gaya kes ini diperpanjangkan lagi. Jadi, kami perlu bersedia sahajalah.

“Kita perlu berdepan lagi dengan kes ini di mana saya perlu berhadapan dengan saat yang mendebarkan tetapi dalam masa yang saya saya mengharapkan yang terbaik dalam perbicaraan akan datang,” beritahu Memey yang turut mendapatkan nasihat daripada ibunya, Norlaila Abdul Rahman yang tidak dapat bersama-samanya semalam.

Kata Memey, pagi-pagi semalam ibunya telah menghubunginya dan menasihatkan supaya banyak bersabar dan bertenang untuk berhadapan dengan perbicaraan kes khalwat itu.

Walaupun ibunya tidak dapat hadir, Memey masih mampu mengumpul kekuatannya apabila ditemani oleh ibu saudara tersayang, Norlela Abdullah.

“Saya bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan dan sudah tentu saya mengharapkan suatu yang baik agar ia dapat diselesaikan,” kata Memey mengakhiri perbualan.

Dia juga memaklumkan sejak bersemuka dengan wartawan, ada juga pihak produksi yang menghubunginya untuk menawarkan lakonan dan bertanyakan khabar kepadanya.

Tambah Memey, dalam masa terdekat ini dia akan menjalani pengambaran drama Roda-Roda Kuala Lumpur dengan pengarah Datuk Yusof Haslam serta sebuah filem yang akan diberitahu nanti.
[quote]
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 12:05 pm

Pengacara celeb8 2nd anniversary kat pulau di Thailand

mari teka siapakah ini..
tp cam da bleh agk je kn?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 7-310
yasmin hani ngan don...ahakz!!! ahakz!!!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 12:10 pm

FIFI DAH PEKNEN 4 BULAN

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Fifi10 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Fifi310

Fifi yang kini mengandung empat bulan menantikan kelahiran putera sulungnya pada bulan Jun 2009 nanti sedang dihujani dengan tawaran pengiklanan sebagai model keibuan untuk beberapa jenama terkenal. Fifi yang bakal bergelar ibu mengharapkan kelahiran putera sulungnya nanti akan membawa sinar keberkatan kepada keluarganya.

ˇ°Saya sememangnya amat menyukai kanak-kanak dan saya berasa tidak sabar menantikan kelahiran putera sulung kami, Jun nanti, insyaAllah.ˇ±

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Fifi210
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 12:14 pm

Shila OIAM & RAN

minggu lepas. baru dapat cerita. Shila OIAM. berduet dengan satu trio dari Indonesia. RAN. kebetulan. kawan aku. orang belakang tabir untuk videoklip lagu Tunjukkan Cintamu. tapi. masa tu. tak ada bukti lagi. sekarang.

Rilis Singel Baru, RAN Gandeng Penyanyi Malaysia

Grup vokal RAN telah menyiapkan album ke-2, namun singel dari trio yang dipunggawai Rayi, Asta dan Nino ini telah dirilis Januari ini.

Dalam single yang berjudul 'Tunjukkan Cintamu', pemilik album 'RAN For For Life' ini menggandeng penyanyi debutan asal Malaysia, Shila.

Mengapa penyanyi muda yang dipilih RAN? karakter Sheila menurut RAN sesuai dengan karakter musik yang mereka bawakan. "Kita ingin menyesuaikan dengan lagu-lagu RAN yang muda dan enerjik. Nah, karakter itu ada pada Sheila, dia sangat enerjik,"ucap Rayi di sebuah hotel di Jalan Kemang Raya, Jakarta Selatan, Selasa (20/1).

Selain disingel pertama RAN berkolaborasi, mereka juga telah menyiapkan satu lagu lagi yang berduet dengan penyanyi lain.

Saat ini album tersebut, tambah personel RAN lainnya Nino, sudah selesai sampai 80 persen. Rencananya, album yang didalamnya juga terdapat unsur musik rok ini akan dirilis Maret mendatang. So ! kita tunggu saja. (NSQ/indoseleb)

aku suka Shila. memang energetic budak ni.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 2-1110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 3-1210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 4-1010

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 5-510
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 12:19 pm

Soseh Soseh: Goda VIP untuk hidup bergaya

MENILAI raut wajah dan tingkah laku yang lembut, tidak dinafikanpenyanyi yang bakatnya dicungkil daripada rancangan realiti TV inimemang mampu menggetarkan hati mana-mana lelaki.
Begitupun sepanjang pembabitannya dalam bidang seni, SS belum pernah lagi mendengar cerita kurang sedap mengenai penyanyi ini.

Jikaadapun hanyalah sekali, apabila dia dikatakan hangat menjalin hubungancinta dengan seorang lagi bintang realiti yang sama-sama menyertairancangan itu dengannya. Bagaimanapun ia hanyalah cerita yangdibuat-buat oleh produksi rancangan itu bagi menarik perhatian penonton.

Namundalam diam rupa-rupanya penyanyi wanita ini ligat menjual cintanya padalelaki berduit. Sumber terdekat dengan seorang lelaki yang pernahmenjadi mangsanya sendiri menghubungi SS memberitahu mengenainya.

SusahSS hendak percaya dengan berita disampaikan kerana apabila melihatwajah penyanyi wanita ini dan keperibadian ahli keluarganya, rasanyacerita itu seperti jauh panggang dari api.

Bagi membuktikandakwaan, sumber itu menyenaraikan apa yang diperoleh penyanyi itu hasilcinta yang didagangkan. Antara bukti dikemukakan adalah keretaberjenama yang dipandu penyanyi itu sekarang ini.

Tegas sumberitu sekiranya dihitung pembabitannya dalam bidang nyanyian mana mampuseorang penyanyi yang baru saja menamatkan pengajian di universitimembayar ansuran bulanan kereta digunakan.

Selain itu penyanyiitu dan keluarganya baru saja berpindah rumah yang harganya mencecahhampir setengah juta. Sebagai orang yang baru hendak menapak dalamindustri muzik tempatan, bagaimana dia membayar ansuran rumah.

Apabiladifikirkan kembali memang benar apa yang dinyatakan sumber ini, dankatanya lagi, sekarang ini penyanyi wanita itu sedang hidup mewahkerana dapat memikat hati seorang pembesar negara yang hartanya tidakhabis makan untuk tujuh keturunan.

Namun SS tidak mahu percaya100 peratus apa yang disampaikan sumber ini kerana takut nanti jatuhhukum menjadi fitnah. Mungkin wang dan rumah itu dibeli denganmenggunakan wang hasil menyanyi selama hampir tiga tahun aktifmenyanyi. Ataupun dia hanya membayar wang mukanya dan selebihnyakeluarganya yang menanggung.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 12:22 pm

Dengarnya...: Ayu semakin pandai pasang badan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Ayu11
Ayu


SEWAKTU Cik Normah melihat persembahan Ayu Oiam pada malam Anugerah Juara Lagu Ahad lalu, Cik Normah terpesona melihat imej baru Ayu yang persis penyanyi Whitney Houston. Amboi bukan main bergaya lagi anak dara Damit sekarang ini.

Cik Normah dengar ramai yang memuji imej baru penyanyi kelahiran Sabah ini. Nampak sangat perbezaan sewaktu mula-mula menyertai pertandingan itu. Iyalah, bila bergelar artis ini, Ayu kenalah rajin pasang badan. Persaingan dalam dunia nyanyian ini semakin sengit dan tak boleh nak harapkan vokal semata-mata walaupun itu sebenarnya perkara penting untuk bergelar penyanyi.

Dalam pada itu, Cik Normah lihat Ayu juga tak adalah duduk diam. Khabarnya dia sering juga mendapat undangan nyanyian sana-sini. Malah dia juga aktif dalam mempromosikan sebuah produk iaitu Kadria yang sering digunakannya ketika membeli-belah kerana ia dapat membantunya berjimat.

Walaupun bukan sebagai duta tetapi gadis hitam manis ini tak berkira untuk membantu mempromosikan produk yang boleh diketahui menerusi laman web www.kadria.com.my ini.

Cik Normah puji sikap Ayu ini yang tak kisah menyumbang tenaga dan masa. Bukanlah macam sesetengah artis yang cukup payah nak minta kerjasama. Lebih membuat Cik Normah sakit jiwa apabila diminta membuat kerja amal, perkara pertama yang ditanya ada bayaran tak? Letihlah nak layan manusia macam itu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 12:25 pm

Nazar potong rambut

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Erra18
ERRA dan suami membeli kelengkapan untuk menyambut kelahiran bayi mereka.


"SAYA akan bernazar memotong rambut demi kelahiran anak yang dikandung isteri saya," demikian ungkap Engku Emran Engku Zainal Abidin mengenai niat dan perancangannya terhadap kelahiran bayi sulung hasil perkongsian hidupnya dengan bintang jelita, Erra Fazira yang dijadual bersalin bayi perempuan pada 25 Mac ini. Selain Erra, tahun ini menyaksikan ramai selebriti yang disahkan berbadan dua seperti Melissa Saila, Rosma, Sharifah Aleya, Dynas, Liza Hanim, Sasha Saidin dan Balkish Semundur Khan. Nora Danish paling awal membuka lembaran 2009 apabila selamat melahirkan bayi lelaki awal Januari lalu.

Betapa terserlah sisi bahagianya hingga berat badannya kembali bertambah dan sama naik dengan perut isteri tercinta. Sebelum ini, Emran berjaya mengawal berat badannya selepas berkahwin dengan pelakon drama Mentua VS Menantu itu.

Akuinya, semakin dekat tarikh jangkaan kelahiran anak mereka, maka makin kencang deruan adrenalinnya. Baik Erra, naluri kebapaan jelas terpancar di wajah Emran, maklumlah ini pengalaman sulungnya melalui situasi begini. Hampir setiap masa, jika tidak mempunyai komitmen kerja, pasti Emran akan menghabiskan masa dengan Erra yang kini usia kandungannya sudah hampir mencecah lapan bulan.

“Paling mengharukan saya dah mula terasa getaran nak bergelar bapa ialah sewaktu saya memegang perut Erra. Seperti bakal bapa lain, saya percaya mereka juga berasakan perkara sama yang saya alami. Kalau orang tanya sama ada saya sudah bersedia untuk bergelar bapa, semuanya akan terjawab apabila lahirnya anak kami itu. Saya tak dapat bayangkan macam mana perasaan itu, namun yang jelas saya memang berdebar-debar. Cuma ada yang memberi nasihat supaya saya tidak terlalu menggelabah memikirkan soal ini.

“Dalam hal persediaan, Erra yang paling berlebih-lebihan, biasalah wanita memang selalu begitu. Kami ada membeli barangan bayi untuk keperluan anak kami nanti. Apabila anak sudah ada depan mata, baru jelas lagi tanggungjawab dan persediaan saya terhadap anak kami nanti.

“Kebelakangan ini pun selera makan saya kembali bertambah. Lucunya saya yang terlebih mengidam berbanding isteri. Sejak Erra hamil, saya suka sangat makan masin dan bayangkan saya boleh meratah garam begitu saja,” katanya sewaktu ditemui di Siri Jelajah Lelong Amal Suria FM di lokasi pertama mereka di Mydin USJ, Subang Jaya 17 Januari lalu. Sebelum majlis bermula, Emran dan Erra berkesempatan membelek-belek barangan bayi di pusat beli-belah itu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Erra213
PERPANCAR rona bahagia pada raut wajah pasangan sama padan yang akan bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi.


Dalam pada itu, Erra yang juga Wajah Eksklusif Astro ini sudah mula melupakan kerjaya seninya buat seketika sejak penghujung Disember tahun lalu demi memberi tumpuan penuh kepada bayi yang dikandungnya. Biarpun sarat dan tidak lagi menerima tawaran berlakon dan menyanyi, Erra masih meluangkan masa, turun padang ke acara anjuran stesen radio yang di bawah tanggungjawab suaminya.

Umpama cuti panjang daripada kesibukan kerja, debaran Erra juga memuncak hari demi hari, menghitung detik bergelar ibu. Sewaktu ditemui Hip pada majlis itu, wajah Erra berseri-seri dan mungkin itu tanda bahawa kehidupan aktres yang pernah bergelar ratu ini sedang mendakap bahagia. Dan jangan tak tahu, fokus Erra bukan saja terhadap anak yang bakal lahir nanti, sebaliknya Erra memenuhi masa senggang dengan melakukan aktiviti berfaedah.

Tanpa disengajakan pada hari itu, jahitan sulaman yang sedang diusahakan Erra kelihatan di dalam beg jenama mewah yang digalasnya. Dengan pantas, jurugambar Hasriyashah Sabudin sempat meminta Erra mengeluarkannya untuk diabadikan di dalam Hip.

“Sejak bercuti ini, Erra penuhi masa dengan menghadiri pelbagai kelas belajar termasuklah kelas jahitan, memasak dan menulis skrip. Sudah dekat tarikh nak bersalin, Erra makin sibuk membuat persiapan. Sekarang ini pun kami sudah menghias bilik tidurnya dengan pelbagai dekorasi. Saya akui memang amat teruja apatah lagi ini bayi pertama yang bakal dilahirkan dan saya tahu biarpun dia (Emran) tak tunjuk sangat keterujaannya seperti saya, tapi dalam hatinya dia memang sangat gembira,” katanya.

Menurut Erra, biarpun sudah melakukan proses pengimbasan mengenal pasti jantina anaknya, Erra tidak terlalu yakin dengan keputusan yang disahkan (dijangka jantina perempuan). Alhamdulillah, Erra juga tidak mengalami alahan teruk dan mengidam, cuma pada peringkat awal saja dia berasa loya.

“Erra tak mengidam itu ini, Erra ‘bantai’ saja makan apa yang terasa nak dimakan. Alhamdulillah, Erra kental gamaknya dan bayi dalam perut ini pun tak banyak meragam. Erra juga banyak mendapat tips dan petua sewaktu mengandung dan Insya-Allah usia kandungan ini mencecah lapan bulan. Biarpun sudah dimaklumkan kemungkinan jantina anak kami, tidak semestinya ia tepat. Kami tidak kisah jantinanya, yang pentingnya bayi itu sihat walafiat dan cukup sifat,” katanya ramah.

Mengintai kerjaya seninya, selepas melahirkan anak dan menguruskan badan, mengikut perancangan Erra akan kembali ke set penggambaran drama Mentua VS Menantu dan merakamkan album pertamanya di bawah label SRC.

Kata Erra, setakat ini dia sudah selesai merakamkan 26 episod untuk drama itu di siaran Astro. Kata Erra lagi, mengikut kontrak albumnya bersama SRC, Erra berhutang lima album dan sehingga kini belum ada album lagi sempat dibikin.

Mengenai ‘misteri kehilangan’ pengurusnya, Syed Abu Bakar, ia masih terus menjadi tanda tanya. Jelas Erra, dia sendiri sukar hendak memberi jawapan kepada persoalan ini. Mengakui agak sukar meneruskan kerjaya tanpa pengurus, Erra kini buat sementara waktu mendapatkan khidmat Vernon Kedit Jolly.

“Buat masa sekarang Erra banyak meminta tolong Vernon menguruskan soal kerjaya seni biarpun belum ada kontrak hitam putih di antara kami. Erra ibarat ‘patah kaki’ tanpa pengurus. Kalau tiada perkembangan lanjut mengenai Syed, Erra kena fikirkan sesuatu demi masa depan kerjaya Erra ke depan nanti,” katanya yang memberitahu nama yang bakal diberi kepada anaknya nanti masih dalam peringkat perbincangan.

INFO Erra-Emran

=Erra berkenalan dengan Emran pada Jun tahun lalu. Pasangan itu kemudian memilih 7 September 2007 untuk mengikat tali pertunangan.

=Pada 25 Oktober pula, pasangan itu disatukan di Restoran Puteri, Sungai Penchala. Erra tidak meminta wang hantaran, sebaliknya meminta senaskah al-Quran sebagai ganti.

=Pernah mengandung awal 2008, bagaimanapun Erra mengalami

keguguran ketika usia kandungannya dua minggu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 12:28 pm

Pilihan saya tepat

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Farah13
Farahdhiya


USAH persoalkan kenapa Farahdhiya harus memilih Maestro Talent & Management Sdn Bhd untuk menguruskan kerjaya seninya.

Memang benar, dia pernah mendengar cerita kurang enak mengenai Maestro, terutama sejak desas desus mengenai penyertaannya sebagai sebahagian anggota keluarga syarikat ini heboh diperkatakan, semakin bertambah cerita yang tidak sedap didengarnya.

Namun bukan prinsipnya menelan bulat-bulat kenyataan yang hanya akan mematahkan semangat mereka yang lemah. Wanita berusia 25 tahun ini pula lebih percaya kepada kata hatinya.

“Naluri saya mengatakan apa yang dibuat ini adalah tepat,” kata ujar Farahdhiya ketika ditemui di majlis menandatangani perjanjian dengan Maestro Talent & Management, baru-baru ini.

Menurutnya, keputusan yang dibuat bukanlah terburu-buru sebaliknya perkara itu sudah difikirkan semasak-masaknya.

Lagipun katanya, hubungan baik dengan Ketua Pegawai Operasi Maestro, Freddie Fernandez serta reputasi Maestro dalam industri hiburan menambahkan keyakinannya untuk mengikat perjanjian selama tiga tahun.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Farah211
FREDDIE dan Farahdhiya pada majlis menandatangani perjanjian membuat album di pejabat Maestro, Bukit Damansara.


“Perjanjian ini bukan kerana hubungan baik antara saya dan Freddie semata-mata tetapi disebabkan hati saya kuat mengatakan ini pilihan yang tepat. Selama empat tahun, bukan tiada syarikat rakaman lain yang membuat tawaran tetapi saya perlu memilih syarikat yang dapat memberi jaminan kepada kerjaya saya seperti Maestro kerana pengalamannya menguruskan ramai artis.

“Dengan termeterainya perjanjian ini, tentulah saya mengharapkan perubahan positif bakal berlaku kepada kerjaya nyanyian saya setelah empat tahun ia bergerak perlahan. Dalam jangka waktu itu, saya melalui saat yang paling kelam kabut dalam hidup kerana semuanya terpaksa diuruskan sendiri tanpa bantuan pengurus.

“Saya harap apabila Maestro menguruskan kerjaya saya, hidup saya menjadi teratur. Saya berasakan perjanjian ini tidak mengongkong kerana semuanya sudah dipersetujui bersama,” kata Farahdhiya yang ditemani bapanya Mohd Amin Zubir, 57.

Oleh kerana sudah terlalu lama dia mengetepikan seketika minatnya sebagai penyanyi, dia mengakui dia terlalu rindukan proses penghasilan album seperti rakaman, menyiapkan pembikinan kulit album, penghasilan video klip sehinggalah kepada mempromosikan album.

Namun begitu, komitmen dengan penggambaran drama bersiri Spa Q 2 menyebabkan dia perlu menangguhkan seketika hasrat untuk merakamkan suara bagi album barunya.

Mengikut perancangan, album terbarunya dijangka berada di pasaran sekitar Mac atau April nanti. Lagu yang bakal dimuatkan dalam albumnya itu diambil daripada album keduanya ketika bersama NAR Record berjudul Yang Ku Puja.

Tetapi disebabkan syarikat yang dinaungi sebelum ini gulung tikar, tidak banyak yang tahu mengenai kewujudan album itu.

“Jika saya beritahu orang yang saya pernah memiliki album kedua sebelum ini, tentu sekali ramai yang akan terkejut. Disebabkan album kedua tidak sempat dipromosikan, kami akan mengambil enam lagu daripada album itu untuk dimuatkan semula dalam album baru saya nanti,” katanya yang akan memperlahankan aktiviti lakonan untuk memberikan fokus pada albumnya.

Sementara itu, Freddie Fernandez pula berkata, Maestro sudah pun mendapatkan kebenaran dan berbincang dengan NAR Record mengenai pengambilan enam lagu daripada album kedua Farahdhiya bersama syarikat berkenaan.

Katanya, Maestro sudah pun mendapat lampu hijau dan keuntungan akan dibahagikan secara sama rata dengan NAR Record.

Menurut Freddie, dia merasakan ia satu pembaziran sekiranya Maestro tidak mengambil lagu daripada album berkenaan kerana ia memuatkan banyak lagu menarik yang masih belum diperdengarkan kepada peminat.

“Kita sudah mencapai persetujuan bahawa keuntungan untuk keenam-enam lagu itu akan dibahagikan secara sama rata. Dua buah lagu baru pula akan dimuatkan dalam album terbaru Farahdhiya.

“Kita berasa rugi jika bakat Farahdhiya dipersia-siakan begitu saja. Disebabkan itu sejak mendengar suaranya pertama kali di Ipoh pada 2007, saya berasa tertarik untuk melamarnya bernaung di bawah Maestro,” katanya.

INFO Farahdhiya

Tempat Lahir: Sarzana, Itali

Tarikh Lahir: 28 April 1984

Drama:

*Mencari Arah Kiblat

*Andai Itu Takdir Cinta Kita

*Aku Juga Wanita

*Spa Q

*Kau Curi Cintaku

*Ku Milikmu

*Spa Q II
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 12:36 pm

BUKAN MUDAH PERTAHAN POPULARITI

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Mainpi24
Saiful Apek, Nabil dan Fouziah antara wajah pelaris untuk pastikan filem dapat sambutan baik


BIARPUN mereka umpama 'lubuk emas' bagi pengarah dan produser drama serta filem tempatan, namun Saiful Apek, Nabil dan Fouziah Gous masih berpijak di bumi nyata, tidak sesekali lupa asal usul. Dan, rasa rendah diri masih menebal dalam diri biarpun disanjung, dipuji dan menjadi buruan penerbit dan pengarah tempatan yang menganggap mereka memberi pulangan lumayan. Sebab itu mereka kini adalah antara wajah pelaris untuk memastikan filem mendapat sambutan baik.

Namun, nama silih berganti mendaki takhta populariti yang tidak pernah bernoktah saban tahun. Laluan mendaki tangga populariti bukannya semudah angka abc, apatah lagi mengekalkannya.

Saiful Apek yang pernah merangkul gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 akur hidup bagaikan putaran roda, sekejap di atas dan sekejap di bawah. Untuk mengekalkannya bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi dengan kehadiran generasi baru yang berbakat.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Mainpi23


“Walaupun sudah mencipta nama namun populariti tetap utama. Buat masa sekarang, apa yang perlu difikirkan adalah masa depan kerjaya seni dan cara mengekalkannya. Cabarannya tentu berat tapi semua artis yang pernah menduduki tangga popular perlu melaluinya jika mahu terus berada dalam dunia seni.

“Prinsip saya, jangan mudah lupa diri dan sentiasa memperbaiki kelemahan. Saya masih seperti dulu, masih ingat asal usul saya. Bukan mudah saya mencapai tahap seperti hari ini, sesuatu yang tak pernah saya jangka. Cuma saya bernasib baik, peminat tak pernah jemu-jemu menyokong saya.

“Siapa sangka dari seorang krew belakang tabir, saya bergelar pelakon dan pelawak popular. Pejam celik sudah 15 tahun saya berada dalam dunia seni dan hingga kini, saya sudah membintangi 45 filem. Cuma tahun ini, saya membataskan aktiviti lakonan bagi memberi tumpuan pada kerja pengarahan dan pembikinan album yang terbengkalai lebih dua tahun,” katanya yang bakal muncul menerusi album solo pertama tidak lama lagi.

Saiful juga akui, kemunculan pelawak baru yang dianggap generasi baru tidak pernah mengancam kariernya, malah mereka adalah penyambung warisan perjuangannya yang kini mula beralih arah ke dunia pengarahan dan ia nyata lebih mencabar.

“Bukan soal sudah tidak laku... sebaliknya saya mahu menumpukan perhatian pada kerja yang terbengkalai. Selepas filem Shh... Dia Datang, saya akan mengarahkan satu filem lagi terbitan Noradz Production. Saya juga terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon filem bagi menumpukan perhatian pada kerja pengarahan dan pembikinan album.

“Selepas menerajui 45 filem, tibalah masanya saya memberi ruang pada kerja di sebalik tabir yang diminati selama ini. Dulu saya bermula dengan kerja balik tabir dan pernah menimba pengalaman bekerja dengan Aznil Nawawi, bagaimanapun saya dipecat kerana menolak dua tawaran berlakon. Saya sebenarnya lebih meminati kerja belakang tabir berbanding berlakon, tetapi rezeki lakonan lebih menyebelahi saya selepas saya menyertai kumpulan Senario,” kata bapa kepada dua cahaya mata itu.

Terbaru, Saiful bersama Nabil dan Fouziah buat pertama kalinya digandingkan dalam filem Sifu Dan Tonga arahan Profesor Madya Razak Mohaideen. Filem terbitan Lineclear Motion Pictures dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) itu akan menjengah pawagam bermula 29 Januari ini.

Nabil sifatkan Saiful sebagai mentor

Sebagai pendatang baru, Nabil mengangkat Saiful sebagai mentornya. Digandingkan bersama Saiful umpama bulan jatuh ke riba. Sambil menjeling pada Saiful, Nabil akui: “Inilah pertama kali dalam hidup saya berlakon filem dan digandingkan pula dengan mentor saya, Saiful Apek dalam filem Sifu Dan Tonga. Sukar nak gambarkan perasaan saya ketika itu, apatah lagi saya masih terlalu hijau dengan dunia lakonan.

“Saya masih ingat ketika itu, saya mendapat ‘sindrom confius’, maklumlah baru keluar gelanggang Raja Lawak. Saiful banyak memberi tunjuk ajar dalam membentuk lakonan saya dalam filem pertama ini. Buat saya paling selesa, Saiful melayan saya seperti sudah kenal lama, sedangkan itulah kali pertama kami digandingkan. Saya perhatikan Saiful tak seperti kebanyakan artis popular lain, dia sentiasa merendah diri dan melayan orang sekeliling seolah-olah dirinya orang biasa. Saya percaya itulah formulanya buat peminat terus menyayangi dan sentiasa menantikan kemunculannya di layar perak.”

Nabil juga akui, beliau bernasib baik dipertemukan Saiful yang tidak lokek ilmu dan sering berkongsi pengalaman suka duka bersamanya.

“Sebagai pelawak saya seharusnya tidak bermasalah bergandingan dengan sesiapa tetapi Saiful agak berbeza. Bukan saya mahu menumpang popularitinya, sebaliknya apa saja yang kami buat sering menjadi... tiada pertindihan sesama kami. Itulah dinamakan ‘chemistry.

Hampir setiap babak yang dilakonkan bersamanya membuatkan saya sakit perut menahan ketawa. Saiful banyak memberi tips untuk berdepan dengan kamera, postur yang patut diberikan apabila berada di depan kamera dan cara melontarkan dialog dengan baik,” katanya yang kini dikaitkan hangat bercinta dengan pelakon, Irma Hasmie.

Tonga alami kejutan budaya

Menyentuh filem Sifu Dan Tonga, Nabil akui gementar dengan reaksi penonton terhadap filem pertama lakonannya. Apatah lagi bergandingan dengan nama besar seperti Saiful, Erra Fazira, Fouziah Gous selain penampilan khas, Datuk Jalaluddin Hassan, Piee, Zainal Alam Kadir, Rozita Che Wan, Along Raja Lawak, Din Beramboi, Shamsul Ghau Ghau, Ruminah Sidek dan Mak Jah.

“Saya percaya masih banyak kelemahan saya dalam filem pertama ini, tetapi saya bersyukur mendapat tunjuk ajar daripada pengarah selain pelakon senior lain. Cuma, filem komedi ini lain daripada lain kerana ia memaparkan gelagat dua manusia zaman purba. Pakaian kami juga pelik seperti kaum dayak tetapi tidaklah menjolok mata.

“Saya melakonkan watak Tonga dan Sifu (Saiful) yang hidup pada zaman purba akhirnya keluar dari kepompong mereka dan terkejut dengan arus pembangunan. Mereka tinggal di hutan dan gua batu selama ini tersesat di kota besar dalam usaha mencari Mila (Fouziah) yang diculik orang kota.

“Gara-gara terlalu lama tinggal di gua, Sifu dan Tonga berdepan masalah dunia luar termasuk peralatan canggih seperti kereta, motosikal, tandas yang membawa kepada elemen kelucuan dalam filem ini,” katanya.

Fouziah akui sukar jadi gadis naif

Fouziah berkata, dia terlalu mengagumi dengan bakat magis yang dianugerahkan kepada Saiful dan Nabil. Bagaimanapun, berlakon dalam filem Sifu Dan Tonga memberi pengalaman pahit dan manis buatnya.

Sambil tersenyum, Fouziah akui: “Pengalaman manis apabila dapat bergandingan dengan nama besar seperti Saiful, Nabil dan Erra Fazira. Sesuatu yang saya impikan selama ini.

“Bagaimanapun, pahitnya apabila saya membawa watak Mila, seorang gadis hutan yang primitif dengan arus pembangunan kota. Apabila diculik Mama Tammy (Erra Fazira), saya hanya menjadi seorang bisu kerana tidak faham dengan percakapan orang kota. Saya lebih banyak bermain dengan pergerakan mata dan ekspresi bahasa tubuh.

“Agak lucu kerana saya, Saiful dan Nabil yang dianggap kaum Watson (kaum yang wujud sejak zaman perang Jepun) mempunyai bahasa sendiri. Bahasa komunikasi kami direka sendiri oleh Saiful dan Nabil yang pastinya akan menggeletek perasaan.

“Bukan mudah untuk menghayati watak gadis naif ini kerana sebelum masuk set penggambaran saya perlu mengosongkan fikiran, anggap saya tak tahu apa-apa. Paling mencabar, apabila saya terpaksa berlari dalam hutan dan dikejar oleh helikopter. Kaki saya luka akibat terpijak duri dan ranting pokok,” katanya yang pernah bergelar Pelakon Harapan Wanita Popular pada Anugerah Skrin 2007, selain menjadi finalis kategori Artis baru Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007.

Info Nabil

Nama: Ahmad Nabil Ahmad

Umur: 26 tahun

Asal: Mambau, Negeri Sembilan

Idola: Jerry Seinfeld dan Afdlin Shauki

Filem: Sifu & Tonga, Lu Pikirlah Sendiri De Movie, Kecoh Betul, Momok, Man Tera, Pisau Cukur

Program: Lu Fikirlah Sendiri Nabil, Hua... Hua... Hua..., Pondok-Pondok, Studio Nabil

Telefilem: Sonata Labu Labi

Pencapaian: Juara Raja Lawak

Info Saiful Apek

Nama: Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff

Usia: 40 Tahun

Tarikh Lahir: 12 Mei 1969

Tempat Lahir: Selangor

Filem: 45 filem termasuklah Senario The Movie, Senario Lagi, Lagi-Lagi Senario, Lang Buana, KL Menjerit, Laila Isabella, Jutawan Fakir, MX3, Berlari Ke Langit, Bintang Hati, Gila Bola, Kuliah Cinta, Cinta Luar Biasa, Gila-Gila Pengantin Remaja, Gangster, Biar Betul, Lady Boss, Bujang Senang, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung, Otai, Duyung, Cicak-Man, Cicak-Man 2, Shh... Dia Datang dan Sifu & Tonga

VCD: Champion, Siapa Tak Sayang Bini, Siapa tak Sayang Bini II, Pelakon Popular, Manisnya Hempedu Pahitnya Madu, Jadi Tak Jadi, Apa Nak Di Kato, Neon, O.K

Pencapaian: Pelakon Komedi Lelaki Popular 2002 & Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003.

Info Fouziah Gous

Nama: Nor Fouziah Mohd Gous

Usia: 27 Tahun

Tarikh Lahir: 11 Disember 1982

Tempat Lahir: Hospital Kuala Lumpur (HKL)

Keluarga: Bongsu daripada lima beradik
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 12:42 pm

TAK SABAR NAIK PELAMIN

Que dan Linda mahu majlis berjalan mengikut perancangan.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Mainpi27
Que, Linda sibuk tinjau pelamin bagi persiapan lancar menjelang 14 Februari


SENYUMAN sentiasa terukir di bibir bakal pengantin baru, kareografer popular, Linda Jasmine dan pasangannya, aktor terkenal, Que Haidar tatkala menemui mereka di lokasi persandingan, minggu lalu. Menerusi pertemuan itu, Linda dan Que dilihat sedang sibuk meninjau kedudukan pelamin mereka, selain reka bentuknya yang masih di peringkat perbincangan akhir. Begitu juga kad jemputan, masih memilih yang berkenan di hati.

“Saat-saat akhir ini, saya stress sikit memikirkan banyak persiapan yang belum selesai sepenuhnya. Terus-terang saya katakan, saya ni seorang yang agak cerewet, tak berani nak serah bulat-bulat pada orang lain kerja kahwin ni, takut tak menjadi. Tapi, alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar, hampir 70 peratus dah siap, tinggal sikit-sikit saja lagi.

“Namun, saya tak mampu menyembunyikan perasaan teruja nak kahwin! Hampir empat tahun saya bergelar ibu tunggal, sekarang nak naik pelamin sekali lagi, memang saya sangat gembira!,” kata Linda yang sentiasa ditemani Que dan anak lelaki tunggalnya, Qalif Khan, 8, di sisinya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Mainpi26
Que sempat bergurau dengan anak Linda.


Kenapa pilih Que sebagai pasangan hidup?

“Pada awalnya, berkawan dengan Que, dia seorang teman yang sangat jujur. Dia juga boleh menerima kerenah saya yang cerewet ni. Lebih penting, saya suka cara Que memahami diri saya. Dia tidak mengongkong. Mungkin pengalaman lalu, umur, mematangkan lagi kehidupan saya, justeru saya tidak teragak-agak memilih Que sebagai pasangan hidup saya yang baru.

“Begitu juga Qalif, semakin hari dia semakin menerima Que. Dia sangat manja dengan Que. Sekarang Qalif dah mula panggil Que, daddy. Qalif pernah cakap dengan saya, apabila saya kahwin dengan Que, dia bukan seorang saja lelaki dalam rumah kami, lantas dia sangat gembira untuk terima Que sebagai ayahnya yang baru,” kata Linda terus menyuapkan makanan ke mulut Que.

Ramai yang bercakap, Que boleh memilih seorang wanita yang lebih muda atau seusianya sebagai calon isteri, tapi apa keistimewaan yang ada dalam diri Linda sehingga Que menyatakan persetujuannya bergelar seorang suami, sekali gus sebagai ayah pada 14 Februari ini?

“Bagi saya, umur tidak membawa sebarang maksud, ia sekadar nombor atau angka. Saya melihat ciri kematangan dalam diri Linda. Dia juga faham kerjaya saya sebagai seorang pelakon drama dan filem. Menariknya, Linda dan ibu saya berbintang sama, Cancer, jadi banyak persamaan antara ibu dan Linda. Keserasian antara kami memang ada, insya-Allah saya mengharapkan perkahwinan yang kekal bahagia,” kata Que.

Linda dikenali sebagai seorang yang seksi, bagaimana Que menerima keadaan itu?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Mainpi25
Bakal pengantin begitu mesra.


“Jika saya sudah menerima Linda sebagai calon isteri, saya juga menerima diri Linda seadanya. Doakan kebahagiaan kami, insya-Allah,” kata Que.

Info perkahwinan Que, Linda, Que

TARIKH NIKAH: 14 Februari 2009

LOKASI NIKAH: Restoran Bora Ombak, Ampang, Selangor

MASA NIKAH: Selepas solat Asar

TARIKH PERSANDINGAN: 14 Februari 2009

LOKASI PERSANDINGAN: Restoran Bora Ombak

MASA PERSANDINGAN: 8.30 malam

ANGGARAN JEMPUTAN: 300 tetamu

PERANCANG PERKAHWINAN: Polkadotted Creative Solutions

TEMA/KONSEP PERKAHWINAN: Taman Bali

PEREKA PELAMIN: Pemilik Bora Ombak, Nik Zaiton Nik Abdullah

PENYELIA TARIAN: Konsep kontemporari Bali-Melayu

ARTIS JEMPUTAN: Amylea AF3 dan Farhan AF4

BUSANA PERNIKAHAN: Datin Sharifah Kirana

BUSANA LINDA (PERSANDINGAN DI KL): Syaiful Bahrim

BUSANA QUE (PERSANDINGAN DI KL): Lord’s Tailor

BUSANA LINDA/QUE (MAJLIS POTONG KEK): Calvin Thoo

KEK: The Blooming Cakes

BUSANA LINDA/QUE (PERSANDINGAN DI KULAI, JOHOR; 15 MAC 2009): Datin Sharifah Kirana
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 12:46 pm

KAKAK SUMBER INSPIRASI

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 A33
Amanda & Haliza Misbun.


Amanda jadikan Haliza Misbun guru dalam bidang lakonan

PELUANG datang bergolek di depan mata tidak dilepaskan begitu saja. Sebaliknya pelakon baru, Amanda Misbun, 20, menganggap lamaran kakaknya yang juga pelakon terkenal, Haliza Misbun membintangi drama dan filem terbitan Halle Pictures Sdn Bhd umpama bulan jatuh ke riba.

Selepas membintangi telemovie Rohaya Roy kira-kira lima tahun lalu, Amanda mula jatuh cinta dalam bidang lakonan dan sejurus menghabiskan persekolahan, tekadnya hanya satu - bergelar pelakon hebat seperti Haliza. Menjadikan Haliza sebagai sumber inspirasi, Amanda kini mendaki tangga ke tangga bagi memantapkan kerjaya lakonannya.

Tidak hanya mengharapkan tawaran produksi dari syarikat kakak keduanya itu, Amanda kini sudah mampu berdikari apabila membintangi drama terbitan produksi lain seperti Front Page, Kekasihku Seru dan Cerita Sebuah Impian. Terbaru, beliau bakal muncul menerusi filem Andartu Terlampau... The Chronics.

Dengan nada perlahan, Amanda mengakui: “Dari kecil saya sudah meminati lakonan apatah lagi kerap melihat drama lakonan kakak saya di kaca televisyen. Bagaimanapun, saya tak berani bersuara sebab masih bersekolah. Selepas kakak menawarkan watak kecil dalam telemovie Rohaya Roy, saya tak menolak. Sejak itu, impian saya makin mendalam untuk bergelar seorang pelakon.

“Saya tak sangka kakak tidak menghalang apabila saya menyuarakan hasrat bergelar pelakon sepertinya. Malah kakak menyediakan saya platform untuk mengembang bakat. Dari kecil saya kagum dengan kakak, saya suka melihat lakonannya yang over. Saya percaya semua penggiat seni yang mengenali kakak tahu sifatnya yang garang dan tegas sejak dulu, tetapi dialah guru yang terbaik.

“Kalau bekerja dengannya tak boleh main-main sebab kakak saya seorang yang serius ketika bekerja, di luar dia memang gila-gila. Saya banyak menimba pengalaman dan meminta tunjuk ajar daripadanya, maklumlah saya masih hijau dalam selok belok dunia lakonan.”

Sungguhpun mula bergiat aktif sebagai pelakon, Amanda tidak pernah mengetepikan pelajarannya. Penuntut tahun kedua Fakulti Psikologi, Segi College itu tetap mahu menghabiskan pengajiannya selama empat tahun.

Katanya, dia terpaksa menangguhkan pengajian tahun lepas selepas menerima beberapa tawaran berlakon. Bagaimanapun jangan salah anggap bukan dirinya mengejar populariti sebaliknya mahu mencari duit poket sendiri untuk membiayai pengajiannya itu.

“Prinsip saya pelajaran adalah masa depan. Walaupun bergelar pelakon popular, rugi rasanya jika tiada pelajaran, apatah dunia semakin berkembang. Kita juga tak dapat jangka apa akan terjadi pada masa depan. Pengajian saya tertangguh tahun lepas bukan kerana saya sibuk mengejar populariti sebaliknya saya mahu mencari duit poket sendiri untuk membiayai pengajian yang masih ada lagi tiga tahun.

“Saya juga rasa puas jika saya menggunakan wang hasil titik peluh saya untuk belajar,” kata adik bongsu Haliza itu.

Amanda berkata, walaupun dikenali sebagai adik kepada pelakon hebat, tetapi dirinya tidak mahu mengambil jalan pintas menggunakan nama kakaknya untuk bertapak dalam dunia lakonan.

Sambil tersenyum, Amanda akui: “Kakak inspirasi saya tetapi azam saya biarlah orang tak kenali saya sebab kakak saya. Saya tak mahu dianggap menumpang populariti kakak sebaliknya saya mahu penonton menilai bakat saya. Dulu saya pernah melihat kesusahan kakak saya ketika mahu menempa nama. Saya tak mahu dimanjai,” katanya.

Haliza berkata, dia melihat Amanda berbakat dalam bidang lakonan ketika telemovie Rohaya Roy. Walaupun wataknya kecil dan tidak banyak dialog, tetapi bakatnya terserlah.

“Saya tak kisah Amanda mahu mengikut jejak saya bergelar pelakon tetapi jangan pula mengabaikan pengajian. Amanda banyak meminta tunjuk ajar dan saya curahkan pengalaman dan ilmu saya padanya. Bagaimanapun, banyak cabaran apabila bergelar pelakon dan public figure. Saya juga percaya Amanda sudah masak dengan pahit manis dunia hiburan kerana dari kecil, dia sudah terdedah dengan sepak terajang yang menduga saya. Cuma nasihat saya, Amanda kena kuat menghadapi dan jangan sesekali menoleh ke belakang apabila menghadapi dugaan,” katanya.

Profil Amanda

Nama: Amanda Misbun

Usia: 20 Tahun

Tarikh Lahir: 3 Mei 1989

Tempat Lahir: Petaling Jaya, Selangor

Drama: Rohaya Roy, Front Page, Kekasihku Seru & Cerita Sebuah Impian

Kerjaya: Pelajar & Pelakon
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 12:48 pm

Jaga badan untuk lakonan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Mainpi28
Adi Putra


Adi Putra bersyukur rezeki daripada lakonan tidak pernah putus

LIMA tahun mengorak langkah mencipta nama di persada seni lakon negara ini, Adi Putra dilihat sudah berjaya menempatkan dirinya antara pelakon dikenali. Walaupun sering diberikan peranan pembantu, namun lakonannya yang baik membolehkan Adi terus muncul dalam pelbagai judul.

Selain Akhirat dan Histeria yang menemui penonton tahun lalu, Adi juga menghiasi layar lebar filem Anak Halal dan 1957: Hati Malaya. Mungkinkah tahun 2009 akan menyaksikan tuahnya lebih menyerlah apabila jejaka dari Singapura ini ditawarkan watak utama sebuah filem terbitan KasehDia Pictures, berjudul Haq?

Dilancarkan 14 Januari lalu, filem berkenaan bakal diarahkan Fairuz Loy dan C L Hor, yang baru saja menyaksikan filem aksi seni bela dirinya, Kinta, menemui penonton di pawagam.

Bagi Adi, filem terbabit membawa banyak kelainan apabila ia menyentuh soal kekuasaan dan keajaiban. Ia antara lain mengisahkan dua adik-beradik angkat yang mempunyai kuasa luar biasa. Konflik bermula apabila mereka diuji keperitan hidup, godaan kemewahan, wanita dan ketidakpastian antara yang benar dan salah.

"Saya sendiri kini sering berulang-alik ke gimnasium untuk menurunkan berat badan bagi menyesuaikan diri dengan watak diberikan. Selain memberikan penampilan lebih meyakinkan dalam filem terbabit, saya juga berasa lebih cergas apabila bersenam," kata jejaka peramah ini.

Bersama-samanya menjayakan filem bercorak aksi-thriller berkenaan ialah Zul Huzaimi, Raja Farah, Fatimah Abu Bakar dan Nanu Baharudin (merangkap penerbit bersama).

Filem yang dijangka memulakan penggambaran pada Februari ini diterbitkan KasehDia dengan kerjasama Black Box Pictures, serta dirancang bukan saja untuk pasaran tempatan, bahkan untuk tontonan peringkat antarabangsa.

Mensyukuri rezeki lakonan yang tidak pernah terhenti, Adi turut melahirkan kegembiraan apabila filem Histeria arahan James Lee mendapat sambutan amat membanggakan daripada penonton. Sehingga kini, ia dikatakan sudah pun menghampiri angka RM3 juta. Ketika artikel ini ditulis, beberapa panggung masih menayangkan filem terbitan Tayangan Unggul itu walaupun tempoh wajib tayang sudah pun selesai.

"Saya bukan memuji filem lakonan sendiri, tetapi saya menganggap Histeria antara judul yang wajib ditonton. Ia mampu memberi cita rasa berbeza buat penggemar filem Melayu. James mempunyai pandangan yang cukup berlainan sebagai seorang sutradara sehingga melahirkan perwatakan yang dilihat amat pelbagai.

"Watak saya sebagai Cikgu Helmi sendiri punya kejutannya. Ia sebuah gabungan cerita dan perwatakan yang hangat. Jalan ceritanya juga amat segar, umpama sebuah filem dari Amerika Syarikat," ujar Adi.

Ketika sesi fotografi ini dilakukan, Adi masih berulang ke lokasi penggambaran drama bersiri berjudul Rozana untuk mengisi slot Samarinda.

Sebanyak 25 episod, drama terbitan Suhan Movies itu menyaksikan Adi berlakon di sisi hero Malaya, Rosyam Nor, Rita Rudaini, Eizlan Yusof, Watie selain seniman berpengalaman Datuk Rahim Razali.

"Bekerja dengan Rosyam begitu menyenangkan. Dia amat memahami tugas kami sebagai pelakon. Apatah lagi saya dan dia sama-sama turut bergelar penerbit. Rosyam sentiasa terbuka untuk perbincangan dan tidak membeza-bezakan mereka yang bekerja dengannya," cerita Adi yang mengaku Rosyam banyak memberikannya ruang untuk muncul di layar kecil televisyen.

Sebelum Rozana yang ditayangkan Januari ini, Adi terlebih dulu menjalani penggambaran drama bersiri Issendra sebanyak 26 episod, untuk RTM. Drama terbitan bersama isterinya, Aida Yusof, menerusi syarikat Pro Pictures itu turut dilakonkan Fahrin Ahmad, Eira Syazira, Yatt, Jue Aziz dan Faizal Yusuf.

Muncul dengan album Kelahiran

DALAM kerancakan Adi melayari dunia lakonan, tiba-tiba dia muncul dengan sebuah album yang diberi judul Kelahiran. Memuatkan 10 lagu, album itu dihasilkan menerusi syarikatnya sendiri, Adi Entertainment, dengan kerjasama Pro Pictures. Manakala edaran pula dilakukan syarikat Music Valley.

Menurut Adi, bukan berniat untuk menyaingi penyanyi lelaki sedia ada, Kelahiran diterbitkan sebagai penghargaan buat peminat yang ingin melihatnya tampil dengan album sendiri.

"Saya lebih kepada penyanyi jalanan. Saya sedar, saya bukannya penyanyi yang terbaik, tetapi ada masanya penyanyi yang kurang baik juga mampu tampil lebih menghiburkan dengan corak persembahannya. Saya juga menganggap pengeluaran album ini sebagai pelengkap untuk bergelar seorang penghibur," katanya.

Album yang mempunyai sentuhan irama 90-an itu diterbitkan Oney, Zulkefli Majid dan Wan K. Ia menyenaraikan lagu seperti Warna Dunia, Kelahiran, Pinta, Kasihku, Cinta Dunia Nyata, Andai, Berangta Cinta, Kasih Yang Pergi, Aku Dan Katil dan Kilas Mu Kembali.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 12:53 pm

Jawablah!: Tidak mahu terus bersembunyi
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Mainpi29
Memey Suhaiza


Memey kuatkan azam untuk bangkit kembali tanpa peduli pandangan masyarakat

DIA duduk di hadapan penulis dengan wajah yang sugul seperti seorang pesalah cinta yang sedang menanti masa untuk dihukum. Sesekali dia cuba untuk tersenyum bagi melindungi debaran di hati. Maklumlah, sekian lama menyembunyikan diri gara-gara peristiwa di tangkap khalwat bersama pelakon Norman Hakim tersebar, baru kini dia berani tampil bertemu pihak media untuk menjelaskan perkara sebenar.

Pada pertemuan kami usai dirinya menjadi tetamu untuk program bual bicara, Wanita Hari Ini, pelakon Memey Suhaiza dengan rela 'menyerah diri', membiarkan pelbagai persoalan diajukan padanya.

Biarpun ada di antara soalan yang ditujukan bisa mengguris perasaan namun Memey tetap mampu bertahan tanpa memberi sebarang reaksi negatif.

Tutur katanya cukup berhati-hati dan setiap soalan yang diberi pasti akan ada jawapan yang keluar dari mulut pelakon berusia 20 tahun ini. Bijak sungguh dia menangani situasi sehingga ada yang mendakwa jawapan yang diberi seolah-olah dibaca dari sebuah skrip.

Sambil mengakui kesalahan yang dilakukan, Memey berulang kali menegaskan bahawa antara dia dan Norman hanyalah sekadar teman biasa. Namun dalam pada mengaku antara mereka tiada hubungan istimewa, Memey dalam temubual itu tetap memberi pujian terhadap lelaki yang kini sudah bergelar duda itu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Mainpi30
Memey anggap Norman lelaki yang baik, prihatin dan sering memberi nasihat kepadanya.


Berdasarkan pengamatannya, Memey mengakui Norman seorang lelaki yang baik dan prihatin serta banyak memberinya dorongan dalam menempuhi cabaran hidup.

Hip: Sebagai pelakon pastinya Memey bertemu dengan ramai lelaki namun mengapa Norman juga menjadi pilihan?

Memey: Pada saya Norman lelaki yang baik, suka ambil berat serta banyak memberikan nasihat dan pandangan dalam bidang seni memandangkan dia lebih berpengalaman. Dia beritahu apa yang perlu dan tidak perlu saya buat, dan dia seorang yang cekap dalam pelbagai aspek dan melihat potensi yang saya sendiri tidak mengetahuinya. Selepas kejadian ditangkap itu, kami ada berjumpa dan dia banyak memberi sokongan untuk berdepan masalah itu dan masyarakat. Pun begitu, ingin saya tegaskan di sini bahawa antara saya dan Norman hanyalah kawan biasa saja. Tiada hubungan istimewa.

Hip: Apakah Norman juga yang menjadi pendorong Memey sehingga sanggup keluar dari persembunyian?

Memey: Sebenarnya saya tidak pernah bersembunyi seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Sepanjang tempoh itu, saya banyak belajar daripada mereka yang berpengalaman bagaimana untuk berdepan dengan situasi seperti ini. Antara yang saya pelajari adalah berdiam diri itu lebih baik sebenarnya dan jika ingin keluarkan sebarang kenyataan biarlah sehingga keadaan itu reda supaya tidak timbul masalah lain pula. Selepas kejadian itu lebih baik saya menghilangkan diri seketika kerana tidak mahu keadaan semakin menjadi keruh.

Hip: Ada yang mendakwa Memey dan Norman sudah berkahwin secara rahsia di negara jiran.

Memey: Itulah yang menghairankan saya. Bagaimana cerita seperti itu boleh timbul sedangkan kami sendiri tidak pernah merancang untuk berkahwin apatah lagi bernikah di Thailand seperti yang didakwa. Itu semua tidak benar. Saya tidak menolak jika ada jodoh di kemudian hari. Kalau boleh saya memang hendak mengelak menjalin hubungan dengan suami orang, tetapi tiada siapa tahu apa yang berlaku pada masa depan.

Hip: Boleh Memey ceritakan mengenai kes tangkapan khalwat yang membabitkan anda berdua.

Memey: Sebenarnya hubungan saya dengan Norman sudah pun diketahui keluarga dan mereka sendiri tahu yang kalau saya tiada urusan penggambaran, saya akan berada di pejabat Norman untuk belajar hal perniagaan. Malangnya kami ditangkap dan didakwa berkhalwat. Sebaik saja perkara itu berlaku, saya terus memaklumkan perkara ini kepada emak saya. Kalau boleh saya tak mahu perkara ini diketahui dari mulut orang lain. Mujurlah emak amat memahami dan menyuruh saya supaya banyak bersabar. Bagaimanapun, saya akui, kejadian ditangkap itu sesuatu yang amat mengaibkan saya dan keluarga. Apatah lagi ia membabitkan suami orang.

Hip: Apakah Memey percaya pada hukum karma iaitu apa yang Memey lakukan hari ini, mungkin akan Memey lalui pada masa depan? Apa perasaan Memey apabila dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga Norman dan Abby?

Memey: Saya tahu ramai yang menuding jari kepada saya apabila ini berlaku. Saya sedar akan kesalahan saya dan saya ingin meminta maaf kepada semua pihak yang selama ini terluka dengan perbuatan saya. Sebagai manusia biasa, saya tak lepas dari kesalahan. Dan sebagai hambanya, saya juga tidak mampu menolak takdir yang sudah ditentukan pada saya. Saya percaya Qada dan Qadar. Ada masa saya tersungkur dan sekarang saya mahu bangkit semula untuk menjadi manusia yang berjaya. Apa pun saya minta maaf kepada masyarakat atas apa yang terjadi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 12:55 pm

Susilawati di WHI..punca penceraian dia dan Nash

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Nash1010

aku xpaham knape dorg ni leyh cerai..
pdhl dgr penerangan susilawati tu kat WHI td,cam dia nak lg dkt si Nash..dia contact nash smue,tp kate nye Nash da xlyn dia lnsg..even kat court pon Nash xjmpe bersemuka dgn dia..smpai cmtu skuli dia buat kt wife dia eh..aku xphm knape ng Nash ek..pmpn ni ade wat slh kt nash ke??ke nash ade pmpn laen...adeyh eeee..geramnyer
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 12:58 pm

Kembar Obama:Ilham Anas (model Indon)


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Barack10

Ilham Anas, lelaki kelahiran Bandung pada 25 Januari 1974, Indonesia yang mirip dengan presiden terpilih us Barack Obama, kini mendadak menjadi kaya raya. Dia kini menjadi model iklan oleh produk farmasi asal Filipina!

"Ketika Obama menang, rakan-rakan saya membuat kejutan. Mereka memakaikan saya dengan pakaian mirip Obama.
Foto itu tersebar sangat cepat di internet.

Kemudian stesen tv dan sebuah agensi iklan menghubungi saya,"

Dia seterunya menandatangani kontrak untuk membintangi iklan produk farmasi Filipina. Dalam iklan itu, dia memegang watak sebagai Obama,

"Saya tidak pernah berpikir bisa menjadi bintang dalam sebuah iklan. Kemudian hal ini terjadi," ujarnya.

Ilham bercerita, "Saat saya transit di Malaysia, seorang lelaki mendekati saya. Dia bertanya, apakah anda Barack Obama? Saya sangat terkejut ketika dia yang beriaya-iaya meminta untuk berfoto bersama dan membelikan saya makanan," kata Ilham sambil tersenyum.

Dalam iklan itu dikisahkan, Presiden Gloria Macapagal Arroyo sedang menjamu "residen Obama". Namun jamuan itu malah membuat Obama sakit perut.

Sumber : Harian "Nonstop" edisi 19 Januari 2009
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 1:35 pm

Cheryl Samad - Semua Ini Salah Faham!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 12120012

KUALA LUMPUR, 21 Jan 2009: Selepas foto Cheryl Samad pada malam Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) disiarkan oleh ruangan gosip dalam murai.com.my ramai peminat terkejut lantas memberi pelbagai komen terhadap foto yang meragukan itu.

Pelbagai komen diberikan dan ada yang menganggap ia satu perkara memalukan yang tidak perlu diperbesarkan.

Apa kes sekalipun, bagi menjawab segala pertanyaan tersebut, murai.com.my telah mendapatkan jawapan eksklusif dari Cheryl Samad sendiri tentang isu baju merah itu.

"Sebenarnya saya sudah pakai baju itu waktu raptai penuh. Tapi, saya tak perasan apa-apa pun. Pihak produksi dan kakitangan yang terlibat sudah pun menyemaknya dengan lebih terperinci. Tiada siapa pun nampak.

"Bagaimanapun, selepas habis saja siaran langsung AJL tempoh hari, barulah saya sedar ada sesuatu yang tak kena dengan baju merah itu. Selepas tengok cermin, terkejut besar saya melihatnya dan saya sendiri tertanya apakah 'benda' itu?

"Terus-terang, ia bukannya apa yang seperti apa yang kita lihat atau sangkakan kerana ia sebenarnya adalah lipatan yang terbentuk di bawah kain organza itu yang membuatkan ia kelihatan seperti bintit," jelasnya.

Katanya lagi, sehingga malam AJL23, dia tidak menerima sebarang komen negatif dari tetamu dan penonton. Malah, sewaktu ke post party dengan pakaian itu, tiada siapa yang perasan atau menegurnya.

Untuk menyakinkan lagi kenyataan beliau, Cheryl menjelaskan bahawa baju tersebut direka oleh rakannya yang juga pereka fesyen tempatan, Shegar.

"Maaflah, dari awal lagi, saya betul-betul tak perasan. Saya memang percaya 100 peratus kepada designer mengenai baju yang saya patut pakai. Lagi pun bagi saya, baju perkara kedua, yang paling penting adalah cara penyampaian saya untuk rancangan tersebut.

"Kebiasaannya, saya tidak ada masa untuk tengok baju. Saya jenis main pakai saja apa yang disediakan untuk saya selepas pihak penerbitan bersetuju," jelasnya lagi.

Hakikatnya, Cheryl tidak akan serik untuk memakai pakaian sentuhan pereka berkenaan pada masa akan datang.

"Saya dah biasa bekerja dengan Shegar. Mungkin selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dengan pakaian yang disarung ke badan saya. Bukan apa, kadang-kadang lain pula persepsi orang sedangkan kita tidak berniat apa-apa.

"Saya ingatkan tak ada orang perasan. Rupa-rupanya ramai peminat perasan. Saya minta maaf kepada semua," pinta Cheryl.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 1:37 pm

Heboh Ziana Terbabit Dalam Kemalangan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 12120013

KUALA LUMPUR, 22 JAN 2009: Penyanyi dan pelakon terkenal, Ziana Zain, 40, semalam menjadi cemas dan ketakutan apabila digemparkan dengan berita palsu kemalangan jalan raya yang melibatkan dirinya.

Bercakap kepada portal murai.com.my, pengurus penyanyi itu, Lisa Aryanti Tahir, berkata dia sungguh terkejut dan kesal dengan berita palsu berkenaan, lebih-lebih lagi apabila ia menjadi bualan hangat kebanyakan peminat Ziana semalam.

Kata Lisa, dia sendiri tidak menduga, ada pihak yang cuba menyebarkan berita palsu berkenaan, walhal hakikatnya Ziana berada dalam keadaan sihat.

Malahan katanya, keadaan mula menjadi kalut apabila sekitar jam 4 petang dia sendiri menerima panggilan daripada bilik berita RTM yang ingin mengesahkan berita palsu kemalangan jalan raya penyanyi kesayangan ramai itu.

"Saya sendiri jadi hairan, siapa agaknya yang tergamak menyebarkan berita kurang sedap itu. Sedangkan petang tadi saya baru saja mengirimkan beberapa SMS kepada Ziana.

"Selepas saja terima panggilan daripada RTM itu, saya terus menghubungi Ziana, bagaimanapun tidak ada jawapan. Nasib baiklah selepas 3 kali mencuba, Ziana akhirnya menjawab panggilan saya.

"Kalau tak silap, panggilan itu saya buat sekitar jam 4.30 petang. Pada masa itu Ziana sedang mengambil anak sulungnya, Aiman pulang dari sekolah," kata Lisa.

Lisa berkata, pada ketika itu Ziana seakan sudah tahu tujuan panggilan telefon berkenaan kerana pada masa yang sama finalis Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) itu turut mendapat infomasi serupa daripada ibu saudaranya pada sebelah tengah hari.

"Memang kecoh hari ini. Semua rakan-rakan artis dan peminat Ziana menjadi panik. Banyak jugak SMS yang saya terima daripada mereka untuk mengetahui keadaan Ziana.

"Bagi Ziana sendiri, dia menjadi takut. Saya nasihatkannya supaya memandu berhati-hati. Memang tak baik apabila menerima berita palsu seperti ini, lebih-lebih lagi berkenaan kemalangan jalan raya.

"Malah pengurus Anuar Zain, Rahila pun terkejut dengan berita ini. Katanya, perkara yang sama pernah terjadi kepada Anuar Zain dan menyebabkan dia menjadi cemas dengan berita palsu itu," tambah Lisa.

Menjawab, apakah tindakan susulan yang akan dilakukan Ziana selepas ini, Lisa berkata, pihaknya mengambil langkah mendiamkan diri dengan berharap agar berita palsu ini tidak digembar-gemburkan. Kata Lisa, dia menyifatkan kejadian itu mungkin sebagai pelanduk dua serupa.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 1:38 pm

Ariel, Luna Maya Nikah Senyap-Senyap?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 11920012

JAKARTA, 19 JAN 2008: Bukan sekali dua, Murai Batu dah banyak kali dengar cerita gosip tentang hubungan cinta antara vokalis Ariel Peterpan dengan aktres jelita, Luna Maya. Tapi, setiap kali, kedua-dua selebriti ini ditanya baik oleh wartawan hiburan di Indonesia mahu pun di Malaysia, jawapan yang diberikan mereka ini adalah cukup standard.

Kedua-duanya terus menafikan sedang bercinta, sebaliknya mengakui mereka hanyalah sekadar teman biasa dan setiap kali keluar bersama-sama, mereka akan ditemani rakan-rakan lain.

Murai Batu ingat apabila keluarnya statement semacam itu, akan redalah gosip tentang dia orang berdua ni. Rupa-rupanya makin menjadi-jadi pulak. Sampai, keluar pula cerita baru yang dia orang sebenarnya dah nikah senyap-senyap!

Maklumlah sekarang musim artis kahwin kahwin sorok-sorok sebab masih ada agenda yang kita sendiri tidak tahu. Iyalah itu kan hak masing-masing, tapi kalau sudah namanya artis, wartawan-wartawan gosip dan kepoh macam Murai Batu ini akan terus pasang CCTV untuk mencari berita panas.

Berbalik kepada Luna, dia tetap berkeras menyatakan yang dia tidak pernah bernikah atau bertunang dengan sesiapa pun. Cuma kita tunggu dan lihat nanti bagaimana perkembangannya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 1:39 pm

Siapa Perap Lagu Meet Uncle Hussain?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 12020011

KL, 21 NOV 2008: Tahniah Murai Batu ucapkan pada Meet Uncle Hussain kerana berjaya menaikkan lagi martabat kumpulan Indie yang sememangnya menjadi perhatian sekarang. Apatah lagi, Murai Batu rasakan 2008 merupakan tahun yang begitu gah buat pejuang muzik Indie.

Murai Batu merasakan Lagu Untukmu memang ada keunikan dan daya tarikan sendiri. Rasa kagum dengan melodi, lirik, kualiti vokal dan susunan muzik mereka.

Tapi yang tak sedap tu, selepas kemenangan Meet Uncle Hussain, tiba-tiba Murai Batu terdengar cerita gosip tentang nasib lagu mereka sebelum ini.

"Kalau Murai Batu nak tahu, beberapa tahun lalu, Meet Uncle Hussain pernah menghantar lagu ini ke sebuah stesen radio. Waktu itu, kumpulan ini masih baru. Pun begitu, bos radio itu tak layan... Dia buat sambil lewa saja permintaan Meet Uncle Hussain untuk memutarkan lagu itu di radio.

"Dengar kata, selepas lagu ini mula meletup di stesen radio lain, barulah bos berkenaan arahkan anak buahnya untuk mula putarkan Lagu Untukmu. Apatah lagi apabila lagu itu mara ke final Anugerah Juara Lagu 23 (AJL23), barulah kedengaran lagu itu berkumandang," kata sumber itu.

Paling tak tahan, si polan berkenaan tersipu-sipu sendiri selepas Lagu Untukmu dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-23. Haa, sapa nak jawab? Dulu sebelah mata pun tak pandang!

Itulah kalau kurang jati diri dan merendah-rendahkan karya tempatan. Jangan ingat lagu-lagu artis kita tak ada kelas kerana hanya jauhari yang kenal manikam.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 1:41 pm

Rihanna Akur Peraturan Konsert Di KL

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 12120014

KUALA LUMPUR, 21 JAN 2009: Banyak persoalan yang perlu dikemukakan apabila Celcom yang tampil membawakan Konsert XPAX Ignites Rihanna Live In Kuala Lumpur di Stadium Bukit Jalil, pada 13 Februari ini.

Salah satunya adalah sentimen segelintir masyarakat Malaysia yang ketika ini sibuk berkempen untuk memboikot apa saja produk keluaran Amerika Syarikat (AS) gara-gara Israel menceroboh Tebing Gaza, Palestin serta melancarkan perang yang penuh dengan kekejaman.

Bahangnya mungkin akan turut dirasai Rihanna yang ketika sibuk menjayakan siri kedua konsert jelajah sedunia Good Girl Gone Bad. Walaupun, Rihanna adalah anak jati kelahiran Barbados iaitu sebuah kepulauan yang terletak berdekatan dengan St Vincent & The Grenadines serta St Lucia, beliau tetap dianggap artis produk keluaran AS.

Menjawab persoalan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata pihaknya memang menyedari akan perkara tersebut dan ia sudah pun dipertimbangkan.

"Namun, pada waktu yang sama kita tidak seharusnya membiarkan sentimen tersebut menguasai segala-galanya kerana hiburan dan peperangan adalah 2 perkara yang berbeza dan patut dipisahkan. Saya rasa rakyat Malaysia sudah matang.

"Sebagai menunjukkan keprihatinan Celcom terhadap nasib yang telah menerima rakyat Palestin, kami telah pun bekerjasama dengan Karyawan Prihatin Malaysia yang dikendalikan Erma Fatima bagi mengadakan satu persembahan amal di Istana Budaya (IB) pada 1 Februari ini.

"Selain itu, kami juga telah bekerjasama dengan pihak organisasi bukan kerajaan iaitu Mercy yang mana kami telah menghantar satu pasukan sukarelawan dengan menghantar makanan dan perubatan ke Tebing Gaza.

"Kami telah mengambil seberapa banyak foto yang berkaitan dengan penderitaan masyarakat Palestin dan bagi anda yang mahu beramal dengan menderma untuk tabung Palestin ini, anda boleh melakukannya dengan mendapatkan foto tersebut secara muat turun," katanya.

Berbalik kepada Rihanna, Shazalli berkata, pihaknya amat berbesar hati apabila dapat bekerjasama dengan Pineapple selaku pihak penganjur kepada konsert berkenaan.

"Saya telah melihat bagaimana mereka menganjurkan beberapa konsert sebelum ini ternyata hasil kerja mereka cukup membanggakan. Malah, mereka juga mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam menganjurkan sesebuah konsert artis.

"Apabila mereka datang datang menghantar kertas kerja sempena konsert Rihanna ini, mereka telah berjaya membuatkan saya berasa kagum kerana sepanjang pembabitan Celcom bersama beberapa syarikat penganjur acara sebelum ini. Saya juga yakin Rihanna akur dengan segala peraturan untuk membuat konsert di KL nanti, " jelasnya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 1:42 pm

Kutipan Maut 4 Hari Cecah RM700,000

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 12020012

KUALA LUMPUR, 21 JAN 2009: Selepas 4 hari ditayangkan iaitu sejak 15 Januari lalu, filem drama thriller, Maut terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd telah berjaya mengaut lebih RM700,000.

Ia satu petanda baik bagi filem dakwah arahan Bade Haji Azmi itu untuk mencapai kutipan lebih RM1 juta memandangkan sambutan hangat terus diterima daripada peminat filem tempatan di pawagam.

Maut yang dibintangi oleh Que Haidar, Liyana Jasmay, Sabrina Hassan, Emy Nadia, Diana Danielle, Danny X Factor, Eja dan ramai lagi pelakon terkenal, berkisar tentang kegoyahan akidah segelintir umat Islam terhadap agama itu dan balasan yang menunggu mereka sekiranya enggan bertaubat.

Ia memuatkan 3 cerita pendek daripada bulan Sya'ban, Ramadhan dan Syawal. Antara yang paling mendebarkan adalah lakonan Que Haidar sebagai pejuang black metal songsang yang mempersoalkan tentang kesahihan Al-Quran dan kewujudan Tuhan.

Apa yang menarik, lakonan Que itu mengingatkan penonton kepada filem Melayu klasik, Isi Neraka lakonan Allahyarham Salleh Kamil (gambar kecil). Dalam filem itu, ia menunjukkan detik awal penyebaran Islam ke nusantara dan seorang
lelaki yang jahil telah ditelan bumi kerana menderhaka kepada ibunya serta mencabar kekuasaan Tuhan.

Di dalam Maut pula, Que akhirnya terbabit dalam satu kemalangan jalanraya yang ngeri dan seterusnya berada di ambang maut dalam ketakutan. Selain itu ia juga menonjolkan kemelut hidup seorang remaja Sue (Liyana) yang bertemu dengan roh seorang gadis yang sudah mati serta seorang pramugari, Farah (Sabrina Hassan) yang sukakan kehidupan sosial dan meneguk arak.

Antara babak menggerunkan ialah ketika Farah berada di dalam koma dan bermimpi rambutnya dijilat api 'neraka', memakan daging busuk, dipatuk ular besar serta minum lahar panas menggelegak.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 1:52 pm

Raja Farah Makin Laris

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Raja_f11


Nama pelakon muda Raja Farah Raja Aziz di dalam industri lakonan tempatan sejak kebelakangan ini semakin mendapat perhatian ramai.
Buktinya, dia akan membintangi dua buah filem hebat yang disebut-sebut bakal membawa angina perubahan kepada industri perfileman negara iaitu ‘Haq’ dan ‘Merempuh Karma’.

Bertemu dengan gadis manis ini baru-baru ini, dia mengakui bersyukur kerana kehadirannya di dalam industri seni semakin diterima ramai. Malah untuk tahun 2009, jadualnya sudah sarat dengan pelbagai aktiviti yang pasti memantapkan lagi namanya sebagai anak seni.

"Saya bersyukur kerana sehingga kini saya tak putus-putus menerima pelbagai tawaran berlakon. Saya akui kadang-kadang saya agak letih dan penat. Tapi inilah cara saya mencari rezeki dan saya bangga dengan pencapaian saya sekarang.

"Apapun sebagai seorang pelakon, saya tetap menganggap diri saya masih baru di dalam bidang ini dan saya tak pernah puas dengan apa yang saya sudah lakukan sebelum ini. Sebabnya saya sedar masih banyak kelemahan yang boleh saya perbaiki di dalam setiap drama atau filem lakonan saya," ujar Raja Farah yang sebelum ini pernah membintangi filem ‘Salon’ dan ‘Apa Kata Hati’.

Ditanya tentang dua buah filem terbaru lakonannya, penyandang gelaran Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-19 itu memberitahu, sehingga kini penggambaran untuk kedua-dua buah filem masih belum dijalankan. Namun dia dan para pelakon lain sudah menjalani sesi latihan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Mppb_113


"Di dalam filem ‘Haq’, saya berlakon sebagai Aina, gadis yang dibesarkan di kampung. Apabila meningkat dewasa saya berhijrah ke Kuala Lumpur dan di situlah segala konflik bermula. Ini kerana saya seperti terkena 'kejutan budaya' dan mula menjalani kehidupan yang bebas.

"Saya gembira kerana dapat bekerjasama dengan ramai pelakon hebat dalam filem ini seperti Zul Huzaimi, Nanu Baharudin, Adi Putra dan Fatimah Abu Bakar. Saya akui agak gementar untuk berlakon dengan nama-nama besar ini namun saya berjanji untuk memberikan yang terbaik demi filem ini.

"Sementara itu, filem ‘Merempuh Karma’ tentang mafia dan kegananasan. Ketika membaca skrip, saya dapat rasakan ia sebuah filem yang menarik jika diolah dengan baik.

"Saya tertarik dengan filem ini kerana ia turut melibatkan ramai pelakon senior seperti Ahmad Yatim dan Sidi Oraza. Saya memang sudah lama teringin untuk berlakon dengan mereka dan ini merupakan peluang terbaik untuk saya menimba sedikit ilmu daripada mereka.

"Selain Ahmad Yatim dan Sidi Oraza, filem ini turut dibintangi oleh Fauziah Nawi, Rosyam Nor, Faizal Hussein, Hasnol Rahmat, Kamal Adli, Que Haidar dan Liyana Jasmay," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, pelakon ‘Anak Halal’ ini turut terlibat sebagai pengacara program ‘Filem Di 9’ yang telah mula ditayangkan di TV9. Katanya di dalam program tersebut dia bercerita tentang filem-filem tempatan serta antarabangsa yang sedang hangat ditayangkan di pawagam. Tambahnya program tersebut juga mendapat tajaan daripada Fire Fly yang membawanya dan krew produksi mengembara di seluruh Malaysia.

"Kini, selain bercerita tentang filem terbaru, saya juga perlu menerangkan tentang lokasi percutian menarik yang ada di Malaysia. Tapi itu semua bergantung kepada Fire Fly yang akan menaja penerbangan kami. Tugas sebagai pengacara memang menyeronokkan kerana saya boleh menjadi diri saya sendiri dan berpeluang untuk mendekati ramai orang," katanya.

Ditanya tentang keutamaannya kini iaitu bidang lakonan atau pengacaraan, Raja Farah tegas memberitahu bidang lakonan tetap dekat di hatinya. Katanya bidang pengacaraan adalah sampingan sahaja dan dilakukan jika dia tidak terikat dengan jadual penggambaran drama atau filem.

"Kalau nak cakap tentang kepuasan, kedua-dua bidang memberikan kepuasan kepada saya. Malah kedua-duanya mempunyai cabaran yang tertentu. Pada saya apa yang paling penting ialah bijak mengatur jadual dan sentiasa memberikan komitmen terbaik ketika bekerja," ujarnya penuh semangat.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 2:00 pm

Kenapa Ni Aiman?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Aiman11


Lagu “Dusta Berkalang” dah kira best dah tapi apasal dengan kostum Aiman pada malam Anugerah Juara Lagu ke-23? Sampai GUA tergolek kat lantai, pecah perut ketawa.

GUA tak faham dengan konsep baju yang ala-ala Firaun tu, siap dengan ular tedung bermulut manik pada bahu baju ditambah dengan ‘headgear’ yang berbulu. Dengar kata kostum itu di sewa dari sebuah kedai di Kompleks PKNS, Shah Alam. Memang tak sesuai langsung terutamanya bila opening montage memperlihatkan kesengsaraan rakyat Palestin.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Aiman210

Mungkin pada awalnya, kostum ini dilihat bersesuaian dengan tema persembahan tapi akhirnya, ia hanya mengundang sindiran ramai.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 2:04 pm

Azwan Ali Makin Lancang?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Azwan12


Tidak sah andai nama Azwan Ali tidak dikaitkan dengan sebarang kontroversi. Selepas kecoh insiden tidak mahu meminjamkan bilik hotel kepada pelakon Ifa Raziah, rakan baiknya ketika itu, kini Azwan Ali muncul pula dengan cerita panas dan sensasi blognya.
Membaca blog Azwan Ali, hati berdegup kencang kerana keberanian lelaki ini memberi pelbagai komen, cemuhan dan kutukan secara terang-terangan. Ada cerita mengenai hal semasa hiburan dan berita sensasi yang menjadi tajuk utama akhbar tempatan.

Sebelum ini tidak ramai mengetahui Azwan Ali aktif menulis blog, tetapi sejak cerita mengenai laman blog pengacara sensasi ini mendapat perhatian ‘seseorang’, secara tidak langsung pelayar Internet turut singgah untuk membaca blog ini.

“Inilah bukti kelebihan dan keagungan nama Azwan Ali … selepas beberapa tahun ini, minat untuk menulis blog datang secara tiba-tiba. Dua tiga tahun lepas, saya melihat Internet sebagai pusat orang gila, inilah persepsi yang sering diberi Azwan Ali. Ketika itu, saya tidak pernah terfikir, Internet sebagai ruang komunikasi untuk mendekatkan diri dengan peminat,” katanya.

Sebagai selebriti, setiap perkara yang dibangkitkan Azwan di dalam blognya menjadi perhatian. Mungkin ada yang berkata cara penulisan Azwan Ali tidak setaraf pendidikan serta pengalaman luas dalam industri hiburan, namun apabila difikir dari sudut lain, dia berhak menulis mengikut persepsi sendiri kerana blog adalah satu-satunya cara untuk seseorang menulis secara terbuka.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 212


Membaca entri blog Azwan Ali ketika baru menceburi arena blogging akhir tahun lalu, nyata tulisannya banyak memaki hamun serta menggunakan ayat-ayat yang kurang sedap didengar sehingga mendapat perhatian sebuah kolum akhbar. Sejak itu, Azwan ‘naik hantu’ dan seolah-olah melancarkan ‘perang’ terhadap wartawan.

“Sebenarnya bukan saya memusuhi wartawan, cuma beberapa wartawan yang sentiasa ingin melihat Azwan Ali tersungkur. Mereka inilah seringkali berkomplot agar wartawan lain membenci Azwan Ali. Saya mengaku pernah sekali ‘menegur’ mereka di dalam blog, kecohnya, nauzubillah … selama tiga tahun sebelum ini, setiap minggu ada sahaja penghinaan yang diterima Azwan Ali, takkan sekali ‘dijolok’ dah terasa pedasnya?

“Gaya penulisan di blog Azwan Ali juga sudah berubah, bukan kerana tunduk kepada tekanan, sebaliknya Azwan Ali sudah puas ‘mencarut’,” akuinya.

Walaupun nama Azwan Ali pernah tercemar kerana bekas pembantu peribadinya, peristiwa itu tidak pernah meninggalkan kesan hitam kepada empunya diri. Malah, blog pengacara sensasi ini tidak habis-habis bercerita mengenai kesetiaan pembantu peribadinya seramai lima orang .

“Satu pergi 1,000 lagi datang. Alhamdulillah sekarang saya dah dapat pembantu peribadi yang bagus dan istimewa. Dah setahun mereka bekerja untuk Azwan Ali. Bukanlah saya ‘angkut’ mereka sepanjang masa, adakalanya dua orang menemankan saya ke majlis, adakalanya, saya akan datang berseorangan,” terangnya.

Akui Azwan lagi, walaupun dirinya sentiasa dilanda kontroversi dan anasir jahat yang ingin menjatuhkannya, dia tetap menerima pelbagai undangan samada majlis hiburan atau tawaran berlakon.

Terbaru, Azwan melakonkan watak pengarah yang suka memaki hamun dalam telemovie arahan Pierre Andre berjudul ‘Bibah Meletop’. Pengacara bermulut laser ini tidak ketinggalan menjadi favourite beberapa stesen televisyen tempatan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 2:09 pm

Umie Aida Bergelar Usahawan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Umie10


Umie Aida cukup dikenali sebagai pelakon yang berbakat besar. Lakonannya di dalam drama bersiri ‘Keranamu Saerah’ terus diperkatakan sehingga kini oleh para peminat setianya.

Namun Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali mengorak langkah setapak lagi apabila melibatkan dirinya di dalam bidang perniagaan yang berkonsepkan butik kafe.

Bersandarkan nama Belicious Boutique & Cafe, Umie ketika ditemui di majlis pelancaran kafe butik tersebut di Damansara Perdana memberitahu, dia yakin perniagaannya itu mampu berkembang jika masyarakat memberikan sokongan kepadanya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Umie210


Pada majlis tersebut, Umie turut meraikan hari jadinya yang ke-36 tahun. Majlis itu tambah bermakna apabila dihadiri oleh ramai rakan akrab termasuklah Zahida Rafiq, Erra Fazira, Aleeza Kassim, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Umi Nazeera, Nur Aliah Lee dan Ezlynn.

"Saya terharu kerana ibu saya, Rahmad Ali, mahu melancarkan kafe butik ini. Saya membuka kafe butik ini kerana mahu membantu adik saya, Betty yang sudah lama mengusahakan perniagaan menjual pakaiannya. Sebelum ini dia menjualnya melalui Internet.

"Walaupun secara kecil-kecilan tapi saya lihat dia mempunyai kesungguhan dan cita-cita untuk berjaya. Malah saya melihat walaupun baru tujuh bulan perniagaan ini bermula, namun ia menunjukkan perkembangan yang positif," ujar Umie.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Umie310


Diusik dengan pertanyaan tentang tanggapan segelintir pihak yang mengatakan Umie menjalankan perniagaan tersebut kerana mahu berehat daripada industri seni sekaligus mendirikan rumahtangga dengan kekasih tercinta, pelakon yang cukup sinonim melalui filem ‘Embun’ itu segera menafikannya.

"Saya tidak akan berkahwin dalam masa terdekat kerana saya belum ada calon yang sesuai. Saya akui ada lelaki yang cuba mendekati saya, namun hati saya belum terbuka ke arah tersebut. Lagi pun saya sudah mempunyai dua orang anak lelaki yang selalu menemani saya dan mereka cukup membahagiakan kehidupan saya," katanya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Umie410


Tambahnya kafe butik itu bukanlah petanda bahawa dia akan mengundurkan diri daripada dunia seni sebaliknya sebagai satu cara untuknya menambah pendapatan.

Katanya sebagai pelakon pendapatannya tidak menentu dan dia berharap dengan adanya kafe butik tersebut ia dapat membantunya menjadi seorang pelakon yang lebih selektif pada masa yang akan datang. Tambahnya dia cuba menghadkan penampilannya di dalam drama dan filem kerana tidak mahu peminat bosan dengan kelibatnya.

"Sejak dahulu saya tidak terlalu kerap berlakon drama atau filem. Sebabnya saya tidak mahu peminat bosan. Dengan adanya butik kafe ini saya boleh mendapat pendapatan melaluinya dan tidak terlalu bergantung kepada tawaran berlakon sahaja," jelasnya.

Bercerita tentang perancangannya pada masa hadapan, Umie memberitahu dia merancang untuk meluaskan lagi empayar perniagannya dan akan membuka cawangan Belicious Boutique & Café di beberapa buah pusat membeli belah terkemuka di seluruh negara.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 2:23 pm

Botol Edisi Terhad Evian 2009

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Botol10


Berita baik kepada pengumpul koleksi botol edisi terhad Evian. Kini anda boleh menambahkan koleksi sedia ada dengan mendapatkan botol edisi terhad bagi tahun 2009. Kali ini Evian - jenama air botol minuman bermutu premium yang termasyur di dunia - telah bergandingan dengan seorang pereka fesyen bertaraf antarabangsa, Jean Paul Gaultier, dalam menghasilkan rekaan eksklusif untuk koleksi edisi terhad ini.

Jean Paul Gaultier telah memberikan sentuhan muda dan menyuntik elemen ceria kepada rekaan botol air mineral ini. Gambaran kristal gergasi memancarkan gunung berkilauan dan huruf biru besar pada botolnya mencipta kesan visual yang memukau mata sesiapa sahaja yang menghargai keindahan dan kecantikan. Pendek kata, botol edisi terhad Evian kali ini memaparkan kurniaan alam yang begitu berharga. Sesuai dipamerkan di rak hiasan atau dijadikan hadiah istimewa untuk yang tersayang.

Botol edisi terhad ini telah dilancarkan pada 10 Disember lalu di Restoran Bon Ton, Lot 10, Kuala Lumpur. Dalam majlis itu, Pengurus Danone Imported Waters (Asia) Pte. Ltd, Wong Wei Mun berkata, “Ciptaan terbaru ini benar-benar mencerminkan kesungguhan Evian untuk menghasilkan koleksi unik yang menggabungkan fesyen dan keagungan alam dengan cara memaparkan keharmonian dan kemewahan.

Botol edisi terhad, Evian par Jean Paul Gaultier Prét-á-Porter ini boleh didapati di pasaran bermula sekarang di pasar raya terkemuka pada harga RM39.90 setiap satu. Selain itu, Evian juga memulakan pakatan kerjasama strategik dengan rakan niaga, khususnya gedung Denise Wine dan hotel-hotel seperti Novotel, Mandarin Oriental, Equatorial Hotel Kuala Lumpur, Park Royal dan Renaissance Melaka.

Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan botol unik ini dengan segera kerana hanya 3,000 biji botol dipasarkan di Malaysia. Kalau lambat nanti, mungkin anda perlu dapatkannya di e-Bay, itupun dengan harga yang cukup tinggi!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 2:30 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Mppb_010

Zizie Gebu....
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 3:34 pm

Dengarnya...: Akhirnya Rosnah mengaku kahwin

CIK Normah kadang-kadang hairanlah kenapa artis kat Malaysia yang suka kahwin senyap-senyap tapi tak nak mengaku. Kenapa susah sangat ke nak mengiyakan sesuatu perkara yang sudah terang lagi bersuluh? Yang Cik Normah nak cakap ni mengenai pelakon dan pelawak, Rosnah Mat Aris. Kesian kat kawan-kawan Cik Normah yang diarah untuk mendapatkan kenyataan Rosnah, 53, berhubung perkahwinannya dengan seorang lelaki muda berusia 27 tahun bernama Tajul Effendie, yang mesra dipanggil Blue.

Biarpun sudah mendapat pengakuan dan pengesahan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Daerah Gombak Timur, Rosnah masih menafikan perkara yang sebenar hinggakan telefon bimbit teman Cik Normah pun tak diangkat. Takut gamaknya!

Tup-tup sebuah akhbar tabloid melaporkan kenyataan Rosnah yang akhirnya mengaku dan akur bahawa dia sudah bernikah. Haa... baru nak mengakukan? Gitulah! Ceritanya, Rosnah dan Blue bernikah pada 13 November lalu di Masjid Al Khairiah Taman Sri Gombak.

Sebelum itu, pada 30 Oktober lalu, anak keempat Rosnah turut bernikah di masjid yang sama. Patutlah Rosnah cuba nak cover line dengan kawan Cik Normah, tak mengaku diri sendiri yang kahwin dan menjadikan alasan anak berkahwin sebagai galang ganti.

Menurut artikel di dalam tabloid itu, Rosnah terpaksa menipu kerana sebab tertentu yang terlalu peribadi untuk dikongsi dan hanya mereka saja yang tahu. Entahlah Cik Normah pun tak faham, mungkin Cik Normah tak berada kat tempat Rosnah kot. Tak apalah Rosnah, janji bahagia.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 3:46 pm

Pic : Tatoo Malique Too Phat
Lu Fikir la sendirikk....


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Maliqu10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 3:51 pm

!!- FAIZAL TAHIR Fan Club -!!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Faizal13

Korang minat tak Faizal Tahir..??

Apa yang korang terfikir bila terdengar nama Faizal Tahir ni..??

Bagi aku dia ni seorang yg amat berbakat...

Dia mempunyai bakat seni semulajadi..

Banyak karya dia yang boleh diketengahkan..

Bagi aku, dialah sepatutnya yg memenangi OIAM masa tuh...

Cuma dier ni jenis yg ske membuat gimik yg agak berlebihan...

Namun kehebatan vokal dia tidak dapat dipertikaikan..

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 213 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 311

Dia juga mempunyai idea yg kreatif ketika persembahan AJL yg lepas..

Semoga mampu menjadi ikon muzik di negara ini..!! hoorey!! hoorey!!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 3:57 pm

Gambar Rozita Che Wan pakai wedding dress

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Rozita17

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Rozita18

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Rozita19

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Rozita20
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 3:59 pm

Lagi Gambar Rozita Che Wan pakai wedding dress
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Rozita21

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Rozita22

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Rozita23

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Rozita24

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Rozita25
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 4:03 pm

Gambar Mariam murni adam MTV VJ

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Mariam10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Mariam11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Mariam12
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 4:09 pm

Pelakon Drama KAMI...layanzz

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 13593110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 19123510

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 19806010
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeThu 22 Jan 2009, 4:27 pm

Sebutan semula kes Norish Karman 10 Feb 2009

SHAH ALAM 13 Jan. – Persetujuan yang telah dicapai oleh pelakon, Norish Karman (gambar) dengan bekas suaminya pada majlis sulh berkaitan tiga orang anak mereka tidak dapat direkodkan Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini kerana defendan tidak hadir.

Hakim syarie, Abu Bakar Mohd. Daud sehubungan itu menetapkan 10 Februari ini bagi sebutan semula kes itu untuk kedua belah pihak merekodkan persetujuan yang telah dicapai dalam majlis sulh.

Pada 10 November 2008, hasil majlis sulh yang dihadiri Norish, 34, dan bekas suami, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 60, pada dasarnya telah bersetuju bahawa hak penjagaan tiga anak mereka diserahkan kepada aktres berasal dari Singapura itu. Defendan diberikan hak untuk melawat anak-anak mereka.

Bagaimanapun pada tarikh tersebut, peguam syarie, Akhbardin Abdul Kader yang mewakili Norish atau nama sebenarnya Nor'asikin Karman selaku plaintif memberitahu bahawa pihaknya hendak memperincikan lagi persetujuan yang dicapai iaitu mengenai masa untuk mengambil dan menghantar anak-anak, siapakah yang hendak memegang pasport mereka dan beberapa perkara lain.

Pada prosiding hari ini, Akhbardin memohon tarikh sebutan yang baru bagi merekodkan persetujuan yang telah dicapai pada sesi sulh dalam rekod mahkamah. Defendan yang tidak hadir diwakili peguam syarie, Muhammad Burok.

Norish selaku plaintif dan Hashimuddin telah bernikah pada 11 Januari 1998 di Perlis dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua anak lelaki dan seorang perempuan. Mereka ialah Muhamad Haqiem Amany, sembilan tahun, Muhammad Hady Amieran, lima tahun, dan Nur Hanyz Amanda, empat tahun.

Pasangan itu kemudiannya bercerai pada 15 Julai 2008 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya tetapi tiada perintah berkenaan hadhanah anak-anak dikeluarkan.
Back to top Go down
nona manis
Enterpreneur
Enterpreneur
nona manis

Number of posts : 19
Age : 42
Registration date : 29/11/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeFri 23 Jan 2009, 2:46 pm

sally_eiyna wrote:
Gambar Mariam murni adam MTV VJ

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Mariam10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Mariam11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Mariam12

lama tk dgr citer dia ni. ingtkan dh berhenti jd VJ
Back to top Go down
Am
Newbie
Newbie
Am

Number of posts : 18
Age : 38
Location : Kuala Lumpur
Registration date : 23/01/2009

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeSat 24 Jan 2009, 2:06 pm

smlm pn dlm TV9 ade memey dgn norman
berkepit siot, siap sentuh2 bahu lagi
nenek aku dok ckp, "awat depa ni x malu ka??
bole senyum2 malu3 kucing mcm org brcinta??
elok antaq depa p palestin nu"
Back to top Go down
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur
chitra77

Number of posts : 1070
Age : 47
Location : Sg. Petani, Kedah
Registration date : 23/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeSat 24 Jan 2009, 5:45 pm

kih...kih...bagui gak tu...biaq padan muka... ahakz!!!
Back to top Go down
http://www.qistinacollection.blogspot.com
patzie_girl
Super Senior
Super Senior
patzie_girl

Number of posts : 767
Age : 43
Location : keramat wangsa
Registration date : 09/08/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeSun 25 Jan 2009, 2:03 am

aku sokong 100%
Back to top Go down
ninarahim
Enterpreneur
Enterpreneur
ninarahim

Number of posts : 2991
Age : 57
Location : Alor Star
Registration date : 25/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeSun 25 Jan 2009, 10:03 am

eheheee......biaq pie la adik2 oiii.....dunia milik mereka ..... ahakz!!!
Back to top Go down
luvly e'in
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
luvly e'in

Number of posts : 5108
Age : 47
Location : under 1 roof
Registration date : 03/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeSun 25 Jan 2009, 10:45 am

sepi plak rmh ni bila sally tgh cuti....
Back to top Go down
http://www.easypha-max.com
patzie_girl
Super Senior
Super Senior
patzie_girl

Number of posts : 767
Age : 43
Location : keramat wangsa
Registration date : 09/08/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeSun 25 Jan 2009, 8:39 pm

luvly e'in wrote:
sepi plak rmh ni bila sally tgh cuti....

tu la pasal...kalau ada sally abis riuh PRC ni...
Back to top Go down
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur
chitra77

Number of posts : 1070
Age : 47
Location : Sg. Petani, Kedah
Registration date : 23/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeTue 27 Jan 2009, 10:18 am

Hetty Sarlene Makin Slim

ama juga tak jumpa Hetty Sarlene. Dia ditemui ketika majlis pelancaran filem Evolusi KL Drift II.

Makin kurus nampak Hetty… makan hati ke? Tapi satu bahagian yang tak kurus-kurus. Tang mana tu? Yang tu tak mau komenlah.

“Sebenarnya Hetty diet,” kata Hetty ringkas apabila di tegur pasal tubuhnya yang makin melidi.

Oh! diet ke… ingatkan makan hati.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Hettysarlene1uo1


Last edited by chitra77 on Tue 27 Jan 2009, 10:24 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
http://www.qistinacollection.blogspot.com
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur
chitra77

Number of posts : 1070
Age : 47
Location : Sg. Petani, Kedah
Registration date : 23/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitimeTue 27 Jan 2009, 10:21 am

Sekitar Sambutan Hari Jadi Fasha Sandha ke-24

Fasha Sandha yang dahulunya diboikot oleh para media dan karyawan tanah air gara-gara sikap dan kelakuannya yang menyebabkannya dipandang serong oleh segelintir media. Namun baru-baru ini, Fasha muncul dengan majlis hari jadinya yang ke-24, berfesyenkan ala-ala hindustan, memandangkan beliaun ada pertalian darah orang India. Bagi dirinya, dia sudah lali dengan kisah-kisah yang lampau dan akan membuka buku baru yang lebih maju dan membuktikan Fasha Sandha merupakan aktress yang serba boleh dalam bidang lakonan. Ramai peminatnya merinduinya untuk berlakon di kaca TV, namun kita tunggu sahaja kemunculannya akan datang.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Fashass3

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Fasha1bx9

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Fasha3cr1

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Fasha4ch0

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Fasha5pt9
Back to top Go down
http://www.qistinacollection.blogspot.com
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 13 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 13 of 20Go to page : Previous  1 ... 8 ... 12, 13, 14 ... 16 ... 20  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions