Number of posts : 1497 Age : 56 Location : Kuantan,Pahang. Registration date : 10/05/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 10 Mar 2009, 7:44 am
Good artikel.... mcm ni tak payah beli langgan... saya pun sekarang mmg dh tk langgan mana2 majalah sebab bosan dgn ape yg mrk paparkan.... lbh mudah cari di sini... bila ada ape2 berita ttg artis...suami saya selalu kata 'pi lah survey kat pekanrabu...msti ada citer ttg artis tu'... kdg2 kelakar gak sb suami saya tu bkn jns yg suka baca gossip artis tapi blh berkata sebegitu..... tahniah kpd mamarazzi yg ada dan yg tk kedekut informasi....
yummie_sue Ahli VIP
Number of posts : 1235 Age : 40 Registration date : 27/06/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 10 Mar 2009, 12:14 pm
permintaan,blh x cik sally korek2 news ttg artis name tilla yg dolu2 femes dgn lgu rela.lame xdengar cerita ttg dia.. nih sue paste kn lgu dia,tp bkn dianye video klip la...
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 10 Mar 2009, 2:15 pm
mamzie wrote:
Good artikel.... mcm ni tak payah beli langgan... saya pun sekarang mmg dh tk langgan mana2 majalah sebab bosan dgn ape yg mrk paparkan.... lbh mudah cari di sini... bila ada ape2 berita ttg artis...suami saya selalu kata 'pi lah survey kat pekanrabu...msti ada citer ttg artis tu'... kdg2 kelakar gak sb suami saya tu bkn jns yg suka baca gossip artis tapi blh berkata sebegitu..... tahniah kpd mamarazzi yg ada dan yg tk kedekut informasi....
mekasih la kak..sbb sudi singgah kt umah saya.. berita yg di paparkan smua terkini n sensasi tau!!! jgn lepaskan peluang akak n hubby ek..!!hehehe
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 10 Mar 2009, 2:19 pm
Tiara pengetua AF wanita pertama
Pelakon, penerbit dan penggiat teater terkenal, Datin Seri Tiara Jacquelina mencipta sejarah baru di dalam program Akademi Fantasia apabila dipilih menjadi Pengetua wanita pertama untuk menerajui musim terbaru program realiti popular itu.
Pemilihan Tiara, 41, sebagai Pengetua Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) ini akhirnya menamatkan teka-teki siapa yang layak menduduki kerusi 'panas' itu setelah beberapa nama turut disebut-sebut sebelum ini antaranya Datuk Sheila Majid, Norman Abdul Halim, Aznil Nawawi dan Anita Sarawak.
Pengumuman itu dibuat menerusi episod pertama program Diari AF yang disiarkan di saluran Astro Ria, pada pukul 9 malam tadi.
Mengulas mengenai transformasi yang ingin dilakukannya pada musim terbaru ini, kata Tiara, dia telah menyusun visi dan misi yang akan diterapkan kepada semua peserta.
"Transformasi bagi saya ialah perlu berani buat sesuatu yang baru. Saya ingin menjadikan AF7 ini adalah yang terbaik. Kalau boleh, saya ingin AF7 melahirkan bakat-bakat yang luar biasa dan menjadi ikon di tanahair.
"Mungkin impian itu terlalu tinggi, tetapi industri kita memang memerlukan transformasi seperti ini. Saya sengaja letakkan matlamat yang mungkin kedengaran agak tidak masuk akal untuk semua projek yang saya lakukan termasuklah AF7, agar saya dapat lihat sejauhmana ia boleh dicapai.
"Bagi saya, tidak salah meletakkan 'benchmark' yang tinggi. Jika kita tidak berazam dan berusaha, kita tidak tahu kemampuan kita. Dan semua ini akan dilakukan secara bersepakat di antara saya, pelajar dan barisan tenaga pengajar," kata Tiara, bersemangat.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 10 Mar 2009, 2:34 pm
gambar Selebriti sekitar malam final raja lawak 3
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 10 Mar 2009, 2:38 pm
Liena Hangat Sah bergelar isteri Mohd. Zaipul
Setelah empat tahun hidup bersendirian, penyanyi Liena Hangat kini isteri kepada Mohd. Zaipul Bahri Ghazali, selepas selamat diijabkabulkan di Masjid Negara (8/3).
Berwalikan bapa Liena, Abdul Rahman Ahmad, 66, pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan, Penceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Abdullah Hashim dengan mas kahwin RM404.
Dengan sekali lafaz, Liena atau nama sebenarnya Norazlina Abdul Rahman, 37, dan Zaipul, 35, sah menjadi suami isteri tepat pukul 10.45 pagi. Pasangan mempelai kelihatan berseri mengenakan busana sedondon rona putih.
Ini merupakan perkahwinan kali kedua bagi penyanyi yang popular dengan lagu Ceria Dalam Gundah itu setelah berjaya menuntut fasakh daripada bekas suaminya, Muhammad Jamal Deluloy Abdullah pada Ogos tahun lalu.
Pada majlis itu, rombongan lelaki membawa sembilan dulang hantaran antaranya wang hantaran RM22,000 termasuk RM15,000 dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN), sirih junjung, tas tangan dan kasut berjenama Louis Vuitton, produk penjagaan wajah serta senaskhah al-Quran.
Liena membalas dengan 11 hantaran termasuk sirih junjung, kasut, kek, tali pinggang serta jam tangan dan minyak wangi Mont Blanc.
Ketika ditemui, pasangan itu memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana majlis pernikahan mereka berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah, majlis kami berjalan lancar. Inilah yang kami mahu, semuanya sederhana dan tidak berlebihan. Harap-harap perkahwinan kami diberkati selamanya,” kata Liena.
Majlis persandingan khusus untuk rakan-rakan artis, media dan keluarga terdekat diadakan malam ini bertempat di restoran Bora Ombak, Ampang, Selangor.
Majlis resepsi keluarga Liena bakal diadakan pada 14 Mac ini di kediaman mereka di Skudai, Johor, manakala bagi pihak Zaipul pula akan berlangsung di Kelantan pada 21 Mac ini.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 10 Mar 2009, 2:40 pm
Radhi Mahu Cabar ex-Isteri di Mahkamah
“SAYA yang cabar dia pergi ke mahkamah.” Itulah pengakuan vokalis OAG, Mohd. Radhi Razali, 32, kepada Shazlin Sharif berhubung punca pergolakan rumah tangganya yang sudah berlarutan sejak lebih setahun lalu.
Menurut Radhi, ketika pertengkaran hebat berlaku antaranya dengan isteri, dia telah terlepas cakap dengan mencabar isterinya, iaitu satu tindakan yang dia sendiri kesali.
“Biasalah bila tengah ‘panas’, saya ada cabar dia. Mungkin sebab itu dia terus ke mahkamah dan membuat tuntutan fasakh.
“Tetapi saya masih sayangkan dia dan kalau boleh saya tak mahu berpisah dengannya,” tuturnya tanpa mahu berselindung.
Gambar kenangan bersama
Ini adalah penjelasan pertama Radhi setelah sekian lama mendiamkan diri dan tidak bercakap dengan pihak media yang ‘mengejar’nya bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung masalah rumah tangganya yang tiada titik noktah.
Radhi sebagai defendan kes itu juga gagal menghadirkan diri ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya sebanyak empat kali bagi mendengar permohonan yang dibuat oleh isterinya.
Mahu membela diri, menurut Radhi, dia mempunyai alasan kukuh kenapa tidak muncul di mahkamah.
“Selain sibuk dengan kerja, saya tak pergi mahkamah kerana tidak pernah mendapat sapina yang meminta saya hadir ke mahkamah. Kalau tak ada surat itu, kiranya saya tak diwajibkan hadir,” katanya.
Selain itu, menurut Radhi, dia tidak mempunyai kekuatan untuk ke mahkamah memandangkan masih menyayangi isterinya dan berharap agar tidak berlaku perceraian antara mereka.
“Mungkin isteri saya tersilap isi borang untuk meminta saya hadir ke mahkamah. Lagipun bukan saya yang pinta perceraian itu,” jelasnya.
Tambah Radhi, sebelum ini mereka pernah dinasihatkan supaya berbaik semula memandangkan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Mohd. Rifdhi Muslim, 4 tahun.
Namun, dengan wajah kesal, Radhi memberitahu, sehingga kini dia tidak berkesempatan untuk bertentang mata dengan isterinya untuk berbincang hal berkenaan secara serius.
“Kami telah berpisah dan tidak tinggal sebumbung sejak 15 bulan lalu. Sehingga kini saya tak dapat nak jumpa dia untuk selesaikan masalah kami. Tetapi nafkah anak, tetap saya jaga.
“Bila masalah ini sudah dibawa ke mahkamah, satu saja yang saya harapkan. Saya harap agar mahkamah mengeluarkan perintah supaya kami tinggal bersama di rumah saya, bukan di rumah keluarga isteri.
“Selama ini saya tak kisah, mungkin dia mahu belajar tentang hal rumah tangga dengan ibunya, tetapi saya rasa kami kena tinggal sendiri. Saya kahwin kerana dia. Jadi, dia perlu percaya dan memahami kehidupan artis seperti saya.
“Pernah sekali saya cuba praktis di rumah untuk lafaz cerai, tapi setiap kali saya nak ungkap perkataan itu, saya tak sanggup dan tak mahu kehilangannya,” ujar Radhi lagi.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 10 Mar 2009, 3:16 pm
Joeza risau mengarah ‘3 Janda’?
Antara barisan pelakon drama '3 Janda'. -foto The Star oleh SAHAR MISNI
JIKA melihatkan bakat dan pengalamannya dalam bidang pengarahan drama, Nor Jauza Rasidi atau Joeza mesti sudah yakin untuk mengarah drama seterusnya jika diberikan tawaran.
Antara drama yang pernah diarahkan olehnya sebelum ini adalah Renjis musim pertama, Cerita Hantu Singapura, 2 Kali Aku Mencintaimu, dan Hartamas (pengarah jemputan).
Namun sebaliknya berlaku tatkala dia ditawarkan mengarah drama ‘3 Janda’ terbitan MIG Beats Sdn. Bhd.
Skrip drama 13 episod ini ditulis oleh Siti Jasmin manakala idea asal ceritanya datang daripada isteri produser David Teo iaitu Jane Lim.
“Apabila melihat tajuk dramanya, saya ingatkan ceritanya ala-ala ‘gedik’.
“Jadi, pada mulanya setelah mendapat tawaran drama ini, saya rasa risau juga.
“Tetapi apabila telah membaca skrip yang ditulis oleh Siti Jasmina Ibrahim, saya kaji watak-watak dalam cerita itu ok.
“Saya suka watak-watak wanita yang ditonjolkan dalam drama itu kerana saya suka bermain dengan karektor perempuan.
“Dengan skrip yang baik dan artis yang ada, saya lihat mereka ini boleh pergi jauh,” komen Joeza mengenai drama yang dibintangi oleh Rozita Che Wan, Lisa Surihani dan Norliyana Samsudin ini.
Jelas Joeza, dia tidak terkejut apabila mengetahui watak janda disandang oleh pelakon seperti Rozita Che Wan.
“Namun begitu, saya terkejut apabila Liana dan Lisa juga akan berlakon watak janda di dalam drama ini.
“Berdasarkan sesi ujibakat yang dilakukan, mereka telah menyampaikan lakonan mengikut garis sepatutnya dan semuanya bagus.
“Lisa melakonkan watak seorang anak kedua yang berperangai baik manakala Liana merupakan anak bongsu dan janda ‘gedik’,” ulasnya yang akan mengarah drama itu mengikut realiti yang berlaku di luar sana.
Tambah Joeza, walaupun jalan ceritanya nampak seperti serius, dia akan cuba menjadikan drama ini dalam bentuk ‘humor’ dan menarik.
“Drama ini bukan dikategorikan sebagai ‘drama berat’ sebaliknya ia akan memberikan suatu persepsi yang membuatkan penonton dapat menerima cerita yang akan disampaikan.
“Asas drama ini juga seolah-olah bergenre komedi. Cuma konflik di dalam drama ini sahaja yang kadangkala boleh membuatkan ia menjadi ‘berat’.
“Saya akan cuba adunkan drama ini menjadi seakan-akan drama Renjis dan Mertua Vs Menantu,” terang Joeza yang memasuki pengambaran drama tersebut pada 5 Mac lalu di sekitar Kuala Lumpur.
Drama ini merupakan satu idea yang cuba diketengahkan sebagai medium untuk memaparkan kisah kehidupan masyarakat yang berlaku dewasa ini.
Drama ini mengisahkan tentang tiga wanita dalam dunia metropolitan menduga kekuatan diri dan matlamat hidup. Mereka datang dari keturunan yang sama. Mereka tiga bersaudara yang sama didikan namun berbeza pendirian dan penampilan.
Ini kisah kehidupan tiga beradik iaitu Kartika, Intan dan Suria yang akhirnya mengalami nasib bergelar janda.
3 Janda turut dilakonkan oleh pelakon terkenal seperti Farid Kamil, Awal Ashaari, Khaty Fuziah dan Abu Bakar Omar.
3 Janda akan menggantikan slot yang sama dengan Mertua Vs Menantu mulai 22 April ini di Astro Prima (saluran 105) setiap Rabu pukul 10 malam.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 10 Mar 2009, 3:18 pm
Jangan panggil saya 'The Rock' lagi!
Gelaran 'The Rock' biasa digunakan oleh Johnson dalam arena gusti WWE wrestling satu ketika dulu.
JANGAN panggil saya "The Rock' lagi, kata pelakon Dwayne Johnson. Walaupun nama" The Rock " itu begitu sinonim dengannya, Johnson inginkan imej baru kini.
Disebabkan nama itu jugalah, nama Johnson begitu dikenali dalam arena gusti WWE wrestling satu ketika dulu.
Kini tumpuan aktor berbadan sasa ini bukan untuk mencipta nama dalam arena gusti lagi tetapi untuk memecah box office.
"Saya suka bidang lakonan dan agak lama saya tidak melakonkan watak yang menggunakan aksi fizikal Jadi saya agak teurja bila diberi peluang berlakon dalam filem, "The Race to Witch Mountain." Rasa lama betul saya tak tendnag orang," kata Dwayne berjenaka. Sewaktu dia berlakon dalam filem-filem lasak seperti "The Scorpion King," "The Rundown," dan "Doom," Johnson masih selesa dengan panggilan 'The Rock'.
Lagipun pada ketika itu, superstar gusti begitu dikagumi bukan sahaja kerana kekuatan fizikalnya tetapi kerana dia juga pandai berlakon.
Johnson meneroka bidang lakonan dengan variasikan watak-watak dalam filem-filem berikutnya sehinggalah menjadi hos bagi"Saturday Night Live" pada tahun 2000 dan 2002. Beliau juga berjaya menunjukkan versatilinya dengan membawa watak dalam filem "The Game Plan" dan "Witch Mountain."
"Saya sukakan semua jenis filem tidak kira yang dibuat khas untuk seisi keluarga atau filem lasak," jelas Johnson yang mengaku dia sebenarnya seorang yang lembut hati dan mudah menangis.
Sambungnya, "Saya sukakan filem yang buat saya rasa gembira. Kalau yang sedih tu, saya tidak berapa selesa..."Dan filem terakhir yang ditontonnya yang membuat dia menangis ialah "The Wrestler."
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 10 Mar 2009, 3:20 pm
Saya tidak bermusuh dengan Preity, kata Shilpa
Shilpa tidak mengaku bermusuh dengan Preity Zinta.
AKTRES Shilpa Shetty cuba sebaik mungkin untuk menamatkan segala spekulasi tentang permusuhannya dnegan aktres jelita Preity Zinta.
Semuanya bermula apabila Shilpa dan Raj Kunda ingin meraikan kejayaan mereka masuk ke IPL di Grand Hyatt.
Untuk menutup mulut media yang selalu mensensasikan kisah permusuhan mereka, Shilpa telah mengundang Preity untuk hadir sama.
"Saya benar-benar inginkan semua cakap-cakap negatif tentang persengketaan kami berhenti. Saya sudahpun menghantar SMS pada Preity mengundangnya ke majlis kami.
"Tapi sayang sekali, Preity berkata, dia teringin sekali hendak datang tapi malangnya dia tidak ada dalam negara," kta Shilpa.
Shilpa juga beranggapan spekulasi tentang dia dan Preti bermusuh tidak masuk akal langsung.
"Kami dibesarkan di kalangan keluarga yang baik-baik. Kami telah bersama ketika Bachchan's Tour. Sungguh tidak logik bila orang kata kami bermusuh," kata aktres seksi itu [code]
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 10 Mar 2009, 3:23 pm
Misha Omar Turut Berlakon Drama Siri Julia Juli - TV3 Dan TV9
TV3 muncul lagi dengan dram a-drama menarik menanti penonton-penonton setianya melalui slot Lagenda, Akasia dan Sinetron.
Terbaru, TV3 akan menyiarkan siri ‘Julia Juli’ yang akan menemui penonton mulai 3 Mac 2009 melalui slot Lagenda. Drama ‘Matahari’ juga akan menemui penonton mulai 30 Mac 2009 melalui slot Akasia, manakala drama bersiri Indonesia, ‘Upik Abu & Laura’ akan menemui penonton juga mulai 30 Mac 2009 melalui slot Sinetron.
Pelakon-pelakon siri ‘Julia Juli’ yang membariskan pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Dynas, Misha Omar, Nik Safiyah, Zed Zaidi, Danny, Abby Abadi, Rahim Jelani, Syawal AF, Aqasha, Imuda dan pelakon-pelakon ‘Matahari’ seperti Lisdawati, Fahrin Ahmad, Aida Aris, Fauzi Nawawi, Hamidah Wahab, Syukery Hashim, Arash Mohd, Iqram Dinzly, Jehan Miskin, Erry Putra, Ako Mustapha, Fizow Omar, Sabrina Ali, Nur Khiriah dalam sesi ramah mesra bersama mereka.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 10 Mar 2009, 3:27 pm
Pelakon Arni Nazira akan bernikah 10 April Ini
Penyanyi dan pelakon, Arni Nazira Anuar (gambar), 31, bakal menamatkan zaman solonya apabila dijadual melangsungkan pernikahan dengan seorang rakan sekolahnya pada 10 April ini.
Arni mengaku akan kahwin
KUALA TERENGGANU - Penyanyi dan pelakon, Arni Nazira Anuar, 31 (gambar) mengesahkan akan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang dikenalinya lebih 10 tahun lalu.
Beliau yang dihubungi semalam memberitahu, kad undangan perkahwinannya juga sudah ditempah dan akan diedarkan seminggu atau dua minggu lagi.
"Persiapan juga sudah dilakukan sama macam persediaan orang lain yang nak kahwin," katanya ketika dihubungi semalam selepas usaha untuk menemuinya di kediamannya dekat sini tidak berhasil.
Beliau mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai kenyataan seorang sumber rapat keluarga bakal suaminya itu yang menyatakan pasangan itu bakal bernikah 10 April ini.
Arni sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 41, pada 10 Disember 1998 tetapi jodoh mereka tidak kekal. Mereka berpisah pada 16 Oktober 2007.
Last edited by sally_eiyna on Tue 10 Mar 2009, 4:01 pm; edited 1 time in total
mamzie Mod PR
Number of posts : 1497 Age : 56 Location : Kuantan,Pahang. Registration date : 10/05/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 10 Mar 2009, 3:47 pm
Alhamdullh...patah tumbuh hilang berganti.... Hidup harus diteruskan jgn asyik sibuk bersengketa kat mahkamah sampai lupa jaga diri....now dh ada teman yg akn sama2 berkongsi masalh.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 10 Mar 2009, 3:52 pm
(Gambar) Nurul si Janda Ajai..
Berikut adalah gambar-gambar si janda Ajai ni..makin hari makin menjadi..Menjadi apa?Korang pikir la sendiri ek..!!
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 10 Mar 2009, 3:53 pm
mamzie wrote:
Alhamdullh...patah tumbuh hilang berganti.... Hidup harus diteruskan jgn asyik sibuk bersengketa kat mahkamah sampai lupa jaga diri....now dh ada teman yg akn sama2 berkongsi masalh.
di tujukan pada sape ek!????
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 10 Mar 2009, 4:04 pm
Sepah bakal ganti Senario?
KUMPULAN Sepah yang menjadi juara Raja Lawak musim ketiga membuka peluang mereka untuk menjadi pelawak pelapis negara.
MALAM Jumaat lalu, ternyata memberikan satu kejutan manis dan pastinya, ia akan tercatat sebagai satu pengalaman baru dalam diri tiga anak muda yang menamakan kumpulan mereka sebagai Sepah.
Masakan tidak, buat julung kalinya, setelah tiga musim bersiaran, pertandingan realiti, Raja Lawak berjaya menobatkan peserta berkumpulan pertama dalam pertandingan itu dengan menewaskan pencabar terdekat mereka, Jihan dan Amir.
Kemenangan Sepah yang dianggotai oleh Shahmira Muhamad, Mohd. Nadzri Zainal Abidin dan Mohd. Noor Murad sebenarnya adalah sesuatu yang sudah dijangka dari awal.
Walaupun sebelum pertandingan bermula, sudah ada suara-suara yang membisikkan satu-satunya peserta wanita di peringkat akhir, Jihan akan menjuarai pertandingan itu sekali gus memecah dominasi peserta lelaki yang diangkat sebagai juara sebelum ini.
Namun, itulah rezeki dan bak kata pepatah lama, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Apa yang pasti, dengan bergelar juara, kumpulan Sepah berjaya mengisi kekosongan bakat pelawak yang ada di negara ini yang kelihatan semakin tandus.
Setidak-tidaknya dengan kehadiran kumpulan berasal dari Johor ini mampu memberikan variasi kepada industri yang sering disogokkan dengan muka yang sama mendominasi segala medium yang terhidang untuk masyarakat.
Bukan itu sahaja, ada kalanya mereka kelihatan seperti kekeringan idea dan disebabkan itu lawak yang mereka tampilkan kelihatan begitu bodoh lantas mencerminkan betapa ceteknya ilmu yang ada dalam diri mereka.
Tetapi, bagi kumpulan Sepah, mereka berjaya menghasilkan sesuatu produk yang segar dan mudah diterima walaupun ada kalanya, ia mempunyai maksud yang tersirat sehingga ia mampu dilabelkan sebagai lawak lucah.
Tetapi bagi mereka, ia terpulang kepada penerimaan penonton dan peminat untuk menafsir sendiri apa yang mereka cuba sampaikan.
"Dengan berjayanya kami melangkah masuk ke gelanggang ini, ia merupakan tanda aras baru untuk kami dalam memberikan persembahan yang baik.
"Bukan mudah untuk membuat orang ketawa dan kami juga tidak memikirkan tentang kemenangan kerana misi kami adalah untuk memastikan penonton dan peminat kami terhibur dengan persembahan kami.
"Ini kerana undian mereka itu sememangnya cukup berharga dan apabila amanah itu diberikan kepada kami, maka dengan itu, kami harus lakukan yang terbaik.
"Sepanjang 10 minggu berada di sini, telah banyak yang kami belajar dan Insya-Allah, kami juga tidak akan berhenti setakat ini sahaja kerana perjalanan kami masih lagi panjang," kata Nadzri mewakili teman-temannya sewaktu sidang media sejurus selepas pertandingan berakhir.
Dengan gelaran juara, kumpulan Sepah berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Citroen Picasso serta wang tunai berjumlah RM20,000 selain barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro.
Memang tidak dinafikan, sepanjang perjuangan mereka di gelanggang Raja Lawak, mereka berjaya mempamerkan persembahan yang cukup konsisten sehingga mendapat pujian daripada tiga pengkritik tetap iaitu Fauziah Nawi, Zaibo dan Shamsul Ghau Ghau dan Adlin Aman Ramlie selaku juri undangan pada malam pertandingan akhir.
Lantaran itu, apabila mereka dijulang sebagai juara, tiada apa yang harus dipertikaikan kerana apa yang mereka tampilkan pada malam pertandingan akhir sememangnya melayakkan mereka membawa pulang gelaran itu.
"Ini merupakan permulaan untuk kami bagi meneruskan apa yang kami minat selama ini. Dan, apabila anda mengatakan kami sudah mampu menggantikan tempat kumpulan Senario, ia satu penghormatan buat kami.
"Ternyata, kami belum sampai ke tahap itu lagi dan kami menghormati Senario sebagai kumpulan lawak yang kami kagumi. Apa yang kami harapkan adalah untuk kekal di persada seni tanah air," kata Noor pula.
Ternyata, pintu untuk kumpulan Sepah kini sudah terbuka luas dan apa yang pasti, mereka akan melalui satu fasa baru dalam hidup mereka yang sebelum ini tidak langsung mereka fikirkan.
Menjadi sanjungan peminat dan berada di dalam dunia glamor sememangnya cukup menguji keimanan dan kekuatan ukhwah sesama mereka.
Malah, adalah menjadi satu perkara yang normal juga apabila mereka akan berdepan dengan senario yang mampu menggoyahkan kedudukan mereka sebagai kumpulan lawak.
Siapa tahu jika selepas ini akan ada tawaran yang mahukan ketiga-tiga mereka bergerak secara solo dan faktor itu juga mampu menyumbang kepada perpecahan kumpulan mereka kelak.
Namun, dengan penuh optimis, Shahmira memberikan jawapannya apabila dia tidak mahu perkara sedemikian berlaku kepada kumpulan mereka.
"Kalau seorang tiada dalam kumpulan ini, ia boleh diumpamakan seperti patahnya sebelah sayap dan bayangkan kalau kedua-duanya tiada, maka, kami tidak mampu untuk terbang tinggi.
"Insya-Allah, kami akan pelihara apa yang kami telah sematkan dalam hati sebelum ini dan apa yang pasti, kami mahu kumpulan Sepah ini akan kekal sampai bila-bila," kata jejaka berusia 24 tahun itu lagi.
Ditanya tentang kekuatan kumpulan mereka, Nadzri memberitahu segala permasalahan yang dihadapi akan diselesaikan secara baik kerana mereka tidak mahu ia menjejaskan persembahan mereka.
"Tidak dinafikan ada kalanya berkumpulan ini masalahnya lebih berbanding dengan pelawak solo kerana akan ada banyak idea sehingga mampu mencetuskan perbalahan.
Platform
"Kami tidak nafikan kewujudan masalah itu tetapi kami selesaikan secara bijak dan matang demi kepentingan bersama. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan dengan baik," jelasnya.
Tentang perkembangan dan hala tuju kumpulan Sepah pula, Astro sudah pun merangka beberapa program sebagai platform untuk mereka mengembangkan lagi bakat mereka.
Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani memberitahu, sebagai permulaan mereka akan tampil dalam sebuah program bercorak hiburan yang akan ditayangkan di Astro Ria (saluran 104) tidak lama lagi.
"Selepas itu, barulah kami akan fikirkan perancangan seterusnya untuk kumpulan Sepah dan semuanya akan dibincangkan bersama Maestro," katanya.
Bagi naib juara, Jihan atau nama sebenarnya, Nuur Jihan Musa, meskipun gagal bergelar juara, tetapi pengalaman yang dikutip sepanjang 10 minggu sememangnya merupakan kenangan yang terindah baginya.
"Banyak perkara yang saya belajar sepanjang pertandingan ini dan apabila berjaya ke peringkat akhir, tiada apa lagi yang mampu saya ungkapkan melainkan syukur.
"Tentang persembahan saya, memang saya tidak nafikan persembahan pertama itu saya tidak melakukan yang terbaik dan saya berasa sedikit kecewa.
"Namun, untuk persembahan kedua, saya menjadi semakin yakin dan apa yang saya persembahkan itu mendapat tepukan serta membuat orang ketawa, saya puas hati. Saya tahu saya tidak pandai menyanyi mengikut tempo tetapi saya lakukan mengikut kata hati saya," ujar wanita berusia 25 tahun ini penuh jujur.
Dengan kemenangan itu, Jihan berjaya membawa pulang sebuah motosikal Naza Blade 250R, wang tunai RM 14,000, barangan elektrik serta trofi sumbangan Astro.
Untuk tempat ketiga pula yang dimenangi oleh Amir atau nama penuhnya, Mohd. Amirullah Azmi, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu berjaya membawa pulang wang tunai RM 8,000, barangan elektrik dan trofi.
"Saya tidak kisah pun apa orang nak kata. Apa yang saya tahu, saya lakukan yang terbaik untuk diri saya kerana inilah diri saya yang sebenar," katanya ketika diminta mengulas tentang persembahan hambarnya pada malam pertandingan akhir itu
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 10 Mar 2009, 4:06 pm
Sheqal ada sebab kenapa bersara
KELUARGA bahagia... Sheqal bersama isteri, Normah Mohd. Yusof dan anak-anak mereka, Ummu Hani dan Mohammad Fathullah.
DI AWAL kemunculannya dengan seluar dan baju batik sedondon dan lilit di kepala ketika mendendangkan lagu-lagu balada nusantaranya, Sheqal dianggap sebagai penyanyi baru yang mempunyai imej tersendiri dan unik.
Apalagi lagu-lagu balada nusantara yang didendangkannya seperti Zapin Rindu-Rinduan benar-benar menusuk hati dan sanubari yang mendengarnya.
Kehidupannya berubah dalam sekelip mata apabila album pertamanya Balada Nusantara terbitan Manan Ngah pada tahun 1991 mendapat kejayaan luar biasa.
Bukan sekadar kehidupan Sheqal yang berubah, bahkan kehadiran penyanyi yang nama sebenarnya Shahrin Salehuddin itu sekali gus mencorak dimensi baru dalam industri muzik tanah air.
Bertolak dari situlah Sheqal,44, melangkah dengan yakin sebagai penyanyi sehingga album keempatnya, Lambaian terbitan Wan Zul dipasarkan.
Sayang sekali, kesilapan yang entah di mana berlaku, album yang mengandungi lagu popular, Sepohon Tapi Tak Serasi menyebabkan Sheqal harus mengucapkan selamat tinggal pada dunia seni.
"Itulah album terakhir saya yang diterbitkan pada tahun 1998. Selepas itu saya terus melupakan dunia seni kerana menumpukan perhatian pada bidang perniagaan yang saya ceburi ketika itu.
"Sayangnya perniagaan yang saya ceburi berhubungkait dengan saham dan pakej perkahwinan juga tidak berjaya kerana tidak ada kemahiran," kata Sheqal dalam satu pertemuan dengan Hits baru-baru ini.
Ketika ini, biarpun kehidupannya semakin jauh dari dunia seni, namun ia cukup membahagiakan Sheqal di samping isteri tercinta, Normah Mohd. Yusof, 42, serta dua permata hati, Mohammad Fathullah, 5, dan Ummu Hani, 4, yang ditemui di Klang, Selangor baru-baru ini.
Selain itu, Sheqal juga mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinan pertama dengan Raja Ema, iaitu Putera Ammar,15 dan Putera Al-Kasyah,12.
Tewas di gelanggang seni serta gagal membina empayar perniagaan, ia bagaimanapun tidak langsung menjejaskan minat dan cinta Sheqal untuk terus bangkit membina keyakinan baru.
Begitu juga dengan kemusnahan perkahwinan pertamanya dengan penyanyi dan pelakon Raja Ema tidak boleh dijadikan alasan kenapa dia tidak boleh bangkit untuk meneruskan perjuangannya.
Bagaimanapun, perjuangan Sheqal kali ini bukan lagi tertumpu pada perniagaan mahupun seni.
Sebaliknya, Sheqal memilih untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya dengan anak-anak bangsa dengan memilih kerjaya sebagai fasilitator.
Bekerjasama dengan Biro Tata Negara sejak awal tahun 2000, dia dilantik sebagai fasilitator dan jurulatih atlet Komanwel selama dua tahun dalam setiap kem motivasi mereka.
Kemudian di bawah syarikat miliknya, Sheqal Klasik, lebih daripada 4,000 kursus motivasi telah dikendalikan.
Apa yang membanggakan Sheqal, khidmat motivasi yang dianjurkan lebih tertumpu kepada penuntut-penuntut universiti dan syarikat-syarikat korporat.
Slot Bersama Sheqal dalam setiap kursus motivasi memberi peluang Sheqal bercakap mengenai seni dalam kehidupan hari ini yang akhirnya perbincangan itu akan kembali kepada Allah.
"Seni yang saya perkatakan bukanlah mengenai bidang nyanyian sebaliknya saya menyentuh mengenai penghasilan sesuatu barang yang kita gunakan seharian.
"Saya akan bercakap bagaimana ia dihasilkan dan siapa dan apa di sebaliknya dan diakhiri dengan aspek berkaitan kebesaran Allah s.w.t," katanya menceritakan skop kerjayanya kini.
Pengalaman membimbing anak-anak bangsa khususnya golongan remaja menerusi kem-kem yang dianjurkan membuka mata Sheqal pada kehidupan sebenar.
Berdasarkan pemerhatiannya juga, apa yang dapat Sheqal rumuskan ialah kebanyakan masalah sosial yang menimpa masalah remaja adalah kerana mereka jauhkan diri daripada Allah.
"Melalui kursus motivasi inilah saya membantu mereka mendekati Allah dan ke arah menjadi pelajar dan pekerja cemerlang dan sebagai pakar motivasi saya juga kena baiki diri sendiri," jelas Sheqal.
Selain menganjurkan kursus motivasi, Sheqal juga banyak mendekatkan diri dengan anak-anak yatim.
Sehingga kini dengan kerjasama ahli-ahli korporat yang banyak memberi sumbangan, Sheqal turut memikul tanggungjawab menjaga kebajikan 200 anak-anak yatim di sekitar negeri Selangor.
Rumah Anak Yatim di Subang Bistari, Puchong dan Petaling Jaya adalah antara anak-anak yatim yang mendapat perhatian Sheqal.
"Mendekati anak-anak yatim kadangkala tanpa disedar air mata boleh menitis. Walaupun kebanyakan mereka kehilangan ayah dan ibu, tetapi ada juga yang masih ada ibu tapi kerana kesempitan hidup terpaksa tinggal di situ.
"Jiwa anak yatim ini terlalu sensitif. Mereka bukan mahukan wang tetapi kasih sayang dan perhatian kita.
"Insya-Allah dengan peruntukan yang diberikan oleh pihak korporat saya akan bina rumah anak yatim tidak lama lagi," cerita Sheqal.
Selain kem motivasi dan menjaga kebajikan anak-anak yatim, Sheqal juga akan muncul kembali dengan album terbarunya tidak lama lagi.
"Jangan terkejut kalau saya kata mahu muncul semula dengan album baru, walaupun sebelum ini saya sudah meletakkan noktah dalam bidang seni.
"Sebenarnya meninggalkan bidang seni adalah satu kesilapan besar yang pernah saya lakukan dalam hidup saya," akui Sheqal.
Namun, bila cuba dicungkil rahsia kenapa dia menyifatkan persaraannya sebagai penyanyi satu kesilapan, Sheqal memilih untuk berdiam diri.
"Panjang ceritanya... Biarlah saya simpan ia sebagai rahsia hidup saya," kata Sheqal mengakhiri perbualan.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 10 Mar 2009, 4:07 pm
'Drama Sebabak' Aznil, Din
RANCANGAN Aznil Riuhkan Pagi ERA Bersama Din Beramboi kelolaan dua penyampai hebat ini dilihat berjaya menaikkan kembali populariti segmen pagi di radio ERA.
SEPANJANG dua minggu, bermula 2 hingga 13 Mac, radio ERA melalui segmen Aznil Riuhkan Pagi ERA Bersama Din Beramboi menganjurkan pertandingan Drama Sebabak Edisi Khas.
Menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM50,000, pertandingan dengan kerjasama Pati Ayam Brand's itu bertujuan untuk menceriakan lagi suasana pagi di kalangan pendengar ERA.
Menariknya, juara bukan sahaja akan membawa pulang wang tunai malah berpeluang muncul dalam filem terbitan KRU Films yang bakal memulakan penggambaran pada pertengahan tahun ini.
Dengan cara menghubungi talian 03-9543 3355 apabila mendengar isyarat penyertaan keudara, pemanggil terpilih kemudiannya dikehendaki berlakon bersama Din Beramboi dalam sketsa ala sebuah drama radio.
Bagi pendengar yang ingin mengambil bahagian tetapi tidak berjaya membuat panggilan ke konti, mereka masih boleh menelefon talian tersebut dari pukul 10 pagi hingga 8 malam untuk uji bakat.
Jika bertuah, Aznil Nawawi dan Din Beramboi akan menghubungi semula mereka pada pagi berikutnya untuk menjadi peserta.
Peserta yang layak untuk menjadi pemenang harian akan ditentukan oleh pendengar ERA lain menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS).
Seramai 10 orang pemenang harian pula akan ke peringkat akhir Drama Sebabak Edisi Khas ERA yang bakal diadakan di Maju Junction, Kuala Lumpur pada 14 Mac ini.
Mereka dikehendaki membuat persembahan drama sebabak secara langsung di hadapan juri profesional yang terdiri daripada Norman KRU dan Saiful Apek.
Menurut Aznil, Drama Sebabak Edisi Khas ERA dilihat mendapat sambutan menggalakkan dan banyak komen-komen positif diterima daripada pendengar yang menyukai program terbabit.
Jelasnya, meski sekadar lakonan ringkas, ia juga sebagai platform kepada pendengar ERA menceburi dunia lakonan selepas dijanjikan muncul dalam filem terbitan KRU Films nanti.
"Mana tahu, jika ada rezeki pemenang Drama Sebabak Edisi Khas ERA akan muncul sebagai pelakon popular satu hari nanti,'' katanya ketika melawat pejabat Utusan Malaysia dan Kosmo bersama Din Beramboi dan Skuad ERA Avanza baru-baru ini.
Ujarnya, sebagai kenang-kenangan, Drama Sebabak Edisi Khas ERA telah pun diterbitkan dalam bentuk cakera padat dengan syarikat rakaman Warner Music bertindak sebagai pengedar.
Kata Aznil, ia memuatkan 10 buah lagu serta himpunan sketsa terpilih dan akan dipasarkan pada 10 Mac ini dengan harga RM25.90. "Idea menerbitkan himpunan sketsa ini muncul daripada Pengurus Rancangan ERA, Nazri Noran,'' jelasnya.
Mesej di sebalik Drama Sebabak
Menjawab soalan mengenai mesej yang hendak disampaikan melalui penganjuran Drama Sebabak Edisi Khas ERA, Aznil memberitahu, ia tidaklah mempunyai mesej yang penting.
Sebaliknya, ia diperkenalkan untuk membangkitkan mood ceria di kalangan pendengar pada waktu pagi.
"Hanya tiga minit sahaja program itu dibawa kepada pendengar. Itulah waktu untuk kita ceria dan lupakan segala masalah dengan ketawa.
"Kalau hendak bawa isu berat pada waktu pagi, itu kami boleh lakukan namun biarlah pendengar dapat sentuhan lain daripada yang lain melalui Drama Sebabak itu,'' ujarnya.
Jelasnya, selain Drama Sebabak Edisi Khas ERA, segmen pagi lain turut mendapat sambutan baik daripada pendengar seperti Pakaian, Warung Pagi dan Jom Debat.
Ditanya mengenai kemunculannya bersama Din Beramboi dilihat sebagai penyelamat kepada radio ERA daripada segi rating, Aznil berkata : "Syukur kerana rating kami masih tertinggi dan segmen pagi pun mencatat rating teratas.
"Kalau hendak kata kami sebagai penyelamat, bagi saya, ia boleh dipertikaikan. Kami bukanlah penyelamat."
Tambah Aznil, kemunculan mereka hanyalah untuk memeriah dan menceriakan waktu pagi kepada pendengar ERA.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 10 Mar 2009, 4:08 pm
Laluan sedekad Westlife
WESTLIFE bakal muncul dengan album terbaru mereka tahun ini.
TIDAK siapa yang akan pernah lupa akan fenomena yang dicetuskan oleh lima orang anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Westlife ini.
Mula mengorak langkah selepas bakat mereka dikesan oleh juri American Idol, Simon Cowell yang terus mengambil mereka menandatangani kontrak di bawah syarikatnya, Syco Music, Westlife tidak menoleh belakang lagi.
Tampil dengan album perdana mereka berjudul Westlife pada tahun 1999, kumpulan yang dianggotai oleh Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily, Shane Filan dan Brian McFadden ketika itu berjaya membuka mata peminat dan masyarakat antarabangsa.
Dengan mempertaruhkan konsep vokal harmoni seperti yang pernah ditampilkan oleh Boyzone dan Take That, ternyata populariti yang dikecapi oleh kumpulan kelahiran Ireland ini melangkaui segala-galanya.
Bermula dengan lagu Swear It Again, If I Let You Go, Fool Again dan Flying Without Wings yang dimuatkan dalam album pertama mereka itu, kejayaan demi kejayaan terus dikecapi oleh Westlife.
Lebih manis lagi apabila kesemua lagu-lagu tersebut berjaya menjuarai takhta lagu-lagu popular di United Kingdom dan juga di seluruh dunia.
Penangan Weslife bukan sahaja dirasai di negara mereka sahaja tetapi ia telah merebak ke seluruh dunia dan peminat mereka kebanyakannya terdiri daripada orang-orang Asia.
Tidak hairanlah setiap kali mereka hadir untuk persembahan dan promosi album-album mereka di Asia, pasti mereka akan disambut dengan penuh meriah dan mencetuskan histeria di kalangan peminat mereka.
Tidak mahu menunggu lama, Westlife terus tampil dengan album kedua mereka berjudul Coast to Coast. Sebagaimana kehebatan album pertama mereka, album ini juga terus meletakkan nama Westlife sebagai kumpulan paling berjaya di dunia.
Lagu-lagu seperti My Love, What Makes a Man dan I Lay My Love on You berjaya menjadi siulan ramai dan album mereka itu berjaya mencatatkan penjualan sebanyak 234,000 unit pada hari pertama dijual pada tahun 2000.
Kejayaan itu sekali gus berjaya mengatasi penjualan album yang pernah dikecapi oleh Take That dan Boyzone sebelum ini.
Meneruskan legasi seni mereka, Westlife tampil dengan album ketiga mereka yang berjudul World of Our Own yang memuatkan lagu-lagu popular mereka seperti Queen of My Heart, Bop Bop Baby dan Uptown Girl.
Seperti kejayaan yang dikecapi menerusi album pertama dan kedua mereka, album ini juga memuatkan lagu-lagu hits yang terus meletakkan mereka di puncak tertinggi.
Kejayaan mereka juga sebenarnya telah membuatkan artis tersohor dunia, Mariah Carey cukup berminat untuk berkolaborasi dengan mereka menerusi lagu Against All Odds (Take a Look at Me Now).
Namun kegemilangan yang dikecapi mereka tidak berpanjangan apabila populariti mereka menurun sedikit demi sedikit.
Lebih-lebih lagi apabila album keempat mereka, Turnaround yang memuatkan lagu malar segar nyanyian Barry Manilow yang dirakamkan semula oleh mereka, tidak mendapat sambutan hangat seperti mana sebelum ini.
Bukan itu sahaja, mahu menampilkan kelainan selepas empat buah album sebelum ini mempertaruhkan muzik pop, album kelima mereka yang berjudul Allow Us To Be Frank juga tidak mencatatkan penjualan yang begitu memberangsangkan.
Meskipun memuatkan lagu-lagu lama dan malar segar yang dirakamkan semula ia tidak berupaya membuatkan Westlife mempertahankan populariti mereka.
Lebih malang lagi, apabila salah seorang anggota mereka Brian McFadden mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada Westlife kerana mahu mencari peluang sebagai penyanyi solo.
Kerana itu, album keenam mereka berjudul Face to Face hanya menampilkan empat orang anggota sahaja. Demi mengenangkan kembali janji yang terpatri sewaktu menjadi artis dulu, mereka hanya mahu kekal dengan anggota yang sedia ada sahaja tanpa bercadang mengambil ahli baru.
Pengunduran Brian bukanlah penghalang untuk Westlife terus mengembangkan bakat mereka dan apabila mereka muncul dengan album The Love Album pada tahun 2006, nama mereka kembali menjadi perhatian.
Ini kerana album mereka itu yang memuatkan lagu-lagu cinta malar segar yang dirakamkan semula telah berjaya mencatatkan penjualan album sebanyak 220,000 unit pada minggu pertama ia dilancarkan selain daripada kematangan yang ditonjolkan oleh mereka dari segala aspek.
Bukan itu sahaja, album berkenaan juga berjaya mengatasi penjualan album kompilasi artis-artis besar yang lain seperti Oasis, The Beatles dan U2 ketika itu.
Tahun ini, Westlife akan muncul dengan album terbaru mereka yang dijangka akan dipasarkan sebelum penghujung tahun dan ia merupakan album terbaru mereka selepas muncul dengan album Back Home dua tahun lalu.
Sebelum munculnya album terbaru mereka itu, Sony Music Entertaiment telah pun mengeluarkan album Westlife: The Karaoke Collection yang sudah pun berada di pasaran sebagai tanda sedekad mereka bergelar artis.
Album yang diterbitkan dalam bentuk VCD dan DVD itu memuatkan 22 buah lagu hits Westlife dari album pertama sehingga ke album Back Home.
Sehubungan itu, pihak Sony Music dengan kerjasama Red Box akan menganjurkan peraduan karaoke lagu-lagu Westlife yang mempertaruhkan wang tunai RM1,500 sebagai hadiah utama selain daripada hadiah-hadiah lain.
Bagi peminat Westlife dan kaki karaoke, apa yang perlu anda lakukan adalah untuk mengisi borang penyertaan yang terdapat di dalam album tersebut dan hantarkan sebelum atau pada 13 Mac ini.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 10 Mar 2009, 4:13 pm
Beli BMW hasil tajaan?
"Hidup ini umpama putaran roda. Ada ketikanya kita berada di atas, malah ada waktu juga kita berada di bawah. Dengan situasi kewangan saya yang masih okey, saya tidak anggap ia menjadi satu kesalahan besar" – RIZ
BARU melangkahkan kaki keluar daripada Akademi Fantasia 6 (AF6) setahun lepas lantas cuba memperjudikan diri demi bergelar anak seni, namun Riz dilihat sudah memandu kereta mewah.
Pasti ada yang terkejut melihat anak muda berusia 24 tahun itu memegang stereng kereta mewah BMW 320i walaupun bakat serta kredibilitinya sebagai insan seni di negara ini masih terlalu mentah untuk dibicarakan.
Lantaran itu, timbul gosip nakal yang mengaitkan dia ditaja oleh individu tertentu lebih-lebih lagi undangan nyanyiannya yang diperolehi tidaklah sekencang ibarat penyanyi popular lain.
Maka tidak hairanlah apabila dia mampu hidup mewah dalam sekelip mata, tanpa perlu bersusah payah berbanding dengan kesukaran yang dijalani oleh anak seni lain yang baru melibatkan diri dalam dunia seni.
Riz bagaimanapun menyedari dirinya diperhatikan masyarakat yang meragui kemampuan dirinya memiliki kereta mewah.
Justeru, Riz mengaku memang benar dia memandu kereta import yang disifatkan boleh tahan harganya di pasaran.
"Sebenarnya saya beli kereta ini daripada komposer terkenal, Ajai beberapa bulan yang lalu. Ia merupakan kereta terpakai.
"Kereta ini saya beli dengan harga tidak sampai RM200,000, tetapi saya tidak mahu cakap lebih lanjut tentang harga sebenar yang saya bayar untuk beli kereta ini.
"Saya sedar orang ramai berprasangka buruk dengan pembelian kereta mewah ini, sedangkan saya masih baru sahaja memulakan kerjaya sebagai artis dan tawaran pertunjukan pentas tidaklah lebat dalam setiap bulan.
"Pernah terdengar jugalah kononnya saya dibela oleh sugar mummy, malah ada juga yang mengaitkan saya ditaja sugar daddy.
"Memang kelakar rasanya apabila saya terdengar tohmahan yang tidak berasas sama sekali ini," katanya sambil tertawa semasa ditemui dalam majlis pra dengar album pertamanya, Bermula Semula di Maestro Talent & Management Sdn. Bhd., di Bukit Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
MENARUH harapan. Riz yakin album sulungnya yang meraih sentuhan Ajai bakal memiliki daya saing di pasaran.
Menghuraikan lebih lanjut, Riz memberitahu, kereta BMW itu dibeli dengan menggunakan sumber kewangan hasil titik peluh sendiri selepas bergelar seorang penyanyi.
"Saya bayar wang pendahuluan kereta ini menggunakan duit simpanan peribadi dan dicampur dengan wang yang diterima sebanyak RM15,000 hasil kemenangan saya setelah diumum sebagai naib juara AF6.
"Kalau ada orang lain yang mendakwa saya tidak dapat banyak meraih undangan nyanyian, tetapi saya tetap bersyukur kerana masih mampu untuk bayar ansuran bulanan kereta.
"Sekiranya dalam satu-satu bulan saya tidak dapat duit hasil nyanyian seperti sebelumnya, lantas saya akan bayar dengan menggunakan wang simpanan sendiri.
"Saya minat dengan kereta jenama BMW. Sementara ada duit dan nama saya masih lagi dikenali peminat, saya rasa lebih baik beli kereta ini terlebih dahulu.
"Hidup ini umpama putaran roda. Ada ketikanya kita berada di atas, malah ada waktu juga kita berada di bawah. Dengan situasi kewangan saya yang masih okey, saya tidak anggap ia menjadi satu kesalahan besar.
"Tidak timbul soal ada orang taja saya," jawab anak muda berusia 22 tahun itu dengan riak wajah cukup tenang.
Riz atau nama lengkapnya Mohammed Idris Bin Mohd. Zaizizi pantas membuat perbandingan antara pengertian hadiah dan tajaan yang diberikan seseorang.
"Kalau saya dapat hadiah, sudah tentu saya akan ambil kerana ia merupakan pemberian ikhlas daripada peminat yang begitu menghargai bakat nyanyian saya.
"Kalau hadiah diberikan, saya akan memberitahu kepada orang lain termasuk wartawan kerana tiada salahnya mengambil hadiah yang berada di depan mata.
"Asalkan niat si pemberi ikhlas serta tiada maksud yang terselindung, saya terima dengan hati dan tangan terbuka.
"Lagipun hadiah yang diberi tidak haram kalau saya ambil, lainlah kalau orang yang beri hadiah punya niat lain agar saya buat itu dan ini dengan dia, maka saya berhak untuk menolak pemberiannya.
"Saya masih tahu mengenali orang yang berhati ikhlas atau sebaliknya yang ada agenda tertentu," jelas Riz tegas.
Umum mengetahui, sebagai naib juara AF6, Riz akan menerima sebuah kereta Naza Bestari.
Lantaran itu, riak keterujaan jelas terlihat pada raut wajah Riz yang menjelaskan kereta itu bakal menjadi hak miliknya, tidak lama lagi.
"Saya tidak akan menjual kereta hadiah kemenangan saya itu nanti walaupun sudah membeli BMW. Saya juga telah merancang untuk menggunakan kereta sedia ada bagi perjalanan jarak jauh.
"Kalau berada dalam sekitar KL, saya akan memandu Naza Bestari (bila dapat nanti) kerana fizikalnya yang lebih kecil jika dibandingkan BMW," ujarnya yang berasal dari Grik, Perak. Tidak dibayangi Anuar
Tidak mengalami nasib yang sama seperti artis lain di bawah Maestro yang terpaksa menanti dalam waktu panjang untuk muncul dengan album masing-masing, Riz cukup bertuah apabila album sulungnya, Bermula Semula akan menemui peminat bulan April nanti.
Album yang disempurnakan dengan kolaborasi daripada Riz Entertainment dan Maestro itu, memuatkan sebanyak lapan buah lagu yang rata-ratanya cukup memikat hati.
Riz, yang lahir pada 19 Disember 1986 menjadi insan paling gembira kerana dapat mempersembahkan buah tangan pertama kepada peminat.
"Saya begitu puas hati dengan kemunculan Bermula Semula apatah lagi penghasilan album ini merupakan kerjasama syarikat saya dan Maestro.
"Saya mempunyai hak mutlak dalam soal pemilihan lagu-lagu. Daripada soal pemilihan lagu dan memasuki studio merakam lagu mulai bulan September hingga awal Januari lepas, saya tidak menghadapi sebarang masalah.
TIDAK alpa dengan arus perubahan zaman, Riz sentiasa mencari inisiatif sendiri bagi memastikan namanya terus terpahat dalam dunia hiburan tanah air.
"Lapan buah lagu yang terdapat dalam album ini, semuanya saya suka. Album ini ada kelainan tersendiri jika dibanding dengan album artis lain yang sedia ada di negara ini.
"Saya juga membawakan lagu-lagu dengan elemen segar dan mengikut selera pasaran muzik masa kini.
"Tidak dinafikan, muzik boleh diumpamakan fesyen. Peminat selalu mahukan yang baru. Saya percaya album saya bakal digemari peminat kelak. Mudah-mudahan hendaknya.
"Contohnya lagu ciptaan Ajai yang berjudul Cinta Ini. Kalau dengar betul-betul, susunan muziknya begitu menarik dan mengikut peredaran zaman," ungkap Riz yang gemar bermain permainan video apabila mempunyai waktu lapang.
Menjadikan Anuar Zain sebagai idola, sebaliknya Riz tidak menganggap album Bermula Semula memiliki persamaan dengan album milik penyanyi tampan itu.
"Kalau peminat dengar lagu saya, mereka mudah membuat kesimpulan bahawa ia merupakan lagu saya.
"Saya cukup kagum apabila menyaksikan Anuar membuat persembahan dan menyanyi secara langsung di depan peminat.
"Kalau ada sesetengah yang mendakwa album saya dibayangi oleh Anuar atau saya cuba meniru dia, peminat sendiri boleh menilai.
"Sudah tentunya kulit album depan menampilkan wajah lain dan suara juga lain," tutur Riz cuba berseloroh.
Enggan fikir hilang populariti
Dalam kesukaran album penyanyi tempatan untuk terjual dan munculnya AF7 pada bulan sama Riz dijadual melancarkan album perdananya, lantas timbul tanda tanya apakah dia tidak gentar berdepan dengan situasi tersebut?
Mengakui enggan memikirkan tentang kehadiran AF7 nanti, yang ada kebarangkalian boleh mengurangkan popularitinya selepas ini, Riz sekadar menyerahkan soal ini kepada rezeki.
"Saya tidak fikir dengan kemunculan AF7 kelak, populariti saya akan hilang sekali gus membantutkan penjualan album sulung saya.
"Kalau saya terus berfikir negatif tentang soal ini, rasanya saya tidak boleh hidup. Lagipun kita sentiasa lihat kehadiran artis-artis baru dalam bidang seni hampir setiap hari.
"Dengan pertambahan penyanyi baru, saya sendiri kena ada inisiatif sendiri serta terus berbuat sesuatu agar nama saya terus diingati.
"Soal menggugat penjualan album saya juga tidak timbul dengan kemunculan AF7 disebabkan saya bikin album ini semata-mata mahu meluaskan sayap ke tahap lebih membanggakan.
"Dalam keadaan sekarang untuk mencapai penjualan album sebanyak 5,000 unit, memanglah sukar.
"Kalau dapat 10,000 unit sudah cukup baguslah. Oleh itu, saya tidak meletakkan sasaran tertentu untuk jualan album ini.
"Paling penting, saya cuba mendekatkan diri dengan peminat. Kalau ada rezeki, saya terima sahaja," luah Riz yang sengaja menampilkan judul albumnya sebagai Bermula Semula kerana mahu memulakan kehidupan baru selepas melangkahkan kaki keluar daripada AF6.
Antara lagu-lagu yang turut dimuatkan dalam album yang mendapat sentuhan istimewa Ajai sebagai penerbit album Bermula Semula adalah Harus Ku Yang Pergi, Kau Wanita, Kehilangan, Khilaf dan Hanya Sandiwara.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 10 Mar 2009, 4:18 pm
Nabil Raja Lawak & Irma Hasmie Secara Rasmi Bercinta
Usah kata Irma adalah lesbian lagi, secara muktamadnya dirinya adalah straight & kini sedang bercinta dengan pelawak tersohor tanah air, Nabil Raja Lawak. Perkenalan tak terduga tahun lalu ketika sama-sama menghadiri majlis Anugerah Stail EH! di Gardens, Mid Valley, pada 6 Ogos tahun lalu memberi pembayang yang cukup bermakna. Ketika itu, akhbar sisipan Berita Harian, Hip menggandingkan mereka bersama dua lagi artis iaitu Dafi dan Farahdhiya dalam sebuah fotografi ‘segera’. Sejak itu, Nabil mula menegur Irma cuma dia masih segan untuk memberanikan diri meminta nombor telefon bimbit milik Irma.
“Memang betul kami bercinta sejak hujung tahun lalu. Kali kedua kami berjumpa sebelum tiba bulan Ramadan 2008 ketika sama-sama menjalani penggambaran program Gegar Gitu Raya di Astro. Kami memang serius dan soal ke depan memikirkan hal perkahwinan, kita sebagai manusia hanya merancang.
Last edited by sally_eiyna on Wed 11 Mar 2009, 7:58 am; edited 1 time in total
deqlis Super Senior
Number of posts : 869 Age : 43 Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam Registration date : 27/06/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 10 Mar 2009, 8:57 pm
APE LAH RAHSIA ABG JEMMMM YA????
menarik utk di pelajari tu..! .. hahahaha
deqlis ada laa borak2 benda ni dgn hubby deqlis..!
pandai abang jem ni .. pilih bini..! carinya yg kaya.. yang ada perusahaan (bisnes) sendiri..! udah pasti.. tak perlu nak keluar banyak belanja!
ewah-ewah... konsep berpoligami skang dah lain..! ..
papamia dan papa2 lain..... kalau nk cari bini lagi..cari yg tak menyusahkan cam ni..! bukan yg menyusahkan.... OoooOOooo..! gituuu ker??? erkkk..
er.. ada gambar tak, bini baru dia tu?
tingin nk nemgok gambar bini2 lama / sedia ada... sally hang leh cari tak???
kalau ikut berita tu.. ada 11 anak nya! waaa rame nya ! keje DJ.. lepas ke support 11 orang tu? lepas2 kot..klu gaji tahap linda onn hah hah..separuh linda on pun kira kayoooo..
~~~~~~~~~~~~~ gambar nya..jeng jeng jeng.. :
mamzie Mod PR
Number of posts : 1497 Age : 56 Location : Kuantan,Pahang. Registration date : 10/05/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Tue 10 Mar 2009, 11:51 pm
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 8:05 am
Siapa Sifu 'Mentor 3'?
Selepas dua tahun menyepi, akhirnya kembali juga program realiti nyanyian ‘Mentor’ yang bertanggungjawab melahirkan bakat-bakat baru seperti Pija dan Fiq.
Kali ini, Jaclyn Victor, Mas Idayu, Lah Ahmad, Adibah Nor, Ajai dan Awie telah diberi kepercayaan untuk memberi tunjuk ajar kepada para protégé.
Kelainan utama musim terbaru ‘Mentor’ berbanding dua musim sebelum ini adalah penyerahan kuasa sepenuhnya kepada Mentor untuk memilih sendiri protégé berdasarkan ciri-ciri yang ditetapkan mereka. Sebelum ini, pemilihan protégé berdasarkan penilaian juri dan pengurusan. Namun didapati ada peserta yang tidak menepati ciri-ciri Mentor.
Selain itu, untuk musim ini, komitmen para peserta diuji bermula dari sesi uji bakat lagi apabila mereka perlu ke Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, Petaling Jaya untuk menghadiri uji bakat. Mereka yang berminat untuk menjadi protégé kepada penyanyi idola masing-masing, bolehlah menghadiri sesi ujibakat yang diadakan pada tarikh yang tertera dibawah. Uji bakat akan diadakan di Theatrette, Sri Pentas bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.
14 Mac: Jaclyn Victor 15 Mac: Mas Idayu 21 Mac: Lah Ahmad 22 Mac: Adibah Nor 28 Mac: Ajai 4 April: Awie
Kriteria yang dicari: 1. Berusia diantara 17 – 25 tahun 2. Memiliki bakat vokal yang mantap dan pakej 3. Berjaya menambat hati Mentor yang menjadi pilihan mereka 4. Menyanyi secara solo 5. Tidak terikat dengan sebarang kontrak 6. Boleh memberikan sepenuh perhatian terhadap program ‘Mentor’
Peserta yang menghadiri uji bakat harus membawa kad pengenalan, gambar berukuran passport dan 4R, dan membawa minus one lagu-lagu yang bakal mereka persembahkan untuk penilaian Mentor pilihan mereka.
Hanya seorang protégé sahaja yang akan dipilih untuk setiap Mentor, dan ini termasuk mereka yang menguji bakat secara berkumpulan.
Sistem pemarkahan dikekalkan 50% pada juri profesional. Yang berbezanya, undian SMS hanya merangkumi 30% dari jumlah markah. Selebihnya akan ditetapkan oleh juri awam atau semi-profesional yang terdiri, antaranya, daripada para wartawan dan pelajar muzik.
‘Mentor’ akan ditayangkan bermula pada 19 April, setiap Ahad jam 9 hingga 10.30 malam. ‘Konsert Mingguan Mentor’ akan bermula pada 3 Mei, ‘Jurnal Protégé’ setiap Ahad, jam 5.30 hingga 6 petang yang menyorot persediaan serta aktiviti protégé bersama mentor, dan ‘Jurnal Mentor’ iaitu diari harian protégé yang akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.28 malam.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 8:06 am
Orang Ketiga Punca Cerai Roslin-Faizah?
Terdapat cakap-cakap nakal bahawa Roslin sejak kebelakangan ini kelihatan amat mesra dengan seorang produser terkenal. Produser ini jugalah yang dikatakan telah memperkenalkan Roslin kepada Faizah.
“Mereka memang rapat. Hubungan mereka dikatakan seperti kakak dan adik. Serapat mana, wallahualam. Saya berserah pada Tuhan. Dia Maha Mengetahui,” kata Faizah yang ditemui selepas kemunculannya dalam ‘Wanita Hari Ini’ tengah hari tadi.
Walaupun merasakan dirinya teraniaya, namun Faizah redha dan pasrah. Apa yang berlaku dilihatnya sebagai satu ujian dari Allah dan ada hikmah disebaliknya. Tambahnya lagi, tidak wujud perasaan benci terhadap Roslin, dan perasaan sayang itu juga semakin pudar. Yang hadir cuma perasaan geram kerana tidak tahu dimana salah dan silapnya yang dilihat begitu berat sekali sehingga membawa kepada perceraian. Kini, Faizah hanya menunggu tarikh perbicaraan pada 23 Mac untuk mendengar penjelasan Roslin.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 8:07 am
Norman Hakim bukak stall western food
Norman Hakim sekarang ni bukak stall western food di ukay perdana pulak, bersebelahan dengan pejabatnya.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 8:10 am
‘Suami terbaik saya’
KERUNTUHAN perkahwinan pertamanya termasuk empat tahun digantung tidak bertali, seolah-olah menutup pintu hati penyanyi yang popular dengan lagu Ceria Dalam Gundah, Leina Hangat untuk berkahwin lagi.
Malah, kata Liena, atau nama sebenarnya Norazlina Abd Rahman, 37, tidak terlintas di hatinya untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua kerana sudah lama hidup berdikari sejak ditinggalkan bekas suaminya, warga Perancis, Muhammad Jamal Delaloy Abdullah.
Namun, pertemuan Leina dengan Mohd Zaipul Bahri Ghazali, 35, yang juga kakitangan kerajaan dari Ketereh, Kelantan pada Mac tahun lalu ternyata mengubah segalanya.
Zaipul bukan saja banyak membantu Leina menguruskan kes perceraiannya sebelum ini, malah sentiasa di sisinya ketika berhadapan dengan sebarang masalah.
Bermula sebagai rakan baik, akhirnya keikhlasan dan ketulusan hati Zaipul berjaya membuka pintu hati Leina untuk menerimanya sebagai suami.
Justeru, tidak sampai setahun mengenali hati budi masing-masing, Leina dan Zaipul memutuskan untuk mengakhiri persahabatan dengan ikatan perkahwinan yang sah di sisi agama.
Majlis pernikahan mereka berlangsung dalam suasana ringkas di Masjid Negara, kira-kira jam 10.45 pagi, kelmarin.
Dengan sekali lafaz, Leina sah bergelar isteri kepada Zaipul dengan berwalikan bapanya, Abd Rahman Ahmad di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdullah Hashim.
Pihak lelaki juga menyerahkan wang hantaran kahwin sebanyak RM15,000 dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN) dan mas kahwin sebanyak RM404. Jumlah keseluruhan wang hantaran yang diterima pihak perempuan ialah RM22,000.
Pada majlis akad nikah juga pihak lelaki menyerahkan sebelas dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak perempuan. Antara barang hantaran untuk pihak perempuan ialah kasut dan beg tangan jenama LV, produk SKII, rantai emas Habib Jewels, set wangian jenama Gucci dan pen Mont Blanc.
Manakala, barangan hantaran untuk pihak lelaki pula ialah kek, cincin, bunga rampai, jam tangan dan set wangian jenama Mont Blanc, tali pinggang, kemeja jenama Valentino dan kasut jenama Aigner.
Ketika ditemui selepas majlis akad nikah, Leina yang anggun bertudung berkata, dia menerima Zaipul dalam hidupnya kerana yakin dia adalah suami terbaik buat dirinya.
“Terus terang, perkahwinan ini memang tidak dirancang kerana saya tidak bercadang untuk berkahwin lagi selepas kegagalan rumah tangga pertama. Namun, Tuhan membuka pintu hati saya untuk berkahwin semula sejak berkawan dengan Zaipul.
“Pada peringkat awal, memang susah untuk mencari keserasian kerana kami mempunyai banyak perbezaan termasuk dalam soal makanan dan hobi. Contohnya, saya suka bermain sukan polo dan Zaipul pula suka bermain boling.
“Namun, perbezaan itu akhirnya mengeratkan lagi hubungan kami berdua seterusnya membuahkan perasaan sayang antara satu sama lain,” katanya.
Tambah anak kedua dari enam beradik yang pernah berlakon dalam filem Awas dan Satay ni, dia akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa selepas berkahwin.
“Zaipul tidak menghalang saya meneruskan kerjaya seni seperti biasa asalkan tidak melanggar batas sebagai isteri dan pada masa sama menjaga nama baik keluarga kedua-dua belah pihak.
“Selepas majlis persandingan di sebelah pihak lelaki, kami merancang untuk berbulan madu pula. Tapi, maaflah, kami ingin merahsiakan destinasinya atas sebab tertentu.
“Soal anak pula, ia terpulang pada rezeki dari tuhan. Dengan usia sekarang, saya berharap kami dapat seorang anak yang boleh mengikat kasih sayang kami berdua hingga ke akhir hayat,” katanya.
Bagi Zaipul, anak keempat dari tujuh beradik ini pula, dia memilih Liena kerana tertarik dengan keikhlasan hatinya itu.
“Sebenarnya, pada peringkat awal perkenalan, saya memang tidak tahu Liena adalah artis, Tetapi bila sudah beberapa bulan berkawan, barulah saya tahu siapa dia termasuk statusnya yang pernah berkahwin sebelum ini.
“Perbezaan usia dua tahun juga bukan penghalang kebahagiaan rumah tangga kerana apa yang penting, kami boleh menerima diri masing-masing seadanya kerana saya sedar tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.
“Lebih bermakna, keluarga juga merestui pilihan hati saya untuk mengambil Liena sebagai isteri kerana menyedari usia saya pun bukan muda lagi,” katanya.
Selepas majlis akad nikah, pasangan ini diraikan dalam majlis resepsi pada sebelah malamnya pula dan dihadiri kira-kira 300 ahli keluarga terdekat, rakan artis dan pihak media di Bora Ombak, Ampang.
Manakala majlis persandingan di sebelah pihak perempuan akan berlangsung di Johor pada 14 Mac ini. Ia disusuli dengan majlis menyambut menantu di sebelah pihak lelaki di Kelantan pada 21 Mac nanti.
Mengenai kerjaya seninya, Leina berkata, dia masih aktif memenuhi undangan menyanyi untuk majlis makan malam pihak korporat mahupun persendirian.
“Mungkin tidak banyak publisiti mengenai diri saya di paparkan di akhbar mahupun majalah tapi undangan menyanyi tidak pernah putus diterima sampai sekarang.
“Berbanding lakonan, cinta saya begitu mendalam dalam bidang nyanyian. Justeru, saya merancang untuk buat single dengan menggunakan duit sendiri nanti. Setakat ini, saya sudah ada material tapi masih dalam proses pemilihan lagi,” katanya.
Hampir enam tahun menyepi, Leina kembali berlakon dengan beraksi dalam drama bersiri 26 episod terbitan JS Pictures Sdn Bhd (JSPSB), Ta'in Turun Town (Ta'in 3T) arahan Jinggo. Sebelum ini, dia pernah berlakon dalam drama seperti Imbasan, Perca-Perca dan cerekarama Warkah Dari Alabama arahan Harun Salim Bachik.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 8:16 am
Gambar Perkahwinan Leina Hangat & Zaipul
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 8:20 am
Betty tak lupa selawat
HARI keputeraan Nabi Muhammad, pada Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus Allah ke dunia ini. Setiap tahun pada 12 Rabiul Awal kita meraikan Maulidur Rasul dan pada hari ini, pelakon Betty Banafe, menyifatkan kelahiran Rasulullah bersama kemunculan sinar Islam yang menerangi sekalian alam semesta.
Ia membawa perubahan kepada tamadun manusia untuk hidup menjadi lebih berkat, beradab, dihormati dan tidak lagi seperti pada zaman jahiliah yang berlandaskan undang-undang ciptaan manusia sendiri.
Ketika ditemui, Betty berkata sewaktu zaman sekolah, dia sering menyertai perarakan Maulidur Rasul kerana negeri Johor antara yang aktif mengadakan hari sambutan kelahiran Rasulullah.
"Sejak pindah ke KL (Kuala Lumpur) saya tidak lagi dapat berarak seperti dulu. Cuma pada hari kelahiran kekasih Allah itu saya tidak lupa berselawat sebagai tanda kasih ke atas baginda.
"Masyarakat Islam wajib memperingati hari kelahiran Rasulullah dengan banyakkan berselawat. Harus diingat, Allah Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hambanya di mana kita dapat melihat kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Rasullah hinggakan dengan sekadar berniat saja mahu mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan di sisi Allah.
"Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik adalah doa dan dikira amal salih. Jelas kepada kita pembalasan Allah terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik saja di hati hendak berbuat kebaikan, Allah akan memberi pembalasan yang tiada ternilai.
"Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah serta mengharapkan pertolongan dan kasih sayang-Nya.
"Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan saja diberikan kepada orang yang mengadakan majlis itu tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
"Begitulah besarnya keberkatan yang Allah beri kepada hamba-Nya yang menyambut hari kelahiran kekasihnya, Rasulullah," katanya.
Mengenangkan kelebihan dan keistimewaan disediakan Allah kepada mereka yang selalu berdoa, bersabar dan sentiasa mohon pertolongan daripada-Nya, ia menguatkan semangat Betty mengharung gelombang anak seni. Jelas, Betty terus bertahan biarpun sering menjadi mangsa tohmahan masyarakat.
Terbaru pelakon berdarah kacukan Arab-Jawa berasal dari Kempas, Johor Bahru ini, dikatakan sudah berkahwin apatah lagi sejak kebelakangan ini Betty agak menyepi daripada publisiti.
Antara khabar angin bertiup kencang kononnya Betty menjadi isteri kedua seorang VIP. Menjelaskan spekulasi ini, Betty berkata sejak dulu dia berazam tidak mahu menumpang kasih suami orang.
"Terus terang saya belum berkahwin. Jika benar sudah bernikah saya akan beritahu. Saya masih solo.
Saya tidak memilih lelaki berpangkat dan rela berkahwin dengan orang biasa tetapi bukan suami orang.
"Aneh pula yang galak mendekati saya adalah suami orang dari golongan VIP. Saya serik berkawan dengan VIP kerana pernah 'terkena' dengan mereka. Memang sukar untuk mencari lelaki yang jujur.
"Saya yakin lelaki biasa kuat berhadapan cabaran hidup berbanding mereka yang berstatus tinggi. Saya mahu bakal suami yang boleh membimbing, ikhlas dan jujur menyintai saya. Harta boleh dicari.
"Memang saya pernah bercinta tetapi gagal kerana kebanyakan yang saya jumpa tidak jujur. Sekarang ramai lelaki palsu berpura menyayangi kita. Apabila dapat tahu niat buruk lelaki itu saya berundur diri daripada terus membuang masa berkawan dengan orang macam itu.
"Dunia hiburan banyak fitnah menyebabkan sering terjadi perselisihan faham dengan pasangan. Saya memilih jalan menjadi anak seni, maka saya terpaksa terima apa saja rintangan datang," katanya.
Di sebaliknya, Betty tidak menafikan suatu ketika pernah berkawan rapat dengan seorang VIP, namun hubungan mereka tidak ke mana. Sememangnya putus kasih itu perit, tetapi Betty tidak dapat buat apa.
"Bukan senang mencari calon suami kerana kita tidak boleh meramal sikap manusia. Lebih baik saya serahkan soal jodoh kepada Allah SWT kerana Dia tahu apa yang baik buat hamba-Nya.
"Apabila buntu memikirkan mengenai jodoh saya minta nasihat emak. Saya berharap akan bertemu lelaki yang baik dengan harapan akan melahirkan keturunan yang baik-baik," katanya.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 8:22 am
Artis sambut maulid
DUA belas Rabiul Awal kembali menemui kita. Hari ini pastinya menggamit memori kita kepada sambutan Maulidur Rasul yang amat tipikal kepada umat Islam. Tiba hari yang ditunggu iaitu cuti umum, bergema selawat ke atas Rasulullah, marhaban dan qasidah yang memuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Aktiviti seharian manusia dimotivasikan dua perkara iaitu naluri dan keperluan jasmani. Oleh itu untuk menjalani kehidupan dengan sempurna di muka bumi ini umat manusia memerlukan seseorang yang boleh menunjuk arah. Siapa lagi kalau bukan Rasulullah. Baginda membawa utusan Allah untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran dan hidup berlandaskan hadis serta al-Quran.
Tanpa Rasulullah yang membuktikan kewujudan Allah SWT, tentu manusia hidup dalam kegelapan dan jauh dari kebenaran. Rasulullah datang untuk menerangkan kepada manusia supaya beriman kepada Pencipta dengan cara yang sebenar-benarnya tanpa ada unsur prasangka.
"Dialah yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama." ( Surah Al-Fath:28)
Justeru hendaklah kita menjadikan baginda sebagai contoh terbaik.
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik iaitu bagi orang-orang yang mengharapkan rahmat dan keredaan di Hari Kiamat." ( Surah Al-Ahzab: 21 ).
Bagaimanapun, ini bukan bermakna baginda hanya layak dijadikan idola untuk dikenang pada hari ulang tahun kelahirannya saja. Sebaliknya kita sebagai umat Islam sejati hendaklah mengambil contoh teladan yang ditunjukkan baginda dalam semua urusan termasuk sistem pemerintahan, ekonomi, sosial, perundangan, hukuman, pendidikan dan lain-lain.
Justeru, sempena keputeraan Rasulullah hari ini, Rap menemubual artis terkenal tanah air bagi berkongsi pandangan mereka mengenai pengertian sambutan hari kelahiran kekasih Allah itu.
Iqram Dinzly akan memanfaatkan hari kelahiran Rasulullah dengan mensedekahkan al-Fatihah kepada baginda serta banyak berselawat. Kesibukannya sebagai artis tidak pernah melalaikan kewajiban Iqram terhadap agama dan Rasul-Nya.
"Saya akan membaca surah Yasin untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW. Biasanya jika ada kelapangan saya sekeluarga akan mengadakan doa selamat. Kita perlu mengingati Rasulullah SAW setiap hari namun hari ini lebih istimewa kerana ia adalah hari keputeraan baginda.
"Kepada remaja hari ini, contohi sikap Rasulullah untuk kehidupan yang baik di dunia dan akhirat. Jangan terlalu dengan kehidupan duniawi kerana yang hidup pasti akan mati. Sebelum terlambat, bertaubatlah kerana Allah sentiasa mengampuni setiap kesalahan hamba-Nya.
"Rasulullah adalah sebaik-baik idola. Semoga setiap daripada kita dapat memanfaatkan hari ini dengan sebaiknya. Sebenarnya hajat hati ingin mengunjungi kenalan di Jakarta. Kami berjumpa ketika saya mengerjakan umrah dua tahun lalu. Keluarga yang saya kenali itu adalah k keturunan ke-37 Rasulullah dan setiap tahun mereka mengadakan sambutan Hari Maulidur Rasul dengan meriah sekali.
"Saya menyaksikan perayaan itu menerusi VCD yang mereka bawa. Saya dapat merasakan betapa meriahnya perarakan yang diadakan. Tetapi tahun ini saya masih berkesempatan menyambut Maulidur Rasul di sana kerana sibuk bekerja," katanya.
Bagaimanapun, menurut Iqram pada masa lapang dia gemar membaca buku sejarah Rasulullah dan sahabat baginda sebagai panduan hidup.
"Kita mempunyai pelbagai cara untuk menghayati kehidupan dan sejarah perjuangan Rasulullah termasuk melalu pembacaan," katanya.
AC Mizal yang kini mempunyai anak yang semakin membesar berusaha mendidik keluarganya ke jalan yang diredai Allah SWT.
"Hari ini saya berkumpul bersama keluarga bersolat sunat bersama dan bersalawat ke atas Rasulullah SAW. Jika setiap tahun kita beriya-iya meraikan Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Memperingati Kekasih dan bermacam perayaan lagi kenapa tidak menjadikan Maulidur Rasul ini hari yang paling istimewa buat kita semua.
"Satu hari dalam setahun kita menyambut hari keputeraan Rasulullah, bukannya setiap hari. Lupakan seketika urusan dunia. Ada yang sanggup berhabis menyambut Hari Memperingati Kekasih sedangkan ia adalah haram di sisi agama. Saya kini sedang mendidik anak saya, Muhd Reeve Damien (5 tahun) mendirikan solat dan sebagai bapa saya perlu terlebih dulu menunjukkan contoh yang baik buat anak.
"Basahilah bibir anda dengan bersalawat ke atas Rasulullah dan mohonlah syafaat daripada baginda. Apatah lagi hidup sekarang yang penuh dengan cabaran jadi sebaiknya kita kembali kepada ajaran Rasulullah SAW," katanya.
Setiap kali tibanya Maulidur Rasul, Yusrizan Usop atau Bob AF terkenangkan kemeriahan sambutan hari itu di kampungnya, Limbang, Sarawak. Sebelum menjadi penyanyi terkenal seperti hari ini, setiap tahun Bob menyertai perarakan Maulidur Rasul.
"Saya dilantik menjadi ahli jawatan kuasa perarakan di Limbang. Setiap tahun sambutannya sangat meriah siap denan sepanduk. Sebelum itu diadakan pula pertandingan pada sepanduk itu siapa yang paling cantik. Turut diadakan pertandingan hadrah dan nasyid.
"Di kampung saya ada kumpulan nasyid sendiri iaitu Saitul Hanin yang bermaksud merdu. Kumpulan kami juga beberapa kali berjaya masuk pertandingan nasyid Maulidur Rasul peringkat Negeri Sarawak.
"Limbang juga pernah jadi dilantik menjadi penganjur Maulidur Rasul peringkat kebangsaan. Sambutan di sana memang meriah sekali. Kita juga pernah menjemput artis popular mengadakan persembahan. Sekarang sejak sibuk dengan aktiviti seni, jarang lagi berkesempatan balik meraikan Maulidur Rasul di kampung.
"Kepada generasi muda terutamanya, jangan abaikan tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Saya puji langkah pihak sekolah yang setiap tahun mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada peringkat sekolah. Perkara yang baik itu harus dididik bermula daripada mereka kecil supaya besar nanti menjadi masyarakat berguna, negara, bangsa dan agamanya," katanya.
Bagi pelakon Fouziah Gous, dia juga mempunyai pengertian tersendiri mengenai sambutan Maulidur Rasul yang juga hari untuk mengingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
"Selalunya, saya juga tidak terbabit dengan sebarang penggambaran drama atau filem pada hari yang mulia itu. Seperti sambutan sebelumnya, saya memanfaatkan hari cuti itu untuk meningkatkan ibadah dan amalan sedia ada serta banyak berselawat untuk kekasih Allah itu," katanya .
Fouziah yang baru saja selesai penggambaran drama Arah Kiblatku arahan Rashid Sibir berkata, golongan artis juga memainkan peranan tersendiri untuk menyemarakkan lagi sambutan Maulidur Rasul sekaligus mengajak masyarakat Islam untuk sama-sama menyintai Rasulullah dan menghayati perjuangannya menegakkan syiar Islam.
"Lebih banyak program dan pengisian sambutan Maulidur Rasul diadakan sekaligus menyemarakkan lagi sambutan ini saban tahun. Selain program hiburan bercorak keagamaan, lebih banyak drama berkaitan Rasulullah dan perjuangannya diterbitkan stesen televisyen tempatan dari semasa ke semasa," katanya.
"Program hiburan dan drama berkaitan Rasulullah dan pahit getir perjuangannya itu boleh menarik perhatian generasi muda untuk sama-sama mencintai Rasullah dan menjadikannya idola dalam kehidupan mereka untuk menempuhi kehidupan yang penuh cabaran ini," katanya.
Sementara itu, pelakon yang kini bergelar penyanyi, Liyana Jasmay berkata, dia sudah disemai dengan semangat cintakan Rasulullah SAW oleh kedua ibu dan bapanya sejak kecil lagi.
"Selain ibu bapa, saya juga banyak mendapat pendedahan mengenai sambutan Maulidur Rasul dari guru ketika masih di bangku sekolah.
"Selepas bergelar artis, emak yang sering mengingatkan saya dengan sambutan Maulidur Rasul ini dan pada masa sama supaya saya tidak terlupa untuk bersalawat kepadanya setiap kali teringat padanya. Selalunya, keluarga saya akan bersedekah di masjid pada sambutan Maulidur Rasul," katanya.
Bagaimanapun, kata Liyana, dia juga mengakui tidak banyak drama atau program berkaitan sambutan Maulidur Rasul dianjurkan kebelakangan ini.
"Saya berharap, sambutan Maulidur Rasul dianjurkan secara besar-besaran dengan pembabitan golongan artis supaya junjungan kita Nabi Muhammad SAW akan terus diingati terutama di kalangan generasi muda di luar sana," katanya.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 8:23 am
Sepah merendah diri
KEJAYAAN trio dari Johor Bharu, Sepah menjuarai Raja Lawak Astro musim ketiga seperti sudah diduga. Aksi konsisten sepanjang program berlangsung membolehkan Sepah kerap berada di kedudukan teratas dari segi peratus Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.
Dengan idea persembahan kreatif membuatkan penonton yang menyaksikan gelagat mereka ketawa sehingga tidak kering gusi.
Gelanggang final juga seakan menjadi milik mereka apabila sebahagian besar penonton hadir termasuk yang memakai t-shirt oren (warna tema) untuk melaungkan sorakan kepada kumpulan itu.
Sepah yang dianggotai Shahmira Muhamad, 24 (Shuib), Mohd Nadzri Zainal (Jep, 23), dan Mohd Noor Murad (Mamat, 23) mendominasi persembahan akhir turut mencatat undian tertinggi sebanyak 48.12 peratus SMS penonton sekali gus mengetepikan cabaran finalis, Jihan atau Nuur Jihan Musa, 25, (30.82 peratus) dan Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 20, sebanyak 21.07 peratus.
Tidak cukup dengan itu juga ada yang mula menyamakan mereka dengan kumpulan pelakon komedi popular tanah air, Senario yang suatu masa dulu turut mencipta nama menerusi program realiti.
Begitupun, Sepah lebih suka bersikap rendah diri dan menganggap kejayaan memenangi pertandingan itu adalah berkat sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan peminat. Malah bagi mereka jika hendak dibandingkan dengan kumpulan yang sedia ada itu mereka sebenarnya masih baru dan kurang pengalaman.
"Jika hendak dibandingkan kami dengan Senario memang terlalu jauh bezanya. Senario cukup popular dan sudah mempunyai landasan yang tersendiri dalam dunia seni. Sedangkan kami pula masih baru hendak mengenal dunia seni. Banyak lagi perkara yang kami perlu belajar," kata Jep ketika ditemui pada majlis sidang media selepas berakhirnya saingan akhir Raja Lawak di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, Jumaat lalu.
Persembahan Sepah menerusi tema bebas dan muzikal ternyata menghiburkan dengan telatah mencuit hati sebagai warga emas di rumah kebajikan. Penampilan tiga sahabat berkenaan turut menarik perhatian penonton yang berada di Dewan MBPJ. Penonton turut memberi sorakan hebat kepada Jep yang pandai meniru gaya dan suara Papa Rock, Ramli Sarip.
Mengulas kejayaan itu, Jep sebagai wakil kumpulan menyifatkan mereka tidak pernah memikirkan sangat soal mahu menjadi juara kerana bagi mereka, mutu persembahan pada setiap minggu adalah lebih penting.
"Kalah menang perkara kedua, yang penting semangat bekerjasama dan menghargai undian penyokong. Bagi kami, undian itu satu amanah dan sebab itu kami cuba melakukan yang terbaik pada setiap persembahan. Kami cuba sedaya upaya untuk membuatkan orang ketawa seterusnya terhibur dengan persembahan kami.
"Mungkin ada yang menganggap bersaing dengan tiket berkumpulan lebih mudah berbanding solo. Begitupun, sebenarnya kami mengambil risiko bertanding sebagai kumpulan kerana apabila membabitkan tiga individu timbul pula terlalu banyak idea dengan cara masing-masing.
"Kadang kala bekerja bertiga juga menimbulkan masalah kerana takut salah seorang tidak buat kerja atau hanya 'goyang kaki' ketika membuat persembahan. Begitupun, kami menyelesaikannya dengan perbincangan," katanya.
Kejayaan itu membolehkan mereka membawa pulang sebuah kereta Citroen Picasso, wang tunai RM20,000, barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro.
Peserta wanita tunggal, Jihan dari Selangor tidak kurang hebatnya apabila menduduki tempat kedua selepas menampilkan persembahan menghiburkan sebagai pegawai penguat kuasa dan seniwati era 50-an sambil meniru gaya nyanyian Ning Baizura.
Mengulas persembahan akhir itu, Jihan berkata dua persembahan berkenaan menjadi taruhan terbaik untuknya malah berbangga kerana berjaya mara ke pusingan akhir.
"Memang kami diberikan dua tugas untuk dipersembahkan pada malam final. Saya memang berazam melakukan dua persembahan berkenaan dengan sebaik mungkin. Saya agak kecewa dengan persembahan pertama kerana sepatutnya ia menjadi lebih baik daripada apa yang saya jangkakan.
"Begitupun, saya bersyukur apa yang hendak disampaikan berjaya dilaksana. Untuk persembahan muzikal pula saya sendiri mengakui tidak begitu mahir menyanyi dan menari mengikut tempo," katanya.
Sebagai naib juara Jihan memenangi sebuah motosikal jenama Naza Blade 250R, wang tunai RM14,000, produk elektrik serta trofi.
Finalis yang sinonim dengan tagline I'm Sorry, Amir bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ketiga. Amir memberikan persembahan yang melucukan dengan lagu loghat Kelantan.
Anak jati Kota Bharu, Kelantan itu memenangi wang tunai RM8,000, barangan elektrik serta trofi. Hadiah disampaikan oleh tiga pelawak veteran iaitu Datuk Yahaya Sulong, Hamid Gurkha dan Param.
Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata pihaknya sudah mempunyai bebrapa perancangan untuk peserta program berkenaan yang dijadualkan bermula tidak lama lagi.
"Memang kami sudah merancang satu program khas untuk semua peserta musim ini. Untuk peserta juara kami sudah merancang program khas bersama saluran Astro Ria serta Astro Prima. Pemenang kedua dan ketiga pula membabitkan rancangan telemovie.
"Begitupun, kami akan berbincang dengan pihak Maestro Talent Management mengenainya. Kami tidak mahu meletakkan mereka kepada program membabitkan pengacaraan semata-mata kerana dunia hiburan mempunyai pelbagai genre dan medium termasuk stesen radio jika sesuai," katanya.
Penonton turut dihiburkan dengan persembahan istimewa 12 peserta Raja Lawak musim ketiga. Disamping lawak jenaka dan nyanyi pengacaranya, Johan dan Zizan. Selain penampilan khas juara Raja Lawak musim kedua, Nabil. Persembahan peserta dinilai oleh juri profesional Zaibo, Fauziah Nawi, Syamsul Ghau Ghau dan Adlin Aman Ramlie selaku juri jemputan.
Majlis juga diserikan dengan acara karpet merah bertemakan Karpet Lawak yang dikendalikan oleh bekas peserta Raja Lawak musim kedua, Along dan Azrul daripada kumpulan Cham bermula jam 8.30 malam.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 8:27 am
MUH enggan terlalu yakin
MAMPUKAH Lagu Untukmu dendangan Meet Uncle Hussein (MUH) mempertahankan ‘gelaran’ sebagai Lagu Terbaik di Pertandingan Akhir Hits 1 musim 6 yang akan diadakan di Auditorium Darul Makmur, Kuantan Pahang pada 28 Mac nanti, sekali gus mengulangi kejayaan mereka awal tahun ini di Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23).
Segalanya berkemungkinan apatah lagi, Lagu Untukmu nukilan gitaris kumpulan ini iaitu Taja terbukti diiktiraf dalam anugerah berprestij seperti AJL selain mengungguli satu lagi kategori iaitu lagu terbaik Pop Rock.
Meskipun, ramai pihak meletakkan harapan yang tinggi terhadap mereka namun MUH enggan terlalu yakin atau memandangkan rendah kredibiliti pesaing lain.
Pemilik suara unik yang juga vokalis MUH, Nor Azlan Roslee atau Lan, 26, berkata, meskipun Pertandingan Akhir Hits 1 satu penganugerahan yang lebih kecil berbanding AJL namun, ia tetap sebuah acara yang istimewa buat MUH.
“Menang di AJL satu pengalaman yang cukup bagus dan bermakna kepada kami. Kalau di AJL, lutut rasa goyang hendak buat persembahan di Hits 1 ini kami lagi takut sebabnya ia membabitkan banyak peserta berkumpulan yang mempunyai kelebihan dan skil masing-masing. Antara mereka juga otai dalam industri misalnya kumpulan Search.
“Kalah atau menang belakang kira, yang penting MUH mahu memberikan persembahan terbaik kepada semua peminat yang mengundi dengan menampilkan persembahan yang berbeza.
“Mungkin kami akan buat sesuatu yang sebelum tidak dapat lakukan di AJL. Kali ini juga, anggota MUH tidak akan memakai topeng,” katanya.
Temubual sama, Lan sempat mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menerima aliran muzik mereka sekali gus membuka mata dan minda mereka sehingga menjadikan muzik yang diperjuangkan kumpulan bebas seperti MUH satu hiburan untuk golongan bawahan hinggalah kelompok atasan.
Pertandingan Hits 1 musim 6, kali ini menyaksikan sembilan finalis yang mana enam daripadanya adalah kumpulan termasuk peserta solo wanita iaitu Ifa Raziah yang mempertaruhkan lagu ciptaan Cat Farish, Panas dan peserta solo lelaki Daniel Lee (Tiada Maaf) serta duo, Edrie Hashim dengan penampilan khas, Hattan menerusi lagu Cinta Si Rama Rama.
Selain MUH, kumpulan yang bertanding adalah 6ixth Sense yang bersandarkan lagu Tanpa, Pop Shuvit (Marabahaya), Hujan (Bila Aku Sudah Tiada), Search (Nyata dan Maya) yang digantikan oleh Projek Pistol dan Puteri Cinta Hati (Kristal).
Persembahan bagi kategori Lagu Terbaik Hits 1 yang menawarkan RM25,000, tempat kedua (RM20,000) serta Persembahan Terbaik Hits 1 akan dinilai juri profesional terdiri daripada mereka yang arif dalam bidang muzik. Manakala, Lagu Paling Popular Hits 1 bernilai RM10,000 ditentukan peminat melalui undian SMS.
Juara Lagu Terbaik Hits 1, tahun lalu dimenangi komposer, Azlan Abu Hassan dan penulis lirik, AD Samad menerusi lagu Ketentuan yang disampaikan Ramlah Ram.
Pada sidang media yang diadakan di Auditorium P Ramlee, Wisma Radio, Angkasapuri, Rabu lalu, Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Abu Bakar Ab Rahim, memaklumkan, kumpulan atau penyanyi yang memenangi Persembahan Terbaik Hits 1 tidak perlu berkongsi wang kemenangan dengan komposer dan penulis lirik sebagaimana tiga kategori lain yang disenaraikan.
“Persembahan Terbaik Hits 1 hanya akan diberikan kepada penyanyi atau kumpulan yang bertanding bukan komposer ataupun penulis lirik kerana sebagai penganjur melihatnya ia sebagai usaha dan kreativiti hasil dari inisiatif peserta sendiri,” katanya.
Pada sidang media itu, beliau turut menjelaskan pemilihan Auditorium Darul Makmur, Kuantan Pahang, sebagai lokasi pertandingan selain penarikan diri salah seorang peserta.
“Berdasarkan pengalaman RTM sebelum ini menerusi sebuah pertandingan yang diadakan di lokasi yang sama, jelas sekali ia mendapat sambutan lebih daripada 1,000 penonton sehingga ada penonton tidak dapat duduk.
“Itu sudah cukup membuktikan peminat di luar Kuala Lumpur begitu dahagakan serta mengharapkan pelbagai acara hiburan serta konsert dianjurkan di negeri mereka. Kebetulan saya difahamkan kelengkapan sistem bunyi di sana yang terbaik dimiliki RTM.
“Dalam menyediakan apa yang diperlukan mereka, RTM turut menggunakan peluang ini sebagai usaha untuk memperkenal dan mendekatkan program RTM dengan orang ramai.
“Berhubung penarikan diri seorang peserta iaitu Ziana Zain, saya dimaklumkan penyanyi itu sedang mengandung. Kami ada berbincang dengan komposer lagu Dingin iaitu Azlan Abu Hassan untuk menggantikan Ziana dengan penyanyi lain ekoran masalah kesihatannya namun, Azlan tidak mahu ia dinyanyikan penyanyi lain dan bersetuju menarik diri,” katanya.
Serba-sedikit mengenai Hits 1 kendalian Nabila Huda dan E’one ini, ia adalah rancangan pertandingan carta lagu Melayu yang di adaptasi dari Carta Radio Muzik fm setiap minggu. Lagu yang mendapat undian tertinggi peminat layak dicalonkan dalam rancangan Hits 1 dengan menggunakan video klip.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 8:29 am
Sofia beri pengalaman berbeza
NAMANYA mungkin sinonim dengan watak hitam tapi watak Sofia dalam drama bersiri 26 episod, Kejar arahan Bade Azmi dan terbitan Global Station Sdn Bhd memberi pengalaman berbeza buat Betty Banafe.
Ketika ditemui di lokasi Kejar, Betty yang pernah membawa watak hitam dalam drama bersiri Rama-Rama Terkopak Sayapnya, Simbiosis dan Kiranya Ku Tahu berkata, apa yang menarik, Sofia juga mempunyai dua karekter berbeza iaitu Sofia yang sangat lembut dan satu lagi Sofia yang kasar.
"Sofia adalah adalah isteri ketiga kepada Rizal (lakonan Shaharudin Thamby) dalam cerita berkaitan isu wasiat ini.
"Dia sanggup membunuh suaminya untuk mendapatkan wasiat yang ditinggalkan. Tapi tidak ada seorangpun dalam keluarga suaminya percaya dia sebenarnya jahat.
"Dari segi luaran, Sofia memang wanita cantik tetapi sebenarnya kebaikan yang dilakukannya juga palsu semata-mata. Dia seperti 'bunga ros yang berduri'," katanya.
Kata Betty, dia juga berhadapan dengan cabaran untuk menjiwai watak Sofia.
"Antara cabaran dihadapi ialah lakonan saya perlu konsisten ketika membawa watak Sofia. Pengarah memainkan peranan untuk mengingatkan saya jika 'keluar' dari watak Sofia ketika penggambaran," katanya.
Mengenai pengalaman berlakon di bawah arahan Bade, Betty berkata, pengarah berkaliber itu sangat teliti ketika berkarya.
"Ini kali pertama saya bekerja dengan Bade tapi saya sudah beberapa kali terbabit dengan produksi Global Station menerusi drama bersiri Spa Q dan Dilema Wanita.
"Pengarah lain akan buat kerja dengan cepat supaya penggambaran juga cepat habis. Sebaliknya Bade terperinci dan dia akan masuk campur dengan lakonan pelakon termasuk memberikan 'mood' dalam lakonan mereka.
"Saya tidak berasa tekanan sebaliknya seronok sepanjang di lokasi penggambaran drama ini.
"Saya tidak ada masalah bekerja dengan pengarah berpengalaman sepertinya kerana masing-masing tahu apa yang nak dilakukan. Apapun, saya menanti peluang untuk bekerjasama dengan Bade di layar perak pula nanti," katanya.
Tambah Betty lagi, dia juga memberikan komitmen terbaiknya dalam drama itu.
"Kini, saya serahkan kepada peminat untuk menilai hasilnya pula. Apa yang saya harapkan peminat akan ada rasa bila menonton dan lakonan saya juga beri jiwa pada mereka yang menontonnya," katanya.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 8:42 am
Tomok buat kejutan
BIARPUN imuniti berpihak pada Nasharul Aweera Noriyissham (Aweera), 18, namun secara peribadi persembahan paling membikin kejutan pada malam itu adalah dari vokalis kumpulan New Boyz iaitu Tomok yang membawakan lagu Crazy in Love dipopularkan ratu hip hop, Beyonce Knowles. Manakala, tiga peserta yang membuat persembahan kurang menarik walaupun vokal mereka diakui hebat, adalah Amylea yang membawakan lagu Bohemian Rhapsody dari kumpulan Queen, Pija (So What/Pink), Fify (Hot & Cold/ Katy Perry) dan peserta termuda, Anith (Pilihlah Aku/Kris Dayanti) yang digosipkan intim dengan peserta lelaki juga vokalis kumpulan Coco, Nine.
Syafinaz turut diminta mengulas pemilihan Aweera sebagai pemenang imuniti dan adakah ia di bagi menebus keterlanjuran kata-katanya (menyalak) yang pernah diungkap sebelum ini kepada pemuda kacukan Belanda itu.
"Persembahan secara keseluruhan sangat bagus dan saya sangat gembira malam ini ramai yang bagus-bagus tidak seperti minggu lalu persembahan peserta sangat teruk. Meskipun, ada dua tiga peserta persembahan mereka tidak begitu menyerlah tapi ia bukan dalam kategori teruk.
"Kebanyakan peserta masih ada masalah intonasi tetapi malam ini Aweera layak menerima imuniti kerana pemilihan lagunya bagus, nyanyiannya tepat, persembahannya menarik, bertenaga dan ada klimaks sehinggakan penonton terhibur.
"Justeru tiada sebab mengapa imuniti itu tidak boleh diberikan padanya. Bahkan, jika ada yang beranggapan dia menerima imuniti itu kerana saya mahu menebus kekesalan disebabkan kenyataan menyalak pada persembahan minggu lalu, itu tidak betul kerana tiada apa yang perlu dikesalkan.
"Seperti saya tegaskan sebelum ini, teguran yang diberikan itu adalah untuk kebaikan peserta. Bagi saya semua orang layak menerima imuniti jika persembahan mereka bagus.
"Sebelum Aweera misalnya, Eshter pernah menerima imuniti pada minggu pertama diikuti Amylea minggu kedua kerana mereka berjaya memberikan persembahan terbaik pada malam berkenaan," katanya.
Sementara itu, Paul berkata, dia mahu melihat peserta terus mengekalkan prestasi persembahan mereka sepertimana yang dilakukan pada konsert minggu ketiga itu.
"Jika peserta mampu mengingatkan penonton pada kehebatan persembahan mereka ia secara tidak langsung membantu peserta memancing undian penonton. Saya suka apa yang dilakukan Aweera kerana berani mengambil risiko dengan membawakan lagu perempuan begitu juga dilakukan Tomok.
"Namun, apa yang mengagumkan Aweera berjaya menyanyikan lagu itu dengan caranya sendiri sekali gus mengekalkan imej rock yang ada padanya," katanya.
Sepertimana minggu lalu, sesi penyingkiran turut diadakan dan menyaksikan pemenang tempat ketiga Bintang RTM 2007, Rehana Mohd Yunus (Han), sebagai peserta kedua meninggalkan OIAM3.
Han yang tersungkur sebelum melakukan persembahan menerusi lagu I don't Wanna Miss a Thing (Regine Velasquez) menerima kekalahan ini dengan tenang tanpa sedikitpun rasa kesal.
"Saya akan meneruskan perjuangan dalam bidang nyanyian. Selepas ini saya akan memasuki studio bagi merakamkan album pertama saya di bawah Metadome Sdn Bhd," katanya.
Keputusan penyingkiran itu mengejutkan penonton, kerana Anith yang memiliki wajah persis Datuk Siti Nurhaliza dijangka tersingkir ekoran sikapnya mengada-ngada dan kebudak-budakan menimbulkan kemarahan peserta lain sehingga berlaku perbalahan antara dia serta yang lain khususnya Pija.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 8:43 am
Azizi buru impian
SELEPAS muncul naib juara pertandingan Digi Celebriteen tiga tahun lalu langkah penyanyi remaja, Azizi Zakaria, 17, tidak pernah terhenti untuk mengejar cita-citanya dalam bidang seni.
Anak jati kelahiran Johor Bahru mencatat sejarah sebagai peserta termuda Digi Superstar tahun lalu itu pantas menyusun langkah menghasilkan mini album berjudul, Kamu Semua. Ternyata kejayaan menduduki tempat kedua dalam program separuh realiti itu mendorong Azizi untuk terus mengejar cita-cita dalam bidang yang diminati sejak kanak-kanak lagi.
Menurut Azizi, dia mula menyanyi sejak berusia lapan tahun lagi begitupun hasrat untuk membabit diri secara serius dalam bidang seni selepas tamat sekolah menengah. Selain menyertai beberapa pertandingan nyanyian kompetitif, dia yang berkebolehan menari dan menyanyi diberi peluang merakam album menerusi syarikat rakaman, Giant Ants (M) Sdn Bhd.
"Selepas menyertai program Digi Celebriteen baru saya terfikir untuk benar-benar serius untuk terbabit dalam bidang seni. Hendak diikutkan minat dalam nyanyian sudah ada sejak kecil lagi. Malah setiap ahli keluarga saya turut meminati bidang seni. Saya bersyukur kerana impian untuk merakamkan lagu akhirnya terlaksana.
"Pembabitan saya juga turut didorong untuk menyambung hajat bapa (Zakaria Anuar) yang turut meminati bidang seni," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran dan muzik video (MTV), Kamu Semua di Hotel PJ Hilton, Petaling Jaya baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai mini album yang mengandungi lagu Kaulah Permataku, Sentiasa (duet bersama peserta Digi Celebriteen seperti Asyraf, Zenny & Saban), Sentiasa dan Kamu semua versi mix selain single pertama Kamu Semua.
Azizi berkata konsep lagu dalam album itu lebih terarah kepada pop, rock dan balada. MTV Kamu Semua yang turut menampilkan Dina (Malaysia Idol), Aesar Mustafa (Gang Starz), Rafikoncept, Diddy (AF) dan Raki Zainal (8TV) pula diuruskan sepenuhnya oleh syarikat rakaman manakala edaran oleh Century Music.
"Kamu Semua adalah muzik video pertama saya. Malah saya amat berbesar hati dapat melancarkannya. Saya juga berterima kasih kepada semua rakan artis dan kru penggambaran yang sama-sama menjayakan muzik video arahan Khairil M Bahar yang berlangsung di pejabat operasi, Digi di Subang sekitar penghujung tahun lalu.
"Mungkin ada yang salah faham dengan penampilan istimewa rakan artis dalam muzik video ini. Begitupun, saya berasa bertuah kerana dapat berkerja sama dan berkongsi pengalaman daripada rakan artis yang ternyata lebih berpengalaman daripada saya.
"Masih terlalu awal untuk menilai kemampuan menerusi lagu ini. Saya juga sedar masih baru dalam bidang nyanyian dan kalau boleh mahu mencuba pelbagai bentuk genre muzik," kata Azizi yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dia yang mendapat bimbingan dan didikan vokal daripada pihak pengurusan rakaman itu mengakui bakal berdepan cabaran dalam dunia seni memandangkan kehadiran bakat baru daripada program realiti ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Namun dia percaya bakat dan rezeki setiap individu pasti ada.
"Saya mahu cuba yang terbaik. Selain berusaha memajukan diri dalam bidang seni. Disamping menyanyi saya juga mahu menjadi ikon kepada generasi muda supaya tidak terbabit dalam gejala negatif seperti yang dilapor di media cetak dan elektronik," kata Azizi yang menyimpan impian untuk berduet dengan idolanya, Faizal Tahir pada masa hadapan.
PROFIL
NAMA KOMERSIAL: AZIZI
NAMA PENUH: Muhd Azizi Zakaria
TEMPAT LAHIR: Johor Bahru
TARIKH LAHIR: 30 Oktober 1991
ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada tiga beradik
KARIER: Penyanyi dan penari
HOBI: Menyanyi, menari, berlakon dan bermain permainan video game
IDOLA: Faizal Tahir, Dina, Alif, Fazli Zainal
DUTA: Shuffle Masterz 2008, wakil duta remaja Michael & Guys Hair Studio 2008 serta duta remaja minuman jenama, Anything! Whatever! Soft Drink
PENCAPAIAN: Juara DiGi CelebriTeen 2007 (Bahagian Selatan), Naib juara DiGi CelebriTeen 2007 (peringkat kebangsaan) dan mencipta sejarah sebagai peserta termuda mengambil bahagian dalam DiGi Superstars in 2008
ALBUM: Kamu Semua (mini album)
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 8:46 am
Selami keperitan Gaza
SERANGAN dan keganasan rejim Zionis di Gaza selama 22 hari sudah hampir sebulan berlalu namun tangisan serta penderitaan penduduk Palestin tidak mungkin dilupakan.
Manakan tidak, penduduk Palestin yang hidup serba kekurangan diganyang, dibunuh dan diledakkan dengan bom tanpa henti sedangkan negara berkuasa besar dunia hanya sekadar melihat.
Simpati terhadap penduduk Palestin, kematian serta syahidnya ribuan nyawa di sana menyebabkan bantuan terutama dalam bentuk kewangan mencurah-curah datang.
Negara kita juga tidak berkecuali, bantuan diberi bukan saja dalam bentuk wang malah simpati terhadap penduduk Gaza serta kecaman dan kutukan terhadap Israel dizahirkan dalam bentuk bait-bait puisi, lagu, konsert dan perhimpunan orang ramai.
Semua sebagai satu medium luahan rasa marah, sedih dan simpati terhadap saudara seagama yang menjadi mangsa kekejaman tentera Yahudi tanpa henti.
Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga mengambil langkah sama menerusi siaran langsung Zoom In @ RTM Khas: Doaku Untukmu... Gaza di TV2 Ahad lalu bagi menzahirkan simpati dan keprihatinan terhadap penderitaan rakyat Palestin.
Ia boleh diibaratkan serampang dua mata kerana selain berhibur menerusi persembahan, penonton juga berpeluang menderma ke Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin.
Penonton yang mendapat selendang serta topi berwarna bendera Palestin sebagai tanda sokongan terhadap negara itu berpeluang menyumbang ke tabung itu yang bawa kakitangan RTM sepanjang persembahan.
Siaran langsung bertempat di Auditorium Perdana, Wisma Radio, Angkasapuri itu menampilkan persembahan artis seperti Aiman, Hafiz Hamidun, Waheeda, kumpulan In Team, Meet Uncle Hussain dan Kumpulan Teater Bingkas Kebayan.
Lagu dan persembahan sketsa yang dipersembahkan menampilkan tema kemanusiaan, keamanan dan persaudaraan sejagat.
Turut hadir pada program itu ialah Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Abu Bakar Ab Rahim, Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik), Datuk Norhyati Ismail, Charge D'Affairs Libya, Mohamed Ainfati dan Duta Palestin, Abdel Elaziz Abu Ghoush.
Persembahan dimulakan dengan deklamasi sajak berjudul Surat Dua Sahabat Zuriat Anbia memaparkan perbezaan keadaan kehidupan dua kanak-kanak di Malaysia dan Palestin oleh Kumpulan Teater Bingkas Kebayan.
Menerusi sajak itu, penonton dibawa merasai perbezaan antara kenikmatan keamanan di Malaysia dengan keperitan di Palestin melalui bacaan dua pucuk surat yang diutuskan dua kanak-kanak berlainan negara itu.
Tumpuan penonton kemudiannya tertumpu kepada Aiman yang menyanyikan dua lagu berjudul Damai Yang Hilang dan Dusta Berkalang dan diikuti lagu Hanya Takdir yang dipersembahkan oleh kumpulan In Team.
Penonton kemudiannya dibawa merasai keperitan dan kepahitan hidup kanak-kanak Palestin menerusi sketsa bertajuk Anak-Anak Di Bumi Anbia oleh Kumpulan Teater Bingkas Kebayan.
Penyampaiannya yang bersahaja namun mempunyai makna membuktikan semangat kasih-sayang sesama agama boleh disampaikan dengan baik menerusi landasan hiburan.
Sketsa itu menceritakan mengenai definasi perjuangan kemerdekaan kanak-kanak Palestin yang sanggup bergadai nyawa di usia muda untuk mendapatkan hak mereka malah tidak takut mati kerana percaya Allah bersama mereka.
Menyusul kemudian adalah persembahan Hafiz Hamidun yang membawa dua lagu bertajuk Bilakah Damai dan Haya Bil Jihad.
Persembahan bertenaga pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) Meet Uncle Hussain yang membawa dua lagu iaitu Putihnya Lukisan dan Hulu Malang menghangatkan suasana Auditorium Perdana.
Waheeda kemudiannya tampil menyampaikan dua lagu baru berjudul Mata Fi Hubbillah dan Pendelik Cinta sebelum rancangan berakhir dengan persembahan In Team dengan lagu Dia Muhammad.
Pada majlis sama Abu Bakar menerima sumbangan daripada Eurofine (M) Sdn Bhd, Television Airtime Services Sdn Bhd dan Right Vision Sdn Bhd untuk Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin berjumlah keseluruhan sebanyak RM30,000.
Sementara itu, salah seorang daripada penyanyi program itu, Hafiz menganggap aktiviti seni sebegitu mampu meraih simpati orang ramai untuk menyumbang sekadar termampu kepada rakyat Palestin.
"Ada di kalangan kita yang menganggap apabila keadaan sudah aman, tidak perlu lagi menderma tetapi sebenarnya ia paling penting kerana Palestin memerlukan bantuan kewangan untuk membangunkan negara mereka yang sudah musnah," katanya.
Menurutnya, program seumpama itu juga boleh dilihat lambang protes rakyat Malaysia menerusi aktiviti kesenian dan menunjukkan penolakan terhadap keganasan rejim Zionis.
"Langkah RTM menerbitkan Zoom In @ RTM Khas: Doaku Untukmu... Gaza sesuatu yang bijak dan mampu menarik penonton kerana menggabungkan kumpulan nasyid, indie, artis lama dan baru untuk bersama-sama menunjukkan kebencian terhadap keganasan," katanya.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 8:50 am
Amir kecil hati
AMIR...mahu tingkat mutu persembahan
KUALA LUMPUR: Pemenang tempat ketiga Raja Lawak Astro musim ketiga, Mohd Amirullah Azmi, 20, atau Amir mengakui ‘kecil hati’ dengan pelbagai cemuhan penonton rancangan itu termasuk menerusi laman web terhadap persembahannya sepanjang menyertai program itu.
Amir yang dikenali dengan tagline ‘I’m Sorry’, berkata dia sedar mengenai cemuhan itu tetapi tidak mampu berbuat apa-apa.
“Saya memang terasa hati dengan pelbagai kutukan tetapi orang yang mengata saya perlu faham, pemilihan saya berdasarkan khidmat SMS orang ramai sehingga layak ke peringkat akhir.
“Tetapi apa yang boleh saya buat, mulut orang tidak boleh ditutup,” katanya yang dihubungi, semalam.
Menurutnya, dia sedar dikritik hebat penonton terutama apabila layak ke saingan akhir, manakala kumpulan LNJ tersingkir
“SMS penonton menyebabkan saya kekal hingga peringkat akhir, jika mereka mahu sokong LNJ, kenapa tidak mahu menghantar SMS sebanyak mungkin kepada mereka,” katanya.
Bagaimanapun, Amir yang berasal dari Kubang Kerian, Kelantan, berazam untuk memperbaiki persembahannya pada masa akan datang.
“Saya sebagai orang baru memang banyak kena belajar, saya juga ingin memohon maaf di atas persembahan saya yang gagal menarik perhatian ramai.
“Jadi saya berazam mahu memperbaiki persembahan pada masa akan datang. Saya juga positif menerima semua teguran juri, cuma kadangkala terasa juga apabila ada juri yang menegur mengenai penampilan bukannya membantu menegur kelemahan saya dari sudut persembahan,” katanya.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 9:02 am
senarai 14 pelajar AF7
yang tidak berjaya
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 9:08 am
senarai 14 pelajar AF7
yang berjaya
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 9:11 am
SAmbungan...
Senarai 7 pelajar lelaki AF7
AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor) OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor) ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur) HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak) QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor) SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak) YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).
Senarai 7 pelajar perempuan AF7
CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak) ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur) ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor) ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil, Sabah ) RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah) AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak) RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)
Tanpa menerbitkan konsert prelude, 14 pelajar ini diumumkan melalui program Tirai Akademi Fantasia di Astro Ria malam tadi yang dihoskan Sarimah Ibrahim atau Kak Mah
Apa yang pasti, pihak Astro masih lagi berteka-teki lagi siapa Pengetua AF7. Pelajar terbabit akan mengetahuinya rahsia itu apabila kelas akademi bermula esok, Isnin, 9 Mac 2009.
Dengan itu peminat AF7 seluruh negara boleh mengetahui pengumuman istimewa ini pada episod pertama Diari AF7, jam 9 malam esok.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 9:22 am
Lahirkan bintang bertaraf dunia
"Memang jalan untuk mendidik mereka penuh liku tetapi tiada apa yang mustahil. Apa yang penting adalah pelajar yakin dengan diri mereka" – TIARA
Transformasi adalah perkara pertama yang dijanjikan oleh Datin Seri Tiara Jacquelina saat dia menerima tanggungjawab sebagai Pengetua Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7).
Bergelar Pengetua wanita pertama, dia memikul misi besar yang pada pandangan umum agak sukar untuk dicapai dalam tempoh tiga bulan pertandingan.
Mahu melakukan apa yang dirasakan mustahil oleh orang ramai, Tiara dengan yakin menyatakan dia tidak mahukan satu lagi musim AF tetapi satu penggal yang paling berjaya dan diingati.
Tambahnya, dia mahu melahirkan bakat paling menyerlah sebagai ikon kepada industri hiburan yang setanding dengan taraf dunia.
Juara yang bakal dinobatkan itu perlu mampu memberikan impak dan menjadi contoh kepada umum. Maka, untuk mencapai semua itu, Tiara sebagai Pengetua telah menyediakan tujuh syarat supaya bintang yang diinginkan itu berjaya digilap.
Syarat pertama, pelajar itu perlu memiliki suara yang luar biasa. Syarat kedua adalah mempunyai bakat serba boleh. Keyakinan dan keberanian adalah syarat ketiga dan usaha serta kerja keras menjadi syarat keempat.
Syarat kelima adalah perubahan imej dan stail diikuti dengan faktor-X sebagai syarat keenam. Syarat ketujuh dan terakhir adalah pelajar akan dipastikan memiliki badan yang sihat dengan diet seimbang dan senaman.
Misi Tiara disambut baik pihak pengurusan AF kerana bagi mereka nafas baru bermaksud berani mencuba cabaran dan melakukan perubahan. Namun, tidakkah Tiara takut misi yang ingin dilaksanakan itu terlalu tinggi untuk dicapai?
"Industri kita sendiri perlukan perubahan. Contohnya semasa saya melakukan pementasan muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL), saya ingin lakukan sesuatu yang besar. Tapi ramai yang memberitahu saya bahawa semua itu tidak akan berjaya.
"Namun, kita perlu letakkan matlamat untuk dicapai dan semua orang akan bekerja ke arah itu. Walaupun tidak berjaya sekalipun, hasilnya pastinya lebih baik daripada jangkaan. Konsep yang sama juga untuk AF kali ini. Saya ingin lihat sejauh mana kemampuan mereka," kata Tiara pada sidang media yang berlangsung malam Isnin lalu di Bukit Damansara.
TIARA tahu bukan mudah untuk melahirkan seorang bintang baru, tetapi dia perlu kuat berusaha.
Suka meletakkan matlamat tinggi pada setiap projek yang disertai, Tiara akan memberikan 1000 peratus masa, jiwa dan tenaganya untuk membimbing pelajar AF. Apa yang penting adalah Tiara yakin dengan kualiti pelajar-pelajar tahun ini.
"Memang jalan untuk mendidik mereka penuh liku tetapi tiada apa yang mustahil. Apa yang penting adalah pelajar yakin dengan diri mereka. Hari ini (Isnin) semasa saya bertemu dengan mereka buat kali pertama, saya dapat melihat sinar di mata mereka," tambah Tiara, 41.
Meminati AF kerana suka menyaksikan perjalanan orang biasa bertukar menjadi bintang kegilaan ramai, Tiara memberitahu dia hanya bersetuju untuk memikul tugas itu beberapa hari lalu. Katanya, jika tawaran itu datang enam bulan atau setahun lalu, dia berkemungkinan besar tidak akan menerimanya.
"Tawaran ini datang tepat pada masanya. Ada media yang bertanya kepada saya apa yang akan saya lakukan selepas PGL dan saya ada memberitahu bahawa saya ingin menubuhkan akademi sendiri. Saya ingin berkongsi ilmu dengan bakat baru. Jadi apabila saya diberikan tawaran ini, saya sudah bersedia untuk mengajar," ujarnya yang memakai gaun pendek berwarna merah.
Kelihatan teruja bergelar Pengetua pada hari pertama, Tiara juga berasa gembira kerana akan menerajui AF7 dengan sekumpulan tenaga pengajar berpengalaman.
Mereka terdiri daripada A. Aris A. Kadir (Guru Koreografi), Ida Nerina (Guru Seni Persembahan dan Lakonan), Hashridz Murshim Hassim atau Acis (Pengarah Muzik), Siti Hajar Ismail (Guru Vokal Teknikal), Syafizawati Sharif (Guru Persembahan Vokal) dan Fatimah Abu Bakar (Guru Motivasi dan Bahasa Inggeris).
Apabila ditanya perkara pertama yang ingin diubah terhadap pelajar-pelajar AF7, Tiara berjanji penonton akan melihatkan perubahan ketara ke atas penampilan mereka.
"Transformasi pertama adalah mengubah suai diri mereka. Itu adalah kepakaran saya.
"Personaliti dengan imej adalah pakej yang penting dan dengan penampilan baru, ia mampu menonjolkan identiti sebenar mereka. Dengan ini, ia dapat membezakan mereka daripada orang lain. Itulah ilmu pertama saya akan berikan kepada mereka yang mahu bergelar artis," tambahnya.
WAJAH terbaru Tiara, setelah diberi tanggungjawab baru sebagai Pengetua AF7.
Dipanggil sebagai Principal Tiara, salah satu perubahan yang perlu dilakukan oleh Tiara juga termasuk memperbaiki taraf Bahasa Inggeris pelajarnya. Ini kerana pemenangnya berkemungkinan besar akan beraksi di pentas dunia.
Maka, sebagai 'duta' Malaysia ke luar negara, Tiara dan produksi AF berpendapat Bahasa Inggeris itu penting terutama apabila seseorang artis mewakili negara.
"Kita sebenarnya sudah jauh ketinggalan. Jurang bahasa kita amat besar dan semakin ramai antara kita yang tidak mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
"Pemenang ini mungkin akan ke luar negara dan mewakili negara. Jadi pada saya Bahasa Inggeris itu adalah penting. Namun, buat masa ini, kami belum lagi menentukan berapa peratus program ini akan didominasi dengan Bahasa Inggeris," tambahnya.
Tiara ada wibawa – Khairul
Setiap tahun, apabila penggal baru Akademi Fantasia (AF) bermula, apa yang mengujakan ramai bukan sahaja senarai peserta yang bakal mewarnai AF tetapi juga tenaga pengajar terutama pemilik kepada gelaran Pengetua AF.
Tahun ini, kedudukan tertinggi dalam organisasi AF itu juga menimbulkan pelbagai spekulasi dan pemiliknya hanya diumumkan menerusi program Diari Akademi Fantasia 7 episod pertama Isnin lalu, pukul 9 malam di saluran Astro Ria.
Kosmo! sebelum ini pernah meramalkan Tiara sebagai Pengetua dan menjadi wanita pertama menjawat tugas itu, ada pihak yang tertanya-tanya mengapa Tiara yang bukannya seorang penyanyi boleh dipilih sedangkan ramai di luar sana lebih layak jika dilihat dari faktor muzik.
“Sebenarnya banyak faktor yang membuatkan kami memilih dia. Pengetua pertama, Freddie Fernandez juga bukan seorang penyanyi. Tiara ialah seorang penghibur, pelakon dan penggiat teater berjaya. Apa yang penting, kami yakin dengan kewibawaan dia,” kata Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan yang turut hadir pada majlis itu.
Mempunyai lima hingga enam nama yang disenarai pendek sebelum memilih Tiara, Khairul Mizan turut menjelaskan proses pemilihan Pengetua telah mengambil masa lebih lima bulan seperti tahun sebelumnya. Cuma kali ini, pemilihannya lebih ‘ketat’ kerana mahukan orang yang boleh melakukan kelainan.
“Kami memulakan proses dengan mencadangkan nama calon. Selepas itu kami akan menghubungi mereka dan memberikan masa dua hingga tiga minggu untuk memberikan jawapan. Nama-nama yang bersetuju pula akan dibincang dengan pengurusan Astro.
“Selain daripada pertimbangan Astro, kami mahukan Pengetua yang dapat memberikan komitmen. Jadi proses ini akan mengambil masa yang amat lama,” tambahnya.
Konsert pertama AF7 akan bermula Sabtu ini, pukul 9 malam di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (Astro 104).
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 9:24 am
Kongsi ilmu kecantikan
AZIAH bangga dengan penghasilan karya pertamanya.
TIPULAH sekiranya pasangan suami isteri yang belum dikurniakan cahaya mata, tidak berasa tertekan dengan soal itu.
Mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang bernama Azlan Shah Jaffril, 37, menjangkau waktu tiga tahun lepas, bekas personaliti TV3, Aziah Jasmin Azizul Hassan nyata tertekan apabila sering diajukan persoalan tentang anak.
Aziah berkata, dengan usia yang mencecah 37 tahun, sudah pastilah hati nuraninya meronta-ronta mahukan zuriat.
Zuriat yang diterjemahkan, boleh lebih menceriakan mahligai perkahwinan yang dibinanya pada tahun 2007 bersama-sama Azlan.
"Dalam mencapai usia sekarang, memanglah saya dan suami benar-benar mahukan anak.
"Enggan terlampau memikirkan perkara ini, maka saya tidak meletakkan diri dalam keadaan tertekan sehingga pengaruhi kehidupan saya.
"Kalau ada rezeki, saya bersedia menunggu dan menerima segala ketentuan daripada Allah," jelasnya tenang semasa ditemui pada majlis pelancaran buku The Pink Book di MPH Mid Valley, Bangsar di ibu negara minggu lalu.
Lupakan seketika perihal anak. Butir bicara Aziah kini lebih teruja menceritakan lebih lanjut tentang buku yang ditulis sendiri, The Pink Book, yang mulai menemui khalayak sejak minggu lalu.
Daripada bergelar seorang hos dan pembaca berita, Aziah kini mulai menceburkan diri dalam bidang penulisan, sambil mengkhusus dalam bidang kecantikan untuk golongan muda.
Mengambil waktu selama enam tahun untuk disempurnakan, akhirnya Aziah mampu tertawa girang dengan kelahiran The Pink Book, yang secara total berkisar tentang panduan asas pembentukan dan penampilan imej terbaik untuk seseorang individu.
Selain itu, turut dimuatkan cara berpakaian, bersolek serta berjalan untuk menampilkan imej seseorang wanita yang berkeyakinan.
Aziah menjelaskan, buku itu diterbitkan dengan tujuan untuk berkongsi ilmu yang ada pada diri, lalu disumbangkan kepada masyarakat demi membantu mereka dalam pembentukan personaliti dan penampilan yang positif.
"Alhamdulillah, akhirnya The Pink Book berjaya dilancarkan di pasaran. Saya menerbitkan buku ini untuk berkongsi ilmu setelah 17 tahun berada dalam bidang ini agar setiap wanita mendapat ilmu yang ingin saya turunkan ini.
"Saya berharap pembaca dapat memahami konsep sebenar buku ini dan menyayangi diri sendiri terlebih dahulu. Apa jua kekurangan fizikal mereka, ia bukan menjadi faktor penghalang untuk mereka membina penampilan diri yang lebih bagus.
"Saya juga berharap mereka dapat memantapkan diri dan mencapai matlamat yang diinginkan dalam menjalani hidup," terangnya.
Aziah yang juga bertanggungjawab dalam memberi latihan melalui kursus-kursus pembangunan diri menganggap, pembentukan imej bukan sahaja penting untuk golongan atasan serta selebriti, sebaliknya ia menjadi perkara yang sangat mustahak untuk semua golongan.
Setelah menubuhkan syarikat perundingan imej, Star Studio bermula bulan Disember 2002, Aziah mulai menawarkan perkhidmatannya sebagai jurulatih dan penceramah bebas.
"Topik perbicaraan saya menjurus kepada kursus imej, komunikasi, etika serta pembangunan diri mengikut kemahuan serta permintaan daripada pelanggan.
"Selalunya klien saya terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi (IPT), syarikat serta pengusaha perniagaan tempatan atau antarabangsa.
"Saya juga bergiat aktif dalam meluaskan profesion sebagai perunding imej di negara ini melalui perkongsian ilmu dengan perunding imej daripada seluruh dunia melalui Association of Image Consulting International (AICI).
"Disebabkan bidang pendidikan serta cinta mendalam saya untuk berkongsi ilmu dengan orang ramai, maka saya cukup berharap supaya buku The Pink Book berupaya menyalurkan inspirasi kepada golongan wanita di seluruh dunia.
"Isi kandungan dalam buku ini bukan sahaja berfungsi bagi membentuk imej dan keyakinan diri, malah ia lebih terarah meningkatkan semangat kepada golongan wanita untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan," ulas Aziah.
Pelancaran buku The Pink Book dirasmikan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Buku yang diterbitkan dalam bentuk dwibahasa dijual dengan harga RM45 senaskhah. Ia telah berada di pasaran sejak 28 Februari lalu.
Bagi setiap pembelian buku The Pink Book, sebanyak RM1 bakal didermakan kepada rumah anak-anak yatim, Rumah Titian Kasih, Titiwangsa, Kuala Lumpur.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 9:29 am
Tokok tambah dalam Mahsuri
Vanidah Imran
KISAH hidup Mahsuri iaitu wanita yang mati dibunuh kerana menjadi mangsa fitnah memang tidak asing lagi dalam cerita masyarakat Melayu sejak turun-temurun.
Pengkisahan tragedi yang berlaku di Pulau Langkawi pada masa lampau itu dikatakan banyak bercampur antara unsur sejarah dan mitos yang ditokok tambah bagi menjadikannya lebih menarik untuk diceritakan kepada khalayak.
Riwayat Mahsuri bukan setakat tersurat dalam buku-buku sejarah dan hikayat, malah ia juga terus diperkatakan sehingga ke hari ini termasuklah menerusi medium perfileman dan teater.
Terbaru, pengarah Fauziah Nawi tampil ke depan bagi mementaskan teater berjudul Mahsuri yang akan diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, mulai 24 hingga 30 April ini.
Bagi menambahkan lagi tarikan penceritaan kisah Mahsuri, kata Fauziah, beliau turut menokok tambah jalan cerita kisah wanita malang itu bagi menyesuaikannya dengan situasi semasa.
"Sebelum ini pun kisah Mahsuri ada pelbagai versi. Contohnya, saya akan gantikan watak ibu mertua yang dikatakan membunuh Mahsuri dalam cerita legenda itu dengan watak kakak ipar.
"Sebabnya, saya cuba mencari di mana logiknya apabila ibu mertua sanggup membunuh menantunya. Mungkin pertukaran watak itu akan lebih diterima oleh para penonton kelak," katanya pada sidang media Mahsuri di IB, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Aktivis teater itu turut memaparkan logik adegan Mahsuri yang kononnya mengeluarkan darah putih selepas watak legenda tersebut ditikam sebagai salah satu tanda kebenarannya yang menjadi mangsa fitnah.
Semua itu dilakukan bagi menyesuaikan logik dan pemikiran masyarakat hari ini yang jauh lebih ke depan berdasarkan fakta-fakta yang boleh diterima akal dan pemikiran para penonton.
"Skrip teater ini ditulis oleh Rahimidin Zahari iaitu salah seorang kakitangan IB berdasarkan kajian yang telah dijalankannya sebelum ini. Misalnya, teater ini menggambarkan adegan Mahsuri yang mengeluarkan darah putih selepas ditikam.
"Kami gambarkan tikaman itu melalui tulang selangka Mahsuri dan menembusi buah dadanya hingga darah yang mengalir itu dibaluti air susu. Mungkin sebab itu darah Mahsuri yang keluar dikatakan berwarna putih," ujarnya.
Tambahnya, tokok tambah yang dilakukan itu tidak menjejaskan jalan cerita asal, sebaliknya ia mampu mengelakkan para penonton bosan kerana kisah legenda itu telah banyak kali diulang penceritaannya.
Selain berunsurkan cerita legenda yang popular, Fauziah mementaskan Mahsuri kerana mendapati banyak elemen positif yang boleh dikongsi oleh para penonton apabila ia dipentaskan kelak.
Apatah lagi, pementasan Mahsuri memang dirancang oleh IB sebagai salah satu genre pementasan bagi mengisi kalendar di panggung bertaraf dunia itu.
"Bagi saya, Mahsuri merupakan seorang wanita yang sangat hebat. Dia bolehlah dianggap sebagai wanita yang berdikari, mempunyai pemikiran jauh, baik hati, sanggup berkorban dan sangat menyayangi keluarganya.
"Semua unsur positif yang dimiliki oleh Mahsuri itulah seharusnya diambil iktibar oleh kaum wanita supaya semangat yang ada dalam diri beliau terus dihayati sampai bila-bila," katanya.
Pementasan teater yang akan mengenakan harga tiket dari RM30 hingga RM100 itu dijangkan akan menggunakan seramai kira-kira 100 pelakon.
Pelakon baru, Arja Lee merupakan antara pelakon yang terpilih dalam sesi uji bakat yang diadakan bagi memegang watak suami kepada Mahsuri dalam pementasan tersebut.
Biarpun masih mentah dalam gelanggang teater, namun Fauziah yakin dengan bakat, kesungguhan pelakon muda berusia 25 tahun itu untuk menggalas watak yang tidak kurang mencabar itu.
"Saya dapati Arja mempunyai kebolehan dan bakat tetapi yang lebih penting kehendak dan komitmennya dalam pementasan ini amat besar. Saya yakin dengan kecenderungannya itu. Malah, saya juga sudah biasa bekerja dengan orang baru dalam bidang lakonan.
"Apa yang penting dia sanggup belajar dan mendengar kata demi melakonkan watak itu dengan sebaik mungkin," komennya.
Bagaimanapun, sebagai pengarah dan pelakon berpengalaman beliau tidak menafikan terdapat riak kegoyahan sewaktu Arja mula-mula dipertemukan dengan Vanidah Imran yang melakonkan watak Mahsuri.
Namun, atas bimbingan dan yakin dengan bakat lakonan yang semakin cerah digilap dalam siri-siri latihan yang telah diadakan, ia memberi banyak keyakinan kepada pelakon muda itu.
"Contohnya, masa Arja mula - mula pegang Vee (Vanidah) dia macam rasa takut. Apatah lagi saya ingatkan dia bahawa Vee isteri orang. Tetapi Arja dan Vee faham batas dalam melakonkan watak masing-masing.
"Ini kerana, pada mulanya saya menjangkakan Rashidi Ishak (suami Vanidah) boleh melakonkan watak yang akan dilakonkan oleh Arja itu.
"Sebabnya lebih senang kalau ia dilakonkan oleh Vee dan Rashidi kerana mereka memang suami isteri. Sayangnya, Rashidi ada komitmen lain," jelas Fauziah lagi.
Selain Arja Lee dan Vanidah Imran, Mahsuri yang menyelitkan elemen nyanyian, tarian dan pencak silat itu turut dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Azizah Mahzan dan Abu Bakar Juah.
Sementara itu, Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani berkata, beliau yakin Mahsuri mampu menarik perhatian segenap lapisan masyarakat biarpun ia merupakan naskhah lama yang sudah banyak kali dikitar semula.
Malah katanya, golongan penonton terutamanya generasi muda hari ini akan tertarik menonton pementasan dalam genre itu jika ia turut menyelitkan nilai-nilai hiburan yang bersesuaian dengan mereka.
"Seperti yang saya selalu sebutkan sebelum ini, pementasan seperti ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial IB bagi memastikan seni persembahan berteraskan seni dan budaya kita tidak pupus begitu sahaja.
"Tahun lalu, IB misalnya pernah mementaskan randai yang diangkat daripada cerita masyarakat Minangkabau di Sumatera, Indonesia. Bagi saya, apa juga naskhah lama atau moden mampu menarik perhatian penonton.
"Apa yang penting, cara ia dipersembahkan mestilah menarik, ada unsur-unsur hiburan dan nilai moralnya yang tersendiri. Dan ia juga dipersembahkan oleh orang yang berpengalaman," katanya.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 9:30 am
Kematangan Zaipul pikat Liena
DIIJAB KABUL... Liena dan Zaipul kini suami isteri.
INILAH yang dikatakan jodoh, biarpun suatu masa dahulu penyanyi Liena Hangat, 37, atau nama sebenarnya Norazlina Abdul Rahman pernah menyatakan bahawa cintanya hanya untuk lelaki mat salih, namun kini dia mengakui bahawa jodoh dan pertemuan ditentukan oleh Tuhan.
Hampir setahun menyelami hati budinya, Liena akhirnya memilih lelaki Melayu berasal dari Ketereh, Kelantan iaitu Mohd. Zaipul Bahri Ghazali, 35, sebagai pasangan hidupnya.
Pasangan tersebut dinikahkan dalam satu majlis sederhana di Masjid Negara, Kuala Lumpur oleh Pendaftar Pernikahan, Penceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Abdullah Hashim dengan mas kahwin sebanyak RM404 pada 8 Mac lalu.
Ketika ditemui selepas majlis pernikahan, Liena mengakui Zaipul adalah satu-satunya lelaki Melayu yang berjaya mencuri hatinya.
Pertemuan pertama sekitar Mac tahun lalu ternyata mengubah hidup Liena yang ketika itu ditinggal dan digantung tidak bertali sejak empat tahun lalu oleh bekas suaminya.
Kematangan serta sikap ambil berat Zaipul akhirnya berjaya membolos benteng hati penyanyi yang terkenal dengan lagu Ceria Dalam Gundah itu lalu menyuntingnya sebagai suri hidup.
"Saya jatuh cinta dengan dia sebab dia selalu buat saya berfikir. Walaupun pada awalnya bercanggah pendapat tetapi setelah berfikir semula apa yang dia kata memang betul," luah Liena bercerita tentang suaminya.
Memberi nasihat serta memberi sokongan kepada Liena sepanjang menyelesaikan kes tuntutan fasakh terhadap bekas suaminya, Muhammad Jamal Deluloy Abdullah sedikit demi sedikit timbul perasaan cinta di antara mereka.
"Mula-mula bertemu dengan Zaipul pada Mac tahun lalu memang kami hanya berkawan dan tidak sangka akan berkahwin.
"Allah memang sayang kepada saya dan mahu saya berfikir untuk kesenangan diri saya sendiri. Manusia memang sentiasa berubah dan buat perkara yang baru.
"Saya yakin Allah berikan ini yang terbaik untuk saya dan azam saya pada tahun ini setelah bergelar isteri nak cuba menjadi isteri yang solehah," kata Liena sambil memandang Zaipul di sisinya.
Setelah gagal dalam percaturan hidup berumah tangga yang di binanya enam tahun lalu, kini Liena mahu lebih berhati-hati menjaga tatatertib sebagai seorang isteri dan juga anak kepada kedua ibu bapa serta keluarga mertuanya.
"Selepas rumahtangga saya dengan lelaki mat salih gagal, ayahlah orang yang paling gembira apabila saya beritahu mahu berkahwin dengan lelaki Melayu.
"Perkahwinan saya dahulu agak kelam kabut, ambil tempoh yang lama baru boleh buat majlis persandingan.
"Tetapi kali ini alhamdulillah, mengikut adat Melayu dan keluarga merestui perkahwinan kami," kata Liena yang merupakan anak kedua daripada enam beradik itu lagi.
Zaipul ketika ditanya tentang keistimewaan Liena, menyatakan perkenalan yang awalnya hanya sebagai rakan akhirnya bercambah perasaan sayang.
"Semakin lama berjumpa dan membantu Liena, perasaan sayang mula timbul. Dia seorang yang mudah mesra. Selepas tiga kali keluar bersama akhirnya saya melamar Liena," kata Zaipul.
Sukar cari keserasian?
Seperti pasangan lain yang baru mengenali hati budi masing-masing, Liena dan Zaipul pada awalnya tidak terlepas menghadapi masalah dalam mencari keserasian di antara mereka.
Menurut Liena selera serta minat yang berbeza sedikit sebanyak mengganggu hubungan mereka untuk menjalin hubungan yang lebih mesra.
"Bagi saya tiada orang yang sempurna dalam dunia ini sebaliknya kita sendiri yang cuba mencari kesempurnaan itu.
"Tiada perkara yang tidak boleh diselesaikan dalam dunia ini, yang penting ialah tolak ansur antara satu dengan lain," kata Zaipul.
Bercerita tentang kerjaya seni isterinya, kata Zaipul, dia tidak menghalang isterinya untuk meneruskan kerjaya asalkan batas-batas agama dituruti.
"Kerjaya seni itu hak dia dan saya tidak akan menyekat. Bagaimanapun, mestilah tidak melebihi batas, pandai menjaga diri serta status dia sebagai isteri," kata Zaipul lagi sebelum mengakhiri perbualan.
Majlis resepsi keluarga Liena bakal diadakan pada 14 Mac ini di kediaman keluarga Liena di Skudai, Johor manakala majlis resepsi keluarga Zaipul akan diadakan di Kelantan pada 21 Mac ini.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 9:49 am
Kutipan Geng Upin Ipin dah lebih RM5 Juta!! Syabas!
Tidak kira di mana sahaja website asalkan ianya berbumbung di bawah pimpinan Khai (selaku founder Scukz Brand), pasti akan memberikan sokongan sepenuhnya untuk animasi 3D pertama Malaysia ni. Dari Justkhai sampai ke Oh! Cun semuanya dimuatkan dengan cerita mengenai Geng: Pengembaraan bermula. Sokongan dibuktikan dengan memperlihatkan tiket wayang hari pertama di Blog Justkhai.
Membaca entri di Blog Les Copaque, membuat kami tersenyum bangga. Tahniah buat Les Copaque dan seluruh blogger tanah air kerana memberi sokongan dan pandangan yang baik buat animasi ini. Harus diingat, perkembangan dunia hari ini amat dipengaruhi dengan perkembangan dunia blog yang semakin global. Blogger juga mampu menjatuhkan sesebuah kerajaan jika mahu apalagi artis. Itulah kuasa blog yang lebih tajam dan tiada sempadan.
Setakat ini kutipan Geng telah mencecah RM 5.72 juta dan 732,225 orang yang telah menonton. Kutipan ini hampir mengalahkan kutipan Jangan Pandang Belakang (RM 5.78 juta) dan diharapkan kita dapat mengalah kan Lagi-lagi Senario (RM6.33 juta) dan menjadikan ia No. 1 Box Office film buatan Malaysia. Pencapaian ini amat membanggakan kerana ia dicapai sebelum minggu keempat tayangan berakhir dan tidak didalam waktu cuti sekolah.
All the best buat Geng dan Les Copaque dari kami di Oh! Artis. Semoga sokongan ikhlas yang kami dan rakyat Malaysia berikan dapat membantu men’gah’kan animasi ini dipersada dunia suatu hari nanti. Apa yang lebih penting, adalah pandangan dunia luar harus diubah. Biar mereka kenal Malaysia bukanlah sebuah negara seperti 10 tahun lalu lagi.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 9:56 am
(Bosan!) Zarina An Julie dibelasah pula dah?!! Tak habis-habis
Tak habis-habis si Anju ni wat kontroversi MC rasa dah malas nak tulis pasal die ni…dalam Melodi semalam ada tunjuk pasal si Anju lebam lebam kene belasah dek pelakon (pelakon tu minah saleh celup), Insiden ni berlaku masa Si Anju ni tengah sedap sedap megutuk pelakon lagi sorang tu kat dalam tandas di sebuah kelab malam di Jakarta, tapi dia tak sedar yg pelakon tu ada kat situ…hehehe lepas tu jadilah adegan tumbuk menumbuk dan cakar mencakar serta adegan biasa kalau perempuan bergaduh tarik rambut la…biasalah masa sedap mengumpat tak sedar tuannya diri ada kat situ…si pelakon tu di katakan antara orang yang bertanggungjawab menyebarkan gambar-gambar tak elok si Anju di internet…sape la pelakon tu ek?
halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 10:57 am
fuh bestla..nak lagi2 nak lagi
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 11:04 am
Halle Berry dipilih 'Wanita Kulit Hitam Paling Seksi'
Kejelitaan aktres Halle Berry tidak perlu dipertikaikan lagi.
SIAPAKAH wanita berkulit hitam yang paling seksi sekali? Jika soalan ini ditanya kepada penonton TV di Amerika, jawapannya ialah aktres Halle Berry.
Aktres jelita itu terpilih menjadi 'Wanita Paling Seksi' oleh satu tinjauan TV baru-baru ini.
Tidka sangka ramai yang meminati dan kagum dengan kejelitaan yang dimilikki oleh pemenang Anugerah Oskar ini.
Tahun lepas, Berry juga terpilih sebagai 'Wanita Paling Seksi' oleh majalah Esquire.
Selain Berry, nama-nama selebriti lain yang menduduki senarai waniat paling seksi oleh tinjauan TV itu ialah Tyra Banks, Alicia Keys dan Jada Pinkett Smith.
Turut tersenarai ialah Rihanna, Iman, Janet Jackson, Joy Bryant, Gabrielle Union dan Kerry Washington.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 11:05 am
Kerajaan masih 'pro' industri seni, kata Hans, Norman dan David
PERGOLAKAN ekonomi yang tidak menentu sekarang sudah pasti memberikan pelbagai kesan, sama ada baik atau buruk kepada pengguna dan masyarakat di Malaysia.
Semalam, Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak membentangkan Pakej Rangsangan ekonomi dengan suntikan tambahan RM60 bilion bagi mengharungi kebimbangan prospek ekonomi sejagat yang suram dengan mengajak semua pihak memberi fokus kepada ekonomi dan rakyat.
Bagi pelakon, pengarah dan produser Hans Isaac, dia tidak akan mengambil sikap putus asa dengan ekonomi yang dihadapi sekarang.
Hans nekad untuk mengharungi apa jua rintangan bagi menerbitkan filem keduanya yang bakal dilancarkan pada bulan Mei depan.
“Sebagai penerbit, saya rasa ekonomi tahun ini memberikan kesan yang baik kepada syarikat saya, Tall Order Productions Sdn. Bhd kerana saya mendapat banyak kontrak seperti projek untuk stesen televisyen dan filem.
“Saya berani untuk membuat filem sebab gawat macamana pun orang masih akan tengok filem kerana filem merupakan medium paling murah untuk menghiburkan diri mereka,” ujar Hans.
Bagaimanapun, secara peribadi, Hans akui yang kesan tersebut mungkin lebih dirasai oleh rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan golongan pertengahan.
“Sekarang, rakyat Malaysia perlu lebih bekerja keras dan mencipta sesuatu untuk menyara kehidupan mereka. Jangan terlalu mengikut keadaan ekonomi yang berlaku sekarang.
“Misalnya, pihak yang kaya-raya tidak sepatutnya menyimpan duit mereka yang berjuta-juta tanpa mengunakannya.
“Sebaliknya, mereka sepatutnya menolong orang di bawah mereka dengan membuka peluang menceburi bidang perniagaan.
“Mereka kena berani untuk mengeluarkan jutaan wang yang mereka ada untuk dilaburkan dan bersikap membantu rakyat.
“Jika mereka bersikap demikian, sekurang-kurangnya masih boleh menampung ekonomi daripada gawat,” jelas Hans penuh hemat.
Dalam pada itu, produser dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Capital, Norman Abdul Halim merasakan industri hiburan tempatan masih boleh bertahan buat masa ini.
“Saya rasa ekonomi sekarang memberikan kesan kecil kepada industri kita. Ia juga tidak memberikan kesan negatif dan diharapkan bantuan yang diberikan kepada industri akan bertahan sampai bila-bila.
“Kerajaan masih memberikan ruang kepada industri seperti mengagihkan kewangan kepada syarikat kecil yang serius dalam bidang seni.
“Mereka perlukan bantuan sementara menunggu ekonomi kembali pulih. Jadi saya hendak tahu bagaimana agihan itu akan dilakukan.
“Terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan kerana masih ingat dan tidak meminggirkan industri hiburan,” komen Norman.
Justeru, bagi bajet 2010 yang bakal dibentangkan pada Ogos atau September depan, Norman berharap semoga kerajaan memasukkan pelan yang lebih komprehensif melibatkan seluruh spektrum industri hiburan tanpa mengira bidang muzik atau perfileman.
“Industri hiburan merupakan inisiatif yang perlu diberikan tumpuan memandangkan pulangannya boleh mendatangkan banyak hasil di masa-masa akan datang.
“Kerajaan telah memberikan infrastruktur dan kerjasama dengan adanya kawasan-kawasan Multimedia Super Coridor (MSC) dan syarikat teknologi tetapi pelaburan itu kurang dibuat untuk pembikinan dan penerbitan bahan-bahan tersebut.
“Jika infrastruktur sudah ada tetapi pengisian tidak ada nak buat apa?
“Jadi, saya mahukan kerajaan memberikan penerbitan untuk bahan-bahan hiburan yang boleh dieksport,” beritahu Norman panjang lebar.
Sementara produser/penerbit Metrowealth Movie Production David Teo pula tidak rasa penjualan filemnya akan terjejas dengan keadaan ekonomi sekarang.
Dia berkata sesebuah filem yang baik bakal mempengaruhi penonton untuk sama-sama menonton filem di pawagam.
“Misalnya dulu, walaupun ekonomi baik, filem saya ada juga yang tak laku. Kalau filem kita bagus, sama ada gawat atau tidak orang tetap akan tengok.
“Contohnya, filem 'Geng: Pengembaraan Bermula' mendapat kutipan yang tinggi disebabkan ia merupakan filem yang bagus,” katanya.
Namun begitu, David berkata dia ada juga merasa sedikit tempias kesan daripada kemerosotan ekonomi yang berlaku sekarang.
“Kesan daripada ekonomi sekarang ini memang ada tetapi ia tidak sebesar orang lain sebab filem merupakan hiburan murah.
“Orang masih tengok filem untuk ‘release tension’. Ia bergantung kepada sejauh mana filem itu bagus atau tidak,” ulas David ringkas.
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Wed 11 Mar 2009, 11:12 am
Mentor 3: Artis cari protege sendiri!
Enam mentor musim terbaru - foto THE STAR oleh RAJA FAISAL HISHAN
JIKA musim pertama dan kedua dulu, peserta program realiti, Mentor, disaring terlebih dahulu oleh pihak produksi dan juri jemputan sebelum dipilih sebagai protege kepada mentor mereka yang terdiri daripada artis-artis ternama tanahair, namun musim terbaru yang bakal bermula tidak lama lagi akan menyaksikan enam selebriti popular memilih sendiri 'anak didik' mereka.
Inilah salah satu kelainan yang diperkenalkan oleh produksi Mentor musim ketiga ini setelah melahirkan dua juaranya, Pija dan Fiq tidak lama dulu.
Dan jika untuk dua musim sebelum ini, nama-nama besar seperti Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Zainal Abidin, Ning Baizura, Noraniza Idris, Hattan dan Nora pernah menjadi mentor di dalam program ini, kali ini enam artis hebat daripada pelbagai genre muzik iaitu Awie, Jaclyn Victor, Adibah Nor, Mas Idayu, Ajai dan Lah Ahmad pula dipilih.
Keenam-enam mentor ini akan 'turun padang' ke sesi ujibakat yang bakal bermula 14 Mac hingga 4 April depan pada pukul 10 hingga 5 petang di Sri Pentas, Bandar Utama dan akan memilih sendiri seorang protege yang memenuhi kriteria mereka.
"Ini adalah salah satu kelainan yang kami terapkan dalam Mentor musim ketiga ini. Ujibakat akan dihadiri sendiri oleh enam artis ini dan mereka akan memilih protege masing-masing mengikut ciri-ciri yang mereka mahukan.
"Kami beri 100 peratus kepada mentor untuk letak kriteria yang mereka mahukan, tanpa dipengaruhi oleh pihak produksi. Kami lakukan perubahan ini kerana merasakan sudah sampai masanya untuk buat sesuatu kelainan.
"Berdasarkan pengalaman kami untuk dua musim terdahulu, ada protege yang tidak memenuhi ciri-ciri atau kriteria yang diinginkan oleh mentor, jadi kami merasakan kali ini lebih baik jika mentor sendiri yang buat pilihan.
"Cuma dengan jadual mereka yang padat, sukar untuk kami bawa mereka ke negeri-negeri lain bagi sesi ujibakat tersebut. Jadi, kami memutuskan untuk adakan ujibakat hanya di Sri Pentas," kata penerbit Mentor 3, Muhamad Suffian Isa pada sidang media program itu di Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.
Peserta yang ingin mencuba nasib perlulah berusia antara 17 hingga 25 tahun, memilik bakat yang baik dalam bidang nyanyian dan berkebolehan menari. Peserta boleh menyertai ujibakat secara solo mahupun berkumpulan.
Menurut Suffian lagi, pemilihan enam mentor ini dirasakan layak memandangkan setiap artis itu mempunyai kekuatan muzik masing-masing, walaupun ada diantaranya dilihat masih sedikit pengalaman yang dikutip sebagai penyanyi.
"Bagi kami, tidak semestinya mentor itu perlu ada pengalaman berpuluh-puluh tahun dalam industri ini. Kita turut melihat dari aspek kemampuan, kredibiliti dan juga popularitinya.
"Dan menariknya, meskipun enam mentor musim ini menampilkan genre muzik yang berbeza, itu tidak bermaksud protege di bawah didikan mereka kelak perlu mengikut genre mentor masing-masing.
"Tidak semestinya jika mentornya ialah Mas Idayu, protege juga perlu menyanyi dangdut," ujarnya.
Kelainan lain yang ditonjolkan kali ini juga ialah dari segi format pemarkahan. Jika dua musim terdahulu, pemarkahan dibuat berdasarkan 50 peratus undian SMS dan selebihnya adalah menerusi penilaian juri, namun musim ini, 50 peratus terletak di tangan juri profesional, 30 peratus menerusi undian SMS dan 20 peratus lagi adalah daripada juri awam yang berada di studio, contohnya adalah pelajar-pelajar universiti.
Ditanya tentang 'nasib' pemenang Mentor musim ini, setelah melihat dua juaranya, Pija dan Fiq yang agak 'tenggelam' sebaik memenangi program itu dulu, kata Suffian, pihaknya akan cuba menjanjikan yang terbaik untuk protege kali ini.
"Apa yang kita harapkan protege yang lahir dari program ini juga dapat memberi impak terhadap industri. Itu adalah penting untuk memastikan karier mereka ada halatuju kelak," tutur Suffian.
Bagi yang berminat untuk menghadiri ujibakat dan menjadi protege kepada penyanyi idola masing-masing, tarikh ujibakat itu adalah seperti berikut:
14 Mac - ujibakat mentor 1 (Jaclyn Victor)15 Mac - ujibakat mentor 2 (Mas Idayu)21 Mac - ujibakat mentor 3 (Lah Ahmad)22 Mac - ujibakat mentor 4 (Adibah Nor)28 Mac - ujibakat mentor 5 (Ajai)4 April- ujibakat mentor 6 (Awie)
Peserta harus membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport dan 4R serta membawa minus one lagu yang ingin dinyanyikan.
KOMEN MENTOR
Jac
"Pada awalnya saya menolak tawaran ini kerana merasakan pengalaman saya tidaklah begitu hebat. Tetapi pihak produksi meyakinkan saya dan akhirnya saya bersetuju untuk menggalas peranan mentor.
"Saya ingin mencari protege yang mampu menyanyi dengan baik, tidak kiralah apa saja genre. Lelaki atau perempuan saya tidak kisah, asalkan dia mempunyai keyakinan tinggi dan mempunyai semangat untuk belajar."
Adibah Nor
"Saya rasa sudah sampai masanya untuk saya mencari anak didik dan cuba bantunya berjaya dalam bidang ini. Tetapi yang penting, saya ingin cari orang yang benar-benar berbakat, boleh ditegur dan tidak 'gedik'. Dan kalau boleh, saya inginkan protege wanita.
"Saya ingin protege saya nanti menjadi seorang yang versatile. Tetapi jika yang saya jumpa itu hanya mempunyai kekuatan pada satu genre saja, saya terima saja dan akan fikirkan cara lain untuk jadikannya menyerlah."
Awie
"Sebenarnya, sudah dua musim saya ditawarkan untuk menjadi mentor, tetapi ketika itu jadual saya cukup padat dan hanya musim ini baru saya berpeluang untuk terima semula tawaran itu.
"Saya akan memilih protege wanita yang mampu menyanyikan lagu rock dengan baik. Setakat ini, hanya Ella saja penyanyi rock wanita di Malaysia dan kalau boleh saya ingin cari pelapisnya. Tetapi saya tidak menghadkan kepada rock saja, dia perlulah ada kebolehan untuk menyanyi lagu genre lain juga. Cuma, saya tetap beri penekanan kepada rock."
Mas Idayu
"Sudah lama saya saya berada dalam bidang ini dan saya rasa dengan pengalaman yang saya ada, saya boleh curahkan kepada protege saya. 'At least' nanti, kalau bakat yang dilahirkan nanti bagus, orang akan memuji inilah anak didik Mas Idayu.
"Saya mahu protege saya bukan saja mampu menyanyi lagu dangdut, tetapi lagu asli juga. Saya percaya, jika dia mampu menyanyi dua genre lagu ini, dia juga boleh menyanyi pelbagai genre lagu lain."
Lah Ahmad
"Saya akui pengalaman saya berbanding mentor yang lain agak kurang. Tetapi saya sahut cabaran ini dan akan cuba lakukan yang terbaik untuk protege saya kelak. Jika boleh, saya ingin mencari protege lelaki, tetapi jika sesi ujibakat nanti peserta wanita yang lebih menyerlah, tidak mustahil saya akan pilih wanita pula."