|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 8:49 am | |
| Pelakon drama Kisah Kaisara langsungkan perkahwinanSARI Yanti dan Mohd Eddy Casmady di rumah pengantin perempuan di Kampung Parit, Kuala Pilah, semalam . KUALA PILAH: Pelakon muda, Sari Yanti Mohamad Nazari, 25, yang menempa nama menerusi drama, Kisah Kaisara, selamat melangsungkan majlis perkahwinannya dengan jejaka pilihan hati, Mohd Eddy Casmady Che Hussin, 29, di Kampung Parit dekat sini, semalam. Kira-kira 7,000 jemputan hadir pada majlis itu dengan persandingan diadakan kira-kira jam 1.30 tengah hari dan pasangan pengantin mengenakan busana serba putih rekaan Lynda Rahim. Selain saudara mara, turut memeriahkan majlis ialah rakan artis antaranya Hattan, Zulkifli M Osman dan Zarina Zainuddin. Majlis akad nikah yang dilakukan sendiri oleh bapa Sari Yanti, Mohamad Nazari Mohd Nor, 49, diadakan malam kelmarin. Sari Yanti menerima mas kahwin RM500 serta tujuh dulang hantaran, termasuk sirih junjung, jam tangan, senaskhah al-Quran, minyak wangi, alat solek dan kek yang dibalas sembilan dulang. Walaupun penat, Sari Yanti yang tetap berseri-seri ketika ditemui, melahirkan rasa syukur kerana perkenalan selama tiga tahun dengan Mohd Eddy Casmady berakhir di jinjang pelamin. “Saya sangat gembira kerana kini bergelar isteri kepada lelaki yang saya cintai. Dia kini menjadi teman hidup dan anggota keluarga saya,” katanya. Menceritakan bibit permulaan perkenalannya, Sari Yanti memberitahu, dia mengenali suaminya kira-kira tiga tahun lalu selepas diperkenalkan oleh sepupunya dan menyifatkan Mohd Eddy Casmady seorang lelaki bertanggungjawab serta memahami kerjayanya sebagai pelakon. Walaupun kini berstatus isteri, katanya kerjaya lakonan tetap diteruskan kerana Mohd Eddy Casmady sangat memahami minatnya. Bagaimanapun Sari Yanti belum merancang destinasi berbulan madu kerana kesibukan tugas ketika ini dan dijadualkan memulakan penggambaran sebuah filem, Februari ini. "Mungkin kami akan memikirkan destinasi berbulan madu selepas semua urusan selesai," katanya. Sementara itu, Mohd Eddy Casmady, ahli perniagaan yang berasal dari Kota Bharu berkata, dia memberi sokongan padu kepada isterinya untuk berjaya dalam bidang lakonan. "Saya memahami kerjayanya sebagai seorang artis dan tidak akan menghalangnya. Itu janji saya sebelum berkahwin dan saya akan menunaikannya," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 12:20 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 12:28 pm | |
| Hebatnya Meet Uncle Hussein, Faizal Tahir! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 12:30 pm | |
| Lagu Untukmu Selayaknya Menang!KUALA LUMPUR, 19 JAN 2008: Kemenangan lagu Sampai Syurga yang membolot 3 anugerah utama dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu 23 (AJL23) yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi, ternyata belum cukup kuat untuk mengangkat lagu ciptaan Audi Mok, Ahmad Izham Omar serta Faizal Tahir itu untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu. Sebaliknya, lagu yang dipersembahkan Faizal Tahir dengan cukup mantap itu terpaksa menerima kekalahan di tangan Lagu Untukmu ciptaan dan nyanyian Meet Uncle Hussein yang sebelum ini disenaraikan dalam kategori Pop Rock. Namun, Faizal mengakui bahawa dia sedikit pun tidak berasa kecewa apabila keputusan Juara Lagu lebih berpihak kepada Lagu Untukmu berbanding Sampai Syurga. "Terus-terang saya katakan, jika dibandingkan antara kedua-dua lagu itu, saya rasa Lagu Untukmu memang layak sekali untuk menang dan jika ada sesiapa (wartawan) yang pernah mewawancara saya sebelum ini, saya selalu katakan bahawa kemenangan akan berpihak kepada Meet Uncle Hussein. "Secara peribadi saya memang cukup meminati Meet Uncle Hussein. Saya adalah peminat besar mereka dan saya juga sering mengatakan perkara ini setiap kali berjumpa dengan mereka. Saya juga bersetuju dengan apa yang dikatakan Azmeer selaku ketua juri bahawa Meet Uncle Hussein adalah sebuah band muzik yang cukup berani menonjolkan satu kelainan dalam industri muzik kita," katanya. Pendapat Faizal turut disokong komposer Sampai Syurga iaitu Audi Mok. "Sebagai komposer, sudah tentulah saya mahu lagu saya menang. Tapi, kemenangan itu tidak akan mengubah apa-apa kerana Sampai Syurga adalah sebuah lagu balada. Tapi apabila sesebuah lagu seperti Lagu Untukmu menang, ia akan dapat mengubah persepsi bahawa hanya lagu berentak balada saja yang boleh menjadi Juara Lagu. "Malah, ia secara langsung dapat membuka laluan yang lebih luas lagi untuk saya terus berkarya dengan lagu-lagu yang berentak lebih fast kerana secara peribadi saya sebenarnya tidak begitu menyukai lagu balada. Sebab itu saya gembira apabila juri dapat membuka mata mereka dengan memberi kemenangan ke atas Meet Uncle Hussein. "Lagi satu, saya sendiri mempunyai sejarah bersama Meet Uncle Hussein dan saya tahu bahawa mereka adalah sebuah band muzik yang bagus dan apa yang penting Lagu Untukmu itu benar-benar mempunyai sound yang bercirikan muzik Malaysia,ā€¯ katanya yang akan terus bekerjasama lagi dengan Faizal dan Ahmad Izham. Meet Uncle Hussein Komen anggota Meet Uncle Hussein sendiri, sebaik saja melihat Faizal membolot 3 anugerah iaitu Juara Balada, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik melalui Sampai Syurga, mereka terus menjangkakan gelaran Juara Lagu berpihak kepada Faizal. "Sebelum itu, kami juga ada meramalkan beberapa lagu yang lain termasuklah Kalis Rindu nyanyian Elyana. Tetapi bila saja Lagu Untukmu diumumkan sebagai pemenang kategori Pop Rock, kami mula meletakkan harapan untuk meraih Juara Lagu itu. Lagu itu sebenarnya telah terperam selama 3 tahun. "Apabila menang, kami anggap ia satu rezeki dan berharap ia akan mengubah nasib kami. Selama ini bayaran show untuk kami survive pun pun masih sama," katanya. Ditanya komen Azmeer pula, dia berkata, Meet Uncle Hussein adalah sebuah band muzik yang memperjuangkan lagu yang segar dan baru. "Vokal penyanyinya juga sangat bagus serta persembahan pentas mereka sangat menonjolkan. Sebab itulah kami pihak juri sebulat suara bersetuju untuk mengangkat lagu ini sebagai Juara Lagu. "Seperkara lagi, pemilihan Juara Lagu dibuat berdasarkan melodi, lirik, susunan muzik serta chord progression yang cukup baik. Ia sama sekali tidak dibantu dengan kemenangan Vokal Terbaik mahupun Persembahan Terbaik. Ciri-ciri inilah yang ada pada Lagu Untukmu untuk dipilih sebagai Juara Lagu berbanding Sampai Syurga. Namun saya harus akui markah untuk kedua-dua lagu ini tidak jauh bezanya," katanya. Namun beliau berpendapat untuk Vokal Terbaik, Faizal telah berjaya menonjolkan perkembangan vokal dalam lagu itu dengan baik bersama dengan klimaksnya. Mengenai kemenangan Persoalan Cinta nyanyian Farawahida dan ciptaan Julfekar, Ku Seman serta Izza Rosley meraih Juara Etnik Kreatif, Azmeer berkata, lagu itu tekah menggabungkan fusion etnik dengan cukup baik sekali. "Malah ia turut menyertakan penggunaan alat muzik tradisional Cina iaitu erhu sewaktu rakaman dan persembahan secara live. Ia bukan saja mampu membawa kelainan tetapi disampaikan dengam cukup berkesan," katanya. AJL23 yang kali ini bertemakan kbertemakan Iluminasi Muzikā€¦ Perjuangan Antara Yang Terbaik dipancarkan secara siaran langsung menerusi TV3. Ditaja Stage Cosmetics buat julung kalinya, AJL 23 yang dihadiri 15,000 penonton turut diserikan dengan persembahan Jaclyn Victor, Jamal Abdillah dan M Nasir bersama penyanyi cilik Wada, Haqiem dan Hafiz manakala Cheryl Samad, Ally Iskandar dan Faizal Ismail bertindak selaku hos. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 12:41 pm | |
| Faizal nekad bersara menyanyi? TATKALA peminat-peminatnya gembira dengan kemenangan manispenyanyi popular ini di malam Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) malamtadi, cukup mengejutkan apabila Faizal Tahir meluahkan hasratnya dihadapan media berkemungkinan untuk mengundurkan diri dari bidangnyanyian. Satu keputusan yang pastinya akan menimbulkan ketidakpuasan hatipeminat-peminatnya selepas ini, andai kata Faizal nekad dengankeputusan itu. Masakan tidak, karier seni penyanyi berusia berusia 30 tahun ini memang dilihat sedang memuncak naik. Mungkinkah AJL23 yang terakhir buat Faizal? Malah kegagalan beraksi pada Anugerah Juara Lagu tahun lalunampaknya berjaya ditebus semula oleh Faizal apabila dia berjayamengaut tiga kemenangan menerusi lagu dendangannya, Sampai Syurga iaituVokal Terbaik, Persembahan Terbaik dan juara kategori Balada pada AJL23yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, malam tadi. Lagu ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Faizal sendiri itu merangkulhadiah wang tunai RM12,000 dan trofi bagi kategori Balada manakalapenyanyi itu juga turut memenangi RM10,000 bagi Vokal Terbaik danRM10,000 lagi bagi Persembahan Terbaik. Sambil erat memegang tiga buah trofi kemenangannya itu, Faizal akuihasratnya itu mungkin tidak dipersetujui oleh penyokong-penyokong yangtidak putus-putus memberi sokongan sepanjang kira-kira dua tahun diamenyusuri industri hiburan. Namun, tutur penyanyi berusia 30 tahun ini, dia mempunyai alasantersendiri untuk berbuat demikian dan bagi memastikan keputusannya itutidak akan disesalinya kelak, Faizal bercadang untuk 'berehat' sebentardari bidang nyanyian dan berfikir tentang halatuju karier seninya itu. "Bukan disebabkan merajuk. Saya tidak ada sebarang masalah denganindustri ini malah saya cukup gembira dengan arah perkembangan muzikMalaysia sekarang ini. "Hasrat saya ini memang sudah lama saya fikirkan. Tidak ada sesiapapun yang mempengaruhi niat saya ini. Susah untuk saya jelaskan di sini,tetapi apa yang boleh saya katakan, usia saya bukannya masih muda lagi.Saya ingin berehat. "Banyak perkara yang ingin saya lakukan. Saya ingin beri lebihtumpuan kepada keluarga serta beberapa perkara lain. Kalau ada yangperasan, sebelum AJL pun saya agak 'diam' juga, kerana masa saya memangbanyak dihabiskan di rumah bersama anak-anak dan isteri. "Tetapi, perkara ini masih belum saya bincangkan dengan pihakpengurusan lagi dan saya sendiri belum putuskan arah karier seni sayaini. "Saya mungkin akan bercuti panjang dari bidang nyanyian terlebihdahulu...mungkin untuk beberapa bulan untuk saya pertimbangkan sama adaterus bergerak sebagai penyanyi atau tidak," kata Faizal yang sedangmenantikan kelahiran cahaya mata ketiganya bulan hadapan. Tutur Faizal lagi, meskipun kelak dia nekad untuk meninggalkankarier nyanyiannya, dia tetap akan berada di dalam industri muzik danmeneruskan kerja-kerja di belakang 'tabir'. "Minat saya tetap dalam bidang muzik. Bukan bermaksud jika sayatidak menyanyi lagi, saya memang akan terus tinggalkan bidang ini.Banyak perkara yang ingin saya capai dalam arena ini. "Saya rasa, banyak sudah pengalaman yang saya kutip selama dua tahunsebagai penyanyi. Kalau boleh, saya ingin teruskan dengan kerja-kerjabelakang tabir seperti penciptaan lagu dan lirik," jelas Faizal sambiltersenyum. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 12:58 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 1:00 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 2:03 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 2:07 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 2:09 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 2:10 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 3:00 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 3:09 pm | |
| Azza Elite Dituduh Mungkir Janji Dengan Stesen TV?Azza khabarnya tidak minta maaf sekalipun gagal hadir rakaman. PIHAK pengurusan sebuah stesen TV swasta dengan nada kecewamenghubungi Zubir, mengadu perangai kekwat bekas anggota Elite,Azzarima Zawari atau lebih dikenali sebagai Azza Elite apabila diadikatakan gagal menghadiri rakaman sebuah program hiburan yangdijadualkan berlangsung pada 15 Januari lalu, kira-kira jam 2.30 petangdi sekitar Jalan Pahang, Kuala Lumpur. “Abang Zubir, Azza kata dia boleh buat rakaman itu, tapisehari sebelumnya, dia menghubungi saya, memaklumkan dia tak dapat berikomitmen kerana terikat dengan jadual penggambaran satu drama. Bagitahu pun dah jauh malam. Pun begitu, dia kata nak bagi artis gantian.Sedap hatilah sikit sebab Azza bertanggung jawab, nak bagi replacement,kononnya! Dia kata nak bagi nombor telefon artis berkenaan kepada kami,tapi ‘ado’! “Pagi-pagi lagi saya menghubunginya untuk mendapatkan nombortelefon itu kerana dia kata nak bagi, tapi senyap saja, SMS pun tidak.Masa pula semakin suntuk. Namun, saya akhirnya berjaya menghubungi Azzaselepas beberapa panggilan sebelum itu tidak berjawab. Tapi, yang jawabtelefon, bukan Azza, sebaliknya dia mendakwa sebagai budak konti. “Budak konti itu memberitahu saya, Azza sibukshooting dan tak boleh diganggu. Katanya lagi, Azza akan call backapabila habis shooting nanti. Tapi, tolonglah Abang Zubir, yangbercakap dengan saya itu bukannya budak konti, sebaliknya Azza sendiri,dia menyamar jadi budak konti! Bukannya saya tak kenal suara Azza sebabsebelum ini saya pernah bercakap dengannya di telefon! “Mujurlah pada saat-saat akhir sebelum rakaman bermula, kami dapat cariartis ganti. Budak konti yang kata Azza nak call back tu, sampai kesudah, senyap saja. Saya tunggu juga sampai 11 malam, tapi jangan katanak call, kirim SMS minta maaf pun tak ada! Sekurang-kurangnya Azzacall atau SMS, minta maaf, dahlah mungkir janji, tapi caranya macamorang tak bersalah saja! “Kami dah serik dengan perangai Azza. Harap-harap diaberubahlah demi kebaikan dirinya juga. Untuk muncul dalam program TVkami selepas ini, kami akan memikirkannya banyak kali. Saya harap AbangZubir tegurlah sikit Azza tu,” kata pihak pengurusan stesen TVberkenaan. Bagi Zubir, ini satu dakwaan serius stesen TV terhadap Azza.Sekiranya benar Azza berkelakuan begitu, mungkir janji, tak minta maaf,Zubir menasihatkan Azza segera menghubungi pihak pengurusan stesen TVpopular itu, minta maaf. Sekurang-kurangnya lembut hati pihak berkenaanyang berurusan dengan Azza. Zubir harap, jika dakwaan ini benar, Azzatidak mengulangi kesilapan sama, janji mesti dikotakan |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 3:28 pm | |
| Gambar Aliah Lee & BoyfriendBukan nak mengata tapi kenyataan. Selebriti ni kahwin cerai macam perkara biasa pula. Lihat lah akhbar sekarang ni, yang minta cerai,minta fasakh,yang kena tangkap basah, yang kahwin, yang bercinta. Tapi diaorang pun manusia biasa juga, cuma pasal selebriti mesti la wartawan nak ambil tahu. Kalau orang biasa masuk mahkamah syariah orang taklah ambil pusing sangat. Nur Aliah Lee siapa tak kenal. Ex -wife Aziz M.Osman. Aziz kecoh dengan kisah pernikahannya yang dikatakan tidak sah, la ni isu hangat bekas isterinya pula yang juga dikenali sebagai Vee . Kalau dah lawa tu, janda anak lima pun laku lagi. Gambar Vee bersama seorang lelaki yang mungkin teman lelakinya. Kalau tak takkan mesra sangat..Apa-apa pun isuhangat harap cepat-cepatlah bernikah, orang kampung semua dah tahu.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 7:57 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 8:00 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 8:02 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 8:05 am | |
| Gambar Khairul Noormaidah Zali (Aida) Juara Gadis Melayu TV9 di AJL23 Ini pertama kali Budiey bersua dengan juara Gadis Melayu TV9 secara live. Tampil sebagai gadis Melayu dalam busana merah jambu menyuntikkan lagi aura keayuan dalam diri gadis molek ini. Aida atau nama sebenarnya Khairul Noormaidah Zali, baru berusia 23 tahun tapi genius, punya keyakinan diri yang tinggi dan Budiey lihat showmanship masa final baru-baru ni pun penuh dengan elemen dramatik ketika baca puisi untuk tajuk Kasih Sayang. Memang RM10 ribu dengan hadiah iringan. Kata Aida, dia nak derma sebahagian daripada wang kemenangannya kepada tabung rakyat Palestin di Gaza. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 8:10 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 8:13 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 8:37 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 8:44 am | |
| Gambar Diana Danielle @ Sidang Media Lelong Amal Suria FM Untuk Roud Tour Lelong Amal Suria FM pada Sabtu ini, Diana Danielle akan melelong CD, topi dan satu beg. Jadi kepada peminat Diana jangan lupa untuk datang ke Mydin USJ Subang Jaya bermula jam 8 malam hingga 10 malam. Ada persembahan artis antaranya Dafi, Nubhan, Nikki dan Imran Ajmain. Diana Danielle sekarang ini tengah sibuk berlakon filem Kecoh Betul bersama Nabil Raja Lawak. Diana, Budiey berminat nak beli topi tuh. Agak-agak berapa bid paling tinggi eh? RM100 ok kot? Satu lagi, Budiey nak minta maaf kat Mama Diana sebab tak sempat nak jemput untuk Parti Ulangtahun Budiey.com minggu lepas. Nak jemput camna, contact number Mama pun tak sempat Budiey ambik… Sorry deh… Tahun depan, sure Budiey jemput Mama dan Diana datang! Hehe.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 9:00 am | |
| AJL23 gempak habis! PERSEMBAHAN finalis Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) termasuk artis jemputan iaitu One Nation Emcees, M. Nasir, Jamal Abdillah, Jaclyn Tahir, Wada, Haqiem dan Hafiz berjaya memukau 15,000 penonton di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. Rata-rata penonton yang hadir memberikan sorakan dan tepukan gemuruh kepada penyanyi yang membuat persembahan. Persembahan 'opening' One Nation Emcees berjaya memukau penonton dengan rentak rap mereka.Band Sofaz yang berjaya layak ke peringkat akhir AJL dua tahun berturut-turut bagaikan sudah selesa walaupun membuat persembahan pertama. Dengan lagu hits Bukan Di Sini, Sofaz berjaya menghiburkan penonton dengan persembahan yang sederhana . |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 9:02 am | |
| Dengan bertemankan gitar, Aizat yang pertama kali bergelar finalis AJL menyanyikan Lagu Kita dengan sepenuh jiwa sehingga membuatkan penonton terpukau dengan persembahannya yang bersahaja itu. Faizal Tahir mengalunkan lagu Cuba dengan persembahan yang ringkas dan bersahaja memandangkan lagu tersebut merupakan lagu pertamanya. Namun, kehebatan vokal Faizal memang tidak perlu disangkal lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 9:06 am | |
| Ayu yang mendapat jolokan Whitney Houstan oleh pengacara Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Tahir pada malam tadi tidak kalah dengan vokal 'Hanya Di Mercu'nya namun nasib tidak menyebelahinya |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 9:07 am | |
| Walaupun menggantikan Mawi, Zahid masih berjaya menyanyikan lagu Doa Dalam Lagu mengikut identitinya sendiri. Heliza pula tampak selesa dengan gandingan barunya itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 9:08 am | |
| [center] Faizal memang hebat! Itulah yang berjaya diluahkan selepas menonton persembahan keduanya menerusi lagu Sampai Syurga. Tidak hairanlah persembahan ini berjaya meraih Persembahan Terbaik dengan kerana menonton persembahan Faizal ibarat melihat klip video.[/center] |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 9:09 am | |
| Spider yang kali terakhir membuat persembahan menerusi lagu Rela Ku Pujuk pada 2004 kembali bersaing dengan mempertaruhkan lagu Bila Nak Saksi. Tam menyampaikan lagu tersebut dengan bersahaja tetapi aura Spider masih ada apabila persembahan mereka berjaya memikat hati penonton. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 9:10 am | |
| Lagu Aku Stacy memang tepat dan tercipta untuk penyanyinya, Stacy! Dengan kelincahan tarian dan paduan vokal bertenaga daripada Stacy, dia telah berjaya menggamatkan suasana sehingga ada penonton yang bangun berdiri di akhir persembahannya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 9:12 am | |
| [center] Ziana Zain yang enam tahun 'berehat' daripada AJL kini kembali bersaing menerusi lagu Dingin. Ternyata vokal Ziana masih utuh dan bertenaga sehingga ramai penonton yang bersorak memberikan sokongan ketika beliau melontarkan 'high pitch'. Tahniah Ziana![/center] |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 9:13 am | |
| Contengan pada muka vokalis Meet Uncle Hussein, Lan ini memberikan satu daya penarik. Keunikan tersebut mengiringi persembahan bertenaga dan gempak melalui Lagu Untukmu sehingga penonton tidak berhenti memberikan sorakan dan tepukan dari awal mereka mula membuat persembahan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 9:13 am | |
| Farawahida tidak kalah dengan persembahan bertemakan Cina bertepatan dengan lagu Persoalan Cinta yang menggunakan peralatan muzik 'ehu'. Dengan vokal yang lantang, kejayaan Farawahida menerusi kategori Etnik Kreatif tidak perlu disangkal lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 9:15 am | |
| Persembahan Elyana menerusi lagu Kalis Rindu tidak kalis dengan props yang menarik. Walaupun hanya duduk di atas tangga, Elyana berjaya melakukan persembahan dengan cara tersendiri. Elyana juga tidak lupa mengenakan kasut hitam sesuai dengan tema persembahannya berwarna pink itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 9:15 am | |
| Jaclyn Victor menyampaikan lagu Gemilang dengan adik Wada, Juara Idola Kecil. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 9:17 am | |
| Jamal Abdillah diundang menyanyikan lagu Gadis Melayu dengan adik Haqiem Idola Kecil. Persembahan mereka mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 9:19 am | |
| M. Nasir menyanyikan lagu Andalusia bersama adik Hafiz Idola Kecil. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 9:24 am | |
| Paduan nyanyian antara Hafiz, Haqiem, Wada, Jaclyn Victor, Jamal Abdillah dan M. Nasir menerusi lagu Isabela berjaya menawan hati penonton sehingga ramai yang tidak henti bersorak.Ternyata persembahan 'interlude' semalam merupakan persembahan penutup yang terbaik. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 9:32 am | |
| Si ‘perfectionist’ Shaheizy Sam MENGENALI diri aktor Shaheizy Sam A. Samad, mungkin tiada yang tahu bahawa dirinya seorang yang pemalu. Namun, apabila diberikan watak untuk dilakonkan, dia pasti tidak akan menghampakan harapan pengarah dan cuba sedaya upaya mengikis sikap malunya itu.
Pelakon yang mula dikenali menerusi telefilem Pa’e ini menganggap tahap keyakinan dirinya berubah-ubah di mana dia akan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi apabila bekerja dan sebaliknya apabila berada di luar kerja.
Sam, 26, yang pada mulanya agak kurang bercakap akan bertukar menjadi ramah serta-merta bergantung kepada orang yang berlawan cakap dengannya.
“Apabila bekerja, tahap keyakinan saya memang tinggi kerana kalau membuat sesuatu benda itu saya akan membuat sesuatu yang saya tahu dan kalau tak tahu memang susah nak buat.
“Tetapi untuk membawa diri mengadap peminat dan berjumpa dengan sesiapa sekalipun serta ditemuramah seperti ini pun, tahap keyakinan saya tidaklah setinggi mana pasal saya ini agak pemalu orangnya.
“Saya mempunyai masalah apabila ada orang memandang saya semacam sedangkan saya tidak tahu apa persepsinya terhadap saya,” kata Shaheizy yang sudah bekerja di hadapan kamera sejak tahun 1994 lagi di mana ketika itu dia masih bersekolah di darjah enam.
Lakonan pertamanya adalah filem Sama Tak Serupa arahan Allahyarham Yuzwan Wahid.
Walaupun sudah 14 tahun mendiami dunia lakonan ini, dia masih malu untuk bertemu dengan khalayak dan lebih suka berada di dalam dunianya sendiri.
Tambah anak bongsu kepada penerbit dan pelakon Khaty Fauziah dan adik kepada pelakon Zizie Ezette ini, dia tidak dapat sesuaikan diri sebagai seorang ‘public figure’ dan sebolehnya tidak mahu membezakan dirinya seperti orang lain.
Shaheizy Sam...seorang pemuda yang pemalu dan 'perfectionist'.
Selain itu, jangan ada yang tidak tahu bahawa Sam merupakan seorang yang ‘perfectionist’ dari semua segi.
“Apa yang saya tahu, ramai berpendapat orang Virgo ni seorang yang ‘perfectionist’. Jadi, secara halusnya saya menyedari pendapat itu ada kemungkinannya betul.
“Oleh itu, saya akan fikirkan terlebih dahulu dari segi penampilan saya tentang apa yang saya nak pakai, apa yang saya akan lakukan dan apa yang saya nak cakap. Saya tak boleh keluar sesuka hati tetapi kadangkala tu ada juga saya terbuat salah.
“Saya buat itu semua bukan disebabkan saya artis tetapi mungkin sudah dilahirkan begitu.
“Memang kalau ikut kehendak, dari kecil lagi saya sudah hidup dalam dunia saya sendiri sehingga orang mengatakan dirinya sombong sedangkan tidak,” jelas Sam yang semakin meningkat naik dan mempunyai harapan untuk pergi lebih jauh kerana bakat lakonannya.
Jadi, tidak hairanlah jika Sam diberikan gelaran ‘Johnny Depp Malaysia’ oleh segelintir pelakon dan pengarah.
Walaupun begitu, Sam tidak pernah menganggap dirinya bagus dan masih menagih ilmu daripada penggiat seni yang berpengalaman.
“Saya tak pernah rasa bagus. Berbalik kepada ‘perfectionist’, saya tidak pernah berpuas hati dengan kerja dari dahulu hingga sekarang.
“Saya suka memerhati keadaan sekeliling dan kuat berfikir. Saya tidak boleh malas belajar kerana pelakon bukan sekadar berlakon dan kita perlu tahu apa yang kita buat.
“Jika hendak tahu sesuatu karektor itu, kita tak boleh hanya gambarkan tetapi kita kena tulis dan sebenarnya banyak kerja yang kita perlu buat apabila bergelar seorang pelakon. Dalam malu-malu saya pun, saya tak malu bertanya.
“Jadi, setiap kali berlakon, saya akan ada guru-guru yang baru,” ulas Sam.
Tambah Sam, pujian yang diberikan sedikit sebanyak memberinya kekuatan untuk tidak jemu-jemu belajar perkara yang baru.
“Saya juga tidak merasakan seseorang pelakon itu sudah dikira berjaya apabila mendapat anugerah. Saya rasa mungkin apa yang pelakon itu buat adalah tepat dari segi perwatakan dan cerita yang dia lakonkan.
“Walaupun orang itu tak dapat anugerah, tak semestinya pelakon itu tidak bagus.
“Apabila seseorang itu berada dalam cerita dan pelakon-pelakon yang bagus, dia akan mudah mendapat anugerah.
“Saya rasa mungkin akan bagus kalau dapat berdialog dengan Al Pacino,” kata Sam dalam nada gurau.
Namun, tidak mustahil jika impiannya untuk berdiri setanding dengan pelakon hollywood akan tercapai jika Sam sanggup bekerja keras.
Di samping cuba merealisasikan impiannya, Sam juga sempat memberikan sedikit pandangan tentang sikap kebanyakan produksi tempatan yang kurang membuka peluang kepada sesetengah pelakon.
“Saya lihat kebanyakan pengarah dan produser sekarang lebih suka mengambil pelakon yang mereka sudah nampak pernah melakonkan sesuatu watak itu berbanding eksperimental.
Sam merasakan dirinya belum benar-benar popular .
Saya rasa mungkin itu merupakan salah satu kelemahan produksi kita kerana kita harus berpegang kepada sesuatu iaitu jika dia adalah pelakon, dia boleh melakonkan mana-mana watak.
“Mungkin kerana kebanyakan produksi kita tidak mahu mengambil risiko,” komen Sam.
Populariti
Apabila menyebut nama Shaheizy Sam, rasanya ramai yang tertanya-tanya siapakah dia. Tetapi jika menyebut nama Pa’e, barulah orang mengenalinya.
Lalu, bagaimana Sam merasakan tahap penerimaan penonton terhadapnya sekarang walaupun dia boleh dikategorikan sebagai pelakon berbakat?
Mungkinkah Sam kurang popular kerana imej bersih yang dikekalkan sehingga sekarang?
“Saya rasa mungkin diri ini masih tidak dikenali orang kerana saya bukanlah seseorang yang suka ‘expose’ diri-sendiri disebabkan perasaan malu saya itu.
“Saya terasa apabila saya tak berada pada satu tahap tetapi pelakon lain awal-awal lagi dah naik.
“Tetapi, saya sedar diri apabila melihat cara saya ‘expose’. Tidak mengapa, lebih baik saya buat apa yang saya suka dan tidak kisah sama ada orang kenal atau tidak.
“Saya pun takut kalau orang kenal kita kerana kita popular tetapi hasil kerja tidak begitu memuaskan. Lebih baik kita tumpukan kerja kita pada masa akan datang.
“Saya pegang pada satu prinsip di mana orang akan kenal kita kalau suatu hari nanti kita bagus. Tak kisah sama ada kita ini pelakon, ahli perniagaan dan apa-apa profesion sekalipun,” tutur Sam yang sama sekali tidak mahu menumpang populariti ibu dan kakaknya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 9:34 am | |
| SAmbungan......Evolusi KL Drift 2
Bertanya tentang perkembangan terkini, Sam berkata dia sedang membuat persediaan untuk berlakon filem Evolusi KL Drift 2 mulai Februari depan.
“Di dalam filem tersebut, saya memegang watak Ery iaitu watak antagonis yang lebih kurang sama dengan watak saya di dalam filem Bohsia.
“Ery merupakan seorang yang mempunyai penyakit mental. Kalau boleh setiap pelakon inginkan perwatakan yang berbeza. Jadi, saya harapkan watak Ery akan berbeza dengan watak saya di dalam filem Bohsia,” ujar Sam mengenai filem arahan Shamsul Datuk Yusof itu.
Bohsia
Sebelum Evolusi KL Drift 2, Sam pernah bekerjasama dengan Shamsul menerusi filem Bohsia.
Di dalam filem Bohsia, Sam memegang watak Acai, seorang yang tidak mematuhi undang-undang, pantang dicabar, berani dan suka mengikut telunjuk sendiri.
Menurut Sam, Acai menjadi seorang yang liar kesan daripada pil yang diambil.
Sam digelar 'Johnny Depp Malaysia' oleh beberapa pengarah dan pelakon tempatan.
Biarpun kedua-dua filem yang dilakonkan ini adalah watak antagonis, Sam berkata dia selesa menerima watak apa sekalipun lebih-lebih apabila diberikan peluang bekerja dengan pengarah seperti Shamsul.
Jelas Sam, dia selesa bekerjasama dengan Shamsul disebabkan visi yang dibawa oleh anak kepada produser dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam itu.
“Shamsul merupakan pengarah muda dan saya rasakan tidak jauh beza antara umur saya dan dia.
“Orang muda ni ada visi mereka tersendiri. Kita nampak imaginasi mereka lebih kurang sama berbanding dengan orang yang lebih berusia.
“Misalnya, apabila kita bercakap tentang cara bekerja, cara Datuk Yusof dan Shamsul bekerja adalah berbeza disebabkan faktor umur.
“Yang pasti, ada perkara yang saya boleh kaitkan apabila bekerja dengan orang muda. Fahaman saya dan dia juga akan menjadi sama apabila berada dalam kalangan umur yang sama,” ujar anak muda yang cukup mengagumi lakonan beberapa nama besar dalam dunia lakonan seperti Mel Gibson, Al Pacino, Ben Foster, Fauziah Nawi, Datuk Jalaluddin Hassan dan Rosyam Nor.
Jangan Pandang Belakang Congkak
Filem ketiga yang dilakonkan oleh Sam adalah Jangan Pandang Belakang Congkak arahan Ahmad Idham.
Bercerita tentang pengalamannya di dalam filem yang menggabungkan tajuk dua filem arahan Idham iaitu Jangan Pandang Belakang dan Congkak, Sam berkata dia seronok dapat berganding dengan pelakon yang kelakar.
“Watak saya di dalam filem ini adalah seorang yang suka mengelamun dan sedikit sebanyak menunjukkan seni jiwanya.“Bercerita tentang komedi, terdapat banyak pecahannya iaitu komedi slapstik, komedi situasi, ‘black comedy’ dan lain-lain. Terus-terang saya katakan, komedi saya agak berbeza daripada komedi Lan Pet Pet dan Azlee yang lebih kepada komedi slapstik.
“Mereka lebih banyak menggunakan ‘energy’ untuk berlawak berbanding saya kerana saya lebih menggunakan komedi situasi. Saya banyak menggunakan sesuatu situasi berbanding fizikal untuk berlawak.
“Agak sukar juga saya hendak berlawak dengan mereka kerana ‘energy’ lawak kami berbeza. Saya nak berlawak sikit-sikit tu bolehlah kot,” katanya yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Idham menerusi filem Syurga Cinta dan drama bersiri Impak Maksima.
Kasanova XXL
Selain filem, Sam turut kerap muncul di kaca televisyen seperti drama Ali Din, Impak Maksima, Graduan, Elly dan KL Menjerit.
Terbaru, Sam berlakon di dalam siri Kasanova XXL yang menemui penonton setiap Selasa, pukul 11 malam di TV3.
Sam membawa watak Ozi atau nama penuhnya, Osman Halim, seorang pemuda berbadan gemuk yang gemar masuk laman sembang Internet dengan menggunakan nama samaran, Wira Internet.
Kata Sam, walaupun terpaksa menahan kepanasan kerana mengenakan kostum tebal, namun dia berpuas hati kerana skrip ceritanya yang menarik dan bergandingan pelakon yang lucu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 9:37 am | |
| Apek rela di ‘overshadow’ Nabil SEJAK hampir sedekad lalu pelakon Saiful Apek, 40 tetap unggul sebagai pelawak nombor satu negara. Bermula Senario The Movie pada 1999, Apek terus laris setiap tahun hingga pernah membintangi lapan filem sepanjang 2005.
Bagaimanapun, kemunculan Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil tahun lalu memberi gambaran seakan Apek tidak lagi berada di tangga teratas kerana aura yang dimiliki juara Raja Lawak musim kedua itu cukup hebat.
Lebih mengukuhkan fakta berkenaan apabila lakonan Nabil dalam filem terbaru, Sifu dan Tonga lakonan Nabil dilihat lebih menonjol berbanding lakonan Saiful Apek.
Ketika diajukan soalan berkenaan, nyata jejaka yang berasal dari Kuala Lumpur ini tidak mudah melatah.
“Bagi saya overshadow dalam lakonan perlu lebih-lebih lagi jika cerita lawak. Namun pada masa yang sama biarlah ia sesuai dengan situasi dan sesuatu babak dalam filem berkenaan.
“Sesuatu lawak itu perlu lahir secara natural tanpa perlu dibuat-buat kerana lawak yang nampak menonjol ini perlu ada keseimbangan,”kata Apek yang ditemui selepas majlis pratonton filem terbaru lakonannya, Sifu dan Tonga.
Menurut bekas ahli kumpulan lawak Senario ini lagi, dia secara peribadi kagum dengan bakat yang dimiliki oleh Nabil dan dia percaya sebagai pelapis baru Nabil berpontensi untuk pergi jauh dalam arena lawak di negara ini.
"Nabil punya identiti tersendiri sebagai pelawak, dia selalu gabungkan idea-idea yang baru dan bekerjasama dengan dia dalam filem ini satu pengalaman yang menarik," ujarnya.
Apek dan Nabil bergandingan dalam filem Sifu dan Tonga .
Jelas Apek, perjalanan hidup pelakon mahupun pelawak bukan berniat untuk mengganti orang lain, tetapi menyambung generasi seterusnya.
Dia percaya setiap pelakon memberi sumbangan berbeza dan kehadiran lebih ramai pelakon baru mampu menjadikan bidang lakonan bertambah baik.
"Saya gusar bila memikirkan penonton ke pawagam asyik menonton wajah saya. Akibat kerap berlakon, ia tidak lagi mencabar pada saya dan kurang impak pada penonton. Soal filem pula, bukan lakonan saya tidak berkualiti, tetapi tidak lagi eksklusif.
"Walaupun ada yang menganggap pencapaian seni saya menurun apabila ada pelapis baru, hakikatnya saya masih ada di pasaran.
"Sebenarnya, sejak mula terbabit dengan bidang seni ini dulu selepas program Sinaran Pasport Kegemilangan pada 1994, minat saya lebih kepada kerja belakang tabir," katanya.
Apek yang kini bergelar pengarah melalui filem sulungnya, "Shhh...Dia Datang" mengakui pernah dua kali tolak tawaran berlakon bersama Aznil Nawawi pada 1996, tetapi rezekinya selepas itu bersama Senario hingga bertahan hingga tujuh tahun.
"Saya perlu menunggu sembilan tahun untuk sampai ke tahap Nabil sekarang yang diterima ramai peminat. Nabil mudah diterima kerana dia menang Raja Lawak 2. Lalu, kemenangan dia itu sebagai sijil untuk dia dapatkan kerja," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 9:39 am | |
| Bakal muncul dengan album soloDitanya mengenai perjalanan karier seninya, Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff berkata dia dalam proses menerbitkan album solonya terbaru.
"Walaupun aktif berlakon dan sudah jadi pengarah, saya tidak nafikan minat pada nyanyian tidak pernah luput. Saya akui sangat minat bermain gitar dan enggan bakat ini diketepikan begitu saja. Jadi, biarlah saya muncul dengan album untuk asah bakat nyanyian.
"Setakat ini, kira-kira 90 peratus penghasilan albumnya sudah siap dan akan dipasarkan Mac nanti.
"Album solo saya akan memuatkan 10 lagu. Saya juga ada menyumbangkan penulisan lirik dan turut memuatkan dua lagu bonus, Ubat dan Aspalela.
"Justeru, saya berharap album ini diterima peminat biarpun pasaran tidak menentu," kata pelawak yang dicungkil bakat menerusi Sinaran Pasport Kegemilangan terbitan TV3 pada tahun 1994 dahulu. Lebih istimewa dalam album terbaru Apek nanti akan turut memuatkan sebuah lagu duet Apek bersama Angah dan Along Raja Lawak.
Berlakon filem Mandarin
Nyata tuah terus berpihak kepada ayah kepada dua cahaya mata ini apabila dia mendapat kepercayaan pengarah dari luar negara untuk membintangi filem mereka.
Apek akan muncul dengan filem terbaru, The Wedding Game arahan sutradara dari Thailand, Ekachai Uekrongtham.
Dalam filem itu, Saiful Apek membawa watak Syed yang tetap berlandaskan komedi dan akan ditayangkan pada 25 Januari ini sempena Tahun Baru Cina.
Menceritakan perihal lakonannya, nyata Apek sangat teruja menantikan reaksi daripada peminat sekalipun wataknya tidak banyak tetapi paling menyeronokkan pengarah dari Thailand itu menyukai lakonannya.
Menurutnya, apa yang ditonjolkan untuk watak Syed itu ternyata tiada masalah bagi Ekachai menerimanya.
"Saya ambil tawaran berlakon The Wedding Game kerana mahu pengalaman bekerja dengan produksi luar. Ini kerana, sekarang adalah masanya untuk saya lebih terbuka bekerja dengan produksi luar demi perkembangan karier seni yang diceburi.
"Tidak kisah sama ada babaknya banyak atau sedikit, yang penting, kepercayaan orang pada bakat saya. Bagi filem The Wedding Game yang dibintangi rata-rata pelakon Cina, ia memang memberi cabaran besar. Maklum sajalah, bahasanya Mandarin.
"Namun, itu bukan alasan untuk tidak mencuba kerana saya sukakan genre kisah cinta. Lagipun, bekerja dengan Ekachai mudah asalkan faham kehendaknya. Dari segi kesungguhan bekerja pula, lebih kurang sama dengan pengarah di tanah air," katanya.
Tumpukan perhatian di belakang tabir
Sudah berlakon hampir 40 buah filem nyata Apek sudah seakan puas dengan pencapaiannya di layar lebar dan sempena kedatangan tahun baru 2009 dia ingin menumpukan perhatian kepada perkara lain.
"Untuk tahun 2009 saya nak tumpukan perhatian kepada kerja-kerja belakang tabir. "Saya rasa dah tiba masanya saya luangkan lebih banyak masa menjadi pengarah dan terbitkan rancangan-rancangan berbentuk lawak.
"Terbaru saya sudah pun mengarah sekuel 'Shh..Dia Datang'. Saya pun berdebar-debar juga menanti maklum balas daripada penonton," kata Apek yang sudah pun menerbitkan rancangan lawak 'Hua Hua Hua' di saluran berbayar Astro Ria. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 9:42 am | |
| Nabil akui rapat dengan Irma Hasmie Nabil punya aura tersendiri sebagai pelawak.Foto The Star Oleh: SHAARI CHE MAT LAWAKNYA yang bersahaja sering membuatkan penonton tidak kering gusi dengan gelagat jejaka tinggi lampai yang berasal dari Negeri Sembilan ini. Namanya menjadi sebutan selepas berjaya dinobatkan sebagai Juara Raja Lawak Astro musim kedua. Mencipta nama sejak bergelar juara program realiti televisyen terbabit, Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad menjadikan rancangan tersebut sebagai menjadi batu loncatannya untuk menerokai bidang seni yang diceburinya sejak setahun yang lalu. Biarpun baru setahun jagung dalam bidang seni Nabil, 25, pantas mencipta nama dalam persada hiburan tanah air. Atas populariti diraih, Nabil menggunakan peluang dengan bijak apabila menceburi bidang seni lain seperti pengacaraan. Namun akhir-akhir ini kisah cintanya menjadi topik perbualan hangat di forum-forum gosip di internet. Peluang menemuramahnya di majlis pratonton filem pertama lakonannya, Sifu dan Tonga digunakan untuk mendapatkan kepastian daripada tuan empunya badan sendiri. Nyata gosip yang bertiup tersebut bukan sekadar omongan kosong kerana anak muda yang berasal dari Mambau, Negeri Sembilan ini tidak menafikan perkara tersebut. "Ya, memang betul saya tak nafikan saya ada keluar dengan Irma, baru-baru ini, tapi sebagai kawan tak lebih daripada itu. "Saya dengan dia kenal masa saya terlibat dengan rancangan Gitu-Gitu Raya di Astro Ria tahun lepas,” ujar Nabil. Inilah pelakon yang digosipkan bersama Nabil dan dia juga mengaku sedang mengenali hati budi, Irma Hasmie. Ditanya sejauh mana hubungan mereka, Nabil berkata, dia dalam proses mengenali hati budi wanita terbabit. "Saya dalam proses nak mengenali hati budi dia. Kita tengok lepas ini macam mana mungkin terlalu awal untuk saya katakan mengenai status hubungan kami," katanya. Seperti diketahui ramai sebelum ini, Irma Hasmie merupakan bekas kekasih kepada pelakon kacak Farid Kamil namun entah dimana silapnya hubungan mereka putus ditengah jalan tahun lalu. Mungkin kekosongan itu membuatkan Nabil dan Irma rapat, lantas menyulam kasih dalam diam. Namun persoalan yang timbul adalah, sebelum ini Nabil pernah dikatakan rapat dengan anak kepada pengurus besar Grand Brilliance Sdn Bhd,Mira. "Saya akui sebelum ini kami memang rapat, saya ni suka berkawan dengan semua orang, mungkin sebab itu ramai akan salah sangka saya bercinta dengan orang ini dan saya suka orang itu. "Hakikatnya orang suka saya kerana sifat 'gila-gila' saya sahaja kot. Saya senang berkawan dengan sesiapa sahaja,” ujar Nabil yang tidak mahu kisah cintanya digembar-gemburkan sehingga menenggelamkan karier seninya. Tak fikir tentang popularitiJelas Nabil lagi, dia masuk ke bidang seni bukan untuk mencipta populariti sebaliknya dia ingin mengenengahkan bakat yang ada dalam dirinya. "Terus terang saya katakan, saya tak risau dan tak fikir langsung tentang populariti saya. Sebab saya menjual bakat dalam bidang ini. "Bagi saya dalam apa jua bidang pun, apa yang kita lakukan itu satu proses pembelajaran yang boleh memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik,” kata Nabil. Tahun 2009 sibuk berlakonBercerita mengenai karier seninya, Nabil tidak sabar menantikan maklum balas daripada penonton serta peminat-peminatnya terhadap lakonannya. "Saya takut tapi dalam masa yang sama saya teruja untuk tunggu feedback daripada peminat-peminat. Mana tahu ada yang tak suka,” ujarnya ceria. Terbaru Nabil bakal muncul dalam filem Sifu dan Tonga pada 29 Januari ini, selepas itu wajahnya akan terus berada di layar perak apabila beberapa filem lakonannya bakal ditayangkan pada tahun ini. Selepas Sifu dan Tonga, filem terbitannya sendiri, Lu Fikirlah Sendiri, sedang menunggu masa untuk ditayangkan. Pada ketika ini Nabil sedang sibuk menghabiskan penggambaran bagi filem Kecoh Betul bergandingan bersama pelakon jelita, Diana Danielle. Bermula Januari ini juga Nabil akan terbabit dengan filem Momok arahan M Jamil. Dia juga akan membintangi filem Man Tera yang menggunakan konsep tiga dimensi atau 3D arahan Bade. Nabil terus unggul biarpun usia pembabitan baru setahun jagung.Bayangkan dalam tempoh singkat, aura jejaka kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini mampu menguasai stesen TV tempatan seperti di TV3, TV9, RTM dan Astro. Rezekinya memang tidak putus, malah dek kesibukannya, Nabil terpaksa menolak hasrat menjadi pengacara majlis untuk majlis persandingan dan konsert Gempak Rewang yang diadakan khas sempena perkahwinan Mawi dan Ekin pada bulan Disember lalu. Pernah mengacarakan Melodi bersama Fara Fauzana dan Wahid Senario, impiannya untuk beraksi di bawah arahan pelakon versatile, Adlin Aman Ramli terus terbuka apabila dapat berlakon telefilem Sonata Labu Labi. Telefilem yang disiarkan di Saluran Astro Ria tahun lalu ini bakal diteruskan dengan penerbitan sekuel terbaru Sonata Labu Labi, ia bakal menemui penonton tidak lama lagi. ”Alhamdulillah saya bersyukur sangat biarpun masih baru dalam bidang lakonan tapi saya dapat peluang berlakon di bawah arahan Abg Adlin. "Saya rasa teruja berlakon di bawah arahannya. Banyak benda yang saya belajar,” kata Nabil. Nabil mempunyai kontrak selapa 18 bulan dengan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) bermula 2009 hingga pertengahan 2010. Bagi tempoh itu, dia akan membintangi tiga filem. Selain filem, Nabil juga akan muncul dengan program Studio Nabil dan program motivasi membabitkan Datuk Dr Mohd Fadhilah Kamsah di TV9 tidak lama lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 9:48 am | |
| Majlis pelancaran album Siti turut meraikan Hari Lahir Siti yang ke-30. Siti memotong pulut kuning sambil diperhatikan oleh suami, Datuk Khalid (kanan). |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 10:00 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 10:05 am | |
| Majlis Khatam AL-Quran |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 10:09 am | |
| Siti kena ganggu:Perempuan buat kacau depan rumahSAYA terpaksa menghubungi pihak polis demi keselamatan kami sekeluarga. Itu sebagai langkah berjaga-jaga sebelum berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini,ujar Datuk K. Datuk K telefon polisSAYA terpaksa menghubungi pihak polis demi keselamatan kami sekeluarga. Itu sebagai langkah berjaga-jaga sebelum berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini,ujar Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa atau Datuk K yang mengulas kejadian seorang perempuan yang datang menjerit dan membuat kacau di depan kediamannya Isnin lepas. Kejadian terbaru ini dipercayai berlaku rentetan daripada fitnah yang dilemparkan kepada pasangan ini kononnya rumah tangga mereka diambang keruntuhan. Tidak mahu mengulas panjang, Datuk K memohon agar fitnah-fitnah seumpamanya itu dihentikan segera. Mengakui beliau dan isterinya, Datuk Siti Nurhaliza agak tertekan dengan pelbagai gosip mengenai perkahwinan mereka itu, Datuk K memberitahu beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika perbuatan tersebut masih berterusan. Cerita-cerita itu (gosip) sebenarnya banyak menyerang?saya, bukan Siti. Orang ramai bersimpati dengan Siti kerana kononnya saya tidak menjadi suami yang baik kepadanya. Situasi inilah yang mungkin telah menimbulkan kemarahan orang (peminat) yang akhirnya akan bertindak di luar jangkaan,ujarnya kesal. Ahli perniagaan terkenal ini ketika ditemui di majlis pelancaran album terbaru isterinya,Lentera Timur itu turut ditanyakan apakah Siti akan dibenarkan untuk terus berkecimpung dalam bidang seni ini ataupun berundur seperti mana yang pernah disuarakan baru-baru ini. Saya tahu semua orang mahu tengok Siti terus menyanyi. Dia ramai peminat dan saya adalah salah seorang di antaranya. Saya tak pernah minta dia jadi suri rumah pun, hasrat itu tak pernah ada. Cuma bila pelbagai cerita yang tidak betul banyak sangat mengganggu rumah tangga kami, saya sedikit kesal. Apa pun, saya sentiasa berharap dan berdoa janganlah sampai dia mengambil keputusan itu (mengundur diri). Jadi, hentikanlah perkara-perkara yang boleh menyebabkan keadaan itu berlaku,?katanya. Undur diri Sementara itu, Siti ketika diajukan persoalan yang sama memberitahu isu dia mahu mengundur diri dari bidang seni ini timbul kerana pelbagai tekanan yang dilalui dia dan suami sejak akhir-akhir ini. Walaupun Siti dah lama dalam bidang ni dan pernah kena macam-macam gosip, tetapi ia tetap terasa apabila orang yang kita cintai merasainya. Siti tahu dia tertekan bila keluar gosip-gosip yang melampau macam ni (cerai). Mungkin kerana itu dia terkeluar kata-kata tu (mahu Siti berundur). Bagaimanapun, kami dah selesaikan masalah itu dengan pihak yang terlibat dan semuanya kembali OK. Memang Siti tak jamin selama mana Siti akan berada dalam bidang seni ini, tapi kalau boleh biarlah Siti berundur dalam bidang ni kerana ada komitmen lain dan bukan kerana kontroversi yang melanda,jelasnya berterus-terang.[b] |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 10:11 am | |
| Dengarnya...: Suami artis genit bertanya minuman arak LAGI cerita pada malam Anugerah Juara Lagu. Cerita yang ini membuatkan CikNormah terkedu. Kawan Cik Normah, Donna Marcella yang turut menghadirimajlis post party AJL bercerita mengenai kisah suami kepada seorangpelakon genit ini.
Mereka baru saja berkahwin dan suaminya mat salih tetapi sudahmemeluk Islam. Donna yang terdengar perbualan mereka pun terkejut, inikan pula Cik Normah yang mendengar ceritanya.
Dialog suaminya berbunyi, “Where is the champagne?” terdengarapabila mereka sampai ke majlis post party. Tahulah suaminya itu matsalih, tapi kalau sudah berkahwin dengan orang beragama Islam,takkanlah tak ada sensitiviti langsung. Sudahlah datang ke majlis yang rata-ratanya dihadiriorang Melayu dan minuman keras itu memang jelas haram hukumnya dan takpernah dihidangkan pada majlis seumpama itu. Ishhh... kenapa boleh jadi macam tu? Takkan tak retimenghormati budaya orang Melayu. Entahlah, Cik Normah malas nakmengomel panjang kisah ini, tapi memanglah tak wajar suaminyabertanyakan soalan itu. Entahlah, makan pengat sendiri mahu ingatlah.Harap saja muka suaminya kacak tapi bertanya soalan yang bolehmenimbulkan tanda tanya.
Pelakon itu harus sedar apabila berkahwin dengan orang bukanIslam, maka tanggungjawab besar untuknya membimbing suami ke jalan yangdiredai Tuhan. Jangan pula si pelakon itu pula yang terikut-ikut budayadan gaya hidup Barat si suaminya. Bukan bermaksud Cik Normah nakmenghentam kerana kubur kita masing-masing. Cuma selagi boleh nasihat,Cik Normah tergerak hati untuk memberi kesedaran.
aku teringin nak tau.... sapolah gerangannya??? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 20 Jan 2009, 10:27 am | |
| sibob ni nak ganti cik wan ker..hihih:82: |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 10 of 20 | Go to page : 1 ... 6 ... 9, 10, 11 ... 15 ... 20 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |