|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 22 Feb 2009, 10:47 am | |
| Gambar Terbaru Sarah Raisuddin, Belum Sedia Nak Kahwin LagiBila melihat artis ni, memang sedikit sahaja kontroversinya, yakni putus tunang dengan bakal suaminya dahulu. Bila ditanya bila nak kahwin, Sarah dengan yakin nya menjawab : Sarah dah malas nak merancang pasal bila Sarah nak kahwin ni, sebab perancangan sebelum ini pun semua orang dah tahu yang Sarah sebelum ini pun pernah bertunang dan perancangan nak kahwin pada tahun lepas. Tapi tak jadikan….so Sarah serahkan semua kepada takdir. Kalau ada, adalah, kalau tak ada, nak buat macam mana kan? Betul tu sarah, yang penting kita merancang, Allah yang tentukan. Kepada peminat Sarah, ini ada hadiah dari Sarah, Sarah posing kat lorong sepi di salah satu bangunan di ibukota Kuala Lumpur dengan berfesyen belah dada. Jom Layanzs.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 22 Feb 2009, 11:15 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 22 Feb 2009, 11:17 am | |
| party artis....gambor lama |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 22 Feb 2009, 11:45 am | |
| Rakyat Malaysia tak sedar sakit mental
Lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidapi skizofrenia, sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya, menurut seorang pakar psikiatri Prof Dr Mohammad Hussain Habil.
Beliau berkata kegagalan menyedari hakikat itu adalah kerana mereka tidak dapat mengenal pasti simptom penyakit berkenaan dan terlalu bergantung kepada bomoh, sinseh dan perantara untuk menyembuhkan mereka.
Mohammad, yang juga Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), berkata kemajuan dalam bidang sains perubatan, skizofernia boleh dipulihkan sepenuhnya jika dikesan dari awal.
Beliau berkata jika penyakit dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membahayakan pesakit skizofernia akan menjadi lebih ganas dan boleh membunuh diri atau membunuh anggota keluarga ataupun jiran mereka.
Adalah penting, kata beliau untuk mengenal pasti simptom awal seperti menjerit dan memekik tanpa sebab, secara tiba-tiba tidak berminat dengan kerja, memutuskan hubungan, tidak menghiraukan kebersihan diri dan bertindak ganas.
Penyakit ini, kata beliau tidak semestinya disebabkan keturunan tetapi adalah lebih akibat daripada perubahan kimia dalam sel-sel otak dan ia tidak hanya terbatas dalam kumpulan etnik tertentu atau kepercayaan.
Mohammad menasihatkan para ibu bapa supaya mengawasi simptom berkaitan kerana penyakit ini dilihat ketara dalam kalangan remaja.
Katanya para ibu bapa dan anggota keluarga lebih memahami kerana ia amat penting untuk pemulihan awal.
Beliau berkata UMMC telah merawat ramai pesakit dan regim rawatan bukan hanya ubat-ubatan tetapi juga pemulihan daripada segi penempatan kerja dan latihan vokasional. ?Bernama |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 22 Feb 2009, 11:52 am | |
| Benarkah: ..fasha overdose katanyew dan terbaru kete kena tarik plak Artis wanita mana telan pil tidur?Bila sebut nama pelakon wanita yang cun melecun ni kadang-kadang rasa kasihan pun ada juga. Yalah, baru-baru ni terkantoi kerana bercinta dengan suami orang. Lepas tu ada hati pula nak cantas laki sepupu sendiri. Pendek kata pelakon berusia 20-an ni tak serik-serik kerjanya nak hancurkan rumah tangga orang. Bila kita nasihatkan dia, dia kata kita ni jahat. Tapi kerja dia tu lagi nakal. Maklum sajalah orangnya lawa, mudahlah nak ambil kesempatan. Dan yang terbaru Niezam dengar cerita kereta pelakon ni dah kena tarik sebab dah berbulan dah tak bayar. Tak apalah, tarik yang ni, ada sebiji lagi yang lain pula. Kalau setakat nak dapat sepuluh biji kereta baru pun tak ada masalah la bagi pelakon ni. Tapi yang masalahnya sekarang dia dah buat satu kerja gila. Kalau selama ni kerja gila dia nak ganggu rumah tangga orang, kali ni dia dikatakan sudah menelan pil tidur. Puncanya dia dikatakan tak dapat nak kawal emosi kerana berserabut dengan masalah yang datang bertimpa-timpa. Sehinggalah pada satu hari tu dia buat keputusan menelan beberapa pil tidur sehingga tak sedar diri. Nasib baik ada orang tolong selamatkan dan terpaksa hantar ke pusat rawatan berdekatan. Kalau tidak, tak tahulah apa nak jadi? 揃ila sampai di pusat rawatan tu doktor nak rujuk dia ke hospital kerajaan untuk rawatan lanjut tapi dia tak nak pergi. 揇ia minta dihantar ke hospital swasta lain kerana pelakon tu takut rahsia dia telan pil terbongkar. Alasannya dia ada ramai kawan di hospital kerajaan,?kata seorang pengadu. Khabarnya keadaan pelakon ni dah kembali stabil selepas mendapatkan rawatan. Harap-harap dia insaflah dengan perbuatan dia tu dan kembalilah kepada Allah. Telan pil sekilo pun masalah tak boleh selesai juga. Ingat, jangan sampai kita mati macam tu. Nanti kekal dalam api neraka *kete kena tarik plak ke???sian la plak... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 22 Feb 2009, 12:06 pm | |
| Soseh Soseh: Farid Kamil & Lisa Surihani - Tawaran lumayan enam angka AstroTerbaru, SS difahamkan Farid juga menjadi pilihan Astro untukmenjadi wajah eksklusif Astro bersama seorang lagi pelakon muda, LisaSurihani. Pemilihan artis tanah air mengikat kontrak dengan merekadiperkenalkan tahun lalu melalui perlantikan Erra Fazira dan Aaron Aziz. SS difahamkan, mereka menerima tawaran lumayan dengan enam angka danterikat dengan stesen berbayar itu selama setahun. Ini bermakna merekatidak dibenarkan menerima tawatan berlakon untuk stesen lain sepanjangtempoh itu. Selain Erra dan Aaron, Astro juga mengikat kontrakdengan artis lain seperti Anita Sarawak, Ac Mizal, Aznil, Sarimah, Zoeydan Akhil Hayy. Tahniah SS ucapkan buat Farid dan Lisa keranamendapat kepercayaan Astro untuk menjayakan kempen mereka itu. SSsebenarnya tertarik dengan konsep yang diketengahkan Astro ini keranadengan cara demikian dapat menjadikan stesen mereka sebagai pengeluarproduk yang dibintangi artis kelas A dan popular. Pun begitu,sama ada strategi ini berkesan untuk semua artis yang terbabit, SStidak pasti pula. Ketika Aaron dipilih wajah eksklusif Astro awal tahunlalu, ramai juga yang was-was dengan langkah pelakon dari Singapuraitu. Maklumlah, nama Aaron menjadi sebutan peminat apabilabanyak berlakon dengan TV3 dan juga RTM. Tapi apabila mengikat kontrakdengan Astro, lakonannya untuk drama terhad untuk disaksikan menerusistesen berbayar itu. SS difahamkan, untuk tempoh setahunAaron berlakon tiga drama bersiri dan juga telefilem. Kini lakonannyamenerusi drama bersiri Cinta Gila sedang disiarkan di Astro Prima. Berbeza dengan Erra kerana pelakon yang mendapat jolokan primadona alafbaru itu sememangnya sebelum ini tidak pernah berlakon drama untukmana-mana stesen televisyen. Sudah tentu langkahnya menyertai wajaheksklusif Astro tidak menjejaskan reputasinya dengan stesen lain. Seperti Aaron, Lisa juga SS mendapat perhatian menerusilakonannya untuk drama yang disiarkan di TV3. Apapun SS percaya setiaplangkah yang diambil itu ada pro dan kontranya, terpulang kepada artisitu membuat pilihan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 22 Feb 2009, 12:09 pm | |
| Gambar Fara Fauzana di Sidang Media Top 5 ABP 2008 tahniah buat penyampai HOT FM sebab berjaya tersenarai dalam finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular 2008 dalam dua kategori iaitu: * Pengacara TV Wanita Popular *Penyampai Radio Wanita Popular Sebagaimana ABP tahun lepas, Budiey yakin 100% pengundi akan terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada bakat Fara Fauzana untuk menang dalam kedua-dua kategori. Selepas pulang dari mengerjakan umrah, Fara Fauzana kembali sibuk dengan jadual kariernya di konti. Fara Fauzana juga turut berganding bersama Faizal Ismail sebagai pengacara majlis di sidang media pengumuman finalis Top 5 ABP 2008. Untuk info pembaca, ABP 2008 akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highland pada 12 April 2008. Insyallah, Budiey akan kasi 10 pas untuk korang. Tunggu ya! Malam ini, akan diadakan media nite Hot FM dan Fly FM di Sunway Pyramid. See you there, Fara! Senyuman mesra buat peminat Ceria selepas pulang buat umrah Fara, nanti kitorang kasi kad jemputan ek… |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 22 Feb 2009, 12:11 pm | |
| Gambar NuRUL..anggun |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 22 Feb 2009, 12:13 pm | |
| Darling dalam Gadis Cuci |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 22 Feb 2009, 3:00 pm | |
| Cakap banyak pun tak guna ?ShafnieSHAH ALAM: Shafnie Zainuddin, 33, bekas isteri kepada pengacara popular AC Mizal yang memfailkan permohonan Tuntutan Ubah Perintah ke atas Nafkah Anak baru-baru ini menyerahkan segala-galanya kepada pihak mahkamah untuk membuat sebarang keputusan. Bernikah dengan AC pada 24 Jun 1995 dan berpisah pada Oktober 2001, dia lebih selesa berdiam diri tanpa mahu menghebahkan kes ini kepada umum atas nasihat Peguam Syarie Azmi Tan Sri Dr Mohd Rais. Jelasnya, buat masa ini dia tidak boleh memberi sebarang komen memandangkan kes dalam proses, bimbang kalau-kalau berlaku sesuatu yang tidak diingini. 揃iarlah mahkamah saja yang mendengar dan membuat keputusan. Cakap banyak-banyak pun tak guna. Lagipun saya ni jenis bercakap berdasarkan fakta, tak suka nak bising-bising apatah lagi nak mengarut. 揂pa yang dapat saya katakan sekarang, kalau saya dah bawa kes ke mahkamah, biarlah mahkamah dan undang-undang yang tentukan,?tegasnya. Memetik kenyataan AC Mizal yang di dalam sebuah akhbar baru-baru ini, AC Mizal, atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 37 meminta agar Shafnie tidak mengganggu hidupnya lagi. Malah, bekas anggota kumpulan 4U2C itu turut meminta bekas isterinya itu supaya melihat kesalahan diri sendiri sebelum menuding kesalahan orang lain. Sementara itu, Shafnie yang diminta mengulas tentang kenyataan tersebut masih memilih untuk berdiam diri tanpa mahu memberi sebarang komen atau kenyataan balas. Pun begitu, Shafnie yang bakal melancarkan produk kecantikannya sendiri tidak lama lagi mengaku tenang menghadapi semua ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 22 Feb 2009, 3:09 pm | |
| AIMAN & HAFIZ... Kat MELODI tadi, diorang ni digossipkan berdua.,., |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 22 Feb 2009, 3:54 pm | |
| Ashraf, Sherry harap bertemu jodohDua pelakon mahu tumpu impian dalam bidang seni sebelum buat persiapan menempuh alam rumah tangga SIAPA sangka di sebalik kerjaya lakonannya yang glamor, Ashraf Muslim, pernah mengikuti latihan ketenteraan ketika belajar selama empat tahun di Maktab Tentera Diraja (MTD) dari 1994 hingga 1998, sekali gus mematangkan dirinya berbanding usianya yang baru mencecah 28 tahun. Malah, latihan ketenteraan itu yang memberikannya kekuatan dalaman, selain membentuk keperibadiannya hingga menjadikan beliau seorang pelakon bertanggungjawab, berdisiplin tinggi dan berdedikasi pada kerjanya, terutama di lokasi penggambaran. “Di MTD, saya banyak diajar tentang erti kehidupan sebenarnya, di mana kita perlu ada matlamat hidup. Ini kemudian saya praktikkan dalam karier lakonan. Sebenarnya, saya bersyukur kerana latihan inilah yang banyak mengubah corak kehidupan saya,” katanya. Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 bagi kategori Pelakon TV Lelaki Popular ini turut mengakui, jika tidak berlakon, sudah tentu beliau akan memilih kerjaya sebagai seorang pegawai tentera. “Sebenarnya, saya seorang pegawai tentera bertauliah berpangkat Leftenan Muda dalam Unit Latihan Tentera Simpanan (ROTU). Sebaik keluar dari MTD, saya terus menyertai unit ini kerana terlalu meminati kerjaya sebagai pegawai tentera. “Pada masa sama, saya mula berjinak dalam perniagaan hinggakan tidak punya banyak masa untuk sambung (tugas) di ROTU. Memang saya berminat untuk menyertainya semula, mungkin kalau tidak berlakon lagi selepas ini,” kata Ashraf sambil mengakui beliau tidak pernah merancang berada lama dalam bidang lakonan, mungkin untuk tempoh empat atau lima tahun lagi kerana sudah membuat perancangan lain untuk kehidupannya. “Mungkin saya akan kembali dalam bidang perniagaan atau kembali menyarung pakaian seragam tentera. Tidak tahulah bagaimana nanti. Buat masa sekarang, masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenainya. Biarlah saya bertumpu kepada kerjaya sedia ada dulu,” katanya. Ashraf lebih minat teater Walaupun pernah beraksi dalam banyak dan telefilem, Ashraf lebih dikenali sebagai pelakon teater, terutama ketika terpilih membintangi teater muzikal, Patriot, karya dan arahan A Rahman Adam, yang dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur akhir tahun lalu. Selain melonjakkan namanya dalam bidang lakonan, pementasan itu juga yang banyak membantu mengasah kemahiran lakonannya hingga kini beliau dilabelkan sebagai salah seorang hero angkatan baru, dengan kemampuan melakonkan pelbagai watak. “Pembabitan saya dalam bidang lakonan melalui drama bersiri, Impian Elyana. Ketika itu, saya menceburi bidang lakonan tanpa apa-apa latihan asas. Sebab itulah, apabila ditawarkan berlakon dalam Patriot, saya terus menerimanya atas niat mahu mendalami asas lakonan. “Bukannya tidak boleh ambil kelas (lakonan), cuma berlakon teater ini lebih praktikal untuk kita belajar. Selain Patriot, saya juga pernah beraksi dalam Patung Kertas. Saya seronok kerana berpeluang mempelajari pelbagai perkara baru dan menimba pengalaman,” katanya. Katanya, ramai pelakon tempatan yang berjaya ketika ini lahir dari pentas teater, dengan kehebatan mereka bukan saja dari segi vokal, malah ekspresi wajah, menjiwai watak dan menghidupkan karektor hingga meninggalkan kesan kepada penonton. “Inilah yang saya dapat dari teater. Saya akui berbanding drama atau filem, berlakon teater lebih mencabar kerana persembahan dilakukan secara langsung di hadapan audiens. Jika ada pengarah sekalipun, dia tidak boleh berbuat apa-apa kalau pementasan sudah bermula. Jad, aspek latihan sentiasa ditekankan untuk memastikan kesempurnaan. Berbanding drama atau filem, persembahan lebih kepada rakaman. Jika ada kesilapan, adegan boleh dilakonkan semula dan diulang rakam hingga sempurna, malah ada pengarah yang mengawal selia produksi,” katanya. Belum pernah berlakon filem, Ashraf mengharapkan ada penerbit yang sudi memberikan tawaran untuk mencuba kemampuannya di layar perak, sekali gus mempelbagaikan medium lakonannya yang kini lebih bertumpu kepada teater, drama dan telefilem. “Untuk 2009, memang saya berharap menerima tawaran berlakon filem. Saya rasa sudah bersedia untuk menyahut cabaran di layar perak pula,” katanya. Sembunyikan hubungan cinta Berbanding pasangan artis lain yang sedang bercinta, Ashraf dan buah hatinya, Sherry Ibrahim pandai menyembunyikan hubungan intim mereka daripada pengetahuan media walaupun sedang muncul berdua dalam pelbagai majlis hiburan sebelum ini. Malah, tidak banyak kisah percintaan mereka dipaparkan akhbar dan majalah hiburan di negara ini, sebaliknya tumpuan lebih berkisarkan perjalanan seni masing-masing. Sambil berterima kasih kepada pengurus peribadinya, Meor Shariman kerana banyak membimbingnya, Ashraf mengakui, cukup senang dengan keadaan itu kerana menganggap boleh mengecapi populariti menerusi aksinya di kaca TV mahupun pentas teater, bukannya kisah cinta sensasi. “Sebenarnya, saya lebih suka orang memperkatakan lakonan saya dalam sesuatu drama ataupun teater, bukan kisah peribadi saya. Jika anda perhatikan, jarang saya bercerita mengenai kehidupan peribadi, termasuk percintaan saya melainkan kalau ditanya (wartawan). Saya seboleh-bolehnya mengelak bercerita fasal hal ini kerana lebih suka bercerita soal kerjaya. Syukurlah, pengurus saya berpengalaman luas dalam bidang media. Dia banyak menasihati apa yang patutnya diceritakan kepada media, cerita apa yang patut didiamkan,” katanya. Ashraf juga berkata, beliau dan buah hatinya itu lebih suka bersikap `low profile’ jika tiada apa-apa perkembangan terbaru mengenai diri mahupun karier seni mereka kerana menganggap publisiti berlebihan boleh mendatangkan kesan negatif terhadap diri masing-masing. “Kita sebagai manusia tidak boleh lari dari sifat cuai dan melakukan kesilapan. Kami bimbang kalau cerita berlebih-lebihan nanti, bimbang cerita tidak baik pula yang keluar sedangkan kita melakukan sesuatu yang betul,” katanya. Bagaimanapun, beliau tidak kisah masyarakat mengetahui kisah peribadinya, sesuai dengan kedudukan seseorang selebriti, termasuk pelakon yang dimiliki masyarakat. Sherry pula memberitahu mereka saling mengingatkan diri masing-masing supaya bijak menjaga tingkah laku, sesuai dengan kedudukan mereka sebagai pelakon popular, dengan setiap gerak geri sentiasa menjadi tumpuan orang ramai. “Alhamdulillah, tiada cerita negatif mengenai kami keluar bersama setakat ini. Yang penting, kita perlu menjadi diri sendiri dan tidak hipokrit. Mesti jujur pada diri dan orang sekeliling, selain sentiasa ikhlas melakukan sesuatu kerja,” katanya. Akui sudah rancang perkahwinan Ditanya sama ada mereka ada perancagan untuk mendirikan rumah tangga, Ashraf berkata, perkara itu memang ada tetapi tidak mahu terburu-buru melakukannya kerana mahu mengejar impian dalam karier seni masing-masing. “Dalam kehidupan, kita mesti ada sasaran, begitu juga dalam sesuatu perhubungan. Perancangan (berkahwin) memang ada tetapi tidak tahulah bila. Kami tidak mahu tergesa-gesa kerana banyak persiapan perlu dibuat sebelum menempuh alam berumah tangga. “Buat masa ini, tumpuan kami lebih kepada kerjaya. Banyak impian kami yang belum tercapai lagi. Jika ada rezeki, bersatu juga kami suatu hari nanti. Insya-Allah, kalau ada jodoh kami tidak akan ke mana-mana. Yang pasti, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan,” katanya. Beliau mengakui mengenali buah hatinya itu melalui seorang kawan tiga tahun lalu, malah tidak tahu Sherry adalah seorang pelakon. “Sebenarnya, dia pun tidak tahu saya juga seorang pelakon. Dari seorang kawan baik, hubungan kami bertambah rapat. Sherry banyak membantu saya, tempat saya berkongsi masalah. Saya senang berkawan dengannya. Saya juga sukakan Sherry kerana dia berfikiran terbuka, berterus-terang dan mudah dibawa berbincang. Orang sepertinya senang diajak berbual mengenai apa saja. Disebabkan saya seorang yang pendiam, manakala Sherry peramah, perbualan kami selalunya tidak membosankan,,” katanya. Sherry yang tersipu-sipu mendengar pengakuan ikhlas buah hatinya pula berkata, terserah kepada takdir untuk menentukan jodoh mereka. “Buat masa sekarang, biarlah kami bertumpu kepada perkembangan kerjaya seni masing-masing. Kami masih baru dalam bidang dan perjalanan masih jauh. Namun, apa yang boleh saya katakan, saya seronok mengenali dia dan keluarganya,” katanya. Malah, Sherry bersyukur jika jodohnya ditakdirkan dengan hero kacak itu kerana beliau menepati ciri lelaki idamannya selama ini. “Ashraf seorang lelaki bertanggungjawab, tidak hanya sebagai seorang kekasih tetapi sebagai seorang sahabat. Itulah kualiti yang ada pada dirinya. Pada dirinya juga ada kualiti kepemimpinan, selain sentiasa tenang dan fokus walaupun dalam situasi kritikal. Dia sentiasa menjadi tempat saya mengadu masalah dan mendapatkan nasihat. Bagi saya, dia bukan sekadar kekasih tetapi rakan karib. Saya bersyukur sekiranya jodoh kami panjang hingga ke jenjang pelamin dan seterusnya ke akhir hayat,” katanya. Info Ashraf
Nama Sebenar: Mohd Ashraf Muslim Usia: 28 tahun Tarikh Lahir: 19 September 1981 Asal: Teluk Mas, Melaka Keluarga: Anak Sulung (Dari Tujuh Beradik) Akademik: Maktab Tentera DiRaja - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Kuala Lumpur Infrastructure University College - Diploma Pentadbiran Perniagaan Kerjaya: Model, Pelakon dan Ahli Perniagaan Drama/Telefilem: Niyang Rapik, Sembilu, Jangan Lupa, Impian Illyana, Manjalara, Impak Maksima - The Series, Lagu Cinta Kita, Anumerta dan Rumah Depan Sebelah Kedai Teater: Patung Kertas dan Patriot Pencapaian Terbaik: Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (Pelakon TV Lelaki Popular), Cleo 50 Most Eligible Bachelor 2006.
Info Sherry
Nama Sebenar: Syarizad Ibrahim Usia: 25 tahun Tarikh Lahir: 3 April 1983 Asal: Petaling Jaya, Selangor Keluarga: Anak Sulung (Dari Tiga Beradik) Kerjaya: Model, Pelakon dan Hos TV Pengalaman Kerja: Pramugari (Penerbangan Malaysia) Drama/Telefilem: Dunia Baru (Musim Ke-2 & 3), Lara Rindu Mahsuri, Cinta Tak Bertepi, Jelatang, Elly, Akademi Polis, Renjis, Di Bawah Ketiak Isteri, Filem: Maut Iklan Komersial: Prefer, HSBC, McDonald's, Pelancongan Malaysia dan TM (Telekom Malaysia). |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 22 Feb 2009, 4:02 pm | |
| Teropong Azizah, Zaefrul usah bersandiwara Adakah arak berjenama mahal dalam foto ini milik teman lain? Lu fikirlah sendiri! Pelakon Spa Q 2 mendakwa hubungan mesra seperti adik beradik RABU lalu segala persoalan siapa popular di kalangan warga hiburan sejak lebih sebulan lalu akhirnya terlerai apabila penganjur mengumumkan calon akhir atau top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 yang dijadual berlangsung di Genting Highlands, pada 12 April ini. Zubir mengucapkan tahniah kepada semua finalis ABPBH 2008! Bersainglah secara sihat untuk dinobatkan sebagai paling popular. Pun begitu, ketika menghadiri majlis sidang media pengumuman top 5 ABPBH 2008 di Palace of the Golden Horses, rakan sekerja Zubir mengadu, seorang calon top 5 menghampirinya dan berbisik dengan kata-kata ini: “Terima kasih kepada Berita Harian kerana masih mencalonkan saya sebagai tanda sokongan.” Hello! Awak tu masuk top 5 kerana masih ada peminat di luar sana, bukannya penganjur atau BH yang sengaja suka-suka hati nak mencalonkan namanya, tolong jangan perasan! Keintiman Zaefrul dan Azizah.Sebelum kembali ke pejabat, Zubir sempat melepak bersama beberapa teman wartawan di Sri Hartamas pekena teh tarik. Nak dijadikan cerita, sepasang kekasih melintas di depan kami sambil berpimpin tangan, tapi si jejaka jauh lebih muda daripada pasangannya yang mungkin usianya sekitar pertengahan 40-an. Terus saja terpacul daripada mulut seorang teman: “Ini kes lebih kurang Azizah Mahzan dengan Zaefrul Nordin, lah ni!” Pasangan artis berkenaan adalah pelakon Spa Q musim kedua (Spa Q 2) yang ketika ini masih disiarkan di TV3. Hubungan mesra mereka menjadi bualan hangat di kalangan media dan peminat apabila beberapa keping foto seksi Azizah berposing manja dengan Zaefrul terlepas ke internet, sekali gus menjadi tatapan umum tanpa perlu membayar walau sesen pun! Lebih menghangatkan cerita, Azizah adalah seorang ibu tunggal yang berusia 45 tahun, tapi pasangannya pula, Zaefrul suami orang! Terdahulu, kontroversi tercetus apabila Azizah dilihat mengenakan pakaian seksi dalam Spa Q 2 apabila ada dakwaan mengatakan imej seperti itu tidak lagi bersesuaian dengan usianya. Pun begitu, temu bual Azizah dengan sebuah akhbar mingguan (bukan terbitan kumpulan Berita Harian Sdn Bhd) terbitan 15 Februari lalu, dia mengakui berpakaian begitu sekadar mengikut kehendak produksi dan imej seksi itu hanya ditampilkan dalam lakonan saja, tetapi tidak ketika berada di luar lokasi penggambaran. Bagi Zubir, Azizah bersikap profesional, dia sekadar mengikut kehendak skrip dan jalan cerita drama bersiri popular itu. Tapi, nampaknya cakap tak serupa bikin apabila gambar-gambar yang tersebar di internet itu, Azizah muncul dengan imej seksi, itu bukan di dalam Spa Q 2! Menerusi temu bual dalam akhbar sama, Azizah mengakui hubungannya dengan Zaefrul umpama keluarga dan mereka sudah mengenali sejak kecil lagi, sekali gus beranggapan pemuda berkenaan seperti adiknya. Azizah juga mengakui rapat dengan isteri Zaefrul. Namun, apabila Zubir melihat kembali gambar mesra antara Azizah dan Zaefrul, keintiman mereka tidak menggambarkan seperti seorang kakak dan adik, sebaliknya secara peribadi, Zubir beranggapan mereka umpama pasangan yang sedang bercinta! Maaflah, jika kata-kata ini agak keterlaluan, tapi kepada pembaca B*Pop buatlah penilaian sendiri berdasarkan foto yang dipaparkan ini. Kenyataan Azizah kepada akhbar berkenaan, dia memberitahu tidak suka keluar rumah, pergi disko pun dulu ketika umur 21 tahun, sekarang suka melepak di rumah saja menonton VCD. Habis tu macam mana dengan gambar Azizah dan Zaefrul yang dilihat seperti dalam bilik karaoke bersama teman, selain berhibur pada waktu malam sambil dikelilingi beberapa botol minuman keras berjenama mahal? Alamak, terlebih sudah! Sekali lagi Zubir tidak layak bertindak sebagai ustaz atau hakim, sekadar mendedahkan apa yang patut untuk diberi penilaian. ZUBIR: Sering juga berkunjung ke kelab hiburan dan berkaraoke, tapi apabila diminta bergambar, minta maaf ya! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 22 Feb 2009, 4:11 pm | |
| Rozita terus jadi mangsa ORANG cantik macam Rozita Che Wan sering dilanda gosip. Tambahan dengan status ibu tunggal, sesedap mulut saja melemparkan tohmahan dan cerita tidak benar mengenai pelakon popular ini. Paling ketara khabar angin yang kencang bertiup mengenai pernikahannya dengan beberapa tokoh korporat bergelar Datuk dan Tan Sri sejak setahun lalu. Baru-baru ini kononnya ibu kepada dua anak lelaki ini dikaitkan dengan suami Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Bagaimanapun, gosip itu terlerai dalam program Sehati Sejiwa yang menjemput Siti dan suaminya sebagai tetamu yang dipancarkan secara langsung apabila Rozita dihubungi untuk menjelas kedudukan sebenar. Tidak cukup dengan itu, rakan CAK mendengar cerita lebih baru lagi. Cerita kali ini mengaitkan Rozita dengan seorang Datuk yang juga suami kepada selebriti terkenal tanah air. Khabarnya mereka bernikah di London. Kelas... sampai London! Sehinggakan ada yang mengata, kononnya cerita ini menyebabkan si selebriti itu tidak senang duduk dan panas punggung. Mananya tidak, tuan punya badan tidak tahu menahu, tetapi orang sekeliling pula sibuk menjaja cerita. Ketika CAK menghubungi Rozita untuk bertanyakan hal ini, dia tergelak walaupun hatinya sakit sebab gosip begini belum berpenghujung. “Kalau benar saya sudah berkahwin, mana buktinya? Saya tak kisah kalau ada yang berani tampil dengan bukti, sahkan saya kalau benar-benar berkahwin,” katanya yang bertambah rimas. Kadangkala hatinya tertanya-tanya, mengapa dia sering diganggu dan menjadi mangsa? Terus terang, kata Rozita, dia belum berkahwin. Malah, gosip-gosip tak berasas ini menyebabkan ramai tidak berani mendekatinya. Artis kelahiran Alor Star ini sedar, bukan mudah untuk menerima pelawaan cinta daripada lelaki sebab keikhlasan mereka diragui. Adakah berkawan kerana benar cinta dan suka atau sekadar melihatnya sebagai artis dan cantik? Rozita yang akan ke lokasi drama Tiga Janda terpaksa menelan kepahitan apabila gosip sebegini turut terpalit kepada anaknya yang berdepan pelbagai soalan daripada rakan sekolah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 22 Feb 2009, 4:16 pm | |
| Shila, Ran luah cinta PELANTUN lagu Memori Tercipta ciptaan Aubrey Suwito ini semakin mendapat perhatian pelbagai pihak sejak bergelar naib juara program realiti One In A Million musim kedua. Bersandarkan bakat, rupa dan keupayaan memikat golongan remaja melayakkan Shila atau nama sebenarnya Siti Nurshahila Amir Amzah menggalas tanggungjawab sebagai duta baru Wall's Cornetto yang dulunya menjadi milik Dafi dan Gita Gutawa. Menariknya, kali ini Shila digandingkan dengan trio remaja Indonesia, Ran yang dianggotai Anindyo Baskoro (Nino), Rayi Putra (Rayi) dan Astono Andoko (Asta). Pencapaian cemerlang empat anak muda ini dalam arena muzik menepati kempen Tunjukkan Cintamu Wall's Cornetto yang menggabungkan elemen bakat dan muzik. Akui anak gadis penyanyi ND Lala ini, tidak pernah terlintas di fikiran akan dilantik sebagai duta jenama aiskrim popular itu. Namun, peluang itu sungguh bermakna kerana bukan saja dapat mengembangkan kariernya sebagai penyanyi, bahkan berpeluang mencipta nama di negara seberang. "Tawaran ini umpama bulan jatuh ke riba. Bukan semua orang berpeluang berduet dengan artis luar, rugi jika saya tolak lamaran ini. "Lagu tema kempen ini iaitu Tunjukkan Cintamu diputarkan di radio Indonesia sejak Disember lalu, jadi saya harap ia menjadi permulaan baik buat saya. "Soal popular atau dapat diterima di negara seberang, saya tidak kisah. Bagi saya, terpilih menjayakan program ini sudah memadai. Setidak-tidaknya ia memberi peluang untuk saya melebarkan sayap di Indonesia," kata Shila pada majlis pelancaran dan pengumuman duta baru Cornetto di The Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini. Menceritakan pengalaman berkolaborasi dengan Ran, Shila berkata, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain, tidak sukar bagi mereka mencari keserasian. Sebaik saja mengetahui siapa rakan gandingannya, penuntut Kolej Segi ini menyelidiki latar belakang Ran menerusi Internet. Bagaimanapun, apabila dipertemukan buat pertama kali, terselit perasaan bimbang di hati kerana belum pernah berduet dengan artis luar. Bimbang juga andai tidak dapat menyesuaikan diri. "Mereka peramah, ceria dan senang didekati. Saya tiada masalah berkomunikasi dengan mereka, bahkan kami saling usik mengusik, terutama membabitkan bahasa pertuturan yang ada kalanya berbeza maknanya. Sehingga kini kami masih berhubung dan selalu juga bertukar-tukar pendapat mengenai muzik," katanya yang terpaksa menangguhkan pengedaran album memandangkan jadual harian terlalu ketat. Tambah Shila, dia gembira menjayakan kempen ini kerana turut berpeluang menghasilkan iklan dan muzik video bersama Ran untuk lagu Tunjukkan Cintamu. Muzik video dan iklan berkenaan yang mempromosi dua perisa aiskrim baru Cornetto iaitu Cornetto Disc Chocolate serta Cornetto Disc Vanilla mula disiarkan di kaca televisyen tempatan dan bakal menyusul di Indonesia tidak lama lagi. "Banyak pengalaman menarik sepanjang penggambaran iklan dua hari di Bangkok, seterusnya sehari di Jakarta penghujung tahun lalu. "Rakaman berlangsung dalam suasana ceria, malah saya sangat gembira bekerja dengan produksi dari Indonesia dan Thailand. Mereka sangat profesional dan melakukan kerja dengan cepat," katanya. Mengimbas latar Ran, trio remaja popular Indonesia ini ditubuhkan pada 18 November 2006. Nama mereka melonjak naik selepas tampil dengan single Pandangan Pertama diikuti album pertama, Ran For Your Life setahun kemudian. Mengulas pengalaman bekerja dengan Shila, tiga jejaka ini menjelaskan, mereka selesa dengan sikap bersahaja penyanyi meningkat naik itu. Malah, ramai peminat mereka di Jakarta memuji suara Shila dan menyifatkannya sangat berbakat. "Sama seperti Shila, ini pengalaman pertama kami dilantik sebagai duta produk. Semestinya kami berbesar hati dengan pelantikan ini, apatah lagi Wall's jenama besar. Lagipun kami sebati dengan aiskrim ini sejak kanak-kanak lagi. Bagi kami, ini pencapaian membanggakan buat Ran. "Sebenarnya banyak nama disenaraikan sebagai calon duta, tetapi syukur Wall's memilih kami. Insya-Allah kami tidak akan mensia-siakan kepercayaan diberi. "Menerusi pelantikan ini, kami dapat menimba pengalaman bekerja dengan pemuzik luar Indonesia seperti Shila. Ia turut menjadi titik tolak memperkenalkan muzik kami di Malaysia," kata Rayi. Sementara itu, Nino melahirkan rasa bangga apabila lagu ciptaan mereka, Tunjukkan Cintamu dipilih menjadi lagu tema kempen ini. Lagu berkenaan sangat bersesuaian kerana ia membawa mesej kepada pendengar supaya usah malu mengungkapkan cinta kepada orang yang mereka sayangi. "Menjadi budaya di Indonesia dan Malaysia kurang manis jika wanita melafazkan perasaan sayang kepada pasangan. Bagaimanapun bagi kami, perasaan itu tidak harus dipendam. Sebagai manusia, kita punya hak untuk disayangi dan menyayangi. Tidak salah jika kita meluahkannya," katanya sambil menjelaskan, Ran berhasrat mengedarkan album di Malaysia. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 22 Feb 2009, 4:27 pm | |
| Dayang temui damaiBAGAIKAN ada di dunia asing, itulah gambaran Dayang Nurfaizah Awang Dowty apabila bertandang ke Pulau Banding, Perak bagi menjalani penggambaran klip video lagu Luka dan Loosing Me yang bakal dimuatkan dalam novel Luka, karya Trisno Asyraf Zainol Abidin atau Tris. Kehijauan alam sekitar dan kelibat hidupan liar menjadikan jiwa penyanyi kelahiran Sarawak ini tenang. Lebih menarik, sepanjang tiga hari (bermula 2 Februari lalu) berkampung di kawasan yang diwartakan sebagai hutan tertua di dunia itu, Dayang berpeluang merasai pelbagai pengalaman menarik, termasuk mendekati satu suku kaum Asli yang masih mengamalkan gaya hidup primitif. Jelas Dayang, lokasi ini dipilih bersempena pelantikannya sebagai duta Perlindungan dan Pengekalan Alam Semulajadi oleh Yayasan Pulau Banding dan Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah milik Emkay Group. Berkongsi pengalaman itu, Dayang berkata, penggambaran klip video ini jauh berbeza daripada yang pernah dijayakannya apabila menuntutnya banyak bergerak dan melakukan aktiviti lasak. Bahkan sebelum penggambaran bermula, dia terpaksa mencari baju dan kasut sesuai dengan persekitaran hutan tebal. “Luka adalah novel pertama di Malaysia yang disertakan dengan video muzik. Dayang bangga terbabit dengan projek ini kerana bukan saja menggalakkan orang ramai menghargai alam semula jadi, tetapi turut memupuk minat suka membaca. “Penggambaran Luka dilakukan di Belum Rainforest Resort, manakala Loosing Me pula di Hutan Belum Temengor. Kedua-dua klip video ini diarah oleh Muhaimin Yusof dari CiptaAsia Worldwide Sdn Bhd. “Di Belum Temengor, Dayang berpeluang ke Sungai Enam, Jenut Papan, Kampung Bunga Kejar Hilir, Air Terjun Sungai Ruak dan Tanjung Satu. “Kalau ikutkan, ini kunjungan kedua Dayang ke hutan yang mempunyai keluasan 300,000 hektar ini. Ia bersamaan empat kali ganda keluasan Singapura. Lebih unik, Pulau Banding mempunyai kira-kira 80 pulau. Untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi, kita perlu menaiki bot,” katanya sambil menjelaskan, majlis pelancaran novel berkenaan akan diadakan di Belum Rainforest Resort pada 12 Mac ini. Tambah Dayang, meskipun penat, dia terhibur dengan pemandangan indah dan persekitaran sejuk hutan berkenaan. Banyak imej menarik berjaya dirakam dan diabadikan dalam dua klip video itu. “Macam-macam insiden lucu berlaku sepanjang penggambaran, antaranya lensa kamera terjatuh ke dalam air terjun. Malah, ramai kru tergelincir kerana batu di kawasan itu berlumut dan licin. “Di perkampungan Orang Asli Bunga Kejar pula, Dayang malu apabila diperhatikan ramai penduduk yang masih memakai cawat. Ini kali pertama Dayang menyanyi depan penonton bercawat “Bagaimanapun, Dayang terhibur melihat aksi anak kecil yang malu-malu kucing. Wanitanya pula bersembunyi di celah penduduk lelaki dan di sebalik penjuru rumah kerana terlalu malu. Meskipun matahari tegak atas kepala, kawasan itu sejuk dan nyaman,” katanya. Mengulas pelantikannya sebagai duta Perlindungan dan Pengekalan Alam Semulajadi, Dayang berkata, tanggungjawab dipikul kali ini sangat besar, malah ia turut membuka mata serta mindanya terhadap banyak perkara. “Sebelum ini Dayang kurang peka akan kepentingan pemeliharaan alam semula jadi tetapi apabila berkunjung ke Pulau Banding, Dayang mula sedar dan jatuh cinta dengan hidupan liar. “Kita seharusnya berbangga kerana Malaysia ada hutan paling tua di dunia. Rupa-rupanya Hutan Belum Temengor lebih tua daripada hutan Amazon. Ada banyak hidupan liar di sini, malah sepanjang penggambaran, Dayang berpeluang melihat tapak kaki seladang, tempat mandi gajah, burung kenyalang dan helang serta kesan cakaran beruang di pokok. “Menerusi pelantikan ini Dayang bertanggungjawab menyuntik kesedaran kepada orang ramai, khususnya peminat Dayang dan generasi muda, kepentingan peliharaan alam. “Jika ada simposium, Dayang akan turut serta. Dayang bergelar duta secara rasmi hari ini dan pelancarannya berlangsung di Bukit Merah Laketown Resort, Perak,” katanya yang menggalas tanggungjawab itu selama lima tahun. Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Erti Hidup ini bakal muncul dengan album berjudul Dayang 2008 Live yang menghimpunkan lagu dendangannya ketika mengadakan persembahan di Planet Hollywood, Julai lalu. Album ini mengandungi 12 lagu termasuk sebuah lagu baru, Pulang, ciptaan Tris. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 22 Feb 2009, 4:29 pm | |
| Erra belajar buat coklat SEMENTARA menunggu kelahiran anak sulung, Erra Fazira mengambil peluang itu belajar masak, menjahit dan apa saja kemahiran termasuk mengikuti kursus membuat coklat di Kolej KDU, Damansara Jaya dibawah seliaan Chef Amer Hamzah. Sudah lama Erra ingin belajar semua itu tetapi keadaan tidak mengizinkan kerana sibuk dengan kerjaya seni, berlakon, menyanyi dan mengacara. "Saya minat kerja tangan tetapi sebelum mengandung saya sibuk dengan kerjaya seni. Sekarang sesuai untuk belajar kerana banyak masa terluang. Saya suka menggubah hantaran kahwin dan hamper. "Kemahiran itu dapat membantu saya membuat hiasan gubahan sendiri. Buat sendiri lebih murah daripada dibeli siap. Dunia kraftangan semakin berkembang dan permintaan tidak bermusim. Majlis perkahwinan diadakan sepanjang tahun tanpa mengira cuti sekolah. "Begitu juga dengan permintaan hamper yang sesuai dijadikan buah tangan dalam sebarang acara. Tidak rugi belajar kerana kemahiran itu boleh digunakan bila-bila masa. Kelengkapan membuat kraftangan banyak dijual, cuma perlu disuaipadan. Tetapi perlu belajar teknik yang betul. "Saya belajar membuat coklat kerana keunikan dan keenakannya. Chef Amer bukan saja mengajar buat coklat tetapi dia juga beri pelbagai tips untuk menghasilkan coklat yang baik. "Barulah saya tahu adunan coklat tidak boleh terkena air kerana ia akan mengeras. Pelik bukan? Biasanya kalau adunan kuih dicampur air ia menjadi lembut tetapi coklat bertindak balas sebaliknya. "Patutlah coklat mahal kerana semua bahan untuk membuatnya diimport. Acuannya saja berharga beratus ringgit," katanya. Erra berhasrat membuat coklat untuk hampernya nanti dan pasti pemberian tersebut lebih bermakna kerana dibuat sendiri. Kursus membuat coklat itu diadakan setiap Sabtu bermula 7 Februari lalu, selama lapan minggu. Selain Erra, pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuib, 65, juga belajar bersama 10 yang lain. Baginya usia bukan halangan untuk menambah ilmu kerana selagi bernafas manusia digalak menimba ilmu. "Sabda Rasulullah SAW, belajarlah sehingga ke Negara China. Proses pembelajaran tidak pernah berhenti. Kebanyakan daripada kita bila dah berusia malas hendak belajar. Ia menjadikan fikiran kita lemah dan badan tak cergas. Jangan mengalah pada usia. "Dari muda hingga sekarang saya belajar apa saja termasuk bertukang. Apa kerja dibuat kaum lelaki saya boleh buat. Walaupun mahir dalam bidang masakan, saya masih pergi kelas memasak kerana ada saja ilmu baru. "Apa saja ilmu berguna untuk kita dan generasi seterusnya. Kalau malas tiada kerjaya dalam diri kita dan kehidupan tidak akan berubah. Dalam mempelajari sesuatu jangan cepat putus asa, buat sampai jadi. Tiada apa yang terlambat dalam hidup ini. Belajarlah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemajuan diri," katanya. Chef selebriti juga Pensyarah Kanan Fakulti Hospitaliti, Pelancongan & Seni Kulinari Kolej KDU, Chef Zamzani Abdul Wahab bertanggungjawab mengelolakan kursus jangka pendek menerusi program projek khas KDU berkata, sambutan menggalakkan dan ramai berminat untuk menghadiri kursus ini walaupun yuran agak mahal. "Ia mahal kerana negara kita tidak ramai pakar membuat coklat. Yang ada sekarang chef dari luar negara. Jadi apabila kita berjumpa Chef Amer yang pakar membuat coklat, barulah KDU anjurkan kursus ini. Kami menempah Chef Amer dari tahun lepas kerana dia sibuk. "Kursus membuat coklat ini mahal kerana bayaran chef mahal, coklat dan acuan mahal kerana semuanya diimport dari Belgium. Kursus ini juga dibuat dalam dapur selesa dan profesional dilengkapi peralatan memasak serba moden. Penggunaan coklat tidak terhad. Tamat kursus, peserta diberi sijil diiktiraf dari Switzerland. "Ramai berminat tetapi tidak sanggup membayar yuran tetapi kepada mereka yang tahu nilainya anggap ia sebagai pelaburan. Chef Amer memberi petua membuat coklat berkualiti. Selepas tahu asas membuat coklat, anda boleh membuat coklat kegemaran dengan pelbagai perisa. Bukan saja untuk dimakan sendiri tetapi boleh berniaga," katanya. Pada 7 dan 8 Mac pula, jabatan projek khas itu akan mengadakan kursus menghias kek secara profesional. Yuran sebanyak RM950 dan semua bahan disediakan. Peserta akan mendapat sijil pengiktirafan dari Switzerland. Kepada berminat hubungi Chef Zam, 03-77288123. Boleh juga layari emel, zamzani@kdu.edu.my atau www.kdu.edu.my/h&tshortcourses. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 22 Feb 2009, 4:36 pm | |
| Gambar Majlis perkahwinan Tini-Sol Setelah lebih dua tahun menyulam cinta, penyampai radio Hot FM, Kartini Kamalul Ariffin (Tini), 31, dan kekasih hatinya, Nur Sulhi Jasmin atau Sol, 29, akhirnya selamat dinikahkan pada majlis pernikahan mereka yang cukup sederhana di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, di sini, hari ini. Dengan dua kali lafaz, Sol yang dinikahkan oleh bapa Tini sendiri, Datuk Kamalul Ariffin, sah bergelar suami kepada Tini yang mula dikenalinya sejak penyampai radio berusia 31 tahun ini mula bertugas di Hot FM pada awal tahun 2006. Sol juga berkhidmat di tempat yang sama sebagai Pengurus Acara Hot FM. Pada majlis yang serba ringkas itu, Tini menerima mas kahwin RM80, wang hantaran sebanyak RM10,000 serta 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki termasuklah sebentuk cincin, sejadah, telekung, jam tangan dan pewangi. Pihak pengantin perempuan pula membalas sebanyak 13 dulang hantaran antaranya senaskhah Al-Quran, kasut, kek, pewangi, coklat dan kemeja. Majlis bersejarah pasangan mempelai itu telah dihadiri oleh kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak. Sebaik dinikahkah kira-kira pada pukul 10.40 pagi, pasangan tersebut terus mengadakan majlis persandingan di tempat yang sama sekitar jam 1 tengah hari. Majlis persandingan mereka yang dihadiri sekitar 1,000 tetamu itu berlangsung dalam konsep tradisional dengan mengenengahkan tema warna merah hati dan krim. Pasangan tersebut menggayakan busana rekaan Lubis House untuk kedua-dua acara itu. Faizal Ismail dan Rafidah Abdullah bertindak selaku pengacara pada resepsi tersebut selain dihiburkan oleh persembahan termasuklah oleh Dina Malaysian Idol. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 22 Feb 2009, 4:40 pm | |
| Diana Danielle Nak Buat Album Single, Komposer IndonesiaDiana Danielle sememangnya gadis yang cute mute. Berbakat besar dan berkarisma itulah personaliti yang terdapat pada Diana Danielle, pelakon berwajah Pan Asian ini. Dengar-dengar dia nak buat album singlenya. Album berkenaan akan dibuat di Indonesia dimana seluruh lagu-lagu yang akan dimuatkan dalam album Diana nanti dihasilkan oleh komposer Indonesia. Bukan kerana disebabkan tak nakkan komposer dari Malaysia tapi Diana nak cuba market dekat sana. nak tengok penerimaan orang sana terhadap dirinya. Dia ingin mengadaptasi bahawa kita boleh dengar lagu-lagu Indonesia, jadi kenapa tidak menyanyi lagu dari komposer Indonesia ini datang dari rakyat Malaysia. Diana Danielle juga merasakan itu lebih baik dari bagi orang Indonesia menyanyi kat Malaysia. Selain itu Diana juga ingin menjadi Artis serba boleh seperti mana-mana artis Diva masa kini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 23 Feb 2009, 8:31 am | |
| Tangguh bulan maduKesibukan Raja Mukhriz di lokasi penggambaran filem membuatkan rancangan percutian sempena perkahwinan terpaksa dilupakan sementara waktu DEK kesibukan memenuhi urusan kerjaya masing-masing, pasangan pelakon dan pengarah fotografi, Sharifah Shahora Syed Akil, 34, dan pengarah fotografi, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin, 36, hanya dapat melaksanakan majlis persandingan kelmarin kira-kira tiga bulan selepas mereka bernikah iaitu pada 26 November 2008. Pada mulanya, mereka pernah merancang bersanding sebulan selepas majlis bertunang dan bernikah dilakukan. Ia terus tertangguh hingga ke Januari tahun ini. Dan, kalau mahu terus dilayan komitmen kerja perlu dibereskan, nampaknya mungkin sampai sekarang pasangan ini tidak akan bersanding. Namun begitu, si isteri yang mesra dengan panggilan Shora, mengambil langkah berani menempah dewan dan memberikan alasan hanya tarikh 21 Februari saja yang kosong, lalu, termakbul hasrat di hati dan Restoran Felda Villa (berdekatan dengan Dewan Perdana Felda) menjadi saksi penyatuan hati ini buat kali keduanya. Malah, mereka menjadi selebriti pertama menggunakan lokasi itu untuk tujuan persandingan. Persandingan bertemakan taman ini dibahagikan kepada dua sesi. Sebelah siangnya ditumpukan bagi meraikan keluarga dan kenalan terdekat, manakala pada sebelah malamnya untuk rakan media, rakan artis, penerbit dan pengarah. Rezeki juga singgah pada saat akhir apabila menerima tajaan daripada pihak bermurah hati. Hujan lebat pada majlis ini berlangsung bagaikan rahmat yang seakan-akan merestui kembara silaturahim mereka. “Macam-macam halangan kami harus lalui sebelum semuanya berakhir dengan upacara persandingan ini. Dia (Mukhriz) sibuk dengan penggambaran filem dan terikat dengan komitmen sebagai tenaga pengajar bidang kepakarannya (fotografi dan kamera). Sejak Januari lalu hingga sekarang, dia perlu membabitkan diri untuk filem Rempit V3 dan Senario The Movie Episode 2: Beach Boys. RAKAN artis tidak ketinggalan mengabadikan gambar kenangan “Dia hanya ‘dibebaskan’ sehari sebelum bersanding untuk diberi pengecualian daripada filem Senario arahan Ahmad Idham di Pulau Pangkor. Malah, sejak semalam (Ahad) dia sudah kembali ke pulau itu untuk menghabiskan kerjanya sehingga 28 Februari ini. Saya pun pada masa sama terikat dengan penggambaran siri drama Jangan Pandang Belakang. “Niat kami nak berbulan madu pun belum mendapat kata putus kerana soal kerja perlu diberi keutamaan. Kami menganggap ia sebagai rezeki yang diterima untuk masa depan kami. Kerana urusan bersanding ini pun saya terpaksa menolak tawaran berlakon drama. Tarikh nak berbulan madu pun tak ada lagi, hanya menunggu kelapangan suami saya. Maklumlah dia semakin laris macam goreng pisang panas,” kata Shora yang memberitahu mereka mungkin mempertimbangkan untuk berbulan madu di Brussels, Belgium kerana keluarga angkat Mukhriz tinggal di sana. Tidak lupakan tanggungjawab walaupun sibuk KETIKA majlis persandingan mereka berlangsung, penerbit terkenal, David Teo yang hadir bersama isterinya, Jane sempat mengusik Shora dan Mukhriz dengan berkata, jangan asyik kerja saja sampai lupa untuk mendapatkan zuriat. PASANGAN bahagia. Namun, hakikatnya mereka sudah mempunyai seorang anak bernama Puteri Fiedra Mukhriz berusia sembilan bulan. Tapi Fiedra hanyalah anak angkat yang sudah cukup mesra dan rapat dengan pasangan ini. Biarpun begitu, mereka tidak sesekali menolak rezeki Tuhan jika dikurniakan zuriat kandung secepat mungkin. “Kalau boleh kami hendak zuriat sendiri secepat mungkin walaupun kami masing-masing sibuk. Kami memang mengimpikan kurniaan paling berharga itu dan sekurang-kurangnya Fiedra akan ada teman selepas ini. “Kalau ada masa lapang, kami akan bergilir menjaga Fiedra, selain dibantu dengan pembantu rumah,” kata Mukhriz yang agak pendiam berbanding Shora yang sangat peramah. “Saya rasa perlu ada orang sepertinya yang banyak bercakap. Kehadiran Shora dengan mulutnya yang petah dan tidak berhenti bercakap sebenarnya menyerikan lagi warna rumah tangga kami. Meriah dan ceria kalau ada orang macam Shora,” sambung Mukhriz lagi mengenai tingkah laku isterinya. Shora sempat mencelah memberitahu yang dia mengimpikan empat anak dan berkongsi rahsia mengenai sikap suaminya yang dikatakan terlalu pendiam di khalayak ramai. “Dia memang kalau depan orang nampak pendiam tapi personalitinya di rumah jauh sekali berbeza. Kalau nak tahu di rumah kami di Kemensah, dialah yang paling bising dan peramah. Kadang-kadang dia pula yang tak henti-henti bercakap,” kata Shora yang sudah mula memikul tanggungjawab seperti bendahari yang menguruskan urusan kewangan keluarga. Menurunya, sesibuk manapun kerja yang perlu dilunaskan, dia kini harus bijak memastikan tanggungjawab sebagai isteri terus dijaga. “Ibu saya pun berpesan apabila sudah menjadi isteri, keperluan suami perlu didahulukan. Dia pun bukanlah lelaki yang pandai buat kerja rumah dan itu bukan satu masalah. “Saya bersyukur kerana suami tidak banyak karenah dalam soal makan dan minum,” kata Shora, anak kedua daripada empat beradik ini. Kata pelakon itu lagi, mengenali suaminya selama tujuh tahun menyebabkan dia memahami kerjayanya dan selama tempoh itu juga kedua-duanya berjaya memupuk keserasian seterusnya mengukuhkan lagi ikatan cinta antara mereka. “Sejak awal percintaan kami, baik saya mahupun dia sudah tahu risiko dan keadaan perlu dihadapi. Buat masa ini, saya yakin kami boleh mengharunginya kerana keserasian sudah terbina. Tak sangka sudah tujuh tahun kami kenal dan rasa seperti baru tiga tahun sebenarnya,” katanya. INFO: Persandingan
-Dihoskan Richie Rahman dan pelakon Anne Abdullah
-Tema pakaian adalah hitam dan putih.
-Solekan sebelah malam ditaja Izzat Artistic Team, sebelah siang hasil solekan Zakiah Elorna.
-Pelamin dan ruang memotong kek hasil kreativiti Fragra & Inspirasi Singgahsana.
-Busana pengantin malam tajaan Ismail Hassan, Puchong, manakala siang rekaan Inai D’Jari.
-Ilham menghasilkan konsep perkahwinan dalam taman ini adalah idea Shora. Menurut Shora, konsep begini memerlukan bajet dan kos yang tinggi. Namun Restoran Felda Villa berjaya diperolehi dengan pakej murah.
-Anggaran untuk majlis ini sekitar RM30,000.
-Turut dihadiri Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Fatimah Ismail; Farid Kamil, Shazleen Shahbi, Emma Akma dan personaliti TV3 seperti Azizah Arifin serta Maria Tunku Sabri.
-Khai dan Rosma turut menyumbangkan sebuah lagu pembukaan kepada pengantin. Begitu juga dengan Ifa Raziah.
-Ivy 6 turut menaja dekorasi berbentuk itik.
-Kereta klasik Bufori 498 ditaja sebagai penyeri persandingan ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 23 Feb 2009, 8:37 am | |
| Dunia baru Idola KecilWada, Haqiem sedia terima teguran bagi perkukuh nama dalam bidang seni BIARPUN ini pertemuan pertama, langsung tidak tergaris rasa kekok di wajah dua bintang cilik yang menjadi sebutan selepas menamatkan perjuangan mereka dalam Idola Kecil, awal Januari lalu. Hadir ditemani ibu bapa masing-masing pada sesi fotografi pada petang Sabtu itu, namun mereka selesa menjawab semua soalan diajukan tanpa bantuan sesiapa. Berbanding Wada atau nama penuhnya, Wan Syuhada Md Amin, 12, yang petah menghuraikan setiap soalan yang diajukan, Ridzuan Haqiem Rusli, 10, atau Haqiem pula hanya mampu memberikan jawapan dan terbatas. Wada yang merangkul gelaran juara Idola Kecil memang meminati dunia nyanyian. Sejak berusia sembilan tahun, pelajar Tingkatan Satu, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur ini sudah aktif menyertai pelbagai pertandingan nyanyian. Acap diangkat sebagai juara, Idola Kecil membawa Wada meneroka sebuah dunia baru yang sentiasa menjadi anganan setiap insan yang ingin memperluaskan bakat mereka. “Setiap minggu pertandingan memberikan debaran tetapi saya tanamkan dalam diri supaya mengatasi perasaan itu dan fokus untuk memberikan yang terbaik. “Saya bernasib baik kerana pernah menyertai pertandingan nyanyian sebelum ini, jadi pengalaman itu banyak membantu ketika berdepan penonton. “Mungkin itu membuatkan saya lebih yakin ketika di pentas,” katanya, sesekali menguntum senyuman terutama tatkala mengimbas detik dua bulan berada di Idola Kecil. Haqiem dan pertandingan juga bukan perkara baru kerana sejak usia tujuh tahun, dia sudah mula berani mempertaruhkan bakatnya. Bahkan untuk memantapkan mutu vokal dan penyampaiannya, dua bulan sebelum menyertai Idola Kecil, keluarganya menghantar Haqiem untuk mengikuti kelas vokal bersama seorang guru di Cheras Indah. Pemenang tempat kedua Idola Kecil itu berkata, banyak kenangan tidak mampu dilupakan sepanjang dua bulan bersama. “Paling seronok ketika dibawa berjalan-jalan. Saya paling suka ketika kami dibawa ke Aquaria. Ia antara saat cukup manis sepanjang menyertai Idola Kecil. “Lagi satu, setiap hari kami dihidangkan makanan yang enak dan saya sangat menghargai apa yang kami lalui selama bersama Idola Kecil,” katanya. Walaupun semakin dikenali malah, saham mereka berdua melonjak selepas membuat persembahan selingan pada malam Anugerah Juara Lagu lalu, senario itu tidak mengubah apa-apa dalam diri Wada dan Haqiem. Seperti teman sebaya lain, kebanyakan waktu mereka ditumpukan kepada alam persekolahan. Cuma pada hujung minggu, jadual harian mereka agak berubah. “Agak sibuk dengan permintaan persembahan, cuma saya masih menanti peluang merakamkan album. Siapa saja mempunyai impian itu dan saya juga tidak terkecuali,” kata Wada yang mengagumi Datuk Siti Nurhaliza. Semakin dikenali, Wada tidak sesekali membiarkan dirinya hanyut. Gelaran yang diterima tidak membuatnya lupa akan siapa dirinya. Di sekolah, seperti teman lain dia tidak mendapat sebarang keistimewaan. Andai ada yang menyapa, Wada menerima kehadiran mereka dengan ikhlas. “Ada kalanya saya rasa segan juga tetapi saya boleh menangani perubahan ini. Bahkan ada yang macam tidak percaya saya yang menjuarai Idola Kecil sampai bertanya apakah saya Wada mereka lihat di kaca televisyen? “Cuma mungkin saya seronok dapat menempuh pengalaman baru ini kerana tidak semua diberi Tuhan peluang seperti ini,” kata Wada yang mewarisi bakat nyanyian daripada bapanya, Mat Amin Bahari disokong ibunya, Raja Habibah Raja Taib. Menyokong pendapatnya, Haqiem berkata, apa yang menyeronokkan mengenai kehidupan baru ialah dapat bertemu artis pujaannya. Pengagum Jamal Abdillah dan Nash, tawaran menjayakan persembahan pentas membuka ruang untuk dia bertemu mereka. “Sejak dulu lagi saya suka menyanyikan lagu Nash. Saya suka kerana suaranya hebat dan lagu dibawakannya juga menarik. “Kalau dulu saya cuma dapat melihat mereka di televisyen. Tetapi sejak menyertai Idola Kecil, saya berkesempatan berkongsi pentas dengan mereka. “Saya cukup seronok apabila dapat bertemu abang Jamal Abdillah ketika AJL, tempoh hari. Ia antara saat manis tidak mungkin saya lupakan,” katanya yang turut diundang menjayakan persembahan di depan Yang di-Pertuan Agong, Tunku Zainal Abidin ************** di Putrajaya, 21 Februari ini. Ditanya impian, Wada mengimpikan untuk menggapai cita-cita mencipta nama pada peringkat antarabangsa, malah mahu mendalami bidang muzik untuk melengkapkan dirinya sebagai insan seni. Biarpun membesar dengan lagu kontemporari, jiwa Wada lebih terarah kepada irama klasik kerana lagu seperti itu memberi lebih kepuasan apabila dibawa. Suatu pegangan mereka berdua, apabila berada di atas jangan lupa rumput dipijak. Pesanan itu sentiasa melekat dalam kotak fikiran mereka. “Banyak yang perlu dititikberatkan terutama penampilan dan tingkah laku kerana sekarang banyak mata yang memerhati. “Jika ada yang tidak berkenan, keluarga akan memberi teguran. Keluarga banyak menyokong dan jasa mereka tidak akan dilupakan,” kata Haqiem, berterima kasih kepada ibu dan bapanya, Rosli Abdul Manaf dan Nazrah Ahmad Nordin. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 23 Feb 2009, 8:40 am | |
| Wana juarai My Starz LG 2 Wana berjaya meraih gelaran juara My Starz LG musim kedua. -foto The Star oleh AZMAN GHANI [SEMASA] KUALA LUMPUR: Tanpa diduga, takhta juara akhirnya menjadi milik Noriezuana Syed Shafudin atau Wana, 23, pada malam tadi, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, selepas berhempas pulas selama 12 minggu di dalam My Starz LG musim kedua. Aksi Wana ketika mendendangkan lagu medley 'Ku Telah Jatuh Cinta'. Wana yang pada mulanya mendapat markah tercorot berjaya memikat hati para juri dan penonton dengan nyanyian lagu medley ‘Ku Pendam Sebuah Duka’ dan ‘Ku Telah Jatuh Cinta’ pada bahagian pertama dan lagu ‘Kehebatan Cinta’ duetnya dengan Jamal Abdillah pada bahagian keduanya. Wana menyanyi dengan sekuat hati ketika berduet dengan Jamal Abdillah menerusi lagu 'Kehebatan Cinta'. Dengan kemenangan tersebut, Wana merangkul hadiah wang tunai RM100,000, LCD TV (42’ LG LCD) tajaan LG, serta menjadi bintang dengan kontrak rakaman label rekod Warner Music Malaysia. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 23 Feb 2009, 8:43 am | |
| Nashrin Naib Juara My Starz LGNashrin hanya layak bergelar naib juara My Starz LG. Sementara Wann Nashrinie Zafri atau Nashrin, 20, yang mendendangkan lagu ‘Perlu Kamu’ bersama Misha Omar serta lagu medley ‘Kaulah Segalanya’ dan ‘Si Gadis Ayu’ mendapat tempat kedua sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 serta barangan LG, LCD TV (32’ LG LCD). Faizal Tahir melakukan persembahan bertenaga dengan nyanyian lagu 'Sampai Syurga'. Dalam pada itu, Cassandra Daniel Manja atau Cassie, 23, dinobatkan sebagai pemenang ketiga dan mendapat hadiah telefon bimbit LG (Renoir) selepas menyanyikan lagu medley ‘Langit Ke Tujuh’ dan ‘Ku Mahu’ serta lagu duetnya dengan Siti Sarah, ‘Mercy’. Rossa dari Indonesia tidak ketinggalan menghiburkan penonton dengan lagu 'Hey Ladies' dan 'Ayat-Ayat Cinta'. Peserta dari Sabah iaitu Mohd. Hairi Kenneith atau Hairi, 20, yang mendendangkan lagu duetnya dengan Fiq, ‘Debunga Wangi’ dan ‘Opera Hidup’ serta lagu medley ‘Lagu Untukmu’ dan ‘Kau Yang Bernama Seri’ hanya berjaya membawa pulang hadiah penghawa dingin LG (Art Cool) selepas meraih tempat keempat dalam program yang dibawakan secara langsung oleh TV3 itu. Mereka diadili oleh juri tetap iaitu Hattan dan Liza Hanim manakala Mohd. Faizal Maas atau Ajai bertindak selaku juri jemputan di mana 70 peratus markah diberikan oleh juri manakala selebihnya diputuskan oleh penonton melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Program yang dikendalikan oleh pengacara Nazruddin Habibur Rahman dan Puteri Andreanna Syigim ini turut dimeriahkan dengan persembahan bertenaga daripada Faizal Tahir menerusi lagu ‘Sampai Syurga’, Jamal Abdillah dengan lagu ‘Terharu’ dan paling menarik adalah nyanyian lagu ‘Ayat-Ayat Cinta’ dan ‘Hey Ladies’ daripada penyanyi Indonesia, Rossa. Semua peserta My Starz LG dilatih oleh penasihat vokal, penyanyi dan pencipta lagu Lah Ahmad, koreografer tarian Raimee Salleh dan Syaiful Bahrim sebagai konsultan imej. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 23 Feb 2009, 9:10 am | |
| Raja Lawak: Peserta terlemah Amir terselamat, Am dan Chot tersingkir Amir terselamat, meskipun dilihat tidak layak memandangkan prestasinya yang langsung tidak memberangsangkan EPISOD kelapan musim ketiga Raja Lawak minggu lepas membawa tajuk 'Bebas' dan peserta diberi pilihan membawa apa saja watak kecuali manusia. Episod yang dibimbing oleh Azizi Chunk, pengarah Antoo Fighter memberi kebebasan kepada pelajar untuk mengasah lagi bakat mereka di minggu-minggu terakhir, yang masih belum lagi menyerlah sepenuhnya. Bimbingan yang diberi Aziz kurang dimanfaatkan sebaik mungkin kerana pesertamasih tidak dapat menangkap biji butir pelajaran yang diberi. Kalau hendak diharapkan idea memang seorang, dua saja peserta yang nampak bakat lawak semulajadi mereka. Yang lain tu harapkan belas ihsan pengundi di luar sana untuk membantu mereka kekal di dalam pusingan Raja Lawak seterusnya. Oleh kerana di pusingan ketujuh tiada penyingkiran yang berlaku maka di episod minggu lepas, yang ke udara pada jam 9 malam di Astro Prima, dua peserta diumumkan terkeluar dari Raja Lawak iaitu peserta solo Am dan peserta berkumpulan Chot. Kalau diikutkan, peserta solo Amir yang berasal dari Kelantan yang lebih layak meninggalkan Gelanggang Raja Lawak berbanding dengan Chot. Pilihan yang dibuat oleh penyokong Raja Lawak di sana tidak adil memandangkan prestasi Amir yang langsung tidak memberangsangkan. Peserta berbadan kecil yang selalu mendapat 'pujian' simpati dari juri tetap Fauziah Nawi dan kadangkala Zaibo, seharusnya terkeluar minggu lepas. Amir sememangnya tidak layak ke pusingan akhir bersama kumpulan LNJ, Sepah dan peserta solo wanita Jihan. Sungguh memalukan melihat Amir yang terkial-kial melontarkan ideanya yang tidak lucu, lawak yang tidak menjadi bersama loghat Kelantannya yang pekat sekali. Secara tidak sedar, martabat Raja Lawak musim ini menurun dan menjadi seperti gelanggang 'amatur' di mana lawak tadikapun boleh di kategorikan sebagai lucu. Hairan sungguh kenapa tidak ada pemantauan dibuat untuk memastikan hanya yang terbaik saja layak ke pusingan seterusnya. Apa yang terjadi saban minggu, Amir dibiarkan saja menjadi 'tukang karut' selama 2 minit. Kasihan melihat kegigihan Amir meneruskan perjuangannya di gelanggang Raja Lawak walau ramai sependapat mengatakan Amir antara peserta yang paling lemah, kurang berbakat dan tidak kreatif. Jangan kerana susuknya yang kecil dan latar belakangnya sebagai penoreh getah memberi dia keistimewaan untuk berada terus di RajaLawak kerana ini sungguh tidak adil pada yang lain. Sungguhpun Jihan adalah harapan pelawak wnaita tapi beliau juga mempunyai banyak kelemahan. Walaupun susunan cerita agak menarik, ianya kurang lucu. Dari segi mutu persembahan dan kepuasan dari penonton, hanya dua peserta saja yang benar-benar berbakat dan boleh diasah - LNJ danSepah. Yang lain, sekadar meramaikan peserta Raja Lawak musim ini. Nak kata mneyerikan pun tidak boleh kerana lawak mereka tidak meninggalkan kesan. Memang benar, bakat yang ada perlu diasah tapi masalahnya peserta musim ini, bakat yang mereka ada tidak sebesar mana, jadi pembelajaran di Gelanggang Raja Lawak mungkin tidak akan meninggalkan kesan apa-apa. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 23 Feb 2009, 9:53 am | |
| DIOR adik AWAL ASHAARI???tgh aku check mespes aku, tertgk plak si Dior nih update gambo baru... aku ader tgk page nih kat media hiburan 2 minggu lepas kot...xplak aku bacer bebetol,sib baik die upload sebesar camni.... aper pendapat korang? adekah betok DIOR ni adik Awal Ashaari? aku tgk mcm x samer jerk. pendapat korang? oh...sat gi mesti ader yg menanyer Dior ni saper....gi myspace.com/diorshah or shahdior.blogspot.com .aku amek sumber kat situ. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 23 Feb 2009, 11:43 am | |
| Cerai Taklik!“SAYA letakkan beberapa syarat. Kalau dia (suami) mengingkari syarat-syarat tersebut dalam tempoh tiga bulan ini, maka kami akan bercerai secara taklik,” ujar Salina Zaimon atau Lydiawati, 43, ketika dihubungi BACARIA untuk mengetahui situasi sebenar status perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Azhar Mohamad Han. Walau sudah tawar hati -Lydiawati bagi peluang suami berubah “SAYA letakkan beberapa syarat. Kalau dia (suami) mengingkari syarat-syarat tersebut dalam tempoh tiga bulan ini, maka kami akan bercerai secara taklik,” ujar Salina Zaimon atau Lydiawati, 43, ketika dihubungi BACARIA untuk mengetahui situasi sebenar status perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Azhar Mohamad Han. Keputusan itu terpaksa diambil oleh pelakon yang cukup popular sekitar tahun 90an ini setelah mendapat nasihat daripada pejabat agama apabila merujuk masalah rumah tangganya di sana. Suaminya yang turut hadir pada sesi kaunseling tersebut minggu lalu turut bersetuju dengan apa disyaratkan oleh Lydiawati itu dan berjanji untuk berubah dan bertanggungjawab ke atas rumah tangga mereka. Ketika ditanya apakah syarat-syarat yang ditetapkan itu, kata Lydiawati lagi biarlah hanya mereka berdua sahaja yang tahu tentangnya. “Kalau diikutkan, saya sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini. Sudah banyak kali saya bagi dia peluang, tetapi akhirnya saya berdepan dengan masalah yang sama juga. Mengambil nasihat dari keluarga dan rakan-rakan, saya akhirnya merujuk masalah ini kepada pejabat agama dan kami dipanggil untuk sesi kaunseling. “Pegawai agama di sini menyarankan saya agar memberikan peluang sekali lagi kepada suami. Apatah lagi dia juga telah mengaku segala kesalahannya selama ini. Sebagai manusia biasa, saya akur untuk memaafkan kesilapannya. Tetapi kali ini kami membuat perjanjian dan dia perlu mematuhi beberapa syarat. Sekiranya dia gagal mematuhi syarat-syarat itu dalam tempoh tiga bulan, talak akan jatuh secara taklik,” tegas ibu kepada Normunira, 23, dan Siti Nuranisah, 7, ini lagi. Menurut pelakon yang hampir 20 tahun hidup menjanda sebelum ini juga, perkahwinan yang dibina pada bulan Jun tahun lalu itu mula bergolak dua bulan selepas itu. Puncanya kerana tiadanya kesefahaman dan sikap cemburu suami yang agak keterlaluan. Pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepadanya, malah lebih teruk lagi dia juga beberapa kali dihalau dari rumah setiap kali berlakunya pergaduhan. Pun begitu, demi untuk mempertahankan rumah tangga yang baru dibina itu, Lydiawati sanggup beralah dan berkorban untuk suami. “Mana ada wanita yang berkahwin untuk bercerai? Begitu juga dengan saya. Pun begitu, kesabaran saya ada hadnya. Buat apa meneruskan perkahwinan ini kalau ia begitu menyeksa saya? Jadi, saya memberanikan diri untuk melaporkan masalah ini kepada pejabat agama untuk mencari penyelesaian. “Kebetulan pula ada orang yang tahu tentang cerita ini bertanya tentangnya. Saya berterus terang kerana tidak mahu berbohong dan menambah dosa. Malangnya ada pula yang menganggap saya tindakan saya ini sebagai mencari publisiti murahan. Itu yang buat saya kecewa,” ujarnya yang kini kembali aktif berlakon untuk mencari pendapatan menyara diri dan anak-anak selain membantu meringankan kos perubatan bapanya yang sedang sakit.
Last edited by sally_eiyna on Mon 23 Feb 2009, 11:55 am; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 23 Feb 2009, 11:54 am | |
| Noryn masih mencari cinta SEMAKIN popular dan dikenalinya seseorang artis itu, maka semakin banyaklah tempias gosip yang singgah. Kenyataan itu diakui sendiri oleh Norazmahwati Abd Aziz atau lebih mesra dikenali dengan nama Noryn Aziz ini. Baru-baru ini, Noryn sekali lagi menjadi bahan cakap-cakap orang apabila pemegang Ijazah Sarjana Muda Muzik dari Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM) ini dikatakan menjalinkan hubungan terlarang dengan kaum sejenis. Ia juga dikatakan punca mengapa Noryn menolak cinta ramai lelaki. “Saya tidak marah dengan fitnah yang dilemparkan kepada saya ini, cuma berasa sedikit terkilan mengapa saya yang menjadi sasaran mereka. Saya tidak berhasrat pun nak buat penjelasan sana sini supaya orang menarik balik gosip itu kerana saya tahu ia tidak akan merubah apa-apa. “Tentu sahaja orang tidak mahu percaya percakapan saya dengan alasan ia dilakukan semata-mata untuk menutup kesalahan diri saya. Jadi, terpulanglah kepada apa yang orang mahu katakan tentang diri saya, yang penting saya tetap menjalani kehidupan saya seperti biasa,” ujarnya yang mengakui ‘teman sejenis’ yang dimaksudkan itu hanyalah kenalan biasanya sahaja yang kebetulan berurusan atas dasar kerja. Diajukan dengan pertanyaan, apakah gosip-gosip yang menyinggahinya itu membuatkan dia rimas hidup bersendiri dan mahu segera menamatkan zaman solonya? Anak kelahiran Shah Alam ini terus sahaja melepaskan tawanya. “Semua benda yang kita buat dalam kehidupan ini mestilah ada tujuannya. Begitu juga dengan perkahwinan. Saya takkan kahwin semata-mata kerana rimas dengan gosip. Saya hanya akan memutuskan untuk berkahwin apabila bertemu dengan seseorang yang mampu menjaga dan membimbing saya menjadi manusia yang lebih baik daripada hari ini. Wang ringgit bukan lagi menjadi isu pada saya sekarang. “Selama ini pun bukan saya tidak mencari, tetapi kenyataannya jodoh untuk saya belum sampai. Soal serik dengan kegagalan perkahwinan lalu itu adalah soal kedua, tetapi apa yang penting adalah kesediaan kita untuk menempuh kehidupan yang akan datang,” ujar duta Marie France ini tenang. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 23 Feb 2009, 11:58 am | |
| "Jangan buat andaian..." - Fara Fauzana Semenjak menyertai Media Prima tiga tahun lalu, Fara Fauzana sering dikatakan anak emas kepada stesen radio Hot fm dan TV3. Malahan kejayaan program ‘Melodi’ memenangi salah sebuah anugerah barubaru ini yang ditukar dalam bentuk imbuhan pakej percutian ke Los Angeles (LA) oleh pihak pengurusan TV3 sebagai tanda penghargaan turut menjadi isu. Sebelum ini, menerusi MH bilangan 1237, Wahid tampil memberi penjelasan disebalik kisah percutian itu yang mana dirinya dikatakan kecewa apabila namanya hanya terpilih untuk menggantikan tempat Fara Fauzana setelah Fara menarik diri untuk pergi mengerjakan umrah. Lantaran itu, Fara ketika ditemui baru-baru ini tampil memberi penjelasan. “Baru-baru ini, sebaik sahaja pulang dari mengerjakan umrah saya ada jumpa Wahid bertanyakan tentang perkara ini. Saya sendiri tidak tahu percutian tersebut memang ditawarkan kepada saya. Saya memikirkan semasa ditawarkan percutian ke Los Angeles ketika itu bukanlah untuk individu tetapi ianya turut ditawarkan kepada satu ‘team’ Melodi. Ini kerana saya beranggapan, bukan saya sahaja tenaga kerja Melodi tetapi sudah semestinya atas kerjasama satu kumpulan yang melibatkan ‘cameraman’ dan yang lain-lain. Lagi pula saya bukanlah bertindak selaku wartawan penyiaran yang mencari bahan. Sebaliknya tugas saya di studio bersama Wahid selaku pengacara rancangan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 23 Feb 2009, 11:59 am | |
| Rai Ulang Tahun ke 35; Rumah Erra Fazira diceroboh! Tanggal 1 Februari2009 lalu, Engku Emran, suami kepada penyanyi dan pelakon popular Erra Fazira menyambut ulang tahun kelahirannya. Biarpun tidak ada majlis `suprise’ yang dapat di kongsikan bersama pembaca tetapi Erra dan keluarga terdekatnya sempat juga membuat kejutan untuk Emran pada malam ulang tahun Emran di rumah mereka. Pada tanggal 9 Februari lalu, Erra pula menyambut ulang tahun kelahirannya. Tahun ini, bukan sahaja sambutan ulang tahunnya dibuat dalam kejutan, malah turut berdebar menanti kelahiran anak sulung mereka. Umie Aida dan Zahida sejak awal telah merancang ulang tahun teman baiknya kali ini dengan mengadakan majlis `baby shower.’ Tetamu yang datang bukan membawa hadiah untuk Erra tetapi hadiah untuk anaknya yang bakal lahir itu. Bahkan, digalakkan juga tetamu mengenakan baju mengandung. Lebih menarik lagi, persiapan untuk majlis dan bilik bakal cahayamata telah dihias lebih kurang dua jam sebelum majlis bermula. Semua hadiah yang dibawa oleh tetamu diletakkan di bilik itu. Biarpun tetamu terpaksa masuk dengan cara `menceroboh’ ke rumah Erra tetapi yang pasti sudah berpakat terlebih dahulu dengan suaminya untuk meminta kebenaran. Erra dan Emran sampai ke rumah mereka lebih kurang jam 1.30 tengahari dari bercuti selama dua hari. Dan menurut Erra, dia syak sesuatu berlaku di rumahnya bila banyak kereta yang dikenali tersadai diperkarangan rumahnya. Bagaimanapun dia agak terkejut kerana bukan sahaja Umie, Zahida, Habsah Hassan dan Raja Alawiyah yang ada tetapi ramai kenalan lainnya. Antaranya ialah Chef Zam, Noniswara, Jasmin Hamid, Zarina Zainuddin, Betty, Nasha, Kay, dan Izzat(jurumekap). Tambah terkejut lagi apabila kenalan rapat menyambutnya dengan perut yang `memboyot’ seperti orang mengandung, dan kemudian Erra bersama suaminya terus di bawa ke tingkat atas untuk melihat bilik `baby girl’ yang sudah disiapkan oleh Umie dan gengnya. Terkumpul juga segala hadiahhadiah dari tetamu dan peminat yang menghantar terus kepada Erra. Kemudian barulah acara memotong pulut kuning diadakan. Emran sendiri membaca doa untuk isterinya. Jelas terpancar keceriaan dan kebahagiaan pasangan ini tambahan lagi bakal bergelar ibu dan ayah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 23 Feb 2009, 12:02 pm | |
| Emak Mawi Dalam Keadaan Nazak? Dengar-dengar ada seorang informer ni bagi maklumat yang mengatakan emak Mawi, Ramlah Sarlan sedang Nazak. Dia mendapat tahu ketika dia menghadiri Final Mystarz LG semalam. Menurutnya dia terdengar dari seorang reporter salah sebuah majalah hiburan tempatan. Tidak disebutkan nazak yang dimaksudkan adalah disebabkan kerana diserang penyakit atau kemalangan. Kemungkinan juga ini adalah salah satu dari ketiadaan Mawi semalam yang dijadualkan akan menghadiri konsert akhir Mystarz LG dengan membuat persembahannya. Dengan membuat alasan yang tidak dapat dielakkan. Tidak dipastikan lagi kesahihan maklumat ini benar atau palsu, namun kepada peminat-peminat Mawi atau bukan peminatnya di harap memanjatkan doa kepada ibunya, diharap sembuh dan pulih seperti sedia kala. Jika Allah memanggilnya, maka itu adalah takdir yang harus Mawi terima dengan redha dan tabah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 23 Feb 2009, 12:03 pm | |
| Arni Nazira Ex-Isteri Awie, nak Kahwin Lagi?Lama tak dengar khabar penyanyi dan pelakon Arni Nazira yang macam menyepi selepas bercerai dengan Awie, Arni ada berlakon, tapi nampaknya kemunculan Arni tidak sehangat sebagaimana selepas dia kembali berlakon dulu. Tapi ada sumber yang memberitahu yang Arni bakal menamatkan alam janda yang sedang dilaluinya sekarang. Dengar-dengarnya Arni akan menukar statusnya pada bulan Mac ini. Yalah Arni masih muda takkan mahu bersendirian. Apatah lagi Awie sekarang sedang bahagia dengan keluarga barunya. Khabarnya Arni bakal berkahwin dengan lelaki yang pernah dikenalinya semasa dia belum berkahwin. Apabila berjodoh dengan Awie, Arni melupakan lelaki tersebut. Kata orang kalau ada jodoh tidak ke mana. Arni kini solo dan tidak ada masalah kalau mahu membina rumah tangga semula. Kalau benar tahniahlah di ucapkan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 23 Feb 2009, 12:06 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 23 Feb 2009, 12:10 pm | |
| Erti cinta Scha & Kamal KEDATANGAN Februari sering kali dinanti-nantikan oleh pasangan bercinta. Sudah semestinya pelbagai agenda telah diatur untuk meraikannya. Pasangan yang menghiasi cover Yezz! edisi kali ini merupakan permata yang semakin bersinar kilauannya. Dua bintang yang lahir daripada pencarian Hero Remaja dan Dewi Remaja, anjuran majalah Remaja, terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd ini kelihatan sama cantik, sama padan. Tema merah menambahkan lagi kehangatan kasih buat mereka. Ops! Mereka berdua nie bukan pasangan bercinta. Erti kasih bagi mereka berdua ini adalah kasih antara dua sahabat yang sama-sama berjuang di medan seni. Berlokasi di sebuah rumah mewah milik Cik Nor ini, fotografi menjadi lebih mudah apabila chemistry dan sikap sporting antara mereka berdua. Lihat saja foto-foto romantik mereka yang dirakamkan ini. Romantis sungguh pasangan nie berposing. Jom tengok apa erti cinta dan Valentine bagi dua selebriti pilihan ini. Pengertian Valentine bagi you adalah...Scha: ‘Kekasih’. Bagi yang menyambutnya akan express their love by bagi bunga, dan kasi kad. Tapi kalau nak ikutkan hari-hari kita sambut hari kekasih, sebab perasaan sayang selalu ada dalam diri kita sama ada dekat parents, kekasih atau sesiapa pun. Kamal: Hari menghargai kasih sayang orang-orang yang terdekat especially GF or BF kite la.. Sudah berapa kali you all sambut Valentine’s day?Scha: Honestly, bukan saya tak menyambut Valentine’s, tapi bila sampai tarikh 14hb tu, macam takde benda, so maksudnya saya memang tak pernah celebrate dengan secara tak langsung!! cuma saya pernah dapat bunga and chocolate. Kamal: Dah 3 kali. Apa kenangan manis you all sewaktu Valentine’s day yang tak dapat dilupakan?Shca: Saya dapat bunga (besar sangat) dan chocolate. Kamal: Buat suprise untuk sidia... Kenangan pahit pula macam mana? Scha: Takde =) Scha: Takde =) Kamal: Tak dapat celebrate dengan si dia. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 23 Feb 2009, 2:20 pm | |
| Wana bawa pulang RM100,000WANA bersama replika hadiah RM100,000 yang disampaikan oleh Pengerusi LG Electronic Asia, Woody Nam di PWTC malam tadi. KUALA LUMPUR – Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan Noriezuana Syed Shafudin apabila beliau menguasai pentas untuk muncul juara program realiti My Starz LG musim kedua di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi. Ia menjadi kejayaan yang cukup bermakna bagi anak kelahiran Seberang Perai yang mesra dengan panggilan Wana itu kerana selain kejuaraan, beliau juga membawa pulang RM100,000, rakaman kontrak bersama Warner Music Malaysia dan barangan elektrik LG. Kejayaan Wana menutup laluan peserta pilihan, Nashrin atau Wan Nashrinie Zafri, Cassie (Cassandra Daniel Manja), dan Hairie (Mohd Hairi Kenneith) dalam saingan final. Nashrin yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua, membawa pulang wang tunai RM20,000 dan barangan elektronik LG LCD TV sementara Cassey pula ketiga dengan hadiah penghawa dingin Art Cool. Wana berjaya memukau penonton dengan lagu medley Ku Pendam Sebuah Duka serta gandingan bersama Jamal Abdillah menerusi lagu Kehebatan Cinta |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 23 Feb 2009, 2:21 pm | |
| Cinta jarak jauh ke jinjang pelamin NURSULHI dan Kartini selepas majlis pernikahan mereka di Kuala Lumpur semalam KUALA LUMPUR – Penyampai radio Hot FM, Kartini Kamalul Arifin, 31, atau lebih dikenali sebagai Tini, selamat diijabkabulkan bersama pasangannya Nursulhi Jasmin, 29, di Dewan Perdana Felda semalam. Pernikahan itu detik manis hasil percintaan mereka sejak dua tahun lalu dengan mereka membuat temu janji pertama sebulan sebelum Tini melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada 2006. Pasangan pengantin itu kelihatan secocok dan anggun dengan memakai baju berwarna kelabu cair ketika upacara akad nikah yang disempurnakan oleh Imam Masjid Pulapol, Haji Rahimi Abdul Rajab. Dengan dua kali lafaz, Nursulhi yang juga Pengurus Acara di stesen yang sama, sah menjadi suami Tini yang menerima mas kahwin RM80 berserta wang hantaran RM10,000. Rombongan lelaki membawa sebelas dulang hantaran yang digubah cukup menarik dengan dibalas 13 dulang oleh pihak pengantin perempuan. Sejurus selesai majlis akad nikah itu, Tini bersyukur semuanya berjalan lancar dan sudah bersedia menjadi isteri. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 23 Feb 2009, 3:13 pm | |
| Shahora sabar tunggu Mukhriz DUA insan yang dikurniakan personaliti berbeza ditakdirkan bertemu jodoh. Perbezaan itulah yang membuatkan pasangan mempelai Sharifah Shahora Syed Akil, 34, dan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamarudin, 36, serasi. Mukhriz pendiam dan Shahora pula paling senang diajak berbicara. Kelakar apabila diajukan pertanyaan pada Mukhriz sambil menjeling manja pada sang suami, Shahora menjawab bagi pihaknya. “Mukhriz ini pendiam tetapi daripada renungan matanya, saya tahu dia hendak cakap apa. Selalunya saya akan bercakap bagi pihaknya. Dah tujuh tahun berkawan, saya tahu sangat sikapnya dan boleh baca gerak hatinya. “Tetapi kalau tinggal kami berdua, Mukhriz banyak cakap dan suka berlawak. Dia paling suka melayan anak angkat kami, Puteri Fiedra (9 bulan). Agaknya Mukhriz kekok apabila hendak bercakap lebih-lebih depan orang. Namun itulah yang membuatkan kami berdua serasi. Dalam ‘kesenyapannya’ itu, Mukhriz bertanggungjawab terhadap keluarga. “Kami bahagia meskipun jarang berjumpa kerana Mukhriz sibuk sebagai pengarah fotografi drama dan filem. Saya sendiri berlakon. Kesibukan yang tiada penghujung tetapi ia rezeki daripada Allah SWT dan sebagai bekalan untuk hari tua nanti,” katanya. Pasangan mempelai itu yang dinikahkan pada Oktober lalu bercadang mengadakan majlis kenduri dan persandingan pada November tetapi tak jadi. Kemudian Shahora memilih Disember dan akhirnya 21 Februari barulah impiannya terlaksana. “Buat majlis ini pun saya terpaksa nekad. Kalau hendak menunggu masa yang benar-benar lapang memang tidak ada kerana Mukhriz sentiasa sibuk dengan kerjanya dan memenuhi undangan memberi syarahan kepada pelajar universiti dalam bidang fotografi dan April ini, dia akan memberi syarahan kepada produser televisyen Brunei. “Dengan izin Mukhriz, saya ambil duit dan mula mencari tempat untuk majlis ini diadakan serta membuat persediaan lain. Mujurlah saat akhir ramai sudi membantu dan menaja. Seperti malam ini (kelmarin), saya hendak beri juga ‘duit minyak’ kepada rakan yang membantu melancarkan perjalanan majlis ini tetapi mereka tolak. “Terima kasih pada semua yang menjadikan majlis ini ,kenangan paling manis buat saya dan Mukhriz,” katanya. Mereka juga belum merancang untuk berbulan madu. Pun begitu, Mukhriz ada keluarga angkat di Brussels, Belgium. Oleh itu, Shahora dan Mukhriz berharap dapat mengunjungi mereka di sana sambil berbulan madu sebelum penghujung tahun ini. Mengenai zuriat, Mukhriz mahukan dua orang tetapi Shahora pula teringin anak ramai iaitu empat orang. “Dua anak sikit sangat. Campur anak angkat kami, Puteri Frieda baru ada tiga orang. Jika kedua-duanya dah besar dan berkahwin, tinggal saya dengan Frieda saja. Jadi bagus kalau dapat anak ramai. Kalau tak semuapun, adalah seorang dua yang tinggal di rumah,” katanya. Shahora yang kelihatan berseri dan ceria pada malam itu tidak terkilan menunggu lama untuk naik pelamin dengan jejaka pujaan kerana ternyata kesabarannya itu berbaloi. “Sebelum menikah, Mukhriz sudah belikan rumah di Kemensah Heights untuk kami berdua. Kami juga ada perniagaan sendiri iaitu 11 Field Sdn Bhd. Meskipun kecil-kecilan tetapi ia memadai untuk persediaan masa depan kami nanti. “Satu lagi syarikat penerbitan, Merah Maya Motion Picture Sdn Bhd diusahakan bersama rakan kongsi. Projek pertama filem Ransang tetapi kerana kegawatan ekonomi, ia terpaksa dibekukan dulu. “Dek kerana kesibukan, Mukhriz juga menyerahkan segala kepercayaan menyerahkan urusan rumah tangga dan kewangan kepada saya,” katanya. Mukhriz yang hanya mendengar coleteh isterinya berkata, bagus juga dipertemukan dengan Shahora yang banyak ‘mulut’ kerana ia mampu mewarnai rumah tangga mereka. “Perlu ada yang membuat bising dalam rumah, barulah ceria. Saya kenal Shahora dah lama dan ‘masak’ dengan tingkah-lakunya,” katanya. Majlis persandingan Shahora dan Mukhriz di Restoran Felda Villa, Jalan Maktab, kelmarin berlangsung dalam hujan renyai. Namun mereka yang mengenakan persalinan baju pengantin rona putih tetap melangkah tenang ke pentas persandingan. Mereka tampil di majlis itu menaiki kereta klasik Bufori bernilai 498,000 tajaan Bufori Sdn Bhd. Majlis kenduri dan persandingan itu diadakan dua kali, siang dan malam. Acara sebelah siang meraikan saudara-mara kedua-dua pihak dan rakan lama Shahora manakala acara malam meraikan rakan artis dan media. Pakaian pengantin acara siang tajaan Mohd Nazmi dari Inai Dijari manakala baju sebelah malam ditaja Ismail Hussin. Solekan oleh Izatt Artistik dan Kia. Cenderahati untuk tetamu disediakan IV6. Pelamin rekaan Syam dari Butik Fragra. Rakan artis hadir termasuk Ifa Raziah, Emma Akma, Ieda Moin, Maya, Farid Kamil, Anne Abdullah selaku pengacara, Aida Aris, Noniswara, pengarah drama Shahrulezad Mohameddin dan Fazli. Hadir sama, Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Fatimah Ismail serta David Teo dan isteri, Jane. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 23 Feb 2009, 3:21 pm | |
| Tak mustahil kami kahwin – Remy IshakGosip percintaan pelakon macho yang tengok dok meletup sekarang ni, Remy Ishak, 27, dengan Umie Nazira, 23, semakin heboh diperkatakan. Kemana pergi pun orang bertanya betulkah Remy dan Umie yang juga anak Datuk itu bercinta? Malah ramai orang sudah nampak tahap keintiman mereka. Cuma ada orang kata dia orang nak sorok saja. Pengarang Mangga, Zeha pun mengaku dia pernah nampak Remy dan Umie berjalan berpegangan tangan dan manja-manja gitu. Umie pula dilihat pernah meletakkan tangannya di atas bahu Remy seperti orang yang tengah angau bercinta. Masa jumpa Remy minggu lalu Niezam minta dia buat penjelasan mengenai hubungan dia orang. Jangan nak sorok-sorok. Secara terus terang Remy mengaku dia tak mahu jadi orang yang hipokrit. Kalau boleh dia memang tak nak sorok benda yang betul sebab lambat laun orang akan tahu juga. Menurut Remy dia mengaku buat masa ni dia dan Umie Nazira tu memang tengah hangat berkawan. Dia orang kenal masa sama-sama berlakon drama Awan Dania tak lama dulu. Kerana drama tu dia orang memang rapat sehinggalah kedua-duanya jadi teman untuk berkongsi cerita. “Buat masa ni Remy dan Umie berkawan baik. Remy memang suka cara dia. Dia boleh dibawa berbincang dan rileks orangnya,” kata Remy. Bila tanya bab-bab kahwin ni Remy tak nak janji apa-apa lagi sebab hubungan mereka masih terlalu awal. Tapi dia tak menafikan pada masa akan datang kalau hubungan tu serius dan berjalan dengan baik tak mustahil mereka akan kahwin. Yang penting Remy kata kalau tanya bab-bab kahwin ni apabila masuk umur 30 tahun baru dia nak serius fikir perkara itu. Buat masa ni Remy nak bagi tumpuan dalam bidang lakonan dulu. Sejak kebelakangan ni dia memang terima banyak tawaran berlakon. Gara-gara tawaran berlakon yang melimpah ruah tu, Remy terpaksa “pasang” pengurus peribadi dah sekarang ini supaya senang nak uruskan jadual kerja harian dia. Wow, kelas gitu. Tak ada orang cemburu ke nanti? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 23 Feb 2009, 3:22 pm | |
| Artis wanita mana telan pil tidur?
Bila sebut nama pelakon wanita yang cun melecun ni kadang-kadang rasa kasihan pun ada juga. Yalah, baru-baru ni terkantoi kerana bercinta dengan suami orang.
Lepas tu ada hati pula nak cantas laki sepupu sendiri. Pendek kata pelakon berusia 20-an ni tak serik-serik kerjanya nak hancurkan rumah tangga orang.
Bila kita nasihatkan dia, dia kata kita ni jahat. Tapi kerja dia tu lagi nakal. Maklum sajalah orangnya lawa, mudahlah nak ambil kesempatan. Dan yang terbaru Niezam dengar cerita kereta pelakon ni dah kena tarik sebab dah berbulan dah tak bayar.
Tak apalah, tarik yang ni, ada sebiji lagi yang lain pula. Kalau setakat nak dapat sepuluh biji kereta baru pun tak ada masalah la bagi pelakon ni. Tapi yang masalahnya sekarang dia dah buat satu kerja gila.
Kalau selama ni kerja gila dia nak ganggu rumah tangga orang, kali ni dia dikatakan sudah menelan pil tidur. Puncanya dia dikatakan tak dapat nak kawal emosi kerana berserabut dengan masalah yang datang bertimpa-timpa.
Sehinggalah pada satu hari tu dia buat keputusan menelan beberapa pil tidur sehingga tak sedar diri. Nasib baik ada orang tolong selamatkan dan terpaksa hantar ke pusat rawatan berdekatan. Kalau tidak, tak tahulah apa nak jadi?
“Bila sampai di pusat rawatan tu doktor nak rujuk dia ke hospital kerajaan untuk rawatan lanjut tapi dia tak nak pergi.
“Dia minta dihantar ke hospital swasta lain kerana pelakon tu takut rahsia dia telan pil terbongkar. Alasannya dia ada ramai kawan di hospital kerajaan,” kata seorang pengadu.
Khabarnya keadaan pelakon ni dah kembali stabil selepas mendapatkan rawatan. Harap-harap dia insaflah dengan perbuatan dia tu dan kembalilah kepada Allah. Telan pil sekilo pun masalah tak boleh selesai juga. Ingat, jangan sampai kita mati macam tu. Nanti kekal dalam api neraka. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 23 Feb 2009, 3:36 pm | |
| Gambar Ridhuan Hashim & Intan Azura |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 23 Feb 2009, 3:45 pm | |
| hye dear..sihat ke? lama tul aku xmaosk umah hang kan.heheh |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 23 Feb 2009, 4:05 pm | |
| Pengacara Icip 2 TV3 Anis |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 23 Feb 2009, 4:33 pm | |
| Puteri Sarah... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 23 Feb 2009, 4:41 pm | |
| Ct... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 24 Feb 2009, 8:12 am | |
| Rossa Nafi Berpisah Dengan Yoyo Baru-baru ini timbul lagi gosip bercerai dengan antara Rossa dan suaminya, Yoyo, iaitu pemain dram kumpulan Padi. Apabila ditanya tentang gosip perpisahan itu, Rossa terus terkejut. Katanya pada satu sumber di syarikat rakaman Suria Records (SRC) Sdn Bhd: "Mana ada ribut-ribut... itu semua tidak benar. Saya masih lagi bersama suami saya." Sebelum ini Yoyo dalam satu artikel di Jakarta pun pernah menafikan yang rumah tangga mereka sedang bergolak. "Saat ini saya sedang sibuk berkonsentrasi dengan pekerjaan. Apa yang orang mahu fikir atau cakap, terserah sajalah. Sebetulnya saya juga terbabit dalam album Rossa. Lagu mencipta sebuah lagu berjudul Terlanjur Bercinta. Lagu itu adalah inspirasi saya dan Ocha (panggilan mesra untuk Rossa)," katanya. Jadi, dengan penafian itu Rossa berharap masyarakat tidak akan lagi bergosip tentang rumah tangganya dengan Yoyo. Kalau tidak bahagia dan rumah tangga lintang pukang, tak mungkin juga Rossa dapat memberikan fokus kepada siri konsertnya yang khabarnya cukup sold out di Jakarta dan Surabaya. "Selepas ini Rossa akan membuat konsert di Bandung pula. Kalau tidak ada ral melintang, dia akan membuat konsert di Malaysia pada Jun depan," kata sumber itu lagi |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 7 of 20 | Go to page : 1 ... 6, 7, 8 ... 13 ... 20 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |