Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 9, 10, 11
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 11:20 am

Kenapa Ashraf & Sherry putus cinta?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 A21


KEHANGATAN cinta pelakon Ashraf Muslim dengan Sherry Ibrahim tak sampai di penghujungnya.

Mereka bercinta bagai na5k rak tapi tu la kadang-kadang bercinta bagai nak mati pun jodoh tak panjang juga.

Selepas berita perpisahan Ashraf dan Sherry di siarkan media, ramai yang tertanya-tanya apa punca mereka berpisah?

Bukan apa sampai ke hari ini kedua-dua mereka tak mahu buka mulut mengenai kisah itu. Tapi yang sampai ke telinga Niezam khabarnya Ashraf dah banyak kali menasihati Sherry supaya ubah perangai tapi Sherry tak juga berubah.

Ubah perangai? Perangai macam mana pula tu? Perangai kaki shopping ke?

Kalau bab-bab shopping memang semua perempuan macam tu. Susah nak ubah dah.

“Bukan bab tu la tapi aku dengar cerita Ashraf banyak bagi nasihat pada Sheery. Tapi Sherry tak boleh ikut. Sebab tu la hubungan dia orang “panas” dan terus putus,” kata sumber.

Oh... pasal itu ke? Ye la... kadang-kadang nak suruh seseorang ubah perangai pun bukannya mudah. Kena ambil masa. Itu namanya cabaran. Kalau tak ada cabaran, tak best la nak bercinta betul tak?

Walaupun hubungan mereka dah retak seribu tapi khabarnya dia orang masih lagi berkawan baik.

Dalam masa yang sama ada sumber memberitahu hati Sherry sebenarnya masih pada Ashraf lagi. Bagaimana perasaan Ashraf terhadap Sherry tu tak tahu la pula ya?

Baguslah kalau berpisah dengan cara yang baik. Mungkin selepas ni kalau ada jodoh, hubungan mereka tentu akan terjalin kembali.

Niezam pun suka dengan Ashraf kerana dia seorang yang berbudi bahasa dan kuat pegangan agama. Sebab itulah muka dia nampak bersih suci dan murni.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 11:21 am

Diana keluar dengan Farid Kamil

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Hi_21_11
DIANA


HAI Diana, apa khabar? Harap Diana terus tabah dalam melayari kehidupan sebagai anak seni yang berjaya dan berwawasan.

1. Bila cinta lama anda berkubur dan meninggalkan titik hitam, apa yang anda lakukan untuk mengembalikan semangat?

2. Benarkan gosip yang mengatakan anda sudah menjalinkan hubungan dengan pelakon Farid Kamil?

3. Apa ciri-ciri lelaki idaman anda?

n Hassan Ashari, Air Kuning,

Taiping, Perak.

DIANA

1. Hai Hassan. Dee dengar lagu Jamal Terharu. Hahaha. Semangat Dee tak hilang, Hassan. Bersujud dan bersabar saja.

2. Gosip yang lebih bang. Realitinya Farid dan Dee baru nak kenal hati budi dan kami memang sesekali keluar makan. Selebihnya kami berhubungan melalui telefon kerana kami berdua, sibuk dengan jadual masing-masing. Itu pun selepas mendapat kebenaran mama Dee.

3. The Beast, dalam cerita Beauty and the Beast. Haha. Dee senang apabila seseorang itu menghormati Dee dan orang tua, peramah dan bekerja keras untuk berjaya dalam hidup kerana Dee pun very workaholic dan menyokong Dee di dalam pelajaran saya.

Mahu jadi saintis terkenal

Assalamualaikum Diana Danielle, saya merupakan peminat setia Diana dan berharap Diana sudi menjawab semua soalan saya.

1. Apakah cita-cita sebenar Diana semasa sekolah dahulu?

2. Bilakah album Diana dijangka berada dipasaran?

3. Bagaimana peminat ingin membuka laman NRDanielle.com dan menghantar ke e-mel Diana? Terima kasih.

n Shuk Jefrri, Kluang, Johor.

DIANA

1. Hi Shuk Jefrri, Dee bercita-cita untuk menjadi saintis yang dapat mengkaji atau membuat pengkhususan tentang kehidupan di planet bumi dan di alam semesta dan juga menjadi seorang yang sentiasa dapat memberi kebaikan kepada dunia dan kehidupan semua pada am nya.

2. Buat masa sekarang, syarikat yang mengendalikan urusan pembikinan (Metadome) masih berurusan dengan pihak Andra & the Backbone. Jadi Dee tidak dapat memberi tarikh sebenar bilakah single tersebut akan berada di pasaran. Urusan lagu duet Dee akan dikendalikan oleh syarikat Metadome dengan secepat mungkin bersama-sama pihak dari Indonesia dan juga syarikat yang mengendalikan urusan Dee dengan Metadome, iaitu NRDanielle Consultant.

3. Syarikat Dee masih tidak membuka laman web ke pihak awam kerana kami masih mengumpul data, tetapi Dee mempunyai forum semasa iaitu, Diana Danielle Forum untuk berdikusi ilmiah dan sedikit maklumat di http://dianadanielle.yuku.com dan Dee juga mempunyai Facebook menggunakan nama Dee-Diana Danielle.

Berdebar mahu ke universiti

Hai Diana, semoga Diana terus sihat dan berjaya dalam bidang yang diceburi. Saya ada beberapa soalan untuk Diana.

1. Apa perasaan Diana apabila menjadi seorang pelakon dan penyanyi?

2. Apa perkembangan terbaru Diana?

3. Bila Diana akan muncul dengan filem terbaru?

n Tiera, Kuala Lumpur.

DIANA

1. Dee menganggap berlakon dan menyanyi sebagai karier yang mencabar dan memerlukan komitmen yang tinggi. Dee tidak dilahirkan untuk menjadi pelakon / penyanyi, jadi Dee bekerja kuat mendalami ilmu dari semasa ke semasa dan mahu terus diterima.

2. Sebelum ke PLKN, Dee telah menghabiskan watak Dee di dalam dua buah filem bertajuk Kecoh Betul dan Majika. Kedua filem tersebut memberi Dee peluang memegang watak utama bersama Nabil Raja Lawak (Kecoh Betul) dan bersama Mawi, Penyanyi Terkenal di Malaysia (Majika). Setelah keluar PLKN, Dee telah menghabiskan satu rakaman duet bersama Andra & The Backbone di studio kepunyaan Ahmad Dhani, iaitu Legend Studio di Pondok Indah, Jakarta. Dee juga akan bersama-sama artis di bawah naungan Metadome untuk membuat konsert kami di Singapura (25 dan 26 Julai) dan Batu Pahat (27 Julai). Minggu ini Dee juga melaporkan diri ke Nottingham University.

3. Selain Kecoh Betul dan Majika, Dee telah dijemput untuk memegang sedikit peranan di dalam filem Setem arahan Kabir Bahtiar. Kecoh Betul dijangka di tayangkan pada bulan November dan Magika berkemungkinan besar di awal tahun hadapan.

Berdiam diri layan gosip

Hai Diana. Harapan saya agar Diana sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki. Semoga hari-hari yang dilalui oleh anda bertambah ceria dan sejahtera.

1. Apa pengalaman yang mungkin tidak dapat Diana lupakan sepanjang bergelar anak seni

2. Apa petua Diana amalkan apabila dilanda dengan gosip yang tidak berasas?

*Mior Salam Mustapha,

Cheras, Kuala Lumpur.

DIANA

1. Sepanjang bergelar anak seni, Dee tidak dapat melupakan pengalaman bekerja dalam filem Magika kerana berpeluang bekerja dengan pelakon dan penyanyi seperti Mawi, M. Nasir, Ziana Zain, Aznil, dan mestilah abang-abang bertiga dari KRU itu. Dee perlu sentiasa bersedia setiap waktu dan pengalaman bekerja dalam masa yang panjang, meletihkan sehingga Dee jatuh sakit dan kehilangan kawan-kawan sekolah telah mengajar Dee kenapa ibu berat membenarkan Dee berkecimpung dalam bidang ini.

2. Dee membaca buku dan menonton Discovery Channel. Haha. Kesimpulannya, lebih selesa berdiam diri. Walaupun ada antaranya mengecilkan hati saya dan juga membuat saya ketawa. Gosip adalah harga yang perlu dibayar oleh artis.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 11:25 am

Tam tunang Aida 9 Ogos?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Dv_01_18
TAM dan Aida


SEBENARNYA sudah banyak kali Diva dengar gosip pasal duda hangat, Tam Spider yang kononnya bakal menamatkan zaman dudanya. Tapi bila setiap kali teman Diva tanyakan sendiri hal tersebut, Tam kata belum sampai seru.

Namun, berita yang Diva dapat tentang perkahwinan Tam baru-baru ini nampaknya seperti akan menjadi kenyataan. Lagipun ia disahkan oleh seorang teman Tam dan sumber rasmi Diva, Abeyea.

Menurut mereka berdua, Tam bakal bertunang dengan gadis dari Pontian, Johor yang bertugas sebagai pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat korporat. Nama gadis berusia 28 tahun itu ialah Aida Mustapha.

"Setahu saya, Tam memang nak melangsungkan perkahwinan dengan gadis ini dalam tahun ini juga. Tapi tak tahu bila. Lagipun anak bujang Tam, Alif dah besar dan Tam pun dah lama duda.

"Jadi kalau dia kahwin, saya tumpang bahagia," kata teman Tam yang juga seorang duda ini.

Kenyataan teman Tam itu turut disahkan sumber Diva. Kata sumber Diva, mereka sudah merancang untuk bertunang pada 9 Ogos 2009 ini. Diva harap Tam tak marah Diva siarkan wajah bakal suri hatinya. Maklumlah, mesti ramai yang nak tahu siapa kekasih Tam.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 11:26 am

Kuza di Kota Bharu

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Dv_03_10
KUZA dan suaminya, Ramyus di Restoran Nasi Ulam, Kota Bharu.


AKHIR bulan lalu, teman Diva pergi bercuti ke Negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan untuk bertemu teman-teman baiknya di sana.

Jadi mereka pun bawa teman Diva ini ke restoran paling popular di Kota Bharu, Restoran Nasi Ulam. Sedang makan-makan, teman Diva terpandang seorang wanita cantik memimpin budak perempuan comel yang berusia dalam lingkungan setahun lebih.

Selepas ditenung, barulah teman Diva perasan yang wanita cantik itu rupa-rupanya pelakon Kuza atau nama sebenarnya, Tengku Sariza Tengku Muzani. Kuza turut ditemani suaminya, Ramyus Sidique Sidek yang dikahwini pada Oktober 2007.

Teman Diva curi-curi ambil gambar Kuza dan suaminya sebagai bukti dia bertemu Kuza di sana. Tapi dia hanya sempat tangkap gambar Kuza dan suami sedang mengambil makanan.

"Tak sangka aku boleh jumpa dia di Kelantan. Selalu tengok dalam TV saja. Nak minta ambil gambar malu, jadi aku ambil sajalah," kata teman Diva.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 11:27 am

Apa kena Yasin?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Dv_03_11
YASIN bersama anaknya Malaika.


RAMAI yang tertanya-tanya tentang Yasin yang dimasukkan ke wad sebuah hospital di Kuala Lumpur kerana jiwanya dikatakan tak tenang. Ramai peminat dan teman-teman Yasin juga hairan kerana dia yang baru muncul dengan album Arus Qudus, sering menulis perkara pelik dalam laman Facebook miliknya.

Teman Diva cuba menghubungi Yasin tetapi gagal. Namun, sempat juga dia berbual dengan isteri Yasin, Sharifah Eena Houzyama Syed Mokhsain.

"Yasin okey. Dia akan bersedia bercakap dengan pihak wartawan mulai minggu depan," itu penjelasan ringkas Eena, ibu kepada Sameer dan Malaika.

Apa pun Diva harap Yasin atau nama penuhnya, Muhamad Yasin Sulaiman, akan cepat sihat. Khabarnya Yasin telah keluar dari hospital dan sudah kembali melakukan kerjanya yang tertangguh.

Penyanyi yang pernah berlakon dalam tiga buah filem iaitu Syukur 21, No Problem dan Mendam Berahi ini pernah mengaku mengalami kekeliruan identiti ketika mula-mula bergerak sebagai penyanyi solo iaitu dari tahun 2001 hingga 2005.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 11:31 am

Pemuja pemain bola

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Hi_01122


SEWAKTU wajah Ayu Raudhah dioles Tiar Zainal, tidak habis-habis dia diusik jurusolek mahupun pemilik butik yang menaja busana dan lokasi, Datin Lynda Rahim. Semua sudah maklum akan gosip terbaru yang berterbangan di udara.

Kisah kononnya Ayu, 25, sedang menjalin hubungan dengan pemain penyerang pasukan bola sepak Liga Super Negeri Sembilan, Zaquan Adha, 21. Ayu sekadar ketawa. Habis kuat pun dia akan mengusik kembali seolah-olah orang yang lain pula yang sedang digosipkan. Sekali-sekala dia beraksi blur dengan usikan terhadapnya.

Kembar Zaquan, Aidil Zafuan yang juga pemain pertahanan skuad yang sama, berkahwin dengan pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 32, secara senyap-senyap di Songkhla, Thailand pada Februari tahun lalu. Rahsia perkahwinan itu didedahkan Disember lalu selepas Rita disahkan mengandung dua bulan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Hi_01123
Terima trend artis - bintang sukan


Lalu daripada ketawa kecil terus menjadi usikan, Ayu dan si dia dikategorikan dalam tempias cinta klasik 'artis-ahli sukan' yang sudah berlaku sejak sekian lama.

Kalau dahulu nama-nama seperti Haleeda-Azman Adnan, Shahril Arshad-Ani Morat, dan Aidil Zafuan-Rita Rudaini, kini timbul pula gabungan Ayu Raudhah-Zaquan Adha.

Gosip 'cinta'nya merebak bak kertas litmus yang menyerap air. Begitu pantas.

"Memang benar apa yang keluar di akhbar. Saya dan Zaquan Adha keluar bersama. Pertama kali keluar ke Hartamas Square, makan bersama dan sungguh tidak disangka ia terus jadi bahan gosip.

"Begitu juga pertemuan seterusnya, ketika perlawanan pasukan Kedah bertemu Negeri Sembilan di Stadium Darul Aman, Alor Star.

"Boleh kata hari-hari cerita itu keluar. Kalah sewaktu saya bercinta dengan artis dulu," ketawanya manja.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Hi_01121
AYU bimbang bercerita hubungannya dengan Zaquan kerana mereka baru dua kali keluar bersama.


Ayu yang berasal dari Alor Star sebelum ini digosipkan bercinta dengan pelakon, Pekin. Ayu dan Pekin pernah bersama berlakon dalam beberapa drama antaranya Manjalara, Sutera Maya, Jamilah dan Cinta Terhalang.

Ulas Ayu yang mahu segalanya terungkai dan difahami khalayak, hubungannya dengan Zaquan masih di tahap perkenalan. Itu pun bukan dirancang.

Bermula dengan makan beramai-ramai di sebuah meja, ia diikuti dengan keluar berdua sebagai kawan.

"Kalau betul ada hubungan, saya tak akan nafikan. Tapi ini baru dua kali keluar dan kami pun tidak bercakap apa-apa tentang hubungan ini. Kalau betul bercinta, tak apa juga.

"Semuanya menjadikan keadaan agak kekok. Belum apa-apa sudah digosipkan. Segan saya," ujar adik kepada pelakon, Rozita Che Wan ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Hi_01121
AYU RAUDHAH memberitahu dia gemarkan lelaki matang kerana berasa lelaki muda agak keanak-anakan.


Ayu juga berkongsi cerita bahawa dia merupakan peminat sukan bola sepak. Katanya, Selangor merupakan pasukan yang kuat sekarang, begitu juga Kedah yang pernah menjuarai carta liga.

Ayu malah sanggup berjaga malam sewaktu zaman persekolahan dahulu hanya untuk menonton Piala Dunia. Maka tidak salah kalau kelibatnya kini kelihatan di stadium ataupun padang bola. Itu semua atas dasar minat juga.

Orang cuma tahu nama

Ayu ternyata kurang senang dengan gosip cintanya diperkatakan.

"Mungkin ini masa kisah cinta saya hangat dibualkan. Sebelum ini, perjalanan karier saya bebas daripada gosip. Tapi saya akur.

"Cuma saya harap cerita seperti ini tidak akan menutup ruang karier saya. Sebagai pelakon baru, saya mahu khalayak melihat lakonan saya dahulu, bukan mendengar gosip cinta saya," pintanya manja.

Sempat juga dia membuka cerita perihal bagaimana umum mengenalinya. Percaya atau tidak katanya, orang luar hanya mengenali nama Ayu Raudhah tapi bukan peribadinya.

"Bila saya keluar, ramai tak kenal tapi bila saya sebut nama, baru mereka tahu sayalah Ayu Raudhah itu," ketawa dia bercerita.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Hi_01120


Hal ini berlaku katanya mungkin kerana personalitinya yang berubah-ubah. Dalam kaca televisyen dia terlihat lain berbanding di luar. Namun, Ayu tidak menganggapnya satu masalah. Apa yang penting, orang ramai tahu kehadirannya sebagai pelakon.

Sekarang selain sibuk di lokasi drama Nur Kasih, dia baru sahaja selesai penggambaran filem Empat Madu arahan Profesor Madya Abdul Razak Mohideen. Membawakan watak Tipah, karakter itu akan mempamerkan Ayu sebagai seorang yang banyak ketawa sebelum memulakan perbualan.

"Saya juga baru pulang dari Kemboja, 10 hari saya di sana menghabiskan penggambaran drama Lara. Saya bawa watak Suri, seorang gadis Melayu Kemboja. Stail cakap agak meleret-leret," terangnya yang menghadapi masalah kulit disebabkan perubahan cuaca di sana.

Cita rasa lelaki

Sebelum berakhir sesi fotografi yang tebal sulaman ketawa Ayu serta pertuturan dialek Kedahnya, sempat si gadis berkongsi cita rasa. Katanya, dia gemarkan lelaki yang lebih berusia daripadanya yang baru menerjah 25 tahun.

"Kalau ikutkan cita rasa, saya sukakan lelaki yang lebih tua daripada saya. Kalau boleh biarlah 10 tahun lebih tua. Tapi yang penting saya mahukan lelaki yang menyayangi dan memahami saya," katanya ketawa lagi.

Diusik cinta lelaki muda melihatkan Zaquan baru berusia 21 tahun, dia kembali ketawa. Komennya secara umum, lelaki yang muda walaupun ada lagak matang namun masih terselit kebudak-budakan.

Bukanlah satu tabu jika berkasihan dengan lelaki muda, namun segalanya sudah ditentukan Tuhan. Ayu hingga kini belum merancang apa-apa kerana masih meletakkan kerjaya di tangga pertama.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 11:35 am

'Saya bukan gila isim' - Yassin

Didiagnosis gangguan bipolar, mengaku didatangi cahaya


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Hi_02_81
WAJAH terbaru Yassin selepas keluar dari hospital minggu lalu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Hi_02_80


MELANGKAH masuk ke rumah penyanyi dan komposer yang popular dengan lagu Mimpi Laila dan Salsabila, Yassin Sulaiman, 34, yang ditemani isteri dan anak, ramah menyambut.

Dia yang kelihatan sedikit kurus kemudian rancak bercerita tentang pengalaman selama dua minggu hidup dalam keadaan tertekan hingga terpaksa dimasukkan ke wad psikiatri di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Menurut laporan sebelum ini, ramai peminat dan teman-teman Yassin hairan kerana dia yang baru muncul dengan album Arus Qudus, sering menulis perkara pelik dalam laman Facebook miliknya.

Penyanyi yang pernah berlakon dalam tiga buah filem iaitu Syukur 21, No Problem dan Mendam Berahi ini pernah mengaku mengalami kekeliruan identiti ketika mula-mula bergerak sebagai penyanyi solo iaitu dari tahun 2001 hingga 2005.

Mengingati semula peristiwa terbaru ini, Yassin berkata dia didatangi 'cahaya' pada satu malam semasa Maghrib. Katanya, ketika itu dia duduk di meja menghadap komputer dan melayari laman sosial Facebook.

"Tiba-tiba saya didatangi satu cahaya yang terang. Lembik lutut dan sendi saya, lantas saya terus terbaring menghadap kiblat dan menangis sepuasnya.

"Saya tidak tahu adakah ini petunjuk daripada Allah atau godaan syaitan," ujarnya yang kemudian teringat bait sajak yang dibacakan oleh Dian Sastro yang berbunyi "Sadarku akan hadirmu, mematahkan sendi-sendi yang biasanya tegak berdiri".

Bait itu terkandung dalam lagu Alhamdulillah nyanyian Yassin, Ahli Fiqir dan Too Phat.

Bilakah titik mula anda mengalami tekanan mental?

Ia bermula dengan laman sosial Facebook. Saya terlalu taksub dengan masalah dunia dan kawan-kawan. Waktu itu saya terfikirkan masa depan anak-anak saya. Apa bakal terjadi kalau dunia terus begini dengan pelbagai masalah?

Saya obses mahu menyelesaikan masalah dan berdiskusi mengenainya. Peperangan dalam jiwa saya berlaku dan rasa mahu menjadi penyelesai semua masalah. Tapi tekanan ini berlaku perlahan-lahan, bukan secara drastik. Cuma pada hari ketiga, saya semakin tertekan dan berlanjutan selama dua minggu.

Anda ketagih Facebook?

Saya ketagih mahu membuat pengakuan. Ia menjadikan saya hiper. Antara masalah yang saya lihat di dunia sekarang ialah masalah budaya. Saya kemudian bimbangkan masalah ekonomi yang dikuasai riba, jurang kemiskinan kita serta politik Malaysia dan dunia.

Saya juga kerap mengikuti berita di kaca televisyen dan semuanya saya lemparkan ke dalam Facebook. Segalanya saya tulis di ruangan 'What on your mind' kerana itu yang ada dalam minda saya.

Siapa yang mula-mula perasan perubahan anda?

Isteri saya. Dia lihat ada yang tidak kena dengan saya. Kemudian keluarga saya cadangkan saya berjumpa doktor. Mulanya saya enggan kerana ego yang besar. Tapi akhirnya saya pergi berjumpa doktor di HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) yang merasakan saya berdepan dengan gangguan bipolar. Selepas itu, saya bertemu dengan doktor di Hospital Pantai dan mendapatkan kaunseling daripada seorang doktor yang sudah lama saya kenal.

Benarlah yang anda dimasukkan ke hospital?


Ya, benar. Saya masuk ke hospital (HUKM) selama dua minggu mulai pertengahan Mei hingga awal Jun. Mereka menjaga tidur saya agar cukup, diet saya dan diberikan ubat. Malah saya tidak dibenarkan menggunakan komputer atau telefon bimbit. Saya perlu membuatkan rutin hidup saya kembali normal.

Apa perubahan yang mahu anda buat selama dua minggu dalam tekanan?

Saya terpanggil untuk mengubah nasib masyarakat. Semangat itu terus datang tapi saya gagal kerana terlalu gopoh untuk bertindak. Saya juga mahu mengubah perangai orang yang buruk kepada baik. Dua minggu itu jiwa saya bagaikan berkonfrontasi. Ego saya sangat mewah dan besar. Hanya saya yang betul.

Apa komen anda bila dikhabarkan gila isim?

Oh, gila isim? Malah ada orang kata saya ketagih dadah. Bagi saya, ini tidak betul. Isim adalah terminologi orang lama yang tidak tahu akan hal saintifik. Ilmu sekarang sudah berada di hujung jari. Isim ini definisi lama. Saya cuma tertekan dan didiagnosis doktor sebagai gangguan bipolar.

Mulanya saya enggan menerima fakta ini tapi difikirkan, mungkin betul. Gangguan ini sama ada membuatkan orang menjadi sedih atau hiper.

Anda bagaimana sekarang?

Saya tidak pernah berasa sebaik sekarang. Mood saya stabil dan Alhamdulillah. Ada hikmah di sebalik semua kejadian. Saya juga sudah malas untuk menonton berita. Mahu rileks. Tapi saya tidak fobia kepada Facebook. Saya bersyukur kerana pernah angan-angan untuk mengalami perubahan pada usia 40. Tetapi Allah mempercepatkan proses itu dan saya didatangi segala hal pada usia 34 tahun.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 11:36 am

Shafek tunggu dilamar penerbit

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Hi_03_34

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Hi_03_35


JIKA kata-kata 'usaha tangga kejayaan' sekadar hipotesis, perjalanan diri Karl Shafek merentasi dunia seni sesuai dijadikan observasi.

Laluan menuju kejayaan tidak semestinya lurus. Permulaan sebagai seorang wartawan penyiaran akhirnya memberi ruang bagi dirinya untuk mengekspresikan kemampuan diri.

Selangkah demi selangkah mendekati cita-cita, dia akhirnya diberi peluang menjadi pengacara bebas bersama TV9.

Selepas itu, dia ditawarkan satu watak dalam telefilem Aku Anak Artis yang baru sahaja ditayangkan di Astro Ria, Mei lalu.

Menurut Shafek, dia selalu merasakan dirinya terlalu kecil untuk berada dalam lapangan hiburan. Namun, hati yang kecil tidak dapat menutup minatnya yang besar.

"Dulu masa kecil-kecil selalulah berangan nak ada watak sendiri. Setiap kali dalam perjalanan menuju ke sekolah, saya suka cakap sorang-sorang macam cerita yang saya tengok dekat televisyen.

"Tapi tak pernah pula terfikir nak jadi pelakon," ujarnya.

Berbekalkan pengalaman sebagai seorang pramugara, Shafek sentiasa mencurahkan sepenuh dedikasinya ke atas setiap pekerjaannya.

"Dulu masa saya jadi pramugara, macam-macam yang saya dah lalui. Semua kerja yang saya buat pun ada nilai dan pengalaman tertentu.

"Pernah juga saya rasa detik kecemasan semasa bertugas. Tetapi saya kuatkan diri dan ingat balik tanggungjawab saya pada semua penumpang. Saya sedar semua pengalaman itu banyak mendewasakan saya," ujar Shafek yang mula menjadi pengacara untuk RTM sejak berumur 24 tahun.

Peluang berlakon bersama pelakon berpengalaman seperti Didie Alias, Dina dan Tam Suhaimi, kata Shafek, memang menyeronokkan.

"Mereka juga banyak memberi tip lakonan kepada saya," ujar anak kelahiran Pahang ini.

Shafek kini sedang menanti peluang untuk dilamar oleh beberapa penerbit lain.

"Saya ingin terus dikenali melalui bakat saya," tuturnya yang berterima kasih kepada Ghaz Abu Bakar, pengarah Anak Aku Artis yang memberinya peluang berlakon.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 11:38 am

Aliff rindu aksi askar

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Hi_04_24
ADA kanak-kanak datang kepadanya dan memberitahu bahawa dia tidak kacak.


SESUDAH popular dengan lagu Akan Tiba yang ditulis oleh rakan seperjuangan, Amylea dan dijadikan lagu tema drama Rona Roni Makaroni, kini Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Alif Satar, 19, bersemangat untuk muncul dengan sebuah album penuh.

Album perdana Alif di bawah label Sony Music ini direncana keluar seawal-awalnya bulan Ogos depan dan mendapat sentuhan komposer seperti Audi Mok, Aidit Alfian dan Zimi Sofaz. Selain itu, Alif juga mendapat rencah luar untuk albumnya apabila menyelitkan sebuah lagu gubahan komposer Indonesia bernama Panji Sakti.

"Saya cuba untuk menulis lagu dan lirik sendiri tetapi setakat ini belum berani untuk keluar dengan material tulisan sendiri," ujarnya yang mahu mengikuti jejak John Mayer yang keluar dengan gaya sendiri.

Peserta pertandingan program realiti One In A Million (OIAM) musim pertama yang juga anak sulung daripada empat beradik ini mula menganggap bidang pengacaraan sebagai semakin dekat dengan dirinya.

Bermula dengan menjadi pengacara rancangan Remaja, bergandingan dengan Juliana Sophie Evans, kini dia selesa mengacarakan program seperti Chopp! dan Idola Bintang Kecil.

"Saya pada mulanya hanya mencuba. Tapi nampaknya rezeki saya ke arah ini menjadi. Syukur," ujarnya yang gemarkan kanak-kanak.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Hi_04_25
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 11:39 am

jalan terbaik

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Hi_05_15
ROSSA memeluk erat Rizky yang semakin bijak dan petah berbicara pada usia dua tahun.

PERJALANAN cinta Sri Rossa Roslaina Handiyani dan Suhendro Prasetyo bernoktah sudah.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 11:40 am

Loga Alleycats dapat Datuk

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Ne_07_15
MENDIANG LOGA


PULAU PINANG - Susan Lovei, isteri penyanyi kumpulan Alleycats, Loganathan Arumugum atau Loga yang menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) bagi pihak mendiang, menyifatkan anugerah tersebut sebagai pengiktirafan kepada industri muzik negara.

"Pingat ini adalah satu penghormatan kepada industri muzik tanah air," katanya.

Loga adalah antara 793 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas yang ke-71 semalam.

Darjah yang diberikan kepada mendiang membawa gelaran Datuk.

Mendiang yang dilahirkan di Pulau Pinang pada 1953 merupakan pemain flut selain vokalis kedua bagi kumpulan Alleycats. Loga meninggal dunia pada 4 Jun 2007 akibat barah paru-baru pada usia 54 tahun.

Kumpulan Alleycats yang berasal dari Pulau Pinang terkenal sejak tahun 70-an dan popular dengan lagu-lagu seperti Sampaikan Salam dan Andainya Aku Pergi Dulu.

Lagu Kasih Tak Kesampaian yang dimuatkan dalam album terbaru Alleycats merupakan single terakhir Loga.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 11:42 am

Badan Raja Pop seperti kedai ubat

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Du_01_11



RAJA Pop, Michael Jackson mengambil dos berlebihan ubat penahan sakit Demerol dan Metadon sejurus sebelum meninggal dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Campuran ubat penahan sakit itu berbahaya kepada manusia dan cukup kuat untuk membunuh orang biasa dalam kadar segera.

Bagaimanapun, Raja Pop yang terkenal dengan lagu Beat It itu terselamat sehingga saat kematiannya dua minggu lalu kerana dia biasa mengambil dos berlebihan menyebabkan badannya lali dengan kesan sampingan 'tonik maut' tersebut.

"Tubuh manusia berupaya mewujudkan toleransi terhadap dos besar ubat-ubatan tetapi tubuh akhirnya berhenti berfungsi kerana beban ubat berlebihan. Itu yang berlaku kepada Michael," kata satu sumber.

Penemuan mengejutkan itu terkandung dalam laporan awal ujian keracunan yang diserahkan kepada pejabat koroner daerah Los Angeles di sini kelmarin.

Laporan tersebut didedahkan ketika beberapa sumber menyatakan kematian penyanyi bergelar Jacko itu ada kaitan dengan jenayah pembunuhan.

"Michael tak ubah seperti kedai ubat semasa dia meninggal dunia. Dia tidak akan mampu bertahan," tambah sumber itu.

Selain dos maut Demerol dan Metadon, ujian darah turut mengesan kandungan ubat penenang, Xanax dalam jumlah yang tinggi.

Turut dikesan dalam darah Jacko ialah ubat bius Propofol yang hanya dibenarkan digunakan di hospital-hospital tetapi penyanyi tersebut mengambilnya sebagai ubat tidur.

"Laporan itu dijangka meningkatkan tekanan terhadap pihak polis untuk mengenal pasti bagaimana Jacko memperoleh pelbagai ubat preskripsi dan mencari doktor-doktor yang cuai kerana membekalkannya," jelas sumber berkenaan.

Penyanyi terhebat sepanjang zaman itu meninggal dunia pada 25 Jun lalu akibat serangan jantung di kediaman yang disewanya di sini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 12:04 pm

Wan Kamaruddin tangguh kahwin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Wan-ka10


Baru-baru ini Mangga Muda dan kawan-kawan duduk lepak kat deretan kedia mamak di Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur. Kat situ dah meriah dengan kelab dan restoran masakan Barat.

Ni bukan cerita makanan di kedai mamak atau kisah kelab malam di situ, tapi cerita pasal seorang selebriti tampan yang masih membujang, Wan Kamaruddin. Nak tahu apa cerita?

Macam ni... sedang asyik bersembang tiba-tiba nampak kelibat seorang rakan lama yang rapat dengan Wan. Mereka pernah kerja bersama.

Dia singgah bersembang dan akhirnya terbuka rahsia. Katanya Wan sepatutnya berkahwin pada tarikh terdekat ini, tapi nampaknya tarikh kahwinnya terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain.

Antara sebabnya ialah kesibukan Wan sendiri dengan bisnes produksi program TV yang memerlukan dia sendiri turun padang.

Wan ni ramai yang tahu sifatnya yang tak suka menguar-uarkan cerita peribadi, dia lebih suka tumpukan kepada kerja dan tidak meletakkan dirinya sebagai seorang selebriti dalam bekerja.

Sebab itulah bab-bab peribadi ini tak banyak yang dikongsikan dengan peminat. Dia suka berahsia.

Tup-tup dengar cerita dia kena tangguh perancangan berkahwin. Sebab itulah terkejut mendengarnya sebab sebelum ini tak ada pula dengar pasal perancangan dia nak menamatkan alam solo.

Dengarnya wanita yang menjadi pilihan Wan tu orang dalam dunia penyiaran juga. Kiranya akan terbina sebuah keluarga penyiaranlah nanti. Semoga segala perancangan akan berjalan lancar.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 12:20 pm

Noniswara nak kahwin lagi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Nonisw12


Lama sudah pelakon cantik Noniswara bersendirian tanpa lelaki bergelar suami di sisinya. Hidup Nonis ditemani anak-anak yang semakin membesar.

Mangga Muda dengar Nonis sudah bertemu seorang lelaki yang akan menjadi suaminya.

Patutlah semasa Mangga Muda nampak Nonis dalam sebuah majlis baru-baru-baru ini berseri-seri muka dia.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Nonisw11


Malah Nonis hadir ke majlis itu bersama lelaki yang bakal menjadi suaminya. Tapi tak sempat pulak nak snap gambar mereka.

Nonis sedang berbahagia dan akan menamatkan alam solonya awal Ogos depan. Dia tak menyorok lagi apabila rakan-rakan bertanya pasal perkara itu.

Kiranya raya tahun ini Nonis akan kembali berasa beraya di rumah mentua dan mencium tangan suami di pagi rayalah.

"Nonis beritahu aku dia nak kahwin bulan Ogos ini," kata rakan Mangga Muda yang sempat berborak dengan Nonis.

Mangga Muda tak sempat pula nak berborak sebab ke majlis itu atas urusan tugas. Apabila selesai tugas, Nonis dan nak berangkat pulang.

Mangga Muda nak ucapkan tahniahlah kepada Nonis dan nak doakan agar Nonis dapat mengecap kebahagiaan semula.

Dulu Nonis pernah kata bersendiri lebih baik. Nampaknya kali ni Nonis akan kata berdua lebih baik pula.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Nonisw10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 12:27 pm

Mahkamah benarkan pecah masuk rumah sewa Amelina

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 00166511


SHAH ALAM 10 Julai - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan seorang lelaki untuk pecah masuk dan menjual barang yang disita serta mengambil semula rumah banglo berkembar dua tingkat yang disewakan kepada bekas ratu dangdut, Amelina di Kota Kemuning, di sini.

Majistret Sharifah Norazlita Syed Salim Idid memutuskan demikian selepas mendengar permohonan sebelah pihak yang dikemukakan oleh pemilik banglo, K. Madhavankutty, 47, melalui peguamnya, Arnold Andrew.

''Permohonan ini tiada halangan. Saya benarkan permohonan plaintif dengan kos,'' katanya ringkas.

Turut hadir pada prosiding hari ini ialah peguam yang mewakili Amelina, Nik Raihan Nik Jaafar.

Semasa ditemui di luar mahkamah, Andrew memberitahu, tindakan pecah masuk dengan menggunakan kekerasan munasabah itu akan dibuat selepas pihaknya menerima perintah mahkamah itu dalam tempoh seminggu dari hari ini.

Sementara Nik Raihan pula memaklumkan pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi mengetepikan perintah tersebut.

Selasa lalu, Madhavankutty memfailkan permohonan menggunakan kekerasan munasabah untuk masuk ke dalam premis dengan menggunakan tukang kunci jika perlu untuk melelong perabot yang disita dan mengambil semula rumahnya.

Permohonan itu dibuat selepas Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina Amir Sharifuddin, 35, tidak membuka kunci pagar rumah berkenaan walaupun mahkamah yang sama sudah menolak permohonannya untuk menghalang proses pelaksanaan lelongan barangan perabot, Isnin lepas.

Amelina dan suaminya, Reduan Mahamood dikatakan mula menyewa rumah berkenaan mulai Mac lalu dengan kadar sewa sebanyak RM2,700 sebulan.

Masalah dikatakan mulai timbul selepas pasangan suami isteri itu didakwa tidak menjelaskan bayaran sewa separuh bulan kedua dan bayaran utiliti sehingga mencecah lebih RM2,000.

Mereka dikatakan tidak membayar sewa bagi bulan Jun dan Julai dengan alasan kedua-duanya tidak lagi tinggal di rumah tersebut.

Akibat tindakan itu, pemilik rumah berkenaan, Madhavankutty memfailkan permohonan untuk menyita dan melelong perabot iaitu kabinet dan sofa yang diperbuat daripada kayu jati bagi menjelaskan sewa rumah berkenaan dan permohonan itu telah dibenarkan oleh mahkamah pada Jumaat lalu.

Amelina melalui seorang lagi peguamnya, Hairul Nizam Omar kemudiannya memfailkan permohonan untuk menghalang proses pelaksanaan tersebut tetapi ditolak oleh mahkamah pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, perintah untuk melelong perabot berkenaan tidak dapat dilaksanakan berikutan rumah tersebut berkunci.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 12:31 pm

Hikmah Kelahiran Bayi Rita Rudaini, Aidil

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 71120010


KL 11 JULAI 2009: Kelahiran seseorang bayi tentunya membawa rahmat bagi sesebuah keluarga. Murai Batu percaya dengan lahirnya bayi comel bernama Airit Rayyan Rizqin, ia menyemarakkan lagi kasih sayang antara pelakon Rita Rudaini dan suaminya, pemain bola sepak, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak.

Bukan itu sahaja, kelahiran yang paling ditunggu-tunggu itu juga diyakini mengeratkan semula hubungan Rita dengan keluarga Aidil yang sebelum ini pernah dilaporkan tegang selepas mereka berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand.

Sejuk hati Murai Batu apabila mengetahui ayah dan ibu mertua Rita, Azizah Arshat, 57, dan Abd. Radzak Salleh, 60, turut datang melawat cucu mereka di Pusat Perubatan Prince Court di sini. Ibu Rita sendiri, Basriah Ibrahim, 59, turut berada ada menemani Rita.

Airit Rayyan yang seberat 2.91 kilogram telah selamat dilahirkan secara normal kira-kira jam 1.20 pagi kelmarin, Khamis. Lebih bermakna, Aidil sendiri berada di bilik bersalin untuk melihat saat-saat manis Rita melahirkan anak sulung mereka.

Murai Batu difahamkan, selepas ini, Rita yang juga duta Celcom akan pulang ke kampung halamannya di Kangar, Perlis untuk berehat dan berpantang.

Sebelum ini, perkahwinan mereka secara senyap-senyap itu telah mencetuskan kontroversi apabila Rita dan Aidil membuat pengakuan bahawa mereka telah berkahwin di Songkla, Thailand pada Februari 2008. Kemudian Mahkamah Rendah Syariah di sini memutuskan pernikahan itu sah mengikut syarak dan mempunyai dokumen yang lengkap.

Murai Batu ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Rita dan Aidil dan semoga keluarga mereka bersatu dan dilimpahi rahmat.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 12:35 pm

Babak Fasha Gugur Anak Dipotong!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 78200910


Babak Fasha Sanda menggugurkan anak secara sadis setelah didapati mengandung anak luar nikah adalah antara yang dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) ke atas filem Skrip 7707.

Pengarah filem berkenaan, Prof Madya A. Razak Mohaideen, berkata babak tersebut dipotong kerana LPF mendapati ia menggerunkan dan tidak bersesuaian untuk tontonan umum.

Skrip 7707 adalah rangkuman 9 kisah hantu tempatan yang dikumpul daripada kisah benar mereka yang pernah melaluinya. Filem yang akan ditayangkan mulai 16 Julai 2009 itu dibintangi oleh 35 pelakon terkenal, antaranya Norman KRU, Norman Hakim, Abby Abadi, Fasha Sandha, Fouziah Gous, Que Haidar, Kenchana Devi, Sharifah Shahirah, Ruminah Sidek, Seniwati Mariani Ismail, Sidek Hussein, Jehan Miskin, Maimon Mutalib dan M.Rajoli.

"Kami terima dan akur dengan keputusan LPF itu. Ia tidak menjejaskan jalan cerita. Berani saya katakan konsep filem seperti ini tidak pernah lagi dilakukan oleh mana-mana pengarah di dunia. Dua tahun lepas, kami telah membuat kajian orang ramai. Berdasarkan penemuan itu, kami merangka Skrip 7707 agar ia menjadi lebih hebat. Menariknya, klimaks terdapat pada setiap 10 minit.

"Kami banyak mengumpulkan kisah-kisah hantu yang telah diceritakan oleh rakan-rakan melalui pengalaman mereka, perbualan di kedai kopi, di tempat kerja dan sebagainya. Bagaimanapun kami telah membuat tapisan sehingga menemui 9 kisah yang benar-benar menarik untuk diterbitkan dalam sebuah filem.

"Filem hantu juga memerlukan gabungan kesan bunyi yang berkualiti. Untuk menambahkan lagi kualitinya, kami telah menggunaka sistem Digital Dolby Surround dan teknik CGI pada babak yang sesuai. Kami juga bercadang untuk menayangkan Skrip 7707 di Perth, Australia bulan depan," kata Razak ketika ditemui selepas majlis pratonton filem tersebut di Cathay, Cineleisure, Mutiara Damansara, petang semalam.

Sinopsis

Ia mengisahkan seorang produser filem bernama Burn (Norman KRU) berhasrat menghasilkan sebuah filem seram tetapi menghadapi masalah untuk mendapatkan skrip.

Beliau telah mengarahkan pembantunya Fouziah (Fouziah Gous) mengiklankan dalam akhbar harian tentang majlis perjumpaan, kepada sesiapa yang mahu berkongsi cerita seram. Perjumpaan tersebut diadakan di sebuah tempat di tanah perkuburan Cina.

Selepas perjumpaan itu terlaksana, keesokan harinya, sewaktu Burn sedang menyiapkan skrip tersebut, tiba-tiba Fauziah memaklumkan kepada beliau mengenai sambutan iklan itu yang mendapat sambutan hebat. Pembantunya juga mengingatkan bahawa pada malam hari ini perjumpaan tersebut akan diadakan. Apa yang peliknya, majlis itu sudah diadakan malam tadi.

Namun produser itu kemudiannya mendapati pelbagai perkara ganjil dan misteri telah berlaku keatas dirinya.

Kisah 1
Pelakon: Kenchana Devi dan Pekin


Seorang pelajar yang menginap di hadapan sebuah bilik kosong sentiasa berasa curiga mengapa bilik di depannya dibiarkan kosong. Tambahan pula, pelajar itu sering terdengar bunyi-bunyi pelik datang dari bilik tersebut.

Kisah 2
Pelakon: Maimon Mutalib dan M.Rajoli


Seorang remaja lelaki telah meninggal akibat kemalangan motosikal. Selepas pemergiannya, adik perempuannya sering ternampak kelibat abangnya yang telah meninggal dunia itu.

Kisah 3
Pelakon: Que Haidar dan Sharifah Shahirah


Seorang pelajar sedang menghabiskan kerjanya di makmal komputer sehingga lewat malam. Tiba-tiba dia terdengar bunyi dan terasa seperti ada sesuatu ada di belakangnya. Ini membuatkan dia mahu balik dan terus menuju ke lift. Tetapi dia hairan kerana lif tersebut berhenti di setiap tingkat.

Kisah 4
Pelakon: Maimunah Ahmad, Ruminah Sidek dan Almy Nadia


Seorang wanita yang sedang sarat mengandung dalam kesakitan telah mendesak suaminya untuk memanggil bidan. Suaminya keluar meninggalkan isteri dan ibunya di rumah. Tidak lama kemudian bidan yang sepatutnya dipanggil si suami itu telah tiba di rumah mereka seorang diri. Persoalannya, di manakah si suaminya berada?

Kisah 5
Pelakon: Fasha Sandha


Ayu adalah seorang gadis kampung yang sedang dilamun cinta. Apabila dia memberitahu kekasihnya bahawa dia telah mengandung tetapi kekasihnya tidak mahu bertanggungjawab lantas meninggalkannya. Ayu tidak sanggup untuk menanggung beban ini lantas mahu menggugurkan sendiri kandungannya dengan cara yang sadis.

Kisah 6
Pelakon: Norman Hakim, Abby Abadi dan Seniwati Mariani Ismail


Seorang wanita tua muncul sebuah di bilik mayat untuk menuntut mayat anaknya tetapi sesuatu yang aneh telah berlaku. Tidak berapa lama kemudian sepasang suami isteri juga datang menuntut mayat tersebut. Berlaku pertelingkahan kecil antara doktor dan pasangan itu apabila doktor memaklumkan bahawa ibu mereka telah menuntut mayat tersebut walhal wanita itu telah lama meninggal dunia.

Kisah 7
Pelakon: Jehan Miskin


Lelaki yang bekerja sebagai tukang tarik kereta pergi berjumpa dengan orang yang sepatutnya membayar duit kereta, tetapi pertemuan itu menjadi ganas apabila orang yang sepatutnya menjelaskan hutang itu meminta tangguhan. Ini membuatkan tukang tarik hilang sabar dan membelasah penghutang itu sehingga mati. Selepas itu kehidupan lelaki berkenaan tidak aman lagi.

Kisah 8
pelakon: Sidek Hussein


Seorang pesakit di satu hospital telah dikunjungi oleh kawan-kawannya. Sedang mereka sibuk berborak, mereka terdengar ketukan. Seorang lelaki tua telah muncul di tingkap memarahi mereka kerana terlalu bising. Keadaan bertukar seram apabila si pesakit tiba-tiba menggeletar ketakutan melihat lelaki tua tersebut.

Kisah 9

Sekumpulan rakan telah bermalam di sebuah hospital lama. Semasa berada di sana, mereka berasa tidak selesa apabila menyedari kehadiran entiti lain. Ini membuatkan mereka berasa takut dan ingin pulang. Adakah semuanya sudah terlambat?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 12:39 pm

Realiti Fazura

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Mainp271


DIPALIT satu demi satu kontroversi hingga sampai ke tahap terpaksa turun naik mahkamah selama lima tahun adalah sebahagian diari hidup pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 25, atau nama komersialnya Fazura.

DIPALIT satu demi satu kontroversi hingga sampai ke tahap terpaksa turun naik mahkamah selama lima tahun adalah sebahagian diari hidup pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 25, atau nama komersialnya Fazura.

Jika hati tak cukup tabah, sesiapa yang berdepan cabaran seperti itu pasti mudah saja tersungkur, tutup buku lantaran malu untuk berdepan masyarakat yang kebanyakan lebih cenderung memandang serong dan sinis.

Namun, artis bertubuh kecil ini yang pernah dinobatkan Pelakon Harapan Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-17 (FFM17) ini nyata berjiwa kental.

Baginya, sebarang konotasi negatif yang dilemparkan kepadanya cuma asam garam anak seni yang terpaksa ditelannya apabila memilih untuk ada di dalam dunia dianggap glamor ini.

"Saya sudah lali dengan semua itu dan sedar pelbagai elemen negatif pernah dilabelkan kepada saya seperti berimej seksi, liar dan ada skandal dengan orang kenamaan.

"Bagi saya, segala gosip atau cerita kurang enak itu adalah risiko yang perlu saya tempuh, namun ia tidak mendesak diri saya untuk memperjelaskan setiap isu ditimbulkan.

"Sebaliknya, saya perlu teruskan perjuangan dalam dunia seni dan saya tidak akan berundur atau berpatah balik, jauh sekali berasa menyesal kerana memilih bidang seni," kata gadis peramah dan mudah didekati ini.

Pada masa sama, Fazura yang menerajui watak utama dalam filem Bicara Hati arahan Rosnani Jamil pada awal kemunculannya juga tidak pernah menganggap kontroversi yang singgah pada dirinya ibarat satu publisiti yang mampu membantu kariernya.

"Saya tidak pernah melihat kontroversi sebagai publisiti, sebaliknya ia anasir yang mampu mencalar reputasi serta nama saya sebagai selebriti," katanya yang kini sibuk mempromosi filem terbaru lakonannya, Pisau Cukur.

Mengimbau secebis episod hitam dalam hidup Fazura, ia bermula apabila dia didakwa di mahkamah atas tuduhan mencederakan seorang suri rumah dalam pertelingkahan di sebuah pusat hiburan di ibu kota pada jam 1.20 pagi, 19 Disember 2004.

Sejak itu, bermulalah babak naik turun mahkamah untuk Fazura menyelesaikan proses perbicaraan yang berlarutan hampir lima tahun hinggalah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memuktamadkan dia tidak bersalah dan bebas sepenuhnya.

Ini berikutan hakim membenarkan permohonan pihak pendakwaan menarik balik rayuan mereka untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 22 September tahun lalu, membebaskan dan melepaskan Fazura di atas tuduhan itu.

Justeru, Fazura yang turut popular melalui siri televisyen Gol dan Gincu kini bersemangat dan tidak akan menoleh ke belakang lagi untuk meneruskan perjuangan dalam kariernya.

Terbaru, bekas pengacara saluran MTV Asia ini diberi tanggung jawab sebagai pengacara program realiti mencari bakat seni lakon, Anak Wayang yang kini rancak ditayang di Astro.

"Anak Wayang adalah program yang menarik dan unik daripada segi konsepnya kerana ia satu platform untuk mencari bakat lakon yang berbeza berbanding program realiti sedia ada.

"Sebagai pengacara, tanggung jawab saya ialah menyalurkan seberapa banyak informasi mengenai peserta dan program itu kepada penonton," katanya yang pernah mengendalikan acara penganugerahan secara langsung, Anugerah Skrin TV3 dua tahun lalu.

Fazura berkata, mengikut perancangan awalnya, dia tidak mahu lagi terbabit dalam aktiviti pengacaraan kerana ingin mengembangkan bakat seni ke cabang lain.

"Bagaimanapun, selepas diteliti dan mendapat penerangan pihak penerbitan, saya teruja dan tertarik dengan perjalanan program ini. Sebab itu saya memberi ruang dan peluang kepada diri saya untuk mencuba pengalaman baru ini," tambahnya.

Fazura yang juga bergandingan dengan aktor popular, Rusdi Ramli dalam memastikan objektif asal program dipenuhi, turut mengakui peranannya sebagai pengacara Sesi dan Dialog Anak Wayang ini tidak semudah dilihat.

"Menghafal skrip, menepati konsep program yang bersifat santai dan bersahaja, menganalisis informasi berkenaan program serta menjaga lenggok bahasa tubuh dalam masa sama di depan kamera adalah satu beban yang perlu dipikul sebagai pengacara.

"Komitmen terhadap Anak Wayang yang perlu saya langsaikan adalah tiga hari seminggu bagi penggambaran keseluruhan," katanya.

Selain itu, gadis kelahiran Pahang ini sibuk menjalani penggambaran filem terbaru lakonannya Lagenda Budak Setan, sebuah karya adaptasi daripada novel terlaris sekitar 1980-an olahan Ahadiat Akashah yang giat dijalankan sekitar Pulau Langkawi.

Fazura yang sekali lagi mendukung watak utama sebagai Kate bergandingan dengan aktor muda, Farid Kamil selain Que Haidar, Raja Farah, Nubhan dan Zoey.

"Lagenda Budak Setan yang diarahkan Sharad Sharan memerlukan saya meneliti dan fokus kepada penceritaan novel itu bagi mendalami watak diberi. Jelas ia satu pengalaman baru yang menyeronokkan," katanya.

Menurut Fazura, jadual karier seninya yang padat mendesaknya bijak membahagikan masa serta memilih ruang merehatkan diri.

Ketika menyentuh persoalan mengenai sebuah lagi program realiti yang hampir serupa konsepnya dengan Anak Wayang, hasil idea aktor tersohor, Rosyam Nor iaitu Pilih Kasih yang ditayangkan di TV2, Fazura enggan mengulas panjang berikutan kurang mengikuti perjalanan serta corak program berkenaan.

"Saya tidak langsung memandang Pilih Kasih sebagai saingan atau menganggap program itu memberi cabaran berat kepada saya biarpun ia diteraju pengacara berpengalaman, Raja Azura dan penyampai radio Era FM, Reza Mohammad.

"Sebaliknya, saya memandang daripada sudut positif dengan menganggapnya sebagai persaingan sihat kepada industri hiburan tanah air," katanya yang turut memuji inisiatif seniornya, Rosyam yang menerbitkan Pilih Kasih.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 12:41 pm

Jantung Ainina dibedah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Mainp272


PELAKON wanita berwajah ayu yang sering membawakan watak sopan dan penuh budi pekerti ini pasti tidak dapat dilupakan peminat drama tempatan satu ketika dulu.

PELAKON wanita berwajah ayu yang sering membawakan watak sopan dan penuh budi pekerti ini pasti tidak dapat dilupakan peminat drama tempatan satu ketika dulu.

Ia sesuai dengan penampilannya yang cukup anggun sebagai wanita Melayu beradab.

Lebih daripada itu, anak kepada pelakon Allahyarham Ahmad B ini mengambil keputusan untuk tampil dengan imej bertudung awal 2002 selepas berniat sembuh daripada penyakit misteri pada 1999.

Namun, siapa sangka Ainina Ahmad B, 40, yang juga isteri kepada bekas vokalis kumpulan Mega, Rahmat Tohak, kini menderita sakit jantung sehingga memerlukannya menjalani pembedahan kecemasan Jumaat lalu di Institut Jantung Negara (IJN).

Ainina yang kurang muncul menerusi kaca televisyen kerana lebih menumpukan kepada kerja alih suara di belakang tabir, dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh kira-kira tiga minggu lalu selepas mengadu cepat penat dan kurang sihat.

Ibu kepada seorang anak, Nur Arieana Rahmat, 7, ini menjalani pemeriksaan di hospital itu sebelum dirujuk kepada IJN selepas hampir lima tahun mengalami masalah cepat penat dan sering tidak sedap badan.

Sejurus mengetahui berita penyakit terbabit, Selebriti segera menghubungi Rahmat untuk bertemu Ainina. Hasrat itu bagaimanapun tidak kesampaian apabila keadaan Ainina semakin kritikal dan tidak dibenarkan melawat selain ahli keluarga.

Rahmat memaklumkan jantung isterinya terkena jangkitan kuman sebelum diberi rawatan menggunakan antibiotik, namun jangkitan itu sudah merebak, menyebabkan injap jantungnya rosak dan terpaksa menjalani pembedahan segera memandangkan itu rawatan terbaik buatnya.

“Menurut pakar, injap jantung Ainina terpaksa digantikan dengan injap palsu dan dia harus bergantung kepada ubat selepas ini.

“Insya-Allah, keadaannya akan pulih seperti biasa selepas menjalani pembedahan,” kata Rahmat sehari sebelum operasi pembedahan itu berlangsung.

Katanya, keadaan menjadi lebih parah kerana penyakit Ainina lambat dirujuk kepada pakar lantaran lewat dikesan, menyebabkannya merebak sehingga memerlukan pembedahan.

Rahmat turut memberitahu, keadaan Ainina stabil walaupun berat badannya mula susut sejak dimasukkan ke hospital.

Menyentuh kos perubatan yang mungkin menelan belanja besar, Rahmat bersyukur kerana beberapa persatuan sudi menghulurkan sumbangan, namun dia masih menunggu laporan daripada IJN.

“Saya ada menghubungi kenalan rapat dalam industri dan mereka memberitahu, persatuan mempunyai dana bagi membantu menampung kos perubatan.

“Cuma, saya harus menunggu laporan penuh daripada IJN mengenai jumlah kos yang dikenakan sebelum membuat permohonan dana itu,” kata Rahmat yang terharu dengan keprihatinan pelbagai pihak yang memberi sokongan moral terhadapnya dan isteri.

Dia juga berharap masyarakat, khususnya peminat dan rakan yang mengenali Ainina, berdoa semoga kesihatan isterinya kembali sedia kala dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 12:41 pm

Ajai nikah 15 Ogos?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Mainp273


MALAM ini menjadi penentu siapakah pemenang rancangan realiti Mentor musim ketiga yang bakal membawa pulang wang tunai RM100,000 dan kereta mewah Kia Spectra 5 selain mentornya yang turut memperoleh wang tunai dengan jumlah sama.

MALAM ini menjadi penentu siapakah pemenang rancangan realiti Mentor musim ketiga yang bakal membawa pulang wang tunai RM100,000 dan kereta mewah Kia Spectra 5 selain mentornya yang turut memperoleh wang tunai dengan jumlah sama.

Namun yang CAK nak ceritakan kali ini bukan mengenai program itu, sebaliknya mengenai seorang mentor yang berjaya ke peringkat akhir dan bakal menamatkan zaman dudanya tidak lama lagi.

Mohd Faizal Maas atau lebih dikenali sebagai Ajai, komposer dan penyanyi yang pernah berkahwin dengan penyanyi, Nurul, dikhabarkan akan berkahwin dengan wanita pilihannya yang juga pengurus di syarikat rakamannya, Wake The Baby iaitu Liza Ilias.

Kalau ada yang tidak kenal siapa Liza, dia sebelum ini memegang jawatan pengurus di Maestro Talent.

Menurut sumber CAK, pasangan itu sibuk menempah persiapan perkahwinan serta mula berunding dengan jurumekap dan pereka fesyen untuk hari bahagia itu nanti.

Difahamkan, pereka fesyen yang bertanggungjawab merealisasikan hari besar itu bukan calang-calang. Pendek kata kalau sebut namanya, pasti satu Malaya tahu.

Majlis perkahwinan itu khabarnya berlangsung 15 Ogos depan di Pulau Pinang, negeri kelahiran bakal pengantin wanita.

Bagi CAK, ini satu khabar gembira bukan saja buat peminat tetapi juga teman media yang selama ini menunggu detik penyatuan merpati dua sejoli itu.

Maklumlah, sekian lama menjalin hubungan tanpa ikatan pasti menimbulkan pelbagai andaian buruk, lebih-lebih lagi di pihak Ajai. Bukan sekali dua kita dengar Ajai dikatakan ada hubungan dengan wanita lain, jadi dengan perkahwinan itu jelas sudah siapa sebenarnya di hati duda ‘meletup’ itu.

Kepada Ajai dan Liza, andai benarlah cerita ini, CAK ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Jangan lupa pada janji mahu mengundang semua teman media untuk sama-sama memeriahkan majlis.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 1:08 pm

Diana mula rindu

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 25858210


TUTURNYA lembut, tetapi Diana Amir seorang yang petah berbicara, periang dan sukakan cabaran. Malah, setiap kali bertemu gadis yang mencipta nama menerusi drama bersiri Impian musim pertama ini, senyuman manis sentiasa mengiringi langkahnya.

TUTURNYA lembut, tetapi Diana Amir seorang yang petah berbicara, periang dan sukakan cabaran. Malah, setiap kali bertemu gadis yang mencipta nama menerusi drama bersiri Impian musim pertama ini, senyuman manis sentiasa mengiringi langkahnya.

Watak Aleeya memberi impak besar kepadanya. Meskipun musim pertama baru saja melabuhkan tirainya, Diana akui dia merindui suasana kerja berkenaan.

“Bila saya keluar bersama abang dan teman rapat di pusat beli-belah, masih ada peminat memanggil saya Aleeya, sedangkan siri untuk musim pertama itu sudah berakhir.

“Saya rindukan suasana bekerja dengan pelakon dan kru siri Impian dulu. Maklumlah ia drama pertama, sudah tentu banyak kenangan. Mulanya saya kekok di lokasi, tapi pelakon dan kru Impian banyak membantu merealisasikan watak itu. Mereka juga sangat profesional sepanjang penggambaran.

“Jika mendapat tawaran berlakon untuk drama lain, saya tidak dapat gambarkan bagaimana agaknya bekerja dengan produksi mereka nanti. Terus terang, saya suka watak Aleeya dan tenaga kerjanya yang berfikiran terbuka,” katanya.

Sewaktu siri Impian musim pertama berakhir, sangkanya tiada lagi sambungan untuk drama itu. Bagaimanapun, kini Diana mampu menarik nafas lega kerana drama bersiri Impian musim kedua bakal ditayangkan di TV3, 14 Julai ini.

“Saya sangat sayangkan drama ini. Malah, ketika melakonkan watak Aleeya, saya bagai jatuh cinta dengan karakter berkenaan dan jalan ceritanya. Lagipun, sikap serta personaliti saya dan Aleeya tidak jauh berbeza.

“Lagipun, di sinilah saya mengasah bakat lakonan. Kata orang, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain,” katanya tersenyum.

Selain Diana, Impian musim kedua membariskan Wardina Saffiyah, Kamal Adli, Esma Daniel, Junad, Azwan, Lufyah dan Nadiya Nisaa.

Pembabitannya menerusi bidang lakonan baru setahun jagung. Hakikatnya, banyak perkara perlu dipelajari, malah dia perlu menempuh perjalanan yang jauh sebelum layak ada di puncak.

Kata anak keempat daripada tujuh beradik ini, sememangnya banyak perkara yang belum diterokai dalam bidang ini. Bagaimanapun, Diana belum memutuskan sama ada mahu aktif sepenuh masa sebagai berlakon atau menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Tidak dinafikan, saya memang suka berlakon. Menerusi karier ini saya dapat menimba pelbagai pengalaman baru yang menyeronokkan.

“Pun begitu, saya belum ada kata putus sama ada bergiat aktif sebagai pelakon atau mencari kerja yang sesuai dengan kelayakan saya. Ada kemungkinan juga saya menyambung kembali pengajian.

“Saya akan menamatkan program Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang tidak lama lagi. Selepas itu baru saya akan berbincang dengan keluarga untuk menentukan hala tuju hidup saya,” katanya.

Tambah Diana, pelbagai dugaan sebagai artis turut mempengaruhi keputusannya sama ada meneruskan kerjaya ini atau sebaliknya. Ini kerana kontroversi dan perlu mengorbankan kehidupan peribadi bukan sesuatu yang mudah untuk diterimanya.

“Saya seorang yang periang dan bebas berkawan mahupun berjalan ke mana saja yang saya suka tetapi apabila bergelar artis, semuanya menjadi terhad. Malah, ada kalanya saya rasa terkongkong.

“Saya tahu itulah pengorbanan apabila bergelar artis. Namun saya belum bersedia menggadai kebebasan saya,” katanya.

Bercerita soal keluarga, ibu bapa Diana pernah menghalang dan tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu bergelar pelakon kerana bimbangkan masa depan Diana tidak terjamin.

“Pada mulanya, mereka berpandangan begitu. Lagipun, dalam keluarga, saya satu-satunya yang suka melakukan sesuatu mengikut gerak hati. Segala nasihat mereka saya jadikan pedoman supaya tidak leka dengan apa yang saya raih.

“Namun, kini semuanya selesai dan mereka tidak lagi menghalang saya untuk terus berlakon asalkan tidak mengabaikan pelajaran. Mereka tahu saya ada matlamat dan mahu menjadi artis berpelajaran,” katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 1:13 pm

Komen Ajai aibkan Jay Jay

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Mainp274


SELEPAS dikejutkan dengan dua kontroversi sewaktu peringkat separuh akhir Mentor 3 pada Ahad lalu, apakah kemuncak program pencarian bakat baru melalui bimbingan seorang mentor itu lebih sensasi lagi pada malam kemuncaknya, esok?

Minggu lalu menyaksikan kejutan kemasukan protege yang dibimbing Ajai, Chaq selepas diumumkan tersingkir, tetapi dimasukkan semula untuk bertanding ke peringkat akhir bersama Fira (Lah VE) dan Black (Mas Idayu).

Tidak cukup dengan itu, Ajai pula tidak menghormati komen juri jemputan malam itu, Jay Jay yang mengkritik protegenya. Turut diundang sebagai juri jemputan malam itu ialah penyanyi Ning Baizura.

TUJUANNYA hanya satu, menerima tanggungjawab diamanah berlandas kejujuran tanpa mengira persahabatan yang terjalin dalam dunia muzik hiburan tempatan.

Malah, tidak sedikit pun terlintas di pemikirannya untuk memalukan rakannya itu di khalayak ramai. Ini kerana, apa dilakukan pelantun lagu Permaisuriku ini adalah berdasar skop kerja yang ditetapkan iaitu pemberian markah dan komen terhadap peserta bertanding secara rasional dan jitu.

Semuanya terjadi apabila Ajai membalas teguran ikhlas dilontarkan Jay Jay kepada protegenya, Chaq, selepas menyampaikan lagu Michael Jackson secara medley di konsert separuh akhir Mentor musim ketiga yang berlangsung di dewan MBSA, Ahad lalu.

Menurut Jay Jay, dari segi tarian, Chaq tiada masalah kerana sememangnya anak muda ini hebat di pentas beraksi pelbagai tarian dalam persembahan keduanya itu.

Namun, dari segi vokal menyanyikan lagu Michael Jackson, 'key' yang dibawa oleh Chaq sangat rendah dan sedikit sebanyak mempengaruhi kualiti persembahannya.

Ajai kelihatan tidak berpuas hati komen yang diberikan Jay Jay lantas menyampuk dengan menyatakan: "Saya arrange key itu sesuai dengan kemampuan vokal Chaq."

Malah, tanpa ada rasa sopan dan hormat, Ajai secara selamba memalukan juri itu di khalayak ramai dengan menyatakan: "Takkan saya nak pakai baju abang."

Kata-kata Ajai itu bukan saja dilihat seperti mahu memalu serta menjatuhkan kredibiliti Jay Jay selaku juri pada malam itu, tetapi turut menimbulkan rasa tidak senang di kalangan penonton yang menyimpulkan mentor kepada Chaq ini tidak boleh menerima sebarang kritikan.

Akibat dari sikap Ajai, ramai beranggapan ia mempengaruhi kadar peratusan undian diterima Chaq. Tambahan pula, abang kepada penyanyi Stacy ini sentiasa mendapat peratusan undian yang agak tinggi dalam konsert mentor sebelum ini.

Mengulas mengenai isu ini, Jay Jay mengambil inisiatif untuk tidak mahu berbicara panjang akan kejadian berkenaan, malah langsung tidak mengambil hati dengan kelakuan Ajai pada malam itu.

"Saya langsung tidak terkejut apabila Ajai membalas teguran kerana mengetahui karakter dia sememangnya begitu. Namun, tidak sedikit pun saya terasa hati dengan kelakuan Ajai, malah menerimanya dengan sikap terbuka.

"Saya cuma menjalankan tugas yang diamanah secara jujur dan berhemah. Teguran saya ikhlas kerana key Chaq ketika menyampaikan lagu Michael Jackson terlalu rendah.

"Saya tidak bermaksud untuk menyuruh Chaq menyanyi seperti idola ramai itu, tetapi keynya janganlah terlalu rendah kerana ia persembahan untuk konsert separuh akhir Mentor 3 yang menentukan siapa berjaya ke peringkat akhir.

"Tambahan pula, sebelum memberi komen, saya memulakan dengan permohonan maaf dan tidak sedikit pun memburuk atau menjatuhkan reputasi Chaq dengan kata-kata yang kurang sopan atau kasar.

"Walaupun dia kawan saya, tetapi dari sudut penjurian saya kena betul dan tidak boleh menipu. Lagipun, ini adalah amanah dan sekiranya saya terpesong menjalankan tugas kerana menjaga hati kawan, apa yang akan saya jawab dengan Allah nanti?

"Saya tidak mengatakan yang diri bagus sangat. Saya tahu, ada kelemahan dalam diri, tetapi cuba melakukan sebaik mungkin. Sebenarnya, agak berat juga saya untuk menerima tugas sebagai juri kerana ada yang tidak berpuas hati dengan komen diberikan," jelasnya.

Menurut Jay Jay, dari sudut pandangannya, tindakan Ajai merendahkan key vokal Chaq ketika menyampaikan lagu Michael Jackson itu sedikit sebanyak mempaparkan kelemahan protegenya itu.

"Cuba lihat prestasi Black ketika menyampaikan lagu Madah Berhelah bersama mentornya, Mas Idayu. Sangat hebat malah tidak sedikit pun ditukarkan key untuk dipadankan dengan kemampuan vokal Black. Kita sendiri tahu nyanyian asal Madah Berhelah adalah Ziana Zain dan bukan senang untuk seorang lelaki menyanyikan lagu perempuan yang memerlukan key tinggi.

"Tetapi, Black berjaya melakukannya. Saya tidak bermaksud untuk membuat perbandingan. Cuma, ingin saya katakan sekali lagi bahawa ia adalah satu pertandingan. Justeru, bila pertandingan ia mencabar kreativiti serta kesungguhan peserta itu.

"Jadi, bila dikatakan penyusunan key yang sesuai dengan kemampuan vokal Chaq, maksudnya di sini, ia tidak mencabar kredibiliti protegenya itu untuk pertandingan separuh akhir. Biarpun kelebihan Chaq berupaya menjiwai pentas dari sudut tariannya, tetapi Mentor diwujudkan sebagai platform mencari mereka yang berkebolehan menyanyi dengan baik.

"Apa yang ingin saya sampaikan malam itu, susunan key janganlah terlalu rendah hingga menampakkan kekurangan anak didiknya itu," ujar Jay Jay.

Bagaimanapun, Jay Jay menganggap perhubungannya dengan Ajai berjalan seperti biasa dan tidak tergugat dengan insiden itu.

Malah, Jay Jay mengakui dia tidak menyimpan dendam dan kecil hati terhadap tindakan Ajai. Baginya, insiden berkenaan dianggap sebagai asam garam dalam kehidupan seorang pengkritik.

Menyentuh sama ada tuan punya diri serik untuk menggalas tugas juri pada masa akan datang, beritahu Jay Jay dia akan berfikir sepuluh kali ganda sebelum menerima sesuatu tawaran itu.

"Kejadian ini mengingatkan saya untuk berhati-hati menerima sesuatu tawaran itu. Bukan serik, tetapi saya akan melihat kondisi sesuatu pertandingan itu sebelum menerima menjadi juri buat program berkenaan," katanya.

Sementara itu, untuk kemuncak Mentor 3, Fira, Black dan Chaq akan mengadakan persembahan solo, berduet bersama Mentor dan juga artis undangan.

Chaq akan menggegarkan pentas berduet bersama Stacy, Fira pula dengan juara Gang Starz 2, One Nation Emcees manakala Black dengan Mus dan Shamrin.

Istimewa lagi, mereka akan menyanyikan lagu baru secara solo ciptaan komposer terkenal.

Mereka menjalani latihan selama seminggu untuk memberikan persembahan mantap.

Black yang berada pada keadaan selesa sepanjang pertandingan ini, bakal memberi cabaran hebat kepada Fira dan Chaq.

Namun, Fira dan Chaq yang mempunyai penyokong setia akan terus mara memberikan persembahan unggul pada malam kemuncak yang akan berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, jam 9 malam dan akan disiarkan secara langsung di TV3.

Hadiah yang menanti pemenang juga lumayan iaitu untuk protege RM100,000 bersama kereta Kia Spektra 5 tajaan Oriva manakala mentor menang RM100,000 sementara tempat kedua, protege dan mentor masing-masing mendapat RM30,000.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 1:15 pm

Pegang tangan lepas pisah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Mainp275


SELEPAS lebih setahun penyanyi Rossa dan suami, pemain dram kumpulan Padi, Surendro Prasetyo (Yoyo), 34, tinggal berasingan, akhirnya Rossa membuat permohonan cerai pada 22 Jun lalu dan kes perceraian mereka dibicarakan di Pengadilan Agama Jakarta Selatan pada 7 Julai lalu.

Walaupun mereka nekad untuk bercerai, Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani, 31, dan Yoyo mengakui perasaan sayang dan cinta masih ada di hati mereka dan berjanji akan selalu sayang sampai bila pun. Bagaimanapun, mereka berdua sudah menentukan pilihan masing-masing.

Yoyo dan Rossa juga menganggap perceraian itu sebagai musibah yang harus diterima. Mereka juga yakin ini adalah jalan Tuhan yang harus ditempuh.

"Konflik yang kita alami sudah cukup panjang dan akhirnya kita sepakat untuk bercerai. Tapi kalau soal penyebabnya, biarlah kita berdua saja yang tahu. Saya juga mohon supaya tidak lagi bertanya persoalan peribadi kami berdua," kata Yoyo.

Yoyo juga mengakui, korban daripada perceraian itu pastinya anak mereka satu-satunya, Rizky Langit Ramadhan yang kini berusia mencecah tiga tahun Oktober ini.

"Hak mengasuh anak diserahkan kepada ibunya dan kita berdua akan menanggung Rizky. Ini sudah menjadi kewajipan orang tua mana pun jika bercerai atau pun tidak.

"Rizky juga masih kecil dan belum sesuai untuk dimaklumkan perceraian orang tuanya. Dia memang tidak tahu apa-apa soal cerai. Biarlah nanti hanya waktu yang menjelaskan," katanya.

Yoyo juga berjanji akan mengunjungi anaknya serta memberikan kasih sayang.

Katanya, perceraian itu tidak akan memutuskan hubungan orang tua dengan anak.

Buktinya, pasangan ini datang berdua dengan satu kereta Nissan X-Trail B 777 NAZ ketika tiba di Pengadilan Agama kira-kira jam 9.15 pagi.

Mereka berdua nampak cukup mesra apabila memasuki ruang mahkamah sambil berpegangan tangan. Selepas lima minit persidangan, kelihatan Rossa keluar sambil menangis. Kemudian dia kembali masuk, beberapa saat kemudian, Rossa kembali keluar dan Yoyo masih memegang tangan Rossa. Perbicaraan hanya berlangsung kira-kira 10 minit diikuti sidang mediasi selama 15 minit.

Sidang pertama permohonan cerai Rossa ditetapkan pada 30 Jun lalu tetapi baik Rossa mahu pun Yoyo tidak hadir dan hanya mewakilkan kepada peguam mereka. Rossa melantik Hendra Siregar dan Rendi Tanamo manakala Yoyo Z. Juliansyah, Iran Sahril Siregar dan Azis Januar.

Mediasi ditetapkan 7 Julai bersama Ketua Majlis Hakim Pengadilan Agama, Abdul Rahim. Mediasi yang dilakukan perkara biasa untuk mendamaikan kedua pihak yang akan bercerai. Ia dilakukan secara tertutup untuk menjaga rahsia rumah tangga pasangan yang menuntut cerai.

Sementara itu bapa Rossa, Ukas Hasan Irawan berkata, sememangnya perceraian adalah suatu proses yang dibenci Allah tetapi hal itu lebih baik daripada wujud kecurangan dalam rumah tangga.

Bagaimanapun, Ukas tidak mengulas lanjut makna kata-katanya itu.

"Dalam hal ini, saya hanya melihat di TV dan dari cerita teman-teman. Kalau soal selingkuh (curang), saya tidak tahu persis.

"Saya juga berharap rumah tangga Rossa dan Yoyo dapat diperbaiki dan mereka bersatu semula. Tapi kalau sudah tidak mampu begitu, mudah-mudahan silaturahim tetap dijaga," katanya.

Kata Ukas, Rossa dan Yoyo ada bertemu dengannya sebelum kes cerai mereka dibicarakan. Malah Yoyo juga sudah meminta maaf kepadanya.

Katanya, orang tua mana tidak sedih dan kecewa dengan perceraian dialami anak-anak. Namun orang tua juga tidak mampu berbuat apa-apa kerana ia membabitkan perjalanan hidup mereka yang cukup panjang.

"Saya pernah meminta mereka kembali memikirkan soal perceraian yang mereka alami. Sebagai jalan penyelesaian, saya sarankan untuk berpisah sementara untuk menyelesaikan persoalan yang mereka alami.

"Untuk sementara baik pisah dulu, kalau memang jodoh sebaiknya boleh bersatu semula. Sekarang ini terpulang kepada mereka berdua kerana harapan saya mereka boleh rujuk semula," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 1:18 pm

Zizan temui gadis idaman

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 28289310


SELEPAS dua kali putus cinta, pelakon kacak Zizan Nin, 36, akhirnya mengaku dia kini sudahpun mempunyai teman istimewa yang dikenalinya sejak beberapa bulan lalu.

Khabarnya, si dia yang berjaya mencuri hati Zizan adalah gadis berusia 30 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, buat masa ini Zizan atau nama sebenarnya Azizan Nin dan pernah digosipkan dengan pelakon jelita Rozita Che Wan belum bersedia mendedahkan secara terperinci butiran gadis yang bertakhta di hatinya.

“Sebenarnya, saya memang tidak suka menjaja cerita peribadi kerana bimbang peminat berasa bosan.

“Tetapi apabila ramai orang bertanya termasuk media yang ingin mengetahui siapa teman istimewa saya sekarang, setiap kali bertemu dalam majlis, biarlah saya beritahu sedikit sebanyak mengenai dirinya.

“Apa yang boleh saya katakan, si dia bukan selebriti sebaliknya terbabit secara profesional dalam bidang penyiaran. Hubungan kami bermula selepas diperkenalkan seseorang dan lama kelamaan ia menjadi semakin intim.

“Terus terang, saya terpikat dengan penampilan dirinya sebagai seorang Muslimah. Si dia juga memenuhi kriteria gadis idaman yang saya cari selama ini iaitu perwatakan dan personaliti menarik, tenang dan matang.

“Sebenarnya, dalam soal mencari jodoh ini, saya tidak kisah sama ada calon isteri saya itu bertudung atau tidak kerana apa yang penting kami selesa dan serasi untuk hidup bersama kelak.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 27164610


“Terus terang, setakat ini hubungan kami memang serius dan saya juga merancang untuk bertemu keluarganya dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

Kata Zizan, mereka belum berbincang mengenai perancangan untuk berumah tangga.

Bagaimanapun, katanya, jika hendak diikutkan, dia memang sudah lama mampu dan bersedia untuk berkahwin dan membina keluarga, cuma jodoh yang belum sampai lagi.

“Mungkin orang tidak tahu saya pernah merancang untuk berkahwin tahun ini dengan bekas teman istimewa saya sebelum ini, tetapi akhirnya saya terpaksa reda, kami memang tiada jodoh.

“Sekalipun sudah dua kali putus cinta, saya juga tidak berasa serik untuk bercinta lagi kerana saya percaya ada jodoh yang lebih baik ditentukan Tuhan buat saya nanti.

“Justeru, saya berharap hubungan kali ini membawa ke jenjang pelamin.

“Kalau boleh tahun ini ataupun tahun depan. Pada masa sama, perkahwinan yang dibina itu biarlah kekal hingga ke akhir hayat.

“Jika apa yang kami rencanakan ini berjalan lancar, saya juga merancang majlis perkahwinan yang ringkas mengikut kemampuan kami berdua,” katanya.

Mengenai perkembangan kerjaya seninya pula, Pelakon Lelaki Harapan Festival Filem Malaysia ke-20 dan pemenang anugerah Fun Fearless Faboulous 2008 (anjuran majalah Kosmopolitan) ini juga tidak menang tangan menerima tawaran berlakon sehingga sekarang.

Bintang filem Cinta Terakhir arahan Along Kamaludin ini baru selesai penggambaran selama dua bulan setengah drama bersiri sebanyak 40 episod, Sanggar Cinta Raudhah arahan Zul R’shad untuk RTM.

Zizan membawa watak lelaki muda, Izwan yang berkahwin dengan wanita berusia bernama Raudhah (lakonan Aida Radziwill).

Wataknya disifatkan Zizan mencabar kerana perlu menjiwai watak lelaki 20-an bercinta dengan wanita berusia 50-an yang juga kawan baik ibunya sendiri.

Drama ini turut dibintangi Watie Elite dan pelakon baru Farah Aleya.

Selepas itu, Zizan menjayakan pula penggambaran drama bersiri 24 episod Teratak Mahligai juga arahan Zul R’shad untuk RTM.

Kali ini Zizan bawa watak jutawan Internet yang juga berasal dari keluarga kaya raya, tetapi kurang kasih sayang. Ia turut dibintangi Dian P Ramlee, Zed Zaidi dan Nabila Huda.

Tidak cukup dengan itu, Zizan baru selesai menjalani penggambaran teleraya arahan Rashid Sibir. Mengikut perancangan, Zizan dijadualkan menjalani penggambaran drama terbitan RTM, Katarsis di Ipoh, Perak minggu ini, tetapi difahamkan dia terpaksa ditunda pada Mei tahun depan.

“Saya juga baru selesai uji bakat sebagai hos program kecantikan dan penjagaan diri untuk lelaki dan perempuan. Saya bakal digandingkan dengan seorang lagi pengacara wanita popular dalam program berwajah baru ini. Tapi, buat masa ini, saya belum boleh menguar-uarkannya lagi,” katanya.

Tahun ini, bekas penuntut Universiti De Montfront, England ini juga dicalonkan dalam kategori finalis Hot guyz dalam Shout! Awards anjuran 8TV yang akan berlangsung pada 17 Julai nanti.

Pada masa sama, tersenarai sebagai seorang pelakon pilihan filem kontroversi Anu Dalam Botol di murai.com.my.

Zizan yang dikenali sebagai model dan pengacara sudah membintangi lebih 50 drama sejak berkecimpung dalam bidang lakonan sejak enam tahun lalu.

Antara drama lakonannya tahun ini telefilem Genggam Tak Tiris untuk TV2 dan Puaka Kain Kapan arahan Rashid Sibir yang mengisi slot Seram di TV3.

Selain itu, drama lakonannya yang sudah ditayangkan ialah Janji Seorang Anak, Cinta Medik, Akankah Mungkin, Mahligai Gading, Kaizer, Kerana Karina 1&2, Anak Pontianak, Saka, Surat Untuk Bulan, Awekku Bukan Awekmu dan Dapur, Subuh & Maghrib.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 1:24 pm

Siti lebih layak menang: Faizal Tahir

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Untitl77


HANYA tinggal seminggu lagi berlangsungnya majlis Anugerah Planet Muzik (APM) dan tahun ini ia buat kali pertama diadakan di Pusat Konvensyen Jakarta, Indonesia.

Jika tahun lalu Malaysia menjadi tuan rumah mengumpulkan artis dari tiga negara termasuk Singapura dan Indonesia, kali ini berkampung pula di Jakarta.

Biarpun sambutan sebenar peminat di sana belum nampak, tiga artis tempatan seperti Faizal Tahir, Aizat dan Stacy bersedia menggalas cabaran besar membawa nama negara ke sana.

Mereka dicalonkan untuk kategori Artis Paling Popular (Malaysia) manakala Faizal turut bertanding kategori Artis Serantau Paling Popular bersama calon artis dari Singapura dan Indonesia.

Untuk dua anugerah itu, pemenang ditentukan menerusi undian SMS penonton.

Dalam kategori Artis Paling Popular, turut bertanding adalah Datuk Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Mawi, Misha Omar, Stacy, Yuna, kumpulan Bunkface, Estranged, Hujan dan Meet Uncle Hussain (MUH).

Bagi kategori Artis Serantau Paling Popular, Indonesia diwakili Afgan, Agnes Monica, kumpulan Nidji dan ST 12 manakala artis Singapura, Aliff Aziz, Hady Mirza, Taufik Batisah dan kumpulan Ahli Fiqir.

Bagi Faizal yang menang dua anugerah iaitu kategori Artis Lelaki Paling Popular dan Artis Baru Lelaki Terbaik pada APM tahun lalu, tidak terlalu meletak harapan tinggi untuk menang.

Faizal berentap bersama Siti, kumpulan Hujan dan MUH untuk anugerah Artis Serantau Paling Popular.

"Saya tidak fikir untuk menang besar pada APM kali ini. Secara realistik, semua orang tahu pengalaman saya selama tiga tahun sebagai artis masih belum cukup kuat.

"Secara jujur, saya juga tidak fikir saya popular di Indonesia cuma saya pernah berduet bersama Bunga Citra Lestari pada APM tahun lalu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Siti-n10


"Buat masa ini, saya belum berpeluang untuk mencuba pasaran muzik Indonesia apatah lagi album saya tidak sampai di sana.

"Pada saya, selagi belum puas di sini, saya tidak mahu buat perancangan ke sana," katanya.

Kata Faizal, dia terkejut apabila tercalon untuk dua kategori pilihan peminat itu.

Namun, dia tetap akur dengan kehebatan Siti dalam mengekalkan kemenangan yang pernah disandang selama lapan tahun berturut-turut.

"Berada di tempat kedua sudah memadai untuk saya. Tidak dinafikan Siti mempunyai bilangan peminat yang ramai dan atas sebab itu, saya fikir Siti layak untuk berada di tangga teratas dan menang," katanya.

Juara Akademi Fantasia (AF) musim keenam, Stacy berpandangan saingan untuk kategori Artis Paling Popular sengit dan keputusan pemenang bergantung kepada peminat.

Tidak terlalu fikir untuk menang, dia sebaliknya melihat APM sebagai platform untuk mengembang karier seninya ke pasaran luar negara.

"Saya menganggap pencalonan kali pertama pada APM ini sebagai peluang untuk saya mempromosikan diri. Sebelum ini, saya tidak pernah ke sana dan sudah tentu tidak mahu melepaskan peluang terbaik ini.

"Seharusnya, saya ingin menyatakan penghargaan pada APM kerana menjadi calon. Secara peribadi, Faizal dan Siti mempunyai potensi untuk menang kerana mereka mempunyai ramai peminat," katanya.

Aizat yang turut dicungkil bakat menerusi AF musim kelima pula terbuka untuk menerima sebarang keputusan.

Baginya, menang atau kalah adalah adat pertandingan. Bagaimanapun, jika menang, ia dianggap bonus.

"Saya berpandangan APM masih mempunyai prestij yang memberi pengiktirafan pada penyanyi dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Menariknya, APM mewujudkan kerjasama antara artis tiga negara ini.

"Kerjasama ini mewujudkan impak yang positif untuk menunjukkan muzik Asia mampu memberi pengaruh besar. Untuk pencalonan kali pertama saya di APM, ia menjadi batu loncatan untuk saya meraih pencapaian tertinggi dalam karier.

"Bukan hanya berharap menang anugerah semata-mata, sebaliknya saya mahu beri persembahan terbaik dan tunjukkan pada peminat di luar, artis Malaysia mampu dibanggakan," katanya.

Pada malam majlis anugerah APM yang berlangsung pada 18 Julai ini, lapan artis tempatan akan membuat persembahan iaitu Siti, Faizal, Stacy, Aizat, Reshmonu, Dafi, Ayu dan Hujan. Artis Singapura yang terbabit untuk persembahan adalah Taufik Batisah, Didicazly, Nana dan Hady Mirza manakala artis Indonesia, Bunga, Afgan, Dewi Sandra, Nidji, Kotak, Kuburan, Yovie N Nuno dan ST 12.

Dalam pada itu, penganjur bersama, Beyond Events Sdn Bhd mengharapkan sokongan media untuk menghebahkan kepada peminat di negara ini agar mengundi SMS artis untuk dua kategori ini.

Pengurus Besarnya, Amin Hussein berkata jumlah SMS peminat masih belum mencukupi sejak dibuka pada 18 Jun lalu.

"Untuk kategori Artis Serantau Paling Popular memerlukan SMS dari tiga negara. Setiap negara hanya mewakili 33.3 peratus saja. Buat masa ini, peminat Indonesia lebih aktif mengundi berbanding peminat tempatan.

"Menerusi peranan media cetak dan elektronik, kami berharap jumlah undian ini akan meningkat dan artis kita mempunyai peluang lebih besar untuk menang," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 1:26 pm

Misteri dari mula hingga akhir

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Mainp276


DIPUJA dan diangkat sebagai Raja Pop Dunia, namun segala pengiktirafan dan sanjungan itu tidak bermakna lagi buat Michael Jackson, 51, yang sudah pergi meninggalkan jutaan peminatnya pada 25 Jun lalu.

Kehidupan yang dilaluinya penuh misteri sehinggalah ke akhir hayatnya menimbulkan pelbagai spekulasi yang tidak berpenghujung.

Pelbagai individu tampil memberi kenyataan dan cuba meleraikan setiap persoalan yang timbul di sebalik kematiannya namun tiada yang pasti.

Begitu juga dengan agama Michael, benarkan dia memeluk Islam dengan nama Mikaeel atau sebaliknya.

Dalam hal ini tiada yang berani mengaku pernah terbabit dalam pengislamannya melainkan abangnya Jermaine Jackson yang dalam ucapannya pernah mendoakan semoga Allah sentiasa bersamanya.

Kematian mengejut Michael membuatkan Walk of Fame, Hollywood menjadi tumpuan peminat untuk menyatakan kesedihan mereka.

UCLA Medical Centre, selain kediamannya di Holmby Hills, Apollo Theatre, New York dan Hitsville, Detroit yang menempatkan ibu pejabat Motown tempat Michael memulakan kerjaya nyanyiannya turut menjadi tumpuan.

Dilaporkan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama turut menghantar ucapan takziah kepada keluarga Michael. Seluruh peminatnya di dunia meratap kematian ikon pop itu dan setiap peninggalannya menjadi koleksi yang sangat berharap.

Sebaik dunia mendapat tahu berita kematiannya, jualan cakera padat (CD) terus melonjak sehingga kehabisan stok dan lagunya menduduki carta teratas di United Kingdom.

Tidak cukup dengan itu, keluarga Michael juga sehingga berakhirnya majlis peringatan di Staples Center, Los Angeles, yang menjadi lokasi acara itu Selasa lalu, tidak mengumumkan di mana Raja Pop itu disemadikan.

Lebih menarik majlis memperingati Jackson mencetuskan satu fenomena apabila 1.6 juta peminat mendaftar untuk menghadiri upacara di di Staples, tetapi hanya 8,750 yang terpilih.

Mereka juga perlu membayar tiket seolah-olah satu konsert kerana turut diserikan dengan persembahan.

Antara rakan karib dan insan terkenal yang hadir ialah Stevie Wonder, Mariah Carey, Usher, Lionel Richie, Kobe Bryant, Jennifer Hudson, John Mayer dan Martin Luther King III.

Sepanjang dua jam majlis penghormatan itu berlangsung, pelbagai suka-duka dialami bersama Michael diceritakan insan yang rapat dengannya.

Adik-beradiknya duduk berbaris bersama dengan memakai sarung tangan putih sebagai tanda ingatan mereka.

Acara dimulakan bacaan tribute mengenai penyanyi itu oleh penyanyi legenda muzik Motown, Smokey Robinson berlatarkan skrin besar dengan tulisan In Loving Memory of Michael Jackson King of Pop 1958 - 2009.

Persembahan artis juga menjadi tumpuan seperti Mariah menyampaikan lagu I'll Be There bersama Trey Loren, Lionel Ritchie (Jesus Love You), Usher (Gone To Soon), Stevie Wonder (Never Dreamed You'd Leave In Summer dan They Won't Go When I Go) dan Jennifer Hudson (Will You Be There).

Turut membuat persembahan, John Meyer, Shaheen Jafargholi (peserta Britain Got Talent) manakala Queen Latifah sampaikan puisi We Had Him.

Insan yang rapat dengannya hadir membuat ucapan istimewa termasuk Brooke Shield, abang-abangnya, Robbie, Randy, Tito, Marlon, Jackie dan Jermaine serta Janet, La Toya dan juga anak-anaknya, Paris Katherine Jackson, Prince Michael dan Prince Michael II.

Luahan Paris mengenai rasa cinta dan kasih pada ayahnya membuatkan suasana cukup sayu.

Paris juga menangis tersesak-esak sambil ditenangkan ibu saudaranya, Janet.

Detik itu disiarkan secara langsung menerusi televisyen ke seluruh dunia dan bilangan penonton mencecah angka satu bilion.

Kematian Michael yang dikatakan akibat suntikan ubat penahan sakit berlebihan turut memberi kesan kepada keluarga mendiang Heath Ledger.

Pelakon The Brokeback Mountain itu juga meninggal kerana pengambilan dadah berlebihan.

Bapa aktor itu, Kim Ledger sangat terkejut apabila mendapat berita kematian Michael yang mengingatkannya semula kepada kematian Heath yang juga sangat tragis pada Januari 2008.

"Pada hari Michael meninggal, saya berbual dengan anak perempuan saya dan bekas isteri, Sally.

"Kami sangat sedih kerana punca kematian Michael seakan sama dengan Heath. Cuma beza kematian Michael dengan Heath kerana punca kematian anak lelaki saya itu disebabkan dirinya sendiri.

"Saya tak tahu kenapa Heath sanggup melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap dirinya dan kesan pemergiannya sangat kami rasai sehingga kini," katanya.

Seperti mana kematian Lady Diana yang terus disiasat punca kemalangan yang menimpa dengan kekasihnya, Dodi Al Fayed biarpun sudah lebih 10 tahun beliau meninggal, perkara sama akan terjadi pada Michael.

Pelbagai pihak akan terus menyiasat punca kematiannya. Hanya Michael yang tahu rahsia hidupnya di mana kebanyakan rakan karibnya mengetahui Michael sering kesunyian biarpun keliling kemewahan, perhatian dan sanjungan.

Meskipun hidup Michael sudah bernoktah, tetapi banyak persoalan dan masalah baru akan muncul termasuk hak penjagaan tiga anaknya.

Terbaru, dalam laman web Hollywood.com menyenaraikan 50 perkara yang hanya Michael boleh menjawabnya. Tetapi dia sudah pergi bersama semua kisah hidup yang penuh suka duka. Segala apa yang dunia ingin tahu sudah terkubur bersama jasadnya.

Malah, Michael juga sudah tiada untuk membela diri dan menyatakan kebenaran kepada dunia atas semua persoalan mengenai dirinya sepanjang 50 tahun hayatnya.

Antara 50 perkara yang menjadi tanda tanya

1. Benarkah dia mengambil sejenis ubat penahan sakit yang dikenali zoloft, xanaz dan demerol yang dikatakan punca kematiannya?

2. Adakah Michael selalu menggunakan dadah untuk mententeramkan dirinya, terlalu percayakan doktor peribadi yang dikatakan dapat memberi rawatan dan ubat terbaik kepadanya dan benarkah dia penagih ubat penahan sakit yang tegar?

3. Benarkah dia pernah menjalani 50 pembedahan plastik kerana menganggap rupa asalnya sangat hodoh, mewarnakan kulitnya menjadi putih, menderita sakit belakang dan seorang yang menanggung kekecewaan teramat sangat?

4. Pernahkah dia mengadakan seks dengan Brooke Shields?

5. Benarkah Michael mencintai Lisa Marie Presley dan Debbie Rowe serta bayinya (yang berkemungkinan anak bongsunya Blanket) yang dijulangnya di tepi tingkap hotel?

6. Benarkah dia menamakan dua anaknya Prince dan Paris kerana mengagumi dua insan terkenal itu? Ia bukan sesuatu yang mustahil kerana Michael yang begitu menyanjungi dan meminati Diana Ross, sanggup membuat pembedahan plastik sehingga wajahnya hampir menyerupai penyanyi veteran itu.

7. Adakah Michael disayangi adik-beradiknya yang lain?

8. Benarkah dia sangat mementingkan kesempurnaan dan Michael juga dikatakan memasukkan sejenis alat pada dagunya untuk kelihatan maskulin? Dia juga pernah tidur dalam kamar oksigen yang dipercayai dapat memanjangkan jangka hayatnya.

9. Spekulasi mengenai keanehan Michael mengatakan dia makhluk asing dari planet Marikh, berkongsi tandas dengan cimpanzi kesayanganya, Bubbles, menderita akibat anorexia, makan ayam hidup-hidup dan menari di tengah malam pada setiap malam.

10. Benarkah Michael seorang vegetarian, artis Barat pertama dapat muncul dalam iklan komersial untuk televisyen Russia, melamar Lisa Marie menerusi telefon dan meliwat remaja lelaki, Jordan Chandler, 13?
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 11 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 11 of 11Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 9, 10, 11

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions