|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 4:40 pm | |
| Dilema Datuk Siti?"Mungkin selepas 40 hari nanti, barulah saya akan mulakan kerja seperti biasa", itulah yang diungkapkan oleh Siti Nurhaliza ketika menghadiri pelancaran buku di MPH, Mid Valley,Kuala Lumpur semalam. Genap dua minggu pemergian arwah bapanya, penyanyi nombor satu... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mon 02 Mar 2009, 4:41 pm | |
| Kami Sudah Bersedia Bernikah - Leya AF & Asry AzizanLeya peserta Prelude AF musim keempat akhirnya memilih Mohd. Asry Azizan seorang model dan pelakon. Majlis pertunangan pasangan ini telah diadakan baru-baru ini di Bangi Golf Resort. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 9:27 am | |
| Dengarnya… Iqram oh! IqramKEBELAKANGAN ini, Cik Normah asyik dengar perkara yang kurang manis mengenai pelakon yang sering dikaitkan bercinta dengan Fouziah Gous. Siapa lagi, kalau bukan Iqram Dinzly. Biasalah, baik Fouziah dan Iqram kalau ditanya fasal hubungan mereka, mana nak mengaku sedang hangat bercinta. Mesti mereka akan cakap kawan-kawan saja. Tak kisahlah tu. Cuma, Cik Normah harap kalau Iqram ada terbaca ruangan ini, janganlah sentap atau emosional. Sebelum ini, Cik Normah ada menonton sebuah program hiburan sensasi di sebuah stesen TV dengan wartawannya menemu bual Iqram kononnya dia tidak membayar selepas menyanyi di sebuah pusat karaoke. Dalam nada yang agak emosi, Iqram memberikan jawapan secara sinis sambil mengeluarkan dompetnya membuktikan dia ada wang sekali gus menafikan gosip itu. Terbaru selepas Cik Normah pulang ke kampung menghadiri majlis perkahwinan saudara mara di Perak, ada seorang kawan menyampaikan satu lagu cerita yang tidak sedap didengar. Hasil perbualan kami, Cik Normah dengar-dengar, Iqram akan digugurkan daripada mengacarakan program Chopp! di TV9. Biar betul, takkan sampai macam itu sekali. Kasihan pula Cik Normah kepada Iqram, kalaulah betul perkara itu terjadi. Apa tidaknya, Iqram dikatakan menjadi kesayangan stesen TV terbabit. Khabar yang tidak sedap itu adalah mendakwa kononnya Iqram sudah naik tocang menggunakan pengaruh ‘orang kuat’ stesen TV yang dikenalinya untuk datang lewat atau sesuka hati saja dan menimbulkan banyak masalah sewaktu berada di set program secara langsung itu. Entahlah, Cik Normah pun tak mengerti kenapa perlu timbul cerita ini. Takkanlah Iqram sanggup buat macam itu sebab setahu Cik Normah pelakon berasal dari Ipoh, Perak ini baik orangnya. Tapi tak tahulah sejak semakin popular dan merata-rata muncul di kaca TV, mula lupa diri. Cerita orang lupa diri bila sudah popular ini memang sudah biasa Cik Normah temui pun. Tapi tak apa, lepas ini, kawan sepejabat Cik Normah, Farihad Shalla akan cuba dapatkan Iqram untuk menceritakan perkara sebenar. Dengarnya… Iqram oh! Iqram |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 9:35 am | |
| Album Kau Ada Di Mana - Winnie KSetelah lama menyelidik, akhirnya Winnie K berjaya mendapatkan formula yang segar serta komprehensif untuk album sulung bahasa Malaysia ini. Terdapat 12 buah lagu dimuatkan, di mana satu daripadanya merupakan minus one untuk single utama “Kau Ada Di Mana”. Berikut disertakan track listing untuk Kau Ada Di Mana:Kau Ada Dimana - muzik & lirik: Dewiq Di Taman Magis - muzik: Tam Spider & lirik: Loloq Sampai Bila - muzik: Ajai & lirik: Nurul Kekasih Gelapmu - muzik & lirik: Yudis Dwikorana Cahayakan Cinta - muzik & lirik: Ajai Keakhirnya (featuring Cat Farish) - muzik & lirik: Cat Farish Untuk Kita Bersatu (featuring Shazee) - muzik: Soon Yi & lirik: Shah Shamshiri Excuse Me - muzik: Alex Farrugia & lirik: Shah Shamshiri Kehadiranmu - muzik & lirik: Ajai Tak Bisa Memilih - muzik: Audi Mok & lirik: Yudis Dwikorana Hatiku Tak Tahan Lagi (featuring Caprice) - music & lyrics: Cat Farish Kau Ada Di Mana (minus one) Berteraskan irama yang segar dan rancak, lagu-lagu di dalam album ini pasti mengundang jiwa anda untuk turut menari bersama ketika mendengarnya. Kau Ada Di Mana, yang unggul dari Winnie K, edaran Warner Music Malaysia. Kini terdapat dalam bentuk CD yang berharga hanya RM 25.90; akan datang, dapatkan master tone dan ring back tone melalui maklumat yang dipaparkan melalui kulit album. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 9:36 am | |
| John Mayer persenda lirik lagu Britney Spearspenyanyi rock John Mayer mempersenda lirik lagu yang dinyanyikan oleh bintang pop bermasalah Britney Spears. Entah apa gerangan menyebabkan Mayer memandang rendah tentang lirik lagu Britney. Mungkinkah kerana dia baru saja memenangi Penyanyi Lelaki Vokal Pop Terbaik untuk lagu "Say" dan Penyanyi Solo Rock Terbaik' untuk "Gravity" pada Anugerah Grammy ke-51 di Angeles bulan lepas, menyebabkan dia bersikap begitu?. Kata Mayer, lagu-lagu yang dinyanyikannya semua membawa maksud yang sama. "Lihat saja senikata lagunya.... 'I'm going out tonight, but nobody look at me...' (Saya akan keluar malam ini. Dan tidak ada siapa yang melihat saya.) Sambil berjenaka, Mayer berkata, "Ia seperti menggambarkan keadaan dirinya yang sebenar." Teman lelaki Jennifer Aniston itu berkata dia tidak pernah berjumpa dengan Britney. "Saya tidak pernah berjumpa dia dan saya tidak berminat dengannya. Saya cuma memberi komen pasal lirik lagu-lagunya saja. "Kalau tidak percaya, cuba lihat sendiri. Dan lirik sebegini telah membawa kejayaan padanya. "Mungkin, saya juga akan buat perkara yang sama satu hari nanti," kata Mayer ketika rakaman di DJ Ryan Seacrest's breakfast show. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 9:41 am | |
| Allah Peduli - Agnes Monica (Kompius Dengan Lirik Ini)Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes MonicaBanyak perkara yang tak dapat ku mengerti Mengapakah harus terjadi Di dalam kehidupan ini Suatu perkara yang ku simpan dalam hati Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli
Allah mengerti Allah peduli Segala persoalan yg kita hadapi Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri Sbab Allah mengerti
Allah mengerti Allah peduli Segala persoalan yg kita hadapi Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri Sbab Allah Yesus ku mengertiApa komen kamu semua bila membaca lirik lagu Allah Peduli nyanyian Agnes Monica? Apa yang tidak kena dengan lirik ini? Cuba kamu semua berfikir walaupun ia hanya sekadar lirik lagu sahaja! So sesiapa yang beragama Islam, berhati-hati nya, jangan di sebabkan fanatik dengan artis sehingga terlupa penyampaian artis itu kita leka akan hukum agama Islam. Berhati-hati! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 9:53 am | |
| Lakonan bukan punca barahAzean Irdawaty Azean Irdawaty tidak pernah salahkan kerjaya seni sebagai punca penyakit yang dialaminya Azean Irdawaty tidak pernah sesekali menjadikan kerjaya lakonannya yang diceburi sejak 30 tahun lalu sebagai punca barah payu dara yang dihidapinya ketika ini. “Saya kurang selesa dengan laporan itu. Ketika berceramah, saya memang ada memberi beberapa sebab mengenai punca barah dan satu daripadanya ialah berkaitan dengan tekanan. Selepas habis sesi ceramah itu diadakan satu sidang media, tetapi bukan untuk saya. Ia dibuat oleh sebuah syarikat yang hendak mempromosikan sebuah mesin berteknologi tinggi untuk menguji barah payu dara. “Apabila ada wartawan bertanya kepada saya mengenai tekanan, saya memang ada mengatakan berlakon juga boleh mendatangkan tekanan. Tapi saya tidak bermaksud untuk mengatakan saya menghidap barah kerana berlakon. “Lakonan memang kerjaya saya. Saya besarkan anak-anak dengan duit lakonan. Mungkin wartawan berkenaan salah faham dengan penjelasan saya kerana saya memang tak kata lakonan jadi punca (barah yang dihidapinya),” katanya. Pelakon berpengalaman luas itu menghubungi Hip untuk menjelaskan satu laporan akhbar yang mendakwa kononnya beliau seolah-olah menyalahkan tekanan yang dialaminya sepanjang pembabitannya dalam bidang lakonan menjadi punca kepada barah payu dara yang dihidapinya sekarang. Laporan itu dipetik ketika Azean membuat ceramah Program Kempen Pengesanan Awal Barah Payu Dara bulan lalu yang dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Faizah Mohd Tahir. Azean berkata, berdasarkan pengetahuannya menerusi pelbagai maklumat yang diperoleh, memang doktor pakar onkologi masih belum dapat memastikan apa sebenarnya punca barah. “Kalau diikutkan barah ini boleh daripada pelbagai punca. Ia mungkin berpunca daripada pemakanan, gen keturunan, tinggal di tempat yang tercemar atau ada radiasi tinggi dan tekanan. “Tekanan pun ada macam-macam. Ada tekanan emosi, fizikal, tekanan kerja, mental dan kehidupan. Dalam pada itu, ahli psikologi memang ada cakap dalam badan setiap manusia wujud gen kanser. Bezanya ada sel kanser yang doman atau diam yang tiba-tiba boleh hidup dan terus merebak dan membiak dengan pantas. “Dan saya pernah terbaca, ahli psikologi mengatakan apa yang mencetuskan pembiakan gen kanser yang doman tadi ialah tekanan, apabila kita terlalu tertekan mungkin menyebabkan gen kanser itu jadi cergas,” katanya. Azean berkata, memanglah sepanjang kehidupannya sebagai pelakon, kadang-kadang berada tertekan tetapi tidak perlulah hendak menghebahkannya kepada umum kerana sesetengah tekanan itu berkait dengan soal peribadi dan keluarga. “Kita tidak mahu melemahkan semangat peserta yang menghadiri ceramah itu. Jadi saya sebut dengan cara lain iaitu apabila seseorang itu tidak bersyukur dalam hidupnya atau banyak masalah, inilah yang menjadikan berlakunya tekanan,” katanya. Menurutnya, secara peribadi beliau memang terkilan dan ralat kerana penerangannya mengenai punca barah disebabkan tekanan itu sudah disalah tafsir. “Sekali lagi saya tegaskan, saya tidak menyalahkan bidang lakonan sebagai punca barah. Saya tak mahu perkara ini melekat dalam pemikiran setiap orang iaitu saya hidap barah kerana lakonan. “Saya langsung tidak menuding mana-mana pihak untuk dikaitkan dengan penyakit yang saya hadapi ini. Saya pasrah dan reda dengan apa yang saya lalui sekarang. “Memang tidak pernah sesekali menyalahkan bidang lakonan. Tekanan atau stress itu dialami oleh semua orang dan dalam semua kerja bukan saja lakonan. Apa yang penting ialah kita perlu ada jaga pemakanan yang seimbang,” jelasnya lagi. Saya masih hidup Azean juga mengakui terkejut apabila dihebohkan dengan khabar angin kononnya sudah meninggal dunia masih tersebar hingga ke hari ini walaupun sudah beberapa kali beliau memberikan keadaan sebenar dirinya. “Kali pertama saya dapat berita kononnya saya meninggal dunia pada 30 Januari lalu. Pagi-pagi lagi saya dapat panggilan telefon daripada seseorang. Apabila saya jawab, dia terus menangis sambil mengucapkan syukur Alhamdulillah. Dia terus cakap ya Allah, syukur kak Yan selamat sebab dapat berita kononnya kak yan meninggal dunia. “Habis saja perbualan itu, adik saya pula buat panggilan, bercerita perkara yang sama. Selepas itu Nash dari Melodi juga hubungi saya. Suara Nash macam lemah, macam tak percaya saya yang menjawab panggilannya. Disusuli dengan TV9 yang kemudian meminta saya menyiarkan secara langsung untuk mengatakan saya masih hidup. “Selepas itu wartawan Harian Metro, Malay Mail juga tanya. Apabila semua berita sudah keluar di akhbar dan TV, saya anggap cerita itu (Azean meninggal dunia0 sudah selesai. Tapi terbaru, cerita itu masih tersebar lagi,” katanya. Menurutnya, pada mulanya beliau tidak mempedulikan khabar angin itu tetapi apabila besannya bertanyakan perkara itu membuatkan terfikir apakah motif individu terbabit menyebarkan cerita kononnya dirinya sudah meninggal dunia. “Entahlah, saya pun tidak tahu apa yang hendak bolehkan katakan dengan orang yang sebarkan berita kononnya saya sudah mati. Ini macam kerja orang tidak siuman. Saya tidak tahu apa niat orang ini. “Macam manapun, saya maafkan orang ini. Cuma hentikanlah cerita yang tak betul. Bertaubatlah sebab ini membuatkan pihak lain jadi susah hati,” kata Azean sambil menjelaskan khabar angin itu tidak membuatkan dirinya tertekan. Bercerita mengenai perkembangan kesihatannya, Azean berkata, beliau bersyukur kerana sudah boleh banyak bergerak dan melakukan pelbagai aktiviti kegemarannya. “Saya sudah boleh berkebun. Selepas solat subuh, saya sudah boleh menyediakan sarapan, masak untuk makan tengah hari atau buat makanan ringan untuk minum petang. “Alhamdulillah, saya boleh menghayun penyapu untuk menyapu halaman rumah atau menghias pokok. Ini berbeza dengan beberapa bulan lalu apabila saya tidak terdaya untuk melakukan itu semua. “Cuma saya tak boleh kena panas. Saya kena buat kerja berkebun itu sebelum matahari naik. Kalau tidak, saya boleh lembik sebab sistem ketahanan dalam badan boleh terjejas akibat terkena panas matahari. “Pernah terkena panas matahari kerana terlalu asyik berkebun. Akibatnya, saya jadi layu, lembik,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 10:13 am | |
| Mampukah Dimensi Cinta tarik penonton?PELAKON utama Dimensi Cinta, Fahrin dan Catriona. BELUM pun bergerak menjalani penggambaran, filem Dimensi Cinta arahan Eddie Pak yang dianggarkan menelan belanja pembikinan sebanyak RM1.8 juta, sudah 'dirempuh' kontroversi. Berlatarkan kisah benar kehidupan seorang ibu tunggal, kontroversi yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan 'misteri' kehilangan pelakon Hairie Othman. Dikatakan telah mengambil 10 peratus bayaran sebaik menandatangani kontrak lakonan, Hairie kemudiannya gagal dihubungi oleh pihak produksi untuk dimaklumkan tentang perkembangan penggambaran Dimensi Cinta. Sebagai jalan penyelesaian, tempat Hairie diganti oleh pelakon kacak, Fahrin Ahmad untuk menggalas watak sebagai rakan bisnes kepada seorang ibu tunggal bernama Raja Soffhie lakonan Catriona Ross yang menjadi latar dalam filem terbabit. Diaju soalan mengenai perihal Hairie, Pengerusi Harian Inovatif Sdn. Bhd., yang juga penerbit Dimensi Cinta, Raja Lela Raja Shahrom menjelaskan pihaknya sudah berkali-kali cuba menghubungi pelakon itu tetapi gagal. Malah, ujarnya, notis dan khidmat pesanan ringkas (SMS) juga telah dihantar tetapi pelakon itu berterusan membisu. "Justeru, kita sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Hairie," katanya pada majlis pelancaran Dimensi Cinta di Bukit Kiara Equestrian Resort, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Dimensi Cinta merupakan kisah benar mengenai liku-liku hidup yang dilalui seorang ibu tunggal bernama Raja Soffhie. Selepas bercerai, dia merasakan dirinya bebas daripada penjara yang dicipta oleh bekas suaminya, Redhuan. Perceraian juga membuatkan Raja Soffhie menjadi seorang yang kuat serta tabah sehingga bergelar usahawan berjaya. Mengulas lanjut, Raja Lela berkata, walau berkira-kira untuk mengambil tindakan undang-undang, pihaknya memberi peluang kepada Hairie untuk menjelaskan segala-galanya. Selain Catriona dan Fahrin, Dimensi Cinta turut dibintangi Awie, Eman Manan, Chaq, Memey Suhaiza, Scha, Adam AF2 dan Zarina AF2. Filem kerjasama Harian Inovatif dan Sunday 2 Sunday ini menjalani penggambaran selama 25 hari bermula 23 Februari lalu di sekitar Lembang Kelang dan Putrajaya. Apa kata Eddie Pak?Sementara itu, Eddie ketika dilontar soalan mengenai perkara tersebut berkata, pihaknya tidak kisah siapakah pengganti Hairie asalkan penggambaran berjalan lancar. "Sebagai pengarah, saya terima apa yang ada. Saya yakin ia tidak akan menjejaskan perjalanan Dimensi Cinta,'' jelasnya. Kepada persoalan tentang gandingan Fahrin dan Catriona yang dilihat kurang 'menyengat' dalam memujuk penonton ke pawagam, Eddie memberitahu pihaknya mempunyai alternatif lain untuk membolehkan Dimensi Cinta tampak lebih menarik. "Fokus utama Dimensi Cinta adalah tentang penderitaan seorang ibu tunggal. Namun, kita ada 'umpan' untuk menarik minat penonton muda menonton dilem ini. "Untuk itu, kita tonjolkan Adam, Zarina , Memey serta Chaq sebagai remaja yang menganggotai dua buah kumpulan penari hip hop serta shuffle," ujarnya. Mengenai pemilihan Memey yang kini berhadapan dengan dakwaan khalwat, Eddie berkata, pelakon tersebut seharusnya diberikan peluang untuk terus aktif dalam dunia lakonan. "Dalam filem ini, Memey bertindak sebagai teman wanita Hanif lakonan Chaq. Hanif adalah anak kepada Raja Soffhie. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 10:17 am | |
| Angan-angan Mawi di bumi KoreaBERCUTI bulan madu ke Korea Selatan pada 17 hingga 22 Januari lepas memberi kenangan manis buat Mawi dan isteri tercinta, Ekin. Nama pun bulan madu, sudah tentu banyak perkara indah dilalui mereka sepanjang percutian yang ditaja khas oleh Pertubuhan Pelancongan Korea Selatan itu. Melawat ke tempat-tempat menarik, ia juga dimanfaatkan sepenuhnya oleh Mawi dan Ekin atau nama sebenarnya Nora'asikin Rahmat untuk mendalami hati budi antara satu sama lain selepas bergelar suami isteri pada 20 Disember lalu. Masakan tidak, kehidupan sebelum dan selepas berkahwin pastinya tidak sama dan inilah masanya mereka berkenalan dengan lebih rapat serta berkongsi perihal masing-masing. Namun begitu, percutian Mawi dan Ekin di Korea Selatan bukan hanya sekadar bulan madu tetapi membuka pintu kepada mereka untuk menerokai peluang menjalankan perniagaan di sana khususnya restoran makanan halal. Idea untuk membuka restoran tersebut tercetus selepas kedua-dua mereka melalui episod perit mencari makanan halal sepanjang bercuti di negara yang cukup terkenal dengan makanan kimchi itu. "Memang ada angan-angan untuk membuka restoran Muslim di Korea Selatan kerana memang susah hendak mencari makanan halal. "Perkara ini sudah saya bincangkan bersama Tourism Malaysia yang beribu pejabat di sana,'' jelas Mawi ketika hadir pada sesi fotografi di studio Utusan, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Mawi yang ditemani Ekin berkata, angan-angan untuk membuka restoran makanan halal di Korea Selatan juga adalah disebabkan oleh peningkatan kedatangan rakyat Malaysia ke sana saban tahun. "Agak terkejut jugalah apabila saya diberitahu oleh Tourism Malaysia bahawa tahun lepas sahaja, seramai 80,000 rakyat Malaysia berkunjung ke Korea Selatan. "Jumlah itu dijangka meningkat. Inilah masanya saya mencari peluang untuk membuka perniagaan di sana,'' jelasnya. Menurut Mawi, selain perancangan itu, dia dan Ekin juga merancang untuk menguruskan butik busana Muslim yang kini sedang dalam proses mencari lokasi bersesuaian iaitu sama ada di Kuala Lumpur atau Johor Bahru. Dalam bidang seni pula, karier Mawi masih berkembang dan kini sedang sibuk mempromosikan album baru berjudul Allah Habeebi di samping terlibat dalam menjayakan persembahan di konsert-konsert. Turut diundang berlakon dalam filem Magika terbitan KRU Studios, ia membuktikan betapa populariti Mawi masih berada di atas biarpun sudah berstatus suami orang. Mawi juga bakal terlibat untuk program Langkah Mawi World musim kedua pada April nanti dan penggambaran akan dijalankan di Sepanyol serta Australia. Menariknya, Ekin juga akan bertindak selaku hos jemputan untuk beberapa episod dan ia menjadi detik bulan madu kedua bagi mereka. Cerita tentang Allah HabeebiSementara itu, diajak berbicara tentang Allah Habeebi, Mawi menjelaskan bahawa album yang mula menjalani proses rakaman pada Ogos tahun lalu itu merupakan penyambung kepada album Qasidah yang pernah dilancarkan lebih dua tahun lepas. Ujar Mawi, untuk Allah Habeebi, album itu telah diproses di New York, Amerika Syarikat dengan kos RM100,000 bagi menghasilkan kualiti bunyi lebih baik. "Alhamdulillah, ia mendapat sambutan menggalakkan sejak dipasarkan awal bulan ini. Pelancaran album Allah Habeebi pula akan dilakukan tidak lama lagi. "Sehingga kini, ia telah mencecah jualan sebanyak 10,000 unit. "Allah Habeebi memuatkan lapan buah lagu dengan dua daripadanya adalah lagu lama yang dinyanyikan semula iaitu Seroja dan Tola'al Badru Alaina,'' katanya. Lagu-lagu lain yang dimuatkan adalah Allah Habeebi, Hijab, Serulah Namanya, Sujud, Wal-Asri dan Teman Hakiki. Jelasnya, menerusi album itu, ia merupakan detik pertama kali dia bekerja dengan Farihin selaku penerbit eksekutif album berkenaan dan juga KRU. "Farihin cukup teliti daripada segi vokal dan sebutan. Begitu juga KRU, kami berduet menyanyikan lagu Sujud. "Dalam album ini juga, saya turut mencipta lirik untuk lagu Hijab. Ini adalah lagu kedua ciptaan saya. Makan masa dua ke tiga hari juga untuk menyiapkannya,'' katanya. Apa kata Mawi tentang Mas AF2?Menginjak ke topik lain, Mawi tidak lepas ditanyakan tentang nasib Mas, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2) yang dikatakan tertekan kerana kelewatan penghasilan album. Mawi memberitahu, seniornya itu perlu bersabar kerana ini adalah sebahagian daripada ujian serta cabaran seorang artis. "Ramai lagi bekas pelajar AF yang mengharapkan album tetapi tidak dapat. Ini adalah rezeki masing-masing. "Saya harap mereka bersabar," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 10:20 am | |
| Bapa Nasha gagal saman Utusannasha AZIZ ABDUL AZIZ KUALA LUMPUR - Bapa kandung aktres Nasha Aziz gagal menyaman Utusan Melayu (M) Berhad apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam mengeluarkan syarikat akhbar tersebut daripada senarai defendan dalam kes saman fitnah terhadap anaknya. Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Zabariah Mohd. Yusof ketika membuat keputusan dalam kamar turut memutuskan untuk tidak menamakan wartawan Tengku Khalidah Tengku Bidin sebagai defendan ketiga kes itu. Saman dan pernyataan tuntutan Abdul Aziz Mohd. Ali terhadap Utusan dan Tengku Khalidah ditolak dengan kos setelah mahkamah membenarkan permohonan Utusan untuk mengeluarkan mereka daripada senarai defendan kes. Peguam M. Visvanathan yang mewakili Abdul Aziz, 60, bagaimanapun memberitahu pihaknya akan memfail rayuan terhadap keputusan tersebut. Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Mei depan untuk pengurusan kes saman tersebut. Nasha dan Abdul Aziz masing-masing tidak hadir di mahkamah semalam. Pada 5 April 2005, Abdul Aziz selaku plaintif menyaman pelakon dan model terkenal itu untuk menuntut ganti rugi atas dakwaan mengeluarkan perkataan fitnah melalui artikel bertajuk Jangan Tanya Hal Peribadi. Plaintif mendakwa artikel yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 24 Oktober 2004 itu membawa maksud beliau bukan bapa kandung Nasha dan telah meninggal dunia. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 10:46 am | |
| AZWAN ALI MULUT LAser tersohor NO.1 MalaysiaKECOH dan GEMPAQQQ bila jari azwan ali menjadi LASER seperti mulut nya.. Tapi itulah manusia yang bernama AZWAN ALI Diva Popular dengan mulut laser nya... Bila membaca tulisan azwan ali yang dia tulis.. ade yang ketawa ade yang rasa yucckkk teruk nye, ade yang kata iskkkkkk LASER dan BANCUL nye jari dan ade yang kata oitttt kasar nya bahasa.. ape pown setiap manusia ade karenah masing2.. Di harap azwan ali tue cover2 line lah jugak kerana kadang2 malu jugak bila kanak2 bawah umur membaca artikel azwan ali.. uhuhuhuuh |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 10:49 am | |
| Tiada iman, Tanggungjawab - SuamiKUALA LUMPUR: Isteri tidak boleh dipersalahkan 100 peratus apabila bersikap curang kerana kecurangan itu sering berpunca daripada kegagalan suami menjalankan tanggungjawab selaku ketua keluarga dan memberi didikan dunia serta akhirat kepada isteri. Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid, berkata seorang suami perlu bertegas dalam banyak perkara, khasnya membabitkan hukum agama, kerana kegagalan berbuat demikian menyebabkan rumah tangga rapuh dan mudah runtuh. Menurutnya, perkara seperti itu menjadi satu daripada punca fenomena isteri curang di kalangan masyarakat Islam hari ini. “Jangan terlalu banyak menyalahkan wanita kerana lelaki juga ada peranan dalam rumah tangga dan jika gagal melaksanakannya, ada kemungkinan perkara seperti kecurangan berlaku. “Jika suami gagal mendidik isteri dunia dan akhirat atau menjadi contoh baik, tidak mustahil juga isteri melakukan perkara sama atau lebih teruk,” katanya. Selain itu, menurut beliau, pasangan berkahwin mungkin boleh membuat pelbagai alasan untuk mengikut teman baru. “Bagaimanapun, tiada alasan untuk menghalalkan kecurangan terbabit kerana dosa tetap dosa, lebih-lebih lagi jika berzina dengan pasangan masing-masing,” katanya. Dalam pada itu, Naib Presiden Hal Ehwal Wanita Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Mastura Badzis, berkata sebagai ketua keluarga, suami perlu lebih peka dengan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sepanjang melayari kehidupan berumah tangga. “Jika ada sesuatu yang tidak kena dalam rumah tangga, suami perlu menilai semula peranannya. Perbaiki kekurangan, jika tiada apa tidak kena dengan peranan yang dilaksanakan, tidak timbul masalah isteri berlaku curang,” katanya. Menurut Mastura, faktor keimanan turut menyumbang kepada kebahagiaan rumah tangga kerana apabila iman terjejas, timbullah masalah berkenaan. “Sama ada di pihak suami atau isteri, apabila berlaku masalah keimanan, ia menyumbang kepada masalah di dalam rumah tangga. Justeru, soal iman jangan dipandang ringan,” katanya. Mastura berkata, masalah curang di kalangan isteri membimbangkan kerana ia bukan saja memberi kesan negatif kepada anak, malah menjadi racun dalam pembentukan masyarakat. Pasangan pilih ceraiKUALA LUMPUR: “Kes suami atau isteri curang memang banyak berlaku kebelakangan ini. Sepanjang Januari 2009 saja, saya mengendalikan 15 kes perceraian yang berpunca daripada kecurangan pasangan. “Daripada 15 kes itu, lima kes membabitkan isteri yang menjalin hubungan sulit dengan lelaki warga asing,” kata peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang juga pemilik firma guaman Zaidi Zain and Associates. Mohd Zaidi berkata, kecurangan di kalangan isteri atau suami lazimnya disebabkan beberapa faktor, termasuk kelemahan pasangan suami isteri itu sendiri, terlalu mengikut nafsu dan terdesak untuk hidup mewah. “Isteri curang dan menjalin hubungan dengan lelaki warga asing, terutama golongan profesional yang bertugas di negara ini, bukan perkara baru, namun jumlahnya kebelakangan ini semakin banyak. “Selalunya semua yang terkulai di pangkuan lelaki warga asing itu hanya mahu hidup mewah selepas menganggap suami masing-masing tidak relevan lagi dalam hidup mereka,” katanya. Menurutnya, ada juga kes songsang membabitkan seorang wanita sanggup memfailkan cerai terhadap suaminya yang juga ‘mat saleh’ mualaf semata-mata lelaki berkenaan mahu mengikut ajaran Islam sebenar. Katanya, wanita terbabit mahu hidup bebas, berpeleseran di kelab malam hingga awal pagi dan minum arak bersama rakan. Lebih teruk lagi, wanita itu kini gian bertukar pasangan dengan lelaki mat saleh untuk memuaskan nafsunya. “Selain itu, ada juga isteri curang dan memilih lelaki warga asing selepas mengetahui suaminya turut main kayu tiga. Ia biasanya diketahui selepas perbicaraan di mahkamah bermula kerana wanita sukar membuka mulut berkaitan perkara itu ketika merujuk kepada saya. “Ia seolah-olah ‘pulang paku buah keras’ menyebabkan hidup pasangan terbabit huru-hara. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah anak selain keluarga kedua-dua pihak,” katanya. Mohd Zaidi berkata, mat saleh yang mendekati wanita tempatan biasanya bukan benar-benar jujur, sebaliknya hanya ingin menjadikan mereka bahan pemuas nafsu atau sekadar berseronok. “Ada yang datang sebagai pekerja kontrak dan mereka sunyi. Akhirnya mereka mendapatkan wanita tempatan, tidak kira anak dara atau isteri orang, kerana di negara mereka budaya itu mungkin tidak menjadi kesalahan. “Wanita tempatan pula sanggup menggadaikan maruah kononnya ia cinta sejati dan hanya menyesal apabila diperdaya. Bagaimanapun, ada tidak mengambil iktibar, sebaliknya terus mencari mat saleh,” katanya. Mohd Zaidi turut memaklumkan ada pasangan yang curang tetapi akhirnya bersama kembali selepas insaf apabila ditimpa bala dan sedar sebelum ini mereka lalai daripada tanggungjawab. Beliau menasihatkan pasangan berkahwin yang curang supaya kembali ke pangkal jalan sebelum terlewat, selain jangan sia-siakan pasangan, anak serta keluarga masing-masing semata-mata untuk bersama lelaki warga asing yang belum tentu memberi kebahagiaan dunia dan akhirat. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 10:58 am | |
| Gambar Lama - Abby Abadi & Sheila Rusly |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 12:19 pm | |
| Gambar Dato’ Siti Nurhaliza Masa Tahun 1998 Dan 2008 1998 2008 |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 12:25 pm | |
| SARIMAH IBRAHIM |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 2:08 pm | |
| Terima Kasih Cinta - AfganLagu Terima Kasih Cinta benar-benar mampu membuat penyanyi remaja bernama Afgan mengucapkan terima kasih kepada penciptanya. Lagu itu membawa Afgan menjadi fenomena baru kepada pengikut muzik di Indonesia yang selama ini disogok dengan deretan kumpulan muzik. Afgan yang mencelah di antara mereka kini sebuah nama besar. Album sulung itu juga sudah memberikan Afgan beberapa anugerah yang mencabar penyanyi yang lebih senior. Namun anak muda yang memiliki nama penuh Afgan Syah Reza itu masih mahu menjalani hidup seperti biasa. "Saya masih mahu menjadi diri sendiri. Di kampus saya hadir sebagai diri saya bukannya sebagai seorang penyanyi dan kawan-kawan menerima saya sebagai Afgan yang dulu," katanya semasa ditemui pada majlis pelancaran albumnya di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada 17 November 2008 lalu. Dia juga berharap kehadirannya di sini akan di terima oleh peminat Malaysia. Afran mula rasa keseronokan apabila bergelar artis popular. "Saya juga ada penyanyi yang saya minati dan kagumi... Kris Dayanti misalnya, dulu sering menonton dia di dalam TV , sekaranag bisa menyanyi satu pentas dan bisa berSMS. Itulah salah satu yang seronoknya apabila saya jadi penyanyi," katanya. Hijrah ke Malaysia? Album sulung jadi fenomenaAfgan tidak menolak kemungkinan akan berhijrah sementara ke Malaysia tahun depan atau dua tahun lagi. Pasti peminatnya di sini akan gembira apabila Afgan berhijrah ke Malaysia. Mengapa perlu hijrah? "Saya masih belajar di Monash University. Saya akan sambung belajar di cawangannya sama ada di Australia atau di Malaysia. "Kini saya sedang memikirkan ke manakah saya akan menyambung pelajaran nanti. Saya perlu menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi setahun atau dua tahun lagi," jelas Afgan. "Pilih saja Malaysia, nanti saya boleh menulis lebih banyak cerita pasal kamu," gurau wartawan Emma daripada majalah HAI. "Jadi saya ke sini untuk menyanyilah bukan untuik belajar," pantas Afgan yang pemalu itu cuba membalas dengan gurau. Afgan nampak mesra melayan pihak media, lantas tergerak nak tahu bagaimanakah hubungannya dengan pihak media di Indonesia, kerana banyak artis seberang yang tidak begitu baik layanan kepada media di sana. "Hubungan saya baik saja... saya faham peranan pihak media. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak menjadi seperti hari ini," jelasnya lagi. Afgan tak mudah melenting apabila turut dijadikan mangsa gosip. Antara gosip yang sedang hangat pasalnya ialah dikaitkan sedang menjalin cinta dengan pelakon remaja Eva, anak kepada aktres era 1980-an, Sophia Latjuba. "Saya dan Eva berkawan sahaja... kami tak bercinta," jelas Afgan pasal gosip itu. Sering kecewa cintaKalau dengan lagu-lagunya banyak lirik yang menyentuh pasal cinta. Adakah Afgan sudah punya cinta hati? "Saya masih solo... pernah dua kali putus cinta. Agaknya orang susah nak faham diri saya," jelas penyanyi berbintang Gemini itu. Afgan menggambarkan dirinya sebagai seorang yang pemalu, pemalas, sukar buat keputusan dan boros. "Saya pemalu sebenarnya dan saya pernah lari apabila diminta menyanyi di depan juri ketika ingin mencuba uji bakat Indonesia Idol dulu," kata Afgan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 2:09 pm | |
| Azri Mystarz LG dah ada BAND?Azri, peserta MystarzLG yang tersingkir pada 1 konsert menjelang konsert final kini muncul di dalam sebuah band baru. Band itu adalah band Breakfast, sebenarnya band ini sudah lama ditubuhkan, dengar cerita band ni ditubuhkan sekitar Januari 2007. Kehadiran Azri dalam band ini adalah untuk mengantikan vokalis band ini yang sudah keluar dari band ini. Jom kita tengok gambar band ini ; |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 2:15 pm | |
| GAMBAR TERBARU MAWI & EKINwaktu ni kat konsert Big Jam.. Gambar terkini pasangan Mawi & Ekin ketika ditemui di Konsert Big Jam. Mawi (muka penat sebab baru buat persembahan) Ekin.. Family Ekin pun ada kat belakang tu, tak sempat nak amik gambar semua.. Dorang ni ada kat lokasi yang sama.. cuma tak dapat plak nak amik gambar dorang berdua.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 2:20 pm | |
| LUVMILA Product - MILA Produk yang diasaskan dan diusahakan Mila sekarang ini merupakan produk kesihatan dan kecantikan berteraskan herba dan alam semulajadi berlabelkan LuvMILA. Setakat ini, Mila hanya mengeluarkan dua produk terlebih dahulu iaitu LuvMILA Feminine Wash dan LuvMILA Intimate Spray yang dikeluarkan khas untuk kaum Hawa. Bukan itu sahaja, Mila juga kini sedang mencari stokis yang berminat untuk menjadi pengedar di setiap daerah di Malaysia dan kepada mereka yang berminat, bolehlah melayari laman web rasmi produk Mila itu iaitu luvmilaproduct.blogspot.com. LuvMILA Intimate Spray LuvMILA Intimate Spray pula merupakan produk yang berfungsi untuk memastikan kebersihan dan kesegaran berpanjangan. LuvMILA Intimate Spray adalah sejenis semburan yang di rumus khas untuk wanita yang berkerja seharian atau yang sibuk dengan kerjaya. Intimate Spray ini dirumus dalam saiz yang kecil agar mudah di bawa ke mana sahaja dan dapat digunakan pada bila bila masa. Ia digunakan selepas mencuci bahagian sulit dengan menggunakan LuvMILA Feminine Wash untuk menambahkan keyakinan diri serta keselesaan wanita. LuvMILA Intimate Spray juga boleh digunakan selepas mencuci vagina apabila membuang air kecil. LuvMILA Intimate Spray ini juga tidak mengandungi sebarang alkohol dan bahan pewarna, kerana produk ini menggunakan herba terpilih dan penggunaan mentol akan dapat menambah kesegaran vagina seharian. Kebaikan LuvMILA Intimate Spray:*sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitive. *mengurangkan kekeringan di kawasan sulit wanita. *mengandungi asid (lactic) yang membantu memberi keseimbanagn pada kadar ph *semulajadi wanita. *Meredakan keputihan *menghilangkan gatal gatal sekitar alat sulit *Merapatkan faraj. *Melindungi vagina dari jangkitan kuman dan bakteria. *Memberi kesegaran vagina sepanjang hari. BAHAN BAHAN YANG TERKANDUNG DI DALAM INTIMATE SPRAY:-deionised water - (air "deionised)" -glycerin -lactic acid -menthol - (mentol/penyegar) -quercus infectoria - (manjakani) -rubus idaeus -(ekstrak buah raspberry) -extract salix alba (willow) extract. - (Ekstrak Willow) CARA PENGGUNAAN:*Buka penutup Intimate Spray dan sembur di bahagian vagina. Tidak perlu di bilas. *Gunakan LuvMILA Intimate Spray pada bila bila masa yang diperlukan mengikut keperluan. Penggunaan LuvMILA Intimate Spray selepas mencuci vagina adalah digalakan. LuvMILA Feminine Wash LuvMILA Feminine Wash ini dirumus khusus untuk membersihkan bahagian peribadi wanita. Ia berbuih tetapi tidak bersabun dan bebas daripada SLS (Sodium Lauryl Sulphate), LuvMILA juga dapat mengekalkan pH semulajadi vagina bahagian luaran dan LuvMILA Feminine wash ini juga dapat membantu memberi keseimbangan kepada tahap ph wanita serta produk ini dirumuskan khas dengan menggunakan mentol untuk menambahkan kesegaran kepada pengguna. Feminine wash ini juga tidak mengandungi sebarang alkohol dan bahan pewarna, kerana produk ini menggunakan serai wangi untuk menambahkan lagi keharuman. Ia juga sangat sesuai digunakan secara kerap. Bahan bahan yang terkandung di dalam LuvMILA Feminine Wash ini ialah:-deionised water - (air "deionised") -palm kernel oil - (Minyak kelapa sawit) -sodium stearate -glycerin -Lactic acid -cymbopogon nardus (citronella) oil - (ekstrak Serai wangi) -syzygium aromaticum (clove)- (ekstrak Bungan cengkih) -menthol - (mentol) -quercus infectoria (manjakani). KEBAIKAN DAN KELEBIHAN LUVMILA FEMININE WASH:*Menghindari daripada jangkitan *Formulasi antiseptik semulajadi adalah efektif untuk membasmi jangkitan bakteria dan yis. *Membantu untuk mengekalkan kesihatan pada tisu mukosa yang bertindak sebagai penghalang bagi jangkitan bakteria. *Dapat menghindar daripada dijangkiti penyakit kelamin dan sakit puan *Membantu mengurangkan keputihan berlebihan, bau dan gatal-gatal *mengekalkan kebersihan dan kesegaran sepanjang hari. *Mengembalikan keanjalan dan mengetatkan vagina *Meredakan tahap sensitive dibahagian peribadi wanita. Cara pengunaan:*Cuci bahagian luar faraj dengan air bersih kemudian titikkan LuvMILA Feminine *Wash ketapak tangan 4 ke 5 titik. Cuci faraj anda seperti biasa kemudian bilas dengan bersih. Gunakan pada bila-bila masa. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 2:28 pm | |
| [Gambar] - Elyana Baru2 ni ketika [bh] menemui Elyana, ramai yang mengatakan Elyana ni terkena buatan orang. Memang nampak reaksinya yang agak lemah. Elyana juga suka berseorangan kini, walau apa pun yang terjadi, Elyana tetap best. [bh] doakan Elyana cepat sembuh dari penyakit misteri yang dihadapi. Comel molek je Elyana ni.. walaupun kelihatan lesu, Elyana tetap ramah dengan peminat & wartawan. Bagus macam tu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 2:30 pm | |
| [Gambar] - Konsert HotFM Big Jam 2009 gabungan gempak Stacy & Faizal Tahir… |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 2:31 pm | |
| [Gambar] - Konsert HotFM Big Jam 2009 Faizal Tahir menyampaikan lagu Cuba & Sampai Syurga… |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 2:33 pm | |
| [Gambar] - Konsert HotFM Big Jam 2009 persembahan hebat Mawi & FBI dalam Lagu Jiwa Lagu Cinta… |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 2:37 pm | |
| Hukuman kes khalwat Ako diputuskan 21 April Hukuman kes khalwat Ako Mustapha dengan seorang wanita, Anang Sagunting akan diputuskan 21 April depan [SEMASA] KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini menetapkan tarikh 21 April depan untuk menentukan hukuman terhadap pelakon Ako Mustapha berhubung kes khalwatnya dengan seorang wanita, Anang Sagunting. Ako yang diwakili oleh Peguam Syarie, Zuri Zabuddin Budiman telah memohon kepada pihak mahkamah untuk meringankan hukuman yang bakal dijatuhkan kelak, setelah dia mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Ako ketika keluar dari mahkamah bersama Peguam Syarie, Zuri Zabuddin Budiman. -foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ “Kita tunggu pada tarikh akan datang untuk mengetahui hukuman yang dijatuhkan kepada Ako. “Hari ini, kita telah membuat rayuan untuk meringan hukumannya. Jadi, kita sedang menyediakan dokumen untuk tender ke dalam mahkamah di mana kita akan berikan kepada mahkamah dan pendakwa untuk meringankan hukuman denda maksimum sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun,” kata peguam syarie Zuri. Dimaklumkan jumlah denda itu akan ditetapkan oleh Hakim Syarie. Ako boleh didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. Dalam pada itu, ketika ditanya tentang keadaannya dalam menghadapi kes ini, Ako hanya berkata ringkas: “Biasalah..” Ako dilihat hadir di mahkamah pagi tadi seorang diri. Diaju persoalan kenapa isterinya, Kartina Shuaib Abdullah tidak hadir bersama, Ako berkata dia sendiri yang tidak mahu Kartina datang menemaninya. “Saya tak tahu..saya tak mahu dia dilibatkan oleh media dalam kes ini,” jelas Ako apabila ditanya sebab dia tidak mahu Kartina hadir bersamanya. Selepas itu, terus Zuri mencelah dengan berkata: “Kes ini suatu proses biasa di mana insiden itu telah lama berlaku iaitu bulan Jun 2007 tetapi tahun ini baru dijalankan pendakwaan. Disebabkan kes itu adalah kes lama, jadi kita tidak mahu tunggu lagi. “Mengenai waran tangkap itu, rasanya kami telah jelaskan di mana kebetulan tarikh perbicaraan sebelum ini sama dengan tarikh pernikahannya. Jadi, sebab itu dia tidak dapat hadir. “Oleh itu, waran tangkap itu telah dibatalkan. Di samping itu, dua tiga hari selepas tarikh itu, Ako datang sendiri ke mahkamah dan membuat pembatalan waran tangkap itu. “Jadi, bukan kata dia nak mengelak atau apa malah cuba menyenangkan proses mahkamah dengan bekerjasama dengan semua arahan pihak mahkamah mahupun pihak pendakwaan.” Ako, 37, yang berkahwin dengan Kartina, 29, pada 17 Januari lalu dituduh berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, di Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa di sini, sekitar jam 1.20 pagi, pada 27 Jun 2007. Januari lalu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad telah membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Ako setelah empat kali dia gagal hadir ke mahkamah, dan menetapkan tarikh hari ini untuk sebutan semula kes. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 2:39 pm | |
| Kes khalwat ditunda, Norman-Memey lantik peguam sama wakili mereka [SEMASA] KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini memutuskan kes khalwat di antara Memey Suhaiza dan Norman Hakim dibawa ke 7 April untuk memberi peluang kepada pendakwa syarie untuk mengkaji representasi kedua-dua tertuduh ini. Memey dan Norman diwakili oleh peguam syarie yang sama iaitu, Fakhrul Azman Abu Hassan. Pasangan Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan pelakon baru Memey atau nama sebenarnya, Suhaizah Suhaimi, 21, didakwa berkhalwat di pejabat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, jam 3 pagi pada 30 Oktober 2008. Pertuduhan terhadap Norman-Memey difailkan pada bulan Januari, tahun ini. Memey dan Norman ketika ditemubual oleh pemberita sejurus selepas mendengar keputusan Mahkamah Syariah Gombak Timur hari ini. -foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, manakala Memey mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama yang boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. Hakim Wan Mahyuddin membenarkan Memey dan Norman, masing-masing diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin kakitangan awam dan menetapkan hari ini untuk perbicaraan kes. Kedua-dua mereka tetap dengan keputusan menafikan yang mereka bersalah terhadap pertuduhan itu. Namun, pada bulan lepas ketika kes ini diperingkat penyelenggaraan, pegawai Pendakwa Syarie, Muhamad Nazri Basrawi memberitahu mahkamah beliau akan membawa enam saksi pada perbicaraan hari ini untuk membuktikan Norman dan Memey sebenarnya bersalah. Norman ketika ditemui berkata mereka mempunyai alasan tersendiri kenapa melantik peguam yang sama mewakili mereka. "Disebabkan kami selebriti jadi kes ini sudah jadi 'high-profile' dan saya yakin dari sudut pihak pendakwaan mereka akan merundingkan perkara ini," kata Norman. Hadir ke perbicaraan kedua..Dari kiri: Abang Norman, Norman, ibu Norman, abang ipar Norman, Memey dan ibu saudara Memey. Tambah beliau lagi, "Kami melantik peguam yang sama kerana kami menghadapi pertuduhan yang sama dan senang untuk mengendalikan kes ini. "Kiranya sekarang ini peringkat representasi. Peguam kami telah membawa kes ini kepada pihak pendakwa syarie dan mereka pula akan membawa kes ini untuk didengar pada 7 April nanti." Jelas Norman, "Antara representasi yang kami baru terima tadi adalah dari sudut kamidicaj di bawah Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, manakala Memey mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama maksudnya berdua-duaan dalam satu tempat dalam keadaan mencurigakan tetapi sebenarnya apa yang berlaku ada seorang di tingkat 1 dan ada seorang lagi di tingkat 2." Seementara itu, Memey pula berkata, "Saya hanya menunggu kes ini diselesaikan oleh pihak peguam. "Memang saya harapkan kes ini cepat selesai. kes ini ada pro dan kontranya sebab itu kami melantik peguam yang sama. Saya rasa kita perlu beri masa untuk membuat satu-satu keputusan. "Apa-apa pandangan yang baik, kami akan ikut. Apapun kami harap kes ini cepat selesai kerana ia melibatkan karier kami," jelas Memey yang sedang menjalani pengambaran filem 'Dimensi Cinta' dan drama 'Roda-roda Kuala Lumpur.' Memey dan Norman dilihat datang ke mahkamah secara berasingan seawal pukul 9.05 pagi. Memey ditemani oleh ibu saudaranya manakala Norman hadir bersama ibu, abang dan abang iparnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 2:41 pm | |
| Azizah: Zaefrul pun bukan 'taste' saya! Azizah akui ada menerima ratusan SMS yang tidak henti-henti daripada nombor yang tidak kenali gara-gara kes tersebut SEJAK cerita ‘panas’ antara dua pelakon Spa Q 2 iaitu Azizah Mahzan dan Zaefrul Nordin dimainkan didada akhbar, laman web dan televisyen pada pertengahan bulan lepas, dua pelakon ini tidak lepas daripada memberikan kenyataan apabila ‘disoal-siasat’ oleh pihak media. Bukan mereka berdua sahaja, malah orang yang berkaitan dengan pasangan ini seperti aktres Norish Karman dan produser Zaiton Muhd. Jiwa turut dijadikan modal untuk bercakap. Pelbagai kenyataan yang diberikan sehinggalah cerita ini menjadi topik hangat dan panas dan dimainkan berminggu-minggu. mStar Online sekali lagi cuba mendapat aktres Azizah Mahzan bagi menyoal serba-sedikit perkara yang memerlukan penjelasan. Walaupun Azizah sedang sibuk menjalani pengambaran drama episod Segalanya Kuterima untuk TV3, beliau sempat lagi memberikan kerjasama untuk menjawab setiap persoalan. Berilah penjelasan banyak mana sekalipun, Azizah berkata dia tidak pernah berasa apa-apa kerana dia tidak membaca dan menonton semua cerita yang memaparkan tentang dirinya kerana dia tidak mahu berasa gembira atau sedih dengan apa yang dikeluarkan oleh media. “Saya juga tak nak ambil tahu lagi bagi mengelakkan rasa leceh. Jadi, saya hanya menggunakan telefon bimbit saya untuk berbual atau menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel untuk berhubung dengan orang lain. “Sama ada orang suka atau tidak, saya ok dengan semua orang. Saya juga senang ditemubual secara terbuka dan selepas ini terpulang sama ada orang lain hendak terima atau tidak. “Saya seorang yang ‘open’. Alhamdulillah, semasa saya menjalani pengambaran di Tampin, Melaka, sekarang, orang kampung sudah tidak membenci saya lagi termasuk pelakon-pelakon lain seperti Abu Bakar Omar, Que Haidar, dan ramai lagi,” luah Azizah apabila ditanya tentang perasaannya setelah membuat penjelasan tempoh hari. Malah bukan itu sahaja, Azizah juga ada menerima ratusan SMS yang tidak henti-henti daripada nombor yang tidak kenali. “Ada yang menghantar mesej simpati dan ada juga yang mengajak saya berkahwin dan bertanya sama ada saya sunyi atau tidak. “Satu tahap apabila saya sudah tidak tahan dengan mesej daripada nombor yang sama itu, terus saya menghubunginya dengan bertanyakan siapa dan bagaimana dia mendapat nombor saya. “Dia menjawab ‘Bukan ke kita pernah berbual di internet sebelum ini?’. Saya tak pernah berbual di internet pun. Saya tidak terdesak untuk mencari teman lelaki sehingga mengajak berbual menggunakan internet. “Selepas itu, ada sahaja mesej masuk dari pukul 9 pagi sehingga 4 pagi tetapi nombor itu yang kerap masuk. Dia pula tidak mahu beritahu berbual dengan siapa di internet. “Jika diikutkan dia menghubungi saya sejak lima hari lalu tetapi sejak saya berikan nombornya kepada krew satu produksi dengan saya di set pengambaran, terus dia tidak menganggu saya lagi. “Kalau keadaan semakin teruk, saya tidak teragak-agak untuk menukar nombor telefon bimbit ini nanti. Bukan saya tidak pernah buat seperti itu sebelum ini. “Saya bukannya tidak mahu membuat laporan tetapi tidak mahu keadaan lebih menyusahkan,” terang pelakon versatil ini. Diaju tentang reaksinya apabila mendengar penjelasan daripada pelakon utama Spa Q 2 iaitu Norish Karman memberikan komen tentang dirinya dan Zaefrul, Azizah menjawab dirinya tidak tahu-menahu tentang apa yang diperkatakan tentang aktres itu lalu tiada komen tentang hal itu. Azizah juga pernah menolak tawaran untuk berlakon drama Spa Q 2 atas alasan tersendiri namun setelah banyak kali dipujuk oleh pengarahnya Redza Fahmi, wanita ini terus menerimanya walaupun hatinya berat untuk menerima khuatir sekiranya perkara yang difikirkan berlaku. “Pada mulanya, pihak produksi berjanji untuk mengambil saya sebagai pelakon undangan sahaja dan mereka tidak akan mengambil saya untuk berlakon untuk musim kedua lagi. “Tetapi, sebaliknya berlaku apabila Redza berkata mereka masih mahu mengekalkan watak saya sebagai artis jemputan kerana mereka suka karektor saya. “Saya tak berjanji malah berkata yang saya tidak mahu berlakon dengan Spa Q lagi. Saya telah hantar surat kepada produser dan pengurus produser. “Akhirnya, saya terima juga selepas banyak kali dipujuk oleh Redza. Namun, lain kali saya tidak mahu terima lagi sebab saya percaya dengan naluri saya,” jelas Azizah yang seolah-olah serik untuk menerima tawaran berlakon drama episod Spa Q sekiranya ada lagi pada musim akan datang. Berbalik kepada gosipnya dengan Zaefrul, apabila meminta reaksinya sama ada dia berkecil hati atau tidak mengenai kenyataan Zaefrul yang mengatakan Azizah bukan ‘taste’ lelaki itu, terus wanita ini menjawab sambil tertawa. “Saya langsung tidak berkecil hati dengan kenyataan Zaefrul itu sebab dia pun bukan ‘taste’ saya. “Jika hendak mencari pasangan, saya lebih suka mengamalkan prinsip kita hidup atas dasar percaya dan bukan atas nama cinta. Setakat ini, memang saya belum bertemu sesiapa yang layak. “Kalau nak kata kawan, memang kawan saya agak terhad. Saya lebih suka berkawan dengan orang-orang tua kerana saya lebih seronok bercerita dan mendengar. “Saya boleh rapat dengan Zaefrul pun disebabkan kami menjalani pengambaran bersama,” beritahu Azizah yang turut mengakui tidak pernah menganggap dirinya sebagai ‘role model’. Lalu, Azizah berkata dia hanyalah orang biasa yang tidak pernah menganggap dirinya seperti artis lain yang sentiasa bergantung dengan mekap serta bergaya menawan di hadapan khalayak ramai. “Saya rasa ikut suka hati apa yang saya nak buat. Misalnya, saya tidak suka bersolek. “Bagi saya, kalau orang lain mahu saya tampil dengan solekan, mereka perlu lakukan untuk saya kerana saya memang tak reti bersolek. “Semua perkara yang saya lakukan juga secara spontan. Saya ni jenis tidak menolak jika sesiapa pelawa untuk merakamkan gambar bersama. “Saya juga tidak menganggap diri sebagai trendsetter dan saya tidak suka mencari pereka fesyen apabila tiba malam anugerah. “Saya lebih suka meminjam baju adik saya dan memakai apa yang ada. Jadi, sebab itu orang pernah mengatakan saya tidak ‘presentable’,” ulasnya yang lebih gemar bergaya santai dengan baju-T dan seluar jeans apabila ke mana-mana. Begitu juga apabila ditanya tentang adakah kerjaya seninya tergugat apabila menerima kontroversi akibat penyebaran gambar intimnya dengan Zaefrul di internet, Azizah mengucap kata syukur bilamana beliau masih diterima dalam industri ini. “Alhamdulillah, saya akan terlibat dengan teater pada tahun depan. Saya juga ada ditawar berlakon teater Mahsuri arahan Fauziah Nawi tetapi setakat ini saya tidak pasti jadi atau tidak. Saya juga akan berlakon di bawah Uwei dan Petronas. “Jadi, saya belum merasai kesannya. Saya juga tak pernah terfikir sama ada selepas ini kerja saya akan ditarik atau tidak. “Saya terima sahaja jika itu realiti saya...,” akhirinya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 2:43 pm | |
| Ashraf makin sebati jadi pemuda alim HARI demi hari, populariti yang diraih oleh pelakon dan model kacak ini semakin hebat. Tidak hanya bersandarkan pada paras rupa, Ashraf Muslim nyata dilihat antara pelapis hero drama tempatan apatah lagi wajahnya kini cukup kerap dilihat menghiasi kaca televisyen menerusi drama-drama hebat. Lakonan cemerlang yang sering dipamerkan oleh jejaka berusia 28 tahun ini ternyata berjaya mencuri perhatian ramai. Salah satu watak yang sehingga kini masih berbekas di hati penonton ialah peranannya sebagai seorang pemuda alim bernama Ustaz Amirul yang dilakonkannya di dalam drama bersiri Puaka Niyang Rapik. Malah, tutur pelakon kelahiran Teluk Mas, Melaka ini, impak watak tersebut cukup kuat sehingga ada juga yang meminta dirinya untuk mengubat penyakit. "Terkejut juga saya bila ada yang berjumpa saya dan minta saya mengubati penyakit mereka. Sampai macam tu sekali orang percaya bahawa saya ini benar-benar seorang ustaz. "Malah, ada yang terserempak dengan saya diluar turut memanggil saya Ustaz Amirul. Satu penghargaan buat saya apabila lihat ramai yang kenal akan watak tersebut. "Lagipun, secara peribadi, watak tersebut memang cukup mencabar berbanding drama-drama lain lakonan saya. Lebih menggembirakan saya ialah bila mendapat tahu rating drama tersebut amat tinggi dan jika tidak silap saya ia mencecag 3.6 juta penonton," kata Ashraf. Ashraf bersama Betty Banafe yang turut membintangi drama bersiri Yusuff - foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT Perkhabaran itu bukan saja menggembirakan kekasih kepada aktres Sherry Ibrahim ini, tetapi ia turut membanggakan pengarahnya, Ahmad Idham yang juga bercadang untuk menghasilkan drama itu dalam bentuk filem pula. Dan jika perancangan itu menjadi kenyataan, kata Ashraf, ia akan menjadi filem sulung lakonannya dan akan terus memegang watak yang sama di dalam filem itu nanti. "Buat masa ini, perkara itu masih dibincangkan. Tetapi, kemungkinan besar filem itu akan memulakan penggambaran pada Mei depan," kata pelakon yang juga pernah beraksi di pentas teater menerusi Patriot dan Patung Kertas. Menurut Ashraf lagi, dia akui cukup selesa membawakan karektor 'alim' seperti itu. Bagi jejaka ini, dapat membawakan watak yang mampu memberi kesedaran kepada penonton adalah satu kepuasan terhadap dirinya. Lantaran itu, apabila dia ditawarkan untuk memegang watak Yusuff di dalam drama bersiri yang diinspirasikan dari kisah Nabi Yusuf, Ahsraf tidak berfikir panjang untuk menerimanya. Drama berjudul Yusuff itu merupakan arahan Hitler Zami dan akan mula ditayangkan di slot Samarinda TV3 pada 4 Mac ini. Selain Ashraf, ia turut dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Ashraf Muslim, Zarynn Min, Datuk Jalaluddin Hassan, Abby Abadi, Intan Sarafina, Puteri Fateen dan Zed Zaidi. Memegang watak sebagai lelaki yang baik bernama Yusuff, kata Ashraf, dia akui ada sedikit persamaan antara karektor tersebut dengan dirinya. Namun, untuk drama itu, dia perlu membawakan karektor berusia 18 dan 20 tahun. Drama ini mengisahkan tentang Yaacob yang dijanjikan oleh Kemat untuk dinikahkan dengan anak angkatnya, Suhana. Namun akhirnya Kemat menikahkan Yaacob dengan anak kandungnya, Rabiah. Perkara itu membuatkan Suhana kecewa dan meninggalkan kampung. Setelah beberapa tahun, Yaacob bertemu semula dengan Suhana dan mereka akhirnya berkahwin. Ini membuatkan Rabiah mengamuk dan berjanji akan membalas dendam. Setelah Suhana melahirkan bayi lelaki bernama Yusuff, kemarahan Rabiah semakin menebal. Melalui bantuan anak-anaknya, Yusuff telah dicampakkan ke dalam gaung tanpa pengetahuan Suhana dan Yaacob yang menyangkanya hilang. Bermulalah episod baru dalam hidup Yusuff yang kemudiannya diselamatkan dan dibesarkan oleh ketua kumpulan gangster bernama Aziz. Setelah meningkat dewasa, dalam diam ibu tirinya, Zahila turut menyimpan perasaan terhadap Yusuf. Kata Ashraf, selepas ini, dia akan sibuk dengan penggambaran drama komedi berjudul Agen Gus Gus yang berkonsepkan ala-Kyle XY, sebuah siri popular antarabangsa. Dalam masa yang sama, Ashraf turut menerima pelbagai tawaran lain. Namun, tegas anak muda ini, dia tidak mahu rakus menerima semua tawaran sekaligus. Bagi Ashraf, dia lebih selesa menumpukan perhatian terhadap satu demi satu kerja agar konsentrasinya tidak terganggu. "Saya mahu menghayati watak sebaik mungkin dan saya rasa untuk lakukannya, saya tidak mahu terima banyak 'offer' lain dalam satu masa yang sama. "Tidak pernah pula saya rasa tindakan ini akan merugikan saya. Lebih baik watak saya itu dapat tinggalkan kesan mendalam kepada penonton dan mungkin jika keberkesanan watak itu 'menjadi', tidak mustahil lebih ramai produser akan tawarkan 'job' kepada saya," kata Ashraf yang turut tersenarai antara lima artis lelaki popular untuk kategori Pelakon TV Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular 2008. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 3:12 pm | |
| ‘The Pink Book’ ilham Aziah Jasmin selama 6 tahun DARIPADA bergelar pengacara dan pembaca berita TV3, Aziah Jasmin Azizul Hassan kini menceburkan diri dalam bidang penulisan buku tentang kecantikan. Kira-kira enam tahun lalu, beliau mengilhamkan penulisan buku sehingga lahirnya ‘The Pink Book’. Buku ini mengenengahkan panduan asas pembentukan dan penampilan imej terbaik untuk seseorang individu. Selain itu, turut dimuatkan cara berpakaian, bersolek dan berjalan bagi menampilkan imej seseorang wanita yang berkeyakinan. Baru-baru ini, buku terbitan Berita Publishing Sdn. Bhd ini telah dilancarkan oleh Datuk Siti Nurhaliza. Aziah tidak mensia-siakan minatnya di dalam bidang kecantikan dengan menghasilkan buku 'The Pink Book'. -foto The Star oleh LOW LAY PHOON Menurut Aziah, buku ini diterbitkan bertujuan untuk berkongsi ilmu yang ada pada diirnya untuk disumbangkan kepada masyarakat bagi membimbing mereka dalam pembentukan personaliti dan penampilan yang positif dalam kerjaya dan pembangunan diri mereka. “Alhamdulillah, akhirnya buku ini dilancarkan juga dipasaran. Buku ini menyentuh tentang penampilan asas tentang kecantikan fizikal. “Saya menerbitkan buku ini untuk berkongsi ilmu sejak 17 tahun berada dalam bidang ini supaya setiap gadis mendapat ilmu yang ingin saya turunkan ini. “Saya berharap setiap gadis dapat memahami konsep sebenar buku ini dan menyayangi diri-sendiri terlebih dahulu. “Apa pun kekurangan fizikal mereka, ia bukan faktor untuk mereka membina penampilan diri. “Saya juga berharap mereka dapat memantapkan diri dan mencapai matlamat yang diinginkan. Aziah menerbitkan 'The Pink Book' untuk berkongsi ilmu sejak 17 tahun berada dalam bidang ini supaya setiap gadis mendapat ilmu yang ingin saya turunkan ini. “Bagi setiap pembelian buku ini, sejumlah RM1 akan didermakan kepada rumah anak-anak yatim, Rumah Titian Kasih, Titiwangsa,” beritahu Aziah ketika majlis pelancaran buku itu di kedai buku MPH, Mid Valley. Beliau yang turut memberi latihan menerusi kursus-kursus pembangunan diri berpendapat, pembentukan imej bukan sahaja penting bagi golongan atasan dan selebriti, malah penampilan dan sahsiah diri adalah sesuatu yang mustahak bagi semua golongan sama ada pelajar mahupun suri rumah. Aziah memperoleh Sijil Kelulusan daripada ‘Studio 7 Grooming & Modeling School’ di Ipoh, Perak sebaik sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia (SPM) pada 1989. Bagi Aziah, kursus penampilan diri dan etika yang diikutinya itu berjaya membentuk personalitinya menjadi lebih positif dan berkeyakinan. Sejurus selepas itu, Aziah menyambung pengajiannya di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) dan mendapat kelulusan Diploma Sains. 'The Pink Book' kini berada di pasaran dengan harga RM45. Kerjayanya bermula apabila Aziah menjadi pengacara dan pembaca berita dengan stesen televisyen terkemuka, TV3, selama tujuh tahun. Dalam jangka masa itu, Aziah berjaya menimba ilmu sebanyak mungkin dalam bidang vokal dan komunikasi melalui pelbagai latihan yang diikutinya. Minat dalam bidang pembentukan imej dan penampilan diri disambung lagi apabila Aziah mengikuti kursus kecantikan dan dandanan rambut dengan memperoleh kelulusan Diploma daripada ‘International Federation of Aestheticians (IFA) dan ‘World Masters Beautician’ pada 2003, dan seterusnya mendapat Diploma Dandanan Rambut daripada ‘A Cut Above Hairstyling Academy’ pada 2005. Sejak menubuhkan syarikat rundingan imej sendiri, Star Studio pada Disember 2002, Aziah mula menawarkan perkhidmatannya sebagai jurulatih dan penceramah melalui kursus imej, komunikasi, etika, pembangunan diri dan sebagainya, mengikut permintaan pelanggan yang kebanyakannya daripada agensi kerajaan, institusi pngajian tinggi serta syarikat tempatan dan antarabangsa. Aziah turut bergiat mengembangkan bidang profesion perunding imej di negara ini melalui perkongsian ilmu penampilan bersama perunding imej dari seluruh dunia menerusi ‘Association of Image Consulting International (AICI)’. Aziah juga sering menyumbangkan rencana berkenaan imej dan kecantikan kepada beberapa majalah wanita tempatan, terutama majalah Jelita. Memandangkan pendidikan dan perkongsian ilmu begitu dekat di hatinya, Aziah amat berharap buku ‘The Pink Book’ tulisannya akan memberi inspirasi kepada gadis dan wanita di seluruh dunia, bukan sahaja untuk membentuk imej dan keyakinan diri, malah lebih penting, semangat diri untuk berjaya sebagai seorang wanita dalam kehidupan ini. Buku ‘The Pink Book’ diterbitkan dalam bentuk dwibahasa dan dijual pada harga RM45 senaskhah. Ia telah berada di pasaran sejak 28 Februari lalu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 3:19 pm | |
| Jamal masih tunggu Siti ADA ura-ura mengatakan penyanyi Jamal Abdillah mengidam untuk berduet dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin namun penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini belum menyatakan persetujuannya. Sama ada ya atau tidak, Jamal dikatakan masih menantikan Siti. Jamal Abdillah memasang niat untuk berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza. “Saya kagum dengan suara Abang Jamal. Saya juga sudah banyak kali bekerjasama dengannya dalam beberapa persembahan pentas. Siti belum beri jawapan sama ada beliau hendak berduet dengan Jamal Abdillah atau tidak. -foto The Star oleh AZMAN GHANI “Tentang permintaan Abang Jamal itu, saya belum boleh memberikan jawapannya kerana semuanya bergantung dengan masa,” beritahu Siti tanpa berselindung. Idam buat konsert berkonsep kerohanianSebelum ini Siti juga pernah berkata yang beliau bercita-cita untuk membuat sebuah konsert berkonsepkan lagu-lagu Irama Tradisional. Baru-baru ini, memandangkan beliau diundang oleh Rabbani Production Sdn. Bhd. untuk menjayakan Konsert Malam Sinar Maulidurrasul 1430H, penyanyi yang baru sahaja kematian bapa tersayang ini meluahkan hasratnya untuk menganjurkan konsert bercorak kerohanian pula. Ketika terlibat di dalam konsert bersempena memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W itu, Siti telah mengalunkan dua buah lagu solo iaitu ‘Ketika Cinta’ yang merupakan lagu tema filem Indonesia, ‘Perempuan Berkalong Serban’ dan lagu lama yang dipetik dari album ‘Safa’, ‘Kudus Sinarmu’ serta lagu duet bersama Rabbani dan berselawat beramai-ramai. Mereka yang turut serta adalah Amy Search, Mawi, Ustaz Akhil Hayy dan Ustazah Datuk Siti Norbahyah. Selain itu, Siti pada mulanya tidak bersedia untuk menyanyi selepas pemergian ayahandanya namun akhirnya bersetuju juga disebabkan beliau perlu menyanyikan lagu bercorak dakwah dan ketuhanan. Kata Siti, beliau mungkin bersedia untuk menyanyikan lagu rancak dan bukan bercorak kerohanian selepas 40 hari pemergian arwah bapanya, Tarudin Ismail. “Buat masa ini, saya seperti tidak bersemangat untuk menyanyi tetapi jika melibatkan persembahan yang bercorak keagamaan, mungkin saya akan menerimanya. “Selepas saya terlibat dengan Konsert Malam Sinar Maulidurrasul, saya akan terlibat dengan teater Muzikal Sirah Junjungan pula. “Saya akan membuat penampilan khas di dalam muzikal itu sebagai penyanyi undangan. Saya perlu berselawat ke atas Rasulullah dan menyanyikan lagu Impian Rasulullah serta membuat persembahan berkait dengan sejarah baginda. “Ini merupakan kali pertama saya terlibat di dalam Muzikal Sirah Junjungan. Saya menerimanya kerana hubungan baik antara saya dan Kak Erma Fatima serta persembahan ke arah dakwah. “Lagipun, jualan tiket muzikal ini akan disumbangkan kepada Yayasan Nurjiwa. “Insya-Allah, selepas ini saya akan membuat konsert bercorak kerohanian pula tetapi peluang tak tahu bila,” ulas Siti. Buku biografi 15 tahun dalam bidang seni tahun depanSeiring dengan perjalanan karier seninya yang bakal mencecah 15 tahun pada tahun depan, Siti juga akan menerbitkan sebuah buku biografi mengenai dirinya. “Buku tersebut lebih berkaitan tentang kisah hidup saya dari kecil hingga sekarang termasuk perjalanan karier saya dari mula-mula dahulu. “Buku itu ditulis oleh kakak ipar saya, Kak Rozi Abdul Razak,” jelas Siti mengenai serba-sedikit tentang buku biografi itu. Syukur tercalon top 5 ABPBH2008Ternyata Siti masih berjaya mengekalkan popularitinya apabila beliau tercalon di dalam top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008. “Alhamdulillah, syukur kerana saya masih mempunyai rezeki untuk mendapat top 5 dalam ABPBH. Jika tiada pun, bukan bermakna saya akan berundur sebaliknya saya perlu lebihkan usaha,” ulasnya ringkas. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 3:21 pm | |
| Lindsay akan berkahwin dengan kekasih 'lesbian'nya, Samantha? KALAU sebelum ini wajah cengkung dan badan keringnya menjadi tajuk surat khabar, kini kisah Lindsay Lohan akan berkahwin dengan kekasih lesbiannya pula menjadi tajuk berita. Dalam pada itu, Lindsay Lohan dan Samantha Ronson diberitakan akan berkahwin tidak lama lagi setelah kedua mereka kelihatan bersama di rumah ibadat Yahudi, Westminister Synagogue di sebuah daerah eksklusif Knightsbridge, London, yang terkenal dengan fahaman liberalnya tentang perkahwinan. Pasangan ini diberitakan sudah mengikat tali pertunangan tahun lepas setelah Ronson secara tidak disedari memberitahu pengunjung kelab malam di Los Angeles tentang persiapan perkahwinan mereka. Baru-baru ini, mereka kelihatan bergambar mesra di sebuah gereja Yahudi, di kota London bersama-sama. Lohan dan Ronson mula berkenalan sejak tahun lepas lagi. Lohan dibesarkan dalam keluarga yang berfahaman Katholik sementara Rohan adalah dari keluarga Yahudi. Baru-baru ini, aktres Lindsay Lohan memeranjatkan hadirin apabila tiba-tiba saja naik ke pentas dan berduet bersama kekasihnya, Samantha Ronson dalam satu majlis famili yang diadakan. Lohan, yang berusia 22 tahun dan Ronson, 31, telah membuat persembahan istimewa bersama sambil menghiburkan mereka yang hadir. Antara lagu yang disampaikan bersama ialah lagu hits Beatles "With a Little Help From My Friends" sambil abang Ronson, Mark mengiringi mereka dengan bermain gitar. Parti yang agak meriah itu telah diadakan di Hotel Mandarin Oriental di London's Knightsbridge, bagi meraikan hari baligh (Mitzvah) adik lelaki Ronson, Josh. Seorang tetamu berkata, "Majlis itu sungguh menggembirakan dan pasangan kekasih Lindsay-Ronson nampak bahagia bersama." |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 3:22 pm | |
| Victoria tak kena gaya di taman tema Walaupun bijak bergaya Victoria masih tidak tahu hendak mengenakan pakaian yang sesuai di taman tema. KALAU sudah jadi orang ternama, bukan saja pakaian dan gerak geri malah kasut yang dipakai juga menjadi perhatian orang. Baru-baru ini bekas anggota Spice Girls, penyanyi Victoria Beckham menggunakan kasut yang 5 inci tingginya untuk membawa anak-anaknya bersiar-siar di Universal Studios, Los Angeles. Apa yang membuat orang ramai memerhatikan Victoria apabila dia kelihatan seperti tidak selesa dengan kasut yang dipakai sedangkan kedua orang anak lelakinya nampak selesa dan berpakaian santai seperti sepatutnya. Salah seorang yang memerhatikan telatah Victoria berkata, "Kaki Victoria kelihatan seperti tidak kena gaya. Jari kakinya terkeluar dan buku lalinya seperti terdorong ke depan. "Malah kasutnya lebih besar untuknya. Ada banyak ruang di belakang kasutnya," kata seorang pemerhati yang berada di situ ketika lawatan Victoria. Keluarga bahagia itu berkunjung ke taman tema di mana kebanyakan orang akan mengenakan pakaian santai saja. Berbeza dengan Victoria, dia memakai baju hitam yang sendat, cermin mata yang besar dan Louboutins kegemarannya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 3:23 pm | |
| Rihanna-Brown kembali bersama, bawa mesej negatif Cinta telah 'membutakan' hati dan perasaan Rihanna yang sanggup menerima kekasih yang pernah memukulnya dengan teruk. PAKAR keganasan rumahtangga amat kecewa dengan berita Rihanna kembali kepada kekasihnya Chris Brown. Brown, 19, yang ditahan kerana membelasah penyanyi popular Rihanna, telah didakwa kerana menyerang penyanyi berusia 21 tahun itu setelah selesai parti pra-Grammy pada 8 Februari. Setelah insiden itu, Brown berusaha sedaya boleh untuk memenangi semula hati Rihanna dengan memberinya hadiah-hadiah mahal pada hari jadi Rihanna, sebagai cara untuk meminta maaf kononnya. Pasangan ini kelihatan bersama di rumah Sean'Diddy Combs' baru-baru ini. Perubahan ini membuat pakar keganasan rumahtangga gusar, apakah mesej yang ingin disampaikan kepada peminat-peminatnya? "Apabila anda terlalu rapat dengan seseorang, anda tidak akan teragak-agak memberi peluang kepada orang itu," jelas Madeline Garcia Bigelow, pengarah projek keganasan domestik di Manhattan's Urban Justice Center. "Masalahnya ia memberi gambaran yang negatif kepada orang di luar sana. Seolah-olah ianya ok untuk meneruskan hubungan walaupun setelah dipukul. "Anda hanya perlu ucapkan maaf dan teruskan perhubungan," kata pakar psaikologi Manhattan, Dr. Jane Greer. "Rihanna adalah seorang role model, itu sebabnya kita semua prihatin langkah yang diambilnya," kata Jane. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 3:25 pm | |
| Penyokong LNJ protes keputusan dimaklumkan ada penyokong kumpulan LNJ yang dianggotai Afzan Saffuan Ahmad dan Wan Sharizon Rahim tidak berpuas hati gara-gara mereka itu tidak berjaya mara ke pusingan akhir. Tidak cukup dengan itu ada penyokong setia kumpulan berkenaan menghubungi media untuk memaklumkan perasaan kecewa mereka mengenai keputusan itu. Ada yang mendesak supaya pihak penerbitan mengadakan sidang akhbar khas untuk menjelaskan keputusan yang dilihat berat sebelah dari kaca mata sesetengah pihak. Tindakan mereka itu kerana tidak berpuas hati dengan penyingkiran LNJ. Mereka juga perlu faham, ada empat peserta berentap dan seorang perlu disingkirkan. Kalau ditakdirkan Amir disingkirkan, mungkin peminatnya juga marah begitu juga peserta lain. Kalah menang bukankah adat pertandingan, jadi janganlah pertikaikan keputusan juri profesional. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 3:28 pm | |
| Gambar Terkini Waheeda |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 3:30 pm | |
| Majalah Sensasi Kini Bertukar Kepada Selebriti Untuk pembaca Budiey.com yang menetap di Singapura, kini majalah Sensasi telah pun ditukar kepada nama SELEBRITI. Jadi, Budiey percaya sesuai dengan nama dan konsep barunya, banyak cerita-cerita tentang selebriti dan artis akan dipaparkan dalam majalah yang dipertingkatkan mutu dan penyampaian serta grafik design ini! Harap korang puas hati kali ini! Dapatkan segera di pasaran… untuk bulan Mac ini, korang boleh ikuti temubual bersama dengan bekas editor majalah Manja - Saniboey, Kenapa Dah Tak Manja? Kenapa & Kemana? Juga ada sesuatu bingkisan sempena 40 tahun Konsert Sweet Charity di Esplanade pada 31 Mei 2009!!! Dapatkannya di kedai dan toko buku sekarang! Cover pun gempak dengan penampilan khas… Rima Melati dan suami tersayang, Marcell. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 3:52 pm | |
| Profile Aaron AzizFull Name : Aaron Mustapha Aziz Place of birth : 31 years Race : Malay Language : English, Malay Wife Name : Diyana Son Name : Danish, 3 years, and Dwi, 1 years Career : Actor, Model Skill : Acting, Martial Art, Model ExperienceIn the year the Dragon 1976 Aaron Mustapha Aziz was born at K.K hospital. Being the third child in the family he was pampered both by his beloved parents and siblings. His late father called him 'Tiger' cos he threw tantrums as a child. After school and national service Aaron went to 'FnB' industry. By nature, Aaron gets along with people very well and many loved him as a friend and colleague. Nobody, including his family thought that Aaron one day would be where he is today. So after 9 years working in the service line Aaron decided its time he finds himself a new working environment. That decision moved him to join Manhunt 2000 where he was crowned Mr Charming and Mr Personality. Soon after a local talent company spotted him and sponsored him some acting classes conducted by Lim Yu Beng whom till today Aaron considers as his mentor. Little auditions here and there landed him on Chanel 5's period drama 'A War Diary' where he was quickly spotted by many producers as a talent that had extreme potential of being a star. Lucky you say? Aaron was and still is a dedicated artiste. He held his faith in GOD and worked his way up. He believes in the saying ' Easy come easy go '. If you know him well enough, you will surely say that he is a humble, kind-hearted and righteous guy. Till today Aaron is still the Aaron he was before with no airs. Cast2009 : Shh...Dia Datang - (Main Actor) 2008 : Evolusi KL Drift - (Main Actor) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 3:59 pm | |
| Snoop Dogg rancang masuk Islam?ROSEMONT - Penyanyi rap, Snoop Dogg (gambar) menghadiri majlis sambutan kelahiran pengasas Nation of Islam's dan memuji pemimpinnya, Louis Farrakhan selain mendedahkan dia menjadi anggota pergerakan itu, lapor sebuah akhbar semalam. Snoop atau nama sebenarnya Calvin Broadus memberikan sumbangan sebanyak AS$1,000 (RM3,728) kepada pergerakan itu dan menyatakan dia kerap menemui Farrakhan untuk menyelesaikan masalah. Dia menggelar dirinya sebagai pemimpin komuniti hip-hop dan menyatakan kehadirannya dalam majlis sambutan kelahiran pengasas pergerakan itu, Fard Muhammad adalah yang pertama kali. Ketika ditanya sama ada dia merancang untuk menganut agama Islam dan menjadi anggota Nation of Islam's cawangan Chicago, Snoop berkata dia sudah menjadi anggota pengerakan itu. "Saya sudahpun berada dalam Nation of Islam's itu. Itulah sebab kenapa saya berada di sini. Saya merupakan seorang pembela keamanan," katanya. Penyanyi itu tidak menjelaskan bila dia menyertai pergerakan itu. - AP |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 4:07 pm | |
| (GAMBAR)Kita Terjah Gambar Dia - Michelle Melodi TV3 |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 4:09 pm | |
| (Gambar Lama)Eizlan Yusoof Bersama Isteri di Anugerah Skrin 2007 Sama cantik, sama molek, sama padan. Biar apa kata orang, mereka tetap bahagia. Gossip, cerita, dan mulut orang hanya sekejap aje… tengok sekarang, kisah lama orang dah tak nak cerita lagi. Biar jadi sejarah. Semoga senyuman yang dipamerkan benar-benar datang dari jiwa mereka yang happy. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 03 Mar 2009, 4:19 pm | |
| Nurul Makin Cantik Selepas Bercerai
Last edited by sally_eiyna on Wed 04 Mar 2009, 7:57 am; edited 1 time in total |
| | | deqlis Super Senior
Number of posts : 869 Age : 43 Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 12:40 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 8:08 am | |
| wajah Eja Tanpa Make-Up |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 8:10 am | |
| Suki akan menjalani PLKN minggu depan dengar cerita yang Suki akan menjalani PLKN minggu depan. Sama2 kita nantikan cerita apabila Suki tamat PLKN nanti.Selain dari PLKN, Suki juga sekarang sibuk untuk merakamkan albumnya yang memuatkan lagu2 mandarin. Kita nantikan nanti album baru Suki versi mandarin . |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 8:11 am | |
| serasi bersama-Nana & Dina MEREKA cepat serasi. Banyak persamaan yang menyatukan dua personaliti berbakat besar kelahiran Johor Bahru ini. Semudah sebutan nama mereka, Nana dan Dina begitu pantas mencipta gandingan 'regu' mengendalikan Carta Era bersama sejak 4 Januari lalu. Pengambilan Dina sebagai penyampai radio sambilan di stesen radio Era itu antara strategi pembaharuan yang cuba diterapkan Pengurus Rangkaian Era, Nazri Noran. ******************************* Persamaan Nana dan Dina•Bapa mereka bekerja sebagai polis, malah berkawan baik. •Nombor 7 menjadi kegemaran masing-masing. Nana dilahirkan bulan Julai, manakala Dina dilahirkan pada 7 Februari. •Anak kedua daripada empat beradik dan mereka menjadi anak perempuan tunggal dalam keluarga. •Berasal dari Johor. •Kedua-duanya mula menyinar selepas menyertai pertandingan realiti TV. Dina mendapat tempat kedua Malaysian Idol musim pertama dan Nana menjadi perintis program Akademi Fantasia yang pertama. •Suka makan coklat. •Gilakan kasut dan sukakan karakter kartun Spongebob. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 8:15 am | |
| Memey panggil ibu Norman 'mak', nafi ada 'udang sebalik batu.' [SEMASA] KUALA LUMPUR: Melihat perlakuan antara aktres Memey Suhaiza dengan ibu aktor Norman Hakim, Kamariah Kamat ketika menghadirkan diri di Mahkamah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini, kedua-duanya tampak mesra antara satu sama lain. Kemesraan mereka jelas kelihatan ketika di dalam dewan perbicaraan bilamana mereka sempat berbisik sesuatu sambil tersenyum sipu. Sebelum Kamariah pulang, Memey yang sedang ditemubual sempat mendapatkan Kamariah lalu menyapa ibu berusia 66 tahun itu dengan panggilan ‘mak’. Memey kelihatan ceria ketika hadir bersama ibu saudaranya di Mahkamah Syariah Gombak Timur pagi tadi. -foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ Sejurus selepas itu, Memey terus bersalam dan mencium tangan ibu aktor yang baru bercerai dengan aktres Abby Abadi itu. Lantas ketika diajukan tentang panggilan ‘mak’, Memey berkata dia telah biasa membahasakan Kamariah sebagai ‘mak’ sejak mereka rapat pada tahun lepas. Walau bagaimanapun, ketika ditanya, Memey nafi ada 'udang sebalik batu' mengenai hubungan mesranya dengan ibu Norman. Wajah tenang dan ceria sentiasa dipamerkan oleh Memey sewaktu hadir di mahkamah. “Saya lupa bila saya mula panggil dia ‘mak’. Semasa mula-mula saya berjumpa dengannya, hubungan kami biasa sahaja dan saya belum memanggilnya ‘mak’. "Tetapi apabila dah rapat dan boleh ‘keep in touch’ tu, terus saya panggil dia dengan gelaran ‘mak’. “Saya tiada masalah dengan gelaran itu untuk orang tua yang rapat dengan saya. Bagi saya, tak salah kalau nak panggil dia ‘mak’ sekurang-kurangnya lebih mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami,” beritahu Memey ketika menghadiri perbicaraan kedua kes khalwatnya dengan Norman Hakim di mahkamah, di sini, hari ini. Ibu Norman, Kamariah Kamat,duduk disebelah anaknya turut hadir memberi sokongan. Menurut Memey, hubungan akrab antaranya dengan ibu Norman itu bukan sahaja tercetus melalui panggilan mesra sahaja malah mereka juga tidak putus menghubungi antara satu sama lain. “Saya memang ‘baik’ dengan mak Abang Norman. Sejak kami rapat tahun lalu, kami sentiasa berhubung setiap hari menerusi telefon. “Saya juga menganggapnya seperti mak sendiri. Kadangkala, dia memberi nasihat kepada saya dan ada juga dia mengajak saya bercerita. “Apabila dia datang ke Kuala Lumpur, kami ada juga berjumpa,” ulas Memey. Terbaru, Memey ada mengeluarkan kenyataan di mana dia tidak kisah jika dijodohkan dengan suami orang atau lelaki duda menerusi sebuah majalah. Kenyataan tersebut seolah-olah menguatkan spekulasi Memey memang mempunyai hubungan dengan Norman lalu merancang untuk berkahwin tidak lama lagi. “Wallahualam, sebab kenyataan itu dikeluarkan apabila saya ditanya soalan umum yang mengaitkan spekulasi hubungan saya dengan Abang Norman. “Jadi, saya menjawab yang saya tidak kisah siapa pun jodoh saya termasuk menerima andai ditakdirkan dengan suami orang atau duda. “Tetapi, kenyataan itu bukanlah fokus sebenar saya. Bagaimanapun, saya tidak kisah kalau suami orang atau duda adalah jodoh saya asalkan kami berdua, keluarga saya dan keluarganya saling mengenali. “Keluarga saya pun tidak kisah dan tiada masalah dengan hubungan antara saya dan Abang Norman. Dia pun selalu ‘keep in touch’ dengan keluarga saya. “Keluarga saya juga selalu menghubungi keluarga Abang Norman,” jawab Memey lancar. Bagaimanapun, Memey menafikan yang kedua-dua belah keluarga masing-masing mengeluarkan hajat untuk menyatukan dia dan Norman. Memey mengakui yang usia perkenalannya dengan Norman sudah mencecah hampir setahun. Sambil tergelak kecil, Memey berkata hubungan mereka ‘belum ada apa-apa’ dan berlangsung dalam keadaan baik sahaja. Apabila diusik, adakah maksudnya mereka tidak bercinta?. Memey menjawab dalam nada riang: “Tiada, wallahualam..” Dalam pada itu, Norman ketika ditemubual turut berkata yang dia dan Memey belum mempunyai perancangan untuk berkahwin. "Saya terima seadanya jika sampai seru saya berkahwin dengan Memey nanti," komen Norman apabila disoal tentang kahwin. Norman hadir ke mahkamah sambil ditemani oleh ibu, abang dan abang iparnya manakala Memey hadir ke mahkamah sambil ditemani oleh ibu saudaranya. Apabila ditanya kenapa keluarga Memey terutama ibu dan bapanya tidak hadir sama, Memey berkata dia sengaja tidak membenarkan mereka hadir. "Ibu dan keluarga saya memang hendak datang tetapi apabila melihat keadaan sekarang, saya hanya panggil ibu saudara untuk temankan," ujar Memey. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 8:19 am | |
| Artis, bekas peserta program realiti warnai AF7 [SEMASA] KUALA LUMPUR: Penyanyi Nas Adila dan tiga bekas peserta kelahiran program realiti tempatan adalah antara 20 peserta yang terpilih bagi menyertai Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7). Tiga peserta realiti itu ialah Khairul Azam Pilus daripada program Gangstarz yang juga merupakan adik kepada penyanyi Izwan Pilus; Abraham Edwin Dungot, daripada program One In A Million (OIAM) musim kedua dan Rubisa Tiasin, peserta kelahiran My Starz LG. Peserta lelaki AF7 ketika majlis memperkenalkan peserta AF7 hari ini. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT Turut terpilih menyertai program realiti popular ini ialah isteri kepada pelakon Ezany, Lizda Nuryanti Abidin serta kakak kepada vokalis kumpulan New Boyz, Tomok iaitu Ismaliza Ismail yang juga isteri kepada bekas anggota kumpulan 2 By 2, Zul. Peserta wanita AF7. Peserta-peserta lain yang berjaya melayakkan diri sebelum disenaraipendek untuk beraksi di Konsert Mingguan AF7 bermula 14 Mac ini ialah Siti Aishah Bujang dari Kuching, Sarawak; Cabrine Blaire Bernard Solibun (Kota Kinabalu), Claudia Fay Geres (Kuching), Alpaezah Manaf (Keningau), Zuzafrini Zulkifli (Kajang), Nurfazelah @ Zizie Tahil (Semporna, Sabah), Afiq Hakim Ahmad (Johor Bahru), Abd. Hamim Suleiman (Johor Bahru), Mohd. Hafiz Mohd. Suip (Kuching), Kelana Ayu (Bintulu), Ahmad Sobri Hasmuni (Johor Bahru), Mohd. Qhauhd Abd. Rashid (Selangor), Mohd. Rashidi Mohamad Isa (Ipoh) dan Mohd. Yazid Ibrahim (Johor Bahru). Lebih menarik, musim ini juga mencipta rekod tersendiri dengan penyertaan lebih ramai peserta yang sudah berkahwin, berbanding musim-musim terdahulu yang rata-ratanya hanya mempunyai seorang atau dua peserta saja yang telah berkahwin. Barisan 20 orang peserta yang terpilih. Selain Ismaliza dan Lizda, empat peserta musim ini yang telah pun mendirikan rumahtangga ialah Rubisa, Mohd. Rashidi, Kelana Ayu dan Claudia. Kesemua 20 peserta ini sedang mengikuti kursus orientasi selama seminggu dan senarai peserta yang layak menjadi finalis AF7 akan diumumkan pada Tirai AF7 yang akan disiarkan pada Ahad ini, pukul 9 malam di Astro Ria. Seramai 12 hingga 14 peserta akan dipilih untuk bergelar finalis AF musim ini yang menampilkan tagline 'satu transformasi akan berlaku'. "Melalui pemerhatian pihak produksi sejak sesi ujibakat pada awal Januari lalu, kami dapat melihat sambutan yang amat memberangsangkan dari semua pihak bagi menjayakan AF7. "Di sepanjang sesi ujibakat yang telah berlangsung di empat buah negeri, kami berjaya meraih lebih dari 9000 penyertaan dan ini merupakan rekod tertinggi yang pernah dicatatkan berbanding pada musim-musim lepas. "Dua puluh calon pelajar yang terpilih ini merupakan yang terbaik di antara yang terbaik. Namun, hanya sejumlah pelajar yang benar-benar menonjol akan menerima transformasi selepas pengumumannya pada program Tirai Akademi Fantasia 7 nanti," kata Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul. Mengulas tentang jawatan Pengetua yang masih menjadi teka-teki sehingga kini, kata Khairul, pihak produksi telah pun memilih individu yang dilihat layak memegang kerusi tersebut. Namun, kata Khairul, buat masa ini nama itu belum dapat didedahkan bagi mengekalkan elemen kejutan program tersebut. "Pada awalnya memang kami rancang untuk umumkan nama Pengetua pada hari ini. "Tetapi setelah berbicang semula, kami rasa lebih sesuai jika kami tampilkan Pengetua itu buat pertama kali di dalam program Diari AF pada 9 Mac ini, pada jam 9 malam," kata Khairul yang enggan mengulas lanjut tentang jawatan 'panas' itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 04 Mar 2009, 8:25 am | |
| Gambar Dafi & Shila @ Sidang Media Kempen CAMNI-LAH Pilih saja Konsert apa pun, di mana saja di seluruh dunia bersama Coca-Cola, “Camni-lah!” Jika anda mampu melakukan sesuatu mengikut keinginan anda, semestinya anda akan menghargai peluang menonton konsert pilihan anda, di mana-mana saja di dunia ini; kerana itulah cara yang sepatutnya. Perkara sebegini jarang-jarang terjadi di dunia sebenar, tetapi jika ia berlaku, anda sepatutnya menjerit “Camni-lah!” (slanga rakyat Malaysia untuk Macam inilah!). Nampaknya sekarang anda boleh melaungkan “Camni-lah!” kerana Coca-Cola bakal menghadiahkan peluang menikmati pengalaman muzik menakjubkan kepada dua rakyat Malaysia bertuah dengan semua perbelanjaan perjalanan untuk dua orang ditaja sepenuhnya ke apa-apa konsert, di mana-mana saja di dunia ini – Anda Pilih, Anda Tentukan. Anda juga mungkin berpeluang pergi ke belakang pentas dan berkenalan lebih rapat dengan penyanyi kegemaran anda. Pengalaman sekali dalam seumur hidup ini bakal berlaku bila seorang insan bertuah menjumpai Tin Coca-Cola Menyanyi “terpilih”. Jika tin Coca-Cola itu boleh menyanyi (ia akan melagukan “Camni-lah!”, andalah pemenang hadiah utama!) sebaik saja anda membukanya, dengar dengan teliti cara bagaimana anda boleh menebus hadiah anda itu. Tin istimewa ini, berserta seribu lebih tin yang lain, bakal dikeluarkan ke pasaran di negara ini tidak lama lagi dan sedia untuk menyanyi di saat penutupnya ditarik. Ribuan lagi hadiah menarik lain sedia untuk dimenangi seperti telefon bimbit Nokia 5800 XpressMusic ihsan daripada Nokia Malaysia, iPod Nanos (8 GB) dan iPod Shuffles (1 GB). Tempoh promosi adalah antara 1 Mac hingga 30 April 09. Butiran lanjut boleh didapatkan dari iklan di televisyen dan radio, material tempat jualan di kedai-kedai dan di www.coke.com.my. Promosi hebat ini adalah hasil kerjasama empat jenama terbesar dan paling berharga di dunia: Coca-Cola, Nokia, Universal Music dan Apple. “Hadiah-hadiah hebat yang ditawarkan ini adalah cara Coke untuk mendorong rakyat Malaysia, kami cuba terbabit dalam acara tempatan dan global yang mempunyai kesan kepada hidup mereka. Ia adalah suatu pandangan positif ke depan dan kempen “Camni-lah!” ini merupakan satu jemputan untuk menikmati hidup dengan sisi yang positif,” kata pengurus jenama Coca-Cola, Lin Jo-Yi. Coca-Cola juga turut akan memperluaskan kempen muzik Camni-lah!” dengan antem Coca-Cola yang menampilkan lirik yang positif dan menaikkan semangat, yang memanifestasikan hidup dengan Coca-Cola Side of Life. Lagu dan video muzik pengenalan muzikalnya yang menarik bertajuk “Rentak Optimis”dilantunkan oleh Shila (The 8 Unit & Monkey Bone) dan Dafi (KRU Music), dua penyanyi Malaysia yang sedang meningkat naik dan menjadi pujaan ramai. Lagu ini pada asalnya dikonsepsikan oleh agensi kreatif McCann Erickson – digubah oleh Adelaine Hoh, lirik ditulis oleh Tun Khalidah dan skor & terbitan original oleh Iskandar Siva. Persembahan akhir disusun semula dan diterbitkan oleh dua nama besar dalam industri muzik tempatan – Ahmad Izham Omar dan Audi Mok. Kedua-dua lagu dan video muzik “Rentak Optimis” boleh dimuat turun dari www.coke.com.my. Video muzik “Rentak Optimis” yang menampilkan Shila dan Dafi akan diadaptasikan menjadi iklan televisyen dan bakal disiarkan di stesen-stesen TV tempatan bermula 1 Mac 2009. Kempen Coca-Cola “Camni-lah!” dicipta khas pada tahun lalu untuk pasaran Malaysia, merangkumi budaya dan bahasa tempatan dengan mesej optimistiknya dan memandang hidup dari sudut yang positif, sejajar dengan tema jenama ini iaitu “Live on the Coke Side of Life”. “Kempen “Camni-lah!” disasarkan untuk mendorong rakyat Malaysia kerana apabila orang merasa terdorong, mereka merasa positif dan itu memperkasa mereka untuk menghargai hidup mereka sendiri,” tambah Lin di majlis pelancaran yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 12 of 20 | Go to page : 1 ... 7 ... 11, 12, 13 ... 16 ... 20 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |