|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 27 Jan 2009, 10:27 am | |
| Gambar Ajai Berpesta SakanDengan gelaran status “duda”, ajai dengan senang lenang boleh bebas berpesta dengan rakan-rakannya.. |
| | | nona manis Enterpreneur
Number of posts : 19 Age : 42 Registration date : 29/11/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 28 Jan 2009, 9:34 am | |
| tk suka la fasha sandha ni.. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 28 Jan 2009, 11:02 am | |
| Perkahwinan Wendy Wong (Wani) dan YacobSetelah hampir dua bulan memeluk Islam, pelakon dan penerbit Wendy Wong atau nama Islamnya, Wani Wendy Wong Abdullah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Yacob Chik, 58, di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, di sini,semalam. Hanya sekali lafaz, pasangan tersebut sah bergelar suami isteri setelah tiga tahun menyulam cinta. Mereka dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdullah Hashim. Pada majlis yang serba ringkas itu, Wendy yang kini selesa disapa Wani menerima mas kahwin RM80 beserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki antaranya sebentuk cincin dan senaskhah Al-Quran yang mempunyai terjemahan di dalam bahasa Mandarin. Namun, tiada wang hantaran diberikan oleh pihak lelaki atas permintaan Wani. Pihak pengantin pula perempuan pula membalas sebanyak tujuh dulang hantaran antaranya jam tangan, minyak wangi, dompet dan kerusi urut jenama Ogawa. Majlis bersejarah pasangan mempelai itu telah dihadiri oleh kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak. Antara rakan artis yang hadir ialah penulis lirik Habsah Hassan, Louisa Chong, Rubiah Suparman dan Ahmad Tarmimi Siregar. Sebaik dinikahkah kira-kira pada pukul 3.45 petang, pasangan tersebut terus mengadakan majlis persandingan di tempat yang sama. Ketika ditemui selepas majlis tersebut, Wani melahirkan rasa bersyukur setelah hubungan cinta mereka yang terjalin itu berakhir dengan ikatan perkahwinan. Sambil mengakui dirinya tertarik dengan sifat prihatin Yacob, kata Wani, suaminya itu juga adalah salah seorang yang banyak mengajarnya tentang agama Islam. “Dia melamar saya selepas Hari Raya tahun lalu. Pada awalnya, saya sendiri tidak tahu untuk buat keputusan apatah lagi ramai kawan mengatakan dia terlalu tua untuk saya. “Tetapi, hati saya terbuka untuk dia kerana dia berjaya membuatkan hati saya cukup tersentuh di dalam banyak perkara. Tetapi, pada masa yang sama saya juga agak risau setelah memikirkan keturunan saya yang menghidap penyakit genetik kanser. “Saya tanyakan padanya, adakah dia sanggup kahwin dengan saya jika saya juga disahkan menghidap penyakit kanser. Tetapi jawapannya cukup ikhlas dan dia beritahu saya semua itu ditentukan oleh Allah dan dia rela menjaga saya sampai bila-bila. “Saya terus membuat pemeriksaan kesihatan selepas itu dan akhirnya laporan menunjukkan kesihatan saya cukup baik. Selepas itu baru saya yakin untuk menerima lamaran dia dan rancang untuk majlis perkahwinan kami,” kata Wani yang gembira berjaya menamatkan zaman bujangnya meskipun sudah berusia 40an. Ditanya destinasi bulan madu pilihannya, kata Wendy, dia dan suami akan ke Barcelona, Sepanyol untuk menaiki ‘cruise’ menjelajah beberapa perairan Eropah seperti Morocco dan akan berada di sana selama tiga minggu. “Lepas pulang dari bulan madu, saya dan suami akan berangkat mengerjakan umrah pada 15 Mac depan,” kata Wani. Wani telah memeluk agama Islam pada 28 November lalu di rumah Habsah Hassan bertempat di Taman Tun Dr. Ismail Dalam pada itu, ‘tea ceremony’, satu adat yang mengikut tradisi Cina akan turut dilakukan oleh pasangan ini esok secara tertutup. Ini merupakan perkahwinan pertama Wani tetapi yang kedua buat Yacob setelah bercerai 10 tahun yang lalu. Yacob mempunyai tiga orang anak perempuan hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 28 Jan 2009, 11:05 am | |
| Pengorbanan Seorang Ibu Ketika BersalinKL, 27 JAN 2009: Murai Batu ingin berkongsi satu cerita menarik tentang pengalaman Nora Danish tatkala melahirkan anak sulungnya, Putera Raiqal Ramli Bin Rizal Ashram Ramli, pada 7 Januari lalu. Pengalaman itu diceritakan sendiri oleh Nora kepada seorang rakan baiknya. Kata sumber itu, Nora telah nekad untuk bersalin secara normal, macam ibu-ibu dan nenek-nenek kita di kampung dulu. Pendek kata, sampai ke sudah, Nora yang walaupun bersalin di hospital bertaraf 5 bintang di Kuala Lumpur, tidak mahukan sebarang pembedahan. "Sebabnya, Nora mahu rasakan sendiri bagaimana sakitnya bersalin. Memang sampai satu peringkat, doktor memberikan dia satu peluang lagi untuk 'push' kerana jantung anaknya mulai lemah. "Akhirnya dengan penuh tawakkal dan kudrat dalaman, Nora berjaya melahirkan bayi lelakinya yang comel, seberat 3.5 kilogram," kata sumber itu lagi. Namun apa yang mengejutkan, selepas agak kuat sedikit, Nora terus menghubungi rakan baiknya tadi dan berkata, "Alhamdulillah, semuanya dah selamat. Cuma awak, saya hendak berpesan satu saja... janganlah sekali-kali kita menderhaka kepada ibu kerana baru sekarang saya betul-betul faham bagaimana sakitnya seorang ibu yang hendak melahirkan anak." Murai Batu sendiri cukup terharu dengan kata-kata Nora itu. Murai Batu juga kagum dan tabik kepada Nora kerana selama ini kita melihat dia sebagai seorang yang ceria, keanak-anakan, lemah lembut dan dianggap jenis 'lembik'. Tapi jelas jiwa dan tekad Nora sangat kental. Dalam pada itu, lebih sensasinya Murai Batu dengar-dengar bekas suami Nora, Rizal Ashram (Jejai) pun ada di hospital terbabit pada saat-saat genting itu malah kemudian mengazankan bayi mereka itu. Alhamdulillah, sejuk hati mendengarnya... Apakah mungkin Nora dan Jejai akan rujuk semula demi anak sulung mereka? Selain itu, ibu mertua Nora pun khabarnya tetap rapat dan sangat sayangkan Nora dan cucunya itu. Entahlah, semua ini mungkin ada hikmahnya. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 28 Jan 2009, 11:07 am | |
| Nora Dah Jadi Ibu, Yang Lain Tunggu Masa
Rasanya belum terlambat Murai Batu hendak ucapkan tahniah kepada Nora Danish yang akhirnya menjadi seorang ibu, pada 7 Januari 2009 lalu. Nora selamat melahirkan bayi lelaki yang sihat, seberat 3.5 kilogram di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, kira-kira jam 10.50 malam.
Nak tahu nama anaknya? Oh ya, memang sedap nama bayi lelaki Nora itu - Putera Raiqal Ramli Bin Rizal Ashram Ramli.
Murai Batu ada hubungi Nora, baru-baru ini dan dia berada dalam keadaan yang sihat tetapi buat masa ini masih belum bersedia untuk ditemubual panjang atau mengambil beraksi dalam sesi foto. Kata Nora, apabila semua dah OK, dia akan kembali ke depan kamera.
Nampaknya tahun ini, kita akan melihat ramai artis berbadan dua dan bakal menjadi ibu dan ayah. Yelah, kalau dah ramai pasangan naik pelamin tahun lepas, bagi mereka yang Tuhan limpahi rezeki awal, tentu akan timang anak tahun 2009 ini. Celah-celah itu, ada pula yang mungkin bunting pelamin. Siapa dia? Ekin, Nabila Huda atau Bunga Sinclair?
api yang jelas tengah mengandung sekarang ialah Erra Fazira, Rosma AF1, Rita Rudaini, Dynas, Natasha Aimee (DJ XFM) dan terbaru, Murai Batu dengar gosip... Si Ziana Zain!
Amboi Ziana, bertuahlah awak kalau betul hamil lagi. Khabar angin ini pun datangnya daripada peminat Ziana sendiri iaitu budak-budak fan club dia. Baguslah kalau dah bersedia kasi adik lagi untuk Aiman.
MURAI BATU: Kalau Rosnah Mat Aris berbadan dua, memang Murai Batu orang pertama akan ucapkan tahniah. Jangan hairan, sebab tahun lepas produser Raja Azmi yang dah agak berusia tu pun hamil tetapi akhirnya keguguran. Semuanya kuasa Tuhan. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 28 Jan 2009, 11:08 am | |
| Hubungan Memey, Darling Kembali MesraMengaitkan anggota keluarganya dalam kontroversi hangat yang tercetus antara dirinya, Norman Hakim dan Abby Abadi, bukanlah sama sekali kemahuan pelakon konroversi, Memey Suhaimi. Apatah lagi apabila tempiasnya turut dirasai ibu saudaranya, Darling Ngasri yang sebelum ini bertanggungjawab membawa dia menceburi bidang lakonan dan menjadi seorang anak seni. "Percayalah, saya benar-benar sangat sedih apabila keluarga sendiri terpaksa menerima kesan daripada perbuatan saya ini. Begitu juga dengan Darling yang tiba-tiba saja terpalit sama dengan kontroversi yang sama ini. "Tapi saya bersyukur kerana di sebalik apa yang berlaku, ia telah membawa hikmah kepada saya dan Darling di mana hubungan kami kembali baik dan mesra seperti mana waktu yang dulu-dulu. Macam kakak dengan adik. "Di waktu saya sedang kusut berhadapan dengan masalah ini, saya telah menghubungi sendiri Darling untuk meminta maaf, malah berjumpa dengannya serta berbincang tentang masalah yang sedang saya hadapi ketika itu. "Dia sendiri ada membantu saya dengan memberikan nasihat serta pandangan yang berguna buat saya khususnya tentang bagaimana untuk saya berhadapan dengan semua masalah ini," kata Memey kepada murai.com.my. Jelas Memey, dia benar-benar lega selepas dapat bertemu sendiri dengan Darling. "Benarlah kata orang, keluarga tetap keluarga. Ibarat air, kalau dicincang banyak mana, ia tidak akan sama sekali putus. Begitulah juga antara saya dan Darling," katanya lagi. Mengenai tindakan masyarakat yang nampaknya masih terus-menerus menyalahkan dirinya, Memey berkata, dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengubah pemikiran mereka. "Masyarakat berhak untuk berkata apa saja. Kalau saya di tempat mereka pun, saya mungkin mempunyai penilaian yang tertentu. Kalaulah saya tahu, apa yang berlaku di antara saya dan Norman akan jadi sesulit ini sehingga mencetuskan perceraian mereka, sudah tentu dari awal lagi saya cuba akan elakkan daripada mengenali Norman. "Tapi, percayalah apa yang telah berlaku adalah sesuatu yang sama sekali tidak dirancang, di luar dugaan sehingga saya sendiri terpaksa berdepan dengan semua ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul," katanya. "Tentang Norman, masih terlalu awal untuk saya menjelaskan apa-apa tentang hubungan kami berdua selain berkawan. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, kami hanya bersahabat dan kehadiran saya pada majlis kenduri kahwin sepupu Norman di Ampang tidak lama dulu hanya sekadar untuk meneruskan silaturrahim yang sedia terjalin antara keluarga kami. "Kedua-dua keluarga kami menjadi baik selepas tercetusnya kontroversi tempoh hari. Jadi, rasanya tidak salah kalau saya datang ke majlis kenduri kahwin tersebut hanya semata-mata kerana silaturrahim yang sedia ada. "Tapi saya cukup sedar, andai kata saya berkahwin dengan Norman, saya mungkin akan menerima nasib yang sama seperti mana Abby. Ramai yang cakap dengan saya tentang perkara itu dan saya juga ada terfikirkan hal yang sama. "Namun kalaulah perkara itu sudah jadi qada dan qadar untuk saya, mahu tak mahu, saya terpaksa juga menerimanya," kata Memey. Sementara itu, Norman dan Memey kedua-duanya mengaku tidak bersalah dalam pertuduhan khalwat di Mahkamah Syariah Gombak Timur, kelmarin. Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohammad memerintahkan Norman dan Memey masing-masing dikenakan ikat jamin RM3,000 seorang dan menetapkan perbicaraan kes mereka pada 3 Mac depan. Norman, 33, dan Memey, 21, didakwa berhalwat dengan Memey kira-kira jam 3 pagi di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang pada 30 Oktober tahun lalu. Mereka berdua kelihatan tenang di mahkamah itu dan mengenakan baju sedondon iaitu hitam dan putih. Turut berada bersama mereka adalah ibu Norman, Kamariah Kamat, 66, yang mengakui dia sedia menerima Memey sebagai calon menantu sekiranya sudah ditakdirkan. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 28 Jan 2009, 11:10 am | |
| Fareez Teringin Tambah Anak 5?Nampaknya gosip yang pernah Murai Batu keluarkan sebelum ini tentang bekas suami Noraniza Idris, Fareez atau nama sebenarnya, Mohd Fauzi Tajudin akan berkahwin pada bulan ini adalah benar belaka. Hari ini, 27 Disember, Fareez, 45, akan naik pelamin dan menamatkan zaman dudanya itu dengan gadis pilihan, Mazlin Abdul Samad, 24. Dulu Murai Batu hanya dapat tahu perkara ini daripada satu sumber yang mendakwa dia sudah menerima kad undangan perkahwinan Fareez itu. Namun minggu lepas, Murai Batu menerima kad kahwin Fareez dan Mazlin itu ketika hadir ke sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH). Hari ini majlis resepsi diadakan bagi sebelah pengantin perempuan manakala pihak Fareez pula akan mengadakan majlis yang sama masa esok, bertindih pula dengan resepsi Mawi-Ekin di Felda Taib Andak, Johor. Yang menarik, Murai Batu dengar Fareez ada pasang harapan di mana kalau diberikan rezeki, dia mahu 5 anak untuk perkahwinan kali kedua ini. Jelas usia bukan penghalang kepada mereka untuk berkahwin macam Datuk K dan Dato Siti. Tentunya pada majlis itu, Fareez akan mengundang anak-anaknya dengan Noraniza untuk datang sama. Maklumlah zuriat manalah boleh dilupa dan diketepikan. Murai Batu tak pasti pula apa perkembangan Noraniza selepas bercerai dan minggu lepas berkrisis sakan dengan seseorang berhubung bisnes. Nampak gaya tahun ini, dunia hiburan penuh dengan perkahwinan artis - bujang dengan bujang, janda dengan anak teruna dan duda dengan anak dara. Lupa pulak Murai Batu... ada tak perkahwinan duda dengan janda? MURAI BATU: Teringat dialog filem Masam-Masam Manis - " Mak Minah juga yang janda, drebar teksi tu pun tak masuk mintak..." |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 28 Jan 2009, 11:11 am | |
| Heboh Ziana Terbabit Dalam KemalanganPenyanyi dan pelakon terkenal, Ziana Zain, 40, semalam menjadi cemas dan ketakutan apabila digemparkan dengan berita palsu kemalangan jalan raya yang melibatkan dirinya. Bercakap kepada portal murai.com.my, pengurus penyanyi itu, Lisa Aryanti Tahir, berkata dia sungguh terkejut dan kesal dengan berita palsu berkenaan, lebih-lebih lagi apabila ia menjadi bualan hangat kebanyakan peminat Ziana semalam. Kata Lisa, dia sendiri tidak menduga, ada pihak yang cuba menyebarkan berita palsu berkenaan, walhal hakikatnya Ziana berada dalam keadaan sihat. Malahan katanya, keadaan mula menjadi kalut apabila sekitar jam 4 petang dia sendiri menerima panggilan daripada bilik berita RTM yang ingin mengesahkan berita palsu kemalangan jalan raya penyanyi kesayangan ramai itu. "Saya sendiri jadi hairan, siapa agaknya yang tergamak menyebarkan berita kurang sedap itu. Sedangkan petang tadi saya baru saja mengirimkan beberapa SMS kepada Ziana. "Selepas saja terima panggilan daripada RTM itu, saya terus menghubungi Ziana, bagaimanapun tidak ada jawapan. Nasib baiklah selepas 3 kali mencuba, Ziana akhirnya menjawab panggilan saya. "Kalau tak silap, panggilan itu saya buat sekitar jam 4.30 petang. Pada masa itu Ziana sedang mengambil anak sulungnya, Aiman pulang dari sekolah," kata Lisa. Lisa berkata, pada ketika itu Ziana seakan sudah tahu tujuan panggilan telefon berkenaan kerana pada masa yang sama finalis Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) itu turut mendapat infomasi serupa daripada ibu saudaranya pada sebelah tengah hari. "Memang kecoh hari ini. Semua rakan-rakan artis dan peminat Ziana menjadi panik. Banyak jugak SMS yang saya terima daripada mereka untuk mengetahui keadaan Ziana. "Bagi Ziana sendiri, dia menjadi takut. Saya nasihatkannya supaya memandu berhati-hati. Memang tak baik apabila menerima berita palsu seperti ini, lebih-lebih lagi berkenaan kemalangan jalan raya. "Malah pengurus Anuar Zain, Rahila pun terkejut dengan berita ini. Katanya, perkara yang sama pernah terjadi kepada Anuar Zain dan menyebabkan dia menjadi cemas dengan berita palsu itu," tambah Lisa. Menjawab, apakah tindakan susulan yang akan dilakukan Ziana selepas ini, Lisa berkata, pihaknya mengambil langkah mendiamkan diri dengan berharap agar berita palsu ini tidak digembar-gemburkan. Kata Lisa, dia menyifatkan kejadian itu mungkin sebagai pelanduk dua serupa. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 28 Jan 2009, 11:13 am | |
| Lan Meet Uncle Hussain Jatuh Pengsan!Tak angin tak angin, tak ada taufan, tiba-tiba vokalis utama Meet Uncle Hussain yang manis, Lan, jatuh pengsan di Balai Berita, NSTP, Bangsar petang semalam! Murai Batu dimaklumkan perkara ini oleh seorang saksi yang melihat insiden mengejutkan itu sejurus sebelum Lan dan rakan-rakan artis lain menjayakan sidang media Karnival Amal Tabung Gaza bersempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008. "Ketika kejadian berlaku, Lan sedang berjalan ke kafe NSTP dengan wartawan hiburan NST Hafidah Samat. Mulanya mereka berjalan bersama tapi satu peringkat, Hafidah menyedari dia sedang bercakap seorang diri. Rupanya apabila menoleh ke belakang, Lan sudah terkulai di atas lantai. "Terkejut dengan kejadian itu, Hafidah meminta bantuan beberapa orang yang berada di situ untuk menolong Lan. Hafidah juga terus berkejar ke klinik NSTP untuk mengambil sebuah kerusi roda untuk Lan," kata saksi itu Selepas Lan pulih sedikit, barulah masing-masing dapat tahu Lan rupanya terlalu letih dan stress. Dia juga dikatakan tidak sempat sarapan pagi menyebabkan dia menjadi pitam, terlalu letih dan sakit urat saraf. Nasihat Murai Batu, Lan jagalah kesihatan diri kerana ia amat penting. Memanglah sepanjang minggu lalu, Lan dan rakan-rakan Meet Uncle Hussain sibuk gila berlatih menyanyi dan jamming untuk final Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23). Akhirnya kejayaan berpihak juga kepada mereka! Murai Batu dengar-dengar Lan juga dikatakan menghidap sakit tiroid. Apa betul Lan? Kalau betul, rajin-rajinlah berubat. MURAI BATU: Bangga sangat dengan komitmen Lan dan artis-artis tempatan membantu kempen Tabung Gaza untuk mangsa perang di Palestin. Jom kita ramai-ramai ke Amcorp Mall, PJ, pada 31 Januari ini untuk beramal dan berjumpa ramai artis popular. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 28 Jan 2009, 11:14 am | |
| Cheryl Samad - Semua Ini Salah Faham!Selepas foto Cheryl Samad pada malam Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) disiarkan oleh ruangan gosip dalam murai.com.my ramai peminat terkejut lantas memberi pelbagai komen terhadap foto yang meragukan itu. Pelbagai komen diberikan dan ada yang menganggap ia satu perkara memalukan yang tidak perlu diperbesarkan. Apa kes sekalipun, bagi menjawab segala pertanyaan tersebut, murai.com.my telah mendapatkan jawapan eksklusif dari Cheryl Samad sendiri tentang isu baju merah itu. "Sebenarnya saya sudah pakai baju itu waktu raptai penuh. Tapi, saya tak perasan apa-apa pun. Pihak produksi dan kakitangan yang terlibat sudah pun menyemaknya dengan lebih terperinci. Tiada siapa pun nampak. "Bagaimanapun, selepas habis saja siaran langsung AJL tempoh hari, barulah saya sedar ada sesuatu yang tak kena dengan baju merah itu. Selepas tengok cermin, terkejut besar saya melihatnya dan saya sendiri tertanya apakah 'benda' itu? "Terus-terang, ia bukannya apa yang seperti apa yang kita lihat atau sangkakan kerana ia sebenarnya adalah lipatan yang terbentuk di bawah kain organza itu yang membuatkan ia kelihatan seperti bintit," jelasnya. Katanya lagi, sehingga malam AJL23, dia tidak menerima sebarang komen negatif dari tetamu dan penonton. Malah, sewaktu ke post party dengan pakaian itu, tiada siapa yang perasan atau menegurnya. Untuk menyakinkan lagi kenyataan beliau, Cheryl menjelaskan bahawa baju tersebut direka oleh rakannya yang juga pereka fesyen tempatan, Shegar. "Maaflah, dari awal lagi, saya betul-betul tak perasan. Saya memang percaya 100 peratus kepada designer mengenai baju yang saya patut pakai. Lagi pun bagi saya, baju perkara kedua, yang paling penting adalah cara penyampaian saya untuk rancangan tersebut. "Kebiasaannya, saya tidak ada masa untuk tengok baju. Saya jenis main pakai saja apa yang disediakan untuk saya selepas pihak penerbitan bersetuju," jelasnya lagi. Hakikatnya, Cheryl tidak akan serik untuk memakai pakaian sentuhan pereka berkenaan pada masa akan datang. "Saya dah biasa bekerja dengan Shegar. Mungkin selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dengan pakaian yang disarung ke badan saya. Bukan apa, kadang-kadang lain pula persepsi orang sedangkan kita tidak berniat apa-apa. "Saya ingatkan tak ada orang perasan. Rupa-rupanya ramai peminat perasan. Saya minta maaf kepada semua," pinta Cheryl. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 28 Jan 2009, 11:15 am | |
| Artis Baru Singapura Cuba Ujibakat AF7 |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 28 Jan 2009, 11:16 am | |
| Rihanna Akur Peraturan Konsert Di KLanyak persoalan yang perlu dikemukakan apabila Celcom yang tampil membawakan Konsert XPAX Ignites Rihanna Live In Kuala Lumpur di Stadium Bukit Jalil, pada 13 Februari ini. Salah satunya adalah sentimen segelintir masyarakat Malaysia yang ketika ini sibuk berkempen untuk memboikot apa saja produk keluaran Amerika Syarikat (AS) gara-gara Israel menceroboh Tebing Gaza, Palestin serta melancarkan perang yang penuh dengan kekejaman. Bahangnya mungkin akan turut dirasai Rihanna yang ketika sibuk menjayakan siri kedua konsert jelajah sedunia Good Girl Gone Bad. Walaupun, Rihanna adalah anak jati kelahiran Barbados iaitu sebuah kepulauan yang terletak berdekatan dengan St Vincent & The Grenadines serta St Lucia, beliau tetap dianggap artis produk keluaran AS. Menjawab persoalan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata pihaknya memang menyedari akan perkara tersebut dan ia sudah pun dipertimbangkan. "Namun, pada waktu yang sama kita tidak seharusnya membiarkan sentimen tersebut menguasai segala-galanya kerana hiburan dan peperangan adalah 2 perkara yang berbeza dan patut dipisahkan. Saya rasa rakyat Malaysia sudah matang. "Sebagai menunjukkan keprihatinan Celcom terhadap nasib yang telah menerima rakyat Palestin, kami telah pun bekerjasama dengan Karyawan Prihatin Malaysia yang dikendalikan Erma Fatima bagi mengadakan satu persembahan amal di Istana Budaya (IB) pada 1 Februari ini. "Selain itu, kami juga telah bekerjasama dengan pihak organisasi bukan kerajaan iaitu Mercy yang mana kami telah menghantar satu pasukan sukarelawan dengan menghantar makanan dan perubatan ke Tebing Gaza. "Kami telah mengambil seberapa banyak foto yang berkaitan dengan penderitaan masyarakat Palestin dan bagi anda yang mahu beramal dengan menderma untuk tabung Palestin ini, anda boleh melakukannya dengan mendapatkan foto tersebut secara muat turun," katanya. Berbalik kepada Rihanna, Shazalli berkata, pihaknya amat berbesar hati apabila dapat bekerjasama dengan Pineapple selaku pihak penganjur kepada konsert berkenaan. "Saya telah melihat bagaimana mereka menganjurkan beberapa konsert sebelum ini ternyata hasil kerja mereka cukup membanggakan. Malah, mereka juga mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam menganjurkan sesebuah konsert artis. "Apabila mereka datang datang menghantar kertas kerja sempena konsert Rihanna ini, mereka telah berjaya membuatkan saya berasa kagum kerana sepanjang pembabitan Celcom bersama beberapa syarikat penganjur acara sebelum ini. Saya juga yakin Rihanna akur dengan segala peraturan untuk membuat konsert di KL nanti, " jelasnya. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 28 Jan 2009, 11:18 am | |
| Syamsul Terus Mara Dengan KL Drift 2Selepas kejayaan menghasil Evolusi KL Drift dan Bohsia, kini Syamsul Yusof telah diberi kepercayaan sekali lagi oleh ayahnya, Datuk Yusof Haslam, mengemudi filem ketiganya, Evolusi KL Drift 2 dengan bajet bernilai RM2.1 juta. Syamsul mengakui selepas menerima tunjuk ajar yang banyak dalam menghasilkan filem pertama, Evolusi KL Drift, dia telah diberi kebebasan sepenuhnya menghasilkan Bohsia yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 23 April nanti. Evolusi KL Drift 2 pula dijadualkan menjalani pengambaran bermula 1 Februari ini. "Saya berasa bertuah kerana diberi kebebasan sepenuhnya dalam menghasilkan Bohsia. Hari ini, sekali lagi saya diberi tanggungjawab untuk mengarah filem yang lebih mahal, Evolusi KL Drift 2. "Filem ini masih mengisahkan persahabatan, gangsterism serta diselitkan konflik cinta. Ia penuh dengan aksi drift di litar lumba dan tida banyak lumba haram berbanding Evolusi KL Drift yang banyak berlokasi di jalan raya. "Semua aksi akan dilakukan sendiri oleh pelakon saya, bagaimanapun kami turut menggunakan khidmat 5 drifter profesional. Kami hanya menggunakan 10 peratus saja CGI (Imej Janaan Berkomputer), itu pun hanya pada babak tertentu seperti percikan api pistol," katanya ketika bercakap pada pihak wartawan selepas pelancaran pembikinan filem tersebut di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), semalam. Ia dilancarkan sendiri oleh Ketua Pengarah FINAS, Encik Mohd Mahyidin Mustakim. Yusof turut menghadiahkan replika kereta lumba sebagai simbolik kepada filem Evolusi KL Drift 2. Dalam pada itu, Yusof turut mengulas bahawa filem ketiga arahan Syamsul ini dijangka lebih hebat dan mantap berbanding sebelumnya. Menurutnya juga, Skop Productions tidak akan membelanjakan lebih daripada RM1.5 juta sekiranya tidak yakin dengan pulangan yang memuaskan. Ia bakal menjalani penggambaran selama 38 hari di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya serta Pelabuhan Kelang. Ia diterbitkan oleh Skop Productions dengan kerjasama Primeworks Sdn Bhd. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Besar Primeworks, Ahmad Puad Onah, Senator Datuk Jins Shamsudin, para pelakon dan wakil media. Evolusi KL Drift 2 ini bakal dibintangi oleh Syamsul sebagai Zack, Farid Kamil (Sham), Scha Al-Yahya (Aleya), Aaron Aziz (Joe), Shaheizy Sam (Ery), Remy Ishak (Inspektor Kamal), Shaifuddin Hashim (Zul), Hetty Sarlene (Vee) dan Rizal Ashraf (Muz). |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 28 Jan 2009, 11:23 am | |
| Scha al-Yahya Ganti Diana Danielle Dalam Evolusi KL Drift 2Yay untuk Scha al-Yahya. Akhirnya imej ala-tomboy dalam Awan Dania akan berguna untuk melakukan drift hebat dalam filem sekuel Evolusi KL Drift yang di’arahkan oleh Shamsul Yusof. Scha akan menggantikan watak di’bawa oleh Diana Danielle & cerita ini di’bawakan oleh wartawan penuh sensasi Berita Harian, Zubir dalam tulisan’nya hari ini. Terima kasih Zubir. OHBULAN! secara personal rasa Scha al-Yahya lebih sesuai untuk membawakan watak gadis drift ini berbanding Diana Danielle. Scha ada suara jantan, tidak seperti Diana Danielle yang semakin hari semakin ‘Fasha Sandha’ suaranya. Kita tunggu kemunculan Scha al-Yahya dalam Evolusi KL Drift 2. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| | | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 28 Jan 2009, 11:32 am | |
| (Gambar) Saiful Apek & Seluar Dalamnya |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 28 Jan 2009, 11:34 am | |
| (Review) Filem Ong Bak 2Dibintangi: Tony Jaa, Primrata Dej-Udom, Sorapong Chatree, Saranyu Wongkrajang, Santisuk Promsiri, Pattama Pantong, Nirut Sirijanya, Petchtai Wongkhamlao dan Supakorn Kijsuwan Tarikh Tayangan: 5 Feb 2009 Ulasan : Kepada yang meminati filem bercorak aksi dan pernah menyaksikan filem ‘Ong Bak’, pasti anda tidak mahu ketinggalan untuk menonton ‘Ong Bak 2, menjanjikan lebih banyak aksi. Daripada permulaan cerita hinggalah ke akhir, anda dapat melihat pertarungan demi pertarungan. Jika anda menyangkakan ‘Ong Bak 2’ adalah sambungan kepada ‘Ong Bak’, jangkaan itu meleset sama sekali. ‘Ong Bak 2’ membawa jalan cerita yang berbeza. Latar masanya mengambil zaman empayar Ayuthaya. Set pengambarannya, nampak ‘hidup’ ditambah dengan ‘props’ yang melambangkan zaman tersebut. Bukan mudah untuk menghidupkan zaman yang sudah berkurun lama berlalu. Begitu juga dengan lakonan Tony Jaa. Dia mempamerkan tahap lakonan yang cukup mantap. Gerak tubuhnya dalam setiap pertarungan sangat cantik dan gagah. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 28 Jan 2009, 11:46 am | |
| Isma Yusof (Butang) Mesra Dengan Bapuk?Korang mungkin mengenali si Isma Yusof ni dengan nama butang, iaitu karekter lakonan Isma yang mempopularkan Isma dalam drama bersiri Sindarella. Korang perasan tak Isma Yusof ni kadang-kadang kelihatan agak lembut bagi seorang lelaki. Gambar kat bawah menunjukkan Isma Yusof dengan seorang teman bapuknya. Tengok betul-betul mekap si Isma dalam gambar ni pun ala-ala bapuk? Sexynya lips you ni Butang |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 28 Jan 2009, 12:00 pm | |
| Zizie dilamun cinta dengan ahli politikZizie hangat bercinta dengan ahli politik DALAM Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM21) di Putrajaya, baru-baru ini, Zizie Izette sebahagian daripada artis dan selebriti yang menjadi tumpuan pada malam kemuncak itu kerana kehadirannya turut ditemani seorang jejaka dikenali sebagai Datuk S, seorang jutawan IT terkenal. Lebih menarik, jutawan itu pernah dikaitkan dengan seorang aktres popular namun gosip berkenaan hilang begitu saja berikutan pelakon wanitea terbabit dikatakan sudah bercinta pula dengan bekas suami seorang aktres lain. Berikutan itu, ramai menganggap wujud hubungan istimewa antara Zizie dan Datuk S, lebih-lebih lagi beliau sendiri pernah membuat pengakuan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan yang turut aktif dalam bidang politik sebelum ini. Bagi mendapatkan kepastian mengenai hubungan mereka, satu pertemuan diatur bersama pelakon ini yang mula digilap bakat lakonannya ketika berusia 13 tahun melalui filem Kekasih Awal Dan Akhir pada 1991. Dalam pertemuan dan sesi fotografi di Hotel Park Royal Kuala Lumpur, Selasa lalu, Zizie secara jujurnya mengakui hubungannya dengan Datuk S sudah lama terjalin dan sering keluar bersama, termasuk menemaninya ke beberapa majlis hiburan. “Ya, memang saya mengenali Datuk S, namun tiada hubungan istimewa antara kami. Antara saya dan beliau, hubungan kami tidak lebih sebagai sepupu. Kami bersaudara dan tiada apa yang perlu disembunyikan mengenai hubungan kami. Sebenarnya, saya sendiri pun tidak menyangka kehadirannya pada malam itu (FFM21) mengundang pelbagai tanda tanya di kalangan rakan media hingga timbulnya gosip kami bercinta. Rasa mahu tergelak pun ada apabila kawan dan wartawan telefon bertanyakan hal ini,” katanya. Beliau turut menyifatkan gosip itu sebagai peristiwa melucukan sepanjang 17 tahun pembabitannya dalam bidang lakonan. “Mana mungkin kami bercinta kerana kami bersaudara... kami rapat macam adik-beradik. Bagus juga ada gosip ini, sekurang-kurangnya saya tahu ada orang sekeliling yang peka terhadap perkembangan diri dan kerjaya saya. Boleh juga jadi bahan lawak kami bila keluar bersama nanti,” katanya. Akui hati sudah berpunya TANPA berselindung, Zizie yang kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri popular, Spa Q (Musim Kedua), mengakui hatinya kini sudah dimiliki seorang ahli perniagaan yang mula dikenalinya sejak tujuh tahun. “Beliau bukan Datuk S. Dia orang biasa saja... tiada apa-apa pangkat pun. Dia ada bisnes sikit dan sekarang baru berjinak-jinak dengan bidang politik. Sebenarnya, saya tidak reti mahu bercinta dengan orang kaya sebab saya seorang yang ringkas dan bersederhana. Alhamdulillah, sudah tujuh tahun usia percintaan kami. Masing-masing pun sudah kenal hati budi dan bersedia untuk ke peringkat seterusnya. Namun, kami tidak mahu tergesa-gesa kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjaya masing-masing terlebih dulu,” katanya. Baginya, membina mahligai perkahwinan bukan satu kerja mudah, malah memerlukan banyak persediaan, tidak hanya dari segi mental tetapi juga fizikal dan emosi, terutama kewangan. “Mana-mana pasangan bercinta tentunya mahu hubungan mereka diakhiri dengan ikatan perkahwinan. Namun, soal kahwin ini bukan boleh dibuat main-main kerana saya menganggap sesuatu perkahwinan itu bersifat abadi. Saya menginginkan kebahagiaan berkekalan. Sebab itulah, kita perlu membuat persediaan dari segala aspek. Walaupun belum berkahwin, saya sudah berasakan betapa sukarnya sesebuah perkahwinan itu untuk bertahan hingga terkandas di pertengahan jalan,” katanya. Berpandukan pengalaman itu, beliau cukup berhati-hati merancang kehidupannya, termasuk membuat persediaan secukupnya sebelum menempuh alam perkahwinan. “Saya dibesarkan tanpa kasih seorang ayah. Namun, saya tidak pernah menyesal dengan pengalaman lalu, malah menganggapnya sebagai pengajaran berguna dan panduan hidup. Yang penting, apabila saya sudah mempunyai anak nanti, saya mahu mereka menikmati kehidupan lebih baik. I’m always keep my options open, malah kekasih saya pun memahami pendirian saya. Beliau seorang yang cool dan tidak pernah mendesak untuk berkahwin. Lagipun, kalau ada jodoh tak ke mana... biarlah kami cukupkan `bekalan’ untuk masa depan dulu,” katanya. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 28 Jan 2009, 12:03 pm | |
| Sheila Rusly Pelakon Drama Anak BetongSiapa kata pelakon yang bertudung dah tak laris. Ha, Sheila Rusly dah buktikan bahawa dia tetap bertahan sampai kiini walaupun dah bertudung. Tapi watak Malika di tangan Sheila Rusly kali ini adalah antagonist. MESKIPUN sudah bertukar imej dengan tampil bertudung dan berpakaian gaya muslimah, pelakon Sheila Rusly mahu membuktikan dirinya tidak terhad hanya melakonkan watak baik, malah buat pertama kalinya sekembali beliau daripada mengerjakan fardu haji di Makkah awal tahun lalu, pelakon dan pengacara itu tampil dengan watak antagonis menerusi drama bersiri terbaru, Anak Betong. Drama arahan Jinggo itu diterbitkan JS Pictures Sdn Bhd. Jika selama ini, ramai pelakon yang gusar periuk nasi mereka tersekat sekiranya tampil bertudung, sebaliknya pelakon yang lima tahun berturut-turut dinobatkan sebagai Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) itu percaya rezeki ketentuan Allah SWT. Sheila akui, ramai artis Malaysia yang sudah berhijrah tetapi mereka masih aktif dalam bidang seni seperti Aida Radzwill, Nora dan Safura sekali gus membuktikan artis bertudung tidak pernah dipinggirkan. Malah, dirinya percaya Tuhan pasti membuka pintu rezeki seluas-luasnya pada umatnya yang berhijrah daripada kehidupan silam. “Saya mahu membuktikan pelakon bertudung tidak terhad melakonkan watak baik atau sebagai ibu dalam drama, malah ada watak hitam dan antagonis yang boleh dilakonkan. Dulu saya lihat artis kita takut nak bertudung sebab bimbang periuk nasi mereka tergugat, tetapi kesedaran artis kita semakin menebal dalam memenuhi tuntutan Islam. Saya percaya Tuhan tidak akan tutup pintu rezeki seseorang yang memenuhi tuntutan agama, malah saya yakin pintu rezeki buat saya dan rakan artis lain yang bertudung akan terbuka luas. Saya juga nak membuktikan sesetengah pendapat bila bertudung, lakonan hanya terhad pada watak baik dan tidak mencabar adalah silap. Sebagai bukti, saya tampil dengan watak hitam sebagai seorang ahli sihir dan pengamal ilmu hitam bernama Malika dalam drama bersiri Anak Betong yang akan disiarkan di kaca TV3 menerusi slot Lagenda pada 26 Januari depan,” katanya pada majlis pelancaran Drama Anak Betong untuk slot Lagenda yang berlangsung di Cafe Felda Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu. Dalam Anak Betong, Selawat Syifa menjadi penawar bagi ilmu hitam yang diamalkan Malika lakonan Sheila Rusly sendiri. Selain Sheila Rusly, Anak Betong juga menampilkan pelakon Fizz Fairuz, Haire Othman, Ezany Nazarif, Linda Hashim, Wan Norazlin, Maya Matahari, Haiza, Bagio dan Normah Damanhuri. Drama ini akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang selama sejam. Ulangannya boleh diikuti di kaca TV9 pada jam 8.30 malam. jangan lupa untuk menonton! Korang dah tengok semalam drama ni? Boleh kongsi dan Kasi pendapat sikit kat sini? |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 28 Jan 2009, 12:15 pm | |
| 10 Berita Hiburan Paling Panas 2007Ashraf Sinclair Cium Mulut Dengan Bunga Cinta Lestari di Bali! Kalau cerita artis cium mulut tak sensasi, cerita macamana lagi yang panas meletup? Bergegar dua negara apabila gambar-gambar Ashraf Sinclair, 28 dan Bunga Cinta Lestari, 24 bercumbuan di tepi pantai Pulau Bali tersiar di Internet di sekitar bulan September 2007. Jenuhlah Ashraf memberi penjelasan kepada wartawan dan peminat beliau tentang isu ini. Ada yang kata hal cium mulut ini dah jadi perkara biasa tetapi ramai lagi yang melenting kerana perbuatan ini melanggar batas agama, budaya dan adat ketimuran kita. Ashraf secara jujur telah mengakui kesahihah berita tersebut dan tampil meminta maaf dengan harapan isu tersebut akan sejuk segera tetapi cerita panas macam ni mestilah dijaja sakan suratkhabar dan tabloid! Bila Bunga buat pengakuan dah bersedia jadi isteri Ashraf, barulah berita ini beransur sejuk suam-suam kuku. Moral of the story, jangan ingat keluar negara boleh buat sesuka hati kerana dunia hiburan kita sudah ada papparazzi! Sharifah Amani Botak Kepala Kerana Filem! Beberapa hari sebelum Britney Spears cukur kepala, Sharifah Amani sudah buat dulu! Tetapi bukan kerana stres atau meroyan! Dedikasi Nani kepada filem telah bikin kecoh satu Malaya. Sharifah Amani telah membotakkan kepala demi seni khas untuk filem terbaru Yasmin, Muallaf. Perbuatan Nani telah ditegur oleh Mufti Selangor dan Mufti Perak yang menegaskan bahawa wanita Islam tidak boleh menyerupai lelaki dan hukum bagi seorang wanita Islam membotakkan kepala adalah haram. Sebagai seorang Islam, kita mestilah jaga kepentingan agama dan tak bolehlah berkorban membuta kerana cinta kepada seni seperti kelaziman pelakon di barat. Sharifah Amani membisu tentang isu ini setelah mengatakan beliau tidak menyesal langsung dengan perbuatannya di dalam sebuah suratkhabar. Ada juga yang menyokong tindakan Nani dengan alasan banyak lagi isu lain yang lebih penting yang perlu diambil berat. “Cinta Tiga Segi” Erra, Emran dan… Hans! Erra Fazira memang tidak pernah sunyi lelaki. Semenjak putus tunang dengan Awie, Erra bernikah dengan Yusry dan bercerai selepas tiga tahun. Kemudian Erra mesra dengan pelakon bujang kacak popular, Hans Isaac, yang dikhabarkan telah melabur seutas jam tangan Rolex bernilai RM10K dan cukup intim dengan bekas ratu cantik Malaysia ini. Tiba-tiba dunia hiburan Malaysia digemparkan dengan berita kononnya Hans menumbuk seorang lelaki di rumah Erra di Damansara. Apabila berita ini tersebar, Erra tak mengaku langsung beliau ada hubungan serius dengan Hans, lantas menjadikan Hans hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Tak lama selepas itu Erra buat pengumuman bercinta dengan Engku Emran, COO Suria FM. Hans berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan kebenaran dengan menyiarkan gambar-gambar intim dan sms romantis peribadi dia dan Erra. Akhirnya, perkahwinan Erra & Emran pada bulan October tahun ini menutup semua cerita dan yang paling penting, walaupun dikatakan kena tumbuk, yang sakit lebih itu bukan Emran. “Gambar Bogel” Zana AF5 Tersiar Di Internet! Kecil-kecil industri hiburan Malaysia, ada juga cerita menggelegak seperti gambar artis berbogel. Dulu gambar Zarina Zainuddin tersebar meluas sampai terjumpa di atas rak di pasaraya, sekarang gambar bogel yang dikatakan diambil sendiri oleh Nurul Zhana, pelajar Akademi Fantasia Musim Kelima Astro pula tersebar di Internet. Zana yang telah mengundur diri secara tiba-tiba daripada Akademi dengan alasan rindu kucing, dikatakan telah diarahkan menarik diri kerana isu gambar bogel. Selepas berdiam diri buat seketika, Zana menafikan sekeras-kerasnya bahawa perempuan di dalam gamabar-gambar tersebut adalah dirinya. Pada masa yang sama, beliau juga membuat laporan polis kerana kehilangan laptop. Tak diketahui pula apa hasil siasatan kes ini. Celupar Rosnah Mat Aris Hina Isteri Rasullullah Menyebabkan Sensasi Diharamkan! Kalau dah biasa cakap tak bertapis, di mana-mana pun main lepas sahaja! Apabila diminta mengulas tentang isu bercinta dengan lelaki muda, Rosnah Mat Aris telah mengatakan bahawa Rasullullah s.a.w juga bercinta dengan Siti Khadijah yang sewaktu itu berumur 40 tahun. “Tua ke muda? Dah nak mampus ke tidak tu?” katanya dengan selamba diikuti dengan hilai tawa beberapa orang penonton di studio. Disebabkan keceluparan Rosnah Mat Aris menghina isteri Rasullullah, hiburan Sensasi TV3 telah ditarik balik siarannya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kerana tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk siaran langsung. Walaupun Pengurus Besar hiburan TV3, Azhar Borhan mengatakan rancangan Sensasi akan dibuat secara rakaman, ternyata Sensasi terus lenyap senyap. Rosnah juga telah digantung selama setahun daripada muncul di mana-mana kaca TV dan siaran radio. Usahlah dibandingkan diri kita yang serba kurang ini dengan junjungan Rasullullah dan keluarganya. Penceraian Sensasi Pasangan Serasi Bersama, Nurul & Ajai! Sewaktu ditanya tentang persembahan pentas mereka yang kelihatan keterlaluan dan kurang manis serta cerita tentang pergolakan rumahtangganya, Ajai membuat kenyataan di akhbar popular, “Saya bukan jenis manusia hipokrit. Kemanjaan dan kemesraan kami bukan di pentas sahaja tetapi di rumah kami memang mesra” dan beliau mengakhiri temubual dengan “terimalah kebahagiaan kami”. Akhirnya pada 28 Februari 2007, pasangan Aku Cinta Aku Rindu ini menamatkan perkahwinan mereka yang telah dibina lebih dari 10 tahun kerana nampaknya mereka sudah tidak Seiring & Sejalan lagi. Menurut Nurul, Ajai pernah menceraikannya sekali pada 2001 dan dua kali pada 2006 tetapi semua lafaz itu tidak sah menurut Hakim Syarie kerana tidak besertakan niat. Khabar angin mengatakan penceraian berlaku kerana Ajai mempunyai hubungan dengan wanita lain tetapi kedua-dua belah pihak tidak mengesahkan cerita itu. Datuk Daud Kilau dituduh meliwat remaja! Walaupun Datuk M. Daud Kilau sudah berusia 68 tahun, masih lagi ada cerita panas yang muncul tentang Raja Gelek Malaysia ini. Pada Mei 2007, seorang remaja berusia 19 tahun telah membuat laporan polis yang mengatakan Datuk telah meliwat beliau sebanyak dua kali pada bulan Januari dan April 2006 di flat kepunyaan Datuk yang terletak di Setapak. Datuk telah membuat pengakuan di dalam akhbar The Malay Mail yang menafikan tuduhan tersebut. Menurut Datuk, remaja tersebut terserempak dengannya beberapa kali dan kali terakhir remaja itu ikut beliau balik ke flat untuk salin pakaian dan kemudiannya lesap. Remaja itu dikatakan telah mencuri duit dan kamera digital kepunyaan Datuk dan hanya menelefon Datuk dari Puduraya kerana malu untuk bersemuka. Sebelum Datuk sempat membuat laporan polis, remaja ini telah terlebih dahulu membuat laporan yang menuduh Datuk telah meliwatnya. Berita ini tentu sekali menggemparkan dunia hiburan kerana Datuk merupakan tokoh hiburan yang dihormati. Datuk M. Daud Kilau telah berkahwin sebanyak dua kali. Isteri pertamanya meninggal dunia dan kemudian beliau bernikah dengan Datin Rohani Awang Ngah dan Datuk mempunyai 8 orang anak. Amy Search Berani Selar Radio Swasta Yang Menyiarkan Lagu Indonesia Secara Meluas! Jadi rockers mau brani beb! Memberi reaksi kepada artis yang tidak berani keluar bersuara berkenaan isu mempopularkan lagu-lagu dari seberang berbanding lagu tempatan kerana takut kena gam stesen radio swasta, Amy Search lantang menjawab, “Kena gam? Biarlah kalau stesen-stesen radio itu mahu gam. Saya tak kisah kerana sebagai rakyat negara ini, saya rasa bertanggungjawab untuk memperkatakan isu ini.” Kenyataan straight-to-the-point Amy itu telah mendapat liputan meluas dan bos-bos radio swasta swasta telah tampil memberi penjelasan. Menurut ketua radio Era, Encik Rostam Said, stesen radio kena akur kepada permintaan peminat dan lagu-lagu tempatan tidak dipinggirkan. Peminat boleh muat turun dari laman web stesen radio atau dengar MP3. Ketua Stesen Radio HotFM, Seelan Paul pula mengatakan lagu-lagu Indonesia merupakan lagu masyarakat serumpun dan diklasifikasikan sebagai lagu Melayu. Jamal Abdillah Dituduh Pukul Isteri! Jamal Abdillah, Raja Pop Malaysia yang mempunyai suara emas telah dituduh memukul bekas isterinya, Fatimatuzahrah Samat, 24 sehingga menyebabkan kecederaan pada Mei 2007. Apabila mengulas tentang kes tersebut, Jamal mengakui telah menampar isterinya itu tetapi pukulannya itu hanyalah tindakan refleks kerana membalas pukulan penyapu yang mengena bibirnya. Beliau mendakwa isterinya itu tidak pandai membuat kerja rumah dan dia dengan secara bergurau mengatakan mungkin lebih baik isterinya itu dibaling dengan penyapu. Mungkin kerana salah faham, kedua-dua mereka telah berlari mendapatkan penyapu tersebut dan bergaduh. Menurut Jamal, tamparan beliau itu tidaklah kuat sangat, hanya menyengat sikit sahaja. Namun, kenyataan bekas isterinya berbeza yang mengatakan Jamal sering menuduhnya mengadakan hubungan sulit dan sering memukul tubuhnya hingga lebam. Ini merupakan perkahwinan ketiga Jamal Abdillah dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ahmad Zaki Yamani. Perkahwinan ketiga ini juga gagal dan Jamal Abdillah sedang berusaha untuk membersihkan diri daripada dadah dengan pertolongan Pengasih. Beliau akan menunai umrah untuk kali kedua bulan ini dan pada bulan Disember 2007 Jamal akan persembahan di luar negara, di Nottingham United Kingdom, untuk pertama kalinya. Yusni Jaafar Membawa Hati Hidup Sendiri Yusni Jaafar, pelawak dan pelakon veteran yang disegani tidak sangka akan menjalani kehidupan hari tua tanpa kehadiran suami, anak-anak dan cucu-cucu di sisi. Yusni telah meninggalkan mereka pada November 2006 dan menyewa sebuah flat berharga RM128 sebulan dengan mengguna duit pencen yang diterima daripada Karyawan. Yusni merayakan hari raya dengan teman-teman yang sudi mengunjungi beliau. Tiada anak-anak atau cucu-cucu beliau yang tampil memberi komen mahupun melawat Yusni di rumah barunya itu. Tidak jelas pula apa yang menyebabkan hati ibu ini terluka sehingga membawa diri. Namun, ramai di kalangan artis dan jiran-jiran menghulurkan pertolongan. Malek Noor, Awie, Hans, Afdlin, Rashid Sibik antara yang memastikan kehidupan Yusni terjaga. Menurut Yusni beliau gembira berada di rumah baru tetapi jauh di lubuk hatinya beliau amat berharap keluarganya menghubungi atau sekurang-kurangnya bertanya khabar. Yusni mempunyai lima orang anak Raja Iskandar, 41; Raja Ema, 39; Raja Izat, 38; Raja Emey, 30; and Raja Erna, 22. Siapa sangka seumur hidup menghiburkan orang, diri sendiri ditinggal sepi oleh keluarga sendiri. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 28 Jan 2009, 12:23 pm | |
| Fesyen Red Karpet AJL23: Apa Kata Gua? Fesyen dengan artis tidak dapat dipisahkan tetapi nampaknya di Red Karpet AJL23, fesyen dan artis seperti tidak pernah bertemu. Artis-artis yang hadir seperti tidak mengendahkan tema Iluminasi Muzik yang ditampil TV3. Samada tidak faham makna iluminasi atau tidak ambil kisah tentang tema tuan rumah. Sekali lagi GUA mencadangkan agar artis-artis Malaysia mengambil khidmat juru gaya atau stylist. Kerana tidak dapat menyertai AJL kali ini Amelya telah memutuskan untuk berkabung sahaja. Saerah kena tricked. Ingatkan nak pergi rumah makcik kat Ampang, rupa-rupanya pergi AJL. Pemenang ratu cantik Malaysia pada tahun ini jatuh kepada… Diddy hilang punca, hilang stail, hilang gaya dengan t-shirt hitam ‘seksi' leher luas yang dibeli di Kepong sehari sebelum AJL. Yatt tersasar jauh kali ini dengan satin warna pucuk pisang dan bibir merah menyala. Memang iluminasi tetapi AJL bukan kostum parti! Cantiknya Liyana Jasmay dengan gaun comel serba ringkas. Sesuai dengan umur dan penampilan. Fazley Zainal membawa halwa mata ke AJL. Siapakah gerangan gadis yang cantik menawan dengan dress menarik ini? Tak mungkin teman biasa. "Sori lah, I tak sempat beli seluar...." Peja |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 29 Jan 2009, 9:23 am | |
| |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 29 Jan 2009, 10:02 am | |
| si sally ni mesti cuti panjang...esok pun kedah cuti...Jumaat...kalau ada pun Ahad ni la kot... |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 29 Jan 2009, 10:05 am | |
| Hetty Sarlene Jawab Isu Gambar Panasnya di ThailandMenyebut kisah gambar Hetty Sarlene, 25, mesranya di Thailand tersebar luas di internet, dia hanya ketawa kecil sebaik kisah itu dibangkitkan. Mengakui perkara itu pasti akan ditimbulkan oleh media, kata Hetty, dia sendiri tidak menyalahkan mereka yang beranggapan negatif kepada dirinya setelah melihat gambar-gambar itu di Internet. Walaupun gambar-gambar itu bukannya menampilkan aksi ‘panas’, tetapi Hetty akui impak yang terkena pada dirinya juga cukup hebat. “Saya terpaksa terima saja kritikan-kritikan tersebut. Saya akui, silap saya juga hingga tersebarnya gambar tersebut. Ramai orang menyangka bahawa saya hanya berdua saja ke Bangkok berdasarkan gambar-gambar itu. “Tetapi, ingin saya jelaskan di sini bahawa saya ke sana turut disertai oleh ibu dan adik saya serta ibu dan adik ‘rakan’ saya itu. Kami ke sana sekitar tahun lalu. “Gambar-gambar itu diletakkan di dalam Facebook adiknya. Mungkin dari situ ada yang ambil gambar tersebut dan disebarkan,” tutur Hetty yang kini dilihat semakin kurus. Ditanya adakah jejaka di dalam gambar tersebut adalah kekasihnya, Hetty seboleh mungkin cuba mengelak untuk menjawab pertanyaan itu. “Saya kalau boleh tidak mahu berbicara tentang hal peribadi lagi. Sejak dulu lagi apa saja cerita tentang saya dalam akhbar atau majalah, pasti berkenaan tentang cinta. “Memang saya sedar macam-macam cerita yang timbul sejak kebelakangan ini…ada yang kata saya berkahwin la. Apa yang boleh saya katakan, lelaki di dalam gambar itu adalah ‘teman rapat’ saya. “Tetapi, saya tak mahu cakap lebih-lebih lah tentang hubungan kami ini,” tutur Hetty tentang jejaka tersebut yang difahamkan adalah pramugara yang dikatakan adalah kekasih Hetty dulu. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 29 Jan 2009, 10:10 am | |
| Sharifah Zarina kini tokey restoren Sharifah Zarina kini beralih arah ke dalam bidang perniagaan makanan dengan membuka Restoran Baso: Indonesian Cuisine yang terletak di Plaza Mentari, bandar Sunway. Moga dia berjaya dengan bidang barunya ini sumber:berita harian |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| | | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 29 Jan 2009, 10:17 am | |
| |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 29 Jan 2009, 10:21 am | |
| |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 29 Jan 2009, 10:25 am | |
| |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 29 Jan 2009, 10:32 am | |
| |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Thu 29 Jan 2009, 10:43 am | |
| |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sat 31 Jan 2009, 10:45 am | |
| Liyana Jasmy & DafiKedua pelakon dan penyanyi diatas mempunyai populariti yang amat tInggi.Adakah Liyana Jasmay & Dafi sedang bersama?Atau mereka sengaja mengambil gambar sebagai kenangan?Apa pendapat anda semua? |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sat 31 Jan 2009, 10:53 am | |
| Astro Suka Tiru Rancangan Luar
Banyak betul rancangan yang Astro tiru.Antaranya
1.Dibawah Ketiak Isteri ------> suami2 takut istri - Indonesia 2.Akademi Fantasia ------>la academia - Brazil 3.Bolos ------> rancangan dari jepun 4.Sehati Berdansa ------> Tidak berapa pasti 5.Kasut Tumit Tinggi ------> Hampir sama dengan Desperate_Housewives - US 6.Afi dan Abah ------> Adi dan Ayah -Indonesia
Mungkin ada beberapa rancangan lagi yang ditiru oleh Astro.Jika anda tahu.Sila senaraikan di komen dibawah.Walaupun Astro membeli lesen untuk membuat rancangan seperti diatas dari negara luar,tetapi dimanakah hasil original karya pengarah tempatan kita?Aku bukan mahu menjatuhkan Astro mahupun mana-mana pihak.Adakah Malaysia hanya mampu membuat sesuatu rancangan dengan hanya membeli lesen untuk menerbitkan sesuatu rancangan di negara kita?Marilah kita sama-sama memajukan industri tanah air kita. |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sat 31 Jan 2009, 10:57 am | |
| Ika AF6 Dicium PengkidIka Nabila Abdul Rahim or Ika AF6 has been caught being kissed by a “pengkid” or tomboy. It was reported by entertainment journalist, Zubir that the tomboy who is the Assistant Director of one of the dramas that Ika was in. One of the dramas that Ika ever being in was Awan Dania. Well there could be other drama which I don’t know. No speculation people .. Ika however strongly denies that she is having any relationship with the tomboy! Ika has been explicitly associated by with Nadilia Isaora Sani Seth, 21, or Nad by Astro’s Murai. Not sure whether this is the same tomboy. Ika mentioned to the press that she already had a boyfriend by the name of MOHD IRSAN who is currently studying Mechanical Engineering in UiTM. Whatever it is..just as long as she has a good life and know what’s right and wrong, we wish her all the best! |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sat 31 Jan 2009, 11:01 am | |
| Belinda Chee in Dubai....BertudungBelinda Chee looks sweet in tudung. Belinda was in Dubai recently where she was invited to emcee an event. BELINDA CHEE has been impressive on 8TV’s Quickie and practically everyone loves her.. Just hope she stays on the show.. One thing that I want to ask her if I ever get the chance to meet her is “How to overcome KEPUTIHAN??” Hahahahaha.. I guess she must be the expert now that she keeps appearing on TV talking about the subject! |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sat 31 Jan 2009, 11:07 am | |
| |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sat 31 Jan 2009, 11:11 am | |
| Stacy "Britney Spears Malaysia"Stacy sekarang makin menunjukkan taringnya.Lagu-lagunya meletop di corong2 radio tempatan.Terbaru lagu Gagap pun enak didengar.Bila dengar konsep lagu Stacy dan cara persembahan Stacy,adakah Stacy layak digelar Britney Spears Malaysia?Selain pandai menyanyi, Stacy juga lincah menari dan ini perlu ada pada seseorang penghibur.Jarang penyanyi di Malaysia yang boleh menyanyi sambil menari secara lincah.Mungkin ini satu kelebihan buat Stacy Kita semua tahu Britney Spears personaliti dan moral beliau amatlah teruk jika dibandingkan dengan asia,namum aku tidak maksudkan Stacy "Britney Spears Malaysia" yang mempunyai perangai yang sama dengan penyayi barat tersebut,apa yang aku maksudkan ialah persamaan dari segi konsep lagu dan corak persembahan.Apa pendapat anda? |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sat 31 Jan 2009, 11:17 am | |
| Abby & ZulKita digemparkan dengan penceraian artis kita baru-baru ini,Abby & Norman.Memang kita semua kesian akan Abby,tetapi kenapa Abby menunjukkan diri dia bersama Zul.WQalaupun Abby memberitahu dia dan Zul cuma sebagai kawan,sepatutnya beliau perlu lebih berhati-hati kerana orang ramai simpati padanya.Jangan suatu hari nanti,orang ramai akan menyesal kerana bersimpati pada beliau dahulu.Nanti orang ramai akan samakan Abby dengan Norman.Apabila sudah menjadi ibu tunggal,dia perlu menjaga segala-galanya,kerana bukan senang hidup untuk memenagang 'title' mak janda,mudah mengundang fitnah walaupun kita tidak seburuk yang disangkakan. |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sat 31 Jan 2009, 11:21 am | |
| Danny & Ana AlishaPasangan antara Danny dan Ana Alisha memang sepadan,bak nasi lemak dengan sambal.Tidak silap aku kedua artis diatas pernah mengacarakan rancangan kanak-kanak di RTM 1,dan tidak silap aku Ana Alisha merupakan salah satu pelakon dari cerita 'Papaku Rock' terbitan Astro Jikalau anda tidak ingat siapa Ana Alisha,pernahkan anda melihat iklan syampu Rejoice.Di dalam iklan tersebut beliau menggunakan 'tagline' "Guna jari pun boleh" |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 01 Feb 2009, 7:57 am | |
| hai semua........selamat pagi!!!! sally dh kembali dr bercuti pjg....aahhh rindu sgt2 kt PRC ni... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 01 Feb 2009, 8:32 am | |
| (Gambar) Fasha memegang rokokWalaupun jarang berada di arena lakonan buat masa ini, Fasha Sandha juga dahulu memang terkenal bak oleh gossip-gossip panas. Namun ada juga pihak yang menyangkal dan ada juga yang bersungguh-sungguh membuktikannya. Namun gambar ini boleh membuat sedikit sebanyak bukti bahawa Fasha seorang yang sosial suatu ketika dahulu. Gambar ini sudah berlalu, tapi adakah Fasha Sandha masih berpegang kepada sikapnya yang dahulu? Wallahualam..
Last edited by sally_eiyna on Sun 01 Feb 2009, 9:28 am; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 01 Feb 2009, 8:33 am | |
| (Gambar) Sexy Posse by Atilia |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 01 Feb 2009, 8:39 am | |
| Siti Saerah dikatakan bercinta dengan Imran AjmainMenurut sumber, ketika berlangsungnya Anugerah Juara Lagu yang ke-23 pada 18 Januari 2009 lepas dikatakan Siti Saerah hadir bersama seseorang yang istimewa. Mereka yang hadir seperti ada hubungan yang istimewa kelihatan sangat mesra dan begitu terbuka hadir bersama di majlis disaksikan orang ramai. Malah mereka tampak seperti sudah lama berkenalan sehingga tidak kekok berjalan sambil berpimpin tangan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 01 Feb 2009, 9:32 am | |
| Lelaki Malaysia pun banyakBIAR sewaktu berusia sembilan tahun lagi, Nur Shahila Amir Hamzah atau Shila sudah mula menyanyi. Bakatnya dilihat lebih meluas selepas menyertai One In A Million musim kedua (OAIM), tahun lalu. Sudah melewati gementar bertanding dan mengutip pengalaman baru, naib juara program realiti terbitan 8TV ini sempat menitipkan pesanan buat para peserta yang baru masuk gelanggang untuk musim terbaru. Kata anak ND Lala ini: "Setiap peserta harus menampilkan potensi diri dan mencari imej sendiri. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru kerana hanya dalam gelanggang ini kita mampu mencungkil dan mencari hala tuju." Kini sedang teruja menanti kelahiran album terbarunya, Bebaskanlah yang dijangka berada di pasaran Mac depan, gadis ini giat mempromosikan lagu tema Cornetto, Tunjukkan Cintamu. "Saya diikat sebagai duta Cornetto Malaysia-Indonesia selama setahun. Dalam masa sama, saya juga menjadi model baru untuk projek Clean & Clear dan mempunyai sebuah klip video, Hanya Kita untuk produk ini juga," katanya mengenai diari tahun baru yang padat |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 01 Feb 2009, 11:15 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 01 Feb 2009, 11:17 am | |
| Rayqal bawa sinar baru dalam hidup Nora Rayqal membawa cahaya baru dalam hidup ibu muda dan jelita ini.HATI ibu mana yang tidak gembira tatkala anak yang dikandung selama sembilan bulan akhirnya selamat dilahirkan dan tubuh kecil si comel itu berada utuh di dakapannya. Begitulah yang dirasai oleh aktres jelita Nora Danish dengan kelahiran cahaya mata sulungnya, Putera Rayqal Ramli pada tanggal 7 Januari lalu di Hospital Gleneagles, Ampang. Biarpun terpaksa menanggung kesakitan selama tujuh jam, semuanya hilang begitu saja apabila melihat wajah bayi seberat 3.05kg itu yang dilahirkan kira-kira jam 11.50 malam. "Alhamdulillah, sekarang keadaan saya baik dan sedang di dalam pantang. Malah, Rayqal juga sihat. Hidup saya kini juga lebih bahagia dengan kehadiran Rayqal. "Seronok sebenarnya mempunyai anak sendiri. Pada awalnya, agak kekok juga untuk menguruskan Rayqal, maklumlah pertama kali dapat 'baby'. Macam-macam nak kena jaga, terutamanya bila dia meragam di tengah malam. "Tapi ini satu pengalaman baru buat saya. Baru terasa hidup saya sudah lengkap. Dengan bantuan ibu, Salimah, lama-kelamaan saya sudah mampu uruskan segalanya sendiri," ujar Nora yang kini semakin ceria. Pelakon berusia 26 tahun ini turut menjelaskan dia terpaksa mengambil keputusan untuk 'mendiamkan' diri dan enggan mendedahkan kisah kelahiran bayi lelaki itu pada awalnya kerana disebabkan keadaan kesihatannya yang tidak begitu baik. "Sebenarnya, ketika itu saya masih 'trauma' sejak melahirkan Rayqal. Saya bersalin secara normal, tetapi hampir tujuh jam juga saya bertarung nyawa sebelum bersalin. "Saya masuk ke hospital tersebut sekitar jam 11 pagi, hanya pada pukul 4.30 petang barulah proses kontraksi berlaku sehinggalah saya selamat melahirkan Rayqal. "Itu yang membuatkan saya 'diam' dulu selepas itu. Bukan sengaja untuk berahsia, tetapi saya ingin berehat dulu ketika ini," kata pelakon yang melonjak namanya menerusi sitkom Puteri. Suami jalankan tanggungjawab sebagai bapaNama Nora pernah menjadi bualan 'hangat' tahun lalu gara-gara perceraiannya dengan Rizal Ashram Ramli sewaktu usia kandungannya telah mencecah empat bulan ketika itu. Nora dan Rizal bernikah pada Jun 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pasangan ini bagaimanapun bercerai dengan talak dua pada tahun lalu setelah mahkamah memutuskan lafaz cerai yang dibuat oleh Rizal pada Februari dan Jun lalu adalah sah. Enggan berbicara tentang 'episod' lama itu, kata Nora, dia ingin menjalani hidup baru sambil 'ditemani' Rayqal. Malah, tutur pelakon berasal dari Kajang, Selangor ini, hubungannya bersama bekas suami juga masih baik. "Rizal sendiri ada bersama dengan saya ketika di dalam bilik bersalin dan bersama-sama menyambut kelahiran Rayqal. Malah, nama bayi ini juga kami yang pilih bersama. "Dia tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai bapa. Kerap juga dia datang melawat. Malah, ibu mertua saya juga hampir setiap hari akan datang melawat saya dan 'baby'. "Bagi saya, perkara yang lepas biarlah ia berlalu pergi. Apa yang penting, saya tidak mahu bermusuh dengan dia dan akan bersama-sama menjaga Rayqal," kata Nora. Ditanya sama ada mereka mungkin akan merujuk semula dengan kehadiran Rayqal itu, sambil ketawa, Nora menjawab: "Tak mahulah cakap tentang perkara itu. Bagi saya, sekarang ini saya hanya mahu fokus pada anak saya dan karier lakonan," ujarnya ringkas. Kata Nora lagi, dia juga akan kembali aktif dalam bidang lakonan setelah tamat pantang nanti. Projek pertamanya ialah sitkom Puteri yang akan memasuki musim ke-11. "Banyak tawaran yang terpaksa saya tolak ketika mengandung dulu. Insya-Allah selepas ini, saya akan kembali aktif. Mana-mana tawaran berlakon yang tidak memerlukan saya berjauhan begitu lama dengan anak, saya akan pertimbangkan. "Ada juga sebuah tawaran filem dari Singapura yang saya terima. Ia sebuah filem cinta dan dijadualkan menjalani penggambaran di sana pada bulan Mac ini. "Tetapi saya belum beri kata putus lagi. Macam-macam benda kena saya fikirkan. Lagipun Rayqal masih kecil. Saya tidak mahu harapkan ibu saya saja yang jaga. "Kalau boleh, biarlah saya sendiri sebagai ibunya memberikan perhatian yang lebih kepadanya," kata Nora yang kini menetap bersama ibunya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Sun 01 Feb 2009, 2:18 pm | |
| Saiful Malaysian Idol Terkandas Ujibakat OIAMSaiful Malaysian Idol telah terkandas dalam sesi ujibakat One In A Million, malah dimarah teruk oleh Paul Moss kerana pencapaiannya yang mengecewakan. Saiful seakan telah mensia-siakan peluang yang diberikan kepadanya. Saiful mempunyai 2 buah album, yang pada pandanganku tidaklah berjaya membawa namanya kemana-mana. Seingat aku, radio pun sangat jarang memutarkan lagunya, mungkin juga kerana kekuatan vokalnya tidak kuat, atau penampilannya yang suka beraksi seperti nyah (Ada gambar dia macam nyah pernah tersebar dulu) Tetapi berlainan nasib pula dengan para rakan artis seperti Siti Elizad aka Ejad, Nine (dari kumpulan Coco) dan Tomok (New Boyz) yang berjaya ke pusingan seterusnya. Nak tahu jika mereka berjaya melayakkan diri ke Top 12, jangan lupa menonton OIAM, Jumaat depan di 8TV, jam 9.30 malam.
Last edited by sally_eiyna on Mon 02 Feb 2009, 8:17 am; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 02 Feb 2009, 8:17 am | |
| Bekas Vokalis Nasyid Saujana Macam Nyah?Sangat kebetulan! Khairul Idzwan Baharin yang menyertai ujibakat One In A Million (OIAM) baru-baru ini dikatakan memiliki personaliti yang sama dengan penyanyi utama kumpulan nasyid Saujana yang pernah popular dengan lagu ‘Keluarga Bahagia’ . Dan, sangat kebetulan apabila nama peserta OIAM ini amat serupa dengan ahli utama nasyid Saujana, iaitu Khairul Idzwan Baharin (Idzu). (Nasyid Saujana - wikipedia) Setelah beberapa tahun tidak kelihatan kelibat Idzu dalam dunia hiburan kerana melanjutkan pelajaran sebagai doktor, agak mengejutkan juga jikalau personalitinya yang dahulu sebagai seorang lelaki telah berubah menjadi lembut. Adakah kerana kejutan budaya, atau pun kurang kasih sayang dari orang terdekat? Idzu, sila berikan penjelasan. Aku sebagai peminat nasyid Saujana sangat terkilan jikalau perkara ini benar-benar berlaku pada mu. Kalian tidak percaya? Cuba tonton minit ke 6.00 video youtube selepas ini, dia sangat lembut okay! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Mon 02 Feb 2009, 8:19 am | |
| (Gambar) Angelina Jolie Pakai Baju TerbalikLOS ANGELES: Aktres Angelina Jolie dilaporkan menerima kecaman hebat pengkritik fesyen seluruh dunia yang mempertikaikan sama ada tindakan beliau memakai gaun terbalik ketika menghadiri anugerah ‘Screen Actors Guild’ adalah disengajakan. Aktres yang memilih gaun koleksi musim panas rekaan Max Azria ketika menghadiri majlis di Los Angeles Ahad lalu itu memakainya secara terbalik dengan mengenakan bahagian belakang diletakkan di hadapan. Gaun biru berharga £560 (RM2,932) memiliki lengan ala kimono dan berpinggang serta berleher luas. Bagaimanapun, gambar yang dirakamkan pada anugerah itu, menunjukkan dada Jolie ditutup penuh manakala tatu di bahagian belakang tubuhnya terdedah luas. Pereka fesyen beliau, Jen Rade kemudian mengesahkan kepada Usmagazine.com bahawa beliau sengaja mengenakan pakaian itu secara terbalik untuk memastikan ia lebih kelihatan seperti blaus dan mendedahkan seni tubuhnya. Ketika membincangkan pakaiannya dalam satu temu bual bersama rancangan televisyen E! Jolie berkata: “Saya lebih suka selesa, saya memilih untuk mengutamakan keselesaan.” Beberapa pakar fesyen terkemuka pada awalnya gagal mengesan bahawa pakaian berkenaan dikenakan terbalik. The Los Angeles Times mengulas: “Jolie adalah seorang daripada selebriti yang mempunyai gaya di permaidani merah: pakaian ala-dewi dan tertutup yang mendedahkan tatu bahunya, rambut asli, solekan nipis dan perhiasan. “Sesetengahnya mengkritik ia sebagai kelihatan tidak menarik tetapi saya menyifatkan ia sebagai pilihan sendiri |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 14 of 20 | Go to page : 1 ... 8 ... 13, 14, 15 ... 20 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |