|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 15 Jan 2009, 11:08 am | |
| Soseh Soseh: Tukang jahit ciplak pereka terkenalSebab setiap kali ditemu bual pasti bakal pengantin akan menyebut siapa penaja mereka. Baguslah dan di sini SS lihat ia sebagai perkongsian rezeki. Bakal pengantin bahagia, tukang jahit dapat nama. Apatah lagi jika rekaannya meletup. Sana sini orang puji, keluar dalam akhbar, majalah dan pelbagai medium hiburan lagi. Tetapi baru-baru ini, SS dengar ada tukang jahit turut sibuk hendak menumpang tuah artis popular ini dengan menaja baju untuk pengantin. Untuk majlis perkahwinan itu, artis popular itu sudah mempunyai barisan pereka fesyennya sendiri yang memang sudah terkenal. Dia pun tak kisah siapa hendak menaja asalkan bajunya cantik dan bersesuaian tema majlis. Hendak menolak tajaan orang, nanti ada yang berkecil hati pula. SS rasa artis itu tidak sempat tengok pun baju itu kerana banyak lagi perkara lain yang perlu diselesaikan. Maka tibalah hari bersejarah artis popular itu. Acara perkahwinan diadakan di beberapa tempat. Selepas selesai persandingan pertama, pasangan raja sehari ada beberapa lagi siri persandingan. Tersangatlah meriahnya majlis perkahwinan artis itu dan pasangannya. Untuk siri persandingan kedua, artis itu sepatutnya pakaian baju rekaan tukang jahit itu. Tetapi sebaik saja pengantin perempuan tengok rekaan baju pengantin itu terus dia tarik muka 16. Buruk gila, entah fesyen apa. Manik berterabur. Dek kerana majlis bersanding dah nak mula dan tetamu sudah penuh meja, terpaksalah pengantin pakai balik baju pengantin yang sudah digayakan pada malam siri pertama persandingan diadakan. Hendak buat macam mana, mana ada masa hendak cari baju lain. Sudahlah merosakkan majlis orang, tukang jahit itu sanggup letak label nama pereka terkenal pada bajunya. Apa lagi naik angin pereka terkenal itu. Ada pihak lain yang sudah menggunakan namanya pula untuk cepat terkenal. Rupanya, kerja asal tukang jahit itu adalah juru solek. Tak tahulah bila masa pula dia meneroka kerjaya baru sebagai tukang jahit. SS tahulah niatnya hendak dapat tempias populariti artis itu tetapi buatlah kerja dengan sempurna. Jangan main ala kadar aje. Penyudahnya apa pun tak dapat, kena maki lagi ada. **** adakah ini kikin sebab aku tengok baju resepsi kat rumah dia macam sama dgn baju yang dia pakai kat stadium larkin....selalu org kata tarik muka 14, ini SS kata tarik muka 16...sure macam iklan cuka |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 15 Jan 2009, 11:09 am | |
| Keluarga restu Abby & Zoulle: Mereka begitu terbukaKALAU sudah ditakdirkan jodoh saya dengan Abby, saya terima dengan hati yang terbuka. Nabi Muhamad S.A.W dan isteri pun jauh beza umur. Itu bukan satu isu. Saya juga tidak kisah tentang status dia (ibu kepada tiga anak).
Apa yang penting adalah hubungan yang dibina itu. Jadi, tak timbul soal memilih?kerana diri saya juga bukanlah sempurna,?begitu kata Zulkifli Ariffin ketika ditanyakan reaksinya jika hubungannya dengan Abby Abadi menjadi lebih istimewa selepas ini.
Malah, pelakon yang lebih mesra disapa dengan panggilan Zoulle ini memberitahu, keluarganya juga begitu terbuka dengan pilihan anak-anak. Bukan sahaja berkaitan kerjaya tetapi juga soal jodoh dan pilihan hidup. Justeru, gosip hubungannya dengan pelakon yang cukup terkenal dengan watak Inspektor Aleeza itu juga bukanlah satu isu besar yang harus diperdebatkan oleh keluarganya
Bagaimanapun, Zoulle yang kini telah pun menjadi keluarga baru Gerak Khas menegaskan hubungannya dengan Abby Abadi hanyalah sekadar teman baik sahaja. Ia berlaku secara tidak sengaja apabila keduanya berkenalan ketika sama-sama berlakon dalam drama Apa Itu Cinta. Bila saya cakap dia teman baik saya, ramai yang kata saya nak cover line.
Hakikatnya itulah situasi sebenarnya. Saya juga tak tahu kenapa orang besarkan isu saya dengan Abby Ini. Sampaikan kenyataan saya yang mengatakan saya tidak anggap dia sebagai kakak pun menimbulkan salah faham. Memang saya tak anggap dia kakak sebab saya rasa lebih selesa kalau dia jadi kawan. Kalau sebagai kawan, perbualan kami akan lebih meluas dan tidak terhad. Kami bebas untuk berkongsi apa sahaja cerita.
Bagaimanapun, saya tetap menghormati dia yang lebih berusia dari saya, ujar Zoulle yang lapan tahun lebih muda daripada Abby. Minta maaf Sementara itu, pelakon yang juga bintang iklan komersial ini juga turut ditanyakan reaksinya apabila ada pihak yang menganggap kemunculannya di sisi Abby telah membuatkan imej pelakon yang baru sahaja melalui proses perceraian itu sedikit tercalar.
Perasaan simpati terhadap Abby dengan apa yang telah terjadi dalam perkahwinannya, telah bertukar cerita lain dengan kemunculan Zoulle. Saya minta maaf jika itu yang difikirkan orang. Apa yang boleh saya cakap, semua ini adalah kebetulan dan bukanlah dirancang oleh saya mahupun Abby sendiri.
Ia tentu sekali tidak menjadi isu kalau hubungan persahabatan kami ini tidak disalah ertikan oleh sesetengah pihak,?tegasnya yang turut mengakui namanya dikenali kerana gosip ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 15 Jan 2009, 11:12 am | |
| Anak Erra: Belum lahir dah dapat offer berlakon Apabila seseorang pelakon kahwin, ada yang mula fikir pasal populariti mereka yang akan menurun. Apatah lagi apabila mereka berstatus ibu. Erra Fazira pula bagaimana? Lain halnya dengan Erra Fazira apabila kelahiran anak sulungnya dinanti-nantikan oleh semua orang. Ada yang tak sabar nak tengok bagaimana rupa anak Erra dan suaminya Engku Emran. Erra kini hangat dengan drama Mentua VS Menantu di Astro. Erra ialah residen artis untuk berlakon drama di saluran-saluran di bawah Astro. Dengarnya anak Erra akan dibawa berlakon drama itu selepas Erra bersalin nanti. Dalam episod-episod sekarang, Erra berlakon sebagai seorang isteri yang sedang hamil. "Secara lisan Erra sudah bersetuju dengan cadangan membawa anaknya bersama- sama ke set penggambaran drama itu nanti dan akan berlakon sebagai anaknya," kata penerbit drama tersebut David Teo dari MIG. Menurut David, idea itu disampaikan kepada Erra kerana ia membolehkan dia menjaga bayinya semasa di lokasi. Dari segi promosi ia juga sangat baik untuk menghangatkan lagi episod baru Mentua VS Menantu apabila ditayangkan nanti. Bertuah sungguh anak Erra nampaknya, belum lahir lagi dah ada lubuk membawa pendapatan tambahan kepadanya. Pastilah tawaran memabwa anaknya ke set akan dibuat bersama-sama sejumlah bayaran tertentu. Kecil-kecil lagi dah bawa rezeki nampaknya. Jangan ingat anak artis luar sahaja yang boleh membawa wang apabila pihak penerbit berlumba-lumba mendapatkan hak penyiaran gambar mereka secara eksklusif. Bila sebut eksklusif pastilah bayarannya berganda kerana budak itu tak boleh muncul di dalam media lain. Tunggulah perkembangan terbaru pasal anak Erra apabila anak itu lahir nanti. Erra pastinya akan menyambung penggambaran dram bersiri itu semula selepas bersalin. Perkembangan pasal anaknya pasti akan diuar-uarkan kemudian. Jadi tunggu... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 15 Jan 2009, 11:18 am | |
| Gambar) Ajai Bergaya Bersama Kereta Mewahnya, BMW 5 SeriesIni seolah-olah satu lagi siri selebriti bersama kereta mewah oleh krew JomStar. Ajai yang cukup di’kenali sebagai penulis & komposer lagu memberitahu yang BMW 5 Series berwarna putih ini di’beli tahun lepas. Pembelian kereta ini adalah lebih sebagai penggalak kepada kerjaya Ajai untuk lebih baik & bukan untuk bermegah-megah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 15 Jan 2009, 11:28 am | |
| Rita Rudani & Aidil terus ‘sembunyi’ Pasangan ini dinikahkan Naib Kadi Wilayah Songkhla, Haji Chowalit Pinsuwan, sementara abangnya Ahmad Musyaiful Mokhtar, 33 sebagai wali. Di majlis itu juga, Aidil menyerahkan mas kahwin RM777.77 dan wang hantaran sebanyak RM7,777.77 kepada Rita. Puas Ca’el dan Editor MH cuba menghubungi Rita mahupun Aidil namun mereka lebih senang untuk tidak menjawab panggilan.
Bukan itu sahaja, SMS kami juga tidak berbalas. Mungkin tidak mahu menghangatkan kontroversi yang timbul, mereka mengambil langkah untuk berdiam diri. Tapi sampai bila? Bukannya kami ingin menghentam atau mengorek lebih mendalam, sekadar ingin bertanya perkembangan terbaru mereka.
Pandai Rita merahsiakan hubungan mereka yang terjalin selama tiga tahun memandangkan sewaktu mengadakan sesi fotografi muka depan MH bersama pelakon Remy Ishak sedikit masa dulu, dia mengaku dirinya masih berkawan dengan Aidil. Sedangkan ketika itu dia sudah bergelar isteri yang sah kepada Aidil. Sekarang sudah lebih 10 bulan dia bergelar isteri, Rita khabarnya mengelak daripada sebarang publisiti dan ingin menumpukan sepenuh perhatian di lokasi penggambaran menyudahkan komitmennya sebelum mengambil keputusan untuk berehat dari dunia seni seketika.
Ketika itu, Rita atau Aidil mengelak daripada mengesahkan mereka bercinta dan mendakwa mereka hanya ‘teman tapi mesra’. Lebih mengukuhkan dakwaan, apabila gambar mereka berdua berpelukan di Genting Highlands tersebar menerusi emel mengukuhkan lagi bahawa mereka sedang hangat dilamun cinta.|
Sebenarnya sebelum ini ramai pembaca MH meminta kami menyiarkan perihal terbaru Rita dan Aidil mengenai ‘kisah cinta’ mereka. Tetapi apakan daya mereka tidak mengaku bercinta. Bagaimanapun mereka dilaporkan sering keluar bersama secara bersembunyi. Aidil dikatakan acapkali bertemu Rita dan pernah meraikan hari lahir kekasih (kini isteri) di lokasi penggambaran.
Sejak berita perkahwinan mereka didedahkan, Rita dan Aidil menyepikan diri daripada keluarga dan semua media. Hinggalah keluarga Aidil sepakat mengadakan sidang akhbar tergempar di rumah anak sulungnya, Ruziana Abd Radzak Salleh, 59, di Taman Coral Height, Sikamat, Negeri Sembilan untuk mengumumkan mengenai pernikahan tersebut. Itupun kisah Rita dan Aidil terbongkar setelah kakaknya bercerita kepada ibubapa mereka. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 15 Jan 2009, 11:30 am | |
| Aaron Aziz mula buat kajian Selepas berjaya mencipta nama di tempat kelahiran sendiri, Aaron Aziz mencuba nasib di persada hiburan Malaysia pula. Melangkah setapak demi setapak ke hadapan, nyata bukanlah satu percubaan yang sia-sia. Ternyata berkat usahanya selama ini menjadikan nama Aaron Aziz kini tidak asing lagi di arena hiburan. Tidak hairanlah kebelakangan ini wajahnya sering dilihat menghiasi layar mahupun di dada media. Terkini, penulis berpeluang bertemu dengan Aaron di set penggambaran fi lem terbaru lakonannya, ‘Pisau Cukur’. Memegang watak Ari selaku penyiasat peribadi dibawah arahan Bernard Chauly buatnya memberi satu lagi pengalaman yang penuh bermakna di dalam perkembangan kariernya sebagai anak seni. “Bernard punya caranya tersendiri sebagai pengarah. Boleh dikatakan dia seorang pengarah yang cukup teliti sama ada dari segi intonasi mahupun pergerakan ketika lakonan dan apa sahaja yang berkaitan. Pada saya ini bukan satu bebanan tetapi ilmu yang saya perolehi di dalam dunia seni. Disebabkan sikapnya yang cerewet juga membuatkan saya membuat kajian dan mempelajari sendiri. “Manakala dari segi watak Ari pula, saya membuat kajian sendiri dengan melihat sekeliling misalannya cara pemakaian dan pergaulan remaja. Watak ini memerlukan saya kelihatan 10 tahun lebih muda, jadi adakalanya saya membuat penilaian cara Nas-t dan Fazura seharian ketika di set,” jelasnya yang buat pertama kalinya berpeluang berlakon disamping Khatijah Tan, Maya Karin dan Fazura. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 15 Jan 2009, 11:33 am | |
| Erra mengandung Emran yang mengidamSekian lama Erra menyimpan impian mempunyai cahaya mata, akhirnya doanya dimakbulkan Allah. Bagi Erra dan Emran, tiada anugerah yang lebih berharga melainkan memiliki zuriat. Sejak disahkan hamil, hidup Erra dan Emran semakin bermakna. Hari-hari mendatang dirasakan begitu membahagiakan terutama buat Erra. Artis yang pernah mendapat jolokan ratu fi lem Melayu ini mengakui pengalaman mengandung antara kenangan paling indah dalam hidupnya. Dia tidak sabar menanti saat kelahiran anak sulung yang bakal menyerikan rumah tangganya bersama Emran.“Selama ini, Erra hanya dengar pengalaman dan cerita dari orang kini Erra alami sendiri. Alhamdulillah, Erra tidak alami sebarang alahan yang teruk sepanjang mengandung. Cuma pada peringkat awal kandungan saja, Erra loya. Masa tu memang Erra pastikan asam sentiasa ada untuk hilangkan rasa loya. “Keluarga mentua menasihati Erra agar banyak membaca ayat Al-Quran sepanjang hamil. Erra amalkan tiga surah iaitu Luqman, Mariam dan Yusof. Selain itu, Erra juga menjaga tingkah laku dan tutur kata agar bayi yang dikandung tidak menerima kesan buruk. “Erra juga berpesan kepada Emran menjaga sikap. Perkara yang paling Erra tekankan ialah tidak menegur benda yang pelik dan tidak sesekali mengumpat atau mengata orang,” katanya. Ditatang bagai minyak yang penuh?Pelakon fi lem ‘Pasrah’ ini tidak mengidam makanan tertentu sepanjang hamil. Sebaliknya, Erra mengakui seleranya sering bertukar. Ada kalanya, dia menjamah makanan Jepun, di hari lain pula Erra makan makanan India. “Semua makanan pun Erra selera makan. Erra tidak tertumpu kepada makanan tertentu saja. Lain pula dengan Emran, sejak Erra hamil dia suka sangat makan makanan masin. Bayangkan Emran boleh ratah garam begitu saja,” ceritanya. Ada pihak yang mengatakan Erra ditatang bagai minyak yang penuh oleh suami dan keluarganya selepas disahkan hamil. Erra menafi kan perkara ini, katanya dia tidak suka dirinya terlalu dimanjakan. “Layanan suami dan keluarga kepada Erra biasa saja, tiada yang berubah. Erra pun tak mahu manjakan diri sangat, selagi terdaya Erra lakukan semua kerja sendiri. Cuma Emran dan keluarga kedua belah pihak tidak benarkan Erra lakukan kerja berat demi keselamatan Erra dan kandungan, ” jelas Erra. Teruja beli barang bayiBercerita tentang kandungannya, Erra bersyukur doctor mengesahkan perkembangan bayinya positif dan tidak menghadapi masalah. Dia telah membuat imbasan untuk mengetahui jantina bayi. “Buat masa ini, saya tidak pasti lagi mengenai jantina bayi kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku. Saya tidak mahu berharap sangat imbasan yang dilakukan 100 peratus betul. Saya dan Emran tidak kisah mengenai jantina bayi, bagi kami yang penting bayi sihat dan cukup sifat. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 15 Jan 2009, 11:34 am | |
| Juliana Evans tolak banyak tawaran berlakon DIA punya pakej yang lengkap. Cantik, berbakat dan pandai membawa diri. Menceburi bidang seni sejak usianya masih kecil juga memberikan kelebihan besar buatnya. Justeru pelakon yang bernama Juliana Sophie Johari Evans atau lebih dikenali sebagai Juliana Evans ini yakin dia tidak memerlukan kontroversi atau gosip murahan untuk menaikkan namanya dalam persada seni. Mahu bersih daripada sebarang gosip dan kontroversi, pelakon berwajah pan-asian ini begitu menjaga kehidupan peribadinya. Dia mahu memastikan hanya bicara soal kerjayanya sahaja yang menjadi bahan bual masyarakat sekeliling. “Walaupun saya masih baru dalam bidang ini, tetapi saya sering memerhatikan apa yang berlaku dalam dunia hiburan kita. Tidak dinafi kan gosip banyak membantu memperkenalkan seseorang artis itu, tetapi dalam masa yang sama gosip juga akan membunuh kerjaya seseorang itu. “Jadi, saya memilih untuk tidak mendekati gosip. Tidak mengapa saya tidak popular dan menjadi bahan bual pun, saya tak kisah. Apa yang penting, nama saya tidak dikaitkan dengan bendabenda yang tidak berkaitan dengan kerjaya,” tegasnya penuh yakin. Sejak namanya mula dikenali melalui fi lem Kami The Movie, pelakon yang juga pengacara program Remaja ini dihujani banyak tawaran berlakon. Namun, tebal dengan prinsip diri, Juliana lebih senang bersikap selektif dalam menimbangkan tawaran yang datang. Bukan pelakon ‘asal boleh’ Kata Juliana, dia tidak mahu dilabelkan sebagai tamak atau pelakon ‘asal boleh’. Justeru itulah, dia amat menitik-beratkan kualiti dan kesesuaian watak yang diberikan kepadanya. “Sungguhpun saya pelakon baru, itu tidak bermakna saya boleh main ambil sahaja tawaran yang datang tanpa mengira kesesuaian watak itu dengan saya. Sebenarnya, banyak tawaran yang saya tolak. Bukan kerana ‘demand’ tetapi kerana watak yang diberikan tidak sesuai dengan saya . “Saya tidak akan sesekali terima tawaran itu semata-mata kerana ketika itu saya tak ada kerja nak buat. Saya mahu berlakon untuk tonjolkan bakat dan kemampuan sebenar saya. Biarlah penampilan saya itu sama ada melalui drama mahupun fi lem, wataknya memberi impak kepada mereka yang menonton,” katanya yang bakal muncul dalam drama Kasut Tumit Tinggi dan fi lem Hooperz tidak lama lagi. Menurutnya lagi, walaupun mendapat galakan dan sokongan penuh daripada keluarganya untuk terlibat secara serius dalam bidang seni, pelajaran tidak pernah dilupakannya. Dia yang kini masih menuntut di Kolej Sunway dalam bidang komunikasi massa ini mahu berjaya dalam kedua-dua bidang. “Keluarga telah banyak melabur untuk pendidikan saya. Jadi, saya tidak mahu kecewakan mereka. Biarpun sibuk dengan aktiviti seni, saya akan pastikan cemerlang juga dalam pelajaran. “Mereka tidak menghalang saya dalam bidang seni, jadi saya tidak mahu mengambil kesempatan dan mengecewakan harapan mereka untuk melihat saya berjaya dalam pelajaran,” ujar anak bongsu dalam keluarga ini lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 15 Jan 2009, 11:39 am | |
| Faezah Elai... si seksi yang brutalPerkara ini diakui sendiri oleh Faezah yang memegang watak sebagai gadis tomboy di dalam drama bersiri popular, “Sutera Maya”. “Saya memang begini, sukar untuk memulakan perbualan, pendiam dan lebih suka buat hal sendiri. Lagi pun saya takut tersalah cakap sebab saya ni kalau dah bercakap memang direct saja,” ujar Faezah sementelah wajah jelitanya disolekkan.
Mula menceburi dunia lakonan apabila ditawarkan berlakon dalam filem ‘Otai’ beberapa tahun yang lalu. Tetapi apabila dikritik hebat kerana lakonannya dikatakan kaku, Faezah berasa patah semangat. Lantas menumpukan perhatian di dalam bidang modeling terutamanya untuk iklan komersial. Malah dia juga pernah menjadi pengacara untuk program TV seperti “Game Time” (8TV), “TV Trivia” (TV3) dan “Gegar U” (Astro Ria).
“Sedih bila dihentam teruk selepas ‘Otai’ membuatkan saya merajuk seketika dari bidang lakonan. Lagi pun sehingga sekarang, saya lebih senang aktif dalam modeling kerana bidang ini lebih mudah dan hasil pendapatannya juga lebih lumayan berbanding lakonan.
Tapi sekarang ni apabila kembali ke bidang lakonan, saya bersyukur kerana dapat juga banyak tawaran tetapi saya lebih senang fokus satu per satu. Maksudnya saya tidak akan menerima tawaran berlakon serentak sebab saya takut confuse dengan karakter yang dibawa,” ungkap Faezah yang wajahnya boleh dilihat melalui iklan Vanish, Celcom, dan banyak lagi.
Tegas bertempat
Terkejut juga saya apabila Faezah bercerita bahawa dia pernah menampar seorang lelaki ketika masih bertugas sebagai pramugari untuk sebuah syarikat penerbangan. Cerita Faezah, “Semua ni gara-gara lelaki tersebut memaki hamun saya disebabkan saya menegurnya yang dia tersalah tempat duduk. Dia naik angin sebab terpaksa berpisah tempat duduk dengan pasangannya. Keadaan semakin kecoh bila dia tiba-tiba menarik saya dengan kasar lalu terjadilah adegan saya menampar dia. Hahahaha...”.
Gadis kacukan Siam-Pakistan ini mengakui dirinya seorang yang tegas dan tidak akan membiarkan orang lain memijak kepalanya. “Saya berjumpa dengan ramai orang terutamanya ketika bertugas sebagai pramugari selama 2 tahun. Dah tentu banyak kerenah dan ragam orang yang terpaksa saya hadapi. Itu semua pengalaman yang membuatkan saya sentiasa berhati-hati.” Bagaimana dengan godaan dari lelaki-lelaki yang tertarik dengan wajah jelita anda? “Godaan ini memang tidak dinafikan.
Tetapi kalau kita tak layan, perkara itu takkan terjadi. Saya memang enggan layan perkara-perkara macam ni. Saya ni jenis hati kering. Kalau saya tak suka, memang saya akan buat tak tahu saja. Takkan layan langsung. Untuk pengetahuan lelaki-lelaki semua, saya ni memang susah hendak digoda. Jadi tak perlulah anda mencari jalan untuk menarik perhatian saya. Semua ini menjadi sia-sia saja. Dan untuk pengetahuan anda semua, saya bukanlah jenis perempuan Melayu terakhir.”
Mungkin disebabkan lelaki-lelaki ini melihat Faezah sebagai wanita seksi, maka mudah untuk digoda? Sampaikan ada peminat yang menganggap penampilan Faezah ‘berani mati’. “Seksi? Itu cuma untuk modeling dan photo shoot sebegini. Atas dasar profesional. In my real life, i’m just a simple women. Saya lebih senang memakai t-shirt bersama jeans. Saya tak kisah dengan tanggapan pihak luar, I know what I am doing. Apa yang penting, orang-orang yang rapat dengan saya terutamanya keluarga pastinya lebih mengenali saya. Dan saya tahu bagaimana mengawal diri agar tidak melampaui batas.” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 15 Jan 2009, 11:41 am | |
| Adzriefaiz Adzlan Dari mekanik ke pentas seni: Siapakah lelaki ini?Wajahnya pernah kelihatan di beberapa iklan komersil di kaca TV. Juga sudah terpapar di dalam beberapa drama sebagai watak pembantu. Masih ramai yang tidak mengenalinya, mungkin belum ada satu watak yang berjaya menonjolkan dirinya kepada peminat industri hiburan negara ini. Siapakah sebenarnya lelaki ini? Anak muda ini memulakan jejak awalnya dalam seni sebagai model iklan. Kemudian langkah diatur satu persatu ke dunia lakonan, wartawan penyiaran dan kemudian sebagai pengacara. Sudah mula dikenali dalam drama-drama tempatan, kini masa untuk memperkenalkannya secara rasmi oleh Maskulin. Untuk merungkai siapa sebenarnya Adzriefaiz Adzlan, satu temujanji telah diatur untuk ruangan Maskulin bulan ini. Hadir tepat pada masanya, anak muda berbakat besar ini sememangnya mempunyai susuk tubuh yang tinggi berbanding jika dilihat di kaca TV. Paras rupa pula bila diamati seakan ada gaya Bollywood atau dari negara latin. Selain mudah mesra, dia juga memberi kerjasama yang baik sepanjang sesi fotografi, seperti yang boleh anda lihat sendiri hasilnya ini. Ayuh, kenali siapa empunya nama Adzriefaiz ini. Pelbagai bidang, penuh pengalaman Tidak menyangka dia kini sudah bergelar pelakon, pada peringkat awalnya, Adzriefaiz tidak pasti akan hala tuju kehidupannya. Lama dahulu sebelum mula dikenali, dia melakukan pelbagai jenis kerja untuk mencari pengalaman dan wang saku sendiri. Malah cita-citanya selepas tamat persekolahan, mahu menjadi seorang mekanik. Untuk merealisasikan cita-citanya itu, Adzriefaiz telah melanjutkan pelajarannya di Kolej Negeri di Seremban, Negeri Sembilan dalam bidang automotif. “Ketika itu, seorang teman bercadang mahu membuka sebuah bengkel membaiki kenderaan. Jika mempunyai kemahiran, maka saya akan diberi kepercayaan untuk mengendalikan bengkel miliknya. Atas faktor itu, saya belajar tentang kemahiran membaiki enjin. Tapi setelah tamat pengajian, perkara yang dirancang tidak menjadi atas beberapa sebab teknikal. Jika tidak, mungkin saya seorang mekanik sekarang.” Jelas Adzriefaiz memulakan bicara. Manusia hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Setelah impian untuk menjadi seorang mekanik tidak menjadi kenyataan, Adzriefaiz beralih arah dan bekerja di pelbagai bidang seperti jurujual dan pekerja am. Dia tidak memilih pekerjaan kerana dari zaman sekolah lagi, dia telah melakukan kerja seperti menghantar flyers dari rumah ke rumah sebagai pendapatan sampingan. Malah segala susah dan senang dalam semua pekerjaan itu diambil sebagai bekalan pengalaman dalam menempuh hari yang mendatang. “Saya bukan daripada golongan orang yang berada. Jadi ada ketikanya saya perlu berusaha sendiri dan tidak mahu menyusahkan keluarga. Ditambah pula sebagai anak sulung, maka saya perlu tunjukkan contoh yang baik kepada dua adik yang lain.” Terangnya yang lahir di Pulau Pinang dan membesar di Kuala Lumpur. Model iklan pasaran India!Langit tidak selalunya mendung, begitulah juga dengan kehidupan pemuda ini. Ketika bekerja tanpa hala tuju itu, Adzriefaiz pula sering mengiringi teman wanitanya yang terlibat sebagai model iklan di sebuah syarikat produksi. Pada peringkat awal, tujuannya sekadar mahu menemani sahaja. Mungkin melihat dari raut wajahnya yang agak menarik, maka dia telah diberi peluang untuk menjalani uji bakat. Dengan dorongan dan semangat si dia yang sentiasa berada di sisi, dia sekadar mencuba kerana tidak yakin akan berpotensi sebagai model iklan. Tanpa diduga, dia telah terpilih. Bermula detik itu hingga sekarang, sudah tiga tahun Adzriefaiz berjaya meletakkan dirinya sebagai model iklan komersil. “Tawaran iklan komersil saya yang pertama adalah untuk syarikat insurans dari negara India. Kebanyakan iklan komersil membabitkan saya pada peringkat awal, tidak banyak yang ditayangkan di sini. Setelah tiga tahun, barulah saya mendapat peluang untuk muncul di dalam iklan Coca-Cola, Hotlink, McDonalds dan banyak lagi untuk tayangan tempatan pula.” Ceritanya bersemangat bagaimana dia mula terlibat sebagai model iklan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 15 Jan 2009, 12:21 pm | |
| Aznah, Fetty & Fadilah tetap ‘laris’Wajah ketiga-tiga aktres ini memang tidak asing lagi bagi para peminat terutama peminat drama tempatan. Bahkan, satu persatu drama dan filem lakonan mereka ditayangkan di kaca TV. Walau pun usia mereka sudah melepasi angka 40, namun nampaknya rezeki mereka di bidang seni masih lagi mencurah-curah. MIDI berjaya menghimpunkan ketiga-tiga orang wanita yang masih kekal jelita dan anggun ini di studio Karangkraf. Gamat suasana dibuatnya dengan keletah mereka yang tersendiri. Ada saja yang mencetuskan gelak ketawa kami semua. Yang nyata, tidak sukar untuk bekerjasama dengan mereka bertiga. “Berlakon tidak ada pencennya” - Aznah Hamid Pelakon yang berasal dari Singapura ini tidak kurang hebatnya dalam dunia lakonan. Mula berjinak dengan dunia lakonan sewaktu usianya 12 tahun bersama Cathay Kris. Dan kemudiannya berpindah ke Kuala Lumpur setelah Cathay Kris itutup.Filem ‘Comat’ terbitan Sabah filem adalah filem lakonan pertamanya. Malik Selamat, Pak Aziz Satar, Rahim Razali antara nama-nama hebat yang pernah berlakon bersamanya dan menjadi sifunya. Antara drama lakonan yang masih terpahat dalam ingatan peminatnya ialah Rumah Kecil Tiang Seribu dan filem Pemburu... “Peminat tidak suka saya pegang watak jahat" - Fadilah Mansor Fadilah Mansor atau lebih mesra dengan panggilan Kak Chik memang peramah, manja dan mudah mesra orangnya. Namun dia mengakui dirinya rasa gugup bila disuruh bergaya di depan kamera.Katanya berbeza dengan saat beraksi di depan lokasi penggambaran drama dan filem. Puas juga kami cuba membangkitkan moodnya supaya lebih relaks dan tidak nampak tegang. Sehingga akhirnya dia berjaya mengawal rasa gugupnya itu dan memberikan pose terbaik untuk kami. Isteri kepada pengarah drama, Ahmad Ibrahim atau lebih di kenali sebagai Ahmad London ini telah berlakon lebih daripada 80 buah drama yang kebanyakan membawa watak ibu dan kadang kala diberi peranan sebagai kakak... Fetty Dzul kembali aktif lepas bersaraSaat dia tiba di Karangkraf, ramai rakan sekerja mengambil peluang bertemu dengannya, bertanya khabar tentang perkembangan terbaru dan aktiviti yang dilakukannya. Anak kelahiran Kuala Selangor ini nyata seorang yang ceria dan peramah - tidak lokek dengan senyuman melayan kerenah semua. Itu lah Fetty DZul, wanita yang sinonim dengan watak garang dan bengis dalam kebanyakan filem atau drama yang dibintanginya. Namun sebenarnya wanita tinggi lampai ini mempunyai karakter yang berbeza dengan watak yang dibawanya di lokasi. MIDI berpeluang berkongsi cerita dengannya… |
| | | mayang Ahli VIP
Number of posts : 1155 Age : 40 Registration date : 08/11/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 15 Jan 2009, 1:15 pm | |
| - sally_eiyna wrote:
- SERI PENGANTIN POPULAR
Sally......si ikram ngan sapa nie??? Nikah betoi ka...??? |
| | | cik sara Super Senior
Number of posts : 622 Age : 39 Location : pucHoNg Registration date : 02/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 15 Jan 2009, 2:01 pm | |
| ni irma hasmie kn.. blakon je kot.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 15 Jan 2009, 4:13 pm | |
| ikram dizly dgn irma hasmie... depa jd model menggayakan pkaian pengantin... |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 15 Jan 2009, 4:45 pm | |
| - sally_eiyna wrote:
- Teka siapa wanita ayu nie ... ?
Siapakah kejadahnya pompuan ini? Pelakon baru kew atau peminat apek dan nabil?? mcm azwan hj ali je... |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Fri 16 Jan 2009, 11:48 am | |
| |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Fri 16 Jan 2009, 4:16 pm | |
| Maut: Ketakutan Manusia Yang IngkarKUALA LUMPUR, 7 JAN 2009: Apakah balasannya apabila seseorang muslim itu hidup bermandikan arak, mempraktikkan pergaulan bebas serta tidak percayakan kesucian kitab suci Al-Quran? Apakah balasan itu akan diterima ketika hayat masih dikandung badan dan bagaimana pula balasan sewaktu di alam barzakh mahupun akhirat? Itulah persoalan yang cuba dipaparkan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia, Bade Hj Azmi, dalam karya terbarunya yang terperap selama 2 tahun, Maut. Dibintangi nama-nama terkenal dan popular ketika ini, Maut boleh disifatkan sebagai 'filem dakwah' Bade yang menjurus kepada hal-hal Islamik khususnya soal kepercayaan, manusia yang ingkar serta taubat Filem menarik taruhan Tayangan Unggul ini menampilkan Liyana Jasmay, Sabrina Hassan, Que Haidar, Diana Danielle, Emy Nadia, Eja, Hasnul Rahmat, Nana Era FM, Reza Era FM, Fouziah Gous, Sherry Ibrahim, Awal Ashaari, Danny X Factor serta disokong Fauziah Nawi, Ridzuan Hashim dan Hamidah Wahab. Ia telah berjaya dipranontonkan di GSC Midvalley, malam tadi dengan menyaksikan sambutan hangat daripada pihak media, pengarah-pengarah filem terkenal dan rakan artis. Kata Bade, cabaran awal yang dihadapi apabila menghasilkan filem ini ialah apabila judul asalnya yang terpaksa ditukar daripada Malaikat Maut menjadi Maut. "Ia ditukar atas nasihat pihak LPF selepas saya selesai menyiapkan filem ini. Saya memang telah bersedia menerima sebarang kemungkinan filem ini ditapis tidak kira daripada tajuk hingga ke syot-syotnya kerana banyak perkara sensitif tentang agama cuba saya sentuh. "Saya hanya akur dengan nasihat yang diberikan oleh mereka yang arif kerana bimbang ia boleh menimbulkan persepsi menyimpang terhadap beberapa perkara seperti malaikatul maut dan bentuk siksaan kubur, neraka dan alam akhirat. "Saya sebagai pengarah hanya mahu menyampaikan sebuah pengajaran, bukan sekadar filem seram dan ini adalah tafsiran saya sendiri terhadap balasan yang diterima oleh orang yang ingar dan gambaran itu datang dalam bentuk halusinasi dan dialami ketika manusia sedang koma dan nazak," jelasnya. Tidak dinafikan filem ini menimbulkan keinsafan di kalangan penonton kerana ketakutan terhadap dosa-dosa. Ia dapat dirasai menerusi dialog dan babak mendebarkan terutama perlambangan malaikat yang datang menjemput manusia apabila tibanya ajal. Filem ini menonjolkan 3 cerita pendek yang masing-masing berlaku daripada bulan Sya'ban, Ramadhan dan Syawal. Setiap episod bermula dengan sehelai daun gugur dari sebatang pokok yang rimbun dan seterusnya memaparkan drama kehidupan 3 manusia iaitu Sue (Liyana), Farah (Sabrina Hassan) dan JJ (Que Haidar). Antara babak menggerunkan ialah ketika Farah, seorang pramugari, bermimpi rambunya dijilat api 'neraka', memakan daging busuk , dipatuk ular yang sangat besar serta minum lahar panas menggelegak, gara-gara dia suka meneguk arak. Begitu juga babak kemalangan jalan raya membabitkan JJ (yang menidakkan kesahihan Al-Quran) dan rakan-rakan black metalnya berlaku dengan penuh ngeri dan azab. Maut akan mula ditayangkan di 34 pawagam mulai 15 Januari 2009 dan ia adalah filem terbaru Tayangan Unggul selepas Histeria arahan James Lee yang sudah mengaut RM2.7 juta. Pastikan anda saksikan Maut yang bakal menjelma... |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| | | | cik sara Super Senior
Number of posts : 622 Age : 39 Location : pucHoNg Registration date : 02/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Fri 16 Jan 2009, 5:02 pm | |
| memey ni skali pndag cm muke lisa surihani lak.. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 18 Jan 2009, 11:00 am | |
| Que Haidar Bersedia Jadi Suami dan Ayah Yang KuatRamai yang menganggap pelakon Que Haidar, 30, tidak layak untuk bergelar suami kepada jurutari professional Linda Jasmine, 37 kerana disebabkan oleh perbezaan kedua-dua aktor ini. Namun itulah jodoh bagi mereka. Anggapan orang memang ada betulnya namun tidak dapat menandingi kuasa Ilahi. Mereka akan dihijab kabulkan pada 14 Februari ini. Dan seterusnya selamat untuk menjalani hidup berkeluarga. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 18 Jan 2009, 11:02 am | |
| Iqram Dinzly Cintakan Fouziah Gous?Hubungan rapat antara pelakon Fouziah Gous dan Iqram Dinzly bukan satu rahsia lagi, baik di kalangan artis sendiri mahupun peminat mereka. Kelibat mereka tidak boleh dipisahkan. Di mana ada Fouziah, di situ juga adanya Iqram, terutama pada majlis-majlis besar. Mereka bukan sahaja hadir bersama-sama, malah kadang-kala turut mengenakan pakaian sedondon. “Saya kenal dia sejak tiga tahun lalu, sebelum saya dikenali ramai, waktu itu ada sesi bacaan skrip untuk drama Cinta Medik. Pada awal perkenalan, kami tidak terus baik, biasa-biasa saja, tetapi lama-kelamaan wujud keserasian sebab itu kami terus bersahabat sehingga kini. Tambahan pula, kami terlibat dalam bidang yang sama, rasanya lebih selesa bila kita ada kawan yang satu kepala dan pekerjaan.” ujar Fauziah.. “Memang saya cinta dan sayangkan dia. Kalau tidak macam mana saya boleh berkawan lama dengannya. Walaupun bersahabat, perasaan cinta dan sayang itu perlu ada. Saya harap jangan salah anggap, kerana kami tidak pernah bercinta dan tidak pernah memberitahu orang yang kami sedang bercinta. Andai kata jodoh saya bersama dia, saya terima kerana semua itu ketentuan Ilahi dan tiada siapa yang boleh menghalangnya.” kata Iqram. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 18 Jan 2009, 11:04 am | |
| Gambar Azwan Ali Jadi Mak Nyah
Wah ayu pula melihat Azwan Ali bila jadi Mak Nyah ni. lebih-lebih lagi bila spek keramatnya tu di buka. Siap dikepit oleh Apek dan Nabil pula tu. Mungkin ini adalah filem dari Sifu & Tongga yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Filem yang terbaru lakonan mereka ini mesti bercorak komedi, berganding bahu dengan Apek dan Nabil yang berada di kemuncak kerjaya mereka sebagai pelawak nombor satu negara.
psstttt.......HE...HE...SALLY, BETUL LA AKAK TEKA..... |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 18 Jan 2009, 11:06 am | |
| Gambar Zahida Rafik Menyambut Hari Krismas?Gambar ini kurang jelas dan besar. Mungkin sudah diconvert oleh owner nyer di laman webnye, dan tak mahu nak bagi yang original. Namun pun begitu melihat dari gambar yang tidak jelas ini, kemungkinan seperti Zahida Rafik yang sedang membuat satu jamuan untuk menyambut sesuatu. Tidak dipastika samaada nak sambutan Hari Krismas atau pun hari jadinya. Mengikut sumber asal pemilik gambar ini, ianya adalah sambutan hari Krismas. Mana yang betul tu, Wallahualam jer ler. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 18 Jan 2009, 11:09 am | |
| “Saya Cintakan Fauziah Gous”, Kata Iqram Dinzly Ha? Iqram Dinzly cintakan Fauziah Gous, tapi dia hanya mengangap Iqram sebagai teman biasa, pelik? Kalian, jangan bingit- bingit, ini hanya teaser sahaja. Ha ha Sebenarnya, Iqram Dinzly cinta dan sayangkan Fauziah Gous sebagai teman biasa. Iyalah kawan seperjuangan dalam bidang lakonan. Kata Iqram, kalau tidak cinta dan sayangkan Fauziah Gous, masakan dia boleh berkawan lama dengannya. Namun, Iqram seperti meletakkan harapan yang tinggi terhadap Fauziah Gous, cuba zass kenyataannya. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 18 Jan 2009, 11:10 am | |
| Gambar Faezah Elai Memakai Tank Top |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 18 Jan 2009, 11:12 am | |
| Gambar Terbaru Erra Fazira Mengandung dan Engku EmranGambar ini diambil ketika di Pra Tonton Sifu & Tongga baru-baru ini di GSC Mid Valley. Filem ini merupakan lakonan Nabil Raja Lawak tu. Tak sangka Erra juga minat Nabil. Perut Erra juga dah kelihatan sangat. Sekarang menunggu ketibaan hari sahaja lagi. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 18 Jan 2009, 11:13 am | |
| Gambar Scha Tetap Gedik Tanpa Fahrin Ahmad Disisi |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 18 Jan 2009, 11:16 am | |
| Gambar) Aksi Rahma Azhari ‘Topless’, Separa Bogel
|
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| | | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 18 Jan 2009, 11:17 am | |
| Gambar Aidil Zafuan, Cairkan Hati Gadis & Janda |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 18 Jan 2009, 11:20 am | |
| |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 18 Jan 2009, 11:23 am | |
| Erry Putra Dan Datuk Siti Nurhaliza Berlakon BersamaWah Datuk Siti Nurhaliza dah mula membuat perubahan yang menarik dunia seni, dari bidang nyayian ke bidang lakonan. Sebelumnya Datuk Siti telah berlakon untuk drama Spa-Q 2 itupun hanya sekejap dan hanya seepisod sahaja. Namun yang terbaru Datuk Siti akan bergandingan dengan Erry Putra (pelakon drama bersiri Saka) dalam filem baru yang masih dalam proses pembuatan iaitu “filem Bunian”. Dikata mengenai filem ini di mStar, Erry Putra mengatakan : “Filem bunian ini macam cerita Lord Of The Ring sikit dan ada unsur-unsur mistik. Ada tiga hero dalam filem ini, saya, Rusdi Ramli dan Beego. Paling menarik adalah kemunculan Datuk Siti dalam filem ini. Apa yang menarik sangat Datuk Siti berlakon di filem ini, sepertinya tidak ada bagi izyan, namun satu kelainan yang mungkin wujud dalam dunia perfileman. Erry Putra menegaskan lagi bahawa : “Datuk Siti akan membawakan watak sebagai Dayang, manakala saya dan dua orang hero lagi akan berlakon sebagai pesilat yang sangat dikenali. “Hinggalah satu hari kami dilantik menjadi duta dan kami dikehendaki pergi ke Gunung Kinabalu, disitulah segalanya bermula apabila Rusdi Ramli hilang apabila terjatuh ke dalam lubang yang dipercayai tempat tinggal orang bunian. Nak tahu apa yang terjadi kena lah tunggu,” Cukup menarik dan penuh kejutan, tak sabar nak lihatnya di pawagam nanti. Semestinya juga tidak sabar untuk melihat Datuk Siti untuk berlakon buat pertama kalinya dalam kerjayanya yang semakin memuncak. Ps: nampaknya ‘tudung’ Datuk Siti terbuka lagi lah ni. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 18 Jan 2009, 11:25 am | |
| (Hot News) Nora Danish Bersalin Anak Lelaki[SEMASA] KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Gleneagles, Ampang, di sini, pagi tadi. Difahamkan, pelakon berusia 26 tahun itu telah ditahan di hospital itu sejak malam tadi. Nama pelakon ini cukup hangat menjadi bualan ramai berikutan perceraiannya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 38, pada Ogos lalu. Mahkamah Rendah Syariah memutuskan kes lafaz cerai bekas suaminya pada Februari dan Jun tahun lalu sah yang mana ketika itu Nora sedang mengandung empat bulan. Pasangan itu bercerai dengan talak dua. Nora dan Rizal bernikah pada Jun 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 18 Jan 2009, 11:26 am | |
| Gambar Angkasawan Negara Kedua, Dr. Faiz Keluar Bersama Nurul Syuhada Pengacara Majalah 3Gosip yang mengatakan Dr. Faiz & Nurul Syuhada sedang bercinta, mungkin ada kebenarannya. Seperti biasa, paparazzi yang tak dilantik berjaya mengambil gambar mereka bersama rakan-rakan di restoran A&W Petaling Jaya. Walaupun gambar yang ditangkap tidak beberapa jelas, tapi masih lagi boleh nampak susuk tubuh serta bentuk muka Dr. Faiz & Nurul Syuhada. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 18 Jan 2009, 11:30 am | |
| Anak Fauziah Latif Pegang Anjing?Penulis ada melakukan sedikit ujian terhadap gambar tu dan menurut pendapat penulis ianya original. Apa pun diharapkan Fauziah Latif tidak lupa mengajar anak anaknya (Jefrey dan Jeremy) cara cara menyamak. Mungkin dalam keadaan kering dibolehkan [kalau pun tidak digalakkan] tetapi sekarangkan selalu hujan turun. Lagi pun binantang ni kan jenis suka menjilat dan mengeluarkan air liur yang banyak. Lagi pula banyak lagi binatang lain yang boleh dijadikan binatang peliharaan untuk menjadi teman mesra anak anak tu. |
| | | Udae_roses Newbie
Number of posts : 27 Age : 38 Location : JOHOR Registration date : 30/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 18 Jan 2009, 3:32 pm | |
| dahsyatnye bdk kecik nie xtkt dgn anjing.. nmpk cm grg je anjing tue.. |
| | | halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 18 Jan 2009, 6:15 pm | |
| - Udae_roses wrote:
- dahsyatnye bdk kecik nie xtkt dgn anjing..
nmpk cm grg je anjing tue.. entahla, aku tak stuju betul dgn org Islam pelihara anjing ni...tangan kita selalu berpeluk, mana perasan lagi2 kalo budak2 tu bermain...entahla ape nak jadi |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 7:55 am | |
| Rozita Che Wan Inginkan Cinta Lelaki MudaMemang sudah menjadi trend kot apabila ramai wanita masa kini lebih menyukai lelaki yang lebih muda daripada mereka. Lihat sahaja contoh Rita Rudaini & Rosnah Mat Aris, suami mereka muda trang tang tang. Rozita Che Wan juga tidak ketinggalan, apabila ditanyakan perasaannya jikalau dilanda cinta. “Saya tahu saya jatuh cinta apabila hati saya sering berdebar-debar dan sering melihat ke arah telefon bimbit. Memeriksa sama ada terdapat SMS yang dikirimkan olehnya. “Saya kurang gemar lelaki berusia. Saya mahukan lelaki muda. Lelaki yang tidak berfikiran kolot dan dapat mengawal keadaan. “Dia juga perlu bijak dan pandai bercakap. Saya hanya mahu mendengar dia berkata-kata dan saya akan terdiam sambil memerhati,” kata Rozita Che Wan
Last edited by sally_eiyna on Mon 19 Jan 2009, 8:01 am; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 7:57 am | |
| Persembahan Sampai Syurga Faizal Tahir @ AJL 23Faizal Tahir membuat comeback dengan membolot 3 anugerah iaitu Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik & Lagu Balada Terbaik. Dia berjaya membawa pulang lebih daripada Rm30 ribu berserta 3 buah trofi, syabas di atas kejayaan yang memberansangkan ini. Tidak dinafikan, vokal Faizal Tahir di Anugerah Juara Lagu 23 malam tadi memang meremangkan bulu roma. Lagu Cuba & Sampai Syurga disampaikan dengan penuh berkesan, kalau tidak kerana Meet Uncle Hussain, mudah sahaja Faizal Tahir dapat membawa pulang kesemua trofi. Memang persembahan Sampai Syurga amat unik sekali, Faizal Tahir membuat gimik memotong rambut, sekali dilihat persembahannya, bagaikan sedang menonton video klip. Video selepas ini.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 8:04 am | |
| Keputusan Anugerah Juara Lagu 2008 (AJL) 23Sumpah aku terkejut, Meet Uncle Hussain memenangi Anugerah Juara Lagu 23 bagi tahun 2008. Aku ingatkan Faizal Tahir yang menang, memang culture shock! Hidup muzik indie, inilah kali kedua band indie berjaya merangkul Anugerah Juara Lagu, setelah band Estranged mengonggoli trofi tersebut tahun lepas. Tahniah buat Meet Uncle Hussain! Keputusan Anugerah Juara Lagu 23 bagi tahun 2008 adalah seperti berikut: Juara Lagu 2008 : Lagu Untukmu nyanyian Meet Uncle Hussain Lagu Balada Terbaik : Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir Lagu Pop Rock Terbaik : Lagu Untukmu nyanyian Meet Uncle Hussain Lagu Etnik Kreatif Terbaik : Persoalan Cinta nyanyian Farawahida Vokal Terbaik : Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir Persembahan Terbaik : Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 8:06 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 8:11 am | |
| AJL23 milik Lagu Untukmu! [SEMASA] KUALA LUMPUR: Dua tahun berturut-turut dalam sejarah, band indie memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) bilamana AJL23 dimenangi oleh Lagu Untukmu! Jika tahun lepas, band Estranged telah mengungguli AJL22 menerusi lagu Itu Kamu, malam ini band Meet Uncle Hussein (MUH) mengiringi kemenangan AJL23 menerusi kategori Pop Rock. Meet Uncle Hussein tersenyum gembira di samping trofi kemenangan Lagu Untukmu yang meraih Juara AJL23 dan kategori Pop Rock. -foto The Star oleh Kamarul Ariffin Dengan kemenangan Lagu Untukmu ciptaan Taja, Tass, Lan dan lirik oleh Taja dan Tass, mereka telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM37,000. Lagu tema siri Kami yang semakin popular sekitar tahun 2007 itu telah berjaya meraih sorakan penonton yang seolah-olah bersetuju dengan kemenangannya pada malam tadi di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini. “Syukur, Alhamdulillah atas kemenangan ini. Seorang komposer pernah berkata kita tidak tahu nasib sesebuah lagu itu. Apabila lagu ini dicipta pada tahun 2005, akhirnya pada tahun ini ia mempunyai nasib menjadi juara. Terima kasih kepada semua,” luah komposer dan penulis lirik Taja yang juga merupakan salah seorang anggota MUH. Sementara vokalisnya, Lan berkata dia tidak menyangka akan kemenangan Lagu Untukmu kerana menyangkakan lagu Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir yang menang. Lagu Untukmu telah berjaya mengalahkan empat buah lagu lain bagi kategori tersebut iaitu Bukan Disini nyanyian Sofaz ciptaan Zimi, One, Ameer Sofaz dan lirik oleh One, Yang Pernah (Estranged), Aku Stacy (Stacy/ Intan Norul Azlin/ Intan Norul Azlin, Layla Ismail) dan Kalis Rindu (Elyana/ Aidit Alfian/ Ad Samad). |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 8:12 am | |
| Sementara bagi kategori Balada, lagu Sampai Syurga ciptaan Audi Mok dan Ahmad Izham Omar serta lirik oleh penyanyinya, Faizal Tahir telah berjaya meraih kemenangan sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM12,000. Bukan itu sahaja, penyanyi yang pernah dilanda kontroversi itu turut memenangi hadiah bagi Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik yang memberikan ganjaran kepada Faizal berupa trofi dan wang tunai RM10,000 setiap satu. Faizal Tahir berjaya membawa pulang hadiah bagi kategori Balada, Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik yang keseluruhannya berjumlah RM32,000 menerusi lagu Sampai Syurga. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 8:13 am | |
| Dalam pada itu, Juara Etnik Kreatif pula berjaya dimenangi oleh lagu Persoalan Cinta ciptaan Julfekar dan lirik oleh Ku Seman/ Izza Rosley nyanyian Farawahida yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai RM12,000. Persembahan 14 finalis AJL23 diadili oleh juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu komposer dan penulis lirik Hazami, pemuzik Acis, penyanyi Adibah Noor, komposer Helen Yap, editor hiburan Saharudin Mustafa, Mohariz Yaakub, Dr. Wan Zawawi dan Azmeer selaku ketua juri. Pertandingan yang bertemakan Iluminasi Muzik ini dihoskan oleh gandingan tiga pengacara hebat iaitu Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar. Farawahida berjaya menjuarai kategori Etnik Kreatif menerusi lagu Persoalan Cinta. Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL turut menjemput penyanyi tersohor M. Nasir, Jamal Abdillah, Jaclyn Victor, Wada, Hafiz dan Haqiem dalam persembahan ‘interlude’ selain One Nation Emcees sebagai persembahan pembukaan dengan iringan muzik orkestra bimbingan pemuzik hebat Ramli MS. AJL23 yang disiarkan oleh TV3 dan stesen radio Hot FM ini turut dihadiri oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi Eksekutif Media Prima Berhad, Datuk Abd. Mutalib Datuk Seri Mohammed Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, dan Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Amrin Awaluddin. Buat pertama kalinya, STAGE Cosmetics telah dipilih sebagai penaja rasmi AJL23. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 8:16 am | |
| Gadis Melayu: Persembahan dramatik bawa tuah buat Aida SETELAH lebih tiga bulan melalui pelbagai tugasan mencabar, gelaran ikon Gadis Melayu nampaknya berpihak kepada Khairul Noormaidah Zali atau mesra dengan panggilan Aida ini, yang telah berjaya memukau juri profesional dan penonton menerusi persembahan 'dramatik' yang dipamerkannya pada peringkat akhir program realiti terbitan TV9 itu di Auditorium MBSA, di sini, semalam.
Peserta berusia 23 tahun itu berjaya menewaskan empat lagi finalis iaitu Noor Afzan Mohd. Afzul Khan, 27, Siti Nurashikin Mohd. Noor, 22, Nurul Khusna Uma, 20, dan Nur Aishah Zainal, 23 apabila menerima markah keseluruhan tertinggi daripada juri profesional dan juga berdasarkan undian SMS penonton.
Aida dinobatkan sebagai ikon Gadis Melayu - foto THE STAR oleh RICKY LAI
Apa yang pasti, kemenangannya pada malam itu menepati ramalan ramai setelah Aida mempamerkan persembahan yang menarik dengan bacaan puisi bertemakan kasih sayang kepada ibubapa serta turut diselitkan elemen drama memaparkan balasan Tuhan terhadap anak yang derhaka.
Peserta berasal dari Kuantan, Pahang ini juga memukau penonton yang hadir apabila turut menyanyi 'rap' dalam bahasa Arab di dalam persembahannya itu bersama artis jemputan, Akhbar.
Aida juga cukup berkeyakinan ketika menjawab soalan oleh salah seorang juri profesional malam itu, Pakar Bahasa dan Karyawan Tamu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim tentang tiga ciri utama yang diperlukan bagi menjadi ikon Gadis Melayu.
Peserta berusia 23 tahun ini berjaya menewaskan empat lagi finalis
Dengan kemenangan tersebut, Aida membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 serta produk-produk kecantikan dan kesihatan, sementara empat finalis lagi menerima hadiah saguhati berjumlah RM1,000 tunai setiap seorang.
Program yang bertujuan untuk mencari Gadis Melayu ideal yang masih mengamalkan adat Melayu walaupun berpewatakan moden dan berkarier tinggi ini menilai kriteria calon-calon berdasarkan kecantikan, kemahiran, personaliti dan keagamaan.
Malah, sepanjang 13 episod program itu, semua peserta telah mempelajari pelbagai aspek pengetahuan termasuklah pengurusan diri, masakan, mengikuti kelas agama serta turut terlibat dengan kerja-kerja amal.
Pada peringkat akhir yang dihoskan oleh dua pelakon terkenal, Afdlin Shauki dan Adlin Aman Ramlie, kesemua finalis telah membuat persembahan di bawah bimbingan Normah Nordin dan Habsah Hassan.
Gadis Melayu peringkat akhir telah diadili oleh lima juri profesional iaitu, Toh Puan Seri Diraja Noor Aini Datuk Abdullah, Pakar Bahasa dan Karyawan Tamu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Datuk Dr. Nik Safiah Karim, penceramah agama, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood, perunding motivasi dan penyanyi, Dr. Fazley Yaacob serta pelakon teater berpengalaman, Stephen Rahman Hughes.
Persembahan dramatik Aida berjaya memukau perhatian penonton dan juri
Pemarkahan dibuat berdasarkan 60 peratus juri profesional, manakala 40 peratus menerusi SMS dengan setiap undian SMS sebanyak 10 sen akan didermakan kepada tabung mangsa kekejaman Zionis di Gaza.
Turut hadir pada acara itu ialah Sultanah Kedah, Tuanku Sultanah Hajjah Haminah Haji Hamidun, Pengerusi Media Prima Berhad Datuk Abdul Mutalib dan isteri Datin Radziah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan dan Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda.
Mengulas mengenai kemenangan bergelar ikon Gadis Melayu, kata Aida, dia sama sekali tidak menyangka akan dinobatkan sebagai pemenang apatah lagi bila melihat saingan daripada empat lagi finalis yang juga menunjukkan persembahan yang hebat.
"Saya hanya fikir untuk memberikan persembahan yang sehabis baik memandangkan keluarga telah meletakkan harapan yang tinggi. Tetapi, kemenangan ini memang sesuatu yang tidak dijangka kerana jika dilihat pada setiap episod, saya akui kurang menyerlah.
"Apapun, saya sedar selepas ini saya perlu pikul tanggungjawab yang berat dengan gelaran seperti ini. Dengan kepercayaan yang telah diberikan, Insya-Allah, saya harap saya akan dapat menjadi insan yang lebih baik," kata Aida yang ditemui pada sidang media sejurus berakhirnya program itu.
Bercerita tentang persiapan menjelang pertandingan akhir itu, kata penuntut tahun akhir jurusan komunikasi di Universiti Utara Malaysia ini, dia mengambil masa lebih kurang tiga minggu untuk membuat persediaan bagi persembahannya itu.
"Idea untuk fokus kepada subjek anak derhaka yang tidak menghormati ibubapa ini memang merupakan idea asal saya. Tetapi konsepnya dimantapkan lagi atas tunjuk ajar Normah Nordin.
"Jika diikutkan, saya memang ingin lebih mendalami karektor anak derhaka itu. Saya cuba untuk menangis di pentas, tetapi saya terpaksa kawal emosi agar dapat fokus kepada nyanyian rap kemudiannya," katanya.
Jamal Abdillah turut hadir menyerikan peringkat akhir Gadis Melayu
Pada sidang media itu juga, Aida turut diumumkan bakal ditawarkan menjadi wartawan penyiaran di TV9, sebaik dia tamat menjalani latihan praktikal pengajiannya bulan April nanti.
"Saya memang meminati bidang penyiaran terutamanya dalam pengacaraan. Jika berpeluang, saya ingin cuba mengacara program berbentuk keagamaan. Tetapi tidak salah jika saya mencuba mana-mana program lain jika dirasakan sesuai," kata Aida.
Ditanya mengenai perancangannya selepas ini, tutur Aida, dia akan mengikuti latihan praktikal yang bakal bermula pada 20 Januari ini berkemungkinan di TV9 sendiri selama empat bulan.
"Pada awalnya, saya telah diletakkan oleh fakulti saya untuk membuat praktikal di Majlis Perbandaran Selayang. Tetapi, pihak TV9 ada juga menawarkan pada saya untuk jalani praktikal di stesen tersebut.
"Jadi, saya sendiri belum pasti di mana saya akan buat latihan tersebut kerana perbincangan lanjut belum lagi dibuat," jelasnya yang akui memperoleh banyak pengalaman baru sepanjang menyertai program Gadis Melayu ini.
Tambah Aida lagi, dengan wang kemenangan yang diperolehnya itu, dia berhasrat untuk menyumbang separuh daripadanya kepada tabung Gaza.
"Saya memang nekad untuk salurkan separuh daripada wang tersebut kepada tabung berkenaan. Melihat kepada kekejaman yang berlaku di sana, memang cukup menyedihkan.
"Ini saja bantuan yang saya boleh berikan kepada mereka selain iringan doa agar penderitaan rakyat di sana akan berakhir," kata Aida.
Dalam pada itu, Datuk Dr. Nik Safiah Karim yang diminta mengulas tentang kemenangan Aida pada malam itu berkata, keputusan juri profesional juga menampakkan kesepakatan untuk memilih gadis itu sebagai juara.
"Sejujurnya, kelima-lima finalis telah memberikan persembahan yang memuaskan. Tetapi penampilan Aida dengan pakaian dan persembahannya itu memang dilihat sesuai dengan konsep yang dipamerkan," kata Nik Safiah.
Aida bukan saja menerima markah tertinggi daripada pihak juri, tetapi turut mendapat undian SMS yang paling tinggi iaitu sebanyak 14 peratus atau 18,000 undian.
Peringkat akhir Gadis Melayu turut diserikan dengan persembahan oleh Hazami yang menyampaikan lagu Katakanlah dan Jamal Abdillah yang menggamatkan suasana apabila mendendangkan lagu popularnya, Gadis Melayu.
Keletah Afdlin dan Adlin sebagai hos program akhir itu juga cukup menghiburkan apabila kedua-duanya dilihat sering mengusik lima finalis tersebut tatkala selesai membuat persembahan.
Empat finalis lain juga turut membuat persembahan tersendiri yang mana mereka turut diiringi oleh kumpulan Mohram dan Cicik Akademi Nasyid dan pelakon, Razali.
Afzan mempamerkan tarian tradisional Sabah iaitu Daling-Daling serta deklamasi puisi, tetapi dilihat agak gementar ketika menjawab soalan daripada juri manakala persembahan Aishah dengan nyanyian Tari Tualang Tiga serta turut berlakon mempunyai keunikan tersendiri apabila dia memperlihatkan kemahirannya berbahasa Mandarin.
Malah, soalan yang diajukan oleh Stephen juga dijawab oleh Aishah dengan cukup berkeyakinan. Begitu juga dengan persembahan Khusna yang bermain gamelan dan bergurindam yang dilihat menarik apabila peserta itu turut bersilat.
Persembahan Shikin yang mendeklamasikan puisi berjudul Palestin juga disampaikan cukup mendalam olehnya sambil diiringi visual kekejaman oleh Zionis itu. Cuma diakui, 'aura' yang dimiliki oleh peserta ini kurang menyerlah meskipun wajahnya dikatakan mirip penyanyi popular tanahair, Datuk Siti Nurhaliza.
Biarpun gagal bergelar juara, empat finalis ini juga bagaimanapun berkemungkinan akan turut ditawarkan sebagai ahli keluarga TV9, namun perkara itu masih lagi di dalam perbincangan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 8:19 am | |
| (Gambar)Gadis Melayu: Persembahan dramatik bawa tuah buat Aida Peserta berusia 23 tahun ini berjaya menewaskan empat lagi finalis Persembahan dramatik Aida berjaya memukau perhatian penonton dan juri Aida bersama kedua ibubapanya Jamal Abdillah turut hadir menyerikan peringkat akhir Gadis Melayu |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 8:22 am | |
| Shila dahulukan pelajaran dari nyanyian Shila semakin bijak mengatur langkah sebagai penyanyi. Foto The Star Oleh: AZLINA ABDULLAH JIKA dulu, sebut saja nama Nur Shahila Amir Amzah sebelum ini, mungkin ramai yang tidak mengenali siapa gerangan gadis ini. Namun namanya semakin mekar sejak dia menyertai One In A Million musim kedua (OIAM2) tahun lalu. Gadis manis yang lebih dikenali dengan panggilan Shila ini mengakui pertandingan OIAM yang disertainya telah membuka laluan besar kepadanya sebagai anak seni. Lebih manis selepas bergelar Naib Juara OIAM 2, dia terus mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi anugerah emas pada Penang Shanghai World Star Quest (PSWSQ) yang diadakan di Pulau Pinang, hujung April tahun lalu. Namun entah dimana silapnya, populariti penyanyi agak kurang menjadi. Biarpun demikian, nyata gadis manis ini tidak berkecil hati biarpun popularitinya tidak segah mana. Gadis berusia 18 tahun ini tetap bangga punya bakat nyanyian setanding dengan artis yang lebih senior daripadanya. Bakal adakan konsert Cornetto Love SparksTerbaru gadis manis ini baru sahaja dilantik menjadi duta produk aiskrim terkenal Cornetto. Pada masa yang sama juga Shila bakal menjayakan konsert yang akan dianjurkan oleh jenama aiskrim popular itu pada bulan Februari ini seperti yang dijayakan oleh Dafi dan Gita Guntawa tahun lalu. "Insya-Allah pihak Cornetto adakan konsert khas Cornetto Love Sparks seperti tahun lalu. Namun kali ini saya diberikan peluang untuk berduet dengan band popular dari Indonesia, kumpulan Ran. "Saya rasa gembira sangat dapat peluang sebegini dan harap peminat akan datang beramai-ramai pada konsert itu nanti," ujar Shila yang popular dengan single, Memori Tercipta ini. Selain itu, gadis manis ini juga bakal muncul dengan single terbaru bertajuk Tunjukkan Cintamu pada 4 Februari ini. "Kalau tak ada apa-apa halangan syarikat rakaman saya, Monkey Bone akan lancarkan single saya pada tarikh tersebut. Setakat ini tak ada apa-apa perubahan lagi. "Konsep untuk album terbaru saya adalah Pop. Ada tiga buah lagu Melayu dan dua buah lagu Inggeris disamping satu lagu bonus iaitu lagu yang memberi kenangan manis kepada saya, Memori Tercipta akan turut dimuatkan dalam album itu nanti," kata anak gadis kesayangan penyanyi ND Lala ini. Antara komposer yang terlibat dalam penghasilan terbarunya adalah seperti Audi Mok, Aubrey Suwito, Jemie Harbour (komposer Australia). "Dalam masa yang sama, saya juga sibuk dengan pembikinan muzik video terbaru, dengan menggunakan lagu Hanya Kita daripada mini album saya untuk iklan syampoo, Clean and Clear," katanya yang berminat untuk menceburi bidang lakonan. Shila yang pemaluMelihatkan keletahnya yang manja pasti ramai yang tidak tahu dia seorang yang sangat pemalu satu ketika dahulu. Dalam nada ceria Shila mengakui pada awal pembabitannya dalam bidang seni, dia memang tidak boleh berhadapan dengan kamera. "Tahap kenyakinan saya rendah bila berhadapan dengan kamera, dulu saya memang tak pandai nak berkomunikasi dengan penonton bila hendak memulakan persembahan," katanya yang bakal muncul dengan album sulung Mac ini. Namun itu semua dulu, masa dalam OIAM2 Shila banyak belajar dan di sana saya dapat banyak tips untuk menghilangkan rasa gugup ketika membuat persembahan di pentas,” ujar Shila. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 8:24 am | |
| Mahu jadi penyanyi berilmuDi usia yang masih muda dia sudah sibuk di pentas nyanyian, namun cita-cita untuk menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi tidak pernah pudar dalam dirinya. "Saya tahu masuk dalam bidang seni ini banyak cabarannya. Jadi dalam masa yang sama nak juga telah mempersiapkan diri dengan menyambung pelajaran selepas tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia tahun lalu. "Sekarang ini saya sudah sedang mengikuti kursus diploma dalam bidang perniagaan. Baru tamat semester pertama.Namun disebabkan jadual saya terlalu padat, saya terpaksa ponteng kelas kerana terikat dengan kontrak penghasilan album sulung saya. "Akhirnya saya nekad untuk menangguhkan pengajian sementara waktu untuk tumpukan sepenuh perhatian kepada penerbitan album ini. "Saya mahu memberikan yang terbaik, saya tak nak yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran pula," ujarnya serius. Bagi gadis manis ini, pelajaran bakal menjadi harta berharga yang akan kekal selamanya berbanding karier sebagai penyanyi. "Walau apa pun saya tetap akan kuatkan semangat untuk habis belajar dan genggam kejayaan untuk masa depan saya satu hari nanti," katanya yang kini sedang menuntut di Kolej Segi di Damansara. Ke kuliah tanpa make-upBiarpun sering dilihat bergaya ketika membuat persembahan di setiap show yang dihadirinya, Shila mengakui hakikatnya dia seorang yang sangat simple. "Sebenarnya kalau nak tahu masa di kolej saya sangat simple, saya lebih selesa pakai jeansdengan baby T sahaja. Tanpa kasut tumit tinggi pun, saya lebih suka pakai sandal. "Kadang tu orang sampai tengok dua kali untuk pastikan saya ni penyanyi. Sebab kalau pergi kuliah saya takkan pakai make-up. "Saya lebih suka natural dan hanya pakai pelembap bibir dengan bedak sahaja. Satu lagi saya ni berkaca mata jadi selalunya orang tak perasan saya ni artis,” ujar Shila yang suka memasak ketika di rumah. Bercita-cita ada jenama baju sendiriBercerita mengenai cita-citanya, nyata gadis yang berasal dari Kuala Lumpur ini seorang yang berfikiran jauh. "Kalau tanya impian, saya harap satu hari nanti saya ada syarikat yang mengeluarkan jenama pakaian menggunakan label nama saya sendiri. "Biarpun itu hanya impian saya akan cuba untuk merealisasikannya. Sebab saya sangat suka berfesyen, nak saya gemarkan sesuatu yang trendy dan funky. "Oleh kerana saya belajar dalam bidang perniagaan jadi saya rasa ilmu yang saya perolehi itu akan dapat membantu saya membina perniagaan yang dicita-citakan satu hari nanti," katanya yang berazam ingin merealisasikan impiannya itu pada tahun 2010 nanti. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 8:26 am | |
| Syazliana tidak kecewa, bakal muncul dengan album baru TIGA tahun tidak tampil dengan album baru, pemilik nama Syazliana Abdul Karim atau mesra disapa Syaz ini tidak pernah merasakan dirinya akan terus 'terpinggir' dari bidang seni. Bagi gadis berusia 22 tahun ini, asalkan minat masih menebal di samping usaha yang tinggi, dia pasti impiannya untuk terus berada di dalam industri hiburan tanahair akan tercapai. Nekadnya untuk meneruskan perjuangan seni semakin membara sebaik menamatkan pengajian Diploma Seni Bina Hiasan Dalaman di The One Academy, Bandar Sunway kira-kira dua bulan lalu. Lantaran itu, anak ketiga daripada lima beradik ini terus berusaha menyiapkan album keempatnya yang tertangguh lebih setahun di bawah kendalian syarikat miliknya sendiri, Seinna Entertainment Sdn Bhd dan album itu nanti dijangka akan berada di pasaran pada akhir bulan ini edaran Sony BMG Music. Berpeluang berbual dengan gadis yang sebelum ini sinonim dengan irama tradisional ini, akui Syaz, dia sememangnya tidak sabar lagi untuk muncul dengan album keempatnya itu yang disifatkan Syaz telah menampilkan dirinya yang 'baru'. Meskipun sibuk dengan perniagaan, Syaz akan tetap pastikan karier seninya berjalan dengan baik "Banyak kelainan yang ditampilkan termasuklah dari segi vokal saya sendiri. Album ini juga hanya memuatkan lagu-lagu pop dan balada, tidak seperti album-album terdahulu yang selalu saya selitkan satu atau dua buah lagu tradisional. "Walaupun penghasilan album ini memakan masa yang agak panjang memandangkan saya terikat dengan komitmen sebagai pelajar, tetapi saya bersyukur kerana hasilnya memang memuaskan hati saya. "Insya-Allah, single pertama berjudul Atas Nama Cinta ciptaan Iman Wan akan mula diputarkan di radio-radio tidak lama lagi," kata Syaz yang juga akan menampilkan imej yang sofistikated dan elegan bersesuaian dengan usianya untuk album terbarunya itu nanti. Jelasnya, album berkonsepkan pop balada itu bagaimanapun hanya memuatkan enam buah lagu dan ia akan dipakej semula setelah melihat sambutan daripada peminat kelak. Antara komposer yang menyumbangkan karya mereka di dalam album itu ialah Iman Wan, Adnan Abu Hassan dan Neves Pretty Ugly. Kata anak jati Selangor ini, dia sedar ramai yang agak sangsi dengan keputusannya untuk tampil dengan album baru apatah lagi dengan keadaan pasaran album yang lembap ketika ini serta kemunculan begitu penyanyi-penyanyi baru. Namun begitu, tutur Syaz yang kini semakin bijak berbicara, semuanya bergantung kepada kekuatan artis itu sendiri untuk merealisasikan impian masing-masing. "Sejujurnya, saya banyak mendapat sokongan bukan saja daripada keluarga, tetapi daripada peminat yang sentiasa mahukan saya muncul dengan album baru. Disebabkan itu, saya cukup yakin untuk buat album lagi. "Tentang saingan dengan artis-artis baru, saya rasa itu sepatutnya tidak perlu dijadikan isu. Saya tidak gentar dengan saingan sihat seperti ini, malah memang dari awal pembabitan saya dalam bidang ini saya sedar saya perlu lalui perkara ini. "Bagi saya, apapun terletak kepada kekuatan diri sendiri. Saya mungkin bertuah kerana pada masa yang sama, saya menguruskan perniagaan sendiri. Jadi, ia membuatkan saya lebih berkeyakinan untuk sanggup menghadapi apa saja risiko. "Kalau saya takut keluarkan album, lebih baik saya jangan buat bisnes sendiri yang sememangnya lebih mencabar kerana bisnes melibatkan banyak pihak dan terdedah dengan risiko yang lebih tinggi," kata Syaz yang kini bergelar ahli perniagaan muda menerusi dua buah syarikat miliknya, Seinna Entertainment Sdn Bhd dan Seinna Studio Sdn Bhd yang mula beroperasi sejak setahun lalu. Ligat berniagaTatkala dirinya sibuk menjalani kehidupan sebagai pelajar tidak lama dulu, Syaz turut berjinak-jinak dengan bidang perniagaan, mengikuti jejak langkah bapanya sendiri Datuk Abdul Karim. Malah, dua buah syarikatnya Seinna Entertainment dan Sienna Studio diwujudkan setelah Syaz benar-benar yakin mampu mengendalikan perniagaan sendiri atas sokongan padu bapa dan seluruh ahli keluarganya. Meskipun tidak terlepas dengan suara-suara 'sumbang' yang mengatakan Syaz beruntung kerana dilahirkan di dalam keluarga berada dan sekaligus menjadi laluan mudah untuk dirinya berada di tahap sekarang, tutur Syaz, dia tidak mahu mengambil pusing dengan kata-kata tersebut. "Bagi saya, ini adalah hidup saya. Tidak kiralah saya dikatakan anak orang kaya atau sebagainya, yang penting saya ada hak untuk corakkan masa depan saya. "Saya akui bertuah kerana mendapat tunjuk ajar dan bimbingan terus daripada bapa saya. Sejak masih bergelar pelajar lagi, saya sudah mula berjinak-jinak dengan bidang bisnes dan belajar secara perlahan-lahan. "AKhirnya, berjaya juga saya tubuhkan Seinna Entertainment yang bertindak menguruskan karier seni serta Sienna Studio yang menguruskan hal-hal atau tempahan bagi rekaan grafik. "Alhamdulillah, setakat ini bisnes berjalan dengan baik. Memang hampir setiap hari saya cukup sibuk untuk berjumpa pelanggan dan sebagainya. "Tetapi apapun, saya masih sempat bahagikan masa dengan karier seni. Malah, undangan persembahan juga masih banyak saya terima," kata Syaz yang turut berhasrat untuk menyambung pengajian di Australia jika berkesempatan kelak. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 19 Jan 2009, 8:47 am | |
| Ako, Kartina diijab kabulAKO Mustapha menyarungkan cincin ke jari Kartina selepas dijabkabulkan di Taman Mawar, Sandakan semalam disaksi Ahmad Mustapha (dua dari kanan) dan Sarahan. Pelakon terkenal mahu dapat anak secepat mungkin SANDAKAN: Pelakon terkenal, Ako Mustapha atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha, 37, selamat diijabkabulkan dengan Kartina Shuaib, 29, di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Mawar, di sini, semalam. Dengan sekali lafaz, Kartina sah menjadi isteri Ako Mustapha yang diijabkabulkan oleh Imam Masjid Kariah Taman BDC, di sini, Sarahan Ar Bain. Kartina dinikahkan dengan berwalikan ayahnya, Shuaib Abdullah dan bersaksikan bapa saudaranya, Alasi Sansuat dengan mas kahwin RM100. Hadir sama, ibu Kartina, Shantanina Abdullah dan ibu bapa Ako Mustapha, iaitu Ahmad Mustapha Hassan dan Normah Osman serta pengarah filem terkenal, Afdlin Shauki. Majlis itu turut dihadiri kira-kira 200 anggota keluarga terdekat pasangan pengantin. Terdahulu, Ako Mustapha yang yang popular melalui drama Dalam Hati Ada Cinta dan Sephia, tiba di rumah pengantin perempuan pada jam 11.40 pagi dengan membawa tujuh dulang hantaran dan menerima balasan sembilan dulang hantaran pengantin perempuan. Ako berpakaian baju Melayu cekak musang dan sampin putih serta bersongkok hitam, manakala Kartina memakai baju kurung bermanik sifon sutera dan bertudung putih. Acara menyarung cincin oleh Ako Mustapha kepada isterinya dan sebaliknya turut menyerikan majlis. Majlis persandingan berlangsung dua kali, iaitu di kediaman pengantin perempuan yang bertemakan kebudayaan etnik Kadazandusun dan Bajau, malam kelmarin dan disusuli di Hotel Sanbay, di sini malam ini dengan berkonsepkan budaya Kadazandusun dan Suluk. Shuaib berketurunan Kadazandusun dan Suluk manakala Shantanina campuran Tagalog dan Bajau. Ako Mustapha yang ditemui berkata, beliau dan isteri belum memilih lokasi berbulan madu tetapi ingin mendapat anak secepat mungkin. “Kalau boleh biarlah bunting pelamin,” katanya kepada Berita Minggu sambil diperhatikan isterinya yang tersenyum. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 9 of 20 | Go to page : 1 ... 6 ... 8, 9, 10 ... 14 ... 20 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |