Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : 1, 2, 3 ... 9, 10, 11  Next
AuthorMessage
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 7:05 pm

anybody home??

k.win wat umah baru utk hg mekna....
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 8:41 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Front310

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Front110
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeWed 24 Jun 2009, 9:01 am

(Gambar) Cat Farish bersama anaknya

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Anak-c10


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Anak-c11
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeWed 24 Jun 2009, 9:08 am

Ika AF6 di Tasek Dayang Bunting, Langkawi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 12110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 21110


Ika AF6 atau lebih dikenali sebagai Ika Nabela merupakan peserta Akademi Fantasia musim ke-6. Sebelum ini gossip hangat mengatakan dia dicium gadis pengkid. Sedikit gambar dia bercuti di Dayang Bunting, Langkawi.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeWed 24 Jun 2009, 9:10 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 31110

SEKSI KE....
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeWed 24 Jun 2009, 9:16 am

Gambar Sekitar Pembikinan Video Klip Liyana Jasmay Ku Tak Percaya Cinta

Pelakon dan juga penyanyi Liyana Jasmay semakin sibuk. Tawaran berlakon dan juga buat show sana sini semakin lebat. Kisah gosip cinta gadis popular ini dengan Aizat juga semakin akrab dan hebat diperkatakan. Tapi Aizat dah melangkah setapak lagi. Khabarnya, Aizat akan menakluki muzik Indonesia dengan pertolongan gitaris Padi. Syabas! Liyana Jasmay bila lagi? Bakal menyusul…. tunggu sahaja masanya. Kalau dah rezeki, tak kemana.

Single Ku Tak Percaya Cinta kerap juga diputarkan di stesen radio. Untuk memantapkan lagi, Liyana Jasmay telah pun menyiapkan video klip lagu Ku Tak Percaya Cinta.

Dengarnya, pengarah video klip ini bukan calang-calang orang. Konsepnya, sudah tentu kena dengan jiwa remaja Liyana Jasmay yang lincah dan happy go lucky. Sesuailah dengan irama lagu ini.

Ini gambar sekitar pengambaran video klip Liyana Jasmay

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 36536410

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 36536411

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 36544410
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeWed 24 Jun 2009, 9:20 am

Gambar Noryn Aziz di Pelancaran Game Show Celebrity Karaoke

Ini gambar Noryn Aziz masa menghadiri Pelancaran Game Show Celebrity Karaoke. Sentiasa ceria dan elegan dengan fesyen yang terkini


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 32825010

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 32825011

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 32833310
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeWed 24 Jun 2009, 9:21 am

Album Terbaru Disagree To Prevent the Earth from Moving With You Akan Dilancarkan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 36539210

Setelah dua tahun bertungkus lumus menyiapkan album terbaru, akhirnya ‘Disagree’ bakal melancarkan albumnya iaitu “To Prevent the Earth from Moving with You,” pada 30hb Jun 2009 ini. Fuyoo… panjangnya tajuk album. Kira penuh la cover album dengan tulisan tajuk ni je.



Di bawah label FatBoy dan Jason Lo, selaku penerbit, kumpulan yang dianggotai oleh Zahid (gitaris/vokalis), David (gitaris), Aziz (bass) dan Hamka (dram), telah menemui satu aliran muzik yang lebih matang dan bermelodi. Dengan menjadikan Alternatif Rock sebagai halatuju mereka, Disagree, mencipta kelainan apabila menghasilkan lirik lebih mudah dan mampu menawan pendengar apabila diputarkan di stesen radio.

Single pertama Disagree iaitu ‘Osaka’ selain dari karya terbaru, ‘Haley’ dan ‘The Tiniest Moment,’ akan memastikan hala tuju baru mereka dalam dunia muzik terkini.

Album ini bakal diedarkan secara eksklusif oleh Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd, dengan mendapat tajaan dari Extreme/Zero Hour untuk pakaian juga Macbeth bagi kasut. Dengan tajaan ini, Disagree yang pernah menyertai Ikon Malaysia ini bakal mengorak langkah bagi memenuhi kehendak peminat mereka di luar.

Majlis pelancaran tersebut akan dimulakan dengan majlis sidang media dan diikuti oleh sesi bergambar. Selain itu, Disagree bakal memberi satu persembahan hebat diikuti sesi autograf
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeWed 24 Jun 2009, 9:22 am

lor..kak awin,
wt susah2 jer wt umah baru kt mekna..
sally terhutang budi la sbb menumpang kt umah kak awin ni.. hoorey!!
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeWed 24 Jun 2009, 9:24 am

Konsert Mini Cerita Cinta Rossa di KL Live, Life Centre

HOTLINK MEMPERSEMBAHKAN DIVA INDONESIA ROSSA DI KUALA LUMPUR

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 36524910

Pasha, vocalis utama Ungu, turut bersama Rossa di konsert anjuran Hotlink

Bulan Jun merupakan bulan keterujaan bagi para pelanggan Hotlink dan Maxis, yang merupakan peminat penyanyi sensasi Indonesia, Rossa. Mereka akan berpeluang melihatnya dari dekat apabila diva Indonesia ini mengadakan persembahannya di Konsert Mini Cerita Cinta Rossa pada 27 Jun, dari jam 8.00 malam di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 36516910
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 36524911
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeWed 24 Jun 2009, 9:27 am

Gambar Anne Hot FM di Sidang Media Konsert Mini Cerita Cinta Rossa

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 36496910 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 36504910
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeWed 24 Jun 2009, 9:28 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 36505010
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeWed 24 Jun 2009, 9:36 am

sally_eiyna wrote:
lor..kak awin,
wt susah2 jer wt umah baru kt mekna..
sally terhutang budi la sbb menumpang kt umah kak awin ni.. hoorey!!

apa pulak...
x de istilah tumpang-menumpang la..
yg penting PRC ni ceria..
ok girl!!! bagus...bagus..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeWed 24 Jun 2009, 11:08 am

Deja Moss-Anuar Zain kini rakan kongsi kafe kek lapis!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Dejamo10
Deja Moss dan Anuar Zain


KALAU dulu mereka hanya rakan duet dalam lagu tapi kini gandingan penyanyi Deja Moss dan Anuar Zain adalah sebagai rakan kongsi.

Dalam diam-diam, keakraban dua sahabat ini sejak dulu lagi termeterai dalam perniagaan mengelolakan sebuah kedai kek yang bertempat di Ampang.

Di kalangan rakan-rakan artis, Deja terkenal dengan kepakarannya membuat kek lapis beraneka jenis hinggakan tidak menang tangan menerima tempahan di kala hari lebaran.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Dejamo11
Deja mendapat sokongan padu daripada suami tercinta, Fendy


Sokongan padu dari suami tercinta, Fendy dan sahabat baiknya Anuar Zain akhirnya mencetuskan idea membuka sebuah kafe.

Menurut Deja, Anuar Zain amat menggemari kuih lapis Sarawak buatannya sejak lima tahun lalu. Malah, Anuar yang telah melontarkan idea kepadanya untuk membuka kedai kek lapis pada Mac lalu.

"Idea untuk menjalankan kafe ini datang secara spontan saja. Tiba-tiba saja Anuar mengajak saya untuk joint venture, berniaga secara serius," kata Deja yang agak 'low-profile' sejak kebelakangan ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Kek0110


Kemungkinan inspirasi membuka perniagaan datang dari rakan artis lain seperti Sharifah Zarina, yang juga menjalankan perniagaan makanan membuat Deja rasa terpanggil untuk beranikan diri dalam dunia perniagaan.

"Saya banyak dapat nasihat dari kawan-kawan artis. Mereka semua mengalakkan saya buka kafe ini. Begitu juga dengan kaum keluarga....semuanya menyokong," jelas Deja yang kedengaran begitu teruja dengan kafe barunya itu.

Apakah yang mendorong Deja menceburi bidang perniagaan? Deja memberitahu, pada awalnya dia hanya berhasrat memastikan warisan keluarga dalam membuat kek lapis tidak luput ditelan zaman.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Kek0210


"Mula-mula dulu, saya cuma mengambil tempahan menjual kek lapis di kalangan kawan rapat saja. Ramai pula yang ingin menempah selepas musim Raya. Anuar dan suami saya banyak beri galakan," kata penyanyi kecil molek ini.

1 Julai ini, kafe yang diberi nama 'Kafe Haleeda Kek Lapis Segar' akan dibuka secara rasminya sementara Anuar Zain pula menjadi rakan kongsi perniagaan secara rasminya. Kafe itu akan dikendalikan MOSS AZ Sdn. Bhd.

Kek lapis Sarawak hasil tangan Deja memang banyak keistimewaannya. Sekali imbas, kek yang mempunyai lapisan nipis berwarna-berwarni itu tidak mudah dibuat. Bukan sahaja prosesnya teliti dan renyah, ianya menuntut banyak kesabaran dan memakan masa membuatnya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Kek0310


Tapi di situlah kehebatan dan kepakaran penyanyi dari bumi kenyalang ini.

"Memanglah renyah buat kek lapis ni, tambah pula kalau dibuat dengan kuantiti yang banyak. Saya kena pastikan kualitinya sama setiap masa. Di situlah cabarannya...." kata penyanyi terkenal yang bernama Sharifah Hadijah Wan Mossanda ini.

Bagi pemilik suara lantang dan terkenal dengan hits nya Kau Yang Teristimewa, Tiada Kali Kedua dan Mestikah Aku Menerima Mu, bidang perniagaan hanyalah satu cabang dari sumber rezekinya. Walau bagaimana sibuk sekalipun, menyanyi tetap 'cinta pertama saya', kata Deja.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Kek0610


"Kalau nak tahu, apa spesialnya kek lapis Deja, kenalah datang ke 'Kafe Haleeda Kek Lapis Segar' di Ukay Perdana, Ampang," jelas Deja lagi.

Bermacam aneka kek lapis boleh didapati di kafe ini. Tidak kurang dari hamparan 100 kek-kek lapis dari beraneka warna dan corak akan menjadi tarikan utama di kedainya yang terletak di No. 1, Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, 68000 Ampang.

Menurut Deja, mengadunkan warna dan mereka bentuk kek lapis Sarawak bukan saja memerlukan penelitian tetapi juga penghayatan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Kek0510


"Saya cuba pastikan kek-kek lapis yang dijual tersebut baru keluar dari oven untuk menjamin kesegarannya. Malah ia boleh tahan sampai enam bulan kerana saya mengguna mentega import jenama Golden Churn dari Austria.

"Saya tidak menggunakan mentega berasaskan minyak sawit kerana saya tidak ingin kompromi rasanya. Banyak bezanya bila kita guna mentega yang baik kualitinya," ujar penyanyi lagu popular Asmara ini.

Bukan saja rupa kek lapis Deja menarik, harganya juga berpatutan. Harga kek adalah daripada RM20 hingga RM150 untuk kek lapis jenis rol sehinggalah kek berskala besar (8 inci x 8 inci).

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Kek0710


Kafe Haleeda Kek Lapis Segar turut menyajikan makanan istimewa dari Sarawak seperti mee kolok, laksa Sarawak dan nasi lemak ikan masin untuk memenuhi pelbagai citarasa pelanggan.

"Kini saya juga menerima tempahan kek-kek berlapis untuk majlis pertunangan, perkahwinan dan keraian lain," kata Deja yang dibantu 10 pekerja yang kesemuanya didatangkan khas dari Sarawak.

Suami Deja, Fendy menerusi Moss Media Advertising kini giat melakukan kerja-kerja promosi kafe tersebut.

Kafe Haleeda Kek Lapis Segar menerima tempahan berbentuk hamper, kek berlogo korporat dan lain-lain. Sebarang tempahan boleh dibuat di talian 03-4105217 atau 019-693 6943.

Kafe Haleeda Kek Lapis Segar dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari kecuali hari Isnin.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeWed 24 Jun 2009, 11:12 am

Pengurus: Ida tak mungkin mabuk, dia baru balik dari umrah!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Ida03_10
Ida Nerina ialah bekas guru Akademi Fantasia 7


BERTUBI-TUBI telahan yang dibuat apabila insiden aktres Ida Nerina tergelincir tangga sehingga mengalami kecederaan teruk di bahagian tulang belakangnya hingga menjadi berita gempar dalam industri hiburan tempatan semalam.

Kini, pelakon utama filem 'Susuk' ini sedang berehat untuk mendapatkan rawatan bagi memulihkan tulang belakangnya selepas insiden itu berlaku kira-kira pukul 3 pagi, Ahad lalu.

Difahamkan, Ida terpaksa berehat panjang untuk membolehkan tulang belakangnya pulih seperti sediakala. Insiden yang tidak disangka-sangka itu membuat ramai peminat Ida tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang terjadi.

Dua hari lalu, pengurus Ida, Fizar Harun terpanggil memberi kenyataan rasmi bagi menafikan bekas guru Akademi Fantasia 7 itu terjatuh akibat 'dipukul'. Belumpun reda spekulasi itu, timbul pula andaian yang baru.

Desas-desus terbaru pula mengatakan yang Ida terjatuh disebabkan hilang pertimbangan kerana 'mabuk'. Andaian demi andaian, juga spekulasi mengundang cakap-cakap sumbang yang jelas tidak menyenangkan pihak keluarga Ida.

"Mana ada Ida 'minum' dan 'mabuk' sebab dia baru balik dari umrah. I don't think so..," ujar Fizar, semalam.

Menurut Fizar, dia tidak percaya dengan spekulasi itu memandangkan Ida baru balik dari tanah suci tiga minggu lalu bersama suami, Shahrin (bekas anggota Blackrose) dan keluarganya.

Lantas, Fizar berharap supaya segala spekulasi dan andaian yang tidak masuk akal itu dihentikan segera.

"Spekulasi itu adalah mustahil. Saya tak nak dia stres sebab berita itu tidak benar.

"Keluarga Ida juga minta orang ramai hormat dan memberikan sokongan kepadanya. Doakan dia pulih dengan cepat," beritahu Fizar.

Fizar juga menjelaskan kejadian itu berlaku disebabkan Ida menaiki dua tangga menuju ke ruang makan rumahnya dalam keadaan tergesa-gesa ditambah pula dengan lantai terazo yang licin.

"Ketika saya melawatnya petang tadi (semalam), saya tengok keadaan dia lemah sikit kesan dari pembedahan kelmarin tapi doktor kata dia 'ok' dan tidak menggalakkan orang ramai melawatnya bagi memberinya ruang untuk berehat," tambah Fizar yang belum mendapat apa-apa laporan mengenai kemungkinan Ida akan lumpuh.

Katanya, "Terlalu awal untuk mengatakan tentang itu kerana dia nampak macam biasa."
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeWed 24 Jun 2009, 11:19 am

(Gosip) Zila Bakarin Akhirnya Bertudung?

Hati kami sedikit terkejut apabila menerima email dengan subjek Zila Bakarin kini bertudung. Dalam terkejut tu terselit sedikit senyuman dan kesyukuran melihat ramai sudah artis melayu Islam kita sudah sedar untuk bertudung. Rupanya sangkaan kami meleset sama sekali.

Melihat dua gambar yang dikirimkan ini, membuatkan kami hampir muntah darah melihat karenah artis wanita negara ini yang semakin berani beraksi ala-ala selebriti Hollywood. Diorang kat sana tu seksi-seksi pun penuh bakat. Paling penting agama mereka tidak melarang. Sebaliknya artis kita ni bakat tiada’lah seberapa, tapi berpakaian macam hidup tidak ber’Tuhan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Zilaba10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Zilaba11
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeWed 24 Jun 2009, 11:22 am

[Album] - Imran Ajmain (Punca dan Tindakan)

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 2161_510


Imran Ajmain mula bertapak di negara kelahiran beliau Singapura dengan Single bertajuk Sudah Tu Sudah pada Julai 2006 dengan menampilkan dua buah lagu yang berjudul Sudah Tu Sudah dan Ghaibmu.

Setelah itu pada Disember 2006 beliau muncul dengan album solo pertama yang memuatkan 10 buah lagu. Single beliau Seribu Tahun telah melonjakkan nama beliau di Singapura. Kehadiran Single Seribu Tahun yang menjadi lagu tema bagi Drama Bersiri Kerana Cintaku Saerah telah membantu mengukir nama Imran Ajmain di Malaysia.

Kini beliau memperkemaskan lagi langkah dengan menjadi artis dibawah naungan Metadome Sdn. Bhd. Terbukti taruhan Single pertama Selamat Ulang Tahun, Sayang menjadi. Single ini telah menjuarai carta radio tempatan Singapura dan Malaysia antaranya Carta HotFM 30. Kini single kedua sedang rancak keudara berjudul Jika Engkau Pergi hasil ciptaan Imran sendiri dan lirik ditulis oleh Imran dan Sulu Sarawak. Imran berasa amat bertuah kerana single kedua ini telah mejadi lagu tema bagi drama bersiri di TV3 berjudul Yusoff.

Terkini beliau sedang menyiapkan album terbaru beliau bersama Metadome Sdn. Bhd. Antara lagu yang telah siap dirakamkan ialah Radio, istimewanya lagu ini Imran berpeluang berkolobrasi bersama Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Nabil serta Diana Danielle dan kumpulan Infinates. Bagi Imran ini adalah kolobrasi yang bukan bersifat tumpang glamor tetapi lebih kepada mencari kelainan didalam album terbaru ini nanti. Menurut beliau “Selama ini, saya sering dilabel sebagai penyanyi yang menyanyikan lagu berentak Ballad dan slow ini kerana mereka hanya mengenali saya dengan lagu Seribu Tahun dan Selamat Ulang Tahun Sayang, dengan lagu Radio ini akan membuktikan bahawa Imran Ajmain ialah seorang penyanyi versatil”.

Lagu lain yang akan dimuatkan didalam album ini nanti ialah Harapan Kecewa (sebuah lagu lama ciptaan Dato’ Ahmad Jais yang diberi nafas baru), Menimbang Rasa ciptaan Oslan Husin, Yang Ku Perlu ciptaan bersama Shah Shamsiri dan Imran Ajmain, Perjalanan ciptaan komposer yang tidak asing lagi di Malaysia Azalea, Tak Mungkin ciptaan Imran Ajmain dan lirik ditulis oleh Faizal Mazlan(Pemenang Pertandingan Tulis Lirik Lagu Imran Ajmain) dan Mengaku Kalah ciptaan Imran dan Aliff Abdullah lirik oleh Imran.

Imran berharap agar album yang bakal berada dilancarkan pada 26 May 2009 akan membuahkan hasil dan diterima sebaiknya seperti single beliau terdahulu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeWed 24 Jun 2009, 11:39 am

Gambar Siti Nordiana, suami dan anak

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 1313


Gambar Siti Nordiana bersama suaminya Faizal Mohd Yusup seorang pelakon dan ahli perniagaan bersama anaknya bernama Rayyan. Siti Nordiana satu ketika dulu popular dengan lagu Paling Comel berduet bersama Achik (Spin).

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 2212
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeWed 24 Jun 2009, 12:40 pm

Rasa selamat bergelar isteri

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mainp190
Dira bertuah kerana memiliki suami yang memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon


NAMANYA mungkin belum kencang di bibir peminat sebagaimana mereka mengenali pelakon ternama sedia ada seperti Erra Fazira, Maya Karin, Vanidah Imran, Rita Rudaini mahupun Dynas Mokhtar. Apatah lagi, usia pembabitannya dalam lakonan pun baru setahun jagung. Begitu pun, Dira Abu Zahar sudah mula nampak cahaya berkilauan di hadapan langkahnya.

Status seorang isteri yang dipegangnya nyata bukan penghalang untuk dia memacu laju dalam arena lakonan televisyen. Satu demi satu projek drama bersiri mahupun telefilem dijayakan Dira. Tidak cukup dengan pembabitan di depan kamera, dia 'merayu' kepada produser dan pengarah untuk turut sama bekerja di balik tabir.

Jelas sekali Dira rindu pada dunia belakang tirai yang mula-mula menyaksikannya menyertai persada seni. Satu ketika dulu, pelakon ini ialah wartawan penyiaran untuk rancangan Beat TV sebelum muncul pula di layar kecil televisyen sebagai pengacara Fulus Mania dan Jom Ronda.

Atas alasan itu, dia diberikan ruang untuk mengisi kerusi penolong pengarah apabila pasukan produksi Media Hustler menerbitkan telefilem Ponti Anak Remaja. Dalam telefilem lakonan Liyana Jasmay, Lisa Surihani, Farish Aziz dan Ammar Alfian itu, Dira turut memegang peranan kecil.

Pada masa yang sama, wanita berusia 25 tahun ini menyedari, dia menceburkan diri dalam dunia lakonan sebagai seorang isteri. Namun begitu, sedikit pun dia tidak berasakan status dipegang itu bakal membantutkan kemajuan dirinya dalam dunia berkenaan. Sebaliknya, Dira mengaku berasa lebih selamat dengan status isteri serta ibu yang disandangnya sekarang.

"Saya seorang yang telus dan suka mengambil sikap berterus-terang dalam hal ini. Saya berkahwin dengan Ash daripada kumpulan Bau pada 2007 dan kini sudah pun mempunyai cahaya mata perempuan diberi nama Tengku Anggun Deandra. Itulah jawapan saya berikan kepada sesiapa yang ingin mengetahui status saya," katanya sambil tersenyum.

Baginya, tidak guna untuk seseorang artis bersikap hipokrit hanya untuk meraih populariti dan sokongan peminat.

"Saya amat percaya, seandainya kita memiliki bakat yang bagus, walau status apa pun yang dipegang, kita akan tetap mendapat peluang daripada produser serta pengarah. Bagi saya, peluang berlakon yang tidak putus-putus ini dianggap sebagai rezeki perkahwinan," katanya yang baru saja menamatkan penggambaran telefilem berjudul 100 Hari Jadi.

Menurut wanita berasal dari Melaka ini, dia tidak melihat sebarang perbezaan antara pelakon wanita yang sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon yang masih memegang status bujang. Bahkan, dia langsung tidak bersetuju sekiranya ada pihak yang mendakwa dengan menyembunyikan status perkahwinan, karier seseorang pelakon itu akan lebih terjamin.

"Jika peminat hendak menerima saya, biarlah mereka menerima Dira Abu Zahar sebagai seorang isteri dan ibu kepada seorang anak kecil. Biarlah mereka menerima kehadiran saya dalam bidang seni kerana kebolehan saya bukan kerana perkara lain," tegas Dira.

Walaupun dia tidak menganggap perkahwinan sebagai halangan untuk maju dalam lakonan, Dira tetap berasakan, sikap berkompromi bersama suami amat penting dalam memastikan langkah seseorang pelakon yang sudah berumah tangga tidak tersandung.

Katanya, janganlah hanya kerana mengejar impian dalam industri hiburan, rumah tangga pula berantakan.

"Saya amat bernasib baik kerana mempunyai seorang suami yang sangat memahami. Malah dia tidak putus-putus memberikan dorongan kepada saya untuk maju. Saya pula, perlulah menghargai pengorbanannya itu dengan memastikan adanya masa untuk dihabiskan bersama dia dan anak. Jika waktu tidak berapa mengizinkan saya untuk pulang ke rumah bertemu anak, ada kalanya saya membawanya sekali ke lokasi," cerita Dira.

Kencang berlakon di TV

SEJAK lebih setahun lalu, Dira mula menarik perhatian produser untuk menggunakan bakatnya bagi menjayakan drama atau telefilem terbitan mereka. Ketika fotografi bersama Hip diadakan, Dira baru saja pulang ke ibu kota setelah lebih seminggu berada di Sekinchan kerana menjalani penggambaran 100 Hari Jadi, telefilem arahan Woo Ming Jin.

Sebelum itu, dia menjadi perhatian peminat siri Rona Roni Makaroni, diikuti Merah Putih. Antara drama bersiri lain yang dibintangi pelakon ini ialah Dua Kali Mencintai Mu, Cinta Tanpa Suara dan Delima.

"Alhamdulillah, sejak mula berlakon lebih setahun lalu, tawaran untuk saya masih kencang. Walaupun ada ketikanya berasa kepenatan kerana tempoh penggambaran yang agak panjang, namun saya seronok melakukannya. Ia cukup bermakna kerana saya melakukan sesuatu yang menjadi minat saya.

"Buat ketika ini, rezeki untuk muncul di filem belum sampai. Saya sendiri masih terlalu baru. Biarlah saya membina tapak yang kukuh di drama dan telefilem dulu, sebelum melangkah ke layar lebar pula. Muncul di filem, bagi saya, amat besar tanggungjawabnya. Saya juga masih takut-takut jika ditawarkan berlakon filem," katanya.

Menyentuh soal lakonan, Dira memberitahu, banyak lagi watak yang ingin dipegangnya untuk mengukuhkan kedudukan dalam industri terbabit. Antaranya, dia teringin sekali menjayakan watak wanita jalanan yang tidak memerlukannya bersolek tebal dan kelihatan cantik saja.

"Watak seperti penagih atau pengedar dadah, tinggal pula di kawasan lorong yang bersepah serta berperawakan agresif menjadi antara impian utama saya. Watak sebegitu tentu sekali banyak mencabar kredibiliti seseorang pelakon," katanya.

Selain lakonan, rupa-rupanya Dira juga penggemar sukan permotoran dan sering berkonvoi bersama-sama keluarga mahupun rakan dengan motosikal Harley Sportster miliknya. Dia dan abangnya, Idi Iskandar, turut menganjurkan majlis membabitkan penggemar motosikal besar.

Dedah wanita ini, minat pada motosikal besar timbul apabila Idi yang sememangnya cukup rapat dengannya itu turut memiliki kenderaan berkenaan. Lalu, tiga tahun lalu dia membeli motosikal Harley terbabit, yang menjadi harta pertamanya!

Sudah biasa berkonvoi ke utara dan selatan tanah air, Dira juga pernah merentas sempadan bersama motosikal sehingga ke Phuket, Thailand.

"Jika dihimpun, dalam keluarga saya saja, mungkin ada tujuh atau lapan motosikal berkuasa besar. Jadi, jika hendak berkonvoi, kami anak beranak pun sudah boleh melakukannya," kata anak bongsu daripada enam adik-beradik ini bersulam ketawa manja.

PROFIL: Dira Abu Zahar
Asal: Merlimau, Melaka
Umur: 25 tahun
Status: Berkahwin
Suami: Tengku Shafiz-Rullah atau Ash
Anak: Tengku Anggun Deandra (lahir 20 November 2007)
Profesion: Pelakon, Pengacara, Pengatur acara (Irah Arts & Events Management)
Drama/Telefilem: Rona Roni Makaroni, Merah Puteh, Dua Kali Mencintai Mu, Cinta Tanpa Suara, Delima, 100 Hari Jadi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeWed 24 Jun 2009, 3:49 pm

Cinta 'rahsia' Farah...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Farah110
Farah


BINTANG kelahiran Akademi Fantasia musim kedua ini memang merupakan seorang yang cukup sukar untuk membuka mulut tentang kisah cintanya. Bagi Farah Diana Anuar atau mesra dengan panggilan Farah ini, dia lebih selesa kisah 'peribadi' disimpan kemas dalam dirinya saja.

Hanya setelah beberapa kali menyelami hati gadis berusia 24 tahun ini, barulah Farah 'memberanikan' diri berbicara tentang cinta.

Sambil tersenyum, anak ketiga daripada enam beradik ini akui sedang 'bahagia' dengan seorang jejaka yang sudah dikenalinya sejak empat tahun lalu.

"Mula-mula berkawan dulu, kami sekadar kawan biasa. Tetapi sejak tiga tahun lalu, hubungan kami semakin serius. Malah, abah dan ahli keluarga juga mengenalinya.

"Abah yang banyak tahu tentang hubungan ini sebenarnya kerana saya memang rapat dengan abah. Memang kalau boleh saya tidak mahu dedahkan sangat tentang perkara ini...tak mahulah orang cakap yang bukan-bukan," tutur anak jati Kuala Lumpur ini dalam nada ceria.

Ujar Farah, jejaka yang sebaya dengannya itu tidak langsung terlibat di dalam industri hiburan. Namun, apa yang menyenangkan hati Farah ialah kerana 'si dia' itu cukup memahami karier seninya.

"Senang berkawan dengan dia, mungkin kerana kami pun sudah lama mengenali antara satu sama lain. Tapi, saya belum sampai ke tahap untuk berfikir tentang perkahwinan lagi buat masa ini.

"Masih terlalu awal. Biar saya fokus dulu terhadap kerja-kerja saya. Lagipun saya ni perempuan, tak elok pula cakap lebih-lebih tentang hubungan ini," kata penyanyi, pelakon dan pengacara ini.

Ingin cuba bergerak sendiri?

Beralih kepada perkembangan karier seninya pula, kata Farah, dia bersyukur setelah lima tahun berada di dalam industri ini, penerimaan ramai terhadap dirinya masih lagi positif.

Menurut Farah yang muncul dengan album keduanya, Fantasia, awal tahun ini, dia sentiasa mempunyai perancangan rapi untuk memastikan perjalanan seninya bukan hanya bertahan separuh jalan saja.

Walaupun syarikat pengurusan lamanya, Maestro, sudah ditutup dan kini diambilalih oleh Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), namun kata Farah, dia bernasib baik kerana kariernya masih terus 'bernyawa'.

"Kontrak saya bersama AESB bagaimanapun akan berakhir pada bulan Ogos ini. Jadi sekarang saya masih belum buat keputusan sama ada untuk perbaharui kontrak atau cuba bergerak sendiri selepas ini.

"Memang ramai yang sarankan kepada saya untuk uruskan karier sendiri. Malah, saya juga ada terfikir untuk berbuat demikian.

"Tapi, saya rasa lebih baik saya tengok apa perancangan AESB untuk saya kelak. Mungkin dari situ barulah saya dapat buat keputusan mana yang terbaik untuk diri saya.

"Lagipun, setakat ini, saya tidak ada masalah di bawah pengurusan mereka. Terfikir juga, kalau selepas ini saya putuskan untuk bergerak sendiri, pasti ia agak mencabar buat saya.

"Namun, mungkin juga sudah sampai masa untuk saya cuba uruskan sendiri karier seni...tengoklah nanti macam mana," kata Artis Harapan Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-12 ini.

Dalam perkembangan lain, kata Farah, ketika ini dia juga masih lagi bertindak sebagai hos program Rasa Halal Orient di Astro Oasis yang sudah memasuki musim ketiga.

Begitu juga dalam bidang lakonan. Tutur Farah, dia menerima menerima banyak tawaran untuk berlakon setelah muncul di dalam drama Popular di Astro tidak lama dulu.

Namun begitu, akui Farah, dia terpaksa menolak tawaran-tawaran tersebut kerana kurang 'berminat' untuk bergelar pelakon.

"Sejujurnya, saya tidak begitu 'gembira' ketika berlakon. Saya akan jadi cepat bosan bila duduk lama di set penggambaran, itu memang saya tidak nafikan. Dan mungkin juga kerana jiwa saya bukan di dalam bidang ini.

"Sebab itu kebanyakan tawaran tersebut saya tolak. Tapi saya tidak kisah untuk berlakon dalam program-program sempena Hari Raya atau 'special event' yang lain kerana program-program tersebut pun bukan dibuat selalu," kata duta produk Power Roots dan Syahirah ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeWed 24 Jun 2009, 3:50 pm

Jennifer Aniston hantar nota istimewa pada John Mayer

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Jen1110
Jennifer Aniston dikatakan masih belum dapat melepaskan bekas kekasihnya, John Mayer - foto AFP


NAMPAKNYA Jennifer Aniston masih belum dapat 'melepaskan' bekas kekasihnya, John Mayer.

Khabar angin mengatakan aktres itu kembali menghubungi penyanyi itu dan turut menghantar nota yang diletakkan pewangi dan mengandungi kata-kata semangat.

Aktres itu yang berpisah dengan Mayer pada April lalu dikatakan menghantar mesej tersebut di bilik persalinan Mayer, sebelum penyanyi itu membuat persembahan.

Menurut sumber: "Jennifer menghantar nota tersebut sebelum mengadakan salah satu konsertnya baru-baru ini. Memang menarik...ternyata dia masih sukar untuk lepaskan John."

Tambahnya: "John tidak menunjukkan sebarang minat terhadap wanita lain setelah perpisahan itu. Siapa tahu, mungkin ini bukan penghujung kisah cinta mereka."
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeWed 24 Jun 2009, 4:11 pm

Putri Mardiana Kena Santau

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Santau10

Kehidupan Putri Mardiana sekeluarga mula berubah apabila jiran barunya mengamalkan santau kepada dirinya. Dari seorang yang rajin melakukan kerja rumah, dia menjadi seorang pemalas dan panas baran.
Back to top Go down
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP
eira ariyana

Number of posts : 3481
Age : 42
Location : Kampung Melayu Subang++
Registration date : 09/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeThu 25 Jun 2009, 12:20 pm

wahh sally da ade umah baru noo..
bagus2 usaha hang selama ini.heheh bagus...bagus..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 8:52 am

dh masuk part 9..aku pun xsangka weii leh smpai pada tahap ni..
hoorey!! hoorey!! hoorey!!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 11:31 am

Apa hubungan Ayu Raudhah - Zaquan Adha?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Ayu_pe10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 333vhg10


SUDAH ada mata yang melihat kemesraan pelakon cantik manis, Ayu Raudhah dengan pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha.

Bukan setakat keluar makan bersama malah Joyah dengar, Ayu juga hadir menonton perlawanan bola sepak yang disertai Zaquan.

Lalu ada yang bertanya, mereka bercinta ke? Iyalah, melihatkan kemesraan kedua-duanya, ramai mengandaikan mereka kini sedang menjalinkan hubungan istimewa.

Lagipun, kalau dah sampai memberi sokongan moral begitu, selalunya memang 'adalah sesuatu' antara mereka.

Malah ada seorang peminat Pancaindera mengirimkan e-mel memberitahu bahawa dia terserempak dengan Ayu Raudhah ketika pulang ke kampung halamannya di Alor Setar.

Si pengirim ini sempat menonton perlawanan bola sepak dengan kawannya. Pasukan Kedah bertemu Negeri Sembilan pada pertengahan bulan lalu.

Dan dia terkejut melihat kelibat Ayu Raudhah berada di perkarangan Stadium Darul Aman, tempat berlangsungnya perlawanan itu.

"Tak lama lepas itu saya nampak kelibat Zaquan Adha keluar dari dalam stadium dan berjumpa dengan Ayu Raudhah sambil menyerahkan sesuatu.

"Saya andaikan itu tiket perlawanan bola sepak. Dan dalam hati saya berfikir entah-entah si Zaquan itu nak ikut jejak langkah kembarnya yang berkahwin dengan dramatis Rita Rudaini," kata pengirim itu lagi.

Hai... Apa salahnya mereka nak berkawan. Bukankah kedua-duanya masih bujang trang-tang-tang lagi. Tak gitu Ayu-Zaquan!

Cuma harapannya, andai ditanya sejauh mana hubungan masing-masing, janganlah menyorok atau memberitahu teman tapi mesra.

Sebab banyak sangat teman tapi mesra yang cintanya tak kesampaian.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 11:48 am

Rita Rudaini bersedia nak bersalin

-BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Rita_r10


Pelakon Rita Rudaini yang sekarang tengah sarat mengandung nampaknya dah tak sabar-sabar dah nak timang cahaya mata. Mengikut jangkaan doktor, Rita dijadual bersalin pada 23 Julai nanti atau mungkin awal dari tarikh itu.

Masa Niezam berborak dengan Rita petang Rabu lalu, Rita bercerita mengenai usia kandungan dia yang tengah sarat tu.

Kata Rita, kadang-kadang perut dia pun rasa sakit-sakit seperti ada orang tendang. Yalah… anak pemain bola la pula mesti la dia nak jadi macam ayahnya, Aidil Zafuan.

Mengikut cerita Rita, doktor menjangkakan dia akan bersalin pada 10 Julai nanti iaitu 12 hari lebih awal daripada tarikh sepatutnya. Sekarang ni Rita tengah sibuk buat pemeriksaan di hospital.

Katanya minggu depan merupakan minggu terakhir untuk dia berjumpa doktor sebelum dibenarkan masuk ke wad untuk menantikan saat-saat manis melahirkan bayi. Mengikut jangkaan pasangan suami isteri sensasi ni akan dikurniakan bayi lelaki.

Dalam tempoh mengandung, kata Rita dia tak ada masalah sangat cuma kalau boleh dia nak cepat bersalin. Bukan apa sebabnya dia agak penat mengandung anak pertama.

Niezam tanya kenapa jadi macam tu rupa-rupanya Rita mengaku bukan mudah sebenarnya nak jadi seorang ibu. Bila mengandung baru la dia tahu banyak cabaran sebelum boleh melahirkan seorang anak.

"Nak ikutkan sekarang ni Rita memang tak boleh nak duduk atas kerusi macam orang biasa. Kalau duduk akan rasa sakit. Maklumlah perut semakin besar. Rita terpaksa baring saja. Perut pun selalu juga memulas macam orang nak buang air besar. Tapi syukurlah setakat ni doktor kata anak dalam perut sihat," katanya.

Cuma dalam tempoh "menghitung hari" ni doktor dah pesan kepada Rita jangan banyak berjalan takut nanti beranak pula di tengah jalan. Pendek kata dia boleh beranak bila-bila masa saja sekarang ni.

Dalam masa yang sama Rita pun sempat juga minta kepada semua peminatnya supaya mendoakan dia agar dapat bersalin dalam keadaan selamat selain mendoakan kebahagiaan rumah tangganya. Insya-Allah… kalau benda yang baik kita minta, yang baiklah akan datang.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 11:49 am

Anu ditukar jadi Dot dot dot

-BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Hi_03111


Saya dah hantar skrip kepada Jakim untuk dinilai. Syukur alhamdulillah, skrip itu lulus dan saya boleh buat penggambaran. Mungkin sebelum puasa nanti penggambaran akan bermula. Cuma Jakim minta tajuk "anu" tidak digunakan. Saya bercadang nak tukar ...Dalam Botol.

Memang tak ada niat saya nak jadikan filem ini kontroversi. Isu filem ini jadi panas sebab gara-gara saya nak bubuh zakar dalam botol dan adegan cium. Kontroversi tetap ada iaitu zakar yang akan diletakkan di dalam botol walaupun tajuknya ditukar.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 11:51 am

Gambar Perkahwinan Nikki & Audi Mok

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 01311510

Komposer terkenal Audi Mok Chuang Yew dan bekas peserta Malaysian Idol, Nikki atau Nicolette Louisa Palikat sah bergelar suami isteri selepas melafazkan ikrar dalam satu upacara perkahwinan di Gereja St. Francis Xavier di sini, petang tadi.
Hampir 500 orang menghadiri upacara akad nikah atau perkahwinan tradisional Katolik yang sebenar-benarnya. Mereka terdiri daripada ahli-ahli keluarga, kawan rapat dan kawan-kawan daripada industri hiburan.

Tahniah!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 01311511

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Ibubap10
Ibu bapa Nikki, Nicholas Palikat dan Joanna Joannes berserta cucu mereka, Adrienne.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 11:53 am

Gambar Perkahwinan Maya dan Tengku Reza

Hanya dengan sekali lafaz, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz, 38 dan Maya kini sah bergelar suami isteri pada majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Masjid Darul Ehsan, Ampang, selepas Asar, hari ini (Jumaat).

Tahniah!!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 36630310

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 36630311
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 11:54 am

Gambar Perkahwinan Catriona Ross & Shahrudin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) A19
-
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) B13

Dengan sekali lafaz, Cat sah bergelar isteri Shaharuddin selepas dinikahkan oleh Imam Masjid Paya Rambai, Mohd. Alwi Mohd. Zain berwalikan bapa Cat, Bahrin Ross Abdullah di kediaman keluarganya di Kota Bharu, Kelantan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) C12

Cat dan Shaharuddin akan menghabiskan masa bersama di dua lokasi (Pulau Pangkor and Gunung Jerai) dalam Malaysia sebelum ke Itali sebagai berbulan madu. Cat menerima cek wang hantaran berjumlah RM22,000 beserta sembilan dulang hantaran berupa sirih junjung, cincin, cermin mata Marc Jacobs, jam Emporio Armani, set penjagaan kulit SK-II, sejadah, beg Sulgato Re Serragamo, kasut Cole Haan dan gelang tangan Tiffany.

Dengar citer pihak lelaki dapat game PS3! betul ke? hehe
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 11:55 am

Sharifah Aleya selamat lahirkan kembar perempuan
-
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 01030510

Leya kini bergelar ibu kepada bayi perempuan kembar.


PETALING JAYA: Pelakon dan penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau Leya, 26 selamat melahirkan bayi kembar perempuan pada jam 11.46 pagi tadi di sebuah hospital kerajaan.

Leya yang dihubungi sebentar tadi melahirkan rasa syukur setelah proses kelahiran dua bayi kembar sulungnya itu berjalan lancar walaupun impiannya untuk bersalin secara normal tidak kesampaian.

"Syukur alhamdulillah. Saya gembira dapat melihat wajah anak-anak saya.

“Memang agak kecewa kerana tidak dapat bersalin normal kerana doktor kata ada komplikasi.

“Tetapi atas nasihat doktor saya terpaksa melahirkan anak secara pembedahan caesar,” luah anak sulung kepada pelakon dan guru lakonan Fatimah Abu Bakar.

Leya yang sepatutnya bersalin tiga minggu awal ini berkata dia belum dapat memberitahu nama dua orang puteri kembarnya itu.

“Setakat ini, nama untuk bayi dah ada, cuma belum ‘finalise’ lagi,” jelas Leya.

Keceriaan jelas terpancar menerusi nada suara Leya yang kini telah menyandang gelaran ibu.

Tambahnya, “Saya sudah tak sabar untuk galas tanggungjawab sebagai ibu.”

Leya mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Ashraf Aasimudin, 29, pada Disember 2007.

Leya pernah membintangi filem Mukhsin, Idola dan yang terbaru, Magika.

sumber : mstar
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 11:57 am

Bulan madu Catriona-Shaharuddin ditaja

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Cat-sh10
Cat kini sah bergelar isteri Shahruddin. -foto Shutterspeak Studio


PERASAAN gemuruh dan segan bercampur baur saat majlis pernikahan aktres Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 29, dengan penerbit dan pengarah rancangan televisyen Astro, Shaharuddin Mokhtaruddin, 30, malam semalam.

Cerita Catriona atau Cat, saat dia dibawa ke luar sambil menutup muka dengan kain layah mengikut adab perkahwinan Inggeris, ramai mata yang tertumpu kepadanya sehingga membuahkan rasa segan.

"Majlis nikah semalam berlangsung dengan begitu meriah. Kebetulan ibu saya meminta untuk saya memakai 'veil' seperti perkahwinan orang putih dulu-dulu.

"Apabila saya turun, ramai yang bersorak kecil hingga saya malu nak bertentang mata dengan semua.

"Ada yang memanggil saya untuk mengambil gambar, memberikan ucapan 'good luck' dan bergembira ketika saat itu," kata Cat ketika menggambarkan suasana majlis pernikahannya.

Dengan sekali lafaz, Cat sah bergelar isteri Shaharuddin selepas dinikahkan oleh Imam Masjid Paya Rambai, Mohd. Alwi Mohd. Zain berwalikan bapa Cat, Bahrin Ross Abdullah di kediaman keluarganya di Kota Bharu, Kelantan.

"Bila nikah kami dah sah, terus saya rasa terharu dan gembira kerana dah selamat jadi seorang isteri.

"Saya juga bersyukur kerana kejadian yang tak diingini tidak berlaku dan keluarga kedua belak pihak turut sama gembira.

Cat dan Shaharuddin mengayakan persalinan mengikut adat Minang ketika upacara merenjis.

"Sebelum ini saya rasakan saat bertunang merupakan saat paling sukar bagi kami kerana merasakan ia antara selamat atau tidak.

"Waktu tu tiada saksi yang boleh mengesahkan hubungan kami tetapi apabila nikah kita ada saksi, tandatangani dokumen dan lafaz janji dengan Tuhan.

"Kebetulan masa bertunang tu ada sumber-sumber yang cuba rosakkan hubungan kami sehingga saya perlu bersabar dan berdoa dengan harapan semuanya 'ok'," luah Cat dalam nada ceria.

Dalam masa yang sama, pelakon drama 'Sephia' dan 'Mek Salmah Dari Scotland' ini meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang suami seperti Shaharuddin.

"Dia merupakan seorang yang memahami, lemah-lembut, sepanjang mengenalinya dia tak pernah mengasari saya, cukup 'gentleman', romantik dan menerima saya dalam keadaan bertongkat dua dan tidak malu mendekati saya," kata Cat.

Begitu juga dengan Shaharuddin yang bertuah memiliki Cat yang boleh menguruskannya, memberi idea dan memanjakannya.

Bercerita mengenai perancangan selepas berkahwin, Cat berkata dia dan Shaharuddin akan tinggal di rumah sendiri di ibu kota.

"Dia tak halang saya berlakon sebab dia kenal saya semasa saya bergelar pelakon.

"Cuma dia nasihatkan saya supaya pandai menguruskan masa.

Mereka juga mengenakan persalinan Che Siti Wan Kembang.

"Saya rasa tiada masalah sebab kami bekerja dalam satu bidang.

"Tentang anak, saya dan suami tengok pada rezeki. Kalau kami sepatutnya dapat awal (anak), kami terima sebab kami memang tak letak syarat dan merancang.

"Saya suka kalau dapat empat orang anak tetapi dia nak tiga orang sahaja," ujar Cat sambil tergelak.

Ditanya tentang berbulan madu, Cat dan Shaharuddin akan menghabiskan masa bersama di dua lokasi dalam Malaysia sebelum ke Itali.

"Kami sudah berbincang untuk berbulan madu ke Itali tetapi memandangkan wabak H1N1 (Selesema Babi) masih aktif, jadi kami terpaksa tangguh dulu sehingga lepas Raya nanti.

"Dalam masa terdekat ini, kami akan ke Pangkor Laut Resort dan yang kedua kami akan ke puncak Gunung Jerai.

"Bulan madu kami di Gunung Jerai Resort ditaja oleh Regency Hotel, Alor Star melalui syarikat yang merunding perkahwinan saya, YSA Wedding Consultant.

"Saya rasa berbesar hati dengan hadiah percutian ini dan terima kasih juga kepada Amir Firdaus dari YSA yang banyak membantu.

"Saya berharap perkahwinan kami kekal sampai ke hujung nyawa," kata Cat penuh bersemangat.

Dalam majlis pernikahannya, Cat menerima cek wang hantaran berjumlah RM22,000 beserta sembilan dulang hantaran berupa sirih junjung, cincin, cermin mata Marc Jacobs, jam Emporio Armani, set penjagaan kulit SKII, sejadah, beg Sulgato Re Serragamo, kasut Cole Haan dan gelang tangan Tiffany.

Sementara pengantin lelaki pula menerima 11 dulang hantaran iaitu persalinan baju, dua manisan, cermin mata Furla, game PS3, set penjagaan kulit Biotherm, snickers Adidas Limited Edition, sejadah, persalinan baju kerja dan tali pinggang, telefon bimbit Blackberry, cincin dan sirih junjung.

Majlis itu dihadiri oleh 200 tetamu termasuk keluarga kedua belah pihak.

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan berlangsung di rumah Cat di Kota Bharu, hari ini dengan tema klasik kombinasi ‘east meet west’ dan warna tema hijau dan maroon .

Sementara majlis resepsi sebelah lelaki akan diadakan pada 4 Julai ini di Wangsamaju dengan tema 'English lavender' dan warna tema ungu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 12:00 pm

Hampir setahun 'jual mahal', Maya akhirnya sah isteri kerabat

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Ma1110
Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz, 38 dan Maya, 33, kini sah bergelar suami isteri - foto THE STAR oleh AZMAN GHANI


KUALA LUMPUR: Walaupun pada awalnya Meyanaliza Ruslee, 33, atau Maya agak berat hati untuk berkenalan dengan jejaka berstatus kerabat diraja Pahang ini kira-kira enam tahun lalu, namun telah ditentukan jodoh mereka cukup kuat.

Hanya dengan sekali lafaz, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz, 38 dan Maya kini sah bergelar suami isteri pada majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Masjid Darul Ehsan, Ampang, selepas Asar, hari ini (Jumaat).

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Darul Ehsan, Muhamad Khairi Hussein manakala abang sulung Maya, Harris Faizal Ruslee bertindak selaku wali pengantin perempuan.

Pada majlis yang serba ringkas itu, pihak pengantin lelaki memberi tujuh dulang hantaran antaranya al-quran, telekung, cincin dan kasut serta dibalas sebanyak sembilan dulang hantaran termasuklah kereta kawalan jauh, kasut, kemeja, wangian, cincin dan tali pinggang.

Maya turut menerima mas kahwin sebanyak RM80 tetapi pelakon dan penyanyi itu bagaimanapun ingin merahsiakan wang hantaran yang diterimanya.

Majlis bersejarah pasangan itu telah disaksikan oleh kira-kira 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Turut hadir ialah rakan-rakan artis seperti Nadia Mustafa, Sharifah Zarina, Haiza, Ida Moin, Jaafar Onn, Haziq dan Den Wahab.

Maya yang ditemui sejurus berakhirnya majlis itu memanjatkan rasa syukur setelah hubungan cinta yang terjalin itu akhirnya disatukan dengan ikatan perkahwinan.


Maya akan mambataskan karier seninya untuk memberi tumpuan terhadap rumahtangga

"Saya telalu gembira. Sebelum ini bila melihat ramai kawan-kawan sudah berkahwin dan mempunyai anak, hati saya turut terdetik bila pula masa saya untuk berumahtangga. Alhamdulillah, inilah yang saya tunggu-tunggu selama ini.

"Kalau ikutkan, kami sepatutnya melangsungkan perkahwinan tahun lalu. Tetapi memandangkan ketika itu arwah ibu Reza sakit akibat komplikasi jantung, kami terpaksa tangguhkan dulu.

"Apapun, saya amat mengimpikan satu perkahwinan yang akan kekal selama-lamanya. Dan saya yakin dengan pilihan saya ini. Sifat yang ada pada dia, tidak ada pada saya. Begitu juga sebaliknya. Sebab itu kami amat serasi," kata Maya yang mengikat tali pertunangan dengan Reza pada 4 Jun lalu.

Mengimbas tentang perkenalan mereka pula, kata Reza, dia pertama kali bertemu Maya pada 23 November 2003, ketika penyanyi yang popular dengan lagu Matahari itu membuat persembahan sempena majlis hari lahir bapanya, Tengku Panglima Perang Pahang, Tengku Abdul Aziz Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di ibukota.

"Saya kemudiannya mendapatkan nombor telefonnya daripada pembantu peribadi bapa saya dan cuba hubungi dia keesokan harinya. Saya akui, ia ibarat cinta pandang pertama.

"Tetapi saya ambil masa lebih kurang setahun juga sebenarnya untuk 'tackle' dia. Apa yang pasti, Maya adalah wanita yang lain daripada yang lain. Bukan kerana dia artis, kerana sebelum ini pun saya memang ramai berkawan dengan golongan artis juga.

"Saya tertarik dengan personalitinya dan dia seorang yang boleh dipercayai. Malah, dia pandai masak makanan kesukaan arwah ibu saya," kata Reza yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Maya pula turut menambah, pada awalnya dia sendiri agak keberatan untuk berkenalan lebih lanjut dengan suaminya itu, apatah lagi Reza adalah daripada golongan kerabat diraja.

"Dia 'call' banyak kali selepas itu, tetapi saya memang macam malas sikit untuk layan dia. Ketika itu, saya takut juga untuk rapat dengan golongan kerabat sebab saya tidak mahu orang menganggap saya ingin senang dengan cara mudah.

"Tetapi dalam masa setahun itu, saya nampak keihklasan dia untuk berkawan dengan saya. Saya juga tertarik dengan sikapnya yang cukup 'straight forward'," kata Maya yang turut mengimpikan sepasang cahayamata sebagai pelengkap rumahtangga mereka kelak.

Bercerita mengenai karier seninya pula, kata Maya, dia akan cuba menghadkan aktiviti seninya selepas ini bagi memberikan tumpuan terhadap rumahtangga.

"Reza tidak menghalang karier saya, cuma selepas berkahwin ni, dia tidak mahu saya selalu 'outstation'. Bulan depan saya akan ke Brunei untuk penggambaran drama dan selepas itu, saya akan mula bataskan sedikit karier saya," katanya yang mungkin akan berbulan madu dengan suaminya di Bali.

Majlis persandingan pasangan mempelai ini dijangka akan diadakan pada 3 Oktober depan di Batu Pahat, Johor manakala di sebelah pihak lelaki pula masih belum ditetapkan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 12:02 pm

Nikki terharu jadi isteri Audi Mok

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 146
BAGAI PINANG DIBELAH DUA... Nikki dan Audi Mok.


PETALING JAYA: Komposer terkenal Audi Mok Chuang Yew dan bekas peserta Malaysian Idol, Nikki atau Nicolette Louisa Palikat sah bergelar suami isteri selepas melafazkan ikrar dalam satu upacara perkahwinan di Gereja St. Francis Xavier di sini, petang tadi.

Hampir 500 orang menghadiri upacara akad nikah atau perkahwinan tradisional Katolik yang sebenar-benarnya. Mereka terdiri daripada ahli-ahli keluarga, kawan rapat dan kawan-kawan daripada industri hiburan.

Suasana gereja umpama satu taman bunga apabila ia dihiasi ratusan ros berwarna oren dan merah jambu dihias bersama lili casablanca. Dewan harum dengan bau bunga-bungaan.

Laluan bergerbang di tengah dewan bertaburan dengan kelopak-kelopak bunga ros. Majlis perkahwinan itu yang bertemakan warna "orange peppermint" iaitu oren, hijau dan putih bermula tepat pukul 2.20 petang.

Nikki, 24, yang tiba dengan kereta Mercedes Benz diapit oleh ayahnya, Nicholas Palikat terus berarak ke pentas utama untuk "bersatu" dengan suami tercintanya, Audi.

Kedua-dua mempelai itu melemparkan senyuman manja dan manis apabila bertemu.

Nikki kelihatan anggun memakai gaun berwarna putih rekaan dan tajaan Jovian Mandagie yang berkonsepkan pari-pari sementara Audi Mok, 36, bertuksedo hitam Lord's Tailor.

Pengerusi upacara perkahwinan Audi-Nikki, Rev. Fr. Simon Yong memulakan upacara perkahwinan dengan membacakan doa, responsorial psalm dan gospel.

Ketika acara kemuncaknya iaitu lafaz ikrar perkahwinan tiba, Nikki menggamamkan para hadirin dalam dewan apabila tiba-tiba suara gembiranya berubah nada seakan-akan menangis.

TANGISAN KEGEMBIRAAN

Suara Nikki jelas kedengaran teresak-esak ketika melafazkan ikrar yang berbunyi: "I, Nicolette Palikat, take you Audi Mok, to be my husband. I promise to be true to you in good times and in bad, in sickness and in health. I will love you and honour you all the days of my life."

Dia kelihatan mengesat air matanya. Emosi para hadirin terusik melihat Nikki terharu melalui detik-detik paling bahagia dalam hidupnya.

Pasangan Audi-Nikki yang seperti pinang dibelah dua itu kemudiannya bertukar cincin perkahwinan.

Para hadirin bersorak gembira apabila Audi mencium bibir Nikki selepas menyelak kain penutup muka pengantin perempuan.

Gelagat nakal Nikki mencium bibir Audi secara "ganas" mmenyebabkan ibu bapa Nikki, Nicholas Palikat dan Joanna Joannes dan ahli-ahli keluarga yang terbang dari Sabah untuk menghadiri upacara perkahwinan tersebut ketawa terbahak-bahak.

Turut menyaksikan perkahwinan bersejarah Audi ialah ibu bapanya, Mok Peng Chiang dan Gladys Thoo; adiknya, June Mok Su Yin dan sanak-saudara yang memandu dari Melaka ke sini.

Antara artis yang hadir ialah Maya Karin, Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Vincent Chong.

Jaclyn Victor dan Vincent Chong menyanyikan lagu The Prayer sebagai penutup tirai upacara perkahwinan gilang-gemilang Audi-Nikki.

Ketika ditemui selepas upacara perkahwinan itu selesai, Nikki memberitahu dia menitiskan air mata kerana hatinya tersentuh melalui momen paling indah dalah hidupnya.

"Saya terbayangkan diri saya yang akan menjadi isteri yang baik dan setia kepada Audi. Saya memang tak sabar-sabar untuk memikul peranan sebagai isteri yang baik," katanya dengan penuh kelegaan.

Sementara itu, ibu bapa Nikki, Mok Peng Chiang dan Gladys Thoo turut bersyukur kerana upacara perkahwinan itu berjalan dengan lancar dan mengakui menanti masa untuk menimang cucu.

Ibu bapa Audi tidak dapat ditemuramah kerana bergegas pulang ke Melaka untuk menguruskan resepsi perkahwinan Audi-Nikki pada sebelah malam ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 12:03 pm

LAGI GAMBAR PERKAHWINAN NIKKI-AUDI

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 237

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 334

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 431

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 523

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Vincen10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 12:05 pm

Punca kematian Jackson masih belum dikenalpasti

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 01311410
Michael Jackson ketika menerima kemasukannya dalam senarai "Rock and Roll Hall of Fame" di Hotel Waldorf Astoria, New York. foto - AFP


Para doktor yang menjalakan proses bedah siasat ke atas Michael Jackson belum lagi dapat mengenal pasti punca kematian "Raja Pop itu". Beliau sudah tidak sedarkan diri apabila sekumpulan paramedik tiba di rumahnya di Holmby Hills.

Pada masa yang sama doktor peribadinya juga cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Michael.

Bintang Popular berusia 50 tahun itu dikejarkan ke hospital berdekatan, pusat perubatan UCLA, dan telah disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

"Laporan mengenai punca kematiannya akan ditunda, pemeriksaan tambahan seperti toksikologi dan lain-lain akan dibuat," kata Jurucakap kumpulan pemeriksa, Craig Harvey.

"Pemeriksaan tersebut akan mengambil masa empat hingga 6 minggu,"tambahnya.

Ketika bercakap kepada media, Harvey turut menjelaskan bahawa tiada kecederaan pada luar pada badan Michael yang ditemui.

Polis dilaporkan akan menyoal siasat doktor peribadi Michael Jackson, Dr. Conrad Murray.

Laman web TMZ.com melaporkan seorang rakan yang rapat dengan keluarga Jackson tetapi enggan dikenali berkata Michael telah disuntik dengan Demerol, sejenis ubat penahan sakit kira-kira setengah jam sebelum beliau tidak menyedarkan diri. REUTERS

Sebagai tanda penghargaan kepada Michael Jackson, 8TV malam ini akan menayangkan konsert "Michael Jackson LIVE in Bucharest: The Dangerous Tour' selama dua jam pada pukul 10.45 p.m.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 12:06 pm

Amelina diusir dari rumah sewa

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 00166510


Amelina dan suaminya, Reduan Mahamood (menutup muka) berjalan keluar dari Jabatan Agama Islam Perlis selepas membayar denda di Kangar pada tahun 2000 lalu

AWAL minggu ini, kawasan kediaman di Kota Kemuning, Shah Alam menjadi kecoh dan berlaku sedikit 'drama' apabila seorang pemilik rumah hadir bersama para pegawai mahkamah untuk mengusir penyewanya pagi semalam.

Yang menyebabkan peristiwa ini menjadi lebih menarik apabila, penyewa yang dimaksudkan itu adalah bekas penyanyi dangdut Amelina dan suaminya.

Menurut pemilik rumah tersebut, K. Madhavankutty, beliau telah mendapatkan perintah dari Mahkamah Shah Alam setelah Amelina dan suaminya tidak membayar sewa rumah selama dua bulan.

Jurutera Madhavankutty turut hadir bersama pegawai-pegawai Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memutuskan bekalan air dan elektrik di rumah tersebut.

"Perintah mahkamah sudah menetapkan mereka perlu melangsaikan semua tunggakan sewa mereka dalam masa dua minggu, kalau mereka masih gagal juga, kesemua harta mereka akan dirampas." jelas Madhavankutty.

Menurut peguam Arnold Andrew yang mewakili Madhavankutty, suami penyewa rumah itu yang mendakwa dirinya seorang 'Datuk' telah menyewa rumah banglo berkembar yang lengkap dengan perabot dengan sewa RM2,700 sebulan.

"Dia hanya membayar sebahagian sewa untuk bulan pertama dan tiada apa-apa bayaran dibuat untuk bulan ini.

"Salah satu cek yang dikeluarkan kepada anak guam (K. Madhavankutty) semasa berpindah masuk ke rumah ini adalah cek tendang," dakwa Andrew.

Menurut Andrew, mereka terpaksa menunggu lama untuk masuk ke rumah tersebut walaupun puas membunyikan loceng rumah itu, sehinggalah suami penyewa rumah itu datang bersama seorang peguam.

"Bila suami dia sampai baru isteri dia buka pintu dan pada masa itu juga saya terperanjat dan kenal yang isteri dia ialah Amelina," kata Madhavankutty yang juga pemilik itu.

Kata Madhavankutty, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin lengkap berpakaian tudung dan berjubah ketika ditemui pada hari penyanyi dan suaminya itu diusir dari kediaman tersebut.

Menurutnya lagi, pasangan ini bukan sahaja tidak membayar sewa rumah tersebut, bil elektrik dan air juga tertunggak dan jumlahnya telah menjangkau lebih RM 2 ribu.

"Saya tak tahu apa yang mereka buat, saya pernah menyuruh kontraktor TNB untuk potong elektrik di rumah tersebut, tetapi suami Amelina telah mengamuk dan mengancam untuk menembak semua orang.

"Jadi pada hari yang saya datang dengan pegawai-pegawai TNB dan Syabas, mereka masing-masing datang bersama polis bantuan yang lengkap bersenjata untuk mengelak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Elektrik dan air dirumah tersebut telah dipotong pada hari tersebut juga," dakwanya lagi.

Kata Madhavankutty, dia membuat laporan itu bagi memastikan dia tidak kerugian apa-apa dan tidak menghadapi sebarang masalah.

"Saya buat laporan polis sebab saya takut bila mereka pindah, mereka akan ambil semua barang-barang saya yang ada di dalam rumah itu dan saya takut juga kalau-kalau mereka akan rosakkan barang-barang saya." kata pemilik rumah ini.

Menurut cerita Madhavankutty juga, jiran-jiran ada memberitahunya bahawa setiap petang mereka kerap mendengar Amelina menangis.

"Pernah jiran beritahu saya, dia terdengar bunyi seperti Amelina menangis. Malah suami Amelina pernah memarahi jiran tersebut kerana keluar berjalan bersama Amelina.

"Jiran juga ada beritahu saya, yang Amelina sekarang sedang mengandungkan anak mereka yang ke-7," tambahnya lagi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 12:07 pm

Ako bakal bergelar bapa, tertekan tiada kerja

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Akos10
Ako dan isterinya, Kartina Shuaib Abdullah.


AKTOR Ako Mustapha yang pernah ditangkap khalwat dengan seorang wanita kini sedang berada dalam keadaan tertekan apabila banyak tawaran lakonan yang terbatal tanpa sebab yang munasabah.

Ini kerana, ia merupakan kali pertama suami kepada Kartina Shuaib Abdullah ini menempuhi hal seumpama ini lebih-lebih lagi dia bakal bergelar bapa nanti.

“Karier saya sangat perlahan sekarang dan memang saya tidak mempunyai apa-apa pekerjaan langsung setakat ini.

“Saya rasa sangat stres dan merasakan kehidupan ini agak ‘tough’ dan bertambah ‘struggle’ dengan keadaan saya yang mempunyai isteri dan bakal mendapat anak nanti.

“Tetapi, apa yang saya boleh lakukan. Saya telah buat yang terbaik. Jadi, selepas ini saya perlu mencari jalan lain untuk menyara kehidupan sekeluarga,” kata Ako.

Beritahu Ako, kini tekanannya bagaikan ‘terubat’setelah mendapat tahu isterinya mengandung 11 minggu.

“Hal ini membuatkan saya terfikir untuk tidak hanya memikirkan tentang diri-sendiri tetapi lebih kepada keluarga dan matlamat yang ingin dicapai,” tutur Ako yang sekali-sekala bersuara ceria bagaikan tidak sabar untuk bergelar bapa.

Ako akui yang kes khalwat yang masih dalam perbicaraan Mahkamah Syariah itu memberikan sedikit sebanyak kesan kepada karier seninya.

“Saya dapat rasakan yang orang atasan dalam beberapa produksi mungkin tidak berminat untuk mengambil saya berlakon walaupun saya tidak disenarai hitamkan dari tiga stesen TV.

“Ada juga saya mendapat tahu yang sebuah produksi ini mahu menunggu sehingga kes ini selesai baru mahu mengambil saya berlakon.

“Ada juga yang ‘offer’ tetapi tak cakap apa-apa manakala ada satu syarikat produksi lagi yang datang ‘offer’ tetapi selepas itu terus senyap.

“Mungkin mereka takut nak guna saya atau ada sebab lain mungkin...,” tutur pelakon popular menerusi drama tempatan ini.

Sukar setara mana pun, Ako tetap tegas dengan prinsipnya yang tidak suka merayu mana-mana produser untuk mendapatkan kerja.

“Saya tak pernah bertanya tentang kerja kepada produser seperti bila nak ambil saya berlakon dan sebagainya kerana saya bukan jenis macam tu.

“Kalau ada rezeki selepas ini, Alhamdulillah,” jelasnya.

Malah, Ako tetap bersyukur kerana peluang dia tidak mempunyai pekerjaan sekarang digunakan sebaik mungkin untuk meluangkan masa dengan isterinya yang masih baru menyesuaikan diri dengan dunia kehamilan itu.

“Saya rasa apa yang saya lalui sekarang sama seperti beberapa bahagian yang saya tonton dalam filem ‘Nine Months’.

“Saya teruja apabila pertama kali dapat melihat denyutan jantung kandungan isteri semasa pergi ‘scan’ baru-baru ini.

“Sekarang, isteri saya mengidam semua makanan yang saya suka. Jadi, saya akan tolong makan makanannya yang tak habis. Lagipun, saya ni jenis suka makan kalau stres.

“Kadangkala, saya kena melayan perangainya yang berubah-ubah sehingga saya perlu berhati-hati untuk menegurnya. Saya juga tidak boleh ambil makanan dia sehingga dia betul-betul selesai makan

“Saya juga belajar untuk mengingati temujanji yang dilakukan bersamanya agar dia tidak terasa yang saya terlupa. Jadi, saya perlu utamakan dia terlebih dahulu sebelum membuat temujanji lain,” cerita Ako sambil tertawa.

Rupa-rupanya, tekanan yang dialami oleh Ako sedikit-sebanyak turut dirasai oleh Kartina sehingga isterinya mengalami pendarahan.

“Kartina lagi stres apabila mendapat tahu tentang hal ini. Sudahlah emosi dia tak stabil semasa mengandung, jadi dia bertambah stres selepas mengetahui kerja saya dibatalkan.

“Dia stres sehingga mengalami pendarahan dan mengambil ubat hospital untuk kuatkan rahimnya. Ada dalam tiga kali setiap minggu pendarahan itu berlaku pada bulan lepas,” katanya.

Ako juga sedang dalam proses menunggu tarikh perbicaraan lanjut mengenai kes khalwatnya yang belum ditentukan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Menurut Ako, dia juga menukar khidmat peguam syarie Zuri Zabuddin Budiman kepada peguam syarie Akhbardin Abdul Kadir kerana merasakan peguam barunya itu lebih layak.

“Baru semalam saya mendapat panggilan mahkamah yang memaklumkan akan menetapkan tarikh untuk perbicaraan itu nanti.

“Saya berharap semoga kes ini selesai dengan cara terbaik dan tidak membawa saya ke penjara,” luah Ako mengakhiri perbualannya.

Ako yang mengaku bersalah berhubung kes khalwat dengan Anang Sagunting dijatuhkan hukuman denda RM3,000 dan penjara 3 bulan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, 21 April lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad atas kes khalwat Ako dan dia dianggap telah menghina mahkamah setelah empat kali gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes yang lalu.

Ako didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ako, 37, yang berkahwin dengan Kartina, 29, pada 17 Januari lalu dituduh berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, di Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa di sini, sekitar jam 1.20 pagi, pada 27 Jun 2007.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 12:09 pm

Kaisara ingin rasai dunia percintaan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Kai2210
Sari Yanti terus kekal sebagai Kaisara


DRAMA bersiri Kisah Kaisara yang mendapat sambutan hangat sejak disiarkan kira-kira tiga tahun lalu kini bakal memasuki musim ketiganya yang akan ditayangkan di TV9 bermula 1 Julai ini.

Seperti dua musim terdahulu, Kisah Kaisara kali ini tetap memaparkan pelbagai isu yang berlaku sekitar pelajar sekolah yang bernama Kaisara dan rakan-rakannya seperti Dania, Amy dan Hana yang bakal berdepan dengan bermacam-macam konflik di dalam kehidupan mereka sebagai remaja.

Masih mengekalkan Sari Yanti yang memegang watak Kaisara, drama bersiri terbitan Ace Motion Sdn Bhd ini juga masih menyaksikan beberapa pelakon asal Kisah Kaisara seperti Wan Sharmila, Elliza, Faralyna dan pelakon-pelakon lain iaitu Ayu Shuhada, Catriona Ross dan Shahril.

Mengulas mengenai kelainan yang bakal disaksikan menerusi musim terbaru drama ini, kata pengarahnya Nyon Othman, Kisah Kaisara kali ini bakal menyaksikan karektor Kaisara yang lebih matang dan semakin bijak.

"Apa yang pasti, musim ini memang ada kelainan yang besar. Kaisara akan tinggal dengan ibu kandungnya pula kali ini setelah bapanya berkahwin lain. Di sini akan timbul konflik baru dalam hidup Kaisara yang perlu cuba membiasakan diri dengan kehidupan bersama ibunya.

"Kaisara juga sudah semakin matang. Malah, dalam musim ini, dia mula menunjukkan keinginan untuk bercinta sedangkan sebelum ini, Kaisara mempunyai prinsip tidak mahu bercinta ketika di bangku sekolah.

"Tetapi secara keseluruhannya, Kisah Kaisara masih memfokuskan kepada isu-isu seperti hubungan kekeluargaan, persahabatan serta percintaan," kata Nyon yang ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri itu di Sri Pentas, semalam.

Kisah Kaisara 3 pada keseluruhannya merupakan sambungan kepada musim kedua drama itu tidak lama dulu. Rentetan daripada musim lalu, setelah Hasnor, bapa Kaisara berkahwin dengan Marlia, Kaisara kini tinggal bersama Seri, ibu kandungnya yang meninggalkannya sejak kecil.

Walaupun pada awalnya dia berasa kekok, namun lama-kelamaan Kaisara mula selesa bersama ibunya. Pada masa yang sama, timbul keinginan di hatinya untuk merasai alam percintaan seperti gadis-gadis lain.

Tanpa disangka, kedatangan pelajar baru, Shahrin di kelas Kaisara telah menimbulkan pelbagai konflik dan kejadian lucu. Hana dan Amy yang menaruh minat terhadap Shahrin mula bersaing sesama sendiri.

Namun, disebabkan sikap Kaisara yang tenang dan matang dalam banyak perkara membuatkan Shahrin mula menyukainya dan mereka semakin akrab sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati Amy, Hana dan Dania.

Ditanya tentang sambutan hebat yang terus diterima terhadap drama ini, kata Nyon, dia sendiri tidak menyangka respon yang diterima cukup positif sejak ia mula disiarkan tiga tahun lalu.

"Saya dan produksi memang terkejut pada awal-awal dulu melihat sambutan yang memberangsangkan. Sebelum memulakan musim pertama dulu, saya agak risau juga untuk buat drama ini kerana ia berkisarkan tentang gadis remaja yang masih bersekolah.

"Tetapi ketika itu saya 'bawa' semula diri saya ke alam persekolahan agar dapat menghasilkan cerita budak sekolah yang nampak 'real'," katanya yang turut berharap agar Kisah Kaisara dapat diteruskan untuk musim seterusnya kelak.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 12:10 pm

Rossa takut bergelar janda

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Rossa-10


Rossa dan suaminya Yoyok sudah setahun tidak tinggal sebumbung. Rossa juga terbuka mendedahkan statusnya yang tergantung tidak bertali. Namun dia tidak memikirkan pasal perceraian.

"Tidak saya belum lagi memfailkan perceraian," kata Rossa pasal kesudahan rumah tangganya kepada media Malaysia dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur 22 Jun lalu.

Rossa mengakui dia sebenarnya takut untuk bergelar janda kerana bimbang pandangan negatif masyarakat terhadap wanita yang memegang status itu, lebih-lebih lagi seorang selebriti sepertinya

Namun dia pasrah sekiranya suatu hari nanti rumah tangganya berkesudahan macam itu dan akan memastikan dirinya kuat menghadapinya apabila detik itu datang dan tidak akan mempedulikan apa yang orang nak kata.

"Walaupun saya terbuka membicarakan pasal status saya, tapi saya masih menyimpan masalah yang kami lalui. Biarlah hanya kami sahaja yang tahu apa masalah di antara kami. Saya sebenarnya masih cintakan Yoyok dan kami masih berjumpa.

"Kami ada anak dan kami tidak mahu anak kami menjadi mangsa masalah yang kami lalui," kata Rossa yang turut ditemani ibu dan anaknya Rizky Ramadhan sepanjang seminggu di Malaysia
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 12:12 pm

Umie Aida di Risik Datuk

Pengarah, Fatimah Rahmat atau Erma Fatima mengesahkan adiknya juga pelakon Umie Aida dirisik lelaki bergelar Datuk, sudah hampir 15 tahun menduda dan mempunyai dua cahaya mata.

Erma turut mengakui majlis risik hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak di kediamannya di Taman Melawati, Hulu Klang.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Umie_a10


"Ingin saya tegaskan di sini majlis diadakan hanyalah adat merisik dan ia tidak perlulah diperbesar-besarkan. Mereka belum lagi bernikah. Saya sendiri tidak percaya dengan risik dan pertunangan. Lainlah sekiranya yang diadakan ini majlis pernikahan." katanya.
Jelasnya, majlis merisik hanya membabitkan pihak keluarga sebelah lelaki yang bertanyakan sama ada Umie sudah berpunya atau tidak dan tidak lebih daripada itu.

Ia bermakna apa yang dilakukan ini (merisik) belum ada pengesahannya.
"Saya berkata begini kerana saya kenal benar dengan Umie. Dia tidak boleh ada timbul perkara kurang menyenangkan dirinya (sepanjang tempoh merisik).

"Perkara ini turut saya perjelaskan kepada keluarga pihak lelaki. Penjelasan itu harus dibuat kerana tidak mahu mereka meletak harapan tinggi selepas mengikat Umie dengan majlis risik yang diadakan.
"Saya bukan mendoakan perkara tidak baik, sebaliknya mahu ia dijadikan peringatan agar kedua-dua belah pihak faham bahawa majlis yang diadakan itu bukan bermakna ikatan dijalin sudah kuat," kata Umie lagi.
Bagaimanapun, Erma akui perkenalan Umie dan lelaki bergelar Datuk itu berlaku dalam masa singkat, apatah lagi Erma pernah berurusan membabitkan perniagaan dengan lelaki terbabit.

Tambah Erma yang mewakili keluarganya, apa yang dikatakan ini tidak bermaksud dia takut atau gembira dengan majlis yang sudah dilangsungkan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 12:14 pm

Nabila & Mawi di Jangan Tidur Lagi

tertengok laa Jangan Tidur Lagi. Artis jemputan Nabila Huda dan Mawi. Macam biasa isu yang dibangkitkan ialah perkembangan terbaru Mawi dan Nabila. Mawi sibuk buat macam-macam, antaranya tulis lirik dan skrip pun ada. Dahsyat juga. Nabila Huda pula macam biasa sibuk dengan lakonan. Mawi datang dengan Ekin dengan alasan asyik usung Ekin supaya Ekin tahu apa yang dilakukan olehnya sepanjang masa. Nabila datang bersendiri.

Yang nak dijadikan bahan cerita, Nabila kelihatan semakin bahagia. Nampak sedikit chubby badannya. Dah ada isi ke? Tapi dinafikan soalan itu apabila ditanya Adlin Aman Ramli. Mawi macam menggelabah sikit. Ke dia memang camtuh penulis tak sure sebab penulis pun tertengok lak cite nih malam tadi. Penulis ada snap sikit gambar masa rancangan nih malam tadi. Boleh tahan juga Nabila nyanyi, sedap jugak. Takde iras suara Amy Search pun

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Jangan10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Jangan11
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 12:20 pm

Isteri Yassin Nafi Yassin Gila

Isteri penyanyi Yassin (Mimpi Laila, Salasabila), Sharifah Eena Houzyama Syed Mokhsain, 31, menafikan suaminya itu kini berada dalam keadaan tertekan dan menghadapi masalah mental sehingga dimasukkan ke hospital, baru-baru ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Yassin10

"Sebagai isteri, saya lebih tahu keadaan suami saya. Dia tidak mengalami sebarang masalah dan kehidupan kami macam biasa sahaja. Semua itu hanya andaian dan gosip semata-mata," kata Eena.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas gosip yang mendakwa Yassin, 34, selepas tersebar gosip mengatakan Yassin mengalami masalah stress dan tekanan mental sehingga dia terpaksa dibawa ke sebuah hospital di ibu negara untuk mendapatkan rawatan. Kemudian penyanyi itu dikatakan menulis dengan bahasa yang kurang enak di ruangan status, laman blog Facebook beliau.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Yassin11

"Bagi saya apa yang Yassin catat dalam status Facebook itu adalah luahan rasa dan apa yang terlintas di fikirannya. Saya rasa sesiapa saja yang ada Facebook akan melakukan perkara serupa. Tapi disebabkan Yassin menulisnya, ia menjadi satu isu. Lagipun setahu saya, dia tak menulis kata-kata yang mengutuk atau mencarut. Saya senang saja, kalau tak suka jangan baca. Tutup cerita.

"Bagi saya artis juga adalah manusia biasa. Mereka punyai perasaan. Kadang-kadang dia rasa macam ini, kadang-kadang mereka rasa macam tu. Samalah juga seperti suami saya. Dia hanya menulis apa yang dirasainya," ulas Eena lagi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 12:23 pm

Dang Suria & Ad Samad Nikah Akhir Jun


Selepas tujuh bulan menjalin hubungan cinta, pengacara Dang Suria Zainordin (Suria) dan penulis lirik prolifik, Ahmad Shah Adrian A Samad (Ad Samad) mengambil keputusan untuk bernikah, akhir Junini.

Pengacara rancangan Awani Pagi itu mengesahkan perkara itu sewaktu dihubungi di sini, kelmarin (23/6).

Jelas Suria, majlis dirancang diadakan secara sederhana dan lebih penting bagi mereka adalah perkara wajib iaitu majlis pernikahan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Dangsu10


“Tiada persandingan dirancang dan majlis resepsi membabitkan keluarga terdekat dan rakan rapat dilakukan sejurus pernikahan selesai. Saya cuba memastikan tiada pembaziran berlaku sepanjang majlis berlangsung,”katanya.

“Hendak diikutkan kami sudah mengenali sejak kecil. Tidak dinafikan di zaman remaja kami pernah bercinta, tetapi selepas saya berpindah hubungan antara kami terputus.

“Waktu itu kami tinggal berhampiran iaitu saya di Taman Melawati, Hulu Klang dan Ad Samad bersama keluarganya menetap di Taman Permata. Sekolah kami juga berhampiran iaitu saya di Convent Bukit Nanas (CBN) dan dia di St John’s Institution.

“Bagaimanapun, ia boleh dianggap cinta monyet tetapi tidak sangka ditemukan kembali apabila masing-masing sudah berpisah dan hidup sendiri,” katanya

Pertemuan semula tahun lalu dalam satu majlis, jelas Suria, menyebabkan hubungan mereka kembali terjalin.

“Waktu itu perbualan kami berkisar mengenai perkembangan masing-masing tetapi Ad Samad terlebih dulu bertanyakan mengenai diri saya sama ada masih hidup sendiri atau sebaliknya?
“Terkejut juga dengan pertanyaan itu. Begitupun sewaktu bertanya nampak dia seperti teragak-agak dan sebagai ibu tunggal saya tidak terlalu memikirkan mengenainya.

“Kami sempat bertukar nombor telefon dan ternyata ia bukan pertemuan terakhir kerana kami sering berhubungan selepas itu. Sepanjang kami kembali berkawan saya lihat Ad Samad begitu mengambil berat mengenai diri mahupun anak perempuan saya, Sara Kadeja (8tahun),” katanya
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 12:24 pm

Gambar Anak Malique Too Phat

Gambar dibawah merupakan anak Malique dan Melissa (isteri kepada Malique) yang agak-agak dalam usia nak dekat 3 bulan dah. Memang comel anak dorng berdua ni, selain gemuk dan kelihatan sihat sejahtera. Nama anak sulung ini hasil perkahwinan mereka pada 08.08.2008 lalu di Bali adalah Inca Medina Malique. Nama pun kelihatan moden juga yerk Malique

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Anakme10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Anakme11
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 12:26 pm

Doktor Michael Jackson disiasat

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mainp191
SEORANG peminat Michael Jackson memasang lilin sambil menangisi kematiannya di Tokyo, semalam.


Kematian Raja Pop dipercayai akibat terlebih ambil dos ubat penahan sakit

LOS ANGELES: Bedah siasat ke atas mayat Michael Jackson, gagal mengenal pasti punca kematian penyanyi kulit hitam popular itu di tengah laporan dia mungkin disuntik dengan ubat penahan sakit sejurus sebelum tidak sedarkan diri.

Sementara itu, polis akan menyoal siasat doktor peribadi Raja Pop itu berikutan dakwaan beliau bersama Jackson semasa saat-saat cemas di rumah penghibur itu.

Jantung Jackson berhenti berfungsi apabila paramedik tiba di kediaman mewah yang disewanya di Holmby Hills di Los Angeles tengah hari Khamis lalu, dengan doktor peribadinya cuba sedaya upaya menyedarkan dia.

Penyanyi berusia 50 tahun itu dikejarkan ke Pusat Perubatan UCLA, dan diisytiharkan meninggal dunia.

"Pengumuman mengenai punca kematian ditunda, yang bermakna pemeriksa perubatan mengarahkan ujian tambahan seperti toksikologi dan kajian lain.

"Ujian berkenaan akan mengambil masa empat hingga enam minggu," kata jurucakap Koroner Los Angeles, Craig Harvey.

Bercakap kepada wartawan di luar pejabat koroner, Harvey berkata: "Tiada tanda sebarang trauma luaran atau perbuatan khianat dapat dikesan pada mayat Jackson."

Polis berkata, mereka ingin menyoal siasat doktor peribadi Jackson, pakar kardiologi beribu pejabat di Houston, yang dikenal pasti media sebagai Dr Conrad Murray.

Mayat Jackson akan diserahkan kepada keluarganya selepas mereka memilih firma menguruskan majlis pengebumian, kata Harvey. Namun bila dia akan dikebumikan belum diketahui.

Laman web selebriti, TMZ.com, memetik temubual dengan 'anggota rapat' keluarga Jackson yang tidak dinamakan, melaporkan penghibur kontroversi itu disuntik dengan Demerol kira-kira setengah jam sebelum jantung Jackson terhenti.

Laporan TMZ menyebut, memetik kenyataan itu, Jackson mendapat suntikan Demerol, sejenis ubat penahan sakit setiap hari, dan keluarganya percaya kematian penyanyi itu disebabkan lebihan dos ubat itu.

Detektif memeriksa rumah Jackson dan merampas kereta Mercedes Murray, berkata ia mungkin mengandungi bukti.

Seorang lelaki tidak dikenali menghubungi talian kecemasan 911 dari rumah itu pada jam 12.21 tengah hari waktu tempatan, berkata Jackson tidak sedarkan diri dan tidak bernafas.

Dalam petikan panggilan yang disiarkan pihak berkuasa, pemanggil berkata doktor berkenaan satu-satunya orang yang ada dan melakukan kaedah pernafasan mulut ke mulut kepada Jackson yang tidak sedarkan diri.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 12:40 pm

One Drop Perfumes perluas bisnes ke Eropah, Afrika

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Rozita16


Syarikat pengedar wangian tanpa alkohol popular negara, One Drop Perfumes memilih kota London sebagai destinasi terbaru untuk mengembangkan jenama berkenaan bagi pasaran luar negara.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat One Drop Perfumes Sdn. Bhd., Josafri Johari, syarikat itu telah membuka pejabat cawangan di kota Inggeris itu pada awal tahun lalu bagi memudahkan pengurusan pemasaran produk itu di United Kingdom dan benua Eropah.

Sebelum ini, One Drop Perfumes sudah membuka cawangan di Singapura, Indonesia, Brunei, Vietnam dan Australia.

"Kota London ialah lokasi paling strategik dalam menyokong usaha kami untuk menawan pasaran negara-negara Eropah.

"Kami percaya dengan pembukaan pejabat di London, One Drop Perfumes mampu melaksanakan misi untuk mengembangkan bisnes ini dengan lebih pesat," kata Josafri kepada pemberita.

Syarikat pengedar wangian tanpa alkohol popular negara, One Drop Perfumes memilih kota London sebagai destinasi terbaru untuk mengembangkan jenama berkenaan bagi pasaran luar negara.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat One Drop Perfumes Sdn. Bhd., Josafri Johari, syarikat itu telah membuka pejabat cawangan di kota Inggeris itu pada awal tahun lalu bagi memudahkan pengurusan pemasaran produk itu di United Kingdom dan benua Eropah.

Sebelum ini, One Drop Perfumes sudah membuka cawangan di Singapura, Indonesia, Brunei, Vietnam dan Australia.

"Kota London ialah lokasi paling strategik dalam menyokong usaha kami untuk menawan pasaran negara-negara Eropah.

"Kami percaya dengan pembukaan pejabat di London, One Drop Perfumes mampu melaksanakan misi untuk mengembangkan bisnes ini dengan lebih pesat," kata Josafri kepada pemberita.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 12:42 pm

Madonna, Celine Dion Dan Beyonce penyanyi paling kaya di dunia

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Madonn10
DIVA popular Madonna adalah penyanyi paling kaya didunia menurut majalah Forbes. Dia dilaporkan mempunyai jumlah pendapatan sebanyak 73 juta pound sterling tahun lepas.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Celine10

Turut tersenarai dalam tiga tempat teratas ialah Celine Dion dan Beyonce Knowles dengan pendapatan tahunan masing-masing sebanyak 66 juta dan 58 juta.

Untuk menyusun senarai pendapatan penyanyi popular, Majalah Forbes menilai pendapatan yang diperolehi penyanyi tersebut dari segi penjualan album dan jelajah bermula Jun 2008 hingga Jun 2009.\

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Beyonc10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 12:52 pm

Bukan sengaja buat kecoh – Mas Idayu

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Hi_02_57


Kalau saya diam nanti orang kata pelik pula dan nampak sangat macam nak raih undi.

Siapa yang tidak kenal dengan Mas Idayu, penyanyi dangdut yang dikatakan laser mulutnya. Tapi kalau tak laser, bukan Mas Idayu namanya dan itulah identiti sinonim yang digelar oleh ramai wartawan kepada penyanyi yang berasal dari Johor ini.

Penyanyi dangdut ini sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, tup tup muncul dalam rancangan realiti, Mentor. Kehadirannya dengan protege, Hanifah Md. Hanafiah, (Black), 22 dari Pantai Dalam, Kuala Lumpur seolah memberi suntikan kemeriahan kepada industri hiburan.

Mas Idayu yang berpengalaman menjadi penyanyi sejak 17 tahun lalu mula mendapat perhatian penonton rancangan Mentor dan para pemerhati seni hiburan dek tingkah lakunya yang suka bikin kecoh di belakang pentas.

Segmen baru yang diadakan dalam Mentor selain persembahan protege, memberikan sedikit perubahan dan warna terhadap rancangan tersebut.

“Kekecohan” dalam segmen belakang pentas oleh tiga mentor, Mas Idayu, Adibah Nor dan Awie banyak mengundang rasa cuak tentang kebenarannya.

Ada yang berpendapat ia direka sedemikian rupa agar segmen itu nampak lebih hidup. Sejauh manakah pendapat itu benar. Antara tiga mentor tersebut, mata lebih tertumpu kepada tingkah laku Mas Idayu yang juga dikatakan sedikit ‘over’.

Selain dirinya, protegenya, Black juga kian popular sekarang ini. Tempias populariti Mas Idayu nampaknya terpantul pada Black. Itu tuah namanya. Ada yang bercerita Black selalu dirotan oleh Mas Idayu dalam kelasnya. Terbukti rotan yang sering dipegang oleh Mas Idayu dah naik hancur. Itu diakui sendiri oleh Mas Idayu. Rotan yang dipegang itu bukan sekadar gimik, katanya.

Apa pun tanggapan yang dilemparkan kepada Mas Idayu, ibu kepada seorang anak ini memberikan jawapan sebenarnya. Apakah sanggahan yang diberikan berasas? Ikuti perbualan ini.

Saya ingin bertanya, apakah kecoh-kecoh di belakang pentas itu lakonan semata atau sebaliknya?

Begini, mulanya memang saya adalah usik mengusik terutama dengan Awie. Biasalah, mulut sayalah pula. Jadi bila berlaku sedikit kekecohan yang tidak dirancang tanpa disangka ia menarik perhatian penerbit. Jadi penerbit pun suruh rakam. Jurukamera pun dok ikutlah kami di belakang pentas tapi kita orang tak peduli pun. Ada kamera atau tidak kami tetap kecoh.


Tidakkah Mas Idayu takut kekecohan itu membuatkan peminat rasa kurang senang dan tempiasnya kena pada Black?


Kalau saya diam nanti orang kata pelik pula dan nampak sangat macam nak raih undi. Biasanya kalau dalam televisyen saya memang kecoh. Tapi kalau di luar saya tidak macam itu. Wartawan pun tahu perangai saya. Kalau di luar saya tak berapa nak ramah dan laser macam itu. Setidak-tidaknya lainlah sikit Mentor kali ini. Tidaklah kita melopong sahaja di belakang pentas. Betul tak? Tapi saya terima apa saja kritikan dan berharap peminat mengundi bukan kerana saya tapi bakat Black. Anggap saja apa yang berlaku di belakang pentas itu sebagai hiburan tambahan. Ayu akui kadang kala apa yang kita buat itu tanpa disedari menyinggung perasaan orang. Kalau rasa saya terlebih sangat di belakang pentas, saya cuba kurangkan. Minta maaf sebelum dan sesudahnya.


Dengar cerita Ayu selalu dera Black, betulkah?

Bukan dera tapi nak mengajar, itu ayat yang sesuai. Memang rotan yang Ayu pegang tu dah naik hancur. Dia nak masuk Mentor ini sebab nak main-main, saja-saja atau mencapai kejayaan. Kalau nak serius itulah sebabnya kena rotan. Kalau tak nak kena rotan kena buat kerja yang saya ajar betul-

betul. Saya ikut pengalaman ayah saya dulu. Lambat buka baju sekolah bila sampai rumah, kena rotan, tak buat kerja rumah, kena rotan, markah matematik rendah kena rotan. Semuanya rotan. Anak saya pun kena rotan kalau buat salah. Tapi mak mana nak dera anakkan? Itu semua cara kita mengajar, dan cara masing-masinglah. Jadi Black kalau buat salah, Ayu rotan juga. Rotan itu bukan gimik tau!

Ayu yakin Black akan menang?

Mentor mana yang tak nak protégé dia menang. Tapi terpulang kepada Black. Saya dah ajar semuanya, tinggal dia yang melaksanakan dan peminat di luar sana yang menentukan. Anda rasa macam mana?


Ke mana Black tu nak diarahkan sebenarnya?


Saya tak mahu dia dikelaskan sebagai penyanyi dangdut. Saya tak mahu dia jadi macam saya. Tapi saya dah tahu ke mana dia nak diarahkan. Setakat ini biar dia belajar semuanya. Pada dasarnya dia minat rock tapi biar dia versatil. Dia baru lagi. Bukan senang nak ajar budak dan tidak ada pengalaman menjadi penyanyi.

Nampaknya Ayu tak pilih bulu dan rupa untuk dijadikan protege. Komen sikit.

Buat apa nak buat macam tu! Seramai 200 orang yang datang uji bakat nak jadi protege saya, Black yang dapat curi hati saya. Buat apa nak malu. Kita tak boleh pilih bulu sekarang ini. Bakat yang penting. Saya tak pernah rasa malu tapi saya marah kalau Black yang bagi saya malu. Maksudnya apa yang saya ajar dia tak dapat sampaikan. Hah tu dia! Jangan sesekali malukan saya. Itu yang penting.

Ayu rasa Ayu sesuai ke jadi Mentor?

Biarpun saya bukan guru vokal yang ajar orang nak nyanyi ooo,ooo, eee,eee,aaa,aaa,aaa tapi pengalaman 17 tahun sebagai penyanyi sudah cukup bagi Ayu untuk tahu di mana sumbang atau tidak seseorang bila menyanyi. Kalau asyik masuk kelas nyanyian yang macam itu bosan juga. Kita ada cara ajar Black. Soal pernafasan dan vokal yang asas itu saya bolehlah ajar. Taklah saya ini buta sangat tentang teknik menyanyi.

Apa pesanan kepada peminat Black?

Kalau peminat undi saya, saya tak dapat apa pun. Tapi kalau Black menang, ‘mak’ pun dapat kereta (ketawa). Habis tu TV3 dah sediakan dua hadiah, nak bagi siapa pulak? Takkan Black yang menang, Awie pulak dapat hadiah? ‘please ye koboi tua!’ Penat saya yang mengajarnya. Saya harap Black buat yang terbaik dan diterima oleh peminatnya dan teruskan mengundi Black.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 12:53 pm

Gambar Wahid Senario Kahwin Lagi?


Wah, Wahid kawin lagi ek? Tak jemput kita pun. Lawa betul baju pengantin nih.. warna hijau. Bukan main bergaya lagi. Siap boleh buat muka lawak lagi tuh.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) 36644910

Ooo ni hanya antara babak dalam drama Senario musim baru aje. Kepada pembaca, jangan lupa untuk tonton siri drama komedi yang bikin korang tak kering gusi di TV3 mulai 30 Jun ini.
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 11Go to page : 1, 2, 3 ... 9, 10, 11  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | Society and Culture | Beauty, Celebrities, Fashion | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions