Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1 ... 5 ... 7, 8, 9 ... 14 ... 20  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 3:56 pm

"Menang Kalah Adat Pertandingan" - HELIZA

Tidak dinafikan sesiapa sahaja yang memandang gadis jelita bertudung ini pastinya akan jatuh hati. Berperwatakan lembut, ceria dalam diam dan sedikit nakal, pastinya membuatkan si jejaka di luar sana akan mudah jatuh ke dalam sarang cinta gadis..

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Heliza10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 3:58 pm

Pabila Artis Turun Padang

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Futsal10

SIAPA kata artis tidak ada masa untuk beriadah, apatah lagi untuk bersukan? Ha, lihat sahaja gelagat Erry Putra, Ayu Raudah, Rem, Intan Ladyana, Fizzow Omar, Fazreen Raffi, Shajiry dan kumpulan Duta ini...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 3:59 pm

2009 Bukan Tahun Saya Berkahwin - Haliza Misbun

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Haliza10

Umum mengetahui bahawa Kuala Lipis, Pahang merupakan tempat kelahiran penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza. Namun pasti ramai diantara kita tidak menyedari...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 4:00 pm

InsyaAllah, Hujung Tahun Ini Saya Kahwin" - REM

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Rem_ka10

Suatu ketika dahulu siapa tidak kenal dengan penyanyi yang sering menerankan suaranya ketika menyanyi, Rem atau nama sebenarnya Ramzani Kassim. Apatah lagi dengan lagu hitsnya, Selingkar Kasih dan Semua Orang Tau yang sehingga...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 4:01 pm

Kami Gila! - Fizow & Farid

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Fizow_10

Pada awal perancangan, mulanya Jomstar.com ingin mengumpulkan pelakon utama dalam drama bersiri Gadis Merah Jambu bagi edisi pada kali ini. Namun hanya Fizow dan Farid Wari sahaja yang dapat hadir ke Studio Jomstar berikutan heroin drama berkenaan, Sari Yanti sedang sibuk membuat persiapan hari perkahwinannya yang akan berlansung pada...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 4:03 pm

Sayang - Ajai

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Ajai_m10

Penerbit Album : Ajai
Studio : Wake The Baby Studio
Terbitan : Maestro Records

Apabila mendengar lagu 'sayang' ost dari filem Sayang You Can Dance, apa yang boleh diperkatakan disini ianya seperti mengimbau kembali lagu-lagu berentak 80an. 'Sayang' yang dinyanyikan secara berduet diantara Ajai dan Marsha cukup sempurna dan hampir tidak ada sebarang kecacatan dari segi vokal dan susunan knot muzik.

Irama yang digunakan menggambarkan filem "Sayang You Can Dance" seperti mempunyai satu plot jalan cerita yang sedih. Irama yang ditampilkan oleh Ajai seperti mahu pendengar mengenang kembali kisah cinta yang terputik pada satu masa dahulu.


Lagu : Sayang

La La La...Ku sayang kamu
La La La... Memang ku cinta

(Ajai)
Ku tahu hatiku
Ada bicara tentang cinta
Kau mungkin pun tahu
Kata hatiku,

(Marsha)
Aku cuba lupakan,
Tapi ku tak terdaya kasih
Namun sayang yang hadir
Membawa sinar,

(Ajai & Marsha)
Lena aku, di dalam perlukanmu.
Ku tak pernah rasa cinta oh...sebegini
Biasakag kau, terus begini
Pertahan kan, cintaku
Kata hati, jangan lepaskan cinta
Kerna kita seharusnya hidup bersama
Biar badai datang melanda
Cinta tak akan goyah

(Ajai)
Masa akan tentukan, kesetiaan hati ini
Kita, terus begini, hingga akhirnya.

Lagu : Ajai
Lirik : Ajai
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 4:05 pm

Sari Yanti Dah Nak Kahwin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Kaisar10

Baru-baru ini peciter telah menerima sebuah kad undangan ke sebuah majlis perkahwinan. Belek punya belek barulah peciter tahu, yang kad itu dihantar oleh Sari Yanti, pelakon yang terkenal memegang watak Kaisara...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Kaisar11
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 4:08 pm

Belajar??? Biar Saya Fikir Dahulu - Raja Farah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Raja_b10

Menjadi pelakon pada usia yang muda pastinya memerlukan pengorbanan yang tinggi lebih-lebih lagi dalam soal pendidikan. Ini kerana apabila seseorang itu menjadi artis, kebanyakkan waktu terpaksa diperuntukan untuk menghadiri proses pengambaran filem, promosi, dan lain-lain lagi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeTue 13 Jan 2009, 4:09 pm

Saya Tak 'Caras' Dato' K! - Rozita Che Wan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Rozita14

Rozita Che Wan antara aktres tercantik di Malaysia. Tidak hairanlah ramai VVIP dan orang kenamaan yang mahu mendekati dan 'menghimpit' ibu kepada dua orang cahaya mata ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeWed 14 Jan 2009, 8:24 am

RTM gam Memey Suhaiza jika didapati bersalah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Ne_05_10
MEMEY


KUALA LUMPUR - Pelakon Memey Suhaiza Suhaimi, 20, bakal mengikut jejak langkah artis-artis lain seperti Saleem dan Rosnah Mat Aris yang digantung oleh RTM seandainya dia didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah atas tuduhan berkhalwat baru-baru ini.

Ketua Pengarah RTM, Datuk Abdul Rahman Hamid berkata, RTM secara prinsip tidak mahu masyarakat memandang serong terhadap stesen penyiaran kerajaan itu gara-gara menyiarkan paparan drama atau filem lakonan artis bermasalah.

"Dalam kes Memey ini, sememangnya RTM memandang serius kes salah lakunya tapi Memey masih belum dibuktikan bersalah di mahkamah dan pada masa yang sama, cakap-cakap mengenainya hanya jadi mainan akhbar.

"Justeru, RTM tak boleh secara drastik menghukumnya sama ada digam terus atau digantung dalam tempoh masa tertentu,'' katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Ne_0510
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeWed 14 Jan 2009, 8:35 am

SERI PENGANTIN POPULAR

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Mainpi14

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Mainpi15
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeWed 14 Jan 2009, 8:40 am

Jawablah!: 'Kalau boleh saya mahu cepat kahwin'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Fahrin10
Fahrin Ahmad jawab hubungannya dengan bintang baru, Scha

LUKA akibat putus cinta nampaknya bukanlah satu alasan untuk pelakon kacak Fahrin Ahmad terus bersendirian tanpa ingin mencari teman hidup. Dalam diam, rupa-rupanya pengacara program realiti Gadis Melayu sudah ada buah hati baru.

Biarpun pasangan ini tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai perhubungan mereka, namun keintiman mereka masih mampu dihidu media. Sering kali kelihatan berdua membuatkan ramai yang menebak, antara Fahrin dan bekas pemenang pertandingan Dewi Remaja ini, Scha memang ada ikatan istimewa.

Pun begitu, mulut kedua-dua pasangan ini tetap terkunci rapat. Barangkali mereka bimbang peristiwa lama berulang kembali seandainya mereka terlalu terbuka membicarakan soal hati dan perasaan secara terbuka.

Lantas, biarlah apa yang mereka rasa ketika ini dilalui tanpa perlu dihebohkan kepada sesiapa.

Pun begitu, andai benar pasangan sama cantik sama padan ini sedang menikmati musim bunga yang indah, nampak sangat si jejaka begitu cepat mencari pengganti. Apakah Fahrin tidak boleh hidup tanpa wanita ataupun mengharapkan publisiti murah dengan menjual kisah cinta sendiri.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Fahrin11
Kemesraan antara Fahrin dengan scha bukan lagi rahsia.

Kepada Hip, Fahrin menjelaskan segala kekeliruan itu.

Hip: Nampaknya Fahrin semakin rapat dengan Scha. Ada hubungan istimewa ke?

Fahrin: Saya bukanlah seorang yang hipokrit dan kalau saya buat sesuatu itu, saya memang tak suka sembunyi-sembunyi. Jadi apabila awak tanya apakah saya dan Scha berkawan, terus terang saya katakan yang kami memang berkawan rapat. Malah, antara kami memang sedang peringkat mengenali diri masing-masing.

Bagaimanapun, saya harap sesiapapun jangan meletakkan harapan yang tinggi dalam hal seperti ini. Berilah kami masa, peluang dan ruang.

Hip: Tapi kenapa dalam sebuah akhbar lain Scha minta tidak dikaitkan dengan Fahrin?

Fahrin: Sebenarnya apa yang diminta Scha itu adalah supaya dia tidak dikaitkan dengan saya terutama bidang seni. Maksudnya, dia tidak mahu popularitinya dalam bidang seni semata-mata bergantung dengan kisah hubungannya dengan saya. Dan saya lihat Scha seorang yang berbakat besar dan dia sebenarnya mampu menggilap nama tanpa perlu menumpang populariti sesiapa.

Hip: Tak bimbang apabila ada orang kata Fahrin ni begitu cepat mendapat pengganti?

Fahrin: Sebenarnya dalam hubungan kami tidak ada istilah mencari pengganti atau penawar luka. Dalam meniti usia 30 tahun, saya tahu apa yang saya inginkan. Memang menjadi hasrat saya untuk bergelar suami secepat mungkin. Bagi saya, kalau sudah berkahwin, saya akan lebih fokus dalam kehidupan dan kerjaya.

Hip: Atau Fahrin sebenarnya tidak boleh hidup tanpa wanita?

Fahrin: Saya bersetuju dengan kenyataan itu. Dan kalau kita lihat, ada perumpamaan yang mengatakan di belakang kejayaan seorang lelaki itu ada wanita di belakangnya. Dan Rasulullah saw pun menyatakan perkara yang sama iaitu kejayaannya banyak mendapat sokongan isterinya, Siti Khadijah. Jadi saya percaya dan yakin akan perkara itu. Saya adalah seorang yang tahu apa yang saya mahukan dalam hidup. Saya bukannya muda lagi. Dalam umur 30 tahun saya rasa saya sudah bersedia untuk bergelar suami. Saya kalau boleh mahu kahwin cepat kerana apabila sudah berkahwin, barulah saya boleh fokus dalam kerjaya.

Hip: Sebagai pelakon, Fahrin jumpa ramai wanita cantik dan seksi. Mengapa Scha yang menjadi pilihan?

Fahrin: Lima tahun menjadi artis, saya akui saya berjumpa dengan ramai wanita. Cantik dan juga seksi tetapi dengan Scha ia sesuatu yang berbeza. Pada saya dia seorang gadis yang tidak hipokrit, sering merendah diri dan dia seorang yang sangat biasa walaupun statusnya kini seorang selebriti. Kebijaksanaannya juga membuatkan saya tertarik untuk berkawan rapat dengannya.

Hip: Bagaimana dia boleh menerima Fahrin dan kisah silam?

Fahrin: Saya adalah seorang yang terlalu mementingkan kejujuran dan tidak hipokrit. Jadi apa yang berlaku kepada diri saya sebelum ini, semuanya saya ceritakan pada dia. Dan Alhamdulillah, dia menerima saya seadanya. Saya juga katakan padanya yang saya bukanlah seorang playboy seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Bukan mahu mempertahankan diri tetapi saya rasa itu adalah hakikat. Saya tak mahu orang salah faham dengan saya.

Hip: Apakah Fahrin mengharapkan hubungan ini akan menuju ke arah yang lebih positif?

Fahrin: Seperti yang saya katakan tadi berilah kami masa untuk memperkembangkan lagi hubungan ini. Jika itulah pengakhiran hubungan kami, saya sambut dengan hati yang terbuka. Yang saya pinta cuma satu, harap semua pihak dapat mendoakan yang terbaik untuk kami. Itu saja.
Back to top Go down
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP
eira ariyana

Number of posts : 3481
Age : 42
Location : Kampung Melayu Subang++
Registration date : 09/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeWed 14 Jan 2009, 9:25 am

morning sally, wahh dah lama aku tak jgok
umah hang, tgok dah mcm2 gosip..caya la
hang sally.heheh hoorey!!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeWed 14 Jan 2009, 9:36 am

Cipta rekod tunggang kuda

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Awi10


BAGAI dibuai kisah dongeng 1,001 malam, begitulah perasaan tetamu pada majlis persandingan penyanyi popular Asmawi (Mawi) Ani, 27 dan Nora’Ashikin (Ekin) Rahmat yang berlangsung di Palace Of Golden Horses, Seri Kembangan, malam kelmarin.

Sebaik melangkah ke dalam dewan, terpaku mata menyaksikan hiasan yang begitu cantik seperti berada di dalam istana padang pasir. Semua gubahan dilaksanakan pereka majlis terkenal, Yamin.

Bunga-bungaan melatari meja makan juga pelamin dan lebih menarik apabila kek pengantin direka khas ‘Blooming Cake’ dalam bentuk bantal.

Bukan itu saja, pasangan pengantin sendiri sempat beraksi sebelum masuk ke dalam dewan Le Marquee (tempat majlis diadakan) apabila Ekin dibawa dengan bot yang dihias dengan lampu sementara Mawi menanti sambil menunggang kuda.

Pasangan ini kelihatan cukup manis dalam persalinan yang direka khas Rizalman Ibrahim (pakaian Ekin) sementara baju Mawi dibuat oleh Bon Zainal.

Selepas itu pasangan ini menaiki kereta kuda ke dewan Le Marquee sebelum diarak masuk sekumpulan penari gelek.

Mungkin ada yang mengatakan majlis persandingan itu terlalu ‘kosmetik.’ Dalam erti kata lain ia sarat dengan pelbagai acara tidak perlu bagi satu majlis perkahwinan.

Namun, itulah hasilnya apabila majlis diadakan turut disiarkan secara langsung Astro. Semua dilakukan demi mencantikkan suasana majlis.

Mawi ditemui sebaik majlis tamat menyatakan sekiranya diberi peluang mengubah pernikahan dan persandingan diadakan, tidak mungkin dia akan menukarnya termasuk majlis yang diadakan di Palace Of Golden Horses.

“Secara peribadi, pada saya keempat-empat majlis (termasuk akad nikah) yang diadakan amat menyeronokkan dan ia membawa pengertian tersendiri.

“Kalau ada yang bertanya adakah konsep persandingan 1,001 malam datang daripada saya, jawapannya tidak. Malah saya mahupun Ekin tidak menetapkan sebarang impian pada majlis perkahwinan kami

“Saya sendiri lebih senang jika majlis diadakan seringkas mungkin, namun apa yang berlaku hari ini adalah usaha banyak ramai pihak termasuk syarikat pengurusan saya, Maestro Talent and Management, Astro dan penaja.

“Orang berusaha untuk menganjurkan majlis ini untuk kami dan sebagai orang yang diraikan sudah tentu saya amat bersyukur dan berterima kasih.

“Pada saya jika tetamu diraikan berasa gembira apabila melihat apa yang dilakukan pada malam ini sudah tentu kami keseronokan kerana kegembiraan dapat dirasai bersama,” katanya.

Mengenai ada pihak merajuk terutama rakan niaga yang pernah menggunakan khidmat Mawi sebagai duta produk tidak dijemput, jelas penyanyi yang popular dengan lagu Aduh Saliha itu, ia tidak berlaku.

“Ingin saya jelaskan, senarai jemputan sudah pun saya serahkan kepada Maestro dan Astro, selebihnya mereka yang tentukan. Rasanya perkara itu tidak berlaku kerana pihak pengurusan saya menegaskan mereka sudah menjemput orang terbabit.

“Mungkin dia berkecil hati kerana saya tidak menjemput sendiri secara peribadi dengan menghubunginya. Maaflah bukan saya tidak mahu menjemput sendiri sebaliknya saya sibuk dengan persiapan lain,” katanya.

Dalam pada itu majlis berjalan dengan lancar dan tenang walaupun ada beberapa perkara timbul namun tidak mencacatkan keseluruhan perjalanan majlis.

Sebagai contoh sewaktu sedang menaiki kereta kuda, tiba-tiba seekor daripada enam kuda mengiringi pasangan pengantin menimbulkan bermasalah.

Begitu juga ketika sesi persembahan nyanyian Cinta Di Akhir Garisan didendangkan bintang Akademi Fantasia iaitu Marsha, Akma, Idayu, Ekin dan Elliza, tiba-tiba cakera pada lagu dimainkan rosak. Namun, kelima-lima artis ini bertindak bijak dengan mendendangkannya secara acapella.

“Saya bersyukur walaupun ada perkara berbangkit tetapi segalanya berjalan lancar. Pada kami segala masalah bakal timbul sudah dibincangkan lebih awal. Seperti ketika berarak dengan kuda, sebenarnya saya sudah bersedia awal andai ada perkara tidak diingini berlaku.

“Pelan ‘B’ sudah disiapkan pegawai bertugas jika ada kuda yang ditunggang memberikan masalah. Bayangkan saya belajar menunggang kuda dalam masa tiga hari. Pegawai yang melatih saya sendiri berkata apa yang saya lakukan itu satu rekod,” katanya.

Majlis persandingan bertemakan 1,001 malam itu turut diserikan dengan kehadiran bekas tunangnya, Nor Diana Mohd Naim yang datang bersama suami juga penyanyi nasyid, Suhaimi dan anak sulung mereka berusia lapan bulan.

Ramai artis dan personaliti popular turut hadir memeriahkan majlis perkahwinan ini dan tujuh orang pengacara digunakan khidmatnya untuk mengendalikan majlis iaitu Jimmy Shanley bersama kumpulan Charm dari Raja Lawak mengacarakan acara permaidani merah.

Farah dan Reza mengendalikan program sementara Dang Suria Zainurdin bersama Aktar Sahari menjadi pengacara majlis. Untuk acara merenjis dikendalikan Aznil Nawawi.

Turut menepung tawar mempelai ialah Tunku Bendahara Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah dan isteri, Toh Puan Bendahara Kedah, Noorsuzanna Abdullah; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan isteri, Datin Seri Sharifah Aziah Syed Zainal Abidin

Menyentuh mengenai perkembangan kerjaya, jelas Mawi selepas ini dia akan bercuti panjang untuk berbulan madu di Seoul, Korea dan akan hanya kembali bekerja pada 1 Februari ini.

Sebaik memulakan tugas, pelakon utama filem G Notti ini bakal sibuk menjalani penggambaran filem terbarunya, Magica terbitan KRU Movies.

Waktu sama dia turut memberikan bayangan mungkin akan bergandingan dengan isteri tercinta, untuk membintangi filem Aduh Saliha yang pembikinannya sudah tergantung hampir setahun.

“Saya tidak mempunyai masalah jika Ekin hendak berlakon dan tidak menghalang. Seronok juga andai saya dapat membintangi Aduh Saliha bersama Ekin bagi menggantikan Puteri Sarah,” katanya.

Ketua Pegawai Operasi Maestro, Freddie Fernandez mengesahkan kenyataan Mawi itu dengan berkata Aduh Saliha akan disambung penggambarannya dan kemungkinan pengurusan untuk menerbitkannya akan diambil alih Tayangan Unggul.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeWed 14 Jan 2009, 9:37 am

'Lebih mudah diuruskan isteri'

MUNGKIN ada beranggapan bukan mudah jika seseorang isteri mahu menguruskan kerjaya suami yang terbabit dalam bidang seni terutama apabila status mereka popular dan menjadi pujaan ramai.
Apabila Mawi membuat keputusan mahu isterinya, Ekin, menguruskan kerjaya dan penampilannya baru-baru ini, ramai peminat bertanya berbaloi atau tidak perkara itu dilaksanakan kerana bimbang boleh menjadi punca persengketaan dalam rumah tangga.

Pelakon terkenal kelahiran Singapura, Aaron Aziz, mempunyai persepsi sendiri dalam memastikan keharmonian rumah tangga dibina tetap terpelihara walaupun isterinya, Diyana Halik, 26, mengurus kerjanya.

Ditemui pada majlis pelancaran Megadrama Astro, Aaron berkata, apabila isterinya sendiri bertindak sebagai pengurus segala kerja menjadi mudah.

"Sudah tentu isteri lebih tahu waktu bekerja saya dan sebaik mungkin cuba memastikan dalam kesibukan di lokasi saya masih ada masa untuknya dan anak-anak," katanya.

Bagaimanapun, sebagai pekerja, imbuhan untuk isteri tetap tidak dilupa dan sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap segala tawaran, isterinya terlebih dulu mengenakan komisen atas setiap bayaran diambil sebagai upah meneliti kontrak dan menyiapkan jadual.

"Walaupun Diyana isteri saya tetapi sebagai pengurus sudah tentu upahnya perlu ada. Ia menjadi tanda sebagai suami isteri kami turut bersikap profesional apabila membabitkan kerja," katanya.

Sambil ketawa, Aaron menjelaskan biasanya apabila setiap kali kerja selesai dan memperoleh bayaran penuh dia turut menghadiahkan beg Louis Vutton sebagai penghargaan kepada isteri tersayang.

"Sebelum ini sewaktu kami berpeluang bercuti ke Los Angelas, isteri saya sakan membeli sampai sembilan beg Coach.

"Itulah harga yang harus saya bayar kepada isteri atas usahanya membantu kerjaya seni saya. Pada saya biarlah saya berbelanja untuknya kerana Diyana banyak berkorban untuk saya dan anak," katanya.

Bercerita mengenai kerjaya seni, jelas bapa kepada Danish Amaqi, 4, dan Dwi Ariana, 2, itu sejak menjadi Bintang Eksklusif Astro Megadrama bersama pelakon yang mendapat jolokan Ratu Filem Melayu, Erra Fazira, jadualnya sangat padat.

"Mujur filem terbaru lakonan saya Ransan ditangguh pembikinannya. Jadi, waktu terluang itu dapat saya membawa keluarga bercuti ke Disneyland, Hong Kong, akhir November lalu.

"Mulai tahun depan banyak drama saya akan mula disiarkan di Astro seperti Cinta Gila apabila saya digandingkan dengan Rita Rudaini. Waktu sama saya turut membintangi tiga filem yang bakal ditayangkan di pawagam, Bohsia, Kl Drift 2 dan Pisau Cukur.

"Ramai berpendapat menandatangani kontrak dengan Astro membuatkan kerjaya seni saya agak terhad terutama apabila wajah saya tidak boleh berada di stesen televisyen lain.

"Pada saya cara begini lebih baik kerana kerjaya lebih stabil memandangkan tawaran sentiasa ada dan tidak putus. Pada waktu sama ia lebih terurus," katanya.

Aaron menandatangani kontrak setahun dengan Astro yang akan tamat pada Mac depan. Dia turut merancang menyambung kontrak lagi jika tawaran diberikan.

"Walaupun ramai meluahkan kebimbangan mengenai kedudukan ekonomi yang tidak menentu pada 2009 tetapi saya tidak risau kerana mengikut pakar Feng Shui, mereka yang dilahirkan pada tahun naga, rezeki mereka akan murah.

"Saya bukan mahu mempercayainya namun mengikut jadual kerja saya yang sentiasa penuh ia menjadi bukti sehinggakan ada produksi di Singapura menjemput menjayakan program mereka dan terpaksa menolaknya," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeWed 14 Jan 2009, 10:05 am

Gambar Beego Berpeluk Awek Dalam Tandas

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Beego-10
*horny Beego face?

Beego pictures hugging with beautiful female model start leaking into internet this week. Last week, several mainstream entertainment reporter comment and review about ‘Gambar Beego Berpeluk Di Tandas'. This gossip shock most of Beego fans.

Beego (Mohd Aszerul Nizam Abdullah), 28, admitted he and her female model do a photo shoot in studio toilet for personal collection. Beego also claim, during the photo shoot, there many persons involve such as cameraman, makeup artist and light controller guys.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeWed 14 Jan 2009, 10:20 am

Memey di dalam Program Wanita Hari Ini (WHI)-TV3!!

Woishh, kalaulah Memey masuk dalam program Amboi Amboii Azwan Ali memang gerenti meletup dek oii..Gegar satu KL nie nyah..hehe Memey baru sahaja ditemuramah dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) siang tadi. Panas juga, tapi akan melekit juga bila terkena dengan Abang Azwan..Amacam bang, bila lagi nak panggil Memey??

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 A10
CUN PULAKK SI MEMEY NIE…

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 B10

ABBY ABADI MERATAP KESEDIHAN

“Saya juga seorang perempuan, ada hati dan perasaan. Saya sedar, jika saya berada di tempat Abby, saya juga tidak mahu perkara sedemikian berlaku pada saya.

“Sebagai anak, sudah tentu saya juga tidak mahu keluarga saya pecah-belah. Tetapi, saya tidak pernah rancang untuk jadinya benda ini. Apa yang boleh saya katakan, saya sedar kesilapan saya dan saya hanya mampu memohon maaf,” jelas Memey.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeWed 14 Jan 2009, 10:30 am

Fahrin Ahmad Pertahankan Scha Al-Yahya! Bukan Juruterbang MAS lah!

Fahrin Ahmad recently brushed aside the “gossip” that flies around on the web about the relationship between his love, Scha and some unknown and not handsome MAS pilot. It’s just pure gossip and Fahrin as a macho guy always acts in a rational way and regards the gossip as “fitnah”.

“Yang penting keluarga dan saya sendiri tahu tentang hal itu. Misalnya apabila berkawan dengan Scha, saya memegang prinsip tidak akan rapat dengan dia kalau dia sudah berpunya.”

Well, good move. Not sure why at this stage Fahrin still refusing to admit that Scha Al-Yahya as her girlfriend, the same goes for Scha. Is Fahrin really the type who likes to be played around by a girl, and not nailing them down to a certain relationship? Do you really want to be a “part time lover”? Bro, love can exist at first sight! Love really shows in treatment towards the girl…

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 C15
GAMBAR FITNAH SCHA AL-YAHYA OLEH GALVATRON @ FORUM CARI

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 C210
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeWed 14 Jan 2009, 2:26 pm

Scha bengang digosipkan dengan juruterbang MAS

GOSIP dirinya dikaitkan dengan juruterbang MAS seperti yang tersebar di internet sekarang membuatkan aktres baru, Scha tidak dapat duduk diam sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati di dalam dirinya.

Bayangkan, pelakon yang baru hendak mencipta nama di dalam persada seni tanah air ini terpaksa berhadapan dengan situasi ini.

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir tidak menyangka hal ini berlaku dengan pantas dan disebabkan beberapa keping gambar itu boleh menjejaskan imejnya sekelip mata.

Semalam, aktor Fahrin Ahmad yang juga dikaitkan dengan dirinya telah melunaskan jawapan bahawa Scha bukanlah kekasih kepada juruterbang MAS yang dimaksudkan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Scha110
Scha kesal gambar yang tersebar di internet mampu mencalar imejnya sebagai selebriti.


Fahrin juga tidak mengiyakan mahupun menidakkan yang Scha adalah kekasihnya.

Ketika meminta penjelasan gadis berusia 26 tahun ini sendiri, dia juga menafikan gosip juruterbang MAS itu adalah kekasihnya.

“Pada mulanya saya nak tinggalkan gosip ini dengan teka-teki. Saya tak nak layan sangat sebab orang sekarang lebih pentingkan gosip daripada berita.

“Sudah ramai yang membuat spekulasi itu dan ini. Tetapi, terus-terang saya katakan juruterbang MAS itu bukan kekasih saya.

“Kami hanya kawan..Gosip ni memang buat saya marah!,” tegas Scha mengenai gambar yang dirakamkan pada awal tahun 2008 itu.

Apabila ditanyakan tentang hubungannya dengan Fahrin, Scha turut memberikan jawapan yang sama seperti mana hubungannya dengan juruterbang MAS itu.

“Saya dan Fahrin tak bercinta. Dia kawan baik saya,” jawab Scha ringkas sekaligus tidak menyembunyikan statusnya yang masih ‘single’ tetapi tidak ‘available’ itu.

Akui gugup mengacara Sehati Sejiwa

Mengenai kehadiran Fahrin semasa dia mengacarakan program Sehati Sejiwa pada Rabu lepas, Scha berkata, "rakan baiknya" itu hanya menolong apa yang patut memandangkan dia baru pertama kali diberikan peluang untuk mengacara sesebuah program televisyen secara langsung selama satu jam.

“Memang saya yang meminta Fahrin hadir untuk membantu saya pada hari itu. Saya akui rasa sedikit gugup ketika mengendalikan program tersebut kerana kedua-dua belah pihak sama ada dari pihak saya mahupun pihak penerbitan tidak membuat persediaan rapi ketika program itu berlangsung.

“Insya-Allah, saya akan lakukan yang terbaik pada masa akan datang kerana dah nampak dan tahu sedikit sebanyak tentang program itu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Scha210
Scha sewaktu mengemudi rancangan Sehati Sejiwa yang disiarkan oleh RTM1.


“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penerbit, Hasliza kerana memberikan kepercayaan dan memilih saya sebagai hos program ini.

“Peluang yang diberikan ini tidak akan saya sia-siakan,” ulas Scha yang akan menemubual pasangan penyanyi Nora dan suaminya, komposer Johan Nawawi dalam program tersebut hari ini.

Program Sehati Sejiwa bersiaran secara langsung mulai pukul 3 petang ini di RTM1.

Menurut Scha, dia turut mengacarakan segmen Chopp di TV9 selama lima minit.

Selain itu, pelakon filem Histeria dan drama bersiri Awan Dania ini akan terlibat dengan pengambaran filem Evolusi KL Drift mulai bulan Februari depan.

“Saya memegang watak Alyya iaitu seorang peminat kereta lumba. Dari minat, saya belajar bermain kereta lumba. Jika nak tahu lebih lanjut, nantikan majlis pelancaran filem ini pada 22 Januari depan ya,” kata Scha mengakhiri perbualan.

Scha merupakan finalis Dewi Remaja 2006 dan perjalanan seninya bermula sekadar suka-suka.

Daripada suka-suka, ia bertukar menjadi minat dan seterusnya kini dia selesa untuk mengekalkan bidang ini sebagai sumber kewangannya.

Scha juga pernah bergelar seorang pramugari selama setahun kemudian beralih kepada bidang ‘modeling’ sehinggalah menyertai pertandingan Dewi Remaja dan memenangi pertandingan itu.

Scha mula dikenali menerusi drama bersiri Bella oleh TV3. Dia seterusnya menerima tawaran lakonan seperti filem Antoo Fighter, Histeria dan drama bersiri Awan Dania yang dijangka akan memasuki musim kedua nanti.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeWed 14 Jan 2009, 3:24 pm

Keluarga beri 'lampu hijau' hubungan Norman-Memey

CUKUP 'hangat' keadaan di set program Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 semalam apabila pelakon muda yang cukup kontroversi ketika ini, Suhaiza Suhaimi atau mesra disapa Memey ini muncul buat pertama kalinya di kaca televisyen setelah lebih dua bulan 'bersembunyi' ekoran insiden ditangkap berkhalwat dengan aktor popular, Norman Hakim pada 30 Oktober lalu.

Ternyata, pelakon berusia 20 tahun ini cukup tenang saat ditemubual oleh dua hos program itu, Azura Azizul Azman dan Siti Hasfizza meskipun tidak terlepas menerima panggilan 'beracun' oleh seorang penonton.

Sesekali, riak wajahnya dilihat sedikit gelisah apatah lagi bila kehadiran wartawan di set tersebut turut melontarkan beberapa soalan 'panas'.

Namun begitu, satu demi satu soalan dijawab dengan cukup profesional bermula dari kes insiden tersebut sehinggalah status hubungannya dengan bekas suami aktres Abby Abadi itu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 M1110
Memey buat kemunculan pertama di kaca televisyen setelah dua bulan 'menghilang'


Memey yang kelihatan anggun dengan baju kurung berwarna merah jambu itu meluahkan satu persatu isi hati yang tersimpan selama lebih kurang dua bulan mendiamkan diri.

Bagi pelakon kelahiran Kota Tinggi Johor ini, cukuplah tohmahan yang dilempar masyarakat terhadap dirinya ketika dia cuba berdiam diri daripada membuat sebarang kenyataan berhubung kes tersebut termasuklah gelaran 'perampas' dan 'pemusnah' rumahtangga orang dilabelkan kepada dirinya.

Ketika ditemubual mStar Online Ahad lalu, Memey berkali-kali memohon maaf kerana enggan berdepan dengan pihak media di awal kes tersebut. Bukan cuba melarikan diri, tetapi kata tuan empunya diri, dia terpaksa berbuat demikian untuk meredakan keadaan yang cukup 'hangat' pada ketika itu.

Dalam temubual terbabit, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Farah Syakirah ini turut meminta maaf secara terbuka kepada Abby atas insiden tangkap khalwat itu dan akui perasaan bersalah terbuku di dalam dirinya apabila melihat keruntuhan rumahtangga aktres itu dan Norman yang berkecai gara-gara kes tersebut.

Namun, menerusi laporan sebuah akhbar semalam, Abby enggan menerima kemaafan bintang muda itu dan menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Memey itu sekadar untuk meraih simpati masyarakat.

"Saya insan biasa. Saya sedar saya buat kesilapan. Sama ada maaf saya diterima atau tidak, itu terpulang kepada dia (Abby). Saya tahu, dia masih dalam keadaan marah. Jadi, saya terima jika dia tidak boleh maafkan saya.

"Malah, andai kata ada peluang untuk saya bergandingan dengan Abby di dalam mana-mana drama, saya tetap akan terima dan melihat tawaran itu dari sudut profesional.

"Mungkin dari situ, akan ada peluang untuk saya cuba berbaik dengannya dan selesaikan masalah yang berlaku ini," luah Memey menerusi program tersebut.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 M2210
Memey mendengar kata-kata dari pakar motivasi Dr.Tengku Asmadi yang turut diundang sebagai tetamu WHI


Kata anak ketiga daripada enam beradik ini, ketika rumahtangga pasangan itu sedang bergolak hebat berikutan kes tersebut, dia sendiri ada berbincang dengan Norman agar perkara itu dapat diselesaikan dengan baik.

"Saya dan Norman pernah bercakap tentang hal itu kerana saya tidak mahu jika mereka bercerai, lagi teruk orang akan buat tohmahan pada saya. Tetapi, itu adalah kehidupan mereka dan saya tidak mahu mencampuri hal itu.

"Saya hanya memberikan pandangan saya kepada Norman, tetapi apa yang terjadi antara mereka ketika ini ialah atas keputusan mereka sendiri," tutur Memey berikutan perceraian pasangan tersebut bulan lalu.

Gosip dirinya mempunyai hubungan dengan Norman sebenarnya telah tercetus sebelum mereka ditangkap berkhalwat lagi. Khabar angin hubungannya dengan aktor drama Gerak Khas itu mula bertiup awal tahun lalu apabila mereka dikatakan mula rapat setelah membintangi drama bersiri Pasrah.

Malah, mereka juga dikatakan sudah bernikah secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand, namun, kedua-duanya menafikan hal tersebut.

Berikutan itu, rumahtangga Norman dan Abby dikatakan bergolak apatah lagi Abby kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa dia seolah-olah tidak dipedulikan oleh Norman lagi, yang lama tidak pulang ke rumah sejak Ramadan tahun lalu.

Namun, aktor berusia 32 tahun itu menafikan hal tersebut ketika hadir pada majlis cukur jambul anak bongsunya selepas Hari Raya Aidilfitri dan menegaskan bahawa dia tidak pulang ke rumah kerana sibuk di lokasi penggambaran, tetapi masih pulang beraya bersama keluarga pada Hari Raya pertama sebelum balik semula ke lokasi pada hari raya kedua.

Namun, kes khalwat yang membabitkan Norman dan Memey telah mengeruhkan keadaan apabila Abby nekad untuk menuntut cerai daripada suaminya itu.

Ditanya apa yang akan dilakukannya jika dia sendiri berada di dalam situasi Abby, dalam nada tenang, Memey menjawab:

"Andai kata ditakdirkan satu hari nanti saya turut ditimpa nasib yang sama, sebagai insan biasa saya akan menerima. Mungkin nampak senang bila bercakap sedangkan bukan saya yang lalui sendiri, tetapi apa yang telah terjadi ini adalah satu pengajaran besar dalam hidup saya.

"Saya harap, pengajaran yang saya terima ini akan menjadikan saya seorang yang tenang andai kata nasib saya juga ditentukan seperti itu kelak.

Cuma, saya ingin tegaskan di sini, apa yang terjadi ini adalah di luar jangkaan saya," katanya.

Jelas Memey lagi, dia juga sedar perkara ini akan turut memberikan impak besar buat anak-anak Norman dan Memey, namun dia tidak dapat berbuat apa-apa melainkan rasa kesal yang mendalam.

"Saya juga seorang perempuan, ada hati dan perasaan. Saya sedar, jika saya berada di tempat Abby, saya juga tidak mahu perkara sedemikian berlaku pada saya.

"Sebagai anak, sudah tentu saya juga tidak mahu keluarga saya pecah-belah. Tetapi, saya tidak pernah rancang untuk jadinya benda ini. Apa yang boleh saya katakan, saya sedar kesilapan saya dan saya hanya mampu memohon maaf," jelas Memey yang gagal menahan sebak.

Mengimbas kes insiden ditangkap khalwat di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang itu, kata Memey, apa yang terjadi pada malam itu sebenarnya cukup mendadak buat dirinya.

"Saya tak boleh fikir apa-apa ketika itu. Saya terkejut dan amat sedih sebenarnya. Bila serbuan dibuat, saya terus hubungi ibu dan ceritakan apa yang berlaku sebab saya tidak mahu keluarga mendapat berita ini daripada pihak lain terlebih dahulu.

"Mereka memang terkejut, tetapi setelah dijelaskan, mereka faham situasi sebenar. Saya juga ingin menafikan dakwaan ramai yang mengatakan saya sebenarnya telah menginap di pejabat Norman itu selama lapan bulan.

"Itu tidak benar. Saya sebenarnya tinggal dengan adik dan bapa saudara saya. Cuma saya kerap ke pejabat dia kerana membantu Norman melakukan kerja-kerja 'admin' apatah lagi ketika itu seorang pekerjanya sudah berhenti.

"Mungkin daripada situ, orang melihat saya seolah-olah tinggal terus di pejabat itu," kata Memey yang juga sehingga kini masih membantu Norman di syarikat aktor itu, MDH Trading & Services.

Untuk menjernihkan namanya, Memey sanggup memberikan kerjasama yang baik dengan pihak JAIS dan bersedia untuk menghadirkan diri ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 20 Januari depan untuk perbicaraan kes khalwatnya itu.

"Memang gementar untuk berdepan dengan kes itu, tetapi inilah yang perlu saya lalui. Apapun, saya sudah bersedia. Dan saya memang tidak sabar untuk selesaikan perkara ini dengan segera," tutur Memey.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeWed 14 Jan 2009, 3:26 pm

"Hubungan saya dan Norman memang rapat"

Tatkala menyepikan diri selama dua bulan, selain sokongan padu keluarga, Memey akui Norman juga turut memberikan kata-kata semangat agar dirinya terus tabah menjalani kehidupannya.

"Sebagai orang baru di dalam bidang ini, saya memang terfikir untuk terus berdepan dengan pihak media pada awal kes ini untuk jelaskan hal yang sebenar.

"Tetapi, sebagai seorang lelaki yang matang, Norman memberikan 'points' dan menyarankan agar saya berdiam diri dulu," kata Memey.

Ditanya mengapa Norman yang menjadi lelaki "pilihannya", Memey sambil tersenyum berkata, dia sendiri tidak menyangka hubungan persahabatan yang terjalin itu bertambah rapat.

"Pada awalnya, saya dan Norman hanya sebagai rakan artis yang mana dia banyak memberi tunjuk ajar kepada saya yang masih baru dalam bidang ini. Tetapi hubungan kami semakin rapat atas dasar kerja.

"Saya akui, hubungan kami memang rapat. Terpulanglah kepada penilaian masyarakat. Dia seorang lelaki dan kawan yang baik. Saya nampak dia juga seorang yang prihatin dan bijak.

"Memang kami masih lagi berjumpa sekarang ini, tetapi tidaklah selalu," kata Memey yang menambah, dia masih belum pernah dibawa bertemu dengan anak-anak aktor tersebut.

Ditanya adakah keluarga tidak menghalang andai kata Norman melamarnya, Memey dalam nada ceria berkata, keluarganya tidak pernah menghalang dirinya untuk terus berkawan dengan Norman meskipun selepas berlakunya insiden itu.

Malah, khabar angin yang mengatakan Norman dan keluarganya pernah berkunjung ke rumah keluarga Memey di Johor baru-baru ini dan kelibat Memey yang dilihat turut berada di rumah keluarga Norman di Kuantan selepas itu juga tidak dinafikan oleh pelakon muda ini.

"Memang kunjungan ada dibuat, tetapi semua itu untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan menjelaskan perkara sebenar atas apa yang terjadi. Dan apa yang saya lihat, hubungan Norman dan keluarga saya memang baik.

"Begitu juga dengan keluarga Norman yang dapat menerima apa yang berlaku seadanya. Mereka tidak menyalahkan mana-mana pihak pun atas apa yang terjadi. Apa yang boleh saya katakan, kedua-dua keluarga berhubungan baik.

"Memang kalau sudah ditakdirkan jodoh dengan dia, saya tidak akan menolak. Tetapi soal kahwin tidak ada langsung dalam perancangan saya ketika ini. Saya sendiri tidak mampu meramalkan apa yang bakal terjadi kelak," kata Memey.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 M3310
Harap tidak diboikot penerbit


Sebaik terjebak dengan kes khalwat itu, nasib Memey di dalam dunia lakonan dikatakan turut 'terjejas'. Meskipun Memey dilihat sebagai antara bintang baru yang cukup menyerlah, namun begitu episod hitam itu ternyata memberi 'kesan' negatif buat karier seninya.

Gara-gara kes tersebut, nama Memey pernah digugurkan daripada sebuah produksi dan digantikan dengan pelakon lain untuk sebuah drama. Namun begitu, kata Memey, dalam tempoh dua bulan mendiamkan diri, masih ada penerbit drama yang terus percaya akan bakatnya dan menawarkannya untuk membintangi drama-drama terbitan mereka.

Tetapi, Memey sendiri menolak semua tawaran tersebut untuk 'berehat' seketika memandangkan keadaan ketika itu cukup 'tegang'.

"Saya akui, saya 'tergelincir' dalam pendakian menuju ke puncak karier saya. Dan inilah masanya untuk saya kembali dengan impian saya selama ini. Saya harap masih ada peluang untuk saya terus mengukir nama dalam bidang ini dan tidak sampai ke tahap diboikot.

"Saya mempunyai matlamat sendiri dalam bidang ini. Saya harap, perkara ini dapat berakhir dengan baik dan kalau boleh, biarlah saya dikenali selepas ini kerana bakat saya," katanya yang bakal menjalani penggambaran drama bersiri terbitan Skop Productions berjudul Roda-Roda Kuala Lumpur pada Februari ini.

Kembali berbaik dengan Darling

Umum sedia maklum bahawa karier seni Memey banyak dibantu oleh ibu saudaranya yang juga merupakan produser dan pelakon popular, Darling Ngasri.

Namun begitu, tidak lama dulu timbul cerita bahawa Memey seolah-olah 'besar diri' dan lupa akan jasa yang ditaburkan oleh Darling.

"Memang dulu saya ada masalah dengan dia. Tetapi rasanya tidak perlulah saya beritahu apa yang terjadi. Lagipun perkara itu sudah lama berlalu.

"Tetapi sebaik berlakunya insiden baru ini, saya ada berjumpa dengan Darling dan apa yang boleh saya katakan, hubungan saya dan dia kembali pulih.

"Cuma mungkin kami tidak serapat dulu kerana masing-masing perlu menguruskan karier sendiri," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeWed 14 Jan 2009, 3:28 pm

"Lelaki yang jiwanya tidak puas dengan satu"

"ORANG lelaki kadang-kala jiwanya tidak puas dengan satu. Mungkin Norman adalah jenis lelaki yang 'tewas' dengan perempuan," luah perunding motivasi, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad mengenai kontroversi yang melanda aktor popular, Norman Hakim dan bintang muda, Suhaiza Suhaimi atau Memey.

Tengku Asmadi yang ditemui ketika hadir sebagai tetamu undangan program Wanita Hari Ini (WHI) di Sri Pentas, semalam bersama Memey sendiri bagi membincangkan isu 'hangat' dua pelakon itu berkata, keretakan rumahtangga Norman dan bekas isterinya, Abby Abadi serta insiden ditangkap khalwat dengan Memey sebenarnya berpunca daripada 'kesilapan' langkah Norman sendiri.

"Ada pelbagai jenis suami; ada yang mithali yang mana dia akan sentiasa menjaga isteri dan anak-anaknya dengan baik, tetapi ada juga suami yang jiwanya sentiasa 'bergelora' walaupun sudah berkahwin.

"Mungkin di awal-awal perkahwinan, dia tidak tunjuk sangat. Tetapi setelah bertahun-tahun, dia mula berubah. Dalam kes ini, mungkin keprihatinan dan masa yang banyak diluangkan bersama Memey akhirnya telah membuahkan perasaan cinta.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Asmadi10
Dr. Tengku Asmadi menyifatkan apa yang berlaku sebenarnya berpunca daripada 'kesilapan' langkah Norman sendiri


"Apabila perhatian dan harapan diberikan kepada perempuan, pastinya si perempuan itu akan rasa dihargai dan dia akan beri reaksi yang sama. Tetapi perlu diingat, bila berlakunya perkara ini, adakalanya barulah si suami akan nampak sikap sebenar isteri yang sebelum ini tidak pernah dilihatnya.

"Sebagai contoh, bila berlakunya kontroversi seperti ini, barulah si suami sedar bahawa isterinya boleh mengamuk dan menyerangnya. Ini membuatkan suami itu akan tersepit dan tidak tahu untuk menyelesaikannya.

"Mungkin bagi Norman sendiri, dia tidak jangka api kemarahan Abby boleh jadi sebesar itu," katanya.

Menurut Tengku Asmadi lagi mengenai kes yang melanda Norman, Abby dan Memey ini, Norman sepatutnya mengambil langkah dengan cuba sedaya-upaya memujuk Abby jika benar-benar masih menyayangi isterinya itu dan ingin berpoligami.

"Dia kena betul-betul yakinkan isterinya. Dia yang mulakan, jadi dia perlu fikir cara untuk selesaikan. Dia sama sekali tidak boleh memburuk-burukkan isteri di hadapan perempuan lain semata-mata untuk tagih perhatian perempuan itu.

"Abby mungkin amat tertekan dan merasakan masyarakat menganggap dia adalah isteri yang bermasalah dan tidak pandai jaga suami. Disebabkan itu dia akhirnya menuntut cerai," jelasnya yang mengikuti kes ini sejak dari awal tercetusnya kontroversi tersebut.

Katanya lagi, Norman sepatutnya perlu sensitif dengan perasaan isterinya tatkala insiden tangkap khalwat bersama Memey telah membuatkan rumahtangganya bergolak.

"Norman pernah bercakap di dalam akhbar bahawa dia juga perlu menjaga hati pihak Memey yang mana perkara itu sebenarnya telah membangkitkan kemarahan Abby. Perkara ini sebenarnya cukup sensitif bagi mana-mana isteri sebenarnya.

"Bila masalah menjadi semakin besar seperti ini, ia sukar untuk diselesaikan. Dan Memey juga akan turut menjadi mangsa keadaan dan sememangnya dia juga tersepit dalam hal ini," kata Tengku Asmadi.

Namun begitu, kata perunding motivasi ini lagi, dia yakin beberapa tahun dari sekarang, Norman mahupun Abby akan melihat masalah yang melanda mereka ketika ini dari sudut atau perspektif yang lain pula.

"Cara Norman menilai kehidupan barunya nanti akan berbeza. Andai kata Norman tidak berkahwin lain dalam masa beberapa tahun ini, tidak mustahil jika dia akan merujuk semula setelah meneliti semula masalah mereka dari sudut lain, sebagai contoh faktor anak-anak.

"Begitu juga dengan Abby. Banyak kes cerai yang berlaku di mana pasangan itu kemudiannya akan merujuk semula setelah beberapa tahun. Itu kemungkinan yang boleh terjadi," kata Tengku Asmadi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeWed 14 Jan 2009, 3:32 pm

Apa Sebenarnya Berlaku Antara Ustaz Akhil Hayy & Waheeda

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Waheed10Ini adalah apa sebenarnya yang terjadi mengikut cerita Waheeda. Mereka menonton wayang yang berbeza & sekali lagi menyatakan mereka memang belum berkahwin.

#1 Waheeda dan Akhil Hayy menonton wayang pada sebelah malam dan rancangan itu dilakukan pada saat akhir. Waheeda sepatutnya ditemani kawan baiknya, Naurah. Namun Naurah tidak dapat datang pada saat akhir.

#2 Menurut Waheeda, mereka menonton filem berbeza dalam berlainan panggung. Akil menonton filem IP Man pada jam 11.55 malam manakala Waheeda menonton filem KM 31 pada 12.10 tengah malam.

#3 Mereka datang menaiki kereta milik Waheeda kerana kereta milik Ustaz Akhil mengalami kemalangan teruk di Putrajaya.

#4 Sebelum menonton wayang pilihan masing-masing, Waheeda mengakui yang dia agak keletihan dan hampir hilang mood untuk menonton wayang hingga membuatkan dirinya membuat keputusan untuk menunggu saja Akhil dalam keretanya sementara menunggu filem IP Man habis ditayangkan.

#5 Hasrat Waheeda itu membuatkan Akhil berpendapat daripada membahayakan dirinya menunggu seorang diri di dalam kereta, dia sanggup untuk pulang ke rumah dengan menaiki teksi dan menyuruh Waheeda balik dulu ke rumah dengan keretanya.

#6 Bagaimanapun, Waheeda mengubah fikiran dan menonton filem pilihannya juga sehingga habis kerana tidak mahu membiarkan Akhil pulang dengan teksi.

#7 Selesai menonton filem IP Man, Akhil masuk ke panggung KM 31 beberapa minit sebelum filem tontonan Waheeda berakhir. Dia hanya duduk di tepi tangga di dalam panggung, sebelum Waheeda memanggil Akhil duduk di sebelahnya yang kebetulan kosong.

#8 Selesai tayangan filem itu, lampu pawagam dinyalakan dan secara jelas kelibat mereka di dalam pawagam kelihatan termasuklah penulis gosip portal murai.com.my yang kebetulan turut berada di tempat yang sama.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeWed 14 Jan 2009, 3:37 pm

Bagaikan anak raja

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Mainpi17
PASANGAN bahagia, Mawi dan Ekin.


Kemuncak majlis perkahwinan Mawi, Ekin berakhir dengan majlis resepsi yang bertemakan kisah 1001 malam di Palace of the Golden Horses, kelmarin

JIKA diimbas kembali, betapa majlis perkahwinan penyanyi tersohor, Mawi, bersama Ekin sememangnya cukup gah. Daripada majlis pernikahan di Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru, majlis persandingan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru, majlis resepsi di kampung kelahiran Mawi, Felda Taib Andak dan akhir sekali majlis persandingan gilang-gemilang bertemakan kisah 1001 malam di Seri Kembangan, semuanya penuh gilang-gemilang.

Alangkah beruntungnya insan yang bernama Mawi apabila begitu ramai pihak tampil untuk menjayakan majlis perkahwinannya, sesuai kedudukan selaku artis paling popular negara. Dia sendiri mengaku tuah memang menyebelahinya apabila pernikahan bersama buah hati, Ekin, mendapat kerjasama hebat pelbagai pihak.

Majlis terakhir yang berlangsung Ahad lalu di Le Marquee, Hotel Palace of the Golden Horses, menyaksikan sebuah lagi acara penuh gemerlapan. Dengan tema Mawi & Ekin: 1001 Malam, majlis yang disiarkan secara langsung oleh Astro Ria itu memukau 1,500 hadirin yang ada.

"Kami tidak pernah pun mengidamkan majlis yang gah sebegini rupa. Semuanya dirancang oleh pihak lain untuk kami berdua. Pastinya, kami berasa bertuah apabila diberikan majlis sedemikian," kata Mawi pada sidang akhbar sebaik saja selesai majlis berkenaan.

Ditemani Ekin di sebelah, dia berkata, dia juga tidak mengubah bentuk majlis terbabit sekiranya dia diberikan peluang untuk melakukannya semula kerana segala yang dirancang itu sudah cukup baik buatnya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Mainpi16
KEDUA mempelai bersanding di atas pelamin.


Mawi sendiri berasa cukup lega apabila kesemua majlis perkahwinannya yang bermula 20 Disember lalu sudah pun selesai. Tumpuannya kini hanyalah kepada percutian bulan madu bermula 16 Januari. Selama enam hari, Mawi dan Ekin terbang jauh ke Korea untuk menikmati suasana percutian pertama setelah bergelar suami isteri.

"Tidak, tiada rakaman yang dilakukan sewaktu kami berbulan madu di sana," katanya sambil ketawa apabila ditanya apakah percutian itu juga bakal dijadikan program televisyen.

Tambah Ekin, empat kali siaran langsung dilakukan sebelum ini sudah cukup memadai buat mereka berdua.

Bercerita mengenai babak menunggang kuda yang dilakukannya ketika pengantin mula-mula tiba di pekarangan khemah tempat majlis berlangsung, Mawi mendedahkan betapa dia berasa kaget apabila latihan hanya dilakukan selama dua hari sebelum ‘persembahan’ bermula.

"Jurulatih sendiri berkata, tidak pernah berlaku apabila seseorang penunggang hanya berlatih dua hari sebelum melakukan persembahan. Kiranya ia satu rekod baru jugalah. Saya sendiri kecut perut sewaktu awal-awal tunggangan. Manalah tahu jika kuda pula buat hal pada hari sebenar. Begitu pun kami semua sudah bersedia sekiranya kejadian seperti itu berlaku," ujarnya.

Ketika ditanya mengenai majlis yang paling digemari mereka, Ekin berkata, kesemuanya memang menyeronokkan mereka dan mempunyai makna tersendiri. Justeru, tidak timbul majlis mana paling bermakna di hati mereka kerana paling penting bagi Ekin, semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna.

Diusik dengan pertanyaan apakah mereka ingin mendapatkan anak secepat mungkin setelah bergelar suami isteri, Ekin memberitahu, walaupun tidak merancang, namun dia memang berharap dapat menimang cahaya mata seberapa segera. Dia sendiri sudah pun bersedia untuk bergelar seorang ibu pula.

"Jika Tuhan menganugerahkan sepasang anak kembar, pastinya kami lebih seronok," ujar Ekin yang berkebetulan mempunyai saudara kembar, Aen.

Tiba-tiba Mawi di sebelahnya mula menghitung, mereka akan mendapat 12 anak dalam masa yang singkat sekiranya sebanyak enam kali Ekin bersalin anak kembar dua.

Diminta mengulas kedatangan bekas tunangnya, Ina Naim bersama suami, Mohd Shuhaimi Saad serta bayi comel mereka, Ehmed Hadie Elfardie, 8 bulan, ke majlis berkenaan, Mawi berkata, sememangnya mereka sudah lama merancang untuk mengundang kedua-duanya ke majlis perkahwinan mereka di Kuala Lumpur.

"Kami memang merancang untuk menjemput mereka di Kuala Lumpur kerana mereka juga adalah artis. Tiba-tiba keluar pula cerita mereka tidak diundang sewaktu majlis diadakan di Johor. Ina sendiri sempat bertemu saya tadi. Dia dan suami sempat mengucapkan selamat pengantin baru buat kami berdua," kata Mawi.

Lensa kamera kelihatan tidak berhenti berkelip tatkala Ina dan suami serta anak sulung mereka menghampiri meja makan utama. Di situ, Ina sempat bertemu, bersalam dan mencium pipi ibu Mawi, Ramlah Sarlan.

Mengenai aktiviti seninya selepas tamat bercuti pada 31 Januari, Mawi memberitahu, dia akan terbabit dalam filem terbaru terbitan KRU, Magika. Manakala perbincangan mengenai usaha menyelamatkan kembali filem Aduh Saliha juga sudah pun bermula.

Sekali lagi diusik dengan soalan mengapa tidak dia berpasangan saja dengan isterinya dalam filem berkenaan, Mawi tidak memberikan kata yang pasti walaupun dia mengaku tidak akan menghalang kegiatan seni Ekin setelah sah bergelar isteri. Begitupun, pada satu lagi pertanyaan, kedua-duanya berkata mereka pastinya tidak akan menyertai program Sehati Berdansa bagi menghormati imej bertudung wanita itu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeWed 14 Jan 2009, 3:39 pm

INFO: Perkahwinan Mawi dan Ekin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Mainpi18


i) MAJLIS perkahwinan bertemakan Timur Tengah itu dirancang CD Advertising, manakala hiasan pelamin dan dekorasi disempurnakan oleh Yamin. Jurusolek Tona diberikan tanggungjawab memperindahkan wajah Mawi, manakala Ekin pula disolek Velarie.

ii) PADA Ahad lalu, Mawi dan Ekin menggayakan busana pengantin rekaan Rizalman, Bon Zainal dan Yamin, dengan fabrik disediakan oleh Jakel.

iii) KEK pengantin berbentuk bantal Arab disediakan Blooming Cake, manakala kain rentang oleh Rimbunan Niaga, bot dinaiki mempelai disediakan Mines Cruise manakala pengiring pula terdiri daripada pelajar Universiti Putra Malaysia. Rakaman foto majlis perkahwinan berkenaan pula disediakan Mazlan Photo.

iv) PAKEJ percutian bulan madu Mawi dan Ekin disediakan oleh Pertubuhan Pelancongan Korea.

v) JIKA Jimmy Shanley dan Kumpulan Cham (Raja Lawak) mengacarakan acara permaidani merah, Farah dan Reza pula mengendalikan program siaran langsung, manakala Dang Suria dan Aktar Sahari mengacarakan majlis perkahwinan. Aznil Nawawi juga turut muncul mengacarakan acara merenjis.

vi) ACARA menepung tawar disempurnakan oleh ibu pengantin lelaki, Ramlah Sarlan; Ketua Kampung Felda Taib Andak, Haji Hanafiah; bapa dan ibu pengantin perempuan, Rahmat Mohamed dan Fatimah Saad; Tunku Bendahara Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah; Toh Puan Bendahara Kedah, Noorsuzana Abdullah; Pengerusi Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim; isterinya, Toh Puan Mazni Mohd Nor; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar; dan isteri, Datin Seri Sharifah Aziah Syed Zainal Abidin.

vii) ARTIS yang muncul menghiburkan mempelai serta tetamu malam itu terdiri daripada Anita Sarawak, Yasin, Idayu, Akma, Amylea, Marsha, Elliza, Ekin, Heliza, Riz, Mila, Zahid, Feliz dan Rabbani.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeWed 14 Jan 2009, 3:45 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Hani10

INFO: Sazzy Falak

NAMA PENUH: Sazlini Shamsul Falak

TARIKH LAHIR: 10 Mac 1984

ASAL: Kuala Lumpur

KELUARGA: Anak sulung daripada tiga beradik

DARAH CAMPURAN: Melayu-Arab

PENDIDIKAN: Diploma Komunikasi Media dari Kolej Lim Kok Wing, Kelana Jaya

PROGRAM TV: Pengacara Muzik-Muzik (TV3) dan Beat TV (Astro Ria)

FILEM: Gol & Gincu

INFO: Yasmin Hani

NAMA PENUH: Yasmin Hani Richardson

TARIKH LAHIR: 11 Jun 1979

ASAL: Kuala Lumpur

KELUARGA: Anak ketiga daripada empat beradik

DARAH CAMPURAN: Inggeris-Melayu

IKLAN PERTAMA: Coca-Cola, ketika itu baru berusia 14 tahun

PROGRAM TV: Pengacara pertama Muzik@Ria (Astro Ria) sejak 1999 hingga Februari 2008. Kini bersama Sazzy Falak mengacarakan Ria Sentral (Astro Ria) secara langsung setiap Khamis jam 5 hingga 6 petang dan ulangan 10.30 malam.

FILEM: Bilut, Cicak-Man, Duyung dan terbaru Gentayangan
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeWed 14 Jan 2009, 3:48 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 B21


Bercerita mengenai kepulangannya ke pentas prestij Anugerah Juara Lagu Ke-23, 18 Januari ini di Stadium Putra, Bukit Jalil, Ziana tidak menafikan akan harapan besar yang tergalas di pundaknya.

Mempertaruhkan Dingin yang mendapat sentuhan magis, Azlan Abu Hassan dan lirik nukilan, Azalea, Ziana berkata, dia akan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik tanpa terlalu memikirkan soal kemenangan.

Pengiktirafan katanya, adalah bonus atas usaha kerasnya memenuhi tanggungjawab yang diberikan pencipta dan penulis lirik.

“Saya cuma mahu memberikan yang terbaik, memuaskan hati komposer dan penulis lirik yang memberi amanah kepada saya untuk mencantikkan lagu ciptaan mereka. Di samping itu, saya juga cuba memenuhi harapan peminat untuk melihat saya membawa lagu itu dengan berkesan.

“Itu lebih penting kerana apabila memberikan yang terbaik, khalayak akan mengiktiraf kemampuan saya dalam liga yang selesa. Namun itu bukan bermakna saya sudah boleh mendabik dada.

“Sampai sekarang saya masih meletak diri dalam proses pembelajaran, berusaha dan terus bekerja untuk memperbaiki kelemahan walaupun dulu saya pernah mengecapi segala nikmat sebagai anak seni.

“Saya pernah merasai detik di puncak tetapi sampai bila saya mahu mengejar populariti? Saya kini cuma menyambung perjuangan, meneruskan apa yang saya usahakan dulu tanpa terlalu memikirkan untuk kembali berada di puncak,” kata Ziana, akur hakikat roda kehidupan yang ligat berputar.

Ibu kepada dua cahaya mata lelaki, Muhammad Aiman, 8, dan Muhammad Ammar, 5, ini realistik dengan putaran kehidupan yang dilaluinya. Atas alasan itu, Ziana menerima hakikat akan kesukaran untuk memuaskan hati semua pihak.

Katanya, sebagai manusia yang memiliki pelbagai kekurangan dia juga tidak terlepas daripada melakukan kekhilafan. Namun, ulangi Ziana, dia hanya mampu berusaha memberikan yang terbaik berdasarkan kemampuannya.

“Dulu setiap kali berbuat silap dalam persembahan, saya selalu memikirkan apa yang orang akan cakap. Semua itu memberi tekanan. Lama kelamaan saya mula terfikir sampai bila harus begitu.

“Saya kena terima hakikat saya juga ada kekurangan. Apa yang termampu, saya cuba berusaha memberikan yang terbaik dan meneruskan apa yang diperjuangkan. Hanya dari situ, kegembiraan akan datang dalam diri,” kata penyanyi ini lagi.

Kali terakhir menyertai AJL, enam tahun lalu menerusi lagu Menadah Gerimis, Ziana berkata, dia bersyukur kerana rezeki untuknya beraksi dalam pentas berprestij itu masih terbuka.

Biarpun pengumuman penyertaan Dingin hanya diumumkan pada saat akhir ketika persaingan Separuh Akhir Muzik Muzik kategori Pop Rock, Ziana tidak menolak rezeki yang tertulis itu.

“Antara percaya dan tidak, saya melihat penyertaan Dingin adalah rezeki buat Azlan dan Azalea yang menghasilkan ciptaan yang indah buat saya. Saya juga ingin sekali berterima kasih kepada peminat yang banyak memberikan kata semangat dan dorongan ketika pertandingan berlangsung.

“Mereka semua menjadi sumber kekuatan untuk saya terus melayari kehidupan sebagai anak seni,” katanya.

Bangga dengan ciptaan anak muda

SEPANJANG 17 tahun bergelar penyanyi, menempuhi pelbagai evolusi dalam industri muzik, Ziana menyatakan kekagumannya kepada kreativiti komposer muda tempatan yang disifatkannya tampil dengan variasi idea segar.

Jelas katanya, mutu ciptaan komposer tempatan semakin berkembang malah kemajuan teknologi turut membantu mereka untuk bersaing di liga yang lebih besar.

“Berada di studio rakaman dan melihat sendiri segala kemudahan yang ada membuat saya merenung kembali perjalanan ketika mula bertapak sebagai penyanyi.

“Dulu untuk menyiapkan rakaman satu lagu cukup mencabar. Selagi tidak mampu memberikan yang tepat, selagi itu kami harus mencuba membuatkan saya terasa betapa mudahnya laluan penyanyi sekarang,” katanya, kagum melihat evolusi muzik yang dipertandingkan dalam AJL23.

Menyentuh mengenai Dingin, Ziana berterima kasih kepada Azlan kerana sentuhan emasnya yang memberi keajaiban kepada lagu itu.

Permintaannya supaya komposer itu menggabungkan identiti nyanyiannya yang tersendiri namun pada masa sama menyuntik sesuatu yang segar menghasilkan keajaiban yang membuatkan Ziana cukup berpuas hati membawakan Dingin.

Malah, pertama kali mendengar lagu itu Ziana sudah tertarik dan kerana itu dia berbangga biarpun terpaksa menanti lama sebelum Dingin disiapkan.

“Penyampaian lagu ini memberikan cabaran terutama pada nada rendah kerana tidak pernah merakamkan lagu seperti itu sebelum ini. Setiap kali membawa Dingin, saya diburu kebimbangan jika tidak disokong sistem bunyi yang baik.

“Pernafasan juga perlu dijaga, selain monitor yang jelas kerana jika tidak saya akan mengalami masalah untuk membawakan lagu itu dengan baik.

“Walaupun sudah lama dalam industri, saya tidak pernah mendabik dada dan menganggap diri ini terbaik. Dingin banyak mengajar saya pelbagai perkara baru dalam nyanyian,” katanya.

INFO: Ziana Zain

Nama Penuh: Siti Roziana Zain

Tarikh Lahir: 2 Mei 1968

Umur: 40 tahun

Asal: Kampung Simpang Merpati, Melaka

Album: Madah Berhelah (1991), Ziana Zain (1993), Setiaku Di Sini (1995), Puncak Kasih (1997), Ziana Zain (1998), Aku Cintakan Mu (2000) dan No. 1s Live (2003)

Album Kompilasi: Ziana Zain Unplugged (1996) dan The Best of Ziana Zain (1998)

Filem: Sembilu (1994), Sembilu 2 (1996), Maria Mariana (1997), Merah (1999), Maria Mariana 2 (1998), Sembilu 2005 (2005), Pontianak Menjerit (2005) dan Qabil Kushry Qabil Igam (2007)

Duta Produk: Omega, Slim World, Nutrimetics dan Vono.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeWed 14 Jan 2009, 3:50 pm

Bukan soal menang

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 A27
SENTUHAN 'emas' Azlan kepada lagu Dingin turut bawa tuah kepada Ziana.


Sentuhan magis Azlan Abu Hassan dan Azalea letakkan lagu Dingin dendangan Ziana Zain ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-23

SEGALA yang manis pernah dikecapi penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain selama hampir dua dekad meniti hidup sebagai anak seni membuatkan dia masak benar dengan ragam industri hiburan.

Namun, sesuatu yang tidak pernah berubah mengenai penyanyi kelahiran Merlimau, Melaka ini adalah sifat merendah diri yang utuh menjadi pegangannya meskipun era 90-an lalu namanya pernah bertakhta di atas.

Banyak pengalaman dilalui membuatkan penyanyi yang memuncak dengan lagu Madah Berhelah ini semakin matang mendepani dugaan dan menangani kritikan.

Andai dulu segala yang diperkatakan khalayak akan terpahat dalam kotak fikirannya, malah berterusan bermain membuatkan minda Ziana tidak tenang namun hari ini, dia akur keupayaan diri.

Akui Ziana, dia tidak boleh berterusan memaksa diri untuk memuaskan hati orang lain. Apa yang termampu dilakukan adalah memberikan yang terbaik atas kapasiti kebolehannya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeWed 14 Jan 2009, 3:52 pm

'Saya layan Siti bagai permaisuri'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Mainpi20
Hadiah kucupan, ungkapan cinta yang tak pernah kering di bibir membuatkan cinta mereka masih segar seperti awal perkenalan dulu


BUANGKAN segala prasangka buruk itu jauh-jauh. Terimalah dengan hati yang terbuka bahawa penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa kini sedang enak mendakap bahagia. Getar cinta mereka masih sama seperti di awal perkenalan mereka dulu.

Malah, semakin hari perasaan sayang, cinta dan kasih antara mereka semakin bercambah dan mekar umpama bungaan yang segar di taman. Mungkin akan ada yang ceritakan di sini, namun percayalah melihat kemesraan Siti dan Khalid, sukar untuk mempercayai bahawa rumah tangga pasangan ini sedang berada di ambang kehancuran.

Kasih sayang Khalid terhadap Siti masih lagi utuh dan tanpa rasa segan atau silu, di hadapan sekumpulan wartawan Khalid mengaku yang dia amat mencintai Siti setulus hati.

“Sepanjang perkahwinan ini, kami tidak pernah bergaduh. Siti seorang isteri yang baik jadi mana mungkin saya boleh melukakan hatinya. Saya amat mencintai Siti dan saya bahagia bersamanya. Saya sayangkan perkahwinan ini dan saya akan menjaganya sehingga ke akhir hayat," demikian pengakuan jujur Khalid mengenai perasaannya terhadap Siti.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Mainpi19
KUCUPAN dan ayat-ayat cinta menjadi pengukuh kasih sayang Khalid dan Siti.


Justeru apabila gosip mengenai kisah perceraian mereka ditimbulkan di internet serta khidmat pesanan ringkas, tidak mustahil perkara itu menimbulkan perasaan marah dalam diri usahawan terkenal itu.

"Bukannya saya tidak boleh menerima gosip kerana apabila saya memilih untuk mengahwini Siti, maka saya sudah bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan. Malah sewaktu di awal perkenalan kami, ada juga wartawan yang usik saya tetapi saya tidak pernah melenting.

"Tetapi apa yang membuatkan saya marah adalah apabila gosip yang ditulis itu keterlaluan seolah-olah mendoakan yang tidak baik untuk perkahwinan kami. Harus diingat, saya seorang ahli perniagaan dan bukannya artis. Apabila timbul cerita seperti ini, kesannya sudah tentu kepada saya. Apabila saya menjalankan urusan perniagaan, saya dapat rasakan ramai yang memandang serong kepada saya seolah-olah saya seorang suami yang jahat. Saya tak mahu gara-gara gosip ini, reputasi saya tercalar," tegas Khalid ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun Siti yang ke-30 di kediamannya di Bukit Antarabangsa, malam kelmarin.

Pintanya selepas ini, jika masih ada gosip panas yang membabitkan rumah tangga, media harus merujuk kepada mereka terlebih dulu sebelum membuat sebarang spekulasi yang boleh mengelirukan khalayak.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeWed 14 Jan 2009, 3:53 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Mainpi21
BERSAMA keluarga tersayang yang menjadi tempat Siti mengadu saat susah dan senang.


Lebih dua tahun melayari kehidupan berumah tangga dengan Siti, Khalid berkata, dia amat bahagia dengan penyanyi nombor satu negara itu. Jadi apabila timbul gosip yang mengatakan rumah tangga mereka berantakan, perkara itu amat mengecewakannya.

"Saya melayani Siti bagaikan permaisuri. Setiap hari, selepas bangun pagi, sama ada saya atau dia pasti akan melafazkan ucapan keramat saya cintakan kamu terlebih dulu sambil memberikan kucupan. Dan itulah juga ayat yang sering kami ucapkan setiap kali selepas berbual di telefon.

“Bukan kami sengaja mahu menceritakan perkara ini sebab tak mahu orang salah sangka dan menyangkakan kami hendak menunjuk-nunjuk tetapi itulah hakikat sebenar," ujar Khalid sambil dipersetujui Siti yang setia berada di sisinya.

Biarpun ramai yang menuding jari, menuduh suami kesayangannya itu curang, Siti menyangkal dakwaan itu sambil menyifatkan Khalid seorang lelaki yang baik dan dia tidak pernah mencurigai suaminya itu.

"Siti percaya pada suami dan Siti tidak pernah mencurigainya. Mungkin orang tak nampak apa yang kami lalui tapi jujur Siti akui, kami amat bahagia ketika ini. Dia menjaga saya dengan baik.

“Dia ibarat seorang pelindung buat Siti dan sering membelai Siti dengan penuh kasih sayang. Alhamdulillah, Siti bersyukur dengan apa yang Siti jalani ketika ini," ujar si pelantun Bukan Cinta Biasa ini.

Sedangkan lidah tergigit, inikan pula suami isteri dan bagi Siti sendiri perselisihan faham adalah perkara biasa dalam alam rumah tangga.

"Biasalah rajuk-rajuk manja. Tapi seboleh mungkin kami akan cuba menyelesaikannya di kamar tidur. Sebelum tidur tu kita bincanglah supaya perkara itu tak melarat-larat sehingga keesokan harinya," ujar Siti malu-malu.

Mengulas kembali kenyataannya sebelum ini yang pernah menyuarakan hasratnya supaya isterinya mengundurkan diri dalam bidang nyanyian gara-gara gosip yang menimpa mereka, Khalid berkata perkara itu bukanlah sesuatu yang muktamad.

"Saya beri saranan itu selepas kecewa dan tertekan dengan gosip yang tersebar. Bagi saya, jika kerana Siti masih dalam bidang ini membuatkan gosip tak henti-henti melanda kami jadi biarlah Siti bersara terus dari bidang nyanyian.

“Mungkin cara itu mampu menutup mulut orang ramai dari memperkatakan mengenai diri kami. Namun, apabila kenyataan itu keluar di akhbar, pagi tadi sewaktu Siti mengadakan perjumpaan bersama peminatnya, ramai antara mereka yang merayu pada saya supaya tidak meneruskan hasrat itu.

“Mereka mahu saya terus membenarkan Siti menyanyi. Dan saya faham, Siti bagaikan khazanah negara dan mempunyai ramai peminat. Mana mungkin saya boleh menyuruhnya berhenti menyanyi? Cuma luahan itu adalah kerana saya begitu tertekan dengan kata-kata orang yang tak memahami keadaan sebenar," dedah Khalid.

Jam tangan sebagai hadiah

BERTEMAKAN rona putih dan merah jambu, kediaman mewah pasangan ini dari jauh lagi sudah kelihatan terang benderang disimbah kerlipan cahaya menandakan ada majlis sedang berlangsung.

Bukan itu saja, jumlah kereta yang diletakkan di seberang jalan juga membuktikan rama tetamu yang diundang sudah mula memenuhi ruang bagi meraikan acara ulang tahun yang ke-30 penyanyi kesayangan ramai ini.

Muncul dengan kurung moden warna merah jambu dan si suami pula mengenakan pakaian serba putih, Khalid dan Siti ramah melayan tetamu yang hadir. Hidangan enak menyelerakan terhidang di depan mata sambil telinga dihiburkan dengan persembahan nyanyian pasangan suami isteri, Azie dan Syed Sobrie.

Mencecah angka 30, barangkali bukanlah sesuatu yang indah kerana ia menggambarkan bahawa usia tua sedang menjengah. Namun perkara ini tidak berlaku kepada Siti. Malah dia menyambut kedatangan usia itu dengan hati yang terbuka.

"Bagi Siti sendiri, usia 30 adalah yang paling Siti nanti-nantikan kerana inilah usia yang melambangkan kematangan. Alhamdulillah, Siti bersyukur kerana dalam mencapai usia 30 tahun ini, Siti sudah berjaya mencapai impian apa yang Siti mahukan sebelum ini iaitu menunaikan fardu Haji bersama suami tersayang. “Harapan Siti moga tahun ini Siti akan lebih berjaya dalam kehidupan berumah tangga dan juga karier. Dikurniakan cahaya mata, rumah tangga yang aman damai dan berjaya dalam perniagaan yang bukan saja tertumpu dalam bidang hiburan tetapi juga perniagaan lain,” doa Siti di hari ulang tahunnya.

Jika tahun lalu Siti dihadiahkan kereta mewah pemberian suami tercinta, tentunya tahun ini ramai yang tertanya-tanya apakah yang bakal diterima Siti sebagai hadiah hari jadi. Tanpa berselindung Khalid memberitahu hadiah itu berupa jam tangan.

"Saya memang suka jam dan membuat koleksi jam tangan. Dan saya sudah pun membuat pilihan jam bagaimana yang ingin saya hadiahkan kepada Siti. Buatan Switzerland," ujar Khalid sambil tersenyum.

Mengulas hadiah mewah itu, Siti berkata dalam peringkat begini, hadiah dan juga kemewahan bukan lagi sesuatu yang menjadi dambaan.

"Pada Siti cukup sekadar ingatan dan kasih sayang suami yang diberikan selama ini. Macam majlis ini pun, pada awalnya ia hanyalah sebuah majlis kecil-kecilan bersama saudara terdekat. Tetapi apabila suami kata sudah alang-alang membuat majlis, jadi itu yang kami jemput semua teman perniagaan, media dan rakan artis. “Perancangan dan perjalanan majlis ini pun semuanya dilakukan keluarga sendiri," cerita Siti yang kelihatan cukup anggun malam itu.

Majlis itu turut dihadiri ramai rakan artis antaranya Datin Seri Tiara Jacquelina, Diana Danielle, Erma Fatima, Fara Fauzana, Raja Azmi dan Imran Ajmain.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeWed 14 Jan 2009, 3:56 pm

Memey sudah berani muncul

AKHIRNYA, pelakon Memey Suhaiza keluar daripada kepompong persembunyiannya selepas sekian lama mendiamkan diri berhubung dirinya yang dikaitkan dengan pelakon duda yang kini tampil dengan imej botak, Norman Hakim.

Dalam sisipan akhbar B*Pop semalam, pelakon muda itu berkongsi rasa hatinya dengan kontroversi yang melanda dirinya gara-gara ditangkap khalwat dengan bekas suami Abby Abadi itu. Dalam laporan itu juga, Memey siap mohon maaf lagi kepada Abby.

Itu maknanya Memey sudah bersedia untuk berdepan dengan media dan khalayak semula. Terbaru, Memey akan muncul dalam program Wanita Hari Ini di TV3. Tarikh 13 Januari, Selasa ini semuanya mungkin bakal terjawab sebab Cik Normah difahamkan sepupu kepada pelakon Darling Ngasri ini akan tampil menerusi program itu yang mula bersiaran jam 12 tengah hari.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Aa12

Cik Normah yakin pasti ramai yang akan mengadap TV ketika itu sebab nak dengar secara ‘live’ kenyataan Memey. Jangan nak berselindung dan propa lagi sudahlah wahai Memey kerana semua orang sudah sedia maklum yang awak sememangnya kenal dengan bekas suami Abby itu.

Cik Normah dah dengar macam-macam kisah mengenai Norman dan Memey. Sebelum ini, pernah dengar cerita Norman bermalam di rumah keluarga Memey di Kota Tinggi, Johor. Terbaru Cik Normah buka laman sesawang gosip, Murai.com, ada orang nampak mereka menghadiri sebuah majlis perkahwinan saudara mara sebelah Norman di Ampang.

Apa lagi, sudah terang lagi bersuluh yang mereka memang berkawan atau mungkin Cik Normah boleh katakan mereka sedang hangat bercinta. Sekarang tak ada siapa nak hairan, Norman pun sudah kembali solo dan tak salah pun kalau mereka bercinta. Haa... Norman kalau dah berkenan kat Memey tu, apa tunggu lagi, suntinglah Memey cepat-cepat.

Bab dunia lakonan, Cik Normah kurang pasti apa jadi dengan nasib Memey lepas ini. Sebelum ini, Cik Normah dapat tahu ada produksi dan stesen TV yang sudah mula ‘gam’ Memey. Entahlah, pandai bawa masalah, pandai tanggunglah, cuma Cik Normah harap Memey akan terus berlakon biarpun tergerak hati membuat keputusan untuk berkahwin.


Last edited by sally_eiyna on Thu 15 Jan 2009, 8:21 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
patzie_girl
Super Senior
Super Senior
patzie_girl

Number of posts : 767
Age : 43
Location : keramat wangsa
Registration date : 09/08/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeWed 14 Jan 2009, 4:26 pm

eeeiii...sally...makin naik nyampah aku tgk pompuan gedik + gatal tu....suka aku kalau dia kena gam dari sume stesen...WHI aritu..napa dia cut one call from makcik N9...berubah aku tgk muka dia makcik tu marah...hehehe... hoorey!!
Back to top Go down
deqlis
Super Senior
Super Senior
deqlis

Number of posts : 869
Age : 43
Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam
Registration date : 27/06/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeThu 15 Jan 2009, 1:12 am

sally ..klu boleh jgn buat font clr pink...susah lah nak baca..tak berapa nampak..
klu background clr gelap oklah font pink2 nie...harap sally dapat tukar ekk TQVM
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeThu 15 Jan 2009, 8:22 am

deqlis wrote:
sally ..klu boleh jgn buat font clr pink...susah lah nak baca..tak berapa nampak..
klu background clr gelap oklah font pink2 nie...harap sally dapat tukar ekk TQVM


ok deqlis..berita fhm!! ngeh3x ahakz!!!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeThu 15 Jan 2009, 8:25 am

Kata Memey : Norman Hakim Lelaki Baik

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 26739311

“Norman lelaki yang baik, suka ambil berat serta banyak memberikan nasihat dan pandangan dalam bidang seni kerana dia lebih berpengalaman.

“Dia beritahu apa yang perlu dan tidak perlu saya buat dan dia nampak aspek yang saya tidak nampak. Selepas kejadian itu (ditangkap kerana disyaki berkhalwat), kami ada berjumpa dan dia banyak memberi sokongan untuk berdepan masalah itu dan masyarakat,” katanya.

Begitulah kata-kata Memey Suhaiza apabila diajukan soalan bertalu-talu daripada wartawan. Katanya lagi, mereka tidak pernah berkahwin seperti yang diwar-warkan dalam media, namun kalau sudah ditakdirkan jodoh mereka, dia tidak menolak untuk berkahwin dengan Norman Hakim.

Boleh tahan gatal kau ni erk Memey! marahnya aku..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeThu 15 Jan 2009, 8:28 am

Gambar Nur Aliah Lee & Tengku Y, Mesra Betul Ye!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Aliahl10

Sejak bercerai, bukan main lagi Nur Aliah Lee atau lebih dikenali sebagai Vee menjalani kehidupan sosialnya. Hai Vee, beringat sikit anak-anak awak tu semuanya sudah besar, kesian pada mereka jikalau orang mengata ibu mereka di sekolah. Tak gitu!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Aliahl11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Aliahl12

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Aliahl13
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeThu 15 Jan 2009, 8:30 am

Mawi Mahu 12 Anak, Ekin Menjerit Terkejut

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Catssh10

Seronok juga bila sekali sekala kedengaran lawak bangsat si Encik Mawi ni, terkejut Puan Sri Ekin apabila Mawi menyuarakan kehendaknya yang ingin mempunyai 12 orang anak.

Al kisahnya, pada majlis resepsi Mawi dan Ekin: 1001 Malam yang diadakan di Palace of Golden Horse baru-baru ini, wartawan mengutarakan soalan mengenai zuriat terhadap mereka. Ekin dengan cerianya memberitahu kalau boleh dia inginkan zuriat secepat mungkin, kerana dia sememangnya sudah bersedia bergelar seorang ibu.

Apabila ditanyakan berkenaan kembar, Ekin tidak lah berharap sangat, tapi kalau dapat keluar dua sekaligus, lebih mudah untuk dijaga dan dibesarkan.

Mawi yang berada di sisi Ekin tiba-tiba menghitung mereka akan mendapat 12 orang anak sekiranya enam kali Ekin bersalin anak kembar dua.

Ekin yang mendengarkan angka ‘12’ itu terjerit seketika melihat jumlah yang dihitung suaminya itu.

“Tak naklah banyak sangat,” jerit Ekin sambil membulatkan matanya.

ku mendoakan apa sahaja yang mereka hajati dimudahan oleh tuhan. Amin.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeThu 15 Jan 2009, 8:32 am

(TV)Penentuan Juara Gadis Melayu Malam Ini

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Gadis10

‘Siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada pemikat,’ siul saudara Khai ketika memandang seorang gadis melintas di depannya, sambil meng-cover-kan diri daripada dikantoikan oleh Cik Nieza.

Pembaca yang disayangi, program Gadis Melayu akan memaparkan 5 finalis gadis-gadis melayu yang akan berentap untuk merebut takhta juara Gadis Melayu musim pertama. Finalis yang berjaya ke pusingan akhir adalah Khairul Noormaidah, Nur Aishah, Siti Nurashikin, Nurul Khusna dan Noor Afzan.

Siaran langsung peringkat akhir dipancarkan di TV9 dari Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, Khamis ini, jam 8.30 malam. Rancangan berkenaan akan dikendalikan dua artis serba boleh, Afdlin Shauki dan Adlin Aman Ramlie.

Pemenang Gadis Melayu membawa pulang hadiah keseluruhan yang bernilai RM67,000, manakala empat peserta akhir menerima hadiah sagu hati bernilai RM44,000.

Pada majlis terbabit, turut diumumkan ialah 10 pemenang penghantar SMS terbanyak untuk peraduan yang dianjurkan TV9 sempena program berkenaan, serta pemenang lima kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Gadis Anggun dan Gadis Ayu yang kedua-duanya menjadi milik Efi Norfiani Aris Setiawan, Gadis Bijaksana (Zehra Zambri), Gadis Idaman (Nur Aishah Zainal) dan Gadis Dekat Di Hati (Nurul Khusna Uma).

Jangan lupa saksikan Finale Gadis Melayu malam ini di TV9, dekat di hati.

p/s: seketika dahulu aku mendapat email dari pembaca yang mengatakan finalis Gadis Melayu pernah dipukul hingga lebam ketika aktiviti mempertahankan diri, siap ada gambar. Aku menunggu buktinya, mana kah kau wahai pemberi email?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeThu 15 Jan 2009, 8:37 am

“Lu Lambat Declare, Gua Rembat…” - Harun Salim Bachik Kepada Fahrin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Schaha10

Tidak dapat di’pastikan bila & di’mana gambar ini di’ambil namun, ayat tajuk diatas adalah rekaan semata-mata. Sebagai penghibur di’pagi Khamis. Peace buat Fahrin Ahmad, Scha al-Yahya & Harun Salim Bachik. Selamat pagi semua!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeThu 15 Jan 2009, 8:39 am

(Gambar) Abby Abadi Sebelum Bergelar Penyanyi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Abby-a10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeThu 15 Jan 2009, 9:25 am

Waheeda Akui Tengok Wayang, Tapi Lain Filem...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 11420010

KL, 14 JAN 2009: Berkali-kali Murai Batu baca semula rencana gosip yang Murai Batu tulis sendiri tentang Waheeda dan Ustaz Akhil Hayy yang disiarkan dalam portal ini pada 7 Januari lalu.

Bukan apa, Murai Batu nak pastikan apa yang Murai Batu tulis. Kalau anda hendakkan kepastian, bacalah kembali gosip itu. Kalau rasa malas hendak buka arkib itu, di sini Murai Batu turunkan sendiri petikan tulisan itu.

Antara yang Murai Batu cakap adalah "Nak tengok wayang bukannya satu crime (kesalahan/ jenayah dsb) sebab Murai Batu pun kaki wayang. Tentang gosip dia orang berkahwin atau tidak, Murai Batu sendiri tak pernah ambil pot (peduli) tapi janganlah menafikan sangat ada hubungan (bermaksud kawan, persahabatan dsb)."

Baiklah. Pagi tadi Murai Batu sudah membaca penjelasan daripada Waheeda kepada Hip, Berita Harian. Murai Batu tersentak dan kemudian tersenyum sendirian.

Murai Batu ingatkan Waheeda hendak menafikan bahawa dia TIDAK PERNAH keluar menonton wayang bersama Ustaz Akhil pada malam itu. Rupanya Waheeda akui dia MEMANG pergi menonton wayang di panggung itu cuma filem yang ditonton berbeza dan yang mengejutkan, mereka akhirnya duduk bersebelahan di dalam panggung yang sama, atas sebab-sebab tertentu seperti yang diceritakan panjang lebar di bawah!

Jadi Murai Batu ingin tegaskan di sini, Murai Batu bukanlah silap orang, jauh sekali mahu mereka cerita dan membuat fitnah. Dan kalau Waheeda berkata dia ada menyimpan tiket filem KM31, Murai Batu pun ada tiket pada malam itu dan kami duduk di Barisan E, satu baris di depan mereka.

Kita sama-samalah menilai apa yang ditulis dalam Berita Harian hari ini. Dan Murai Batu ingin jelaskan di sini, segala komen tentang gosip perkahwinan mereka itu (sama ada benar atau tidak) yang disiarkan dalam murai.com.my adalah komen peminat semata-mata. Perkara ini sudah lama tersebar dalam Internet sejak dulu lagi kerana gosip mereka sudah lama tercetus, bukan pada saat kes menonton wayang ini semata-mata.

Jadi asasnya di sini, Murai Batu sudah mendapat jawapan daripada Waheeda sendiri bahawa kejadian tengok wayang TETAP berlaku pada malam itu, ada drama tersendiri, sebab-musabab dan mereka berdua mungkin sekadar bersahabat selama ini, wallahualam...

Kronologi Wayang di 1 Utama (petikan Hip, Berita Harian)

# Waheeda dan Akhil Hayy menonton wayang pada sebelah malam dan rancangan itu dilakukan pada saat akhir. Waheeda sepatutnya ditemani kawan baiknya, Naurah. Namun Naurah tidak dapat datang pada saat akhir.

# Menurut Waheeda, mereka menonton filem berbeza dalam berlainan panggung. Akil menonton filem IP Man pada jam 11.55 malam manakala Waheeda menonton filem KM31 pada 12.10 tengah malam.

# Mereka datang menaiki kereta milik Waheeda kerana kereta milik Ustaz Akhil mengalami kemalangan teruk di Putrajaya.

# Sebelum menonton wayang pilihan masing-masing, Waheeda mengakui yang dia agak keletihan dan hampir hilang mood untuk menonton wayang hingga membuatkan dirinya membuat keputusan untuk menunggu saja Akhil dalam keretanya sementara menunggu filem IP Man habis ditayangkan.

# Hasrat Waheeda itu membuatkan Akhil berpendapat daripada membahayakan dirinya menunggu seorang diri di dalam kereta, dia sanggup untuk pulang ke rumah dengan menaiki teksi dan menyuruh Waheeda balik dulu ke rumah dengan keretanya.

# Bagaimanapun, Waheeda mengubah fikiran dan menonton filem pilihannya juga sehingga habis kerana tidak mahu membiarkan Akhil pulang dengan teksi.

# Selesai menonton filem IP Man, Akhil masuk ke panggung KM31 beberapa minit sebelum filem tontonan Waheeda berakhir. Dia hanya duduk di tepi tangga di dalam panggung, sebelum Waheeda memanggil Akhil duduk di sebelahnya yang kebetulan kosong.

# Selesai tayangan filem itu, lampu pawagam dinyalakan dan secara jelas kelibat mereka di dalam pawagam kelihatan termasuklah penulis gosip portal murai.com.my yang kebetulan turut berada di tempat yang sama.

MURAI BATU: Tak sangka pula Waheeda mengaku mereka rupanya datang satu kereta. Itu Murai Batu tak pernah tahu, cuma baru baca di Berita Harian.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeThu 15 Jan 2009, 9:28 am

Akhirnya Memey Bersuara Kembali...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 11420011

KUALA LUMPUR, 14 JAN 2008: Pelakon Memey Suhaiza tidak selamanya mahu bersembunyi. Selepas hampir 2 bulan menyepi, dia akhirnya tampil semula ke depan untuk menjawab segala persoalan yang belum terungkai.

Memey yang ditemui di Sri Pentas semalam akui dia bukan sengaja hendak menyorok atau mendiamkan diri dan bukan pula mahu mengelakkan daripada menjawab soalan kontroversi sehingga Norman Hakim bercerai dengan Abby Abadi.

"Apabila benda tengah panas, saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Saya tidak mahu menghiriskan hati pihak terbabit. Lagipun saya tidak pernah berdepan dengan kontroversi seperti ini. Jadi, berdiam diri adalah cara terbaik dan ia juga atas nasihat keluarga.

"Tapi, semakin saya berdiam diri, makin memuncak pula kemarahan masyarakat terhadap saya. Semua menuding jari menyalahkan saya dengan macam-macam kutukan dan cercaan. Ada yang anggap saya takut berdepan dengan masyarakat.

"Saya hanya perlukan masa. Biar semua reda dulu. Saya mahu cari ketenangan, dan mengumpul kembali kekuatan semula. Saya sedar lambat laun saya kena berdepan dengan semua orang," kata Memey.

Sambung Memey lagi: "Bagi saya apa yang telah berlaku ini satu ujian daripada Allah SWT. Saya pun sedih apabila semua orang hanya meletakkan kesalahan 100 peratus kepada saya. Memang saya akui dalam soal ini saya turut bersalah. Tapi, tak adil saya dituduh menjadi punca utama. Tapi, hendak buat macam mana. Memang dah begitu pandangan orang.

"Apapun Tuhan sudah pun menghukum saya di atas kesilapan yang saya lakukan dulu. Kes tangkap khalwat yang membabitkan saya dengan Norman sudah cukup jelas kepada masyarakat untuk menganggap kami sebagai penipu kerana tidak mengakui mengenali antara satu sama lain."

Tak Tolak Jodoh Dengan Norman

Memey yang kelihatan cantik mengenakan kurung moden merah jambu akui segala telah berlaku terutama kes tangkap khalwat itu memberikan pengajaran.

"Tapi, apabila ia sudah berlaku, saya tidak punya pilihan lain, melainkan terpaksa berhadapan dengan situasi tersebut. Saya juga tidak minta apa yang terjadi sehingga ia akan mencetuskan perceraian antara Norman dan Abby.

"Terus terang apabila Norman mempertahankan diri saya di depan Abby, saya terasa ia memang tidak adil buat Abby sendiri. Saya tidak tahu mengapa Norman berbuat demikian. Dia tentu ada alasan untuk mempertahankan saya. Tapi, keadaan itu membuatkan saya semakin banyak dihentam," katanya.

Apabila ditanya kenapa dia tidak terus mengelakkan diri daripada berjumpa atau berhubung dengan Norman pada saat berlakunya masalah rumahtangga Norman dengan Abby, Memey berkata, dia sebenarnya bekerja dengan aktor itu.

"Jadi takkanlah saya nak undur diri pula? Saya tidak boleh back off macam gitu saja. Tapi, rupa-rupanya perkara itu mengundang lagi salah tafsir," ujarnya.

Begitu pun, Memey berkeras menafikan bahawa dia dan Norman sudah menikah di sempadan Thailand sebagaimana yang dilaporkan segelintir pihak.

"Perkara itu sama sekali tidak benar dan hanya sekadar spekulasi saja, Mungkin ada orang cuba menangguk di air keruh terhadap kontroversi kami," katanya.

Namun, dia tidak akan menolak andainya sudah tersurat pada satu hari nanti, Norman adalah jodohnya.

"Semuanya kuasa Tuhan. Kalau Tuhan dah tentukan, saya tidak boleh menolaknya. Tapi, buat masa ini kami terus berkawan saja," katanya.

Masih Terhutang maaf berdepan dengan Abby

Jauh di sudut hatinya, Memey memang dia mahu berjumpa dengan Abby untuk memohon maaf dan keampunan secara berdepan.

"Sebenarnya saya sudah meminta maaf menerusi media. Tapi, maklum balas yang diterima adalah sebaliknya. Tapi, saya tetap akan berusahakan untuk bertemu dengan Abby. Tapi, saya faham Abby perlukan masa," katanya.

Jelas Memey, lagi kalau boleh dia ingin menyelesaikan semua masalah dengan segera kerana dia mahu memulakan semula kehidupan barunya.

"Lagipun saya tidak mahu dicop sebagai pelakon kontroversi. Percayalah ia bukannya satu pencapaian yang membanggakan. Saya masuk dalam bidang ini dengan matlamat untuk berjaya sebagai anak seni. Jadi kalau boleh saya mahu diberikan peluang kedua.

"Alhamdulillah, masih banyak lagi produser menawarkan peluang berlakon dalam produksi mereka. Malah, waktu saya berdiam diri pun masih ada tawaran yang datang, cuma saya yang tak sedia menerimanya.

"Sekarang saya mahu teruskan semula perjuangan yang ada dan saya juga tidak mahu mensia-siakan bakat. Andai kata saya ditakdirkan berlakon dengan Abby pun, saya akan terima," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeThu 15 Jan 2009, 9:31 am

Mawi-Ekin Tak Sabar Main Salji!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 11320015

KUALA LUMPUR, 13 JAN 2009: Habis sudah majlis resepsi, pasangan Mawi & Ekin kini tengah sibuk berkemas. Bukan untuk pindah rumah tetapi berkemas untuk makan angin dan berbulan madu ke Korea Selatan.

Telah ditetapkan mulai 17 hingga 22 Januari ini, pasangan pengantin baru itu akan berlepas ke Seoul serta Gangwon dengan pakej percutian tajaan Korea Tourism Organization (KTO).

Baru-baru ini, kedua-dua mereka dalam kesibukan hendak bersanding di Hotel Palace of the Golden Horses, sempat singgah di pejabat KTO, di Jalan P Ramlee untuk menerima hadiah itu daripada Pengarah Urusan agensi terbabit, Kim Kee Hun.

Mengikut pakej yang ditawarkan, mereka akan terbang ke negara indah itu dengan Korean Air dalam Kelas Perniagaan.

"Kami berbesar hati menaja Mawi & Ekin kerana ingin memenuhi impian mereka untuk berbulan madu dalam suasana romantik dan bermain salji. Mereka akan tinggal di sebuah suite yang cantik di Hotel Lotte, Seoul dan juga
Hotel Chuncheon Sejong Hotel ketika di Wilayah Gangwon.

"Antara aktiviti yang telah diatur adalah melawat Rice Cake Museum, belayar dengan cruise di Han River, bermain ski di kawasan pergunungan Gangwon, bersantai di Nami Island dan membeli-belah di Dongdaemun," katanya kepada murai.com.my.

Apa yang menarik ketika di pejabat KTO, Mawi & Ekin diperkenalkan dengan beberapa elemen budaya menarik rakyat Korea seperti memakai kostum tradisi Hambok, mencuba permainan Tuho dan permainan video ski.

Malah mereka turut berposing dengan peralatan ski di satu sudut khas untuk tatapan pengunjung murai.com.my.

"Memang tak sabar-sabar nak pergi bercuti ni. Hai, kahwin pun penat..." Mawi berjenaka. Yang pasti kedua-dua mereka terharu dengan kesudian KTO menaja pakej bulan madu itu yang menjadi satu hadiah dan kenangan abadi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeThu 15 Jan 2009, 9:35 am

berposing dengan peralatan ski di satu sudut khas

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 11320016

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 11320017

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 11320018

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 11320019
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeThu 15 Jan 2009, 9:43 am

Pakej Pengantin Michael Shu

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 17200910

Sebut nama Michael Shu, seantero Malaya sudah mengenali siapakah pereka fesyen itu. Dialah penerima Anugerah Pereka Fesyen Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008), baru-baru ini.

Populariti Michael dia bukan saja kerana rekaan yang anggun, malahan kerana barisan bintang ternama pernah memperagakan busana rekaan beliau. Tidak kira batik, gaun malam, tuksedo mahupun persalinan perkahwinan, Michael adalah pakarnya.

Aktor Kelas A di Hollywood, Mel Gibson dan pereka kasut Puteri Diana iaitu Dato' Jimmy Choo adalah senarai teratas di dunia yang pernah menghargai rekaan batik Michael sebagai pakaian ke majlis rasmi.

Di Malaysia, nama Michael sememangnya mula gah apabila penyanyi paling popular Mawi dan isterinya, Ekin kerap menyarungkan pakaian ciptaan anak kelahiran Bentong, Pahang ini.

Kredibilitinya yang berjaya mengindahkan majlis perkahwinan pasangan selebriti Lisdawati & Fauzi Nawawi tidak lama dulu, diperhebatkan lagi apabila pereka fesyen ini akan turut mengambil bahagian dalam pameran perkahwinan The 7th Annual Princely Wedding Fair yang akan berlangsung di Hotel Prince, Kuala Lumpur pada 10 dan 11 Januari 2009 ini.

Menerusi pameran itu, Michael akan memperkenalkan pakej perkahwinan berharga RM8,500 yang meliputi gaun pengantin, Baju Melayu, sepasang kasut serta solekan daripada jurusolek profesional, Romzi.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 17200911

Ketika ditemui, Michael berkata, pakej berkenaan jauh lebih murah berbanding harga asalnya iaitu RM15,000. Jadi hanya mereka yang datang pada pameran itu akan layak menerima pakej dengan harga ditawarkan!

Istimewa kepada pembaca portal hiburan paling popular, murai.com.my, anda dijemput beramai-ramai untuk menghadiri pameran perkahwinan itu. Mana tahu mungkin ia boleh membantu majlis perkahwinan anda kelak pada tahun ini.

Juga jngan lupa sertai peraduan Prince-Michael Shu@Murai untuk memenangi persalinan ke majlis resepsi rekaan Michael Shu bernilai RM3,000 serta baucer juadah lazat daripada Hotel Prince, Kuala Lumpur.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeThu 15 Jan 2009, 10:55 am

Lagi Kisah Selebriti Nak Cerai

Cerita ini GUA dengar sendiri dari sumber yang rapat dengan mereka yang terlibat. Selebriti ini merupakan pengacara di salah sebuah stesen TV swasta. Beliau pernah juga berlakon, tapi “specialty”nya lebih kepada “talkshow” lah.

Anyway, selebriti ni tidaklah lama berkahwin, tapi telah dikurniakan seorang cahaya mata. Ceritanya, beberapa bulan selepas berkahwin, suami selebriti ini telah buat hal dengan orang ketiga. Sibuk dunia siber satu ketika dulu bila kisah si suami ni dibongkar melalui forum dan blog.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Untitl15

Tapi keadaan menjadi reda selepas personaliti ini melahirkan anak mereka yang pertama. Selepas itu, memang tak kedengaran lagi kisah mereka. Mereka pun ada kelihatan bersama di majlis-majlis glam sekitar ibu negara.

Tapi sekarang GUA dengar, pasangan ini memang berhajat untuk berpisah secara “official”. Luka lama masih lagi belum sembuh. Yang GUA terperanjat sikit bila diberitahu yang segalanya berpunca dari si selebriti ini yang juga mempunyai cinta lain di hatinya, dan perbuatan si suami merupakan tindakan balas terhadap isterinya.

Yang GUA harap, selagi ada jalan untuk membetulkan keadaan, usahakanlah dulu. Khasnya bila ada pihak lain seperti anak yang terlibat.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeThu 15 Jan 2009, 10:58 am

Siti Nurhaliza sokong boikot barangan AS

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Dn_06_10
Siti Nurhaliza menyerahkan cek sumbangan tabung Dakap kepada Saharudin Musthafa di Menara Yayasan Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 14 Jan. - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 30, menyokong tindakan memboikot barangan buatan Amerika Syarikat (AS) dan Israel sebagai bantahan pencerobohan tentera Zionis di Gaza.

Malah, Siti juga mengakui dia tidak lagi membeli kopi Starbucks dan makanan segera McDonald's selepas membaca laporan akhbar tentang usaha pemboikotan tersebut.

''Sebagai manusia, saya cukup geram dengan apa yang telah berlaku di bumi Palestin dan menyaksikan apa yang tersiar dalam media massa tentang kekejaman tentera Israel sememangnya menyentuh hati saya.

''Saya juga menyeru kepada semua masyarakat agar bersatu untuk terus memboikot produk dan barangan keluaran negara terbabit agar mereka tahu bahawa perlakuan itu sememangnya cukup kejam,'' katanya pada majlis pelancaran albumnya yang ke-13, Lentera Timur di ibu negara di sini hari ini.

Katanya, setiap kali melihat kanak-kanak Palestin terbunuh akibat serangan oleh pihak tentera Israel, nalurinya akan tersentuh.

Untuk itu, penyanyi itu menerusi syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. turut menyumbang sebanyak RM2,000 bagi mengisi Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) yang ditubuhkan Kumpulan Utusan bersama Islamic Relief Malaysia (IRM).

Sumbangan telah disampaikan sendiri oleh Siti kepada wakil Utusan, Pengarang Hiburan Utusan Malaysia, Saharudin Musthafa.

''Sumbangan ikhlas saya ini sedikit sebanyak diharap dapat membantu meringankan beban dan penderitaan rakyat Palestin. Saya juga akan terlibat dalam sebuah konsert amal untuk Palestin pada 31 Januari ini.

''Inilah sahaja yang mampu saya lakukan untuk membantu saudara sesama agama dan saya juga menyeru kepada rakan-rakan artis untuk sama-sama membantu mereka yang sedang menderita ini,'' ujarnya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeThu 15 Jan 2009, 11:00 am

Sapa dgn Mus May ni?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Fisul10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Fisul210

tak kenal plak sapa bini Mus..yg ni ke?
peminat je kot..bersangka baek punyer ahakz!!!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeThu 15 Jan 2009, 11:01 am

Aleya cemas cermin kereta kena hentak

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Aleya10
Aleya


PETALING JAYA: Penyampai Stesen Radio Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid mengalami detik cemas apabila cermin belakang keretanya dipecah dengan topi keledar oleh seorang lelaki dalam satu kejadian di Flora Damansara, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Aleya, 26, yang memandu kereta Hondanya berseorangan tiba-tiba dilanggar sebuah motosikal dinaiki sepasang kekasih.

Katanya, beliau yang dalam perjalanan ke Sri Pentas, Bandar Utama kerana bekerja sesi pagi berhenti di bahu jalan untuk melihat kesan perlanggaran di bahagian penumpang itu. “Saya meminta penjelasan lelaki itu sebelum berlaku pertengkaran.

“Lelaki itu yang tidak berpuas hati membuka topi keledarnya dan menghentak cermin belakang kereta saya sebelum beredar tanpa rasa bersalah.

“Saya buat dua laporan polis di Mutiara Damansara dan Uptown,” katanya, semalam. Aleya berkata, perkara ini pertama kali dialaminya sejak menggunakan kereta itu yang dibeli September lalu dan bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Risau akan keselamatan diri, dua laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara dan Uptown.

“Saya sudah menghantar kereta ke bengkel untuk menukar cermin yang pecah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad mengesahkan kejadian itu dan laporan sudah dibuat.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitimeThu 15 Jan 2009, 11:05 am

Teka siapa wanita ayu nie ... ?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Apek10

Siapakah kejadahnya pompuan ini? Pelakon baru kew atau peminat apek dan nabil??
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 8 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 8 of 20Go to page : Previous  1 ... 5 ... 7, 8, 9 ... 14 ... 20  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions