|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 7:57 am | |
| Ibu sakit rindu Mawi Lantaran tidak tahan menanggung rindu pada anak dan menantu, Ramlah Sarlan, 63, ibu penyanyi lelaki paling popular, Mawi, hanya mampu terbaring di katil berikutan kesihatannya merosot dan diserang penyakit darah tinggi. Berita kesihatan ibunya terganggu itu menyebabkan Mawi serta isteri, Ekin sudah dua kali pulang ke kampung sejak seminggu lalu. Pasangan itu dijangka pulang ke Felda Taib Andak di sini dalam sehari dua lagi. “Kerana rindukan abang (Mawi), kesihatan ibu sering terganggu kebelakangan ini...ibu menghidap darah tinggi dan bergantung kepada ubat. “Cuma sejak kebelakangan ini dia sering cepat letih, paling teruk minggu lalu apabila dia hanya mampu terbaring,” kata adik perempuan Mawi, Asmidah Ani, 22, ketika ditemui di rumah mereka, semalam. “Kami sudah membawanya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kulai semalam (kelmarin) dan sejak itu, dia semakin stabil, malah selera makannya juga bertambah,” katanya. “Ibu memberitahu dia rindukan abang, tapi mungkin faktor cuaca tidak menentu kebelakangan ini menyumbang kepada kemerosotan kesihatannya,” katanya. “Sejak seminggu lalu, abang dan isteri pulang dua kali untuk menjenguk ibu, malah dia mungkin akan pulang beberapa hari lagi walaupun diberitahu keadaan ibu sudah stabil |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 7:58 am | |
| Roslin tak sabar “Sebagai wanita baru bergelar isteri dalam tempoh beberapa hari, saya cuba belajar dan memberikan yang terbaik,” kata Faizah Mohamad, 32, yang diceraikan jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 34, selepas 12 hari melayari bahtera sebagai suami isteri. Faizah yang bekerja di bahagian pentadbiran sebuah syarikat di Puchong, berkata bekas suaminya itu sebenarnya terburu-buru mengambil keputusan sedangkan kemelut melanda rumah tangga mereka boleh diselesaikan melalui perbincangan. “Keluarga saya seolah-olah dihukum bersalah sedangkan tiada sebarang kenyataan daripada kami hingga kini. “Peristiwa sedih itu juga menyebabkan ramai pihak salah anggap berikutan berita yang dilaporkan menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat,” katanya yang menyifatkan keputusan Roslin menceraikannya selepas 12 hari bernikah sebagai aneh. Menurut Faizah, dia tidak pernah memaksa Roslin memilihnya sebagai isteri selain mengharapkan masalah mereka diselesaikan secara baik tanpa dihakimi melalui media. Dalam tempoh singkat bergelar suami isteri, katanya, dia dan Roslin tidak pernah bergaduh, malah mendakwa dia tidak diajak berbincang mengenai masalah dihadapi bekas suaminya itu. Dia berkata, dakwaan Roslin bahawa dia tidak dilayan sempurna sebagai suami selain tidak dihormati isteri adalah tidak benar. Faizah berkata, selepas bernikah dia banyak menghabiskan masa bersama Roslin walaupun kadangkala, bekas suaminya itu terpaksa keluar kerana urusan tugas. “Jika timbul masalah sekalipun, ia boleh dibawa berbincang secara bersemuka dan bukan dipendam dalam hati. “Sebagai suami dan ketua keluarga, dia seharusnya membimbing atau menegur saya jika ada perkara tidak disenangi. “Tindakan terburu-buru melafazkan talak benar-benar membuat saya tergamam sedangkan saya masih menyayanginya,” katanya. Faizah juga menyatakan tidak pernah terlintas di hatinya akan bergelar janda selepas 12 hari bergelar isteri. Sejurus melafazkan cerai, katanya, Roslin tidak pernah menghubungi atau menghantar SMS kepadanya sehingga kini. “Mujur jiran, saudara-mara dan rakan memahami masalah kami dan sentiasa memberikan sokongan. Walaupun masih bersedih, saya cuba bertenang dan menggunakan sisa kekuatan yang ada untuk meneruskan kehidupan,” katanya yang sudah memfailkan perceraian itu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 20 Februari lalu. Kes berkenaan akan didengar 23 Mac depan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 8:02 am | |
| Koleksi Gambar Comel StacyStacy memang seorang gadis atau penyanyi yang comel dan bergaya. Dengar-dengar juga, hangat diperkatakan bintang-bintang finalis Akademi Fantasia 6 ini sedang hangat bercinta. Stacy dan juga Nubhan dikatakan hangat bercinta. Tak tahulah kesahihahn cerita ini lagi. Stacy juga bakal menjadi pelajar Limkokwing University tidak lama lagi dan menerima tajaan (biasiswa) sepenuhnya untuk belajar di University bertaraf dunia tersebut, yang tidak dikenali siapa gerangan penaja berkenaan.
Last edited by sally_eiyna on Thu 26 Feb 2009, 9:58 am; edited 2 times in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 8:31 am | |
| Isu gambar intim: “Saya teraniaya, tetapi pasrah” [SEMASA] PETALING JAYA: Setelah beberapa lama mendiamkan diri dari menjawab isu gambar intimnya bersama aktor Zaefrul Nordin, 43 yang tersebar luas di internet, aktres Azizah Mahzan, 45 akhirnya bersuara hari ini. Jika Zaefrul memberikan alasan terlupa batasan kerana menganggap aktres itu ibarat kakaknya, Azizah atau mesra dengan panggilan Kak Zi pula akui berasa teraniaya tetapi dalam masa yang sama pasrah dengan apa yang terjadi. Azizah Mahzan berasa terkejut apabila puluhan gambar koleksi peribadinya yang lain termasuk gambar intim dengan Zaefrul disebarkan di internet baru-baru ini. “Saya rasa teraniaya apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab sanggup menyebarkan gambar itu. “Apa yang saya tahu, gambar-gambar itu diambil daripada ‘thumbdrive’ saya. “Apabila kawan-kawan saya ingin melihat gambar yang kami ambil di Langkawi itu, tanpa teragak-agak terus saya memberikan ‘thumbdrive’ yang mengandungi banyak koleksi gambar saya itu. “Bagaimanapun, saya tidak mahu menuduh sesiapa yang menyebarkan gambar-gambar itu kerana menganggap diri saya tidak bermusuh dengan sesiapa,” luah Azizah ketika dihubungi. Jelas Azizah, selepas ini, dia akan lebih mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 8:34 am | |
| Lisa memang 'anak emas' Metrowealth? JOLOKAN pelakon semakin menyerlah di dalam industri hiburan sekarang, Lisa Surihani Mohamed sebagai ‘anak emas’ produser David Teo telah lama diperkatakan sebelum ini. Apabila ditanya kepada kedua-duanya, David mahupun Lisa yang pernah mendengar tentang hal tersebut tidak terus melatah sebaliknya memandang dari sudut positif. Jelas David, sebagai seorang produser, tidak salah jika dia sentiasa mengambil Lisa yang kini sedang meningkat naik berlakon di dalam setiap drama dan filem terbitan Metrowealth. “Lisa merupakan pendatang muda dan popular dalam industri sekarang. Jadi, saya mahukan dia berjaya lagi. Lisa hanya tersenyum apabila diaju tentang jolokan anak emas Metrowealth yang diberikan kepadanya. -foto The Star oleh VICTOR NG “Dia juga bergelar wajah eksklusif Astro Megadrama bersama pelakon Farid Kamil. “Saya boleh katakan yang dia merupakan antara pendatang baru yang mendapat banyak tawaran. “Namun, pendapatannya bukan boleh mengkayakan saya kerana filem yang saya laburkan masih boleh memberikan pulangan yang lumayan sehingga berjuta ringgit,” jelas David ketika majlis doa selamat drama Mertua vs Menantu yang telah berada dalam kelompok drama yang mendapat rating paling tinggi di antara drama-drama bersiri yang pernah disiarkan di Astro Prima. Lisa enggan komen tentang isu ‘anak emasBakat lakonan Lisa semakin menyerlah selepas berlakon di dalam beberapa buah filem dan drama. Gadis berperwatakan menarik ini bukan sahaja cantik malah nampak bijak apabila berbicara. Diajukan soalan yang sama, Lisa juga mengakui dia pernah mendengar tentang perkara tersebut. “Saya tidak mahu memberikan komen tentang gelaran itu kerana orang mempunyai hak untuk bercakap apa sahaja,” ulas Lisa ketika ditemui di majlis sepetang bersama bintang eksklusif Astro Megadrama dan tayangan perdana Suara Hati dan Rahsia Hati. Namun, Lisa akui bahawa dia akan sentiasa bergerak di dalam kelompok MIG selepas menandatangani kontrak sebagai artis syarikat itu selama lima tahun sejak tahun lalu. Namun, tegasnya, itu tidak bermaksud dia akan ‘menyapu bersih’ setiap tawaran lakonan yang ada. “Jika ada watak yang sesuai dan cerita yang menarik, tidak salah jika saya menerimanya kan?. “Alhamdulillah, sejak saya pulang dari United Kingdom, sehingga kini saya tidak putus menerima tawaran berlakon selepas membintangi beberapa buah filem dan drama yang diterbitkan oleh MIG. “Mungkin disebabkan saya masih baru, jadi pihak produksi memberikan kepercayaan kepada saya. Jadi, saya hanya membuat apa yang mampu. “Ia melihat kepada asas ekonomi juga di mana jika ada permintaan, barulah ada tawaran. Karier saya juga mempunyai arasnya di mana ada masa saya akan ‘naik’ dan ada masa saya akan ‘turun’. “Sebagai seorang artis, saya masih diberi peluang untuk menerima atau menolak tawaran yang diberikan oleh MIG. Kami akan berbincang terlebih dahulu tentang sesuatu tawaran itu. “Sebolehnya, saya akan sentiasa mencari kelainan di dalam watak yang diberikan. Saya masih baru, jadi banyak perkara yang saya perlu belajar,” tutur graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Aberystwyth, Wales ini. Bercakap tentang watak kesukaan yang diidamkan, Lisa berkata dia ingin sekali melakonkan watak seorang genius serta arif dalam bidang Sains dan Ekonomi seperti siri ER dan Beautiful Mind. Terima gaji setiap bulan dalam setahunAtas bakat yang menyerlah serta kejayaannya sebagai Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem ke-21, kini Lisa dipilih sebagai bintang eksklusif Astro Megadrama di samping aktor Farid Kamil. Lisa dan Farid dilantik sebagai bintang eksklusif Astro Megadrama. Di tengah adalah pengurus saluran Astro Prima, Nizam Sani. Jika sebelum ini, Lisa akan menerima bayaran lakonan mengikut setiap tawaran yang mendatang, berbanding kali ini dia akan menerima gaji pada setiap bulan dalam setahun. “Alhamdulillah, saya bersyukur dengan tawaran yang diberikan. Dengan rendah diri, saya berasa teruja apabila menerima rezeki ini dan berpeluang menyertai keluarga Astro. “Saya sedar dan akui yang saya masih baru di dalam industri ini. Saya melihat tawaran ini sebagai suatu platform untuk mengenali tentang selok-belok lakonan,” luah Lisa yang bakal menemui penonton menerusi telefilem Ponti Anak Remaja pada 13 Mac, pukul 10.30 malam dan Mataku Nampak Hantu pada 4 April, pukul 10.30 malam di Astro Ria. Selain itu, peminat Lisa juga berpeluang menonton drama lakonannya berjudul 3 Janda pada 22 April, pukul 10 malam di Astro Prima. Pelakon yang berasa teruja apabila dapat berganding dengan aktres Liyana Jasmay menerusi telefilem ‘Ponti Anak Remaja’ ini turut sedang menjalani pengambaran filem ‘Kapoww’ arahan Azizi ‘Chunk’ Adnan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 9:49 am | |
| Raja Azura, Azfar OIAM, Ikhwan Hotfm Dalam Friskies… Meow Belai Si Comel FRISKIES di atas dasar keprihatinannya terhadap haiwan terbiar bekerjasama dengan TV3 dan SPCA menerbitkan sebuah program realiti mengenai haiwan peliharaan ramai, kucing! Setelah mengadakan uji bakat 6 peserta berjaya dipilih untuk memelihara kucing-kucing terbiar yang diambil dari SCPA (Society for the prevention of Cruelty Animals) sebagai ‘kucing angkat’ mereka. Para peserta akan mendapatkan tunjuk ajar mengenai langkah-langkah penjagaan, pemakanan, penjagaan kebersihan dan cara-cara mengatasi perilaku kucing angkat mereka ini. Peserta yang berjaya menjaga ‘kucing angkat’ mereka dengan baik dan mengikuti kritera-kriteria yang ditetapkan akan diumumkan sebagai pemenang berdasarkan penilaian juri. Meow Belai Si Comel bersama FRISKIES akan bersiaran sebanyak 8 episod mulai 21 Mac 2009 di TV3, setiap hari Sabtu jam 12.30 tengahari dan dikendalikan oleh pengacara yang tidak asing lagi, Raja Azura. Sehubungan itu, majlis sidang akhbar akan diadakan untuk memperkenalkan konsep dan menerangkan lebih lanjut mengenai program tersebut. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Raja Azura, Azfar OIAM dan Ikhwan Hotfm bersama kucing peliharaan mereka dan para peserta membawa ‘kucing angkat’ masing-masing. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 9:52 am | |
| Liyana Jasmay Rakam Lagu Aku Tak Percaya CintaSeronok bila menatap nama pelakon yang bakal menggegarkan tahun 2009 ini, Liyana Jasmay tersenarai dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular. Bukan calang-calang orang dan Budiey mengeleng kepala bila mana dapat bersaing dengan pelakon yang lebih gah darinya seperti Erra Fazira, Maya Karin dan Vanidah Imran. Tapi bagi budak yang petah berkata ini, dia tak kisah dan bila dah ada dalam Top 5 tu pun dah kira alhamdulilah, syukur! Untuk info pembaca, Liyana sekarang ini sedang berjinak-jinak dengan bidang nyanyian pulak. Single pertamanya yg berjudul Aku Tak Percaya Cinta, Budiey dah dengar, memang happening lagu dia. Terkini, Budiey nak ucap tahniah sebab Liyana juga telah dipilih sebagai jurucakap Maybelline New York. Menurut Maybelline pemilihan ini dibuat berdasarkan personalitinya yang penuh keremajaan, berkeyakinan tinggi, trendi serta mempunyai ciri-ciri yang berkualiti untuk menjadi duta Maybelline. Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan persembahannya bersama Suria FM Road Tour di Kuantan pada Sabtu ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 10:04 am | |
| Drama Cinta Untuk Ain Lakonan Que Haidar, Nabila Huda, Sherry IbrahimPada 16 Februari lalu telah berlangsung sesi ramah mesra antara media dan para pelakon Drama Cinta Untuk Ain di Sri Pentas. Budiey ingin mengucapkan syabas buat TV3 kerana setelah Slot Lestary bersiaran hampir 5 tahun, diperkenalkan pada tahun 2004, sampai sekarang masih berjaya mengekalkan prestasinya dengan meraih jumlah penonton melebihi 3 juta setiap minggu. Mulai 24 Februari 2009, satu lagu drama romantis yang digarap oleh Akhbar Hashim dan diarahkan oleh Heykal Hanafiah akan menemui penonton TV3 setiap Selasa jam 9 malam. Drama 13 episod ini menampilkan pelakon berpengalaman seperti Que Haidar, Nabila Huda, Eizlan Yusof, Fauzi Nawawi, Ako Mustafa, Sherry Ibrahim, Rahim Jailani dan Rozie Othman. Pasangan Ideal? Watak jahat dan perogol Sherry Ibrahim Heykal, seorang pengarah yang dikatakan berpengalaman luas dan sangat kreatif. Pernah mengarah drama Dosa Semalam, Terlerai Takbir Kasih, Sebelum Sejadah Dibentang dan banyak lagi. Mungkinkah drama ini ada imbas-imbas macam drama Rashid Sibir kerana pengarahnya adalah anak didik Rashid? Haikal menjelaskan sebagai pengarah baru dia banyak menimba ilmu daripada Rashid sebelum ini. “Saya tidak nafikan pengaruh Rashid memang ada setiap kali saya mengarah drama kerana saya tidak boleh lari daripada gaya kerjanya memandangkan dia cikgu saya. Banyak ilmu diturunkan Rashid kepada saya. Sejak mula membabitkan diri dalam bidang penerbitan drama mahupun filem sehinggalah sekarang. Sebelum mengarah saya pernah menjadi pengurus produksi milik Rashid dan diberi tanggungjawab selaku penolong pengarah dan diangkat menjadi pengarah dalam beberapa drama terbitan Opera Klasik. Kalau ada yang berkata Cinta Untuk Ain ada iras dengan drama arahan Rashid, saya tidak boleh menafikan. Kalau selama ini ramai memuji karya dihasilkannya mengapa tidak saya mengikut. Saya akan menceduk apa saja sekiranya ia boleh memberikan kebaikan atau membuatkan drama arahan saya bagus pada pandangan penonton,” katanya. Begitupun jelas Haykal, sepanjang penggambaran Cinta Untuk Ain, dia menerapkan gaya pengarahan baru bagi membentuk identiti sendiri supaya penonton tidak menyamakan drama itu dengan karya Rashid. Mengenai Cinta Untuk Ain, kata Haykal dia tidak menghadapi banyak masalah kerana semua krew dan pelakon sudah biasa bekerja dengannya. “Walau walaupun temanya cinta tetapi plotnya banyak dan agak berat terutama membabitkan watak utama Ain lakonan Nabila Huda. Ain digambarkan seorang gadis yang mempunyai sejarah silam iaitu pernah dirogol dan dijual bapa tirinya untuk dijadikan pelacur. Sewaktu cuba melarikan diri dia terjatuh lalu hilang ingatan. Sepasang suami isteri yang kehilangan anak perempuannya bertemu dengan Ain dan mengambilnya menjadi anak angkat mereka. Secara perlahan-lahan sewaktu bertemu dengan Shahrul (Que Haidar) dia mula mengingati sejarah silamnya. Shahrul meluahkan perasaan cintanya pada Ain tetapi gadis itu takut hendak menerimanya kerana bimbang dengan sejarah hitam dialami. “Bagi memastikan lakonan dihasilkan berkesan selalunya saya akan menggunakan Nabila sebagai senjata dengan memintanya bermain cinta dengan Que. Tetapi perkara seperti ini bukan selalu saya lakukan sebaliknya ia dibuat sekiranya membabitkan babak besar dan penting,” katanya. Apa kata Nabila Huda sebagai Ain: “Sebagai pelakon apabila sering sangat diberikan watak jahat saya berasakan ia tidak lagi memberikan cabaran. Dalam drama ini kali kedua saya memegang watak gadis teraniaya dan memerlukan saya banyak menangis. Kali pertama saya memegang watak seakan sama dalam Laila Majnun. Penting sebagai pelakon saya menunjukkan kepelbagaian dalam memainkan watak. Saya mengharapkan Cinta Untuk Ain akan memberi peluang kepada penonton melihat kemampuan sebenar saya,” katanya. Que menjelaskan kerana dia dan Nabila rakan akrab, apabila membabitkan babak cinta membuatkan dia berhadapan dengan masalah untuk melakukan aksi romantis. “Nabila suka mengusik saya sewaktu penggambaran dijalankan. Mengambil contoh sewaktu babak kami bernikah, apabila kamera merakamkan wajah saya, dia yang berada di depan akan membuat ‘wajah’ lucu. Sehinggakan saya selalu saja hendak ketawa walaupun waktu itu sebenarnya babak sedih.” Que turut berasakan bekerja dengan produksi Cinta Untuk Ain cukup mudah kerana semua orang memberikan kerjasama baik dan tahu tanggungjawab masing-masing. “Bayangkan selepas hampir sebulan berada di lokasi hubungan kami menjadi sangat rapat. Kalau kata babak untuk saya tidak ada dalam dua tiga hari, ada antara kakitangan produksi menghubungi saya dan minta saya datang ke lokasi untuk melepaskan rindu. Begitu juga dengan Nabila yang kadang-kadang sanggup bangun awal pagi untuk masak sebelum datang ke lokasi menjamu semua krew termasuk para pelakon yang ada. Ibaratnya kami bekerja dalam satu keluarga yang besar,” katanya. Saksikan drama ini setiap Selasa jam 9 malam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 10:08 am | |
| David: Anak Erra mampu naikkan dua kali ganda rating ‘Mertua vs Menantu’ SELEPAS drama episod Mertua vs Menantu disiarkan di saluran 105 Astro Prima sejak 22 Oktober lalu, ternyata drama terbitan Metrowealth (MIG) ini berjaya berada dalam kelompok drama yang mendapat rating paling tinggi di antara drama-drama bersiri yang pernah disiarkan di saluran tersebut. Drama ini dibintangi oleh aktres popular Erra Fazira, Aqasha, Raja Farah, Rozi Othman, Jehan Miskin dan ramai lagi. Pada Mei nanti, MIG akan terus ke lokasi bagi sambungan Mertua vs Menantu dengan kehadiran bayi mereka yang pastinya akan menggamatkan lagi hubungan antara Mertua vs Menantu. Memandangkan Erra selaku pelakon utama yang membawakan watak Nurul Ain juga bakal melahirkan bayinya pada bulan depan, jadi tidak hairanlah jika ramai yang menantikan kemunculan istimewa anak Erra di dalam drama arahan Feroz Kadir itu. Erra membawakan watak Nurul Ain dalam drama Mertua vs Menantu. Menurut produsernya, David Teo, dengan kejayaan drama itu dia juga menyatakan perancangannya untuk memujuk suami Erra, Engku Emran Engku Zainal Abidin untuk membenarkan anak mereka berlakon sama di dalam drama tersebut. “Sekarang, kami sedang usahakan untuk mendapatkan anak Erra berlakon di dalam drama ini. Setakat ini kami belum berjaya lagi. “Bagaimanapun, kami hanya berharap semoga anaknya selamat dilahirkan dan perkara ini hanya cadangan sahaja. Kami tak boleh janji apa-apa kerana anaknya belum dilahirkan. “Jika berjaya menjadi kenyataan, drama ini boleh mencapai rating dua kali ganda lebih tinggi lagi. Rozie Othman melakonkan watak Datin Faridah iaitu mertua kepada Nurul Ain. “Jalan cerita juga akan berkembang dan semakin ramai watak yang diperlukan untuk berlakon di dalam drama itu. “Tidak mustahil jika kita mungkin akan memanggil Lisa dan Farid untuk berlakon sekali,” ujar David yang merasakan drama itu berjaya disebabkan persembahan cemerlang daripada satu ‘team’ produksi drama tersebut. Antaranya adalah plot cerita yang sememangnya pernah melanda keluarga dalam masyarakat kampung mahupun bandar, penceritaannya yang tidak berlandaskan kepada drama berat sahaja sebaliknya konflik digarap dengan unsur komedi serta lakonan daripada artis yang bagus seperti Erra, Aqasha dan Rozi Othman di mana mereka bukannya pelakon kaku. "Kejayaan tersebut juga termasuk usaha pengarah yang menjalankan pengambaran serta suntingan yang baik dan promosi oleh pihak MIG dan Astro,” kata David mengenai drama yang akan memasuki musim kedua sebanyak 13 episod mulai Mei depan. Aqasha merupakan anak Datin Faridah bernama Rosyam dan dia berkahwin dengan Nurul Ain. Selain itu, kata David, bagi menunggu Erra berehat untuk bersalin, pada awal Mac ini, MIG akan menerbitkan drama 3 Janda yang turut dilakonkan oleh Lisa di samping Rozita Che Wan dan dijangka akan meletup seperti drama Mertua vs Menantu nanti. Drama 3 Janda dijangka bakal menggantikan drama Mertua vs Menantu yang sedang disiarkan pada setiap Rabu, 10 malam di saluran 105 Astro Prima selepas ini. Dalam tahun ini juga, David bakal mempertaruhkan filem terbitannya seperti Jangan Tegur pada 9 April, Syurga Cinta (21 Mei), Jangan Pandang Belakang Congkak (Ogos) termasuk Rempit V3 dan Senario The Movie Episode 2: Beach Boys. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 10:09 am | |
| Watak isteri panas baran bawa tuah pada Cruz Penampilan Penelope Cruz di malam Oscar persis seperti seorang puteri, KALAU tidak kerana watak isteri panas baran bernama Maria Elena, mungkin impian memegang Oscar akan tinggal mimpi saja bagi Penelope Cruz, yang diangkat menjadi 'Aktres Pembantu Terbaik' di majlis Oscar kelmarin. Semuanya kerana kebijaksanaan pengarah Woody Allen yang memberi peranan itu kepada Cruz untuk filem "Vicky Cristina Barcelona". Kemenangan itu sekaligus meletak nama Cruz di mercu, sebagai aktres berbangsa Spain pertama memenangi oscar berprestij itu. "Vicky Cristina Barcelona" menceritakan kisah dua orang wanita Amerika - Vicky (dibintangi Rebecca Hall) dan Cristina (Scarlett Johansson), yang menghabiskan musim panas di Barcelona, dan membuat hubungan romantis dengan Juan Antonio (Javier Bardem), pelukis kacak yang masih mempunyai hubungan dengan bekas isterinya yang panas baran, Maria Elena (Cruz). Namun ini bukan kali pertama Cruz mendapat pencalonan di Oscar, Kali pertama ialah menerusi filem "Volver" di bawah arahan pengarah Spain Pedro Almodovar. "Saya tidak tahu bagaimana hendak mengucapkan terima kasih kepada Woody kerana memberikan saya satu watak yang cukup baik," kata Cruz ketika diminta memberi ucapan kemenangan. Cruz turut merakam rasa terima kasih kepada Bigas Luna, Fernando Trueba dan juga Almodovar. "Saya ingin menyampaikan rasa kasih saya kepada kedua ibu bapa, abang dan adik perempuan saya, sahabat saya Robert Garlock, yang kini tidak ada bersama kita lagi. Mereka ini telah banyak membantu saya sejak dari mula. Terima kasih yang tidak terhingga," jelas aktres berusia 34 tahun itu. "Saya dibesarkan di satu tempat bernama Alcobendas, di mana mimpi memenangi Oscar seperti ini tidak berlaku. Saya ingat lagi bagaimana saya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton Anugerah Akademi. "Bagi saya ini lah masanya kita melihat bagaimana dunia bersatu. Ini adalah kerana seni walau bagaimana sekalipun rupanya, ia akan tetap menjadi bahasa universal dan kita perlu memelihara ini," kata Cruz. Saingan Cruz untuk Oscar tahun ini ialah Amy Adams dan Viola Davis, untuk watak dalam filem "Doubt", Taraji P. Henson "The Curious Case of Benjamin Button" dan Marisa Tomei untuk "The Wrestler". Filem ini telah dirakamkan di Barcelona dan Oviedo. Kedua-dua Bardem dan Cruz, memberi lakonan yang cukup cemerlang. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 10:11 am | |
| Dapat perintah mahkamah jauhkan Lutfi Kehidupan Britney yang tidak terurus menyebabkan ayahnya Jamie terpaksa mengambilalih pengurusan kerjaya dan kehidupan peribadinya. AYAH Britney Spears, Jamie Spears telah memberi keterangan selama 90 minit di mahkamah pada hari Isnin lepas. Jamie telah memberi sebab kenapa dia mahu mendapat kuasa mahkamah untuk menjauhkan dua orang dari hidup anaknya - bekas pengurus Britney dan bekas teman lelakinya, Lutfi. Namun keterangan Jamie, saksi pertama, tidak berapa kuat untuk merenggangkan hubungan antara Osama "Sam" Lutfi yang mula terjalin setahun yang lalu. Sambil menyifatkan Lutfi sebagai 'predator' (haiwan yang membunuh dan memakan haiwan lain), dia juga mendakwa bekas teman lelaki anaknya itu telah memasukkan ubat ke dalam makanan anaknya. Jamie juga menaruh syak dan curiga kepada bekas pengurus anaknya. Dalam pada itu ketika menjawab soalan balas dari peguam Lutfi, Bryan Freedman, Jamie mengaku dia tidak tahu bentuk perbualan antara anaknya dan Lutfi. Dan juga bila kali terakhir mereka berhubung melalui telefon. Kata Freedman, "perbicaraan itu tidak membawa ke mana-mana. Malah testimoni dari Jamie tidak menunjukkan kenapa perintah menjauhkan diri dari Britney itu perlu dilakukan." "Perintah menjauhkan diri diambil kerana perlakuan yang boleh mendatang bahaya atau menyebabkan kegusaran emosi. Dalam hal ini, testimoni Jamie tidak langsung mencerminkan semua ini," kata Freedman. "Kami mahu dia (Lutfi) pergi. Dan dia pun sudah bersetuju jadi dia kena pergi jauh dari anak saya," kata Jamie Spears tentang Lutfi. Dalam perkembangan lain, dua orang anak lelaki Britney - Sean Preston and Jayden James, telah mendapat kebenaran untuk mengikuti konsert "The Circus Starring Britney Spears 2009 Tour". Konsert terbesar pernah dijayakan Britney setelah 'menghilang' selama lima tahun, akan bermula pada 3 Mac di New Orleans dan berterusan hingga Jun. The Pussycat Dolls dilaporkan, akan membuat persembahan pembukaan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 10:23 am | |
| (Gambar) Sharifah Aleeya Mengandung |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 10:31 am | |
| Rozie Othman bertudung tapi....rozie othman nampak manis bila bertudung, tapi pesal mata aku nampak bra dierr.. ke mata aku dah kero cam nipis je bajunya... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 10:34 am | |
| Wann Soultan Meniggal DuniaTadi ade terbace kat MySpace one of the group member Soultan, Ezam yang salah sorang ahli group tu (Wann) meninggal dunia petang tadi di Hospital Taiping. Sebab musababnye aku pun x tau agi. Pape pun takziah kepada keluarga and Al-Fatihah untuk rohnya |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 10:35 am | |
| Dengarnya.... Belum kahwin, tinggal serumah
CERITAyang Cik Normah dengar ini memang panas kerana ia membabitkan perangaitidak senonoh penyampai wanita yang bertugas di sebuah stesen radioyang tersangatlah popularnya. Bukan sekali dua cerita perangai buruknyasampai ke telinga Cik Normah dan rakan-rakan tapi cerita yang satu inimemang gempar.
Dari sumber Cik Normah yang memang banyak menyimpan rahsiaartis dan personaliti ini, penyampai radio ini sudah tinggal serumahdengan kekasihnya. Diulangi, bukan suami, bukan adik beradik tetapikekasih. Setahu Cik Normah, sebelum ini dia tinggal bersama saudaraterdekat. Bila pula dia pindah, tak pula Cik Normah ketahui.
Pada Cik Normah, kalau betul dan gatal sangat nak serumahdengan kekasih hati, kahwin jelah. Buat apa nak bersekedudukan. Hellodik, kita ni di Malaysia, bukannya di negara Barat yang boleh dudukserumah macam tu tanpa ikatan yang sah. Bayangkan kalau sudah tinggal serumah, lelaki danperempuan yang bukan muhrim pulak tu, ish tak tahulah Cik Normah nakkata apa. Sendiri makan pengat, sendiri mau ingat. Cik Normah nakingatkan, esok lusa kalau kegiatan sumbang awak itu dapat dihidu pihakberkuasa, satu sen pun tak guna.
Cik Normah nak ingatkan penyampai radio ini, baik bertaubatsebelum terlambat. Cik Normah ada kawan-kawan kat Jawi, nanti CikNormah suruh dia orang serbu, baru padan dengan muka tu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 10:50 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 10:52 am | |
| Dengarnya.... Personaliti buat jiran terguris
ORANG kata, jiran sepakat membawa berkat. Jiran juga adalah insan terdekatyang boleh membantu kita waktu susah dan senang. Tak kiralah, bangsaatau kaum apapun, jiran perlu dihormati. Tapi nampaknya perkara initidak diamalkan seorang personaliti yang memang tak ada personalitilangsung.
Ketika kempen menghormati jiran dicanang sini, dia pula sudahbikin hati jiran yang tinggal berdekatan rumahnya naik hantu. Manatidaknya, ada ke patut buat penggambaran di kawasan rumah sehinggalewat malam, buat bising dan lebih menyakitkan hati, gara-gara kerjanyaitu, dia sudah menyusahkan orang lain yang ingin lalu lalang di kawasanitu.
Jalan ditutup sesuka hati membuatkan penduduk di situ naikangin dengan perangainya yang tak pernah makan saman itu. Kebetulansalah seorang kenalan Cik Normah tinggal di situ, jadi dialah yangmenyampaikan cerita ini. Kata kawan Cik Normah, sebelum ini memangpersonaliti ini sering buat perangai tak senonoh yang menyakitkan hatijiran lain, tapi mereka sebelum ini mereka masih boleh bersabar. Katakawan Cik Normah, penduduk di situ bukannya tak boleh bertolak ansurcuma mereka kesal dengan tindakan mamat ini yang selalu mementingkandiri sendiri.
Ish! Nasib baiklah Cik Normah tak tinggal berjiran denganpersonaliti itu. Kalau tidak, tentu makan hati berulam jantung. CikNormah rasalah kan, ada baiknya personaliti yang perasan bagus dan kuatberangan ini tinggal dalam hutan atau zoo saja sebab melihatkanperangai dia sejak kebelakangan ini, tempat yang Cik Normah sebutkantadi memang sesuai untuknya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 10:59 am | |
| Atilia sibuk buat album baru di Indonesiadengardengar. Atilia sekarang. sedang sibuk cari materi untuk buat album. pencipta lagu kebanyakan dari Indonesia. sampaikan. Atilia nak juga director untuk videoklip dari sana. iaitu Agung Sentausa. pengarah filem Garasi Atilia bersama Laguna WK. salah satu DJ radio Indonesia. good luck Atilia. apa cerita Atilia dan suami ye? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 11:02 am | |
| Majalah EH Januari 2008 Siapakah beliau dalam gambar diatas?mungkin Diana Danielle dan mungkin juga Juliana Evans,tetapi naluri hatiku lebih ekpada Diana Danielle.Gambar diatas seperti sudah dipotoshopkan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 11:06 am | |
| Biru's Band Sejak kewujudan tahun Indie pada 2008,kini band baru yang akan muncul di corong-corong radio Biru's Band,salah seorang 'member' band terebut ialah Erry Putra.Tidak silap aku mereka ini lepasan ROYAL MILITARY COLLEGE Adakah band baru ini boleh dijual?Mereka mendahulukan populariti,kerana lagu mereka belum satu pun dibuat.Sibuk mempromosikan ahli-ahli band.Sepatutnya buatlah 'single' dahulu,kemudian mainkan di corong-corong radio tempatan dan bagi pendengar menilai mereka.Aku rasa band ini mesti ala-ala Backstreet_Boys |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 11:08 am | |
| Jikalau anda tidak ingat siapa Ana Alisha,pernahkan anda melihat iklan syampu Rejoice.Di dalam iklan tersebut beliau menggunakan 'tagline' "Guna jari pun boleh" Ana Alisha(Iklan Rejoice) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 11:47 am | |
| Seksinyaaa linda... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 12:17 pm | |
| Mila Dicantas Stacy..."Saya tidak cemburu "GELARAN juara program realiti popular, Akademi Fantasiamusim kelima, (AF5) yang diraih bukan jaminan untuk Mila atau nama sebenarnya Nursyarmila Jirin terus diminati dan dipuja. Populariti anak kelahiran Pulau Pinang ini dilihat kian jatuh merudum. Lebih mengecewakan, khabar terbaru Mila dikatakan tertinggal jauh di belakang juara AF6, Stacy yang semakin hari semakin menyerlah dan mendapat tempat di hati peminat. Malah, ada pihak yang mendakwa bilangan undangan persembahan, nilai harga persembahan dan pelbagai lagi aktiviti seni kini lebih terarah kepada Stacy, bukan lagi Mila biarpun mereka berdua sama-sama bernaung di bawah label Maestro Talent. Saat ditemui dalam satu sesi fotografi yang diatur khas di pejabat syarikat baru miliknya, Luvmila Corporation di Damansara, Mila hanya sempat tersenyum. Marah tidak, ketawa pun tidak dangan tanggapan yang dilemparkan kepadanya. Menurut Mila, soal populariti terlalu subjektif untuk diukur dengan mata kasar kerana baginya populariti adalah hak peminat dan semuanya bergantung kepada individu di luar sana untuk menilai. MILA lebih yakin dan fokus kepada masa depannya setelah berjaya menubuhkan syarikat sendiri. "Saya tidak tahu tentang soal populariti sudah semakin jatuh atau sebaliknya. Bagi saya selagi ada rezeki, saya akan berkarya dalam bidang ini. Biasalah, bagi seseorang artis, ada masa kita di atas dan ada masanya kita di bawah, cuma untuk mengekalkan diri supaya jangan terus tenggelam memerlukan usaha keras dan produk yang baik. "Walaupun mempunyai pengalaman menyanyi, saya masih ambil kelas vokal dengan Cikgu Shafi (Syafizawati Shariff) kerana saya ingin yang terbaik supaya tidak tenggelam sebalik banyak bakat yang ada dalam dunia seni tempatan," jelasnya. Tambah gadis berusia 22 tahun itu lagi, dia tidak pernah cemburu dengan kelebihan yang ada pada diri Stacy yang merupakan juniornya. Malahan, dia sendiri mengakui bakat nyanyian dan tarian yang wujud dalam diri Stacy dan tumpang bangga melihat pelajar kelahiran program yang sama dengannya mampu memberikan sebuah persembahan yang memukau. "AF hanya platform, selebihnya atas usaha diri sendiri. Jika ada rezeki syukur Alhamdulillah. Cuma saya mengakui semasa di separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) saya membuat kesilapan besar kerana tidak menyampaikan lagu dengan baik. "Waktu itu memang saya tidak sihat dan selepas persembahan saya akui memang sedih dan kecewa untuk beberapa hari. Perasaan malu memang tak boleh cakaplah, tetapi bukan cemburu dengan Stacy kerana saya tahu persembahan dia jauh lebih baik. "Oleh itu, tidak wujud perasaan cemburu dengan kelebihan dan limpahan rezekinya. Kenapa perlu cemburu? Ini masa Stacy untuk naik dan saya tumpang gembira dengan kejayaannya," tutur Mila. Itu baru soal persaingan dengan Stacy, bagaimana pula dengan kemunculan AF musim ketujuh (AF7), nampaknya selepas ini bertambah lagi persaingan Mila. Dan nasib Mila dilihat akan lebih 'malap' jika AF7 bakal melahirkan lebih ramai bintang-bintang wanita. Menyentuh soal itu, Mila percaya pada rezeki. Justeru, bagi memantapkan dirinya dengan menghadiri kelas vokal, Mila turut mengikuti kelas senaman secara rutin di gim bagi mengekalkan staminanya. "Walaupun sudah biasa menyanyi, senaman sangat penting untuk mengekalkan mutu suara dan persembahan bertenaga di pentas persembahan. "Bagi saya persaingan ada di mana-mana, jika tidak AF7 sekalipun, saban hari ada saja artis baru muncul. Saya percaya pada rezeki, selagi masyarakat mahukan bakat saya, selagi itu saya akan berkhidmat untuk menghiburkan mereka," ujarnya yang kini popular dengan lagu Gila. Cerita bergaduh dengan rakan kongsiJika sebelum ini Mila bersama rakan kongsi Bernard Cheah menubuhkan syarikat MC Voices & Stars (MCV) kira-kira setahun lalu dan memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat tersebut, kini Mila telah melepaskan jawatan tersebut dan berundur daripada terlibat dalam MCV. LUVMILA baru saja menerbitkan produk pembersih dalaman untuk wanita. Pengundurannya bukanlah kerana dia bermasalah dengan rakan kongsinya itu tetapi kerana mahu cuba berdiri di atas kaki sendiri. Atas hasrat itu, maka lahirlah Luvmila Corporation pada pertengahan tahun lalu. Di syarikat yang menjual produk kecantikan dalaman wanita itu, Mila memegang jawatan sebagai pengarah urusan dan dia dibantu lima orang kakitangan bersama ahli keluarganya. Nampaknya kini Mila lebih fokus, malah dia lebih banyak menghabiskan masa di pejabat berbanding di rumah. Semuanya gara-gara tidak mahu usahanya musnah begitu sahaja. Mungkin kerana itu kerjaya nyanyiannya sedikit terabai berbanding dulu. "Modal menubuhkan syarikat ini datang dari poket saya sendiri. Setiap sen yang dilaburkan merupakan duit hasil titik peluh saya sebagai penyanyi. Sebab itu saya mahu lihat syarikat ini berkembang maju. "Kalau tidak ada persembahan, sehari suntuk saya akan berada di pejabat menguruskan perniagaan kerana semuanya saya terpaksa buat sendiri," jelasnya. STACY dikatakan berjaya ‘merampas’ perhatian peminat yang selama ini tertumpu kepada Mila. Beritahu Mila, sungguhpun tidak lagi bersama MCV, hubungannya bersama bekas rakan kongsi masih lagi baik, sementelah beberapa lagu untuk album terbarunya turut dijalankan secara usaha sama antara Maestro dan MCV. "Jika pada masa akan datang ada rezeki untuk kami bekerjasama, saya tidak akan menolak. Sebenarnya keluar daripada MCV merupakan keputusan yang sukar untuk saya. "Tetapi demi masa depan saya lakukan juga, bukan untuk saya tetapi untuk kepentingan keluarga andai saya tidak lagi diminati," akui Mila. * aku dulu minat dgn dia.. lagu2 dia catchy... comel je.. tapi semenjak dua menjak ni.. nyanyi live pun hancur... apa masalah dia??? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 12:19 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 12:23 pm | |
| 'Drifter' tertekan pengaruhi penampilan baru Farid Kamil WALAUPUN telah berkecimpung di dalam dunia lakonan hampir sembilan tahun, namun aktor Farid Kamil Zahari, 28 mengaku belum pernah muncul dalam mana-mana drama yang disiarkan di Astro. Pada tahun ini, penonton setia Astro Megadrama bakal menyaksikan wajah Farid Kamil lebih-lebih lagi apabila dia dilantik selaku bintang eksklusif kempen tersebut selama setahun. Menurut jejaka yang menggelarkan dirinya sebagai Farid atau Tort, drama pertama lakonannya untuk Astro berjudul ‘Lulu’. Kebetulan, Farid berkata nama drama tersebut menyamai nama anak monyetnya. Tambah Farid, dia dijangka menjalani pengambaran drama tersebut mulai Mac ini selepas menyelesaikan pengambaran filem ‘Evolusi KL Drift’ arahan Shamsul Yusof. Menariknya, Lulu akan turut dilakonkan oleh bintang eksklusif Astro Megadrama lain iaitu aktres Lisa Surihani dan Aaron Aziz. Farid yang tampil dengan rambut panjang ‘mengerbang’ ketika majlis sepetang bersama bintang eksklusif Astro Megadrama dan tayangan perdana Suara Hati dan Rahsia Hati tidak menafikan yang fesyen terbarunya itu disebabkan dia perlu menepati imej watak yang dilakonkan dalam filem Evolusi KL Drift 2. "Di dalam filem itu, saya memegang watak seorang ‘drifter’ yang tertekan selepas mengalami kemalangan sehingga mengakibatkannya tidak dapat ‘drift’ lagi," ulas Farid secara ringkas mengenai imejnya yang dirasakan ‘selekeh’ itu. Diaju mengenai tawaran untuk bergelar bintang eksklusif yang memberi erti Farid hanya dibenarkan berlakon dalam drama dan telefilem di Astro, dia berkata peluang itu merupakan pilihan yang tepat memandangkan ketika ini dia kerap menerima tawaran berlakon filem sahaja. "Saya anggap gelaran bintang eksklusif Astro Megadrama ini sebagai satu rezeki yang melimpah dan tawaran yang baik daripada Astro. "Pendekatan ‘bintang eksklusif’ ini memang sudah lama dipraktikkan oleh negara jiran, Indonesia. "Walaupun ia bukan sesuatu perkara baru, namun sekurang-kurangnya ia boleh menjana pendapatan pengiat seni sekarang," tutur Farid. Farid yang pertama kali diberi peluang mengarah filem Rempit V3 itu, turut memasang cita-cita untuk mengarah drama sendiri di Astro dan setakat ini pihak pengurusan di Metrowealth (MIG) ada juga berbincang dengannya tentang hal itu. "Tetapi, produser David Teo hanya menawarkan saya untuk berlakon setakat ini. Lagipun, saya belum pernah lagi berlakon di dalam mana-mana drama yang disiarkan oleh Astro," beritahu anak muda yang berasal dari Alor Setar, Kedah ini. Sembang Farid, selepas dia menerima tawaran dari pihak Astro, dia merasakan ada baiknya dia menerima pelawaan itu memandangkan semua tawaran yang diterimanya sebelum ini melibatkan filem. Disebabkan tawaran itu juga, Farid terpaksa membuat keputusan untuk menangguhkan pengarahannya di dalam sebuah filem. "Oleh sebab saya mempunyai komitmen dengan Astro, jadi saya terpaksa menangguhkan dahulu perancangan untuk mengarah sebuah filem pada Jun ini. "Jadi, saya akan membuat filem itu pada bulan Oktober nanti. Saya belum boleh ceritakan secara menyeluruh tentang filem ini. Yang saya boleh katakan adalah filem ini bergenre aksi dan tidak akan melibatkan motosikal lagi," ulas Farid yang juga sedang menjalani proses pasca-produksi filem Rempit V3 di mana dia bertindak sebagai editor filem tersebut. Pertaruh filem Rempit V3 sebagai tesisJelas Farid, jika dia sudah membuat papan cerita (story board) sehingga mengarah filem ini, jadi dia perlu melalui tugas suntingan pula agar dapat merasai kepuasan sepenuhnya. "Saya sudah mengarah, jadi saya akan tahu apa yang saya nak. Jadi, saya rasa lebih baik saya melakukan tugas seorang editor. "Jadi, sepanjang melakukan kerja-kerja tersebut, terdapat beberapa pengalaman baru yang saya timba seperti jika dirasakan ada kekurangan, saya akan bertanyakan pandangan dengan penolong pengarah tentang apa yang saya harus lakukan. "Selain itu, saya merasakan sedikit tekanan apabila filem ini merupakan tesis saya. Namun begitu saya masih rasa bertuah kerana masih ada pengarah lain yang sanggup membantu saya untuk menyiapkan filem ini. "Saya bukan sahaja merupakan pelajar yang pertama kali diberikan peluang untuk mengarah malah saya juga merupakan antara pelajar merangkap pengarah yang mempunyai banyak rujukan. "Saya tak kisah jika lambat menamatkan pengajian ini tetapi asalkan saya membuat kerja dengan bijak," terang Farid yang sudah beraksi dalam hampir 20 filem. Antaranya adalah filem Mistik, Jutawan Fakir, Lady Boss, Cinta Kolesterol, Tangkai Jering, Kuliah Cinta, 7 Perhentian, Cinta Fotokopi, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Remp-It, Anak Halal, Chermin, Kala Malam Bulan Mengambang Evolusi KL Drift, Rempit V3 dan Evolusi KL Drift 2. Farid merupakan penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Seni Layar (Kepujian) di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 12:28 pm | |
| ‘Kami sudah sedia sertai PLKN’KUALA LUMPUR – Tiga artis remaja yang sebelum ini pernah membuat rayuan untuk menangguhkan penyertaan mereka dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini memberi jaminan mereka akan mengikuti program tersebut apabila dipanggil. Malah, ketiga-tiga artis berkenaan, Diana Danielle, 18, Aliff Satar, 19 dan Suki, 20, menyatakan kesediaan untuk mengikuti program itu pada Mac ini dengan menangguhkan semua aktiviti seni masing-masing. Menurut ibu Diana, Norsiah Ramli, anaknya sudah cukup bersedia untuk menjalani program tersebut yang dijadualkan bermula Mac ini dengan memastikan semua kerja seninya hanya bermula pada Julai ini. “Bagaimanapun, buat masa ini kami belum menerima sebarang surat pengesahan daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN),” katanya kepada Kosmo! semalam. Diana Danielle sebelum ini tersenarai sebagai peserta PLKN dalam Kumpulan Satu Siri 6/2009 yang perlu mendaftar pada 27 Disember 2008 tetapi dia memohon penangguhan atas alasan masih terikat dengan kontrak seni. Turut berbuat demikian ialah Aliff dan Suki sehingga menimbulkan polemik bahawa JLKN mengamalkan pilih kasih dengan memberi kelonggaran kepada pihak tertentu walaupun telah diarahkan menyertai PLKN. Menurut Norsiah, sebenarnya Diana memang ingin menyertai sesi pertama PLKN dulu tetapi disebabkan dua kontrak lakonan pada bulan Disember hingga Februari 2009, dia terpaksa menangguhkan penyertaan dalam PLKN. Juara program realiti One In A Million (OIAM), Suki atau nama sebenarnya Low Sook Yee pula memberitahu, dia juga sudah bersedia untuk menyertai PLKN kali ini. “Sejak bulan Januari lagi saya sudah beritahu bahawa saya bersedia menolak semua aktiviti seni. Cuma sekarang saya belum menerima sebarang surat untuk mengikuti PLKN,” kata Suki yang sepatutnya menyertai sesi berkenaan pada tahun 2006. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 12:35 pm | |
| Celoteh dua teman di pagi hariSERASI... Aznil (kiri) bersama pasangan Riuh Pagi ERA, Din Beramboi. SETELAH hampir dua bulan berkolaborasi di konti Riuh Pagi ERA, kini pasangan penyampai Aznil Nawawi dan Din Beramboi kian selesa mengendalikan rancangan kelolaan mereka. Ke udara setiap hari selama empat jam bermula pukul 6 hingga 10 pagi, ternyata pasangan ini tidak punya masalah untuk digandingkan bersama apatah lagi, kedua-duanya sudah saling mengenali sejak lebih 15 tahun lalu. "Kerja dengan Din memang senang. Seperti Saiful Apek, dia juga mula bertapak daripada syarikat saya dahulu. "Saya membuat pembahagian kerja. Tugas Din ialah buat lawak sementara saya lebih kepada mengawal keadaan dan selitkan fakta-fakta," ujar Aznil ketika ditemui pada acara amal Orang Iklan ERA di Sogo, Kuala Lumpur baru-baru ini. Mengulas mengenai jenaka yang disampaikan oleh Din Beramboi, pengacara nombor satu negara itu menyifatkan lawak yang sering digunakan oleh rakan sekontinya itu adalah lawak di luar kotak. "Maksudnya, banyak lawak-lawak dia yang memeranjatkan saya, lawak-lawak dia banyak yang kita tak terfikir sebab itu saya mahu bergandingan dengannya. "Bagi saya, jika saya sendiri boleh gelak dan suka dengan lawak-lawak dia, apa lagi kepada para pendengar Era FM sendiri," katanya. Sementara itu, Din Beramboi ketika ditemui pada acara yang sama memberitahu, memulakan tugas sebagai penyampai Era FM awal Januari lalu umpama 'come back' setelah hampir enam tahun 'bersara' sebagai penyampai radio. "Selepas menamatkan tugas di konti THR lebih lima tahun dahulu, saya banyak buat kerja untuk televisyen. "Bukan saya ada masalah dengan mana-mana stesen radio, cuma corak penyampaian radio ketika zaman saya dengan sekarang agak berbeza. "Bezanya dari segi kandungan penyampaian dan juga teknikal. Zaman sekarang juga ialah zaman orang mengkritik sebab itu keterangan, gaya bahasa dan tahap penyampaian itu penting, semua itu saya perlu 'refresh' semula," katanya. Tidak sampai dua bulan kembali bertugas sebagai penyampai radio, Din Beramboi telah dihujani suara-suara nakal yang menyatakan lawaknya merapu. Menjelaskan hal tersebut, katanya: "Lawak bagi saya ada yang merapu dan ada juga yang tidak. Ia terpulang kepada pendengar untuk menilainya. "Bagi saya kritikan tersebut saya anggap sebagai sesuatu yang positif. Apabila orang kata merapu, kita tidak boleh rasa nak melenting tetapi sebaliknya cuba perbaiki sebaik mungkin," kata Din lagi. Sebagai penyampai segmen pagi, sudah tentu banyak tekanan yang dihadapi oleh mereka. Kata orang kekuatan sesebuah stesen radio itu bukan sahaja terletak kepada kebolehan penyampai semata-mata tetapi juga slot serta segmen-segmen yang dikendalikan. Malah, tanggungjawab yang dipikul mereka berganda apabila terpaksa bersaing dengan slot serta segmen pagi daripada pesaing terdekat, Hot FM dan Sinar FM yang tidak kurang hebatnya. Tidak mahu meletakkan isu saingan dalam menjalani tugas di konti, kata Aznil: "Saya sebenarnya tidak kisah pun tentang saingan. Bagi saya biarlah orang-orang di luar sana yang membuat pilihan untuk mendengar yang mana satu. "Tidak perlulah kita sibuk kejar rating sebab bagi saya yang lebih utama kita kejar ialah minat para pendengar terlebih dahulu. "Sebab itu saya rasa Riuh Pagi mempunyai segmen-segmen yang lain daripada lain antaranya pakaian terbaik, teka bunyi dan drama sebabak. "Insya-Allah, bermula 2 Mac ini kita akan ada segmen baru iaitu Warung Pagi," jelas Aznil mengenai rombakan program di Era. Kumpul lebih RM12,000Dalam usaha membawa para penyampai dan pendengar setia stesen nombor satu negara itu kepada aktiviti bercorak kemasyarakatan, pada 10 hingga 19 Februari lalu, Era FM telah melancarkan Kempen Cabaran Aznil dan Din Beramboi. Sepanjang berlangsungnya kempen tersebut, para pendengar yang mewakili penyampai pilihan mereka dikehendaki beradu antara satu sama lain bagi mengutip mata terkumpul. Antaranya termasuklah berbalas pantun, menguji pengetahuan peribahasa, kecekapan mengeja perkataan bahasa Inggeris serta permainan Jangan Lupa Lirik versi radio. Keputusannya, Aznil berjaya memperoleh 269 undian mengalahkan Din Beramboi yang mengumpul 256 undian. Kemuncaknya, pada Sabtu lalu (21 Februari), kedua-dua penyampai mengotakan janji mereka menjalani aktiviti amal bagi mengumpul dana untuk disalurkan ke Rumah Nur Salam, sebuah pusat perlindungan dan aktiviti untuk kanak-kanak terbiar di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Bertempat di hadapan pintu masuk pusat membeli belah Sogo, kedua-dua penyampai memenuhi masa selama enam jam (12 tengah hari hingga 6 petang) bersama para peminat serta pendengar setia Era FM untuk sama-sama beramal mengumpul dana untuk badan kebajikan tersebut. Menurut Aznil, idea aktiviti amal itu dicetuskan oleh Pengurus Rancangan Era, Nazri Noran. Acara itu merupakan julung kalinya diadakan. Malah, katanya aktiviti amal tersebut adalah sebahagian daripada perancangan Era FM untuk tahun 2009. "Untuk aktiviti ini, anggota badan saya 'dijual' untuk diiklankan. Cabaran Din ialah mencari penderma dengan menyanyi dan saya pula mengambil gambar dengan sesiapa sahaja dengan bayaran RM10. "Selain itu, saya juga menawarkan diri untuk makan malam bersama keluarga yang berjaya membuat bidaan paling tinggi. "Kerja amal adalah aktiviti yang paling dekat dengan pendengar. Era merancang untuk menjalankan kerja-kerja sebegini secara berterusan dan aktiviti ini adalah sebagai permulaan," terang personaliti itu lagi. Jumlah keseluruhan yang berjaya dikumpul pada hari tersebut ialah RM12,394.60 dan cek sumbangan disampaikan oleh Nazri kepada Pengarah Eksekutif Rumah Nur Salam, Raja Azizan Suhaimi Raja Abd. Latiff. Jumlah tersebut merangkumi bidaan tertinggi, RM370 tawaran makan malam bersama Aznil oleh keluarga Raja Norziha dan anaknya Puteri Nabilah dari Taman Tun Teja, Rawang, Selangor serta lelongan RM310 sut Astro yang dipakai oleh Aznil sepanjang acara tersebut. Turut hadir memberikan sokongan ialah para penyampai Era FM iaitu Adi, Ray, Nana, Cham, Burn dan Reza |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 12:37 pm | |
| Keabadian cinta Tini, SolTINI dan Sol mahu menghabiskan masa bersama sebelum bersedia untuk membina keluarga. PADA mulanya, Kartini Kamalul Ariffin atau lebih mesra disapa Tini hanya menganggap kehadiran Nur Sulhi Jasmin sebagai teman sekerja. Apatah lagi, mereka berkhidmat di bawah satu bumbung iaitu stesen yang semakin hari semakin hangat, Hot Fm. Namun, yang bezanya adalah jawatan mereka. Tini adalah penyampai radionya manakala Nur Sulhi atau Sol pula sebagai pengurus acara di stesen radio itu. Perkenalan mereka pada tahun 2006 rupanya tersimpan seribu rahsia dan tidak ramai yang tahu dalam diam, masing-masing menaruh hati dan perasaan antara satu sama lain. Namun, semuanya terlerai apabila pada satu hari, Sol mempelawa Tini untuk keluar minum pada waktu petang dan ketika itulah, Sol meluahkan isi hatinya kepada selebriti berusia 30 tahun itu. Mungkin menyedari takut Tini akan disambar orang tatkala Tini ketika itu akan melanjutkan pelajarannya ke London selama satu setengah tahun menyebabkan Sol berani melamar wanita ramah itu. "Saya memang tidak percaya apabila mendengarkan kata-kata itu lahir daripada mulutnya (ketawa). Rasanya kalau saya tidak memberitahu yang saya akan ke London, tidak mungkin dia akan melamar saya. "Apa pun, saya bersyukur kerana sepanjang tiga tahun kami berkenalan, semuanya berjalan lancar dan apabila diijab kabulkan hari ini, saya rasa begitu bertuah. Insya-Allah, saya sudah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri," ungkap Tini dalam nada yang cukup gembira ketika ditemui selepas majlis pernikahannya di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur hujung minggu lalu. Dengan dua kali lafaz sahaja, Tini sah menjadi milik Sol dalam majlis yang berlangsung dalam suasana yang harmoni dan penuh kesederhanaan itu. Apa yang lebih manis lagi adalah Tini dinikahkan sendiri oleh ayahandanya, Datuk Kamalul Ariffin Abdul Rahim sambil disaksikan oleh Imam Masjid Pulapol, Rahimi Abdul Rajab. Bekas pengacara rancangan 3R ini juga menerima mas kahwin sebanyak RM80 di samping wang hantaran RM10,000 dan sebentuk cincin daripada suaminya. Pihak pengantin perempuan juga menerima 11 dulang hantaran yang merangkumi antaranya sejadah, telekung, barangan kosmetik dan wangian, kek dan jam tangan. Sebagai balasan, pihak lelaki menerima 13 dulang yang terdiri daripada dua biji kek, bakul buah-buahan, coklat, songket, jam tangan, kemeja dan tali leher, sepasang but dan juga tepak sirih. Untuk merai cinta mereka, ternyata Tini dan Sol mengutamakan perkara yang wajib sahaja apabila melangsungkan pernikahan tanpa mengikat tali pertunangan. Malah, pada 23 Mac tahun lalu, ketika rombongan pihak lelaki datang untuk merisik, kedua-dua keluarga telah sepakat untuk terus melangsungkanpernikahan. Menyambung bicara, Tini yang sememangnya cukup ramah memberitahu, hatinya terbuka untuk menerima Sol adalah kerana jejaka itu menerima dirinya seadanya. Malah, Tini dengan penuh optimis memberitahu, meskipun jarak usia mereka adalah dua tahun, itu bukan penghalang untuk masing-masing mencipta satu perhubungan yang matang. "Bukan itu sahaja, dia mempunyai personaliti yang cukup kuat serta pandai memujuk," jelas Tini tersipu malu sambil memandang suami tercinta di sisi. Bagi Sol pula, hubungan cintanya dengan Tini bertambah kuat apabila suri hidupnya itu merupakan seorang yang berdikari selain mempunyai pandangan serta pendirian yang tersendiri. "Bukan itu sahaja, kami juga berkongsi hobi yang sama iaitu suka menyelam. Disebabkan itu juga, kami sepakat untuk pergi berbulan madu di salah sebuah pulau peranginan negara untuk menyelami dasar laut negara," jelas Sol pula tentang rancangan bulan madu mereka pada bulan Mac atau April ini. Ditanya tentang perihal cahaya mata pula, Tini dengan penuh jujurnya memberitahu, dia mahu menghabiskan masa berdua bersama Sol dulu sebelum masing-masing melangkah setapak lagi dalam fasa kehidupan mereka. Pada sebelah petang hari yang sama, majlis resepsi telah diadakan dengan mengambil tema warna merah hati yang juga merupakan warna kegemaran Tini. Berkonsepkan tradisional, majlis yang diacarakan oleh Faizal Ismail dan Rafidah Abdullah itu menyaksikan 1,000 orang tetamu yang hadir untuk meraikan cinta sejati pasangan sejoli ini. Bagi majlis menyambut tetamu pula, ia akan diadakan pada Sabtu ini di Kota Tinggi, Johor. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 12:44 pm | |
| ALBUM: Allah Habeebi ARTIS: Mawi GENRE: Pop RohaniBERTOLAK daripada kejayaan album Doa, Berzanji & Qasidah Berlagu diterbitkan dua tahun lalu, Mawi mengorak langkah lebih serius dengan kelahiran Allah Habeebi yang dihasilkan lebih teliti, sama ada dalam penyampaian serta melodi dimuatkan. Mementingkan sebuah produksi yang dapat dijadikan santapan spiritual dan rohani kepada pendengar, Maestro Records melaburkan modal besar untuk melaksanakan pembikinan album ini. Dari segi kualiti, penerbitan Allah Habeebi tidak diragui kerana album yang menelan belanja lebih RM100,000 ini ditangani penerbit berkaliber seperti Farihin, M Nasir dan Edry KRU. Permainan muzik 'live' yang mengiringi keseluruhan pengisian Allah Habeebi sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada produksi ini. Namun sayang kerana semua elemen itu tidak mampu memberikan kesan kepada album ini, terutama apabila menyentuh gaya penyampaian serta lontaran vokal Mawi. Barangkali produksi ini akan memberi lebih impak jika Mawi meletakkan sedikit 'nyawa' dalam penyampaian vokalnya. Penghayatan ada namun tidak diberikan sepenuhnya oleh penyanyi ini. Suara Mawi yang garau dan mengalir terus tanpa dikawal dengan lenggok penyampaian yang mampu membantu untuk mencipta impak menyebabkan kesannya kurang dirasai. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 12:46 pm | |
| Duta alam semula jadiDayang Nurfaizah Dayang Nurfaizah tidak sabar bantu YOU pulihara, pelihara flora dan fauna "WALAUPUN Dayang dilahirkan di negeri yang terkenal dengan destinasi pelancongan orang utan iaitu Sarawak, tetapi Dayang sendiri tidak berpeluang mengenali secara dekat haiwan primat itu," luah Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 28, selepas secara rasmi dilantik sebagai Duta Perlindungan dan Pengekalan Alam Semulajadi oleh Yayasan Pulau Banding dan Yayasan Pulau Orang Utan (YOU) milik Kumpulan Emkay. Penyanyi hitam manis dan diberi jolokan Beyonce Malaysia itu secara jelas melahirkan rasa teruja untuk menjalankan tanggungjawab besar sebagai duta dan tidak menafikan ia penghargaan terbesar diberi sepanjang kerjayanya sebagai penyanyi. "Sebelum ini, saya pernah dilantik sebagai duta bagi produk kecantikan. Namun, terpilih sebagai duta alam semula jadi adalah pengalaman pertama saya. Saya sendiri tidak menyangka, di kalangan ramai artis lain yang lebih terkenal, saya terpilih untuk menggalas tanggungjawab ini. "Ia adalah pengalaman terbaru dan saya akan buktikan untuk buat yang terbaik," katanya selepas ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta yang diadakan serentak dengan majlis pelancaran YOU, pelancaran logo dan piagam YOU serta pelancaran laman web yayasan itu di Bukit Merah Laketown Resort, Taiping, kelmarin. Gadis kelahiran Kuching, Sarawak itu menjelaskan tidak sabar untuk melakukan aktiviti yang dirancang oleh yayasan bagi membantu memulihara dan memelihara spesies flora fauna untuk kesinambungan hidupan itu. "Banyak yang perlu saya belajar untuk mengenali alam semula jadi terutama Orang Utan. Memang sebelum ini, pendedahan awal diperoleh di peringkat sekolah, tetapi selepas merasai sendiri pengalaman bersama haiwan itu, saya mengakui masih banyak kekurangan diri. "Kadang-kadang kita tidak sedar, hal yang kecil sebenarnya banyak membantu dalam mengembangkan hidup kita. Umpamanya, tanggungjawab mengekalkan kesinambungan flora fauna dalam negara adalah aset terbesar untuk perancangan masa akan datang," katanya yang kini lebih matang dalam berbicara. Bagaimanapun, terselit perasaan bimbang dalam hati penyanyi bersuara serak ini kerana tugas sebagai duta alam semula jadi bukan perkara mudah. "Dayang akui bukan mudah untuk menarik minat masyarakat dan generasi muda untuk mencintai alam semula jadi serta haiwan kerana kebanyakan mereka masih kekurangan maklumat mengenainya. "Saya sendiri perlu merasai dan memahami haiwan itu sebelum menjelaskannya kepada masyarakat. Selain maklumat yang diberi pihak yayasan, saya sendiri berusaha mencarinya melalui buku, jurnal dan internet sebagai persediaan untuk itu," ujarnya. Ketika ditanya sama ada Dayang mempunyai ilham untuk menyanyikan lagu khusus untuk alam semula jadi dan Orang Utan pada masa akan datang, secara bersahaja Dayang menjelaskan perkara itu tidak mustahil. "Jika ada masa dan peluang, tidak mustahil saya akan merealisasikan hasrat itu. Apa yang penting, saya kena tanya peminat dulu. Jika mereka menyokong, kenapa tidak? "Mungkin dengan nyanyian, setiap mesej mengenai alam semula jadi dan kepentingan Orang Utan dapat disampaikan lebih jelas kepada pendengar," katanya. Awal Februari lalu, Dayang sudah menjejakkan kaki ke Pulau Banding, Gerik bagi menjalani penggambaran klip video lagu Luka dan Loosing Me yang bakal dimuatkan dalam novel Luka, karya Trisna Asyraf Zainol Abidin atau Tris. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta dan Erti Hidup itu melakukan penggambaran Luka di hutan tertua dunia, Belum Rainforest Resort dan Loosing Me dijalankan di Hutan Belum Temenggor, arahan Muhaimin Yusof dari Cipta-Asia Worldwide Sdn Bhd. Majlis pelancaran novel berkenaan akan diadakan di Belum Rainforest Resort pada 12 Mac ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 2:06 pm | |
| Dengarnya.... Mawi nafi ibu tenatSEWAKTU menonton pertandingan My Starz LG hujung minggu lalu, Cik Normah berkenan sangat dengan persembahan peserta dari Pulau Pinang iaitu Nashrin bersama pasangan duetnya, Misha Omar. Cik Normah nampak ada keserasian antara mereka berdua. Pasal penghayatan, Cik Normah puji sangat-sangat sebab mereka berdua berjaya menunjukkannya dengan baik. Tapi bukan itu yang Cik Normah hendak ceritakan di sini. Sebelum ini pihak TV3 ada menguar-uarkan yang penyanyi pujaan Cik Normah, Mawi akan membuat persembahan pada malam final itu. Tup Tup, tempatnya diganti dengan Jamal Abdillah. Kononnya, dari apa yang disampaikan teman Cik Normah yang membuat liputan di situ, Mawi tidak dapat membuat persembahan kerana ibunya sakit. Lebih mengejutkan apabila tersebar di laman forum mengatakan yang ibu kesayangan Mawi, Ramlah Sarlan itu dikatakan tenat. Bagaimanapun, sewaktu dihubungi teman Cik Normah yang solid molid dan manja itu, Mawi mengatakan ibunya tidaklah tenat seperti yang disebarkan. Cuma Mawi mengaku yang ibunya diserang penyakit darah tinggi yang tekanannya mencapai tahap yang membahayakan. Jadi disebabkan itu dia tidak dapat menghadiri persembahan malam itu. Kata teman Cik Normah itu lagi, Mawi juga tetap akan meneruskan konsert Sinar Maulidurasul yang akan berlangsung Sabtu ini bersama kumpulan Rabbani dan beberapa artis popular lain. Dalam pada, sibuk dengan konsert itu, Mawi berkata, dia tetap akan membawa ibunya untuk mendapat rawatan pakar. Baguslah Mawi, sibuk macam mana pun, ibu jangan sesekali dilupakan. Cik Normah dan rakan-rakan lain mendoakan moga ibu Mawi cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti sedia kala. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 2:09 pm | |
| 'Telan' saja suara sinisDalam usia terlalu muda, Syazliana sudah bergelar penyanyi dan kebetulan dilahirkan dalam keluarga berada, kesinambungan kerjaya seni dapat diteruskan TERLALU banyak usaha dan bukti menunjukkan bahawa penyanyi tinggi lampai, Syazliana Abd Karim, 22, ini sebenarnya cukup meminati bidang nyanyian. Sedari usia 13 tahun lagi dia sudah mula menunjukkan kecenderungan bergelar penyanyi dan berpeluang memiliki album sulung. Malah, sehingga kini, penyanyi ini sudah menghasilkan empat album termasuk album terbaru menggunakan judul panggilan singkatnya iaitu Syaz dan memuatkan enam lagu. Menariknya album yang berada di pasaran awal Januari lalu diterbitkan syarikat kepunyaannya iaitu Seinna Entertainment dan mendapat kerjasama Sony BMG Music sebagai wakil pengedar. Bukan tidak diiringi bakat dan pakej yang dianggap perlu ada kepada mereka yang ingin menjadi artis, cuma kehadiran penyanyi yang pernah mencuba nasib di dalam uji bakat Akademi Fantasia musim ketiga ini masih belum mampu memberi impak. Kelibatnya hanya sekelip mata dan tenggelam timbul hingga akhirnya terus berlalu sepi. Biarpun rezeki belum kuat menyebelahi dirinya, istilah berputus asa dan pantang berundur tidak pernah ada dalam kamus hidupnya. Tidak cukup dengan itu ada pihak yang memberi tanggapan sinikal bahawa dia mampu memiliki album kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berada. Menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan kedua-dua syarikat miliknya iaitu Seinna Entertainment Sdn Bhd dan Seinna Studio Sdn Bhd juga membuatkan anak ketiga daripada lima beradik ini terlalu komited terhadap kerja dan tidak terlalu memikirkan soal cinta. Malah, Syaz juga sudah mampu berdikari dan tidak bergantung harap sangat kepada keluarganya kerana mampu menjana wang sendiri. Seloroh Syaz, selagi belum melelapkan mata, kerja, kerja dan kerja yang menjadi keutamaan. Berbalik kepada album terbarunya, ia sepatutnya berada di pasaran sejak awal 2008, namun kerana kesibukannya sebagai pelajar, ia ditangguhkan. Selepas tamat pengajian Oktober tahun lalu, Syaz juga sepatutnya melanjutkan pengajiannya dalam peringkat ijazah di Australia. Namun demi tuntutan album dan perniagaannya yang semakin berkembang, ia masih dalam peringkat 'menunggu'. "Syaz memulakan kerjaya nyanyian pada usia yang terlalu muda dan ketika itu Syaz tiada bimbingan yang betul dan profesional daripada pihak pengurusan. Tambahan pula, Syaz masih di bangku sekolah dan setiap kali tiga album terdahulu diedarkan di pasaran, masa tidak kena apabila bertindih dengan peperiksaan. Lalu, untuk tidak mengulangi kesilapan lalu, album keempat ini dipasarkan apabila Syaz betul-betul bersedia dan mengharap tuah kolaborasi dengan Sony BMG Music. "Syaz lebih suka bersikap 'low profile' dan tak pernah berasa diri ini sudah popular. Realitinya, Syaz juga seperti orang lain yang keluar rumah tanpa solekan, bulu mata tebal dan rambut didandan rapi. Syaz pun selesa tidak dihimpit sebarang kontroversi dan gembira dengan apa yang ada. Kini, Syaz boleh memberikan tumpuan sepenuhnya kepada dunia nyanyian dan pada masa yang sama urusan kerja. SYAZ sedia berusaha perbaiki imej diri. "Syaz tak boleh berkata apa mengenai tanggapan sesetengah pihak yang berpendapat Syaz mampu membikin album sebab anak orang kaya. Keluarga Syaz sebelum ini pun bermula dari kosong dan berusaha sebelum berada di kedudukan yang selesa. Syaz bersyukur dilahirkan dalam keluarga sebegini dan kenapa tidak dimanfaatkan untuk kebaikan masyarakat dan diri sendiri. Peminat Syaz pun tak pernah pertikaikan isu ini," katanya yang menunggu selama setahun untuk tampil dengan album keempat ini. Ikut jejak bapa DEMI kelainan dan cuba melakukan sedikit transformasi gaya imej sedia ada yang dianggap seperti terlalu menjaga kecantikan, dua busana koleksi peribadi miliknya menjadi pertaruhan. Percubaan pertama menggayakan busana kuning lembut hampir menjadi biarpun terpaksa berdepan dengan dingin suhu sejuk studio NSTP dan pada masa yang sama di hala kipas ke arah mukanya. Namun, sehinggalah saat dia menyarung gaun merah menyala, Hip berasakan bagaikan ada sesuatu yang boleh diteroka. Pemilihan 'set studio segera' di ruang terbuka tingkat atas Balai Berita ternyata memperlihatkan sisi lain Syazliana. Sesuai dengan ketinggiannya, sekali pandang dia persis peragawati. Mood dan ekspresi wajahnya sangat 'memberi' biarpun hakikatnya, dia terpaksa mengambil risiko memanjat tapak tembok yang tinggi dan diberi tekanan. Paling ketara, kematangannya berbicara juga tidak menggambarkan usia dirinya yang sebenar. Sekadar saranan, mungkin juga penyanyi kelahiran Petaling Jaya ini perlu melakukan satu anjakan paradigma atau dalam erti kata lain perlu keluar daripada kepompong zon selesanya. Tidak bermaksud mengatakan apa yang dimilikinya kini tidak cukup baik, bahkan pemegang Diploma Hiasan Dalaman dari The One Academy of Communication Design ini sentiasa terbuka dengan sesuatu proses pembaharuan. "Mungkin juga latar belakang keluarga dan cara Syaz dibesarkan membuatkan ia begitu. Pengalaman lalu hingga sekarang juga mematangkan hidup Syaz. Syaz ambil iktibar dan memantau persekitaran yang mencakupi kehidupan termasuklah ahli keluarga dan orang sekeliling. Sebagai contoh Syaz juga membabitkan diri dengan bidang perniagaan mengikut jejak bapa (Datuk Abdul Karim, usahawan korporat). "Syaz tak kisah apa orang nak cakap mengenai perwatakan diri yang dikatakan suka 'control' ayu atau cantik. Janji Syaz tak jadi gedik yang boleh membuatkan orang menyampah. Syaz sedar bukan senang nak memuaskan hati orang. Tak semestinya apabila Syaz okey di depan 10 orang khalayak, bermakna khalayak yang selebihnya turut menyukai. Sebagai penyanyi dan pereka hiasan dalaman, Syaz memang sentiasa memantau dan mengalu-alukan pembaharuan. "Melalui pelbagai medium seperti majalah, TV, internet, masyarakat dan persekitaran, Syaz boleh menjadikannya sebagai rujukan. Sejauh mana kita berubah dan memperbaiki diri, sebagai manusia biasa, kita tak mungkin akan mengecapi titik kepuasan. Itu lumrah," katanya yang menggunakan khidmat komposer seperti Iman Wan, Azan Addin, Adnan Abu Hassan dan Neves Pretty Ugly untuk album terbarunya yang dijual dengan harga RM19.90. Sepintas: Syazliana Peperangan: Amat sedih dan terkilan apabila saudara Islam kita sendiri dijajah dan dibunuh dengan kejam. Ingin memberikan sumbangan dan doakan buat mereka dalam hari-hari berlalu di dalam hidupnya. Bakat baru: Bagus dan perlu untuk memeriahkan industri seni. Perkembangan yang sihat dan menambah jalur muzik yang berbeza. Kewujudan dirinya: Ingin memberi kembali apa yang berfaedah kepada masyarakat daripada pelbagai sudut seperti nyanyian, kewangan dan sebagainya. Perniagaan: Penting sebagai jaminan dalam kehidupan. Menggunakan apa yang dikurniakan untuk memastikan dirinya mendalami bidang ini dengan lebih jauh. INFO: Syazliana Abd Karim UMUR: 22 tahun TARIKH LAHIR: 25 Julai 1986 TEMPAT LAHIR: Subang Jaya Medical Centre, Selangor. STATUS: Bujang KELUARGA: Anak ketiga daripada lima beradik PENDIDIKAN: Diploma Senibina Hiasan Dalaman di One Academy, College Sunway. SENARAI ALBUM: Singgahsana (2001), Demi Cinta (2003), Sinar Baru (2005) dan Syaz (2008) PENCAPAIAN: Peringkat Separuh akhir, Anugerah Juara Lagu Ke-18 (AJL18) dalam Kategori Etnik Kreatif & Irama Malaysia (2003) dan finalis AJL17 dalam kategori sama pada 2002. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 2:11 pm | |
| Dafi, Shila duta Coca Cola Dafi dan Shila dilantik sebagai duta Coca Cola untuk kempen Coca Cola Camni Lah. Mereka akan terlibat dalam siri konsert anjuran Coca Cola. Shila sekarang kelihatan lebih menonjol berbanding juara One In A Million musim kedua, Ayu. Dafi juga terserlah berbanding juara Akademi Fantasia 5 yang disertainya dua tahun lalu. "Dafi anggap penglibatan Dafi bersama Coca Cola sebagai rezeki tambahan dan semestinya Dafi berharap dapat mengembangkan lagi nama dafi sebagai penyanyi," kata Dafi. Dafi akui jadualnya semakin padat kerana baru dua minggu kembali ke kampus menyambung pengajiaan di Kolej Universiti Lim Kok Wing. Dafi sebelum ini bergandingan dengan Gita Gutawa untuk kempen ais krim Cornetto. Sekarang wajah Shila pula mewarnai kempen ais krim itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 2:13 pm | |
| pian buat pembedahan plastik sebab di hina? Beberapa tahun lalu, Pian Cecupak pernah dihina penampilannya oleh seorang rakan. Ketika itu, kata Pian, mukanya berlubang, berjerawat, bibirnya sumbing dan hidungnya kembang. Kata-kata yang menguris hati itu dipendamkan saja. Enggan didedahkan identiti orang tersebut, hanya dia seorang rakan yang agak rapat.“Mungkin dia rasakan dirinya lebih sempurna dan saya ni cuma seorang pelawak.” Sebelum ini, sudah di cuba pelbagai produk kecantikkan untuk merawat wajahnya. Tetapi hasilnya lebih teruk kerana produk-produk tersebut tidak sesuai dengan kulitnya. Akhirnya, dicadangkan rakannya, Ifa Raziah, untuk membuat pembedahan plastik. Sudah tiga tahun sejak pembedahan plastiknya yang pertama, dan dedah Pian dia akan terus mengubah mukanya sehingga puas. Antara perancangannya, membentuk mukanya kepada bentuk V sementara hidungnya di tinggikan dan di jadikan runcing. Pian tidak kisah jika orang ramai berpendapat wajahnya selepas pembedahan tidak secantik sebelum. “That’s my problem,” balasnya. Tentang pandangan sesetengah pihak yang melihat raut wajahnya kini menyerupai ‘drag queen’, katanya tegas, “Saya masih seorang lelaki. Saya mempunyai dua orang anak perempuan. Jika kerja saya memerlukan saya berwatakkan seorang ‘drag queen’, saya akan melakukannya sebab saya tahu dibawah kostum dan solekan itu, saya tetap seorang lelaki. Saya bukannya menjual diri saya, saya bukan perempuan, saya masih seorang lelaki. Kerjaya saya seorang penghibur, untuk menghiburkan penonton.” Dan untuk mereka yang mengutuk perbuatannya, ini jawapannya, “Tak baik kutuk orang. Orang kutuk kita, kita maafkan. Tak perlu gaduh. Tapi kalau you berani, cakap saja depan muka saya, jangan cakap belakang, Saya buat ni, saya yang sakit. Orang lain senang nak cakap. Tapi bila mereka melaluinya baru diorang tahu.” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 2:14 pm | |
| ni kah "datuk" yang taja BMW Rozita Che Wan? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 2:15 pm | |
| nashrin terpegang tut tut misha omar? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 2:16 pm | |
| 'Saham' Dina makin naik! Setelah mempamerkan lakonan cemerlang menerusi Impak Maksima The Musical tidak lama dulu, sekali lagi Dina ditawarkan oleh Ahmad Idham untuk membintangi filem Jangan Pandang Belakang Congkak dan yang terbaru, wajah penyanyi ini mula menghiasi kaca televisyen menerusi drama bersiri Rempit vs Impak Maksima yang juga milik produksi Idham sendiri, Excellent Pictures. Bukan setakat bidang lakonan, Dina juga telah 'disambar' oleh stesen radio terkemuka, Era, sebagai penyampai radio. Satu pencapaian yang cukup bermakna buat penyanyi ini. Katanya lagi, pengalaman menjadi seorang penyampai radio juga cukup menyeronokkannya meskipun sedar ia mungkin akan memberi 'risiko' terhadap bidang nyanyian. "Saya sedar tawaran ini berkemungkinan akan membuatkan lagu-lagu saya tidak akan diputarkan di stesen-stesen radio yang lain. Bagi saya, terpulanglah kepada pihak terbabit. Sudah empat tahun Dina berkecimpung dalam industri muzik dan sehingga hari ini Dina tetap dengan pendirian untuk tidak mengubah penampilan Dina. "Pada mulanya, ada lima, enam syarikat rakaman yang ingin menandatangani saya. Syaratnya, saya perlu turunkan berat badan sebanyak 20 kilo. Tapi saya tahu itu bukan diri saya yang sebenar dan saya tidak akan gembira". "Saya pernah kurangkan berat badan ketika di Tingkatan 5. Tetapi saya masih berasa tidak yakin pada diri sendiri. Apa saja baju yang di pakai, semuanya tak cantik. Lama-kelamaan saya menjadi obses. Akhirnya, saya membuat keputusan to be happy. Dan ya, saya ingin membuat satu kenyataan yang tidak kira rupa atau fizikal, anda juga boleh berjaya. Mungkin bila saya berumur 30 tahun, saya akan menurunkan berat badan". |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 2:18 pm | |
| Beyonce niple slip at Oscar |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 2:19 pm | |
| gambar kecederaan Rihanna yang palsu |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 2:29 pm | |
| Geng: Pengembaraan Bermula bakal kutip RM4 juta? Selepas 11 hari ditayangkan, filem yang mempertaruhkan watak Upin dan Ipin, Badrol, Lim, Rajoo, Ros dan Oopet ini telah berjaya mengutip sebanyak RM3.7 juta. “Sehingga hari Ahad lalu, filem ini telah mendapat RM3.7 juta. Saya belum tahu tentang kutipan sehingga hari ini. Saya sasarkan untuk mendapat kira-kira RM4 juta pada Rabu ini (hari ini). “Tetapi, kami mahukan filem ini lebih mendapat pulangan yang lebih tinggi dari itu iaitu RM10 juta. Kalau tak dapat RM10 juta pun, dapat RM8 juta pun sudah boleh pulang modal. “Setakat ini, saya diberitahu filem ini masih berada di posisi nombor satu di dalam carta 10 filem teratas GSC sekaligus berjaya mengatasi filem luar negara yang sedang ditayangkan sekarang,” beritahu Mohd. Nizam Abd. Razak, 26 selaku pengarah filem ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 2:33 pm | |
| Nubhan Teringin Buka Agensi PelanconganDalam satu temubual eksklusif, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Aku Ada Untukmu’ Nubhan, memberitahu bahawa dia bercita-cita untuk membuka sebuah syarikat agensi pelancongan satu hari nanti. “Nubhan memang dah lama berhajat nak buka agensi pelancongan, sejak belajar dalam bidang pengurusan pelancongan,” Kata bekas pelajar Kolej Komuniti Hulu Selangor ini lagi, semangatnya untuk membuka syarikat agensi pelancongan semakin membuak-buak setelah menamatkan pelajaran dalam bidang tersebut. “Tapi selepas masuk Akademi Fantasia ini, saya terpaksa melupakan dahulu impian saya tu…Nubhan kena fokus dalam bidang nyayian dan lakonan sebab buat masa ni, Inilah rezeki Nubhan,” Katanya sambil tersenyum. Katanya lagi, setelah mempunyai modal yang mencukupi, dia pasti akan menyambung kembali cita-citanya yang terbengkalai itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 2:36 pm | |
| Azizah: Saya boleh bersumpah tiada hubungan langsung dengan Zaefrul! KECUAIAN akibat terlalu mempercayai orang lain, akhirnya mengundang padah kepada aktres Azizah Mahzan, 45, apabila gambar koleksi peribadi yang disimpan di dalam ‘thumbdrive’nya dimanipulasi oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Baru-baru ini, gambar-gambar intimnya dengan pelakon Zaefrul Nordin, 43, disebarkan di internet lalu Azizah dihentam habisan-habisan menunjukkan ramai yang menentang perlakuan dua pelakon drama episod Spa Q 2 itu. Bukan itu sahaja, Azizah berkata gambar peribadinya yang lain turut disebarkan seolah-olah mencabuli privasinya. Lebih mengharukan, aktres yang mesra dengan panggilan Kak Zi ini telah dipandang serong oleh penduduk di Kampung Tampin ketika dia terlibat dengan sesi pengambaran sebuah drama. "Saya berasa malu apabila dipandang serong oleh penduduk kampung di tempat saya melakukan pengambaran drama ini. "Diikutkan, gambar-gambar tersebut hanya disebarkan di internet. Jadi, saya pasti dikalangan makcik-makcik di sana mungkin tidak tahu tentang internet. "Tetapi akhirnya mereka boleh tahu juga tentang gambar-gambar itu setelah beberapa akhbar menyiarkan gambar saya dan Zaefrul. "Daripada orang tak tahu tentang hal ini, mereka sudah tahu termasuklah orang di Ulu Tembeling," komen Azizah selepas beberapa lama mendiamkan diri. Jika Zaefrul sebelum ini memberikan alasan dia terlupa batasan kerana menganggap aktres itu ibarat kakaknya, Azizah pula akui dia berasa teraniaya tetapi dalam masa yang sama pasrah dengan apa yang terjadi. "Saya rasa teraniaya apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab sanggup menyebarkan gambar itu. "Apa yang saya tahu, gambar-gambar itu diambil daripada ‘thumbdrive’ saya. "Apabila kawan-kawan saya ingin melihat gambar yang kami ambil di Langkawi itu, tanpa teragak-agak terus saya memberikan ‘thumbdrive’ yang mengandungi banyak koleksi gambar saya itu. "Selain itu ada juga yang bertanya, ‘Akak, boleh tak saya nak dapatkan salinan gambar untuk dibuat ‘props’’. Saya pula jenis jujur, jadi saya terus kata, ‘Ambillah ‘thumbdrive’ ni dan pilihlah gambar yang sesuai’. "Bagaimanapun, saya tidak mahu menuduh sesiapa yang menyebarkan gambar-gambar itu kerana menganggap diri saya tidak bermusuh dengan sesiapa. "Saya ni jenis kalau orang datang lambat atau sebagainya, saya akan tegur depan-depan. Saya tak tahulah jika ada yang berdendam dengan saya. "Bagaimanapun, saya sudah maafkan orang yang sengaja menyebarkan gambar itu dengan niat hendak memalukan saya. Saya terima dan pasrah dengan apa yang berlaku," luah Azizah ketika dihubungi semalam. Dimaklumkan, kebanyakan gambar intim Azizah dan Zaefrul dirakamkan ketika mereka meluangkan masa bersama rakan artis dan krew produksi yang terlibat dengan pengambaran drama bersiri Spa Q di Langkawi. Menurut Azizah, antara gambar intim seperti dia duduk di atas riba Zaefrul hanyalah gambar yang diambil untuk dijadikan ‘props’ drama Spa Q 2 kerana di dalam drama itu mereka melakonkan watak sepasang suami isteri. Kebanyakan gambar yang diambil melibatkan Azizah dan Zaefrul juga diambil secara ‘candid’ dan disebabkan itu, dia menganggap orang lain boleh memberikan pelbagai tanggapan sehingga mendakwa mereka mempunyai ‘hubungan’. Diaju tentang dakwaan tersebut, sama seperti Zaefrul, Azizah turut menafikan hal itu. "Saya tidak mempunyai ‘hubungan’ langsung dengan dia. Saya dah jelaskan sebelum ini. Jadi, orang nak saya buat apa lagi?. "Takkan nak saya bersumpah seperti budak yang diliwat oleh Anwar Ibrahim itu. Tetapi, saya boleh bersumpah kalau mereka nak. "Saya berani bersumpah kerana memang kami macam adik-beradik sahaja," jelasnya. Azizah akui kontoversi yang melanda ini boleh menjejaskan karier seninya lalu ibu tunggal kepada seorang anak perempuan berusia 25 tahun ini berharap supaya orang lain berhenti dari menyebarkan gambar-gambar itu. "Saya bukan seorang cikgu untuk memberikan pengajaran kepada sesiapa. Tetapi jika orang lain rasa hal ini salah dan mengaibkan, mereka sepatutnya berhenti dari menyebarkan gambar-gambar itu. "Jika mereka rasa tidak mahu memberikan orang lain tahu tentang hal itu, gambar-gambar itu tidak sepatutnya disebarkan sehingga keluar di akhbar. "Misalnya dulu jika saya mendapat gambar artis lain yang mengaibkan, saya tak pernah sebarkan. Saya fikir kalau buat macam tu hanya tambah dosa. Dosa saya yang sebelum ni pun sudah banyak dan belum terampun.... "Jadi, selepas ini saya tak nak terlibat lagi dengan hal ini. Biarlah media nak tulis apa-apa tentang saya bagi melariskan akhbar dan majalah mereka. "Saya akui yang semuanya datang daripada kesilapan saya yang terlupa, tidak kisah dan mempercayai orang lain sehingga tidak menyangka hal sebegini akan berlaku. "Selain itu, saya juga mengakui kesalahan saya yang lupa diri dan lupa kepada Tuhan. Tetapi, orang lain yang menyebarkan gambar serta merekacipta pelbagai andaian dan syak wasangka juga perlu ingat tentang kesalahannya dengan Tuhan. Hal itu lagi teruk, tetapi saya akui yang saya bukan Tuhan. "Jika saya kata tiada apa-apa, jadi tiadalah. Kami memang tidak mempunyai apa-apa ‘hubungan’ walau seintim mana pun gambar kami diambil," tegas Azizah. Tambahnya, dia juga sudah serik memberikan komen kerana orang akan tersalah anggap dan memutarbelitkan komen yang diberikan. "Saya rasa malas nak bercakap dengan sesiapa pun sebab saya sudah jelaskan tentang gambar tersebut sebelum ini. "Saya tak suka cakap perkara yang sama. Apabila saya cakap macam ni, korang cakap macam ni. Jadi, saya rasa malas nak memberikan apa-apa komen lagi. "Saya tak minta pun orang lain kasihankan saya. Saya tak rasa rugi apa-apa pun. "Tetapi, orang yang bertanggungjawab menyebarkan gambar itu mesti rasa bahagia dan selepas ini bukan saya sahaja yang akan menjadi mangsa malah mungkin ramai artis lain lagi yang kena. "Tiada apa-apa yang saya boleh katakan termasuk menafikan gambar tentang gambar tersebut. "Saya lebih suka biarkan apa yang orang nak kata dan jangka apa-apa tentang gambar itu. "Jika orang itu rasa gembira apabila melihat gambar itu dan menceroboh kehidupan privasi orang lain, terpulanglah. "Saya bukannya jenis sukakan publisiti di dalam industri seni ini. Jadi, saya tak nak terlibat dengan apa-apa yang melibatkan publik dan publisiti. "Saya tidak mahu memberi apa-apa komen dan hanya biarkan apa yang berlaku ini dengan mereka," ulas Azizah yang turut merasakan dirinya ‘disabotaj’. Jelas Azizah, selepas ini, dia akan lebih mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang lagi. "Kalau orang meminta gambar saya untuk dijadikan ‘props’ dan sebagainya, saya nak mereka ambil sendiri gambar itu dan tidak akan sekali-kali dengan mudahnya memberikan ‘thumbdrive’ saya kepada orang lain," akhirinya yang masih berkawan dengan Zaefrul dan isteri selepas hal ini terjadi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 2:37 pm | |
| Geng: Pengembaraan Bermula filem animasi terbaik Malaysia Filem animasi 3D yang menjadi kebanggan Malaysia JIKA kita ingin tahu betapa hebatnya sesuatu produk itu, jangan takut buat perbandingan. Kalau setakat kembang dada menjadi jaguh kampung saja, berkokok sajalah di reban sendiri. Sungguhpun filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula adalah produk tempatan tapi piawai yang dicapai adalah tinggi dan memuaskan. Mungkin tidak boleh dibandingkan dengan filem animasi barat seperti Bolt, Ratatouille, Madagascar, Wall-E, Kung Fu Panda atau Shrek tetapi setidak-tidaknya ia berjaya meletakkan filem animasi Melayu di satu mercu yang sangat membanggakan. Kalau perbandingan dibuat di halaman sendiri pula, ternyata Geng: Pengembaraan Bermula jauh meninggalkan Budak Lapok, Lagenda mahupun Putih. Walaupun promosi media agak kurang biarpun sewaktu tarikh tayangan filem ini bermula, ianya langsung tidak memberi kesan terhadap sambutan orang ramai. Kemungkinan, disebabkan watak 'Upin & Ipin' itu sendiri sudah lama melekat di hati penonton TV9 yang mengikuti siri ini sejak Ramadhan tahun lepas. Percubaan pertama dari Les Copaque Production berjaya pula menambat ribuan ke panggung. Berduyun-duyun yang datang menonton ke panggung, semata-mata untuk melihat aksi si comel Upin & Ipin yang keletah. Agak sayang sedikit, filem ini tidak mengeksploitasikan kekuatan nama 'Upin & Ipin'. Penulis sendiri agak skeptikal dengan tajuk Geng: Pengembaraan Bermula yang belum tentu dapat menarik penonton. Mujurlah 'kesilapan' ini tidak mendatangkan kesan kerana 'promosi' dari mulut ke mulut lebih kuat. Filem yang mempertaruhkan 'geng' Upin dan Ipin terdiri dari Badrol, Lim, Rajoo, Ros dan Oopet membawa penonton meneroka pengembaraan dua orang sahabat, Badrol dan Lim. Cerita bermula dengan perjalanan kedua mereka ke kampung datuk Badrul, di Kampung Durian Runtuh. Kedatangan Badrol dan Lim kebetulan tepat pada waktunya, ketika ada masalah sedang membelenggu Kampung Durian Runtuh. Kononnya wujud raksasa yang mengganas dan membaham semua durian di kampung itu di waktu malam. Ada pula yang bercerita kononnya wujudnya hantu. Tiada siapa yang berani merungkai makhluk apa yang menghantui penduduk kampung itu hinggalah Upin, Ipin, Rajoo, Kak Ros, Badrol dan Lim terserempak dengan Oopet, makhluk yang comel yang jinak. Rupa-rupanya Oopet lah yang memakan semua durian di dusun datuk Badrul. Oopet ternyata jinak dan bercakap dalam bahasa 'ganjil' yang hanya boleh difamai oleh Rajoo. Kesemua mereka dibawa mengembara ke dalam dunia fantasi yang indah penuh dengan warna dan drama. Babak ini begitu hidup sekali walau dalam bentuk animasi. Syabas! Episod pengembaraan ini seperti lakaran kartun 'Tarzan', benar-benar dapat melakar hutan belantara Malaysia. Panorama yang dianimasikan penuh warna warni siap dengan tanaman liar dapat mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak. Tidak keterlaluan jika dikatakan filem ini cukup 'rempah ratusnya' - ada babak lucu, adegan cemas, dramatik, selingan muzikal yang menghiburkan, dialog spontan dan kelakar - tiada yang kurang atau terlebih. Begitu juga babak dikejar raksasa mengerikan, gergasi jelmaan dan ular mistik, semuanya silih berganti. Semuanya nampak realistik sekali impaknya dengan penggunaan teknologi yang digunakan. Rasa kagum menyelubungi diri melihat karyawan kita berjaya menghasilkan sebuah filem animasi 3D yang bermutu dan membanggakan. Team Les' Copaque menggunakan sistem pipeline 3D khas untuk produksi ini dan hasilnya, sebuah filem animasi berkualiti tinggi. Semua orang sayang dengan watak Upin & Ipin tetapi setelah mengenali geng dalam filem ini, semua watak-watak yang diperkenalkan mula menambat hati seperti Rajoo, Lim, Oopet, lelaki lembut Sally dan watak lain-lain. Jalan cerita yang mudah, skrip yang cantik dan alihsuara juga bersesuaian dengan karektor. Semua ini membantu mencantikkan lagi filem yang sangat sesuai untuk tontonan sekeluarga. Tidak mustahil filem yang mula menjadi kebanggaan kita ini, boleh menyatukan semua bangsa kerana semangat muhibbah yang tebal dan selari dengan jalan cerita bagai melambangkan masyarakat majmuk di negara ini. Promosi yang kuat dapat membantu menarik penonton bangsa asing menonton filem ini kerana filem ini tidak lupa melibatkan watak bukan Melayu juga. Filem animasi 3D yang menelan belanja RM4.2 juta ternyata satu pelaburan yang berbaloi. Khabarnya, Les' Copaque mempunyai 100 peratus karyawan tempatan. Jika idea sebegini dapat diterjemahkan begitu cantik pada sebuah filem, bayangkan andaikata peluang yang sama diberikan pada karyawan yang lain. Finas sepatutnya membuka mata dan mula menghulurkan bantuan setelah melihat percubaan 'luar biasa' filem ini. Bukan sekadar cakap kosong, team produksi Les' Copaque sudahpun membuktikan betapa hebat produk mereka. Kalau mutu dan kepuasan yang dicari, formula itu sudahpun dijumpai. Tiada sebab untuk menangguhkan usahasama seterusnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 2:38 pm | |
| Aamir berjaya ubah sikap minum Salman Salman Khan termakan nasihat aktor Aamir Khan. PERCAYA atau tidak tapi aktor Aamir Khan berjaya mengubah sikap buruk Salman Khan. Jika selama ini, ahli keluarga dan teman wanita tidak berjaya membuat Salman membuang perangainya yang suka minum, Aamir berjaya membuatnya berubah. Walaupun nasihat itu hanya untuk durasi filem 'Veer', siapa tahu mungkin Salman akan teruskan selepas filem itu tamat. Menurut satu sumber,"Aamir dan Salman memang bersahabat baik dan suka menghabiskan masa bersama. Kalau Salman tidak ke rumah Aamir, Aamir pula yang akan berkunjung ke rumah Salman. "Malah Aamir dan Kiran Rao selalu juga makan malam di rumah Salman. Ketika keadaan begitulah Aamir memberi nasihat kepada Salman agar membuang perangainya yang suka minum itu," kata sumber itu. Semuanya terjadi apabila Aamir menegur susuk badan Salman setelah melihat gambarnya waktu penggambaran 'Veer'. Aamir memberitahu yang Salman langsung nampak tidak 'fit' dan menasihatinya untuk buang habit minumnya. Salman termakan juga nasihat yang diberikan Aamir dan khabarnya, kali terakhir pelakon badan sasa ini minum alkohol ialah pada 27 Disember. Ironinya, kedua sahabat ini hanya memulakan persahabatan setelah lama bergaul. Sewaktu pembikinan filem 'Andaz Apna Apna', Aamir pernah memberitahu media yang dia tidak akan bekerja lagi dengan Salman. Namun keserasian antara mereka terjalin setelah lama menghabiskan masa bersama. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 2:40 pm | |
| Brown cuba 'beli' cinta Rihanna dengan kalung berlian Berjayakah hadiah-hadiah mahal melembutkan hati Rihanna? UCAPAN maaf memang belum cukup kuat untuk mengambil hati kekasihnya. Sedar akan hakikat itu, penyanyi rap Amerika Chris Brown cuba untuk menawan hati Rihanna dengan membeli hadiah mewah dengan harapan kasih mereka dapat bertaut kembali. Brown cuba mendapatkan kemaafan dari Rihanna dengan menghadiahkan barang mewah di hari ulang tahun Rihanna yang ke-21 baru-baru ini. Selepas peristiwa dibelasah teruk oleh Brown, Rihanna telah menolak tawaran syarikat rakamannya yang ingin mengadakan majlis meriah sambutan hari jadinya. Sebaliknya, Rihanna menyambutnya secara sederhana di kediamannya di Hollywood Hills. Kononnya, Brown telah menghadiahkan kalung dan rantai tangan bertatah berlian bersama sebuah iPod Touch. Malah ibu Brown juga telah memberi sejambak bunga kepada Rihanna. "Chris telah telefon Rihanna untuk mengucapkan selamat hari jadi. Nampak sangat dia terlalu ingin memenangi hati Rihanna semula. Dia tahu keadaan hidupnya sekarang seperti nyawa di hujung tanduk. "Jadi, dia cuba sedaya upaya untuk menambat hati Rihanna dan menunjukkan dia benar-benar rasa bersalah atas apa yang berlaku," jelas satu laporan akhbar. "Rihanna juga mahukan Chris berada di sampingnya pada hari istimewa itu tapi sedar yang mereka tidak boleh bersama atas sebab-sebab tertentu. "Tapi semakin ketara yang Rihanna tidak boleh hidup tanpa Chris," kata laporan itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 2:55 pm | |
| Gambar Janda hot Noniswara Baharuddin |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 3:24 pm | |
| 'Saya ada 1,001 sebab' KUALA LUMPUR: “Saya tidak berhasrat memanjangkan masalah perkahwinan saya di media. Biar mahkamah (syariah) menjadi medium untuk menyelesaikannya,” kata jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 34. Katanya, dia terkejut membaca kenyataan bekas isteri, Faizah Mohamad, 32, di akhbar ini yang mendakwanya terburu-buru melafazkan cerai selepas 12 hari bernikah, baru-baru ini. Ini membuatkan Roslin kurang selesa, tetapi menegaskan enggan membuat kenyataan balas melalui media. “Kalau nak diikutkan, saya juga boleh cerita 1,001 sebab menceraikannya,” katanya yang datang ke Balai Berita di sini, ditemani produser filem, Raja Azmi dan peguam syarie, Roslizam Rahim, semalam. Dia juga kesal Faizah membuat kenyataan media sedangkan kes perceraian mereka sudah difailkan di mahkamah. “Kini, saya berasa seolah-olah bersalah sedangkan saya yang lebih tertekan dan malu. Faizah sepatutnya tidak perlu membuat sebarang kenyataan lagi,” katanya. Roslin berkata, kenyataan dibuat Faizah boleh menjejaskan reputasi selain mengundang persepsi buruk masyarakat terhadapnya. “Kedatangan saya hari ini (semalam) untuk meminta supaya Faizah berhenti membuat sebarang kenyataan media mengenai perceraian kami,” katanya. Ditanya sama ada beliau serik untuk kembali berumah tangga, Roslin berkata, perkara itu tidak pernah terlintas di benaknya. “Walaupun perit menempuh duka perkahwinan pertama ini, saya tidak serik untuk berkahwin lagi. Apa yang berlaku biar menjadi pengalaman dan pedoman masa depan. “Bagaimanapun, untuk kembali bersama Faizah, saya rasa tak mungkin,” katanya. Sementara itu, Roslizam ketika menjelaskan kekeliruan berikutan kes berkenaan difailkan dua di mahkamah berbeza, berkata anak guamnya memfailkan perceraian di Pejabat Pendaftar Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin lalu, kerana beranggapan kes itu belum difailkan. Faizah memfailkan kes sama di Petaling Jaya. “Ini kerana Roslin tidak pernah menerima saman daripada mana-mana mahkamah berhubung kes itu, sekali gus beranggapan ia belum difailkan. Sebutan kes akan dilakukan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, 4 Mac ini,” katanya. Semalam, muka depan Harian Metro melaporkan kenyataan Faizah yang mendakwa Roslin mengambil keputusan terburu-buru menceraikannya walaupun baru 12 hari melayari bahtera hidup sebagai suami isteri. Faizah yang bekerja di bahagian pentadbiran sebuah syarikat di Puchong berkata, kemelut melanda rumah tangga mereka sepatutnya boleh diselesaikan melalui perbincangan. Katanya, keputusan drastik Roslin itu bukan hanya menghancurkan perasaannya, malah turut membuat ibu wanita berkenaan tidak kering air mata sejak peristiwa itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Thu 26 Feb 2009, 3:25 pm | |
| Tak kisah dikritik BUKAN sekadar menjadi sasaran gosip liar, lakonannya dalam drama dan filem juga sering mendapat kritikan orang kerana dikatakan kurang menyerlah. Namun, pelakon jelita Fouziah Gous atau nama sebenarnya, Nor Fouziah Mohd Gous, 26, tetap menjadi rebutan pengarah drama dan filem untuk beraksi dalam projek mereka sejak tiga tahun lalu. Malah, tawaran berlakon tidak pernah putus diterima pemenang Pelakon Harapan Wanita Popular, Anugerah Skrin 2007 (ASK2007) ini sejak tiga tahun berkecimpung dalam bidang lakonan. Bermula dengan watak pembantu dalam filem Bujang Senang arahan Prof Madya A Razak Mohaideen, Fouziah terus dilamar pengarah itu untuk beraksi dalam beberapa lagi filemnya, Sifu dan Tongga, Rasukan Ablasa, Skrip 7707 dan terbaru, Dua Hati Satu Jiwa. Semuanya terbitan LineClear Motion Pictures Sdn Bhd. Sebagai pelakon baru, Fouziah juga lebih suka melihat segala kritikan orang dari sudut positif. "Saya sedar, setiap lakonan saya sering dikritik orang. Saya tidak ingin cepat melatah kerana menganggap ia sebahagian daripada proses pembelajaran. "Tapi, ada juga orang yang memberitahu, lakonan saya dalam Sifu dan Tongga ada peningkatan. Bila orang beri komen membina, ia menyuntik semangat kepada saya untuk terus memperbaiki prestasi lakonan sedia ada," katanya. Fouziah berkata, berlakon juga seperti kelas lakonan baginya. "Saya masih ingat ketika mula berlakon dalam filem Bujang Senang dulu, saya masih berkhidmat sebagai pramugari dengan Penerbangan Malaysia. Terus terang, saya memang tidak tahu apakah sebenarnya bidang lakonan itu. "Sebab itu, penampilan pertama saya nampak 'kaku' dalam filem itu. Selain pendiam dan kurang bersosial, tahap keyakinan diri saya rendah ketika itu," katanya. Namun, kata Fouziah, pengalaman berlakon dalam Rasukan Ablasa banyak mengajarnya ilmu dalam bidang lakonan. "A Razak banyak membimbing saya untuk meningkatkan keyakinan diri dalam sesi percambahan minda diadakan khusus untuk semua pelakon yang terbabit dalam filem itu. "Pada mulanya, saya memang menghadapi masalah untuk menjiwai watak kerana keyakinan diri yang rendah tapi semuanya berubah apabila belajar dalam kelas lakonan A Razak ini. "Ilmu yang ditimba dalam sesi itu cukup berharga kerana saya percaya tidak ada pengarah yang sanggup beri motivasi siang dan malam kepada pelakon secara percuma sepanjang penggambaran filem berkenaan. "Selepas motivasi itulah, barulah saya 'temui' apa yang dicari dalam bidang lakonan. Saya juga tidak dapat ilmu lakonan ini ketika berlakon dalam produksi lain," katanya. Gadis pembuka kotak dalam program Roda Impian ini juga mengakui dia tidak terikat dengan produksi Line Clear semata-mata. "Saya juga berlakon dalam filem Maut arahan Bade Azmi. Mungkin orang tidak nampak saya berlakon dengan produksi lain kerana saya terbabit hanya empat babak saja. A Razak juga tidak pernah menghalang saya menimba pengalaman bersama produksi lain. "Sebenarnya, saya banyak dapat tawaran berlakon daripada pengarah lain tapi terpaksa ditolak kerana menjalani penggambaran filem A Razak ketika itu. "Selain filem, saya juga dapat banyak tawaran berlakon drama. Saya memang bermula daripada filem sebelum berlakon drama. Tapi kerana filem saya lambat menjengah pawagam, sebab itu orang ingat saya lebih banyak berlakon drama. Contohnya, saya perlu menunggu tayangan filem Rasukan Ablasa lebih dua tahun sebelum menjengah pawagam," katanya. Fouziah ditemui ketika sesi pratonton filem Rasukan Ablasa di GSC Cineleisure, The Curve, Bandar Utama, di sini, baru-baru ini. Hadir sama, teraju utama filem itu yang juga pelakon baru, Gambit. Bagi model dan pelakon baru, Gambit atau nama sebenarnya, Gambit Saifullah Rosli, 24, dia berharap orang tidak menilai kemampuannya sebagai pelakon menerusi filem itu. "Ketika penggambaran Rasukan Ablasa, saya baru berusia 21 tahun dan filem ini juga penampilan pertama saya di layar perak ketika itu. Sebagai orang baru, sudah pasti banyak kelemahan dalam lakonan saya yang perlu diperbaiki. "Apapun, saya menimba pengalaman berharga sepanjang penggambaran filem berkenaan," katanya. Pemilik produksi Eightball Production Sdn Bhd ini juga pernah berlakon watak pembantu dalam filem Susuk dan Cinta selepas Rasukan Ablasa. "Saya juga banyak terbabit dalam pementasan teater tempatan dan berminat untuk buat teater Inggeris selepas ini. Saya juga pernah dapat tawaran berlakon dari produksi luar untuk bergandingan dengan pelakon Dian Sastrowardoyo. "Tapi, saya terpaksa menolaknya kerana kaki mengalami kecederaan ketika itu. Watak yang ditawarkan pada saya juga memerlukan saya menunggang kuda. Kini, kecederaan saya sudah pulih dan tidak ada masalah untuk menjayakan babak menunggang kuda lagi," katanya. Tambah, anak kelahiran Kuala Lumpur ini, dia juga menantikan tawaran projek filem yang bagus untuk mencabar lakonannya selepas ini. "Saya berharap untuk bekerjasama dengan pengarah yang hebat di luar sana seperti Kabir Bhatia. Sebelum ini, saya pernah bekerja dengannya tapi sekadar watak pembantu saja dalam filem Cinta. Pada masa sama, saya harap orang menilai bakat dan bukan paras rupa kerana saya tawarkan bakat melebihi paras rupa kepada industri seni," katanya. >Profil
NAMA: Nor Fouziah Mohd Gous
PANGGILAN: Fouziah Gous
TARIKH LAHIR: 11 Disember 1982
TEMPAT LAHIR: Hospital Kuala Lumpur (HKL)
USIA: 26 tahun
TINGGI: 165 cm
BERAT: 48 kg
STATUS: Bujang
KELUARGA: Bongsu daripada lima beradik
PENDIDIKAN: Diploma Kesetiausahaan (BSC), Kolej Systematic
KERJAYA: Model dan Pelakon
DRAMA: Enigma, Demi, Sangga Saadah, Qa'naah, Cinta Medik, Impak Maksima The Series, Otai The Series, Pencak Akhir, Anak Mami, Kain Ketat dan SpaQ 2
FILEM: Bujang Senang, Malaikat Maut, Otai, Sifu dan Tongga, Rasukan Ablasa
PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita Popular (Anugerah Shine Pantene) di ASK2007 |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 9 of 20 | Go to page : 1 ... 6 ... 8, 9, 10 ... 14 ... 20 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |