Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1 ... 5, 6, 7 ... 13 ... 20  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 10:23 am

Dengarnya...: Niyang Rapik akan difilemkan

CERITA yang ini pun lebih kurang sama macam di atas. Selepas KabirBhatia nak filemkan Kekasihku Seru, Ahmad Idham pula sedangberkira-kira untuk menjadikan drama Puaka Niyang Rapik dalam filemjuga. Idham kata, filem Puaka Niyang Rapik ini akan memulakanpenggambaran pada Mei ini selepas selesai filem Senario The MovieEpisode 2: Beach Boys yang sedang rancak menjalani penggambaran diPulau Pangkor sekarang ini.

Kata kawan Cik Normah, untuk filem judulnya hanya Niyang RapikThe Movie dan perkataan ‘puaka’ itu digugurkan. Masih mengenai seram,filem ini akan ada seorang heroin dan lima orang hero. Antara namapelakon yang disebut-sebut seperti Zulhuzaimy, Zed Zaidi, Ashraf Muslimdan Liyana Jasmay.

Nampaknya pengarah filem di negara kita sedangbertungkus-lumus meningkatkan produktiviti industri perfileman dinegara kita. Baguslah, ini satu perkembangan positif biarpun kitaberdepan dengan pelbagai masalah termasuklah ura-ura bakal berlakukegawatan ekonomi pada tahun ini.

Sebut mengenai Ahmad Idham, Cik Normah dapat tahuDavid Teoh boleh berharap dengan pengarah itu dan kalau tak datang kelokasi untuk memantau sekalipun, David percaya hasil kerjayanya. Tapikalau pengarah kontroversi yang seorang itu, mati hidup semula pun,David tak mungkin akan lepas tangan begitu saja.

Cik Normah sekarang ini tunggu juga kalau ditawarkanberlakon, tapi tawaran yang datang semuanya dengan watak yang taksesuai dengan imej Cik Normah. Walaupun ramai yang kata Cik Normahcantik dan tubuh langsing, tetapi Cik Normah tak berapa suka denganwatak penggoda. Sebab tak berlakon dalam filem pun, memang penampilanCik Normah sudah menggoda.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 11:20 am

Hairie diberi peluang sehingga Ahad

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Hairie10


SETELAH perjanjian dibuat dan bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus diberikan, pelakon Hairie Othman 'buat hal' pula apabila dia menghilangkan diri tanpa sebarang perkhabaran tatkala produksi filem Dimensi Cinta ingin memulakan penggambaran filem tersebut.

Berkali-kali dihubungi pihak produksi iaitu Harian Inovatif Sdn Bhd (HISB), namun telefon bimbitnya tidak langsung dijawab. Malah, pesanan yang ditinggalkan di telefonnya itu juga tidak mendapat respon Hairie sehingga menggusarkan pihak produksi.

Filem arahan Eddie Pak yang merupakan usahasama HISB dan Syarikat Sunday To Sunday Services Sdn Bhd (STSS) itu dijadualkan akan memulakan penggambaran pada 23 Februari ini.

Namun, sehingga hari ini Hairie masih lagi gagal dihubungi dan lantaran itu, watak utama yang sepatutnya menjadi milik pelakon itu telah diserahkan kepada Fahrin Ahmad.

Ditemui pada majlis pelancaran filem tersebut di Bukit Kiara, hari ini, penerbit filem itu, Raja Norasmah Lela mengakui cukup terkilan dengan sikap pelakon yang popular menerusi filem Leftenan Adnan itu.

"Dia sudah mengikat kontrak pada akhir tahun lalu dan telah pun mengambil bayaran sebanyak 10 peratus. Tetapi saya tidak tahu apa masalah sebenarnya yang berlaku terhadap dirinya sehingga kami gagal menghubunginya.

"Kami menghantar notis, SMS dan cuba hubungi menerusi telefon...tetapi semua tidak dibalas sedangkan telefon bimbitnya tidak dimatikan pun.

"Memang ketika dia ingin 'sign' kontrak itu, dia beritahu kami bahawa dia juga perlu menjalani penggambaran drama Anak Betung, tetapi dia tidak ada masalah tentang hal itu.

"Tetapi, lain pula jadinya sekarang. Setelah dua minggu ikat kontrak, dia hilang begitu saja. Kami sendiri tidak pasti mengapa dia jadi begitu. Pihak produksi juga gagal mengesannya di lokasi penggambaran drama lakonannya.

"Bagi saya, dia tidak berdisiplin," kata Raja.

Menurutnya lagi, meskipun Hairie bersikap demikian, pihak produksi belum lagi menamatkan kontraknya walaupun watak Imran yang sepatutnya dibawakan oleh Hairie telah pun diambilalih oleh Fahrin.

"Saya harap dia keluar berbincang dengan kami. Walaupun wataknya telah diserahkan kepada Fahrin, tetapi jika dia masih berminat untuk menjayakan filem ini, kami tetap akan ambil dia untuk karektor yang lain pula.

"Kami beri peluang kepada dia sehingga Ahad ini. Kami pun tidak boleh tunggu lama kerana penggambaran akan bermula tidak lama lagi.

"Jika dia tidak muncul juga, kami akan ambil tindakan undang-undang ke atas dirinya. Setakat ini, perbincangan dengan bahagian perundangan syarikat telah dibuat, tetapi kami masih lagi beri peluang lagi kepada dia.

Dimensi Cinta yang berkonsepkan cinta dan muzik ini ditunjangi oleh Fahrin Ahmad dan Catriona Ross sebagai tunggak utama. Catriona juga dipilih menggantikan tempat Rozita Che Wan yang tidak dapat menjayakan filem ini atas sebab tertentu.

Turut menjayakan filem yang menelan belanja sebanyak RM1.8 juta ini ialah Memey, Adam AF, Zarina AF, Eman Manan, Awie dan Scha.

Secara ringkasnya, Dimensi Cinta merupakan kisah benar dan berkisar tentang Raja Soffhilea (Catriona) yang sering didera oleh bekas suaminya, Redhuan (Eman).

Soffhilea yang mempunyai tiga orang anak akhirnya bangkit dari kesengsaraan itu setelah bercerai dengan Redhuan dan berjaya membentuk empayar perniagaannya sendiri atas bantuan Imran (Fahrin).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 11:22 am

Fouziah tahan malu demi Rasukan Ablasia

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Fauzia12


Fouziah gous terpaksa menahan malu apabila perlu melakukan sendiri adegan dirinya terkencing di dalam seluar gara-gara terlalu takut akibat dirasuk.

"Saya rasa macam 'teraniaya' betul pada awalnya bila kena berbuat demikian. Waktu itu pula saya masih baru lagi sebagai pelakon. Tetapi saya lihat semua itu dalam aspek positif.

"Boleh dikatakan filem ini adalah filem pertama menyaksikan saya sebagai pelakon utama. Malah, disebabkan filem inilah telah mendorong saya untuk meneruskan perjuangan saya dalam bidang ini.

"Prof Razak banyak memberi motivasi kepada saya dalam aspek lakonan," kata Fouziah yang memegang watak Elly dalam filem ini
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 11:23 am

Aksi 'berahi' Almy goda Yusry KRU

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Almyna10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Almy10


MEMBAWAKAN watak penggoda adalah satu cabaran yang berat buat bintang muda, Almy Nadia. Apatah lagi karektornya di dalam filem 'Rasukan Ablasia' itu perlu menampakkan dirinya lebih seksi dan menggoda dalam keadaan mengghairahkan.

Memang cukup sukar untuk dilakukan oleh gadis berusia 23 tahun ini, apatah lagi ketika penggambaran filem arahan Prof Madya A.Razak Mohaideen itu dijalankan kira-kira tiga tahun lalu, Almy masih lagi 'hijau' dalam bidang seni.

Lebih 'menggerunkan' dirinya ialah ketika dia perlu menggoda Yusry KRU di dalam lif serta satu lagi babak 'panas' ketika Kim, watak yang dipegangnya itu dimasukkan di wad gila.

Walaupun cukup segan dan kekok, Almy berjaya juga menangkis perasaan itu dan melakukan karektornya sehabis baik.

"Dalam filem ini, watak Kim sebenarnya adalah seorang gadis yang baik. Tetapi setelah dirasuk, dia bertukar menjadi penggoda. Memang saya akui amat sukar untuk saya membawakan karektor tersebut.

"Saya memang malu sangat pada mulanya. Bukan setakat menggoda, tetapi saya perlu jadi seksi dan banyak bermain dengan lenggok badan untuk menampakkan keseksian itu.

"Risau juga untuk lihat reaksi penonton kelak. Bayangkanlah ketika itu saya masih baru dalam bidang lakonan. Rasukan Ablasia adalah lakonan pertama saya sebagai tunggak utama.

"Tetapi saya bernasib baik kerana mendapat bimbingan Prof Razak. Kami pelakon-pelakon yang terbabit dalam filem itu diberikan motivasi dan latihan lakonan sebelum bermulanya penggambaran,"
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 11:27 am

Gambar majlis hari jadi Azwan Ali yang ke 43

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 120

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 223

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 320

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 418

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 514
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 11:43 am

(Sambungan)...
Gambar majlis hari jadi Azwan Ali yang ke 43

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 A12wm210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Amy11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Farhan10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Julia10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Reb10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Shahor10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 12:04 pm

Senarai lima finalis ABPBH2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 A55

1) Pengacara TV Lelaki Popular

a) AC Mizal
b) Ally Iskandar
c) Aznil Nawawi
d) Faizal Ismail
e) Faizal Tahir

2) Pengacara TV Wanita Popular

a) Abby Fana
b) Cheryl Samad
c) Fara Fauzana
d) Juliana Evans
e) Nurul Alis

3) Penyampai Radio Lelaki Popular

a) AG
b) Aznil Nawawi
c) Faizal Ismail
d) Kieran
e) Khairil Rashid

4) Penyampai Radio Wanita Popular

a) Abby Fana
b) Fara Fauzana
c) Leya
d) Linda Onn
e) Nana

5) Artis Komedi Lelaki Popular

a) AC Mizal
b) Afdlin Shauki
c) Nabil
d) Saiful Apek
e) Zizan

6) Artis Komedi Wanita Popular

a) Amyza Aznan
b) Kenchana Dewi
c) Noorkhiriah
d) Ruminah Sidek
e) Sheila Mambo

7) Artis Baru Lelaki Popular

a) Aiman
b) Fizzow Omar’
c) Nabil
d) Nubhan
e) Riz

Cool Artis Baru Wanita Popular

a) Ayu OIAM
b) Lisa Surihani
c) Sari Yanti
d) Scha
e) Stacy

9) Penyanyi/ Artis Nasyid Popular

a) Aiman
b) Akhil Hayy
c) Hijjaz
d) Rabbani
e) Raihan

10) Penyanyi Berkumpulan/ Duo Popular

a) Estranged
b) Fabulous Cats
c) Hujan
d) M. Nasir dan Malique
e) Meet Uncle Hussain

11) Penyanyi Lelaki Popular
a) Adam
b) Aizat
c) Amy Search
d) Mawi
e) Nubhan

12) Penyanyi Wanita Popular
a) Elyana
b) Jaclyn Victor
c) Mila
d) Siti Nurhaliza’
e) Stacy

13) Pelakon Filem Lelaki Popular
a) Farid Kamil
b) Que Haidar
c) Rosyam Nor
d) Rusdi Ramli
e) Saiful Apek

14) Pelakon Filem Wanita Popular
a) Erra Fazira
b) Liyana Jasmay
c) Maya Karin
d) Sharifah Amani
e) Vanidah Imran

15) Pelakon TV Lelaki Popular
a) Aaron Aziz
b) Aqasha
c) Ashraf Muslim
d) Fahrin Ahmad
e) Rosyam Nor

16) Pelakon TV Wanita Popular
a) Abby Abadi
b) Diana Danielle
c) Dynas
d) Fasha Sandha
e) Rita Rudaini
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 12:45 pm

AMBER CHIA jd model baju rekaan VICTORIA BECKHAM di US

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 121

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 224

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 321

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 419

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 515

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 614
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 2:00 pm

Faizal Tahir Dapat Anak Lelaki

Dengar-dengar, Penyanyi terkenal dengan lagu Sampai ke Syurga, nyayian Faizal Tahir anak kepada Dr Mohd Tahir Abdul Rahman dan ibu, Muzlipah Aishah, telah menjadi ayah. Siti Raihanim Noran, isteri kepada Faizal Tahir telas selamat atas kelahiran anak lelaki mereka pada hari Rabu (semalam) jam 8.30 malam. Belum ada bukti yang mengukuhkan hujah di atas oleh mana-mana media, namun ianya ungkapan dari orang terdekat dengan Faizal Tahir.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Faizal16


Sebelum ini Faizal telah mempunyai dua cahaya mata, yaitu, Ahmad Mikaeel Zidane, 3, dan Siti Raudhah Nur Iman, setahun lebih, hasil perkongsian hidupnya dengan Raihanim. Tak sangka juga, isteri Faizal, tidak nampak seperti sosial, malah merupakan salah satu ciri-ciri yang ada pada status isteri solehah, agaknya nak ikut gaya Rosyam Nor. Apa-apa pun tahniah kepada Faizal Tahir atas kelahiran puteranya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 2:01 pm

Nabil Tukar Haluan ke Bidang Nyayian

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Rajala10


Selain berjaya bergelar seorang pelakon, pengacara dan pelawak, juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad, 26, turut memasang minat untuk menyanyi.

Walaupun diakui kurang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian, namun Nabil masih menyimpan kemas minatnya itu.

Justeru, apabila ditawarkan untuk merakamkan lagu walaupun hanya menyanyikan sebait lirik lagu, anak jati Negeri Sembilan ini tidak melepaskan peluang yang ada lantas terus menerima tawaran tersebut.

Baru-baru ini, Nabil diundang untuk merakamkan lagu ‘Radio’ secara trio dengan penyanyi Imran Ajmain dan Diana Danielle.

Lagu tersebut merupakan single ketiga Imran yang bakal dimuatkan di dalam album penuhnya pada bulan April nanti. Ia dicipta oleh Adib The Fabulous Cats.

Dia tertarik untuk menerima tawaran nyanyian secara trio itu apabila melihat tugasannya tidaklah terlalu berat.

Tambah pemuda yang dikaitkan dengan pelakon Irma Hasmie ini, dia juga bakal bekerjasama dengan komposer Ajai atau Mohd. Faizal Maas tidak lama lagi.

Bukan itu sahaja, Nabil juga menunjukkan bakatnya di dalam pembikinan lagu dan lirik.

“Setakat ini, material untuk lagu yang bakal dinyanyikan itu belum ada lagi sebab saya belum gubah lagu dan liriknya.

“Baru ada satu hingga dua lagu yang masih dalam proses gubahan lagi. Apa yang boleh dikatakan, saya membuat lagu mengenai diri-sendiri,” cerita Nabil yang sedang menjalani pengambaran filem Momok The Movie dan menantikan kemunculan filem-filem lakonannya yang bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi.

Antaranya adalah Lu Pikirlah Sendiri The Movie, Kecoh betul, Notti, Pisau Cukur dan Ee..Hantu!!.

Sementara filem pertama lakonannya iaitu Sifu & Tongga telah pun menemui penonton di pawagam sejak 29 Januari lalu.

Selain itu, Nabil juga bergelar pengacara untuk program Ewah-Ewah, Pondok-Pondok dan Studio Nabil.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 2:06 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Upinaw11


Geng Upin Ipin Kutip RM2 Juta

Ianya sudah dapat dijangkakan filem animasi paling hot seantero Malaysia ini akan berjaya memungut keuntungan yang tinggi hasil daripada penayangan. Hampir setiap hari penulis berada di salah sebuah gedung membeli belah terkenal, tiket wayang filem Geng : Pengembaraan bermula selalunya sold out.

Terkilan juga dengan sikap sesetengah anak muda yang kononnya berasa tidak kool menonton filem animasi tempatan, walhal mereka masih belum lagi menonton filem ini. Penulis terpaksa menerangkan sedikit jalan cerita kepada mereka sebagai teaser, di harapkan mereka akan tonton filem yang original, bukan yang cetak rompak.

Berbangga juga dengan hasil 3 anak muda dari Multimedia University (MMU) Cyberjaya yang menjadikan watak Upin Ipin sebagai ikon kanak-kanak, bukan mudah tahu. Dengan bermodalkan RM 4 juta serta 52 pakar animasi tempatan, mereka sukses menghasilkan filem animasi setanding dengan produksi Pixar atau Dreamworks.

Berbalik kepada soal sambutan, ada satu ketika teman sepermainan penulis telah membeli 57 tiket filem ini seawal jam 10 pagi kerana di’khuatiri akan kehabisan pada malam hari. Betul pun tekaan mereka, bilik panggung penuh sesak dengan pelbagai golongan peringkat umur, dari yang kecil hingga’lah yang tua. Rata-rata berasa kagum dengan jalan cerita serta kualiti animasi yang di’hasilkan, malah ada yang tersenyum di’sebabkan Les’Copaque bijak menyerapkan elemen ‘Malaysian Flavour‘ di’dalam filem tersebut.

Tidak perlu berpangkat professor madya untuk menghasilkan filem berkualiti, cukup’lah dengan daya kreativiti & cuba memahami kehendak penonton zaman sekarang, nescaya filem akan box-office. Kami bukan lagi boleh di’perbodohkan seperti dahulu!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 2:12 pm

Fasha akui telah dirisik, enggan komen tentang Rizal

MUNGKIN gelaran yang sesuai buat pemilik bernama Fasha Sandha Hassan ini ialah Ratu Kontroversi! Lihat saja kisahnya yang terpampang di media, semuanya lebih kepada cerita-cerita 'panas'.

Setelah insiden diboikot media, nama Fasha nampaknya kembali hangat berikutan kisah hubungan intimnya dengan bekas suami pelakon Nora Danish, Rizal Ashram Ramli.

Walaupun Fasha berkali-kali menafikan tentang ‘gosip’ tersebut, namun sukar untuk dirinya menangkis cerita-cerita yang timbul apatah lagi sudah banyak bukti yang ditunjukkan.

Bukan berniat mahu melaga-lagakan mana-mana pihak, tetapi berdasarkan reaksi Fasha apabila menjawab soalan tentang dia dan Rizal dikatakan bercuti ke Thailand pada 29 Januari hingga 2 Februari lalu, ia seolah-olah mahu mencetuskan suatu sandiwara.

Apabila sampai di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, pasangan ini berjalan berasingan lalu Fasha menafikan dia dan Rizal bercuti bersama sebaliknya mengatakan dia dan pengurusnya, Nik Yasmin baru pulang dari Pattaya.

Ramai yang berpendapat aktres ini cukup bijak memutarbelitkan fakta, semata-mata untuk 'menyelamatkan' diri.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Fasha110
Wajah terbaru Fasha Sandha ketika menghadiri majlis pengumuman lima finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 di Seri Kembangan semalam. -foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ


“Saya tak mahu cakap ya atau tidak. Apa-apa pun bagi masa kepada saya untuk menjawab soalan itu selepas ini,” komen Fasha yang ditemui semalam.

Fasha juga menafikan dakwaan yang mengatakan dia sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan dengan Rizal.

“Sumpah, demi Allah, saya tidak pernah membuat persiapan perkahwinan.

“Saya juga tidak ada berjumpa dengan Rizal," katanya.

Namun begitu, pelakon jelita ini mengaku ada satu rombongan yang datang merisiknya tempoh hari.

“Baru-baru ini memang ada orang datang merisik saya tetapi saya rasa tak perlulah diberitahu siapakah orangnya kerana ia terlalu peribadi.

“Insya-Allah, saya akan beritahu tentang hal ini nanti. Mungkin dalam tahun ini atau tahun depan,” ujar gadis berasal dari Pulau Pinang ini.

Fasha turut berjanji untuk memberitahu media tentang soal perkahwinan itu apabila dia betul-betul bersedia nanti.

Tambah Fasha, dirinya mungkin sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga namun calonnya belum ada lagi.

“Insya-Allah, kalau ada jodoh saya nak kahwin dalam tahun ini tetapi saya sedang melalui proses ‘pemilihan’.

“Sekarang, semua lelaki yang saya kenali adalah kawan saya kerana saya mahu pastikan yang mana bagus dan sesuai untuk dijadikan suami.

“Lelaki yang datang merisik itu juga termasuk di dalam kategori kawan saya.

“Saya dah lama berkawan dengannya,” kata wanita berusia 25 tahun ini.

Sejauh mana artis yang dicalonkan untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 ini bersedia untuk berkahwin, Fasha optimis yang petanda itu menunjukkan ke arah positif.

“Saya tak boleh cakap bila nak kahwin. Tetapi jika ditanya tentang perasaan saya sekarang, memang saya gembira walaupun orang menulis cerita yang baik atau buruk tentang saya,” ucap Fasha yang memilih untuk membuat majlis perkahwinannya di Kuala Lumpur dan Perlis.

Olah Fasha, tidak perlulah dia bersedih hati kerana dia telah memilih untuk mengambil pedoman di atas pengalaman lalu.

“Misalnya, isu sebelum ini membuatkan saya lebih berhati-hati. Saya fikir mesti ada hikmahnya.

“Saya bersyukur kerana para wartawan telah memberi kemaafan dan menunjukkan tanda-tanda positif kepada saya. Misalnya akhbar BH masih mencalonkan saya sebagai tanda sokongan.

“Pengalaman lepas banyak memberi ruang kepada saya untuk belajar sesuatu. Insiden lepas memang memberikan tekanan sebab itu membuatkan saya termarah dan beremosi.

“Sebagai manusia, kita perlu saling bermaafan,” luah Fasha.

Dalam masa yang sama, Fasha turut mengulas gosip yang mendakwa dia pernah mengalami stres yang teruk sehingga terpaksa mendapatkan rawatan mental di hospital.

“Saya tidak pernah dimasukkan ke hospital disebabkan tekanan. Tetapi, tiga hari lepas, saya ada pergi ke Bagan Specialist Centre di Pulau Pinang kerana melawat bapa kawan baik saya, Syazana yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi disebabkan penyakit tenat akibat masalah jantung,” komen pelakon filem Cicakman dan Cicakman 2 ini.

Dari segi perancangan karier, Fasha mahu menyelesaikan kerja-kerjanya satu-persatu dan barulah akan memikirkan hal yang lain.

“Sekarang, saya sibuk dengan karier seni saya. Saya baru selesai penggambaran drama Keliwon (TV3) dan Air Mata Azizah (RTM).

“Selepas ini, saya bersedia untuk cerekarama Suram Gaun Pengantin (TV3) di mana saya memegang watak seorang yang berpenyakit HIV positif.

“Pada awal bulan Mac nanti, saya akan terlibat dengan pengambaran drama bersiri Cuci The Series.

“Tentang filem, pada bulan April nanti baru saya akan mula berlakon semula. Buat masa ini, saya tidak boleh beritahu tentang filem apa kerana saya masih belum mendapat skripnya.

“Selain itu, filem seterusnya masih di dalam perancangan. Lagipun, tahun ini tidak ramai yang menawarkan filem kerana masalah kegawatan ekonomi,” akhiri Fasha.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 2:22 pm

Susahnya hendak luruskan ekor beruk!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Fs110
Bakat yang dimilikki Fasha Sandha sering dipandang sepi kerana ditutupi gosip peribadi.


MORAL kian terhakis dan nilai adab kesopanan bagai tidak berharga lagi. Gambar lucah orang politik, artis dan orang biasa bersebaran di internet dalam aksi intim atau erotik. Semua ini hanya mengundang umpat dan keji. Kesannya pada orang yang memerhati...

Menjatuhkan hukum memang mudah tapi orang yang dijatuhkan hukum itu terkesan ke? Samalah seperti usaha kita hendak meluruskan ekor anjing atau ekor beruk. Sampai bila pun tidak akan berhasil.

Begitulah kalau perangai jahat itu sudah menjadi air mandi, susah hendak ditinggalkan. Lihat saja bila artis berkemban di majlis anugerah. Sememangnya tak salah, tambah kalau tubuh wanita itu montok, seksi dan ada paras rupa. Betapa manis Datin Tiara Jacquelina berkemban bila gelaran yang diberi Gusti Putri. Selayaknya tuan puteri Jawa berpakaian sedemikian?

Tapi fesyen tidak cukup kain yang dulunya dipopularkan zaman 'Batu Belah Batu Bertangkup' ini agak janggal bila dilakukan sekarang kerana lebih ramai yang menutup dari membuka aurat.

Kalau ramai buat onar dan maksiat, ramai lagi golongan yang cuba 'mencari jalan pulang' dan meluat melihat adegan mengundang dosa di depan mata. Maka, aksi jelek sedemikian membuat lebih ramai yang mencemuh dari memuji.

Jadi apalah 'salahnya' kalau aktres yang sudah disapa usia seperti Azizah Mahzan mengaku tidak berasa janggal berpelukan dengan pelakon Zaefrul dan sanggup letak di 'Facebook'nya untuk tatapan umum. Orang media dengan pena tajamnya sekalipun tidak boleh buat apa? Lagipun, "saya bukan bertelanjang" - meminjam kata Kak Zi (Azizah).

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Zizah10
Aksi intim yang tersebar di internet tidak meninggalkan kesan pada aktres Azizah Mahzan yang menganggap pelakon 'Hati Malaya' Zafrul sebagai adik.


Ada yang kata sakit mata bila tengok aksi yang tidak selayaknya dilakukan oleh wanita sebaya kak Zi itu. Tapi bila dua-dua sudah 'menghalalkan' satu perhubungan atas dasar kakak dan adik, habis sudah bual bicara.

Bijak mencari alasan, menyelamatkan diri dari dihentam terus-terusan. Itulah kecekapan artis kita. Terlatih dan terbiasa dengan 'maaf saya terkhilaf' dan 'media salah lapor'.

Setakat Kak Zi yang tua itu bijak memberi alasan untuk peminat memaafkan kesilapannya yang di luar batasan itu tidaklah mengagumkan sangat.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Tiara110
Aksi berkemban Datin Tiara dalam teater Puteri Gunung Ledang(PGL)


Hebat lagi aktres setahun jagung seperti Fasha Sandha, Memey Suhaiza dan Diana Danielle bermain dengan kata-kata, emosi dan bersandiwara hingga berjuraian airmata membuat ramai terpana dan keliru membaca kenyataan pembelaan mereka.

Mujurlah ibu muda seperti Nora Danish tidak stres bila mengikuti 'perbicaraan' di dada media ini. Elok sangatlah Nora tumpukan pada baby yang baru lahir itu.

Bila fikirkan balik, mungkin kita sahaja yang membuat persepsi yang mereka ini 'bersalah' tapi sebenarnya 'saya adalah mangsa.' Kalau tanya Kakak Tua, 'to each their own.'

Salah atau tidak, itu semua terpulang kepada interpretasi dan penilaian masing-masing. Kalau kita mahu gunakan akal dan kewajaran, tentu saja yang buruk dari kaca mata adab dan agama akan senantiasa kita jauhi.

Tapi kebiasaannya bila mental atau fikiran kita bercelaru, ianya akan terzahir dalam bentuk perkataan dan perbuatan. Maka terpacullah kata-kata yang kurang logik, kurang waras dan menyakitkan hati kerana jiwa sudah sakit!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 2:42 pm

Jins Shamsudin terima Anugerah Seni Negara

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Jins10


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (kiri) menyampaikan trofi Anugerah Seniman Negara kepada penggiat seni tanah air, Senator Tan Sri Jins Shamsuddin (kanan) pada majlis Penganugerahan Anugerah Seni Negara Ke-8 di sini, malam tadi.Foto Bernama.

KUALA LUMPUR:Penggiat seni tanah air Tan Sri Jins Shamsudin malam ini menerima Anugerah Seni Negara kelapan kerana hasil usaha gigih dan kesungguhan beliau dalam penglibatan dan sumbangan seninya yang berterusan hampir setengah abad.

Anugerah itu disampaikan oleh Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Majlis Penganugerahan Anugerah Seni Negara di sini.

Jins, 74, turut menerima Warkah Penghormatan Negara, wang tunai RM60,000, trofi, sepasang persalinan lengkap baju Melayu songket, kemudahan perubatan kelas satu di hospital kerajaan, selain menjadi pengkarya, pencipta tamu kehormat, serta wakil Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada mana-mana seminar atau forum peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Turut berangkat ke majlis itu, Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Timbalannya Teng Boon Soon.

Anugerah Seni Negara yang diperkenalkan sejak 1993 adalah pengiktirafan yang diberikan kerajaan kepada penggiat, karyawan dan seniman tempatan yang mempamerkan ketokohan dan sumbangan cemerlang mereka dalam membantu perkembangan seni tanahair.

Sementara itu, Jins ketika ditemui selepas majlis penganugerahan itu berkata beliau bersyukur dengan anugerah itu kerana mengganggap ia sebagai satu penghargaan kepadanya sepanjang penglibatan beliau dalam seni tanah air.

Penganugerahan itu dibahagikan kepada enam bahagian seni budaya antaranya iaitu muzik, tari, teater, visual dan filem dan turut mengiktiraf 36 penerima lain dalam setiap sektor yang diceburi termasuk 16 penerima untuk anugerah karyawan seni iaitu empat penerima, pencipta, pengubah, pengarah dan pemuzik.

Dua anugerah lagi diberikan kepada karyawan seni tari iaitu koreografer dan penari.

Antara mereka yang turut menerima anugerah pada majlis itu ialah Datin Paduka Shuhaimi Baba, Fauziah Nawi, Datuk Jalaluddin Hassan, Norsiah Yatim (penari), Rosyam Noor dan Aziz M. Osman.

Sementara itu, Shafie dalam ucapannya berkata usaha memartabatkan seni dan budaya perlu dijana seiring dengan kehendak pasaran.

"Melalui usaha mengkomersialkan seni dan budaya, pengkarya boleh mendapat imbuhan sewajarnya dan secara langsung meningkat taraf hidup mereka.

Pembangunan industri kreatif akan menjadi landasan kepada lahirnya para karyawan yang berdaya saing memajukan diri dan memasarkan hasil seni seluas mungkin," katanya. BERNAMA
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 2:53 pm

Ekin Sudah Loya & Mual, Hamil Mungkin?

Khabarnya ketika berada di sana, Ekin merasa mual dan loya tekak. Kenapa agaknya? Apakah itu tanda-tanda buah cinta pertama mereka sudah terhasil?

Sebenarnya pemilik nama sebenar Nora’asikin Rahmat merasa mual apabila penduduk di sana menjadikan hidangan khinzir sebagai makanan harian mereka.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Hi012r10


“Saya rasa loya tekak apabila melihat penduduk di sana makan daging khinzir pada waktu pagi, petang dan malam.

“Disebabkan susah hendak mencari makanan yang halal, kami terpaksa meredah ke sana ke mari untuk mencari kedai makanan yang halal.

“Sudahlah sejuk dan terpaksa memakai baju sebanyak tiga lapis, maka sudah tentulah perut akan terasa lapar setiap waktu.

“Saya turut mengalami masalah selesema semasa berada di sana. Namun, saya tetap gembira kerana berpeluang bercuti dan berbulan madu di Korea,” akui Ekin.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Hi013p10


Mengakui kenyataan Ekin itu, lantas membuatkan Mawi timbul dengan idea untuk membuka sebuah restoran di sana.

Beritahu Mawi, dia dan Ekin menghadapi kesukaran untuk mengisi perut yang lapar, apatah lagi cuaca sejuk sedang melatari negara romantis itu.

“Pernah jugalah saya terfikir untuk mengusahakan restoran masakan Melayu di sana, disebabkan saya sendiri berdepan dengan pengalaman sukar untuk mencari makanan yang halal.

“Saya juga ada menyuarakan idea ini kepada salah seorang wakil Tourism Malaysia.

“Saya agak terkejut jugalah kerana diberitahu oleh Tourism Malaysia bahawa tahun lepas sahaja, seramai 80,000 rakyat Malaysia bercuti ke Korea.

“Mungkin kedatangan rakyat kita ke negara itu akan menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa,” jelasnya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 3:05 pm

Gambar Aksi Mawi & Ekin Pada sesi fotografi di Studio Utusan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Hi_01_32

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Hi_01_33

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Hi_01_34

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Hi_01_35
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 3:07 pm

Selebriti bertanding karaoke

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Hi_02_23
ANTARA artis yang terlibat dalam program Celebrity Karaoke, Noryn Aziz, Mama Rina, Faizal Ismail, Kartina Ayob, Riezman Khuzaimi dan Datuk A. Rahman Hassan.
KARAOKE tidak dinafikan merupakan antara aktiviti santai yang popular di kalangan penduduk Asia termasuk Malaysia. Lihat sahaja jumlah penambahan pusat karaoke dan juga pertandingan nyanyian yang dianjurkan, ramai rasanya turut menyimpan angan-angan untuk menjadi penyanyi.

Menyedari populariti karaoke, ntv7 telah mempersembahkan sebuah program berteraskan format game show karaoke. Berjudul Celebrity Karaoke, program itu akan memaparkan barisan artis tempatan bersaing dalam meneka dan menyampaikan lagu dengan lirik yang betul.

Bakal menemui penonton setiap Jumaat bermula 20 Februari ini, pukul 8.30 malam, Celebrity Karaoke diilhamkan daripada sebuah program popular antarabangsa, Karaoke Showdown yang sudah diterbitkan di 30 buah negara.

"Di negara Asia, hanya Indonesia dan Vietnam mempunyai program sama. Melihat popularitinya, kami amat berbangga untuk menjadi sebahagian daripada format antarabangsa ini.

"Menggabungkan selebriti dan karaoke adalah sesuatu yang bijak dan menyeronokkan. Penonton bukan sahaja boleh terhibur malah boleh lebih mengenali artis yang terlibat," kata Pengurus Besar ntv7, Airin Zainul pada sidang media memperkenalkan program itu.

Dihoskan oleh Nazrudin Rahman (Naz), program itu akan dibahagikan kepada tema berlainan pada setiap episod seperti Rock 'n' Roll, Klasik, Hari Kekasih, Istimewa Hari Ibu dan Terbaik 1960-an. Semua tema dan lagu yang dipilih adalah berdasarkan cita rasa tempatan.

"Sungguhpun mengambil format antarabangsa, program itu digubah dengan memasukkan sedikit elemen tempatan supaya dapat mendekati hati audiens. Contohnya kami menukar judul kepada Celebrity Karaoke daripada Karaoke Showdown supaya kedengaran lebih mesra.

"Di samping itu, kami juga membina sebuah set lebih kepada elemen tempatan. Memandangkan kami telah membeli format mereka, maka kami perlu mengikut lebih 80 peratus keaslian program itu. Apa yang paling ketara adalah set yang boleh melihatkan pembabitan penonton studio secara langsung," tambah Airin.

Pada permulaan episod, empat selebriti akan dibahagikan kepada dua pasukan dan mereka akan mengambil giliran untuk memilih sebuah lagu daripada lima kategori. Rakaman nyanyian orang biasa akan dimainkan pada monitor studio.

Maka, kedua-dua pasukan perlu meneka lagu yang disampaikan tanpa iringan muzik. Pasukan yang betul akan diberikan markah. Jika salah, markah akan diberikan kepada pihak lawan.

Pada pusingan akhir, setiap pasukan akan berpeluang menyampaikan sebuah lagu yang telah diubah liriknya. Cabarannya adalah mereka perlu menyanyikan lirik yang betul.

"Kami telah memulakan uji bakat sekitar September tahun lalu di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh dan Kuantan untuk mencari mereka yang berminat untuk menjalankan rakaman.

"Kami ingin memberikan peluang kepada mereka yang boleh menyanyi tetapi tidak mempunyai peluang untuk berada di kaca TV. Klip mereka dirakamkan terus di lokasi. Mereka yang terlibat tidak diberikan latihan terlebih dahulu. Maka mereka hanya akan menyampaikan apa yang diberikan oleh kami," jelas penerbit program, Azwan Sahamir.

Menjalankan rakaman selama sebulan bermula Oktober lalu di studio Filem Negara, setiap episod memerlukan 17 buah lagu. Maka jumlah keseluruhan lagu untuk 26 episod ini adalah 300 buah lagu.

"Musim pertama ini merangkumi 13 episod tetapi kami telah siap merakamkan 26 episod. Ini kerana kami yakin program ini akan mendapat sambutan memberangsangkan. Musim keduanya akan ditayangkan pada awal 2010 nanti," tambah Azwan yang memulakan penyelidikan Julai lalu.

Bagi memilih pasangan untuk episod peminat, artis itu sendiri diberikan peluang untuk memilih peminat sendiri. Kemudian pihak produksi akan memanggil mereka untuk uji bakat.

"Komitmen artis adalah sukar kerana ini adalah program baru. Maka untuk menyakinkan mereka untuk terlibat adalah satu masalah pada peringkat awal.

"Bukan itu sahaja, mencari pasangan untuk selebriti itu juga agak sukar. Kami perlu menjalankan pelbagai sesi uji bakat kerana mahukan mereka yang mengenali banyak lagu termasuk dari tahun 1960-an sehingga kini tidak kira lagu Bahasa Malaysia atau Inggeris."

Pemenang utama boleh memenangi pakej percutian, baucer membeli-belah dan baucer spa bernilai RM2000. Naib juara pula akan memenangi hadiah sama dengan nilai RM1000.

Bagi mereka yang meminati karaoke, jangan lupa untuk menyaksikan gelagat artis termasuk Ning Baizura, Zahid, Nita, Shamsul Ghau Ghau, Betty Benafe, Cherly Samad, Faizal Ismail, Dina, Dia Fadilla, Mila dan ramai lagi dalam Celebrity Karaoke.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 3:08 pm

'Saya belum fikir nak kahwin'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Ne_03_11
ZUL memegang mesra bahu Abby.
KUALA LUMPUR - Selepas berakhirnya edah Abby Abadi, Zul menafikan dia mempunyai sebarang perancangan untuk melamar Abby atau meneruskan hubungan mereka hingga ke gerbang perkahwinan.

"Saya tidak terfikir ke arah itu (berkahwin). Rasanya sudah terlalu jauh menyimpang kalau hendak bercakap soal kahwin.

"Lagipun saya masih baru dan saya perlu memperbaiki diri dalam bidang lakonan, malah banyak ilmu perlu dipelajari untuk memantapkan diri saya dalam bidang ini.

"Cuma pada saya, kalau ada jodoh ia tidak ke mana," katanya ringkas sambil menambah dia melibatkan diri dalam dunia seni demi untuk membantu meringankan beban keluarga.

Zul yang bakal digandingkan dengan Abby dalam siri drama Gerak Khas berkata, hubungan mesra mereka ketika ini sebenarnya disalah anggap oleh sesetengah pihak.

"Kami macam biasa sahaja. Persahabatan kami juga kelihatan santai. Saya senang berkawan dengan Abby yang disifatkan sebagai wanita yang komited melakukan satu-satu pekerjaan, bercita-cita tinggi dan merupakan ibu yang baik," jelasnya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 3:09 pm

Darling bakal bernikah tidak lama lagi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Ne_02_11


KUALA LUMPUR - Selepas dua bulan putus cinta dengan seorang wartawan, pelakon Nasreen Ngasri (gambar) kini sudah menemui cinta baru.

Dia yang popular dengan panggilan Darling, 26, mengesahkan kepada Kosmo! yang dirinya bakal bernikah dengan lelaki pilihannya itu tidak lama lagi.

Lelaki bertuah yang bakal menjadi suami Darling merupakan ahli perniagaan berusia 30-an. Hubungan mereka direstui oleh keluarga kedua-dua pihak.

"Ya, kami akan bertunang pada Mac ini. Majlis pernikahan akan diadakan pada pertengahan tahun ini juga," katanya.

Menurut Darling, dia bersyukur kerana akhirnya bertemu dengan orang yang serasi untuk dijadikan teman hidup.

Dia juga berharap berita pernikahannya tidak menjadi kontroversi ekoran hubungan cintanya dengan beberapa lelaki sebelum ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 3:20 pm

Mampukah merasuk?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Hi_02_24
GAMBIT, Fouziah dan Hafiz ada cerita tersendiri mengenai pengalaman sepanjang menjalani penggambaran filem Rasukan Ablasa.


Tertangguh setahun demi setahun, akhirnya menjelang 26 Februari nanti, tiba masanya untuk filem Rasukan Ablasa yang dibikin empat tahun lalu itu menjengah ke pasaran filem tempatan.

Tinggalkan sebentar persoalan bagaimana dan terkesankah penonton semua dengan impak seram serta mistik yang diketengahkan pengarah filem itu, Prof. Madya A. Razak Mohaideen memandangkan majlis pratonton filem berkenaan hanya berlangsung hari ini.

Apa yang jelas ialah tiga daripada enam pelakon utama filem berkenaan, Gambit Saifullah, Fouziah Gous dan Hafiz Hanafiah ini sudah bersedia sepenuhnya. Andai filem mereka diterima itu adalah bonus tetapi andainya dikritik hebat, itu sebahagian daripada pelajaran yang harus mereka kutip untuk bergelar anak seni sejati.

Lebih utama lagi, ketika filem itu dibikin, masing-masing masih naif dalam dunia lakonan. Fouziah sendiri walaupun kini cukup dikenali dengan siri-siri drama serta filem Sifu & Tongga yang sedang beraksi di pawagam, watak Elly dalam filem berkenaan merupakan filem pertama yang benar-benar menjadi laluan buatnya mengenali realiti anak wayang.

"Walaupun ini filem kedua saya selepas Bujang Senang, tetapi inilah filem pertama yang menolak saya untuk memegang watak utama.

"Saya didedahkan dengan realiti dunia pembikinan filem oleh Prof daripada A hingga Z bukan hanya aspek lakonan bahkan aspek teknikal. Ia sangat berguna dan sangat bertuah kerana peluang itu datang dalam hidup saya," getus Fouziah.

Bimbang juga lakonannya ditimbang-timbang oleh penonton dan media, Fouziah bagaimanapun harus akur itulah bayarannya jika mahu menjadi pelakon versatil.

"Bagi saya pelakon senior atau pelakon yang telah menempa ketika ini juga melalui jalan yang hampir sama dengan apa yang kami semua (pelakon baru) rasa ketika ini. Bila dah jadi pelakon, tak perlu lagi patah balik maknanya saya tidak akan berundur walaupun dikritik.

"Untuk Rasukan Ablasa sendiri, Prof. telah mempersiapkan kami semua dengan persediaan mental yang cukup kuat. Kami macam budak sekolah kerana selama dua minggu sebelum penggambaran bermula semua pelakon harus menyertai kem motivasi dalam hutan. Di situ kami diberi bermacam-macam pendedahan dan kena kuatkan semangat," jelas Fouziah.

Tambah Fouziah juga, walaupun Rasukan Ablasa bergenre seram dan dibarisi pelakon muda, seboleh-bolehnya mereka mengelak mewarnai filem berkenaan dengan terlalu banyak adegan menjerit atau meraung-raung akibat ketakutan.

"Menjadi Elly saya sedikit kebudak-budakan tetapi perwatakan itu akan bertukar apabila terkena rasukan iblis. Selebihnya saya simpan untuk disaksikan sendiri oleh penonton," ucap Fouziah, 25, dalam debar.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Hi_02_25
MUKA baru dan segar menjadi taruhan karya terbaru Razak Mohaideen, Rasukan Ablasa.


Enggan pegang watak hero

Sama juga seperti si jelita yang pertama kali digandingkan bersamanya, pemuda bernama Gambit Saifullah yang pernah diperkenalkan menerusi filem Cinta dan Susuk juga kali pertama memikul peranan utama dalam Rasukan Ablasa.

Walaupun banyak terdedah dengan teater serta filem-filem arahan pengarah berprofil tinggi seperti Yasmin Ahmad dan Kabir Bhatia, Gambit tidak pernah menjadikan kritikan dan pandangan peribadi sesetengah pihak terhadap penghasilan karya Razak yang selama sering diperlekehkan sesetengah pihak sebagai faktor penolak untuk terlibat dengan filem Rasukan Ablasa.

"Saya anggap setiap pembikin filem ada pegangan dan kelebihan tersendiri. Saya juga pernah tidak bersetuju dengan cara pengarah lain. Itu terpulang kepada pelakon itu sendiri untuk mengambil situasi yang berlaku ke atasnya sebagai perkara yang baik atau buruk.

"Bahkan semasa berlakon Susuk pun, saya tidak diberikan pendedahan sebagai mana yang diperoleh daripada filem ini. Saya anggap ini rezeki saya walaupun saya orang terakhir yang diberi tawaran oleh Prof.," beritahu Gambit yang melakonkan watak Ashraf.

Tambah bekas peragawan ini lagi: "Sebenarnya ketika pelakon lain sudah bersedia dan sepanjang di lokasi, saya masih berkira-kira untuk mencuba itu dan ini dengan watak saya. Itu cabaran yang paling besar kerana saya berdepan tekanan masa dan kelajuan.

"Namun itu semua bagus untuk saya kerana kena cepat sesuaikan diri dengan keadaan. Itu proses yang dramatik."

Berusia 24 tahun, Gambit sebenarnya tidak hanya menjadikan lakonan sebagai fokus karier kerana di tangannya sudah ada sebuah syarikat produksi milik sendiri, Eightball Production yang bersedia untuk dikendalikan.

Sebab itulah kalau ada yang perasan, selepas peranan kecil dalam Cinta dan Sepi, tidak banyak wajah Gambit menghiasi karya lain. Tahun lepas dia agak sibuk menghasilkan program Hoopers And Ahli Music yang disiarkan 8TV. Untuk tahun 2009, Gambit berazam memberikan fokus kepada lakonan.

"Saya buat produksi sendiri untuk bisnes dan duit supaya saya boleh sedikit memilih untuk menerima tawaran dan supaya saya terima tawaran bukan kerana terdesak dengan tuntutan wang," kata Gambit.

Bukan berlagak atau jual mahal tetapi itu cara Gambit dalam mendalami lakonan sebagai karier yang penuh warna dan banyak lapisan.

"Kalau boleh, saya juga tidak mahu asyik pegang watak hero. Dalam produksi teater misalnya, saya sering dapat watak utama mungkin kerana faktor fizikal. Tapi saya lebih selesa mencuba watak-watak sampingan lain kerana mengelak daripada stereotaip," katanya lagi.

Sebagai Ashraf menerusi Rasukan Ablasa, peranan Gambit bukan sekadar pelengkap kepada barisan pelakon lain. Ashraf akan menjadi penyebab dan penyelesai kepada kelahiran semula syaitan yang tertanam di perut bumi sehingga semua sahabatnya menjadi mangsa. Hanya Ashraf yang terkecuali.

"Saya sangat seronok sepanjang di lokasi walaupun kecederaan di otot paha saya belum pulih sepenuhnya semasa penggambaran berlangsung. Tinggal lagi penerimaan penonton, saya harap Rasukan Ablasa tak menghampakan," katanya berhati-hati.

Terharu dapat kepercayaan Prof.

Beralih kepada Hafiz Hanafiah yang popular menerusi siri Dunia Baru dan filem Dunia Baru The Movie, ada sisi lain yang terluah dari bibirnya.

Jika Rasukan Ablasa menjadi filem kedua buat Fouziah dan pertama buat Gambit yang bekerja bawah arahan Razak, Hafiz pula berbeza. Sebelum diberi peluang beraksi sebagai antara pelakon utama menerusi filem berkenaan, Hafiz sebenarnya sudah empat tahun bekerja di belakang tabir bersama Razak sebagai krew produksi.

Bermula dengan Kuliah Cinta pada 2001 melakonkan watak pelakon tambahan, Hafiz pernah bertindak sebagai penulis skrip dan pembantu pengarah bersama Razak untuk filem Otai.

"Dia (Razak) cikgu saya dalam bidang filem. Jadi bila diberi peluang untuk watak Jimmy sebagai pencetus onar dalam filem ini saya jadi terharu dengan kepercayaan Prof..

"Saya juga tak pernah terkilan kerana lambat diberikan peluang oleh Prof. untuk membawa watak penting kerana bagi dia belum ada watak yang benar-benar sesuai dengan karakter saya," kata Hafiz yang tidak malu mengakui dirinya sebagai anak didik Razak Mohaideen, antara pengarah prolifik di Malaysia.

Selepas filem Rasukan Ablasa, dua lagi filem lakonan Hafiz bersama Razak yang akan ditayangkan tidak lama lagi adalah Janin dan Skrip 7707.

Selain Hafiz, Fouziah dan Gambit filem ini turut dijayakan oleh Almy Nadia, Shazmeen Hashim, Nurnadia Yusry, Ahmad Sakhee, Yusry Abd Halim serta Jalaludin Hassan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 3:30 pm

Shah Rukh jalani pembedahan bahu

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Du_12_10
SHAH RUKH tiba di Hospital Breach Candy, Mumbai semalam.


MUMBAI - Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan dimasukkan ke sebuah hospital di sini semalam bagi menjalani pembedahan bahunya yang cedera sewaktu menjalani penggambaran filem, kata seorang jurucakap hospital semalam.

Aktor berumur 43 tahun itu yang terkenal dengan gelaran Raja Khan cedera ketika berlakon dalam filem Dulha Mil Gaya pada Disember tahun lalu.

"Shah Rukh dijadualkan menjalani pembedahan tersebut lewat hari ini (semalam)," kata jurucakap Hospital Breach Candy, tempat dia dirawat.

Pelakon terkenal itu dijangka keluar dari hospital berkenaan pada hujung minggu ini tetapi dia terpaksa berehat daripada menjalani penggambaran untuk jangka masa lebih sebulan.

Shah Rukh berlepas dari London ke New Delhi malam kelmarin selepas mempromosikan filem terbarunya, Billu. - AFP
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 3:31 pm

Seluar Jessica kerap koyak ketika menyanyi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Du_11_10

NEW YORK - Penyanyi Jessica Simpson (gambar atas) memberitahu penonton konsert di Madison Square Garden baru-baru ini bahawa seluarnya kerap terkoyak sewaktu menyanyi dan dia terpaksa berhati-hati ketika melakukan persembahan pentas, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi itu sering menjadi tumpuan akhbar sejak dia muncul dengan badan yang berisi ketika mengadakan persembahan di Florida, akhir bulan lalu.

Menurut majalah Us Weekly, Jessica memberitahu penonton: "Seluar saya pernah beberapa kali terkoyak apabila saya tunduk untuk mengambil nota.

"Oleh itu, saya memakai skirt yang ada seluar di dalamnya supaya peristiwa seluar koyak tidak berulang lagi," katanya.

Dia menguji pakaian barunya itu pada konsert tersebut pada 12 Februari lalu.

Dalam satu wawancara baru-baru ini, penyanyi popular itu mendedahkan dia akan melancarkan jenama pakaian untuk wanita pelbagai saiz termasuk mereka yang berbadan besar.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 3:33 pm

Victoria Beckham kurus

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Du_12_11
VICTORIA kelihatan kurus ketika dia menghadiri parti Armani di New York kelmarin.


NEW YORK - Bekas anggota kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham kelihatan amat kurus ketika menghadiri parti jenama fesyen Armani di sini kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Victoria lebih mirip seperti seorang model profesional berbanding isteri dan ibu kepada tiga anak ketika dia tiba di parti itu dengan memakai pakaian yang dipadankan dengan kasut satin.

Bekas anggota Spice Girls itu menghadiri parti itu di Fifth Avenue, New York.

Dia kini tidak lagi memiliki potongan badan cantik seperti yang ditonjolkan dalam iklan Armani baru-baru ini.

Hubungan selebriti berumur 34 tahun itu dengan Armani berlangsung selama beberapa tahun.

Dia dan suaminya iaitu bintang bola sepak David Beckham baru-baru ini muncul dalam iklan Armani dengan gaya seksi untuk mempromosikan jenama fesyen popular itu.

Selepas memperkenalkan koleksi 23 busana jenama Victoria Beckham ketika Minggu Fesyen New York Ahad lepas, dia menghadiri parti Armani sebagai tanda sokongan kepada ‘majikannya’ itu.

Parti tersebut menampilkan ramai selebriti Hollywood termasuk penyanyi Alicia Keys dan Ricky Martin dan pelakon Leornardo Dicaprio serta Liam Neeson.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 3:38 pm

Manisha bakal kahwin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Hi_04_11
MANISHA KOIRALA

AKTRES Manisha Koirala dilaporkan bakal mengahwini tunangnya, Christopher Dorris dalam tempoh terdekat ini.

Pasangan itu sudah mengalami pelbagai cabaran dalam meneruskan percintaan mereka. Namun, Manisha dikatakan menerima lamaran Dorris selepas mereka pulang bercuti daripada Malaysia baru-baru ini.

"Mereka bakal bergelar suami isteri tidak lama lagi, Namun, tarikhnya belum ditetapkan lagi tetapi hanya ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja yang akan dijemput kerana Manisha mahu majlis perkahwinannya dijalankan dengan sederhana sahaja," ujar sumber kepada IANS.

Selain merupakan seorang ahli perniagaan, Dorris merupakan penulis dan kaunselor sukan
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 4:02 pm

Aksi apa ni..??

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Hi_01_36

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Hi_01_37

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Hi_01_38
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 4:03 pm

Hari-hari terakhir seorang gadis

"Saya teringat pengalaman Leya yang tidak dibenarkan memandu sebelum majlisnya. Tetapi saya tidak boleh mengikut apa-apa ritual kerana segala persiapan perlu saya lakukan sendiri" - Tini

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Hi_01_39

DIA seorang yang nampak manis dan ramai tidak menyangka tubuh yang dibawanya sudah berusia 31 tahun. Kartini atau mesra disapa Tini kelihatan muda dan segar.

Senyuman yang sentiasa terukir di bibir meremajakan dirinya. Malah dia senang tertawa ketika bercerita itu dan ini dalam nada ramah yang tidak dibuat-buat.

Berbual-bual dengan deejay Hot FM ini memang menyenangkan. Pengalamannya tinggal sendirian di England membuatkan dia ramah dan pandai menghormati individu lain.

Justeru, bersembang dengannya pada pagi Isnin lalu di Putrajaya lebih banyak berbaur santai. Saya juga tidak mahu menyesakkan otaknya yang ligat memikirkan persiapan perkahwinannya pada 22 Februari ini.

Geli dengan Valentine

Lucu apabila bercerita tentang Valentine Day, gadis yang bakal menjadi suri hati Sol ini berkata, dia agak geli apabila menyebut Hari Kekasih atau Valentine Day.

"Geli bila sebut Valentine. Mungkin sebab saya bukan jenis orang yang mempraktikkan Hari Kekasih yang rata-rata pasangan suka menyambutnya.

"Pada awalnya saya mendapat pilihan sama ada mahu mengadakan resepsi saya pada tarikh 8, 14 atau 22. Sebenarnya saya lebih selesa memilih tarikh 22 Februari ini."

Tini tidak menentang Hari Kekasih, jauh sekali untuk membencinya. Namun dia punya pandangan tersendiri mengenai tarikh tersebut.

"Sejujurnya saya merasakan Hari Kekasih sudah terlalu dikomersialkan. Semua benda dijual mahal pada hari tersebut.

"Bayangkan harga bunga boleh jadi berlipat kali ganda. Begitu juga dengan barangan yang berkaitan dengan kekasih.

"Saya cuma kurang faham bagaimana pasangan boleh merayakannya dalam keadaan sesak di dalam restoran mewah. Bagaimana mahu beromantis ketika itu?

"Suasana padat dan sesak itu tidak membenarkan aura romantik itu berjalan lancar," ujar Tini.

Tiada pantang larang sebelum kahwin

Daripada kisah hari romantik sedunia, perbualan kami beralih kepada hari besar yang bakal dijalaninya.

Tini senyum bak seorang anak dara yang berdebar-debar menanti si teruna datang menyunting. Sengaja saya bertanyakan dia, apakah debarannya ketika meniti hari-hari terakhir bergelar seorang gadis.

"Saya ada juga terfikirkan perkara itu. Ia boleh dikatakan begini, 'Oh tidak! Saya tidak akan kembali ke masa lampau'.

"Selepas ini tiada lagi panggilan cik buat saya. Segalanya bertukar kepada pangkat puan. Tapi saya sudah bersedia sepenuhnya untuk menempuh dunia baru itu."

Dalam suara tenang, Tini berkata, segalanya sudah difikirkan masak-masak dan dia telah bertemu dengan orang yang tepat untuk menjaganya.

"Mungkin ada yang berpendapat apabila sudah berkahwin, akan banyak aktiviti semasa bujang tidak dapat dilaksanakan. Tapi saya tidak rasa begitu.

"Bakal suami saya, Sol atau nama penuhnya Nur Sulhi Jasmin merupakan seorang yang cool dan sporting. Saya tidak akan rasa satu perubahan besar untuk diri dan pergerakan saya.

"Cuma bezanya nanti saya akan ada pasangan hidup. Tentunya kehadiran Sol akan memberi lebih tenaga dalam penitian hidup saya.

"Bak kata orang, berdua kan lebih baik," senyumnya, mungkin teringatkan Sol yang tidak menemaninya pagi itu.

Tambah Tini, memang sejak dulu lagi dia sukakan aktiviti mengembara. Maklumlah jauh perjalanan luas pemandangan dan pengalaman. Kini dia sudah ada 'teman tetap' untuk melunaskan hobinya itu.

Maklumlah, kata Tini, sukar untuk dia mencari teman yang fleksibel bagi mengikutnya mengembara.

Saya tanya Tini pada usia berapakah dia merasakan sukar mencari kawan-kawan untuk beraktiviti atau telah terasa 'hilang' kawan yang solo.

"Pada usia saya 26 tahun. Saya rasa sukar untuk cari kawan lepak. Kebanyakannya sudah berkeluarga dan aktiviti banyak berasaskan kekeluargaan.

"Jadi sekarang saya sudah tidak perlu risau lagi sebab saya juga akan punya aktiviti kekeluargaan sendiri," ujarnya yang membayangkan dia bakal bergelar ibu kepada tiga atau empat orang anak.

Anak dara Datuk Kamarul Ariffin ini sememangnya menetap bersama keluarganya selama ini.

Kini tiba masanya dia belajar berdikari. Dalam sedih, Tini rasa teruja untuk berdepan dengan pengalaman baru itu.

"Ada ritual atau pantang larang sebelum perkahwinan?" tanya saya. Jawabnya ringkas: "Saya teringat pengalaman Leya yang tidak dibenarkan memandu sebelum majlisnya.

"Tetapi saya tidak boleh mengikut apa-apa ritual kerana segala persiapan perlu saya lakukan sendiri."

Mahu terbit program pengembaraan

Tini ialah pembawa acara bagi Menu Muzik Hot FM yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Kecintaannya terhadap bidang pengacaraan radio terserlah selepas membawa pulang ijazah sarjana kewartawanan dari London.

Namun selain puas dan seronok menjadi seorang deejay, dia punya cita-cita untuk memperkembangkan pengetahuan dan bakat dirinya.

"Saya akan gunakan ijazah sarjana saya untuk menjadi pensyarah. Saya dapat rasakan kepuasannya nanti akan berbeza. Itu salah satu cita-cita saya.

"Selain itu, saya ingin muncul dengan sebuah program sendiri. Saya juga mahu buat perbezaan dalam program saya.

"Saya mengimpikan sebuah program yang ada unsur pengembaraan dan berteraskan gaya hidup.

"Saya merupakan peminat program Asian Food Channel (AFC) dan saya terbayangkan sesuatu yang begitu."

Bercakap tentang program televisyen di Malaysia, pengacara program 3R di TV3 ini berkata: "Saya rasa kita perlu beri lebih peluang untuk program tempatan.

"Saya agak terkilan dengan program-program yang sering diulang tayang sehingga menimbulkan rasa bosan penonton.

"Malaysia kekurangan program yang berbentuk infotainmen sebab kita lebih berteraskan stail dan format hiburan semata-mata.

"Kita perlu bertanggungjawab terhadap penonton kita dengan menyediakan program yang sihat."

Selesai berborak-borak mengenai perjalanan hidupnya, Tini dengan gembira beraksi di depan dan di dalam belon udara panas yang menceriakan suasana Putrajaya sempena Karnival Belon Udara Panas Putrajaya 2009.

Sempat dia menunjukkan kad jemputan kahwinnya yang berlatarkan warna merah, iaitu warna kegemaran Tini yang baginya melambangkan berani.

Selamat pengantin baru!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 4:07 pm

Ujian Vanidah, Rebecca

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Hi_02_26
VANIDAH Imran dan Rebecca bakal menggalas tanggungjawab dengan membawakan watak Siti Khadijah dan Hendon dalam pementasan teater muzikal Islamik, Sirah Junjungan musim kedua.

DUA pelakon ini tidak henti melafazkan syukur apabila dipilih penerbit dan pengarah tersohor, Erma Fatima untuk membintangi teater muzikal Islamik, Sirah Junjungan musim kedua yang akan membuka tirainya pada 9 Mac depan selama dua minggu di Istana Budaya.

Masakan tidak, watak yang bakal dibawakan mereka bukanlah calang-calang kerana ia merupakan watak yang cukup penting dalam sejarah Islam.

Apatah lagi, pemilihan mereka adalah untuk menggantikan dua pelakon asal musim lalu iaitu Norish Karman dan Ellie Suriaty yang membawakan watak Siti Khadijah dan Hendon

Namun bagi, Vanidah Imran dan Rebecca Nur Al-Islam, masing-masing tidak mahu terlalu fikirkan kecemerlangan dan kehebatan pelakon sebelum ini dalam menjayakan watak Siti Khadijah dan Hendon itu.

"Bagi saya, bukanlah satu perkara yang mudah untuk membawakan watak isteri Rasulullah yang hanya perlu berlakon dan bersuara di balik tabir. Kedengaran agak senang tapi sebenarnya, ia memerlukan permainan emosi dan lontaran vokal bagi menggambarkan usia dan keterampilan Siti Khadijah.

"Jujurnya, saya tidak menonton lakonan Norish tahun lalu dan kalau boleh, saya tidak mahu menontonnya kerana saya bimbang akan terpengaruh. Biarlah saya memberikan lakonan mengikut gaya saya sendiri," kata Vanidah atau lebih mesra di sapa sebagai Vee pada sidang media baru-baru ini.

Meskipun penglibatannya hanyalah sekadar dua adegan sahaja tetapi bagi ibu kepada dua orang anak ini, dia ternyata teruja dengan tawaran yang diberikan Erma kepadanya.

Teater Islamik

"Inilah yang dikatakan cabaran dan sepanjang 15 tahun menjadi seorang pelakon, ini juga kali pertama saya mendapat peluang membintangi sebuah teater Islamik yang amat jarang sekali dipentaskan di negara ini.

"Saya juga pernah menyumbang suara untuk iklan dan membintangi drama radio, namun, cabaran dalam Sirah Junjungan cukup berbeza. Kepercayaan yang diberikan Erma kepada saya ini tidak mungkin akan saya sia-siakan," jelas Vee penuh semangat.

Vee turut menyatakan pendapatnya tentang Erma yang disifatkannya sebagai seorang pengarah yang berdedikasi dan senang untuk berkerja.

"Cuma saya kecewa dan sedih apabila perjuangan untuk memartabatkan teater muzikal Islamik di negara ini tidak diendahkan serta dipandang sepi oleh syarikat swasta dan korporat," luahnya dalam nada kesal.

Bagi pelakon baru, Rebecca atau Becca, dia bagaikan tidak percaya apabila pengarah filem Jimi Asmara dan Perempuan Melayu Terakhir itu menawarkan watak Hendon kepadanya.

Apatah lagi, Hendon yang diketahui sememangnya seorang wanita yang kejam sehingga sanggup merobek dada Saidina Hamzah dan memakan jantungnya.

"Memang saya tidak menafikan saya agak takut untuk memegang watak ini. Apatah lagi apabila melihat keberanian dan kesungguhan Ellie membawakan watak ini, ia membuatkan saya lebih gementar.

"Mujurlah dengan semangat dan bantuan Erma, saya yakin dapat melakukan yang terbaik demi memuaskan hati Erma selaku pengarah," katanya lembut.

Apa yang diharapkan oleh Becca adalah penonton yang menyaksikan lakonannya kelak tidak akan cuba membandingkan dirinya dengan Ellie.

Seperti mana Vee, wanita berkulit putih ini memberitahu, sebagai seorang pelakon, dia cukup merasakan cabarannya dalam membawakan watak Hendon ini.

"Apabila membaca skrip, saya amati betul-betul dan apa yang saya perhatikan, dialognya memang panjang manakala babaknya pula sedikit. Itulah masanya yang perlu saya fokus dan berikan impak yang besar kerana momentumnya bermula dari situ.

"Pada mulanya, saya agak skeptikal untuk membawakan watak ini kerana bimbang tidak mampu memberikan yang terbaik tetapi, Erma sendiri yang menjelaskan saya lebih sesuai untuk watak jahat," ujarnya pelakon berusia 23 tahun ini lagi.

Peluang keemasan

Jelasnya lagi, alasan utama dia menerima tawaran Erma adalah kerana dia begitu menghormati pendirian primadona itu yang gemar melakukan kerja atas nama kebajikan.

"Adalah menjadi satu kerugian besar jikalau saya menolak untuk berlakon teater kerana saya menyifatkan ini satu peluang keemasan yang tidak seharusnya dilepaskan begitu sahaja.

"Meskipun saya pernah terlibat di dalam dua pementasan teater sebelum ini iaitu Anum dan Di Mana Bumi Dipijak tetapi Sirah Junjungan amat berbeza. Berilah saya ruang untuk menonjolkan bakat saya kepada khalayak," jelasnya yang mempunyai seorang anak angkat, Nor Adam Daniel yang sudah pun berusia 10 bulan.

Selain Vee dan Becca yang hanya dua pelakon wanita dalam pementasan ini, Sirah Junjungan turut dibintangi oleh Ahmad Yatim, Aman Graseka, Jesse Lim, Norsiah Yatim, Wong Sip Nen, Shahronizam Noor dan ramai lagi.

Bukan itu sahaja, Sirah Junjungan turut menampilkan empat penyanyi undangan iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah, Amy dan Mawi pada malam yang berbeza.

Tiket-tiket berharga dari RM30 hingga RM200 sudah pun mula dijual dan sebarang pertanyaan bolehlah kunjungi Box Office, Istana Budaya atau hubungi talian 03-4025 5558.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 4:08 pm

Projek baru Tiara

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Hi_02_27


SEBELUM apa-apa, Papa ingin mengucapkan tahniah kepada Datin Seri Tiara Jacquelina kerana pementasan Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLM) musim ketiga laris seperti mana musim pertama dan kedua dulu.

Walaupun selepas ini Tiara tidak lagi memegang peranan sebagai Gusti Putri, Papa percaya watak itu akan dikenang oleh peminat setia PGLM sampai bila-bila walaupun selepas ini, jika PGLM disambung ia akan dibawa oleh pelakon lain pula.

Jangan tak tahu, Tiara walaupun sibuk tetapi beliau memang tak tahu duduk diam. Ada saja perancangan dan projek baru yang difikirkannya. Khabar terbaru yang Papa dengar, Tiara kini sedang dalam perancangan mahu menerbitkan beberapa teater muzikal.

Salah satunya adalah pementasan teater muzikal yang mengangkat kisah hidup biduanita negara, Allahyarham Saloma. Papa dengar cerita ini pun meremang bulu roma okey. Agak-agaknya mesti akan menjadi hebat macam P.Ramlee the Musical.

Tetapi, sejauh mana kebenaran kisah ini, tak tahulah Papa. Nama pun khabar angin. Lagi satu yang Papa dengar juga Tiara mahu mementaskan kisah Ali Baba and the Forthy Thieves.

Dalam pada itu, Papa juga dapat tahu nama Tiara juga disebut-sebut dan menjadi pilihan Astro untuk menduduki kerusi pengetua Akademi Fantasia musim ke-7. Jeng... jeng... jeng...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 4:15 pm

Que Bawa Balik Linda Ke Johor

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Quebwk16

Sejurus majlis pelancaran drama bersiri ‘Cinta Untuk Ain dan Rempit VS Impak Maksima’ Jomstar.com telah berkesempatan untuk berbual dengan pengantin baru, Que Haidar bertanyakan mengenai persiapan bagi majlis resepsi yang akan berlansung pada...


Last edited by sally_eiyna on Thu 19 Feb 2009, 4:19 pm; edited 2 times in total
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 4:18 pm

Gaya Anne Abdullah Meminta ‘Sesuatu’?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Anneab10


Wah bukan main hot lagi gaya Anne Abdullah dalam majlis ramah mesra bersama dengan pelakon Rempit VS Impak Maksima telah diadakan di Sri Pentas, Damansara Utama pada 16 Feb lepas. Lihat sahaja gaya yang dipamerkan oleh media fotografi, sepertinya berkemungkinanlah mengayakan atau meminta ’sesuatu’ yang amat pelik atau sengaja mengayakan sedemikian tanpa motif-motif tertentu. Kebanyakkan artis yang lain pada waktu itu, amik gambar relax dan cool je, tapi Anne melebih cikit. Mungkin peminat lelaki tahu apa yang ’sesuatu’ itu. ahaks.
Back to top Go down
luvly e'in
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
luvly e'in

Number of posts : 5108
Age : 47
Location : under 1 roof
Registration date : 03/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeSat 21 Feb 2009, 11:48 am

Roslin Hashim Kawin 12 Hari,Cerai Talak 1

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Gambar11

Inai masih merah di tiga jari kiri, namun takdir menentukan jodoh jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 34, dengan Faizah Mohamad, 32, tidak panjang.
Pasangan pengantin baru itu yang bernikah pada 30 Januari lalu cuma sempat melayari bahtera rumah tangga selama 12 hari apabila mereka bercerai pada 11 Februari lalu.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah yang dirasai Roslin kerana perceraian itu terjadi ketika dia sedang bersiap-siap menghadapi kejohanan badminton Terbuka India pada bulan depan, apatah lagi kedua-duanya belum sempat menikmati detik manis berbulan madu.

Ketika ditemui, Roslin berkata dia melafazkan cerai pada isterinya atas kerelaan sendiri di rumah ibu bapa mentuanya di Puchong, Selangor, sekitar jam 10.50 malam di hadapan mereka.

“Tiada sesiapa memaksa saya melafazkan cerai. Cuma sebelum lafaz itu keluar dari mulut saya, ayah mentua minta saya fikir dulu kerana mereka tidak nampak kami bersengketa, tapi saya yang hidup bersama anaknya lebih memahami mengapa saya membuat keputusan itu.

“Saya hanya melafazkan talak satu kepada dia. Sejak berpisah saya tidak berjumpa lagi dengan dia. Saya pun sudah kembali hidup di rumah bujang saya sebelum ini di Wangsa Maju,” katanya.

Agak berat untuk Roslin menceritakan mengapa perceraian itu terjadi kerana ia terlalu peribadi. Cuma apa yang boleh dikata selepas tiga hari menjadi suami, dia mulai berasa tiada keserasian.

“Selepas tiga hari, saya mula terfikir ke arah mana rumah tangga saya ini. Sebabnya, saya terasa seperti tidak dilayan seperti suami, tiada hormat pada saya tetapi saya masih beri dia peluang.

“Selepas seminggu melihat keadaan tidak berubah, saya sedar rumah tangga saya tidak boleh diselamatkan lagi,” kata Roslin yang merancang berbulan madu bersama isteri di Perth, Australia.

Roslin dan Faizah mengikat tali pertunangan pada 1 November lalu dan jika mengikut perancangan, pasangan itu sepatutnya berkahwin pada 25 Disember tahun lalu. Bagaimanapun, ia terpaksa ditunda kepada 1 Februari kerana Roslin perlu bersiap menghadapi Terbuka Malaysia dan Korea 2009.

Majlis persandingan di rumah pihak perempuan diadakan pada 1 Februari lalu, manakala bertandang di rumah keluarga lelaki di Kampung Sirih, Kota Bahru, Kelantan, pada 8 Februari iaitu tiga hari sebelum Roslin dan Faizah berpisah. Hantaran untuk Faizah RM15,000.

Sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai suami, kata Roslin, dia sudah pun membeli sebuah rumah di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor, dan projek itu dijangka siap pada pertengahan tahun ini.

“Saya membeli rumah itu pun kerana mahu berdekatan dengan kediaman mentua. Lagipun ia tidak jauh dengan tempat latihan badminton saya di Bukit Jalil. Memanglah tidak sabar untuk saya menghuni rumah itu bersama seorang isteri, tetapi lain pula yang terjadi,” katanya.

Bagi Roslin, kenyataan dibuat tidak bermaksud untuk memalukan sesiapa, apatah lagi keluarga bekas isterinya itu, namun sebaliknya dia rasa begitu tertekan dengan dilema dihadapi kerana masih ramai terutama peminat badminton serta rakan taulan mengucapkan selamat pengantin baru padanya.

“Kebelakangan ini ke mana-mana saya pergi, ramai yang ucap selamat pengantin baru pada saya. Saya hanya mampu tersenyum dan membalas terima kasih di atas ucapan itu. Hakikat di sebaliknya, ramai yang tidak tahu saya sudah bercerai dan hanya menjadi suami tidak sampai pun dua minggu.

“Saya harap dengan kenyataan ini, masyarakat memahami situasi yang saya hadapi. Tiada orang berkahwin untuk bercerai, tetapi sebagai insan kita tidak dapat menolak qada dan qadar Allah.

“Ujian ini sudah tertulis untuk saya menghadapinya, bagaimana untuk saya mengelak,” katanya.

Roslin yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan, menjadikan keluarga Jailani Sidek sebagai keluarga angkatnya. Selepas melafazkan cerai, dia terus menghubungi Jalani memberitahu apa yang terjadi.

“Saya buntu sangat selepas apa yang terjadi pada diri saya. Syukurlah Jalani dan abangnya, Datuk Misbun Sidek menghormati keputusan saya dan minta saya bertenang,” katanya.

Sementara itu isteri Jalani, Raja Azmi Raja Sulaiman turut bersedih terhadap apa yang terjadi kepada Roslin. Tekanannya juga dirasai kerana selain menjadi perancang perkahwinan, dialah yang menjadi orang tengah menemukan Roslin dengan Faizah hingga kedua-duanya bersedia untuk berkahwin.

“Dua tiga hari ini fikiran saya turut terganggu kerana ada pihak menuduh saya tersalah mencari jodoh buat Roslin. Soal jodoh, kita cuma mengaturkan kerana mana kita tahu kaca dan permata.

“Sudah tersurat jodoh Roslin pendek, kita terima saja apa yang ditentukan Ilahi,” katanya.

Di sebaliknya, Roslin belum pasti bilakah dia dan pasangannya akan ke mahkamah kerana esok baru dia akan berjumpa peguam bagi memaklumkan perceraian itu.
Back to top Go down
http://www.easypha-max.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeSun 22 Feb 2009, 8:19 am

Melissa Maureen hamil

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Dv_01_13


HAI, sekarang memang musim artis kita mengandung. Macam musim durian gamaknya. Selain Erra Fazira, Aleya, Rosma dan Dynaz, Diva dapat tahu, satu lagi pasangan selebriti yang sedang menanti kelahiran cahaya mata ialah Malique dan Melissa Maureen.

Selepas bernikah di Bali, Indonesia pada 8 Ogos tahun lalu, Melissa kini dikatakan sedang mengandungkan bayi sulung mereka.

Khabar gembira itu disampaikan sendiri oleh teman baik Malique, Joe Flizzow baru-baru ini.

Barangkali Joe tidak bermaksud untuk membocorkan berita gembira itu kepada media, tetapi Joe mungkin berfikir bahawa rakan media sudah mengetahui tentang berita tersebut.

Bagaimanapun, Joe tidak memberitahu tentang usia kandungan bayi pelakon cantik Melissa. Sebaliknya dia hanya menyatakan yang Malique dan Melissa kini menanti detik bahagia menjadi ibu bapa.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeSun 22 Feb 2009, 8:23 am

Nabila terus panas

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Hi_03_10


Pernah dilabel sebagai menumpang populariti bapanya Amy Search, ternyata Nabila Huda berjaya membuang persepsi tersebut. Dia berdiri di atas kakinya sendiri.

Bersusah payah dia membina profil sebagai seorang pelakon tambahan sejak lebih empat tahun lalu. Tetapi kini, dia boleh berbangga kerana jerih perihnya berbalas.

Hari ini, Nabila bukan tidak lagi memainkan karakter tambahan, sebaliknya bakat semula jadi yang diasah menjadi semakin baik membolehkan dia menjadi barisan pelakon utama dalam kebanyakan drama.

Selepas hangat dengan Sutera Maya dan Laila Majnun, Nabila kini terbabit dengan sebuah lagi drama penuh konflik, Cinta Untuk Ain.

Berganding dengan sahabat baiknya, Que Haidar, drama cinta penuh lara yang akan ditayangkan di TV3 pada setiap Selasa pukul 9 malam itu akan memulakan episod pertamanya pada 24 Februari 2009.

Walaupun sering membawa karakter gadis yang penuh dengan sisi hitam kehidupan silam, Nabila tidak gentar dengan cemuhan. Bagi pelakon yang kini memegang status Puan Zaidi selepas bernikah dengan lelaki pujaannya, Zaidi Zailani pada Disember lalu, karekter itu hanya sebuah lakonan.

“Penonton tidak seharusnya melihat karakter negatif yang saya bawa tetapi merenung maksud tersirat di sebalik setiap karakter kerana masalah yang dipaparkan memang berlaku, dan ia perlu dijadikan iktibar,” ujar Nabila yang berani membawa karakter hitam demi menyampaikan mesej yang baik kepada masyarakat.

Paling membanggakan, rezekinya juga terus mencurah. Bergelar isteri, kerjaya Nabila semakin ligat. Selain akan muncul dengan filem Bohsia dan beberapa filem lain, pelakon yang baru muncul dengan album single pertama itu juga bakal menerjah pasaran Indonesia selepas dipanggil uji bakat untuk sebuah karya di sana.

Kata Nabila memanjat kesyukuran: “Alhamdulillah, rezeki semakin tidak putus. Ia juga menepis persepsi kalau artis berkahwin, rezeki mereka dalam bidang seni juga sepi.”

Sedang berbahagia menganyam cinta, saat ditanya tentang cahaya mata, pantas Nabila memberitahu dia mahukan anak. Setakat ini keinginan itu belum diperkenankan Tuhan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeSun 22 Feb 2009, 8:29 am

Hanya lakonan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Dv_04_10


ASSALAMUALAIKUM. Kami (panggilan Rita Rudaini), Rita ni. Kami nak minta maaf sebab telefon Maliah. Tapi kami nak beritahu yang cerita kami dengan Lisdawati minggu lalu gaduh berebut Fauzi Nawawi itu tidak betul.

Sebenarnya itu hanya adegan drama seperti yang ada dalam jalan cerita. Kami tak bergaduh atau pukul dia sebab seorang lelaki. Kami tahu banyak versi yang keluar, tapi percayalah kami tidak bergaduh seperti yang didakwa.

Kami faham tugas wartawan, tapi kes ini memang tidak benar. Lagipun kami sudah mempunyai keluarga sendiri dan tak mahu banyak orang salah sangka dengan cerita tidak benar ini. Jadi kami harap ia tidak dibangkitkan lagi. Sekali lagi kami minta maaf kerana mengganggu Maliah. Terima kasih kerana menulis tentang kami.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeSun 22 Feb 2009, 8:32 am

Ning Baizura di dunia fesyen

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Hi_01_40


NING Baizura Hamzah Dalton pernah beberapa kali mencipta polemik sepanjang 16 tahun bergelumang dalam bidang seni namun perkara itu bukan sahaja memberinya satu pengalaman malah kekuatan yang mematangkan diri.

Hari ini, datanglah apa sahaja, dia sudah tahu bagaimana mahu mendepani dan mampu menanganinya setiap situasi. Malah penyanyi yang terkenal bersuara soprano itu mengakui, ketika ini, dia sedang melalui hari-harinya dengan penuh bahagia.

Ya, selepas bergelar isteri kepada Omar Sharif Christopher Layton Dalton, ia melengkapi kehidupannya selama ini.

Juga, biarpun kini terpaksa menguruskan sendiri urusan kerja seni selepas pembubaran Ning Associates, penyanyi yang popular dengan lagu-lagu Curiga, Ke Sayup Bintang dan Awan Yang Terpilu itu sudah semakin selesa membina kerjaya bersendirian.

Sejak bergerak di bawah pengurusan HappeNings (M) Sdn. Bhd., Oktober lalu, banyak perancangan yang telah diatur. Selain kerjaya seninya, Ning juga sedang mengusahakan beberapa projek berkaitan fesyen dan merancang menerbitkan program untuk kanak-kanak.

“Selepas tiga bulan pertama, perjalanan pengurusan syarikat semakin sistematik. Melihat kemajuan itu, saya percaya saya boleh bekerja dan berdikari. Cuma saya perlu luangkan masa untuk belajar,” kata Ning mengenai kehidupannya sebagai pengarah syarikat.

Percaya dengan kemampuan diri, Ning juga memberitahu ketika ini, pada usianya 33 tahun, dia begitu bersemangat dan berkeyakinan tinggi untuk membina sebuah kehidupan baru.

“Jangan takut mengejar sesuatu,” katanya dengan penuh teruja dan optimis. Sejak membina HappeNings (M) Sdn. Bhd. Banyak perancangan telah dibuat khususnya untuk jangka masa lima tahun mendatang.

Memulakan perniagaan fesyen yang menjadi minatnya sejak sekian lama, di bawah pengurusan StunNing Creations, ia akan mengeluarkan rangkaian pakaian lelaki dan wanita, juga kasut dan aksesori secara berperingkat-peringkat.

Dengan mengkhususkan untuk mengeluarkan pelbagai jenis kebaya, pakaian tradisional yang menjadi kesukaan Ning, penyanyi itu juga memilih canting batik kontemporari sebagai teras fesyen.

Buat masa ini, perniagaan pakaian kemeja batik lelaki yang menjadi kegemaran suaminya sudahpun berjalan. Menariknya, kata Ning, koleksi pakaian StunNing nanti adalah terhad dan hanya ada satu helai bagi setiap rekaan.

“Jangan takut membeli sebab harganya memang sangat berpatutan dan mampu dibeli,” tambahnya yang juga merancang untuk membuka gerai makan di sekitar Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Banyak yang perlu dipelajari sejak berdikari namun daripada perbualan dengan artis seksi berkulit eksotik ini, tidak dinafikan, banyak yang sedang dikerjakannya.

Tanpa perlu bermegah-megah dengan perancangan yang dibuat, Ning percaya, adalah lebih baik bekerja secara diam daripada memukul canang satu dunia.

“Kalau jadi, jadi, kalau tak jadi, tak apa,” ujarnya yang turut akan membuat kemunculan dalam filem KRU, Magika sebagai Puteri Gunung Ledang.

Mendidik anak-anak

Mungkin melihat orangnya, ramai berpendapat artis bernama Ning Baizura, anak kelahiran Kajang, Selangor ini seorang yang terlalu moden dan terlalu mengamalkan sikap terbuka.

Namun di sebalik kemodenan dan keterbukaannya itu, Ning memiliki jiwa halus dan prihatin terhadap masa depan generasi akan datang.

Sementelah melihatkan perkembangan program pendidikan kanak-kanak khususnya televisyen yang begitu kekurangan rancangan yang memaparkan tentang bahasa dan budaya Melayu. Sedangkan baginya, televisyen merupakan medium paling baik yang memainkan peranan penting dalam mendidik kanak-kanak. Justeru tidak hairanlah andai Ning menyimpan cita-cita untuk menerbitkan program televisyen kanak-kanak. Ning memberitahu rancangan pendidikan kanak-kanak adalah sesuatu yang diimpikan.

“Saya sukakan anak-anak. Mereka generasi kita. Sayang kalau kita tidak ajar dan terapkan mereka dengan bahasa, budaya dan ilmu,” kata pelontar suara bagi lagu kanak-kanak Learning English Is Lots Of Fun ketika usianya sembilan tahun.

Malah tegas Ning, dia mahu anak-anak generasi akan datang khususnya daripada perkahwinan campur memiliki jati diri sebagai anak Melayu. Kerana itu kata Ning, kita perlu mempunyai program- program yang khusus dan menarik bagi mendekatkan mereka dengan bahasa dan budaya nenek moyang mereka.

“Saya memikirkan masa depan. Saya akui agak ‘tersentak’ apabila melihat anak kawan saya sendiri yang berkahwin campur seperti saya dan tinggal pula di luar negara hanya menonton rancangan kanak-kanak Inggeris.

“Kalau saya ada anak, saya tak mahu begitu. Saya tak mahu mereka setakat pandai berbahasa Inggeris sahaja tetapi ingin mereka pandai berbahasa Melayu dan tahu cerita-cerita rakyat kita. Menyelami akar budaya bangsanya sendiri. Tak kira di mana mereka berada.

“Tapi saya terfikir, siapa nak ajar bahasa, budaya kita kepada mereka? Dan saya merasakan televisyen atau pemain cakera padat misalnya adalah terbaik untuk mendekatkan mereka dengan jati diri Melayu itu.

“Mungkin anak-anak boleh diberi pendedahan melalui program televisyen. Masalahnya kita kekurangan program pendidikan kanak- kanak,” jelasnya.

Menurut Ning, dia juga merasakan sudah tiba masanya dia memberi semula dan menyumbang kepada masyarakat yang selama ini banyak memberi sokongan dan dorongan kepadanya untuk berjaya seperti hari ini.

Berkira-kira untuk menerbitkan pelbagai program khusus untuk kanak-kanak dalam tempoh masa terdekat ini, Ning memberitahu sudah mula mengambil berat selok belok penerbitan dan kerja-kerja di belakang tabir.

Mula belajar dan mencari pengalaman di belakang kamera dan bidang penerbitan apabila menjadi penerbit bersama program Zoom In yang dihoskan di RTM pada 4 Januari lalu.

Selain perancangan menerbitkan program televisyen kanak-kanak, Ning juga aktif dengan kerja amal namun hanya mahu terlibat dengan satu badan agar dapat menumpukan sepenuh perhatian mengutip dana untuk kanak-kanak dan orang penghidap kanser yang disertainya.

“Saya tidak mahu terlalu mengejar. Saya percaya kepada mengerjakan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Seperti badan amal ini, biarlah saya tumpukan perhatian memberi kebajikan kepada satu badan sahaja,” tegasnya.

Hala tuju Ning

Dalam sibuk merancang masa depan syarikatnya, Ning juga tidak ketinggalan menyiapkan kerja-kerja rakaman untuk album terbaru yang bakal dipasarkan Jun ini. Seperti tajuk singlenya, Embunan Bersinar dan Mimpi, Ning juga mengharapkan sinar dan mimpi indah buat album yang sedang dalam pembikinan itu.

Malah mengharapkan dapat menyajikan satu persembahan istimewa dalam satu konsert buat peminat setianya.

“Namun itu semua masih dalam perancangan. Yang pasti, apa yang sedang saya jalani kini adalah menjadi jurulatih vokal bagi 12 peserta One In A Million musim ketiga (OIAM3),” jelasnya.

Menjadi mentor vokal sebelum para peserta bersaing sesama sendiri di pentas yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen, Ning bersama 12 peserta OIAM3 menjalani latihan intensif selama sebulan.

Dikenali sebagai seorang yang tegas malah sedikit garang, Ning memberitahu menjadikan pengalamannya sebagai artis untuk mengajar peserta.

Meluangkan waktu selama empat jam bagi enam penyertaan pada setiap sesi, Ning mahu menjadi inspirasi kepada peserta program realiti terbitan 8TV itu.

Teruja untuk menyaksikan hasil didikannya itu, ujar Ning, untuk menjadi peserta yang baik, mereka harus mencari suara mereka sendiri. Dan jika peserta berjaya menemuinya, kata Ning, ‘itulah kebahagiaan sebenar menjadi seorang mentor.’

Dan bagi dirinya, kebahagiaan sebenar sebagai Ning Baizura adalah rentak-rentak kehidupannya yang sempurna bersama suaminya, Omar Sharif.

Selepas menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 31 Januari lalu, Ning mengakui dirinya kini sudah bersedia melengkapkan alam rumah tangga dengan kehadiran cahaya mata.

“Ya... Saya sekarang memang begitu teringin menimang anak,” katanya sambil tersenyum penuh makna.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeSun 22 Feb 2009, 8:41 am

“Digugurkan? Itu tuduhan”

Kecoh apabila ada desas-desus yang bertiup mengatakan pelakon Haliza Misbun, 36, buat hal lagi. Hal apa? Dia didakwa digugurkan daripada membintangi sebuah drama terbitan syarikat produksi ternama gara-gara masalah disiplin.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Hi_02_28


Haliza dikatakan tidak datang ke lokasi penggambaran sehingga menyebabkan produser syarikat tersebut terpaksa menyingkirkan namanya dan digantikan dengan orang lain. Sebelum ini sudah ada pelbagai tanggapan buruk terhadap Haliza kononnya dia sering menimbulkan masalah.

Dia turut dituduh tidak menegur pelakon lain, mengamuk tak tentu fasal yang mengakibatkan suasana di set penggambaran menjadi tidak ceria.

Ada yang berkata, Haliza seperti nak tunjuk hebat walaupun diakui dia seorang pelakon yang serba boleh. Petang Selasa lalu saya menghubungi Haliza untuk meminta beliau tolong jawab masalah yang dikaitkan dengannya itu.

Haliza yang sedang sibuk dengan proses suntingan dokumentari Jejak Kasih yang akan disiarkan

di RTM Mac ini mempunyai jawapannya.

“Macam mana orang boleh kata saya digugurkan kerana saya tidak pernah menandatangani apa-apa kontrak sebelum ini,” katanya dengan nada serius. Beliau turut menolak dakwaan bermasam muka dengan pelakon lain.

Kata Haliza, sudah menjadi kebiasaan, ketika di set penggambaran beliau lebih senang membaca buku sementara menunggu gilirannya daripada sibuk bercerita perkara yang tidak berfaedah. Ikuti pengakuan Haliza kepada saya, NIEZAM ABDULLAH.

Apa yang Liza buat sekarang ni?

Saya di studio. Tengah menyunting Jejak Kasih. Ada enam episod yang tak siap lagi. Siang malam, kira sibuk dengan projek inilah untuk RTM. Ada apa ni bang? Macam ada benda penting saja?

Penting juga fasal Liza?

Fasal apa? Ada benda tak elok ke orang cakap tentang saya ni?

Lebih baik la tanya Liza terus. Betulkah Liza digugurkan oleh satu syarikat produksi drama baru-baru ni?

Gugur? Kenapa dia orang nak gugurkan saya?

Yalah, alasannya Liza tak ada disiplin. Sebab tu dia orang gugurkan Liza dan ganti dengan orang lain?

Saya tak berminat nak komen benda-benda ini. Saya nak tanya sekarang macam mana nama saya kena gugur kalau saya tak sign apa-apa kontrak dengan syarikat tu? Tak timbul isu gugur atau tak? Saya tak terima satu sen pun bayaran daripada produser. Jadi secara umumnya tidak timbul masalah ini.

Tak ada perjanjian? Maksudnya?

Yalah... selalunya sebelum saya ambil apa-apa projek berlakon, mesti ada black and white. Kalau tak ada apa-apa perjanjian, seseorang itu tak boleh nak dakwa saya digugurkan. Itu saja. Saya minta abang tak sebut nama mana-mana produksi ya. Saya bercakap ni secara umum dan tak tuju kepada sesiapa.

Biasanya macam mana prosedur kalau nak undang Liza berlakon dalam sesebuah produksi tu?

Selalunya sebelum terima sesuatu tawaran tu saya akan tengok skrip dulu sama ada sesuai atau tak? Lepas tu baru saya akan bersetuju dan akan sign kontrak.

Dengan produksi yang dikatakan tu tak sign apa-apalah maknanya?

Tak adalah. Jika saya sign kontrak, barulah ada asas kalau sesebuah produksi itu nak mendakwa mereka gugurkan saya. Kalau tak ada apa-apa perjanjian, mereka tak boleh kata begitu. Ia tuduhan.

Soal bayaran pula macam mana? Liza agak berkira?

Saya tak nak hipokrit. Soal bayaran bagi saya memang penting. Selalunya lepas tengok skrip saya akan bincang mengenai bayaran.

Mahal atau tidak harga seorang Haliza Misbun untuk sesebuah drama?

Ya... saya perlu dibayar mahal. Sesuai dengan kebolehan saya. Kena tengok macam ni. Saya terima sesuatu watak, saya akan lakonkan watak itu dengan penuh perasaan. Saya bukan seorang pelakon yang kerjanya hafal dialog saja. Saya ni ibaratnya akan “mimpi”, “makan”, “minum” dengan watak tu. Hasilnya nanti memuaskan. Tentulah bayaran yang setimpal perlu diberi kepada saya.

Mungkin sebab tu orang takut nak tawarkan watak pada Liza. Dan akhirnya timbul macam-macam tuduhan yang bukan-bukan. Apa komen Liza?

Mereka yang macam tu, tak faham apa itu lakonan. Sebab tu dia orang takut. Lakonan yang baik bukan menghafal skrip tetapi menjiwai watak itu. Sesetengah produser tu anggap saya ni mahal sebab pelakon macam saya ni amalkan peraturan tertentu dalam lakonan. Saya tak nafikan saya ni memang mahal.

Apa masalah Liza di lokasi. Banyak buat masalah orang kata?

Selalunya sementara tunggu giliran untuk masuk set penggambaran, saya akan lepak di dalam kereta. Saya akan baca buku. Sesetengah orang tu suka bergaul, dengar lagu dan macam-macam lagi tapi saya suka membaca. Selalunya banyak benda saya fikirkan. Tak ada masa nak bergosip.

Mungkin kerana itu orang kata Liza sombong? Tak bergaul!

Salahkah saya membaca, orang nak cop saya ni sombong? Saya rasa ia tak salah. Takkan nak tuduh saya ni macam orang lain pula kot? Saya bukan macam tu! Dari dulu pun saya memang orang yang kuat membaca terutama buku-buku falsafah, sejarah dan Bahasa Inggeris.

Bagaimana pula dengan lelaki? Sejak dari dulu macam-macam gosip percintaan Liza. Kejap dengan mat salih, dengan artis Indonesia dan macam-macam lagi. Saja nak cari publisiti murah ke sebab sampai hari ni tak kahwin-kahwin lagi?

Terus terang saya katakan yang sekarang ni saya single. Saya mengaku banyak berkawan terutama dengan orang Eropah. Mungkin tak ada jodoh. Bukan memilih tetapi saya anggap perpisahan itu kadang-kadang lebih bagus. Tetapi bila tanya saya nak ke tak kahwin hari ni, saya akan kata tak nak. Bukan masanya lagi. Saya nak berseorangan dulu.

Adakah Liza mahu lelaki tu ikut telunjuk Liza? Sebab tu susah nak kahwin?

Kalau seseorang lelaki tu nak bersama dengan saya, dia kena faham dan boleh terima saya. Mudah saja. Kalau tak boleh terima, hubungan tu tak boleh nak teruskanlah.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeSun 22 Feb 2009, 9:09 am

Fara Fauzana seksi nampak lurah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Fara12
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeSun 22 Feb 2009, 9:13 am

Nabil-Irma sah bercinta!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Irma12

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Nabil-10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Nabil-11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Nabil-12


BELUM apa-apa lagi pelakon, pelawak dan pengacara Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 26, diberi amaran agar tidak menjaja cerita tentang kisah peribadinya bersama pelakon cantik Irma Hasmie, 27.

Mana tidaknya, sekarang Nabil perlu melunaskan banyak komitmen di bawah Primeworks Studios Sdn. Bhd. iaitu mengacarakan program Studio Nabil, Ewah-Ewah (bersama Raja Azura), Pondok-Pondok dan tidak lama lagi program berbentuk ‘gameshow’ Harta Mania (bersama Nik Adruce). Hanya kadangkala sahaja Nabil akan turut serta mengacara program Melodi.

Nabil juga pernah mengatakan yang dia sebolehnya tidak mahu kisah cintanya digembar-gemburkan sehingga menenggelamkan karier seninya.

Patutlah Nabil kurang memberikan komen tentang Irma apabila disoal tentang cinta barunya itu.

Sebelum ini, Nabil pernah digosipkan bercinta dengan seorang pelajar kolej, Myra namun tidak sampai setahun, timbul pula gosip juara Raja Lawak Astro musim kedua ini dikatakan bercinta dengan Irma pula.

Namun, sama ada Nabil mahupun Irma menjawab mereka sedang mengenali antara satu sama lain.

Dalam masa yang sama, sumber terdekat Nabil mengesahkan finalis kategori Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular ABPBH2008 ini memang bercinta dengan bekas kekasih aktor Farid Kamil itu.

Menurut sumber itu lagi, Nabil terpikat dengan hati Irma yang baik dan lebih memahami karier seninya memandangkan wanita itu juga berkecimpung di dalam industri hiburan yang sama.

“Mereka telah menjalinkan hubungan kira-kira empat bulan lalu,” tambah sumber itu lagi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeSun 22 Feb 2009, 9:17 am

Adam ikut jejak KRU, bakal bergelar pengarah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Adam1110
Adam akan mengarah telefilem sulungnya, Wira Malam


PERCATURAN jejaka kelahiran program Akademi Fantasia musim kedua (AF2) ini di dalam bidang hiburan ternyata membuahkan hasil.

Peluang dan bimbingan yang diberikan oleh kumpulan adik-beradik KRU selama ini tidak pernah dipersia-siakan oleh Adam, malah satu demi satu kejayaan yang diraih oleh Norman, Yusry dan Edry telah membakar semangat Adam untuk berdiri sama tinggi dengan mereka.

Sedikit demi sedikit, Adam mula mengikut jejak langkah adik-beradik ini. Setelah mengukir nama dengan baik sebagai penyanyi menerusi tiga buah album yang telah dihasilkan, Adam sudah boleh tersenyum bangga apabila berjaya menubuhkan syarikatnya sendiri, Aico Entertainment yang kini mempunyai artis naungannya sendiri iaitu B.A.D Boys.

Kini, pemuda berusia 25 tahun ini melangkah setapak lagi dengan bergelar pengarah drama pula. Drama yang akan dihasilkan dalam bentuk telefilem itu juga akan menyaksikan Adam sendiri sebagai pelakon utama memegang karektor 'superhero'.

Bukan mahu 'meniru' apa yang dibuat oleh KRU, tetapi luah Adam, apa yang telah dilakukan oleh kumpulan muzik popular pada era 90an itu sememangnya menjadi inspirasi untuk Adam walaupun dia sedar pasti ada yang meragui kemampuannya bergelar pengarah.

"Perkara ini memang sudah lama saya impikan, sejak melihat betapa hebatnya KRU sendiri menghasilkan filem. Saya akui, saya ingin berjaya seperti mereka.

"Saya sedar saya tidak ada pengalaman besar bidang pengarahan, tetapi dengan sedikit ilmu yang saya kutip sebagai pengarah video muzik kumpulan B.A.D Boys dulu, saya yakin saya sudah bersedia.

"Lagipun saya akan dibantu oleh penolong pengarah saya, Hafiz. Sukar untuk saya jelaskan lagi, tetapi tengok sajalah nanti hasilnya," kata Adam yang akan memulakan penggambaran telefilem itu pada April depan.

Mengulas lanjut tentang telefilem yang berjudul Wira Malam itu, kata anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini, telefilem tersebut merupakan projek bersama bapa saudaranya di bawah syarikat yang ditubuhkan mereka iaitu Curio Communications.

Tambah Adam, idea cerita yang mengangkat kisah 'superhero' itu dicetuskan olehnya sendiri manakala skripnya akan dibuat bersama penulis skrip, Farah Alya.

"Apa yang boleh saya katakan, ia adalah sebuah kisah 'superhero' yang lebih serius. Akan ada kostum khas yang direka kelak dan karektor Wira Malam ini juga memerlukan saya pandai menggunakan alat senjata 'nunchaku'.

"Babak 'fighting' juga akan saya reka untuk jadi lain dari yang lain. Saya amat teruja sebenarnya tentang projek sulung saya ini. Buat masa ini saya masih meneliti pelakon wanita yang sesuai untuk telefilem ini.


"Insya-Allah, ia akan ditayangkan di salah sebuah stesen televisyen pada akhir tahun ini," tutur Adam yang sedang giat menjalani latihan menggunakan 'nunchaku'.

Sebelum memulakan penggambaran telefilem tersebut, penyanyi yang popular dengan lagu Tak Tahu ini akan sibuk dengan penggambaran filem keempat lakonannya, Dimensi Cinta, bermula akhir bulan ini.

Memegang watak sebagai ketua sebuah kumpulan tarian hip-hop, kata Adam, elemen tarian yang diselitkan di dalam filem berkonsepkan cinta itu membuatkan dirinya tertarik untuk menerima tawaran filem arahan Eddie Pak ini.

"Saya ditawarkan pada bulan Januari lalu. Memang saya cukup menyukai watak As yang akan saya pegang dalam filem ini kerana ia membabitkan tarian.

"Karektor saya agak jahat juga di dalam filem ini dan suka membuli budak-budak yang menari 'shuffle'. Saya turut diberi tanggungjawab untuk 'monitor' koreografi semua tarian di dalam filem ini," kata Adam dalam nada ceria.

Filem usahasama Harian Inovatif Sdn Bhd (HISB) dengan kerjasama Syarikat Sunday To Sunday Services Sdn Bhd (STSS) mengenengahkan Fahrin Ahmad dan Catriona Ross sebagai tunggak utama.

Selain Adam, turut sama menjayakan filem ini ialah Memey, Zarina AF, Eman Manan, Awie dan Scha.

Secara ringkasnya, Dimensi Cinta merupakan kisah benar dan berkisar tentang Raja Soffhilea (Catriona) yang sering didera oleh bekas suaminya, Redhuan (Eman).

Soffhilea yang mempunyai tiga orang anak akhirnya bangkit dari kesengsaraan itu setelah bercerai dengan Redhuan dan berjaya membentuk empayar perniagaannya sendiri atas bantuan Imran (Fahrin).

Dalam perkembangan lain, Adam juga telah memulakan konsert jelajah solonya di Labuan pada 3 Januari lalu dan ketika ini sedang menantikan permit untuk meneruskan konsert mininya itu di beberapa buah lokasi lagi di sana. Lokasi seterusnya dijangka akan dibuat di Keningau.

"Sambutan yang saya terima ketika adakan konsert mini di Labuan tempoh hari cukup memberangsangkan. Walaupun ini bukanlah konsert yang besar memandangkan tiada tajaan mana-mana pihak pun, tetapi saya bersyukur ia mendapat respon yang baik daripada peminat.

"Memang saya ada perancangan untuk buat di Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain juga. Semuanya masih di dalam perancangan lagi," kata Adam.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeSun 22 Feb 2009, 9:24 am

(Gambar) Anggunnya Isteri Sultan Brunei

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 122

Makin anggun Azrinaz Mazhar, bekas personaliti TV3 yang merupakan salah seorang isteri kepada Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 225

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 322
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeSun 22 Feb 2009, 9:54 am

Gambar Awek Kekasih Saiful Malaysian Idols

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 123

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 226

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 323

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 420

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 516
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeSun 22 Feb 2009, 10:00 am

Azizah Mahzan Lagik!!!!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 N5717618

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 N5717619

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 N5717621
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeSun 22 Feb 2009, 10:02 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 N5717622

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 N5717623

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 N5717624
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeSun 22 Feb 2009, 10:04 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 N5717625

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 N5717626
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeSun 22 Feb 2009, 10:10 am

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Majlis Tahlil Arwah Bapanya

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 32938810

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 32938910

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 32947110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 32947111
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeSun 22 Feb 2009, 10:13 am

Gambar rihanna kena belasah dengan Chris brown

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Rihann12

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Rihann13

padan la Rihanna tak boleh teruskan konsert dia di Kuala Lumpur. Kecederaan yang di alaminya parah dan sekarang beransur pulih
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeSun 22 Feb 2009, 10:16 am

imej baru awie

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Awieba10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Awieba11

Di majlis pelancaran filem Dimensi Cinta Awie rockers lagenda tampil dgn imej baru ala-ala anak muda.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeSun 22 Feb 2009, 10:22 am

Atilia Ikut Rentak Sendiri

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 124

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 227

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 324


Tidak menghairankan yang mereka telah berganding suara untuk sebuah lagu dalam album kedua Atilia yang bakal diriliskan pada bulan Jun nanti. Akhirnya, tercapai juga impian anak ini untuk berduet bersama ibu tersayang. Mereka telah merekod semula lagu hit ibunya yang berjudul “Gelombang” dalam rentak ‘smooth jazz’.

“Rasa sayang jika saya sebagai anak tidak melakukannya. Dah lama saya berhasrat untuk membuatnya tetapi tidak dalam album pertama kerana masa itu saya ingin tubuhkan nama saya dahulu dalam industri muzik. Dan saya tidak mahu orang melihat saya sebagai menggunakan nama ibu saya.

Dedahnya lagi, ketika merekod “Gelombang”, ada berlaku percanggahan pendapat diantara dia dan ibu. Namun, akhirnya dia bersetuju dengan pendapat ibu untuk mengekalkan cara nyanyiannya kerana itulah yang paling sesuai untuknya

“Saya membuat keputusan untuk menerbitkan album kedua ini kerana tiada orang yang lebih mengetahui apa yang saya inginkan selain diri saya. Bukan mudah untuk mencari orang yang faham dan berkongsi ide yang sama. There is pressure but I’m a sucker for pressure,” katanya sambil ketawa.

“Saya faham perbandingan akan dilakukan antara album kedua ini dan ‘Sangkar’, jadi kualiti album harus dikekalkan. Dan saya sudah bersedia untuk menerima kritikan dan belajar dari kesilapan

Pernah ditawarkan kontrak rakaman dengan label-label besar dengan syarat dia perlu mengikut cakap mereka, penyanyi kenit ini memberitahu dia tidak kisah jika tidak menerima banyak undangan persembahan.

“Kebebasan untuk melakukan apa yang saya cintai amat memuaskan. Bila saya membuat keputusan untuk menyanyi dalam genre ini (jazz), saya sudah bersedia menghadapi kenyataan bahawa ia tidak akan diterima semua pendengar. Sebenarnya saya suka pelbagai genre lagu tetapi rasanya jazz lebih sesuai untuk suara saya.

“Kepada penyanyi baru, nasihat saya, ketahui arah tuju anda dan apa yang anda mahukan. Selepas itu, percayai diri anda dan banyak bersabar. Apa yang anda inginkan pasti akan termakbul dan pada masa itu, andalah orang yang paling bahagia di muka bumi ini.”
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeSun 22 Feb 2009, 10:25 am

Mimi Rahzia, Angelina Jolie Malaysia?

Walaupun pelbagai berita negatif yang dimainkan oleh media, namun semuanya itu tidak mampu mempengaruhi Mimi Rahzia, anak kelahiran Brunei ini untuk menceburkan diri dalam dunia yang penuh glamor ini.

“Bagi Mimi kita kena pandai mencari jalan dan arah untuk masuk ke dunia seni ni, lebih-lebih lagi jika kita tak ada guide yang nak bantu kita.”

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 P0012p10


Ditanya bagaimanakah dia boleh mendapat arah untuk menceburkan diri dalam dunia seni ini, Mimi menjawab, dia banyak melakukan ‘homework’ melalui internet mencari agensi-agensi modelling atau syarikat produksi yang mahu mencari pelakon.

Katanya detik permulaan dirinya melangkah masuk kedalam dunia seni ini ketika sewaktu dia menyertai pertandingan pencarian Wajah Wanita - Avon 2005. Katanya sejak dari situlah dia mula belajar dan mengenali orang-orang yang terlibat dengan industri hiburan tanah air.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 P0014g10


“Sewaktu Mimi menyertai pertandingan itu, Mimi masih belajar…Masa tu Mimi ambil jurusan dalam bidang perakaunan dan kewangan.”

Katanya, walaupun tidak menjuarai pertandingan itu, cukup baginya mengetahui individu yang terlibat dalam dunia hiburan di Malaysia. Katanya untuk menjadi seseorang artis yang berjaya, selain dari bakat dan rupa, seseorang artis itu juga perlu bijak berkomunikasi dengan pihak wartawan dan media massa.

Satu yang menarik mengenai Mimi Rahzia ini, jika diperhatikan kepada wajahnya, bibir pelakon ini iras-iras seperti selebriti terkenal Hollywood, Angelina Jolie. Ditanya mengenai persamaan bibir yang dimiliki olehnya persis Angelina Jolie, Mimi menjawab dia sedar dengan keadaan tersebut.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 P0017d10


“Banyak orang yang jumpa Mimi ada cakap mengenai hal bibir Mimi, tapi bagi Mimi ianya satu kebetulan. Tetapi Mimi memang meminati Angelina Jolie. Bukan kerana bibir Mimi yang sama sepertinya tetapi Mimi memang suka dengan gaya lakonannya selain dari tubuh badannya yang seksi,” ujar Mimi sambil tersenyum.

Mimi turut menambah walaupun dikatakan memiliki bibir seiras dengan pelakon wanita berkenaan, ianya bukan membawa maksud mahu meninggi diri.

“Buat apa bibir je sama, tapi dari segi mutu lakonan tak sama. Mimi tak nak macam tu. Kalau boleh Mimi nak lebih baik dari Angelina Jolie.”

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 P0022i10


Ditanya mengenai perkembangan terbarunya, Mimi memberitahu bahawa dia kini dalam proses persediaan untuk menjalani proses pengambaran filem pertamanya ‘Bunian Mahkota Seri Helang”.

Berkata mengenai filem pertama lakonannya ini, Mimi memberitahu bahawa idea asal filem berkenaan datang dari Cikgu Vokalnya, Adnan Abu Hassan. Katanya dia sudah diberitahu oleh Cikgu Adnan sejak dari tahun 2006 lagi mengenai impian gurunya itu untuk menghasilkan filem berkenaan.

“Waktu dia cakap pasal filem dia tak pernah nak offer Mimi. Tapi bila benda ni dah confirm Cikgu Adnan minta Mimi hantar resume dan datang untuk casting. Mimi pon datanglah. Tapi time tu Mimi tak berharap sangat, pasal Mimi rasa ada orang lain yang layak. Tapi syukur Alhamdulillah Mimi akhirnya dipilih untuk membintangi filem ini,” ujar Mimi.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 P0027l10


Turut ditanya kepada Mimi adakah dia tidak mahu menjadi seorang penyanyi lantaran dia pernah berguru dengan komposer terkenal tanah air, Mimi menjawab;

“Mimi bukan penyanyi dan Mimi tak pandai menyanyi. Nak nyanyi dekat karaoke pon sumbang, apatah lagi nak jadi penyanyi yang betul-betu,” katanya sambil tergelak kecil.

Mengenai impian masa hadapannya, Mimi memberitahu bahawa jika mempunyai modal mencukupi, dia mahu memiliki perniagaannya sendiri. Katanya jika mempunyai modal yang besar dia mahu membuka sebuah salon kecantikkan.

“Salon kecantikkan Mimi ni unisex. Jadi lelaki pon boleh datang.”
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitimeSun 22 Feb 2009, 10:45 am

Zul Muncul Dalam Gerak Khas Semalam

Wah sekarang Gerak Khas berwajah baru dan berketrampilan dalam membawakan pelakon-pelakon baru. Sebelum ini Norman Hakim yang sudah jatuh ditimpa dah di ‘tendang’ oleh Yusof Haslam dalam satu babak yang menarik dimana Bakal isterinya Inspektor Julia (Dynaz) ditembak oleh penjenayah dan seterusnya Norman menjadi tidak karuan. Semalam juga tidak kelihatan Norman Hakim dalam Gerak Khas, dan yang muncul adalah Zul.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Gerakk10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Gerakk11

Dalam episod semalam, Zul dikatakan jatuh cinta dengan Inspektor wanita yang satu lagi nie. Di mana ada Abby juga. Sepertinya adengan sindir-menyindir oleh kedua-dua belah pihak. Siapa ada melihat episod semalam, pastinya anda sudah tahu apa yang terjadi di episod berkenaan. Apa-apa pun tahniah ler dengan kemasukan Zul dalam Gerak Khas kali ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Gerakk12
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 6 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 6 of 20Go to page : Previous  1 ... 5, 6, 7 ... 13 ... 20  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions