|
| BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 11:48 am | |
| reunion party hip hop groups 90an aku jumpa gambar nie kat FB watie res2... tapi x tau la klau dh ada benang pasal cite nie,, sbb try search mcm x de jek freshies melor, ina & ejie erin res2, along feminin, baby res2, yatt res2 & watie res2 antara yang hadir res2 feminin elite nico 4u2c shades freshies |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 11:53 am | |
| Pic Sasha @ WHI (chubby nye)chubby nyerr... tgh ngandung... tahniah |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 11:56 am | |
| Watie! pulangkan barang aku?
Panas betul cerita yang nak Niezam paparkan minggu ini mengenai keluhan seorang bekas anggota Elite terhadap bekas anggota Elite juga. Penyanyi Elite yang seorang ini tak mahu Niezam sebut nama dia.
Katanya, dia tak nak glamor-glamor lagi. Cukuplah dia bagi tumpuan pada bisnes dia yang mencecah jutaan ringgit tu.
Agaknya dek kerana kemewahan dan kesenangan yang dimiliki oleh dia sejak meninggalkan Elite, maka ramailah orang yang nak ambil kesempatan termasuklah kawan baik sendiri. Artis ni bercerita dia bukan nak bermusuh dengan rakan baiknya iaitu Watie cuma dia sekadar nak tuntut hak dia saja.
Dia nak Watie pulangkan semula barang kemas, pakaian dan segala macam aksesori wanita yang dipinjam sudah lebih setahun lamanya itu dengan segera.
Bukannya apa kata artis ini, barang-barang berkenaan dibeli bukan dengan harga yang murah. Malah barang kemas dan cincinnya sahaja bernilai lebih RM15,000. Niezam tanya kenapa dia murah hati sangat nak pinjamkan barang-barang itu kalau dah tahu ia berharga?
Katanya, dia cuma mengenangkan Watie sebagai kawan baik. Itu saja.
揗acam mana saya tak pinjamkan barang-barang saya itu kalau Watie asyik telefon dia tak ada baju nak pergi shooting drama. Saya cuma nak satu je. Pulangkan barang aku,?katanya.
Kata artis ni lagi dia dah puas telefon dan hantar mesej kepada Watie tapi tidak dijawab. Cuma pernah sekali Watie berjanji nak hantar barang yang dipinjam tapi dia tak tunaikan janjinya itu.
Artis ni juga terkejut kenapa Watie sanggup buat macam tu? Cuma dia harap lepas ni kalau Watie membaca luahan perasaan dia supaya cepat-cepatlah telefon. Nombor katanya masih yang lama lagi 012-9XXXXX6.
Dalam masa yang sama Niezam ada dengar satu cerita mengatakan Watie sudah kahwin dalam diam dengan seorang jurukamera drama. Betul ke? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 12:08 pm | |
| Pengakuan cinta Juliana Evans-Bercinta Dengan SAM bunkface
Sesi fotografi yang diatur pada Selasa lalu sepatutnya diadakan pada pukul 3.30 petang tetapi pukul 5.30 petang barulah gadis ini muncul di studio.
Katanya, dia agak sibuk
kerana baru habis kelas pengajian ijazahnya di kolej Sunway dalam bidang komunikasi. Walaupun nama Juliana Evans pada hari ini semakin popular kerana bidang seni tetapi awal-awal lagi dia beritahu dalam hidup ini apa-apa pun pelajaran lebih utama.
Hendak diikutkan dengan kekuatan namanya sekarang, lebih baik dia mengambil peluang merebut segala tawaran berlakon ketika masih laku daripada belajar.
Tetapi tidak. Dia tak mahu tamak sebaliknya sekadar menjadikan bidang lakonan untuk memenuhi masa lapangnya sahaja.
Tuan punya nama Juliana Sophie Johari Evans ini mahu membuktikan dia boleh berdikari tanpa bergantung dengan sesiapa mahupun ibu dan bapanya sendiri.
Bukan bermakna mempunyai masalah dengan keluarga tetapi itulah prinsip Juliana. Wang yang dicari dari titik peluh sendiri mendatangkan kepuasan yang berbeza.
Oleh itu, tidak hairanlah sebahagian besar yuran pengajiannya dibiayai sendiri oleh Juliana.
“Sejak umur lima tahun saya sudah berlakon iklan. Mungkin pengalaman itu membuatkan saya suka untuk hidup berdikari tanpa bergantung dengan sesiapa pun,” katanya.
Beruntung mendapat ayah yang juga pensyarah Bahasa Inggeris di sebuah kolej manakala ibunya seorang setiausaha di sebuah syarikat, kata anak bongsu daripada tiga beradik ini keluarganya memberi sokongan padu untuk dia terlibat dalam bidang seni.
Dalam masa yang sama mereka mahukan juga Juliana membuktikan dia boleh berjaya di dalam pelajaran. Oleh kerana itu, gadis ini nekad untuk meraih pencapaian cemerlang dan seterusnya menggenggam segulung ijazah suatu hari nanti.
Bukan mahu menafikan bakatnya dalam bidang seni apabila banyak tawaran berlakon terpaksa ditolak tetapi seperti yang Juliana katakan, berlakon hanyalah kerja separuh masa.
Semuanya untuk membolehkan dia mendapatkan wang bagi membayar yuran pelajaran kerana selepas ini dia akan menyambung pengajiannya di Amerika Syarikat.
“Saya perlu melengkapkan ijazah saya dengan menyambung pelajaran di Amerika dalam beberapa tahun lagi dan mulai hari ini saya perlu mengumpul wang untuk tujuan itu.
“Sebab itulah saya terpaksa menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya separuh masa. Dengan cara ini saya boleh membuktikan kepada diri saya sendiri yang saya boleh hidup berdikari. Itulah cabaran besar buat saya,” katanya.
*Agak sensitif
Bercerita mengenai sifat diri, secara jujur gadis kacukan Melayu - British ini memberitahu dia seorang yang suka menyimpan perasaan. Entahlah kenapa tetapi begitulah sifatnya yang sukar dibuang.
Walaupun begitu kata Juliana dia seorang yang penyabar dan tahap kemarahannya itu masih boleh dikawal. Cuma dek kerana terlalu menyimpan perasaan tidak mustahil apabila kemarahan itu berada di kemuncak, ia akan “meletup” juga.
“Saya amat bencikan pengkhianatan dalam sesuatu hubungan. Jika terlalu banyak saya simpan dalam hati, apabila ia meletup memang parah jadinya,” jelas Juliana.
Memang bahaya orang yang suka menyimpan perasaan kerana padahnya seumpama gunung berapi yang akan meletup. Walaupun begitu dia adalah seorang yang gemar berterus terang.
Bagi Juliana apa yang penting didalam kehidupan seseorang itu harus melemparkan jauh sifat hipokrit kerana ia akan memakan diri.
“Saya senang saja. Kalau ada perkara yang saya rasa tak puas hati, saya akan jumpa dengan orang yang berkenaan dan berterus terang dengan dia. Senang saja,” katanya.
*Bercinta dengan Sam (Bunkface)
Ramai yang sudah nampak Juliana sering bersama Sam, penyanyi utama kumpulan Bunkface. Apabila ditanya adalah lelaki itu buah hatinya, tanpa mahu berselindung Juliana menganggukkan kepala.
Dengan ringkas dia mengaku hubungan mereka masih sukar ditafsirkan kerana detik manis percintaan itu masih terlalu baru.
“Saya mengaku dia memang teman rapat saya. Buat apa nak sembunyikan perkara yang benar. Saya juga mengaku kami memang baik,” ujarnya.
Bercerita mengenai perkenalan mereka jelas gadis berusia 19 tahun ini pada mulanya Juliana digandingkan dengan Saleha iaitu adik kepada Sam dalam sebuah drama.
Mengetahui hal itu Sam selalu memuji Juliana melalui Saleha sehinggalah Saleha memaklumkan hasrat Sam untuk berkenalan dengan Juliana. Selepas bertukar-tukar nombor telefon melalui Saleha, akhirnya hubungan Juliana dan Sam menjadi semakin rapat apatah lagi kedua-dua mereka tidak mempunyai apa-apa ikatan dengan orang lain.
Menganggap ada keserasian mungkin kerana kedua-duanya berdarah kacukan, sebab itulah hubungan mereka menjadi akrab sehinggalah ia boleh diangkat sebagai kekasih.
“Ya! Kami selalu keluar bersama dan kadang-kala jika ada waktu terluang kami turut tengok wayang,” katanya.
Juliana menolak dia memilih Sam menjadi temannya itu kerana Sam seorang penyanyi yang sedang meraih populariti tatkala lagu Situasi menjadi kegilaan remaja ketika ini. Baginya, yang lebih penting bukan status seseorang sebaliknya persefahaman.
Akuinya lagi bercinta atau berkawan sesama artis lebih mudah kerana kedua-duanya akan faham mengenai tugas masing-masing.
“Saya pernah beberapa kali putus cinta gara-gara berjumpa dengan lelaki yang tak faham dan suka mengongkong.
“Malah saya pernah berhadapan dengan lelaki yang tidak pernah percaya dengan saya. Bila keluar dengan kawan-kawan pun dia cemburu.
“Akhirnya saya buat keputusan lebih baik putuskan saja hubungan sehinggalah saya bertemu dengan Sam.
“Setakat ini saya gembira dengan hubungan ini kerana ia berjalan dengan baik,” kata Juliana yang mengakui keluarganya menerima hubungan mereka itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 12:43 pm | |
| Sedikit mengenai kumpulan saujana & ina naim hari tu gi wedding azalinor, ahli kumpulan nasyid saujana.tapi dia nih tak glamor sgt la... ni pic kawen dorang yang baju hitam tu pun ahli kumpulan saujana jugak.namanya faizul.ni gambar faizul + isteri dengan ina naim family cantik laaa isteri faizul ni.bila aku godak2 facebuk, aku dapat la page faizul, dapat la gambo family dorang.cantik betul isteri faizul ni.btuah badan |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 12:47 pm | |
| pelakon nur kasih-Tizzy Zaqiyah |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 12:59 pm | |
| Diana Danielle Menyanyi DiMalam Indonesia 3?Korang perasan tak? IMEJ baru... Rambut 'baru' Diana yang dipotongnya sendiri, pendek melepasi bahu. Transformasi Diana Danielle"Semalam (Khamis, 11 Jun), Diana bertolak ke Indonesia selama empat hari untuk merakamkan lagu duet bersama Andra & Backbone yang dijangka bakal dipersembahkan pada Pesta Malam Indonesia 3 yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 Jun ini." Kenapa kecik ja berita ni? Tak ada publisiti ker? atau band indonesia ni guna dd sebagai pemanis kut? ni yg aku marah ni! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 1:02 pm | |
| Motif ikin amik pix camtu??kelakar plak tgk pic ni tertiarap..terangkat part kaki Kikin tu takleh blah...terangkat-angkat....motip??? ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Mawi berubah, Ekin menangis?/b>MELIHAT kepada keintiman dan kemesraan antara Mawi dan Ekin di sepanjang sepuluh hari berada di Melbourne, Australia ketika menjayakan program Langkah Mawi?World baru-baru ini, jelas menceritakan kebahagiaan mereka. Kalau ada yang tidak tahu mereka telah berumah tangga, pasti menyangkakan mereka ini pasangan romantis yang sedang hangat bercinta. Pergi atas urusan kerja di samping menjadi percutian bulan madu kedua mereka itu ternyata menjadi kenangan yang begitu manis buat pasangan ini. Itu jugalah yang diakui oleh Ekin ketika ditanya mengenai percutiannya ke bumi kangaru itu. 揑a sungguh manis untuk dikenang. Apatah lagi sepanjang berada di sana, Mawi melayan saya dengan cukup istimewa. Bukan kata selama ini dia tidak berbuat begitu, cuma sikapnya di sana sangat berbeza. Lebih romantik dan sangat mengambil berat. Pantang saya hilang dari pandangannya, dia sibuk mencari saya,?ujar Ekin yang gembira dapat melawat beberapa lokasi menarik di kota Melbourne dan Victoria itu. Paling tidak dapat dilupakan Ekin apabila Mawi telah melakukan satu kejutan makan malam istimewa buatnya di dalam gerabak kereta api bergerak (tramcar) mengelilingi kota Melbourne. Menurut Ekin, kejutan seumpama itu tidak pernah dilakukan oleh Mawi sepanjang mereka berkenalan. Terharu dan terkejut dengan apa yang dilakukan itu, Ekin mengalirkan air mata kegembiraannya tanpa sedar. 揗awi bukan orang yang begini. Dia memang tak minat dengan perkara-perkara yang macam ni. Apatah lagi apabila di depan orang. Kadang-kadang nak berjalan pegang tangan dengan saya pun dia segan. 揝aya tahu dia sayangkan saya, tetapi dia ni jenis yang tak suka tunjuk depan orang. Jadi, bila dia buat kejutan ni di depan semua orang termasuk krew dan rombongan lainnya, hati saya sangat tersentuh. Bila saya tanya kenapa buat macam ni, dia hanya ketawa saja,?imbas Ekin dalam nada bahagia. Menunggu cahaya mataMENYENTUH mengenai cahaya mata, kata Ekin dia telah lama bersedia untuk menjadi ibu. Malah keguguran kandungan beberapa bulan lalu menjadikan dia lebih berhati-hati selepas ini. Tidak pernah merancang tetapi tidak lekang dengan doa agar dikurniakan cahaya mata untuk menyerikan lagi rumah tangganya. 揔ami sentiasa berdoa supaya cepat-cepat dapat anak. Tapi rezeki belum ada lagi. Jadi, saya berserah saja kepada Tuhan dan menerima seadanya apa yang Dia bagi,?kata Ekin penuh makna.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 1:10 pm | |
| Isma tak puas TIDAK dinafikan kebanyakan pelakon tempatan memulakan kerjaya lakonan daripada pentas teater.
Ada antara mereka pula diangkat sebagai pelakon terbaik seterusnya meraih pelbagai anugerah.
Fenomena itu turut diakui pelakon baru, Isma Hanum Husein, 24, atau lebih mesra disapa Isma. Pembabitan dalam lakonan yang bermula daripada pentas teater ternyata banyak membantu memantapkan lakonan dalam setiap watak yang dijayakannya.
Selepas menjadi teraju drama yang mengisahkan kehidupan remaja pasukan sorak, 5 Jingga yang pernah disiarkan menerusi saluran 8TV, lakonan gadis yang berasal daripada ibu kota ini dapat disaksikan menerusi drama bersiri yang semakin mendapat perhatian, Ghost musim kedua yang disiarkan setiap Ahad jam 10.30 malam juga di 8TV.
Drama bersiri 13 episod yang padat dengan aksi mendebarkan dan seram diarahkan oleh lima pengarah iaitu Ng Ping Ho, Joyce Lee, Tony Pietra, Khai M Bahar dan Johan John.
Isma yang membawakan watak Harum mengakui menjalani proses penggambaran yang cukup mencabar untuk menjayakan siri seram berkenaan.
“Karakter Harum agak berbeza daripada penampilan saya yang sebenar. Wataknya agak menarik kerana saya perlu menjadi hantu dengan imej yang gothik. Disebabkan itu saya terpaksa datang sejam awal sebelum penggambaran untuk bersolek. Semata-mata untuk menampakkan karakter Harum.
“Watak ini juga agak ganas dan mencabar kerana ada beberapa babak yang memerlukan saya berlari, bergaduh dan ditumbuk.
“Memang perit juga terasa sehingga ada kesan luka dan calar pada bahagian badan sebaik saja selesai menjalani penggambaran,” katanya.
Dia juga berasa bertuah kerana diberi peluang menjayakan drama yang ternyata mempunyai pengikutnya yang tersendiri.
Malah, kesempatan melakonkan watak bersama pelakon berpengalaman seperti Nazrudin Rahman, Cheryl Samad dan Anding Indrawani memang satu pengalaman yang cukup menyeronokkan buatnya.
Bercerita mengenai pembabitannya dalam dunia lakonan, Isma pada mula menyertai kelas latihan teater di KL Pac di bawah bimbingan pengarah Joe Hasham.
Secara kebetulan pula dia dimaklumkan pengarah sedang mencari pelakon untuk teater, Tunku The Muzikal yang dipentaskan pada 2007.
Penyertaan sekadar mengisi masa lapang itu akhirnya menimbulkan minat untuk membabitkan diri dengan lebih serius.
“Memang ketika itu saya hanya cuba menyertai sesi uji bakat berkenaan. Saya tidak kisah sangat soal watak pada waktu itu. Apa yang lebih penting dapat menjadi sebahagian daripada mereka yang menjayakan pementasan itu.
“Sejak itu saya mula menyertai beberapa uji bakat membabitkan program komersial, televisyen dan filem pendek.
“Kesempatan pertama tampil dalam drama menerusi Cinta Tiga Segi arahan Woo Ming Jin. Ketika itu saya juga diberi peranan yang agak besar. Saya membawa watak Eira seorang gadis naif daripada kampung.
“Pengalaman ketika melalui penggambaran drama terbitan Greenlight Pictures itu ternyata banyak membantu.
“Saya bukan saja mempunyai gandingan pelakon yang baik, tetapi juga kru dan pengarah yang sentiasa membimbing dan memberi tunjuk ajar ketika penggambaran berlangsung,” katanya.
Penuntut tahun dua Diploma Pengajian Teater secara jarak jauh di Kolej Rosebruford, United Kingdom ini turut membuat penampilan di layar perak menerusi Emperor arahan Juliane Block dan Sebelum Hujan (Johan John).
Sememangnya tawaran menjayakan lakonan cukup dinantikan, biarpun mengakui masih cetek pengalaman dalam dunia lakonan sehingga masih meneruskan latihan serta menyertai bengkel teater yang diadakan di ibu kota.
Sebagai pendatang baru dalam lakonan Isma meletakkan sasaran menjadi pelakon yang boleh serba boleh.
“Memang saya mengharap dapat membawa watak yang mencabar dan antagonis.
“Begitupun, saya sedar masih baru dalam bidang ini. Saya juga mengakui agak gugup dan belum bersedia membawakan watak pelacur.
“Masih banyak yang perlu saya pelajari. Disebabkan itu, saya sentiasa mendalami ilmu lakonan menerusi pembabitan dalam teater.
“Walaupun teater dan pembabitan dalam drama agak berbeza namun ia sedikit sebanyak membantu penampilan ketika menghayati watak bagi sesuatu karakter,” katanya.
PROFIL
NAMA PENUH: Isma Hanum Husein
NAMA KOMERSIAL: Isma Hanum
TARIKH LAHIR: 27 Ogos 1985
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
TINGGI / BERAT: 158sm / 45kg
ADIK-BERADIK: Anak bongsu daripada tiga beradik
PENDIDIKAN: A Level, Institut Help; tahun kedua Diploma Pengajian Teater di Kolej Rosebruford, United Kongdom.
KARIER: Pelakon
DRAMA: Ghost 2, 5 Jingga (8TV), Kekasihku Seru, Kasanova XXL, Sutera Maya (TV3), Frontpage, Cinta Tiga Segi, Agi Idup Agi Ngelaban (NTV7), Incredible Tales (Mediacorp) dan Wira Siswi (Astro Ria)
FILEM: Sebelum Hujan dan Emperor |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 1:15 pm | |
|
Hazami ‘lahir’ kembar istimewa MUNGKIN idea mengeluarkan album berkembar bukan satu perkara baru dalam pentas muzik tempatan. Namun terbabit secara keseluruhan dalam pembikinan album meliputi tugas penulis lirik, produser, komposer dan penyanyi yang sama, Hazami adalah orang pertama.
Justeru, tidak salah jika penyanyi berbakat besar ini bakal mencatat nama dalam Malaysia Book of Records kerana mempunyai kebolehan pelbagai yang diterjemahkan menerusi album berkembarnya.
Di negara luar, ia adalah fenomena biasa yang tidak perlu digembar-gemburkan, tetapi di negara kita, mempunyai seseorang yang berkebolehan menulis lirik, menyanyi, menggubah lagu dan produser adalah purata satu hingga sepuluh dalam sejuta.
Tetapi, itulah Hazami, 34, penyanyi anak kelahiran Ipoh, Perak yang mempunyai kehebatan vokal hebat dan mantap selain berkreativiti tinggi menerusi lagu ciptaannya.
Selepas hampir tiga tahun penyanyi lelaki ini menyepikan diri, bukan bermakna untuk menoktahkan perjuangannya sebagai insan seni.
Malah, diam Hazami terselindung kerja kerasnya untuk bangkit semula selepas kecewa dengan penjualan album ketiganya berjudul Nyata.
Akui Hazami, sambutan terhadap Nyata kurang memberangsangkan berbanding dua album sebelum ini dan reaksi itu hampir membuatkannya menitis air mata.
Bagaimanapun, penyanyi yang terkenal dengan lagu Mungkir Bahagia tidak mahu menyalahkan sesiapa termasuk syarikat rakaman Warner Music kerana menganggap apa yang berlaku sudah ditakdirkan.
Menyentuh sama ada tuan empunya badan pernah merasai keperitan untuk teruskan perjalanan kariernya, Hazami mengakui namun tetap akan berusaha mengukir nama dalam pentas muzik tempatan kerana yakin dengan bakat yang ada.
“Tipu sekiranya saya katakan yang saya tidak pernah serik dengan apa menimpa diri, namun saya menganggap ada hikmah sebalik yang berlaku dan semua pengalaman itu mengajar dan mematangkan saya sebagai seorang insan seni.
“Tambahan pula, saya tidak mahu meletakkan titik noktah kepada perjuangan sebelum ini kerana yakin seseorang penyanyi itu akan mengalami musim naik dan turun popularitinya.
“Namun, turunnya populariti seseorang penyanyi itu bukan didefinisikan sebagai tanda penamat kepada kariernya dalam pentas muzik tempatan.
“Saya melihat fenomena ini dengan berpaksikan kepada unsur positif. Sekiranya saya terus kecewa dan menyerapkan unsur negatif membiak aktif dalam minda, sudah tentu saya mengucapkan selamat tinggal kepada dunia nyanyian.
“Justeru, selama hampir tiga tahun menyepikan diri, saya mencurahkan seluruh keringat dan tenaga untuk menyiapkan album keempat dan kelima yang bakal dilancarkan serentak tidak lama lagi,” katanya.
Menariknya, Hazami bangkit mengubati kerinduan peminat dengan menampilkan kejutan istimewa kerana menghasilkan album secara berkembar dan uniknya, ia memuatkan sebuah album Inggeris dan sebuah album Melayu.
Jelas sekali pemilik nama penuh Nor Kamal Hazami Ahmad ini begitu komited untuk kembali mewarnai dunia muzik tempatan dengan menghasilkan album berkembar berkenaan.
Malah, buat pertama kalinya juga Hazami memperlihatkan produk terbarunya itu direalisasikan di bawah syarikat rakaman miliknya, Hazami Records Sdn Bhd yang didaftarkan Januari tahun ini selepas kontraknya bersama syarikat rakaman Warner Music tamat.
Penghasilan album berkembar yang menelan kos hampir RM90,000 dianggap tidak munasabah apatah lagi bakal dipasarkan dalam Oktober ini kerana kemelut ekonomi negara masih dalam keadaan yang tidak memberangsangkan.
Tambah menghairankan harga yang akan dipasarkan untuk album berkembarnya hanya RM21.90.
Sesuatu yang gila untuk dilakukan, tetapi itu strategi Hazami untuk menaikkan kembali namanya di mata peminat hiburan tempatan
“Saya tahu ramai akan berpendapat saya gila kerana hanya meletakkan harga RM21.90 untuk album berkembar yang merangkumi 18 lagu.
“Tetapi, itulah strategi untuk menarik peningkatan permintaan terhadap album ini di mana dengan harga RM21.90, peminat dapat menghayati pelbagai irama serta melodi lagu.
“Walaupun ekonomi tidak memberangsangkan, namun saya yakin dengan pakej yang saya tampilkan kali ini, mampu memberi pulangan baik dalam terus mewarnai karier sebagai penyanyi,” katanya.
Projek album yang bermula sejak tahun lalu itu diberi judul Running (album Inggeris) dan Yang Pertama (album Melayu), menyaksikan Hazami membabitkan diri secara penuh dari segi komposisi lagu, lirik, susunan muzik hinggalah ke pemilihan kulit album.
“Hampir setiap hari, saya tidak cukup tidur. Bangun saja, terus buat kerja untuk menyiapkan projek album berkembar ini.
“Justeru, bagi memastikan ia berkualiti, semua kerja untuk menghasilkan album ini dilakukan sendiri agar ia bertepatan dengan kehendak pendengar dan pencinta muzik.
“Sepanjang proses rakaman, saya memberikan sepenuh penghayatan ke atas semua lagu yang disampaikan agar mesej bermakna dapat dikongsi bersama peminat,” katanya.
Menyentuh bagaimana timbulnya hasrat untuk menerbitkan album Inggeris, beritahu Hazami, ia bermula apabila adanya permintaan dari kalangan peminat bukan Melayu.
“Ada peminat bukan Melayu menggemari vokal saya dan menyarankan idea penghasilan album Inggeris. Ketika itu, saya fikir kenapa tidak? Lagipun, ia adalah satu idea baik.
“Bagaimanapun, ingin saya tekankan, album Running masih lagi mengekalkan gaya nyanyian vokal Melayu. Saya mahu orang luar mendengar album ini, tahu bahawa saya adalah rakyat Malaysia,” katanya.
Album keempatnya, Running bakal memuatkan sembilan lagu bahasa Inggeris. Antaranya, My Wish, Don't Leave, Survivor, I Need You, I Gotta Mend My Broken Heart. Manakala, album kelimanya, Yang Pertama bakal memuatkan sembilan lagu bahasa Melayu termasuk Kuat, Petanda, Yang Pertama dan Kenangan Cinta Bahagia.
Menurut Hazami, album berkembarnya itu hanya akan dijual di laman web rasminya, www.hazami.com.my. Peminat juga boleh memuat turun lagu terbaru Hazami menerusi web berkenaan.
Sementara itu, Hazami turut melahirkan kekesalannya kerana ramai berpendapat dia meminta bayaran tinggi untuk membuat persembahan.
“Selepas lagu Kata memberikan hasil yang cukup lumayan apabila saya berjaya memenangi kategori Vokal Terbaik dan juara kategori Pop Rock pada Anugerah Juara Lagu ke-20 pada tahun 2006, ramai menganggap bayaran saya tinggi. Itu semua tidak benar.
“Sejujurnya, saya tidak pernah menaikkan harga, malah kadar bayaran masih sama seperti sebelumnya. Saya hairan bagaimana isu ini timbul hingga akhirnya memberi kesan kepada pendapatan yang dicari.
“Saya jujur mencari rezeki dalam pentas muzik tempatan kerana inilah kelebihan yang saya ada untuk bertapak di bumi ini. Tetapi, saya sedih bila ada pihak tertentu cuba mengambil kesempatan.
“Apa yang saya tahu, promoter sendiri yang pandai meletakkan harga tinggi sebaliknya saya bukan jenis begitu,” katanya Hazami. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 1:17 pm | |
| Jaclyn sebak Evo tersingkir USAHA gigih serta kesabaran tinggi yang ditunjukkan peserta Mentor musim ketiga, Hunanis Zafira Huzaini, 18, atau Fira ternyata membuahkan hasil.
Persembahan bertenaga dengan aksi terbang menerusi lagu medley Ayat-Ayat Cinta dan Just Dance serta duet bersama Faizal Tahir bagi lagu Terlanjut Bercinta berjaya menarik perhatian penonton dan juri profesional sehingga meraih markah tertinggi sebanyak 72.1 peratus pada konsert yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, malam kelmarin.
Biarpun, Fira hanya memungut mata 39.7 peratus menerusi konsert pertama diikuti 50.6 peratus pada konsert kedua, persembahan di konsert ketiga itu ternyata mengubah kedudukan peserta dari Selangor itu.
Kejayaan berkenaan menjadi keseluruhan markah yang dipungut sebanyak 162.4 peratus.
Lebih dramatik pencapaian protege kepada Lah Ahmad itu boleh disifatkan cemerlang kerana sebelum ini dia dikhabarkan mempunyai harapan tipis untuk mara ke peringkat separuh akhir berdasarkan rekod program realiti tempatan yang kebanyakannya lebih memihak kepada peserta lelaki.
Fira ketika ditemui berkata dia bersyukur kerana usaha dan kesabaran yang ditempuhi sepanjang persembahan konsert berkenaan membuahkan hasil.
"Syukur alhamdulillah kerja keras empat kali ganda daripada persembahan sebelum ini berhasil. Saya puas hati dengan persembahan pada konsert ini.
"Insya-Allah saya akan berusaha enam kali ganda lebih baik untuk persembahan akan datang," katanya.
Bagi Lah Ahmad pula anak didiknya itu berhak memungut markah tinggi pada persembahan berkenaan kerana usaha dan komitmen yang ditunjukkan.
"Untuk persembahan pada konsert ketiga dia betul-betul skor. Mungkin kami sudah belajar daripada pengalaman pada konsert sebelum ini.
"Apabila kerap berada di bawah, kami pernah merasa susah dan ia ternyata membantu untuk berusaha dengan lebih gigih," katanya.
Fira mengiringi Chaq atau Camellus De'lelli Anam, 20, iaitu protege kepada Ajai ke pusingan separuh akhir.
Chaq menyampaikan lagu Apologise dan medley Mana Satu Idaman Kalbu/ Malamku Mimpi duet bersama Alyah. Chaq terlebih dahulu mengesahkan kedudukan di pusingan seterusnya memungut mata keseluruhan tertinggi sebanyak 190.9 peratus.
Hanya 0.7 peratus yang memisahkan persaingan Fira dengan Evo yang dianggotai Khairul Najmuddin Abu Samah, 17, (Hyrul) dan Halhusani Razmi, 20, (Sani).
Protege kepada Jaclyn Victor itu memungut mata keseluruhan sebanyak 161.7 peratus.
Sementara itu, Jaclyn Victor turut meluahkan perasaan hampa apabila gagal bersaing ke peringkat seterusnya, walaupun menegaskan fokus utama bukan kepada imbuhan yang bakal diterima sebaliknya atas dasar minat selain bakat dan potensi yang ada bagi dua anak muda berkenaan.
"Saya salahkan diri saya sendiri dalam hal ini. Mungkin gabungan artis yang tidak popular antara faktor menyebabkan kegagalan untuk diterima penonton atau juri. Disebabkan perkara ini pernah timbul pada peringkat awal penyertaan kami dalam program ini.
"Malah, perkara negatif seperti ini kerap membayangi masyarakat.
"Saya tidak menyesal. Saya sudah mencuba sedaya upaya yang terbaik untuk mereka. Banyak masa saya luangkan bersama mereka.
"Bahkan, saya juga meminta bantuan orang yang terbaik untuk mereka seperti Shafinaz Selamat dan Pat Ibrahim. Mereka ini memang berbakat dan boleh menyanyi," katanya menahan sebak.
Dia yang belum mempunyai perancangan mengenai anak didiknya itu menganggap mungkin bukan rezeki mereka untuk mara ke peringkat seterusnya.
Sebaliknya mengakui adat pertandingan realiti televisyen tidak semestinya mereka yang menang boleh popular, malah mereka yang tidak menang juga boleh popular.
Sambil Evo meluahkan kekecewaan apabila gagal mara ke pusingan berikutnya, Jaclyn menyifatkan mereka mampu beraksi lebih baik untuk persembahan itu.
Evo menyampaikan lagu Jiwa Lagu Cinta dan Bunyi Gitar dengan persembahan ala muzikal serta lagu duet bersama Tomok (Ku Tak Bisa).
Persembahan peserta dinilai oleh juri profesional iaitu penyanyi, Fauziah Latif dan komposer, Johan Nawawi. Format pemarkahan melalui tiga peringkat iaitu 50 peratus juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus juri awam merangkumi pelajar muzik, golongan media dan semi profesional yang terbabit dalam bidang penyiaran serta muzik.
Dua peserta sudah menempah tiket ke peringkat separuh akhir. Konsert ketiga untuk kumpulan B pada Ahad ini menyaksikan persaingan antara Tahiruddin Sain atau Thye protege kepada Adibah Noor, Hanifah Md Hanafiah (Black) protege Mas Idayu dan Suriana Abdul Wahab (Keena) protege Awie.
Mereka akan berentap memburu dua lagi tempat ke pusingan separuh akhir. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 1:44 pm | |
| 'Biar dia berehat' ADAT hidup manusia, sampai masa ditetapkan Tuhan akan sakit maka terjadilah ia. Begitu juga yang berlaku ke atas penyanyi dan komposer lagu irama nasyid terkenal, Yassin Sulaiman, baru-baru ini. Akibat terlalu sibuk dengan kerja, dia jatuh sakit. Berusia 33 tahun, Yassin atau nama sebenarnya Muhammad Yassin Sulaiman dimasukkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur kerana disahkan mengalami tekanan emosi. Bahkan, pelakon filem Syukur 21 itu dirawat di hospital selama beberapa hari dan dibenarkan pulang ke rumah, Jumaat lalu. Isterinya, Sharifah Eena Houzyama Syed Mokhsain atau Eena yang dihubungi Harian Metro mengesahkan perkara itu. Malah, Eena berkata, suaminya mengalami masalah tekanan emosi berkenaan disebabkan sangat sibuk dengan kerja dan kurang tidur. "Sekarang Yassin memang banyak kerja. Dia bukan saja perlu menyiapkan lagu untuk beberapa artis tanah air tetapi pada masa sama, mempunyai projek nyanyiannya sendiri. Justeru, dia sangat keletihan dan kini memerlukan rehat yang lebih. "Oleh itu, saya harap suami diberi peluang untuk mendapatkan rehat secukupnya. Doktor pun memaklumkan yang dia memerlukan rehat dan kurang diganggu. Jadi, saya mengharapkan kerjasama daripada pihak media dan memahami situasi Yassin ketika ini. "Berilah masa kepadanya untuk berehat. Apabila semuanya pulih dan dia pun sudah menyiapkan segala kerja seninya, mungkin kami akan membuat sidang media untuk penjelasan lanjut. Buat masa ini, kalau boleh saya tidak mahu Yassin diganggu," katanya. Menurut Eena lagi, dia sebolehnya mengelakkan suami daripada menjawab telefon daripada pihak media. Katanya, biasalah wartawan kalau bertanya mesti banyak soalan. Disebabkan itu, seharusnya sekarang Yassin berehat dengan tenang di rumah. "Kepada peminat Yassin dan sesiapa yang mengenalinya, saya mohon turut mendoakan dia kembali sihat. Bahkan, dapat menyiapkan semua kerja seninya. Sebagai isteri, saya sangat berharap dia mendapat rehat secukupnya di rumah," kata Eena. Bagaimanapun, sisipan Rap Januari lalu melaporkan, Yassin memaklumkan dia pernah bergelut dengan krisis identiti selama lima tahun, satu ketika dulu. Kata bapa tiga anak itu, otaknya bukan saja berkecamuk dulu, malah dia bagaikan hilang arah dalam hidup. Mengimbas kenyataannya, Yasin berkata, perkara terbabit berlaku ketika dia baru keluar daripada kumpulan nasyid Brothers sebelum menyertai aliran muzik arus perdana sejak 2001 hingga 2005 iaitu ketika tampil dengan album Mimpi Laila. Kata Yassin mengenai penyakitnya itu, dalam istilah perubatan, ia dikenali sebagai 'early adopthood' dan kira-kira 80 peratus penduduk dunia mengalaminya. Sehubungan itu, ramai juga artis tempatan yang mengalami krisis ini tetapi mereka malu mengakui. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 3:13 pm | |
| Ain masih sayang bekas teman lelaki
PERITNYA pengalaman putus bercinta. Terasa bagai hancur hatinya apabila kasih yang dibina sejak dua tahun lalu terhenti di tengah jalan. Begitulah yang lalui pelakon muda, Ainul Aishah Azizun, 24, apabila bercerita mengenai kisah cintanya.
Cerita cinta bagaikan tiada noktah buat gadis manis yang berasal daripada Kuala Lumpur ini tidak ubah seperti omong-omongan.
Ainul atau mesra disapa Ain sebalik selesa untuk tidak mengulas lanjut mengenai hubungannya bersama seorang anggota kumpulan muzik indie yang terputus sejak Januari lalu.
Sebelum ini, satu persatu jejaka dikaitkan bersama pelakon yang pernah mencipta nama menerusi drama bersiri komedi Anak Mami ini.
Model dan pelakon kacak, Fizow Omar antara jejaka yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Ain suatu masa lalu.
Kemudian Ain dikaitkan mempunyai hubungan intim dengan kru produksi dalam drama lakonannya.
Biarpun jawapan yang diberikan agak klise bagi seorang artis sepertinya, namun dia mengakui melalui pengalaman yang cukup perit dalam bercinta.
“Memang saya berkawan dengan ramai orang. Setakat ini belum ada yang ‘special.’ Saya pula baru putus cinta Januari lalu. Memang perit pengalaman putus cinta. Perasaan kecewa memang ada begitupun saya tidak mahu menyalahkan sesiapa.
“Pengalaman ternyata mematangkan saya. Buat masa ini saya tidak mahu memikirkan mengenainya. Ada baiknya saya beri tumpuan kepada rakan-rakan dan keluarga. Walaupun masih sayang bekas teman lelaki namun hubungan itu tidak seperti dulu lagi. Kami masih berhubung antara satu sama lain cuma tidak begitu kerap,” katanya.
Ain yang pernah muncul sebagai Personaliti Celcom Harian Metro diperkenalkan menerusi filem Nana Tanjung turut aktif di pentas peragawati antara iklan komersial yang mengguna khidmatnya seperti Hotlink, Maxis, Maggie, Bursa Malaysia, iTalk TM, Clean & Clear, Acopal, RHB dan Jusco.
Selain berlakon Ain turut mengembangkan bakat dalam bidang seni menerusi pengacaraan beberapa program seperti pelancaran album The Lima, Dinner Date with Afdlin Shauki, sidang akhbar Gadis Melayu serta pengacara jemputan untuk portal hiburan, gua.com.my (gua).
Mengulas mengenai perkembangan seni Ain kini menjalani penggambaran drama, Kecuali Cintamu arahan Jamal Khan. Dalam siri 50 episod itu, Ain membawa watak Ambar yang muncul dari episod 15 ke atas. Ambar seorang penari bekas kekasih Azran (Riz Ainudin) bercinta dengan Badrul (Zain Ruffedge).
“Ini kali pertama saya digandingkan bersama Zain yang dianggap sebagai abang. Saya seronok digandingkan bersamanya. Nampak ada keserasian. Malah, keseluruhan kru dan pengarah juga banyak membantu,” katanya.
Penggambaran drama bersiri yang berlangsung di sekitar Kuala Lumpur turut membabitkan lakonan Nanu Baharudin, Haleeda dan Mustapha Kamal. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 3:17 pm | |
| Lisdawati tahan air mata RUMAH tangga pasangan mana tidak pernah dilanda gelora. Ibarat pepatah sedangkan lidah lagi tergigit begitu juga suami isteri. Pendek kata semua masalah yang dihadapi perlu diselesaikan dengan cara tolak ansur dan berhemah.
Begitu juga yang dilalui pasangan selebriti, Lisdawati Nazarudin, 30, dan Fauzi Nawawi, 36.
Sejak kebelakangan ini, isu kontroversi membabitkan rumah tangga mereka sering digembar-gemburkan walaupun pasangan ini teguh mempertahankan hubungan mereka.
Hakikatnya hanya Lisdawati yang memahaminya.
Ketika ditanya mengenai hubungan mereka, air mata yang bergenang tidak dapat mengaburi betapa cabaran dan kesabaran yang ditempuhi sebagai isteri pasangan selebriti yang mendirikan rumah tangga hampir dua tahun pada September ini.
"Sejak kahwin kami tidak mempunyai masalah besar kecuali membabitkan soal kerja. Sebelum kahwin lagi, kami sudah menetapkan syarat supaya tidak mencampuradukkan soal kerja dan peribadi. Disebabkan itu jika ada orang yang mahu berurusan dengan Fauzi perlulah melaluinya sendiri bukan menerusi saya walaupun kami suami isteri.
"Ini supaya tidak timbul salah faham atau masalah berbangkit. Malah, kami selesa dan bersetuju dengan cara ini.
"Dia seorang suami yang lembut, penuh lawak jenaka. Bukan seperti perwatakan dalam lakonannya yang nampak garang.
"Sebagai suami isteri memang pernah timbul beberapa salah faham. Ada perbalahan begitupun ia tidak berlarutan kadangkala ia reda selepas beberapa jam.
"Saya sentiasa memaklumkan kepada suami apa saja masalah yang dihadapi, saya tidak mahu suami tidak pulang ke rumah.
"Ada masalah kami berbincang atau berbalas SMS. Dia bukan hanya suami, malah sahabat yang boleh berkongsi masalah," kata Lisda ketika ditemui pada pratonton telefilem, Buih Buih Cinta (BBC) di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut Lisda lagi, dia percaya rezeki sentiasa berpihak kepadanya sekeluarga biarpun ada yang menganggap segelintir selebriti yang mendirikan rumah tangga mudah hilang populariti berbanding ketika zaman solo mereka.
"Saya tidak percaya perkahwinan akan menjejaskan pembabitan dalam dunia seni.
"Syukur alhamdulillah rezeki kami tidak pernah putus biarpun berdepan dugaan dengan macam-macam perkara yang berlaku. Itu semua cabaran yang perlu ditempuhi dalam kehidupan.
"Saya anggap bidang seni sebagai sumber utama mata pendapatan saya. Jadi saya memberikan komitmen dan kesungguhan yang tinggi dalam setiap pekerjaan yang dilakukan," katanya.
Mengulas lanjut mengenai BBC yang dilakonkan bersama suami, Lisda berkata dia banyak berkongsi pandangan dan pengalaman bersama pengarah, Osman Ali bagi menjiwai watak seorang isteri mithali, Soraya dan pada masa sama membawa wanita gedik bernama Lolly.
"Sebagai seorang wanita saya cuba menyelami dua watak yang berbeza karakter sekali gus. Ini pertama kali saya membawa watak Lolly gadis bandar yang selamba, nakal dan mengada-ada. Berbeza dengan watak Soraya seorang gadis kampung dan isteri yang sopan santun, taat kepada suaminya.
"Ini berbeza dengan watak lakonan saya sebelum ini. Watak Lolly terutama ramai yang ingat saya tidak mampu membawakan watak ini.
"Malah, ada yang menganggap saya terikat dengan watak gadis baik. Telefilem ini adalah percubaan saya. Jika tidak cuba mungkin saya sendiri tidak tahu sama ada saya mampu melakonkan watak sedemikian yang kadangkala seperti perempuan yang tidak normal.
"Memang peluang membawa watak ini sukar dilepaskan. Apatah lagi dengan bimbingan pengarah yang berkaliber seperti Osman. Ada sukar dan mudahnya membawa watak Lolly. Sukar kerana tidak pernah melakonkan watak perempuan sebegitu. Senang kerana tidak terikat dengan dialog," katanya.
Selepas lapan tahun berkecimpung dalam dunia seni Lisda mengakui ia adalah watak yang paling mencabar dilakukannya.
Malah, dia menjadikan pelakon versatil, Elly Suriaty yang menjayakan watak seakan sama dalam Soalnya Hati sebagai rujukan untuk membawakan watak itu. Penampilan bersama suami dengan watak pasangan suami isteri adalah yang ketiga buat mereka.
"Tidak ada masalah hendak menyesuaikan diri dengan anak kerana saya sudah menganggap pelakon watak anak (Puteri Qiestina Nisrien) sebagai anak sendiri, malah dia juga tidak ada masalah untuk memanggil saya dengan gelaran mama.
"Antara pengalaman yang paling sukar menjayakan BBC ialah ketika babak memandikan anak. Walaupun lakonan Qiestina spontan namun kami mengambil masa hampir setengah hari untuk menyiapkannya," katanya.
Sementara itu, pengarahnya, Osman Ali berkata kisah yang dipaparkan daripada inspirasi dua pemenang peraduan Johnson's Baby diadaptasi menjadi telemovie yang diilhamkan penulis skrip, Mohd Nizam Nazir.
"Pengalaman bekerja bersama pasangan selebriti dan pelakon watak anak Qiestina cukup menarik. Pasangan Lisda dan Fauzi cukup romantik. Menunjukkan komitmen yang sangat baik. Malah, saya memuji Lisda kerana berusaha keras untuk menjiwai dua watak sekali gus.
"Cabaran paling besar untuk menjayakan telefilem ini ialah terpaksa mengikut mood watak anak. Jika di lokasi penggambaran dia adalah 'diva.' Kami terpaksa mengikut waktunya berehat, makan atau tidur supaya penggambaran dapat berlangsung dengan lancar," katanya.
Dalam telefilem terbitan Red Comunnication dan Nuansa Filem Sdn Bhd dijangka disiarkan di TV3 itu turut menyaksikan penampilan seorang lagi pasangan selebriti, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak.
BBC mengisahkan Soraya seorang gadis kampung yang dalam diam mencintai jirannya Sidek (Fauzi Nawawi). Apabila Soraya bersedia meluahkan perasaannya kepada Sidek sebaliknya Sidek memaklumkan dia sudah mempunyai kekasih bernama Mila dan merancang untuk bertunang. Begitupun pada hari pertunangan Sidek menerima berita sedih apabila tunangnya terbabit dalam kemalangan seterusnya meninggal dunia.
Walaupun enam bulan berlalu Sidek masih dalam kesedihan. Ibu bapa Sidek memberitahunya untuk melupakan apa yang berlaku dan memulakan hidup baru.
Ibu bapa Sidek bertemu keluarga Soraya dan meminang Soraya.
Pada mulanya ibu bapa Soraya agak keberatan menerima pinangan itu, tetapi Soraya bersetuju untuk bernikah dengan Sidek.
Kesedihan masih lagi terbayang di wajah Sidek dan Soraya tahu yang suaminya masih tidak dapat melupakan bekas kekasihnya, Mila. Walaupun mereka sudah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan sikap dingin Sidek masih tidak berubah.
Rakan rapat Soraya, Diana menasihatkan Soraya agak berubah dengan perwatakan dan penampilan yang berbeza untuk menyedarkan suaminya. Soraya menyamar sebagai Lolly untuk mendekatkan diri dengan Sidek yang banyak menghabiskan masa di gimnasium untuk melepaskan tekanan. Akhirnya Lolly menyedarkan Sidek berkenaan pengorbanan dan kasih seorang isteri.
Peminat kisah romantik berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan pelakon utama selain menyaksikan sendiri telefilem ini menerusi promosi Johnson's Baby tayangan 'starlight' di beberapa lokasi pusat beli-belah Giant di Bayan Baru, Pulau Pinang pada 20 Jun depan dan Plentong, Johor (27 Jun). |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 3:20 pm | |
| Tanpa 6ixth Sense KEMUNCULAN beberapa band indie dalam arus perdana sedikit sebanyak mewujudkan persaingan sihat dalam dunia seni tanah air.
Biarpun dalam keadaan pasaran ekonomi kurang memberangsangkan, kemeriahan industri muzik tetap dirasai dengan kemunculan bakat baru selain 'kegilaan' peminat muzik tanah air terhadap band tempatan.
Fenomena ini turut dirasai kumpulan 6ixth Sense yang melonjak menerusi lagu hit, Tak Bisa Memilihmu dan Tanpa.
Malah, lagu Tanpa turut meraih anugerah Lagu Paling Popular Peringkat Akhir Hits 1 pada Mac lalu.
Lagu Tanpa juga mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi sangat popular dan melonjak dalam senarai lagu muat turun terbanyak apabila digunakan sebagai lagu tema dalam drama Cinta Untuk Ain sedangkan lagu itu sudah ada sejak 2007.
Kumpulan yang dianggotai lima anak muda - Adi Priyo Sambodo atau Adi sebagai vokalis, Mohd Faiz Azizi Arlis (Gjie/ gitar utama), Shahrul Effendy Shaari (Athan/ gitar kedua), Muhamad Fairos Ramli (Ayoy/ bass) dan Mohammad Safwan Hasnan (Wan/ dram) - menganggap ia sebagai rezeki mereka.
Bagi Adi yang berasal daripada Jawa Timur, Indonesia ia mungkin tuah mereka.
Biarpun lagu berkenaan sudah lama dirakamkan, namun pemilihan sebagai lagu tema untuk drama bersiri ternyata membantu melonjakkan kembali lagu itu.
Mengulas perkembangan seni, kumpulan berkenaan dijangka tampil bersama lagu single terbaru Khatimah Cinta yang dicipta sendiri mereka.
Menurut Adi, lagu berkenaan ternyata mempunyai keistimewaan tersendiri kerana penceritaannya membabitkan kisah cinta yang menarik.
"Lagu ini cukup istimewa bagi kami. Ia adalah kesinambungan daripada kisah cinta sedih yang dipaparkan dalam bentuk cerita.
"Bahagian pertama Hikayat Cinta I, diikuti bahagian kedua iaitu Hikayat Cinta II dan sebagai penutup dari kisah ini kami tampil bersama Khatimah Cinta. Khatimah dalam bahasa Arab bermaksud penutup.
"Ia tidak membabitkan kisah cinta mana-mana pihak atau individu dalam kumpulan ini.
"Ini adalah percubaan kami menghasilkan karya lagu yang mempunyai cerita. Begitupun kisah percintaan yang disampaikan berakhir dengan kesudahan yang agak menyentuh perasaan," katanya.
Menurutnya, hanya Hikayat Cinta I yang pernah disiarkan di stesen radio.
Begitupun mereka yakin lagu berkenaan mendapat sambutan baik daripada peminat.
Disebabkan lagu itu mempunyai cerita tersendiri mereka mungkin mempertimbangkan untuk melakukan pembungkusan semula (repack) album bagi tiga lagu berkenaan pada masa akan datang.
Mengenai lagu cinta yang sering dinyanyikan oleh kumpulan itu pula, mereka berpendapat lagu cinta tidak semestinya ditujukan kepada individu berlainan jantina sebaliknya kepada orang yang lebih dewasa, kepada alam dan Yang Maha Esa.
Bagi Athan pula album ketiga masih dalam perancangan. Sehingga kini mereka masih dalam peringkat mengumpul bahan. Masih mengekalkan konsep pop rock dan alternatif, album ketiga nanti menjanjikan teknik bunyi dan paduan suara yang lebih matang daripada mereka.
Kumpulan ini juga baru menyiapkan rakaman VCD karaoke untuk lima lagu yang dimuatkan dalam album pertama iaitu Berjanjilah dan Hikayat Cinta manakala Dari Hati, Rayuan Gombal dan Cinta Sejati daripada album kedua.
Bayangkan penggambaran video klip lima lagu yang disiapkan dalam masa satu hari menyebabkan ada yang menganggap kumpulan ini menghasilkan karya secara sambil lewa.
Jelas Adi, pada mulanya dia juga menyangkakan perkara sama.
Begitupun selepas melalui proses penggambaran ternyata setiap lagu mempunyai konsep tersendiri dan dirakam dengan teliti oleh pengarahnya Ikmal dan Misyon bertempat di Studio Niskala, Sujana Impian.
"Setiap lagu yang ditampilkan dengan berlainan konsep. Penggambaran sepanjang sehari itu cukup meletihkan, namun kami seronok. Kami puas kerana dapat menyiapkan klip video itu. Jika tiada aral VCD karaoke ini akan berada di pasaran selepas Aidilfitri nanti," kata Adi.
Kebolehan mencipta lagu turut mendapat perhatian ramai sehingga ada yang ingin menjalinkan kerjasama dengan mereka.
"Kami sentiasa berminat untuk berkerjasama dengan mana-mana artis. Selain berkongsi idea kerjasama ini juga menjadikan kami lebih matang," kata Gjie yang pernah menerbitkan lagu penyanyi popular termasuk Jaclyn Victor, lagu duet Alif dan Ika serta penyanyi baru dari Singapura, Noriez.
NAMA PENUH: Adi Priyo Sambodo NAMA KOMERSIAL: Adi TARIKH LAHIR: 1 Oktober 1983 TEMPAT LAHIR: Jember, Jawa Timur, Indonesia ADIK-BERADIK: Anak kelima daripada lima beradik KARIER: Penyanyi, pencipta lagu dan pemain muzik
NAMA PENUH: Mohd Faiz Azizi Arlis NAMA KOMERSIAL: Gjie TARIKH LAHIR: 23 November 1985 TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur ADIK-BERADIK: Anak pertama daripada dua beradik KARIER: Pemain muzik dan pencipta lagu
NAMA PENUH: Shahrul Effendy Shaari NAMA KOMERSIAL: Athan TARIKH LAHIR: 22 April 1982 TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur ADIK-BERADIK: Anak pertama daripada empat beradik KARIER: Penyanyi dan pemain muzik
NAMA PENUH: Muhamad Fairos Ramli NAMA KOMERSIAL: Ayoy TARIKH LAHIR: 31 Julai 1985 TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada lima beradik KARIER: pemain muzik
NAMA PENUH: Mohammad Safwan Hasnan NAMA KOMERSIAL: Wan TARIKH LAHIR: 25 April 1987 TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur ADIK-BERADIK: Anak kesembilan daripada sembilan beradik KARIER: Pemain muzik dan guru muzik |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 3:23 pm | |
| Fizz Fairuz pernah diserang mak cik
SESUDAH puas menjadi 'jahat' sepanjang lapan tahun di bidang lakonan, Mohd Fairuz Zainal Abidin aray Fizz Fairuz, 29, akhirnya gembira diberi peluang menjadi ustaz dalam drama bersiri, Nur Kasih.
Memegang watak Aidil, pelakon yang kini menetap di Keramat, Kuala Lumpur ini mahu peminat melihat aksinya yang sama sekali berbeza berbanding daripada apa pernah dilakukan sebelum ini.
Keinginan tinggi membintangi drama arahan Kabir Bhatia itu menyebabkan Fizz sanggup menolak tawaran lain.
Malah, apabila produksi ditunda tiga bulan pembikinannya, Fazz masih setia menunggu.
Ketika ditemui di majlis pelancaran Nur Kasih, baru-baru ini, Fizz berkata, sebagai pelakon dia memang menantikan watak yang mampu menarik perhatian penonton.
"Sering melakonkan watak jahat adakala orang sampai menyampah tengok muka saya.
"Sebelum ini kita sering dengar ada pelakon diludah peminat gara-gara menyampah dengan watak dilakonkan. "Perkara sama pernah berlaku kepada saya. Apa yang saya katakan ini bukan rekaan dan ia benar-benar berlaku.
"Pernah sekali sewaktu saya berjalan di pusat beli-belah ada seorang mak cik datang dan tiba-tiba mencekak baju saya.
"Dia marah dan berkata geram menyaksikan watak jahat yang dilakonkan.
"Sebelum ini orang sering berkata penonton kita sudah pandai dan bijak menilai. Hakikatnya ada sebahagian daripada mereka masih terbawa-bawa apabila menyaksikan drama yang ditonton di televisyen," katanya.
Melakonkan watak Aidil, seorang anak yang patuh kepada kedua-dua orang tuanya dan belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir, Fizz secara jujur mengharapkan segala tafsiran buruk dibuat penonton menerusi watak yang dilakonkan sebelum ini akan hilang.
"Saya benar mengharapkan, watak dilakonkan ini dapat memberikan inspirasi kepada mereka bergelar ibu bapa bahawa satu hari nanti apabila anak-anak mereka sudah dewasa akan menjadi seperti Aidil.
"Bukan itu saja, sekiranya ramai ibu yang mahu menikahkan anak dara mereka dengan lelaki seperti Aidil, saya sudah cukup bangga kerana berasakan apa yang saya lakukan ini dapat memberi sedikit sumbangan ke arah kebaikan," katanya.
Bercerita lanjut mengenai Nur Kasih, jelas Fizz, selain watak berbeza, bekerja dengan Kabir menjadi antara sebab mengapa dia sanggup menolak tawaran lain untuk menjayakan drama itu.
"Ini kali kedua saya berlakon di bawah arahan Kabir selepas Ku Seru. Bekerja dengannya memberikan satu pengalaman berbeza kerana dia seorang pengarah yang sangat mementingkan kesempurnaan.
"Selain itu sebagai pengarah, dia sangat menitik beratkan kekuatan lakonan dalam menyokong jalan cerita dipersembahkan, selain dibantu sinematografi yang indah.
"Bekerja dengan Kabir banyak ilmu yang saya timba, antaranya dia tidak suka pelakon menjayakan watak mereka secara keterlaluan sebaliknya dia mahu ia dikeluarkan secara semula jadi.
"Begitu juga dengan menangis. Pantang bagi dia kalau pelakon menangis bercucuran air mata. Alasan diberikan Kabir, perkara yang dilakukan secara keterlaluan tidak akan menyentuh hati penonton.
"Sebaliknya mereka akan lebih tersentuh apabila pelakon meluahkan perasaan dengan menahan air dalam tubir mata," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 3:38 pm | |
| SOSEH SOSEH: Dr Faiz bakal lamar Nurul Syuhada?
KECOH apabila orang dalam industri penyiaran dan media bercerita mengenai pengacara Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain (Nurul) akan mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya, juga calon angkasawan negara, Dr Faiz Khaleed.
Perkara ini juga pernah ditanyakan kepada Nurul Syuhada sendiri sewaktu dia mengunjungi Jabatan Pengarang Harian Metro, baru-baru ini.
Bagaimanapun, gadis berasal dari Sungai Buloh, Selangor itu menafikan dengan berkata, tiada perancangan untuk itu dibuat daripada pihaknya mahupun Dr Faiz sendiri.
Dalam waktu sama, Nurul bagaimanapun tidak menafikan dia memang sedang berkawan rapat dengan Dr Faiz dan kini mereka di peringkat sedang cuba mengenali hati budi masing-masing.
Sewaktu teman SS bertemu Dr Faiz, baru-baru ini sewaktu dia menjayakan program Malam Puisi di Istana Budaya, baru-baru ini, lain pula ceritanya.
Apabila diajukan soalan sama, dia cuba berdolak-dalih tetapi tidak memberikan jawapan pasti.
Kata Dr Faiz, mengenai soal tunang dan kahwin itu dia mengharapkan agar pihak media bersabar dan tunggu. Sekiranya sampai waktunya, perkara itu akan diumumkan kepada semua.
Adakah jawapan diberikan Dr Faiz itu membayangkan yang dia akan melamar Nurul dalam masa terdekat ini? Maklumlah biasanya soal nikah dan kahwin ini pihak lelaki lebih mengetahui kerana kuasa untuk meminang terletak di tangan mereka.
Apapun yang pasti, kedua-dua pihak tidak menyorokkan hubungan mereka dan Nurul ataupun Dr Faiz senang menjawab soalan berkaitan cinta. Doa SS semoga perancangan pasangan ini untuk mendirikan rumah tangga akan terlaksana. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 3:48 pm | |
| Skrip 7707 selepas tiga tahun TIGA pelakon penting skrip 7707 (dari kiri) hafiz, fouziah dan jehan tidak sabar menantikan tayangan filem lakonan mereka itu. TIGA tahun selepas tamat menjalani penggambaran bukanlah suatu tempoh waktu yang singkat buat para pelakon yang telah membintangi sesebuah filem itu. Ini kerana, mungkin ada di antara mereka yang sudah lupa pengalaman serta pembabitan mereka dalam menjayakan filem itu selain ia juga agak lewat untuk ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara. Skrip 7707 contohnya, merupakan filem genre seram terbitan Primeworks Studios Sdn. Bhd., yang telah pun tamat menjalani penggambarannya tiga tahun lalu. Sungguhpun begitu, selepas sekian lama, filem arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen itu akhirnya akan ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara mulai 16 Julai ini. Selain penerbit dan pengarah, para pelakon Skrip 7707 tentunya antara yang paling berdebar-debar menantikan sambutan para penonton apabila filem itu ditayangkan kepada umum kelak. Hafiz Nafiah, Jehan Miskin dan Fouziah Gous merupakan antara bintang popular yang membintangi filem yang menjalani penggambarannya di sekitar Kuala Lumpur itu. Meskipun tiga tahun sudah berlalu, tetapi tiga pelakon itu nampaknya masih belum melupakan pengalaman-pengalaman mereka semasa berlakon dalam filem tersebut. Hits sempat mengadakan sesi fotografi dengan Jehan, Fouziah dan Hafiz baru-baru ini bagi berkongsi pengalaman mereka dalam Skrip 7707 dan juga karier mereka sebagai pelakon popular hari ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 3:53 pm | |
| Klthsom dikenang kerana namanya WAJAH terbaru Klthsom.
UNIK, pelik, kelakar dan macam-macam tafsiran masyarakat di sebalik namanya sebaik dipaparkan di kaca televisyen mahupun di dada-dada akhbar dan majalah.
Masakan tidak, hanya kerana ejaan namanya yang berbeza daripada ejaan lazim menyebabkan dia dengan pantas meraih populariti.
Anda masih ingat pada penyanyi lagu Ku Redha Sendiri, Klthsom?
Ya, Klthsom, bukan Kalsom seperti yang sering kita ketahui.
Kerana ejaan namanya yang unik dan pelik, membuatkan ramai yang memanggilnya dengan pelbagai sebutan.
Ada yang memanggilnya dengan panggilan Keltom. Tidak kurang yang penuh yakin menyapanya Kaltom.
Sudah tentu yang paling mencuit hati tuan punya badan ialah panggilan Kelchom.
Hakikatnya, panggilan buat Klthsom bunyinya Kalsom.
"Ejaan nama saya yang 'pelik' bukan lagi perkara asing bahkan sejak dari zaman kanak-kanak sehingga sekarang pun orang masih hairan lagi.
"Ketika di sekolah dahulu, cikgu sampai menulis nama saya dalam ejaan 'pelik' itu di papan hitam dan menyuruh saya menyebutnya. Biarpun ejaan yang 'pelik' namun panggilan buat saya berbunyi Kalsom," kata penyanyi yang sudah lama menyepi daripada buruan wartawan dan jurugambar pada satu pertemuan dengan Hits baru-baru ini.
Kekeliruan pada ejaan namanya seperti yang disebut di awal tadi menyebabkan penyanyi yang terkenal kerana imej yang sederhana itu disenangi ramai.
Sebetulnya, kehadiran Klthsom dalam gelanggang seni tidak membawa banyak perubahan besar, selain suaranya yang lunak dan sedap didengar.
Populariti yang diraihnya sekitar tahun 1991 hanya untuk seketika sahaja biarpun bakat seninya mula dikesan sebaik dia menyertai Bintang RTM tahun 1986.
Geli hati
Cerita mengenai ejaan nama Bintang RTM '86 atau nama sebenarnya Klthsom Abdul Kadir, juga mencetus perdebatan di kalangan media pada tahun 1991.
Semuanya berlaku pada majlis sidang media album sulungnya, Ku Meraguimu di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Selain mengenai album berkenaan, Klthsom dihujani pelbagai pertanyaan oleh media kerana ejaan namanya itu.
Bagaimanapun, sebagai seorang yang sudah lali dengan keadaan itu, anak kelahiran Felda Cahaya Baru, Pasir Gudang, Johor ini tidak pernah melenting jauh sekali untuk berasa kecil hati.
Sebaliknya, dengan rasa bangga dia memaklumkan kepada wartawan, dia boleh disapa dengan panggilan Kalsom meskipun ejaannya Klthsom.
Kini pada usia 42 tahun, ibu kepada dua cahaya mata yang sudah lama tidak bersua dengan wartawan hiburan itu masih tidak mampu untuk menyembunyikan rasa geli hati dengan pengalaman-pengalaman silam.
Pada pertemuan itu, Klthsom ditemani suaminya, Sulaiman Abdul, 46, dan dua cahaya mata mereka, Nurul Fatin, 15, dan Mohd. Salehuddin, 10.
Mengimbas kembali rekod penglibatan Klthsom sebagai anak seni, dia secara serius aktif sebagai penyanyi selepas berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Bintang RTM '86 bersama-sama Ramlah Ram.
Dalam pertandingan akhir itu, Klthsom menyanyikan lagu Jangan Menggoda yang dipopularkan Dayangku Intan.
Sayang sekali, nasib tidak menyebelahinya apabila rakan senegeri Ramlah Ram pula berjaya meraih gelaran juara yang menjadi idaman ramai.
Namun, sudah tertulis bahawa rezeki Klthsom sebagai penyanyi rakaman sudah ada. Dalam diam, dia dilamar syarikat rakaman WEA (kini dikenali sebagai Warner Music) untuk bernaung di bawah syarikat itu.
Bersama syarikat rakaman itu, bakat Klthsom digilap dan dia diberi peluang merakamkan album yang memuatkan lagu popular, Aku Meraguimu.
Tidak ketinggalan dalam album yang sama, Klthsom ada merakamkan semula lagu malar segar, Menanti Di Ambang Syurga.
Bertitik tolak daripada kelahiran album itu juga, kehidupan Klthsom berubah dalam sekelip mata.
Barangkali tiada siapa yang dapat menjangka anak seorang peneroka Felda, Klthsom muncul sebagai artis popular.
Menyusul selepas album pertama, Klthsom diberi satu lagi peluang merakamkan album kedua yang memuatkan lagu popular Ku Redha Sendiri setahun selepas itu.
Kali ini, rezeki Klthsom tambah berganda. Lagu ciptaan komposer A. Ali dan lirik ditulis oleh Habsah Hassan itu melonjakkan lagi kemasyhurannya.
Berbekalkan lagu Ku Redha Sendiri, Klthsom melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan carta lagu popular, Pujaan 10 terbitan RTM.
Bayangkan, penyanyi yang baru setahun jagung dalam bidang seni suara digandingkan bersama penyanyi yang telah lama mencipta nama seperti Jamal Abdillah, Nash, Hattan di samping Ziana Zain, kumpulan Exists dan kumpulan Fotograf.
Biarpun lagu nyanyiannya tewas kepada lagu dendangan Jamal Abdillah, Kekasih Awal Dan Akhir untuk muncul sebagai juara Pujaan 10, namun pengalaman bertanding di gelanggang itu benar-benar menggembirakan Klthsom.
"Walaupun saya kalah tetapi saya tidak terkilan. Sebaliknya, saya bangga kerana dapat bertanding bersama Jamal Abdillah, Nash dan Hattan," cerita Klthsom sambil tersenyum.
Selepas album kedua mencipta kejayaan tersendiri, Klthsom memulakan rakaman untuk album ketiga.
Sayang sekal selepas tiga lagu dirakamkan bersama penerbitnya, Iwan, rakaman album itu terpaksa dihentikan kerana Klthsom disahkan hamil anak sulung dan keadaan kesihatan tidak mengizinkan dia aktif.
Sangat bersyukur
"Saya pun tak ingat apa tajuk lagu-lagu yang sudah saya rakamkan. Yang saya tahu alih-alih saja rakaman dihentikan. Selepas Nurul Fatin dilahirkan, saya pula langsung tidak mendengar khabar berita daripada pihak WEA.
"Itulah rakaman terakhir saya. Sejak itulah saya menjalani hidup sebagai suri rumah sepenuh masa. Membesar dan menjaga rumah tangga kerana bagi saya ia adalah harta yang paling berharga," kata Klthsom mengenai penghujung nasibnya bersama syarikat rakaman popular itu.
Klthsom bertemu jodoh pada tahun 1992 dengan memilih Sulaiman yang juga rakan lamanya dalam kumpulan band Hijrah yang dianggotainya sejak 1983 hingga 1985.
Menceritakan hubungan mereka hingga membawa ke jenjang pelamin, sambil memandang suaminya, Sulaiman yang sentiasa di sisi, Klthsom tanpa berselindung berkata:
"Sebenarnya saya dengan abang (panggilan untuk suami) mulanya hanya kawan satu band. Disebabkan rumah saya jauh, abang selalu hantar saya balik.
"Sifat jujur abang membuatkan arwah ayah percaya dan membenarkan abang menghantar saya balik.
"Sejak itulah kami berkawan tetapi bukan bercinta. Saya sekadar menjadi penasihat abang apabila dia menghadapi masalah dengan kekasihnya," kata Klthsom mendedahkan cerita manis yang tersimpan elok dalam kotak fikirannya.
Siapa sangka daripada sering menjadi penasihat, rupa-rupanya ada naluri yang kuat mengikat kemesraan antara mereka berdua.
"Selepas puas menasihati abang, satu hari tanpa saya sedar saya terlepas cakap, susah-susah sangat kau kahwin dengan aku ajelah.
"Saya langsung tidak menyangka gurauan saya itu menjadi kenyataan. Tidak lama selepas itu, abang menghantar keluarga meminang saya dan selepas tiga bulan kami berkahwin," ujarnya rancak bercerita mengenai kebahagiaan rumah tangga yang berusia 17 tahun itu.
Kini, Sulaiman menjalankan perniagaan barangan elektrik bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.
Bagi Klthsom, walaupun hidupnya tidak dikelilingi kemewahan seperti mana yang pernah diraihnya seketika ketika menjadi artis popular dulu, namun dia sangat bersyukur kerana kehidupan dia sekeluarga begitu selesa dan bahagia.
Tambahan pula selepas mengikuti kursus mak andam, Klthsom mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan dalam bidang andaman.
"Alhamdulillah kami mendapat banyak tempahan terutama pada musim cuti sekolah. Seronok juga jadi mak andam, cuma kadang-kadang saya terkedu juga apabila ada orang yang masih mengenali saya.
"Bukanlah saya malu dulu jadi penyanyi kini mengandam orang, tetapi apabila ada yang kenal dan minta bergambar terasa macam diri ini mencuri populariti pengantin pula," cerita Klthsom dalam nada ketawa yang masih tidak berubah seperti mana zaman kegemilangannya dulu.
Mengungkit kenangan silam ketika bergelar artis, Klthsom yang dikesan bakatnya oleh tokoh muzik, Datuk Nasser Abu Kassim dan Man Kidal berkata, seingatnya pengalaman pahit di Cameron Highlands amat sukar dilupakan.
"Ia berlaku padatahun 1991. Ketika itu saya berada di Cameron Highlands kerana diundang menyanyi bersama-sama penyanyi Zairani dan seorang model, Azizul Mohd.
"Bayangkan di tempat begitu, saya diserang histeria. Sudahlah jauh dari keluarga, yang ada pula cuma rakan-rakan artis dan Pegawai Perhubungan WEA, Kit.
"Syukur Alhamdulillah, akhirnya histeria saya dapat dipulihkan dan sampai hari ini bila ingat-ingatkan itu semua, rasanya macam baru semalam ia berlaku," kata Klthsom sambil memeluk anak bungsunya, Mohd. Salehuddin yang dikesannya berbakat dalam bidang nyanyian dan bermain alat muzik.
Dan kini, andai ada peluang merakamkan album, Klthsom tidak mampu untuk memberi kata putus sama ada dia mahu menerima peluang itu atau sebaliknya.
Apatah lagi dengan kecenderungan masyarakat memuat turun lagu selain keadaan ekonomi negara yang tidak menentu menyebabkan angan-angan itu kata Klthsom, sekadar tinggal angan-angan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 3:56 pm | |
| Dendangan eksklusif AnuarANUAR Zain menjanjikan sebuah persembahan yang menghiburkan pada Konsert Lelaki Ini Anuar Zain yang akan berlangsung di Istana Budaya pada 1 dan 2 Julai depan. POPULARITI dan kegemilangan yang dicipta oleh penyanyi lelaki tersohor negara, Anuar Zain ini sememangnya sukar sekali untuk disangkal. Apa sahaja yang dilakukannya akan mendapat sambutan serta perhatian sekali gus meletakkannya sebagai antara artis tempatan yang cukup disegani. Dia juga merupakan antara artis yang cukup mementingkan kesempurnaan dan kualiti semata-mata untuk memberi kepuasan yang maksimum kepada peminatnya. Dan, sesiapa sahaja yang memilih jalan untuk menjadi anak seni sudah pasti ingin mengadakan konsert untuk menghiburkan peminat yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya masing-masing. Begitu juga dengan Anuar dan sebelum ini, dia pernah mengadakan konsert solonya di pentas bertaraf antarabangsa, iaitu di Esplanade Theater, Singapura beberapa bulan lalu. Ternyata, impak yang terhasil daripada konsert berkenaan sudah cukup untuk membuktikan kredibiliti Anuar sebagai seorang penghibur sememangnya tiada tandingan. Malah, kejayaan konsert di kota Singa itu juga membuktikan Anuar sudah layak untuk menghiburkan peminat di negara kelahirannya sendiri. Berpegang kepada prinsip hidupnya yang sentiasa percaya dan yakin dengan rezeki yang sudah ditentukan, doa Anuar akhirnya dimakbulkan Allah apabila dia bakal muncul dengan konsert sulungnya pada 1 dan 2 Julai ini. Konsert eksklusif yang diberi nama Konsert Lelaki Ini Anuar Zain itu dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara sempena Festival Muzik KL 2009. Panggung Sari, Istana Budaya (IB) bakal menjadi saksi dan seterusnya akan dimaktubkan dalam profil seninya apabila buat julung kalinya pentas bertaraf dunia itu menyambut kehadiran Anuar. Sudah pasti, perasaan gembira dan teruja menguliti jejaka berbintang Aquarius ini dan apa yang membuatkannya hilang kata-kata adalah apabila konsert itu merupakan pembukaan untuk festival yang cukup berprestij itu. Sewaktu mengunjungi ibu pejabat Utusan Malaysia untuk sesi fotografi baru-baru ini, rona gembira sememangnya cukup jelas terpancar di wajahnya itu. Namun begitu, dari wajahnya juga terselit riak kebimbangan dan debaran yang sememangnya tidak mampu disembunyikan lagi. Masakan tidak, persembahannya pada dua malam itu akan diiringi oleh 55 orang pemuzik dan penyanyi latar di bawah iringan Orkestra Muzik Kebangsaan yang dipimpin oleh Mustafa Fuzer Nawi. "Mana tidaknya. Ini merupakan persembahan sulung saya di pentas yang cukup berprestij itu dan diiringi dengan orkestra sememangnya membuatkan saya sedikit gementar biarpun saya memang gembira dan teruja dengan konsert ini. "Tetapi, saya mahu membuangnya jauh kerana misi saya cuma satu iaitu untuk memberikan yang terbaik buat peminat dan penonton pada dua malam itu. persembahan"Saya mahu mereka terhibur dengan persembahan saya dan sudah pasti saya tidak mahu mereka yang sudah melaburkan wang membeli tiket tidak menikmati kepuasan daripada persembahan saya," jelas empunya nama penuh Shahrul Anuar Zain ini membuka bicaranya lewat petang itu. Malah, Anuar bersyukur dan bangga kini namanya mampu diletakkan sebaris dengan nama-nama hebat seperti Datuk Siti Nurhaliza, M. Nasir, Black Dog Bone dan Jamal Abdillah yang pernah membuat persembahan di pentas itu. Selain beraksi buat pertama kali di IB, pelantun lagu Tangisan Naluri dan I'm The Lucky One ini juga melafazkan syukur ke hadrat Ilahi apabila tiket-tiket berharga dari RM25 hingga RM250 sudah pun 80 peratus terjual. Ternyata, perkembangan tersebut memberi inspirasi serta semangat untuk Anuar memberikan persembahan yang mampu untuk dikenang oleh peminatnya selama-lamanya. "Saya tidak menafikan harga tiketnya yang agak berpatutan menyebabkan ramai peminat saya tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton persembahan saya untuk dua malam itu. "Sedangkan sebelum ini, harga untuk menyaksikan persembahan saya agak mahal dan menyebabkan mereka memikir dua kali untuk membelinya," tuturnya penuh berhemah. Bakal mendendangkan lebih daripada 20 buah lagu popularnya yang dipetik dari tiga album solonya sebelum ini, Anuar mengakui, dia berdepan dengan masalah pemilihan lagu. Malah, ia bukanlah satu perkara yang baru memandangkan dia sering kali berdepan dengan masalah berkenaan dalam setiap persembahannya. Ini katanya, permintaan peminat-peminatnya yang mahukannya menyanyikan lagu-lagu kegemaran mereka ada kalanya sukar untuk ditunaikan. "Tetapi, kita harus fikirkan tentang maksud istilah konsert itu sendiri dan untuk itu, saya akan menyampaikan lagu-lagu popular dan hits saya agar peminat dan hadirin mampu menyanyi bersama-sama. "Justeru, saya meminta maaf kalau ada lagu kegemaran mereka yang tidak akan saya bawakan pada malam itu," katanya yang akan menyampaikan lagu-lagunya secara penuh dan juga medley dengan susunan muzik yang baru dan segar oleh pengarah muzik, Aylwin Santiago. Pastinya, lagu-lagu seperti Bila Resah, Jangan Bersedih Lagi, Keabadian Cinta, Permata, Rindu Belaian, Mungkin, Sesucinya Cintamu, Lelaki Ini, Ketulusan Hati, Teman Terulung dan Perpisahan antara repertoir daripada diskografinya yang bakal berkumandang di IB nanti. kelainanSelain itu, penyandang Vokal Lelaki Terbaik Anugerah Industri Muzik dua kali ini juga memberitahu dia turut menampilkan dua segmen sebagai kelainan dalam konsert sulungnya itu. Salah satunya adalah segmen yang akan menyaksikannya menggamit nostalgia sewaktu dirinya bergelar penyanyi kanak-kanak dua dekad lalu. Untuk itu, Anuar akan menyampaikan tiga buah lagu iaitu Kain Pelikat, Kesan Kelukaan dan Seruling manakala sebuah lagi segmen disifatkan Anuar sebagai satu penghormatan untuk seniman terdahulu dan lagu-lagu mereka. Peminat akan dapat mendengar alunan Anuar menerusi lagu Epilog Cinta Dari Bromley yang dipopularkan oleh Sohaimi Mior Hassan, Berdiri Seorang Perindu (Ibnor Riza), Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (Flybaits) dan Penantian (Kumpulan Harmoni). "Saya menyanyikan lagu Penantian kerana selain daripada lagu kegemaran saya, ia juga adalah untuk menghargai sumbangan dan jasa arwah Zubir Ali selama ini. "Dia boleh dianggap pelopor kepada lagu-lagu puisi dan seharusnya karya-karyanya tidak boleh dilupakan begitu sahaja," tutur Anuar lembut sambil menyifatkan arwah Zubir sebagai seorang legenda yang berada dalam kelas tersendiri. Sementara itu, Anuar turut ditanya tentang perkembangan terbaru album keempatnya yang masih lagi dalam pencarian material. Katanya, sehingga kini dia sudah mendapat empat buah lagu termasuk sebuah lagu dari komposer seberang dan dia akan meneruskan projek albumnya itu setelah mendapat enam buah lagu. "Tetapi, itu bukan bermakna saya akan membuat album mini kerana saya akan tetap buat album penuh biarpun ramai yang tidak berani berbuat demikian. "Ini soal kepuasan dan saya juga mahukan peminat saya menikmati dan merasai apa yang saya luahkan serta curahkan menerusi album-album saya," jelasnya yang enggan bercerita panjang tentang sebuah album khas yang akan dilaksanakan sebaik sahaja album keempatnya selesai. Bagi mereka yang masih lagi belum membeli tiket menyaksikan Konsert Lelaki Ini Anuar Zain dan berminat untuk menghadirinya, tiket-tiket masih lagi dijual. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 4:00 pm | |
| Bagilah saya peluang – Rusdi Ramli Rusdi Ramli
Saya ada melihat siri pertama Anak Wayang, Maaf ya saya kurang berpuas hati dengan “kerja” Rusdi.
Bukan awak seorang yang cakap macam tu. Ramai yang kata benda yang sama. Isteri saya (Sharon Paul) pun memberi komen serupa. Bila dah ramai cakap macam tu, saya tahu la memang ia benar-benar teruk.
Rusdi terima teguran orang?
Memang saya kena terima sebab ia untuk kebaikan saya. Secara jujurnya saya memang sukakan teguran kerana ia dapat membantu saya menjadi seorang pengacara yang baik.
Komen apa yang awak dengar?
Orang kata saya agak kelam kabut, penyampaian yang kurang berkesan. Lagipun benda ni semua baru bagi saya.
Baru? Bukankah Rusdi dah biasa dengan kamera malah seorang pelakon yang baik.
Berhadapan dengan kamera untuk berlakon dan mengacara adalah dua benda berbeza. Kalau berlakon, saya hanya berkomunikasi dengan pelakon saja. Saya tak pedulikan langsung kamera. Tapi dalam rancangan ni saya kena kejar kamera. Dalam masa yang sama tumpuan orang terus kepada saya. Itu bezanya berbanding berlakon. Perkara itu yang melemahkan saya sebenarnya.
Gugup atau tidak?
Saya tak nak sembunyikan kebenaran. Memang saya gugup walaupun saya dah lama berlakon. Kalau nak tahu, untuk naik ke pentas menyampaikan anugerah pun saya boleh menggeletar.
Kalau Rusdi tak yakin dengan kemampuan, kenapa boleh terima tawaran Astro? Ia akan memberi reputasi buruk kepada you kemudian hari.
Memang saya dah jangka benda ni akan berlaku. Masa saya berlakon mula-mula dulu pun sama juga. Pengarah pernah baling skrip di muka saya. Dalam bidang pengacaraan ni pun saya dah jangka saya tak mampu hasilkan terbaik tetapi sifat saya satu - ingin cuba. Masa dapat tawaran saya dah fikir banyak kali. Saya tanya isteri untuk mendengar pandangan dia. Akhrinya saya buat keputusan nak cuba kerana saya nak ukur sejauh mana kemampuan saya.
Apa kelemahan yang Rusdi nampak mengendalikan program berkenaan?
Boleh dikatakan semua aspek. Banyak benda sebenarnya yang saya kena betulkan. Bila saya tengok balik rancangan tu, malu pun ada. Kalau nak tahu, sepanjang saya berlakon, saya tak pernah tengok lakonan saya sebab saya tahu ada kelemahan. Saya ni seorang yang selalu tak puas hati dengan hasil kerja saya.
Sebagai pengacara perkara-perkara asas seperti nama program, waktu siaran sepatutnya sudah ada dalam kepala. Malangnya perkara itu pun Rusdi terpaksa tengok skrip. Kenapa?
Ada masa tiba-tiba fikiran saya kosong. Jadi “blank” walaupun nampak senang. Macam berlakon kita menghafal skrip tapi yang ini lain pula caranya. Bila tiba-tiba hilang tumpuan, masalah pada diri saya itu akan terpancar di muka. Itulah kelemahan saya.
Bagaimanapun saya puji awak kerana mengaku kelemahan diri. Tak semua artis macam tu.
Saya faham penerimaan penonton. Banyak komen negatif diberikan kepada saya tapi saya akan jadikan ia positif. Saya rasa kalau dah ada kesilapan lebih baik kita mengaku daripada buat silap, kita kata okey. Lagi la orang bengang.
Agaknya boleh tak Rusdi bagi jaminan bila boleh jadi Rusdi yang bagus sebagai pengacara?
Jaminan? Saya tak berani nak jamin apa-apa. Yang saya boleh kata, setiap minggu saya akan cuba memperbaiki kelemahan yang ada. Saya minta maaf dan harap peminat semua dapat beri peluang. Saya akan tengok kekurangan saya dan saya akan tampung semula kekurangan itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 4:20 pm | |
| Majoriti Penonton AW Pilih Afzan
Duda anak satu, Afzan Rahman, 27, atau Afzan telah berjaya mara ke peringkat seterusnya program realiti TV Anak Wayang selepas mendahului 59 peratus undian SMS menewaskan saingan terdekat, Mazlan Mokhtar, 26, (Lan) yang mengutip 41 peratus.
Afzan telah terpilih menerusi undian SMS penonton sejak Jumaat lalu selepas dia dan Lan dipilih oleh juri profesional iaitu Nasha Aziz, Rashid Sibir dan Datin Ziela Jalil menerusi Pentas Anak Wayang.
Pengumumannya dibuat sebentar tadi menerusi episod ke-16 drama bersiri Kecuali Cintamu yang mana Afzan telah dipertanggungjawabkan memegang watak sebagai mekanik menerusi episod berkenaan.
Drama Kecuali Cintamu yang ke udara di Astro Prima malam tadi, turut membariskan pelakon popular antaranya Nanu Baharuddin, Aman Shah, Mustapha Kamal, Puspha Narayanan, Liza Abdullah dan pelakon kontroversi Haleeda.
Ditanya mengenai perasaannya apabila terpilih bagi meneruskan perjuangan dalam Anak Wayang, Afzan berkata dia sama sekali tidak menyangka nasib menyebelahinya apatah lagi temannya, Lan juga berpotensi.
"Terus terang, saya tidak pernah sangka majoriti mengundi saya. Rasa macam tak percaya pula kerana bagi saya Lan mempunyai saingan yang cukup kuat dan dia pun bagus. Mungkin ini rezeki saya dan dibantu kritikan positif daripada pihak juri ketika beraksi dalam Pentas Anak Wayang.
"Sememangnya saya terlalu menginginkan kejayaan ini dan saya berjanji akan memikul tanggungjawab seterusnya dengan baik," katanya yang akan berkongsi kegembiraan itu bersama-sama keluarga dan anaknya, Muhammad Haikal, 6.
Minggu ini, 5 lagi peserta akan berentap peluang yang sama dengan tugasan ketiga iaitu sebagai Pengurus Acara pula. Seramai 5 peserta berbakat akan berentap minggu ini dalam Pentas Anak Wayang, Jumaat ini di Astro Ria yang dihoskan oleh Rusdi Ramli.
Sementara itu bagi Lan, kekecewaan untuk terus bersaing di dalam Anak Wayang bukanlah kata pemutus untuk dia terus berhenti berlakon, apatah lagi mempunyai keazaman yang tinggi untuk terus maju dalam bidang ini.
"Awal-awal lagi saya tidak meletakkan harapan yang tinggi, lebih-lebih lagi diletakkan di sebelah pelakon yang sudah dikenali seperti Afzan.
"Adatlah dalam sebuah program realiti TV mesti ada penyingkiran. Mungkin selepas ini saya akan mencari tawaran daripada syarikat produksi yang memerlukan bakat saya, selain akan kembali bekerja di gimnasium," katanya.
Bagi penonton yang ingin mengenali semua calon atau pelajar pertandingan realiti TV ini, jangan lupa ikuti rancangan Sesi Anak Wayang yang dihoskan Nur Fazura setiap Isnin - Rabu di Astro Ria.
Sementara itu, bagi mengundi (AWUNDI) peserta, sila taip AWUNDI NAMA PESERTA atau AWUNDI <3/5/10> NAMA PESERTA ke 32999. Contoh: AWUNDI3 AFZAN ke 32999. Talian Tetap: Dail 13721/13723/13725/13730 untuk 1/3/5/10 undian dan tekan 1. Kadar premium untuk setiap undian 50 sen. Kadar Telco tertakluk kepada syarat dan terma di www.astro.com.my.
Undian SMS dibuka mulai setiap Jumaat, jam 10.30 malam hingga Ahad jam 12 tengah hari. Keputusan siapa terpilih antara 2 peserta terbaik akan hanya kita ketahui dengan menonton drama bersiri Kecuali Cintamu di Astro Prima pada hari berikutnya, Isnin, jam 8.30 malam.
Saingan Anak Wayang telah bermula sejak 5 Jun 2009 dengan watak jururawat, diikuti 12 Jun 2009 (Mekanik), 19 Jun 2009 (Pengurus Acara), 26 Jun 2009 (Konco Samseng) serta 3 Julai 2009 (Pembantu Peribadi). |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 4:21 pm | |
| Farah Putri Bakal Kakak Ipar Nana?
Sekali lagi Murai Batu nak ucapkan tahniah kepada pasangan mempelai Nurul Hana Che Mahazan, 26 atau Nana dengan Mohamed Raqeem Brian, 34, yang melangsungkan perkahwinan pada 6 Jun lalu. Tapi Murai Batu minta maaflah banyak-banyak sebab tidak dapat hadir kerana tarikhnya bertembung dengan perkahwinan saudara Murai Batu di kampung.
Apapun, kali ini Murai Batu bukan nak cerita pasal Nana tetapi tentang abang Nana yang tinggi lampai. Mungkin anda kurang mengenalinya namun abang Nana yang bernama Khairul Redza Che Mahazan atau Jaja itu tetapi dia adalah salah seorang anggota Ejen Sinar FM. Kira penyokong kuat stesen radio jugaklah.
Murai Batu dapat tahu, Jaja sekarang tengah rapat dengan pelakon baru, Farah Putri Mulyani Jasma Nada, 22 yang pernah dikaitkan dengan kes penceraian Nasrizal Ngasri atau Bell.
Kisah ini timbul sewaktu kawan Murai Batu pergi menghadiri majlis perkahwinan Nana, di Muar lalu. Di sanalah gosip ini timbul.
"Antara banyak-banyak artis yang datang pada hari tu, kehadiran Farah Putri nampak lain. Aku tengok Farah Putri dah macam ahli keluarga Nana yakni dia macam orang penting dalam majlis tersebut. Lagi satu, aku tengok Farah asyik ke hulu-hilir dengan Jaja tu. Bukan main mesra lagi mereka. Ada apa-apa kot?" kata sumber Murai Batu.
Eloklah tu, mana tahu, selepas ini giliran mereka pula naik pelamin dan bolehlah Farah jadi kakak ipar Nana dan Brian. Jangan marah Murai Batu usik saja! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 4:25 pm | |
| Lisdawati Nafi Rumah Tangga Bergoncang
Ketiadaan cincin perkahwinan di jari manisnya menjadi tanda tanya besar mungkinkah benar perkhabaran masalah rumah tangga yang dialami pelakon drama, Lisdawati Nazarudin, 30, bersama suaminya, Fauzi Nawawi, 36.
Ditanya sendiri portal murai.com.my mengenai ketiadan cincin pengikat kasih selama hampir 2 tahun mereka mendirikan rumah tangga itu, Lisda berkata cincin berkenaan sebenarnya sedang dibaiki.
"Memang, selalunya Lis akan pakai cincin perkahwinan kami itu. Tapi nak dijadikan cerita cincin itu rosak sedikit dan Lis telah menghantarnya ke Habib Jewels untuk diperbetulkan atau dibaiki," katanya. Dia ditemui ketika pelancaran telefilem arahan Osman Ali bertajuk Buih Buih Cinta di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Lisda berkata lagi, tiada alasan untuk menyembunyikan soal cincin berkenaan. Malah seboleh-bolehnya dia mahu menyarungkan cincin berkenaan meskipun ketika menjalani tugas sebagai pelakon.
"Selalunya Lis akan memakai cincin kahwin mengikut watak yang diberikan. Sekiranya watak itu Lis belum berkahwin, takkanlah Lis hendak memakai cincin itu," katanya.
Ditanya lebih lanjut, bagaimana timbulnya desas-desus kontroversi rumah tangga mereka, Lisda berkata perkara itu hanyalah jentikan pihak wartawan yang dahagakan cerita sensasi.
"Lis anggap itu hanyalah sekadar jentikan rakan wartawan saja. Lis percaya, setiap jentikan itu akan menjadikan saya dan suami untuk lebih kuat mengharungi kehidupan sebagai suami isteri. Lagipun sama ada Lis mahupun Fauzi, kami seboleh-bolehnya kami tidak mahu campurkan urusan rumah tangga dengan kerja. Fauzi sendiri tidak suka cerita seumpama ini datang ke telinganya.
"Tanyalah sesiapapun, kami juga tidak suka dengan cerita krisis rumah tangga kerana takut ia akan menjadi satu doa pula. Lagipun kami cuba bersikap positif agar perkara ini tidak digembar-gemburkan," jelas Lisda yang popular dengan drama bersiri Matahari.
Tambah Lisda, pertanyaan daripada seorang wartawan itu timbul selepas mereka berdua pulang bercuti dari Eropah. Malah dia cukup terkejut apabila pihak berkenaan cuba mendapatkan kesahihan kontroversi berkenaan daripada rakan artis yang rapat dengan mereka berdua.
"Kami hanya mampu ketawa. Soalan itu langsung tidak masuk akal kerana kami sekeluarga sememangnya bahagia. Saya percaya dengan kehadiran anak pertama kami ia banyak membantu mengeratkan lagi hubungan kami sebagai suami isteri," katanya.
Lisda berkata, sebagai seorang artis yang sudah agak lama di dalam industri, dia sememangnya sudah lali dengan isu kontroversi yang mengaitkan dirinya.
Katanya, bukan sekali, tapi sudah beberapa kali dia berhadapan dengan zaman kontroversi yang banyak mengajarnya berkenaan asam garam kehidupan dunia artis. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 4:37 pm | |
| Rumah Aril Macam Kenduri Kahwin!
Sampai tidak menang tangan dibuatnya Aril dan abangnya, Izwan Pilus, apabila menganjurkan majlis kenduri tahlil dan kesyukuran di kediaman baru keluarga mereka di Nyalas, Jasin, Melaka, semalam.
Seawal jam 12 tengahari hinggalah ke jam 5 petang, majlis yang diadakan sempena pindah rumah baru serta meraikan peminat Aril dan Izwan itu, tidak putus-putus dikunjungi tetamu jauh dan dekat.
Mereka datang sejauh Kuala Lumpur, Pahang, Perak, Johor, Negeri Sembilan selain Melaka sendiri sehingga jumlahnya mencecah lebih daripada 2,000 tetamu. Sekali pandang macam majlis kahwin atau sambut menantu!
Sungguhpun, kebanyakan yang datang itu, terdiri dari kalangan peminat Aril yang selama ini telah banyak mengikuti perjalanannya seninya apabila dia menyertai Akademi Fantasia Musim Ke-7 (AF7) sehinggalah bergelar naib juara.
Hal ini turut diakui abangnya, Izwan, 30, yang sebelum ini cukup dikenali dengan lagu Kembali Senyum dan Indah Lelapku. Malah, Izwan sangat berbangga melihat adiknya sudah punya ramai peminat dalam sekelip mata.
"Cuma saya masih terasa kekok untuk bekerja dengan adik saya di dalam dunia seni. Contohnya, baru-baru ini, kami menjalani sesi fotografi bersama-sama tapi saya masih tidak dapat biasakan diri dengan Aril di depan kamera. Dulu saya seorang tapi sekarang dengan adik sendiri pula," kata Izwan.
Aril terharu layan peminat
Sementara itu Aril, 24, pula berkata, dia sama sekali tidak menyangka bahawa majlis kenduri dan tahlil itu dihadiri ramai sekali peminatnya.
"Saya betul-betul terharu apabila dapat tahu ada peminat yang datang jauh-jauh semata-mata untuk bertemu dengan saya. Jadi saya rasa cukup seronok bila dapat bermesra dan melayan mereka semua.
"Ini adalah salah satu cara untuk menghargai mereka. Kebetulan mak dan ayah saya baru pindah rumah ke Melaka. Jadi saya dan abang saya, Izwan pun terlintas membuat majlis ini untuk peminat," kata Aril.
Menurut Aril lagi, majlis sesi bertemu peminat itu bukan saja dapat merapatkan lagi hubungannya dengan peminat tetapi memberi peluang pada mereka untuk mengetahui perkembangan terkininya.
"Macam-macam mereka (peminat) tanyakan kepada saya. Mereka nak tahu bila lagi show saya, bila album solo dirakam dan apa perancangan masa depan saya. Ada juga yang tanya bila saya nak kahwin!
"Pada kesempatan ini, saya hendak mengucapkan berbanyak terima kasih buat semua peminat yang selama ini mengundi serta menyokong saya dalam AF7 lalu.
"Buat masa ini, saya sedang dalam proses untuk merakamkan lagu Toksik versi studio. Patutnya lagu itu sudah dirakamkan beberapa hari yang lalu tetapi ia terpaksa ditunda kerana Abang Acis tidak sihat.
"Saya juga sibuk menjayakan aktiviti yang dianjurkan Hotlink dan menunggu giliran untuk menjayakan Konsert Jelajah 11 ERA, Gempak Selebriti Astro dan banyak lagi," katanya.
Tentang kekasihnya, Ju yang turut hadir di majlis itu, Aril berkata, dia sengaja membawa Ju datang untuk melihat sendiri bagaimana situasinya tatkala bersama peminat.
"Saya mahu Ju faham sejelas-jelasnya tentang kehidupan saya sebagai artis. Hidup saya sekarang menjadi milik masyarakat. Syukurlah Ju mula memahami," katanya yang bagaimanapun belum sedia mendedahkan siapa Ju. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 4:38 pm | |
| Suami Darling Tak Halang Berlakon Peristiwa pahit manis yang pernah dilalui Nasreen Ngasri atau Darling sebelum ini telah berjaya mematangkan dirinya. Kes pertikaian di mahkamah, tragedi kemalangan jalan raya serta putus cinta dengan kekasih lama tidak pernah melemahkan semangat diri untuk terus berjuang membina kehidupan yang lebih baik. Kekuatan dirinya kini semakin bertambah apabila telah mendapat pasangan hidup atau lebih tepat lagi seorang suami yang diikat dengan sah menerusi sebuah pernikahan yang meriah pada 31 Mei 2009 lalu. Lebih menggembirakan Darling, suaminya, Nur Azlin Rahmat, 34, sangat memahami jiwanya sebagai anak seni dan bersedia menempuh segala cabaran yang mendatang. Selepas diijabkabulkan tempoh hari, Darling dan Nur Azlin sekali lagi mengadakan majlis resepsi di sebelah keluarga Nur Azlin di Melaka, semalam, 7 Jun. Kata Darling, ramai tertanya-tanya kenapa dia tertarik dengan seseorang daripada bidang yang berbeza daripada lakonan dan penerbitan drama. Hakikat ini kerana Nur Azlin bertugas sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta. "Lelaki yang saya cari sebagai suami mestilah mempunyai kerjaya yang stabil dan lebih penting, beriman dan memiliki hati yang penyayang dan memahami diri saya. Alhamdulillah, selepas diperkenalkan oleh kawan-kawan dan beberapa bulan berkawan, jodoh kami sampai," kata Darling. Jelas Darling, dia gembira kerana setakat ini, Nur Azlin tidak menghalang minat dan tugasnya dalam bidang seni. Sambung Darling lagi, Insya-Allah, jika tiada aral, dia dan Nur Azlin akan terbang ke Kota Paris untuk berbulan madu pada Julai ini. "Paris menjadi pilihan utama kami sebab kami tidak pernah lagi pergi ke sana. Kami juga ada cadangan untuk melawat beberapa destinasi berdekatan Paris," katanya. Majlis perkahwinan Darling dan Nur Azlin yang berkonsepkan perkahwinan dalam taman telah dihadiri ramai rakan wartawan dan artis. Antara yang hadir adalah Memey, Zul Yahya, Anita Baharom, Emilda Rosmila dan Adlin Aman Ramlie, Maimon Talib dan Kisma manakala Fara Fauzana pula menjadi pengapitnya. Pada majlis akad nikah lalu, Darling menerima mas kahwin sebanyak RM80, wang hantaran RM22,222.22 serta barang kemas daripada 9 dulang berbalas 11. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 4:40 pm | |
| Duta OSIM: Ning Cipta Sejarah
Nama Ning Baizura Hamzah memang sudah dikenali dan kukuh. Atas sebab inilah selepas 17 tahun meredah arus perjalanan sebagai anak seni, Ning Baizura sekali lagi mendapat kepercayaan menjadi duta produk bermutu. Kali ini Ning menjadi pilihan produk kesihatan OSIM uSqueez Warm.
Apa yang menarik, Ning yang digelar Ratu Soul Malaysia juga beruntung apabila memecah tradisi OSIM yang lebih kerap mengambil artis bukan Melayu sebagai dutanya.
"Alhamdulillah atas kepercayaan OSIM dan Ning adalah artis Melayu pertama jadi duta mereka. Ning begitu teruja dan berterima kasih pada pihak OSIM kerana begitu mempercayai Ning. Selama ini, OSIM lebih dikenali di kalangan masyarakat Cina. Jadi, pemilihan Ning diharapkan dalam menembusi pasaran Melayu pula.
"Kebetulan pula, Ning memang 'hantu' refleksologi. Jadi, kena sangatlah Ning menerima tawaran ini. Selepas 2 minggu cuba, Ning dah tak perlu lagi ke pusat mengurut sebab OSIM uSqueeze Warm memang berkesan," jelasnya ketika sidang media di Alamanda, Putrajaya, semalam.
Penolong Pengurus Pemasaran OSIM, Doris Chua, berkata pemilihan Ning adalah kerana imejnya kukuh dan bersikap positif dalam membina kerjayanya.
"Aura Ning kena dengan OSIM. Kami melamar Ning kira-kira 4 bulan lalu. Kontrak ini adalah untuk setahun bermula Mei 2009 hinggalah Mei 2010. Yang penting, Ning betul-betul gembira. Selepas ini, kami akan pergi pula ke bandar-bandar utama seperti Seremban dan Ipoh untuk mempromosikan produk ini," katanya.
Pada petang itu, Ning sempat membuka tirai pelancaran dengan mempersembahkan sebuah lagu Kau Dan Aku. Ning turut meluangkan masa berdemonstrasi kepada tetamu tentang cara menggunakan produk tersebut sambil dibantu penyampai radio Sinar FM, Najman yang bertindak sebagai pengacara.
Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk ini, anda boleh mendapatkannya di pasaran pada harga RM1,988 atau membuat bayaran secara ansuran iaitu RM56 X 12 bulan.
Sementara itu, Ning juga sempat berkongsi cerita mengenai pembikinan albumnya yang sudah pun siap. Ning telah merakam 3 buah single iaitu Mimpi, Embunan Bersinar dan Tragedi Cinta yang lirik dan melodinya ditulis oleh Ning sendiri.
"Insya-Allah, album penuh Ning akan berada di pasaran selepas Syawal nanti," jelas Ning yang ditemani ibunya, Puan Satilah Abdullah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 4:41 pm | |
| Peluang Jadi Cover Dengan Lisa Selepas dipilih sebagai wajah produk penjagaan bibir, Lipice bermula hujung tahun lalu, jadual pelakon sedang meningkat naik, Lisa Surihani semakin padat. Bukan saja dipenuhi dengan agenda penggambaran drama mahupun filem, malah sebagai duta produk berkenaan, dia perlu mengosongkan tarikh tertentu bagi memenuhi tuntutan bersama-sama jenama kecantikan berkenaan. Memasuki bulan Jun nanti, kebanyakan masanya akan dipenuhi untuk diisi bersama-sama 10 peminat yang akan mengambil bahagian di dalam peraduan Bibir Menawan. Bukan sekadar peminat biasa kerana salah seorang daripada mereka itu akan dipilih oleh Lisa sendiri untuk sama-sama menghiasi muka depan majalah popular iaitu Remaja. Inilah peluang sekali seumur hidup untuk gadis jelita di luar sana, untuk sama-sama menjadi wajah kulit muka depan bagi salah satu edisi majalah berkenaan bersama-sama pelakon wanita kesukaan ramai itu. Terbuka kepada semua gadis remaja Malaysia berusia antara 13 - 25 tahun, peserta perlu membeli mana-mana produk keluaran Lipice, kemudian abadikan foto paling kreatif bersama-sama produk berkenaan. Peraduan itu sudahpun bermula sejak 1 April lalu dan akan berakhir 31 Mei ini. Selain berpeluang beraksi bersama Lisa, pemenang utama akan membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000, langgan majalah Remaja, dan produk penjagaan Lipice bernilai RM500. Turut dipilih Anugerah Gadis Popular yang berpeluang untuk muncul dalam majalah Remaja, wang tunai bernilai RM1,000, langgan majalah Remaja dan produk Lipice bernilai RM3,000. Sementara peserta akhir yang kurang bernasib baik, turut berpeluang muncul di dalam majalah Remaja, wang tunai bernilai RM500, langganan majalah Remaja dan produk Lipice bernilai RM300. Keterangan lanjut mengenai peraduan Bibir Menawan boleh didapati menerusi laman web Lipice atau majalah Remaja. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 4:52 pm | |
| Siti Kembali Ke IB Secara Solo Pentas Istana Budaya (IB) bukanlah baru buat Dato' Siti Nurhaliza Taruddin tetapi beraksi dalam konsert secara solo adalah sesuatu yang baru bagi Penyanyi Wanita Paling Popular itu. Buat pertama kalinya, Siti akan menterjemahkan perjalanan seninya dalam dunia hiburan selama 15 tahun bagi tatapan semua peminat pada 26-28 Jun 2009 ini dalam sebuah acara yang digelar Konsert Satu. Pada sidang media pengumuman Konsert Satu di IB semalam, Siti menggambarkan persembahannya kelak sebagai sesuatu yang sangat istimewa dan tidak pernah ditonjolkan sebelum ini. "Sejak awal remaja lagi Siti telah menceburi bidang nyanyian sehinggalah Siti telah dewasa dan seterusnya berada pada tahap sekarang. Banyak sudah pengalaman yang Siti lalui dan bermacam-macam perasaan pernah rasai. Semua itu akan Siti gabungkan menjadi Satu. "Inilah konsert yang idamkan sejak sekian lama. Ia adalah konsert pertama Siti yang dibuat secara eksklusif. Sebelum ini Siti hanya membuat persembahan dalam konsert tribute di IB mahupun pentas lain. Untuk makluman semua, konsert ini juga bertujuan mengumpul derma kepada badan kebajikan yang akan ditentukan kelak," kata Siti. Siti juga menjelaskan, idea Konsert Satu tercetus daripada saranan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah memberi inspirasi One Malaysia atau Satu Malaysia. Kata Siti dalam konsert itu dia akan mendendangkan sekirang-kurangnya 30 buah lagu termasuk sebahagian lagu dalam album terbarunya, Lantera Timur. Konsert itu akan mengenengahkan Pat Ibrahim sebagai Pengarah Konsert dan Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik. Ia anjuran Yayasan Nurjiwa. Bagi Pat yang sebelum ini terbabit dengan pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical dan P Ramlee The Musical bersama Datin Seri Tiara Jacquelina, konsert Siti kelak akan menjadi sesuatu yang menarik serta meninggalkan kenangan manis kepada mereka yang menontonnya. "Saya harap konsert ini akan menjadi konsert yang terbaik. Dengan konsep yang ditonjolkan kelak, belum ada lagi artis tempatan tampil dengan konsert yang seumpamanya. "Kita tahu pentas IB adalah antara terbaik di dunia. Rugi kalau saya tidak menggunakan sepenuhnya elemen-elemen yang kita ada. Saya akan banyak menggunakan kesan bunyi dan cahaya bagi memberikan kesan dramatik. "Konsert ini akan mempunyai jiwanya yang tersendiri. Walaupun ia tidak menggunakan okestra penuh, kami akan menggunakan 20 pemuzik serta 25 penari. Siti akan terlibat dalam bentuk lakonan, nyanian dan tarian," kata Pat. Turut hadir pada sidang media semalam ialah suami Siti, Dato' Seri Khalid Mohd Jiwa dan Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani . Tiket kini sudah mula dijual dengan harga RM80, RM120, RM180, RM250 dan RM300. Ia boleh didapati di kaunter tiket IB, Triways Travel & Tours (KLCC & Taman Tun Dr. Ismail), Malaysia Travel Bureau, MTB (MATIC), Sri Amera Holiday Sdn. Bhd di Level 1, Plaza Sentral Shah Alam , Pasar Awam Presint 16, Putrajaya serta Ticket Charge, Signature Office Suite, The Boulevard, Midvalley, KL. Ia juga boleh didapati dengan menghubungi pusat panggilan di talian 03-41498600 (Isnin - Jumaat, jam 9 pagi - 6 petang). |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 4:54 pm | |
| Komposer Indonesia Minat Riz, Alyah
Hari ini kalau sebut nama Alyah, semua orang dah kenal. Semuanya gara-gara lagu Tak Mungkin Kerna Sayang yang meletup-letup di corong radio tempatan. Malah dalam Carta ERA Bersama Nana & Dina, lagu itu telah terus menjadi juara sejak 8 minggu berturut-turut. Tahniah.
Murai Batu difahamkan, popularnya lagu itu membuatkan kerja Alyah mudah. Mana tidaknya kalau membuat show saja, dia tidak payah menyanyi. Hulur saja mikrofon kepada penonton, maka semua pun akan menyanyi sama. Itulah tuah Alyah yang bangkit kembali selepas beberapa kali berusaha termasuk pernah merakamkan album solo dan menyertai kumpulan The Fabulous Cats.
Belum reda single pertama, single kedua Alyah telah mula diputarkan di radio. Apa yang menarik, dalam single kedua itu, Alyah berduet dengan Riz AF6 pula melalui lagu Ku Pinjam Satu Bintang ciptaan Ajai dan Slen. Murai Batu pun suka lagu Ku Pinjam Satu Bintang itu sebab ia boleh menaikkan semangat Murai Batu setiap kali mendengarnya.
Dalam perkembangan terbaru, Murai Batu dimaklumkan oleh sumber yang rapat dengan Riz bahawa komposer dan produser terkenal Indonesia, Pak Hardy, tertarik dengan persembahan Riz dan Alyah dalam lagu Ku Pinjam Satu Bintang. Lalu dia pun mempelawa mereka untuk menyanyikan lagu karyanya di Indonesia. Wah, hebat tu.
Jangan tak tahu sebab Pak Hardy pernah bekerja dengan artis terkenal Indonesia seperti Mendiang Broery Marantika dan Kangen Band.
Murai Batu sebenarnya tidak terkejut dengan semua ini kerana ketika pembikinan klip video Ku Pinjam Satu Bintang dibuat di Jakarta, Indonesia, krew dari republik itu telah tertarik dengan lagu itu dan menyangka ia ciptaan Melly Goeslow. Malah pengarah klip video itu sendiri cakap lagu itu sangat mudah difahami oleh pendengar Indonesia dan tak perlu ditukar senikatanya.
Baguslah kalau gitu sebab asalkan lagu kita hendak masuk saja ke pasaran sana, semuanya kena bertukar. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 4:58 pm | |
| Tomok Jadi Hero Ala Transformers Kalau sebelum ini kita melihat robot boleh berubah menjadi kenderaan dalam Transformers, tidak lama lagi kita akan melihat manusia pula akan berubah menjadi kenderaan atau lebih tepat lagi, motosikal, apabila filem Mantera siap dibikin. Bukan produksi Hollywood, tetapi Mantera adalah filem tempatan yang dihasilkan oleh Flare Studios Sdn Bhd dengan kerjasama syarikat filem dari Russia iaitu Spacetoon Russia. Ia juga disokong oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan menelan belanja kira-kira RM5.5 juta. Nampaknya projek besar bernilai jutaan ringgit telah tempias lagi kepada Tomok selepas dia menjadi jutawan melalui pertandingan nyanyian One In A Million 3 (OIAM3), baru-baru ini. Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 24, akan digandingkan dengan aktres baru yang cantik, Lisa Surihani dan Hairie Othman. Apa yang pasti, tawaran berlakon dalam filem terbitan produksi dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Spacetoon Russia. "Syukurlah tawaran dan peluang ini berpihak kepada saya. Ini kali kedua Tomok berlakon, sebelum ini Tomok pernah berlakon dalam filem bercorak seram. Insya-Allah, kalau tak ada halangan, Tomok akan mula shooting pada 23 Julai nanti. "Selepas melihat skripnya, Tomok tidak berfikir panjang lagi dan terus bersetuju untuk berlakon. Ini peluang yang tak harus Tomok lepaskan. Jalan ceritanya begitu menarik dan Tomok merasakan ia sangat sesuai dengan golongan remaja dan Tomok berbangga diberikan peluang memegang watak utama," katanya. Yang jelas, filem itu akan menggunakan banyak Imej Janaan Berkomputer (CGI) bagi menampakkan transformasi yang realistik apabila dia bertukar menjadi sebuah motosikal. Filem itu turut menggabungkan pelakon pelakon dari Russia dan diarahkan 2 sutradara iaitu Mohd Aliar Ali Tutty dari Malaysia dan seoang pengarah dari Russia. Info Menarik Mantera
• Bakal juga ditayangkan di 900 pawagam di Russia. • Mantera merujuk kepada Manusia Jentera. • Ada sedikit persamaan dengan Transformers dan Ironman. • Watak pelakon utama wanita masih belum dikenal pasti. • Mengikut perancangan, penggambaran juga akan dilakukan di Russia. • Lisa Surihani bakal melakonkan watak Dina iaitu sahabat Azman (Tomok) yang melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam bidang Robotik. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 5:04 pm | |
| Haleeda Ingin Selesai Dengan Baik
Tumpuan media kini beralih kepada Haleeda apabila tercetusnya perang di lokasi drama Kecuali Cintamu untuk Anak Wayang. Menurut laporan akhbar, Haleeda telah diserang oleh isteri seorang pelakon (yang kemudiannya disahkan sebagai Shah Hassan), baru-baru ini dan serangan cemburu buta itu dipercayai ada kaitan dengan hubungan Haleeda dengan pelakon itu dan seorang Datuk.
Portal murai.com.my sempat menemui Haleeda di lokasi drama itu di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor, malam tadi untuk mendapatkan penjelasan lanjut serta perkembangan terkini tentang kemelut itu.
Murai: Sejauh mana konsentrasi Haleeda terhadap Kecuali Cintamu selepas berlakunya serangan tempoh hari?
Haleeda: Percaya atau tidak, ia sedikit pun tidak menganggu fokus saya terhadap drama bersiri sebanyak 50 episod ini. Lagipun kerja adalah kerja. Ia sama sekali tidak boleh dikaitkan dengan soal kehidupan peribadi. Malah, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk saya tidak dapat tumpukan perhatian dengan kerja-kerja lakonan saya.
Murai: Adakah kontroversi ini dapat membantu populariti drama Kecuali Cintamu yang ketika ini rancak ditayangkan di Astro Prima?
Haleeda: Sebenarnya, kontroversi ini bukanlah sesuatu yang saya minta. Ia sama sekali di luar kawalan saya. Bukan juga niat saya untuk mencari publisiti murahan dengan cara begini semata-mata untuk orang kenal siapa saya atau drama apa yang sedang saya lakonkan ketika ini. Lagipun sepanjang saya menjadi artis, saya tidak pernah gunakan cara yang seperti ini untuk meraih populariti. Dengan usia sekarang, saya tidak perlukan lagi populariti seperti ini. Secara kebetulan ia berlaku sewaktu penggambaran drama ini. Jadi, mungkin kesannya membuatkan saya jadi tumpuan masyarakat dan begitu juga dengan drama Kecuali Cintamu.
Murai: Sudah jadi lumrah, wanita sentiasa dipersalahkan apabila terjadinya hal-hal seperti ini. Bagaimana perasaan Haleeda bila dituduh sebagai perampas suami orang?
Haleeda: Dalam hal ini, saya cuba bersikap telus untuk menjalani kehidupan yang betul. Apabila seseorang artis bersikap tidak jujur dan selalu menafikan sesuatu perkara, maka mereka dituduh sebagai hipokrit. Tapi, bila saya cuba menyatakan kejujuran, saya pula dituduh macam-macam pula. Jadi, masyarakat sebenarnya mahu kita jadi apa? Jadi seorang yang jujur atau sebaliknya? Lagipun, apa yang saya jelaskan selama ini tidaklah begitu keterlaluan dan seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya hanya mahu memperbetulkan keadaan. Harapan saya ialah supaya perkara ini tidak terjadi lagi dan dapat menjadi peringatan buat semua yang terbabit. Apa juga tindakan yang kita buat, kita kena fikir betul-betul supaya ia tidak akan memberikan kesan kepada banyak pihak yang lain.
Murai: Bagaimana hubungan Haleeda dengan Shah Hassan selepas berlakunya kontroversi itu kerana anda perlu bersemuka dengan dia dalam penggambaran drama yang sama?Bagaimana pula dengam hubungan bersama Datuk tersebut?
Haleeda: Hubungan saya bersama Shah Hassan masih lagi baik. Malah, kami tidak ada masalah untuk berlakon bersama atau berjumpa ketika di lokasi. Begitu juga hubungan saya bersama Datuk tersebut.
Murai: Apa status laporan polis yang Haleeda buat pada malam kejadian tersebut berlaku?
Haleeda: Ia masih lagi dalam siatan tetapi kalau boleh saya mahu ianya diselesaikan secara baik dan tidak mahu memanjangkan lagi situasi serta keadaan. Saya
Murai: Apa fokus dan tumpuan Haleeda selepas ini?
Haleeda: Saya mahu terus berlakon dan memperbaiki lakonan saya. Saya masuk bidang ini pun bukanlah secara sengaja. Saya rasa seronok apabila kita dapat 'menjadi orang lain' dalam lakonan yakni bukan diri kita. Saya bukanlah pelakon yang belajar lakonan secara formal. Apa yang saya lakukan selama ini adalah menerusi pengamatan serta pengalaman. Jadi, saya kenalah berusahalah lebih sedikit untuk belajar. Saya juga mahu lakukan yang terbaik dalam lakonan saya dengan mengamati lakonan daripada beberapa pelakon yang saya kagumi. Misalnya Christine Hakim dan Meriam Bellina. Selain kerjaya seni, saya juga mahu beri tumpuan untuk anak saya. Selepas bercerai dengan bekas suami, Azman Adnan, anak tinggal bersama saya.
Murai: Adakah Azman selalu menjenguk anak yang merupakan hasil perkongsian hidup bersama anda dulu?
Haleeda: Ya, dia masih tidak lupa tanggungjawabnya terhadap anak. Ada waktunya dia datang untuk ambil anak untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai bapa. Apapun, melihat kehidupan Azman kini sudah bahagia, saya benar-benar rasa amat gembira untuk dia.
Murai: Bagaimana dengan Haleeda sendiri? Bila agaknya mahu berkahwin semula?
Haleeda: Jika dibandingkan dengan lelaki, wanita selalunya memang lambat mencari pengganti. Sebanyak banyak benda yang perlu mereka fikirkan. Kalau tanyakan pada saya, memang saya mahu bersuami serta mempunyai keluarga. Tapi adakalanya, tidak semua benda yang kita mahukan itu kita akan dapat dan kalau kita dapat pula, perjalanannya sangat berliku-liku. Apa yang saya lalui ini, dugaannya sangat besar. Mungkin, ia satu ujian untuk Tuhan menempatkan diri kita di tempat yang lebih terbaik lagi.
Murai: Andai kata jodoh Haleeda memang sudah tersurat bersama suami orang? Adakah Haleeda sudah sedia untuk memikul tanggungjawab untuk hidup berpoligami?
Haleeda: Poligami itu memang suatu perkara yang mudah itu disebut tetapi ia sebenarnya tidak mudah untuk dilaksanakan kerana tanggungjawabnya sangat berat. Poligami bukan setakat untuk membolehkan seorang lelaki mempunyai lebih dari satu isteri semata-mata tetapi bagaimana seorang lelaki itu memgemudi serta mendidik anak-anak dan isterinya ke jalan yang betul. Untuk melaksanakannya, ianya tidak terletak di bahu seorang lelaki saja tetapi memerlukan kerjasama daripada isteri-isterinya. Kadangkala, isteri kedua terlebih-lebih pula mahu mengongkong suami. Kadangkala pula, isteri pertama pula yang buat hal kerana mahu membuli isteri kedua. Sebenarnya, semua pihak kena memainkan peranan yang masing-masing dan faham apakah yang dimaksudkan dengan poligami itu.
Murai: Satu ketika dulu Haleeda memulakan kerjaya sebagai penyanyi dan pernah popular dengan lagu Setia Kasih. Tak teringinkah untuk kembali menyanyi?
Haleeda: Keinginan itu ada tapi saya lebih suka meneruskan apa yang datang dulu di hadapan saya sekarang ini. Tapi sesekali saya masih lagi menyanyi. Misalnya, saya pernah menyanyi untuk lagu tema bagi drama Mengejar Pelangi.
INFO: Haleeda
NAMA SEBENAR: Halida Mazlin Badaruddin ALBUM: Setia Kasih (1992) dan Terkilan (1993) DRAMA: Mengejar Pelangi, Naskhah Latifah, Di Batasan Hati, Ladang Pak Awang dan Kecuali Cintamu PERKAHWINAN: Bernikah dengan bekas pemain bola sepak pasukan Negeri Sembilan dan Selangor, Azman Adnan pada 1995. PERCERAIAN: Berpisah secara rasmi pada 9 Oktober 2003 ANAK: Amirah Amani Azman, 14 tahun. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 5:14 pm | |
| Norman, Abby Bintangi Filem Seram Mereka telah pun sah bercerai dan melalui saat-saat kontroversi namun peminat akan dapat melihat mereka berlakon bersama-sama dalam sebuah filem terbaru. Itulah Norman Hakim dan Abby Abadi. Apakah mereka telah berdamai dan boleh bertentang mata semula? Usahlah anda keliru. Ini kerana lakonan Norman dan Abby itu telah berlaku lebih 2 tahun lalu dalam sebuah filem seram bergelar Skrip 7707 yang hanya akan muncul pada 16 Julai 2009 nanti. Itulah satu-satunya filem yang menggandingkan mereka berdua sebagai suami isteri iaitu watak sebagai Norman dan Liza. Lama terperap, Skrip 7707 kini akan ditayangkan dan disebut-sebut sebagai filem seram terbaik yang pernah diarahkan Profesor A Razak Mohaideen. Sejauh mana hebatnya lakonan Norman dan Abby, anda sendiri kena menilainya. Jurucakap Primeworks Studios Sdn Bhd berkata, filem ini memaparkan 9 cerita seram pendek yang berbeza, Skrip 7707 turut mencipta sejarah kerana mempertemukan 40 orang pelakon yang terkenal di Malaysia, antaranya, Que Haidar, Fasha Sandha, Jehan Miskin, M Rajoli, Maimon Abd Mutalib, Norman Abdul Halim (KRU), Fouziah Gous, Almy Nadia dan Maimunah Ahmad. "Ia lama tertangguh tayangan kerana proses post-produksinya dibuat dengan teliti seperti kesan khas dan bunyi. Juga kerana kesibukan Prof A Razak berkarya dalam bidang perfileman. Lagipun kita juga menunggu masa yang sesuai untuk menayangkan filem ini mengikut selera penonton," katanya. Bagi peminat Fouziah Gous, inilah juga filem pertama lakonannya, lebih awal daripada filem Sifu & Tongga yang mendedahkan bakatnya dalam dunia perfileman. Skrip 7707 menonjolkan pelbagai kisah seram dan hantu seperti di asrama, hospital lama serta kewujudan beberapa 'spesies' hantu seperti hantu raya. Malah Skrip 7707 tidak ketinggalan menyelitkan babak kontroversi sehingga ia terpaksa dipotong kerana terrlalu ngeri. Babak itu adalah Ayu (lakonan Fasha Sandha) yang sedang sakit dan mahu menggugurkan anak, telah menggunakan cara yang ekstrem untuk membuang kandungannya itu. Untuk berkongsi rasa seram Skrip 7707, kita tunggu nanti filem yang menelan bajet RM1.5 juta ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 5:23 pm | |
| Ella Kembali Dengan Puisi Hamba
Dengan pengalaman menyanyi yang hebat, Ratu Rock Malaysia, Ella, tahu bila masanya dia patut muncul semula. Kali terakhir Ella mendapat perhatian peminat adalah menerusi lagu solonya, Rama-Rama. Populariti lagu itu memang jelas kerana ia sering menjadi pilihan untuk dinyanyikan oleh pelbagai lapisan kaum dalam pertandingan nyanyian di sana-sani.
Hari ini nama Ella akan menjadi sebutan semula. Buah tangan terbarunya adalah sebuah album kompilasi terbaru dengan 3 lagu ciptaan terbaru. Lagu itu ialah Puisi Hamba, Jiwa Setia dan Mencari. Ella Greatest Hits yang kini sudah pun berada di pasaran mengumpulkan lagu hits Ella seperti Layar Impian, Sembilu, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Tiada Tangis Lagi, Permata Pemotong Permata, Permata Biru dan Dua Insan Bercinta.
"Projek membuat album kompilasi bersama 3 lagu baru ini telah diilhamkan Pengurus Artis & Repertoire EMI Malaysia, Allahyarham Encik Mohd Arzmy, sewaktu EMI masih wujud lagi. Tapi, apabila EMI ditutup, saya berpindah ke oleh Warner Music pula.
"Bagi saya ketiga-tiga lagu baru ini telah ditulis oleh pencipta lagu yang baru dan hasilnya membuatkan saya cukup gembira kerana baik ia mempunyai melodi dan liriknya menepati jiwa saya. "Dalam lagu Puisi Hamba misalnya ia mengisahkan tentang pemergian seseorang yang akan meninggalkan seseorang yang disayanginya tapi pasa masa yang sama dia berharap satu hari nanti mereka akan berjumpa semula.
"Saya pasti lagu Puisi Hamba, Jiwa Setia dan Mencari akan memenuhi citarasa peminat saya yang membeli album ini. Sebab itulah saya bergabung dengan banyak nama-nama baru seperti Amir, Kerang dan Syed Naquib," katanya yang ditemui di majlis pelancaran Ella Greatest Hits di Bangkok Jazz, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menariknya kulit album Ella Greatest Hits juga mencerminkan keperibadian dan kehidupan Ella yang penuh warna-warni.
"Kulit album ini juga direka oleh orang baru iaitu Elen. Melihat rekaannya pada awal pertama kali, membuat saya terus jatuh cinta dan seperti melihat diri saya sendiri di dalamnya,"kata Ella.
Ella atau nama sebenarnya, Norzila Aminuddin, juga memberitahu bahawa dia kini dalam proses menyiapkan album studio terbarunya yang mana pembikinannya sudah pun dimulakan sebanyak 40 peratus.
"Namun kebanyakan lagu masih lagi raw dan saya masih lagi mencari beberapa lagu yang sesuai. Ia akan menjadi sebuah album yang berbeza dengan apa yang pernah saya ketengahkan sebelum ini. Secara dasarnya, konsepnya masih lagi berlandaskan genre muzik rock 'n' roll bersama pengaruh Janis Joplin. Malah saya turut menyertakan 1 atau 2 lagu ciptaan saya sendiri," katanya.
Tentang kolaborasi bersama artis-artis Indie baru yang sedang meningkat naik seperti Meet Uncle Hussein, Hujan, Estrella, Yuna dan sebagainya, Ella berkata, dia mengalu-alukan kehadiran mereka.
"Saya sendiri ada didatangi beberapa artis Indie baru tapi, masih terlalu awal untuk menceritakan tentang perkembangan seterusnya," kata Ella yang bakal mencecah usia 43 tahun pada 31 Julai ini nanti.
Menjawab soalan yang kerap kali disoal kepadanya, Ella tidak menafikan dia sedang enak dibuai cinta. Cuma dia enggan mendedahkan siapa jejaka yang kini bertakhta di hatinya.
"Ya, memang saya sekarang sudah ada seseorang yang cukup istimewa. Cukuplah dengan apa yang saya beritahu ini. Kalau nak tanya tentang perkahwinan, tunggu sajalah kad jemputan dari saya," katanya kepada dengan suara dan liuk tubuh yang tetap manja. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 5:26 pm | |
| Apek nafi berstatus duda Selain berdebar menunggu filem arahannya yang pertama, Shh… Dia Datang ditayangkan, Apek kini sedang sibuk di lokasi filem terbarunya, 4 Madu, arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen. Kali ini, Apek memegang watak sebagai adik beradik kembar, Azrul dan Azlan yang mana kedua-duanya beristeri empat. “Saya masih suami orang dan tidak pernah bercerai atau berkahwin lain. Kehidupan saya dengan anak-isteri berlangsung seperti biasa dan tidak pernah ada masalah seperti mana yang digembar-gemburkan,” tegas Saiful Apek apabila diajukan persoalan tentang status sebenarnya dirinya yang didakwa kononnya telah hidup menduda setelah berpisah dengan isterinya. Menurut pelakon komedi itu lagi, gosip mengenai rumah tangganya itu telah menjadi bahan percakap sejak setahun yang lalu. Walaupun sudah beberapa kali penjelasan yang dibuat, namun cerita tidak benar itu masih lagi disebarkan. “Mungkin sebab saya ni jarang menampilkan anak-isteri di media, orang mudah membuat spekulasi. Apatah lagi dengan kesibukan kerja saya yang berkejar- ke sana-sini dan kadangkala tidak sempat pulang ke rumah. “Hakikatnya, dua bulan lepas di mana ketika itu saya benarbenar ada sedikit kelapangan, saya telah membawa anak isteri bercuti di Bali. Kami menghabiskan masa beberapa hari di sana. Yang itu, orang tak nak pula bercerita.. Biarpun begitu, saya tak kisah kerana apapun cakap-cakap orang di luar sana, kehidupan kami tetap berjalan seperti biasa,” katanya yang kini sedang sibuk menguruskan laman webnya, www.saifulapek.com.my khas buat peminat yang mahu mengikuti perkembangan terkini tentang dirinya. Apek yang sentiasa tenang dan bersahaja dalam menjawab soalan yang diajukan ini mengharapkan agar peminatnya di luar sana tidak mudah percaya dengan cerita tidak benar yang disiarkan tentang rumahtangganya itu. “Kalau betul saya bercerai, pejabat agama dah tahu dululah. Benda macam ni mana boleh di sorok-sorok. Bab-bab kahwin cerai ni jangan dibuat main,” katanya dalam nada yang tegas. Selain berdebar menunggu filem arahannya yang pertama, Shh… Dia Datang ditayangkan, Apek kini sedang sibuk di lokasi filem terbarunya, 4 Madu, arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen. Kali ini, Apek memegang watak sebagai adik beradik kembar, Azrul dan Azlan yang mana kedua-duanya beristeri empat. Di acah dengan persoalan apakah dia juga berhasrat untuk berpoligami dalam kehidupan realitinya, pelakon dan pelawak yang terkenal dengan sikap merendah dirinya ini hanya ketawa besar. “Setakat ini, saya tak pernah terfikir nak berpoligami. Tak sanggup… tak sanggup… Cukuplah saya berpoligami dalam filem saja. Satu isteri pun dah pening nak uruskan, apatah lagi kalau ada dua-tiga,” ujarnya berseloroh. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 5:28 pm | |
| 16 tahun dalam bidang seni,Amy Mastura tetap 'Happy' Orangnya lincah, senang didekati dan tidak pernah lekang dengan senyum di bibir. Kalau tidak diingatkan, mungkin ramai yang terlupa penyanyi genit ini merupakan isteri dan ibu kepada dua orang anak.
Amy Mastura Suhaimi atau Amy, 38, hanya ketawa kecil mendengar kenyataan itu. Hakikatnya, ia bukan pertama kali jurucakap Slimworld yang sudah memasuki tahun keempat pelantikannya ini mendengar usikan yang begitu.
"Selalu orang tanya saya tentang petua mengekalkan awet muda. Hakikatnya, saya tidak mengamalkan apa-apa petua langsung. Apa yang saya tahu, saya suka ketawa dan ceria sentiasa walaupun ada masalah.
Ceria itu kan pengubat duka. Mungkin itulah petuanya. "Dari segi penjagaan kesihatan, saya menjalani rutin yang sama macam orang lain juga. Jaga makan dan sesekali bersenam, tetapi tidaklah dilakukan dengan begitu serius sehingga saya terlalu fi kirkan tentang hal itu," ujarnya sambil tersenyum..
Album baru selepas 3 tahun
Jika ramai rakan seangkatannya dulu sudah tidak aktif lagi dalam bidang seni ini, ia tidak berlaku kepada Amy Mastura. Selain masih sibuk dengan bidang lakonan dan pengacaraan, dia yang bakatnya dicungkil melalui pertandingan nyanyian Asia Bagus (1993) ini, tampil dengan album terbarunya yang juga merupakan album ketujuhnya, berjudul Happy.
"Tak sangka masa berlalu begitu cepat. Diam tak diam, dah 16 tahun saya jadi artis. Dalam tempoh itu, saya sebenarnya tak pernah berimpian besar. Saya hanya melalui sahaja perjalanan yang telah ditentukan kepada saya dalam bidang ini. "Alhamdulillah, saya anggap album terbaru ini sebagai rezeki buat saya setelah muncul dengan album Cinta, tiga tahun lalu..
Kalau diikutkan, macam tak percaya sahaja saya masih berpeluang buat album baru. Apapun, saya anggap ini sebagai hadiah buat peminat yang masih setia dengan saya," ujar ibu kepada Adriana, 8, dan Adalia, 4, tahun ini lagi. Menariknya, album yang berkonsepkan ceria ini memuatkan lima buah lagu ciptaan Amy sendiri. Malah, dua buah lagu ciptaannya, Langkah Di Hatimu dan Lagu Happy turut diangkat menjadi lagu tema drama popular, Kasut Tumit Tinggi dan Si Comel.
"Selain lagu-lagunya yang semuanya 'happy', pembeli album ini akan bertambah 'happy' lagi apabila berpeluang menyertai peraduan dalam album ini. Hanya mereka yang memiliki album original sahaja yang berpeluang untuk memenangi wang tunai yang disediakan," tambah Amy lagi yang turut muncul sebagai pengacara program Apa-Apa Aje, yang disiarkan di TV3 bersama Shamsul Ghau Ghau. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 5:31 pm | |
| Majlis 3 dalam 1 Nana dan Brian Busana serba putih rekaan Cosry dan sentuhan jurusolek popular, Ezral, membuatkan Nana kelihatan berseriseri pada majlis pertunangan yang bermula seawal jam 9.30 pagi. Selesai acara pertunangan, majlis diteruskan dengan upacara pernikahan Nana dan pasangannya, Pengurus Program Hitz FM, Mohamed Raqeem Brian Abdullah, 35 pada jam 11 pagi di kediaman keluarga Nana di Muar, Johor. Selepas dua kali lafaz, akhirnya Nana kini sah menjadi milik Brian dengan mas kahwin RM 22.50. Nana menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan berserta wang hantaran sebanyak RM21,000.00.
Angka 21 memberi pengertian cukup mendalam kepada Nana dan Brian kerana angka 21 adalah symbol ‘keramat’ bagi mereka. Secara kebetulan kereta Nana bernombor pendaftaran 21, begitu juga rumah Brian yang dalam proses untuk diduduki juga bernombor yang sama. Menurut Nana, semuanya secara tidak sengaja. Belum pun habis penat pada sebelah paginya dengan majlis pertunangan dan akad nikah yang berlangsung, Nana dan Brian bersiapsiap untuk majlis persandingan pada sebelah petangnya pula. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 5:32 pm | |
| Nabil mula cari cincin kahwin
Lumrah alam, ada yang kurang menyenangi melihat kelibat keduanya seperti belangkas, ke mana-mana sahaja bersama. Tidak kurang pula yang mendoakan keduanya agar disatukan ke jinjang pelamin. “Dia memberi semangat kepada saya di dalam kerja dan sering membuatkan saya gembira. Mengulas isu itu, saya berpendapat sekiranya melihat kami berdua saling bersama ke mana sahaja dengan melihatkan kami sering keluar di majalah adalah dua benda yang berbeza. “Bergambar dan disiarkan media, bukan bidang kuasa saya. Masing-masing ada kerja, jadi tidak benarlah jika mengatakan kami dilihat bersama. Pada saya, pasangan bercinta yang lain pun sama seperti kami. Keluar bersama, itu sesuatu yang normal,” jelasnya. Bagaimana pula apabila menghubungi Irma, pasti Nabil berada di sisi? “Jika ada majlis yang berkaitan, mungkin itu benar tetapi jika diikutkan ada juga ‘job’ Irma, pengurus saya yang uruskan,” terangnya. Khabarnya ibu Nabil juga sudah menyuarakan untuk melihat kalian mendirikan rumah tangga?“Memang betul, mak dah tak sabar tapi pada saya pula belum masanya lagi. Mungkin dalam setahun atau dua tahun lagi,” katanya. Ibu Irma pula bagaimana?“Saya dah jumpa mak Irma dan dia harap agar kami mempercepatkan majlis perkahwinan tetapi saya masih belum bersedia dan saya sudah pun menerangkan situasi yang sebenarnya,” jelas Nabil. Nabil bersikap terlalu terbuka, tidak risau |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 5:34 pm | |
| Ibu kawal Lisa Surihani? Namun Lisa menepis dakwaan tersebut. Katanya; “Saya tidak layak untuk menilai apa kelebihan diri kerana saya masih dalam proses pembelajaran untuk memperbaiki diri. Saya masih anggap diri ini pelajar dan terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari. Tahap yang dikecapi sekarang masih belum cukup untuk membuatkan saya berada di kedudukan selesa,” jelas Lisa yang ditemui di lokasi penggambaran filem ‘Lagenda Budak Setan’ di Langkawi hujung minggu lalu. Turut menemani Lisa ketika temu bual tersebut diadakan adalah ibunya sendiri, Puan Siti Amira Ahmad, 56, yang setia menunggu. Timbul pertanyaan, adakah sejak timbul gosip cinta anaknya dengan aktor kacak, Farid Kamil membuatkan ibunya sentiasa berada di sisi untuk mengawal pergerakan Lisa? Ditanya hal itu pada Puan Siti Amira yang membahasakan dirinya ‘auntie’, katanya, dia sama sekali mena_ kan kehadirannya di lokasi penggambaran adalah untuk mengawal kehidupan anaknya. “Setelah ayahnya meninggal tahun lalu kerana penyakit kanser, auntie menjadi tempatnya mengadu. Kalau ‘outstation’, auntie memandu untuk membiarkan dia tidur dan berehat sebab auntie tahu dia penat. “Sungguhpun dia penat tapi auntie lihat dia gembira dengan apa yang dibuat sekarang. Apa yang penting, auntie mahu lihat dia bahagia dengan kerjaya yang diceburi. Dia tak perlu peneman pun sebab auntie yakin dia tahu jaga batasan dalam pergaulan,” ujar ibu Lisa yang peramah ini. Menyentuh tentang gosip cinta Lisa Surihani dengan Farid Kamil, katanya, “Auntie tahu mereka hanya berkawan baik malah dia berkawan dengan sesiapa sahaja yang ditemui.” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 16 Jun 2009, 5:46 pm | |
| Juma dodoi sendiri anak-anak sebelum tidur
Setelah beliau melahirkan anak yang pertama dahulu, bidang pengacaraan yang menjadi karier sebelum itu terpaksa dilupakan sementara. Ini adalah kerana beliau ingin menumpukan perhatian kepada keluarga. Namun kecintaannya pada bidang pengacaraan sukar untuk dikikis dan beliau kembali beraksi di kaca TV sebagai pengacara untuk rancangan berbentuk majalah di TV9. Apatah lagi, ketika itu beliau juga mendapat izin daripada suami tercinta, Datuk Mohamed Nazim Tun Abdul Razak untuk kembali mengacara. Biarpun sudah lama tidak muncul, namun auranya sebagai pengacara tetapi terserlah.
Walau bagaimanapun, kemunculannya tidak lama apabila mengambil keputusan untuk ‘berehat sementara’. Malah beliau juga baru sahaja melahirkan anak keduanya hujung tahun lalu. Datin Norjuma Habib Mohamed kali ini tidak betah lagi untuk berenggang lama-lama dengan kedua-dua putera tersayang. Biarpun masih ada rindu untuk beraksi di kaca TV namun, perasaan keibuan melebihi segala-galanya. Mantan pengacara Nona, Busana dan Keluarga Di 9 ini kini seronok melayan kerenah Aqil dan Arif yang semakin membesar di depan matanya. Seri Dewi & KELUARGA mengatur pertemuan di kediamannya untuk mengetahui perkembangan terkini personaliti TV yang mempunyai peminatnya tersendiri.
SDK: Tahniah kerana kelahiran anak kedua. Pastinya kehadiran ini memberi lebih kebahagiaan buat Juma dan suami? Bagaimana pengalaman melahirkan kali ini?
NORJUMA: Juma melahirkan anak kedua Muhammad Arif Razak (enam bulan) penghujung tahun lalu. Seperti juga kelahiran pertama, kali ini Juma menjalani proses pembedahan. Juma selamat melahirkan Arif, seberat 3.5 kg pada 12 November 2008.
SDK: Biarpun menjalani proses pembedahan, adakah Juma menjalani proses berpantang seperti kebanyakan wanita bersalin yang lain?
NORJUMA: Sudah tentu Juma menjalani proses berpantang seperti orang lain juga. Malah Juma selesa berpantang secara tradisional kerana percaya kesannya pada jangka masa panjang. Pantang anak kedua ini juga tidak jauh berbeza dengan pengalaman pertama dulu, malah Juma banyak belajar pengalaman tersebut. Selain bertungku dan berurut, Juma turut mengamalkan minum air gamat dan makan ikan haruan untuk menyembuhkan luka dalaman akibat pembedahan. Walau bagaimanapun, Juma mengalami pengalaman pahit ketika berpantang kali ini. Juma mengalami demam yang membawa kepada 'bentan'. Sukar untuk Juma cerita dan ingati pengalaman demam ini kerana Juma rasa kurang selesa sangat. Malah selera makan juga terganggu dan pelbagai lagi masalah yang dialami.
SDK: Setelah punya dua anak, pastinya Juma semakin sibuk menguruskan mereka. Boleh cerita pengalaman berkenaan?
NORJUMA: Memang Juma rasakan kehidupan Juma dan suami sudah lengkap dan bahagia sekali. Kehadiran dua hero ini menyerikan lagi rumah tangga yang dibina hampir empat tahun ini. Ketika anak seorang dulu, tanggungjawab itu tidak begitu terasa sangat tetapi apabila ada dua, barulah boleh lihat cabarannya. Tidak dinafikan, memang bukan mudah untuk menguruskan kedua-duanya secara serentak tetapi itulah yang perlu dihadapi. Malah Juma rasa keadaan kini menjadi sedikit kelam-kabut. Dalam kesibukan menguruskan Arif, Juma juga perlu menghantar Aqil ke sekolah di Taman Tun Dr Ismail. Aqil bersekolah setiap Selasa, Rabu dan Khamis bermula jam 1.30 petang hingga 3.30 petang dan sepanjang tempoh itu Juma akan sentiasa menemani Aqil. Itulah rutin yang Juma lakukan kini dan Juma seronok melakukan semua itu kerana ia pengalaman baru buat diri Juma. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 9:27 am | |
| Gambar Tunang Rini AF7 |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 9:29 am | |
| Maia Estianty dan Handphone Maia Estianty merupakan bekas isteri kepada Ahmad Dhani yang merupakan vokalis kumpulan Dewa. Hasil pernikahan mereka berdua, lahirnya Al, El dan Doel. Gambar ini menunjukkan Maia sedang duduk di’atas bangku dan memakai skirt pendek. Kebetulan pula ketika jurufoto mengambil gambar ke’atasnya, penulis menyedari gambar tersebut hampir menampakkan seluar dalamnya, gambar lebih besar selepas ini. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 9:31 am | |
| (Gambar) Suami Melissa Saila Suami Melissa Saila, Megat Fauzi Shukarnain bagi mereka yang masih tidak mengenalinya. Gambar ini berada di’dalam arkib pengirim email yang menghantarnya kepada kami. Kami tidak pasti gambar ini masih baru ataupun sudah berkurun. Melissa Saila punyai keluarga yang bahagia dianugerahkan dua orang cahayamata. Selain berlakon dan aktif di’dalam bidang nyanyian, dia juga aktif mengarahkan beberapa buah drama |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 9:33 am | |
| Gambar Hot Ikram Dinzly dan Zeyna Ibrahim Semestinya gambar ini datangnya dari majalah Mangga. Gambar ini hot kerana Ikram bertongkat dagu di paha Zeyna. Wow! Dan Zeyna pula hanya memakai gaun pendek. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 9:35 am | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 9:37 am | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 9:47 am | |
| Fifi Selamat Lahirkan Anak Sulung Menurut sumber Portal GUA, pengacara dan personaliti TV, Fifi telah selamat melahirkan anak sulungnya di hospital swasta, Prince Court. Anak lelaki Fifi diberi nama Fahd Al-Warith. Tahniah atas Fifi dan suami. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 10:13 am | |
| Zizan lebih Lawak dari Nabil Mengenai poll minggu lepas di blog ini, keputusan tidak rasmi memperlihatkan ramai yang mengundi Zizan dengan undian hampir 59% (312) mengalahkan Nabil 41% (213) sebagai siapa lebih lawak. Mungkin ramai yang mengakui yang Zizan lebih lawak dari Nabil. Tapi Nabil pula yang menerima banyak anugerah berbanding Zizan. Apa kes? Berbanding Nabil, Zizan juga lebih banyak menampilkan diri di kaca TV, seperti Lawaking, Jozan Show, Bolos dan lain-lain. Nabil, yang cuma penulis melihatnya hanya di Melodi, itu pun kejap jerk. Dari sudut filem, kedua-duanya pernah membintangi filem tempatan, Nabil pernah membintangi filem Sifu & Tongga manakala Zizan pernah membintangi filem KAPOWW. Jadi disini, kesimpulannya, Zizan memang diakui seorang yang pelawak yang serba boleh dari Nabil berdasarkan poll diatas yang mungkin pada anda juga boleh menilai bakat 2 pelawak ini. Mungkin orang tidak suka Nabil disebabkan gossip Nabil dengan Irma, yer lah, baru digelar superstar, dah berani cintan cintun. Manakala Zizan, tetap mantain dengan tugasnya sebagai pelawak dan penulis doakan agar Zizan menang anugerah selepas ini, kirim salam sekali dengan Johan |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 10:15 am | |
| Rambut Baru BCL - Teknik Rebonding Bukan main cepat perubahan pada rambut BCL kali ini. Dahulu pendek saja, malah sekarang kelihatan panjang dan lurus seperti BCL baru sahaja pergi ke salon dan membuat style rebonding. Penulis tidak nampak kalau ianya rambut palsu, tapi seperti rambut sebenarnya sendiri. Emangnya mahu jadi artis yang bersopan santun agaknya |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 17 Jun 2009, 10:22 am | |
| (GAMBAR)Arabyrd @ Arafah, Adik Saudara Camelia > Kalau cakap gaya hidup si adik sedara Camelia nie kebaratan, mau ada mereka-mereka yang kritik cakap kitorang nie tak muda remaja. Memang ginilah kot life style remaja-remaja sekarang. Nasib baik kami remaja zaman dulu. Hehe. Tapi bila tengok gambar-gambar Arabyrd atau Arafah nie, mungkin dia sebenarnya memang tengah naik syeh buat show. Memang style dia gini kot. Lagipun ahli musik underground. Bawah tanah kan panas. Kena la pakai baju dan seluar pendek-pendek. Tak gitu? Lagi gambar adik sedara Camelia, Arabyrd @ Arafah |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 7 of 12 | Go to page : 1, 2, 3 ... 6, 7, 8 ... 10, 11, 12 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |